The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ZUZILA MAT ZAINOL ABIDIN, 2023-03-20 09:00:35

BAHASA MELAYU _TINGKATAN 2

BAHASA MELAYU _TINGKATAN 2

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 100 Perenggan Jenis Suasana Alangkah seronoknya apabila kita mendapat pengalaman baharu yang belum pernah kita rasai dan nikmati sebelum ini. Pengalaman bergayut dan merentasi hutan hijau yang tebal, pengalaman ditembak dengan lastik gergasi, meniti di atas jambatan gantung yang tinggi dan sayup mata memandang, menjadi kenangan manis yang tidak dapat dilupakan. Kita akan mendapat pengalaman yang berbeza di setiap tempat yang kita kunjungi atau lawati. Setiap orang mempunyai cita rasa yang tidak sama dan tempat yang menjadi pilihan juga berlainan. Ada yang mendambakan ketenangan di pulau-pulau yang cantik, ada yang ingin menghuni bilik-bilik mewah di hotel terkemuka, dan tidak kurang juga yang meminati tempat-tempat pelancongan yang menawarkan aktiviti lasak dan ekstrem. Kini, semakin banyak tempat pelancongan yang memberikan kelainan kepada pengunjung untuk merasai sendiri detik-detik cemas dan mendebarkan melalui aktiviti yang disediakan. Terowong Bawah Tanah Tempat Tahanan Diseksa oleh Tentera Jepun UMGAWA Zipline Eco Adventure, Langkawi


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 101 Pendahuluan Jenis Peribahasa Peribahasa Melayu tak kenal maka tak cinta, selalunya dikaitkan dengan sesuatu perkara yang kita belum tahu mengenainya. Apabila kita mengetahui, barulah kita menyukainya. Begitu jugalah dengan peribahasa jauh perjalanan luas pandangan yang membawa maksud banyak merantau, banyaklah pengalaman. Sesuatu perkara yang kita alami itulah yang akan memberikan pengalaman kepada kita kerana datangnya pengalaman bukan daripada mengetahui tetapi mengalami dan merasainya sendiri. Bagi mereka yang mencari kelainan dan mahu mencabar diri, tempat-tempat pelancongan yang menawarkan aktiviti yang unik dan luar biasa tentunya menjadi pilihan utama seperti Umgawa Zipline di Langkawi, Pantai Cermin atau Sky Mirror di Selangor, Skytrex Adventure Shah Alam, Perkampungan Budaya Mah Meri di Pulau Carey dan banyak lagi. Sky Mirror, Selangor Skytrex Adventure Shah Alam Skytrex Adventure Shah Alam


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 102 Perkampungan Budaya Mah Meri, Pulau Carey, Selangor


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 103 PELANCONG HIJAU (HALAMAN 78 - 79) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.4.2 Menyampaikan pendapat tentang sesuatu perkara melalui ceramah, syarahan dan forum dengan yakin secara bertatasusila AKTIVITI 1 - Berdasarkan maklumat dalam bahan, sampaikan pendapat anda dengan yakinnya secara bertatasusila dalam bentuk syarahan. Cadangan Jawapan Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua, barisan guru penolong kanan, guru kanan mata pelajaran, guru-guru cemerlang, guru-guru, rakan-rakan dan hadirin sekalian. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan syarahan bertajuk “Pelancong Hijau”. Hadirin yang dihormati, Sektor pelancongan merupakan sektor penting dalam memajukan sesebuah negara. Kini, pelancongan hijau yang menyebarkan mesej melestarikan alam sekitar semakin mendapat tempat di seluruh dunia. Pelancongan yang berkonsepkan ‘Hijau’ memberi peluang kepada pelancong tempatan dan luar negara menerokai landskap semula jadi sesebuah negara untuk menikmati udara bersih , melihat kepelbagaian hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan. Sebagai pelancong, kita memiliki tanggungjawab dalam penjagaan alam sekitar apabila sedang bercuti atau melancong sama ada di Malaysia atau di luar negara. Para pelancong yang mementingkan soal penjagaan alam sekitar digelar sebagai green tourist atau ‘pelancong hijau’ dalam istilah pelancongan. Oleh itu, marilah sama-sama kita telusuri ciri-ciri pelancong hijau. Hadirin dan hadirat sekalian, Para pelancong memerlukan tempat penginapan untuk berehat dan tidur semasa perjalanan mereka. Oleh itu, ciri pertama pelancong hijau ialah mereka akan memilih penginapan yang berkonsepkan hotel hijau sebagai destinasi penginapan. Hal ini demikian kerana mereka mengambil berat tentang isu alam semula jadi dan menghargai alam semula jadi yang secara tidak langsung telah mendorong mereka untuk memilih penginapan berkonsep hijau. Oleh itu, mereka akan berasa lebih selesa menginap di hotel atau tempat penginapan yang mesra alam dengan mengadaptasi pelbagai program penghijauan dan melaksanakan usaha yang menyokong pemeliharaan alam sekitar di samping memberikan perkhidamtan yang berkualiti. Sebagai contoh, mereka akan mencari maklumat dan latar belakang lokasi tempat penginapan sebelum membuat keputusan sama ada sesuai untuk mereka. Reka bentuk , cara beroperasi dan penyelenggaraan yang berkonsepkan hijau mampu memberikan keselesaan kepada para tetamu untuk merehatkan minda dan menikmati cuti bersama-sama insan tersayang. Jelaslah, pelancong hijau pasti memilih tempat penginapan yang berkonsepkan “hijau” semasa bercuti.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 104 Pelancong hijau juga menitikberatkan kebersihan dan keindahan alam sekitar . Mereka sentiasa menghormati tempat-tempat yang dilawati dengan tidak melakukan sebarang pencemaran alam. Mereka tidak membuang dan membakar sampah merata-rata. Mereka akan mengurangkan penghasilan sampah dengan cara membawa atau membeli peralatan mesra alam seperti botol air terpakai, beg beli-belah dan penyedut minuman. Malah mereka akan mengambil tahu, menyokong dan menyertai kegiatan setempat yang berkaitan dengan pelestarian alam sekitar, contohnya gotong-royong atau aktiviti yang dianjurkan oleh Trash Hero. Pelancong hijau tidak merosakkan atau tidak membuat vandalisme sesuka hati di tempat yang dikunjungi seperti menconteng, merosakkan habitat flora dan fauna. Mereka sentiasa menjaga perhubungan baik dengan masyarakat atau komuniti setempat dengan tidak membuat sebarang kekecohan dan kekacauan. Hadirin yang dihormati, Pada zaman ini, kenderaan bermotor ialah keperluan utama semasa aktiviti melancong. Oleh itu, pencemaran udara juga merupakan salah satu cabaran sektor pelancongan pada masa depan. Pembakaran bahan api fosil daripada kenderaan bermotor menghasilkan gas karbon monoksida, karbon dioksida serta hidrokarbon yang telah menyumbang kepada pencemaran udara. Oleh itu, pelancong hijau akan memilih untuk berjalan kaki, menggunakan basikal atau pengangkutan awam sepanjang percutian agar dapat mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar. Tambahan pula, mereka suka berjalan kaki semasa melancong kerana mereka berpeluang menikmati suasana perjalanan dengan lebih dekat dan mesra, di samping berjalan kaki juga ternyata membuatkan pelancong lebih sihat dan segar semasa percutian mereka. Perkhidmatan sewaan basikal di sekitar hotel dan tempat-tempat pelancongan juga memudahkan pelancong hijau untuk melawat sesuatu tempat. Hadirin yang dihormati, Ada banyak lagi ciri-ciri pelancong hijau. Namun, disebabkan masa mencemburi kita, hanya setakat ini sahaja syarahan daripada saya, Saya berharap agar syarahan ini dapat membuka mata pelbagai pihak tentang tanggungjawab kita dalam mengambil berat tentang alam semula jadi dan menghargai alam semula jadi semasa kita melakukan aktiviti melancong demi memastikan kelestarian alam semula jadi. Akhir kata, marilah sama-sama mengamalkan amalan go green dengan kaedah 3R iaitu ‘reduce, reuse, recycle’ dalam sektor pelancongan. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih, segala perubahan bermula daripada diri sendiri! Sekian, terima kasih.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 105 AKTIVITI 2 - Cari maklumat tambahan tentang pertubuhan yang menyokong gerakan ekopelancongan. (Cadangan : Aktiviti kumpulan – cari maklumat dan membentangkan hasil) Cadangan Jawapan 1. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Sejarah Asalnya, jabatan ini bernama Jabatan Mergastua. Pada 5 April 1972 namanya telah ditukar kepada nama sekarang, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara. Visi Menerajui konservasi hidupan liar untuk kesejahteraan rakyat. Misi Komited dalam konservasi hidupan liar dan habitatnya untuk generasi akan datang. Kejayaan Yang Dicapai Pada tahun 1955, Ordinan Perlindungan Hidupan Liar dan Burung diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan Tanah Melayu. Pada 4.5.1972, Akta Perlindungan Hidupan Liar No. 76 telah diwartakan. Semenjak itu nama "Jabatan Mergastua" telah ditukarkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara atau ringkasnya PERHILITAN. Melalui akta itu, perlindungan terhadap hidupan liar di negara ini telah menempuh satu lagi era baru di mana Hidupan liar mula diberi perhatian yang sewajarnya. (Sumber : Lawan Web Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ) 2. Persatuan Pencinta Alam Malaysia Sejarah Pertubuhan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Inggeris: Malaysian Nature Society; MNS) adalah satu badan bukan kerajaan yang tidak berasaskan keuntungan bagi pencinta alam sekitar di Malaysia. Persatuan ini telah ditubuhkan sebagai Persatuan Pencinta Alam Malaya (Malayan Nature Society) pada tahun 1940. MNS merupakan sebuah badan dan persatuan alam sekitar yang dipercayai tertua di Malaysia, Asia dan salah satu tertua di dunia. MNS berpusat di Bukit Persekutuan di Kuala Lumpur. MNS aktif dalam mengetengahkan isu-isu berkaitan alam sekitar khususnya di Malaysia. Dalam masa yang sama, badan ini menguruskan beberapa pusat kajian alam sekitar yang terkenal di Malaysia seperti Taman Alam Kuala Selangor, Pusat Pendidikan Persekitaran MNS-BOH dan


