ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C02/P(1/10) Muka / Page : 29
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 38
iv. Ciri-ciri pemilihan
Sistem ini biasanya digunakan pada tempat yang terlalu banyak kerosakan
mekanikal seperti berikut :
i) Suhu sekeliling terlalu panas.
ii) Kawasan berminyak.
iii) Tindakan kesan kimia.
iv) Kawasan yang mudah terbakar.
v. Kaedah pemasangan kabel
Kaedah pemasangan kabel bagi sistem pendawaian penebatan mineral pelapik
kuprum boleh dilakukan dengan pelbagai cara, di antaranya ialah :
i) Secara diklip ke permukaan dinding atau siling
ii) Secara sistem konduit.
iii) Secara sistem sesalur.
iv) Secara sistem salur.
e. SISTEM PENDAWAIAN KABEL PENEBATAN KERTAS PELAPIK PLUMBUM
Pemberian nama sistem ini adalah sama dengan sistem penebatan mineral iaitu
disebabkan keseluruhan sistem pendawaian dibuat dengan menggunakan kabel
penebatan kertas pelapik plumbum.
i) Ciri-ciri pemilihan
i. Untuk pemasangan di dalam tanah.
ii. Untuk beban yang mengalir arus tinggi.
iii. Memerlukan perlindungan mekanikal yang tinggi.
I. Kaedah pemasangan
Dengan menggunakan sistem salur atau konduit atau saluran.
Dengan ditanam terus kabel di dalam tanah.
f. SISTEM PENDAWAIAN SEMENTARA
Sistem pendawaian sementara biasanya pada pemasangan yang digunakan dalam
jangka masa yang pendek seperti pesta keramaian, tapak pembinaan bangunan dan
sebagainya.Kaedah pemasangan dan jenis-jenis kabel yang digunakan adalah sama
dengan sistem pendawaian tetap.
ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C02/P(1/10) Muka / Page : 30
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 38
a. SISTEM PENDAWAIAN TIDAK BERTEBAT
Pemasangan kabel tidak bertebat adalah tidak dibenarkan untuk dijadikan sistem
pendawaian di rumah kediaman. Ini adalah kerana keselamatan pengguna tidak
terjamin. Sistem pendawaian tidak bertebat hanya dibenarkan untuk pemasangan
yang berikut sahaja dan dilindungi sepenuhnya daripada kerosakan mekanikal.
a) Sebagai pengalir perlindungan litar, pengalir bumi dan dawai
pengikat.
b) Sebagai dawai luar bagi pengalir sepusat.
c) Sebagai pengalir untuk litar voltan lampu rendah.
d) Sebagai pengalir dalam sistem sesalur
1. Sebagai dawai pemungut untuk kren bergerak atau troli.
1.8 PEMASANGAN AKSESORI
i. Suis
Suis ialah satu alat mekanikal yang boleh memutus dan menyambungkan arus
litar secara manual dalam keadaan normal. Saiz piawai yang digunakan
dipemasangan domestik mengikut piawai BS 3676. Suis yang terdapat dalam
sistem fasa tunggal mestilah daripada jenis suis kutub tunggal. Terdapat berbagai-
bagai jenis suis kutub tunggal yang digunakan pada masa ini berbeza-beza dari
segi bentuk, kawalan dan sebagainya. Diantaranya adalah seperti berikut :
i) Suis satu hala.
ii) Suis dua hala
iii) Suis perantaraan
Rajah 13 : Menunjukkan contoh suis
ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C02/P(1/10) Muka / Page : 31
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 38
ii. Soket Keluaran
Soket alur keluar ialah alat yang mempunyai beberapa sesentuh pembawa arus
yang tetap dan disambung kepada pemasangan pendawaian tetap.Kegunaannya
adalah untuk membolehkan alat elektrik mudah-alih disambung ke litar akhir
dengan menggunakan palam yang sesuai. Contoh soket keluaran adalah seperti :
i) Soket keluaran 3 pin 13A (suis soket outlet - S/S/O 13A)
ii) Soket keluaran 3 pin 15A (suis soket outlet - S/S/O 15A)
iii) Soket keluaran 3 pin 15A (soket outlet - S/O 15A) tanpa suis
S/S/O Jenis 3 pin 13A BS 1363 S/O Jenis 3 pin 5A BS
196
S/S/O Jenis 3 pin 15A BS 1363 S/O Jenis 3 pin 15A BS 1363
Rajah 14 : Menunjukkan contoh soket keluaran S/S/O dan S/O
1.9 AKTA DAN PERATURAN ELEKTRIK
Setiap Orang Kompeten perlu mengetahui apa yang terkandung dalam Akta
Bekalan Elektrik dan Peraturan-Peraturan Elektrik, dimana didalamnya terkandung
segala peruntukan bagi pengawalseliaan industri pembekalan elektrik, pembekalan
elektrik pada harga yang munasabah, pelesenan mana-mana pepasangan elektrik,
pengawalan mana-mana pepasangan, loji dan kelengkapan elektrik berkenaan dengan
perkara yang berhubung dengan keselamatan orang dan penggunaan elektrik dengan
cekap dan bagi maksud yang berkaitan dengannya.
i. Akta Suruhanjaya Tenaga 2001
1.0 Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi penubuhan Suruhanjaya Tenaga
yang mempunyai kuasa untuk mengawal selia aktiviti pembekalan tenaga di
Malaysia, dan menguatkuasakan undang-undang pembekalan tenaga, dan bagi
perkara-perkara yang berkaitan dengannya.
1.1 Suruhanjaya Tenaga Malaysia ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Tenaga
2001 sebagai pengawal baharu untuk industri tenaga di Semenanjung Malaysia
dan Sabah. Suruhanjaya ini ditubuhkan untuk memastikan bahawa industry
ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C02/P(1/10) Muka / Page : 32
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 38
tenaga dimajukan dengan cara cekap agar Malaysia bersedia untuk menghadapi
cabaran baharu globalisasi dan perlonggaran, dengan kerapnya dalam industry
bekalan tenaga.
ii. Akta Bekalan Elektrik 1990 (Kawalan Kompeten)
2.0 Tiada pepasangan atau loji atau kelengkapan elektrik selain daripada yang dipunyai
oleh pehak berkuasa bekalan boleh dikerja atau dikendalikan kecuali oleh atau
dibawah kawalan orang-orang yang memiliki apa-apa kelayakan dan memegang apa-
apa perakuan sebagaimana ditetapkan.
2.1 Mana-mana orang yang melanggar seksyen ini adalah melakukan suatu kesalahan
dan, apabila disabitkan, boleh dikenakan denda tidak melebehi sepuluh ribu ringgit
dan, jika pelanggaraan itu diteruskan, dikenakan denda tidak melebehi satu ribu ringgit
bagi tiap-tiap hari atau sebahagian daripada sehari selama pelanggaran itu diteruskan
selepas sabitan.
iii. Peraturan-Peraturan Elektrik 1994 (AKTA 447) Mengenai Senggaraan
3.0 Bahagian IV – Penyenggaraan Pepasangan.
3.1 Peraturan 110 (1) Sesuatu pepasangan hendaklah disenggara dalam
keadaan baik dan berfungsi dan langkah-langkah awasan hendaklah dipatuhi pada
setiap masa untuk mencegah bahaya.
3.2 110 (2) – Tanggungjawab untuk menyenggara pepasangan terletak pada pemunya,
pengurusan atau pemegang lesen atau penghuni pepasangan, pengkhidmat atau
ejennya, mengikut mana-mana yang berkenaan.
3.3 110 (3) – Sesuatu pepasangan, selain daripada pepasangan domestik, hendaklah
diperiksa, diuji dan ditentukur oleh orang kompeten sekurang-kurangnya sekali setiap
lima tahun.
