JILID 1 PROSIDINGSEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan
26 - 27
JULAI 2017
KOLEJ KOMUNITI SELANDAR
PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT TONGGAK
KECEMERLANGAN MERINTIS GLOBALISASI
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa jua cara
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada Unit Penyelidikan dan Inovasi, Kolej Komuniti Melaka
dan Negeri Sembilan. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.
Edisi 2017 Data-Pengkatalogan-dalam penerbitan
ISBN 978-967-10792-8-7
Perpustakaan Negara Malaysia
Diterbitkan oleh:
Kolej Komuniti Jelebu
i
KANDUNGAN
ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
Kata-Kata Aluan : Yb Datuk Wira Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah,
Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi iii
Kata-Kata Aluan : Tn. Hj. Sahalani Bin Basar , Pengerusi Penyelidikan
Dan Inovasi Wilayah Negeri Sembilan Dan Melaka iv
Jawatankuasa Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat & Pertandingan
Inovasi Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan v
Senarai Penyelidikan
ix
ii
KATA-KATA ALUAN
YB DATUK WIRA DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH
TIMBALAN MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah
S.W.T kerana dengan limpah izin-Nya jua, kita dapat bersama-sama dalam majlis pada
petang ini. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur serta seluruh warga Kolej Komuniti
atas kesudian untuk menjemput saya dan seterusnya untuk merasmikan Seminar
Penyelidikan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) & Pertandingan Inovasi Kolej
Komuniti Melaka dan Negeri Sembilan 2017 yang bertemakan “Pembelajaran
Sepanjang Hayat Tonggak Kecemerlangan Merintis Globalisasi”.
Saya berpandangan bahawa Seminar Penyelidikan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)
& Pertandingan Inovasi ini boleh dijadikan sebagai platform untuk menyemarakkan
usaha dan pembudayaan inovasi di kalangan warga Kolej Komuniti ke arah
kecemerlangan diri, akademik dan pembangunan organisasi. Saya percaya penyelidikan
bukanlah sesuatu yang baharu dalam dunia pendidikan kerana penyelidikan
membolehkan seseorang penyelidik untuk mengkaji secara sistematik apa jua jurusan
mahu pun dalam bidang pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk peningkatan kualiti
serta pemahaman.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 juga telah menyentuh mengenai
ekosistem inovasi dalam pendidikan bagi memacu kecemerlangan yang berterusan di
dalam pendidikan. Justeru, pertandingan seumpama ini amatlah relevan dalam
menjayakan agenda inovasi negara selain boleh dijadikan sebagai wadah bagi
memartabatkan inovasi di negara ini khususnya yang melibatkan warga Kolej Komuniti.
Inovasi pada hari ini telah menjadi penanda aras baru global dan sudah pasti menuntut
kepada keupayaan penciptaan yang bukan sahaja bersifat unik serta bermanfaat tetapi
juga mampu berfungsi sebagai pemangkin kepada kesejahteraan masyarakat.
Pertandingan ini juga akan memanifestasikan tahap daya fikir, kreativiti dan inovasi
yang tinggi. Saya amat berharap kebolehan dan keupayaan ini akan dapat terus
dibudayakan dan menjadi satu norma dalam menjalankan tugas seharian; dalam erti
kata lainnya, “creativity and innovation becomes the norm instead of the
exception”.
Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua
pihak terutamanya kepada Pengarah Program dan Ahli Jawatankuasanya kerana telah
memastikan penganjuran Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi ini berlangsung
dengan jayanya. Semoga semua inisiatif yang telah dilaksanakan akan dapat memastikan
warga Kolej Komuniti terus bergerak pantas dan berfungsi dengan berkesan bagi
membolehkan masyarakat Malaysia untuk mendapat perkhidmatan yang terbaik, sekali
gus memastikan Kolej Komuniti akan kekal relevan dan merupakan aset yang penting
demi memacu pembangunan negara. Sama-samalah kita berdoa agar setiap usaha yang
kita rencanakan ini akan memenuhi agenda yang diimpikan untuk menjadikan Malaysia
sebuah negara maju berpendapatan tinggi pada masa hadapan.
Sekian, terima kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
iii
KATA-KATA ALUAN
TN. HJ. SAHALANI BIN BASAR
PENGERUSI PENYELIDIKAN DAN INOVASI
WILAYAH NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA
Terlebih dahulu saya ingin melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT
kerana dengan limpah kurnia dan izinNya kita dapat bersama-sama menjayakan Program
Seminar Penyelidikan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) & Pertandingan Inovasi
anjuran Kolej Komuniti Negeri Wilayah Melaka dan Negeri Sembilan. Tahniah dan syabas
juga saya ucapkan kepada seluruh warga Kolej Komuniti Wilayah Negeri Melaka dan
Negeri Sembilan yang telah bertungkus lumus memastikan program seminar ini berjalan
dengan lancar.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, Program Seminar Penyelidikan PSH &
Pertandingan Inovasi merupakan sebuah program yang amat penting kerana ianya telah
sebuah platform yang memberi peluang kepada para pendidik serta pelajar untuk
membentangkan hasil penyelidikan dan inovasi mereka demi pembangunan organisasi.
Bertemakan “Pembelajaran Sepanjang Hayat Tonggak Kecemerlangan Merintis
Globalisasi”, program seumpama ini merupakan satu wadah yang kita tawarkan kepada
para pensyarah, guru-guru serta pelajar yang mengambil bahagian untuk
membentangkan hasil inovasi serta hasil kajian dan sorotan ilmiah yang telah mereka
jalankan sebelum ini. Seminar yang dianjurkan ini juga merupakan medium perkongsian
maklumat yang relevan dan penting untuk dimanfaatkan sebagai pencetus idea dalam
sebarang aktiviti sumbang saran yang sering kita laksanakan semasa merangka sesuatu
perancangan aktiviti di peringkat organisasi.
Segala kajian dan sorotan ilmiah yang berkaitan dengan pelbagai bidang wajar dijadikan
sebagai asas penyelidikan yang mantap dan diambil sebagai pendekatan yang utama
untuk meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran di semua kolej komuniti, kolej
swasta dan sekolah-sekolah.
Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada para
pensyarah, pegawai, pelajar dan staf sokongan Kolej Komuniti Wilayah Negeri Melaka
dan Negeri Sembilan atas kejayaan menganjurkan Program Seminar Penyelidikan PSH &
Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Negeri Melaka dan Negeri Sembilan ini.
Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program yang cukup mantap dan sesuai
dengan tajuknya yang bersifat intelektual ini. Semoga usaha kalian memberi manfaat
kepada manusia akan mendapat keberkatan dan keredhaan di sisi Allah SWT.
Sekian,
wabillahitaufiq wal hidayah.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
iv
JAWATANKUASA SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
& PERTANDINGAN INOVASI
KOLEJ KOMUNITI MELAKA & NEGERI SEMBILAN
Pengarah Program
Sharifah Nadiyah Binti Razali
Ahmad Rosli Bin Mohd Nor
Setiausaha I
Nor Hidayah Binti Ahmad Mustafa
Setiausaha II
Hasnurul Nazimah Binti Hashim
Bendahari I
Wan Siti Nurulhafizoh Binti Abdul Karim
Bendahari II
Ahmad Auzani Bin Razali
Panel Penilai Kertas Penyelidikan
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Dr. Sharifah Nadiyah Binti Razali
Kolej Komuniti Selandar
Dr. Ahmad Rosli b. Mohd Nor
Kolej Komuniti Masjid Tanah
Prof Madya Dr Wan Hasrulnizzam bin Wan Mahmood
Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Dr. Mohd Isa bin Jaffar
Kolej Komuniti Segamat
Dr. Azilahwati binti Adam
Kolej Komuniti Jasin
Dr. Muhammad Helmi bin Abu Bakar
Kolej Komuniti Segamat 2
v
J/Kuasa Prosiding
Sharifah Norakhil Binti Syed Loed (Ketua)
Siti Nor Lailiyah Binti Ibrahim
Mohd Redzuan Bin Abdul Mutalib
Aini Nurrasyidah Binti Mohd Zokhi
J/Kuasa Seminar Penyelidikan
Salina Hassan (Ketua)
Sharifah Binti Polai
Mohd. Ismail Bin Hj. Mohammad Litak
Irdayani Md. Yusof
Muhammad Safwan Bin Abd. Rahim
Nurul Ain Binti Mohamad
Muhammad Shazwan Bin Sazali
Nur Hazirah Binti Saliman
Mohd Adnan Bin Mar Sham
J/Kuasa Pengumpulan Kertas Kerja Penyelidikan
Nor Rasyida Binti Rahmat (Ketua)
Salfarina Abdul Sukor
Suhaila Abdul Hadi
Radziah Binti Abu Kassim
Hanisah Binti Azahar
J/Kuasa Panel Inovasi
M. Noor Fathoni Bin M. Gunawan (Ketua)
Norzahirah Binti Zainuddin
J/kuasa Pertandingan Inovasi
Shaliza Amira Binti Sarif (Ketua)
Mohd Fathi Bin Ramli
Rosnawati Binti Abu Bakar
Azwa Binti Abdul Halim
Norzalifah Binti Abu
J/Kuasa Pengumpulan Inovasi
Mohd Azran Bin Mohd Salleh (Ketua)
Intan Farhana Binti Arsad
Siti Soraya Binti Mohd Sapuan
Jaslinah Binti Sariau
Floor Manager
Mohamad Irwan Bin Md Sagir
Md Emran Bin Saidi
J/Kuasa Urusetia
Nuraishahtul Akmar Binti Kamaruddin (Ketua)
Kabeela Begum Bt Kadzar Myra
Nur Izwani Bt Zainal
Norhaziyanti Bt Mohd Noor
vi
J/Kuasa Multimedia Dan Siaraya
Suzanna Binti Samsudin
Mohd Shafie Bin Rahaman
Amir Arief Bin Zainal Abidin
J/Kuasa Hebahan Dan Promosi
Wida Yanti Binti Mohammad Zen Umar (Ketua)
Azilahwati Binti Adam
Yusmawani Binti Mohd Yusoff
J/Kuasa Rekabentuk Dan Percetakan Buku Program, Bunting Dan Backdrop
Nor Azian Binti Mohd Yussof (Ketua)
Nor Azilah Binti Azmil
Haniza Binti Mohd Din
Nirwan Syam Bin Nordin
J/Kuasa Pendaftaran
Fahimah Binti Abdullah (Ketua)
Nur Aslinda Binti Abdul Rahman
Noorhana Binti Mohammad
J/Kuasa Jemputan
Nur Liyana Nasarudin (Ketua)
Suzie Anak Birong
Norazlini Binti Mat Jusoh
Siti Nurhazirah Binti Lidon
Nor’akma Binti Osman
Zuraida Binti Osman
J/K Sambutan Dan Protokol
Nadhirah Binti Albadri
Hasan Bin Mohd Sharif
Zuraidi Bin Md Tahir
Norazamimah Bte Mak Jim
Khairul Aizal Bin Osman
Aneetha Asyikeen Binti Othman
Siti Nurlaili Binti Nasuka
J/Kuasa Teks Ucapan
Jamilah Binti Ishak (Ketua)
J/Kuasa Persediaan Tempat
Mohd Azlani Bin Azmy (Ketua)
T.Krishnan A/L Tharuma Seelan
Nor Isman Bin Hassan
