The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ebook.psis, 2020-08-16 23:14:42

e-Prosiding Seminar EnviroPOLY 2016

e-Prosiding Seminar EnviroPOLY 2016

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

TABLE 2: The result for three different resin content with three different target density of mechanical testing for GTSP
from Jelutong (D. Costulata)

Figure 3 The Maximum Stress table.

Figure 4 The Flexure Modulus table.

50

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Figure 5 The Internal Bonding chart
V. CONCLUSION

Based on the study and information about the OSB from Dyre Costulata, it was determine by the mechanical and physical testing
that the only suitable density and resin content is 700 kgm-3 with 7% resin content. Remarkably it passes the entire laboratory
test. All tests are subjected to the requirement of British Standard EN300 [Wood Information, 2005, section 2/3 sheet 57] as
shown in table 3. It is best recommend to fabricate the OSB panel in higher density compared 500 kg/m-3 and 600 kg/m-3.

TABLE 3: Technical classes of panel listed in BS EN 13986 as suitable for structural applications.

51

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

REFERENCES
OSB Performance By Design, Oriented Strand Board in Wood Frame Construction U.S. Edition 2005, Structural Board

Assosiation Canada, 2005, pp. 8
OSB Performance By Design, Oriented Strand Board in Wood Frame Construction U.S. Edition 2005, Structural Board

Assosiation Canada, 2005, pp. 1
Siti Hajar Binti Mohamad, “Properties Of Oriented Strand Board (OSB) Using Mixed Tropical Wood Dyera Costulata,”

Universiti Teknology MARA, Pahang, 2006. (references)
Noor Azlin Yahya, Azahari Mohd. Yusoff and Nashatul Zaimah Noor Azman, Colours Of FRIM,

http://www.frim.gov.my/jelutong-the-local-latex-tree/, Friday, 25 April 2014,
K. T. Choo, S. C. Lim & K. S. Gan, Timber Technology Bulletin, FRIM, Kepong, Kuala Lumpur, 1999.
Forest Products Laboratory. 2010. Cenntiniel Edition Wood Handbook—Wood as an engineering material. Gen. Tech. Rep.

FPL–GTR–113. Madison, WI: U.S. Department of Agriculture, Forest Service, Forest Products Laboratory. pp. 258.
Wood Information, Specifiying wood based panel for structural use, Section 2/3 sheet 57, 2005, TRADA Technology Ltd,

Stocking Lane, Hughenden Valley, High Wycombe, Buckinghamshire HP14 4ND, UK, 2005, pp.2
EPF (European Panel Federation), TECHNICAL INFORMATION SHEET OSB (oriented strand board),)- Allée Hof ter Vleest

5 - Box 5 - B-1070 Brussels, pp. 5, http://www.osb-info.org/Assets/file/EN/OSB_Technical_Information_.pdf achieved on
1223 dated 11 Nov 2015

52

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Saccharum Officinarum MDFBoard

Hidanah Binti Mohd Yunus1, Norayahati Binti Ngagiman2, Salina Binti
Sariman3

1Politeknik Sultan Azlan Shah, [email protected]
2Politeknik Sultan Azlan Shah, [email protected]

3Politeknik Sultan Azlan Shah, [email protected]

ABSTRAK

Papan gentian berketumpatan sederhana (MDF Board) yang dihasilkan dari ampas tebu (saccharum officinarum) merupakan
produk kayu yang dihasilkan bagi menyelesaikan masalah pembuangan sisa pepejal yang semakin meningkat di Malaysia.
Ampas tebu yang dibuang selepas melalui proses perahan untuk mendapatkan air tebu akan menimbulkan pelbagai kesan negatif
terhadap kesihatan manusia dan keseimbangan alam sekitar. Bagi mengatasi permasalahan ini, ampas tebu dikitar semula untuk
dijadikan bahan utama dalam penghasilan papan MDF. Kaedah kitar semula dapat membantu mengurangkan jumlah sisa
buangan yang perlu dilupuskan. Penggunaan papan gentian berketumpatan sederhana dalam industri perabot semakin meluas dan
mendapat permintaan yang tinggi di pasaran. Tujuan kajian dijalankan adalah untuk menghasilkan papan gentian berketumpatan
sederhana ampas tebu seterusnya membuat perbandingan dengan papan MDF piawai melalui ujian kekuatan, ujian kandungan
lembapan dan juga ujian serapan air. Hasil dari kajian didapati bahawa nilai kekuatan tegangan MDF dari ampas tebu yang
tertinggi adalah 7.013MPa, dan menerima beban yang paling optimum sebanyak 525.96MPa dan kekuatan terikan atau takat alah
pada 214.835MPa di mana nilai kekuatan tegasan tegangan adalah kurang berbanding papan MDF piawai iaitu 17.8 MPa dari
ASTM D 3039. Dapatan untuk ujian kandungan lembapan pula didapati papan MDF ampas tebu mempunyai nilai kandungan
lembapan yang baik sebanyak 2.29% berbanding papan MDF piawai sebanyak 6%. Manakala untuk perbandingan ujian serapan
air didapati bahawa papan MDF ampas tebu mempunyai kadar serapan air sebanyak 6.6% dan nilainya tidak jauh beza dengan
papan MDF piawai iaitu sebanyak 5%. Kesimpulannya, kajian ini dapat menghasilkan papan MDF ampas tebu yang sesuai
dijadikan pelbagai jenis perabot ringan di samping membantu mengurangkan penjanaan sisa pepejal di Malaysia terutamanya
dari sisa ampas tebu.

Kata kunci : tebu, papan gentian berketumpatan sederhana

1.0 PENDAHULUAN

Tebu kuning atau nama saintifiknya Saccharum officinarum merupakan sejenis tanaman kontan yang berasal dari keluarga
rumput (Poaceae) dari Asia Tenggara yang diproses untuk mendapatkan airnya ataupun diproses untuk dijadikan kristal gula.
Hasil sampingan ataupun buangan yang terhasil dari proses penggilingan tebu dipanggil ampas tebu. Batang tebu ini berbentuk
silinder dengan ukuran panjangnya antara 1.8 hingga 3m dengan diameter ruasnya antara 5 hingga 10cm. Tebu kuning berakar
serabut dan juga terdapat akar pada pangkal pokok. Satu rumpun pokok tebu mempunyai 6 hingga 12 batang pokok. Penanaman
tebu memerlukan cuaca tropika atau separa tropika dengan menerima hujan minima 600mm setahun. Jabatan Pertanian Malaysia
mengkelaskan tanaman tebu merupakan salah satu tumbuhan yang memiliki sistem fotosintesis paling berkesan yang mampu
menukar sehingga 2% dari tenaga suria kepada biojisim.

Sisa pepejal merupakan bahan buangan yang paling dominan dihasilkan di negara Malaysia. Kadar penjanaan sampah yang
meningkat dengan pantas berkadar langsung dengan aktiviti ekonomi dan pertumbuhan penduduk. Cabaran terbesar dalam
pengurusan sampah ialah peningkatan penjanaan sisa setiap tahun yang mewujudkan tekanan kepada kemudahan pelupusan sisa
pepejal di Malaysia (Sharifah Norkhadijah, 2014). Salah satu penghasilan sisa pepejal adalah dari sisa buangan ampas tebu yang
banyak dibuang di tapak-tapak pasar malam dan sebagainya yang boleh memberikan impak negatif terhadap kesihatan manusia
dan keseimbangan alam sekitar. Masalah ini boleh diatasi sekiranya langkah berikut diambil perhatian melalui aktiviti guna
semula bahan, kitar semula dan pengkomposan sisa pepejal yang terhasil.

Objektif kajian ini dijalankan untuk menghasilkan papan gentian berketumpatan sederhana (MDF Board) yang dihasilkan
daripada ampas tebu dan juga membuat perbandingan antara penghasilan panel papan gentian berketumpatan sederhana dengan
papan MDF piawai. Ujian yang dijalankan merangkumi dua jenis ujian iaitu ujian fizikal dan ujian mekanikal. Ujikaji fizikal
melibatkan ujian resapan air dan ujian kandungan lembapan manakala ujian mekanikal adalah ujian kekuatan tegangan. Semua
ujian yang dijalankan mengikut kehendak spesifikasi ASTM.

2.0 KAJIAN LITERATUR

Di Malaysia sampah atau sisa pepejal terdiri daripada peratusan bahan organik antara 48% hingga 64% yang mencatatkan rekod
tertinggi. Komposisi ini banyak dipengaruhi oleh status ekonomi dan tahap pembandaran suatu tempat. Sisa organik yang terhasil
kebiasaannya adalah daripada pemprosesan makanan, makanan mentah dan juga dari sisa kebun (McDougall et al. 2001; World
Bank 1999). Hasil dari pemerhatian penyelidik mendapati bahawa ampas tebu yang tidak digunakan akan dibuang ataupun
dibakar begitu sahaja kesannya boleh mendatangkan pelbagai masalah jika pengurusan sisa pepejal tidak diuruskan dengan betul.
Dianggarkan sebanyak 5 hingga 6 guni atau bersamaan 30 kg kuantiti tebu yang dijual dalam sehari. Melalui pemerhatian ampas
tebu akan dibiarkan di tepi jalan setelah setiap kali selesai penjualan air tebu di bazar jualan di mana kemudiannya menjadi

53

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

longgokan sampah. Akhirnya sisa buangan ini dijadikan bahan kajian untuk menghasilkan papan MDF menggunakan ampas
tebu.

Ampas tebu adalah bahan sisa berserat dari proses perahan untuk mendapatkan niranya bagi menghasilkan air tebu dan juga
digunakan untuk pemprosesan kristal gula di industri. Kandungan fiber (gentian) tebu dalam sebatang tebu terkandung 47.7%
fiber, selebihnya telah diperah menjadi jus tebu iaitu mempunyai 48% hingga 52% kandungan air manakala baki 3.3% adalah
kandungan gula dalam tebu. Saiz diameter gentian ampas tebu sekitar 20 mikro. Serat ampas tebu tidak dapat larut dalam air dan
sebahagiannya terdiri dari selulosa. Kelebihan menggunakan bahan gentian semula jadi seperti ampas tebu dalam penghasilan
produk kayu adalah kerana kos bahan yang rendah, begitu juga dengan ketumpatan tetapi mempunyai nisbah kekuatan jisim yang
tinggi. Ampas tebu boleh didapati dalam kuantiti yang banyak, mempunyai sifat rintangan haba dan bunyi yang baik, tidak
membahayakan kesihatan, kandungan tenaganya yang rendah, dan boleh dijadikan bahan buangan yang boleh dikitar semula.
Penggunaan gentian semula jadi ini sebagai bahan yang diguna semula dapat memberi impak positif terhadap alam sekitar.

Papan gentian berketumpatan sederhana (MDF Board) yang dihasilkan dari ampas tebu merupakan panel papan komposit moden
yang digunakan sebagai alternatif kayu semulajadi. Ampas tebu kini boleh diperkenalkan di Malaysia dalam industri bio-
komposit. Di Malaysia, papan gentian berketumpatan sederhana digunakan dengan meluasnya dalam perusahaan perabot untuk
membuat kabinet, almari pakaian, meja, katil, papan hitam dan lain-lain. Papan gentian berketumpatan sederhana dihasilkan dari
ampas tebu yang dicampurkan dengan perekat gam kawalan haba yang dilekatkan dan dimampatkan dalam keadaan panas dan
sejuk bagi memenuhi piawaian ASTM untuk menghasilkan papan gentian ketumpatan sederhana.

Produk papan gentian berketumpatan sederhana merupakan bahan komposit yang diperbuat daripada gentian ampas tebu yang
dilekatkan dengan resin dan dikenakan tindakan haba. Ketumpatan papan gentian berketumpatan sederhana mempunyai nilai
antara 500kg/m3 hingga 1000kg/m3. Papan yang diperbuat daripada bahan teras ampas tebu dan dilekatkan dengan perekat dari
jenis polyster dan catalyst dari jenis MEKP (Methyl Ethyl Ketone Peroxide). Perekat papan selalunya dilakukan dengan
menggunakan gam dan wax untuk papan MDF. Kuantiti perekat selalunya ditentukan mengikut berat peratusan bahan kayu.
Penambahan perekat yang banyak dalam mesin adunan adalah untuk menambahkan lagi kekuatan papan yang akan dihasilkan.

Ampas tebu yang digunakan untuk penghasilan papan gentian berketumpatan sederhana perlu diuji kekuatannya melalui ujian
sifat mekanikal dan fizikal iaitu ujian kekuatan tegangan, ujian resapan air dan ujian kandungan lembapan. Ujian kekuatan
tegangan dilakukan bagi menentukan kekuatan tegangan maksimum yang boleh ditampung oleh sesuatu bahan apabila dikenakan
tegangan, mampatan ataupun ricihan. Ia merupakan kekuatan tegangan maksimum pada lengkuk tegangan melawan terikan.
Ujian resapan air dijalankan untuk mengetahui jumlah air yang meresap dalam panel papan gentian berketumpatan sederhana.
Menurut Schneider et. al. (1996), nilai minima tahap keperluan industri untuk pengembangan ketebalan mestilah kurang dari
16% dan serapan air mestilah kurang dari 60%. Oleh itu, kadar serapan air bagi papan gentian berketumpatan sederhana perlulah
kurang daripada nilai 60%. Manakala ujian kandungan lembapan dilakukan untuk menentukan nisbah berat air dalam kayu
terhadap berat kering. Peratusan kandungan lembapan bagi papan gentian berketumpatan sederhana adalah tidak melebihi 9%.
Sekiranya peratusan kandungan lembapan melebihi nilai tersebut papan MDF akan mudah rosak dan mudah untuk ditumbuhi
kulat.

3.0 METHOD KAJIAN

Penggunaan ampas tebu sebagai bahan utama untuk menghasilkan papan gentian berketumpatan sederhana (MDF Board).
Nisbah yang digunakan untuk menghasilkan papan MDF dari ampas tebu ialah 15% ampas tebu dan 85 % resin. Saiz papan
MDF yang dihasilkan adalah 300mm x300mm x 3mm. Papan gentian berketumpatan sederhana (MDF) yang dihasilkan ini juga
akan melibatkan beberapa ujian antaranya kekuatan tegangan, kandungan kelembapan dan resapan air.

Bahan mentah ampas tebu digunakan sebagai bahan utama kajian. Sukatan untuk setiap bahan hendaklah disukat mengikut
pengiraan yang telah dilakukan. Sukatan diambil mengikut nisbah iaitu 15% ampas tebu dan 85% campuran resin. Seterusnya
ampas tebu yang telah dihancur, ditimbang sebanyak 60g dan dicampurkan dengan resin sebanyak 400g dengan menggunakan
penimbang digital untuk menghasilkan papan MDF yang berisipadu 300mm x 300mm x 30mm. Hancuran ampas tebu dan resin
kemudiannya dicampurkan dan digaulkan sehingga sebati. MEKP sebanyak 14g juga dimasukkan dalam campuran sebagai
bahan penambah. Bahan yang siap dicampur dan sebati ditaburkan ke atas plat. Kemudian teflon dihamparkan di atas plat untuk
meratakan ampas tebu yang telah dibancuh dan memberikan permukaan yang cantik.

Setelah pembentukan bahan dilakukan, bahan tersebut dimasukkan ke dalam mesin tekanan panas pada suhu 130oC untuk
memadatkan dan memampatkan bahan. Melalui tekanan panas ini resin akan cair dan akan melekat pada bahan di mana mesin
ditekan selama 20 minit dan seterusnya membentuk sebuah panel papan MDF ampas tebu. Papan MDF dipotong mengikut saiz-
saiz yang ditetapkan untuk diuji di makmal. Kajian ini dijalankan untuk membuat perbandingan keputusan ujian dengan papan
MDF piawai. Sebelum ujian dijalankan, panel-panel tersebut dimasukkan ke dalam Conditioning Oven terlebih dahulu dalam
tempoh 24 jam untuk proses pembuangan udara dan lembapan.

Kajian terhadap papan gentian berketumpatan sederhana ampas tebu menggunakan kandungan resin sebanyak 85%. Jenis perekat
yang digunakan adalah jenis polyster dan catalyst dari jenis MEKP (Methyl Ethyl Ketone Peroxide). Saiz panel yang dihasilkan
untuk ujikaji papan gentian berketumpatan sederhana ampas tebu adalah berukuran panjang 300mm, lebar 300mm dan tebal
3mm. Papan gentian berketumpatan sederhana ampas tebu dihasilkan dengan menggunakan saiz gentian ampas tebu antara
berukuran diameter gentian ampas tebu sekitar 20 mikro. Dalam kajian ini, papan gentian berketumpatan sederhana ampas tebu
dikaji sifat mekanikal dan fizikal serta dibuat perbandingan dengan papan gentian berketumpatan sederhana kawalan dari bahan
kayu terpakai. Semua sampel diuji untuk mengetahui nilai-nilai bagi:

i. Ujian Kekuatan Tegangan ASTM D 3039
ii. Ujian Kandungan Lembapan ASTM D 1037
iii. Ujian Serapan Air (WA)

54

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

4.0 DAPATAN KAJIAN

Keputusan dan analisis ini amat penting bagi mencapai objektif utama kajian yang dijalankan ini. Keputusan dan analisis ini
diperoleh daripada ujian-ujian yang telah dilakukan ke atas sampel panel papan berketumpatan sederhana (MDF) dari ampas
tebu. Setelah selesai menjalankan ujian tegangan, ujian kandungan kelembapan dan ujian serapan air pada sampel selain itu, graf
tegasan melawan terikan turut dinyatakan dalam dapatan kajian. Kesemua ujian ini mengikut piawaian ASTM. Kajian ini
melibatkan perbandingan antara papan MDF piawai dan papan MDF dari ampas tebu. Melalui kajian yang dibuat hanya tiga
sampel panel diuji bagi setiap ujian yang dijalankan.

Ujian tegangan bertujuan mengukur kekuatan tegangan di dalam papan berketumpatan sederhana (MDF) dari ampas tebu. Ujian
dilakukan menggunakan Universal Testing Machine. Bentuk kegagalan pada sampel yang dijalankan perlu dikenalpasti dan
mengikut standard yang telah ditetap. Ketiga-tiga sampel menunjukkan kegagalan yang sama. Sampel dikira gagal apabila
berlaku keretakkan atau hampir putus pada bahagian tengah sampel. Data kegagalan tidak akan diambil kira sekiranya kegagalan
pada sampel berlaku pada grip pengikat sampel.

Jadual 4.1 Keputusan Ujian Kekuatan Tegangan

Sampel No. Beban Optimum (N) Kekuatan Tegangan (MPa) Kekuatan Alah
(MPa)
1 525.96 7.013 214.835
2 338.26 4.510 135.56
3 142. 9 1.905 60.551

Berdasarkan Jadual 4.1, bacaan sampel pertama menunjukkan nilai kekuatan tegangan MDF dari ampas tebu yang tertinggi
adalah 7.013MPa, dan menerima beban yang paling optimum sebanyak 525.96MPa dan kekuatan terikan atau takat alah pada
214.835MPa dan bacaan minimum dari sampel ketiga mendapati kekuatan tegangannya adalah 1.905MPa, menerima beban yang
paling optimum sebanyak 142.9MPa dan takat alah pada bacaan 60.551MPa. Jika dibuat perbandingan antara kekuatan tegangan
yang maksimum dengan kekuatan tegangan papan MDF piawai nilai kekuatan papan MDF piawai adalah 17.8MPa. Perbezaan
kekuatan tegangan yang ketara ini adalah kerana penyelidik mendapati bahan ampas tebu perlu melalui proses pengawetan bahan
terlebih dahulu yang mempengaruhi nilai kekuatan tegangan sampel papan MDF ampas tebu.

Ujian kelembapan dibuat bagi mengukur peratusan kandungan kelembapan dari papan gentian berketumpatan sederhana ampas

tebu. Sampel papan MDF ampas tebu dimasukkan ke dalam oven selama 24 jam dan kemudian dimasukkan ke dalam humidity
chamber selama 24 jam pada suhu 25oC dengan kadar kelembapan pada 50%. Berat sebelum dan selepas keluar dari humidity

chamber dicatatkan dalam unit gram.

Jadual 4.2 Keputusan Ujian Kandungan Lembapan

Sampel No. Berat Awal (g) Berat Akhir (g) Mt (%)
1 9.758 9.991 2.39
2 10.007 10.255 2.48
3 10.891 11.200 2.00

Dapatan dari ujian kandungan lembapan dapati sampel papan gentian berketumpatan sederhana ampas tebu yang mencatatkan
peratusan kandungan lembapan tertinggi adalah 2.48%. Jika dibuat perbandingan dengan sampel papan MDF piawai, didapati
kandungan lembapan sampel papan MDF piawai adalah 6%. Bacaan kandungan lembapan mengikut ASTM D 1037 menyatakan
bacaan kandungan lembapan bagi papan gentian berketumpatan sederhana adalah bawah dari 9%. Oleh yang demikian bagi
bacaan sampel dan bacaan piawai masih di bawah had yang telah ditetapkan.

Ujian serapan air terhadap sampel papan gentian berketumpatan sederhana ampas tebu ini dibuat bagi menentukan kadar serapan
air di mana sampel papan gentian berketumpatan sederhana ampas tebu akan direndam dan disukat dengan kadar peningkatan
berat sampel. Keputusan ujikaji seperti Jadual 4.3 berikut.

Jadual 4.3 Keputusan Ujian Serapan Air

Sampel No. Berat Awal (g) Berat Akhir (g) Mt (%)
1 9.453 10.235 8.27
2 9.992 10.403 4.11
3 9.064 9.744 7.5

Dapatan dari ujian serapan air mendapati sampel pertama mencatatkan bacaan serapan air yang tertinggi iaitu bernilai 8.27%.
Manakala bacaan ujian serapan air bagi papan MDF piawai mempunyai nilai 5%. Walaubagaimanapun dapatan bacaan ujian
serapan air ini tidak mempengaruhi kerana menurut Schneider et. al. (1996), nilai minima tahap keperluan industri untuk
pengembangan ketebalan mestilah kurang dari 16% dan serapan air mestilah kurang dari 60% dan bacaan masih di bawah takat
yang dibenarkan.

5.0 KESIMPULAN

Berdasarkan dari ujikaji yang dijalankan, kesimpulan dapat dibuat berdasarkan dari objektif utama kajian dengan penghasilan
papan gentian berketumpatan sederhana dari ampas tebu. Papan gentian berketumpatan sederhana ampas tebu yang dihasilkan
telah diuji kekuatan tegangan, kandungan lembapan dan kadar serapan air mengikut piawai ASTM (American Society for
Testing and Materials). Terdapat tiga jenis ujikaji yang telah dilakukan terhadap panel papan gentian berketumpatan sederhana
dari ampas tebu. Ujian yang dijalankan adalah melalui dua ujian iaitu ujian fizikal dan ujian mekanikal. Ujikaji fizikal melibatkan

55

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

ujian penyerapan air dan kandungan lembapan manakala ujian mekanikal adalah ujian kekuatan tegangan. Semua ujian yang
dijalankan mengikut kehendak spesifikasi ASTM. Kajian terhadap papan gentian berketumpatan sederhana dari ampas tebu
menggunakan kandungan resin sebanyak 85%.

Ujian kandungan lembapan yang dibuat mengikut panduan ASTM D 1037 menyatakan bacaan kandungan lembapan bagi papan
gentian berketumpatan sederhana ampas tebu adalah di bawah takat bacaan yang ditetapkan iaitu sebanyak 9%. Oleh yang
demikian bagi bacaan sampel papan gentian berketumpatan sederhana ampas tebu dan bacaan papan gentian berketumpatan
sederhana piawai masih di bawah had yang dibenarkan.

Ujian penyerapan air mendapati serapan air berada pada nilai yang minima dan mengikut tahap keperluan industri iaitu kurang
dari had 60%. Papan gentian berketumpatan sederhana yang banyak menyerap air perlu dielakkan kerana air boleh menjadi
punca kegagalan fungsi sesuatu struktur binaan atau menyebabkan perabot menjadi kembang dan rosak.

Secara keseluruhannya papan papan gentian berketumpatan sederhana ampas tebu yang mengandungi resin 85% mempunyai
ketahanlasakan untuk menghasilkan Saccharum Officinarum MDF Board setanding dengan papan gentian berketumpatan
sederhana piawai.