3.4 110 (4) – Mana-mana geganti (relay) dan peranti (devise) perlindungan sesuatu
pepasangan hendaklah diperiksa, di uji dan di tentukur (setting) oleh orang kompeten
sekurang-kurangnya sekali setiap dua tahun.
3.5 110 (5) – Tiada seorang pun, kecuali orang kompeten atau yang dibawah kawalan
orang kompeten, boleh mengusahakan untuk menjalankan apa-apa kerja pada sesuatu
pepasangan.
iv. MS 1936: 2006 / IEC 60364
4.0 Peraturan MS IEC 60364 dan Peraturan IEE adalah merupakan sebuat peraturan yang
diguna pakai untuk menentukan keseragaman dan mutu sesebuah pemasangan bagi
pendawaian elektrik. Perbezaan yang ketara ialah MS IEC 60364 di guna pakai
diperingkat Antarabangsa manakala Peraturan IEEE hanya diguna pakai di Negara bekas
Jajahan British.
4.1 Definisi:-
The IEE 16th Edition is a familiar standard with Malaysian Engineers.
IEE 16th Edition is known as BS 7671 “Wiring Installation for Buildings”.
IEC 60364 “Electrical Installation of Buildings” was adopted as a Malaysian Standard (MS)
in 1996.
ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C02/P(1/10) Muka / Page : 33
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 38
v. MS 1979: 2007 (Code of Practice - COP) Pemasangan Elektrik Pada Bangunan
5.0 Malaysian Standard telah pun dibangunkan berdasarkan kepada bahan sumber yang
terkandung di dalam panduan MS IEC 60364 tentang pemasangan elektrik pada
bangunan.
5.1 Dalam menyatakan keperluan keselamatan kepada pengguna, standard ini menyebutkan
dengan jelas amalan berkaitan dengan pemasangan elektrik pada bangunan untuk rumah
kediaman dan tempat tinggal. Tambahan pula, standard ini juga membincangkan contoh
tertentu bila dan di mana bentuk lain bagi pemasangan elektrik voltan rendah (LV)
memberi kesan terhadap keselamatan pengguna tanpa makluman; selagi bekalan elektrik
awam LV adalah daripada system TT dan pemasangan tidak bercanggah dengan yang
diperintahkan oleh jurutera elektrik rekabentuk professional.
5.2 Sembilan pulu satu kod amalan bentuk standard ini dengan setiap amalan mempunyai
nombor rujukan tersendiri. Urutan kemunculan dalam senarai amalan secara umunya
mengikut aliran empat belas isu seperti yang dibincangkan dalam panduan MS IEC 60364
berkenaan pemasangan elektrik pada bangunan.
5.3 Setiap daripada kod amalan adalah penyataan ringkas berhubung keperluan berkaitan
seperti yang ditetapkan oleh pertimbangan keselamatan elektrik untuk perlindungan
pengguna; seperti mana norma industry Malaysia dan bagi setiap peraturan.
vi. Based on latest instruction by regulatory body
1.0 Peraturan-Peraturan ini menetapkan syarat asas perkhidmatan, iaitu tugas dan kewajipan
serta hak asasi kakitangan setiap organisasi sebagaimana yang diluluskan oleh Majlis
mengikut Perkara 11.1 Konvensyen mengenai Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan
Pembangunan.
1.1 Peraturan boleh didefinisikan sebagai gabungan organisasi, peraturan, dan sekatan yang
mengakibatkan tingkah laku selaras dengan kebolehpasaran, akauntabiliti, ketelusan dan
kestabilan.
1.2 Dalam konteks ini, Peraturan-Peraturan yang baik sepatutnya dapat dilihat sebagai daya
penggerak untuk perkhidmatan kewangan yang berkualiti dan boelh dipercayai.
1.10 AKTA KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN 514 (OSHA) 1994
Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994 merangkumi dan melindungi semua orang
yang bekerja dalam semua aktiviti ekonomi termasuk perkhidmatan awam, badan berkanun
dan sector swasta kecuali mereka yang bekerja di atas kapal perdangan dan angkatan
tentera.
Tujuan Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan 1994:-
Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang
bekerja.
Untuk melindungi orang-orang di tempat kerja (selain daripada orang-orang yang sedang
bekerja).
Untuk menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan yang bersesuaian dengan fisiologi dan
psikologi orang-orang yang sedang bekerja.
ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C02/P(1/10) Muka / Page : 34
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 38
Untuk mengadakan suatu system perundangan yang berasas kepada peraturan-
peraturan dan tata amalan industry disamping peruntungan Akta.
1.11 KEPERLUAN KEBENARAN UNTUK MENGAKSES TAPAK
i. Kad Hijau (Green Card)
Tujuan Pendaftaran Personel Binaan di CIDB adalah untuk memberi kesedaran dalam
aspek keselamatan dan kesihatan untuk semua Personel Binaan di tapak bini di
samping mewujudkan budaya keperihatinan kebajikan personel binaan melalui Skim
Perlindungan Insuran Berkelompok.
Pendaftaran Personel Binaan adalah berdasarkan Akta 520 (Pindaan 2011) – Seksyen
33 (Kewajipan Pendaftaran Personel Binaan) yang mewajibkan semua Personel Binaan
yang terlibat dengan aktiviti-aktiviti di tapak pembinaan dan berumur 16 tahun dan ke
atas berdaftar dan memegang kad perakuan Pendaftaran Personel Binaan CIDB.
Mandatori bagi setiap Personel Binaan yang bekerja dalam bidang pembinaan seperti
termaktub di bawah seksyen 33:
Seseorang Tidak boleh terlibat atau diambil atau mengaku janji untuk terlibat atau
diambil sebagai personel binaan melainkan jika dia berdaftar dengan Lembaga dan
memegang suatu perakuan pendaftaran yang sah yang dikeluarkan oleh Lembaga di
bawah Akta ini.
Seksyen 33 (1). (Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994
(Akta 520)
Pekeliling Kursus Kad Hijau CIDB – Bil 1/2000
Pekeliling Kursus Kad Hijau CIDB – Bil 1/2001
Denda RM 5,000 dikenakan kepada kontraktor utama dan personel sekiranya bekerja di
tapak pembinaan dengan tidak memiliki Kad Hijau yang sah.
Rajah 3: Contoh Kad Hijau (Green Card)
ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C02/P(1/10) Muka / Page : 35
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 38
ii. Pasport Keselamatan (Safety Pasport)
Passport Keselamatan digunakan untuk bekerja di premis-premis pembinaan di bawah
kawal selia Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB). Kursus ini telah diiktiraf
oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Passport ini
mempunyai insurans hayat (tertakluk pada kelulusan CIDB).
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) 1994 telah menggariskan
tanggungjawab majikan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan setiap pekerja
termasuk para kontraktor dengan memberikan maklumat dan latihan kepada mereka.
Setiap kontraktor dan individu yang berurusan dengan organisasi diwajibkan mengikuti
kursus keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi mendapatkan kad passport.
Objektif bagi program latihan Passport Keselamatan:
Menerangkan semua perundangan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP).
Menerangkan punca utama yang menyebabkan kemalangan atau penyakit
pekerjaan.
Menjelaskan bahawa semua kemalangan dan penyakit boleh dicegah.
Menyatakan definisi, punca dan kategori hazard di tapak projek.
Menerangkan kaedah kawalan risiko di tapak projek.
Kaedah pembelajaran terbaru secara interaktif, maya dan kendiri.
Rajah 4: Contoh Passport Keselamatan TNB
ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C02/P(1/10) Muka / Page : 36
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 38
SOALAN :
1. Sistem bekalan tenaga elektrik kepada pengguna melibatkan tiga proses, sila nyatakan
penerangan tentang proses tersebut.
