The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ebook.psis, 2020-08-16 23:14:42

e-Prosiding Seminar EnviroPOLY 2016

e-Prosiding Seminar EnviroPOLY 2016

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Keberkesanan Pembelajaran Kontekstual Dalam Membentuk
Heksagon Menggunakan Mesin Kisar Di Politeknik Sultan

Azlan Shah

Kapt (PA) Hj Hazril Hisham Bin Hj Hussin

Politeknik Sultan Azlan Shah, [email protected]

__________________________________________________________________________________________

Abstrak

Kajian ini dilakukan adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan pembelajaran secara kontekstual di dalam meningkatkan
prestasi pelajar dalam membentuk heksagon dengan menggunakan mesin kisar di Politeknik Sultan Azlan Shah. Soal selidik
dijalankan bagi melihat pencapaian prestasi pelajar dalam membentuk heksagon tersebut. Kaedah pengajaran yang diterapkan
juga adalah merujuk kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran kontekstual dengan menggunakan kaedah Menghubungkait
(Relating), Mengalami (Experiencing), Menggunakan (Applying), Bekerjasama (Cooperating) dan Memindahkan (Transfering)
REACT.

Analisis diskriptif dengan skala likert (1-5) telah digunakan, untuk mengukur pencapaian dengan mengukur jadual frekuensi, min
dan peratus, manakala untuk melihat perbezaan sikap terhadap sebelum dan selepas pembelajaran secara kontekstual. Seterusnya
untuk melihat sejauh manakah pembelajaran secara kontekstual menarik minat pelajar. Kajian ini juga akan menggunakan
analisis kualitatif berdasarkan hasil soal selidik dan min pengkaji terhadap pelajar. Akhirnya pengkaji berharap kajian ini akan
menjadi panduan untuk pengkaji membuat satu kajian lengkap dan berterusan berdasarkan tajuk berkenaan pada masa akan
datang.

Katakunci: Kontekstual, Heksagon, Mesin Kisar, Pengetahuan, Politeknik
___________________________________________________________________________________________

PENGENALAN

Dalam era perkembangan globalisasi pada masa kini, sistem pendidikan kita sedang menyiapkan diri ke arah konsep
pendidikan bertaraf dunia. Konsep ini sebagaimana yang dikemukakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menjadi
Menteri Pendidikan menjelaskan dua perkara yang harus diberi penekanan, iaitu elemen pengajaran dan pembelajaran (P&P)
yang berkualiti dan peningkatan kadar enrolmen pelajar di institut pengajian tinggi. (Berita Harian 29 Januari 1996). Petikan
tersebut adalah satu daripada cabaran yang harus dihadapi oleh semua pihak terutama pendidik seperti pensyarah (politeknik).
Justeru itu saya merasakan bahawa kajian saya haruslah lebih bersifat ke arah teknologi yang mempunyai kaitan dengan
pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Di dalam kajian ini, ianya akan membincangkan latar belakang pendidikan membuat atau membentuk heksagon dengan
menggunakan mesin kisar. Secara lazimnya dalam ilmu kejuruteraan mekanikal, terutamanya pada modul Amalan Bengkel
Mekanikal (ABM) di Politeknik, modul ini digunakan dengan meluas iaitu kepada pelajar dan pensyarah. Memandangkan
kepentingan modul ABM ini, banyak kajian pendidikan mengenai teknikal telah dijalankan di dalam dan luar negara. Hasil
dapatan menunjukkan bahawa pencapaian bidang teknikal amat berkait rapat dengan aspek sosioekonomi, jantina dan sikap
pelajar itu sendiri. Namun begitu tidak dapat dinafikan bahawa strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P) juga merupakan
salah satu faktor yang penting bagi mempengaruhi pencapaian teknikal seseorang pelajar.

Kajian ini dijalankan adalah kerana terdapat segelintir pelajar yang merasakan bahawa penggunaan mesin kisar untuk
membentuk heksagon adalah sukar difahami jika ianya diterangkan secara teori ataupun di dalam kuliah sahaja. Ianya juga agak
sukar difahami melalui sumber bacaan atau nota-nota yang diberikan oleh pensyarah. Kajian ini juga dilakukan adalah untuk
meningkatkan kefahaman pelajar dan juga mengenal pasti strategi pembelajaran yang boleh diguna pakai bagi keberkesanan
pembelajaran dalam modul Amalan Bengkel Mekanikal dalam konteks membuat heksagon menggunakan mesin kisar. Tinjauan
sama ada keberkesanan Kontekstual dalam pembelajaran membentuk heksagon pada mesin kisar dengan secara grafik
diperjelaskan melalui kajian ini

METODOLOGI

Rekabentuk Kajian

Dalam rekabentuk kajian ini ianya menerangkan kajian penyampaian subjek kepada pelajar iaitu menggunakan strategi REACT,
perhubungan atau kaitan pengetahuan sedia ada pelajar, pengetahuan pelajar berkenaan dengan kajian iaitu membuat heksagon.
Rekabentuk kajian ini juga, akan memberi fokus terhadap sampel dari segi pengetahuan pelajar atau latar belakang pelajar iaitu
adakah mereka pernah mempelajarinya di sekolah atau pada semester sebelum. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif secara
tinjauan dan menggunakan borang soal selidik bagi mendapatkan maklumat Mohd. Majid (1994), menjelaskan juga bahawa
kajian deskriptif merupakan penyelidikan terhadap sesuatu fenomena dengan menganalisis data deskriptif yang diperolehi dari
soal selidik atau media-media lain.

100

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Soal Selidik.

Kajian ini akan menggunakan 13 item soal selidik sikap pelajar terhadap modul ABM-membuat heksagon menggunakan mesin
kisar daripada soal selidik sikap Pensri (1955) dengan ubahan 5 skala likert. Pelajar diberi pilihan samada memilih sangat setuju,
setuju, kurang setuju, tidak setuju dan sangat tidak setuju. Soalan soal selidik ini tertumpu kepada dua kategori iaitu kategori
sikap pelajar dalam modul ABM dan kategori minat pelajar dan nilai dalam membuat Heksagon.

Jadual 2.0 Jadual Pengkelasan Skala Likert

Skor Kenyataan Tafsiran

1 Sangat Tidak Setuju Tidak Bersetuju
2 Tidak Setuju Menyatakan Persetujuan
3 Kurang Setuju
4 Setuju
5 Sangat Setuju

Populasi dan Sampel

Populasi kajian adalah pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Sultan Azlan Shah. Sampel kajian terdiri daripada

30 orang sampel dari sebuah kelas kejuruteraan. Soalan berbentuk soal selidik diberikan pada perjumpaan pertama. Setiap sesi

perjumpaan selama 4 jam selama 2 minggu di mana ianya dilakukan seperti berikut:-
a) 2 jam – Satu set soal selidik dan perbincangan.
b) 2 jam – pembelajaran konteksual, persembahan grafik dan Amali.

Prosedur Kajian Dan Prosedur Pengumpulan Data.

Prosedur kajian dan pengumpulan data ini dibuat melalui beberapa kaedah yang diterangkan sebelum ini iaitu edaran sampel
soalan di mana ianya menjurus kepada pengetahuan sedia ada pelajar dan seramai 30 orang pelajar mengambilnya. Pengumpulan
data ini dianalisis dan dapatan tersebut dipertingkatkan dari masa ke semasa. Jangkamasa kajian juga dibuat iaitu 2 jam Teori dan
2 jam Amali.

Kesahan dan kebolehpercayaan

Di dalam kajian ini alat kaedah soalan-soalan soal selidik akan dibina oleh pengkaji sendiri. Kesahan dan kebolehpercayaan akan
diukur dengan penyeliaan oleh ketua program dan penyelia bengkel yang masing-masing lebih arif dan berpengalaman dalam
pengajaran dan pembelajaran modul ABM membuat heksagon menggunakan mesin kisar.

Prosedur Penganalisian Data

Bentuk data biasanya terdapat dalam dua bentuk iaitu data dalam bentuk kuantitatif dan data kualitatif. Data kuantitatif dikumpul
dengan menggunakan soal selidik mengenai latar belakang pelajar, ujian awal dan ujian prestasi. Manakala data kualitatif
diperolehi berdasarkan soal selidik melalui temuduga dan temubual terhadap pelajar berbentuk soalan terbuka. Teknik analisis
kandungan juga digunakan sepanjang proses menganalisis data kualitatif. Ianya digunakan bagi menafsir secara tersurat dan
tersirat maklum balas setiap subjek (Berg,1998). Teknik ini dapat mengenal pasti frasa-frasa yang berulang dan melaporkan
kategori atau ciri-ciri utama yang sesuai.

Pemprosesan data merupakan teknik untuk pengumpulan, menganalisis, pengolahan, penyimpanan dan pengeluaran data. Analisa
statistik deskriptif telah dilakukan ke atas data yang terkumpul.(Majid, 1994). Menurut Armore (1966) pula, penggunaan statistik
deskriptif dapat melengkapkan kaedah untuk mentadbir, meringkas dan menjelaskan data yang menggambarkan keseluruhan
populasi. Bagi memudahkan penafsiran kajian ini, penetapan penilaian adalah seperti jadual 2.1 di bawah. Kaedah ini sering
digunakan oleh penyelidik lain seperti Lau (2001).

Jadual 2.1 –Kriteria Penilaian Data berbentuk Bilangan Dan Peratusan

Tahap penilaian Peratus Penafsiran

Tinggi 50 % ke atas Positif (Tinggi)
Rendah 49.9% ke bawah Negatif (Rendah)

(Sumber: Diubahsuai dari Lau,2001)

DAPATAN KAJIAN

Analisis Bahagian I – Latar Belakang Pelajar/Responden

Bahagian I ini mengandungi 5 item soalan yang berkaitan dengan maklumat diri pelajar atau responden. Item-item yang terdapat
dalam bahagian ini adalah semester, program, jantina, bangsa dan agama. Populasi yang dikaji selidik adalah seramai 30 orang
pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal. Perkara ini dilakukan agar, untuk memastikan tiada faktor-faktor pengetahuan sedia
ada atau kurang pengetahuan yang mana ianya mempengaruhi hasil kajian. Bahagian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat
tentang latar belakang responden dari segi jantina, agama dan bangsa.

101

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Jadual 3.0 – Maklumat latar belakang pelajar

Item Perkara Kekerapan Peratus
Jantina
Bangsa Lelaki 26 86.7%

Agama Perempuan 4 13.3%

Melayu 23 76.7%

Cina 5 16.6%

India 2 6.7%

Lain-lain - -

Islam 23 76.7%

Kristian 1 3.3%

Buddha 4 13.3%

Hindu 2 6.7%

Jadual tersebut menunjukkan kekerapan dan peratusan berkaitan jantina, bangsa dan agama bagi setiap pelajar. Hampir
keseluruhan pelajar adalah lelaki iaitu seramai 26 orang dan kebanyakkannya berbangsa melayu. Hanya terdapat empat orang
pelajar perempuan berbangsa melayu, lima pelajar berbangsa Cina dan dua orang pelajar berbangsa India yang beragama Hindu,
Buddha dan Kristian.

Analisis Bahagian II dan III.

Analisis di buat pada setiap item soal selidik berdasarkan kekerapan dan peratus jawapan pelajar. Sebanyak 13 item soal selidik
digunakan untuk melihat pandangan pelajar tentang gaya pembelajaran secara kontekstual. Item-item soal selidik ini dibahagikan
kepada 2 bahagian mengikut persoalan kajian. Penganalisaan tersebut dilakukan pada item yang mempunyai lima aras
persetujuan Amat Sangat Setuju (ASS), Sangat Setuju (SS), Setuju (S), Kurang Setuju (KS) dan Tidak Setuju (TS) menurut skala
likert.

Analisis Bahagian II (Persoalan Kajian 1) - mengenalpasti sikap dan pencapaian pelajar semasa pembelajaran secara
Kontekstual.

Bahagian ini mengandungi 5 soalan yang bertujuan mengukur pencapaian akademik pelajar terhadap kesan pembelajaran secara
kontekstual bagi modul ABM membuat heksagon menggunakan mesin kisar. Soalan-soalan ini berdasarkan kepada sikap pelajar
terhadap akademik semasa pembelajaran secara kontekstual dijalankan.

Jadual 3.2 – Peratusan berkaitan sikap dan pencapaian akademik pelajar semasa Pembelajaran Secara Kontekstual
(PSK)

Pembelajaran Secara Kontekstual (PSK) dapat meningkatkan prestasi pelajar.

TS KS S SS ASS Sisihan
Piawai (σx )
Bil Penyataan
Min ( )

Tidak Setuju Setuju

1 Modul ABM- Membentuk Heksagon menggunakan 6.7 % 93.3% 4.43 0.32
(28 org)
mesin kisar adalah menyeronokkkan. (2 org)

2 Saya selalu membaca buku teori atau nota dan 16.7% 83.3% 3.57 0.08
(25 org)
mencari maklumat di internet bagi modul ini. (5 org)

3 Selepas kelas saya berkongsi kemahiran pengetahuan 33.3% 66.7% 3.43 0.28
(20 org) 3.63 0.24
tentang modul ini dengan rakan-rakan. (10 org) 3.70 0.24
70%
Saya sentiasa mengadakan perbincangan dalam (21 org)
4 kumpulan tentang masalah pelajaran untuk 30%
83.3%
meningkatkan pencapaian akademik pembelajaran (9 org) (25 org)
semasa PSK.

5 Prestasi Pembelajaran saya meningkat setelah 16.7%

mempunyai pengetahuan sedia ada semasa PSK (5 org)

Peratus Keseluruhan = 79.3% , N= 30
Merujuk kepada jadual 3.2, peratusan sikap pelajar terhadap akademik, setelah melalui gaya pembelajaran secara kontekstual ini
adalah amat positif. Peratus keseluruhan mereka yang bersetuju dengan item persoalan kajian pertama adalah tinggi iaitu 79.3%.
Ini menunjukkan sikap responden terhadap kaedah PSK tersebut amat baik.

Analisis bagi item 1, memperlihatkan 93.3% pelajar bersetuju dengan item yang menyatakan bahawa pembelajaran ABM
membentuk heksagon menggunakan mesin kisar adalah menyeronokkkan. Manakala pelajar yang tidak setuju adalah sebanyak
6.7%. Min juga menunjukkan 4.43 dan sisihan piawai 0.32

Analisis bagi item 2, memperlihatkan bilangan peratusan pelajar yang bersetuju adalah sebanyak 83.3%. Peratusan pelajar yang
tidak bersetuju pula adalah sebanyak 16.7% manakala min dan sisihan piawai iaitu (3.57,0.08) Ini menunjukkan bahawa
kepentingan membaca buku, nota dan mengakses data dan informasi di internet adalah sangat diperlukan bagi meningkatkan
pencapaian akademik pembelajaran semasa PSK.

102

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Analisis bagi item 3, memperlihatkan pelajar yang tidak bersetuju agak meningkat iaitu sebanyak 33.3%. Manakala pelajar yang
bersetuju dengan item ini adalah sebanyak 66.7%. Item ini lebih berbentuk individu memandangkan minnya sebanyak 3.43 ia
juga menunjukkan sisihan piawai sebanyak 0.28. Ini kerana kemungkinan terdapat perasaan malu di kalangan pelajar untuk
berkongsi maklumat dan kemahiran yang mereka ada dan seterusnya berkongsi kemahiran tersebut bersama rakan
Analisis bagi item 4, memperlihatkan pelajar bersetuju adalah sebanyak 70% dan tidak bersetuju adalah sebanyak 30%. Item ini
menyatakan melalui perbincangan dalam kumpulan tentang masalah pelajaran yang dihadapi dapat meningkatkan pencapaian
akademik pembelajaran semasa PSK. Min bagi item ini juga menunjukkan 3.63 dan sisihan piawainya 0.24. Bagi pengkaji,
mungkin terdapat ahli kumpulan yang tidak aktif memberikan pendapat atau bersifat pasif dalam kumpulan.

Analisis bagi item 5 pula memperlihatkan pelajar yang bersetuju dengan item soal selidik adalah sebanyak 83.3% dan pelajar
yang tidak bersetuju adalah 16.7% manakala minnya pula memperlihatkan gambaran yang berbeza iaitu 3.70 dan sisihan piawai
adalah sebanyak 0.24. Hal ini memberi gambaran bahawa prestasi pelajar meningkat setelah menggunakan kaedah pembelajaran
Kontekstual tersebut.

Analisis Bahagian III (Persoalan Kajian 2) - Mengenalpasti Sejauhmana Pembelajaran Kontekstual Dapat Menarik
Minat Pelajar.

Bahagian ini mengandungi 8 soalan yang bertujuan mengukur minat pelajar terhadap kesan pembelajaran secara secara
kontekstual bagi modul ABM membuat heksagon menggunakan mesin kisar. Soalan-soalan ini berdasarkan kepada minat pelajar
secara berkumpulan bagi pelajar program Diploma Kejuruteraan Mekanikal.

Jadual 3.3 – Peratusan minat pelajar dalam Pembelajaran Secara Kontekstual (PSK)

Pembelajaran Kontekstual Dapat Menarik Minat Pelajar

Bil Penyataan TS KS S SS ASS Sisihan
Piawai (σx )

Tidak Setuju Setuju Min ( )

Perbincangan setiap ahli kumpulan mestilah 26.7% 73.3%
(8 org) (22 org)
6 positif ada manfaatnya supaya ianya menarik 3.07 0.01
minat dalam pembelajaran kontekstual. 30% 70% 3.37 0.30
(9 org) (21 org) 3.43 0.10
Saya sentiasa memberi penumpuan kepada 3.63 0.24
20% 80%
7 perkara yang menarik minat saya ketika ahli (6 org) (24 org)
kumpulan memberikan idea dan pendapat.
23.3% 76.7%
Saya dan rakan kumpulan sama-sama aktif di (7 org) (23 org)

8 dalam kumpulan untuk menunjukkan minat
terhadap mata pelajaran yang dibincangkan.

Saya dan rakan kumpulan sama-sama

9 memberikan idea supaya perbincangan lebih
menarik.

Saya dan rakan seprogram lebih berminat 13.3% 86.7% 3.90 0.20
(26 org)
10 berbincang masalah pelajaran dengan pensyarah. (4 org)

Saya dan rakan kumpulan lebih berminat dan 6.7% 93.3% 4.57 0.08
(28 org)
11 seronok menyiapkan kerja rumah bersama-sama. (2 org)

Pembelajaran kontekstual dapat menarik minat 13.3% 86.7% 3.63 0.06
12 saya terhadap suatu mata pelajaran yang diajar. (4 org) (26 org)

Kaedah belajar kontekstual membantu saya 16.7% 83.3% 3.80 0.22
13 mencatat dan mengambil nota dengan betul. (5 org) (25 org)

Peratus Keseluruhan = 81.3%, N=30

Merujuk jadual 3.3, menunjukkan peratusan pembelajaran kontekstual yang dapat menarik minat pelajar dalam sesuatu mata
pelajaran. Analisis bagi item 6, menunjukkan peratusan pelajar yang bersetuju adalah sebanyak 73.3% dan tidak setuju adalah
26.7%. Ini menunjukkan ada segelintir responden yang masih tidak memberikan komitmen dalam kumpulan bagi melahirkan
minat yang dapat membantu pembelajaran kontekstual tersebut. Min juga menunjukkan 3.07 dan sisihan piawainya 0.01.

Analisis bagi item 7, memperlihatkan bilangan pelajar yang bersetuju adalah sebanyak 70% dan tidak bersetuju adalah sebanyak
30% serta min dan sisihan piawainya pula ialah (3.37 , 0.30). Dalam item ini juga pengkaji mendapati terdapat pelajar yang tidak
memberikan tumpuan yang mendalam ketika pelajar lain memberikan idea atau pendapat dalam kumpulan.

Analisis bagi item 8 pula memperlihatkan bilangan peratusan yang setuju adalah 80% dan tidak bersetuju adalah sebanyak 20%
manakala min adalah (3.43 dan 0.10) adalah untuk sisihan piawai.

Analisis bagi item 9, menunjukkan peratusan setuju adalah sebanyak 76.7% dan tidak setuju pula adalah sebanyak 23.3% min
dan sisihan piawai pula adalah (3.63,0.24). Ini menunjukkan pelajar yang terlibat untuk memberikan idea boleh dikategorikan
dalam julat sederhana tetapi ada juga yang menyumbang kepada peningkatan atau setuju.

103

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Analisis bagi item 10, menunjukkan peningkatan peratusan yang setuju dengan item soal selidik iaitu sebanyak 86.7% dan tidak
setuju sebanyak 13.3% min dan sisihan piawainya pula adalah (3.90,0.20). Perkembangan ini menunjukkan bahawa pelajar
masih memerlukan bantuan pensyarah untuk berbincang masalah yang tidak mampu diselesaikan oleh mereka.

Analisis bagi item 11, menunjukan peratusan setuju adalah sebanyak 93.3% dan tidak setuju adalah sebanyak 6.7% sahaja
manakala min dan sisihan piawainya pula adalah (4.57,0.08). Peratusan setuju bagi item ini menunjukkan minat pelajar untuk
melakukan kerja bersama-sama sebagai satu ahli kumpulan adalah amat positif. Jadi tidak hairanlah pelajar-pelajar ini telah
berjaya menggunakan Konsep REACT. Salah satu daripadanya iaitu koperatif (Coperative) melibatkan kumpulan.

Analisis bagi item 12, menunjukkan peratusan setuju adalah sebanyak 86.7% dan tidak setuju pula adalah 13.3% min dan sisihan
piawai pula adalah (3.63 & 0.06). Minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran dapat ditingkatkan melalui gaya pembelajaran
secara kontekstual.

Analisis bagi item 13 pula memperlihatkan peratusan pelajar yang setuju adalah sebanyak 83.3% dan pelajar yang tidak setuju
adalah sebanyak 16.7%. Hasil pembelajaran kontekstual mampu membantu pelajar mencatat nota dengan betul dan menambah
minat terhadap sesuatu mata pelajaran. Manakala min dan sisihan piawai pula adalah (3.80, 0.22)

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya pengkaji membuat kesimpulan bahawa PSK ini amat sesuai dijalankan didalam kelas pengajaran dan
pembelajaran di Politeknik dan IPT. Ini adalah kerana ianya dapat menukar sikap pelajar dari belajar individu atau sendirian
kepada aktiviti belajar secara berkumpulan dan seterusnya menggunakan pendekatan REACT iaitu :-

(Relating)Menghubungkait,
(Experiencing)Mengalami/pengalaman,
(Applying)Menggunakan,
(Cooperating)Bekerjasama dan
(Tranfering)Memindahkan.

Berdasarkan peratusan pelajar yang bersetuju dengan persoalan kajian pertama ini adalah tinggi/positif iaitu (79.3%) dan
berkesan. Ini menunjukkan bahawa pelajar telah membuat perubahan sikap terhadap akademik mereka sendiri semasa PSK.
Berdasarkan soal selidik bagi persoalan kajian kedua, didapati 81.3% sampel bersetuju bahawa PSK dapat menarik minat
mereka dalam mempelajari modul ABM membuat heksagon menggunakan mesin kisar. Hasil dapatan tersebut menunjukkan
bahawa minat pelajar semasa PSK dijalankan adalah tinggi dan cemerlang. Ini menunjukkan PSK dapat meningkatkan
kefahaman pelajar sekaligus dapat meningkatkan prestasi mereka dalam pelajaran.

CADANGAN/IMPLIKASI

Berdasarkan dapatan kajian yang menunjukkan prestasi pelajar dalam pembelajaran kontekstual (PSK-REACT) lebih tinggi
berbanding pembelajaran sebelumnya, implikasi ini menunjukkan pembelajaran kontekstual (PSK-REACT) boleh dijadikan
sebagai salah satu alternatif kepada kaedah yang sedia digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan modul
ABM membuat heksagon menggunakan mesin kisar tersebut.

Selain daripada itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan 93.3% aktif dan minat belajar menggunakan kaedah atau gaya PSK.
Manakala 6.7% pelajar pula tidak minat menggunakan kaedah atau gaya PSK. Oleh itu, pensyarah perlu mengambil kira
kecenderungan pemilihan cara belajar tersebut dengan mewujudkan aktiviti kerja bersama-sama atau berkumpulan di dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Implikasi daripada dapatan-dapatan tersebut, pensyarah Modul ABM tersebut perlu
mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan di dalam kelas mengikut kesesuaian topik atau gunakan
kaedah (REACT). Pensyarah juga perlu menggunakan strategi PSK di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana strategi
tersebut telah banyak diuji dan didapati dapat membantu meningkatkan pencapaian pelajar. Tambahan pula strategi tersebut
selaras dengan konsep bahagian kurikulum KPTM yang mementingkan konsep REACT. Oleh kerana PSK selari dengan konsep
tersebut, maka pihak Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia perlu mewujudkan satu garis panduan sama ada dalam bentuk
modul atau manual untuk semua pensyarah-pensyarah.

Akhir kalam, Pelajar merupakan generasi pewaris yang bakal menentukan halatuju wawasan negara pada masa akan datang. Oleh
itu mereka harus memikul tanggungjawab ini, maka generasi pada hari ini seharusnya menimba seberapa banyak ilmu yang
mungkin sebagai menghadapi cabaran-cabaran yang bakal ditempuhi nanti. Justeru itu semua penyarah seharusnya
mengembeling tenaga untuk menyediakan pelajar yang mempunyai semua ilmu yang ada bagi mereka menghadapi zaman
mereka nanti. Maka Pembelajaran Secara Kontekstual adalah salah satu kaedah yang ditemui oleh ahli pendidik bagi mendekati
pelajar dan ianya telah terbukti memberikan kesan yang positif terhadap perlaksanaannya.

104

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

RUJUKAN
Lau Shin Chai (2001). Status Penguasaan Kemahiran Sains Sekolah Rendah Negeri
Sanjaya, Wina. (2010). Perencanaan dan Desain Sistem Pembelajaran. Jakarta: Kencana Prenada Media Group.
Rosnarizah Abdul Halim & Hussein Hj Ahmad (2015) Kepemimpinan Distributif, Faktor Kontekstual Dan Efikasi Kendiri Guru

Di Malaysia: Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya 47-61
Salleh Abd Rashid, Abdul Rashid Mohamed dan Aminah Ayob (2003).Guru pelatih dan keperluan pengajaran: Pusat Pengajian

Ilmu Pendidikan. Universiti Sains Malaysia, 126-140
Hafidzah Ahmad Abbas, (2001).Pelaksanaan Program Pembelajaran Kontekstual Di Negeri Perak Darul Ridzuan. Jabatan

Pendidikan Perak.
Crawford, M. (2001). Teaching Contextually: Research, Rationale, and Techniques for Improving Student Motivation and

Achievement in Mathematics and Science. Texas: CORD.
Chua, Y. P. (2006). Kaedah penyelidikan. Malaysia: McGraw-Hill Education.
Hair, J. F., Black, W.C. Rabin, B.J. & Anderson, R.E. (2010). Multivariate Data Analysis (7th Ed.). Englewood Cliffs, NJ:

Prentice Hall.
Slavin, R. E. (1995). Contextual Learning Among Students: Theory, Research, And Implications For Active Learning.
Komalasari, Kokom. (2010). Pembelajaran Kontekstual; Konsep dan Aplikasi. Bandung: Refika Aditama
Sesep. (2010). Strategi Pembelajaran Kontekstual. http://s3s3p.wordpress.com/ 2010/03/10/strategi-pembelajaran-kontekstual/

105

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Kajian Gaya Pembelajaran Pelajar Jabatan Perdagangan
Politeknik Sultan Azlan Shah

Mohd Kamal bin Mat Desa

Politeknik Sultan Azlan Shah,[email protected]

________________________________________________________________________

ABSTRAK

Gaya pembelajaran adalah salah satu faktor penentu yang amat penting bagi memastikan seseorang pelajar itu dapat belajar
dengan baik. Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk mengenal pasti kaedah pembelajaran yang boleh diterima di kalangan
pelajar Program Diploma Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak Malaysia. Kajian ini turut dilaksanakan
dengan tujuan menentukan tahap kaedah pembelajaran bagi keseluruhan responden pelajar mengikut pencapaian akademik.
Kajian ini melibatkan seramai 66 orang pelajar sebagai responden. Soal selidik yang digunakan dalam kajian dibina oleh Richard
M. Felder dan Barbara Soloman (1996). Soal selidik yang terdiri daripada 44 item yang mengkaji gaya pembelajaran yang
terbahagi kepada empat dimensi iaitu Aktif dan Reflektif, Konkrit dan Intuitif, Visual dan Verbal serta Tersusun dan Global.
Hasil kajian menunjukkan pola gaya pembelajaran yang diamalkan oleh kesemua pelajar semester 1, 2 dan 3 tidak jauh bezanya
antara satu sama lain. Responden pelajar semester 1, pelajar tergolong dalam ciri pembelajaran Aktif, Intuitif, Visual dan
Tersusun manakala bagi responden semester 2 dan 3 mereka tergolong dalam ciri pembelajaran Aktif, Konkrit, Visual dan
tersusun.

1.0 PENGENALAN

Secara umumnya gaya pembelajaran adalah kaedah mempelajari sesuatu mengikut kecenderungan sifat individu pelajar.
Terdapat pelbagai kajian, teori serta model gaya pembelajaran yang telah dikemukakan oleh tokoh-tokoh ilmuwan yang dapat
dipraktikkan dan dijadikan sebagai panduan. Kepelbagaian gaya pembelajaran haruslah diketahui oleh para pelajar bagi
menentukan kesesuaian gaya pembelajaran untuk diri mereka sendiri. Terdapat pelbagai model yang menceritakan gaya
pembelajaran yang dipraktikkan. Sebagai contoh Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) yang menyatakan bahawa
gaya pembelajaran merupakan kaedah seseorang yang menumpu, memproses, menyerap dan mengingat maklumat atau
kemahiran yang baru dan sukar.

