The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ebook.psis, 2020-08-16 23:14:59

e-Digest PSIS 2017

e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

BK - Pensyarah lulusan bidang kejuruteraan

Jadual 9.2 menunjukkan jumlah pelajar yang mengambil kursus Matematik
Kejuruteraan 2 bagi Sesi Disember 2012, Sesi Jun 2013, Sesi Disember 2013 dan Sesi
Jun 2014 iaitu sejumlah 952 orang dimana 356 orang (37.39%) terdiri daripada
pelajar yang diajar oleh pensyarah lulusan bidang matematik manakala 596 orang
(62.61%) terdiri daripada pelajar yang diajar oleh pensyarah lulusan bidang
kejuruteraan. Ini menunjukkan bahawa bilangan pelajar yang diajar oleh pensyarah
bukan lulusan bidang matematik adalah melebihi sebanyak 240 orang(25.22%).
Rajah 9.1, menerangkan data tersebut.

[CATEGORY
NAME]

[PERCENTAG
E]

BK
[PERCENTAG

E]

Rajah 9.1: Bilangan Pelajar Yang Diajar Oleh Pensyarah Lulusan Bidang
Matematik dan Lulusan Bidang Kejuruteraan Bagi Sesi Disember 2012,
Sesi Jun 2013, Sesi Disember 2013 Dan Sesi Jun 2014

Pelajar yang diajar oleh pensyarah lulusan bidang matematik bagi Sesi
Disember 2012 hanya 69 orang (24%) manakala pelajar yang diajar oleh pensyarah
lulusan bidang kejuruteraan pula ialah seramai 223 orang (76%). Rajah 9.2
menerangkan dapatan tersebut.

[CATEGOR
Y NAME]
[PERCENT

AGE]

BK
[PERCENT

AGE]

Rajah 9.2: Bilangan Pelajar Yang Diajar Oleh Pensyarah Lulusan Bidang
Matematik Dan Lulusan Bidang Kejuruteraan Bagi Sesi Disember 2012

40 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

Bilangan pelajar yang diajar oleh pensyarah lulusan bidang matematik juga
mencatat rekod yang lebih rendah pada sesi Jun 2013 jika dibandingkan dengan
bilangan pelajar yang diajar oleh pensyarah lulusan bidang kejuruteraan iaitu 76 orang
(35%) dan 139 orang (65%) masing-masing. Rujuk rajah 9.3.

[CATEGOR
Y NAME]
[PERCEN…

BK
[PERCENT

AGE]

Rajah 9.3: Bilangan Pelajar Yang Diajar Oleh Pensyarah Lulusan Bidang
Matematik Dan Lulusan Bidang Kejuruteraan Bagi Sesi Jun 2013

Bilangan pelajar yang diajar oleh pensyarah lulusan bidang matematik tetap
mencatat rekod yang lebih rendah pada sesi Disember 2013 jika dibandingkan dengan
bilangan pelajar yang diajar oleh pensyarah lulusan bidang kejuruteraan iaitu 84 orang
(34%) dan 162 orang (66%) masing-masing. Rujuk rajah 9.4.

[CATEGO
RY NAME]
[PERCENT

AGE]

BK
[PERCENT

AGE]

Rajah 9.4: Bilangan Pelajar Yang Diajar Oleh Pensyarah Lulusan Bidang
Matematik Dan Bidang Kejuruteraan Bagi Sesi Disember 2013

e-Digest PSIS 2017 41

SAINS SOSIAL

Akan tetapi, bilangan pelajar yang diajar oleh pensyarah lulusan bidang
matematik adalah lebih tinggi pada sesi Jun 2014 jika dibandingkan dengan bilangan
pelajar yang diajar oleh pensyarah lulusan bidang kejuruteraan iaitu 127 orang (64%)
dan 72 orang (36%) masing-masing. Rujuk rajah 9.5.

BK
[PERCENT

AGE]

[CATEGO
RY

NAME]
[PERCE…

Rajah 9.5: Bilangan Pelajar Yang Diajar Oleh Pensyarah Lulusan Bidang
Matematik Dan Lulusan Bidang Kejuruteraan Bagi Sesi Jun 2014

42 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

c) Perbandingan Peratusan Kelulusan Pelajar Yang Diajar Oleh Pensyarah
Lulusan Bidang Matematik Dan Lulusan Bidang Kejuruteraan Bagi Sesi
Disember 2012, Sesi Jun 2013, Sesi Disember 2013 Dan Sesi Jun 2014

Jadual 9.3: Peratusan Lulusan Pelajar Bagi Sesi Disember 2012, Sesi Jun 2013,

DIS 2012 JUN 2013 DIS 2013 JUN 2014
BM BK BM BK
BM BK BM BK Bil Bil (%) Bil (%)
Pelajar (%) Pelajar (%)
STATUS Bil (%) Bil Bil (%) Bil (%) Bil Pelajar
Pelajar Pelajar Pelajar
Pelajar Pelajar (%)

Lulus 66 96 217 97 72 94.7 136 97.8 83 99 155 96 125 98 68 94.4
Gagal 4 5.56
3 4.4 6 2.7 4 5.26 3 2.16 1 1.2 7 4.3 2 1.6

Jumlah 69 100 223 100 76 100 139 100 84 100 162 100 127 100 72 100

Jumlah 292 215 246 199

Jumlah 952

Sesi Disember 2013 Dan Sesi Jun 2014.

Petunjuk: BM - Pensyarah lulusan bidang matematik
BK - Pensyarah lulusan bidang kejuruteraan

e-Digest PSIS 2017 43

SAINS SOSIAL

Secara umumnya, Jadual 9.3 dapat dianalisis seperti berikut:

95.65 97.31
100

PERATUSAN 80

60

40 BM
20 4.35 2.69 BK

0 GAGAL
LULUS

STATUS

Rajah 9.6: Perbandingan Peratusan Kelulusan Dan Gagal Kursus Matematik
Kejuruteraan 2 Yang Diajar Oleh Pensyarah Lulusan Bidang Matematik Dan
Lulusan Bidang Kejuruteraan Bagi Sesi Disember 2012

Bagi Sesi Disember 2012, jumlah pelajar yang diajar oleh pensyarah lulusan
bidang matematik adalah 69 orang di mana 66 orang (95.65%) daripada mereka
memperolehi status lulus dan 3 orang (4.35%) gagal kursus tersebut. Pada semester yang
sama, jumlah pelajar yang diajar oleh pensyarah lulusan bidang kejuruteraan pula adalah
seramai 223 orang di mana 217 orang (97.31%) daripada pelajar tersebut memperolehi
status lulus dan 6 orang (2.69%) gagal kursus tersebut. Merujuk Rajah 9.6, peratusan
kelulusan bagi pelajar yang diajar oleh pensyarah lulusan bidang matematik dan
pensyarah lulusan bidang kejuruteraan adalah tidak jauh beza iaitu dengan perbezaan
hanya 1.66% sahaja dimana pelajar yang diajar oleh pensyarah lulusan bidang
kejuruteraan adalah lebih tinggi. Begitu juga dengan perbezaan peratusan gagal antara
pelajar yang diajar oleh pensyarah lulusan bidang matematik dan lulusan bidang
kejuruteraan juga hanya tercatat 1.66% sahaja dimana pelajar yang diajar oleh pensyarah
lulusan bidang kejuruteraan adalah lebih rendah.

44 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

94.74 97.84

PERATUSAN 100 BM
90 BK
80
70 5.26 2.16
60 GAGAL
50
40
30
20
10
0
LULUS

STATUS

Rajah 9.7: Perbandingan Peratusan Kelulusan Dan Gagal Kursus Matematik
Kejuruteraan 2 Yang Diajar Oleh Pensyarah Lulusan Bidang Matematik Dan
Lulusan Bidang Kejuruteraan Bagi Sesi Jun 2013

Bagi Sesi Jun 2013, jumlah pelajar yang diajar oleh pensyarah lulusan bidang
matematik adalah 76 orang di mana 72 orang (94.74%) daripada mereka memperolehi
status lulus dan 4 orang (5.26%) gagal kursus tersebut. Pada semester yang sama, jumlah
pelajar yang diajar oleh pensyarah lulusan bidang kejuruteraan pula adalah seramai 139
orang di mana 136 orang (97.84%) terdiri daripada pelajar yang memperolehi status
lulus dan 3 orang (2.16%) gagal kursus tersebut. Berdasarkan Rajah 9.7, peratusan
kelulusan bagi pelajar yang diajar oleh pensyarah lulusan bidang matematik dan
pensyarah lulusan bidang kejuruteraan juga adalah lebih kurang sama iaitu dengan
perbezaan hanya 3.1% sahaja dimana pelajar yang diajar oleh pensyarah lulusan bidang
kejuruteraan adalah lebih tinggi. Perbezaan antara peratusan gagal pelajar yang diajar
oleh pensyarah lulusan bidang matematik dan lulusan bidang kejuruteraan juga adalah
tidak ketara dengan mencatat perbezaan hanya 3.1% sahaja dimana pelajar yang diajar
oleh pensyarah lulusan bidang kejuruteraan adalah lebih rendah.

e-Digest PSIS 2017 45

SAINS SOSIAL

98.81
95.68

100

90

80

70

PERATUSAN 60

50 BM
BK
40

30

20 1.19 4.32
10

0 GAGAL
LULUS

STATUS

Rajah 9.8: Perbandingan Peratusan Kelulusan Dan Gagal Kursus Matematik
Kejuruteraan 2 Yang Diajar Oleh Pensyarah Lulusan Bidang Matematik Dan
Lulusan Bidang Kejuruteraan Bagi Sesi Disember 2013

Bagi Sesi Disember 2013, jumlah pelajar yang diajar oleh pensyarah lulusan
bidang matematik adalah 84 orang di mana 83 orang (98.81%) daripada mereka
memperolehi status lulus dan seorang (1.19%) sahaja gagal kursus tersebut. Pada
semester yang sama, jumlah pelajar yang diajar oleh pensyarah lulusan bidang
kejuruteraan pula adalah seramai 162 orang di mana 155 orang (95.68%) terdiri daripada
pelajar yang memperolehi status lulus dan 7 orang (4.32%) gagal kursus tersebut.
Berdasarkan Rajah 9.8, peratusan kelulusan bagi pelajar yang diajar oleh pensyarah
lulusan bidang matematik dan pensyarah lulusan bidang kejuruteraan juga adalah lebih
kurang sama iaitu dengan perbezaan hanya 3.13% sahaja dimana pelajar yang diajar oleh
pensyarah lulusan bidang matematik adalah lebih tinggi. Begitu juga dengan hanya
sedikit perbezaan antara peratusan gagal pelajar yang diajar oleh pensyarah lulusan
bidang matematik dan lulusan bidang kejuruteraan iaitu hanya 3.13% sahaja dimana
pelajar yang diajar oleh pensyarah bukan lulusan matematik adalah lebih rendah.