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
2. Senaraikan jenis-jenis sistem pendawaian yang umum digunakan di negara kita
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
3. Terangkan Jenis-jenis bahan pengalir yang biasa digunakan dalam pepasangan penguna
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
4. Terangkan Jenis-jenis bahan penebat yang biasa digunakan dalam pepasangan penguna
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
5. Nyatakan fungsi pelindung mekanikal dan terangkan dengan jelas kepenggunaan
mengikut jenisnya.
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………
ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C02/P(1/10) Muka / Page : 37
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 38
Rujukan .
1. Factories And Machinery Act & regulation ( 139 ) – MDC Publisher Sdn. Bhd.
2. Pemasangan & Penyelengaraan Elektrik – Abd. Samad Hanif.
Rujukan
1. Law of Safety and Health at Work . Norman Selwyn.
2. National Program for Occupational Safety and Health in Construction. C. Ray
Asfahl
3. Akta Bekalan Elektrik 1994 . ILBS Malaysia
4. Undang – Undang Malaysia. Akta Kilang dan Jentera 1967 ( FMA 1967 ). ILBS
1. MD. NASIR HAJI ABD. MANAN (2010), PENDAWAIAN ELEKTRIK DI BANGUNAN
KEDIAMAN PANDUAN BERPANDUKAN MS IEC 60364, Edisi Pertama , IBS BUKU SDN.
BHD., ISBN 978-967-950-307-4
2. ABD. SAMAD HANIF (2000), Pemasangan dan Penyenggaraan ELEKTRIK Edisi Kedua,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. ISBN 983-62-4063-2
MENJALANKAN
PEPASANGAN ELEKTRIK
SATU FASA
Disediakan oleh : HIDAYAH BINTI SAMIAN
PERALATAN TANGAN ELEKTRIK
1. Senarai Peralatan Dan Bahan Elektrik
1 2 5
Hand drill Battery Drill
3 4 Grinder
Demolition Hammer Jig Saw
NAMA HAND DRILL BATTERY DRILL DEMOLITION JIG SAW GRINDER
PERALATAN HAMMER
Fungsi • Menebuk • Menebukan • Menebuk • Memotong • permotongan trunking
dipermukaan yang kecil lubang pada kayu,plywood dan pvc .
Operasi kayu,simen dan dinding konkrit lain-lain benda
kendalian logam. • Kuasa bateri dan untuk kerja- yang agak lembut • Meratakan permukaan
12V atau 24V kerja yang agak . logam atau lain-lain
• 240V besar benda yang agak keras
• boleh laras permukaan • Tidak sesuai fizikalnya
konkrit yang memotong logam
perlu • 240V
dipecahkan. • 240V
• 230V
Kepentingan • Peralatan ini amat • Peralatan ini • Alat ini sesuai • Alat ini banyak juga • Alat ini banyak juga
peralatan penggunaannya penggunaannya dalam
dalam penting dan luas amat penting untuk kerja- dalam kerja-kerja kerja-kerja pendawaian
pendawaian pendawaian elektrik.
penggunaannya dan luas kerja yang elektrik.
serta perlu ada penggunaanny melibatkan
bagi seorang a serta perlu permukaan
setiap pendawai ada bagi konkrit.
seorang setiap
pendawai.
Alatan yang digunakan bagi memotong konduit PVC
PVC Conduit cutter / Hack saw / Gergaji
pemotong konduit
Conduit/Pipe Cutter
Sistem Pendawaian Konduit PVC.
• Segala penyambungan untuk konduit PVK ini menggunakan aksesori yang dibuat daripada
bahan pvk. Ikatan penyambungan tidak menggunakan skru sepertimana konduit GI, tetapi
menggunakan bahan perekat.
Rajah 3 Konduit Impak Tinggi Rajah 4 Konduit Berombak
(High Impact Conduit) (Flexibel Conduit)
Sistem Pendawaian Konduit PVC.
PEGAS MEMBENGKOK DAWAI PEMANCING NILON
❖ Alatan yang digunakan bagi ❖ Dawai pemancing biasanya
membuat bengkokan pada digunakan untuk menarik kabel
konduit PVC. kelaluannya di dalam konduit.
❖ Digunakan kerana ia mudah lentur
dan tahan lasak.
TEKNIK MENANDA DAN MELARIKAN KABEL
A) Cara cara melarikan kabel dalam pemasangan PVC Trunking dan PVC Kondiut mengikut kaedah kaedah dalam
Peraturan
Sebahagian kabel LANGKAH 1
dipanjangkan sedikit • Kabel hendaklah disusun sebelum kerja memasukkan kedalam
kondiut dilakukan.
• Pastikan sebahagian kabel dipanjangkan sedikit sebagai
pancing.
LANGKAH 2
• Balut kabel yang hendak dimasukkan kedalam kondiut
dengan menggunakan loytape. Balut dengan agak kuat
agar kabel tidak terlerai ketika penarikan dilakukan.
TEKNIK MENANDA DAN MELARIKAN KABEL
A) Cara cara melarikan kabel dalam pemasangan PVC Trunking dan PVC Kondiut mengikut kaedah kaedah dalam
Peraturan
loytape LANGKAH 3
• Pastikan kabel dibalut seluruhnya. Sekiranya kabel tidak dibalut
seluruhnya akan menyebabkan kerja penarikan kabel agak
sukar.
LANGKAH 4 Kabel Puller
• Masukkan kabel Puller kedalam PVC Kondiut untuk penarikan
kabel.
• Masukkan kabel Puller dari kotak base suis ke sambungan PVC
Trunking.
TEKNIK MENANDA DAN MELARIKAN KABEL
A) Cara cara melarikan kabel dalam pemasangan PVC Trunking dan PVC Kondiut mengikut kaedah kaedah dalam
Peraturan
Pintalkan LANGKAH 5
• Pintalkan hujung kabel yang hendak ditarik tadi dengan kabel
Puller. Untuk memastikan kabel tidak terlepas dari Puller
bolehlah dibalut dengan menggunakan loytape
LANGKAH 6 Tarik puller
• Masukkan kabel Puller kedalam PVC Kondiut untuk penarikan ke bawah
kabel.
• Masukkan kabel Puller dari kotak base suis ke sambungan PVC
Trunking.
TEKNIK MENANDA DAN MELARIKAN KABEL
A) Cara cara melarikan kabel dalam pemasangan PVC Trunking dan PVC Kondiut mengikut kaedah kaedah dalam
Peraturan
LANGKAH 7
• Buka pintalan kabel pendawaian dengan kabel puller tadi.
Kemudian keluarkan kabel lebih kurang 10 inci dari kotak base
suis untuk kerja tamatan.
LANGKAH 6
THANK YOU
BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN
KEMENTERIAN VOKASIONAL,
PENDIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
MALAYSIA ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA
KERTAS PENERANGAN 1
KOD DAN NAMA EE-320-2:2012
PROGRAM / SINGLE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION & MAINTENANCE
PROGRAM’S CODE &
NAME LEVEL 2
TAHAP / LEVEL EE-320-2:2012-C01 SINGLE PHASE DRAWING
NO DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE
NO. DAN PERNYATAAN 1: IDENTIFY SINGLE PHASE DRAWING SPECIFICATIONS
AKTIVITI KERJA / WORK AND REQUIREMENT.
ACTIVITIES NO. AND
STATEMENT 2: CARRY OUT LAYOUT DRAWING.
3: CARRY OUT SINGLE LINE / SCHEMATIC DIAGRAM
DRAWING.
4: CARRY OUT SINGLE PHASE WIRING DRAWING.
