MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 250 5. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah membuat kajian batimetri pada 2001 menggunakan kaedah “side scan sonar” dengan kedalaman yang diperoleh ialah 14 meter di bahagian dasar tasik. 6. Air tasik ini ialah air tawar dengan kandungan alkali yang tinggi. 7. Pelan pemuliharaan sistematik telah dilakukan di Pulau Dayang Bunting oleh LADA iaitu agensi yang menguruskan hal ehwal pembangunan Langkawi. 8. Kajian saintifik berkaitan Langkawi Geopark turut dilakukan secara berkala dan penerbitan turut dibuat oleh LESTARI dengan dibantu pelbagai agensi lain. 9. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan dan dibangunkan secara lestari untuk keselesaan pengunjung yang berupa wakaf, tempat solat, bilik air, pelantar terapung,kedai cenderahati, laluan jalan kaki yang selamat untuk mendaki ke tasik, laluan jalan kaki terapung di atas tasik dan jambatan, kemudahan rekreasi untuk kayuhan basikal air dan juga kemudahan terapi percuma iaitu “natural spa”. 10. Tasik Dayang Bunting ialah tempat yang harus dikunjungi sekiranya anda ingin lebih memahami Geoforest Park. (Sumber : Bahagian Geopark dan Konservasi, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) )
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 251 TEMA 14 - SIHAT DAN BERSIH PILIHANKU IKRAR ANDA, HARAPAN MEREKA (HALAMAN 190 - 191) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.8.1 Merumus isu semasa dengan kritis dan bernas secara jelas menggunakan ayat yang betul dan gramatis. AKTIVITI 1 - Teliti dan jelaskan isu yang terkandung dalam bahan. Bahan 1 - Fakta dan Prosedur Pendermaan Organ dan Tisu di Malaysia. 1. Setiap individu berpotensi untuk menjadi penderma organ dan tisu termasuklah pesakit yang mati otak. 2. Sebelum menderma, individu berkenaan akan dirujuk ke Pusat Sumber Transplan Nasional untuk dibuat penilaian sama ada individu tersebut sesuai untuk menjadi penderma atau tidak. 3. Sekiranya individu tersebut berpotensi, sesi kaunseling dengan ahli keluarga penderma akan dijalankan. 4. Keizinan secara bertulis diperlukan daripada keluarga. 5. Pendermaan organ dan tisu yang terdiri daripada kes bunuh diri, kemalangan dan kes bunuh, keizinan daripada majistret dan polis perlu diperoleh. 6. Pasukan dari Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang dan Institut Jantung Negara digerakkan ke lokasi hospital melalui jalan udara atau darat. 7. Proses pembedahan untuk mendapatkan organ dan tisu daripada penderma dijalankan dengan penuh hormat dan bertatasusila. 8. Akhir sekali, organ yang didermakan tersebut akan dipindahkan kepada penerima di pusat transplantasi. Bahan 2 - Statistik Pendermaan Organ antara Tahun 2008 - 2015 1. Statistik pendermaan organ antara tahun 2008 – 2015 merangkumi Penderma Organ dan Pengikrar Penderma Organ. 2. Sumber daripada Pusat Sumber Transplan Nasional Malaysia menunjukkan berlaku peningkatan secara berterusan dari tahun 2008 – 2015. 3. Pada tahun 2008, jumlah penderma ialah 26 orang dan terus meningkat menjadi 71 orang pada tahun 2015 3. Pengikrar Penderma Organ pada tahun 2008 seramai 12,242 orang dan angkanya terus bertambah menjadi 46,650 orang pada tahun 2015.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 252 Bahan 3 - Isu Pendermaan Organ 1. Pendermaan organ tidak menjejaskan rupa dan tubuh mayat. Pengebumian boleh dijalankan seperti biasa. 2. Proses pengambilan organ dan tisu untuk transplan hanya dilakukan dengan kebenaran bertulis waris. 3. Agama Islam mengharuskan pendermaan organ dan tisu setelah seseorang meninggal dunia manakala agama lain juga membenarkannya. 4. Penderma yang masih hidup hanya boleh mendermakan sebahagian daripada hatinya atau salah satu buah pinggangnya. AKTIVITI 2 - Rumuskan isu tersebut dengan jelasnya, kritisnya, dan bernasnya menggunakan ayat yang gramatis. Rumusan membincangkan prosedur, statistik dan isu pendermaan organ di Malaysia. Prosedur pendermaan organ bagi pesakit yang mati otak, dirujuk kepada Pusat Sumber Transplan Nasional. Penilaian dibuat sama ada penderma sesuai untuk pendermaan organ dan tisu. Selain itu, sesi kaunseling dengan ahli keluarga penderma dijalankan. Keizinan daripada majistret dan polis diperoleh bagi kes pendermaan organ yang melibatkan kes kemalangan, bunuh diri dan kes bunuh. Statistik penderma organ meningkat daripada 26 orang pada 2005 kepada 71 orang pada 2018. Manakala, statistik pengikrar penderma organ juga meningkat menjadi 46 650 pada 2018. Pendermaan organ tidak akan mencacatkan mayat. Selain itu, kerisauan waris membenarkan pengambilan organ dapat diatasi. Malahan pendermaan organ merupakan tuntutan agama.Kesimpulannya, isu pendermaan organ dan tisu harus disebarkan agar penerima organ dapat menjalani hidup yang sempurna. (120 patah perkataan) AKTIVITI 3 - Hasilkan iklan untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan pendermaan organ dan tisu.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 253 MITOS PERUBATAN (HALAMAN 192 -193) KEMAHIRAN MEMBACA SP : 2.3.5 Membaca dan mengulas pandangan penulis secara rasional. AKTIVITI 1 - Baca teks dengan telitinya. Kemudian, ulas pandangan penulis. Ulasan : 1 Doktor memaklumkan kepada Hasnun bin Rizwan bahawa perubatan moden masih tidak dapat membuktikan bahawa tabiat kerap mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair. Hal ini dikatakan demikian kerana, paru-paru berair sebenarnya disebabkan oleh kegagalan jantung, jangkitan tuberkulosis, atau masalah paru-paru. Ulasan : 2 Doktor memaklumkan kepada saudara Ashokkumar a/l Perumal, bahawa tindakan mengambil air tulang belakang adalah selamat kerana prosedur dilakukan oleh pegawai perubatan yang terlatih. Doktor juga memaklumkan bahawa pengambilan air tulang belakang sangat penting untuk memberikan maklumat tertentu tentang pesakit yang melibatkan penyakit saraf. Ulasan : 3 Doktor menjelaskan kepada Puan Hajah Rashidah binti Baharom bahawa makanan tambahan tidak boleh menggantikan ubat. Doktor juga menasihati Puan Hajah Rashidah supaya berhati-hati semasa membeli produk makanan tambahan kerana kebanyakan makanan tambahan tidak diuji secara menyeluruh akan keselamatannya. Ulasan : 4 Doktor menjelaskan kepada Jaklin Juanis Konsoi bahawa parasetamol hanya kekal di dalam badan selama beberapa jam sahaja dan diurai oleh hati, sebelum disingkirkan melalui air kencing. Oleh itu, kita tidak perlu risau untuk mengambil parasetamol sebagai ubat untuk mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala, sakit gigi, serta menurunkan suhu badan. ASPEK TATABAHASA SP: 5.3.3 Mengenal pasti dan menggunakan ayat tunggal susunan biasa, susunan songsang dan ayat majmuk dengan betul mengikut konteks. AKTIVITI 2 - Kenal pasti ayat tunggal susunan biasa, ayat tunggal susunan songsang dan ayat majmuk yang terdapat dalam petikan Jawapan rujuk buku teks halaman 241 dan 242
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 254 AKTIVITI 3 - Tulis soalan kepada pakar perubatan. Soalan tersebut mestilah mengandungi ayat tunggal susunan biasa, ayat tunggal susunan songsang dan ayat majmuk SOALAN 1 Doktor, Saya wanita berumur 23 tahun dan mendapati rambut saya ada rambut keriting padahal rambut sebenar saya lurus. Ada yang mengatakan rambut itu dipanggil rambut gatal. Boleh saya tahu apa punca dan cara menyelesaikan masalah rambut tersebut? SOALAN 2 Doktor, Saya wanita berumur 26 tahun, saya kerap mengalami mata berpinar. Penglihatan saya akan terganggu dan tidak selesa kemudian kepala saya akan sakit. Sangat risau saya akan hal ini. SOALAN 3 Doktor, Saya wanita 20-an. Saya mengalami masalah sukar mendapatkam tidur yang lena. Saya keletihan. Setiap malam apabila bersendirian saya akan rasa sedih dan merasakan saya manusia tak berguna untuk sesiapa. Saya perasan berat badan saya menurun. Saya tidak berminat melakukan lagi perkara yang dahulunya sangat saya suka. Mood saya senang berubah. Kerap menjadi seorang yang pemarah walaupun hal kecil. Apabila ada peluang saya lebih suka menyendiri. Saya pernah melarikan diri dan mencederakan diri saya sendiri. Apa yang patut saya buat? Saya buntu. Setiap kali saya jadi begini saya akan fikir untuk bunuh diri oleh sebab saya fikir orang sekeliling saya lebih bahagia tanpa saya. Saya perlukan penjelasan. Terima kasih doktor. SOALAN 4 Doktor, Saya mengalami masalah kekurangan vitamin B akibat diet ekstrim yang saya amalkan. Namun, saya sudah berhenti mengamalkan diet itu dan cuba mengamalkan pemakanan yang sihat. Saya juga mengambil vitamin B kompleks dalam dos yang kecil dan minimum. Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk bebas daripada kesan kekurangan vitamin B ini? Berapakah dos yang disyorkan bagi pesakit yang kekurangan vitamin B ini?
