The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Prosiding Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat 2017 (Jilid 1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search

ePSH 2017

Prosiding Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat 2017 (Jilid 1)

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Rajah 3: Pembelajaran Berasaskan Web

Seperti yang telah diterangkan, Edmodo merupakan salah satu LMS yang boleh
dilanggan secara percuma sahaja. LMS adalah satu penambahbaikan dan juga
inovasi yang dibina bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
Berdasarkan kepada Rajah 3, sebanyak 97.6% pelajar bersetuju bahawa mereka
lebih cenderung membuat penilaian secara ‘online’. Ia merupakan satu cara
dimana pensyarah boleh menarik perhatian pelajar semasa kelas berlangsung.
Manakala 92.7% pelajar pula bersetuju bahawa pembelajaran secara ‘online’
adalah lebih menarik berbanding cara pembelajaran secara tradisional.
Walaubagaimanapun 85.4% sahaja bersetuju bahawa penghantaran tugas secara
‘online’ adalah lebih mudah berbanding menghantar tugasan tersebut terus
kepada pensyarah. Ini disebabkan oleh, terdapat segelintir pelajar gemar untuk
berjumpa pensyarah bagi membincangkan hasil tugasan yang telah diberikan.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 239

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Rajah 4: Penggunaan EDMODO dalam sesi PdP

Edmodo merupakan satu medium yang boleh digunakan dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran. Banyak kelebihan yang boleh diperolehi dengan
menggunakan aplikasi ini. Secara tidak langsung, pelajar dapat menggunakan
dan mengintegrasikan teknologi ICT sepanjang pembelajaran. Sebanyak 97.6%
pelajar bersetuju bahawa pendaftaran ke dalam akaun Edmodo adalah sangat
mudah. Ini kerana mereka boleh ‘log in’ menggunakan akaun ‘facebook’, email
atau akaun ‘google’. Hampir keseluruhan pelajar bersetuju bahawa aplikasi
Edmodo amat mudah digunakan dimana ia mencatat sebanyak 92.7%. Ia
disokong dengan maklumbalas soal selidik bahawa Edmodo boleh digunakan di
mana-mana sahaja. Aplikasi Edmodo bukan sahaja boleh dilayari menggunakan
komputer tetapi pelajar boleh memasang aplikasi ini di telefon masing-masing.
Pelajar bersetuju bahawa penilaian menggunakan Edmodo adalah mudah
dimana ia mencatat sebanyak 95.1%. Selain itu, pelajar juga bersetuju bahawa
menggunakan Edmodo, mereka mudah untuk mengulangkaji pelajaran tanpa
perlu membawa bahan-bahan pengajaran bersama mereka. Mereka hanya
perlukan capaian internet dan juga telefon atau komputer untuk mendapatkan
maklumat tersebut. Ini disokong dengan peratusan yang di analisa dimana
sebanyak 95.1% pelajar bersetuju bahawa mudah untuk memuat turun nota
melalui Edmodo.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 240

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
4.0 CADANGAN KAJIAN

Aplikasi Edmodo ini merupakan salah satu platform LMS yang mudah difahami
dan boleh didapati secara percuma. Ia juga mempunyai antaramuka yang
hampir sama dengan ‘facebook’. Seterusnya, aplikasi ini boleh mendedahkan
kepada pelajar bahawa sesi pembelajaran juga boleh berlaku secara atas
talian. Oleh itu, saya mencadangkan supaya aplikasi ini boleh diperkembangkan
kepada semua pelajar dari setiap program yang terdapat di Kolej Komuniti
Selandar. Selain itu, kajian ini juga boleh ditambah baik dengan melihat
persepsi dan keberkesanan terhadap pensyarah pula. Ini kerana, ia mampu
membawa impak yang baik kepada penambahbaikan teknik pengajaran dan
pembelajaran di mana pelajar boleh belajar sambil menggunakan teknologi
tersebut tanpa tempat dan waktu.

5.0 KESIMPULAN

Secara ringkasnya, aplikasi Edmodo ini adalah sangat relevan digunakan di
dalam sesi pembelajaran dan pengajaran. Selain dari menarik, secara tidak
langsung kita telah menerapkan di jiwa pelajar supaya menggunakan teknologi
secara bijak dan bukan sekadar membazir waktu. Pelajar juga boleh
mendapatkan semua nota dan penilaian dengan memuat turun daripada aplikasi
ini. Pelajar juga boleh berkomunikasi dengan menggunakan status nota di
paparan utama. Edmodo telah memberi kemudahan kepada penggunanya untuk
berkomunikasi dan bertukar pendapat bersama rakan sekelas ataupun rakan-
rakan yang kita belum kenali. Selain itu, ia mampu menarik perhatian pelajar
semasa mereka membuat penilaian dimana ia dilakukan secara ‘online’.
Seterusnya, melalui Edmodo, pelajar tidak perlu membuat salinan kepada
semua nota yang diberikan tetapi mereka boleh memut turun sahaja dari
aplikasi ini. Edmodo bukan sahaja boleh memut naik nota dan melakukan
penilaian, ia juga boleh merekodkan semua markah yang telah dilaksanakan
penilaiannya secara ‘online’. Ini sejajar dengan kehendak Negara untuk
mengamalkan konsep ‘Go Green’ walau dimana kita berada terutamanya di
kawasan kerja. Elemen tambahan pada Edmodo yang menarik adalah capaian

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 241

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

oleh keluarga. Edmodo menyediakan satu capaian kepada ibu bapa dimana
mereka boleh memantau pembelajaran anak-anak mereka semasa di dalam
kelas. Oleh itu, aplikasi ini amat wajar diteruskan kerana memberikan reaksi
positif kepada pelajar

Rujukan

Balasubramaniam, K. (2014). A Study on Student Preference Towards The Use
of Edmodo as a Learning Platform to Create Responsible Learning
Environment. 5th Asia Euro Conference 2014 (hlm. 416-422). Procedia
Social and Behavioral Science.

Bicen, H. (2015). The Role of Social Learning Networks in Mobile Assisted
Language Learning: Edmodo as a Case Study. Journal of Universal
Computer Science, 1297-1306.

Holland, C. (2012). Supporting Student Collaboration : Edmodo in teh
Classroom.

Kongchan, C. (2013). How a Non Digital Native Teacher Makes Uses of Edmodo.
International Conference 'ICT for Languange Learning". PIXEL.

Peter. (2013). Choosing a Learning Management System. Advanced Distributed
Learning (ADL).

Thien, P. C. (2013). Applying Edmodo to Serve an Online Distance Learning
System for Undergraduate Students in Nong Lam University, Vietnam.
IETEC Conference. Ho Chin Minh.

Thongmak, M. (2013). Social Network in Classroom: Antecedents of Edmodo
@Adoption.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 242

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

HUBUNGAN PENCAPAIAN KURSUS SAINS KEJURUTERAAN
(DBS1012) DAN MATEMATIK PERINGKAT SPM DI KALANGAN
PELAJAR JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL DI POLITEKNIK

MELAKA

Linawati Binti Razak @ Ali1, Azlan Bin Ramli2
Politeknik Melaka

[email protected]

ABSTRAK

Kursus Sains Kejuruteraan merupakan kursus wajib bagi pelajar semester 1 daripada Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam dan Kejuruteraan Elektrik di Politeknik Melaka.
Kursus ini mengandungi asas fizik yang akan digunakan dalam bidang kejuruteraan yang berkaitan
untuk semester seterusnya. Walau bagaimanpun, setakat ini kajian mengenai pencapaian
pembelajaran dalam Sains Kejuruteraan adalah sangat terhad. Oleh sebab itu, kajian ini
dijalankan bertujuan untuk menilai prestasi pencapaian pelajar dalam kursus Sains Kejuruteraan,
menentukan soalan peperiksaan akhir yang menjadi pilihan pelajar untuk kursus Sains
Kejuruteraan dan menilai hubungan antara pencapaian Kursus Sains Kejuruteraan (DBS1012) dan
pencapaian Matematik peringkat SPM. Sampel kajian ini melibatkan 35 orang pelajar dari Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal sesi Disember 2016. Data kajian ini adalah berdasarkan keputusan
peperiksaan pelajar yang diperolehi daripada Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP),
Politeknik Melaka. Perisian SPSS (Statistical Package for Social Science) digunakan untuk
menganalisa data dalam bentuk statistik deskriptif iaitu min, kekerapan dan peratusan, manakala
analisis korelasi menggunakan korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan min untuk prestasi
kursus Sains Kejuruteraan ialah 6.8, yang menunjukkan keputusan purata gred pelajar ialah B.
Soalan yang menjadi pilihan pelajar semasa peperiksaan akhir kursus Sains Kejuruteraan ialah
soalan 3 (Daya), manakala korelasi pencapaian antara kursus Sains Kejuruteraan dan keputusan
matematik di peringkat SPM adalah 0.517. Prestasi pencapaian pelajar untuk kursus Sains
Kejuruteraan adalah baik dan wujudnya hubungan yang signifikan antara pencapaian kursus Sains
Kejuruteraan dan Matematik peringkat SPM.
Kata kunci: Pencapaian, Sains Kejuruteraan, Matematik

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 243

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

1.0 PENGENALAN

Kursus Sains Kejuruteraan (DBS1012) merupakan kursus wajib bagi pelajar
semester satu yang diterima masuk ke Politeknik Malaysia dalam bidang
kejuruteraan. Di Politeknik Melaka ia melibatkan pelajar daripada Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan
Kejuruteraan Awam. Kursus ini perlu untuk pelajar kejuruteraan kerana konsep
yang dipelajari dalam kursus ini akan digunakan dalam bidang kejuruteraan yang
berkaitan. Pembelajaran dan pengetahuan dalam Sains Kejuruteraan adalah
elemen penting dalam pembangunan kecekapan dan kepakaran dalam bidang
kejuruteraan (Streveler et al. 2008).

Topik yang dipelajari dalam kursus ini adalah kuantiti fizik dan pengukuran
(Bab 1), pergerakan linear (Bab 2), daya (Bab 3), kerja, tenaga dan kuasa (Bab
4), pepejal dan bendalir (Bab 5) dan suhu dan haba (Bab 6).Kandungan silibus
dalam kursus ini sebahagiannya adalah sama dengan subjek fizik semasa di
tingkatan 4. Kursus Sains Kejuruteraan ini melibatkan dua penilaian iaitu
penilaian berterusan (CA) dan juga penilaian akhir (FE). Gred markah pelajar
ditentukan dengan menambahkan markah penilaian berterusan (60%) dan juga
markah penilaian akhir (40%). Dalam penilaian berterusan terdapat kuiz, ujian,
amali dan tugasan (theoretical exercise). Untuk peperiksaan akhir terdapat enam
(6) soalan yang mewakili setiap bab. Pelajar dikehendaki memilih empat (4)
soalan daripada enam soalan dan tiada soalan wajib.