6.0 CADANGAN / IMPLIKASI

Berdasarkan dari dapatan kajian, dipercayai bahawa kadar penggunaan ampas tebu sebagai bahan ganti dalam pembuatan papan
gentian berketumpatan sederhana dapat diperluaskan lagi penggunaannya dengan adanya kajian-kajian akan datang kerana
terbukti bahawa penggunaan sisa sampah ampas tebu ini membawa banyak faedah kepada industri perkayuan dan perabot.

Dari segi kandungan resin seperti dalam kajian, pengkaji mencadangkan pengkaji seterusnya akan menggunakan perbezaan
peratus kandungan resin sebanyak 90% dan 70% bagi mengenalpasti kesesuaian untuk penghasilan papan MDF ampas tebu yang
mempunyai ketahanlasakan yang lebih tinggi daripada papan MDF ampas tebu yang kandungan resinnya 85%.

Selain itu, kajian yang dijalankan ini tidak dibuat kajian mengenai papan gentian berketumpatan sederhana ampas tebu
mempunyai rintangan api kebakaran. Adalah satu keperluan untuk mengkaji ketahanan api terhadap papan gentian
berketumpatan sederhana ampas tebu ini kerana kemalangan jiwa boleh berlaku tanpa diundang, kebakaran boleh berlaku pada
bila-bila masa. Dengan adanya produk tumbuhan yang menggunakan bahan ampas tebu yang dicampurkan bahan tambah
penebat api boleh melambatkan api merebak dengan cepat.

Rujukan

American National Standard (2002). Medium Density Fiberboard (MDF) For Interior Applications.USA, ANSI A208.2-2002.

British Standard Institution (1993). Wood-Based Panel-Determination of Modulus of Elasticity in Bending and of Bending
Strength. Brussels, BS EN 310 : 1993.

British Standard Institution (1993). Particalboards and Fibreboards – Determination of Tensile Strength Perpendicular To The
Plane Of The Board. Brussels, BS EN 319 : 1993.

Standard Specifications for Building Works (2014). Section H : Timber, Joinery and Ironmongery Works. Jabatan Kerja Raya
Malaysia.

Azman Jaafar & Ahmad Shakri Mat Seman. (2011). Kajian Sifat Mekanikal Papan Serpai Berlapis yang Mengandungi Habuk
Kayu Gergaji. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Jozsef. B and Benjamin A.J. (1982). Mechanics of Wood and Wood Composites. Van Nostrand Reinhold.

Tan Boon Tong (2000). Teknologi Binaan Bangunan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

Muhammad Naim Bin Abd Rahman (2009). Penghasilan Papan Gentian Berketumpatan Sederhana Menggunakan Kelapa Sawit.
Politeknik Sultan Azlan Shah. Perak.

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (2013). http://jpsn.kpkt.gov.my

Muhammad Rahmad Bin Ismail (2011). Penghasilan Etanol Berasaskan Sumber Ampas Tebu. Politeknik Sultan Azlan Shah.
Perak.

Schneider M.H, Chui, Ying H, Ganev S.B. (1996), “Properties of Particleboard Made With a Polyfurfuryl – Alcohol.” Forest
Product Journal: Vol.46(9): 79-83.

Norul Izani MA, Paridah MT, Mohd Nor MY, & Anwar UMK (2009). Ciri- Ciri Papan Gentian Berketumpatan Sederhana
(MDF) Daripada Tandan Kelapa Sawit. FRIM. Kepong Selangor.

Sharifah Norkhadijah Syed Ismail (2014). Mengurus Sisa Pepejal di Rumah. UPM. Serdang Selangor.

56

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

F.E.T.

Nafisah Binti Harun1 dan Marshitah Binti Muhamad2

1Politeknik Sultan Azlan Shah, [email protected]
2Politeknik Sultan Azlan Shah, [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti jarak penglihatan dan tahap ketahanlasakan produk Friendly
Emergency Triangle (F.E.T). Masalah yang dikenalpasti daripada produk Emergency Triangle sedia ada adalah
dari segi saiz dan ruang penyimpanan yang besar. Bagi mengatasi masalah ini pengkaji merekabentuk produk
F.E.T yang mana mempunyai saiz yang lebih kecil dan keperluan ruang yang lebih efektif agar dapat disimpan
dalam motosikal dan dapat mengurangkan risiko kemalangan bagi pengguna motosikal. Produk F.E.T diuji dari
segi jarak penglihatan dan tahap ketahanlasakan produk sebelum digunakan di lapangan. Responden kajian ini
terdiri daripada 100 orang pengguna kenderaan bermotor samada kereta mahupun motosikal. Tinjauan awal
dijalankan adalah untuk mengenalpasti masalah produk Emergency Triangle sedia ada dengan membuat temubual
bersama beberapa orang pengguna. Soal selidik juga digunakan bagi meninjau pandangan responden mengenai
Emergency Triangle sedia ada. Berdasarkan analisis, tanda amaran Emergency Triangle sedia ada terlalu besar
untuk penyimpanan bagi motosikal dan menyebabkan motosikal tidak mempunyai tanda amaran. Dapatan kajian
menunjukkan jarak penglihatan produk F.E.T dapat dilihat dengan jelas dalam jarak 1-2 meter. Melalui ujian
rintangan angin pula alat dapat menahan rintangan angin yang terhasil daripada kenderaan dengan purata kelajuan
35-195.5 km/h. Alat F.E.T ini telah dibuat dengan ukuran sisi 400 mm dan ukuran tapaknya adalah 480 mm. Bagi
pencahayaan yang dipantulkan oleh F.E.T., ia menunjukkan bahawa warna kuning lebih terang berbanding merah
dan penggunaan Retro-Reflective Sheeting lebih baik berbanding penggunaan plastik atau kain kanvas.

Katakunci: Friendly Emergency Triangle (F.E.T.)

1.0 PENGENALAN

Pada masa kini, di Malaysia acapkali kita mendengar atau melihat berita-berita mengenai kemalangan jalan raya tidak kira sama
ada di media massa mahupun di media sosial. Peningkatan kemalangan paling jelas dapat dilihat ketika musim-musim perayaan
terutamanya Perayaan Aidilftri, Sambutan Tahun Baru Cina dan Perayaan Depavali dan pada cuti persekolahan. Pada ketika itu,
kita dapat lihat banyak kemalangan yang terjadi, tidak kira sama ada motosikal, kereta, lori dan juga pengangkutan awam seperti
bas. Ada sebahagiannya hanya kemalangan kecil, ada juga kemalangan yang menyebabkan berlakunya kecacatan anggota badan
dan yang paling tragis sekali ialah kemalangan yang meragut nyawa pengguna jalan raya.Daripada maklumat tersebut jelas
kelihatan bahawa masalah ini perlu ditangani dengan menjalankan langkah-langkah keselamatan bagi mengurangkan dari terus
berlakunya kemalangan-kemalangan yang tidak diingini terutamanya bagi pengguna motosikal. Tanda amaran segitiga
kecemasan dilihat dapat mengurangkan risiko kemalangan apabila pengguna lain melihat tanda amaran dipasang oleh pengguna
yang menghadapi masalah dengan kenderaan yang dinaiki.

1.1 Pernyataan Masalah

Berdasarkan tanda amaran segitiga kecemasan sedia ada di pasaran, terdapat beberapa saiz yang berbeza antaranya bersaiz sisi
350 x 350 x 350 mm dan 420 x 420 x 420 mm. Ketika aktiviti penyimpanan dilakukan, didapati ianya agak panjang dan tidak
sesuai untuk penyimpanan bagi kenderaan bermotosikal. Jika cara lipatan sedia ada dikekalkan tetapi dihasilkan dalam bentuk
yang kecil ia mengakibatkan pengguna kenderaan sukar untuk mengenal pasti tanda amaran dengan jarak yang jauh dan pemilik
tanda amaran segitiga kecemasan memerlukan lebih dari satu penanda. Oleh itu, bagi memudahkan kenderaan bermotosikal, saiz
untuk ruang penyimpanan yang kecil diperlukan bagi membantu kenderaan bermotosikal memiliki tanda amaran tersebut. Selain
daripada itu, segitiga kecemasan yang sedia ada mempunyai warna yang kurang jelas kelihatan dari jarak yang terlalu jauh.
Apabila pengguna mengaplikasikan segitiga kecemasan ini ketika diperlukan didapati ianya kurang jelas kelihatan terutamanya
pada waktu malam. Menurut kenyataan Jabatan Kerja Raya, warna memainkan peranan penting dalam menghasilkan sesebuah
papan tanda. Ia perlu dilihat berdasarkan maklumat yang ingin disampaikan. Kebiasaannya warna yang digunakan untuk
menyataan sesebuah amaran adalah berwarna kuning dan merah. Manakala risiko kemalangan yang berkemungkinan terjadi
adalah ketika keadaan jalan sesak, suasana pada waktu malam dan pada waktu hujan. Apabila pemandu kenderaan lain terlalu
fokus memandu di jalanan, mereka mungkin tidak menyangka terdapat papan tanda segitiga kecemasan yang dipasang di laluan
kecemasan oleh kenderaan yang sedang mengalami kerosakan sekiranya tanda segitiga berkenaan tidak dapat dikenalpasti.

1.2 Objektif Kajian

Daripada pernyataan masalah yang dikenalpasti, pengkaji telah menambahbaik produk papan tanda segitiga kecemasan yang terdapat
di pasaran bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Antara objektif kajian yang telah dikenalpasti adalah seperti :

i. engenalpasti jarak penglihatan/pencahayaan yang bersesuaian dari segi saiz produk dan warna yang baru.
ii. Mengenalpasti tahap ketahanlasakan produk terhadap rintangan angin.

57

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

1.3 Skop Kajian

Skop kajian yang dijalankan hanyalah tertumpu kepada penambahbaikan tanda segitiga kecemasan dari segi saiz, ketinggian, warna
dan bahan untuk menghasilkan tanda segitiga kecemasan yang baharu. Tanda segitiga kecemasan yang sedia ada berdasarkan saiz biasa
iaitu 420 mm dan ketebalan garisan merah bagi setiap sisi ialah 100 mm berdasarkan [JKR/J(Rb)0001/80-Manual Traffic Control
Devices-Traffic Signs (Arahan Teknik (Jalan) 2C/85)]. Petunjuk-petunjuk tertentu seperti jumlah kemalangan jalan raya dan tahap
kecederaan akibat kemalangan jalan raya di bahu jalan atau lorong kecemasan perlu diberi perhatian khusus untuk meningkatkan
kefahaman terhadap kajian ini.

2.0 KAJIAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Mengikut kajian yang dijalankan oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM), merujuk kepada sikap pemandu ketika berada di jalan
raya merupakan faktor dominan berlakunya kemalangan jalan raya. Memang tidak dapat dinafikan, pemandu masa kini
memandang mudah terhadap peraturan-peraturan jalan raya yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Pernyataan ini
diperkuatkan lagi apabila statistik menunjukkan bahawa 94 % pengguna jalan raya terlibat dalam kemalangan jalan raya adalah
berpunca daripada sikap acuh tak acuh mereka ketika berada di jalan raya. Oleh itu, kecuaian pemandu ketika di jalan raya
merupakan penyumbang utama kemalangan jalan raya. Faktor mekanikal turut menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku.
Walaupun hanya menyebabkan 1.3% kes kemalangan namun faktor ini tidak boleh dipandang sebelah mata. Faktor persekitaran
pula ialah berkaitan dengan jalan licin, jalan berlubang dan tiada lampu jalan. Faktor ini akan menyebabkan kemalangan berlaku
biarpun pemandu berhati-hati dan kenderaan dalam keadaan baik. Di samping itu, kemalangan juga berpunca daripada tiada
kerjasama dari pihak swasta untuk membantu kerajaan mengurangkan kes-kes kemalangan jalan raya. Pihak swasta seperti
pengendali lebuh raya dan pihak pengiklanan didapati tidak menjalankan tanggungjawab sosial dengan menyediakan papan tanda
tentang keadaan persekitaran di kawasan yang sering berlaku kemalangan, untuk memberi amaran atau peringatan kepada
pengguna yang menggunakan laluan tersebut. Jelaslah di sini faktor persekitan turut menjadi punca berlakunya kemalangan jalan
raya.

Tidak dinafikan bahawa setiap kali Ops Sikap diadakan, tumpuan yang diberikan lebih kepada penunggang dan pembonceng
motosikal kerana peratus kemalangan yang sangat tinggi, iaitu sebanyak 60 peratus daripada keseluruhan jumlah kes kemalangan
yang direkodkan. Perangkaan nahas jalan raya pada tahun lepas menunjukkan sebanyak 3,693 penunggang dan pembonceng
motosikal meninggal dunia dengan jumlah kes kematian paling tinggi berlaku di jalan-jalan Persekutuan, iaitu sebanyak 1,316
kes.

2.2 Kejuruteraan Pengangkutan Dan Lalu Lintas

Kejuruteraan pengangkutan ialah disiplin yang mempunyai kaitan dengan perancangan, rekabentuk geometri, operasi lalu lintas,
hubungkait antara keberkesanan pengangkutan jalanraya dengan keselamatan pengguna. Kecekapan dan aliran lalu lintas yang
lancar bagi memudahkan pergerakan orang ramai dan kenderaan diperlukan (Transport Research Centre,2005). Kejuruteraan
lalulintas pula ialah gabungan antara perancangan, pengawasan, rekabentuk geometri dan operasi trafik bagi lalulintas untuk
jalanraya, leburaya yang mempunyai kaitan dengan pengangkutan yang selamat, cekap dan lancar (Road Traffic
Technology,2005)

2.3 Faktor-Faktor Kemalangan Jalan Raya

Seperti yang sedia maklum antara faktor kemalangan ialah berpunca dari sikap pemandu itu sendiri yang kadang kala tidak
mengambil berat mengenai keselamatan di jalan raya. Keduanya ialah berpunca dari kondisi kenderaan yang dipandu dan yang
ketiganya ialah dari kawasan persekitaran jalan raya itu sendiri. Faktor utama yang menjadikan pengguna jalan raya menjadi
penyebab kepada kemalangan ialah apabila memotong pada keadaan yang tidak selamat, keletihan ketika memandu, memandu
tanpa lesen memandu, memandu dalam keadaan mabuk disebabkan alkohol, pemanduaan yang tidak cekap, memandu dengan
halaju yang melebihi had yang ditetapkan, pengguna lain tidak jelas akan papan tanda segitiga kecemasan yang digunakan oleh
pengguna kenderaan yang rosak. Kesilapan dan kesalahan pemandu adalah punca utama kepada kemalangan manakala faktor
kombinasi pemandu dan jalan raya hanya menyumbang 28 peratus daripada keseluruhan punca kemalangan (Audit Keselamatan
Jalan, 2003). Faktor penyumbang kemalangan jalan raya adalah 7% dari faktor persekitaran yang mengambilkira permukaan
jalan, keadaan trafik dan cuaca. Manakala faktor kenderaan menyumbang sebanyak 2.2% iaitu mewakili kerosakan mekanikal,
brek yang tidak berfungsi dan tayar yang tidak diselenggara. Faktor manusia merupakan faktor tertinggi iaitu dari segi sikap dan
tabiat yang tidak baik iaitu ketika memandu secara laju, memotong kenderaan lain secara merbahaya, pemanduan yang melulu,
kurang penglihatan yang baik, mengantuk/lesu dan tidak memakai alat keselamatan. (Polis Diraja Malaysia, 2004). Pernyataan
di atas menunjukkan bahawa peratusan majoriti yang menjadi faktor utama kemalangan berpunca dari kesalahan pemandu itu
sendiri yang tidak peka dengan keadaan sekeliling ketika sedang menggunakan jalan raya. Dari segi faktor penglihatan yang
kurang jelas apabila pemandu tidak dapat mengesan kemalangan yang berada di hadapan disebabkan oleh papan tanda amaran
segitiga kecemasan yang terlalu kecil dan kurang jelas warnanya dari jarak yang jauh.

2.4 Laluan Kecemasan

Bahu jalan merupakan kawasan rizab jalan di tepi sesebuah jalan raya atau lebuh raya. Secara amnya ia dikosongkan daripada
sebarang jenis kenderaan. Namun demikian, sekiranya berlaku kecemasan ataupun kerosakan kenderaan, pemandu boleh beralih
ke bahu jalan untuk keluar daripada aliran trafik dengan selamat. Bahu jalan juga berguna sebagai langkah mengelak kemalangan
jalan raya dengan menyediakan ruang untuk pemandu beralih ke tepi sekiranya kenderaan dari arah hadapan gagal beralih ke
lorong sepatutnya akibat hilang kawalan. Kenderaan kecemasan seperti ambulans dan kereta polis juga boleh menggunakan bahu
jalan bagi mengelak kesesakan di laluan utama. Oleh yang demikian, bahu jalan juga turut dikenali sebagai lorong kecemasan.

58

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

2.5 Tindakan Ketika Kecemasan

Menurut buku panduan ‘Tatacara Pengurusan Pemandu ’ oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) terdapat beberapa langkah
yang perlu dilakukan sekiranya berlakunya kerosakan teknikal ketika di jalan raya. Berhenti di atas lebuh raya disebabkan oleh
kerosakan tertentu adalah langkah pertama yang patut diambil. Lampu sebelah dalam kenderaan dan lampu isyarat kecemasan
perlu dinyalakan dan mengalihkan kenderaan ke lorong kecemasan atau bahu jalan. Jika kenderaan berhenti di selekoh, di puncak
bukit atau kawasan bahaya, penumpang perlu dikeluarkan dari aliran lalu lintas. Di sini segitiga kecemasan akan memainkan
peranan di beberapa meter dari belakang kenderaan sebelum mendapatkan bantuan kecemasan.

2.6 Definisi Papan Tanda Kecemasan

Papan tanda berbentuk visual, label atau pelekat yang menyarankan pengguna dari persekitaran untuk mengurangkan potensi
bahaya yang dapat menyebabkan berlakunya kemalangan. Hal itu dapat juga memberikan arahan kepada pengguna lain untuk
mengurangkan bahaya dan memberitahu tentang kemungkinan kebarangkalian jika tidak menghindari bahaya tersebut. Secara
ringkasnya papan tanda ini mampu untuk memberi maklumat atau arahan tentang keselamatan di sesebuah kawasan.

2.7 Piawaian Papan Tanda Kecemasan Dan Piawaian Warna Keselamatan

Kedua-dua perkara di atas perlu memenuhi piawaian yang ditetapkan. Piawaian antarabangsa yang digunakan ialah ISO 3864.
Bagi mencapai pemahaman yang menyeluruh, papan tanda perlu menggunakan ayat yang sesingkat mungkin. Kaedah yang
digunakan bagi memenuhi keperluan tersebut adalah dengan menggunakan kaedah warna tertentu, bentuk geometrik dan bentuk
grafik yang telah dipiawaiankan. Kaedah tersebut digunakan bagi pengurangan risiko dan pencegahan kecelakaan. Terdapat
LIMA (5) warna asas yang digunakan. Biasanya ia digunakan bersama kata kunci tanda tersebut. Warna mampu menarik
perhatian bagi kegunaan keselamatan. Pemilihan warna juga penting di mana sebagai contoh warna merah menunjukkan jenis
bahaya yang tepat manakala kuning digunakan jika ada potensi untuk bahaya tertentu.

2.8 Keberkesanan Papan Tanda Kecemasan Dan Warna Yang Digunakan

Papan tanda yang berkesan mampu memberi maklumat yang tepat tentang hazard yang ada di sekeliling. Setiap pengguna
memahami setiap maksud papan tanda dan warna yang digunakan kerana pengguna pasti memberi tindak balas yang pantas
apabila berlaku kecemasan.

2.9 Kedudukan Papan Tanda Kecemasan

Kedudukan papan tanda keselamatan adalah penting kerana ia berperanan dalam menghasilkan tindak balas yang berkesan.
Kedudukan yang betul membantu seseorang menangani sesuatu masalah lebih berkesan kerana seseorang itu tidak perlu
membuang masa dan ruang untuk bertindak. Ciri-ciri kedudukan papan tanda mesti Kedudukan papan tanda mesti jelas dan
berada di tempat yang sepatutnya. Mesti bebas dari sebarang halangan dan dalam keadaan teratur. Kedudukan sudut papan tanda
mesti berada pada sudut yang sesuai, mempunyai cahaya yang cukup untuk memudahkan papan tanda tersebut dibaca dan warna
papan tanda tersebut mesti dapat dilihat dengan jelas. Jarak yang sesuai diperlukan antara papan tanda kecemasan dengan bahaya
atau alatan kecemasan. Ia bagi memudahkan seseorang itu membaca dan bertindak dengan betul. Papan tanda mampu memberi
maklumat tentang risiko bahaya pada sesuatu kawasan. Penggunaan papan tanda sangat sesuai bagi menangani masalah
kemalangan yang sering berlaku di jalan raya. Punca-punca kemalangan mungkin berlaku dari keadaan pemandu yang tidak
menyedari akan kenderaan yang berhenti di lorong kecemasan. Selain itu, terdapat sebilangan pengguna kenderaan yang
mengalami kecemasan di jalan raya yang tidak mempunyai peralatan kecemasan terutamanya bagi kenderaan bermotosikal.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Tanda segitiga kecemasan adalah tanda berbentuk segitiga dengan sisi bewarna merah yang digunakan untuk menandakan tempat
berlakunya kecemasan atau kerosakan kenderaan. Peraturan lalulintas di kebanyakkan negara mengharuskan semua kendaraan
memiliki papan tanda segitiga kecemasan dan menggunakannya apabila kendaraan mengalami masalah atau kecemasan dan
harus dihentikan di kawasan-kawasan yang berisiko berlakunya kemalangan iaitu kebiasaanya di bahagian bahu jalan. Segitiga
kecemasan yang terdapat di pasaran kebiasaannya diperbuat daripada plastik dan dapat dilipat dengan saiz sisi 350 x 350 x 350
mm dan 420 x 420 x 420 mm. Apabila sesebuah kenderaan mengalami kerosakan, kecemasan dan sebagainya tanda amaran
segitiga kecemasan akan diletakkan di arah datangnya lalulintas dan biasanya di belakang kenderaan. Rekabentuk tanda amaran
ini adalah berdasarkan keperluan organisasi atau individu. Ia bergantung pada beberapa faktor yang berkaitan dengan proses
penghasilan produk iaitu kos, tempoh masa, ujikaji dan sebagainya.

3.2 Bahan Yang Digunakan

Bahan utama dalam penghasilan tanda amaran ini adalah aluminium yang merupakan salah satu logam yang paling banyak di
muka bumi ini. Aluminium juga menjadi elemen kimia peringkat ke TIGA (3) terbanyak di kerak bumi. Aluminium berwarna
putih perak. Dalam kehidupan seharian, banyak produk-produk boleh dilihat yang dihasilkan dari aluminium. Sifat-sifatnya
adalah lembut, ringan, mudah dibentuk dan mudah dipotong. Terdapat beberapa kebaikan aluminium ini antaranya, tidak
berkarat, permukaan luas, berkilat, mudah dipotong dan mudah dibentuk. Aluminium juga mempunyai beberapa kelemahan
antaranya adalah sukar dipateri dengan pateri lembut dan tidak tahan asid. Kedua adalah kepentingan pantulan retro adalah
bahan yang terdiri daripada satu atau lebih unsur pantulan retro yang tertanam dalam filem telus yang mempunyai permukaan
licin dan rata. Bahan ini mudah dilekatkan dengan penggunaan haba atau pelekat tekanan yang sensitif. Haba yang diberi pada
pelekat untuk berfungsi apabila dilekatkan adalah dengan kaedah aplikasi vakum haba dengan menggunakan heat lamp vacum
applicator manakala pelekat sensitif pula menggunakan kaedah tekanan dengan hand roller, rubber squeegee atau electrically
powered sequeeze roll applicator. Bahan terakhir adalah rivet iaitu salah satu kaedah penyambungan yang sederhana.

