The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ZUZILA MAT ZAINOL ABIDIN, 2023-03-20 09:00:35

BAHASA MELAYU _TINGKATAN 2

BAHASA MELAYU _TINGKATAN 2

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 150 AKTIVITI 3 - Bincangkan persamaan dan perbezaan majlis perkahwinan Melayu tradisional dengan majlis perkahwinan moden. 1. Persamaan Perkahwinan Melayu Tradsional dan Perkahwinan Moden i) Mempunyai atur cara yang sama seperti jamuan makan dan majlis persandingan ii) Memerlukan masa dan perancangan yang rapi sebelum dan semasa majlis perkahwinan iii) Mengandungi unsur hiburan kepada tetamu seperti bersilat, berbalas pantun, rebana dan karaoke. iv) Menyediakan buah tangan kepada tetamu yang hadir 2. Perbezaan Perkahwinan Melayu Tradsional dan Perkahwinan Moden Aspek Berbeza Tradisional Moden Lokasi Diadakan di rumah ibu bapa pengantin Diadakan di dewan, hotel dan tempat yang eksklusif Masa Diadakan dalam masa yang lama sekurang-kurang tiga hari Perjalanan masa majlis terhad pagi hingga petang Jemputan Ramai terdiri daripada keluarga sanak saudara dan orang kampung Terhad kerana ruang majlis hanya mengikut kapasiti tempat Urusan Majlis Diuruskan oleh keluarga dan sanak saudara serta orang kampung melalui amalan gotong-royong Diuruskan oleh perancang perkahwinan dengan bayaran yang mahal Pakaian Pengantin Pengantin memakai busana pakaian raja sehari Pengantin memakai pelbagai busana pakaian budaya lain seperti tuksedo, pakaian orang India, Cina dan Korea. Pakaian tetamu Bebas asal mengikut kesesuaian Mengikut tema pengantin


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 151 PEMULIHAN - YANG LAMA JANGAN DILUPA (HALAMAN 114) AKTIVITI 1 - Susun maklumat yang diberikan untuk menulis perenggan kesimpulan. Kemudian, tulis perenggan tersebut selengkapnya. Mengapakah kuih warisan perlu dipelihara? Kesimpulan Kuih warisan mempunyai keunikan dan nilai estetika yang tersendiri Cadangan Kuih warisan diperkenalkan kepada generasi kini dengan pelbagai cara. Ancaman Generasi akan datang tidak mengenali dan menghargai kuih warisan. Huraian Menganggap kuih warisan sebagai sesuatu yang tidak bernilai. Harapan Kuih warisan masih dinikmati oleh masyarakat sampai bila-bila Kesimpulannya, kuih warisan mempunyai keunikan dan nilai estetika yang tersendiri. Oleh yang demikian, kuih warisan harus diperkenalkan kepada generasi kini dengan pelbagai cara. Kita bimbang sekiranya generasi akan datang tidak mengenali dan menghargai kuih warisan. Mungkin ada antara mereka menganggap kuih warisan sebagai sesuatu yang tidak bernilai. Oleh itu, harapan kita biarlah kuih warisan masih dinikmati oleh masyarakat sampai bila-bila.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 152 TEMA 9 - SAYANGI MALAYSIAKU BUKAN SEBARANG SENIMAN (HALAMAN 116 - 117) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.5.2 Mendengar dan menilai keseluruhan soalan serta memberikan respons yang betul secara berhemah dan bertatasusila. AKTIVITI 1 - Teliti bahan kemudian dengar dan nilai soalan dengan menggunakan borang yang diberikan. Borang penilaian soalan: Soalan tertutup No. Soalan Ya Tidak 1. Pernahkah anda membaca buku yang membangkitkan semangat patriotisme? 2. Adakah pengkarya seni menyampaikan mesej kepada masyarakat melalui karya seni mereka? 3. Adakah kartun dan filem termasuk dalam jenis karya seni? AKTIVITI 2 - Berikan respons terhadap soalan secara berhemah dan bertatasusila. Soalan terbuka: Jawab soalan berikut menggunakan ayat yang gramatis. 1. Perhatikan lukisan mural di Sekolah Menengah kebangsaan Seksyen 16, Shah Alam, Selangor yang terdapat dalam buku teks halaman 116. Nyatakan pandangan anda tentang mural ini. 2. Hayati lukisan karya Ahmad Syukri bin Muhammad seperti yang terdapat pada halaman 116, kemudian nyatakan tafsiran anda tentang lukisan ini. 3. Berdasarkan kartun karya Hana pada halaman 117, nyatakan nilai patriotisme yang terkandung dalam kartun ini. 4. Baca dan hayati lirik lagu Pesan Pak Dollah melalui kod QR pada halaman 117 kemudian jawab soalan-soalan berikut: i) Huraikan maksud rangkap pertama lagu ini. ii) Apakah yang dimaksudkan oleh penulis tentang baris “ras dan warna bukan hak membeda”? iii) Pada pendapat anda apakah kepentingan-kepentingan memelihara perpaduan kaum di negara ini? iv) Generasi alaf baharu semakin obses dengan media sosial. Pada pendapat anda, bagaimanakah anda menggunakan media sosial sebagai platform untuk memupuk nilai patriotisme dalam kalangan generasi muda?


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 153 v) Sejak akhir-akhir ini terdapat segelintir pihak yang gemar memainkan sentimen perkauman dan agama untuk memecahbelahkan perpaduan kaum. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang sewajarnya diambil oleh pelbagai pihak untuk mengatasi masalah ini daripada terus mengancam keamanan negara? vi) Pandemik Covid-19 yang melanda negara kita telah menyedarkan banyak pihak tentang pentingnya kesepakatan semua pihak dalam usaha mengekang penularan wabak ini. Sebagai warganegara prihatin, apakah sumbangan anda untuk membantu negara menghentikan wabak ini? Cadangan Jawapan: 1. Pandangan saya tentang mural ini: Lukisan potret Tunku Abdul Rahman dan Jalur Gemilang pada mural membangkitkan semangat untuk kita menghargai kemerdekaan negara yang kita kecapi pada hari ini hasil pengorbanan tokoh-tokoh terdahulu. Bangunan-bangunan pada mural seperti KLCC menggambarkan mercu kejayaan Malaysia yang mencipta pelbagai kejayaan sejak mencapai kemerdekaan. 2. Tafsiran saya tentang lukisan karya Ahmad Syukri bin Muhammad: Gambaran potret lelaki bersongkok mewakili bangsa Melayu, wanita berpakaian cheongsam mewakili bangsa Cina dan tiga individu dalam lukisan yang sedang berbual mesra melambangkan keharmonian masyarakat majmuk negara ini. 3. Nilai patriotisme yang terkandung dalam kartun karya Hana: Perbualan dalam lakaran kartun menunjukkan nilai patriotisme yang ditunjukkan melalui perbualan sebuah keluarga. Contohnya mereka menyatakan keprihatinan terhadap penyalahgunaan bahasa kebangsaan, iaitu penggunaan bahasa rojak yang digunakan dalam drama televisyen negara ini. 4. Baca dan hayati lirik lagu Pesan Pak Dollah melalui kod QR pada halaman 117 kemudian jawab soalan-soalan berikut: (i) Huraikan maksud rangkap pertama lagu ini. Maksud rangkap pertama lirik lagu ini ialah tanah air kita Malaysia dibina dan dimajukan sedikit demi sedikit oleh tokoh-tokoh cendekiawan dan masyarakat yang mempunyai minda kelas pertama. Masyarakat juga mengukuhkan perpaduan dengan mengelakkan prasangka sesama kaum


