The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

e-PORTFOLIO LATIHAN MENGAJAR (LM1 & LM2) HIDAYAH BINTI SAMIAN CB180020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hidayah, 2022-07-16 22:46:47

e-PORTFOLIO LATIHAN MENGAJAR_HIDAYAH BINTI SAMIAN_CB180020

e-PORTFOLIO LATIHAN MENGAJAR (LM1 & LM2) HIDAYAH BINTI SAMIAN CB180020

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 31
Drp / of : 62

Soalan:

Merujuk Jadual Ketiga (Peraturan 11) Jadual B Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, kirakan
jumlah arus beban tersambung (TCL) dan jumlah arus kehendak maksima (MD) bagi beban
tersebut

Jadual 7 : Beban Tingkat 1 (Contoh pengiraan TCL dan MD)

Bil Jenis Beban Jumlah Arus beban Jumlah Arus Kehendak
1 Filamen (40W) Bil Tersambung (TCL) Maksima (MD)

5 '= 5 x 40 '= 0.83 x 66%
'= 0.56 Amp
240

'= 0.83 Amp

2 Pendarflour (36W) 24 '= 24 x 36 x 1.8 '= 6.48 x 66%
3 Down Light (20W) 240 '= 4.28 Amp
4 Candelier (1kW)
5 13 Amp S SAK '= 6.48 Amp '= 2.55 x 66%
'= 1.68 Amp
17 '= 17 x 20 x 1.8 '= 12.5 x 66%
240 '= 2.55 Amp '= 8.25 Amp

3 '= 3 x 1000 1. 100% pertama = 20 Amp
240 2. 200 x 40% = 80 Amp

'= 12.5 Amp Jumlah arus = 100 Amp
'= 3.24 x 66%
22 '= 11 litar x 20 Amp '= 2.14 Amp
'= 220 Amp
1. 100% pertama = 4.17 Amp
6 Kipas Siling (60W) 11 '= 11 x 60 2. 100% kedua = 4.17 Amp
7 Pemanas Air (1kW) 240 x 0.85 3. 25% baki = 1.04 Amp

'= 3.24 Amp Jumlah Arus = 9.38 Amp

3 '= 3 x 1000
240

'= 12.5 Amp

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 32
Drp / of : 62

8 Alat Pemasak (8kW) 1 '= 1 x 8000 10A pertama + 30% f.l.
230 10A + 30%(33.33-10) + 5
= 21.99 Amp
'= 33.33 Amp
100% arus penuh
9 Pendingin Udara 4 = 4 x 1.5 x 746 = 21.94 Amp
(1.5hp) 240 x 0.85
148.28 Amp
= 21.94 Amp

Jumlah 313.37 Amp

Jadual 8: Beban Tingkat 2 ( Contoh Pengiraan TCL dan MD)

Bil Jenis Beban Jumlah Arus beban Jumlah Arus Kehendak
1 Filamen (40W) Bil Tersambung (TCL) Maksima (MD)

5 '= 5 x 40 '= 0.83 x 66%
'= 0.56 Amp
240

'= 0.83 Amp

2 Pendarflour (36W) 24 '= 24 x 36 x 1.8 '= 6.48 x 66%
3 Down Light (20W) 240 '= 4.28 Amp
4 Candelier (1kW)
5 13 Amp S SAK '= 6.48 Amp '= 2.55 x 66%
'= 1.68 Amp
17 '= 17 x 20 x 1.8 '= 12.5 x 66%
240 '= 2.55 Amp '= 8.25 Amp

3 '= 3 x 1000 1. 100% pertama = 20 Amp
240 2. 200 x 40% = 80 Amp

'= 12.5 Amp Jumlah arus = 100 Amp
'= 3.24 x 66%
22 '= 11 litar x 20 Amp '= 2.14 Amp
'= 220 Amp
1. 100% pertama = 4.17 Amp
6 Kipas Siling (60W) 11 '= 11 x 60
7 Pemanas Air (1kW) 240 x 0.85

'= 3.24 Amp

3 '= 3 x 1000

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 33
Drp / of : 62
240
'= 12.5 Amp 2. 100% kedua = 4.17 Amp
3. 25% baki = 1.04 Amp
8 Alat Pemasak (8kW) 1 '= 1 x 8000
230 Jumlah Arus = 9.38 Amp
10A pertama + 30% f.l.
'= 33.33 Amp 10A + 30%(33.33-10) + 5
= 21.99 Amp
9 Pendingin Udara 4 = 4 x 1.5 x 746
(1.5hp) 240 x 0.85 100% arus penuh
= 21.94 Amp
= 21.94 Amp
148.28 Amp
Jumlah 313.37 Amp

1.6 JENIS-JENIS PENGALIR

1.6.1 Pengalir

Pengalir adalah bahagian kabel yang berfungsi untuk mengalirkan arus elektrik. Bilangan pengalir itu
boleh jadi satu, dua atau tiga atau beberapa lembar mengikut keperluan kegunaannya. Pengalir
lazimnya dibuat daripada bahan jenis logam. Tidak semua jenis logam boleh digunakan sebagai pengalir,
kerana setiap jenis mempunyai kerintangan yang berbeza dan boleh mempengaruhi aliran arus. Untuk dijadikan
pengalir yang baik hendaklah dipilih daripada jenis logam yang mempunyai kerintangan rendah. Ianya mudah
membawa aliran arus.Pengalir yang kerap digunakan dalam pembinaan kabel dipilih dari bahan kuprum
danaluminium.

1.6.1.1 Kuprum

Merupakan bahan pengalir yang baik dan lembut serta mudah dibentuk. Selain itu harganya
yang sederhana. Oleh kerana ia mudah dilentur dandibentuk, kabel berpengalir kuprum paling sesuai untuk
kabel pendawaian dalam rumahatau di luar rumah bagi pemasangan tetap. Selain itu kuprum keras yang
mempunyaiketegasan tertinggi ini digunakan untuk pengalir talian rentangan atas yang lazimnyatidak bertebat

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 34
Drp / of : 62

1.6.1.2 Aluminium

Merupakan bahan logam yang mempunyai kerintangan lebih tinggi sedikitdaripada kuprum. Untuk dijadikan
pengalir, luas keratan rentasnya hendaklah tidak kurang daripada 10mm. Aluminium lebih ringan daripada
kuprum dan dianggarkan 1/3berat daripada berat kuprum di samping harganya lebih murah.

