The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

e-PORTFOLIO LATIHAN MENGAJAR (LM1 & LM2) HIDAYAH BINTI SAMIAN CB180020

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Hidayah, 2022-07-16 22:46:47

e-PORTFOLIO LATIHAN MENGAJAR_HIDAYAH BINTI SAMIAN_CB180020

e-PORTFOLIO LATIHAN MENGAJAR (LM1 & LM2) HIDAYAH BINTI SAMIAN CB180020

5/15/22, 11:50 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar

JURNAL/REFLEKSI

SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 20212022

TARIKH : 28 Mac 2022 - 1 April 2022

TAJUK : REFLEKSI MINGGU 2
PERISTIWA : Memasuki kelas untuk m
engulangkaji pelajaran yang seperti dalam jadual.

1.Bisikan Hati:



Semua pelajar hadir ke sesi pembelajaran dan pemudahcara (Pdpc) saya. Semasa proses pdp berlaku, semua pelajar
menumpukan perhatian dan memberi respon yang baik. Di samping itu, pelatih juga menggunakan ABBM untuk pengajaran
dan pembelajaran kepada pelajar.




2.Menganalisis/Menilai:



Ketika saya menanyakan beberapa soalan kepada mereka, saya sangat gembira kerana meraka mendapat jawab soalan yang

dianjurkan dengan betul. Tambahan pula,saya berpandapat keadaan ini berlaku kerana ABBM yang digunakan oleh saya

dapat dilihat dengan jelas oleh kesemua pelajar. Dapatan dari analisis yang dibuat adalah pada mulanya, saya melihat pelajar

REFLEKSI : kurang memberi respon dengan apa yang saya ingin sampaikan tetapi apabila saya memberi peluang untuk mereka untuk


menjawab dan menulis jawapan mereka di papan putih mereka rasa seronok untuk memberi kerjasama.


1.Bisikan Hati
2.Menganalisis/Me
nilai 3.Kesedaran Baru:
3.Kesedaran Baru



4.Cadangan/Tindaka
n Saya perlu memulakan set induksi, pelajar nampak lebih fokus dan saya merasakan bahawa set induksi saya telah berjaya


menarik perhatian dan fokus pelajar untuk belajar seperti perlu menyediakan kaedah baharu yang dapat menarik perhatian


seperti grafik-grafik yang menarik dan berkait dengan isu-isu yang baharu dan menarik. Selain itu, dengan melakukan aktiviti

dua hala, saya boleh lihat semangat pelajar dan kerjasama antara mereka amat baik dan sekaligus membuatkan pelajar lebih

bersemangat dan fokus di dalam kelas. Pelajar akan lebih bersemangat apabila kami masuk dan menerangkan menganai topik

yang akan dijalankan oleh pelajar.



4.Cadangan/Tindakan:



Saya perlu menjadi seorang yang tegas, sentiasa berani dan yakin untuk berhadapan serta berkomunikasi dengan
menggunakan teknik yang betul supaya pelajar dapat melihat saya adalah sebagai yang profesional dan sentiasa bersemangat
di dalam kelas. Penambahbaikan pada slide pembentangan dengan memasukkan elemen grafik dan video yang lebih menarik
dan jelas. Penekanan kepada point penting kepada topik pembelajaran supaya pelajar faham dan fokus kepada hasil
pembelajaran.

SEMAKAN PENYELIA

STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak
KOMEN (PENYELIA) :

TARIKH KOMEN (PENYELIA) :

SEMAKAN PEMBIMBING

STATUS SEMAKAN Disemak
(PEMBIMBING) :
- Baik
KOMEN (PEMBIMBING) : - Apa
yang saya dapat menilai semasa guru pelatih ini mengajar semua pelajar menumpukan perhatian dan
memberi respon yang baik.
TARIKH KOMEN
(PEMBIMBING) :

- Pelatih juga menggunakan ABBM yang sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran kepada pelajar.

15-04-2022

 

eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=29219&ya=5&k=0 1/1

5/15/22, 11:50 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar

SEMESTER : JURNAL/REFLEKSI
TARIKH :
TAJUK : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 20212022
4 April 2022 - 8 April 2022
PERISTIWA : REFLEKSI MINGGU 3
1) Pendaftaran pelajar baru
2) Mesyuarat Bagi kemasuk
kan pelajar baru
3) Menggantikan kelas encik Zaidi untuk subjek Penyelenggaraan Peralatan elektrik 3 fasa

1.Bisikan Hati:



Alhamdulillah, saya telah selesai menyelesaikan Latihan Mengajar pada Minggu ketiga. Minggu ketiga ini semua warga KV
agak sibuk dengan pelbagai aktiviti. Pada minggu ketiga ini, semua pensyarah bersama-sama pelajar bertungkus lumus untuk
mennyiapkan fail SKM 2 dan 3 untuk pelajar-pelajar 1 dan 2 SVM. Alhamdulillah saya diberi peluang untuk membantu
pelajar melengkapkan fail mereka. Seterusnya, sebagai seorang guru pelatih yang masih kekurangan ilmu, saya berusaha
mendapatkan bahan dan ilmu asas daripada para pensyarah yang berpengalaman dalam bidang kursus yang telah diberikan.
Saya akan cuba bertanyakan soalan kepada para guru sekiranya terdapat perkara yang saya kurang faham. Pada minggu ketiga
ini Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) masih belum berjalan kerana para pelajar 1SVM perlu menghadiri orientasi yang
dilakukan oleh pihak kolej.




2.Menganalisis/Menilai:


REFLEKSI : Berdasarkan analisis saya terhadap pengajaran dan pembelajaran pada minggu ketiga ini, saya dapati para pelajar sudah mula


menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan bersedia untuk mengikuti PdPc. Para pelajar juga memberikan kerjasama
yang bagus apabila diminta untuk memberikan bantuan semasa aktiviti seperti sesi pengenalan dengan meminta pelajar
1.Bisikan Hati keadapan dan memperkenalkan diri.
2.Menganalisis/Me
nilai Berdasarkan pemerhatian saya, saya
dapati para pelajar lebih suka kepada gaya pembelajaran berpusatkan pelajar jika
dibandingkan dengan pembelajaran berpusatkan guru. Guru masih lagi berfungsi sebagai penyampai ilmu namun pada masa
3.Kesedaran Baru
yang sama menjadi fasilitator kepada para pelajar.
4.Cadangan/Tindaka
n








3.Kesedaran Baru:



Antara kesedaran baru yang saya perolehi pada minggu ketiga ini ialah sebagai seorang guru saya hendaklah sentiasa bersabar
akan karenah para pelajar. Selain itu, saya perlu lebih tegas di dalam kelas supaya para pelajar tidak membuat bising dan
mengganggu sesi pembelajaran pada hari tersebut. Saya juga hendaklah sentiasa mempelbagaikan kaedah pengajaran dan
memperbanyakkan aktiviti supaya para pelajar akan lebih berminat untuk menimba ilmu pengetahuan.




4.Cadangan/Tindakan:



Antara cadangan yang boleh saya cadangkan ialah sebagai seorang guru, kita hendaklah sentiasa mencari idea-idea baru
dalam menyampaikan ilmu. Bukan itu sahaja, kita juga hendaklah bersifat kreatif dalam merangka gaya pembelajaran
berpusatkan pelajar.




SEMAKAN PENYELIA

STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak
KOMEN (PENYELIA) :

TARIKH KOMEN (PENYELIA) :

SEMAKAN PEMBIMBING

STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Disemak

KOMEN (PEMBIMBING) : - Baik dan jelas

TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) : 15-04-2022

 

eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=29220&ya=5&k=0 1/1

5/15/22, 11:50 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar

JURNAL/REFLEKSI

SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 20212022
TARIKH :
TAJUK : 11 April 2022 - 15 April 2022

PERISTIWA : REFLEKSI MINGGU 4

1) Sesi perkenalan dengan pelajar-pelajar baru semasa Pdpc
2) Mengadakan taklimat yang di ketuai oleh cikgu Iza selaku
Ketua Jabatan untuk memberi sedikit ucapan .


3) Membuat aktiviti menarik untuk merapatkan hubungan silaturahim antara para pelajar dan guru.

1.Bisikan Hati:



Alhamdulillah, pada tanggal 7 April 2022 hingga 11 April 2022, saya telah selesai menjalani minggu keempat Latihan
Mengajar di Kolej Vokasional Juasseh. Selain itu,bagi hari pertama perjumpaan ini ,saya merasa sedih kerana pelajaran tidak
dapat dijalankan seperti biasa. Walaubagaimanapun, saya bersa gembira kerana saya telah ditugaskan untuk membuat aktiviti
bersama pelajar-pelajar baru. Hal ini , sedikit sebanyak saya mula memahami dan mengenali rentak para pelajar 1 SVM. Pada
minggu ketiga ini kelas bagi subjek ETE1023 dan ETE 1013 telah mula dijalankan. Pada 11 April 2022, kelas pertama bagi
kelas ETE 1023 merupakan kelas dan diisi dengan pengenalan kepada subjek pendawaian satu fasa. Manakala bagi kelas ETE
1023 merupakan kelas kedua ETE 1013 dimulakan dengan membuat sesi perkenalan serta guru memberikan taklimat
berkenaan peralatan lukisan yang diperlukan bagi subjek Single Phase Drawing ini. Bagi kedua-dua kelas, para pelajar mula
menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling dan saya mula untuk mengenali setiap pelajar.




REFLEKSI : 2.Menganalisis/Menilai:





1.Bisikan Hati Oleh kerana para pelajar 1SVM perlu menghadiri program orientasi yang dijalankan oleh pihak sekolah maka sesi Pengajaran
2.Menganalisis/Me
nilai dan Pemudahcaraan (PdP) bagi kursus ETE 1013 dan ETE 1024 tidak dapat dijalankan. Namun, saya mengambil peluang ini
untuk berbincang dengan guru-guru yang mengajar kedua-dua kursus ini iaitu Puan Hafizah yang mengajar ETE1013 dan
3.Kesedaran Baru
ETE1024. Bagi menekankan mengenai teknik pengajaran dan juga teknik kawalan di dalam kelas. Beliau juga banyak
4.Cadangan/Tindaka
n menerangkan bahan pengajaran yang digunakan bagi subjek ETE1013 dan ETE1024. Pada minggu ketiga ini saya juga
terlibatkan dengan aktiviti di Kolej Vokasional Juasseh iaitu Majlis Orientasi Pelajar 1SVM.







3.Kesedaran Baru:



Saya perlu memulakan set induksi, pelajar nampak lebih fokus dan saya merasakan bahawa set induksi saya telah berjaya
menarik perhatian dan fokus pelajar untuk belajar seperti perlu menyediakan kaedah baharu yang dapat menarik perhatian.
Selain itu, dengan melakukan aktiviti dua hala, saya boleh lihat semangat pelajar dan kerjasama antara mereka amat baik dan
sekaligus membuatkan pelajar lebih bersemangat dan fokus di dalam kelas.




4.Cadangan/Tindakan:



Antara cadangan yang boleh saya cadangkan ialah sebagai seorang guru, kita hendaklah sentiasa mencari idea-idea baru
dalam menyampaikan ilmu dan membuat aktiviti "Hot Chair" dengan aktiviti ini pelajar lebih berani untuk ke hadapan untuk
membuat pembentangan semasa dalam kelas.

