The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ebook.psis, 2020-08-16 23:14:59

e-Digest PSIS 2017

e-Digest PSIS 2017

KEJURUTERAAN ELEKTRIK

PEMBANGUNAN STRATEGI ZK BERDASARKAN HUBUNGAN
MASUKAN DAN KELUARAN

Zuraida Kamaruddin
Unit Latihan Dan Pendidikan Lanjutan

Politeknik Sultan Idris Shah
[email protected]

Hairulanuar Rosman
Jabatan Kejuruteraan Elektrik
Politeknik Sultan Idris Shah

[email protected]

Abstrak

Pengujian perisian adalah satu fasa penting dalam kitaran hayat pembangunan
perisian bagi memastikan kualiti dan pematuhan. Walaupun wajar, ujian habisan
sering menimbulkan masalah disebabkan kekangan masa dan kos yang melibatkan sut
ujian bersaiz besar. Oleh itu, para penyelidik membangunkan teknik persampelan
untuk menyelesaikan masalah yang dinyatakan di atas, diistilahkan sebagai strategi t-
hala, berdasarkan interaksi antara parameter-parameter sistem. Kajian terdahulu
mencadangkan bahawa strategi t-hala yang boleh membantu untuk mengurangkan
saiz sut ujian. Kertas kajian ini membincangkan tentang kajian untuk membangunkan
strategi t-hala yang fleksibel, Zk. Tidak seperti kebanyakan strategi t-hala yang sedia
ada, Zk membenarkan pengguna untuk memilih interaksi yang dikehendaki sahaja
berdasarkan hubungan masukan dan keluaran. Hal ini dapat mengurangkan bilangan
sut ujian dan berpotensi untuk penjimatkan kos. Prototaip implementasi Zk telah
dibina dan berjaya menyokong interaksi sehingga t=3.

Kata kunci : Pengujian perisian, strategi t-hala, analisis masukan dan keluaran

1.0 PENGENALAN

Perkembangan penggunaan perisian pada masa kini telah menjadi begitu
kompleks. Secara tidak langsung penggunaan perisian juga menjadi begitu penting
dalam kehidupan manusia. Salah satu contoh kepentingan penggunaan perisian adalah
dalam alatan elektronik seperti tv, mesin basuh, telefon bimbit dan banyak lagi. Selari
dengan kepentingan tersebut, penggunaan perisian telah banyak dibangunkan dengan
tujuan ia dapat meringankan beban tugas seharian manusia bermula dari aplikasi
perisian yang mana berupaya untuk membantu kerja-kerja harian dirumah

340 e-Digest PSIS 2017

KEJURUTERAAN ELEKTRIK

sehinggalah terbitnya aplikasi pintar yang dipertingkatkan untuk mengawal
keselamatan dari segala macam ancaman pihak luar dari dalam mahupun luar negara.
Contoh aplikasi pintar yang paling mudah dan semakin diminati ramai oleh pengguna
masa kini adalah komputer riba. Dahulunya komputer riba ini sangat terhad
penggunaannya tetapi kini komputer riba boleh digunakan sebagai televisyen, boleh
membuat panggilan secara video serta mempunyai paparan sentuh yang mana
pelbagai aplikasi perisian yang canggih telah dimuat turun kedalam komputer riba
tersebut.

Oleh sebab kebergantungan manusia kepada perisian semakin meluas, maka
ciri-ciri keboleharapan serta kualiti menjadi isu penting. Maka untuk mencapai tahap
keboleharapan dan kualiti yang disasarkan, pengujian terhadap perisian menjadi
perkara paling penting terutama yang melibatkan perkara yang kritikal yang mana ia
boleh mengancam nyawa manusia. Kebanyakan pengujian perisian memerlukan lebih
50% usaha dalam membangunkan suatu perisian [1]. Hal ini menunjukkan bahawa
pengujian adalah salah satu perkara yang amat dititikberatkan dalam pengujian
perisian. Maka, penggunaan perisian telah memberi kesan yang amat besar terhadap
masyarakat dan budaya khususnya. Setiap jurutera perisian senantiasa berusaha untuk
membangunkan teknologi dengan kualiti perisian yang tinggi, yang mana ia lebih
mudah, cepat dan mampu dimiliki oleh setiap golongan pengguna [2].

Kualiti perisian adalah salah satu aspek penting yang dititikberatkan dalam
pengujian perisian. Kualiti perisian membawa maksud keupayaan melakukan
sebarang tugas yang ditentukan sepanjang kitar hayatnya. Oleh yang demikian,
pengujian merupakan salah satu langkah yang penting untuk menghasilkan perisian
yang berkualiti yang mana ia dicatur dan dibangunkan oleh jurutera dan pengaturcara,
dengan itu pelbagai kaedah pengujian yang telah dilaksanakan dianggap sebagai satu
seni. Melalui anggapan ini, penguji masih menggunakan teknik pengujian yang
kurang berkesan dan salah satu kaedah yang digunapakai adalah kaedah ‘cuba-jaya’
yang mana kaedah ini merupakan satu kaedah yang kurang berkesan, tidak sistematik
dan kurang berkualiti. Pengujian yang berkualiti pula adalah merangkumi setiap aspek
pengujian dan melibatkan kos yang tinggi dan hal ini boleh mendatangkan bahaya
kepada nyawa manusia. Namun begitu pengujian yang berkualiti juga perlu
dititikberatkan oleh jurutera perisian kerana pelbagai masalah seperti ia tidak dapat
memenuhi semua aspek dan spesifikasi pengujian bila mana ia melibatkan perisian
yang agak kompleks.

Dengan berbuat demikian, kertas kajian ini akan menerangkan dengan lebih
lanjut secara langkah demi langkah untuk contoh aplikasi yang digunakan. Oleh itu,
penerangan lanjut akan diterangkan melalui bahagian 2 menerangkan Strategi Zk
berdasarkan hubungan masukan dan keluaran. Bahagian 3 mengenai pembangunan
strategi Zk. Akhirnya bahagian 4 mengenai kesimpulan tentang strategi Zk yang
digunapakai.

e-Digest PSIS 2017 341

KEJURUTERAAN ELEKTRIK

1.1 Pernyataan Masalah

Pengujian perisian juga tidak lari dari pelbagai masalah. Masalah yang biasa
diperkatakan dan tidak boleh dielakkan ketika membangunkan satu perisian ialah
masalah letupan gabungan. Dalam keadaan ini setiap keperluan perkakasan / perisian
perlu diperiksa untuk mematuhi setiap piawaian yang boleh diterimapakai. Walaupun
pengujian habisan amat didambakan, masalah juga mungkin akan timbul kerana
kekangan masa, sumber kewangan dan terlalu banyak pengujian perlu dilaksanakan
kepada satu-satu program yang akan dijalankan. Dengan itu, para penyelidik telah
menggunakan strategi t-hala bagi menangani masalah letupan gabungan ini.
Penggunaan strategi t-hala dapat membantu mengurangkan bilangan ujian secara
sistematik setelah mengambil kira kemungkinan interaksi antara komponen-
komponen perisian yang hendak diuji. Penggunaan strategi t-hala dapat membantu
untuk penghasilan dan pengurangan data ujian ke dalam satu sistem yang lengkap dan
terurus.

Walaupun membantu mengurangkan bilangan sut ujian, strategi t-hala juga
mempunyai kelemahan sekiranya tidak semua komponen perisian terlibat sama dan
berinteraksi, terdapat kemungkinan pembaziran masa untuk melaksanakan semua sut
ujian t-hala tersebut. Sekiranya hubungan masukan dan keluaran dapat dikenalpasti,
maka bilangan sut ujian dapat dikurangkan dengan lebih efektif.

Bagi mengatasi masalah ini, kertas kajian ini membincangkan tentang
penggunaan strategi Zk yang fleksibel. Tidak seperti kebanyakkan strategi t-hala yang
sedia ada, Zk membenarkan pengguna untuk memilih interaksi yang dikehendaki
sahaja berdasarkan hubungan masukan dan keluaran. Hal ini dapat mengurangkan
bilangan sut ujian dan berpotensi untuk penjimatkan kos. Prototaip implementasi Zk
telah dibina dan berjaya menyokong interaksi sehingga t = 3.

1.2 Objektif dan Matlamat

Tujuan utama penyelidikan ini adalah untuk membangunkan Strategi Zk
berdasarkan kepada hubungan masukan dan keluaran. Melalui hubungan masukan dan
keluaran ini, beberapa objektif telah ditetapkan untuk mencapai tujuan utama seperti:

a) Mengkaji algoritma yang sesuai untuk membina Strategi Zk dengan melakukan
pengujian berdasarkan kepada hubungan masukan dan keluaran.

b) Membuktikan kebolehgunaan Strategi Zk dalam menentusahkan set eksperimen yang
dijana samaada hasil janaan mempunyai liputan yang sepatutnya.

c) Menentusahkan had kekuatan interaksi Strategi Zk.

342 e-Digest PSIS 2017

KEJURUTERAAN ELEKTRIK

2.0 STRATEGI ZK BERDASARKAN HUBUNGAN MASUKAN DAN
KELUARAN

Pengujian t-hala adalah unjuran daripada pengujian berpasangan yang
dibangunkan untuk mengatasi masalah pengujian habisan. Istilah t yang digunakan
bermaksud kekuatan atau bilangan parameter yang digabungkan dan kebiasaanya
melibatkan nilai yang kecil seperti 2, 3, 4, 5 dan 6. Jika nilai t adalah sama dengan
bilangan parameter masukan, kombinasi habisan akan terhasil [3].

Tidak seperti pengujian berpasangan yang hanya menggabungkan nilai-nilai
parameter input daripada mana-mana dua parameter, pengujian t-hala pula melibatkan
interaksi antara input parameter t . Pengujian berpasangan terkenal sebagai strategi
pengurangan kes ujian yang berkesan dan mampu mengesan ralat sehingga 80% [4].
Walaubagaimanapun, lebih daripada 90% daripada ralat sebenarnya tercetus daripada
interaksi antara lebih daripada dua parameter seperti 3, 4, 5 dan 6 [5] . Kajian yang
serupa turut menyimpulkan keputusan yang sama dan hubungan antara pengurangan
saiz set ujian dan keberkesanan diuji dalam kerja tersebut [6]. Tambahan pula,
menurut cadangan daripada NIST iaitu hampir kesemua ralat mampu dikesan dengan
interaksi 6-hala [7,8]. Oleh yang demikian, pengujian t-hala juga adalah untuk
menjamin bahawa keseluruhan interaksi gabungan t-hala dapat diuji.

Pada amnya, kebanyakkan masalah dan kerosakan boleh dicetuskan kepada
pelbagai interaksi yang melibatkan beberapa parameter. Dalam penyelidikan ini,
kajian yang berkaitan strategi t-hala akan digunapakai untuk mengawal hubungan
masukan dan keluaran yang dikehendaki. Dengan menggunakan kaedah ini juga ia
dapat memastikan bahawa setiap ujian yang dijana adalah antara yang terbaik
melibatkan hubungan masukan dan keluaran.

Menurut Nei [9], penggunaan strategi t-hala dapat memberikan sumbangan
yang terbaru melalui hubungan masukan dan keluaran berdasarkan kepada beberapa
kriteria bagi membina interaksi antara pengujian. Khususnya, kajian ini memberi
penekanan yang lebih kepada kekuatan masukan dan keluaran serta perubahan kepada
penggunaan strategi t-hala berdasarkan kepada hubungan masukan dan keluaran.
Kekuatan masukan dan keluaran melalui strategi t-hala mengandaikan bahawa semua
parameter masukan dan keluaran saling berinteraksi antara satu sama lain (iaitu
dengan kekuatan interaksi malar (t) secara keseluruhannya). Strategi t-hala
mempunyai kekuatan interaksi dan dapat mempertimbangkan lebih daripada satu
kekuatan interaksi masukan dan keluaran dalam suatu proses penjanaan data ujian.
Manakala kekuatan masukan dan keluaran dan kekuatan interaksi boleh ubah sering
berubah-ubah berdasarkan kepada strategi t-hala dengan mengandaikan bahawa
semua parameter masukan berinteraksi antara satu sama lain. Hubungan masukan dan
keluaran pula adalah berasaskan kepada penggunaan pengetahuan diskret mengenai
hubungan masukan dan keluaran bagi penjanaan data ujian tersebut. Dengan cara ini,
hubungan masukan dan keluaran boleh digambarkan melalui strategi bentuk t-hala

e-Digest PSIS 2017 343

KEJURUTERAAN ELEKTRIK

yang paling umum kerana mereka boleh berkelakuan sebagai strategi kekuatan
masukan dan keluaran atau membentuk sebarang perubahan dan tidak sebaliknya.
Atas sebab ini, kajian yang sedia ada yang melibatkan hubungan masukan dan
keluaran adalah berdasarkan kepada strategi yang relevan dan sejauh mana
penyelidikan dalam ujian interaksi berkenaan dilaksanakan.

Strategi t-hala dengan hubungan masukan dan keluaran juga dapat
memberikan beberapa maklumat tambahan yang dapat digunapakai bagi suatu
analisis. Menurut Schroeder [10,11], penggunaan maklumat tambahan juga
diperlukan untuk mengurangkan kombinasi pengujian. Hubungan masukan dan
keluaran juga boleh diterjemahkan dengan pelbagai cara antaranya adalah untuk
menganalisis suatu program dokumentasi (contohnya spesifikasi program, atau
melalui graf sebab-akibat), manakala cara yang lain adalah dengan mengumpul
beberapa maklumat melalui temubual dari jurutera perisian berkaitan.

2.1 Contoh Aplikasi Penggunaan
Bagi mengambarkan Strategi Zk dengan lebih lanjut, contoh yang digunakan

adalah sistem pesanan pizza secara dalam talian akan digunakan pada Rajah 1.

Rajah 1 : Sistem Pesanan Pizza Secara Dalam Talian
Dalam sistem tersebut, terdapat 3 pilihan pengguna untuk memesan pizza
dengan kriteria seperti saiz (size), kerak (crust) dan sos (source). Setiap pilihan
mengandungi 2 nilai. Sistem pesanan pizza secara dalam talian ini boleh diwakili
dengan nombor seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1 di bawah.