1.7 JENIS- JENIS KABEL

Pengalir yang berpenebat dikenali sebagai kabel. Ia adalah suatu bahan yang membentuk suatu litar
pada beban dalam sistem pemasangan elektrik. Kabel berupaya :

a) Mengalirkan arus elektrik dari bekalan kuasa ke dalam peralatan-peralatan elektrik
atau mesin elektrik dengan selamat.

b) Menghalang berlakunya denyutan daya gerak elektrik apabila tersentuh padanya.

1.7.1 Binaan
Kabel yang digunakan pada litar elektrik terdiri dari berbagai jenis, semuanya mempunyai tiga bahagian
utama :

i) Pengalir

ii) Penebat

iii) Perlindungan mekanikal

i ii iii

Rajah 16: kabel

1.7.2 Pengalir/Teras

a) Semua kabel mempunyai satu atau lebih teras yang diperbuat dari aluminium atau
kuprum yang mempunyai nilai pengaliran yang tinggi.

b) Pemilihan kuprum sebagai pengalir kerana ia mempunyai nilai rintangan yang rendah,
mudah di bentuk dan mudah untuk proses pemetrian.

c) Ia berbentuk lembaran dawai supaya mudah dilenturkan.

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 35
Drp / of : 62

Contoh ukuran kabel,

7/1.04 mm 7= 7 lembar
1.04 mm= garispusat setiap lembar pengalir

6.0 mm luas keratan rentas keseluruhan pengalir

1.7.3 Luas Keratan Rentas Pengalir.
Luas keratan rentas pengalir ialah jumlah keratan rentas setiap lembar.

Rajah 17: Kabel Luas keratan rentas
pengalir

6.00 mm² - menunjukkan luas keratan rentas keseluruhan pengalir.

Dimana formula luas keratan rentas ( area) ialah a = j² x 7

Contoh pengiraan.

Sekiranya saiz kabel diberi 7/1.04 mm dan tukarkan saiz tersebut dalam bentuk luas

keratan rentas.

Garis pusat
setiap lembar.

A = j² ATAU GP² Bilangan
lembar

4

= 3.14 x ( 1.04)²

2

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 36
Drp / of : 62

= 3.14 x 0.52²
= 0.84 mm² / lembar

7 lembar = 7 x 0.84
= 5.94 mm² @ = 6.0 mm²

1.7.4 Perlembaran

Untuk memastikan kelenturan dan mudah diperlakukan, pengalir
dilembarkan.Sebilangan dawai kecil dipintal bersama secara melingkar untuk
membentuk satu teras yang setara dengan satu dawai tunggal dalam saiz yang
diperlukan.

Bilangan lembar yang digunakan ialah 1, 3, 7, 19, 37, 61 dan 127.Saiz bagi konduktur
tersebut adalah dari 1.0 mm2 (1/1.13 in) hingga 630 mm2 (127/2.52 in).Sebagai
contoh, kabel bersaiz 3/0.029 in.Ini bermakna 3 adalah bilangan lembar dan 0.029
adalah garispusat bagi tiap-tiap lembar. Bagi jenis yang besar, luas keratan rentas
biasanya disebut sebagai ukuran

a) Teras Kabel

Jenis-jenis teras kabel yang biasa digunakan dalam pemasangan ditunjukkan dalam
rajah dibawah.

1. Teras tunggal 2. Kabel 2 teras

3. Kabel 3 teras 4. Kabel teras berbilang.

Rajah 20: Jenis-jenis teras kabel

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 37
Drp / of : 62

b) Penebat.

Penebat mestilah mempunyai rintangan yang tinggi bagi menghalang arus
keluar. Jenis-jenis penebat yang digunakan ialah kertas isian minyak, varnish
cambric, vulcanised bitumen, PVC dan getah.

c) Pelindung mekanikal.

Bahan yang digunakan disekeliling penebat untuk mengelakkan kerosakan
mekanikal pada kabel semasa pemasangan atau sepanjang penggunaannya. Di
antara bahan yang digunakan ialah, salutan PVC, salutan getah, pita keluli (steel
tape) atau galvanizes steel wire, salutan plumbum/kuprum dan konduit atau sesalur.

d) Kord Dan Kabel Boleh Lentur

Ia merupakan suatu jenis kabel yang mempunyai lembaran pengalir yang banyak dan
halus. Ia lebih mudah dilenturkan berbanding dengan kabel biasa. Jadual dibawah
adalah perbandingan di antara kord dan kabel boleh lentur.

Jadual 9 : Perbandingan kord dan kabel boleh lentur

Kord boleh lentur Kabel boleh lentur

1. Luas keratan rentas keseluruhan Luas keratan rentas keseluruhan pengalir
pengalir bagi kord ialah 4.0 mm2 bagi kabel ialah lebih 4.0 mm2

atau kurang

2. Disambung di antara siling ros dan Disambungkan untuk kadaran beban yang
pemegang lampu anting-anting lebih besar

3. Disambungkan antara plug atau Disambungkan di antara palam dan alat-alat
palam dan alat-alat mudah alih tetap

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 38
Drp / of : 62

1. Penebat PVC kembar selari

penebat pengalir

2. Penebat PVC kembar berpintal

3. Penebat PVC beranyam

iii iv

i ii

i. Pengalir
ii. Salut PVC
iii. Anyaman Benang
iv. Salut PVC

Rajah 21 : Jenis-Jenis Kord dan Kabel Boleh Lentur.