59

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Sambungan rivet umumnya diterapkan pada jambatan, bangunan, tangki, kapal dan kapal terbang. Penggunaan kaedah
penyambungan rivet ini juga sangat baik digunakan untuk penyambungan pelat-pelat alumnium.
3.3 Proses Pembuatan
Penempelan merupakan satu proses di mana satu gambar yang dapat dilekatkan pada benda lain dengan cara dibasahkan dengan
air atau cecair. Dengan kata yang mudah penempelan merupakan proses menempelkan sesuatu. Bagi aktiviti menghasilkan
produk tanda amaran segitiga kecemasan ini, penempelan telah dilakukan dengan melekatkan kepingan pantulan retro pada
setiap kepingan aluminium. Rivet digunakan untuk menyambung setiap potongan aluminium yang telah diukur mengikut ukuran
yang telah ditetapkan. Kemasan merupakan proses terakhir untuk menjadikan produk lebih kemas dengan menambahkan warna
pada kaki papan tanda segitiga kecemasan yang baru supaya kelihatan lebih menarik. Kaedah yang dilaksanakan dalam kajian ini
adalah kaedah penyemburan cat.
3.4 Prosedur mendirikan alat
Proses mendirikan alat dimulakan dengan mengeluarkan peralatan tanda amaran segitiga kecemasan dari beg penyimpanan.
Seterusnya, plat-plat aluminium yang disambungkan ditarik mengikut langkah-langkah yang dilaraskan sehingga tanda amaran
segitiga kecemasan dapat didirikan. Kemudian, kaki tanda amaran segitiga kecemasan dibuka sehingga stabil. Proses mendirikan
alat diakhiri dengan meletakkan Friendly Emergency Triangle pada kedudukan 10 meter, 20 meter dan 30 meter dari kenderaan
yang mempunyai masalah.
3.5 Carta Alir Penghasilan Produk

4.0 DAPATAN DAN ANALISIS DATA
4.1 Ujian Jarak Penglihatan/Pencahayan
Melalui ujian jarak penglihatan/pencahayan papan tanda amaran, mengambilkira perletakan kedudukan tanda amaran segitiga
kecemasan dari jarak berbeza bagi mendapatkan kenampakan penggunaan papan tanda amaran dari kedudukan 10 meter, 20
meter dan 30 meter. Didapati pada ketiga-tiga kedudukan tersebut papan tanda amaran masih boleh dilihat. Maka dari segi
pencahayaan papan tanda amaran di waktu malam dapat dilihat oleh pengguna di belakang kenderaan yang rosak.

60

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Gambarajah 4.1 Kedudukan Tanda Amaran Pada Jarak 10 Meter Dari Kenderaan Yang Mempunyai Masalah

Gambarajah 4.2 Kedudukan Tanda Amaran Pada Jarak 20 Meter Dari Kenderaan Yang Mempunyai Masalah

Gambarajah 4.3 Kedudukan Tanda Amaran Pada Jarak 30 Meter Dari Kenderaan Yang Mempunyai Masalah
4.2 Ujian Kestabilan/Ketahanlasakan Terhadap Rintangan Angin
Melalui ujian kestabilan/ketahanlasakan papan tanda amaran terhadap rintangan angin, dilakukan melalui Ujian Kelajuan Tempat
(Spot Speed Study) dan soal selidik di kawasan Tanjung Malim dan diskopkan di kawasan Bandar Behrang 2020. Ujian Kelajuan
Tempat ini bertujuan untuk mendapatkan bacaan bagi ketahanan produk terhadap rintangan angin yang terhasil dari kenderaan
berat. Manakala soal selidik dijalankan untuk mendapatkan pandangan dalam memberi penambahbaikan tanda amaran segitiga
sedia ada. Data yang telah diambil adalah di Jabatan Kerja Raya (JKR) Batang Padang, di Lebuh Raya Slim River ke Behrang
dan di jalan masuk Politeknik Sultan Azlan Shah dengan mengambilkira jumlah bacaan sebanyak 100 merujuk kepada bilangan
kenderaan melalui Ujian Kelajuan Tempat .

61

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Jadual 4.1 Data di JKR Batang Padang
Jadual 4.2 Data di Lebuh Raya Slim River ke Behrang

62

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Jadual 4.3 Data di Jalan Masuk Politeknik Sultan Azlan Shah

Graf 4.1 Ketahanan Produk Terhadap Rintangan Angin Berdasarkan Kekerapan
Kenderaan (JKR Batang Padang)

Berdasarkan graf 4.1 menunjukkan bahawa pada tahap kelajuan kenderaan paling laju iaitu 95.5km/h, produk kajian masih lagi
stabil menahan rintangan angin hasil dari jenis kenderaan motosikal, kereta, lori muatan ringan dan lori muatan berat. Ujian ini
dijalankan di Jabatan Kerja Raya (JKR) Batang Padang.

63

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Graf 4.2 Ketahanan Produk Terhadap Rintangan Angin Berdasarkan Kekerapan
Kenderaan (Lebuhraya Slim River ke Behrang)

Berdasarkan graf 4.2 di atas menunjukkan bahawa pada tahap kelajuan kenderaan paling laju iatu 195.5km/h, produk kajian
masih lagi stabil menahan rintangan angin hasil dari jenis kenderaan motosikal, kereta, lori muatan ringan dan lori muatan berat.
Ujian ini dijalankan di lebuhraya Slim River ke Behrang.

Graf 4.3 Ketahanan Produk Terhadap Rintangan Angin Berdasarkan Kekerapan
Kenderaan (Jalan Masuk Politeknik Sultan Azlan Shah)

Berdasarkan graf 4.6 di atas menunjukkan bahawa pada tahap kelajuan kenderaan paling laju iatu 105.5km/h, produk kajian
masih lagi stabil menahan rintangan angin hasil dari jenis kenderaan motosikal, kereta, lori muatan ringan dan lori muatan berat.
Ujian ini dijalankan di jalan masuk Politeknik Sultan Azlan Shah.

64

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

5.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, alat ini serba sedikit dapat menjadi perintis kepada penambahbaikan daripada segi saiz dan kaedah
penyimpanan bagi memudahkan pengguna terutama pengguna motosikal untuk mempraktikkan penggunaan alat ini semasa
berlakunya kecemasan. Setelah ujian yang telah dijalankan, pengkaji dapat menyatakan bahawa penggunaan Friendly Emergency
Triangle adalah berjaya dari segi pencahayaan untuk penglihatan pengguna dan kestabilan papan tanda amaran terhadap
rintangan angin. Melalui penganalisaan data Friendly Emergency Triangle boleh menahan rintangan angin yang terhasil daripada
kenderaan melalui kelajuan seperti dapatan. Malah ianya dapat dilihat dengan baik dari jarak yang telah diuji semasa papan tanda
amaran dipasangkan. Daripada analisis data yang telah dibuat, didapati data yang diambil menepati dengan objektif pengkaji iaitu
dapat mengenalpasti tahap ketahanlasakan produk terhadap rintangan angin pada nilai yang diperolehi dan mengenalpasti jarak
penglihatan/pencahayaan yang bersesuaian dari segi saiz produk, saiz dan warna yang baru. Melalui ujian yang dibuat, papan tanda
amaran berupaya menahan rintangan angin yang terhasil daripada kenderaan dengan purata kelajuan 35-195.5 km/h. Alat ini juga
dapat dilihat dengan jelas dalam jarak antara satu (1) meter hingga dua (2) meter mengikut [JKR/J(Rb)0001/80-Manual Traffic
Control Devices-Traffic Signs (Arahan Teknik (Jalan) 2C/85)]. Alat Portable Emergency Triangle ini dihasilkan dengan ukuran
sisi 400 mm dan ukuran tapaknya adalah 480 mm. Dan ketinggian dari saiz yang digunakan adalah berukuran 320 mm. Bagi
pencahayaan yang dipantulkan oleh Friendly Emergency Triangle ini adalah menunjukkan bahawa warna kuning lebih terang
berbanding merah dan penggunaan Retro-Reflective Sheeting lebih baik berbanding penggunaan plastik atau kain kanvas.
5.2 Cadangan
Berdasarkan daripada kajian yang telah dijalankan, kajian yang lebih terperinci boleh dilakukan supaya hasil kajian yang
diperolehi berupaya mendapat keputusan yang lebih lengkap dan sempurna bagi meningkatkan lagi keselesaan dalam
penggunaan alat untuk tujuan pada masa akan datang. Oleh itu, beberapa cadangan telah dikenal pasti bagi memastikan kajian
yang seterusnya dapat dijalankan dengan lebih baik dan penggunaanya dapat digunakan secara meluas. Di antara cadangan
tersebut mengambilkira untuk memfokuskan ujian rintangan angin daripada kenderaan berat seperti lori dan trailer bagi melihat
ketahanan alat dan menyediakan prosedur atau arahan pada alat bagi mempraktikan penggunaannya. Kos alat yang lebih
terperinci dengan penggunaan bahan baru untuk dikomersialkan. Tapak tanda amaran segitiga keselamatan yang lebih kemas dan
stabil diperkukuhkan bagi berhadapan dengan rintangan angin yang lebih kuat. Saiz tanda amaran segitiga kecemasan yang lebih
kecil untuk dilipat serta dapat digunakan oleh semua jenis motosikal. Menekankan pengggunaan bahan yang lebih ringan agar
mudah diuruskan.

6.0 RUJUKAN
DOSH, Malaysia 2010, Occupational Safety And Health Industry Code Of Practice For Road Transport Activities 2010.
Fazilah binti Hatta @ Antah. (April 2006) “ Kajian Kemalangan Jalanraya, Selekoh KM38, Laluan F0023 Jalan

Persekutuan Daerah Muar. http://www.efka.utm.my/thesis/IMAGES/3PSM/2006/3JGP/TRANS/PARTS2/fazilahba020024d06ttt.pdf
Pelan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (2014-2020). Hak cipta: Jabatan Keselamatan Jalan Raya 2014.

http://www.mot.gov.my/SiteCollectionDocuments/Darat/Pelan+KJRM+2014-2020.pdf
Tatacara Pengurusan Pemandu (KPT). Panduan Pemanduan. (2011). Pn. Hajah Habibahbinti Jamlus (Ketua Editor).

http://www.mohe.gov.my/portal/images/utama/penerbitan/7489_pemandu.pdf
Yusop bin Paal, Wedrah binti Abdul Halim dan Sarifah binti Daud. Buku Teks Pengajian Kejuruteraan Awam Tingkatan

Empat (4). Dewan Bahasa dan Pustaka. (KBSM)
12 Motosikal Drempuh, 5 Cedera – Lori Sampah Terbabas. 12/02/2013. Ditulis oleh ondscene.

http://ondscene.my/kemalangan/12-motosikal-dirempuh-5-cedera-lori-sampah-terbabas#comments

65

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Kajian Kemalangan Lebuhraya Persimpangan Slim
River (KM 372.6) ke Persimpangan Behrang (KM 387.6)

Marshitah Binti Muhamad1, Nafisah Binti Harun2

Politeknik Sultan Azlan Shah, [email protected]
Politeknik Sultan Azlan Shah, [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan di Lebuhraya Persimpangan Slim River (KM372.6) ke Persimpangan Behrang (KM387.6) dengan
berpandukan statistik kemalangan 2013 dan 2014 yang diperolehi daripada Balai Polis Slim River, Perak. Ia di jalankan
berdasarkan objektif yang ingin dicapai bagi kajian ini iaitu mengenalpasti lokasi kemalangan tertinggi di Daerah Mualim, sikap
pemandu di lebuhraya, faktor-faktor yang mengakibatkan berlakunya kemalangan dan seterusnya mencadangkan kaedah
penyelesaian dalam mengurangkan kadar kemalangan dikawasan kajian. Bagi menjawab objektif kajian ini, pengkaji telah
membuat dan mengedarkan soal selidik bagi mendapatkan tindakbalas daripada responden di kawasan kajian. Borang soal selidik
ini telah diedarkan sebanyak 104 set, responden kajian ini adalah terdiri daripada pengguna lebuhraya dikawasan kajian. Setelah
soal selidik diedarkan, pengkaji menggunakan analisis statistik deskriptif yang merujuk kepada analisis data. Keseluruhan data
dianalisis dalam bentuk skor min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa lokasi kemalangan tertinggi adalah berada di
Persimpangan Slim River (KM 372.6) ke Persimpangan Behrang (KM 387.6). Dapatan juga menunjukkan bahawa, secara
keseluruhannya sikap pemandu di lebuhraya berada pada tahap yang tinggi. Responden berpendapat sikap pemandu di lebuhraya
adalah pemandu akan lebih berhati-hati ketika memandu sekiranya hari hujan, pemandu akan memperlahankan kenderaan
apabila berada di kawasan yang berbahaya, tidak akan memandu dalam keadaan mabuk dan tidak akan menggunakan lorong
kecemasan apabila berlaku kemalangan \kesesakan di lebuhraya. Selain daripada itu, faktor-faktor yang mengakibatkan
berlakunya kemalangan adalah cuaca hujan yang menyebabkan permukaan jalan basah dan licin secara tidak langsung
menyebabkan pemandangan pemandu menjadi kabur dan terhad. Kurangnya pemantauan dari pihak berkuasa di kawasan
kemalangan dan lambat memberikan isyarat menukar lorong juga merupakan antara faktor yang berada pada tahap yang tinggi.
Responden berpendapat antara kaedah penyelesaian yang boleh digunakan untuk mengurangkan kadar kemalangan adalah
memastikan pengurusan kenderaan awam lebih cekap dan efisien, pemandu perlu memastikan kenderaan berada dalam keadaan
selamat sebelum digunakan, menyelenggara dengan baik jalan yang rosak dan penguatkuasaan terhadap pengunaan lorong
kecemasan perlulah dibuat dengan teliti bagi kesenangan semua pengguna lebuhraya. Justeru itu, dapatan kajian menunjukkan
setiap pemandu perlu mempunyai sifat saling mengingati antara satu sama lain bagi mengelakkan kemalangan dari terus
meningkat.

1.0 Pendahuluan

Saban hari kita dikhabarkan melalui media massa berlakunya kemalangan tidak kira dimana jua samada di lebuhraya
atau di jalanraya. Peningkatan dari segi kadar kemalangan juga terus berlaku dan ia jelas dapat dilihat melalui statistik
kemalangan yang dikeluarkan oleh pihak PDRM. Pelbagai langkah mencegah atau mengurangkan kemalangan telah dilakukan
malah ia dianggap sebagai satu program yang membuang masa dan membazir. Ungkapan kata-kata “kelajuan itu membunuh”
yang diletakkan di jalan raya tidak meresap ke dalam minda pemandu Malaysia. Penguatkuasaan undang-undang trafik dan
saman dilihat masih kurang berkesan dalam mendisiplinkan golongan pemandu Malaysia.

Terdapat pelbagai jenis kemalangan sama ada yang melibatkan pemandu kereta, lori, penunggang motosikal, atau
pejalan kaki dilaporkan oleh pihak berkuasa. Data kajian Forum Pengangkutan Antarabangsa Paris menunjukkan kadar kematian
jalanraya dari tahun 2000-2009, tiga negara merekodkan peningkatan iaitu Malaysia, Argentina dan Kemboja. Berdasarkan
kajian tersebut, Malaysia berada dikedudukan paling atas dengan kadar kematian tertinggi iaitu seorang bagi 100,000 penduduk.
Seterusnya pada 2014 satu kajian telah dijalankan oleh Universiti Michigan menunjukkan Malaysia berada di tempat ke 17
teratas dalam kadar kematian di jalanraya didunia, dengan 30 kematian pada setiap 100,000 penduduknya. Jelas menunjukkan
berlakunya peningkatan dari segi kadar kematian pada setiap 100,000 penduduk.

Peningkatan kadar kemalangan juga memberikan kesan kepada ekonomi Negara, dimana Malaysia telah kehilangan
RM9 billion pada tahun 2009 dari segi kehilangan nyawa dan cedera. Berdasarkan statistik kemalangan pada tahun 2013
sebanyak 567 kes kemalangan dicatatkan dan jumlah ini meningkat kepada ke 713 kes pada tahun 2014 di lebuhraya amnya di
Daerah Mualim. Akibat tergesa-gesa untuk sampai ke destinasi yang dituju, mereka tidak menghiraukan keadaan mereka yang
dalam keletihan. Akibatnya kenderaan dipandu dalam keadaan kurang tumpuan. Pemandu yang berada dalam keadaan begini
seharusnya berhenti seketika untuk menghilangkan rasa mengantuk dan letih supaya dapat memberi tumpuan sepenuhnya
terhadap pemanduan.

Kesalahan lain yang biasa dilakukan oleh pengguna jalan raya adalah memandu melebihi had laju yang ditetapkan dan
menggunakan telefon bimbit ketika memandu. Walaupun telah banyak papan tanda had laju diletakkan di sepanjang jalan raya
dan kawalan lalu lintas oleh pihak berkuasa, namun mereka masih berdegil dan memandu sesuka hati tanpa memikirkan
keselamatan diri sendiri dan orang lain. Malah, ada juga yang berlumba secara haram menggunakan motosikal di atas jalan raya
seperti yang biasa dilakukan oleh golongan remaja.

Untuk mengelakkan kejadian kemalangan yang terus meningkat, langkah-langkah pencegahan yang efektif perlu
diambil oleh semua pihak. Sebagai contoh pihak kerajaan, swasta dan rakyat harus bekerjasama demi memastikan keselamatan

66

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

semua. Pihak kerajaan daripada pelbagai jabatan seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Projek
Lebuh Raya Sama Berhad (PLUS) dan Jabatan Kerja Raya (JPJ) harus membuat pemantauan dari semua aspek untuk
mendisiplinkan para pemandu dan menyediakan laluan jalan raya yang selesa demi keselamatan pemandu.

Penguatkuasaan undang-undang, kempen kesedaran dan pelaksanaan saman bagi kesalahan jalan raya adalah antara
langkah yang wajar diambil untuk menyedarkan pengguna jalan raya. Antara langkah yang dilakukan oleh pihak PDRM adalah
melaksanakan Ops Sikap dalam mengurangkan kadar kemalangan. Perlaksanaan Ops Sikap ini dilihat hanya berkesan dalam
mengurangkan kemalangan di musim perayaan (Utusan Malaysia, Sep 2010). Menurut Dr. Abd. Rahim (2010), Ops Sikap yang
dijalan melibatkan kos yang tinggi dan sumber manusia yang banyak. Namun perlaksanaan ini masih tidak dapat mengubah sikap
pemandu kerana mereka berdisiplin di jalan raya bukan kerana kesedaran tetapi kerana mereka sedang diperhatiakan oleh
penguatkuasa undang-undang jalan raya.

1.1 Pernyataan Masalah

Kementerian Pengangkutan memaklumkan, kelajuan telah terbukti secara saintifik sebagai faktor utama kepada
peningkatan ketara risiko maut dan cedera bukan sahaja kepada pemandu dan penumpang tetapi juga kepada pengguna jalan raya
yang tidak bersalah. 60-70 peratus kemalangan berlaku adalah akibat dari faktor kelajuan. Menurut MIROS, kadar kemalangan
maut paling tinggi adalah terdiri daripada golongan muda yang berumur di antara 16 hingga 25 tahun. Manakala motosikal dan
kereta mencatatkan lebih 60 peratus dan 20 peratus kematian di jalan raya.

Segelintir pemandu yang masih degil dan angkuh dijalan raya mahupun di lebuh raya. Kebanyakan pemandu gemar
memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan di kawasan tertentu. Tabiat pemandu yang tidak berhati-hati boleh
menyebabkan pemandu yang tidak bersalah terlibat sekali dalam kemalangan dimana mereka alpa akan bahaya yang mungkin
akan menimpa diri dan orang lain. Masih segar dalam ingatan ,kejadian kemalangan yang berlaku di Lebuhraya Duke pada pd
lewat malam 2 Mei 2015, dimana 6 buah kereta Myvi yang dikatakan berlumba sehingga menyebabkan sebuah pacuan 4 roda
yang dinaiki sepasanag suami isteri bersama bayi terbalik dan maut ditempat kejadian dan meninggalkan 2 orang anak dalam
sekelip mata menjadi anak yatim piatu.

Kebelakangan ini kita sering dikhabarkan, pemandu Malaysia gemar menggunakan laluan kecemasan sebagai laluan
alternatif apabila berlaku kemalangan ataupun penyenggaraan di lebuhraya. Sikap ingin cepat sampai ke destinasi telah
menyebabkan penggunaan lorong yang tidak praktikal kerana laluan kecemasan disediakan bagi memudahkan pihak tertentu
untuk memberi bantuan sekiranya berlaku kecemasan di sepanjang lebuhraya. Akibat dari sikap pemandu Malaysia yang tidak
peka ini telah mengakibatkan kelewatkan bantuan kecemasan apabila berlakunya kemalangan di lebuhraya.

Justeru itu satu kajian kemalangan perlu dijalankan bagi mengenalpasti sikap pemandu Malaysia, faktor-faktor yang
menyebabkan berlakunya kemalangan dan kaedah penyelesaian yang boleh dilakukan bagi mengurangkan kadar kemalangan di
lebuhraya.

1.3 Objektif Kajian

Antara objektif kajian ini dijalankan adalah:
i. Mengenalpasti lokasi kemalangan tertinggi di Daerah Mualim.
ii. Mengenalpasti sikap pemandu.

iii. Mengenalpasti faktor-faktor yang mengakibatkan berlakunya kemalangan.
iv. Mencadangkan kaedah penyelesaian dalam mengurangkan kadar kemalangan dikawasan kajian.

1.4 Skop Kajian

Kajian kemalangan ini dijalankan di lokasi yang mempunyi statistik tertinggi yang dirujuk daripada maklumat statistik
kemalangan PDRM pada tahun 2013 dan 2014. Ia dijalankan berdasarkan beberapa objektif yang telah ditetapkan iaitu
mengenalpasti sikap pemandu, faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan dan mencadangkan kaedah
penyelesaian.

2.0 METODOLOGI

2.1 Instrumen Kajian

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan soal selidik sebagai instrumen atau bahan untuk mengumpul maklumat.
Sebanyak 104 set soal selidik diedarakn kepada pengguna lebuhraya. Soal selidik telah direkabentuk sendiri oleh pengkaji
berdasarkan objektif kajian dan sorotan kajian. Aspek-aspek seperti sikap pengguna di jalan raya, faktor-faktor kemalangan dan
kaedah dalam mengurangkan kadar kemalangan telah di jadikan sebagai item- item soal selidik. Skala likert sebagai
mengenalpasti aras persetujuan responden bagi setiap item.

2.1.1 Borang Soal Selidik

Soal selidik yang di gunakan dalam kajian ini terdiri daripada empat bahagian. Bahagian-bahagian yang terdapat di dalam soal
selidik terdiri daripada:

i. Bahagian A : Bahagian ini mempunyai 7 item soalan dimana ia adalah untuk mendapatkan maklumat latar belakang
responden seperti jantina, bangsa, ......

ii. Bahagian B : Bahagian ini mengandungi 16 item yang berkaitan dengan sikap pemandu yang menggunakan jalan raya.
iii. Bahagian C : Bahagian ini mengandungi 15 item yang dibina bagi menentukan faktor-faktor terjadinya kemalangan.

67

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

iv. Bahagian D : Bahagian ini mengandungi 16 item untuk mencadangkan kaedah penyelesaian bagi mengurangkan
kemalangan jalan raya.

Bahagian Jadual 2.1 Jumlah Item Mengikut Bahagian Jumlah item
A 7
B Item 16
C Demografi 15
D Sikap pemandu 16
Faktor-faktor terjadi kemalangan 54
Kaedah penyelesaian dalam mengurangkan kadar kemalangan

Jumlah

Untuk bahagian B, C dan D responden di minta untuk menandakan aras persetujuan terhadap penyataan yang di berikan kepada
skala lima mata dengan menggunakan skala Likert. Kedudukan skala Likert adalah seperti jadual di bawah.

Jadual 2.2 Skala Likert

Skala Aras persetujuan
1 Sangat tidak setuju
2
3 Tidak setuju
4 Kurang setuju
5
Setuju
Sangat setuju

(Sumber : Adaptasi piawai. C . W , 2006 )

2.2 Kaedah Analisis

Analisis data dijalankan dengan membuat tinjauan kawasan kajian dengan melihat persekitaran jalan di sepanjang jalan
yang dikaji bagi menjawab objektif kajian pertama . Bagi objektif kajian kedua, data analisis dengan cara mendapatkan nilai skor
min. Setelah nilai skor min di perolehi, tahap tentang faktor-faktor kemalangan dapat diperolehi. Bagi objektif kajian ketiga, data
analisis dengan cara yang sama iaitu dengan mendapatkan nilai skor min. Pengkaji menggunakan skor min yang diadaptasikan
daripada wiersma (2000).