46 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

98.43 94.44
100

90

80

PERATUSAN 70

60

50 BM
BK
40

30

20 1.57 5.56
10

0 GAGAL
LULUS

STATUS

Rajah 9.9: Perbandingan Peratusan Kelulusan Dan Gagal Kursus Matematik
Kejuruteraan 2 Yang Diajar Oleh Pensyarah Lulusan Bidang Matematik Dan
Lulusan Bidang Kejuruteraan Bagi Sesi Jun 2014

Bagi Sesi Jun 2014, jumlah pelajar yang diajar oleh pensyarah lulusan bidang
matematik adalah 127 orang di mana 125 orang (98.43%) daripada mereka memperolehi
status lulus dan 2 orang (1.57%) gagal kursus tersebut. Pada semester yang sama, jumlah
pelajar yang diajar oleh pensyarah lulusan bidang kejuruteraan pula adalah seramai 72
orang di mana 68 orang (94.44%) terdiri daripada pelajar yang memperolehi status lulus
dan 4 orang (5.56%) gagal kursus tersebut. Berdasarkan Rajah 9.9, peratusan kelulusan
bagi pelajar yang diajar oleh pensyarah lulusan bidang matematik dan pensyarah lulusan
bidang kejuruteraan juga adalah lebih kurang sama iaitu dengan perbezaan hanya 3.99%
sahaja dimana pelajar yang diajar oleh pensyarah lulusan bidang matematik adalah lebih
tinggi. Begitu juga dengan hanya sedikit perbezaan antara peratusan gagal pelajar yang
diajar oleh pensyarah lulusan bidang matematik dan lulusan bidang kejuruteraan iaitu
hanya 3.99% sahaja dimana pelajar yang diajar oleh pensyarah lulusan matematik adalah
lebih rendah.

e-Digest PSIS 2017 47

SAINS SOSIAL

d) Perbandingan Peratusan Kelulusan Pelajar Yang Diajar Oleh Pensyarah
Lulusan Bidang Matematik Dan Lulusan Bidang Kejuruteraan Bagi Sesi
Disember 2012, Sesi Jun 2013, Sesi Disember 2013 Dan Sesi Jun 2014

Peratus Kelulusan 100 BM
99 BK
98
97
96
95
94
93
92
DIS 2012 JUN 2013. DIS 2013 JUN 2014.
Sesi Pengajian

Rajah 9.10: Perbandingan Peratusan Kelulusan Kursus Matematik Kejuruteraan 2
Yang Diajar Oleh Pensyarah Lulusan Bidang Matematik Dan Lulusan Bidang
Kejuruteraan Bagi Sesi Disember 2012, Sesi Jun 2013, Sesi Disember 2013 Dan
Sesi Jun 2014

98.81 98.43

99 97.84

Peratusan Kelulusan 98 97.31

97 95.68
95.65
94.74 94.44 BM
96 BK

95

94

93

92 JUN 2013. DIS 2013 JUN 2014.
DIS 2012 Sesi Pengajian

48 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

Rajah 9.11: Perbandingan Peratusan Kelulusan Kursus Matematik Kejuruteraan 2
YangDiajar Oleh Pensyarah Lulusan Bidang Matematik Dan Lulusan Bidang
Kejuruteraan Bagi Sesi Disember 2012, Sesi Jun 2013, Sesi Disember 2013 dan Sesi
Jun 2014

Secara keseluruhannya, bagi sesi Disember 2012 dan Sesi Jun 2013, peratusan
kelulusan pelajar yang diajar oleh pensyarah lulusan bidang kejuruteraan adalah lebih
tinggi daripada yang diajar oleh pensyarah lulusan bidang matematik iaitu dengan
mencatat peratusan kelulusan 97.31% dan 97.84% manakala bagi Sesi Disember 2013
dan Sesi Jun 2014 pula, peratusan kelulusan bagi pelajar yang diajar oleh pensyarah
lulusan bidang matematik adalah lebih tinggi dengan mencatat peratusan kelulusan
98.81% dan 98.43%.

Peratusan Gagal 6 BM
5 BK
4
3 JUN 2013. DIS 2013 JUN 2014.
2
1
0

DIS 2012

Sesi Pengajian

Rajah 9.12: Perbandingan Peratusan Gagal Kursus Matematik Kejuruteraan 2
Bagi Pelajar Yang Diajar Oleh Pensyarah Lulusan Bidang Matematik Dan Lulusan
Bidang Kejuruteraan Bagi Sesi Disember 2012, Sesi Jun 2013 , Sesi Disember 2013
dan Sesi Jun 2014

e-Digest PSIS 2017 49

SAINS SOSIAL

6 5.26 5.56
5 4.35 1.57
4.32

4

Peratusan Gagal 3 2.69 BM
2.16 BK

2
1.19

1

0 JUN 2013. DIS 2013 JUN 2014.
DIS 2012

Sesi Pengajian

Rajah 9.13: Perbandingan Peratusan Gagal Kursus Matematik Kejuruteraan 2
Bagi Pelajar Yang Diajar Oleh Pensyarah Lulusan Bidang Matematik Dan Lulusan
Bidang Kejuruteraan Bagi Sesi Disember 2012, Sesi Jun 2013, Sesi Disember
2013 dan Sesi Jun 2014

Secara keseluruhannya, bagi sesi Disember 2012 dan Sesi Jun 2013, peratusan
gagal bagi pelajar yang diajar oleh pensyarah lulusan bidang matematik adalah lebih
tinggi daripada yang diajar oleh pensyarah lulusan bidang kejuruteraan iaitu dengan
mencatat peratusan gagal 4.35% dan 5.26% manakala bagi Sesi Disember 2013 dan Sesi
Jun 2014 pula, peratusan gagal bagi pelajar yang diajar oleh pensyarah lulusan bidang
kejuruteraan adalah lebih tinggi daripada pelajar yang diajar oleh pensyarah lulusan
bidang matematik iaitu dengan mencatat peratusan gagal 4.32% dan 5.56%.

50 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

10.0 KESIMPULAN

Merujuk kepada dapatan dan analisis kajian, objektif kajian telah dikenalpasti
iaitu tiada pengaruh latar belakang pendidikan pensyarah terhadap peratusan kelulusan
pelajar bagi kursus Matematik Kejuruteraan. Kajian ini telah membuktikan bahawa
pensyarah yang berkelulusan bidang kejuruteraan juga layak mengajar kursus Matematik
Kejuruteraan dengan peratusan kelulusan pelajar yang diajar oleh kedua-dua kumpulan
tersebut adalah tidak jauh beza. Pensyarah lulusan bidang kejuruteraan yang dinyatakan
dalam kajian ini merupakan golongan yang juga mempunyai ilmu pengetahuan dalam
bidang Matematik Kejuruteraan dengan golongan pensyarah tersebut pernah mempelajari
subjek Matematik Kejuruteraan sepanjang tempoh pengajian ijazah pertama mereka.
Dengan pengetahuan yang ada dalam kursus Matematik Kejuruteraan, maka pensyarah
lulusan bidang kejuruteraan tersebut juga dapat mengajar kursus Matematik Kejuruteraan
dengan baik. Dapatan ini dapat dibuktikan dengan kajian Hattie (2003) dan Norhamiza
(2005) yang menyatakan bahawa pengalaman dan kepakaran seseorang guru akan
mempengaruhi pencapaian pelajar dan pencapaian akademik adalah berkait rapat dengan
ilmu pengetahuan yang dikuasai oleh seseorang.

Kedua-dua golongan pensyarah tersebut masing-masing menguasai ilmu
pengetahuan dalam bidang matematik walaupun pada tahap yang berlainan. Ini adalah
kerana, selain pengetahuan yang sedia ada, teknik, kaedah dan cara penyampaian
seseorang pensyarah juga akan mempengaruhi pencapaian seseorang pelajar. Kenyataan
ini selari dengan kajian Booth (1993); Goodwin dan Stevens (1993) serta Kamarul Azmi
dan Ab. Halim (2007) yang menyatakan bahawa selain menguasai kandungan subjek
yang diajar, seseorang pendidik yang berpengetahuan dalam pedagogi seperti kemahiran
mengajar atau teaching skills, menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
mengajar turut dapat meningkatkan pencapaian seseorang pelajar. Sharifah Alwiah
(1983) juga menyatakan bahawa guru yang berkesan ialah guru yang serba mahir dalam
pelbagai kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai untuk muridnya.

Selain itu, pensyarah lulusan dalam bidang kejuruteraan juga dapat mengajar
kursus matematik dengan baik sekiranya mereka membuat persediaan dan perancangan

e-Digest PSIS 2017 51

SAINS SOSIAL

awal serta menggunakan teknik yang bersesuaian semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Pernyataan ini dapat dibuktikan dengan kajian Atan Long (1986) yang
menyatakan bahawa kerja-kerja pengajaran hendaklah dirancang terlebih dahulu dengan
teliti sebelum sesuatu pengajaran dilakukan agar pengajaran seseorang itu sistematik,
teratur dan terarah.

11.0 CADANGAN
Berdasarkan analisis yang telah dijalankan, didapati bahawa peratusan kelulusan

pelajar yang diajar oleh pensyarah lulusan bidang matematik dan lulusan bidang
kejuruteraan tidak mempunyai perbezan yang ketara. Namun begitu, beberapa
pendekatan boleh diambilkira untuk memantapkan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran pensyarah seperti:

i. Pemberian latihan yang berkaitan kepada pensyarah sebagai persediaan sebelum
mengajar

ii. Para pensyarah yang mengajar kursus matematik boleh berbincang dan bertukar
pandangan dan berkongsi idea mengenai teknik pengajaran matematik yang
berkesan agar pencapaian pelajar dapat dipertingkatkan

Selain itu, cadangan seperti berikut disarankan untuk kajian seterusnya:-
i. Kajian mengenai tahap keyakinan pensyarah lulusan bidang kejuruteraan mengajar

kursus Matematik Kejuruteraan.
ii. Perbandingan gaya pengajaran pensyarah lulusan bidang matematik dan lulusan bidang

kejuruteraan.

52 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

RUJUKAN
Abdul Rahim Abd Rashid. (2000). Wawasan dan Agenda Pendidikan. Utusan Publications and

Distribution Sdn. Bhd.
Atan Long (1986). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd.
Booth, A. (1993). Learning History in University; Student Views on Teaching and Assessment.

Studies in Higher Education. 18(2), 227-235
Goodwin, L. D. & Stevens, E. A. (1993). The Influence of Gender on University Faculty

Members’ perceptions of “Good” Teaching. Journal of Higher Education. 64(2), 166-185.
Kamarul Azmi Jasmi dan Ab. Halim Tamuri. (2007). Pendidikan Islam Pengajaran dan

Pembelajaran. Skudai: Penerbit UTM.
Mok Soon Seng (1992). Pedagogi 2: Strategi Pengajaran Pembelajaran Mikro. Kuala

Lumpur: Kumpulan Budiman.
Mok Soon Sang & Siew Fook Cheong. (1988). Pengajaran dan Pembelajaran Matematik

untuk Peringkat Sekolah Rendah. (4th.ed). Petaling Jaya,Selangor : Longman Malaysia
Sdn.Bhd.
Norhamiza Mohd Noor (2005). Sumbangan Aspek Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek Serta
Kaitannya Dengan Kecemerlangan Akademik di Kalangan Pelajar Kejuruteraan
Sekolah Menengah Teknik.
Hattie, J. (2003). Teachers Make a Difference What is the Research Evidence? Diperoleh pada
Jun 15, 2011 daripada www.docstoc.com/docs/2251792/ Teachers-Makea-Difference.
Salleh Abd Rashid. (2003). Pemikiran Profesional Keguruan Terhadap Kurikulum dan
Pengajaran. Dibentangkan di Seminar Pendidikan MPBL.
Wiersma, W. (2000). Research Method In Education. Boston: Allyn & Bacon.

e-Digest PSIS 2017 53

SAINS SOSIAL

KESAKSIAN DALAM WAQAF, HIBAH DAN WASIAT
Mohd Farid Bin Dawam
Jabatan Pengajian Am

Politeknik Sultan Idris Shah
[email protected]

Rozita Binti Kasim
Sekolah Kebangsaan Tun Dr.Ismail

ABSTRAK
Di dalam sesuatu perbicaraan dan pendakwaan, saksi merupakan di antara salah satu
kaedah untuk mensabitkan tuduhan atau pembelaan. Penyaksian seorang saksi merupakan
perkara utama dan penting di dalam menentukan seseorang hakim bagi menetapkan
seseuatu kes atau menolaknya ( Said Ibrahim, 1996). Dengan adanya kesaksian, maka
hukuman yang tepat dan sesuai serta keadilan dapat ditegakkan selaras dengan tuntuan
daripada al-quran dan al-sunnah. Ketiadaan saksi, akan membuka ruang kepada jenayah
penipuan dan pemalsuan fakta. Oleh yang demikian perlu kepada kesaksian yang
menepati syarat-syaratnya agar dapat mewujudkan keadilan dan menjauhkan dari
sebarang perkara dan situasi yang mencemarkan institusi perundangan yang sedia ada.
Berdasarkan senario hari ini penulis ingin menghurai kepentingan bilangan saksi waqaf,
hibah dan wasiat di dalam konteks kesaksian di dalam pensabitan kesalahan.
Kata Kunci : saksi , waqaf , hibah , wasiat

54 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

1.0 PENDAHULUAN

Saksi adalah salah satu daripada rukun kesaksian dalam Undang-undang
Keterangan Islam. Saksi bermaksud orang yang mengetahui atau melihat sesuatu
peristiwa dan boleh memberikan keterangannya tentang apa yang disaksikan.
Manakala kesaksian pula bermaksud penerangan atau khabar yang pasti iaitu kata-
kata yang diucapkan hasil daripada maklumat yang diperolehi melalui penyaksiannya
(Mahmud Saedon,1990).

Kesaksian menurut pendapat jumhur pula ialah keterangan orang yang dapat
dipercayai di hadapan sidang pengadilan dengan lafaz kesaksian untuk menetapkan
hak ke atas orang lain. Kesaksian dari segi bahasa ialah keterangan atau khabar yang
benar iaitu kata-kata yang bersumberkan daripada pengetahuan yang didapati hasil
penyaksian. Dari segi syarak pula bermaksud khabar yang terbukti kebenarannya
dengan lafaz syahadah di dalam majlis penghakiman .Tidak termasuk kesaksian
dengan lafaz dusta (Ahmad Fathi Al-Bahnasiyy, 1989).