Jadual 10: Pengenalan warna kabel

FUNGSI KABEL PENGENALAN WARNA

Pengalir perlindungan Hijau dan kuning
Pengalir litar satu fasa Merah atau kuning atau biru
Fasa R bagi litar 3 fasa Merah
Fasa Y bagi litar 3 fasa Kuning
Fasa B bagi litar 3 fasa Biru
Positif bagi litar 2, 3 dawai arus terus (a.t) Merah
Negatif bagi litar 2 dawai arus terus (a.t) Hitam
Negatif bagi litar 3 dawai arus terus (a.t) Biru
Dawai tengah bagi litar 3 dawai (a.t) Hitam

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 39
Drp / of : 62

Jadual 11: Kabel Yang Digunakan Oleh TNB

JENIS VOLTAN

PVC INSULATED LV
-Single core LV
-Twin core LV
-Multicore
6.6kV, 11kV, 22kV,33kV
PAPER INSULATED LV, 6.6kV, 11kV
-Single core 22kV, 33kV
-Belted
-Screened 22kV, 33kV, 132kV
132kV
OIL FILLED
-3 Core self contained 11kV, 33kV{SAXKA)
-Single core self contained 11kV, 22kV,33kV,132kV

XLPE 11kV
-Aerial cable
-Single core
-XLPE 3 core

e) Nama kabel adalah bergantung kepada;

a) Perlindungan mekanikalnya
b) Penebatan yang digunakan
c) Teras pengalir kabel tersebut

f) Syarat-Syarat Pemilihan Kabel

Untuk menghantar tenaga elektrik dengan selamat, ekonomikal, beberapa
syarat/peraturan perlu diambil kira:
a) Mempunyai saiz pengalir yang berpatutan supaya tidak berlaku kepanasan dan

susutan voltan dalam had yang ditetapkan.
b) Mempunyai penebat yang sempurna dan selamat.
c) Kabel mestilah mempunyai kestabilan dari segi fizikal pada keseluruhannya.
d) Mempunyai perlindungan mekanikal untuk mengelakkan daripada kerosakan yang

teruk
e) Penggunaan kabel mestilah mengikut had/kelas tertentu sesuai dengan nilai voltan

yang digunakan.

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 40
Drp / of : 62

g) Faktor Pemilihan Jenis Kabel

a) Tempat hendak digunakan/keadaan sekeliling
b) Jenis pendawaian/jenis beban yang digunakan
c) Jangka masa ketahanan yang dikehendaki
d) Kemungkinan kerosakan yang akan dihadapi
e) Perbelanjaan yang dianggarkan
f) Rupabentuk
g) Mampu yang membawa arus maksima tanpa pemanasan yang keterlaluan.

1.8 JENIS – JENIS ALAT PERLINDUNGAN ELEKTRIK

Alat perlindungan lebihan arus ialah sebarang alat yang boleh memutuskan litar
bekalan dengan sendiri(automatik) apabila berlaku arus lebih yang melebihi kuantiti
yang dihadkan bagi litar itu. Oleh sebab itu, alat ini hendaklah dipasang pada dawai
hidup pada awal litar iaitu secara bersiri dengan litar bekalan.

Arus lebih ini terjadi disebabkan oleh litar pintas atau pertambahan arus bekalan atau
pun disebabkan oleh pemasangan beban yang berlebihan daripada yang sepatutnya.

Tujuan memasang alat perlindungan lebihan arus ialah untuk mengelakkan
berlakunya kerosakan pada sesuatu alat apabila arus yang melebihi kadaran arus
keupayaan maksimum alat itu mengalir didalam llitarnya. Disamping itu juga,
pelindung lebihan arus juga melindungi kabel daripada rosak.

i) Faktor pemilihan jenis-jenis perlindungan arus lebihan

a) Jenis beban
b) Keupayaan unit perlindungan
c) Suhu sekeliling
d) Alat khas
e) Harga

ii) Jenis-jenis alat perlindungan
a) Fius
b) Pemutus litar

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 41
Drp / of : 62

iii) Jenis-jenis fius:

a) Fius boleh dawai semula
b) Fius katrij
c) Fius kapasiti pemutus tinggi (hrc)

1.8.1 Fius Boleh Dawai Semula

Ia digunakan pada pemasangan pengguna domestik atau untuk arus beban yang
rendah di perindustrian ciri-ciri :

a) terdiri dari dawai elemen yang disambungkan dalam satu penghubung fius yang
boleh dikeluarkan dari tapak fius.

b) Dawai elemen fius diperbuat dari aloi iaitu campuran timah dan plumbum atau dari
kuprum tulin.

c) Ia boleh ditukar ganti sekiranya elemen itu putus.
d) Arus nominal bergantung kepada saiz dawai elemen fius.
e) Kebaikan dan keburukan fius jenis ini adalah seperti jadual A

Rajah 22: Fius Jenis Dawai Semula

Jadual 12 : Kebaikan dan keburukan fius boleh dawai semula.

Kebaikan Keburukan

1. Dawai elemen fius murah Menghasilkan arka dan mengeluarkan bunyi yang
kuat

2. Senang ditukar ganti Kemungkinan silap mengganti saiz elemen fius

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 42
Drp / of : 62

1.8.1.2 Fius Katrij

Fius Katrij digunakan dalam palam 3 pin bagi perkakasan elektrik. Ia boleh dianggap
sebagai fius tambahan kepada fius dalam papan agihan. Ciri-ciri ;

a) Terdiri dari satu tiub yang diperbuat dari kaca atau seramik atau tembikar.
b) Arus nominal fius adalah 0.15A, 0.25A, 0.5A, 0.75A,1A, 2A, 3 A, 5A dan 13A.
c) Faktor fiusan diantara 1.5 hingga 1.75 kali.
d) Kebaikan dan keburukan fius jenis ini adalah seperti jadual B

Rajah 23: Fius jenis kartrij.

Rajah 23 : Fius Katrij

Jadual 13: Kadaran arus dan kod warna bagi fius katrij

Kadaran Arus Fius Dalam Amp Diameter dawai Fius dalam mm

5 Putih
15 Biru
20 Kuning
30 Merah
45 Hijau
60 Ungu

Jadual 14 : Kebaikan dan keburukan fius katrij

Kebaikan Keburukan

1. Kadar arus nominal diketahui dengan 1. Jika elemen fius putus, keseluruhan
tepat
fius tidak boleh digunakan.
2. Kapasiti pemutus tidak merosot
3. Mempunyai kod warna untuk 2. Pemegang fius hanya sesuai
dengan saiz katrij yang tertentu
kadaran saiz yang tertentu.

