Politeknik Sultan Idris Shah
Sg.Lang,
45100 Sg. Air Tawar,
Selangor
No Tel: 03 32806200
No Fax: 03 32806400
Www.psis.edu.my
Cetakan Pertama 2017
Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian dalam penerbitan ini tidak dibenarkan ditiru,
diterbitt semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, atau dipindah dalam
mana-mana cara, baik dengan cara elektronik, mekanikal, penggambaran semula, perakaman
atau sebaliknya, tanpa izin bertulis daripada Politeknik Sultan Idris Shah.
Diterbitkan oleh:
Politeknik Sultan Idris Shah
Sg. Lang, 45100 Sg. Air Tawar, Selangor
SIDANG REDAKSI
PENAUNG
Lt. Kol. Bersekutu (PA) Hjh. Norehan Binti Md Shariff
PENASIHAT
Hjh. Wan Yasima Binti Mohamad Amin
KETUA EDITOR
Mohd Azli Bin Adnan
ii e-Digest PSIS 2017
SIDANG REDAKSI
SETIAUSAHA
Jegathiswary A/P Murukan
SIDANG EDITOR
Dr. Abu Zarrin Bin Selamat
SIDANG EDITOR
Sharizan Bin Mohd Razali
REKABENTUK GRAFIK DAN SUSUNATUR
Mohamad Faiz bin Jamaludin
e-Digest PSIS 2017 iii
SIDANG REDAKSI
PANEL PENILAI
Zamsalwani Binti Zamri
Siti Munaliza Binti Moharad
Haziri Bin Husain
Siti Dianah Binti Abdul Bujang
iv e-Digest PSIS 2017
SIDANG REDAKSI
Budiah Karmili Binti Che Kadir
Radika A/P Subramaniam
Dr. Paridul Adras Bin Ismail
e-Digest PSIS 2017 v
SPIRDAAKNAGTRAEDAKSI
KATA ALUAN PENGARAH
POLITEKNIK SULTAN IDRSI SHAH
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh dan
Salam sejahtera
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan
syabas dan setinggi tahniah kepada jawatankuasa pelaksana e-Digest PSIS 2017, Unit
Penyelidikan, inovasi dan komersilan, panel penilai serta para pensyarah yang telah
menyumbangkan tenaga dan hasil usaha yang padu sehingga terhasilnya e-Digest ini.
Usaha ini diharapkan dapat dijadikan wadah kepada para pensyarah untuk berinteraksi dan
berkongsi pengalaman melalui kajian-kajian yang telah dijalankan meliputi bidang
kejuruteraan, perdagangan, sains sosial serta hospitaliti dan pelancongan.
Pendekatan ini sedikit sebanyak membantu Politeknik Sultan Idris Shah dalam
mentransformasikan Pendidikan Tinggi Negara. Ini penting bagi membuka minda semua
warga PSIS khususnya untuk membudayakan bidang penyelidikan, berkongsi ilmu,
mewujudkan inovasi serta memanfaatkan bersama masyarakat umum.
Akhir kata, adalah diharapkan melalui hasil dan maklumat
yang dihasilkan dalam e-Digest ini dapat dimanfaatkan
sepenuhnya ke arah melahirkan komuniti yang berilmu,
bermaklumat, kreatif dan inovatif.
Sekian, terima kasih.
LT. KOL BERSEKUTU (PA) HJH NOREHAN BINTI
MD SHARIFF
vi e-Digest PSIS 2017
PRAKATA
KATA ALUAN KETUA EDITOR
KETUA UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI DAN KOMERSILAN
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarokatuh dan
Salam sejahtera
Syabas serta setinggi-tinggi tahniah terima kasih kepada jawatankuasa pelaksana e-Digest
PSIS 2017 kerana berjaya menghasilkan e-Digest siri yang pertama. Penglibatan para
pensyarah dalam penulisan penyelidikan menunjukkan terdapatnya peningkatan budaya
penyelidikan di kalangan pensyarah kita. Penghasilan e-Digest ini dapat menggalakan
kakitangan akademik dalam kerja-kerja penyelidikan, sekaligus dapat memberi peluang
penyertaan kepada kakitangan akademik sebagai penyelidik dan perunding dalam pelbagai
bidang.
Kejayaan para pensyarah menghasilkan penyelidikan yang berkualiti tinggi diyakini berupaya
memberi impak yang besar kepada pembangunan masyarakat dan negara. Justeru, para
pensyarah harus bersedia dan memastikan penyelidikan yang dihasilkan sentiasa berkualiti
tinggi dan mencapai petunjuk prestasi yang telah ditetapkan oleh pihak PSIS.
Diharapkan semua yang terlibat dalam penghasilan e-Digest ini akan mengutip pengalaman
dan memanfaatkan ilmu yang diperolehi sebagai satu
saluran untuk mengembangkan kebolehan dalam aspek
kreativiti dan inovasi dalam penyelidikan. Hasil
penyelidikan yang berkualiti dan berimpak tinggi akan
seterusnya memacu penghasilan inovasi dalam pengeluaran
barangan dan produk perkhidmatan serta mempunyai
kelebihan daya saing yang tersendiri.
Akhir kata, semoga usaha ini dapat menyediakan platform
kepada warga PSIS untuk bersama-sama menyumbang idea
dan peranan bagi memastikan hasrat untuk membudayakan
penyelidikan dan inovasi tercapai.
Sekian, terima kasih.
MOHD AZLI BIN ADNAN
e-Digest PSIS 2017 vii
ISI KANDUNGAN
Sidang Redaksi ii
Kata Aluan Pengarah vi
Kata Aluan Ketua Editor vii
BIDANG KAJIAN TAJUK KAJIAN MUKA
SURAT
Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (PBP): Tinjauan 1
Terhadap Pelaksanaannya di Jabatan Perdagangan
Politeknik Sultan Idris Shah
Review Of Successful Factors In Blended Learning 17
Faktor-Faktor Kebangkitan Sesebuah Tamadun Islam 22
Perbezaan Pencapaian Pelajar Kursus Matematik 31
Kejuruteraan 2 Yang Diajar Oleh Pensyarah Berkelulusan
Ijazah Pertama Matematik Dengan Ijazah Pertama
Kejuruteraan
SAINS SOSIAL Kesaksian Dalam Waqaf, Hibah Dan Wasiat 54
Amalan Pemakanan Sihat Dalam Kalangan Pelajar 63
Politeknik Sultan Idris Shah: Satu Tinjauan
Kepimpinan Pendidikan Dalam Islam 101
Keberkesanan Pelaksanaan Bengkel Pengenalan Kursus 118
Latihan Industri
Tinjauan Pengaruh Minat Pelajar Semester 5 Dan 6 Jabatan 143
Rekabentuk Dan Komunikasi Visual Terhadap Warna Dan
Corak Di Perpustakaan Politeknik Muadzam Shah.
Instructional Design Of Blended Learning Course That 160
Promotes Higher Order Thinking Skills (Hots): A
Literature Review
The Use Of Multimedia Projector In Classroom For The 170
Teaching And Learning Process Among Lecturers’ Of
Commerce Department, Polytechnic Sultan Idris Shah
(Psis)
Mengkaji Tahap Motivasi dan Faktor-faktor yang 187
Mendorong Tekanan Kerja Dalam Kalangan Pensyarah
Jabatan Perdagangan, Politeknik Sultan Idris Shah
viii e-Digest PSIS 2017
ISI KANDUNGAN
The Study On Students’ Perceptions Towards The Use Of 206
222
Ae101 Communicative English Learning Module As A 237
247
Textbook In Ae101 Communicative English Class 261
274
Analisis Item Peperiksaan Akhir Semester Bagi Program 293
307
Diploma Perdagangan Dan Diploma Kejuruteraan Alam
327
Sekitar Sesi Disember 2012 340
362
The Cooperative Learning Approach
378
KEJURUTERAAN Comparison Of Leachate Treatment Using Cyperus
AWAM Javanicus, Gravel And Aerations System For Constructed
Wetlands
The Potential Of Pili Erectus And Activated Carbon As An
Oil Filter In Treating Restaurant Wastewater
Development Of Flexible Pavement Thickness Design By
Using Application Of Visual Basic (Procedure Of Public
Work Department, Malaysia)
Oil Removal From Pome By Using Palmatic Acid Treated
Sago Bark
Mengkaji Buluh Sebagai Bahan Binaan Alternatif Dalam
Seni Bina Moden Di Malaysia,
Kajian Kes: Surau Buluh Islamic Green Village, Kuala
Kangsar, Perak
KEJURUTERAAN Robot Soccer: Alternative Lighting Design Using
ELEKTRIK Reflective Lighting
Pembangunan Strategi Zk Berdasarkan Hubungan
Masukan Dan Keluaran
PERDAGANGAN Kajian Terhadap Pemahaman Pelajar Diploma Kewangan
Dan Perbankan Islam Di Politeknik Sultan Idris Shah
Tentang Kadar Pertukaran Wang Asing (Forex) Di
Malaysia
Kesedaran Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah Terhadap
Bidang Keusahawanan Sebagai Kerjaya Pilihan
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Usahawan Pembuatan 397
e-Digest PSIS 2017 ix
ISI KANDUNGAN
HOSPITALITI & Makanan Industri Kecil Dan Sederhana (Iks) Dalam 412
PELANCONGAN Menceburi Bidang Perniagaan Di Daerah Sabak Bernam
Measurement Of Destination Image
x e-Digest PSIS 2017
SAINS SOSIAL
PEMBELAJARAN BERPUSATKAN PELAJAR (PBP): TINJAUAN TERHADAP
PELAKSANAANNYA DI JABATAN PERDAGANGAN POLITEKNIK SULTAN
IDRIS SHAH
Norman Bin Zamri
Jabatan Perdagangan
Politeknik Sultan Idris Shah
[email protected]
ABSTRAK
Pembelajaran berpusatkan pelajar (PBP) atau Student Centered Learning (SCL) adalah
strategi pengajaran di mana pelajar mengambil peranan utama dalam sesuatu sesi pengajaran
dan pembelajaran. Pelajar digalakkan untuk melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi
pembelajaran mereka. Peranan pensyarah bertukar daripada pemberi maklumat kepada
pemudahcara sahaja. Artikel ini ditulis bertujuan untuk melihat pelaksanaan penggunaan
kaedah PBP ini di kalangan pensyarah di Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan Idris Shah.
Tinjauan dilaksanakan bagi mengenalpasti kefahaman pensyarah terhadap konsep dan prinsip
PBP semasa mengamalkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, tinjauan
dilaksanakan untuk melihat kaedah pengajaran PBP yang menjadi pilihan utama oleh para
pensyarah bagi mengaplikasikan strategi pengajaran ini serta meninjau persepsi pensyarah
berkenaan pelaksanaan PBP yang memberi kesan atau tidak kepada hasil pembelajaran para
pelajar di Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan Idris Shah. Melalui tinjauan yang dibuat,
penulis mendapati para pensyarah di JP PSIS mempunyai tahap kefahaman yang tinggi
terhadap konsep dan prinsip PBP itu sendiri. Kaedah perbincangan kumpulan, tugasan
berkumpulan, perbincangan terbuka dan kaedah lawatan merupakan kaedah yang menjadi
pilihan utama kepada pensyarah di dalam melaksanakan kaedah pengajaran PBP ini.