Jadual 2.3: Rumusan Julat Skor Min Bagi Tahap Perlaksanaan

Julat Tahap
Rendah
1.0 – 2.40 Sederhana
2.41 – 3.80 Tinggi
3.81 – 5.00

(Sumber : Wiersma, 2000)

3.0 DAPATAN KAJIAN

3.1 Mengenalpasti Kawasan Kajian

Objektif pertama adalah untuk mengenalpasti lokasi kemalangan tertinggi di Daerah Mualim. Melalui statistic dan
maklumat yang diperolehi dari balai polis tersebut terdapat 4 lokasi kemalangan yang menunjukkan bacaan tertinggi iaitu di KM
383, 382, 376 dan 372 di Lebuhraya Utara-Selatan. Menurut Koperal Norshah yang bertugas di Balai Polis Bahagian Trafik Slim
River, lokasi tersebut adalah diantara Persimpangan Slim River (KM 372.6) ke Persimpangan Behrang (KM 387.6). Kawasan
tersebut kerap berlakunya kemalangan disebabkan faktor lencongan jalan dan lereng bukit yang menghalang penglihatan
pemandu dan sikap pemandu.

Setelah mendapat maklumat dari Balai Polis Bahagian Trafik, pengkaji telah membuat tinjauan bagi melihat keadaan
persekitaran di kawasan kajian. Hasil tinjauan mendapati struktur lebuhraya di kawasan kajian sempurna pembinaannya dari segi
kelebaran, keadaan permukaan jalan dan perabot jalan. Tetapi dapat dilihat segelintir pemandu yang memandu laju
memandangkan struktur lebuhraya yang lurus dari persimpangan Behrang ke persimpangan Slim River walaupun perangkap had
laju iaitu Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) ada di pasang pada lokasi tertentu.

3.2 Sikap Pemandu Di Lebuhraya

Objektif kedua adalah berdasarkan sikap pemandu yang menggunakan lebuhraya. Kajian ini adalah untuk melihat
sejauhmanakah sikap pemandu untuk mengikut peraturan yang ditetapkan oleh undang-undang Malaysia. Analisis dibuat
berdasarkan data soal selidik yang diterima daripada responden. Terdapat 16 item soalan yang telah dibina untuk mengetahui
sikap pemandu ketika berada diatas lebuhraya. Item-item ini dianalisis bagi mendapatkan skor min. Jadual 4.1 menunjukkan
keseluruhan skor min yang diperolehi daripada hasil analisis.

68

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Jadual 3.1: Skor Min Bagi Sikap Pemandu Yang Menggunakan Lebuh raya

No Item Skor Min Tahap
Tinggi
1 Akan mematuhi had laju yang telah di tetapkan. 4.08
Tinggi
2 Akan lebih berhati-hati ketika memandu sekiranya hari hujan. 4.62
Tinggi
3 Akan memperlahankan kenderaan apabila berada di kawasan yang berbahaya. 4.45
Tinggi
4 Akan mematuhi papan tanda yang terdapat di sepanjang lebuh raya. 3.97
5 Akan berhenti di kawasan Rehat & Rawat sekiranya mengantuk. 4.27 Tinggi

6 Akan berhenti di kawasan Rehat & Rawat sekiranya keletihan. 4.15 Tinggi
4.37 Tinggi
7 Akan memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.
4.31 Tinggi
8 Akan memastikan tayar kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan
perjalanan. 4.32 Tinggi
4.35 Tinggi
9 Akan memotong kenderaan lain di lorong yang betul 3.47 Sederhana
4.25 Tinggi
10 Akan memotong pada keadaan yang selamat. 4.61 Tinggi
3.80 Sederhana
11 Tidak akan memandu melebihi had laju maksima di lebuhraya iaitu 110km/j 3.86 Tinggi

12 Tidak akan memandu dalam keadaan yang merbahaya. 4.40 Tinggi

13 Tidak akan memandu dalam keadaan mabuk

14 Tidak akan memandu kenderaan dalam keadaan yang tertekan.

15 Tidak akan terburu-buru ke destinasi yang dituju.

16 Tidak menggunakan lorong kecemasan apabila berlaku kemalangan \ kesesakan di
lebuhraya.

Daripada nilai skor min yang telah dinyatakan, didapati item yang ke-2 & 13 mempunyai nilai skor min yang tertinggi
berbanding item yang lain sebanyak 4.62 & 4.61 dimana berada di tahap tinggi. Ini jelas menunjukkan bahawa responden
bersetuju bahawa mereka akan memandu dengan lebih berhati-hati ketika memandu sekiranya hari hujan dan tidak akan
memandu dalam keadaan mabuk. Responden juga berpendapat memperlahankan kenderaan dikawasan yang berbahaya dan tidak
menggunakan lorong kecemasan apabila berlaku kemalangan\kesesakan dilebuhraya merupakan sikap yang perlu ada pada setiap
pemandu Malaysia bagi mengurangkan kadar kemalangan di lebuhraya disamping dapat melancarkan proses bantuan kecemasan
kepada mangsa kemalangan. Manakala nilai skor min yang terendah adalah item ke-11 yang berada pada tahap sederhana dengan
nilai skor min iaitu 3.47. Responden kurang bersetuju bahawa mereka perlu memandu pada kelajuan 110 km/j semasa di
lebuhraya. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan purata skor min bagi objektif kedua adalah 4.20 berada pada
tahap tinggi.

3.3 Faktor-Faktor Terjadinya Kemalangan

Objektif ketiga adalah faktor-faktor yang mengakibatkan berlakunya kemalangan di lebuhraya. Analisis dibuat
berdasarkan data soal selidik yang diterima daripada responden. Terdapat 15 item yang telah dibina untuk mengenalpasti faktor-
faktor terjadinya kemalangan di kawasan kajian. Item-item ini dianalisis bagi mendapatkan skor min. Setelah analisis dibuat,
didapati item ke-6 mempunyai nilai skor min yang tertinggi berbanding item yang lain iaitu sebanyak 4.37 dimana berada pada
tahap yang tinggi. Responden sangat bersetuju bahawa cuaca hujan menyebakan pemandangan pemandu menjadi kabur dan
terhad. Selain itu juga lambat memberi isyarat untuk memasuki lorong atau simpang adalah antara faktor-faktor terjadinya
kemalangan. Manakala item yang ke-3, keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik mempunyai nilai skor min 3.71
dimana berada pada tahap sederhana.

Jadual 3.2 : Skor Min Bagi Faktor-Faktor Terjadinya Kemalangan

No Item Skor Min Tahap
Sederhana
1 Memandu melebihi had laju yang telah ditetapkan. 3.75
Tinggi
2 Pemandu memberhentikan kereta di tempat yang dilarang. 3.89 Sederhana

3 Keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik. 3.71 Tinggi
Tinggi
4 Keadaan jalan yang kurang baik. 3.97 Tinggi
Tinggi
5 Cuaca hujan yang menyebabkan permukaan jalan basah dan licin. 4.25 Sederhana
Tinggi
6 Cuaca hujan menyebabkan pemandangan pemandu menjadi kabur dan terhad. 4.37 Tinggi
Sederhana
7 Kurang pemantauan dari pihak berkuasa di kawasan-kawasan kemalangan. 4.10 Sederhana
Tinggi
8 Memandu sambil menggunakan telefon bimbit. 4.03 Tinggi
Tinggi
9 Memandu dibawah pengaruh alcohol. 4.04

10 Memotong dalam keadaan merbahaya. 4.02

11 Memandu secara berterusan dalam tempoh yang lama. 3.76

12 Membawa muatan dan penumpang secara berlebihan. 3.76

13 Memandu di lorong yang salah. 3.99

14 Serangan penyakit secara tiba-tiba. 3.86

15 Lambat memberi isyarat untuk memasuki lorong / simpang. 4.22

3.4 Langkah-Langkah Mengurangkan Kemalangan

Objektif keempat adalah mencadangkan kaedah penyelesaian dalam mengurangkan kadar kemalangan dikawasan
kajian. Analisis dibuat berdasarkan data soal selidik yang diterima daripada responden. Terdapat 16 item yang telah dibina untuk
mencadangkan kaedah penyelesaian bagi mengurangkan kadar kemalangan di lebuhraya. Item-item ini dianalisis bagi
mendapatkan skor min. Jadual 4.3 menunjukkan keseluruhan skor min yang diperolehi daripada hasil analisis. Setelah analisis
dibuat, didapati item ke-8 & 16 mempunyai nilai skor min yang tertinggi berbanding item yang lain iaitu sebanyak 4.60 & 4.51
dimana ia berada pada tahap yang tinggi. Daripada analisis yang dilakukan, responden bersetuju bahawa jalan raya perlu

69

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

diselenggara dengan baik dan penguatkuasaan terhadap penggunaan lorong kecemasan merupakan antara kaedah penyelesaian
bagi mengurangkan kemalangan jalan raya.

Disamping itu juga, responden berpendapat perletakan lampu disepanjang kawasan kemalangan dan tanda amaran di
kawasan haiwan berkeliaran juga antara kaedah yang boleh dilakukan oleh pihak berkuasa. Pemeriksaan kenderaan sebelum
memulakan perjalanan dan pengurusan kenderaan awam secara cekap dan effisien juga merupakan kaedah yang boleh digunakan
dalam mengurangkan kadar kemalangan. Manakala item ke-10 mempunyai nilai skor min terendah iaitu 2.81 berada pada tahap
sederhana, responden kurang bersetuju berkaitan dengan keperluan menduduki peperiksaan setiap 2 tahun bagi tujuan
memahirkan pengetahuan pemanduan pemandu. Jadual 4.3 bagi menunjukkan keseluruhan hasil analisis yang diperolehi bagi
setiap item soalan di dalam bahagian D seperti dalam Rajah 4.3.

Jadual 3.3 : Skor Min Bagi Langkah-Langkah Bagi Mengurangkan Kemalangan

No Item Skor Min Tahap
Sederhana
1 Memasang kamera Automated Enforcement System (AES) sebagai penguatkuasaan 3.38
Tinggi
secara automatik. Tinggi
Tinggi
2 Memastikan pengurusan kenderaan awam cekap dan efisien. 4.37 Tinggi
Tinggi
3 Memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat sebelum digunakan. 4.39 Tinggi
Tinggi
4 Mematuhi peraturan jalan raya semasa menggunakannya. 4.28 Tinggi
Sederhana
5 Mendidik pemandu supaya lebih berdisiplin ketika memandu 4.31
Tinggi
6 Mengadakan rondaan secara berkala di lebuhraya. 4.11 Tinggi

7 Menganjurkan kempen / program kesedaran berkaitan keselamatan jalan raya 4.24 Sederhana

8 Menyelenggara dengan baik keadaan jalan raya yang rosak 4.60 Tinggi
Tinggi
9 Menyelenggara perabot jalan. 4.30 Tinggi

10 Pemandu perlu menduduki peperiksaan setiap 2 tahun untuk memahirkan mereka 2.81

dengan kemahiran yang diajarkan di kelas memandu dahulu.

11 Penguatkuasaan undang-undang dengan lebih tegas. 3.87

12 Peraturan jalan raya perlu dikaji semula dan ditambah baik bagi memastikan 4.09

keselamatan pengguna sentiasa terpelihara.

13 Perlaksanaan denda/saman terhadap pengguna yang memandu melebihi had laju 3.74

yang ditetapkan.

14 Perletakan lampu jalan disepanjang kawasan kemalangan 4.49

15 Perletakan tanda amaran di kawasan haiwan berkeliaran. 4.44

16 Penguatkuasaan terhadap penggunaan lorong kecemasan. 4.51

4.0 KESIMPULAN

4.1 Kesimpulan

Kawasan kajian adalah merangkumi di lebuhraya KM372.6-KM387.6 (Persimpangan Slim River ke Persimpangan
Behrang). Kawasan kajian dipilih berdasarkan kepada statistik kemalangan pada tahun 2013 & 2014 dan hasil temubual bersama
dengan pihak PDRM Bahagian Trafik bagi mengenalpasti KM yang mempunyai kadar kemalangan tertinggi. Kemalangan di
lebuhraya yang semakin meningkat adalah disebabkan pelbagai aspek yang menyumbang kepada faktor terjadinya kemalangan.

Berdasarkan kajian lepas, jelas menunjukkan Malaysia mempunyai kadar kemalangan yang tertinggi berbanding
dengan negara-negara yang lain. Dalam usaha mengurangkan kadara kelangan ini antara sikap pemandu yang perlu ada pada
setiap pemandu malaysia dalam misi mengurangkan kadar kemalangan adalah memandu mengikut had laju yang telah
ditetapkan, lebih berhati-hati memandu ketika hari hujan, peka terhadap penggunaan lorong kecemasan, memotong dilorong
yang betul dan jarak yang selamat, memastikan kenderaan berada dalam keadaaan yang selamat serta tidak memandu dalam
keadaan mabuk dan merbahaya.

Faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya kemalangan dilebuhraya adalah permukaan jalan yang licin dan
kekaburan pemandangan pemandu ketika hari hujan, lambat memerikan isyarat untuk menukar lorong / simpang, kurangnya
pemantauan dari pihak berkuasa di kawasan kemalangan, memotong dalam keadaan merbahaya dan keadaan jalanraya yang
kurang baik.

5.0 CADANGAN

Oleh itu, antara kaedah penyelesaian dalam mengurangkan kadar kemalangan adalah seperti permukaan jalanraya
perlu diselenggara dengan baik, penggunaan lorong kecemasan perlu dikuatkuasakan, perletakan lampu jalan dikawasan
kemalangan, perletakan tanda amaran dikawasan haiwan berkeliaran, memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat
sebelum digunakan, memastikan pengurusan kenderaan awam menjadi lebih cekap dan efisen dan perabot jalan diselenggara
secara berkala. Selain itu juga, pihak berkuasa juga perlu menganjurkan kempen / program kesedaran berkaitan keselamatan
jalan raya bagi mendidik pemandu supaya lebih berdisiplin ketika memandu. Pemasangan kamera Automated Enforcement
System (AES) sebagai penguatkuasaan secara automatic dan perlaksanaan denda / saman terhadap pengguna yang memandu
melebihi had laju yang telah ditetapkan merupakan antara kaedah yang boleh mengurangkan kadar kemalangan walaupun ramai
pemandu yang tidak bersetuju dengan kaedah ini namun ia mampu memberikan kesan yang positif terhadap pembentukan
disiplin pemandu di jalanraya.

70

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

6.0 RUJUKAN
Dr. Abd. Rahim (2010), http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/jalan-berlubang-risiko-maut-pengguna-motosikal-
1.99080
Azman Anuar (2010),
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1008&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm
Uma Sakaran (2000), “Research Method for Business”, 3rd ed, New York: John Wiley
Wiersma, w (2000).”Research Method in education : An Introduction” , Boston : Allynn
Sabitha Marican (2005). “Kaedah Penyelidikan Sains Sosial” Edisi Pertama, Prentice Hall. Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

71

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Kajian Terhadap Papan Partikel Tandan Kelapa Sawit

Fitriyah Mohd Roslan1 & Siti Sara bt Yaacob Zubir2

1Politeknik Sultan Azlan Shah, [email protected],
2Politeknik Sultan Azlan Shah, [email protected]

Abstrak

Penggunaan tandan kelapa sawit dalam penghasilan papan partikel adalah sebagai satu alternatif dalam
menggantikan penggunaan kayu getah yang semakin terhad pada masa kini akibat daripada penebangan hutan
secara berleluasa oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Selain itu, penggunaan tandan kelapa sawit boleh
mengurangkan sisa buangan yang ada di ladang sawit. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kesesuaian
penggunaan serat tandan kelapa sawit (Empty Fruit Bunch-EFB) sebagai papan partikel dan mengkaji papan
partikel yang telah dicampur dengan serbuk kayu dan serat tandan kelapa sawit mengikut nisbah yang telah
ditetapkan. Ujian yang dijalankan ke atas papan partikel bagi mengetahui modulus kekuatan (MOR), modulus
keanjalan (MOE) dan juga ikatan dalaman antara perekat dengan partikel-partikel tandan kelapa sawit mengikut
nisbah yang berbeza. Nisbah yang digunakan ialah 70:30 dan 50:50 (sebuk kayu: serat tandan kelapa sawit).
Antara ujian yang dilakukan ialah Ujian Bending Strength (BS), Ujian Internal Bonding (IB), Ujian Thickness
Swelling (TS), dan Water Absorption (WA). Perbezaan nisbah campuran yang digunakan didapati memberi kesan
kepada kekuatan papan serpai. Kesimpulannya, sampel nisbah 50:50 (serbuk kayu : serat EFB) menunjukkan data
yang paling baik campuranya. Ini kerana, EFB yang berada dalam nisbah campuran ini dapat menguatkan lagi
ikatan dalaman papan partikel.

____________________________________________________________________________________________

1.0 PENGENALAN

Industri sawit Malaysia memainkan peranan penting dalam pertumbuhan sektor pertanian di negara ini dari segi sumbangannya
kepada Keluaran Negara Kasar (KNK), tukaran asing dan guna tenaga. Menurut Datuk Seri Douglas Uggah Embas (Menteri
Sumber Asli dan Alam Sekitar), Malaysia kini merupakan pengeluar kedua sawit dunia dengan 19 juta tan metrik setahun,
selepas Indonesia yang mengeluarkan 30 juta tan setahun bagi tahun 2013. Kini terdapat 444 buah kilang memproses buah kelapa
sawit.

Pada tahun 2011 , produk sawit telah mencatatkan pendapatan eksport sebanyak RM 80.39 bilion dengan isi padu eksport
sebanyak 18.9 juta tan metrik. Ini merupakan di antara penyumbang utama pendapatan eksport negara lain dari barangan
pembuatan dan petroleum. Dari segi guna tenaga, dianggarkan lebih daripada 451,000 pekerja terlibat dalam industri sawit.
Selain itu, sejumlah besar pekerja kini berkhidmat dalam industri sokongan dan hiliran seperti perdagangan, perkilangan,
pemprosesan dan pembuatan barangan.

Pokok sawit atau nama saintifiknya Elaeis guineensis Jacq., berasal dari Afrika Barat. Empat anak benih dura, dua anak benih
dari Mauritius atau Reunion dan dua lagi dari Amsterdam yang telah dibawa ke Indonesia dan ditanam di taman Botani Bogor
(dulunya dipanggil Buitenzorg) di Jawa dalam tahun 1848. Anak benih dari Bogor telah ditanam sebagai tanaman hiasan di tepi
jalan di Deli Sumatera sejak tahun 1870 – an. Pada 1911 dan 1912, biji benih dari Deli telah dibawa ke Malaysia dan ditanam
sebagai tanaman hiasan di tepi jalan di Rantau Panjang, Selangor.

Pokok sawit mula di tanam di Malaysia secara komersial selepas ditanam di Estet Tennamaran oleh Henry Fauconnier dalam
tahun 1917. Namun begitu, perkembangannya agak perlahan dan pada pertengahan tahun 1960an. Sawit ditanam secara aktif. Ini
kerana kerajaan telah melancarkan program mempelbagaikan tanaman pertanian secara besaran – besaran bagi mengurangkan
pergantungan pada getah dan bijih timah.

1.1 Pemasalahan kajian

Malaysia merupakan pengeksport utama minyak sawit dunia dan kawasan penanaman pokok sawit telah mencapai 5.08 juta
hektar. Walau bagaimanapun, hanya 10 % sahaja akan menghasilkan minyak dan selebihnya dalam bentuk buangan. Antara sisa
buangan dari industri sawit ialah pelepah, batang dan tandan sawit yang ditebang semasa pokok sawit berusia 25 tahun. Semasa
proses penanaman selalunya tandan sawit akan dibiarkan reput atau dibakar di dalam ladang. Namun begitu, tandan kelapa sawit
sukar untuk dibakar kerana kandungan lembapan yang tinggi iaitu dalam lingkungan 1.5 – 2.5 kali berat bahan kering tandan
kelapa sawit. Oleh yang demikian, kajian ini telah mengambil inisiatif untuk memanfaatkan penggunaan sisa pertanian iaitu
tandan kelapa sawit yang digunakan sebagai bahan tambah dalam pembuatan papan partikel.

72

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

1.2 Objektif Kajian
Bagi memastikan kajian ini dapat mencapai matlamat yang telah digariskan, objektif kajian yang telah ditetapkan adalah seperti
berikut:
a) Mengenalpasti kesesuaian penggunaan serat tandan kelapa sawit dalam penghasilan papan partikel.
b) Menghasilkan sampel papan partikel yang dicampur dengan serbuk kayu dan serat tandan kelapa sawit mengikut nisbah

yang telah ditetapkan.
1.3 Skop Kajian
Kajian ini memfokuskan kepada penggunaan serat tandan kelapa sawit dalam penghasilan papan partikel. Kajian ini dilakukan
dan dijalankan di bengkel Malaysian Timber Industry Board (MTIB), Banting Selangor. untuk menghasilkan papan partikel
daripada tandan kelapa sawit. Bahan tambah yang digunakan dalam penghasilan papan partkel ini ialah serat tandan kelapa sawit
yang dikenali dengan Empty Fruit Bunch (EFB). Ketumpatan bagi papan partikel ialah sebanyak 650 Kg/ sahaja. Nisbah bahan
yang digunakan untuk membuat kajian ini ialah 100%, 50:50 dan 70:30 serbuk kayu dan serbuk serat tandan kelapa sawit (EFB).
Ujian yang dilakukan ialah Bending Strength (BS), Internal Bending (IB), Thickness Swelling (TS) dan Water Absorption (WA).
2.0 METODOLOGI
Metodologi kajian ini merupakan bahagian yang penting kerana ia menerangkan semua aspek-aspek dalam proses penghasilan,
analisis data dan melibatkan bahagian-bahagian tertentu. Untuk memastikan hasil kajian adalah tepat dan betul, metodologi
yang lengkap dan tepat perlu digunakan. Data dikumpulkan daripada pengujian dan analisis data dilakukan untuk mendapatkan
keputusan bagi kajian. Proses penghasilan papan partikel dan ujian yang dijalankan ke atas sampel ditunjukkan seperti rajah di
bawah ;

73

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

3.0 DAPATAN KAJIAN
3.1 Ujian Bending Strength
Jadual 1 : Data Ujian Bending Strength 100% serbuk kayu

Jadual 2 : Data Ujian Bending Strength 70 % serbuk kayu : 30% EFB

Jadual 3 : Data Ujian Bending Strength 50% serbuk kayu : 50% EFB

74

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Kesimpulannya, keputusan untuk ujian Bending Strength bagi nisbah 50 serbuk kayu : 50 EFB dengan menunjukkan nilai
purata MOE 1159.60 (N/mm²) dan MOR 10.20(N/mm²) manakala nisbah 70 sebuk kayu: 30 EFB dengan nilai purata MOE
adalah 1159.45 (N/mm²) dan MOR adalah 8.58(N/mm²). Keputusan ini lebih tinggi berbanding keputusan bagi 100% serbuk
kayu. Maka kedua-dua nisbah iaitu 50 serbuk kayu : 50 EFB dan 70 serbuk kayu :30 EFB adalah lebih tinggi dan mencapai
piawai BSEN310.
3.2 Ujian Internal Bonding

Jadual 4 : Data Ujian Internal Bonding 100% serbuk

Jadual 5 : Data Ujian Internal Bonding 70% serbuk kayu : 30 % EFB

Jadual 6 : Data Ujian Internal Bonding 50% serbuk kayu : 50% EFB

75

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Kesimpulannya, keputusan untuk ujian Internal Bonding bagi 100 % serbuk kayu dengan nilai 0.245MPa manakala nisbah 50
serbuk kayu : 50 EFB menunjukkan 0.182Mpa. Keputusan ini adalah lebih tinggi berbanding keputusan 70 serbuk kayu : 30
EFB menunjukkan nilai sebanyak 0.038MPa. Maka, kedua-dua nisbah 100 % serbuk kayu dan 50 serbuk kayu :50 EFB adalah
lebih tinggi dan mencapai piawaian BS EN 319.
3.3 Ujian Thickness Swelling

Jadual 7 : Data Ujian Thickness Swelling untuk 100% serbuk kayu

Jadual 8 : Data Ujian Thickness Swelling untuk 70% serbuk kayu : 30 % EFB

Jadual 9 : Data Ujian Thickness Swelling untuk 50% serbuk kayu : 50 % EFB

76

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Kesimpulanya, keputusan Ujian Thickness Swelling bagi 100% serbuk kayu menunjukkan nilai purata pengembangan sebanyak
23.78% manakala nisbah 70 serbuk kayu : 30 EFB iaitu sebanyak 20.96% . Keputusan ini adalah lebih sedikit berbanding
nisbah 50 serbuk kayu : 50 EFB. Maka kedua-dua nisbah 100% serbuk kayu dan 70 serbuk kayu :30EFB kurang menyerap air
dan mencapai piawaian BS EN 317.
3.4 Ujian Water Absorption

Jadual 10 ; Data Ujian Water Absorption untuk 100% serbuk kayu

Jadual 11 ; Data Ujian Water Absorption untuk 70 % serbuk kayu : 30% EFB

77

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Jadual 12 ; Data Ujian Water Absorption untuk 50 % serbuk kayu : 50% EFB

Kesimpulannya, keputusan untuk Water Absorption bagi nisbah 100 % serbuk kayu menunjukkan nilai purata penyerapan air
sebanyak 83.39% manakala nisbah 50 serbuk kayu :50 EFB menunjukkan nilai purata penyerapan air sebanyak 88.61%.
Keputusan ini adalah lebih sedikit berbanding dengan keputusan penyerapan air bagi sampel 70 serbuk kayu : 30 EFB . Hal ini,
menunjukkan nisbah 100% serbuk kayu dan 50 serbuk kayu :50 EFB adalah lebih sedikit menyerap air dan mencapai
piawaian BSEN 317.