Kecemerlangan pelajar sering dikaitkan dengan pelbagai faktor yang dikatakan mempengaruhinya untuk cemerlang.
Antaranya termasuklah faktor keluarga, guru, sekolah dan paling penting adalah sikap pelajar itu sendiri (Centra & Porter, 1890).
Selain itu, satu kajian yang dijalankan oleh Mohd Nasir (1997) mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar di
sekolah-sekolah di Malaysia mendapati bahawa faktor- faktor seperti keyakinan pelajar, status sosio-ekonomi keluarga, jantina,
kedudukan sekolah, persekitaran sekolah dan pencapaian terdahulu yang pernah dicapai oleh pelajar tersebut mempunyai
hubungan yang rapat dengan pencapaian pelajar. Kajian ini akan mengenal pasti gaya pembelajaran yang mempengaruhi
pembelajaran seseorang individu.

Walau terdapat berbagai-bagai gaya pembelajaran serta kajian kaedah pembelajaran dilaksanakan, individu pelajar itu
sendiri perlulah memilih serta mengamalkan gaya pembelajaran tersebut dengan sebaiknya. Ini adalah bertujuan untuk
membolehkan pelajar memaksimumkan pemahaman pelajaran dan seterusnya memperoleh kejayaan dalam pembelajaran
disamping memenuhi dasar pembelajaran negara, dimana melahirkan para pelajar yang intelektual serta berkemahiran tinggi.

2.0 METHOD KAJIAN

2.1 Kaedah Kajian

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik yang mana kajian yang dijalankan berbentuk
tinjauan. Kaedah ini digunakan bagi tujuan untuk mengenal pasti gaya pembelajaran dalam kalangan pelajar-pelajar semester
satu hingga semester tiga Program Diploma di Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan Azlan Shah.

Borang soal selidik diedarkan kepada para pelajar semester satu hingga semester tiga dan semua maklumat yang
diperoleh akan diproses secara kuantitatif. Taklimat serta penerangan ringkas ini adalah penting bagi memastikan responden jelas
dan tidak keliru dalam menjawab semua item dalam soal selidik dan seterusnya memastikan perolehan data yang tepat.

2.2 Populasi dan sampel kajian

Populasi kajian terdiri daripada daripada 66 pelajar-pelajar semester satu hingga tiga pelajar Program Diploma Perdagangan
Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak. Pelajar yang dipilih mempunyai sosio geogarafi negeri yang berlainan, latar belakang
keluarga dan sosio ekonomi yang berbeza.

2.3 Instrumen Kajian

Instrumen kajian adalah berbentuk soal selidik. Dua bahagian dibahagikan dalam soal selidik iaitu Bahagian A dan Bahagian B.

106

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Bahagian A dibentuk sendiri bertujuan mendapatkan latar belakang responden kajian. Antara perkara yang terdapat dalam soal
selidik Bahagian A ialah jantina, jenis kursus dan tahun pengajian terkini yang sedang diikuti oleh responden. Bahagian A turut
mengandungi soalan tentang gred pencapaian keseluruhan terkini yang dicapai oleh pelajar. Soalan tentang gred pencapaian
keseluruhan terkini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang pencapaian responden.

Bahagian B pula adalah terdiri daripada empat puluh empat item (44) soalan objektif untuk mengenal pasti jenis gaya
pembelajaran yang dipraktikkan oleh responden. Set soalan soal selidik ini diperolehi daripada indeks gaya pembelajaran (ILS)
yang dibina oleh M. Felder dan Soloman (1996). Soalan soal selidik ini terdiri daripada empat puluh empat (44) soalan yang
mengklasifikasikan pelajar kepada empat dimensi gaya pembelajaran Silverman (1996). Ia dipilih kerana mudah diisi,
mengambil masa yang sedikit dan mengawal penumpuan responden kepada subjek, iaitu gaya pembelajaran. Selain itu,
pemilihan soal selidik ini adalah kerana bahasa yang digunakan mudah untuk difahami, memfokuskan kepada gaya pembelajaran
yang diamalkan oleh responden-responden yang terlibat. Dalam kajian ini soal selidik tersebut adalah bertujuan melihat
kecenderungan gaya pembelajaran pelajar-pelajar Program Diploma Perdagangan. Pembahagian item adalah mengikut empat
dimensi gaya pembelajaran Felder-Silverman (1996) iaitu Aktif dan Relektif, konkrit dan Intuitif, Visual dan Verbal dan
Tersusun dan Global.

2.4 Analisis Data

Dalam penganalisisan data, perlu melalui beberapa kaedah iaitu sebagai contoh merujuk kepada carta markat gaya pembelajaran
dalam kalangan responden dan menganalisisnya. Ia adalah bahagian yang penting dalam sesuatu kajian yang dibuat. Oleh itu,
data-data yang diperolehi dianalisis dan diproses menggunakan komputer dengan perisian Statistic Package For Social Science
(SPSS) For WINDOW release 10.0. Program (SPSS) ini digunakan kerana ia lebih mudah serta dapat menjimatkan masa.

3.0 DAPATAN KAJIAN

3.1 Latar belakang responden

Bahagian ini mengandungi tiga soalan yang berkaitan dengan latar belakang responden yang terlibat. Soalan-soalannya
merangkumi jantina, semester pengajian yang sedang diikuti dan gred purata pencapaian akademik tertinggi yang dicapai.

Jantina

Kebanyakan responden terdiri daripada perempuan iaitu seramai 48 orang manakala responden lelaki seramai 18 orang. Jumlah
sampel dalam kajian ialah seramai 66 orang.

Jadual 1: Taburan responden berdasarkan jantina

Jantina Bilangan Peratus (%)

Lelaki 18 27.3

Perempuan 48 72.7

Jumlah 66 100

Semester pengajian

Majoriti responden terdiri daripada semester 3 iaitu seramai 24 orang diikuti responden dari semester 1 iaitu seramai 23 orang
kemudian dari semester 2 seramai 19 orang.

Jadual 2: Taburan responden berdasarkan semester pengajian

Semester pengajian Bilangan Peratus (%)

1 PD 23 34.8
2PD 19 28.8
3PD 24 36.4
Jumlah 66 100.0

Keputusan akademik tertinggi

Pencapaian purata akademik responden dikategorikan kepada 4 pencapaian iaitu 3.67 ke atas, 3.00 hingga 3.66, 2.00 hingga 2.99
dan 2.00 ke bawah. Kebanyakan responden mempunyai pencapaian 2.00 hingga 2.99 iaitu seramai 20 orang diikuti pencapaian
3.67 ke atas iaitu seramai 6 orang manakala pencapaian 3.00 hingga 3.66 dicapai oleh responden seramai 4 orang seterusnya
tiada responden yang mencapai pencapaian 2.00 ke bawah.

107

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Jadual 3: Taburan responden berdasarkan pencapaian akademik tertinggi

Pencapaian Akademik Bilangan Peratus (%)

tertinggi

3.67 ke atas 6 9.1

3.00-3.66 4 60.6

2.00-2.99 20 30.3

2.00 ke bawah 00

Jumlah 66 100.0

3.2 Analisis gaya pembelajaran

Dalam bahagian ini data yang dianalisis menggunakan perisian program Statiscal Package for the Social Science (SPSS) Versi
12.0. Keputusan yang diperoleh dipersembahkan dalam bentuk bilangan dan peratusan. Data yang dianalisis juga dikaji
berdasarkan objektif kajian.

Ciri-ciri gaya pembelajaran aktif dan reflektif dalam kalangan responden

Berikut adalah taburan peratusan responden yang memilih ciri pembelajaran Aktif dan Reflektif dalam kalangan responden
semester 1 DP, 2 DP dan 3 DP. Jadual 4 menunjukkan taburan peratusan responden yang memilih ciri pembelajaran Aktif dan
Reflektif mengikut tahap kabur, sederhana dan jelas. Bagi semester 1 DP, 52.4% menunjukkan peratusan tertinggi bagi
responden yang memilih ciri pembelajaran Aktif dalam tahap kabur dan sebanyak 4.8% menunjukkan peratusan paling rendah
yang mewakili responden yang memilih ciri pembelajaran Reflektif dalam tahap sederhana. Bagi semester 2 DP pula, peratusan
yang tertinggi dicapai ialah sebanyak 47.4% diwakili oleh ciri pembelajaran Aktif dalam tahap kabur manakala peratusan paling
rendah ialah sebanyak 10.5% diwakili oleh ciri pembelajaran Reflektif dalam tahap kabur.

Jadual 4: Taburan peratusan responden yang memilih ciri pembelajaran Aktif dan Reflektif dalam kalangan responden

Tahun Tahap Peratus responden (%)

Ciri aktif Ciri Reflektif

1 DP Kabur 52.4 28.6
2 DP Sederhana 19.0 4.8
Jelas 0 0
Kabur 47.4 10.5

3 DP Sederhana 26.3 15.8
Jelas 0 0
Kabur 52.0 48.0

Sederhana 0 0

Jelas 0 0

Bagi semester 3 DP pula, 52.0% merupakan peratusan tertinggi yang diwakili oleh responden yang memilih ciri pembelajaran
Aktif dalam tahap kabur manakala 48.0% merupakan peratusan paling rendah diwakili oleh responden yang memilih ciri
pembelajaran Reflektif dalam tahap kabur. Ini menunjukkan kebanyakan responden masih pada tahap kabur di bawah ciri
pembelajaran Aktif tetapi pada dasarnya adalah seimbang untuk kedua-dua ciri dalam ciri pembelajaran Aktif dan Reflektif.

Ciri Gaya Pembelajaran Konkrit dan Intuitif dalam kalangan responden

Taburan peratusan responden yang memilih ciri pembelajaran Konkrit dan Intuitif dalam kalangan responden semester 1 DP, 2
DP dan 3 DP dapat ditunjukkan seperti dalam Jadual 5.

Jadual 5: Taburan peratusan responden yang memilih ciri pembelajaran Konkrit dan Intuitif dalam kalangan responden

Semester Tahap Peratus responden (%)

Ciri Konkrit Ciri Intuitif

1 DP Kabur 33.3 42.9
2 DP Sederhana 19.0 0
3 DP Jelas 4.8 0
Kabur 36.8 26.3
Sederhana 21.1 5.3
Jelas 10.5 0
Kabur 36.0 24.0
Sederhana 20.0 8.0
Jelas 12.0 0

108

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Jadual 5 menunjukkan taburan peratusan responden yang memilih ciri pembelajaran Konkrit dan Intuitif mengikut tahap
kabur, sederhana dan jelas. Bagi semester 1 DP, 42.9% menunjukkan peratusan tertinggi bagi responden yang memilih ciri
pembelajaran Intuitif dalam tahap kabur dan sebanyak 4.8% menunjukkan peratusan paling rendah yang mewakili responden
yang memilih ciri pembelajaran Konkrit dalam tahap jelas. Bagi semester 2 DP pula, peratusan yang tertinggi dicapai ialah
sebanyak 36.8% diwakili oleh ciri pembelajaran Konkrit dalam tahap kabur manakala peratusan paling rendah ialah sebanyak
5.3% diwakili oleh ciri pembelajaran Intuitif dalam tahap sederhana. Bagi semester 3 DP pula, 36.0% merupakan peratusan
tertinggi yang diwakili oleh responden yang memilih ciri pembelajaran Konkrit dalam tahap kabur manakala 8.0% merupakan
peratusan paling rendah diwakili oleh responden yang memilih ciri pembelajaran Intuitif dalam tahap sederhana. Ini
menunjukkan kebanyakan responden masih pada tahap kabur di bawah ciri pembelajaran Konkrit tetapi pada dasarnya adalah
seimbang untuk kedua-dua ciri dalam ciri pembelajaran Konkrit dan Intuitif.

Responden yang memilih ciri pembelajaran Intuitif yang berada pada tahap kabur adalah seimbang untuk kedua-dua ciri
pembelajaran. Mereka yang bersifat Konkrit adalah seorang yang realistik iaitu orang yang faham dan tahu apa yang mungkin
dapat dicapai oleh mereka dalam situasi tertentu dan mereka juga lebih suka mengaitkan pembelajaran dengan fakta dan situasi
kehidupan sebenar. Berlainan pula dengan pelajar yang bersifat Intuitif yang mana mereka ini lebih inovatif iaitu suka
memperbaharui sesuatu perkara, idea dan teknik agar lebih kreatif dan mereka ini lebih suka memikirkan idea- idea baru dan
menghubungkaitkan teori yang difikirkan. Pelajar bersifat Intuitif boleh dianggap seakan sama dengan pelajar bersifat Teoris
sebagaimana kajian yang dijalankan oleh Honey & Mumford (1992), yang menyatakan bahawa pelajar Teoris menggunakan
fikirannya yang logik dan rasional dalam membuat sesuatu keputusan dan mereka biasanya berminat kepada teori-teori dan
menganalisis. Mereka lebih cenderung ke arah ketepatan dan kesempurnaan dan akan berasa kurang senang dengan perkara yang
tiada ketentuan dan tidak teratur.

Ciri Gaya Pembelajaran Visual dan Verbal dalam kalangan responden

Berikut adalah taburan peratusan responden yang memilih ciri pembelajaran Visual dan Verbal dalam kalangan responden 1 DP,
2 DP dan 3 DP. Daripada dapatan kajian yang diperolehi, maka analisis telah dibuat seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6.

Jadual 6: Taburan peratusan responden yang memilih ciri pembelajaran Visual dan Verbal dalam kalangan responden

Tahun Tahap Peratus responden (%)

Ciri Visual Ciri Verbal

1 DP Kabur 23.8 14.3
2 DP Sederhana 38.1 0
4 DP Jelas 23.8 0
Kabur 21.1 26.3
Sederhana 31.6 5.3
Jelas 15.8 0
Kabur 8.0 12.0
Sederhana 28.0 4.0
Jelas 48.0 0

Jadual 6 menunjukkan taburan peratusan responden yang memilih ciri pembelajaran Visual dan Verbal mengikut tahap
kabur, sederhana dan jelas. Bagi semester 1 DP, 38.1% menunjukkan peratusan tertinggi bagi responden yang memilih ciri
pembelajaran Visual dalam tahap sederhana dan sebanyak 14.3% menunjukkan peratusan paling rendah yang mewakili
responden yang memilih ciri pembelajaran Verbal dalam tahap kabur. Bagi semester 2 DP pula, peratusan yang tertinggi dicapai
ialah sebanyak 31.6% diwakili oleh ciri pembelajaran Visual dalam tahap sederhana manakala peratusan paling rendah ialah
sebanyak 5.3% diwakili oleh ciri pembelajaran Verbal dalam tahap sederhana. Bagi semester 3 DP pula, 48.0% merupakan
peratusan tertinggi yang diwakili oleh responden yang memilih ciri pembelajaran Visual dalam tahap jelas manakala 4.0%
merupakan peratusan paling rendah diwakili oleh responden yang memilih ciri pembelajaran Verbal dalam tahap sederhana. Ini
menunjukkan kebanyakan responden berada pada tahap sederhana dalam ciri pembelajaran Visual diikuti pada tahap jelas dalam
ciri pembelajaran tersebut.

Bagi pelajar yang bersifat Visual dalam tahap sederhana dalam kalangan semester 1 DP dan 2 DP pula, mereka didapati
adalah cenderung dengan ciri pembelajaran tersebut dan mereka juga senang memperolehi maklumat daripada gaya pembelajaran
yang bercirikan demonstrasi, carta, graf dan sebagainya. Mereka lebih senang mengingati sesuatu perkara apabila dikaitkan
dengan bahan-bahan visual.

Ciri Gaya Pembelajaran Tersusun dan Global dalam kalangan responden

Taburan peratusan responden yang memilih ciri pembelajaran Tersusun dan Global dalam kalangan responden semester 1 DP, 2
DP dan 3 DP dapat ditunjukkan seperti dalam Jadual 7.

109

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Jadual 7: Taburan peratusan responden yang memilih ciri pembelajaran tersusun dan Global dalam kalangan responden

Tahun Tahap Peratus responden (%)

Ciri Ters usun Ciri Global

1 DP Kabur 42.9 28.6

Sederhana 23.8 4.8

Jelas 0 0

2 DP Kabur 36.8 21.1

Sederhana 26.3 15.8

Jelas 0 0

3 DP Kabur 48.0 28.0

Sederhana 12.0 8.0

Jelas 0 4.0

Jadual 7 menunjukkan taburan peratusan responden yang memilih ciri pembelajaran Tersusun dan Global mengikut
tahap kabur, sederhana dan jelas. Bagi semester 1 DP, 42.9% menunjukkan peratusan tertinggi bagi responden yang memilih ciri
pembelajaran Tersusun dalam tahap kabur dan sebanyak 4.8% menunjukkan peratusan paling rendah yang mewakili responden
yang memilih ciri pembelajaran Global dalam tahap sederhana. Bagi semester 2 DP pula, peratusan yang tertinggi dicapai ialah
sebanyak 36.8% diwakili oleh ciri pembelajaran Tersusun dalam tahap kabur manakala peratusan paling rendah ialah sebanyak
15.8% diwakili oleh ciri pembelajaran Global dalam tahap sederhana. Bagi semester 3 DP pula, 48.0% merupakan peratusan
tertinggi yang diwakili oleh responden yang memilih ciri pembelajaran Tersusun dalam tahap kabur manakala 4.0% merupakan
peratusan paling rendah diwakili oleh responden yang memilih ciri pembelajaran Global dalam tahap jelas. Ini menunjukkan
kebanyakan responden masih pada tahap kabur dalam ciri pembelajaran Tersusun tetapi pada dasarnya adalah seimbang untuk
kedua-dua ciri dalam ciri pembelajaran Tersusun dan Global.

Pelajar yang bersifat Tersusun adalah cenderung memperolehi maklumat dalam pembelajaran melalui langkah yang
berturutan dan akan mengalami masalah sekiranya diajar secara gambaran keseluruhan kerana kurang berupaya mengaitkan
maklumat secara berasingan dan berlainan pula dengan pelajar yang bersifat Global yang memahami sesuatu pembelajaran
secara keseluruhan dan berkemungkinan tidak jelas jika diajar secara tersusun.

4.0 RUMUSAN

Berdasarkan analisis dapatan data yang diperolehi daripada responden maka didapati bahawa pola gaya pembelajaran
bagi setiap semester pengajian adalah tidak begitu bayak perbezaan. Bagi responden semester pertama, empat ciri gaya
pembelajaran yang menjadi fokus utama ialah ciri Aktif pada tahap kabur, ciri Intuitif pada tahap kabur, ciri Visual pada tahap
sederhana dan ciri Tersusun pada tahap sederhana. Mereka yang bersifat Intuitif suka mengubahsuai sesuatu yang sedia ada atau
dengan kata lain membuat inovasi ke atas sesuatu perkara dan mereka tidak suka mengulangi sesuatu perkara. Selain itu, pelajar
yang bersifat Intuitif juga lebih cenderung dengan konsep-konsep baru dan formula matematik serta perkara abstraks.

Bagi responden semester dua pula, empat ciri gaya pembelajaran yang menjadi pola mereka ialah ciri pembelajaran
Aktif pada tahap kabur, ciri Konkrit pada tahap kabur, ciri Visual pada tahap sederhana dan ciri Tersusun pada tahap sederhana.
Menurut Clark (1995) pelajar yang tergolong dalam ciri pembelajaran Konkrit adalah pelajar yang memerlukan pengalaman
konkrit iaitu memerlukan kerja lapangan, eksperimen makmal dan kerja-kerja yang melibatkan pemerhatian. Teknik mengajar
paling sesuai untuk mereka yang bersifat Konkrit ini adalah dengan cara berinteraksi dengan maklum balas, aktiviti kemahiran
dan mereka perlu dibimbing dengan cara belajar kendiri.

Gaya pembelajaran bagi semester tiga pula ialah ciri pembelajaran Aktif pada tahap kabur, ciri Konkrit pada tahap
kabur, ciri Visual pada tahap sederhana dan ciri Tersusun pada tahap sederhana. Secara kesimpulannya, ini menunjukkan pola
gaya pembelajaran adalah antara ketiga-tiga semester program pengajian iaitu semester satu, dua dan tiga mempunyai kesamaan.
Bagi pelajar yang memperolehi pencapaian 3.67 ke atas, ciri pembelajaran yang dikenal pasti diamalkan oleh mereka adalah ciri
Aktif pada tahap kabur, ciri Konkrit pada tahap kabur, ciri Visual pada tahap sederhana dan ciri Tersusun pada tahap kabur. Bagi
mereka yang tergolong dalam pencapaian 3.00 hingga 3.66 pula mereka dikenal pasti adalah memiliki ciri Aktif dalam tahap
kabur, ciri Intuitif dalam tahap kabur, ciri Visual dalam tahap jelas dan ciri Tersusun dalam tahap kabur manakala bagi
pencapaian mereka 2.00 hingga 2.99 memiliki ciri Aktif pada tahap kabur, ciri Konkrit pada tahap kabur, ciri Visual pada tahap
sederhana dan ciri Global pada kabur.

5.0 CADANGAN

Hasil daripada dapatan kajian yang telah dilaksanakan, terdapat beberapa cadangan yang boleh dikemukakan kepada
pihak pengurusan akademik di Politeknik Sultan Azlan Shah terutamanya di jabatan Perdagangan. Cadangan ini merangkumi dua
pihak iaitu pihak pengurusan dan juga pensyarah di Jabatan perdagangan bagi meningkatkan pemahaman serta penerimaan hasil
pembelajaran di Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan Azlan Shah.Bagi pensyarah untuk menghadapi permasalahan ini
terutamanya kegagalan pelajar dalam memahami sesi pembelajaran disebabkan oleh perbedaan gaya pembelajaran, maka
pensyarah perlulah memainkan peranan dengan memahami karaktur para pelajar dalam kelasnya. Apabila ini berlaku pensyarah
akan lebih bersedia serta mudah untuk mengendalikan sesi pembelajaran. Dengan adanya maklumat ini para pensyarah bolehlah
mempelbagaikan gaya pembelajaran bagi membolehkan para pelajar menerima serta memahami sesi pembelajaran. Sebagai
contoh pesyarah mempelbagaikan penggunaan alat bantu mengajar serta mengubah kaedah mengajar secara konvensional kepada
kaedah yang lebih efektif.Pihak pengurusan politeknik terutamanya juga turut boleh membantu dengan menambahbaik serta
menaik taraf infrastruktur kemudahan pembelajaran bagi memastikan sesi pembelajaran berjalan secara kondusif serta selesa.
Pihak pengurusan turut boleh membantu dalam permasalahan ini dengan menambahbaik polisi serta prosedur dalam pelaksanaan
pembelajaran. Sebagai contohnya jumlah jam mengajar bagi pensyarah bagi memastikan kekangan masa pensyarah serta

110

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

penambahbaikkan prosedur bilangan pelajar di dalam kelas. Apabila bilangan pelajar di dalam kelas dalam kuantiti yang sesuai,
maka daya penumpuan pelajar serta pensyarah akan lebih baik dan ini akan menghasilkan kualiti dalam sesi pembelajaran.

6.0 RUJUKAN
Abdul Rahim Hamdan (2007). Pengajian Kurikulum. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Ab. Rahim Selamat (1995). Kajian Gaya Belajar Kumpulan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah Sesi 1994/95, Institut Perguruan

Sultan Idris, Tanjong Malim Perak . (Kertas Kerja dibentangkan di Seminar Penyelidikan Pendidikan 1995 anjuran
Bahagian Pendidikan Guru).
Azizi Hj. Yahaya, Yusof Boon, Shahrin Hashim, Wan Zuraidah Wan Hamid (2003). Kajian Hubungan Gaya Pembelajaran
Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Teknik Negeri Sembilan. (Kertas kerja).
Azizi Hj. Yahaya, Mohd. Najib Ghaffar, Noraizah Damiri (2003). Kajian Ciri-ciri Personaliti Dalam Pemilihan Kerjaya
Pelajar,Gaya Pembelayaran Pelajar dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik . Universiti Teknologi Malaysia.
Azizi Hj. Yahaya dan Shareeza Abdul Karim (2004). Kajian Hubungan Di antara Gaya pembelajaran Dengan Pencapaian
Akademik Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Tiram. Universiti Teknologi Malaysia.
B. O. Smith, W. D. Stanley dan J. H. Shores. 1957. Fundamentals of Curriculum Development. Great Britain: Harcourt, Brace &
World, Inc.
Che Mah Yusof dan Mariani Md.Nor (2000). „Kajian Personaliti Pelajar Pintar Cerdas dan Hubungannya dengan Pencapaian
Akademik.‟ Jurnal Pendidikan Fakulti Pendidikan UKM.
Clark dan Gunstone (1983). Naive Kno wledge and Science Learning. Research in Science 7 Technology Education. Vol. 1, No.
2: Hal. 173-183.
Crow, L. D. dan Crow, L. (1980). Psikologi Pendidikan untuk Perguruan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. 290.
Gregorc, A.F. (1979). Learning/teaching styles: Their nature and effects. In J.W. Keefe (Ed.), Student learning styles:
Diagnosing and prescribing programs. Reston, VA:National Association of Secondary School Principals.
Esah Sulaiman (2003). Modul Pengajaran Asas Pedagogi. Jabatan Asas Pendidikan Fakulti Pendidikan UTM.
Fadzilah Kamsah (2006). Tips Pelajar IPT (Institut Pengajian Tinggi) Cemerlang.
Khalijah Mohd. Salleh (1992). Pendidikan Fizik di Universiti Suatu Perspektif. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd.Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Mohd Najib Ghafar (2004). Dinamika Sistem Pendidikan Tinggi. Skudai: Penerbit UTM.
Mok Soon Sang (2000). Ilmu Pendidikan Untuk Kursus Perguruan Lepas Ijazah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Nazamud-din Bin Alias (2005). „Kajian Gaya Pembelajaran Guru Pelatih Kursus Pengajian Lepasan Ijazah Maktab
Perguruan Batu Lintang‟. Jurnal Pendidikan.
Nik Safiah Karim Farid M. Onn, Hashim Hj. Musa & Abdul Hamid Mahmood (1995). Tatabahasa Dewan (Edisi Baru ) Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

111

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Sikap Pelajar Di
Politeknik Sultan Azlan Shah Terhadap Kegiatan
Kokurikulum

Kapt (PA) Hj Hazril Hisham Bin Hj Hussin1, Kapt (PA) Arman Bin Hj Ahmad
Sapawi2, Kapt (PA) Mohd Syafaril Bin Jamaluddin3

Politeknik Sultan Azlan Shah, [email protected]

_______________________________________________________________________________________________________

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan adalah untuk melihat sejauh mana faktor-faktor yang mempengaruhi sikap pelajar di Politeknik Sultan
Azlan Shah terhadap kegiatan kokurikulum di dalam meningkatkan prestasi pelajar dari segi sahsiah dan jati diri disamping
menjadikan Dasar Sukan IPT iaitu “ The Thinking Athlete” dapat direalisasikan terutamanya kepada pelajar di Politeknik Sultan
Azlan Shah. Soal selidik dijalankan bagi melihat sikap dan faktor yang mempengaruhi minat pelajar terhadap kegiatan
kokurikulum ini. Antara faktor-faktor yang dibincangkan adalah adakah faktor ini melibatkan ibu bapa atau keluarga pelajar itu
sendiri, rakan-rakan sebaya dan juga persepsi pelajar sendiri berkenaan kegiatan kokurikulum di Politeknik Sultan Azlan Shah.

Kokurikulum juga merupakan sebahagian daripada kurikulum yang penting dalam memberi sumbangan kepada
pelajar dari segi penyuburan fizikal, mental, emosi dan sosial pelajar. Ini bermakna penglibatan pelajar dalam kegiatan
kokurikulum akan dapat mengembangkan potensi secara optimum, melahirkan insan yang bertakwa, berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, berketrampilan, intelek, prestasi cemerlang, bermotivasi, bertanggungjawab dan berupaya memberi sumbangan
kepada budaya ilmu, kemakmuran masyarakat dan pembangunan negara. Analisis diskriptif dengan skala likert (1-5) telah
digunakan, untuk mengukur pencapaian dengan mengukur jadual frekuensi, min dan peratus, tentang faktor-faktor yang
mempengaruhi sikap pelajar. Kajian ini juga akan menggunakan analisis kualitatif berdasarkan hasil soal selidik dan min
pengkaji terhadap pelajar. Akhirnya pengkaji berharap kajian ini akan menjadi panduan untuk pengkaji membuat satu kajian
lengkap dan berterusan berdasarkan tajuk berkenaan pada masa akan datang.