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 106 rancangan-rancangan pembelajaran di Rimba Ilmu di Universiti Malaya dan di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Kejayaan Yang Dicapai Badan alam sekitar ini telah berjaya memujuk pihak berkuasa untuk mewujudkan Taman Negara Endau-Rompin. Usaha untuk menggazetkan kawasan tersebut tercetus apabila MNS melakukan satu ekspedisi saintifik ke Endau dan Rompin pada tahun 1985 dan 1986. (Sumber : Wikipedia) 3. Pertubuhan Sahabat Alam Sekitar Malaysia (SAS) - ditubuhkan pada tahun 2011. Visi- Membantu usaha kerajaan membina minda dan penghayatan setiap warganegara Malaysia dan semua manusia memainkan peranan proaktif bagi memastikan muka bumi tempat tinggal semua habitat. Misi- Mencurahkan khidmat bakti dan pendidikan kepada orang ramai untuk pemuliharaan dan keselamatan alam sekitar dengan semangat kecintaan dan kewajipan yang kental. Matlamat & Fungsi 1. Menubuhkan muzium mini alam sekitar di setiap negeri untuk menghimpun dan mempamerkan bahan-bahan yang mesra alam yang melibatkan penyelidikan, pembangunan serta perkembangan Teknologi Hijau. 2. Melancarkan majalah iklan (ECOBIZ) . 3. RAKAN KORPORAT (Partnership) akan diberikan kepada syarikat-syarikat yang memberikan sumbangan dana kepada SAS. SAS akan memberi sokongan, bantuan dan kerjasama dengan syarikat yang menjadi rakan koporat (Partnership) dalam aktiviti yang melibatkan alam sekitar. 4. ‘My Squad SAS’ atau sukarelawan ditubuhkan untuk semua peringkat iaitu golongan kanak- kanak, pelajar, remaja, orang dewasa dan juga warga emas serta warganegara asing yang difikirkan layak bagi melaksanakan aktiviti murni dan secara sukarela. 5. Mempromosi Penggunaan Produk Biodegradable bahan mudah urai boleh mengantikan penggunaan plastik dan Polypropylene (PP) yang merupakan barangan yang tidak boleh dilupuskan dan mencemarkan sumber alam sekitar pihak. 6. Bekerjasama dengan badan-badan korporat, badan-badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam negara dan luar negara yang mempunyai projek kemasyarakatan dan tanggungjawab sosial korporat atau yang prihatin terhadap alam sekitar. 7. Menjalankan program di luar negara yang melibatkan negara Asia dan negara Komanwel dalam misi ‘Save Environment’.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 107 8. Menggalakkan penggunaan tenaga solar sebagai usaha penjimatan dalam penggunan kadar penjimatan elektrik secara tidak langsung dapat mengelakkan gas rumah hijau yang menghasilkan bahan api fosil. (Sumber : Wikipedia) 4. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) - Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) adalah antara institusi yang terkemuka dalam penyelidikan perhutanan tropika di dunia. - Ditubuhkan pada 1929, FRIM yang dahulunya dikenali sebagai Institut Penyelidikan Perhutanan menjadi sebuah badan berkanun sepenuhnya dengan ditadbir oleh Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan Perhutanan Malaysia (MFRDB) di bawah Kementerian Perusahaan Utama pada 1985. - Institut ini terletak di kawasan seluas 545 hektar bersebelahan dengan Hutan Simpan Bukit Lagong di Kepong. Fungsi - Merancang dan melaksanakan penyelidikan bagi pembangunan sektor perhutanan dan pemuliharaan sumber hutan. - Memperoleh dan menyebarkan maklumat hasil penyelidikan bagi meningkatkan pengurusan hutan dan penggunaan hasil hutan. - Mengadakan hubungan kerjasama penyelidikan dan pembangunan perhutanan dengan badan-badan dalam dan luar Malaysia. Kejayaan Yang Dicapai - FRIM yang diterajui oleh Dr Khali Aziz Hamzah sebagai Ketua Pengarah semenjak 2020 telah dianugerahkan pensijilan MS ISO 9001:2008 mulai 2010. Pada 2017, pensijilan MS ISO 9001:2008 FRIM telah berjaya dinaik taraf kepada MS ISO 9001:2015. FRIM telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Semula Jadi Negara pada 10 Februari 2009 di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005, dan diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan di bawah akta yang sama pada 10 Mei 2012. Kini, FRIM sedang menuju ke arah pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Pencalonan FRIM telah diterima semasa persidangan Jawatankuasa Warisan Dunia (World Heritage Committee) ke-41 di Krakow, Poland pada 7 Julai 2017. (Sumber : https://www.frim.gov.my/ms)


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 108 POS KUALA MU (HALAMAN 80 - 81) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul daripada pelbagai bahan primer. AKTIVITI 1 - Baca, kenal pasti, dan jelaskan maklumat tersurat dan tersirat daripada bahan. Nyatakan maklumat yang tersurat dan tersirat di Calet Kampung Gapeh, Calet Dusun Kuala Mu, dan Calet Kampung Bersah seperti dalam petikan. Bil Maklumat Tersurat Maklumat Tersirat 1 Mempunyai unit calet, tandas, ruangan barbeku, wakaf, balai adat, peralatan memasak dan tapak perkhemahan. Suasana rumah desa yang lengkap dan kondusif. 2 Aktiviti yang ditawarkan ialah lawatan ke taman herba/lokasi bunga pakma balai kraft tangan, memancing, menjelajah/ merentas/ mendadaki gunung/hutan/air terjun, dan menyaksikan aktiviti kebudayaan oleh penduduk tempatan. Aktiviti riadah dan reakreasi yang menarik dan menyegarkan. 3 Kemudahan yang disediakan seperti pakej makan tengah hari, minum petang, dan makan malam menu kampung. Menu yang lazat dan berbeza, memudahkan pengunjung. 4 Lokasi calet di dalam dusun/ di kawasan perkampungan/ berhampiran dengan jalan utama. Merasai suasana kampung yang aman damai dan jauh dari hiruk-pikuk kota. AKTIVITI 2 - Laksanakan kajian lapangan untuk mengenal pasti kegiatan pelancongan yang menarik di tempat anda. Kemudian, cadangkan usaha-usaha untuk mempromosikannya. Cadangan Aktiviti: Secara berkumpulan buat kajian lapangan untuk mengenal pasti kegiatan pelancongan yang terdapat di petempatan anda. Semua dapatan hendaklah dilaporkan di dalam borang yang telah disediakan.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 109 Contoh Jawapan dan Borang Kajian Lapangan PEMULIHAN - KOMIK PERIBAHASA (HALAMAN 82) Lengkapkan peribahasa yang sesuai berdasarkan konteks dalam komik. 1. Lain padang lain belalang, lain dahulu lain sekarang 2. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata 3. Kera mendapat bunga 4. Bapa borek, anak rintik 5. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya BORANG KAJIAN LAPANGAN Senarai Ahli Kumpulan : 1. Khairul Hafizi 2. Ammer Hanif 3. Amirah Shahidah 4. Nurul Aqilah Hanani Laporan Kajian Nama Tempat: Desa Tanjung Gelam, Kuala Perlis, Perlis Tarikh : 23.07.2021 Senarai Aktiviti Yang Menarik Untuk Pelancongan : 1. Memancing di sawah padi 2. Berbasikal sepanjang jalan ke pantai/ di kawasan batas sawah 3. Jualan pelbagai makanan laut dan makanan tempatan 4. Melihat matahari terbenam 5. Kembara desa / kehidupan malam di desa Cadangan Usaha Mempromosikannya: 1. Promosi melalui laman sosial 2. Menyediakan pamplet/ risalah/ brosur/ papan tanda 3. Iklan melalui radio 4. Menggunakan khidmat ketua kampung/ kariah surau 5. Kelab pelancongan sekolah / pelancongan koperasi


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 110 PENGUKUHAN - SAMBIL MENYELAM MINUM AIR (HALAMAN 83) Berdasarkan bahan, bina perenggan pendahuluan yang telah anda pelajari. Pelancongan pendidikan merupakan satu daripada cabang industri pelancongan yang kian popular di Malaysia. Konsep melancong sambil belajar ini sesuai bagi mereka yang mendambakan pengalaman baharu sambil menimba ilmu. eDU-PARK , Universiti Putra Malaysia merupakan tapak pelancongan pendidikan yang menepati tema “Bermain, Belajar, dan Bertenaga”. Konsep pembelajaran yang kondusif berserta panduan oleh pakar yang berpengalaman dan terlatih menjadi ciri utama destinasi pelancongan pendidikan ini. Tapak pelancongan ini mempunyai landskap hijau dan ladang yang luas saujana mata memandang. Tapak ini menempatkan taman, ladang dan muzium amat sesuai sebagai sumber maklumat. eDU-PARK menyediakan pengalaman pembelajaran untuk semua peringkat usia yang memberikan peluang kepada pelancong mempelajari proses menjalankan penyelidikan. Oleh hal yang demikian, marilah kita menerokai keistimewaan eDU-PARK sebagai destinasi pelancongan pendidikan yang popular.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 111 PENGAYAAN - MASA UNTUK BERLIBUR (HALAMAN 84) Berdasarkan bahan, sampaikan syarahan dengan yakinnya dan bertatasusila. Faedah Melancong Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang bijaksana, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya pada kali ini ialah “Faedah Melancong”. Hadirin sekalian, Melancong ialah melawat negeri atau negara yang jauh dari tempat tinggal diri sama ada bertujuan untuk berehat, menenangkan minda dan merekan tekanan. Ada yang melancong secara individu dan ada juga yang melancong bersama-sama keluarga atau rakan. Sudah pasti aktiviti seperti ini dapat mengeratkan silaturahim antara satu sama lain. Dasawarsa ini, aktiviti melancong sudah menjadi semakin popular di seantero dunia. Namun begitu, masih ramai yang menganggap melancong hanyalah sesuatu yang membuang masa dan wang semata-mata untuk berseronok. Mereka tidak sedar akan faedah yang pelbagai dalam aktiviti pelancongan. Pelancongan ibarat serampang dua mata kerana bukan sahaja menghiburkan malah mempunyai pelbagai manfaat yang banyak membantu dan mematangkan individu. Antara faedah melancong ialah menambahkan ilmu pengetahuan. Seseorang yang melancong dapat belajar daripada pengalaman dan pemerhatian. Secara tidak langsung, aktiviti melancong dapat meluaskan horizon pemikiran bak peribahasa jauh berjalan luas pandangan. Hal ini dapat dibuktikan oleh seseorang yang bakal mempelajari sejarah yang wujud di sebalik bangunan dan tapak menarik di wilayah luar. Sebagai contoh, Kota A-Famosa di Melaka yang didirikan oleh Belanda semasa zaman penjajahan mereka. Di luar negara pula, terdapat bangunan seperti Tembok Berlin; sebuah tembok untuk memisahkan Jerman barat dan Jerman timur semasa Perang Dunia Kedua. Pengalaman yang diperoleh secara terus ini akan kekal dalam memori mereka. Kesimpulannya, ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui aktiviti melancong Selain itu, pelancong juga boleh mengetahui budaya dan adat manusia dari seluruh dunia dengan cara memerhati kegiatan serta marhaen negara luar. Contohnya, pelawat ke Jepun akan melihat budaya Jepun yang mementingkan kesopanan dan menepati masa. Dengan ilmu pengetahuan yang luas mengenai sejarah dan budaya, seseorang itu akan menjadi lebih matang dan berfikiran terbuka kerana terdedah dengan sesuatu yang asing daripada kehidupan biasanya. Bak kata yang terkenal, timbalah ilmu sehingga ke negara China. Hadirin sekalian, Seterusnya, aktiviti pelancongan menambahkan pengalaman. Seperti yang dihujah di atas, melancong dapat mengajar kita mengenai budaya dan sejarah sesebuah wilayah. Budaya sesebuah tempat tidak tertumpu pada perilaku rakyatnya sahaja. Budaya negara juga merangkumi pakaian, tarian dan makanan tradisional. Contohnya, tarian tradisional di negara Malaysia ialah