Wan Mohd Jefri Bin Wan Hussin
Abdul Hafiz Bin Mohammad
Mohd Saiful Bin Rezali
Mohamad Zulkarnain Bin Ahmad
Mohd Zharif Iqbal Bin Mohd Yunus
Mohd Ruhaizad Bin Rusli
vii
J/Kuasa Sijil & Cenderamata
Nooraziana Binti Anua (Ketua)
Julie Rosarina Binti Romli
Irman Fareed Bin Kadir
Fariza Haidayu Binti Mohd Hashim (Ketua)
Zainorhuda Binti Damain
Nurul Ashila Binti Jamil
J/Kuasa Pengangkutan
Norazah Binti Abdullah (Ketua)
Mohd Nordin Bin Marzuni
Mohd Saiful Sobrie Bin Selamat
Azli Bin Ahmed
Mohd Fahmi Bin Ab Rahman
J/K Pengacara Majlis
Nur Hidayah Binti Jumat (Ketua)
Siti Aishah Binti Ab Jalil
Shahrul Fazli Bin Abu Hassan
Abdul Azim Bin Jusoh
Mohd Faiz Bin Abu Bakar
Nur Azlin Binti Azhari
Hasrin Bin Mahadi
J/Kuasa Fotografi
Enamul Shah Bin Abdul Halim (Ketua)
Syed Muhammad Hafez Al-Idrus Bin Syed Mohamed
J/Kuasa Penginapan
Siti Noor Hafizah Binti Abd. Aziz (Ketua)
J/Kuasa Jamuan
Anwar Bin Jaafar (Ketua)
Khairol Hakkeky Bin Hashim
J/Kuasa Media
Azah Airiza Binti Norman (Ketua)
Wan Nor Azlinda Binti Abdul Razak
Zurina Binti Zamri
J/Kuasa Keselamatan
Mohd Sobri Bin Musa (Ketua)
Mohd Hisyam Bin Abdullah
viii
SENARAI PENYELIDIKAN Muka
Surat
Bil Penyelidikan
1
1 Pengaruh Personaliti Kerjaya Terhadap Pencapaian Akademik 13
Pelajar Sijil Pemasangan Elektrik (SPE) Kolej Komuniti Masjid Tanah
Norasid Majid1, Norashikin Amir2 dan Norfadzilah Mohamad3 29
Kolej Komuniti Masjid Tanah 49
2 Kesediaan Kompromi Pelajar Kolej Komuniti Masjid Tanah Dalam 63
Pemilihan Kerjaya Masa Hadapan 74
Aneetha Asyikeen Othman1, Siti Nurlaili Nasuka2 dan Nurliyana Abdul
Malik3 88
Kolej Komuniti Masjid Tanah 106
3 Kesedaran Ibadah Solat Fardhu Dalam Kalangan Pelajar Kolej 116
Komuniti Jelebu
Norshahira Kamarzaman1 dan Siti Nor Lailiyah Ibrahim
Kolej Komuniti Jelebu
4 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Tabiat Merokok Dalam Kalangan
Pelajar Aliran Teknikal Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka
Nazelira Binti A Rahim1, Norfadzliah Binti Mohamad Yatim2 dan Md
Emran Bin Saidi
Kolej Komuniti Bukit Beruang
5 Persepsi Majikan Dalam Program Transisi Pelajar Sijil Asas
Pemprosesan Makanan Kolej Komuniti Jelebu
Nor Ashikin binti Ismail1 dan Azah Airiza Binti Norman2
Kolej Komuniti Jelebu
6 Merenung Jendela Kerjaya: Kesediaan Pelajar-Pelajar KKMT
Merancang Kerjaya Masa Depan
Siti Nurhazirah Lidon1,*, Nurliyana Nasarudin2 dan Mohamad Irwan Md
Sagir 3
Kolej Komuniti Masjid Tanah, Melaka
7 Mengkaji Tahap Kesejahteraan Psikologi Di Kalangan Pelajar Kolej
Komuniti Jempol
Saeidah Md.Kamil1, dan Mohd Nazri Mohd Razali2
Kolej Komuniti Jempol
8 Implikasi Pelaksanaan Pengambilan Tiga Kali Setahun Di Kolej
Komuniti Selandar, Melaka
M. Noor Fathoni bin M. Gunawan1, Shaliza Amira Sarif2, Sharifah
Nadiyah Razali3
Kolej Komuniti Selandar
9 Kecenderungan Pelajar Terhadap Kerjaya Berorientasikan
Keusahawanan Di Kolej Komuniti Masjid Tanah Melaka
Mohd Zamrie Saleh1 , Zuraida Osman2
Kolej Komuniti Masjid Tanah
ix
Bil Penyelidikan Muka
Surat
10 Kualiti Makanan Dan Perkhidmatan Terhadap Kepuasan Pelanggan Di 126
Bloom Café Kolej Komuniti Selayang
Rahayu binti Taha1, Salmah binti Ismail2, Rosimayati binti Mohamed 141
Zain3
Kolej Komuniti Selayang 158
11 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Keinginan Pelajar Kolej Komuniti 171
Jasin Untuk Menjadi Usahawan 182
Nor Azian Binti Mohd Yussof1, Syaharizad binti Abdul Razak2,Muliyani 194
binti Abdullah
Kolej Komuniti Jasin1,2 dan Politeknik Kuching 209
12 Kecenderungan Peserta Kursus Kluster Masakan Mengikut Peringkat 219
Umur Di Kolej Komuniti Jasin
Nor Azilah binti Azmil1, Khamerliyanora binti Khalid2, Syahira binti Md 231
Desa3
Kolej Komuniti Jasin
13 Persepsi Peserta Kursus Pendek Kolej Komuniti Jasin Terhadap
Tenaga Pengajar
Nor Azilah binti Azmil1, Saharudin bin Selamat2, Syahira binti Md Desa3
Kolej Komuniti Jasin
14 Pengukuran Penilaian Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)
Di Kolej Komuniti
Aida Normardiana Ayob1, Siti Normazila Abdul Aziz2, Sarah Abd Hamid3
15 Persepsi Pelajar Sijil Pengoperasian Perniagaan Kolej Komuniti
Selandar, Melaka Terhadap Penerapan Kaedah Permainan Dalam
Proses Pengajaran Dan Pembelajaran.
Nor Hidayah Ahmad Mustafa1 & Shaliza Amira Binti Sarif2
Kolej Komuniti Selandar
16 Pelaksanaan Pendidikan Keusahawanan Di Kolej Komuniti:
Kesan Terhadap Melahirkan Usahawan Di Kalangan Alumni Kolej
Komuniti Selandar
Nor Hidayah Bt Ahmad Mustafa1 , Fauziah Binti Hamzah2
Kolej komuniti Selandar
17 Penggunaan Sabun Badan Beras Merah Dalam Pdp Modul Rawatan
Badan Di Kolej Komuniti Kota Melaka
Fariza Haidayu Binti Mohd Hashim1, Nur Aslinda Binti Abdul Rahman2,
Irman Fareed Bin Kadir3
Kolej Komuniti Kota Melaka
18 Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Aplikasi Edmodo Secara
Web-Based
Siti Soraya Binti Mohd Sapuan1, Norzahirah Binti Zainuddin2
Kolej Komuniti Selandar
x
Bil Penyelidikan Muka
Surat
19 Hubungan Pencapaian Kursus Sains Kejuruteraan (DBS1012) Dan 243
Matematik Peringkat Spm Di Kalangan Pelajar Jabatan Kejuruteraan
Mekanikal Di Politeknik Melaka 257
Linawati Binti Razak @ Ali1, Azlan Bin Ramli2
Politeknik Melaka 269
20 Kajian Susulan Prestasi Kursus Matematik Kejuruteraan Elektrik 282
Dikalangan Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik Kawalan Di 293
Politeknik Melaka 304
Suhaizila Binti Sari1, Hawa Binti Bentong2 , Amran Bin Ahmed3 315
Politeknik Melaka1,2 , Universiti Malaysia Perlis3
326
21 Hubungan Keputusan Matematik Peringkat SPM Dengan Matematik 337
Kejuruteraan 1(DBM1013) dan Matematik Kejuruteraan 2(DBM2013)
di Kalangan Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik Kawalan,
Politeknik Melaka
Hawa Bentong1, Suhaizila Sari2, Leanna Mohd Yunos3
Politeknik Melaka, Melaka
22 The Service WIFI Provided In Polytechnic Port Dickson
Lee Moi Fong1, Chung Boon Chuan2
Politeknik Melaka
23 Pencapaian Matematik di Peringkat SPM dengan Pencapaian
Matematik Kejuruteraan 2 : Kajian Kes di Politeknik Melaka
Leanna Mohd Yunos1, Amizan Yahaya Jamil2 dan Suhaizila Sari3
Politeknik Melaka, Melaka
24 Analisis Pencapaian Matematik Terhadap Skor Mata Pelajaran
Kejuruteraan : Kajian Kes Di Politeknik Melaka
Leanna Mohd Yunos1, Amizan Yahaya Jamil2 dan Hawa Bentong3
Politeknik Melaka, Melaka
25 Prestasi Kursus Electrical Engineering Mathematics (DBM3023) Dan
Engineering Mathematics 2 (DBM2013) Dalam Kalangan Pelajar
Diploma Kejuruteraan Elektronik Kawalan (DJK) Di Politeknik
Melaka
Juhaina Mohamad1, Suhaizila Sari2
Politeknik Melaka
26 Analisis Jurang Kompetensi Pelajar Yang Berkelayakan Matematik
Tambahan Dan Matematik Moden Dengan Matematik Kejuruteraan 1
Khairani Yaakub1, Linawati Razak @ Ali2, Leanna Mohd Yunos3
Politeknik Melaka
27 Kajian Tahap Kepimpinan Dan Kerja Berkumpulan Pelajar-Pelajar
Program Pastri Di Kolej Komuniti Selayang
Adawiyah binti Razali1, Rahayu binti Taha2
Kolej Komuniti Selayang
xi
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
PENGARUH PERSONALITI KERJAYA TERHADAP PENCAPAIAN
AKADEMIK PELAJAR SIJIL PEMASANGAN ELEKTRIK (SPE) KOLEJ
KOMUNITI MASJID TANAH
Norasid Majid1, Norashikin Amir2 dan Norfadzilah Mohamad3
Kolej Komuniti Masjid Tanah
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan untuk melihat pengaruh personaliti kerjaya terhadap pencapaian akademik
pelajar SPE di Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT). Kajian ini berasaskan Teori Kerjaya Holland.
Kajian ini juga untuk melihat adakah terdapat hubungan di antara keselarasan personaliti kerjaya
dengan program pengajian pelajar. Subjek kajian terdiri daripada 76 orang pelajar yang telah
dipilih secara rawak berkelompok daripada 85 orang pelajar semester 3 dan 4 sesi Mac 2017.
Persampelan ini dibuat mengikut Jadual Penentuan Saiz Sampel yang telah dicadangkan oleh
Krejcie dan Morgan (1970). Alat kajian yang digunakan ialah ujian Self Directed Search (SDS) yang
telah diterima pakai sebagai alat ukur personaliti kerjaya pelajar. Kaedah statistic yang
digunakan untuk menganalisa data ialah kaedah Enviroment Assessment Technique (EAT), Indeks
Keselarasan Wiggins dan ujian Korelasi Pearson dengan aras keertian ditetapkan pada .05. Hasil
kajian dapat menunjukkan bagaimana pengaruh personaliti kerjaya terhadap pencapaian
akademik pelajar KKMT. Kajian ini diharap dapat membantu pengurusan KKMT untuk merancang
program berkaitan kerjaya bagai para pelajarnya.
Kata kunci: Keselarasan Kerjaya; personaliti kerjaya; program pengajian
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan |1
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
1.0 PENGENALAN
Kolej Komuniti ditubuhkan bagi menyediakan keperluan latihan dan kemahiran
kepada semua peringkat umur juga membantu pelajar lepasan Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) yang mempunyai pencapaian sederhana bagi meneruskan
pelajaran sebelum ke pasaran pekerjaan atau meneruskan pembelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi. Manakala Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT) telah
ditubuhkan pada tahun 2003 dan menawarkan program pengajian seperti Sijil
Pemasangan Elektrik, Sijil Landskap, Sijil Teknologi Maklumat dan Sijil Sistem
Komputer dan Rangkaian. Secara amnya pemilihan kemasukan pelajar terhadap
sesuatu kursus adalah berpandukan pilihan pelajar dan kekosongan tempat yang
dipilih. Walaubagaimanapun, seringkali pelajar ditawarkan kursus yang bukan
pilihan kerana tiada kekosongan tempat. Oleh itu, pelajar akan ditawarkan
kursus bergantung kepada keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan ini
menyebabkan mereka tidak dapat mengikuti kursus yang diminati. Mengikut
Holland (1973;1985) bahawa terdapat hubungan erat di antara jenis personaliti
dengan persekitaran kerja, dimana sesuatu jenis personaliti akan mencari
persekitaran kerjaya yang bersamaan dengan personalitinya.