2.0 KESAKSIAN DALAM WAQAF, HIBAH DAN WASIAT

2.1 Waqaf

Perkataan waqaf berasal daripada perkataan Bahasa arab iaitu waqaf yang
membawa maksud berhenti atau berdiri (Ibn Munzir, 1990). Apabila ia dinisbahkan
kepada harta seperti tanah, binatang dan lain-lain, ia memberi erti pembekuan hak
milik bagi faedah tertentu.

Menurut Al-Jurjani (1992) waqf bermaksud pembekuan hak milik ke atas
sesuatu benda bagi tujuan menyedekahkan kegunaannya atau faedahnya. Harta waqaf
dalam Islam merupakan pemangkin pembangunan ekonomi umat Islam kerana :

i. Waqaf pada konsep pemisahan diantara hak pemilikan dan faedah
penggunaannya. Pewaqafan harta menyebabkan kuasa pemilikan hartanya
akan terhapus daripada harta tersebut. Waqaf secara prinsipnya adalah satu
kontrak berkekalan dan pewaqaf tidak boleh lagi memiliki harta itu dengan
apa jua sekalipun, kecuali sebagai pengurus harta waqaf.

ii. Waqaf adalah sedekah berterusan iaitu bukan sahaja membolehkan pewaqaf
mendapat pahala berterusan, tetapi penerima mendapat faedah berterusan.
Dengan itu pihak yang bergantung waqaf boleh mengatur perancangan
kewangan institusinya dengan berkesan untuk jangka panjang.

iii. Penggunaan harta waqaf adalah untuk kebajikan dan perkara-perkara
yang diharuskan oleh Syara’. Oleh tidak diwajibkan menentukan golongan
yang mendapat manfaat daripada waqaf dan memadai menyebutkan: “Saya
waqafkan harta ini kerana Allah.” Ciri ini membolehkan pengembangan harta
e-Digest PSIS 2017 55

SAINS SOSIAL

waqaf kepada pelbagai bentuk moden selagimana ia menepati objektif waqaf.

Para ulama’ telah bersepakat bahawa pensyariatan waqaf dalam Islam
berdasarkan firman Allah swt :

Bermaksud : kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan

kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa Yang kamu

sayangi. dan sesuatu apa jua Yang kamu dermakan maka Sesungguhnya Allah

mengetahuinya. (Surah Ali-Imran :

92)

Begitu juga dengan firman Allah swt di dalam

Bermaksud: dan apa sahaja kebajikan Yang mereka kerjakan, maka mereka tidak
sekali-kali akan diingkari (atau disekat dari mendapat pahalanya). dan (ingatlah),
Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang Yang bertaqwa. (Surah Ali-
Imran: 115)

Terdapat di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor)
2003 subseksyen 61 (3) (b) (v) dan (viii) menyatakan bidangkuasa Mahkamah Tinggi
Syariah termasuk wasiat atau semasa maradulmaut (sakit yang membawa kepada
maut) juga pembahagian dan pewarisan harta berwasiat atau tak berwasiat. Negeri
Selangor adalah merupakan negeri terawal yang mengendors dan mewartakan
Enakmen Wasiat Orang Islam (Negeri Selangor) No.4 Tahun 2009 hasil draf undang-
undang oleh Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil Kebangsaan
pada 15 September 1999 dan dikuatkuasakan mulai Jun 2000.

Enakmen tersebut telah memperuntukkan beberapa perkara berkaitan dengan
wasiat orang Islam antaranya pelaksanaan wasiat, pembatalan wasiat, penarikan balik
wasiat, penerimaan dan penolakan wasiat. Pemakaian undang-undang tersebut
digunakan apabila berlaku pertikaian ke atas wasiat oleh simati daripada satu pihak
dengan membuat tuntutan di mahkamah syariah. Pengesahan wasiat dibuktikan
samada melalui keterangan ikrar, saksi, dokumen, sumpah syarie dan sebagainya yang
boleh memuaskan hati hakim untuk menentukan kesahihan wasiat tersebut.

Wasiat seperti yang ditafsirkan mengikut Enakmen Wasiat Orang Islam
(Selangor) 1999 ertinya iqrar seseorang yang diperbuat pada masa hayatnya ke atas
hartanya atau manfaat untuk menyempurnakan sesuatu bagi maksud kebajikan atau
apa-apa maksud yang dibenarkan menurut Hukum Syarak, selepas dia mati.

Wasiat samada dibuat dengan lisan atau tulisan atau isyarat yang difahami
hendaklah disaksikan dua orang saksi yang boleh diterima menurut hukum syarak dan
Enakmen yang sama telah memperuntukkan borang wasiat lengkap bertulis mengikut
jadual kedua subseksyen 3(3).

56 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

Di dalam kontrak waqaf disyaratkan dua orang saksi bagi menjadikan kontrak
waqaf itu sah. Menurut Amrullah Achmad (1996) pula menyebutkan bahawa lafaz
ikrar waqaf perlu disaksikan dengan dua orang saksi. Waqaf merupakan suatu amal
kebajikan yang boleh memberi manfaat kepada pewaqaf walaupun telah meninggal
dunia. Ini berdasarkan hadis Nabi saw ( Haron Din,2007) :

Abu Hurairah berkata bahawa Nabi berkata, “Apabila mati seorang mukmin
terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: Waqaf atau sedekah yang berkekalan,
atau ilmu yang berguna (sama ada dengan kitab atau murid-murid yang melanjutkan
ilmu gurunya) atau anak yang salih yang berdoa untuk ibu bapanya.” (Riwayat al-
Jamaah kecuali aI-Bukhari dan Ibnu Majah)

Menurut hadis yang di atas ternyatalah waqaf itu mempunyai ganjaran yang
besar yang lebih besar daripada sedekah biasa, kerana pahala waqaf itu akan kekal
berterusan selama barang itu masih berguna kepada masyarakat dan orang ramai (
Haron Din,2007). Maka untuk menjaga amal kebajikan yang dilakukan oleh pewaqaf
terlaksana selepas kematiannya, maka perlu kepada dua orang saksi supaya tidak
disalahgunakan oleh pihak-pihak yang tertentu atau ahli warisnya yang ingkar atau
enggan untuk menunaikan maksud waqaf yang telah dibuat.

Jelaslah disini, bahawa bilangan saksi sebanyak dua orang lelaki atau seorang
lelaki dan dua orang perempuan adalah perlu untuk menyaksikan dan memastikan
waqaf itu dilaksanakan seperti mana kehendak pewaqaf.

Justeru itu saksi-saksi tersebut mestilah seorang yang adil, amanah, ndan
memenuhi syarat-syarat sebagai saksi supaya tidak berlaku penyelewengan dalam
melaksanakan kehendak pewaqaf walaupun setelah ketiadaannya.

2.2 Hibah

Al-Hibah, bermaksud memberikan hak milik harta sama ada harta alih atau tak
alih kepada orang lain tanpa ada sebarang balasan (tukaran). Penawaran dalam hibah
adalah dengan menggunakan lafaz yang bermakna memberi hak milik harta secara
percuma (Abdullah Alwi Hj Hassan,2005). Menurut Sayyid Sabiq ( 1988) hibah juga
adalah satu pemberian yang bersifat sukarela (tiada sebab dan musabab) daan
pemberian itu perlu diberikan pada waktu pemberi hibah masih hidup. Ini
membezakan dengan wasiat, yang mana wasiat berkuatkuasa selepas kematian
pewasiat.

Bagi memastikan hibah dapat dilaksanakan dengan sempurna, maka terdapat
rukun hibah yang wajib di patuhi. Diantaranya:
1- Orang yang memberi (penghibah)
2- Orang yang menerima (penerima hibah)
3- Ijab dan qabul

e-Digest PSIS 2017 57

SAINS SOSIAL

4- Barang yang dihibahkan

Berhubung pelaksanaan hibah mengikut syariat Islam dapat dirumuskan kepada
perkara berikut:

1. Hibah mestilah dilaksanakan semasa hidup dan diserahkan pada waktu hidup
orang membuat hibah tersebut.

2. Berakhirnya hak atas barang yang dihibahkan ketika hibah dilakukan, dan jika
si penerima hibah dalam keadaan tidak berkemampuan seperti masih belum
baligh, maka penerimaan boleh dilakukan oleh walinya.

3. Wujud lafaz yang jelas semasa pemberian seperti “aku hibahkan rumah ini
kepada kamu “ oleh pemberi hibah.

4. Hibah hendaklah dilaksanakan di hadapan beberapa orang saksi (hukumnya
sunat) hal ini penting untuk menghindarkan sebarang pertikaian di belakang
hari.

Sehubungan itu dibincangkan mengenai bilangan saksi dalam Undang-Undang
Keterangan Islam bagi hibah. Memandangkan hibah biasanya dilakukan secara lisan
maka adalah penting untuk menghadirkan saksi semasa upacara hibah. Ini adalah
perlu supaya waris pemberi hibah tidak boleh menuntut atas apa yang telah
dihibahkan itu. Anjuran supaya menghadirkan saksi di dalam hibah berdasarkan hadis
Nabi saw :

Bermaksud : Telah menceritakan kepada kami Hamid bin 'Umar telah menceritakan

kepada kami Abu 'Awanah dari Hushain dari 'Amir berkata; aku mendengar An

Nu'man bin Basyir radhiallahu 'anhuma berkhutbah di atas mimbar, katanya:

"Bapaku memberiku sebuah hadiah (pemberian tanpa imbalan). Maka 'Amrah binti

Rawahah berkata; "Aku tidak rela sampai kamu mempersaksikannya kepada

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam." Maka bapaku menemui Rasulullah

shallallahu 'alaihi wasallam dan berkata: "Aku memberi anakku sebuah hadiah yang

berasal dari 'Amrah binti Rawahah, namun dia memerintahkan aku agar aku

mempersaksikannya kepada anda, wahai Rasulullah". Beliau bertanya: "Apakah

semua anakmu kamu beri hadiah seperti ini?". Dia menjawab: "Tidak". Beliau

bersabda: "Bertaqwalah kalian kepada Allah dan berbuat adillah diantara anak-anak

kalian". An-Nu'man berkata: "Maka dia kembali dan beliau menolak pemberian

bapaku". (Riwayat Bukhari)

Di dalam kes-kes mal biasanya memerlukan dua orang saksi lelaki yang adil.
Kes hibah adalah tergolong kes mal, oleh yang demikian sebaik sewaktu hibah
dibuat dapat disaksikan oleh dua orang saksi lelaki yang menepati syarat-syarat
sebagai seorang saksi. Ini dapat mengelakkan berlakunya sebarang pertikaian di
kemudian hari.

58 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

2.3 Wasiat

Para fuqaha memberikan definisi wasiat sebagai memberi hak secara
sukarela yang dikaitkan dengan keadaan setelah mati baik diucapkan dengan kata-
kata atau selainnya (Hasballah,1992) . Manakala al-Sayyid Sabiq pula
mendefinisikan wasiat sebagai pemberian seseorang kepada seseorang yang lain
baik berupa barang, harta benda miliknya. piutang ataupun manfaat untuk dimiliki
oleh orang yang diberi wasiat setelah pewasiat mati atau meninggal dunia
(Mahamad Arifin,2007) .

Dalil berwasiat adalah berdasarkan firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah
ayat 180:

Bermaksud :“Diwajibkan ke atasmu, apabila salah seorang dan kamu akan mati,
jika ia meninggalkan harta (bahawa ia membuat) wasiat bagi kedua orang tuanya
dan kerabatnya dengan cara yang baik (ini adalah) bagi orang yang bertaqwa
(kepada tuhan)”.

Selain itu, dalam melakukan wasiat, syarak tidak menetapkan sebarang
bentuk yang perlu diikuti, wasiat yang dilakukan sama ada secara bertulis, ucapan
atau isyarat dibolehkan selagi tujuan pewasiat jelas dinyatakan dan cara yang
dilakukan sesuai dengan keadaannya pada ketika. Sehubungan itu dibincangkan
bilangan saksi dalam Undang-undang keterangan Islam bagi wasiat. Wasiat
sebaiknya dilakukan dengan bertulis ketika dalam keadaan sihat dan disaksikan oleh
pihak. lain. Soal penyaksian wasiat, al-Qur’an dengan jelas menyatakannya dalam
surah al-Maidah ayat 106:

Maksudnya:“Wahai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang daripada
kamu menghadapi kematian sedang ia akan berwasiat maka, hendaklah (wasiat itu)
disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, atau dua orang yang berlainan
agama dengan kamu, jika kamu dalam perjalanan di muka bumi lalu kamu ditimpa
bahaya kematian.

