The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ebook.psis, 2020-08-16 23:14:59

e-Digest PSIS 2017

e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

Berdasarkan jadual 10, mean bagi tahap pengetahuan pelajar politeknik semester 1
dan semester 2 terhadap amalan pemakanan sihat adalah 2.91 sisihan piawai .54. Oleh itu,
tahap pengetahuan pelajar terhadap amalan pemakanan sihat adalah sederhana.

Persoalan Kajian 2: Apakah tahap amalan pemakanan sihat dalam kalangan pelajar politeknik
semester 1 dan semester 2 ?

Jadual 11: Skor Min Dan Sisihan Piawai Tahap Amalan Pemakanan Sihat Dalam
Kalangan Pelajar Politeknik Semester 1 Dan Semester 2

ASPEK N
2.60
MIN SISIHAN PIAWAI

Tahap Amalan Pemakanan Sihat Dalam 30 .56

Kalangan Murid

Berdasarkan dapatan kajian dengan merujuk jadual 12, mean bagi tahap amalan
pemakanan sihat dalam kalangan pelajar politeknik semester 1 dan semester 2 adalah 2.60
sisihan piawai .56. Oleh itu, tahap amalan pemakanan sihat dalam kalangan pelajar
politeknik semester 1 dan semester 2 adalah sederhana.

Persoalan Kajian 3: Apakah faktor-faktor amalan pemakanan sihat dalam kalangan pelajar
politeknik dari aspek pengaruh pemilihan makanan?

Jadual 12: Skor Min Dan Sisihan Piawai Faktor-Faktor Amalan Pemakanan Sihat
Dalam Kalangan Pelajar Dari Aspek Pengaruh Pemilihan Makanan

ASPEK N
2.75
MIN SISIHAN PIAWAI

Amalan Pemakanan Sihat Dalam Kalangan 30 .69

Pelajar Dari Aspek Pengaruh

Pemilihan Makanan

90 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

Berdasarkan jadual 12, mean bagi faktor-faktor amalan pemakanan sihat
dalam kalangan pelajar dari aspek pengaruh pemilihan makanan dalah 2.75 sisihan
piawai .69 . Oleh itu, faktor-faktor amalan pemakanan sihat dalam kalangan pelajar
dari aspek pengaruh pemilihan makanan juga adalah sederhana.

Persoalan Kajian 4: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan amalan pemakanan
sihat dalam kalangan pelajar politeknik mengikut jantina?

Jadual 13: Skor Min Dan Sisihan Piawai Amalan Pemakanan Sihat Dalam Kalangan
Murid Mengikut Jantina

JANTINA Group Statistics Std. Deviation
MEANOVERA LELAKI N Mean .57126
LL PEREMPUAN 12 2.8264 .50848
18 2.7130

Berdasarkan jadual 13, min amalan pemakanan sihat dalam kalangan murid lelaki adalah 2.82
sisihan piawai .57 manakala amalan pemakanan sihat dalam kalangan murid perempuan
adalah 2.71 sisihan piawai .51. Ini menunjukkan terdapat perbezaan sebanyak 0.11 antara
amalan pemakanan sihat antara murid lelaki dan murid perempuan. Untuk menentukan
samada terdapat perbezaan yang signifikan antara amalan pemakanan sihat dalam kalangan
murid lelaki dan murid perempuan, ujian T dilakukan berdasarkan jadual 14.

e-Digest PSIS 2017 91

SAINS SOSIAL

Jadual 14: Ujian –T Amalan Pemakanan Sihat Dalam Kalangan Pelajar Mengikut
Jantina

Independent Samples Test

Ujian Levene untuk Ujian- t untuk kesaksamaan MIn

Kesaksamaan

Varian

F Sig. t df Sig. (2-

tailed)

Amalan Kesaksamaan .605 .443 .570 28 .573
pemakanan
Sihat dalam varian
kalangan
Murid diandaikan

Kesaksamaan .556 21.761 .584

varian tidak

diandaikan

Dapatan jadual-T adalah seperti jadual 14 menunjukkan t (28) = .570, P = .573 adalah tidak
signifikan. Keputusan ujian T menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan amalan
pemakanan sihat dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan.

Persoalan Kajian 5: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan amalan pemakanan sihat
dalam kalangan murid lelaki dan perempuan mengikut semester?

Jadual 15: Skor Min Dan Sisihan Piawai Amalan Pemakanan Sihat Dalam Kalangan
Pelajar Mengikut Semester

Group Statistics

SEMESTER N Mean Std. Deviation
2.7019 .56233
MEANOV SEMESTER 1 13 2.8015 .51297
ERALL SEMESTER 2 17

Berdasarkan jadual 15, min amalan pemakanan sihat dalam kalangan pelajar semester 1
adalah 2.70 sisihan piawai .56 manakala amalan pemakanan sihat dalam kalangan pelajar
semester 2 adalah 2.80 sisihan piawai .51. Ini menunjukkan terdapat perbezaan sebanyak

92 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

0.10 antara amalan pemakanan sihat murid lelaki dan murid perempuan. Untuk menentukan
samada terdapat perbezaan yang signifikan antara amalan pemakanan sihat dalam kalangan
murid lelaki dan murid perempuan, ujian T dilakukan berdasarkan jadual 16.

Jadual 16: Ujian –T Amalan Pemakanan Sihat Dalam Kalangan Pelajar Mengikut

Semester

Independent Samples Test

Ujian Levene untuk Ujian- t untuk kesaksamaan

Kesaksamaan Min

Varian

F Sig. t df Sig. (2-

tailed)

Amalan Kesaksamaan .003 .956 -.505 28 .617

pemakan varian

an diandaikan

Sihat Kesaksamaan -.499 24.646 .622
dalam varian tidak
kalangan diandaikan
Murid

Dapatan jadual-T adalah seperti jadual 16 menunjukkan t (28) = -.505, P =
.617 adalah tidak signifikan. Keputusan ujian T menunjukkan tidak terdapat
perbezaan yang signifikan amalan pemakanan sihat dalam kalangan pelajar politeknik
semester 1 dan semester 2.

10.0 PERBINCANGAN

10.1 Apakah tahap pengetahuan pelajar politeknik semester 1 dan semester 2
terhadap amalan pemakanan sihat?

Dapatan kajian bagi persoalan kajian yang pertama berkenaan dengan tahap
pengetahuan amalan pemakanan sihat menunjukkan responden bersetuju dan
mengetahui bahawa hidup sihat pasti akan ceria. Majoriti responden mengakui

e-Digest PSIS 2017 93

SAINS SOSIAL

mereka tahu akan kepentingan makan makanan yang seimbang dan berkhasiat.
Dapatan ini adalah selari dengan kajian oleh Mohd Rizal & Jamaliah dengan tajuk
Persepsi Pelajar-Pelajar Tahun Akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup) Terhadap Amalan Pemakanan Keluarga yang menunjukkan
responden yang terdiri daripada pelajar tahun akhir kursus Sarjana Muda Teknologi
serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia memberikan jawapan yang positif terhadap amalan pemakanan keluarga
pelajar-pelajar. Dapatan kajian ini juga menunjukkan pelajar mengakui bahawa
mereka perlu makan makanan yang seimbang dan berkhasiat dan makanan seimbang
adalah makanan yang sihat. Menurut Rao (1986) dalam kajian Abd Rahim dan Clare
semakin baik pengetahuan seseorang tentang pemakanan, maka pengambilan
makanannya juga semakin baik dan mencapai keperluan yang diperlukan.

10.2 Apakah tahap amalan pemakanan sihat dalam kalangan pelajar pelajar
politeknik semester 1 dan semester 2 ?

Berdasarkan dapatan kajian, responden mengakui bahawa mereka suka makan
makanan segera dalam kuantiti yang banyak. Di samping itu, mereka juga mengakui
mereka akan makan makanan habis tanpa membazir. Menurut kajian yang dijalankan
oleh Price Waterhouse Cooper (2002), dalam Andreas dan Halina (2015) penduduk
Malaysia semakin cenderung kearah gaya pemakanan bersifat kebaratan, semakin
sopistikated dan kosmopolitan dalam konteks cita rasa dan kehendak. Makan di luar
rumah sudah cukup menggambarkan ketinggian status sosial, apatah lagi jika makan
di restoran francais atau Quick Service Restautants (QSR) seperti KFC,McDonalds,
A&W adalah antara yang paling popular di Malaysia. Walaupun, data ini hanya
berfokus kepada orang dewasa, namun aktiviti mengunjungi dan membeli serta
makan makanan segera ini sebenarnya melibatkan anak-anak secara langsung. Kajian
yang dilakukan oleh Lee Kum Chee pada tahun 1989 mendapati bahawa kanak-kanak
terlibat secara langsung dalam proses pemilihan jenis makanan malah sentiasa
bersama keluarga apabila mengunjungi restoran perkhidmatan segera.

10.3 Apakah faktor-faktor amalan pemakanan sihat dalam kalangan pelajar dari
aspek pengaruh pemilihan makanan?

94 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

Dapatan kajian bagi persoalan kajian yang ketiga mendapati responden telah
memberikan maklum balas yang mereka tidak suka makan masakan ibu mereka dan
kawan-kawan mempengaruhi mereka makan makanan yang tidak berkhasiat. Dapatan
ini adalah selari dengan kajian Andreas dan Halina (2015) mendapati bahawa kanak-
kanak pada amnya suka mengikut perlakuan rakan sebaya dimana jika kawan ingin
makan burger, yang lain juga ingin makan burger, terutama sekali golongan kanak-
kanak golongan umur pertengahan. Mereka juga cenderung memilih makanan segera
seperti yang dilakukan oleh rakan sebaya, walaupun tahu dan sedar akan bahaya dan
kesan sampingan makanan segera. Di samping itu, melalui kajian oleh
Noorsyarzielah (2013) dalam kajian bertajuk Kesedaran Terhadap Amalan
Pemakanan Seimbang Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Merlimau, Melaka: Satu
Tinjauan dapat dibuktikan bahawa harga makanan dan keluarga merupakan faktor
utama yang mempengaruhi pemilihan makanan pelajar. Ini adalah selari dengan
maklum balas responden bersetuju bahawa ibu bapa tidak menggalakkan mereka
makan makanan berkhasiat dan seimbang. Ini juga disokong dengan dapatan kajian
oleh pendapat oleh Suriani (2003) bahawa kesibukan ibu yang bekerja juga
membuatkan mereka kekurangan masa menyediakan makanan yang berkhasiat untuk
anak-anak mereka terutamanya hidangan untuk sarapan pagi.

10.4 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan amalan pemakanan sihat
dalam kalangan pelajar lelaki dan pelajar perempuan?

Keputusan ujian T menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan

amalan pemakanan sihat dalam kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Dapatan

kajian ini disokong dengan kajian bertajuk Budaya Pemakanan Masyarakat Malaysia

Dari Perspektif Agama, Polisi, Sains Dan Teknologi Dengan Rujukan Khusus

Kepada Pengaruh Islam Dalam Penghasilan Makanan yang memfokuskan dalam Bab

5 Corak Amalan Makanan di Malaysia : Satu Kajian Perbandingan Di Antara

Makanan Tradisional dan Makanan Moden (Segera) antara mahasiswa peringkat

Ijazah Sarjana Muda, di Universiti Malayadan di Universiti Sains Islam Malaysia

sebagai responden. Dapatan ujian tersebut menunjukkan alasan kunjungan ke

restoran makanan segera berbanding jantina tidak terdapat perbezaan yang signifikan.

e-Digest PSIS 2017 95

SAINS SOSIAL

Walaubagaimanapun, dapatan ini bertentangan dengan kajian yang sama
melalui ujian Mann-Whitney perbandingan antara lelaki dan perempuan yang makan
sayur menunjukkan perbezaan yang signifikan iaitu responden perempuan yang
makan sayur adalah lebih ramai berbanding responden lelaki.

10.5 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan amalan pemakanan sihat dalam
kalangan pelajar tahun 5 dan tahun 6?