Kursus Sains Kejuruteraan bukan hanya melibatkan teori semata-mata,
tetapi juga melibatkan pengiraan (aplikasi). Oleh itu pengetahuan dan kemahiran
konsep asas Matematik adalah penting. Kajian yang dijalankan oleh (Wenno 2015)
menunjukkan bahawa pengetahuan konsep asas matematik memberikan kesan
positif kepada keupayaan untuk menyelesaikan masalah-masalah asas-asas fizik
dan dapat meransang pelajar untuk menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan
fizik secara sistematik.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 244

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Kursus Sains Kejuruteraan merupakan kursus yang wajib diambil dan wajib lulus
untuk pelajar yang mengikuti kursus Kejuruteraan Mekanikal, Awam dan Elektrik
di politeknik Melaka. Kursus Sains Kejuruteraan ini bukan hanya melibatkan teori
semata-mata, tetapi juga melibatkan pengiraaan yang mana memerlukan
pengetahuan dan kemahiran dalam matematik. Kebiasaannya, pelajar yang
mempunyai keputusan yang rendah dalam subjek matematik di peringkat SPM
(Sijil Pelajaran Malaysia) akan mendapat keputusan yang rendah dalam kursus
Sains Kejuruteraan. Oleh itu, kemahiran atau penguasaan dalam matematik
amatlah penting dalam pencapaian kursus Sains Kejuruteraan di peringkat
program diploma kejuruteraan di Politeknik Melaka. Konsep asas matematik juga
digunakan dalam aplikasi fizik (Sains Kejuruteraan) dan matematik adalah
“bahasa” fizik yang berfungsi sebagai alat untuk menyatakan, pengendalian serta
membangunkan konsep fizikal dan teori secara logik (Tzanakis 2002). Oleh sebab
itu, keputusan peperiksaan untuk Kursus Sains Kejuruteraan yang mengandungi
asas-asas fizik yang diambil oleh seseorang pelajar di politeknik adalah
bergantung kepada pengetahuan konsep asas matematik semasa di peringkat SPM
(Sijil Pelajaran Malaysia).

2.1 Sorotan Kajian
Konsep asas matematik juga digunakan dalam aplikasi fizik dan matematik adalah
“bahasa” fizik yang berfungsi sebagai alat untuk menyatakan, pengendalian serta
membangunkan konsep fizikal dan teori secara logik (Tzanakis 2002). Oleh sebab
itu, keputusan peperiksaan untuk Kursus Sains Kejuruteraan yang mengandungi
asas-asas fizik yang diambil oleh seseorang pelajar di politeknik adalah
bergantung kepada pengetahuan konsep asas matematik semasa di peringkat SPM
(Sijil Pelajaran Malaysia).

Berdasarkan kajian pendidikan yang telah dijalankan, menunjukkan bahawa latar
belakang pendidikan merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi
pencapaian akademik pelajar dan di dapati bahawa pelajar yang memperolehi
keputusan yang lemah di dalam keputusan matematik di peringkat sekolah

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 245

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

menengah telah menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan di dalam
keputusan asas matematik dan kalkulus di awal tahun peperiksaan di peringkat
universiti (Asyikin et al. 2015).

Di samping itu juga, kursus Sains Kejuruteraan yang diajar di politeknik
berkait rapat dan mempunyai hubungan dengan sains dan juga fizik. Teori dan
aplikasi sains dan fizik dimasukkan ke dalam silibus Sains Kejuruteraan untuk
melengkapkan asas yang kukuh sebelum seseorang pelajar melangkah ke bidang
kejuruteraan.

Sains adalah merupakan kemampuan seseorang pelajar untuk melihat dan
mengkaji sesuatu secara saintifik dan juga melihat sesuatu fenomena berasaskan
bukti (Kamisah, zanaton 2007). Di dapati bahawa minat pelajar terhadap sains
berkurangan. Sains dan matematik mempunyai hubungan yang rapat kerana
konsep asas dalam matematik digunakan untuk menyelesaikan masalah-masalah
dalam sains. Pelajar mestilah mempunyai pengetahuan konsep asas matematik
yang kukuh semasa di peringkat SPM untuk membolehkan menyelesaikan soalan-
soalan untuk kursus Sains Kejuruteraan.

Menurut (Ukoh 2013), pemahaman dalam fizik dapat membantu untuk
memahami kandungan alam semesta dan untuk pelajar ia membantu untuk
membangunkan kemahiran pemerhatian, ketepatan, keupayaan analisis,
pemikiran kreatif dan sains fizik sangat diperlukan sekarang dan tidak dapat
dielakkan oleh pelajar. Manakala, kajian yang dijalankan oleh (de Ataíde and
Greca 2013) menunjukkan bahawa pelajar-pelajar yang gagal dalam
matapelajaran fizik adalah disebabkan lemah dalam asas matematik.

2.2 Penyataan Masalah
Kursus Sains Kejuruteraan adalah merupakan kursus yang mengandungi asas fizik
yang perlu diambil oleh pelajar semester 1 daripada jabatan kejuruteraan
sebagai persediaan kepada pelajar sebelum memasuki semester 2 yang lebih
menjurus kepada bidang masing-masing. Walaupun kursus ini merupakan kursus
yang asas sahaja tetapi ia penting kepada pelajar kejuruteraan. Menurut

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 246

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

(Mekonnen 2014), sains adalah aktiviti manusia yang dinamik berkenaan dengan
memahami cara kerja dan sains juga terdiri daripada disiplin asas seperti Fizik,
Kimia, Matematik dan Biologi yang banyak membantu manusia untuk mengetahui
lebih lanjut mengenai alam semesta. Walau bagaimanpun, setakat ini kajian
mengenai pencapaian pembelajaran dalam sains kejuruteraan juga adalah sangat
terhad. Oleh sebab itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai prestasi
pencapaian pelajar dalam kursus Sains Kejuruteraan, menentukan soalan
peperiksaan akhir yang menjadi pilihan pelajar untuk kursus Sains Kejuruteraan
dan menilai hubungan antara pencapaian Kursus Sains Kejuruteraan (DBS1012)
dan pencapaian Matematik peringkat SPM.

2.3 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah:
1. Membuat analisa keputusan peperiksaan (CA & FE) untuk kursus Sains

Kejuruteraan bagi pelajar daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal sesi
Jun 2016.
2. Menentukan soalan yang menjadi pilihan pelajar semasa peperiksaan akhir
untuk kursus Sains Kejuruteraan.
3. Menentukan sama ada wujud hubungan antara pencapaian Kursus Sains
Kejuruteraan dan pencapaian matematik di peringkat SPM

2.4 Persoalan Kajian
1. Apakah pencapaian pelajar semester satu dari jabatan Kejuruteraan

Mekanikal untuk kursus Sains Kejuruteraan sesi Disember 2016?
2. Apakah soalan yang menjadi pilihan pelajar semasa peperiksaan akhir

kursus Sains Kejuruteraan?
3. Apakah wujud hubungan antara pencapaian kursus Sains Kejuruteraan

dengan pencapaian Matematik di peringkat SPM?

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 247

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

3.0 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Instrumen Kajian
Kajian yang dijalankan menggunakan data kuantitatif yang diperolehi daripada
Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP), Politeknik Melaka bagi pelajar
semester 1 dari Jabatan Mekanikal sesi Disember 2016. Data yang diperolehi
adalah data sekunder yang merangkumi gred kursus Sains Kejuruteraan, markah
soalan peperiksaan akhir kursus Sains Kejuruteraan yang menjadi pilihan pelajar
semasa peperiksaan akhir dan pencapaian Matematik SPM.

3.2 Persampelan
Untuk kajian ini, responden adalah terdiri daripada pelajar semester 1 (DKM1A &
DKM1B) dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Melaka sesi Disember
2016 yang telah menduduki peperiksaan akhir. Responden terdiri daripada 35
pelajar yang terdiri daripada 27 pelajar lelaki dan 8 pelajar perempuan.

3.3 Teknik Pengumpulan Data
Teknik pengumpulan data adalah dengan menggunakan data kuantitatif yang
diperolehi daripada Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP). Data ini
dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi
22 untuk mendapatkan statistik deskriptif dalam bentuk min, kekerapan,
peratusan dan graf, manakala kolerasi menggunakan Ikorelasi Pearson.Untuk
kajian ini, sistem markah yang standard digunakan diperingkat politeknik dan
peringkat SPM, seperti dipaparkan pada Jadual 1 dan Jadual 2. Berdasarkan
Jadual 1, sistem penilaian di politeknik mengandungi 14 pecahan markah
berserta gred dan nilai mata yang diperolehi oleh pelajar bagi kursus yang
diambil. Pecahan markah di peringkat SPM pula adalah 10 pecahan. Setiap gred
diberikan nilai untuk mendapatkan purata gred pencapaian untuk Kursus Sains
Kejuruteraan dan pencapaian Matematik SPM.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 248

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Jadual 1: Sistem Penilaian di Politeknik

0 20 30 40 44 47 50 55 60 65 70 75 80 90

-- ---- - - - - - -- -
Markah 79 89 10

19 29 39 43 46 49 54 59 64 69 74

0

Nilai 0. 0.3 0. 1. 1. 1.6 2.0 2.3 2.6 3.0 3.33 3.6 4.00 4.
Mata
00 3 67 00 33 7 0 3 7 0 7 00

Gred F E- E D D+ C- C C+ B- B B+ A- A A+

Nilai 0 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11

Gred

Sumber: Bahagian Penilaian dan Penaksiran Politeknik, 2014(Markah, Nilai Mata

& Gred)

Jadual 2: Sistem Penilaian di Peringkat SPM

0 40 45 50 55 60 65 70 80 90
-
Markah - ----- -- - 100
A+
39 44 49 54 59 64 69 79 89 Cemerl
ang
Gred G E D C C+ B B+ A- A 9

Keputusan gag Lul Lul Bai Bai Kepuj Kepuj Cemerl Cemerl

al us us k k ian ian ang ang

Nilai Gred 0 1 2 3 4 5 67 8

Sumber: Lembaga Peperiksaan, 2009 (Markah, Gred dan Keputusan)

Jadual 3 pula menunjukkan soalan peperiksaan akhir untuk kursus Sains
Kejuruteraan. Terdapat enam soalan, di mana pelajar dikehendaki memilih
empat soalan sahaja. Setiap soalan mewakili satu bab iaitu soalan 1 mewakili bab
1, soalan 2 bab 2 sehinggalah soalan 6 mewakili bab 6 iaitu suhu dan haba. Markah
maksimum bagi setiap soalan ialah 25 markah, jadi jumlah markah keseluruhan
ialah 100 markah.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 249

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Jadual 3: Soalan Peperiksaan Akhir Kursus Sains Kejuruteraan
Soalan Kandungan
Soalan 1 Bab 1: Kuantiti Fizik dan Pengukuran
Soalan 2 Bab 2: Pergerakan Linear
Soalan 3 Bab 3: Daya
Soalan 4 Bab 4: Tenaga, Kerja dan Kuasa
Soalan 5 Bab 5: Pepejal dan Bendalir
Soalan 6 Bab 6: Suhu dan Haba

4.0 DAPATAN KAJIAN

4.1 Pencapaian Kursus Sains Kejuruteraan dan Matematik peringkat SPM
Rajah 1 menunjukkan peratus pencapaian kursus Sains Kejuruteraan Sesi
Disember 2016 bagi pelajar daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal di
Politeknik Melaka. Gred B+ mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 22.9% mewakili
8 orang pelajar, diikuti dengan gred A, B- dan C, 17.1% mewakili 6 orang pelajar.
Pencapaian untuk Gred A- ialah 8.6% mewakili 3 orang pelajar.Untuk Gred B, C+
dan C-pula mencatatkan 5.7% iaitu 2 orang pelajar. Rajah 2 di bawah
menunjukkan bahawa soalan 3 (daya) mencapai peratusan pencapaian tertinggi
iaitu 74%, diikuti dengan soalan 5 iaitu 56% (pepejal dan bendalir).Soalan 4
(Kerja, tenaga dan kuasa) mencatatkan peratusan terendah iaitu 41% sahaja.

