The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Prosiding Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat 2017 (Jilid 1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search

ePSH 2017

Prosiding Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat 2017 (Jilid 1)

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Table 3: The level of satisfaction of WiFi Provided

Level Of satisfaction Number Of Percentage of

Completely Dissatisfied Respo1n3dents Re2s6pondent
Dissatisfied 11 22
Neither 10 20
SDaistsisaftiiesdfied/Satisfied 8 16
Completely Satisfied 8 16
Total 50 100

Table 4 shows the WiFi signal detection from various places provided at
Polytechnic Port Dickson. At certain locations the wireless signal strength was
two bar only compare with the other location there is 5 bar. The result shown
that at Mathematic & Sains Department are the highest signal strength that
provided. For Block C is the lowest signal strength for upload and download
provided. Because the distance of coverage of Block C is measure far away from
the WiFi router.

Table 4: Signal Strength of different area of Polytechnic Port Dickson & the
upload and Download Speed

Location Signal Strength
Academic Block (BLOCK E) 3 Bar
Student Square 3 Bar
Mechanical Department(Pentagon) 3 Bar
BLOCK C 2 Bar
Math & Sains Department 5 Bar
Cafeteria 4 Bar

As the respondents use Wi-Fi in various places, the respondents were asked
about the places of uses. Table 5 depicts the speed of the upload and download
at the different location. For this table it shown that the upload and download
speed are depend on the signal strength on WiFi at a different location. From

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 289

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

the data collection, Mathematic and Sains Department is the highest speed on

upload and download (1.12\5.39Mbps) and Block C is the lowest speed on upload

and

download

(0.67/1.88 Mbps).

Table 5: The upload and Download Speed

Location Upload Speed Download Speed

Academic Block (BLOCK E) 0M.b3p4s 0M.b5p1s
Student Square 1.04 6.14
Mechanical Department(Pentagon) 0.56 1.88
BLOCK C 0.67 2.24
Math & Sains Department 1.12 5.39
Cafeteria 0.98 3.22

6.0 CONCLUSION

This research has shown that overall Polytechnic Port Dickson students are
not satisfied with the WiFi service provided because the internet speed and
the coverage are not meet the students’ expectation. It’s important to
provided a good WiFi service in the polytechnic to help students access
required information very quickly and efficient. This will save students learning
time.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 290

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

7.0 RECOMMENDATIONS

The WiFi signal provided at Polytechnic Port Dickson does not meet the
students’ expectation. Thus, the WiFi service at Polytechnic Port Dickson
should be improved by extending the coverage of the signal strength and
increased WiFi speed to 10Mbps. Hence, to achieve our students needs all the
access of the WiFi signal speed should be equally received at different location
in Polytechnic Port Dickson. In addition, by creating awareness about the use
of Wi-Fi facility, terms and conditions, we can help students to utilize this
service up to a maximum.

REFERENCES

Angelova, B., & Zekiri, J. (2011). Measuring Customer Satisfaction with
Service Quality Using American Customer Satisfaction Model (ACSI
Model). International Journal of Academic Research in Business &
Social, 1(3), 232.

Lecturer, N. M. N. (2012). WIRELESS TECHNOLOGY DIFFUSION WITHIN HIGHER
EDUCATION INSTITUTIONS : DETERMINING THE LEVELS OF STUDENT, 3(1),
13–23.

Nayan, N., Hashim, M., Saleh, Y., & Mahat, H. (2016). Mapping internet
coverage in Malaysia’s university campuses : A case study of the Sultan
Idris Education University , Perak, 6(6),118–125.

Ramseook-Munhurrun, P., Lukea-Bhiwajee, S. D., & Naidoo, P. (2010). Service
quality in the public service. International Journal of Management and
Marketing Research, 3(1), 37–50.

Sadoughvanini, S., & Shamsudin, S. (2013). Research Journal of English Language
and

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 291

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Literature ( RJELAL ) - A Peer Reviewed International Journal THE USE OF
WIRELESS TECHNOLOGY IN UKM : CHALLENGES FACED AND ITS IMPACT
ON ENGLISH Sarimah Shamsudin , Sarimah Shamsudin ., , Research
Journal of Englis, 1(1).