4. Dapat mengelakkan terjadinya arka
dan bunyi yang kuat.

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 43
Drp / of : 62

1.8.1.3 Fius Kapasiti Pemutus Tinggi

Fius ini digunakan pada tempat atau beban yang memerlukan kadar kapasiti pemutusan
yang tinggi. Ia mempunyai arus nominal yang besar dan mampu menanggung arus
beban yang tinggi. Ciri-ciri ;

a) Terdiri dari satu tuib seramik dengan penutup hujungnya yang diperbuat dari logam.
b) Dawai elemen fius diperbuat dari jenis jalur perak dan disokong oleh silikon serta

diselaputi oleh serbuk mineral.
c) Mempunyai elemen penunjuk dan serbuk penanda.
d) Faktor fiusan diantara 1.0 hingga 1.25 kali.
e) Kebaikan dan keburukan fius jenis ini adalah seperti jadual C.

Rajah 24: Fius HRC

Jadual 15 : Kebaikan dan keburukan fius pemutus tinggi

Kebaikan Keburukan

- Dapat mengelakkan terjadinya - Paling mahal.
arka dan bunyi yang kuat. - Mengambil masa untuk menggantikan

- Dapat mengawal arus yang tinggi. fius yang baru.
- Hanya sesuai dengan penghubung fius
- Kapasiti pemutusan yang tinggi.
dan tapak fius yang tertentu.
- Mempunyai tanda pemutusan.

- Sukar didapati.

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 44
Drp / of : 62

Elemen fius Jadual 16: Istilah-istilah yang berkaitan dengan fius

adalah pengalir dengan pelbagai saiz yang akan cair apabila
arus yang berlebihan mengalir melaluinya

Arus nominal arus maksima yang boleh melalui kabel atau fius pada jangka
masa yang tidak terhad dengan tidak memanaskan pengalir
kabel atau mencairkan elemen fius.

Arus fiusan arus minima yang boleh mencairkan elemen fius.

Faktor fiusan nisbah arus fiusan dengan kadaran arus

1.8.2 Pemutus Litar Miniatur (MCB) BS 3871)

Terdapat dua jenis pemutus litar miniatur yang digunakan untuk pemasangan
domestik dan industri iaitu jenis magnet hidrolik dan jenis terma. Fungsi utama adalah
sebagai peranti perlindungan kepada pemasangan.dalam keadaan litar pintas dan
juga arus rosak peranti ini akan memutuskan sambungan secara automatik
menjadikan litar buka dan tiada arus mengalir di dalam litar.dalam keadaan normal
peranti ini akan membuat sambungan bagi membolehkan litar lengkap dan
mengalirkan arus di dalam litar.

Rajah 25 : MCB (Miniature Circuit Breaker)

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 45
Drp / of : 62

-Peranti ini hendaklah di dalam bekas tertutup rapat untuk perlindungan mekanisma
-Nilai arus minimum untuk membuka secara automatik
- Tempoh masa untuk membuka

1.8.2.1 Binaan MCB

MCB BS 3871 ini mempunyai kadaran voltan sehingga 415 volt dan arus sehingga
100 ampiar serta kapasiti memutus sehingga 9 kA.Dengan yang demikian peranti ini
dibuat bagi memenuhi ciri-ciri piawaian yang binaan asasnya mengandungi bahagian
seperti:
Satu set mekanisma pensuisan - Set mekanisma ini berbentuk punat suis yang boleh
ditolak ke keadaan ON dan OFF dengan menggunakan tangan.Punat suis akan
terpelantik secara automatik ke OFF apabila berlaku arus lebih mengalir melaluinya.
Setelah peranti memutus iaitu berada dalam keadaan OFF,periksa litar yang
bersambung dengan MCB ini dan asingkan peralatan yang telah dikenalpasti
rosak.Kemudian boleh tolak punat suis ke ON semula,jika masih terpelantik semula
ke OFF,periksa aksesori dan kabel pendawaian
Satu set alatan automatik terdapat dua jenis alat perlantikan secara automatik yang
digunakan untuk MCB iaitu jenis magnet terma haba dan jenis magnet hidrolik.

1.8.2.2 Jenis magnet terma

Pelantik akan terkendali dalam jangkamasa lama.Kendalian akan dilakukan oleh alat
sesentuh dwi logam (bimetal).Apabila arus lebih melaluinya,bahan logam yang satu
akan pelantik dan terlepas daripada sentuhan lalu mengendali pelantik sistem
mekanisma suis ke arah OFF.

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 46
Drp / of : 62

Kepingan metalik Binaan MCB Jenis
membengkok apabila panas Magnet Terma
disebabkan oleh arus.Plag
magnet melantik membuka Rajah 1.22: Binaan MCB
sentuhan dan memutuskan
litar.Fius H.B.C (BS 88 dan BS
1361)

Rajah 26: Binaan MCB

Pelantikan serta merta dikendalikan oleh satu alat elektromagnet bagi beban lebih di
sekitar 10 x kadaran arusnya.

1.8.2.3 Jenis Magnet Hidrolik

Unit kawalan pelantik mengandungi satu gegelung elektromagnet dililit pada tabung
berbentuk silinder berisikan minyak sebagai terasnya.Apabila arus besar melaluinya
akan berlaku penjanaan kemagnetan lalu menggerak mekanisma pelantik secara
automatik dan memutuskan litar.