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 112 zapin oleh warga Sarawak dan tarian singa oleh bangsa Cina. Contoh pakaian pula ialah baju kebaya bagi bangsa Melayu, Cheongsam bagi bangsa Cina dan Sari bagi bangsa India. Pengalaman mempunyai impak yang besar terhadap kematangan dan kemampuan seseorang membuat keputusan. Janganlah kita menjadi seperti katak di bawah temperung yang sangat cetek pengetahuan dan pengalamannya. Tambahan lagi, melancong juga berkemampuan untuk menghilangkan stres. Kini, masalah seperti stres dan kemurungan kian menjadi polemik yang berleluasa dalam kalangan belia. Masalah ini ialah akibat tekanan dalam pembelajaran atau kerja yang melampau terutamanya pada era modenisasi kini yang mempunyai standard dan harapan yang tinggi untuk para pekerja. Oleh sebab itulah, mangsa stres wajar mencari jalan untuk menenangkan diri. Aktiviti melancong merupakan herba yang sangat mujarab untuk mengubati stres seseorang. Hal ini dikatakan demikian kerana, melancong ke negara lain dapat menghiburkan seseorang sehingga dia melupakan masalah yang menghantuinya selama ini. Kajian juga turut menunjukkan kesan yang positif kepada individu yang mengubah kawasan persekitarannya terutamanya di kawasan yang sakinah. Kita juga haruslah bersabar menghadapi masalah hidup kerana berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian. Hadirin yang dihormati, Di samping itu, hubungan silaturahim antara ahli keluarga juga dapat dieratkan melalui aktiviti pelancongan. Pada zaman globalisasi ini, masalah tidak dihadapi oleh seorang individu sahaja, malah satu keluarga juga menerima tempias masalah tekanan ibu bapa atau adik-beradik. Oleh sebab itu, sudah menjadi kemestian untuk sesebuah keluarga mengeratkan hubungan kekeluargaan ini menggunakan cara yang berkesan seperti melancong. Keluarga yang melancong mesti meluangkan masa dan berseronok bersama lebih-lebih lagi jikalau ibu bapa sentiasa sibuk berkerja atau anak yang tinggal berjauhan di asrama. Dengan meluangkan masa bersama, anak- anak akan merasai kasih sayang ibu bapa yang sepenuhnya dan meluahkan masalah yang dipendam. Sebagai hasilnya, ini akan mengelakkan kesalah fahaman antara satu sama lain dan melahirkan kulawarga bahagia. Setiap ahli keluarga wajib berhubung rapat kerana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Akhir sekali, aktiviti pelancangan mempunyai peranan yang signifikan dalam menjana ekonomi negara. Jika sektor pelancongan negara dimajukan, pelancong dari negara luar akan berasa tertarik untuk berkunjung ke negara tersebut. Kunjungan ini bakal meningkatkan ekonomi negara kerana mereka akan membeli barangan dan cenderamata di negara itu. Pertukaran mata wang juga akan memajukan pertumbuhan ekonomi sekaligus meningkatkan taraf hidup rakyat. Negara tersebut akan lebih dikenali sementara pelancong akan mendapat pengalaman yang tidak akan dilupakan. Namun begitu, pelancong hendaklah ingat untuk mengikuti peraturan di negara yang dilawati kerana di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Kesimpulannya, kita sepatutnya menggalakkan pelancongan dalam masyarakat kerana aktiviti ini mempunyai banyak faedah untuk diri dan negara. Pelancongan dapat


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 113 menghiburkan diri, menambah ilmu pengetahuan dan mengeratkan hubungan Kendatipun begitu, kita mestilah ingat melakukan pelancongan dengan tujuan yang mahmudah dan bukan untuk sesuatu yang tidak bermoral. Sementelahan itu, kita juga mestilah tetap menghargai negara sendiri walau sehebat mana pun negara lain. Bak kata pepatah, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Sekian, terima kasih.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 114 TEMA 7 - DEMI KEDAMAIAN MUAFAKAT KORPORAT (HALAMAN 86 - 87) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.3.2 Mendengar, menganalisis dan menerangkan maklumat daripada pelbagai wacana dengan betul dan bermakna. AKTIVITI 1 - Dengar dan analisis maklumat dalam bahan. Kemudian, jelaskan maklumat tersebut. 1. Maklumat daripada bahan audio Sumber : Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4 (ms 258 – 259) PROGRAM KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) DI SEKOLAH bermula pada tahun 2015 kerjasama antara Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pendidikan diwujudkan ekoran kes kemalangan di sekolah meningkat tujuan untuk memberikan kesedaran kepada warga sekolah sehingga tahun 2018, 50 buah sekolah mengambil bahagian


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 115 sekolah selamat – bebas daripada masalah disiplin, jenayah dan kemudahannya selamat antara aktiviti KKP – ceramah, jejak ancaman, kuiz, pertandingan melukis dan sebgainya peranan sekolah – memupuk kesedaran warganya akan kepentingan keselamatan daan kesihatan dalam pekerjaan amalan menjaga keselamatan dan kesihatan menjadi budaya sekolah murid boleh membantu pihak sekolah mengenal pasti ancaman dan risiko AKTIVITI 2 - Kenal pasti tanda-tanda ancaman atau bahaya yang ada di kawasan persekitaran dan cadangkan langkah-langkah untuk mengatasinya. TANDA ANCAMAN BAHAYA DI KAWASAN PERSEKITARAN DAN LANGKAH MENGATASINYA (Rujuk grafik ms 86 dan 87) TANDA ANCAMAN LANGKAH MENGATASI Dalam kelas: Kerusi dan meja yang rosak Cermin tingkap yang retak atau pecah Suis dan soket elektrik rosak Laporkan kepada guru kelas Meletak tanda amaran sementara peralatan dibaiki Dalam makmal: Kebocoran bahan kimia Peralatan uji kaji rosak Pendawaian rosak Laporkan segera kepada pembantu makmal dan guru Sentiasa mengemas kini status peralatan dan semua aspek di makmal Dalam tandas: Lantai licin / berlumut Saluran paip rosak Maklumkan kepada pekerja pembersihan sekolah Laporkan segera kepada pengurusan sekolah Sekitar bangunan sekolah: Air bertakung di koridor Padang tidak rata / berbatu Dahan pokok yang sekah Binatang berbisa seperti tebuan, ular , lipan dsb Maklumkan kepada pengurusan sekolah Mohon kerjasama JPAM untuk hapuskan binatang berbisa


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 116 JEJAK DIGITAL (HALAMAN 88 - 89) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.3.2 Membaca dan membanding beza maklumat daripada pelbagai bahan teks dengan betul. Aktiviti 1 - Baca, analisis, dan cari persamaan serta perbezaan maklumat dalam bahan. Kemudian, catat maklumat dalam bentuk pengurusan grafik banding beza. JENAYAH DIGITAL: PENYALAHGUNAAN TELEFON BIMBIT CIRI-CIRI MANGSA CIRI-CIRI PENYANGAK SIBER - lemas dalam ayat cinta dan janji manis - menipu bulat-bulat - lurus, pendiam, pendek akal - berani menyamar sebagai pegawai polis, pegawai mahkamah,pegawai bank, pegawai kastam - berasa gundah -gulana, cemas, kebingungan, ketakutan - membawa khabar buruk keterlibatan mangsa dalam masalah perundangan atau kewangan - benar-benar percaya tanpa berfikir panjang - licik dan petah berkata-kata - menawarkan bantuan untuk menyelesaikan masalah dengan meminta bayaran KESAN-KESAN KEPADA MANGSA - sanggup berkorban wang ringgit dan harta benda - mendapat kenangan pahit seumur hidup LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PANGGILAN PALSU PENIPUAN KHIDMAT PESANAN RINGKAS (SMS) - jangan panik, katakan anda tidak boleh bercakap panjang - jangan hubungi nombor melalui SMS untuk pengesahan - minta butiran pemanggil untuk kesahihan dan jika sahih, hubungi mereka untuk penjelasan lanjut - semak butiran SMS, jika terdapat kesalahan, abaikan - pergi ke pejabat jika perlu - hubungi penyedia perkhidmatan untuk menyekat SMS spam yang diterima. - jangan jawab panggilan daripada nombor luar negara - jangan memberikan maklumat peribadi - jangan muat turun apa-apa aplikasi jika diminta berbuat demikian - hubungi penyedia perkhidmatan telefon jika menerima panggilan berulang kali


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 117 ASPEK TATABAHASA SP: 5.2.3 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata adjektif dengan betul mengikut konteks. AKTIVITI 2 - Kenal pasti kata adjektif dalam bahan. Kemudian, gunakannya semula dengan betulnya mengikut konteks. JENIS KATA ADJEKTIF KATA ADJEKTIF Sifatan atau keadaan kuat, canggih, lurus, pendiam, baru, berani , nekad, licik, petah, palsu, sahih, lanjut, pelik, sulit Warna hitam Ukuran besar, pendek, panjang Bentuk bulat-bulat Waktu segera, singkat, lambat, panjang Jarak jauh Cara sering, mudah, ringkas, terang-terangan, sepandai-pandai, sewenang- wenangnya, bersungguh-sungguh Perasaan cinta, lemas, mempersonakan, ragu-ragu, gundah-gulana, lemas, panik, gawal, hasad Pancaindera manis, pahit Membina ayat daripada kata adjektif 1. Penjenayah siber mempunyai taktik yang licik untuk memperdayakan mangsa mereka. 2. Peristiwa hitam yang dialami oleh Suria membuatkan dirinya sentiasa dilanda kemurungan. 3. Kita haruslah berfikir panjang sebelum melibatkan diri dengan skim cepat kaya. 4. Anda dilarang untuk menyalin bulat-bulat teks atau ayat yang terpapar dalam mana-mana bahan cetak. 5. Kejayaan tidak akan dapat dicapai dalam masa yang singkat tanpa usaha yang berterusan. 6. Walaupun berada jauh di luar negara, Nadia tidak pernah lupa akan adat resam dan budaya Melayu. 7. Kaum wanita sering menjadi mangsa penipuan cinta siber kerana mudah terpedaya dengan janji manis penyangak siber. 8. Bunyi deringan telefon tanpa henti membuatkan Shida berasa cemas kerana tinggal berseorangan di rumah. 9. Setiap pengalaman pahit dan manis yang dilalui dalam hidup ini, menjadikan diri kita lebih matang dalam meneruskan kehidupan. AKTIVITI 3 - Kenal pasti teknik yang digunakan oleh penjenayah digital untuk memerangkap mangsa dan bincangkannya. Sesawang gelap menjadi pilihan urusan urus niaga pasaran gelap disebabkan bersifat rahsia dan hanya boleh diakses individu tertentu. Motifnya menyembunyikan salah laku jenayah dan mengelak dihidu oleh pihak berkuasa. Kewujudan sesawang gelap juga menyumbang kepada


