The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Prosiding Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat 2017 (Jilid 1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search

ePSH 2017

Prosiding Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat 2017 (Jilid 1)

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
RUJUKAN
Fornell, M.D., Johnson, E.W., Anderson, J.C. & Barbara, E.B. (1996). The

American Customer Satisfaction Index: nature, purpose and findings.
Journal of Marketing Vol.60 No. 4, pp. 7-18.

Han, H., & Ryu, K. (2007).Moderating role of personal characteristics in forming
restaurant customers' behavioral intentions: an upscale restaurant
setting.Journal of Hospitality & Leisure Marketing, 15(4), 25-54.

Liu, Y.H. & Jang, S. (2009a). Perceptions of Chinese restaurants in the US: What
affects customer satisfaction and behavioral intentions?.International
Journal of Hospitality Management, 28 (3), 338-48.

Longenecker, J. G., Moore, C.W., Petty, J.W. & Palich, L.E. (2006). Small
Business Management: An Entrepreneurial Emphasis. 13th ed. Mason, OH:
Thompson South-Western.

Madura, J. (2007). Introduction to Business. 4th ed. Mason, OH: Thompson
South Western.

Mat Nasir, M.F., Lee M.F. (2011). Kepuasan Pelanggan Terhadap Kualiti
Perkhidmatan Di Fakulti Pendidikan Teknikal Dari Aspek Kemudahan
Dan Fasiliti. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia. Capaian eprints.uthm.edu.my/3327/1/3.pd

Namkung, Y. & Jang, S. (2007). Does food quality really matter in restaurant?
Its impact on customer satisfaction and behavioral intentions.Journal of
Hospitality and Tourism Research, 31 (3), 387-410.

Parasuraman, A., Zeithaml, V.A. & Berry, L.L. (1988).SERVQUAL: a multiple-
item scale for measuring consumer perceptions of service quality.
Journal of Retailing, Vol. 64 No. 1, pp. 12-40.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 139

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Peri, C. (2006). The universe of food quality.Food Quality and Preference, Vol.

17, Iss: 1-2 pp.3-8

Ryu, K., & Jang, S. S. (2007). The effect environmental perception on
behavioral intention through emotion: The case study of upscale
restaurants. Journal of Hospitality and Tourism Research, 31, 56 – 72.

Scarborough, N. M & Zimmerer, T. W. (2006). Essentials of Entrepreneurship
and Small Business Management. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.

Van Gelderen, M. (2007). Research based yet action oriented: Developing
individual level enterprising competencies. Kertas kerja yang
dibentangkan di 17th Global Conference – Internationalizing
Entrepreneurship Education and Training, 8 – 11 July, 2007, Faculty of
Management and Economics, Gdansk University of Technology. Gdansk:
Poland.

Voon, B. H. (2012). Role of service environment for restaurants: the youth
customer’s perspective. Procedia Social and Behavioral Sciences, 38 pp.
388- 395

Yap, P.M. (2002). Kesediaan Guru-guru Perdagangan Terhadap Penagajaran
Subjek Pengajian Keusahawanan. Universiti Kebangsaan Malaysia: Tesis
Sarjana,

Zeithaml, V. (1988), “Consumer perceptions of price, quality and value: a
means-end model and synthesis of evidence”, Journal of Marketing,
Vol. 52, July, pp. 2-22.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 140

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEINGINAN PELAJAR
KOLEJ KOMUNITI JASIN UNTUK MENJADI USAHAWAN

Nor Azian Binti Mohd Yussof1, Syaharizad binti Abdul Razak2,Muliyani binti
Abdullah

Kolej Komuniti Jasin1,2 dan Politeknik Kuching
[email protected]

ABSTRAK

Keusahawanan memainkan peranan sangat penting dalam pembangunan ekonomi bagi sesebuah
negara. Bidang keusahawanan kini juga menjadi pilihan kerjaya alternatif bagi pelajar-pelajar
di institusi pengajian tinggi. Justeru itu, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti
faktor-faktor yang mempengaruhi keinginan pelajar untuk menjadi usahawan. Kajian ini juga
mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi keinginan pelajar tersebut dengan merujuk
kepada Teori Gelagat Terancang (TPB). Sampel adalah seramai 100 orang pelajar Kolej
Komuniti Jasin yang telah menjawab soal selidik merangkumi sikap, norma subjektif, kawalan
gelagat ditanggap dan keinginan menjadi usahawan. Data-data yang diperolehi seterusnya
dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 22.
Hasil dapatan kajian mendapati ketiga-tiga faktor iaitu sikap, norma subjektif dan gelagat
kawalan ditanggap mempengaruhi keinginan pelajar untuk menjadi usahawan. Keputusan
hipotesis secara keseluruhannya dibincangkan dan diulas dengan lebih lanjut dalam kajian ini.

KATAKUNCI : Sikap, Norma Subjektif, Kawalan Gelagat Ditanggap, Keinginan dan
Keusahawanan

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 141

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

1.0 PENGENALAN

Bidang keusahawanan merupakan antara agenda utama kerajaan
memandangkan bidang kerjaya ini antara penyumbang besar dalam
pembangunan ekonomi negara (Khuong & Huu An, 2016; Kim-soon, Ahmad, &
Ibrahim, 2016). Di samping itu, bidang keusahawanan juga dapat menyediakan
peluang-peluang pekerjaan kepada orang lain (Samuel & Joe, 2016). Menyedari
hakikat ini, kerajaan sangat menggalakkan masyarakat Malaysia yang
mempunyai potensi supaya menceburi bidang keusahawanan tidak hanya
bergantung semata-mata kepada bekerja makan gaji (Ghani & Darawi, 2012).
Pelbagai inisiatif telah dirancang oleh kerajaan agar masyarakat berminat untuk
menceburi bidang keusahawaan. Penerapan ilmu keusahawanan dilakukan sejak
dari zaman persekolahan sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi (Nawang,
Sa’at, Ahmad, & Mamat, 2016).

Umumnya, kerjaya dalam bidang keusahawanan merupakan satu laluan
alternatif oleh para graduan dalam bidang pekerjaan dewasa ini. Penglibatan
graduan dalam bidang keusahawanan sekaligus dapat menangani masalah
pengangguran yang menjadi isu setiap kali graduan tamat pengajian (Mohamad,
Lim, Yusof, Kassim, & Abdullah, 2014). Dalam persekitaran kerja yang berdaya
saing, graduan harus bersaing untuk mendapatkan pekerjaan kerana peluang
pekerjaan sangat terhad pada hari ini (Keat, Selvarajah, & Meyer, 2011).
Lantaran daripada itu, kebanyakan institusi pengajian tinggi pada hari ini
seperti universiti, politeknik dan kolej komuniti menganjurkan pelbagai
program pembudayaan keusahawanan, pertandingan keusahawanan,
mewujudkan inkubator pelajar dan sebagai langkah awal untuk menerapkan
jiwa keusahawanan ke dalam diri graduan. Walaubagaimanapun, inisiatif yang
dilakukan oleh institusi pengajian tinggi dalam merealisasikan budaya
keusahawanan di kalangan graduan perlu seiring dengan usaha graduan itu
sendiri serta dibantu oleh persekitaran dan masyarakat sekeliling (Nabi, Liñán,
Iakovleva, Kolvereid, & Stephan, 2011; Mahajar & Yunus, 2012).

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 142

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Kertas kajian ini dibahagikan kepada beberapa bahagian. Selain
daripada pengenalan, kajian ini turut membincangkan penyataan masalah
diikuti oleh kajian literatur. Seterusnya hipotesis kajian diulas meliputi
kerangka kajian yang digunakan, metodologi kajian yang melibatkan sampel
kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data dan analisis statistik.
Kemudian, dapatan kajian turut dibincangkan. Akhir sekali, cadangan dan
kesimpulan mengenai kajian ini diterangkan.

1.2 Penyataan Masalah

Pelbagai usaha yang dilakukan oleh institusi pengajian tinggi seperti
pelaksanaan aktiviti keusahawanan dalam melahirkan usahawan di kalangan
graduan. Usaha ini juga dilakukan di peringkat Kolej Komuniti Jasin untuk
menggalakkan graduan menjadi usahawan apabila mereka menamatkan
pengajian kelak. Namun begitu, usaha penerapan budaya keusahawanan ini
perlu diiringi dengan kemahuan graduan itu sendiri, tidak hanya bergantung
kepada institusi semata-mata. Tidak dapat dinafikan pelajar-pelajar di Kolej
Komuniti Jasin dilihat sering mengikuti aktiviti dan program keusahawanan yang
terdapat di kolej mahupun di luar kolej. Antara contoh aktiviti dan program
keusahawanan tersebut adalah seminar, karnival, pertandingan dan aktiviti
jualan. Melihat kecenderungan pelajar terhadap aktiviti keusahawanan,
penyelidik mencetuskan idea untuk mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi
keinginan pelajar kolej Komuniti Jasin untuk menceburi bidang keusahawanan.

Walaupun terdapat pelbagai faktor yang mungkin mempengaruhi
keinginan pelajar menceburi bidang keusahawanan, namun secara umumnya
keinginan pelajar untuk menjadi usahawan dipengaruhi sikap, norma subjektif
dan kawalan gelagat ditanggap. Berdasarkan kajian lalu yang dijalankan oleh
Suharti dan Sirine (2011) mengatakan bahawa sikap adalah antara faktor yang
mendorong keinginan graduan untuk menceburi bidang keusahawanan. Selain
daripada sikap, dalam kajian lain pula yang mengkaji kecenderungan
keusahawanan dalam kalangan pelajar di negara maju dan negara membangun
dijalankan oleh Nabi et al. (2011) membuktikan norma subjektif dan kawalan

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 143

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
gelagat ditanggap juga mempengaruhi keinginan pelajar dalam memilih kerjaya
sebagai usahawan. Kenyataan ini disokong oleh Aini (2014) dalam kajiannya
yang menjelaskan sikap, norma subjektif dan kawalan gelagat ditanggap
mempunyai hubungan yang positif dengan keinginan pelajar untuk usahawan.

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kerangka kajian berasaskan
kepada Teori Gelagat Terancang (TPB) yang diperkenalkan oleh Azjen (1991).
Pada masa yang sama juga kajian-kajian literatur dibuat merangkumi kajian
mengenai keusahawanan di institusi-intitusi pengajian tinggi tidak terhad
kepada kolej komuniti sahaja. Justeru itu, kajian ini memfokuskan kepada
hubungan di antara faktor sikap, norma subjektif dan kawalan gelagat
ditanggap dengan keinginan pelajar Kolej Komuniti Jasin untuk menjadi
usahawan.

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dijalankan ialah:

(a) Menentukan sama ada terdapat hubungan yang signifikan di antara sikap
dengan keinginan pelajar Kolej Komuniti Jasin untuk menjadi usahawan.

(b) Menentukan sama ada terdapat hubungan yang signifikan di antara
norma subjektif dengan keinginan pelajar Kolej Komuniti Jasin untuk
menjadi usahawan.

(c) Menentukan sama ada terdapat hubungan yang signifikan di antara
kawalan gelagat ditanggap dengan keinginan pelajar Kolej Komuniti Jasin
untuk menjadi usahawan.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 144

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
1.4 Skop Kajian

Skop kajian menjurus kepada faktor-faktor iaitu sikap, norma dan kawalan
gelagat ditanggap yang mempengaruhi keinginan pelajar-pelajar Kolej Komuniti
Jasin untuk menjadi usahawan. Pelajar-pelajar Kolej Komuniti Jasin
merangkumi empat program yang utama iaitu Sijil Pengoperasian Perniagaan,
Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan, Sijil Pelukis Pelan Senibina dan Sijil
Komputer dan Sokongan. Skop kajian ini bertumpu kepada para pelajar Kolej
Komuniti Jasin sahaja kerana mereka telah didedahkan dengan pelbagai
program dan aktiviti yang melibatkan keusahawanan sepanjang pengajian
mereka.

