The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Prosiding Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat 2017 (Jilid 1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search

ePSH 2017

Prosiding Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat 2017 (Jilid 1)

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

tersebut akan bijak menilai kelebihan para guru untuk menjayakan program
organisasi yang dipimpinnya. Selain itu, pengetua yang mahir berkomunikasi,
bijak berkolaborasi serta mempunyai kemahiran dalam perancangan dan
pengelolaan dapat menggerakkan ahli organisasi sekolah untuk mencapai visi dan
misi yang dihasratkan.

Kepimpinan Transformasional amat diperlukan untuk membolehkan
semua pendidik dapat menyumbangkan sesuatu berdasarkan kepada bakat dan
posisi masing-masing ke arah meningkatkan kualiti pendidik. Sehubungan
dengan itu, pengetua perlu mengambil kira setiap dimensi dalam kepimpinan
Transformasional sebagai faktor penting dalam kepimpinan mereka. Ini adalah
kerana kelima-lima dimensi kepimpinan Transformasional tersebut dibuktikan
sebagai penyumbang utama kpada kualiti guru dan seterusnya dapat
merealisasikan kecemerlangan khususnya kepada bidang pendidikan, menurut
Jamilah et.al (2016).

Pernyataan persoalan kajian ini adalah Apakah tahap kepimpinan pelajar
Pastri Kolej Komuniti Selayang? Apakah tahap kerja kumpulan pelajar Pastri
Kolej Komuniti Selayang?

1.2 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan adalah untuk:
i) Mengenalpasti tahap kepimpinan p elajar Pastri Kolej Komuniti Selayang.
ii) Mengenalpasti tahap kerja berpasukan pelajar Pastri Kolej Komuniti

Selayang

Pendapat dan pandangan pelajar menjadi kayu pengukur terhadap tahap
kepimpinan dan kerja berpasukan pelajar samada memenuhi keperluan,
kehendak serta kepuasan secara optimum atau tidak. Pandangan mereka
diambilkira kerana pelajar merupakan modal insan yang perlu digilap dan akan
menjadi pemimpin untuk mentadbir negara pada masa hadapan. Selain itu,
pandangan, maklumat dan tinjauan daripada analisa kajian juga diambil kira
secara terus dan penting dijadikan panduan. Jika kajian ini tidak dilaksanakan,

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 339

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

kita tidak dapat mengetahui sejauhmanakah kemampuan pelajar dalam hal
kepimpinan dan kerja kumpulan mereka. Hal ini sejajar dengan usaha untuk
menambahbaik perkhidmatan di samping memastikan kualiti modal insan yang
terbaik, terjamin masa depan dan secara tidak langsung akan menarik lebih
ramai pelajar untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Komuniti Selayang dalam Sijil
Pastri.

1.3 Sorotan Kajian
Menurut Muhammad Faizal (2015), institusi kepimpinan merupakan antara
penyebab kepada jatuh bangunnya sesebuah sekolah. Pemimpin sekolah yang
berperanan sebagai role model seharusnya mewujudkan iklim, budaya dan
warga sekolah yang memiliki tahap nilai yang tinggi. Menerusi gabungan tiga
aspek berikut, kuasa, keseimbangan dan pemikiran, pemimpin tersebut
berupaya mewujudkannya. Situasi tersebut dilaksanakan seperti mana berikut:
ketika pemimpin bertingkah laku, mereka akan memimpin, mengarah dan
membimbing. Namun, mereka melakukannya terlebih dahulu sebelum
memimpin, mengarah dan membimbing warga sekolah. Hal tersebut disebabkan
hubungan yang pemimpin bina, struktur yang mereka sokong dan keputusan
yang mereka buat amat mempengaruhi pencapaian keseluruhan sekolah. Dengan
mewujudkan situasi di atas menyebabkan pemimpin sekolah mempunyai peluang
untuk berinteraksi dengan pihak berkepentingan dalam pendidikan,
membimbing warga sekolah ke arah pencapaian matlamat dan menyedarkan
murid mengenai kompetensi yang mereka perlu miliki. Perspektif atau persepsi
manusia dipengaruhi oleh keadaan yang dilihat, bagaimana keadaan tersebut
diatur dalam ingatan dan makna yang diberikan pada keadaan itu. Bagi
Schiffman et.al (2000), proses yang mana individu memilih, menyelaras dan
mentafsir rangsangan kepada gambaran yang jelas dan bermakna, bergantung
kepada keperluan, kehendak dan harapan sendiri. Kualiti pendidikan di Kolej
Komuniti Hulu Langat dari perspektif pelajar menurut kajian Noor Afziha et. al
(2014) berada pada tahap tinggi berpendapat bahawa tahap kualiti pendidikan
yang ditawarkan di Kolej Komuniti berada pada tahap yang baik.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 340