2.0 PENYATAAN MASALAH
Setiap pelajar yang datang mendaftar di kolej komuniti digalaskan bersama
harapan yang tinggi terhadap diri, keluarga dan dan masyarakat sekeliling.
Namun seringkali, mereka menghadapi konflik apabila ditawarkan kursus yang
bukan pilihan disebabkan bilangan penawaran kursus adalah terhad. Ini
menyebabkan pelajar berada dalam dilema, samada perlu mengikuti pengajian
atau sebaliknya. Kursus yang diikuti oleh pelajar sedikit sebanyak akan
menentukan bidang kerjaya yang akan diceburi selepas tamat pengajian.
Akibatnya berlaku ketidakkeselarasan antara personaliti kerjaya dengan bidang
yang dipilih dan mungkin akan menjejaskan pencapaian akademik pelajar.
Gattiker dan Larwood (1990) menyatakan bahawa personaliti dan
persekitaran yang selaras akan mendorong seseorang pelajar untuk belajar
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan |2
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
secara bersungguh-sungguh dan lebih berkesan. Justeru satu kajian perlu
dijalankan untuk melihat keselarasan personaliti kerjaya pelajar dengan kursus
yang diikuti di kolej komuniti. Hasil kajian akan dapat membantu para pelajar
dan pensyarah untuk melakukan sesuatu bagi mengimbangi diantara minat dan
kursus yang diikuti.
3.0 TUJUAN KAJIAN
Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk meninjau kesan personaliti kerjaya
pelajar SPE bagi semester tiga (3) dan empat (4) di KKMT terhadap pencapaian
akademik. Tujuan kajian adalah seperti berikut:
(i) Mengenalpasti personaliti kerjaya pelajar Sijil Pemasangan Elektrik
(SPE) semester 3 dan 4 di KKMT.
(ii) Menentukan samada wujud keselarasan antara personaliti kerjaya
pelajar SPE semester 3 dan 4 di kolej komuniti dengan pengkhususan
program pengajian mereka.
(iii) Menentukan samada wujud hubungan antara keselarasan personaliti
kerjaya dan pengkhususan program pengajian dengan tahap akademik
pelajar.
4.0 PERSOALAN KAJIAN
Kajian yang dilakukan ini diharap dapat menerangkan perkara-perkara seperti
berikut:
(i) Apakah personaliti kerjaya bagi pelajar SPE semester 3 dan 4 di KKMT?
(ii) Apakah wujud keselarasan antara personaliti kerjaya pelajar SPE
semester 3 dan 4 dengan pengkhususan program pengajian mereka?
(iii) Adakah wujud hubungan antara keselarasan personaliti kerjaya dan
pengkhususan program pengajian dengan tahap akademik pelajar?
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan |3
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
5.0 KAJIAN LITERATUR
Mohd Som (1996) telah menjalankan kajian untuk mengkaji keselarasan
personaliti-persekitaran dan hubungannya dengan kepuasan belajar di kalangan
pelajar sekolah menengah teknik. Subjek kajian terdiri daripada pelajar-pelajar
Tingkatan 4, sekolah menengah teknik di Malaysia. Jumlah sampel adalah 330
orang pelajar yang mengikuti salahsatu daripada lima jurusan pengajian iaitu
Kejuruteraan Jentera, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik,
Pertanian dan Perdagangan. Alat kajian yang digunakan adalah SDS yang
diterjemahkan kepada Bahasa Melayu oleh Dr. Sidek bin Mohd Noah untuk
menentukan kod personaliti pelajar dan EAT untuk menentukan kod
persekitaran. Kajian yang telah dijalankan mendapati kod persekitaran bidang
Kejuruteraan Jentera adalah IRS, kod persekitaran bidang Kejuruteraan Awam
adalah ISR, kod persekitaran Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik adalah IRS, kod
persekitaran bidang Perdagangan adalah CEI dan kod persekitaran bidang
Pertanian adalah ICS. Dapatan kajian mengenai keselarasan personaliti dan
persekitaran mendapati Indeks Keselarasan bagi bidang Kejuruteraan Jentera
adalah 5, Indeks Keselarasan bagi bidang Kejuruteraan Awam adalah 5, Indeks
Keselarasan bagi bidang Kejuruteraan Elektrik Dan Elektronik dan adalah 5,
Indeks Keselarasan bagi bidang Perniagaan adalah 5 dan Indeks Keselarasan bagi
bidang Pertanian adalah 4. Ini menunjukkan personaliti para pelajar boleh
dikategorikan mengikut pengelasan yang dibuat oeh Holland dan pelajar telah
memilih bidang pengajian yang bersesuaian dengan personaliti mereka.
6.0 METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk melihat keselarasan antara jenis personaliti kerjaya
dengan program pengajian yang diikuti oleh pelajar-pelajar SPE semester 3 dan
4 di KKMT dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar. Rekabentuk
deskriptif telah digunakan di dalam kajian bagi mendapatkan profil personaliti
responden yang dilaksanakan melalui ujian secara manual dan ianya berasaskan
ujian Self Directed Search (SDS) oleh Prof. Sidek Mohd Noah yang diadaptasi dari
John Holland. Seramai 76 orang respondan telah menjawab ujian secara manual
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan |4
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
di bilik kuliah KKMT. Kod Tiga Huruf Holand bagi setiap pelajar diproses secara
manual selepas pelajar menjawab ujian tersebut. Kemudian data yang telah
diperolehi diproses menggunakan Stastitical Package For The Social Sciences
(SPSS) untuk mendapatkan statistik deskriptif.
Kajian deskriptif ini juga menggunakan kaedah Environment Assessment
Technique (EAT) untuk menentukan dan mendefinasikan Kod Tiga Huruf
personaliti kerjaya program pengajian di KKMT. Berdasarkan jumlah skor bagi
enam kod personaliti kerjaya, tiga skor tertinggi mengikut urutan merupakan kod
personaliti kerjaya bagi sesuatu program pengajian. Seterusnya Kod Tiga Huruf
Holland untuk persekitaran program pengajian yang terdapat di KKMT ditentukan
dengan menggunakan maklumat yang diperolehi dari Gotfredson, Holland dan
Ogawa (1982) dalam Dictionary of Occupational Code dan The Occupation Finder
(Holland 1989). Indeks Keselarasan (IK) yang diperkenalkan oleh Wiggins dan
Moody (1981) digunakan untuk melihat nilai keselarasan antara personaliti
dengan persekitaran. Indeks Keselarasan (IK) digunakan dengan melihat cara
susunan kod huruf-huruf yang diperolehi melalui profil personaliti kerjaya-
persekitaran kerjaya secara kaedah EAT dan Kod Tiga Huruf Holland yang
diperolehi dari Dictionary of Occupational Codes dan The Occupation Finder.
Menurut Mohd Majid Konting (2005) kajian korelasi memberi penekanan kepada
penentuan sejauhmana perkaitan antara pemboleh-pembolehubah. Keteguhan
hubungan antara pembolehubah-pembolehubah ditentukan dengan menggunakan
indeks keteguhan yang juga dikenali sebagai pekali korelasi. Menurut Jackson
(2003) korelasi juga digunakan oleh pengkaji untuk menguji banyak
pembolehubah dan melihat hubungan di antara mereka dalam pelbagai dimensi.
6.1 Instrumen Kajian
Proses pengumpulan data adalah menggunakan satu set borang soal selidik yang
terdiri daripada Biodata Responden (Bahagian A) dan ujian SDS (Bahagian B)
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan |5
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Biodata Responden (Bahagian A)
Maklumat-maklumat yang terdapat di dalam Bahagian A borang soalselidik ialah
mengenai biodata responden yang meliputi Nama, Nombor Pendaftaran, Kelas,
Jantina dan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK).
Ujian SDS (Bahagian B)
Ujian SDS adalah merupakan satu inventori yang boleh digunakan untuk
mengenalpasti profil personaliti kerjaya dan minat kerjaya seseorang individu di
mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Inventori ini terdiri daripada 190 item
yang dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu Kesukaan, Kecekapan dan Minat
(pekerjaan). Item-item dari setiap bahagian boleh dikelaskan kepada enam jenis
personaliti kerjaya seperti yang dikemukakan oleh Holland (1973;1985) iaitu
Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan
Conventional (C).
7.0 ANALISIS DATA KAJIAN
7.1 Analisis Kajian Deskriptif Menggunakan Environment Asssessment
Technique (EAT)
Teknik EAT telah diperkenalkan oleh Astin dan Holland (1961). Ianya mempunyai
telah dibuktikan kesahannya oleh beberapa pengkaji seperti McCormick,
Jenneret dan Mecham pada tahun 1972 dan Gottfredson pada tahun 1982 (Sidek
2002) dan mempunyai kebolehpercayaan Uji dan Uji-Kembali yang tinggi, iaitu
bernilai antara .83 hingga .99 untuk selang masa antara 2 hingga 6 tahun (Astin
& Holland 1961).
7.2 Analisis Indeks Keselarasan (IK)
Kod Tiga Huruf Holland (Dictionary of Occupational Codes) dengan Indeks
Keselarasan Wiggins dan Moody (1981) digunakan sebagai rujukan bagi
menentukan Indeks Keselarasan Personaliti kerjaya-Persekitaran Program
pengajian responden
Ianya ditentukan dengan membandingkan padanan antara kod personaliti yang
diperoleh daripada tiap-tiap persekitaran program pengajian dengan kod tiga-
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan |6
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
mata Holland yang telah ditentukan dalam klasifikasi Holland. Padanan tepat
adalah RIE dan RIE, akan diberikan IK 8; sementara kod langsung tiada padanan,
contohnya SCA akan diberikan IK 0. Sementara itu IK 4 akan diberikan kepada
padanan di tahap sederhana contohnya SRE, SRI, RSA, SIR.
7.3 Ujian Korelasi Pearson
Korelasi ialah hubung kait antara dua atau lebih pemboleh ubah (Alias Baba
1999). Analisis korelasi Pearson telah digunakan untuk mendapat nilai korelasi
bagi melihat hubungan antara keselarasan personaliti kerjaya-persekitaran
dengan pencapaian akademik pelajar SPE semester 3 dan 4 di Kolej Komuniti
Masjid Tanah
8.0 KEPUTUSAN KAJIAN
8.1 Kod Tiga Huruf Holland Personaliti kerjaya dan Indeks Keselarasan
Jadual 1 menunjukkan Kod Tiga Huruf pelajar dan yang dicadangkan oleh Holland
bersama dengan Indek Keselarasannya.
Jadual 1. Kod Tiga Huruf pelajar dan Holland bagi Personaliti kerjaya pelajar SPE
KKMT
Program n Kod Pelajar Kod Holland IK
SPE 76 SRE RIE 4
___________________________________________________________________
Jadual 1 menunjukkan bagi program SPE, Kod Tiga Huruf Holland ialah RIE
manakala kod yang didapati daripada pelajar ialah SRE . Jadual menunjukkan
hasil ujian EAT yang dibandingkan dengan Indeks Keselarasan (IK) Wiggins dan
Moody menunjukkan tiada keselarasan diantara kecenderungan kerjaya Pelajar
Sijil Pemasangan Elektrik dengan pengajian mereka. Ini kerana IK 4 adalah
mewakili tahap keselarasan yang lemah.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan |7
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
8.2 Hubungan Antara Indeks Keselarasan dengan Pencapaian Akademik
Pelajar
Korelasi Pearson digunakan untuk melihat tahap perhubungan yang signifikan di
antara pembolehubah-pembolehubah iaitu tahap keselarasan personaliti kerjaya
dengan pencapaian akademik pelajar SPE Kolej Komuniti Masjid Tanah, Melaka.
Ianya telah diproses dalam perisisan SPSS versi 20.0 dan hasil daripadanya telah
diplotkan dalam bentuk jadual bagi keputusannya.