Berdasarkan keputusan ujian T menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan amalan pemakanan sihat dalam kalangan pelajar politeknik semester 1 dan
semester 2. Dapatan ini selari dengan kajian bertajuk Budaya Pemakanan Masyarakat
Malaysia Dari Perspektif Agama, Polisi, Sains Dan Teknologi Dengan Rujukan
Khusus Kepada Pengaruh Islam Dalam Penghasilan Makanan yang memfokuskan
dalam Bab 5, Corak Amalan Makanan di Malaysia : Satu Kajian Perbandingan Di
Antara Makanan Tradisional dan Makanan Moden (Segera) antara mahasiswa
peringkat Ijazah Sarjana Muda, di Universiti Malaya dan di Universiti Sains Islam
Malaysia sebagai responden. Hasil ujian mengenai perbandingan makan sayur
mengikut umur, ujian Cross Tab menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang
signifikan .

Walaubagaimanapun, ujian tersebut bertentangan berdasarkan umur dalam
membuat pilihan mengambil buah buahan, ujian Cross Tab menunjukkan bahawa
terdapat perbezaan yang signifikan . Responden yang berumur lebih daripada 30
tahun memilih buah-buahan tempatan lebih tinggi manakalabagi responden yang
berumur di antara 26 hingga 30 tahun mereka lebih suka memilih buah import.

11.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Hasil daripada kajian ini, secara keseluruhannya responden dilihat mempunyai
amalan pemakanan sihat berdasarkan tiga aspek yang dikaji. Responden yang
mempunyai tahap pengetahuan tentang amalan pemakanan yang sihat perlu sentiasa
diamalkan untuk menjamin kelangsungan hidup yang sejahtera dan bebas dari
penyakit. Bagi seseorang pelajar, pengambilan diet makanan yang seimbang serta
jadual pemakanan yang konsisten perlu dititik beratkan dalam kehidupan seharian.
96 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

Bagi aspek tahap amalan pemakanan sihat , responden juga dilihat mempunyai
kecenderungan yang tinggi untuk mengambil makanan segera dan tidak sihat.
Akibatnya, amalan tersebut akan meninggalkan kesan negatif kepada kesihatan
pelajar seterusnya menjejaskan aktiviti pembelajaran mereka. Fenomena sedemikian
haruslah dielakkan dengan mengamalkan jadual pemakanan yang teratur dan
konsisten.Amalan makan secara sihat adalah satu faktor yang penting ke arah
kesihatan sekeluarga, dan amalan ini seharusnya dibentuk dan dibudayakan di rumah.
Justeru, sesebuah keluarga itu seharusnya menjadikan setiap aktiviti yang berkaitan
dengan makanan seperti perancangan menu, pembelian, pemilihan dan penyediaan
makanan sebagai aktiviti sekeluarga.

Amalan pemakanan sihat adalah satu perkara yang berfaedah untuk dikaji
secara lanjut pada masa akan datang. Beberapa cadangan untuk kajian lanjutan supaya
kajian yang akan dibuat lebih mendalam lagi. Ini termasuklah responden kajian tidak
dihadkan kepada pelajar peringkat sekolah rendah sahaja tetapi boleh melibatkan
pelajar dari peringkat sekolah menengah dan peringkat dewasa memandangkan
amalan pemakanan sihat ini perlu diamalkan tidak mengira peringkat umur. Kajian
selanjutnya boleh dibuat dengan menggunakan responden dari kawasan bandar dan
luar bandar dan status ibu sebagai berkerjaya atau suri rumah tangga kerana ia turut
mempengaruhi amalan pemakanan sihat dalam kalangan murid.

e-Digest PSIS 2017 97

SAINS SOSIAL

RUJUKAN

Abdul Rahim Hamdan & Clare Sipin, Amalan Pemakanan Di Kalangan Pelajar Tahun 4 Sph
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor

Abdul Wahid Mukhari dan Ida Astrie Mohd Yasin, Amalan Pemakanan Di Kalangan
Remaja Di Kawasan Felda Bukit Ramun, Kulai, Johor. Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi. Malaysia, Skudai

Andreas Totu dan Halina Sendera Mohd Yakin (2015) Faktor Penentu Sikap dan
Kepercayaan Kanak-Kanak di Sabah Mengenai makanan dan Pemakanan, Global Journal of
Business and Social Science Review, Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS, Kota Kinabalu,.
Sabah, Malaysia

Azlina Abu Bakar (2002). Psikologi Personaliti Individu. Shah Alam: Karisma Publications
Sdn. Bhd

Baltaci, G., Ersoy, G., Karaagaoglu, N., Derman, O. & Kanbur, N. (2008). Healthy st
Adolescents Nutrition, Moving Life. 1 Edition. Ankara: Printing Klasmat

Barker,H.M. (2002). Nutrition and Dietetic for Health Care. London:Churchill Livingstone

Bastable, J. (2002). Food for Your Body. New York: The Reader’s Digest Association,Inc.

Benton, D. (2004). Role of parents in the determination of food preferences of children and
the development of obesity. International Journal of Obesity, 28: 858-869

Binkley, J.K., J.Eales & M.Jekanowsi. (2000). The relation between dietary change and
rising U.S. obesity. International Journal of Obesity, 24:1032-1039

Campbell & Farrell. (2003). Biochemistry. United States: Thomson Companies, Inc

Carmel Cefai, Liberato Camilleri (2011). The Dietary Habits of Maltese University
Students. Malta Medical Journal Volume 23 Issue 02 2011

Chiras, D.D. (2003). Human Body Systems: Structure, Function and Environment. US: Jones
and Bartlett Publishers

Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi (2009). Budaya Pemakanan Masyarakat Malaysia
Dari Perspektif Agama, Polisi, Sains Dan Teknologi Dengan Rujukan Khusus Kepada
Pengaruh Islam Dalam Penghasilan Makanan. Ijazah Doktor Falsafah Jabatan
Pengajian Sains Dan Teknologi,Fakulti Sains,Universiti Malaya. Kuala Lumpur

Darusalam, G., Hussin, S., (2016). Metodologi Penyelidikan Dalam Pendidikan. Amalan dan
Analisis Kajian. Penerbit Universiti Malaya

Delisle, H. (2005). Should Adolescents be Specifically Targeted for Nutrition in Developing
Countries? To Address Which Problems, and How? Universiti Montreal:Thesis

98 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

Driskell, J. A., Kim, Y.-N., & Goebel, K. J. (2005). Few Differences Found in the Typical
Eating and Physical Activity Habits Of Lower-level and Upper-level University
Students. Journal of the American Dietetic Association, 105, 798–801.

Govindji, F., Hunter, F., Graimes, N., Marshall, J., More, J. & Wilcock, F. (2002). Food for
Your Body. London: Reader’s Digest

Hoolihan, L. E. (2003). “Individualization of nutrition recommendations and foodchoices”.
Nutrition Today, 38, 6. 225-231

Jenvey, V.B. (2007). The relationship between television viewing and obesity in young
children: A review of existing explanations. Early Child Development and care, 177,
p.809-820

Johanna, T.D. (2000). Nutrional Status. Massachusetts: Tufs University School of medicare
and Nutrition

Karaagaoglu, N. (2003). Children’s nutritional status: School-age children and adolescents
nutritional status, habits and culinary nutrition symposium proceedings of Ankara.
Journal of Nutritional Food, 3(1), 111- 125

Kelly-Plate, J. & Eubanks, E. (2000). Teacher’s Wraparound Edition: Today’s Teen. Illinois:
Glencoe McGraw Hill

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2011). Healthy Weight: A New Way of Looking At Your
Weight and Health. Kuala Lumpur: KKM

Kolata, G. (2004). Vitamin More May Be Too Many. London: Reader’s Digest.

Lee, K.C. (1989). The fast food market: A study of buying behaviour and restaurant
image. Dimuat turun daripada http://mgr.mim.edu.my/MMR/9108/910808.HTM.
Maisarah Saidin, & Latifah Abdul Majid. (2012). Pembentukan Jati Diri Kanak-
kanak Melalui Bahan Bacaan Bahasa Malaysia. Jurnal Hadhari, 4(1), 77–102

McMahan, S., Hampl, J., & Chikamoto, Y. (2003). A "fat tax": Knowledge and attitudes of
snack food taxing among college students. American Journal of Health Education,
34(6), 329 –334

Mohd. Azlan Abdullah & Noraziah Ali. 2011. Amalan Pemakanan dalam Kalangan Pelajar
Universiti dan Implikasinya Terhadap Pembelajaran. Jurnal Personalia Pelajar, Bil 14
: 59 – 68 @2011 ISSN 0128-273

Mohd. Majid Konting. (2005).Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka

Mohd Najib Abdul Ghafar.(1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia

Mohd Rizal Bin Mohd Said & Jamaliah Binti Mohd Jamal, Persepsi Pelajar-Pelajar Tahun

e-Digest PSIS 2017 99

SAINS SOSIAL

Akhir Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) Terhadap
Amalan Pemakanan Keluarga ,Fakulti Pendidikan ,Universiti Teknologi Malaysia

Noorsyarzielah binti Salleh (2013) Kesedaran Terhadap Amalan Pemakanan Seimbang
Dalam Kalangan Pelajar Politeknik Merlimau, Melaka: Satu Tinjauan: Tesis Sarjana

Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan. Malaysia: McGrawHill Education
ISBN 978-967-5771-03-3

Panduan Diet Malaysia (2000). Terbitan Persatuan Pemakanan Malaysia

Phuah Kooi Ean (2006). Pemakanan . Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia

Ramli, N. (2011). Faktor-faktor yang mempengaruhi Obesiti. Journal Penyelidikan UTM
Johor

Shariff et al (2008). Nutrition Education Intervention Improves Nutrition Knowledge, Attitude
and Practices of Primary School Children : A Pilot Study. International Electronic
Journal of Health Education, (11), 119-132

Siti Sabariah Buhari (2003). Penilaian Pakej Pendidikan Pemakanan Promosi Gaya Hidup
Sihat di Kalangan Kanak-Kanak Sekolah Rendah: Satu Kajian Helic. Tesis Sarjana
Sains, UPM

Starr, C. & Taggart, R. (2001). Biology: The Unity & Diversity of Life. US: Thomson
Learning, Inc.

Suriani Binti Mohamed,(2003) Pengetahuan, Amalan Pengurusan Dan Apllkasi Pemakanan
Dalam Kalangan Pengusaha Prasekolah. Tesis Sarjana Sains, UPM

Tajul Ariffin Nordin, Roslee Ahmad, Rahimawati Abdul Rahim (2007). Membina Pelajar
Yang Cemerlang, Evolusi Pembelajaran Sepanjang Hayat. UTM Skudai, Johor

UNESCO (2004). “WHO Information Series on School Health – Document 4 : Healthy
Nutrition : An Essential Element of a Health Promoting School”. Geneva

Wardle, J., Guthrie, C., Sanderson, S., Birch, L. and Plomin, R. (2001). “Food and activity
preferences in children of lean and obese parents”. International Journal of Obesity,
25, 971-977

Warren, E. Parry, Lynch, O.R., and Murphy, S. (2008). “If I don’t like it then I can choose
what I want”: Welsh school children’s accounts of preference for and control over
food choice. Health Promotion International, 23, 144-151

Zaitun Binti Yahia@Yahaya (2014). Pemilihan Makanan Sihat Dalam Kalangan Murid Di
Kantin Sekolah Daerah Melaka Tengah. Melaka

100 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

KEPIMPINAN PENDIDIKAN DALAM ISLAM
Tengku Radziatan Mardziiah binti Tengku A. Razak

Jabatan Pengajian Am
Politeknik Sultan Idris Shah
[email protected]

Siti Nadiah Binti Sadali@Salim
Jabatan Pengajian Am

Politeknik Sultan Idris Shah
[email protected]

ABSTRAK
Kepimpinan bersandarkan konsep tauhid kepada Allah mampu membawa
sebuah generasi ke arah bangsa yang berakhlak tinggi. Pengaplikasian kepimpinan
Islam di dalam pendidikan membantu masyarakat membentuk akhlak dan sikap ehsan
dalam diri pelajar-pelajar melalui contoh kepribadian ketua sama ada guru besar,
pengetua dan sebagainya. Islam mempunyai perspektif berbeza dalam membentuk
kepimpinan yang lebih efektif dan seimbang di antara duniawi dan ukhrawi.
Kepimpinan Islam dalam pendidikan mampu meningkatkan mutu pendidikan
masyarakat Islam melebihi masyarakat barat yang lebih mementingkan kebendaan
berbanding spiritual. Oleh itu, artikel ini bertujuan untuk membincangkan amalan
yang perlu ada pada kepimpinan pendidikan dari perspektif Islam.