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 154 (ii) Apakah yang dimaksudkan oleh penulis tentang baris “ras dan warna bukan hak membeda”? Maksudnya ialah bangsa atau kaum serta warna kulit bukanlah untuk dibeza- bezakan atau didiskriminasikan oleh sesiapa sahaja kerana kita semua mempunyai hak yang sama sebagai warganegara. (iii) Pada pendapat anda apakah kepentingan-kepentingan memelihara perpaduan kaum di negara ini? - dapat melahirkan negara yang maju dan setaraf dengan negara-negara maju yang lain - dapat mengelakkan permusuhan dan persengketaan antara kaum seperti yang pernah terjadi pada 13 Mei 1969 - mampu melahirkan negara yang mapan dari semua aspek sosial, politik dan ekonomi. - dapat mencapat Transformasi Nasional 2050 seperti aspirasi negara kita. - mampu mengelakkan negara kita daripada dijajah oleh kuasa asing sekali lagi. - memupuk keharmonian dan kesejahteraan masyarakat negara ini dalam menempuh apa-apa jua rintangan. (iv) Generasi alaf baharu semakin obses dengan media sosial. Pada pendapat anda bagaimanakan anda menggunakan media sosial sebagai platform untuk memupuk nilai patriotisme dalam kalangan generasi muda? - saya akan menggunakan media sosial seperti Twitter dan Instagram untuk menyebarkan nilai-nilai integriti dan patriotisme melalui gambar-gambar keharmonian kaum negara ini - saya akan menyertai pelbagai pertandingan yang dianjurkan secara dalam talian seperti pertandingan pidato, pantun atau deklamasi sajak yang bertemakan kemerdekaan. - saya akan menyatakan bantahan terhadap individu yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu tentang negara kita dengan melaporkan akaun mereka kepada pihak berkuasa. - saya akan mempamerkan keindahan dan keunikan adat resam masyarakat Malaysia sama ada melalui pakaian tradisional,makanan tradisional mahu pun perayaan-perayaan pelbagai kaum.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 155 (v) Sejak akhir-akhir ini terdapat segelintir pihak yang gemar memainkan sentimen perkauman dan agama untuk memecahbelahkan perpaduan kaum. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang sewajarnya diambil oleh pelbagai pihak untuk mengatasi masalah ini daripada terus mengancam keamanan negara? - pihak kerajaan harus mewujudkan akta khas untuk mendakwa pihak yang melakukan onar mencemarkan imej negara - pihak berkuasa harus mengenakan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada pihak yang sewenang-wenangnya cuba memecahkan perpaduan kaum. - masyarakat harus bekerjasama untuk melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat pihak yang cuba memainkan api perkauman di negara ini. (vi) Pandemik Covid-19 yang melanda negara kita telah menyedarkan banyak pihak tentang pentingnya kesepakatan semua pihak dalam usaha mengekang penularan wabak ini. Sebagai warganegara prihatin,apakah sumbangan anda untuk membantu negara menghentikan wabak ini? - saya akan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan seperti yang telah ditetapkan - saya akan cuba menjaga diri sendiri dan keluarga untuk mengelakkan kebolehjangkitan virus dengan duduk di rumah sekiranya tiada urusan seperti slogan “kita jaga kita” - saya akan menasihati rakan-rakan melalui media sosial dengan menguar-uarkan kepentingan menjaga kebersihan serta mengambil vaksin - saya akan mendaftar dalam MySejahtera untuk mengemas kini maklumat dari masa ke masa. AKTIVITI 3 - Rancang satu projek karya seni yang bertemakan patriotisme dan pamerkannya di dalam kelas. 1. Murid boleh berbincang untuk mengadakan sudut pameran karya seni bertemakan patriotisme. 2. Murid melukis poster bertemakan patriotisme, menulis kata-kata semangat atau slogan bertemakan patriotisme. 3. Murid mencipta puisi, cerpen dan esei bertemakan patriotisme. 4. Murid membina diorama bertemakan patriotisme. 5. Semua hasil ciptaan dipamerkan sebagai projek karya seni.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 156 IDENTITIKU (HALAMAN 118 - 119) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.3.3. Membaca dan membuat kesimpulan daripada bahan dengan betul. AKTIVITI 1 - Baca bahan dengan telitinya. Kemudian, buat kesimpulan tentang evolusi kad pengenalan. Kesimpulannya, evolusi kad pengenalan ini telah membuktikan bahawa negara kita sentiasa menitikberatkan teknologi moden agar rakyatnya sentiasa berada dalam keadaan yang selamat. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, golongan penjenayah siber akan sentiasa mengambil peluang untuk membuat kad pengenalan palsu bagi pelbagai tujuan terutamanya dalam aktiviti jenayah. Pada masa yang sama jua, pendekatan teknologi dalam penciptaan kad pengenalan ini akan memudahkan rakyat Malaysia untuk melakukan pelbagai aktiviti dalam kehidupan dengan mudah, selamat dan pantas. Sikap dan keprihatinan rakyat menjadi tonggak utama agar penggunaan kad pengenalan ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan selamat. Sesungguhnya, kad pengenalan ini merupakan identiti rakyat sesebuah negara sekaligus menjadi perisai kepada kewarganegaraan seseorang yang menjadi lambang kepada kedaulatan sesebuah negara. ASPEK TATABAHASA SP: 5.2.4 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata tugas dengan betul mengikut konteks. AKTIVITI 2 - Kategorikan kata hubung yang terdapat dalam bahan. Kemudian, tulis dialog dengan mengunakan kata hubung tersebut. KATA HUBUNG GABUNGAN KATA HUBUNG PANCANGAN serta kerana (pancangan keterangan) tetapi untuk (pancangan komplemen) dan yang (pancangan relatif) Dialog: Salihin Najihah, bolehkah awak terangkan kepada saya tentang pembelajaran digital? Najihah Boleh, tetapi saya nak tahu daripada awak setakat mana kefahaman awak tentang pembelajaran digital ini dan awak pernah menyertainya? Salihin Ok. Saya hanya memahami pembelajaran digital itu ialah belajar melalui alat peranti elektronik untuk berinteraksi dengan guru serta rakan-rakan. Saya tidak pernah menyertai pembelajaran digital kerana tiada talian Internet di rumah saya.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 157 Najihah Oh, begitu rupanya! Pembelajaran digital ini akan menggunakan pelbagai aplikasi yang terdapat dalam sistem teknologi kita. Guru akan menggunakan aplikasi ini untuk memudahkan proses pembelajaran kita agar lebih menarik dan mudah kita fahami memandangkan kita semua tidak boleh bersemuka. AKTIVITI 3 - Gambarkan penggunaan kad pengenalan pada masa akan datang dan ceritakan ramalan tersebut. Mungkin beberapa tahun akan datang, kad pengenalan kita bukan lagi dalam bentuk fizikal tetapi dalam bentuk digital. Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila dalam bentuk digital, kad pengenalan diri atau identiti kita akan lebih selamat dan terjamin. Bentuk digital ini ialah melalui mickrocip yang akan diletakkan dalam badan kita sama ada di tangan atau melalui gerakan retina mata. Apabila berada dalam tubuh kita melalui sistem ini, mikrocip ini akan dapat berfungsi pada bila-bila masa terutama melibatkan urusan yang menggunakan kad pengenalan. Dengan pendekatan ini, sistem yang membabitkan urusan perbankan, perkhidmatan kaunter, aplikasi dalam talian dan urusan yang berkaitan akan lebih mudah dan selamat.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 158 AMALAN HIDUP BERMASYARAKAT (HALAMAN 120 - 121) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.4.5 Menulis untuk menghasilkan karangan dengan wacana yang lengkap, bahasa yang gramatis dan ungkapan yang menarik. AKTIVITI 1 - Analisis bahan dan sediakan rangka karangan yang mengandungi ungkapan menarik dan urutan isi yang lengkap. AKTIVITI 2 - Tulis karangan lengkap berdasarkan rangka yang telah disediakan. Cadangan Jawapan Aktiviti 1 dan 2 (Untuk Karangan Lengkap) KERANGKA KARANGAN BIL PERENGGAN HURAIAN 1. Pendahuluan - kejiranan didefinisikan sebagai hubungan erat dalam kalangan masyarakat yang hidup berbaik-baik, bertolak ansur, tolong-menolong dan bekerjasama dengan jiran tetangga. - jiran ialah orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita. Masyarakat yang mengamalkan sikap kejiranan dapat mewujudkan suasana harmoni dan aman kerana hidup berjiran membawa bahagia. - hubungan kejiranan bagaikan isi dengan kuku, umpama dakwat dan dapat mencetuskan toleransi dan keharmonian hidup. - pelbagai aktiviti boleh dijalankan untuk mengeratkan hubungan kejiranan pada alaf baharu 2. Isi 1 Komuniti Beriadah - aktiviti beriadah merupakan aktiviti yang dapat memupuk hubungan antara jiran - boleh dijalankan pada hujung minggu di setiap kawasan kejiranan. - contoh aktiviti beriadah ialah senamrobik, berjoging. - beriadah dapat menyihatkan tubuh badan serta mencerdaskan minda kerana badan yang sihat akan menghasilkan otak yang cerdas - penganjuran aktiviti riadah di sesuatu kejiranan mampu memupuk semangat saling bekerjasama antara jiran tetangga


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 159 3. Isi 2 Bimbingan Tambahan - bimbingan tambahan kepada anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan juga merupakan aktiviti yang dapat mengukuhkan hubungan kejiranan pada alaf baharu ini - boleh dijalankan dua kali seminggu oleh mereka yang pakar dalam subjek tertentu - tamsilnya, kelas bimbingan secara percuma untuk mata pelajaran yang kritikal seperti Bahasa Inggeris dan Matematik dapat membantu anak-anak di kawasan kejiranan. - bimbingan tambahan tersebut mampu mengurangkan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan untuk menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen berbayar kerana adat pulau limburan pasang 4 Isi 3 Sambutan Perayaan Rumah Terbuka - mengadakan majlis-majlis rumah terbuka semasa sesuatu sambutan perayaan merupakan sebahagian aktiviti kejiranan alaf baharu yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat di Malaysia - dapat membentuk ikatan silaturahim dan memperkukuh semangat kejiranan dalam kalangan jiran setempat. - melalui acara rumah terbuka, jiran dapat bertanyakan khabar dan bercerita tentang pengalaman masing-masing dengan lebih dekat. - melalui majlis rumah terbuka ini, semua ahli dalam masyarakat berpeluang untuk berkumpul dan berbincang sambil menikmati juadah yang disediakan oleh tuan rumah. - sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Krismas, Deepavali, dan sebagainya majlis-majlis rumah terbuka hendaklah dijadikan acara tahunan. Maka, dengan adanya pengimplimentasian program seperti “Rumah Terbuka Kebangsaan” bagi setiap sambutan perayaan, rakyat dapat diterapkan dengan nilai hormat-menghormati dan sayang-menyayangi antara satu sama lain ibarat kata bidalan, “serumpun seperti serai, seikat seperti sirih”. - majlis rumah terbuka mampu mengeratkan hubungan kejiranan dan memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat alaf baharu.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 160 5 Isi 4 Penyebaran Maklumat Berguna - penyebaran maklumat berguna merupakan aktiviti atau amalan kejiranan alaf baharu seiring dengan perkembangan dunia dan teknologi - maklumat berguna dapat disebarkan kepada masyarakat dalam kejiranan dengan pantas kerana semuanya hanya dihujung jari. - penggunaan aplikasi “WhatsApp, Facebook, Telegram, Instagram merupakan aplikasi yang paling popular menyampaikan maklumat kepada ahli masyarakat dalam kejiranan yang sama - jika berlaku sesuatu musibah yang menimpa ahli kejiranan seperti kehilangan ahli keluarga, penyebaran maklumat tersebut akan membantu untuk mengesan kehilangan tersebut. - aktiviti berfaedah yang akan dianjurkan pada hujung minggu juga mudah diketahui oleh semua penduduk dengan lebih pantas - akan menyemai benih sikap tolong-menolong dan prihatin antara satu sama lain - penyebaran maklumat yang berguna akan mewujudkan masyarakat jiran alaf baharu yang aman bak kata cendekiawan hidup berjiran membawa bahagia 6 Penutup - secara intihanya, sudah terang lagi bersuluh, kejiranan alaf baharu pada masa kini menjadi amalan hidup bermasyarakat di Malaysia yang signifikan - amalan yang murni ini menjadikan negara kita unik di mata negara lain dan semakin dikenali di seluruh dunia. - oleh itu, rakyat Malaysia perlu bangkit daripada kealpaan tentang amalan hidup bermasyarakat. - rakyat Malaysia tidak seharusnya bersikap evatif dan bernafsi-nafsi bagi enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing malah perlu berganding bahu ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing dalam usaha menjayakan budaya kejiranan alaf baharu.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 161 ASPEK SENI BAHASA SP: 4.4.1 Mempersembahkan sketsa dalam bentuk multimedia secara kreatif dan menarik. AKTIVITI 3 - Persembahkan sketsa tentang kejiranan dalam bentuk multimedia secara kreatif.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 162 AKTIVITI 4 - Rancang satu aktiviti untuk mengeratkan hubungan kejiranan dan bentangkannya.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 163 MENU MALAYSIA DI SERATA DUNIA (HALAMAN 122 - 123) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.6.1 Menyampaikan maklumat yang betul dan tepat dalam bentuk pembentangan serta perbahasan dengan jelas dan intonasi yang sesuai secara bertatasusila. AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, buat pembentangan tentang dua buah restoran Malaysia di luar negara. Cadangan aktiviti pembentangan : 1. Guru boleh membahagikan murid kepada beberapa kumpulan atau memilih beberapa murid secara berpasangan untuk membentangkan isi-isi penting dalam memperkenalkan dua buah restoran Malaysia di luar negara seperti yang terdapat dalam bahan. 2. Guru boleh memberikan tugasan pembentangan ini mengikut kreativiti murid melalui dua pilihan medium sama ada pembentangan secara manual (menggunakan kertas mahjung) atau penggunaan teknologi komputer (power point, video). Contoh isi pembentangan seperti berikut : ***rujuk bahan dalam buku teks Restoran My Rasa, Perth Kafe Rasa Malaysia, London Latar Belakang - Pengasas: Encik Jamal bin Kamaludin. - Pengasas: Puan Noor Azlina binti Zainal Abidin. - Beroperasi sejak bulan Disember 2015 di Manning, Perth, Western Australia. - Beroperasi mulai tahun 2011. Keunikan dan Tarikan - Menu : sate, nasi lemak, mi rebus Johor, apam balik Johor, kopi Johor, dan cendol. - Menu : sate, nasi lemak, roti jala, asam laksa Pulau Pinang, martabak daging, roti canai, dan kuih muih. - Menjadi destinasi tumpuan pelancong dan pemimpin dari Malaysia serta lokasi penggambaran beberapa produksi drama dari Malaysia. - Menjadi lokasi penggambaran beberapa produksi drama dari Malaysia.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 164 AKTIVITI 2 - Pada pendapat anda, sejauh manakah makanan dapat menonjolkan jati diri? Apakah maksud jati diri? - sifat atau ciri yang unik dan istimewa (dr segi adat, bahasa, budaya, agama dsb) yang menjadi teras dan lambang keperibadian seseorang individu, sesuatu bangsa dsb, identiti :- (Kamus Dewan Edisi Keempat) Cadangan Jawapan : ***mestilah bersesuaian dan munasabah 1. Mencerminkan identiti sesuatu bangsa dan negara terutamanya melalui makanan warisan yang semakin terpinggir dek arus pemodenan. 2. Melambangkan keunikan sesuatu budaya dan bangsa. 3. Mewarisi makanan tradisional secara turun-temurun oleh nenek moyang masyarakat majmuk di Malaysia. 4. Menggalakkan penyatuan bangsa dan mengeratkan ikatan perpaduan di Malaysia. 5. Menghargai keenakan pelbagai makanan setiap kaum. 6. Simbol keistimewaan yang unik dikongsi bersama oleh pelbagai kaum di Malaysia. AKTIVITI 3 - Bina blog untuk mempromosikan makanan tradisional. Cadangan Aktiviti: - Lima langkah mudah untuk membina blog menggunakan aplikasi Blogspot atau Blogger secara percuma. - Anda boleh menonton https://www.youtube.com/watch?v=Y1cp-Y_0Xi4 untuk lebih memahami langkah tersebut. 1. Pastikan mempunyai e-mel terlebih dahulu (akaun gmail). 2. Buka laman sesawang www.blogger.com 3. Daftar masuk akaun bagi permulaan 4. Isikan kesemua maklumat yang diperlukan dalam laman Blogger / Blogspot tersebut dan pilih tapak blog yang sesuai dan menarik minat anda. 5. Apabila blog anda sudah tersedia, boleh mulakan menulis blog berkaitan pengisian makanan tradisional Malaysia untuk dipromosi ke seluruh negara.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 165 MISI KEMANUSIAAN (HALAMAN 124 - 125) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.6.1 Menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan idea dalam pelbagai teks. AKTIVITI 1 - Analisis kesalahan bahasa dalam teks di bawah dan betulkannnya. YAYASAN SALAM (m/s 124 ) Bil Kesalahan Bahasa Pembetulan Kenali SALAM 1 menanamkan lagi semangat menanamkan semangat lagi 2 di kalangan masyarakat dalam kalangan masyarakat 3 pelbagi jenis program-program pelbagai jenis program 4 sumbangan dari badan korporat sumbangan daripada badan korporat 5 luar negara di luar negara 6 Tsunami tsunami 7 menghulur bantuan kemanusiaan menghulurkan bantuan kemanusiaan 8 pada mangsa perang kepada mangsa peperangan 9 kembali di pangkal kembali pada pangkal 10 bimbingan pada ibu tunggal bimbingan kepada ibu tunggal Misi SALAM 1 menganggap berkhidmat sebagai menganggap perkhidmatan sebagai 2 amat bermakna berkesan amat bermakna dan berkesan 3 Justeru itu Oleh itu 4 kemahiran di antara sukarelawan kemahiran antara sukarelawan 5 boleh dapat mewujudkan dapat mewujudkan 6 saling bantu-membantu saling membantu/bantu-membantu 7 saling sayang-menyayangi saling menyayangi/sayang-menyayangi 8 18 tahun di atas 18 tahun ke atas 9 dialukan dialu-alukan Rumah Perlindungan SALAM 1 dua buah rumah-rumah perlindungan dua buah rumah perlindungan 2 jagaan pusat kanak-kanak jalanan pusat jagaan kanak-kanak jalanan BANTUAN RAKYAT SARAWAK KEPADA MANGSA BANJIR (m/s 125) Bil Kesalahan Bahasa Pembetulan Perenggan kedua 1 berkata yang berkata bahawa 2 di dalam bentuk pakaian dalam bentuk pakaian 3 di berapa daerah di Semenanjung di beberapa daerah di Semenanjung Perenggan ketiga 1 daripada Sarawak dari Sarawak


