MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 200 YAKIN, PASTI BOLEH! (HALAMAN 152 - 153) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.5.3 Bersoal jawab dalam situasi untuk meningkatkan kebolehpasaran diri dalam bidang pendidikan dan kerjaya dengan yakin. AKTIVITI 1 - Kenal pasti maklumat yang terdapat dalam bahan. AUTOMOTIF Kursus yang melibatkan kerja-kerja latihan menyelenggara, merombak rawat dan membaik pulih kenderaan yang melibatkan beberapa sistem seperti sistem enjin, sistem autoelektrik, sistem penghantaran, sistem brek, sistem penyaman udara kereta, sistem gantungan dan sistem stering. BIOTEKNOLOGI Kursus yang memberikan pendedahan kepada teknologi berasaskan biologi untuk peningkatan kualiti dan daya tahan hasil bagi industri agrikultur. Kerja dan amalan yang bersandarkan teknik di makmal yang dibangunkan dalam penyelidikan biologi seperti penggabungan asid deoksiribonukleik (DNA) atau proses berasaskan pengkulturan tisu.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 201 SENI BINA LANDSKAP Murid akan didedahkan kepada kaedah dan teknik penanaman landskap, pemilihan tumbuhan yang sesuai serta cara-cara untuk menyelenggara tanaman tersebut. Di samping itu, murid akan mempelajari cara-cara menggunakan peralatan yang sesuai dan cara-cara untuk membuat lakaran. ELEKTRONIK Kursus yang memberikan penekanan dalam aspek mentafsir dan mengenal pasti simbol, komponen dan lukisan skematik, memahami, menguji dan mengira litar, prinsip kejuruteraan elektronik, pemasangan dan penyelenggaraan sistem audio dan video, digital, elektronik kuasa, sistem kawalan, sistem komunikasi dan industri robotik. SENI REKA FESYEN Kursus ini menyediakan murid kepada aspek klasifikasi, jenis dan alatan jahitan serta fabrik dan tekstil, memberikan pendedahan tentang aliran bagi pakaian yang berkualiti serta bersesuaian dengan tema dan kegunaan pasaran tempatan dan antarabangsa mengikut fesyen terkini. BAKERI DAN PASTRI Kursus ini menawarkan murid program-program yang berkaitan dengan penghasilan dan penyediaan roti, kek dan manisan, Coklat, pastri, pencuci mulut, donut, pau, piza, membuat dan menghasilkan resipi baharu serta pengurusan kos dan perniagaan dalam bidang ini. PEMPROSESAN MAKANAN Kursus akan dijalankan secara hands-on (amali) untuk memastikan murid benar-benar mahir dari segi teknikal pengeluaran produk yang bermutu, komersil dan menepati standard GMP (Amalan Pengilangan Yang Baik). Di samping itu, murid akan didedahkan dengan kaedah menjalankan perniagaan yang profesional terutama dalam aspek keusahawanan, pengurusan kewangan, pengurusan pemasaran dan penyediaan Rancangan Perniagaan. AGROINDUSTRI TANAMAN Kursus ini menyediakan murid kepada penyediaan, penanaman dan penjagaan tanaman, mengawal kerosakan tanaman, penyelenggaraan infrastruktur ladang, jentera dan fertigasi (kaedah pemberian baja melalui sistem pengairan titis) serta aktiviti lain yang berkaitan dengan industri tanaman dan juga merangkumi aspek penuaian hasil dan pemasaran. ELEKTRIK Kursus yang menyediakan murid kepada sistem kuasa, arus terus (direct current @ DC) dan arus ulang alik (alternating current @ AC), penyelenggaraan, pemasangan dan menguji elektrik domestik dan industri, kawalan motor, penyelenggaraan kejuruteraan, melukis dan mentafsir serta memahami akta elektrikal dan peraturan pemasangan yang ditetapkan. KOSMETOLOGI Kursus ini mendedahkan murid kepada penjagaan dan rawatan wajah dan anggota badan, penggayaan rambut, seni mekap/solekan, refleksologi serta amalan kesihatan dan kebersihan, pengurusan dan pengoperasian salon/kedai gunting rambut. SISTEM KOMPUTER Kursus ini menyediakan murid kepada aspek asas perniagaan, penyelenggaraan, pengoperasian dan konfigurasi sistem komputer serta rangkaian dan penyimpanan data di samping pengurusan dan integrasi sistem maklumat. PEMASARAN Kursus ini memberikan penekanan kepada murid dalam mengenal pasti kaedah, strategi kajian, promosi dan pengurusan untuk mengetengahkan produk kepada pasaran bagi meningkatkan hasil jualan syarikat.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 202 PENGURUSAN PERNIAGAAN Kursus yang dirangka khas untuk menyediakan murid kepada bidang pemasaran, perakaunan, operasi, komunikasi, keselamatan pekerja, keusahawanan dan etika serta protokol perniagaan. PELANCONGAN Kursus ini menyediakan murid untuk menghadapi industri pelancongan ini dari aspek pengurusan acara, pengoperasian agensi pelancongan, peningkatan dan penguasaan dalam bahasa asing serta kemahiran dalam pemasaran dan jualan. PEMBINAAN Kursus ini memperkenalkan murid kepada asas pembinaan sesuatu. Murid akan didedahkan kepada bahan-bahan binaan, cara-cara asas pembinaan, asas lukisan pelan, keselamatan industri, asas kejuruteraan elektrik dan elektronik serta pengurusan industri. PERAKAUNAN Kursus ini menawarkan murid untuk memahami pengurusan kewangan syarikat seperti penyediaan buku kira-kira, akaun peruncitan, untung dan rugi, imbangan duga serta membuat analisis tentang prestasi syarikat KIMPALAN Kursus yang menyediakan murid kepada kimpalan mengikut aras Piawaian British (BS) atau mengikut Piawaian Persatuan Kimpalan Amerika (AWS), proses dan teknik, pengelasan bahan logam dan teknik, tatacara serta teknik pemotongan mekanikal dan haba, lukisan kejuruteraan, fabrikasi, pemasangan kimpal paku dan kimpal arka logam berperisai. Murid juga akan didedahkan kepada automasi komputer. KULINARI Kursus ini mendedahkan murid kepada operasi dan penyelenggaraan dapur, penyediaan makanan dan restoran, penyediaan pencuci mulut, masakan Timur dan Barat, kuih tempatan, roti, pastri dan manisan, seni makanan, penyediaan makanan halal dan pengurusan makanan. PENDIDIKAN KANAK-KANAK Kursus ini memberikan pendedahan kepada murid dalam aspek perkhidmatan penyediaan pusat penjagaan kanak-kanak dari peringkat bayi sehingga peringkat sekolah rendah. Pengurusan pembelajaran, perkembangan tumbesaran, penyediaan makanan, keselamatan tempat tinggal dan pengurusan aset kewangan serta operasi. PEMESINAN INDUSTRI Kursus ini menawarkan pendedahan kepada amalan bengkel pemesinan industri, lukisan teknikal dan geometri, reka bentuk pembuatan terbantu komputer, mengenal pasti jenis, senarai alatan dan pengoperasian mesin industri. HORTIKULTUR Dalam kursus ini, murid akan didedahkan kepada pengetahuan berkaitan dengan penjagaan dan penanaman buah, tumbuhan hiasan dan sayuran. Murid juga akan menjaga tumbuhan dan menjualnya jika tanaman tersebut telah mencapai tahap kematangan yang sesuai. INSURANS Kursus ini menawarkan cara untuk mengenal pasti jenis, prinsip, fungsi, tatacara, ‘underwriting’, proses, perundangan dan pengurusan sistem insurans dan etika serta salah laku dalam perniagaan insurans. REKA BENTUK DAN GRAFIK Kursus ini akan mendedahkan murid kepada aplikasi dan perisian Desktop Publishing, grafik, pengiklanan, pencetakan, label, konsep pembungkusan yang sesuai untuk media cetak.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 203 AKTIVITI 2 - Hasilkan simulasi temu duga antara majikan dengan pencari pekerjaan, iaitu bekas pelajar kolej vokasional. Encik Amir (Majikan) Sila duduk, Cik ialah Selina Martha ya? Selina (Pencari pekerjaan/ bekas pelajar kolej vokasional) Ya, Tuan, saya bernama Selina Martha. Saya berumur 25 tahun pada tahun ini. Saya berminat untuk memohon jawatan pembantu cef di hotel yang terkemuka ini. Encik Amir Boleh ceritakan serba sedikit tentang latar belakang dan juga latar pendidikan Cik Selina? Selina Saya merupakan anak tunggal dalam keluarga saya Tuan. Saya merupakan bekas pelajar Kolej Vokasional Kuching ataupun lebih dikenali sebagai Sekolah Teknik Batu Lintang. Pengkhususan saya adalah dalam bidang Seni Kulinari. Bahkan di peringkat diploma pun saya mengambil bidang yang sama iaitu bidang seni kulinari Encik Amir Apakah yang telah Cik Selina pelajari dalam bidang ini? Selina Kursus ini telah mendedahkan saya kepada operasi dan penyelenggaraan dapur, penyediaan makanan dan restoran, penyediaan pencuci mulut, masakan Timur dan Barat, kuih tempatan, roti, pastri dan manisan, seni makanan, penyediaan makanan halal dan pengurusan makanan. Encik Amir Mengapakah Cik Selina meminati bidang ini? Selina Saya meminati bidang ini kerana beberapa sebab Tuan. Pertama, kerana saya suka makan. Saya tahu mungkin ini akan kedengaran agak janggal tetapi saya percaya sikap ini serba sedikit akan menyumbang ke arah sifat kita untuk mempelajari cara masakan yang baharu lantaran sikap suka makan dan mencuba pelbagai makanan. Selain itu, saya suka mencipta resipi, memasak dan mencuba makanan yang baharu. Bagi saya, ini amat mencabar kerana kita perlu bersifat positif apabila mencuba sesuatu yang baharu bahkan kita juga perlu tabah apabila mencipta resipi yang baharu kerana bukan semua resipi atau masakan akan menjadi seperti yang kita inginkan. Encik Amir Mengapakah Cik Selina ingin memohon jawatan ini? Selina Saya ingin memohon jawatan ini kerana saya percaya saya mampu menjadi seorang cef yang berjaya. Kemahiran yang saya miliki iaitu keupayaan untuk mencipta sesuatu resipi atau masakan yang baharu sama ada masakan jenis Barat ataupun Timur pasti akan menarik minat para pelanggan atau klien hotel ini memandangkan hotel ini ialah sebuah hotel bertaraf antarabangsa dan menerima pelbagai tetamu dari seantero dunia. Bukan setakat itu sahaja, saya juga
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 204 merupakan seorang yang teliti dan saya yakin sifat tersebut akan menyumbang ke arah cara saya memasak dan ketelitian saya untuk menghasilkan masakan yang bukan sahaja sedap bahkan juga kelihatan cantik dan menarik dipandang mata. Encik Amir Kalau berdasarkan sijil yang dilampirkan ini, banyak juga ya pencapaian Cik Selina semasa berada di bangku sekolah. Selina Ya Tuan. Saya telah program mencipta resipi beberapa kali semasa di bangku sekolah. Selain itu, saya juga pernah terlibat dalam pertandingan memasak yang dianjurkan oleh stesen televisyen tempatan. Pada masa tersebut walaupun saya hanya mampu merangkul gelaran naib johan, saya tetap berasa gembira dan bersyukur kerana pertandingan tersebut disertai hampir 1000 orang peserta dari seluruh negeri Sarawak. Encik Amir Betul, satu pencapaian yang amat membanggakan sebenarnya. Ok, Cik Selina..dari sudut pencapaian akademik dan juga pencapaian dalam bidang kulinari ini, saya rasa sememangnya kebolehan dan ciri-ciri yang ada pada Cik tersebut memang amat diperlukan oleh hotel ini. Namun segala proses temu duga dan pengambilan harus melibatkan keputusan dan persetujuan daripada semua pihak atasan dalam hotel ini. Terima kasih Cik Selina kerana sudi menghadiri temu duga pada hari ini dan saya pasti kita akan berhubung lagi. Selina Terima kasih ya Tuan kerana sudi memberikan peluang temu duga ini kepada saya. Encik Amir Terima kasih kembali. AKTIVITI 3 - Jelaskan bagaimana kemahiran insaniah dapat meningkatkan kebolehpasaran diri anda dalam bidang kemahiran yang anda pilih. (Sumber: https://ppki.usim.edu.my/7-kemahiran-insaniah-ki/.)
