HIDAYAH BINTI SAMIAN
IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
VOKASIONAL (ELEKTRIK DAN
Edisi 1/2021 ELEKTRONIK) 1
LATIHAN MENGAJAR
SESI MAC-JUL 2022
Edisi 1/2021 Pensyarah Penyelia
Ts DR.TAMIL SELVAN A/L SUBRAMANIAM
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Guru Pembimbing
ENCIK RAZALI BIN MOHD
Kolej Vokasional Juasseh,
72500 Jempol, Negeri Sembilan
2
SENARAI SEMAK PORTFOLIO
No Perkara (√) Catatan Tindakan
1 Maklumat Pelatih √
2 Visi UTHM √
Perkara Am Perguruan √
(a) Falsafah Pendidikan Kebangsaan √
(b) Falsafah Pendidikan Guru √
3 √
(c) Standard Guru √
(d) Tatasusila Profesional Perguruan Malaysia
(e) Lirik Lagu Guru Malaysia √
Institusi Latihan √
(a) Latar Belakang Institusi Latihan √
4
(b) Maklumat Institusi Latihan √
(c) Takwim Institusi Latihan √
Dokumen Standard Pengajaran √
(a) Jadual Waktu Latihan √
5 (b) Silabus Kursus @ Sukatan MataPelajaran
√
(c) Senarai Rujukan @ Bahan Kursus @ Mata √
Pelajaran √
6 Rancangan Kerja dalam Tempoh Latihan √
Rancangan Pengajaran √
√
7 (a) Rancangan Pengajaran Mingguan (RPM) √
(b) Rancangan Pengajaran Harian (RPH) √
√
8 Jurnal Mingguan
Lampiran
(a) Bahan Pengajaran & ABBM
(b) Soalan Kuiz/ Ujian/ Peperiksaan
9
(c) Skema Kuiz/ Ujian/ Peperiksaan
(d) Kehadiran Pelajar
(e) Markah Pencapaian Pelajar
10 Laporan Aktiviti Latihan Mengajar
Edisi: 1/2021
MAKLUMAT
PELATIH
FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
86400 PARIT RAJA, BATU PAHAT, JOHOR DARUL TA’ZIM
TEL : 07- 4564114 /4011 FAX : 07-4536585
http://www.uthm.edu.my
MAKLUMAT PELATIH
PROGRAM LATIHAN MENGAJAR
(Kembalikan 2 salinan kepada Penyelaras LM)
Nama Pelatih: Hidayah binti Samian
(Dengan Huruf
Besar) 960428015886 No. CB180020
Matrik
No. Mykad
018-8736455 E-mail: [email protected]
No. Tel.
Bimbit/Rumah Sarjana Muda Pendidikan Vokasional (Elektrik Dan Elektronik) dengan
kepujian
Program Pengajian
Elektrik dan Elektronik
Bidang
Pengkhususan No.25 Jalan 2/15 Taman Sri Kluang,86000,Johor.
Alamat Tetap Samian bin Sulaiman
Nama Waris
No.25 Jalan 2/15 Taman Sri Kluang, 86000, Johor.
Alamat Waris
013-7522346 E-mail: -
No. Tel.
Bimbit/Rumah Kolej Vokasional Juasseh
Tempat Latihan
(Nama Kolej Vokasional Juasseh,Jalan Batu Kikir,Pekan Juasseh 72500, Negeri
Institusi/Sekolah) Sembilan.
Alamat Semasa
Latihan Mengajar 06 – 498 1572 No. Fax: 06 – 498 1376
No. Tel.
Bimbit/Rumah PuanNorlia binti Yub Ghazalli
Nama Pengarah/
Pengetua Encik Razali bin Mohd No. Tel.: 019 – 666 1911
Nama Pembimbing
Nama Penyelia 1 Ts. Dr. Tamil Selvan A/L Subramaniam No. Tel.: 013 – 620 4916
Nama Penyelia 2
No. Tel.:
Tarikh: 8/7/2022 Tandatangan Pelatih:
Edisi: 1/2021
VISI DAN MISI UTHM
VISI UTHM DAN MISI UTHM
VISI
Menuju ke arah universiti bertaraf dunia dalam kejuruteraan,sains dan teknologi untuk
pembangunan lestari
MISI
UTHM komited untuk menwujudkan dan menyebarkan pengetahuanbagi
memenuhikeperluan industri dan kumuniti serta menyuburkan modal insan yang kreatif dan
berinovasi berdasarkan paradigma tauhid
MOTO
" KAMI BERKHIDMAT "
Edisi: 1/2021
PERKARA AM
PERGURUAN
Edisi: 1/2021
3(a)
FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
Edisi: 1/2021
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang
dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Edisi: 1/2021
3(b)
FALSAFAH PENDIDIKAN
GURU
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia
menjunjungaspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan Negara, menjamin
perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersepadu, demokratik,
progresif dan berdisiplin.
Edisi: 1/2021 1
3(c)
STANDARD GURU
STANDARD GURU MALAYSIA (SGM)
Standard Guru Malaysia (SGM) mengariskan kompetensi professional yang patut dicapai oleh
guru dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi Latihan penguruan bagi
membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Standard Guru Malaysia juga
digubal berdasarkan rujukan dan penandaarasan standard Pendidikan di Malaysia dan standard
Pendidikan di Malaysia dan standard Pendidikan guru di beberapa negara maju.
Edisi: 1/2021
Tujuan Standard Guru Malaysia digubal :
1.1 Mengenal pasti tahap kompetensi professional guru dalam aspek amalan nilai
profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta kemahiran pengajaran
dan pembelajaran.
1.2 Mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan
insitusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan
tercapai.
Standard Guru Malaysia akan dapat mengenal pasti dasar dan strategi pembangunan
pendidikan guru yang patut ditambah baik sejajar dengan perkembangan dancabaran semasa
dunia pendidikan.
Standard Guru Malaysia mempunyai dua komponen utama yang saling berkait iaitu Standard
(S) dan Keperluan (K)
Gambarajah 1: Komponen Utama
Edisi: 1/2021
Standard 1: Amalan Nialai Profesionalisme Keguruan
S1. Domain Diri
Merujuk kepada pegangan nilai diri guru yang sedia ada dan dikembangkan bagi mencapai
matlamat sistem pendidikan negara. Fokus nilai adalah kepercayaan kepada
Tuhan,Amanah,ikhlas, berilmu,kasihsayang, sabar, budi Bahasa adil,daya saing, tahan lasak,
cergas aktif dan sihat kemahiran interpersonal dan intrapersonal,semangat sukarela dan efisen.