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 166 Perenggan keempat 1 dari beberapa bahagian di negeri ini daripada beberapa bahagian di negeri ini 2 paling lewat sekali pada paling lewat pada Perenggan kelima 1 memohon bantuan menerbangkan memohon bantuan untuk menerbangkan Perenggan keenam 1 di antara paling banyak antara paling banyak 2 daripada Sarawak dari Sarawak Perenggan ketujuh 1 mengalukan mengalu-alukan Perenggan kelapan 1 di atas kerjasama atas kerjasama Aktiviti 2 - Terokai maklumat tentang badan kebajikan yang lain dan buat buku skrap berkaitan dengan badan tersebut. Cadangan : Aktiviti Kumpulan Berikut merupakan beberapa contoh badan kebajikan yang ada di Malayisa. Guru boleh memberikan contoh lain ikut kesesuaian. 1. Yayasan Amal Malaysia https://www.amalmalaysia.org.my/ 2. Majlis Kanser Nasional (MAKNA) https://ms.wikipedia.org/wiki/Majlis_Kanser_Nasional 3. St John Ambulance Malaysia https://sjam.org.my/ 4. Pertubuhan Kebajikan Islam Malayisa (Perkim) https://www.perkim.net.my/latar-belakang/ 5. Bulan Sabit Merah Malaysia http://bsmm2014.blogspot.com/


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 167 PEMULIHAN - SEBUTIR PERMATA BUDAYA (HALAMAN 126) AKTIVITI 1 - Betulkan kesalahan bahasa yang terdapat dalam ayat yang bercetak merah dalam teks di bawah ini. NO AYAT 1. Jelita dan anggun dengan penampilan baju kurung pesak Johor pada kebanyakan masa. Di mata kebanyakkan orang, beliau ialah wanita yang sempurna. Di mata – Pada mata kebanyakkan -> kebanyakan 2. Pemilik nama Sharifah Azah binti Mohamed Alsagoff tidak hanya tokoh yang disegani dalam bidang budayawan namun sejarah panjang hidupnya memberi impak luar biasa dalam bidang kewartawanan negara kita. tidak -> bukan memberi – memberikan 3. Wanita yang lebih dikenali dengan Azah Aziz ini telah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Julai 2012 ketika berusia 84 tahun. dengan -> dengan nama 4. Negara kita kehilangan wanita selama ini begitu teguh mempertahan nilai budaya agar tidak ditelan zaman. mempertahan -> mempertahankan 5. Menelusuri jejak hidupnya, Azah ternyata tidak lahir dalam calang keluarga. tidak lahir – lahir calang keluarga – keluarga yang bukan calang-calang 6. Azah bergelar anak yatim semasa kehilangan ayahnya ketika beliau berusia dua tahun di Singapura. semasa – selepas 7. Daripada detik itulah, Azizah sememangnya orang yang paling memberikan impak dalam kehidupan Azah. Daripada - Dari | (kerana detik bermaksud saat) 8. Selepas bergelar setia usaha kepada Ketua Pengarang New Strait Times, Tan Sri Leslie Hoffman pada tahun 1957, Azah kemudian ditawarkan menjadi wartawan. setia usaha – setiausaha 9. Sejak 12 tahun di Berita Harian, Azah Aziz kemudian menerima pelawaan bertugas di Utusan Melayu sebagai Pengarang Rencana. Sejak - Setelah bertugas – untuk bertugas


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 168 PENGUKUHAN - AMALAN HIDUP BERMASYARAKAT (HALAMAN 127) Berdasarkan bahan, tulis karangan lengkap dengan menggunakan bahasa yang gramatis dan ungkapan yang menarik. KERANGKA KARANGAN Pendahuluan Gunakan pantun yang tertera ( ms 127) Kaitkan dengan situasi semasa tentang amalan tersebut. Kehendak soalan Kepentingan amalan berbudi bahasa. Isi 1 Individu – menjadi insan yang dihormati. Mengapa Apakah sebab pentingnya menjadi insan yang dihormati? Bagaimana Nyatakan cara yang perlu dilakukan supaya seseorang itu dihormati. Contoh Berikan contoh yang sesuai. Kesan Terangkan kesan yang akan terjadi jika cara ini berjaya. Ungkapan Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Isi 2 Masyarakat - mewujudkan perpaduan kaum. Mengapa Apakah sebab pentingnya mewujudkan perpaduan? Bagaimana Nyatakan cara yang perlu dilakukan supaya masyarakat mengamalkan perpaduan. Contoh Berikan contoh yang sesuai. Kesan Terangkan kesan yang akan terjadi jika cara ini berjaya. Ungkapan Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 169 Isi 3 Pelancong – berasa seronok melancong di sini. Mengapa Apakah sebab pelancong berasa seronok melancong di sini? Bagaimana Nyatakan cara yang perlu dilakukan supaya pelancong berasa seronok melancong di sini. Contoh Berikan contoh yang sesuai. Kesan Terangkan kesan yang akan terjadi jika cara ini berjaya. Ungkapan Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi. Isi 4 Pemimpin – mudah didampingi rakyat Mengapa Apakah sebab pentingnya pemimpin itu mudah didampingi rakyat? Bagaimana Nyatakan cara yang perlu dilakukan supaya pemimpin itu dihormati dan mudah didampingi oleh rakyat. Contoh Berikan contoh yang sesuai. Kesan Terangkan kesan yang akan terjadi jika cara ini berjaya. Ungkapan Ular menyusur akar tak akan hilang bisanya. Penutup Apakah kesimpulan tentang kepentingan amalan tersebut. Penegas Tegaskan tindakan yang perlu dilakukan. Harapan Terangkan harapan daripada tindakan yang bakal dijalankan. Seruan Mengajak semua pihak cakna dengan amalan berkenaan Ungkapan Seikat bak sireh, serumpun bak serai,