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 205 Kemahiran Insaniah Mesti (KIM) Kemahiran yang wajib dimiliki oleh setiap murid. Jika kemahiran ini tidak wujud, murid dianggap sebagai tidak kompeten dalam elemen berkaitan. Kemahiran Insaniah (KI) [Nilai tambah] Dianggap sebagai kemahiran yang memberikan nilai tambah kepada murid. Jika kemahiran ini dimiliki oleh murid di samping KIM, beliau dianggap sebagai kompeten cemerlang. ELEMEN KEMAHIRAN INSANIAH Kemahiran Komunikasi Kemahiran Keterangan Bidang KIM Kebolehan menyampaikan idea dengan terang, berkesan dan dengan penuh keyakinan, secara lisan dan bertulis. 1 - 21 KIM Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberikan maklum balas. 1 - 21 KIM Kebolehan untuk membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar 1 - 21 Kebolehan untuk menggunakan teknologi dalam pembentangan 2, 4, 9, 10, 12 Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan. 5, 13, 14, 15, 20, 23 Kebolehan berkomunikasi dengan peserta komunikasi yang berlainan budaya. 5, 9, 11, 13, 14, 15, 20, 23 Kebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi secara perseorangan. 1 - 21 Kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan. Semua kecuali 15, 20 dan 23 Pemikiran Kritis & Kemahiran Menyelesaikan Masalah Kemahiran Keterangan Bidang KIM Kebolehan mengenal pasti dan menganalisis masalah dalam situasi kompleks dan kabur, serta membuat penilaian yang berjustifikasi 1 - 21 KIM Kebolehan untuk mengembangkan dan membaiki kemahiran berfikir seperti menjelaskan, menganalisis dan menilai perbincangan 1 - 21 KIM Kebolehan untuk mencari idea dan mencari penyelesaian alternatif. 1 - 21 Kebolehan untuk berfikir melangkaui batas 1 - 21 Kebolehan untuk membuat keputusan yang berdasarkan bukti yang kukuh 1 - 21 Kebolehan untuk bertahan serta memberikan perhatian sepenuhnya terhadap tanggungjawab yang diberikan 5, 9, 13, 15, 20, 23 Kebolehan memahami dan menyesuaikan diri kepada budaya komuniti dan persekitaran kerja yang baru 1 – 21 Kemahiran Kerja Berpasukan Kemahiran Keterangan Bidang KIM Kebolehan untuk membina hubungan yang baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara efektif bersama mereka untuk mencapai objektif yang sama 1 – 21 KIM Kebolehan untuk memahami dan mengambil 1 – 21
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 206 peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan KIM Kebolehan untuk mengenal dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain 1 – 21 Kebolehan untuk memberikan sumbangan kepada perancangan dan menyelaraskan hasil usaha kumpulan 13, 14, 23 Bertanggungjawab terhadap keputusan kumpulan 13, 14 Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat Kemahiran Keterangan Bidang KIM Kebolehan untuk mencari dan menguruskan maklumat yang releven daripada pelbagai sumber 1 - 21 KIM Kebolehan untuk menerima idea baru dan berkeupayaan untuk pembelajaran autonomi 1 - 21 Kebolehan untuk mengembangkan minda ingin tahu dan dahagakan ilmu 1 - 21 Kemahiran Keusahawanan Kemahiran Keterangan Bidang KIM Kebolehan untuk mengenal pasti peluang perniagaan 1 - 21 Kebolehan untuk merangka perancangan perniagaan 5, 6, 7, 8, 9, 11, 13, 14, 23 Kebolehan untuk membina, meneroka dan merebut peluang perniagaan dan pekerjaan 1, 3, 5, 6, 9, 11, 13, 19, 22, 23 Kebolehan untuk bekerja sendiri 5, 6, 12, 17, 19, 23 Moral dan Etika Profesional Kemahiran Keterangan Bidang KIM Kebolehan untuk memahami kesan ekonomi, alam sekitar dan sosiobudaya dalam amalan profesional 1 - 21 Kebolehan untuk menganalisis dan membuat keputusan dalam penyelesaian masalah berkaitan etika 7, 8, 11, 16, 17, 19, 20, 23 Kebolehan untuk mengamalkan sikap beretika disamping mempunyai rasa tanggungjawab terhadap masyarakat Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat Kemahiran Keterangan Bidang KIM Pengetahuan tentang teori asas kepimpinan 1 - 21 KIM Kebolehan untuk memimpin projek 1 - 21 Kebolehan untuk memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua pasukan dan anggota pasukan 3, 5, 6, 13, 19, Kebolehan untuk menyelia anggota pasukan 1, 3, 5, 6, 7, 10, 12, 13, 14, 15, 16, 19, 22 Pada hakikatnya, semua kemahiran adalah penting Semakin banyak kemahiran yang dimiliki, semakin tinggi nilai tambah dan kebolehpasaran seseorang individu tersebut. Yang tertera di atas sekadar rujukan Berdasarkan maklumat yang tertera di atas, diharap murid dapat menghuraikan secara lanjut tentang kepentingan dan kaitan antara setiap kemahiran dengan kebolehpasaran dan bidang kerja yang dipilih oleh mereka.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 207 SIMPAN, LABUR, DAN UNTUNG! (HALAMAN 154 - 155) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.4.1 Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meningkatkan penguasaan kosa kata dalam pelbagai bidang. AKTIVITI 1 - Baca dan hayati bahan. Pilih kosa kata khusus berdasarkan bidang dan jelaskan maksudnya dengan merujuk kamus. 1. Murid dikehendaki membaca dan menghayati bahan bukan fiksyen tentang Kenali SSPN-i dan bahan fiksyen bertajuk Terima kasih, ayah! pada muka surat 154-155. 2. Murid diminta memilih sekurang-kurangnya lima kosa kata khusus berdasarkan bidang berkaitan tajuk. 3. Murid dikehendaki mencari maksud perkataan tersebut dengan merujuk Kamus Dewan atau Kamus Pelajar. SENARAI KOSA KATA BIDANG SIMPANAN DAN PELABURAN Bil Kosa Kata Khusus Maksud 1 simpanan sesuatu yg disimpan (wang, barang makanan, dll): wang ~ wang yg disimpan 2 pembiayaan perihal (perbuatan) membiayakan atau membiayai 3 deposit 1. simpanan wang di bank atau institusi yg serupa; ~ tetap simpanan wang yg tertentu lamanya (atau utk jangka masa yg ditetapkan) dgn mendapat bayaran faedah; 2. wang yg disimpan di bank atau institusi yg serupa 4 pendeposit penyimpan wang di bank 5 pelaburan 1. jumlah wang (modal dsb) yg dilaburkan dlm sesuatu usaha niaga dsb, penanaman modal; 2. sesuatu yg dibeli dsb dgn harapan akan mendapat keuntungan yg berlipat ganda, penanaman modal: pembelian tanah merupakan suatu bentuk ~ yg menguntungkan 6 akaun simpanan wang di bank dsb: membuka ~ di bank (mula) menyimpan wang di bank. 7 minimum (bilangan, banyak, dll) yg terkecil atau sedikit sekali 8 taksiran hasil daripada menaksir, anggaran, nilaian: belanja atau kerajat (cukai) yang diluluskan oleh undang-undang negeri ialah cuma 2% drpd ~ harta proses atau cara pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri atau pihak berkuasa tempatan menentukan jumlah cukai yg kena dibayar oleh
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 208 individu atau pemilik rumah, sama ada sbg cukai pendapatan atau kadaran 9 dividen bahagian keuntungan yang dibayar kepada pemegang saham dalam sesuatu syarikat; ~ bonus dividen tambahan yang berupa saham atau tunai kepada dividen yang telah diisytiharkan sebelumnya; ~ saham dividen yang diterima oleh pemegang saham yang berupa tambahan saham (bukan dalam bentuk tunai) 10 kompetitif bersifat persaingan, cenderung atau suka bersaing 11 tabungan tempat menabungkan wang, wang yg disimpan 12 takaful insurans yang didasarkan pada atau yang mengikut asas-asas dan hukum-hukum agama Islam. 13 skim rancangan yg sistematik ttg sesuatu utk mencapai tujuan atau sasaran; usaha atau tindakan supaya sesuatu rancangan tercapai KOSA KATA TERIMA KASIH, AYAH Bil Kosa Kata Khusus Maksud 1 teruja timbul minat (keinginan dsb) yg kuat terhadap sesuatu, naik semangat, terangsang 2 terkontang-kanting terbiar seorang diri tanpa haluan, bimbingan dsb 3 terkubur hilang, hapus, lenyap 4 modal wang atau harta benda yg dipergunakan sbg pangkal atau pokok utk berniaga 5 azimat sesuatu yg dianggap mempunyai sakti dan dpt melindungi pemakainya drpd bahaya; tangkal 6 hancur berkecai pecah menjadi kecil-kecil (berserpihan, berkecai-kecai), remuk 7 aspirasi hidup keinginan yg kuat (utk mencapai, mengadakan, dll sesuatu), cita- cita 8 bergolok bergadai berikhtiar mendapatkan wang dgn bergadai; ®gadai 9 penyembuh kekesalan (sesuatu) yg menyembuhkan perihal (perasaan) kesal, kekecewaan, kesebalan, kejengkelan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 209 ASPEK TATABAHASA SP: 5.3.1 Mengenal pasti dan menggunakan frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama dengan betul mengikut konteks. AKTIVITI 2 - Kenal pasti frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama dalam bahan. Kemudian, tulis perenggan dengan menggunakan semua frasa tersebut. 1. Murid diminta menyenaraikan lima contoh bagi frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama dengan betul daripada petikan tersebut. 2. Murid diminta menulis perenggan ayat dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua contoh bagi setiap frasa tersebut bertemakan pelaburan atau simpanan. (Rujuk buku teks muka surat 234) Frasa Nama Frasa Kerja Frasa Sendi Nama Frasa Adjektif skim simpanan pembiayaan pengajian tujuan pelaburan para pelajar pusat pengajian tinggi awam pelepasan taksiran cukai pendapatan perlindungan takaful simpanan wang tabungan wang akaun ini warganegara Malaysia anak jagaan mereka penjaga mereka penutupan akaun peluang lain perasaan kesal keinginannya pelbagai bidang kerjaya macam-macam bidang ilmu impiannya belanjanya penyembuh kekesalannya rumahnya direka khas melantik PTPTN menguruskan deposit memohon pinjaman pendidikan membiayai pengajian mempunyai akaun SSPN-i ditetapkan oleh PTPTN memperoleh pelbagai keistimewaan memiliki simpanan dijamin oleh kerajaan mempunyai kadar dividen boleh dibuka diberikan pilihan membuka akaun individu menjadi penerima manfaat membaca mesej perbualannya mendapat keputusan peperiksaan melihat Ganesh melanjutkan pelajaran dengan simpanan minimum ke atas pendeposit di seluruh Malaysia oleh ibu bapa pada bila-bila masa di kaunter di universiti ke kolej di dada dari dapur ke tingkat atas sungguh mudah hebat sungguh sedih sangat begitu teruja hancur berkecai amat gembira