Kata kunci: kepimpinan, amalan, akhlak, pendidikan

1.0 PENDAHULUAN

Kejayaan bagi sesebuah organisasi bergantung kepada kekuatan pimpinan
yang bertanggungjawab mengembangkan pencapaian organisasi menurut kehendak
masyarakat terutamanya di institusi-institusi pendidikan. Institusi pendidikan
merupakan tempat pendidikan terawal secara formal yang diperkenalkan oleh
sesebuah kerajaan dalam meningkatkan kualiti pendidikan rakyat dalam pelbagai
bidang pada masa hadapan tanpa bergantung kepada masyarakat dan ideologi luar.

Institusi pendidikan yang baik dan cemerlang dapat dilihat berdasarkan
pengurusan yang dipamerkan oleh seseorang ketua dalam institusi pendidikan.

e-Digest PSIS 2017 101

SAINS SOSIAL

Kemahiran kepimpinan seorang ketua di insitusi pendidikan merupakan nilai tambah
dalam kecemerlangan sesebuah institusi. Tambahan pula, kecemerlangan itu didasari
sumber al-Quran dan Sunnah.

Terdapat teori yang menyatakan bahawa bakat kepimpinan merupakan
anugerah yang diberikan sejak mereka kecil lagi. Dua ciri utama individu yang bakal
menjadi pemimpin ialah sejak kecil lagi mempunyai cita-cita yang tinggi dan individu
yang mengetahui hala tuju serta kemahuan yang berjiwa besar (Hassan,ainon,2001).
Selain itu, terdapat teori yang menyatakan bahawa bakat kepimpinan itu perlu
dipupuk setiap hari dan tidak boleh dipelajari dengan mudah dalam satu hari. Bakat
tersebut perlu kepada ilmu yang berterusan melalui pembacaan, pengamalan dan
pengalaman serta mempraktikkan prinsip-prinsip kepimpinan yang berkesan.
(Maxwell,1949)

Walaubagaimanapun, bakat kepimpinan di dalam Islam adalah bersifat
semulajadi melalui tanggungjawab khalifah atau pemimpin, sama ada memimpin diri
sendiri, keluarga serta orang yang disekelilingnya. Namun, perkara yang paling utama
ialah pemilihan pucuk pemerintahan sesebuah Negara yang mana banyak
dibincangkan di dalam al-Quran. Sabda Rasulullah s.a.w:

“Semua kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas kepimpinannya.
Seorang imam adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas rakyatnya. Seorang
suami adalah pemimpin dalam keluarganya dan bertanggungjawab atas
kepimpinannya. Seorang isteri adalah pemimpin dan bertanggungjawab atau
penggunaan harta suaminya…..”. (HR Bukhari dan Muslim)

Bakat kepimpinan merupakan sifat semulajadi yang dianugerahkan oleh Allah
s.w.t kepada hambanya dengan meletakkan manusia sebagai khalifah dimuka bumi.
Tanggungjawab itu perlu dipikul oleh setiap manusia untuk memakmurkan muka
bumi dengan syariat-syariat yang diwahyukan.

Dalam institusi pendidikan, kepimpinan pendidikan seperti guru besar,
pengetua, pengarah, dekan dan sebagainya memainkan peranan penting dalam
memantapkan sistem organisasi yang dipertanggungjawabkan. Perkara penting yang
perlu dilalui oleh seseorang ketua dalam institusi pendidikan ialah memahami corak
pemerintahan yang ingin dijalankan seperti membuat keputusan yang baik,

102 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

mempunyai sifat kepimpinan yang sejati, membina hubungan dengan orang bawahan
dan yang paling penting, seorang ketua mampu membina persekitaran yang
mengutamakan pembinaan akhlak dan moral dalam diri orang bawahan
(Adnan,2009). Sejajar dengan kepimpinan pendidikan dalam Islam, ketua memainkan
peranan penting dalam menunjukkan akhlak yang baik kepada orang bawahan supaya
lebih dihormati ketika membuat keputusan dan mampu membina persekitaran Islam di
bawah pengaruh pimpinannya. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Ahzab ayat 21 :

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik
bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari
kiamat dan dia banyak menyebut Allah.”

2.0 METODOLOGI

Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah pengumpulan data iaitu merujuk
kepada rujukan perpustakaan berdasarkan jurnal-jurnal dan buku-buku yang
berkaitan.

2.1 Konsep kepimpinan dalam Islam

Di dalam organisasi Islam, kepimpinan merupakan aspek yang penting dalam
menggerakkan sesebuah operasi organisasi. Kepimpinan juga bertanggungjawab
mewujudkan semangat roh kerjasama yang akan membentuk konsep amal jamaie dan
mampu menarik seluruh umat bekerja secara berkumpulan dalam pelbagai bidang
(Berhanundin, 1997)

Pengertian pemimpin dan kepimpinan adalah dua aspek yang berbeza.
Pemimpin dalam Islam menurut al-Mawardi ialah al-khilafah dan al-imamah yang
bermaksud tempat bagi mengantikan tugas-tugas kenabian demi menjaga agama dan
politik dunia .Menurut hamka pula, pemimpin boleh diertikan sebagai ‘ Memimpin
supaya tegak’. ‘Membimbing supaya dapat berjalan’, ‘memapah supaya jangan jatuh!
atau‘menarik naik kalau sudah tergelincir jatuh’. ‘Tegak kemuka kalau bahaya
mengancam’. (Zulkifli & Hafiz, 2013). Manakala kepimpinan Islam ialah satu proses
yang dapat menggerakkan sekumpulan manusia untuk memenuhi kehendak Islam

e-Digest PSIS 2017 103

SAINS SOSIAL

bagi jangka masa pendek dan panjang yang mampu membuahkan hasil wawasan
untuk menuju matlamat Islam (Berhanundin, 1997).

Role model pemimpin yang agung di muka bumi ialah melalui contoh yang
ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. Kepimpinan yang ditonjolkan oleh Rasulullah
s.a.w ialah kepimpinan melalui teladan merangkumi hablun min Allah dan hablun min
al-nas atau kepemimpinan amar-makruf nahi-mungkar berasaskan prinsip kehambaan
kepada Tuhan iaitu

1. Berasaskan rasa ubudiyyah yang tinggi terhadap Pencipta
2. Mendidik manusia menjadi manusia (sama ada pihak yang memimpin atau

dipimpin) yang baik. Pihak pemimpin perlu mengekalkan diri sebagai manusia
berakhlak dan menjadi contoh pertama kepada setiap amalan mulia dalam
organisasinya. Pemimpin juga perlu mendidik pengikut (ahlinya) secara
berterusan untuk menjadi manusia yang baik
3. Menghindari kemungkaran (kejahatan). Pemimpin perlu sentiasa menjauhi diri
daripada perkara kejahatan (mungkar) dan mewujudkan persekitaran
(keadaan) organisasi yang dapat menghindar pengikut (ahlinya) daripada
melakukan kejahatan
4. Menghasilkan natijah (output) yang baik untuk semua pihak dan meliputi
faedah di dunia dan akhirat.(Suraiya,2011)

Terdapat banyak ayat al-Quran dan Hadis yang memartabatkan kedudukan
pemimpin pada kedudukan yang tinggi dan mulia. Dalam hadis Rasulullah s.a.w
bersabda :

“ Sesungguhnya orang yang paling dicintai Allah pada hari kiamat dan paling
dekat tempat duduknya daripada-Nya adalah seorang imam yang adil. Sedangkan
orang paling dibenci oleh Allah pada hari kiamat dan paling jauh tempat duduknya
daripada-Nya adalah imam yang alim.”

Selain itu, Rasulullah s.a.w bersabda :

“ Ada tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah di bawah
naungan-Nya. Hari tersebut tidak ada naungan kecuali naungan Allah. Golongan
tersebut ialah pemimpin yang adil,….”

104 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

Namun, keadilan merupakan asas kepada ketinggian martabat seseorang
pemimpin. Keadilan adalah perkara utama yang dilihat dalam sesuatu proses
kepimpinan. melalui ayat al-Quran, Allah berfirman :

“Sesunggunya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang
berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hokum di antara
manusia supaya menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran
yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah amaha medengar lagi
Maha melihat. Wahai orang-orang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul(Nya),
dan ulil amri di antara kamu”

Ayat di atas jelas menunjukkan kewajiban yang utama yang dituntut ialah
pemimpin perlu memberikan hak kepada yang berhak menerimnya dan menerima hak
sebagai seorang pemimpin dari rakyatnya.

2.2 Tanggungjawab pemimpin dalam Islam

Tugas dan tanggunjawab pemimpin dalam Islam banyak dibincangkan oleh
para ulama Islam. Namun pendapat Al- mawardi dalam menetapkan tugas dan
tanggungjawab dilihat sebagai tugas yang lengkap dan relevan di aplikasikan oleh
pihak kepimpinan sesebuah organisasi ialah :.

i. Memelihara agama dari segi dasar-dasarnya yang tetap teguh dan apa yang
disepakati oleh golongan salaf umat ini. Setiap bid’ah yang timbul perlu
ditentang.

ii. Melaksanakan hokum-hukum di antara pihak-pihak yang berbalah serta
meleraikan perselisishan yang berlaku supaya keadilan dapat dijalankan.

iii. Melindungi kehormatan para wanita serta mempertahankan kemuliaan dan
kedudukan mereka.

iv. Melaksanakan batas-batas hokum syarak untuk menjaga apa yang
diharamkan oleh Allah dan untuk melindungi hak-hak orang ramai dari
kerosakan dan kemusnahan.

v. Mengukuhkan jagaan kawasan perbatasan negeri dengan kekuatan supaya
musuh tidak dapat mencari peluang untuk mencabuli apa yang dilarang
oleh agama dan supaya pertumpahan darah orang Islam dan orang yang di
bawah jagaan orang Islam tidak berlaku

e-Digest PSIS 2017 105

SAINS SOSIAL

vi. Berjihad menentang musush-musuh Islam
vii. Memungut cukai sebagaimana yang dinyatakan oleh Syarak
viii. Menentukan kadar-kadar pemberiaan harta dan apa yang menjadi hak dari

baitulmal Negara tanpa boros dan tidak bakhil dan menjelaskan tanpa
terlewat atau terawal
ix. Melantik kalangan orang yang cekap,amanah dan ikhlas untuk
melaksanakan tugas
x. Hendaklah mengawasi sendiri segala urusan orang ramai dalam segala
keadaan supaya dengan kepimpinan dapat menjalankan tugas memimpin
ummah dan menjaga agama. (Zakaria, 2010)

Namun, pendapat Saiyid Muhammad Rashid Ridha lebih sesuai digunakan dalam tugas
dan tanggungjawab pemimpin Negara yang mempunyai empat aspek :

i. Mengembangkan da’wah kebenaran
ii. Menegakkan timbangan keadilan
iii. Melindungi agama dari perpecahan musuh dan bid’ah
iv. Bermusyawarah dalam urusan-urusan yang tiada nas.(A. Hasjmy, 1970)

Manakala menurut Hassan al-Banna, kewajipan pemerintah dalam sesebuah Negara ialah
:

i. Menjaga keamanan dan melaksanakan undang-undang
ii. Menyelenggarakan pendidikan
iii. Mempersiapkan kekutan
iv. Memelihara kesihatan
v. Memelihara kepentingan umum
vi. Mengembangkan kekayaan dan memelihara harta benda
vii. Mengukuhkan akhlak
viii. Menyebarkan dakwah

Berdasarkan tanggungjawab yang dinyatakan di atas dapat disimpulkan
beberapa prinsip-prinsip dalam pemimpin menjalankan tanggungjawab iaitu pertama,
pemimpin perlu menegakkan Islam dan melaksanakan undang-undang Islam supaya
hak-hak orang bawahan dalam dipelihara mencakupi lima prinsip maqasid syariyyah
iaitu memelihara keselamatan agama, nyawa, akal, maruah dan harta. Kedua,

106 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

seseorang pemimpin perlu menjaga kebajikan orang bawahan melalui pengurusan
kebajikan yang tersusun dan mampu membantu mereka yang memerlukan bantuan
tanpa memilih agama, bangsa dan kedudukan. Ketiga, pemimpin seharusnya sentiasa
amanah dalam menguruskan harta benda milik Negara/organisasi dan indidvidu
supaya harta tersebut tidak terdedah dengan penyalahgunaan kuasa dan memiliki harta
yang bukan milik seseorang individu dan yang terakhir, seorang pemimpin
bertangungjwab dalam mengukuhkan akhlak supaya dapat dicontohi oleh rakyat dan
dapat menyebarkan dakwah Islamiyyah.