Standard 2: Pengetahuan dan Kefahaman
S2. 1. Falsafah, matlamat dan objektif Pendidikan yang menjadi teras dalam pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran.
S2 2. Falsamah, matlamat dan objektif kurikulum dan kokurikulum,, hasil pembelajaran dan
keperluan pengajaran dan pembelajaran.
S2 3. Kandungan mata pelajaran yang diajarkan.
S2 4 Kandungan ilmu Pendidikan.
S2. 5 Tenologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), media dan sumber Pendidikan dalam
pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum.
S2 6. Strategi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
S2 7. Kaedah pentaksiran dan penilaian dan penyelidikan Tindakan untuk menambah baik
malan pengajaran dan pembelajaran.
S2 8. Potensi murid dan cara mengembangkannya secara menyeluruh dan bersepadu.
Edisi: 1/2021
Standard 3: Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran
S3 1. Kemahiran menyediakan perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan
Sukatan Pelajaran dan takwim dengan mengambil kira perbezaan kebolehan, pengetahuan
sedia ada,serta jangkaan pencapaian murid.
S3 2. Kemahiran melaksankan pengajarandan pembelajaran dengan mengunakan pelbagai
pendekatan,kaedah dan Teknik serta mengintegrasikan kemahiran berfikir, kemahiran
teknologi maklumat dan berkomunikasi, kemahiran pemudahancara dan kemahiran mentaksir
dan menilai.
S3 3. Kemahiran memantau, mentaksir dan menilai kebekesanan pengajaran dan pembelajaran
bertujuan menampahbaik pengajaran guru dan mempertingkatkan pencapaian murid.
S3 4. Kemahiran mengurus bilik darjah : melibatkan pengurusan hubungan kemanunusiaan,
masa,ruang, dan sumber untuk mencapai pembelajaran yang bermakna dan berkesan
Analisis SGM Mengikut Opsyen
1. 1.00 hingga 1.99 = Lemah (L)
2. 2.00 hingga 2.99 = Kurang Baik (KB)
3. 3.00 hingga 3.49 = Baik (B)
4. 3.50 hingga 4.00 = Cemerlang (C)
Edisi: 1/2021
Standard Guru Malaysia
Gambarajah 2: Kerangka SGM 2
Edisi: 1/2021
Gambarajah 3: Memanfaatkan Standard Guru Malaysia 2.0
Edisi: 1/2021
Gambarajah 4: Domain Kompetensi dan 4 teras etika keguruan
Edisi: 1/2021
3(d)
TATASUSILA
PROFESIONAL
PERGURUAN MALAYSIA
Edisi: 1/2021
TATASUSILA PROFESIONAL PENGURUAN MALAYSIA
Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah berusaha
menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat setia, yang
bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke
arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat yang gemilang dan yang percaya demokrasi,
kebebasan perseorangan dan prinsip-prinsip Rukun Negara.
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami
kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang terkumpul sejak zaman berzaman dan
menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab untuk membimbing anak muda
untuk mencapai kemajuan sepenuhnya, kami menyempurnakan profesion kami ke taraf
kesusilaan yang setinggi - tingginya.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR
I. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar-pelajar kami dari hal-hal
lain.
II. Bersikap adil kepada pelajar-pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental,
emosi, politik, ekonomi, keturunan atau agama.
III. Merahsiakan ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak
mengetahuinya.
IV. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjahnya sendiri atau dalam
matapelajaran,matapelajaran yang diajar dalam bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
V. Menunjukkan suatu cara berpakaian, tutur kata dan tingkah laku yang dapat
memberikan contoh yang baik kepada para pelajar.
VI. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, penyelidikan,
lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya
pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.
Edisi: 1/2021
TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA
I. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
II. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi
pendidikan dengan rumah tangga.
III. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan rumah
tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya
kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
IV. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan
menggunakan maklumat daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.
V. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan
ekonomi ibu bapa pelajar.
VI. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang
menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa mereka.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA
I. Mengelakkan diri dari menyebarkan suatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan
pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan prinsip Rukun
Negara.
II. Memupuk dalam diri setiap pelajar dengan sikap dan nilai yang boleh membantu dan
membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab
dan berguna, menghormati orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan
budaya, keturunan dan agama.
III. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi tanggungjawab
sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam
sebarang kegiatan masyarakat.
IV. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dan ibu bapa, institusi
pendidikan dengan masyarakat.
V. Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral, kebudayaan
dan kecendekiawan masyarakat.
VI. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan
menjadi kehidupan kami sehari-hari dengan baik.
Edisi: 1/2021
TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION
PERGURUAN
I. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau
membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
II. Tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan
kami sebagai guru.
III. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin
dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan
sosial.
IV. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baharu
dalam profesion perguruan.
V. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
perguruan.
VI. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.
Catatan:
Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang menyebarkan
ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menengah dan tinggi,
termasuk guru terlatih yang bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan
pendidikan.
• Perkara-Perkara Am
• Tatalaku Pegawai
• Perkhidmatan Awam
Taat Setia:
I. Semua pegawai perkhidmatan awam mesti menumpahkan segala taat setia yang tidak
berbelah bagi kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong, negara dan
kerajaan.
Edisi: 1/2021
Larangan:
II. Mereka tidak boleh membelakangkan kewajipan awamnya kerana kepentingan
peribadinya. Dengan erti kata yang lebih tepat lagi, mereka tidak boleh berkelakuan
dengan begitu rupa yang mungkin menyebabkan kepentingan persendiriannya
bercanggah dengan kewajipan awamnya.
III. Sebagai pegawai perkhidmatan awam, mereka tidak dibenarkan membiarkan
kepentingan persendiriannya bercanggah dengan kewajipan awamnya hingga
menjejaskan kegunaanya sebagai pegawai perkhidmatan awam.
IV. Begitu juga, mereka adalah ditegah menggunakan kedudukan awamnya untuk faedah
persendirian atau kepentingan peribadi.
V. Mereka tidak boleh berkelakuan dengan begitu cara yang boleh menjatuhkan martabat
perkhidmatan awam dan hilang kepercayaan terhadap perkhidmatan awamnya.
VI. Selain itu, mereka seharusnya tiada membawa apa-apa bentuk pengaruh dan tekanan
untuk menyokong dan memajukan sesuatu tuntutan yang berhubung dengan
perkhidmatan awam. Tuntutan yang dimaksudkan itu adalah tuntutan secara individu
ataupun lain-lain bentuk tuntutan anggota-anggota lain perkhidmatan awam.