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 210 menawarkan bidang pelajaran teringat kata- kata telah muncul mempunyai pasaran kerja Contoh perenggan ayat: Ibu bapa perlu bijak merancang pendidikan anak jagaan mereka (FN) dengan membuka akaun individu (FK) bagi anak tersebut. Simpanan wang (FN) tersebut membolehkan anak-anak melanjutkan pelajaran (FK) di universiti (FSN) atau di kolej (FSN) dengan sungguh mudah (FA). Hal ini dikatakan demikian kerana ibu bapa telah menyimpan wang (FK) dari awal sebagai duit belanja untuk memenuhi keinginan anaknya. Anak pasti amat gembira (FA) dan begitu teruja (FA) jika dapat menceburi bidang (FK) yang menjadi impiannya.(FN) BAHAN TAMBAHAN (PETIKAN AKHBAR) Pendeposit SSPN-i terima manfaat RM24,922.42 Siti Hasliza Yusof - April 15, 2021 @ 6:27pm [email protected] KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyerahkan manfaat perlindungan takaful kepada pendeposit SSPN-i, Yazirruddin Md Som, yang mengalami keilatan kekal menyeluruh akibat darah tinggi sejak Jun 2017. Yazirruddin, 60, yang sebelum itu bekerja sebagai Pegawai Audit Dalam ialah pendeposit SSPN-i dan membuka akaun untuk dua orang anaknya, masing-masing pada Disember 2011 dan Oktober 2015. PTPTN dalam kenyataan media, berkata ketika disahkan mengalami keilatan kekal menyeluruh, Yazirruddin mempunyai simpanan SSPN-i yang melayakkan beliau menerima manfaat perlindungan takaful bersamaan jumlah simpanan iaitu RM24,922.42. "Inilah keistimewaan SSPN-i yang memberikan perlindungan takaful percuma secara Ringgit ke Ringgit kepada pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas sekiranya berlaku kematian/ilat kekal menyeluruh kepada mereka. "Selain itu, khairat kematian berjumlah RM2,000 juga diberikan sekiranya berlaku kematian atas pendeposit dan RM500 atas kematian penerima manfaat iaitu anak," katanya. Terdahulu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, mengunjungi dan menyempurnakan penyerahan manfaat perlindungan takaful kepada Yazirruddin di kediamannya di Kampung Jalan Kebun, Shah Alam. Menurut kenyataan media itu, sememangnya nilai manfaat berkenaan tidak dapat mengembalikan kesihatan seorang bapa tetapi ia dapat membantu meringankan beban kewangan bagi menampung kelangsungan hidup Yazirruddin sekeluarga.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 211 "Beliau membuat pilihan yang tepat dengan menyimpan di dalam SSPN-i bagi memastikan masa depan keluarganya terus terjamin," katanya. SSPN-i turut menawarkan keistimewaan lain kepada pendeposit termasuk pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun, dividen yang kompetitif, geran sepadan serta patuh syariah dan dijamin oleh Kerajaan. Sehingga Februari 2021, sebanyak 4.86 juta akaun SSPN dibuka dengan deposit berjumlah RM8.28 bilion. AKTIVITI 3 - Kenal pasti maklumat tentang bentuk-bentuk pelaburan yang dijamin oleh pihak kerajaan dan kongsikan maklumat tersebut dengan rakan anda. LATIHAN ASPEK TATABAHASA 1. Nyatakan jenis frasa bagi rangkai kata di bawah Rangkai kata Frasa 1. memberikan perlindungan Frasa kerja 2. deviden kompetitif Frasa nama 3. pendeposit SSPN-i Frasa nama 4. dengan deposit Frasa sendi nama 5. meringankan beban kewangan Frasa kerja 6. di dalam SSPN-i Frasa sendi nama 7. menampung kelangsungan hidup Frasa kerja 8. kepada mereka Frasa nama 9. penerima manfaat Frasa nama 10. di seluruh dunia Frasa sendi nama
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 212 PENGUKUHAN - TAK TAKUT RUGI? (HALAMAN 156) AKTIVITI 1 - Berdasarkan petikan, apakah kebaikan perniagaan dalam talian ? Berdasarkan petikan, kebaikan perniagaan dalam talian ialah setiap orang tidak kira dari mana- mana negeri boleh membeli barang di mana-mana sahaja. Selain itu, orang muda boleh menjadi ahli perniagaan dalam talian. AKTIVITI 2 - Terokai maklumat tentang bentuk- bentuk penipuan lain yang pernah berlaku terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam perniagaan maya ini. Terangkan maklumat tersebut kepada rakan anda. Bentuk-bentuk penipuan lain yang pernah berlaku terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam perniagaan maya ini ialah penipuan di media sosial dan laman web seperti Facebook, Instagram, mudah.my dan sebagainya. Hal ini kerana syarat longgar kepada penjual dan pembeli yang mengiklankan menerusi laman web dan media sosial. Masalah ini wujud kerana maklumat latar belakang mereka sukar dikesan kerana penjual secara peribadi atau individu hanya mengemukakan alamat e-mel serta nombor telefon sahaja ketika mendaftar sebelum menawarkan barangan atau perkhidmatan. Aktiviti ini membabitkan penjualan barangan baharu dan terpakai. Alamat e-mel dan nombor telefon terbabit kemudian ditamatkan perkhidmatan oleh suspek sebaik memperoleh bayaran selepas menipu beberapa mangsa. AKTIVITI 3 - Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengelakkan anda tertipu apabila melibatkan diri dalam perniagaan dalam talian ? Pada pendapat saya, cara untuk mengelakkan kita tertipu apabila melibatkan diri dalam perniagaan dalam talian ialah jangan tamak dan rambang mata tetapi berfikir secara rasional. Selain itu seseorang itu perlu elakkan perasaan gelojoh dan perlu banyak bersabar. Pembeli juga perlu membuat kaji selidik tentang penjual. Jika anda berurusan dengan penjual baru perlu buat cod sahaja.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 213 PENGAYAAN - MANFAAT CUKAI (HALAMAN 157) AKTIVITI 1 - Menghasilkan wacana yang lengkap dengan laras bahasa yang gramatis dan sesuai serta penggunaan ungkapan yang menarik. Tulis karangan tentang “Kepentingan Cukai kepada Negara” dengan menggunakan wacana yang lengkap, bahasa yang gramatis dan ungkapan yang menarik. KARANGAN LENGKAP Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah negara memperoleh hasil atau pendapatan. Hasil daripada cukai ini digunakan oleh kerajaan untuk mentadbir, mengurus negara dan juga bagi perbelanjaaan membangunkan negara. Kementerian Kewangan menyasarkan kutipan cukai langsung Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi 2021 mencecah RM143.9 bilion. Dalam masa yang sama, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberitahu, unjuran kutipan cukai tahun ini adalah sebanyak RM127 bilion. Beliau berkata, agenda kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara tidak akan dapat direalisasikan sekiranya tiada sumber kewangan mencukupi.Secara ringkasnya, cukai ialah kunci kepada pentadbiran negara yang berkesan dan kita tidak akan dapat lari darinya. Di negara kita, hampir 70% daripada hasil negara datangnya dari hasil cukai. Cukai ini boleh dikelaskan kepada cukai langsung dan cukai tak langsung. Skop perbincangan pada kali ini ialah apakah kepentingan cukai kepada negara? Satu daripada kepentingan kutipan cukai oleh kerajaan ialah dapat mengurangkan beban sara hidup rakyat di negara ini. Kos sara hidup merujuk kepada sejumlah kos yang perlu ditanggung oleh seseorang atau keluarga bagi memenuhi keperluan asas seperti tempat tinggal, pakaian, makanan dan minuman demi kelangsungan dan keperluan hidup. Peningkatan kos sara hidup adalah disebabkan oleh kenaikan pelbagai harga barang terutama sekali barang-barang keperluan.Bagaimanakah kerajaan membantu mengurangkan peningkatan sara hidup rakyat ini? Jawapannya, cukai yang diperoleh dapat diberikan kepada golongan yang tidak berkemampuan . Melalui Belanjawan 2021, pelbagai jenis bantuan, subsidi dan insentif yang bernilai keseluruhannya RM28 bilion telah disediakan oleh kerajaan terutamanya bagi menangani beban kos sara hidup dan memelihara kebajikan golongan rentan.Contohnya, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), merupakan bantuan yang disediakan oleh kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan beban mereka. Bantuan Prihatin Rakyat menyaksikan bakal memanfaatkan 8.1 juta orang, dengan peruntukan RM6.5 bilion. Sumber cukai juga digunakan untuk meringankan beban sara hidup rakyat melalui bantuan subsidi ke atas barangan keperluan seperti minyak dan bahan makanan asas .Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Malaysia merupakan satunya-satunya negara yang mengawal harga barangan dengan memberi subsidi bagi mengurangkan beban ditanggung rakyat . Bukan itu sahaja malah bagi tahun 2021, Menteri Kewangan menyatakan kerajaan menyediakan hampir RM28 bilion khusus untuk subsidi, bantuan dan insentif, antaranya bantuan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 214 pengangkutan dan kebajikan serta subsidi bagi mengawal kenaikan harga barangan dan perkhidmatan. Dengan ini kehidupan rakyat terpelihara dengan adanya pengutipan cukai kerana kerajaan dapat mengurangkan beban sara hidup rakyat. Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata matlamat utama kutipan cukai oleh pihak kerajaan adalah bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat negara ini. Agenda kerajaan yang utama dalam membelanjakan kutipan hasil cukai negara adalah untuk mensejahterakan rakyat . Pelbagai peruntukan disediakan oleh pihak kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat dapat dipertingkatkan terutama bagi golongan sasaran. Malah, belanjawan 2021 dilihat sangat mesra Orang Kurang Upaya (OKU), warga tua, pesakit kritikal, wanita dan kanak-kanak dari keluarga miskin. Kenaikan pelbagai peruntukan diberikan kepada golongan ini agar dapat membantu meringankan beban mereka dalam meneruskan kelangsungan kehidupan seharian. Sebagai contoh, kadar bantuan OKU tidak berupaya bekerja dinaikkan daripada RM250 kepada RM300, kadar bantuan warga emas dan bantuan penjagaan OKU dan pesakit kronik terlantar dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 serta kadar elaun pekerja OKU dinaikkan daripada RM400 kepada RM450. Dengan ini secara tidak langsung yang kaya membantu golongan yang memerlukan melalui kutipan cukai bak kata peribahasa Melayu condong diumpit, lemah dianduh. Selain itu, kerajaan juga komited bagi menawarkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pelaburan di negara ini melalui kutipan cukai bagi menjamin kesejahteraan hidup rakyat . Bagi mengurangkan kadar pengangguran, kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM3.7 billion untuk mewujudkan 500 ribu peluang pekerjaan baharu melalui skim JanaKerja dan 50 ribu kerja berstatus kontrak melalui inisiatif MySTEP. Pembentukan Majlis Pekerjaan Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Behormat Perdana Menteri akan menyelaras penyediaan pekerjaan, meningkatkan kemahiran dan latihan (reskilling and upskilling) kepada tenaga buruh terutama di dalam sektor pertanian dan industri baharu seperti industri berasaskan teknologi tinggi. Semua pembayar cukai disarankan untuk memahami kepentingan pungutan hasil itu terhadap kerajaan kerana hasil kutipan cukai mampu membangunkan ekonomi negara seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan. Banyak peluang perkerjaan akan terhasil daripada peningkatan jumlah pelaburan yang masuk ke dalam negara kerana adanya rangsangan kadar cukai pendapatan syarikat yang rendah. Seterusnya, rakyat akan memperoleh manfaat dalam bentuk nilai wang serta peningkatan taraf hidup yang lebih selesa melalui pelbagai bentuk pembangunan yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan seperti penyediaan infrastruktur kemasyarakatan yang lengkap. Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan akan memperkenalkan dasar pelaburan negara baharu untuk menarik lebih ramai pelabur berkualiti tinggi ketika negara menuju ke arah negara berpendapatan tinggi. Jelaslah usaha pihak kerajaan mewujudkan 500 ribu peluang pekerjaan baharu ibarat di mana ada gula, di situ ada semut merupakan salah satu kepentingan cukai kepada negara.