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 118 lahirnya penjenayah digital masa kini melalui aktiviti scammer, pengubahan wang haram dan lainlain aktiviti menyalahi undang-undang negara mahupun antarabangsa. Terdapat aktiviti pengedaran dadah secara dalam talian menerusi sesawang gelap dan aktiviti golongan ini sukar dibanteras kerana mereka menggunakan platform sulit khas bagi menjalankan aktiviti salah mereka. Berkemungkinan, platform digunakan sering berubah mengikut keperluan dan keadaan semasa bagi mengelakkan aktiviti mereka bocor dan dihidu pihak berkuasa. Bagi memastikan selamat daripada digodam dan menjadi mangsa sindiket, kita mestilah sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga dalam menjaga data peribadi bagi mengelakkan data sulit khususnya berkaitan perbankan dan transaksi wang diceroboh. Jika tidak berhati-hati, dikhuatiri kita berputih mata disebabkan tangan penjenayah digital yang menggunakan kepakaran merompak kita secara maya. Pihak berkuasa juga perlu mempertingkat tahap keselamatan negara serta melatih pakar baharu yang boleh menjadi 'polis digital' yang mempunyai kompetensi tinggi menghadapi jenayah digital yang dijangka akan terus berkembang pesat. Jika pasaran ekonomi digital terus berkembang seperti disasarkan kerajaan menjelang 2030, perkembangan jenayah digital juga diyakini terus berkadar dengan perkembangan itu pada masa mendatang. Perkembangan ini boleh terus mengancam negara sama ada pada peringkat domestik ataupun antarabangsa. Walaupun ada banyak hal berkaitan sesawang gelap secara mendasar bersifat negatif, terdapat juga perkara positif, terutama membabitkan urusan tertutup dan rahsia dalam urusan pengurusan seharian. Kesan ledakan ekonomi digital yang semakin berkembang dalam tempoh penularan COVID 19 ini, kita harus lebih peka berhadapan dengan sesawang gelap yang terus berkembang pesat. **Aktiviti Tambahan: Murid-murid berbincang tentang bahan grafik berkaitan dengan Penipuan Siber.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 119 GERUH-GERAH BADAN AIR (HALAMAN 90 - 91) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.4.2 Menulis pelbagai jenis perenggan pendahuluan yang menepati tema menggunakan laras bahasa yang sesuai dan gramatis. AKTIVITI 1 - Berdasarkan maklumat dalam bahan, tulis perenggan pendahuluan jenis suasana, persoalan, statistik, dan gabungan. ***Maksud geruh-gerah - berbagai-bagai kemalangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat) ***Maksud “badan air” - kumpulan air yang besarnya antara lain bergantung pada relief permukaan bumi, kesarangan batuan pembendungnya, curah hujan, suhu dan sebagainya, misalnya sungai, rawa, danau, laut, dan samudera; (takrifan bidang geologi) Pendahuluan Jenis Suasana Tiupan angin sepoi-sepoi bahasa seolah-olah membelai kulit wajah. Lintuk liuk pohon kelapa dengan dedaunan bergoyang kiri dan kanan bagaikan melambai menyambut kedatangan pelancong ke persisiran pantai nan indah. Cuaca cerah dengan langit yang kebiruan menambahkan lagi keindahan panorama tepi pantai yang pasirnya halus menenggelamkan kaki apabila dipijak. Desiran ombak menghempas pantai diselikan dengan bunyi suara kanak-kanak keriangan bermain pasir, berlari-lari sambil menjerit kerana cuba mengelakkan kaki ditempiasi hempasan ombak. Namun, geruh-gerah badan air harus diawasi oleh ibu bapa. Kedalaman pantai, kekuatan ombak malah kewujudan binatang berbahaya seperti obor-obor, kulit kerangan dan cengkerang yang tajam serta serangga akuatik yang mungkin menyebabkan alahan harus diperhatikan sebelum kita mencari keseronokan membasahkan diri untuk melegakan diri daripada kepanasan terik mentari. Persoalannya di sini, apakah panduan keselamatan di badan air yang patut diberikan perhatian oleh orang awam sebelum melakukan aktiviti air? Pendahuluan Jenis Persoalan Pernahkah anda melakukan aktiviti berkelah? Berkelah di tepi sungai bersama keluarga sememangnya merupakan aktiviti riadah yang amat menyeronokkan. Apatah lagi sungai tersebut mempunyai air terjun yang airnya jernih lagi menyejukkan. Segala tekanan akibat rutin kehidupan mampu hilang setelah badan mencecah permukaan air sungai. Namun, tahukah anda bahawa insiden lemas sehingga meninggal dunia paling kerap berlaku di sungai dan tali air? Pernahkah anda terfikir, apakah faktor yang menyumbang kepada kejadian lemas? Adakah anda mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan geruh-gerah badan air sebelum melakukan sebarang aktiviti di badan air? Tepuk dada tanya selera. Persoalan yang berlegar-legar di lubuk minda ialah, apakah langkah-langkah yang perlu diambil sebelum melakukan aktiviti yang melibatkan badan air?


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 120 Pendahuluan Jenis Statistik Setiap kali munculnya musim cuti sekolah, kita dapat melihat trend ibu bapa membawa anak-anak bercuti ke kawasan yang mempunyai air seperti pantai, air terjun atau jeram dan berkelah di sungai atau berhampiran tasik. Hal ini dikatakan demikian kerana percutian sebegini selalunya tidak menelan belanja yang besar. Malah, ibu bapa lazimnya menyediakan bekalan makanan sendiri untuk dimakan sewaktu berkelah. Menurut stastistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), jenis insiden lemas yang kerap berlaku ialah di pantai, sungai dan tali air, tasik dan lombong, air terjun dan jeram serta kawasan pembentungan. Menerusi Operasi Lemas yang dihadiri oleh JBPM pada tahun 2018, jumlah mangsa lemas yang meninggal dunia tertinggi ialah di sungai dan tali air iaitu seramai 182 orang mangsa, diikuti dengan 58 orang mangsa lemas di pantai, 39 orang mangsa lemas di tasik dan lombong, 27 orang mangsa lemas di air terjun dan jeram dan mangsa lemas di pembentungan seramai 3 orang. Hal ini menjadikan jumlah mangsa lemas pada tahun tersebut seramai 309 orang daripada 380 kes yang dihadiri oleh JBPM. Oleh itu, langkah yang pragmatik harus difikirkan bagi mengurangkan kejadian mati lemas di badan air. Pendahuluan Jenis Gabungan Aktiviti sukan lasak semakin mendapat perhatian golongan muda mudi era modenisasi ini. Antara yang semakin mendapat perhatian ialah sukan lasak air. Hal ini amat bersesuaian kerana umum mengetahui bahawa dunia ini diliputi kawasan air sebanyak 75%. Tahukah anda jenis-jenis sukan lasak yang melibatkan air? Sukan lasak air terdiri daripada luncur jet, kayak, sukan layar, luncur air, snorkeling atau menyelam, parasailing dan bananabot. Namun, sebelum seseorang melibatkan diri dalam aktiviti sukan lasak air ini, geruh-gerah badan air haruslah diambil kira. Hal ini bersesuaian dengan pesanan orang dahulu kala melalui peribahasa, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Kalau tidak berada-ada, takkan tempua bersarang rendah, maka sebelum kita menjadi obses dengan aktiviti sukan air perlulah kita awasi risiko-risiko yang bakal mengundang apabila berada di badan air. Tidaklah nanti sudah terhantuk baru nak terngadah. Persoalan yang menusuk di sudut minda ialah, apakah panduan keselamatan di badan air? AKTIVITI 2 - Terokai punca-punca yang menyebabkan berlakunya kemalangan di badan air dengan mengambil kira pelbagai faktor. Kemudian persembahkannya. Punca kemalangan di badan air: Tidak mengetahui kemampuan diri Kecuaian diri sendiri Tidak menyedari keadaan kesihatan diri seperti demam, mengantuk telalu lapar atau terlalu kenyang Kurang pengetahuan tentang kemahiran berenang


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 121 Tidak melakukan tinjauan awal tentang risiko kawasan terlibat seperti keadaan curam, licin, arus deras, kepala air dan sebagainya Tidak mengenal pasti risiko yang bakal dihadapi sebelum melakukan aktiviti berkaitan Tidak memastikan tahap kedalaman air Tidak memeriksa persekitaran daripada objek berbahaya Tidak memeriksa kemungkinan kehadiran binatang berbahaya Tidak mempedulikan keadaan cuaca Tidak memakai peralatan keselamatan yang sesuai dengan aktiviti seperti jaket dan topi keselamatan Tidak memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti yang hendak dilakukan Tidak mematuhi cara melakukan aktiviti dan peraturan penggunaan alatan yang berkaitan Tiada pengawasan orang dewasa untuk kanak-kanak Sumber gambar : https://assets.hmetro.com.my/images/articles/lemas01.jpg_1497242870.jpg DEMONSTRASI MENYELAMAT: Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan demonstrasi menyelamat mangsa lemas dalam sungai pada pelancaran Kempen Kesedaran Keselamatan Aktiviti Air Peringkat Negeri Terengganu 2018 di Pulau Warisan, Kuala Terengganu. Sumber gambar :https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20180929/tr022-136cm.jpg Imbas kod QR untuk paparan yang lebih jelas


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 122 GEMA BELANTARA (HALAMAN 92 - 93) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.4.2 Menyampaikan pendapat tentang sesuatu perkara melalui ceramah, syarahan dan forum dengan yakin secara bertatasusila. AKTIVITI 1 - Baca bahan dan persembahkannya semula dalam bentuk forum dengan yakinnya secara bertatasusila. TEKS FORUM Tajuk : Jelajah Hutan Pengerusi : Saudara Muhammad Alif Syakir bin Mohd Ali Panel 1 : Nur Auni Zaman binti Lokman Panel 2 : Anis Suraya binti Mohd Yusof Panel 3 : Siti Nor Ra binti Basri Pengerusi Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh. Warga dewan sekalian. Bertemu lagi kita di gelanggang Forum Remaja. Topik kita pada hari ini ialah Jelajah Hutan. Jangan ragu dan jangan risau kerana nampaknya warga dewan kita khususnya para jejaka tidak senang duduk melihat kejelitaan tiga orang panel kita pada hari ini. Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama, saudari Nur Auni Zaman binti Lokman, selamat datang saudari. Seterusnya ahli panel kedua ayu berbaju kurung, saudari Anis Suraya binti Mohamad Yusof, selamat datang saudari dan di hujung sana nampak pemalu tapi bijak berkata-kata saudari Siti Nor Ra binti Basri, selamat datang juga buat saudari. Baiklah, sebelum saya menyimpang lebih jauh, soalan saya pada panel pertama apakah yang dimaksudkan dengan jelajah hutan? Panel 1 Terima kasih kepada saudara pengerusi. Udara yang nyaman, pohon kehijauan yang merimbun dan mengagumkan, serta laluan hutan yang pelbagai cabaran menjadikan aktiviti jelajah hutan begitu mengujakan. Namun peminat jelajah hutan perlu ingat bahawa hutan ada penghuninya. Kehadiran anda mungkin tidak dialu- alukan. Berwaspadalah sentiasa. Oleh itu, kita perlu memahami maksud jelajah berdasarkan Wikipedia ialah perjalanan kembara (Jawi: كمبارا ڤرجالنن (iaitu jenis pelancongan khusus, yang melibatkan penerokaan atau perjalanan dengan tahap risiko tertentu (nyata atau yang dirasai), dan yang mungkin memerlukan kemahiran khusus dan tenaga fizikal. Kembara mungkin merupakan kegiatan pelancongan yang meliputi kegiatan fizikal, pertukaran budaya, dan hubungan dengan alam. [1] Pengerusi Terima kasih kembali kepada panel pertama kita. Sebentar tadi panel pertama ada menyatakan bahawa jelajah hutan merupakan aktiviti yang memerlukan tenaga fizikal dan persediaan yang mantap untuk meneroka hutan belantara. Bolehkah