Pensyarah juga menyedari keperluan melaksanakan pengajaran secara PBP namun masih
tiada konsistensi di dalam pelaksanaannya. Namun, maklumbalas yang diterima berkenaan
kesan pengajaran PBP kepada hasil pembelajaran mendapati bahawa terdapat beberapa nilai
positif yang dapat dilihat kepada pelajar selepas strategi pengajaran PBP ini dilaksanakan di
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Penulis mencadangkan agar pensyarah
mempelbagaikan kaedah pengajaran bagi mencapai sasaran menghasilkan pelajar yang
mempunyai ciri holistik. Bagi melaksanakan PBP, perancangan yang sistematik harus dibuat
agar setiap sesi yang dilaksanakan mempunyai kesan yang mendalam kepada para pelajar.
Artikel ini bukanlah rujukan yang lengkap, namun diharapkan melalui keputusan tinjauan
amalan PBP di Politeknik Sultan Idris Shah dapat dipertingkatkan bagi memastikan visi
menghasilkan pelajar Politeknik yang berkualiti dapat dicapai.
Kata Kunci: Pembelajaran Berpusatkan Pelajar; Tinjauan; Kefahaman; Kaedah Pengajaran;
Kesan Kepada Hasil Pembelajaran
e-Digest PSIS 2017 1
SAINS SOSIAL
1.0 PENDAHULUAN
Sistem Akademik Politeknik Malaysia adalah dilaksanakan berasaskan kepada
kurikulum berasaskan hasil atau Outcome Based Education (OBE). Ianya adalah
selaras dengan sasaran di dalam Hala Tuju Transformasi Politeknik. Bermula dari
tahun 2010, kurikulum berasaskan OBE ini dirangka bagi menghasilkan graduat yang
mempunyai kualiti dari segi mampu memanipulasikan pengetahuannya dengan
memberikan analisa, penilaian dan pandangan apabila berada di alam pekerjaan.
“OBE adalah kaedah pengajaran yang berinovasi bagi menghasilkan
‘outcomes’ seperti yang telah ditetapkan iaitu dari gaya pengajaran tradisional kepada
gaya pengajaran yang berorientasikan pelajar.”, Mohd Jailani et. Al (2005). Di sini
menunjukkan bahawa kaedah pengajaran yang perlu disesuaikan di dalam
mengamalkan konsep OBE di kalangan pelajar di politeknik tidak boleh dilaksanakan
seandainya pensyarah masih terikat dengan konsep komunikasi sehala. Pada masa
kini, ideanya adalah untuk menghasilkan pelajar yang mampu untuk memberikan idea
dan mentafsir serta menganalisa setiap pendapat yang diberikan berbanding hanya
menerima setiap idea yang diajukan oleh pensyarah.
Sehubungan dengan itu, konsep pembelajaran berpusatkan pelajar atau
“Student Centered Learning” (SCL) adalah elemen yang perlu diamalkan oleh
pensyarah bagi merealisasikan hasrat untuk menghasilkan graduat atau produk yang
mempunyai ciri-ciri OBE itu sendiri. Pembelajaran berpusatkan pelajar (PBP) adalah
strategi pengajaran di mana pelajar menjadi pemain utama dalam sesuatu sesi
pengajaran dan pembelajaran. Pelajar digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam
setiap sesi pembelajaran mereka. Lebih banyak masa diperuntukkan kepada pelajar
meneroka dan menyelesaikan masalah pembelajaran dengan bantuan pengajar yang
bertindak sebagai pemudahcara (Shahabudin, Rohizani & Mohd Zohir 2003). Pelajar
perlu diberikan peluang dan ruang untuk melibatkan diri secara terus di dalam sesi
pembelajaran berbanding hanya menerima input daripada pensyarah semata-mata.
Menurut Angela Attard et. Al (2010) kadar penerimaan pelajar terhadap
pembelajaran boleh digambarkan melalui piramid pembelajaran seperti di bawah;
2 e-Digest PSIS 2017
SAINS SOSIAL
• 5%Lecturing
Reading • 10%
Audio Visual • 20%
Demonstration • 30%
Discussion • 50%
Practical Doing • 75%
Teach Others • 90%
Rajah 1 : Piramid Pembelajaran
Implimentasi kaedah PBP di dalam kuliah memerlukan pensyarah
menyediakan suasana, ruang dan peluang untuk pelajar mengharungi pengalaman
pembelajaran sendiri dan sesama rakan sebaya supaya mereka dapat berinteraksi dan
menyumbang idea terhadap sesuatu subjek atau topik yang dipelajari. Tugas
pensyarah adalah menjadi pembimbing kepada pelajar dan bukan lagi sebagai
pemberi maklumat semata-mata. Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan Idris Shah
sangat menggalakkan semua pensyarah dapat mengaplikasikan kaedah PBP bagi
membentuk graduan berasaskan kepada outcome yang disasarkan.
2.0 LATAR BELAKANG MASALAH
Pembelajaran merupakan kaedah memperoleh ilmu pengetahuan atau
kemahiran melalui pengalaman, amalan yang dipelajari atau yang diajarkan.
Pembelajaran secara tradisional seperti yang diamalkan oleh kebanyakan pelajar
adalah pembelajaran yang pasif. Mereka menghabiskan kebanyakan masa
persekolahannya dalam suasana pembelajaran yang pasif dengan menghafal semua
maklumat yang disampaikan oleh guru secara syarahan tanpa ada penglibatan pelajar
dalam pembelajaran. Pelajar hanya mendengar syarahan dan mengingati fakta yang
diberikan oleh guru. Kaedah ini lebih pada pembelajaran berpusatkan guru (Elizabeth,
2002).
Faktor tarikan terhadap sesuatu matapelajaran adalah bergantung kepada gaya
pembelajaran dan pengajaran yang diterapkan oleh pensyarah. Kaedah pengajaran
dan pembelajaran yang aktif dapat merangsang pelajar dengan mengaktifkan
pengetahuan yang sedia ada dan dihubungkaitkan dengan pengetahuan baru.
Pengetahuan yang baru diperolehi ini pula terus boleh diguna pakai pada masa
hadapan. Pengajaran secara tradisional hanya menumpukan kepada aspek
e-Digest PSIS 2017 3
SAINS SOSIAL
menyampaikan pengetahuan daripada seorang pensyarah kepada pelajar tanpa
memikirkan kepada potensi berbeza yang dimiliki oleh pelajar. Hal ini menyebabkan
pelajar yang ketinggalan merasa kecewa dan gagal menyerlahkan diri mereka di
dalam sesuatu kuliah.
Menurut Sabar Afifuddin et. al.(2014) di dalam kajiannya, antara dilema yang
dihadapi oleh pelajar masa kini ialah hilangnya konsep ta’dib dalam pendidikan.
Pendidikan itu hanya berbentuk pembelajaran untuk mencapai kecemerlangan dalam
peperiksaan tetapi kurang memberikan penekanan terhadap mendidik, mengajar adab
serta membentuk akhlak. Perkara ini menyebabkan penghasilan modal insan yang
kompeten serta berakhlak mulia gagal dicapai. Sebagai pendidik, adalah menjadi
tanggungjawab yang utama kepada para pensyarah menyampaikan ilmu secara
holistik iaitu tidak tertumpu kepada isi kandungan di dalam sesuatu mata pelajaran
tetapi mementingkan juga kepada penerapan nilai-nilai murni di dalam diri para
pelajar.
Justeru, kaedah pengajaran berpusatkan pensyarah perlu ditukar kepada
kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar. Dengan itu, pelajar dapat memahami
kandungan mata pelajaran tersebut dan bukannya menerima segala ilmu dengan
tujuan untuk menghadapi peperiksaan semata-semata. Confusius, seorang ahli
falsafah Cina ada menyatakan, “ Saya dengar.... dan saya lupa; saya lihat... dan saya
ingat; saya buat... dan saya faham”. Pembelajaran yang berkesan perlu
menggabungkan domain kognitif, psikomotor dan afektif bagi menjadikan seseorang
pelajar dapat mengamalkan ilmu yang mereka perolehi.
3.0 PENYATAAN MASALAH
Pelaksanaan PBP di politeknik tidak dapat lari daripada masalah atau cabaran.
Menurut Nurol Aleyzan et.al(2011), antara masalah yang perlu dihadapi adalah
kebimbangan pensyarah untuk menghabiskan sukatan silibus mengikut tempoh di
dalam sesuatu semester. Sistem pendidikan Politeknik yang masih lagi
berorientasikan peperiksaan menyebabkan budaya pensyarah adalah untuk
menumpukan kepada menghabiskan silibus. Oleh itu, tumpuan kepada aktiviti pelajar
tidak diambil berat dan tiada interaksi dua hala di dalam sesi pembelajaran dan
pengajaran.
Sebilangan pensyarah politeknik masih tidak memahami kaedah mengajar
secara PBP kerana pengajaran tradisional telah diamalkan sejak sekian lama. Namun,
usaha telah dibuat di politeknik dengan mewajibkan setiap pensyarah menghadiri
kursus berkenaan PBP ini. Bagi menjalankan PBP di dalam kelas, pensyarah
memerlukan kemahiran pengendalian yang sangat baik kerana menerusi konsep PBP,
pensyarah adalah sebagai mentor atau ‘guidance’ sahaja.
4 e-Digest PSIS 2017
SAINS SOSIAL
Kaedah pembelajaran berpusatkan guru hanya mementingkan kepada
pemahaman kepada dasar isi kandungan kursus atau mata pelajaran tersebut. Pelajar
lebih terikat kepada sukatan dan mengharapkan “spoon feed” daripada pensyarah
sahaja. Hal ini menyebabkan pelajar tidak dapat mengalami pembelajaran melalui
pengalaman dan tidak mampu mengeluarkan idea baru dan gagal berfikir secara kritis
dan kreatif. Justeru, kajian ini adalah perlu untuk meninjau sejauhmana pelaksanaan
kaedah PBP di dalam sesi pembelajaran dan pengajaran di Jabatan Perdagangan PSIS.
4.0 OBJEKTIF
Kajian tinjauan ini dijalankan bagi meneliti perlaksanaan kaedah PBP dalam
pengajaran dan pembelajaran oleh pensyarah di Jabatan Perdagangan Politeknik Sultan
Idris Shah dengan;
1. Mengenalpasti kefahaman pensyarah terhadap konsep PBP di dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran.
2. Mengenalpasti kaedah pengajaran berasaskan PBP yang digunakan oleh pensyarah.
3. Meninjau persepsi pensyarah terhadap pelaksanaan PBP di dalam proses pengajaran
dan pembelajaran di Jabatan Perdagangan PSIS
5.0 PERSOALAN KAJIAN
Persoalan kajian ini adalah seperti berikut:
1. Apakah pensyarah memahami konsep PBP untuk diterapkan di dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran?
2. Apakah kaedah pengajaran berasaskan PBP yang digunakan oleh pensyarah di dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran?
3. Apakah tanggapan pensyarah terhadap kaedah PBP yang diamalkan?
4. Adakah konsep PBP membantu di dalam mencapai hasil pembelajaran yang
ditetapkan?
6.0 KAJIAN-KAJIAN LEPAS
Menurut Kajian yang bertajuk Strategi Pengajaran Pembelajaran di Institusi
Pengajian Tinggi:Satu Anjakan Paradigma oleh Maria Chong Abdullah et. al. (2010),
secara umumnya mendapati terdapat pelbagai kaedah pengajaran yang boleh
digunakan oleh pensyarah untuk menyampaikan ilmu di dalam bilik kuliah.