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 215 Cukai juga digunakan oleh kerajaan untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara terutamanya semasa kelembapan ekonomi dengan menyuntik dana kewangan ke dalam ekonomi negara. Bukan itu sahaja, cukai juga dapat mempercepatkan proses pertumbuhan ekonomi negara. Dasar fiskal akan terus memberi penekanan kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan, peningkatan hasil dan perbelanjaan berhemat. Menurut Laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2020, kerajaan akan meneruskan pembaharuan institusi fiskal terutamanya insiatif pembaharuan cukai untuk menambah baik pentadbiran cukai, mengukuhkan pengauditan dan penyiasatan serta mengecilkan jurang cukai.Dalam pada itu, mengulas berhubung aspek percukaian yang dibentangkan pada Belanjawan 2021 baru-baru ini, Tengku Zafrul berkata, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai insentif cukai kepada sektor berimpak tinggi yang dijangka menarik pelaburan.Kerajaan akan memberikan tumpuan untuk menarik pelaburan berteknologi dan nilai tambah tinggi dengan nilai peruntukan sebanyak RM1 billion. Kerajaan melalui Bank Negara Malaysia (BNM). Turut diperkenalkan Dana Teknologi Tinggi sebanyak RM500 juta bagi menyokong pertumbuhan syarikat berteknologi tinggi dan berinovasi selaras dengan matlamat Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi. Sektor ini dijangkakan menjadi sektor utama negara pada masa depan. Dasar yang dijalankan oleh pihak kerajaan ini merupakan salah satu kepentingan cukai kepada negara. Seterusnya, cukai juga dapat melaksanakan projek pembangunan negara. Hal ini demikian kerana kemajuan negara dapat dipertingkatkan dan menjadikan negara berdiri setanding dengan negara maju yang lain. Contoh negara maju yang dapat dicontohi ialah negara Jepun. Projek- projek tersebut termasuk Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), yang dijangka melibatkan perbelanjaan berjumlah RM68 bilion, Laluan Transit Aliran Massa 3 atau MRT3 (RM45 bilion), Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (RM18 bilion), Pintasan Kereta Api Serendah-Pelabuhan Klang (RM8.3 bilion), Sistem Transit Aliran Johor Baru-Singapura (RTS) (RM3.16 bilion) dan Fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo (RM600 juta) Perbelanjaan pembangunan, yang digunakan untuk hal-hal seperti pembinaan hospital dan sekolah, meningkat sebanyak RM13.18 billion. Peruntukan yang besar dalam melaksanakan projek pembangunan negara jelas menunjukkan kepentingan cukai kepada negara. Hasil daripada kutipan cukai ini digunakan oleh kerajaan untuk mentadbir dan mengurus negara dan juga bagi digunakan untuk perbelanjaan pembangunan. Cukai yang dikutip dibelanjakan oleh kerajaan bagi tujuan keselamatan negara dan rakyat, pembangunan fizikal dan infrastruktur seperti jalan raya, hospital, sekolah serta pembangunan ekonomi dan sosial seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan, kebajikan rakyat dan banyak lagi. Oleh itu kita perlu faham hasil cukai yang diperoleh kerajaan melalui kutipan terhadap rakyat, kemudiannya akan dapat dimanfaatkan dan dinikmati kembali oleh kita sebagai rakyat. Cukai adalah suatu yang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan kita, pentadbiran negara dan ekonomi. Malah, jika kita melihat isu cukai ini dengan lebih mendalam, kita akan dapat melihat bahawa orang yang mendapat manfaat daripada cukai yang dikutip kerajaan ialah diri kita sendiri. Secara ringkasnya, cukai ialah kunci
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 216 kepada pentadbiran negara yang berkesan. Belanjawan 2021 kita dapat menyaksikan cukai yang dikutip sebahagian besar dipulangkan kepada rakyat menerusi pembangunan dari segi sosial dan ekonomi. Cuba kita bayangkan di manakah kita sekarang, jika rakyat mengabaikan tanggungjawab ini? Sumber: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/03/794678/malaysia-akan-perkenal-dasar-pelaburan- baharu https://www.hmetro.com.my/bisnes/2019/10/506173/kutipan-hasil-cukai-cecah-rm1899-bilion https://belanjawan2021.treasury.gov.my/pdf/hasil/2021/tinjauan-fiskal-2021.pdf
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 217 TEMA 12 - ASLI DAN KONTEMPORARI EKSPRESI DIRI (HALAMAN 160 - 161) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.7.1 Berbincang dengan mengemukakan idea yang bernas dan rasional tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. AKTIVITI 1 - Analisis bahan. Kemudian, kemukakan idea yang bernas dan rasional dalam perbincangan secara bertatasusila. Seni Jalanan: Mural dan Grafiti Rasional lukisan mural diadakan ialah: 1. Lukisan dapat menarik perhatian pengunjung dan memperlihatkan persekitaran yang meriah dan ceria dengan karya-karya grafiti di dinding-dinding bangunan. 2. Selain itu, lukisan mural juga memberikan peluang kepada bakat-bakat muda untuk mengaspirasikan bakat dengan berkarya. 3. Mural membantu meningkatkan kualiti visual di sesuatu kawasan. Dinding yang membosankan akan diberikan kehidupan atau pandangan baharu dengan penambahan seni mural atau 3D. 4. Seni lukisan jalanan mural dan grafiti ini juga boleh dikatakan sebagai suatu artifak. Hal ini kerana sesuatu hasil seni tersebut mempunyai makna atau pengisian tentang sesuatu watak, pandangan, nilai moral, budaya dan sebagainya. AKTIVITI 2 - Berbincanglah dengan guru dan rakan anda tentang idea lukisan mural 3D. Kemudian, laksanakan projek melukis mural 3D di sekolah. Contoh lukisan mural 3D
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 218 Antara perkara yang boleh dibincangkan dengan guru dan rakan tentang idea lukisan mural 3D ialah: 1. Menentukan objektif projek, iaitu untuk: - menjadikan kawasan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang cantik dan indah. - memberikan pendedahan dan menanamkan keyakinan kepada pelajar untuk melaksanakan sesuatu projek - memberikan peluang kepada pelajar untuk merancang dan melaksanakan aktiviti di sekolah. - menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab pelajar dalam projek yang dilaksanakan. - memberikan pengalaman baharu kepada pelajar dalam pengurusan keceriaan sekolah. 2. Mengenal pasti tempat atau ruang untuk lukisan mural 3D - guru dan pelajar berbincang untuk mendapatkan lokasi yang sesuai bagi lukisan mural 3D tersebut. 3. Membersihkan segala dinding untuk lukisan mural 3D dan menyediakan draf mural yang bakal dilukis. 4. Mengukur saiz dinding untuk melukis mural dan menyediakan perkakasan untuk mengecat seperti tali, pita ukur dan kapur, cat pelaka dan berus. 5. Saya dan rakan-rakan akan mewarnakan mural secara berperingkat. Bahan bacaan tambahan: Berikut ialah senarai teknik lukisan luaran untuk mural: 1 - Lukiskan dinding menggunakan projektor Projektor ialah salah satu teknik paling mudah untuk melukis dinding mural. Apa yang anda perlu lakukan ialah memilih reka bentuk atau gambar yang anda mahu sebagai mural anda. Kemudian, anda perlu mendapatkan garis hitam dan putih itu, bersama-sama dengan versi warna. Kemudian, dapatkan beberapa kertas ketelusan (yang boleh didapati di tempat pembekalan pejabat) dan gunakan versi hitam dan putih untuk membuat ketelusan. Anda boleh melakukan ini dengan mesin salinan. Kemudian dapatkan projektor overhead dan project imej ke dinding yang anda mahu mural diletakkan. Laraskan imej dengan saiz yang anda mahu mural dan kemudian jejaknya ke dinding dengan menggunakan pensel. 2 - Lukisan dinding dengan grid Pilih gambar yang anda mahu menjadi mural. Gunakan alat pengukur dan bahagikan gambar ke segi empat sama saiz. Kemudian, letakkan jumlah yang sama pada dataran bersaiz yang sama ke dinding anda. Pastikan dataran adalah dataran yang sama dengan gambar yang lebih kecil yang anda buat. Langkah seterusnya adalah untuk menarik imej ke dataran menggunakan gambar
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 219 pertama sebagai rujukan. Kemudian, berhati-hati memadamkan kotak-kotak dari dinding dan kemudian cat gambar anda. 3 - Lukisan dinding mural dengan cat oleh nombor Ramai orang memilih untuk membeli cat dibuat dengan kit nombor yang direka untuk membuat dinding mural. Anda boleh mencari banyak corak dan gambar yang berbeza seperti ini. Ambil gambar dari kit dan gantungkannya di dinding anda yang anda mahukan mural itu. Jejaknya di dinding dengan pensel dan kemudian ambil gambar. Jika anda berpuas hati dengan gambar yang dilukis, maka sudah tiba masanya untuk melukisnya seperti yang anda mahu melihatnya. 4 - Membuat mural dengan bebas tangan Lukis imej atau reka bentuk pilihan anda di dinding menggunakan pensel. Pastikan jelas dan mudah dilihat. Kemudian, cat dinding dengan warna pilihan anda sesuai dengan jenis dinding. Merancang dan melukis dinding mural boleh menjadi aktiviti yang menyeronokkan dan kreatif untuk berkongsi dengan keluarga anda. Setelah selesai, anda akan mempunyai sekeping seni yang unik yang akan diingati seumur hidup. Rujukan: Cara membuat mural - https://www.imural.id/blog/cara-membuat-mural/ Kreativiti guru hiasi sekolah dengan mural 3D -https://www.youtube.com/watch?v=X__BCGhRhYc
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 220 ASIMILASI SENI (HALAMAN 162 - 163) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.3.4 Membaca dan mendapatkan penyelesaian masalah secara rasional. AKTIVITI 1 - Baca dan kenal pasti masalah dalam kedua-dua bahan. Kemudian, berbincanglah dengan rakan anda untuk menyelesaikan masalah secara rasional. Bahan 1 - Caklempong Bahan 2 - Kumpulan Caklempong SM Sains Tuanku Munawir (Saser) Masalah Penyelesaian Masalah Bahan 1 Cara menarik minat generasi muda untuk mempelajari dan menghayati muzik caklempong. Mainkan lagu-lagu terkini yang sesuai dengan jiwa generasi muda. Cabaran untuk menarik masyarakat berbilang kaum menerima muzik caklempong sebagai muzik warisan bangsa milik semua. Menggunakan muzik caklempong dalam majlis rasmi sama ada pada peringkat kebangsaan, institusi dan komuniti. Contoh: majlis konvokesyen. Bahan 2 Kesukaran mendapatkan murid yang mahir atau mempunyai kemahiran asas caklempong. Menjalankan latihan intensif bagi murid yang berminat dan mengadakan kursus atau bengkel melatih kemahiran asas caklempong. Kekangan waktu untuk latihan. Menyediakan jadual pada hujung minggu. Kekangan kewangan kerana kos membaiki alat muzik dan kos tenaga pengajar agak tinggi. Memohon dana daripada pihak yang berautoritii dalam seni dan budaya. AKTIVITI 2 - Berbincanglah dengan ahli kumpulan anda untuk merancang satu projek yang berkaitan dengan caklempong. 1. Murid berbincang tentang satu projek yang berkaitan dengan caklempong. 2. Murid mencari maklumat daripada laman sesawang, buku, jurnal dan sebagainya. 3. Murid menonton video persembahan caklempong di saluran You Tube. 4. Murid menyenaraikan pilihan lagu yang sesuai untuk dimainkan. Bahan bacaan: Cak Lempong merupakan alat muzik tradisional yang berasal Minangkabau yang tergolong dalam keluarga gong yang berukuran kecil. Ia diperbuat daripada gangsa dan menggunakan teknik acuan. Perkataan Cak Lempong juga digunakan untuk menerangkankan jenis ensemblenya. Cak