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 123 saudari panel kedua menerangkan persediaan yang perlu dibuat sebelum menyertai program jelajah hutan? Panel 2 Terima kasih pengerusi majlis. Setiap peserta yang hendak menyertai aktiviti jelajah hutan hendaklah mempunyai persediaan yang rapi. Antara persediaan fizikal yang perlu dilaksanakan seperti latihan berjalan, berjoging, berbasikal, berlari dan senaman untuk menguatkan sistem kardiovaskular peserta. Secara amnya apa-apa senaman atau pergerakan fizikal yang meningkatkan kadar degupan jantung selama lebih kurang 20 minit sehari mampu membantu. Semasa aktiviti pula, seseorang peserta perlu berfikiran positif dan sentiasa bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi sebarang situasi. Sekian sahaja daripada saya. Pengerusi Terima kasih diucapkan kepada panel kedua kita. Sekarang sudah terang lagi bersuluh bahawa seseorang yang ingin menyertai aktiviti jelajah hutan perlu membuat persediaan yang rapi. Jika dua panel tadi telah menerangkan maksud dan persediaan dalam aktiviti jelajah hutan, saya ingin meminta panel ketiga untuk menghuraikan sikap yang perlu dielakkan semasa melakukan aktiviti jelajah hutan. Panel 3 Terima kasih saudara pengerusi. Seperti yang telah disebutkan oleh panel pertama bahawa peminat jelajah hutan perlu ingat bahawa hutan ada penghuninya. Oleh itu, sebagai peserta aktiviti perlu mengelakkan sikap cuai, suka menunjuk-nunjuk, sombong, tidak bertanggungjawab, cakap besar, terlalu yakin, terlalu takut, panik dan terlalu seronok. Sekiranya peserta tidak menjaga tingkah laku, pelbagai kemungkinan akan berlaku seperti menjadi seram sejuk, gelabah dan boleh menyebabkan peserta tidak menemukan jalan pulang, cuma berpusing di laluan yang sama untuk beberapa jam.Selain itu, peserta juga perlu mengelakkan daripada meniru mimik muka pelik untuk menakutkan kawan kerana makhluk yang berada di dalam hutan akan marah kerana kita seolah-olah memperli atau mengejek rupa mereka. Sehubungan dengan itu, marilah sama-sama kita menjaga tingkah laku ketika berada di hutan. Pengerusi Terima kasih diucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana sudi hadir dan sudi menyuarakan pendapat masing-masing. Moga segala yang kita dapat pada hari ini bukan sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Nampaknya masa amat mencemburui kita .Sebelum berakhir, mari kita sama-sama menepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun mendengar perbincangan kita hari ini. Marilah sama-sama kita menghargai alam sekitar dengan aktiviti jelajah hutan dengan persediaan yang rapi dan mempamerkan tingkah laku yang baik demi kesejahteraan hutan kita.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 124 Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan; Intailah kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Salam hormat, ceria-ceria selalu. Akhir kalam, wabillahitaufik walhidayah, Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh. ASPEK SENI BAHASA SP: 4.3.1 Menghasilkan skrip drama secara berpandu dengan menggunakan gaya bahasa yang sesuai dan menarik. AKTIVITI 2 - Berdasarkan bahan, tulis skrip drama dengan menggunakan gaya bahasa yang sesuai dan menarik. SKRIP DRAMA Tajuk : Jom Jelajah Hutan Watak : Ahnaf (murid 1), Alif (murid 2) dan Shakir (murid 3) Babak 1 Ahnaf Kawan-kawan, mari kita pergi jelajah hutan. Alif Eh, seronok tu, apa pendapat awak, Shakir? Shakir Yalah, sudah lama kita tidak pergi jelajah hutan. Ahnaf Kita boleh melihat keindahan alam, flora dan faunanya. Alif Ya, betul. Shakir Kita perlu tahu sifat-sifat hidupan liar yang ada di hutan, contohnya harimau belang akan menyerang jika tercedera manakala gajah juga akan menyerang jika terkejut dan akan naik minyak jika ada manusia yang berada di laluan gajah dan berasa anak gajah terancam. Ahnaf Betul kata Shakir. Harimau kumbang pula akan sentiasa mengintai manusia di kawasannya kerana ia berupaya memanjat pokok dan mempunyai naluri ingin tahu yang kuat. Alif Ish, takut pula saya dengar. Tapi kita boleh pergi jelajah hutan dengan persediaan yang rapi. Kita perlu mengetahu elemen alam yang ada di hutan seperti bentuk muka bumi yang ada sungai, bukit bukau dan lereng cenuram. Shakir Betul kata kamu Alif. Selain itu, kita juga kena pastikan cuaca pada waktu tersebut sama ada gelap, hujan, kabus atau ribut. Ahnaf Tak kurang juga, kita kena tahu bencana alam yang boleh berlaku di hutan seperti kepala air, tanah runtuh dan pokok tumbang.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 125 Alif Eh, dah panjang lebar perbincangan kita. Macam mana, jadi tak kita hendak jelajah hutan? Shakir Baiklah kawan-kawan, kita minta kebenaran dahulu daripada ibu bapa ya. Alif Baiklah. Ahnaf Baiklah, jumpa lagi. AKTIVITI 3 - Anda dan rakan-rakan anda akan mengikuti program jelajah hutan. Sebagai persediaan, cadangkan tiga jenis latihan yang diperlukan serta jelaskan sebab-sebabnya. TIGA JENIS LATIHAN SEBAGAI PERSEDIAAN JELAJAH HUTAN DAN SEBAB-SEBABNYA. BIL JENIS LATIHAN SEBAB 1 Latihan Fizikal Untuk menguatkan stamina dan kekuatan fizikal peserta. 2 Latihan Emosi Untuk menyediakan emosi yang baik dan bersemangat kepada peserta menghadapi cabaran semasa jelajah hutan. 3 Latihan Komunikasi Supaya peserta dapat berkomunikasi dengan baik antara peserta dan alam sekeliling.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 126 TENTANG BULAN (HALAMAN 94 - 95) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.4.3 Menulis perenggan isi dengan huraian yang jelas dan kritis menggunakan bahasa yang gramatis. AKTIVITI 1 - Analisis maklumat dalam bahan dan tulis perenggan isi dengan huraian yang jelas dan kritis menggunakan bahasa yang gramatis. Sejarah Awal Penubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) : - Nama asal Cawangan Palang Merah British - Ditubuhkan pada bulan April 1948 di Borneo Utara (sekarang Sabah) - Ditukarkan nama kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSSM) pada tahun 1975, di bawah Akta 162 Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama) 1975 dan kekal hingga sekarang. Tujuan Penubuhan : - Untuk mengendalikan dan menolong tugas di seluruh dunia ketika masa aman atau peperangan Misi Bantuan BSMM : - Dalam negara o Tanah runtuh Bukit Antarabangsa Ulu Klang, Selangor (2010) o Tanah runtuh Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Kajang, Selangor (2011) o Struktur Jejambat Pejalan Kali Runtuh, Eco City-Mid Valley (2016) - Luar negara o Taufan Haiyan, Leyte, Filipina, (2013) – bantuan kemanusiaan o Gempa bumi Kathmandu, Nepal (2015) – bantuan kemanusiaan, mencari dan menyelamat o Gempa bumi dan Tsunami Palu, Sulawesi, Indonesia (2018) – bantuan kemanusiaan Bentuk Bantuan BSMM : - Bantuan selimut pada musim sejuk - Kerjasama dengan pasukan penyelamat yang lain - Misi bantuan di Pakistan untuk pembinaan petempatan sementara - Agihan bantuan makanan, pakaian dan perubatan - Pertolongan Cemas


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 127 Kenali Sukarelawan BSMM : - Encik John Lam Ah Kian – sukarelawan misi Pasukan Tindakan Bencana Serantau, BSMM - Pesara, 66 tahun - Timbalan Pengerusi, Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Sarawak - Contoh misi Pasukan Tindakan Bencana Serantau: o Banda Acheh, Sumatera, Indonesia (2004 - Tsunami) o Pulau Nias, Indonesia (2005 - Gempa Bumi) o Pakistan (2005 - Gempa Bumi) o Jogjakarta, Indonesia (2006 - Gempa Bumi) o Pulau Lombok, Indonesia (2018 - Gempa Bumi) - Berpendapat bahawa sukarelawan perlu komited, prihatin, penyayang, berkepemimpinan dan terlatih, sihat tubuh fizikal dan mental, serta emosi, tabah, mudah menyesuaikan diri dalam keadaan paling sukar. Misi Suci Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Pada era ledakan teknologi yang semakin canggih ini, terdapat banyak pancaroba yang menggamit perasaan di setiap pelosok dunia. Setiap kejadian dan peristiwa yang mengancam keselamatan manusia masih berlaku sehingga kini. Sungguhpun begitu insan-insan mulia yang penuh kasih sayang dan suka membantu masih wujud di bumi nyata ini. Sebagai penawar mujarab yang mampu meringankan beban dan mengelap air mata kesusahan masyarakat, banyak pertubuhan dan persatuan yang menjaga kebajikan rakyat diwujudkan. Antaranya ialah Cawangan Palang Merah British atau dikenali sebagai Bulan Sabit Merah Malaysia. Cawangan Palang Merah British ditubuhkan pada bulan April 1948 di Borneo Utara kini dikenali sebagai Sabah. Kemudian telah bertukar nama kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) pada tahun 1975. BSMM ditubuhkan untuk mengendalikan dan menolong tugas di seluruh dunia sama ada pada masa aman atau pun ketika peperangan. Pelbagai misi bantuan di dalam negara dan di luar negara telah dijalankan oleh BSMM seperti bantuan kemanusiaan ketika tanah runtuh Bukit Antarabangsa Ulu Klang, Selangor pada tahun 2010 dan ketika Taufan Haiyan, Leyte, Filipina pada tahun 2013. Situasi ini terbukti jelas bahawa benih-benih perikemanusiaan masih subur disemai dan dijaga rapi tanpa mengira sempadan. Tambahan pula, bantuan BSMM dapat menghidupkan sinar harapan dalam kehidupan seseorang yang memerlukannya. Bentuk bantuan kemanusiaan seperti bantuan selimut pada musim sejuk, kerjasama dengan pasukan penyelamat yang lain, pembinaan petempatan sementara di Pakistan, agihan bantuan makanan, pakaian dan perubatan serta pertolongan cemas dapat meringankan keperitan dan kesusahan rakyat umpama condong ditumpil, lemah dianduh. BSMM telah banyak berjasa di peringkat global mahupun di tanah air tercinta ini.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 128 Oleh itu, untuk meneruskan usaha murni ini semua sukarelawan perlu bersedia dengan nilai-nilai murni dan ilmu seperti sangat komited, prihatin, penyayang, berkepimpinan dan terlatih. Kesihatan fizikal dan mental serta emosi, tabah dan mudah menyesuaikan diri dalam keadaan paling sukar juga merupakan aset terpenting untuk setiap sukarelawan. Terdapat ramai tokoh kemanusiaan yang masih bersinar dan menyinari setiap kehidupan persis mutiara harapan yang tidak ternilai harganya. Salah satu permata BSMM ialah En. John Lam Ah Kian, pesara yang berumur 66 tahun. Beliau menggalas tugas sebagai Timbalan Pengerusi BSMM Negeri Sarawak dan terlibat dalam pelbagai misi pasukan Tindakan Bencana Serantau. Akhirulkalam, jelaslah bahawa Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia bergiat aktif terutamanya ketika berlaku bencana besar dan banyak bantuan kemanusiaan telah dihulurkan untuk meringankan keperitan rakyat jelata kerana berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Petugas sukarelawan juga sentiasa bersiap sedia, berkemahiran, berilmu dan sangat komited supaya dapat menyalurkan pertolongan dan sumbangan dengan cepat dan efisien. Oleh itu, semua lapisan masyarakat perlulah berganding bahu dan sudi menjadi sukarelawan supaya dapat mewujudkan suasana yang penuh belas kasihan dan kurnia di muka bumi ini. AKTIVITI 2 - Tulis pendapat tentang punca kurangnya penglibatan murid dalam kerja khidmat masyarakat dan cadangkan langkah mengatasinya. Punca kurangnya penglibatan murid dalam kerja khidmat masyarakat: 1. Bidang akademik lebih diutamakan daripada khidmat masyarakat 2. Murid terbeban dengan proses pendidikan dan wujud kekangan masa untuk terlibat dalam kerja khidmat masyarakat 3. Kurang kesedaran tentang kepentingan kerja khidmat masyarakat 4. Ibu bapa tidak menggalakkan murid terlibat dalam kerja khidmat masyarakat dan kurang menjadi suri teladan kepada anak-anak 5. Murid telah dibiasakan dengan kehidupan individualistik, suka menyendiri dan tidak suka bergaul dengan masyarakat setempat 6. Murid tidak berminat kerana beranggapan membuang masa dan tiada ganjaran 7. Perkembangan dan pengaruh teknologi moden menghalang murid terlibat dalam kerja khidmat masyarakat 8. Sikap mementingkan diri sendiri dan mementingkan materialistik lebih daripada sifat perikemanusiaan 9. Pola petempatan masyarakat tidak membantu murid terlibat dalam kerja khidmat masyarakat 10. Budaya hedonisme yang keterlaluan menghalang murid terlibat dalam kerja khidmat masyarakat 11. Kurang didikan agama/ moral