Berdasarkan ayat di atas jelas bahawa bilangan saksi yang diperlukan semasa
menyaksikan wasiat dibuat adalah dua orang saksi dan apabila berlaku masalah
pertikaian berhubung wasiat yang dibuat oleh seseorang selepas kematiannya maka
dua orang saksi tersebut mestilah tampil untuk memberikan keterangan dan kesaksian
mereka.

Selain itu, adil yang dikehendaki dalam konteks ayat di atas adalah dua orang
muslim yang bukan di kalangan keluarga pewasiat ( Abdul Rashid, 1986). Namun
begitu, terdapat juga pengecualian di mana di dalam waktu-waktu terdesak seperti
dalam perjalanan atau ketika dalam keadaan tiada orang yang beragama Islam, maka
dalam keadaan tersebut menurut pendapat Abdullah ibn Hanbal dan Malik di mana

e-Digest PSIS 2017 59

SAINS SOSIAL

adalah dibenarkan orang kafir menyaksikan sesuatu pewasiatan atau disaksikan oleh
seorang lelaki dan dua orang perempuan.

Walau bagaimanapun, mengenai bilangan saksi terdapat perselisihan pendapat
ahli fiqh, umpamanya dalam mazhab Shafie dan Hanbali mereka boleh merima
penyaksian seorang saksi beserta sumpah seperti yang pernah dilakukan Sayyiduna
Umar, Sayyiduna ‘Ali dan Shurayh dalam perbicaraan yang mereka pernah adakan.
Malah Shurayh pernah memutuskan kes berdasarkan seseorang saksi sahaja tanpa
disertakan sumpah kerana itu diketahui seorang yang bercakap benar. Dalam menilai
penyaksian yang diberikan oleh para saksi maka perlulah mereka sendiri ketahui
kandungan sesuatu wasiat atau dibacakan kepada mereka agar dapat difahami
maksudnya sebelum mereka mengesahkannya.

Manakala Mazhab Hanbali berpendapat dalam soal penyaksian wasiat
membolehkan pewasiat menandatangani wasiat yang telah dibuat oleh orang lain dan
dibacakan kepadanya tanpa memerlukan sebarang saksi. Demikian juga apabila
wasiat ditulis sendiri oleh pewasiat maka tidaklah secara khusus ditekankan perlunya
saksi walaupun begitu diakui bahawa sebaik-baiknya hendaklah disaksikan kerana
akhirnya tandatangan atau tulisan pewasiat itu akan dibuktikan sebagai memang
dilakukan sendiri oleh pewasiat ( Abdul Rashid, 1986).

Seterusnya ahli-ahli fiqh Mazhab Sunni lebih jelas menekankan keperluan
saksi hinggakan wasiat yang ditulis sendiri oleh pewasiat dan dikenali pula tulisannya
masih lagi memerlukan saksi. Dalam hal ini sudah tentulah perlu kembali kepada
firman Allah swt yang telah disebutkan di atas menyatakan bahawa bilangan saksi
yang diperlukan adalah dua orang saksi yang adil. Para saksi bukan sahaja
menyaksikan perbuatan wasiat tetapi juga mendengar isi kandungan wasiat itu .

Maka jelas bahawa keutamaan diberikan kepada wasiat bertulis yang ditulis
sendiri oleh pewasiat dan disaksikan oleh para saksi yang adil sama ada lelaki atau
perempuan dengan syarat mereka hendaklah beragama Islam dan bukan daripada
kalangan keluarga sendiri. Penekanan kepada. orang luar adalah untuk mengelakkan
berlakunya sebarang pertikaian dan ketidak adilan kerana jika saksi terdiri dan ahli
keluarga mungkin berlakunya berat sebelah hasil kata-kata yang mungkin mereka
ungkapan untuk kepentingan masing-masing. Sekiranya tidak dapat dilakukan dengan
tulisan maka wasiat dibolehkan juga wasiat dilakukan sama ada dengan ucapan atau
isyarat yang jelas yang dapat menunjukkan maksud pemberian wasiat tersebut.
Pemberian itu hendaklah disaksikan oleh dua orang saksi yang adil dan beragama
Islam melainkan dalam keadaan tertentu sahaja.

60 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

3.0 KESIMPULAN
Di dalam kajian ini dapatlah disimpulkan bahawa kesaksian merupakan salah

satu metod untuk mensabitkan sesuatu kes di dalam perundangan Islam. Semua saksi-
saksi yang memberi keterangan disyaratkan memenuhi kriteria syarat-syarat saksi
yang telah ditetapkan oleh Islam. Justeru itu bukanlah sesuatu yang mudah untuk
menyediakan saksi-saksi yang layak memberikan keterangan.

Keperluan di dalam memenuhi syarat saksi haruslah dilihat dari sudut untuk
menjaga objektif syariah atau maqasid syariah dari aspek menjaga maslahah dan
menghindarkan mafsadah. Syarat-syarat kesaksian yang ketat terutamanya di dalam
syarat penyampaian kesaksian adalah untuk menjaga keadilan dan mengelakkan
daripada sebarang keraguan dan kekhilafan di dalam proses kehakiman. Oleh
demikian itu sistem perundangan Islam mementingkan kualiti dan kuantiti saksi di
dalam menjaga keadilan semua pihak dalam sesuatu kes.

e-Digest PSIS 2017 61

SAINS SOSIAL

RUJUKAN
Al-Qur’an Al-Karim

Amrullah Achmad (1996). Dimensi Hukum Islam Dalam Sistem Hukum Nasional.
Jakarta: Gema Insan.

Haron Din (2007). Islam Agama Bisnes & Pengurusan. Kuala Lumpur : PTS Publication
Distributors Sdn.Bhd.

Mohamad Arifin (2007). Pentadbiran Undang-Undang Islam Di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Said Ibrahim (1996). Qanun Jinayah Syariah, Kuala Lumpur: Dar Al-Ma’rifah

Al-Jurjaniyy (1992). Kitab al-Ta’rifat. Beirut: Dar al-Kitab al-Arabi.

Al-Sayyid Sabiq (1988). Fiqh Sunnah. Jil 14. Bandung: PT al Ma’arif

Hasballah Thaib (1992). Hukum Benda Menurut Islam. Medan: FH Universitas -
DharmawangSa.

Ibn Munzir (1990). Lisan al-Arab. Jil. 9. Beirut: Dar al-Fikr.

Abdul Rashid Haji Abdul Latif (1986). Wasiat Dalam Islam, Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Abdullah Alwi Haji Hassan (2005) Teori dan Aplikasi Kontemporari Sistem Ekonomi
Islam di Malaysia.Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd

62 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

AMALAN PEMAKANAN SIHAT DALAM KALANGAN PELAJAR
POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH: SATU TINJAUAN

Asma’ binti Ibrahim
Jabatan Pengajian Am
Politeknik Sultan Idris Shah
[email protected]

Siti Zaharah bt Abdul Aziz
Jabatan Pengajian Am

Politeknik Sultan Idris Shah
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengkaji tahap pengetahuan, amalan pemakanan sihat
dan faktor-faktor yang mendorong pemilihan pemakanan sihat.Seramai 30 orang
pelajar politeknik semester 1 dan semester 2 Politeknik Sultan Idris Shah yang terdiri
pelbagai jabatan dijadikan responden dalam kajian ini. Kajian telah dijalankan dengan
menggunakan soal selidik berskala Likert 4 mata. Kajian Rintis telah dijalankan dan
mendapat nilai Alpha Cronbach 0.816. Dapatan yang diperoleh dianalisis dengan
menggunakan perisian komputer Statistical Packages for Sosial Sciences (SPSS) versi
21.0 untuk mengira korelasi min dan sisihan piawai. Manakala Ujian T digunakan
untuk mengenal pasti samada terdapat perbezaan yang signifikan amalan pemakanan
sihat dalam kalangan murid mengikut jantina dan semester. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa min keseluruhan tahap pengetahuan pelajar terhadap amalan
pemakanan sihat ialah 2.91 (SP=.54). Seterusnya dapatan dari segi amalan pemakanan
sihat dalam kalangan pelajar politeknik semester 1 dan semester 2 ialah 2.60 (SP
= .55). Di samping itu faktor-faktor amalan pemakanan sihat dalam kalangan pelajar
politeknik dari aspek pengaruh pemilihan makanan memperoleh min keseluruhan 2.75
(SP = .68). Dapatan jadual-T pula menunjukkan t (28) = .570, P = .573 adalah tidak
signifikan. Keputusan ujian T menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan
amalan pemakanan sihat dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Manakala
dapatan jadual-T adalah seperti jadual 16 menunjukkan t (28) = -.505, P = .617 adalah
tidak signifikan. Keputusan ujian T menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan amalan pemakanan sihat dalam kalangan pelajar politeknik semester 1 dan
semester 2.

e-Digest PSIS 2017 63

SAINS SOSIAL

Kata kunci: pemakanan sihat, pemilihan makanan, makanan seimbang

1.0 PENGENALAN
Makanan merupakan keperluan asas bagi kelangsungan hidup manusia.

Makanan sangat penting dalam hidup kita. Menurut Maslow (1970) dalam Azlina
(2002), beliau membahagikan lima keperluan asas mengikut hierarki. Keperluan asas
tersebut ialah keperluan fisiologi, keperluan keselamatan, keperluan kasih sayang,
penghargaan kendiri dan juga peringkat yang tertinggi iaitu kesempurnaan kendiri.
Makanan adalah termasuk dalam keperluan fisiologi yang menjadi tunjang kepada
kehidupan manusia

Oleh kerana makanan adalah asas, amalan pemakanan yang sihat dan
seimbang adalah sangat penting demi menjaga kesihatan kita. Amalan ini hendaklah
diajar, disemai dan di praktikkan sejak daripada kita kecil lagi kerana ianya dapat
menolong memberi kekuatan kepada system imun dan daya tahan semulajadi tubuh
badan kita. Menurut Noorsyarzielah (2013), makanan yang seimbang ialah
pengambilan dengan kadar mencukupi semua zat keperluan tubuh badan manusia dan
mempunyai semua bahan makanan yang menjadi keperluan oleh tubuh untuk
berfungsi dengan normal. Oleh itu, sekiranya kita ingin sihat, kita hendaklah
mengamalkan amalan pemakanan secara sihat dan seimbang. Allah SWT menjadikan
pelbagai jenis sumber makanan seperti sayuran, buah-buahan, daging, produk tenusu
dan sebagainya. Kita sebagai hamba yang dianugerahkan akal fikiran perlulah
bijaksana untuk memilih makanan agar tidak mencampakkan diri dalam kemudaratan,
penyakit dan kebinasaan.

Kepentingan amalan pemakanan sihat ialah menjadikan manusia dapat
membesar dengan lebih sempurna daripada aspek fizikal.Apabila badan kita
menerima semua zat yang diperlukan, fizikal manusia akan menjadi kuat dan
terhindar dari sebarang penyakit. Keupayaan fizikal yang kuat dan sihat menjadikan
seseorang manusia menjalankan tugas dan tanggungjawanya dengan baik dan
sempurna. Menurut Shariff (2008), kita akan jadi tidak sihat jika kita mempunyai
tabiat makan yang tidak sihat.Jika kita mengamalkan tabiat makan yang sihat dan
mengikut saranan pakar nutrisi, kita akan jadi lebih sihat.
2.0 PERMASALAHAN KAJIAN
64 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

Pada hari ini, kebanyakan pelajar terutama pelajar sekolah rendah gemar
mengambil makanan yang tidak sihat dan makanan segera dalam kehidupan seharian
mereka. Mereka kurang mengambil tahu tentang amalan pemakanan yang sihat.
Sedangkan pada hakikatnya pengambilan makanan tersebut sebenarnya
mendatangkan banyak kesan negatif dan risiko mendapat pelbagai jenis penyakit pada
usia yang sangat muda adalah tinggi bahkan memberi kesan kepada pemikiran pelajar.

Menurut Karaagaoglu (2003) & Baltaci (2008), kesihatan diri bergantung
kepada kehendak pelajar terhadap makanan. Ini adalah kerana pemilihan makanan
dan pengambilan makanan yang tidak sihat dan teratur akan menyebabkan timbul
tanda-tanda dan gejala penyakit yang tidak diingini. Banyak punca masalah kesihatan
di seluruh dunia seperti penyakit jantung, kencing manis, beberapa jenis kanser, gout,
arthritis dan sebagainya semuanya dapat dikesan melalui sejarah pengambilan
makanan yang diamalkan sejak zaman kanak-kanak dan remaja lagi. Oleh hal yang
demikian, pengetahuan tentang kepentingan mengamalkan corak pemakanan yang
betul adalah penting supaya kesihatan dapat dijaga dengan baik.