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 221 Lempong mula berkembang di kalangan masyarakat Melayu berketurunan Minangkabau di Negeri Sembilan yang berasal dari Minangkabau atau Sumatera Barat, Indonesia. Kini kesenian muzik Cak Lempong telah bertapak di negeri-negeri lain dan diajar di sekolah-sekolah serta pusat-pusat pengajian tinggi. Cak Lempong biasanya dimainkan bersama iringan alat-alat muzik lain seperti Seruling Buluh, Salung, Rebana dan Gong bagi mengiringi Silat, Tarian Lilin, Randai dan Tarian Inai serta lagu-lagu bunyi-bunyian dan juga nyanyian. Untuk perarakan pengantin istilah 'Pacik' sering digunakan oleh masyarakat tempatan untuk menggambarkan kumpulannya. Dalam permainan ini alat-alat Cak Lempong dipegang oleh pemain itu sendiri di mana setiap pemain akan memegang dua buah Cak Lempong dan dimainkan secara meningkah untuk mencipta satu rangkap melodi pendek. Lazimnya dalam permainan 'Pacik' akan dianggotai oleh tiga orang pemain. Dalam situasi tertentu alat Cak Lempong boleh dijadikan sebagai alat pengganti atau pengganti kepada Canang seperti dalam persembahan Dikir Barat dan Wayang kulit Kelantan. Namun dalam keadaan sedemikian nama sifatnya hendaklah dijelaskan sebagai alat 'Canang'. lni berdasarkan kepada kontekstual persembahannya yang amat berkait dengan tuntutan disiplin berkenaan. Dalam amalan persembahan masa kini (performance practice), kumpulan Cak Lempong telah dibahagikan kepada tiga bahagian mengikut fungsinya, iaitu bahagian 'Gereteh" yang memainkan melodi, manakala 'Tingkah' dan 'Saua' akan memainkan rithme secara berhomofoni (in Homophony) sebagai unsur pelengkap kepada irama sesebuah lagu tersebut. Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Cak_Lempong **Murid boleh mendapatkan maklumat tentang caklempong di laman sesawang berikut: http://panitiamuziksmsah.blogspot.com/p/caklempong.html https://www.sanggarseni.my/caklempong
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 222 INDAHNYA TERAPEUTIK (HALAMAN 164 - 165) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.5.2 Mengolah maklumat daripada pelbagai bahan dalam bentuk grafik yang sesuai dan menarik. AKTIVITI 1 - Baca bahan dengan menggunakan teknik ACID. Kemudian, olah maklumat daripada bahan dalam bentuk grafik yang sesuai dan menarik.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 223 AKTIVITI 2 - Cari maklumat tentang urutan tradisional kaum lain yang terdapat di negara kita dan persembahkan maklumat dalam bentuk grafik yang menarik.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 224 DARI DAPUR BONDA (HALAMAN 166 - 167) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.5.1 Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai. AKTIVITI 1 - Analisis bahan. Kemudian, oleh bahan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai. Bahan 1 Bahan 2 Pais Ikan Patin Tempoyak Hari ini saya akan memasak resipi tradisi masyarakat Melayu yang diberi nama pais ikan patin tempoyak. Mula-mula kita lihat dahulu bahan-bahan yang diperlukan. Hidangan yang akan disediakan ini sesuai untuk dua hingga tiga orang. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat pais ikan patin tempoyak ialah ikan patin saiz sederhana , tempoyak, 10 tangkai cili padi yang ditumbuk hingga lumat bersama-sama kunyit hidup. Selain itu, kita juga memerlukan sedikit garam dan gula sebagai penambah perisa. Akhir sekali, daun pisang yang dibersihkan dan dilayur terlebih dahulu. Seterusnya, kita lihat pula cara-cara menyediakan pais ikan patin tempoyak. Mula-mula gaulkan bahan yang telah ditumbuk dengan gula, garam, dan tempoyak. Kemudian, lumurkan bahan yang digaul pada ikan yang diletakkan di atas daun pisang lalu dibungkus. Selepas itu, ikan yang telah dibungkus dibakar sehingga naik bau. Kini, pais ikan patin tempoyak sedia untuk Air tangan yang saya rindui sudah pastilah air tangan ibu saya. Masakan ibu yang sering membuatkan saya menambah nasi sehingga dua pinggan ialah kambing berempah dan kari ayam. Kedua-dua masakan berempah yang dimasak oleh ibu mempunyai aroma yang wangi dan membuka selera. Rasa rempah karinya yang asli sesuai juga dimakan bersama roti. Selain itu, ibu juga menyajikan kerutuk ikan yang disumbat dengan dengan sambal cili kering. Rasanya yang pedas dan manis amat membuka selera. Akhir sekali, hidangan sayuran masakan ibu yang saya suka ialah capcai. Capcai ialah sayur campur yang dimasak dengan sos tiram.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 225 dihidangkan. Sebagai pelengkap selera, juadah pais ikan patin tempoyak dihidangkan dengan urap pucuk paku. Hidangan ini enak dimakan dengan nasi putih yang panas. Selamat mencuba resipi tradisi nenek moyang kita. ASPEK SENI BAHASA SP: 4.4.1 Mempersembahkan sketsa dalam bentuk multimedia secara kreatif dan menarik. AKTIVITI 2 - Berdasarkan bahan, persembahkan sketsa dalam bentuk multimedia secara kreatif dan menarik. 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2. Setiap kumpulan berbincang untuk mempersembahkan satu sketsa berdasarkan bahan. 3. Setiap kumpulan digalakkan menggunakan kreativti untuk mempersembahkan sketsa dalam bentuk multimedia. Imbas kod QR untuk paparan infografik yang lebih jelas. Air Tangan yang Dinanti
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 226 AKTIVITI 3 - Cipta resipi baharu dan persembahkannya dalam bentuk sketsa secara kreatif dan menarik. 1. Murid mencipta resipi baharu dan mempersembahkannya dalam bentuk sketsa. 2. Bentuk sketsa yang boleh dilakonkan ialah lakonan spontan, demonstrasi masakan, rakaman video masakan dan sebagainya. 3. Murid boleh melayari laman sesawang untuk mendapatkan contoh pelbagai video masakan. Sumber: Dapur cikgu Roose
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 227 HUTAN KECILKU (HALAMAN 168- 169) KEMAHIRAN MEDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.7.2 Berunding untuk menyelesaikan masalah secara kritis dan rasional menggunakan bahasa yang santun. AKTIVITI 1 - Kenal pasti masalah yang terdapat dalam bahan. Kemudian, berunding dengan ahli kumpulan anda untuk menyelesaikan masalah secara kritis dan rasional menggunakan bahasa yang santun. CONTOH : KUMPULAN 1 Rakan 1 Apa pandangan kawan-kawan tentang cadangan untuk projek penanaman pokok hiasan kita ? Rakan 2 Pada pandangan saya, lebih baik kita menggunakan bekas yang bertutup. Hal ini kerana, terdapat bekas pelbagai bentuk dan bekasnya juga menarik. Contohnya, kita boleh menggunakan botol berbentuk mentol lampu yang bertutup. Rakan 3 Betul tu. Pada pendapat saya, tumbuhan yang sesuai untuk ditanam dalam bekas yang bertutup ialah konsep tumbuhan tropika. Walaupun penyediaannya agak sukar, tetapi penjagaannya agak mudah. Hal ini kerana, kita tidak perlu menyiramnya dengan kerap dan penutup hanya perlu dibuka seminggu sekali. Lagipun, apabila kita menggunakan bekas bertutup dapat mengelakkan daripada jangkitan kulat. Rakan 1 Saya bersetuju dengan cadangan dan pandangan daripada rakan-rakan semua. Semoga projek yang akan kita laksanakan akan memberikan manfaat kepada kita semua. CONTOH : KUMPULAN 2 Rakan1 Apa pandangan kawan-kawan tentang cadangan untuk projek penanaman pokok hiasan kita ? Rakan 2 Pada pandangan saya, lebih baik kita menggunakan bekas yang terbuka. Hal ini kerana, tumbuhan terarium tidak memerlukan ruang yang luas. Tambahan pula, kita boleh menggunakan bekas daripada bahan terbuang. Bekas tersebut amat sesuai untuk konsep taman mini hutan hujan tropika. Rakan 3 Betul tu. Pada pendapat saya, kita perlu meletakkan tumbuhan yang menyimpan air dan tumbuhan jenis berbunga tidak sesuai. Hal ini kerana, penyiraman tumbuhan ini perlu kerap dilakukan bagi mengelakkan tumbuhan tersebut cepat mati. Rakan 1 Saya bersetuju dengan cadangan dan pandangan daripada rakan-rakan semua. Lagipun, cara penyediaannya agak mudah dan paling penting, terarium dapat menyegarkan udara bilik.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 228 ASPEK TATABAHASA SP: 5.3.2 Mengenal pasti dan menggunakan ayat dasar yang betul. AKTIVITI 2 - Kenal pasti pola ayat dasar dalam bahan. Kemudian, bina perenggan dengan menggunakan ayat dasar tersebut. 1. Ayat Dasar FN+FN Bil Subjek (FN) Predikat (FN) 1. Bekasnya pelbagai bentuk 2. Tumbuhan yang sesuai tumbuhan tropika. 3. Tumbuhan yang sesuai tumbuhan yang menyimpan air. 2. Ayat Dasar FN+FK Bil Subjek (FN) Predikat (FK) 1. Bekasnya bertutup. 2. Penutup perlu dibuka seminggu sekali 3. Bekas tertutup mengelakkan jangkitan kulat. 4. Terarium tidak memerlukan ruang yang luas. 5. Terarium menyegarkan udara bilik. 3. Ayat Dasar FN+FA Bil Subjek (FN) Predikat (FA) 1. Bentuk bekasnya menarik. 2. Penyediaannya agak sukar. 3. Penjagaannya agak mudah. 4. Penyiramannya tidak perlu kerap. 5. Terarium cantik. 6. Penyiramannya perlu kerap. 7. Tumbuhan berbunga tidak sesuai. 8. Kos pembuatannya rendah. 9. Penyediaannya mudah. 4. Ayat Dasar FN+FS Bil Subjek (FN) Predikat (FS) 1. Taman mini di dalam bekas lut sinar. 2. Bekasnya daripada bahan terbuang. Bina perenggan dengan menggunakan ayat dasar. Terarium dihasilkan dalam botol kaca. (FN+FK) Batu-batu kecil di dalam botol kaca. (FN+FS) Pokok kaktus tumbuhan hiasan. (FN+FN) Pokok kaktus boleh hidup tanpa air. (FN+FK) Pokok kaktus amat sesuai. (FN+FA) Tumbuhan kaktus amat senang dijaga. (FN+FA) Duri kaktus tajam. (FN+FA) Duri kaktus senjata semula jadi. (FN+FN) Taman Mini di dalam rumah.(FN+FS)
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 229 AKTIVITI 3 - Berunding dalam kumpulan tentang cadangan pelaksanaan projek terarium. Kemudian, bentangkan cadangan tersebut untuk memilih cadangan yang terbaik. 1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan. 2. Murid berbincang dalam kumpulan tentang projek terarium yang akan dilaksanakan. 3. Kumpulan 1 akan melaksanakan projek terarium tertutup. 4. Kumpulan 2 akan melaksanakan projek terarium terbuka. Murid boleh merujuk laman sesawang tentang terarium di : https://jendela360.com/info/tutorial-cara-membuat-terrarium-untuk-segarkan-ruang-apartemen/ https://www.popmama.com/life/home-and-living/avissaharness/cara-membuat-terrarium
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 230 PENGUKUHAN - KRAF MALAYSIA (HALAMAN 170) Analisis bahan. Kemudian, kemukakan pendapat anda berserta huraian yang sesuai dan rasional tentang bahan secara bertatasusila. Cadangan Jawapan: 1. Untuk menganalisis bahan murid mesti mengetahui definisi kraf atau kraf tangan. "Kraf ialah barangan yang dihasilkan dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf". "Keluaran Kraf tangan" ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan hasil daripada sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai reka bentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya. 2. Murid dikehendaki menganalisis kraf tangan yang dihasilkan oleh rakyat Malaysia sebagai oleh- oleh atau cenderamata. 3. Murid juga boleh membahagikan kraf Malaysia kepada beberapa jenis untuk memudahkan memberikan pendapat. 1. Kain Pua / Manik Pinakol Sabah 6. Batik / Kain batik 2. Tikar / Tikar buluh 7. Tudung saji 3. Songket 8. Anyaman beg 4. Manik 9. Labu sayung 5. Anyaman bakul 10. Tudung Duang Sabah