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 129 Cadangan langkah mengatasinya: 1. Ibu bapa harus menggalakkan anak-anak untuk melibatkan diri secara aktif dalam kerja khidmat dan perlu menjadi teladan kepada mereka 2. Pihak sekolah mengadakan program/ceramah/ kempen kesedaran tentang kepentingan khidmat masyarakat 3. Pihak sekolah menganjurkan program khidmat masyarakat di peringkat sekolah 4. Murid dilibatkan dalam aktiviti komuniti melalui Badan Beruniform 5. Markah PAJSK / penghargaan/ sijil diberikan kepada murid yang terlibat dalam khidmat masyarakat sebagai galakan 6. Guru menyelitkan kepentingan khidmat masyarakat dalam pengajaran 7. Mewujudkan pertubuhan bercorak kesukarelawanan di sekolah 8. Memberikan didikan agama / moral sejak kecil 9. Murid digalakkan membudayakan kegiatan kesukarelawanan di kawasan sekolah dan perumahan 10. Media sosial mempromosikan aktiviti kemasyarakatan


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 130 TEMA 8 - DALAM LIPATAN KENANGAN RUMAH PUSAKA SUTAN MANGATAS (HALAMAN 102 - 103) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.5.1 Mengenal pasti jenis, kesesuaian soalan dan kesesuaian masa untuk mengemukakan soalan terhadap individu atau kelompok secara bertatasusila. AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, dengar dan kenal pasti soalan dari segi jenis, kesesuaian soalan, dan kesesuaian masa. Imbas kod QR untuk mendengar rakaman audio (ms 102 dan 103) 1. Rumah Pusaka Chow Kit - halaman 102 Andaikan anda akan menemu bual Puan Norma binti Manjawali. Dengar soalan berikut dengan telitinya dan kenal pasti soalan tersebut dari segi jenis, kesesuaian soalan, dan kesesuaian masa. Soalan 1 Bilakah rumah ini dibina? Soalan 2 Nenek tinggal di sini sejak bila? Soalan 3 Apakah perasaan nenek tinggal di rumah ini? Soalan 4 Bagaimanakah nenek masih boleh tinggal di rumah ini sedangkan urbanisasi berkembang pesat di Kuala Lumpur? Soalan 5 Mengapakah rumah tradisional ini hendak dijual? Soalan 6 Banyak keuntungan diperoleh dengan menjual rumah ini?


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 131 2. Selamatkan Warisan Negara - halaman 103 Andaikan anda akan menemu bual para sukarelawan daripada Persatuan Rumah Pusaka Chow Kit. Dengar soalan berikut dengan telitinya dan kenal pasti soalan tersebut dari segi jenis, kesesuaian soalan, dan kesesuaian masa. Soalan 1 Mengapakah Persatuan Rumah Pusaka Chow Kit ditubuhkan? Soalan 2 Bagaimanakah segala rintangan untuk membina rumah ini semula diatasi? Soalan 3 Di manakah bahagian-bahagian rumah yang telah dibuka disimpan? Soalan 4 Semasa struktur rumah ini dibuka, apakah cara yang digunakan untuk memudahkannya dipasang semula? Soalan 5 Kalian gembira dengan pembinaan semula rumah pusaka Chow Kit? Soalan 6 Adakah ahli-ahli persatuan ini popular setelah rumah ini dibina semula? Lengkapkan borang di bawah mengikut jenis soalan. Jenis soalan Soalan berdasarkan rakaman audio Soalan dengan kata tanya Soalan tanpa kata tanya


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 132 AKTIVITI 2 - Jalankan sesi temu bual dengan menggunakan soalan yang sesuai mengikut situasi. Azira telah menemu bual Encik Mahmud tentang bangunan bersejarah di Teluk Intan. Menara Condong ialah sebuah menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Menara ini menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini ialah reka bentuknya yang menyerupai Menara Pisa di Itali. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, menara ini masih berdiri kukuh dan agak senget dan tercondong sedikit. Azira Assalamualaikum Encik Mahmud. Saya, Azira binti Zainuddin dari SMK Sungai Mutiara. Saya ingin menemu bual Encik Mahmud tentang bangunan bersejarah di bandar Teluk Intan, iaitu Menara Jam Tinggi. En. Mahmud Waalaikumsalam. Khabar baik. Boleh sahaja. Apa yang awak ingin tahu tentang Menara Jam Tinggi atau Menara Condong Teluk Intan? Saya akan cuba membantu. Azira Bilakah Menara Jam Tinggi Teluk Intan dibina? En. Mahmud Menara Jam Tinggi ini dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Cheong atau Ah Cheong yang merupakan seorang arkitek. Azira Bagaimanakah Ah Cheong mendapat idea untuk membina menara tersebut? En. Mahmud Beliau mendapat ilham membina menara dengan reka bentuk demikian berdasarkan bangunan pagoda di negara China. Azira Menara ini memang dibina condong? En. Mahmud Menara ini asalnya tidaklah condong sebagaimana sekarang. Setelah 10 tahun dibina, iaitu pada tahun 1895 telah berlaku banjir besar di Teluk Intan sehingga menara ini tenggelam. Banjir yang berlaku dengan bebanan air yang berat inilah dipercayai punca menara ini mula condong ke arah Barat. Azira Boleh tak Encik Mahmud ceritakan tentang kegunaan menara tersebut? En. Mahmud Menara ini sebenarnya merupakan takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar. Kini menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Di bahagian bawahnya dihiasi dengan landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga. Azira Benarkah menara ini juga pernah menjadi kubu pertahanan suatu masa dahulu? En. Mahmud Pada zaman Jepun (1942-1945) bangunan Menara Jam ini dijadikan menara kawalan untuk meninjau kedatangan musuh. Azira Baiklah, Encik Mahmud. Terima kasih atas kerjasama encik membantu saya mendapatkan informasi tentang Menara Condong Teluk Intan.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 133 En. Mahmud Sama-sama. Jangan lupa. Jika di Itali ada Menara Condong Pisa, di Teluk Intan kita harus berbangga dengan Menara Condong Teluk Intan. AKTIVITI 3 - Kumpulkan gambar dan keterangan tentang bangunan warisan dan buat buku skrap. Contoh bangunan warisan dan bersejarah di Malaysia 1. Kellie’s Castle, Batu Gajah, Perak Kellie’s Castle yang terletak di Batu Gajah ini ialah bangunan bersejarah yang dibina oleh peladang getah terkemuka dari Britain, William Kellie Smith pada 1910. Beliau telah membeli sebidang tanah seluas 960 ekar untuk dijadikan ladang getah dan tapak untuk membina rumah. Namun, pembinaan istana ini terpaksa dihentikan serta-merta kerana Kellie meninggal dunia secara mengejut pada tahun 1926. Walaupun tidak siap 100%, istana ini dikatakan memiliki banyak ruang rahsia termasuklah terowong-terowong bawah tanah. Bangunan tiga tingkat ini diilhamkan mengikut reka-bentuk istana Moghul di Agra, India dan jubin dindingnya diimport dari Itali. Batu-bata dilekat menggunakan bancuhan campuran putih telur itik, pasir, kapur, gula merah dan madu, tiada besi atau paku digunakan. 2. Bangunan Stadthuys, Melaka Mercu tanda yang berada di Bandar Hilir ini amat sinonim dengan Melaka. Binaan bersejarah ini ialah bangunan kerajaan Belanda yang tertua di Asia Tenggara. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai penempatan rasmi Gabenor Belanda. The Stadthuys menjadi titik tumpuan beberapa kerajaan seperti Belanda, Portugis, Inggeris dan lain-lain selama lebih dari 300 tahun. Pada tahun 1982, Stadthuys diubah menjadi muzium. Bangunan berwarna merah yang menjadi


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 134 lokasi tumpuan di Melaka ini turut dipenuhi barisan beca yang penuh warna-warni dan berbunga- bunga sekitar luar bangunan. 3. Istana Seri Menanti, Kuala Pilah Istana Seri Menanti di Kuala Pilah ini dibina pada 1902 dan mempunyai ciri-ciri seni bina Minangkabau yang unik. Warna hitam bangunan ini menjadikannya kelihatan tersergam indah dari jauh. Bangunan setinggi empat tingkat ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki. Yang menariknya, istana indah ini telah dibina tanpa menggunakan sebarang paku besi. Mereka hanya menggunakan sambungan kayu yang dinamakan pasak. Pada 14 Julai 1992, Istana Menanti telah diwartakan menjadi Muzium Diraja dan telah menjadi tumpuan pelancongan untuk menyaksikan pameran koleksi keluarga Diraja Negeri Sembilan. Setiap ruang telah diisi tanpa mengubah bentuk asal istana bagi menerangkan fungsi ruang-ruang tersebut. 4. Kota A Famosa, Melaka Kota A Famosa dibina pada tahun 1511 dan mercu tanda paling popular di Melaka. Mengikut sejarah ia didirikan oleh penjajah Portugis sebagai kubu pertahanan mereka di Melaka. Bangunan yang berusia lebih 500 tahun ini mempunyai pintu gerbang yang turut dikenali sebagai pintu gerbang Santiago. Pintu gerbang ini merupakan struktur seni bina Eropah yang paling tua dan masih kekal di Asia. Kota A Famosa yang terletak di Bandar Hilir ini wajib dilawati jika anda bercuti ke Melaka kerana kota ini merupakan sebahagian daripada sejarah negara dan mercu tanda pelancongan negeri berkenaan.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 135 5. Kubu Margherita, Sarawak Kubu berwarna putih yang terletak di Kuching, Sarawak ini telah siap dibina dengan reka bentuk istana lama Inggeris pada tahun 1879 oleh Sir Charles Brooke dan diberikan nama sempena nama isterinya, Margaret Brooke. Kubu ini dibina untuk menjadi lambang kestabilan kerajaan dan kekuatannya. Terletak di atas bukit, kubu ini menyajikan pemandangan yang luas ke semua arah di kawasan sekitarnya. Kubu ini merupakan monumen paling signifikan kepada bandaraya Kuching dari sudut sejarah, reka bentuk dan pelancongan. - Murid diminta melayari laman sesawang berikut bagi mendapatkan maklumat tentang bangunan warisan di Malaysia untuk menghasilkan buku skrap. - https://www.maisinggah.com/bangunan-bersejarah-di-malaysia/ - https://www.permohonan.my/senarai-bangunan-bersejarah-malaysia/ - https://www.sinarharian.com.my/article/69470/BISNES/Jom-terokai-monumen-bersejarah-di- negara-kita