344 e-Digest PSIS 2017

KEJURUTERAAN ELEKTRIK

Jadual 1 : Perwakilan Nombor bagi Sistem Pesanan Pizza

Parameter dan Nilai Perwakilan
Sebenar Nombor
A = {0,1)
Size = {Regular, Large} B = {0,1}

Crust = {Classic Hand C = {0,1}
Tossed, Crunchy Thin}

Sauce = {Vegie Galore,
pepperoni Delight}

Jadual 1 menunjukkan bagaimana pilihan boleh diwakili dengan menggunakan
nombor dan perwakilan ini kemudiannya diterjemahkan ke dalam bentuk jadual.
Jadual tersebut menunjukkan perwakilan pizza bagi sistem pesanan secara dalam
talian ke dalam suatu sistem dengan 3 pembolehubah yang mempunyai 2 nilai. Secara
mudahnya, Jadual 2 menunjukkan sistem pesanan pizza tersebut boleh diwakilkan dan
diterjemahkan kepada 3 lajur (parameter) dan 2 baris (nilai).

Jadual 2 : Nilai Data Asas

Pembolehubah Masukan

Nilai A B C

Asas 0 0 0

111

Kombinasi data ujian dapat dijana daripada nilai data ujian yang ditunjukkan
dalam Jadual 3. Dalam kes ini, pada kekuatan interaksi t = 3 (iaitu kombinasi
habisan), dimana bilangan kes ujian = (bilangan nilai data) bilangan parameter = 23 = 8
gabungan data. Berdasarkan teknik mudah, data yang dapat dijana adalah sebanyak 8
eleman yang telah ditunjukkan dalam Jadual 3 dibawah.

e-Digest PSIS 2017 345

KEJURUTERAAN ELEKTRIK

Jadual 3 : Kombinasi Set Ujian Data bagi Strategi Zk

Pembolehubah Masukan

ABC
Nilai Asas

000

111

000

001

010

Semua 0 1 1

Nilai

Kombinasi 1 0 0

101

110

111

Bagi pelaksanaan ujian ini, algoritma yang mudah digunakan untuk
memeriksa ketepatan keluaran setiap sistem tersebut. Algoritma tersebut melakukan
pencarian yang mudah dalam pangkalan data, seperti yang diperolehi dari Jadual 3.
Dengan merujuk kepada pangkalan data tersebut pada Jadual 3, nilai kombinasi
habisan akan wujud bagi setiap keluaran semasa pelaksanaan ujian dilaksanakan,
nilai-nilai tersebut dipengaruhi oleh pembolehubah yang digunakan untuk mencari
nilai keluaran dalam pangkalan data. Jika nilai keluaran data sistem adalah sepadan
dengan hasil yang dijana, maka ujian yang dijalankan adalah berjaya, jika tidak ia
akan gagal. Pencarian mudah ini membolehkan ia mengesahkan ketepatan suatu
keluaran setiap sistem secara menyeluruh untuk ujian kombinasi tersebut.

2.2 Perbincangan mengenai Hubungan Masukan dan Keluaran

Terdapat beberapa langkah yang diperlukan untuk memastikan pengesahan
hubungan masukan dan keluaran sesuatu sistem antaranya ialah:

a) Menganalisis spesifikasi perisian untuk mengenalpasti nilai yang dijana
berdasarkan kepada hubungan masukan dan keluaran sesuatu program, akan
tetapi langkah ini menyebabkan terdapatnya banyak masalah kerana

346 e-Digest PSIS 2017

KEJURUTERAAN ELEKTRIK

kebanyakan teknik spesifikasi tidak dapat mendokumenkan sebarang nilai
yang dikehendaki melalui hubungan masukan dan keluaran.
b) Bagi mengenalpasti nilai yang sebenar dalam hubungan masukan dan keluaran
tersebut, terdapat dua teknik yang digunakan untuk mengenalpasti nilai yang
sebenar iaitu melalui analisa perhubungan antara masukan dan keluaran.
Analisa perhubungan antara masukan dan keluaran boleh menggunakan rajah
sebab-akibat yang boleh menunjukkan pengaruh sesuatu masukan kepada
keluaran.
c) Langkah terakhir dalam mengesahkan hubungan masukan dan keluaran adalah
untuk membandingkan jangkaan hubungan masukan dan keluaran yang
dikenal pasti dalam spesifikasi program kepada hubungan masukan dan
keluaran yang sebenar yang dilaksanakan dalam suatu perisian. Hubungan
masukan dan keluaran yang sebenar mungkin berbeza dari hubungan masukan
dan keluaran yang dijana secara manual. Perbezaan ini mungkin disebabkan
oleh berbezanya tafsiran spesifikasi, kerana kesilapan dan kesalahan yang
terdapat dalam suatu perisian, atau disebabkan oleh kerumitan atau masalah
yang timbul semasa perlaksanaan tetapi ianya tidak diambilkira dalam
spesifikasi yang tertentu.

3.0 PEMBANGUNAN STRATEGI ZK

Gambaran keseluruhan mengenai hubungan masukan dan keluaran melalui
strategi Zk boleh diwakili dengan menggunakan carta aliran seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 2.

Tujuan pembangunan Algoritma Penjana Set Ujian t-Hala dalam kajian ini
adalah untuk membantu dalam menentusahkan kebolehan dan keberkesanan algoritma
masukan dan keluaran terhadap set ujian yang telah dijana. Algoritma yang
dibangunkan ini mengadaptasikan algoritma OTAT. Set binari yang terbentuk oleh
algoritma ini untuk menentukan interaksi antara parameter berdasarkan bilangan
kekuatan interaksi (t).

Bagi sistem yang mempunyai sekurang-kurangnya k parameter, bilangan set
binari yang terbentuk adalah sebanyak 2k. Walaubagaimanapun, kombinasi binari
yang diperlukan adalah berdasarkan bilangan bit ‘1’ setiap kombinasi. Bilangan bit
‘1’ mestilah bersamaan dengan bilangan kekuatan interaksi (t). Set binari akhir yang
terbentuk hanya mempunyai kombinasi-kombinasi binari yang mempunyai bilangan
bit ‘1’ sama dengan nilai t.

e-Digest PSIS 2017 347

KEJURUTERAAN ELEKTRIK

Mula

Baca semua input parameter dan
asingkan (seperti nilai parameter,

kekuatan interaksi)

Semak t = 2 Tidak
Tidak
Ya

Semak t = 3
Ya
Menjana senarai set ujian yang
sesuai t = 2 dan t = 3

Masukkan kepada interaksi
t = 2 dan t = 3

Algoritma Penjana Set Ujian t-
Hala

Tamat

Rajah 2 : Carta Alir Strategi Zk

348 e-Digest PSIS 2017

KEJURUTERAAN ELEKTRIK

Jika Sistem Zk digunakan dan kekuatan interaksi yang sama dipertimbangkan
dalam kes ini, maka set binari yang terbentuk adalah seperti yang ditunjukkan dalam
Rajah 3.

Parameter
A B CD
1 1 00
Set binari 1 0 1 0
yang
terbentuk 1 0 0 1
0 1 10
0 1 01
0 0 11

Rajah 3 : Set Binari daripada Kekuatan Interaksi t = 2
Algoritma ini kemudiannya membina konfigurasi set ujian t-hala untuk setiap
kombinasi binari dalam set binari akhir. Untuk setiap kombinasi binari, calon-calon
kes ujian dibina dengan pemilihan nilai-nilai dalam setiap parameter. Pemilihan
dimulakan dengan parameter terakhir yang mewakili bit ‘1’. Jika merujuk kepada set
binari dalam Rajah 1 untuk kombinasi binari pertama, parameter terakhir yang
mewakili bit ‘1’ adalah parameter D.
Setiap kombinasi binari mempunyai n calon kes ujian yang mana n adalah
hasil darab bilangan nilai-nilai parameter yang mewakili bit ‘1’. Dengan
mempertimbangkan contoh yang sama, bilangan calon kes ujian untuk kombinasi
binari pertama adalah sebanyak empat iaitu hasil darab antara bilangan nilai
parameter C dan D. Bagi parameter yang mewakili bit ‘0’, nilai dipilih secara rawak
untuk melengkapkan kes ujian. Seterusnya, proses yang yang sama diulang untuk
kombinasi-kombinasi binari yang seterusnya sehingga satu set kes ujian
dilengkapkan.

e-Digest PSIS 2017 349

KEJURUTERAAN ELEKTRIK

Masukan: set masukan (nilai-nilai untuk p1, p2..., pn); kekuatan
interaksi, t

Keluaran: set ujian akhir, final

mula

mulakan set kes ujian sementara, temp sebagai set

kosong;

mulakan set kombinasi binari, binary_set sebagai set

kosong;

b = binari set;

untuk (z=0 sehingga 2pn)

b= pertukaran bentuk integer i ke bentuk binari;
masukkan b ke binari_set jika bilangan bit ‘1’ = t;

untuk tamat

sehingga binari-set tidak kosong

untuk setiap binari_set: b = set binari

untuk (z = p-1 sehingga 0)

bentukkan kombinasi
nilai berdasarkan b di
mana

b(z) = ‘1’;

masukkan kombinasi
ke dalam temp;

jika (b(z) ='0')

Rajah 4 : Algoritma Penjana Set Ujian t-Hala

pilih nilai
secara
rawak;

Disebabkan kes-kes ujian yang terbentuk darikpeamdasakinikkaedah rawak secara
pengkomputeran, kes ujian yang sama berkemungkinananatkemapn terbentuk. Oleh yang
demikian, satu set ujian akhir dibina dengan membandidnegngkaann calon-calon kes ujian

nilai;

daripada set pertama. Kes ujian pertama daripada set asal secara automatik diterima
sebagai calon akhir. Kes ujian kedua dalam set asaljikaaktaamnadt ibandingkan dengan kes ujian

pertama, jika kes ujian adalah sama, maka kuenstuuk tjaimanat kedua dilupuskan daripada set ujian
asal. Perbandingan diteruskan sehingga set ujian asal dikosongkan. Ringkasan algoritma

untuk setiap tamat

ditunjukkan dalam Rajah 4.

sehingga tamat

masukkan kes ujian pertama daripada temp ke dalam
final;

untuk setiap temp: tc = kes ujian;

bandingkan tc dengan kes ujian dalam final;

350 e-Digest PSIS 2017 jika (perbandingan =0)
masukkan tc ke dalam final;

jika tamat

KEJURUTERAAN ELEKTRIK

3.1 Eksperimen yang dijalankan

3.1.1 Melibatkan Kekuatan Interaksi Masukan dan Keluaran

Eksperimen pertama dilakukan melibatkan kekuatan interaksi masukan dan
keluaran yang mana nilai yang dimasukan oleh –i adalah 2,2,2. Contoh nilai
parameter yang dimasukan adalah seperti Rajah 5 dibawah.

Rajah 5 : Nilai Parameter yang dimasukan oleh pengguna

AB C AB C

Strategi Zk Strategi Zk

ZZ

(a) (b)

Rajah 6 : Keluaran Zk menunjukkan Pembolehubah
Masukan dan Keluaran dimana Keluaran bagi
(a) Z0 = 101 dan (b) Z1 = 111

Rajah 6 yang mana nilai yang dimasukan tersebut dapat dikawal oleh
pengguna. Pembolehubah masukan yang diambil kira adalah 101 dengan nilai
A dan C adalah 1 dan nilai B adalah 0 seperti yang ditunjukkan dalam
manakala masukan kedua yang diambilkira adalah 111 bermaksud semua nilai
A, B dan C bernilai 1. Rajah 7 menunjukkan kombinasi setiap masukan pada
strategi Zk tersebut.

Rajah 7 : Kombinasi Nilai Keluaran bagi Strategi Zk bagi Kekuatan Interaksi Masukan dan
Keluaran

e-Digest PSIS 2017 351

KEJURUTERAAN ELEKTRIK

Berdasarkan kepada strategi t-hala terdapat dua kriteria yang perlu
dipatuhi untuk memilih nilai yang paling optimum bagi t. Kriteria pertama
adalah untuk memeriksa sama ada semua kombinasi t-hala telah dipilih (iaitu
interaksi) sekurang-kurangnya sekali sahaja. Bagi kriteria yang kedua pula,
metrik yang sama yang diberikan sebelum ini boleh digunakan untuk
menentukan nilai yang paling optimum bagi t, dengan syarat setiap kod
sumber bagi perisian di bawah melalui suatu pengujian akan dapat diperolehi
secara tidak langsung. Oleh itu, daripada Rajah 8, jumlah data pengujian telah
dikurangkan dari 12 kepada 8 dengan hanya 33.3% dapat dikurangkan. Nilai
yang dipaparkan tersebut adalah nilai janaan yang terhasil selepas suatu
strategi Zk dilaksanakan.

Rajah 8 : Keluaran bagi Strategi Zk bagi Kekuatan Interaksi Masukan dan Keluaran

Rajah 9 : Analisis Liputan Interaksi bagi 101 dan 111
352 e-Digest PSIS 2017

KEJURUTERAAN ELEKTRIK

Rajah 9 menunjukkan bahawa semua interaksi kombinasi 2-hala dan 3-hala bagi AC dan
ABC dilindungi oleh sut ujian akhir. Di sini, kombinasi pasangan AC diliputi sebanyak dua
kali manakala kombinasi ABC diliputi hanya sekali sahaja. Oleh yang demikian, didapati
bahawa semua cara kombinasi t-hala diliputi oleh sekurang-kurangnya satu ujian sahaja.

3.1.2 Melibatkan Kekuatan Interaksi Boleh Ubah

Bagi eksperimen yang kedua, ianya melibatkan kekuatan interaksi boleh ubah
dalam Rajah 10 .