Katakunci: Kokurikulum, “The Thinking Athlete”, Dasar Sukan IPT, Pengetahuan, Politeknik
_______________________________________________________________________________________________________

1.0 PENGENALAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dari segi jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI)
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Selaras dengan hasrat dan cita-cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) ke arah mencapai hasrat tersebut, maka aktiviti kokurikulum haruslah dijadikan salah satu komponen yang penting dalam
pendidikan. Penglibatan para pelajar akan lebih seimbang sekiranya faktor psikologi dan fisiologi itu dititik beratkan selain
daripada penumpuan kepada faktor mental. Sistem pendidikan negara bukan sahaja bermatlamat melahirkan warga negara yang
terpelajar tetapi terdidik dengan nilai-nilai dan pengalaman amali. Dalam konteks tersebut, kokurikulum merupakan pelengkap
kepada kehendak dan kepentingan kurikulum

Kokurikulum juga boleh didefinisikan sebagai semua aktiviti yang meliputi kegiatan di luar waktu kuliah termasuklah
kegiatan lanjutan daripada kokurikulum yang diajar di dalam bilik kuliah Abu bakar Nordin (1991) pula mendefinasikan
kokurikulum sebagai aktiviti amali lanjutan kepada mata pelajaran lain yang diintergrasikan dalam aktiviti praktikal semasa
menjalankan gerak kerja kokurikulum dalam bentuk gunaan. Kegiatan kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum yang
tidak formal yang melibatkan aktiviti yang tidak formal seperti persatuan, unit beruniform, kelab, sukan dan khidmat masyarakat.
Penglibatan dalam aktiviti kokurikulum juga memberi peluang pada para pelajar dari pelbagai lapisan untuk mengenali dan
berinteraksi antara satu sama lain.

Aktiviti kokurikulum juga dapat melatih pelajar mengasah sifat-sifat kepimpinan, kreatif, inovasi, memotivasikan diri
dan bersemangat kesukanan. Bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan melahirkan pelajar yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani, maka aktiviti kokurikulum adalah salah satu alat untuk
mencapai matlamat di atas.

2.0 METODOLOGI

2.1 Rekabentuk kajian

Dalam rekabentuk kajian ini ianya menerangkan tentang faktor-faktor kepada pengaruh sikap pelajar. Rekabentuk kajian ini juga,
akan memberi fokus terhadap sampel dari segi pengetahuan dan latar belakang pelajar. Kajian ini adalah berbentuk deskriptif
secara tinjauan dan menggunakan borang soal selidik bagi mendapatkan maklumat Mohd. Majid (1994), menjelaskan juga
bahawa kajian deskriptif merupakan penyelidikan terhadap sesuatu fenomena dengan menganalisis data deskriptif yang
diperolehi dari soal selidik atau media-media lain.

112

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

2.2 Soal Selidik.

Kajian ini akan menggunakan 20 item soal selidik faktor-faktor yang mempengaruhi sikap pelajar terhadap kegiatan
kokurikulum, daripada soal selidik sikap Pensri (1955) dengan ubahan 5 skala likert. Pelajar diberi pilihan samada memilih
sangat setuju, setuju, tidak pasti, tidak setuju dan sangat tidak setuju. Soalan soal selidik ini tertumpu kepada 4 faktor iaitu
minat, akademik dan kerjaya, Ibu bapa dan rakan sebaya.

Jadual 2.0 Jadual Pengkelasan Skala Likert

Skor Kenyataan Tafsiran

1 Sangat Tidak Setuju Tidak Bersetuju
2 Tidak Setuju Tidak Pasti
3 Tidak pasti
4 Setuju Menyatakan Persetujuan
5 Sangat Setuju

Soal selidik ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A yang merangkumi soalan mengenai maklumat diri dan
penglibatan diri dalam kokurikulum. Bahagian B pula merangkumi 20 soalan iaitu mengenai pandangan responden tentang
aktiviti kokurikulum di Politeknik Sultan Azlan Shah. Analisis data ini akan memberi jawapan dalam bentuk kekerapan dan
peratusan sahaja.

2.3 Populasi dan Sampel

Populasi kajian adalah pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Awam, Elektrik dan Perdagangan di Politeknik Sultan Azlan
Shah. Sampel kajian terdiri daripada 100 orang sampel mewakili 25 pelajar dari setiap jabatan.

2.4 Kesahan dan kebolehpercayaan

Di dalam kajian ini alat kaedah soalan-soalan soal selidik akan dibina oleh pengkaji sendiri. Kesahan dan kebolehpercayaan akan
diukur dengan penyeliaan oleh ketua kursus kokurikulum dan pensyarah kokurikulum yang masing-masing lebih arif dan
berpengalaman dalam aktiviti kokurikulum di dalam dan di luar politeknik.

2.5 Prosedur Penganalisian Data

Bentuk data biasanya terdapat dalam dua bentuk iaitu data dalam bentuk kuantitatif dan data kualitatif. Data kuantitatif dikumpul
dengan menggunakan soal selidik mengenai latar belakang pelajar, ujian awal dan ujian prestasi. Manakala data kualitatif
diperolehi berdasarkan soal selidik melalui temuduga dan temubual terhadap pelajar berbentuk soalan terbuka. Teknik analisis
kandungan juga digunakan sepanjang proses menganalisis data kualitatif. Ianya digunakan bagi menafsir secara tersurat dan
tersirat maklum balas setiap subjek (Berg,1998). Teknik ini dapat mengenal pasti frasa-frasa yang berulang dan melaporkan
kategori atau ciri-ciri utama yang sesuai.

Pemprosesan data merupakan teknik untuk pengumpulan, menganalisis, pengolahan, penyimpanan dan pengeluaran
data. Analisa statistik deskriptif telah dilakukan ke atas data yang terkumpul.(Majid, 1994). Menurut Armore (1966) pula,
penggunaan statistik deskriptif dapat melengkapkan kaedah untuk mentadbir, meringkas dan menjelaskan data yang
menggambarkan keseluruhan populasi. Bagi memudahkan penafsiran kajian ini, penetapan penilaian adalah seperti jadual 2.1 di
bawah. Kaedah ini sering digunakan oleh penyelidik lain seperti Lau (2001).

Jadual 2.1 –Kriteria Penilaian Data berbentuk Bilangan Dan Peratusan

Tahap penilaian Peratus Penafsiran
Tinggi 75 % ke atas Positif (Tinggi)
50 - 74.9%
Sederhana 49.9% ke bawah Sederhana
Rendah Negatif (Rendah)

( Sumber : Lau,2001)

3.0 DAPATAN KAJIAN
3.1 Analisis Bahagian A – Bilangan responden mengikut jantina

Jantina Bilangan Peratus
Lelaki 66 66.0
Perempuan 44 44.0
Jumlah 100 100.0

Jadual 3.0: Bilangan Responden Mengikut Jantina Peratus
81.0
Bangsa Bilangan 7.0
Melayu 81 12.0
7 0.0
Cina 12 100.0
India 0
Lain-lain 100
Jumlah
Jadual 3.1: Bilangan Responden Mengikut Bangsa

113

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

3.2 Analisis Bahagian B

3.2.1 - Faktor-faktor yang mempengaruhi sikap

Dalam bahagian B, analisis data serta ulasan dibuat dalam bentuk kumpulan soalan iaitu berdasarkan kepada faktor-faktor
berikut:

i. Faktor Minat
ii. Faktor Akademik dan Kerjaya
iii. Faktor Ibubapa dan Keluarga
iv. Faktor Rakan Sebaya

Semua soalan item daripada satu hingga dua puluh dibuat dengan menggunakan skala likert. Bagi skala likert 5 iaitu ‘Sangat
Setuju’ dan skala 4 untuk ‘Setuju’ dikategorikan sebagai ‘Setuju’, skala likert 3 untuk’tidak pasti’ kekal dengan ‘tidak pasti’ dan
untuk skala 2 iaitu ‘tidak setuju’ dan skala 1 ‘sangat tidak setuju’ dikategorikan sebagai ‘tidak setuju’. Oleh yang demikian
ulasan akan dibuat pada bahagaian B berdasarkan kepada 3 kategori skala tersebut.

Jadual 3.2: Peratusan Faktor Minat Yang Mempengaruhi Sikap

No. Pernyataan TS TP S Min
(sp)

1. Saya rasa seronok semasa menyertai kegiatan kokurikulum 5 17 78 3.94
2. Kegiatan kokurikulum yang saya sertai membosankan 5% 17%
3. Saya tidak minat aktiviti unit beruniform. 53 37 78% (0.81)
4. Saya tidak minat kepada aktiviti kelab dan persatuan. 53% 37%
5. Aktiviti sukan merupakan aktiviti yang saya minat 66 13 10 2.37
66% 13%
67 19 10% (1.04)
67% 19%
10 15 21 2.43
10% 15%
21% (1.13)

14 2.17

14% (1.10)

75 3.93

75% (1.07)

Min keseluruhan = 2.97 Sisihan piawai = 1.03

Berdasarkan Jadual 3.2 terdapat 5 item soalan telah dikategorikan untuk faktor minat. Untuk ulasan item di atas,
kaedah peratus telah digunakan. Item soalan 1, hasil dari kajian didapati 5% responden tidak bersetuju, 17% responden tidak
pasti dan sebanyak 78% pula sangat setuju. Sebagai kesimpulannya responden merasa seronok menyertai kegiatan kokurikulum.

Merujuk kepada item 2, didapati 53% responden tidak bersetuju, 37% pula tidak pasti dan hanya 10% yang setuju
bahawa kegiatan kokurikulum yang disertai adalah membosankan. Hasil dapatan untuk soalan 3 didapati 66% responden tidak
setuju, 13% responden menyatakan tidak pasti dan hanya 21% responden yang setuju dengan persoalan ini. Oleh yang demikian
dapat dinyatakan bahawa ramai yang tidak bersetuju bahawa unit beruniform tidak diminati oleh pelajar.

Merujuk kepada soalan 4, didapati 67% responden tidak setuju, 19% menyatakan tidak pasti dan hanya 14% yang
setuju dengan persoalan ini. Dari soalan 5, menunjukkan 10% responden tidak setuju, 15% responden tidak pasti dan seramai
75% responden setuju bahawa aktiviti sukan merupakan aktiviti yang amat diminati. Kesimpulannya, pelajar amat meminati
kedua-dua item soalan iaitu dari segi minat kepada aktiviti kelab dan persatuan serta aktiviti sukan.

Jadual 3.3: Peratusan Faktor Akademik Dan Kerjaya Yang Mempengaruhi Sikap

No Pernyataan TS TP S Min
(sp)
6. Dengan menyertai kokurikulum saya dapat menambahkan kemahiran dan 8 10 82 4.04
pengetahuan sedia ada saya. 8% 10% 82% (1.01)
4.07
7. Mengulangkaji pelajaran adalah lebih penting 4 15 81 (0.78)
4% 15% 81% 2.74
(0.99)
8. Kokurikulum tidak boleh menjamin untuk saya melanjutkan pelajaran ke peringkat 43 41 16 4.12
yang lebih tinggi 43% 41% 16% (0.73)
2.59
9. Kokurikulum boleh membuka minda saya 2 12 86 (1.03)
2% 12% 86%

10. Kokurikulum tidak dapat membantu sistem pemarkahan dan peperiksaan saya 42 42 16
42% 42% 16%

Min keseluruhan = 3.51 sisihan piawai = 0.91

Merujuk kepada jadual di atas iaitu untuk soalan 6 didapati 8% responden tidak setuju, 10% responden tidak pasti dan
sejumlah yang agak besar iaitu 82% yang setuju bahawa dengan menyertai kokurikulum ianya dapat menambahkan kemahiran
dan pengetahuan sedia ada pada diri pelajar.

Berdasarkan kepada soalan 7, didapati 4% responden tidak setuju, 15% responden menyatakan tidak pasti dan
sebanyak 81% menyatakan setuju bahawa mengulangkaji pelajaran adalah lebih penting.

Dari soalan 8, menunjukkan 43% responden menyatakan tidak setuju, 41% responden tidak pasti dan hanya 16%
responden yang setuju bahawa kokurikulum tidak boleh menjamin untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Merujuk kepada soalan 9, hasil kajian mendapati hanya 2% responden sahaja yang tidak setuju bahawa kokurikulum
dapat membuka minda seseorang berbanding sebanyak 86% yang bersetuju, manakala selebihnya 12% responden tidak pasti
dengan persoalan tersebut.

114

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Berdasarkan kepada soalan 10, didapati 42% responden tidak setuju bahawa kokurikulum tidak dapat membantu
sistem pemarkahan dan peperiksaan, 42% responden juga menyatakan tidak pasti dengan persoalan ini dan hanya 16% yang
bersetuju dengan kenyataan persoalan ini.

Jadual 3.4: Peratusan Faktor Ibu Bapa Dan Keluarga Yang Mempengaruhi Sikap

No. Pernyataan TS TP S Min
(sp)
11. Ibu bapa saya tidak pernah mengambil tahu tentang kegiatan 64 15 21
kokurikulum yang dijalankan di politeknik 64% 15% 21% 2.50
53 20 27 (1.17)
12. Ibu bapa saya tidak mengambil tahu apakah jenis kegiatan kokurikulum 53% 20% 27% 2.63
yang saya pilih di politeknik 58 26 16 (1.14)
58% 26% 16% 2.41
13. Ibubapa saya tidak pernah memberi dorongan untuk menyertai 78 12 10 (1.02)
kokurikulum. 78% 12% 10% 2.05
57 27 16 (0.93)
14. Ibubapa saya marah sekiranya saya aktif dalam kegiatan kokurikulum 57% 27% 16% 2.50
(1.06)
15. Keluarga tidak tahu kepentingan kokurikulum

Min keseluruhan = 2.42 sisihan piawai = 1.06

Berdasarkan jadual 3.4 iaitu untuk soalan 11, seramai 64% responden tidak setuju bahawa ibu bapa tidak pernah
mengambil tahu tentang kegiatan kokurikulum yang dijalankan di PSAS, sementara 15% responden tidak pasti dan 21%
responden pula bersetuju dengan persoalan ini.

Dari soalan 12, menunjukkan 53% responden menyatakan tidak setuju, 20% responden menyatakan tidak pasti
sementara 27% lagi menyatakan setuju bahawa ibubapa mereka tidak mengambil tahu apakah jenis kegiatan kokurikulum yang
mereka pilih di politeknik.

Untuk soalan 13, didapati 58% responden tidak setuju bahawa ibu bapa tidak pernah memberi dorongan untuk
menyertai kokurikulum berbanding 16% responden yang setuju, sementara 26% responden menyatakan tidak pasti.

Merujuk kepada soalan 14, didapati 78% responden tidak setuju, 12% menyatakan tidak pasti dan hanya 10%
responden yang setuju bahawa ibu bapa marah sekiranya bergiat aktif dalam kokurikulum.

Untuk soalan 15, didapati 57% tidak setuju bahawa keluarga tidak tahu kepentingan kokurikulum, 27% responden
lagi tidak pasti manakala 16% responden bersetuju dengan persoalan ini

Jadual 3.5: Peratusan Faktor Rakan Sebaya Yang Mempengaruhi Sikap

No Pernyataan TS TP S Min
(sp)
16. Saya rasa gembira apabila bersama rakan-rakan yang tidak 51 15 34
menyertai aktiviti kokurikulum. 51% 15% 34% 2.78
(1.28)
17. Rakan-rakan tidak menggalakkan saya bergiat dalam kegiatan 64 31 5
kokurikulum. 64% 31% 5% 2.24
(0.87)
18. Saya mudah bergaul dengan rakan yang tidak aktif dalam 61 28 11
kokurikulum berbanding rakan yang aktif. 61% 28% 11% 2.36
(0.99)
19. Rakan-rakan saya semuanya tidak menyertai aktiviti kokurikulum 71 18 11
71% 18% 11% 2.22
20. Saya akan diperli oleh rakan sekiranya aktif dalam kokurikulum. (0.97)
69 17 14
69% 17% 14% 2.20
(0.97)

Min keseluruhan = 2.36 sisihan piawai = 1.02

Jadual 3.5 menunjukkan persoalan berdasarkan faktor rakan sebaya. Untuk soalan 16, didapati 51% responden tidak setuju,
15% responden menyatakan tidak pasti dan 34% responden setuju bahawa mereka merasa gembira apabila bersama rakan-rakan
yang tidak menyertai aktivti kokurikulum.

Berdasarkan soalan 17, kajian mendapati 64% responden menyatakan tidak setuju bahawa rakan-rakan tidak
menggalakkan bergiat dalam kegiatan kokurikulum berbanding hanya 5% responden sahaja yang setuju, sementara 31%
responden menyatakan tidak pasti.

Merujuk kepada soalan 18, didapati 61% responden tidak setuju, 28% responden lagi tidak pasti dan hanya 11%
responden yang setuju bahawa mereka mudah bergaul dengan rakan yang tidak aktif dalam kokurikulum berbanding rakan yang
aktif.

Untuk soalan 19, hasil dapatan kajian menunjukkan 71% responden tidak setuju bahawa rakan-rakan mereka
semuanya tidak menyertai aktiviti kokurikulum berbanding hanya 11% responden lagi yang setuju, manakala 18% responden
tidak pasti dengan pernyataan ini.

115

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Berdasarkan kepada soalan 20, didapati 69% responden tidak setuju, 17% responden lagi tidak pasti sementara 14%
lagi menyatakan setuju bahawa mereka akan diperli sekiranya aktif dalam kokurikulum.

4.0 KESIMPULAN
Berdasarkan kepada analisa yang dibuat, faktor minat merupakan faktor yang paling mempengaruhi sikap pelajar untuk bergiat
aktif dalam kegiatan kokurikulum. Peratus yang menunjukkan bahawa pelajar rasa seronok semasa menyertai kegiatan
kokurikulum adalah tinggi. Mereka mempunyai minat yang tinggi terhadap kegiatan dan aktiviti kokurikulum. Hasil daripada
kajian, peratus yang mengatakan kegiatan kokurikulum membebankan pelajar-pelajar adalah rendah. Kesimpulannya ramai
pelajar yang berminat terhadap kegiatan kokurikulum yang dijalankan di PSAS.
Faktor ibubapa menyebabkan pelajar bersikap dingin terhadap kegiatan kokurikulum.

Hasil daripada kajian yang telah dibuat, faktor ibubapa telah menyebabkan pelajar bersikap dingin terhadap kegiatan
kokurikulum. Peratus pelajar yang bersetuju bahawa ibubapa atau keluarga mereka terlalu mementingkan pelajaran adalah
tinggi. Daripada analisa yang telah dibuat, ramai ibubapa berpendapat bahawa pencapaian akademik akan merosot akibat
daripada bergiat aktif dalam kegiatan kokurikulum. Peratus terhadap pendapat ini adalah tinggi. Perkara ini dapat dirumuskan
bahawa faktor ibubapa akan mempengaruhi sikap pelajar dan membolehkan pelajar itu bersikap dingin terhadap kegiatan dan
aktiviti kokurikulum walaupun sesetengah pelajar itu sendiri telah tahu tentang kepentingan kokurikulum dalam pendidikan.
Persepsi pelajar terhadap perlaksanaan dan aktiviti kokurikulum di PSAS

Hasil daripada kajian dan analisa yang telah dibuat, keempat-empat faktor ini merupakan faktor pendorong kepada
kegiatan dan aktiviti kokurikulum di PSAS. Ramai pelajar bersetuju bahawa kegiatan kokurikulum ini boleh membuka minda
dan menjamin mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Daripada analisa yang dibuat juga, peratus
pelajar yang mengatakan bahawa aktiviti kokurikulum ini dapat menambahkan kemahiran dan pengetahuan sedia ada mereka.
Kajian juga mendapati bahawa ramai pelajar lebih berminat menyertai kokurikulum daripada melakukan kerja-kerja lain yang tak
berfaedah. Bagi mereka menyertai kegiatan kokurikulum lebih menyeronokkan dan tidak membebankan di samping ianya dapat
membantu dalam pencapaian akademik pelajar. Oleh yang demikian dapatlah dirumuskan bahawa kebanyakan pelajar telah
memahami tentang kepentingan kokurikulum dalam pendidikan.

5.0 CADANGAN/IMPLIKASI
Setelah diteliti kepada hasil dapatan dan rumusan dalam kajian ini, berikut adalah beberapa cadangan yang akan diutarakan bagi
memantapkan lagi perkembangan yang positif dengan kegiatan kokurikulum:
i. Pihak PSAS perlu memberi penjelasan tentang objektif dan matlamat kegiatan kokurikulum dengan lebih terperinci

kepada semua pihak yang terlibat termasuk ibubapa pelajar sendiri.
ii. Untuk pengurusan PSAS, diharapkan memberi penegasan yang sewajarnya kepada pensyarah kerana mereka merupakan

pendorong kepada pelajar supaya pelajar berkenaan aktif dalam masa yang sama tidak mengabaikan pelajaran.
iii. Ibubapa dan keluarga merupakan golongan pertama yang dianggap sebagai pendorong serta penasihat utama dalam

pembahagian masa untuk seseorang pelajar belajar serta melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum.
iv. Kajian boleh diteruskan dengan melihat kepada perbandingan pencapaian akademik pelajar yang aktif dalam kokurikulum

berbanding dengan mereka yang tidak aktif .
v. Mengecilkan skop kajian dengan membuat perbandingan pencapaian akademik di antara politeknik dengan kolej swasta

yang setaraf dengannya dari segi penglibatan kokurikulum.
vi. Memperluaskan populasi dan sampel kajian dengan melibatkan seluruh politeknik di Malaysia agar ianya dapat

menghasilkan satu keputusan yang lebih tepat.
Berdasarkan kepada hasil kajian dapatlah dirumuskan bahawa para pelajar PSAS mempunyai kefahaman yang positif
terhadap faedah dan kepentingan kokurikulum dalam pendidikan. Penglibatan diri dalam aktiviti kokurikulum akan melahirkan
para pelajar yang aktif dan mempunyai daya juang yang tinggi. Secara langsung dapat membantu negara ke arah mencapai
Wawasan 2020.

116

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

6.0 RUJUKAN
Mohd Fazli Hasan, Suhaida Abdul Kadir & Soaib Asimiran, (2013): 1-9 Hubungan Persekitaran Sekolah dengan Penglibatan

Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum di Sekolah Menengah, Jurnal Pendidikan Malaysia 38(2)
Jurnal Penyelidikan Pendidikan (2005), Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran

Malaysia
Abd Alim (1995). “Pengurusan Kokurikulum”. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Adnan Kamis (1988). “Nilai-nilai murni dalam aktiviti kokurikulum pergerakan beruniform ke arah menghasilkan insane yang

mantap lagi seimbang menurut falsafah KBSM- Fokus pergerakan pengakap di sekolah”. Seminar Nilai-nilai Murni
Merentas Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ahmad Bin Esa, Hisham B Jamaludin, (2008) Peranan Kokurikulum Di Universiti Dalam Membentuk Keterampilan Mahasiswa,
Fakulti Pendidikan Teknikal, Universiti Tun Hussein Onn
Adnan Kamis (1993). “Kokurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan Maklum balas”. Bangi : Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Faridah Karim (1991). “Peranan Kokurikulum ke Arah Pembinaan Generasi Berdisiplin”. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.
Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Sumarni Dahrir dan Borhan Yusof (2002). “Matlamat dan Implikasi Kokurikulum Terhadap Pelajar”. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Miskom Sutero (1993). “Kemerosotan Pelajar : Kegagalan Pembentukan Peribadi”. dalam Akademik. Julai 1993, hlm. 4 - 5
Mohd Majid Konting (1993). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Najib Abd. Ghafar (1999). “Penyelidikan Pendidikan”. Johor: UTM
Lau Shin Chai (2001). Status Penguasaan Kemahiran Sains Sekolah Rendah Negeri

117

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Pengaruh Penyimpanan Di Akaun Tabung Haji Di Kalangan
Penduduk Kampung Parit Baru.

Faridah Hanim binti Abd Manaf1 & Faridatul Akma binti Mohammad Baki2

1Politeknik Sultan Idris Shah, [email protected]
2Politeknik Sultan Idris Shah, [email protected]
_______________________________________________________________________________________________________

Abstrak

Tabung Haji ditubuhkan dengan tujuan sebagai satu kaedah penyimpanan bagi membolehkan orang-orang Islam menunaikan
fardu haji atau lain-lain perbelanjaan yang berkaitan. Walaubagaimanapun, kebelakangan ini Tabung Haji kelihatan seolah-olah
telah menyimpang dari matlamat asalnya, sehingga menimbulkan kegusaran dan kebimbangan di kalangan pendeposit. Tujuan
kajian ini adalah untuk mengkaji faktor yang mempengaruhi penyimpanan di akaun Tabung Haji di kalangan penduduk
Kampung Parit Baru. Objektif kajian ini adalah untuk mengukur sama ada faktor ganjaran, faktor perkhidmatan, dan faktor
keutuhan yang akan mempengaruhi penyimpanan di akaun Tabung Haji. Seramai 211 orang responden telah terpilih secara
rawak dari kalangan penduduk Kampung Parit Baru. Borang soal selidik telah diedarkan untuk memperolehi maklumat kajian.
Dapatan kajian dianalisa menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS Versi 21). Hasil dapatan kajian,
merumuskan bahawa faktor perkhidmatan dan faktor keutuhan yang paling mempengaruhi penduduk Kampung Parit Baru untuk
menyimpan di akaun Tabung Haji dengan skor min purata 3.14 dan 3.03. Faktor ganjaran kurang mempengaruhi penduduk
Kampung Parit Baru untuk menyimpan di akaun Tabung Haji dengan skor min purata 2.85 iaitu pada tahap sederhana. Dapatan
kajian juga menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara semua faktor ini dengan pembolehubah tidak
bersandar iaitu jantina penduduk Kampung Parit Baru.

_______________________________________________________________________________________________________

1.0 PENGENALAN

Lembaga Urusan dan Tabung Haji atau ringkasnya Tabung Haji, ditubuhkan pada tahun 1969 dibawah Akta 8, Akta
Lembaga Urusan dan Tabung Haji 1969, dengan tujuan untuk membolehkan orang-orang Islam menyimpan secara beransur-
ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan fardhu haji atau lain-lain perbelanjaan bermanfaat yang berkaitan dengannya.
Selain itu, orang Islam boleh mengambil bahagian dalam penyimpanan dan penanaman modal melalui cara yang halal di sisi
Islam. Tabung Haji juga memberi perlindungan pengawalan dan kebajikan pada jemaah haji yang menunaikan fardhu haji
dengan mengadakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan.

Berasaskan pada tujuan-tujuan itu Tabung Haji telah menetapkan matlamatnya iaitu memberikan perkhidmatan yang
baik, sempurna dan amat memuaskan kepada jemaah haji Malaysia dalam urusan menunaikan fardhu haji. Memberi keuntungan
yang maksimum kepada pendeposit-pendeposit atas wang simpanan mereka.

Sebagai sebuah badan yang berunsurkan korporat, Tabung Haji amat peka dengan perkembangan dan perubahan yang
melanda dunia di era 90an. Sehubungan dengan itu, demi menjamin kesinambungan daya saingnya dalam era globalisasi, akta
baharu Tabung Haji iaitu Akta 535, Akta Lembaga Tabung Haji 1995 dikuatkuasakan yang memansuhkan akta lama. Serentak
dengan itu huruf TH diperkenalkan sebagai singkatan nama menggantikan perkataan Tabung Haji. Persoalannya sekarang,
adakah Tabung Haji telah terpesong dari matlamat asal penubuhannya sehingga menimbulkan keresahan di kalangan pendeposit-
pendeposit.

2.0 PENYATAAN MASALAH

Isu Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan amaran kepada Lembaga Tabung Haji berhubung rizab agensi itu yang
berada pada paras negatif. Laporan yang merujuk surat Gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz itu juga turut
menyebut bahawa Lembaga Tabung Haji juga tidak akan dapat membayar dividen kepada 8.8 juta pencarum jika tidak
mengambil tindakan menyelesaikan masalah ini. Laporan ini telah menimbulkan keresahan di kalangan rakyat khususnya para
pencarum berkenaan kedudukan simpanan mereka. Ia juga menimbulkan banyak persoalan di kalangan rakyat berhubung
keberkesanan Lembaga Tabung Haji untuk membantu umat Islam di Malaysia menunaikan ibadah haji yang dikhuatiri terjejas
(Berita Harian Online, 3 Februari 2016)

Mengikut Seksyen 22 Akta Tabung Haji menyatakan Lembaga Tabung Haji tidak boleh mengisytiharkan pengagihan
dividen dan bonus kepada pendeposit sekiranya nilai aset kurang daripada nilai kesemua obligasinya.

Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji beberapa faktor yang mempengaruhi penyimpanan di akaun
Tabung Haji di kalangan penduduk Kampung Parit Baru. Antara faktor yang ingin dikaji adalah faktor ganjaran, faktor
perkhidmatan dan faktor keutuhan dalam mempengaruhi penyimpanan di akaun Tabung Haji di kalangan penduduk Kampung
Parit Baru.

118

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Berikut adalah objektif khusus dalam kajian ini.

i. Mengenalpasti sama ada faktor ganjaran mempengaruhi penduduk Kampung Parit Baru untuk menyimpan di akaun
Tabung Haji.

ii. Mengenalpasti sama ada faktor perkhidmatan mempengaruhi penduduk Kampung Parit Baru untuk menyimpan di akaun
Tabung Haji.

iii. Mengenalpasti sama ada faktor keutuhan mempengaruhi penduduk Kampung Parit Baru untuk menyimpan di akaun
Tabung Haji.

iv. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan signifikan antara faktor ganjaran, faktor perkhidmatan dan faktor keutuhan
dengan jantina penduduk Kampung Parit Baru.

4.0 PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan kepada objektif kajian yang telah dikemukakan di atas, pengkaji telah mengemukakan tiga persoalan kajian iaitu:

i. Adakah faktor ganjaran mempengaruhi penduduk Kampung Parit Baru untuk menyimpan di akaun Tabung Haji?
ii. Adakah faktor perkhidmatan mempengaruhi penduduk Kampung Parit Baru untuk menyimpan di akaun Tabung Haji?
iii. Adakah faktor keutuhan Tabung Haji mempengaruhi penduduk Kampung Parit Baru untuk menyimpan di akaun Tabung

Haji?