SEMAKAN PENYELIA

STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak
KOMEN (PENYELIA) :

TARIKH KOMEN (PENYELIA) :

SEMAKAN PEMBIMBING

STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Disemak

KOMEN (PEMBIMBING) : - Baik dan jelas

TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) : 15-04-2022

 

eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=29388&ya=5&k=0 1/1

5/15/22, 11:51 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar

JURNAL/REFLEKSI

SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 20212022
TARIKH :
TAJUK : 18 April 2022 - 22 April 2022

PERISTIWA : REFLEKSI MINGGU 5

1) Membuat Amali yang pertama untuk subjek Lukisan Pendawaian


2) Penilaian oleh guru pembimbing

1. Bisikan Hati



Pada tanggal 18 April 2022 hingga 22 April 2022, saya telah selesai menjalani minggu kelima Latihan Mengajar di Kolej
Vokasional Juasseh. Alhamdulillah sedikit sebanyak saya mula memahami dan mengenali rentak para pelajar 1 SVM. Kedua-
dua kelas berjaya dijalankan mengikut perancangan RPH yang telah dirancang lebih awal. Pada minggu ini, bagi kelas Single
Phase Wiring (ETE1023) saya menggunakan pembelajaran berpusatkan pelajar kerana saya meminta mereka mencari alatan
tangan untuk meneka setiap nama peralatan yang dijumpai. Manakala bagi subjek Single Phase Drawing (ETE 1013) saya
menggunakan kaedah pembelajaran berpusatkan guru di mana saya yang perlu mengolah dan menerangkan isi pembelajaran
kepada pelajar dan mereka melaksanakan tugasan amali 1. Tambahan pula, saya merasa lega dan gembira kerana telah
melepasi penilaian pertama untuk penialain amali yang dibuat pada hari Khamis.




2. Menganalisis/Menilai



REFLEKSI : Berdasarkan analisis saya terhadap pengajaran dan pembelajaran pada minggu kelima ini, saya dapati para pelajar ini lebih


suka kepada gaya pembelajaran berpusatkan pelajar jika dibandingkan dengan pembelajaran berpusatkan guru. Guru masih
lagi berfungsi sebagai penyampai ilmu namun pada masa yang sama menjadi fasilitator kepada para pelajar.
1.Bisikan Hati
2.Menganalisis/Me
nilai


3.Kesedaran Baru
3. Kesedaran Baru
4.Cadangan/Tindaka
n




Antara kesedaran baru yang saya perolehi pada minggu kelima ini ialah sebagai seorang guru saya perlulah lebih tegas di

dalam kelas supaya para pelajar tidak membuat bising dan mengganggu sesi pembelajaran pada hari tersebut. Saya juga
hendaklah sentiasa mempelbagaikan kaedah pengajaran dan memperbanyakkan aktiviti supaya para pelajar akan lebih

berminat untuk menimba ilmu pengetahuan. Selain itu, saya juga hendaklah peka terhadap keadaan dan situasi semasa pelajar

membuat amali supaya tiada perkara tidak diingini berlaku.



4. Cadangan/Tindakan



Secara keseluruhannya, melalui daripada bisikan hati, analisis, kesedaran baru dan refleksi yang telah saya huraikan di atas,
maka di sini saya telah kemukakan beberapa cadangan dan tindakan yang boleh saya ambil demi memperbaiki mutu
pengajaran saya di dalam kelas. Saya hendaklah melengkapkan diri saya dengan ilmu pengetahuan mengenai bidang
pengkhususan saya iaitu Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik yang secukupnya. Masih terdapat banyak lagi penambahbaikan
serta tindakan baharu yang saya perlu lakukan terutama sekali dalam mendalami kaedah pengajaran yang lebih berkesan dan
bersesuaian dengan kursus dan pelajar yang akan saya mengajar. Saya juga perlu peka keadaan sekeliling semasa pelajar
membuat amali lukisan pendawaian. Di samping itu, saya perlu lebih tegas agar pelajar tidak membuat bising dan dapat
memberikan tumpuan semasa proses PdP berlangsung. Secara keseluruhannya, saya perlu untuk lebih menguasai teknik
pengajaran berkesan.




SEMAKAN PENYELIA

STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak
KOMEN (PENYELIA) :

TARIKH KOMEN (PENYELIA) :

SEMAKAN PEMBIMBING

STATUS SEMAKAN Disemak
(PEMBIMBING) :
- Baik dan jelas
KOMEN (PEMBIMBING) : - Arahan yang di
berikan
-.Cadangan/Tindakan yan
g ditulis boleh digunapakai.
TARIKH KOMEN - Semasa dalam penilaian amali pelatih juga pandai m
engawal kelas dan menyediakan tempat duduk kepada
(PEMBIMBING) : pembimbing. Kelakuan ini sangat bagus ye.

24-04-2022

 

eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=29741&ya=5&k=0 1/1

5/15/22, 11:55 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar

JURNAL/REFLEKSI

SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 20212022
TARIKH :
TAJUK : 25 April 2022 - 29 April 2022

PERISTIWA : REFLEKSI MINGGU 6

1) Menjalankan PdPc seperti biasa dalam subjek Pendawaian


2) Membuat video untuk penilaian
3) Membuat video Hari Raya Aidlfi
tri untuk Jabatan Elektrik


4) Prohram Khatam Al - Quran.

1. Bisikan Hati



Pada tanggal 25 April 2022 hingga 29 April 2022, saya telah selesai menjalani minggu keenam Latihan Mengajar di Kolej
Vokasional Juasseh. Alhamdulillah kedua-dua kelas berjaya dijalankan mengikut perancangan RPH yang telah dirancang
lebih awal. Pada minggu ini, bagi kelas Pendawaian Satu Fasa saya menggunakan pembelajaran berpusatkan pelajar kerana
saya meminta mereka melukiskan lukisan skema dilantai sebagai permulaan amali. Manakala bagi subjek Single Phase
Drawing (ETE 1013) saya menggunakan kaedah pembelajaran berpusatkan guru di mana saya yang perlu mengolah dan
menerangkan isi pembelajaran kepada pelajar dan mereka melaksanakan tugasan amali 1. Tambahan pula, saya merasa lega
dan gembira kerana mereka dapat bekerjasama antara sama lain. Selain itu Dr Tamil meminta kami membuat video sebagai
penilaian LM1 jadi saya berusaha untuk menjayakan video yang berkualiti. Saya juga ditugaskan untuk membuat video Hari
Raya Aidilfitri untuk jabatan perasaan saya sangat gembira kerana guru memberi kepercayaan untuk membuat tugasan
tesebut.




REFLEKSI : 2. Menganalisis/Menilai





1.Bisikan Hati Berdasarkan analisis saya terhadap pengajaran dan pembelajaran pada minggu keenam ini, saya dapati para pelajar ini lebih
2.Menganalisis/Me
nilai suka kepada gaya pembelajaran berpusatkan pelajar jika dibandingkan dengan pembelajaran berpusatkan guru. Guru masih
lagi berfungsi sebagai penyampai ilmu namun pada masa yang sama menjadi fasilitator kepada para pelajar.
3.Kesedaran Baru

4.Cadangan/Tindaka
n




3. Kesedaran Baru



Antara kesedaran baru yang saya perolehi pada minggu keenam ini ialah sebagai seorang guru saya perlulah lebih tegas di

dalam kelas dan membuat aktiviti lebih menarik supaya para pelajar tidak tidur dan merasa bosan sesi pembelajaran pada hari

tersebut. Saya juga hendaklah sentiasa mempelbagaikan kaedah pengajaran dan memperbanyakkan aktiviti supaya para

pelajar akan lebih berminat untuk menimba ilmu pengetahuan. Selain itu, saya juga hendaklah peka terhadap keadaan dan

situasi semasa pelajar membuat amali supaya tiada perkara tidak diingini berlaku.



4. Cadangan/Tindakan



Secara keseluruhannya, melalui daripada bisikan hati, analisis, kesedaran baru dan refleksi yang telah saya huraikan di atas,
maka di sini saya telah kemukakan beberapa cadangan dan tindakan yang boleh saya ambil demi memperbaiki mutu
pengajaran saya di dalam kelas. Saya hendaklah melengkapkan diri saya dengan ilmu pengetahuan mengenai bidang
pengkhususan saya iaitu Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik yang secukupnya. Cadanagan pada minggu akan hadapan iaah
mencari aktiviti yang menarik yang berkaitan dengan penmbelajaran subjek tersebut seperti membuat pembentangan setiap
kumpulan atau membuat Kuiz menggunakan aplikasi atas talian iaitu 'quizezs'. Secara keseluruhannya, saya perlu untuk lebih
menguasai teknik pengajaran berkesan.

SEMAKAN PENYELIA

STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak
KOMEN (PENYELIA) :

TARIKH KOMEN (PENYELIA) :

SEMAKAN PEMBIMBING

STATUS SEMAKAN Disemak
(PEMBIMBING) :
Baik dan cadangan yang diberi sangat berguna kerana silibus terlalu banyak jika pelatih membuat aktiviti tersebut
KOMEN berkemungkinan topik-topik penting boleh di habis kan dengan masa yang ditetapkan
(PEMBIMBING) :
14-05-2022
TARIKH KOMEN
(PEMBIMBING) :  

eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=29912&ya=5&k=0 1/1

5/15/22, 11:56 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar

JURNAL/REFLEKSI

SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 20212022
TARIKH : 2 Mei 2022 - 6 Mei 2022
TAJUK : REFLEKSI MINGGU 7
Cuti Raya Aidilfitri
PERISTIWA :

1. Bisikan Hati



Pada minggu ini 2 Mei 2022 hingga Mei 2022, Pihak KV Juasseh telah mengambil cuti perayaan iaitu Hari Raya Aidilfitri.

Saya sangat gembira kerana pada tahun ini raya dapat disambut dengan meriah. Walaubagaimanapun pembelajaran terpaksa

ditunda untuk minggu hadapan .


REFLEKSI :


2. Menganalisis/Menilai


1.Bisikan Hati
2.Menganalisis/Me
nilai Tiada
3.Kesedaran Baru



4.Cadangan/Tindaka
n 3. Kesedaran Baru






Tiada



4. Cadangan/Tindakan



Tindakkan saya pada minggu depan adalah menyambung Pdpc yang tertangguh dan memberikan semangat lebih lepada para
melajar dengan membuat induksi iaitu "Mistery Box" .Cara pelaksanaannya ialah pelajar perlu memasukkan tangan kedalam
kotak tersebut tanpa melihat dan meneka peralatan tersebut setelah dikeluarkan.

SEMAKAN PENYELIA

STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak
KOMEN (PENYELIA) :

TARIKH KOMEN (PENYELIA) :

SEMAKAN PEMBIMBING

STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Disemak

KOMEN (PEMBIMBING) : Baik

TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) : 10-05-2022

 

eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=29934&ya=5&k=0 1/1

5/15/22, 12:05 PM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar

JURNAL/REFLEKSI

SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 20212022
TARIKH : 9 Mei 2022 - 13 Mei 2022
TAJUK : REFLEKSI MINGGU 8
1) PdPc dapat dijalankan seperti biasa
PERISTIWA :


2) Terlibat dalam KV Skill (Elektrik)

1.Bisikan Hati:



Saya telah memulakan tugasan saya untuk menyampaikan kuliah amali bagi kursus Lukisan Pendawaian Satu Fasa
(ETE1013) bagi kelas 1SVM selama 5 jam. Kelas tersebut mempunyai seramai 30 orang pelajar. Namun demikian, pada hari
tersebut terdapat dua orang pelajar yang tidak hadir ke sekolah. Setelah selesai waktu pengajaran, saya telah meneliti dan
menganalisis sesi Pengajaran dan Pembelajaran yang telah saya jalankan di dalam kelas. Secara keseluruhannya, segala
perancangan yang telah saya rangkakan melalui Rancangan Pengajaran Harian (RPH) sebelum saya masuk mengajar ke
dalam kelas tersebut telah dihasilkan dengan baik. Ringkasan objektif bagi sesi Pengajaran dan Pembolehcara (PdPc) ini juga
bersesuaian dengan subtopik yang saya sampaikan. Bukan itu sahaja, objektif pengajaran saya pada hari tersebut juga telah
dapat dicapai dengan jayanya. Tambahan pula saya terlibat dalam KV Skill bagi jabatan Elektrik dan saya merasa gembira
bertandingan itu pelajar jabatan elektrik mendapat tempat pertama.