Seseorang pensyarah lazimnya akan menggunakan dua atau tiga jenis kaedah atau
teknik pengajaran berbeza secara serentak bagi menyesuaikan pengajarannya
bergantung kepada kesediaan pelajar. Di antara kaedah yang digunakan selain kuliah
atau syarahan adalah:
e-Digest PSIS 2017 5
SAINS SOSIAL
1. Kaedah perbincangan
2. Kaedah tunjuk cara
3. Kaedah seminar
4. Kaedah tutorial
5. Kaedah projek
6. Kaedah lawatan
7. Kaedah pembezaan pembelajaran
8. Kaedah penyelesaian masalah (Problem Based Learning)
Dalam kajian Perbandingan Pembelajaran Koperatif dan Tradisional Terhadap
Prestasi, Atribusi Pencapaian, Konsep Kendiri Akademik & Hubungan Sosial Dalam
Pendidikan Perakaunan oleh Suhaida Abdul Kadir (2002), beliau menyimpulkan bahawa
pelajar boleh menerima pelaksanaan pembelajaran secara koperatif dan ianya memberi
impak serta wajar digunakan bagi meningkatkan prestasi akademik pelajar.
Ishak Bin Baba (2009) di dalam kajian bertajuk Keberkesanan Pengajaran dan
Pembelajaran dan Kaitannya Terhadap Prestasi Akademik Pelajar UTHM menegaskan
bahawa setiap kaedah pengajaran akan memberikan impak yang berbeza kepada pelajar
sama ada positif atau negatif. Sebagai tenaga pengajar, kumpulan ini harus mempunyai
suatu kaedah pengajaran yang dipelbagaikan supaya pelajar tidak bosan dan mampu
memahami isi pengajaran tersebut. Tiada pendekatan yang boleh dianggap terbaik dalam
semua aspek untuk semua pelajar. Pengetahuan terhadap lebih dari satu teknik mengajar
akan membuka ruang kepada peningkatan kecekapan dan keberkesanan penyampaian
seterusnya memberi impak positif kepada para pelajar.
Di dalam kajian ‘Pembelajaran Berpusatkan Pelajar dan Kaitannya dengan
Pembangunan Diri dan Peluang Pekerjaan’ oleh Dr. Abdullah Ibrahim (2004), peranan
tenaga pengajar yang menggunakan kaedah PBP akan mengubah persepsi daripada
seseorang yang dilihat pakar di dalam isi kandungan sesuatu mata pelajaran kepada
penglibatan dalam banyak masa sebagai seseorang yang tidak tahu semua tetapi sanggup
belajar dan mendengar pendapat pelajar. Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa
pensyarah bukan lagi sumber utama maklumat sebaliknya menjadi mentor, jurulatih dan
penyokong dalam menilai maklumat yang dipelajari bersama pelajar. Pelajar yang diberi
input menggunakan kaedah PBP juga akan dilatih membina dan mengeluarkan soalan
serta cadangan penyelesaian berbanding kawalan penuh oleh pensyarah yang
mengamalkan kaedah tradisional. Ciri-ciri pelajar seperti inilah yang menjadi pilihan
utama kepada para majikan pada masa kini di mana graduan mempunyai ciri-ciri holistik
yang mampu menyumbang kepada kemajuan kerjaya.
Nurol Aleyzan et. al. (2011) , di antara teknik baharu yang telah diperkenalkan
bagi membantu pensyarah dan pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
adalah:
6 e-Digest PSIS 2017
SAINS SOSIAL
1. Kaedah Jigsaw
2. Kritikan Terbuka
3. Pembelajaran Berasaskan Masalah
4. Teknik Simulasi
Berdasarkan kepada kajian-kajian yang telah dijalankan, seharusnya tenaga
pengajar terutamanya pensyarah di Politeknik menggunakan kaedah PBP di dalam
pelaksanakaan pengajaran dan pembelajaran. Sistem peperiksaan bukanlah satu-
satunya kaedah yang boleh mengukur kefahaman pelajar sebaliknya pelajar haruslah
menguasai ilmu yang dikongsikan bersama pensyarah agar ianya dapat di amalkan.
7.0 DAPATAN TINJAUAN
Di dalam bahagian ini, hasil dapatan akan dianalisis berdasarkan kepada empat(4)
persoalan kajian yang dinyatakan. Melalui borang soal selidik yang diberikan kepada
semua pensyarah Jabatan Perdagangan PSIS, dapatan berkenaan dengan tinjauan
berikut telah diperolehi.
7.1 Kefahaman Pensyarah Terhadap Konsep PBP di dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran.
Terdapat dua perkara yang dilihat bagi mengukur kefahaman pensyarah
terhadap PBP di dalam artikel ini iaitu dari segi konsep dan prinsip PBP itu sendiri.
Jadual 1: Analisis Konsep Pembelajaran Berpusatkan Pelajar (PBP)
Item Min Sisihan Tahap Penerimaan
Piawai
Pelajar mainkan 2.90 0.548 Rendah
peranan sebagai
pengajar
Pendekatan PBP tidak 3.20 0.407 Tinggi
bersifat ’spoon feed’.
PBP memfokuskan 3.33 0.479 Tinggi
kepada pembelajaran
secara aktif
PBP menerapkan 3.30 0.466 Tinggi
semangat
kebertanggungjawaban
dalam diri pelajar.
e-Digest PSIS 2017 7
SAINS SOSIAL
PBP membolehkan 3.27 0.521 Tinggi
pelajar meningkatkan 3.23 0.504 Tinggi
kemahiran berdikari 3.27 0.521 Tinggi
3.20 0.407 Tinggi
Wujud hubungan 3.21 0.482 Tinggi
saling memerlukan di
antara pensyarah dan
pelajar.
PBP menerapkan sifat
saling menghormati di
antara pensyarah dan
pelajar.
Sentiasa ada sesi
refleksi di antara
pelajar dan pensyarah
MIN
KESELURUHAN
Jadual 1 menunjukkan skor min keseluruhan adalah pada tahap tinggi iaitu
3.21. Ia menunjukkan bahawa para pensyarah memahami berkenaan konsep PBP.
Pensyarah memahami bahawa bagi mewujudkan suasana pengajaran menggunakan
konsep PBP, mereka harus memfokuskan kepada pembelajaran secara aktif selain
memupuk sikap kebertanggungjawaban di dalam diri pelajar terhadap hasil
pembelajaran dan mengekalkan sifat menghormati di antara pensyarah dan pelajar itu
sendiri.
Jadual 2: Analisis Prinsip Pembelajaran Berpusatkan Pelajar
Item Min Sisihan Tahap Penerimaan
Piawai Tinggi
Pensyarah membuat Rendah
0.450
proses refleksi 3.07
2.80 0.484
terhadap pelaksanaan
PBP secara berterusan
Kemudahan
infrastruktur yang ada
sentiasa dinilai bagi
disesuaikan dengan
kaedah PBP.
8 e-Digest PSIS 2017
SAINS SOSIAL
Pensyarah mengetahui
bahawa tahap 3.17 0.461 Tinggi
3.13 0.434 Tinggi
pemahaman pelajar 3.17 0.461 Tinggi
yang berbeza 3.03 0.669 Tinggi
3.10 0.548 Tinggi
Pensyarah memahami 3.07 0.501 Tinggi
pelajar mempunyai
keperluan dan minat
yang berbeza
Pensyarah
memberikan peluang
kepada pelajar untuk
memberikan idea dan
pandangan terhadap
isi kandungan
kurikulum
Pensyarah pelajar
memberikan untuk
kebebasan sesuatu
mempelajari
topik.
Pensyarah bertindak
hanya sebagai
pembimbing kepada
pelajar.
MIN
KESELURUHAN
Bagi melaksanakan PBP yang berkesan, pensyarah haruslah memahami
prinsip pelaksanaan PBP itu sendiri. Bahagian ini meninjau kepada prinsip PBP iaitu
peranan pensyarah, fasiliti yang bersesuaian dan peranan pelajar. Berdasarkan kepada
Jadual 2, secara keseluruhannya min keseluruhan yang diperolehi adalah 3.07 dan
berada pada tahap tinggi. Pensyarah yang melaksanakan PBP perlu mengetahui tahap
pemahaman pelajar yang berbeza terhadap sesuatu topik. Oleh itu pelajar harus diberi
peluang untuk memberikan idea dan pandangan terhadap isi kandungan kurikulum.
Ini akan memberikan ruang untuk pensyarah mengenalpasti kumpulan pelajar yang
mempunyai keperluan yang berbeza. Melalui kaedah ini pelajar yang lemah dapat
dikenalpasti untuk diberi bimbingan oleh rakan yang mempunyai tahap kefahaman
yang lebih cepat.
e-Digest PSIS 2017 9
SAINS SOSIAL
7.2 Kaedah pengajaran berasaskan PBP yang digunakan oleh pensyarah di dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran.
Tinjauan dibuat terhadap kaedah pengajaran berasaskan PBP yang sering
digunakan oleh para pensyarah Jabatan Perdagangan di dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran mereka. Terdapat dua belas (12) kaedah yang disenaraikan untuk
melihat kesesuaian kaedah pengajaran pensyarah dengan konsep PBP.
Jadual 3: Pelaksanaan Kaedah Pembelajaran Berpusatkan Pelajar
Item Min Sisihan Tahap Penerimaan
Piawai
Bersyarah 2.67 Rendah
3.30 0.661 Tinggi
Tugasan 3.03 Tinggi
Berkumpulan 3.13 0.466 Tinggi
3.37 Tinggi
Tugasan Individu 2.80 0.490 Rendah
2.80 0.434 Rendah
Perbincangan Umum 3.03 Tinggi
2.80 0.556 Rendah
Perbincangan 3.03 Tinggi
Kumpulan 3.07 0.484
3.13 0.551 Tinggi
Kajian Lapangan 3.01 0.490 Tinggi
0.610 Tinggi
Menonton Video
0.414
Kaedah Simulasi
0.254
Kaedah Jigsaw 0.571
Problem Based 0.482
Learning
Peer Assessment
Lawatan
MIN
KESELURUHAN
Berdasarkan kepada 12 kaedah yang disenaraikan, para pensyarah Jabatan
Perdagangan PSIS kerap melaksanakan kaedah PBP dalam bentuk perbincangan
berkumpulan dengan min 3.37, tugasan berkumpulan 3.30 dan kaedah perbincangan
umum dan lawatan 3.13. Kaedah secara syarahan mendapat skor terendah
10 e-Digest PSIS 2017
SAINS SOSIAL
menunjukkan bahawa kaedah secara tradisional ini tidak lagi menjadi pilihan kepada
pensyarah di dalam melaksanakan kelas. Kaedah perbincangan kumpulan dilihat
menjadi pilihan utama kerana pelajar selesa dapat berbincang di kalangan rakan
sebaya. Selain itu, kebolehan untuk mengajar atau menerangkan kepada ahli dalam
kumpulan akan meningkatkan pemahaman pelajar terhadap kandungan kursus.
Namun, pensyarah harus lebih peka terhadap perbincangan yang dibuat dan sentiasa
memantau agar isi kandungan yang disampaikan atau dibincangkan adalah tepat dan
sahih.
7.3 Tanggapan Pensyarah Terhadap Kaedah PBP yang Diamalkan.
Selain daripada meninjau kaedah yang digunakan dalam PBP, persepsi
pensyarah terhadap pelaksanaan kaedah ini juga ditinjau. Persepsi ini adalah
merangkumi pandangan secara umum berkaitan pelaksanaannya.