2.0 KAJIAN LITERATUR

2.1 Teori Gelagat Terancang

Banyak kajian-kajian lalu yang menggunakan Teori Gelagat Terancang dalam
pelbagai aspek kajian (Nasharudin & Harun, 2010; Lu & Chen, 2013; Kautonen &
Gelderen Marco Van, 2011). Teori Gelagat Terancang yang dibangunkan oleh
Azjen (1991) merupakan model yang popular dan sering digunakan dalam
menerangkan tentang gelagat atau tingkah laku individu. Teori ini mengatakan
bahawa keinginan untuk melaksanakan sesuatu adalah dipengaruhi oleh sikap,
norma subjektif dan kawalan gelagat terancang (Azjen, 1991). Teori ini sering
digunakan dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh, teori ini digunakan untuk
mengkaji kepatuhan terhadap pembayaran zakat (Saad, Idris, & Bidin, 2009),
gelagat pembelian makanan halal (Alam & Sayuti, 2011) dan gelagat
penggunaan teknologi (Cheon, Lee, Crooks, & Song, 2012). Bagi tujuan kajian
ini, keinginan pelajar Kolej Komuniti Jasin untuk menjadi usahawan ditentukan
oleh tiga faktor utama iaitu sikap, norma subjektif dan kawalan gelagat
terancang. Faktor sikap, norma subjektif, gelagat terancang dan keinginan
diterangkan pada bahagian berikutnya.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 145

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
2.2 Sikap

Azjen (1991) mendefinisikan sikap sebagai tindakan tertentu merujuk kepada
jangkaan kepada sesuatu hasil dan kesan tindakan yang akan diambil oleh
seseorang individu. Banyak perbincangan dalam kajian-kajian lalu menyentuh
bahawa sikap memainkan peranan utama dalam mempengaruhi sesuatu
keinginan (Suharti & Sirine, 2011; Nabi et al., 2011; Aini, 2014). Dalam TPB,
sikap merupakan salah satu pembolehubah yang utama bagi menjangkakan
keinginan seterusnya mempengaruhi tingkah laku seseorang (Ajzen, 1991).
Dalam kajian ini, sikap merupakan antara faktor yang mempengaruhi pelajar
untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan.Terdahulu dalam kajian oleh
Linan, Rodriguez-Cohard, dan Rueda-Cantuche, 2011) mendapati faktor sikap
mempunyai hubungan dengan keinginan seseorang untuk memilih kerjaya
sebagai usahawan.

2.3 Norma Subjektif

Selain daripada pembolehubah sikap, pembolehubah norma subjektif juga
memainkan peranan dalam mempengaruhi sesuatu tingkah laku. Norma
subjektif merupakan tekanan sosial atau persepsi individu lain atau sekumpulan
masyarakat dalam melaksanakan sesuatu tingkah laku (Azjen, 1991). Tekanan
sosial ini merangkumi pengaruh dalaman yang terdiri daripada ahli keluarga
atau rakan-rakan dan pengaruh luaran yang terdiri daripada media masa dan
sebagainya (Said & Saad, 2016). Jika tekanan sosial tersebut adalah positif,
maka ia akan mendorong secara positif seseorang itu melaksanakan tingkah laku
tersebut dan sebaliknya (Saad et al., 2009). Malebana (2014) dan Ziadat (2014)
dalam kajian mereka menyatakan norma subjektif mempunyai hubungan yang
siginifikan dengan keinginan melakukan sesuatu.

2.4 Kawalan Gelagat Ditanggap

Pembolehubah seterusnya adalah kawalan gelagat ditanggap yang merupakan
bagaimana kemampuan dan keupayaan seseorang itu untuk melaksanakan

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 146

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
tingkah laku. Ia berkaitan dengan persepsi seseorang sama ada mudah atau
sukar untuknya melaksanakan sesuatu tingkah laku (Azjen,1991). Di samping itu
kawalan gelagat ditanggap juga bergantung kepada kewujudan pengalaman,
kemahiran, peluang dan sumber seseorang itu (Saad, Bidin, Idris, & Md Hussain,
2010). Kajian-kajian lalu membuktikan kawalan gelagat ditanggap mempunyai
hubungan yang signifikan dengan keinginan dalam pelbagai konteks kajian
(Malebana, 2014; Ziadat, 2014; Nabi et al., 2011).

2.5 Keinginan Menjadi Usahawan

Dalam kajian ini, keinginan menjadi usahawan merupakan pembolehubah
bersandar. Keinginan adalah suatu bentuk motivasi atau niat yang mendorong
seseorang untuk bertindak. Keinginan juga merupakan kesediaan seseoramg
untuk melakukan sesuatu (Azjen,1991). Semakin kuat keinginan seseorang
untuk melakukan tingkah laku, semakin kuat kemungkinan tingkah laku tersebut
dilakukan (Saad et al., 2010). Dalam konteks kajian ini, keputusan pelajar
untuk menceburi bidang keusahawanan adalah bergantung kepada kepada
keinginannya.

3.0 HIPOTESIS KAJIAN
Berdasarkan kepada Teori Gelagat Terancang yang diperkenalkan oleh (Azjen,
1991), satu kerangka kajian telah dihasilkan seperti berikut :

H1

H2
H3

Rajah 1 : Kerangka Kajian | 147
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Seterusnya dengan merujuk kepada kerangka kajian maka terhasil tiga hipotesis
iaitu:
H1 : Terdapat hubungan yang signifikan di antara sikap dengan keinginan

pelajar Kolej Komuniti Jasin untuk menjadi usahawan.
H2 : Terdapat hubungan yang signifikan di antara norma subjektif dengan

keinginan pelajar Kolej Komuniti Jasin untuk menjadi usahawan.
H3 : Terdapat hubungan yang signifikan di antara kawalan gelagat ditanggap

dengan keinginan pelajar Kolej Komuniti Jasin untuk menjadi usahawan.

4.0 METODOLOGI KAJIAN

4.1 Sampel Kajian

Sampel kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Kolej Komuniti Jasin
seramai 100 orang merangkumi empat program iaitu Program Sijil
Pengoperasian Perniagaan, Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan, Sijil Sistem
Komputer dan Sijil Teknologi Senibina. Kaedah persampelan yang digunakan
adalah persampelan secara rawak mudah. Kaedah ini merupakan kaedah
persampelan yang paling asas di mana setiap pelajar mempunyai peluang yang
sama untuk diambil sebagai sampel bagi mewakili populasi keseluruhan (Talib,
2013).

4.2 Instrumen Kajian

Reka bentuk kajian yang digunakan adalah secara kuantitatif berbentuk kaedah
tinjauan. Kajian secara tinjauan ini sering digunakan kerana ia dapat memberi
gambaran mengenai pendapat, sikap, gelagat atau ciri-ciri bagi sesuatu
populasi (Creswell, 2012). Bagi melaksanakan kajian tinjauan ini, borang soal
selidik berskala Likert lima (1 = sangat tidak setuju, 2 = tidak setuju, 3 = kurang
setuju, 4 = setuju, 5 = sangat setuju) digunakan sebagai instrumen kajian.
Borang soal selidik ini mengandungi Bahagian A iaitu Bahagian Demografi,
Bahagian B ialah pembolehubah Sikap, Bahagian C ialah pembolehubah Norma

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 148

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Subjektif, Bahagian D ialah pembolehubah Kawalan Gelagat Terancang dan yang
terakhir Bahagian E adalah bagi pembolehubah Keinginan Menjadi Usahawan.
Soal selidik yang digunakan dalam kajian ini diadaptasi daripada kajian yang
dijalankan oleh Malebana dan Swanepoel (2015). Soal selidik kajian ini
diubahsuai mengikut kesesuaian kajian.

4.3 Prosedur Pengumpulan Data

Prosedur pengumpulan data bagi kajian ini dijalankan adalah secara bersemuka
dengan responden melalui pengedaran borang soal selidik secara langsung
kepada para responden. Borang soal selidik tersebut diedarkan semasa sesi
pengkuliahan berlangsung dengan kebenaran pensyarah modul yang berkaitan.
Penyelidik menerangkan kepada responden tujuan dan cara menjawab soal
selidik terlebih dahulu sebelum responden menjawab soal selidik yang
diedarkan. Penyelidik menunggu proses pengisian borang soal selidik yang
dijalankan sehingga responden selesai menjawab. Seterusnya, penyelidik
mengumpul semula soal selidik yang telah selesai dijawab oleh responden. Ini
adalah bagi mengelakkan daripada responden tidak memulangkan soal selidik
atau terdapat keciciran borang soal selidik.

4.4 Analisis Statistik

Selepas prosedur pengumpulan data dijalankan, data yang diperolehi tersebut
dianalisis menggunakan Perisian Statistical Package for the Social Sciences
(SPSS) versi 22. SPSS sangat popular digunakan meliputi semua bidang
penyelidikan sains sosial (Pallant, 2011). Kaedah analisis Kolerasi Pearson
digunakan dalam kajian ini adalah untuk melihat penghuraian perhubungan di
antara pembolehubah bebas dengan pembolehubah bersandar (Piaw, 2014).
Dalam konteks kajian ini, pembolehubah bebas adalah sikap, norma subjektif
dan kawalan gelagat Terancang dan pembolehubah bersandar adalah keinginan
untuk menjadi usahawan.

5.0 DAPATAN KAJIAN

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 149

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Kajian ini menggunakan ujian Kolerasi Pearson untuk menganalisis perhubungan
di antara sikap, norma subjektif dan kawalan gelagat ditanggap dengan
keinginan untuk menjadi usahawan. Aras signifikan kajian ini adalah pada
p<0.01 (dua arah). Analisis mendapati data kajian adalah bertaburan secara
normal. Menurut Piaw (2014), pekali kolerasi (r) merupakan nilai pengukuran
kekuatan perhubungan di antara dua pembolehubah yang mana nilai r
mempunyai sela antara +1.00 dan -1.00. Dalam kajian ini, pekali kolerasi yang
digunakan adalah merujuk kepada Piaw (2014) seperti dalam Jadual 1.1
berikut.

Jadual 1.1: Aras Kekuatan Nilai Pekali Kolerasi

Saiz Pekali Kolerasi (r) Kekuatan Kolerasi

0.91 hingga 1.00 atau – 0.91 hingga -1.00 Sangat kuat

0.71 hingga 0.90 atau – 0.71 hingga -0.90 Kuat

0.51 hingga 0.70 atau – 0.51 hingga -0.70 Sederhana

0.31 hingga 0.50 atau – 0.31 hingga -0.50 Lemah

0.01 hingga 0.30 atau – 0.01 hingga -0.30 Sangat lemah

0.00 Tiada Kolerasi

Huraian mengenai hasil dapatan analisis diterangkan berdasarkan kepada
hipotesis kajian. Penerangan lanjut dijelaskan di bawah berikut:
H1 : Terdapat hubungan yang signifikan di antara sikap dengan keinginan
pelajar Kolej Komuniti Jasin untuk menjadi usahawan.

Berdasarkan kepada Jadual 1.2, nilai r yang diperolehi di antara sikap dengan
keinginan adalah sebanyak 0.536. Ini menunjukkan kolerasi yang sederhana di
antara sikap dan keinginan responden untuk menjadi usahawan. Kolerasi ini
signifikan pada p<0.01. Oleh yang demikian, H1 diterima dalam kajian iaitu
terdapat hubungan yang signifikan di antara sikap dengan keinginan pelajar
Kolej Komuniti Jasin untuk menjadi usahawan.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 150

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Jadual 1.2 : Keputusan Ujian Kolerasi (Sikap)

SIKAP KEINGINAN

SIKAP Pearson 1 .536**
Correlation

Sig. (2-tailed) .000

N 100 100

KEINGINAN Pearson .536** 1
Correlation

Sig. (2-tailed) .000

N 100 100

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

H2 : Terdapat hubungan yang siginifikan di antara norma subjektif dengan
keinginan pelajar Kolej Komuniti Jasin untuk menjadi usahawan.