Terdapat tiga hipotesis nol yang terlibat berdasarkan objektif kajian iaitu:

Ho1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor ganjaran dengan jantina penduduk Kampung Parit Baru.
Ho2 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor perkhidmatan dengan jantina penduduk Kampung Parit Baru.
Ho3 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor keutuhan dengan jantina penduduk Kampung Parit Baru.

5.0 METODOLOGI KAJIAN

Bentuk kajian yang telah dilaksanakan adalah kajian diskriptif berbentuk tinjauan yang bermatlamat untuk mengetahui
faktor yang mempengaruhi penyimpanan di Tabung Haji di kalangan penduduk Kampung Parit Baru. Populasi kajian terdiri
daripada penduduk Kampung Parit Baru iaitu seramai 464 orang. Data ini diperolehi dari Jabatan Perangkaan Negara. Teknik
persempelan yang dipilih adalah persempelan rawak bebas. Sebanyak 211 sample telah diambil berdasarkan penentuan saiz
sampel oleh Krejcie dan Morgan (1970).

Instrumen kajian adalah menggunakan borang soal selidik yang terdiri dari dua bahagian iaitu pada bahagian A adalah
maklumat latar belakang responden meliputi jantina, umur, status perkahwinan, bangsa, agama dan jumlah pendapatan.
Manakala bahagian B pula mengandungi soalan yang berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi penyimpanan di akaun
Tabung Haji iaitu faktor ganjaran, faktor perkhidmatan dan faktor keutuhan

Ujian kebolehpercayaan bagi setiap faktor telah dijalankan dengan keputusan seperti berikut:

Jadual 1: Analisis Kebolehpercayaan Data (Asal) Cronbach’s Alpha (α)

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI 0.821
0.750
Faktor Ganjaran 0.763
Faktor Perkhidmatan
Faktor Keutuhan

Dapatan daripada analisis akan dirumuskan keputusannya berdasarkan kepada tahap pengukuran seperti berikut :

Jadual 2 : Skala Min Skor ( sumber : Edora Ismali, 1998)

Min Skor Tahap

1.0 hingga 2.0 Rendah

2.01 hingga 3.0 Sederhana

3.01 hingga 4.0 Tinggi

Nilai min skor 1.0 hingga 2.0 adalah merujuk kepada tahap yang rendah. Nilai min skor 2.01 hingga 3.0 adalah merujuk kepada
tahap sederhana manakala min skor 3.01 hingga 4.0 adalah berada kepada tahap yang tinggi.

119

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

6.0 DAPATAN KAJIAN

6.1 Demografi Responden

Jadual 3 menunjukkkan profil responden yang terlibat dalam kajian ini iaitu seramai 211 orang dari kalangan penduduk
Kampung Parit Baru.

Profil Responden Klasifikasi Jadual 3 : Demografi responden Peratus
Bilangan

Jantina Lelaki 113 54
Umur Perempuan 98 46

21 – 30 tahun 72 34.1
31 – 40 tahun 63 29.9
41 – 50 tahun 38 18
51 tahun ke atas 38 18

Agama Islam 211 100
Lain-lain 0 0

Bangsa Melayu 211 100
Lain-lain 0 0

Status Bujang 70 33
Perkahwinan Kahwin 102 49
Ibu/bapa tunggal 38 18

Pendapatan RM0 - 1000 101 48
67 32
(RM) 1001 - 3000 36 17
6 3
3001 – 5000
5001 – Ke atas 186 88%
25 12%
Responden Mempunyai Akaun Tabung Haji

YA

TIDAK

6.2 Persoalan kajian 1

Adakah faktor ganjaran mempengaruhi penduduk Kampung Parit Baru untuk menyimpan di akaun Tabung Haji?

Jadual 4: Min, Sisihan Piawai dan tahap

Bil Soalan Min SP Tahap
0.661 Tinggi
1 Kadar bonus yang diberikan oleh Tabung Haji amat memuaskan. 3.08 0.541 Tinggi
0.577 Tinggi
2 Ganjaran yang diberikan Tabung Haji berlandaskan syariah. 3.21
0.602 Tinggi
3 Dividen yang diberikan oleh Tabung Haji dapat meningkatkan motivasi saya untuk 3.16 0.665 Tinggi

menyimpan wang. 0.870 Sederhana
0.671 Tinggi
4 Saya berpuas hati dengan ganjaran yang diberikan oleh Tabung Haji. 3.12
0.846 Sederhana
5 Pemberian subsidi oleh Tabung Haji amat membantu para jemaah untuk 3.21 0.821 Sederhana
0.874 Sederhana
menunaikan ibadah haji.

6 Pemberian kadar dividen kepada pendeposit lewat diumumkan. 2.81

7 Kadar bonus tahunan Tabung Haji adalah kompetetif memandangkan profil 3.05

pelaburan berlandaskan syariah

8 Pulangan dividen yang diberikan oleh Tabung Haji sangat rendah. 2.3

9 Kadar bonus yang diterima adalah tidak memuaskan. 2.25

10 Pemberian subsidi tidak membantu para pendeposit. 2.3

Min Keseluruhan = 2.85 Sisihan Piawai = 0.713 Tahap purata = Sederhana N = 211

120

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Analisis Min Bagi Faktor Ganjaran

4 3.08 3.21 3.16 3.12 3.21 2.81 3.05
3
2.3 2.25 2.3

Min Min 2

1

0
S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10

Soalan

Rajah 1 Analisis Min Faktor Ganjaran

Jadual 4 dan rajah 1 menunjukkan tentang faktor ganjaran yang mempengaruhi penyimpanan di akaun Tabung Haji di
kalangan penduduk Kampung Parit Baru. Terdapat 10 item soalan yang dikemukakan dalam bahagian ini. Soalan item yang ke 2
dan 5 menunjukkan nilai min skor yang paling tinggi iaitu 3.21 yang mana seramai 200 bersetuju dengan ganjaran yang diberikan
oleh Tabung Haji berlandaskan syariah dan seramai 188 bersetuju bahawa pemberian subsidi oleh Tabung Haji membantu para
Jemaah untuk menunaikan ibadat haji. Soalan item ke-8 dan 10 iaitu seramai 131 responden tidak bersetuju bahawa pulangan
dividen yang diberikan oleh Tabung Haji sangat rendah dan seramai 125 responden tidak bersetuju bahawa pemberian subsidi
tidak membantu para pendeposit. Min purata adalah pada kadar skor 2.84 iaitu pada tahap sederhana bagi analisis faktor
ganjaran.

6.3 Persoalan kajian 2

Adakah faktor perkhidmatan mempengaruhi penduduk Kampung Parit Baru untuk menyimpan di akaun Tabung Haji?

Jadual 5: Min, Sisihan Piawai dan tahap

Bil Soalan Min SP Tahap
0.626 Tinggi
1 Saya berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh pihak Tabung Haji. 3.26 0.602 Tinggi

2 Proses pengurusan penyimpanan dan pengeluaran di kaunter Tabung Haji 3.27 0.573 Tinggi
0.633 Tinggi
memudahkan pelanggan.
0.588 Tinggi
3 Kakitangan Tabung Haji memberikan layanan yang mesra terhadap pelanggan. 3.28 0.971 Sederhana
0.716 Tinggi
4 Melalui kad Debit Maybank, Bank Islam dan Bank Rakyat memudahkan untuk 3.30 0.635 Tinggi
0.634 Tinggi
pengeluaran wang tunai di dalam akaun Tabung Haji
0.627 Tinggi
5 Potongan zakat secara automatik memudahkan urusan saya. 3.28

6 Perkhidmatan di kaunter Tabung Haji tidak mesra pelanggan. 2.03

7 Pekhidmatan di Tabung Haji meyakinkan saya. 3.14

8 Perkhidmatan yang diberikan oleh Tabung Haji berlandaskan syariah. 3.24

9 Kursus Tabung Haji yang di adakan oleh pihak Tabung Haji banyak membantu 3.28

saya.

10 Potongan dari skim pemotongan gaji memudahkan saya membuat simpanan. 3.30

Min Keseluruhan = 3.13 Sisihan Piawai = 0.661 Tahap purata = Tinggi N = 211

Analisis Min Bagi Faktor Perkhidmatan

3.5 3.26 3.27 3.28 3.3 3.28 3.14 3.24 3.28 3.3
3

2.5 2.03
2

1.5

1

0.5

0
S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10

Soalan

Rajah 2 Analisis Min Faktor Perkhidmatan

Jadual 5 dan rajah 2 menunjukkan analisis faktor perkhidmatan. Terdapat 10 item soalan yang dikemukakan dalam
bahagian ini. Soalan item yang ke-4 dan 10 menunjukkan nilai min skor yang paling tinggi iaitu 3.30 yang mana seramai 195
responden bersetuju bahawa melalui kad Debit Maybank, Bank Islam dan Bank Rakyat memudahkan untuk pengeluaran wang
tunai di dalam akaun Tabung Haji dan seramai 198 responden bersetuju bahawa potongan dari skim pemotongan gaji

121

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

memudahkan mereka membuat penyimpanan. Jumlah min skor yang paling sederhana ialah 2.03 pada soalan item ke-6 yang
mana seramai 147 responden tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju bahawa perkhidmatan di kaunter Tabung Haji tidak
mesra pelanggan. Min purata keseluruhan bagi bahagian ini pula mencatatkan 3.13 min skor menujukkan catatan skor yang
tinggi terhadap faktor perkhidmatan.

6.4 Persoalan kajian 3

Adakah faktor keutuhan syarikat Tabung Haji mempengaruhi penduduk Kampung Parit Baru untuk menyimpan di akaun Tabung
Haji?

Jadual 6: Min, Sisihan Piawai dan tahap

Bil Soalan Min SP Tahap
0.588 Tinggi
1 Saya mempunyai kesedaran tentang penubuhan Tabung Haji. 3.28 0.614 Tinggi
0.578 Tinggi
2 Saya yakin untuk menyimpan di Tabung Haji. 3.18
0.567 Tinggi
3 Lembaga Tabung Haji adalah sebuah institusi kewangan untuk orang yang ingin 3.24
0.734 Tinggi
menunaikan haji. 0.691 Sederhana

4 Tabung Haji adalah satu badan alternatif kepada umat Islam Malaysia untuk 3.27 0.621 Tinggi
0.991 Tinggi
menyimpan sambil melabur secara halal. 0.833 Tinggi
0.772 Tinggi
5 Tabung Haji mempunyai 83 buah cawangan di seluruh Malaysia. 3.07

6 Penubuhan hotel Tabung Haji di Malaysia telah membuktikan Tabung Haji adalah 3.13

syarikat yang teguh dan berdaya saing.

7 Pencapaian Tabung Haji yang konsisten telah mendapat pengiktirafan dunia. 3.14

8 Tabung Haji perlu menumpukan kepada pelaburan dalam Negara sahaja. 2.7

9 Tabung Haji tidak menunjukkan sebarang peningkatan dalam pelaburan tahunan. 2.17

10 Saya menyokong syarikat Tabung Haji diberi anugerah selaras dengan 3.1

pencapaianya.

Min Keseluruhan = 3.02 Sisihan Piawai = 0.699 Tahap purata = Tinggi N = 211

Rajah 3 Analisis Min Faktor Keutuhan

Analisis Min Bagi Faktor Keutuhan

4 3.28 3.18 3.24 3.27 3.07 3.13 3.14 3.1
3 2.7
2.17
Min
2

1

0
S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9 S10

Soalan

Jadual 6 dan rajah 3 menunjukkan analisis min faktor keutuhan bagi yang mempengaruhi penyimpanan di akaun
Tabung Haji di kalangan penduduk Kampung Parit Baru. Terdapat 10 item soalan yang dikemukakan di dalam borang soal
selidik pada bahagian ini. Soalan item yang pertama menunjukkan nilai min skor tertinggi iaitu 3.28 yang mana seramai 196
responden bersetuju bahawa saya mempunyai kesedaran tentang penubuhan Tabung Haji. Min skor yang paling sederhana ialah
pada soalan item ke-9 iaitu 2.17 dimana seramai 139 responden tidak bersetuju dan sangat tidak bersetuju bahawa Tabung Haji
tidak menunjukkan sebarang peningkatan dalam pelaburan tahunan. Min purata ialah 3.02 menunjukkan tahap tinggi bagi
analisis faktor keutuhan yang mempengaruhi penyimpanan di akaun Tabung Haji di kalangan penduduk Kampung Parit Baru.

7.0 PENGUJIAN HIPOTESIS

Jantina telah digunakan sebagai pembolehubah tidak bersandar dalam Ujian-T untuk membandingkan faktor ganjaran,
faktor perkhidmatan dan faktor keutuhan yang merupakan pemboleh ubah bersandar. Keputusan Ujian –T ditunjukkan dalam

jadual di bawah

Jadual 7: Perbandingan Ujian T

Faktor Taraf pendidikan Bil Min Sisishan t p
98 2.8194 Piawai -1.121 .264
Ganjaran Lelaki 113 2.8743 -1.690
98 3.0888 .36003 -.147 .092
Perempuan 113 3.1823 .34918
98 3.0245 .40203 .883
Perkhidmatan Lelaki 113 3.0319 .39938
.37528
Perempuan .34751

Keutuhan Lelaki

Perempuan

*Nota : p< 0.05 (Signifikan pada 0.05)

122

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Dari jadual 7 di atas, nilai signifikan bagi faktor ganjaran (p = 0.264), nilai signifikan bagi faktor perkhidmatan (p = 0.092) dan
nilai signifikan bagi faktor keutuhan (p = 0.883). Semua nilai signifikan ini adalah lebih tinggi dari 0.05. Oleh itu semua
hipotesis nol diterima. Ini menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor ganjaran, perkhidmatan
dan keutuhan syarikat dengan pembolehubah tidak bersandar iaitu jantina respondan.

8.0 PERBINCANGAN DAN RUMUSAN
Berdasarkan dapatan dari kajian ini, min keseluruhan bagi setiap faktor adalah seperti berikut:

FAKTOR Jadual 8: Min bagi setiap faktor TAHAP
Faktor Perkhidmatan MIN KESELURUHAN Tinggi
Faktor Keutuhan 3.14 Tinggi
Faktor Ganjaran 3.03 Sederhana
2.85

Pengkaji mendapati bahawa faktor yang paling mempengaruhi penyimpanan di akaun Tabung Haji di kalangan
penduduk Kampung Parit Baru adalah faktor perkhidmatan. Ini dapat dibuktikan melalui min purata bagi faktor perkhidmatan
yang paling tinggi iaitu 3.14 dan berada pada tahap tinggi. Faktor perkhidmatan dipilih kerana institusi Tabung Haji menawarkan
perkhidmatan yang memuaskan hati penduduk Kampung Parit Baru, contohnya seperti potongan zakat secara automatik,
pengeluaran wang tunai melalui kad debit serta penyimpanan melalui CDM (cash deposit machine) di institusi perbankan yang
terpilih dan layanan mesra pelanggan yang diberikan oleh kakitangan Tabung Haji. Dapatan ini disokong oleh Rashidah (2007)
bahawa secara umumnya, perkhimatan Tabung Haji yang berkonsepkan “Mesra dan Terbuka” yang berkesan dan pelanggan
berpuas hati dengan keseluruhan mutu perkhidmatan yang diberikan.

Faktor keutuhan juga mempengaruhi penyimpanan di akaun Tabung Haji di kalangan penduduk Kampung Parit Baru
pada tahap skor min 3.03. Faktor keutuhan dipilih kerana kepercayaan yang besar oleh penduduk Kampung Parit Baru terhadap
penubuhan Tabung Haji serta kejayaan-kejayaan yang telah dicapai selama ini.

Dapatan ini sejajar dengan Ibrahim dan rakan-rakan (2014) yang menyatakan dalam tempoh 50 tahun penubuhannya,
Tabung Haji terus berdiri megah mengecapi pelbagai kejayaan dan mencipta prestasi yang cemerlang dalam perniagaannya.
Tabung Haji memperoleh reputasi dan kepercayaan tinggi daripada Kerajaan dan khususnya ummah Islam di Malaysia serta
meraih pelbagai pengiktirafan di peringkat lokal dan global. Dapatan ini dikukuhkan lagi oleh Mohd Amy Azhar (1996) dalam
kajiannya menyatakan pindaan akta Lembaga Tabung Haji (1995) telah memperluaskan lagi skop pelaburan dengan menubuhkan
beberapa syarikat milik di dalam dan luar negara. Ini menunjukkan Lembaga Tabung Haji merupakan sebuah badan berkanun
yang terlibat secara langsung dalam pembangunan dan perancangan sosio-ekonomi umat Islam di Malaysia. Keupayaan badan ini
mengurus penyimpanan di samping terlibat dalam akitivti pelaburan yang mendatangkan keuntungan, mengendalikan urusan
mengerjakan haji dan seterusnya membangunkan ekonomi jemaah haji selepas mengerjakan ibadat haji membuktikan Lembaga
Tabung Haji adalah organisasi yang cekap dan utuh.

Faktor Ganjaran merupakan faktor paling rendah dalam mempengaruhi penyimpanan di akaun Tabung Haji di kalangan
penduduk Kampung Parit Baru dengan min purata 2.85 iaitu pada tahap sederhana. Walaupun jelas Tabung Haji menawarkan
pulangan yang lebih kompetetif jika dibandingkan dengan kadar pulangan daripada akaun deposit tetap perbankan Islam atau
konvensional dan penduduk Kampung Parit Baru sangat berpuas hati dengan kadar bonus tahunan yang diberikan oleh Tabung
Haji, faktor ganjaran ini bukanlah faktor yang paling mempengaruhi penyimpanan di Tabung Haji oleh penduduk Kampung Parit
Baru.

Kajian ini juga mendapati bahawa ketiga-tiga faktor perkhidmatan, keutuhan dan ganjaran tidak mempunyai hubungan
yang signifikan dengan jantina penduduk kampung Parit Baru dalam penyimpanan di akaun Tabung Haji. Penyelidik ingin
mencadangkan agar kajian yang lebih lanjut dilaksanakan untuk mengetahui kenapa dan mengapa terdapat sejumlah 12 peratus
atau 25 orang dari respondan tidak mempunyai akaun di Tabung Haji, walhal mereka semua adalah respondan yang berbangsa
Melayu dan beragama Islam. Kajian lanjut ini amat bermakna untuk tindakan pihak Tabung Haji.

123

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

BIBLIOGRAFI

Aiza Maslan @ Baharudin (2009). Dari Tabung Buluh ke Tabung Haji, Sejarah Pengerjaan Haji Orang Melayu, 1850-1984:
Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Azizah Haji Vaheed (1996). Persepsi Masyarakat Islam Terhadap Perkhidmatan Lembaga Tabung Haji Alor Setar, Kedah
Darul Aman, Tesis Universiti Utara Malaysia.

Bernama (2014). Tabung Haji jadi institusi Islam bukan bank pertama di dunia perkenal khidmat kad debit.

Ibrahim Haji Ismail dan rakan-rakan (1987), Kaji Selidik Mengenai Penyediaan Kemudahan Dan Perkhidmatan Bagi Jemaah

Haji Sebelum Dan Semasa Mengerjakan Haji Di Tanah Suci Yang Disediakan Oleh Lembaga Dan Tabung

Haji : Institusi Teknologi Mara, Shah Alam, Selangor

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Konsep Mesra Pengguna (2008)
http://www.mstar.com.my/artikel/?file=/2008/1/28/TERKINI/Rencana/Perkhidmatan_kaunter_Tabung_Haji_disenangi_ra
mai

Krejcie dan Morgan, D.W (1970). Determine sample size for researchactivities. Educational and Psychological Measurement,
30-608 & McGraw-Hill (Malaysia)

Laporan Tahunan 2014. Lembaga Tabung Haji

Maklumat Penubuhan Tabung Haji; http://www.tabunghaji.gov.my/maklumat
Melestari Ekonomi Ummah. Berita Harian 9 Januari 2014.

Mohd Amy Azhar Hj. Mohd Harif (2003). Kriteria Pemilihan Lembaga Tabung Haji Sebagai Institusi Kewangan Dan
Perbankan, Perspektif Pelanggan Dan Ekonomi Islam . Fakulti Kewangan & Perbankan Universiti Utara Malaysia

Rashidah Abd. Ghani (2007), Perkhidmatan Kaunter Tabung Haji Disenangi Ramai.

www.mstar.com.my/artikel/?file=2008/1/28/TERKINI/Rencana/Perkhidmatan_kaunter_Tabung_Haji_disenangi_ramai

www.tabunghaji.gov.my/atm-cdmuniteller-transaksi-elektronik

124

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Kecenderungan Pengetahuan Ar-Rahnu Di Kalangan
Penduduk Kampung Sungai Apong

Faridah Hanim bt Abd Manaf1 & Nor Jannah bt Ismail2

Politeknik Sultan Idris Shah

_______________________________________________________________________________________________________

Abstrak
Sejak zaman pemerintahan British di negara ini, perniagaan pajak gadai kebanyakannya telah diusahakan oleh
masyarakat Cina. Kesedaran tentang perlunya pajak gadai berasaskan syariah telah mendorong Perbadanan
Kemajuan Iktisad Kelantan mewujudkan kedai Ar-Rahnu pada tahun 1992. Tujuan kajian ini adalah untuk
Mengkaji Tahap Pengetahuan Ar-Rahnu Dalam Kalangan Penduduk Kampung Sungai Apong. Objektif kajian ini
adalah untuk mengukur sama ada faktor pengurusan, faktor media massa dan faktor diri sendiri mempengaruhi
penduduk kampung dalam mengetahui Ar-Rahnu. Seramai 269 orang responden dari kalangan penduduk
Kampung Sungai Apong telah dipilih secara rawak. Dapatan kajian dianalisa menggunakan perisian Statistical
Package for Social Science (SPSS Versi 21) . Hasil dapatan kajian, menunjukkan skor min bagi faktor pengurusan
berada pada paling tinggi, diikuti skor min bagi faktor media massa dan diri sendiri. Dapatan kajian juga
menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara faktor Pengurusan dan faktor media massa
dengan pembolehubah tidak bersandar iaitu taraf pendidikan respondan penduduk Kampung Sungai Apong.

Kata Kunci : Ar-Rahnu, Pengurusan, Media Massa, Diri Sendiri, Taraf Pendidikan

_______________________________________________________________________________________________________

1.0 PENGENALAN

Sejak zaman pemerintahan British di negara ini, perniagaan pajak gadai kebanyakannya diusahakan oleh masyarakat
Cina. Ini telah menyebabkan berlakunya transaksi perniagaan yang bertentangan dengan hukum syarak. Menurut Ketua Jabatan
Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Prof. Dr. Abdullah @ Alwi Hassan (Utusan Malaysia,
2010), orang Melayu-Islam di negara ini memerlukan perkhidmatan mudah tunai dengan menggadai barang-barang tertentu
untuk dijadikan modal pusingan dari semasa ke semasa. Apabila kesuntukan wang, mereka akan menggunakan barang kemas
untuk membeli barang-barang lain dan kemudiannya ditebus semula. Tetapi persoalan yang timbul di sini ialah adakah proses
pajak gadai tersebut berlandaskan prinsip Islam atau tidak.

Pelaksanaan Muassasah Gadaian Islam di Terengganu yang memenuhi kehendak syariah Islam telah menarik minat
Perbadanan Kemajuan Iktisad Kelantan. Melalui anak syarikatnya, Permodalan Kelantan Berhad, ia telah mewujudkan Kedai Ar-
Rahnu yang memulakan operasi pada Mac 1992 dengan modal awal sebanyak RM2 juta. Ia merupakan syarikat atau institusi
gadaian Islam terawal di Malaysia.

Ar-Rahnu (Utusan Malaysia, 2006) dari sudut syarak merujuk kepada satu barang yang berharga dijadikan sebagai
sandaran yang terikat dengan hutang bercagar yang boleh dibayar dengannya sekiranya hutang tersebut tidak dapat dijelaskan.
Definisi dari sudut bahasa Ar-Rahnu bermaksud mantap dan berkekalan. Misalnya, keadaan yang mantap ataupun ia bermakna
tahanan, seperti firman Allah S.W.T. yang bermaksud: "Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal
jahat) yang dikerjakannya." (Surah al-Muddaththir 74:38).

Konsep Ar-Rahnu menggalakkan pinjaman tanpa faedah kepada mereka yang memerlukan dan membantu masyarakat
tanpa mengira batas agama dan keturunan. Selain itu, ia dapat mengelakkan penglibatan umat Islam dengan transaksi
perdagangan yang berunsur riba. Islam menghalalkan gadaian kerana ia berupaya meningkatkan taraf sosial dan keadilan dalam
masyarakat. Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan, didapati pajak gadai konvensional mempunyai beberapa aspek yang
bercanggah dengan hukum Islam terutama dari segi pelaksanaan dan operasi. Malah penyelewengan berlaku dari segi nilai
gadaian yang semakin menyusut walaupun barang kemas didapati lebih berat. Malah undang-undang pajak gadai tidak
mewajibkan peniaga pajak gadai mencatatkan saiz dan berat barang kemas pada resit gadaian. Mereka juga dikenal pasti
menetapkan kadar faedah yang berlebihan berbanding yang telah termaktub dalam Seksyen 46, Akta Pemegang Pajak Gadai
1972.

2.0 PENYATAAN MASALAH

Kerajaan Terengganu telah melaksanakan sistem gadaian berlandaskan Islam buat pertama kalinya pada 23 Januari 1992
yang dikenali sebagai Muassasah Gadaian Islam Terengganu. Penubuhan pajakan dan operasi itu termaktub di bawah peruntukan
Seksyen 12 dan Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu (Bil.2) 1986. Ia bertujuan untuk menghapuskan riba
atau hasil bunga (faedah) dan gharar (ketidakpastian) yang dikenakan oleh pengusaha pajak gadai secara konvensional. Pada
masa kini, perkhidmatan gadaian berlandaskan hukum syarak juga telah disediakan oleh bank-bank tertentu seperti Agrobank,
Bank Rakyat, dan Bank Islam. Terdapat institusi kewangan yang lain seperti Ar-Rahnu YaPEIM dan Permodalan Kelantan
Berhad juga turut menyediakan perkhidmatan pajak gadai berlandaskan syariah. Perkhidmatan ini sebagai satu kemudahan
pinjaman yang sedia ada di samping memberi pilihan kepada peminjam untuk menuruti kehendak hukum syarak.

125

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi tahap pengetahuan penduduk Kampung Sungai Apong mengenai Ar-
Rahnu. Antara faktor yang ingin dikaji adalah faktor pengurusan, faktor media massa dan faktor diri sendiri dalam
mempengaruhi tahap pengetahuan Ar Rahnu di kalangan penduduk Kampung Sungai Apong.

Menurut Zunaidah Zainon (2006), sebagaimana institusi kewangan Islam yang lain seperti Takaful dan Bank Islam,
skim Ar-Rahnu bertujuan untuk mengelakkan umat Islam daripada terlibat dengan amalan riba dan ketidakadilan dalam sistem
pajak gadai konvensional. Dari segi ekonomi, skim ini menjadi satu landasan untuk mendapatkan modal segera dalam perniagaan
barang-barang runcit.

Menurut Muhammad Saiful Islami Mohd Taher (2010), salah satu masalah yang sering dihadapi oleh penduduk
kampung adalah mereka lebih mempercayai pajak gadai konvensional berbanding Ar-Rahnu kerana prosesnya lebih mudah dan
nilai gadaiannya lebih tinggi. Malah ramai yang masih tidak tahu dan tidak didedahkan secara jelas mengenai konsep Ar-Rahnu.
Sebagai penganut Islam, mereka perlu peka tentang kepentingan pengetahuan terhadap konsep Ar-Rahnu supaya dapat
menghindari riba’ dan gharar (ketidakpastian).

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Berikut adalah objektif kajian secara mendalam mengenai tahap pengetahuan Ar-Rahnu terhadap penduduk Kampung Sungai
Apong. Objektif khusus kajian adalah seperti berikut :
i. Mengenalpasti sama ada faktor pengurusan pihak Ar-Rahnu mempengaruhi tahap pengetahuan penduduk Kampung

Sungai Apong.
ii. Mengenalpasti sama ada faktor media massa terhadap Ar-Rahnu mempengaruhi tahap pengetahuan penduduk Kampung

Sungai Apong.
iii. Mengenalpasti sama ada faktor diri sendiri mempengaruhi tahap pengetahuan Ar-Rahnu terhadap penduduk Kampung

Sungai Apong.
iv. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan signifikan antara faktor pengurusan, faktor media massa dan faktor diri

sendiri dengan taraf pendidikan pendudukan Kampung Sungai Apong.

4.0 PERSOALAN KAJIAN

Berdasarkan kepada objektif kajian yang telah dikemukakan di atas, pengkaji telah mengemukakan tiga persoalan kajian iaitu :
i. Adakah faktor pengurusan mempengaruhi tahap pengetahuan Ar-Rahnu terhadap penduduk Kampung Sungai Apong?
ii. Adakah faktor media massa mempengaruhi tahap pengetahuan Ar-Rahnu terhadap penduduk Kampung Sungai Apong?
iii. Adakah faktor diri sendiri mempengaruhi tahap pengetahuan Ar-Rahnu terhadap penduduk Kampung Sungai Apong?

Tiga hypotesis nol yang terlibat berdasarkan kepada objektif kajian iaitu:
Ho1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor pengurusan dengan taraf pendidikan penduduk Kampung
Sungai Apong.
Ho2: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor media massa dengan taraf pendidikan penduduk Kampung Sungai
Apong.
Ho3: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor diri sendiri dengan taraf pendidikan penduduk Kampung Sungai
Apong.