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Kajian lalu menurut Johari et al (2016) menunjukkan responden memberi maklum
balas positif terhadap pembinaan sahsiah diri, kepimpinan dan aktiviti akademik
menerusi aktiviti ko-kurikulum dan aktiviti di luar waktu pembelajaran. Selain
itu, kajian lalu menunjukkan bahawa pembinaan kecemerlangan diri menerusi
penglibatan dalam kokurikulum di kalangan pemimpin pelajar di Universiti
Teknologi Malaysia adalah positif. Mereka saling memerlukan di antara satu sama
lain. Pelajar tidak boleh jadi pemimpin jika kurang penglibatan dalam
kokurikulum. Melahirkan graduan yang berkualti seperti mana hasrat universiti
memerlukan kepada pembinaan kecemerlangan diri yang menyeluruh. Ini
kerana, sahsiah dan jati diri yang teguh mampu membawa kepada
kecemerlangan dalam akademik dan seterusnya akan terserlah ciri-ciri
kepimpinan pada diri pelajar. Masih lagi disokong dengan kajian lalu menerusi
ilmuan oleh Lukman (2005), IPTA yang berkualiti mampu melahirkan graduan
yang berkualiti bukan sahaja dalam bidang akademik, tetapi juga dari segi
kemahiran -kemahiran lain termasuk kepimpinan, kemahiran komunikasi, nilai
murni dan sebagainya.

Banyak kajian lepas yang menyokong kepimpinan dalam pendidikan
termasuk kepimpinan dalam kokurikulum yang diambil kira. Mengikut kajian
Ahmad et. al (2014), pelajar yang menyertai Persatuan Silat Seni Gayung
Malaysia Universiti Tun Hussein Onn Malaysia telah diterapkan dengan
kemahiran kepimpinanan seterusnya sedar dan menguasai kemahiran ini. Mereka
diberi penerapan pengetahuan tentang teori asas kepimpinan dalam
pembentukan individu yang mampu mengikut arahan ketua adalah perlu bagi
memastikan kelancaran dalam dalam aktiviti silat mereka. Pendedahan kepada
konsep menyumbangkan idea dalam memajukan pasukan dalam aktiviti
kokurikulum adalah sangat perlu diterapkan bagi meningkatkan tahap
keyakinan berdasarkan dapatan kajian Abd. Razzaq (2010).Membuat keputusan
yang bijak dan yakin perlu dalam tugas memimpin. Seorang pemimpin bukan
berseorangan dalam menjalankan tugas kerana mereka perlu berkerja dalam satu
pasukan. Selain itu, pemimpin boleh menjalani kehidupan dengan semangat yang
positif, kerjasama dan berani menurut Dhiyazulhilmi (2016).

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 341

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Menjurus kepada kajian ini, melibatkan tahap kepimpinan, tahap kerja
berkumpulan, tahap komunikasi bersama rakan. Berkaitan dengan tahap
kepimpinan kajian lebih menjurus kepada skor boleh bertindak sebagai ketua,
boleh bertindak sebagai ahli biasa, boleh bertindak sebagai pendengar setia,
pelajar aktif memberi idea dan pendapat,pelajar memberi cadangan yang
berinfornmatif dan berilmu, pelajar bijak menggunakan unsur kecindan
pelbagai situasi dalam pelbagai keadaan, pelajar tegas dan berdisiplin, pelajar
menepati masa bila diadakan mesyuarat/perbincangan, pelajar selalu
merendah diri apabila mendapat kejayaan dan pelajar sentiasa mendahului
orang lain jika diberi peluang.

