The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ebook.psis, 2020-08-16 23:14:42

e-Prosiding Seminar EnviroPOLY 2016

e-Prosiding Seminar EnviroPOLY 2016

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

1. Jantina Rajah 1: Jantina LELAKI
57% PEREMPUAN
43%

Jadual 2: Jantina

Lelaki Kuantiti Peratus (%)
Perempuan 13 43.3
Total 17 56.7
30 100.0

Jadual dan carta pai di atas adalah hasil analisis yang menunjukkan bahawa responden perempuan lebih
ramai berbanding dengan responden lelaki iaitu seramai 17 orang responden bersamaan (57%) dan 13
orang responden lelaki bersamaan dengan (43%)

2. Umur Usahawan IKS

Rajah 2: Umur Usahawan IKS

26.7
23.3

16.7

13.3 13.3

6.7

25 - 34 35 - 44 45 - 54 55 - 64 65 - 74 >74

Jadual 3: Umur Usahawan IKS Kuantiti Peratus (%)
4 13.3
25 hingga 34 tahun 4 13.3
35 hingga 44 tahun 8 26.7
45 hingga 54 tahun 7 23.3
55 hingga 64 tahun 5 16.7
65 hingga 74 tahun 2 6.7
74 tahun dan ke atas

400

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Jadual 3 menunjukkan peringkat umur bagi seseorang usahawan IKS. Terdapat enam peringkat
golongan umur iaitu 25 hingga 34 tahun, 35 hingga 44 tahun, 44 hingga 54 tahun, 55 hingga 64 tahun,
65 hingga 74 tahun dan 74 tahun ke atas. Mengikut hasil kajian yang telah dijalankan, responden yang
paling tinggi menjawab soalan adalah kategori umur 45 hingga 54 tahun iaitu sebanyak 8 orang
responden (27%). Manakala bilangan responden yang paling rendah menjawab adalah kategori umur
74 tahun dan ke atas iaitu sebanyak 2 orang responden (7%).

3. Tempoh Masa Penglibatan Di Dalam Industri IKS

Rajah 3:Tempoh Masa Penglibatan Di Dalam Industri IKS
(Tahun)

Jadual 3% 7% 1-5
4: 27% 33% 6 - 10
11 - 15
30% 16 - 20
>20

Tempoh Masa Penglibatan Di Dalam Industri IKS

1 hingga 5 tahun Kuantiti Peratus (%)
6 hingga 10 tahun 1 3.3
11 hingga 15 tahun 2 6.7
16 hingga 20 tahun 10 33.3
20 tahun ke atas 9 30.0
8 26.7

Hasil daripada analisis data menunjukkan responden yang telah terlibat di dalam industri IKS dalam
tempoh suatu masa. Bagi tempoh penglibatan di dalam industri IKS di antara 1 hingga 5 tahun adalah
3.3%. Peratus penglibatan yang tertinggi adalah diantara 11 hingga 15 tahun iaitu sebanyak 33.3%.
Manakala 26.7% telah teribat di dalam industri IKS melebihi daripada 20 tahun dan ke atas.

4. Sebab Memilih Industri IKS

Rajah 4: Sebab Memilih Industri IKS

7% 13% Perniagaan yang diwarisi

17% Memilih Industri IKS

Jadual 5: Sebab Minat yang mendalam
terhadap industri IKS

Mendapat galakan daripada

30% 33% keluarga dan rakan 401

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Perniagaan yang diwarisi Kuantiti Peratus (%)
Minat yang mendalam terhadap industri IKS 4 13.3
10 33.3
30.0
Mendapat galakan daripada keluarga dan rakan 9
16.7
Mempunyai kepakaran terhadap bidang pembuatan 5 6.7
makanan IKS

Tertarik dengan kemudahan 2

Jadual 5 menunjukkan hasil analisa sebab-sebab responden memilih industri IKS berbanding industri
yang lain. Seramai 4 orang responden (13%) telah memilih industri IKS kerana ia merupakan
perniagaan yang diwarisi turun temurun. Seramai 10 orang responden (33.3%) mempunyai minat yang
mendalam terhadap industri IKS manakala seramai 9 orang responden (30%) telah mendapat galakan
daripada keluarga dan rakan dalam penglibatan IKS. Disamping itu, 2 orang responden (7%) telah
tertarik dengan kemudahan yang telah disediakan oleh agensi kerajaan menjadi salah satu faktor
penglibatan responden didalam industri IKS.

5. Adakah Anda Pernah Menghadiri Kursus

Rajah 5: Adakah Anda Pernah Menghadiri Kursus?

100% Ya

Jadual 6: statistik Kehadiran Kursus Peratus (%)
Kuantiti 100.0

Ya 30

Hasil analisis menunjukkan semua responden (100%) menjawab pernah dan telah menghadiri kursus
yang dianjurkan.Usahawan IKS diwajibkan menghadiri kursus yang dianjurkan oleh agensi kerajaan
apabila usahawan IKS ingin mendapatkan bantuan daripada kerajaan.Diantara bantuan yang diberikan
adalah mesin pembuatan produk, mesin pembungkusan produk, peti penyejuk beku dan khidmat
nasihat.

402

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

6. Kekerapan Menghadiri Kursus

Rajah 6: Kekerapan Menghadiri Kursus

> 20 kali 43.3
15 - 20 kali
11 - 15 kali 16.7 30

6 - 10 kali 3.3
1 - 5 kali 6.7

Jadual 7: Kekerapan Menghadiri Kursus

1-5 Kuantiti Peratus (%)
6 - 10 kali 2 6.7
11 - 15 kali 1 3.3
15 - 20 kali 9 30.0
Lebih daripada 20 kali 5 16.7
13 43.3

Berdasarkan Jadual 7 menunjukkan jumlah kekerapan responden menghadiri kursus sepanjang
penglibatan mereka di dalam industri IKS.Berdasarkan data menunjukkan bahawa 43.3% telah
menghadiri kursus lebih daripada 20 kali penyertaan.Manakala 3.3% telah menyertai kursus diantara 6
– 10 kali penyertaan.Disini menunjukkan dimana ilmu dan pembelajaran adalah sesuatu perkara yang
sangat penting. Walaupun terdapat sesentagh usahawan telah terlibat di dalam industri IKS lebih
daripada 30 tahun, namun perkongsian ilmu dan perolehan ilmu-ilmu yang terkini dapat membantu
usahawan IKS dalam menghadapi cabaran perniagaan dengan dunia luar.

403

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

7. Pihak Penganjur Latihan

Rajah 7: Pihak Penganjur Latihan

Agensi Kerajaan Agensi kerajaan dan swasta

53.3

46.7

Agensi Kerajaan Agensi kerajaan dan swasta

Jadual 8: Pihak Penganjur Latihan Kuantiti Peratus (%)
16 53.3
Agensi Kerajaan 0 0
Agensi Swasta 14 46.7
Agensi kerajaan dan swasta

Hasil analisis menunjukkan seramai 16 orang responden (53%) telah menghadiri kursus yang
dianjurkan oleh agensi kerajaan manakala 14 orang responden (47%) telah menghadiri kursus
yang dianjurkan oleh kedua-dua agensi kerajaan dan swasta.

Analisis Inferensi
Dalam bahagian ini, hasil dapatan kajian dianalisis berdasarkan kepada tiga persoalan kajian

yang dinyatakan.Ketiga-tiga analisis persoalan kajian dilakukan berdasarkan skor min.

404

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Analisis Keberkesanan Latihan Dari Segi Kualiti Produk Min Tafsiran
3.40 Sederhana
No. Item 3.50 Sederhana
3.50 Sederhana
1. Syarikat mempunyai tahap keyakinan yang tinggi 3.60 Sederhana
bagi memasarkan produk ke pasaran luar.
3.33 Sederhana
2. Penghasilan produk syarikat adalah lebih berkualiti 3.37 Sederhana
hasil daripada kursus yang telah saya hadiri. 3.37 Sederhana
3.67 Sederhana
3. Syarikat mampu menghasilkan kepelbagaian
produk yang mengikut kehendak pasaran. 3.47 Sederhana

4. Penyertaan kursus dapat melahirkan usahawa
menceburi secara serius dalam perniagaan sekaligus
dapat menghasilkan produk makanan yang
berkualiti.

5. Syarikat sentiasa memantau pemprosesan makanan
bagi memastikan produk sentiasa berkualiti.

6. Syarikat sentiasa berusaha untuk memasarkan
produk di pasaran antarabangsa.

7. Sijil pengiktirafan seperti ISO, HALAL sangat
penting kepada syarikat.

8. Syarikat sentiasa mengikut tahap kualiti dan kriteria
yang telah ditetapkan oleh agensi kerajaan seperti
Jabatan Pertanian.

Purata Min

Skor purata min keseluruhan keberkesanan latihan terhadap usahawan IKS dari segi kualiti
produk adalah 3.47.Kajian menunjukkan skala min pada kedudukan sederhana.Kedudukan min yang
teringgi adalah pada item 8 iaitu 3.67.Item 8 menunjukkan dimana syarikat sentiasa mengikut tahap
kualiti dan kriteria yang telah ditetapkan oleh agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian.

Manakala item 2 dan 3 pada kedudukan pertengahan iaitu diantara yang tertinggi dan
terendah.Min bagi item 2 dan 3 adalah 3.50 pada kedudukan sederhana.Item 2 mengambarkan
penghasilan produk syarikat adalah lebih berkualiti hasil daripada kursus yang telah saya hadiri.Dan
item 3 menunjukkan bahawa syarikat mampu menghasilkan kepelbagaian produk yang mengikut
kehendak pasaran.

Disamping itu, item 5 pada kedudukan yang terendah dari segi faktor kualiti produk iaitu skor
min sebanyak 3.33. Skor min item 5 adalah pada kadar sederhana. Item 5 menerangkan syarikat
sentiasa memantau pemprosesan makanan bagi memastikan produk sentiasa berkualiti.

405

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Analisis Keberkesanan Latihan Dari Segi Keuntungan Min Tafsiran
3.43 Sederhana
No. Item 3.47 Sederhana
3.53 Sederhana
1. Syarikat mampu mengendalikan masalah yang
berkaitan dengan kos operasi perniagaan hasil 3.70 Tinggi
daripada kursus kewangan yang telah saya hadiri. 3.37 Sederhana
3.62 Sederhana
2. Hasil keuntungan syarikat semakin meningkat hasil
kursus yang telah saya sertai. 3.43 Sederhana
3.51 Sederhana
3. Hasil perkongsian ilmu dan pengalaman di antara
peserta dan penceramah, secara tidak langsung
membantu syarikat dalam meningkatkan
keuntungan.

4. Bantuan latihan yang diberikan oleh agensi kerajaan
dapat membantu meningkatkan ekonomi perniagaan
syarikat.

5. Syarikat mampu bersaing dengan pasaran luar
samada domestik dan antarabangsa.

6. Penyertaan di dalam program yang dianjurkan oleh
kerajaan seperti MAHA, Karnival Keusahawanan,
Bazar Ramadhan dapt meningkatkan keuntungan
syarikat.