2.Menganalisis/Menilai:



Pada analisis saya pelajar bersikap aktif dan sentiasa memberikan respons yang baik ketika aktiviti bersama pelajar

REFLEKSI : dijalankan. Para pelajar sentiasa bersedia untuk menimba ilmu pengetahuan. Di samping itu, mereka juga sedia memberikan


pertolongan kepada saya dan tidak malu bertanya dan menyuarakan pendapat kepada saya jika mereka mempunyai pendapat

1.Bisikan Hati yang berbeza. Tambahan pula mereka juga memberikan kerjasama yang sangat baik dengan menjaga adab di dalam kelas.
2.Menganalisis/Me
nilai Perkara ini telah membantu saya dengan meningkatkan keyakinan diri untuk mengajar mereka dengan lebih baik serta dapat
3.Kesedaran Baru
mengatasi kegugupan saya ketika berada di hadapan kelas.
4.Cadangan/Tindaka
n




3.Kesedaran Baru:




Saya perlu mencara idea baru untuk set induksi, pelajar nampak lebih fokus dan saya merasakan bahawa set induksi saya telah

berjaya menarik perhatian dan fokus pelajar untuk belajar seperti perlu menyediakan kaedah baharu yang dapat menarik

perhatian. Selain itu, dengan melakukan aktiviti dua hala, saya boleh lihat semangat pelajar dan kerjasama antara mereka amat

baik dan sekaligus membuatkan pelajar lebih bersemangat dan fokus di dalam kelas. Bagi Kv skill program ini boleh di

jadikan sebagai fenomena untuk sekolah kerana sebagai seorang guru kita dapat mengasah bakat pelajar dan melihat

kepakaran pelajar KV Juasseh.



4.Cadangan/Tindakan:



Antara cadangan yang boleh saya cadangkan ialah sebagai seorang guru, kita hendaklah sentiasa mencari idea-idea baru
dalam menyampaikan ilmu dan membuat aktiviti "Pembentangan" dengan aktiviti ini guru perlu memberi topik kepada
pelajar dan mereka perlu membentangan kerja meraka dihadapan pelajar lain. Perkara sangat lah bagus kerana
mempertingkatkan 'soft skill' pelajar supayamereka lebih berani untuk ke hadapan untuk membuat pembentangan semasa
dalam kelas. KV Skill perlu dibuat setahun sekali supaya dapat mengahantar pelajar untuk bertanding dan dengan cara ini
KVJ dapat dikenali.

SEMAKAN PENYELIA

STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak
KOMEN (PENYELIA) :

TARIKH KOMEN (PENYELIA) :

SEMAKAN PEMBIMBING

STATUS SEMAKAN Disemak
(PEMBIMBING) :

KOMEN (PEMBIMBING) : Baik dan cadangan ini boleh meningkatkan "soft skill' pelajar supaya mereka lebih berani untuk ke hadapan untuk
membuat pembentangan semasa dalam kelas.

TARIKH KOMEN 14-05-2022
(PEMBIMBING) :

 

eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=30031&ya=5&k=0 1/1

6/14/22, 3:37 PM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar

JURNAL/REFLEKSI

SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 20212022

TARIKH : 16 Mei 2022 - 20 Mei 2022

TAJUK : REFLEKSI MINGGU 9

PERISTIWA : 1) PdPc seperti biasa iaitu subjek pendawaian dan lukisan



2) Menyambut Hari Guru dan Hari Raya Aidilfitri

1.Bisikan Hati:



Semua pelajar hadir ke sesi Pembelajaran dan Pemudahcara (Pdpc) saya. Semasa
proses PdPc berlaku, semua pelajar menumpukan perhatian dan memberi respon
yang baik. Di samping itu, saya juga menggunakan ABBM untuk PdPc kepada
pelajar dengan pelbagai cara. Hasilnya saya dapat melihat mereka lebih seronok
untuk belajar dan lebih aktif didalam kelas. Bagi program menyambut Hari Guru
dan Hari Raya Aidilfitri saya sebagai guru pelatih sangat gembira apabila pihak
sekolah mengadakan secara besar-besaran dengan adanya program ini saya dapat
melihat keakraban antara para guru dan pelajar.




2.Menganalisis/Menilai:



Ketika saya menanyakan beberapa soalan kepada mereka, saya sangat gembira

kerana meraka mendapat jawab soalan yang dianjurkan dengan betul. Tambahan

pula,saya berpendapat keadaan ini berlaku kerana ABBM yang digunakan oleh saya

dapat dilihat dengan jelas oleh semua pelajar. Dapatan dari analisis yang dibuat

adalah pada mulanya, saya melihat pelajar kurang memberi respon dengan apa yang

saya ingin sampaikan tetapi apabila saya memberi peluang untuk mereka untuk

REFLEKSI : menjawab dan menulis jawapan mereka di papan putih mereka rasa seronok untuk


memberi kerjasama dan saya telah memberi tugasan di di dalam kelas mereka dapat

1.Bisikan Hati membuat mengikut masa yang telah ditetapkan.
2.Menganalisis/Me
nilai


3.Kesedaran Baru
3.Kesedaran Baru:

4.Cadangan/Tindaka
n


Saya perlu memulakan set induksi, pelajar nampak lebih fokus dan saya merasakan


bahawa set induksi saya telah berjaya menarik perhatian dan fokus pelajar untuk

belajar seperti perlu menyediakan kaedah baharu yang dapat menarik perhatian

seperti grafik-grafik yang menarik dan berkait dengan isu-isu yang baharu dan

menarik. Selain itu, dengan melakukan aktiviti dua hala, saya boleh lihat semangat

pelajar dan kerjasama antara mereka amat baik dan sekaligus membuatkan pelajar

lebih bersemangat dan fokus di dalam kelas. Pelajar akan lebih bersemangat apabila

kami masuk dan menerangkan mengenai topik yang akan dijalankan oleh pelajar.



4.Cadangan/Tindakan:



Saya perlu menjadi seorang yang tegas, sentiasa berani dan yakin untuk berhadapan
serta berkomunikasi dengan menggunakan teknik yang betul supaya pelajar dapat
melihat saya adalah sebagai yang profesional dan sentiasa bersemangat di dalam
kelas. Penambahbaikan pada slide pembentangan dengan memasukkan elemen
grafik dan video yang lebih menarik dan jelas. Penekanan kepada point penting
kepada topik pembelajaran supaya pelajar faham dan fokus kepada hasil
pembelajaran. Selain itu, bagi program menyambut Hari Guru dan Hari Raya
Aidilfitri ini saya cadangan perlu dibuat didalam dewan dan lebihan buat
persembahan antara guru-guru dan pelajar suapaya keadaan lebih selesa, teratur dan
lebih seronok.




eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=30247&ya=5&k=0 1/2

6/14/22, 3:37 PM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar

SEMAKAN PENYELIA

STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak
KOMEN (PENYELIA) :

TARIKH KOMEN (PENYELIA) :

SEMAKAN PEMBIMBING

STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Disemak

KOMEN (PEMBIMBING) : Baik

TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) : 01-06-2022

 

eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=30247&ya=5&k=0 2/2

6/14/22, 3:37 PM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar

SEMESTER : JURNAL/REFLEKSI
TARIKH :
TAJUK : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 20212022
23 Mei 2022 - 27 Mei 2022
PERISTIWA : REFLEKSI MINGGU 10
1) PdPc Pendawaian Satu Fasa dan Lukisan seperti dalam jadual.



2) Peperiksaan telah dijalankan.



3) EKSA telah dilakukan pada minggu ini.

eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=30440&ya=5&k=0 1/3

6/14/22, 3:37 PM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar

1.Bisikan Hati:



Semua pelajar hadir ke sesi Pembelajaran dan Pemudahcara (PdPc) saya. Semasa
proses PdPc berlaku, semua pelajar menumpukan perhatian dan memberi respon
yang baik. Di samping itu, saya juga menggunakan ABBM untuk PdPc kepada
pelajar dengan pelbagai cara. Hasilnya saya dapat melihat mereka lebih seronok
untuk belajar dan lebih aktif didalam kelas. Bagi amali pada subjek pendawaian
pelajar sangat bersemangat untuk menggunakan peralatan secara sebenar yang
melibatkan 'Heavy duty' dan membuat bebenang secara manual menggunakan 'pipe
theard' 3/4 inch. Mereka seronok apabila setiap pelajar dapat memegang dan
membuat amali tersebut secara bergilir-gilir dan saya gembira apabila dapat
melihat mereka menggunakan peralatan dengan menggunakan teknik-teknik yang
betul. Selain itu, untuk peperiksaan pula, itu adalah pengalaman baru saya di
sekolah KV kerana ia berbeza dengan sekolah harian lain saya rasa seronok diberi
peluang sebegitu. EKSA pula adalah Ekosistem Kondusif Sektor Awam ia
merupakan penjenamaan semula Glossary Link Amalan 5S dalam sektor awam
sejak 2010. Jadi, saya dan guru lain berkerjasama untuk menyiapkan EKSA bagi
pemantauan yang akan diadakan pada 16/6/2022 di sekolah.




2.Menganalisis/Menilai:



Ketika saya menanyakan beberapa soalan kepada mereka, saya sangat gembira

kerana meraka mendapat jawab soalan yang dianjurkan dengan betul. Tambahan

pula,saya berpendapat keadaan ini berlaku kerana ABBM yang digunakan oleh

saya dapat dilihat dengan jelas oleh semua pelajar. Dapatan dari analisis yang

REFLEKSI : dibuat adalah pada mulanya, saya melihat pelajar kurang memberi respon dengan


apa yang saya ingin sampaikan tetapi apabila saya memberi peluang untuk mereka
untuk menjawab dan menulis jawapan mereka di papan putih mereka rasa seronok
1.Bisikan Hati untuk memberi kerjasama dan saya telah memberi tugasan di di dalam kelas
2.Menganalisis/Me
nilai mereka dapat membuat mengikut masa yang telah ditetapkan. Selain itu,
peperiksaan yang dijalankan sangat sistematik untuk pelajar kemahiran. Mereka
3.Kesedaran Baru
mempunyai dua sidang ia itu pada sesi pagi dan petang. Mereka tidak akan
4.Cadangan/Tindaka
n bertembung antara satu sama lain kerana pelajar sidang kedua akan dikumpulkan
di dalam dewan 15 minit sebelum pelajar sidang 1 dilepaskan. Manakala bgi






EKSA sangat baik diterapkan di sektor Awam kerana ia boleh mewujudkan

persekitaran kerja yang lebih kondusif. Elementnya ialah imej Korporat, kreativiti

dan inovasi,amalan hijau,persekirana kondusif dan kepelbagaian agensi.