Manakala bagi tahap kerja berkumpulan pula skor lebih menfokuskan kepada
pelajar melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh, pelajar membuat tugasan
ala kadar, pelajar bersemangat menyiapkan tugasan, pelajar bekerjasama
dalam semua aspek yang diarahkan, pelajar memerlukan bimbingan dan tunjuk
ajar daripada pelajar yang lebih berilmu dan bijak, pelajar mempunyai sikap
empati/berada pada diri seseorang yang mengalami masalah, dan skor pelajar
lebih suka idea sendiri daripada idea kumpulan.

Tahap komunikasi dilihat pada aspek pelajar suka menyendiri atau pendiam,
banyak bersuara atau bercakap, pelajar cepat bertindak bila mendapat arahan,
pelajar selalu memberi peluang kepada orang lain, pelajar aktif bertanya ,
pelajar proaktif dan berfikiran positif, pelajar malu memberi idea, pelajar
kurang yakin dengan kemampuan diri, pelajar kurang meminta
pertolongan,pelajar suka menepati masa, pelajar sentiasa memerlukan
sokongan kawan untuk mara ke hadapan dan pelajar kurang motivasi diri.

2.0 METODOLOGI KAJIAN

Pendekatan Kuantitatif dilaksanakan dalam kajian ini, iaitu melalui soal selidik.
Kerangka kajian berasaskan kajian-kajian lepas yang melibatkan kepimpinan
/leadership. Rekabentuk ini digunakan kerana ia dapat membantu mendapatkan
pandangan penting individu mengenai sesuatu perkara, menurut kajian Creswell

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 342

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

(2005). Responden kajian terdiri daripada semua pelajar yang mengikuti bagi Sijil
Pastri Kolej Komuniti Selayang bermula kemasukan pelajar sesi November 2016-
Mac 2017 bagi semester 3 dan 4. Semua responden diberikan satu set soal selidik
untuk dilengkapkan dan 139 set yang dikembalikan. Pembahagian item mengikut
bahagian dalam set soal selidik adalah seperti jadual 1:

Jadual 1: Pembahagian item mengikut bahagian dalam set soal selidik

Bahagian Perkara Bilangan item

A Latar belakang demografi 3
B Tahap kepimpinan dan kerja 10

berpasukan

Jadual 2 pelajar diberi penilaian menggunakan skala likert seperti berikut:

Bahagian Perkara
1 Sangat Tidak Setuju
2 Tidak Setuju
3 Memuaskan
4 Setuju
5 Sangat Setuju

Dapatan hasil kajian bagi soal selidik yang diedarkan dianalisis bagi menentukan

peratusan dan tahap min. Tahap min ini digolongkan kepada 3 tahap iaitu

rendah, sederhana dan tinggi. Menurut Wierma (1995), tahap kecenderungan

keputusan responden bagi mentafsir nilai min berdasarkan skala likert adalah

merujuk kepada Jadual 2 di bawah.

Jadual 3: Tahap kecenderungan skor min

Julat Min Tahap Interpretasi

1.00-2.33 Rendah

2.34-3.67 Sederhana

3.68-5.00 Tinggi

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 343

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
3.0 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

Data demografi responden melibatkan jantina, umur, tempat tinggal.
Responden adalah terdiri daripada pelajar-pelajar Kolej Komuniti Selayang yang
mendaftar pada sesi Nove m b e r 2015 dan sesi Mac 2016 dalam bidang Sijil
Pastri. Seramai 80 orang responden telah menjawab soal selidik yang diedarkan.
Responden kajian terdiri daripada 12% lelaki atau 15 orang dan 88% ialah
perempuan seramai 65 orang.

Jadual 4: Demografi Responden

LATAR BELAKANG BILANGAN (ORG) PERATUS (%)
JANTINA
15 12
LELAKI 65 88
PEREMPUAN 80 100
JUMLAH

Persoalan Kajian 1: Apakah tahap kepimpinan pelajar pelajar Pastri Kolej

Komuniti Selayang?