Rajah 10 : Nilai Parameter yang dimasukan oleh pengguna

Strategi Zk boleh digambarkan seperti Rajah 11 dibawah yang mana
sistem tersebut mempunyai empat keluaran. Keluaran Z0 mengambilkira
masukan B dan C, Z1 mengambilkira masukan A dan C manakala Z2 hanya
mengambilkira A, B dan C serta Z3 mengambilkira C, D dan E, manakala nilai
yang tidak peduli (x).

AB CDE

Strategi Zk

Z0 Z1 Z2 Z3

Rajah 11 : Strategi Zk dengan pelbagai Masukan dan Keluaran
e-Digest PSIS 2017 353

KEJURUTERAAN ELEKTRIK

Rajah 12 menunjukkan kombinasi setiap masukan pada strategi Zk tersebut.

Rajah 12 : Kombinasi Nilai Keluaran bagi Strategi Zk bagi Kekuatan Interaksi Boleh Ubah
Rajah 13 menunjukkan keluaran bagi strategi Zk dengan beberapa masukan yang telah
dimasukan oleh pengguna. Nilai yang dipaparkan tersebut adalah nilai sebenar selepas suatu
strategi Zk dilaksanakan. Jumlah data pengujian juga dapat dikurangkan daripada 144 kepada
53 kes ujian yang diliputi.

Rajah 13 : Keluaran bagi Strategi Zk bagi Kekuatan Interaksi Boleh Ubah
354 e-Digest PSIS 2017

KEJURUTERAAN ELEKTRIK

Analisis interaksi parameter tersebut hanya meliputi sekurang-kurangnya
sekali untuk setiap kes ujian. Kombinasi bagi semua masukan parameter 01100,
10100, 11100 dan 00111 yang diliputi oleh semua kombinasi t-hala ditunjukkan
dalam Rajah 14 dibawah. Berdasarkan kepada Rajah 14, jumlah data pengujian telah
dapat dikurangkan kepada 62.5% setelah analisis liputan interaksi dilaksanakan yang
melibatkan sebanyak 144 kepada 54 data pengujian.

Rajah 14 : Analisis Liputan Interaksi bagi 01100, 10100, 11100 dan 00111
3.1.3 Menentusahkan Had Kekuatan Interaksi Bagi Strategi Zk

Bagi menentusahkan nilai yang digunakan dalam hubungan masukan dan keluaran,
kemampuan Strategi Zk telah dihadkan kepada t = 3 sahaja sama ada menggunakan
eksperiman masukan dan keluaran serta eksperiman boleh ubah. Rajah 15 menunjukkan
bahawa nilai masukan dan keluaran telah melebihi had yang dibenarkan iaitu 0001 dan
1111 dengan empat masukan mempunyai nilai yang berbeza iaitu 1, 2, 3 dan 4. Ini
bermaksud nilai ‘0’ atau ‘1’ yang wujud dalam 0001 dan 1111 melebihi nilai yang
sepatutnya iaitu t = 3. Bagi nilai -o = 0001 terdapat hanya nilai ‘1’ sahaja manakala bagi
-o = 1111 terdapat empat nilai ‘1’. Ini bermakna -o = 0001 dan -o = 1111 telah melebihi
had yang dibenarkan di dalam strategi Zk. Bagi -o = 0001 ianya tidak sah kerana

e-Digest PSIS 2017 355

KEJURUTERAAN ELEKTRIK

terdapat hanya satu nilai ‘1’ sahaja dimana ia tidak mempunyai pasangan interaksi yang
sepatutnya kerana hanya parameter D sahaja yang digunakan.

Rajah 15 : Nilai Parameter yang dimasukan oleh pengguna
Oleh sebab itu, keluaran strategi Zk adalah seperti dalam Rajah 16 dibawah
yang menunjukkan bahawa terdapatnya kesilapan dan kesalahan yang dilakukan oleh
pengguna ketika memasukkan nilai tersebut yang menyebabkan sistem tidak
mengambil kira -o = 0001 dan -o = 1111 serta ia tidak dapat menjana sebarang kes
ujian untuk diliputi.

Rajah 16 : Beberapa nilai -o yang tidak sah telah digunakan

356 e-Digest PSIS 2017

KEJURUTERAAN ELEKTRIK

3.1.4 Pemerhatian dan Penilaian Eksperimen

Tiga eksperimen yang telah dijalankan bagi memastikan hubungan
masukan dan keluaran dalam Strategi Zk, boleh dibuat pemerhatian seperti berikut
:

a) Dapat menganggarkan sebarang nilai yang mungkin untuk sistem tersebut bagi
nilai yang sebenar seperti dalam Rajah 7 bagi nilai parameter AB dan ABC
yang mana nilai masukan yang diambilkira adalah 101 dan 111 untuk
eksperimen yang melibatkan eksperimen kekuatan interaksi masukan dan
keluaran. Dalam sistem tersebut dengan merujuk kepada Rajah 9 nilai tidak
peduli (x) telah dijana secara rawak yang mana nilai ini boleh menjadi
samaada nilai ‘0’ atau nilai ‘1’, melalui hubungan masukan dan keluaran
tersebut. Nilai janaan dapat dikemaskini lagi melalui ujian proses
pembangunan dengan merujuk kepada Rajah 9 yang mana rajah tersebut
adalah analisis liputan intaraksi yang sebenar melalui pengiraan secara manual
bagi 101 dan 111. Tiada perbezaan dari segi nilai yang ditunjukkan samaada
hasil janaan mempunyai liputan yang sepatutnya setelah analisis dilaksanakan.
Bagi eksperimen yang kedua, melalui kekuatan interaksi boleh ubah, nilai
yang dimasukan adalah berbeza untuk semua parameter. Terdapat lima
parameter yang dimasukan oleh pengguna dengan nilai yang berbeza-beza.
Parameter A dan B mempunyai 2 nilai, parameter C dan D mempunyai 3 nilai
manakala parameter E mempunyai 4 nilai. Semua nilai yang dimasukkan oleh
pengguna boleh dirujuk melalui Rajah 5. Kesemua lima parameter tersebut
telah mencetuskan sebanyak 144 bilangan data akan tetapi apabila sistem
dilaksanakan hanya terdapat 54 bilangan data yang wujud. Hal ini bermaksud
sebanyak 62.5% pengurangan nilai data pengujian yang telah diambilkira
secara keseluruhannya. Analisis liputan interaksi telah ditunjukkan dalam
Rajah 14 bagi 01100, 10100, 11100 dan 00111.

b) Apabila menjalankan eksperimen buat kali pertama melalui hubungan
masukan dan keluaran, adalah perkara biasa jika terdapat kehilangan beberapa
nilai yang mungkin. Jenis hubungan yang paling kerap berlaku adalah untuk
menentukan satu nilai masukan Rajah 7 sama ada wujud atau tidak nilai
sebenar atau nilai yang dijana secara rawak pada keluaran. Satu lagi hubungan
yang biasa berlaku adalah apabila satu nilai masukan tersebut dapat
menentukan berapa banyak nilai keluaran yang tertentu akan terhasil. Bagi
hubungan masukan dan keluaran ini, hanya sebilangan data pengujian yang
diambilkira yang mana berlaku pengurangan data dalam satu-satu pengujian
yang telah dilaksanakan.

c) Bagi eksperimen ketiga, nilai yang dimasukan oleh pengguna (rujuk Rajah 16)
tidak sah kerana sistem yang dibangunkan hanya melibatkan kekuatan
interaksi sehingga t = 3. Oleh sebab itu, nilai janaan dan nilai sebenar bagi
sistem tersebut tidak dapat dikenalpasti bilangan data pengujiannya. Adalah
penting untuk menentusahkan hubungan masukan dan keluaran bagi

e-Digest PSIS 2017 357

KEJURUTERAAN ELEKTRIK

memastikan ketepatan sesuatu nilai sebelum menggunakan sesuatu nilai yang
dijana. Zk tidak memberi sebarang jaminan dalam menentukan hubungan
masukan dan keluaran yang betul bagi setiap sistem yang diuji.

3.0 KESIMPULAN

Daripada eksperimen yang dijalankan pada bahagian 3 dapat
disimpulkan bahawa melalui eksperimen yang pertama dan kedua adalah
penggunaan algoritma yang sesuai bagi melaksanakan pengujian berdasarkan
kepada hubungan masukan dan keluaran telah berjaya dilaksanakan dengan
menyokong kekuatan masukan dan keluaran serta boleh ubah yang fleksibel.
Nilai masukan dan keluaran dikawal sepenuhnya oleh pengguna. Antara
kesimpulannya adalah :-

a) Strategi Zk adalah fleksibel – melalui eksperimen berdasarkan hubungan masukan
dan keluaran serta boleh ubah, nilai masukan seperti Rajah 5 dan 10 menunjukkan
nilai tersebut dimasukan dan dikawal oleh pengguna melalui nilai input (-i) dan
output (-o). Pemilihan nilai yang bersesuaian adalah amat penting melalui
hubungan masukan dan keluaran serta boleh ubah. Oleh yang demikian
berdasarkan Strategi Zk yang berkaitan ia dapat mengkaji algoritma yang sesuai
untuk membina Strategi Zk dengan melakukan pengujian berdasarkan kepada
hubungan masukan dan keluaran. Ini telah dapat mengesahkan bahawa objektif
pertama kertas kajian dapat disahkan pengujian berdasarkan hubungan masukan
dan keluaran.

b) Dapat mengurangkan nilai eksperimen secara sistematik – melalui Rajah 8 dan 13
telah menunjukkan keluaran bagi strategi Zk bagi kekuatan interaksi hubungan
masukan dan keluaran serta boleh ubah. Analisis liputan interaksi yang
ditunjukkan dalam Rajah 9 dan 14 telah menunjukkan setiap kombinasi hanya
diliputi oleh sekurang-kurangnya satu eksperiman sahaja daripada nilai habisan.
Oleh sebab itu, jumlah pengujian data dapat dikurangkan. Melalui objektif kedua
ia telah membuktikan kebolehgunaan Strategi Zk dalam menentusahkan set
eksperiman yang dijana samaada hasil janaan mempunyai liputan yang
sepatutnya.

c) Janaan data yang dihasilkan meliputi kesemua keperluan nilai masukan dan
keluaran – apabila pengguna memasukan nilai masukan dan keluaran melebihi
had contohnya sehingga 4 digit angka ‘1’ yang digambarkan melalui Rajah 16,
maka sistem tidak dapat menjana sebarang keluaran kerana sistem tersebut telah
dihadkan sehingga t = 3. Oleh sebab itu, semua nilai masukan dan keluaran dapat
menghasilkan nilai keluaran data yang diliputi oleh kombinasi nilai masukan yang
dimasukkan dan dikawal sepenuhnya oleh pengguna dimana melalui objektif yang
ketiga ia telah dapat menentusahkan had kekuatan interaksi Strategi Zk yang telah
dijana.

358 e-Digest PSIS 2017

KEJURUTERAAN ELEKTRIK

RUJUKAN

[1] Beizer, B. (1990), Software Testing Technique, Second Edition, Boston, International
Thompson Computer Press.

[2] AGARWAL, B. B., TAYAL, S.P. & & GUPTA, M. (2010), Software Engineering and
Testing an Introduction, Sudbury, Jones and Bartlelt Publishers.

[3] ZAMLI, K. Z., YOUNIS, M. I., ABDULLAH, S. A. C. & SOH, Z. H. C. (2008),
Software Testing, Kuala

Lumpur, Open University Malaysia.

[4] YOUNIS, M. I., ZAMLI, K. Z. & ISA, N. A. M. (2008), Generating Pairwise
Combinatorial Test Set Using Artificial Parameters and Values. In: Proceedings of
the 3rd International Symposium on Information Technology 2008, (ITSim’08), K.
Lumpur, Malaysia. pp. 1654-1661.

[5] KUHN, D. R. & REILLY, M. J. (2002), An Investigation of the Applicability of Design
of Experiments to Software Testing. In: Proceedings of the 27th NASA/IEEE
Software Engineering Workshop, NASA Goddard Space Flight Center. pp. 91-95.

[6] WONG, W. E., HORGAN, J. R., LONDON, S. & MATHUR, A. P. (2000), Effect of Test
Set Minimization on Fault Detection Effectiveness. In: Proceedings of the IEEE
International Conference on Software Engineering, Limerick, Ireland. pp. 347-369.

[7] GRINDAL, M., OFFUTT, J. & ANDLER, S. F. (2005), Combination Testing Strategies:
A Survey. Journal of Software Testing, Verification and Reliability, 15(3), pp. 167-
199.

[8] BELL, K. Z. & MLADEN, A. V. (2005), On Effectiveness of Pairwise Methodology for
Testing Network-Centric Software. In: Proceedings of the IEEE International
Conference on Information & Communications Technology, Cairo, Egypt. pp. 221-
235.

[9] NEI, C.H., (2000), Method for Pair-Wise Testing Based on Network Model.

[10]SCHROEDER, P. J. (2001), Black-Box Test Reduction Using Input-Output Analysis.
PhD Thesis. Department of Computer Science. Chicago, IL,USA, Illinois Institute of
Technology.

[11]SCHROEDER, P. J. & KOREL, B. (2000), Black-Box Test Reduction Using Input-
Output Analysis. SIGSOFT Software Engineering Notes 25(5), pp. 173-177.

e-Digest PSIS 2017 359

PERDAGANGAN

KAJIAN TERHADAP PEMAHAMAN PELAJAR DIPLOMA
KEWANGAN DAN PERBANKAN ISLAM DI POLITEKNIK SULTAN

IDRIS SHAH TENTANG KADAR PERTUKARAN WANG ASING
(FOREX) DI MALAYSIA

Sharida Zaina Binti Shafie
Jabatan Perdagangan

Politeknik Sultan Idris Shah
[email protected]

Sarimah Binti Aman Shah
Jabatan Perdagangan

Politeknik Sultan Idris Shah
[email protected]

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji pemahaman pelajar Diploma
Kewangan dan Perbankan Islam di Politeknik Sultan Idris Shah tentang kadar
pertukaran wang asing Di Malaysia. Faktor yang akan dikaji adalah faktor
pengetahuan, kemahiran dan minat. Objektif kajian akan mengkaji ketiga- tiga faktor
ini bagi melihat pemahaman pelajar Diploma Kewangan dan Perbankan Islam di
Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) tentang kadar pertukaran wang asing di Malaysia.
Sampel Kajian yang digunakan terdiri daripada 214 orang responden yang terdiri
daripada pelajar Jurusan Diploma Kewangan dan Perbankan Islam dari semester
1,2,3,4,5 dan 6 di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS). Borang soal selidik telah
diedarkan kepada responden untuk memperolehi maklumat kajian. Hasil dapatan
kajian diproses menggunakan perisian IBM SPSS Statistic versi 20. Dapatan kajian
mendapati faktor pengetahuan adalah menjadi faktor yang paling tinggi bagi
pemahaman pelajar Diploma Kewangan dan Perbankan Islam di Politeknik Sultan
Idris Shah tentang kadar pertukaran wang asing. Ini dapat dibuktikan dengan nilai
purata min sebanyak 3.49.