4.0 KESIMPULAN

Papan partikel merupakan salah satu papan yang sering diguna pakai dalam penghasilan seperti perabot dan ruang pembahagi.
Hal ini kerana papan partikel mempunyai ciri-ciri seperti ringan, penyerap bunyi dan rintangan api. Berdasarkan uji kaji yang
telah dijalankan didapati penggunaan EFB sesuai dalam penghasilan papan partikel. Hal ini boleh dilihat berdasarkan jadual 13
di bawah ;

Jadual 13 : Kesimpulan data keseluruhan ujian-ujian kajian

Secara kesimpulannya, sampel yang bernisbah 50 Serbuk Kayu : 50 serat tandan kelapa sawit (EFB) menunjukkan data yang
menepati piawaian. Hal ini kerana, EFB yang berada dalam nisbah campuran dapat menguatkan lagi ikatan dalaman papan
partikel. Data bagi sampel 50 Serbuk Kayu : 50 EFB sesuai untuk kekuatan bagi ketebalan 40mm bagi sesebuah papan partikel.

Hasil analisis data ini juga menunujukkan sampel yang bernisbah 50 Serbuk Kayu : 50 serat tandan kelapa sawit (EFB) sesuai

untuk dijadikan bahan untuk penghasilan perabot seperti meja belajar, almari baju dan rak buku. Di samping itu, sampel ini

juga sesuai digunakan untuk ruang pembahagi dalam pejabat yang pada kebiasaannya menggunakan Gypsum Board.

Penggunaan tandan kelapa sawit ini boleh dijadikan bahan alternatif selain daripada penggunaan kayu dalam industri perabot .

Kajian ini juga menunjukkan bahawa penggunaan serat tandan kelapa sawit (EFB) dalam penghasilan papan partikel dapat

diperluaskan pada masa akan datang dengan meningkatkan kualiti dari segi tekanan yang dikenakan ke atas papan partikel

supaya uji kaji yang dijalankan dapat menepati tahap piawaian British Standard

EN310,EN319 dan EN317 .

5.0 CADANGAN

Kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan kekuatan dari segi nisbah campuran. Hal ini kerana tandan sawit kosong masih
boleh dijadikan sebagai bahan tambah pada penghasilan papan partikel dengan meningkatkan nisbah campuran EFB. Secara
tidak langsung, kualiti dari segi kekuatan tekanan yang dikenakan ke atas papan partikel dapat ditingkatkan.

Selain itu, fiber boleh dijadikan sebagai bahan tambah dalam nisbah campuran untuk papan partikel bagi menghasilkan papan
partikel yang lebih kuat dan kekuatan struktur dalamannya yang lebih kukuh.

78

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Jenis perekat yang digunakan semasa proses pembuatan papan partikel dijalankan adalah ‘Urea Formaldehyde’ (UF). Perekat

ini kurang sesuai untuk merekatkan partikel-partikel tandan kelapa sawit kerana bahannya mempunyai peratus kandungan air

yang agak banyak. Hal ini menyebabkan ia sukar untuk merekatkan partikel tandan kelapa sawit kosong kerana ia bersifat
lemah pada air. Justeru itu, perekat jenis ‘Phenol Formaldehyde’ (PF) lebih sesuai dengan partikel tandan kelapa sawit kosong

kerana ia lebih likat dan peratus kandungan air di dalam bahannya juga kurang menyebabkan ia lebih sesuai digunakan

Secara ringkasnya, kajian susulan perlu dijalankan dengan penambahbaikan sifat-sifat dan kekuatan papan serpai ini supaya

dapat menepati spesifikasi piawaian dan boleh digunakan dalam pemasaran. Justeru it juga, ia boleh mengurangkan penghasilan

sisa pepejal dan menyelamatkan alam sekitar.

RUJUKAN

Nurul Emellia Abd Rahim. (2007). Penggunaan Batang Sawit dalam Penghasilan Papan Serpai. Politeknik Sultan Azlan Shah.
Tanjung Malim, Perak

Lembaga Minyak Sawit Malaysia. (2014). Laporan tahunan 2013. Kuala Lumpur, Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

British Standard. Particle boards according to EN312:2010-12 (charac.Value EN 12369-1).

79

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Pentaksiran Untuk Pembelajaran (PUP) vs Pentaksiran
Kepada Pembelajaran (PKP) Dalam Pentaksiran Berasaskan

Sekolah (PBS) Pendidikan Seni Visual

Mazura Azeli, Jamilah Omar, Khatijah Md Saad

Universiti Pendidikan Sultan Idris,[email protected]

_______________________________________________________________________________________________________

Abstrak

Pentaksiran dianggap sebagai sebahagian daripada kurikulum proses pengajaran dan pembelajaran. Pemilihan, akauntibiliti,
pemulihan, diagnostik, dan bimbingan merupakan elemen penting pentaksiran bagi pembangunan pendidikan . Justeru,
penambahbaikan sistem pentaksiran telah dibuat dengan pelaksanaan PBS yang melibatkan proses kumpul maklumat yang
autentik oleh guru secara formatif dan sumatif. Objektif kajian ini untuk melihat fenomena pentaksiran untuk pembelajaran
(formatif) dan pentaksiran kepada pembelajaran (sumatif) dalam PBS pendidikan seni visual di sekolah menengah rendah.
Kajian dijalankan secara kualitatif melalui kaedah temubual dan kajian dokumen. Dalam pentaksiran, proses keberhasilan sesuatu
karya itulah yang merupakan aspek yang paling penting bagi seseorang murid untuk dinilai, Namun, dapatan kajian menunjukkan
walaupun PBS sepatutnya lebih menekankan kepada PUP (kognitif, psikomotor dan afektif), PKP (kognitif) masih diberi
penekanan yang lebih dalam penilaian atas faktor jumlah pelajar, sikap guru, pengurusan dan persekitaran.

Kata Kunci : Pentaksiran Berasaskan Sekolah, pendidikan, formatif, sumatif, guru

1.0 PENGENALAN

Sistem pendidikan pada hari ini jika dilihat dari awal menampakkan pelbagai perubahan dan telah mengalami pelbagai
proses pembentukan sama ada dari aspek hala tuju pendidikan itu sendiri, pendekatan serta pedagogi yang digunakan. Kerajaan
begitu komited dalam usaha memperkasakan sistem pendidikan di negara ini. Sistem pendidikan kini sedang mengorak langkah
daripada sistem bersifat domestik ke arah yang lebih maju setaraf antarabangsa. Tidak dinafikan perubahan sememangnya perlu
dilakukan bagi memantapkan lagi sistem pendidikan di Malaysia. Ini merupakan cabaran semasa pendidikan yang memerlukan
komitmen yang besar dari semua pihak khususnya golongan pendidik.

Pelaksanaan Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang baru bermula pada tahun 2011 secara tidak langsung
telah mengubah corak pengajaran dan pembelajaran dalam semua mata pelajaran umumnya dan turut memberi kesan kepada
subjek pendidikan seni visual khususnya. Teknik mengajar yang sering dipraktikkan oleh guru adakalanya perlu diubah untuk
disesuaikan dengan sistem PBS. Walaupun sukatan pelajaran dan topik pengajaran yang diajar masih sama, namun setiap guru
mempunyai teknik dan kaedah yang berlainan untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berbeza
mengikut tahap murid.

Melalui PBS, pendekatan serta sistem penilaian juga berbeza mengikut topik yang di ajar supaya berjaya merangsang
kreativiti murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Menurut Joy M.Reid (2005) dalam buku Leading The Way to
Assessment for Learning: A Practical Guide ada menyatakan bahawa sekiranya guru tidak ghairah tentang pembelajaran, maka
mereka juga boleh dikatakan tidak ghairah mengajar murid untuk belajar. Guru merupakan idola pelajar yang merangsang
murid untuk berminat dengan apa yang diajar oleh guru. Justeru, guru harus lebih kreatif dalam mengendalikan pengajaran dan
pembelajaran dengan teknik yang berbeza dan mampu menarik minat murid untuk fokus dan meneruskan pembelajaran. Sistem
penilaian pendidikan sebelum ini lebih berorientasikan peperiksaan dan penekenan terhadap pengetahuan teori kepada murid
manakala melalui sistem PBS ini, peperiksaan bukan lagi instrumen pengukuran pelajar sepenuhnya. Sistem ini lebih
menekankan penglibatan pelajar dalam setiap aktiviti yang dilakukan dan ianya dilakukan secara berterusan terhadap pelajar.
Sistem pendidikan nasional sedia ada telah menekankan perkara ini dan menuntut kesediaan para pendidik untuk merealisasikan
transformasi tersebut.

Mata pelajaran Seni Visual dipelajari oleh murid sejak di tahun satu sekolah rendah lagi. Pendidikan Seni Visual
merupakan salah satu bidang pendidikan yang begitu luas pengertiannya. Subjek Pendidikan Seni Visual telah dicorakkan dengan
pelbagai usaha untuk memperkenalkan dan memperkukuhkan pelaksanaan bersepadu khususnya di peringkat awal persekolahan.
Subjek Pendidikan Seni Visual bukanlah semata-mata bermatlamat melahirkan semua murid sebagai pelukis atau pereka seni
sahaja. Keyakinan mewujudkan murid yang berdisiplin dan berbudaya dari aspek imaginatif, kreatif dan peka terhadap ciri-ciri
estetika adalah landasan pembentukan selari dengan perancangan matlamat dan kurikulum PSV dan pelaksanaan subjek ini di
sekolah (Ibrahim Hassan, Roskang Jailani;2004). Justeru, aktiviti penghasilan karya seni murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dinilai melalui aktiviti-aktiviti yang telah dirancang oleh guru selain melihat kaedah dan pendekatan guru
dalam merangsang kreativiti murid. Pembelajaran paling berkesan apabila berlaku dalam keadaan yang seronok (Peter Kline,
2005). Oleh yang demikian, guru harus bijak dalam menentukan aktiviti bagi menarik perhatian murid dan seterusnya dapat
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu berjalan lancar dan menyeronokkan.

Selari dengan falsafah dan objektif pendidikan kebangsaan, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah
diperkenalkan pada tahun 1983 dan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988. Melalui pelaksanaan
kedua-dua dasar kurikulum tersebut, pentaksiran dapat dilihat dari perspektif yang lebih luas. Pentaksiran di anggap sebagai
sebahagian daripada kurikulum, proses pengajaran dan pembelajaran serta memainkan peranan dalam proses pemilihan,

80

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

akauntibiliti, pemulihan, diagnostik, bimbingan dan penentuan keperluan pembangunan pendidikan . Sebelum ini, sistem
pentaksiran semasa adalah bertumpu kepada peperiksaan khususnya peperiksaan awam yang mendorong murid untuk lebih
menumpukan pencapaian akademik dan berjaya dalam peperiksaan dengan hanya menilai produk akhir yang telah siap. Namun,
dalam konteks Pendidikan Seni Visual, proses keberhasilan sesuatu produk atau karya itulah yang merupakan aspek yang paling
penting bagi seseorang murid dan patut dinilai, bukan sekadar melihat sesuatu yang telah siap.

Elemen pentaksiran dalam karya seni visual bukan lagi berdasarkan kertas jawapan peperiksaan sebaliknya prestasi
dinilai dan ditaksir sepanjang proses pembelajaran itu berlaku. Sistem pentaksiran berpusat (centralize) ini juga dilihat kurang
memberi autonomi kepada guru dalam mentaksir murid yang mempunyai tahap dan kebolehan yang berlainan. Pentaksiran yang
bersifat ‘one size fits all’ ini telah mengabaikan aspek perbezaan antara individu dan secara tidak langsung telah membantutkan
perkembangan murid secara holistik dari segi jasmani dan rohani. Fenomena ini sekali gus menyebabkan timbulnya persepsi
dalam kalangan masyarakat umumnya dan ibu bapa khususnya yang melihat sekolah hanya berperanan sebagai institusi yang
hanya menyediakan murid untuk menghadapi peperiksaan semata-mata dan murid hanya bersedia untuk menghadapi
peperiksaan.

Sistem pentaksiran yang diamalkan kini lebih menjurus kepada assessment of learning atau pentaksiran kepada
pembelajaran bukannya assessment for learning iaitu pentaksiran untuk pembelajaran seperti yang ditunjukkan pada rajah 1.
Pentaksiran kepada pembelajaran melihat kepada aspek sumatif (kognitif). Manakala pentaksiran untuk pembelajaran
merangkumi aspek formatif (kognitif, psikomotor, afektif). Guru mentaksir murid untuk mengukur pencapaian belajar dan
tujuan penempatan, pemilihan serta penganugerahan sijil. Pentaksiran diukur berdasarkan markah yang diperoleh dalam
peperiksaan. Peperiksaan pula menjadikan anak-anak belajar dan guru mengajar semata-mata berdasarkan kurikulum dan
sukatan pelajaran yang dibekalkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) sedangkan untuk menghasilkan modal insan
yang cemerlang, potensi murid harus diperkembangkan dengan sepenuhnya dari pelbagai aspek oleh guru. Fenomena ini jelas
menunjukkan bahawa sistem pentaksiran kini semakin tidak releven kerana pembinaan modal insan secara holistik tidak diberi
penekanan.

Rajah 1: Kerangka Konsep Kajian

Rentetan itu, kajian ini ingin; (1) mengenal pasti pelaksanaan proses pentaksiran dalam penghasilan karya catan dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid, (2) mengenal pasti jenis pentaksiran yang digunakan oleh guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

2.0 METODOLOGI KAJIAN

Dalam kajian ini pendekatan kajian yang digunakan adalah secara kualitatif. Kaedah kajian yang digunakan ialah melalui
kaedah pemerhatian, temu bual dan kajian dokumen. Kajian dijalankan di sebuah sekolah luar Bandar iaitu SMK Kuala Kubu
Bharu, Selangor. Seramai 5 orang responden di kalangan guru opsyen Pendidikan Seni Visual telah terlibat secara langsung.
Sampel kajian ini terdiri daripada pelajar – pelajar tingkatan dua dari lima buah kelas di sekolah berkenaan. Instrumen kajian ini
adalah dalam bentuk pemerhatian, temu bual dan analisis hasil karya murid. Kaedah pemerhatian dan rakaman video di tapak
kajian iaitu di Bilik Seni sekolah berkenaan dijalankan sebelum, semasa dan selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran seni
halus catan. Temu bual yang dilakukan adalah berbentuk separa berstruktur dan tidak berstruktur berdasarkan pentaksiran
Berasaskan Sekolah. Manakala hasil karya pelajar dianalisis bersama guru selepas aktiviti catan selesai dijalankan bagi melihat
cara pentaksiran yang dijalankan.

3.0 DAPATAN KAJIAN

Hasil kajian menunjukkan walaupun Pentaksiran Berasaskan Sekolah sepatutnya lebih menekankan kepada Pentaksiran
Untuk Pembelajaran (kognitif, psikomotor dan afektif), Pentaksiran Kepada Pembelajaran (kognitif) masih diberi penekanan
yang lebih oleh segelintir guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual. Ini kerana, hasil pemerhatian dan temu bual yang telah
dijalankan mendapati pentaksiran agar sukar untuk dijalankan secara menyeluruh disebabkan bilangan murid yang agak ramai di
dalam sebuah kelas. Antaranya 38 sehingga 42 orang murid dalam satu kelas. Faktor ini juga memainkan peranan yang besar
dalam proses pentaksiran dan dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak dapat memberi fokus yang
lebih kepada setiap pelajar sama ada semasa teori atau pun semasa menjalankan aktiviti penghasilan. Kesannya, pentaksiran
guru menjadi lebih bersifat PKP berbanding PUK atas faktor tersebut. Namun, ada juga guru yang bijak dan agak kreatif dalam

81

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

menjalankan aktiviti dengan menggunakan strategi dan pendekatan pengajaran yang pelbagai supaya semua murid dapat
menjalankan aktiviti dan penilaian data dijalankan secara lebih efisien.

Selain itu, sikap guru juga banyak mempengaruhi proses pentaksiran yang berlaku. Antaranya dapat dilihat dalam
kaedah dan pendekatan pengajaran yang digunakan dalam menjalankan aktiviti. Ada yang bersifat satu hala sahaja tanpa
mempedulikan tahap kefahaman murid, kesediaan murid untuk memulakan pembelajaran, set induksi atau cara untuk menarik
perhatian murid dalam memulakan pembelajaran juga tidak kreatif. Kesannya, murid dilihat tidak berminat dan ada yang
membuat aktiviti mereka sendiri. Ini menunjukkan guru masih belum bersedia untuk menjalankan PBS dan masih kurang
pengetahuan atau kefahaman berkaitan PBS yang sepatutnya memberi penekanan yang menyeluruh kepada pelajar berdasarkan
tiga domain utama iaitu kognitif, psikomotor dan afektif. Tumpuan guru dilihat masih memberi penekanan utama kepada kognitif
murid sahaja. Namun masih ada segelintir guru yang dapat mengenal pasti bakat dan pengetahuan sedia ada murid serta menilai
murid mengikut tahap kemahiran masing-masing. Pentaksiran yang dibuat bukan sahaja pada karya akhir tetapi bermula dari
proses awal penghasilan karya dengan menggunakan rubrik pemarkahan. Guru turut menilai aktiviti tingkah laku murid semasa
aktiviti sedang dijalankan. Pentaksiran yang berbeza bagi setiap kelas mengikut tahap kemahiran murid masing-masing. Hasil
temu bual dan soal selidik yang dijalankan mendapati guru dapat menjawab semua soalan berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada guru.

Aspek pengurusan dan persekitaran juga merupakan salah satu faktor dalam memastikan proses pentaksiran berjalan
lancar. Hasil temu bual mendapati semua guru mempunyai masalah yang sama iaitu kekangan masa dalam menjalankan
pentaksiran yang bersifat PUK. Ini kerana, bukan semua murid berada dalam tahap yang sama. Persekitaran murid berbeza-beza
dan itu membawa impak yang besar dalam sesebuah kelas. Ini membawa kepada masalah dalam pelbagai aspek dalam
menjalankan aktiviti yang ingin dijalankan, contohnya dari segi maklumat, peralatan dan pendedahan murid terhadap topik
pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu bijak mengatur masa supaya selari dengan aktiviti yang dijalankan supaya aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dapat diselesaikan mengikut waktu yang telah dirancang.

4.0 IMPLIKASI

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu kaedah penilaian yang dapat menilai keseluruhan aspek dalam
pengajaran dan pembelajaran sesuatu subjek. Namun bentuk penilaian yang digunakan dalam menilai subjek Pendidikan Seni
Visual dan proses penghasilan karya sebelum ini adalah berdasarkan aspek pentaksiran berasaskan sekolah. Pentaksiran ini dapat
menilai secara holistik dan dapat membantu memperbaiki dan meningkatkan mutu pengajaran. Murid juga dapat belajar
menguasai kemahiran sedia ada dan membentuk kemahiran baru. Namun guru memainkan peranan penting dan perlu diberikan
banyak latihan dalam mendalami pengetahuan tentang pentaksiran agar pentaksiran yang dijalankan kepada murid berkesan dan
telus mengikut tahap kemahiran murid masing-masing. Persekitaran sekolah dan kemudahan infrastruktur serta bahan untuk
pentaksiran juga harus disediakan oleh pihak sekolah agar proses pentaksiran dapat dilaksanakan dengan afektif dan berkesan.

5.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan satu proses pentaksiran yang sangat baik kerana
dapat menilai individu pelajar secara menyeluruh dan holistik. Namun, penambahbaikan perlu dibuat dari semasa ke semasa
supaya guru lebih bersedia dan dapat menyiapkan serta merancang aktiviti serta perancangan yang lebih baik hasil daripada
pengalaman dengan mengambil kira pelbagai aspek kekangan serta kelemahan yang berlaku semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan. Dari aspek bilangan murid di dalam kelas juga patut dikurangkan supaya aktiviti lebih mudah
dijalankan dan lebih berfokus kepada setiap murid. Sesi membimbing murid juga dapat dijalankan secara terus dan murid secara
tidak langsung dapat memperbaiki pembelajaran dengan bimbingan guru dan rakan. Ini sekali gus membantu memudahkan guru
untuk menentukan band atau penilaian dapat dijalankan dengan baik. Bakat sedia ada murid juga dapat dikenal pasti oleh guru
dan dapat menambahkan lagi kemahiran kepada murid yang berbakat manakala murid yang kurang berbakat dapat dibimbing.

Dalam melaksanakan sesuatu yang bersifat menyeluruh ini, guru seharusnya perlu lebih bersedia serta lebih kreatif
dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Namun rata-rata guru telah menunjukkan komitmen yang baik dan
sangat komited dalam menjalankan aktiviti walaupun perlu membuat perancangan yang lebih teliti. Ini kerana pengalaman
merupakan guru yang terbaik. Justeru, guru akan menjadi lebih kreatif dan inovatif dari masa ke semasa dalam menjalankan
pentaksiran sekiranya penambahbaikan dijalankan mengikut hasil pemantauan yang telah dibuat.

Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan walaupun PBS sepatutnya lebih menekankan kepada PUP (kognitif,
psikomotor dan afektif), PKP (kognitif) masih diberi penekanan yang lebih dalam penilaian atas faktor jumlah pelajar, sikap
guru, pengurusan dan persekitaran. Kajian ini diharap dapat membantu guru-guru mengenal pasti proses dan teknik pengajaran
yang digunakan supaya selari dan bersesuaian dengan pentaksiran yang hendak dijalankan. Namun kajian yang dijalankan ini
hanya untuk mengenal pasti proses pentaksiran yang digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran seni halus catan
tingkatan dua. Mungkin kajian ini boleh diperluaskan lagi dalam mengkaji satu proses yang bersesuaian untuk digunakan dalam
mentaksir subjek seni yang subjektif ini selain yang bersifat formatif dan sumatif.

82

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

RUJUKAN
Alexender, Kay and day, Micheal (eds.) 91992) Disipline-based Art Education. A curriculum sampler, New York: Oxford

University Press.
Davies. A, Herbst.S, Reynolds (2011). Leading The Way to Assessment for Learning: a Practical Guide. United States of

America: Solution Tree Press
Dewan Masyarakat (2013). Pendidikan: Sebelas Anjakan Utama Transformasi Sistem Pendidikan Negara. Bangi: Utusan

Printcorp Sdn Bhd
Jamilah Omar (2013). “Outdoor Sketching” Pengalaman Pembelajaran PSV Komprehensif. Seni: Jurnal Seni dan Pendidikan

Seni. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris
Jamaliah Abdul Hamid, Norashimah Ismail (2005). Pengurusan & Kepimpinan Pendidikan: Teori, Polisi dan Pelaksanaan.