7. Syarikat mampu menyediakan anggaran
perbelanjaan yang lebih ekonomik hasil daripada
kursus yang dihadiri.

Purata Min

Purata skor min keseluruhan dari segi faktor keuntungan adalah 3.51 iaitu pada kedudukan
sederhana. Kedudukan min yang tertinggi adalah 3.70 pada item 4. Item 4 menunjukkan dimana
bantuan latihan yang diberikan oleh agensi kerajaan dapat membantu meningkatkan ekonomi
perniagaan syarikat.

Bagi item 3 adalah pada kedudukan pertengahan iaitu 3.53.Item 3 menerangkan hasil
perkongsian ilmu dan pengalaman di antara peserta dan penceramah, secara tidak langsung membantu
syarikat dalam meningkatkan keuntungan.

Bagi kedudukan yang terendah adalah pada item 5 iaitu syarikat mampu bersaing dengan
pasaran luar samada domestik dan antarabangsa.Skor min bagi item adalah 3.37.

406

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Analisis Keberkesanan Latihan Dari Segi Pengurusan Min Tafsiran
3.40 Sederhana
No. Item 2.43 Sederhana
3.20 Sederhana
1. Pengurusan syarikat lebih baik dan teratur hasil kursus 2.43 Sederhana
yang telah saya sertai. 3.30 Sederhana

2. Syarikat telah mendapat sijil halal JAKIM. 3.33 Sederhana
3. Pengurusan syarikat mampu memenuhi kehandak
2.83 Sederhana
pasaran luar.
4. Pengurusan syarikat telah mengikut standard piawaian

pasaran antarabangsa.
5. Pengurusan syarikat telah mengikut standard piawaian

yang telah ditetapkan oleh agensi kerajaan seperti
Jabatan Pertanian, FAMA
6. Latihan yang disediakan mampu memberi keyakinan
kepada pengurusan syarikat untuk bergerak maju ke
pasaran luar.
Purata Min

Skor purata min adalah 2.83 iaitu pada kedudukan sederhana.Kedudukan yang tertinggi adalah
pada item 1 iaitu pengurusan syarikat lebih baik dan teratur hasil kursus yang telah saya sertai. Skor
min bagi item 1 adalah 3.40 iaitu pada kadar sederhana. Item 3 adalah pada kedudukan pertengahan
iaitu 3.20.Item 3 menunjukkan pengurusan syarikat mampu memenuhi kehandak pasaran luar.

Kedudukan yang terendah adalah pada item 2 dan 4 dimana skor min adalah 2.43.Item 2
menunjukkan dimana syarikat telah mendapat sijil halal JAKIM.Manakala item 4 mengambarkan
dimana pengurusan syarikat telah mengikut standard piawaian pasaran antarabangsa.

PERBINCANGAN
Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, terdapat tiga faktor keberkesanan terhadap pelaksaaan
latihan yang telah disertai oleh usahawan IKS di daerah Sabak Bernam.Tiga faktor yang dikaji terdiri
daripada faktor kualiti produk, kewangan dan pengurusan.

Purata skor min yang tertinggi adalah faktor keuntungan iaitu 3.51.Ini menunjukkan bahawa
dengan penyertaan latihan dan hasil pembelajaran yang diperolehi secara tidak langsung dapat
meningkat ekonomi bagi perusahaan IKS.Hasil kajian menunjukkan dimana 53.3% usahawan IKS
telah menyertai latihan yang telah dianjurkan oleh agensi kerajaan. Diantara latihan yang ditawarkan
adalah dari segi pengurusan kewangan syarikat, program latihan keusahawanan dan sebagainya.

Justeru itu, latihan yang diperolehi oleh usahawan IKS dapat memberi satu transformasi besar
kepada perusahaan IKS dalam memperkembangkan lagi pasaran produk yang lebih meluas.Sebagai
contoh; Program Latihan Keusahawanan melalui Penggunaan Teknologi Maklumat dan
Kommunikasi(ICT) untuk usahawan Industri Kecil & Sederhana (IKS) di Koridor Utara merupakan
sebuahprogram latihan yang telah membuka peluang kepada warga usahawan IKS bagi
mengembangkan perniagaan IKS dengan lebih efektif dengan pengunaan teknologi terkinimelalui
kemudahan ICT.

Melalui pelaksanaan program ini, usahawan IKS telah maju kehadapan dalam
mempromosikan produk IKS.Dimana penjualan produk IKS tidak tertumpu dikawasan setempat sahaja
tetapi penjualan produk IKS keserata tempat tanpa sempadan. Secara langsung, ia dapat
mempertingkatkan hasil jualan produk dan keuntungan syarikat. Ini disokong dengan kajian Muhd
Rushid dan Mohd Dzulfadli (2010) menyatakan sekiranya lebih ramai pengusaha menghadiri kursus
atau latihan yang disediakan, maka dapat dikurangkan, sekaligus meningkatkan keuntungan
perusahaan.

Manakala purata skor min yang kedua tertinggi adalah faktor kualiti produk.Skor min yang
diperolehi adalah 3.47.Kualiti produk merupakan salah satu indikator penting dalam sesebuah
perniagaan.Hasil kajian ini menunjukkan bahawa dengan penyertaan kursus yang telah dihadiri oleh
usahawan IKS, secara langsung dapat mempertingkatkan tahap kualiti produk bagi sesebuah
perniagaan.

Kajian menunjukkan bahawa seramai 33.3% usahawan IKS mempunyai minat yang
mendalam terhadap industri IKS dan kebanyakan daripada usahawan mempunyai kepakaran dalam
penghasilan produk IKS masing-masing. Walaubagaimanapun, antara perkara yang menjadi halangan
kepada usahawan IKS dalam memasuki pasaran global adalah memastikan produk yang dihasilkan

407

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

mempunyai tahap kualiti yang tinggi dan konsisten. Dengan latihan dan bantuan peralatan dan khidmat
nasihat daripada agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Tekun, MARA dan badan-badan yang
berkenaan secara tidak langsung dapat mengurangkan tekanan dan bebanan usahawan IKS dalam
memperkembangkan produk IKS diperingkat yang lebih meluas lagi.

Kajian lepas menyatakan usahawan yang pernah mengikuti kursus mempunyai keupayaan
mengurus kualiti dengan lebih baik berbanding dengan usahwan yang tidak mengikut kursus.Ini
menunjukkan bahawa kepentingan kualiti dan pengurusan kualiti perlu di terapkan kepada usahawan
melalui kursus-kursus yang dijalankan. (Nor Aini Haji Idris & Faridah Shahadan, 2009)

Purata skor min yang terendah adalah faktor pengurusan iaitu 2.83.Kajian menunjukkan
bahawa penyertaan di dalam latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan dan swasta dapat
mempertingkatkan pengurusan syarikat IKS.Kesemua responden yang terdiri daripada 30 usahawan
IKS telah menghadiri kursus yang dianjurkan samada agensi kerajaan atau swasta.

Walaubagaimanapun, hasil kajian menunjukkan kebanyakan perusahaan IKS belum mampu
untuk mendapatkan sijil perakuan Halal yang dikeluarkan oleh JAKIM.Skor min yang diperolehi
adalah 2.43.hasil temubual bersama usahawan IKS menyatakan bahawa anatara halangan untuk
memperolehi sijil halal adalah dari sgi peruntukan kos kewangan yang tinggi.

Petikan akhbar Utusan (2015) turut menyatakan tiga kelemahan usahawan Bumiputera dalam
mendapatkan sijil Halal. Kelemahan yang dikenalpasti adalah tidak memenuhi syarat kriteria persijilan
halal dan tidak mengetahui cara yang betul untuk memohonsijil halal. Syarikat bumiputera turut sukar
mendapat pembiayaan kewangan untuk menaiktaraf perniagaan terutama dari segi premis bagi
memperoleh sijil halal.

CADANGAN
Terdapat beberapa cadangan yang dibangkitkan hasil daripada kajian yang diperolehi. Cadangan ini
memeberi focus kepada beberapa pihak yang berkenaan iaitu agensi kerajaan, usahawan IKS dan
penyelidik akan datang.
Agensi Kerajaan
Kerajaan telah melantik beberapa agensi kerajaan yang berkaitan dalam menjayakan dasar negara
dalam mempertingkatkan ekonomi perusahaan IKS.Pengisian latihan yang disediakan perlulah
mengikut keperluan semasa usahawan IKS.Terdapat beberapa usahawan IKS menyatakan bahawa
pengisisan kursus yang dihadiri kurang bersesuaian dengan perniagaan yang dijalankan oleh mereka.Ia
menjadi salah atu punca dimana usahawan IKS tidak berminat dengan latihan yang dianjurkan oleh
agensi kerajaan.

Usahawan IKS
Usahawan IKS merupakan pihak yang memainkan peranan yang penting dalam kejayaan industri
IKS.Usahawan IKS seharusnya bersedia dalam melangkah pasaran diperingkat yang lebih tinggi
lagi.Usahawan IKS hendaklah sentiasa berusaha mencari ilmu yang baru dalam perkembangan
perusahaan IKS.Disamping itu, usahawan IKS seharusnya berusaha dalam mendapatkan sijil Halal dari
JAKIM.Dengan pemilikan sijil halal, secara tidak langsung memberi satu jalan dalam
memperkembangkan produk IKS diperingkat antarabangsa.
Penyelidik Akan Datang
Penyelidik akan datang diharap dapat memperkembangkan lagi skop kajian di dalam bidang ini. Secara
tidak langsung, kita akan dapat melihat kesan keberkesanan latihan bagi keseluruhan industri IKS di
Malaysia.

KESIMPULAN
Hasil dapatan yang diperolehi diharap dapat membantu kerajaan dan agensi-agensi yang berkaitan
dalam mengukur tahap keberkesanan latihan yang telah dilaksanakan kepada usahawan IKS.Disamping
itu, diharap kajian ini dapat membantu penyelidik di masa depan yang ingin mengkaji skop kajian yang
sama.