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 255 AKTIVITI 4 - Dengan merujuk pelbagai bahan, jelaskan perbandingan antara perubatan alternatif dengan perubatan moden. Perubatan Alternatif Perubatan Moden Rawatan dibuat di premis selain klinik dan hospital. Rawatan dilakukan di klinik atau hospital kerajaan atau swasta. Matlamat perubatan alternatif menyembuhkan penyakit, mencegah daripada berlakunya penyakit, dan menambah baik tahap kesihatan atau sekurang-kurangnya mengekalkan kesihatan yang sedia ada. Matlamat perubatan moden menyembuhkan penyakit, mencegah daripada berlakunya penyakit, dan menambah baik tahap kesihatan atau sekurang-kurangnya mengekalkan kesihatan yang sedia ada Perubatan alternatif menganggap bahawa penyakit ialah akibat ketidakseimbangan antara diri dan persekitaran, yang kebanyakannya disebabkan oleh gaya hidup. Perubatan moden menganggap bahawa penyakit disebabkan oleh agen seperti bakteria dan virus yang berasal dari luar tubuh, oleh kecederaan dan juga proses degenerasi. Individu dirawat secara menyeluruh dan fungsi badan dilihat sebagai suatu gabungan yang harmonis dan seimbang antara jasad, akal dan roh. Rawatan juga menekankan tanggungjawab individu dalam mengekalkan kesihatan yang baik. Penyakit biasanya dirawat melalui ubat- ubatan dan pembedahan. Kejayaan perubatan alternatif merawat pesakit kronik sehingga sembuh sukar diterima dan masih dianggap sebagai kebetulan kerana tidak dapat dibuktikan secara saintifik. Selain itu, ubat-ubatan yang digunakan juga diragui keselamatannya. Perubatan moden masih gagal merawat dengan sempurna beberapa jenis penyakit, khususnya penyakit-penyakit kronik. Perubatan moden hanya berjaya merawat gejala penyakit, tetapi bukan punca penyakit.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 256 VEKTOR PEMBAWA PENYAKIT (HALAMAN 194 - 195) KEMAHIRAN MENULIS SP: Menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan idea dalam pelbagai teks. AKTIVITI 1 - Analisis perenggan teks di bawah ini, sama ada mempunyai kejituan idea atau tidak. Berikan alasan. Aktiviti : 1. Guru dan pelajar berbincang tentang syarat kejituan idea dalam penulisan (Info Bestari ms 195) 2. Murid secara berkumpulan diminta membincangkan kejituan idea pada satu perenggan yang dipilih (forum ms 194). Pelajar diminta menggarisi idea utama bagi setiap perenggan. 3. Murid membetulkan dan menulis semula teks tersebut sekiranya idea perenggan tersebut tidak jitu. 4. Murid membandingkan jawapan mereka dengan jawapan kumpulan lain. 5. Murid dalam kumpulan membincangkan kerangka perenggan isi yang mempunyai idea yang jitu tentang aspek kebersihan yang sering diabaikan oleh masyarakat. (pengukuhan) AKTIVITI 2 - Bagi perenggan yang ideanya tidak jitu, betulkan dan tulis teks tersebut semula, Kemudian, bandingkan jawapan anda dengan jawapan rakan anda. Contoh Jawapan Aktiviti 2 Tan Mei Jia Kesatuan perenggan: - Menjurus satu idea sahaja iaitu tentang leptospirosis (pengenalan) - Pengenalan / pendahuluan yang memadai kepanjangannya. Kepaduan: - Maklumat teratur dan tidak melompat-lompat. Perkembangan: - Perkembangan lengkap dan memadai. - Namun contoh cara penyebaran leptospirosis kurang lengkap, sepatutnya terdapat vektor lain seperti anjing, babi dan lembu. Kalaiwani Kesatuan perenggan: - Menjurus satu idea iaitu tentang punca leptospirosis berlaku. Kepaduan: - Maklumat teratur dan tidak melompat-lompat. - Bermula dengan idea utama iaitu punca, contoh haiwan , cara penyebaran dan cara manusia dijangkiti. Perkembangan: - Perenggan yang lengkap dengan idea utama dan huraiannya.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 257 Haji Alias Kesatuan perenggan: - Dua idea iaitu simptom dan kesan , tetapi masih berkaitan dan boleh digabungkan perbincangannya. Kepaduan: - Ayat pertama dan kedua tentang cara rawatan secara umum. Sepatutnya diletakkan pada akhir perenggan sebagai rumusan perenggan, atau buat perenggan baru. Perkembangan: - Idea pokok dan huraian yang lengkap. Contoh Jawapan Aktiviti 3 (pembetulan pada perenggan): Tan Mei Jia Penyakit ini disebabkan oleh bakteria Leptospira yang disebarkan oleh tikus dan haiwan lain seperti anjing, babi dan lembu melalui air atau tanah dan menjangkiti manusia melalui kulit, mata, hidung atau makanan. (penambahan fakta) Haji Alias Ayat pertama dan kedua letak pada akhir ayat sebagai rumusan perenggan. AKTIVITI 3 - Huraikan aspek kebersihan yang sering diabaikan oleh masyarakat. Contoh Jawapan Aktiviti 5 : Aspek kebersihan yang sering diabaikan oleh masyarakat dan langkah mengatasinya. (pengukuhan) – fokus tentang kejituan idea Ayat topik Kebersihan tandas dan bilik air di rumah Mengapa Sikap mementingkan diri sendiri dan mengharapkan orang lain membersihkannya. Bagaimana Setiap ahli keluarga mesti mempunyai kesedaran untuk memastikan tandas sentiasa bersih. Contoh - Bersihkan tandas sekurang-kurangnya menjirus air setelah digunakan. - Membersihkan tandas dengan memberus lantai, dinding dan mangkuk tandas dengan bahan pencuci antibakteria seminggu sekali. - Secara individua atau gotong-royong / bergilir-gilir. ( peribahasa bagai aur dengan tebing) Kesan Tandas menjadi bersih, berbau harum , selesa digunakan dan tiada jangkitan kuman Rumusan Ahli keluarga berperanan penting bagi memastikan kebersihan tandas dan bilik air di rumah.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 258 Aspek kebersihan lain: 1. Kebersihan diri sendiri 2. Kebersihan kawasan luar rumah 3. Kebersihan dapur rumah 4. Kebersihan penyediaan makanan 5. Kebersihan kawasan taman rekreasi / permainan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 259 DEBU-DEBU DI UDARA (HALAMAN 196 - 197) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.5.1 Mengenal pasti jenis, kesesuaian soalan dan kesesuaian masa untuk mengemukakan soalan terhadap individu atau kelompok secara bertatasusila. AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, bina dan senaraikan soalan yang sesuai dari segi jenis dan situasi. Kemudian, jalankan sesi soal jawab. Contoh sesi soal jawab situasi 1 Cuaca yang kering dan berdebu menyebabkan Fariz menghidapi demam, batuk dan selesema. Fariz telah pergi ke pusat kesihatan untuk menerima rawatan. Semasa menunggu untuk mengambil ubat, seorang mak cik telah mendekati Fariz dan menanyakan beberapa soalan. Mak cik Assalamulaikum nak. Boleh mak cik tahu nama anak ni? Fariz Waalaikumussalam. Nama saya Fariz. (menjawab sambil terbatuk-batuk) Mak cik Mak cik lihat Fariz kurang sihat. Bagaimanakah keadaan kesihatan Faris sebenarnya? Fariz Ya, mak cik. Saya bukan sahaja batuk dan selesema, tetapi saya juga demam. Mak cik Cuaca sekarang panas, kering dan berdebu. Adakah keadaan cuaca yang menyebabkan Fariz berasa kurang sihat? Faiz Benar, mak cik. Cuaca sekarang kering dan berdebu. Saya alah dengan debu. Mak cik Fariz, minumlah air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk mengekalkan hidrasi badan. Selain dapat mengelakkan kekeringan pada hidung dan tekak, Faris juga hendaklah menjauhi tempat yang sesak dengan orang ramai terutama mereka yang batuk dan bersin. Faiz Baiklah. Terima kasih atas nasihat mak cik. Contoh sesi soal jawab situasi 2 Rumah Syafiqah banyak habuk kerana masih dalam proses pengubahsuaian. Oleh sebab Syafiqah menghidap penyakit asma, dia alah terhadap habuk. Dia mengalami sesak nafas dan batuk-batuk. Oleh itu, dia tidak hadir ke sekolah selama dua hari. Rakan-rakan telah datang menziarahinya. Rakan 1 Bagaimanakah keadaan awak pada hari ini Syafiqah? Syafiqah Penyakit asma saya semakin sembuh. Bagaimanapun, doktor meminta saya untuk berehat di rumah sehingga esok. Rakan 2 Boleh saya tahu, apakah yang menyebabkan awak mendapat penyakit asma? Syafiqah Rumah saya dalam proses pengubahsuaian. Habuk dan debu berterbangan di
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 260 seluruh penjuru rumah saya. Saya alah terhadap habuk dan debu. Rakan 3 Selain berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan, apakah tindakan lain Shafiqah menjaga diri daripada terkena penyakit asma lagi? Syafiqah Tindakan pertama yang saya lakukan ialah saya tinggal bersama dengan nenek saya di rumahnya ini sehinggalah proses pengubahsuaian rumah saya siap. Selain itu, saya juga mengamalkan terapi pernafasan yang saya peroleh maklumat ini melalui aplikasi Youtube. Terapi ini apabila dilakukan secara rutin, dikatakan dapat membantu meningkatkan fungsi paru-paru untuk menampung dan menyerap oksigen, serta turut mencegah penyakit asma datang menyerang. Rakan-rakan Semoga awak cepat sembuh, Syafiqah. Syafiqah Terima kasih. ASPEK SENI BAHASA SP: 4.4.2 Mempersembahkan syair dan pantun dengan nada dan intonasi yang sesuai melalui pelbagai media secara kreatif. AKTIVITI 2 - Persembahkan pantun dengan nada dan intonasi yang sesuai melalui pelbagai media secara kreatif. 1. Murid mempersembahkan pantun Bahaya Habuk secara kreatif melalui pelbagai media seperti Tik Tok, video, rakaman audio, dan sebagainya. AKTIVITI 3 - Bagaimanakah cara anda membasmi habuk di rumah? Buktikan cara tersebut berkesan. 1. Kerap membersihkan rumah agar habuk tidak melekat pada dinding dan peralatan rumah. 