Rajah 27: Binaan MCB jenis Hidrolik

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 47
Drp / of : 62

- Set pelindung pemadam arka

- Alat pemadam arka dibentuk supaya apabila berlakunya arka ketika sesentuh
terbuka dengan serta merta dihalakan ke arah perangkap arka dan ini membolehkan
arka dipadamkan dengan serta merta

- Satu set sesentuh tetap dan boleh bergerak

Terdapat dua jenis kendalian pelantik dalam pembuatan MCB iaitu suis terpelantik
lambat dan MCB yang suisnya terpelantik dalam tempoh tidak melebihi 0-1 saat
sebagai pelantik serta merta.Mengikut piawaian BS 3871 MCB hendaklah tidak
berkendali ketika mengalirkan arus dengan kadarannya secar berterusan.MCB juga
dikehendaki supaya terpelantik dalam tempoh masa 1 jam jika sekiranya aliran arus
1.5 kali lebih daripada kadaran arus biasa,atau 1.35 kali daripada arus kadaran bagi
kadaran lebih daripada 10 amp.

Kebaikan MCB

- Kapasiti memutus atau pelantik telah ditentukan oleh pihak pembuat dan tidak
boleh diubahsuai

- Kendalian atau keupayaan MCB boleh diuji serta di set semula
- Dengan MCB segala kerosakan yang berlaku ke atas litar pemasangan dapat

dikesan dengan lebih cepat.
- Tidak seperti fius apabila terputus perlu diganti semula dengan yang lain

manakala MCB hanya perlu diset semula atau di ON kan setelah terpelantik.

1.8.3 Pemutus arus baki (PAB atau RCD),

Dikenali sebagai pemutus litar arus baki(PLAB atau RCCB), adalah sejenis pemutus
litar bocor ke bumi kendalian arus yang memutuskan bekalan elektrik apabila ia
mengesan arus elektrik yang tidak seimbang antara arus pada wayar hidup dengan arus
pada wayar neutral. Ketidakseimbangan arus ini kadang-kala disebabkan oleh
kebocoran arus elektrik melalui badan mangsa yang dibumikan dan tersentuh bahagian
berlogam peralatan elektrik yang mengalami kerosakan.Keadaan ini boleh
menyebabkan renjatan elektrik yang boleh membawa maut. PAB direka supaya dapat
memutuskan litar dengan pantas untuk mengurangkan bahaya akibat renjatan elektrik

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 48
Drp / of : 62

walaupun ia asalnya tidak direka untuk memberi perlindungan daripada keadaan beban
lampau ataupun litar pintas.

Rajah 28: Pemutus litar arus baki

1.9 JENIS- JENIS PENDAWAIAN SATU FASA

1.9.1 Terdapat 3 jenis pendawaian elektrik iaitu:

 Pendawaian Permukaan.
 Pendawaian Terbenam.
 Pendawaian Pembuluh (conduit) –

o (i) Pembuluh keluli, bukan keluli dan boleh lentur, (ii) Sesalur, (iii) Salur

1.9.2 Faktor yang perlu diambil kira dalam pemilihan jenis pendawaian adalah:

 Jenis beban yang hendak dipasang
 Keadaan tempat pemasangan
 Kos perbelanjaan
 Tempoh ketahanan pemasangan
 Kekemasan dan kecantikan
 Keadaan sekeliling
 Tempoh masa menyiapkan
 Perubahan atau penambahan litar di masa akan datang
 Jenis voltan bekalan
 Keselamatan dan kelulusan JBE/TNB/JKR

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 49
Drp / of : 62

a) Pendawaian Permukaan (Surface Wiring)

 Satu sistem di mana kabel – kabel yang digunakan dalam sesuatu pemasangan
dipasang pada permukaan dinding atau siling tanpa sebarang perlindungan tambahan.

 Kabel yang digunakan mestilah daripada jenis bersalut kerana terdedah kepada
keadaan persekitaran dan kerosakan mekanikal.

Rajah 29 : Pendawaian yang bertebat di permukaan

 Bagi pendawaian permukaan yang dibuat di bangunan batu satu simen, kabel akan
diklipkan atas satu bilah papan (wooden batten) yang sebelum ini dipakukan ke dinding
atau siling.

 Jenis klip yang biasa digunakan ialah klip aluminium atau plumbum.
 Kebaikan sistem ini ialah ia mudah disiapkan dengan perbelanjaan yang murah,

pemasangan tambahan juga mudah dilakukan.
 Biasanya diaplikasikan di rumah kediaman (lama dan sudah tidak digunakan di kawasan

perumahan baru untuk tujuan keselamatan).
 Kelemahan sistem ini ialah ia tidak tahan dengan suhu yang panas dan lembap, tidak

cantik dan sistem perlindungan mekanik yang kurang memuaskan.

b) Pendawaian Terbenam (Embedded Wiring)

 Kabel litar dipasang di dalam dinding atau siling dan tidak kelihatan langsung kecuali
penghujung kabel yang digunakan untuk sambungan ke terminal aksesori atau beban.

 Kaedah ini dilakukan dengan membenamkan kabel ke lurah alur di dinding atau siling
yang telah disediakan.

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 50
Drp / of : 62

 Pada kebiasaannya ia dibuat semasa peringkat pembinaan bangunan iaitu sebelum
kerja penurapan simen (plaster) dijalankan.

 Kabel tersebut mestilah disusun dengan rapi agar tidak berlaku sebarang kerosakan
mekanikal ke atasnya.

 Kaedah ini cantik dan kemas. Ia tidak menghadapi bahaya mekanikal dn tahan pada
perubahan cuaca, tahan lama dan kosnya juga rendah.