5.0 METODOLOGI KAJIAN

Bentuk kajian yang telah dilaksanakan adalah kajian diskriptif berbentuk tinjauan yang bermatlamat untuk mengetahui
faktor yang mempengaruhi tahap pengetahuan Ar-Rahnu di kalangan penduduk kampong Sungai Apong. Populasi kajian terdiri
daripada penduduk Kampung Sungai Apong pada tahun 2016 iaitu seramai 900 orang. Teknik persempelan yang dipilih adalah
persempelan rawak bebas. Sebanyak 269 sample telah diambil berdasarkan penentuan saiz sample oleh Krejcie dan Morgan
(1970).

Instrumen kajian adalah menggunakan borang soal selidik yang terdiri dari dua bahagian iaitu pada bahagian A adalah
maklumat latar belakang responden meliputi jantina, umur, agama, status perkahwinan, bangsa dan taraf pendidikan. Manakala
bahagian B pula mengandungi soalan yang berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi tahap pengetahuan Ar Rahnu
iaitu faktor pengurusan, faktor media massa dan faktor diri sendiri.

Ujian kebolehpercayaan bagi setiap faktor telah dijalankan dengan keputusan seperti berikut:

Jadual 1: Analisis Kebolehpercayaan Data (Asal)

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI Cronbach’s Alpha (α)

Faktor Pengurusan 0.821
Faktor Media Massa 0.793
Faktor Diri Sendiri 0.774

Dapatan daripada analisis akan dirumuskan keputusannya berdasarkan kepada tahap pengukuraan seperti berikut :

Jadual 2 : Skala Min Skor ( sumber : Edora Ismali ,1998)

Min Skor Tahap

1.0 hingga 2.0 Rendah

2.01 hingga 3.0 Sederhana

3.01 hingga 4.0 Tinggi

126

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Nilai min skor 1.0 hingga 2.0 adalah merujuk kepada tahap yang rendah. Nilai min skor 2.01 hingga 3.0 adalah merujuk kepada
tahap sederhana manakla min skor 3.01 hingga 4.0 adalah berada kepada tahap yang tinggi

6.0 DAPATAN KAJIAN
6.1 Demografi Responden

Jadual 3 menunjukkkan profil responden yang terlibat dalam kajian ini iaitu seramai 269 orang dari kalangan penduduk
Kampung Sungai Apong.

Profil Respondan Klasifikasi Jadual 3 : Demografi respondan Peratus
Bilangan

Jantina Lelaki 109 40.5
Umur Perempuan 160 59.5

20 – 30 tahun 72 26.8
31 – 40 tahun 88 32.7
41 – 50 tahun 50 18.6
59 21.9
51 tahun ke atas

Agama Islam 269 100
Lain-lain 00

Bangsa Melayu 269 100
Lain-lain 00

Status Bujang 80 29.7
Perkahwinan Kahwin 169 62.8
Ibu/bapa tunggal 20 7.4

Taraf SPM dan ke bawah 171 63.6
Diploma dan ke atas 98 36.4

6.2 Persoalan kajian 1
Adakah faktor pengurusan mempengaruhi tahap pengetahuan Ar Rahnu terhadap penduduk Kampung Sungai Apong.

Jadual 4: Min, Sisihan Piawai dan tahap Min SP Tahap
Bil Soalan 3.36 0.496 Tinggi
3.31 0.544 Tinggi
1 Skim Ar-Rahnu beroperasi menurut prinsip dan undang-undang 3.16 0.726 Tinggi
2 Skim Ar-Rahnu memberikan harga yang wajar kepada penggadai.
3 Saya mengetahui notis peringatan akan diberikan kepada penggadai yang gagal 3.03 0.794 Tinggi

membayar balik. 3.29 0.522 Tinggi
4 Saya mengetahui mengenai emas yang tidak ditebus akan dilelong oleh pihak pajak 3.27 0.562 Tinggi

gadai Islam. 3.37 0.549 Tinggi
5 Proses permohonan skim Ar-Rahnu tidak membebankan. 2.43 0.897 Sederhana
6 Skim Ar-Rahnu mengenakan caj perkhidmatan yang lebih rendah berbanding skim 2.88 0.783 Sederhana
3.17 0.569
pajak gadai kovensional. Tinggi
7 Skim Ar-Rahnu membantu mendapatkan sumber kewangan.
8 Skim Ar-Rahnu berdekatan dengan kawasan perumahan dan tempat kerja.
9 Iklan mengenai skim Ar-Rahnu sentiasa dilihat di mana-mana.
10 Maklumat mengenai Skim Ar-Rahnu melalui iklan adalah lebih baik berbanding

mengetahuinya melalui kawan dan rakan-rakan.

Min Keseluruhan = 3.13 Sisihan Piawai = 0.642 Tahap purata = Tinggi N = 269

Jadual 4 menunjukkan tentang faktor pengurusan yang mempengaruhi tahap pengetahuan Ar-Rahnu dalam kalangan
penduduk Kampung Sungai Apong. Terdapat 10 item soalan yang dikemukakan dalam bahagian ini. Soalan item yang ke 7
menunjukkan nilai min skor yang paling tinggi iaitu 3.37 yang mana seramai 262 orang responden setuju dan sangat setuju
dengan skim Ar-Rahnu membantu mendapatkan sumber kewangan. Soalan item yang ke 8 menunjukkan jumlah nilai min skor
sederhana iaitu 2.43 yang mana seramai 134 orang responden setuju dan sangat setuju bahawa skim Ar-Rahnu berdekatan dengan
kawasan perumahan dan tempat kerja. Secara keseluruhannya, min skor bagi faktor pengurusan adalah 3.13 iaitu pada tahap
tinggi.

6.3 Persoalan kajian 2

Adakah faktor media massa mempengaruhi tahap pengetahuan Ar Rahnu terhadap penduduk Kampung Sungai Apong.

127

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Jadual 5: Min, Sisihan Piawai dan tahap

Bil Soalan Min SP Tahap
0.563 Tinggi
1 Penduduk kampung bergantung terhadap media massa untuk mengetahui Ar- 3.35 0.613 Tinggi
0.574 Tinggi
Rahnu. 0.560 Tinggi
0.628 Tinggi
2 Penyebaran maklumat Ar-Rahnu di laman sosial memberikan maklumat yang 3.30 0.606 Tinggi
0.792 Rendah
tepat. 0.691 Tinggi
0.812 Rendah
3 Perbincangan topik mengenai Ar Rahnu di radio dapat membantu 3.36 0.702 Tinggi

menambahkan lagi pengetahuan penduduk kampung. N = 269

4 Penduduk kampung boleh mendapatkan maklumat Ar-Rahnu di papan 3.32

kenyataan yang tersedia ada di bank bank.

5 Penduduk kampung boleh mendapatkan surat akhbar yang mengupas isu Ar- 3.23

Rahnu.

6 Siaran di televisyen dapat menambahkan lagi pengetahuan penduduk 3.32

kampung mengenai Ar-Rahnu.

7 Pengiklanan di televisyen, radio dan surat khabar tidak dapat menarik minat 1.94

masyarakat mengenai Ar Rahnu.

8 Penulisan di blog juga dapat mempengaruhi minda penduduk kampung 3.16

mengenai Ar-Rahnu.

9 . Penyebaran risalah tidak dapat membantu penduduk kampung mengenali 1.97

konsep Ar-Rahnu.

10 Maklumat di banting dapat menarik perhatian penduduk kampung untuk 3.23

menggadai emas di Ar-Rahnu.

Min Purata = 3.02 Sisihan Piawai = 0.654 Tahap purata = Tinggi

Jadual 5 menunjukkan tentang faktor media massa mempengaruhi tahap pengetahuan Ar-Rahnu dalam kalangan
penduduk Kampung Sungai Apong. Terdapat 10 item soalan yang dikemukakan dalam bahagian ini. Soalan item yang 3
menunjukkan nilai min skor yang paling tinggi iaitu 3.36 yang mana seramai 258 orang responden setuju dan sangat setuju
bahawa perbincangan topik mengenai Ar-Rahnu di radio dapat membantu lagi pengetahuan penduduk kampung. Soalan item
yang ke 7 menunjukkan jumlah min skor rendah iaitu 1.94 yang mana seramai 60 orang responden yang setuju dan sangat setuju
bahawa pengiklanan di televisyen, radio dan surat khabar tidak dapat menarik minat masyarakat mengenai Ar-Rahnu. Dengan
erti kata lain, seramai 209 bersetuju bahawa pengiklanan di televisyen, radio dan surat khabar dapat menarik minat masyarakat
mengenai Ar Rahnu. Secara keseluruhannya, min skor bagi faktor media massa adalah 3.02 iaitu pada tahap tinggi.

6.4 Persoalan kajian 3

Adakah faktor diri sendiri mempengaruhi tahap pengetahuan Ar Rahnu terhadap penduduk Kampung Sungai Apong.

Jadual 6: Min, Sisihan Piawai dan tahap

Bil Soalan Min SP Tahap
0.664 Tinggi
1 Saya memahami tentang skim Ar-Rahnu berlandaskan skim pajak gadai 3.25
0.735 Tinggi
Islam. 0.882 Sederhana
0.820 Sederhana
2 Saya mengetahui skim Ar-Rahnu daripada ahli keluarga dan rakan-rakan. 3.11 0.740 Sederhana
0.954 Sederhana
3 Saya memahami cara pembayaran dalam skim Ar-Rahnu. 2.87
0.724 Sederhana
4 Saya malu untuk memasuki premis pajak gadai Islam. 2.39
0.725 Sederhana
5 Saya lebih suka pergi ke pajak gadai konvensional berbanding Ar-Rahnu. 2.17 0.658 Sederhana
0.730 Sederhana
6 Saya malas berurusan dengan skim Ar-Rahnu kerana mempunyai prosedur 2.28

yang sukar.

7 Saya sukar untuk menerima skim Ar-Rahnu kerana mengambil nilai cagaran 2.22

yang rendah.

8 Saya mengetahui tentang perbezaan antara skim Ar-Rahnu dan konvensional. 2.83

9 Kadar upah simpan Ar-Rahnu memberi bebanan kepada saya. 2.15

10 Prosedur skim Ar-Rahnu memberi kesukaran kepada saya kerana wakil tidak 2.32

dibenarkan berurusan membayar upah dan menebus barang gadaian.

Min Purata = 2.56 Sisihan Piawai = 0.732 Tahap = Sederhana N = 269

Jadual 6 menunjukkan tentang faktor diri sendiri yang mempengaruhi tahap pengetahuan Ar-Rahnu dalam kalangan
penduduk Kampung Sungai Apong. Terdapat 10 item soalan yang dikemukakan dalam bahagian ini. Soalan item yang pertama
menunjukkan nilai min skor yang paling tinggi iaitu 3.25 yang mana seramai 245 orang responden setuju dan sangat setuju
mengenai penduduk Kampung Sungai Apong memahami tentang skim Ar-Rahnu berlandaskan skim pajak gadai Islam. Soalan
item yang ke 9 menunjukkan jumlah min skor yang sederhana iaitu 2.15 yang mana seramai 59 orang responden setuju dan
sangat setuju bahawa kadar upah simpan Ar-Rahnu memberi bebanan kepada penduduk Kampung Sungai Apong. Secara
keseluruhannya, min skor bagi faktor diri sendiri adalah 2.56 iaitu pada tahap sederhana sahaja.

128

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

7.0 PENGUJIAN HIPOTESIS

Taraf pendidikan telah digunakan sebagai pembolehubah tidak bersandar dalam Ujian-T untuk membandingkan faktor
pengurusan, faktor Media massa dan faktor diri sendiri yang merupakan pemboleh ubah bersandar. Keputusan Ujian –T

ditunjukkan dalam jadual di bawah

Jadual 7: Perbandingan Ujian T

Faktor Taraf pendidikan Bil Min Sisishan t p
Pengurusan SPM dan kebawah 171 3.052 Piawai -4.056 0.000*
Diploma dan keatas 98 3.2551 0.36191 -2.41
Media massa SPM dan kebawah 171 2.9789 0.41297 0.494 0.0117*
Diploma dan keatas 98 3.0847 0.34166
Diri sendiri SPM dan kebawah 171 2.5678 0.35446 0.622
Diploma dan keatas 98 2.5449 0.34397 0.637
0.40286

*Nota : p< 0.05 (Signifikan pada 0.05)

Daripada jadual 7, nilai signifikan bagi faktor pengurusan, p = 0.000 adalah lebih rendah dari nilai 0.05 (p = 0.000 < 0.05). Oleh
itu, hipotesis nol (Ho1) ditolak. Ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara faktor pengurusan dengan
pembolehubah tidak bersandar iaitu taraf pendidikan respondan [t (269) = - 4.056; p0.05)].

Nilai signifikan bagi faktor media massa, p = 0.0117 adalah lebih rendah dari nilai 0.05 (p = 0.0117 < 0.05). Oleh itu hipotesis
nol (Ho2) juga ditolak. Ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara faktor media massa dengan
pembolehubah tidak bersandar iaitu taraf pendidikan respondan [ t (269) = - 2.41; p>0.05)].

Nilai signifikan bagi faktor diri sendiri, p = 0.622 adalah lebih tinggi dari nilai 0.05 (p = 0.622 > 0.05). Oleh itu hipotesis nol
(Ho3) diterima. Ini menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan yang signifikan antara faktor diri sendiri dengan
pembolehubah tidak bersandar iaitu taraf pendidikan respondan [ t (269) = 0.494; p>0.05)].

Didapati nilai min taraf pendidikan Diploma dari faktor pengurusan (min = 3.2551, sp=0.412970) dan dari faktor media massa
(min= 3.0847, sp 0.35446) adalah lebih tinggi dari min taraf pendidikan SPM dan kebawah. Tiada perbezaan yang signifikan
yang dikesan dalam taraf pendididkan dari aspek faktor diri sendiri.

8.0 PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

Berdasarkan dapatan dari kajian ini, min keseluruhan bagi setiap faktor adalah seperti berikut:

Jadual 8: Min Keseluruhan bagi setiap faktor

Faktor Min Keseluruhan Tahap
Tinggi
Pengurusan 3.13 Tinggi
Sederhana
Media Massa 3.02

Diri Sendiri 2.56

Pengkaji mendapati bahawa faktor yang paling mempengaruhi tahap pengetahuan orang kampung terhadap skim Ar-
Rahnu adalah faktor pengurusan. Ini dapat dibuktikan melalui min purata bagi faktor pengurusan adalah 3.13 iaitu pada tahap
tinggi. Pemilihan faktor ini memberi cabaran pada organisasi tersebut untuk terus menguruskan secara sistematik produk yang
ditawarkan agar menjadi satu tarikan kepada orang kampung untuk mendapatkan sumber kewangan.

Dapatan kajian ini disokong oleh Fathi Syakirin Hassan, Sanep Ahmad & Hairunnizam Wahab (2015), yang
menyatakan melalui skim Ar-Rahnu ini, masyarakat boleh mendapatkan wang dengan segera dan mudah tanpa melibatkan diri
dalam unsur riba. Caj perkhidmatan yang dikenakan hanyalah kadar upah bagi menyimpan barangan gadaian. Keputusan ini
dibuktikan lagi dalam kajian, Muhammad Saiful Islami Mohd Taher, Siti Aisyah Yusof dan Norridzwan Abidin (2010) yang
menyatakan skim Ar Rahnu begitu popular kerana urusan pinjaman yang mudah tanpa memerlukan pelanggan mengisi pelbagai
jenis borang atau menyerahkan pelbagai jenis dokumen sebagai memenuhi syarat untuk memohon pinjaman wang.

Faktor media massa juga mempengaruhi tahap pengetahuan penduduk kampung terhadap pajak gadai Islam Ar-Rahnu.
Dapatan ini dibuktikan oleh Azizah Othman, Norashidah Hashim dan Syahrina Abdullah (2013), yang menyatakan fokus perlu
diberikan terhadap kempen kesedaran tentang kelebihan dan kebaikan sistem Ar Rahnu seperti hebahan di media massa dan
media eloktronik, laman web, papan tanda dan lain-lain.untuk memberikan penjelasan lebih mendalam tentang masalah
perpajakan. Adalah dicadangkan agar organisasi Ar Rahnu peka dan bersifat pro-aktif terhadap perkembangan pesat teknologi
pada masa kini dalam memberikan maklumat-maklumat tentang Ar Rahnu. Peluang dan cabaran dalam mempopularkan produk
Ar Rahnu jelas sekali boleh dipergiatkan melalui media massa. Pihak Ar-Rahnu seharusnya menaikkan taraf teknologi mereka
selaras dengan perkembangan terkini untuk memudahkan pelanggan dalam menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan.
Sebagai contoh, penggunaan sistem “online” untuk semakan baki pembayaran atau tamat tempoh gadaian.

Kedua-dua faktor pengurusan dan media massa juga didapati mempunyai hubungan yang signifikan dengan taraf
pendidikan penduduk kampong yang mempunyai taraf pendidikan diploma dan ke atas. Jelas sekali taraf pendidikan yang tinggi
memudahkan pemahaman mengenai Ar-Rahnu dari segi pengurusan dan media massa.

Faktor diri sendiri merupakan faktor paling rendah yang mempengaruhi tahap pengetahuan penduduk Kampung Sungai
Apong iaitu min purata sebanyak 2.56 dan ianya berada di tahap sederhana. Faktor ini juga didapati tidak mempunyai hubungan

129

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

yang signifikan dengan taraf pendidikan penduduk kampong. Dapatan ini jelas sekali bertentangan dengan dinyatakan oleh

YaDEIM mengenai imej pajak gadai Islam sudah berubah apabila Ar-Rahnu mula diperkenalkan kepada orang ramai. Masih

ramai lagi yang malu untuk memasuki premis Ar-Rahnu dan lebih suka berurusan dengan pajak gadai konvensional walaupun
mengetahui tentang faktor ‘haram’ menggunakan pajak gadai konvensional. Dicadangkan agar kajian yang lebih mendalam

dilaksanakan bagi menjawab persoalan ini yang melibatkan iman dan aqidah umat Islam di Malaysia.

BIBLIOGRAFI

Azizah Othman, Norashidah Hashim & Syahrina Abdullah (2013), Perkembangan Ar-Rahnu di Terengganu. Kajian Kes
Terhadap Ar-Rahnu Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terangganu (MAIDAM)

Balqis Yaacob @ Salleh, Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kesedaran Usahawan Kecil Muslim Terhadap Skim Ar-Rahnu
(Pajak Gadai Islam), Graduate School of Business,Universiti Utara Malaysia,

Datuk Seri Jamil Khir Baharom. (2012), Masyarakat Digalak Libat Diri Dalam Pasaran Ar- Rahnu. :
http://www.sinarharian.com.my/masyarakat-digalak-libat-diri-dalam-pasaran-ar-rahnu-1.85083

Dedirudaedi, (2012), Peranan Media Massa Dalam Penerimaan Pajak. http://www.pajak.go.id/content/peran-media-massa-dalam-
penerimaan-pajak

Fathi Syakirin Hassan, Sanep Ahmad, Hairunnizam Wahab, (2015), Penerimaan Masyarakat Terhadap Skim Gadaian Islam Di
Kota Bharu Kelantan: eProsiding Seminar FiqhSemasa (SeFis) 2015

Kamus Dewan Edisi Kedua, (2003), Pusat Rujukan Persuratan Melayu, (PRPM) @ DBP Malaysia:
http://ekamus.dbp.gov.my/Search.aspx?spec=false&type=1&cari

Kamus Dewan Edisi Keempat, (2004), Pusat Rujukan Persuratan Melayu, (PRPM) @ DBP Malaysia
http://ekamus.dbp.gov.my/Search.aspx?spec=false&type=1&cari

Krejcie dan Morgan, D.W (1970). Determine sample size for researchactivities. Educational and Psychological Measurement,
30-608 & McGraw-Hill (Malaysia)

Muhammad Saiful Islami Mohd Taher & Muhammad Hakimi Mohd Shafiai (2008), Faktor Penerimaan Pelanggan Terhadap
Skim Ar Rahnu di Kedai Ar-Rahnu, Bank Rakyat, AlorSetar, Kedah, Islamic Economics and Finance Research
Group,Universiti Kebangsaan Malaysia.

Muhammad Saiful Islami Mohd Taher, Siti Aisyah Yusof & Norridzwan Abidin (2010), Prinsip Al-Rahn Sebagai Asas
Pelaksanaan Skim Pajak Gadai Islam Di Malaysia: eProsiding Seminar Fiqh Semasa (SeFis) 2015

Prof. Dr. Abdullah @ Alwi Hassan, (2010), Ar-Rahnu Pajak Gadai Islam Pertama Di Dunia:
Http://www.Ipislam.Edu.My/Index.Php/Artikel/Read/1023/Ar-Rahnu- Pajak-Gadai-Islam-Pertama-Di-Dunia

Rajmah Hasan (2010), Skim Ar Rahnu pemangkin ekonomi masyarakat, Utusan Online.
Shamsiah Mohamad Dan Safinar Salleh, (2008), Upah Simpan Barang Dalam Skim Ar-Rahnu: Satu Penilaian Semula.

Siti Suriani Othman (2011), Amal Jariah Dan Menyebarluas Peranan Yapeim, Utusan Online.

Sofyan Djalil, (2007), Surat Keputusan Tentang Pajak Bagi Media Massa. http://www.pajak.go.id/content/news/tidak-semua-
media-massa-selalu-beri- informasi-akurat-tentang-pajak

Thara Wong Woharn, Mohd Yusuf Hussain Dan Azima Abdul Manaf (2010), Faktor-faktor menentu pemilihan lokasi indutri
perbuatan: Kajian kes Kawasan Perindustrian Nilai (2010). Fakulti Sains Sosial danKemanusiaan, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Utusan Malaysia (2006), Ar-Rahnu Pajak Gadai Islam Pertama Di Dunia
http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/1023/ar-rahnu-pajak-gadai- islam-pertama-di-dunia.

Wan Zakariah Wan Kamil, (2013, Mac 30 ). Mikro Kredit Ar-Rahnu Catat Keuntungan Tertinggi:

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130330/ek_04/MikroKreditArRahnucatatkeuntungantertinggi

Zunaidah Zainon(2006) : http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/1023/ar- rahnu-pajak-gadai-islam-pertama-di-
dunia

130

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Permintaan Pembiayaan Mikro Oleh Usahawan Pembuatan
Makanan Industri Kecil Dan Sederhana (IKS) Di Kawasan

Daerah Sabak Bernam.

Mohammad Firdaus Bin Ahmad1, Faridatul Akma Binti Mohammad Baki2, &
Faridah Hanim Binti Abd Manaf3

1Politeknik Sultan Idris Shah,[email protected]
2Politeknik Sultan Idris Shah, [email protected]
3Politeknik Sultan Idris Shah,[email protected]

Abstrak

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji faktor-faktor yang mendorong permintaan terhadap pembiayaan mikro oleh
usahawan pembuatan makanan industri kecil dan sederhana (IKS) di kawasan Daerah Sabak Bernam. Di sini, pengkaji akan
mengkaji mengenai objektif kajian sama ada faktor terma dan syarat, faktor promosi dan faktor naiktaraf perniagaan yang akan
mendorong usahawan pembuatan makanan Industri (IKS) mendapatkan Pembiayaan Mikro. Sampel kajian adalah terdiri
daripada 80 orang pengusaha pembuatan makanan Industri Kecil dan Sederhana di daerah Sabak Bernam. Kajian ini
menggunakan bahan metodologi dari sumber primer dan sekunder. Bagi memenuhi objektif kajian, borang soal selidik telah
diedarkan kepada responden untuk memperolehi maklumat kajian. Hasil dapatan kajian diproses menggunakan sistem Statistical
Package for Social Science (SPSS) versi 21. Hasil daripada dapatan kajian, menunjukkan faktor naiktaraf perniagaan
mencatatkan min purata tertinggi iaitu sebanyak (3.53). Harapan terhadap kajian ini adalah supaya kajian ini dapat digunakan
pada masa akan datang dan bermanfaat kepada pihak yang berkepentingan seperti Institusi Kewangan dan usahawan Industri
IKS.

Kata kunci: Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Pembiayaan Mikro
_______________________________________________________________________________________________________

PENGENALAN

Di era globalisasi yang serba mencabar ini, pastinya dunia semakin bersaing untuk memajukan perniagaan, syarikat,
firma dan pelbagai lagi. Tambahan pula, dengan keadaan ekonomi di Malaysia yang mengalami sedikit kemerosotan akibat
kejatuhan nilai matawang ia semakin menjejaskan kewangan bagi setiap individu (Utusan Malaysia Online, 2015). Namun
begitu, di Malaysia semakin banyak Industri IKS yang tumbuh bagaikan cendawan walaupun umum menyedari bahawa
keadaan ekonomi di negara ini tidaklah gah seperti di negara lain. Hal ini kerana, dengan wujudnya pembiayaan mikro,
ia mampu untuk memberi dan menyediakan modal yang berupa pinjaman kepada pihak-pihak yang ingin menjalankan
aktiviti perniagaan secara kecil-kecilan atau lebih dikenali sebagai Industri IKS.

Pembiayaan mikro ialah pembiayaan untuk perniagaan yang dijalankan secara kecil-kecilan. Contohnya, Industri
IKS dan syarikat-syarikat yang berdaftar dibawah Majlis Pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Kebangsaan. Jumlah peruntukkan yang diberikan oleh institusi yang menawarkan pembiayaan mikro ini adalah RM1,000
hingga RM50,000. Jumlah dari seminimum ini hingga mencecah semaksimum mungkin diberikan untuk membiayai
sesebuah perusahaan atau perniagaan mikro. Pembiayaan mikro ini diberikan untuk tujuan perniagaan sahaja seperti membiayai
modal pusingan dan pembelian asset tetap. Pembiayaan ini bukan dan tidak boleh digunakan untuk pembiayaan peribadi.
(Pengarah Bahagian Kewangan Bank Rakyat Malaysia, 2015)

Dalam sebuah artikel yang bertajuk Is Microfinance Program in Malaysia Really Effective in Helping the Poor
yang diterbitkan pada tahun 2012 menyatakan kajian yang dibuat oleh Hamdino Hamdan, Pazim Othman dan Wan
Sabri Hussin di Malaysia, terdapat banyak institusi yang menawarkan pembiayaan mikro ini kepada Industri Kecil dan
Sederhana. Antaranya ialah tiga institusi kewangan pembangunan iaitu Agrobank, Bank Rakyat dan Bank Simpanan
Nasional. Manakala, tujuh institusi perbankan iaitu Alliance Bank, AmBank, CIMB Bank, Public Bank, Maybank,
United Overseas Bank dan Bank Muamalat. Di Malaysia terdapat beberapa institusi pembiayaan mikro yang ternama
antaranya ialah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), dan Yayasan Usaha Maju (YUM). Kedua-dua AIM dan YUM
ditubuhkan pada tahun 1987. Manakala TEKUN pula ditubuhkan pada 1998. AIM adalah sebuah organisasi bukan kerajaan
(non-government organisation), manakala YUM dan TEKUN adalah dibawah tadbir urus Kementerian Pertanian dan
berasaskan Industri Agro. (Hamdino Hamdan, Pazim Othman & Wan Sabri Wan Hussin).

1.1 Latar Belakang Kajian

Secara umum, Industri IKS merupakan perusahaan perkilangan atau syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan
perkilangan dengan pusing ganti tahunan yang tidak melebihi RM25 juta dan mengkaji kakitangan sepenuh masa tidak
melebihi 150 orang serta tulang belakang kepada pertumbuhan ekonomi negara khususnya dalam sektor pembuatan di
Malaysia.

IKS yang terdapat di Malaysia berpandukan kepada ukuran kuantitatif seperti jualan, output, bilangan pekerja serta
jentera yang digunakan untuk stok modal atau asset malah ukuran kualitatif seperti tingkat teknologi pengeluaran dan

131

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

pengurusan juga boleh dijadikan petunjuk. Walaubagaimanapun, pemilihan yang penting adalah modal tetap, nilai keluaran
dan pulangan atau keuntungan. Di samping itu, IKS juga memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat serta
menaiktaraf usahawan bumiputera.

Pelbagai program telah dijalankan dan terdapat lebih kurang 40 agensi daripada 14 kementerian (Mat Hassan Es, 1996) terlibat
dalam usaha ini. Hasil dari program-program tersebut, ramai usahawan bumiputera telah diwujudkan iaitu dari seramai
24,549 usahawan yang berdaftar pada tahun 1971 telah meningkat kepada 78,871 orang dalam tahun 1980 dan kepada
206,645 orang khususnya dalam perniagaan tunggal dan perkongsian pada tahun 1987.

Merujuk kepada kajian lepas, Ahmad Rijalullah bin Khalid, Penolong Pegawai Tadbir, daerah Sabak Bernam berkata,
pihak kerajaan telah menyeliakan peruntukan berbentuk peralatan perniagaan bagi memberi galakkan kepada usahawan
IKS. Bagi kawasan Sabak Bernam, usahawan IKS sering meningkat dari tahun ke tahun. Di antara salah satu faktor
peningkatan bilangan usahawan IKS adalah melalui pemberian peruntukan dana bagi setiap tahun.