Serdang :Universiti Putra Malaysia

Khodori, A & Jamil, A (2002). Kesan Pentaksiran Berasaskan Sekolah ke atas Sistem Pendidikan Kebangsaan. Kertas kerja
dibentang dalam Kolokium Penilaian kemajuan Berasaskan Sekolah anjuran Unit Penyelidikan Asas di USM Pulau
Pinang.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2012). Dokumen Standard Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Mook Soon Sang (2013).Nota Intisari Ilmu Pendidikan: Pedagogi untuk Pengajaran & Pembelajaran.Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn Bhd Noraini Idris, 2010. Penyelidikan Dalam Pendidikan. Malaysia:McGraw-Hill.

Mokhtar Ismail (2009). Pentaksiran Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Micheal Fullan (2011). Makna Baharu Perubahan Pendidikan. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia
Noor Azam (2013)Perspektif: Matlamat Pendidikan Tersasar Makin Jauh.Dewan Masyarakat. Bangi: Utusan Printcorp Sdn

Bhd
Othman Lebar, 2012.Penyelidikan Kualitatif: Pengenalan kepada Teori dan Metod. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan

Sultan Idris.

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia,. 2003. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Huraian
Sukatan Pendidikan Seni Visual. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka

Torrance, E.P. (1989). Scientific views of creativity and factors affecting its Growth. In J.Kagan, ed., ‘Creativity and Learning’.
Boston: Houghton Miffli

Tabatha Rayment(2011). 101 Senarai Penting tentang Pentaksiran. Kuala Lumpur : Institut Terjemahan Negara Malaysia.
Wan Zah Wan Ali, Tajularipin Sulaiman (2008). Pendidikan di Sekolah: Isu dan Cabaran. Serdang : Universiti Putra Malaysia

83

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran & Pembelajaran
Secara “Hands-On” Bagi Kursus Asas Kejuruteraan Sains 2

(PBS 2014)
Di Politeknik Sultan Idris Shah

Nurul Izzati Bt. Mohd Zaki1, Norafiza Akma Bt. Shamsudin2, Halizah Bt. Ali3

Politeknik Sultan Idris Shah, [email protected],
Politeknik Sultan Idris Shah, [email protected],
Politeknik Sultan Idris Shah, [email protected]

___________________________________________________________________________

ABSTRAK
Pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara “hands-on” merupakan suatu aktiviti yang melibatkan pengalaman pelajar dalam
memahami dan meningkatkan keupayaan pelajar untuk berfikir secara kreatif dan kritikal. Kajian ini bertujuan mengkaji persepsi
pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara “hands-on” kepada 23 orang pelajar Pra-Diploma Sains (IPS 2)
yang mengambil Kursus Asas Kejuruteraan Sains 2 (PBS 2014). Beberapa aktiviti telah dilaksanakan bagi melihat persepsi
pelajar terhadap penggunaan kaedah ini. Satu set soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dengan menggunakan
pengukuran berskala Likert. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan kiraan skor min dalam perisian Statistical Package for
Social Science (SPSS). Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati penggunaan kaedah P&P secara “hands-on” memberi
persepsi yang amat positif disamping memudahkan pelajar memahami konsep dan teori dengan lebih jelas. Ia juga meningkatkan
minat dan motivasi pelajar terhadap Kursus Asas Kejuruteraan Sains 2 (PBS 2014) serta menggalakkan komunikasi dua hala dan
mengaplikasi teori yang dipelajari dalam kehidupan seharian. Oleh itu, penyelidikan seperti ini perlu diteruskan pada masa akan
datang bagi mencari pendekatan terbaik dalam amalan P&P untuk mengatasi masalah pembelajaran pelajar disamping menggilap
kreativiti dan inovasi para pendidik.

Kata Kunci : persepsi, hands-on, Kursus PBS 2014

1.0 PENGENALAN

Kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan satu aktiviti yang mengandungi langkah-langkah tersusun untuk
mencapai objektif pengajaran. Penggunaan kaedah P&P yang menarik oleh guru mampu menarik minat pelajar terhadap sesuatu
subjek seterusnya meningkatkan prestasi pencapaian para pelajar. Menurut Fryland (1994) dalam Omardin (1999), minat yang
timbul dalam diri setiap pelajar akan mempengaruhi proses pembelajaran. Maka, pendidik perlu bijak mempelbagai dan memilih
kaedah P&P bersesuaian dengan masa, tempat dan tahap kecerdasan pelajar. Pendidik yang berusaha memahami gaya
pembelajaran pelajar lebih awal, boleh menggunakannya bagi membaiki kelemahan pelajar dan menjadikannya asas untuk
membina kekuatan pengajaran (Rohaila, Norasmah & Faridah, 2005).

1.1 Pernyataan Masalah

Senario pengajaran dalam sistem pendidikan yang tertumpu kepada penyediaan pelajar untuk menghadapi peperiksaan memberi
impak negatif kerana terlalu berfokuskan kuantiti dan berorientasikan sesuatu kursus. Pelajar meletakkan tujuan belajar hanya
untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan, manakala pendidik pula menjalankan rutin mengajar untuk menghabiskan
silibus yang ditetapkan. Bagi Kursus Asas Kejuruteraan Sains 2 (PBS 2014), pemerhatian, penerokaan dan pemahaman teori
sains amat dititikberatkan bagi mewujudkan pemahaman yang mendalam dan pengaplikasian teori Sains dilaksanakan dalam
kehidupan seharian.

Maka, kaedah P&P secara “hands-on” dipilih sebagai kaedah pengajaran oleh penyelidik untuk melihat persepsi pelajar yang
mengambil Kursus Asas Kejuruteraan Sains 2 (PBS 2014). Keberkesanan P&P bergantung pada pengolahan teknik dan
penggunaan bahan yang mana mampu merangsang dan menggalakkan pelajar berfikir secara kritis, kreatif dalam pengitlakan
idea dan inovatif disamping mewujudkan komunikasi yang berkesan. Oleh itu, dapat dilihat melalui hasil kajian ini bahawa kesan
P&P secara “hands-on” mampu mengubah tanggapan pelajar terhadap kursus ini selain dijadikan panduan oleh para pendidik
dalam mempelbagai kaedah penyampaian P&P yang berkesan.

1.2 Objektif Kajian

Sebagai panduan ke arah menjawab pernyataan masalah di atas, beberapa objektif kajian telah dibina seperti berikut:
i. Mengenal pasti penggunaan pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara “hands-on” dapat memudahkan pelajar terhadap
pemahaman teori bagi Kursus Asas Kejuruteraan Sains 2 (PBS 2014)
ii. Melihat perubahan minat pelajar terhadap Kursus Asas Kejuruteraan Sains 2 (PBS 2014)
iii. Meninjau tahap motivasi dan penglibatan pelajar terhadap penggunaan kaedah “hands-on” dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P)

84

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

iv. Melihat sejauh mana pelajar mampu mengaplikasi konsep dan teori Asas Kejuruteraan Sains (PBS 204) dalam kehidupan
seharian.

2.0 METODOLOGI KAJIAN

Berdasarkan kajian di atas, bab ini akan membincangkan mengenai reka bentuk kajian, responden kajian dan perancangan
tindakan.

2.1 Reka Bentuk Kajian

Secara umumnya, penyelidik menggunakan kaedah kuantitatif berbentuk deskriptif dalam kajian ini bagi mengenalpasti dan
mengkaji secara empirikal dan sistematik berkaitan persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara “hands-
on”. Penyelidik menggunakan soal selidik sebagai instrumen untuk mengukur dan menjadi alat pengantara antara penyelidik dan
responden kajian.

2.2 Responden Kajian

Bermula Sesi Jun 2013, Politeknik Sultan Idris Shah telah menerima penawaran program baru iaitu Pra-Diploma Politeknik
Malaysia melalui Program Mengubah Destini Anak India Malaysia (MDAIM). Maka, dalam kajian ini penyelidik telah memilih
keseluruhan 23 orang pelajar Pra-Diploma Sains (IPS 2) yang mengambil Kursus Asas Kejuruteraan Sains 2 (PBS 2014) sebagai
responden kajian. Pemilihan responden adalah berdasarkan pencapaian keputusan Sijil Pelajaran Malaysia bagi subjek Sains dan
Fizik yang tidak begitu memberangsangkan.

2.3 Perancangan Tindakan

Malaysia ke Arah Pendidikan Bertaraf Dunia yang telah diilhamkan oleh Y.A.Bhg Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan
Perdana Menteri Malaysia merupakan wahana penting bagi mencapai hasrat wawsan 2020 untuk menjadikan masyarakat
Malaysia maju dan saintifik. Bagi mencapai masyarakat maju dan berdaya saing, masyarakat perlu bersedia menerima sebarang
perubahan dan pendidikan merupakan agen perubahan utama dalam melahirkan masyarakat maju dan saintifik. Pendidikan
bertaraf dunia atau “world class” akan menentukan kejayaan perubahan insan (Mohd Najib, 1997)

Bertitik tolak dari kesedaran ini, penyelidik merasakan bahawa kaedah pengajaran biasa perlu diubah dan dipelbagai mengikut
arus globalisasi dunia yang mencetuskan banyak perubahan dalam menghayati kehidupan selepas arus paskal pemodenan. Pelajar
bukan sahaja menghafal teori dan fakta malah, boleh memahami dan mengaplikasi teori yang dipelajari dalam kehidupan
seharian. Maka, kaedah pengajaran dan pembelajaran secara “hands-on” yang menarik dilihat mampu meningkatkan minat dan
penglibatan pelajar secara menyeluruh. Menurut James (1993) melalui Faiz (2012), aktiviti “hands-on” merupakan pembelajaran
daripada pengalaman sendiri. Dengan ini, pelajar akan lebih memahami sekiranya mereka menemui masalah dan mencari
penyelesaian sendiri berbanding hanya membaca dari buku sahaja.

Sehubungan itu, penyelidik telah mengaplikasi kaedah “hands-on” dalam Kursus Asas Kejuruteraan Sains 2 (PBS 2014) untuk
melihat keberkesanan kaedah ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pelbagai aktiviti mencabar yang melibatkan pelajar
sepenuhnya telah dirancang seperti Program Science Exploration Challenge, Hooray Games, Eksperimen dalam kumpulan dan
lawatan akademik melalui Program Agro Hunt Challenge di Putrajaya.

Melalui program dan aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang semester Sesi Disember 2015 ini, pelajar berpeluang meneroka
masalah yang dihadapi dan berusaha menyelesaikan masalah tersebut berikutan terdapat ganjaran yang diberi sekiranya masalah
yang dikemukakan dapat diselesaikan dengan betul. Pelajar juga mendapat pengalaman yang nyata mengenai aplikasi teori Asas
Kejuruteraan Sains 2 (PBS 2014) dan merasai sendiri situasi menyelesaikan masalah melalui aktiviti yang telah dilaksanakan di
dalam mahupun di luar bilik kuliah.

3.0 DAPATAN KAJIAN

Data-data yang diperoleh dianalisis dengan menggunakan kaedah analisis skor min menggunakan dianalisis menggunakan kiraan
skor min dalam perisian Statistical Package for Social Science (SPSS).

3.1 Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan adalah merupakan satu set borang soal selidik yang dibangunkan oleh penyelidik sendiri. Satu

kajian rintis telah dijalankan bagi melihat kebolehpercayaan instrument dan memenuhi beberapa tujuan iaitu menguji kefahaman

responden terhadap struktur ayat dan item-item tertentu dalam soal selidik disamping meninjau masalah yang akan timbul

sebelum kajian sebenar dijalankan. Hasil dapatan kajian rintis yang dijalankan terhadap 10 responden mendapati bahawa nilai
pekali Cronbach’s Alpha menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) adalah 0.777. Ini menunjukkan

item bagi soal selidik ini mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi dan sesuai digunakan dalam kajian yang ingin
dijalankan. Berikut merupakan bacaan nilai pekali Cronbach’s Alpha yang diperoleh:

Reliability Statistics

Cronbach’s Alpha N of items
.777 19

85

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

3.2 Analisis Dapatan

Berikut adalah hasil analisis skor min yang diperolehi:

Jadual 3.2 : Keputusan Analisis Skor Min Skor min Skor min
Bil Item mengikut mengikut
persoalan
Dapatan Kajian 1 item
1. Kursus PBS 2014 memerlukan pelajar mengingat dan memahami pelbagai teori kajian
2. Pensyarah memberi penerangan yang jelas dan difahami 4.13
3. Saya lebih mudah memahami teori dan kandungan Kursus PBS 2014 melalui P&P 4.30 4.6733
4.96
secara “hands-on” 4.8133
4. Saya mendapat gambaran isi kandungan kursus dengan lebih jelas 4.91
5. Pembelajaran melalui aktiviti “hands-on” dapat mengikis rasa sukar untuk belajar 5.00 4.6975
6. Dapat mengingati teori dengan lebih mudah 4.74
4.00
Dapatan Kajian 2 4.48
7. Kursus PBS 2014 merupakan satu kursus yang mencabar 4.83
8. Kaedah P&P secara “hands-on” melalui aktiviti yang telah dilaksanakan menarik
4.91
minat saya
9. Aktiviti yang dilaksanakan membantu saya meneroka masalah dan mencari 4.96

penyelesaian 4.87
10. Saya berusaha menyelesaikan masalah yang diberi kerana teruja dengan aktiviti 4.83

“hands-on” 4.61
11. Saya lebih berminat mendalami topik yang dipelajari 4.26
12. Saya dapat berkomunikasi dengan rakan dan pensyarah dalam aktiviti yang 4.96

dijalankan 4.96
Dapatan Kajian 3
4.26
13. Saya lebih bersemangat untuk belajar dan menghadiri kuliah 4.39
14. Saya lebih berkeyakinan untuk lulus dengan cemerlang 4.55
15. Saya lebih meminati kursus ini berbanding kursus lain kerana kaedah P&P yang

menarik
16. Saya lebih bermotivasi tinggi dan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti “hands-

on” yang dijalankan
Dapatan Kajian 4

17. Saya sentiasa berkongsi maklumat mengenai teori yang dipelajari
18. Kebanyakan rutin harian saya berkait rapat dengan teori yang dipelajari
19. Saya mengaplikasi konsep dan teori yang dipelajari dalam kehidupan seharian jika

perlu

3.2.1 Kaedah Landell

Kaedah Lendell seperti di dalam Jadual 3.2.1 di bawah digunakan sebagai rujukan hasil analisis skor min.

Jadual 3.2.1: Kaedah Landell

Skor Min Tahap Penerimaan Tafsiran
1.00 – 2.33 Rendah Tidak Setuju
2.34 – 3.67 Kurang Setuju
3.68 – 5.00 Sederhana
Tinggi Setuju

(Diadaptasi dari: Landell, K. 1997 dalam Noor Suriani, 2000)

3.2.2 Dapatan Kajian 1

Dapatan kajian bagi item pertama adalah untuk mengetahui corak pengajaran dan pembelajaran bagi Kursus Asas Kejuruteraan
Sains 2 (PBS 2014). Merujuk Jadual 3.2.1, nilai skor min yang diperoleh iaitu sebanyak 4.13 dikategorikan sebagai tahap
penerimaan yang tinggi. Rata-rata responden setuju bahawa Kursus PBS 2014 memerlukan pelajar mengingat dan memahami
pelbagai teori.

Item ke-2 pula melihat cara pensyarah memberi penerangan dalam bilik kuliah. Dapatan skor min yang diperoleh melalui SPSS
iaitu sebanyak 4.30 dirujuk menggunakan Jadual 3.2.1 mendapati bahawa nilai tersebut dikategorikan sebagai tahap penerimaan
yang tinggi. Kebanyakkan responden bersetuju bahawa pensyarah memberi penerangan yang jelas dan difahami.

Seterusnya, item ke-3 dikaji untuk melihat sama ada penggunaan P&P secara “hands-on” dapat membantu pelajar memahami
teori dan kandungan Kursus PBS 2014 dengan lebih mudah. Berdasarkan analisis soal selidik yang diperoleh, nilai skor min
menunjukkan bacaan sebanyak 4.96. Ini menunjukkan bacaan skor min atau tahap penerimaan yang sangat tinggi apabila dirujuk
pada Jadual 3.2.1. Nilai skor min ini membuktikan bahawa responden memberi persepsi positif dan bersetuju bahawa
penggunaan P&P secara “hands-on” lebih berkesan berbanding P&P secara konvensional.

Item ke-4 pula mengkaji tahap gambaran pelajar terhadap kandungan Kursus PBS 2014 setelah menggunakan P&P secara
“hands-on”. Nilai skor min yang diperoleh iaitu sebanyak 4.91 dirujuk menggunakan Jadual 3.2.1 dan mendapati bahawa tahap
penerimaan yang tinggi oleh responden. Ini menunjukkan bahawa responden bersetuju dengan penggunaan P&P secara “hands-
on” mampu memberi kesan yang lebih baik dalam mendapatkan gambaran yang lebih jelas terhadap kursus yang dipelajari.

86

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Melalui dapatan kajian item ke-5 yang digunakan untuk mengkaji sama ada pembelajaran melalui aktiviti “hands-on” dapat
mengikis rasa sukar untuk belajar, didapati bahawa nilai skor min mencatat bacaan sebanyak 5.00. Ia merupakan nilai skor min
tertinggi dan mendapat tahap penerimaan yang tinggi oleh responden. Ini membuktikan bahawa responden sangat bersetuju
dengan penggunaan P&P secara “hands-on” kerana dapat mengikis rasa sukar dalam Kursus PBS 2014.

Seterusnya, item ke-6 adalah untuk melihat sama ada penggunaan P&P secara “hands-on” dapat memudahkan pelajar mengingati
teori dengan lebih mudah. Melalui dapatan nilai skor min yang diperoleh sebanyak 4.74, mendapati bahawa tahap penerimaan
responden terhadap penggunaan P&P secara “hands-on” adalah tinggi.

3.2.3 Dapatan Kajian 2

Item ke-7 adalah untuk menilai tahap kesukaran Kursus PBS 2014. Dapatan skor min yang diperoleh iaitu sebanyak 4.48 diukur
mengikut Jadual 3.2.1 mendapati bahawa tahap penerimaan responden dikategori sebagai tinggi. Ini bermakna, rata-rata
responden mendapati bahawa Kursus PBS 2014 merupakan satu kursus yang mencabar.

Seterusnya, item ke-8 dikaji untuk menentukan sama ada penggunaan aktiviti secara “hands-on” yang dilaksanakan dapat
menarik minat respondan. Berdasarkan nilai skor min yang diperoleh iaitu sebanyak 4.83, purata responden bersetuju bahawa
penggunaan aktiviti secara “hands-on” dapat menarik minat mereka untuk mendalami Kursus PBS 2014 yang dianggap
mencabar.

Item ke-9 pula dikaji untuk melihat sejauh mana aktiviti “hands-on” yang dilaksanakan membantu responden meneroka dan
menyelesaikan masalah yang diberi. Dapatan nilai skor min yang diperoleh adalah sebanyak 4.91 dan apabila dirujuk pada Jadual
3.2.1 mendapati bahawa tahap penerimaan responden dikategori sebagai tahap tinggi. Ini membuktikan bahawa responden amat
bersetuju dengan aktiviti “hands-on” yang telah dilaksanakan kerana responden berpeluang menimba pengalaman dalam
menyelesaikan masalah yang diberi.

Dapatan kajian bagi item ke-10 adalah untuk melihat tahap keterujaan dan usaha responden dalam menyelesaikan masalah yang
diberi melalui aktiviti “hands-on” yang dilaksanakan. Berdasarkan nilai skor min yang dianalisis menggunakan SPSS iaitu
sebanyak 4.96 mendapati bahawa kebanyakkan responden berusaha dan sangat teruja dalam menyelesaikan masalah yang diberi.

Item ke-11 pula adalah untuk mengkaji minat responden untuk mendalami topik yang dipelajari melalui aktiviti “hands-on” yang
telah dilaksanakan. Sebanyak 4.87 skor min diperoleh melalui soal selidik yang dibuat dan jika dibandingkan dengan Jadual 3.2.1
mendapati bahawa tahap penerimaan responden terhadap aktiviti “hands-on” adalah tinggi. Dapatan ini merujuk kepada minat
pelajar semakin meningkat dalam mendalami topik yang dipelajari.

Seterusnya, item ke-12 dikaji untuk menilai tahap komunikasi antara responden dengan rakan dan pensyarah dalam aktiviti
“hands-on” yang dijalankan. Nilai skor min yang diperoleh iaitu sebanyak 4.83 diukur menggunakan Jadual 3.2.1 mendapati
bahawa tahap komunikasi 2 hala antara responden dan rakan beserta pensyarah amat memberangsangkan. Ini kerana, responden
berpeluang secara terus bertanya kepada rakan dan pensyarah sekiranya terdapat masalah dalam aktiviti “hands-on” yang telah
dilaksanakan.

3.2.4 Dapatan Kajian 3

Dapatan kajian pada item ke-13 adalah untuk melihat sama ada responden lebih bersemangat untuk belajar dan menghadiri
kuliah setelah aktiviti “hands-on” dilaksanakan. Nilai skor min yang diperoleh iaitu sebanyak 4.61 merujuk kepada tahap
penerimaan yang tinggi. Ini membuktikan bahawa responden menunjukkan peningkatan tahap motivasi diri setelah melibatkan
diri dalam segala aktiviti “hands-on” yang dilaksanakan.

Bagi dapatan item ke-14 pula, nilai skor min yang diperoleh iaitu sebanyak 4.26 mendapati bahawa rata-rata responden lebih
berkeyakinan untuk lulus dengan cemerlang. Nilai skor yang diperoleh dibandingkan dengan Jadual 3.2.1 dan terbukti bahawa
tahap penerimaan responden adalah tinggi.

Seterusnya, item ke-15 dikaji untuk melihat sejauh mana P&P yang menarik dapat mendekatkan pelajar dengan Kursus PBS
2014. Berdasarkan dapatan nilai skor min yang diperoleh iaitu sebanyak 4.96 mendapati bahawa tahap penerimaan yang tinggi
oleh responden apabila dibandingkan dengan Jadual 3.2.1. Ini membuktikan bahawa apabila pendekatan yang digunakan
menarik, ia sekaligus meningkatkan motivasi responden dan menarik minat mereka untuk lebih menyukai Kursus PBS 2014.

Item ke-16 pula dikaji untuk melihat tahap motivasi dan penglibatan responden dalam aktiviti “hands-on” yang telah
dilaksanakan. Melalui nilai skor min yang diperoleh iaitu sebanyak 4.96 menunjukkan bahawa tahap penerimaan dikategorikan
sebagai tinggi. Ini membuktikan bahawa responden lebih bermotivasi tinggi dan melibatkan diri sepenuhnya dalam aktiviti
“hands-on” yang telah dijalankan.

3.2.5 Dapatan Kajian 4

Dapatan kajian bagi item-17 adalah untuk mengkaji tahap perkongsian maklumat mengenai teori yang dipelajari. Nilai skor min
yang diperoleh adalah sebanyak 4.26 menunjukkan rata-rata responden berkongsi maklumat mengenai teori yang dipelajari.

Seterusnya, item-18 dikaji untuk melihat sejauh mana teori yang dipelajari berkait dengan rutin harian. Merujuk kepada nilai skor
min yang diperoleh iaitu sebanyak 4.39, mendapati bahawa teori yang dipelajari sememangnya berkait rapat dengan rutin harian
walaupun terdapat segelintir pelajar tidak menyedari hakikat tersebut.

Akhir sekali adalah item-19 yang dikaji bagi menilai tahap pengaplikasian konsep dan teori yang dipelajari dalam kehidupan
seharian. Merujuk Jadual 3.2.1, nilai skor min yang diperoleh melalui analisis soal selidik adalah sebanyak 4.55 dan
dikategorikan sebagai tahap penerimaan yang tinggi. Ini membuktikan bahawa kebanyakkan responden bersetuju bahawa segala

87

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

konsep dan teori yang dipelajari boleh diaplikasi dalam kehidupan seharian dan bukan sekadar penghafalan untuk lulus dalam
peperiksaan.