Technology, C. (2011). Study of satisfaction and usability of the Internet on
student ’ s performance Ela Goyal SIES College of Management Studies ,
India Seema Purohit NM Institute of Technology and Development , India
Manju Bhaga BIT , Mesra , India. Journal of Education, 7(1), 1–10.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 292

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Pencapaian Matematik di Peringkat SPM dengan Pencapaian
Matematik Kejuruteraan 2 : Kajian Kes di Politeknik Melaka

Leanna Mohd Yunos1, Amizan Yahaya Jamil2 dan Suhaizila Sari3
Politeknik Melaka, Melaka,
[email protected]

ABSTRAK

Matematik Kejuruteraan 2 merupakan kursus wajib yang perlu diambil oleh pelajar Kejuruteraan
di Politeknik Melaka. Matematik Kejuruteraan 2 merupakan prasyarat kepada Matematik
Kejuruteraan 3. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji prestasi pencapaian pelajar di antara
Keputusan Matematik SPM dengan Matematik Kejuruteraan 2 diantara pelajar Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Awam dan Kejuruteraan Elektrik di Politeknik
Melaka. Data diambil daripada Keputusan Peperiksaan Sesi Disember 2016 dan data daripada
Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP). Kajian ini melibatkan 234 orang pelajar Diploma
Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Kejuruteraan Awam dan Diploma Kejuteraan Elektronik
Kawalan ambilan Sesi Jun 2016. Dapatan awal mendapati rata-rata pelajar memperolehi bagi
(M=58.085, SD=13.513) bagi kursus Matematik Kejuruteraan 2. Selain itu, melalui Analisis Korelasi
Bivariat Pearson, didapati hubungan pencapaian Matematik Kejuruteraan 2 dengan pencapaian
matematik SPM agak lemah dengan nilai korelasi r(234)=0.497. Secara keseluruhannya, prestasi
pencapaian Matematik Kejuruteraan 2 pelajar mengikut jabatan dapat dilihat melalui analisa
kajian ini supaya pelajar mampu memperolehi gred pencapaian yang baik dalam Matematik
Kejuruteraan 3 pada semester akan datang. Diharapkan, kajian ini dapat memberikan gambaran
dan inspirasi kepada pengkaji lain agar dapat memperbaiki penguasaan pelajar terhadap
matematik di peringkat awal pengajian.

Kata kunci: Matematik Kejuruteraan, Pencapaian

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 293

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
1.0 PENGENALAN

Politeknik merupakan salah sebuah institusi pengajian tinggi yang
bertanggungjawab dalam melahirkan graduan untuk memenuhi keperluan
pekerja separa professional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan dan
perkhidmatan. Terdapat empat jabatan induk di Politeknik Melaka yang
menguruskan lima pengajian diploma. Diploma yang ditawarkan adalah Diploma
Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Kejuruteraan Awam, Diploma Kejuruteraan
Elektronik(kawalan), Diploma Perniagaan Antarabangsa , Diploma Akauntansi.
Matematik kejuruteraan merupakan subjek yang wajib diambil di Politeknik
Melaka. Matematik Kejuruteraan 1, Matematik Kejuruteraan 2 dan Matematik
Kejuruteraan 3. Selain itu, Matematik Kejuruteraan 2 merupakan pra syarat
kepada Matematik Kejuruteraan 3. Matematik Kejuruteraan 2 mengandungi tiga
bahagian yang terdiri daripada Eksponen, Pembezaan dan Pengamiran.