Jadual 4 di bawah menunjukkan bahawa skor min untuk Kursus Sains
Kejuruteraan iaitu 6.89 [SP=2.259], ini bermakna purata gred pelajar ialah gred
B. Gred A adalah Gred tertinggi dan gred C- adalah gred terendah. Untuk
pencapaian Matematik SPM pula purata gred ialah 4.51 [SP=2.293], iaitu di antara
C+ dan B. Gred tertinggi matematik peringkat SPM adalah A+, manakala gred
terendah adalah E. (Rujuk jadual 1 dan jadual 2).

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 250

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

22.9%

17.1% 17.1% 17.1%

8.6%

5.7% 5.7% 5.7%

Rajah 1: Pencapaian Kursus Sains Kejuruteraan Sesi Disember 2016

Peratus Pmeraa7rt4ku%sa,hS3m, engikut soalan
Peratus, S5,
Peratus, S1, S1
56% 45% S2
54% Peratus, S2,
Peratus markah Peratus, S4, S3
44% 41% S4
S5
S6

Soalan peperiksaan akhir
Rajah 2: Peratus pencapaian peperiksaan akhir kursus Sains Kejuruteraan

Jadual 4: Statistik Deskriptif Pencapaian Kursus Sains Kejuruteraan dan

Matematik SPM

Bilangan Minimum Maksimum Min Sisihan

Pelajar Piawai

Kursus Sains 35 3 10 6.89 2.259

Kejuruteraan

Matematik SPM 35 1 9 4.51 2.293

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 251

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

4.2 Soalan peperiksaan akhir kursus Sains Kejuruteraan yang menjadi
pilihan pelajar
Dapatan daripada jadual 5 dan rajah 3 menunjukkan bahawa soalan yang menjadi
pilihan pelajar adalah soalan 3, di mana terdapat 97% iaitu 34 orang pelajar yang
memilih soalan ini semasa peperiksaan akhir. Soalan yang menjadi pilihan kedua
semasa peperiksaan akhir adalah soalan 1 dan soalan 4, melibatkan 31 orang
pelajar iaitu 89%. Soalan yang paling kurang bilangan pelajar yang menjawab
ialah Soalan 5. Hanya 20% pelajar memilih soalan ini dan melibatkan 7orang
pelajar sahaja.

Jadual 5: Statistik Deskriptif Soalan Peperiksaan akhir Kursus Sains Kejuruteraan

Soalan Bilangan Peratus Minima Maksimum Min Sisihan

pelajar Piawai

Soalan 1 31 89% 2 23 13.54 6.054

Soalan 2 15 43% 1 21 11.04 6.344

Soalan 3 34 97% 8.5 25 18.46 4.504

Soalan 4 31 89% 2 20 10.19 5.167

Soalan 5 7 20% 4 25 14 8.367

Soalan 6 18 51% 3 19 11.75 5.358

peratus, Soalan peratus, Soalapneratus, Soalan
1, 89%
3, 97% 4 , 89%

peratus, Soalan
6, 51%

43%

peratus, Soalan
5, 20%

Soalan peperiksaan akhir

Peratus pelajar menjawab mengikut soalan
Rajah 3: Peratus Soalan peperiksaan akhir yang dipilih oleh pelajar

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 252

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

4.3 Korelasi pencapaian kursus Sains Kejuruteraan dan Matematik SPM
Berdasarkan Jadual 6, menunjukkan bahawa nilai pekali korelasi antara
pencapaian kursus Sains Kejuruteraan dan pencapaian Matematik peringkat SPM
r(35) =.517; > 0.01. Daripada nilai pekali korelasi tersebut, r2 yang diperolehi
ialah 0.27. Ini bermakna bahawa 27% pelajar berupaya mengekalkan pencapaian
Sains Kejuruteraan berdasarkan pencapaian Matematik di peringkat SPM,
manakala 73% pelajar mengalami perubahan pencapaian sama ada meningkat
atau menurun prestasi pencapaian Sains Kejuruteraan di peringkat diploma.
Analisis ini juga menunjukkan bahawa wujud hubungan yang signifikan tetapi
agak lemah antara dua pembolehubah iaitu Sig. =.001<0.05. Dapatan
menunjukkan pencapaian Matematik di Peringkat SPM dapat membantu pelajar
untuk meningkatkan pencapaian mereka dalam Sains Kejuruteraan, namun
begitu ia adalah agak lemah. Kajian ini disokong dengan kajian oleh (Wenno
2015), iaitu terdapat hubungan yang positif dan signifikan antara pengetahuan
konsep asas Matematik dan keupayaan pelajar untuk menyelesaikan masalah
Fizik (Sains Kejuruteraan). Jelas sekali bahawa pengetahuan konsep asas
Matematik adalah perlu dimiliki oleh pelajar dalam mempelajari Fizik (Sains
Kejuruteraan), atau dalam erti kata lain, belajar Fizik tanpa memahami
Matematik adalah satu perkara yang mustahil.Kajian oleh (Rozi 2011)juga
menunjukkan bahawa pencapaian pelajar dalam subjek yang melibatkan
pengiraan adalah didorong oleh pencapaian dalam subjek matematik.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 253

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Jadual 6: Korelasi Pearson antara pencapaian Kursus Sains Kejuruteraan dan

Matematik SPM

KURSUS SAINS MATEMATIK SPM

KEJURUTERAAN

KURSUS SAINS Pearson 1 .517**
Correlation

KEJURUTERAAN Sig. (2-tailed) .001

N 35 35

Pearson .517** 1
Correlation .001
MATEMATIK SPM Sig. (2-tailed)

N 35 35

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

5.0 PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Hubungan yang lemah antara pencapaian Sains Kejuruteraan dan pencapaian
Matematik di peringkat SPM adalah disebabkan kursus Sains Kejuruteraan bukan
semata-mata melibatkan pengiraan sahaja tetapi juga melibatkan teori
terutamanya untuk peperiksaan akhir di mana teori mewakili 40% daripada
keseluruhan markah. Namun begitu asas matematik perlu untuk bahagian yang
melibatkan pengiraan dalam kursus Sains Kejuruteraan. Dapatan kajian oleh
(Redish 2006) menyatakan bahawa penggunaan matematik dalam bidang Sains
(dan khususnya dalam bidang fizik) tidak hanya melibatkan matematik sahaja
tetapi melibatkan pembelajaran, penerangan (teori) dan kefahaman berkaitan
sistem fizikal.Kajian yang telah dijalankan oleh (M.Rozi 2011), menunjukkan
bahawa pencapaian akademik pelajar dalam subjek yang mempunyai konsep
pengiraan adalah di dorong oleh faktor pencapaian dalam subjek matematik dan
seterusnya ini akan mempengaruhi keputusan CGPA mereka.

Selain daripada itu terdapat juga faktor lain yang mempengaruhi prestasi
pencapaian pelajar untuk kursus Sains Kejuruteraan antaranya gaya
pembelajaran pelajar, teknik pengajaran dan pembelajaran, sumber rujukan dan

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 254

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

faktor persekitaran yang dapat mempengaruhi sikap pelajar. Pensyarah juga
perlu memainkan peranan untuk menarik minat pelajar dalam kursus Sains
Kejuruteraan. Ini adalah kerana ada di antara pelajar tidak minat dengan
matapelajaran sains. Minat pelajar terhadap sesuatu matapelajaran juga
mempengaruhi pencapaian pelajar. Menurut (Wenno 2015), minat dalam fizik
(Sains Kejuruteraan) dan juga pengetahuan konsep asas Matematik dapat
meningkatkan keupayaan pelajar dalam penyelesaian masalah Fizik. Jika pelajar
minat dengan fizik, mereka akan memberikan perhatian, sokongan dan sedia
mempelajari fizik, seterusnya merangsang pelajar untuk menyelesaikan pelbagai
masalah fizik secara sistematik.

10. KESIMPULAN

Daripada kajian yang dijalankan terhadap 35 pelajar daripada Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal sesi Disember 2016 menunjukkan purata pencapaian
kursus Sains Kejuruteraan adalah B. Manakala soalan Sains Kejuruteraan yang
menjadi pilihan pelajar adalah soalan 3 (Daya). Dari segi hubungan antara
pencapaian Sains Kejuruteraan dan pencapaian Matematik peringkat SPM
menunjukkan ada hubungan yang signifikan tetapi agak lemah.

RUJUKAN
Asyikin, Siti Noor, Mohd Razali, Suliadi Firdaus Sufahani, and Norazman Arbin.

2015. “Pencapaian Kursus Matematik Dan Statistik Di Kalangan Pelajar
Uthm : Faktor Mempengaruhi Dan Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran
Yang Lebih.” Journal of techno social issue on society, technology &
Governance 7(2): 39–50.
de Ataíde, Ana Raquel Pereira, and Ileana Maria Greca. 2013. “Epistemic Views
of the Relationship Between Physics and Mathematics: Its Influence on the
Approach of Undergraduate Students to Problem Solving.” Science and
Education 22(6): 1405–21.
Kamisah, zanaton, lilia. 2007. “Sikap Terhadap Sains Dan Sikap Saintifik Di
Kalangan Pelajar Sains.” Jurnal Pendidikan 32: 39–60.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 255

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Mekonnen, Sintayehu. 2014. “Problems Challenging the Academic Performance
of Physics Students in Higher Governmental Institutions in the Case of
Arbaminch, Wolayita Sodo , Hawassa and Dilla Universities.” Natural
Science 6(March): 362–75.

Redish, Edward F. 2006. “Problem Solving and the Use of Math in Physics
Courses.” : 1–10.

Rozi, Nurfadzlina Binti Mohd. 2011. “Pencapaian Akademik Pelajar Dalam Subjek
Yang Mempunyai Konsep Pengiraan Adalah Di Dorong Oleh Faktor
Pencapaian Dalam Subjek Matematik Bagi Pelajaar DKA3-S2.” Penyelidikan
JKA: 1–7.'