2. Gunakan peralatan moden di pasaran seperti alat pembersih udara dan pengion udara agar udara di dalam rumah menjadi lebih bersih. 3. Menggilap perabot menggunakan cecair khas secara berkala.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 261 MARAH, JANGAN ENGKAU MARAH (HALAMAN 198 - 199) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.5.2 Mengolah maklumat daripada pelbagai bahan dalam bentuk grafik yang sesuai dan menarik. AKTIVITI 1 - Baca teks dan senaraikan maklumat yang terkandung dalam teks tersebut. Murid membaca teks dan menyenaraikan maklumat menggunakan Borang CHATT: a. Faktor-faktor berasa marah i. Faktor luaran yang merangkumi lingkungan sosial dan alam sekitar. ii. Faktor dalaman yang berkaitan dengan sikap. b. Kesan-kesan berasa marah i. Kadar denyutan jantung dan tekanan darah meningkat. ii. Tahap hormon tenaga, adrenalina dan noradrenalina bertambah. iii. Bertindak agresif terhadap orang yang dimarahi. iv. Perhubungan silaturahim terjejas. v. Menghasilkan ketegangan fizikal serta psikologi seseorang. vi. Cenderung untuk mengeluarkan kata-kata kesat. c. Cara-cara mengurus kemarahan i. Kembali ke posisi normal. ii. Mendiamkan diri. iii. Bertenang. iv. Mengambil masa untuk memberikan maklum balas. v. Membasuh muka atau mandi. vi. Mengambil masa yang secukupnya sebelum menjawab sebarang respons. vii. Berjumpa dengan kaunselor. AKTIVITI 2- Olah maklumat tersebut dalam bentuk grafik yang sesuai dan menarik. Murid boleh menggunakan aplikasi Canva yang berikut: i. Infografik ii. ‘Comic Strip’ iii. ‘Animated Social Media’ iv. ‘Graphic Organizer’ v. Video vi. ‘Presentations’
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 262 AKTIVITI 3 - Cadangkan cara lain untuk menenangkan diri dan kongsikannya dengan rakan. 1. Murid boleh melaksanakan aktiviti ini menggunakan bahan grafik dalam Aktiviti 2. 2. Cadangan cara lain untuk menenangkan diri : i. Mendengar muzik kegemaran ii. Menyanyikan lagu kegemaran iii. Menjerit sekuat hati iv. Melakukan solat sunat v. Beristighfar vi. Minum minuman sejuk
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 263 PEMULIHAN - WAJAH DAMBAAN HATI (HALAMAN 200) Analisis kejituan idea teks di bawah ini dan betulkannya. Aktiviti: 1. Murid membaca petikan Cara Menjaga Kebersihan Kulit (muka surat 200) dan guru bersoal jawab dengan murid untuk mencungkil pengetahuan sedia ada murid tentang topik yang akan dibincangkan. 2. Murid diarahkan membentuk 4 kumpulan dan setiap kumpulan diarahkan membuat analisis teks dengan menggunakan teknik bacaan ACID. 3. Murid menganalisis kejituan idea yang terdapat dalam petikan dan menyusun idea dengan lebih tepat dan terarah. 4. Murid akan menyusun fakta sebenar dalam bentuk teks rumusan dan mempersembahkan maklumat berdasarkan bahan bacaan yang betul serta membuat keputusan yang bernas.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 264 Contoh kejituan teks yang telah disusun mengikut keutamaan idea Perenggan 2 (Idea tentang keperluan mandi untuk kesihatan kulit) Remaja hendaklah selalu mandi untuk menjaga kebersihan kulit. Tambahan pula remaja mudah berpeluh. Sabun tidak memudaratkan kulit tetapi jika digunakan berlebihan boleh menyebabkan kulit menjadi kering. Bagi yang berkulit sensitif, elakkan menggunakan sabun yang mempunyai wangian dan pewarna kerana boleh menyebabkan radang kulit. Kulit juga mudah menjadi kering jika kita kerap mandi menggunakan air panas. Pakaian bersih perlu disalin mengikut keperluan sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sehari untuk menjaga kebersihan kulit. Perenggan 3 (Menjurus kepada kepentingan pelembap untuk kesihatan kulit) Pelembap juga membantu mengekalkan kelembapan kulit. Minyak bayi boleh digunakan untuk disapu pada kulit yang kering. Remaja yang kulitnya berminyak pula tidak perlu menggunakan sebarang pelembap. Untuk menjaga muka berminyak, bahan penyegar perlu digunakan untuk menutup liang roma. Penggunaannya boleh menyebabkan kulit kurang berminyak. Di sekitar kelopak mata pula, bahan pelembap perlu disapu untuk mengurangkan keradangan kulit mata yang sensitif dan nipis. Perenggan 4 (Urutan idea yang betul) Kulit berjerawat ialah masalah yang dihadapi oleh kebanyakan remaja. Jerawat ialah liang roma tersumbat dan dijangkiti kuman. Hal ini dikatakan demikian kerana, solekan berminyak boleh merangsang pembiakan bakteria pada muka serta membuatkan liang roma tersumbat. Justeru, remaja yang menghadapi masalah jerawat perlu memilih produk penjagaan kulit yang bebas minyak. Oleh itu, jangan sesekali memicit jerawat kerana boleh menyebabkan jangkitan kuman dan meninggalkan parut.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 265 PENGAYAAN - CEGAH SEBELUM PARAH (HALAMAN 201) AKTIVITI 1 : Baca kenyataan akhbar di bawah dengan telitinya. Kemudian, olah maklumat yang terkandung dalam kenyataan akhbar tersebut dalam bentuk grafik. Jenis-jenis Penyakit, Gejala dan Kesan Akibat Gigitan Nyamuk Aedes Penyakit Sebaran Nyamuk Aedes Gejala/Simptom Penyakit Kesan Penyakit Denggi - demam panas - pening - sakit di belakang bebola mata - sakit otot dan sendi - loya dan muntah - ruam a) Demam denggi biasa b) Demam denggi berdarah. - boleh membawa maut - mudah lebam - pendarahan di bawah kulit, hidung dan gusi - pendarahan pada seluruh badan Cikungunya - pening - demam - keletihan - loya dan muntah - sakit otot dan sendi - ruam - sakit sendi berterusan selama beberapa bulan atau tahun. - boleh membawa maut Zika - sakit di belakang bebola mata - muntah - cirit-birit - sakit pada bahagian perut - gejala jangkitan zika berlaku secara sederhana atau kritikal - gejala hilang sendiri tanpa sebarang rawatan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 266 Demam Denggi, Zika dan Chikungunya di Malaysia AKTIVITI 2 - Ulas isu dan jelaskan langkah pencegahannya. Isu Berbangkit 1. Kematian akibat penyakit bawaan nyamuk semakin meningkat setiap tahun. 2. Kesedaran masyarakat tentang kesan buruk penyakit bawaan nyamuk masih rendah. Langkah-langkah Pencegahan Penyakit Bawaan Nyamuk 1. Melakukan gotong-royong di peringkat taman perumahan dan peringkat kebangsaan melalui Kempen Perangi Aedes. 2. Melakukan semburan fogging pada waktu petang untuk membunuh nyamuk Aedes dewasa yang membawa virus penyakit. 3. Memastikan bekas-bekas makanan yang boleh menakung air untuk pembiakan nyamuk Aedes ditanam atau dibakar. 4. Kerajaan mengenakan denda terhadap pemilik kediaman yang didapati mempunyai tempat pembiakan nyamuk Aedes. 5. Gunakan serbuk Abate dalam tangki air atau bekas tadahan air untuk mengelakkan nyamuk membiak di takungan air.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 267 6. Tutup pintu dan tingkap sekerap mungkin terutamanya pada waktu senja dan subuh atau pasang jaring penghalang serangga untuk mengelakkan nyamuk Aedes masuk ke dalam rumah. 7. Elakkan diri daripada berada di luar rumah pada waktu senja dan subuh kerana pada waktu itu nyamuk Aedes keluar mencari mangsa. 8. Gunakan semburan serangga pembunuh nyamuk atau ubat lingkaran nyamuk elektrik di dalam rumah.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 268 TEMA 15 - ANGIN PERUBAHAN MEMBADAI BAHASA ALAM (HALAMAN 204 - 205) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.8.2 Mengulas karya dengan menyatakan kekuatan dan kelemahan secara jelas, bernas dan kritis menggunakan ayat yang betul dan gramatis. AKTIVITI 1 - Hayati karya. Kemudian, ulas kekuatan dan kelemahan karya secara jelas, bernas dan kritis menggunakan ayat yang betul dan gramatis. KEKUATAN KARYA 1. Dari sudut tema Fungsi atau kepentingan tumbuh-tumbuhan/daun - Kumpulan tumbuhan membentuk susunan yang seimbang, kelihatan cantik jika terselit bunga-bungaan pada pokok tersebut. - Menyegarkan mata, menenangkan fikiran yang berserabut - Menjadi penahan ketika ribut atau taufan - Penawar bagi pelbagai penyakit - Mengekalkan udara segar - Mereput menjadi baja 2. Mesej Mesej yang jelas iaitu: 1. Mengajak pembaca menghargai alam sekitar khususnya tumbuh-tumbuhan. 2. Memberi kesedaran kepada pembaca tentang kepentingan dan fungsi tumbuh-tumbuhan terhadap alam dan kehidupan. 3. Menjadikan daun sebagai satu teladan, nampak seperti tiada apa-apa tetapi jika diperhalusi banyak faedah/manfaatnya. 4. Biarlah kita menjadi seperti daun yang memberikan manfaat kepada orang lain tanpa disedari. 3. Gaya bahasa 1. Mesej mudah difahami kerana pemilihan diksi dan penyusunan kata-kata indah menggunakan perkataan yang mudah tetapi membawa pengertian yang mendalam. Contoh : formasi yang harmonis - susunan yang seimbang, pawana - angin, perungkai nyeri - penawar sakit 2. Unsur pengulangan - Anafora
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 269 Contoh: Tumbuh Tumbuh Hijau Hijau - Pengulangan baris ayat Contoh: Aku ingin menjadi seperti daun (diulang pada setiap rangkap) 3. Penggunaan istilah sains Contoh: fotosintesis, klorofil, stoma bertepatan dengan tajuk “daun” 4. Penulis 1. Bijak mengaplikasi alam sekitar dalam menghasilkan karya memandangkan isu alam sekitar satu isu yang penting dan perlu diberikan perhatian. 2. Boleh memberikan idea kepada mereka yang baharu mula hendak menulis - mengambil benda daripada persekitaran dengan melihat ciri-cirinya. KELEMAHAN KARYA 1. Bentuk/Ciri-ciri 1. Sajak ini agak panjang untuk dijadikan bahan pembelajaran murid. 2. Bagi murid yang lemah, mereka masih bermasalah untuk memahami maksud sajak ini dan masih perlu bimbingan daripada guru. AKTIVITI 2 - Cari maklumat yang berkaitan dengan sains dan teknologi. Kemudian cipta sajak. Maklumat tentang sains dan teknologi