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 231 Masyarakat Malaysia kaya dengan seni ukir dan kraf tangan. Kebanyakan seni ukir ini bermotifkan alam semula jadi. Hasil seni ukir ini dapat kita lihat di rumah tradisional masyarakat Melayu, di kepala perahu dan di hulu keris. Bagi masyarakat Cina, seni ukiran berbentuk naga akan diukir di tokong. Masyarakat Cina juga amat popular dengan seni kaligrafi. Bagi masyarakat India pula, satu hasil seni yang paling unik ialah seni menghasilkan ‘kolam’. Kolam ini dibuat daripada beras yang berwarna-warni. Kolam ini akan dihias di hadapan pintu masuk rumah sempena sambutan Deepavali. Di Sabah dan Sarawak, hasil ukiran daripada tanah liat adalah paling popular. Ukiran berbentuk bunga atau burung akan dihasilkan pada pasu bunga atau pada tempayan. Hasil seni kraf tangan masyarakat Malaysia perlu dikekalkan kerana keunikannya. Antara hasil kraf tangan tersebut termasuklah tenunan, anyaman, barangan seramik dan lukisan batik. Anyaman biasanya dibuat daripada rotan, buluh, daun mengkuang dan daun nipah. Antara hasil anyaman termasuklah bakul, tikar, tudung saji dan sebagainya. Barang-barang seramik pula dibuat daripada tanah liat. Tanah liat ini akan dijadikan patung, pasu bunga atau tempayan . “Keluaran Kraf tangan” ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan ialah hasil daripada sesuatu proses yang bergantung semata- mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa keluaran batik; dan “keluaran batik” ertinya apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai reka bentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya. Kraft tradisional perlu dihidupkan dan diperkenalkan dan dihargai oleh generasi muda supaya tetap kekal dan tidak mati ditelan zaman. Kraf tradisional seperti tenunan, anyaman, barangan seramik gasing, batik, songket dan perhiasaan diri mempunyai nilai estetika dan keistimewaan sendiri. Gambar di atas memaparkan hasil kraf tangan yang dapat dijadikan oleh- oleh jika berkunjung ke negeri Sarawak dan Sabah. Hasil kraf tangan tersebut mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan menjadi lambang kebudayaan masyarakat Borneo. Bahan berbentuk tekstil yang popular di Sarawak ialah pua kumbu, batik Sarawak dan kain songket. Kain pua kumbu amat penting dalam masyarakat Iban dan digunakan untuk pelbagai upacara seperti kelahiran, perkahwinan, pengebumian dan perubatan dan tidak ketinggalan juga upacara bercucuk tanam. Pua kumbu juga dikenali sebagai selimut rohani. Coraknya mengandungi maksud dan tenaga. Tenunan pua kumbu dalam konteks tradisional amat besar maknanya dalam menentukan kedudukan seseorang wanita. Tenunan unggul yang lain ialah kain songket. Kain songket ini ialah buatan tangan daripada benang emas dan perak yang digabungkan dengan benang kapas yang halus ataupun sutera. Fabriknya hampir serupa dengan kain songket yang dihasilkan di Kelantan dan Indonesia. Kraf tangan berbentuk anyaman pula ialah tudung saji atau tudung duang yang merupakan hasil kraf tangan masyarakat Bajau Kota Belud, Sabah yang kebiasaannya dihasilkan daripada daun serdang, daun kelapa, pandan, dan buluh. Terdapat juga tudung duang daripada daun serdang yang disalut dengan kain baldu. Buluh yang dibentuk bulat akan dijadikan kerangka tudung duang. Tudung Duang akan dicorakkan dan diwarnakan selepas dibentuk dengan pilihan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 232 warna yang dikehendaki. Namun ada juga daun pandan atau mengkuang yang sudah diproses dibubuh pencelup dahulu sebelum dibentuk dan dianyam. Kegunaan tudung duang adalah untuk menutup hidangan daripada dihinggapi lalat atau terkena habuk dan kotoran lain. Selain itu, barait juga hasil anyaman yang merupakan beg tradisional untuk kaum Kadazan Dusun dan Murut. Barait mempunyai pelbagai kegunaan terutamanya untuk mengangkat barang-barang. Barait bolehlah juga dikatakan sebagai beg serba guna untuk kaum Kadazan Dusun dan Murut suatu ketika dulu. Barait diperbuat daripada kulit rotan khas yang tumbuh berhampiran dengan anak sungai. Rotan tersebut dihiris-hiris dalam saiz yang dikehendaki sebelum dianyam. Saiz barait ditentukan mengikut kepanjangan rotan yang dihiris, dan jumlah rotan yang dihiris. Proses pembuatan barait mengambil masa lebih kurang tiga hari hingga seminggu. Proses pembuatannya bukanlah mudah dan hanya orang tertentu sahaja yang mempunyai kemahiran. Seterusnya, kraf tangan berbentuk seramik pula ialah labu sayong. Pembentukan labu bermula pada bahagian perut kemudian barulah diikuti bahagian lehernya. Tanah liat diuli memanjang supaya mudah digelung dalam bentuk bulat untuk dijadikan perut labu. Kerja ini dibuat secara perlahan-lahan dan berperingkat-peringkat. Tujuannya adalah untuk membiarkan bahagian yang dibuat kering sebelum disambung dengan kerja yang baharu. Permukaannya ditekan dari luar manakala bahagian dalamnya ditahan dengan menggunakan tangan. Pisau buluh digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar dengan mengikis bahagian yang tidak rata. Labu sayong bukan sahaja menjadi tempat untuk menyimpan air, bahkan turut berfungsi sebagai bahan penting dalam upacara keagamaan, seni bina, bahan perhiasan dan juga cenderahati, malahan air yang disimpan di dalam labu tersebut bukan sahaja segar untuk diminum, bahkan dapat dijadikan penawar kepada beberapa penyakit contohnya demam panas. Kesimpulannya, kraf tangan tradisional merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tangan tradisional kaya dengan unsur budaya jelas tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, bentuk dan warnanya. Keunikan dan kehalusan hasilan karya seni ukiran Melayu membuktikan ketinggian nilai estetiknya. Namun begitu faktor modenisasi, faktor cuaca dan faktor masa menjadi ancaman terhadap penerusan hayat dan pelestariannya. Faktor-faktor tersebut menjadi antara penyebab kepada semakin terhakisnya kepedulian, penghayatan dan apresiasi terhadap keunikan karya kesenian tradisi ini. Namun begitu, bagi peminat-peminat seni kraf tangan, hasil kraf ini melambangkan satu kepuasan dan kemewahan jika dapat memilikinya. Sesuatu yang eksklusif yang sukar untuk dirungkaikan. Justeru, sebagai rumpun Melayu kita perlu menjaga, memelihara dan menyayangi seni kraf tangan tradisional kita seperti seni ukiran, seni tenunan, anyaman, pembuatan wau, gasing dan batik yang tidak ada di negara-negara lain. Kraf tangan tradisional kita disanjung dan dipandang tinggi di mata dunia setaraf dengan kraf-kraf negara Barat. Seharusnya kita patut menanamkan rasa cinta akan seni tradisional dalam kalangan generasi baharu agar seni ini tidak pupus. Bak kata pepatah, tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 233 PENGAYAAN - DUTA REMAJA FILHARMONIK (HALAMAN 171) Berdasarkan bahan, hasilkan infografik tentang Tengku Ahmad Irfan secara kreatif. Cadangan Jawapan Peta Minda TENGKU AHMAD IRFAN BIN TENGKU AHMAD SHAHRIZAL TARIKH LAHIR TEMPAT LAHIR MINAT BAKAT LAGU CIPTAAN KEJAYAAN ANUGERAH 21 Mei 1998 Kuala Lumpur Seni Muzik Klasik Berumur 9 tahun menyertai Malaysia Philharmonic Norchestra (Mpo) Encounter Program KERAIAN ketika berusia 14 tahun dan dimainkan okerstra New York Philharmonic VIVACITY pada tahun 2016. Membuat persembahan piano dan lagu ciptaan di Jerman Tempat Pertama pertandingan piano Aspen Music Festival 2013 Duta Remaja Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) 2018 Kovner Fellowship Award dari Juilliard, New York American Society of Composers, Authors & Publishers (ASCAP) Charlotte Bergen Award 2012 American Society of Composers, Authors & Publishers (ASCAP) Morton Gould Young Composer Award, 2012, 2014, 201 7
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 234 Baca di sini: https://www.remaja.my/kini-menuntut-di-juilliard-new-york-tengku-irfan-ajak-korang-dekati- muzik-klasikal/
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 235 TEMA 13 - SEGALANYA BERMULA DI SINI LUBUK AKAL, TEPIAN ILMU ( HALAMAN 174 - 175) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.7.2 Berunding untuk menyelesaikan masalah secara kritis dan rasional menggunakan bahasa yang santun. AKTIVITI 1 - Fahami situasi dalam bahan. Kemudian, berundinglah untuk menyelesaikan masalah secara kritis dan rasional menggunakan bahasa yang santun. Aminah dan Syamimi telah berbincang untuk menghasilkan produk daripada bahan terbuang. Aminah Apakah produk yang akan kita hasil daripada bahan-bahan terbuang? Syamimi Sebenarnya, banyak produk yang diperbuat daripada bahan-bahan buang seperti bekas pensel, rak buku dan banyak lagi. Saya berpendapat, produk yang kita hasilkan nanti perlulah efektif penggunaannya. Aminah Saya setuju dengan pendapat awak. Saya cadangkan kita hasilkan tempat buang sampah daripada botol-botol plastik minuman. Syamimi Idea yang baik kerana botol-botol plastik minuman amat mudah kita peroleh serta dikumpulkan, secara tidak langsung kita dapat mengatasi berlakunya masalah pencemaran alam. Aminah Kita boleh gunakan produk yang kita hasilkan di dalam kelas kita nanti. Kita juga boleh letakkan di rumah . Syamimi Di samping kita boleh mengamalkan budaya berjimat cermat juga terutama dalam pandemik wabak Covid-19. AKTIVITI 2 - Pilih satu situasi dan hasilkan inovasi bagi menyelesaikan masalah dalam situasi tersebut. INOVASI YANG DIPILIH: TEMPAT BUANG SAMPAH Alat-alat: 1. Botol-botol plastik minuman 2. Kawat/ dawai 3. Alat pemotong kawat/dawai 4. Gam 5. Gunting dan pisau 6. Karton plastik
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 236 Cara-cara: 1. Cantumkan botol-botol mengikut saiz dan bentuk yang diinginkan. 2. Lubangkan hujung botol bahagian atas dan bawah pada kedua-kedua sisi dengan menggunakan pisau atau gunting. 3. Masukkan dawai /kawat ke lubang masing-masing di bahagian atas dan bawah. 4. Bentukkan kumpulan botol agar melingkar. 5. Ikat hujung dawai /kawat dan potong lebihan dawai. 6. Buat dua set lingkaran botol dan cantumkan bahagian penutup dengan bahagian penutup. 7. Buat alas tong sampah dengan menggunakan karton plastik. Buat pola ikut bentuk lingkaran botol tersebut selepas itu potong ikut pola tersebut. 8. Gam alas tersebut dan cantumkan dengan lingkaran botol tadi. Inovasi tempat buang sampah daripada botol plastik.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 237 PATAH DAGU BERTONGKAT PARUH (HALAMAN 176 - 177) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.3.5 Membaca dan mengulas pandangan penulis secara rasional. AKTIVITI 1 - Baca bahan. Kemudian, ulas pandangan penulis secara rasional. Anda juga dikehendaki menerokai maklumat lanjut tentang bahan daripada pelbagai sumber. Mengulas pandangan penulis secara rasional. Penulis menyatakan bahawa burung botak upeh kini sukar didapati di habitat semula jadinya kerana diancam kepupusan. Habitat semula jadi burung botak upeh adalah di kawasan hutan paya bakau tetapi kini kita hanya dapat melihat spesies terancam ini di Zoo Negara dan Zoo Taiping. Sehubungan dengan itu, pihak Perhilitan dan Zoo Negara telah menjalankan Program Pelepasan Semula Burung Botak Upeh di Kuala Gula, Perak bagi meningkatkan populasi burung ini di habitat semula jadi. Antara faktor utama ancaman burung botak upeh ialah kehilangan dan degradasi habitat akibat aktiviti penebangan hutan yang menjadikan saiz hutan bakau semakin kecil. Selain itu, hakisan pantai berlumpur telah menyebabkan perubahan ekosistem. Hal ini menyebabkan burung botak upeh sukar mendapat sumber makanan. Faktor seterusnya ialah pemburuan haram dan kegiatan manusia yang menyebabkan sarang burung botak upeh ditinggalkan oleh induknya. Burung botak upeh juga dianggap sebagai ancaman kepada kolam-kolam akuakultur di Kuala Gula, Perak. Faktor ancaman burung botak upeh yang terakhir ialah pencemaran yang berlaku di muara Sungai Klang dan Selat Melaka, penggunaan racun serangga dan pembuangan sisa industri dan sisa kumbahan kolam akuakultur yang membawa perubahan kepada ekosistem. Murid boleh menerokai maklumat lanjut tentang burung botak upeh di laman sesawang: https://malay.wiki/content/Burung%20Botak%20Upeh/Laman_Utama.html https://www.ketsa.gov.my/ms-my/pustakamedia/Lists/Papar-Berita.aspx?ID=%20%20%20%2062