Streveler, R. A., Litzinger, T. A., Miller, R. L., & Steif, P. S. (2008). In the
engineering sciences: Overview and future research directions. Journal of
Engineering Education, (July), 279–294.

Tzanakis, C. 2002. “On the Relation between Mathematics and Physics in
Undergraduate Teaching.” \ldots Learn. Math. (at Undergrad. \ldots.

Ukoh, E E. 2013. “Determining the Effect of Interactive Invention Instructional
Strategy and Gender on NCE Pre-Service Teachers’ Acquisition of Science
Process Skills.” African Research Review 7(3): 143–55.

Wenno, Izaak. 2015. “The Correlation Study of Interest at Physics and Knowledge
of Mathematics Basic Concepts towards the Ability to Solve Physics
Problems of 7th Grade Students at Junior High School in Ambon Maluku
Province, Indonesia.” Education Research International 2015: 1–6.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 256

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

KAJIAN SUSULAN PRESTASI KURSUS MATEMATIK KEJURUTERAAN
ELEKTRIK DIKALANGAN PELAJAR DIPLOMA KEJURUTERAAN
ELEKTRONIK KAWALAN DI POLITEKNIK MELAKA

Suhaizila Binti Sari1, Hawa Binti Bentong2 , Amran Bin Ahmed3
Politeknik Melaka1,2 , Universiti Malaysia Perlis3
[email protected]

ABSTRAK

Matematik Kejuruteraan Elektrik adalah kursus matematik tahap 3 yang perlu diambil oleh pelajar
Diploma Kejuruteraan Elektronik Kawalan. Pencapaian prestasi kursus ini mempunyai kaitan
dengan pencapaian kursus Matematik Kejuruteraan 1 dan 2 sebelum ini. Ini adalah kerana
terdapat beberapa topik didalam kursus Matematik Kejuruteran 1 dan 2 yang digunakan dalam
Matematik Kejuruteraan Elektrik. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji prestasi
pelajar dalam Matematik Kejuruteraan Elektrik dengan keputusan Matematik Kejuruteraan 1 dan
2. Data diambil daripada keputusan penilaian akhir yang melibatkan 65 orang pelajar ambilan
sesi Jun 2014. Kaedah statistik yang digunakan adalah analisis diskriftif, analisis korelasi dan ujian
min. Keputusan awal menunjukkan bahawa pretasi pelajar perempuan adalah lebih cemerlang
daripada lelaki untuk ketiga-tiga kursus matematik tersebut. Kedua terdapat hubungan yang
tinggi sebanyak 62.6% diantara kursus DBM2013 dengan kursus DBM3023. Walaubagaimanapun
terdapat hubungan korelasi yang lemah diantara kursus DBM1013 dengan kursus DBM2013 dengan
nilai 31.2%. Ketiga terdapat perbezaan pencapaian mengikut keputusan Matematik SPM bagi
ketiga-tiga Matematik Kejuruteraan tersebut. Kesimpulannya didapati bahawa prestasi
Matematik Kejuruteraan 1, 2 dan Elektrik berkadaran terus dengan pencapaian Matematik SPM.
Akhirnya keputusan menunjukkan kursus yang mempunyai pra syarat dapat meningkatkan prestasi
yang lebih baik.

Katakunci: Prestasi, Matematik Kejuruteraan, Keputusan penilaian akhir

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 257

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

1.0 PENGENALAN

Matematik kejuruteraan adalah satu cabang matematik gunaan mengenai kaedah
dan teknik yang biasanya digunakan dalam bidang matematik kejuruteraan dan
industri. Contoh penggunaan matematik dalam kejuruteraan ialah penggunaan
sudut dan trigonometri untuk mencipta suatu alatan, penggunaan pembezaan
dan pengamiran dalam mengukur kelajuan cahaya dan elektrik. (Saiful Azrul C.L,
2012).

Matematik Kejuruteraan adalah kursus asas bagi semua kursus
kejuruteraan di peringkat pengajian tinggi amnya dan politeknik khususnya.
Matematik Kejuruteraan biasanya terdiri daripada Kalkulus, Algebra, Persamaan
Pembezaan dan Pengamiran. Pelajar di Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE)
Politeknik Melaka dikehendaki mengambil Matematik Kejuruteraan 1 di semester
pertama, Matematik Kejuruteraan 2 di semester kedua dan Matematik
Kejuruteraan Elektrik di semester kelima. Untuk mengambil Matematik
Kejuruteraan Elektrik perlu lulus Matematik Kejuruteraan 2. Dalam kejuruteraan,
kursus Matematik Kejuruteraan adalah kursus yang penting dan perlu dikuasai
oleh seorang pelajar untuk memudahkan mereka memahami konsep dan aplikasi
dalam kursus-kursus teras bidang kejuruteraan.

Kajian yang dibuat oleh Hamzah (2015) terhadap pencapaian peperiksaan
akhir dalam dua kursus Matematik Kejuruteraan terdapat hubungan positif yang
linear antara Vector Calculus (VC) dengan Differential Equation (DE). Selain itu,
Zahidi (2011) mendapati pengetahuan dan kemahiran matematik di peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mempengaruhi keputusan kursus Matematik
Kejuruteraan 1. Menurut Norazlin (2015) terdapat hubungan yang positif yang
agak lemah diantara keputusan Matematik diperingkat SPM dengan pencapaian
kursus Matematik Kejuruteraan 1.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 258

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

1.1 Sorotan Kajian
Pencapaian akademik didefinasikan sebagai suatu ujian yang berasaskan
penilaian guru atau pendidik dalam sesuatu ujian yang dilakukan bagi mengukur
tahap pencapaian seseorang pelajar. Menurut Nurfadzlina (2008), pencapaian
akademik pelajar dalam subjek yang mempunyai konsep pengiraan adalah
didorong oleh faktor prestasi dalam subjek matematik. Oleh yang demikian,
kelemahan di dalam subjek matematik akan menjejaskan pembelajaran pelajar
di institusi pengajian tinggi. Norlia (2006) menyatakan kelemahan dalam subjek
matematik boleh mengakibatkan kurangnya peluang untuk melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dan mengikuti kursus tertentu yang
memerlukan pengetahuan dan kemahiran matematik.

Pembelajaran matematik seringkali dianggap sebagai sesuatu yang sukar
dan membosankan kerana proses pembelajaran berlangsung dalam struktur bilik
kuliah, menekankan penghafalan formula dan latih tubi, kemahiran menjawap
soalan peperiksaan dan pengajaran yang berpusatkan guru (Koh Lee Ling et al,
2008). Oleh itu, adalah penting mempelbagaikan cara pengajaran untuk
meningkatkan prestasi keputusan matematik sehingga ketahap yang cemerlang.

Kursus matematik kejuruteraan merupakan kursus yang memerlukan
pelajar berfikir secara kreatif dan berimaginasi tinggi serta minat. Menurut
Sulaiman Masri (1998), masalah memahami sesuatu konsep adalah berkait rapat
dengan istilah tidak faham, tidak hafal dan tidak ingat kerana apabila konsep ini
dapat dikuasai maka ia boleh menghafal dan menyimpannya dalam minda sebagai
ingatan. Hal ini disebabkan sesetengah istilah matematik sukar disebut
menyebabkan pelajar sukar untuk meningat dan menghafal.

Prestasi kursus matematik kejuruteraan adalah penguasaan pengetahuan
yang dikembangkan oleh kursus tersebut, lazimnya ditunjukkan dengan nilai
ujian atau angka nilai yang diberikan oleh pensyarah. Oleh itu, prestasi pelajar
dalam kursus matematik kejuruteraan adalah hasil pembelajaran yang dicapai
dalam proses meningkatkan penguasaan pelajar bagi kursus tersebut. Keputusan
penilaian ditunjukkan dalam bentuk angka dan gred keputusan peperiksaan akhir.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 259

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

1.2 Penyataan Masalah
Kursus Matematik Kejuruteraan 2 merupakan pra syarat untuk kursus Matematik
Kejuruteraan Elektrik. Ini menunjukkan bahawa kursus Matematik Kejuruteraan
2 mempengaruhi kursus Matematik Kejuruteraan Elektrik kerana terdapat
kesinambungan topik dalam kedua-dua kursus tersebut. Adakah benar pelajar
yang mendapat keputusan cemerlang bagi kursus Matematik Kejuruteraan 2 akan
mendapat keputusan yang cemerlang bagi kursus Matematik Kejuruteraan
Elektrik. Walaubagaimanapun, Matematik Kejuruteraan 1 bukan pra syarat untuk
mengambil kursus Matematik Kejuruteraan 2, tetapi kandungan Matematik
Kejuruteraan 2 adalah kesinambungan dari Matematik Kejuruteraan 1. Tujuan
kajian ini adalah untuk mengkaji adakah Matematik Kejuruteraan 1
mempengaruhi Matematik Kejuruteraan 2, Matematik Kejuruteraan 2
mempengaruhi Matematik Kejuruteraan Elektrik dan Matematik Kejuruteraan 1
mempengaruhi Matematik Kejuruteraan Elektrik.

1.3 Skop Kajian
Kajian ini melibatkan seramai 65 orang pelajar bagi Diploma Kejuteraan
Elektronik Kawalan di Politeknik Melaka yang mengambil kursus Matematik
Kejuruteraan 1 (DBM1013), Matematik Kejuruteraan 2 (DBM2013) dan Matematik
Kejuruteraan Elektrik (DBM3023) bagi ambilan pelajar sesi Jun 2014.

1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk:
a) Menilai prestasi kursus Matematik kejuruteraan 1, Matematik Kejuruteraan

2 dan Matematik Kejuruteraan Elektrik terhadap jantina pelajar.
b) Menentukan hubungan prestasi antara kursus Matematik kejuruteraan 1,

Matematik Kejuruteraan 2 dan Matematik Kejuruteraan Elektrik.
c) Menentukan sama ada terdapat perbezaan keputusan kursus Matematik

kejuruteraan 1, Matematik Kejuruteraan 2 dan Matematik Kejuruteraan
Elektrik terhadap jantina dan keputusan Matematik SPM.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 260

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
2.0 METODOLOGI

Dalam kajian ini, data yang diambil adalah data kuantitatif daripada keputusan
peperiksaan akhir pelajar dari sistem pengurusan maklumat politeknik (SPMP).
Keputusan peperiksaan akhir pelajar bagi sesi Jun 2014, sesi Dis 2014 dan sesi
Jun 2016. Pembolehubah yang diambil adalah jantina, keputusan Matematik
SPM, keputusan kursus Matematik kejuruteraan 1, Matematik Kejuruteraan 2 dan
Matematik Kejuruteraan Elektrik yang mana setiap satu keputusan kursus
mempunyai penilaian berterusan, peperiksaan akhir dan jumlah markah
keseluruhan. Kaedah statistik yang digunakan adalah analisis diskritif, analisis
korelasi Pearson dan ujian min.