2.3 Ciri-ciri pemimpin menurut Islam

Menurut teori al-Farabi, pemimpin menjaminkan bahawa ummah dapat hidup
dalam keadaan sempurna hasil pimpinan seorang tokoh yang sempurna (Idris,1986).
Terdapat banyak pendapat-pendapat ulama berkaitan dengan ciri-ciri yang perlu ada
pada setiap pemimpin dalam Islam. Secara ringkasnya, ciri-ciri tersebut di antaranya
ialah :

2.4 Adil

Adil bermaksud memberi hak kepada yang sepatutnya dan mengenepikan
orang yang tidak sepatutnya(Burhanundin,1997). Adil menurut Imam al-Bukhari
ialah warak atau seseorang yang berpegang kuat dengan ajaran Islam, mengerjakan
apa yang diperintahkan dan meninggalkan larangannya(Abdul Hadi, 2009). Adil juga
merupakan sifat yang perlu ada di dalam diri seorang pemimpin sebagai kepribadiaan
yang tidak mempunyai unsur-unsur fasik yang boleh menggugat prasyarat sebagai
seorang pemimpin (Zakaria,2010).

2.5 Berilmu

Ilmu pengetahuan yang tinggi perlu ada di dalam diri seorang pemimpin
sepertimana yang disarankan oleh al-Mawardi sehingga ke tahap melayakan
pemimpin tersebut mampu melakukan ijtihad. Pemimpin juga perlu berilmu dalam
dua aspek penting iaitu pertama yang berkaitan dengan akidah, syariah, berkakhlak
daripada sumber al-Quran,Sunnah ijmak, qias dan lain-lain. Kedua, mempunyai
pengetahuan berkaitan dengan penyelesaian masalah yang berkaitan dengan Islam
(Abdul Hadi, 2009).

e-Digest PSIS 2017 107

SAINS SOSIAL

2.6 Kemampuan maknawi dan jasmani.

Kemampuan maknawi ialah sifat akal yang sempurna dan berani menghadapi
cabaran dan musuh (Abdul Hadi,2009) manakala, jasmani ialah pemimpin yang
mempunyai pancaindera sama ada pendengaran, penglihatan atau percakapan untuk
membolehkan bertindak berdasarkan pengamatan pancaindera tersebut
(Zakarian,2010). Al-Farabi menyatakan juga bahawa seorang pemimpin hendaklah
sempurna tubuh badan dan bertenaga dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin
(Idris.1986).

2.7 Pendidikan dalam Islam

Pendidikan menurut kamus Oxford, bermaksud proses pengajaran, latihan dan
pembelajaran terutamanya di sekolah dan kolej untuk meningkatkan pengetahuan dan
membentuk kemahiran. Menurut kamus dewan, pendidikan boleh diertikan sebagai
perihal atau perbuatan mendidik. Oleh itu, secara umumnya pendidikan bermaksud
sesuatu perbuatan pengajaran dan pembelajaran di tempat yang dikhaskan untuk
proses tersebut berjalan dengan lancar dan sistematik. Walaubagaimanapun,
pendidikan dalam Islam lebih tertumpu kepada kajian-kajian asas yang meliputi ayat-
ayat al-Quran dan Sunnah. Oleh itu, pendidikan dalam gambaran Islam ialah
pendidikan yang memupuk sifat-sifat kemuliaan dan memberi petunjuk kepada
manusia (Sahih,1980)

Perkembangan dalam kejayaan Islam disebabkan empat faktor iaitu (1)
wujudnya hubungan pemerintah dengan ulama (2) ilmu yang berkembang amat
relevan dengan kehidupan harian (3) Persekitaran pembelajaran yang kondusif dengan
peningkatan ilmu menerusi penyelidikan dan penerbitaan bahan pembacaan dan (4)
masyarakat Islam memanfaatkan ilmu yang bersumberkan daripada luar (Sidek
Baba,2012). Oleh itu, pendidikan sinonim dan berkait rapat dengan ilmu yang
dikenalpasti sebagai faktor ‘hasil’. Melalui pendidikan, individu mampu membina
keyakinan diri untuk berhadapan dengan dunianya, menikmati kemudahan yang ada
dipersekitarannya, serta memahami diri sendiri (Affizal,2009). Jesteru itu, Islam
meletakkan martabat yang tinggi terhadap hamba-Nya yang suka menuntut ilmu,
firman Allah s.w.t dalam surah al-Mujadalah ayat 11:

108 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang
yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat”

Asas kepada pembentukan ilmu dalam Islam dinyatakan dalam ayat al-Quran
yang mengandungi banyak pengajaran yang mampu membentuk masyarakat yang
berpendidikan. Oleh itu, Allah menjadikan mukjizat yang terbesar kepada Rasulullah
s.a.w dengan memberikan kitab yang penuh dengan ilmu pengetahuan iaitu al-Quran.
Dengan itu, tahap ilmu yang tinggi mampu membentuk sebuah tamadun yang hebat
yang mempunyai pencapaian luar biasa seperti kejayaan yang dikecapi oleh tamadun
Ummayyah, Abbasiyah dan Uthmaniyyah (Faizal et.al,2013, Zakaria et.al.2013).

Keistimewaan pendidikan dalam Islam ialah memiliki beberapa ciri penting
iaitu :

Rabbaniah.

Pendidikan yang menghubungkan hati manusia dengan Allah. Prinsip rabbaniah
menjadikan matlamat pendidikan jelas dan sentiasa selaras dengan kehendak Allah
s.w.t. Selain itu, melalui pendidikan, manusia sentiasa ingat dan berhubung dengan
Allah.

Syumuliah.

Pendidikan dalam Islam memiliki sifat syumuliah/ lengkap dan bersepadu iaitu
merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia dan saling berkait antara satu sama
lain. Pendidikan dalam Islam tidak mementingkan kelebihan akal sahaja tanpa
digandingkan dengan kelebihan akhlak kerana akal tanpa akhlak akan menyebabkan
kemudaratan kepada masyarakat sekeliling. Firman Allah s.w.t dalam surah Ar-Rum
ayat 40 :

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab
apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana
Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk
yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).”

Tawazun (Seimbang)

e-Digest PSIS 2017 109

SAINS SOSIAL

Keseimbangan pendidikan dalam Islam ialah mementingkan duniawi dan ukhrawi
secara saksama. Islam tidak memandang tinggi aspek akhlak dengan memandang
remeh aspek akal dan sebaliknya.

2.8 Kepimpinan pendidikan Islam

Institusi pendidikan adalah sebahagian daripada kehidupan seorang individu
yang normal dari segi pendapatan dan pendedahan kepada kepentingan pendidikan
dalam masyarakat. Setiap institusi pendidikan mempunyai organisasi tersendiri yang
terdiri daripada pemimpin dan orang bawahan. Dalam kepimpinan pendidikan,
pemimpin perlu memainkan peranan yang penting dalam mengerak dan mencorakkan
sesebuah organisasi supaya dapat memberi impak yang baik kepada orang bawahan
dan pelajar-pelajar.

Ciri yang penting dalam sesebuah organisasi pendidikan ialah seorang
pemimpin mampu mempengaruhi orang bawahannya menjalankan tanggungjawab
organisasi untuk mencapai matlamat organisasi (Sarvinder & Ahmad, 2008). Menurut
Baharom et. al. (2009) ciri-ciri kepimpinan pendidikan yang baik ialah :

i. Kepintaran,
ii. Kejujuran dan integriti,
iii. Dorongan kepimpinan,
iv. Keyakinan diri,
v. Semangat
vi. Pengetahuan dalam bidang, kreativiti dan fleksibiliti.

Tugas sebagai seorang ketua dalam institusi pendidikan bukan sahaja dipikul oleh
seorang pengetua, pengarah dan sebagainya, namun dipikul bersama-sama tenaga
pengajar sama ada pensyarah atau guru serta kakitangan sokongan dalam melancarkan
proses pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar. Seseorang pemimpin
bertangungjawab dalam menjaga legasi sesuatu organisasi pendidikan seperti mengetahui
kurikulum pembelajaran, berdisplin dan sebagainya (Khanittha, Adnan 2006).

Walaubagaimanapun, menurut Lokman & Hamidon (2002) terdapat isu-isu etika
yang perlu diperbaiki seperti pemantauan yang berterusan oleh ketua dalam memastikan

110 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

semua kakitangan melakukan tanggungjawab yang telah diberikan dan tidak berlaku
istilah ‘ ketam mengajar anaknya berjalan betul’. Oleh itu, setiap pemimpin dalam
pendidikan memerlukan gaya kepimpinan yang tersendiri dalam menjalankan
tanggungjawab. Menurut Walid & Ali (2011) terdapat beberapa gaya kepimpinan
pendidikan dari perspektif Islam yang perlu dilaksanakan oleh seseorang ketua dalam
organisasi pendidikan iaitu :

i. Mewujudkan suasana kekeluargaan di dalam organisasi supaya orang bawahan
merasakan mereka bertanggungjawab untuk mencapai visi dan misi organisasi
pendidikan.

ii. Menanam sikap kerjasama untuk mewujudkan budaya tolong menolong dalam
mencapai objektif organisasi dan pemimpin merupakan sebahagian daripada
penggerak ke arah pencapaian objektif.

iii. Menggunakan pendekatan syura dalam organisai supaya orang bawahan dapat
melontarkan idea yang bernas dan perkara yang menjadi halangan dalam
pencapaian objektif organisasi pendidikan.

iv. Menjalankan pelbagai program latihan yang dianjurkan oleh pemimpin kepada
orang bawahan bertujuan untuk meningkatkan motivasi berkerja.

Gaya kepimpinan pendidikan mampu meningkatkan mutu pengurusan organisasi
pendidikan supaya lebih mantap dan mempromosikan kekuatan agama Islam secara tidak
langsung. Namun, gaya kepimpinan tersebut tidak berjaya tanpa di sokong dengan
amalan kepimpinan dalam pendidikan dari perspektif Islam.

Di antara amalan pendidikan yang perlu diaplikasikan oleh pemimpin dalam
pendidikan Islam ialah mempunyai kebijaksanaan dalam kepimpinan, mempunyai akhlak
dalam diri dan mempunyai kebolehan kominkasi yang berkesan.

Kebijaksanaan dalam Kepimpinan.

Kejayaan pentadbiran kota Madinah yang dipimpin oleh Rasulullah s.a.w ialah
melalui kepimpinanan berasakan fatanah iaitu kebijaksanaan. Kebijaksanaan yang paling
berkesan ialah berjaya menyelaraskan pemikiran pemimpin dan orang bawahan. Namun,
maksud kebijaksanaan itu terlalu luas yang berkait di antara faktor realiti dan isu strategi
(Sidek Baba,2012). Kebijaksanaan seorang pemimpin pendidikan mampu membawa

e-Digest PSIS 2017 111

SAINS SOSIAL

orang bawahannya bekerjasama untuk mencapai objektif organisasi. Pemimpin organisasi
pendidikan perlu mewujudkan titik perhubungan di antara kompenen manusia yang utama
dalam sistem organisasi seperti pertalian di antara pengetua dengan guru, pelajar, Pejabat
pendidikan daerah dan ibu bapa. Ketidakseimbangan akan berlaku apabila pemimpin
melebihkan salah satu hubungan tersebut dan menyebabkan pemimpin tersebut hilang
kewibawaannya(A.L.Ramaiah,2009)

Pemimpin yang bijaksana seharusnya memiliki sifat keterbukaan yang tinggi
untuk memajukan sesebuah organisasi dengan memperkemaskan kepimpinannya seperti
mengetahui situasi dan keadaan sekeliling. Di antara situasi dan keadaan yang perlu
diambil kira setiap pemimpin ialah i) mentakrif dan membentuk matlamat sekolah, ii)
mengurus program instruksional, iii) menggalakkan iklim pembelajaran dan iv)
membentuk suasana yang mesra dan saling membantu (Jamelaa & Jainabee,2012).