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 238 ASPEK SENI BAHASA SP: 4.4.2 Mempersembahkan syair dan pantun dengan nada dan intonasi yang sesuai melalui pelbagai media secara kreatif. AKTIVITI 2 - Persembahkan syair dengan nada dan intonasi yang sesuai melalui pelbagai media secara kreatif. 1. Murid diminta menyampaikan syair dengan nada dan intonasi yang sesuai secara kreatif. 2. Murid mempersembahkan syair dalam bentuk rakaman video. 3. Aktiviti ini boleh dinilai sebagai PBD kemahiran mendengar dan bertutur. 4. Tonton video syair Burung Botak Upeh di sini:https://www.youtube.com/watch?v=M2HfCNtpVb0 Imbas kod QR untuk mendengar Syair Burung Botak Upeh. AKTIVITI 3 - Kemukakan pendapat tentang usaha-usaha yang dijalankan untuk memelihara haiwan yang terancam. Menguatkuasakan undang-undang Mengenakan hukuman yang berat kepada mereka yang membunuh, memburu dan menangkap haiwan yang terancam. Pihak berkuasa menjalankan pemantauan sekerap mungkin. Pihak berkuasa perlu menjalankan tugas dengan bertanggungjawab. (Akta Perlindungan Hidupan Liar, Akta Perhutanan Negara, Hutan Simpan, Taman Negara Endau - Rompin)
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 239 Mengawal pemburuan haiwan terancam Supaya tidak kepupusan. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (PERHILITAN) melindungi haiwan terancam. Taman Negara dijadikan sebagai kawasan perlindungan haiwan terancam Kawasan pemeliharaan Penanaman semula di kawasan yang ditebang. Kawasan pembalakan terpilih perlu meninggalkan beberapa pokok besar dan banyak pokok kecil. Pendidikan Mengelakkan penggunaan barangan dibuat daripada spesies terancam. Kempen menentang pembalakan haram dan keterlaluan. Timbulkan kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan dan pengekalan sumber asli. Penyelidikan dan pembangunan Kajian dan penyelidikan perlu dijalankan bagi meneruskan pembiakan haiwan. Pelbagai ubatan pelalian direka cipta. Aktiviti pembinaan dan pembangunan perlulah dirancang untuk mengelakkan gangguan kepada ekosistem.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 240 KUASA GRAVITI (HALAMAN 178 -179) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.5.2 Mengolah maklumat daripada pelbagai bahan dalam bentuk grafik yang sesuai dan menarik. AKTIVITI 1 - Analisis maklumat yang terdapat dalam bahan. Kemudian, olah maklumat dalam bentuk grafik yang sesuai dan menarik. JAWAPAN PETA POKOK TELAGA TUJUH 1. Sejarah Pembukaan Dibuka kepada orang ramai pada tahun 1995 TELAGA TUJUH
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 241 Sejak tahun 1996, Lembaga Pembangunan Langkawi atau Langkawi Development Authority (LADA) membangunkan Sistem Agihan Air Aliran Graviti tanpa menggunakan kuasa elektrik bagi kegunaan setempat. 2. Keistimewaan - dikenali sebagai air terjun paling cantik di Langkawi, Kedah - mempunyai tujuh buah air terjun dengan tujuh buah telaga di tujuh ketinggian yang berbeza - mempunyai air yang jernih 3. Kepentingan - dijadikan sebagai destinasi pelancongan - sumber air bagi kegunaan setempat - menjimatkan kos - mesra alam AKTIVITI 2 - Terokai maklumat tentang teknologi hijau dan persembahkan maklumat tersebut dalam bentuk yang kreatif. Tugasan: 1. Guru membahagikan murid-murid kepada lima hingga enam kumpulan. 2. Setiap kumpulan diberikan petikan tentang teknologi hijau yang berlainan. Dalam kumpulan, murid-murid membaca petikan , kemudian mempersembahkan maklumat tersebut dalam pelbagai jenis peta minda. Petikan 1 - Konsep Teknologi Hijau Teknologi hijau ialah pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi, dan meminimumkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.Teknologi hijau merujuk produk, peralatan atau sistem yang memenuhi kriteria seperti meminimumkan degradasi kualiti persekitaran, mempunyai pembebasan gas rumah hijau yang rendah atau sifar, selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan, menjimatkan tenaga dan sumber asli dan menggalakkan sumber yang boleh diperbaharui. Teknologi hijau ialah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Dasar Teknologi Hijau Negara (DTHN) dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Julai 2009 dan menekankan aspek pemacuan pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan mapan. Teknologi hjau adalah berasaskan empat tunggak iaitu tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial. Dari aspek tenaga, teknologi hijau mencari kaedah untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan pada masa sama mempromosikan kecekapan guna tenaga. Dari aspek alam sekitar, kesan kepada alam sekitar dapat diminimumkan dan dipelihara. Dari aspek ekonomi, teknologi
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 242 hijau meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi. Dari segi sosial pula, kualiti hidup rakyat dapat dipertingkat. Pemanasan global terjadi melalui dua mekanisme penting iaitu melalui kesan rumah hijau dan juga penipisan lapisan ozon. Walaupun terdapat punca semula jadi, tetapi aktiviti manusia lebih banyak menyumbang terhadap kedua-dua mekanisme di atas. Kesan rumah hijau banyak disumbangkan oleh gas karbon dioksida. Lantaran itu penekanan terhadap 'teknologi hijau' ialah alternatif tepat dalam menangani masalah kesan rumah hijau ini selaras dengan agenda utama kerajaan seluruh dunia pada masa kini yang memberi keutamaan kepada isu alam sekitar khususnya fenomena perubahan cuaca. Petikan 2 - Langkah-langkah Kerajaan Memajukan Teknologi Hijau Usaha ini juga sejajar dengan keputusan kerajaan mewujudkan dana berjumlah RM1.5 bilion dalam memajukan pembekalan dan penggunaan teknologi hijau. Melalui dana ini, syarikat pengeluar dan pengguna teknologi hijau dapat membuat pinjaman untuk membiayai aktiviti yang menyokong pertumbuhan industri teknologi hijau. Pinjaman maksimum untuk syarikat pengeluar sehingga RM50 juta dan syarikat pengguna sehingga RM10 juta membuktikan bahawa kerajaan benar-benar komited memajukan industri ini. Beberapa langkah diambil memperkukuh struktur pelaksanaan dan pembangunan teknologi hijau serta mengantarabangsakan potensi penggunaannya. Misalnya, dalam Bajet 2010 kerajaan menstrukturkan Pusat Tenaga Malaysia menjadi Pusat Teknologi Hijau Negara. Pusat ini bertanggungjawab sepenuhnya dalam menyediakan pelan tindakan pembangunan teknologi hijau dan berperanan sebagai agensi yang menetapkan piawaian dan mempromosi teknologi hijau. Selain itu, dana juga diperlukan bagi menyediakan bantuan kewangan dan insentif untuk menggalakkan pelajar di institusi pengajian tinggi memilih bidang pengajian yang berkaitan dengan teknologi hijau. Kejayaan DTHN turut dipengaruhi ketelusan dan kecekapan pentadbiran dan pengurusan pelaksanaan. Sehubungan itu, strategi membabitkan langkah memperkukuh rangka kerja pada peringkat institusi seperti kementerian, agensi, sektor swasta, dan pihak yang berkepentingan. Untuk menjayakan strategi ini, kerajaan menubuhkan Majlis Teknologi Hijau yang bertujuan memastikan penyelarasan pada peringkat tertinggi bagi mengimplementasikan dasar yang cekap. Majlis ini dipengerusikan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri secara bergilir-gilir. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pula memainkan peranan utama menyelaras dan mempermudah peranan semua pihak berkepentingan demi kejayaan pelaksanaan teknologi hijau. Petikan 3 - Manfaat Teknologi Hijau Umumnya, teknologi hijau memfokuskan kepada empat kebaikan. Dari aspek tenaga, teknologi hijau diharapkan dapat membantu mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga negara. Teknologi hijau merangkumi sumber tenaga seperti
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 243 angin, air, solar, hibrid dan lain-lain yang bersumberkan alam semula jadi. Teknologi hijau terbukti lebih cekap kerana boleh menjana tenaga dalam pelbagai keadaan dengan kos murah, selamat dan mesra pengguna. Hal ini dapat dibuktikan melalui pengalaman dan amalan di negara maju yang telah membangunkan industri ini sejak sekian lama. Selain itu, teknologi hijau dapat membantu memulihara dan meminimumkan kesan buruk kepada alam sekitar. Pencemaran udara, air, bunyi dan sebagainya akan menjejaskan kualiti hidup rakyat jika dibiarkan berterusan. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kesan negatif terhadap alam sekitar adalah minimum. Maka teknologi hijau dapat meningkatkan dan melindungi ekosistem dan kepelbagaian hidup, meningkatkan kualiti udara dan air, mengurangkan pembuangan bahan tercemar dan melindungi sumber semula jadi. Dari aspek ekonomi, teknologi ini mampu meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi dan meningkatkan kualiti hidup untuk semua kehidupan manusia dan biodiversiti umumnya. Teknologi hijau mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan negara dengan membantu mengurangkan kos operasi, meningkatkan nilai aset dan keuntungan. Teknologi ini juga dapat meningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja. Industri yang menggunakan atau membangunkan produk berhubung teknologi hijau dapat menyediakan peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan. Usahawan tempatan boleh juga meneroka peluang mengeksport produk 'hijau' yang telah dihasilkan. Pasaran untuk teknologi dan produk hijau amat besar, khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharui. Contohnya, industri solar photovoltaic telah dikenal pasti sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baru untuk Malaysia. Dari segi komuniti, teknologi hijau dapat meningkatkan kualiti udara, terma dan bunyi persekitaran. Contoh, penggunaan kereta enjin hibrid. Hal ini dapat meningkatkan keselesaan dan kesihatan penghuni bandar, mengurangkan masalah infrastruktur tempatan dan meningkatkan kualiti hidup. Jawapan Petikan 1 - Konsep teknologi hijau 1. pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memulihara alam sekitar dan sumber semula jadi, 2. meminimumkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. 