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 270 Sumber: https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2020/12/769610/manfaat-sains-teknologiinovasi-makmurkan-negara CONTOH SAJAK Teknologi dan Kemodenan Teknologi, Dikau bergerak seiring dengan kemajuan globalisasi Kewujudanmu mewujudkan sentimen modenisasi Penggunaanmu mendatangkan perubahan Peralihan ke arah kemodenan sejagat Teknologi, Dikaulah cabang ilmu kepada pencarinya Penggunaanmu turut dikaitkan dengan sains Kemajuan ilmu sains menjadi mudah dengan teknologi Sains dan teknologi menjadi lambang kemajuan minda bangsa
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 271 Teknologi, Dikau perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya Kealpaan menggunakanmu mendatangkan kesan kepada pembangunan bangsa Kelekaan mempraktikkanmu mewujudkan kemusnahan negara Sema ada engkau membangun atau memusnahkan bergantung kepada niat engkau digunakan. Era Kemajuan Era ini Sains dan teknologi menuju kemajuan Pelbagai kaedah dicipta untuk manusia Untuk kemudahan dan kemakmuran Manusia diberi akal dan nyawa Supaya dapat mencipta Supaya dapat mengubah Kehidupan yang lebih sempurna Sains dan IT Melengkapi zaman Ada buruk ada baiknya Harus diingati harus diawasi Demi generasi yang bakal memegang dunia
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 272 FUTURIS (HALAMAN 206 - 207) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.4.1 Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meningkatkan penguasaan kosa kata dalam pelbagai bidang. AKTIVITI 1 - Berdasarkan kedua-dua bahan, baca dan senaraikan kosa kata yang sukar ditemukan. Kemudian, cari maksud kosa kata tersebut. Kosa kata bidang sastera dan teknologi Bil Kosa kata sukar Maksud 1 menopang menyangga, menahan, menongkat 2 tertancap terpacak 3 kerlingan pandangan mata melirik, lirikan 4 terkedu terkesima, tercengang, termangu-mangu 5 menjegilkan membeliakkan mata 6 lamunan fikiran yang bukan-bukan, angan-angan 7 pemegang taruh pemegang amanah 8 teknologi hijau pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. 9 tenaga solar teknologi untuk mendapatkan tenaga berguna daripada cahaya matahari 10 mengecas mengalirkan arus elektrik ke dalam bateri yang lemah untuk disimpan supaya bateri lebih kuat dan tahan lebih lama 11 glamor daya tarikan yang menakjubkan 12 Internet benda (IoT) (IoT - Internet of Things) jaringan benda fizikal yang dilengkapi sensor atau penggerak, perisian dan teknologi lain yang bertujuan untuk menyambungkan dan bertukar data dengan peranti lain atau sistem melalui Internet. 13 prototaip model pertama yang dibina bagi menghasilkan sesuatu yang dapat dijadikan asas bagi menghasilkan model yang lebih baik 14 hentaman hasil (kesan, perbuatan dsb) melanggar dengan kuat
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 273 ASPEK SENI BAHASA SP: 4.4.3 Mempersembahkan cerpen secara langsung dengan kreatif dan menarik. AKTIVITI 2- Persembahkan cerpen secara kreatif dan menarik. 1. Murid berbincang untuk mempersembahkan cerpen Pencipta Teknologi dalam bentuk infografik yang menarik, rakaman video, persembahan multimedia dan sebagainya. 2. Murid mempersembahkan hasil tugasan kepada kelas. AKTIVITI 3 - Cipta cerpen yang bertemakan futuristik. CERPEN Cerpen ialah cerita berdasarkan fakta dicampur dengan imaginasi. Hal ini bermaksud, cerpen ialah satu gabungan yang tidak seimbang antara pengalaman (realiti/benar berlaku) dengan rekaan (imaginasi) pengarang. Panjangnya cerpen adalah antara 5,000 hingga 20,000 patah perkataan. Makna dari segi istilah, cerpen itu ialah cerita pendek. Apa yang mesti ada dalam karya sastera seperti cerpen? Intelek iaitu ada sesuatu pemikiran yang tinggi dalam cerpen tersebut. Maknanya dalam karya tersebut ada mesej yang mahu disampaikan kepada pembaca supaya boleh direnung dan difikir oleh pembaca untuk dijadikan panduan, mendapatkan pengetahuan dan pengalaman. Pancaran emosi dalam cerpen tersebut sama ada gembira, sedih, sinis. Maknanya cerpen tersebut memilih persoalan dan stail/gaya bahasa yang boleh dihayati dengan baik oleh pembacanya dan dapat menimbulkan suatu fikiran khusus serta memberikan kesan pengajaran dan hiburan. Peristiwa/persoalan dalam cerpen tersebut dituliskan dengan mata hati dan mata fikir iaitu dengan imaginasi yang mengandungi unsur-unsur pemikiran bukan angan-angan. Ada matlamat dalam penulisan cerpen ini dan biasanya hal-hal yang positif. Sesebuah cerpen ada teknik persembahannya iaitu cara olahannya, susunan peristiwanya dan diksi-diksi yang dipilihnya.Sumber: http://lamanweb.dbp.gov.my/index.php/pages/view/111 Cerita futuristik bercerita tentang masa depan. Cerpen ini ditulis pada masa ini, tetapi ceritanya mengisahkan perihal masa depan. Cerita fantasi seperti ini biasanya, penulis ingin mengetahui apa-apa yang terjadi pada masa depan dan mengangan-angankannya. 1. Murid boleh membaca contoh cerpen bertemakan futuristik di laman sesawang yang berikut: http://farhayusalim.blogspot.com/2013/12/cerpen-bertemakan-futuristik.html http://sitishas.blogspot.com/2013/12/cerpen-tema-futuristik-misi-pulang-ke.html http://hilmiunderage.blogspot.com/2013/12/cerpen-futuristik.html
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 274 2. Murid mencipta cerpen bertemakan futuristik secara kreatif dan menarik. 3. Sinopsis cerpen bertemakan futuristik. Cerpen Annyss Sophillea terdapat dalam antologi Anak Laut dan cerpen Hipertensi dalam antologi Sejadah Rindu.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 275 HARGA TEKNOLOGI (HALAMAN 208 - 209) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.6.1 Menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan idea dalam pelbagai teks. AKTIVITI 1 - Kenal pasti kesalahan bahasa dalam bahan. Kemudian, betulkan kesalahan tersebut. Bahan : Antara Kepentingan dengan Ancaman BIL SALAH BETUL 1 Ini kerana Hal ini dikatakan demikian kerana 2 pada masa kini pada masa ini / kini 3 diperolehi diperoleh 4 di kalangan dalam kalangan 5 sudut jarak Bahan 1 : Kegunaan Ketenteraan dan Keselamatan BIL SALAH BETUL 1 pengawasan pengawas 2 penandaan penanda 3 adalah ialah 4 di mana dron yang 5 merakamkan merakam 6 mangsa musuh 7 setengah sesetengah 8 Malaysia juga, Malaysia, 9 diperkenal diperkenalkan 10 yang berkaitan dengan di bawah Bahan 2 : Props Penggambaran Filem BIL SALAH BETUL 1 sudut tinggi jarak jauh 2 dari daripada 3 prop-prop prop 4 sebuah sesebuah Bahan 3 : Servis Penghantaran Barang BIL SALAH BETUL 1 Di antara Antara 2 menggunakan dengan menggunakan 3 adalah ialah 4 pengguna beli dibeli oleh pengguna 5 yang dengan 6 pengguna-pengguna pengguna Petikan Berita 1 : PDRM Bakal Guna Teknologi Dron BIL SALAH BETUL 1 hujung tahun ini pada hujung tahun ini 2 perlaksanaan pelaksanaan 3 anggota-anggotanya anggotanya
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 276 4 digunakan antara lain untuk digunakan untuk 5 contohnya seperti contohnya / seperti 6 awam aman 7 sekitar di sekitar Petikan Berita 2 : UPM Perkenal Teknologi Pantau Tanaman Guna Dron BIL SALAH BETUL 1 memperkenal memperkenalkan 2 berpenghasilan keberhasilan 3 menggunakan dengan menggunakan 4 pantauan pemantauan 5 200 petani 200 orang petani 6 di dalam dalam 7 kepada pada Petikan Berita 3 : Guna Dron Cari Aedes BIL SALAH BETUL 1 usaha perangi usaha untuk memerangi 2 nyamuk-nyamuk nyamuk 3 ia dron 4 adalah ialah 5 tinggi berisiko AKTIVITI 2 - Analisis bahan untuk menentukan kejituan idea bahan tersebut. Menentukan kejituan idea dalam bahan Antara Kepentingan dan Ancaman Kesatuan perenggan: - Menjurus kepada satu idea sahaja iaitu pengenalan tentang dron. - Pengenalan/ pendahuluan yang memadai kepanjangannya. Kepaduan: - Maklumat teratur dan tidak melompat-lompat. Perkembangan: - Perkembangan lengkap dan memadai sebagai perenggan pengenalan / pendahuluan. Kegunaan Ketenteraan dan Keselamatan Kesatuan perenggan: - Menjurus kepada satu idea iaitu tentang kegunaan dron dalam aspek ketenteraan dan keselamatan. Kepaduan: - Maklumat teratur dan tidak melompat-lompat.