Jadual 2. Hubungan antara Keselarasan Personaliti kerjaya pencapaian
akademik pelajar KKMT
Jadual 3. Nilai kolerasi oleh Cohen (dalam Pallant 2007)
Jadual 2 menunjukkan analisis korelasi di antara Indeks Keselarasan Kerjaya
dengan pencapaian akademik pelajar SPE. Ini menunjukkan hubungan antara
kedua-duanya adalah lemah (r = 0.124) berdasarkan interpritasi yang
dicadangkan oleh Cohen (dlm. Pallant 2007) , rujuk Jadual 3 r = .10 hingga .29
adalah korelasi yang lemah. Manakala varians r² = 12.4 menunjukkan bahawa
12.4% daripada peningkatan akademik disumbangkan oleh Indeks Keselarasan.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan |8
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
9.0 RUMUSAN DAN CADANGAN
9.1 Kod Tiga Huruf Hollad bagi semua pelajar setiap program pengajian
Dapatan kajian ini telah dapat menyempurnakan tujuan pertama kajian
dijalankan iaitu untuk mengenalpasti Kod Tiga Huruf Holland Personaliti kerjaya
program-program pengajian yang terdapat di Kolej Komuniti Masjid Tanah.
Dengan menggunakan SELF DIRECETD SEARCH (SDS) kajian ini telah berjaya
memperolehi Kod Tiga Huruf Holland personaliti bagi program SPE Kolej Komuniti
Masjid Tanah. Pelajar-pelajar Sijil Sijil Pemasangan Elektrik (SPE), di dapati
personaliti yang paling dominan ialah Sosial, Realistik dan Enterprising (SRE)
manakala berdasarkan Dictionary of Occupational Codes pula Kod Tiga Huruf bagi
program SPE ialah RIE.
Ini menunjukkan pelajar SPE KKMT mencatatkan Indeks Keselarasan yang
kurang baik iaitu 4 dan tidak memenuhi ciri-ciri personaliti seperti yang
disarankan dalam Dictionary of Occupational Codes oleh Gotfredson, Holland dan
Ogawa (1982). Justeru itu boleh dikatakan kebanyakan pelajar SPE tidak
mempunyai keselarasan yang baik antara personaliti dengan program pengajian
mereka. Ianya penting kerana menurut Holland (1973, 1985) ketidakselarasan
akan berlaku apabila individu bekerja atau tinggal dalam persekitaran yang
berlawanan dengan jenis personaliti. Ianya akan memberi kesan kepada tahap
kepuasan kerja, pencapaian, produktiviti dan kestabilan diri individu tersebut.
9.2 Korelasi antara Keselarasan Personaliti kerjaya dan Program Pengajian
dengan Pencapaian Akademik
Kajian yang menggunakan Korelasi Pearson dan ia telah diproses menggunakan
perisian SPSS. Hasil dapatan menunjukkan tidak wujud hubungan positif yang
signifikan antara keselarasan kerjaya-program pengajian dengan pencapaian
akademik pelajar dalam program pengajian SPE di Kolej Komuniti Masjid Tanah
iaitu pada tahap .124. Berdasarkan Cohen (dlm. Pallant 2007) nilai korelasi boleh
diinterpritasikan seperti berikut r = .10 hingga .29 adalah hubungan lemah,
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan |9
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
r = .30 hingga .49 hubungan sederhana dan r = .50 hingga 1.0 hubungan yang
kuat. Justeru itu boleh diinterpritasikan di sini, kesemua pelajar kursus ini
memperlihatkan hubungan yang lemah antara personaliti kerjaya dengan
pencapaian akademik.
Dapatan kajian ini bersesuaian dengan pandangan Holland (1973;1985)
yang berpendapat bahawa motivasi, kepuasan kerja, pencapaian, produktiviti
dan kestabilan adalah bergantung kepada darjah keselarasan atau kongruens
antara jenis personaliti dengan jenis persekitaran tempat individu tersebut
bekerja. Konsep kongruens atau keselarsan mencadangkan bahawa semakin
banyak persamaan yang yang wujud antara jenis personaliti dengan jenis
persekitaran mereka, semakin tinggi kestabilan, pencapaian dan kepuasan yang
akan mereka alami. Pencapaian akademik adalah bergantung kepada darjah
keselarasan atau kongruens individu-persekitaran, ketekalan personaliti dan
perbezaan personaliti (Reuterfors et al. 1979).
10.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya beberapa kesimpulan boleh didapati dari kajian ini :
i. Kajian tentang Kod Tiga Huruf Holland pada para pelajar SPE di Kolej
Komuniti Masjid Tanah, Melaka menunjukkan memang terdapat Kod Tiga
Huruf yang tersendiri pada program pengajiannya.
ii. Keselarasan antara personaliti kerjaya dengan program pengajian pelajar
di Kolej Komuniti Masjid Tanah Melaka telah dikenalpasti di mana kajian
menunjukkan kebanyakan pelajar tidak mempunyai keselarasan yang baik
dengan pengajian mereka.
iii. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan
antara pencapaian akademik dengan keselarasan personaliti kerjaya
dalam program pengajian.
Kajian ini telah dapat menghasilkan maklumat yang bernilai tentang keselarasan
personaliti kerjaya dan program pengajian serta hubungannya dengan
pencapaian akademik pelajar.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 10
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
RUJUKAN
Ahmad Rosli. 2009. Keselarasan Personaliti kerjaya dengan Program Pengajian
Pelajar di Politeknik Kota Melaka. Universiti Kebangsaan Malaysia : Tesis
Sarjana
Alias Baba. 1999. Statistik Penyelidikan dalam Pendidikan dan Sains Sosial.
Bangi: Penerbit UKM
Astin, A.W & Holland, J.L. 1961. The Environmental Assesment Technique: A way
to measure college envirnment. Journal of Educational Psychology 31:
308-316
Gattiker, U.E. & Larwood, L.1990. Predictors For Career Achievement In The
Corporate Hierarchy. Human Relations. 43: 703-729.
Gotfredson, G.D, Holland, J.L & Ogawa, D.K. 1982. Dictionary of Occupational
Codes CA: Consulting Psychologist Press
Holland, J.L. .1973. Making Vokational Choices: A theory of Careers. Englewood
Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall
Holland, J.L. .1985. A Theory of Vocational Personality and Work Environment.
Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall
Holland, J.L. 1989. The Occupation Finder. Odessa. Florida: Psycological
Assessment Resources Inc.
Mohd Majid Konting. 2005. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : DBP
Mohd Som Abd Hamid.1996. Keselarasan Personaliti-Persekitaran Dan
Hubungannya Dengan Kepuasan Belajar di Kalangan Pelajar Sekolah
Menengah Teknik. Tesis Master yang tidak diterbitkan. Fakulti Pengajian
Pendidikan. UPM, Serdang
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 11
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Pallant, J.. 2007. SPSS: Survival Manual. New York: McGraw Hill Education
Reuterfors, D.L.,Schneider, L.J.,Overton, T.D. 1979. Academic Achievement: An
Examination Of Holland's Congruency, Consistency, And Differentiation
Predictions, Journal of Vocational Behavior, 14(2), 181-189
Sidek Mohd Noah. 2000. Rekabentuk Penyelidikan, Falsafah, Teori dan Praktis.
Serdang: Percetakan FPP
Sidek Mohd Noah .2002. Perkembangan Kerjaya : Teori dan Praktis. Serdang :
Penerbit UPM
Wiggins, J.D and Moody, A. 1981. Compatibility Index Discriptor. DE: Training
Associates Ltd.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 12
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
KESEDIAAN KOMPROMI PELAJAR KOLEJ KOMUNITI MASJID TANAH
DALAM PEMILIHAN KERJAYA MASA HADAPAN
Aneetha Asyikeen Othman1, Siti Nurlaili Nasuka2 dan Nurliyana Abdul Malik3
Kolej Komuniti Masjid Tanah
[email protected]
ABSTRAK
Pemilihan kerjaya yang selari dengan bidang pengajian sangat penting untuk menunjukkan
keberkesanan sesuatu program pengajian yang telah ditawarkan.Namun begitu realitinya bukan
semudah yang disangkakan dan ramai yang mengalami kegagalan untuk mencapai kerjaya
yangdiidamkan.Justeru kompromi merupakan jawapan kepada permasalahan yang timbul dan
menjadi jalan alternatif kepada pencari kerja.Kajian ini dijalankan untuk melihat keupayaan
pelajar-pelajar semester akhir Kolej Komuniti Masjid Tanah dalam berkompromi sekiranya
menghadapi kesulitan untuk mencaripekerjaan apabila tamat belajar. Seramai 56 pelajar
semester akhir Sijil Teknologi Maklumat, Sijil Pemasangan Elektrik, Sijil Lanskap dan Sijil Sistem
Komputer dan Sokongan telah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian telah dianalisis menggunakan
SPSS 21.0 untuk mendapatkan min, t-test dan Korelasi Pearson bagi menjawab persoalan
kajian.Hasil kajian mendapati bahawa tahap kesediaan pelajar semester akhir KKMT untuk
berkompromi dalam pemilihan kerjaya masa hadapan adalah sederhana tinggi dengan nilai skor
min 3.83.Menerusi ujian-t,tidak terdapat perbezaan yang signifikan kesediaan kompromi pelajar
KKMT berdasarkan jantina. Skor min tahap kesediaan kompromi pelajar lelaki (min=3.83) adalah
lebih kecil daripada pelajar perempuan (min=3.84). Ini bermakna tahap kompromi pelajar lelaki
dan perempuan adalah sama. Korelasi pearson yang digunakan dalam kajian telah dapat
menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang sangat lemah antara kesediaan berkompromi
dengan jantina dalam kalangan pelajar semester akhir KKMT. Jumlah korelasi adalah 0.015.Jelas
sekali faktor jantina tidak menjadi penentu dalam aspek kesediaan berkompromi pelajar kolej
komuniti. Secara keseluruhannya, kajian mendapati bahawa majoriti pelajar - pelajar semester
akhir KKMT bersedia berkompromi namun terdapat segelintir pelajaryang tidak bersedia untuk
berkompromi dalam pemilihan kerjaya masa hadapan. Sehubungan dengan keputusan yang telah
diperolehi, beberapa cadangan telah dikemukakan.
Kata Kunci: Kompromi; Pemilihan kerjaya; kolej komuniti.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 13
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
1.0 PENGENALAN
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi)
merupakan antara strategi utama RMK-11.Langkah ini dijangka dapat menyokong
pencapaian sasaran 80 peratus graduan mendapat pekerjaan dalam tempoh enam
bulan selepas menamatkan pengajian.Walaubagaimanapun di dalam dunia
pekerjaan masa kini terdapat graduan yang bekerja bukan di dalam bidang
masing-masing.
Menurut Pengarah eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia, Datuk
Shamsuddin Bardan menyatakan lebih ramai graduan pada masa ini bekerja di
sektor yang tidak mempunyai kaitan dengan bidang pengajian mereka.
Walaubagaimanapun situasi ini dilihat sebagai satu perkembangan yang baik
kerana kemahiran yang dibangunkan ketika mereka belajar boleh dimanfaat dan
terpakai dalam kebanyakan bidang lain.
Oleh yang demikian, langkah-langkah yang lebih strategik harus diambil
secara berterusan untuk memastikan bakal graduan bersedia untuk berkompromi
dalam pemilihan kerjaya pada masa hadapan.Secara tidak langsung ini
merupakan satu cabaran kepada Kolej Komuniti untuk meningkatkan kualiti
pengajian bagi memperbaiki tahap kemahiran dan kompetensi lulusan yang
dihasilkan ke arah memenuhi kehendak industri.
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Memilih laluan kerjaya yang seiring dengan pendidikan serta latihan yang diikuti
adalah tugasan penting dalam turutan perkembangan kerjaya individu semenjak
daripada remaja sehingga dewasa (Super, Savickas & Super 1996). Secara
teorinya, proses ini berlangsung di mana individu akan memilih kerjaya yang
diminati dan sesuai dengan personaliti mereka (Parson 1909; Holland 1996).