 Tetapi sistem ini sukar untuk dibaiki apabila berlaku kerosakan dan boleh
mendatangkan bahaya semasa memaku dinding yang tersimpan kabel yang
tersembunyi.

c) Pendawaian Pembuluh (conduit)

 Dalam sistem ini, konduit digunakan untuk menyalurkan kabel–kabel.
 Sistem ini digunakan di tempat yang terdapat bahaya kerosakan mekanik atau kimia,

contohnya di kilang–kilang perusahaan, makmal, bengkel dll.
 Sistem ini boleh dipasang dipermukaan atau tersembunyi.
 Beberapa keistimewaan pendawaian sistem ini ialah konduit ini boleh dijadikan pengalir

perlindung litar (grounding), mudah diubahsuai untuk tambahan, tahan lama, dapat
mengelakkan kebakaran dan kabelnya tidak mudah tercacat.
 Sistem ini melibatkan perbelanjaan yang tinggi serta mengambil masa yang lama untuk
disiapkan.
 Bentuknya tidak kemas jika dipasang pada permukaan.
 Untuk pembuluh boleh lentur (logam) yang boleh dibentuk mengikut kehendak
pemasangan amat berguna terutamanya untuk sambungan bagi penghujung beban
yang bergerak atau di tempat – tempat yang bebannya selalu diubahsuai.
 Sesalur – Sistem pendawaian ini menggunakan sesalurlogam atau bahan penebat yang
pada kebiasaanya bersegi empat dan dipasang secara menegak atau mendatar di
permukaan dinding atau besi rangka bangunan.
 Kabel dimuatkan dalam sesalur dan biasanya bersaiz besar serta bilangan yang banyak.
 Salur – dibuat daripada logam yang berbentuk segi empat bujur memanjang tanpa
penutup.
 Lazimnya, salur ini tersembunyi di bawah lantai yang biasa disebut salur bawah lantai.
 Jika dilihat dari atas, sistem ini dipasang seperti sistem grid dalam sesebuah bangunan.
 Kesemua kotak simpang berada pada selekoh bengkokan 90.
 Sistem ini amat sesuai digunakan di pejabat kerana alatan dan perkakas sering diubah –
ubah kedudukannya.

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 51
Drp / of : 62

d) Dulang Kabel ( Cable tray)

Sistem kabel dulang digunakan untuk menyokong terlindung kabel elektrik yang digunakan
untuk pengagihan kuasa dan komunikasi.Dulang kabel digunakan sebagai alternatif kepada
pendawaian terbuka atau sistem saluran elektrik, dan biasanya digunakan untuk pengurusan
kabel dalam pembinaan perdagangan dan perindustrian.Mereka adalah sangat berguna dalam
situasi di mana perubahan kepada sistem pendawaian dijangkakan, sejak kabel baru boleh
dipasang dengan meletakkan mereka dalam dulang, bukan menarik mereka melalui paip.

e) Underground Cabling

Tiga jenis kabel boleh dipasang di bawah tanah:

1. - Berperisai atau logam bersarung atau kedua-duanya

2. - P.v.c. terlindung jenis sepusat. Kabel sedemikian akan mempunyai neutral (dan mungkin
konduktor pelindung) sekitar konduktor fasa. Satu contoh yang ditunjukkan dalam {Rajah 4.1
(c)}.

3. - Mana-mana kabel yang sesuai disertakan dalam pembuluh atau saluran yang memberikan
sekurang-kurangnya tahap yang sama perlindungan mekanikal sebagai kabel perisai.

Tiada keperluan khusus untuk kedalaman pengkebumian diberikan dalam Peraturan-Peraturan,
kecuali bahawa kedalaman harus mencukupi untuk mengelakkan sebarang gangguan tanah
semunasabahnya mungkin berlaku semasa penggunaan biasa premis. Oleh itu, kabel untuk
outbuildings dipasang di bawah jalan yang konkrit boleh pada 400 mm, manakala jika berjalan
melalui ruang tanaman yang boleh tertakluk kepada menggandakan menggali akan menjadi
kurang berkemungkinan untuk gangguan jika dikebumikan di 700 mm. Untuk padang kafilah,
kabel perlu dipasang di luar kawasan padang, kecuali sesuai dilindungi, untuk mengelakkan
kerosakan oleh pasak khemah atau sauh bumi.

Kabel mesti dikenal pasti oleh pita sesuai atau penanda di atas kabel, supaya menggali sesiapa
akan menjadi menyedari kehadiran kabel. Meliputi kabel juga boleh menawarkan kedua-dua
pengenalpastian dan perlindungan seperti yang ditunjukkan dalam {Rajah 7,22}.

Ia sering berguna untuk meletakkan penanda kabel pita kuning hanya di bawah paras tanah
supaya ini akan didedahkan dengan menggali sebelum kabel dicapai. Lukisan berhati-hati juga
perlu dibuat untuk menunjukkan lokasi sebenar kabel dikebumikan, lukisan itu akan membentuk
sebahagian daripada manual pemasangan

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 52
Drp / of : 62

Rajah 30: kabel bawah tanah

2.0 PEMBUMIAN / PEMBUMIAN

Bumi boleh bermakna perkara yang berbeza kepada orang yang berbeza. Dalam
konteks ini ia bermakna tempat sifar potensi,tempat di mana arus kesalahan boleh
diarahkan kapasiti yang mencukupi untuk membolehkan fius pecah. dalam reality ia
biasanya bahan di bawah tapak kaki kami dan kita menyambung kepada ini dalam
beberapa cara yang berbeza.

Bangunan disambungkan ke tanah dan oleh itu tingkat di mana kita berdiri pada masa
yang sama berpotensi.Sambungan elektrik yang datang ke rumah dan pejabat kami
perlu selamat. Inilah sebabnya sambungan bumi di lokasi domestik biasanya dibuat
untuk paip logam (biasanya air sesalur membekalkan) tempat dekat di mana ia
memasuki tanah.

Ia juga akan mendapati bahawa pengubah pengedaran akan mempunyai sambungan
bumi, biasanya dalam bentuk rod tembaga yang berlabuh di tanah.

Konduktor Kilat yang ditemui di bangunan tinggi juga akan berakar umbi di dalam tanah,
supaya dalam peristiwa mogok kilat semasa pas secara tidak ke tanah dan tidak ke
dalam struktur bangunan, sekali gus menjimatkan bangunan daripada kerosakan.

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 53
Drp / of : 62

Rajah 31 : pembumian bagi bangunan

Kerintangan pembumian
lembap tanah, rintangan kurang ia akan mempunyai. Ini adalah sebab bangunan
mempunyai mereka sendiri sambungan bumi dan tidak bergantung kepada titik bumi
pada transformer pengagihan.