408

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

BIBLIOGRAFI

Azmanirah Ab Rahman, Ahmad Esa & Wan Mohd Rashid bin Wan Ahmad (2010), Latihan Kemahiran Di Industri Kecil Dan
Sederhana (IKS) Kepada Pelatih Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), Persidangan Kebangsaan Pendidikan Kejuruteraan dan
Keusahawanan, Fakulti Pendidikan Teknikal, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Baba Mohd Deros, Azmi Hassan & Sarimah Othon (2004), Tahap Kefahaman Dan Keberkesanan Skim Amalan Peningkatan
Kualiti Di Industri Kecil Dan Sederhana,Jurnal Teknologi, 40(A) Jun. 2004: 79–96, Universiti Teknologi Malaysia
Berita Sabah. Usahawan IKS Perlu Tingkat Kualiti Produk Untuk Hadapi Persaingan (2016, May 28),
file:///C:/Users/user/Documents/UM/Usahawan%20IKS%20perlu%20tingkat%20kualiti%20produk%20untuk%20hadapi%20per
saingan.html
Laman Web Rasmi 2016, http://www.penerangan.gov.my/
Laman Web Rasmi Bank Perusahaan Kecil Dan Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) 2016, http://www.smebank.com.my/
Laman Web Rasmi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri 2016, http://www.miti.gov.my/
Laman Web Rasmi Unit Perancang Ekonomi 2016, http://www.epu.gov.my/dasar-ekonomi-baru
Mohd Faiz Bin Mat Nasir & Lee Ming Foong (2011), Kepuasan Pelanggan Terhadap Kualiti Perkhidmatan Di Fakulti
Pendidikan Teknikal Dari Aspek Kemudahan Dan Fasiliti, Seminar Pasca Ijazah yang Pertama 2011, Fakulti Pendidikan
Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Muhammad Rashid Bin Rajuddin & Mohd Dzulfadli Bin Mohamad Saleh (2010), Tahap Keberkesanan Usaha-Usaha Yang
Dijalankan Oleh Penduduk Kampung Segamat, Johor Bagi Meningkatkan Sumber Pendapatan Mereka Melalui Bidang
Pertanian, Fakulti Pendidikan,
Muhd Rashid Bin Rajuddin & Fazlee Bin Alias (2010), Tahap Pengurusan Perniagaan Dalam Industri Kecil Dan Sederhana
(IKS) Pengusaha Batik Di Daerah Kota Bharu, Fakulti Pendidikan,
Nor Aini Haji Idris & Faridah Shahadan (2009), Analisis Sistem Kualiti Dalam Konteks Status Dan Prestasi: Kajian Kes
Industri Kecil Dan Sederhana Asas Tani, Prosiding PERKEM IV, Jilid 2 (2009) 135-ISSN: 2231-962X
Nor Aini Haji Idris & Faridah Shahadan (2009), Analisis Sistem Kualiti Dalam Konteks Status Dan Prestasi: Kajian Kes Industri
Kecil Dan Sederhana Asas Tani (Analysis On The Quality Of System In The Context Of Small And Medium Agro-Based Industry
Performance), Prosiding Perkem Iv, Jilid 2 (2009) 135- ISSN: 2231-962X
Portal Rasmi Bank Negara Malaysia 2016, http://www.bnm.gov.my/
Portal Rasmi Jabatan Pertanian Malaysia 2016, http://www.doa.gov.my/
Portal Rasmi MARA 2016, http://www.mara.gov.my/
Portal Rasmi SME Corporation Malaysia 2016, http://www.smecorp.gov.my/index.php/en/
Suhaila Nadzri, Suhaily Md Shamsudin & Muhammad Firdaus Muhammad Sabri (2014), Faktor-Faktor Penyumbang Kepada
Kejayaan Dan Kegagalan Perusahaan Kecil Dan Sederhana (PKS) Bumiputera Di Malaysia, Fakulti Pengurusan dan Muamalah
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor.
The Oxford Advanced Learner’s Dictionary (7th Edition)(2005) Oxford University Press
Zulkiply Omar(2015), Peranan IKS Di Dalam Ekonomi, Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER)

409

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Elemen Rekabentuk Bangunan Kolonial Di Melaka:Kajian
Kes Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan

Mazarina Binti Md Zain

Politeknik Sultan Idris Shah, [email protected]
____________________________________________________________________

Abstrak

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Bandaraya Melaka merupakan bangunan kolonial peninggalan dari
zaman jajahan British. Bangunan seni bina warisan ini merupakan salah satu ikon bersejarah yang wajib
dikunjungi di Bandaraya Melaka. Bangunan ini telah mengalami beberapa proses baik pulih yang melibatkan
perubahan pada fasad luar, fungsi bangunan serta susunatur ruang. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk
mengetahui ciri-ciri rekabentuk bangunan secara pemerhatian dari fasad luar bangunan, kaedah binaan, pengunaan
bahan binaan serta pengaruh persekitaran dan sosio budaya setempat. Kaedah yang digunakan untuk mengkaji
bangunan ini adalah melalui analisis diskriptif dimana bangunan dikaji secara visual dan data dianalisis untuk
mengenalpasti elemen-elemen rekabentuk yang terdapat pada bangunan tersebut. Pengunaan dekorasi pada fasad
bagunan, rekabentuk pintu, perletakan kubah dan susun atur ruang pada bangunan kajian menggambarkan
pengaruh besar penjajahan British ke atas Kesultanan Melaka pada masa lampau.

Kata kunci: Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, seni bina warisan, elemen rekabentuk, bangunan kolonial

_____________________________________________________________________

1.0 PENDAHULUAN

Pusat bandaraya Melaka telah disenaraikan sebagai bandar warisan dunia UNESCO sejak 7 Julai 2008
(Ismail, 2008). Bangunan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan merupakan bangunan peninggalan
penjajah British di bandar Melaka. Bangunan ini yang dahulunya dikenali sebagai Malacca Club, telah
dibina pada tahun 1911. Bangunan ini terletak di hadapan padang Bandar Hilir Melaka, tempat dimana
YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Negara setelah
sekembalinya beliau dari Kota London. Tanggal 20 Febuari 1956 merupakan tarikh penting dalam
usaha beliau untuk mencapai kemerdekaan Negara (Arkib Negara Malaysia, 2015).

Bangunan bersejarah yang tersegam indah di hadapan Padang Pahlawan ini telah menjalani beberapa
fasa proses pengubahsuaian, sebagai bukti bagi sejarah kemenanganya dalam memperjuangkan
kemerdekaan Tanah Melayu. Pada suatu ketika dahulu bangunan ini menghadap Laut Selat Melaka
yang menjadi laluan perdagangan yang masyur pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bangunan
yang yang mempunyai pelbagai rahsia di dalamnya pada suatu ketika dahulu kini dikenali sebagai
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Melaka.

Gambar 1.1.1. Pandangan belakang Malacca Club pada tahun 1911

410

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Gambar 1.1.2 Pandangan hadapan Malacca Club pada tahun 1911
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan ini secara rasminya dirasmikan oleh YTM Tunku Abdul
Rahman Putra Al-Haj pada 31 August 1985. Penubuhan memorial ini adalah untuk memperingati jasa
dan pengorbanan pejuang-pejuang dan kemerdekaan negara dari cengkaman penjajah. Perjuangan
untuk mencapai kemerdekaan berakhir dengan pengisytiharan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957
(Arkib Negara Malaysia, 2015. Memorial peringatan ini juga mengimbas kembali sejarah perjuangan
kemerdekaan dengan bahan-bahan yang dipaparkan seperti dokumen, gambar, cenderamata, pakaian
rasmi, pen, keris (senjata tradisional), setem diraja dan kotak pilihan raya.

Gambar 1.1.3. Pandangan hadapan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Melaka pada 2015

411

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Gambar1.4. Ruang pameran dan galeri di dalam Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Melaka pada
tahun 2015

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Melaka telah ditubuhkan melalui kerjasama antara Kerajaan
Negeri Melaka dan Arkib Negara Malaysia. Bangunan Memorial yang sebelum ini digunakan sebagai
Malacca Club telah menjalani kerja-kerja pengubahsuaian yang dijalankan oleh Jabatan Kerja Raya
Melaka di bawah bidang kuasa Arkib Negara Malaysia. Terletak dalam kawasan seluas 4,333 meter
persegi, bangunan Memorial dikelilingi oleh sisa-sisa sejarah dan struktur seperti Famosa Fort, Bukit
St. Paul, Padang Pahlawan Square dan Muzium Kebudayaan yang merupakan model replika Istana
Kesultanan Melayu Melaka (Arkib Negara Malaysia, 2015).

Penubuhan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Melaka adalah bersesuaian dengan masa dan
lokasinya untuk memperingati era perjuangan kemerdekaan. Lebih-lebih lagi, ia adalah dalam
kedudukan yang strategik kerana dikelilingi oleh unsur-unsur penting sejarah negara. Cadangan awal
oleh Kerajaan Negeri Melaka untuk menamakan bangunan itu sebagai Memorial Tunku Abdul
Rahman, tetapi yang kemudiannya ditukar kepada Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Melaka kini adalah salah satu destinasi popular bagi
pengunjung yang ingin mengenali sejarah perjuangan negara kearah kemerdekaan dari cengkaman
penjajah. Di dalam Memorial inilah semua khazanah perjuangan negara disimpan dan dipelihara untuk
rujukan dan sebagai tauladan bagi generasi kini dan akan datang.

Kajian ini adalah untuk mengkaji permasalahan mengenai elemen dan karekter rekabentuk seni bina
bangunan kolonial di Bandar Melaka. Berdasarkan kepada permasalahan tersebut maka kajian ini
dilaksanakan dengan memilih salah satu bangunan kolonial di Bandar Melaka sebagai kajian kes untuk
mengenalpasti karakter dan elemen rekabentuk bangunan tersebut.

2.0 METHOD KAJIAN

Method kajian yang digunakan adalah melalui kaedah kajian analisis deskriptif. Langkah awal adalah
melalui penelitian lapangan melalui pemerhatian pada bangunan kajian dan kawasan sekitarnya.
Seterusnya adalah pengumpulan data sekunder mengenai bangunan kajian melalui penelitian pada
rekabentuk dan binaan fasad bangunan. Hasil daripada pemerhatian di lapangan, dapat mengenalpasti
perubahan pada fasad bangunan dan sejauh mana perubahan tersebut telah mempengaruhi fasad asal
bangunan Memorial ini. Setelah mendapat gambaran pada fasad bangunan kajian, kemudian elemen
rekabentuk pada bangunan tersebut dikenalpasti.

Data-data yang diperolehi daripada ciri-ciri rekabentuk bangunan Memorial ini kemudiannya dianalisis
lebih lanjut untuk mengenalpasti karakter visual pada rekabentuk bangunan ini. Indikator yang
digunakan untuk mengenalpasti karekter pada elemen rekabentuk bangunan kajian adalah melalui
bahan, warna, ornament dan periancian pada pintu, jendela dan tekstur pada dinding bangunan.
Perincian binaan bangunan dikenalpasti daripada struktur binaan pada lantai, bumbung dan dinding
bangunan.

412

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Pemasalahan
Tajuk Kajian
Pemilihan Bangunan Kajian
Kerja Tapak
Teknik Pengumpulan Data

Kajian Visual Proses Ukur Temuramah Bacaan dan
Bangunan responden rujukan sumber

sekunder

Proses analisis data

Rajah 2.1.1 Diagram proses kaedah kajian dijalankan

3.0 DAPATAN KAJIAN

3.1. GAYA REKABENTUK “REGENCY ARCHITECTURE”

Bangunan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan ini telah dibina oleh penjajah British pada tahun
1911, dimana gaya rekabentuk seni bina bangunan pada era abad ke-19 adalah berkonsepkan ‘Regency
Architecture” yang dipengaruhi oleh rekabentuk klasikal di Britain (Wikipedia, 2016). Karekter
rekabentuk “Regency Architecture” ini dapat dilihat pada fasad bangunan Memorial ini iaitu ciri-ciri
binaan tiang, ‘lintel’ (kemasan ambang pintu), ‘capital’ (kemasan pada atas tiang), ‘entablature’
(kemasan melintangdi atas antara dua tiang), dan ‘pediment’ (kemasan berbentuk segi tiga pada fasad
hadapan bangunan yang dipengaruhi oleh gaya rekabentuk klasikal).