Jadual 4: Persepsi Umum Terhadap Pelaksanaan PBP
Item Min Sisihan Tahap Penerimaan
Piawai Rendah
Anda pernah Rendah
0.592 Tinggi
mengikuti kursus 2.83 0.504
2.77 Tinggi
berkaitan PBP 3.17 0.431
3.20 Tinggi
Anda melaksanakan 3.07 0.484 Rendah
PBP secara konsisten 2.37
0.450
Kaedah ini berjaya 0.615
menimbulkan minat
pelajar terhadap
kursus yang anda
ajari.
Kaedah PBP mampu
meningkatkan
kefahaman pelajar.
Kaedah PBP lebih
baik dari kaedah
pembelajaran
berpusatkan
pensyarah.
Kaedah PBP
e-Digest PSIS 2017 11
SAINS SOSIAL
membebankan 3.07 0.450 Tinggi
pensyarah. 2.93 0.503 Rendah
Anda mengetahui
tentang keperluan
melaksanakan kaedah
PBP ini.
MIN
KESELURUHAN
Berdasarkan kepada Jadual 4, Pensyarah berpendapat bahawa kaedah PBP
mampu untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap sesuatu topik di dalam
kursus berkenaan. Selain itu, penggunaan kaedah yang diamalkan mampu untuk
menimbulkan minat pelajar terhadap kursus yang diajar oleh para pensyarah. Secara
umumnya, pensyarah JP PSIS berpendapat kaedah PBP lebih baik daripada
pembelajaran yang berpusatkan pensyarah dan mereka sedar keperluan untuk
melaksanakan kaedah ini di dalam kelas masing-masing. Pensyarah juga amat tidak
bersetuju dengan kenyataan yang menunjukkan kaedah PBP ini akan membebankan
pensyarah. Namun, dari tinjauan pensyarah JP PSIS harus lebih melaksanakan
kaedah ini secara konsisten.
7.4 Persepsi Kesan Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Terhadap Hasil
Pembelajaran Terhadap Pelajar
Jadual 5: Persepsi Kesan PBP Terhadap Hasil Pembelajaran Pelajar
Item Min Sisihan Piawai Tahap Penerimaan
Menjadikan
pemahaman dan 3.10 0.403 Tinggi
pengetahuan kursus
lebih mendalam
Membantu menambah 3.17 0.379 Tinggi
kemahiran komunikasi 0.430 Tinggi
0.461 Tinggi
Akan memupuk
kerjasama dan 3.23
semangat berpasukan
Berupaya 3.17
meningkatkan
pembelajaran melalui
12 e-Digest PSIS 2017
SAINS SOSIAL
pengalaman
Menambah kemahiran
menguruskan ahli 3.17 0.379 Tinggi
kumpulan dan rakan 3.30 0.466 Tinggi
3.20 0.407 Tinggi
sekelas 3.17 0.379 Tinggi
3.20 0.407 Tinggi
Menjadikan suasana 3.37 0.490 Tinggi
pembelajaran dan 3.30 0.466 Tinggi
pengajaran 3.40 0.563 Tinggi
mencabar. lebih 3.23 0.454 Tinggi
Pelajar boleh mencetus
idea dan pandangan
baru
Menambah kemahiran
menguruskan maklumat
Memupuk semangat
bantu membantu dan
saling menghormati
Pensyarah sentiasa
menggalakkan
pencarian maklumat
dan penyelidikan
Berupaya mewujudkan
interaksi dua hala
Pelajar sentiasa
membuat persediaan
awal sebelum hadir
kuliah
MIN KESELURUHAN
Berdasarkan kepada Jadual 5, min keseluruhannya adalah 3.23 iaitu di tahap
tinggi. Ini menunjukkan Bahawa pensyarah JP PSIS mendapati kaedah PBP memberi
kesan yang baik terhadap para pelajar. Melalui kaedah PBP, pelajar perlu untuk
membuat persediaan awal sebelum hadir ke kuliah. Contohnya jika mereka telah
diberitahu bahawa satu sesi perbincangan terbuka akan dibuat, pelajar harus
mempersiapkan diri mereka bagi melibatkan diri di dalam perbincangan tersebut.
Secara tidak langsung ini akan memberi kesan yang baik terhadap pencapaian pelajar.
e-Digest PSIS 2017 13
SAINS SOSIAL
Hasil pembelajaran juga dapat diukur oleh pensyarah dengan lebih baik
apabila pelajar digalakkan untuk mencari maklumat berkenaan sesuatu topik yang
akan dipelajari sebelum kelas bermula dan juga melakukan penyelidikan tambahan
selepas topik berkenaan dilaksanakan. Perbincangan di dalam PBP akan mewujudkan
suasana kelas yang lebih aktif dan ini akan mewujudkan interaksi dua hala di antara
pensyarah dengan pelajar dan pelajar dengan pelajar.
8.0 KESIMPULAN
Memilih kaedah PBP yang bersesuaian adalah amat ditekankan kerana hasil
pembelajaran hanya dapat dicapai melalui kaedah perancangan yang lebih tersusun.
Melalui tinjauan yang dibuat di dalam artikel ini dapat disimpulkan bahawa:
1. Pensyarah JP PSIS memahami konsep dan prinsip asas berkenaan pelaksanaan PBP
dengan jelas. Mereka memahami peranan yang perlu dibawa oleh pensyarah dan
peranan pelajar di dalam menjayakan sesi pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
pensyarah berpendapat bahawa fasiliti sedia ada di PSIS masih terhad untuk
melaksanakan PBP secara berkesan. Bilangan pelajar yang ramai di dalam sesuatu
kelas juga menghadkan pelaksanaan PBP kerana pemantauan kumpulan yang besar
akan menyebabkan ada kumpulan atau individu pelajar yang akan diabaikan.
2. Kaedah pengajaran berkonsepkan PBP yang paling diamalkan oleh pensyarah JP PSIS
adalah perbincangan kumpulan, tugasan berkumpulan, perbincangan terbuka dan
lawatan. Penggunaan kaedah lain harus diaplikasikan oleh para pensyarah
memandangkan masih banyak lagi kaedah lain dalam konsep PBP yang boleh
digunakan di dalam kelas.
3. Pandangan secara umum terhadap PBP oleh pensyarah JP PSIS mendapati bahawa
pensyarah bersetuju bahawa mereka perlu melaksanakan kaedah PBP ini namun
secara rutinnya pensyarah masih tidak konsisten di dalam melaksanakannya kerana
berpendapat tidak semua topik atau kursus sesuai untuk diterapkan kaedah PBP ini.
Latihan secara berterusan perlu diamalkan oleh pensyarah bagi memastikan sesi
pengajaran dan pembelajaran dapat disesuaikan dengan kaedah PBP.
4. Pensyarah JP PSIS mempunyai persepsi yang tinggi terhadap kesan PBP terhadap
hasil pembelajaran kepada pelajar. Mereka mendapati dengan kaedah PBP yang
diamalkan pelajar dilihat lebih bersedia untuk sesuatu sesi pengajaran dan
pembelajaran. Pelajar mempunyai insiatif sendiri untuk mencari bahan rujukan bagi
persediaan sebelum ke kelas. Ini akan meningkatkan hasil pembelajaran yang
disasarkan kepada pelajar yang telah disasarkan di dalam setiap kursus.
Cabaran untuk menghasilkan pelajar yang berkualiti pada masa kini terletak di
bahu para pensyarah. Pensyarah perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
pembelajaran bagi menghasilkan pelajar yang mempunyai kemahiran yang holistik.
Kaedah PBP dilihat mempunyai elemen yang boleh membantu mencapai sasaran tersebut.
Selain daripada pengetahuan dan kemahiran, pelajar harus mempunyai kebolehan dalam
14 e-Digest PSIS 2017
SAINS SOSIAL
berkomunikasi, berfikiran kritikal, mampu menyelesaikan masalah, bertanggungjawab
dan kemahiran memimpin serta mampu bekerjasama. Aktiviti yang dilaksanakan di
dalam PBP mempunyai semua elemen tersebut. Pensyarah haruslah mempunyai
perancangan yang sistematik di dalam setiap sesi pengajaran dan pembelajaran. Setiap
sesi tersebut haruslah meninggalkan kesan kepada para pelajar agar visi untuk
menjadikan pelajar Politeknik sebagai graduan berkualiti dan holistik dapat dicapai.
e-Digest PSIS 2017 15
SAINS SOSIAL
RUJUKAN
Abdullah Ibrahim (2004). Pembelajaran Berpusatkan Pelajar dan Kaitannya Dengan
Pembangunan Diri dan Peluang Pekerjaan. Tesis Sarjana. Kolej Universiti Kejuruteraan dan
Teknologi Malaysia.
Angele Attard, Emma Di Iorio, Koen Geven, Robert Santa (2010). Student Centered
Learning PBP Toolkit. European Students’ Union.
Ishak Bin Baba (2009) Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran dan Kaitannya Terhadap
Prestasi Akademik Pelajar UTHM. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Maria Chong Abdullah, Samsilah Roslan dan Tajularipin Sulaiman (2010). Strategi
Pengajaran Pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi: Satu Anjakan Paradigma.
http://www.medc. com. my
medc/journals/volume%206/h%29%20Pembelajaran%20Berpusatkan%
20Pelajar%20di%20IPT-1.pdf (23 Mac 2014).
Mohd Jailani Mohd Nor, Noraini Hamzah, Hassan Basri 7 Wan Hamidon Wan
Badaruzzaman (2005). Pembelajaran Berasaskan Hasil: Prinsip dan Cabaran. Universiti
Kebangsaan Malaysia. Seminar Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan 2005.
Nurol Aleyzan Binti Ghazali, Norwidayati binti Ahmad@Nasiman (2011) Pembelajaran
Berpusatkan Pelajar: Pengimplementasian dan Cabaran. Digest Jabatan Perdagangan Edisi
Pertama: Politeknik Merlimau.
Sabar Afifuddin Ahmad Sobri, Mohd Taufek Mohd Noh, Fatimah Zahra A. Jamil, Zuazlina
Mohd Sadri. Pembelajaran Berpusatkan Pelajar: Satu Ulasan Dalm Pendidikan Semasa
http://www.scribd.com/doc/55822077/25416097-PEMBELAJARAN-BERPUSATKAN-
PELAJAR (2014)
Sahabuddin, Rohizani & Mohd Zohri (2007). Pedagogi Strategi Terbaik Mengajar dengan
berkesan. Kuala Lumpur: Percetakan Zafar Sdn Bhd
http://www.essaymarketplace.com/malay-essays/essay-strategi-pengajaran (2015)
16 e-Digest PSIS 2017
SAINS SOSIAL
A REVIEW OF SUCCESSFUL FACTORS IN BLENDED LEARNING
Nurul Zakiah Binti Kasnun
Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi,
Politeknik Sultan Idris Shah
[email protected]
Khalid Bin Deris
Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi,
Politeknik Sultan Idris Shah
[email protected]
Abstract
Blended learning has change the landscape of teaching and learning in higher
education. Many institutions adopt the concept. The purpose of this paper is to
identify the factors contributing to the success of blended learning in higher
education. There are 8 successful factors discussed in this article and there are several
of similarities.