Jadual 17 : kerintangan bumi

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 54
Drp / of : 62

Pembumian bagi Keselamatan

Untuk sistem elektrik selamat, tahap perlindungan yang mencukupi perlu disediakan. Ini boleh
dicapai dengan penggunaan penebat dan pembumian. Jadual di bawah butiran tahap
perlindungan (Lop) yang disediakan oleh pelbagai jenis penebat dan bumi.

Jadual 18 : Tahap Perlindungan

Bagi sistem untuk menjadi selamat Lop jumlah 2 mesti disediakan.

Jadual seterusnya menyatakan jarak yang diperlukan antara dua pengalir untuk pelbagai jenis
penebat untuk IT dan aplikasi industri. Penebat asas tidak memerlukan apa-apa jurang yang
besar sebagai dua atau bertetulang dan oleh itu menyediakan tahap perlindungan yang lebih
rendah.

Jadual 19 : Jarak antara dua pengalir

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 55
Drp / of : 62

Jarak di atas adalah berdasarkan voltan 300 VAC bekerja. Voltan bekerja adalah voltan antara
dua litar untuk diasingkan. Yang lebih rendah voltan kerja, lebih rendah creepage dan jarak
kelegaan yang diperlukan. Untuk memastikan bahawa penebat adalah betul dan tidak rosak
atau dikilang salah voltan ujian mesti digunakan. Jadual di bawah menunjukkan voltan ujian
untuk voltan 300 VAC bekerja.

Jadual 20: Voltan ujian

Dua jenis bumi boleh hadir dalam sistem:

FusionExcel - Bumi Fungsian - ini tidak menyediakan fungsi keselamatan.

PE - Bumi Perlindungan - Ini menyediakan perlindungan terhadap kejutan elektrik dalam sistem
kelas 1.

Rajah 32 : Perlindungan bumi

Gambar rajah di atas mewakili kelas yang lengkap 1 bekalan kuasa. Utama untuk perlindungan
bumi disediakan oleh penebat asas dan bumi pelindung (Lop 2). Utama untuk perlindungan
menengah (240VAC untuk 12VDC) disediakan oleh penebat double / bertetulang (Jumlah Lop
2).

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 56
Drp / of : 62

1.10 PERATURAN AKTA BEKALAN ELEKTRIK MRNGIKUT STANDARD

Tujuan utama pengujian dan pemeriksaan dijalankan adalah untuk memastikan
bahawa sesuatu pepasangan dilaksanakan dengan sempurna dan selamat , selaras
dengan kehendak undang-undang dan peraturan pemasangan elektrik. Undang-undang
dan peraturan tersebut antara lain :

i. Electricity Regulations.
ii. Electricity (Board Supplies) Rules.
iii. Electricity Ordinance.
iv. Safety Regulations.
v. IEE Regulations for electrical installations.
vi. Akta Bekalan Elektrik.

Sesuatu pepasangan pada umumnya akan mengalami kerosakan. Kerosakan yang
biasa berlaku pada pepasangan elektrik seperti :

i. Litar pintas.
ii. Arus bocor ke bumi.
iii. Peralatan tidak berfungsi.

Mengikut peraturan, pemeriksaan dan pengujian hendaklah dibuat terhadap
pepasangan-pepasangan berikut :

i. Pepasangan baru elektrik.
ii. Pepasangan sedia ada untuk tujuan tambahan atau ubahsuaian.
iii. Pepasangan sedia ada secara berkala mengikut perencanaan bagi tujuan

penyelenggaraan.
iv. Tambahan pepasangan, khususnya tambahan besar.
v. Ujian di atas permintaan pengguna. Ini biasanya apabila berlaku kerosakan

terhadap pepasangan.
vi. Ujian untuk proses kemasukan bekalan oleh TNB.

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 57
Drp / of : 62

a) MENTERJEMAHKAN GAMBARAJAH SKEMATIK PENDAWAIAN TIGA FASA

11

2
3
4
5

6

27

8
9

10

12 3 4 5 67

Seseorang perlu kenalpasti fungsi peranti perlindungan litar. Secara umumnya
fungsi peranti adalah seperti berikut :

1. Cut out dan neutral link
Saiz fius 60A dapat ditentukan. Pemasangan dibuat oleh pihak pembekal (TNB).

2. Meter Tenaga (Kwh meter)
Meter tenaga dipasang oleh pihak pembekal (TNB).

3. Suis utama (Main switch)
Kadaran saiz fius yang digunakan ditentukan dari beban yang tersambung.

4. ELCB@RCCB
Fungsinya memberi perlindungan arus bocor ke bumi.

 ELCB@RCCB 1 : Melindungi litar kecil akhir bagi litar alat tetap.
Penentuan saiz ELCB atau RCCB bergantung pada jumlah beban tersambung.

Sensitiviti 100mA – litar alat tetap.

 ELCB@RCCB 2 : Melindungi litar kecil akhir bagi litar kuasa.
Sensitiviti 30mA – Litar radas tangan.

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 58
Drp / of : 62

5. MCB (Pemutus Litar Kenit)
Fungsinya mengawal arus lebih.

Ditentukan bergantung kepada jumlah beban tersambung.

6. Saiz kabel bagi litar kecil akhir
Ditentukan dari jumlah arus beban yang digunakan setelah faktor kepelbagaian.

7. Bilangan litar kecil akhir
Rujukan bagi mengetahui berapa jumlah kuasa atau arus yang digunakan dalam

pepasangan.