3. merujuk produk, peralatan atau sistem yang memenuhi kriteria seperti meminimumkan degradasi kualiti persekitaran, mempunyai pembebasan gas rumah hijau yang rendah atau sifar, selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat 4. menjimatkan tenaga dan sumber asli 5. menggalakkan sumber yang boleh diperbaharui. Jawapan Petikan 2 - Langkah-langkah kerajaan untuk memajukan teknologi hijau 1. kerajaan mewujudkan dana berjumlah RM1.5 bilion dalam memajukan pembekalan dan penggunaan teknologi hijau. 2. dalam Bajet 2010 kerajaan menstrukturkan semula Pusat Tenaga Malaysia menjadi Pusat Teknologi Hijau Negara.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 244 3. dana juga diperlukan bagi menyediakan bantuan kewangan dan insentif untuk menggalakkan pelajar di institusi pengajian tinggi memilih bidang pengajian yang berkaitan dengan teknologi hijau. 4. kerajaan menubuhkan Majlis Teknologi Hijau yang bertujuan memastikan penyelarasan pada peringkat tertinggi bagi mengimplementasikan dasar yang cekap. 5. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pula memainkan peranan utama menyelaras dan mempermudah peranan semua pihak berkepentingan demi kejayaan pelaksanaan teknologi hijau. Jawapan Petikan 3 - Manfaat teknologi hijau 1. dapat membantu mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga negara. 2. menjana tenaga dalam pelbagai keadaan dengan kos murah, selamat dan mesra pengguna. 3. memulihara dan meminimumkan kesan buruk kepada alam sekitar. 4. meningkatkan pembangunan ekonomi negara 5. meningkatkan kualiti hidup untuk semua kehidupan manusia dan biodiversiti umumnya. 6. memacu pembangunan negara dengan membantu mengurangkan kos operasi, meningkatkan nilai aset dan keuntungan. 7. menyediakan peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan. 8. usahawan tempatan boleh juga meneroka peluang mengeksport produk 'hijau' 9. dapat meningkatkan kualiti udara, terma dan bunyi persekitaran.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 245 PANORAMA DIORAMA (HALAMAN 180 - 181) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.4.1 Menyampaikan pendapat tentang sesuatu perkara dalam perbualan santai secara bertatasusila. AKTIVITI 1 - Analisis bahan dan kemukakan pendapat anda dalam perbualan santai secara bertatasusila. Contoh perbualan santai Nabilah baru sahaja berkunjung ke Akuarium dan Muzium Marin Universiti Malaysia Sabah (AMUMS) bersama dengan keluarganya minggu lepas. Nabilah bertemu dengan Hartini di Restoran Keningau. Nabilah ingin berkongsi pengalamannya dengan Hartini. Nabilah Assalamulaikum Tini. Jom, kita minum. Hartini Waalaikumussalam. Boleh juga. Saya pun haus ni. (menjawab sambil tersenyum) Nabilah Awak pernah pergi ke Akuarium dan Muzium Marin Universiti Malaysia Sabah? Hartini Tak pernah Nabilah. Kenapa?. Nabilah Saya baru saja pergi ke sana bersama dengan keluarga saya minggu lepas. Seronok, saya rasa seperti berada di dalam laut. Di sana, awak dapat melihat pelbagai jenis hidupan laut. Ada juga hidupan yang telah diawet dipamerkan. Hartini Betul ke? Menarik ni. Saya pun mau ajak keluarga saya ke sanalah. Nabilah Betul. Pergilah Tini. Selain dapat melihat hidupan marin yang indah dan berwarna- warni awak boleh dapat idea macam mana nak hasilkan diodrama untuk projek Bahasa Melayu kita. Hartini Baiklah. Terima kasih Nabilah. ASPEK TATABAHASA SP: 5.3.3 Mengenal pasti dan menggunakan ayat tunggal susunan biasa dan susunan songsang, dan ayat majmuk yang betul mengikut konteks. AKTIVITI 2 - Kenal pasti ayat tunggal susunan biasa dan susunan songsang serta ayat majmuk. Kemudian, gunakan ayat-ayat tersebut dalam perenggan mengikut konteks. Ayat Tunggal Susunan Biasa Bil. Subjek Predikat 1. Anda pernah menyaksikan diorama dasar laut? 2. AMUMS mempunyai pelbagai tarikan. 3. Pembinaan AMUMS ini untuk menginspirasikan pemuliharaan hidupan laut.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 246 4. Ruangan atrium memaparkan diodrama menyelam di Taman Pulau Sipadan. 5. Bayaran masuk akan dikenakan. 6. Hasil kutipan bayaran masuk tersebut adalah untuk pengurusan AMUMS. Ayat Tunggal Susunan Songsang 1. Melalui lawatan ke AMUMS ini, pembelajaran mengenal hidupan marin menjadi lebih interaktif. 2. Di seksyen pameran akuarium, para pelawat dapat bertemu muka dengan pelbagai hidupan laut. 3. Di seksyen muzium pula, pelawat dapat menyaksikan spesimen hidupan marin yang telah diawet secara lebih dekat. Ayat Majmuk Ayat Majmuk Gabungan 1. Pemuliharaan ini dilakukan melalui pendidikan, penyelidikan, inovasi, dan penerokaan. 2. Hal ini secara tidak langsung mampu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan persekitaran marin dalam kehidupan manusia dan membenihkan rasa hormat serta perasaan sayang kita kepadanya. Ayat Majmuk Pancangan 1. Jika anda berhasrat untuk menyaksikannya, silalah berkunjung ke Akuarium dan Muzium Marin Universiti Malaysia Sabah (AMUMS). 2. Panorama di kompleks AMUMS yang terletak di Kawasan pinggir laut sungguh mengagumkan. 3. Digambarkan bahawa kompleks ini dimeriahkan oleh hidupan marin yang indah dan berwarna-warni. 4.Ruangan ini menimbulkan sensasi visual seperti berada di bawah dasar laut yang kaya dengan biodiversiti marin. 5.Bahan pendidikan seperti ini mampu membuka mata kita tentang perkaitan antara semua benda hidup dengan alam marin yang kini amat perlu dilindungi. Ayat Majmuk Campuran 1. Pembelajaran juga menjadi lebih menarik dan tiada nilai taranya, terutamanya apabila kita berada dalam situasi persekitaran kehidupan marin yang sebenar. 3. Di sini, mereka dapat menyaksikan sifat-sifat unik karang hidup, kima, timun laut, landak laut, udang, penyu, rumput laut, dan hidupan lain yang begitu menghiburkan. AMUMS mempunyai pelbagai tarikan. Melalui lawatan ke AMUMS ini, pembelajaran mengenal hidupan marin menjadi lebih interaktif. Hal ini secara tidak langsung mampu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan persekitaran marin dalam kehidupan manusia dan membenihkan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 247 rasa hormat serta perasaan sayang kita kepadanya. Bahan pendidikan seperti ini mampu membuka mata kita tentang perkaitan antara semua benda hidup dengan alam marin yang kini amat perlu dilindungi. Pembelajaran juga menjadi lebih menarik dan tiada nilai taranya, terutamanya apabila kita berada dalam situasi persekitaran kehidupan marin yang sebenar. AKTIVITI 3 - Cipta diorama bertemakan alam sekitar. 1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. 2. Setiap kumpulan dikehendaki mencipta diorama bertemakan alam sekitar. 3. Murid boleh melayari laman sesawang berikut untuk mendapatkan maklumat tentang diorama: https://www.yayaazura.com/2021/07/diorama-alam-sekitar-psv-tahun-6.html http://kiliknote.blogspot.com/2014/06/membentuk-dan-membuat-binaan-diorama.html https://id.wikihow.com/Membuat-Diorama 4. Contoh diorama alam sekitar:
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 248 PULAU 11 GELARAN (HALAMAN 182 - 183) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.4.1 Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meningkatkan penguasaan kosa kata dalam pelbagai bidang. AKTIVITI 1 - Senaraikan kosa kata sukar dan cari maksud kosa kata tersebut. Kemudian, bina ayat dengan menggunakan kosa kata tersebut. Definisi kosa kata: Keseluruhan kata dalam sesuatu bahasa, perbendaharaan kata. Bil Kosa kata Maksud (Kamus Dewan Edisi Keempat) 1 dapatan - sesuatu yang didapati (diperoleh), perolehan. - sesuatu yang didapati atau diketemui (kajian/penyelidikan) penemuan. 2 rentetan - rangkaian , untaian - deretan, runtunan, siri - bunyi senapang dan lain-lain secara berturut-turut 3 penggemblengan - perihal (perbuatan,usaha) menggembleng - perihal atau perbuatan mempersatukan 4 membuahkan kejayaan - mendatangkan / menghasilkan / menerbitkan kemenangan / hasil 5 keunikan - perihal unik, sifat unik 6 panorama - pemandangan yang luas terbentang dan tidak terhalang atau terganggu. - tinjauan yang menyeluruh atau komprehensif terhadap sesuatu perkara. - gambaran yang luas tentang suatu siri peristiwa yang sentiasa berubah-ubah. 7 perspektif - cara pelukisan (penggambaran) sesuatu benda dan lain-lain pada permukaan yang rata sebagaimana yang kelihatan dari sesuatu tempat pada mata seseorang. - pandangan (pentafsiran) yang wajar berkaitan dengan sesuatu dengan memperkirakan bahagian-bahagiannya dalam hubungan keseluruhannya. 8 landskap - pemandangan alam sesuatu kawasan yang mengandungi unsur-unsur seperti bukit bukau,sungai dan tumbuh-tumbuhan terutamanya pemandangan pedesaan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 249 - catan, lukisan, dan sebagainya yang menggambarkan pemandangan alam. - seni taman yang memaparkan ciri-ciri pemandangan alam. 1. dapatan - Nazreen sedang membentangkan hasil dapatan perbincangan kumpulannya di hadapan kelas dengan penuh bersemangat. 2. rentetan - Selepas selesai membaca novel Jendela Menghadap Jalan, terdapat pelbagai rentetan peristiwa yang boleh dijadikan pengajaran. 3. penggemblengan - Kejayaan mendidik anak bangsa banyak bergantung pada penggemblengan idea semua pihak dari peringkat akar umbi lagi. 4. membuahkan kejayaan - Jazli tidak menyangka berkat usahanya berbudi kepada tanah telah membuahkan kejayaan sehingga mampu memiliki perniagaan sendiri. 5. keunikan - Budaya berniaga dalam kalangan wanita di Kelantan merupakan keunikan budaya yang dimiliki oleh negara kita. 6. panorama - Matanya merenung tajam panorama pergunungan yang indah dengan udara yang bersih dan suhu yang sejuk. 7. perspektif - Rancangan Al-Kuliah membincangkan isu vaksin Covid-19 dari perspektif agama Islam. 8. landskap - Perdana Menteri mahu usaha mencantikkan landskap di sekeliling rumah, kampung, dan bandar menjadi budaya dan minat masyarakat Malaysia sebagai negara taman yang indah. AKTIVITI2 - Cipta risalah bagi satu georimba yang lain. KEISTIMEWAAN TAMAN GEORIMBA MARMAR DAYANG BUNTING 1. Pulau Dayang Bunting terdiri daripada batu kapur Formasi Setul yang berusia “Ordovisi-Devo” iaitu 500 sehingga 400 juta tahun dan juga Formasi Chuping yang berusia “Perm” iaitu kira-kira 270 juta tahun. 2. Terdapat sebuah tasik air tawar di pulau ini yang berkeluasan 10 hektar dan terletak di bahagian Barat Daya Pulau Dayang Bunting iaitu dari Formasi Chuping. 3. Bentuk tasik adalah membujur dengan ukuran panjang adalah 800 meter dan 350 meter lebar. 4. Tasik ini merupakan sebuah dolina iaitu runtuhan batu kapur yang dipisahkan dengan lautan oleh dinding batu kapur yang berketebalan kurang daripada 10 meter sahaja.