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 136 DARAH SATERIA (HALAMAN 104 - 105) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.3.2 Membaca dan membanding beza maklumat daripada pelbagai bahan teks dengan betul. AKTIVITI 1 - Baca kedua-dua bahan pada halaman tersebut dengan menggunakan teknik QUACK. Kemudian banding dan bezakan kisah Fort Margherita dengan peristiwa Singapura Dilanggar Todak. TEKNIK BACAAN QUACK Q Question mark (Tanda soal) diletakkan pada perkataan, rangkai kata & idea yang kabur dan tidak difahami U Underline (Garis) menggarisi takrif A Asterisk (Asterik) meteltakkan tanda * pada maklumat atau idea yang penting atau menarik C Circle (Bulatkan) membulatkan fakta dan definisi panjang K Keyword (Kata kunci) meletakkan huruf besar K di sebelah kata kunci (biasanya berhuruf condong) Langkah 1: Murid membaca bahan dengan teknik bacaan QUACK. Perkara Fort Margherita Singapura Dilanggar Todak Tanda soal [?] Bebola bata, geramnya menggila,semakin rancak, memusnahkan perosak Banyak mati dilompati todak, berkotakan betis/batang pisang, berkancing ke sebelah, lekatlah jongornya, menanggungkan haknya Garisi takrif Tanda dalam teks Tanda dalam teks Tanda * idea/maklumat penting Tanda dalam teks Tanda dalam teks Bulatkan fakta /isi penting Tanda dalam teks Tanda dalam teks K – tandakan kata kunci Tanda dalam teks Tanda dalam teks Langkah 2 - Murid membuat banding dan beza kisah Fort Margherita dengan peristiwa Singapura Dilanggar Todak. Persamaan / Perbezaan Fort Margherita (Suton) Singapura Dilanggar Todak (Paduka Seri Maharaja) Ciri –ciri pemimpin (Garisi takrif) i)Keyakinan tinggi ii)Mempersiapkan diri dengan ilmu iii)Bijak mengatur strategi iv)Berfikiran wajar i)Mencemar duli melihat situasi ii) Mempunyai rakyat taat membuta tuli iii)Mudah dipengaruhi Faktor kejayaan i)Mempunyai pengetahuan tentang i) Menerima cadangan yang baik


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 137 (Tandakan *) tempat musuh ii)Berpengalaman dalam perang iii)Cekap menggunakan senjata daripada seorang kanak-kanak ii) Kerjasama rakyat jelata Strategi melawan musuh (Tandakan K) i)Mengatur serangan pada waktu malam ii)Kerjasama berpasukan ii)Mematuhi arahan ketua i)Bersenjatakan batang pisang iii)Mematuhi arahan Sultan Cabaran (Bulatkan) i)Kawasan cerun tinggi ii)Kekurangan peluru iii)Kehabisan bom tangan i)Kawasan tepi pantai ii)Serangan todak iii)Bersenjatakan betis – kurang berkesan iv)Para pembesar yang iri ASPEK TATABAHASA SP: 5.2.4 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata tugas dengan betul mengikut konteks. AKTIVITI 2 - Kategorikan golongan kata tugas praklausa dan pascakata yang terdapat dalam bahan. Kemudian, bina perenggan dengan kata-kata tersebut. Kata Tugas Praklausa dan Pascakata yang terdapat dalam bahan: KataTugas Praklausa Kata seru Kata perintah Kata pangkal ayat - Ayuh - Cis - Maka - Jangan - Nah - Hatta Kata tanya Kata pembenar - Siapakah - Ya - Apa - Benar Kata Tugas Prafrasa Kata pembenda - cekapnya - mudahnya Kata penekan - sesungguhnya - setepat-tepatnya


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 138 Bina perenggan dengan kata-kata tersebut. Maka ada seorang orang Kelang mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak sedikit. Maka ia berdatang sembah ke bawah duli baginda. Maka baginda memberi titah kepada bentara Seri Amerta, menyuruh berkata kepada Tun Perak. Maka Tun Perak pun datang menghadap. Maka Seri Amerta pun berkata kepada Tun Perak, "Orang ini, ya Tuan Tun Perak, mengadukan halnya ke bawah Duli Yang Dipertuan, mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak. Mengapakah maka demikian pekerti tuan hamba?” Maka diam Tun Perak tiada disahutinya kata Seri Amerta itu. Setelah tiga kali Seri Amerta berkata-kata itu, maka barulah disahutinya oleh Tun Perak, katanya, “Tuan Seri Amerta, akan tuan hamba dijadikan Yang Dipertuan Bentara, dianugerahi pedang sebilah itu jua tuan hamba peliharakan baik-baik, usahakan jangan diberi berkarat kemakanan. Akan pekerjaan kami orang memegang negeri di mana tuan hamba tahu? Jikalau sebesar tempurung sekalipun, negeri namanya; baik juga kepada kami, maka kami kerjakan, kerana Yang Dipertuan tahu akan baiknya juga kepada kami, tiada tahu akan jahatnya. Tetapi jikalau Duli Yang Dipertuan hendak mencerca hamba sebab orang itu, pecatlah hamba dahulu, maka cercakan hamba dengan dia. Jikalau hamba belum dipecat, bagaimana hamba hendak dicerca?" Syahadan, maka berkenan Sultan Muzaffar Syah mendengar kata Tun Perak itu. Pada hati baginda, "Adapun Tun Perak ini tidaklah patut jadi bentara lagi, patut menjadi Perdana Menteri." AKTIVITI 3 - Terokai maklumat yang berkaitan dengan penentangan terhadap penjajah dan ceritakannya semula. Cadangan Aktiviti: 1. Murid mencari maklumat tentang peristiwa penentangan terhadap penjajah daripada buku sejarah, novel, drama, filem, dokumentari dan laman sesawang. 2. Murid menceritakan maklumat yang diperoleh di kelas sebagai aktiviti PBD. Contoh penentangan terhadap penjajah


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 139 Filem tentang penentangan terhadap penjajah Laman sesawang yang berkaitan: https://patriotikblog.wordpress.com/2017/09/25/tokoh-tokoh-perjuangan-tempatan-menentang- british/


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 140 SEJARAH MENDEWASAKAN KITA (HALAMAN 106 - 107) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.4.4 Menulis untuk membuat kesimpulan yang lengkap dan menepati tema menggunakan ayat yang gramatis dan ungkapan yang menarik. AKTIVITI 1 - Teliti bahan dan tentukan jenis kesimpulan yang sesuai mengikut tema daripada bahan tersebut. Kemudian, tulis perenggan kesimpulan tersebut dengan menggunakan ayat yang gramatis dan ungkapan yang menarik. Contoh 1 Kesimpulannya, mata pelajaran Sejarah terbukti mempunyai pelbagai kepentingan, terutamanya kepada para pelajar. Sejarah merupakan ilmu hidup yang memandu manusia untuk menjalani kehidupan yang sempurna. Di sebalik setiap lembaran teks sejarah, terkandung pelbagai pedoman hidup dan pengajaran bagi memandu generasi muda hari ini. Subjek ini harus diberikan perhatian sewajarnya oleh para pendidik, ibu bapa, dan pelajar. Oleh hal yang demikian, semua pihak perlulah berusaha mencapai matlamat mata pelajaran Sejarah demi kesejahteraan dan keamanan negara. Contoh 2 Tuntasnya, kepentingan mempelajari mata pelajaran Sejarah negara amat penting dalam pembentukan masyarakat yang sentiasa menghayati dan menghargai jasa-jasa pejuang tanah air yang berjuang untuk kebebasan kita pada hari ini. Jadi, pelajar terutamanya tidak sewajarnya mengeluh untuk mempelajari matapelajaran kerana di dalamnya terkandung 1001 iktibar, teladan serta pengajaran untuk pedoman hidup. AKTIVITI 2 - Apakah peristiwa penting yang tidak dapat dilupakan dalam hidup anda? Mengapakah anda menganggap peristiwa tersebut penting? Peristiwa yang tidak dapat dilupakan dalam hidup: - pemergian Ibu buat selama-lamanya - peristiwa ini penting kerana: - bermula saat pemergian ibu buat selama-lamanya itu, saya terpaksa berdikari untuk meneruskan hidup bersama ayah. - tidak ada lagi tempat untuk meluahkan perasaan. - kehilangan kasih sayang seorang ibu. - tidak ada lagi orang yang mengajar saya memasak. - tidak ada lagi orang yang menegur jika saya melakukan kesalahan dengan penuh kasih sayang.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 141 TEKSTIL WARISAN (HALAMAN 108 - 109) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.3.1 Mendengar, menyebut semula dan menyusun fakta serta hujah daripada pelbagai situasi dengan betul, tepat dan bermakna. AKTIVITI 1 - Dengar dan sebut semula fakta serta hujah berdasarkan bahan. 1. Murid mendengar maklumat yang diperdengarkan melalui alat perakam. 2. Murid menyebut semula fakta serta hujah yang didengar berdasarkan bahan. 3. Murid berinteraksi dengan kawan-kawan secara berkumpulan tentang definisi kain telepuk dan kelebihan kain telepuk kepada si pemakai serta proses membuat kain telepuk. 4. Murid menyusun fakta serta hujah dengan betul, tepat dan bermakna. Teks imbasan (Kod QR) Tekstil Warisan Telepuk merupakan karya seni menghiasi kain dengan serbuk berwarna emas yang amat unik sekali. Berdasarkan sastera lama, telepuk bermakna bunga atau lain-lain yang diperbuat daripada emas. Seni ini banyak berkembang di negeri Pahang dan Johor suatu ketika dahulu. Telepuk biasanya menghiasi baju kurung labuh Riau, kain sarung dan kain ikat kepala. Penghasilan kain telepuk melalui beberapa proses iaitu proses menenun kain, membuat penerap ukiran bunga, menggerus dan menelepuk. Kain untuk ditelepuk hendaklah daripada jenis kain yang halus dan padat tenunannya. Penerap atau acuan pula perlu diukir dengan motif-motif tradisional secara cermat. Proses menggerus pula menggunakan siput gerus bertujuan untuk menggilap dan melicinkan kain. Proses menelepuk bermula dengan menyapukan sejenis gam yang dinamakan gam Arab pada lengan. Kemudian penerap akan ditekap pada gam di lengan dan dipindahkan ke permukaan kain. Selepas itu, serbuk emas dalam bentuk perada ditekap di atas kain untuk meninggalkan kesan emas pada motif yang telah diukir. Hasil kraf tekstil ini amat unik kerana motif bagi setiap jenis kain berbeza. Bagi baju kurung, motif bunga pecah lapan membentuk hiasan hati berantai digunakan. Kain sarung pula dipenuhi lingkaran dan urutan motif bunga pecah enam dan lapan. Kain ikat kepala pula lebih berpusat kepada motif bunga cengkih pecah empat bahagian dalam dan kelopak disusun berantai serta mengarah ke dalam. Kain telepuk amat menarik ketika dipakai kerana serbuk emas akan menampakkan kilauan pancaran cahayanya. Perkara-perkara yang boleh disebut semula oleh murid-murid selepas mendengar audio 1. Definisi telepuk – merupakan karya seni menghiasi kain dengan serbuk berwarna emas yang amat unik sekali. 2. Tempat berkembangnya seni telepuk – Pahang dan Johor. 3. Tiga bahagian baju dihiasi telepuk – baju kurung labuh Riau, kain sarung dan kain ikat kepala. 4. Proses menghasilkan kain telepuk – empat proses.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 142 5. Keistimewaan kain telepuk – menarik ketika dipakai kerana serbuk emas akan menampakkan kilauan pancaran cahayanya. AKTIVITI 2 - Susun fakta dan hujah daripada pelbagai situasi. Cadangan penyusunan fakta dan hujah dalam pelbagai situasi BIL FAKTA HURAIAN HUJAH (PEMBINAAN KARANGAN FAKTA) 1 Definisi telepuk merupakan karya seni menghiasi kain dengan serbuk berwarna emas yang amat unik sekali PENDAHULUAN 2 Sejarah perkembangan seni telepuk bermula di Pahang dan Johor PENDAHULUAN 3 Proses menghasilkan kain telepuk proses menelepuk bermula dengan menyapukan sejenis gam yang dinamakan gam Arab pada lengan. Kemudian penerap akan ditekap pada gam di lengan dan dipindahkan ke permukaan kain. Selepas itu, serbuk emas dalam bentuk perada ditekap di atas kain untuk meninggalkan kesan emas pada motif yang telah diukir ISI 4 Keistimewaan kain telepuk menarik ketika dipakai kerana serbuk emas akan menampakkan kilauan pancaran cahayanya PENUTUP ASPEK SENI BAHASA SP: 4.3.1 Menghasilkan skrip drama secara berpandu dengan menggunakan gaya bahasa yang sesuai dan menarik. AKTIVITI 3 - Hasilkan skrip drama tentang pengalaman menjalankan usaha untuk menghidupkan tekstil warisan. Skrip drama: Pengalaman menjalankan usaha untuk menghidupkan tekstil warisan *Contoh Tekstil Warisan - Batik, songket, tenun Pahang Diraja, pua dan dastar TAJUK PENGALAMAN DI GALERI POHON BUDI DURASI 30 MINIT WATAK BUDIN