Kebanyakan kajian menjurus kepada kebimbangan matematik dan sikap
terhadap pencapaian matematik. Kajian terhadap pengetahuan asas dan
kebolehan matematik individu jarang diberi perhatian oleh pengkaji lain. Setiap
individu seharusnya mampu menguasai prinsip asas matematik mengikut tahap
pembelajaran masing-masing kerana setiap individu belajar matematik mengikut
tahap kebolehan yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. Potensi
keupayaan individu terhadap matematik seharusnya dilihat sebagai bonus tanpa
hanya tahu operasi tambah, tolak, bahagi dan darab sahaja.
Menurut Ema Farina Hasme (2016), pencapaian matematik yang tinggi mampu
meninggikan pencapaian subjek pengiraan yang lain bagi membuktikan teori atau
formula. Beliau mendapati, pengetahua asas matematik mampu meningkatkan
kefahaman pelajar terutamnya dalam bidang kejuruteraan dimana bidang
kejuruteraan pastinya mengandungi subjek yang melibatkan teori dan pengiraan.

Menurut Ira Fazlin (2017), pembelajaran reflektif tidak mempunyai
signifikan terhadap pencapaian pelajar. Beliau mendapati, pengalaman,
kepercayaan dan tanggapan pelajar adalah disebabkan oleh teknik atau kaedah
pembelajaran yang tidak berkesan daripada pensyarah.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 294

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Daripada Siti Huzaifah (2017), melalui kajian yang telah dijalankan, beliau
mendapati, wujudnya perbezaan yang signifikan dan hubungan negatif antara
pencapaian peperiksaan akhir dengan tahap kebimbangan matematik pelajar. Ini
menunjukkan bahawa, pengkaji perlu mencari apakah faktor-faktor yang
mempengaruhi nilai negatif ini.

Menurut Eriazuriyani 2017), pencapaian matematik yang merosot akan
memberikan kesan terhadap kebolehpasaran pelajar dalam bidang kejuruteraan.
Beliau mendapati, penguasaan matematik yang lemah tidak mampu menampung
keperluan industri masakini yang memerlukan graduan yang cerdik intelektual
disamping mahir dalam kursus matematik dan kejuruteraan.

1.1 Latar Belakang Kajian
Kajian ini dijalankan di atas keprihatinan pengkaji ke atas pencapaian pelajar
yang mengambil kursus Matematik Kejuruteraan 2. Sekiranya pelajar tidak fokus
terhadap kursus Matematik Kejuruteraan 2, pelajar akan mengalami kesulitan
dalam mempraktikkan asas-asas pengiraan dalam subjek kejuruteraan induk
yang lain. Dalam pendidikan kejuruteraan, sekiranya pelajar tidak mampu
menguasai asas pengiraan matematik, pelajar akan mengalami kesukaran dalam
menguasai subjek kejuruteraan lain yang melibatkan pengiraan. Dalam bidang
kejuruteraan, semakin banyak topik kejuruteraan yang dipelajari, semakin
banyak pengiraan yang perlu dilakukan.

1.2 Penyataan Masalah
Kursus Matematik Kejuruteraan 2 merupakan prasyarat kepada Matematik
Kejuruteraan 3. Persoalannya, adakah pencapaian pelajar matematik SPM dapat
mempengaruhi pencapaian Matematik Kejuruteraan 2 dimana kandungan
Matematik Kejuruteraan 2 tidak mempunyai kesinambungan dengan Matematik
SPM. Kajian ini tidak membincangkan pencapaian Matematik SPM dengan
pencapaian Matematik Kejuruteraan 1 kerana telah dikaji oleh Nor Azlina (2015)
dan menunjukkan hubungan signifikan yang lemah di antara pencapaian
Matematik SPM dengan Matematik Kejuruteraan 1.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 295

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

1.3 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan

i. Menentukan prestasi Matematik SPM dengan Matematik Kejuruteraan 2
melalui jantina pelajar mengikut jabatan.

ii. Mengenalpasti hubungan diantara pencapaian Matematik SPM dengan
Matematik Kejuruteraan 2 di Politeknik Melaka.