Seterusnya, merujuk kepada Jadual 1.3, nilai r yang diperolehi di antara norma
subjektif dengan keinginan adalah sebanyak 0.528. Keputusan ini juga
membuktikan bahawa kolerasi yang sederhana di antara norma subjektif dan
keinginan responden untuk menjadi usahawan. Kolerasi ini signifikan pada
p<0.01. Justeru itu, kajian ini menerima H2 iaitu terdapat hubungan yang
signifikan di antara norma subjektif dan keinginan pelajar Kolej Komuniti Jasin
untuk menjadi usahawan.

Jadual 1.3: Keputusan Ujian Kolerasi (Norma Subjektif)

NORMA KEINGINAN

NORMA Pearson 1 .528**
Correlation

Sig. (2-tailed) .000

N 100 100

KEINGINAN Pearson .528** 1
Correlation

Sig. (2-tailed) .000

N 100 100

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

H3 : Terdapat hubungan yang siginifikan di antara kawalan gelagat ditanggap
dengan keinginan pelajar Kolej Komuniti Jasin untuk menjadi usahawan.
Kemudian, nilai r yang diperolehi di antara kawalan gelagat ditanggap dengan
keinginan adalah sebanyak 0.691 dengan merujuk kepada Jadual 1.4.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 151

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Keputusan analisis yang terhasil juga menunjukkan kolerasi yang sederhana di
antara kawalan gelagat terancang dengan keinginan responden untuk menjadi
usahawan. Kolerasi ini signifikan pada p<0.01. Oleh itu, kajian ini menerima H3
iaitu terdapat hubungan yang signifikan di antara kawalan gelagat ditanggap
dengan keinginan pelajar Kolej Komuniti Jasin untuk menjadi usahawan.

Jadual 1.4: Keputusan Ujian Kolerasi

(Kawalan Gelagat Ditanggap)

GELAGAT KEINGINAN

GELAGAT Pearson 1 .691**
Correlation

Sig. (2-tailed) .000

N 100 100

KEINGINAN Pearson .691** 1
Correlation

Sig. (2-tailed) .000

N 100 100

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Secara keseluruhannya berdasarkan kepada keputusan hipotesis, didapati sikap,
norma subjektif dan kawalan gelagat ditanggap merupakan faktor-faktor yang
mempengaruhi keinginan pelajar Kolej Komuniti Jasin untuk menjadi usahawan.

6.0 CADANGAN DAN KESIMPULAN

Berdasarkan kepada keputusan kajian didapati, terdapat hubungan yang
signifikan di antara sikap dengan keinginan pelajar Kolej Komuniti Jasin untuk
menjadi usahawan dengan kolerasi yang sederhana. Selain itu, terdapat
hubungan yang siginifikan di antara norma subjektif dengan keinginan pelajar
Kolej Komuniti Jasin untuk menjadi usahawan. Akhir sekali, terdapat hubungan
yang siginifikan di antara kawalan gelagat ditanggap dengan keinginan pelajar
untuk menjadi usahawan. Hasil dapatan kajian ini selari dengan kajian-kajian
lalu yang membuktikan bahawa sikap, norma subjektif dan kawalan gelagat
ditanggap mempunyai hubungan yang signifikan dengan keinginan (Suharti &
Sirine, 2011; Malebana, 2014; Nabi et al., 2011; Said & Saad, 2016; Saad et al.,
2010). Sebagai kesimpulan, dapatan kajian ini membuktikan faktor sikap,

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 152

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

norma subjektif dan kawalan gelagat ditanggap merupakan faktor-faktor yang
mempengaruhi keinginan pelajar Kolej Komuniti Jasin untuk menjadi usahawan.

Bagi mengembangkan lagi kajian ini, terdapat beberapa cadangan untuk
kajian-kajian susulan pada masa akan datang. Di antara cadangan tersebut
adalah dicadangkan kajian akan datang dilakukan ke peringkat yang lebih tinggi
seperti merangkumi kolej komuniti atau politeknik seluruh Malaysia. Selain itu
juga, penyelidik untuk kajian akan datang boleh mengaplikasikan teori-teori
lain selain daripada TPB serta mempelbagaikan lagi faktor-faktor. Pada masa
yang sama juga, pembolehubah penyederhana seperti faktor demografi boleh
juga dikaji untuk kajian akan datang. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif,
berkemungkinan kajian akan datang boleh dijalankan melalui kaedah kualitatif.
Seterusnya, kajian ini dapat memberi implikasi kepada perkembangan literatur
terutamanya dalam konteks kolej komuniti. Di samping itu, kajian ini juga
dapat memberi idea kepada para pelajar atau sesiapa sahaja yang ingin
menceburi bidang keusahawanan.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 153

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

RUJUKAN
Aini, M. A. (2014). Factors Affecting Entrepreneurial Intention Among Students

in Giatmara Wilayah Persekutuan.

Alam, S. S., & Sayuti, N. M. (2011). Applying the Theory of Planned Behavior
(TPB) in halal food purchasing. International Journal of Commerce and
Management, 21(1), 8–20. doi:10.1108/10569211111111676

Azjen, I. (1991). The theory of planned behavior. Organizational Behavior and
Human Decision Processes, 50(2), 179–211. doi:10.1016/0749-
5978(91)90020-T

Cheon, J., Lee, S., Crooks, S. M., & Song, J. (2012). An investigation of mobile
learning readiness in higher education based on the theory of planned
behavior. Computers and Education, 59(3), 1054–1064.
doi:10.1016/j.compedu.2012.04.015

Creswell, J. W. (2012). Educational Research: Planning, Conducting, and
Evaluating Quantitative and Qualitative Research. Educational Research
(Vol. 3).

Ghani, M. A. A., & Darawi, Z. (2012). Transformasi dan Prestasi Perniagaan
Usahawan Melayu Perusahaan Kecil dan Sederhana ( PKS ) di Johor Bahru
Transformation and Business Performance of Malay Entrepreneurs in
Small and Medium Enterprises in Johor. In Prosiding Perkem VII (Vol. 1,
pp. 696–708).

Kautonen, T., & Gelderen Marco Van, T. E. T. (2011). Predicting
Entrepreneurial Behaviour: A Test of the Theory Planned Behaviour.
Applied Economics, Taylor & Francis (Routledge), 45(6), 697–707.
doi:10.1080/00036846.2011.581216

Keat, O. Y., Selvarajah, C., & Meyer, D. (2011). Inclination Towards
Entrepreneurship among University Students : An Empirical Study of

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 154

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Malaysian University Students. International Journal of Bsiness and Social
Science, 2(4), 206–220.

Khuong, M. N., & Huu An, N. (2016). The Factors Affecting Entrepreneurial
Intention of the Students of Vietnam National University — A Mediation
Analysis of Perception toward Entrepreneurship. Journal of Economics,
Business and Management, 4(2), 104–111.
doi:10.7763/JOEBM.2016.V4.375

Kim-soon, N., Ahmad, A. R., & Ibrahim, N. N. (2016). Theory of Planned
Behavior : Undergraduates ’ Entrepreneurial Motivation and
Entrepreneurship Career Intention at a Public University. Journal of
Entrepreneurship: Research & Practice, 2016, 1–14.
doi:10.5171/2016.792385

Linan, F., Rodriguez-Cohard, J. C., & Rueda-Cantuche, J. M. (2011). Factors
Affecting Entrepreneurial Intention Levels: A Role for Education.
International Entrepreneurship and Management Journal, 7(2), 195–218.
doi:10.1007/s11365-010-0154-z

Lu, W., & Chen, W.-H. (2013). A Study on Female Entrepreneurs ’ Behavior in
Micro-Enterprises in Taiwan – An Application of Planned Behavior Theory.
The Journal of Global Business Management, 9(1), 204–220.

Mahajar, A. J., & Yunus, J. M. (2012). Inclination Towards Entrepreneurship
Among Universiti Pendidikan Sultan Idris Students. Journal of Global
Business Management, 8(2), 248–256. Retrieved from
http://search.proquest.com/docview/1312310826?accountid=14744%5Cn
http://fama.us.es/search*spi/i?SEARCH=18173179%5Cnhttp://pibserver.
us.es/gtb/usuario_acceso.php?centro=$USEG&centro=$USEG&d=1

Malebana, J. (2014). Entrepreneurial Intentions of South African Rural
University Students: A Test of the Theory of Planned Behaviour. Journal
of Economics and Behavioral Studies, 6(2), 130–143.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 155

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Malebana, M. J., & Swanepoel, E. (2015). Graduate entrepreneurial intention in

the rural provinces of South Africa. Journal of Contemporary
Management, 12(1), 615–637.

Mohamad, N., Lim, H., Yusof, N., Kassim, M., & Abdullah, H. (2014). Estimating
the Choice of Entrepreneurship as a Career: The Case of Universiti Utara
Malaysia. International Journal of Business and Society, 15(1), 65–80.

Nabi, G., Liñán, F., Iakovleva, T., Kolvereid, L., & Stephan, U. (2011).
Entrepreneurial Intentions in Developing and Developed Countries.
Education & Training, 53(5), 353–370.
doi:http://dx.doi.org/10.1108/00400911111147686

Nasharudin, N., & Harun, H. (2010). Aspirasi Kerjaya Keusahawanan dalam
Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam. Jurnal Pendidikan
Malaysia, 35(1), 11–17.

Nawang, W. M. Z. W., Sa’at, N. H., Ahmad, S., & Mamat, I. (2016). Peranan
Pembolehubah Demografi dalam Meramalkan Kecenderungan Ahli
Program Tunas Niaga Menceburi Kerjaya Keusahawanan. Journal of
Holistic Student Development, 1(1), 12–29.

Pallant, J. (2011). SPSS Survival Manual: Step by step Guide to Data Analysis
Using SPSS (4th Editio).

Piaw, C. Y. (2014). Asas Statistik Penyelidikan (Edisi Keti). McGraw Hill.

Saad, R. A. J., Bidin, Z., Idris, K. M., & Md Hussain, M. H. (2010). Faktor-faktor
yang Mempengaruhi Gelagat Kepatuhan Zakat Perniagaan. Jurnal
Pengurusan, 30, 49–61.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 156

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Saad, R. A. J., Idris, K. M., & Bidin, Z. (2009). Peraturan Pembayaran Zakat

Kepada Institusi Zakat: Sikap Peniaga dan Kesannya Terhadap Gelagat
Pembayaran Zakat Perniagaan. Jurnal Syariah, 17(3), 607–630.

Said, N. M., & Saad, R. A. J. (2016). Sikap, Norma Subjektif dan Kawalan
Gelagat Ditanggap Terhadap Gelagat Pemberian Hibah. Journal of Gobal
Business and Social Entrepreneurshipobal Business and Social
Entrepreneurship, 1(1), 136–141.

Samuel, B. S., & Joe, S. (2016). Social Media and Entrepreneurship. Medwell
Journals, 11(5), 639–644. doi:10.1017/CBO9781107415324.004

Suharti, L., & Sirine, H. (2011). Faktor-Faktor yang Berpengaruh terhadap Niat
Kewirausahaan. Jurnal Manajemen Dan Kewirausahaan, 13(2), 124–134.
doi:10.9744/jmk.13.2.124-134

Talib, O. (2013). Asas Penulisan Tesis Penyelidikan dan Statistik. Penerbit
Universiti Putra Malaysia.