3.Kesedaran Baru:



Saya perlu memulakan set induksi, pelajar nampak lebih fokus dan saya merasakan
bahawa set induksi saya telah berjaya menarik perhatian dan fokus pelajar untuk
belajar seperti perlu menyediakan kaedah baharu yang dapat menarik perhatian
seperti grafik-grafik yang menarik dan berkait dengan isu-isu yang baharu dan
menarik. Selain itu, dengan melakukan aktiviti dua hala, saya boleh lihat semangat
pelajar dan kerjasama antara mereka amat baik dan sekaligus membuatkan pelajar
lebih bersemangat dan fokus di dalam kelas. Pelajar akan lebih bersemangat
apabila kami masuk dan menerangkan mengenai topik yang akan dijalankan oleh
pelajar.




4.Cadangan/Tindakan:



Saya perlu menjadi seorang yang tegas, sentiasa berani dan yakin untuk
berhadapan serta berkomunikasi dengan menggunakan teknik yang betul supaya
pelajar dapat melihat saya adalah sebagai yang profesional dan sentiasa
bersemangat di dalam kelas. Penambahbaikan pada slide pembentangan dengan
memasukkan elemen grafik dan video yang lebih menarik dan jelas. Penekanan
kepada point penting kepada topik pembelajaran supaya pelajar faham dan fokus
kepada hasil pembelajaran.

eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=30440&ya=5&k=0 2/3

6/14/22, 3:37 PM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar

SEMAKAN PENYELIA

STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak
KOMEN (PENYELIA) :

TARIKH KOMEN (PENYELIA) :

SEMAKAN PEMBIMBING

STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Disemak

KOMEN (PEMBIMBING) : Refleksi yang sangat baik dan jujur.

TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) : 14-06-2022

 

eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=30440&ya=5&k=0 3/3

6/14/22, 3:39 PM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar

JURNAL/REFLEKSI

SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 20212022

TARIKH : 30 Mei 2022 - 3 Jun 2022

TAJUK : REFLEKSI MINGGU 11

PERISTIWA : Cuti Pertengahan Semester

REFLEKSI :




1.Bisikan Hati
2.Menganalisis/Me
nilai
3.Kesedaran Baru
Tiada

4.Cadangan/Tindaka
n







SEMAKAN PENYELIA

STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak
KOMEN (PENYELIA) :

TARIKH KOMEN (PENYELIA) :

SEMAKAN PEMBIMBING

STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Disemak
KOMEN (PEMBIMBING) :

TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) : 14-06-2022
 

eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=30589&ya=5&k=0 1/1

6/14/22, 3:44 PM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar

JURNAL/REFLEKSI

SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 20212022

TARIKH : 6 Mei 2022 - 10 Jun 2022

TAJUK : REFLEKSI MINGGU 12

PERISTIWA : Cuti Semester
- Membuat Mo
dul

1.Bisikan Hati:



Semua pelajar berada di kampung halaman masing-masing sesi Pembelajaran dan
Pemudahcara (PdPc) saya ditangguhkan kerana Kolej Vokasional telah cuti selama 2
minggu iaitu cuti pertengahan semester dan cuti semester. Saya ditugaskan untuk
membuat Modul iaitu nota ringkas untuk kemudahan para pelajar bagi subjek pendawaian
dan lukisan.




2.Menganalisis/Menilai:



REFLEKSI : Pelajar telah dibekalkan nota bagi setiap bab, tetapi di dalam nota itu, penerangan bagi


setiap tajuk sangat panjang dan hanya tulisan sahaja malah terdapat juga gambar - gambar

1.Bisikan Hati sedikit yang sesuai .Nota yang diberikan oleh pihak kolej agak membosankan walaupun
2.Menganalisis/Me
nilai notanya padat akan tetapi pelajar KV mempunyai sikap yang malas untuk membaca nota

3.Kesedaran Baru
penerangan yang panjang. Analisis yang saya dapat, mereka lebih kepada gambar-gambar
4.Cadangan/Tindaka
n yang menarik dan mudah untuk mereka mudah menghafal dengan cara melihat gambar



dan point-point penting sahaja.




3.Kesedaran Baru:



4.Cadangan/Tindakan:



Saya perlu membuat sebuah modul yang ringkas dan menarik serta padat untuk pelajar
KV supaya lebih fokus. Selain itu, dengan melakukan nota tersebut saya akan
memasukkan juga aktiviti tambahan berpandukan nota ringkas. Pelajar akan lebih
bersemangat untuk belajar dan untuk membuat persediaan peperiksaan yang akan datang.

SEMAKAN PENYELIA

STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak
KOMEN (PENYELIA) :

TARIKH KOMEN (PENYELIA) :

SEMAKAN PEMBIMBING

STATUS SEMAKAN Disemak
(PEMBIMBING) :
Pelatih telah membuat persiapan modul Lukisan( ringkasan) untuk pelajar
KOMEN (PEMBIMBING) : Tahun 1.

TARIKH KOMEN 13-06-2022
(PEMBIMBING) :

eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=30590&ya=5&k=0 1/2

6/14/22, 3:44 PM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar

 

eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=30590&ya=5&k=0 2/2

7/13/22, 8:15 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar

JURNAL/REFLEKSI

SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 20212022

TARIKH : 13 Jun 2022 - 17 Jun 2022

TAJUK : REFLEKSI MINGGU 13

PERISTIWA : 1) PdPc berjalan dengan lancar
2) Penggunaan set induksi berja
ya menarik minat pelajar.

1.Bisikan Hati:



Penyampaian pembelajaran secara PdPc pada minggu ini menggunakan aktiviti Fun- N- Pick
iaitu satu permainan apabila muzik dimainkan balang itu akan diberi kepada rakan sebelah dan
apabila muzik berhenti pelajar perlu ambil satu soalan didalamnya dan baca untuk menjawab
soalan itu. Permaian ini boleh memberi pelajar semangat dan berani untuk berfikir dan
berkerjasama antara satu sama lain jika mereka tidak tahu jawapannya.




2.Menganalisis/Menilai:



Selain itu, saya dapat menilai dari PdPc seperti ini dengan adanya permainan ia adalah lebih

REFLEKSI : berkesan supaya pelajar lebih bersemangat tidak mengantuk dalam pembelajaran teori. Aktiviti


ini juga berkaitan dengan topik yang akan diajar supaya dapat menarik minat para pelajar. Pelajar
lebih mudah memahami topik baru kerana mereka boleh berfikir secara kritis apabila diberi
1.Bisikan Hati soalan secara rawak tanpa melihat sebarang nota.
2.Menganalisis/Me
nilai


3.Kesedaran Baru

4.Cadangan/Tindaka
n


3.Kesedaran Baru:



Pelajar lebih mudah mengambil bahagian dan menumpukan perhatian semasa melakukan aktiviti

yang berasaskan pembelajaran .Oleh yang demikian, pelagai aktiviti dan permaianan seperti ini

sahaja malah terdapat lagi aktiviti yang boleh dimasukkan sebagai satu penarikkan dalam setiap

PdPc dengan isi pembembelajaran



4.Cadangan/Tindakan:



Semasa proses PdPc berpusatkan pelajar sangat penting kerana dapat memberikan pemahaman
kepdaa pelajar. Oleh itu, tindakkan saya sebagai guru pelatih adalah mencari inisiatif dan lebih
kreatif mengendalikan pelajar semasa proses PdPc seperti apabila pembentangan saya akan
memasukkan aktiviti berasaskan PAK 21.




SEMAKAN PENYELIA

STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak
KOMEN (PENYELIA) :

TARIKH KOMEN (PENYELIA) :

SEMAKAN PEMBIMBING

STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Disemak

KOMEN (PEMBIMBING) : Cemerlang! Teruskan usaha anda untuk menjadi guru yang berdedikasi

TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) : 08-07-2022

 

eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=31118&ya=5&k=0 1/1

7/13/22, 8:16 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar

JURNAL/REFLEKSI

SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 20212022

TARIKH : 20 Jun 2022 - 24 Jun 2022

TAJUK : REFLEKSI MINGGU 14

PERISTIWA : Pelajar kurang mahir menggunakan teknologi komputer

1.Bisikan Hati:



Penyampaian pembelajaran secara PdPc pada minggu ini menggunakan komputer iaitu menggunakan
software AutoCad. Pelajar tahun 1 ETE SVM ini kurang mahir untuk menggunakan teknologi yang
disediakan oleh pihak sekolah. Apa yang saya dapat perhatikan pelajar kurang faham apabila
pembelajaran digunakan dalam Bahasa Inggeris. Hal ini kerana pelajar tidak didedahkan dengan
Bahasa Inggeris dalam pembelajaran. Hal yang demikian, pelajar akan merasa sukar untuk
mempelajarinya. Oleh itu saya mengambil inisiatif untuk membenarkan pelajar untuk belajar sendiri
dan cuba meningikut kehendak soalan yang disediakan. Setelah beberapa minit pelajar mula suka dan
faham dengan software baru ini.




2.Menganalisis/Menilai:



REFLEKSI : Selain itu, proses pembelajaran pada minggu ini saya menganalisi bahawanya pelajar dapat memahami


apa yang diajarkan. Pelajar juga menunjukkan minat apabila melakukan aktiviti pembelajaran
berasaskan pelajar. Pelajar juga lebih mudah untuk bertanya apa yang tidak difahami secara spontan
1.Bisikan Hati semasa melakukan aktiviti. Oleh itu, pelajar lebih mudah memahami topik yang diajarkan pada minggu
2.Menganalisis/Me
nilai ini.

3.Kesedaran Baru


4.Cadangan/Tindaka
n



3.Kesedaran Baru:




Saya berpendapat proses pembelajaran berasaskan pelajar lebih menarik dan mudah difahami pelajar.
Namun guru perlu menyediakan penerangan berkenaan topik yang akan diajar supaya dijadikan
sebagai rujukan dan menjadi gambaran awal aktiviti pembelajaran. Bagi PdPc yang melibat simbol dan
singkatan nama di dalam komputer perlulah di senaraikan supaya pelajar dapat faham dan
menggunakannya dengan mudah.




4.Cadangan/Tindakan:



Semasa proses PdPc berpusatkan pelajar sangat penting kerana dapat memberikan pemahaman kepdaa
pelajar. Oleh itu, tindakkan saya sebagai guru pelatih adalah mencari inisiatif dan lebih kreatif
mengendalikan pelajar semasa proses PdPc seperti apabila pembentangan saya akan memasukkan
aktiviti berasaskan PAK 21.




SEMAKAN PENYELIA

STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak
KOMEN (PENYELIA) :

TARIKH KOMEN (PENYELIA) :

SEMAKAN PEMBIMBING

STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Disemak

KOMEN (PEMBIMBING) : Cemerlang! Teruskan usaha anda untuk menjadi lebih baik

TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) : 08-07-2022

 

eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=31119&ya=5&k=0 1/1

7/13/22, 8:17 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar

JURNAL/REFLEKSI

SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 20212022

TARIKH : 27 Jun 2022 - 1 Julai 2022

TAJUK : REFLEKSI MINGGU 15

PERISTIWA :

REFLEKSI :




1.Bisikan Hati
2.Menganalisis/Me
nilai PdPc tidak dapat dijalankan kerana Kolej Vokasional Juasseh bercuti pertengahan

3.Kesedaran Baru
semester selama seminggu (27/6/2022 hingga 1/7/2022)
4.Cadangan/Tindaka
n







SEMAKAN PENYELIA

STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak
KOMEN (PENYELIA) :

TARIKH KOMEN (PENYELIA) :

SEMAKAN PEMBIMBING

STATUS SEMAKAN (PEMBIMBING) : Disemak

KOMEN (PEMBIMBING) : Baik

TARIKH KOMEN (PEMBIMBING) : 08-07-2022

 

eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=31423&ya=5&k=0 1/1

7/13/22, 8:18 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar

JURNAL/REFLEKSI

SEMESTER : SEMESTER 2 (SARJANA MUDA) / 20212022
TARIKH :
TAJUK : 4 Julai 2022 - 8 Julai 2022

PERISTIWA : REFLEKSI MINGGU 16

Saya sebagai guru pelatih melaksanakan kelas secara bersemuka bagi mata pelajaran
Pendawaian dan Lukisan Fasa satu.Saya memulakan kelas dengan menerangkan teori
pembelajaran kepada pelajar tahun 1 ETE SVM dengan pembentangan slide pengajaran.
Daripada pengalaman lepas, pembelajaran kali ini saya kurangkan masa bagi pembelajaran
teori dan mengalakkan pembelajaran berasaskan pelajar. Saya melakukan aktiviti PAK 21
untuk menarik pelajar pada PdPc pada minggu ini.