Kata kunci : Pemahaman pelajar, Pelajar Diploma Kewangan dan Perbankan Islam
di Politeknik Sultan Idris Shah, Kadar Pertukaran Wang Asing

360 e-Digest PSIS 2017

PERDAGANGAN

1.0 PENGENALAN
Forex adalah singkatan daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu “Foreign

Currency Exchanges” dan maksudnya dalam bahasa Malaysia ialah pertukaran mata
wang asing. Perniagaan forex ini adalah perniagaan terbesar yang mendominasi
keseluruhan perniagaan kewangan seluruh dunia. Perniagaan ini adalah perniagaan
merentasi sempadan di mana ia diniagakan di seluruh dunia.

Forex diniagakan selama 24 jam sehari dan 5 hari seminggu. Pasaran dibuka
bermula daripada pasaran New Zealand (Wellington) diikuti dengan Australia
(Sydney), kemudian Jepun (Tokyo), Hong Kong, Germany (Frankfurt), Britain
(London) dan akhir sekali di United States (New York).

Jumlah transaksi harian forex adalah sekitar USD3 trillion hingga USD4
trillion. Perniagaan ini juga tidak memerlukan pertukaran dari segi fizikal seperti
menukar wang di money changer (pengurup wang). Ia dijalankan melalui rangkaian
data yang dimuatkan dalam platform dan digunakan oleh semua pedagang forex di
seluruh dunia.

Perniagaan forex telah menjadi semakin popular sekarang ini setelah ia dibuka
untuk orang awam (retail market). Jika sebelum ini hanya bank-bank sahaja yang
mendapat hasil daripada pertukaran wang asing, tetapi keadaannya sudah berbeza
sekarang kerana orang awam juga boleh menjana hasil daripada forex ini sebagai
“Trader” individu.

Pasaran modal dan wang menggunakan jenis mata wang yang sama dan
peserta-peserta pasaran selalunya terdiri daripada warganegara yang sama. Sekiranya
urus niaga berlaku diantara negara-negara yang berlainan, satu masalah utama akan
timbul. Pembayaran dan penerimaan melibatkan mata wang yang berlainan, dan oleh
itu perlu ditukar-gantikan.

Pertukaran asing merujuk kepada dana yang dapat digunakan dalam urus niaga
antarabangsa. Ia meliputi mata wang asing, deposit bank-bank asing dan tuntutan
kewangan lain yang berjangka pendek dan akan dibayar dalam bentuk mata wang
asing. Pasaran yang menguruskan pertukaran mata wang itu disebut pasaran
pertukaran asing. (Ishamil Ahmad, 2012)

e-Digest PSIS 2017 361

PERDAGANGAN

Forex (Foreign Exchange) adalah perdagangan mata wang asing dari seluruh
negara. Mata wang memainkan peranan yang sangat penting di dalam urusan
perniagaan pertukaran mata wang asing. Contohnya, seorang pelancong dari Amerika
pergi melancong ke Perancis, dia tidak akan dapat pergi ke Perancis dengan mata
wang dollar yang dimiliki, dia seharusnya terlebih dahulu menukarkan mata wang
tersebut kepada mata wang Euro Perancis mengikut harga pasaran semasa. Nilai harga
pasaran selalu berubah-berubah, maka pihak trader atau orang yang melakukan
perdagangan mata wang asing akan mengambil peluang perubahan terhadap keadaan
harga pasaran tersebut, contohnya seperti trader akan membeli nilai mata wang pada
waktu nilai mata wang jatuh dan akan menjual kembali mata wang tersebut sewaktu
nilai mata wang naik.

Kadar pertukaran tetap yang diperkenalkan di Malaysia ketika negara
mengalami krisis ekonomi yang bermula pada Julai 1997 menunjukkan
ketidakupayaan untuk menilai daya saing sebenar sistem kadar pertukaran asing yang
digunakan di Malaysia. Ini kerana peraturan kadar pertukaran ini hanya mengikut
kadar pertukaran nominal dan tidak mengikut kadar tukaran efektif sebenar di mana ia
mengambil prestasi inflasi dalam ekonomi secara relatif. (Sumber: Laporan Bank
Negara Malaysia, 1997).

Pengetahuan dan kemahiran adalah perkara yang sangat penting dalam
pengurusan forex. Dengan adanya pengetahuandan kemahiran yang baik dalam
bidang forex, pelajar dapat meningkatkan lagi pemahaman malahan dapat
menambahkan minat dan ingin tahu tentang forex lebih mendalam. Dengan itu pelajar
dapat berkongsi ilmu yang diperolehi kepada orang lain. Bagi menarik minat
masyarakat tentang perniagaan forex , pendedahan yang mendalam perlu diberikan
tentang kelebihan-kelebihan yang ada didalam perniagaan forex dan perlu dijelaskan
tentang pelbagai perkara yang mereka ingin tahu tentang forex dan bagaimana
mendapat keuntungan dalam forex. Jika pelajar mempunyai pengetahuan dan
kemahiran yang cukup dan baik tentang forex, masyarakat di luar sana akan berminat
untuk menceburi dalam bidang forex di Malaysia.

362 e-Digest PSIS 2017

PERDAGANGAN

2.0 SOROTAN KAJIAN

Menurut Dr.Muhammad Rawwas Qal’ahji (2005) didalam bukunya “Urusan
Kewangan Semasa Menurut Perspektif Syariah Islam” telah dinyatakan mengenai
hukum jual beli forex. Pertukaran suatu mata wang dengan mata wang lain merupakan
satu bentuk jual beli yang menurut istilah fiqah dipanggil al-ṣarf. Pada zaman dahulu
sebelum wujud sistem mata wang kertas, transaksi al-ṣarf adalah melibatkan emas dan
perak. Kini, transaksi al-ṣarf dikembangkan kepada mata wang kertas kerana ia
menyamai emas dan perak dari pelbagai sudut. Justeru, pertukaran mata wang dengan
mata wang yang lain adalah termasuk dalam transaski al-ṣarf yang secara asasnya
dibenarkan oleh syarak jika memenuhi syarat-syaratnya. Sekiranya pertukaran antara
suatu mata wang dengan mata wang yang lain memenuhi syarat-syarat di atas, maka
ia adalah diharuskan sekalipun tujuannya adalah untuk mengambil keuntungan
daripada perbezaan harga ketika belian dan jualan.

Menurut Norhayah Zulkifli Et.Al (1999) kemahiran dalam menganalisa
pasaran matawang adalah sifat penting dalam perdagangan yang berjaya dalam forex.
Kejayaan perdagangan adalah mustahil tanpa kemahiran dalam trend pasaran, corak,
dan proses. Hanya dengan memahami trend yang mendorong kadar pertukaran, boleh
menjamin hasil yang dikehendaki. Seorang pedagang pemula harus ingat bahawa
bekerja diforex tanpa analisis pasaran adalah mustahil. Penggunaan cekap membuat
perdagangan yang berjaya matlamat yang realistik.

Menurut Muhammad Roza Aulla Lubis (2014) didalam bukunya “Prinsip
Wang dan Kadar Pertukaran Asing” menceritakan sedikit tentang kelebihan yang ada
di dalam pasaran forex ini antaranya adalah ia merupakan pasaran terbesar di dunia
dan ia masih berkembang dengan cepat, ia menggunakan teknologi maklumat yang
luas dan menjadikannya tersedia untuk semua orang, pedagang boleh mendapatkan
keuntungan dari kedua-dua ekonomi yang kuat dan lemah, pedagang boleh membuat
pesanan dalam jangka masa pendek yang dilarang dalam beberapa pasaran lain,
pasaran yang tidak dikawal selia, komisen pembrokeran adalah sangat rendah atau
tidak wujud dan pasaran pertukaran mata wang asing ini dibuka 24 jam sehari pada
hari- hari biasa.

e-Digest PSIS 2017 363

PERDAGANGAN

3.0 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Populasi dan Sampel

Menurut Gay dan Air Asian (2003) “Populasi adalah kumpulan sasaran
pengkaji, iaitu kumpulan kepada siapa hasil kajian akan digeneralisasikan”. Pelajar
Diploma Kewangan dan Perbankan Islam seramai 479 orang yang terdiri daripada
pelajar semester satu, dua, tiga, empat, lima dan enam. Mereka merupakan kelompok
atau populasi kajian yang terlibat sebagai responden. Kajian ini dilakukan di
Politeknik Sultan Idris Shah. Persampelan merupakan pengambilan sebahagian
pecahan dari suatu populasi atau juzuk penuh sebagai mewakili populasi atau juzuk
itu (Kerlinger, 1973). Sampel kajian seramai 214 orang diperlukan untuk menjadi
responden terhadap kajian ini. Kaedah persampelan yang dipilih ialah rawak mudah.

3.2 Instrumen Kajian
Menurut Sheatsley (1983) dalam Syed Arabi (1992) satu soal selidik yang

digubal dengan baik seharusnya dapat mencapai objektif kajian, dapat maklumat yang
paling tepat dan lengkap serta dapat mencapai tujuan kajian dengan perbelanjaan yang
sederhana.

Instrumen berbentuk soal selidik adalah cara yang paling berkesan dan efektif
bagi mendapatkan maklumat dari responden, (Tuckman). Cates (1980) pula
berpendapat, penggunaan instrumen yang berbentuk soal selidik adalah amat berkesan
jika ia disediakan dengan baik dan mempunyai item yang konsisten dan boleh
dipercayai. Dalam keadaan masa yang terhad, ia merupakan cara yang amat sesuai
untuk digunakan pada waktu itu. Kaedah ini juga boleh mendapatkan keputusan yang
lebih tepat daripada responden. Di dalam borang soal selidik ini mengandungi tiga
bahagian. Skala Likert dipilih kerana ia dapat membantu untuk memperoleh data
dengan lebih tepat dan ia disokong oleh Mohamad Nor Mohamad Taib (2002) yang
menyatakan skala yang sesuai digunakan ialah sekala Likert empat mata.

364 e-Digest PSIS 2017

PERDAGANGAN

1 Sangat Setuju ( SS )
2 Setuju ( S )
3 Tidak Setuju ( TS )
4 Sangat Tidak Setuju (STS )

Jadual 1.0: Skala Likert
3.3 Analisis Data

Data dianalisa dengan menggunakan perisian IBM SPSS Statistic versi 20

3.4 Analisis Kebolehpercayaan Data
Menurut Baker (1999), Creswell (2005) dan Gay (1996) kebolehpercayaan

bermaksud skor dari sesuatu instrumen adalah stabil dan konsisten setelah instrumen
yang sama ditadbir berulangkali pada masa yang berlainan. Didalam kajian ini,
pengujian kebolehpercayaan data di jalankan untuk menentukan sama ada soal selidik
yang dikemukakan kepada responden boleh dipercayai, iaitu responden menjawab
secara konsisten dari suatu masa ke suatu masa. Pengujian kebolehpercayaan
dilakukan dengan melihat nilai Cronbach’s Alpha. Instrumen kajian dikatakan boleh
dipercayai jika nilai Cronbach’s Alpha melebihi 0.6.

Dalam tatacara kajian, sebelum pengkaji mengedarkan borang soal selidik,
pengkaji akan melakukan kajian rintis (pilot test) terlebih dahulu terhadap 30 orang
responden. Responden pula adalah mereka yang berkenaan dan terlibat di dalam tajuk
kajian, dan pengkaji telah mensasarkan pelajar bagi kursus Diploma Kewangan dan
Perbankan Islam (DIB) Politeknik Sultan Idris Shah sebagai responden yang utama.
Tujuan utama analisis ini dilaksanakan adalah untuk mengkaji kesahihan soalan yang
terkandung dalam borang soal selidik.

e-Digest PSIS 2017 365

PERDAGANGAN

Cronbach’s Tafsiran
Alpha

Faktor Pengetahuan 0.689 Baik dan boleh diterima

Faktor Kemahiran 0.673 Baik dan boleh diterima

Faktor Minat 0.814 Baik dan boleh diterima

Jadual 1.0 Jadual Analisis Kebolehpercayaan Data

Menurut Sekaran (2003), jika nilai Cronbach’s Alpha melebihi nilai 0.6 maka
skala tersebut cukup dipercayai untuk mengukur sesuatu kajian. Nilai Cronbach’s
Alpha bagi kajian ini adalah melebihi 0.6, maka skala tersebut cukup di percayai
untuk mengukur sesuatu kajian yang ditetapkan. Maka borang soal selidik yang di
jalankan pengkaji terbukti mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan boleh di
edarkan kepada responden.

4.0 DAPATAN KAJIAN

4.1 Bahagian A: Analisis Latar Belakang Responden

Jadual dibawah menunjukkan analisis tentang aspek latar belakang responden
iaitu status, jantina, semester dan bangsa akan mempengaruhi responden tentang
kesedaran terhadap pentingnya pemahaman tentang pertukaran matawang asing di
kalangan pelajar Diploma Kewangan dan Perbankan Islam di Politeknik Sultan Idris
Shah.