Ziadat, M. T. Al. (2014). Applications of Planned Behavior Theory (TPB) in
Jordanian Tourism. International Journal of Marketing Studies, 6(3),
p105. doi:10.5539/ijms.v6n2p105

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 157

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

KECENDERUNGAN PESERTA KURSUS KLUSTER MASAKAN MENGIKUT
PERINGKAT UMUR DI KOLEJ KOMUNITI JASIN

Nor Azilah binti Azmil1, Khamerliyanora binti Khalid2, Syahira binti Md Desa3
Kolej Komuniti Jasin
[email protected]

ABSTRAK

Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) adalah untuk memberi peluang kepada semua
lapisan masyarakat setempat untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta taraf sosio
ekenomi. Sasaran peserta Program PSH ini adalah pelajar sekolah, lepasan sekolah, pekerja
industri, kumpulan profesional, institusi pendidikan, jabatan dan agensi kerajaan, warga emas,
suri rumah, OKU (orang kelainan upaya), badan bukan kerajaan dan lain-lain. Kajian ini
dijalankan untuk menilai kecenderungan peserta kursus kluster masakan mengikut peringkat
umur di Kolej Komuniti Jasin. Fokus utama kajian dilaksanakan mengikut peringkat umur adalah
untuk tujuan dan kaedah promosi yang perlu dilaksanakan kepada komuniti. Ia boleh
disesuaikan dengan keperluan mengikut peringkat umur. Disamping itu, hasil daripada kajian
ini, akan diwujudkan beberapa cadangan serta penambahbaikan bagi memastikan segala
program dan aktiviti promosi kursus pendek. Sampel kajian adalah terdiri daripada 86 orang
peserta dari 6 jenis kursus masakan mengikut kluster masakan yang telah dijalankan pada tahun
2016. Data-data yang diperolehi seterusnya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical
Package For Social Science (SPSS) versi 20. Hasil kajian mendapati bahawa 79 peratus daripada
responden adalah terdiri daripada komuniti yang berumur antara 19 hingga 59 tahun.
Berdasarkan peratusan ini, unit PSH Kolej Komuniti Jasin perlu merangka kaedah promosi yang
sesuai untuk menarik minat lebih ramai peserta daripada lain-lain kategori umur yang kurang
peserta. Unit PSH juga perlu merancang kursus-kursus PSH yang relevan bagi memenuhi minat
peserta dalam lingkungan umur tersebut.

Kata Kunci: Kecenderungan komuniti, Kursus pendek, kluster masakan

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 158

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
1.0 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Misi utama Kolej Komuniti adalah mewujudkan peluang, membangunkan potensi
dan mencapai kecemerlangan untuk pelajar lepasan menengah dan komuniti
setempat melalui pendidikan dan latihan manakala motonya adalah “Peneraju
Komuniti Berilmu dan Berkemahiran” iaitu mewujudkan peluang
membangunkan potensi dan mencapai kecemerlangan diri bagi pelajar lepasan
menengah serta masyarakat setempat melalui pendidikan dan juga latihan
dengan menganjurkan dan menyediakan latihan pemeringkatan kemahiran (up-
skilling), latihan pemantapan kemahiran (re-skilling) dan latihan sangkutan
(attachment training) untuk memenuhi keperluan tenaga kerja.

Pada setiap tahun, Unit PSH akan menetapkan sasaran peserta Program
PSH yang perlu dicapai oleh pensyarah yang juga merupakan KPI Kolej Komuniti
Jasin. Berdasarkan data peserta yang telah dibuat dari tahun 2014 sehingga
2016, Kolej Komuniti Jasin berjaya mencapai KPI yang telah ditetapkan.

Data pada tahun 2016, menunjukkan Kolej Komuniti Jasin berjaya
mendapatkan seramai 4268 peserta. Sasaran yang telah dipersetujui untuk
tahun 2016, adalah 4140 orang peserta. Sebanyak 33 jenis Kursus Kluster
Masakan yang telah dijalankan sepanjang tahun 2016. Sejak penubuhannya
pada 2001 hingga kini, kolej komuniti di seluruh Malaysia telah memberi latihan
menerusi latihan kursus jangka pendek kepada lebih dari 1.03 juta rakyat
Malaysia. Ini membuktikan komitmen dan kesungguhan warga kolej komuniti
dalam menjayakan hasrat membudayakan Program PSH dikalangan rakyat
Malaysia (Md Yunos, 2013).

Usaha untuk membudayakan Program PSH perlu diterapkan kepada

semua lapisan masyarakat. Persepsi masyarakat terhadap pembelajaran

sepanjang hayat perlu diubah untuk menggalakkan minat dan kecenderungan

masyarakat setempat menambah pengetahuan dan kemahiran yang sedia

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 159

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

ada.Antara kumpulan sasaran Program PSH ialah golongan dewasa yang
berkerja, suri rumah dan warga emas yang mahu memberi sumbangan kepada
negara dan mempelbagaikan kemahiran.

Kajian ini membincangkan beberapa kecenderungan peserta yang
mengikuti 6 Kluster Masakan iaitu kursus penghasilan air, roti dan bun, kuih
tradisional, kuih moden, makanan sejuk beku dan nasi. Seramai 86 orang
peserta yang mengikuti kursus – kursus tersebut. Jumlah keseluruhan untuk 33
Kluster Masakan adalah seramai 602 orang peserta bagi tahun 2016. Antara
pemboleh ubah yang dikemukakan ialah kecenderungan peserta kursus
mengikut peringkat umur, taraf pendidikan dan pendapatan mereka.

1.2 Penyataan Masalah

Dalam usaha mempromosikan Kolej Komuniti Jasin sebagai destinasi pilihan
utama komuniti untuk mengikuti kursus pendek, sudah tentulah banyak cabaran
dan dugaan yang dihadapi semasa proses perancangan dan perlaksaan sesuatu
program kursus atau aktiviti promosi. Antara cabaran dan dugaan yang dihadapi
termasuklah kekurangan peserta dalam mengikuti setiap kursus pendek yang
dijalankan.

Melalui kajian ini, secara tidak langsung pengurusan Program PSH dapat
mempelajari kaedah dan strategi promosi yang sesuai untuk Kolej Komuniti
dalam menarik minat komuniti untuk mengikuti kursus pendek. Sudah pastinya
apabila kita dapat mengenal pasti kategori umur peserta yang cenderung
mengikuti sesuatu kursus, maka mudah untuk kita merancang kaedah promosi
yang sesuai untuk mereka. Kaedah promosi yang dirancang amatlah penting
supaya maklumat yang ingin disampaikan kepada komuniti dapat diterima oleh
mereka.

Selain itu, jenis kursus juga mempengaruhi peserta mengikut umur.

Melalui data yang diperolehi sepanjang tahun 2016, kursus kluster masakan

merupakan antara pilihan yang sering diikuti oleh kaum wanita khususnya suri

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 160

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

rumah dan golongan yang tidak berkerja sahaja. Kursus ini memberikan impak
kepada mereka iaitu dari segi kemahiran untuk melahirkan minat masyarakat
menjadi usahawan yang berjaya. Kesan ini sedikit sebanyak menjadi impak
kepada peserta program PSH untuk mendapatkan peluang perniagan setelah
tamat kursus.

Kemudahan prasarana yang meliputi peralatan dan stesen kerja untuk
menjalankan latihan amali juga dilihat agak terhad memandangkan terdapat
kekangan dari segi peruntukan. Berdasarkan kepada permasalahan-
permasalahan ini, pengkaji merasakan satu kajian yang menyeluruh perlu
dilakukan untuk menilai pelaksanaan kursus ini supaya hasilnya nanti dapat
dijadikan sebagai input untuk meningkatkan lagi keberkesanan kursus ini.

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:
a) Mengenalpasti kecenderungan peserta kursus kluster masakan mengikut

peringkat umur
b) Mengenalpasti kecenderungan peserta kursus kluster masakan mengikut

taraf pendidikan dan pendapatan bulanan
c) Mengenalpasti kursus yang sesuai dan yuran yang boleh dikenakan

berdasarkan demografi responden

1.4 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini adalah untuk:
a) Merangka kaedah promosi yang sesuai dilaksanakan oleh bahagian

promosi PSH Kolej Komuniti Jasin
b) Menambahkan bilangan peserta di dalam kursus pendek dan mencapai

kpi yang telah ditetapkan
c) Menawarkan kursus Pendek yang memberikan impak yang maksimum dan

positif.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 161

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
2.0 Kajian Literatur

Sebagai sebuah institusi perdana yang menjayakan Pembelajaran Sepanjang
Hayat (PSH) di Negara ini, Kolej Komuniti memainkan peranan penting dalam
menawarkan latihan dan kemahiran kepada orang ramai. Kolej Komuniti
melalui Unit Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) adalah diamanahkan bagi
membantu meningkatkan kesejahteraan hidup masyaraka setempat melalui
pelbagai kursus jangka pendek. Kursus Pendek yang dijalankan mengikut
kluster kursus pendek seperti grafik dan multimedia, computer dan teknologi
maklumat, catering dan sajian, jahitan dan pakaian, kraftangan dan hiasan
dalaman, bangunan dan lukisan senibina, perniagaan dan keusahawanan dan
sebagainya. Sehingga kini, terdapat lebih 70 jenis kursus pendek yang dibuka
penyertaannya secara manual dan atas talian.

Kebanyakan kursus - kursus yang dijalankan di Kolej Komuniti Jasin,
hanya mengenakan yuran penyertaan yang minimum, iaitu dalam lingkungan
RM5 hingga RM50 bergantung kepada jenis kursus. Hal ini adalah untuk
menggalakkan lagi penyertaan komuniti setempat dalam Program PSH.

Selain meningkatkan kuantiti penyertaan di kalangan komuniti setempat,
warga Kolej Komuniti Jasin sentiasa berusaha untuk menyampaikan maklumat
secara berkualiti terutama kepada kumpulan sasaran.

Menurut Imran (2009), cabaran Kolej Komuniti adalah untuk memastikan
program PSH yang dikendalikan mudah diakses kepada seramai mungkin
anggota masyarakat atau komuniti setempat. Manakala bagi Mess (2000) pula
berpendapat bahawa Kolej Komuniti perlu memastikan matlamat kolej selari
dengan matlamat pelajar / peserta dan juga komuniti.

Utusan Malaysia (2007), menyatakan bahawa di Malaysia kerajaan telah

memberi penekanan terhadap program PSH lebih – lebih lagi kepada peserta

yang terdiri daripada orang dewasa kerana ia berupaya meningkatkan

produktiviti dan peluang pekerjaan. Ini terbukti melalui draf pembentangan

Bajet 2008, kerajaan mencadangkan pelepasan cukai sehingga RM5,000 keatas

yuran pengajian dan diperluaskan kepada semua bidang bagi menggalakkan

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 162

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

konsep pendidikan ini dalam kalangan rakyat Malaysia. Malah bukan itu sahaja,
dalam pembentangan Bajet 2008 ini juga, kerajaan telah memperuntukkan
sebanyak RM Dua Bilion lagi untuk meningkatkan program kemahiran dan
latihan di Malaysia yang merangkumi pelaksanaan program PSH.

Pembelajaran sepanjang hayat ditakrifkan sebagai semua pembelajaran
yang dilalui oleh seseorang individu dalam lingkungan umur 15 tahun hingga 64
tahun kecuali pelajar professional. Pengkaji mendefinasikan Pembelajaran
Sepanjang Hayat merupakan pelaksanaan pelbagai aktiviti dan kursus pendek
dengan berteraskan pembelajaran yang boleh diikuti hingga akhir hayat
bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan, minat, dorongan dan kemahiran
dan keterampilan kepada individu serta pembelajaran yang dilalui oleh
seseorang individu dalam lingkungan umur 15 tahun hingga 64 tahun.

3.0 Metodologi Kajian

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik
kursus pendek sebagai instrumen kajian. Sampel kajian adalah terdiri daripada
86 orang peserta dari 6 jenis kursus masakan mengikut kluster yang telah
dijalankan pada tahun 2016. Soal selidik digunakan untuk melihat
kecenderungan peserta kursus kluster masakan mengikut peringkat umur.