Selain itu, kesedaran pelajar sekolah rendah untuk mengamalkan pemakanan
seimbang masih lagi pada tahap yang rendah. Jika kita melihat situasi sekarang,
pelajar sekolah rendah bahkan di peringkat tadika sudah terdedah kepada makanan
ringan. Malah lebih menyedihkan apabila keluar dari pagar sekolah mereka terus
berlari menyerbu gerai jualan makanan dan kedai runcit berdekatan untuk membeli
makanan tidak berkhasiat. Pelajar terdedah kepada bahaya akibat budaya pemakanan
tidak sihat dan semestinya mendatangkan kesan negatif kepada kesihatan. Di samping
itu, ia turut menjejaskan pemikiran pelajar akibat pengambilan makanan tersebut
(Noorsyarzielah, 2013). Mereka tidak mengambil kira kandungan nutrien yang
diperlukan oleh badan.

Pelajar lebih cenderung untuk memilih makanan yang tidak berkhasiat dan
makanan yang sedap tetapi mengandungi pelbagai pewarna dan perasa. Menurut Kim
& Chung (2000) dalam Siti Sabariah (2003), masalah tabiat pemakanan yang sering
wujud dalam kalangan kanak-kanak adalah seperti sering mengabaikan sajian utama,
mengambil makanan yang tidak berkhasiat dan memilih makanan berdasarkan
kelazatan sahaja. Mereka juga lebih kerap mengambil snek ekstruksi, minuman bergas

e-Digest PSIS 2017 65

SAINS SOSIAL

dan makanan segera yang menyebabkan kandungan lemak dan kalori adalah tinggi
dalam badan. Amalan pemakanan yang tidak seimbang ini akan membawa kepada
masalah-masalah pemakanan seperti kekurangan vitamin A, anemia, goiter dalam
kalangan kanak-kanak.

Di samping itu, kajian ini untuk melihat pengaruh pelajar-pelajar dalam
pengambilan makanan yang tidak berkhasiat dalam diet seharian mereka. Menurut
Andreas Totu dan Halina Sendera (2015) kanak-kanak tertarik dengan unsur-unsur
tarikan iklan yang menggambarkan kegembiraan, keseronokan, kekuatan, kecergasan,
hidup bergaya dan gembira bersama kawan-kawan sehingga akhirnya mereka
mungkin akan memilih makanan yang diiklankan iaitu makanan segera dan minuman
berkarbonat. Sementara itu faktor ibubapa dan persekitaran keluarga, deria rasa, status
sosioekonomi, pengaruh rakan sebaya, pengetahuan tentang makanan dan khasiatnya,
persekitaran mengenai makanan dan pemakanan seperti harga, kedai atau tempat
menjual makanan, dan persekitaran yang juga boleh menyumbang kepada
pertambahan berat badan. Kuasa pengiklanan daripada media massa juga adalah tidak
terkecuali (Warren, et al (2008). Oleh yang demikian, kajian ini memfokuskan kepada
tiga konstruk iaitu tahap pengetahuan pelajar terhadap pemakanan sihat, tahap
kesedaran amalan pemakanan sihat dan faktor-faktor pemilihan makanan sihat dalam
kalangan pelajar tersebut

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk:
3.1 Mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar politeknik semester 1 dan semester
2 terhadap amalan pemakanan sihat
3.2 Mengenal pasti amalan pemakanan sihat dalam kalangan pelajar politeknik
semester 1 dan semester 2
3.3 Mengenal pasti faktor-faktor amalan pemakanan sihat dalam kalangan pelajar
politeknik dari aspek pengaruh pemilihan makanan
3.4 Mengenal pasti samada terdapat perbezaan yang signifikan amalan pemakanan
sihat dalam kalangan murid mengikut jantina
3.5 Mengenal pasti samada terdapat perbezaan yang signifikan amalan pemakanan
sihat dalam kalangan murid mengikut semester

66 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

4.0 PERSOALAN KAJIAN
4.1 Apakah tahap pengetahuan pelajar politeknik semester 1 dan semester 2
terhadap amalan pemakanan sihat?
4.2 Apakah tahap amalan pemakanan sihat dalam kalangan pelajar politeknik
semester 1 dan semester 2?
4.3 Apakah faktor-faktor amalan pemakanan sihat dalam kalangan pelajar
politeknik semester 1 dan semester 2 dari aspek pengaruh pemilihan makanan?
4.4 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan amalan pemakanan sihat dalam
kalangan pelajar politeknik semester 1 dan semester 2 antara lelaki dan murid
perempuan?
4.5 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan amalan pemakanan sihat dalam
kalangan pelajar politeknik semester 1 dan semester 2?

5.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Pengkaji berharap agar hasil kajian yang dijalankan ini dapat memberi manfaat
kepada pihak yang berkenaan. Antara kepentingan kajian ini adalah:

5.1 Kepada Pelajar Politeknik
Maklumat yang diperoleh daripada kajian yang akan dijalankan ini dapat memberi
pengetahuan kepada pelajar semester 1 dan semester 2 sekolah tentang kepentingan
mengamalkan pemakanan sihat dan seimbang dalam diet seharian. Di samping itu, ia
bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar semester 1 dan semester 2
berhubung amalan pemakanan sihat supaya dapat menjaga kesihatan dengan baik dan
sempurna.

5.2 Kepada Ibu Bapa
Maklumat daripada kajian ini dapat memberi pengetahuan kepada ibu bapa untuk
sentiasa menyediakan pemakanan yang sihat dan seimbang dalam diet seharian anak-
anak mereka. Mereka sebenarnya bertanggungjawab untuk memastikan anak-anak
mereka mengambil makanan yang sihat samada di dalam rumah mahupun di luar.
Selain itu, maklumat ini dapat memberikan kesedaran kepada ibu bapa berhubung
kepentingan pemakanan sihat dalam kalangan anak-anak mereka. Ini adalah

e-Digest PSIS 2017 67

SAINS SOSIAL

perancangan menu dalam pengambilan makanan diet seharian penting untuk dikawal
oleh ibu bapa supaya anak-anak mereka bebas dari dijangkiti penyakit.

5.3 Kepada Warga Pentadbiran Politeknik
Maklumat ini meningkatkan lagi kefahaman pengurusan dan pentadbiran politeknik
tentang kepentingan corak pemakanan yang betul dalam kalangan pelajar semester 4
dan semester 5. Ini adalah kerana mereka adalah modal insan yang menjadi tonggak
kemajuan negara pada masa akan datang. Warga pentadbiran perlu memainkan
peranan yang penting untuk memastikan pengusaha-pengusaha kantin menyediakan
makanan yang sihat dan berkhasiat kepada pelajar-pelajar. Ini kerana makanan yang
berkhasiat amat penting untuk menjamin kecergasan fizikal dan kecerdasan mental
para pelajar.

6.0 KAJIAN LITERATUR
Kajian literatur akan membincangkan dapatan kajian lepas yang berkaitan bagi

menyokong kajian yang dilaksanakan. Fokus yang akan diberi tumpuan adalah
mengenai konsep pemakanan sihat, ciri-ciri pemakanan sihat, tahap pengetahuan
mengenai pemakanan sihat dan seimbang, faktor-faktor pemilihan corak pemakanan
dan kerangka konseptual dalam kajian ini. Terdapat beberapa literatur yang akan
dihuraikan di dalam tajuk ini untuk menyokong kajian yang akan dilakukan.

6.1 Konsep Pemakanan Sihat
Kesedaran dan pengetahuan murid mengenai amalan pemakanan sihat

merujuk kepada pengetahuan sedia ada murid berkaitan amalan pemakanan yang sihat
dan sejauh mana mereka mengamalkannya. Konsistensi pengambilan makanan oleh
murid melihat kepada kekerapan pengambilan makanan dan pengambilan makanan
mengikut waktu yang ditetapkan (Govindji et al., 2002). Tahap pengetahuan dan
amalan pelajar terhadap pemakanan sihat dan faktor-faktor yang mempengaruhi
pemilihan makanan sihat akan dikaji untuk melihat sama ada terdapat perbezaan yang
signifikan amalan pemakanan sihat mengikut jantina dan darjah.

Pemakanan sihat dan seimbang amat penting bagi tubuh badan manusia.
Makanan yang diambil akan mempengaruhi kecergasan badan dan kecerdasan minda
terutamanya kepada para pelajar. Pelajar dapat belajar dengan baik tanpa mengalami
sebarang masalah kesihatan sekiranya mengambil makanan yang sihat dan seimbang.
68 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

Menurut Tajul Ariffin Nordin et al. (2007), pemakanan yang sihat menitikberatkan
tiga faktor yang utama iaitu halal, berkualiti dan berjadual. Makanan berkualiti
merujuk kepada makanan yang mengandungi semua kandungan nutrien manakala
makanan berjadual pula adalah makanan yang mengikut jadual pemakanan.

6.1.1 Ciri-Ciri Pemakanan Sihat
Pemakanan yang sihat adalah pemakanan yang seimbang mengikut piramid

makanan seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Kriteria
makanan yang seimbang adalah sederhana, pelbagai dan mengandungi kandungan
kalori yang terkawal. Makanan di dalam diet yang seimbang adalah diperlukan untuk
meneruskan kegiatan badan kita. Diet dikatakan seimbang sekiranya ia mengandungi
zat-zat makanan pada jumlah yang betul untuk memenuhi keperluan-keperluan harian
badan (Phuah, 2006).

Diet sihat dan seimbang dapat mencegah kekurangan dan kelebihan zat
makanan dan menjamin kesihatan. Ini bermakna makanan seimbang perlu
mengandungi kesemua tujuh kelas makanan dalam kadar yang betul dengan keperluan
tubuh badan. Makanan yang diambil perlu mengandungi protein untuk tumbesaran,
karbohidrat dan lemak untuk tenaga, makanan tambahan lain seperti vitamin, mineral
dan air untuk kesihatan

Rajah 1: Piramid makanan

Berdasarkan Rajah 1 Piramid Makanan (Kementerian Kesihatan Malaysia,
2011) merupakan panduan yang telah ditetapkan bagi memilih makanan yang sihat
dan seimbang. Makanan diletakkan pada aras yang berbeza di dalam piramid
makanan berdasarkan kepada nilai nutrien utama. Makanan yang mempunyai nilai

e-Digest PSIS 2017 69

SAINS SOSIAL

nutrien tertinggi diletakkan di dasar piramid makanan, manakala makanan yang
mempunyai nilai nutrien terendah diletakkan pada puncak piramid makanan. Jumlah
pengambilan kuantiti makanan yang dibenarkan adalah berbeza di antara individu.
Oleh itu, pemilihan makanan harus mengikut bahagian yang dinyatakan dalam
panduan piramid makanan. Jenis makanan harus dipilih dari setiap aras piramid
mengikut turutan, pilihan terbaik dan perlu dimakan paling banyak adalah daripada
aras satu atau dasar piramid, dan makanan dari aras puncak piramid makanan perlu
diambil dengan kadar paling sedikit.

Panduan Diet Malaysia (2000), telah menggariskan beberapa panduan
pengambilan makanan. Antaranya adalah makan makanan dari pelbagai jenis,
imbangkan pengambilan makanan dan aktiviti fizikal untuk mengekalkan berat badan
yang ideal, pastikan pengambilan karbohidrat, protein, sayuran dan buah-buahan yang
mencukupi, kurangkan kandungan lemak, gula dan garam dalam diet harian, dan
amalkan meminum air secukupnya setiap hari.

6.2 Pemilihan Makanan
Menurut Zaitun (2014), pemilihan makanan setiap individu adalah berbeza

mengikut keperluan masing-masing seperti umur, tahap kesihatan, jantina, saiz tubuh
serta aktiviti yang dilakukan. Pemilihan makanan yang tepat perlu diberi perhatian
terutamanya pada peringkat umur kanak-kanak sehingga remaja kerana pada
peringkat ini pelbagai perubahan fizikal, fisiologi, dan hormon yang terlibat dalam
tumbesaran mereka. Hoolihan (2003), juga berpendapat mengenai pemilihan makanan
oleh seseorang individu itu adalah disebabkan oleh keperluan nutrien termasuklah
umur, jantina, tahap aktiviti, bangsa dan etnik, cara hidup, persekitaran, sejarah
keluarga dan pemendapan penyakit genetik.