Status Berkahwin - 99.5% , 212 orang
Jantina Tidak berkahwin-0.5% , 2 orang
Responden Lelaki- 32.2%, 69 orang
366 e-Digest PSIS 2017 Perempuan-67.78%,145orang
6- 18.7% , 40 orang

PERDAGANGAN

214 orang 5-17.3% , 37 orang
4 dan 2 – 16.4% , 70 orang
Semester

3- 15.4% , 33orang

Bangsa 1-15.9% , 34 orang
Melayu – 98 % , 210 orang

India-2% , 4 orang

Jadual 1.1 Analisis Latar Belakang Responden

4.0 Bahagian B: Analisis Faktor Pemahaman Pelajar Diploma Islamic Banking
and Finance (DIB) Politeknik Sultan Idris Shah Tentang Kadar
Pertukaran Matawang Asing Di Malaysia.

Analisis adalah berkaitan dengan objektif kajian yang di jalankan iaitu analisis
soalan berkaitan faktor kajian terhadap pemahaman pelajar Diploma Islamic
Banking and Finance (DIB) Politeknik Sultan Idris Shah tentang kadar pertukaran
matawang asing di Malaysia. Analisis ini berdasarkan objektif kajian seperti faktor
pengetahuan, faktor kemahiran dan faktor minat di kalangan pelajar Diploma
Kewangan dan Perbankan Islam di Politeknik Sultan Idris Shah.

Keputusan kajian yang di perolehi akan ditunjukkan dalam bentuk peratusan
dan min skor. Min skor tertinggi bagi setiap penyataan ialah 4.0 manakala min skor
yang paling rendah ialah 1. Berdasarkan kepada skala, 1 mewakili sangat lemah,
skala 2 mewakil lemah, skala 3 mewakili baik dan skala 4 mewakili sangat baik.

Hasil daripada analisis akan dirumuskan keputusannya berdasarkan kepada
tahap pengukuran yang di adaptasikan daripada Ezora Ismail (1998) seperti yang
ditunjukkan dalam jadual berikut;

e-Digest PSIS 2017 367

PERDAGANGAN

Min skor Tahap

1.0 hingga 2.0 Rendah

2.1 hingga 3.0 Sederhana

3.1 hingga 4.0 Tinggi

Jadual 1.2 : Skala min skor

4.1 Analisis Soalan Berkaitan Faktor Pengetahuan Mempengaruhi
Pemahaman Pelajar Diploma Islamic Banking and Finance Politeknik
Sultan Idris Shah Tentang Kadar Pertukaran Wang Asing Di Malaysia.

Nilai min Penjelasan

3.49 111 orang responden sangat bersetuju bahawa masalah ekonomi
adalah satu sebab bahawa setiap individu termasuk pelajar perlu
menambahkan pengetahuan tentang ilmu forex.

3.43 106 responden bersetuju bahawa pihak forex perlu menggunakan
pendekatan yang lebih baik dalam menambahkan pengetahuan
tentang forex kepada masyarakat luar.

3.36 5 responden tidak bersetuju bahawa nilai pasaran matawang asing
sentiasa berubah setiap hari mengikut keadaan ekonomi pasaran
dunia.

Jadual 1.3: Analisis Soalan Berkaitan Faktor Pengetahuan

Penyataan di atas jelas menyatakan bahawa apabila terjadi masalah ekonomi
dengan adanya pengetahuan tentang forex, responden dapat mengetahui nilai
matawang negara jatuh dan dengan ilmu forex responden dapat menjana pendapatan
sampingan. Ini kerana, jika berlaku masalah ekonomi pihak responden mempunyai
dana sampingan untuk meneruskan kehidupan seharian mereka. Responden juga
sangat bersetuju bahawa masalah ekonomi adalah satu sebab bahawa setiap individu
termasuk pelajar perlu menambahkan pengetahuan tentang ilmu forex. Pendekatan
dalam bentuk pengiklanan di media-media sosial mengenai ilmu forex, motivasi dan
kursus untuk mempelajari ilmu forex amat perlu dititik beratkan. Dengan itu,
masyarakat luar dapat memahami ilmu forex dengan lebih baik.
368 e-Digest PSIS 2017

PERDAGANGAN

4.2 Analisis Soalan Berkaitan Faktor Kemahiran Mempengaruhi Pemahaman
Pelajar Diploma Islamic Banking and Finance Politeknik Sultan Idris Shah
Tentang Kadar Pertukaran Wang Asing Di Malaysia.

Nilai min Penjelasan

3.43 99 orang responden sangat bersetuju bahawa dengan mempunyai
kemahiran tentang aktiviti forex dapat mengurangkan risiko
kerugian.

2.35 75 orang responden setuju bahawa forex itu penting kepada masa
depan pelajar DIB sahaja.

2.06 124 responden tidak bersetuju kerana pihak responden
kebanyakannya tidak mempunyai kemahiran dalam aktiviti
pertukaran matawang asing.

Jadual 1.4: Analisis Soalan Berkaitan Faktor Kemahiran

Faktor kemahiran mempengaruhi pemahaman pelajar Diploma Islamic
Banking and Finance Politeknik Sultan Idris Shah tentang kadar pertukaran wang
asing di Malaysia. Min tentang faktor kemahiran mempengaruhi pemahaman pelajar
Diploma Islamic Banking and Finance Politeknik Sultan Idris Shah tentang kadar
pertukaran wang asing di Malaysia. Min skor purata bagi analisis pada item-item
bahagian ini adalah sebanyak 3.08.

Kemahiran dalam pasaran forex dapat mengurangkan risiko kerugian malahan
dapat meningkatkan keuntungan peribadi para pelabur, kemahiran dalam bermain
forex bukan tertumpu hanya pada kursus DIB sahaja malahan ia terbuka kepada
sesiapa sahaja individu yang mempunyai minat untuk mempelajari kemahiran dalam
pasaran forex. Kemahiran dalam aktiviti pertukaran matawang asing perlu diberi
pendedahan dari segi praktikal kerana dalam kemahiran forex di institusi-institusi
pengajian hanya mengajar lebih banyak mengenai teori daripada praktikal.

4.3 Analisis Soalan Berkaitan Faktor Minat Mempengaruhi Pemahaman
Pelajar Diploma Islamic Banking and Finance Politeknik Sultan Idris Shah
Tentang Kadar Pertukaran Wang Asing Di Malaysia.
e-Digest PSIS 2017 369

PERDAGANGAN

Nilai min Penjelasan

3.34 93 orang responden sangat bersetuju bahawa dengan adanya
kemudahan teknologi pada masa kini menambahkan lagi minat
seseorang individu untuk bergiat aktif dalam bidang forex.

3.45 112 orang responden bersetuju bahawa dengan adanya sasaran atau
target yang ingin dicapai, menambahkan lagi semangat dan minat
untuk melabur dalam pasaran forex.

3.28 10 responden tidak bersetuju terhadap faktor-faktor golongan orang
yang ingin menambahkan dana pada masa hadapan membuatkan
individu tertarik untuk bermain forex

Jadual 1.5: Analisis Soalan Berkaitan Faktor Minat

Kemudahan teknologi pada masa kini dapat menarik minat generasi muda
untuk bergiat aktif dalam pasaran forex dan membantu meningkatkan ekonomi
negara.Ini kerana dengan adanya target dan sasaran untuk menceburi bidang forex
dapat meningkatkan ketahanan dari segi fizikal dan mental ini disebabkan oleh
motivasi diri yang kuat dapat menambahkan lagi minat yang mendalam untuk
menceburi pasaran forex ini. Sebilangan kecil responden tidak yakin dengan
melibatkan diri dalam pasararan forex akan menambahkan dana sampingan kepada
mereka.

5.0 KESIMPULAN

5.1 Perbincangan tentang pemahaman pelajar Diploma Islamic Banking and
Finance (DIB) Politeknik Sultan Idris Shah tentang kadar pertukaran
matawang asing di Malaysia. (Faktor Pengetahuan)

Nilai min yang tertinggi iaitu 3.49 dimana sebanyak 51.9% bersamaan 111
responden sangat bersetuju dan seramai 97 orang responden bersetuju bahawa
masalah ekonomi adalah satu sebab bahawa setiap individu termasuk pelajar perlu
menambahkan pengetahuan tentang ilmu forex. Penyataan ini jelas menyatakan
bahawa apabila terjadi masalah ekonomi dengan adanya pengetahuan tentang

370 e-Digest PSIS 2017

PERDAGANGAN

forex, responden dapat mengetahui nilai matawang negara jatuh dan dengan ilmu
forex responden dapat menjana pendapatan sampingan. Ini kerana, jika berlaku
masalah ekonomi pihak responden mempunyai dana sampingan untuk
meneruskan kehidupan seharian mereka.

Siti Rohani Yahya (1990) dalam bukunya “Kemelesatan Ekonomi Kesan dan
Harapan” perubahan matawang dapat di lihat dengan adanya faktor-faktor yang
mempengaruhi kadar pertukaran seperti faktor prestasi ekonomi negara, polisi
bank pusat, kadar faedah, faktor politik, sentimen pasaran dan peristiwa yang tak
dapat dijangkakan dalam. Oleh itu, masyarakat perlu mengetahui perubahan
matawang dengan melihat kepada faktor-faktor yang memepengaruhi kadar
pertukaran.

Di dalam buku 'The Malaysian Currency Crisis, How and Why it happen' Dr.
Mahathir (2000) menerangkan bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang
mempunyai perkembangan ekonomi yang kukuh. Ia berkembang sebanyak 8%
setahun, memiliki politik yang stabil dan ekonomi yang kuat. Justeru, Malaysia
bukanlah negara yang berpotensi menghadapi kemelesetan ekonomi dan
masyarakat perlu mengambil tahu tentang perkara berkaitan ekonomi negara.

Nilai min yang rendah iaitu 3.36 di mana seramai 5 orang responden tidak
bersetuju bahawa nilai pasaran matawang asing sentiasa berubah setiap hari
mengikut keadaan ekonomi pasaran dunia. Kenyataan ini menjelaskan bahawa
masih ada lagi masyarakat yang masih kurang dalam mengetahui kitaran
matawang dalam ekonomi negara dan pasaran matawang dunia.

5.2 Perbincangan tentang pemahaman pelajar Diploma Islamic Banking and
Finance (DIB) Politeknik Sultan Idris Shah tentang kadar pertukaran
matawang asing di Malaysia. (Faktor Kemahiran)

Min tertinggi iaitu 3.43 di mana sebanyak 46.7% responden sangat bersetuju
bahawa dengan mempunyai kemahiran tentang aktiviti forex dapat mengurangkan
risiko kerugian. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa dengan adanya kemahiran
dalam pasaran forex ini, pihak responden dapat mengurangkan risiko kerugian
malahan dapat meningkatkan keuntungan peribadi mereka.

Menurut Norhayah Zulkifli Et.Al (1999) kemahiran dalam menganalisa
pasaran matawang adalah sifat penting dalam perdagangan yang berjaya dalam

e-Digest PSIS 2017 371

PERDAGANGAN

forex. Kejayaan perdagangan adalah mustahil tanpa kemahiran dalam trend
pasaran, corak, dan proses. Hanya dengan memahami trend yang mendorong
kadar pertukaran, boleh menjamin hasil yang dikehendaki. Seorang pedagang
pemula harus ingat bahawa bekerja diforex tanpa analisis pasaran adalah mustahil.
Penggunaan cekap membuat perdagangan yang berjaya matlamat yang realistik.

Nilai min yang sederhana iaitu 2.35 di mana sebanyak 35% bersamaan 75
responden setuju bahawa forex itu penting kepada masa depan pelajar DIB
sahaja.Hal ini kerana setiap responden tidak mempunyai pendapat yang tetap.
Oleh itu, kemahiran dalam bermain forex bukan tertumpu hanya pada kursus DIB
sahaja malahan ia terbuka kepada sesiapa sahaja individu yang mempunyai minat
untuk mempelajari kemahiran dalam pasaran forex.

Menurut Vincent A. Gabriel (1995) pertukaran matawang amat penting bagi
setiap pedagang dan juga para pelancong apabila berurus niaga dengan negara lain
yang memerlukan pertukaran matawang. Ini adalah supaya setiap individu yang
berurusan dalam pasaran forex tidak mudah ditipu oleh orang yang lebih mahir
dengan pasaran forex ini.

5.3 Perbincangan tentang pemahaman pelajar Diploma Islamic Banking and
Finance (DIB) Politeknik Sultan Idris Shah tentang kadar pertukaran
matawang asing di Malaysia. (Faktor Minat)

Sebanyak 93 responden iaitu 43.5% responden sangat bersetuju bahawa
dengan adanya kemudahan teknologi pada masa kini menambahkan lagi minat
seseorang individu untuk bergiat aktif dalam bidang forex. Ini kerana dengan
adanya teknologi dapat memudahkan lagi transaksi jual beli matawang asing dan
memudahkan individu untuk mengetahui nilai matawang dunia dengan cepat dan
pantas. Disebabkan kemudahan teknologi pada masa kini dapat menarik minat
generasi muda untuk bergiat aktif dalam pasaran forex dan membantu
meningkatkan ekonomi negara.

Menurut Ronald J. Ebert Dan Ricky W. Griffin (1998) faktor teknologi yang
memberikan banyak kemudahan, menjadikan forex sebagai salah satu cabang
investasi dengan nilai transaksi multi- million dan terus berkembang pesat selama
3 dekad ini.

372 e-Digest PSIS 2017

PERDAGANGAN

Nilai min yang paling rendah iaitu 3.30 dimana sebanyak 8.9% bersamaan 19

responden tidak bersetuju terhadap penerangan pensyarah memberi rangsangan

minat pelajar terhadap pasaran forex di institusi.Ini disebabkan oleh kebanyakan

institusi-institusi pengajian di Malaysia tidak mempraktikkan dan mengambil

berat dalam menarik minat para pelajar untuk menceburi pasaran forex ini.

Pembelajaran oleh para pensyarah mengenai forex hanyalah berdasarkan teori

hanya di dalam kelas sahaja dan tidak menekankan dari segi praktikal dalam

mempelajari ilmu forex.

Menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1986) menghuraikan motivasi sebagai

perangsangan tindakan terhadap sesuatu tujuan yang dahulunya hanya terdapat

sedikit atau tiada minat terhadap tujuan tersebut. Secara ringkasnya, motivasi

merupakan perangsangan yang membangkitkan dan mengekalkan minat seseorang

individu ke arah mencapai sesuatu matlamat tertentu, termasuk mengubah sikap,

minat dan tingkah lakunya. Ia biasanya diwujudkan kerana keperluan fisiologi

atau psikologi yang timbul.

Secara keseluruhannya, walaupun kajian ini terdapat banyak kekurangan

seperti kebanyakkan pelajar yang menjawab soalan kajian kami tidak begitu

faham dengan lebih terperinci apa itu forex. Kajian perintis ini serba sedikit dapat

memberi peluang kepada kami untuk mengetahui sejauh mana kefahaman,

kemahiran, dan minat seseorang individu mengenai aktiviti forex. Kajian sebegini

semestinya memerlukan masa yang panjang dan peringkat

demi peringkat terutamanya bagi mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan
tajuk kajian iaitu “kajian terhadap pemahaman pelajar Diploma Kewangan dan

Perbankan Islam di Politeknik Sultan Idris Shah tentang pertukaran mata wang
asing di Malaysia”. Setelah kajian ini jalankan, kami dapat membuktikan bahawa

ramai pelajar Diploma Kewangan dan Perbankan Islam kurang pemahaman dan

pendedahan dari segi teori dan praktikal di institusi pengajian ini. Hasil yang

dapat dari kajian ini, kami dapat simpulkan bahawa pelajar perlu didedahkan

tentang ilmu forex dengan lebih terperinci agar mereka dapat menambahkan

pengetahuan, kemahiran dan juga minat di kalangan mereka. Penerbit-penerbit

buku juga perlu memainkaan peranan bagi menambahkan ilmu dikalangan pelajar

dengan mempelbagaikan lagi tajuk-tajuk buku serta memperbanyakkan isi- isi

penting kerana ilmu forex penting bagi menjamin masa depan negara kita iaitu

Malaysia.

e-Digest PSIS 2017 373

PERDAGANGAN

RUJUKAN
David Borman (2012) “Ultimate Guide to Currency Trading” 2nd edn., Ohio: Thomson
South-Western.
Ishamil Ahmad (2012) “Memahami Forex”. Kuala Lumpur : Pustaka Ilmu
James Dick (2010) “Forex Trading Secret” London: Prentice-Hall
Laporan Bank Negara Malaysia, 1997.
Mahathir (2000) . 'The Malaysian Currency Crisis, How and Why it happen' Kuala Lumpur
.Ilmu Bakti
Muhammad Rawwas Qal’ahji (2005) “Urusan Kewangan Semasa Menurut Perspektif
Syariah Islam”Kuala Lumpur .Ilmu Bakti
Muhammad Roza Aulla Lubis (2014) “Prinsip Wang dan Kadar Pertukaran Asing”
1) Norhayah Zulkifli. (2015, September 22). Pengenalan Kepada Perniagaan.

Wordpress.com. Retrived from https://pengajianperniagaan.wordpress.com
R.G Thomas (2001) “Our Modern Banking” Kuala Lumpur: Pearson Education Limited.
Ricky W. Griffin, Ronald J. Ebert, Frederick A. Starke (1998 ) Business, Sixth Canadian
Edition and Student Access Kit for MyBusinessLab , Pearson Education
Sharifah Alwiah (1986). Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Siti Rohani Yahya (1990) .“Kemelesatan Ekonomi Kesan dan Harapan”Kuala Lumpur
Oxford Fajar.
Tuckman, B.W. (1978). Conducting Education Research. 2nd Edition. New York: Harcourt
Brace Jovanovich Inc.

374 e-Digest PSIS 2017

PERDAGANGAN

KESEDARAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH TERHADAP
BIDANG KEUSAHAWANAN SEBAGAI KERJAYA PILIHAN

Norhidayah Bt Mohd Salleh
Jabatan Perdagangan

Politeknik Sultan Idris Shah
[email protected]

Muslimah Bt Mustakim
Jabatan Perdagangan
Politeknik Sultan Idris Shah
[email protected]

Zuraida Bt Kamaruddin
Unit Latihan Dan Pendidikan Lanjutan

Politeknik Sultan Idris Shah
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji mengenai kesedaran pelajar Politeknik Sultan
Idris Shah terhadap bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Pengkaji akan mengkaji
kesedaran pelajar tehadap faktor persekitaran iaitu ibu bapa, media massa dan institusi
pengajian tinggi. Objektif kedua ialah mengenai kesedaran pelajar terhadap nilai
keusahawanan yang ada dalam diri pelajar dan objektif yang terakhir ialah kesedaran pelajar
terhadap kekurangan penglibatan bumiputera dalam bidang keusahawanan. Sampel kajian
yang akan digunakan terdiri daripada 350 orang responden yang terdiri daripada pelajar
Politeknik Sultan Idris Shah. Instrumen yang digunakan berbentuk borang soal selidik yang
terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian A (latar belakang responden) dan bahagian B
(berkaitan objektif khusus). Hasil kajian mendapati kesedaran tentang nilai keusahawanan
mendapat min purata bagi nilai Cronbach’s Alpha yang paling tinggi iaitu 0.844. Bagi
kesedaran tentang faktor persekitaran pula, min purata bagi nilai Cronbach’s Alpha adalah
sedehana iaitu 0.841 manakala min purata bagi nilai Cronbach’s Alpha yang paling rendah
adalah 0.839 iaitu kesedaran tentang kecenderungan penglibatan bumiputera dalam bidang
keusahawanan.

Katakunci : kesedaran pelajar, keusahawanan, kerjaya pilihan, persekitaran, nilai
keusahawanan, kekurangan penglibatan bumiputera.

e-Digest PSIS 2017 375

PERDAGANGAN

1.0 PENGENALAN

Keusahawanan boleh ditakrifkan sebagai satu proses pewujudan dan
pengembangan perniagaan secara berterusan yang menyumbang kepada proses
pembangunan ekonomi sesebuah negara. Dalam takrif ini ia merangkumi segala aspek
pembangunan ekonomi, sosiologi, psikologi, pengurusan dan merupakan perkara
utama dalam pembangunan sesebuah negara. Ia dilihat melalui aspek keusahawanan
yang gigih untuk membolehkan negara mencapai tahap Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) yang baik. Selain itu, keusahawanan juga merangkumi bidang ilmu
seperti unsur-unsur sikap, kemahiran dan pengetahuan yang berkaitan dengan
perniagaan dan perusahaan kepada individu, keluarga dan masyarakat. Menurut John
J Koa (1991), keusahawanan dilihat sebagai kaitan dengan kualiti abadi manusia iaitu
setiap tingkah laku dalam keusahawanan haruslah melibatkan keupayaan untuk
mengenal pasti peluang yang berdasarkan idea-idea dan pendekatan baru untuk
mewujudkan sesuatu yang bernilai dan berharga.

Menurut Yep Putih (1989), keusahawanan dikatakan sebagai satu kebolehan,
kemampuan dan kecenderungan untuk melakukan perkara-perkara seperti melakukan
peluang perniagaan yang memerlukan kemampuan dan kebolehan yang tinggi supaya
boleh mencapai pulangan yang baik yang boleh menguntungkan diri sendiri dan
masyarakat serta mampu mentadbir dalam mengeluarkan faktor-faktor pengeluaran
bagi menghasilkan pembangunan ekonomi dan kebajikan sosial.

Namun jika dilihat, kesedaran pelajar terhadap bidang keusahawanan tidak
begitu mendalam dan meluas. Pelajar menyedari bidang keusahawanan amat penting
tetapi tidak mengetahui cara untuk menyelami bidang keusahawanan tersebut dengan
lebih menyeluruh. Oleh itu, pelajar masih ragu-ragu tentang bidang keusahawanan
sebagai kerjaya pilihan mereka selepas tamat pengajian di institusi pengajian dan
kajian yang dijalankan ini adalah mengenai kesedaran pelajar Politeknik Sultan Idris
Shah terhadap bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

1.1 Latar Belakang Masalah

Kajian ini dilakukan untuk mengkaji kesedaran pelajar Politeknik Sultan Idris
Shah terhadap bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Melalui faktor
persekitaran, ramai usahawan bukan bumiputera yang berjaya membina syarikat
sendiri melalui usaha yang dilakukan. Namun bagi golongan bumiputera, bidang
keusahawanan berada di tahap yang rendah dan kajian ini dilakukan untuk membuka
minda pelajar mengenai bidang ini sebagai pilihan kerjaya selepas tamat pengajian.

Di samping itu, kurangnya dorongan daripada ahli keluarga dan sahabat
tentang bidang keusahawanan ini menyebabkan pelajar masih lagi teragak-agak untuk
menceburi bidang ini. Ada setengah pihak memperlekehkan usaha pelajar untuk
menceburi bidang ini yang mengatakan bahawa bidang ini tidak relevan dengan kos
yang diambil oleh mereka semasa pengajian di Politeknik Sultan Idris Shah. Bagi
376 e-Digest PSIS 2017

PERDAGANGAN

golongan media massa pula, mereka kurang memberi pendedahan tentang artikel atau
risalah berkenaan bidang keusahawanan kepada pelajar, yang ada hanyalah untuk
golongan yang sudah bekerja agar dapat menambah pendapatan golongan itu.

Faktor kesedaran yang kedua ialah nilai keusahawanan yang berada dalam diri
seorang individu.Hal ini boleh dilihat pada pelajar sendiri yang mana mereka tidak
sedar tentang kehadiran nilai keusahawanan yang berada dalam diri mereka.Pelajar
seolah-seolah tidak mengambil peduli tentang nilai keusahawanan dan juga tidak
berani mengambil peluang yang ada. Ada juga yang sedar akan nilai keusahawanan
ini, namun mereka tidak diberi peluang atau menghadapi masalah kekurangan modal
yang boleh merencatkan usaha yang dijalankan.

Faktor yang terakhir ialah kecenderungan penglibatan bumiputera dalam
bidang keusahawanan.Dalam faktor ini, kecenderungan penglibatan bumiputera masih
lagi berada di tahap yang tidak memuaskan. Kebanyakan masyarakat bumiputera
lebih gemar untuk ‘makan gaji’ atau bekerja di sektor kerajaan kerana bagi mereka
masa depan mereka lebih terjamin. Dalam Berita Harian, 3 Julai 2006 mengatakan
bahawa statistik pada 2005 oleh Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri,
bangunan milik Bumiputera ialah 24,374 unit berbanding 139,052 unit oleh kaum
Cina. Kompleks perniagaan pula 3,207 milik Bumiputera berbanding 19,072 unit
milik kaum Cina.Premis industri hanya 1,480 unit milik Bumiputera berbanding
21,514 unit oleh kaum Cina.Hal ini boleh dilihat di Malaysia, golongan bukan
bumiputera lebih memonopoli bidang keusahawanan dan syarikat yang dibina
mempunyai empayar lebih dari satu.Kesannya, golongan bumiputera tidak mahu
mengambil peluang dan teragak-agak untuk bersaing dengan golongan bukan
bumiputera dalam bidang keusahawanan ini.

1.2 Peryataan Masalah

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji mengenai kesedaran Pelajar Politeknik
Sultan Idris Shah terhadap bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan supaya para
pelajar dapat mencipta pekerjaan sendiri dengan cara memulakan dan menjalankan
perniagaan sendiri apabila tamat pengajian.

Persoalannya, adakah faktor persekitaran dapat memberi kesedaran kepada
pelajar terhadap bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan sekiranya pelajar
mendapat dorongan daripada ahli keluarga, sahabat dan institusi pengajian tentang
bidang keusahawanan.Ahli keluarga dan sahabat merupakan orang terpenting dalam
kehidupan pelajar. Apabila semangat yang datang daripada golongan tersebut, maka
pelajar akan lebih yakin untuk memilih kerjaya keusahawanan ini di samping
dorongan daripada institusi pengajian. Perkara ini dapat dijelaskan bahawa faktor
persekitaran yang merangkumi dorongan daripada ahli keluarga, sahabat dan institusi
pengajian, mampu untuk memberi kesedaran tentang bidang keusahawanan sebagai
kerjaya pilihan.

e-Digest PSIS 2017 377

PERDAGANGAN

Faktor yang kedua merupakan nilai keusahawanan yang berada dalam diri
pelajar. Nilai keusahawanan amat penting untuk diterapkan di dalam diri pelajar
supaya pelajar menyedari betapa pentingnya keusahawanan pada masa akan datang.
Hal ini dapat menghasilkan satu usaha daripada pelajar itu sendiri untuk mencapai
tahap yang mereka inginkan.Pelajar harus menyedari nilai keusahawanan dan
menyedari tentang kebolehan yang ada dalam diri pelajar.Pelajar tidak seharusnya
mempunyai perasaan sambil lewa tetapi perlu menanamkan aspek yang positif tentang
bidang keusahawanan bahawa bidang ini mampu untuk menjana pendapatan yang
lumayan melalui usaha diri sendiri untuk membangunkan sesebuah syarikat.

Faktor seterusnya, kecenderungan penglibatan masyarakat bumiputera dalam
bidang keusahawanan merupakan faktor yang terakhir untuk memberi kesedaran
kepada pelajar.Pelajar perlu sedar bahawa di Malaysia, bilangan golongan bumiputera
yang terlibat dalam keusahawanan adalah kecil.Pelajar harus berusaha dan menyedari
bidang keusahawanan ini dapat membantu dalam pertumbuhan ekonomi yang baik.
Tidak semestinya seorang yang bermula daripada bawah tidak akan berjaya dalam
bidang keusahawanan. Contohnya, Tan Sri Syed Mukhtar Al-Bukhari juga adalah
seorang yang bermula daripada bawah dan tidak ada alasan kepada sesiapa yang
mengatakan bahawa bidang keusahawanan hanya untuk golongan bukan bumiputera
sahaja yang mana mereka lebih mengetahui tentang selok-belok bidang ini.
Tanggapan seperti inilah yang akan mematahkan semangat golongan bumiputera
untuk menceburi bidang keusahawanan.