1.11 AKTA KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN (OSHA) 1994

1.11.1 PERATURAN MENJALANKAN PEMERIKSAAN

i. Mengikut Peraturan 12 (1) dan (2), Peraturan-peraturan Elektrik 1994 menyatakan
bahawa setiap pendawaian dalam sesuatu pepasangan perlu sedia oleh
Pendawaian dengan sekatan Fasa Tunggal atau Sekatan Tiga Fasa. Setelah siap,
pendawaian berkenaan hendaklah memperakukan mengesahkan suatu Perakuan
Penyeliaan dan Penyiapan.

ii. Mengikut Peraturan 13 (1) dan (2), Peraturan-peraturan Elektrik 1994 menyatakan
pepasangan itu hendaklah diuji oleh Pendawai dengan Sekatan Satu Fasa atau
oleh Pendawai dengan Sekatan Tiga Fasa yang diberikuasa untuk menguji mana-
mana pepasangan, dan yang hendaklah mengesahkan Perakuan Ujian bagi
pepasangan itu.

iii. Mengikut Peraturan 14 (1) Peraturan-peraturan Elektrik 1994 menyatakan
Perakuan Penyeliaan dan Penyiapan dan Perakuan Ujian dalam peraturan 12 dan
13 hendaklah masing-masing dalam Borang G dan H yang ditetapkan dalam
Jadual Pertama.

a) PROSEDUR MENJALANKAN PEMERIKSAAN

i. Uji dengan ujian litar mati.
ii. Uji pepasangan. Ikut prosedur di atas.

 Ujian keterusan.
 Ujian penebatan.

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 59
Drp / of : 62

iii. Ujian yang dilakukan bergantung kepada kerosakan yang berlaku.
iv. Uji dengan ujian litar hidup.
v. Uji bahagian yang telah dibaik pulih.
vi. Masukkan segala data baikpulih di dalam log book.

1.12 KEPERLUAN KEBENARAN BAGI MELAWAT TAPAK

i) LAWATAN TAPAK

Lawatan tapak perlu dilakukan bertujuan untuk menentukan:
a) Kelengkapan elektrik yang sesuai dijalankan
b) Permintaan beban maksimum
c) Bekalan masuk (satu fasa atau tiga fasa)
d) Jenis pendawaian
e) Susunatur kelengkapan

a) Kad Hijau

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia melalui Akta 520 telah
menetapkan seorang yang pekerja yang perlu bekerja di tapak binaan atau
penyelenggaraan perlu mendaftar dan mempunyai Kad Hijau CIDB. Ini Bertujuan bagi
memastikan mereka telah diberi pendedahan mengenai keselamatan di kawasan tapak
binaan dan juga perlindungan insuran.

Sehubungan dengan ini, Mesyuarat Pengurusan Prasarana Bil 3/2017 telah
memutuskan supaya semua Pegawai dan staf Prasarana yang terlibat dalam
melaksana, memantau dan menyelia di kawasan tapak pembinaan atau kerja perlu
mendaftar dan memperbaharui Kad Hjau CIDB pada setiap tahun.

b) Pasport keselamatan (Safety passport)

Pasport keselamatan adalah satu kad yang berwarna hijau. Ia dikeluarkan oleh
Construction Industry Development Board (CIDB) sebagai satu safety passport bagi
memasuki tapak binaan yang tertera gambar dan beberapa maklumat penting
mengenai pemilik Kad Hijau tersebut. Kad hijau adalah satu-satunya safety passport
yang sistematik di Malaysia yang boleh digunakan dengan meluas oleh industry
terutamanya Pembinaan, Oil & Gas, Kimpalan dan sebagainya.

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 60
Drp / of : 62

Rajah 33 : Contoh passport keselamatan

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 61
Drp / of : 62

SOALAN :
1. Senaraikan empat (4) jenis lukisan dan gambarajah dalam bidang elektrik:

i. ________________________________________________________
ii. _________________________________________________________
iii. _________________________________________________________
iv. _________________________________________________________

2. Apakah yang dimaksudkan dengan lukisan pelan susunatur?
___________________________________________________________
___________________________________________________________

3. Nyatakan sifat gambarajah skematik:
___________________________________________________________
___________________________________________________________

4. Berikan perbezaan diantara gambarajah litar dan gambarajah pendawaian:
___________________________________________________________
____________________________________________________________
____________________________________________________________

5. Apakah tujuan simbol-simbol piawai diwujudkan?
___________________________________________________________
________________________________________________________;’___

NO. KOD / CODE NO. EE-320-2:2012-C01/P(1/5) Muka Surat / Page : 62
RUJUKAN: Drp / of : 62

1. Nota CIBD: Pemasangan Pedawaian Bangunan (BWI) – Lukisan Elektrik.
2. Nota Giat Mara: Mereka Bentuk Lukisan Elektrik Satu Fasa.

3. MD. NASIR HAJI ABD. MANAN (2010), PENDAWAIAN ELEKTRIK DI BANGUNAN
KEDIAMAN PANDUAN BERPANDUKAN MS IEC 60364, , IBS BUKU SDN. BHD., ISBN
978-967-950-



Di akhir pembelajaran:

Dapat mengenal pasti jenis – jenis garisan

Teknik
penghasilan

lukisan

ASAS LUKISAN

ASAS LUKISAN ASAS LUKISAN ASAS LUKISAN

1 2 3

Garisan Penghurufan Teknik
menghuruf

MENGENAL JENIS-
JENIS GARISAN

GARISAN

❑ Dalam lukisan kejuruteraan, garisan mempunyai fungsi yang tersendiri. Setiap
garisan mempunyai 3 perkara penting iaitu:

i. Bentuk garisan
ii. Tebal/ hitam garisan
iii. Kegunaan garisan

Garisan diperlukan untuk menghasilkan bentuk, simbol, kontur, dsb.

Garisan yang mempunyai pelbagai saiz dan ketebalan yang menerangkan
maksud tertentu.

Ini membolehkan pembaca lukisan memahami lukisan tersebut dengan
baik.

JENIS- JENIS GARISAN

Garisan
objek

Garisan Garisan
penyambungan keratan

Satah Garisan
Pemotongan pandu

Garisan Garisan
pecah unjuran

Garisan Garisan
tengah tersembunyi

JENIS- JENIS GARISAN

Jarak 2mm

Garisan unjuran

Garisan unjuran

Garisan objek Garisan dimensi
Garisan keratan

Garisan tersembunyi Garisan tengah
Garisan pecah Satah Pemotong

AKTIVITI 1

ab

ef
c

d

AKTIVITI 1 d

c
a

b









Fun - N - Pick


Click to View FlipBook Version