Walaubagaimanapun, perkara yang penting dan perlu diambi kira oleh seorang
pemimpin pendidikan ialah keputusan yang dilakukan berlandaskan asas tauhid dan
bertujuan untuk mencapai keredhaan Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t dalam surah Az-
Dzariyat ayat 56:

“Tidaklah Kuciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka beribadah kepada-Ku”

Pembinaan Akhlak Pemimpin dalam Pendidikan.

Penubuhan Piagam Madinah yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w telah
menunjukkan bahawa pemimpin seharusnya memiliki akhlak yang tinggi dalam
menjalankan tugas sebagai pemimpin. Kepimpinan Rasulullah s.a.w merupakan cerminan
kepimpinan yang perlu dipenuhi oleh manusia lain untuk mencapai keredhaan Allah
(Suraiya, 2011). Pemimpin yang berjaya dan unggul dilihat melalui kemampuannya untuk
mendidik masyarakat iaitu pelajar-pelajar di sekolah atau universiti dan mampu
mengubah sesuatu bangsa menjadi bangsa yang bermaruah dengan mengabungkan
kepimpinan yang unggul dengan petunjuk ilahi iaitu al-Quran dan Sunnah (Baharom et.
al,2008). Pendekatan tauhid dalam pemimpin pendidikan penting untuk melihat
pembanggunan diri pelajar-pelajar seiring dengan kehendak pasaran dan tanpa melupakan
tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi iaitu menegakkan syariat Allah.

112 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

Kepimpinan pendidikan dalam Islam memiliki dua kompenan utama iaitu amalan/
akhlak dan tanggungjawab pemimpin. Sifat yang perlu ada dalam setiap akhlak pemimpin
di organisasi pendidikan ialah bijaksana dalam membuat keputusan, menjaga hubungan,
bekerjasama dan menjadi contoh yang terbaik kepada orang bawahan dengan
menunjukkan akhlak yang baik bagi merealisasikan misi dan visi sekolah atau universiti
yang dipandunya (Khanittha, .Adnan,2006). Selain dari pembanggunan fizikal, pemimpin
perlu memiliki ciri-ciri personal yang positif dalam menjadi contoh kepada pelajar-pelajar
seperti tidak merokok menjaga solat dan menunjukkan sifat kasih sayang kepada pelajar-
pelajar dan staf bawahan (Khairul, 2009).

Isu integriti juga merupakan salah satu aspek akhlak dalam Islam. Walaupun,
istilah tersebut tidak disebut secara langsung sebagai pembinaan akhlak, integriti
memainkan peranan penting dalam kepimpinan pendidikan yang berkesan. Kerajaan
Malaysia telah melancarkan Pelan Integriti Nasional (PIN) pada tahun 2004 dalam
membudayakan masyarakat yang lebih beretika selaras dengan konsep akhlak dalam
kepimpinan pendidikan dalam Islam khususnya di Malaysia. Di antara objektif PIN ialah:

1. Memberi hala tuju dan bimbingan kepada pelbagai sektor supaya dapat bekerjasama
dalam membina masyarakat bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan
beretika;

2. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam
meningkatkan integriti agar ia menjadi amalan dan budaya seluruh masyarakat;

3. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta
mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung dan menegakkan
integriti;

4. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara dan
kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan

5. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia.

Kebolehan komunikasi yang berkesan.

Pada zaman ini, seseorang pemimpin tidak boleh dilabel sebagai pemimpin yang
baik atau tidak baik tetapi perlu dikenalpasti sama ada kepimpinan tersebut berkesan atau
tidak berkesan dengan memantapkan melalui kelebihan komunikasi berkesan (Roslan

e-Digest PSIS 2017 113

SAINS SOSIAL

et.al,2010). Komunikasi yang dianjurkan oleh Islam ialah komukasi yang lemah lembut
tetapi mampu menyentuh hati. Perkara ini dirakamkan dalam al-Quran ketika Nabi Musa
berhadapan dengan Firaun. Firman Allah s.w.t dalam surah Taha, ayat 43-44:

“Pergilah kamu berdua kepada Fir’aun karena benar-benar dia telah melampaui
batas. Maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut,
mudah-mudahan dia sadar atau takut”

Komunkasi Islam merupakan komunikasi yang berasaskan nilai-nilai keagamaan
bersandarkan al-Quran dan al-Hadis dan dikira sebagai ibadah. Kelebihan kemahiran
komukasi seseorang pemimpin organisasi pendidikan merupakan nilai tambah dalam
pimpinannya. Di antara komunikasi yang berkesan dalam kepimpinanan pendidikan ialah
perbincangan dua hala di antara ketua dan orang bawahan untuk mengenalpasti masalah
yang dihadapi dan mampu menyakinkan orang bawahan bahawa mereka berkerja secara
berpasukan bukan secara individu (Sarvinder & Ahmad, 2008). Begitu juga yang
dilakukan oleh Rasulullah s.a.w iaitu memberi ruang kepada sahabatnya memberi
pendapat dalam menentukan tempat untuk tentera Islam berehat di dalam peperangan
uhud. Ini menunjukkan Islam juga mementingkan sikap musyawarah dalam organisasi
untuk memberi ruang dan peluang kepada orang bawahan melontarkan idea, cadangan
dan masalah supaya mereka menjadi sebahagian daripada organisasi dan bukan elemen
yang terasing (Khairul,2009).

Kebanyakan masalah yang timbul dalam organisasi ialah kelemahan dalam
kemahiran berkomunikasi. Komunikasi kepimpinan pendidikan berkait rapat dengan
proses memperolehi maklumat untuk membuat sesuatu keputusan termasuklah proses
menghantar dan menerima maklumat semasa pemimpin bertindak sebagai penggubal
strategi. Apabila maklumat tersebut tidak diproses dengan baik boleh memberi kesan
kepada keputusan yang dilakukan (A.L.Ramaiah,2009). Dalam Islam, proses ini boleh
dikaitkan dengan firman Allah s.w.t dalam surah al-Hujurat, ayat 6 :

“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang yang fasiq
membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya
kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab
kejahilan kamu mengenainya - sehingga menyebabkan kamu menyesali apa yang kamu
telah lakukan”

114 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

Oleh itu, dalam konteks organisasi pendidikan, pemimpin perlu peka memproses
maklumat untuk melakukan sesuaut keputusan. Selain itu, Komukasi kepimpinan
pendidikan dalam Islam yang berkesan dapat dilihat dengan lebih jelas melalui gaya
komunikasi di dalam al-Quran di antaranya memahami percakapan orang lain,
mewujudkan suasana komunikasi yang baik, mampu mengubah sikap orang bawahan
melalui komunikasi dan kawalan suara . Oleh itu, komunikasi yang berkesan mampu
membawa organisasi lebih fokus untuk mencapai matlamat organisasi dengan lebih jelas
supaya tiada masalah yang timbul akibat salah faham dalam organisasi.

3.0 KESIMPULAN
Pendidikan merupakan medium terbesar dalam melahirkan masyarakat yang

bertamadun dan maju. Melalui amalan kepimpinan pendidikan dalam Islam yang
berkesan mampu membina empayar Islam yang mementingkan keperluan mental dan
spiritual. Namun, amalan kepimpinan tersebut bergantung kepada kepercayaan yang
teguh kepada Allah s.w.t yang mampu menghasilkan perbuatan dan amalan yang
selaras degan kepercayaan tersebut. Melalui kepercayaan tersebut terbina akhlak yang
luhur dari seorang pemimpin untuk mengubah organisasi yang memberi impak
kepada masyarakat.

Perubahan perlu dilakukan oleh seseorang pemimpin pendidikan dengan kretif
dan inovatif tanpa meniru gaya kepimpinan orang lain. Gaya kepimpinan yang
digunakan harus sesuai dengan suasana pembelajaran sesebuah institusi supaya gaya
kepimpinan tersebut dapat diadaptasi oleh orang bawahan yang bekerja untuk
mencapai objektif organisasi.

e-Digest PSIS 2017 115

SAINS SOSIAL

RUJUKAN

A.Hasjmy.1984. Di Mana Letaknya Negara Islam!. Surabaya: PT Bina Ilmu.

Aabed, Adnan Ibrahim.A (2006). Study of Islamic Leadership Theory and Practice in K-12
Islamic Schools in Michigan. United State of America:

Abdul Hadi.2009.Bagaimana Islam Memerintah Negara.Selangor: PTS Islamika Sdn. Bhd.

Affizal.2009.Kepentingan Pendidikan Dalam Pembentukan Kualiti Hidup Sejahtera.
Kelantan: Universiti Sains Malaysia.

A.L.Ramaiah.2009.Kepimpinan Pendidikan Cabaran Masa Kini.Selangor: IBS Buku Sdn.
Bhd.

Baharom et. al.2009.Kepimpinan Pendidikan Berkesan. Seminar Kepengetahuan
Kebangsaan ke-VI.Kuala Lumpur : Universiti Malaya.

Faizal et.al.2013. Komuniti Pembelajaran Profesional Menurut Perspektif Islam. Jurnal
Hadhari. Bangi : Universiti Kebangsaan Malaysia. 5(2) (2013) 37-68.

Hamidon.2002. Peranan Etika dalam Kepimpinan Pendidikan. Jurnal Pendidikan. Johor:
Universiti Teknologi Malaysia. Jilid 8 ( 93-103)

Hornby.A.S.2003.Oxford Advanced Learner’s Dictionary of Current English. London :
Oxford University Press Khanittha et.al.2013.Development Of A Leadership Model
For islamic School Leaders in Thailand. Thailand: Assumption University, 68-72

Idris Zakaria.1986.Teori Kenegaraan Al-Farabi. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Jamelaa & Jainabee.2012. Amalan Kepimpinan Instruksional dalam Kalangan Pengetua
Sekolah Menengah di Negeri Pahang : Satu Kajian Kualitatif. Selangor: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Khairul Anwar.2009.Ciri-Ciri Personaliti dan Kepimpinan Pengetua Kolej Kediaman yang
Ideal dari Perspektif Pelajar.Bangi : Univerisit Kebangsaan Malaysia

Mardiana & Hasnah.2014. Pengajian Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd Loman.

Najib&Tamyis.2008. Gaya Kepimpinan Pengetua dan Ciri-Ciri yang Efektif. Jurnal
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Johor : Univerisit Teknologi Malaysia. 73
84.

Roslan et.al.2010.Peranan Komunikasi Kepimpinan Diri dan Organisasi dalam Perpektif
Islam.

Sarvinder, Ahmad.2008.Kepimpinan dalam menghadapi isu-isu semasa pendidikan. Seminar
Kebangsaan Pengurusan Pendidiikan PKPGB 2008. Johor : UTHM

116 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

Sidek Baba.2012.Dakwah Islamiyyah dalam mendepani Hegemoni Barat.Kertas Kerja
disampaikan dalam Seminar Dakwah Nasional 2012 pada 8 Oktober 2012 di Dewan
Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Suraiya Ishak. 2011. Model Kepemimpinan Etika Berlandas Sirah Nabi Muhammad Saw.
Jurnal Hadhari. Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia. 3 (2) (2011) 23 – 44

Zakaria et.al.2012. Pendidikan Menurut Al-Quran Dan Sunnah Serta Peranannya Dalam
Memperkasakan Tamadun Ummah. Jurnal Hadhari Special Edition. Bangi
:Universiti Kebangsaan Malaysia. 7-22

e-Digest PSIS 2017 117

SAINS SOSIAL

KEBERKESANAN PELAKSANAAN BENGKEL PENGENALAN KURSUS
LATIHAN INDUSTRI

Nora Shakirah binti Mat Desa
Unit Perhubungan dan Latihan Industri

Politeknik Sultan Idris Shah
[email protected]

Mohd Khairi bin Kamarudin
Unit Perhubungan dan Latihan Industri

Politeknik Sultan Idris Shah
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap keberkesanan pelaksanaan Bengkel
Pengenalan Kursus Latihan Industri kepada pelajar Politeknik Sultan Idris Shah
sebelum menjalani latihan industri di organisasi. Kajian ini dijalankan ke atas pelajar
latihan industri pada Sesi Disember 2015, Sesi Jun 2016 dan Sesi Disember 2016.
Maklumbalas pelajar diambil selepas pelajar tamat menjalani bengkel melalui borang
soal selidik yang dijana di aplikasi ‘Google Form’. Data yang diperolehi melalui
borang soal selidik dianalisis menggunakan perisian Microsoft Excel 2013.
Pelaksanaan Bengkel Pengenalan Latihan Industri memberi impak yang positif
kepada kefahaman pelajar mengenai Kursus Latihan Industri secara keseluruhan.
Diharapkan pelaksanaan bengkel ini dapat membuka minda dan perspektif pelajar
mengenai Kursus Latihan Industri supaya pelajar lebih bersedia untuk menempuh
segala cabaran pada masa akan datang.