VII. Mengingkari perintah dan berkelakuan dengan apa jua cara yang boleh ditafsirkan
dengan munasabah sebagai ingkar perintah.
Sikap:
I. Mereka perlu bersikap positif, bertanggungjawab, dedikasi, jujur dan cekap terhadap
tugas.
II. Adalah mustahak baginya memberikan kerjasama dengan pegawai dan kakitangan
yang lain dalam perkhidmatan awam.
Pekerjaan Luar:
I. Seseorang pegawai pentadbiran awam itu tidak dibenarkan membuat pekerjaan lua
melainkan ia dikehendaki menjalankan tugasnya.
II. Mereka hanya boleh berbuat demikian dengan diberi kuasa dan diluluskan untuk
berbuat demikian oleh ketua jabatan.
Hadiah:
I. Pegawai perkhidmatan awam tidak dibenarkan sama sekali untuk menerima sebarang
bentuk hadiah.
Edisi: 1/2021
II. Mereka juga tidak membenarkan isteri, anak-anak, ibu bapa, saudara mara atau mana-
mana pihak untuk menerima atau memberi bagi pihak mereka.
III. Dalam hubungan ini, mereka tidak boleh melakukan sama ada secara langsung
ataupun tidak langsung apa jua bentuk hadiah daripada atau kepada mana-mana orang
sekalipun.
Keraian:
I. Seorang pegawai pentadbiran awam itu dilarang untuk memberi atau menerima apa
jual bentuk dan jenis keraian kepada atau daripada mana-mana orang.
II. Mereka tidak boleh menerima keraian yang boleh mempengaruhinya untuk membuat
sebarang faedah peribadi.
Memiliki Harta:
I. Semua pegawai perkhidmatan awam mesti melaporkan kepada pihak berkuasa tata-
tertib yang berkenaan.
II. Laporan ini dilakukan dengan mengisi borang perisytiharan harta dan dikirimkan
melalui ketua jabatan mereka.
III. Harta yang dimaksudkan ini merupakan harta alih ataupun tidak alih dan ini juga
termasuk harta alih yang munasabah yang digunakan sebenarnya pada masa itu
olehnya, isteri dan anak-anaknya.
IV. Segala harta itu adalah kepunyaannya atau yang dipegang oleh seseorang pegawai
pentadbiran awam bagi pihak isteri atau anak-anaknya.
V. Jika pegawai perkhidmatan itu tiada mempunyai sebarang harta, laporan juga perlu
dibuat untuk tujuan rekod.
Menyelenggara Taraf Hidup Yang Melebihi Pendapatan:
I. Seseorang pegawai perkhidmatan awam itu tidak boleh menyelenggarakan taraf
hidupnya melebihi daripada pendapatan rasminya yang sah.
II. Jika penyelenggaraan hidupnya melebihi emolumen rasminya, dia mungkin dipanggil
untuk memberi penjelasan yang munasabah kepada pihak yang berkuasa lembaga tata
tertib yang berkenaan di atas saraan itu.
III. Pegawai perkhidmatan awam tidak boleh meminjam daripada seseorang atau menjadi
penjamin kepada seseorang peminjam atau dengan apa jua yang boleh menyebabkan
Edisi: 1/2021
dirinya terhutang wang kepada mana-mana orang kecuali yang diperbekalkan dalam
Perintah Am Bab D, 1980.
Edisi: 1/2021
Kesusahan Hutang:
I. Seorang pegawai perkhidmatan awam mungkin berada dalam keadaan kesusahan
disebabkan oleh bebanan hutangnya yang begitu berat sekali.
II. Adalah disebabkan oleh kesulitan kewangan yang dihadapinya itu boleh membawa
kepada terjejas perkhidmatannya.
III. Oleh itu, tindakan tatatertib boleh diambil terhadap dirinya. Dalam keadaan biasa
perkara ini dilaporkan kepada pihak mahkamah atau pemegang-pemegang harta.
Meminjamkan Wang:
I. Pegawai pentadbiran awam juga ditegah meminjamkan wang dengan bunga kepada
orang lain.
II. Mereka tidak boleh melakukannya sama ada dengan sebarang bentuk cagaran ataupun
tidak.
Spekulasi:
I. Semua pegawai dilarang menspekulasi tentang turun naiknya harga komoditi sama
ada tempatan ataupun luar negara.
II. Mereka juga dilarang membeli dan menjual sekuruti-sekuriti dengan harga yang
tinggi sekali.
Refel Dan Loteri:
I. Semua pegawai juga tidak boleh mengadakan refel atau loteri yang menjadi harta
persendiriannya.
Penerbitan Buku:
I Pegawai perkhidmatan awam boleh menulis buku, makalah dan lain-lain bentuk karya
dengan kebenaran.
Edisi: 1/2021
Kenyataan Awam:
I. Pegawai tidak boleh membuat kenyataan awam yang boleh merosakkan sesuatu
dasar atau keputusan kerajaan.
II. Mereka ditegah membuat kenyataan sama ada secara lisan, penerbitan ataupun
dalam bentuk-bentuk lain.
III. Sebagai pegawai perkhidmatan awam, mereka tidak boleh mengedarkan apa-apa
kenyataan sama ada yang dibuat olehnya ataupun orang lain.
IV. Selain itu, mereka juga dilarang daripada membuat kenyataan umum mengenai
perkara-perkara berhubung dengan kerja-kerja jabatan di mana dia bertugas
ataupun pernah berkhidmat suatu masa dulu.
Penyunting:
I. Pegawai perkhidmatan awam juga dilarang bertindak sebagai penyunting sebarang
akhbar dan majalah kecuali dengan kebenaran.
II. Mereka tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pengurusan penerbitan
akhbar dan majalah.
III. Di samping itu, mereka dicegah memberi sumbangan wang dengan mana-mana
penerbitan, termasuk surat khabar ataupun majalah.
IV. Bagaimanapun, mereka dibenarkan mengambil bahagian yang cergas termasuk
kerja-kerja penyuntingan, memberi sumbangan tenaga, buah fikiran dan kewangan
terhadap penerbitan jabatan dan kakitangan, penerbitan profesional dan segala
penerbitan pertubuhan sukarela yang tidak bercorak politik.
Edisi: 1/2021
Kegiatan Politik:
I. Bagi maksud mengambil bahagian dalam bidang politik, pegawai-pegawai adalah
dibahagikan kepada dua kupulan:
Kumpulan A:
I. Kumpulan ini terdiri daripada pegawai dalam kumpulan jawatan yang
berkelayakan ijazah universiti ataupun kelayakan ikhtisas sebagai kelayakan
masuk kerja.