3.0 KEPUTUSAN KAJIAN

Penilaian markah kursus Matematik kejuruteraan 1, Matematik Kejuruteraan 2

dan Matematik Kejuruteraan Elektrik adalah berdasarkan kepada sistem gred

penilaian Politeknik Malaysia. Daripada paparan jadual 1, terdapat 14 pecahan

markah didalam sistem gred penilaian Politeknik Malaysia yang boleh diperolehi

pelajar bagi setiap kursus.

Jadual 1: Sistem Gred Penilaian Politeknik Malaysia

Markah Nilai Mata Gred Status

90-100 4.00 A+ Sangat Cemerlang

80-89 4.00 A Cemerlang

75-79 3.67 A- Kepujian

70-74 3.33 B+ Kepujian

65-69 3.00 B Lulus

60-64 2.67 B- Lulus

55-59 2.33 C+ Lulus

50-54 2.00 C Lulus

47-49 1.67 C- Lulus

44-46 1.33 D+ Lulus

40-43 1.00 D Lulus

30-39 0.67 E Gagal

20-29 0.33 E- Gagal

0-19 0.00 F Gagal

Sumber : Bahagian Penilaian dan Pentaksiran Politeknik 2014

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 261

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

3.1 Pencapaian prestasi kursus Matematik kejuruteraan 1, Matematik

Kejuruteraan 2 dan Matematik Kejuruteraan Elektrik terhadap jantina.

Ringkasan keputusan prestasi kursus Matematik Kejuruteraan 1, matematik

Kejuruteraan 2 dan Matematik Kejuruteraan Elektrik adalah seperti didalam

jadual 2.

Jadual 2: Prestasi keputusan kursus mengikut jantina

DBM1013 DBM2013 DBM3023

Lelaki Min 54.9 46.45 62.71

Sisihan 12.009 6.034 7.708

Piawai

Perempuan Min 54.43 55.57 70.50

Sisihan 12.049 14.569 12.214

Piawai

Keputusan menunjukkan terdapat peningkatan min keputusan yang baik bagi
pelajar perempuan untuk ketiga-tiga kursus yang diambil berbanding pelajar
lelaki dimana terdapat penurunan min keputusan bagi kursus DBM2013. Rajah 1
menunjukkan purata yang sama diantara pelajar lelaki iaitu 54.9 dan pelajar
perempuan iaitu 54.43. Walaubagaimanapun terdapat seorang pelajar lelaki yang
mendapat keputusan yang cemerlang kerana pelajar tersebut mempunyai gred
A+ bagi subjek Matematik di peringkat SPM.

Rajah 1: Box plot min keputusan DBM1013

Rajah 2 menunjukkan terdapat jurang purata antara pelajar lelaki iaitu 46.45
dan pelajar perempuan 55.57. Terdapat seorang pelajar perempuan yang

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 262

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
mendapat keputusan yang cemerlang namun purata min keputusan masih berada
pada purata yang rendah.

Rajah 2: Box plot min keputusan DBM2013
Rajah 3 menunjukkan berlakunya pelebaran jurang purata antara pelajar lelaki
iaitu 62.71 dan pelajar perempuan 70.50. Terdapat seorang pelajar lelaki yang
mendapat keputusan yang minimum namun terdapat peningkatan purata min.

Rajah 3: Box plot min keputusan DBM3023

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 263

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

3.2 Hubungan prestasi antara kursus Matematik kejuruteraan 1, Matematik
Kejuruteraan 2 dan Matematik Kejuruteraan Elektrik.

Hubungan prestasi diantara kursus ditunjukkan pada Jadual 3 dibawah. Jadual ini
menunjukkan tiada hubungan yang korelasi diantara kursus DBM1013 dengan
kursus DBM3023. Manakala terdapat hubungan yang tinggi sebanyak 62.6%
diantara kursus DBM2013 dengan kursus DBM3023 disamping itu terdapat
hubungan korelasi yang lemah sebanyak 31.2% diantara kursus DBM1013 dengan
kursus DBM2013.

Jadual 3: Hubungan korelasi antara kursus DBM1013, DBM2013 dan DBM3023

DBM3023 DBM2013 DBM1013

DBM3023 1 .626** .234

DBM2013 .626** 1 .312*

DBM1013 .234 .312* 1

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

*. Correlation is significant at the 0.05 level (2-tailed).

Analisis juga dilakukan terhadap penilaian berterusan dan penilaian akhir untuk
kursus DBM3023 dan didapati terdapat hubungan korelasi yang tinggi iaitu
sebanyak 56.2%. Ini menunjukkan topik yang diuji dalam penilaian berterusan
(PB) adalah sama dengan topik yang diuji pada penilaian akhir (PA).

3.3 Perbezaan keputusan kursus Matematik kejuruteraan 1, Matematik
Kejuruteraan 2 dan Matematik Kejuruteraan Elektrik terhadap
keputusan Matematik SPM.

Keputusan kursus DBM1013, DBM2013 dan DBM3023 dengan keputusan Matematik
SPM mempunyai perbezaan dengan nilai-p 0.001, 0.002 dan 0.009. Perbezaan ini
ditunjukkan dalam jadual 4 ujian min berganda Duncan seperti dibawah.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 264

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Jadual 4: Ujian Min Berganda Duncan

DBM1013 DBM2013 DBM3023
SPM N
Subset for alpha = SPM N Subset for SPM N Subset for
C 18 0.05 alpha = alpha = 0.05
C+ 14 0.05
B 10 123 12 12
B+ 4 60.
A7 48. 1 45. 00
A+ 4 C+ C+ 14 61.
A- 8 94
39 4 07 64.
Sig. 60
50. 50. 1 45. C 18 64.
21 21 C 75
66.
8 50 57
67.
52. 52. 47. B 10 75
70 70 B+ 4
79.
00 25

59. 59. 59. 1 47. B+ 4 .14 1.0
B 0 20 1 00

75 75 75

61. 61. 51. A7
A 7

86 86 29

65. 52. A- 8
A- 8

00 25

66. 4 65 4
A+ .0 A+
0
13

.06 .05 .29 1.
Sig. .15

267 00 Sig.
6

0

Ujian min berganda Duncan menunjukkan bagi kursus DBM1013 terdapat
perbezaan pelajar yang mendapat gred A pada kumpulan 3 dengan gred C pada
kumpulan 1 dalam matematik SPM tetapi tiada perbezaan dengan pelajar yang
mendapat gred A pada kumpulan 2. Manakala bagi kursus DBM2013 dan DBM3023
terdapat perbezaan pelajar yang mendapat gred A+ dengan kumpulan pelajar
yang mendapat gred selain dari itu dalam matematik SPM.

3.4 Perbezaan keputusan kursus Matematik kejuruteraan 1, Matematik
Kejuruteraan 2 dan Matematik Kejuruteraan Elektrik terhadap jantina

Ujian –t didapati bahawa tiada perbezaan pencapaian kursus DBM1013 diantara
pelajar lelaki (54.9) dengan pelajar perempuan (54.43) pada nilai p 0.897.
Manakala untuk kursus DBM2013 terdapat perbezaan pencapaian antara pelajar

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 265

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

lelaki (46.45) dengan pelajar perempuan (55.57) pada nilai p 0.001. Bagi kursus
DBM3023 pula, terdapat perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki (62.71)
dengan pelajar perempuan (70.50) pada nilai p 0.005.

4.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Secara keseluruhan daripada analisis yang dijalankan terhadap keputusan
peperiksaan 65 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik Kawalan kohort
kemasukan sesi Jun 2014 Politeknik Melaka menunjukkan min keputusan bagi
kursus DBM2013 dan DBM3023 pelajar perempuan lebih baik berbanding daripada
pelajar lelaki. Selain dari itu, tiada terdapat perbezaan min keputusan kursus
DBM1013 antara pelajar lelaki dan perempuan kerana topik-topik yang terdapat
dalam kursus tersebut mempunyai kesinambungan daripada subjek Matematik
peringkat SPM iaitu topik algebra. Peningkatan min keputusan DBM3023 adalah
rentetan daripada pra syarat yang telah ditetapkan dimana wajib lulus kursus
DBM2013 sebelum mengambil kursus DBM3023. Ini terbukti bahawa pra syarat
membantu meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dengan lebih baik.
Hubungan korelasi yang tinggi antara kursus DBM2013 dengan kursus DBM3023
adalah disebabkan topik-topik yang terdapat didalam kursus DBM3023 adalah
kesinambungan daripada kursus DBM2013.Keputusan ini juga menunjukkan
bahawa pra syarat untuk mengambil kursus DBM3023 perlu lulus kursus DBM2013
adalah tepat kerana dapat meningkatkan pencapaian pelajar. Manakala
keputusan kursus DBM2013 boleh ditingkatkan sekiranya kursus DBM1013
dijadikan pra syarat kerana ia mempunyai hubungan yang signifikan walaupun
lemah kerana terdapat juga kesinambungan topik-topik pada kedua-dua kursus
tersebut. Selain daripada itu, analisis yang dijalankan menunjukkan pelajar yang
mempunyai gred A+ dalam matematik SPM akan mendapat keputusan yang
cemerlang bagi ketiga-tiga kursus tersebut kerana mereka mempunyai asas
matematik yang kukuh.
Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan pra syarat yang ditetapkan adalah
bagus kerana dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam kursus
DBM3023. Oleh itu untuk meningkatkan prestasi keputusan bagi kursus DBM2013
perlu menetapkan pra syarat lulus untuk kursus DBM1013. Selain itu pihak

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 266

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

pengambilan politeknik haruslah lebih peka terhadap kelayakan pelajar dengan
menekankan pencapaian keputusan matematik diperingkat SPM bagi pelajar yang
akan mengikuti program kejuruteraan. Ini kerana pelajar akan menghadapi
kesulitan sepanjang pengajian sekiranya tidak mempunyai asas matematik yang
kukuh.