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 170 PENGAYAAN - TIADA RINTANGAN DAPAT MENGHALANG (HALAMAN 128) AKTIVITI 1 - Terokai pelbagai maklumat tentang orang kurang upaya yang berjaya dalam hidup mereka. Berdasarkan pelbagai bahan yang anda baca, buat satu kesimpulan. 1. Profesor Datuk Dr. Ismail bin Md Salleh Ismail dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 September 1947. Sebagai seorang anak yang dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan, keazaman dan kecekalan beliau untuk berjaya menjadi aspirasi ramai anggota masyarakat, terutama golongan kurang upaya. Beliau antara orang yang layak disifatkan sebagai 'Towering Malays'. Mendapatkan Sarjana Muda Ekonomi dan Sains Politik dari Universiti New York pada 1973 sebelum menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan doktor falsafah (PhD) dalam bidang ekonomi di Universiti Illinois, Amerika Syarikat pada 1974 dan 1977. Pernah memegang pelbagai jawatan dalam bidang akademik termasuklah sebagai Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech (IUCTT) dan Presiden Persatuan Kebangsaan Kolej Swasta Bumiputera. Dalam bidang ekonomi, beliau diamanahkan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS), Timbalan Pengarah Eksekutif Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Ekonomi, Pusat Perniagaan Malaysia serta Ahli Majlis Perunding Ekonomi Negara II (MAPEN II) - Jawatankuasa Kerja bagi Penyusunan Semula Masyarakat. Pada 18 Disember 2007, Dr Ismail terus melakar sejarah apabila dilantik sebagai Senator dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) pertama. Apa pun, setiap yang hidup memang sudah dijanjikan dengan sebuah kematian. Pada 27 Ogos baru lalu pakar ekonomi itu meninggal dunia semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura. Ismail ke China kerana menghadiri satu mesyuarat mengenai urusan universitinya, International University College of Technology Twintech.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 171 2. Zy Kher Lee Zy Kher Lee, 12, dilahirkan dengan tangan kiri yang sempurna, separuh tangan kanan, tidak mempunyai kaki kanan dan kaki kiri yang cacat dengan hanya tiga jari kaki. Dia yang pada mulanya takut dengan air, tidak menyangka aktiviti itu berjaya membuatkannya jatuh cinta pada sukan renang sekali gus bercita-cita menjadi atlet paralimpik untuk mewakili negara pada Sukan Paralimpik 2020. “Berenang menjadikan saya rasa diri saya normal. Saya suka berenang. Pada mulanya saya takut dengan air, walaupun agak sukar pada awalnya tetapi tidak lama kemudian saya mula belajar berenang dengan bapa saya dan jurulatih, saya jatuh cinta pada sukan ini,” katanya kepada BERNAMA di sini. 3. Tengku Arman Harris bin Tengku Ismail Golongan orang kurang upaya (OKU) kini bukan sahaja mampu menonjolkan kejayaan mereka sebagai penjawat awam malahan dalam bidang keusahawanan. Golongan ini dilihat begitu gigih serta memiliki kesabaran yang tinggi apabila menceburi satu-satu bidang, seolah-olah kecacatan bukan penghalang untuk mengecapi kejayaan. Bagi Tengku Arman Harris Tengku Ismail, 36, yang cacat pendengaran, kegigihan dan ketabahannya menjadikan beliau antara usahawan OKU yang berjaya dalam perusahaan membuat batik sutera di Terengganu. Menceritakan pengalaman sebelum menceburi perusahan berkenaan sejak 10 tahun lepas, beliau mula bekerja sebagai pengimpal di sebuah bengkel kenderaan di Kuala Lumpur pada 1990 selepas menamatkan persekolahan di Sekolah Menengah Pendidikan Khas di Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Vokasional di Shah Alam, Selangor. Setahun selepas bekerja di ibu kota, beliau yang merupakan anak sulung daripada enam beradik terpaksa pulang ke Terengganu untuk mengambilalih tugas sebagai ketua keluarga selepas kematian bapanya, yang terkorban dalam nahas jalan raya. 4. Haziqah Nurulhuda binti Harun Enam tahun lalu, gadis manis ini pernah putus asa dan tertekan selepas disahkan lumpuh akibat demam panas hingga hilang semangat untuk meneruskan hidup. Namun, kini Haziqah Nurul Huda Harun, 22, yang lumpuh daripada paras pinggang ke bawah sejak 2012, mampu tersenyum kerana beliau bukan saja bangkit dari zaman kekecewaannya, malah mampu berbangga kerana berupaya berdikari menerusi perniagaan kuih bulan yang diusahakannya. Malah, berkat usaha dan kesungguhannya, membolehkan perniagaan itu bertambah maju dan kuih bulan yang dihasilkan bukan setakat menerima tempahan tempatan, malah menembusi pasaran luar negara termasuk Qatar, Abu Dhabi, Russia, Australia, Kuwait, Korea Selatan, Thailand dan Singapura. Ketika ditemui di kilangnya yang dinamakan Victory Yaya dekat Kampung Bukit Kuang, di sini, gadis yang mesra disapa dengan panggilan nama Yaya ini, rancak bercerita mengenai perancangannya pada tahun ini termasuk mahu membuka francais kuih bulan.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 172 5. Razilawali bin A.Wahab Terpilih mewakili skuad bola sepak Malaysia Deaf Tigers (MDT) di pentas antarabangsa hadiah paling bernilai buat Razilawali A Wahab, insan istimewa yang mengalami masalah pendengaran sejak lahir. Lebih membanggakan apabila insan berusia 34 tahun itu mengetuai skuad berkenaan melayakkan diri ke Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia Orang Pekak 2020 di Korea Selatan iaitu yang pertama bagi pasukan dari negara ini. Razilawali berkata, mereka berjaya layak ke Piala Dunia selepas menduduki tangga keenam pada saingan Kejohanan Bola Sepak Orang Pekak Asia Pasifik di Changwon, Korea Selatan tahun lalu. 6. Suresh a/l Selvathamby Hidup sebagai Orang Kurang Upaya (OKU), ditinggalkan bapa ketika masih kecil dan menjalani hidup yang sukar menjadi penyebab S.Suresh mencapai gelaran juara dunia acara sukan yang diceburinya sejak tujuh tahun lalu. Pemilik nama itu juga berdepan kecacatan kekal pada usia muda dan hidupnya yang penuh dengan ranjau berduri sama sekali tidak mematahkan semangat kental atlet para memanah negara ini untuk mencipta nama di pentas dunia biar pun ia bukan sesuatu yang mudah. Mengimbas kembali perjalanan hidup Suresh, percaya atau tidak, bukan semua orang boleh bertahan dan bersabar menembuhi kesusahan hidup. Jika mental tidak kuat, pastinya Suresh tidak berada di tempat sekarang. Malahan, kejayaan merangkul pingat emas pada Kejohanan Memanah Para Dunia 2019 di Hertogenbosch, Belanda, Ahad lalu membuktikan atlet 25 tahun ini berjiwa kental. AKTIVITI 2 - Dengan menggunakan persembahan multimedia, susun dan bentangkan maklumat yang anda peroleh kepada kelas. 1. Murid boleh mengimbas kod QR di bawah untuk melihat slaid tentang Insan Istimewa Yang Berjaya dan mendengar lagu Fikirkan Boleh. PERSEMBAHAN POWER POINT LAGU FIKIRKAN BOLEH


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 173 INSAN ISTIMEWA YANG BERJAYA


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 174 TEMA 10 - BAHASA BUGAR, SASTERA KEKAR TUKANG TULIS (HALAMAN 130 - 131) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.5.3 Bersoal jawab dalam situasi untuk meningkatkan kebolehpasaran diri dalam bidang pendidikan dan kerjaya dengan yakin. AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, bincangkan soalan-soalan yang mungkin ditanya dalam sesi pemilihan penulis skrip drama. 1. Murid secara individu diminta meneliti ketiga-tiga bahan (Iklan ms 130 , Infografik ms 131 dan Petikan Tahukah Anda? ms 131) 2. Murid secara berkumpulan 4 orang diminta membincangkan soalan-soalan temu duga yang boleh dibina berdasarkan bahan. 3. Murid menulis skrip / dialog sesi temuduga yang terdiri daripada 3 panel penemu duga dan seorang calon. **Nota: Contoh Jawapan Aktiviti 1 : [ lihat contoh skrip temuduga pada muka surat 35 ] AKTIVITI 2 - Jalankan simulasi bersoal jawab dalam sesi pemilihan penulis skrip drama. Setiap kumpulan murid membuat simulasi temu duga dengan skrip yang dihasilkan (PBD 1.5.3) Asrul Sani : Assalamualaikum dan selamat sejahtera tuan-tuan. Panel A : Waalaikumsalam saudara, selamat datang ke sesi temu duga pencarian Penulis Skrip Penerbitan Suria Kencana. Sila duduk. Asrul Sani : Terima kasih tuan-tuan kerana memberikan peluang untuk saya mengetengahkan bakat dan karya saya pada hari ini. Panel B : Baiklah saudara, bolehkah saudara memperkenalkan serba sedikit latar belakang saudara? Asrul Sani : Terima kasih. Saya Asrul Sani bin Abdullah berasal dari Kulim, Kedah. Saya mendapat pendidikan awal di SK Labu Besar, Kulim dan kemudian ke SMK Sultan Badlishah. Selepas tamat tingkatan 6 saya melanjutkan pelajaran dalam bidang Komunikasi Massa di Universiti Teknologi Mara di Shah Alam. Panel C : Wah saudara mempunyai ijazah dalam bidang Komunikasi Massa, tentulah saudara mempunyai banyak pengalaman dalam bidang drama dan penulisan skrip ini!


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 175 Asrul Sani : Terima kasih. Sebenarnya saya sudah berjinak-jinak dalam bidang pementasan drama sewaktu di bangku sekolah kerana menyertai Kelab Kebudayaan dan Kesenian Sekolah dan Kelab Penulis Muda Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya dan rakan-rakan pernah menyertai pertandingan drama di peringkat Daerah Kulim dan kemudian mewakili daerah ke peringkat negeri. Melalui Kelab Penulis Muda DBP pula, saya turut serta dalam beberapa siri bengkel penulisan yang mencambahkan minat saya dalam bidang ini. Itulah sebabnya saya memilih jurusan Komunikasi Massa di peringkat Ijazah. Di universiti juga saya aktif dalam aktiviti-aktiviti pementasan drama di fakulti. Panel A : Baiklah saudara, bolehkah saudara jelaskan mengapakah saudara memilih bidang penulisan skrip drama dan bukannya novel atau cerpen? Asrul Sani : Sebenarnya semua bentuk penulisan karya sastera ada kelebihan tersendiri. Namun begitu saya memilih genre drama kerana keseluruhan skrip drama digerakkan oleh dialog. Mesej dan pemikiran pengarang disampaikan melalui dialog watak-watak yang berinteraksi dalam drama. Skrip drama yang baik akan dapat memberikan gambaran yang jelas tentang pemikiran pengarang melalui unsur-unsur dramatik dalam dialog. Manakala dalam novel dan cerpen pengarang boleh menjelaskan situasi, konflik dan perwatakan secara rinci bukan hanya dalam bentuk dialog watak malah secara pemerian. Panel B : Saya tertarik dengan penerangan saudara tentang perbezaan genre-genre tersebut. Sebelum saudara menulis sesebuah skrip, apakah persediaan-persediaan yang biasa saudara lakukan? Asrul Sani : Ya, lazimnya sebelum menulis sesebuah skrip saya akan menetapkan tema dan kemudian membuat kajian tentang isu berkenaan. Saya suka memerhati tabiat masyarakat, oleh itu saya akan turun padang bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat. Saya juga akan membaca penulisan-penulisan seperti novel dan cerpen oleh penulis-penulis terkenal serta artikel-artikel di dalam akhbar ataupun majalah. Panel C : Baiklah, bolehkah saudara jelaskan kelebihan-kelebihan skrip drama anda kepada kami? Asrul Sani : Skrip drama saya pada kali ini berjudul ‘Menggenggam Impian’ mengetengahkan isu dan mesej yang menarik tentang kehidupan anak gelandangan yang bercita-cita tinggi. Drama ini juga mempunyai dialog-dialog yang mampu menyentuh emosi penonton, malah jalan ceritanya amat menarik dan tidak seperti drama biasa sebaliknya mempunyai banyak unsur kejutan. Drama ini juga tidak berfokus kepada satu watak sahaja sebaliknya terdapat pelbagai watak dengan pelbagai karakter. Panel A : Terima kasih saudara Asrul. Saudara sangat berbakat, kami akan meneliti skrip drama saudara itu nanti, dan kami akan menghubungi saudara jika saudara terpilih sebagai salah seorang penulis skrip Suria Kencana nanti. Asrul Sani : Terima kasih dan selamat sejahtera tuan-tuan