413

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Rajah 3.1.1. Gaya rekabentuk seni bina ‘Regency Architecture” pada tahun 1900–1930 (Canada
Historic Places Initiative, Manitoba, 2004)

3.2. PERBANDINGAN PELAN LANTAI ASAL DAN PELAN LANTAI TERKINI
BANGUNAN MEMORIAL PERISYTIHARAN KEMERDEKAAN MELAKA

Fasad bangunan ini telah mengalami beberapa fasa perubahan mengikut kepada kesesuaian
penggunaan ruang dan aktiviti dalam bangunan. Hasil daripada analisis kajian yang dijalankan fasad
dan rekabentuk asal bangunan telah dapat dikenal pasti.

a. Foto bangunan pada tahun 1911 b. Foto bangunan pada tahun 2015

Gambar 3.2.1. Perbandingan antara gambar fasad hadapan bangunan Memorial pada tahun
1911 dan pada tahun 2015

414

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

a. Pelan lantai aras tanah bangunan asal Memorial Perisytiharan Kemerdekaan

b. Pelan lantai aras satu bangunan asal Memorial Perisytiharan Kemerdekaan
Rajah 3.2.1. Pelan lantai asal bangunan Memorial Perisytiharan Kemerdekaan pada tahun 1911

415

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

a. Pelan lantai aras tanah bangunan terkini Memorial Perisytiharan Kemerdekaan

b. Pelan lantai aras satu bangunan terkini Memorial Perisytiharan Kemerdekaan
Rajah 3.2.2. Pelan lantai terkini bangunan Memorial Perisytiharan Kemerdekaan pada tahun

2015

416

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016
Hasil daripada analisis dan perbandingan rekabntuk fasad asal pada tahun 1911 dan fasad terkini pada
tahun 2015, kajian ini telah dapat menghasilkan satu pelan lantai bagi rekabentuk asal bangunan
Memorial Perisytiharan Kemerdekaan. Setelah dibuat perbandingan antara pelan lantai asal dan pelan
lantai terkini bangunan Memorial, didapati bahagian belakang bangunan telah mengalami satu fasa
perubahan rekabentuk yang telah mengubah fasad asal bahagian bangunan Memorial.
Pada pelan lantai asal bangunan, ruang balkoni di aras satu adalah ruang terbuka, dan kini ruang
tersebut diubahsuai menjadi ruang tertutup dan digunakan sebagai ruang pameran. Namun karekter asal
bangunan tetap dikekalkan dengan mengunakan konsep rekabentuk yang sama dan bahan binaan yang
sama semasa proses pengubahsuaian dilakukan.

a. Pandangan asal fasad bahagian hadapan bangunan

b. Pandangan terkini fasad bahagian hadapan bangunan
Rajah 3.2.3. Perbandinagan fasad asal dan fasad terkini bahagian hadapan bangunan Memorial

Perisytiharan Kemerdekaan Melaka
Pada rekabentuk asal bangunan, pada masa dahulu laman di bahagian belakang bangunan Memorial
adalah padang permainan Kriket. Oleh itu ruang pada pelan asal bangunan adalah ruang terbuka iaitu
ruang legar di tingkat bawah bangunan dan beranda di tingkat atas bangunan, ruang ini digunakan
untuk menonton perlawanan Kriket. Setelah mengalami proses pengubahsuaian, keluasan ruang legar

417

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016
pada tingkat bawah dan beranda pada tingkat atas telah ditambah dan diubahsuai menjadi ruang
pameran dan galeri tertutup dalam bangunan. Pengunaan ruang dalam bangunan juga telah berubah
mengikut kegunaan semasa aktiviti bangunan.

a. Pandangan asal fasad bahagian belakang bangunan

b. Pandangan terkini fasad bahagian belakang bangunan
Rajah 3.2.4. Perbandinagan fasad asal dan fasad terkini bahagian belakang bangunan Memorial

Perisytiharan Kemerdekaan Melaka
3.3. STRUKTUR REKABENTUK DAN BAHAN BINAAN
Secara umunya struktur rekabentuk dan bahan binaan yang digunakan untuk membina bangunan
Memorial Pengisytiharan ini adalah berasaskan kepada teknik binaan British pada era zaman tersebut.
Rekabentuk fasad adalah berasaskan elemen rekabentuk ‘Regency Architecture’ dimana elemen seperti
garisan, bentuk, warna, corak, tekstur pada dinding bangunan masih belum wujud pada bangunan
tempatan di zaman itu.

418

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

3.3.1 Asas bangunan

Gambar 3.3.1 Asas jalur yang digunakan sebagai asas utama bangunan

Bangunan memorial ini menggunakan asas jalur yang terdiri daripada jaluran konkrit yang berterusan
yang dibina secara berpusat dibawah dinding galas beban. Ketebalan asas jalur yang digunakan
bergantung kepada beban yang digalas oleh asas tersebut. Kebiasaannya saiz ketebalan asas jalur ini
adalah antara 150mm hingga 500mm. Bagi bangunan memorial ini, struktur utama yang digunakan
sebagai asas bangunan adalah asas jalur.

3.3.2 Dinding dan tiang

Gambar3.3.2 Dinding bahagian luar Gambar3.3.3 Dinding bahagian dalam
bangunan Memorial bangunan Memorial

Rekabentuk Bangunan Pengisytiharan Kemerdekaan ini adalah bangunan klasikal yang berbentuk segi
empat. Dinding pada bahagian luar bangunan dikemaskan dengan tekstur dan corak elemen klasik yang
berulang dari tingkat aras bawah ke tingkat aras atas bangunan. Corak ornamental diletakkan pada
bahagian atas tingkap, pintu dan tiang bagi menyerlahkan lagi elemen klasikal pada bangunan ini.
Manakala untuk dekorasi pada dinding bahagian dalam bangunan corak gerbang secara berulang
digunakan. Bahan binaan yang digunakan untuk dinding bangunan ini adalah kerja bata yang diikat
dengan mortar.

419

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Gambar3.3.4 Rekabentuk dan kemasan tiang di bahagian hadapan bangunan

Terdapat dua batang tiang besar dan tinggi yang berbentuk segi empat pada fasad hadapan bangunan
Memorial. Dan ada tiang bulat Roman untuk menyokong balkoni diletakkan secara bersebelahan di
bahagian kiri dan kanan bangunan ini. Tiang berbentuk bulat ini menampakkan karekter bangunan di
awam pada zaman neo-klasikal.

Gambar 3.3.5 ‘Pendiment’ berbentuk segitiga dan dikemaskan dengan ukiran ornamental pada
bahagian atas bagunan

Penggunaan tiang dan ‘pendiment’ pada fasad hadapan adalah satu kaedah yang efektif untuk
menampakkan bangunan tersebut lebih seimbang dan simetri. ‘Pendiment’ ini disokong oleh dua tiang
besar yang dibina daripada kerja bata. Tiang besar ini mampu menahan beban yang berat.

3.3.3 Binaan bumbung dan rasuk

420

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Gambar 3.3.5 Binaan atap jubin bumbung

Atap jubin digunakan sebagai kemasan bumbung untuk menahan air hujan daripada masuk ke dalam
bangunan. Penggunaan atap jubin ini adalah bersesuaian dengan klimaks di negeri Melaka. Pembuatan
atap jubin ini adalah secara tradisi menggunakan bahan-bahan tempatan seperti tanah liat dan lumpur.
Struktur binaan bumbung bagi bangunan Memorial adalah menggunakan kasau jantan dan kasau betina
sebagai asas utama binaan. Bumbung bangunan ini mengunakan dua lapisan kayu keras sebagai kasau
dan perabung untuk pemasangan atap jubin. Struktur binaan rasuk diperbuat daripada kayu cengal
untuk mengalirkan beban ke struktur dari bumbung bangunan.

3.3.4 Kubah

Gambar 3.3.6 Kubah berbentuk bawang digunakan dalam rekabentuk Memorial

Elemen seni bina Islam diganbungkan dalam rekabentuk bangunan Memorial dengan meletakkan
kubah yang berbentuk bawang pada rekabentuk bangunan tersebut. Hasil daripada analisis kajian,
didapati elemen kubah ini diterapkan oleh penjajah British untuk menambat hati Sultan Melayu yang
beragama islam pada waktu itu. Namun apabila dikaji, ruang yang digunakan di bahagian bawah kubah
tersebut adalah tandas. Ini menunjukkan bahawa penjajah British hanya menerapkan elemen seni bina
Islam pada bangunan tanpa mengambil kira nilai keagamaan pada kubah itu.

Gambar 3.3.6 Binaan struktur bumbung kubah

421

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Kayu cengal juga digunakan sebagai struktur binaan bagi kubah bagi memastikan bumbung kekal kuat
dan kukuh. Zink digunakan sebagai material kemasan pada kubah ini. Warna kuning digunakan untuk
kubah ini dan masih kekal sehingg hari ini.

4.0 KESIMPULAN

Dapat dsimpulkan disini, secara umumnya struktur asal bangunan Memorial ini masih dikekalkan,
dipelihara dan dipulihara sehingga kini. Hanya penggunaan ruang dalam yang diubah bagi memenuhi
keperluan penggunaan aktiviti semasa. Setelah dibuat perbandingan antara rekabentuk asal pelan lantai
bangunan Malacca Club (1985) dan pelan lantai bangunan Pengisytiharan Kemerdekaan (2015),
penggunaan ruang Malacca Club secara keseluruhanya telah ditukar kepada ruang pameran dan galeri.
Ruang yang telah diubahsuai adalah bilik tamu, dewan utama, bar, tandas dan ruang legar.

Malacca Club Memorial Pengisytiharan
Kemerdekaan Melaka
Ruang tamu
Dewan utama Ruang Pameran
Bar Bilik Pameran
Tandas Dewan Merdeka
Ruang Legar Bilik VVIP
Pejabat Memorial

Jadual 4.1.1 Jadual perbandinagan penggunaan ruang antara Malacca Club dan Memorial
Pengisytiharan Kemerdekaan

Karekter dan elemen rekabentuk bangunan Memorial banyak dipengaruhi oleh seni bina barat pada era
tersebut iaitu “Regency Architecture” dan digabungkan dengan elemen seni bina Islam bagi menambat

hati pemerintah dan pembesar tempatan.