Bil. Item Min Tahap

B Tahap kepimpinan 2.69 interpretasi
1. Boleh bertindak sebagai ketua 3.17
2. Boleh bertindak sebagai ahli biasa 3.54 sederhana
3. Boleh bertindak sebagai pendengar setia 3.68 sederhana
4. Aktif memberi idea dan pendapat 2.95 sederhana
5. Selalu memberi cadangan yang
tinggi
sederhana

berinformatif dan berilmu 3.61 sederhana
3.33 sederhana
6. Mempunyai unsur kecindan 3.11 sederhana
7. Tegas dan berdisiplin 3.65 sederhana
8. Menepati masa bila bermesyuarat dan
9. Sbeenrdtiiasispalimn erendah diri bila mendapat 3.28 sederhana

kejayaan

10. Sentiasa mendahului orang lain jika diberi

peluang 3.30 sederhana
Min Keseluruhan

Jadual 5: Analisis skor min terhadap tahap kepimpinan pelajar Sijil Pastri Kolej
Komuniti Selayang.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 344

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Merujuk kepada jadual, tahap kepimpinan pelajar dengan bacaan tinggi ialah

aktif memberi idea dan pendapat 3.68 manakala min rendah ialah boleh

bertindak sebagai ketua 2.69. Keputusan ini diperolehi setelah menganalisis min

data responden. Berdasarkan data insumen yang di kaji, data menunjukkan

pelajar dapat memberikan idea dan pendapat dalam persoalan yang di minta.

Menurut Abdul Aziz Yusof (2003), komunikasi melibatkan penyampaian idea dan

perasaan kepada pihak lain. Tanpa berkomunikasi, maklumat tidak dapat

disampaikan daripada satu pihak kepada pihak yang lain. Proses komunikasi ini

dapat berlaku pada bila-bila masa dan tidak dapat dielakkan oleh mana-mana

individu (Hashim, 2001). Ini memperlihatkan tahap kecenderungan dan

penglibatan pelajar semasa proses pembelajaran amat positif namun untuk

menjadi wakil dan bertindak sebagai ketua mereka masih lagi berada ditahap yang

minima. Ini mungkin disebabkan dari sikap pelajar yang tidak berani untuk

menyahut cabaran atau untuk mengelakkan diri dari dikritik oleh rakan sebaya.

Pembangunan modal insan para pelajar perlu diberi tumpuan yang lebih yang

sebelum ini tumpuan lebih menjurus kepada pencapaian akademik semata-mata.

Pembangunan diri dan professionalisme pelajar perlu diterapkan bukan hanya

pada modul Pembangunan Insaniah tetapi pada strategi untuk memperkukuhkan

lagi pencapaian pelajar secara amnya menurut Rosnah Ishak (2014).

Persoalan kajian 2; Apakah tahap kerja kumpulan pelajar Pastri Kolej Komuniti

Selayang?

Bil. Item Min Tahap
Interpretasi
C Tahap kerja berkumpulan
11. Melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh 2.52 Sederhana
12. Membuat tugasan ala kadar 3.57 Sederhana
13. Bersemangat membuat tugasan 1.29 rendah
14. Bekerjasama dalam semua aspek 2.98 Sederhana

15. Memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar 4.21 tinggi
daripada pelajar yang lebih berilmu dan bijak

16. Sentiasa mempunyai sikap empati/berada pada 3.33 sederhana
diri seseorang yang mengalami masalah

17. Idea sendiri lebih baik daripada idea seseorang 3.95 tinggi

Min Keseluruhan 3.12 sederhana

Jadual 6: Analisis skor min terhadap tahap kerja kumpulan pelajar Pastri Kolej

Komuniti Selayang

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 345

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Merujuk kepada jadual 6, min yang paling tinggi dalam tahap kerja berkumpulan
ialah min tertinggi 4.21 memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar daripada pelajar
yang lebih berilmu dan bijak, manakala min rendah ialah bersemangat membuat
tugasan 1.29. Dalam pembelajaran berkumpulan, para pelajar bertanggungjawab
ke atas pembelajaran sendiri dan kumpulan (Gokhale, 1995). Dengan itu, setiap
ahli kumpulan bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan dan komited
dalam pembahagian tugas bagi memastikan tercapainya objektif pembelajaran.
Elemen-elemen di dalam pembelajaran berkumpulan berupaya menjadikan
pelajar lebih bermotivasi untuk belajar. Merujuk kepada teori perkembangan
kognitif, Salvin (1996) berpendapat melalui perbincangan dan bertukar-tukar
pendapat di dalam kumpulan pelajar dapat membantu mereka untuk menguasai
konsep-konsep penting. Woolfolk (1995) mencadangkan situasi interaksi sesama
pelajar adalah perlu untuk membantu proses berfikir pelajar.

4.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

Kajian ini mendapati bahawa secara keseluruhan tahap kepimpinan pelajar Pastri
Kolej Komuniti Selayang masih pada tahap sederhana. Mereka kurang
menonjolkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum atau pertandingan. Kita tidak boleh
menafikan tentang kepentingan pelajar untuk menyertai persatuan. Melalui
penyertaan seperti ini kepentingan pelajar akan mendapat perhatian yang lebih
serius kerana mereka juga dapat berfungsi sebagai sebahagian daripada governan
institusi. Penyertaan pelajar dalam institusi boleh berlaku dalam berbagai bentuk
dan dapat memenuhi berbagai tujuan. Kuh, Schuh, Whitt, Andreas, Lyons, Strange,
Krehbil & Mc Kay (1991), mengatakan pelajar yang terlibat secara aktif dalam
akademik dan bukan akademik mendapat pengalaman kolej yang lebih bermanfaat
berbanding dengan mereka yang tidak terlibat”. Penyelidikan yang menunjukkan
kebaikan menyertai persatuan adalah konsisten sejak 20 tahun yang lepas (Astin
1977). Selain itu, Pascarella & Terenzini (1991), telah mengkatelogkan banyak
penyelidikan yang menunjukkan korelasi antara penglibatan dalam akademik dan
persatuan dengan kejayaan pelajar. Boleh dikatakan bahawa institusi pendidikan
tinggi merupakan tempat latihan untuk pelajar dalam menyediakan diri bagi
menghadapi masyarakat. Pelajar yang berpeluang menjawat jawatan dalam

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 346

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

persatuan sebenarnya menerima latihan praktikal untuk maju dalam kerjaya di
peringkat kepimpinan. Hal ini perlu diambil berat agar kepimpinan mereka
lebih terserlah dan tahap kepimpinan akan mencapai semua bacaan min tinggi
pada masa akan datang. Mereka sebenarnya aktif memberi idea dan pendapat.
Mereka kurang yakin untuk mara ke hadapan berbicara atau berkomunikasi
kerana kurang motivasi diri. Oleh yang demikian, persoalan ini boleh diatasi
dengan mengambil bahagian dalam semua aktiviti yang berunsurkan kepimpinan
dan kerja berpasukan. Ini kerana tahap semangat membuat tugasan berada
pada min rendah. Kajian lanjutan perlu diteruskan lagi untuk melihat
kepimpinan pelajar terserlah setelah kajian pertama dilakukan. Penanda aras ini
perlu diambil berat dan tindakan susulan untuk memperbaiki kelemahan pelbagai
sudut.

RUJUKAN

Abd. Razzaq, A.R., Md Yunos, J., Hashim, J. & Sawah, ( 2010). Penerapan
dan penguasaan Kemahiran Generik dalam Proses P&P bagi Program
Pengurusan Hotel dan Katering di Politeknik ke arah Keperluan Industri.
Kemahiran Insaniah: Kajian di Institusi –Institusi

Abdul Rahim Mohd Ghouse. Ke arah melahirkan budaya Ushawan. Seminar
Kebangsaan Usahawan Siswazah kali ke-4; m.s 2-6.1995.