II. Mereka dilarang mengambil bahagian dalam kegiatan politik tanah air melainkan
hanya menjadi ahli biasa.
Kumpulan B:
I. Ianya terdiri daripada semua pegawai kerajaan yang bukan dalam kumpulan A.
II. Dalam perkara ini, mereka boleh dilantik sebagai ahli jawatankuasa sesebuah parti
politik.
III. Bagaimanapun mereka perlu terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis
daripada pihak kerajaan.
Perbicaraan Undang-Undang Dan Bantuan Guaman:
I. Pegawai yang memerlukan bantuan guaman yang bersabit dengan perkara yang
berbangkit dari tugasnya perlu mendapat persetujuan daripada Ketua Pengarah
Perkhidmatan Awam terlebih dahulu. Begitu juga, pegawai yang berkehendakkan
bantuan guaman melalui peguam bela dan peguam cara bersabit dengan perkara
yang berbangkit dengan tugasnya perlu mendapatkan kelulusan terlebih dahulu
daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
Tidak Hadir Bertugas Tanpa Bercuti:
I. Ketidakhadiran bertugas tanpa bercuti dan dengan tidak mendapat kebenaran: bagi
seseorang pegawai perkhidmatan itu boleh disabitkan dengan tindakan tatatertib.
II. Apabila sesorang pegawai itu tidak hadir bertugas bagi tempoh tidak lebih
daripada tujuh hari dalam satu bulan, tindakan tatatertib boleh diambil
terhadapnya.
III. Tindakan tatatertib bermaksud pegawai itu boleh dikenakan pembuangan kerja
atau lain-lain hukuman.
Edisi: 1/2021
IV. Bagi tempoh ianya tidak hadir, dia tidak berhak mendapat apa-apa jua gaji
ataupun saraan hidup.
V. Jika seseorang pegawai itu tidak menghadirkan diri untuk bertugas selama tujuh
hari dalam satu bulan itu pihak lembaga tatatertib apabila menerima laporan
daripada ketua jabatan, boleh mengambil tindakan buang kerja ataupun turun
pangkat mengikut perbekalan Perintah Am 26.
VI. Sementara menunggu keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib, pegawai itu tidak
berhak mendapat apa-apa gaji dan saraan hidup selama tempoh dia tidak hadir
bertugas.
Edisi: 1/2021
GARIS PANDUAN LATIHAN MENGAJAR
1.0 PENGENALAN
Latihan mengajar memberi peluang kepada guru pelatih mengaplikasi pengetahuan,
kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar di dalam kelas dan
sekolah atau institusi pendidikan. Pelaksanaan program ini memberi tumpuan kepada proses
pengajaran dan pembelajaran serta permuafakatan antara Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia (UTHM), sekolah, politeknik, kolej komuniti dan agensi-agensi lain yang berkaitan.
2.0 OBJEKTIF
Objektif Latihan Mengajar ini adalah seperti berikut:
• Menyepadukan teori dengan amali pengajaran dan pembelajaran.
• Mengaplikasikan pelbagai strategi, kaedah, teknik dan kemahiran pengajaran dan
pembelajaran.
• Merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.
• Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran.
• Memupuk sikap positif, meningkatkan jati diri, menghayati dan mengamalkan nilai
profesionalisme keguruan.
• Memperkembang potensi diri sebagai pendidik dengan mengamalkan refleksi dan penilaian
kendiri dalam semua aspek tugas.
• Mengoptimumkan penggunaan sumber teknologi dalam pembestarian proses pengajaran
dan pembelajaran.
• Menguasai kemahiran pemudahcaraan dan komunikasi.
• Menguasai pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum.
Edisi: 1/2021
3.0 PROSEDUR PELAKSANAAN
3.1 Syarat Tertakluk kepada syarat pengajian dan Peraturan Akademik UTHM.
3.2 Penempatan
3.2.1 Penempatan guru pelatih dibuat secara pemuafakatan antara UTHM dan sekolah
dengankerjasama Jabatan Pelajaran Negeri/ BPTV.
3.2.2 Penempatan guru pelatih adalah mengikut bidang pengkhususan
(opsyen) pengajian diUTHM dan kesediaan sekolah.
3.2.3 Guru pelatih ditempatkan di sekolah rendah atau sekolah menengah,
politeknik, kolejkomuniti atau agensi-agensi lain yang berkaitan.
3.2.4 Guru pelatih juga boleh ditempatkan di mana-mana institusi
pendidikan yang berkaita
3.3 Tempoh
3.3.1 Tempoh minimum pelaksanaan latihan mengajar adalah selama 12 atau 16
minggu.
3.3.2 Sebarang tambahan lain adalah tertakluk kepada struktur kursus yang ditentukan
oleh Jawatankuasa Akademik atau Senat dan Peraturan Akademik UTHM.
3.4 Bilangan Waktu Mengajar
3.4.1 Bilangan waktu mengajar adalah 8 hingga 12 waktu seminggu
merangkumi matapelajaran major/pengkhususan dan
minor/elektif.
3.4.2 Syarat-syarat lain berkaitan dengan bilangan waktu mengajar
adalah mengikutkeperluan kursus di UTHM.
3.5 Bimbingan
3.5.1 Bimbingan oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing secara
berterusan mesti diamalkan latihan mengajar meliputibimbingan
pengetahuan kandungan pedagogi dan profesionalisme.
3.5.2 Guru pembimbing perlu merekod bimbingan yang diberikan.
3.6 Bilangan Penyeliaan
3.6.1 Penyeliaan hendaklah berasaskan kepada prinsip dan kaedah penyeliaan klinikal.
3.6.2 Penilaian hanya dibuat selepas bimbingan diberikan.
3.6.3 Bilangan penyeliaan minimum sepanjang tempoh LM yang dicadangkan adalah
sepertiberikut:
i. Penyelia : 3 kali
Edisi: 1/2021
ii. Pembimbing : 5 kali 3.6.4 Pihak UTHM berhak menentukan bilangan penyeliaan
yangwajar mengikut struktur atau peruntukan kursus di UTHM.
Edisi: 1/2021
3.6.4 Penilaian bersama antara Penilai Kedua dan Guru Pembimbing
perlu bagi kes-kes khas(cemerlang atau gagal).
4.0 KRITERIA DAN KELAYAKAN
4.1 Penyelia
4.1.1 Mempunyai pengalaman mengajar sekurang-kurangnya tiga tahun
atau/dan telahdisahkan dalam jawatan.
4.1.2 Mempunyai kelayakan ikhtisas pendidikan atau/dan telah mengikuti
kursus/latihanpenyeliaan yang diperaku oleh UTHM.