Namun ia tidak semudah yang disangkakan, dengan lambakan graduan dalam
pelbagai bidang, ekonomi yang kurang memberangsangkan dan pelbagai senario
dunia terkini membangkitkan pelbagai halangan dan cabaran sama secara
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 14
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
dalaman atau luaran (Creed and Hughes 2012). Ada yang terpaksa memilih
pekerjaan yang kurang prestij atau mencari pekerjaan yang lebih mencabar
dalam usaha mereka untuk mengatasi halangan yang mendatang demi
memastikan kelangsungan hidup dalam dunia kerjaya yang mencabar ini
(Blanchard & Lichtenberg, 2003; Tsaousides & Jome, 2008).Kajian ini ingin
melihat strategidan bentuk kompromi yang dilakukan oleh lulusan kolej komuniti
dalam memilih kerjaya apabila berhadapan dengan kekangan dalaman atau
luaran.
Kajian ini dijalankan berdasarkan teori aspirasi kerjaya oleh Gotfredson
(1996) yang banyak mengupas tentang kompromi dalam kerjaya. Beliau
menyifatkan kompromi sebagai perubahan dalam pemilihan kerjaya kerana
halangan tertentu sama ada secara dalaman atau luaran di mana 2 proses akan
dilakukan. Pertama, individu akan menolak atau membuang, sesuatu pekerjaan
dengan mengambil kira faktor gender, prestij dan minat. Kedua, matlamat
kerjaya yang telah ditetapkan atau diingini mungkin akan diubahsuai atau ditolak
jika seseorang individu merasakan ia amat sukar untuk dicapai. Secara umumnya
kompromi adalah proses meletakkan alternatif atau mengubahsuai pilihan
pekerjaan yang diingini. Namun begitu banyak juga teori-teori lain yang
menyebut tentang kompromi seperti Holland (1997) yang menyatakan kompromi
sangat diperlukan apabila wujud masalah padanan antara personaliti dan pilihan
kerjaya. Malah Lent, Brown and Hacket (1994) dalam teori sosial kognitif juga
menekankan keperluan kepada kompromi apabila berhadapan dengan halangan
dalam mendapatkan kerjaya.
3.0 PERMASALAHAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan berdasarkan teori pemilihan kerjaya oleh Holland (1996)
yang banyak mengupas tentang kompromi dalam kerjaya.Beliau menyifatkan
kompromi sebagai perubahan dalam pemilihan kerjaya kerana halangan tertentu
sama ada secara dalaman atau luaran di mana 2 proses akan dilakukan. Pertama,
individu akan menolak atau membuang, sesuatu pekerjaan dengan mengambil
kira faktor gender, prestij dan minat. Kedua, matlamat kerjaya yang telah
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 15
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
ditetapkan atau diinginimungkin akan diubahsuai atau ditolak jika seseorang
individu merasakan ia amat sukar untuk dicapai. Secara umumnya kompromi
adalah proses meletakkan alternatif atau mengubahsuai pilihan pekerjaan yang
diingini. Namun begitu banyak juga teori-teori lain yang menyebut tentang
kompromi seperti Holland (1997) yang menyatakan kompromi sangat diperlukan
apabila wujud masalah padanan antara personaliti dan pilihan kerjaya. Malah
Lent, Brown and Hacket (1994) dalam teori sosial kognitif juga menekankan
keperluan kepada kompromi apabila berhadapan dengan halangan dalam
mendapatkan kerjaya.
Laporan kajian pengesanan graduan Kolej Komuniti sehingga tahun 2011
jelas menunjukkan 57.6% pelajar Kolej Komuniti yang menganggur adalah
disebabkan kesukaran untuk mendapat pekerjaan dan kurang keyakinan diri
untuk bersaing dalam pasaran pekerjaan (JPKK 2012). Manakala semenjak tahun
2004 sehingga tahun 2011 menunjukkan secara purata 0.2% sahaja yang mampu
berkerjaya dengan pendapatan melebihi RM5000. Malah 35% daripadanya
mempunyai kerjaya dengan pendapatan kurang daripada RM1000 (JPKK 2009;
JPKK 2011; JPKK 2012).Justeru graduan kolej komuniti perlu diberi pendedahan
dan panduan bagaimana untuk mengaturkan strategi apabila berhadapan dengan
kesukaran dalam dunia pekerjaan dan mencari alternatif yang mampu membantu
mereka untuk mengatasi cabaran ini.Justeru, Gotfredson (1981) mencadangkan
kompromi sebagai strategi ampuh untuk membantu individu dalam mencari
alternatif untuk keputusan kerjaya mereka.Oleh sebab itu, penyelidik telah
menjalankan kajian ini untuk meneroka strategi kompromi lulusan kolej komuniti
yang telah berjaya sehingga mereka mampu mencapai kejayaan.Ianya selari
dengan teori Kerjaya Sosial oleh Krumboltz (1996) yang mencadangkan kaedah
pemodelan individu yang signifikan adalah sangat sesuai membimbing
perkembangan kerjaya remaja.Mereka terpaksa berkompromi bagi memastikan
perkembangan kerjaya mereka boleh berlangsung dan mereka perlu memilih
kerjaya yang baik untuk mereka walaupun ia bukan yang terbaik. Justeru, lulusan
kolej komuniti perlu tahu bila hendak berkompromi dan tahu bagaimana cara
untuk berkompromi bagi memastikan hasil proses kompromi mampu memberikan
kejayaan kepada mereka. Kajian ini dilakukan bagi melihat kesediaan pelajar
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 16
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
KKMT untuk berkompromi apabila mereka berhadapan dengan dunia kerjaya
sebenar nanti.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini secara amnya ingin melihat kemampuan pelajar KKMT untuk
berkompromi apabila berhadapan dengan cabaran untuk mencari pekerjaan.
Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk:
a. Melihat tahap kesediaan pelajar semester akhir KKMT untuk berkompromi
dalam pemilihan kerjaya masa hadapan
b. Mengenalpasti perbezaan tahap kesediaan kompromi pelajar semester
akhir KKMT berdasarkan jantina
c. Mengenalpasti hubungan antara tahap kesediaan berkompromi dengan
jantina dalam kalangan pelajar semester akhir KKMT
5.0 PERSOALAN KAJIAN
i. Apakah tahap kesediaan pelajar semester akhir KKMT untuk berkompromi
dalam pemilihan kerjaya masa hadapan?
ii. Apakahterdapat perbezaan tahap kesediaan kompromi pelajar semester
akhir KKMT berdasarkan jantina?
iii. Adakah wujud hubungan antara tahap kesediaan berkompromi dengan
jantina dalam kalangan pelajar semester akhir KKMT?
6.0 KAJIAN LITERATUR
Kompromi adalah proses pengubahsuaian aspirasi pekerjaan untuk menyesuaikan
diri dengan dunia realiti. Ia dianggap proses biasa dalam mencari bidang kerjaya
yang sesuai dengan seseorang individu (Creed & Hughes 2012). Kompromi telah
diangkat sebagai asas utama dalam teori Aspirasi Kerjaya oleh Gotfredson
(1981;1996) kerana kepentingannya dalam proses pemilihan kerjaya individu. Ini
kerana pemilihan sesuatu kerjaya bukan sesuatu yang indah dan mudah seperti
yang disangka malah sering kali dibayangi dengan beberapa kekangan sama ada
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 17
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
perkara nyata atau berbentuk imaginasi seperti kepercayaan kepada kemampuan
diri untuk kerjaya tertentu atau kekurangan prospek kerjaya. Sesetengah
kekangan ini menyebabkan anak muda terpaksa membuat beberapa perubahan
atau kompromi kepada kerjaya pilihan mereka dan menerima pilihan kerjaya
yang kurang diingini untuk mereka (Gotfredson 2005).Pilihan kurang diingini ini
meliputi pemilihan bidang kerjaya yang kurang prestij atau menarik, atau pun
pekerjaan yang lebih mencabar dan lebih sukar daripada yang diingini. Walaupun
proses kompromi dalam pemilihan kerjaya yang diingini adalah proses normal
dalam penyesuaian pemilihan pekerjaan namun sedikit sahaja penyelidikan
tentang perkara ini telah dijalankan (Blanchard & Lichtenberg, 2003; Tsaousides
& Jome, 2008, Creed & Hughes 2012). Holland (1997) telah menyatakan secara
jelas bahawa kompromi adalah diperlukan apabila tiada padanan antara
personaliti dengan karektor pekerjaan. Manakala Lent, Brown dan Hackett (1996)
dalam Teori Kognitif Sosial Kerjaya menegaskan kompromi adalah diperlukan
dalam menghadapi halangan atau cabaran sebenar kehidupan.
Ini selaras dengan dapatan Eysenck (1998) dalam kajiannya mengenai
sensitiviti genetik kekeluargaan.Beliau mengatakan manusia adalah peserta aktif
yang menentukan hala tuju pengalamannya dan bukan pasif serta hanya akur
dengan pengalaman sekeliling. Individu akan meneroka semua peluang kerjaya,
namun dalam proses ini, kebanyakan individu akan “berkompromi” untuk
mendapatkan peluang kerjaya yang dianggap “baik” walaupun bukan yang
“terbaik” (Gotfredsen 1996; 2005). Individu tidak akan berkompromi berkenaan
minat kerjayanya dengan prestij atau perbezaan jantina jika mereka berhadapan
dengan halangan kecil dalam mendapatkan pekerjaan. Namun jika ianya adalah
halangan besar dan memerlukan mereka memilih, mereka akan mengorbankan
prestij dan jantina untuk mendapatkan pekerjaan yang diingini (Gotfredson 1996;
Gotfredson 2005; Wu Hwei Ming et al. 2007; Zunker 2012).
7.0 METODOLOGI KAJIAN
7.1 Reka bentuk Kajian
Kajian ini adalah satu penyelidikan kuantitatif berbentuk tinjauandengan
menggunakan instrumen soal selidik sebagai teknik untuk mendapatkan
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 18
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
data.Instrumen soal selidik yang telah dibangunkan oleh Ahmad Rosli (2016) telah
digunakan dalam kajian ini.
7.2 Sampel dan Populasi
Populasi kajian ini ialah semua pelajar semester akhir bagi empat program iaitu
Sijil Teknologi Maklumat, Sijil Pemasangan Elektrik, Sijil Sistem Komputer &
Rangkaian dan Sijil Landskap. Dalam kajian ini, responden kajian dipilih secara
kaedah persampelan rawak kelompok atas kelompok dan bertujuan. Pemilihan
telah dibuat secara khusus bagi memudahkan kajian. Pemilihan pelajar semester
akhir adalah atas andaian bahawa pelajar-pelajar telah melalui proses
penyesuaian dengan program kajian selama satu hingga empat semester dan ini
dapat memberikan kesan kepada pemilihan kerjaya mengikut bidang diceburi.
Berdasarkan Jadual Penentuan Saiz Sampel Krejcie dan Morgan (1970), bilangan
sampel yangdiperlukan dalam kajian ini (jumlah populasi = 65 orang) adalah
seramai 56 orang.
7.3 Analisis Kajian
Analisis kajian dilakukan dengan menggunakan perisian SPSS 21.0 untuk
mendapatkan jawapan kepada soalan kajian yang dikemukakan iaitu nilai min
untuk persoalan kajian yang pertama iaitu tahap kesediaan pelajar semester
akhir KKMT untuk berkompromi dalam pemilihan kerjaya masa depan, statistik
inferensi melibatkan ujian-t pada tahap kesignifikanan p <0.05 bagi melihat
perbezaan kesediaan kompromi pelajar semester akhir KKMT berdasarkan jantina
dan nilai r dalam kolerasi pearson untuk melihat hubungan antara kesediaan
berkompromi dengan jantina dalam kalangan pelajar semester akhir KKMT.
Bagi maklumat bahagian A, data menunjukkan latar belakang responden
yang menjawab borang soal selidik kajian ini. Latar belakang responden yang
ingin diketahui ialah jantina dan program. Data bagi bahagian A ini dipaparkan
dalam bentuk jadual dan carta bar agar mudah difahami dan lebih jelas.