Walaupun telah mengalami beberapa prses pengubahsuaian, pihak PERZIM (Perbadanan Muzium
Melaka) dan Pihak Arkib Negara dan Jabatan Kerja Raya Malaysia masih lagi berusaha untuk
mengekalkan, memelihara dan memulihara elemen dan karekter rekabentuk asal bangunan Memorial
ini.

RUJUKAN

Laman Rasmi Persidangan Warisan Dunia (2013) Melaka and George Town, Historic Cities of the
Straits of Malacca [Cited 24/04/2013]. Available from: http://whc.unesco.org/en/list/1223/.

Wikipedia, the free encyclopedia (2016) Regency Architecture [Cited 14/06/2016]. Available from:
https://en.wikipedia.org/wiki/Regency_architecture

Portal Rasmi Arkib Negara Malaysia Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (2015)
Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Melaka [Cited 14/06/2016]. Available from:
http://www.arkib.gov.my/web/guest/memorial-pengisytiharan-kemerdekaan-melaka

Saleh Y (2008) Kajian Survival Warisan Budaya dalam Sektor Pelancongan di Negeri Melaka.
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Canada Historic Places Initiative, Manitoba (2004) Make History, Preserve Manitoba's Past: Historic
Places Initiative in Manitoba. Manitoba Culture, Heritage and Tourism, Historic Resources
Branch

422

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Biopesticide Evolution Termite Baiting System
(TBS-Biopest)

Siti Sara bt Yaacob Zubir, Fitriyah bt. Mohd Roslan, Julia bt. Mohamed Uyob.

Politeknik Sultan Azlan Shah, [email protected],
Politeknik Sultan Azlan Shah [email protected],
Politeknik Sultan Azlan Shah [email protected]

_____________________________________________________________________

Abstrak

Serangga perosak anai-anai banyak memberi kesan negatif terhadap sektor pertanian, pembinaan dan
perindustrian. Dengan kehadiran anai-anai bawah tanah atau dikenali sebagai coptotermes banyak mendatangkan
kerosakan harta benda manusia. Anai-anai jenis ini merupakan anai-anai pemusnah utama kepada struktur
bangunan dan komponen lain yang diperbuat daripada kayu. Anai-anai merupakan serangga yang hidup berkoloni.
Sumber selulosa merupakan diet utama kepada anai-anai. Antara bahan dan komponen yang kaya dengan sumber
selulosa adalah bahan yang berteraskan kayu-kayan. Pokok kelapa dan kelapa sawit merupakan tumbuhan yang
kaya dengan sumber selulosa. Objektif kajian ini adalah untuk menghasilkan umpan anai-anai yang bersifat mesra
alam tanpa pengunaan bahan kimia yang membahayakan alam sekitar, mengenal pasti kesesuaian umpan anai-anai
yang terdiri daripada daripada iaitu tumbuhan semula jadi dan bahan buangan seperti pelepah kelapa, surat khabar,
kertas dan habuk kayu. Objektif yang terakhir ialah membuat pemerhatian berkala bagi mengkaji keberkesanan
terhadap umpan anai-anai yang dihasillkan. Skop kajian ini adalah tertumpu kepada kaedah pengumpanan anai-
anai yang dihasilkan daripada sumber semula jadi seperti pelepah kelapa dan akar tuba, manakala bahan buangan
seperti surat khabar, kertas, habuk kayu akan dikitar semula untuk dijadikan umpan anai-anai. Penggunaan bahan
kitar semula ini mampu mengkomersialkan bahan buangan yang dibuang begitu sahaja. Pemerhatian berkala
seperti ujian perbandingan jumlah anai-anai pada bahan-bahan yang di uji dan ujian kadar tempoh masa yang di
ambil anai-anai untuk memakan umpan bagi menentukan tahap keberkesanan umpan akan dilaksanakan pada
kawasan-kawasan yang sudah terjejas akibat serangan anai-anai. Secara kesimpulannya, produk “TBS-Biopest” ini
merupakan kaedah pengumpanan yang menjimatkan kos kerana keseluruhan pembuatan produk ini serta bahan
umpan menggunakan bahan terpakai dan buangan dan juga bahan semulajadi. Secara keseluruhannya kajian ini
dapat menghasilkan umpan anai-anai yang dikenali sebagai “Biopesticide Evolution for Termite Baiting System”
(TBS – Biopest) yang bersifat mesra alam dengan penggunaan bahan-bahan semulajadi dan bahan buangan. Hasil
daripada kajian, Bahan umpan anai-anai yang sesuai digunakan di dalam TBS-Biopest adalah bahan umpan serbuk
kayu, surat khabar lama, serpihan kayu, pelepah kelapa dan sukrosa. Bahan-bahan umpan tersebut dilihat mampu
mengumpan anai-anai pergi kepada bahan umpan tersebut. Pada masa akan datang produk ini juga berpotensi
menjadi sebuah produk yang berpotensi mengawal masalah anai-anai.

Kata Kunci : Umpan anai-anai, mesra alam, bahan buangan, TBS-Biopest, semula jadi

_____________________________________________________________________________________________________

1.0 PENDAHULUAN

Negara Malaysia mempunyai cuaca panas tropika dan mempunyai pelbagai biodiversiti termasuk
wujudnya serangga seperti anai-anai yang terdiri daripada pelbagai spesis. Anai anai memakan segala
kayu dan bahan yang berasaskan selulosa. Anai-anai boleh dibahagikan kepada tiga jenis utama iaitu,
Anai-anai bawah tanah, anai-anai kayu kering dan anai-anai kayu basah. Kajian para entomologis
tempatan menunjukkan anai-anai bawah tanah atau dikenali sebagai Coptotermes banyak
mendatangkan kerosakan kepada harta benda manusia. Anai-anai jenis ini merupakan anai-anai
pemusnah utama kepada strutktur bangunan dan komponen lain yang diperbuat dari kayu. Oleh sebab
itu, kajian ini diinovasikan supaya masalah tersebut dapat diatasi dan dapat mengurangkan masalah -
masalah kerosakan struktur bangunan

Serangga perosak seperti anai-anai akan mencari habitat berdasarkan suhu dan kelembapan yang sesuai
untuk mereka mendirikan sarang dan mencari makanan. Secara amnya, masalah anai-anai dapat diatasi
dengan kaedah-kaedah yang sesuai mengikut keadaan persekitaran kawasan yang telah terjejas. Sistem
pengumpanan anai-anai yang digunakan di dalam kajian ini akan memanipulasi biologi dan tabiat
pemakanan anai-anai dengan memperkenalkan racun iaitu yang berbentuk ekstrak akar tuba kepada
mereka dalam bentuk makanan asas mereka iaitu selulosa.

423

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Sistem pengumpanan anai-anai ini menggunakan pendekatan yang sangat berbeza. Kebergantungan
terhadap pengunaan bahan kimia akan berkurang dan akan lebih bersifat mesra alam. Sistem ini
melibatkan penggunaan umpan sebagai sumber makanan terhadap koloni anai-anai. Dengan kaedah ini,
anai-anai akan tertarik untuk mengambil makanan yang terdapat pada umpan yang mengandungi racun
dan memberi makanan kepada ahli-ahli koloni yang lain. Justeru itu, membawa kepada kematian
keseluruhan koloni. Kematian permaisuri anai-anai sekali gus melumpuhkan sistem pembiakan anai-
anai tersebut. Oleh yang demikian, koloni anai-anai akan terbantut. (Potter M.F. 2014).

Pada habitat yang tidak terganggu, anai-anai mempunyai peranan yang sangat penting, khususnya di
kawasan tropika seperti Malaysia. Serangga ini berperanan di dalam proses kitar semula nutrien
tanaman melalui proses perpecahan dan penguraian bahan organik daripada kayu dan sampah tanaman
menjadi bahan bukan organik seperti karbon, nitrogen, sulfur, fosforus, dan lain-lain (Nandika et. al.,
2003). Melalui kitaran ini pelbagai tanaman dapat tumbuh, mati dan tumbuh semula, termasuk pelbagai
jenis tanaman yang secara langsung berguna bagi kehidupan manusia. Jika dilihat dari sudut
keseimbangan ekologi, anai-anai bermanfaat membantu dalam penguraian pohon-pohon yang mati dan
produk-produk tanaman lain kepada nutrisi yang diperlukan oleh tanaman (Borror et al., 1996).

1.1 Objektif Kajian

Terdapat tiga objektif kajian utama bagi kajian ini iaitu;
i. Menghasilkan umpan anai-anai yang bersifat mesra alam tanpa pengunaan

bahan kimia yang membahayakan alam sekitar.
ii. Mengkaji kesesuaian bahan-bahan umpan anai-anai yang terdiri daripada iaitu

tumbuhan semula jadi dan bahan buangan seperti pelepah kelapa, surat khabar,
serpihan dan habuk kayu.
iii. Membuat pemerhatian berkala bagi mengkaji keberkesanan terhadap sistem
pengumpanan anai-anai yang dihasillkan.

1.2 Skop Kajian

Produk umpan anai-anai mesra alam ini dihasilkan daripada tumbuhan semula jadi seperti
pelepah kelapa dan bahan buangan seperti surat khabar,serpihan dan habuk kayu bagi
mengumpan anai-anai. Penggunaan ekstrak akar tuba juga akan diuji sebagai racun dalam sistem
TBS-Biopest ini. Pemerhatian berkala dilakukan bagi mendapatkan data perbandingan jumlah
anai-anai yang tertarik kepada bahan-bahan umpan yang diuji. Ujian kadar tempoh masa juga
akan direkodkan secara berkala bagi mendapatkan jangka masa yang membolehkan anai-anai
tertarik kepada bahan umpan yang diuji. Lokasi kajian yang dipilih ialah Lot 1702 Kampung
Baru, Taiping, Perak dan Kampung Raja Uda, Port Klang. Kawasan tersebut dipilih adalah kerana
kawasan tersebut telah terjejas teruk akibat serangan anai-anai. Fokus utama projek ini adalah
menghasilkan umpan anai-anai yang mesra alam tanpa menggangu kestabilan ekosistem alam
semula jadi. Hanya kawasan yang sudah di kenal pasti dan di analisis sebagai kawasan berisiko
tinggi dan sesuai digunakan umpan anai-anai sahaja yang akan terlibat bagi menjaga kestabilan
ekosistem alam semula jadi.