4.2 Pembimbing
4.2.1 Mempunyai kelayakan ikhtisas pendidikan atau/dan telah
mengikuti kursus/latihanpenyeliaan yang diperaku oleh
UTHM.
4.2.2 Mempunyai pengalaman mengajar bidang pengkhususan
(opsyen) berkenaan sekurangkurangnya 3 tahun atau/dan
telah disahkan dalam jawatan serta telah mengikuti
kursus/latihan penyeliaan yang diperaku oleh UTHM.
4.3 Penilai Kedua
4.3.1 Terdiri daripada pensyarah yang dikenal pasti oleh JKLM dan dilantik oleh
UTHM.
5.0 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
5.1 Guru pelatih
5.1.1 Menghadiri taklimat latihan mengajar.
5.1.2 Memahami dan menghayati objektif latihan mengajar.
5.1.3 Mengamalkan nilai-nilai yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan,Falsafah Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan dan
Standard Guru Malaysia.
5.1.4 Menghantar laporan kehadiran, jadual waktu, senarai tugas, takwim sekolah
/ Institusidan maklumat– maklumat lain kepada UTHM dalam minggu
pertama latihan mengajar.
5.1.5 Berbincang dengan Pensyarah Penyelia dan Guru Pembimbing untuk
mencapai persefahaman tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing
semasa latihan mengajar.
Edisi: 1/2021
5.1.6 Membina hubungan profesional dan suasana mesra dengan pengurus, guru-
guru danstaf sekolah atau institusi berkenaan.
5.1.7 Mematuhi dan mengamalkan Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia,
peraturanUTHM serta budaya dan peraturan sekolah/ Institusi.
5.1.8 Hadir ke sekolah/ Institusi sepanjang tempoh latihan mengajar.
5.1.9 Merekod waktu/ menandatangani borang/buku kehadiran setiap hari
persekolahandan aktiviti anjuran sekolah/ institusi.
5.1.10 Mendapatkan sukatan pelajaran terkini yang disahkan oleh pihak sekolah/
institusi.
5.1.11 Membuat rancangan tahunan/semester, mingguan dan harian dalam buku
persediaanmengajar yang ditetapkan mengikut keperluan UTHM.
5.1.12 Membuat Rancangan Mengajar Harian (RMH) yang lengkap mengikut format
yangditentukan oleh UTHM sebelum melaksanakan pengajaran.
5.1.13 Menghantar Buku Rekod Persediaan Mengajar untuk semakan oleh pengurus
sekolah/Institusi pada setiap minggu.
5.1.14 Melaksanakan pengajaran dengan mempelbagaikan strategi dan teknik
pengajaran.
5.1.15 Mengamalkan penulisan log dan jurnal mengikut keperluan UTHM.
5.1.16 Melengkapkan/mengemaskinikan portfolio latihan mengajar mengikut
keperluanUTHM.
5.1.17 Melibatkan diri dan membantu pengendalian sekurang-kurangnya satu
komponenkokurikulum.
5.1.18 Melaksanakan tugas dan tanggungjawab lain yang ditentukan oleh UTHM /
Pengurussekolah/ Institusi berkenaan.
Edisi: 1/2021
5.2 Penyelia
5.2.1 Menerima pelantikan sebagai Pensyarah Penyelia.
5.2.2 Menghadiri taklimat latihan mengajar dan latihan penyeliaan.
5.2.3 Berbincang dengan guru pelatih tentang urusan latihan mengajar.
5.2.4 Membuat lawatan ke sekolah/ Institusi, berjumpa dan berbincang
dengan pengurussekolah/ institusi dan guru pembimbing untuk
menjalin hubungan profesional.
5.2.5 Merekod serta menyimpan dokumen bimbingan yang kemas kini.
5.2.6 Memantau kehadiran, prestasi dan disiplin guru pelatih sepanjang tempoh latihan
mengajar.
5.2.7 Memaklumkan dengan segera kes-kes khas yang memerlukan perhatian dan tindakan
UTHM, sekolah/ institusi, PPD atau JPN/ BPTV.
5.2.8 Menyemak buku persediaan mengajar guru pelatih dan mencadangkan
penambahbaikan yang perlu.
5.2.9 Menyemak portfolio latihan mengajar guru pelatih.
5.2.10 Memastikan guru pelatih melaksanakan penulisan jurnal yang bersifat
reflektif dankritis.
5.2.11 Melaksanakan penyeliaan berasaskan prinsip-prinsip penyeliaan klinikal.
5.2.12 Menyelia secara tersebar (daripada aspek masa, mata pelajaran dan kelas)
sepanjangtempoh latihan mengajar atau mengikut jadual penyeliaan yang telah
ditetapkan oleh UTHM.
5.2.13 Membimbing guru pelatih ke arah perkembangan sahsiah yang baik.
5.2.14 Menilai prestasi latihan mengajar guru pelatih.
5.2.15 Mematuhi prosedur dan tanggungjawab yang ditentukan oleh pihak yang
mengurusatau menyelaras latihan mengajar di UTHM.
Edisi: 1/2021
5.3 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
5.3.1 Menentukan dasar pelaksanaan latihan mengajar di peringkat UTHM.
5.3.2 Mendapatkan kelulusan daripada pihak yang berkaitan bagi penempatan guru
pelatih.
5.3.3 Melaksanakan taklimat dan latihan untuk Pensyarah Penyelia dan Guru
Pembimbing.
5.3.4 Menyelaras dan memantau pelaksanaan latihan mengajar dengan kerjasama
pihaksekolah/institusi berkenaan.
5.3.5 Menentukan dasar penyeliaan pengesahan ke atas guru pelatih yang dicalonkan
gagal atau cemerlang tertakluk kepada UTHM. 5.3.6 Mengendalikan kes-kes
khas seperti penangguhan, melengkapkan tempoh latihan mengajar, gagal, kes
disiplin dan tatatertib dengan mengambil tindakan sewajarnya.
5.3.6 Mengesahkan penyempurnaan dan keputusan latihan mengajar.
5.4 Pembimbing
5.4.1 Menghadiri taklimat latihan mengajar dan/atau kursus/bengkel
yang dijalankanoleh UTHM.
5.4.2 Memahami dan menjalankan peranan guru pembimbing.
5.4.3 Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada guru pelatih tentang :
i. Rancangan kerja tahunan/semester dan Rancangan Pengajaran Harian
ii. Sumber pengajaran dan pembelajaran
iii. Proses pengajaran dan pembelajaran
iv. Pengurusan bilik darjah/ makmal/ bengkel
v. Pengajaran berpasangan
vi. Pengelolaan kokurikulum
vii. Hal-hal lain yang berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum
5.4.4 Memberi peluang kepada guru pelatih memerhati pengajarannya.
5.4.5 Membimbing guru pelatih ke arah perkembangan profesionalisme
keguruan.