Keywords : Blended Learning, Factors, Higher Education
1.0 INTRODUCTION TO BLENDED LEARNING
Blended learning is one of contemporary trends of education. Blended
learning is a combination of traditional instruction with e-learning [1]. Nowadays,
many higher education institutions are using the blended learning method into
teaching and learning process to increase the effective of teaching delivery. Once
the blended learning is employed, additional questions also arise [2]. The
educators can use the various of learning styles more than the traditional face-to-
face learning system [3]. Wu & Liu (2013) is proposed the students’ satisfaction
can be an indicator to estimate teaching effectiveness in a blended learning.
However, the concept is still complex to define and measure, even though blended
learning has been acknowledged as a crucial term to evaluate learning process.
An effective learning can be promoted by using blended learning concept [1].
There will be many factors to gain an effective learning in blended learning. So,
this article is written to review about the factors that contributing to the success of
blended learning. Two research papers have been reviewed to determine the
factors.
e-Digest PSIS 2017 17
SAINS SOSIAL
2.0 PROBLEM STATEMENT
Nowadays, widespread use of blended learning in higher education
institutions so the factors that contributing to the success of blended learning need
to be identified.
3.0 OBJECTIVE
The objective of this research is to identify the factors that contributing to
the success of blended learning in higher education institution.
4.0 THE FACTORS CONTRIBUTING TO THE SUCCESS OF BLENDED
LEARNING
The key aspect discussed is the success factor of blended learning. Several
studies have shown many factors contribute to the success factor of blended
learning. According to Chaudhri & Gallant (2013) the factors are selection of right
model of blended learning, redesigning of curriculum to align with blended
learning, redesigning of assessment tools, training of the academic staff and
implementation of IT infrastructure. Meanwhile, Futch, Thompson, & Howard,
(2016) wrote that organization, communication, and support contributed for the
students success in blended learning. Below is the detailed discussion of each
factor that contributes to the success of blended learning.
4.1 Selection of the right model of blended learning
In order to make blended learning successful lecturer must carefully
choose the right model of blended learning for the students. The model chosen is a
practice based model of blended learning. Based on the data gathered, lecturer
must make sure the students understand and are able to use the online tools to
make their blended learning a success and a detailed planning is required to
redesign curriculum which needs to align with blended learning [4].
4.2 Redesigning of curriculum to align with blended
Pavla et al. (2015) said that the areas of communication, creativity,
cooperation, critical thinking and technological literacy can be supported by
properly designed and applied blended courses. Actually these areas are
covered in higher education institution curriculum. Students engagements are
encourage in blended learning using the following techniques:
18 e-Digest PSIS 2017
SAINS SOSIAL
I. Encourage students to use online platform by designing group assignments and
online discussion
II. Improve learners advanced technological learning environments confidence by
using simulations and virtual reality games
III. Real time student collaborative discussions by using blogs.
IV. Provide online feedback by conducting quizzes
V. Develop understanding of the concept by using activities and assessments that allow
students to collaborate with others
VI. Avoid confusion and encourage independent learning by providing a clear marking
criterion.
VII. Encourage students to formulate assumptions based on their experience from
activities and assessments
4.3 Redesigning of assessment tools
Different learning tools are designed for student different learning styles.
Lecturers have to prepare activities to accommodate these dissimilarities such as online
quizzes, blog discussions and online critical reflections.
4.4 Training of the academic staff
Academic staffs act as moderators or facilitators in a blended learning
environment. This differs from the face-to-face teaching learning environment thus the
academic staff is essentials for the success of blended learning. Among the training
required are promoting the benefit of online learning plus techniques used to design
activities and assessments.
4.5 Implementation of IT infrastructure
IT infrastructures that are reliable and robust contribute greatly on the success of
blended learning. It is evident that institution invests heavily on IT infrastructure in
making sure the success of blended learning.
4.6 Organization
Course organization and design is a crucial factor contributing to the success of
blended learning because the students tend to withdraw from courses if the organization
and design of courses are lacking. The strategies employed are mitigating learner
vulnerabilities to the learning experience and planning of the design ahead of time.
e-Digest PSIS 2017 19
SAINS SOSIAL
4.7 Communication
In blended learning communication between lecturers and learners are
important. Students must have a clear knowledge about the courses for example what to
expect, feeling responsible for their learning and how to manage time. The strategies
used are sharing the philosophy and process for blended learning and establishing an
atmosphere of mutual feedback.
4.8 Support
Students new to the online learning environment may lack the self-discipline for
the courses or may struggle with the technology itself. The strategies employed are
providing face-to-face support during scheduled online time and taking advantage of
institutional support services.
5.0 CONCLUSION
We can conclude that all the factors suggested by the papers that has been
reviewed are very important. However, it was found that there are similarities among
these factors. We see there are a similarity between factors Redesigning of Curriculum
and Assessment Tools [4] and Organizing [3]. Good organizing and well-planned in
curriculum and assessment tools contributing to the success of blended learning.
Communication between lecturers and students [4] also the most important factor
because of the face-to-face support during schedule online time are needed [3]. Futch et
al., n.d. (2016) also explained the institutional support service is one of the important
factor and this statement also has been supported by [4], IT infrastructure that are
reliable and robust contribute greatly on the success of blended learning.
Thus, after these factors have been identified so a few delivery methods of
teaching in blended learning not only provide multiple choices but it also more useful to
students [5].
20 e-Digest PSIS 2017
SAINS SOSIAL
REFERENCES
S. Pavla, V. Hana, and V. Jan, “Blended Learning: Promising Strategic Alternative in Higher
Education,” Procedia - Soc. Behav. Sci., vol. 171, pp. 1245–1254, 2015.
J. Wu and W. Liu, “An Empirical Investigation of the Critical Factors Affecting Students’
Satisfaction in EFL Blended Learning,” J. Lang. Teach. Res., vol. 4, no. 1, pp. 176–185,
2013.
L. S. Futch, K. Thompson, and W. Howard, “‘ Comfort ’ as a Critical Success Factor in
Blended Learning Courses,” vol. 20, no. 2016, pp. 140–158.
A. A. Chaudhri and M. Gallant, “Critical success factors for the implementation of blended
learning in higher education a case study from New Zealand,” 2013 Int. Conf. Curr. Trends
Inf. Technol., pp. 82–85, 2013.
N. A. A. Rahman, N. Hussein, and A. H. Aluwi, “Satisfaction on Blended Learning in a
Public Higher Education Institution: What Factors Matter?,” Procedia - Soc. Behav. Sci., vol.
211, pp. 768–775, 2015.
e-Digest PSIS 2017 21
SAINS SOSIAL
FAKTOR-FAKTOR KEBANGKITAN SESEBUAH TAMADUN ISLAM
Mohd Husni Bin Abd Halid
Jabatan Pengajian Am
Politeknik Sultan Idris Shah
[email protected]
Wan Munirah Bt Wan Mohamed
Jabatan Pengajian Am
Politeknik Sultan Idris Shah
[email protected]
ABSTRAK
Tamadun merupakan suatu bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan
masyarakat yang meliputi sudut sosial, pemerintahan, politik, ekonomi dan
kebudayaan. Kebiasaanya sesebuah negara yang disifatkan bertamadun akan dilihat
lebih mendominasi negara-negara lain. Seperti pada waktu ini, Negara-negara Barat
dilihat mendominasi nega-negara lain termasuklah Negara Malaysia, maka muncullah
istilah ‘tamadun Barat’. Manakala konsep tamadun Islam lampau ternyata berbeza
sama sekali dengan tamadun-tamadun lain. Hal ini merujuk kepada asas tamadun
Islam secara keseluruhannya berpaksi kepada akidah tauhid dan nilai-nilai keimanan.
Objektif penulisan ini adalah untuk menganalisis faktor-faktor yang menyumbangkan
kepada kebangkitan sesuatu tamadun khususnya tamadun Islam. Metodologi yang
digunakan dalam kajian ini ialah kajian pustakaan. Pengkaji membuat rujukan ke atas
buku-buku dan jurnal-jurnal sebagai rujukan yang berkaitan dengan tamadun Islam.
Selain itu penulis turut menerangkan definisi tamadun secara jelas yang diambil dari
tokoh-tokoh Barat mahupun tokoh-tokoh Islam. Kemudian penulis menyatakan
faktor-faktor yang menyumbang kepada pembinaan tamadun Islam. Impak penulisan
ini ialah membantu pelajar yang mengambil subjek DUA2012 – Sains Teknologi dan
Kejuruteraan dalam Islam untuk lebih memahami tentang tamadun Islam. Selain itu,
kajian ini memberi penjelasan yang lebih jelas dan terperinci mengenai tamadun
Islam. Impak kajian ini dapat memberi maklumat tambahan berkaitan faktor-faktor
kemunculan sesebuah tamadun.
Kata kunci : tamadun, faktor dan tamadun Islam
22 e-Digest PSIS 2017
SAINS SOSIAL
1.0 DEFINISI TAMADUN
Menurut Mohd Faizal (2013), perkataan tamadun berasal daripada perkataan
bahasa arab ‘madana’ yang membawa maksud kehalusan budi pekerti dan akhlak
mulia. Dijelaskan juga bahawa perkataan tamadun bermaksud kehalusan adat atau
kemurnian pencapaian manusia yang hidup dikota yang memiliki peraturan yang baik
sehingga berjaya menghasilkan keamanan, keselamatan, kemakmuran dan
penghasilan teknologi yang membantu penyempurnaan kehidupan kota yang bahagia.
Menurut Mohd Nor Jusoh (2006) yang menukilkan pengertian tamadun
mengikut sarjana Barat iaitu Arnon Toynbee ialah ‘tamadun ialah sistem masyarakat
yang dapat membantu manusia menambah hasil pengeluaran atau produktiviti dan ia
mempunyai empat elemen iaitu bahan-bahan ekonomi, sistem politik, pengetahuan
dan seni.
Manakala pengertian tamadun menurut sarjana Islam iaitu Sayyid Qutub (t.t.)
memberikan definisi tamadun sebagai suatu bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh
sekumpulan masyarakat. Menurut Muhammad Uthman el-Muhammady (1976) dalam
bukunya yang bertajuk Peradaban Islam, sekurang-kurangnya terdapat tiga istilah
yang digunakan dalam bahasa Melayu berkaitan dengan tamadun Islam iaitu
kebudayaam, peradaban dan tamadun itu sendiri.
Kesimpulannya, perbezaan utama antara tamadun Barat dengan tamadun
Islam adalah unsur kerohanian. Tamadun barat hanya menekankan pembangunan dan
kemajuan yang bersifat material semata-mata dan mengabaikan aspek kerohanian.
Tamadun Islam pula bukan sekadar memastikan kemajuan dan perkembangan dunia,
tetapi aspek kerohanian iaitu kemajuan dari sudut akidah dan syariat turut diambil
kira. Tamadun Islam dilihat jauh lebih baik berbanding dengan tamadun barat yang
disifatkan sebagai tamadun jahiliyah.
e-Digest PSIS 2017 23
SAINS SOSIAL
2.0 FAKTOR-FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA KEBANGKITAN
TAMADUN.
2.1 Modal Insan Asas Pembangunan Tamadun
Terdapat salah faham yang meluas di kalangan umat Islam bahawa agama
tidak berkaitan secara langsung dengan pembinaan tamadun. Masyarakat pada
umumnya tidak melihat hubungan antara akidah, syariah dan akhlak ada kaitan
dengan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Hakikatnya tauhid dan akhlak
mempunyai peranan yang besar dalam pembangunan manusia. Apabila manusia dapat
dibangunkan, maka tidak mustahil sesebuah tamadun dapat ditegakkan (Khalif
Muammar 2009).