4.0 KESIMPULAN

Dapatan yang diperoleh daripada kajian yang telah dilakukan menunjukkan analisis skor min yang tinggi pada setiap 19 item
yang dikaji. Ini membuktikan bahawa pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara “hands-on” bagi Kursus Asas Kejuruteraan
Sains 2 (PBS 2014) mendapat persepsi positif daripada responden yang terdiri daripada pelajar Pra-Diploma Sains (IPS 2).
Melalui pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara “hands-on”, responden dilihat mampu menguasai teori asas dengan jelas,
menunjukkan peningkatan minat terhadap kursus dan meningkatkan motivasi disamping mengaplikasi teori Asas Kejuruteraan
Sains 2 (PBS 2014) dalam kehidaupan seharian. Melalui kaedah ini, responden dapat meneroka masalah dan mencari
penyelesaian sendiri berbanding hanya membaca atau mendengar kuliah sahaja. Responden juga mampu mewujudkan
komunikasi dua hala bersama rakan dan pensyarah semasa penglibatan diri sepenuhnya dalam aktiviti “hands-on” yang telah
dirancang oleh pensyarah sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan.

Dengan itu, pengkaji merasakan bahawa kajian ini amat berkesan memandangkan dapatan gred yang diperoleh pada Peperiksaan
Akhir Sesi Disember 2015 amat memberangsangkan. Seramai 14 orang responden yang terdiri daripada pelajar Pra-Diploma
Sains (IPS2) mendapat gred A- ke atas. Bilangan ini melebihi 60% daripada bilangan keseluruhan responden yang dikaji.

5.0 CADANGAN

Berdasarkan dapatan dan hasil kajian yang diperoleh, penyelidik merasakan bahawa penggunaan P&P secara “hands-on” mampu
memberi persepsi dan kesan yang amat positif kepada pelajar. Namun, terdapat beberapa perkara yang memerlukan
penambahbaikan bagi memberikan impak positif yang lebih berkesan dan memberangsangkan. Berikut merupakan cadangan
penambahbaikan bagi kajian seterusnya:

5.1 Pensyarah

Pensyarah perlu merancang dan memastikan setiap aktiviti “hands-on” yang dilaksana perlu dispesifikasikan dengan keperluan
kandungan silibus supaya setiap aktiviti lebih menjurus dengan apa yang diperlukan. Seterusnya, pensyarah perlu
menitikberatkan penglibatan pelajar secara menyeluruh agar setiap pelajar berpeluang menimba pengalaman dan menyelesaikan
masalah yang diberi bagi peningkatkan kefahaman mereka dalam sesuatu konsep atau teori yang diuji.

5.2 Kajian Lanjutan

Kajian ini perlu diperluas kepada sampel yang lebih besar iaitu melibatkan sampel dari pelbagai jenis politeknik untuk
mendapatkan persepsi dan dapatan kajian yang lebih jitu dan berkesan. Selain itu, kajian ini juga boleh dijalankan kepada kursus
yang lain supaya kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara “hands-on” ini diaplikasi kepada semua pelajar agar semua
pelajar memahami konsep dan teori dengan lebih mendalam bukan sekadar menghafal teori untuk peperiksaan.

6.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya, kajian ini diharap dapat menjadi titik permulaan atau agenda perubahan dalam kaedah pengajaran dan
pembelajaran (P&P) yang digunapakai pada era teknologi kini. Pendekatan dan pengalaman yang dialami semasa melakukan
aktiviti “hands-on” yang mencabar sebenarnya mampu menarik minat dan penguasaan ilmu pengetahuan kepada pelajar
disamping menerapkan nilai-nilai murni dan mewujudkan komunikasi diantara pelajar dan pensyarah. Justeru itu, tahap
penguasaan ilmu oleh tenaga pengajar perlu dipertingkat dan dikongsi bersama pelajar untuk mewujudkan kualiti pembelajaran
yang lebih optimum dan memberangsangkan.

7.0 RUJUKAN

Abd. Rahim Abd Rashid (2001). Nilai-nilai Murni dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Cergas (M) Sdn. Bhd.

Kamisah Osman, Zanaton Hj. Iksan, Lilia Halim, Sikap terhadap Sains dan Sikap Saintifik di Kalangan Pelajar Sains dalam
Jurnal Pendidikan 32, 2007, muka surat 39-60.

Meor Ibrahim Kamaruddin, Assaadah Mohamad, Kajian Gaya Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar UTM dalam Journal of
Educational Psychology and Counseling, Volume 2, Jun 2011, Pages 51-77.

Mohd Nawi Ab. Rahman (2000). Teras Penyelidikan. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Noraini Idris, Esther Gnanamalar Sarojini Daniel, Rohaida Mohd Saat (2007). Teknologi dalam Pendidikan Sains & Matematik.
Kuala Lumpur : Penerbit Universiti Malaya

Zurida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idros, Mohd Ali Samsuddin (2006). Kaedah Mengajar Sains, Kuala Lumpur: PTS
Professional.

88

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Pembangunan Kemahiran Insaniah Menerusi Aktiviti CSR
Database System Dalam Kalangan Pelajar Diploma
Kejuruteraan Elektronik (Komputer),
Politeknik Sultan Azlan Shah

Zainora Binti Kamal ludin1, Darni Binti Darmin2,

Politeknik Sultan Azlan Shah. [email protected]
Politeknik Sultan Azlan Shah, [email protected]

_____________________________________________________________________

ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk melihat pembangunan kemahiran insaniah (KI) menerusi aktiviti Community Service

Responsibility Database System (CSR DBS) sebagai jalan alternatif untuk menerapkan kemahiran insaniah pelajar secara
langsung. Seramai 35 orang pelajar yang mengambil subjek Database System pada Sesi Disember 2015 telah terlibat dalam
kajian ini. Tiga elemen kemahiran insaniah yang dikaji adalah melibatkan kemahiran komunikasi, kemahiran berfikir kritis dan
kemahiran berpasukan. Instrumen kajian yang digunakan ialah set soal selidik yang mengandungi 38 item dan menggunakan
skala Likert 5 mata. Analisis data dinyatakan dalam bentuk peratusan dan min menggunakan perisian Statistical Package for
Social Science (SPSS) version 16.0 dan nilai Alpha Cronbach adalah 0.965. Secara keseluruhannya, dapatan kajian adalah tinggi
iaitu dengan skor min keseluruhan 4.31. Ini menunjukkan terdapat impak dan transformasi yang positif dalam konteks
pembelajaran bermakna dalam pembangunan diri pelajar dari segi pengukuhan personaliti pelajar dan hubungan dalam komuniti.

Kata kunci: Kemahiran Insaniah, Community Service Resposibility, Pembangunan Diri.

PENGENALAN

Modul Pembangunan Kemahiran Insaniah untuk Institusi Pengajian Tinggi Malaysia telah dilancarkan pada 22 Ogos
2006 oleh Y.B Menteri Pengajian Tinggi Malaysia bertujuan bagi melahirkan modal insan berkualiti, berketrampilan dan mampu
bersaing hingga ke peringkat antarabangsa. Beberapa kajian mendapati kemahiran teknikal dan kecemerlangan akademik semata-
mata tidak menjamin kebolehpasaran graduan apabila mereka tamat pengajian ataupun latihan (Mohd Yusof dan rakan-rakan,
2010).

Sebaliknya untuk melahirkan modal insan kelas pertama yang mampu berdaya saing, cekap, tahan lasak dan
fleksibel apabila berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam pekerjaan, maka penekanan aspek kemahiran insaniah dalam
kalangan pelajar perlu ditingkatkan (Ahmad dan Azwa, 2010). Penekanan kepada penglibatan pelajar dalam sebarang aktiviti
kokurikulum, lawatan dan khidmat masyarakat perlu dirancang khusus dan terarah untuk membina kemahiran insaniah secara
tersusun dan berstuktur (Mohd Yusof dan rakan-rakan, 2010).

Kajian Mohd Fathi Adan dan rakan-rakan (2013) mengenalpasti terdapat beberapa impak positif KI di kalangan
pelajar UTM yang menjalankan khidmat masyarakat. Justeru itu, Program Community Service Responsibility Database System
(CSR DBS) telah dilaksanakan bagi membantu pelajar Sekolah Kebangsaan Proton City Tanjong Malim mempelajari cara
membangunkan pangkalan data menggunakan Perisian Microsoft Access 2013.

Aktiviti CSR DBS ini menggunakan pendekatan Service Learning (SL) iaitu satu pendekatan holistik yang membolehkan
pelajar bukan sahaja mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, nilai moral dan kenegaraan di luar bilik kuliah atau alam sebenar
sebelum ke pasaran kerja malah mereka turut memperoleh nilai tambah baru dari aspek pengetahuan, kemahiran dan pengalaman
melalui aktiviti perkhidmatan yang mereka berikan (Tee dan rakan-rakan, 2013). Diharapkan dengan aktiviti CSR yang
berbentuk teknikal ini dapat membina KI pelajar politeknik secara tersusun dan berstruktur bagi menyediakan pelajar ke alam
pekerjaan.

Sehubungan itu, beberapa objektif kajian telah dikenalpasti untuk kajian ini iaitu;
(i) Apakah tahap pembangunan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik
(Komputer), Politeknik Sultan Azlan Shah?
(ii) Apakah tahap pembangunan kemahiran penyelesaian masalah kritis dalam kalangan pelajar Diploma
Kejuruteraan Elektronik (Komputer), Politeknik Sultan Azlan Shah?
(iii) Apakah tahap pembangunan kemahiran berpasukan dalam kalangan pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik
(Komputer), Politeknik Sultan Azlan Shah?

89

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

2.0 METODOLOGI KAJIAN

2.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini menggunakan kajian tinjauan berbentuk penyelidikan deskriptif yang bertujuan untuk memberi penjelasan yang
menyeluruh dan tepat terhadap pembangunan kemahiran insaniah menerusi aktiviti CSR DBS dalam kalangan pelajar Diploma
Kejuruteraan Elektronik (Komputer), Politeknik Sultan Azlan Shah. Borang soal selidik digunakan untuk menumpukan kepada
tahap penguasaan pelajar yang dijadikan sebagai responden dalam kajian ini bagi melihat pembangunan kemahiran insaniah
menerusi aktiviti CSR DBS.

2.2 Populasi dan Sampel Kajian

Sampel di dalam kajian ini terdiri daripada pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer),Politeknik Sultan Azlan Shah.
Jumlah populasi kajian adalah seramai 35 orang pelajar. Dengan menggunakan kaedah pensampelan Krejcie dan Morgan (1970)
bagi menentukan sampel kajian adalah seramai 35 orang pelajar daripada keseluruhan populasi.

2.3 Instrumen kajian

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah borang soal selidik yang diadaptasi daripada kajian pengkaji terdahulu
iaitu Norazman dan rakan-rakan (2014). Borang soal selidik ini terdiri daripada 4 bahagian yang meliputi bahagian A iaitu
demografi responden, bahagian B iaitu kemahiran komunikasi, bahagian C iaitu menyelesaikan masalah kritis dan bahagian D
iaitu kemahiran kerja berkumpulan. Soal selidik ini juga dijawab oleh respondan secara online menggunakan Google Form.
Kebolehpercayaan instrument dianalisis berdasarkan nilai Alpha Cronbach iaitu 0.965 yang menunjukkan item-item dalam
instrument mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.

3.0 DAPATAN KAJIAN

Dalam kajian ini, data dianalisis dengan menggunakan analisis data kuantitatif. Semua data dalam Bahagian A, B, C,
dan D diproses menggunakan perisian Statistical Package for Social Science for Windows Version 16.0 (SPSS V16.0). Tahap
kemahiran-kemahiran ini diukur berdasarkan kepada julat interpretasi skor min berpandukan Jadual 1 di bawah.

Jadual 1. Tahap kecenderungan mengikut skor min

Skor Min Tahap Kecenderungan

1.00-2.33 Rendah

2.34-3.66 Sederhana
3.67-5.00 Tinggi
Sumber: Azizi dan rakan-rakan (2007)

Hasil soal selidik pada bahagian A dipaparkan menggunakan carta pai yang mewakili nilai peratusan, manakala bahagian B, C
dan D menggunakan skor min.

3.1 Keboleh percayaan

Ujian kebolehpercayaan digunakan untuk menentukan indeks kebolehpercayaan instrumen kajian. Jadual 2 menunjukkan
kebolehpercayaan (Alpha Cronbach) dalam setiap elemen kemahiran insaniah. Elemen kemahiran kerja berpasukan adalah yang
paling tinggi 0.943, diikuti dengan elemen kemahiran menyelesaikan masalah secara kritis 0.924 dan seterusnya eleman
kemahiran komunikasi 0.915. Mohd Majid (2000) mencadangkan nilai minimum bersamaan 0.6. berdasarkan kajian ini didapati
nilai Alpha Cronbach bagi semua elemen kemahiran insaniah adalah melebihi 0.6 dan melepasi nilai kebolehpercayaan. Ini
menunjukkan bahawa item-item adalah konsisten dan boleh dipercayai

Jadual 2. Nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi Kemahiran Insaniah

Bil Pembolehubah Bilangan Item Nilai Alpha Cronbach

1 Kemahiran Komunikasi 15 0.915

2 Kemahiran Menyelesaikan Masalah secara Kritis 10 0.924

3 Kemahiran Kerja Berpasukan 13 0.943

3.2 Bahagian A. Demografi

Berdasarkan carta pai pada Rajah 1, bilangan pelajar mengikut jantina perempuan adalah sebanyak 14% iaitu 5 orang dan
bilangan pelajar lelaki adalah sebanyak 86% iaitu 30 orang.

90

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Jantina

Perempuan
14%

Lelaki
Perempuan

Lelaki
86%
Rajah 1. Peratusan bilangan pelajar mengikut jantina

Rajah 2 pula menunjukkan carta pai umur pelajar adalah dalam lingkungan 20-21 tahun iaitu sebanyak 86% iaitu 30 orang
manakala umur 22 tahun ke atas adalah 14% iaitu 5 orang

Umur

22 tahun ke atas
14%

20-21 tahun
22 tahun ke atas

20-21 tahun
86%

.
Rajah 2. Peratusan bilangan pelajar mengikut umur

4.2 Bahagian B. Kemahiran Komunikasi

Persoalan Kajian i. Apakah tahap pembangunan kemahiran komunikasi dalam kalangan pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik
(Komputer), Politeknik Sultan Azlan Shah?

Dapatan kajian bagi aspek kemahiran komunikasi menunjukkan skor min keseluruhan yang dicatakan dalam item ini adalah 4.33
seperti pada Jadual 3. Ini menunjukkan tahap kemahiran berkomunikasi dari responden adalah tinggi. Ini adalah kerana min yang
ditunjukkan berada dalam julat 3.67 hingga 5.00 seperti yang ditafsirkan dalam jadual penafsiran dan kecenderungan min.
Daripada keseluruhan item kemahiran komunikasi, item ke 3 iaitu berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan baik adalah item
yang tertinggi 4.77 manakala item yang terendah adalah item ke 11 iaitu menggunakan bahasa Inggeris dalam pembentangan
3.69.

Jadual 3. Min Kemahiran Komunikasi Min
Bil Item 4.40
1. berkomunikasi dalam pelbagai situasi 3.86
2. berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik 4.77
3. berkomunikasi dalam bahasa Melayu dengan baik 4.06
4. menulis dalam bahasa Inggeris dengan baik 4.71
5. menulis bahasa Melayu dengan baik 4.40
6. menerangkan idea dengan jelas 4.37
7. menjadi pendengar yang aktif 4.29
8. memberi maklumbalas yang baik semasa perbincangan 4.26
9. mengingat apa yang disampaikan dengan baik 4.29
10. mempertimbangkan idea orang lain 3.69
11. menggunakan bahasa Inggeris dalam pembentangan 4.63
12. menggunakan bahasa Melayu dalam pembentangan 4.20
13. membuat pembentangan dikhalayak ramai 4.43
14. membuat pembentangan dengan yakin 4.63
15. membuat pembentangan dengan menggunakan teknologi. 4.33

Skor Min Kemahiran Komunikasi

91

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

4.4 Bagian C. Kemahiran Menyelesaikan Masalah secara Kritis

Persoalan Kajian ii. Apakah tahap pembangunan kemahiran penyelesaian masalah kritis dalam kalangan pelajar Diploma
Kejuruteraan Elektronik (Komputer), Politeknik Sultan Azlan Shah?

Dapatan kajian bagi aspek kemahiran menyelesaikan masalah secara kritis menunjukkan skor min keseluruhan yang dicatakan
dalam item ini adalah 4.41 pada Jadual 4. Ini menunjukkan tahap kemahiran menyelesaikan masalah secara kritis dari responden
adalah tinggi. Ini adalah kerana min yang ditunjukkan berada dalam julat 3.67 hingga 5.00 seperti yang ditafsirkan dalam jadual
penafsiran dan kecenderungan min. Daripada keseluruhan item kemahiran menyelesaikan masalah secara kritis, item ke 10
memilih alternatif terbaik sebagai penyelesaian masalah 4.57 manakala item yang terendah adalah item ke 3 menganalisis
masalah secara kritikal 4.14.

Jadual 4. Min Kemahiran Menyelesaikan Masalah secara Kritis Min
Bil Item 4.49
1. menyatakan masalah dengan jelas 4.34
2. mengesan kewujudan masalah 4.14
3. menganalisis masalah secara kritikal 4.29
4. membuat perancangan yang rapi dalam menyelesaikan masalah 4.46
5. menilai sesuatu dengan bertindak secara rasional 4.51
6. mengenalpasti keperluan untuk membuat keputusan 4.34
7. membuat penilaian untuk menyelesaikan masalah 4.46
8. membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah 4.54
9. mencari alternatif lain untuk menyelesaikan masalah 4.57
10. memilih alternatif terbaik sebagai penyelesaian masalah
4.33
Skor Min Kemahiran Menyelesaikan Masalah secara Kritis

4.5 Bahagian D. Kemahiran Kerja Berpasukan

Persoalan Kajian iii. Apakah tahap pembangunan kemahiran berpasukan dalam kalangan pelajar Diploma Kejuruteraan
Elektronik (Komputer), Politeknik Sultan Azlan Shah?

Dapatan kajian bagi aspek kemahiran kerja berpasukan menunjukkan skor min keseluruhan yang dicatakan dalam item ini adalah
4.19 pada Jadual 5. Ini menunjukkan tahap kemahiran kerja berpasukan dari responden adalah tinggi. Ini adalah kerana min yang
ditunjukkan berada dalam julat 3.67 hingga 5.00 seperti yang ditafsirkan dalam jadual penafsiran dan kecenderungan min.
Daripada keseluruhan item kemahiran menyelesaikan masalah secara kritis, item ke 5 melaksanakan tugas dengan konsisten 4.69
manakala item terdapat 2 item yang terendah iaitu item ke 8 mengambil peranan sebagai ketua kumpulan dan item ke 10
merancang strategik kerja kumpulan dengan berfikir secara kritis 4.29.

Jadual 5. Min Kemahiran Kerja Berpasukan Min
Bil Item 4.54
1. berkomunikasi dengan ahli kumpulan 4.66
2. mendengar pandangan dari ahli kumpulan 4.54
3. mengambil bahagian secara aktif dalam kumpulan 4.66
4. bekerja dengan baik dalam satu pasukan 4.69
5. melaksanakan tugas dengan konsisten 4.54
6. menyiapkan tugas dalam tempoh yang ditetapkan 4.63
7. bekerja dengan baik dalam satu pasukan 4.29
8. mengambil peranan sebagai ketua kumpulan 4.49
9. melibatkan diri dalam perbincangan 4.29
10. merancang strategik kerja kumpulan dengan berfikir secara kritis 4.34
11. memberikan idea yang bernas kepada kumpulan 4.51
12. berkongsi maklumat dengan ahli kumpulan 4.51
13. memberi galakan kepada ahli kumpulan
4.19
Skor Min Kemahiran Kerja Berpasukan

Secara keseluruhan, pembangunan kemahiran insaniah pelajar dalam kalangan pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik
(Komputer) Poilteknik Sultan Azlan Shah yang menjalankan aktiviti CSR DBS ini berada pada tahap yang tinggi dengan skor
min keseluruhan 4.31. Perincian analisis min bagi ketiga-tiga elemen kemahiran insaniah yang diuji ditunjukkan pada Jadual 6.

92

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Jadual 6. Jenis Kemahiran Insaniah Min
Bil Jenis Kemahiran Insaniah 4.33
1 Kemahiran Komunikasi 4.41
2 Kemahiran Menyelesaikan Masalah secara Kritis 4.19
3 Kemahiran Kerja Berpasukan 4.31

Jumlah Skor Min Keseluruhan

5.0 KESIMPULAN

Pembangunan Kemahiran Insaniah pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer) Poilteknik Sultan Azlan
Shah, hari ini jelas boleh dibangunkan melalui aktiviti CSR DBS yang berbentuk teknikal. Hal ini kerana pelajar dapat
menyumbang kepada masyarakat dengan mempraktikkan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari di bilik kuliah bagi
menyelesaikan permasalahan masyarakat khasnya dalam mempelajari dan membangunkan pangkalan data di bawah kurikulum
KSSR Teknologi Maklumat dan Komunikasi Tahun 5 (TMK 5) bersama Sekolah Kebangsaan Proton City, Tanjong Malim.
Dalam masa yang sama, proses pengajaran dan pembelajaran masih boleh dilaksanakan bagi menilai kerja kursus pelajar dalam
suasana yang baru. Selain itu, aktiviti ini dapat mempromosikan politeknik kepada masyarakat sekeliling menerusi penglibatan
staf dan pelajar dengan menyalurkan kepakaran, penggunaan kemudahan dan peralatan yang terdapat di politeknik kepada
masyarakat. Secara keseluruhannya, pembangunan kemahiran insaniah yang dikaji sangat memberi impak yang positif dalam
pembangunan diri pelajar sekaligus mengukuhkan personaliti pelajar dan mengeratkan hubungan dalam komuniti.

6.0 CADANGAN

Hasil daripada dapatan dan kesimpulan kajian, dicadangkan beberapa langkah yang perlu diambil oleh pihak politeknik
khususnya untuk menggalakkan kemahiran insaniah dikalangan pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran samada secara
langsung atau tidak langsung.

i. Pihak Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan pihak Pengurusan Politeknik Sultan Azlan Shah perlu merangka satu strategi
bagi memantapkan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pelajar, terutamanya apabila berhadapan dengan
masyarakat.

ii. Pensyarah perlu lebih kreatif dalam menghasilkan soalan atau aktiviti yang berasaskan penyelesaian masalah. Ini bagi
menggalakkan pelajar menjadi lebih kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

iii. Setiap pelajar perlu diberi ruang dan peluang untuk menjadi pemimpin atau ketua dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan
di dalam bilik kuliah. Ini mampu melatih pelajar untuk membina keyakinan diri mereka terutama apabila berhadapan
dengan pelbagai situasi yang di luar jangkaan.

RUJUKAN

Ahmad Esa dan Azwa Ahmad Anuar (2010) Penerapan Kemahiran Insaniah Di Pusat Giat Mara (Pgm) : Satu Analisis
Perbandingan dalam Ahmad Esa dan Mohamad Zaid Mustafa (2010) Kemahiran Insaniah : kajian di Intitusi-Institusi
Pengajian Tinggi. Batu Pahat. Penerbit UTHM.

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan (2007). Menguasai
Penyelidikan Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Dewan bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pengajian Tinggi (2006). Modul Pembangunan dan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) Untuk Institusi Pengajian
Tinggi Malaysia. Universiti Putra Malaysia.

Krejcie, R.V., & Morgan, D.W (1970). Determinig Sample Size for Research Activities. Educational and Physicological
Measurement 1970.

Mohamad Majid Konting (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur.

Mohd Fathi Adnan, Azlan Abdul Latib, Shahrin Hashim, Noor Syafafwati Mamat, Pembangunan Kemahiran Insaniah Pelajar
Universiti Teknologi Malaysia (2013). 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013).

Mohd Yusof Husain, Seri Bunian Mokhtar, Asro Abdul Kamil dan Ramli Mustafa (2010). Kemahiran Insaniah dalam Kalangan
Pelajar Kejuruteraan Elektrik Politeknik Sultan Azlan Shah. The Regional Seminar on Sciences, Technology and Social
Sciences 2010.

Noorazman Abd Samad, Noor Hisham Jalani, Hairuddin Harun, Wan Mohd Rashid Wan Ahmad, Andrian Pua Poh Keong
(2014). Tahap Kemahiran Insaniah Dalam Kalangan Pelajar Kejuruteraan Tahun Akhir Di Politeknik Primier Malaysia.
Seminar Antarabangsa Pertama Pendidikan Teknik Dan Vokasional 2014 (Tveis 2014).