1.0 PENGENALAN

Pada masa kini, pelajar perlu mempunyai kompetensi dan kemahiran di dalam
bidang pengajian untuk berdaya saing di pasaran pekerjaan setelah bergraduasi.
Pengetahuan yang terkini dan relevan, kemahiran teknikal yang mantap serta
pengalaman pekerjaan sebenar perlu dibekalkan kepada para pelajar supaya pelajar
lebih bersedia dan positif untuk menghadapi realiti dunia pekerjaan. Oleh itu, Kursus
Latihan Industri (LI) diperkenalkan di semua peringkat pengajian tinggi di Institusi
Pengajian Tinggi (IPT). Latihan industri bermaksud satu kursus yang dilaksanakan
melalui pendekatan experiential learning dengan menempatkan pelajar di sesebuah
organisasi untuk menjalankan latihan praktikal yang diselia dalam industri yang
dipilih, sama ada di luar atau di dalam negara, dalam jangkamasa yang ditetapkan
sebelum mereka dianugerahkan persijilan [1]. Latihan industri memberi pelajar
118 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

peluang pembelajaran di dunia pekerjaan untuk menerima pengalaman praktikal
supaya dapat mempertingkatkan kebolehpasarannya (marketability) [2].

Bagi pelajar latihan industri Politeknik Malaysia, tempoh latihan industri
pelajar adalah selama 20 minggu. Pelajar akan menjalani latihan industri pada
semester empat atau pada semester enam pengajian mengikut keperluan kurikulum
pengajian masing-masing. Namun begitu, mulai Sesi Jun 2016, latihan industri
Politeknik Malaysia dilaksanakan sepenuhnya pada semester akhir pengajian bagi
keseluruhan program
.

Latihan industri Politeknik Malaysia diurus dan dikendalikan oleh
Jawatankuasa Latihan Industri Politeknik KPT. Di peringkat politeknik, latihan
industri pelajar diuruskan oleh Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI). UPLI
merupakan satu unit di politeknik yang bertanggungjawab untuk melaksanakan segala
urusan dan aktiviti berkaitan LI [3]. Unit ini diketuai oleh seorang Ketua Unit dan
dibantu oleh pegawai-pegawai serta penyelaras-penyelaras LI jabatan.

Terdapat beberapa persediaan yang perlu dilakukan oleh pelajar politeknik
sebelum menjalani Kursus Latihan Industri. Salah satu persediaan yang perlu
dilakukan oleh pelajar politeknik adalah menghadiri Taklimat Pengenalan LI.
Taklimat Pengenalan LI bertujuan memberi panduan kepada pelajar mengenai [1]:
a) Kurikulum LI
b) Kaedah memilih dan memohon tempat LI
c) Kesesuaian tempat mengikut program pengajian
d) Penilaian LI
e) Peraturan dan disiplin semasa LI

Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), telah melaksanakan Taklimat Pengenalan
LI PSIS pada minggu ke 3 semester sebelum pelajar menjalani latihan industri.
Taklimat disampaikan oleh Pegawai Perhubungan dan Latihan Industri (PPLI) dan
diadakan di Dewan Syarahan Utama (DSU) PSIS mengikut jabatan pelajar masing-
masing. Bermula pada Sesi Disember 2015, UPLI telah mengambil inisiatif untuk
mengadakan Bengkel Pengenalan Kursus LI menggantikan Taklimat Pengenalan LI.
Bengkel Pengenalan Kursus LI diadakan dengan menambah beberapa aktiviti
tambahan bagi membantu meningkatkan kefahaman dan kesediaan pelajar sebelum
menjalani LI.

2.0 PENYATAAN MASALAH

Berikut adalah penyataan masalah bagi pelaksanaan Bengkel Pengenalan Kursus LI:

a) Adakah objektif/hasil bengkel tercapai?
b) Adakah penyampaian maklumat kepada pelajar berkesan?

e-Digest PSIS 2017 119

SAINS SOSIAL

c) Adakah suasana tempat bengkel sesuai dan kondusif dengan keperluan pelajar?
d) Apakah kesan atau impak bengkel kepada pelajar, positif atau negatif?

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Secara khususnya, kajian ini dijalankan untuk:

1. Mengenalpasti sama ada objektif bengkel Kursus LI tercapai.
2. Mengenalpasti keberkesanan penyampaian maklumat kepada pelajar di dalam

bengkel.
3. Mengenalpasti sama ada suasana bengkel adalah sesuai dan kondusif untuk pelajar.
4. Mengenalpasti kesan atau impak dari pelaksanaan bengkel kepada pelajar dari segi

peningkatan tahap keyakinan pelajar untuk memohon tempat LI, pemahaman pelajar
mengenai peraturan proses sebelum LI serta manfaat bengkel kepada pelajar.

4.0 KAJIAN LITERATUR

Dasar Latihan Industri Institusi Pengajian Tinggi [2] menyatakan bahawa peranan dan
tanggungjawab pelajar sebelum latihan industri adalah:
a) Mendapatkan penempatan latihan industri di organisasi yang sesuai dengan bidang
pengajian
b) Mendaftar untuk program latihan industri
c) Menghadiri taklimat/seminar/bengkel yang dianjurkan oleh pihak yang
bertanggungjawab

Menghadiri taklimat/seminar/bengkel adalah diwajibkan kepada pelajar
politeknik sebelum menjalani latihan industri. Pelajar politeknik akan dikenakan
tindakan amaran sekiranya tidak menghadiri taklimat LI merujuk kepada [1].

Merujuk Jadual 4.1 di bawah, Bengkel Pengenalan Kursus LI diadakan selama
lima hari mengikut jabatan pelajar. Setiap pelajar dibahagikan mengikut jabatan
masing-masing iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Jabatan Kejuruteraan
Elektrik (JKE), Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH), Jabatan Perdagangan (JP)
dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK). Bengkel diadakan
bermula dari pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Sesi pagi bengkel diadakan di
DSU dan pada sebelah petang bengkel diadakan di makmal jabatan masing-masing
bagi memudahkan proses menyiapkan CV dan dokumen permohonan pelajar.

120 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

Jadual 4.1: Jadual Pelaksanaan Bengkel Pengenalan Kursus LI Sesi Disember 2016

TARIKH JABATAN PROGRAM MASA TEMPAT

11 Julai 2016 JTMK DIP 5 8.00 pagi – 1.00 tgh Dewan Syarahan Utama
(Isnin) (DSU)

2.00 ptg – 5.00 ptg Makmal JTMK

12 Julai 2016 8.00 pagi – 1.00 tgh Dewan Syarahan Utama
(Selasa) (DSU)
JPH DUP 5

2.00 ptg – 5.00 ptg Makmal CRS

8.00 pagi – 1.00 tgh Dewan Syarahan Utama
(DSU)

13 Julai 2016 JP DIB 5 Makmal MP (DIB 5A)
(Rabu) Makmal MK (DIB 5B)
2.00 ptg – 5.00 ptg

Makmal CADD (DIB 5C)

14 Julai 2016 JKE DEP 5 8.00 pagi – 1.00 tgh Dewan Syarahan Utama
(Khamis) (DSU)

2.00 ptg – 5.00 ptg Makmal JKE

15 Julai 2016 DAS 5 8.00 pagi – 1.00 tgh Dewan Syarahan Utama
(Jumaat) DSB 5 (DSU)
JKA

2.00 ptg – 5.00 ptg Makmal JKA

Jadual 4.2 di bawah menunjukkan contoh tentatif pelaksanaan Bengkel
Pengenalan Kursus LI yang telah dilaksanakan untuk pelajar LI Sesi Disember 2016.
Selain daripada Taklimat Pengenalan Kursus LI, berikut disenaraikan aktiviti-aktiviti
yang ditambah di dalam Bengkel Pengenalan Kursus LI:
a) Internship Survey: Pre dan Post Test
b) Slot Selayang Pandang: Organisasi
c) Bengkel Penulisan CV dan Tips Temuduga
d) Bengkel Pengenalan Modul i-UPLI di Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik

(SPMP)

e-Digest PSIS 2017 121

SAINS SOSIAL

Jadual 4.2: Tentatif Bengkel Pengenalan Kursus LI Sesi Disember 2016

MASA PERKARA

8.00 pagi - 9.00 pagi Pendaftaran, Pengenalan dan ‘Internship Survey’

9.00 pagi - 11.00 pagi Taklimat Pengenalan Kursus Latihan Industri
11.00 pagi – 1.00 tengahari Selayang Pandang: Organisasi
1.00 tengahari – 2.00 petang Rehat

2.00 petang – 5.00 petang Bengkel Penulisan CV dan Temuduga
Pengenalan Modul i-UPLI (Pelajar)

Di dalam Jadual 4.3 di bawah disenaraikan aktiviti-aktiviti yang ditambah di dalam Bengkel
Pengenalan Kursus LI serta butiran mengenai aktiviti tersebut.

Jadual 4.3: Aktiviti Tambahan Di Dalam Bengkel Pengenalan Kursus LI

BIL AKTIVITI BUTIRAN

Pelajar diberi masa selama 15 minit pada
awal dan akhir bengkel untuk menjawab soal
selidik di dalam Pre dan Post Test.

1 Internship Survey: Pre dan Post Test Pre dan Post Test dijalankan untuk melihat
tahap pengetahuan pelajar tentang kursus LI.

Soalan Pre dan Post Test dijana di aplikasi
Google Form untuk mengurangkan
penggunaan kertas dan sebagai langkah
penjimatan masa.

2 Slot Selayang Pandang: Organisasi Pelajar diperkenalkan dengan beberapa
organisasi yang berkolaborasi dengan PSIS
dan juga senarai organisasi yang
menawarkan tempat LI kepada pelajar PSIS.
Maklumat berkaitan organisasi dipaparkan
dan diterangkan kepada pelajar supaya dapat
membantu menambahkan pilihan organisasi
latihan kepada pelajar.

Bengkel Penulisan CV dan Tips Pelajar diarahkan untuk menyiapkan CV
3 untuk digunakan apabila memohon tempat
latihan industri. Bimbingan terus dan
Temuduga

122 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

pemantauan oleh PPLI dan Penyelaras
Latihan Industri Jabatan (PLIJ) semasa
bengkel ini dapat memberi peluang kepada
pelajar untuk terus menyelesaikan masalah
dan kemusykilan yang dihadapi pelajar
semasa proses penyediaan CV. Selain itu,
pelajar juga diberi taklimat berkaitan
panduan dan tips menghadapi temuduga.

Panduan penggunaan Modul i-UPLI di

SPMP dilaksanakan untuk memberi

Bengkel Pengenalan Modul i-UPLI di pendedahan kepada pelajar berkaitan sistem

4 Sistem Pengurusan Maklumat tersebut. Segala dokumen dan informasi
berkenaan LI boleh diperolehi di i-UPLI
Politeknik (SPMP)
SPMP. Pelajar perlu membiasakan diri

menggunakan sistem ini bagi melancarkan

perjalanan proses LI pelajar.

Jadual 4.4 berikut menunjukkan program dan bilangan pelajar yang terlibat mengikuti
Bengkel Kursus LI mengikut sesi kajian dijalankan.