Contohnya dapat kita lihat bahawa Nabi Muhammad SAW membangunkan
Tamadun Islam bermula dengan memberi tumpuan yang besar pada pembinaan satu
generasi yang unggul. Baginda tidak sama sekali menekankan pembangunan
infrastruktur. Merupakan satu kebijaksanaan apabila baginda memahami bahawa
melalui pembinaan generasi yang unggul, maka generasi ini akan mengecapi kejayaan
demi kejayaan dalam pelbagai bidang. Konsep inilah yang pada hari ini dikenali
dengan pembangunan modal insan.
Menurut Ibnu Khaldun (2004) konsep ‘umran bashari’ atau pembangunan
insan merupakan satu konsep yang menekankan pembangunan menyeluruh sehingga
menghasilkan manusia yang seimbang. Ibnu Khaldun juga membezakan antara
pembangunan yang berdasarkan akal semata-mata seperti yang dibangunkan oleh
pihak barat dengan pembangunan yang berdasarkan agama. Pembangunan yang
berdasarkan akal sahaja hanya membawa faedah di dunia sahaja tetapi pembangunan
yang berdasarkan agama, faedahnya bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.
Setiap negara dan bangsa yang ingin mewujudkan sebuah tamadun perlulah
memberi perhatian terhadap sumber daya tenaga manusia ataupun lebih dikenalai
sebagai pembangunan modal insan. Hal ini kerana pembangunan modal insan
merupakan teras paling utama dalam pembangunan sebuah tamadun.
24 e-Digest PSIS 2017
SAINS SOSIAL
2.2 Pemimpin Yang Berwibawa, Dihormati dan Disegani
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang bermaksud “Kota
Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukkannya adalah
sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah kepimpinannya adalah
sebaik-baik pasukan”. Berdasarkan hadis ini, para ulama hadis menghuraikan bahawa
seorang pemimpin yang hebat dapat melahirkan jutaan rakyat yang hebat (Abdul
Latip Talib 2011)
Inilah salah satu faktor yang menyumbang ke arah pembinaan sebuah tamadun
iaitu memiliki seorang pemimpin yang berwibawa, dihormati dan disegani.
Contohnya seperti pada permulaan zaman Kerajaan Bani Abbasiyah yang dipimpin
oleh Muawiyah bin Abu Sufyan. Muawiyah merupakan seorang politikus yang bijak
dan pintar. Kewibawaannya sebagai pemimpin terbukti apabila beliau menjadi
gabenor di Syam dan mempunyai ramai penyokong yang setia. Seterusnya beliau
menjadi khalifah Islam menggantikan Saidina Ali bin Abi Talib membuktikan
ketokohannya sebagai seorang pemimpin (Mohd Firdaus bin Mamat Junoh, 2013).
Begitu juga dengan Khalifah Harun Ar-Rasyid pada Zaman Kerajaan
Abbasiyah. Beliau merupakan cucu kepada Abu Jaafar Al-Mansur dan dilahirkan
pada tahun 145h. Beliau merupakan seorang pemimpin yang dihormati, petah
bertutur, alim dan warak. Pada zaman pemerintahannya, beliau seorang yang adil dan
sentiasa mengambil berat tentang kebajikan rakyatnya. Beliau juga menjadi pemimpin
angkatan tentera menentang kerajaan Byzantine. Beliau juga pernah mengadakan
hubungan diplomatik dengan negara China. Selain itu, beliau merupakan seorang
pencinta ilmu dan mengalakkan rakyatnya menimba ilmu dalam pelbagai bidang
(Mohd Firdaus bin Mamat Junoh, 2013).
Jelas disini bahawa seorang pemimpin yang berwibawa akan dihormati dan
disegani oleh rakyatnya. Malah pemimpin tersebut mampu membina sebuah tamadun
yang unggul apabila dia sentiasa disokong oleh rakyatnya. Malah adalah mudah
baginya untuk meminta pertolongan dan kerjasama rakyatnya dalam membangunkan
tamadun.
e-Digest PSIS 2017 25
SAINS SOSIAL
2.3 Budaya Ilmu teras Pembinaan Tamadun
Ilmu memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan manusia. Ilmu
juga menjadi syarat utama dalam membina sebuah tamadun yang unggul. Konsep
ilmu pengetahuan menurut perspektif Islam sangat luas. Ia merangkumi semua jenis
pengetahuan yang berfaedah dan bermanfaat kepada manusia di dunia dan di akhirat.
Gesaan menuntut ilmu melalui proses pembelajaran adalah sangat digalakkan.
Dengan menuntut ilmu secara bersungguh-sungguh, sesebuah masyarakat itu mampu
untuk maju dan berdaya saing. Ini telah pun dibuktikan dengan sejarah pembinaan
tamadun terdahulu.
Satu bangsa yang begitu banyak mempengaruhi tamadun manusia ialah
bangsa Yunani. Pencapaian bangsa ini, khasnya yang berpusat di Athens hampir dua
ribu tahun dahulu boleh memberikan banyak pengajaran kepada kita. Salah satu
daripadanya ialah bahawa yang mempunyai tradisi ilmu akan mempunyai pengaruh
besar kepada bangsa-bangsa lain yang jauh lebih besar jumlah rakyatnya. Hasil
keilmuan Yunani berpengaruh besar ke atas Roma dan bangsa-bangsa lain sehingga
ke hari ini (Wan Mohd Nor Wan Daud 2007).
Begitu juga pada zaman kegemilangan kerajaan Andalusia. Pembangunan
ilmu adalah langkah pertama yang dilakukan oleh Sultan Andalus yang pertama iaitu
Sultan Abd Rahman bin Muawiyah al-Dakhil yang memerintahkan rakyatnya
membina masjid pada tahun 786h. Masjid itu dikenali sebagai masjid Kordova.
Setelah selesai pembinaan masjid, sultan mengarahkan pula untuk membina
perpustakaan yang besar dengan hartanya sendiri. Menurut sejarawan, perpustakaan
itu sendiri memiliki lebih 40 000 buah buku. Pada zaman itu, semua buku dihasilkan
dengan menggunakan tulisan tangan (Khalif Muammar 2009).
Para pemimpin terdahulu juga didapati mempunyai hubungan yang rapat
dengan para ilmuwan. Keunggulan tradisi keilmuan Islam tercermin apabila para
sultan begitu dekat dengan ulama. Sultan Abu Yusuf yang memerintah pada tahun
1160 hingga 1199 hijrah meminta Ibnu Rushd untuk menulis tentang falsafah
Aristotle supaya dapat difahami dengan baik, mana yang bermanfaat dan mana yang
tidak. Atas sokongan yang diberikan, Ibnu Rushd berhasil menjadi ilmuwan yang
terbilang. Ibnu Khaldun juga mempersembahkan karyanya yang bertajuk al-Ibar
sebanyak tujuh jilid kepada Sultan Zahir Barquq di Mesir dan Sultan Abu Faris di
26 e-Digest PSIS 2017
SAINS SOSIAL
sebuah kawasan bernama Fez. Mengetahui kehebatan dan kepakaran Ibnu Khaldun,
Sultan mengangkatnya menjadi hakim Besar di Mesir (Khalif Muammar 2009).
Jelas di sini terdapat sikap kepedulian dan keprihatinan yang tinggi di kalangan para
pemimpin Islam terhadap ilmu dan ulama. Tradisi keilmuan inilah yang menjadikan
budaya ilmu semakin subur dan berkembang. Kerana adanya galakan dan sokongan
para penguasa, para ilmuwan bersemangat untuk menguasai pelbagai bidang ilmu.
Setiap penat lelah mereka terasa dihargai dan berguna pada masyarakat dan negara.
Kehebatan para sultan tidak menjadikan para ilmuwan kerdil. Ulama juga
tidak mudah merendahkan martabat mereka demi meraih keuntungan di dunia semata-
mata. Mereka merasa berhak untuk menegur dan memberi kritikan terhadap golongan
pemerintah andai wujud kekhilafan yang dilakukan. Para khalifah pun menghargai
dan menghormati teguran tersebut. Khalifah Abdul Rahman III pernah ditegur kerana
tertinggal solat Jumaat oleh seorang qadi bernama Munzir al-Balluti. Ketika ditanya
oleh puteranya sama ada beliau mahu memecat Qadi tersebut lalu sultan menjawab
“Aku lebih rela memutuskan hubungan denganmu tetapi aku tidak akan memecat
Qadi ini yang merupakan satu nikmat Allah SWT kepada kita semua. Aku akan solat
Jumaat di belakangnya selagi dia masih hidup” (Wan Mohd Nor Wan Daud, 2007).
Perlu dihayati bahawa masyarakat yang cerdas dan berbudaya ilmu adalah
masyarakat yang terbuka fikirannya dan maju cara berfikir. Mereka menerima sesuatu
pandangan berdasarkan kekuatan hujah dan ilmu. Manakala masyarakat yang tidak
cerdas pula adalah masyarakat yang jumud serta sempit pemikirannya.
2.4 Kemajuan Dari Sudut Ekonomi
Persoalan ekonomi sebagai pemangkin kewujudan sebuah tamadun bukanlah
satu persoalan yang baru kerana sejarah peradaban manusia dalam kegiatan ekonomi
adalah sebahagian daripada kehidupan. Allah SWT berfirman dalam al-Quran dari
surah Yusuf ayat 55:
٥٥ مٞ قَا َل ٱ ۡج َعۡلنِي َعلَ ٰى َخ َز ٓائِ ِن ٱ ۡۡلَ ۡر ِۖ ِض إِنِّي َحفِيظٌ َعلِي
55. Yusuf berkata: "Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi
(Mesir); sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi
mengetahui cara mentadbirkannya".Berdasarkan ayat ini, rancangan yang
dikemukakan oleh beliau kepada pembesar Mesir untuk mengatur urusan pembekalan
e-Digest PSIS 2017 27
SAINS SOSIAL
makanan demi menghadapi malapetaka (kemarau) yang dijangkakan berlaku
merupakan asas bagi ilmu ekonomi (Mohd Nor Yusof 2006).
Pada awal kemunculan tamadun Islam, kegiatan ekonomi agak terbatas dan
berpusat kepada pentenakan dan hasil tanaman. Selepas Islam semakin berkembang,
ekonomi turut semakin berkembang. Urusan ekonomi bukan sekadar pertanian dan
penternakan sahaja sebaliknya turut berkaitan dengan perniagaan atau muamalat.
Perkembangan ekonomi ini menjadi faktor dalam perkembangan tamadun
kerana hasil yang didapati daripada ekonomi ini dapat digunakan untuk pembangunan
industri di samping membantu untuk pemodenan bandar-bandar. Justeru itu,
perjelasan terhadap hukum-hukum dalam muamalat turut berkembang bagi menjawab
persoalan-persoalan baru yang timbul. Maka muncullah beberapa kitab terutamanya
kitab fiqh yang membahaskan kegiatan ekonomi Islam secara terperinci.
Perbezaan ketara antara ekonomi Islam dengan ekonomi konvensional ialah
ekonomi Islam lebih menekan konsep keadilan, belas kasihan dan saling membantu
sama ada di kalangan peniaga itu sendiri mahupun di antara penjual dan pembeli.
Manakala konsep ekonomi konvensional pula ialah menekan keuntungan semata-mata
tanpa memikirkan tentang hak orang lain. Maka tidak hairanlah sekiranya wujud
sistem riba dalam ekonomi konvensional sedangkan ekonomi Islam mengharamkan
perkara tersebut.