RUJUKAN
Bahagian Peperiksaan dan Penilaian Jabatan Pengajian Politeknik (2014). Arahan-

Arahan Peperiksaan Dan Kaedah Penilaian. Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Hamzah, F. K. (2015). Student's Performance in Engineering Mathematics
Courses: Vector Calculus Versus Differential Equations. Journal of
Engineering Science and Technology Special Issue on UKM Teaching and
Learning Congress, 91-97.
Koh Lee Ling, Choy Sau Kam, Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong & Seah Ai Kuan (2008).
Cooperative Learning Effects On Attitude And Achievement Mathematics
For Primary School Pupils In The Vicinity Of Bandar Kuching, IPBL Research
Journal Volume 8.
Norazlina, A. d. (2015). Hubungan Pencapaian Matematik SPM terhadap
Keputusan Matematik Kejuruteraan - DBM1013 dan Pencapaian HPNM
Pelajar DET Politeknik Kota Kinabalu. National Innovation and Invention
Competition Through Exhibition (iCompEx'15).
Norlia et. Al (2006). Hubungan Antara Motivasi, Gaya Pembelajaran Dengan
Pencapaian Matematik Tambahan Pelajar Tingkatan 4. Journal pendidikan
31.
Nurfadzlina (2008). Pencapaian Akademik Pelajar Dalam Subjek Yang mempunyai
Konsep Pengiraan Adalah Didorong Oleh Faktor Pencapaian Dalam Subjek
Matematik Bagi Pelajar DKA3-S2.Retrieved from
http://dspace.poliku.edu.my
Saiful Azrul C.L (2012). Cara Pembentukan Minat Kepada Pelajaran Matematik.
http//www.angelfire.com/on2/Saifulazrulchelah.
Sulaiman Masri (1998). Pelajar Cemerlang. Kuala Lumpur : Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 267

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Zahidi, Z. M. (2011). Hubungkait Prestasi Kursus Matematik Kejuruteraan Satu
(BA101) Pelajar Politeknik Melaka dengan Keputusan Matematik dan
Matematik Tambahan Sijil Pelajaran Malaysia. Koleksi Penulisan Ilmiah Bil
1/2011, 110-115.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 268

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Hubungan Keputusan Matematik Peringkat SPM Dengan Matematik
Kejuruteraan 1(DBM1013) dan Matematik Kejuruteraan
2(DBM2013)

di Kalangan Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik Kawalan,
Politeknik Melaka

Hawa Bentong1, Suhaizila Sari2, Leanna Mohd Yunos3
Politeknik Melaka, Melaka
[email protected]

ABSTRAK

Mata pelajaran Matematik adalah sangat berkait rapat dengan bidang kejuruteraan. Pelajar-
pelajar yang mengambil bidang kejuruteraan dimana-mana institusi pengajian tinggi seperti
politeknik tidak terlepas dari subjek ini. Keputusan matematik peringkat SPM amat
mempengaruhi keputusan peperiksaan bagi kursus kejuruteraan yang diambil di peringkat
Diploma di politeknik. Sepatutnya , pelajar-pelajar kejuruteraan perlu menguasai subjek
matematik ini dengan baik. Walaubagaimanapun, sebahagian pelajar yang mengambil bidang
Kejuruteraan Elektronik Kawalan di Politeknik Melaka tidak dapat menguasai subjek matematik
ini dengan baik.Terdapat juga pelajar-pelajar yang terpaksa menamatkan pengajian disebabkan
gagal mencapai tahap lulus minimum bagi subjek ini. Ada segelintir pelajar yang terpaksa
mengulang subjek ini untuk kali kedua dan ketiga. Kajian ini adalah bertujuan untuk
mengenalpasti hubungan dan perbezaan antara prestasi kursus Matematik Kejuruteraan 1
(DBM1013) dengan kursus Matematik Kejuruteraan 2 (DBM2013). Kajian ini juga mengambil kira
latar belakang keputusan Matematik dalam Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Data diambil
daripada keputusan penilaian akhir yang melibatkan seramai 84 orang pelajar Diploma
Kejuruteraan Elektronik Kawalan Politeknik Melaka kohort kemasukan Jun 2016. Kaedah yang
digunakan dalam kajian ini adalah analisis diskriftif, analisis kolerasi dan ujian min. Keputusan
awal menunjukkan bahawa prestasi pelajar perempuan lebih cemerlang berbanding pelajar lelaki
untuk kedua-dua kursus matematik tersebut. Terdapat hubungan kolerasi yang kuat iaitu
sebanyak 81.7% diantara kursus DBM1013 dengan kursus DBM2013. Selain dari itu, terdapat
perbezaan pencapaian mengikut keputusan Matematik SPM bagi kedua-dua Matematik
Kejuruteraan tersebut. Secara keseluruhannya terdapat hubungan diantara prestasi Matematik
Kejuruteraan 1 (DBM1013), Matematik Kejuruteraan 2 (DBM2013) dan keputusan Matematik SPM.
Kata Kunci : Prestasi, Matematik Kejuruteraan, Keputusan Penilaian Akhir

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 269

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
1.0 PENDAHULUAN

Bidang kejuruteraan merupakan satu profesion yang banyak menggunakan
aplikasi matematik. Ia merupakan latarbelakang bagi setiap bidang kejuruteraan.
Bersama-sama dengan ilmu fizik, matematik banyak menyumbang dalam
pembangunan kejuruteraan. Menurut Sazhin (1998), pelajar kejuruteraan
seharusnya diterangkan tentang kepentingan matematik dalam aplikasi
kejuruteraan dan kerjaya mereka pada masa akan datang. Manakala bagi
Zakariya dan Bamidele (2015) dalam kajian beliau mendapati asas infrastruktur
pembelajaran yang lemah adalah penyebab utama kepada penguasaan yang
sederhana dalam Matematik, diikuti dengan faktor emosi dan latar belakang
Matematik yang lemah. Penguasaan Matematik yang lemah akan mempengaruhi
tahap kebolehcapaian pelajar dalam mata pelajaran Fizik.

Matematik seharusnya menjadi bahasa untuk menyatakan hukum fizik,
kimia dan kejuruteraan. Bidang Kejuruteraan Elektronik Kawalan juga tidak
ketinggalan dalam penggunaan matematik asas dalam kerja-kerja praktikal
seperti pertukaran unit dan pengukuran arus dan voltan. Kursus matematik
adalah antara kursus yang wajib diambil oleh setiap pelajar Kejuruteraan
Elektronik Kawalan. Di peringkat politeknik, pelajar Kejuruteraan Elektronik
Kawalan wajib mengambil kursus Matematik Kejuruteraan 1 (DBM1013) pada
semester satu dan kursus Matematik Kejuruteraan 2 (DBM2013) pada semester
dua.

Bagi kursus Matematik Kejuruteraan 1 (DBM1013), pelajar didedahkan
dengan ilmu berkaitan Asas Algebra, Trigonometri, Nombor Kompleks, Matriks
dan Vector dan Skalar. Manakala bagi kursus Matematik Kejuruteraan 2
(DBM2013), pelajar perlu mengusai ilmu berkaitan Eksponen dan Logarithma,
Pembezaan serta Kamiran. Kedua-dua kursus ini merupakan kursus 3 jam kredit.
Asas bagi topik-topik ini telah diajar dalam subjek Matematik dan Matematik
Tambahan di peringkat sekolah. Dengan itu, salah satu syarat kemasukan pelajar
bagi Diploma Elektronik Kawalan adalah kredit subjek Matematik bagi lulusan
Sijil Peperiksaan Malaysia atau sijil berkaitan dari institusi kemahiran yang
diiktiraf oleh Politeknik Malaysia.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 270

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Pengajaran matematik sangat penting dalam aplikasi bidang kejuruteraan.
Justeru itu, banyak kajian telah dijalankan untuk mengenalpasti masalah pelajar
berkaitan dengan matematik. Kajian yang dilakukan oleh Zahidi (2011)
mendapati pengetahuan dan kemahiran matematik semasa Sijil Pengajian
Malaysia (SPM) mempengaruhi keputusan kursus Matematik Kejuruteraan I
(BA101). Kajian ini dilakukan ke atas 101 pelajar Politeknik Melaka di mana rekod
peratus kelulusannya adalah rendah berbanding kursus lain bagi sesi Disember
2010. Hamzah (2015) melaksanakan kajian yang ke atas 205 pelajar kejuruteraan
bagi menganalisis pencapaian peperiksaan akhir dalam dua kursus Matematik
Kejuruteraan. Kajian ini mendapati terdapat hubungan positif secara linear
antara topik Vector Calculus (VC) dan Differential Equations (DE).

Selain itu, Dupuis (2012) dalam kajiannya mendapati wujudnya hubungan
yang kuat antara pencapaian matematik diperingkat sekolah tinggi dan
pencapaian statistik di peringkat kolej. Manakala kajian yang dilakukan oleh
Norazlina (2015) dalam kajian terhadap 82 orang pelajar Diploma Elektronik
Telekomunikasi di Politeknik Kota Kinabalu mendapati terdapat hubungan positif
yang agak lemah (r = 0.325) antara pencapaian Matematik di peringkat SPM
dengan keputusan peperiksaan akhir Matematik Kejuruteraan I (DBM1013).
Daripada kajian-kajian ini, didapati terdapatnya hubungan antara topik-topik
matematik dan terdapat juga hubungan antara pencapaian Matematik semester
1 dan Matematik SPM.

1.1 Penyataan Masalah
Dalam sistem penilaian dan pentaksiran Politeknik Malaysia, penilaian bagi kursus
DBM1013 dan DBM2013 dibahagikan kepada kerja kursus (60%) dan peperiksaan
akhir (40%). Markah lulus adalah 40 markah. Walaubagaimanapun, keputusan
akhir pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik Kawalan sesi Jun 2016 bagi kursus
DBM1013 yang lulus adalah 97% . Manakala peratusan lulus bagi kursus DBM2013
bagi sesi Dis 2016 adalah 94%. Peratus kegagalan bagi DBM1013 dan DBM2013
adalah 3.4% dan 6% masing-masing. Ini menunjukkan masih terdapat pelajar
Kejuruteraan Elektronik Kawalan yang tidak dapat menguasai ilmu matematik.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 271

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Terdapat juga pelajar yang terpaksa ditamatkan pengajian mereka setelah gagal
kursus tersebut sebanyak tiga kali.

1.2 Skop Kajian
Kajian ini hanya melibatkan keputusan kursus Matematik Kejuruteraan 1
(DBM1013), Matematik Kejuruteraan 2 (DBM2013) bagi kohort kemasukan pelajar
sesi Jun 2016. Jumlah keseluruhan pelajar yang terlibat dalam kajian ini adalah
seramai 82 orang pelajar bagi Diploma Kejuteraan Elektronik Kawalan di
Politeknik Melaka.

1.3 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk:
 Menentukan hubungan prestasi antara kursus Matematik kejuruteraan 1,

Matematik Kejuruteraan 2 dengan keputusan Matematik SPM.