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 277 - Bermula dengan idea utama iaitu sejarah penggunaan dron, perkembangan dron, masalah yang timbul dan cara mengatasi masalah. Perkembangan: - Perenggan yang kurang sempurna kerana idea utama tentang kegunaan dron dalam aspek keselamatan ketenteraan tidak dihuraikan. Props Penggambaran Filem Kesatuan perenggan: - Menjurus kepada satu idea iaitu kegunaan dron sebagai props penggambaran filem. Kepaduan: - Ayat kedua tentang kepentingan dron sebagai props penggambaran filem sepatutnya diletakkan sebagai ayat judul. - Ayat pertama dijadikan ayat huraian isi. Perkembangan: - Idea pokok dan huraian yang lengkap. Servis Penghantaran Barang Kesatuan perenggan: - Menjurus kepada satu idea iaitu kegunaan dron dalam servis penghantaran barang. Kepaduan: - Urutan idea yang teratur dan tidak melompat-lompat. Perkembangan: - Idea pokok dan huraian yang lengkap. PDRM Bakal Guna Teknologi Dron Kesatuan perenggan: - Menjurus kepada satu idea tentang hasrat PDRM untuk menggunakan teknologi dron. Kepaduan: - Maklumat teratur dan tidak melompat-lompat. Perkembangan: - Idea pokok dan huraian yang lengkap. Guna Dron Cari Aedes Kesatuan perenggan: - Menjurus kepada satu idea tentang kegunaan dron untuk mencari aedes. Kepaduan: - Ayat ketiga tentang kegunaan dron untuk mencari aedes sepatutnya diletakkan sebagai ayat judul. - Ayat pertama dan kedua ialah ayat huraian. Perkembangan: - Idea pokok dan huraian yang lengkap. UPM Perkenal Kesatuan perenggan: - Menjurus kepada satu idea tentang kegunaan dron sebagai teknologi pemantauan tanaman di UPM.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 278 Teknologi Pantau Tanaman Guna Dron Kepaduan: - Ayat ketiga sepatutnya diletakkan pada akhir penggan sebagai rumusan perenggan , atau buat perenggan baru. Perkembangan: - Idea pokok dan huraian yang lengkap. AKTIVITI 3 - Terokai maklumat tentang dron daripada pelbagai bahan dan analisis kejituan idea dalam bahan tersebut. 1. Murid menerokai maklumat tentang dron daripada pelbagai bahan di laman sesawang. 2. Petikan bahan daripada akhbar https://www.utusan.com.my/gaya/2020/10/dron-ganti-tenaga- kerja-manusia/ 3. Analisis kejituan idea dalam petikan di bawah. Dron ganti tenaga kerja manusia BERDEPAN Revolusi Perindustrian (IR4.0), sektor pertanian juga perlu bergerak seiring dengan penggunaan teknologi dalam bidang tersebut. Salah satunya adalah penggunaan dron atau pesawat tanpa pemandu (UAV) dalam industri penanaman padi bagi menggantikan kaedah penyemburan racun serangga secara manual. Kaedah yang semakin popular itu bukan sahaja mampu mengurangkan kebergantungan tenaga kerja malah membantu petani menjimatkan kos dan masa. Namun, tidak semua termasuk dalam kalangan anak muda yang mahir dengan penggunaan teknologi itu yang memerlukan teknik yang betul mengendalikan dron khususnya dalam bidang pertanian. Menyedari keperluan itu, Kolej Komuniti Arau dengan kerjasama Woegar AG (M) Sdn. Bhd. mengadakan kursus pengendalian dron bagi Agriculture Pilot Drone (APD) selama empat hari pada 11 hingga 14 September lalu. Seramai 23 peserta terdiri daripada pelajar kolej tersebut menyertai kursus yang memberi pendedahan kepada mereka mengenai kaedah mengendalikan dron, pemasangan, penggunaan Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS) dan cara menerbangkan dron. Pengarah Urusan Woegar, Mohd. Shazwan Suban berkata, sepanjang tempoh kursus tersebut, peserta menunjukkan komitmen yang cukup tinggi untuk belajar teknologi berkenaan. Malah katanya, dalam masa singkat sahaja, rata-rata peserta juga sudah boleh mengendalikan dron termasuk daripada segi pemasangan dan penggunaan GPS. Kata Mohd. Shazwan, pihaknya memberi pendedahan dari semua aspek bermula dengan pengenalan mengenai teknologi dron dalam pertanian, cara pemasangan sehinggalah kerja-kerja menerbangkan dron.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 279 “Melihat kepada kesungguhan peserta, mendorong kita menganjurkan kursus seperti ini dalam skala yang lebih besar lagi selepas ini iaitu mengumpul pelajar daripada kolej komuniti seluruh negara menyertainya. “Penggunaan dron khususnya dalam bidang pertanian pada masa ini dilihat penting bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada anak-anak muda yang berminat dalam sektor pekerjaan berasaskan teknologi,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini. Sementara itu, Mohd. Shazwan berkata, pihaknya menyediakan perkhidmatan 30 buah dron, lengkap dengan tenaga pengajar bagi membantu petani atau sesiapa sahaja belajar mengendalikan peranti tersebut. “Seperti semua sedia maklum IR4.0 bakal memberi kesan kepada sektor pertanian. Selaras dengan itu, pihak Woegar mengambil inisiatif untuk bergerak seiring dengan perkembangan revolusi tersebut dengan menyediakan perkhidmatan dron untuk pertanian. “Selain perkhidmatan dron untuk tujuan penyemburan racun serangga ini, kita juga membantu mereka belajar menguasai penggunaannya. “Sudah tiba masanya teknologi ini (dron) diperluaskan dalam sektor pertanian kerana ia bukan sahaja lebih berkesan untuk tanaman malah menjimatkan masa dan kos. Setiap musim, kita memerlukan enam kali atau lebih proses menyembur racun ini,” katanya. Sementara itu, Timbalan Pengarah Kolej Komuniti Arau, Surizan Romli berkata, kursus tersebut membantu memberi pendedahan kepada pelajar menguasai teknologi tersebut. “Diharap pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh sepanjang kursus tersebut,” katanya. Dalam pada itu, Kolej Komuniti Arau turut mengadakan kerjasama strategik bersama Woegar dan Ikhwan Afifi Resources Agro Sdn. Bhd. bagi meningkatkan kebolehpasaran pelajar kolej berkenaan. Selain itu, enam peserta yang menyertai kursus tersebut turut telah ditawarkan pekerjaan dengan Woegar sebagai pemandu atau pilot dron.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 280 Kelebihan dron » Mengurangkan penggunaan tenaga kerja, menjimatkan masa serta penggunaan input pertanian dalam jangka masa panjang. » Sebagai contoh, penggunaan dron untuk menyembur racun bagi keluasan satu hektar kawasan tanaman padi hanya memerlukan masa sekitar 20 minit berbanding kaedah manual iaitu lebih sejam bagi keluasan sama. » Bagi keluasan satu hektar kos penggunaan dron adalah antara RM60 hingga RM70 berbanding membayar upah tenaga kerja iaitu RM120 bagi keluasan sama dan memerlukan masa yang lebih lama. Bahan Tambahan: https://www.jupem.gov.my/jupem18a/assets/uploads/images/contents/20200302103558-b22ca-2.- potensi-penggunaan-drone-di-malaysua-dari-perspektif-aktiviti-geospatial-dan-pengawasan-jupem- .pdf https://iluminasi.com/bm/5-cara-teknologi-dron-digunakan-bagi-faedah-kepada-manusia.html https://www.mywilayah.com/2019/11/faedah-dan-keburukan-dron.html
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 281 MAKAN SAINS, TIDUR SAINS (HALAMAN 210 - 211) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.7.1 Berbincang dengan mengemukakan idea yang bernas dan rasional tentang sesuatu perkara secara bertatasusila. AKTIVITI 1 - Dengan berdasarkan bahan, kemukakan idea yang bernas dan rasional tentang bahan secara bertatasusila. PERBINCANGAN BERKAITAN MANFAAT SAINS DALAM KEHIDUPAN MANUSIA : 1. Kemajuan dalam bidang sains dapat memudahkan komunikasi antara manusia. Contohnya, penciptaan pelbagai alatan komunikasi dan gajet seperti telefon pintar yang menjadi medium perhubungan yang sangat penting dan berkesan antara manusia. 2. Kemajuan dan inovasi dalam bidang sains dan teknologi dapat menyumbang kepada perkembangan industri kesihatan. Contohnya, para saintis dan pakar perubatan telah berjaya mencipta vaksin Covid-19 yang akan memberikan manfaat kepada manusia di seluruh pelosok dunia. 4. Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi dapat meningkatkan martabat sektor pendidikan negara di mata dunia. Contohnya, negara kita telah dipandang tinggi dengan kejayaan Datuk Doktor Sheikh Muzaffar yang telah mengharumkan nama negara apabila berjaya menjejakkan kaki ke angksa lepas. Selepas kejayaan beliau itu, muncul lebih ramai pakar dalam bidang sains perubatan, bidang astronomi, bioteknologi, kejuruteraan, reka cipta dan sebagainya hasil daripada galakan dan insentif daripada pihak kerajaan dalam bidang pendidikan. 4. Kemajuan dalam bidang sains dapat memudahkan pergerakan manusia dengan penciptaan pelbagai sistem pengangkutan awam yang moden, canggih dan laju seperti transit aliran ringan (LRT), monorel, dan sebagainya. 5. Pelbagai penyelidikan dan inovasi (Research and Development) dalam bidang sains dapat memulihara dan memelihara alam sekitar. Selain itu, kemajuan dalam bidang bioteknologi dan teknologi pemakanan juga dapat meningkatkan hasil pertanian dan agrikultur. 6. Sains juga dapat meningkatkan daya kreatif dan kreativiti manusia dengan pelbagai reka cipta alatan dan keperluan yang dapat membantu memudahkan tugas dalam kehidupan seharian manusia.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 282 AKTIVITI 2 - Berbincanglah dengan rakan anda tentang satu projek sains yang akan dijalankan. 1. Murid berbincang tentang projek sains yang akan dijalankan. 2. Murid boleh melayari laman-laman sesawang di bawah, untuk mendapatkan idea tentang projek sains. 3. Layari: https://www.cikguhailmi.com/2020/03/30-eksperimen-sains-mudah-buat-di-rumah.html https://www.raihanjalaludin.com/2019/05/contoh-projek-aktiviti-mudah-sains.html