Selain itu, pemilihan makanan juga dipengaruhi oleh faktor luaran seperti
pengaruh keluarga, rakan, iklan dan sebagainya. Delisle.H (2005), melaporkan
bahawa budaya, rakan sebaya dan keluarga mampu mempengaruhi tabiat pemakanan
pelajar. Apabila tiada halangan dari segi ekonomi dan keselamatan makanan ianya
akan ditentukan oleh faktor-faktor psikososial. Menurut Kelly-Plate dan Eubanks
(2000), pemilihan makanan manusia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti latar
belakang keluarga dan budaya, rakan-rakan, kepercayaan agama, emosi, kawasan
geografi , pengiklanan serta nilai dan gaya hidup. Hal ini menunjukkkan pengaruh
orang keliling memberi kesan besar dalam tabiat pemakanan pelajar.
70 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

Pengambilan nutrien yang tidak seimbang menjadi penyumbang
bertambahnya berat badan pelajar dan menyebabkan mereka obes. Trend pengambilan
makanan segera telah menyebabkan diet pelajar tidak seimbang kerana nutrien
karbohidrat telah berkurangan dan lemak berlebihan. Menurut Ramli, N. (2011),
faktor utama obesiti dan susut teruk adalah kualiti makanan yang tidak dijaga
sehingga makanan kaya dengan gula dan karbohidrat memenuhi rak pasar raya, kantin
sekolah malah di luar kawasan sekolah.

Binkley et al. (2000), mendapati bahawa mereka yang banyak makan makanan
segera cenderung mempunyai Indeks Jisim Tubuh (Body Mass Index-BMI) yang
tinggi. Di Malaysia, kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2006 menunjukkan
bahawa dua daripada setiap lima orang dewasa mengalami kegemukan. Jumlah
individu obes bertambah lebih tiga kali ganda dalam tempoh 1996 hingga 2006
menjadikan jumlah rakyat Malaysia yang gemuk adalah sebanyak 70 %. Selain itu,
kira-kira 38 % daripada remaja yang berumur di antara 12 hingga 18 tahun
diklasifikasikan sebagai terlebih berat badan.

6.3 Makanan Seimbang

Makanan yang seimbang terdiri daripada karbohidrat, protein, lemak, vitamin,
garam mineral, pelawas dan air. Masing-masing memainkan peranan yang amat
penting bagi tumbesaran dan kesihatan badan. Oleh itu, tujuh kelas gizi makanan ini
perlu diambil dalam sukatan yang betul. Hal ini disebabkan kekurangan dan kelebihan
sesuatu kelas makanan boleh menyebabkan pelbagai penyakit (Johanna, 2000).
Barker (2002), menyarankan pengambilan makanan dari pelbagai sumber kerana tidak
ada satu jenis makanan yang dapat membekalkan semua zat makanan yang diperlukan

Berikut merupakan keperluan nutrisi bagi setiap kelas makanan;

6.3.1 Keperluan karbohidrat

Sumber karbohidrat boleh didapati dalam makanan seperti mee, roti, nasi, ubi kentang

dan sebagainya. Ia merupakan makanan yang banyak memberi tenaga kepada badan

kita. Menurut Starr & Taggart (2001), karbohidrat mengandungi kandungan serat

yang tinggi. Serat berperanan untuk membantu proses pencernaan dalam tubuh dan

menjaga kesihatan kita (Bastable, 2002).

e-Digest PSIS 2017 71

SAINS SOSIAL

6.3.2 Keperluan protein
Protein memainkan peranan penting untuk membaiki tisu-tisu yang rosak atau mati.
Selain itu, protein juga merupakan komponen penting kepada membran sel di tubuh
manusia dan menghasilkan enzim yang amat berguna (Camphell & Farrell, 2003).
Kekurangan protein dalam makanan boleh menyebabkan seseorang itu menghidapi
penyakit Kwosyiorkor. Sumber protein boleh diperolehi daripada sumber ikan, telur,
ayam dan sebagainya.

6.3.3 Keperluan lemak
Menurut Wardle (2000), dalam piramid makanan, lemak merupakan makanan yang
patut dimakan dalam kuantiti sedikit sahaja. Ini adalah disebabkan kandungan lemak
yang tinggi dalam makanan akan menyebabkan seseorang itu menghidapi penyakit
jantung. Lemak tepu dalam diet dan aras kolesterol tinggi dalam darah mempunyai
kaitan rapat dengan penyakit jantung. Sumber untuk mendapat kandungan lemak
adalah marjerin, minyak, kekacang dan sebagainya.

6.3.4 Keperluan vitamin
Vitamin mempunyai pelbagai fungsi penting kepada tubuh badan. Antaranya ialah
membantu penglihatan, pertumbuhan, pembiakan normal dan pertumbuhan tisu.
Vitamin boleh diketegorikan kepada dua golongan iaitu vitamin larut lemak dan
vitamin larut air. Vitamin larut lemak terdiri daripada vitamin-vitamin A, D, E dan K
manakala vitamin larut air pula ialah vitamin B. Walaupun vitamin mempunyai
pelbagai kebaikkan namun jika diambil secara berlebihan ianya boleh mendatangkan
kesan buruk kepada badan. Contohnya pengambilan vitamin A yang berlebihan boleh
menyebabkan seseorang itu senang menghidapi penyakit osteoporosis (Kolata, 2004).

6.3.5 Keperluan mineral
Garam mineral juga memainkan peranan untuk kesihatan tubuh manusia. Namun
pengambilan secara berlebihan boleh mendatangkan kesan negatif kepada tubuh.
Kekurangan iodin boleh menyebabkan goiter dan kekurangan kalsium dan
magnesium boleh menyebabkan sawan.

72 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

6.3.6 Keperluan air
Menurut Chiras (2003), air merupakan salah satu bahan yang amat penting. Badan
manusia terdiri daripada 65% air, 17% protein, 15% lemak dan 6% mineral dan
glukogen (Insel et al.,2001). Hal ini menunjukkan kandungan air amat penting dalam
tubuh badan. Manusia tidak boleh hidup sekiranya badan kehilangan kandungan air
lebih daripada beberapa hari. Air penting untuk mengekalkan suhu dalam badan,
menyingkirkan bahan toksik, mengekalkan pH darah dan lain-lain lagi (Chiras, 2003).

6.4 Tahap Pengetahuan
Pengetahuan merujuk kepada sesuatu yang ada di fikiran kita yang mungkin

diperolehi melalui pengalaman atau diberitahu oleh orang lain. Menurut Zaitun
(2014), pengetahuan juga merujuk kepada proses menggunakan pancaindera yang
dilakukan seseorang terhadap objek tertentu dapat menghasilkan pengetahuan.
Terdapat pelbagai cara manusia memeperolehi pengetahuan namun kesedaran tentang
pemakanan sihat ini masih kurang di kalangan masyarakat.

Kekurangan pengetahuan dan kesedaran dalam kalangan moden menyebabkan
seseorang itu membuat pilihan yang salah dalam menguruskan corak pemakanan
mereka seterusnya akan membawa kepada penyakit-penyakit yang tak diingini,
kekurangan zat-zat makanan dan lain-lain. Oleh itu, pengetahuan yang baik tentang
nutrisi dalam pemakanan perlulah diambil berat oleh semua pihak terutama pelajar di
politeknik. Pengetahuan ini perlu dititikberatkan oleh setiap pelajar supaya dapat
meningkatkan tahap kesihatan.

6.5 Kajian Lepas Luar Negara
Corak pemakanan manusia dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang boleh

dikategorikan kepada dua kategori utama iaitu faktor dalaman dan faktor luaran.
Faktor dalam wujud dari dalam diri individu, manakala faktor luaran pula adalah
stimuli yang menggalakkan atau mempengaruhi seseorang untuk memilih corak
pemakanan mereka. Menurut Warren et al. (2008), faktor luaran termasuk faktor
ibubapa dan persekitaran keluarga, deria rasa, status sosioekonomi, pengaruh rakan
sebaya, pengetahuan tentang makanan dan khasiatnya, persekitaran mengenai
makanan dan pemakanan seperti harga, kedai atau tempat menjual makanan, dan
persekitaran yang boleh mempengaruhi corak amalan pemakanan.

e-Digest PSIS 2017 73

SAINS SOSIAL

Selain itu, kos dan corak pemakanan amat berkait rapat. Sekiranya harga
makanan tinggi, keputusan pemilihan makanan turut berubah daripada makanan yang
mahal kepada makanan yang lebih murah. Faktor keluarga dan persekitaran serta
rakan juga didapati sangat berpengaruh dalam corak pemakanan kanak-kanak. Benton
(2004) dan Jenvey (2007) mendapati bahawa ibubapa berperanan penting
menyumbang ke arah masalah kegemukan dan obesiti atau membantu menyediakan
perkembangan corak pemakanan yang sihat.

McMahan, Hampl, dan Chikamoto (2003), telah menjalankan kajian terhadap
Pengetahuan dan Amalan Pemakanan di Kalangan Pelajar Universiti Di Amerika.
Kajian ini melibatkan 674 orang responden di sebuah university di California dan
Arizona. Borang kaji selidik digunakan sebagai instrumen utama kajian. Dapatan
menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pengetahuan pemakanan di kalangan
pelajar universiti berbanding kajian pada tahun 1971. Namun masih ramai pelajar
yang tidak mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam amalan seharian mereka.

Carmel & Liberato (2011), telah menjalankan kajian mengenai The Dietary
Habits of Maltese University Students. Kajian ini melibatkan 494 orang responden.
Borang kaji selidik digunakan sebagai instrumen utama kajian. Dapatan menunjukkan
bahawa separuh daripada jumlah responden hanya mengambil 1 atau 2 hidangan
buah-buahan, lebih daripada separuh responden memilih makanan yang tidak
berkhasiat, kurang daripada separuh responden mengambil sarapan yang sihat setiap
hari, 33% responden meminum minuman berkarbonat setiap hari. Kesimpulan kajian
mendapati majoriti responden tidak mengamalkan pemakanan seimbang dalam diet
harian.

Driskell, Kim & Goebel (2005), telah menjalankan kajian mengenai Few
Differences Found in the Typical Eating and Physical Activity Habits of Lower-level
And Upper-level University Students. Kajian ini melibatkan 258 orang responden.
Borang kaji selidik digunakan sebagai instrumen utama kajian. Dapatan menunjukkan
bahawa majoriti daripada tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang. Mereka
kurang memakan sayur-sayuran dan buah-buahan tetapi lebih gemar memakan
makanan yang mengandungi kalori dan lemak yang tinggi dalam diet harian mereka.

6.5.1 Kajian Lepas Dalam Negara
Antara faktor lain yang mempengaruhi corak pemakanan sihat adalah tahap
pengetahuan dan kesedaran seseorang. Mohd Azlan dan Noraziah (2011), telah
74 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

mengkaji Amalan Pemakanan dalam Kalangan Pelajar Universiti dan Implikasinya
Terhadap Pembelajaran. Kajian ini melibatkan sejumlah 102 orang responden yang
terdiri daripada pelajar prasiswazah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Borang
kaji selidik digunakan sebagai instrumen utama kajian. Hasil kajian menunjukkan
terdapat lebih 50 % responden mempunyai kesedaran terhadap diet seimbang, namun
terdapat 60.7 % reponden tidak mengamalkan diet seimbang dalam pemakanan
mereka. Terdapat juga sesetengah pelajar yang sanggup mengikat perut atas alasan
ingin membeli keperluan lain seperti pakaian, perhiasan dan gadget telefon mudah
alih dan komputer. Ini menyebabkan mereka lebih cenderung makan makanan ringkas
seperti snek dan makanan segera yang mengandungi bahan yang membahayakan
kesihatan dalam jangka panjang. Akibat pemakanan yang tidak betul, pelajar mungkin
tidak berada dalam keadaan fizikal optimum untuk memberi tumpuan sepenuhnya
kepada pembelajaran.

Noorsyarzielah Saleh (2013), telah mengkaji Kesedaran Terhadap Amalan
Pemakanan Seimbang Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Merlimau, Melaka: Satu
Tinjauan. Kajian ini melibatkan sejumlah 297 orang responden dari semua jabatan di
Politeknik Merlimau, Melaka. Borang kaji selidik digunakan sebagai instrumen utama
kajian. Hasil analisis menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pelajar terhadap
pemakanan seimbang masih di peringkat sederhana. Selain itu, melalui kajian ini
dapat dibuktikan bahawa harga makanan dan keluarga merupakan faktor utama yang
mempengaruhi pemilihan makanan pelajar. Walaupun tahap pengetahuan mereka
sederhana, akan tetapi kesedaran mereka terhadap amalan pemakanan seimbang
tinggi.