Pembelajaran bagi subjek Lukisan melibatkan topik Lukisan Skema dan pelan bentangan.
Saya memulakan topik dengan penerangan berkenaan simbol piawaian elektrik yang juga
merupakan topik lepas yang pernah diajar dan lukisan skema iaitu topik baru. Pelajar
memberi perhatian semasa sesi pembelajaran kerana ini merupakan topik ini. Namun
begitu, terdapat juga segelintir pelajar kelirubagaimana sambugan yang akan dilakukan.
Disini saya melihat kelemahan dalam penyampaian penerangan berkaitan cara melukis
skema dengan betul.




Minggu ini juga saya membantu Cikgu Dalila bagi memantau kelas 1 SVM melakukan
tugasan yang diberikan bagi subjek semasa ketiadaan beliau. Pelajar melakukan tugasan
masing-masing dan kelas dalam keadaan terkawal sehingga kelas diambil alih semula.
Seterusnya, saya juga mambantu guru pembimbing menanda kertas pentaksiran berterusan
pelajar. Hal ini, memberikan peluang kepada saya untuk belajar menanda dan memberikan
markah mengikut skema permarkahan.

1. Semasa sesi pembelajaran bagi Pendawaian dan Lukisan saya berasa lebih berpuas hati
berbandingkan daripada minggu lepas. Pelajar memberikan tindakbalas yang positif hasil
aktiviti pembelajaran berasaskan pelajar yang dilakukan. Secara keseluruhan pelajar
berjaya melaksanakan aktiviti pembelajaran berasaskan pelajar dengan lancar. Namun bagi
subjek Lukisan, saya melihat pelajar sedikit keliru apabila melibatkan lukisan skema.




2. Proses pembelajaran pada minggu ini saya menganalisi bahawanya pelajar dapat

memahami apa yang diajarkan. Pelajar juga menunjukkan minat apabila melakukan aktiviti

REFLEKSI : pembelajaran berasaskan pelajar. Pelajar juga lebih mudah untuk bertanya apa yang tidak


difahami secara spontan semasa melakukan aktiviti. Oleh itu, pelajar lebih mudah
memahami topik yang diajarkan pada minggu ini.
1.Bisikan Hati
2.Menganalisis/Me
nilai


3.Kesedaran Baru
3. Saya berpendapat proses pembelajaran berasaskan pelajar lebih menarik dan mudah
4.Cadangan/Tindaka
n difahami pelajar. Namun guru perlu menyediakan penerangan berkenaan topik yang akan
diajar supaya dijadikan sebagai rujukan dan menjadi gambaran awal aktiviti pembelajaran.


Bagi PdPc yang melibat cara melukis sambungan skematik memerlukan pemerhatian guru

yang lebih supaya pelajar dapat mengikut langkah dan cara yang betul mengikut lukisan

pendawaian yang dibuat.



4. Cadangan bagi menjadikan PdPc bertambah menarik dengan menyediakan aktiviti
berasaskan pelajar di setiap topik pembelajaran. Saya perlu mengaitkan aktiviti dengan
kursus pelajar iaitu dalam bidang Pendawaian dan Lukisan supaya pelajar dapat
mengambarkan suasana dalam bidang industri. Bagi pembelajaran melibatkan melukis
pula, saya perlu menunjukkan lukisan pendawaian dengan lebih teliti. Saya juga perlu
melakukan pendekatan dengan menerangkan lukisan pendawaian untuk pelajar boleh
melukis lukisan skema dengan betul bersama pelajar-pelajar yang kurang mahir.

eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=31540&ya=5&k=0 1/2

7/13/22, 8:18 AM Jurnal/Refleksi Program Latihan Mengajar

SEMAKAN PENYELIA

STATUS SEMAKAN (PENYELIA) : Belum Disemak
KOMEN (PENYELIA) :

TARIKH KOMEN (PENYELIA) :

SEMAKAN PEMBIMBING

STATUS

SEMAKAN Disemak
(PEMBIMBING)

:

KOMEN Cemerlang! Teruskan usaha anda untuk menjadi guru yang berdedikasi. Pelatih ini boleh
(PEMBIMBING) dijadikan contoh kerana beliau adalah salah seorang pelatih yang berani melontarkan suara yang

: kuat dan jelas apabila PdPc dijalankan dan rajin berusaha dalam sesuatu tugasan yang diberikan.

TARIKH

KOMEN 10-07-2022
(PEMBIMBING)

:

 

eplm.uthm.edu.my/eplm/detailjurnal.php?a=31540&ya=5&k=0 2/2

LAMPIRAN

9(a)
BAHAN PENGAJARAN &

ABBM

KEMENTERIAN BAHAGIAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN
PENDIDIKAN TEKNIK VOKASIONAL,
MALAYSIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
ARAS 5&6, BLOK E14, PARCEL E,
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN,
62604 PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN 1

KOD DAN NAMA EE-320-2:2012
PROGRAM / SINGLE PHASE ELECTRICAL INSTALLATION & MAINTENANCE
PROGRAM’S CODE & LEVEL 2
NAME
EE-320-2:2012
TAHAP / LEVEL SINGLE PHASE WIRING

NO DAN TAJUK UNIT
KOMPETENSI /
COMPETENCY UNIT NO.
AND TITLE

NO. DAN PERNYATAAN 1. IDENTIFY SINGLE PHASE WIRING SPECIFICATIONS AND
AKTIVITI KERJA / WORK PROSEDURES
ACTIVITIES NO. AND
STATEMENT 2. IDENTIFY SINGLE PHASE WIRING TOOLS, EQUIPMENT AND
MATERIALS

3. CARRY OUT WIRING ACTIVITIES
4. CARRY OUT SINGLE PHASE EARTHING SYSTEM INSTALLATION
5. CARRY OUT SINGLE PHASE DISTRIBUTION BOARD (DB)
6. CARRY OUT FITTING AND ACCESSORIES INSTALLATION
7. CARRY OUT WIRING SYSTEM VISUAL INSPECTION
8. CARRY OUT DEAD CIRCUIT TEST
9. CARRY OUT LIVE CIRCUIT TEST
10. PREPARE SINGLE PHASE WORK ACTIVITIES REPORT

NO KOD / CODE NO. EE-320-2-2012-C02/P(1/10) Muka Surat / Page : 1
Drp / of : 38

TAJUK : PENGENALAN KEPADA PEPASANGAN ELEKTRIK SATU FASA
TUJUAN
: Kertas penerangan ini akan menerangkan tentang pengenalan sistem
pendawaian (jenis-jenis sistem pendawaian), Peralatan kuasa dan alatan
tangan, peralatan PPE, alatambah dan alat perlindungan (accessories and
protection device), kabel dan litar kecil akhir (final sub circuit).

ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C02/P(1/10) Muka / Page : 2
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 38

PENERANGAN :

1.1 PROSES LAWATAN TAPAK DAN PENILAIAN

Rajah 1 Menunjukkan Carta Aliran Prosedur Lawatan Tapak dan Penilaian Kediaman Fasa
Tunggal.

1. Prinsip Asas Bekalan Elektrik
Sistem bekalan tenaga elektrik kepada pengguna melibatkan tiga proses iaitu:-
i. Proses penjanaan (generation)
ii. Proses penghantaran (transmission)
iii. Proses pengagihan (distribution)

1.1 Proses Penjanaan
1.3 Proses Pengagihan

Rajah 1 : Sistem Pembekalan Tenaga Elektrik Pengguna

Rajah 1

ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C02/P(1/10) Muka / Page : 3
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 38

1.2 TEKNIK MENGHASILKAN SUSUNATUR LUKISAN

i. Definasi Lukisan Pemasangan Elektrik

Lukisan pemasangan elektrik bolehlah ditakrifkan sebagai lukisan yang menerangkan
kedudukan alat lengkap dan peralatan elektrik, kaedah kawalan litar, saiz kabel yang
digunakan dan kadar arus perlindungan litar. Dengan ini ia dapat dijadikan panduan dan
memudahkan kerja-kerja pemasangan dan penyelenggaraan elektrik Lukisan elektrik juga
dapat memberikan maklumat yang lengkap mengenai perancangan pemasangan dan
anggaran bekalan yang diperlukan bagi sesuatu pemasangan elektrik.

ii. Lakaran

Lakaran digunakan untuk membantu kita dalam menghasilkan idea yang hendak
disampaikan sebelum kerja-kerja lukisan akhir dilakukan. Ia dapat memberikan gambaran
sebenar sesuatu objek. pada permulaan rekabentuk, lakaran dibuat secara agakan tanpa
mengikut skala objek. Biasanya lakaran dilukis dengan menggunakan garisan secara tangan
bebas. Garisan ini akan menghubungkan titik-titik pada laluan yang betul

iii. Gambarajah lukisan pemasangan elektrik

Terdapat berbagai jenis gambarajah yang diperlukan dalam kerja pemasangan elektrik.
Diantaranya adalah:-

iv. Gambarajah Plan Tapak / Lokasi. (Location Diagram)

Gambarajah ini disediakan bagi menunjukkan kedudukan sebenar sesebuah premis di
sesuatu kawasan. Ia juga dapat menunjukkan topografi tanah, kemudahan
perhubungan ketapak projek dan kedudukan bangunan serta perkhidmatan-
perkhidmatan lain yang terlibat dengan projek ini. Dengan ini ia dapat memberi
kemudahan kepada jurutera projek, juruteknik atau pembekal mesin dan peralatan
menentukan kedudukan tapak pemasangan. Tujuan utama plan tapak dan lokasi
adalah:-

i. Untuk menentukan kedudukan lampu jalan atau lampu kawasan.
ii. Untuk menentukan laluan kabel ketapak pemasangan.
iii. Untuk menentukan saluran longkang atau peparitan agar laluan talian kabel

perkhidmatan dapat dirancang dengan sempurna.
iv. Membantu pihak pembekal tenaga elektrik menentukan kedudukan pencawang

dan membuat anggaran kos pembinaan.

ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C02/P(1/10) Muka / Page : 4
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 38

Lukisan ini biasanya dilukis pada skala 1:100, 1:500 dan 1:1000.

Rajah 2 – Gambarajah Tapak /Lokasi

v. Gambarajah Plan Bangunan (Building Plan Diagram)

Gambarajah ini merupakan lukisan senibina. Ia menentukan jenis bangunan (kayu/
bata/ kerangka besi) dan kedudukan pintu, tingkap dan sebagainya. Dengan ini
permulaan kerja pemasangan elektrik serta kedudukan peralatan dan perkakasan
elektrik dapat ditentukan.