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 176 AKTIVITI 3 - Gambarkan keistimewaan drama televisyen yang menjadi kegemaran anda dalam bentuk infografik. Contoh: 1. Murid boleh menggambarkan keistimewaan drama Ayahanda dalam bentuk infografik. Sinopsis Drama Ayahanda Mengisahkan tentang Haji Abdullah (Jalil Hamid), seorang Tok Imam, jurunikah dan mengajarkan kitab di surau yang berusia lebih daripada 100 tahun. Surau itu kemudian dibina semula setelah dilanda ribut yang hampir meragut nyawa Haji dan isterinya, Hajah Noriah (Fauziah Ahmad Daud) ketika itu. Haji Abdullah dilihat sebagai seorang imam tua yang degil dan mahu mempertahankan semua jawatannya di masjid kampungnya. Walaupun Haji Abdullah sudah tidak diterima oleh masyarakat kerana kaedah pengajaran dan kitabnya yang dianggap lapuk tetapi beliau tetap melunaskan tanggungjawabnya. Hanya Hajah Noriah yang masih setia dan sentiasa memberikan sokongan padu kepada suaminya. Di kampung, seorang imam baharu telah dilantik iaitu Ustaz Hamidi, 20-an dan lulusan Al-Azhar, Mesir. Jemaah pun semakin ramai di masjid. Haji Abdullah tercabar dan tetap mahu menjadi imam. Haji Abdullah dan Hajah Noriah mempunyai empat orang anak iaitu Halimah (Noorkhiriah), Ramli (Shahz Jaszle), Ahmad (Hairi Safwan) dan Aziz (Fikry Ibrahim). Halimah, anak sulung yang tinggal di belakang rumah Haji sering diharapkan oleh adik-beradiknya untuk menjaga ibu bapa mereka. Halimah juga terpaksa bersabar dengan perangai suaminya, Mat Diah (Sobri Anuar) yang terlalu taksub dengan pertandingan suara burung. Ramli, anak kedua Haji Abdullah pula sibuk berulang-alik menghantar Piah (Nurmiziana Rosli), isterinya ke kampung asalnya kerana emaknya sakit. Manakala, Ahmad, anak ketiga yang mahu menambah pendapatan dengan mengusahakan kebun sayur di kaki bukit. Isteri Ahmad, Hasnah, telah meninggal dunia bersama anak ketiganya semasa bersalin. Hajah Noriah dan Halimah sentiasa cuba mencarikan jodoh baharu untuk Ahmad


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 177 tetapi Ahmad belum bersedia. Aziz, anak bongsu Haji Abdullah bekerja sebagai juruteknik di sebuah kilang dan minat penulisan. Isterinya, Mazni (Rita Nadira) lebih mementingkan kesenangan diri dan mula mengambil kesempatan atas kesibukan suaminya yang mahu menjaga orang tuanya, anak mereka dan juga menyiapkan penulisannya. Haji Abdullah mahukan sokongan anak-anaknya untuk dia meneruskan tanggungjawabnya sebagai imam, namun semua anaknya tidak berpihak kepadanya membuatkan Haji Abdullah terasa hati. Aziz yang menjadi harapan Haji Abdullah juga menentang hasrat ayahnya lebih-lebih lagi hubungan mereka pernah terpalit dengan sejarah lampau yang merenggangkan hubungan mereka berdua. Sikap degil dan ego Hj Abdullah menyebabkan dirinya dilanda sepi dan tiada siapa yang peduli. Terleraikah kesepian hati seorang ayah dan dapatkan anak-anaknya memahaminya? Dapatkah anak-anak Haji Abdullah menebus kelemahan mereka yang sudah mengabaikan hati seorang ayah? Mengertikah mereka tentang pengorbanan seorang ayah? 2. Murid juga boleh menonton ulasan dan sinopsis drama Ayahanda melalui You Tube https://www.youtube.com/watch?v=6V_FAA0ANkY


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 178 SASTERAWAN DARI UTARA (HALAMAN 132 - 133) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.3.3 Membaca dan membuat kesimpulan daripada bahan dengan betul. AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, catatkan kelebihan karya Azizi bin Abdullah. BIL KARYA KELEBIHAN 1. Novel Seorang Tua di Kaki Gunung - Meraih tempat kedua dalam Sayembara Hadiah Novel GAPENA – Yayasan Sabah II (1981) - Memenangi hadiah novel berunsurkan Islam anjuran Yayasan Pendidikan Islam. 2. Novel Ayahanda - Bahasa yang digunakan mudah difahami walaupun terdapat dialek Kedah - Ciri-ciri peribadi kebapaan dan keanakan yang ditimbulkan dalam novel ini mengundang pelbagai perasaan dalam jiwa pembaca - Watak-watak yang ditonjolkan dalam novel ini merupakan watak sebenar yang hidup dalam alam realiti. 3. Novel Harga Sebuah Maruah - Memenangi tempat kedua Sayembara Mengarang Novel Sempena Perayaan Jubli Emas Dewan Bahasa dan Pustaka. AKTIVITI 2 - Buat kesimpulan tentang hasil karya Azizi bin Abdullah. Karya Azizi bin Abdullah lebih ke arah tema kekeluargaan. Kesemua watak yang terdapat dalam ketiga-tiga novel tersebut ialah watak warga tua iaitu watak bapa dan ibu. Novel-novel tersebut mengisahkan kehidupan, sumbangan dan pengorbanan warga tua dalam sesebuah keluarga. Watak-watak tersebut juga berpendirian teguh dan mempunyai prinsip hidup yang tersendiri. Mereka tidak mahu mengalah kepada sesiapapun dan ingin menjaga maruah diri Contohnya, dalam novel Seorang Tua di Kaki Gunung, lelaki tua yang dikenali sebagai Tukya mempertahankan corak kehidupan tradisi dan kehidupan hariannya yang amat rapat dengan alam semula jadi di Gunung Bongsu. Beliau yang berprinsip hidup berdikari, mahu membuktikan masih memiliki tenaga kepada anak dan cucunya. Tukya ingin menebang pokok cengal batu agar dapat membina rumah baharu tanpa bantuan orang lain. Manakala dalam novel Ayahanda, jalan ceritanya lebih kepada kehidupan seorang bapa yang sengsara dan dilanda sepi setelah kehilangan isterinya. Dalam novel Harga Sebuah Maruah pula memaparkan kisah Cah, seorang ibu tua yang berpendirian teguh tidak mahu tanah sawah peninggalan arwah suaminya jatuh ke tangan pihak kerajaan untuk tujuan pembangunan. Cah mempertahankan tanah sawah


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 179 kerana tanah sawah itu melambangkan maruah dan harga diri seorang pesawah dan merupakan sumber rezeki mereka. . AKTIVITI 3 - Tulis sinopsis sebuah novel yang pernah anda baca. Novel Kabus Di Perbukitan (Mohamad Kholid Hamzah) Novel ini memaparkan kisah pasangan suami isteri, Kamarudin seorang tentera dan Salmah,yang mempunyai sepasang anak kembar Faridah dan Rahayu. Apabila Kamarudin ditugaskan sebagai Pegawai Pemerintah di Pengkalan Hulu di Perak, dia telah berkahwin dengan Hamidah. Kamarudin diarahkan bertugas sebagai Atase Keselamatan di Pejabat Kedutaan Malaysia di Pontianak, Indonesia. Di sinilah bermulanya perpisahan pasangan kembar tersebut. Kamarudin telah membawa Rahayu tinggal bersama-samanya, manakala Faridah dijaga oleh Salmah. Setelah dewasa, Rahayu berkawan dengan Azrul yang sama-sama belajar di Fakulti Ekologi Manusia, UPM. Faridah menjadi Sukarelawan PDK Suria. Rahayu telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia kerana pengsan di perpustakaan. Rahayu disahkan menghidap kanser. Faridah pula membawa kanak-kanak istimewa ke Bukit Fraser. Sebelum pulang Faridah pergi ke Raub untuk mengisi minyak van dan membeli beberapa keperluan untuk perjalanan pulang pada pukul 2 petang nanti. Akibat terkejut dengan kehadiran Iqbal di dalam van, Faridah gagal mengawal pergerakan van, dan melanggar tembok pengadang jalan lalu menjunam ke dalam gaung. Faridah dan Iqbal tidak dapat dikesan oleh pasukan penyelamat. Setelah dua minggu usaha menyelamat gagal, operasi menyelamat dihentikan. Namun, bapanya, Kamarudin dan rakannya, Buyung berusaha meredah hutan mencari Faridah dan Iqbal. Mereka dijumpai di perkampungan orang Asli di Sungai Dua. Faridah dimasukkan ke hospital yang sama dengan Rahayu dalam keadaan koma. Rahayu melawat Faridah dan dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi Faridah. Selepas kematian Rahayu dan tamat pengajian di universiti, Azrul berhasrat menjadi penternak kambing yang berjaya, sebagaimana yang dicita-citakan oleh Rahayu semasa mereka sama-sama belajar. Setelah sihat, Faridah berkahwin dengan Pegawai Kebajikan Masyarakat bernama Ghazali. Tidak lama kemudian Salmah, ibu kepada Faridah dan Rahayu meninggal dunia kerana terlalu rindu akan Rahayu. Selepas itu, Ghazali pula meninggal dunia akibat kemalangan. Kemudian Faridah ditawarkan mengikuti kursus Community Services for Disable People di New Zealand selama enam bulan. Di situlah dia berkahwin dengan Soleh Johnsons dan dia terus menetap di sana. Mereka mendapat sepasang anak kembar, iaitu Melina dan Anne. Melina berkenalan dengan Jabbar al – Anbia atau dikenali sebagai “Benny”. Secara tidak sengaja, Anne pula bertemu dengan Zain yang membantunya semasa keretanya rosak. Akhirnya Melina berkahwin dengan Benny di Masjid al-Noor, Christchurch. Mereka berpindah ke Malaysia kerana Benny ditugaskan menerajui operasi minyak di situ. Mereka menetap di Terengganu. Di Malaysia, Benny berkawan baik dengan Mohamed Attar dan Mehmood yang cenderung mencapai sesuatu matlamat berhubung dengan Islam secara kekerasan. Muhamed