5.4.6 Menyemak dan memberi ulasan bertulis serta menandatangani
buku persediaanmengajar guru pelatih.
Edisi: 1/2021
5.4.7 Menyelia pengajaran guru pelatih berasaskan prinsip-prinsip penyeliaan klinikal.
5.4.8 Menyimpan rekod dan dokumen bimbingan yang kemas kini.
5.4.9 Memaklumkan kepada pengurus sekolah/ institusi dan Pensyarah Penyelia
mengenaikemajuan guru pelatih dari semasa ke semasa.
5.4.10 Memantau dan memaklumkan masalah kehadiran serta disiplin guru pelatih
kepada pengurus sekolah/ institusi dan Pensyarah Penyelia dengan segera
sepanjang tempoh latihanmengajar.
5.4.11 Menyelia secara tersebar (daripada aspek masa, mata pelajaran dan kelas)
sepanjangtempoh latihan mengajar.
5.4.12 Menilai prestasi guru pelatih sepanjang latihan mengajar.
5.5 Pengurus Sekolah/Institusi Pendidikan
5.5.1 Menghadiri taklimat latihan mengajar yang dijalankan oleh pihak UTHM.
5.5.2 Menubuhkan Jawatankuasa Latihan Mengajar peringkat sekolah/institusi.
5.5.3 Mengesahkan penempatan guru pelatih.
5.5.4 Mencalonkan guru pembimbing daripada kalangan guru terlatih yang
berpengalamandan bersesuaian serta memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh
UTHM.
5.5.5 Memberi taklimat kepada guru pelatih tentang latar belakang sekolah/ institusi,
skop tugasan guru, pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum serta maklumat-
maklumat lain yangberkaitan.
5.5.6 Memberi jadual waktu dan takwim sekolah/ institusi kepada guru pelatih.
5.5.7 Mengawasi disiplin guru pelatih dan mengesahkan kehadiran mereka.
5.5.8 Melaporkan secara bertulis kepada pihak UTHM tentang masalah
disiplin,sahsiah,kehadiran, prestasi, tatatertib dan kebajikan guru pelatih.
5.5.9 Menyemak dan mengesahkan rancangan pelajaran dan persediaan mengajar gurupelatih.
5.5.10Memastikan guru pembimbing memberi bimbingan berterusan kepada guru
pelatih.
5.5.11Mengambil tahu hal-hal berkaitan kebajikan guru pelatih dan membuat tindakan
susulan.
5.5.12Memastikan segala tindakan berkaitan bimbingan dan penyeliaan latihan
mengajardilaksanakan dengan sempurna.
5.5.13Memastikan guru pelatih dilibatkan dalam aktiviti kokurikulum sekolah /
institusi.
Edisi: 1/2021
5.6 Peranan Dan Tanggungjawab Jawatankuasa Induk Amalan Profesional
KeguruanPeringkat Negeri
5.6.1 Mengadakan mesyuarat penyelarasan perancangan latihan mengajar.
5.6.2 Memastikan semua jenis sekolah/ institusi terlibat dan bekerjasama dalam
pelaksanaanlatihan latihan mengajar guru pelatih UTHM.
5.6.3 Memantau pelantikan guru pembimbing.
5.6.4 Memastikan pihak sekolah/ institusi memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak
UTHM.
5.6.5 Memastikan wujud kerjasama, pemuafakatan dan hubungan profesional antara
JabatanPelajaran Negeri, PPD, UTHM berhubung dengan latihan mengajar.
5.6.6 Memastikan pengurus sekolah/ institusi memperuntukkan masa yang mencukupi
untuk guru pembimbing melaksanakan tugas membimbing.
5.6.7 Memastikan sekolah/ institusi dan guru pembimbing yang menjayakan program
latihanmengajar diberi merit yang sewajarnya.
5.6.8 Memastikan kerjasama UTHM untuk mewujudkan pangkalan data guru pembimbing
dan sekolah/ institusi yang terlibat dalam pelaksanaan latihan mengajar.
5.6.9 Memastikan kerjasama UTHM dalam menguruskan kursus bimbingan kepada guru
pembimbing.
6.0 KEHADIRAN LATIHAN MENGAJAR
6.0 Kehadiran guru pelatih dalam latihan mengajar adalah 100%.
6.1 Tindakan bagi kehadiran yang kurang daripada 100% adalah merujuk kepada dasar dan
dengan budi bicara UTHM.
7.0 PENANGGUHAN LATIHAN MENGAJAR
7.1 Penangguhan latihan mengajar tertakluk kepada dasar dan keputusan yang dibuat oleh
pihak UTHM.
Edisi: 1/2021
8.0 SYARAT TAKSIRAN PRESTASI GIRI PELATIH DALAM LATIHAN MENGAJAR
8.1 Taksiran adalah secara holistik bedasarkan elemen utama penilaian bagi
Menentukan prestasi guru pelatih.
8.2 Komponen penilaian prestasi guru pelatih dalam Latihan Mengajar dibuat b
Berdasarkan kepada elemen-elemen seperti dalm Jadual 1.
Bil. Elemen Utama Penilian Rujukan Rujukan
1. a) Pengetahuantentang kandungan matapelajaran Protfolio Latihan Mengajar,
b) Perancangan dan pelkasanaan Pengajaran Instrumen bimbingan dan
penilaian serta respon pihak
2. a) Penglibatan dalam Kokurikulum
b)Penglibatan Aktiviti lain sekolah / institusi
a) Pengurusan Rutin
3. b) Sahsiah dan Personaliti Guru Pelatih Buku
Persediaan Mengajar.
Jadual 1: Elemen Utama Penilaian
Edisi: 1/2021
8.3 Pemberatan untuk element penilaian Latihan Mengajar adalah seperti dalam Jadual 2
Bil. Elemen Penilaian Penilai Markah Peratus
a) Pengetahuan 80 (%)
tentang kandungan Penyelia UTHM 20 80%
mata pelajaran
Pembimbing 100 10%
1. b) Perancangan dan Sekolah/ 100
Pelaksanaan Institusi 10%
Pengajaran 100%
a) Penglibata Pembimbing
dalam Sekolah/Institusi
2. kokurikulum
b) Penglibatan
Aktiviti lain
3. a) Pengurusan Rutin Pembimbing
b) Personaliti Guru Pelatih Sekolah/Institusi
JUMLAH
Jadual 2: Wajaran Pemberatan Elemen Penilaian
Latihan Mengajar.