5: INSPECT SINGLE PHASE DRAWING.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 1
Drp / of : 62
TAJUK / TITLE : PENGENALAN KEPADA SPESIFIKASI DAN KEPERLUAN LUKISAN
SATU FASA
TUJUAN / PURPOSE:
Kertas penerangan ini adalah bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar-pelajar
berkaitan tentang pengenalan kepada asas spesifikasi, keperluan, faktor kepelbagaian
dan pengiraan beban maksimum bagi lukisan satu fasa
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 2
Drp / of : 62
PENERANGAN :
1.0 PROSEDUR MELAWAT TAPAK DAN PENILAIAN
1.0.1 Tatacara Merekabentuk Pepasangan Elektrik
Sebelum melakukan sesuatu pepasangan elektrik, lawatan tapak perlu dilakukan. Ini
diikuti dengan penyediaan pelan pepasangan dan spesifikasi peralatan. Ini dipengaruhi
oleh keadaan persekitaran seperti jenis bekalan yang diperlukan (satu fasa atau tiga fasa)
dan beban maksima permintaan pengguna. Kemudian borang permohonan bekalan
dihantar ke pihak pembekal bekalan. Setelah mendapat kelulusan bertulis, barulah kerja-
kerja pepasangan boleh dimulakan.
Didalam proses kerja pepasangan, penyeliaan dan pemantauan perlu dilakukan bagi
mempastikan kerja dapat dilakukan dalam tempoh yang telah ditetapkan dengan
memenuhi segala kehendak pepasangan pengguna (berdasarkan plan pepasangan).
Setelah selesai, pemeriksaan dan pengujian dilakukan bagi pengesahan permulaan.
Kemudian borang G dan H dihantar ke pihak pembekal bagi mendapatkan pengesahan
perakuan ujian. Akhirnya pihak pembekal akan memasang meter, menyambung bekalan
dan mengujilari bekalan. Rujuk Lampiran 1 bagi Carta Alir Tatacara Pepasangan Elektrik.
1.0.2 Kriteria Merekabentuk
Seorang pendawai perlu mengadakan lawatan tapak untuk mengenalpasti keadaan
persekitaran, jenis bangunan dan langkah perlindungan dalam merekabentuk
pepasangan. Lawatan ini dilakukan bagi:-
i. Mengenalpasti kategori bekalan (satu fasa /tiga fasa)
ii. Merancang susunatur kelengkapan
iii. Menentukan permintaan maksima beban
iv. Menentukan jenis pendawaian
v. Pemilihan kelengkapan elektrik yang sesuai
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 3
Drp / of : 62
Setelah itu, dapatkan plan lantai bangunan daripada pengguna. Jika tiada, pendawai
perlu menyediakannya bagi persediaan menghasilkan lukisan susunatur pepasangan.
Pendawai perlulah berbincang dengan pengguna berkaitan dengan keperluan
pepasangan seperti beban diperlukan dan penempatan kelengkapan.
Apabila cadangan rekabentuk telah dipersetujui, pendawai perlu membuat anggaran
permintaan maksima beban pengguna bagi menentukan spesifikasi kelengkapan
pepasangan seperti kabel, alatlengkap dan kelengkapan elektrik.
Mengikut MS IEC 60364 Fasal 132, rekabentuk pepasangan hendaklah mengambilkira
factor perlindungan pengguna, kelengkapan dan pendawaian agar berfungsi dengan betul
serta selamat. Faktor ini merangkumi keperluan maklumat dalam Fasal 132.2 hingga
132.5 iaitu:-
i. Mengenalpasti bekalan voltan.
ii. Mengenalpasti kategori bekalan (satu fasa / tiga fasa).
iii. Menentukan permintaan maksima beban.
iv. Penentuan dan pemilihan saiz kabel yang sesuai digunakan.
v. Pemilihan peranti perlindungan yang sesuai dan betul.
vi. Menentukan jenis pembumian yang sesuai untuk pepasangan.
vii. Menentukan susunan litar pendawaian.
viii. Mengenalpasti keadaan persekitaran pendawaian.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 4
Drp / of : 62
1.0.3 Carta Alir Kaedah Prosedur Lawatan Tapak
Rajah 1 : Menunjukkan Carta Aliran Merancang Pemasangan Pendawaian Bangunan
Kediaman Bekalan Satu Fasa dan Tiga Fasa
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 5
Drp / of : 62
1.1 KAEDAH PROSEDUR SUSUNATUR LUKISAN ELEKTRIK
1.1.1 Definasi Lukisan Pemasangan Elektrik
Lukisan pemasangan elektrik bolehlah ditakrifkan sebagai lukisan yang menerangkan
kedudukan alat lengkap dan peralatan elektrik, kaedah kawalan litar, saiz kabel yang
digunakan dan kadar arus perlindungan litar. Dengan ini ia dapat dijadikan panduan dan
memudahkan kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan elektrik Lukisan elektrik juga
dapat memberikan maklumat yang lengkap mengenai perancangan pemasangan dan
anggaran bekalan yang diperlukan bagi sesuatu pemasangan elektrik.
1. Lakaran
Lakaran digunakan untuk membantu kita dalam menghasilkan idea yang hendak
disampaikan sebelum kerja-kerja lukisan akhir dilakukan. Ia dapat memberikan gambaran
sebenar sesuatu objek. pada permulaan rekabentuk, lakaran dibuat secara agakan tanpa
mengikut skala objek. Biasanya lakaran dilukis dengan menggunakan garisan secara
tangan bebas. Garisan ini akan menghubungkan titik-titik pada laluan yang betul
2. Gambarajah lukisan pemasangan elektrik
Terdapat berbagai jenis gambarajah yang diperlukan dalam kerja pemasangan elektrik.
Diantaranya adalah:-
1.1.1 Gambarajah Plan Tapak / Lokasi. (Location Diagram)
Gambarajah ini disediakan bagi menunjukkan kedudukan sebenar sesebuah premis
di sesuatu kawasan. Ia juga dapat menunjukkan topografi tanah, kemudahan
perhubungan ketapak projek dan kedudukan bangunan serta perkhidmatan-
perkhidmatan lain yang terlibat dengan projek ini. Dengan ini ia dapat memberi
kemudahan kepada jurutera projek, juruteknik atau pembekal mesin dan peralatan
menentukan kedudukan tapak pemasangan. Tujuan utama plan tapak dan lokasi
adalah:-
i. Untuk menentukan kedudukan lampu jalan atau lampu kawasan.
ii. Untuk menentukan laluan kabel ketapak pemasangan.
iii. Untuk menentukan saluran longkang atau peparitan agar laluan talian kabel
perkhidmatan dapat dirancang dengan sempurna.
iv. Membantu pihak pembekal tenaga elektrik menentukan kedudukan pencawang
dan membuat anggaran kos pembinaan.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 6
Drp / of : 62
Lukisan ini biasanya dilukis pada skala 1:100, 1:500 dan 1:1000.