Terdapat beberapa perusahaan lain yang telah lama bertapak tetapi masih belum dikenali diperingkat luar. Di antara
faktor-faktor usahawan IKS tidak dapat memperkembangkan perusahaan mereka diperingkat yang lebih tinggi adalah
kerana bantuan peralatan yang diterima oleh usahawan IKS tidak memenuhi spesifikasi yang diperlukan oleh usahawan
tersebut untuk mengeluarkan produk yang lebih banyak, prosedur untuk memasarkan produk sangat sukar untuk
mendapat jaminan halal daripada JAKIM. Pihak JAKIM pada tahun 2009 mengeluarkan sijil halal kepada IKS
sebanyak 301 daripada 622 permohonan usahawan bumiputera merujuk kepada akhbar Utusan Online (Ram Al Jaffri
Saad, 2014)

Usaha agensi kerajaan dan swasta yang semakin rancak melahirkan dan memajukan usahawan khususnya kaum
bumiputera di Negara ini telah mendorong pengkaji untuk menjalankan kajian yang menjurus kepada sektor pembuatan
makanan IKS di kawasan Sabak Bernam. Melihat kepada peningkatan yang menggalakkan dalam perusahaan IKS
khususnya dalam industri makanan, maka pengkaji cuba mengkhususkan kajian ini terhadap faktor-faktor usahawan
sektor pembuatan makanan IKS dalam menceburi bidang perniagaan di daerah Sabak Bernam. Kajian ini bertujuan
mengenalpasti adakah faktor terma dan syarat, promosi dan naiktaraf mempengaruhi usahawan sektor pembuatan
makanan IKS dalam menceburi bidang perniagaan.

2.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Cabaran utama yang dihadapi oleh industri IKS ialah dari segi modal. Kebanyakan industri ini menghadapi kesukaran
untuk mendapatkan modal daripada bank-bank swasta kerana syarat-syarat pinjaman yang ketat dan memerlukan cagaran. Di
samping itu, pengusaha-pengusaha IKS juga menghadapi aliran modal kerana jualan mereka hanya mendapat kredit selepas
dijual.

Aspek pasaran juga menjadi satu cabaran untuk kemajuan industri ini. Ruang atau skop pasaran adalah terhad kerana
barangan yang diusahakan, misalnya makanan tidak boleh tahan lama. Pasaran industri ini lebih bersikap setempat dan sukar
menembusi pasaran yang luas kerana kekurangan pengiklanan dan promosi. Oleh itu, pasaran IKS terhad kepada golongan luar
bandar sahaja.

Setiausaha Bahagian Pengupayaan Ekonomi, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Dr Megat
Sany Megat Ahmad Supian berkata, perkara itu penting supaya produk yang dipasarkan dapat memenuhi permintaan di peringkat
tempatan mahupun antarabangsa. Beliau berkata, bagi memastikan proses pemasaran yang berdaya saing, kerajaan menerusi
KKLW sentiasa komited membantu usahawan luar bandar dengan mewujudkan pelbagai mekanisme dalam pembangunan
pemasaran produk. (Bernama 10 Oktober 2013).

Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji beberapa faktor yang mempengaruhi permintaan terhadap
pembiayaan mikro di kalangan usahawan pembuatan makanan IKS di kawasan Daerah Sabak Bernam. Antara faktor yang ingin
dikaji adalah faktor Terma dan Syarat, faktor Promosi, dan faktor Naiktaraf Perniagaan dalam mempengaruhi permintaan
terhadap pembiayaan mikro di kalangan Usahawan Pembuatan Makanan Industri IKS di kawasan Daerah Sabak Bernam.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

i. Mengenalpasti faktor terma dan syarat mempengaruhi permintaan terhadap pembiayaan mikro di kalangan usahawan

pembuatan makanan Industri IKS di kawasan Daerah Sabak Bernam.

ii. Mengenal pasti faktor promosi mempengaruhi permintaan terhadap pembiayaan mikro dalam kalangan usahawan

pembuatan makanan Industri IKS di kawasan Daerah Sabak Bernam.

iii. Mengenal pasti faktor naiktaraf perniagaan mempengaruhi permintaan terhadap pembiayaan mikro dalam kalangan

usahawan pembuatan makanan Industri IKS di kawasan Daerah Sabak Bernam.

3.0 PERSOALAN KAJIAN

Bersandarkan kepada penyataan masalah yang dikemukakan di atas, pengkaji telah mengemukakan tiga persoalan
kajian iaitu :-
i. Adakah faktor terma dan syarat mempengaruhi permintaan terhadap pembiayaan mikro di kalangan usahawan

pembuatan makanan Industri IKS di kawasan Daerah Sabak Bernam?
ii. Adakah faktor promosi mempengaruhi permintaan terhadap pembiayaan mikro dalam kalangan usahawan pembuatan

makanan Industri IKS di kawasan Daerah Sabak Bernam?
iii. Adakah faktor naiktaraf perniagaan mempengaruhi permintaan terhadap pembiayaan mikro dalam kalangan usahawan

pembuatan makanan IKS di Kawasan Daerah Sabak Bernam?

132

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

5.0 METODOLOGI KAJIAN

Bentuk kajian yang telah dilaksanakan adalah kajian diskriptif berbentuk tinjauan yang bermatlamat untuk mengetahui
faktor yang mempengaruhi permintaan terhadap pembiayaan mikro dalam kalangan usahawan pembuatan makanan Industri IKS
di Kawasan Daerah Sabak Bernam. Populasi kajian terdiri daripada pengusaha pembuatan makanan Industri IKS di Kawasan
Daerah Sabak Bernam iaitu seramai 106 usahawan. Teknik persempelan yang dipilih adalah persempelan rawak bebas.
Sebanyak 80 sampel telah diambil berdasarkan penentuan saiz sampel oleh Krejcie dan Morgan (1970).

Instrumen kajian adalah menggunakan borang soal selidik yang terdiri dari dua bahagian iaitu pada bahagian A adalah
maklumat latar belakang responden meliputi jantina, umur, mukim, bangsa dan latar belakang ahli keluarga yang telah menjadi
usahawan. Manakala bahagian B pula mengandungi soalan yang berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan
terhadap pembiayaan mikro dalam kalangan usahawan pembuatan makanan Industri IKS iaitu faktor terma dan syarat, faktor
promosi, dan faktor naiktaraf perniagaan.

Ujian kebolehpercayaan bagi setiap faktor telah dijalankan dengan keputusan seperti berikut:

Jadual 1: Analisis Kebolehpercayaan Data (Asal)

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI Cronbach’s Alpha (α)

Faktor Terma dan Syarat 0.830
Faktor Promosi 0.791
Faktor Menaiktaraf Perniagaan 0.896

Dapatan daripada analisis akan dirumuskan keputusannya berdasarkan kepada tahap pengukuran seperti berikut:

Jadual 2: Skala Min Skor (sumber: Edora Ismali, 1998)

Min Skor Tahap

1.0 hingga 2.0 Rendah

2.01 hingga 3.0 Sederhana

3.01 hingga 4.0 Tinggi

Nilai min skor 1.0 hingga 2.0 adalah merujuk kepada tahap yang rendah. Nilai min skor 2.01 hingga 3.0 adalah merujuk kepada
tahap sederhana manakala min skor 3.01 hingga 4.0 adalah berada kepada tahap yang tinggi.

6.0 DAPATAN KAJIAN

6.1 Demografi Responden
Jadual 3 menunjukkkan profil responden yang terlibat dalam kajian ini iaitu seramai 80 orang dari kalangan usahawan
pembuatan makanan industri IKS Daerah Sabak Bernam.

Profil Respondan Klasifikasi Jadual 3: Demografi respondan Peratus
Jantina
Lelaki Bilangan 53.8
Umur Perempuan 43 46.3
37
17.5
20 – 29 tahun 14 16.3
30 – 39 tahun 13 40.0
40 – 49 tahun 32 26.3
21
50 tahun ke atas

Mukim Pasir Panjang 5 6.3
Sungai Panjang 4 5.0
Pancang Bedena 11 13.8
Sabak Bernam 27 33.8
Sungai Air Tawar 33 41.3

Bangsa Melayu 79 98.8
Lain-lain 1 1.3

Ahli keluarga yang Ya 65 81.3
menjadi usahawan Tidak 15 18.8

133

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

6.2 Persoalan kajian 1
Adakah faktor terma dan syarat mempengaruhi permintaan terhadap pembiayaan mikro di kalangan usahawan pembuatan
makanan Industri IKS di kawasan Daerah Sabak Bernam?

Jadual 4: Min dan tahap Min Tahap
Bil Soalan 3.40 Tinggi

1 Agro bank & SME bank merupakan salah satu institusi kewangan yang memberi pinjaman 3.26 Tinggi
kepada ushawan IKS. 3.28 Tinggi
3.50 Tinggi
2 Proses untuk membuat pinjaman pembiayaan mikro adalah sangat mudah dan ringkas. 3.36 Tinggi
3 Wang pinjaman dikeluarkan pada tempoh yang dipersetujui. 3.44 Tinggi
4 Terma dan syarat yang diberi adalah lengkap dan mudah difahami. 3.33 Tinggi
5 Caj perkhidmatan ditentukan oleh institusi kewangan. 3.28 Tinggi
6 Saya berpuas hati dengan syarat pembiayaan yang ditawarkan
7 Jumlah pinjaman pembiayaan mikro mencukupi untuk membuat pembelian aset tetap 3.38 Tinggi
8 Saya mudah untuk mendapat maklumat terma & syarat secara terperinci di laman sesawang 3.45 Tinggi

perbankan.
9 Terdapat banyak alternatif untuk membuat bayaran balik pinjaman.
10 Pembiayaan mikro senang didapati di cawangan cawangan serta wakil/ ajen/ institusi

kewangan.

Jadual 4 menunjukkan tentang faktor terma dan syarat yang mempengaruhi permintaan terhadap pembiayaan mikro di
kalangan usahawan pembuatan makanan Industri IKS di kawasan Daerah Sabak Bernam. Soalan item yang ke-4
menunjukkan nilai min skor yang paling tinggi iaitu 3.50 yang setuju mengenai terma dan syarat yang diberi adalah
mudah dan difahami. Manakala soalan item yang ke-10 menunjukkan nilai min skor yang kedua tertinggi iaitu 3.45
yang setuju mengenai pembiayaan mikro senang didapati di cawangan cawangan serta wakil/ ajen/ institusi kewangan.

Akhir sekali, secara keseluruhannya min skor pada jadual di atas menunjukkan ke semua responden bersetuju bahawa terma dan
syarat yang diberi adalah mudah dan difahami bagi permintaan pembiayaan mikro dikalangan usahawan pembuatan makanan
Industri IKS di kawasan Daerah Sabak Bernam.

6.3 Persoalan kajian 2

Adakah faktor promosi mempengaruhi permintaan terhadap pembiayaan mikro dalam kalangan usahawan pembuatan makanan
Industri IKS di kawasan Daerah Sabak Bernam?

Jadual 5: Min dan tahap Min Tahap
Bil Soalan
3.36 Tinggi
1 Promosi yang ditawarkan oleh agensi kerajaan memenuhi kehendak usahawan IKS. 3.33 Tinggi
2 Promosi yang ditawarkan oleh institusi kewangan memenuhi kehendak usahawan IKS. 3.05 Tinggi
3 Saya memperolehi maklumat pembiayaan mikro melalui sumber media massa. 3.18 Tinggi
4 Saya mudah untuk menghubungi pihak institusi kewangan untuk mendapat bantuan. 3.28 Tinggi
5 Risalah yang diedarkan menarik minat usahawan IKS. 3.29 Tinggi
6 Pengiklanan pembiayaan mikro mudah difahami dan menarik minat usahawan IKS 3.29 Tinggi
7 Promosi melalui internet dapat menarik minat saya. 3.40 Tinggi
8 Perkhidmatan kakitangan bank yang diberikan mesra dan memuaskan hati saya. 3.53 Tinggi
9 Pengiklanan produk pembiayaan mikro dapat diperluaskan lagi. 3.50 Tinggi
10 Kemudahan khidmat nasihat daripada kerajaan dapat memberi motivasi kepada saya.

Jadual 5 Menunjukkan tentang faktor promosi yang mempengaruhi permintaan pembiayaan mikro di kalangan Industri
IKS di kawasan Daerah Sabak Bernam. Soalan item yang ke 9 menunujukkan nilai min skor yang paling tinggi iaitu 3.53 yang
sangat setuju mengenai pengiklanan produk pembiayaan mikro dapat diperluaskan lagi. Soalan item yang ke 10 menunjukkan
jumlah min skor kedua tertinggi iaitu 3.50 dimana kemudahan khidmat nasihat daripada kerajaan dapat memberi motivasi kepada
saya.

Akhir sekali, secara keseluruhannya min skor pada jadual di atas menunjukkan ke semua responden bersetuju bahawa promosi
pembiayaan mikro ini perlu diperluaskan lagi di kalangan usahawan pembuatan makanan Industri IKS di kawasan Sabak
Bernam.

6.4 Persoalan kajian 3

Adakah faktor naiktaraf perniagaan mempengaruhi permintaan terhadap pembiayaan mikro dalam kalangan usahawan
pembuatan makanan Industri IKS di kawasan Daerah Sabak Bernam?

Jadual 6: Min dan tahap Min Tahap
Bil Soalan 3.45 Tinggi
3.53 Tinggi
1 Dasar bantuan kerajaan membantu usahawan IKS dapat tingkatkan modal perniagaan.
2 Galakan dan bantuan latihan / kursus daripada pihak kerajaan membantu 3.54 Tinggi

memperkembangkan lagi perniagaan usahawan IKS. 3.59 Tinggi
3 Galakan dan bantuan latihan / kursus daripada pihak institusi kewangan membantu
3.56 Tinggi
memperkembangkan lagi perniagaan usahawan IKS.
4 Sumber kewangan yang mantap dan berterusan dapat mengukuhkan kewangan sesebuah

perniagaan.
5 Pembiayaan mikro dapat meningkatkan taraf kehidupan usahawan IKS.

134

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

6 Pembelian aset tetap dapat menaik taraf usahawan IKS. 3.53 Tinggi

7 Pembiayaan mikro dapat memperkembangkan lagi IKS. 3.53 Tinggi

8 Kemudahan perkhidmatan nasihat daripada pegawai kerajaan dapat memepertingkatkan lagi 3.48 Tinggi

produk IKS.

9 Semua usahawan mikro yang berdaya maju layak untuk mendapat pembiayaan mikro. 3.50 Tinggi

10 IKS yang berkembang dapat menaik taraf ekonomi negara. 3.55 Tinggi

Jadual 6.1 menunjukkan tentang faktor naiktaraf perniagaan dalam permintaan pembiayaan mikro di kalangan Industri IKS di
kawasan Daerah Sabak Bernam. Soalan item yang ke 5 menunjukkan nilai min skor yang paling tinggi iaitu 3.59 yang bersetuju
mengenai pembiayaan mikro ini dapat meningkatkan taraf kehidupan usahawan IKS. Soalan item yang kelima menunjukkan
jumlah min skor yang kedua tertinggi iaitu 3.56 yang setuju dengan pembiayaan mikro dapat meningkatkan taraf kehidupan
usahawan IKS.

Akhir sekali, secara keseluruhannya min skor pada jadual di atas menunjukkan kesemua responden bersetuju bahawa
pembiayaan mikro ini sememangnya boleh meningkatkan taraf perniagaan di kalangan Industri IKS di kawasan Daerah Sabak
Bernam.

7.0 PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

Berdasarkan dapatan dari kajian ini, min keseluruhan bagi setiap faktor adalah seperti berikut:

FAKTOR Jadual 8: Min bagi setiap faktor TAHAP
Faktor Terma dan Syarat MIN KESELURUHAN Tinggi
3.37 Tinggi
Faktor Promosi 3.21 Sederhana
Faktor Naik Taraf Perniagaan 3.53

Bagi faktor syarat, min skor yang tertinggi ialah 3.50 yang diperolehi daripada item keempat, responden setuju
sebanyak 38 responden manakala sangat setuju sebanyak 42 responden yang mana bahawa terma dan syarat yang diberi
adalah lengkap dan mudah difahami. Hal ini kerana, responden amat memahami dan mengetahui serta dokumentasi yang
perlu disediakan berdasarkan terma dan syarat yang telah ditetapkan. Perkara ini disokong oleh Bank Negara Malaysia
daripada Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran (2009) menyatakan bahawa usahawan mikro dapat
mengakseskan kepada pembiayaan tanpa cagaran, yang mempunyai prosedur permohonan yang mudah, keperluan
dokumentasi yang minimum, dan pemberian kelulusan dan pembayaran yang pantas bagi memenuhi keperluan
pembiayaan unik usahawan mikro. Diikuti dengan min yang kedua tertinggi iaitu item ke-10 yang min skor sebanyak 3.45
yang mana seramai 38 orang responden yang setuju manakala 42 orang responden yang sangat setuju mengenai pembiayaan
mikro senang didapati di cawangan-cawangan serta agen/wakil/institusi kewangan. Merujuk kepada Laporan Tahunan Bank
Negara Malaysia (2007) Pembiayaan mikro juga boleh diperoleh di cawangan-cawangan dan pelbagai saluran
pengedaran institusi kewangan serta rakan kongsi strategik mereka bagi memastikan jangkauan yang meluas dan juga
untuk menyenangkan pelanggan. Pemberian kelulusan dan pembayaran yang pantas bagi memenuhi keperluan
pembiayaan unik usahawan mikro.

Bagi faktor promosi min skor yang tertinggi yang telah dicatat adalah 3.53 yang diperolehi daripada item yang
kesembilan dan mempunyai seramai 43 responden yang sangat bersetuju bahawa membuat promosi melalui pengiklanan produk
pembiayaan mikro dapat diperluaskan lagi. Ini dapat dibuktikan melalui laporan tahunan Bank Negara Malaysia 2007 yang
diiktirafkan oleh YAB Perdana Menteri pada mesyuarat NSDC ke-7 yang diadakan pada 13 September 2007. Untuk terus
menggalakkan dan mewujudkan kesedaran orang ramai terhadap kemudahan pembiayaan mikro, Bank Negara Malaysia
telah memulakan beberapa program promosi dan kesedaran seperti pengedaran risalah iklan pembiayaan mikro dilokasi-
lokasi strategik menerusi pelbagai dewan perniagaan, persatuan perdangangan dan pihak majlis tempatan. Media turut
menjadi saluran penting untuk menyampaikan dan mendidik orang ramai tentang kewujudan dan manfaat pembiayaan
mikro . Institusi kewangan yang menyediakan pembiayaan mikro juga digalakkan mengadakan promosi dan mengiklankan
produk serta perkhidmatan pembiayaan mikro kepada orang ramai.

Bagi min skor yang paling rendah adalah untuk item yang ketiga yang mempunyai nilai 3.05 sahaja. Dimana seramai 15
orang responden tidak bersetuju bahawa mereka memperolehi maklumat yang berkaitan dengan pembiayaan mikro melalui
sumber media massa. Ini kerana, terdapat beberapa IKS yang mengetahui tentang promosi pembiayaan mikro melalui ejen-ejen
pihak perbankan mahupun pihak kerajaan yang menawarkan pembiayaan mikro.

Ini dapat dikukuhkan lagi dengan penemuan artikel yang diambil dari utusan online bertajuk “Pembiayaan Mikro
BSN mudah & pantas “bertarikh 24 November 2014 telah membuat promosi dengan menawarkan perkhidmatan mudah
dan pantas serta menawarkan kadar faedah yang sangat berpatutan dan ia juga diakui dapat meransang pertumbuhan
jualan usahawan tempatan. Di dalam artikel ini juga, Mohd Zul Adzdi iaitu pemilik D’Thukang berkata BSN juga
memantau dan menawarkan nasihat perniagaan dari semasa ke semasa disamping bersedia membantu menambah modal
seiring dengan perkembangan sesuatu perniagaan. Ini merupakan salah satu promosi yang dilakukan oleh BSN bertujuan
bagi menarik minat pelanggan untuk membuat pembiayaan mikro.

Bagi faktor naiktaraf perniagaan dalam permintaan pembiayaan mikro di kalangan Industri IKS di kawasan Sabak
Bernam terdapat 10 item soalan yang dikemukakan kepada responden. Soalan item yang ke 4 menunjukkan nilai min skor yang
paling tinggi iaitu 3.59 yang mana seramai 33 orang responden yang setuju manakala, 47 orang responden pula sangat setuju
mengenai sumber kewangan yang mantap dan berterusan dapat mengukuhkan kewangan sesebuah perniagaan.

135

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Dalam satu petikan akhbar tempatan (Sinar ,13 Jun 2015) bahawa YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato’
Seri Najib Bin Tun Abdul Razak ada berkata pada sidang yang telah dijalankan tahun lepas supaya lebih banyak institusi
kewangan menawarkan skim pembiayaan mikro bagi membantu perniagaan disemua peringkat, termasuk kumpulan
berpendapatan rendah. Skim pembiayaan ini juga dapat membantu usahawan yang baru bertapak untuk mendapat
bantuan selain daripada itu, dapat menggalakkan mereka berkecimpung menjadi usahawan. Bagi merealisasikannya,
beliau berkata, industri itu perlu bergerak ke hadapan daripada sektor tradisional seperti makanan dan minuman, pakaian,
kesihatan dan kecantikan, kepada sektor yang menjanjikan peluang besar seperti pendidikan, produk dan perkhidmatan hijau,
pelancongan perubatan serta produk dan perkhidmatan patuh Syariah.

Kajian ini juga mendapati bahawa faktor yang paling mempengaruhi permintaan pembiayaan mikro di kalangan
usahawan industri IKS adalah faktor naiktaraf berbanding dengan faktor terma dan syarat, dan faktor promosi. Responden
bersetuju bahawa naiktaraf merupakan faktor penting dalam permintaan pembiayaan mikro. Ini dapat dibuktikan melalui min
purata bagi faktor naiktaraf iaitu 3.53 berbanding min bagi faktor yang lain.

Demikian itu, faktor menaiktaraf dalam kajian tentang permintaan pembiayaan mikro di kalangan industri IKS di
kawasan Daerah Sabak Bernam telah memberi impak secara menyeluruh dan turut dipersetujui oleh responden yang telah
menjawab borang soal selidik ini. Hasil dapatan kajian ini membuktikan sememangnya dasar bantuan kerajaan dan pihak institusi
kewangan dapat meningkatkan modal perniagaan untuk usahawan industri IKS. Selain itu, galakan dan bantuan latihan serta
kursus yang disediakan oleh kerajaan dan institusi kewangan turut membantu memperkembangkan lagi perniagaan usahawan
industri IKS. Hal ini kerana, dengan bantuan-bantuan yang pihak industri IKS perolehi dalam bentuk kewangan mahupun kursus
ia dapat mengembangkan perniagaan mereka dan menyumbang kepada peningkatan ekonomi Negara.

BIBLIOGRAFI

Kamus Dewan Edisi Keempat (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Krejcie dan Morgan, D.W (1970). Determine sample size for researchactivities. Educational and Psychological Measurement,
30-608 & McGraw-Hill (Malaysia)

Pejabat Tanah dan Daerah Sabak Bernam;
http://www.Selangor.gov.my/sabakbernam/main.php

Hamdino Hamdan, Pazim Othman dan Wan Sabri Wan Hussin. (2012) Is Microfinance Program In Malaysia Really Effective in
Helping the Poor? World Review of Business Research, 2 (1), 79-97

Ram Al Jaffri Saad (2014, April 11). Utusan Malaysia, Retrieved Oktober 15, 2015, from Utusan Online, from
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140411/re_06/ Usahawan-IKS-bumiputera-jangan%20-
ketinggalan#ixzz3uRLmnL2c

Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran (2009). Rangka Kerja Pembiayaan Mikro Malaysia. Retrieved from
http://www.bnm.gov.my/files/publication/fsps/bm/ 2009/cp02_rencana_01.pdf

Laporan Tahunan PKS. (2007). Pembangunan Industri Pembiayaan Mikro yang Teguh dan Mampan. Retrieved from
http://www.bnm.gov.my/files/publication/ar/bm/ 2007/cp01_001_rencana.pdf

Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam. (2016). Maklumat Industri Kecil (IKS) untuk Daerah Sabak Bernam. Sabak Bernam.

Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan (2006). Laporan tahunan PKS. Akses kepada pembiayaan. Retrieved from
http://www.bnm.gov.my/files/publication/sme/bm/2006/bab_7.pdf

Berita Harian (2015, Mac 01). Agrobank sasar pembiayaan mikro RM240 juta. Retrieved Disember 22, 2015, from BHOnline
from http://www.bharian.com.my/node/37616

Utusan Malaysia (2015, Okt 14). Beri tumpuan kepada penjaja. Utusan Malaysia. Retrieved Oktober 13, 2015, from Utusan
Online, from http://www.utusan.com.my/berita/nasional/beri-tumpuan-khas-kepada-penjaja-1

Utusan Online (2012, November 16). Peluang Untuk Menerokai Pasaran.
Portal 1klik. ( 2008,November,14 ) from portal 1klik : htttp://pmr.penerangan.gov.my/index.php/umum//1233-iks.html

Retrieved Disember,26,2015

136

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Kajian Mengenai Kos Sara Hidup Penduduk Di Parit Baru
Sabak Bernam Terhadap Penurunan Harga Minyak Mentah

Sharida Zaina Binti Shafie1

1Politeknik Sultan Idris Shah,[email protected]
_______________________________________________________________________________________________________

Abstrak

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji tentang “Kos Sara Hidup Penduduk Di Parit Baru Sabak Bernam Terhadap
Penurunan Harga Minyak Mentah”. Di sini, pengkaji akan mengkaji tentang objektif kajian sama ada faktor keberhutangan
individu, faktor kuasa membeli dan faktor pengurusan perbelanjaan individu yang akan mempengaruhi kos sara hidup yang
dihadapi oleh penduduk kampung Parit Baru Sabak Bernam. Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan maklumbalas responden
mengenai kos sara hidup penduduk di Parit Baru Sabak Bernam terhadap penurunan harga minyak mentah. Seramai 210 orang
responden telah dipilih secara rawak daripada 464 orang penduduk Parit Baru Sabak Bernam. Kajian ini menggunakan bahan
metodologi dari sumber primer dan sekunder. Bagi memenuhi objektif kajian, borang soal selidik telah diedarkan kepada
responden untuk memperolehi maklumat kajian. Hasil dapatan kajian diproses menggunakan sistem SPSS (Statistical Package
for Social Science). Hasil daripada dapatan kajian, menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi kos sara hidup penduduk
Parit Baru Sabak Bernam terhadap penurunan harga minyak ialah faktor kuasa membeli mempunyai min purata sebanyak 2.49,
seterusnya faktor keberhutangan individu mempunyai min purata sebanyak 3.05, dan faktor pengurusan perbelanjaan individu
mempunyai min purata sebanyak 3.37. Harapan terhadap kajian ini adalah supaya kos sara hidup dapat dikurangkan berserta
dengan penurunan harga minyak dunia yang mempengaruhi harga barang.

Kata kunci : Kos sara hidup, penduduk Parit Baru, Penurunan harga minyak mentah.,
_______________________________________________________________________________________________________

1. PENGENALAN

Hausmann dan Rigobon (2002) menegaskan kebergantungan terhadap sumber petroleum menyebabkan sesebuah
negara berhadapan dengan kejutan harga petroleum serta perubahan kekayaan (termasuk hasil fiskal) daripada sumber asli
tersebut. Hal ini sangat ketara semenjak era 1970-an lagi yang mana kejutan harga minyak dunia telah mempengaruhi pemboleh
ubah makroekonomi serta telah mengheret Amerika Syarikat (USA) serta beberapa buah negara Eropah yang lain ke kancah
kemelesetan ekonomi (Iwayemi dan Fowowe 2011). Hakikat di Malaysia penurunan harga minyak boleh memberi kesan kepada
pendapatan negara (yang diukur melalui keluaran dalam negara kasar – KDNK). Kajian dilakukan oleh Dr Zulkiply Omar Fello
Penyelidik Kanan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menurutnya penurunan harga minyak mentah dunia akan
turut menurunkan harga produk petroleum, seperti bahan api dan barangan petrokimia. Kemungkinan besar pengguna tidak akan
menambahkan kuantiti penggunaan disebabkan penurunan harga, tetapi mereka akan mempunyai lebihan wang yang boleh
dibelanjakan untuk barangan lain. Ini bermakna, pendapatan boleh guna oleh pengguna akan meningkat. Kesan bersihnya,
jumlah perbelanjaan pengguna juga akan meningkat.

Kejatuhan harga minyak mentah dunia tidak dapat dinafikan memberi keseronokan kepada para pengguna diseluruh
negara. Ianya datang tatkala pengguna masih berduka menghadapi kenaikan harga minyak petrol dan diesel kesan dari
rationalisasi subsidi oleh kerajaan yang perlu walaupun ianya memeritkan pengguna. Subsidi bukanlah merupakan kaedah
terbaik untuk mengagihkan faedah sosial di dalam sesebuah ekonomi. Di dalam situasi subsidi harga minyak, pengagihan
kekayaan negara tidak dimanfaatkan secara maksimum. Kekayaan negara yang diagihkan kepada pengguna keseluruhannya
adalah lebih baik jika di manfaatkan dengan cara lain yang mampu memberi pulangan jangka panjang yang lebih baik kepada
masyarakat.

Penurunan harga produk petroleum dijangka mampu menurunkan harga barangan dan perkhidmatan melalui dua
saluran. Pertama, melalui penurunan kos pengeluaran secara langsung. Maka margin untung kepada pengeluar akan meningkat.
Kedua, harga barangan dan perkhimatan akhir akan menurun melalui penurunan kos pengedaran. Penurunan harga produk
petroleum, terutamanya bahan api, akan mengurangkan kos disetiap peringkat rangkaian bekalan.