Oleh yang demikian, konsep ekonomi Islam yang dilihat lebih bersifat adil dan
saksama inilah yang membantu bagi mengembangkan tamadun. Impaknya, keadilan
dalam sistem ekonomi Islam ini akan menjadi contoh kepada bangsa-bangsa yang lain
untuk mengikutinya.
3.0 KESIMPULAN
Sesungguhnya amat penting bagi kita mengkaji faktor-faktor kebangkitan
sesebuah tamadun. Sudah tiba masanya kita sebagai rakyat Malaysia bangkit dan
membuka mata agar lebih segar, bersikap dinamis dan global, berdaya saing dan
berhalakan suatu rupa ketamadunan yang mampu memberi alternatif kepada sifat
ketamadunan yang berteraskan kepada kemajuan materialistik semata-mata.
28 e-Digest PSIS 2017
SAINS SOSIAL
Pencapaian ketamadunan yang bersifat material perlulah seiring dengan pembangunan
kerohanian agar kejayaan di dunia dan di akhirat dapat dikecapi bersama.
Telah terbukti bahawa peranan modal insan sebagai teras utama bagi
membangunkan sebuah tamadun. Contoh kepimpinan nabi Muhammad SAW sendiri
terbukti berjaya memecahkan perbalahan antara suku kaum dan seterusnya berjaya
membina satau umat yang bersatupadu. Kepimpinan baginda yang berwibawa juga
menjadikan baginda seorang yang disegani dan dihormati oleh sahabat-sahabatnya.
Disamping itu, peranan ilmu dalam pembangunan tamadun menjadi faktor
yang penting. Contoh yang paling jelas dapat dilihat dari tamadun Islam yang bermula
dengan orang arab yang buta huruf berubah menjadi masyarakat yang berilmu.
Budaya ilmu yang tinggi ini terbukti apabila penemuan-penemuan yang baru oleh
para pengkaji pada zaman Abbasiyyah.
Akhir kata, penulis mengharapkan agar semua faktor-faktor yang dinyatakan
di atas dapat dijadikan suatu polisi bagi mewujudkan sebuah tamadun di Malaysia.
Dalam kita membangunkan sesuatu atau mengejar kemajuan, jangan sesekali kita lupa
tentang pembangunan aspek kerohanian
e-Digest PSIS 2017 29
SAINS SOSIAL
RUJUKAN
Abdul Latip Talib (2011). Novel Sejarah Islam Sultan Muhammad Al-Fateh : Penakluk
Kota Konstantinopel. Selangor. PTS Litera Utama Sdn Bhd.
Ibn Khaldun. Abd al-Rahman (2004). Al-Muqaddimah. Beirut : Dar al-Fikir
Ibn Taimiyyah, Ahmad bin Abd Salam (1988). Al-Siyasah as-Syari’ah fi Islah al-Ra’yi wa
ar-Raiyyah. Dar al-Kutub. Beirut.
Khalif Muammar (2009). Faktor Kegemilangan Tamadun Islam : Pengajaran Dari Masa
Lalu. Jurnal Hadhari bil 2. Terbitan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Mohd Faizal Bin Mat Pesa (2013). Sumbangan Tamadun Islam Terhadap Peradaban
Dunia. Merlimau-Melaka, Politeknik Merlimau Melaka.
Mohd Firdaus bin Mamat Junoh (2013). Pemikiran Tamadun Islam Zaman Pertengahan.
Merlimau-Melaka. Politeknik Merlimau Melaka.
Mohd Nor Jusoh (2006). Tamadun Islam, Koperasi PKKT Berhad : Terengganu. Politeknik
Kota Kuala Terengganu.
Muhammad Uthman el-Muhammady (1976). Peradaban dalam Islam Pustaka Aman
Press, Kota Bharu
Sayyid Qutb (t.t.) al-Naqd al-Adabi, Beirut: Dar al-Shuruq
Wan Mohd Nor Wan Daud (2007). Iklim Kehidupan Intelektual di Andalusia : Satu
Cerminan Islamisasi Dua Dimensi. Pulau Pinang: Universiti Sains Islam Malaysia
30 e-Digest PSIS 2017
SAINS SOSIAL
PERBEZAAN PENCAPAIAN PELAJAR KURSUS MATEMATIK KEJURUTERAAN
2 YANG DIAJAR OLEH PENSYARAH BERKELULUSAN IJAZAH PERTAMA
MATEMATIK DENGAN IJAZAH PERTAMA KEJURUTERAAN
Choong Siew Lay
Jabatan Matematik, Sains Dan Komputer
[email protected]
Mohammad Firdaus Bin. Ahmad
Jabatan Perdagangan
Politeknik Sultan Idris Shah
[email protected]
Nora Shakirah Bt. Mat Desa
Unit Perhubungan Dan Latihan Industri
Politeknik Sultan Idris Shah,
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti perbezaan pencapaian pelajar kursus
Matematik Kejuruteraan 2 yang diajar oleh pensyarah berkelulusan ijazah pertama
matematik dan ijazah pertama kejuruteraan. Kajian ini tertumpu kepada analisa
peratusan kelulusan pelajar bagi Kursus Matematik Kejuruteraan 2 untuk Sesi
Disember 2012, Sesi Jun 2013, Sesi Disember 2013 dan Sesi Jun 2014. Data
dianalisis dengan membahagikan pelajar kepada dua kumpulan iaitu kumpulan yang
terdiri daripada yang diajar oleh pensyarah lulusan bidang matematik dan pensyarah
lulusan bidang kejuruteraan. Pengumpulan data mentah skor pencapaian pelajar
bagi Kursus Matematik Kejuruteraan 2 dalam peperiksaan akhir diperolehi dari Unit
Peperiksaan. Seterusnya, data mentah dianalisis dengan menggunakan perisian
Micosoft Excel 2013 untuk mencari peratusan kelulusan dan membuat perbandingan
peratusan kelulusan antara kedua-dua kumpulan tersebut. Graf yang berkaitan juga
dibina untuk menjelaskan data yang diperolehi dengan lebih terperinci. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa tiada perbezaan yang ketara antara peratusan kelulusan
pelajar yang diajar oleh pensyarah lulusan bidang matematik dan pensyarah lulusan
bidang kejuruteraan. Ini membawa maksud tiada pengaruh latar belakang pendidikan
pensyarah terhadap peratusan kelulusan pelajar bagi Kursus Matematik
Kejuruteraan 2
e-Digest PSIS 2017 31
SAINS SOSIAL
1.0 PENGENALAN
Matematik merupakan salah satu cabang ilmu yang penting kerana
penggunaan ilmu matematik merangkumi hampir keseluruhan aspek kehidupan
seharian. Sejak kebelakangan ini, masyarakat telah mula memandang berat terhadap
kualiti pendidikan terutamanya peranan dan kepentingan matematik dalam usaha
merealisasikan hasrat seluruh rakyat Malaysia iaitu menjadikan Malaysia sebuah
negara yang maju menjelang tahun 2020. Menurut Abd. Rahim (2000), matematik
adalah pengetahuan teras yang perlu dikuasai selaras dengan wawasan pendidikan
negara untuk melahirkan warganegara yang berketrampilan dalam pelbagai bidang
bagi membolehkan pelajar-pelajar memainkan peranan penting dalam pembangunan
bangsa dan negara. Realitinya, matematik merupakan jentera atau penggerak kepada
pembangunan dan perkembangan sains dan teknologi. Seiring dengan itu, institusi
pendidikan memainkan peranan yang amat penting untuk melahirkan siswazah yang
dapat menguasai ilmu matematik khususnya ke arah kecemerlangan akademik dan
keterampilan pelajar dalam membentuk identiti dan keistimewaan yang tersendiri.
Di peringkat politeknik, terdapat dua cabang matematik yang diajar oleh
pensyarah Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (JMSK) iaitu Matematik
Kejuruteraan dan Matematik. Matematik Kejuruteraan diajar kepada pelajar-pelajar
program kejuruteraan seperti pelajar Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik,
Kejuruteraan Mekanikal dan yang berkaitan. Matematik pula diajar kepada pelajar-
pelajar program bidang bukan teknikal seperti Teknologi Maklumat. Kepentingan
matematik di peringkat politeknik menjadikannya sebagai kursus yang wajib diambil
oleh setiap pelajar untuk memperolehi segulung diploma.
Secara umumnya, latar belakang pendidikan dan pengalaman seseorang
individu akan memberikan keyakinan untuk individu itu memegang sesuatu prinsip,
nilai dan tanggapan yang berbeza di antara satu sama lain. Di Malaysia, golongan
pendidik terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pengalaman dalam memiliki
kelayakan akademik dan latihan. Mereka dibahagikan dalam kategori perkhidmatan
yang berbeza-beza oleh kerana pengalaman mengikuti latihan yang berbeza (Mok
Soon Seng, 1992). Justeru, latar belakang pendidikan seseorang pendidik harus
dipandang berat demi melahirkan pelajar yang cemerlang dalam sesuatu bidang.
32 e-Digest PSIS 2017
SAINS SOSIAL
Dalam kajian ini, latar belakang pendidikan pensyarah membawa maksud
bidang kelulusan ijazah para pensyarah yang boleh dibahagikan kepada dua kategori
iaitu pensyarah lulusan bidang matematik dan pensyarah lulusan bidang kejuruteraan.
Pensyarah lulusan bidang kejuruteraan adalah pemilik ijazah pertama kejuruteraan di
mana mereka pernah mempelajari subjek Matematik Kejuruteraan sepanjang tempoh
pengajian ijazah mereka.
2.0 DEFINISI ISTILAH
Berikut ialah beberapa istilah penting yang perlu dihuraikan pengertiannya
supaya tidak timbul sebarang kekeliruan dalam kajian ini:
2.1 Latar Belakang Pendidikan
Latar belakang pendidikan membawa maksud bidang lulusan ijazah pertama
seseorang pensyarah. Dalam kajian ini, latar belakang pendidikan pensyarah
terbahagi kepada dua kategori iaitu pensyarah lulusan bidang matematik dan
pensyarah lulusan bidang kejuruteraan.
2.2 Pensyarah Lulusan Bidang Matematik (BM)
Pensyarah yang mempunyai ijazah pertama dalam bidang matematik.
2.3 Pensyarah Lulusan Bidang Kejuruteraan (BK)
Pensyarah lulusan bidang kejuruteraan merujuk kepada pensyarah yang
mempunyai ijazah pertama dalam bidang kejuruteraan di mana mereka pernah
mempelajari subjek Matematik Kejuruteraan sepanjang tempoh pengajian
ijazah mereka.
3.0 PENYATAAN MASALAH
Kajian ini dibuat untuk mencari jawapan terhadap persoalan sama ada latar
belakang pendidikan pensyarah akan mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar,
justeru, adakah pensyarah lulusan bidang kejuruteraan layak untuk mengajar pelajar
Kursus Matematik Kejuruteraan di politeknik.
e-Digest PSIS 2017 33
SAINS SOSIAL
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pengaruh latar belakang
pendidikan pensyarah terhadap peratusan kelulusan pelajar yang mengambil Kursus
Matematik Kejuruteraan.