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 283 INOVASI 5G (HALAMAN 212 - 213) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.3.4 Membaca dan mendapatkan penyelesaian masalah secara rasional. AKTIVITI 1 - Baca dan analisis bahan untuk mengenal pasti punca masalah. Kemudian, kemukakan cadangan penyelesaian secara rasional. “Teknologi 5G merupakan teknologi jaringan pantas yang mampu mencapai kelajuan 20Gbps. dan membolehkan inovasi yang canggih seperti robotik, kereta swapandu, rangkaian pintar, bandar pintar dan pelbagai inovasi lain direalisasikan.” Punca masalah: Cabaran yang perlu dihadapi jika teknologi dan inovasi 5G diperluas. a. Penyalahgunaan media sosial dan Internet b. Isu kesihatan c. Isu keselamatan d. Pergaulan sosial semakin terbatas Cadangan penyelesaian masalah: a. Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berwajib. b. Pihak kerajaan mengadakan kempen bagi memberikan kesedaran mengenai fungsi dan implikasi 5G. c. Pihak media harus berperanan menyebarkan dan menyampaikan maklumat tepat kepada masyarakat. ASPEK TATABAHASA SP: 5.3.4 Mengenal pasti dan menggunakan ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan yang betul mengikut konteks. AKTIVITI 2 - Kenal pasti jenis-jenis ayat dalam bahan dan bina ayat berdasarkan jenis-jenis ayat tersebut mengikut konteks. (Jawapan disediakan pada muka surat 242 - 243) Bina Ayat Jenis Ayat Contoh Ayat Ayat Penyata 1. Perkembangan teknologi 5G di Malaysia mampu menjana lebih banyak peluang pekerjaan dalam kalangan masyarakat. 2. Teknologi 5G mempunyai keupayaan untuk mengubah fungsi teknologi mudah alih kepada masyarakat.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 284 Ayat Tanya 1. Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh masyarakat setelah teknologi 5G diperluas? 2. Teknologi 5G mampu mengubah gaya hidup masyarakat, bagaimana? Ayat Perintah 1. Jangan berlari di kawasan ini. 2. Ibu bapa, mohon pantau penggunaan peranti anak-anak anda. Ayat Seruan 1. Wah, perkembangan teknologi 5G mampu memudahkan kerja! 2. Syabas, inovasi 5G telah mempercepat proses pembangunan ekosistem digital di Malaysia! AKTIVITI 3 - Berdasarkan bahan, cipta bahagian kesudahan cerita menggunakan pelbagai jenis ayat. Malah, kita semua harus berganding bahu untuk menghadapi pelbagai cabaran yang timbul kesan ledakan inovasi 5G ini. Bagaimana segala cabaran 5G dapat diatasi jika kita semua tidak bersatu? Cabaran seperti isu kesihatan, isu keselamatan, isu penyalahgunaan media sosial dan Internet serta isu pergaulan sosial yang semakin terbatas perlu ditangani secara bijak oleh semua pihak. Setiap keputusan dan tindakan harus dilakukan secara berhati-hati umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak agar tidak ada pihak yang saling menuding jari.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 285 BACAAN LUAS - BIODIESEL (HALAMAN 214 - 215) AKTIVITI 1 - Baca bahan dan senaraikan kosa kata yang ditemukan. Kemudian, cari maksud kosa kata tersebut. Bil Perkataan Maksud 1 biobahan api Bahan bakar yang tenaganya berasal dari bahan tumbuhan. 2 alternatif Pilihan yang merupakan kemestian (keharusan); hanya ada satu – hanya ada satu pilihan (jalan) sahaja. Satu pilihan antara dua kemungkinan 3 bersubsidi Mendapat atau diberi subsidi: bas disediakan dengan tambang yang Mendapat subsidi; dijalankan atau diurus dengan subsidi Subsidi – bantuan berupa wang atau kebendaan (biasanya daripada kerajaan) yang diberi kepada sesuatu pihak tertentu - Wang bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada sesuatu perbadanan 4 kualiti udara Peringkat kebaikan atau nilai sesuatu: tahap kecemerlangan (yang tertinggi): Keadaan di sekitar sesuatu tempat / hawa/ cuaca; buruk baik sesuatu Darjah kecemerlangan biasanya yang tinggi, mutu cuaca / hawa 5 pelepasan Perihal melepaskan, pembuangan, pemecatan, perbuatan atau hal melepaskan 6 bahan bakar Sesuatu yang dibubuh ke dalam api (seperti kayu, arang batu, minyak) untuk membakar Benda yang dipakai untuk membakar (dalam enjin dll) Barang-barang yang akan dinyalakan (seperti minyak tanah dsb) 7 depoh Gudang atau tempat menyimpan barang- barang Pusat latihan untuk rekrut dan pengganti
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 286 Pusat latihan atau pusat pengambilan orang- orang baru untuk polis atau tentera 8 dilabelkan Dinamakan, dicapkan 9 diadun Digaul, menggaulkan sesuatu campuran 10 penghasilan Perihal menghasilkan , pengeluaran, Pendapatan, perolehan Perbuatan menghasilkan; pengeluaran AKTIVITI 2 - Kenal pasti masalah yang dihadapi. Kemudian, cadangkan idea yang bernas dan rasional bagi mengatasi masalah tersebut. MASALAH - Kurang sambutan masyarakat terhadap penggunaan biodiesel sebagai bahan bakar. Mengadakan promosi secara besar-besar bagi menjelaskan faedah biodiesal Mengadakan kerjasama dengan Persatuan Pengeluar Automotif Jepun (JAMA) Mengadakan kajian penggunaan biodiesel sebagai bahan api kenderaan [MPOB - Lembaga Minyak Sawit Malaysia] CADANGAN MENINGKATKAN KADAR PENGGUNAAN BIODIESEL DALAM KALANGAN MASYARAKAT Pihak kerajaan mengadakan kempen kesedaran kebaikan penggunaan biodiesel
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 287 AKTIVITI 3 - Cadangkan usaha-usaha yang dapat dilakukan bagi memperluas penggunaan biodiesel di Malaysia. Usaha-usaha yang dapat dilakukan bagi memperluas penggunaan biodiesel di Malaysia. 1. Kerajaan menggesa peserta industri, khususnya syarikat terbabit dalam sektor logistik, perladangan dan perkilangan menyokong usaha meningkatkan penggunaan minyak sawit secara domestik melalui biodiesel B10. 2. Kerajaan mengadakan sesi rundingan bersama syarikat pengeluar kenderaan, persatuan industri pembuatan dan syarikat petroleum. 3. Kerajaan juga telah melancarkan program kerjasama antara FGV dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). 4. Kerajaan mengadakan kerjasama penyelidikan dengan Mercedes-Benz membabitkan 36 bas komersial menggunakan biodiesel sawit tulen (B100), B50 (adunan 50 peratus biodiesel sawit dengan diesel) dan B0 (diesel). 5. Komitmen syarikat petroleum, pemain dalam sektor automotif, pengeluar kenderaan dan pengeluar peralatan asal (OEM) amat perlu.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 288 TEMA 16 - DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN BELIA POSITIF, TERSERLAH WIBAWA (HALAMAN 218 - 219) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.8.1 Merumus isu semasa dengan kritis dan bernas secara jelas menggunakan ayat yang betul dan gramatis. AKTIVITI 1 - Teliti bahan yang diberikan dan buat rumusan secara kritis dengan ayat yang betul dan gramatis. Bahan 1 :- Belia Harapan Negara Pembangunan Kendiri Belia haruslah bersedia melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Contohnya, ilmu agama, sains dan matematik untuk menyumbang kepada pembangunan negara. Hubungan Sosial Belia perlu menjalin hubungan sosial yang baik semasa bergaul dalam kalangan masyarakat majmuk untuk mewujudkan suasana kehidupan bermasyarakat sentiasa harmoni. Identiti Belia wajar sentiasa mempunyai jati diri yang utuh dan tidak mudah dipengaruhi oleh budaya asing dalam kehidupan mereka. Potensi Diri Belia perlu sentiasa meningkatkan potensi diri untuk mampu berdaya saing. Kesihatan Belia semestinya mementingkan kesihatan dengan mengamalkan budaya hidup yang sihat, menjauhi diri daripada terjebak dalam budaya negatif terutama penyalahgunaan dadah. Pendidikan Belia perlu mementingkan pendidikan. Mereka perlu menuntut ilmu hingga ke peringkat yang lebih tinggi demi kemajuan negara. Kesejahteraan Ekonomi Belia perlu menceburi peluang pekerjaan untuk menjana pendapatan diri, keluarga dan menyumbang kepada ekonomi negara mengikut kelayakan taraf pendidikan mereka. Keselamatan Belia perlu mengutamakan keselamatan diri daripada terdedah dengan pelbagai ancaman yang boleh meragut nyawa seperti kemalangan di jalan raya.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 289 Sosialisasi Politik Belia perlu juga melibatkan diri dalam arena politik secara matang untuk kesejahteraan hidup dalam sebuah negara yang merdeka. Penggunaan Media Belia perlu bijak dalam penggunaan media sama ada media cetak, elektronik mahu pun laman sembang sosial supaya tidak terjebak dalam pornografi mahupun penyebaran berita palsu. Waktu Senggang Belia perlu sentiasa menggunakan waktu senggang / waktu terluang dengan aktiviti yang bermanfaat. Bebas Tingkah Laku Devian Belia perlu bebas daripada tingkah laku devian (seseorang yang perangainya menyimpang daripada normal) iaitu tidak terlibat dengan aktiviti yang bertentangan dengan norma masyarakat dalam kehidupan mereka terutama yang melanggar hukum agama seperti menukar jantina, seks rambang dan sumbang mahram. Bahan 2 :-Potensi Diri Kepimpinan Belia perlu mempunyai keupayaan memimpin, bijak membuat keputusan dan mengendalikan situasi yang sukar. Berdaya upaya Belia seharusnya mempunyai kebolehan dan keupayaan dalam mendorong seseorang untuk sesuatu yang lebih baik. Sensitiviti /Keprihatinan Belia juga mestilah mempunyai keprihatinan kepada nilai dan budaya masyarakat serta penjagaan alam sekitar. Keusahawanan Belia perlu menjadi kreatif dan inovatif dalam mencari peluang dan ruang untuk memaksimumkan sumber yang ada. Kreatif Belia seharusnya mempunyai kemampuan, kebolehan atau keupayaan untuk mencetuskan idea serta menghasilkan sesuatu yang baharu dan asli. AKTIVITI 2 - Hujahkan pendapat anda tentang potensi diri belia untuk diteladani dengan bernasnya. Pendapat saya tentang potensi diri belia untuk diteladani ialah belia perlu melengkapkan diri dengan kemahiran yang diperlukan untuk memudahkan penyertaan mereka dalam pembangunan nusa bangsa serta menghadapi cabaran globalisasi. Kegigihan dalam membuat penyelidikan dengan mengaplikasikan ilmu-ilmu yang pernah dipelajari perlu untuk menghasilkan inovasi agar