Rajah 3 – Gambarajah Plan Bangunan

ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C02/P(1/10) Muka / Page : 5
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 38

vi. Gambarajah tegak dan keratan (Sectioning Diagram)

Gambarajah ini disediakan bagi menunjukkan ketinggian sesuatu premis. Dengan ini
ketinggian dan kedudukan peralatan seperti lampu, soket-alir-keluar, kipas dan
sebagainya dapat ditentukan. Gambarajah ini sangat mustahak sekiranya melibatkan
pemasangan lampu dan kipas. Suruhanjaya Tenaga telah menetapkan peraturan bagi
menentukan ketinggian minima pemasangan peralatan elektrik (dari aras lantai
kebahagian bawah peralatan) iaitu:-

i. Kipas gantung di siling 240 sm
ii. Kipas melekat didinding. 205 sm
iii. Kotak fius agihan. 205 sm
iv. Suis 145 sm
v. Soket-alir-keluar (permukaan) 145 sm
vi. Soket-alir-keluar (tersembunyi)
30 sm

Rajah 4 – Gambarajah Tegak

Rajah 5 – Gambarajah Keratan

ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C02/P(1/10) Muka / Page : 6
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 38

vii. Gambarajah Susunatur (Layout Diagram)

Gambarajah ini disediakan bagi menunjukkan penempatan alat lengkap dan peralatan
pemasangan elektrik pada sesuatu premis samada didalam atau diluar bangunan.
Umpamanya lokasi pencahaya, soket alur keluar, kipas siling dan peralatan elektrik
yang lain. Gambarajah ini merupakan plan senibina atau arkitek bagi sesuatu
bangunan. Ia dilukis secara lukisan orthografik dari arah atas (plan) pada skala yang
sesuai dengan menggunakan simbol grafik elektrik. Skala yang biasa digunakan dalam
plan susunatur ini ialah 1:100.

Secara umumnya, gambarajah ini dapat menentukan samada pemasangan yang
dilakukan memenuhi kehendak, peraturan, selesa untuk digunakan dan peralatan
diletakkan ditempat yang sesuai. Ia juga dapat membantu kerja-kerja perancangan
peralatan di masa hadapan.

Bagi mengelakkan kekeliruan kepada pendawai elektrik, semua simbol perlulah dilukis
dengan jelas dan betul pada skala yang bersesuaian dengan saiz bilik dan bangunan
agar kelihatan menarik dan tidak mengelirukan. Amnya skala yang lazim digunakan
adalah 1/8 atau 1/16. Disamping itu maklumat yang diberikan mestilah lengkap dan
tepat seperti jenis suis, kadaran, jenis kelengkapan, bilangan litar-kecil-akhir dan
sebagainya.

Rajah 6 – Gambarajah Susunatur

ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C02/P(1/10) Muka / Page : 7
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 38

viii. Gambarajah Pendawaian (Wiring Diagram)

Gambarajah ini menunjukkan bentuk kumpulan dan sambungan kabel pendawaian
yang sebenar. Bentuk perjalanan kabel dan kedudukan komponen perlulah dikekalkan
sama dengan keadaan sebenar. Tujuan gambarajah ini adalah untuk memberi
kemudahan kepada pekerja pendawaian melakukan kerja serta menyurih nya untuk
mencari kerosakan litar atau membuat tambahan litar. Gambarajah litar pendawaian
lampu dan soket alir keluar (SAK) tidak perlu disediakan dalam pemasangan rumah
dan industri kerana ianya mudah dilakukan. Diantara litar-litar pendawaian ini ialah:-

i. Litar lampu dengan kawalan suis sehala, suis dua hala dan suis pertengahan.
ii. Litar SAK 13A (litar jejari)
iii. Litar SAK 13A (litar gelang)
iv. Litar SAK 15A.
v. Litar penghawa dingin.
vi. Litar pemanas air.

Rajah 7– Gambarajah Litar Pendawaian Lampu
Tetapi bagi litar pendawaian yang rumit dan kompleks seperti pemasangan panel
kawalan penghidup motor atau kawalan lampu yang rumit, gambarajah pendawaian
perlu disediakan. Tanpa bantuan gambarajah ini, sambungan litar tidak dapat
dilakukan dengan baik dan kemungkinan akan berlaku kesilapan sambungan.

Rajah 8 – Gambarajah litar pendawaian kawalan motor

ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C02/P(1/10) Muka / Page : 8
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 38

ix. Gambarajah Satu Garisan (Single Line Diagram)

Gambarajah ini digunakan untuk menunjukkan susunan turutan asas unit kawalan dan
pengagihan bekalan kepada beban-beban dalam sesuatu pemasangan elektrik. Setiap
blok akan mewakili satu litar beban.Pada pemasangan elektrik, gambarajah ini
diperlukan bagi merancang keperluan pendawaian terutamanya pada pemasangan
yang besar dan mempunyai panel kawalan. Umumnya, gambarajah ini merupakan
gambaran asas yang ringkas bagi menunjukkan kawalan dan pembahagian sesuatu
litar elektrik kepada beberapa unit agar mudah di fahami. Ia juga dapat menunjukkan
laluan perjalanan sesuatu system pendawaian. Dengan ini panjang dan saiz kabel
yang digunakan dapat dianggarkan dengan tepat.Ketika melukis gambarajah ini, anak
panah arah aliran perlu dilukis dengan nama atau tugas setiap bahagian dicatitkan.

Rajah 9 – Gambarajah satu garisan

Rajah 10 – Gambarajah Satu Garisan Pepasangan Litar Motor

ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C02/P(1/10) Muka / Page : 9
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 38

x. Gambarajah Skematik (Schematic Diagram)

Gambarajah ini digunakan bagi menunjukkan sambungan sesuatu litar elektrik secara
urutan logik dan mudah. Ia juga menunjukkan kaedah pengagihan dan perpindahan
tenaga elektrik dari peringkat awal hingga kepada pengguna atau beban.Sambungan
beban perlulah ditulis dalam bentuk yang mudah difahami. Contoh:-

i. 3 – 1 x 36w (P) diertikan sebagai 3 bilangan pencahaya pendaflour 1 x 36w dan P
menunjukkan pencahaya yang digunakan dari jenis pendaflour.

ii. 2 – 1 x 60w (T) dimana ia mengandungi 2 bilangan pencahaya tungsten 1 x 60w.
iii. (M) – menunjukkan lampu dari jenis mercury/ raksa.

Gambarajah ini bertujuan untuk memudahkan kerja-kerja menganggar keperluan arus
litar, saiz kabel, kadar alat perlindungan dan kadar arus peralatan pada pemasangan
elektrik.

Aturan melukis gambarajah skematik hendaklahmengikut garis panduan yang telah
ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

i. Semua alat lengkap dan komponen perlulah dilukis dalam bentuk simbol piawai
pada ukuran yang sesuai.

ii. Nama dan kadaran setiap alat lengkap atau komponen perlulah ditulis
berhampiran dengannya.

iii. Jarak diantara alat lengkap atau komponen adalah 2 – 3 sm, berdasarkan saiz
kertas yang digunakan.

iv. Setiap litar kecil akhir perlulah ditulis nombor.
v. Setiap alat perlindungan perlulah ditulis kadarannya dengan jelas berhampiran

dengannya.
vi. Jumlah fius atau pemutus litar akan menentukan saiz kotak agihan yang

digunakan.
vii. Nama kotak agihan, bilangan kutub, bilangan hala dan jenis binaannya hendaklah

ditulis berhampiran kotak.
viii. Setiap kabel perlulah ditulis saiz dan jenisnya
ix. Setiap litar-kecil-akhir perlu ditulis beban, kadaran arus / kuasa dan bilangan

ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C02/P(1/10) Muka / Page : 10
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 38

Rajah 11 – Gambarajah skematik

xi. Petunjuk Lukisan (Drawing Legend)

Petunjuk digunakan bagi membantu melaksanakan tugas dengan sempurna. Petunjuk
digambarkan dengan menggunakan simbol-simbol elektrik yang lengkap dengan keterangan
dan kuantiti.

Rajah 12 – Petunjuk Lukisan

ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C02/P(1/10) Muka / Page : 11
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 38

1.3 JENIS-JENIS PENGALIR

i. Pengalir

Pengalir ialah bahan yang membenarkan pengaliran elektron atau arus dengan bebas
mengalir melaluinya. Wayar kuprum ialah satu pengalir yang baik kerana ia memegang
banyak elektron bebas. Atom kuprum itu sendiri dipegang oleh sturktur yang membentuk
kuprum apabila ia menjadi pepejal. Tetapi elektron yang berada di orbit luaran atom
kuprum tidak terikat dengan kuat kepada nukleusnya.

Dengan memberikan satu daya elektrik bertindak ke arah yang tertentu di dalam wayar
kuprum, tenaga elekrtik akan berpindah melalui pengalir oleh arah pergerakan elektron
bebas yang berpindah dari satu atom ke satu atom yang lain disekitarnya. Wayar kuprum
mempunyai rintangan yang paling rendah. Ini membolehkan pengaliran arus bergerak
dengan baiknya. Kerintangan (resistivity) ialah juta ohm per centimeter.

Perak (argentum) ialah salah satu daripad pengalir yang baik tetapi kuprum lebih banyak
digunakan kerana ianya lebih murah. Aluminium juga pengalir yang baik seperti kuprum
apabila digunakan dengan betul dan pada kebelakangan ini penggunaannya telah
bertambah kerana harganya telah turun.

ii. Jenis-jenis pengalir

 Perak
Suatu pengalir yang terbaik tetapi mahal untuk kegunaan pengalir biasa.
Digunakan untuk dawai fius jenis katrij dan menyalut sesentuh pada suis
dan pengalir dalam komponen elektronik. Diperbuat daripada bahan ini
kerana rintangannya yang rendah untuk kemudahan arus mengalir.

 Kuprum

Suatu pengalir kedua terbaik. Biasanya digunakan sebagai pengalir kabel
dan busbar atau pengalir-pengalir selain daripada kabel yang digunakan
dalam pemasangan. Nilai kerintangan ialah 17.5/mm.

Kebaikan bahan ini ialah :-
 Memberi rintangan yang rendah

 Lembut dan senang dibentuk.

ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C02/P(1/10) Muka / Page : 12
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 38

 Senang di sadur dengan timah.
Antara kabel menggunakan pengalir jenis kuprum iaitu :-
 Kabel penebat pvc (single pvc)
 Kabel pvc atau getah bersalut pvc/getah (pvc/pvc)
 Kabel berpenebat pvc berperisai (pvc/swa/pvc)
 Kabel penebat mineral (MICS)
 Kabel penebat kerta bersalut plumbum (PILC)

 Aluminium
Suatu pengalir yang ringan dibandingkan dengan pengalir lain. Digunakan
sebagai kabel / dawai talian atas atau kabel bukan boleh lentur bagi voltan
rendah. Nilai kerintangan ialah 28.4/mm.

1.4 JENIS-JENIS KABEL
Jenis-jenis kabel

 PVC kabel – Poly Vinyl Chloride.
 PVC/SWA/PVC – Armoured cable( PVC-Stell wire Armoured-PVC).
 MICC – Mineral Insulated Copper Covered.
 PICDSTA –Paper Insulated Cover Double Sheat Tar Armoured.
 XLPE – Cross Line Poly Ethylene.
 Kord dan Kabel Boleh Lentur

PVC kabel – Poly Vinyl Chloride ( PVC Kabel-kabel penebat pvk atau getah
bersalut pvk / getah )

Kabel ini biasanya digunakan untuk pendawaian domestic dan kabel
perhidmatan oleh pihak berkuasa bekalan termasuk pada semua jenis
pendawaian alat-alat elektrik dan alat-alat kawalan. Kabel PVC ini mempunyai

ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C02/P(1/10) Muka / Page : 13
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 38

ketahanan terhadap minyak, kebanyakan jenis asid dan alkali serta tidak
menggalakkan kebakaran.