4.0 Dapatan Kajian

Kluster masakan merupakan kursus pendek yang paling banyak peserta pada
setiap tahun di Kolej Komuniti Jasin. Meskipun Kolej Komuniti Jasin tidak
menawarkan Program Kulinari atau Pastri secara sepenuh masa, namun fasiliti
yang disediakan mampu memenuhi kriteria yang diperlukan untuk para peserta
mendapatkan kemahiran kursus yang diikuti. Analisis yang akan dibincangkan
adalah berdasarkan tiga kecenderungan peserta kursus pendek bagi Kluster
Masakan yang mana data diperolehi dari borang soal selidik kursus pendek.
Segala data yang diperolehi diproses menggunakan Predictive Analytics

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 163

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Software (PASW) Statistics 20 dan keputusannya adalah dalam bentuk frekuensi
dan peratus.
Jadual 1 menunjukkan kursus-kursus yang telah dipilih sebagai sampel untuk
kajian ini. Kursus ini dipilih mengikut kategori masakan seperti kursus memasak
nasi istimewa seperti nasi kerabu, nasi beriani, roti dan pastri, kuih tradisional,
kuih moden, minuman dan sebagainya. Kursus penghasilan produk air
merupakan kursus yang paling ramai peserta iaitu 30.2 peratus daripada
keseluruhan peserta kursus pilihan. Kursus penghasilan roti, bun dan kuih
tradisional merupakan pilihan kedua peserta kluster masakan di Kolej Komuniti
Jasin. Manakala kursus penghasilan nasi menunjukkan bilangan peserta yang
paling kurang.

Jadual 1 : Kursus Masakan Pilihan di Kolej Komuniti Jasin

KURSUS MASAKAN FREKUENSI PERATUS

Penghasilan Air 26 30.2

Penghasilan Roti Dan Bun 15 17.4

PenghasilanKuihTradisional 15 17.4

PenghasilanKuihModen 14 16.3

PenghasilanMakananSejukBeku 10 11.6

PenghasilanNasi 6 7.0

Jumlah 86 100.0

Jadual 2 pula menunjukkan bilangan peserta kursus yang dipilih mengikut
jantina. Hasil dapatan jelas menunjukkan peserta perempuan adalah yang
paling ramai mengikuti kursus masakan, iaitu sebanyak 68.6 peratus berbanding
peserta lelaki, hanya 31.4 peratus sahaja. Menurut Abdul Latif (1979)
terdapatnya perbezaan antara kepuasan kerja dengan faktor jantina.
Pernyataan di atas menyokong bahawa peserta perempuan lebih berminat
untuk menyertai kursus masakan berbanding dengan lelaki.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 164

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Jadual 2 : Peserta Kursus Mengikut Jantina

JANTINA FREKUENSI PERATUS

Lelaki 27 31.4

Perempuan 59 68.6

Jumlah 86 100.0

Jadual 3 menunjukkan 98.8 peratus peserta kursus masakan di Kolej Komuniti

Jasin adalah terdiri daripada kaum Melayu. Hanya 1.2 peratus sahaj kaum Cina

yang mengikuti kursus masakan terpilih di Kolej Komuniti Jasin untuk tahun

2016.

Jadual 3 : Peserta Kursus Mengikut Kaum

KAUM FREKUENSI PERATUS

Melayu 85 98.8

Cina 1 1.2

Jumlah 86 100.0

Jadual 4 pula menunjukkan kategori umur peserta kursus masakan terpilih di
Kolej Komuniti Jasin. Peserta yang paling ramai adalah diwakili oleh komuniti
yang berumur antara 19 hingga 39 tahun iaitu 43.0 peratus. Ia diikuti oleh
komuniti yang berumur antara 40 hingga 59 tahun, iaitu 36.0 peratus manakala
komuniti yang berumur kurang daripada 18 tahun hanyalah 20.9 peratus sahaja.

Jadual 4 : Umur Peserta Kursus Masakan

UMUR PESERTA FREKUENSI PERATUS

< 18 Tahun 18 20.9

19 - 39 Tahun 37 43.0

40 - 59 Tahun 31 36.0

Jumlah 86 100.0

Taraf pendidikan peserta kursus masakan dijelaskan oleh Jadual 5. Peserta yang
paling ramai mengikuti kursus masakan terpilih di Kolej Komuniti Jasin adalah
mereka yang berkelulusan SPM iaitu sebanyak 40.7 peratus. Komuniti yang

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 165

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

berkelulusan Diploma, Ijazah / Sarjana dan lain-lain kelulusan diwakili masing-

masing 11.6 peratus peserta. Peratus yang paling rendah adalah diwakili oleh

komuniti yang mempunyai Sijil Kolej dan Sijil Politeknik iaitu sebanyak 1.2

peratus sahaja.

Jadual 5 : Taraf Pendidikan Peserta Kursus Masakan

TARAF PENDIDIKAN FREKUENSI PERATUS

SPM 35 40.7

Diploma 10 11.6

Ijazah/Sarjana 10 11.6

Lain-Lain 10 11.6

SRP/PMR 7 8.1

Darjah 6 6 7.0

STPM 3 3.5

Master/Sarjana 3 3.5

SijilKolej 1 1.2

Sijil Politeknik 1 1.2

Jumlah 86 100.0

Jadual 6 menjelaskan mengenai pekerjaan peserta kursus masakan terpilih di
Kolej Komuniti Jasin. Komuniti yang tidak bekerja atau suri rumah merupakan
peserta kursus yang paling ramai di Kolej Komuniti Jasin iaitu sebanyak 60.5
peratus. Ia diikuti oleh kumpulan sokongan iaitu sebanyak 16.3 peratus
manakala pelajar adalah kategori terendah iaitu 3.5 peratus sahaja.

Jadual 6 : Pekerjaan Peserta Kursus Masakan

PEKERJAAN FREKUENSI PERATUS

TidakBekerja / SuriRumah 52 60.5

Kumpulan Sokongan 14 16.3

BekerjaSendiri 9 10.5

Kumpulan Profesional 8 9.3

Pelajar 3 3.5

Jumlah 86 100.0

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 166

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Pendapatan bulanan peserta kursus masakan terpilih ditunjukkan oleh Jadual 7.

Oleh kerana kebanyakan peserta adalah terdiri daripada surirumah dan mereka

yang tidak bekerja (rujuk Jadual 6), maka 48.8 peratus peserta tidak

mempunyai pendapatan. Mungkin peserta ini mengikuti kursus tersebut untuk

mendapatkan kemahiran bagi menambahkan pendapatan. Pendapatan peserta

yang kurang daripada RM1000.00 merupakan kedua ramai iaitu sebanyak 18.6

peratus. Hanya 3.5 peratus sahaja peserta yang berpendapatan melebihi

RM5000.00.

Jadual 7 : Pendapatan Bulanan Peserta Kursus Masakan

PENDAPATAN BULANAN FREKUENSI PERATUS

<=RM1000 16 18.6

RM10001-RM2000 13 15.1

RM2001-RM3000 5 5.8

RM3001-RM4000 3 3.5

RM4001-RM5000 4 4.7

RM5001-RM10000 3 3.5

TiadaPendapatan 42 48.8

Jumlah 86 100.0

5.0 Rumusan dan Cadangan

Hasil kajian jelas menunjukkan bahawa komuniti yang cenderung untuk
mengikuti kursus masakan di Kolej Komuniti Jasin adalah terdiri daripada
mereka yang tiada pendapatan, tidak bekerja ataupun menjadi surirumah
sepenuh masa. Golongan majoriti ini kebiasaannya adalah berkelulusan Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) dan ke bawah sahaja. Majoriti peserta adalah terdiri
daripada perempuan dan ini selari dengan taraf pekerjaan dan jumlah
pendapatan yang ditunjukkan.

Unit Promosi Kolej Komuniti Jasin perlulah merancang kaedah promosi
yang sesuai untuk golongan majoriti ini supaya maklumat akan dapat diterima

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 167

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

terus oleh mereka. Berdasarkan tahap pendidikan dan pekerjaan mereka,
adalah amat sesuai jika kaedah promosi yang dibuat menggunakan cara
tradisional. Terdapat pelbagai kaedah promosi secara tradisional yang boleh
digunakan seperti mengedarkan flyers, menampal poster dan membuka kaunter
di tempat tumpuan utama golongan majoriti ini seperti pasar, Pasar Tani, pasar
malam, balairaya, masjid, surau dan mengedarkannya dari rumah ke rumah.

Selain itu, harga sesuatu kursus yang ditawarkan juga mestilah mampu
dibiayai oleh mereka. Jika harga yang ditawarkan tidak mampu dibiayai, maka
mereka tidak akan mengikuti kursus yang ditawarkan. Apabila golongan majoriti
ini tidak diberi perhatian, matlamat PSH itu tidak akan tercapai, begitu juga
dengan KPI kolej masing-masing.

Meskipun kita tidak menafikan bahawa pengaruh dan peranan media
sosial sangat besar hari ini. Penggunaan telefon pintar yang bersandarkan
teknologi media sosial seperti facebook, telegram, whatsapp, instagram,
website semakin kuat pengaruhnya. Namun apabila kita merujuk kepada
golongan majoriti ini, kita perlu fikirkan adakah maklumat yang ingin
disampaikan dengan menggunakan media sosial mampu dicapai oleh mereka
dengan kekangan kewangan dan teknologi yang dihadapi.

Justeru itu, melalui kajian ini peranan kolej dalam memartabatkan ilmu
pengetahuan dan kemahiran kepada masyarakat setempat dapat
direalisisasikan. Hasil kajian ini juga diharap dapat membantu pihak pengurusan
PSH merancang dan seterusnya melaksanakan promosi dan kursus yang
bersesuaian dengan permintaan masyarakat setempat.

Kajian yang dijalankan ini memberikan banyak maklumat untuk

memperbaiki lagi perlaksanaan di Kolej Komuniti Jasin. Berpandukan kepada

hasil dapatan kajian yang telah diperolehi dapatlah disimpulkan bahawa

kesediaan dari segi ilmu pengetahuan dan kemahiran adalah saling berkaitan

kerana untuk melaksanakan sesuatu perkara yang sukar dan mencabar

memerlukan gabungan kedua-dua aspek ini. | 168
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

RUJUKAN
Abdul latif Abdul Manan, 1979. Job Satisfication: A look at the Plantation.

Project paper: Universiti Pertanian Malaysia.

Andreas Fejes and Katherine Nicoll (2008). “Foucalt And Lifelong Learning”,
Routledge Taylor & Francis Group Publication London and New York

Anuwar Ali, Open University Malaysia (2005). “Lifelong Learning : Policy of
Malaysia dan The Role Of OUM”, Korea National Open University Seminar

Gerhad Fischer (1999). “Center For LifeLong Learning & Design (L3D)”,
Department of Computer Science and Institute Of Cognitive Science,
University of Colorado, Boulder

Imran, I. (2009). Amanat Tahun Baru Ketua Pengarah Jabatan Pengajian
Politeknik dan Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. 30
Januari 2009. Kajang: UNITEN.