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 180 Attar telah ditangkap oleh pihak berkuasa Interpol kerana disyaki terlibat dengan aktiviti pengganas. Benny yang bimbang akan keselamatan dirinya telah melarikan diri ke Dubai dengan bantuan keluarganya. Faridah dan Soleh pulang ke Malaysia untuk berbincang tentang perkahwinan Anne dan Zain. Mereka menginap di Cameron Highlands. Di situlah Faridah mengetahui bahawa Zain ialah anak lelaki bekas teman lelaki adiknya, arwah Rahayu. Majlis perkahwinan mereka berlangsung dengan meriah. Akhirnya, Melina yang sedang sarat mengandung ke Dubai bersama-sama dengan ayahnya, Soleh untuk berjumpa dengan Benny. Melina dan Benny menetap di Dubai. Anne dan Zain pula mengambil alih syarikat penternakan keluarga Johnson di New Zealand. Datuk Azrul dan Soleh Johnsons membuka perniagaan kotej di Cameron Highlands.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 181 BAHASA MURNI, WAJAH PERIBADI (HALAMAN 134 - 135) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.5.1 Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai. AKTIVITI 1 - Teliti dan olah bahan yang diberikan untuk menghasilkan karangan yang lengkap. Bahasa Pakaian Budaya Kita sering mendengar ungkapan seperti bahasa jiwa bangsa, bahasa ialah pakaian budaya, dan bahasa yang sopan mengangkat tamadun bangsa. Walau bagaimanapun, hal ini berbeza dalam kehidupan seharian terutamanya penggunaan bahasa di luar media sosial dan dalam media sosial. Dalam kalangan kita, ada yang berpura-pura baik dalam media sosial, ada yang bahasa kasarnya berubah dalam media sosial dan ada yang tutur katanya sopan di mana- mana sahaja. Justeru, bagaimanakah penggunaan bahasa yang sepatutnya ? Penggunaan bahasa yang sepatutnya dalam kehidupan ialah menggunakan bahasa yang sopan baik di luar media sosial ataupun dalam media sosial. Penggunaan bahasa yang sopan tidak akan menyakitkan dan mengaibkan perasaan mana-mana pihak. Misalnya, menggunakan tutur kata yang sopan, menggunakan kata sapaan mengikut usia dan pangkat, menggunakan nada dan intonasi yang mesra dan lain-lain. Kesannya, kita dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan pergaduhan sesama netizen dapat dielakkan. Jelaslah, menggunakan bahasa yang sopan baik di luar media sosial atau dalam media sosial ialah cara penggunaan bahasa yang sepatutnya dalam kehidupan seharian. Selain itu, menggunakan bahasa dengan betul ialah penggunaan bahasa yang sepatutnya. Kita perlu menggunakan bahasa yang tidak melanggar peraturan tatabahasa dan tidak menggunakan perkataan atau ejaan yang tidak wujud dalam kamus sesuka hati. Buktinya, perkataan “ tidak cukup tidur” dieja “ x cukup tido” , ejaan ungkapan Inggeris yang dimelayukan seperti “gaiss” dan sebagainya. Kesan penggunaan bahasa sebegini akan merosakkan bahasa sekali gus merendahkan martabat diri penutur bahasa Melayu. Sudah terang lagi bersuluh, menggunakan bahasa dengan betul ialah penggunaan bahasa yang sepatutnya dalam kehidupan. Tuntasnya,langkah pragmatik harus dilaksanakan bagi memastikan kita semua menggunakan bahasa dengan baik. Penggunaan bahasa yang baik bukan sahaja harus diaplikasikan di luar media sosial malah, dalam media sosia oleh pelbagai pihak. Hal ini sudah pastinya akan memberikan seribu satu kebaikan kepada kita.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 182 ASPEK SENI BAHASA SP: 4.3.2 Menghasilkan seloka menggunakan idea yang kreatif serta bahasa yang indah dan bertatasusila. AKTIVITI 2 - Berdasarkan bahan, tulis seloka tentang penggunaan bahasa dalam media sosial. Antara Realiti dengan Media Sosial Andai sudi mendengar kata, Dengarkan pesan daku titipkan, Sopan santun dalam bicara, Supaya diri dapat kebaikan. Media sosial medan ukhuwah, Jangan dicemar bahasa kasar, Sekejap di atas sekejap di bawah, Kelak diri mendapat gusar. Sering didengar kata ‘kipidap’, Ejaan Inggeris nak dimelayukan, Bagaimana cara perlu kuhadap ? Bahasa Melayu nak dirosakkan. Kawal hati kawal diri, Takut dibaling dengan batu, Nafsu amarah kuasai diri, Habis dikecam pihak tertentu. Kalau tiada bicara yang baik, Lebih baik berdiam diri, Apa guna bicara tak baik? Kalau nanti merosak diri. AKTIVITI 3 - Tangkap skrin dan cetak penggunaan bahasa yang salah dalam media sosial. Kemudian, betulkan. Penggunaan bahasa yang salah dalam media sosial Penggunaan bahasa yang betul Mohon doa daripada kalian.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 183 Jangan berasa berat untuk bersedekah. Itulah pelaburan yang paling berbaloi dan kekal lama selepas kematian kita. Perempuan : Sayang, tambah nilaikan sayang RM 5 boleh ? Alia, awak hendak beli makanan di kafekah? Saya hendak beli tetapi lambat sedikit. Nanti kita jumpa di kafe ye. Kalau tidak sempat jumpa tidak mengapalah. Kak Ainun: Mari kita turun makan. Pah: Marilah kawan-kawan, saya tunggu di bawah ni. Nana 1: Saya tak bolehlah. Saya: Saya tunggu di kafe. Atiqah: Saya tunggu kamu semua di kafe ok. Daisy: Kafe sudah tutup.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 184 SASTERA UNTUK MASYARAKAT (HALAMAN 136 - 137) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.5.2 Mendengar dan menilai keseluruhan soalan serta memberikan respons yang betul secara berhemah dan bertatasusila. AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, dengar soalan dan nilai maksud keseluruhan soalan, serta berikan respons yang sesuai. * Mengimbas kod QR muka surat 137 , mendengar soalan dan memberikan respons yang sesuai. 1. Anda membaca karya sastera pada masa lapang? Ya. Saya suka membaca karya sastera pada masa lapang. 2. Apakah peranan sastera dalam masyarakat? Memaparkan realiti masyarakat dengan jujurnya Mengemukakan ilmu dan pemikiran bagi memajukan masyarakat Penulis menjadi wakil menyampaikan suara golongan yang tertindas tanpa mengira latar belakang, keturunan, kaum, jantina, atau agama. Karya sastera boleh digunakan untuk memupuk semangat cinta akan negara,memupuk perpaduan, dan menyerlahkan identiti bangsa Dapat melahirkan masyarakat yang mencintai keamanan, persekitaran, dan kemanusiaan. 3. Bagaimanakah cara untuk memupuk minat murid terhadap sastera? menganjurkan kursus penulisan karya sastera terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah. Dengan ini, pelajar-pelajar akan dapat mengetahui apa yang dimaksudkan dengan karya sastera dan juga mengetahui cara-cara untuk membaca karya sastera yang baik dan bagus. Dengan adanya kursus seperti ini mereka akan dapat membaca karya sastera dengan menggunakan daya kreatifiviti mereka yang asli dan mempunyai idea yang tersendiri. Contohnya menganjurkan Perkampungan Penulis Muda bagi pelajar sekolah dan juga masyarakat. Ibu bapa juga perlu memberi dorongan yang kuat terhadap anak mereka yang meminati karya sastera. Bagaimana? Membenarkan anak mereka mengikuti program yang dianjurkan oleh kerajaan seperti,bengkel mengarang cerpen,puisi dan pelbagai karya sastera yang lain. mengadakan kempen membaca secara besar-besaran bagi memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar mahupun masyarakat. Justeru, untuk menghasilkan sebuah karya yang baik memupuk minat membaca dalam diri seseorang merupakan satu insentif yang bijak. Dengan wujudnya minat membaca, para pelajar mahupun masyarakat dapat memperoleh perkataan yang baharu dan indah sebutannya untuk menghasilkan karya sastera yang baik. Kempen seperti ini perlu dianjurkan dengan lebih kerap lagi, agar minat membaca dan minat