1.3 Objektif Kajian
 Mengenalpasti kesedaran pelajar terhadap faktor persekitaran dalam bidang
keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
 Mengkaji kesedaran pelajar tentang nilai keusahawanan yang diterapkan
dalam diri terhadap bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
 Mengkaji mengenai kesedaran pelajar tentang kecenderungan penglibatan
bumiputera dalam bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

1.4 Persoalan Kajian
 Adakah pelajar menyedari faktor persekitaran mempengaruhi dalam memilih
bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
 Adakah pelajar menyedari nilai keusahawanan yang diterapkan dalam diri
terhadap bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
 Adakah pelajar menyedari kekurangan penglibatan bumiputera dalam bidang
keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

378 e-Digest PSIS 2017

PERDAGANGAN

1.5 Batasan Kajian

Batasan terhadap kajian ini adalah seperti berikut:
 Kajian ini hanya terbatas kepada pelajar Politeknik Sultan Idris Shahsahaja.
 Dapatan kajian ini tidak digeneralisasi kepada seluruh politeknik dan juga

tidakdirumuskan kepada semua pelajar politeknik di Malaysia.
 Hasil dapatan kajian ini adalah bergantung kepada kejujuran dan keikhlasan

responden ketika menjawab soalan soal selidik.

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini mengenai kesedaran pelajar Politeknik Sultan Idris Shah terhadap
bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Menerusi kajian ini, diharapkan ia
dapat memberi kepentingan kepada beberapa pihak. Antaranya adalah kepentingan
kepada institusi pengajian untuk membantu pelajar dari segi ilmu keusahawanan yang
dilaksanakan di tempat pengajian.Selain itu, kajian ini dapat memberi kepentingan
kepada pelajar sendiri dengan menanamkan nilai-nilai keusahawanan dalam diri untuk
memperoleh pengetahuan mengenai ilmu keusahawanan dengan lebih mendalam dan
tepat. Akhir sekali, kepentingan kepada pengkaji akan datang iaitu dengan memberi
informasi yang berguna untuk kajian yang akan dijalankan pada masa akan datang.

2.0 SOROTAN KAJIAN

Dalam era globalisasi, potensi untuk mewujudkan golongan usahawan
terutama di kalangan pelajar perlu dipertingkatkan dengan memberi pendedahan
kepada pelajar untuk mencungkil bakat selain menjadi salah satu kerjaya yang mudah
diceburi melalui kemahiran yang mereka ada. Oleh itu, pelajar perlu diberi
pendedahan tentang garis panduan untuk memulakan perniagaan dan kemahiran-
kemahiran yang diperlukan untuk memajukan perniagaan. Ini menunjukkan
keusahawanan dapat melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
bertanggungjawab dan berkeupayaan dalam mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat
dan negara.

2.1 Kesedaran pelajar terhadap faktor persekitaran dalam bidang keusahawanan
sebagai kerjaya pilihan

Menurut Lee Shok Mee (1996) persekitaran ialah segala keadaan di sekeliling
termasuk persekitaran fizikal, iklim, sosiobudaya, politik dan interaksi antara satu

e-Digest PSIS 2017 379

PERDAGANGAN

sesama manusia serta alam sekitar. Persekitaran juga melibatkan individu, suasana,
organisasi atau pertubuhan secara langsung mahupun tidak langsung seperti ibu bapa,
institusi pengajian dan media massa.

Dorongan dan galakan ibu bapa mampu mempengaruhi persekitaran terhadap
anak-anak dalam bidang keusahawanan. Menurut Crow dan Crown (1980) pengaruh
ibu bapa terhadap pembelajaran boleh memberikan dorongan kepada pelajar supaya
lebih berminat walaupun minat kerja yang ada pada seseorang itu pada mulanya tidak
mencerminkan keinginan mereka. Sikap ibu bapa yang positif terhadap pendidikan
serta galakan yang diberikan terhadap pembelajaran anak-anak mereka akan
meningkatkan minat serta pencapaian mereka dalam bidang pelajaran. Pendedahan
mengenai dunia perniagaan perlu dilakukan bagi memupuk minat pelajar terhadap
bidang keusahawanan sejak kecil lagi (Ab. Aziz Yusof, 2001). Kurangnya
pendedahan ini menyebabkan peajar tidak mengetahui dengan lebih mendalam dan
seterusnya akan menyebabkan mereka tidak berminat untuk menceburi bidang
keusahawanan. Selain itu, ibu bapa yang terlibat dengan bidang perniagaan juga boleh
memberi dorongan kepada anak-anak tentang dunia perniagaan dengan mengajak
anak-anak membantu menguruskan perniagaan ibu bapa mereka. Hal ini dapat
menarik minat anak-anak untuk menceburi bidang keusahawanan jika mereka
didedahkan tentang perniagaan sejak kecil lagi dan akan menambahkan rasa minat
anak-anak terhadap bidang ini.

Menurut Hairunnaja Najmuddin (2005) anak kepada usahawan mempunyai
kecenderungan yang lebih untuk menjadi usahawan.Ini mungkin terjadi kerana faktor
pendedahan semenjak dari kecil lagi.Persepsi anak tersebut tentang keusahawanan
sudah tentu dipengaruhi oleh pemikiran ibu bapanya.Pendedahan harian kepada
aktiviti berniaga tentunya boleh menimbulkan minat seseorang terhadap bidang
perniagaan.Oleh yang sedemikian, seseorang dapat melihat, memahami dan
menghayati tentang kegiatan keusahawanan dan dapat menarik minat seseorang
dalam bidang keusahawanan bersesuaian dengan anggapan tak kenal maka tak cinta.

Institusi pengajian juga memainkan peranan penting dalam menggalakkan
pelajar menceburi bidang keusahawanan. Hal ini dapat dibuktikan melalui laman web
portal KPT berkaitan dengan “Persidangan Keusahawan Teknologi Kreatif 2013”
pada 27 & 28 April 2013 yang bertempat di Persada Johor, Johor Bharu. Kurikulum
merupakan segala rancangan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi
pelajaran untuk mencapai matlamat pendidikan yang mengandungi segala ilmu
pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur kebudayaan pada ahli-
ahlinya (Mok Soon Sang, 2002). Secara keseluruhannya dari kenyataan yang telah
dibincangkan jelaslah persekitaran dalam bidang keusahawanan dapat memberi
kesedaran kepada pelajar dalam meningkatkan dan mempengaruhi minat pelajar
terhadap bidang keusahawanan dengan adanya dorongan daripada pihak-pihak
tertentu.

380 e-Digest PSIS 2017

PERDAGANGAN

2.2 Kesedaran pelajar tentang nilai keusahawanan yang diterapkan dalam diri
terhadap bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan

Nilai keusahawanan boleh diterapkan dalam diri di kalangan pelajar dengan
memberi pendedahan kepada pelajar tentang bidang keusahawanan.Nilai
keusahawanan boleh dikenalpasti melalui minat dan kemahiran yang sedia ada dalam
diri pelajar itu sendiri.

Minat diklasifikasikan kepada beberapa bahagian, antaranya minat terhadap
idola yang menjadi salah satu ikon kepada pelajar. Menurut Ab. Aziz Yusof dan
Zakaria Yusof (2004) minat tehadap sesuatu perkara atau aktiviti akan mendorong
seseorang pelajar meneroka lebih jauh dan minat tersebut perlu ditanam di dalam diri
pelajar. Latihan keusahawanan juga perlu untuk memberi pendedahan kepada pelajar
semasa usia muda dalam menjamin minat yang berterusan dalam bidang yang
mencabar ini (Humam, 1988). Kenyataan ini turut disokong oleh Syarifah Alwiah Al-
Sagoff (1985) jika seseorang itu berminat dia akan memberi tumpuan sepenuhnya
terhadap sesuatu perkara yang diminatinya sebagai alat untuk mendorong seseorang
pelajar menerokai lebih jauh daripada apa yang dipelajarinya. Jika didorong dengan
minat dan semangat yang kuat walaupun bakat yang sedikit mampu menjadikan
individu yang berjaya pada masa hadapan kelak.Sebagai kesimpulan, minat yang kuat
boleh mendorong dan membakar semangat pelajar untuk menjadi gigih apabila
berhadapan dengan sebarang cabaran dan masalah dalam bidang keusahawanan.

Kemahiran keusahawanan merupakan keupayaan untuk meneroka peluang
dan membangunkan kesedaran terhadap risiko, kreativiti dan inovasi dalam aktiviti
berkaitan perniagaan dan pekerjaan. Menurut Khairuddin (1996) kemahiran dan
pengetahuan boleh didapati melalui pembacaan, penglihatan, seminar, pengamatan
dan pengkajian. Jelaslah di sini bahawa dengan adanya minat pelajar dalam bidang
keusahawanan, pelajar boleh memperbaiki kemahiran keusahawanan apabila
berhadapan dengan pesaing-pesaing dan cabaran-cabaran yang bakal dihadapi dalam
bidang keusahawanan. Kemahiran mengenai keusahawanan boleh diperolehi melalui
pengalaman berniaga yang tidak diajar oleh mana-mana institusi. Pernyataan ini
diakui oleh Mohamad Najib Abd. Ghafar ( 1999 ) yang menjelaskan bahawa pelajar
perlu memperbaiki kemahiran yang ada untuk memastikan minat terhadap
keusahawanan sentiasa berterusan. Kemahiran merupakan ilmu pengetahuan yang
perlu ada dalam diri seorang usahawan untuk mengetahui mengenai dunia perniagaan
yang terlalu banyak dan meluas. Terdapat banyak kursus atau seminar yang
dianjurkan oleh pihak kerajaan dan pihak-pihak tertentu bagi memberikan input yang
terbaik kepada usahawan untuk menjalankan perniagaan dengan jayanya. Dengan
adanya kursus dan seminar, ia dapat membantu usahawan berkongsi pengalaman
ataupun masalah dalam bidang perniagaan mahupun perkembangan terkini dalam
dunia perniagaan.

e-Digest PSIS 2017 381

PERDAGANGAN

2.3 Kesedaran pelajar tentang kecenderungan penglibatan bumiputera dalam
bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan

Menurut Lim Wee Ling (2001) bidang keusahawanan lebih dikuasai oleh
kaum Cina.Kenyataan ini disokong oleh Humam (1992) yang mendapati penduduk
bukan bumiputera telah menguasai sektor ekonomi dan matlamat Dasar Ekonomi
Baru gagal dicapai sepenuhnya.Memandangkan kurangnya penyertaan bumiputera
dalam bidang keusahawanan, kerajaan perlu mempertingkatkan usaha dengan
memberi peluang kepada golongan bumiputera yang layak untuk mengikuti pelbagai
kursus keusahawanan.Selain itu, kerajaan perlu menyalurkan bantuan kewangan
untuk membuka perniagaan sendiri kepada golongan yang berminat dalam bidang
keusahawanan dan penyataan ini disokong oleh Norasmah (2002) yang menyatakan
bahawa salah satu kementerian yang berfungsi untuk membangunkan usahawan
bumiputera ialah Kementerian Pembangunan Usahawan.Kerajaan telah menubuhkan
kementerian tersebut pada tahun 1995 sebagai badan yang menguruskan
pembangunan usahawan.Penubuhan ini menunjukan bahawa bidang usahawan
merupakan bidang yang sangat penting dalam memastikan pembangunan sesebuah
negara.

Kekurangan penglibatan bumiputera juga disebabkan terdapat beberapa
kelemahan seperti kekurangan modal, kekurangan kemahiran pemasaran,
pengetahuan dan teknologi, kekurangan pekerja mahir, kekurangan kemahiran dan
pengetahuan pengurusan dan ketidakmampuan untuk mendapat premis perniagaan
yang sesuai (Zaidatol dan Habibah, 1997).Oleh sebab itu, kerajaan Malaysia telah
mengadakan sistem pendidikan keusahawanan secara beransur-ansur sejak dari
persekolahan supaya dapat mengubah nilai dan sikap bumiputera ke arah perubahan
yang positif.Menurut Shahril (1993) usaha kerajaan untuk membantu kaum
bumiputera telah banyak dilaksanakan seperti pendidikan perdagangan dan
keusahawanan telah lama wujud di Malaysia.

Menurut Muhammad Rashidi Wahab (2010) amat malang sekiranya orang
Islam sendiri tidak menyedari hakikat bahawa mereka mestilah mengatasi bangsa lain
dalam setiap sudut kehidupan dan pekerjaan termasuklah bidang perniagaan. Dalam
riwayat Al-Bazzar Al-Hakim ada mengatakan bahawa pekerjaan yang paling baik
hasil usahanya iaitu yang baik beserta halal. Secara kesimpulannya, para pelajar perlu
diberi galakan dalam melibatkan diri dalam keusahawanan bagi meningkatkan
penglibatan bumiputera dalam bidang keusahawanan.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Dalam kajian ini, kaedah tinjauan dipilih dengan menggunakan instrument
borang soal selidik. Seramai 350 orang responden telah dipilih secara rawak mengikut
jabatan daripada 4296 orang pelajar Politeknik Sultan Idris Shah, jadual Krejcie dan
Morgan (1970) dipilih bagi menentukan bilangan sampel. Borang soal selidik ini
terbahagi kepada empat bahagian iaitu maklumat demografi, Kesedaran pelajar
tentang faktor persekitaran dalam bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan,
382 e-Digest PSIS 2017

PERDAGANGAN

Kesedaran pelajar tentang nilai keusahawanan yang diterapkan dalam diri terhadap
bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan, Kesedaran pelajar tentang
kecenderungan penglibatan bumiputera dalam bidang keusahawanan sebagai kerjaya
pilihan. Soalan yang digunakan adalah berbentuk soalan tertutup dan 5 skala likert
telah digunakan bagi mengukur persetujuan respondan. Sebelum borang soal selidik
diedarkan kepada respondan, ujian rintis (pilot test) sebanyak 30 set telah dilakukan
bagi mengukur kestabilan item mengikut faktor yang dikaji.