2.0 METODOLOGI

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kuantitatif iaitu melibatkan
pengumpulan data yang diperoleh daripada Unit Peperiksaan dan Jabatan Hal
Ehwal Pelajar, Politeknik Melaka bagi pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik
Kawalan kohort Jun 2016. Kajian ini menggunakan sampel pelajar yang sama bagi
kedua-dua kursus Matematik kejuruteraan 1 (DBM1013) dan Matematik
Kejuruteraan 2 (DBM2013). Instrumen data ini merangkumi jantina, jumlah
markah keseluruhan bagi kursus Matematik kejuruteraan 1 (DBM1013) sesi Jun
2016 dan Matematik Kejuruteraan 2 (DBM2013) sesi Dis 2016, serta keputusan
peperiksaan Matematik Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Kajian ini melibatkan 82
orang pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik Kawalan, Politeknik Melaka.
Kaedah statistik yang digunakan adalah analisis diskritif, analisis korelasi Pearson
dan ujian min Duncan. Keputusan pelajar adalah berdasarkan Sistem Gred
Penilaian Politeknik Malaysia. Daripada paparan jadual 1, terdapat 14 pecahan
markah didalam sistem gred penilaian Politeknik Malaysia yang boleh diperolehi
pelajar bagi setiap kursus.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 272

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Jadual 1: Sistem Gred Penilaian Politeknik Malaysia

Markah Nilai Gred Status

Mata

90-100 4.00 A+ Sangat

Cemerlang

80-89 4.00 A Cemerlang

75-79 3.67 A- Kepujian

70-74 3.33 B+ Kepujian

65-69 3.00 B Lulus

60-64 2.67 B- Lulus

55-59 2.33 C+ Lulus

50-54 2.00 C Lulus

47-49 1.67 C- Lulus

44-46 1.33 D+ Lulus

40-43 1.00 D Lulus

30-39 0.67 E Gagal

20-29 0.33 E- Gagal

0-19 0.00 F Gagal

Sumber: Bahagian Penilaian dan Pentaksiran Politeknik 2014

Data ini dianalisis melalui kaedah statistik berperihalan, analisis korelasi dan

ujian perbandingan min. Bagi analisis korelasi, korelasi Pearson digunakan untuk

menilai hubungan antara pencapaian Matematik kejuruteraan 1 (DBM1013) dan

Matematik Kejuruteraan 2 (DBM2013). Selain itu, kaedah min berganda Duncan

sehala digunakan dalam kajian ini untuk membezakan min antara kumpulan

pelajar berdasarkan keputusan peperiksaan Matematik SPM dengan Matematik

kejuruteraan 1 (DBM1013) dan Matematik Kejuruteraan 2 (DBM2013).

Jadual 2. Kategori pelajar mengikut gred Matematik SPM

Kategori Gred Matematik SPM

Cemerlang A+, A dan A-

Kepujian B+ dan B

Baik C+ dan C

Lulus D

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 273

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
3.0 KEPUTUSAN KAJIAN

3.1 Pencapaian prestasi kursus Matematik kejuruteraan 1(DBM1013) Dan
Matematik Kejuruteraan 2 (DBM2013) terhadap Jantina dan keputusan
Matematik SPM.

Ringkasan keputusan prestasi kursus Matematik kejuruteraan 1 (DBM1013) dan
Matematik Kejuruteraan 2 (DBM2013) adalah seperti didalam jadual 3.

Jadual 3: Prestasi keputusan kursus mengikut jantina

DBM1013 DBM2013

Lelaki Min 58.047 52.844

64 orang Sisihan 11.447 12.096

Piawai

Perempuan Min 63.389 56.389

18 orang Sisihan 11.057 12.687

Piawai

Keputusan menunjukkan terdapat penurunan min keputusan bagi pelajar lelaki
dan pelajar perempuan untuk kedua-dua kursus yang diambil.
Walaubagaimanapun, terdapat penurunan yang ketara bagi pelajar perempuan
berbanding pelajar lelaki dimana terdapat penurunan min sebanyak 7 bagi kursus
DBM2013.

Rajah 1 menunjukkan terdapat sedikit jurang perbezaan purata antara
pelajar perempuan iaitu 63.389 dan pelajar lelaki 58.047 bagi kursus Matematik
kejuruteraan 1 (DBM1013).

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 274

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Rajah 1: Box plot min keputusan DBM1013 terhadap Jantina

Rajah 2 menunjukkan purata yang hampir sama antara pelajar lelaki iaitu 52.844
manakala pelajar perempuan pula sebanyak 56.389 bagi kursus Matematik
Kejuruteraan 2 (DBM2013). Walaubagaimanapun, terdapat dua orang pelajar
lelaki yang mendapat keputusan yang cemerlang kerana kedua-dua pelajar
tersebut mempunyai gred A bagi subjek Matematik di peringkat SPM.

Rajah 2: Box plot min keputusan DBM2013 terhadap Jantina

Bagi kajian ini, pelajar dibahagikan kepada 3 kategori pelajar berdasarkan
keputusan Matematik dalam SPM iaitu cemerlang, kepujian dan baik. Rajah 3
menunjukkan prestasi pelajar bagi kursus DBM1013 mengikut kategori keputusan
matematik SPM. Prestasi DBM1013 bagi kumpulan pelajar kategori Cemerlang
adalah tertinggi berbanding kategori yang lain. Ini menunjukkan terdapatnya

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 275

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

perbezaan yang ketara antara kumpulan pelajar ini. Terdapat dua orang pelajar
yang mempunyai keputusan cemerlang untuk Matematik SPM tetapi mendapat
keputusan C- dan D+ (Lulus) sahaja pada peringkat Politeknik.

Rajah 3. Boxplot kategori SPM terhadap DBM1013

Bagi DBM2013 pula, didapati terdapat perbezaan yang ketara bagi median setiap
kategori pelajar berdasarkan keputusan matematik SPM. Rajah 4 menggambarkan
agihan bagi setiap kategori kumpulan pelajar adalah berbeza. Kategori
cemerlang mencatatkan median tertinggi dan kategori baik mencatatkan median
terendah. Walaubagaimanapun, terdapat seorang pelajar yang mempunyai
keputusan matematik SPM dalam kategori baik tetapi pencapaian prestasinya
untuk Matematik Kejuruteraan 2 mendapat pencapaian A- (kepujian). Manakala
median bagi kumpulan kategori pelajar kepujian adalah sebanyak 55.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 276

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Rajah 4. Boxplot kategori SPM terhadap DBM2013

3.5 Hubungan prestasi antara kursus Matematik kejuruteraan 1, Matematik
Kejuruteraan 2 dan Keputusan Matematik SPM.

Jadual 5 : Hubungan korelasi antara kursus DBM1013,DBM2013 dan Matematik

SPM

DBM1013 DBM2013 Matematik SPM

DBM1013 1 .817** .520**

DBM2013 .817** 1

Matematik SPM .520** .438** 1

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Jadual 4 di atas menunjukkan hasil analisis Koefisien Korelasi Pearson ( r ) antara
keputusan matematik peringkat SPM terhadap kursus matematik yang ditawarkan
dalam bidang Kejuruteraan. Berdasarkan Jadual 4, hubungan yang menunjukkan
nilai kolerasi yang tertinggi adalah antara keputusan kursus Matematik
kejuruteraan 1 (DBM1013) dan kursus Matematik kejuruteraan 2 (DBM2013)
dengan nilai korelasi 0.817. Diikuti dengan hubungan keputusan SPM dan kursus
Matematik Kejuruteraan 1 (DBM1013) dengan nilai korelasi 0.520. Manakala
terdapat hubungan kolerasi yang sederhana antara kursus Matematik
kejuruteraan 2 (DBM2013) dengan Matematik SPM dengan nilai korelasi sebanyak

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 277

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

0.438. Hasil analisis tersebut membuktikan bahawa kemahiran asas matematik
SPM merupakan aspek yang penting untuk mencapai keputusan yang baik dalam
kursus Matematik Kejuruteraan 1 dan kursus Matematik kejuruteraan 2.
Hubungan ini wujud kerana bidang kejuruteraan merupakan bidang yang sangat
berkait rapat dengan pengetahuan

3.6 Perbezaan prestasi kursus Matematik kejuruteraan 1 dan Matematik
Kejuruteraan 2 terhadap keputusan Matematik SPM.

Ujian min berganda Duncan pada jadual 6 dibawah menunjukkan bagi kursus
DBM1013 terdapat perbezaan pelajar yang mendapat gred A pada kumpulan 3
dengan gred C pada kumpulan 1 dalam matematik SPM tetapi tiada perbezaan
dengan pelajar yang mendapat gred A- pada kumpulan 2 dan kumpulan 3.
Manakala bagi kursus DBM2013 terdapat perbezaan pelajar yang mendapat gred
A dengan kumpulan pelajar yang mendapat gred selain dari itu dalam matematik
SPM.

Jadual 6: Ujian Min Berganda Duncan

DBM1013 Subset for alpha = 0.05 DBM2013 Subset for alpha = 0.05
SPM N SPM N
1 2 3 1 23
C 22 57.857 C 22
C+ 21 51.09 C+ 21 47.046
B+ 13 1 B+ 13
51.714 51.7
57.85 54.769 14
7 55.818 54.7
69
61.539 0.093 55.8 54.7
18 69
B 11 62.091 B 11 61.5
71 55.8
A- 7 65.714 65.714 A- 7 18
0.58
A8 71.750 A 8 61.5
71
Sig. 0.110 0.089 0.153 Sig.
64.8
75

0.05
2

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 278

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
4.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, kedua-dua kursus Matematik Kejuruteraan 1 dan
Matematik Kejuruteraan 2 mendapati prestasi pelajar perempuan lebih baik
daripada pelajar lelaki. Walaubagaimanapun, terdapat dua orang pelajar lelaki
yang mendapat keputusan yang cemerlang kerana kedua-dua pelajar tersebut
mempunyai gred A+ bagi subjek Matematik di peringkat SPM. Kajian ini juga
mendapati adanya hubungan korelasi yang tinggi antara kursus Matematik
kejuruteraan 1 dan kursus Matematik kejuruteraan 2 sebanyak 81.7%. Terdapat
juga hubungan kolerasi yang sederhana antara kursus Matematik kejuruteraan 1
dengan Matematik SPM sebanyak 52% manakala bagi kursus Matematik
kejuruteraan 2 dan Matematik SPM mempunyai hubungan kolerasi yang lemah
sebanyak 43.8%. Ini menunjukkan bahawa topik-topik yang terdapat pada kursus
Matematik kejuruteraan 1 adalah lanjutan daripada topik-topik yang terdapat
pada Matematik SPM . Manakala bagi kursus Matematik kejuruteraan 2 pula, ia
mencakupi topik pertama sahaja iaitu Topik Eksponen & Logarithm, bagi topik
yang lain ia berkaitan dengan Kalkulus iaitu Pembezaan dan Pengkhamiran.

Kajian ini juga menunjukkan terdapatnya perbezaan antara kumpulan
pelajar berdasarkan keputusan Matematik SPM dengan kursus Matematik
kejuruteraan 1 dan kursus Matematik kejuruteraan 2. Ini menunjukkan bahawa
pelajar yang mendapat gred A dan A- dalam subjek matematik peringkat SPM
cenderung untuk cemerlang dalam kedua-dua kursus matematik peringkat
Diploma di Politeknik. Begitu juga dengan pelajar-pelajar yang dapat gred C dan
C+ dalam matematik peringkat SPM cuma mendapat keputusan setakat lulus
sahaja bagi kursus Matematik kejuruteraan 1 dan kursus Matematik kejuruteraan
2 dengan nilai min 51.091 dan 47.046. Bagi peringkat politeknik, gred bagi
markah 50 hingga 54 adalah C dengan nilai mata 2.00. Manakala min 47.046 bagi
Matematik kejuruteraan 2 mengambarkan pelajar memperolehi status lulus
dengan C- (nilai mata 1.67). Ini merupakan antara faktor yang menyumbang
kepada Himpunan Mata Nilai Mata (HPNM) yang rendah di kalangan pelajar.