Ahmad bin Esa, Kamrudin bin Khalid, Saredah binti Warman. Penerapan dan
Kesedaran Kemahiran Kepimpinan Menerusi Kokurikulum Silat dalam
Kalangan dalam Kalangan pelajar UTHM. Prosiding Persidangan
Kebangsaan pembangunan Holistik Pelajar (NAHSDEC) .2014.

Allais, Stephanie (2007). "Education service delivery: the disastrous case of
outcomes-based qualifications frameworks". Progress in Development
Studies 7 (1): 65–78.

Alwyn Lau.2009.” Learning Outcomes and Teaching Strategies”.KDU.
BahagianPerancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.Laporan Awal Pelan

Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 347

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Creswell, J.W. Educational Research: Planning, conducting and evaluating
quantitative and qualitative research. Upper Saddle River, New Jersey:
Pearson education, Inc. (2005).

Dhiya’ Z u l h i l m i D a u d . ‘Syoknya M e m i mp i n ’ b e n t u k s i f a t k e p i m p i n a n
p e l a j a r. U t u s a n M a l a y s i a . 1 6 J a n u a r i 2016.2016.

Hoy, Tarter & Wooks.Academic Optimism of Schools: An investigation of the
construct Validity of Academic Optimism.2005.

Ibrahim Ahmad, Baharuddin Aris dan Jamalludin Harun.Prosiding Seminar
Pendidikan JPPG Pembelajaran Matapelajaran ICT menggunakan ICT
menerusi pendekatan PBM.1 (1). 271-276. 2005. Dewan Bahasa Dan
Pustaka.1994.

Jamilah Man, Yahya Don & Siti Noor Ismail, (2016).Kepimpinan Transformasional
Dan Kualiti Guru Generasi ‘Y’.Pusat Pengajian Pendidikan & Bahasa Moden
Universiti Utara Malaysia. Januari 2016, Bil. 3, Isu 1.Dicapai
http://umijms.um.edu.my/filebank/published_article/9181/(page%2029-
32)%20KEPIMPINAN%20TRANSFORMASIONAL.pdf

Johari Hassan & Sutinah A. Safar.Pembinaan Kecemerlangan Diri Pimpinan
pelajar Menerusi Penglibatan Dalam Aktiviti KoKurikulum Di Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai.

Kamarul Afizi Kosman & Nik Lukman Nik Abdullah. Identiti Seni Bina Malaysia:
Masalah dan Penyelesainnya.Laporan .2007.

Kennedy, Kerry (2011). "Conceptualising quality improvement in higher education:
policy, theory and practice for outcomes based learning in Hong Kong".
Journal of Higher Education Policy & Management 33 (3): 205–218.
doi:10.1080/1360080X.2011.564995

Kod Amalan Akreditasi Program Code of Practice for Programme Accreditation.
Edisi Pertama, ISBN 978-983-44015-3-5 © 2010 Agensi Kelayakan Malaysia
(Malaysian Qualifications Agency, MQA) 2010.

Kurikulum Sijil Pastri .Kolej Komuniti Malaysia.2015.
Lewis and Smith. “Total Quality in Higher Education”,St. Lucie Press, Business

and Economics. 1994. Donnelly, Kevin "Australia’s adoption of outcomes
based education – a critique" (PDF). Issues in Educational Research. 2007.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 348

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Lukman Ismail (2005), Jumaat 27 Mei, Utusan Malaysia, ms 7.

Md. Zhahir Kechot. “Amalan pe n gu ru sa n dan budaya kualiti institusi pengajian

ti nggi di Malaysia”. Bangi: Pusat Pembangunan akademik UKM Bangi.

2006.

Mohayidin, Mohd Ghazali (2008). "Implementation of Outcome-Based Education

in Universiti Putra Malaysia: A Focus on Students’ Learning Outcomes".