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 185 terhadap karya sastera tidak akan hilang begitu sahaja. Melalui kempen seperti ini, para pelajar dan juga masyarakat akan dapat melihat pelbagai jenis karya sastera yang telah dikarang oleh pengarang mahupun Sasterawan Negara. Contohnya, kempen ini perlu dianjurkan sebulan sekali atau dua bulan sekali agar minat terhadap membaca dan juga minat terhadap karya sastera dapat dikembangkan dan diperluaskan dengan lebih pesat lagi. menerapkan minat membaca karya sastera semasa pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah. Sekiranya cara ini dijalankan, kemungkinan besar minat membaca karya sastera dapat ditanamkan dalam diri para pelajar dan juga guru-guru. Terdapat juga guru yang tidak tahu apa itu karya sastera, Walaupun tugasnya sebagai seorang guru, belum pasti guru itu tahu apa yang dimaksudkan dengan karya sastera. Justeru,dengan menerapkan minat membaca karya sastera semasa pembelajaran dan pengajaran di bilik darjah, secara automatiknya para pelajar akan mengetahui serba sedikit tentang karya sastera. Pihak sekolah atau pihak yang berkenaan perlulah menitikberatkan perkara sebegini agar minat terhadap karya sastera tidak akan hilang daripada jiwa para pelajar mahupun guru-guru. Contohnya,menambahkan masa mata pelajaran Bahasa Melayu agar guru dapat menerangkan dengan lebih terperinci, memberikan perhatian semasa guru mengajar. Guru juga perlulah memberi komitmen yang terbaik sekiranya para pelajar bertanya soalan tentang karya sastera. Kementerian Pendidikan Malaysia perlulah mengadakan minggu sastera seperti minggu yang diadakan sekarang. Contohnya, Minggu Bahasa Melayu, Minggu Bahasa Inggeris dan sebagainya. Dengan adanya minggu sastera ini, karya sastera tidak akan luput ditelan zaman dan para pelajar dapat mengembangkan minat membaca karya sastera. Minggu sastera ini juga dapat memupuk sikap suka membaca kepada para pelajar yang malas untuk membaca karya sastera. Melalui minggu sastera ini, pihak sekolah dapat mencungkil bakat-bakat baharu untuk menghasilkan karya para pelajar, selain memupuk minat membaca karya sastera. Secara tidak langsung, minggu sastera ini dapat memberkani input yang positif terhadap usaha kerajaan untuk memupuk minat membaca karya sastera dalam kalangan para pelajar, guru-guru dan juga masyarakat. Dengan wujudnya minggu sastera di semua sekolah di Malaysia, minat membaca karya sastera tidak akan hilang ditelan zaman. memperluas perpustakaan di sekolah dan memperbanyak buku tentang karya sastera di perpustakaan sekolah dan juga perpustakaan awam. Setiap sekolah mempunyai perpustakaan sendiri, namun kadar kemasukan para pelajar sangat mengecewakan. Untuk memupuk minat membaca karya sastera dan juga minat membaca buku, kerajaan dan juga pihak sekolah perlu menaiktarafkan perpustakaan di sekolah. Contohnya, sebuah perpustakaan perlu dilengkapi dengan pelbagai jenis buku dan juga karya sastera, menambahkan kemudahan asas yang diperlukan dan sebagainya.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 186 4. Mengapakah dikatakan bahawa sastera memainkan peranan penting dalam masyarakat? Karya sastera boleh digunakan untuk memupuk semangat cinta akan negara, memupuk perpaduan, dan menyerlahkan identiti bangsa Dapat melahirkan masyarakat yang mencintai keamanan, persekitaran, dan kemanusiaan. Tulang belakang hampir semua disiplin ilmu Sastera ialah hiburan yang mewarnai kehidupan masyarakat 5. Bandingkan nilai sastera yang terdapat dalam muzik dengan filem. Nilai sastera dalam muzik - Menggunakan estetika puisi dalam lirik lagu - Elemen sastera dalam video muzik yang sarat dengan metafora,simbol dan peringatan - Ada naratif / cerita Nilai sastera dalam filem - Diterjemahkan melalui teknik sinematografi - Permainan visual yang sinematik dijelmakan melalui penghayatan terhadap kualiti penulisan skrip - Melahirkan dialog bermutu 6. Bincangkan langkah-langkah untuk menggalakkan masyarakat membaca karya sastera? GOLONGAN KARYAWAN 1. Mereka perlu turun padang menjalankan kempen kepada golongan masyarakat seperti mengadakan ceramah, pameran, diskusi, jualan murah karya sastera. 2. Mereka perlu mendekati golongan pembaca untuk mengetahui cita rasa dan kecenderungan serta minat agar karya yang dihasilkan itu menepati kehendak masyarakat. 3. Mereka perlu meningkatkan kualiti karya yang dihasilkan sesuai dengan perkembangan semasa. 4. Mewujudkan persatuan karyawan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan mereka. PIHAK KERAJAAN 1. Menguatkuasakan undang-undang hak cipta dengan lebih berkesan agar masalah cetak rompak serta kualiti karya sentiasa terjamin. 2. Mengecualikan cukai terhadap hasil karya agar harga sesebuah karya lebih murah dan lebih kompetitif. 3. Mengurangkan harga kertas dan bahan-bahan percetakan. 4. Melancarkan kempen membaca dalam kalangan masyarakat. 5. Memperbanyak penubuhan perpustakaan awam terutamanya di luar bandar. 6. Menyediakan insentif menarik kepada golongan karyawan yang aktif menulis karya sastera. 7. Mewujudkan kedai buku 1Malaysia yang menjual buku sastera dengan lebih murah. 8. Menubuhkan outlet karya sastera di semua pejabat kerajaan. 9. Menggalakkkan kakitangan awam membaca dan membeli karya sastera.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 187 10. Memperkenalkan skim potongan harga kepada golongan pekerja awam. GOLONGAN PELAJAR 1. Menggiatkan lagi Program Nilam dalam kalangan pelajar. 2. Mewajibkan subjek sastera kepada golongan pelajar tertentu. 3. Kempen kesedaran perlu dilaksanakan di peringkat sekolah. 4. Memperbanyak karya sastera di perpustakaan sekolah. 5. Menjadikan karya sastera sebagai bahan kajian kepada pelajar. 6. Menjadikan sesetengah karya sastera yang sesuai sebagai buku teks sekolah. GOLONGAN MASYARAKAT 1. Menjadikan hobi membaca karya sastera dalam kehidupan seharian. 2. Menjadi contoh teladan kepada golongan muda. 3. Menyediakan peruntukan khusus setiap bulan untuk membeli karya sastera. 4. Memberikan galakan kepada anak-anak supaya membaca karya sastera yang sesuai di samping minat lain. 5. Menjadikan budaya membaca sebagai amalan hidup. AKTIVITI 2 - Jalankan aktiviti berbalas pantun yang bertemakan kesusasteraan Melayu. *Rujuk kod QR muka surat 136 Karya untuk Semua – Persembahan Berbalas Pantun tentang Sastera untuk Masyarakat Pantun 1 - Alya Mudik ke muara untuk bertemu, Juadah dihidang berlaukkan kerang; Kalau sastera menambahkan ilmu, Mengapa tidak dipedulikan orang? Safarul: Dagangan luak bawa ke seberang, Leka berbual tidak tertahan; Sastera tidak dipedulikan orang, Media sosial jadi pilihan. Pantun 2 – Safarul Hutan belantara jangan diredah, Ketika cuaca tidak menentu; Karya sastera banyak faedah, Minat membaca karya bermutu? Alya: Puisi lama tidakkan lapuk, Teromba adat susunan terikat; Gemar membaca dapat dipupuk, Suburkan minat dalam masyarakat. Pantun 3 – Alya Tegak buaya badannya sintal, Terlanggar kapal luka kakinya; Kalau hanya menjadi bantal, Buku yang tebal apa gunanya? Safarul: Memakai capal tiga teruna, Singgah sebentar hujung tepian; Buku yang tebal masih berguna, Lelap sebentar sambung bacaan.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 188 Pantun 4 – Safarul Duduk berkawan di pohon sena, Dengar ceritera sebuah hikayat; Jikalau tuan bijak laksana, Bagaimana sastera mendidik rakyat? Alya: Hamba bermadah dalam hikayat, Elok berperi hati terpesona; Sastera nan indah mendidik rakyat, Nilai murni tersisip makna.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 189 PENCINTA BAHASA (HALAMAN 138 - 139) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.4.1 Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meningkatkan penguasaan kosa kata dalam pelbagai bidang. AKTIVITI 1 - Baca bahan dengan telitinya dan senaraikan kosa kata baharu yang anda pelajari. Kemudian, berikan makna perkataan tersebut dengan merujuk kamus, ASPEK TATABAHASA SP: 5.2.4 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata tugas dengan betul mengikut konteks. AKTIVITI 2 - Kategorikan kata prafrasa yang terdapat dalam bahan. Kemudian, tulis perenggan pendek dengan menggunakan perkataan tersebut. Jumlah subjenis golongan ini ialah lapan, iaitu:- 1) kata bantu 2) kata penguat 3) kata penegas 4) kata nafi 5) kata pemeri 6) kata sendi nama 7) kata arah 8) kata bilangan ( Jawapan telah disediakan dalam buku teks hal. 237) Khazanah hutan yang ada di Kuala Sepetang, Perak ialah hutan paya bakau. Hutan amat penting untuk mengawal hakisan pantai dan menjadi habitat beberapa hidupan akuatik, Kayu bakau dari hutan ini pula digunakan untuk menghasilkan arang. Kayu bakau kayu jenis bakau kurap dan kayu bakau minyak sesuai benar untuk dijadikan arang. Proses untuk menghasilkan arang kayu bakau ini bukan mudah. Proses ini memerlukan kepakaran tenaga kerja yang unik dan mencabar. Kosa kata baharu Maksud elegi lagu, puisi atau karya lain yang menyatakan kelebihan, rintihan terutamanya kepada orang yang telah mati melankolik berasa atau memperlihatkan perasaan sedih atau dukacita plagiat mencedok kata-kata, idea daripada orang lain dan menggunakannya sebagai karyanya sendiri sentimental bersifat lembut atau romantis apresiasi penghargaan terhadap sumbangan dan jasa seseorang stanza rangkap sajak yang terdiri daripada beberapa baris ayat pengekodan perbuatan mengekodkan


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 190 AKTIVITI 3 - Cari dan baca cerpen lain yang bertemakan bahasa dan sastera. Senaraikan kosa kata baharu daripada cerpen tersebut pula. “Sebenarnya, nenek moyang kamu berasal daripada keturunun manusia ketika munculnya para dewa Yunani dulu. Dikatakan, mereka dah terkena sumpahan daripada dewa, laitu Zeus, Si Dewa Langit. Apa yang aku tahu, kaum kamu itu mempunyai rasa iri hati yang tinggi. Hinggakan pada suatu ketika, seorang wanita benama Leto sangat ghairahkan air. Entah kenapa leluhur kamu Sanggup kocakan air kolam menggunakan kaki kerana tak mahu memberikan wanita itu minum.” Tak yang tersenyum sinis dar! tadi, tiba-tiba memek mukanya kelihatan berubah. Dia terus memfokuskan bait-bait yang terpancul daripada mulut Tuan Presiden. “Kamu tahu siapakah perempuan yang bernama Leto itu?” tanya Tuan Presiden kepada Tak yang masth mengunci mulut lebarnya. … (baca sambungannya dalam Cerpen Katak yang Terpenjara … Tunas Cipta , Bil 04 2021) ** Murid boleh membaca sebarang cerpen yang bertemakan baahasa dan sastera untuk aktiviti 3.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 191 TEMA 11 - EKONOMI DINAMIK, NEGARA BERWIBAWA BELANJAWAN DINAMIK (HALAMAN 146 - 147) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.6.1 Menyampaikan maklumat yang betul dan tepat dalam bentuk pembentangan serta perbahasan dengan jelas dan intonasi yang sesuai secara bertatasusila. AKTIVITI 1 - Teliti maklumat yang terdapat dalam bahan. AKTIVITI 2 - Bahaskan maklumat tersebut dengan jelasnya menggunakan intonasi yang sesuai dan bertatasusila. 1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan untuk membahaskan maklumat di atas dengan intonasi yang sesuai dan bertatasusila. 2. Murid boleh menonton sedutan video perbahasan belanjawan sektor pendidikan melalui You Tube pada pautan https://www.youtube.com/watch?v=vVJ6CAu80sk


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 192 RM50.4 bilion diperuntukkan dalam Belanjawan 2021 untuk sektor pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM) menerima peruntukan berjumlah RM50.4 bilion atau 15.6% daripada keseluruhan perbelanjaan kerajaan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz. Perkembangan ini menyaksikan KPM menjadi kementerian kedua yang dianugerahkan peruntukan “gergasi” selepas sektor kesihatan awam untuk memerangi penularan jangkitan Covid-19. Zafrul dalam ucapannya menegaskan keputusan itu dibuat memandangkan bidang pendidikan ialah satu pelaburan paling penting demi memastikan kualiti kehidupan yang lebih baik untuk generasi akan datang. Bagaimanapun, KPM mengalami pengurangan peruntukan sebanyak RM13.7 bilion berbanding RM64.1 bilion yang diperuntukkan pada tahun sebelumnya. Ketika membentangkan belanjawan tersebut, Zafrul menegaskan kerajaan akan memastikan murid daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat kandungan khasiat harian yang mencukupi. Atas sebab itu, pada tahun depan kerajaan akan menambah baik Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dengan penyediaan bekalan susu percuma pada setiap hari persekolahan berbanding dua kali seminggu. Katanya, pengumuman tersebut menelan peruntukan sebanyak RM420 juta dan sebahagian perolehan akan dikhaskan kepada syarikat pengeluar susu tempatan. Katanya, kerajaan akan menambah peruntukan sebanyak RM725 juta bagi menaik taraf bangunan dan infrastruktur 50 buah sekolah-sekolah daif. Manakala bagi sekolah di Sabah dan Sarawak, kerajaan akan melaksanakan 184 projek pembinaan dan pemasangan bekalan air telaga tiub baru dengan kos keseluruhan projek berjumlah RM120 juta. Sementara itu, kerajaan juga memperuntukan sebanyak RM800 juta untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan tambah baik sekolah kerajaan serta sekolah bantuan kerajaan. Katanya, peruntukan itu juga termasuklah membina dewan terbuka dan struktur berbumbung bagi memastikan tempat berhimpun murid yang lebih selamat. Selain itu, katanya Putrajaya juga mengambil berat kebajikan para murid berkeperluan khas. Atas sebab itu, sebanyak RM45 juta disediakan untuk memperkasa sektor pendidikan khas di sekolah-sekolah kerajaan. Dalam pada itu, Zafrul mengumumkan peruntukan bagi sektor pengajian tinggi sebanyak RM14.4 bilion kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Ini termasuk RM50 juta yang disediakan untuk menjalankan projek baik pulih infrastruktur dan peralatan usang di universiti-universiti awam. “Bagi memastikan saling hubungan Internet di institut pengajian tinggi, RM50 juta untuk menaik taraf talian akses Malaysian Research & Education Network atau MYREN kepada 500Mbps hingga 10Gbps,” katanya. Selain itu, katanya, bagi memastikan mahasiswa yang mendapat pinjaman PTPTN boleh mengikuti pembelajaran secara dalam talian, kerajaan akan bekerjasama dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk menyediakan RM100 juta pembiayaan Skim BSN MyRinggit-i COMSIS iaitu skim pinjaman komputer riba.Sumber: https://www.malaysianow.com/berita/2020/11/06/rm50-4-bilion-diperuntukkan-dalam- belanjawan-2021-untuk-sektor-pendidikan/