8.4 Instrument/ Kriteria bagi elemen penilaian Latihan Mengajar adalah tertakluk kepada pihak
UTHM.
8.5 Syarat pemantuan keputusan “LULUS” Latihan Mengajar adalah tertakluk kepada dasar dan
pihak UTHM.
Edisi: 1/2021
PANDUAN UNTUK TINDAKAN GURU PELATIH
1.0 TAKLIMAT SEKOLAH / INSTITUSI
1.1 Guru pelatih hendaklah melaporkan diri kepada pengetua/penolong kanan sekolah
pada hari pertama program Laatihan Mengajar.
1.2 Guru pelatih perlulah mendapatkan taklimat berkenaan dengan kehendak-kehendak
dan peraturan-peraturan sekolah supaya dapat menyesuaikan diri dengan
masyarakat, budaya sekolah dan tidak membuat sesuatu yang akan menimbulkan
kesulitan kepada pihak sekolah.
1.3 Di samping itu, guru pelatih juga dapat memperkenalkan diri mereka kepada
pengetua, penolong kanan dan guru lain.
2.0 PERBINCANGAN DENGAN KETUA BIDANG / GURU MATA PELAJARAN
2.1 Setelah diberi taklimat oleh pengetua/penolong kanan, guru pelatih hendaklah
berbincang dengan ketua bidang/guru mata pelajaran tentang topik-topik dalam
sukatan pelajaran yang akan diajar sepanjang tempoh Latihan Mengajar.
2.2 Guru pelatih hendaklah mendapatkan maklumat yang lengkap daripada ketua
bidang/ guru mata pelajaran tentang topic-topik berkenaan serta di mana alat
bantuan mengajar boleh didapati.
2.3 Semua urusan di atas hendaklah diselesaikan pada hari pertama Latihan Mengajar.
3.0 JADUAL WAKTU
3.1 Guru pelatih hendaklah menyediakan tiga salinan jadual waktu peribadi. Maklumat
seperti waktu, mata pelajaran, tingkatan dan tempat (nombor bilik atau bengkel)
hendaklah dimasukkan. Dua salinan jadual waktu peribadi hendaklah di serahkan
kepada ketua kumpulan.
3.2 Ketua kumpulan pelajar hendaklah menyediakan dua set jadual waktu induk. Satu
set jadual waktu induk beserta satu salinan jadual waktu peribadi setiap guru pelatih
hendaklah diserahkan kepada pensyarah penyelia pertama dan satu lagi di simpan
oleh ketua kumpulan.
Edisi: 1/2021
4.0 RANCANGAN KERJA
4.1 Rancangan kerja bagi seluruh tempoh latihan mengajar hendaklah di sediakan
mengikut sukatan pelajaran yang diberikan oleh ketua bidang/guru pembimbing.
4.2 Rancangan kerja hendaklah disediakan secara berasingan. Sebagai contoh,
rancangan-rancangan kerja berikut:
i) Amali (Tingkatan 4)
ii) Teori (Tingkatan 4)
iii) Lukisan teknik (Tingkatan 4)
iv) Amali (Tingkatan 5)
v) Teori (Tingkatan 5)
vi) Lukisan Teknik (Tingkatan 5)
vii) Amali (MPAV/SKM)
viii) Teori (MPAV / SKM)
ix) Lukisan Teknik (MPAV/SKM)
5.0 RANCANGAN MENGAJAR HARIAN
5.1 Rancangan mengajar harian (RMH) hendaklah disediakan untuk setiap kelas/ mata
pelajaran yang akan diajar. RMH ini hendaklah ditulis dengan teliti dalam buku
persediaan mengajar.
5.2 RMH ini mestilah disediakan lebih awal dan ditunjukkan kepada guru pembimbing
sebelum waktu mengajar untuk mendapatkan pandangan dan tandatangan.
5.3 Buku persediaan mengajar hendaklah ditunjukkan kepada pembimbing, pensyarah,
pengetua sekolah atau lain-lain pegawai pendidikan setiap kali mereka datang
menyelia.
Edisi: 1/2021
6.0 BEBAN MENGAJAR
6.1 Beban waktu mengajar adalah 8 hingga 12 waktu seminggu
6.2 Guru pelatih boleh di berikan tugasan mengajar tingkatan 1,2 &4. Tingkatan 3 & 5
yang akan mengambil peperiksaan dicadangkan tidak di ganggu. Agihan beban
mengajar seminggu yang disarankan adalah seperti contoh berikut:
i) Teori – 2-4 waktu
ii) Luk. Teknik -2-4 waktu
iii) Amali – 6-8 waktu
6.3 Guru pelatih boleh ditugaskan sebagai guru bantu membantu dan memerhati guru
terlatih mengajar terutama semasa waktu amali dengan tujuan untuk mencari
pengalaman dan meningkatkan prestasi guru pelatih. Masa yang dicadangkan ialah
2 hingga 4 waktu seminggu.
6.4 Guru pelatih boleh ditugaskan sebagai guru gantian sekiranya keadaan mendesak
tetapi hanya atas arahan pengetua sekolah / penolong kanan sahaja.
6.5 Guru pelatih digalakkan mengambil bahagian dalam kegiatan gerak kerja
kokurikulum tetapi haruslah tidak melebihi 4 jam seminggu.
7.0 PORTFOLIO LATIHAN MENGAJAR
7.1 Guru pelatih dikehendaki menyediakan portfolio latihan mengajar yang tersusun
kemas lengkap dan sentiasa dikemaskini secara individu.
7.2 Portfolio LM adalah koleksi bahan yang mengandungi pelbagai maklumat
menunjukkan segala usaha untuk mendokumentasikan pengetahuan, pengalaman,
kemahiran, perkembangan dn kejayaan pelajar ke arah perkembangan profesional
keguruan.
7.3 Guru pelatih perlu menggunakan daya kreativiti dalam menyediakan portfolio LM.
Susunan kandungan yang dicadang antaranya adalah seperti berikut:
i) Muka depan
ii) Isi kandungan
iii) Biodata guru pelatih & gambar
iv) Synopsis / pengenalan
Edisi: 1/2021
v) Penghargaan
vi) Dokumen berkaitan p&p – sukatan mp, jadual waktu, kuiz, ujian, kertas
latihan, tutorial, nota edaran markah pelajar dan lain bahan bukti yang
tersusun.
vii) Dokumen berkaitan aktiviti kokurikulum – kertas kerja, program atur cara,
modul aktiviti pelajar dan lain bahan bukti tersusun.
viii) Laporan log mencatat aktiviti setiap hari bekerja.
ix) Laporan jurnal disediakan minimum dua penulisan refleksi berfokus setiap
minggu contoh.
x) Refleksi akhir LM.
xi) Rujukan
xii) Lampiran
7.4 Guru pelatih hendaklah menyerahkan portfolio kepada pembimbing dan penyelia
setiap kali sesi bimbingan atau penyeliaan di jalankan
8.0 PENGAJARAN BERPASANGAN
8.1 Guru pelatih hendaklah mengatur strategi secara perbincangan dengan rakan
sebaya, bekerjasama merancang sesi pengajaran dan pembelajaran, seterusnya
membuat pemerhatian dan memberi maklum balas yang membina.