Jabatan Perangkaan Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi (2014), Laman Web
Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia

John Field,University of Stirling (2004). “Lifelong Learning And Cultural Change
: A European Perspective”, Conference on Lifelong Learning And New
Learning Culture

Kamaizza Arkmaz binti Muhammad (2012). “Pembudayaan Pembelajaran
Sepanjang Hayat Dalam Kalangan Pelajar Kolej Komuniti”, Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

Kathrin Barker, (1998). “Lifelong Learning in Canada : Vision For The Future”,
Tokyo Conference On Lifelong Learning

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 169

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Utusan Malaysia, (2007). KolejKomuniti: JadikanPusatPembelajaranSepanjang
Hayat. Utusan Malaysia, 2 Mei 2007. Artikelpada April 16, 2013, dari
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1177&pub
=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm

Louise Watson (2001). :”Who Pays For Lifelong Learning?”, Forth Annual
Conference of The Australian Vocational Education And Training
Research Association

Manzoor Ahmad (2002). “Lifelong Learning And The And The Learning Society”
Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (2011). “Perletakan Asas Melangkaui

2020”, Kementerian Pendidikan Tinggi

Utusan Malaysia (03.03.2012). “Kolej Komuniti Pupuk Budaya Belajar Sepanjang
Hayat”.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 170

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

PERSEPSI PESERTA KURSUS PENDEK KOLEJ KOMUNITI JASIN
TERHADAP TENAGA PENGAJAR

Nor Azilah binti Azmil1, Saharudin bin Selamat2, Syahira binti Md Desa3
Kolej Komuniti Jasin
[email protected]

ABSTRAK

Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) adalah proses memperkayakan modal intelek yang
semakin menjadi sebahagian daripada cara hidup. Kolej komuniti merupakan salah satu hub
pembelajaran sepanjang hayat yang menawarkan pelbagai jenis kursus kepada komuniti;
bertujuan untuk memberi ilmu kemahiran kepada komuniti setempat dalam pelbagai bidang.
Pensyarah di kolej komuniti merupakan kakitangan akademik dan bertanggungjawab untuk
melaksanakan kursus pembelajaran sepanjang hayat kepada komuniti. Pada setiap tahun, Unit
PSH akan menetapkan sasaran peserta Program PSH yang perlu dicapai oleh pensyarah yang
juga merupakan KPI Kolej Komuniti Jasin. Kajian ini dijalankan untuk menilai persepsi peserta
kursus pendek Kolej Komuniti Jasin terhadap tenaga pengajar. Kajian ini menggunakan
instrumen borang penilaian kursus pendek. Sampel kajian adalah terdiri daripada 150 orang
peserta dari 5 jenis kluster pilihan kursus pendek iaitu Katering dan Sajian, Jahitan dan
Pakaian, Grafik dan Multimedia, Komputer dan Teknologi Maklumat dan Perniagaan dan
Keusahawanan yang telah dijalankan pada tahun 2016. Data-data yang diperolehi seterusnya
dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 20.
Hasil dapatan mendapati bahawa min keseluruhan utk penilaian tenaga pengajar adalah 3.47 di
mana tahap kepuasan terhadap penilaian tenaga pengajar berada di tahap kepuasan yang
tinggi. Walau bagaimanapun pengkaji mencadangkan agar lebih banyak latihan perlu
disediakan untuk meningkatkan kesediaan pensyarah Kolej Komuniti khususnya kesediaan
psikomotor dalam memperkasa Program PSH melalui kursus jangka pendek.

Kata Kunci: Kursus pendek, tenaga pengajar

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 171

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
1.0 PENGENALAN

Kolej Komuniti merupakan sebuah institusi pendidikan di Malaysia di bawah
naungan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, merupakan sebuah institusi
pengajian tinggi awam yang menumpukan usaha ke arah menjadi peneraju
pendidikan dan latihan dalam Teknikal dan Vokasional serta Hab Pembelajaran
Sepanjang Hayat Menjelang tahun 2025. Menurut Rohizani yaakub (2004),
objektif utama pengajaran ialah untuk mentransformasikan hasil pembelajaran
kepada bentuk tingkah laku. Keberkesanan pengajaran pula amat bergantung
kepada kebolehan pelajar menggunakan kemahiran yang diajar boleh berjaya
diaplikasikan untuk memudahkan aktiviti pembelajaran. Pembelajaran ialah
proses pemperoleh maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan
tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan seseorang.

Kolej Komuniti Jasin merupakan salah sebuah Kolej Komuniti yang
ditubuhkan oleh kerajaan bagi membantu komuniti dalam memperolehi ilmu
dan kemahiran. Terdapat 2 cara utama untuk memohon kursus pendek iaitu
secara atas talian atau secara manual. Secara atas talian, peserta boleh
memohon melalui laman web E-PSH JPKK . Peserta juga boleh menghubungi
Unit Kursus Pendek bagi mendapatkan maklumat mengenai kursus pendek yang
akan diadakan. Manakala permohonan kursus secara manual, adalah memohon
kursus pendek menggunakan flyers atau borang yang diedarkan oleh penyelaras
kursus pendek. Maklumat kursus pendek juga boleh didapati dari Facebook.

Selain daripada menawarkan kursus sepenuh masa, Kolej Komuniti pada
umumnya juga menawarkan kursus pendek bagi memenuhi keperluan
masyarakat setempat. Tujuan kursus pendek adalah untuk meningkatkan taraf
hidup, memberi galakan, menanam minat dan mendidik masyarakat mengenai
Program PSH. Pada setiap tahun, Unit PSH akan menetapkan sasaran peserta
Program PSH yang perlu dicapai oleh pensyarah yang juga merupakan KPI Kolej
Komuniti Jasin. Berdasarkan data peserta yang telah dibuat dari tahun 2014
sehingga 2016, Kolej Komuniti Jasin berjaya mencapai KPI yang telah

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 172

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

ditetapkan. Data peserta dari tahun 2014 sehingga 2016 adalah seperti jadual 1
di bawah.

Misi utama Kolej Komuniti adalah mewujudkan peluang, membangunkan potensi
dan mencapai kecemerlangan untuk pelajar lepasan menengah dan komuniti
setempat melalui pendidikan dan latihan manakala motonya adalah “Peneraju
Komuniti Berilmu dan Berkemahiran” iaitu mewujudkan peluang
membangunkan potensi dan mencapai kecemerlangan diri bagi pelajar lepasan
menengah serta masyarakat setempat melalui pendidikan dan juga latihan
dengan menganjurkan dan menyediakan latihan pemeringkatan kemahiran (up-
skilling), latihan pemantapan kemahiran (re-skilling) dan latihan sangkutan
(attachment training) untuk memenuhi keperluan tenaga kerja.

2.0 PENYATAAN MASALAH

Tenaga pengajar Kursus Pendek khususnya pensyarah-pensyarah di Kolej
Komuniti Jasin merupakan pelaksana kursus yang memainkan peranan penting
untuk mendidik para peserta menjadi modal insan yang berkemahiran serta
dapat memenuhi permintaan pasaran kerja, disamping dapat menyumbang
kepada pembangunan masayarakat dan negara seperti yang terkandung dalam
matlamat Kementerian Pengajian Tinggi.

Berdasarkan perkara itu, pengkaji ingin meninjau bagaimana pesepsi
peserta kursus pendek kolej komuniti terhadap tenaga pengajar. Ini kerana
terdapat beberapa masalah rungutan peserta mengenai tenaga pengajar. Ini
berdasarkan borang penilaian kursus pendek yang telah diisi oleh peserta kursus
pendek sejurus tamat kursus.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 173

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Dalam konteks pelaksanaan kursus pendek, hasil kajian awal mendapati,
tempoh masa pelaksanaan kursus dilihat agak terhad. Hal ini dikhuatiri akan
mempengaruhi penerimaan peserta memandangkan mereka tidak dapat
menguasai sepenuhnya pengetahuan dan kemahiran dalam tempoh masa
tersebut. Di samping itu, tenaga pengajar yang dilantik juga tidak mempunyai
latar belakang dalam bidang pendidikan. Perlaksanaan pengajaran yang berbeza
dari tenaga pengajar sudah tentu mempunyai impak yang berbeza. Hal ini
berkemungkinan akan menyebabkan pengajaran tidak dapat disampaikan
dengan berkesan dan seterusnya akan menyebabkan objektif pelaksanaan
kursus tidak dapat dicapai sepenuhnya. Selain itu, kemudahan prasarana yang
meliputi peralatan dan stesen kerja untuk menjalankan latihan amali juga
dilihat agak terhad memandangkan terdapat kekangan dari segi peruntukan.
Bedasarkan kepada permasalahan-permasalahan ini, pengkaji merasakan satu
kajian yang menyeluruh perlu dilakukan untuk menilai pelaksanaan kursus ini
supaya hasilnya nanti dapat dijadikan sebagai input untuk meningkatkan lagi
keberkesanan kursus ini.

Ini perlu untuk mengetahui kaedah pengajaran yang terbaik dan sesuai
bagi peserta yang terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat yang berlainan umur,
tahap pendidikan dan juga yang terdiri dari pelbagai kaum.

Di Kolej Komuniti Jasin khususnya, di bawah unit Pembelajaran
Sepanjang Hayat (PSH), salah satu proses Pembelajaran & Pengajaran yang
diterapkan adalah melalui kursus-kursus pendek yang ditawarkan iaitu
contohnya seperti bidang masakan, jahitan, perisian komputer, kecantikan dan
sebagainya, yang mana relevan dengan keperluan masyarakat setempat.
Sasaran peserta Program PSH ini adalah pelajar sekolah, lepasan sekolah,
pekerja industri, kumpulan profesional, institusi pendidikan, jabatan dan agensi
kerajaan, warga emas, suri rumah, OKU (orang kelainan upaya), badan bukan
kerajaan dan lain-lain. Kursus pendek ini kebiasaannya dilaksanakan pada
hujung minggu iaitu samada pada hari Sabtu atau Ahad di antara 5 jam atau 8
jam pengajaran dalam sehari.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 174

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Oleh itu, adalah perlu untuk mengetahui persepsi kursus pendek, kaedah
pengajaran yang bersesuaian dengan mereka agar mutu atau kualiti pengajaran
dapat dibaiki. Kaedah pengajaran seperti demontrasi, gerak kerja berkumpulan
dan sebagainya merupakan antara kaedah pengajaran yang digunakan.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dijalankan ialah:
a) Mengenal pasti demografi responden yang menjawab persoalan kajian
b) Mengenal pasti tahap kepuasan peserta kursus pendek Kolej Komuniti

Jasin terhadap tenaga pengajar

4.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Kepentingan kajian ini adalah untuk:
a) Meningkatkan pengetahuan pensyarah terutamanya berkaitan dengan

teknologi yang terkini
b) Menambah baik kualiti pengajaran dan pembelajaran kursus pendek

Selain itu, dengan adanya kajian ini, ia akan dapat memberi panduan kepada
pihak Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia atau Jabatan Pengajian Kolej
Komuniti untuk merangka sesuatu program kursus PSH yang bersesuaian dan
relevan kepada masyarakat. Malah, pihak kerajaan dan agensi lain juga dapat
mengenal pasti untuk memperkenalkan bantuan dari sudut pinjaman,
kewangan, biasiswa dan kemudahan bagi menggalakkan masyarakat untuk
membudayakan PSH. Di samping itu, hasil kajian ini diharapkan dapat
menambah sumber rujukan dan menjadi pendorong kepada penyelidik lain
membuat kajian ke arah meningkatkan lagi keberkesanan sistem pendidikan
negara.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 175

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
5.0 BATASAN KAJIAN

a) Responden yang dipilih adalah daripada peserta Kursus Pendek di Kolej
Komuniti Jasin sahaja. Ia tidak mewakili keseluruhan Kolej Komuniti yang
berbeza komuniti, tenaga pengajar dan fasiliti.

b) Responden tertumpu kepada komuniti sekitar Merlimau sahaja.

6.0 SKOP KAJIAN

Skop kajian ini adalah meliputi peserta dari 5 jenis kluster pilihan kursus
pendek iaitu Katering dan Sajian, Jahitan dan Pakaian, Grafik dan Multimedia,
Komputer dan Teknologi Maklumat dan Perniagaan dan Keusahawanan yang
telah dijalankan pada tahun 2016.