Penebat atau penyalut jenis PVC ini boleh digunakan ke tahap suhu sekeliling
65C dan terdapat juga jenis yang istimewa dimana boleh digunakan pada suhu
130C untuk masa yang singkat.Walaubagaimanapun terdapat juga keburukan
kabel jenis ini iaitu pada suhu dibawah 0C, penebat pvc ini akan menjadi retak
dan pecah apabila dibengkokkan.

ii. PVC/SWA/PVC – Armoured cable( PVC-Stell wire Armoured-PVC)
( Kabel penebat pvk berperisai (pvc/swa/pvc) – armoured cable )

Kabel ini biasanya digunakan untuk pendawaian domestik dan kabel
perhidmatan oleh pihak berkuasa bekalan. Mempunyai perisai sebagai
perlindungan mekanikal.Penebatan PVC yang digunakan adalah teguh dan
boleh tahan panas sehingga 85°C. Pengalir biasanya dibuat dari aluminium atau
tembaga.
Terdapat dalam beberapa teras iaitu :-

 2 teras.
 3 teras.
 4 teras.
 Pelbagai teras ( multicore cable).

Kegunaannya :-

 Untuk penyambungan di antara alatubah dan papan pembahagian voltan
rendah.

ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C02/P(1/10) Muka / Page : 14
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 38

 Untuk penyambungan di antara alatubah dan papan agihan voltan rendah.
 Untuk penyambungan di antara alatubah dan papan suis utama pengguna.
 Untuk sistem pembahagian pelbagai pengguna .
 Untuk sistem pemasangan lampu- lampu jalan dan awam.

Terdapat 4 warna yang biasa digunakan :-
 Merah untuk Fasa Merah.
 Kuning untuk Fasa Kuning.
 Biru untuk Fasa Biru.
 Hitam untuk Neutral.

iii. XLPE – Cross Line Poly Ethylene

Maksud “XLPE” ialah Cross Link Ethylene. Penebatnya dibuat dari bahan plastik
yang diberi nama “Cross Link Poly Ethylene” yang menggantikan kertas. Penebat
plastik pepejal ini disalut pada setiap pengalir fasa yang terdiri dari pengalir
aluminium dan tembaga.

Sebab menggantikan penebat plastik ialah :-
 Mudah dibentuk mengikut saiz pengalir dengan cara “Tool & Die” mengeliling

pengalir agar tiada rongga terjadi di antara pengalir dan plastik.

 Plastik adalah bahan yang ringan dan mudah penjagaanya .

ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C02/P(1/10) Muka / Page : 15
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 38

 Pemasangan yang mudah jika dibandingkan kabel jenis lain
 Tidak mudah menyerap air.
 Kehilangan daya elektrik adalah rendah.
 Harganya mahal jika dibandingkan jenis kabel lain.
 “Thermoset Plastik” digunakan untuk perencat nyalaan disebabkan bahan ini

tidak mudah berubah nilai dan bentuk serta dapat menahan tekanan haba
geseran ataupun tarikan.
 Pembawa arus yang tinggi dari kabel PILCDSTA.
Kegunaanya :-
 Kawasan pencemaran kimia dan minyak.
 Kawasan tidak rata atau tempat tinggi.
 Kawasan paya atau tanah berat

Panduan penerangan
 XLPE Power Cable – Federal Power & Telecoms Sdn Bhd.

 BS 6622 : 1985.

 IEC 502.

Pengalir dari jenis aluminium dan tembaga.

Kelebihan Kabel XLPE :-
 Mudah dibentuk apabila panas
 Lebih ringan
 Tidak menyerap air
 Kehilangan daya dielektrik rendah
 Harganya lebih murah
 Tidak mudah bertukar bentuk oleh geseran dsb.
 Tidak mudah cair jika terkena pelarut

ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C02/P(1/10) Muka / Page : 16
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 38

 Suhu operasinya tinggi
 Kekuatan fizikal dan mekanikalnya tinggi
 Sehingga 69kV
Kelemahan Kabel XLPE
 Keras berbanding dengan paper dan PVC, oleh itu susah untuk

dibengkokkan
 Bentuknya bulat, tidak sectorial, oleh itu saiz kabel menjadi lebih besar
1.5 FUNGSI KABEL DAN PENGENALAN WARNA MENGIKUT STANDARD MS IEC 60364

FUNGSI KABEL PENGENALAN WARNA

Pengalir perlindungan Hijau dan kuning
Pengalir litar satu fasa Merah atau kuning atau biru
Fasa R bagi litar 3 fasa Merah
Fasa Y bagi litar 3 fasa Kuning
Fasa B bagi litar 3 fasa Biru
Positif bagi litar 2, 3 dawai arus terus (a.t) Merah
Negatif bagi litar 2 dawai arus terus (a.t) Hitam

Negatif bagi litar 3 dawai arus terus (a.t) Biru
Dawai tengah bagi litar 3 dawai (a.t) Hitam

Jadual 6: Pengenalan warna kabel

ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C02/P(1/10) Muka / Page : 17
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 38

1.6 JENIS-JENIS PERANTI PELINDUNG

Perlindungan

i. Perlindungan arus lebihan

Peraturan IEE 473 menyatakan bahawa yang dimaksudkan dengan pelindung
lebihan arus ialah sebarang alat yang boleh memutuskan litar bekalan secara
sendiri (automatik) apabila berlaku lebihan arus pada sesuatu litar itu. Oleh kerana
itu alat ini mestilah dipasang pada dawai permulaan iaitu pada dawai hidup secara
siri dengan litar itu.

ii. Pemutus litar

Berfungsi untuk memutuskan litar dari litar lengkap ke litar terbuka menyebabkan
pengaliran arus terhenti. Selain itu pemutus litar ini juga bertindak sebagai
perlindungan jika berlaku sebarang litar pintas atau lebihan arus. Mempunyai
mekanisma menendang suis dari posisi tertutup kepada terbuka

Rajah 11 : Menunjukkan contoh pemutus litar MCB

iii. Pemutus litar bocor ke bumi (PLBK)

Berfungsi sebagai perlindungan kepada kebocoran arus ke bumi dan pengasing
litar. Pemutus litar dibuat dalam berbagai bentuk jenis kendalian di antaranya ialah
jenis isian minyak, jenis hembusan gas, jenis hembusan angina, jenis vakum dan
jenis miniatur. PLBK yang lazim digunakan sekarang ialah jenis miniatur.

Rajah 12 : Menunjukkan contoh peranti perlindungan

ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C02/P(1/10) Muka / Page : 18
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 38

iv. Fius

Fius ialah nama peranti yang menggunakan dawai sebagai unsur dan akan lebur
apabila arus yang melebihi had kadarannya mengalir ke dalam fius itu dan
seterusnya litar akan terputus (mematikan bekalan elektrik). Kadaran fius ini
bergantung kepada jenis bahan unsur yang digunakan, luas keratan rentas dan
panjang sesuatu bahan.

Jenis fius

i) Fius Dawai Semula [ BS 3036 ]
ii) Fius Katrij [ BS 1362 ]
iii) Fius Kapasiti Pemutus Tinggi [ BS 88 / BS 1362 ]

Rajah 10: Menunjukkan contoh fius dawai semula
1.7 SISTEM PENDAWAIAN

Sistem pendawaian ialah suatu sistem pemasangan litar elektrik yang merangkumi
pengalir, penebat, perlindungan mekanikal dan aksesori-aksesori elektrik. Sistem
pendawaian boleh dijalankan dengan berbagai-bagai cara mengikut jenis perlindungan
mekanikal, keadaan pemasangan dan jenis penebat kabel boleh digunakan. Jenis
sesuatu sistem pendawaian boleh dinamakan dengan berpandukan kepada kaedah-
kaedah pemasangan kabel dan jenis salutan pada kabel. Tetapi tiada satu sistem pun
yang boleh dianggap sebagai unggul di bawah semua keadaan.

Jenis sistem pendawaian

a. SISTEM PENDAWAIAN PERMUKAAN

Sistem pendawaian permukaan ialah satu sistem di mana kabel-kabel dalam sesuatu
pemasangan yang dipasang pada permukaan dinding atau siling tanpa sebarang
pelindung tambahan.

Ciri-ciri pemilihan

Berikut ialah beberapa ciri-ciri yang dianggap sesuai bagi sistem pendawaian
permukaan:

 Bekalan voltan jenis satu fasa (fasa tunggal).

 Bangunan diperbuat daripada kayu atau batu.

 Kos perbelanjaan murah.

ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C02/P(1/10) Muka / Page : 19
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 38

 Bilangan kabel atau litar akhir yang perlu dipasang adalah sedikit.

 Kerosakan mekanikal kemungkinan amat kurang.

 Memerlukan masa yang singkat untuk menyiapkan pendawaian.

 Kadar kuasa beban yang paling kecil.

i. Jenis-jenis kabel yang digunakan

Kabel-kabel yang digunakan mestilah daripada jenis bersalut, ini adalah kerana kabel
yang dipasang secara sistem permukaan akan terdedah kepada keadaan sekeliling
dan kerosakan mekanikal. Jenis kabel yang sesuai digunakan di bangunan rumah
kediaman adalah kabel pvk atau getah.

ii. Kaedah pemasangan kabel

Kaedah pemasangan kabel bagi sistem ini dibuat dengan disokong oleh klip ke
permukaan dinding, tiang atau siling. Sebelum sistem ini dijalankan pastikan
permukaan pendawaian bukan daripada bahan jenis logam. Bagi pendawaian
permukaan yang dibuat di bangunan batu atau simen, kabel akan diklipkan atas atau
satu bilah papan (wooden batten) yang sebelum ini dipakukan ke dinding atau
siling.Terdapat dua jenis klip kabel yang biasa digunakan iaitu klip aluminium dan
plumbum.Saiz klip yang digunakan perlu dipilih agar sesuai dengan jumlah bilangan
kabel yang perlu disokong.

Rajah 11 - Pendawaian klip plumbum

ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C02/P(1/10) Muka / Page : 20
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 38

Jarak maksimum di antara klip yang menyokong kabel merujuk jadual di bawah.
Jadual 1 – Jadual Jarak bagi penyokong kabel

Jarak maksimum bagi klip

Kabel Getah tanpa perisai, pvk atau plumbum Kabel penebat
mineral salut
Garispusat -bersalut kuprum atau salut

keseluruhan Umum Dalam karavan Kabel berperisai aluminium
kabel
Mendatar Menegak Mendatar Mengek
Mendatar Menegak Mendatar Menegak 67 89
1 2345

mm mm mm mm mm mm mm mm mm

9 250 400 600 800

9 15 300 400 350 450 900 1200

15 20 350 450 150 250 400 550 500 2000

20 40 400 550 450 600

b. SISTEM PENDAWAIAN TERSEMBUNYI

Bagi sistem pendawaian tersembunyi, kabel-kabel litar dipasang di dalam dinding atau siling
dan tidak kelihatan langsung, kecuali penghujung kabel yang digunakan untuk sambungan
ke terminal aksesori-aksesori (alatambah).

iv. Ciri-ciri pemilihan sistem pendawaian tersembunyi

a) Bekalan voltan satu fasa (fasa tunggal).
b) Keseluruhan bangunan diperbuat daripada batu atau simen.
c) Memerlukan suasana bangunan kemas dan cantik.
d) Kerosakan mekanikal dapat dikurangkan.
e) Bilangan kabel yang perlu dipasang banyak
f) Memerlukan tempoh ketahanan kabel lebih lama.
g) Kadar kuasa yang dipasang adalah kecil.
h) Jenis-jenis kabel yang digunakan

Jenis-jenis kabel yang sesuai digunakan bagi sistem ini adalah sama dengan sistem
permukaan iaitu kabel bersalut pvk.

ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C02/P(1/10) Muka / Page : 21
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 38

v. Kaedah pemasangan kabel

Kaedah pemasangan kabel yang dijalankan dalam sistem tersembunyi ialah dengan
membenamkan kabel-kabel ke lurah dinding atau siling yang telah disediakan. Pada
kebiasaannya pendawaian dibuat ketika peringkat pembinaan bangunan iaitu sebelum
kerja-kerja menurap simen dijalankan. Oleh itu, kabel-kebel yang dipasang mestilah
disusun dengan rapi agar tidak berlaku sebarang kerosakan mekanikal ke atas kabel.

Rajah 12 – Pemasangan Kabel

ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C02/P(1/10) Muka / Page : 22
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 38

Jadual 2 - Jarak Penyokong Konduit

Jarak maksimum di antara pelana dan bar

Saiz nominal konduit Logam keras Penebatan kertas Lembut
1

Mendatar Memugak Mendatar Memugak Mendatar Memugak

2 3 4567

(mm) (mm) (mm) (mm) (mm) (mm) (mm)
Tidak melebihi 16 0.75 1.0 0.75 1.0 0. 0.5
1.75 2.0 1.5 1.75 0.4 0.6
Lebih 16 dan tidak 2.0 2.25 1.75 2.0 0.6 0.8
lebih 25 2.25 2.5 2.0 2.0 0.8 1.0

Lebih 25 dan tidak
lebih 40

Melebihi 40

i) Faktor ruang

Faktor ruang ialah satu nisbah daripada jumlah keseluruhan luas keratan rentas
kabel (termasuk penebat dan sebarang salutan) dengan luas keratan rentas dalam
bagi konduit atau sesalur atau salur.

Kotak-kotak logam akan dipasang ke permukaan dinding atau siling sehingga siap
keseluruhan bangunan. Selepas siap kerja pemasangan kotak-kotak itu barulah
disalurkan kabel ke dalamnya. Terdapat berbagai-bagai saiz nominal sesalur yang boleh
didapati:

Jadual 3 – Jadual Saiz Nominal Sesalur

Faktor kabel bagi sesalur Faktor bagi sesalur

Luas muka Dimensi
keratan
Jenis pengalir rentas Faktor sesalur Faktor
Pejal pengalir
(mm²) 7.4 (mm x mm)
Lembar 1.5 10.2
8.1 50 x 37.5 767
2.5 11.4
15.2 50 x 50 1037
1.5 22.9
36.3 75 x 25 738
2.5
75 x 37.5 1146
4
75 x 50 1555
6
75 x 75 2371
10
100 x 25 993
100 x 37.5 1542
100 x 50 2091
100 x 75 3189
100 x 100 4252

ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C02/P(1/10) Muka / Page : 23
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 38

c. SISTEM PENDAWAIAN KONDUIT (CONDUIT WIRING)

Dalam sistem pendawaian konduit ialah suatu sistem yang menggunakan konduit-
konduit dan akan dipasang ke dinding atau sebagainya dan di dalamnya akan di
salurkan kabel.

Ciri-ciri pemilihan sistem pendawaian konduit

a. Sekiranya punca kerosakan mekanikal pada sesuatu bangunan
terlalu banyak.

b. Memerlukan satu sistem pembumian yang baik.

c. Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang.

d. Bekalan voltan satu fasa dan tiga fasa.

e. Kadar kuasa beban yang dipasang lebih besar.

Jenis-jenis kabel yang digunakan

Semua jenis kabel boleh digunakan sama ada bersalut satu lapis atau dua lapis.

Jenis-jenis konduit

Terdapat tiga jenis konduit yang biasa digunakan iaitu :
i. Konduit logam tolok berat – digunakan sebagai sistem

pendawaian.
ii. Konduit bukan logam – diperbuat daripada polivivinil klorid dan
digunakan di luar bangunan seperti gerai-gerai makanan dan rumah
kediaman.

iii. Konduit boleh lentur - digunakan sebagai konduit penyambung di
antara konduit tetap atau pengasing ke motor-motor elektrik.

Saiz nominal konduit ialah 16mm, 20mm, 25mm dan 32mm.

Pemilihan saiz nominal konduit bergantung kepada bilangan kabel yang perlu
dipasang dan rujuk pada jadual yang diberi di bawah.

Jadual 4 - Faktor konduit dilarian lurus pendek

Garispusat konduit Faktor
mm
290
16 460
20 800
25 1400
32

ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C02/P(1/10) Muka / Page : 24
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 38

Jadual 5 Jadual faktor kabel larian lurus pendek dan faktor kabel dilarian lurus panjang atau
larian yang mengandungi bengkok

Jenis pengalir Luas muka keratan Faktor kabel dilarian Faktor kabel dilarian
rentas pengalir mm² lurus pendek panjang atau larian
yang mengandungi
Pejal 1 Faktor
Lembar 1.5 22 bengkok
2.5 27 Faktor
4 39
6 16
10 31
1.5 41 22
2.5 58
4 88 30
146
6 43
10
58

105

ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C02/P(1/10) Muka / Page : 25
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 38

Jadual 6 – Faktor conduit di larian yang mengandungi bengkok

ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C02/P(1/10) Muka / Page : 26
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 38

iv) Cara-cara pemilihan saiz nominal konduit

a) Kabel penebat pvk teras tunggal di dalam konduit larian lurus
dengan panjangnya tidak lebih 3 meter, perlu rujuk jadual yang diberi .

1) Pastikan faktor kabel yang perlu digunakan daripada jadual
yang diberi.

2) Campurkan kesemua faktor kabel tersebut dan bandingkan
dengan faktor konduit pada jadual faktor konduit yang diberi.

3) Saiz nominal konduit yang sesuai, sekiranya faktor konduit
sama atau lebih daripada jumlah faktor kabel.

b) Kabel penebat pvk teras tunggal di dalam konduit larian lurus
dengan panjangnya lebih 3 meter atau sebarang panjang larian yang
mengandungi bengkok atau offset.

1) Pastikan faktor kabel yang diperlukan.

2) Campurkan kesemua faktor kabel tersebut dan bandingkan
dengan faktor konduit mengikut panjang larian dan jumlah bengkok
serta offset dalam larian.

3) Saiz nominal konduit yang sesuai sekiranya faktor konduit
sama atau lebih daripada jumlah faktor kabel.

v) Kaedah pemasangan kabel

Konduit-konduit yang telah ditentukan saiz dan panjangnya akan dibebenangkan di
kedua-dua penghujung. Apabila kerja-kerja bebenang siap pada kesemua konduit
yang diperlukan, sambungkan konduit-konduit tersebut mengikut keperluan dengan
mengunakan aksesori-aksesori tertentu (sesiku, tee dan sebagainya) dan
pasangkan ke permukaan dinding atau siling dengan disokong oleh pelana dan bar.
Jarak maksimum di antara pelana dan bar yang menyokong konduit bolehlah
merujuk jadual di bawah. Setelah kesemua kerja pemasangan siap barulah kerja
menyalurkan kabel dijalankan. Pastikan kabel-kabel daripada satu litar akhir
dimasukkan atau disalurkan ke dalam konduit yang sama adalah bertujuan untuk
mengelakkan daripada terhasilnya aruhan disekeliling konduit.

ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C02/P(1/10) Muka / Page : 27
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 38

d. SISTEM PENDAWAIAN SESALUR (TRUNKING)

Sistem pendawaian sesalur merupakan suatu sistem yang menggunakan sesalur
logam atau bahan penebat pada kebiasaannya bersegi empat dan dipasang secara
menegak atau mendatar di permukaan dinding atau besi rangka bangunan.

i) Ciri-ciri pemilihan

i. Bekalan voltan satu fasa dan tiga fasa.

ii. Bangunan besar dan bertingkat.

iii. Memerlukan pemasangan kabel yang banyak.

iv. Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang.

v. Memerlukan perlindungan mekanikal yang lebih.

vi. Memerlukan keselamatan ke atas kabel atau pengguna yang
lebih.

ii) Jenis-jenis kabel

Semua jenis kabel boleh dipasang di dalam sistem ini.

iii) Kaedah pemasangan

Kotak-kotak logam akan dipasang ke permukaan dinding atau siling sehingga siap

keseluruhan bangunan. Selepas siap kerja pemasangan kotak-kotak itu barulah

disalurkan kabel ke dalamnya. Terdapat berbagai-bagai saiz nominal sesalur yang

boleh didapati.

Jadual 7 – Saiz Nomnal Sesalur

Faktor kabel bagi sesalur Faktor bagi sesalur

Luas muka Dimensi
keratan
Jenis pengalir rentas Faktor sesalur Faktor
Pejal pengalir
mm² 7.4 mm x mm
Lembar 1.5 10.2
8.1 50 x 37.5 767
2.5 11.4
15.2 50 x 50 1037
1.5 22.9
36.3 75 x 25 738
2.5
75 x 37.5 1146
4
75 x 50 1555
6
75 x 75 2371
10
100 x 25 993

100 x 37.5 1542

100 x 50 2091
100 x 75 3189

100 x 100 4252

ID UNIT KOMPETENSI / EE-320-2:2012-C02/P(1/10) Muka / Page : 28
COMPETENCY UNIT ID Drpd/of : 38

iv) Cara pemilihan saiz nominal sesalur

a) Pastikan faktor kabel yang perlu digunakan daripada jadual faktor
kabel.

b) Jumlahkan kesemua faktor kabel tersebut dan bandingkan dengan
faktor sesalur daripada jadual faktor sesalur.

c) Saiz nominal sesalur yang sesuai sekiranya faktor sesalur sama
atau lebih daripada jumlah faktor kabel.

Bagi saiz kabel dan jenis kabel atau saiz sesalur selain daripada yang diberi, jumlah
kabel yang perlu dipasang faktor ruangnya haruslah tidak melebihi 45%.

a. SISTEM PENDAWAIAN SALUR

Sistem pendawaian salur merupakan suatu sistem yang menggunakan salur logam
atau bahan penebat dan dipasang di bawah lantai ketika peringkat pembinaan
bangunan.

i) Ciri-ciri pemilihan

1. Bekalan voltan satu fasa dan tiga fasa.

2. Kabel yang perlu dipasang terlalu banyak.

3. Memerlukan penambahan litar pada masa akan datang.

4. Kemungkinan membuat perubahan kedudukan beban pada masa
akan datang.

5. Memerlukan susunan alat-alat tetap atau meja berbaris.

6. Memerlukan kekemasan dan kecantikan.

7. Memerlukan perlindungan yang lebih.

i. Jenis-jenis kabel yang digunakan

Semua jenis kabel boleh digunakan dalam sistem pendawaian salur.

ii. Kaedah pemasangan kabel
Kerja pemasangan biasanya dijalankan ketika peringkat pembinaan bangunan sebelum
bahan pelapik lantai dipasang. Kerja-kerja memasang kotan salur didahului kemudian
diikuti oleh penyaluran kabel di dalamnya. Pelapik lantai biasanya boleh dibuka bagi
tujuan pemasangan semula atau penambahan kabel atau sebagainya.

iii. Sistem pendawaian kabel penebatan mineral pelapik kuprum

Sistem ini dinamakan seperti itu kerana keseluruhan sistem pendawaian dibuat
dengan menggunakan kabel jenis tersebut.


Click to View FlipBook Version