Jadual 4.4: Program dan Bilangan Pelajar Yang Mengikuti Bengkel Kursus Latihan
Industri Mengikut Sesi
BILANGAN PELAJAR

BIL JABATAN PROGRAM SESI SESI SESI
DISEMBER JUN DISEMBER
2016
2015 2016

Diploma Kejuruteraan Awam 90 Tiada Tiada
(DKA)

1 JKA Diploma Kejuruteraan Alam 3 67 76
Sekitar (DAS)

Diploma Seni Bina (DSB) Tiada 26 21

Diploma Kejuruteraan 115 Tiada Tiada
Elektronik (Komputer)
2 JKE (DTK)

Diploma Kejuruteraan Tiada 35 69
Elektronik (Komunikasi)

e-Digest PSIS 2017 123

SAINS SOSIAL

(DEP)

Diploma Pengurusan Hotel 105 Tiada Tiada
Tiada 41 51
dan Katering (DHK)
3 JPH Tiada Tiada
73 98
Diploma Pengurusan 100
64
Pelancongan (DUP) 1
Tiada 416
Diploma Sains 100 306
Tiada 1225
Kesetiausahaan (DSK)
4 JP

Diploma Kewangan dan

Perbankan Islam (DIB)

Diploma Teknologi 44
46
Maklumat (Pengaturcaraan)

(DIP)
5 JTMK

Diploma Teknologi

Maklumat (Rangkaian)

(DNS)

Jumlah pelajar mengikut sesi 503

JUMLAH KESELURUHAN

Merujuk kepada jadual di atas, pada Sesi Disember 2015, hanya pelajar
program DKA, DTK, DHK, DSK, DIP dan DNS yang menjalani LI. Jumlah pelajar
yang menjalani LI pada sesi tersebut adalah seramai 503 orang. Bagi Sesi Jun 2016
dan Sesi Disember 2016 pula, pelajar yang menjalani LI adalah terdiri daripada
pelajar program DAS, DSB, DEP, DUP, DIB dan DIP. Jumlah pelajar LI bagi Sesi
Jun 2016 adalah seramai 306 orang manakala seramai 416 orang pelajar menjalani LI
pada Sesi Disember 2016. Ini menjadikan jumlah keseluruhan pelajar yang menjalani
LI pada sesi kajian dijalankan adalah seramai 1225 orang.

5.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dijalankan dengan mengemukakan borang soal selidik yang dijana
secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Google Form. Pelajar diberikan
pautan borang setelah sesi bengkel tamat dan diminta untuk menjawab soalan soal
selidik sebelum meninggalkan ruang bengkel. Kemudahan internet disediakan untuk
membantu pelajar menjawab soal selidik tersebut.

Kajian dijalankan secara atas talian bagi memberi kemudahan kepada
penyelidik dan juga pelajar. Penggunaan borang atas talian secara percuma dapat
124 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

menjimatkan penggunaan kertas dan kos penyelidik serta dalam masa yang sama
dapat menjimatkan masa kerana borang soal selidik dapat diakses dengan cepat oleh
pelajar tanpa melalui proses pengedaran dan pengumpulan semula borang.

Borang soal selidik dibina dengan menggunakan dua pendekatan iaitu soalan
subjektif terbuka dan skala Likert. Soalan-soalan dalam borang soal selidik ini
dipisahkan dengan dua bahagian iaitu Bahagian A adalah terdiri daripada soalan-
soalan mengenai latar belakang responden manakala Bahagian B dalam soal selidik
ini terdiri daripada soalan-soalan berkaitan keberkesanan bengkel. Borang soal selidik
ini dimulai dengan soalan subjektif terbuka diikuti dengan soalan berskala lima mata
dan diakhiri dengan soalan subjektif terbuka iaitu pelajar diberi peluang untuk
memberi maklumbalas mengenai bengkel dan juga refleksi diri. Skor penyataan
positif dalam borang soal selidik ini adalah seperti di dalam Jadual 5.1 berikut:

Jadual 5.1: Skor Penyataan Dalam Borang Soal Selidik Maklumbalas Keberkesanan

Bengkel

SKOR PENYATAAN

1 Sangat Tidak Setuju (STS)

2 Tidak Setuju (TS)

3 Tidak Pasti (TP)

4 Setuju (S)

5 Sangat Setuju (SS)

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah penyelidikan kuantitatif
untuk mengumpul dan menganalisis data. Kaedah penyelidikan kuantitatif
dilaksanakan untuk menentukan perkaitan, kesan dan punca sesuatu fenomena [4].
Data kuantitatif dikumpulkan dari borang soal selidik yang dikemukakan kepada
pelajar bagi sesi LI Disember 2015, Jun 2016 serta Disember 2016. Data yang
diperolehi dari hasil kajian ini digabungkan dan dianalisis dengan menggunakan
perisian Microsoft Excel 2013. Seterusnya dapatan kajian dianalisis untuk menjawab
persoalan kajian dan sekaligus menilai tahap pencapaian objektif kajian.

e-Digest PSIS 2017 125

SAINS SOSIAL

6.0 HASIL ANALISIS KAJIAN
Berikut merupakan hasil dapatan daripada analisis kajian yang telah

dijalankan. Seramai 1035 orang pelajar telah memberi respon terhadap kajian ini.
Bahagian A kajian mengkaji tentang latar belakang responden manakala Bahagian B
mengkaji tentang keberkesanan bengkel.
6.1 Latar Belakang Responden

Rajah 6.1 menunjukkan peratus pelajar yang telah menjawab borang soal
selidik mengikut jabatan. Peratus dapatan ini adalah bersesuaian dengan jumlah
bilangan pelajar latihan industri pada Sesi Disember 2015, Jun 2016 dan Disember
2016. Daripada jumlah keseluruhan pelajar, sebanyak 25% pelajar adalah dari JKA,
15 % dari JKE, 19% dari JTMK, 23% dari JP dan 18% dari JPH.

Jumlah pelajar mengikut jabatan

JP JTMK
23% 19%

JKE
15%
JPH
18%

JKA
25%
JTMK JKE JKA JPH JP

Rajah 6.1: Peratus Jumlah Pelajar Mengikut Jabatan Yang Menjawab Soal Selidik

6.2 Keberkesanan Bengkel
Kajian keberkesanan bengkel terdiri daripada 11 item seperti ditunjukkan di

dalam Jadual 6.2 berikut.

126 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

Jadual 6.2: Item Yang Dinilai Dalam Kajian Keberkesanan Bengkel

ITEM PENYATAAN

1 Objektif / hasil bengkel tercapai

2 Kandungan bengkel yang sesuai

3 Penyampaian taklimat LI yang baik dan berkesan

4 Penyampaian Pengenalan Organisasi Yang Baik Dan Berkesan

5 Penyampaian Bengkel Penulisan CV Dan Temuduga Yang Baik Dan Berkesan

6 Penyampaian Modul i-UPLI Yang Baik Dan Berkesan

7 Suasana Tempat Taklimat Yang Kondusif / Sesuai

8 Suasana Tempat Bengkel Yang Kondusif / Sesuai

9 Lebih Berkeyakinan Untuk Memohon Tempat LI

10 Lebih Memahami Peraturan Berkaitan Permohonan Tempat Latihan Industri

11 Taklimat / Bengkel Ini Adalah Berjaya Dan Bermanfaat

Rajah 6.2 (a) dan Rajah 6.2 (b) berikut menunjukkan hasil analisis item 1 yang
dibina untuk mengukur pencapaian objektif dan hasil bengkel. Di antara objektif dan hasil
bengkel yang diharapkan adalah:

a) Pelajar mengetahui dengan jelas berkenaan:
- Kurikulum LI
- Proses / kaedah memilih dan memohon tempat LI
- Kesesuaian tempat mengikut program pengajian
- Pelaksanaan dan penilaian LI serta
- Peraturan dan disiplin semasa LI

b) Membuat pemilihan organisasi latihan dengan tepat
c) Menghasilkan CV yang sesuai bagi memohon LI di organisasi
d) Mengetahui tips dan panduan temuduga dengan baik
e) Mengaplikasi modul pelajar di i-UPLI SPMP

Seramai 898 (87%) orang pelajar setuju, 123 (12%) orang pelajar tidak pasti dan
seramai 14 (1%) orang pelajar tidak bersetuju bahawa objektif dan hasil bengkel adalah
tercapai. Perbezaan nilai yang besar di antara jumlah pelajar yang bersetuju dan tidak
setuju menunjukkan bahawa objektif dan hasil bengkel adalah tercapai.

e-Digest PSIS 2017 127

SAINS SOSIAL

Objektif / hasil bengkel tercapai

Sangat setuju 373

Setuju 525
500 600
Skala Tidak pasti 123

Tidak setuju 10

Sangat tidak setuju 4

0 100 200 300 400
Bilangan pelajar

Rajah 6.2 (a): Bilangan Pelajar Yang Menjawab Item 1 - Objektif / Hasil Bengkel
Tercapai

Objektif / Hasil bengkel tercapai

12% 1%

87%

Setuju Tidak pasti Tidak setuju

Rajah 6.2 (b): Peratus Pelajar Yang Menjawab Item 1 - Objektif / Hasil Bengkel
Tercapai

Rajah 6.3 (a) dan Rajah 6.3 (b) menunjukkan hasil analisis item 2 yang dibina untuk
mengukur kesesuaian kandungan bengkel. Kandungan bengkel merangkumi:

a) Pengenalan UPLI
b) Pengenalan Kursus LI
c) Pendaftaran Kursus LI
d) Pelaksanaan Kursus LI
e) Prosedur memohon tempat LI
f) Peraturan, disiplin dan hukuman
128 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

g) Selayang pandang: Organisasi
h) Bengkel penulisan curriculum vitae (CV)
i) Tips dan panduan temuduga
j) Modul i-UPLI di SPMP (Pelajar)

Seramai 899 (87%) orang pelajar setuju, 121 (12%) orang pelajar tidak pasti dan
15 (1%) orang pelajar tidak bersetuju bahawa kandungan bengkel adalah sesuai. Hasil
daripada dapatan ini dapat disimpulkan bahawa kandungan bengkel adalah sesuai dengan
keperluan pelajar sebelum menjalani LI. Pelajar dapat mengetahui setiap proses dan dapat
mengambil tindakan yang sewajarnya sebagai persediaan sebelum memohon tempat LI.

Kandungan bengkel yang sesuai

Sangat setuju 406

Setuju 493

Skala Tidak pasti 121

Tidak setuju 11

Sangat tidak setuju 4

0 100 200 300 400 500 600
Bilangan pelajar

Rajah 6.3 (a): Bilangan Pelajar Yang Menjawab Item 2 - Kandungan Bengkel Yang
Sesuai

Kandungan bengkel yang sesuai

1%
12%

87%
Tidak setuju Tidak pasti Setuju

e-Digest PSIS 2017 129

SAINS SOSIAL

Rajah 6.3 (b): Peratus Pelajar Yang Menjawab Item 2 - Kandungan Bengkel Yang
Sesuai

Rajah 6.4 (a) dan Rajah 6.4 (b) di bawah menunjukkan hasil analisis item 3.
Item 3 menilai keberkesanan penyampaian taklimat LI oleh PPLI. Taklimat LI
merangkumi pengenalan kepada UPLI dan Kursus LI, proses pelaksanaan Kursus LI,
kaedah memohon tempat LI serta peraturan dan disiplin semasa LI. Seramai 907
(88%) orang pelajar bersetuju, 113 (11%) orang tidak pasti dan hanya 15 (1%) orang
pelajar yang tidak bersetuju bahawa taklimat LI yang disampaikan adalah baik dan
berkesan. Hasil daripada analisis ini dapat disimpulkan bahawa penyampaian taklimat
LI oleh PPLI kepada pelajar adalah baik dan berkesan. Keberkesanan penyampaian
taklimat LI memberi kesan yang besar kepada proses sebelum LI pelajar. Oleh itu,
pemahaman pelajar semasa taklimat LI dijalankan adalah sangat penting supaya
segala proses LI pelajar berjalan lancar dan tidak bermasalah.