International Education Studies 1 (4). Retrieved 23 October 2014

Muhammad Faizal A. Ghani* & Abd Khalil Adnan, (2015). Suriah Jemaat, Maszuria

A. Ghani & Amalina Ayub, Mohammad Seman, Shamsul Mohamed Yusak

Kepimpinan Moral Pengetua Sekolah Berasrama Penuh Dan Maktab Rendah

Sains Mara: Satu Perbandingan. | Julai 2015, Bil. 2, Isu 3 | eISSN 2289-

9669.

Noor Afziha binti Ngasrisan dan Yuzilawati binti Mohd Yunus.Kajian terhadap

tahap kualiti pendidikan di kolej Komuniti Hulu Langat dari perspektif

pelajar. Kolokium Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti

Wilayah Selangor. (2014) 67-72.

Pengajian Dlm Asa, A. & Mustafa, M. Z. Batu Pahat: Universiti Tun Hussien Onn.ms

153-182.

R.E. Gerber. OBE Philosphy.1996.

Rosnah Ishak, Muhammad Faizal A. Ghani, Saedah Siraj (2014). Amalan

Kepimpinan Organisasi Pembelajaran Di Sekolah Berprestasi Tinggi

Malaysia. Dicapai pada Julai 2014 daripada

https://umexpert.um.edu.my/file/publication/00007485_107490.pdf

Rubrik PNGK bersepadu iCGPA Panduan Pentaksiran Hasil Pembelajaran,

Kementerian Pendidikan Tinggi.2016.

S.Oldfield and J.D R obinson. Transition in southern Africa: Opportunities for

Engagement. South African Geographical Journal. Vol .82, No.1.2000.

Schiffman L.G & Kanuk.L.L. “Consumer Behavior 7th Edition”New Jersey

Prentice Hall. 2000.

Shahrin Mohamed.Different Levels of Learningf Outcomes. 2007.

Sharipah Md. Nor. “Keberkesanan Sekolah satu Perspektif Sosiologi”, Serdang :

UPM. 2000.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 349

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Spady, William (1994). Outcome-Based Education: Critical Isues and Answers

(PDF). Arlington Virginia: American Association of School Administrators.

ISBN 0876521839. Retrieved 31 October 2014.

Tang Keow Ngang* & Zainab Al (2014) Kepemimpinan Kemahiran Insaniah dan

Pengurusan Kurikulum Pengetua di Sekolah Berprestasi Tinggi (Leadership

Soft Skills and Curriculum Management of Principals in High Performing

School) Jurnal Pendidikan Malaysia 39(1) (2014): 77-82. Dicapai pada

http://www.ukm.my/jurfpend/JPM%2039(1)%202014/9%20Kepimpinan%2

0Kemahiran.pdf

Thete, A. R. Quality Insurance Mechanism. Dlm Sigh, R.K (pnyt). Quality

Education: Opportunities and Challenge in the 2 st Century.31-40.Delhi:

Abiject Publc. (2003).

Tuan Hj. Mohamed Nadzri Mohd Yusoff, Oriented Base Education MQA. UiTM. 2013

Ummu Hani binti Yusof. 2014. Taklimat Akademik Persediaan Untuk Akreditasi

MQA.KKSY.

Wiersma, W. Research Methods in Education: 6th Edition. New York: Allyn and

Bacon. 1995.

Zulkurnain bin Hassan, Khairul Aizal bin Osman, D r . N orishan B t. Abd. Ghani.

Hubungan Iklim Organisasi dan Ciri Personaliti dengan Prestasi kerja

dalam Kalangan staf Kolej Komuniti hulu Langat.Proceeding Natinal

Innovation and Invention competition through Exhibition

2016,Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Jitra Kedah.2016.

Zuraini binti Gani, Norafzan bt. Mohd Ranai, Saadilanuar bin Shah.Kajian Faktor

Persekitaran dan Produktiviti Pekerja. Proceeding Natinal Innovation and

Invention competition through Exhibition 2016, Politeknik Sultan Abdul

Halim Mu’adzam Shah, Jitra Kedah.2016.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 350

KOLEJ KOMUNITI SELANDAR
Jalan Batang Melaka

77500, Selandar Melaka
Tel : 06-5253122 Fax : 06-5253158

[email protected]
www.kkselandar.edu.my


Click to View FlipBook Version