Di dalam konteks Malaysia, didapati rata-ratanya harga barangan atau perkhidmatan akhir tidak turun sepenuhnya hasil
dari penurunan kos pengeluaran atau pengagihan. Kesan penurunan itu memberi isyarat bahawa defisit akan dirasai oleh negara-
negara pengeluar termasuk Malaysia. Malaysia sebagai Negara pengeluar minyak telah merasai tempias hasil penurunan minyak
ini apabila kos sara hidup mula diperkatakan di akhbar dan media massa. Apa tidaknya, harga barang keperluan yang tinggi
disamping cukai perkhidmatan barang (GST) mahupun kadar minima gaji RM900 yang diperkenalkan oleh kerajaan tidak
mampu menahan tekanan daripada kesan penurunan minyak ini.

Tahap kecekapan pengurusan kewangan individu serta keberhutangan individu yang meningkat akibat tempias dari
kenaikan demi kenaikan yang menekan penduduk Malaysia. Kos sara hidup ini dibincangkan dan melalui dari Laporan Tahunan
Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2012 yang dibentangkan oleh Perdana
Menteri telah memberi satu pandangan baru kepada rakyat Malaysia mengenai program-program penambahbaikan yang telah
dilaksanakan oleh kerajaan semenjak Model Baru Ekonomi diperkenalkan.

Hasil daripada kesan kos sara hidup yang melampau, hakikat yang mungkin akan berlaku ialah tahap kuasa membeli
rakyat Malaysia akan berkurangkan memandangkan segala kewangan mereka digunakan untuk keperluan sahaja.Di sebalik

137

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

matlamat ekonomi yang ingin dicapai sebagai sebuah negara maju menjelang 2020, menangani kos sara hidup merupakan satu
tugas yang mencabar kerana keadaan ekonomi Malaysia yang terbuka maka potensi untuk mendapat kesan langsung akibat krisis
yang berlaku di negara lain adalah tinggi. Kesan langsung daripada keadaan tersebut boleh menyebabkan peningkatan harga
barang dan perkhidmatan dalam masa yang singkat. Hal ini tidak dapat ditampung oleh sebahagian besar rakyat yang tergolong
dalam kumpulan berpendapatan sederhana dan rendah.

(Penulis ialah Pegawai Penyelidik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Sumber : UTUSAN MALAYSIA(2012)

Daripada artikel diatas, kajian ini menumpukan perhatian kepada kesan kos sara hidup penduduk di Parit Baru Sabak
Bernam terhadap penurunan harga minyak mentah. Pelbagai kesan diperolehi akibat penurunan harga minyak .

2.0 METODOLOGI KAJIAN

2.1 Populasi dan Sampel

Populasi merupakan cerpen ke atas sekumpulan individu atau objek. Menurut Gay dan Air Asian (2003) “Populasi adalah
kumpulan sasaran pengkaji, iaitu kumpulan kepada siapa hasil kajian akan digeneralisasikan”. Dalam kajian ini populasi terdiri
daripada penduduk Kampung Parit Baru, Sabak Bernam. Populasi penduduk Kampung Parit Baru adalah seramai 464 orang
secara keseluruhannya. Persampelan merupakan pengambilan sebahagian pecahan dari suatu populasi atau juzuk penuh sebagai
mewakili populasi atau juzuk itu (Kerlinger, 1973). Berdasarkan kajian ini, sampel yang ditentukan adalah sebanyak 210 orang
penduduk Kampung Parit Baru, Sabak Bernam. Prosedur persampelan yang digunakan dalam kajian ini ialah persampelan rawak
mudah. Persampelan rawak mudah digunakan untuk memastikan setiap unit atau subjek dalam populasi mempunyai peluang
yang sama untuk dipilih sebagai responden kajian.

2.2 Instrumen Kajian

Bagi mendapatkan data daripada responden, alat atau instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik yang dibina
sendiri oleh pengkaji. Pembinaan soal selidik ini adalah dibuat berdasarkan kepada beberapa andaian yang dibuat oleh Sheatsley
(1983) dalam Syed Arabi (1992). Menurutnya, satu soal selidik yang digubal dengan baik seharusnya dapat mencapai objektif
kajian, dapat maklumat yang paling tepat dan lengkap serta dapat mencapai tujuan kajian dengan perbelanjaan yang sederhana.

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk borang soal selidik.
Instrumen berbentuk soal selidik adalah cara yang paling berkesan dan efektif bagi mendapatkan maklumat dari responden,
(Tuckman). Cates (1980) pula berpendapat, penggunaan instrumen yang berbentuk soal selidik adalah amat berkesan jika ia
disediakan dengan baik dan mempunyai item yang konsisten dan boleh dipercayai. Dalam keadaan masa yang terhad, ia
merupakan cara yang amat sesuai untuk digunakan pada waktu itu. Kaedah ini juga boleh mendapatkan keputusan yang lebih
tepat daripada responden. Bahagian A, Bahagian ini terdiri daripada soalan berkaitan latar belakang responden yang merangkumi
jantina, bangsa, umur, dan pekerjaan. Bahagian B, Soalan di bahagian ini pula berkaitan dengan pembolehubah bersandar iaitu
berkaitan dengan tahap kuasa membeli, pengurusan perbelanjaan isi rumah, dan tahap keberhutangan isi rumah mengenai kesan
kos sara hidup isi rumah di Parit Baru Sabak Bernam terhadap penurunan harga minyak mentah yang mempunyai 30 soalan di
mana satu faktor bersamaan 10 soalan. Soalan yang dibentuk di bahagian B adalah berbentuk skala likert yang mengandungi 4
skala.

Skala Likert dipilih kerana ia dapat membantu untuk memperoleh data dengan lebih tepat dan ia disokong oleh
Mohamad Nor bin Mohamad Taib (2002) yang menyatakan skala yang sesuai digunakan ialah sekala Likert empat mata.

Jadual 2.0 Skala Likert

1 Sangat Setuju ( SS )
2 Setuju ( S )
3 Tidak Setuju ( TS )
4 Sangat Tidak Setuju (STS )

Menurut Baker (1999), Creswell (2005) dan Gay (1996) kebolehpercayaan bermaksud skor dari sesuatu instrumen
adalah stabil dan konsisten setelah instrumen yang sama di tadbir berulangkali pada masa yang berlainan. Di dalam kajian ini,
pengujian kebolehpercayaan data di jalankan untuk menentukan sama ada soal selidik yang dikemukakan kepada responden
boleh di percayai, iaitu responden menjawab secara konsisten dari suatu masa ke suatu masa. Pengujian kebolehpercayaan
dilakukan dengan melihat nilai Cronbach’s Alpha. Instrumen kajian dikatakan boleh di percayai jika nilai Cronbach’s Alpha
melebihi 0.6.

Dalam tatacara kajian, sebelum pengkaji mengedarkan borang soal selidik, pengkaji akan melakukan kajian rintis (pilot
test) terlebih dahulu terhadap 30 orang responden. Responden pula adalah mereka yang berkenaan dan terlibat di dalam tajuk
kajian, dan pengkaji telah mensasarkan Penduduk Kampung Parit Baru, Sabak Bernam sebagai responden yang utama. Tujuan
utama analisis ini dilaksanakan adalah untuk mengkaji kesahihan soalan yang terkandung dalam borang soal selidik.

138

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Jadual 4.1.1 Jadual Analisis Kebolehpercayaan Data

Item Cronbach’s Alpha Tafsiran

Faktor Tahap Kuasa Membeli 0.753 Baik dan boleh diterima

Faktor Pengurusan Perbelanjaan Isi Rumah 0.825 Baik dan boleh diterima

Faktor Keberhutangan Isi Rumah 0.906 Baik dan boleh diterima

Berdasarkan jadual 4.1.1, di dapati nilai Cronbach’s Alpha adalah melebihi 0.6, maka skala tersebut cukup di percayai
untuk mengukur sesuatu kajian yang ditetapkan. Menurut Sekaran (2003), jika nilai Cronbach’s Alpha melebihi nilai 0.6 maka

skala tersebut cukup dipercayai untuk mengukur sesuatu kajian. Maka borang soal selidik yang di jalankan pengkaji terbukti

mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh diedarkan kepada responden.

2.3 Analisis Data
Data dianalisis dengan menggunakan perisian komputer Statistical Package Untuk Sains Sosial (SPSS) versi 20.0.

3.0 KEPUTUSAN KAJIAN

3.1 Bahagian A: Taburan Respoden Mengikut Jantina

Responden daripada golongan lelaki adalah sebanyak 55% bersamaan 116 orang manakala 45% adalah perempuan
bersamaan 94 orang.

3.2 Bahagian A: Taburan Respoden Mengikut Umur

Responden mengikut umur terdiri daripada yang berumur 21 hingga 30 tahun yang memberi peratusan sebanyak 43%
bersamaan dengan 91 orang. Manakala, untuk berumur 40 tahun keatas pula memberi jumlah peratusan sebanyak 25%
bersamaan dengan 52 orang dan di ikuti oleh berumur 31 hingga 40 tahun yang mengumpul peratusan yang sama sebanyak 17%
iaitu bersamaan 36 orang. Golongan yang terakhir iaitu berumur 20 tahun ke bawah pula memberikan jumlah peratusan sebanyak
15% bersamaan 31 orang.

3.3 Bahagian A: Taburan Responden Mengikut Taraf Bekerja

Responden daripada golongan kumpulan professional yang memberi peratusan sebanyak 35% bersamaan dengan 74
orang. Seterusnya, golongan yang bekerja sendiri memberi jumlah peratusan sebanyak 33% bersamaan dengan 69 orang dan di
ikuti oleh pesara atau tidak bekerja dan suri rumah yang mengumpul peratusan masing masing sebanyak 24% iaitu bersamaan 50
orang dan 8% iaitu bersamaan 17 orang .

3.4 Bahagian A: Taburan Responden Mengikut Pendapatan

Responden yang berpendapatan RM 1000 dan ke bawah adalah lebih banyak iaitu yang memberi peratusan sebanyak
40% iaitu seramai 84 orang. Seterusnya, responden daripada yang berpendapatan RM 2000 dan ke atas iaitu membawa peratusan
sebanyak 25% sebanyak 52 orang dan diikuti dengan berpendapatan RM 1001 hingga RM 1500 iaitu 18% iaitu 39 orang dan
yang selebihnya adalah daripada RM 1500 hingga RM 2000 sebanyak 17% bersamaan 35 orang.

3.5 Bahagian A: Taburan Responden Mengikut Anggaran Perbelanjaan

Responden yang menganggarkan perbelanjaan bulanan mereka daripada RM 101 hingga RM 300 adalah yang
terbanyak iaitu 38% yang bersamaan seramai 80 orang. Manakala, 32% daripada responden iaitu 68 orang menganggarkan
perbelanjaan mereka daripada RM 500 dan keatas. Seterusnya, 18% daripada responden berjumlah 38 orang menganggarkan
perbelanjaan mereka mencecah RM 301 hingga RM 500 dan selebihnya pula 12% menganggarkan perbelanjaan mereka
sebanyak RM 100 dan ke bawah.

3.6 Bahagian B: Analisis Faktor Penduduk Mengenai Kos Sara Hidup Isi Rumah Di Parit Baru Sabak Bernam
Terhadap Penurunan Harga Minyak Mentah.

Bahagian ini menjelaskan tentang hasil maklum balas yang diberikan oleh responden dalam kajian terhadap penduduk
mengenai kos sara hidup isi rumah di Parit Baru Sabak Bernam terhadap penurunan harga minyak mentah.

Analisis adalah berkaitan dengan objektif kajian yang di jalankan iaitu analisis soalan berkaitan faktor terhadap kajian
mengenai kos sara hidup isi rumah di Parit Baru Sabak Bernam terhadap penurunan harga minyak mentah. Analisis ini
berdasarkan objektif kajian seperti faktor kuasa membeli, pengurusan perbelanjaan isi rumah dan faktor keberhutangan isi rumah
di kalangan penduduk.

Keputusan kajian yang di perolehi akan ditunjukkan dalam bentuk peratusan dan min skor. Min skor tertinggi bagi
setiap penyataan ialah 4.0 manakala min skor yang paling rendah ialah 1.0.

Hasil daripada analisis akan dirumuskan keputusannya berdasarkan kepada tahap pengukuran yang di adaptasikan
daripada Ezora Ismail (1998) seperti yang ditunjukkan dalam jadual berikut;

139

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Jadual 4.3 Skala min skor Tahap
Rendah
Min skor Sederhana
1.0 hingga 2.0 Tinggi
2.1 hingga 3.0
3.1 hingga 4.0

3.6.1 Persoalan Kajian 1 : Adakah tahap kuasa membeli yang dihadapi oleh isi rumah memberi kesan kepada kos
sara hidup di Parit Baru Sabak Bernam terhadap penurunan harga minyak mentah ? Analisis Soalan Berkaitan Faktor
Kuasa Membeli Mempengaruhi Pemahaman Penduduk Terhadap Kajian Mengenai Kos Sara Hidup Isi Rumah Di Parit
Baru, Sabak Bernam Terhadap Penurunan Harga Minyak Mentah.

Min purata bagi analisis pada item-item bahagian ini adalah sebanyak 2.49 min skor. Min skor yang tertinggi adalah
sebanyak 3.66 di mana sebanyak 67.6% bersamaan 142 responden sangat bersetuju bahawa sebahagian besar daripada wang
adalah digunakan untuk keperluan harian sahaja. Penyataan ini jelas menyatakan bahawa dengan keadaan ekonomi pada waktu
ini, kuasa membeli penduduk semakin berkurang kerana sebahagian besar wang yang diperolehi digunakan untuk barangan dan
keperluan harian sahaja. Dengan penurunan kos sara hidup, maka penduduk mampu untuk berbelanja lebih dari keperluan harian
sahaja. Ini kerana, apabila kos sara hidup rendah, kos perbelanjaan akan berkurang dan kuasa membeli akan meningkat.

kebanyakan responden iaitu sebanyak 56.2% bersamaan 118 responden sangat bersetuju bahawa membeli belah
bukanlah aktiviti yang menyenangkan pada waktu ini. Di antara perkara yang membolehkan penduduk mendapatkan kuasa
membeli yang setaraf dengan taraf hidup pada masa kini adalah dengan hanya membandingkan harga dengan lebih baik. Dengan
itu, penduduk akan mendapatkan kuasa membeli yang setaraf dengan taraf hidup masa kini. Nilai skor min bagi kenyataan di atas
adalah 3.48.

Nilai min skor yang paling rendah adalah 3.38 di mana sebanyak 13.8% bersamaan 29 responden tidak bersetuju
bahawa untuk memenuhi keperluan keluarga, produk tidak perlu menjadi yang terbaik dan sempurna. Kenyataan ini menjelaskan
bahawa walaupun keadaan ekonomi pada ketika ini tidak stabil, produk yang baik adalah masih penting dalam kehidupan
seharian mereka supaya penggunaan produk selamat untuk seisi keluarga.

3.6.2 Persoalan Kajian 2 : Adakah pengurusan perbelanjaan isi rumah memberi kesan kepada kos sara hidup di Parit
Baru Sabak Bernam terhadap penurunan harga minyak mentah. Analisis Soalan Berkaitan Faktor Pengurusan
Perbelanjaan Isi Rumah Yang Mempengaruhi Pemahaman Penduduk Terhadap Kajian Mengenai Kos Sara Hidup Isi
Rumah Di Parit Baru, Sabak Bernam Terhadap Penurunan Harga Minyak Mentah.

Skor min purata , Analisis Item bagi faktor pengurusan perbelanjaan isi rumah adalah sebanyak 3.37. Skor min yang
tertinggi adalah 3.52 di mana sebanyak 60% responden sangat bersetuju bahawa mereka lebih mengutamakan perkara penting
dahulu dalam perbelanjaan.Tidak dapat dinafikan lagi bahawa dengan kos sara hidup kini yang meningkat, pihak responden
sangat mementingkan perkara yang penting dahulu untuk berbelanja kerana untuk mengawal perbelanjaan mereka.

Skor min yang sederhana adalah sebanyak 3.31 dimana sebanyak 49% bersamaan 103 responden sangat setuju bahawa
pendapatan bulanan yang diperolehi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan mereka selama sebulan. Hal ini kerana kos
sara hidup yang meningkat membebankan penduduk. Oleh itu, penduduk haruslah bijak berbelanja dan lebih berhemat.

Skor min yang paling rendah iaitu 3.11 dimana sebanyak 18.6% bersamaan 39 responden tidak bersetuju kerana pihak
responden kebanyakannya tidak dapat menguruskan perbelanjaan mereka dengan baik. Hal ini kerana pendedahan yang kurang
dari segi pengurusan perbelanjaan.

3.6.3 Persoalan Kajian 3 : Adakah tahap keberhutangan individu yang dihadapi oleh isi rumah memberi kesan kepada
kos sara hidup di Parit Baru Sabak Bernam terhadap penurunan harga minyak mentah. Analisis Soalan Berkaitan
Faktor Analisis soalan ini adalah berkaitan faktor Tahap Keberhutangan Isi Rumah mempengaruhi pemahaman
penduduk terhadap kajian mengenai Kos Sara Hidup Isi Rumah Di Parit Baru, Sabak Bernam Terhadap Penurunan
Harga Minyak Mentah.

Min skor purata bagi analisis faktor tahap keberhutangan isi rumah adalah sebanyak 3.05.
Sebanyak 3 responden iaitu 1.4% responden tidak bersetuju bahawa berhutang bukanlah satu jalan yang baik untuk
menyelesaikan masalah kewangan.Sebanyak 40.5% bersamaan 85 responden bersetuju bahawa penurunan harga minyak tidak
memberi kesan kepada penurunan hutang mereka malah ia lebih meningkat.

paling rendah iaitu 2.42 di mana bersamaan 47 responden sangat bersetuju bahawa mereka kadang kala terpaksa berhutang dan
meminjam wang daripada ahli keluarga mereka. Ini kerana mereka mungkin tidak mempunyai wang yang cukup untuk
perbelanjaan bulanan mereka oleh kerana kos sara hidup yang tinggi dan akhirnya terpaksa memilih untuk meminjam daripada
ahli keluarga sendiri.

140

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

4.0 PERBINCANGAN

4.1 Perbincangan tentang pemahaman Penduduk Di Parit Baru Sabak Bernam mengenai kos sara hidup terhadap
penurunan harga minyak mentah. (Faktor tahap kuasa membeli)

Nilai min yang tertinggi iaitu 3.66 di mana sebanyak 67.61% bersamaan 142 responden sangat bersetuju terhadap
peryataan yang diajukan oleh pengkaji iaitu mereka bersetuju sebahagian besar wang mereka untuk keperluan harian. Ini
menunjukkan bahawa, wang yang mereka miliki tidak dapat menampung kos sara hidup yang dihadapi. Ditambah dengan
penurunan matawang Malaysia mempengaruhi kuasa membeli penduduk. Dengan wang yang mereka miliki serta penyusutan
nilai matawang menyebabkan mereka perlu mengeluarkan wang lebih disamping faktor kenaikan harga barang yang dihadapi.

Selain itu, seramai 118 responden sebanyak 56.19% mewakili min purata iaitu 3.48 sangat bersetuju mrmbeli belah
bukanlah aktiviti yang menyenangkan pada waktu ini. Ini kerana pendapatan yang mereka miliki hanyanya untuk keperluan asas
bagi meneruskan kelansungan kehidupan dan selebihnya untuk tabungan masa depan. Boleh disimpulkan corak yang dihadapi
penduduk parit baru sabak bernam ialah tahap kuasa membeli yang perlu mereka hadapi ditambah dengan faktor penurunan
minyak dan matawang Malaysia.

Siti Rohani Yahya (1990) dalam bukunya “Kemelesatan Ekonomi Kesan dan Harapan” perubahan matawang dapat di
lihat dengan adanya faktor-faktor yang mempengaruhi kadar pertukaran seperti faktor prestasi ekonomi negara, polisi bank pusat,
kadar faedah, faktor politik, sentimen pasaran dan peristiwa yang tak dapat dijangkakan dalam. Oleh itu, masyarakat perlu
mengetahui perubahan matawang dengan melihat kepada faktor-faktor yang memepengaruhi kadar pertukaran.

4.2 Perbincangan tentang pemahaman Penduduk Di Parit Baru Sabak Bernam mengenai kos sara hidup terhadap
penurunan harga minyak mentah. (Faktor pengurusan perbelanjaan isi rumah)

Min tertinggi iaitu 3.52 di mana sebanyak 60% responden sangat bersetuju bahawa mereka sentiasa mengutamakan
perkara yang penting dalam perbelanjaan . Tidak dapat dinafikan lagi bahawa dengan adanya kemahiran dalam pengurusan
perbelanjaan ini, pihak responden dapat mengurangkan tahap kos sara hidup yang dihadapi dengan mengawal segala corak
perbelanjaan dan dalam masa yang sama menyimpan wang lebihan yang ada.

Menurut Norhayah Zulkifli Et.Al (1999) kemahiran dalam menganalisa pasaran matawang adalah sifat penting dalam
perdagangan Kejayaan perdagangan adalah mustahil tanpa kemahiran dalam trend pasaran, corak, dan proses.

Seterusnya, item-item berikutnya membawa kepada nilai min yang tiada perubahan besar kerana semua responden
bersetuju dengan persoalan yang diajukan. Dengan min terendah bagi faktor ini ialah 3.11% dan ianya masih dalam keputusan
kadar min yang tinggi. Dengan sebanyak 33.81% mewakili 71 responden memilih mereka dapat menguruskan perbelanjaan
dengan baik adalah tinggi. Hal ini didorong kerana mereka kurang jelas ataupun tidak mempunyai pendirian tetap dalam memilih
jawapan dengan meletakkan diri mereka sebagai seorang yang bijak menguruskan perbelanjaan dengan baik.

4.3 Perbincangan tentang pemahaman Penduduk Di Parit Baru Sabak Bernam mengenai kos sara hidup terhadap
penurunan harga minyak mentah . (Faktor keberhutangan individu).

Terdapat sepuluh soalan yang dikemukakan pada bahagian ini. Menunjukkan item kesepuluh bahawa sebanyak 141
responden iaitu 67.14% responden sangat bersetuju bahawa berhutang bukanlah jalan baik bagi menyelesaikan masalah hutang.
Ini kerana mereka berpendapat menambah hutang bukanlah jalan terbaik kerana mereka terpaksa berurusan dengan kadar faedah
bank yang tinggi. Ditambah pula dengan caj caj tambahan apabila mereka gagal dalam menjelaskan hutang bulanan mereka.
Hakikatnya, berhutang adalah diperlukan bagi menambah aset tetapi perlulah seiring dengan tahap pendapatan yang mereka
miliki.

Seterusnya, item pertama membawa kepada nilai min yang paling rendah iaitu 2.42 dimana sebanyak 38.57% bersamaan
81 responden tidak bersetuju terhadap persoalan yang diajukan iaitu kadang kala mereka perlu meminjam wang daripada ahli
keluarga. Ini memberikan gambaran jelas bahawa mereka mempunyai tahap sensitiviti yang tinggi kerana tidak mahu
menyusahkan keluarga. Kajian yang dibuat boleh disimpulkan mereka mempunyai motivasi yang tinggi dalam mencapai
matlamat mereka. Contohnya, mereka tidak mahu menyusahkan keluarga kerana mahu berusaha sendiri.

Hujah ini disokong Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) menghuraikan motivasi sebagai perangsangan tindakan
terhadap sesuatu tujuan yang dahulunya hanya terdapat sedikit atau tiada minat terhadap tujuan tersebut. Secara ringkasnya,
motivasi merupakan perangsangan yang membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang individu ke arah mencapai sesuatu
matlamat tertentu, termasuk mengubah sikap, minat dan tingkah lakunya. Ia biasanya diwujudkan kerana keperluan fisiologi atau
psikologi yang timbul.

Selain itu, item kedua menarik perhatian apabila sebanyak 106 responden mewakili 50.47% pendapatan isi rumah
mereka tidak dapat menampung kos sara hidup. Ini dikupas apabila tahap pendapatan mereka perlu dibelanja sebahagian besar
untuk membayar hutang antaranya pinjaman peribadi, pinjaman rumah, pinjaman kereta dan sebagainya. Dalam isu ini, masalah
yang dihadapi iaitu penurunan harga minyak bukanlah impak dalam situasi ini, tetapi hutang yang mereka miliki.

5.0 Kesimpulan

Daripada kajian yang jalankan, dapat dibuktikan bahawa Penduduk Parit Baru Sabak Bernam mempunyai beberapa
masalah besar yang sebenarnya bukanlah datang dari teori ekonomi itu sendiri iaitu “apabila harga minyak turun, maka kos sara
hidup sepatutnya menurun dan kuasa membeli meningkat” tetapi hakikatnya mereka mempunyai permasalahan mengenai tiga
faktor utama yang dikaji iaitu faktor kuasa membeli, faktor pengurusan perbelanjaan dan faktor keberhutangan individu.

141

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Hujah mengenai faktor kuasa membeli diakhir kajian ini dapat mengenalpasti punca sebenar masalah Penduduk Parit
Baru Sabak Bernam iaitu mereka tiada pilihan lain ataupun desakan dalam pembelian yang dipengaruhi oleh faktor luar. Ini
kerana sepatutnya melalui teori ekonomi, “apabila harga minyak mentah menurun, maka kos sara hidup rendah dan kuasa
membeli meningkat” tetapi teori itu ditangkis apabila ianya tidak berlaku di Malaysia. Hal ini demikian dapat disimpulkan kos
sara hidup yang berlaku tetap tinggi walaupun harga minyak mentah rendah kerana mereka terpaksa membeli barang keperluan
untuk kelansungan hidup ditambah penarikan sebahagian besar subsidi oleh kerajaan yang menyebabkan kenaikan harga
barangan dipasaran.

Hujah mengenai faktor pengurusan perbelanjaan diakhir kajian ini dapat mengenalpasti permasalahan yang berkait dan
terpaksa Penduduk Parit Baru Sabak Bernam alami ialah mereka terpaksa menguruskan perbelanjaan bulanan ditambah purata
pendapatan meraka yang rendah dengan bijak agar tidak dibebani oleh keadaan semasa. Hal ini demikian, penurunan minyak
yang berlaku telah menyebabkan mereka lebih peka dan secara tidak lansung melatih dan melahirkan individu yang berkhemah
dalam berbelanja.

Akhir, hujah mengenai faktor keberhutangan individu diakhir kajian ini dapat mengenalpasti permasalahan secara jelas
bahawa hutang yang mereka miliki ialah hutang yang sedia ada sebelum penurunan minyak. Hutang mereka terarah kepada
hutang pinjaman peribadi, hutang pinjaman rumah atau hutang pinjaman kereta. Hutang yang mereka miliki mengambil tempoh
jangka masa yang panjang untuk diselesaikan. Walaubagaimanapun, penurunan minyak tetap memberi kesan terhadap kos sara
hidup mereka kerana mereka tiada pilihan lain selain berhutang untuk keselesaan kehidupan. Tambahan pula harga kereta, harga
rumah yang tinggi di pasaran Malaysia menyebabkan hutang mereka terus meningkat dalam jangka masa panjang dan
pendapatan mereka juga banyak dihabiskan untuk membayar hutang yang dimiliki. Ini kerana teori ekonomi yang dikaji
bercanggah dengan apa yang berlaku realitinya di Malaysia.

BIBLIOGRAFI

Achmad Godaibilah, (2009), Hutang Piutang dan Aplikasinya Pada Masyarakat Kampung Gunung Kelurahan Cipondoh Indah
Kecamatan Cipondoh Kota Tangerang, Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatul, Jakarta.

Amanuddin Shamsuddin, International Journal of Business, Economics and Law, Vol 4, Issue, 1 (June)

Anuar Haniff, (2009), Perancangan Kewangan Hayat, August Publishing Sdn. Bhd, Selangor.

Assael Henry, (1987), Consumer Behaviour and Marketing Action, 3rd ed, Bermost California, Wadsworth, Inc.

Capital Markets and Services Act 2007, "Perancang Kewangan Bertauliah" End of day Commodity Futures Price Quotes for
Crude Oil WTI (NYMEX) (2015) – http://www.nasdaq.com/markets/crude-oil.aspx#ixzz3vpW01Z9H

Datuk Hamzah Zainuddin, Bernama, Oktober 31, Perubahan harga minyak tidak diumum lebih awal elak pengusaha kawal jualan
– Hamzah, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Deenesh Kumar a/l Nalathambi, (2012), Usaha Untuk Mencapai Wawasan 2020, Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal,
Dr Zulkiply Omar Fello, (2012), Kesan Penurunan Harga Minyak Terhadap Ekonomi Negara, Penyelidik Kanan Institut

Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Kuala Lumpur.

Haim Hilman Abdullah, Utusan Malaysia: 23 Mei 2007, Naik Gaji Rangsang Produktiviti. Haryati shafii, (2012), Transformasi
Pembangunan Luar Bandar: Kesan Ke Atas Kesejahteraan Hidup Masyarakat, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
Johor.

Ismail Ab. Wahab, Zarina Salleh & Siti Zahrah Buyong, (2008), Budaya Keusahawanan Panduan Memulakan Perniagaan,
Selangor, Arah Pendidikan Sdn. Bhd.

Kamaluddin A. Marzuki, Fiqih Sunnah (Bandung: PT. Al-Ma’arif,1998)

Krejcie, Robert V, Morgan, Daryle W, Determining Sample Size for Research Activities, Educational and Psychological
Measurement, 1970.