Bagi maklumat bahagian B, data menunjukkan jawapan responden
terhadap persoalan kajian 1,2 dan 3. Pengukuran item soal selidik bagi bahagian
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 19
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
B menggunakan Skala Likert. Untuk memudahkan proses menganalisa data bagi
persoalan kajian 1, penyelidik telah menggunakan interpretasi skor min yang
dikemukakan oleh Nunnally & Bernstein (1994) sebagai rujukan interpretasi.
Jadual 1. Interpretasi Skor Min
Skor Min Tahap Kesediaan
1.00 – 2.00 Rendah
2.01 – 3.00 Sederhana Rendah
3.01 – 4.00 Sederhana Tinggi
4.01 – 5.00 Tinggi
(Diadaptasi daripada Nunnally & Bernstein, 1994)
Manakala untuk menganalisa data bagi persoalan kajian 3, Ujian korelasi pearson
telah digunakan. Seperti yang kita tahu bahawa korelasi bermanfaat untuk
mengukur kekuatan hubungan antara dua variabel (kadang lebih dari dua
variabel) dengan skala-skala tertentu (Pallant: 2011).Sebelum ujian tersebut
dapat dijalankan, beberapa andaian yang menjadi prasyarat ujian hendaklah
dipenuhi dan disempurnakan (Pallant, 2011; Bryman, 2008). Kekuatan hubungan
korelasi, menurut Pallant J, sebagai berikut :
0 : Tidak ada korelasi
0.00 - 0.25 : korelasi sangat lemah
0.25 - 0.50 : korelasi cukup
0.50 - 0.75 : korleasi kuat
0.75 - 0.99 : korelasi sangat kuat
1 : korelasi sempurna
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 20
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
8.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, penyelidik telah dapat membuat tinjauan
terhadap pelajar perempuan seramai 21 orang dan pelajar lelaki seramai 35
orang pada bahagian A.
40 35
30
21
20
10
0
LELAKI PEREMPUAN
Rajah 1 : Hasil dapatan responden mengikut jantina
Berdasarkan kepada dapatan kajian bahagian A juga, penyelidik telah dapat
membuat tinjauan terhadap 56 orang pelajar daripada empat program yang
terdapat di KKMT iaitu seramai 12 orang pelajar Program Teknologi Maklumat, 9
orang pelajar Teknologi Elektrik, 28 orang pelajar Program Sistem Komputer &
Rangkaian dan 7 orang pelajar Program Landskap.
30 28
25
20 9 7
15 12
10
5
0
STM SPE SSK SLP
Rajah 2 : Hasil dapatan responden mengikut program
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 21
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Persoalan Kajian I : Apakah tahap kesediaan pelajar semester akhir KKMT untuk
berkompromi dalam pemilihan kerjaya masa hadapan.
Penyelidik telah membuat tinjauan terhadap pelajar semester akhir Kolej
Komuniti Masjid Tanah bagi melihat sejauh mana kesediaan kompromi pelajar
dalam pemilihan kerjaya pada masa hadapan. Hasil dapatan keseluruhan bagi
Bahagian B ditunjukkan dalam Jadual 2.
Jadual 2 :Skor min keseluruhan bagi Bahagian B
Bahagian Skor Min Sisihan Piawaian Tahap Kesediaan
Keseluruhan
Bahagian B 3.83 .402 Sederhana Tinggi
Merujuk kepada Jadual 2, majoriti pelajar semester akhir KKMT mempunyai
tahap kesediaan kompromi yang sederhana tinggi dalam membuat pemilihan
kerjaya masa hadapan dengan nilai skor min sebanyak 3.83 dan sisihan piawai
adalah .402. Ini juga bersamaan dengan dapatan kajian oleh Faizal dan Azrul
(2015) yang menunjukkan bahawa tahap kematangan kerjaya pelajar-pelajar
tahun akhir ADTEC berada pada tahap sederhana tinggi. Secara tidak langsung,
dapatan kajian ini jelas menyokong kajian Ahmad Rosli et al. (2016) yang
menunjukkan lulusan kolej komuniti mempunyai keupayaan untuk berkompromi
apabila menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan.Tetapi terdapat
juga kajian yang mempunyai dapatan tahap kesediaan kerjaya yang rendah
seperti kajian oleh Maznizam et all (2016) dan kajian kematangan kerjaya oleh
(Mansor dan Tan, 2009) dalam kajian Aliyah (2016) yang telah dijalankan
terhadap pelajar prasiswazah di universiti awam Malaysia menunjukkan tahap
kematangan pelajar-pelajar adalah rendah.
Persoalan Kajian II: Adakah terdapat perbezaan tahap kesediaan kompromi
pelajar semester akhir KKMT berdasarkan jantina?
Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap kesediaan
kompromi pelajar semester akhir KKMT berdasarkan jantina.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 22
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Jadual 3 :Ujian-t perbezaan tahap kesediaan kompromi pelajar semester akhir
KKMT
Sisihan Tahap
Jantina Bil. Min Piawai Nilai-t Signifikan
Lelaki 35 3.83 0.426 -.113 0.910
Perempuan 21 3.84 0.368
*p<0.05
Jadual 3 menunjukkan nilai min kesediaan kompromi pelajar lelaki (min=3.83),
manakala nilai min kesediaan kompromi pelajar perempuan (min=3.84).Skor min
kesediaan kompromi pelajar lelaki(min=3.83) adalah lebih kecil sedikit tetapi
hampir menyamai skor min pelajar perempuan (min=3.84). Ini bermakna tahap
kesediaan kompromi pelajar lelaki dan perempuan adalah hampir sama. Hal ini
menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan min kesediaan kompromi yang
signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan terhadap pemilihan kerjaya masa
hadapan. Ujian-t menunjukkan nilai t ialah -.113 dan tahap signifikan p=0.910.
Tahap signifikan ini lebih besar daripada 0.05(p>0.05).Oleh itu, hipotesis nul (Ho1)
diterima.Ini bermakna, secara signifikannya tidak terdapat perbezaan terhadap
tahap kesediaan kompromi pelajar semester akhir KKMT berdasarkan jantina.
Pelajar lelaki dan pelajar perempuan di KKMT mempunyai tahap kesediaan
kompromi yang sama dalam pemilihan kerjaya masa hadapan. Dapatan ini seiring
dengan dapatan yang diperolehi oleh Tan Tai (2014) dalam kajiannya yang
menunjukkan bahawa tiada perbezaan dari segi jantina dan kaum ke atas
kesedaran kerjaya masa hadapan dan juga kajian oleh Maznizam et all (2013)
yang menyatakan bahawa gender tidak memberi kesan terhadap tahap kesediaan
kerjaya bagi pelajar-pelajar IKBN di negeri Selangor.
Persoalan Kajian III: Adakah wujud hubungan antara kesediaan berkompromi
dengan jantina dalam kalangan pelajar semester akhir KKMT?
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 23
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Jadual 4 : Hasil Ujian Korelasi
Jantina Min
.015
Jantina Pearson Correlation 1 .910
Min 56
Sig. (2-tailed)
1
N 56
56
Pearson Correlation .015
Sig. (2-tailed) .910
N 56
Ho2= Tiada hubungan antara kesediaan berkompromi dengan jantina dalam
kalangan pelajar semester akhir KKMT
Kriteria : Tolak hipotesis nul 2 (Ho2) jika nilai signifikansi p (<0.05)
Ujian Korelasi Pearson dijalankan bagi menentukan hubungan antara
pembolehubah kesediaan berkompromi dengan pembolehubah jantina bagi
pelajar semester akhir KKMT. Setelah menjalankan analisis korelasi, hasil
dapatan dalam jadual 4 menunjukkan nilai korelasi iaitu r=.015 dan nilai
signifikan p = .910 (>0.05) makahipotesis nul (Ho2) diterima. Secara
kesimpulannya,tidak wujud hubungan antara tahap kesediaan berkompromi
dengan jantina dalam kalangan pelajar semester akhir KKMT walaupun kekuatan
korelasi mengikut Pallant J, wujudnya hubungan yang sangat lemah.Jelas sekali
faktor jantina tidak menjadi penentu dalam aspek kesediaan berkompromi
pelajar semester akhir kolej komuniti masjid tanah.Malah kebanyakan kajian
menunjukkan aspek jantina tidak mempunyai perkaitan dengan perancangan
kerjaya pelajar (Syed Mohamad 2010; Jasmi 2014).Justeru penekanan dan
pemupukan aspek kompromi dalam kerjaya perlu dilibatkan secara menyeluruh
kepada semua pelajar kolej komuniti tanpa mengira jantina mereka.Ini penting
untuk membantu mereka bersaing dalam pasaran pekerjaan selepas tamat
pengajian.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 24
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
9.0 RUMUSAN DAN CADANGAN
Kesimpulan yang dapat dibuat ialah para pelajar semester akhir di KKMT
mempunyai kesediaan kompromi dalam pemilihan bidang kerjaya pada masa
hadapan. Kesimpulan ini dibuat berdasarkan jawapan yang diperolehi bagi
ketiga-tiga persoalan kajian berikut. Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan
bahawa hasil dapatan kajian berdasarkan analisa yang telah dijalankan terhadap
kesediaan kompromi pelajar kolej komuniti masjid tanah dalam pemilihan
kerjaya masa hadapan adalah seperti berikut:-
i. Pelajar semester akhir KKMT mempunyai tahap kesediaan yang sederhana
tinggi dalam berkompromi bagi tujuan pemilihan kerjaya pada masa
hadapan.
ii. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan kesediaan kompromi pelajar
KKMT berdasarkan jantina. Tiada perbezaan terhadap kesediaan
berkompromi antara pelajar lelaki dan pelajar perempuan.
iii. Tiada wujud hubungan antara kesediaan berkompromi dengan jantina
dalam kalangan pelajar semester akhir KKMT.
Berdasarkan kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan seperti mengadakan
program-program pengembangan kerjaya, kaunseling kerjaya dan sebagainya
sebagai pendedahan dan panduan kepada pelajar semester akhir KKMT untuk
menyediakan pelajar-pelajar semester akhir agar dapat berkompromi, tahu bila
hendak berkompromi dan tahu bagaimana hendak berkompromi bagi memastikan
hasil proses kompromi mampu memberikan kejayaan kepada merekadalam
membuat pemilihan kerjaya masa hadapan. Perkembangan kerjaya merupakan
suatu aspek pengurusan yang memerlukan perancangan yang rapi, menyeluruh
dan berterusan dan berterusan dalam organisasi (Mahnorlina 2004).
10.0 RUJUKAN
Ahmad Rosli.(2009). Keselarasan Kecenderungan Kerjaya Dengan Penghususan
Program Pengajian Di Kalangan Pelajar-Pelajar Politeknik Kota Melaka
:Universiti Kebangsaan Malaysia : Tesis Sarjana.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 25
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Ahmad Rosli.(2016). Profil, Indicator, Faktor Kritikal dan Model Perkembangan
Kerjaya Berasaskan Komuniti Berpendapatan Tinggi dalam Kalangan
Lulusan Kolej Komuniti : Universiti Kebangsaan Malaysia :Tesis PhD.
Ahmad Rosli, Mohamad Sattar & Salleh Amat. (2016). Exploration Of Compromise
Aspect In Career Development Among Graduates Of High Income In
Malaysian Community College.China Academy Journal Electronic
Publishing.(7),93-96.
Bryman, A. (2008). Social Research Methods, 3rd edition. New York: Oxford
University Press.
Holland, J. L. (1997). Making vocational choices: A theory of vocational
personalities and work environments. Odessa, FL: Psychological
Assessment Resources.
Jasmi Talib . (2013). Kajian keberkesanan Modul Merancang Kerjaya terhadap
pelajar kolej komuniti KPTM.Fakulti Pendidikan UKM :Tesis PhD.
JPKK.(2009).Laporan Tahunan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti 2008. KPTM
JPKK.(2011).Kajian Pengesanan Graduan Kolej Komuniti 2010. Jabatan Pengajian
Kolej Komuniti. KPTM.