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 290 Malaysia mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara lain dari segi R&D (Research anda Development). Belia bersiap siaga untuk menjaga keamanan negara. Golongan belia digalakkan menyertai pasukan keselamatan sama ada terlibat secara langsung menjadi anggota keselamatan atau menjadi sukarelawan sahaja. Sekiranya para belia melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti seumpama ini, mereka bukan sahaja menyumbang dalam menjaga kemerdekaan negara malah mereka dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti menagih dadah, gengsterisme, vandalisme dan mencuri. Justeru, keselamatan negara akan terus terjamin kerana golongan belia sentiasa berada di barisan hadapan untuk mengelakkan sejarah lama berulang kembali bak kata peribahasa, "pisang tidak berbuah dua kali." Golongan belia juga perlu sentiasa memelihara semangat bersatu padu antara kaum. Mereka hendaklah menjalinkan hubungan baik antara kaum dengan mengamalkan sikap tolak ansur dan saling menghormati antara satu sama lain. Belia juga harus bijak menilai kebenaran berita yang diperoleh kerana dikhuatiri terdapat dakyah daripada orang yang ingin menangguk di air yang keruh untuk memecahbelahkan kaum di negara ini. Oleh hal yang demikian, perpaduan amat penting untuk dikekalkan oleh belia demi pembangunan negara yang berterusan dan rakyat hidup dengan tenang seperti air dalam terenang. Golongan belia merupakan pewaris kemerdekaan dan penerus kemajuan negara pada masa hadapan. Mereka perlu memajukan diri, bersikap proaktif dan bersatu tenaga dalam membangunkan negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Tanggungjawab yang besar perlu dipikul oleh belia untuk menjadikan Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri yang keempat, Tun Dr. Mahathir Mohammad suatu realiti. AKTIVITI 3 - Huraikan potensi diri anda yang mampu menjadi pemangkin pembangunan belia negara.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 291 Potensi Diri Sumbangan kepada Negara 1. Kepimpinan - menjadi pengawas, ketua darjah dan sebagainya - sejak di sekolah rendah lagi bakat dikesan oleh guru - sifat berani untuk memikul amanah 1. boleh memikul tanggungjawab yang diamanahkan kerana sudah ada pengalaman 2. mempunyai karisma yang boleh mempengaruhi orang lain 3. berkeyakinan untuk menyelesaikan masalah 2. Keusahawanan - minat berniaga sejak kecil - lahir dalam keluarga yang berniaga - nampak peluang untuk belajar mendapatkan wang saku melalui perniagaan dalam talian 1. merancakkan sektor ekonomi negara melalui perniagaan yang dijalankan 2. meningkatkan sumber pendapatan masyarakat 3. memupuk sikap tidak hanya kerja makan gaji sebagai sumber pendapatan / mencipta peluang pekerjaan dan bukan menunggu peluang pekerjaan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 292 MARI MENGUNDI (HALAMAN 220 - 221) KEMAHIRAN MEMBACA SP: 2.4.1 Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meningkatkan penguasaan kosa kata dalam pelbagai bidang. AKTIVITI 1 - Baca bahan dengan telitinya dan senaraikan kosa kata baharu yang anda pelajari. Kemudian, berikan makna perkataan tersebut dengan merujuk pelbagai sumber. Bil. Kosa kata Maksud 1 rapat umum perhimpunan besar orang ramai, berapat berhimpunan (dalam sidang) mengadakan rapat, bermesyuarat, bersidang 2 manifesto pengumuman tentang dasar (polisi, tujuan) sesuatu parti politik / pengisytiharan kepada orang ramai tentang dasar (tujuan, dll) sesuatu parti politik sebelum pilihan raya 3 peneraju orang atau pihak yang menerajui / mengetuai 4 tonggak - kayu yang panjang dan dipasang tegak (tiang telegraf), - tiang rumah (jambatan), - pangkal batang kayu yang masih tegak berdiri (tunggul), - asas, dasar, pokok (pegangan, kepercayaan) 5 penamaan - perbuatan (hal dsb) menamai atau menamakan - perihal pencalonan 6 pemilih pengundi 7 pembubaran perihal (tindakan dsb) membubarkan / menghentikan 8 barong SPR tempat menyemak senarai pengundi ASPEK SENI BAHASA SP: 4.4.3 Mempersembahkan cerpen secara langsung dengan kreatif dan menarik. AKTIVITI 2 - Persembahkan cerpen dengan menggunakan bahan multimedia seperti video dan audio secara kreatif dan menarik. 1. Murid boleh menonton video berkaitan dengan cara mengundi sebagai panduan untuk mempersembahkan cerpen dalam bentuk bahan multimedia. 2. Pautan video: https://www.spr.gov.my/ms/pusat-media/galeri-video/jomkitaundi-bagaimana-mengundi https://youtu.be/clSfvtdima4
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 293 AKTIVITI 3 - Terokai pelbagai maklumat untuk mengetahui proses pilihan raya di Malaysia dengan lebih lanjut. Rujuk Portal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memperoleh maklumat lanjut berkaitan dengan proses pilihan raya: https://www.spr.gov.my/ms/pilihan-raya/penjalanan-pilihan-raya/umum Aktiviti Tambahan: Murid dikehendaki membaca halaman 220 dan menyatakan proses pilihan raya di Malaysia dalam peta alir.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 294 PEMIMPIN BERKESAN, PENCETUS KEJAYAAN (HALAMAN 222- 223) KEMAHIRAN MENULIS SP: 3.5.1 Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai. AKTIVITI 1 - Analisis dan olah bahan untuk menghasilkan penulisan dengan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai. TUNKU ABDUL RAHMAN (YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah) merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Beliau telah mengetuai delegasi perundingan untuk kemerdekaan ke London pada tahun 1955. Dalam pada itu, Tunku telah mengadakan perbincangan dengan Kerajaan British mengenai Kemerdekaan Tanah Melayu, yang terdiri daripada empat orang wakil Raja-raja Melayu dan empat orang wakil Parti Perikatan, sekali gus telah meyakinkan Kerajaan British supaya menetapkan tarikh Kemerdekaan iaitu 31 Ogos 1957. Akhirnya, Tunku telah digelar sebagai ‘Bapa Kemerdekaan’ dan ‘Bapa Malaysia’ atas jasa dan sumbangan yang telah diberikan kepada negara ini. TUN V.T. SAMBANTHAN (Tun Veerasamy Thirunyana Sambanthan) ialah Presiden Kongres India Malaya (MIC) bermula pada Mei 1955. Seterusnya, Tun Sambanthan juga turut sama menyertai delegasi perundingan untuk kemerdekaan di London pada tahun 1955. Jika dilihat kepada salah satu sumbangannya kepada negara ialah beliau telah menggalakkan perpaduan kaum dan kesejahteraan rakyat Malaysia melalui program yang dianjurkan ketika beliau menjadi Menteri Perpaduan pada tahun 1971 hingga 1974. Lain daripada itu, Tun Sambanthan juga diterima oleh kepimpinan Melayu kerana beliau bersuara dengan tidak begitu lantang termasuk dalam bidang ekonomi dan lebih cenderung untuk menyuarakan mengenai hak mengenai budaya dan bahasa. TUN TAN CHENG LOCK. Tun Tan Cheng Lock dikenali sebagai pengasas dan Presiden pertama Persatuan Cina Malaya (MCA). Umum mengetahui bahawa, beliau merupakan seorang cendekiawan, ahli perniagaan, ahli politik dan seorang yang berpatriotik yang telah membantu masyarakat Cina memperoleh kewarganegaraan di Malaya. Bukan itu sahaja, beliau merupakan tonggak utama menyokong kerjasama antara kaum melalui penubuhan Parti Perikatan yang dianggotai oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), MCA dan MIC. Kita mengetahui hakikat bahawa, Tun Tan Cheng Lock merupakan pemimpin yang disegani dan diterima oleh kaum lain di Tanah Melayu.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 295 ASPEK TATABAHASA SP: 5.3.4 Mengenal pasti dan menggunakan ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan yang betul mengikut konteks. AKTIVITI 2 - Kenal pasti jenis ayat yang terdapat dalam bahan dan hasilkan dialog. (Jawapan disediakan dalam muka surat 244) 1. Ayat Tanya: Adakah anda mempunyai pemimpin idaman? 2. Ayat Perintah: Tolonglah turun padang, berjumpa rakyat jelata seperti kami. 3. Ayat Perintah: Ambil tahu tentang keperluan kami. 4.Ayat Tanya: Bagaimanakah seorang pemimpin dapat memimpin organisasi dengan berkesannya? 5. Ayat Penyata: Pada pendapat saya, pemimpin yang memimpin organisasi dengan berkesannya perlu memiliki wawasan yang jelas untuk organisasinya. 6. Ayat seruan: Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pemimpin yang memiliki kriteria seperti ini! 7. Ayat Perintah: Berilah sokongan dan bimbingan agar kami dapat mengutip ilmu dan pengalaman sebagai persediaan pada masa hadapan. Contoh Dialog Ramli Adakah kalian mempunyai pemimpin idaman? Ah Chong dan Devi Ya, kami mempunyai pemimpin idaman yang sentiasa menolong dan turun padang, berjumpa dengan rakyat jelata seperti kami ini. Ramli Apakah ciri-ciri pemimpin idaman kalian? Ah Chong Ciri-ciri pemimpin idaman saya ialah prihatin dan berjiwa rakyat. Devi Betul tu Ah Chong, dan sentiasa mengambil tahu tentang keperluan kita semua. Ramli Bagaimanakah seorang pemimpin dapat memimpin organisasi dengan berkesannya? Devi Pada pendapat saya, pemimpin yang memimpin organisasi dengan berkesannya perlu memiliki wawasan yang jelas untuk organisasinya. Ah Chong Saya ingin sangat-sangat mengucapkan tahniah dan syabas kepada pemimpin yang memiliki kriteria seperti ini! Ramli Betul tu! Saya pun ingin ucapkan tahniah kepada pemimpin yang berintegriti ini. Devi Saya berharap agar pemimpin kita dapat memberikan sokongan dan bimbingan agar kita dapat mengutip ilmu dan pengalaman sebagai persediaan pada masa hadapan untuk menjadi seorang pemimpin.