Kuasa Membeli Pengguna Berkurangan - http://www.sinarharian.com.my/nasional/kuasa-membeli-pengguna-berkurangan-
1.236223

Mastura Mohamad & Zakariah Md Sam, 2004/2005, Sejauh manakah bebanan hidup belia,Malaysian Journal of Youth Studies
Volume 11 2014, Institute Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM).

Mohd Koharuddin Bin Mohd Balwi, (2004), Kecenderungan Membuat Pilihan Dalam Membuat Pembelian Runcit Di Kalangan
Masyarakat Melayu Bandar, Satu Kajian Kes Di Johor Bahru, Johor.

Mohamad Najib Abdul Ghafar, (1999), Penyelidikan Pendidikan Johor, Universiti Teknologi Malaysia, Johor.

Moody's Investors Service, Bernama, Januari 05, 2016, Moody's: Industri O&G akan kurangkan perbelanjaan pada 2016

Muhammad Afdi Nizar, (2012), Dampak Fluktuasi Harga Minyak Dunia Terhadap Perekonomian, Pusat Kebajikan Ekonomi
Makro, Jakarta,

Noerzainah Zainal Abidin, (2015), Arab Saudi Naikkan Harga Petrol Sehingga Lebih 50 Peratus. Kuala Lumpur.

142

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Nur Syahidah Abdul Jalil, (2012), Menangani kenaikan kos sara hidup,Pegawai Penyelidik Pusat Kajian Ekonomi dan
Kemasyarakatan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Kuala Lumpur.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang, (1987) Anda Dan Wang Anda, Pulau Pinang, Persatuan Pengguna Pulau Pinang 1987.
Pritha Manivannan, Astro Awani, Januari 04, 2016 Harga minyak mentah tidak akan melepasi kadar USD40 pada 2016.
Prof Dr Shazali Abu Mansor, (2014) pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Penganalisis Ekonomi,
Riskayanto, (2012), Analisis Pengaruh Tingkat Inflasi, Harga Minyak Dunia, Harga Emas Dunia, Dan Kurs Rupiah Terhadap

Pergerakan Jakarta Islamic Index, Forum Bisnis & Kewangan, Halaman 724, Universitas Gunadarma,
Jakarta.Soolehatulmuthyah Jantan, (2010), Buat Duit Di Kampus, Selangor, True Wealth Sdn Bhd.
Utusan Melayu (M) Bhd, 12/05/2014, Isu kos sara hidup fokus utama Bajet 2015, Artikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140512/dn_08/Isu-kos-sara-hidup-fokus-utama-Bajet-
2015#ixzz3wjMv8xF5
Utusan Malaysia, (2012), Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP),
Perdana Menteri (Penulis ialah Pegawai Penyelidik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Wan Jemizan Wan, (2014), (Utusan Melayu (M) Bhd), Kegagalan mengurus dan merancang kewangan 2014,
Wan Syamsul Amly, (2015), Ada Cadangan Semak Harga Minyak Seminggu Sekali, Kuala Lumpur, Datuk Johari Abdul Ghani.
Zalina Zakaria, (2007), Isu-Isu Terkini Tentang Pengguna Di Malaysia, Jurnal Syariah 15:2, Pensyarah, Jabatan Syariah dan
Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Kuala Lumpur.
Zulnaidi Yaacob, (2010), Teknik Urus Wang Individu Berkesan, Kuala Lumpur, Must Read Sdn Bhd.

143

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Kesedaran Pembayaran Zakat Perniagaan Di Kalangan
Peniaga Islam Di Parit Baru, Sabak Bernam

Nor Jannah binti Ismail1 & Zainordin bin Zinon Abidin2

1Politeknik Sultan Idris Shah,[email protected]
2Politeknik Sultan Idris Shah,[email protected]

Abstrack

Zakat wajib dikeluarkan bagi beberapa jenis harta yang telah ditetapkan setelah memenuhi syarat dan tempoh tertentu, serta
kewajipan zakat kepada individu Islam adalah sama sepertimana yang ada dalam Rukun Islam untuk menjadi seseorang Islam
yang sempurna. Zakat perniagaan adalah antara zakat yang perlu dikeluarga oleh peniaga Islam setelah cukup haul dan nisabnya.
Zakat perniagaan adalah antara penyumbang terbesar dalam membangunkan ekonomi umat Islam dan dapat mengurangkan
kemiskinan.Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji sejauhmana kesedaran pembayaran Zakat Perniagaan dikalangan Peniaga
Islam Di Parit Baru,Sabak Bernam. Objektif kajian adalah untuk mengetahui sama ada faktor pengetahuan, faktor persekitaran
dan faktor peranan Pusat Zakat yang mempengaruhi kesedaran para peniaga Islam di Parit Baru terhadap pembayaran zakat
perniagaan. Responden kajian terdiri daripada 56 peniaga Islam di sekitar Parit Baru. Dapatan kajian dianalisa menggunakan
perisian Statistical Package for Social Science (SPSS Versi 21) . Hasil dapatan kajian, menunjukkan skor min bagi faktor
pengetahuan berada pada paling tinggi, diikuti skor min bagi faktor persekitaran dan diikuti faktor peranan Pusat Zakat.

Kata Kunci : Zakat perniagaan, pengetahuan, persekitaran, Pusat Zakat
_______________________________________________________________________________________________________

1.0 PENDAHULUAN

Zakat disyariatkan kepada setiap umat Islam adalah untuk mengurangkan golongan fakir dan miskin di samping untuk
merapatkan lagi jurang perbezaan di antara golongan yang berada dengan golongan yang kurang bernasib baik terutamanya dari
segi kewangan. Zakat merupakan salah satu rukun Islam yang ketiga dan wajib dipatuhi oleh semua masyarakat yang beragama
Islam di seluruh dunia.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
“Ibadat itu dikerjakan oleh orang-orang yang kuat imannya, yang tidak dilalaikan oleh perniagaan atau berjual-beli daripada
menyebut serta mengingati Allah, dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari (kiamat), yang
padanya berbalik-balik hati dan pandangan

Ekonomi merupakan salah satu aspek yang amat penting dalam pembangunan sesebuah negara. Bidang perniagaan adalah
antara sektor yang banyak menyumbang kepada perkembangan ekonomi sesuatu negara. Oleh itu, Islam menggalakkan umatnya
untuk berniaga kerana ia boleh meningkatkan lagi taraf hidup mereka. Dorongan dan sokongan ini dapat dilihat melalui
kewajipan terhadap setiap peniaga Islam untuk mengeluarkan zakat ke atas perniagaan yang dijalankan setelah memenuhi syarat-
syarat yang telah ditentukan oleh syara’.

Peniaga atau usahawan adalah orang yang mulia dan dijanjikan balasan yang baik sisi Allah jika perniagaan yang
dilaksanakan ikhlas dan jujur dan melaksanakan perniagaan berlandaskan Shariah. Rasulullah s.a.w. bersabda “Seseorang
peniaga yang jujur dan amanah akan bersama nabi-nabi, para siddiqin dan para syuhada” (Hadis Riwayat at-Tirmizi). Sembilan
persepuluh sumber rezeki itu adalah datang dari perniagaan. Setiap peniaga dan usahawan yang berjaya adalah peniaga yang
tidak lupa untuk memunaikan kewajipan berzakat.Harta dan rezeki yg diperolehi haruslah dikongsi dan mengeratkan lagi tali
persaudaraan sesama Islam.

Hakikatnya zakat dapat digembeleng sebagai satu instrumen untuk memperkasakan ekonomi umat Islam. Seandainya umat
Islam dapat mendominasi ekonomi negara, maka kawalan atau keseimbangan terhadap penawaran dan permintaan yang
memungkinkan ketidakstabilan harga barangan atau perkhidmatan dapat dikawal (Hamizul Abdul Hamid, 2008).

Selain itu, Pusat Zakat juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan setiap individu yang berkewajipan dan
layak melaksanakan zakat yang telah difardhukan ke atas mereka. Hampir semua negeri mempunyai undang undang mewajibkan
zakat di buat kepada institusi zakat. Pengurusan yang sistematik dan telus amat perlu dititikberatkan bagi memastikan setiap
asnaf mendapat manfaat keatas zakat yang telah dilaksanakan oleh pembayar zakat.

2.0 PENYATAAN MASALAH

Walaupun telah diwujudkan badan yang bertanggungjawab terhadap pembayaran zakat, namun prestasi dan hasil kutipan
zakat perniagaan masih kurang. Zakat perniagaan sebenarnya mempunyai potensi besar sebagai penyumbang tertinggi kepada
jumlah kutipan zakat berbanding zakat-zakat lain. Namun, masih ramai peniaga dan umat Islam yang mengelak dan culas untuk
membayar zakat. Antara faktor-faktor yang berkemungkinan adalah disebabkan pengetahuan yang rendah terhadap zakat, sikap,
masalah pendapatan dan dari segi pengurusan badan zakat.

144

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Kajian yang dijalankan oleh Abdul Halim Abu Bakar et. al. (2014) mendapati faktor utama yang mempengaruhi usahawan
membayar zakat perniagaan adalah faktor sikap usahawan itu sendiri diikuti faktor imej, badan zakat, kakitangan institusi zakat
dan faktor undang-undang dan fatwa.

Menurut Helmi Mohd. Foad (2002), ramai peniaga Islam di Malaysia tidak mengendahkan tentang pembayaran zakat
perniagaan kerana kerajaan tidak bercadang untuk mewujudkan undang-undang bagi mewajibkan setiap syarikat milik orang
Islam membayar zakat perniagaan.

Selain daripada itu, Abdul Rahim (2005) telah menyatakan di dalam kajiannya bahawa masalah yang dapat di kenal pasti
adalah kutipan perniagaan dalam kebanyakkan negeri masih kurang memberangsangkan. Contohnya, bagi Wilayah Persekutuan
yang mempunyai 5,000 peniaga Islam yang layak membayar zakat namun di dapati hanya 10 peratus yang membayar zakat di
pejabat zakat.

Kajian yang dibuat Hasan Bahrom dan Mohd Sharnaz, (2005) juga mendapati pembayaran zakat perniagaan di kalangan
usahawan kecil dan sederhana di Kuala Terengganu juga masih lagi rendah jika di bandingkan dengan jumlah pengusaha yang
terdapat di situ.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi kesedaran peniaga Islam terhadap
pembayaran zakat perniagaan di sekitar Parit Baru. Antara objektif kajian yang telah dikenalpasti ialah:

i. Mengenalpasti samaada faktor pengetahuan mempengaruhi kesedaran terhadap pembayaran zakat perniagaan di
kalangan peniaga Islam di sekitar Parit Baru.

ii. Mengenalpasti samaada faktor persekitaran mempengaruhi kesedaran terhadap pembayaran zakat perniagaan di
kalangan peniaga Islam di sekitar Parit Baru.

iii. Mengenalpasti samaada faktor peranan Pusat Zakat mempengaruhi kesedaran terhadap pembayaran zakat perniagaan di
kalangan peniaga Islam di sekitar Parit Baru.

4.0 PERSOALAN KAJIAN

Persoalan yang boleh dikemukakan dari objektif kajian adalah berikut:

i. Adakah faktor pengetahuan mempengaruhi kesedaran terhadap pembayaran zakat perniagaan dalam kalangan peniaga
Islam di sekitar Parit Baru?

ii. Adakah faktor persekitaran mempengaruhi kesedaran terhadap pembayaran zakat perniagaan dalam kalangan peniaga
Islam di sekitar Parit Baru?

iii. Adakah faktor peranan Lembaga Zakat Selangor mempengaruhi kesedaran peniaga Islam terhadap pembayaran zakat
perniagaan sekitar Parit Baru?

5.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dijalankan terhadap Peniaga yang beragama Islam di Sekitar Parit Baru yang melibatkan seramai 56 orang
responden. Saiz sampel ini di ambil dengan menggunakan kaedah rawak mudah. Populasi kajian terdiri daripada peniaga Islam
di sekitar Parit Baru iaitu seramai 61 orang berdasarkan penentuan saiz sample oleh Krejcie dan Morgan (1970).

Kajian ini berbentuk kuantitatif yang bertujuan mengetahui faktor faktor yang mempengaruhi kesedaran Pembayaran
Zakat oleh Peniaga Islam di sekitar Parit Baru. Instrumen utama bagi kajian ini adalah menggunakan borang soal selidik .Borang
soal selidik ini mempunyai dua bahagian utama iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A adalah maklumat latar belakang
responden yang merangkumi jantina,umur, pendapatan, tahap pendidikan dan tempoh perniagaan. Manakala bahagian B
mengandungi soalan-soalan yang berkaitan dengan faktor pengetahuan, faktor persekitaran dan faktor Peranan Pusat Zakat.
Bahagian B mengkehendaki responden menjawab dengan menggunakan Skala Liket iaitu 1 untuk sangat tidak setuju, 2 tidak
setuju, 3 untuk setuju dan 4 untuk sangat setuju. Responden hanya perlu memilih salah satu jawapan dari skala liket bagi setiap
soalan.

Ujian kebolehpercayaan bagi setiap faktor telah dijalankan dengan keputusan seperti berikut:

Jadual 1: Analisis Kebolehpercayaan Data (Asal)

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI Cronbach’s Alpha (α)

Faktor Pengetahuan 0.886
Faktor Persekitaran 0.931
Faktor Pusat Zakat 0.927

Dapatan daripada analisis akan dirumuskan keputusannya berdasarkan kepada tahap pengukuraan seperti berikut :

Jadual 2 : Skala Min Skor ( sumber : Edora Ismali ,1998)

Min Skor Tahap

1.0 hingga 2.0 Rendah

2.01 hingga 3.0 Sederhana

3.01 hingga 4.0 Tinggi

145

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

Nilai min skor 1.0 hingga 2.0 adalah merujuk kepada tahap yang rendah. Nilai min skor 2.01 hingga 3.0 adalah merujuk kepada
tahap sederhana manakla min skor 3.01 hingga 4.0 adalah berada kepada tahap yang tinggi

6.0 DAPATAN KAJIAN

Sebanyak 56 borang soal selidik telah diedarkan kepada responden iaitu peniaga Islam di sekitar Parit Baru. Data yang
diperolehi daripada borang soal selidik dianalisis menggunakan dianalisa menggunakan perisian Statistical Package for Social
Science (SPSS Versi 21) .

6.1 Analisis Latar Belakang Pelajar

Bahagian ini adalah bertujuan untuk mengetahui sedikit tentang latar belakang responden seperti jantina, umur,
pendapatan dan tempoh perniagaan. Latar belakang responden tersebut telah dianalisis menggunakan kekerapan dan peratusan
seperti dalam Jadual 2 di bawah.

Profil Respondan Klasifikasi Jadual 3: Latar Belakang Pelajar Peratus
kekerapan

Jantina Lelaki 29 51.8
Umur Perempuan 27 48.2
Jumlah 56 100

20 – 30 tahun 22 39.3
31 – 40 tahun 12 21.4
41 – 50 tahun 10 17.9
51 tahun ke atas 12 21.4
Jumlah 56 100

tahap pendidikan Sijil 38 67.9
Diploma 16 28.6
Sarjana Muda 2 3.6
Jumlah 56 100

Pendapatan Kurang 1000 20 35.7
RM1001-RM3000 31 55.4
RM3001-RM5000 4 7.1
RM 5001 keatas 1 1.8
Jumlah 56 100

Tempoh perniagaan 1-5 Tahun 34 60.7
11 19.6
6- 10 Tahun 4 7.1
7 12.5
11-15 Tahun 56 100
16 – Tahun ke atas

Jumlah

6.2 Analisis Faktor pengetahuan peniaga Islam terhadap zakat perniagaan.

Jadual 4: Min dan Tahap Min Tahap
Bil Item 3.20 Tinggi
1 Saya faham tentang zakat perniagaan dan cukai konvensional.

2 Membayar zakat perniagaan merupakan salah satu rukun Islam. 3.71 Tinggi

3 Zakat ke atas pendapatan perniagaan dapat membersihkan pendapatan kita 3.75 Tinggi

4 Kempen atau ceramah tentang zakat perniagaan perlu di buat dengan lebih kerap 3.57 Tinggi

untuk menambahkan lagi pengetahuan saya.

5 Zakat dapat membantu dan membangunkan ekonomi umat Islam 3.48 Tinggi

6 Zakat perniagaan ialah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan 3.21 Tinggi

sama ada berasaskan pembuatan, pertanian, perikanan, perkapalan, pembekalan,

pertanian, perkhidmatan

7 Membayar zakat perniagaan diiktiraf sebagai mempunyai etika yang baik di kalangan 3.57 Tinggi

umat Islam.

8 Membayar zakat perniagaan tanggungjawab setiap umat Islam 3.30 Tinggi

9 Laman sosial seperti facebook, twitter, blog dapat memberikan info yang banyak 3.27 Tinggi

tentang zakat perniagaan.

10 Saya masih kurang jelas cara pengiraan zakat pernigaaan. 2.84 sederhana

Min Keseluruhan = 3.39

Jadual 4 menunjukkan min skor faktor pengetahuan tentang kewajipan pembayaran zakat perniagaan dikalangan peniaga
Islam di Sekitar Parit Baru. Terdapat 10 item yang dikemukakan dalam bahagian ini. Item 3 adalah peratus yang paling tinggi
iaitu sebanyak 78.6 peratus responden menjawab sangat setuju bahawa zakat ke atas pendapatan perniagaan dapat membersihkan
pendapatan mereka. Manakala, item ke 10 merupakan peratus yang paling rendah iaitu sebanyak 16.1 peratus responden sangat
setuju mengatakan bahawa mereka kurang jelas tentang cara pengiraan zakat perniagaan.Secara keseluruhannya, min skor bagi
faktor pengurusan adalah 3.39 iaitu pada tahap tinggi.

146

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

6.3 Analisis soalan berkaitan Fakor Persekitaran mempengaruhi peniaga Islam terhadap zakat perniagaan di sekitar
Parit Baru.

Jadual 5: Min dan Tahap Min Tahap
Bil Item 3.39 Tinggi

1 Saya akan sentiasa mengambil berat tentang bayaran zakat apabila sampai 3.09 Sederhana
waktunya.
3.30 Tinggi
2 Pengaruh media massa memberi kesan kepada saya untuk membayar zakat
perniagaan. 3.23 Tinggi
3.29 Tinggi
3 Pembayaran zakat perniagaan menjana pendapatan yang positif kepada saya melalui
sokongan rakan-rakan. 3.61 Tinggi
3.23 tinggi
4 Ahli keluarga mempengaruhi saya membayar zakat perniagaan.
5 Sikap dalaman dan luaran memberi pengaruh kepada saya untuk membayar zakat 3.30 Tinggi
3.50 Tinggi
perniagaan.
6 Saya akan berasa takut dan gelisah jika tidak mengeluarkan zakat 3.59 Tinggi
7 Media sosial merupakan medium yang sesuai untuk menyebarkan maklumat

mengenai zakat perniagaan.
8 Rakan niaga selalu mengingatkan saya untuk membayar zakat
9 Pembayaran zakat perniagaan membentuk imej saya untuk menjadi contoh kepada

peniaga Islam yang lain.
10 Dengan membayar zakat saya dapat membantu orang lain.
Min Keseluruhan = 3.35

Jadual 5 menunjukkan min tentang faktor persekitaran yang mempengaruhi peniaga Islam terhadap zakat perniagaan di
sekitar Parit Baru.Terdapat 10 item yang dikemukakan dalam bahagian ini. Item 6 merupakan min yang tertinggi iaitu 3.61 yang
menunjukkan sangat setuju tentang akan berasa takut dan gelisah jika tidak mengeluarkan zakat.Item10 membawa kepada nilai
min yang kedua tertinggi iaitu 3.59 di mana sebanyak 62.5 peratus responden setuju dengan membayar zakat dapat membantu
orang lain. Bagi Item 2 nilai min yang diperolehi adalah 3.09 yang merupakan min paling rendah iaitu 3.6 peratus yang
mengatakan sangat tidak setuju bahawa pengaruh media massa memberi kesan kepada peniaga Islam untuk membayar zakat
perniagaan. Secara keseluruhannya, min skor bagi faktor pengurusan adalah 3.35 iaitu pada tahap tinggi.

6.4 Analisis soalan berkaitan Peranan Pusat Zakat mempengaruhi peniaga Islam terhadap zakat perniagaan di sekitar
Parit Baru.

Jadual 6: Min dan Tahap Min Tahap
Bil Item 2.98 Sederhana

1 Saya telah mendapat penerangan yang sangat jelas berkaitan maklumat pembayaran 3.18 Tinggi
zakat perniagaan dari Pegawai zakat. 3.18 Tinggi

2 Pusat zakat banyak mengadakan aktiviti-aktiviti agama bersama masyarakat 3.34 Tinggi
3 Saya dilayan oleh pegawai zakat dengan baik dan diterangkan dengan jelas tentang
3.25 Tinggi
maklumat zakat perniagaan.
4 Pelbagai kemudahan untuk membayar zakat perniagaan telah diwujudkan oleh 3.16 Tinggi

Lembaga Zakat Selangor. 2.98 Sederhana
5 Gerai pameran yang disediakan oleh pusat zakat memudahkan peniaga mendapatkan 3.27 Tinggi

maklumat dan informasi 3.34 Tinggi
6 Pusat zakat perlu memperluaskan promosi berkaitan bentuk-bentuk agihan zakat yang
3.61 Tinggi
boleh diperolehi oleh para asnaf.
7 Maklumat terkini berkaitan zakat sentiasa di kemaskini oleh pusat zakat.
8 Ceramah yang disampaikan oleh pegawai zakat telah menyedarkan saya tentang

pentingnya membayar zakat perniagaan.
9 Kaunter bergerak Lembaga zakat Selangor memudahkan saya untuk membayar zakat

perniagaan.
10 Mewajibkan zakat perniagaan merupakan satu tindakan penting dalam memelihara

maslahat umat Islam.

Min Keseluruhan = 3.23

Jadual 6 menunjukkan min skor tentang faktor peranan pusat zakat dalam mempengaruhi pembayaran zakat perniagaan di
kalangan peniaga Islam di Parit Baru. Terdapat 10 item yang dikemukakan dalam bahagian ini. Item 10 merupakan min yang
tertinggi sebanyak 3.61 iaitu 64.3 peratus yang sangat setuju bahawa mewajibkan zakat perniagaan merupakan tindakan penting
untuk memelihara maslahat umat Islam. Manakala, item ke 9 memperolehi min sebanyak 3.34 iaitu 53.6 peratus juga setuju
bahawa kaunter bergerak pusat zakat memberi kemudahan kepada peniaga Islam untuk membayar zakat perniagaan.Bagi Item 7
nilai min yang diperolehi adalah 2.98. yang merupakan min paling rendah bersetuju mengatakan bahawa pengaruh Maklumat
terkini berkaitan zakat sentiasa di kemaskini oleh pusat zakat.

Secara keseluruhannya, min skor bagi faktor pengurusan adalah 3.23 iaitu pada tahap tinggi.

147

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

7.0 PERBINCANGAN DAN RUMUSAN

Berdasarkan dapatan dari kajian ini, min keseluruhan bagi setiap faktor adalah seperti berikut:

Faktor Jadual 8: Min Keseluruhan bagi setiap faktor Tahap
Pengetahuan Min Keseluruhan Tinggi
Persekitaran 3.39 Tinggi
Peranan Pusat Zakat 3.35 Tinggi
3.25

Sebagai seorang manusia yang beragama Islam, peningkatan kesedaran untuk membayar zakat adalah amat penting. Hal
ini demikian kerana, peranan dan tanggungjawab zakat amatlah luas kerana ianya bukan sahaja dapat membantu untuk
memenuhi keperluan asasi ataupun mencukupkan had kifayah golongan asnaf fakir dan miskin, malah ia turut berperanan
membantu memperkasakan institusi agama di dunia.

Hasil daripada kajian yang telah dibuat oleh pengkaji, faktor pengetahuan amatlah mempengaruhi pembayaran zakat
perniagaan. Iaitu semakin tinggi pengetahuan tentang zakat perniagaan, maka semakin ramai seseorang Muslim itu lebih
cenderung untuk membayar zakat perniagaan. Ini dapat membuktikan hasil kajian yang mempunyai jumlah min purata yang
tinggi sebanyak 3.39. Hasil kajian Muhammad Muda, Ainulashikin Marzuki dan Amir Shaharudin (2014) mendapati bahawa
semakin meningkat pendedahan mengenai zakat yang diterima oleh seseorang individu tersebut maka semakin cenderung
masyarakat Islam ke arah kepatuhan membayar zakat.

Selain itu, faktor persekitaran turut mempengaruhi seseorang Muslim itu untuk membayar zakat. Ahli keluarga dan
rakan-rakan memainkan peranan yang penting untuk memperingatkan dan menggalakkan seseorang membayar zakat perniagaan.
Sikap dan niat yang baik juga mendorong kita untuk melaksanakan Rukun Islam yang ke tiga iaitu membayar zakat.Perkara ini
adalah sejajar dengan pandangan Hairunnizam, Sanep dan Mohd Ali (2005) yang menyatakan bahawa sikap yang positif
terhadap pembayaran zakat adalah berkait rapat dengan soal keimanan seseorang untuk melaksanakannya.

Faktor peranan Pusat Zakat juga mempengaruhi kesedaran pembayaran zakat dalam kalangan peniag Islam. Zakat perlu
meyakinkan setiap orang bahawa pengurusan dan tadbir urus kutipan zakat adalah telus dan terbaik. Peningkatan dalam
pembayaran zakat akhirnya akan dapat mewujudkan satu masyarakat saling mengambil berat terutamanya kepada masyarakat
umat Islam yang mengalami kemiskinan yang tegar dapat dihapuskan secara beransur-ansur.

Secara kesimpulannya, ketiga-tiga faktor yang dikaji dalam kajian ini sangat mempengaruhi kesedaran peniaga Islam di
Parit Baru terhadap pembayaran zakat perniagaan. Justeru, kajian ini diharap boleh memberikan gambaran dan kesedaran
terhadap masyarakat Islam di Malaysia yang tidak membayar zakat akan kepentingan zakat perniagaan ini supaya mereka turut
sama membayar zakat. Di samping itu, diharap juga kajian ini dapat memberi gambaran kepada Pusat zakat untuk lebih kreatif
dan sistematik dalam pengurusan dan pentadbiran zakat.

148

© Prosiding Seminar ENVIROPOLY2016

RUJUKAN
Abdul Rahim, Abdul Rahman. 2005. Menangani cabaran semasa institusi zakat di Malaysia: satu analisa, Laporan Tahunan

Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, 42- 147
Abdul Halim Bin Abu Bakar, Hairunnizam Wahid & Sanep Ahmad (2014). Pembayaran Zakat Perniagaan dan Imej Korporat

Usahawan Muslim: Kajian di Sepang, Selangor
Hairunnizam Wahid, Sanep Ahmad & Mohd Ali Mohd Nor. 2005. Kesedaran Membayar Zakat Pendapatan di Malaysia. Dlm.

Pascasidang Seminar Ekonomi & Kewangan Islam, disunting oleh Abu Suffian et al. Kuala Lumpur: Univision Press Sdn
Bhd
Hairunnizam Wahid (2008). Zaharah Salwati Baba (2010), Tanggapan Usahawan Terhadap Zakat Perniagaan Berbanding
Cukai Pendapatan Perniagaan di Terengganu, Jilid 3, 2010, hlm.108
Hamizul Abdul Hamid, 2008, Zakat Tangani Kemiskinan. Yayasan Basmi
Kemiskinan. http://www.ybk.org.my/BERlTA/2008/20080 1 I 0- l.htrnU
Hasan Bahrom & Mohd Sharnaz Saidu. 2005. Kajian terhadap faktor yang mempengaruhi pembayaran zakat perniagaan di
kalanngan usahawan: kes kajian terengganu. Kertas kerja dibentangkan semasa Seminar Ekonomi Dan Kewangan Islam,
29-30. Ogos. ESSET Bangi, Selangor
Helmi Mohd. Foad (2002), Zahri Hamat, Perakaunan zakat perniagaan di Malaysia. Satu kajian rintis pendapat cendekiawan
zakat: satu kajian rintis pendapat cendekiawan zakat, tesis yang diserahkan untuk memenuhi keperluan bagi ijazah doctor
falsafah, 5.
Islamic Financial Planning ‘A Brief Introduction’, (2009). Financial Planning Association of Malaysia (FPAM)
Krejcie, R. V., & Morgan, D. W., (1970). Determining Sample Size for Research Activities. Educational and Phychological
Measurement
Muhammad Muda, Ainulashikin Marzuki dan Amir Shahruddin, (2014) ‘Internal and External Factors Influencing Individual’s
Participation in Zakat: Preliminary Result,’ 74
Mahmood Zuhdi Abd Majid, Pengurusan Zakat (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003)
Mohd. Rahim Kamis, Ariffin Md Salleh dan Abd Samad Nawi, ‘Compliance Behaviour of Business Zakat Payment in Malaysia:
A Theoretical Economic Exposition,’ ( Makalah, 8th International Conference on Islamic Economics and Finance, Doha
Qatar, 19-21 Disember 2011)
Muhammad Abd Wahab Fatoni Mhd Balwi, et al dalam tulisan yang bertajuk “ Pewujudan usahawan asnaf: Sorotan di
Lembaga Zakat Selangor” dalam buku “ keusahawanan Islam, konsep dan isu-isu perlaksanaannya ” disunting oleh Nor’
Azzah Kamri, et all, (2009), Keusahawanan Islam, konsep dan isu-isu pelaksanaannya,Akademi Pengajian Islam,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Portal Lembaga Zakat Selangor
http://www.zakatselangor.com.my/info-zakat/pengertian-zakat/

149


Click to View FlipBook Version