Rajah 2 : Gambarajah Tapak /Lokasi
1.1.2 Gambarajah Plan Bangunan (Building Plan Diagram)
Gambarajah ini merupakan lukisan senibina. Ia menentukan jenis bangunan (kayu/
bata/ kerangka besi) dan kedudukan pintu, tingkap dan sebagainya. Dengan ini
permulaan kerja pemasangan elektrik serta kedudukan peralatan dan perkakasan
elektrik dapat ditentukan.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 7
Drp / of : 62
1.1.3 Rajah 3 : Gambarajah Plan Bangunan
Gambarajah tegak dan keratan (Sectioning Diagram)
Gambarajah ini disediakan bagi menunjukkan ketinggian sesuatu premis. Dengan ini
ketinggian dan kedudukan peralatan seperti lampu, soket-alir-keluar, kipas dan
sebagainya dapat ditentukan. Gambarajah ini sangat mustahak sekiranya melibatkan
pemasangan lampu dan kipas. Suruhanjaya Tenaga telah menetapkan peraturan
bagi menentukan ketinggian minima pemasangan peralatan elektrik (dari aras lantai
kebahagian bawah peralatan) iaitu:-
i. Kipas gantung di siling 240 sm
ii. Kipas melekat didinding. 205 sm
iii. Kotak fius agihan. 205 sm
iv. Suis 145 sm
v. Soket-alir-keluar (permukaan) 145 sm
vi. Soket-alir-keluar (tersembunyi)
30 sm
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 8
Drp / of : 62
Rajah 4: Gambarajah Tegak
1.1.4 Rajah 5 : Gambarajah Keratan
Gambarajah Susunatur (Layout Diagram)
Gambarajah ini disediakan bagi menunjukkan penempatan alat lengkap dan
peralatan pemasangan elektrik pada sesuatu premis samada didalam atau diluar
bangunan. Umpamanya lokasi pencahaya, soket alur keluar, kipas siling dan
peralatan elektrik yang lain. Gambarajah ini merupakan plan senibina atau arkitek
bagi sesuatu bangunan. Ia dilukis secara lukisan orthografik dari arah atas (plan)
pada skala yang sesuai dengan menggunakan simbol grafik elektrik. Skala yang
biasa digunakan dalam plan susunatur ini ialah 1:100.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 9
Drp / of : 62
Secara umumnya, gambarajah ini dapat menentukan samada pemasangan yang
dilakukan memenuhi kehendak, peraturan, selesa untuk digunakan dan peralatan
diletakkan ditempat yang sesuai. Ia juga dapat membantu kerja-kerja perancangan
peralatan di masa hadapan.
Bagi mengelakkan kekeliruan kepada pendawai elektrik, semua simbol perlulah
dilukis dengan jelas dan betul pada skala yang bersesuaian dengan saiz bilik dan
bangunan agar kelihatan menarik dan tidak mengelirukan. Amnya skala yang lazim
digunakan adalah 1/8 atau 1/16. Disamping itu maklumat yang diberikan mestilah
lengkap dan tepat seperti jenis suis, kadaran, jenis kelengkapan, bilangan litar-kecil-
akhir dan sebagainya.
Rajah 6 : Gambarajah Susunatur
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 10
Drp / of : 62
1.1.5 Gambarajah Pendawaian (Wiring Diagram)
Gambarajah ini menunjukkan bentuk kumpulan dan sambungan kabel pendawaian
yang sebenar. Bentuk perjalanan kabel dan kedudukan komponen perlulah
dikekalkan sama dengan keadaan sebenar. Tujuan gambarajah ini adalah untuk
memberi kemudahan kepada pekerja pendawaian melakukan kerja serta menyurih
nya untuk mencari kerosakan litar atau membuat tambahan litar. Gambarajah litar
pendawaian lampu dan soket alir keluar (SAK) tidak perlu disediakan dalam
pemasangan rumah dan industri kerana ianya mudah dilakukan. Diantara litar-litar
pendawaian ini ialah:-
i. Litar lampu dengan kawalan suis sehala, suis dua hala dan suis pertengahan.
ii. Litar SAK 13A (litar jejari)
iii. Litar SAK 13A (litar gelang)
iv. Litar SAK 15A.
v. Litar penghawa dingin.
vi. Litar pemanas air.
Rajah 7 : Gambarajah Litar Pendawaian Lampu
Tetapi bagi litar pendawaian yang rumit dan kompleks seperti pemasangan panel
kawalan penghidup motor atau kawalan lampu yang rumit, gambarajah pendawaian
perlu disediakan. Tanpa bantuan gambarajah ini, sambungan litar tidak dapat
dilakukan dengan baik dan kemungkinan akan berlaku kesilapan sambungan.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 11
Drp / of : 62
Rajah 8 :Gambarajah litar pendawaian kawalan motor
1.1.5 Gambarajah Satu Garisan (Single Line Diagram)
Gambarajah ini digunakan untuk menunjukkan susunan turutan asas unit kawalan
dan pengagihan bekalan kepada beban-beban dalam sesuatu pemasangan elektrik.
Setiap blok akan mewakili satu litar beban.Pada pemasangan elektrik, gambarajah ini
diperlukan bagi merancang keperluan pendawaian terutamanya pada pemasangan
yang besar dan mempunyai panel kawalan. Umumnya, gambarajah ini merupakan
gambaran asas yang ringkas bagi menunjukkan kawalan dan pembahagian sesuatu
litar elektrik kepada beberapa unit agar mudah di fahami. Ia juga dapat menunjukkan
laluan perjalanan sesuatu sistem pendawaian. Dengan ini panjang dan saiz kabel
yang digunakan dapat dianggarkan dengan tepat.Ketika melukis gambarajah ini, anak
panah arah aliran perlu dilukis dengan nama atau tugas setiap bahagian dicatatkan.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 12
Drp / of : 62
Rajah 9 : Gambarajah satu garisan
Rajah 10 : Gambarajah Satu Garisan Pepasangan Litar Motor
1.1.6 Gambarajah Skematik (Schematic Diagram)
Gambarajah ini digunakan bagi menunjukkan sambungan sesuatu litar elektrik secara
urutan logik dan mudah. Ia juga menunjukkan kaedah pengagihan dan perpindahan
tenaga elektrik dari peringkat awal hingga kepada pengguna atau beban.Sambungan
beban perlulah ditulis dalam bentuk yang mudah difahami. Contoh:-
i. 3 – 1 x 36w (P) diertikan sebagai 3 bilangan pencahaya pendaflour 1 x 36w dan
P menunjukkan pencahaya yang digunakan dari jenis pendaflour.
ii. 2 – 1 x 60w (T) dimana ia mengandungi 2 bilangan pencahaya tungsten 1 x 60w.
iii. (M) – menunjukkan lampu dari jenis mercury/ raksa.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 13
Drp / of : 62
Gambarajah ini bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja menganggar keperluan arus
litar, saiz kabel, kadar alat perlindungan dan kadar arus peralatan pada pemasangan
elektrik.
Aturan melukis gambarajah skematik hendaklah mengikut garis panduan yang telah
ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga.
i. Semua alat lengkap dan komponen perlulah dilukis dalam bentuk simbol piawai
pada ukuran yang sesuai.
ii. Nama dan kadaran setiap alat lengkap atau komponen perlulah ditulis
berhampiran dengannya.
iii. Jarak diantara alat lengkap atau komponen adalah 2 – 3 sm, berdasarkan saiz
kertas yang digunakan.
iv. Setiap litar kecil akhir perlulah ditulis nombor.
v. Setiap alat perlindungan perlulah ditulis kadarannya dengan jelas berhampiran
dengannya.
vi. Jumlah fius atau pemutus litar akan menentukan saiz kotak agihan yang
digunakan.
vii. Nama kotak agihan, bilangan kutub, bilangan hala dan jenis binaannya
hendaklah ditulis berhampiran kotak.
viii. Setiap kabel perlulah ditulis saiz dan jenisnya
ix. Setiap litar-kecil-akhir perlu ditulis beban, kadaran arus / kuasa dan bilangan
Rajah 11 : Gambarajah skematik
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 14
Drp / of : 62
1.1.7 Lukisan Kejuruteraan Elektrik
Lukisan kejuruteraan elektrik domestik ialah lukisan kejuruteraan yang berkaitan dengan
bekalan tenaga elektrik kepada pengguna domestik seperti rumah persendirian.Lukisan ini
berfungsi untuk menjelaskan kandungan sesuatu pemasangan elektrik.Alat tambah dan
kelengkapan elektrik dilukis dalam bentuk simbol yang disambungkan dalam satu gambarajah
mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
1.1.8 Teknik Penghasilan Lukisan
Secara teorinya lukisan yang dihasilkan mestilah kemas, mempunyai maklumat yang jelas
dan mudah difahami. Kemahiran melukis hanya boleh diasah dengan latihan yang sistematik
dan mencukupi.