2.0 KAJIAN METODOLOGI

2.1 Bahan-bahan umpan yang digunakan dalam ‘TBS-Biopest’

i. Serpihan, Serbuk Kayu dan Surat Khabar lama
Memandangkan diet utama anai-anai adalah selulosa, penggunaan serpihan dan habuk kayu
amat tepat untuk dijadikan sumber makanan mahupun sebagai bahan umpan kepada anai-anai.
Anai-anai adalah sejenis spesis serangga perosak yang menjadikan kayu sebagai sumber
makanan serta membiak dan membina koloni dengan cepat. Pemilihan surat khabar lama
sebagai bahan umpan anai-anai adalah bersesuaian dengan objektif kajian yang menekankan
penggunaan bahan buangan sebagai bahan umpan. Surat khabar yang pada dasarnya adalah
bahan yang tipis dan rata, yang dihasilkan dengan kompresi serat yang berasal dari pulp. Serat
yang digunakan biasanya adalah alami, dan mengandung selulosa dan hemiselulosa. Di mana
selulosa adalah bahan utama diet makanan kepada anai-ana

424

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

ii. Pelepah Kelapa
Anai-anai merupakan serangga perosak yang banyak terdapat di tanah gambut. Kawasan
seperti ladang kelapa sawit adalah kawasan bertanah gambut dan pokok kelapa sawit kaya
dengan sumber selulosa yang menjadi diet utama makanan anai-anai. Justeru itu, kajian ini
telah mengambil inisiatif untuk menggunakan pelepah kelapa sawit sebagai salah satu bahan
umpan kepada anai-anai. Selulosa adalah satu karbohidrat yang terdiri daripada elemen-
elemen karbon, hidrogen dan oksigen. Seperti yang diketahui, elemen hidrogen dan oksigen
adalah sama seperti kandungan dalam air. Selulosa juga merupakan polisakarida yang
mengandungi banyak unit glukosa.

iii. Akar Tuba (Racun Semula Jadi)
Sebatian semulajadi yang terdapat pada akar tuba ialah rotenone yang merupakan racun kuat
bagi serangga. Peranan akar tuba untuk mengawal serangan anai-anai belum dikenalpasti.
Berdasarkan pertimbangan tersebut, satu kajian perlu dilakukan dengan menggunakan ekstrak
racun dari akar tuba dalam rangka pengendalian terhadap serangan anai-anai tanah. Bahan
racun serangga dari akar tuba dilaporkan telah digunakan untuk mengawal perosak tanaman di
Malaysia sejak tahun 1848 (Gus Adharini,2008). Dari sudut penyelidikan, ekstrak akar tuba
boleh menjadi racun serangga alternatif untuk kawalan anai-anai.

2.2 Rekabentuk Produk TBS-BIOPEST

Bekas umpan anai-anai berfungsi sebagai bekas yang diletakkan umpan serta racun di dalamnya.
Bekas umpan direka dengan pelbagai bentuk mengikut reka bentuk masing-masing. Bekas umpan
diletakkan dan ditanam di dalam tanah. Bahan untuk menghasilkan produk ini adalah dengan
menggunakan paip Polyvinyl chloride (PVC) yang terbuang. Pemilihan jenis bahan untuk
menghasilkan umpan tidak akan mempengaruhi kehadiran anai-anai. Carta alir proses pembuatan
bekas atau sarung dan proses pembuatan bahan umpan anai-anai untuk produk ‘TBS-Biopest’
adalah seperti berikut;

Rajah 1 : Carta alir proses Rajah 2 : Carta alir proses

pembuatan bekas/sarung produk pembuatan bahan umpan anai-
‘TBS-Biopest’ anai produk ‘TBS-Biopest’ 425

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016
3.0 DAPATAN KAJIAN
3.0 DAPATAN KAJIAN

3.1 Kos Kajian
Pembuatan bekas umpan TBS-Biopest adalah murah dan memerlukan kos yang minimum. Hal ini
kerana bekas umpan tersebut mengunakan bahan paip PVC yang terbuang. Harga setiap komponen
bekas umpan TBS-Biopest adalah seperti jadual di bawah;

Jadual 1 : Kos bekas umpan anai-anai produk TBS-Biopest

3.2 Spesifikasi Produk
Setelah kerja-kerja pembuatan produk dilakukan, produk diberikan nama “Biopesticide Evolution
for Termite Baiting System”. Produk ini berfungsi sebagai satu sistem pengumpanan anai-anai
yang bersifat mesra alam dalam mengawal serangan anai-anai pada struktur bangunan yang
menggunakan komponen kayu.

Rajah 3 : Lakaran Produk Rajah 4 : TBS - Biopest
3.3 Hasil ujian pemeTrBhaSti-aBniobepreksatla terhadap produk TBS-Biopest di lokasi kajian.

Pemerhatian berkala bermula sejurus selepas penanaman produk TBS-Biopest untuk diuji. Data
bagi pemerhatian berkala terhadap produk di ambil dalam tempoh 2 bulan sahaja. Pemerhatian
berkala ini bertujuan untuk mendapatkan data perbandingan jumlah anai-anai yang tertarik kepada

426

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

bahan-bahan umpan yang diuji. Tahap keberkesanan TBS-Biopest akan diukur di dua lokasi kajian
iaitu di Lot 1702 Kampung Baru, Taiping, Perak dan Kampung Raja Uda, Port Klang.

3.4.1 Lokasi 1 : Kampung Raja Uda, Pelabuhan Klang.

Bahan : Serbuk kayu, Akar Tuba, Serpihan Kayu,Surat Khabar

Jadual 2 : Pemerhatian pada Minggu 1 hingga Minggu 3

HARI PENERANGAN HASIL PEMERHATIAN

9 Januari 2015 – - Pada minggu pertama, produk “TBS-
15 Januari 2015 Biopest” ini telah ditanam di lokasi
(Jumaat – Khamis)
pengujian.
- Pemantauan pada hari ketujuh

menunjukkan bahawa masih tiada

tanda-tanda kehadiran anai-anai

terhadap bahan umpan yang telah

ditanam.

16 Januari 2015 – - Akhir pada minggu kedua produk
22 Januari 2015 TBS-Biopest sekali lagi dipantau untuk
(Jumaat – Khamis) melihat kehadiran anai-anai.

- Anai-anai dapat dilihat hanya merayap
pada sekitar umpan. Tiada lagi sebarang
kehadiran anai-anai didalam umpan.

23 Januari 2015 – - Pada minggu ketiga, masih tiada lagi
29 Januari 2015 sebarang perubahan pada umpan.
(Jumaat – Khamis)

Berdasarkan jadual 2 di atas, hasil pemerhatian yang telah dibuat, bahan umpan yang ditanam
menunjukkan hasil yang tidak memberangsangkan sepanjang tempoh tiga minggu pemerhatian. Punca
utama masalah ini adalah dikhuatiri kandungan umpan yang mengandungi ekstrak akar tuba yang
mengeluarkan bau yang kuat yang menghalang anai-anai tertarik kepada umpan.

427

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Bahan : Serbuk kayu, Tebu, Serpihan Kayu, Surat Khabar

Jadual 3 : Pemerhatian pada Minggu ke 4 hingga Minggu ke 5

HARI PENERANGAN HASIL PEMERHATIAN

- Pada minggu keempat,

memandangkan masih tiada lagi

penampakan kehadiran anai-anai pada

30 Januari 2015 – umpan, maka langkah alternatif telah
05 Februari 2015
(Jumaat- Khamis) diambil dengan memperbaharui salah

satu bahan umpan.

- “TBS-Biopest” tidak lagi

menggunakan akar tuba dan

digantikan dengan bahan umpan yang

baru iaitu hampas tebu.

- Namun begitu masih lagi tiada

penampakan anai-anai pada umpan.

6 Februari 2015 – - Pada minggu kelima, kelihatan koloni
12 Februari 2015 semut mengerumuni umpan.
(Jumaat- Khamis)
- Tiada penampakkan anai anai pada
umpan.

Merujuk kepada jadual 3 di atas, pada minggu keempat perubahan penggunaan bahan umpan telah
dilakukan dengan menggantikan akar tuba dengan hampas tebu yang mengandungi mulsa dengan
kandungan lembapan yang tinggi. Ini adalah kerana anai-anai bukan sahaja tertarik pada kayu tetapi
juga tertarik pada persekitaran yang tinggi lembapannya. Namun, setelah tempoh 2 minggu
pemerhatian, serangga yang hadir adalah koloni semut. Oleh itu, penggunaan bahan tebu didalam
umpan telah dihentikan.

428

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Bahan: Serbuk kayu, Surat Khabar Lama, Serpihan Kayu

Jadual 4 : Pemerhatian pada Minggu ke 6 hingga minggu ke 8

HARI PENERANGAN HASIL PEMERHATIAN

13 Februari 2015 – - Pada minggu keenam, bahan umpan
19 Februari 2015 TBS-Biopest telah ditukar dengan
(Jumaat- Khamis) hanya menggunakan campuran surat
khabar, kayu terpakai dan serbuk-
serbuk kayu sahaja tanpa penggunaan
racun ekstrak akar tuba.

- Pada minggu ketujuh, masih tiada
20 Februari 2015 – lagi sebarang perubahan pada umpan
dan penampakan anai-anai di dalam
26 Februari 2015 umpan.

(Jumaat- Khamis)

- Pada minggu kelapan, berlaku

perubahan positif terhadap

penampakan sebilangan anai-anai di

27 Februari 2015 – dalam produk TBS-Biopest.
5 Februari 2015
- Anai-anai kelihatan merayap di
(Jumaat- Khamis) dalam umpan. Ini menunjukkan
anai-anai sudah mula tertarik
kepada bahan umpan yang
digunakan dalam produk TBS-
Biopest.

Merujuk kepada jadual 4 di atas, hasil pemerhatian yang telah dibuat, setelah umpan diubah
kandungannya dengan menggunakan hanya surat khabar, serpihan kayu terpakai dan serbuk kayu,
umpan yang dihasilkan menunjukkan hasil yang positif. Keberkesanan penggunaan bahan umpan surat
khabar, serpihan kayu terpakai dan serbuk kayu telah dapat menunjukkan hasil yang positif dengan
penampakan anai-anai pada umpan TBS-Biopest.

3.4.2 Lokasi 2 : Lot 1702 Kampung Baru, Taiping Perak.

Bahan: Pelepah kelapa dan Sucrose (Gula)

429

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Bagi lokasi kedua, hanya bahan umpan yang diuji tanpa menggunakan bekas umpan anai-anai. Ini
adalah kerana untuk menentukan kadar masa yang sebenar diambil untuk anai-anai tertarik kepada
bahan umpan ynag digunakan. Kadar masa telah direkodkan seperti jadual di bawah;

Jadual 5 : Pemerhatian pada Minggu 1 hingga Minggu 4

HARI PENERANGAN HASIL PEMERHATIAN
- Pada minggu pertama, tiada
16 Januari 2015 –
23 Januari 2015 kehadiran anai-anai ke atas
(Sabtu – Jumaat) bahan umpan yang digunakan
iaitu pelepah kelapa dan
sucrose.

23 Januari 2015 – - Pada minggu pertama, tiada
perubahan pada umpan dan
29 Januari 2015 tiada penampakan anai-anai.
(Sabtu – Jumaat)

30 Januari 2015 – - Pada minggu ketiga, terdapat
perubahan pada umpan yang
06 Februari 2015 telah digunakan di atas
(Sabtu – Jumaat) kehadiran anai-anai.

- Umpan mula mengandungi pasir
yang dibawa oleh anai-anai.