JPKK.(2012).Glosari: Kurikulum Kemahiran Bermodular Kebangsaan. Bahagian
Dasar Dan Pembangunan Kurikulum, JPKK, KPTM.
Krejcie, R. V. dan Morgan, D. W. (1970). Determining sample size for research
activities.Educational and Psychological Measurement, 30(3), 607–610.
Mahnorlina Basir.(2004). Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan
kerjaya di kalangan professor dan professor madya. Universiti Malaysia
Sarawak:Tesis Sarjana Muda.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 26
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Maznizam Mansor &Abdullah Mat Rashid .(2016). Hubungan Antara Kesediaan
Kerjaya dan Kematangan Kerjaya Pelajar Institusi Latihan Kemahiran
Awam Malaysia.SkillsMalaysia Journal ,2(1), 27 - 33.
Maznizam Mansor &Abdullah Mat Rashid.(2013). Kesediaan kerjaya pelajar
Institut Kemahiran Belia Negara.In: Graduate Research in Education
Seminar,123-130.
Mohd Faizal Mohd Isa & Muhd Azrul Jaafar. (2015). Kematangan Kerjaya Pelajar-
Pelajar Tahun Akhir Di Pusat Latihan Teknologi (ADTEC).SkillsMalaysia
Journal1(1), 33 – 46.
Muhd Azrul Jaafar.(2014). Faktor-faktor yang Menpengaruhi Kematangan Kerjaya
Pelajar-pelajar Tahun Akhir di Pusat Latihan Teknologi
(ADTEC).Universiti Utara Malaysia.
Nunnally, J. C. & Bernstein, I. R. (1994). Psychometric theory. Ed. ke-3. New
York: McGraw-Hill.
Pallant, J. (2011). SPSS Survival Manual: A step by step guide to data analysis
using the SPSS program. 4th Edition. Australia: Allen & Unwin, Berkshire.
Parsons, F. (1909). Choosing a vocation. Boston, MA: Houghton Mifflin.
Nur Aliyah Umar &Salleh Amat.(2016). Kematangan Kerjaya Dan Kesediaan
Kerjaya Pelajar-Pelajar Tahun Akhir Di Politeknik Melaka.Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Poh, L. L., Suet, F. L., & Abd. Razak Zakaria. (2013). Gender and work:
assessment and application of super’s theory – career maturity.
Psychology and Behavioral Sciences, 2(2), 36–42.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 27
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Reardon, R.C., Lenz, J.G., Sampson, J.P. & Peterson, G.W. (2006) Career
Development and Planning. USA: Thomson Corporation.
Super, D. E., Savickas, M. L., & Super, C. M. (1996). The life-span, life-space
approach to careers. In D. Brown, L. Brooks, & Associates (Eds.), Career
choice & development (pp. 121-178). San Francisco, CA: Jossey-Bass.
Yon, K. J., Joeng, J.-R., & Goh, M. (2012). A longitudinal study of career maturity
of Korean adolescents: the effects of personal and contextual factors. Asia
Pacific Education Review, 13(4), 727–739.
Zunker, V.G. (2012) Career Counseling: A Holistic Approach 8th edition. Belmont,
CA: Brook/Cole.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 28
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
KESEDARAN IBADAH SOLAT FARDHU DALAM KALANGAN PELAJAR
KOLEJ KOMUNITI JELEBU
Norshahira Kamarzaman1 dan Siti Nor Lailiyah Ibrahim
[email protected]
Kolej Komuniti Jelebu
ABSTRAK
Solat adalah ibadah yang sangat penting bagi seseorang Islam kerana ia merupakan tiang agama.
Namun begitu para pelajar Kolej Komuniti Jelebu didapati kurang mengambil berat terhadap
solat mereka. Justeru, kajian ini dilakukan untuk mengetahui sejauhmana kesedaran pelajar
terhadap pelaksanaan ibadah solat fardhu di Kolej Komuniti Jelebu. Dalam kajian ini, penyelidik
menggunakan pendekatan kuantitatif iaitu dengan menggunakan borang soal selidik yang
diadaptasi daripada borang kaji selidik menunaikan solat lima waktu pelajar SMK Dato’ Hamzah
Pelabuhan Klang.sebagai instrument kajian. Responden dalam kajian ini adalah seramai 108
daripada 150 pelajar muslim semester 1 yang terdiri daripada program Sijil Pemprosesan Dan
Kawalan Mutu Makanan, Sijil Teknologi Elektrik, Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan dan Sijil
Sistem Komputer dan Rangkaian. Analisis deskriptif akan digunakan dalam kajian ini bagi
menjawab semua persoalan kajian yang dikemukakan. Dapatan daripada kajian akan dapat
memperlihatkan tahap kesedaran terhadap ibadah solat fardhu sebagai satu kewajipan sebagai
seorang muslim. Oleh yang demikian, melalui kajian ini para pensyarah dapat menjadikan
panduan untuk melaksanakan program-program yang melibatkan penghayatan dan pelaksanaan
ibadah solat kepada pelajar muslim di Kolej Komuniti Jelebu
Kata kunci: ibadah solat fardu, Kolej Komuniti Jelebu
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 29
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
1.0 PENGENALAN
Solat merupakan ibadah yang paling istimewa dan penting yang mula-mula sekali
dihisab dan diadili oleh Allah S.W.T pada hari kiamat kelak. Jika solat kita baik
dan sempurna maka baik seluruh ibadah yang lain akan menjadi sempurna.
Sebaliknya jika solatnya tidak sempurna maka akan menjejaskan amalan ibadah-
ibadah yang lain iaitu puasa, zakat, haji dan sebagainya. Sabda Rasulullah S.A.W
bermaksud: Dari Abdullah bin Qurt, ia berkata bahawa Rasulullah S.A.W
bersabda: “Yang pertama dihisab dari seorang hamba di Hari Kiamat ialah
solatnya. Apabila solatnya baik maka baiknya seluruh amalannya tetapi jika
solatnya rosak maka rosaklah seluruh amalannya”.
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Nabi Muhammad SAW telah mengalami Peristiwa Isra’ dan Mikraj untuk bertemu
Tuhannya dan beliau telah menerima kewajiban Solat bagi Umat Islam. Ibadat
Solat merupakan tiang agama dan ibadat Solat juga dapat mencegah seseorang
daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar seperti hadis Nabi Muhammad
SAW:
"Batas pemisah di antara seseorang dengan kekafiran adalah meninggalkan solat"
(HR Bukhari dan Muslim).
Amat mengecewakan apabila kita melihat generasi masa kini enggan sujud
kepada Maha penciptanya. Isu inilah yang lebih bahaya bagi Umat Islam kini
daripada isu dadah, mat rempit, pembuangan bayi, gejala sosial dan sebagainya.
Punca segala masalah-masalah sosial anak muda pada hari ini adalah kerana
mereka meninggalkan ibadah solat dengan sewenangnya tanpa rasa bersalah
kepada PenciptaNya. Mereka lebih terdorong ke arah melakukan aktiviti
kehidupan keduniaan daripada melakukan ibadat kepada Allah SWT.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 30
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
3.0 PENYATAAN MASALAH
Terdapat masalah ramai pelajar Muslim yang tidak melaksanakan solat subuh dan
solat zuhur dengan alasan yang tidak munasabah. Berdasarkan temubual secara
tidak langsung di dalam kuliah, salah satu sebab pelajar ini tidak melaksanakan
solat adalah kerana kurang kesedaran diri untuk melaksanakan solat dan
menganggap solat itu sebagai perkara yang remeh. Mereka juga mengatakan
bahawa ibu bapa mereka tidak menunaikan solat fardhu malahan hanya
mengharapkan anak-anak yang mendirikan solat. Menurut Rosnah (2007) ibubapa
yang kurang memberi penekanan tentang kewajipan solat kepada anak-anaknya
akan menyebabkan pelajar tidak melakukan ibadah solat dirumah maka ia
memberi contoh yang kurang baik kepada pelajar untuk mempraktikkan dan
mengamalkannya dirumah. Saya bersetuju dengan pandangan ini, ini kerana
penekanan terhadap solat perlulah dititikberatkan dan diberi penekanan sejak
dari rumah lagi. Kegagalan sistem kekeluargaan itu sendiri dalam mendidik anak-
anak untuk melakukan solat akan menyukarkan guru untuk memberi tunjuk ajar
kepada mereka.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Secara umumnya, kajian ini ingin melihat permasalahan mengenai kesedaran
pelajar mengenai solat fardu. Secara khususnya, kajian ini bertujuan:
4.1 Mengenalpasti kefahaman pelajar Kolej Komuniti Jelebu terhadap ibadah
solat di dalam kehidupan seharian.
4.2 Mengetahui tahap pengamalan solat fardhu dalam kalangan pelajar Kolej
Komuniti Jelebu
4.3 Mengenalpasti faktor-faktor utama yang mempengaruhi pelajar Kolej
Komuniti Jelebu melaksanakan ibadah solat.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 31
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
5.0 PERSOALAN KAJIAN
a) Bagaimanakah kefahaman pelajar Kolej Komuniti Jelebu terhadap ibadah
solat di dalam kehidupan seharian berdasarkan jantina?
b) Bagaimanakah kefahaman pelajar Kolej Komuniti Jelebu terhadap ibadah
solat di dalam kehidupan seharian berdasarkan program pengajian?
c) Apakah tahap pengamalan solat fardu dalam kalangan pelajar Kolej
Komuniti Jelebu berdasarkan pendidikan solat?
d) Apakah tahap pengamalan solat fardu dalam kalangan pelajar Kolej
Komuniti Jelebu berdasarkan perlaksanaan solat fardu?
e) Apakah tahap kefahaman dan pengetahuan yang mempengaruhi pelajar
Kolej Komuniti Jelebu menunaikan solat fardu?
6.0 SKOP KAJIAN
Kajian ini dijalankan di Kolej Komuniti Jelebu yang melibatkan semua pelajar-
pelajar Islam semester 1 yang mengambil kursus MPU 1311 Pendidikan Islam 1
terdiri daripada program Sijil Pemprosesan Dan Kawalan Mutu Makanan, Sijil
Teknologi Elektrik, Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan dan Sijil Sistem
Komputer dan Rangkaian.
Pengertian Solat
Perkataan solat adalah asal dari bahasa Arab yang membawa maksud doa, al-
istighfar, al-rahmah, al-islam, al-maghfirah, al-din (Al-Syarbini, 1999:257).
Solat menurut Bahasa melayu pula diertikan sebagai sembahyang iaitu suatu
perbuatan menyembah Allah Ta’ala (Kamus Dewan, 2005:1435).
Menurut syarak solat ditakrifkan sebagai beberapa perbuatan dan perkataan yang
bermula dengan takbir dan disudahi dengan Salam serta dengan syarat-syarat
yang ditentukan. Maksud solat yang betul dan sempurna ialah solat yang didirikan
dengan menepati segala rukun sah solat iaitu rukun qauli (bacaan), fi’li
(perbuatan) dan qalbi (hati). Rukun qauli ialah ucapan dan ikrar kepada Allah
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 32
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
S.W.T., rukun fi’li ialah perbuatan dan tindakan sebagai bukti kepatuhan kepada
Allah S.W.T. dan rukun quli pula ialah kekhusyukan hati dan tumpuan penuh
kepada Allah S.W.T. (Mohd Nazir, 2013: 28). Personaliti Muslim yang beriman
kepada Allah adalah cerminan dari solat yang dilakukan secara sempurna dan
betul.