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 193 AKTIVITI 3 - Rancangkan agihan peruntukan yang wajar diberikan dalam sesuatu sektor. Kemudian, bincangkan. Cadangan Jawapan : Jumlah : RM 60 bilion Aspek Peruntukan (RM) 1. Dana bantuan persekolahan 10 bilion 2.Pendidikan teknikal dan latihan vokasional 10 bilion 3. Biasiswa dan pinjaman pendidikan 10 bilion 4. Pemerkasaan aktiviti penyelidikan di institusi pendidikan tinggi 10 bilion 5. Naik taraf infrastruktur sekolah 20 bilion Idea Perbincangan : Bil Soalan Rasional 1. Mengapakah aspek naik taraf infrastruktur sekolah menerima peruntukan tertinggi? - Sekolah selesa dan selamat merupakan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan kemenjadian murid. - Infrastruktur fizikal akan dapat membantu proses pembelajaran murid di sekolah. - Infrastruktur interaktif seperti alat projektor, ‘smart board’ dan rangkaian jalur lebar seperti ‘unifi’ amat diperlukan untuk membantu guru dalam penerapan amalan terbaik. - Persekitaran pembelajaran yang kondusif dapat diwujudkan. - Murid diberikan peluang untuk membina ilmu pengetahuan sendiri dengan meneroka pelbagai alat bantu belajar. 2. Mengapakah aktiviti penyelidikan di institusi pengajian tinggi perlu diberikan peruntukan sebanyak RM10 bilion? - Penyelidikan perlu diberi penekanan kerana usaha ini membantu kita mengenal pasti pelbagai masalah yang terdapat


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 194 dalam dunia pendidikan - Pelbagai cara penyelesaian secara ilmiah dapat dikumpulkan melalui penyeldikan. - Membantu meningkatkan pembelajaran murid dan pendekatan pengajaran guru


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 195 MENDUNG BERALIH JUA (HALAMAN 148 - 149) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.3.4 Membaca dan mendapatkan penyelesaian masalah secara rasional. AKTIVITI 1 - Baca dan kenal pasti masalah yang terdapat dalam bahan. Bahan 1: Dialog Usahawan Muda Guru meminta murid-murid dalam kumpulan yang dibentuk untuk menyambung dialog tersebut. Sambungan Dialog Usahawan Muda… Contoh: Syifa : Terima kasih, Anas. Anas : Apa masalah koperasi sekolah awak, bolehlah awak kongsi dengan saya? Mana tahu saya boleh bantu awak. Syifa : Ramai rakan saya yang tidak suka membeli barang-barang di koperasi. Mereka kata barang-barangnya mahal dan tidak bermutu. Anas : Oh, saya ada cadangan. Sebelum itu, bolehkah awak senaraikan aktiviti koperasi sekolah awak? (Syifa menyenaraikan aktiviti-aktiviti koperasi sekolahnya dan menyerahkannya kepada Anas) Anas : Sebenarnya, aktiviti-aktiviti ini kurang menarik dan sebab itu rakan-rakan anda tidak berminat berbelanja di koperasi. Bahan 2 - Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Beluru, Kuala Kangsar, Perak 1. Masalah kepakaran tentang penternakan lebah kelulut. 2. Sumber makanan lebah kelulut. 3. Risiko ketika memungut madu lebah kelulut. Bahan 3 - Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor 1. Pemilihan dan penyediaan tapak kios. 2. Prosedur pelaksanaan projek 3. Pengetahuan tentang pengendalian kios. 4. Waktu operasi kios.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 196 AKTIVITI 2 - Berikan justifikasi penyelesaian masalah yang terdapat dalam bahan. 1. Aktiviti seterusnya, murid bersama guru berbincang tentang cadangan langkah-langkah penyelesaian masalah tersebut. AKTIVITI 3 - Kenal pasti masalah yang dihadapi oleh koperasi sekolah anda dan cadangkan langkah penyelesaian. 1. Murid-murid diminta mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh koperasi sekolah dan memberikan cadangan langkah penyelesaiannya. 2. Aktiviti sumbang saran (Lisan) dijalankan, murid-murid diminta memberikan pendapat secara spontan berkenaan dengan masalah-masalah yang dihadapi koperasi sekolah. Bil Masalah Cadangan langkah-langkah penyelesaian 1 Masalah kepakaran tentang penternakan lebah kelulut. Menghubungi Jabatan Pertanian untuk mendapatkan khidmat nasihat dan bimbingan. 2 Sumber makanan lebah kelulut. Mendapatkan dana daripada Jabatan Pertanian, PIBG dan orang perseorangan. 3 Risiko ketika memungut madu lebah kelulut. Mengamalkan langkah keselamatan dengan memakai sarung tangan dan pakaian yang sesuai. 4 Pemilihan dan penyediaan tapak kios. Menentukan tapak yang strategik dan sesuai dengan lokasi sekolah. 5 Prosedur pelaksanaan projek Menyediakan kertas kerja. 6 Pengetahuan tentang pengendalian kios. Menyertai kursus pengendalian koperasi secara dalam talian. 7 Waktu operasi kios. Menyediakan jadual bertugas koperasi yang terancang. Masalah Langkah Penyelesaian Harga barang mahal Kempen ‘free gift’ jika berbelanja jumlah tertentu. Baucar pembelian di koperasi sebagai hadiah pertandingan / majlis anugerah murid. Barang tidak bermutu (tidak memenuhi selera remaja) Mencadangkan kepada pihak koperasi barang-barang terkini yang sesuai dan bermutu.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 197 TUNAIKAN TANGGUNGJAWABMU (HALAMAN 150 - 151) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.4.5 Menulis untuk menghasilkan karangan dengan wacana yang lengkap, bahasa yang gramatis dan ungkapan yang menarik. AKTIVITI 1 - Teliti maklumat yang dipaparkan. Hasilkan karangan dengan wacana yang lengkap. Cadangan jawapan (karangan jenis pendapat) Manfaat cukai kepada negara. Huraikan pendapat anda. Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah negara memperoleh hasil atau pendapatan. Hasil daripada cukai ini digunakan oleh kerajaan untuk mentadbir dan mengurus sesebuah negara dan juga bagi digunakan untuk perbelanjaan pembangunan. Cukai yang dikutip dibelanjakan oleh kerajaan bagi tujuan keselamatan negara dan rakyat, pembangunan fizikal dan infrastruktur seperti jalan raya, hospital, sekolah serta pembangunan ekonomi dan sosial seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan, kebajikan rakyat dan banyak lagi. Oleh itu kita perlu faham yang hasil cukai yang diperoleh kerajaan melalui kutipan terhadap rakyat, kemudiannya akan dapat dimanfaatkan dan dinikmati kembali oleh kita sebagai rakyat. Cukai ialah suatu yang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan kita, pentadbiran negara dan ekonomi. Malah, jika kita melihat isu cukai ini dengan lebih mendalam, kita akan dapat melihat bahawa orang yang mendapat manfaat daripada cukai yang dikutip kerajaan ialah diri kita sendiri. Secara ringkasnya, cukai ialah kunci kepada pentadbiran negara yang berkesan. Namun, sebelum kita boleh menerima cukai dengan hati yang terbuka, seseorang itu perlulah faham bagaimana dan kenapa cukai digunapakai di sesebuah negara. Antara tanggungjawab kerajaan yang memerlukan pendapatan dari cukai ialah untuk membina sekolah sebagai tempat untuk mendidik kanak-kanak. Cuba kita bayangkan di manakah kita sekarang, jika kerajaan mengabaikan tanggungjawab ini? Selain itu, kerajaan juga memperuntukkan dana untuk menyediakan infrastruktur asas seperti membina jalan yang menghubungkan kampung, pekan dan bandar dengan kawasan sekitarnya, dan membolehkan aktiviti perdagangan berlaku antara kawasan- kawasan tersebut. Dalam pada itu manfaat cukai adalah daripada anda untuk anda. Hal ini demikian kerana cukai menjadi dana kerajaan untuk menampung keselamatan rakyat dan negara. Kerajaan juga bertanggungjawab untuk membina ekonomi negara dengan membina kemudahan awam seperti pasar untuk memberi ruang kepada rakyat untuk berniaga dan menjalankan kegiatan ekonomi mereka. Walau bagaimanapun, pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan untuk meringankan beban rakyatnya untuk membayar cukai. Pelbagai cara yang digunakan seperti taksiran sendiri borang D antaranya pelepasan cukai individu dan saudara tanggungan, rawatan untuk ibu bapa,


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 198 kesihatan diri dan keluarga, individu kurang upaya, yuran pengajian, gaya hidup seperti buku, komputer, sukan dan Internet. Selain itu, Tabung Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-I) , pendidikan untuk anak-anak, insurans nyawa dan insurans pendapatan. Kesemua pelepasan cukai individu ini membolehkan rakyat merebut peluang pelepasan cukai yang telah ditetapkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Antara kesalahan berkenaan cukai yang biasa berlaku adalah seperti memberikan maklumat yang kurang tepat tentang tanggungan cukai sendiri/orang lain. Berikut merupakan akta cukai pendapatan yang wajib dipatuhi oleh rakyat Malaysia. Mengikut Seksyen 114(1A) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Tiada terjemahan rasmi), adalah satu kesalahan bagi seseorang untuk menasihati orang lain mengenai cukai JIKA ia mengakibatkan cukai mereka “underdeclared” Jika disabitkan kesalahan, anda akan didenda RM200-RM20,000 atau hukuman penjara hingga 3 tahun, atau kedua-duanya sekali. Seksyen 114 (1A) Akta Cukai Pendapatan 1967 (sebahagian; tiada terjemahan rasmi) Mana-mana pihak yang menolong, menasihati apa apa yang berkenaan berkaitan penyediaan penyata, dimana hasil cukai penyata kurang, melainkan jika dia dapat menyakinkan mahkamah bahawa bantuan atau nasihat itu diberikan dengan berhati-hati, akan didapati bersalah… Selain itu, tidak mengembalikan borang pernyata cukai pendapatan juga ialah kesalahan berkenaan cukai yang biasa berlaku, tidak melaporkan pendapatan sebenar, sengaja mengelakkan cukai /membantu orang lain mengelakkan cukai dan tidak menyimpan dokumen- dokumen yang relevan dengan cukai pendapatan. Kesimpulannya, membayar cukai sudah tentu memberikan banyak kebaikan kepada pembayar cukai itu sendiri. Pembayar cukai akan mendapat ketenangan jiwa kesan daripada berkongsi rezeki dengan orang lain. Membayar cukai tidak akan dianggap sebagai beban sekiranya anda benar-benar memahami konsepnya. Bagaimana perasaan anda apabila dapat berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan? Sebahagian besar daripada kita akan berasa gembira dan puas apabila melihat orang lain gembira menerima hadiah dan sumbangan kita. Perasaan inilah yang sama dirasai apabila kita membayar cukai. Cukai yang dibayar akan digunakan oleh kerajaan untuk kepentingan semua rakyat Malaysia. ASPEK SENI BAHASA SP: 4.3.2 Menghasilkan seloka menggunakan idea yang kreatif serta bahasa yang indah dan bertatasusila. AKTIVITI 2 - Hasilkan seloka menggunakan idea yang kreatif serta bahasa yang indah.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 199 Seloka tentang cukai Cukai hasil tiba setiap tahun, Wajib dibayar individu tertentu, Jiwa merdeka cinta nan bangsa, Aman makmur negara jaya. Pura-pura lupa perkara biasa, Tidak istyhar pendapatan sendiri, Masih ada tidak membayar cukai, Walaupun caranya mudah sahaja. Cukai menjadi dana kerajaan, Daripada rakyat untuk rakyat, Cukai dirancang jiwa akan tenang, Rezeki berkat hidup selamat. Membayar cukai sangatlah mudah, Tiada alasan tidak tepati, Bayaran dibuat pelbagai saluran, Dihujung jari pemudah cara. Hak rakyat tidak dilupa, Rawatan ibu bapa tidak dikira, Individu saudara tanggungan, Insuran nyawa insuran pendidikan, Itulah menjadi pelepasan individu. AKTIVITI 3 - Reka risalah tentang cukai yang menarik dan kreatif untuk diedarkan kepada rakanrakan anda.


Click to View FlipBook Version