8.2 Sesi ini dilaksanakan minimum3 kali dalam tempoh Latihan Mengajar.
8.3 Maklumbalas dicatat dalam laporan Log dan Jurnal.
9.0 ELAUN LATIHAN MENGAJAR
9.1 Elaun latihan mengajar bagi pembimbing guru pelatih akan di bayar oleh pihak
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
Edisi: 1/2021
10.0 DISIPLIN DAN TATATERTIB
10.1 Guru pelatih perlu mematuhi waktu persekolahan yang telah ditetapkan oleh
pihak pengurusan sekolah.
10.2 Guru pelatih hendaklah mematuhi semua peraturan pentadbiran sekolah yang
dikenakan kepada sekolah-sekolah berkenaan.
10.3 Guru pelatih juga dikehendaki mematuhi segalaa arahan yang dikeluarkan oleh
kementerian pelajaran dari segi pakaian dan rambut. Sikap dan tingkah laku
juga hendaklah sesuai dengan kehendak-kehendak ikhtisas perguruan.
11.0 CUTI
11.1 Kehadiran guru pelatih di kehendaki 100%.
11.2 Guru pelatih hanya boleh bercuti jikalau sakit dan di sahkan oleh seorang doktor
dan di beri cuti.
11.3 Jika cuti bersebab, melebihi 20% daripada kehadiran, pelatih perlu
menggantikan LM pada minggu yang seterusnya selepas tamat LM.
11.4 Jika ada kematian ahli keluarga terdekat, guru pelatih boleh memohon cuti
daripada pengetua sekolah. Tempoh cuti tidak melebihi tiga hari. Jikalau cuti
yang lama diperlukan, kebenaran dekan fakulti pendidikan teknikal dan
vokasional hendaklah diperolehi. Pengetua sekolah/ GPK akan menyiasat
dengan teliti sebelum cuti di beri. Kerjasama pengetua sekolah adalah di minta
supaya memberitahu dekan fptv nama guru pelatih yang diberi cuti.
12.0 TANGGUNGJAWAB SEBELUM TAMAT TEMPOH LATIHAN MENGAJAR
12.1 Sediakan senarai topik-topik yang telah sempat anda ajar dan yang belum
sempat anda ajar dalam dua salinan. Serahkan satu salinan kepada ketua bidang/
guru mata pelajaran dan satu salinan kepada penyelaras latihan mengajar.
12.2 Serahkan segala markah ujian dan kerja projek, alat kelengkapan dan lain-lain
dipinjam kepada guru berkenaan.
12.3 Bermaafan dan ucap terima kasih kepada pengetua, gpk, staf akademik dan
sokongan
Edisi: 1/2021
PANDUAN MENULIS BUKU PERSEIDAAN MENGAJAR
PENGENALAN
Panduan menulis persediaan rancangan mengajar ini dihasilkan bagi membantu pelatih untuk
menyediakan rancangan mengajar dengan baik dan berkesan. Panduan ini dibahagikan
kepada beberapa bahagian mengikut ruang-ruang yang terdapat di dalam rancangan mengajar
harian. Contoh rancangan mengajar harian berdasarkan panduan ini diberikan dalam
Lampiran A.
1. PENULISAN PERSEDIAAN MENGAJAR
RUANG OBJEKTIF
Objektif pembelajaran merujuk kepada hasil pembelajaran yang disasarkan dan boleh
dicapai melalui aktiviti pembelajaran yang diterangkan dalam rancangan mengajar. Objektif
pembelajaran mestilah ditulis secara eksplisit, tepat, jelas dan spesifik mengikut kesediaan
pelajar.
OBJEKTIF
1. Mesti merujuk kepada silibus kursus atau mata pelajaran.
2. Mengandungi empat komponen wajib iaitu (ABCDE)
Audien – pelajar, Behaviour- tingkahlaku yang boleh dilihat, Condition – situasi, Degree
– tahap, dengan tepat, dengan betul , Easy – mudah untuk dinilai
3. Ditulis dengan menggunakan kata kerja yang boleh dirujuk daripada taksonomi
pembelajaran
bagi domain kognitif (Anderson dan Krathwohl, 2001), psikomotor ( Simpson 1972) dan
afektif (Karthwohl 2001).
Edisi: 1/2021
4. Tidak melebihi empat objektif/hasil pembelajaran dalam tempoh satu jam pembelajaran
termasuk satu objektif afektif.
Contoh objektif/hasil pembelajaran kognitif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar akan dapat:
1. Menjana rumus tekanan yang betul berdasarkan data empirikal yang diperolehi
daripada eksperimen yang dilakukan dalam makmal.
a. pelajar – audience (A)
b. menjana rumus tekanan – kata kerja (B)
c.….berdasarkan data empirikal yang diperolehi daripada eksperimen yang dilakukan
dalam makmal - condition (C)
d. ….yang betul – degree (Contoh objektif afektif) (D)
Contoh objektif/hasil pembelajaran afektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran pelajar akan dapat:
1. Menyelesaikan tugasan/latihan dengan betul secara jujur dalam tempoh yang
ditetapkan, menggunakan format yang diberikan oleh guru.
Edisi: 1/2021
RUANG PENGETAHUAN SEDIA ADA
Pengetahuan sedia ada merujuk kepada pengetahuan dan pengalaman lalu yang boleh
digunakan untuk membantu pembelajaran. Nyatakan apa jua pengetahuan yang berkaitan
dengan tajuk pembelajaran yang bakal dilalui. Pada asasnya ilmu tersebut telah di terima
semasa di tingkatan yang lepas, atau telah disampaikan pada minggu sebelumnya. Pastikan
ruang ini tidak ditinggalkan kosong.
Contoh:
Tajuk: Sudut Negatif
Pengetahuan sedia ada: Pelajar telah tahu mengenai sudut dalam satu bulatan, sudut positif
dan sudut di atas garis lurus.
Edisi: 1/2021