Sebelum memulakan proses lukisan, pelukis perlulah merancang dari mula hingga lukisan
itu disiapkan. Pelukis perlu menganggarkan saiz lukisan supaya dapat di lukis dalam kertas
lukisan, orientasi lukisan samada menegak atau melintang, dan maklumat yang perlu
dimasukkan dalam lakaran berdasarkan saiz kertas lukisan. Pelukis juga perlu memastikan saiz
simbol dan objek yang digunakan dalam lukisan adalah sekata dan seragam. Pelukis disyorkan
untuk menyediakan satu lakaran yang mengandungi maklumat asas lukisan sebelum
menghasilkan lukisan yang tepat.
1.1.9 Asas Lukisan
a) Garisan
Garisan diperlukan untuk menghasilkan bentuk, simbol, kontur,
dsb.Garisan yang mempunyai pelbagai saiz dan ketebalan yang menerangkan
maksud tertentu. Ini membolehkan pembaca lukisan memahami lukisan tersebut
dengan baik.
Terdapat 10 jenis garisan mengikut piawaian BS308 seperti:
Garisan objek
Garisan keratan
Garisan pandu
Garisan unjuran
Garisan dimensi
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 15
Drp / of : 62
Garisan tersembunyi
Garisan tengah
Garisan pecah
Satah Pemotongan
Garisan penyambungan
Jadual 1: Jenis-jenis garisan
Bil Jenis-jenis garisan Kegunaan
1.
tebal garisan = 0.7mm Garisan yang tebal dan
hitam, digunakan untuk
menunjukkan garisan
objek/benda
Garisan objek tebal garisan = 0.3mm Garisan tebal dan
2. terputus panjang dan
pendek
Garisan keratan
3. 0.7mm Digunakan untuk
menunjukkan bahagian
keratan objek
tebal garisan = 0.3mm Garisan yang halus,
digunakan untuk asas
membina objek
Garisan pandu
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 16
Drp / of : 62
4. Garisan yang halus,
digunakan untuk
Garisan unjuran mengunjurkan garisan
5. objek
tebal garisan = 0.3mm
Selalunya digunakan
dalam lukisan ortografik.
Garisan ini hitam dan
halus
tebal garisan = 0.3mm Digunakan untuk
mendimensi objek
Garisan dimensi Ditandakan dengan anak
panah dikedua-dua
hujung garisan
Bil Jenis-jenis garisan Kegunaan
6.
Garisan yang diputuskan
garis-garis pendek
tebal garisan = 0.3mm Digunakan untuk
menunjukkan garisan
objek yang tidak boleh
kelihatan
Garisan Garisan yang diputuskan
tersembunyi oleh titik-titik
7.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 17
Drp / of : 62
tebal garisan = 0.3mm Digunakan untuk
menunjukan bahagian
tengah objek yang
berbantuk
Garisan tengah Garisan ini dibuat sama
8. hitam dan tebal seperti
garisan objek
Garisan pecah
9. tebal garisan = 0.7mm Untuk menunjukkan
struktur dalaman bagi
sesuatu objek
tebal garisan = 0.3mm Untuk menunjukkan
0.7mm struktur dalaman bagi
sesuatu objek
Satah
Pemotongan
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 18
Drp / of : 62
b) Penghurufan
Huruf dan nombor digunakan untuk menekankan/ menerangkan dengan lebih lanjut
maklumat yang terdapat dalam suatu lukisan. Saiz piawai untuk melukis huruf dan
nombor adalah pada ketinggian 3mm.
Terdapat 3 jenis tulisan yang digunakan dalam lukisan iaitu gothic, roman dan text. Ia
boleh ditulis dalam huruf besar atau kecil. Pensel gred sederhana lembut seperti HB
digunakan untuk menghuruf dan mata pensel hendaklah sentiasa dalam keadaan tajam
atau menggunakan pensel mekanikal.
i) Cara yang betul untuk menghuruf:
Semasa menghuruf jangan campur tulisan besar dan kecil
Gunakan garis panduan untuk menyeragamkan ketinggian tulisan.
Garisan panduan boleh dibuat dengan menggunakan pensil gred keras seperti
2H.
Elakkan dari mencampurkan kaedah menghuruf tegak dan kaedahcondong
Jarak antara huruf hendaklah sama
Ketebalan huruf hendaklah sama ia boleh dibuat dengan menggunakan pensil
yang sama.
Aa Bb Cc Dd Ee Ff
Gg Hh Ii Jj Kk Ll Mm
Nn Oo Pp Qq Rr Ss
Tt Uu Vv Ww Xx Yy Zz
Rajah 10 :Contoh huruf jenis Gothic
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 19
Drp / of : 62
Aa Bb Cc Dd Ee Ff Gg 3mm
Hh Ii Jj Kk Ll Mm Nn
Oo Pp Qq Rr Ss Tt Uu
Vv Ww Xx Yy Zz
Rajah 11 : Contoh huruf jenis Roman
c) Teknik menghuruf
Terdapat 2 jenis teknik menghuruf yang digunakan iaitu teknik menegak dimana tulisan
ditulis secara menegak dan condong dimana tulisan dilukis secara condong (italic).
Berikut adalah contoh dan teknik menghuruf dengan betul
Garis Panduan
Pensil 2H
GH
Pensil H
Rajah 12 : Teknik menegak
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 20
Drp / of : 62
Garis Panduan
Pensil 2H
GH
Pensil H
Rajah 13 : Teknik Condong
1.1.10 Peralatan Melukis (Drawing Instrument)
Peralatan melukis diperlukan untuk menghasilkan lukisan yang kemas, tepat,
cepat dan benar.
Peralatan yang diperlukan untuk melukis adalah;
a) Papan melukis; Digunakan untuk meletakkan media lukisan.
Rajah 14: Contoh papan lukisan mekanikal
b) Media lukisan ; Terdapat empat jenis media yang pernah digunakan dalam lukisan
kejuruteraan.
I. Kertas; digunakan untuk lu kisan yang dilukis menggunakan pensel dan
tidak diulang cetak. Kertas
II. Tracing paper; Sejenis kertas lutsinar yang digunakan untuk mengulang
cetak.
III. Fabrik; Digunakan bagi tujuan tahan lasak, dilukis dengan menggunakan
pensel atau dakwat. Kos yang lebih mahal.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 21
Drp / of : 62
IV. Filem; Sejenis bahan lutsinar yang digunakan khas bagi tujuan ulang
cetak dan blueprinting.
1.1.11 Penskalaan
Jika sesuatu objek terlalu besar untuk dilukis di atas kertas lukisan, lukisan objek
tersebut hendaklah dikecilkan mengikut kadaran yang tertentu.
Rajah 15 : Dimensi yang ditunjukkan dalam rajah adalah nilai ukuran yang sebenar
1.3 BILANGAN KUANTITI (BILL OF QUANTITY)
1.3.1 Pengiraan Permintaan Maksima Beban
MS IEC 60364-1:2003 Fasal 311 menerangkan mengenai keperluan pengiraan
permintaan maksima beban bagi setiap litar akhir suatu pendawaian. Pengiraan ini
merupakan anggaran jumlah keperluan beban tersambung bagi sesuatu pepasangan. Ia
menyediakan satu rekabentuk pendawaian yang mempunyai kriteria perlindungan untuk
keselamatan terutamanya dalam penentuan saiz kabel dan kadar peranti perlindungan.
Kiraan anggaran yang membenarkan pengurangan arus bagi saiz pengalir kabel,
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 22
Drp / of : 62
pengasingan dan alat perlindungan dinamakan Faktor Kepelbagaian.