Bagi data yang diperolehi dari borang soal selidik, ia dianalisis menggunakan
perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Versi 20 dengan menggunakan
teknik statistik berbentuk deskriptif. Min, median dan mod adalah tiga cara
pengukuran kecenderungan tengah dan jadual kekerapan serta peratusan digunakan
bagi melihat dengan secara jelas keputusan yang diperolehi.

4.0 KEPUTUSAN KAJIAN

Bab ini menerangkan keputusan kajian yang diperolehi daripada penyelidikan
yang telah dilakukan oleh pengkaji ke atas responden berkenaan dengan tajuk “Kajian

tentang kesedaran pelajar Politeknik Sultan Idris Shah terhadap bidang keusahawanan
sebagai kerjaya pilihan”.

4.1 Analisis kebolehpercayaan Data

Pengkaji telah melakukan kajian rintis (pilot test) terhadap 30 orang responden
yang bertujuan untuk mengkaji kesahihan soalan yang terkandung di dalam borang
soal selidik.

Jadual 4.1.1: Analisis kebolehpercayaan data Bilangan Soalan
Soalan faktor persekitaran Cronbach’s 10
Alpha

0.855

Soalan faktor nilai keusahawanan 0.832 10

Soalan faktor kecenderungan penglibatan bumiputera 0.822 10

Berdasarkan kepada Jadual 4.1.1, didapati nilai Cronbach’s Alpha adalah

melebihi tanda aras yang telah ditetapkan dan boleh diguna pakai.Menurut Uma
Sekaran (2003), jika nilai Cronbach’s Alpha melebihi 0.8 maka skala tersebut boleh

dipercayai untuk mengukur sesuatu kajian.

e-Digest PSIS 2017 383

PERDAGANGAN

4.2 BAHAGIAN A : Latar Belakang Responden
Bahagian ini mengkaji latar belakang responden seperti jantina, umur, agama,

semester dan jabatan.

Jadual 4.1.2 jantina*umur crosstabulation

perempuan 18-20 umur 27 ke atas jumlah
jantina 73 21-23 24-26 1
36 143 7 1 224
lelaki 109 2 126
jumlah 87 2 350
230 9

Daripada Jadual 4.1.2, jumlah responden perempuan yang menjawab soal
selidik ini terdiri daripada 224 orang manakala selebihnya adalah responden lelaki
seramai 126. Golongan responden yang berumur daripada 18-20 tahun adalah seramai
109 orang , manakala seramai 230 orang adalah terdiri daripada 21-23 tahun, bagi 24-
26 tahun pula seramai 9 orang dan kumpulan umur 27 keatas adalah seramai 2 orang.

Jadual 4.1.3: Semester *Jabatan crosstabulation

jabatan Jumlah

perdaganga teknologi hospitalit kejuruteraan kejuruteraan 22
elektrik 62
n maklumat & i awam 266
6 350
komunikasi 6
61
1-2 8 026 73
3-4
semester 5-6 19 11 8 18
Jumlah
43 60 48 54

70 71 58 78

Daripada jadual 4.1.3, jumlah responden yang tertinggi menjawab soal selidik
ini adalah daripada pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam, iaitu seramai 78 orang dan
paling rendah adalah responden daripada Jabatan Hospitaliti iaitu seramai 58 orang.
Manakala bagi pecahan megikut semester, responden teramai adalah daripada
semester 5-6 dan paling sedikit menjawab borang soal selidik ini adalah daripada
pelajar semester 1-2.

Jadual 4.1.4: Adakah anda mengambil mata pelajaran keusahawanan *
setelah tamat pengajian adakah bidang keusahawanan wujud sebagai
kerjaya pilihan Crosstabulation

384 e-Digest PSIS 2017

PERDAGANGAN

setelah tamat pengajian Jumlah

adakah bidang

keusahawanan wujud

sebagai kerjaya pilihan

ya tidak

Adakah anda ya 169 47 216
mengambil mata
tidak 96 38 134
pelajaran
keusahawanan 265 85 350

Jumlah

Hasil dapatan kajian ini menunjukkan majoriti responden bersetuju memilih
bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan setelah tamat pengajian mereka iaitu
seramai 265 orang berbanding 85 orang sahaja yang tidak akan memilih bidang
keushawanan sebagai kerjaya mereka. Mereka juga bersetuju bahawa keusahawanan
perlu diterapkan sejak dari peringkat awal iaitu sebanyak 86.30% bersamaan dengan
302 orang responden manakala responden yang tidak bersetuju hanya sebanyak
13.7% seramai 48 orang sahaja.

4.3 BAHAGIAN B : Kesedaran Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah Terhadap
Bidang Keusahawanan Sebagai Kerjaya Pilihan

Bahagian ini menjelaskan tentang hasil maklum balas yang diberikan oleh
responden tentang ‘Kesedaran Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah terhadap bidang
keusahawanan sebagai kerjaya pilihan’. Keputusan kajian ini akan ditunjukkan

berdasarkan peratusan dan min skor.Hasil daripada analisa akan dirumuskan

keputusannya berdasarkan kepada tahap pengukuran seperti yang ditunjukkan dalam

jadual berikut :

Jadual 4.3.1: Skala Min Skor

Min Skor Tahap
1.0 hingga 2.0 Rendah
2.0 hingga 3.0 Sederhana
3.0 hingga 4.0 Tinggi

Jadual 4.3.2: Analisis soalan berkaitan kesedaran pelajar terhadap faktor persekitaran dalam
bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan

No Penyataan Soalan BILANGAN MIN
.
STS TS S SS SKO TAHAP

e-Digest PSIS 2017 385

PERDAGANGAN

Faktor persekitaran penting bagi R
22 196 128 3.28 TINGGI
1 pelajar sedar untuk menceburi bidang 4 21 176 147 3.33 TINGGI
keusahawanan sebagai kerjaya 6 29 195 120 3.23 TINGGI
6 21 169 156 3.36 TINGGI
pilihan 4 23 155 170 3.41 TINGGI
2
Dorongan serta galakan ibu bapa 27 183 137 3.30 TINGGI
3 24 182 139 3.30 TINGGI
mampu untuk mempengaruhi anak- 5 20 177 150 3.35 TINGGI
2 anak dalam menceburi bidang 3 20 187 139 3.32 TINGGI
4
keusahawanan

Peningkatan kesedaran pelajar

terhadap bidang keusahawanan

3 sebagai kerjaya pilihan adalah

disebabkan sikap ibu bapa yang

positif

Pendedahan mengenai dunia

perniagaan perlu dilakukan bagi

4 memupuk minat pelajar terhadap

bidang keusahawanan sebagai

kerjaya pilihan

Ibu bapa yang terlibat dengan bidang

perniagaan boleh memberi dorongan

5 dengan mengajak anak-anak

membantu menguruskan perniagaan

yang dijalankan

Bidang keusahawanan perlu

didedahkan kepada anak-anak sejak

6 kecil lagi supaya dapat
menambahkan rasa minat mereka

terhadap bidang ini sebagai kerjaya

pilihan

Faktor persekitaran yang meluas

7 mengenai perniagaan dapat membuka
minda pelajar untuk menceburkan

diri dalam bidang keusahawanan

Media massa perlu memperbanyakan

8 risalah dan artikel tentang bidang
keusahawanan untuk pelajar di

institusi pengajian tinggi

Segala aktiviti keusahawanan yang

dikendalikan oleh institusi pengajian
9

boleh menambahkan ilmu

pengetahuan serta kemahiran pelajar

386 e-Digest PSIS 2017

PERDAGANGAN

Ibu bapa, rakan dan institusi 4 12 189 145 3.36 TINGGI
pengajian dapat menyedarkan pelajar 3.32 TINGGI
10 bahawa bidang keusahawanan adalah
salah satu kerjaya pilihan pada masa
hadapan

MIN PURATA

Jadual 4.3.2 menunjukkan min tentang kesedaran Pelajar Politeknik Sultan
Idris Shah terhadap faktor persekitaran dalam bidang keusahawanan sebagai kerjaya
plilihan. Item 5 menunjukkan min yang tertinggi iaitu 3.41 sebanyak 170 orang
responden yang sangat bersetuju dengan faktor bahawa ibu bapa yang terlibat dengan
bidang perniagaan boleh memberi dorongan dengan mengajak anak-anak membantu
menguruskan perniagaan yang dijalankan. Selain itu, segala aktiviti keusahawanan
yang dikendalikan oleh institusi pengajian boleh menambahkan ilmu pengetahuan
manakala kemahiran pelajar di dalam item 9 merupakan min yang sederhana iaitu
3.32 sebanyak 139 orang responden sahaja. Seterusnya min 3.23 menunjukkan min
yang paling rendah iaitu sebanyak 120 orang responden yang sangat bersetuju dengan
item 3 tentang peningkatan kesedaran pelajar terhadap bidang keusahawanan sebagai
kerjaya pilihan adalah disebabkan sikap ibu bapa yang positif.

Jadual 4.3.4: Analisis Soalan berkaitan dengan kesedaran pelajar tentang nilai
keusahawanan yang diterapkan dalam diri terhadap bidang keusahawanan
sebagai kerjaya pilihan

No Penyataan Soalan BILANGAN MIN
. STS TS S SS
SKO TAHAP
R

Nilai keusahawanan boleh

1 dikenalpasti melalui minat dan 3 17 202 128 3.30 TINGGI
kemahiran yang sedia ada dalam diri

pelajar

Kesedaran tentang nilai

2 keusahawanan dapat dilihat dengan 2 24 201 123 3.27 TINGGI
minat terhadap idola yang menjadi

salah satu ikon kepada pelajar

Pelajar meminati mata pelajaran

keusahawanan serta minat untuk 3 32 189 126 3.25 TINGGI
3
5 17 197 131 3.30 TINGGI
menceburi bidang keusahawanan e-Digest PSIS 2017 387

pada masa hadapan

Minat terhadap aktiviti perniagaan

4 yang dijalankan akan mendorong

pelajar meneroka lebih jauh dalam

PERDAGANGAN

bidang keusahawanan sebagai
kerjaya pilihan

Latihan keusahawanan perlu

5 diberikan pendedahan kepada 2 22 176 150 3.35 TINGGI
pelajar semasa usia muda dalam 2 15 171 162 3.41 TINGGI
4 21 209 116 3.25 TINGGI
menjamin minat yang berterusan 2 21 202 125 3.29 TINGGI
2 24 201 123 3.27 TINGGI
Pelajar perlu berani untuk 2 15 190 143 3.35 TINGGI

mengambil peluang dalam

6 menerapkan nilai keusahawanan

terhadap bidang keusahawanan

sebagai kerjaya pilihan

Minat yang mendalam mampu

mendorong dan membakar semangat

7 pelajar untuk menjadi gigih apabila

berhadapan dengan segala cabaran

dalam bidang keusahawanan

Kesedaran untuk meneroka peluang

kerjaya sangat tinggi jika pelajar

8 menggunakan kreativiti dan

menginovasikan apa yang dipelajari

dalam bidang keusahawanan

Nilai keusahawanan dapat

diterapkan dalam diri pelajar untuk

9 berhadapan dengan pesaing dan

cabaran dalam bidang yang

mencabar ini

Nilai keusahawanan perlu digilap

untuk memastikan minat pelajar

10 akan berterusan dalam bidang

keusahawanan sebagai kerjaya

pilihan

MIN PURATA 3.30 TINGGI

Jadual 4.3.4 menunjukkan min kesedaran Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah
tentang nilai keusahawanan yang diterapkan dalam diri terhadap bidang
keusahawanan. Item 6 menunjukkan seramai 162 orang responden yang sangat
bersetuju bahawa pelajar perlu berani untuk mengambil peluang dalam menerapkan
nilai keusahawanan terhadap bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan manakala
128 dan 131 orang responden yang sangat bersetuju dengan min yang sederhana
rendah iaitu sebanyak 3.30 pada item 1 dan 4 yang jelas menyatakan bahawa nilai
keusahawanan boleh dikenalpasti melalui minat dan kemahiran yang sedia ada dalam
diri pelajar dan minat terhadap aktiviti perniagaan yang dijalankan akan mendorong
pelajar meneroka lebih jauh mendalam bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

388 e-Digest PSIS 2017

PERDAGANGAN

Min paling rendah ditunjukkan di item 3 dan 7 iaitu 3.25 seramai 126 dan 116 orang
responden yang sangat bersetuju bahawa pelajar meminati mata pelajaran
keusahawanan serta minat untuk menceburi bidang keusahawanan pada masa hadapan
dan juga minat yang mendalam mampu mendorong dan membakar semangat pelajar
untuk menjadi gigih apabila berhadapan dengan segala cabaran dalam bidang
keusahawanan.

Jadual 4.3.6: Analisis soalan berkaitan kesedaran pelajar tentang kecederungan penglibatan
bumiputera dalam bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

No BILANGAN MIN
. Penyataan Soalan STS TS S
SS SKO TAHAP
R

Kebanyakan bidang 6 22 178 144 3.31 TINGGI
1 keusahawanan lebih dikuasi 5 10 175
1 16 167 160 3.40 TINGGI
oleh kaum Cina berbanding 3 21 141
kaum Melayu dan kaum India 5 29 167 166 3.42 TINGGI
Kerajaan perlu 185 3.45 TINGGI
mempertingkatkan usaha
2 dengan memberi peluang 149 3.31 TINGGI
kepada golongan bumiputera
yang layak untuk mengikuti
pelbagai kursus keusahawanan
Kerajaan perlu menyalurkan
bantuan kewangan kepada
3 golongan bumiputera yang
berminat dalam bidang
keusahawanan
Bumiputera perlu menceburi
bidang keusahawanan kerana ia
4 merupakan bidang yang sangat
penting dalam memastikan
pembangunan sesebuah negara
Kekurangan penglibatan
bumiputera adalah disebabkan
oleh kekurangan modal,
5 kemahiran dan pengetahuan
serta ketidakmampuan untuk
mendapatkan premis
perniagaan yang sesuai

e-Digest PSIS 2017 389


Click to View FlipBook Version