Zaitun Yahia (2014), telah mengkaji Pemilihan Makanan Sihat Dalam
Kalangan Murid Di Kantin Sekolah Daerah Melaka Tengah. Kajian ini melibatkan
sejumlah 172 orang murid sekolah menengah di Daerah Melaka Tengah. Borang kaji
selidik digunakan sebagai instrumen utama kajian. Hasil kajian menunjukkan
pengetahuan pemilihan makanan murid sekolah menengah rendah adalah ditahap
sederhana, murid lebih gemar memilih makanan jenis karbohidrat berbanding protein,
vitamin dan lemak. Kesimpulannya, pengetahuan murid-murid tentang pemakanan
sihat masih berada di tahap sederhana dan memerlukan pendedahan yang lebih
mendalam tentang pemakanan sihat.

e-Digest PSIS 2017 75

SAINS SOSIAL Kesedaran dan amalan pemakanan sihat

6.6 Kerangka Konseptual

Pengetahuan amalan pemakanan sihat

Tahap
kesihatan

diri

Faktor-faktor pemilihan makanan

Diubahsuai dari UNESCO dan
Pelto 2004
Rajah 2: Kerangka Konseptual

Berdasarkan Rajah 2, kerangka konseptual digunakan untuk menyokong lagi
pengetahuan tentang amalan pemakanan yang sihat dalam kalangan pelajar.
Pengetahuan dan kesedaran pelajar mengenai amalan pemakanan sihat merujuk
kepada pengetahuan sedia ada murid berkaitan amalan pemakanan yang sihat dan
sejauh mana mereka mengaplikasikannya (UNESCO, 2004). Faktor-faktor yang
mempengaruhi pemilihan makanan sihat, kesedaran dan pengetahuan pelajar tentang
amalan pemakanan sihat akan dikaji. Selain itu, berdasarkan kerangka konseptual
perbezaan yang signifikan terhadap amalan pemakanan sihat dalam kalangan pelajar
mengikut jantina dan darjah turut dikaji.

6.7 Kesimpulan
Kesimpulannya, sub topik ini membincangkan mengenai kajian lepas yang

berkaitan dengan tajuk amalan pemakanan sihat dalam kalangan pelajar melalui
pelbagai sumber bahan bacaan. Hasil dapatan kajian lepas dijadikan sebagai rujukan
penyelidikan. Sumber-sumber ini amat berguna sebagai rujukan tambahan kepada
penyelidik agar kajian yang dijalankan mempunyai bukti-bukti kukuh untuk
menyokong hujah yang diperbincangkan.

76 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

7.0 METODOLOGI KAJIAN
Sub topik ini menghuraikan metodologi yang digunakan dalam kajian ini.

Aspek reka bentuk kajian, instrumen kajian, persampelan dan tatacara penganalisisan
data dihuraikan secara lanjut dalam sub topik ini (Maisarah Saidin & Latifah Abdul
Majid, 2012). Sub topik yang akan dibincangkan oleh kumpulan pengkaji ialah reka
bentuk kajian, pembolehubah kajian, populasi dan persampelan, instrumentasi kajian,
kajian rintis, prosedur kajian dan analisis data.

7.1 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian bermaksud komponen kajian sama ada konvesional seperti

reka bentuk kuantitatif, kualitatif dan kaedah gabungan kuanti + kuali (mix-methode)
and non-konvesional seperti reka bentuk ‘kajian tindakan’ (Ghazali Darusalam &
Sufean Hussin, 2016). Dalam kajian ini, kumpulan pengkaji menggunakan reka
bentuk kaedah kajian tinjauan secara deskriptif.

Menurut Charles M. Judd, Eliot R. Smith dan Loise H. Kidder (1991) di dalam
buku yang ditulis oleh Ghazali Darusalam dan Sufeah Hussin (2016), skop kajian dan
unit analisis dalam tinjauan bergantung kepada dalamnya kajian kepada sifat masalah
untuk dianalisis secara deskriptif. Kajian deskriptif adalah jenis kajian yang dilakukan
bertujuan untuk memperihalkan sesuatu masalah, isu atau situasi serta menghuraikan
kedudukan sesuatu fenomena bagi menjawab persoalan. Ukuran biasanya diambil
dalam tempoh sekali sahaja atau berulang kali berdasarkan kecukupan data yang cuba
dikumpulkan (Ghazali Darusalam & Sufeah Hussin, 2016). Kaedah kuantitatif
digunakan untuk mendapatkan data primer iaitu dengan menjawab soal selidik.

7.2 Pemboleh Ubah Kajian
Pemboleh ubah atau variable bermaksud apa yang sebenarnya ingin dikaji,

setiap sesuatu yang telah ditentukan atau ditetapkan oleh pengkaji untuk dikaji atau
untuk mendapatkan maklumat yang daripadanya rumusan atau kesimpulan akan
dibuat (Ghazali Darusalam dan Sufean Hussin, 2016). Dalam kajian ini, kumpulan
pengkaji telah menggunakan dua pemboleh ubah iaitu pemboleh ubah bebas
(independent variable) dan juga pemboleh ubah bersandar (dependent variable).
Pemboleh ubah bersandar yang digunakan kumpulan pengkaji dalam kajian ini
mempunyai tiga konstruk. Tiga konstruk dalam mengkaji amalan pemakanan dalam

e-Digest PSIS 2017 77

SAINS SOSIAL

kalangan murid ialah tahap pengetahuan, amalan pemakanan sihat dan pengaruh
pemilihan makanan.

Bagi pemboleh ubah bebas pula, kumpulan pengkaji memilih dua pemboleh
ubah. Pemboleh ubah tersebut ialah jantina dan juga tahun. Pemboleh ubah bebas bagi
jantina ialah lelaki dan perempuan manakala pemboleh ubah bebas bagi tahun adalah
terdiri daripada pelajar semester 2, semester 4 dan semester 5

Pemboleh ubah Kategori

Jantina Lelaki

Perempuan

Semester Semester 1

Semester 2

Rajah 3 : Analisis Pemboleh Ubah Bebas

7.3 Populasi Dan Sampel Kajian
Kumpulan pengkaji menggunakan pelajar pelajar politeknik semester 1 dan
semester 2 sebagai responden kajian yang terdiri daripada pelajar lelaki dan
perempuan. Hal ini adalah kerana pelajar pelajar politeknik semester 1 dan
semester 2 adalah kumpulan pelajar yang masih muda untuk memilih gaya
hidup sihat sepanjang proses pembelajaran mereka di politeknik

7.4 Instrumen Kajian
Menurut Ghazali Darusalam & Sufeah Hussin (2016), instrumen adalah alat
kajian bagi mendapatkan data dalam sesuatu penyelidikan. Instrumen boleh
diambil daripada kajian lampau atau dibeli terus melalui internet ataupun
dengan membinanya sendiri. Dalam kajian ini, kumpulan pengkaji akan
menggunakan borang soal selidik untuk mengumpul data bagi tujuan kajian ini.
Menurut Mohd Majid (2005), penggunaan soal selidik adalah untuk
memperoleh maklumat yang berkenaan dengan fakta- fakta, kepercayaan,
perasaan, kehendak dan sebagainya. Sebelum soal selidik diedarkan kepada
responden, pengkaji telah meminta tiga orang pakar untuk menyemak soal
selidik yang telah dibina. Pakar pertama ialah seorang guru yang sedang
melanjutkan pelajaran di peringkat Doktor Falsafah. Pengkaji memilih guru ini

78 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

sebagai pakar pertama memandangkan guru ini mempunyai pengalaman dalam
membuat kajian semasa melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana. Pakar kedua
ialah guru penolong kanan ko kurikulum. Guru penolong kanan ko kurikulum
ini juga mempunyai pengalaman dalam melanjutkan pelajaran di peringkat
ijazah sarjana. Pakar yang ketiga ialah seorang guru kesihatan di sekolah
tersebut.

Di bawah ini, disertakan rumusan hasil perbincangan antara pengkaji dengan pakar

tentang soal selidik yang telah dibina.

BIL ITEM Pakar Pakar Pakar Item

1 2 3 Diterima

Tahap Pengetahuan

1 Saya suka mengamalkan makanan yang sihat √ √ √ √

2 Buah tidak perlu dimakan setiap hari √√√ √

3 Saya perlu minum air yang secukupnya setiap √ √ √ √
hari

4 Sayur-sayuran penting untuk tumbesaran yang √ √ √
sihat

5 Pemakanan yang seimbang amat penting √ √ √ √
dalam kehidupan seharian √ √
√ √ √
6 Hidup sihat pasti saya akan ceria √ √ √ √
X
7 Makanan seimbang adalah makanan yang sihat √ √ √

8 Saya tahu saya perlu makan makanan yang √
seimbang dan berkhasiat

Amalan Pemakanan Seimbang

9 Saya suka makan makanan yang seimbang X √

e-Digest PSIS 2017 79

SAINS SOSIAL

mengikut piramid makanan √ √ √ √
√ √ √ √
10 Makanan saya mestilah berkhasiat dan √ X √ √
menyihatkan √ √ X √
√ √ X √
11 Saya tidak minum air lebih daripada 8 gelas √ √ √ √
sehari √ √ √ √
√ √
12 Setiap kali makan saya akan pastikan makanan √ √
saya seimbang dan berkhasiat √ √

13 Saya suka makan makanan segera dalam √ √
kuantiti yang banyak

14 Makan makanan segera membuatkan perut
saya berasa kenyang

15 Saya akan makan makanan saya habis tanpa
membazir

16 Saya suka makan sayur-sayuran

Pengaruh Pemilihan Makanan

17 Ibu bapa tidak menggalakkan saya makan √ √
makanan berkhasiat dan seimbang

18 Kawan-kawan mempengaruhi saya makan √ √
makanan yang tidak berkhasiat

19 Guru-guru suka memberi nasihat kepada saya √ √
supaya makan makanan yang berkhasiat dan
seimbang

20 Saya akan sentiasa makan makanan yang √ √
seimbang dan berkhasiat

21 Apabila saya ke bandar saya suka makan √ √ √ √
80 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

makanan segera √ √ √ √

22 Makan makanan yang berkhasiat dan √ √ √ √
seimbang menjadikan badan saya sihat dan √ √ √ √
kuat

23 Saya tidak suka makan masakan ibu saya

24 Saya suka menggalakkan adik-adik saya
makan makanan yang seimbang

Rajah 4 : Analisis Perbincangan Pakar

Setelah perbincangan dengan tiga orang pakar, kumpulan pengkaji mendapati
kesemua item yang telah dibina boleh digunakan untuk dijalankan kajian rintis. Soal
selidik berkenaan telah diedarkan kepada sampel yang terdiri daripada pelajar pelajar
politeknik semester 1 dan semester 2.Di dalam soal selidik berkenaan terdapat 2
bahagian. Dalam bahagian A, dua soalan diberikan untuk mendapatkan maklumat
pelajar.

Manakala bahagian B pula mengandungi tiga konstruk yang berkaitan dengan
amalan pemakanan sihat dalam kalangan pelajar. Setiap konstruk mengandungi 8
soalan. Soalan-soalan dalam bahagian B ini, mempunyai empat peringkat pilihan
berbentuk Skala Likert empat point iaitu:
1. Sangat tidak setuju
2. Tidak setuju
3. Setuju
4. Sangat setuju

7.5 Kesahan Instrumen
Pengkaji mesti memastikan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian

untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan ujian tersebut. Oleh itu, pengkaji
telah menggunakan program Statistical Package for the Social Science (SPSS) V. 21
untuk mencari alpha cronbach dalam menentukan kesahan dan kebolehpercayaan
instrumen yang telah dibuat kajian rintis.

e-Digest PSIS 2017 81

SAINS SOSIAL

Dalam jadual 2 di bawah, ditunjukkan pekali kebolehpercayaan alpha
cronbach bagi soal selidik ‘Amalan Pemakanan Sihat Dalam Kalangan Murid’ hasil
daripada konstruk A, B dan C.

Jadual 1 : Pekali Kebolehpercayaan Alpha Cronbach

Konstruk N Alpha cronbach

A8 .767

B8 .602

C8 .627

KESELURUHAN 24 .816

Berdasarkan keputusan alpha cronbach diatas, kumpulan pengkaji mendapati
instrumen soal selidik yang dibina dan dibuat kajian rintis mempunyai kesahan dan
kebolehpercayaan melebihi 0.60. Oleh yang demikian, kumpulan pengkaji mengambil
keputusan untuk menggunakan soal selidik ini dalam kajian sebenar kerana tidak
perlu diubahsuai instrumennya.

7.7 Prosedur Kajian
Setiap kajian yang mempunyai cara dan proses pentadbirannya yang

tersendiri. Pentadbiran kajian merangkumi segala aspek cara dan proses kajian
dijalankan. Prosedur ini termasuk pemilihan alat kajian, pemilihan subjek, pemilihan
saiz sampel, pemilihan tempat untuk kajian dijalankan dan pemilihan ketepatan masa
yang paling sesuai untuk kajian dijalankan. Untuk kajian ini, kumpulan pengkaji telah
menggunakan beberapa prosedur bagi memudahkan kajian ini dijalankan.