Penyampaian taklimat LI yang baik dan berkesan

Sangat setuju 427

Setuju 480

Skala Tidak pasti 113

Tidak setuju 9

Sangat tidak setuju 6

0 100 200 300 400 500 600
Bilangan pelajar

Rajah 6.4 (a): Bilangan Pelajar Yang Menjawab Item 3 - Penyampaian Taklimat LI
Yang Baik Dan Berkesan

130 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

Penyampaian taklimat persediaan LI yang baik
dan berkesan

11% 1%

88%
Setuju Tidak pasti Tidak setuju

Rajah 6.4 (b): Peratus Pelajar Yang Menjawab Item 3 - Penyampaian Taklimat LI
Yang Baik Dan Berkesan

Hasil analisis item 4 ditunjukkan dalam Rajah 6.5 (a) dan Rajah 6.5 (b) di
bawah. Item 4 dalam borang soal selidik menilai penyampaian pengenalan organisasi
yang baik dan berkesan oleh PPLI. Seramai 908 (88%) orang pelajar bersetuju
bahawa pengenalan organisasi disampaikan dengan baik dan berkesan oleh PPLI.
Seramai 114 (11%) orang pelajar tidak pasti dan terdapat 13 (1%) orang pelajar tidak
bersetuju bahawa PPLI telah menyampaikan pengenalan organisasi dengan baik dan
berkesan. Nilai perbezaan yang ketara hasil analisis ini menunjukkan bahawa
penyampaian pengenalan organisasi oleh PPLI adalah baik dan berkesan. Pelajar
mendapat maklumat berkaitan organisasi-organisasi yang berkolaborasi dengan pihak
politeknik juga organisasi-organisasi yang menawarkan tempat LI kepada pelajar
melalui pengenalan organisasi oleh PPLI. Oleh itu, pelajar mempunyai banyak pilihan
organisasi yang boleh dipilih untuk menjalani LI.

e-Digest PSIS 2017 131

SAINS SOSIAL

Penyampaian pengenalan organisasi yang baik
dan berkesan

Sangat setuju 409

Setuju 499

Skala Tidak pasti 114

Tidak setuju 11

Sangat tidak setuju 2

0 100 200 300 400 500 600
Bilangan pelajar

Rajah 6.5 (a): Bilangan Pelajar Yang Menjawab Item 4 - Penyampaian Pengenalan
Organisasi Yang Baik Dan Berkesan

Penyampaian pengenalan organisasi yang baik
dan berkesan

1% 11%

88%
Tidak setuju Tidak pasti Setuju

Rajah 6.5 (b): Peratus Pelajar Yang Menjawab Item 4 - Penyampaian Pengenalan
Organisasi Yang Baik Dan Berkesan

Item 5 menilai penyampaian bengkel penulisan CV dan temuduga yang baik
dan berkesan. Rajah 6.6 (a) dan Rajah 6.6 (b) menunjukkan dapatan kajian item 5.
Seramai 913 (88%) orang pelajar setuju, 107 (10%) orang pelajar tidak pasti dan 15
(2%) orang pelajar tidak bersetuju dengan item 5. Penyampaian bengkel penulisan CV
dan temuduga yang baik dan berkesan dapat membantu pelajar dalam mengetahui
garis panduan dan tips penyediaan CV yang mantap dan kreatif serta persediaan
menghadapi temuduga dengan rapi. Bilangan yang besar iaitu 88% pelajar yang

132 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

bersetuju menunjukkan bahawa penyampaian bengkel penulisan CV dan temuduga
memberi impak yang baik kepada pelajar.

Penyampaian bengkel penulisan CV dan
temuduga yang baik dan berkesan

Sangat setuju 427

Setuju 486

Skala Tidak pasti 107

Tidak setuju 10

Sangat tidak setuju 5

0 100 200 300 400 500 600
Bilangan pelajar

Rajah 6.6 (a): Bilangan Pelajar Yang Menjawab Item 5 - Penyampaian Bengkel
Penulisan CV Dan Temuduga Yang Baik Dan Berkesan

Penyampaian bengkel penulisan CV dan
temuduga yang baik dan berkesan

2% 10%

88%
Tidak setuju Tidak pasti Setuju

Rajah 6.6 (b): Peratus Pelajar Yang Menjawab Item 5 - Penyampaian Bengkel
Penulisan CV Dan Temuduga Yang Baik Dan Berkesan

Rajah 6.7 (a) dan Rajah 6.7 (b) di bawah menunjukkan dapatan penilaian
terhadap item 6 iaitu penyampaian modul i-UPLI yang baik dan berkesan. Modul i-
UPLI dapat membantu pelajar untuk mengakses sistem i-UPLI di SPMP dengan lebih
baik. Segala dokumen dan maklumat yang terdapat dalam sistem i-UPLI adalah

e-Digest PSIS 2017 133

SAINS SOSIAL

penting bagi proses sebelum, semasa dan selepas LI pelajar. Seramai 916 (89%) orang
pelajar bersetuju bahawa PPLI telah menyampaikan modul i-UPLI dengan baik dan
berkesan, 106 (10%) orang pelajar tidak pasti dan 13 (1%) orang pelajar adalah tidak
bersetuju. Perbezaan ketara nilai peratusan ini menunjukkan bahawa penyampaian
modul i-UPLI oleh PPLI adalah baik dan berkesan.

Penyampaian Modul i-UPLI yang baik dan
berkesan

Skala Sangat setuju 423
Setuju 493

Tidak pasti 106
Tidak setuju 8
Sangat tidak setuju 5 100 200 300 400 500 600
Bilangan pelajar
0

Rajah 6.7 (a): Bilangan Pelajar Yang Menjawab Item 6 - Penyampaian Modul i-UPLI
Yang Baik Dan Berkesan

Penyampaian modul i-UPLI yang baik dan
berkesan

1% 10%

89% Tidak pasti Setuju
Tidak setuju

Rajah 6.7 (b): Peratus Pelajar Yang Menjawab Item 6 - Penyampaian Modul i-UPLI
Yang Baik Dan Berkesan

134 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

Rajah 6.8 (a) dan Rajah 6.8 (b) di bawah menunjukkan dapatan kajian
mengenai item 7 soal selidik iaitu suasana tempat taklimat yang kondusif dan sesuai.
Seramai 856 (83%) orang pelajar setuju bahawa suasana tempat taklimat adalah
kondusif dan sesuai. Seramai 139 (13%) orang pelajar tidak pasti dan 40 (4%) orang
pelajar tidak setuju mengatakan bahawa suasana tempat taklimat adalah kondusif dan
sesuai.Tempat taklimat yang diadakan di Dewan Syarahan Utama (DSU) PSIS adalah
kondusif dan sesuai dengan keperluan taklimat pelajar. Tempat taklimat yang sesuai
amat penting bagi memberikan keselesaan kepada pelajar dalam menerima input-
input yang berguna dari PPLI.

Suasana tempat taklimat yang kondusif / sesuai

Sangat setuju 419
437
Setuju
400 500
Skala Tidak pasti 139

Tidak setuju 27

Sangat tidak setuju 13 100 200 300
0 Bilangan pelajar

Rajah 6.8 (a): Bilangan Pelajar Yang Menjawab Item 7 - Suasana Tempat Taklimat
Yang Kondusif / Sesuai

Suasana tempat taklimat yang kondusif / sesuai

4%
13%

83%
Tidak setuju Tidak pasti Setuju

Rajah 6.8 (b): Peratus Pelajar Yang Menjawab Item 7 - Suasana Tempat Taklimat
Yang Kondusif / Sesuai
e-Digest PSIS 2017 135

SAINS SOSIAL

Rajah 6.9 (a) dan Rajah 6.9 (b) menunjukkan dapatan item 8 soal selidik. Item
8 menilai suasana tempat bengkel yang kondusif dan sesuai. Seramai 813 (79%)
orang pelajar setuju bahawa suasana tempat bengkel adalah kondusif dan sesuai.
Terdapat 169 (16%) orang pelajar tidak pasti dan seramai 53 (5%) orang pelajar tidak
setuju bahawa suasana tempat bengkel adalah kondusif dan sesuai. Nilai ketara hasil
analisis ini menunjukkan bahawa suasana tempat bengkel yang disediakan oleh UPLI
adalah kondusif atau sesuai dengan keperluan pelajar. Bengkel latihan industri
diadakan di makmal-makmal komputer supaya pelajar dapat terus mempraktikkan dan
menyediakan dokumen-dokumen LI dan juga CV. Pelajar dapat terus meminta
pendapat dan pertolongan PPLI dan PLIJ ketika waktu bengkel diadakan.

Suasana tempat bengkel yang kondusif / sesuai

Sangat setuju 395

Setuju 418

Skala Tidak pasti 169

Tidak setuju 40

Sangat tidak setuju 13

0 50 100 150 200 250 300 350 400 450
Bilangan pelajar

Rajah 6.9 (a): Bilangan Pelajar Yang Menjawab Item 8 - Suasana Tempat Bengkel
Yang Kondusif / Sesuai

Suasana tempat bengkel yang kondusif / sesuai

5%
16%

79%
Tidak setuju Tidak pasti Setuju

136 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

Rajah 6.9 (b): Peratus Pelajar Yang Menjawab Item 8 - Suasana Tempat Bengkel Yang
Kondusif / Sesuai

Merujuk Rajah 6.10 (a) dan Rajah 6.10 (b), item 9 yang dinilai adalah tahap
keyakinan pelajar untuk memohon tempat LI setelah tamat bengkel. Seramai 902
(87%) orang pelajar setuju bahawa mereka lebih berkeyakinan untuk memohon
tempat LI setelah menghadiri Bengkel Kursus LI. Seramai 120 (12%) orang pelajar
tidak pasti dan 13 (1%) orang pelajar tidak setuju dengan pernyataan item 9. Ini
menunjukkan bahawa Bengkel Kursus LI adalah sangat berguna dalam membantu
membimbing pelajar mengenai proses persediaan sebelum menjalani LI. Oleh kerana
pelajar jelas dengan tindakan-tindakan yang perlu diambil, pelajar menjadi lebih
yakin dan bersedia untuk memohon tempat LI.

Lebih berkeyakinan untuk memohon tempat LI

Sangat setuju 367

Setuju 535
500 600
Skala Tidak pasti 120

Tidak setuju 7

Sangat tidak setuju 6

0 100 200 300 400
Bilangan pelajar

Rajah 6.10 (a): Bilangan Pelajar Yang Menjwab Item 9 - Lebih Berkeyakinan Untuk
Memohon Tempat LI

e-Digest PSIS 2017 137

SAINS SOSIAL

Lebih berkeyakinan untuk memohon tempat
latihan industri

1% 12%

87%

Tidak setuju Tidak pasti Setuju

Rajah 6.10 (b): Peratus Pelajar Yang Menjwab Item 9 - Lebih Berkeyakinan Untuk
Memohon Tempat LI

Rajah 6.11 (a) dan Rajah 6.11 (b) menilai item 10 soal selidik iaitu tahap
kefahaman pelajar mengenai peraturan berkaitan permohonan tempat LI. Setelah
menjalani Bengkel Pengenalan LI, seramai 907 (88%) orang pelajar setuju bahawa
mereka lebih memahami peraturan berkaitan permohonan tempat LI. Seramai 113
(11%) orang pelajar tidak pasti dan 15 (1%) orang pelajar sangat tidak setuju dengan
item 10. Peraturan berkaitan tempat LI adalah penting dan pelajar adalah
bertanggungjawab untuk mengikut semua peraturan permohonan tempat LI supaya
tidak berlaku sebarang masalah semasa memohon tempat LI sama ada pada pihak
pelajar sendiri, pihak UPLI mahupun pihak organisasi. Perbezaan peratusan yang
sangat tinggi menunjukkan kebanyakan pelajar berjaya mendapat input yang betul dan
diperlukan semasa Bengkel Pengenalan LI.

Lebih memahami peraturan berkaitan
permohonan tempat latihan industri

Skala Sangat setuju 383 524
Setuju 113 500 600

Tidak pasti 100 200 300 400
Tidak setuju 9 Bilangan pelajar
Sangat tidak setuju 6

0

138 e-Digest PSIS 2017

SAINS SOSIAL

Rajah 6.11 (a): Lebih Memahami Peraturan Berkaitan Permohonan Tempat Latihan
Industri Mengikut Bilangan Pelajar

Lebih memahami peraturan berkaitan
permohonan tempat latihan industri

1% 11%

88%
Tidak setuju Tidak pasti Setuju

Rajah 6.11 (b): Lebih Memahami Peraturan Berkaitan Permohonan Tempat Latihan
Industri Mengikut Peratus Pelajar

Hasil dapatan item terakhir iaitu item 11 soal selidik ditunjukkan pada Rajah
6.12 (a) dan Rajah 6.12 (b). Item 11 yang dinilai dalam soal selidik ini adalah
berkenaan kejayaan dan manfaat taklimat dan bengkel yang telah dilaksanakan. 931
(90%) orang pelajar bersetuju bahawa pelaksanaan Bengkel Pengenalan Kursus LI
adalah berjaya dan bermanfaat kepada mereka. Namun begitu, terdapat 92 (9%) orang
pelajar tidak pasti dan 12 (1%) orang pelajar tidak setuju dengan Item 11. Daripada
data yang diperolehi dapat disimpulkan bahawa pelaksanaan Bengkel Pengenalan LI
adalah berjaya dan bermanfaat kepada pelajar Sesi Disember 2015, Jun 2016 dan juga
Disember 2016.

e-Digest PSIS 2017 139


Click to View FlipBook Version