7.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan menggunakan soal selidik
kursus pendek sebagai instrumen kajian. Responden kajian terdiri daripada
program pembelajaran sepanjang hayat Kolej Komuniti Jasin di bawah kluster
jahitan iaitu seramai 150 orang. Soal selidik digunakan untuk melihat persepsi
peserta kursus terhadap tenaga pengajar. Borang soal selidik yang digunakan
adalah borang maklum balas penilaian kursus yang digunapakai di semua Kolej
Komuniti dan borang berkenaan boleh dimuat turun dari laman web Jabatan
Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK). Soal selidik tersebut mengandungi senarai
soalan yang konkrit dan disediakan dengan pilihan jawapan berdasarkan Skala
Likert. Antara kelebihannya adalah ia mempunyai tahap kebolehpercayaan dan
ketepatan yang baik iaitu 85% (Mohamad Najib, 1996). Format Skala Likert yang
digunakan adalah seperti di bawah:

Jadual 1. Skala Likert

Skala Lemah Sederhana Baik Amat Baik
(L) (S) (B) (AB)

1 2 3 4

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 176

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Sebagai tambahan, dalam kajian ini pengkaji menggunakan tafsiran skor min
untuk mencapai objektif kajian. Tafsiran dapatan hasil daripada soal selidik
dianalisis seperti Jadual 2.

Jadual 2. Jadual Interpretasi Min (Nunally, 1994)

JULAT MIN TAHAP
1.00 – 2.00 Sangat Rendah
2.01 – 3.00
3.01 – 4.00 Rendah
4.01 – 5.00 Sederhana

Tinggi

8.0 DAPATAN KAJIAN

Analisis yang akan dibincangkan adalah berdasarkan data yang diperolehi
daripada borang penilaian kursus pendek. Borang penilaian ini telah diisi oleh
peserta kursus pendek setiap kali tamat kursus yang diikuti. Segala data yang
diperolehi diproses menggunakan Predictive Analytics Software (PASW)
Statistics 20 dan keputusannya adalah dalam bentuk min dan peratus.

Rajah 1 : Kluster Program Kursus Pendek Yang Dipilih Untuk Tujuan Kajian

Rajah 1 menunjukkan peratus responden yang telah dipilih mengikut kluster-
kluster program kursus pendek yang telah dijalankan pada tahun 2016. Program
perniagaan dan keusahawanan telah menyumbang paling ramai peserta iaitu

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 177

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

sebanyak 33 peratus daripada keseluruhan responden. Ianya diikuti oleh kluster
katering dan sajian sebanyak 20 peratus. Kluster grafik dan multimedia serta
jahitan pakaian mencatat peratusan yang sama iaitu 19 peratus. Kluster
komputer dan teknologi maklumat pula merupakan peratus responden yang
paling rendah iaitu hanya 9 peratus sahaja.

Jadual 3. Umur Responden Kajian

UMUR RESPONDEN FREKUENSI PERATUS
18.7
12 - 17 tahun 28 28.0
24.7
>18 tahun 42 26.0
2.7
19 - 40 tahun 37 100.0

41 - 59 tahun 39

> 60 tahun 4

Jumlah 150

Jadual 3 menunjukkan kategori umur responden kajian. Peserta kursus pendek
yang paling ramai adalah berusia 18 tahun iaitu sebanyak 28 peratus. Ia diikuti
oleh peserta yang berumur 41 hingga 59 tahun sebanyak 26.0 peratus. Umur
peserta yang paling sedikit peratusannya adalah melebihi 60 tahun.

Rajah 2 : Jantina Responden | 178
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Rajah 2 menunjukkan jantina responden kajian. 60 peratus daripada responden
merupakan kaum perempuan manakala 40 peratus lagi adalah kaum lelaki. Ini
jelas menunjukkan bahawa kaum perempuan lebih berminat untuk
menambahkan kemahiran bagi menambahkan sumber pendapatan ataupun
untuk kemudahan sendiri.

Jadual 4 menunjukkan min bagi persepsi responden terhadap tenaga pengajar.
Ia dinilai berdasarkan cara penyampaian, isi kandungan kursus, kandungan
kursus yang teratur dan penyampaian ilmu dengan jelas. Penyampaian yang
jelas oleh tenaga pengajar mencatatkan min tertinggi iaitu 3.53 di mana ia
berada di tahap yang sederhana. Min terendah pula dicatatkan oleh cara
penyampaian iaitu 3.40 namun masih lagi berada di tahap yang sederhana. Min
keseluruhan bagi penilaian terhadap tenaga pengajar adalah 3.47 dan ianya
berada di tahap sederhana. Ini menunjukkan bahawa peserta program kursus
pendek daripada kluster-kluster terpilih ini berpuas hati dengan perkhidmatan
tenaga pengajar sepanjang tahun 2016.

Jadual 4 : Min Keseluruhan Penilaian Responden

PERSEPSI RESPONDEN MIN

Cara Penyampaian 3.40

Isi Kandungan 3.45

Kandungan Kursus Teratur 3.50

Penyampaian Yang Jelas 3.53

Min keseluruhan 3.47

9.0 RUMUSAN

Hasil kajian ini jelas menunjukkan bahawa responden lebih berminat untuk
mengikuti program kursus pendek yang mampu memberikan mereka peluang
untuk menjana pendapatan. Ini dapat dilihat kepada peratusan peserta
mengikut kluster-kluster yang telah dipilih. Kluster perniagaan dan

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 179

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

keusahawanan mencatatkan peserta tertinggi dan diikuti oleh kluster sajian dan
makanan yang mampu menambahkan kemahiran untuk menjalankan perniagaan
sama ada secara sepenuh masa atau sambilan.

Peserta yang paling ramai pula adalah terdiri daripada golongan 18 hingga 40
tahun di mana kita dapat simpulkan bahawa golongan ini amat berminat atau
memerlukan program kursus pendek yang dapat memberikan mereka manfaat.
Pihak Kolej Komuniti Jasin perlu merangka program kursus pendek yang
diminati dan sesuai untuk golongan ini supaya ia dapat menarik lebih ramai lagi
peserta.

Persepsi peserta program yang dipilih jelas menunjukkan bahawa mereka
berpuas hati dengan kaedah penyampaian, isi kandungan dan teknik pengajaran
oleh tenaga pengajar yang disediakan oleh Kolej Komuniti Jasin. Meskipun
begitu, pihak kolej perlulah sentiasa memastikan tenaga pengajar sentiasa
relevan dengan teknologi terkini, sistem-sistem baru dan bahan-bahan
pengajaran yang sentiasa dikemas kini supaya matlamat PSH itu dapat dicapai
bersama.

Kajian yang dijalankan ini memberikan banyak maklumat untuk memperbaiki
lagi perlaksanaan di Kolej Komuniti Jasin. Berpandukan kepada hasil dapatan
kajian yang telah diperolehi dapatlah disimpulkan bahawa kesediaan dari segi
ilmu pengetahuan dan kemahiran adalah saling berkaitan kerana untuk
melaksanakan sesuatu perkara yang sukar dan mencabar memerlukan gabungan
kedua-dua aspek ini. Secara keseluruhannya, dapatlah dirumuskan bahawa
tenaga pengajar kursus pendek terutama pensyarah perlu mempunyai tahap
kesediaan kognitif, afektif dan psikomotor yang tinggi di samping dapat
membuktikan bahawa kolej komuniti mampu memenuhi kehendak komuniti.

RUJUKAN

Andreas Fejes and Katherine Nicoll (2008). “Foucalt And Lifelong

Learning”, Routledge Taylor & Francis Group Publication London and

New York. | 180
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Anuwar Ali, Open University Malaysia (2005). “Lifelong Learning : Policy of
Malaysia dan The Role Of OUM”, Korea National Open University
Seminar.

Gerhad Fischer (1999). “Center For LifeLong Learning & Design (L3D)”,
Department of Computer Science and Institute Of Cognitive Science,
University of Colorado, Boulder.

Jabatan Perangkaan Malaysia dan Unit Perancang Ekonomi (2014), Laman Web
Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia.

John Field,University of Stirling (2004). “Lifelong Learning And Cultural Change
: A European Perspective”, Conference on Lifelong Learning And New
Learning Culture.

Kamaizza Arkmaz binti Muhammad (2012). “Pembudayaan Pembelajaran
Sepanjang Hayat Dalam Kalangan Pelajar Kolej Komuniti”, Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

Kathrin Barker, (1998). “Lifelong Learning in Canada : Vision For The Future”,
Tokyo Conference On Lifelong Learning.

Louise Watson (2001). :”Who Pays For Lifelong Learning?”, Forth Annual
Conference of The Australian Vocational Education And Training
Research Association.

Manzoor Ahmad (2002). “Lifelong Learning And The And The Learning Society”
Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (2011). “Perletakan Asas Melangkaui

2020”, Kementerian Pendidikan Tinggi.
Utusan Malaysia (03.03.2012). “Kolej Komuniti Pupuk Budaya Belajar Sepanjang

Hayat”.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 181

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

PENGUKURAN PENILAIAN PROGRAM PEMBELAJARAN SEPANJANG
HAYAT (PSH) DI KOLEJ KOMUNITI

Aida Normardiana Ayob1, Siti Normazila Abdul Aziz2, Sarah Abd Hamid3
[email protected]

ABSTRAK

Kualiti penyampaian program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) yang ditawarkan di Kolej
Komuniti perlu sentiasa ditambahbaik bagi memastikan program yang dilaksanakan menepati
objektif program dan juga kehendak peserta. Pengukuran program atau penilaian program
adalah penting bagi mengetahui kekuatan sesuatu program serta mendapatkan maklumbalas
untuk digunakan sebagai elemen penambahbaikan program. Kajian yang dijalankan bertujuan
untuk mengenalpasti pengukuran penilaian program PSH yang digunakan oleh pensyarah
program PSH dan sumbangan penilaian tersebut terhadap penambahbaikan berterusan progam
yang dijalankan di 42 buah Kolej Komuniti yang mempunyai akaun amanah. Berdasarkan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) dalam lonjakan 3 menyatakan
bahawa program PSH akan ditingkatkan supaya menjadi lebih berkualiti untuk pembangunan
professional dan individu (PPMPT). Sehubungan dengan itu adalah penting untuk mengkaji
keberkesanan program yang ditawarkan dan maklumat tersebut digunakan sama ada untuk
memperbaiki kaedah pengajaran atau menyediakan bahan yang sesuai dan mungkin juga
digunakan untuk mengetahui bilangan usahawan yang dilahirkan bergantung kepada objektif
sebenar penawaran program PSH. Kajian ini menggunakan soal selidik yang mengandungi
senarai pengukuran penilaian berasaskan model Kirkpatrik di mana model ini menyatakan
beberapa kategori penilaian program seperti tahap kepuasan peserta, tahap pembelajaran,
perubahan sikap, impak perniagaan dan juga pulangan pelaburan. Analisa data yang diperolehi
menggunakan SPSS Statistics 17.0. Hasil analisa kajian ini dapat memberikan gambaran
berkenaan pengukuran yang digunakan dalam menilai program PSH serta sumbangannya kepada
penambahbaikan program yang ditawarkan.

Katakunci : PSH, Kursus Pendek, Penambahbaikan Berterusan, Keberkesanan Program, Kualiti

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 182

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

1.0 PENDAHULUAN

Kolej Komuniti ditubuhkan pada 2001 sebagai wadah untuk menyediakan
alternatif bagi lepasan sekolah menengah melanjutkan pengajian mereka. Kolej
Komuniti sebagai satu kelompok dianggap sebagai hab pembelajaran sepanjang
hayat negara. (KPT, 2007). PSH adalah penting untuk membangunkan
masyarakat berilmu yang inklusif demi memastikan objektif Kementerian
menjelang 2025 iaitu membudayakan PSH dalam kalangan msyarakat supaya ia
menjadi sebati dalam budaya dan gaya hidup rakyat Malaysia. Hasrat ini akan
tercapai menerusi pemantapan ekosistem PSH yang berkualiti tinggi, terselaras,
harmoni dan diiktiraf, dalam komuniti pendukung PSH (PPPM (PT) 2015-2025).