5.0 BATASAN KAJIAN
Secara amnya, terdapat dua batasan dalam kajian ini iaitu:
i. Kajian ini hanya dijalankan di sebuah politeknik sahaja iaitu di PSIS. Oleh itu,
dapatan kajian ini hanya menggambarkan pengaruh pensyarah lulusan bidang
matematik dan lulusan bidang kejuruteraan di PSIS sahaja.
ii. Data mentah yang diberi tumpuan hanya melibatkan data peratusan kelulusan
pelajar PSIS yang mengambil kursus Matematik Kejuruteraan 2.
6.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Hasil dapatan ini dapat digunakan oleh beberapa pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung, antaranya adalah Jabatan Pengajian Politeknik, Pihak
Pengurusan PSIS, pensyarah JMSK dan diri pelajar sendiri.
6.1 Jabatan Pengajian Politeknik
Jabatan Pengajian Politeknik boleh menggariskan atau memberikan panduan
agar pengambilan pensyarah matematik perlu mempunyai ijazah dalam bidang
matematik atau ijazah lain yang menunjukkan bahawa calon tersebut lulus dalam
subjek matematik kejuruteraan.
6.2 Pihak Pengurusan Politeknik Sultan Idris Shah
Pihak politeknik dapat melihat perbandingan peratusan kelulusan pelajar yang
diajar oleh pensyarah lulusan bidang matematik dan lulusan bidang kejuruteraan.
Dengan ini, pihak politeknik dapat memberi maklumbalas kepada Jabatan Pengajian
Politeknik tentang hasil pemantauan yang diperolehi serta dapat menjadi polisi
pengambilan staf akademik untuk bahagian matematik.
34 e-Digest PSIS 2017
SAINS SOSIAL
6.3 Pensyarah Jabatan Matematik, Sains dan Komputer
Pensyarah dapat melihat pencapaian mereka melalui perbandingan peratusan
kelulusan pelajar yang diajar oleh pensyarah lulusan bidang matematik dan
lulusan bidang kejuruteraan.
6.4 Pelajar
Pelajar akan mendapat manfaat hasil daripada ketelitian pihak politeknik
untuk memastikan tahap kelayakan seseorang pensyarah sebelum
melaksanakan tugas dengan memberi latihan yang sewajarnya.
7.0 SOROTAN KAJIAN
JMSK di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) merupakan jabatan sokongan
akademik yang menawarkan kursus Matematik, Matematik Kejuruteraan, Sains
Kejuruteraan dan Pra-Diploma Sains kepada pelajar yang mengikuti program-
program yang ditawarkan oleh Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi. Pensyarah di JMSK terdiri daripada pensyarah lulusan
bidang matematik dan pensyarah lulusan bidang kejuruteraan. Secara amnya,
pensyarah memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan kejayaan
seseorang pelajar. Pernyataan ini dapat dibuktikan dengan kajian Norhamiza (2005)
yang menyatakan bahawa pencapaian akademik adalah berkait rapat dengan ilmu
pengetahuan yang dikuasai oleh seseorang. Kamarul Azmi dan Ab. Halim (2007)
menegaskan antara sifat-sifat guru yang berkesan ialah mempunyai kemahiran
mengajar, termasuk menghubungkan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
pengajarannya. Seseorang pendidik juga perlu berpengetahuan dan mempunyai
kemahiran mengajar atau teaching skills meliputi aktiviti perancangan, pengelolaan,
penyampaian, bimbingan dan penilaian dengan tujuan menyebarkan ilmu
pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan berkesan iaitu
menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik mengajar berlandaskan teori
pengajaran dan pembelajaran. Menurut Booth (1993); Goodwin dan Stevens (1993)
pula, pelajar yang berkualiti terhasil menerusi proses pengajaran dan pembelajaran
yang berkesan. Seseorang guru mestilah memiliki elemen kompetensi untuk menjadi
guru yang baik seperti menguasai kandungan subjek yang diajar, berpengetahuan
dalam pedagogi, berupaya memilih sumber pengajaran, mampu mempelbagaikan
e-Digest PSIS 2017 35
SAINS SOSIAL
strategi pengajaran, memiliki kemahiran teknologi, mempunyai kemahiran
komunikasi yang baik dengan pelajar serta mempunyai sikap dan personaliti yang
positif seperti bermotivasi, humor dan berkeyakinan.
Kajian Salleh (2003) dan Hattie (2003) telah menyatakan bahawa guru sangat
berpotensi mengubah sikap dan status pelajar terhadap sesuatu kurikulum. Perkara ini
secara tidak langsung telah menunjukkan bahawa pendidik yang berkualiti akan dapat
meningkatkan komitmen pelajar dalam aktiviti pembelajaran mereka serta
menggalakkan penglibatan intelektual pelajar dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Justeru, para pendidik harus menyedari peranan mereka dalam
mempengaruhi pelajar dalam pembelajaran mereka.
Sementara itu, kaedah-kaedah pengajaran matematik juga adalah bahagian
yang penting dalam proses menyampaikan idea dan penyelesaian masalah matematik
supaya murid-murid dapat menguasai kemahiran-kemahirannya (Mok Soon Sang dan
Siew Fook Cheong, 1988). Adalah sesuatu perkara ganjil sekiranya seseorang
pendidik yang hendak mengajar sesuatu pelajaran itu tidak mempunyai pengetahuan
atau pengalaman tentang pelajaran tersebut. Justeru, seseorang pendidik haruslah
melengkapkan dirinya dengan ilmu pengetahuan. Menurut Hattie (2003), pengalaman
dan kepakaran seseorang guru akan mempengaruhi pencapaian pelajar selain daripada
faktor pelajar itu sendiri. Pencapaian pelajar juga dapat ditingkat sekiranya seseorang
pendidik membuat persediaan dan perancangan awal sebelum proses pengajaran
bermula. Mengikut Atan Long (1986), kerja-kerja pengajaran hendaklah dirancang
terlebih dahulu dengan teliti sebelum sesuatu pengajaran dilakukan. Rancangan
pengajaran hendaklah dibuat sebelum persekolahan bermula. Persediaan mengajar
hendaklah dibuat dengan terperinci dan alat-alat mengajar hendaklah disiapkan
sebelum pengajaran dimulakan. Persediaan yang rapi ini akan membawa kepada
pengajaran seseorang itu lebih sistematik, teratur, terarah dan dengan ini pencapaian
pelajar dapat ditingkatkan.
8.0 METODOLOGI
Metodologi kajian merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk
menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi mencapai
objektif kajian. Metodologi yang dirangka adalah melibatkan kaedah pengumpulan
dan penganalisisan data.
36 e-Digest PSIS 2017
SAINS SOSIAL
Kursus Matematik Kejuruteraan 2 dipilih adalah kerana kursus tersebut
merupakan kursus kejuruteraan yang ditawarkan kepada semua pelajar program
kejuruteraan di PSIS. Di samping itu, kursus ini juga adalah kursus yang diajar oleh
pensyarah dari lulusan bidang matematik dan lulusan bidang kejuruteraan. Kajian ini
dipilih pula adalah disebabkan kerana sehingga kini masih belum wujud mana-mana
kajian terdahulu yang mengkaji tentang pengaruh latar belakang pendidikan
pensyarah terhadap peratusan kelulusan pelajar bagi kursus matematik.
Rajah 8.1 menunjukkan proses analisis data dalam kajian ini.
Memohon data mentah skor pencapaian pelajar untuk kursus Matematik
Kejuruteraan 2 bagi peperiksaan akhir Sesi Disember 2012, Sesi Jun 2013,
Sesi Disember 2013 dan Sesi Jun 2014.
Analisis data yang diperolehi dari Unit Peperiksaan dengan menggunakan
perisian Microsoft Excel 2013
Membuat perbandingan peratusan kelulusan pelajar yang diajar oleh pensyarah
lulusan bidang matematik dan pensyarah lulusan bidang kejuruteraan
Keputusan analisis dan cadangan
Rajah 8.1: Proses Analisis
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah penyelidikan historikal
untuk mengumpul dan menganalisis data. Dalam kajian ini, data dikumpul dengan
mendapatkan data mentah dari Unit Peperiksaan iaitu skor pencapaian pelajar untuk
kursus Matematik Kejuruteraan 2 bagi Peperiksaan Akhir Sesi Disember 2012, Sesi
Jun 2013, Sesi Disember 2013 dan Sesi Jun 2014. Data ini kemudian dianalisis dan
diterjemahkan dengan menggunakan perisian Microsoft Excel 2013. Data yang
diterjemahkan adalah seperti di Dapatan Kajian. Seterusnya data tersebut dianalisis
e-Digest PSIS 2017 37
SAINS SOSIAL
untuk dibuat perbandingan sama ada terdapat perbezaan peratusan kelulusan bagi
pelajar yang diajar oleh pensyarah lulusan bidang matematik dan pensyarah bukan
lulusan bidang matematik.
9.0 DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS KAJIAN
Hasil dapatan kajian yang berdasarkan objektif kajian ini telah diperolehi
melalui analisis dengan menggunakan perisian Microsoft Excel 2013. Dapatan kajian
dapat dibahagikan seperti yang berikut:
a) Bidang Pengajian Pensyarah
Berikut disenaraikan bidang kelulusan pensyarah-pensyarah yang terlibat
menjadi tenaga pengajar Kursus Matematik Kejuruteraan 2 bagi sesi kajian
dijalankan.
Pensyarah Lulusan Ijazah Pertama Matematik:
i) Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan Kepujian
ii) Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik Komputeran dan Industri) dengan
Kepujian
Pensyarah Lulusan Ijazah Pertama Kejuruteraan:
i) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dengan Kepujian
ii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dengan Kepujian
iii) Ijazah Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Awam
iv) Ijazah Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Elektrik
Jadual 9.1 menunjukkan bilangan pensyarah lulusan bidang matematik dan bilangan
pensyarah lulusan bidang kejuruteraan mengikut sesi kajian dijalankan.
38 e-Digest PSIS 2017
SAINS SOSIAL
Jadual 9.1: Bilangan Pensyarah Yang Mengajar Kursus Matematik Kejuruteraan 2
Mengikut Bidang Lulusan Ijazah Pertama Pensyarah Bagi Sesi Disember
2012, Sesi Jun 2013, Sesi Disember 2013 Dan Sesi Jun 2014
SESI BILANGAN PENSYARAH BILANGAN PENSYARAH
LULUSAN IJAZAH LULUSAN IJAZAH PERTAMA
DISEMBER
2012 PERTAMA MATEMATIK KEJURUTERAAN
JUN 2013
DISEMBER 25
2013
JUN 2014 23
34
33
b) Bilangan Pelajar Yang Mengambil Kursus Matematik Kejuruteraan 2 Yang
Diajar Oleh Pensyarah Lulusan Bidang Matematik Dan Lulusan Bidang
Kejuruteraan
Jadual 9.2: Bilangan Pelajar Yang Diajar Oleh Pensyarah Lulusan Bidang
Matematik Dan Lulusan Bidang Kejuruteraan Bagi Sesi Disember 2012,
Sesi Jun 2013, Sesi Disember 2013 Dan Sesi Jun 2014
BILANGA
N BM BK JUMLAH
PELAJAR BILANGA PERAT BILANGA PERATU 292
215
N US (%) N S (%) 246
199
SESI PELAJAR PELAJAR 952
DIS 2012 69 24 223 76
JUN 2013 76 35 139 65
DIS 2013 84 34 162 66
JUN 2014 127 64 72 36
JUMLAH 356 596
Petunjuk: BM - Pensyarah lulusan bidang matematik
e-Digest PSIS 2017 39