07 Februari 2015 – - Pada minggu keempat, umpan
mula memberikan kesan positif
14 Februari 2015 dengan kehadiran anai-anai.
(Sabtu – Jumaat)
- Umpan telah diliputi pasir yang
dibawa anai-anai.

- Terdapat penampakan
Sebilangan kecil koloni anai-
anai pada umpan tersebut.

Berdasarkan jadual 5 di atas, pada minggu pertama dan kedua tiada tindak balas anai-anai terhadap
umpan. Ini adalah kerana anai-anai memilih sendiri persekitaran yang paling sesuai bagi hidupnya, di
mana anai-anai dapat memilih sendiri pilihan makanan yang berada di sekitar mereka. Namun pada
minggu keempat anai-anai sudah mula tertarik kepada umpan yang digunakan. Oleh itu, dapat
dirumuskan di sini bahawa seawal minggu yang keempat, bahan umpan yang menggunakan pelepah
kelapa dan sucrose menunjukkan kesan yg positif dengan kehadiran anai-anai.

4.0 KESIMPULAN

Keberkesanan produk “TBS-Biopest” ini dapat dilihat lebih kurang dalam tempoh masa 2 bulan setelah
pemerhatian berkala dilakukan dengan menggunakan beberapa bahan yang berbeza pada dua lokasi
yang berbeza. Penggunaan potongan pelepah kelapa yang telah direndam dengan campuran sukros
telah berjaya menarik anai-anai dalam masa tiga minggu pengujian berbanding dengan penggunaan

430

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

surat khabar, serpihan dan habuk kayu sebagai bahan umpan yang memakan masa selama lapan
minggu untuk menarik anai-anai kepada umpan. Ini menunjukkan bahawa penggunaan bahan-bahan
umpan yang telah diuji di dalam kajian ini adalah sesuai dan berpotensi untuk dijadikan bahan umpan
anai-anai untuk produk TBS-Biopest ini. Namun begitu, penggunaan pelepah kelapa dan sucrose lebih
efektif dijadikan sebagai bahan umpan kerana kadar masa yang diperolehi untuk anai-anai tertarik
kepada umpan lebih singkat berbanding dengan bahan umpan yang lain.

Secara keseluruhannya kajian ini dapat menghasilkan umpan anai-anai yang dikenali sebagai
“Biopesticide Evolution for Termite Baiting System” (TBS – Biopest) yang bersifat mesra alam dengan
penggunaan bahan-bahan semulajadi dan bahan buangan. Hasil daripada pemerhatian berkala juga,
bahan-bahan umpan seperti serbuk kayu, surat khabar, serpihan kayu, pelepah kelapa dan sukrosa yang
telah diuji yang digunakan di dalam TBS-Biopest telah terbukti sesuai dan berkesan sebagai bahan
umpan anai-anai. Namun begitu, penyelesaian untuk membunuh koloni anai-anai dengan menggunakan
ekstrak akar tuba masih belum terjawab di mana kajian yang lebih mendalam harus dilakukan pada
masa hadapan.

Manakala dari segi kos pembuatan pula, TBS-Biopest juga adalah sangat rendah dan minimum jika
dibandingkan dengan kaedah yang sedia ada yang menggunakan bahan kimia. Kaedah umpan anai-anai
ini juga sememangnya memakan masa yang lama untuk membunuh keseluruhan koloni anai-anai pada
satu-satu kawasan atau struktur bangunan yang telah rosak akibat daripada serangan anai-anai.

Proses pembuatan bahan-bahan umpan TBS-biopest tidak mengambil masa yang lama. Bahan bahan
tesebut hanya perlu digaul bersama air untuk menjadi satu adunan umpan. Jika dibandingkan dengan
bahan umpan yang ada dipasaran, bahan tersebut perlu diproses di makmal terlebih dahulu sebelum
dijadikan umpan. Proses tersebut akan mengambil masa yang lama. Proses menanam umpan pada
lokasi kejadian juga tidak memerlukan masa yang lama jika dibandingkan dengan kaedah kawalan
yang lain yang memerlukan banyak turutan prosedur dan piawai yang perlu dipatuhi.

TBS-Biopest mampu memberi sumbangan kepada masyarakat kerana berpotensi mengurangkan
masalah anai-anai di kawasan tempat tinggal. Di masa akan datang produk ini juga berpotensi menjadi
sebuah produk berupaya mengawal masalah anai-anai.

5.0 CADANGAN

Penambahbaikan kepada bahan umpan yang digunakan boleh dilakukan bagi mempercepatkan lagi
kedatangan anai-anai pada bahan umpan. Memandangkan produk ini adalah pada fasa permulaan, di
mana objektif hanya tertumpu kepada potensi dan pemilihan bahan umpan yang sesuai untuk
mengumpan anai-anai sahaja, penyelesaian untuk membunuh koloni anai-anai dengan menggunakan
ekstrak akar tuba masih belum terjawab.
Hasil daripada pemerhatian berkala juga menunjukkan bahawa masalah bau ekstrak akar tuba telah
menghalang anai-anai mendekati bahan umpan. Cadangan yang boleh dipertimbangkan untuk
mengurangkan bau yang dihasilkan daripada ekstrak akar tuba adalah dengan menggunakan bauan dari
bunga dan deodorant (Gus Adharini,2008). Bagi tujuan pengkomersilan produk ini, fasa seterusnya
wajar dilaksanakan dengan lebih mendalam di mana kadar tempoh masa yang lebih lama diperlukan
untuk melihat lebih lagi kerberkesanan penggunaan bahan umpan yang diuji. Fasa seterusnya adalah
memastikan supaya bahan-bahan umpan dan racun semulajadi harus memberi tindak balas yang positif
dengan lebih cepat. Penggunaan racun semulajadi ini penting dalam mengekalkan keseimbangan
ekosistem semulajadi.

431

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016
Rujukan

Amma Naningrum (2014). Termite Control/Pengendalian Rayap di Perpustakaan: Studi Action Research pada Perpustakaan
Balai Penelitian Teknologi Serat Tanaman. Visi Pustaka Edisi Vol. 16 No. 1.

Borror DJ, Triplehorn CA and Johnson NF. (1996). Pengenalan pelajaran serangga. Terjemahan. Soetiyono Partosoedjono. Gajah
Mada University Press. Yogyakarta.

Gus Adharini (2008). Uji Keampuhan Ekstrak Akar Tuba (Derris Elliptica Benth) Untuk
Pengendalian Rayap Tanah. Institut Pertanian Bogor, Indonesia.

Christine Dell’Amore (2009). Battling Termites? Just Add Sugar. Dicapai pada Januari 22,
2015 dari http://news.nationalgeographic.com

Humas Balitsa (2015). Pestisida Nabati dari Akar tuba (Derris elliptica (Wallich) Benth).
Dicapai pada November 15, 2014, dari http://balitsa.litbang.pertanian.go.id/ind/index.php/berita-terbaru/429-
pestisida-nabati-dari-akar-tuba-derris-elliptica-wallich-benth.html

Michael F. Potter (2014). Termite Baits: A Guide for Homeowners. College of Agriculture,
University of Kentucky, ENT-65.

Michael Lenz (2005). BIOLOGICAL CONTROL IN TERMITE MANAGEMENT: THE
POTENTIAL OF NEMATODES AND FUNGAL PATHOGENS. Proceedings of the Fifth International Conference
on Urban Pests. Perniagaan Ph’ng @ P&Y Design Network, Malaysia.

Nandika D, Rismayadi Y dan Diba F (2003). Rayap : biologi dan pengendaliannya. Muhammadiyah University Press. Surakarta.
Sarah Moore (2006). Do Termitesm Eat Palm Tree Roots?. Dicapai pada Disember 20, 2014,

dari http://homeguides.sfgate.com/termites-eat-palm-tree-roots-87423.html
Stormberg, Meghan (2003). Termite tech. Highland Ranch : Professional Builder. Jul 2003. Vol. 68, Iss. 7; p. 63

432

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Ciri-Ciri Rekabentuk Seni Bina Bangunan Masjid Al-
Istiqomah, Sungai Tiang Darat, Bagan Datoh, Perak

Mazarina Binti Md Zain, Nurul Aina Binti Saleh, Noor Atiqah Binti Sanudin

Politeknik Sultan Idris Shah, [email protected]

_________________________________________________________________

ABSTRAK

Di awal kemunculan masjid di dunia Melayu, ia bukan sahaja berperanan sebagai tempat beribadat, malah masjid
adalah sebagai lambang agama yang maha suci dan merupakan tempat untuk beramal soleh, bertakwa serta
menyebarkan dakwah Islamiah. Rekabentuk seni bina masjid di negara ini melambangkan bagaimana
perkembangan agama Islam di Tanah Melayu pada suatu masa dahulu. Agama islam dibawa ke Tanah Melayu-
Nusantara melalui pedagang dan mubaligh. Alim ulama ini bukanlah pakar bangunan atau arkitek yang mahir
dalam merekabentuk bangunan. Oleh itu bangunan yang dijadikan masjid pada zaman awal penyebaran agama
islam di Tanah Melayu adalah mirip dengan rekabentuk rumah kediaman di tempat asal mereka. Kajian
rekabentuk seni bina Masjid Al-Istiqamah yang terletak di Sungai Tiang Darat, Bagan Dato, Perak ini adalah untuk
mengenal pasti asal usul dan pengaruh budaya pada rekabentuk bangunan tersebut. Kajian ini meliputi rekabentuk
seni bina bangunan, struktur binaan bangunan, bahan binaan dan pengaruh sosio budaya terhadap rekabentuk
bangunan kajian. Kaedah kajian yang digunakan adalah melalui pemerhatian dan kerja lapangan di tapak.

Kata kunci: Masjid, Tanah Melayu, seni bina, pengaruh, reka bentuk

PENDAHULUAN

Mengikut sejarah, nama lama masjid ini ialah Masjid Jami’ Sungai Tiang Darat dan ianya dibina pada
tahun 1911. Masjid ini dibina atas kerjasama dan keperluan semasa penduduk awal Kampung Sungai
Tiang Darat dan perintisnya ialah ketua kampung itu sendiri, Haji Noor dengan peruntukan
disumbangkan oleh dermawan kampung dan dibina secara gotong royong bersama penduduk tempatan.
Penduduk kampung menyediakan satu tapak tanah yang berukuran 6 hektar di atas sebuah kebun
kelapa yang mana 1 hektar tanah dikhususkan untuk tanah perkuburan manakala 4 hektar lagi
dikekalkan sebagai kebun kelapa yang mana hasil kebun akan digunakan bagi membayar elaun siak.