Takrif pembelajaran sepanjang hayat adalah pembelajaran yang
melibatkan mereka yang berusia antara 15 tahun hingga 64 tahun ke atas
kecuali pelajar professional. Takrifan ini diterima pakai sejajar dengan usaha
negara untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara pada dekad akan
datang (KPTM, 2013). Kajian ini merangkumi semua kategori di bawah PSH iaitu
kursus pendek, kursus pendek bermodular, PISH, Latihan Khas Akaun Amanah,
Program Khas dan Program Penajaan (PIPSH, 2013). Enam (6) kategori ini
merupakan aktiviti PSH yang diwartakan kepada semua Kolej Komuniti untuk
dilaksanakan mengikut kesesuaian organisasi, Komuniti dan juga kemudahan di
institusi masing-masing.

Faizullah (2014) menyatakan Kolej Komuniti merupakan pelaksana utama

program pembelajaran sepanjang hayat dengan menyediakan program

pengajian teknik dan vokasional pada peringkat Sijil Modular Kebangsaan serta

kursus-kursus jangka pendek kepada anggota masyarakat setempat dengan

menumpukan kepada penguasaan dan peningkatan kemahiran. Kualiti

penyampaian program yang ditawarkan perlu sentiasa ditambahbaik bagi

memastikan program yang dilaksanakan menepati objektif program dan juga

kehendak peserta. Pengukuran program atau penilaian program adalah penting

bagi mengetahui kekuatan sesuatu program serta mendapatkan maklumbalas

untuk digunakan sebagai elemen penambahbaikan program.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 183

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan
Tinggi) dalam lonjakan 3 menyatakan bahawa program PSH akan ditingkatkan
supaya menjadi lebih berkualiti untuk pembangunan professional dan individu
(PPMPT). Sehubungan dengan itu adalah penting untuk mengkaji keberkesanan
program yang ditawarkan dan maklumat tersebut digunakan sama ada untuk
memperbaiki kaedah pengajaran atau menyediakan bahan yang sesuai dan
mungkin juga digunakan untuk mengetahui bilangan usahawan yang dilahirkan
bergantung kepada objektif sebenar penawaran program PSH.

2.0 PERNYATAAN MASALAH

Hasil kajian awal mendapati, maklumbalas penilaian program yang diisi hanya
menjadi satu rujukan bagi Kolej Komuniti untuk mengenalpasti program yang
sesuai dilaksanakan pada masa akan datang mengikut kehendak Komuniti
setempat. Unit PSH, JPKK juga belum lagi menguatkuasakan penilaian program
PSH. Ini memberikan gambaran yang tidak jelas berkenaan pengawalan kualiti
program PSH sama ada penambahbaikan berterusan dilaksanakan untuk
menjadikan program berkualiti berdasarkan PPMPT.

Berdasarkan kepada permasalahan ini, pengkaji merasakan satu kajian
perlu dilakukan untuk mengenalpasti pengukuran pelaksanaan program PSH dan
juga sumbangan analisa penilaian tersebut terhadap penambahbaikan program.
Hasil dari kajian ini dijangka dapat memberikan input berkenaan amalan
penambahbaikan program dan juga kesesuaian kaedah pengukuran yang
digunakan dengan objektif program yang telah ditetapkan.

3.0 PERSOALAN KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengenalpasti :-
i. Apakah pengukuran yang digunakan untuk menilai keberkesanan program
PSH yang dilaksanakan di Kolej Komuniti?

ii. Adakah hasil analisa penilaian program digunakan untuk meningkatkan
kualiti program yang dilaksanakan?

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 184

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

4.0 KAJIAN LITERATUR

4.1 Penambahbaikan berterusan menerusi penilaian program

Program yang dijalankan perlu diukur sama ada objektif pelaksanaannya
tercapai atau perlu ditambah baik. Maklumat yang diperolehi hasil dari
penilaian program juga boleh menggambarkan adakah program tersebut
dilaksanakan secara efektif dari aspek penyampaian dan juga kos terutama
sekali sewaktu peruntukan terhad (Mann, 1996).
Maklumat-maklumat tertentu diperlukan untuk mengukur keberkesanan
program tersebut dan mencari strategi penambahbaikan yang perlu diambil
tindakan. Dari hasil analisa penilaian program, penganjur boleh menilai sama
ada pelaksanaan program tersebut adalah efektif atau sebaliknya (Farjad,
2012).

4.2 Model Kirkpatrick dalam menilai keberkesanan program

Kamaruzzaman (2013) menghuraikan berkenaan model ini bagi kajian
keberkesanan latihan. Dalam kajian tersebut menyatakan bahawa Model
Penilaian Kirkpatrick merupakan salah satu model penilaian yang terawal dan
paling banyak digunakan dalam penilaian latihan. Kajian yang menggunakan
model ini telah banyak membuat sumbangan berharga kepada teori penilaian
latihan dan terbukti secara empirikal dalam menilai tahap keberkesanan latihan
dengan baik sejak tahun 1959. Model ini kerap digunakan kerana ia mudah
untuk diaplikasikan dan mempunyai keupayaan untuk membantu proses
penilaian sesebuah latihan dengan jayanya (Alliger dan Janak, 1989). Model ini
mempunyai empat (4) tahap penilaian yang direka sebagai kaedah untuk
menilai program latihan. . Tahap I – reaksi: adalah pengukuran yang melihat
bagaimana pandangan pelatih terhadap latihan; tahap II – pembelajaran: tahap
ini akan menilai apa yang dipelajari dan disimpan daripada pengalaman
pembelajaran; tahap III – perubahan kelakuan/aplikasi: tahap ini akan menilai
sama ada pelatih mengaplikasikan apa yang dipelajari di tempat kerja; dan

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 185

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

tahap IV – hasil: tahap ini menilai kesan latihan yang membawa kepada
perubahan budaya kerja yang positif (Kirkpatrick, 1976).

4.3 Pembelajaran Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti

Permintaan ke atas program PSH sangat tinggi di Kolej Komuniti di mana data
program PSH melebihi 2.3 juta penyertaan di seluruh Malaysia sejak 2002
hingga kini. Penambahbaikan sesuatu program memerlukan komitmen yang
tinggi dari semua institusi, individu dan kepakaran tenaga pengajar yang
terlibat. Menurut Noraina (2016), sokongan daripada kementerian dan pelbagai
agensi perlu ada di mana kementerian atau agensi perlu bersama-sama
meyertai program-program yang dikendalikan oleh institusi latihan kemahiran,
memberikan saranan dan idea untuk pelaksanaan program yang lebih berimpak
tinggi.

Menurut Wiwin (2014), PSH adalah berbeza bagi setiap individu dan juga
komuniti. Klasifikasi ini dapat memberi keperluan pembelajaran yang lebih luas
samada pelbagai tujuan, pelbagai agensi dan pelbagai program yang boleh
digunakan sebagai input dalam menentukan kursus tidak formal yang boleh
dijalankan untuk menghasilkan pelbagai program pembelajaran secara
berterusan dan mampan. Dari segi keberkesanan program PSH, kajian yang
dijalankan oleh Faizullah (2014), mendapati bahawa walaupun kajian
menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari aspek pengetahuan,
penyertaan peserta PSH seharusnya terus digalakkan kepada masyarakat supaya
masyarakat dapat memperolehi pengetahuan dan kemahiran yang secara tidak
langsung membantu mereka meningkatkan taraf hidup. Hafiz (2016)
menyatakan keberkesanan kursus pendek yang dikaji menunjukkan peserta
dapat menerima pengajaran yang dijalankan dalam meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran mereka dan seterusnya membantu untuk mengembangkan
kerjaya mereka.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 186

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

5.0 METODOLOGI

5.1 Populasi dan Sampel Kajian
Populasi kajian terdiri daripada pensyarah yang melaksanakan PSH. Pemilihan
responden adalah daripada 42 Kolej Komuniti yang menjalankan akaun amanah
Fasa 1 dan Fasa 2. Pensyarah yang terpilih adalah individu yang terlibat secara
langsung di dalam pelaksanaan PSH samada sebagai pengurus projek atau
penyelaras di kolej. Seramai 83 pensyarah PSH memberi respon dalam kajian
ini.

5.2 Rekabentuk Kajian

Kajian ini merupakan kajian tinjauan penggunaan pengukuran untuk mengkaji
keberkesanan program PSH. Soalan dibangunkan berdasarkan tahap penilaian
program model Kirkpatrik dan juga beberapa rujukan daripada kajian-kajian
terdahulu. Tahap penilaian model kirkpatrick yang pertama merupakan kajian
tahap reaksi peserta yang merupakan tahap yang paling mudah dan cepat untuk
merumuskan pencapaian program tersebut. Seterusnya tahap-tahap yang lebih
sukar untuk merumuskan pencapaian program iaitu tahap pembelajaran, sikap
akhir sekali menilai hasil atau keputusan.

5.3 Instrumen Kajian
Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan instrumen soal selidik secara atas
talian. Hebahan soal selidik dilaksanakan melalui kaedah media sosial bagi
kumpulan penyelaras PSH Kolej Komuniti yang terlibat. Data yang diperolehi
dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS
17.0)

5.4 Kajian Rintis
Setiap item yang dibina bagi soal selidik kajian ini telah diuji kesahan dan
kebolehpercayaan. Kajian rintis telah dijalankan dengan mengedarkan soal
selidik ini kepada 20 orang peserta daripada Kolej Komuniti lain yang
melaksanakan Program PSH. Nilai alpha Cronbach yang diperolehi daripada

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 187

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

kajian rintis ini ialah 7.11 . Menurut Gliem & Gliem nilai alpha 7.0 ke atas
merupakan nilai yang masih boleh diterima dalam penentuan analisis
kebolehpercayaan (Gliem & Gliem, 2003).

6.0 ANALISA DATA DAN HASIL DAPATAN

Jadual 1 : Profil Responden

Latar Belakang Frekuensi Peratusan
58 69.9
Perempuan 25 30.1
Lelaki 21 25.3
62 74.7
Menjalankan satu program sahaja
Menjalankan pelbagai kategori program 26 31.3
15 18.1
Bilangan Program Yang Dilaksanakan Setahun: 42 50.6
1 – 5 Kursus
6 – 10 kursus 6 7.2
Lebih dari 10 Kursus 37 44.6
40 48.2
Pengalaman Menguruskan Program PSH:
Kurang dari satu tahun
1 – 5 Tahun
Lebih dari 5 tahun

Jadual 1 menunjukkan bahawa majoriti responden terdiri daripada perempuan
iaitu 69.9%. Terdapat pensyarah PSH dari 42 Kolej Komuniti ini yang
menjalankan kesemua 6 kategori program dan ada yang melaksanakan pun satu
kategori peogram sahaja. Pensyarah yang menjalankan satu kategori program
PSH dari enam kategori adalah seramai 21 orang manakala 62 pensyarah
menjalankan pelbagai kategori. Dalam Jadual ini juga menunjukkan bahawa
50.6% responden merupakan pensyarah PSH yang aktif yang menjalankan lebih
dari 10 kursus dalam setahun dan 48.2% dari responden mempunyai pengalaman
lebih dari 5 tahun.

Jadual 2 : Pengukuran Penilaian Keberkesanan Program

Pengukuran Maklumat Penggunaan

Reaksi : Ya (%) Tidak (%)
Temubual
Borang Maklumbalas Peserta 62.7 37.3
Pembelajaran : 98.8 1.2
Perbandingan tahap Pengetahuan/ Kemahiran
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan 98.8 1.2
| 188


Click to View FlipBook Version