Solat Fardu dan Tuntutan Solat Berjemaah
Ibadat yang paling asas di dalam Islam ialah solat fadhu lima waktu sehari
semalam. Melalui pensyariatan solat lima waktu yang diwajibkan ke atas setiap
orang mukmin inilah yang menjadi tonggak kepada lahirnya sifat ketakwaan
dalam diri seseorang. Oleh yang demikian, usaha melahirkan generasi yang
berakhlak mulia serta bertanggungjawab dapat diperolehi melalui penghayatan
yang penuh di dalam solat. Sekiranya sempurna solat seseorang itu maka
sempurna amalan-amalan yang lain. Jika tidak sempurna maka gagallah amalan-
amalan yang lain. Sabda Rasullah s.a.w daripada hadis yang diriwayatkan oleh
Anas bin Malik r.a. iaitu (Thabarani, t.t: 1859):
فإن صلحت صلح له، عن انس بن مالك رضي الله عنه قال؛ قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ؛ أول ما يحاسب به العبد يوم القيامة الصلاة
سائر عمله وإن فسدت فسد سائر عمله
Maksudnya: “Dari Anas bin Malik ra berkata: Rasullah s.a.w telah bersabda: Yang
pertama sekali akan dihisab ke atas seorang hamba di hari kiamat nanti ialah
solat, maka jika baik solatnya nescaya baiklah amalan yang lainnya dan jika
rosak solatnya, maka binasalah amal-amal yang lain.
(Riwayat al-Thabrani)
Hadis di atas menjelaskan setiap amalan akan diterima oleh Allah dengan syarat
hendaklah seseorang itu melaksanakan solat. Jika solat seseorang telah
dilaksanakan maka barulah ibadah yang lain akan diperiksa. Namun, jika
seseorang itu tidak melakukan solat maka amalan yang lainnya tidak akan
diperiksa (Ibnu Qayyim, 2006: 33).
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 33
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Kewajipan Islam paling utama adalah menunaikan solat yang telah difardhukan.
Solat merupakan tiang yang mengukuhkan agama. Solat membezakan antara
iman dan kufur. Allah SWT menjanjikan pahala yang besar bagi orang-orang yang
menjaga solatnya. Sekiranya terdapat keuzuran seperti sakit yang teruk yang
tidak mampu seseorang itu untuk bangun menunaikan solat maka tetap wajib
melaksanakan bagi seseorang Muslim itu untuk solat dengan cara menggunakan
isyarat mata. Tetapi jika tertingal solat fardu maka wajib baginya untuk
menggantikan solat tersebut dengan niat qada’.
Solat terbaik ialah solat yang dilaksanakan di masjid ataupun surau (bagi lelaki)
secara berjemaah dengan menjaga kekhusyukkannya, rukunnya dan bacaannya.
Pelaksanaan solat secara berjemaah mengandungi pahala yang berlipat ganda
daripada solat secara bersendirian, sebagaimana sabda Rasullah s.a.w yang telah
diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a. (Bukhari, 1987:231):
عن عبد الله بن عمر أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال صلاة الجماعة تفضل صلاة الفذ بسبع وعشرين درجة
Maksudnya: “Daripada Abdullah bin Umar ra, sesungguhnya Rasullah s.a.w telah
bersabda: Solat berjemaah adalah lebih baik daripada sembahyang seoranag diri
dengan 27 darjat.”
Para ulama berselisih pendapat mengenai hukum sembahyang berjemaah.
Mazhab Hanafi dan Maliki berpendapat bahawa sembahyang berjemaah untuk
solat fardu selain daripada solat Jumaat adalah sunat muakkad. Mazhab Syafie
pula berpendapat hukumnya adalah fardu kifayah manakala mazhab Hanbali pula
melihat sembahyang berjemaah merupakan fardu Ain yang wajib ke atas setiap
orang Islam (al-Zuhaili, 202: 1167-1169).
Hukum dan Balasan Meninggalkan Solat
Asas kekuatan peribadi dan pertahanan diri seseorang Muslim dari terjebak ke
lembah penyelewengan dan akhlak ialah solat. Kesan pengabaian solat yang
berlaku dengan berleluasa pada masa kini dikalangan remaja dan masyarakat
Islam hari ini adalah faktor kepada banyaknya terpengaruh dengan pelbagai
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 34
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
masalah sosial yang parah. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah S.W.T. yang
menyatakan bahawa solat adalah benteng pertahanan diri seseorang Muslim
daripada perlakuan keji dan mungkar. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
“Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu dapat mencengah daripada perbuatan
keji dan mungkar” (Surah al-Ankabut, ayat:45). Ayat di atas menerangkan
bahawa jika seseorang itu tidak menunaikan solat menyebabkan dia akan mudah
terjebak dengan perbuatan yang keji dan mungkar.
Para Ulama’ mengkategorikan keadaan orang yang meninggalkan solat fardu
kepada dua bahagian iaitu meninggalkan solat disebabkan malas serta meringan-
ringankan pelaksanaannya dan meninggalkan solat fardu dengan sengaja atau
ingkar kepada perintah syara’ (Hilmi Ismail, 2010: 53-54).
a. Meninggalkan Solat Fardhu keranan Malas
Para ulama telah menerangkan tafsiran bagi perkataan اضاعواdalam ayat
فخلف من بعدهم خلف اضاعوا الصلاة واتبعوا الشهوات فسوف يلقون غيا
Dengan maksud melewat-lewatkan solat sehingga luput waktunya (al-Zahabi,
1995: 38). Mereka juga telah mentafsirkan perkataan الغيdalam ayat tadi sebagai
suatu lembah atau danau yang terdapat dalam api neraka (HAsbi al-Shiddieqy,
1994:56). Selain itu, ada juga ulama’ yang menamakan golongan yang malas
mengerjakan solat atau disebut sebagai takasul serta golongan yang meringan-
ringankan solat atau disebut sebagai tahawun sebagai al-sahun. Perkataan al-
sahun boleh di dapati dalam ayat :( الدين في صلاتهم ساهونsurah al-Mau’n:5). Menurut
Ulama’, perkataan al-sahun dalam ayat tersebut bermaksud melewat-lewatkan
solat fardu sehingga keluar dari waktunya (al-Zahabi, 1995: 39).
b. Meninggalkan solat fardu kerana ingkar kepada perintah syara’
Menurut istilah fiqh, perbuatan meninggalkan solat dengan sengaja kerana ingkar
kepada perintah syara’ sebagai tark al-solah yang bermaksud meninggalkan
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 35
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
solat. Dari sudut Bahasa, perkataan al-tark bermaksud seseorang yang tidak
menunaikan solat di dalam waktunya (al-Hamsyari et al.,1997:54)
Hukum dan Balasan Meninggalkan Solat
Para ulama telah berijma’ bahawa seseorang yang telah mengetahui hokum dan
kefarduan solat tetapi tidak mengerjakannya kerana ingkar pada perintah syara’
akan menyebabkan dia menjadi kufur dan terkeluar dari agama Islam. Oleh yang
demikian, hal ini membolehkan pemerintah atau wakilnya menjatuhkan hukuman
bunuh terhadap orang ini kerana telah menjadi murtad disebabkan mengingkari
perkara-perkara yang sudh qat’ie (muktamad) dan telah jelas hukumnya. (al-
Syarbini, 1994;612).
Para fuqaha berbeza pendapat berkaitan seseorang yang meninggalkan solat
fardu seperti seseorang yang tidak solat kerana malas, sibuk dengan hal dunia
atau meringan-ringankan hukum solat. Pendapat Imam Malik dan Imam Syafi’e
bahawa orang yang meninggalkan solat kerana malas hanya dihukumkan fasiq
kerana telah melakukan dosa-dosa besar. Manakala Imam Ahmad ibn Hanbal pula
berpendapat bahawa mereka yang meninggalkan solat dengan sengaja adalah
kafir iaitu keluar dari Islam dan menjadi murtad (al-Syaukani, 2004: 313).
Manakala Imam Abu Hanifah dan sekumpulan dari penduduk Kufah serta Imam
Muzanni dan Imam Thauri dari Mazhab Syafi’e pula menyatakan bahawa mereka
yang meninggalkan solat dengan sengaja tidak dihukumkan kafir dan tidak
dijatuhkan hukuman bunuh tetapi akan ditakzir dan dipenjara sehingga mereka
bertaubat (Hassan Ayub, 2003:88).
7.0 METODOLOGI KAJIAN
7.1 Rekabentuk Kajian
Kajian yang dijalankan ini adalah kajian deskriptif. Kajian deskriptif ialah kajian
yang menerangkan fenomena yang sedang berlaku (Mohd Konting, 2004: 13).
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 36
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Tujuan penyelidik menjalankan kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana
pelaksanaan para pelajar di Kolej Komuniti Jelebu terhadap ibadah solat fardu.
Penyelidik mendapatkan maklumat dan data mengenai perkara diatas melalui
sampel yang diperolehi daripada responden.
7.2 Populasi dan Sampel Kajian
Dalam kajian ini populasi terdiri daripada pelajar muslim semester 1 di Kolej
Komuniti Jelebu seramai 150 orang pelajar. Daripada jumlah tersebut, seramai
108 pelajar telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian. Sampel-sampel
tersebut telah diambil daripada empat program yang terdapat di Kolej Komuniti
Jelebu iaitu Sijil Pemprosesan Dan Kawalan Mutu Makanan, Sijil Teknologi
Elektrik, Sijil Teknologi Pembinaan Bangunan dan Sijil Sistem Komputer dan
Rangkaian. Penentuan jumlah sample seramai 108 pelajar adalah merujuk
kepada jadual penentuan saiz sampel krecjie and morgan 1970 yang
menyenaraikan jumlah sample yang berpadanan dengan saiz populasi (Chuan Yan
Piaw, 2006:186).
7.3 Instrumen Kajian
Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Menurut
Chua Yan Piaw (2006) pendekatan melalui kaedah ini adalah kajian yang
dilakukan secara tinjauan, ini kerana kaedah tinjauan sesuai digunakan terutama
dalam bidang sains social. Tambahannya lagi, kajian tinjaun dengan
mengendarkan borang soal-selidik dibahagikan kepada empat bahagian iaitu
Bahagian A, B dan C. Bahagian A berkaitan maklumat demografi, bahagian B
mengenai tahap pendidikan solat fardu dalam kalangan pelajar muslim Kolej
Komuniti Jelebu, bahagian C berkaitan tahap kefahaman dan pengetahuan solat
fardu di kalangan para pelajar Kolej Komuniti Jelebu. Di dalam kajian ini juga
kaedah analisis yang digunakan adalah Analisis Deskriptif. Kaeadah ini digunakan
untuk mengukur skor min bagi tahap kefahaman dan pengetahuan pelajar
terhadap solat fardu. Huraian bagi analisis deskriptif di atas adalah seperti yang
berikut:
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 37
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
7.4 Analisis Deskriptif
Analisis Deskriptif adalah digunakan untuk menganalisis objektif kajian yang
mengandungi maklumat pada bahagian C iaitu tahap pengetahuan dan
kefahaman solat dalam kalangan pelajar Menurut Mohd Najib Abd Ghaffar (2003)
mengatakan bahawa penyelidik kadangkala boleh menggunakan pelbagai teori
dan formula yang tersendiri bagi menghasilkan satu indeks berdasarkan objektif
kajian. Oleh itu, hasil analisis dalam bahagian C dianalisis berdasarkan kepada
nilai skor min yang mengandungi tiga tahap iaitu tinggi, sederhana dan rendah
seperti berikut:
Jadual 1. Nilai skor min
NILAI SKOR MIN TAHAP
3.67-5.00 Tinggi
2.34-3.66 Sederhana
1.00- 2.33 Rendah
Jainabee (2005) dan Mohd Majid Konting (2005)
Berdasarkan Jadual 1, penyelidik menentukan tahap berdasarkan nilai skor yang
telah ditetapkan dan skala yang digunakan dalam borang soal-selidik adalah
berdasarkan skala likert yang mengandungi lima mata iaitu sangat Tidak Setuju
(STS), Tidak Setuju (TS), Kurang Setuju (KS), Setuju (S) Dan Sangat Setuju (SS).
8.0 DAPATAN KAJIAN
Bahagian A: Taburan Respoden Mengikut Jantina
Jadual 2 menunjukkan taburan bilangan responden mengikut jantina. Responden
adalah terdiri daripada 69 orang (63.89 %) pelajar lelaki dan 39 orang (36.11%)
pelajar perempuan. Jumlah keseluruhan responden yang terlibat dalam kajian
ini adalah 108 orang pelajar (100%).
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 38