Syarat kemasukan bagi program Diploma Kejuruteraan Elektronik Kawalan
menetapkan pelajar perlu mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 279

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Matematik peringkat SPM atau sijil-sijil berkaitan bagi institusi kemahiran.
Sepatutnya pihak pengambilan politeknik haruslah lebih peka terhadap kelayakan
pelajar dengan menekankan pencapaian keputusan matematik diperingkat SPM
bagi pelajar yang akan mengikuti program kejuruteraan. Ini kerana pelajar akan
menghadapi kesulitan sepanjang pengajian sekiranya tidak mempunyai asas
matematik yang kukuh.

RUJUKAN

Dupuis, D. M. (2012). A Multi-Institutional Study of the Relationship Between High
School Mathematics Achievement and Performance in Introductory College
Statistics 2. Statistics Educational Research Journal, 11(1), 4-20.

Hamzah, F. K. (2015). Student's Performance in Engineering Mathematics
Courses: Vector Calculus Versus Differential Equations. Journal of
Engineering Science and Technology Special Issue on UKM Teaching and
Learning Congress, 91-97.

Norazlina, A. d. (2015). Hubungan Pencapaian Matematik SPM terhadap
Keputusan Matematik Kejuruteraan - DBM1013 dan Pencapaian HPNM Pelajar
DET Politeknik Kota Kinabalu. National Innovation and Invention Competition
Through Exhibition (iCompEx'15).

Sazhin, S. S. (1998). Teaching Mathematics to Engineering Students. Int. J. Engng
Ed. Vol. 14, No. 2, 145-152.

Zahidi, Z. M. (2011). Hubungkait Prestasi Kursus Matematik Kejuruteraan Satu
(BA101) Pelajar Politeknik Melaka dengan Keputusan Matematik dan
Matematik Tambahan Sijil Pelajaran Malaysia. Koleksi Penulisan Ilmiah Bil
1/2011, 110-115(Politeknik Melaka).

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 280

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Zakariya, Y. F. & Bamidele, E.F. (2015). Investigation Into The Causes Of Poor
Academic Performance In Mathematics Among Nigeria. World Journal of Social
Science And Humanities, vol 1, No 1.1-5

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 281

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

THE SERVICE WIFI PROVIDED IN POLYTECHNIC PORT DICKSON

Lee Moi Fong1, Chung Boon Chuan2
Politeknik Melaka,

[email protected]

ABSTRACT

As WiFi is a fast growing technology, we have studied the WiFi service to motivate our students
in their learning processes. The aim of this research paper is to look at the various aspects of
Internet use, such as the signal strength at different location, frequently used and the student’s
satisfaction on the various Wi-Fi services provided use in their learning processes. A total of 50
students from Polytechnic Port Dickson had been selected as this research sample by using a
questionnaire. There are three parts are been survey such as the frequently and purpose for
which Internet is used, signal strength at different location for upload and download, and the
student’s satisfaction on the various Wi-Fi services provided use in their learning processes that
provided at Polytechnic Port Dickson. The result of this study indicates that the differences
signal strength affect the speed of upload and download and the satisfaction level of students
with the Internet WiFi provided in campus Polytechnic Port Dickson.

Key words: WiFi service, student Satisfaction, signal strength

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 282

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
1.0 INTRODUCTION

Wireless communication is the transfer of information over a distance without
the use of wires. The use of the internet has become an important innovation
in all fields, especially education (Nayan, Hashim, Saleh, & Mahat, 2016).
Internet use provides a wealth of experience to the students so that they can
share their knowledge in learning rapidly in a global context. In addition,
the use of internet in education has provided a lot of information to students
as the secondary source, whether for learning, recreation, research and
reference material that is beneficial to students (Nasir, 2005). Use of the
internet to support learning and teaching is growing exponentially as more and
more educational organisations are recognising the potential that it offers
(Norzaidi et al., 2007a, b) according(Technology, 2011). From the internet,
students would simply gather variety of latest information that is useful
for their assignments. It is common to say that more than 50 percent of
students’ assignments are based on information from the internet (Norzaidi and
Intan Salwani, 2008a, b). Thus, today, academic life without access to the
internet is hardly imagining (Spennemann et al., 2007).

In this paper, we presented the various aspects of Internet use that influences
the students to use the Wi-Fi in their educational processes. Thought various
we found that the Wifi Service at Polytechnic Port Dickson still have to
improve. There are three component are been survey such as the signal
strength at different location, frequently and purpose for which Internet is
used and the student’s satisfaction on the various Wi-Fi services provided use
in their learning processes.

2.0 LITERATURE REVIEW

Wireless communication is generally considered to be a branch of
telecommunications. Wireless Local Area Networks (WLANs) have rapidly
become popular, particularly in educational institutions. The wireless service
created a significant development in communication and accesses. The wireless

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 283

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

services had made a new era in communication and in turn significant
development to education community. This wireless technology had brought the
benefit of mobility into traditional educational activities. Also, wireless
connections are cheaper than the wired connection as wires cannot be taken to
all the places.

Wireless technology (WT) continues to rapidly change and is also playing an
increasingly significant role in the lives of millions, if not billions, of people
throughout the world in terms of connectivity which in turn results in effective
and efficient information sharing. It continues to extend the boundaries of
higher education into an “anytime/anywhere” experience (Lecturer,2012)

Using WiFi are being adopted in larger number by educational campuses. Users
could benefit from easier access and information through the WiFi technology
that provide from the campus. The WLANs make today’s campuses more flexible
by providing new features of mobility and expanding areas of support.

The advent of the Internet has brought about tremendous changes to the
acquisition of knowledge and to learning. It has introduced new opportunities
for learning via the World Wide Web, be it to retrieve information or to
connect to other learners across the globe, and as a result developed thriving
communities of people exchanging information, ideas and opinions. Wireless
technology is commonly defined as any services that provide general electronic
information and educational content to assist learners in the acquisition
of knowledge, regardless of location and time (Sadoughvanini & Shamsudin,
2013).

Customer satisfaction generally means customer reaction to the state of
fulfillment, and customer judgment of the fulfilled state (Angelova & Zekiri,
2011). In this paper, we borrow this definition of customer satisfaction. There
are many benefits for a institution or colleagues from a high customer‟ s
satisfaction level. The main factor determining customer satisfaction is the
customers‟ own perceptions of service quality (Ramseook-Munhurrun, Lukea-

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 284

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Bhiwajee, & Naidoo, 2010). In this study, we shall define service quality as the
customers‟ satisfaction or dissatisfaction formed by their experience of using
the WiFi in the learning process and use of the service.

The WiFi system was implemented a few years back with the intention of
offering the users easy connectivity. Nevertheless, it was found that students
were having problems in connecting to the WiFi networks mainly at the
students Block C area. Throughout the duration of the project, a few areas
were investigated. In relations to the WiFi coverage, sometimes users were not
be able to detect a WiFi node. Although some of the users were able to detect
the node, the signal strength was very low. At the same time some users
managed to detect very good signal but they can neither access the Internet
nor the local server. There was a suggestion that the slow Internet Access could
be due to users playing online games within the wireless network.

As the importance of Internet connectivity grows, Wi-Fi service in campus
education has become one of the important factors for satisfying customers,
(Lee, 2004), Berezina & Cobanoglu, 2010;Singh & Kasavana, 2005). Despite the
increasing importance and demand for Wi-Fi service in education, a thorough
investigation into needs and aspects of Wi-Fi service has not been conducted
to suggest the practical strategies for the educational institution.

The use of wireless technology has become increasingly popular among students
in Malaysian Institutions of Higher Learning. However, the extent this
technology benefits these students is still debatable. Wireless technology is
commonly defined as any services that provide general electronic information
and educational content to assist learners in the acquisition of knowledge,
regardless of location and time. Studies have shown that the usage of wireless
technology can provide new learning opportunities to the learners by increasing
their interest in education and enabling them to overcome physical barriers.
(Sadoughvanini & Shamsudin, 2013)

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 285

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
3.0 OBJECTIVES OF STUDY

1. To know how frequent students spend their time using the WiFi to
access internet provided by Polyetchnic Port Dickson

2. To know the different location of the signal strength affected the upload
and download speed of Wi-Fi facility in the Polytechnic Port Dickson.

3. To identify the level of satisfaction of WiFi provided in
Polytechnic Port Dickson.

4.0 METHODOLOGY

The data has been collected from 50 students (25 female and 25 male) of
different Department in Polytechnic Port Dickson on random basis using a
structured survey questionnaire. The data has been analyzed through three
parts, which attempted to gain information from respondents about 1) their
gender 2) frequent of Using Internet and 3) The service WiFi signal provided in
Polytechnic Port Dickson. The first part consist on the signal strength
WiFi from different department. Second part of the survey was directed to
identify aspects of respondents’ general of WiFi Internet use in daily life,
Internet use, including the amount of Internet usage time, and the purpose of
using Internet. In the third part of the survey, the respondents were asked
about their Wi-Fi service provided from Polytechnic Port Dickson meet their
learning purpose.

5.0 DATA PRESENTATION AND ANALYSIS

To fulfill the above objectives of the study, a survey method was conducted
using a well structured questionnaire. In a total 50 questionnaires were
distributed to 50 students of 4 different departments. Total 50 filled
questionnaires were received from 4 departments with 100 percent response
rate. The collected data through questionnaires were analyzed by using
simple statistics, graphs and charts for clear understanding. The respondents
were asked to give their satisfaction level on the various factors that help to

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 286

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

provide effective and efficient Wi- Fi services at Polytechnic Port Dickson. The
level of satisfactions were measured with 5 point Likert’s Scale (5 - Very High;
4 - High; 3 - Neutral; 2 - Low; 1 - Very Low).
Table 1 shows the gender profiles of the students. (25;50%) of the respondents
were male and (25;50%) were female been selected through 4 different
departments at Polytechnic Port Dickson.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 287

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Table 2 show how frequent students spend their time using the internet
provided at Polytechnic Port Dickson. One third of participants used the
internet every day. Most of the participants use the internet to a plan or
schedule, such as every second day, once/twice per week, twice per month
and weekdays. There were also some students who connected to the internet
at unspecific times. Nine students said they only used internet once a week.

Table 2 : Frequency of using Internet

Table 3 show the level of satisfaction with present Wi-Fi connection in the
campus is presented. It is observed from the table that, (26% ) of the
respondents replied ‘completely dissatisfied’, followed by, (22% ) of the
respondents stated ‘dissatisfied’, another (20% ) of the respondents each
answered ‘neither dissatisfied/satisfied and (16% ) of the respondents replied
‘satisfied’ and ‘completely satisfied’ which present Wi-Fi service provided in
the campus. From this table we can make a conclusion almost 48% of the
respondents are Completely /Dissatisfied of the WiFi service provided at
Polytechnic Port Dickson.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 288


Click to View FlipBook Version