1.3.2 Keperluan Faktor Kepelbagaian Dalam Pepasangan Elektrik
Dalam sesuatu pemasangan elektrik, tidak semua perkakas dan peralatan elektrik
akan digunakan serentak pada masa yang sama. Dalam keadaan biasa, jarang
sekali pengguna menggunakan lampu, seterika, pembakar roti, dapur elektrik,
televisyen, alat stereo dan lain-lain dalam satu masa yang sama. Oleh itu adalah
tidak ekonomi jika saiz kabel dan kadaran peralatan perlindungan yang dipasang
dibuat berpandukan kepada keupayaan membawa arus maksima keseluruhan
pemasangan. Faktor pengurangan kadar arus maksima ini dinamakan Faktor
Kepelbagaian (Diversity Factor).
o Faktor kepelbagaian bolehlah ditakrifkan sebagai kadar pengurangan arus
bagi kabel dan peralatan perlindungan elektrik.
o Mengikut matematik, faktor kepelbagaian adalah nisbah peratus diantara
jumlah arus beban yang digunakan serentak berbanding dengan jumlah arus
maksima beban.
o Faktor Kepelbagaian = Jumlah arus beban digunakan serentak
Jumlah arus maksima beban
o Mengikut Peraturan MS. IEC 60364, faktor ini tidak boleh digunakan pada
pengiraan saiz kabel untuk litar kecil akhir dan suis peralatan kecuali untuk
litar kecil akhir alat pemanas.
o Peraturan ini telah menetapkan peruntukan bagi kepelbagaian pemasangan
elektrik. Rujuk Jadual di bawah bagi Jadual Faktor Kepelbagaian yang telah
ditetapkan.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 23
Drp / of : 62
Jadual 2: Faktor Kepelbagaian
Jenis Pemilik Bangunan
Rumah individu Kedai kecil, pejabat & Hotel kecil, rumah
Bil Penggunaan litar termasuk deretan bangunan perniagaan tumpangan dan lain-
akhir rumah individu lain
1 Pencahayaan 66% jumlah permintaan 90% jumlah permintaan 75% jumlah permintaan
Pemanasan dan 100% jumlah 100% permintaan 100% permintaan arus
2 kuasa permintaan arus arus terbesar +
hingga 10 A +
(rujuk 3 – 8) terbesar + 80% permintaan arus
50% baki permintaan 75% permintaan arus kedua terbesar +
arus melebihi 10 A peralatan selebihnya
60% permintaan arus
peralatan selebihnya
10 A + 30%
permintaan arus 100% permintaan arus peralatan terbesar +
3 Perkakas memasak perkakas memasak 80% permintaan arus peralatan kedua terbesar +
melebihi 10 A 60% permintaan arus peralatan selebihnya
+ 5 A jika SAK
digabung- kan dalam
unit
Motor elektrik 100% permintaan
4 (selain drp. motor lif arus motor terbesar + 100% permintaan arus
yang tertakluk pada 80% permintaan arus motor terbesar +
pertimbangan khas) motor kedua terbesar 50% permintaan arus
+ motor selebihnya
60% permintaan arus
motor selebihnya
100% peralatan
Pemanas air terbesar
5
+ 100% permintaan 100% permintaan arus peralatan terbesar +
(Jenis segera)
arus peralatan kedua 100% permintaan arus peralatan kedua terbesar +
terbesar 25% permintaan arus peralatan selebihnya
+ 25% permintaan arus
peralatan selebihnya
6 Pemanas air (dikawal Tiada peruntukan kepelbagaian
oleh termostat)
7 Pemanasan pemanas Tiada peruntukan kepelbagaian
lantai
8 Pemanasan storan Tiada peruntukan kepelbagaian
terma pemanas ruang
Penyusunan piawai 100% permintaan arus 100% permintaan arus litar terbesar +
9 bagi litar kecil akhir litar terbesar + 50% permintaan arus setiap litar yang lain
(mengikut lampiran) 40% permintaan arus
setiap litar lain
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 24
Drp / of : 62
SAK lain drp. no. 9 100% permintaan titik 100% permintaan arus 100% permintaan arus
10 dan peralatan tetap penggunaan terbesar titik terbesar titik terbesar
penggunaan + penggunaan
lain drp. atas + 40% permintaan arus
setiap titik penggunaan 75% permintaan arus + 75% permintaan arus
setiap titik penggunaan setiap titik dibilik utama
lain (seperti ruang makan)
+ 40% permintaan arus
bagi setiap titik
penggunaan yang lain
1.4 FAKTOR KEPELBAGAIAN
Faktor kepelbagaian ialah suatu kiraan anggaran yang membenarkan pengurangan arus
bagi alat saiz pengalir kabel, pengasingan dan alat perlindungan.
Mengapa ia diperlukan?
Dalam sesuatu pemasangan pengguna, tidak semestinya semua kelengkapan elektrik
digunakan serentak pada satu masa. Contohnya, jarang sekali pengguna memerlukan atau
menggunakan lampu, seterika, pembakar roti, dapur elektrik, televisyen, alat stereo dan
lain-lain dalam satu masa yang sama. Oleh itu, arus maksimum yang mengalir di dalam
pengalir litar adalah kurang daripada jumlah arus yang dijangkakan bila kesemua alat
kelengkapan elektrik digunakan serentak. Jadi adalah tidak ekonomik sekiranya kita
menggunakan kabel, suis, pengasing dan sebagainya, dengan hanya berpandukan pada
permintaan maksimum arus beban dalam pemasangan. Bagi tujuan ini, faktor kepelbagaian
dibenarkan tetapi hendaklah berlandaskan kepada jadual B Peraturan-Peraturan Elektrik
1994.
Jadual 3: Permintaan maksimum arus beban
Tujuan litar akhir disambungkan Pepasangan individu rumahtangga, termasuk
daripada konduktor atau gear suis blok kediaman individu
yang padanya kepelbagaian terpakai
1. Lampu 66% daripada jumlah permintaan arus
2. Kuasa 100% daripada jumlah permintaan arus
sehingga 10 Ampere
3. Perkakas memasak
+ 50% daripada mana- mana permintaan
arus yang melebihi 10 Ampere
10 Ampere
+ 30% f.l perkakas memasak yang
disambungkan melebihi 10 Ampere
+ 5 Ampere jika air keluar digabungkan
dalam unit.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 25
Drp / of : 62
4. Pemanasan air (jenis serta-merta)* 100% f.l perkakas terbesar
+ 100% f.l perkakas kedua terbesar
5. Pemanas air (dikawal termostat) + 25% f.l perkakas yang tinggal
6. Susunan standard litar akhir Kepelbagaian tidak dibenarkan
menggunakan air keluar soket
100% daripada permintaan terbesar
7. Alir keluar soket selain daripada + 40% daripada permintaan arus bagi
yang termasuk dalam 6 di atas
dan kelengkapan pegun selain tiap-tiap litar lain.
daripada disenaraikan di atas.
100% daripada permintaan arus daripada
poin penggunaan terbesar
+ 40% daripada permintaan arus bagi
tiap-tiap poin penggunaan yang lain.
Contoh 1: Sebuah rumah kediaman setingkat dengan pendawaian permukaan
memerlukan bekalan 230 V, 50 Hz satu fasa bagi dibekalkan kepada beban-beban berikut:-
15 buah lampu nyahcas 36 W
5 buah lampu filament 40 W
8 buah SAK, dipasang secara litar jejari.
5 buah kipas siling 60 W.
1 buah pemanas air 3 Kw.