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 143 AH HONG VINTHIYA PUTRI LATAR TEMPAT BILIK SENI SEKOLAH LATAR MASA WAKTU PAGI BUDIN Selamat pagi rakan-rakan yang dikasihi. Apa khabar semua? AH HONG VINTHIYA PUTRI Selamat pagi, Budin. Kami semua sihat. Apa cerita pagi-pagi ni, Budin? Awak kelihatan sangat ceria. BUDIN Saya ingin berkongsi satu cerita tentang pengalaman saya semasa saya berada di Galeri Pohon Budi. Adakah awak semua mahu mendengar cerita saya? AH HONG Wah….. macam menarik je pengalaman yang awak ingin ceritakan tu. Ceritalah Budin. BUDIN Baiklah. Untuk pengetahuan kawan-kawan , pada cuti sekolah baru-baru ini saya telah membantu abang saya yang terlibat dalam menjalankan usaha menghidupkan tekstil warisan di Galeri Pohon Budi. VINTHIYA Tekstil warisan? Apa tu? PUTRI Tekstil warisan ialah jenis-jenis kain yang dihasilkan masyarakat terdahulu serta perhiasan yang dipakai sebagai lambang kemegahan atau status sosial contohnya batik, tenunan, songket, tekatan, sulaman dan lain-lain lagi . VINTHIYA DAN AH HONG 0ooo… faham.. faham. Teruskan cerita awak Budin. BUDIN Pada mulanya abang saya meminta bantuan saya membuat kertas kerja berkaitan bengkel ini selepas perbincangan teliti dilakukan. Antara isi perbincangan kami ialah pengenalan berkaitan bengkel yang akan diadakan, objektif bengkel, jenis-jenis produk pameran, sasaran dan tarikh cadangan. AH HONG Sudah tentu banyak perkara yang harus difikirkan untuk membuat kertas kerja. Nampaknya bukan mudah hendak mengadakan bengkel ya, Budin. BUDIN Ya, betul tu. Abang saya menyemak kertas kerja yang telah saya siapkan agar projek pameran galeri berjalan dengan lancar. VINTHIYA Selepas itu, apa yang perlu dilakukan? BUDIN Selepas saya menyiapkan kertas kerja tersebut, saya mengikut abang saya ke Pasar Payang, Terengganu kerana di sana terdapat beberapa pengusaha yang menjalankan perniagaan warisan tekstil. Selepas berbincang dengan pengusaha-pengusaha di sana, mereka bersetuju untuk meminjamkan beberapa produk warisan tekstil milik mereka untuk dijadikan bahan pameran. PUTRI Sudah tentu produk tekstil mereka cantik-cantik dan unik.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 144 BUDIN Betul tu, Putri. Saya sangat kagum dengan warisan tekstil kita yang telah diusahakan sejak zaman masyarakat tradisional seperti telepuk, sulaman dan tekatan. AH HONG Sambunglah cerita awak lagi, Budin. BUDIN Oleh sebab tujuan abang saya mengadakan Galeri Pohon Budi adalah untuk mengadakan pameran tekstil warisan dengan objektif untuk menghidupkan tekstil warisan, abang saya menghebahkan usahanya melalui banner yang dipasang di jalan-jalan raya utama di sekitar tempat kami. Rasa seronok sangat semasa aktiviti menggantung banner. Tetapi sebelum itu, kami perlu meminta kebenaran daripada Majlis Perbandaran di tempat kami. AH HONG Seronoknya…. BUDIN Pada hari yang telah ditetapkan, ramai pengunjung yang datang ke galeri kami. Abang saya meletakkan produk-produk tekstil yang dipinjamkan oleh pengusaha teksil di Pasar Payang dalam bekas kaca yang cantik untuk menjaga kualiti produk tersebut. VINTHIYA Ramaikah pengunjung yang datang pada hari tersebut? BUDIN Ya, sambutan yang diberikan sungguh luar biasa. Pengunjung yang datang terdiri daripada pelbagai generasi iaitu murid-murid sekolah, pegawai-pegawai dari sektor kerajaan dan swasta serta orang awam. PUTRI Apakah yang berlaku di pameran tersebut? BUDI Pengunjung yang datang bertanya pelbagai soalan tentang produk yang dipamerkan. Abang saya dan rakannya sungguh sibuk menjawab persoalan-persoalan daripada pengunjung antaranya alat yang digunakan untuk menghasilkan telepuk, sulaman dan tekatan. AH HONG Adakah peralatan yang digunakan untuk menghasilkan tekstil warisan dipamerkan juga, Budin? BUDIN Ya, selain mempamerkan produk tekstil, abang saya juga telah diperkenalkan oleh pengusaha warisan tekstil dengan orang-orang yang masih menggunakan peralatan untuk menghasilkan kain telepuk, alat sulaman dan alat menenun tekat. PUTRI Sungguh menarik cerita awak Budin. Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita dengan kami. AH HONG VINTHIYA Betul tu. Cerita awak memberikan banyak manfaat kepada kami. Terima kasih, Budin.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 145 AKTIVITI 4 - Rancang dan adakan pameran mini tentang tekstil warisan di bilik darjah anda. Tugasan AJK Huraian Tugas AJK Penyediaan kertas kerja Penyelaras Projek Kelulusan kertas kerja Pengurus Projek Mesyuarat 1 Semua AJK Pameran Semua AJK Penutup / Dokumentasi Semua AJK


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 146 TERCATAT DALAM SEJARAH (HALAMAN 110 - 111) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.3.3 Membaca dan membuat kesimpulan daripada bahan dengan betul. AKTIVITI 1 - Baca bahan dengan telitinya dan senaraikan maklumat yang terkandung dalam bahan tersebut. Kemudian, buat kesimpulan. TEKNIK QUACK Q Question mark (Tanda soal) diletakkan pada perkataan, rangkai kata & idea yang kabur dan tidak difahami U Underline (Garis) menggarisi takrif A Asterisk (Asterik) meletakkan tanda * pada maklumat atau idea yang penting atau menarik C Circle (Bulatkan) membulatkan fakta dan definisi panjang K Keyword (Kata kunci) meletakkan huruf besar K di sebelah kata kunci (biasanya berhuruf condong) Contoh Penggunaan Teknik Bacaan QUACK


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 147 Contoh Kesimpulan Bagi mengakhiri diskusi pintar ini, dapat kita rumuskan bahawa bandar Taiping merupakan salah sebuah bandar warisan di Malaysia yang telah tercatat dalam lakaran sejarah negara. Sudah pastinya bandar Taiping perlu dijaga terutama dari segi kebersihan dan keamanan bagi menjamin pengekalan bandar warisan. Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan memainkan peranan utama dalam melestarikan bandar warisan dengan memelihara dan memulihara khazanah ini dari lapuk dek zaman. Namun begitu, jika semua pihak tidak menjalankan obligasi masing-masing, maka pengiktirafan bandar Taiping sebagai bandar ketiga terbaik dunia bagi kategori Anugerah 100 Destinasi Lestari Terbaik Dunia 2018 tidak mampu dikecapi semula pada masa akan datang. Justeru, biarlah matahari terus bersinar , biarlah pepohon terus menghijau dan biarlah Malaysia terus gemilang dengan masyarakat yang bekerjasama dan berganding bahu bagai aur dengan tebing dalam mengekalkan bandar Taping sebagai bandar warisan . Saya berharap agar semua pihak dapat bersama-sama mengekalkan bandar Taiping agar tetap unggul dengan ciri-ciri sejarahnya walaupun arus kemodenan semakin berkembang pesat. Oleh itu, saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa bandar Taiping merupakan Bandar Warisan yang perlu dijaga demi memastikan nama Malaysia semakin dikenali di seantero dunia.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 148 AKTIVITI 2 - Tulis puisi tentang keistimewaan bandar tempat tinggal anda. Contoh Puisi Murid boleh diminta mencipta puisi tentang keistimewaan bandar tempat tinggal mereka secara berkumpulan.


MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 149 BACAAN LUAS - ALA, EMAK KAHWINKAN AKU! (HALAMAN 112 -113) AKTIVITI 1 - Baca petikan dengan telitinya. Kemudian, nyatakan sikap yang ditunjukkan oleh Tahir. Sikap yang ditujukkan oleh Tahir ialah: 1. Seorang yang pandai mengambil hati. Sebagai contoh, Tahir menurut permintaan daripada ibu, bapa dan Maryam mengenai persiapan perkahwinannya agar tidak melukakan hati mereka. 2. Seorang yang sukar dan buntu membuat keputusan Sebagai contoh, Tahir buntu untuk memberitahu Maryam mengenai rancangan ibunya. 3. Seorang yang cepat bertindak Sebagai contoh, Tahir cepat dan sempat menghubungi Pak Long Mat lebih awal kerana dibimbangi merajuk jika lewat memberitahu berkenaan urusan masak-memasak 4. Seorang yang penyayang Sebagai contoh, Tahir tidak pernah menolak permintaan kekasihnya Maryam. 5 .Seorang yang bijak merancang Sebagai contoh, Tahir telah merencanakan majlis perkahwinannya selama lima tahun. AKTIVITI 2 - Jika anda menjadi Tahir, apakah keputusan yang anda akan ambil? Berikan alasan anda. Sekiranya saya Tahir, keputusan yang saya akan ambil ialah: 1. Berterus terang mengenai rancangan yang dirancang oleh ibu saya dan Maryam. Alasannya ialah bagi mengelakkan perkara-perkara yang mendatangkan kemudaratan pada hari kejadian dan akan datang. 2. Membawa ibu dan Maryam berbincang secara bersemuka Alasannya ialah bagi memastikan kedua-duanya mendengar pendapat masing-masing dan kemudiaannya mencari kata putus dalam persiapan perkahwinan. 3. Menggabungkan idea ibu dan Maryam Alasannya ialah bagi memastikan hati dan perasaan kedua-dua pihak dapat dijaga kerana kedua- dua akan menjadi mentua dan menantu. 4. Mengadakan majlis perkahwinan dengan penuh kesederhanaan. Alasannya ialah kos perkahwinan yang dirancang sangat tinggi dan tidak perlu diadakan semua kerana ada aktiviti tidak menjejaskan majlis.


Click to View FlipBook Version