Tee Tiam Chai, Hamdan Said, Norashuha Tajuddin, Nguyen Thuy Van,Ros Ilyani Rosdi, Mohd Rustam Mohd Rameli, Noriadah
Abdul Karim (2013). The Role Of Academic Advisor In Motivating Students To Perform Service-Learning. 2nd
International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013).

93

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Kesedaran Pengetahuan Keperluan Kemahiran Bantuan
Awal Sekiranya Berlaku Kecemasan di Kalangan Para

Pelajar Politeknik

Arman bin Hj. Ahmad Sapawi1, Kapt (PA) Hj Hazril Hisham Bin Hussin2,
Zuraiti Binti Hj Che Amat3

Politeknik Sultan Azlan Shah, [email protected]
Politeknik Sultan Azlan Shah, [email protected]

Politeknik Sultan Azlan Shah, [email protected]

____________________________________________________________________

Abstrak

Kemahiran atau kesedaran tentang pengetahuan keperluan kemahiran bantuan sekiranya berlaku kecemasan perlu dititikberatkan
bukan sahaja kepada pengamal-pengamal keselamatan sahaja, malah seharusnya dikembangkan kepada segenap lapisan
masyarakat agar tindakan pantas dapat dilakukan bagi menyelamatkan nyawa dan sebagainya. Merujuk kepada kemahiran sedia
ada di kalangan para pelajar samada di peringkat sekolah rendah, menengah, institusi pendidikan tinggi awam atau swasta,
kebanyakan pelajar lebih bertumpu kepada aspek kurikulum sahaja. Hanya segelintir pelajar sahaja yang meluangkan masa
dengan mengikuti aktiviti kokurikulum samada melalui kelab, persatuan, aktiviti sukan serta pasukan beruniform. Penekanan ke
arah kemahiran diri dari segi bantuan kecemasan amat kurang dititikberatkan. Sehubungan dengan itu, institusi pendidikan
samada di peringkat rendah mahupun tinggi perlu memberikan penekanan khusus berkaitan unsur-unsur menyelamat, berdikari
dan kemahiran bantuan awal terutamanya ketika menghadapai situasi kecemasan yang sememangnya tidak dapat dijangka atau
diramal.

_______________________________________________________________________________________________________

1. Pendahuluan

Malaysia pada masa kini sedang mengorak langkah proaktif bagi mencapai tahap negara perindustrian maju dalam segala aspek
yang merangkumi ekonomi, politik, sosial, kebudayaan dan sebagainya. Wawasan 2020 yang dimeterai oleh mantan Perdana
Menteri terdahulu Tun Dr Mahathir Bin Mohamad pada tahun 1991 adalah merupakan mercu tanda tahap pencapaian sebenar
negara ke arah mencapai matlamat tersebut melalui sembilan cabaran strategik (Unit Perancang Ekonomi, 2013).

Salah satu daripada sembilan cabaran strategik Wawasan 2020 tersebut ialah mewujudkan masyarakat yang penyayang
di mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu
tetapi di sekeliling sistem kekeluargaan yang kukuh (Siti Fatimah, 1999). Merujuk kepada kepentingan masyarakat, secara tidak
langsung kemahiran dari segi tindakan awal sekiranya berlakunya kecemasan amat penting bagi membantu sesiapa sahaja yang
diperlukan tidak mengira bangsa, agama, kaum dan budaya.

Menurut Mohd Nor Izwan (2016), kemahiran asas menyelamat ini boleh diringkaskan sebagai satu kaedah atau cara
untuk melakukan tindakan terhadap sesuatu perkara yang tidak diingini di mana mempunyai cara-cara dan panduan menyelamat
yang tersendiri. Kemahiran asas menyelamat juga mempunyai pelbagai cara dan panduan yang boleh dilakukan bertujuan untuk
menyelamatkan mangsa daripada menghadapi situasi yang lebih merbahaya contohnya situasi yang boleh membawa kepada
kematian, kecederaan atau kecacatan berpanjangan dan sebagainya .

1.1 Tujuan Kajian

Kajian ini dilakukan untuk mengkaji senario pengetahuan para pelajar Politeknik Malaysia berkaitan keperluan bantuan awal
sekiranya berlaku kecemasan. Justeru itu, kajian ini akan menjuruskan kepada pengetahuan sedia ada dan peranan institusi
dalam memastikan pelajar berkebolehan dalam menghadapi situasi getir sekiranya berlaku kecemasan selain dengan merujuk
kepada pihak berkuasa.

1.2 Objektif Kajian

Kajian ini dibuat bagi mengkaji dan menerangkan beberapa perkara penting yang membawa kepada keperluan dan kepentingan
kemahiran bantuan awal sekiranya berlaku kecemasan di kalangan pelajar politeknik. Objektif utama kajian adalah :

i. Mengetahui kemahiran asas atau sedia ada pelajar bagi menghadapi situasi kecemasan
ii. Mengenalpasti peranan institusi khususnya Politeknik Malaysia bagi membantu para pelajar untuk mempelajari ilmu-ilmu

melakukan tindakan awal sekiranya berlaku kecemasan
iii. Mengetahui kekangan-kekangan yang dihadapi oleh para pelajar bagi memberikan tindakan awal sekiranya berlaku

kecemasan

94

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

1. Metodologi

Metodologi ataupun kaedah kajian adalah merupakan gabungan-gabungan strategi yang digunakan dalam mengambil dan
mengumpul data berdasarkan kepada persoalan kajian yang hendak dijalankan. Ia turut dikenali sebagai tatacara kajian ini
dijalankan. (Mohamad Najib, 1999). Justeru itu, dalam kajian ini, penyelidik menjurus terus kepada kaedah edaran borang soal
selidik. Ia adalah satu kaedah yang menjimatkan masa dan data yang diperolehi akan membantu penyelidik dari segi persediaan
analisis, dapatan dan seterusnya cadangan penambahbaikan. Rajah 3 menunjukan tatacara kerangka kajian ini dijalankan.

Rajah 3 : Kerangka Kajian Dijalankan

2. DAPATAN DATA

2.1 Analisis Bahagian A : Latar Belakang Responden

Dalam kajian ini, sebanyak 30 set borang soal selidik telah diedarkan di lokasi kajian. Sebanyak 24 set borang juga telah
dikembalikan semula kepada penyelidik dan borang ini telah lengkap diisi dengan jawapan oleh responden. Perincian mengenai
set borang soal selidik yang dikembalikan kepada penyelidik ditunjukkan dalam Jadual 4.

Jadual 4 : Perincian Borang Soal Selidik yang Dikembalikan oleh Responden kepada Penyelidik

Responden Jumlah Jumlah Peratus Soal selidik
diedarkan dikembalikan dikembalikan dianalisis

Pelajar 30 set 24 set 80 % 24 set

Seramai 24 responden yang terdiri daripada para pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah telah mengembalikan borang soal
selidik. Di dalam bahagian ini, beberapa item telah dikaji oleh penyelidik. Di antara item-item tersebut ialah jantina, taraf
perkahwinan, umur dan sebab menceburi bidang PTV. Semua item tersebut dinyatakan dalam bentuk peratusan. Ini adalah
kerana penyelidik beranggapan bahawa peratusan yang diperolehi boleh digunakan sebagai data akhir analisis kajian.

Penyelidik juga menggunakan skala ‘Likert’ seperti di jadual 5 dalam borang soal selidik dan telah diberikan pemberat
bermula dari 1 (sangat tidak setuju), 2 (tidak setuju), 3 (tidak pasti), 4 (setuju) dan 5 (sangat setuju) . Data-data yang diperolehi
daripada dapatan borang soal selidik digunakan sepenuhnya bagi melihat kepentingan kajian iaitu kesedaran pengetahuan
keperluan kemahiran bantuan awal sekiranya berlaku kecemasan di kalangan para pelajar politeknik.

95

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Skala Jadual 5 : Skala ‘Likert’ Singkatan
1 Jawapan (STS)
2 Sangat Tidak Setuju (TS)
3 Tidak Setuju (TP)
4 Tidak Pasti (S)
5 (SS)
Setuju
Sangat Setuju

(Mohamad Najib, 1999)

3.1.2 Taburan Responden berdasarkan jantina

Berdasarkan kepada dapatan kajian, jumlah responden dalam kajian ini adalah seramai 24 orang yang terdiri daripada 8 orang
(33.3 %) responden lelaki manakala 16 orang responden perempuan (66.7 %). Bilangan responden dan pecahan peratusan
jantina adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6.

Jadual 6 : Bilangan dan Peratusan Responden mengikut Jantina

Status Perkahwinan Jumlah Responden Peratus Responden (%)

Lelaki 8 33.3

Perempuan 16 66.7

Jumlah 24 100

3.1.3 Taburan Responden berdasarkan Status Perkahwinan

Dapatan kajian menunjukkan keseluruhan responden adalah masih bujang iaitu seramai 24 orang (100 %). Bilangan responden
dan pecahan peratusan bilangan status perkahwinan adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 7.

Jadual 7 : Bilangan dan Peratusan Responden mengikut Status Perkahwinan

Status Perkahwinan Jumlah Responden Peratus Responden (%)

Berkahwin - 0

Bujang 24 100

Jumlah 24 100

3.1.4 Taburan Responden berdasarkan Umur

Daripada borang soal selidik yang telah dianalisis, jumlah responden yang teramai adalah berumur di antara 21 hingga 30 tahun
iaitu seramai 6 orang (25 %). Bagi mereka yang berumur di bawah 20 tahun pula, bilangan responden adalah seramai 18 orang
(75 %). Jadual 8 menunjukkan bilangan dan pecahan peratusan responden mengikut peringkat umur.

Jadual 8 : Bilangan dan Peratusan Responden mengikut Peringkat Umur

Peringkat umur Jumlah Responden Peratus Responden (%)

20 tahun ke bawah 18 75
21 tahun – 30 tahun 6 25

Jumlah 153 100

3.1.5 Taburan Responden memilih untuk Menceburi Bidang PTV

Majoriti daripada jumlah responden kecenderungan memilih untuk menceburi bidang PTV adalah kerana minat diri mereka
sendiri iaitu sebanyak 13 orang (54.2 %). 8 orang (33.3 %) daripada jumlah responden memilih bidang PTV disebabkan oleh
dorongan. Terdapat dua faktor yang mempunyai bilangan responden yang rendah iaitu takdir dan lain-lain iaitu seramai 2 orang
(8.3 %) dan 1 orang (4.2 %). Jadual 9 menunjukkan bilangan dan pecahan peratusan responden mengikut pendapatan bulanan.

Jadual 9 : Bilangan dan Peratusan Responden mengikut Status Perkahwinan

Pilih Pendidikan PTV Jumlah Responden Peratus Responden (%)

Minat 13 54.2

Dorongan 8 33.3

Tiada Peluang Pekerjaan - -

Takdir 2 8.3

Lain-lain 1 4.2

Jumlah 24 100

3.1.6 Pengetahuan Tentang Kemahiran Bantuan Awal Sekiranya Berlaku Kecemasan

Para pelajar menunjukan elemen pernah belajar dan tahu berkenaan dengan ilmu sekiranya berlakau situasi kecemasan iaitu
seramai 17 orang (%) dan 4 orang (%). Seramai 3 orang pelajar pula memaklumkan tidak tahu tentang tindakan yang sepatut
dilakukan sekiranya berhadapan dengan situasi kecemasan.

96

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

3.2 Analisis Bahagian B : Latar Belakang Kemahiran Asas

Berdasarkan borang soal selidik, bahagian B ini digunakan untuk mengetahui tahap pendedahan terhadap ilmu bagi menangani
situsi kecemasan. Terdapat lima item digunakan secara khusus untuk mengenalpasti keterlibatan para pelajar dalam ilmu-ilmu
atau persediaan menghadapi kecemasan. Item-item tersebut adalah seperti kegiatan kokurikulum ketika di sekolah rendah,
menengah dan IPTA/S. Selain itu juga, faktor minat dan ilmu-ilmu yang diperolehi secara kursus turut diajukan melalui borang
soal selidik.

Merujuk kepada Jadual 10, peratus tertinggi adalah item 9 iaitu sebanyak 62.5 % berminat dengan pasukan beruniform
bagi mendalami ilmu menyelamat mangsa dalam situasi kecemasan. Faktor pernah menganggotai pasukan beruniform ketika di
sekolah menengah dan rendah turut mencatatkan peratusan yang tinggi iaitu 58.3 % dan 54.2 %. Selain daripada itu, item 9 juga
menunjukkan bacaan yang tidak ada seorang pun daripada responden yang memilih tidak pasti, tidak setuju serta sangant tidak
setuju. Ini menunjukkan responden amat berminat dengan pasukan beruniform yang meliputi ilmu menyelamat dan sebagainya.

Jadual 10 : Latar Belakang Kemahiran Asas

Pendedahan Terhadap Ilmu Bagi Menangani Tahap Pendedahan (skala ‘likert’) Jumlah
Situasi Kecemasan (%)
Item
100.1
1234 5 100
100.1
Pernah menganggotai pasukan beruniform - - 4.2 41.7 54.2
6 semasa di sekolah rendah 58.3 100
29.2
Pernah menganggotai pasukan beruniform - 4.2 4.2 33.3 37.5 100
7 semasa di sekolah menengah 12.5

Pernah menganggotai pasukan beruniform

8 semasa di kolwj 16.7 8.3 16.7 29.2

komuniti/politeknik/universiti, dll

Berminat dengan pasukan berunifrom bagi

9 mendalami ilmu menyelamat mangsa dalam - - - 62.5

situasi kecemasan

Pernah mengikuti kursus-kursus yang 4.2 41.7 33.3 8.3
10 melibatkan kemahiran asas menyelamat

mangsa dan sebagainya

3.3 Analisis Bahagian C : Kemudahan yang disediakan oleh politeknik

Bahagian C ini adalah berkaitan dengan kemudahan yang disediakan oleh pihak politeknik bagi membantu para pelajar untuk
mempraktikan ilmu menyelamat mangsa dalam situasi kecemasan. Terdapat enam item yang telah digunakan oleh penyelidik
bagi mengenalpasti kemudahan-kemudahan tersebut. Keenam-enam item tersebut ialah ruang atau lokasi, peralatan bantuan
awal, tenaga pengajar terlatih, kekerapan latihan, kos pembiayaan khidmat ditanggung dan faktor pengangkutan.

Merujuk Jadual 11, keenam-enam item mencatatkan peratusan persetujuan yang tinggi. Ini menunjukan politeknik
menyediakan kemudahan yang baik dalam memastikan khidmat bantuan awal kecemasan dapat dilakukan.

Jadual 11 : Skor Peratusan Item untuk Kemudahan yang disediakan di politeknik

Kemudahan Yang Disediakan Di Politeknik Dari Tahap Kemudahan Yang Disediakan Jumlah
Item Segi Ilmu Kemahiran Menyelamat Mangsa Dalam (skala ‘likert’) (%)

Situasi Kecemasan

12 3 4 5

11 Ruang/lokasi bagi melakukan tindakan awal - - 25 45.8 29.2 100
disediakan - - 37.5 45.8 16.7 100

12 Peralatan bantuan awal situasi kecemasan yang
lengkap

13 Tenaga pengajar terlatih/pakar yang mencukupi - - 8.3 62.5 29.2 100

14 Latihan pencegahan dan kemahiran kerap dibuat - 8.3 8.3 62.5 20.8 99.9

15 Kos pembiayaan sekiranya memberikan khidmat - 4.2 16.7 66.7 12.5 100.1
ditanggung

16 Pengangkutan disediakan bagi mengikuti aktiviti 4.2 - 29.2 41.7 25 100.1
latihan menyelamat dan sebagainya

3.4 Analisis Bahagian D : Aktiviti dalam Khidmat Bantuan Awal

Bahagian D ini mempunyai lima item untuk melihat aktiviti dalam khidmat bantuan awal di politeknik. Antara perkara-perkara
yang dilihat ialah pelajar yang menguasai ilmu menyelamat, kekerapan menyertai program-program sukarelawan, pemantauan
oleh penyelia, lawatan ilmiah dan program-program menyelamat bersama dengan institusi lain. Dapatan kajian yang diperoleh
dinyatakan dalam Jadual 12.

97

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Jadual 12 : Skor Peratusan Setiap Item untuk Aktiviti Khidmat Bantuan Awal

Item Khidmat Bantuan Awal di Politeknik Tahap Persediaan Aktiviti Jumlah
(skala ‘likert’) (%)

12 3 4 5

17 Jumlah pelajar yang mengetahui ilmu menyelamat - 8.3 37.5 50 4.2 100
adalah ramai

18 Selalu menyertai program-program sukarelawan - 12.5 54.2 25 8.3 100

19 Tugasan khidmat bantuan awal menyelamat dipantau - - 33.3 58.3 8.3 99.9
oleh penyelia

20 Mengadakan lawatan ke institusi-institusi seperti 4.2 16.7 45.8 29.2 4.2 100.1
Bomba, Hospital, APM, Rela dan sebagainya

21 Program/latihan menyelamat bersama dengan pelajar 4.2 - 50 29.2 16.7 100.1
daripada politeknik/institusi yang lain

Berdasarkan data analisis yang telah diperolehi, item 19 telah mencatatkan skor peratusan tertinggi iaitu 58.3 %. Namun
begitu, pihak pengurusan perlu mengambil langkah proaktif dengan mempergiatkan aktiviti seperti memperbanyakan program-
program kesukarelawan, lawatan dan latihan bersama dengan institusi yang berkenaan. Ia penting bagi memastikan para pelajar
bersedia dengan pengetahuan dan pengalaman bagi menangani setiap kemungkinan yang mungkin akan berlaku.

3.5 Analisis Bahagian E : Kekangan dalam melakukan tindakan awal menyelamat

Bahagian E ini adalah berkaitan dengan kekangan dalam melakukan tindakan awal menyelamat. Terdapat sembilan item yang
telah digunakan oleh penyelidik. Item-item tersebut ialah kemahiran khusus, masa, minat, kewangan dan sebagainya. Dapatan
kajian yang diperoleh dinyatakan dalam Jadual 13.

Jadual 13 : Skor Peratusan Setiap Item untuk Kekangan dalam melakukan tindakan awal menyelamat

Kekangan Dalam Melakukan Tindakan Awal Tahap Kekangan (skala ‘likert’) Jumlah
Menyelamat (%)
Item
100
22 Tidak mempunyai kemahiran menyelamat khusus 12345 100
- 20.8 16.7 50 12.5 100
100
23 Kemahiran sedia ada sudah mencukupi 4.2 12.5 45.8 29.2 8.3 99.9
99.9
24 Tidak ada masa untuk menghadiri kursus 8.3 29.2 37.5 20.8 4.2
100.1
25 Tidak mempunyai peluang untuk menghadiri kursus 12.5 37.5 25 25 -
100.1
26 Tidak berminat untuk menghadiri kursus 20.8 33.3 20.8 20.8 4.2
100.1
27 Yuran dikenakan mahal 12.5 20.8 33.3 25 8.3

28 Tiada bantuan kewangan yang diberikan untuk 4.2 16.7 58.3 16.7 4.2
menghadiri kursus

29 Institusi yang menawarkan kursus terlalu jauh 4.2 25 50 16.7 4.2

30 Tidak tahu wujudnya institusi, kursus atau program 12.5 16.7 50 16.7 4.2
yang boleh disertai

Keseluruhan item di dalam bahagian ini mencatatkan bacaan skor peratusan yang berbeza-beza. Ini berpunca daripada
tahap kesediaan pelajar dari segi kemahiran atau ilmu menyelamat. Selain daripada itu, pihak institusi perlu memainkan peranan
dengan memaklumkan tentang program-program yang boleh diikuti dan disertai oleh para pelajar terutamanya dalam
memantapkan ilmu menyelamat mangsa dalam situasi kecemasan. kekangan untuk melibatkan diri di dalam bidang PTV.
Namun begitu, penyelidik beranggapan bahawa kekangan yang dihadapi tidak begitu teruk kerana ia berada pada tahap yang
sederhana. Ia juga berpunca ekoran daripada terdapat pelajar yang menyatakan tidak setuju di setiap item atau soalan yang
diutarakan.

3.6 Rumusan/Kesimpulan/Cadangan

Penyelidik dengan berpandukan dapatan kajian berpendapat bahawa aspek kokurikulum yang mengfokuskan kepada
pengetahuan menyelamat semasa berhadapan dengan situasi kecemasan perlu diterapkan di kalangan para pelajar. Ia bukan
sahaja penting di institusi semata-mata malah turut boleh diaplikasikan di mana-mana sahaja.

Selain daripada itu juga, kemahiran menyelamat ini mempunyai tautan yang kuat dengan keadaan kesihatan dan nyawa
seseorang individu. Ini adalah kerana perkongsian pengetahuan dan pemupukan ilmu kecemasan di kalangan pelajar dalam
konteks rakyat Malaysia amnya amat penting bagi mewujudkan budaya ‘1st responder’ di kalangan masyarakat dan secara tidak
langsung menghapuskan sikap panik sekiranya berhadapan dengan situasi kecemasan (Mohd Taib Osman, 1986).

98

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Sehubungan dengan itu juga, adalah wajar institusi pendidikan tinggi awam mahupun swasta negara lebih memandang
serius tentang pengetahuan serta tindakan awal menyelamat. Permulaan yang bijak dari institusi pendidikan adalah merupakan
platform yang terbaik bagi mendidik dan memastikan rakyat serta masyarakat Malaysia berpengetahuan dalam bidang
menyelamat.

Jelas terbukti pada masa kini bahawa kemalangan atau situasi cemas boleh berlaku dalam masa yang tidak disangka oleh
manusia. Oleh yang demikian, menjadi satu kewajipan kepada semua pihak agar berupaya memberikan khidmat bantuan awal
kepada sesiapa sahaja yang memerlukan bagi memastikan keharmonian dan kesejahteraan sejagat.

Rujukan
“Kemahiran Asas Menyelamat”. Dirujuk pada Mei 15, 2016, daripada mohdnorizwansulaiman.blogspot.my
Sulaiman Daud (1995). ”RMK6 : Pendidikan dan Latihan”. Dirujuk pada September 30, 2006, daripada www.pmo.gov.my.
Siti Fatimah Abdul Rahman (1999). ”Interaksi Bermakna : Masa Berkualiti Bersama Keluarga”. Cetakan Pertama, Kuala

Lumpur. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). 75 - 112
Mohd. Taib Osman dan Wan Kadir Yusoff (1986). ”Kajian Budaya dan Masyarakat di Malaysia”, Cetakan Kedua, Ampang,

Selangor. Dewan Bahasa dan Pustaka. 331 - 346.
Karmel T., & Stanwick J., (2002). ”Vocational Education And Training Through One’s Lifetime (Improving Systems to Provide

VET through One’s Lifetime)”. National Centre for Vocational Education Research (NCVER), NCVER Journals. pg.
12.
Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (2013) “Wawasan 2020, 1991-2020”. Dirujuk pada April 2, 2016, daripada
www.epu.gov.my
Mohamad Najib Abdul Ghaffar (1999). ”Penyelidikan Pendidikan”. Cetakan Pertama, Skudai, Johor. Universiti Teknologi
Malaysia. 37 - 44.
Maryam Abd Majid (1998). “Kaedah Pendidikan Genarasi Berwawasan”. Cetakan Kedua, Kuala Lumpur. Jabatan Kemajuan
Islam. 18 - 20.
Ahmad Sarji, Azwar Abd Manan & Mohamad Abd Manaf (2003). “Wawasan 2020 Malaysia : Memahami Konsep, Implikasi
dan Cabaran”. Cetakan Kedua, Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara Malaysia. 120 - 126.
Abdul Rahman Isa, Rusli Nordin & Abdul Manaf Hj Ahmad (1998). “Pertolongan Cemas Prinsip dan Amalan”. Cetakan
Ketiga, Selangor. Creseent News. 6.
Camaron Moffat, Sir (1995). “Pertolongan Cemas untuk Kanak-kanak Cepat”. Cetakan Ketiga, Kuala Lumpur. Golden Book
Centre Sdn Bhd. 8 - 9.
Shahrol Lail Sujak, Dr (2000). “Pertolongan Cemas”. Cetakan Kedua, Kuala Lumpur. DPB. 5 - 6.
Utusan Online. Khidmat Tentera : Tiada Yang Terlepas. Dirujuk pada Jun 6, 2016, daripada www.utusan.com.my.

99


Click to View FlipBook Version