Kira saiz fius perlindungan dan saiz kabel bekalan yang sesuai digunakan
bagi pepasangan ini. Buat perbandingan antara jumlah arus maksima
dengan jumlah arus faktor kepelbagaian. (faktor kuasanya 0.85)
Jadual 4: Contoh pengiraan arus maksima dan arus anggaran
Pengiraan Arus Maksima Pengiraan Arus dengan Arus Arus
Faktor Kepelbagaian
Maksima Anggaran
1. Lampu nyahcas 66% x 2.11 = 1.39 A 2.11 A 1.39 A
15 x 18 x 1.8 = 2.11 A
230
2. Lampu filament
5 x 40 = 0.87 A 66% x 0.87 = 0.57 A 0.87 A 0.57 A
230
3. SAK 13A 100% MCB terbesar = 20 A
(4 l.k.a dikawal oleh MCB 20 A) 40% baki =40% x 60 = 24 A 80 A 44
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 26
Drp / of : 62
4 x 20 = 80 A
4. Kipas siling
5 x 60 = 1.53 A 66% x 1.53 = 1.01 A 1.53 A 1.01 A
13.04 A
230 x0.85
60 A
5. Pemanas air
1 x 3000 = 13.04 A 100% alat terbesar = 13.04 A 13.04 A
230
Jumlah 97.55 A
Arus maksima = 97.55 A
Arus anggaran = 60.0 A
Saiz kabel utama = 10 mm2 PVC / PVC
Saiz suis utama = 60 A
Contoh 2: Sebuah rumah kediaman dengan pendawaian permukaan memerlukan
bekalan 230 V, 50 Hz fasa tunggal bagi dibekalkan kepada beban-beban berikut:-
8 buah lampu filament 60 W
10 buah lampu nyahcas 36 W
10 buah SAK, dipasang secara litar jejari.
2 buah penyaman udara bilik 2 kk.
2 buah pemanas air jenis segera 1.5 Kw.
1 buah alat pemasak 3 Kw.dengan unit kawalan tanpa SAK
Kira saiz fius perlindungan dan saiz kabel bekalan yang sesuai digunakan
bagi pemasangan ini. Buat perbandingan antara jumlah arus maksima
dengan jumlah arus faktor kepelbagaian.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 27
Drp / of : 62
Jadual 5: Contoh pengiraan arus maksima dan arus anggaran
Pengiraan Arus Maksima Pengiraan Arus dengan Arus Arus
Faktor Kepelbagaian Maksima Anggaran
1. Lampu filament
8 x 60 = 2.09 A 66% x 2.09 = 1.38 A 2.09 A 1.38 A
230
2. Lampu nyahcas 66% x 2.81 = 1.85 A 2.81 A 1.85 A
10 x 36 x 1.8 = 2.81 A
230
3. SAK 13A 100% MCB terbesar = 16 A 80 A 41.6 A
(5 l.k.a dikawal - MCB 16 A) 40% baki = 40% x 64 = 25.6 A
5 x 16 = 80 A
4. Penyaman udara 15.26 A 15.26 A 15.26 A
2 x 2.0 x 746 = 15.26 A (Tiada faktor kepelbagaian)
230 x .85
5. Pemanas air 100% beban penuh terbesar 13.04 A 13.04 A
2 x 1500 = 13.04 A = 6.52 A
100% beban kedua terbesar
230 = 6.52 A
6. Alat pemasak 10 A pertama = 10 A
1 x 3000 = 13.04 A
30% drpd baki 13.04 A 10.91 A
230
= 30% x 3.04 = 0.91 A
Jumlah 126.24 A 84.04 A
Arus maksima = 126.24 A
Saiz fius kawalan 90 A
Saiz kabel bekalan - 25 mm2 PVC / PVC
Kadar Suis Utama - 100 A (jenis SPN)
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 28
Drp / of : 62
a) Contoh 3
Sebuah rumah kediaman memerlukan bekalan satu fasa 240V, 50Hz mempunyai beban-beban
seperti di bawah. Anda dikehendaki mengira arus maksima dan arus anggaran untuk
menentukan saiz kabel utama, alat pengasing dan perlindungan dengan berpandukan jadual
kepelbagaian.
1. 12 x 60W lampu filamen.
2. 10 x 40W lampu kalimantang.
3. 4 x 85W kipas siling.
4. 8 X 13A suis soket alur keluar.
5. 2 x 3KW pemanas air (serta-merta).
6. 1 x 7KW alat kawalan memasak disertakan 13A suis soket alur keluar.
7. 1 x 1.5 Hp penghawa dingin.
Jadual 6: Contoh pengiraan arus maksima dan arus anggaran
Pengiraan arus maksima Pengiraan arus anggaran Arus Arus
maksima anggaran
1. 12 x 60W lampu filamen 66% daripada arus beban 3.13A 2.07A
I = P/V penuh.
= 12 X 60 = 3.13A.
230 I = 66% x 3 = 2.07A
2 10 x 40W lampu
kalimantang 66% daripada arus beban penuh 2.07A
I = P X 1.8 / V 3.13A
= 10 X 40 X 1.8 = 3.13A I = 66% x 3 = 2.07A
230
3. 4 x 85W kipas siling
I = P / V Cosθ 66% daripada arus beban penuh 1.14A
1.73A
I = 66% x 1.67 = 1.14A
= 4 x 85 = 1.73A.
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 29
Drp / of : 62
230 x 0.85
4 8 x 13A suis SAK 100% litar terbesar + 40% litar 80A 44A
2 x 13A sso = 20A selebihnya.
2 x 13A sso = 20A 100% x 20A = 20A 25A
2 x 13A sso = 20A 40% x (80-20) = 24A 21.13A
2 x 13A sso = 20A 5.72A
= 80A = 44A 101.13A
5. 2 x 3KW pemanas air (serta
merta) 100% litar terbesar + 100% litar
kedua terbesar + 25% litar
I = P/V selebihnya.
100% x 12.5A = 12.5A
26.09A
= 2 x 3 x 1000 100% x 12.5A = 12.5A
230
= 25A
= 26.09A
7. 1 x 7KW pemasak l/d 13A 10A pertama = 10A
sso + 30% f.l melebihi 10A
l = P/V 30% x (30.43-10) = 6.13A. 30.43A
= 1 x 7 x 1000 + 5A utk 13A sso. = 5A
230 = 30.43A = 21.13A
7. 1 x 1.5Hp penghawa dingin.
I = P / V Cosθ Tiada kepelbagaian 5.72A
= 1 x 1.5 x 746
230 x 0.85 = 5.72A
Jumlah 150.23A
NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 30
Drp / of : 62
1.4 JUMLAH BEBAN TERSAMBUNG (TCL)
Definisi Jumlah Beban Tersambung (TCL) adalah berkait rapat dengan Faktor Kepelbagaian
(Diversity Factor) kerana ia mengambil kira tentang bebanan dan arus dalam sesuatu litar yang
lengkap (dari DB ke litar kecil akhir).
a) Contoh pengiraan
Sebuah rumah kediaman dua tingkat akan menerima bekalan elektrik dari pihak berkuasa
bekalan, 240V, 50Hz dengan keperluan beban pada pepasangan seperti berikut:
BEBAN TINGKAT SATU
14 x 36W mata lampu pendaflour
2 x 40W mata lampu filamen
11 x 20W mata down light
8 x 60W mata kipas siling
3 x 1kW mata lampu cendelier
12 mata soket keluaran 13A (litar jejari)
2 mata pendingin udara berkadar 1.5 kuasa kuda
2 mata pemanas air berkadar 1.0kW
1 mata alat pemasak berkadar 8kW.
BEBAN TINGKAT DUA
10 x 36W mata lampu pendaflour
3 x 40W mata lampu filamen
6 x 20W mata down light
3 x 60W mata kipas siling
10 mata soket keluaran 13A (litar jejari)
1 mata pendingin udara berkadar 1.5 kuasa kuda
1 mata pemanas air berkadar 1.0kW