Kajian ini dijalankan setelah mendapat keizinan daripada pihak pentadbir
sekolah, guru –guru kelas dan juga guru mata pelajaran yang diambil waktunya untuk
digunakan bagi pelajar menjawab soal selidik yang telah disediakan. Keizinan
daripada pelbagai pihak amat penting dalam menjalankan soal selidik ini supaya tiada
masalah yang akan timbul daripada guru-guru lain yang mengajar kelas yang
muridnya dijadikan responden kajian.

82 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

Bagi kajian ini berjalan dengan lancar, sampel-sampel yang dipilih
ditempatkan di dewan sekolah. Pengkaji mentadbir sendiri semasa kajian ini
dijalankan dalam satu masa. Kemudian pengkaji menerangkan kepada responden
kajian tentang tujuan kajian ini dijalankan dan tugasan yang perlu dilakukan oleh
sampel semasa kajian ini dijalankan.

Setiap sampel diedarkan satu set soal selidik. Pengkaji memberi penerangan
tentang soalan-soalan yang terdapat dalam soal selidik tersebut. Sampel diminta tidak
berbincang semasa menjawab soal selidik berkenaan. Hal ini adalah untuk
memastikan dapatan soal selidik mempunyai kebolehpercayaaan yang tinggi.

7.8 Penganalisisan Data
Maklumat yang diperolehi daripada soal selidik dianalisis dengan

menggunakan program SPSS V. 21. Demografi responden di kategori berdasarkan
jantina dan tahun. Data dianalisis menggunakan frekuensi dan peratus. Keputusan min
dan sisihan piawai digunakan untuk menerangkan amalan pemakanan dalam kalangan
murid serta menerangkan amalan pemakanan dalam kalangan murid bagi setiap
konstruk yang telah dibina. Kumpulan pengkaji juga akan menggunakan t-test untuk
menguji sama ada terdapat perbezaan yang signifikan antara jantina dan juga tahun
responden.

7.9 Kesimpulan
Penerangan di atas adalah berfokus kepada metodologi yang digunakan dalam

membuat kajian ini. Pemilihan reka bentuk kajian amatlah penting supaya kajian yang
dijalankan mencapai sasaran yang telah ditetapkan dan seterusnya dapat menjawab
persoalan kajian yang timbul. Oleh hal yang demikian, berdasarkan metodologi kajian
yang dirancang, diharap kumpulan pengkaji mendapat maklum balas yang tepat dan
dapat membuat analisa serta memberikan cadangan yang berfaedah untuk
kepentingan bersama.

8.0 PROSEDUR ANALISIS DATA
Kumpulan pengkaji menggunakan program Statistical Package for the Social

Science (SPSS) versi 21.0 untuk menganalisa data yang telah diperolehi. Data yang
diperolehi dianalisa bagi menjawab persoalan kajian dan objektif kajian yang telah
ditetapkan. Data diperolehi daripada 30 orang responden. Untuk menganalisa data

e-Digest PSIS 2017 83

SAINS SOSIAL

kumpulan pengkaji menggunakan kaedah penganalisisan statistik secara deskriptif

dan inferensi.

Jadual 2 : Prosedur Analisis Data

Bil Persoalan Kajian Analisis

1. Apakah tahap pengetahuan pelajar pelajar Min dan sisihan piawai
politeknik semester 1 dan semester 2
terhadap amalan pemakanan sihat?

2. Apakah tahap amalan pemakanan sihat dalam Min dan sisihan piawai
kalangan pelajar pelajar politeknik semester
1 dan semester 2?

3. Apakah faktor-faktor amalan pemakanan Min dan sisihan piawai
sihat dalam kalangan pelajar politeknik
semester 1 dan semester 2 dari aspek
pengaruh pemilihan makanan?

4. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan t-Test
amalan pemakanan sihat dalam kalangan
pelajar pelajar politeknik semester 1 dan
semester 2 antara pelajar lelaki dan pelajar
perempuan?

5. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan t-Test
amalan pemakanan sihat dalam kalangan
pelajar pelajar politeknik semester 1 dan
semester 2?

Jadual 3 menunjukkan prosedur analisis data. Stastistik berbentuk deskriptif
digunakan bagi mengenal pasti tahap pengetahuan pelajar pelajar politeknik semester
1 dan semester 2 terhadap amalan pemakanan sihat, mengenal pasti amalan
pemakanan sihat dalam kalangan pelajar tahun pelajar politeknik semester 1 dan
semester 2 dan mengenal pasti faktor-faktor amalan pemakanan sihat dalam kalangan
murid dari aspek pengaruh pemilihan makanan. Statistik berbentuk inferensi iaitu

84 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

analisis ujian t One Sample T-Test pula digunakan untuk mengenal pasti samada

terdapat perbezaan yang signifikan amalan pemakanan sihat dalam kalangan pelajar

mengikut jantina. Manakala untuk mengenal pasti samada terdapat perbezaan yang

signifikan amalan pemakanan sihat dalam kalangan pelajar mengikut darjah analisis

ujian t One Sample T-Test digunakan.

Min adalah purata dengan mencampurkan semua skor dibahagi dengan jumlah

responden atau item. Nilai ini menerangkan kecenderungan setiap pembolehubah

secara purata. Penggunaan dan pengiraan min bagi item-item dalam bahagian B iaitu

konstruk tahap pengetahuan, amalan pemakanan seimbang dan pengaruh pemilihan

pemakanan merupakan penilaian setiap pembolehubah yang sangat penting untuk

menjawab persoalan kajian.

Jadual 3 : Jadual Interpretasi Min

Julat min Intepretasi

3.01 - 4.00 Tinggi
2.01 – 3.00 Sederhana
1.00 – 2.00
Rendah

Jadual 3 menunjukkan interpretasi min untuk kajian mengenai amalan
pemakanan sihat dalam kalangan pelajar. Julat min antara 1.00 – 2.00 di
interpretasikan pada tahap yang paling rendah, diikuti julat min antara 2.0.1 – 3.00
pada tahap sederhana dan julat min 3.01 – 4.00 di interpretasikan pada tahap tinggi.

9.0 DAPATAN KAJIAN

Ringkasan Dapatan Kajian Bahagian A

Jadual 4: Demografi Responden Mengikut Jantina

JANTINA

Frequency Percent Valid Cumulative

Percent Percent

LELAKI 12 40.0 40.0 40.0

Valid PEREMPUAN 18 60.0 60.0 100.0

Total 30 100.0 100.0

e-Digest PSIS 2017 85

SAINS SOSIAL

Jadual 5: Demografi Responden Mengikut Semester

TAHUN

Frequency Percent Valid Cumulative

Percent Percent

SEMESTER 13 43.3 43.3 43.3

1

Valid SEMESTER 17 56.7 56.7 100.0

2

Total 30 100.0 100.0

Dalam kajian yang dijalankan, terdapat dua item yang memberikan maklumat
berkaitan latar belakang responden. Daripada hasil kajian yang merangkumi 30 orang
responden, bilangan responden perempuan seramai 18 orang adalah melebihi bilangan
responden lelaki yang hanya seramai 12 orang. Daripada 30 responden tersebut paling
ramai adalah daripada pelajar semester 2 dengan jumlah 17 orang dan mewakili 56.7
% manakala pelajar semester 1 mempunyai bilangan responden yang rendah dengan
jumlah 13 orang dengan peratusan 43.3 %.

Ringkasan Dapatan Kajian Bahagian B
Jadual 6 : Analisis Deskriptif Tahap Pengetahuan Pelajar Politeknik Semester 1 dan

Semester 2 Terhadap Amalan Pemakanan Sihat

Bil Item STS TS S SS Min

1 Saya suka mengamalkan makanan yang sihat 2 7 16 5 2.80

(6.7) (23.3) (53.3) (16.7)

2 Buah tidak perlu dimakan setiap hari 8 11 4 7 2.33

(26.7) (36.7) (13.3) (23.3)

3 Saya perlu minum air yang secukupnya setiap 1 4 15 10 3.13

hari
(3.3) (13.3) (50.0) (33.3)

86 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

4 Sayur-sayuran penting untuk tumbesaran yang 5 9 10 6 2.57

sihat
(16.7) (30.0) (33.3) (20.0)

5 Pemakanan yang seimbang amat penting 2 8 13 7 2.83

dalam kehidupan seharian (6.7) (26.7) (43.3) (23.3)

6 Hidup sihat pasti saya akan ceria 0 2 16 12 3.33

(0.0) (6.7) (53.3) (40.0)

7 Makanan seimbang adalah makanan yang 1 6 12 11 3.10

sihat
(3.3) (20.0) (40.0) (36.7)

8 Saya tahu saya perlu makan makanan yang 0 7 9 14 3.23

seimbang dan berkhasiat (0.0) (23.3) (30.0) (46.7)

Jadual 7 : Analisis Deskriptif Amalan Pemakanan Sihat Dalam Kalangan Pelajar

Politeknik Semester 1 Dan Semester 2

Bil Item STS TS S SS Min

9 Saya suka makan makanan yang seimbang 11 9 7 3 2.07
mengikut (36.7) (30.0) (23.3) (10.0)

piramid makanan

10 Makanan saya mestilah berkhasiat dan 4 8 14 4 2.60
menyihatkan (13.3) (26.7) (46.7) (13.3)

11 Saya tidak minum air lebih daripada 8 gelas 5 8 9 8 2.67

sehari (16.7) (26.7) (30.0) (26.7)

12 Setiap kali makan saya akan pastikan 5 16 4 5 2.30

makanan (16.7) (53.3) (13.3) (16.7)

saya seimbang dan berkhasiat

e-Digest PSIS 2017 87

SAINS SOSIAL

13 Saya suka makan makanan segera dalam 2 4 11 13 3.17

kuantiti yang banyak (6.7) (13.3) (36.7) (43.3)

14 Makan makanan segera membuatkan perut 11 4 9 6 2.33

saya berasa kenyang (36.7) (13.3) (30.0) (20.0)

15 Saya akan makan makanan saya habis tanpa 0 5 15 10 3.17

membazir (0.0) (16.7) (50.0) (33.3)

16 Saya suka makan sayur-sayuran 7 8 6 9 2.57

(23.3) (26.7) (20.0) (30.0)

Jadual 8 : Analisis Deskriptif Faktor-Faktor Amalan Pemakanan Sihat Dalam
Kalangan Pelajar Politeknik Dari Aspek Pengaruh Pemilihan Makanan

Bil Item STS TS S SS Min

17 Ibu bapa tidak menggalakkan saya makan 4 5 11 10 2.90

makanan berkhasiat dan seimbang (13.3) (16.7) (36.7) (33.3)

18 Kawan-kawan mempengaruhi saya makan 6 4 7 13 2.90

makanan yang tidak berkhasiat (20.0) (13.3) (23.3) (43.3)

19 Guru-guru suka memberi nasihat kepada saya 5 7 8 10 2.77

supaya makan makanan yang berkhasiat dan (16.7) (23.3) (26.7) (33.3)
seimbang

20 Saya akan sentiasa makan makanan 3 15 6 6 2.50

yang seimbang dan berkhasiat (10.0) (50.0) (20.0) (20.0)

21 Apabila saya ke bandar saya suka makan 7 8 78 2.53

makanan segera (23.3) (26.7) (23.3) (26.7)

88 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

22 Makan makanan yang berkhasiat dan 3 12 9 6 2.60

seimbang (10.0) (40.0) (30.0) (20.0)

menjadikan badan saya sihat dan kuat

23 Saya tidak suka makan masakan ibu saya 2 2 12 14 3.27

(6.7) (6.7) (40.0) (46.7)

24 Saya suka menggalakkan adik-adik saya 8 6 8 8 2.53

makan makanan yang seimbang (26.7) (20.0) (26.7) (26.7)

JANTINA N Min Max Mean
TAHUN 30 1 2 1.60
MEANTP 30 2 3 2.57
30 1.75 4.00 2.916
MEANAPM 7
30 1.75 3.88 2.608
MEANPPM 3
Valid N 30 1.63 4.00 2.750
(listwise) 0
30

Persoalan Kajian 1: Apakah tahap pengetahuan pelajar politeknik semester 1 dan semester 2
terhadap amalan pemakanan sihat?

Jadual 10: Skor Min dan Sisihan Piawai Tahap Pengetahuan Pelajar Politeknik

Semester 1 dan Semester 2Terhadap Amalan Pemakanan Sihat

ASPEK N

MIN SISIHAN PIAWAI

Tahap Pengetahuan Murid 30 2.91 .54

Terhadap Amalan Pemakanan Sihat

e-Digest PSIS 2017 89


Click to View FlipBook Version