Pembinaan masjid ini boleh dibahagikan kepada 5 bahagian, mihrab, ruang solat lelaki, kolah wudhu,
serambi dan ruang solat wanita. Proses pembinaannya pula menggunapakai pohon besar yang ditebang
untuk dijadikan sebagai tiang-tiang masjid dan penduduk kampung turut membina rumah bagi keluarga
siak. Untuk keperluan berwuduk, pihak masjid ada menyediakan 2 buah kolah di perkarangan masjid
dan sebuah tangki di ruang serambi untuk tadahan air hujan. Imam masjid pada ketika itu, Tuan Guru
Haji Hassan ada menjemput guru-guru agama untuk menyampaikan dakwah dan menyampaikan ilmu
agama kepada penduduk tempatan serta turut menyediakan rumah untuk mereka. Bedok dan kerantong
hasil dari penebangan hutan di kawasan sekitar digunakan untuk memaklumkan waktu azan dan
pengumuman kematian. Oleh sebab imam dan 99% daripada penduduk kampung merupakan etnik
jawa dan kurang fasih berbahasa Melayu maka skrip khutbah disampaikan dalam bahasa Jawa.

Pemasalahan kajian adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri rekabentuk pada bangunan tradisional Masjid
Al-Istiqomah, Sungai Tiang Darat, Bagan Datoh, Perak. Hasil daripada permasalahan ini, satu kajian
tapak telah dijalankan bagi mengenal pasti ciri-ciri rekabentuk masjid tradisional ini.

METHOD KAJIAN

Metodologi kajian yang digunakan adalah kajian analisis deskriptif melalui pemerhatian secara visual
dan pengumpulan data sekunder berkaitan bangunan kajian. Kajian rekabentuk Masjid Al-Istiqomah
adalah bagi mengenal pasti ciri-ciri rekabentuk dan elemen seni bina yang ada pada bangunan masjid
tersebut.

433

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Data-data yang diperolehi semasa lawatan tapak akan dianalisis bagi menjawab persoalan kepada
permasalahan kajian. Indikator yang digunakan untuk mengenal pasti elemen rekabentuk bangunan
keagamaan ini adalah daripada analysis karekter pada rekabentuk bangunan, bumbung, dinding, ruang,
perincian pintu, tingkap dan siling bangunan. Bahan binaan turut dikaji.

Permasalahan

Tajuk Kajian

Kerja Tapak

Teknik Pengumpulan
Data

Kajian Visual Proses Ukur Temuramah Bacaan dan
Bangunan responden rujukan
sumber
sekunder

Proses analisis data

Rajah 2.1.1 Diagram proses kaedah kajian dijalankan

DAPATAN KAJIAN

Masjid Al-Istiqomah merupakan salah salah satu masjid yang tertua ada di sekitar Bagan Datoh, Perak.
Masjid ini dikaitkan dengan kedatangan tabligh dari Nusantara yang datang ke Tanah Melayu untuk
menyebarkan agama islam di daerah ini sehingga terbinanya masjid yang dijadikan sebagai tempat
berdakwah dan menyebarkan ilmu agama untuk penduduk tempatan. Menurut temubual bersama
penduduk asal sekitar Kampung Tiang Darat, masjid ini telah dibina hasil daripada gotong royong
penduduk tempatan menggunakan sumber bahan binaan yang ada di sekitar kawasan tersebut.

SUSUNATUR PELAN LANTAI MASJID AL-ISTIQAMAH

434

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

A

Mihrab

Ruang solat Ruang solat
wanita lelaki

serambi Minaret
Kolah

Rajah 3.1.1 Beranda

A

Pelan lantai bangunan asal Masjid Al-Istiqamah

B Mihrab B

Tempat Ruang solat Ruang solat
wuduk wanita lelaki
wanita

Tandas wanita Tandas lelaki
Minaret
Dewan Beranda
makan

Tempat Serambi
wuduk Kolah
wanita

RUJUKAN Beranda Tempat
Ruang yang ditambah wuduk
lelaki
Rajah3.1.2 Pelan lantai bangunan yang baru diukur pada tahun 2015
435

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016
Rajah 3.1.1 menunjukkan pelan lantai asal Masjid Al-Istiqomah. Pelan lantai ini adalah hasil daripada
analisis data yang diperolehi daripada temubual dan pemerhatian pada struktur binaan bangunan dan
keadaan sekitar tapak kajian. Ruang asal dalam bangunan masjid ini adalah Mihrab, ruang solat lelaki,
ruang solat wanita, serambi, kolah tempat mengambil wuduk dan minaret. Masjid ini telah mengalami
proses pengubah suaian dan penambah baikan. Rajah 3.1.2 menunjukkan pelan lantai masjid yang
terkini iatu diukur pada tahun 2015 semasa kajian tapak dilakukan. Ruang tambahan setelah proses
penambahbaikan dilakukan adalah tambahan ruang mengambil wuduk untuk lelaki dan wanita, tandas
wanita, dewan makan dan tandas di bawah minaret.

a. Pandangan hadapan

b. Pandangan sisi kiri

c. Pandangan sisi kanan

436

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

d. Pandangan belakang

Rajah3.1.3 Pandangan sisi Masjid Al-Istiqamah

STRUKTUR DAN BAHAN BINAAN

Bahan Binaan

Bahan binaan masjid ini terbagahgi kepada dua sumber iaitu semulajadi dan buatan manusia.
Sebelum Masjid Al-Istiqamah dibina, tapak dan kawasan sekitar masjid adalah kebun kelapa dan hutan.
Maka, hutan dan pokok-pokok kelapa ditebang, dan kayunya digunakan sebagai sumber asas untuk
binaan struktur dan kemasan bangunan masjid.

Asas Bangunan

Asas merupakan ‘alat’ yang bertujuan untuk memindahkan beban struktur kepada bumi dengan
selamat, iaitu selamat dari segi menggalas beban dan keupayaan tanah untuk menahan enapan yang
tidak melebihi had-had tertentu.

Asas yang digunakan oleh bangunan Masjid ini adalah dari jenis asas cetek, iaitu asas yang menghantar
beban struktur kepada tanah yang berdekatan dengan permukaan bumi. Asas cetek yang digunakan
adalah asas pad. Asas pad adalah asas yang menanggung satu struktur tiang. Asas jenis ini sesuai
digunakan untuk bangunan kecil dengan kedudukan tiang yang tidak rapat seperti Masjid ini.

Rajah3.1.4 Contoh asas pad

437

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Tiang dan Rasuk
Struktur tiang dan rasuk Masjid Al-Istiqomah diperbuat daripada kayu jenis Cempedak Air, dimana
pokok ini banyak terdapat di kawasan sekitar tapak masjid pada waktu ianya dibina. Namun tidak ada
ukiran dan corak pada struktur tiang dan rasuk masjid ini. Kaedah binaan struktur tiang dan rasuk
adalah menggunakan tanggam sepenuhnya.

Rajah3.1.5 Strutur tiang dan rasuk di dalam Masjid Al-Istiqomah

Rajah3.1.6 Rajah elemen struktur pada binaan bangunan

438

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Rajah3.1.7 Struktur tanggam pada rasuk dan tiang

Dinding

Dinding bangunan Masjid diperbuat daripada kayu. Jenis susunan dinding pada masjid ini adalah
dinding kaset/ pian. Teknik binaanya adalah papan kayu yang mempunyai lebihan kayu ditengah atau
sisi sepanjang tepi papan manakala bertentangannya mempunyai alur lubang khas untuk lebihan kayu
dimasukkan atau disambung, alur dan lebihan kayu ini bertindak sebagai pengunci antara kayu papan.
Lebihan papan ini dinamakan ‘lidah’ manakala alur lubang dinamakan ‘mulut’. Ia disusun menegak
dari kiri atau kanan. Susunan ini lebih kemas kerana tiada air atau cahaya boleh menembusi celah kayu.

Rajah3.1.8 Struktur dinding bangunan Masjid Al-Istiqomah

439

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Rajah3.1.9 Contoh teknik susunan dinding kaset/ pian

Bumbung

Rekabentuk bumbung Masjid Al-Istiqomah dipengaruhi oleh Seni Bina Jawa. Faktor ini dipengaruhi
oleh alim ulamak yang datang dari Tanah Jawa untuk menyebarkan agama Islam dan berdakwah di
Bagan Datoh. Jika dilihat dari segi rekabentuk pelan lantai bangunan dan bumbung, ia mempunyai
persamaan dengan rekabentuk Masjid Damak, Sumatera. Masjid Al-Istiqamah ini juga mempunya
persamaan dari segi rekabentuk bumbungya dengan Masjid Tua Kampung Laut, Kelantan, dimana
masjid bercirikan bentuk masjid Melayu-Nusantara (Nasir, 1995). Struktur binaan bumbung
menggunakan kayu jenis cengal dimana ia lebih lasak dan tahan lama.

440

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Mahkota atap
Atap tumpang lapis 3
Atap tumpang lapis 2
Atap tumpang lapis 1

Rajah3.1.10 Perincian keratan bumbung

a Keratan A-A Masjid Al-Istiqamah

b. Keratan B-B Masjid Al-Istiqamah
Rajah3.1.11 Keratan rentas bangunan Masjid Al-Istiqomah

441

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Rajah3.1.12 Binaan struktur bumbung Masjid Al-Istiqamah

Rajah3.1.13 Mahkota atap

KESIMPULAN
Bangunan masjid ini menjadi lambang pengaruh agama Islam ke Tanah Melayu selari dengan
kehadiran penganutnya di daerah ini. Senibina yang dibawa dari Tanah Jawa oleh para mubaligh Jawa
semasa datang menyebarkan agama Islam di Bagan Datoh.
Secara kesimpulannya, pembinaan masjid ini telah menggunakan 100% bahan dari unsur semulajadi
sebagai struktur binaan utama. Kayu cengal digunakan pada kebanyakan ruang di masjid ini, tidak kira
di dalam mahupun di luar masjid. Keseluruhan sambungan binaan masjid ini menggunakan sambungan
tanggam. Terdapat banyak jenis penyambungan lain yang ditemui pada masjid ini.
Keistimewaan masjid ini terletak pada Kaligrafi Al-Qur’an dan Seni Bina Jawa yang merupakan
komponen berharga untuk sesebuah masjid. Kaligrafi Al-quran ini dipercayai bertujuan untuk
mengelak pengaruh jahat daripada memasuki masjid ini. Walaupun ia telah dibina lebih dari satu abad,
masjid ini masih dalam keadaan baik dan bersih. Imam yang menjaga di Masjid Al-Istiqomah ini juga
ada menjelaskan bahawa penggunaan kayu cengal adalah kerana bahan tersebut terdiri dari kualiti kayu
yang terbaik. Ia terbukti kerana fasad dan struktur bangunan tersebut masih mampu bertahan sehingga
ke hari ini. Walaupun usia masjid ini adalah melebihi 103 tahun, namun bahan binaan dan struktur
utama masjid ini masih kelihatan baik.

442

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016
RUJUKAN
Nasir.A.H, Wan Teh.W.H (1997) Warisan Seni Bina Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia
Nasir.A.H (2004) Mosque Architecture in the Malay World, Universiti Kebangsaan Malaysia
Nasir.A.H (1995) Seni Bina Masjid di Dunia Melayu Nusantara, Universiti Kebangsaan Malaysia

443


Click to View FlipBook Version