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 296 AKTIVITI 3 - Hasilkan kajian tentang sumbangan tokoh pemimpin di tempat tinggal anda. Siti Khadijah: Wanita dan Ekonomi Berpisah Tiada JUMAAH NUWAIRAH BIN MUHAMMAD [email protected] PENGENALAN Datuk Seri Hajah Siti Khadijah binti Musa tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di daerah Pasir Mas, Kelantan. Panggilan mesra ‘Kak Jah’ tidak kira peringkat umur, keturunan atau bangsa, pasti akan mengenali beliau yang mempunyai rangkaian ekonomi di sekitar bandar Pasir Mas ini. Dengan memiliki nama ‘Khadijah dan Anak-Anak’, wanita ekonomi ini mampu memberikan ratusan peluang pekerjaan kepada anak-anak muda di daerah ini bagi meningkatkan taraf sosial keluarga. Dengan kudrat sebagai seorang wanita, Siti Khadijah mampu membina empayar perniagaannya dengan jayanya walaupun pelbagai badai yang melanda diri dan keluarganya. Hasil daripada ekonomi perniagaan yang menguntungkan ini, beliau telah menabur bakti menyemai budi kepada masyarakat di negeri ini. Sememangnya, sudah tidak asing lagi buat masyarakat di sini apabila pelbagai inisiatif telah dilaksanakan demi membangunkan ummah. Prinsip hidupnya, rezeki perlu dikongsi telah menyebabkan ribuan kaum wanita mengikut jejak langkahnya untuk membantu golongan yang memerlukan. LATAR BELAKANG TOKOH Datuk Hajah Siti Khadijah Musa dilahirkan pada 28 Ogos 1946 di Kampung Kedai Repek, Pasir Mas, Kelantan. Ibunya bernama Saudah binti Yasa’ dan ayahnya bernama Musa bin Daud. Siti Khadijah telah berkahwin dengan Muhammad Noor bin Ismail dan dikurniakan enam orang cahaya mata, empat lelaki dan dua perempuan. Keenam-enam anak juga telah berjaya dalam bidang masing-masing dan mempunyai kerjaya yang tetap. Beliau telah memulakan perniagaannya sejak berumur 18 tahun lagi, namun perniagaannya ketika itu dalam skala yang kecil. Setelah tamat belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Siti Khadijah telah melebarkan sayap perniagaannya dengan jumlah modal yang lebih besar. Pasang surut perniagaannya tidak menjadi penghalang untuk menghalangnya daripada terus mengembangkan perniagaannya. Sehingga kini, pelbagai bidang perniagaan yang diceburinya telah membuahkan kejayaan yang berlipat kali ganda sehingga mampu membina empayar perniagaannya yang tersendiri. SUMBANGAN TOKOH Pelbagai sumbangan dan jasa telah ditabur oleh Datuk Seri Hajah Siti Khadijah ini kepada masyarakat. Antaranya ialah, pembinaan Dewan Sekolah, Sekolah Menengah Sri Setia Repek, Masjid Siti Khadijah, Kompleks Bazar Siti Khadijah (khas untuk golongan wanita berniaga), Dewan Masyarakat Siti Khadijah, Rumah Anak-Anak Yatim Siti Khadijah, Rumah Seri Kasih Siti Khadijah (Rumah Warga Emas), Pusat Pembangunan Pendidikan al-Quran (Tahfiz) Ummi Siti Khadijah,
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 297 Gelanggang Futsal Siti Khadijah, Pusat Pembangunan Perkembangan dan Kemahiran Wanita / Ibu Tunggal Siti Khadijah dan Ladang Pertanian dan Penternakan Siti Khadijah. Dengan pembinaan dan pembangunan sosial ini, telah memberikan ribuan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat sekali gus merancakkan pembangunan sosial ekonomi masyarakat. Hasil keuntungan perniagaannya diinfaqkan kepada ummah kerana beliau yakin dan percaya, sumbungan kecil ini dapat memberikan keselesaan dan manfaat kepada masyarakat di samping menjadi lubuk pahala kepada beliau sekeluarga. ANUGERAH DAN PENCAPAIAN Datuk Seri Hajah Siti Khadijah telah dikurniai Pingat Jasa Negara yang telah membawa gelaran ‘Datuk Seri’ oleh Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan beberapa pingat persekutuan dan negeri. Beliau juga turut mendapat anugerah Tokoh Usahawan Wanita pada tahun 2015 dan Tokoh Ibu Mithali tahun 2012. Dengan anugerah dan pencapaian ini telah memberikan semangat kepada Datuk Seri Hajah Khadijah untuk terus membantu masyarakat agar kehidupan mereka seperti insan yang lain. PENUTUP Sifat kepimpinan dan perkembangan perniagaan Datuk Seri Hajah Siti Khadijah Musa ini dapat menjadi motivasi kepada masyarakat terutamanya kepada golongan wanita. Hal ini dikatakan demikian kerana, golongan wanita sering berasa ditindas dan tidak mampu bersaing dengan golongan lelaki namun hakikat yang sebenarnya ialah usaha yang gigih merupakan kunci utama kepada sesebuah kejayaan. Tanpa usaha, kejayaan pasti tidak akan berhasil kerana kegigihan merupakan landasan utama untuk seseorang mencapai kejayaan. Jantina bukan lagi penghalang untuk berjaya tetapi komitmen dan jati diri yang kukuh akan memberikan pulangan yang terbaik dalam sesebuah kehidupan di dunia yang fana ini.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 298 KECINDAN PEMIMPIN (HALAMAN 224 - 225) KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR SP: 1.8.2 Mengulas karya dengan menyatakan kekuatan dan kelemahan secara jelas, bernas dan kritis menggunakan ayat yang betul dan gramatis. AKTIVITI 1 - Kenal pasti kekuatan dan kelemahan karya. Kemudian, sampaikan ulasan dengan bahasa yang gramatis. Anekdot 1 KEKUATAN 1. Anekdot ini memenuhi ciri-ciri sebuah anekdot kerana terdapat unsur lelucon di dalamnya iaitu apabila watak Afiq anak bongsu Tuk Ketua memberikan satu sen kepada Muthu setelah Muthu mengadu kepada Tuk Ketua tentang sawahnya yang tidak menjadi kerana serangan siput gondang selain anaknya di universiti yang memerlukan wang. 2. Kekuatan juga dapat kita lihat daripada pengajaran yang terdapat dalam anekdot ini iaitu kita hendaklah sentiasa membantu orang yang dalam kesusahan. Hal ini dapat kita lihat pada watak Tuk Nasmi seorang ketua yang baik kerana sedaya upaya cuba menyelesaikan pelbagai masalah anak-anak buahnya. 3. Selain itu, pengajaran lain yang dapat kita peroleh ialah kita seharusnya membantu orang lain semampu yang boleh juga dapat kita lihat pada watak Afiq yang sedaya upaya ingin membantu Muthu walaupun hanya seorang kanak-kanak. KELEMAHAN 1. Anekdot yang terlalu ringkas. Pembaca belum sempat menghayati dan dibuai perjalanan cerita sudah sampai ke penyelesaiannya. Kepanjangan anekdot yang sesuai membuatkan pembaca berasa teruja dan puas. 2. Unsur saspens agak menarik namun pada masa ini duit syilling 1 sen sudah tiada di pasaran. Agak tidak relevan terutama untuk pembaca remaja 3. Pengajaran kurang memberikan impak. Hanya mahu memberitahu kejujuran seorang kanak- kanak yang sememangnya memang begitu sifat mereka. Pengajaran seharusnya membekas dan terkena pada batang hidung pembaca atau pembaca mengiyakan bahawa pengajaran itu jelas dan perlu diketengahkan. ANEKDOT 2 KEKUATAN 1. Kekuatan anekdot yang kedua ini adalah menepati ciri-ciri anekdot . Antaranya, mempunyai unsur lelucon yang sangat menghiburkan melalui peristiwa ketika Zali memberitahu Tuk Ketua
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 T E L E G R A M G U R U B M S P M 299 Nasmi bahawa Lebai Alang terbang yang difikirkan oleh Tuk Ketua Nasmi Lebai Alang betul-betul terbang, rupanya Lebai Alang tersedar dari tidur lalu ambil wuduk dan terus bang kerana disangka telah masuk waktu asar. 2. Terdapat juga pengajaran yang diterapkan daripada anekdot kedua ini iaitu sebagai ketua kita hendaklah sentiasa cuba menangani permasalahan anak-anak buah kita.Sebagai contohnya Tuk Ketua Nasmi sentiasa cuba melayani masalah anak-anak buahnya KELEMAHAN 1. Dari aspek pengajaran, kiasan yang diketengahkan kurang jelas . Hanya salah faham masalah sebutan. Isu yang diutarakan kurang memberikan impak yang besar. ANEKDOT 3 KEKUATAN 1. Kekuatan dalam anekdot yang ketiga ini ialah unsur lelucon yang diketengahkan oleh pengarang yang nampak bersahaja namun membawa maksud yang mendalam. Perkara ini digarap melalui watak Afiq apabila ayahnya Tok Ketua Nasmi menyemak kerja sekolahnya dan didapati bukunya itu kosong lantas ayahnya memarahi Afiq oleh sebab dia tidak membuat kerja sekolah yang diarahkan oleh guru, namun Afiq memaklumkan bahawa buku tersebut buku latihan jawi dan bermula dari belakang. 2. Kekuatan lain yang terdapat dalam anekdot ini ialah unsur pengajaran yang diselitkan oleh penulis melalui watak Tok Nasmi. Walaupun beliau sibuk dengan tugasnya sebagai ketua kampung dan menguruskan masalah anak-anak buahnya, namun beliau tetap melunaskan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga dengan makan malam bersama keluarganya dan menyemak buku latihan anaknya. 3. Pengajaran lain ialah Tok Ketua Nasmi mempunyai sebuah keluarga yang bahagia. KELEMAHAN 1. Dari aspek kepanjangan anekdot yang ketiga ini terlalu ringkas. Pembaca belum puas untuk mengamati suasana yang diketengahkan. 2. Selain itu watak Afiq sebagai anak yang berusia 6 tahun, sudah pandai memperlekeh-lekehkan ayahnya “Apalah ayah ini” sesuatu yang tidak seharusnya berlaku. Penulis seharusnya memaparkan unsur-unsur yang lebih lembut dengan menunjukkan kata-kata yang lebih bersifat menghormati orang yang lebih tua.