1.5 Kepentingan kajian
Kajian ini amat penting untuk melihat prestasi pelajar yang mengambil
Matematik Kejuruteraan 2 supaya penguasaan pengiraan berdasarkan Eksponen,
Pembezaan dan Pengamiran dapat membantu pelajar mengusai kursus
Matematik Kejuruteraan 3 dan kursus yang melibatkan pengiraan dalam jabatan
kejuruteraan induk yang lain.

1.6 Batasan Kajian
Keseluruhan pelajar yang mengambil kursus Matematik Kejuruteraan 2 adalah
seramai 243 orang. Sampel kajian ini hanya melibatkan 234 orang pelajar
ambilan Sesi Jun 2016 Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Kejuruteraan
Awam dan Diploma Kejuruteraan Elektrik di Politeknik Melaka. Data 9 orang
pelajar telah disingkirkan kerana masih mengulang kursus Matematik
Kejuruteraan 1.

2.0 METHODOLOGI KAJIAN

Keseluruhan pelajar yang mengambil kursus Matematik Kejuruteraan 2 adalah
seramai 243 orang. Sampel kajian ini hanya melibatkan pencapaian 234 orang
pelajar ambilan Sesi Jun 2016 Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma
Kejuruteraan Awam dan Diploma Kejuruteraan Elektrik di Politeknik Melaka.
Data kajian diambil daripada Data Keputusan Peperiksaan Sesi Disember 2016,
Data daripada Sistem Pengurusan dan Maklumat Politeknik (SPMP), Politeknik
Melaka. Kajian ini menggunakan data yang terdiri daripada jantina, keputusan
Matematik SPM dan markah penilaian akhir kursus Matematik Kejuruteraan 2.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 296

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah deskriptif, analisa korelasi dan
annova.

3.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Kajian ini melibatkan pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan
Kejuruteraan awam dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik di Politeknik Melaka.
Gambarajah 1 menunjukkan carta pi peratusan agihan bilangan pelajar mengikut
kursus. Keseluruhan pelajar adalah seramai 234 orang pelajar yang terdiri
daripada 161 orang lelaki dan 73 orang pelajar perempuan. Melalui Analisis
Diskriptif Statistik yang telah dijalankan 65 orang pelajar (28 peratus) daripada
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM), 83 orang pelajar (35 peratus) daripada
Diploma Kejuruteraan Awam (DKA) dan 86 orang pelajar (37 peratus) daripada
Diploma Kejuteraan Elektronik Kawalan (DJK). Gred pencapaian Sijil Peperiksaan
Malaysia dan Gred Sijil Peperiksaan Malaysia bagi pelajar telah dirujuk melalui
Jadual 1.

Pelajar Matematik Kejuruteraan 2 Mengikut
Kursus

86 orang, 65 orang, DKM
37% 28% DKA
DJK
83 orang,
35%

Gambarajah 1 : Carta Pi Pencapaian Matematik Kejuruteraan 2 Mengikut Kursus

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 297

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Jadual 1: Sistem Gred Penilaian Politeknik Malaysia dan Gred Sijil Peperiksaan

Malaysia

Markah Nilai Mata Gred Status

90-100 4.00 A+ Sangat Cemerlang

80-89 4.00 A Cemerlang

75-79 3.67 A- Kepujian

70-74 3.33 B+ Kepujian

65-69 3.00 B Lulus

60-64 2.67 B- Lulus

55-59 2.33 C+ Lulus

50-54 2.00 C Lulus

47-49 1.67 C- Lulus

44-46 1.33 D+ Lulus

40-43 1.00 D Lulus

30-39 0.67 E Gagal

20-29 0.33 E- Gagal

0-19 0.00 F Gagal

Sumber : Bahagian Penilaian dan Pentaksiran Politeknik 2014

40- 45- 50- 55- 60- 65- 70- 80- 90-
Markah 0-39

44 49 54 59 64 69 79 89 100

Nilai 1.75 2.00 2.25 2.50 2.75 3.00 3.25 3.50 3.75 4.0
Mata

Gred 0G 1E 2D 3C 4C+ 5B 6B+ 7A- 8A 9A+

Gred Sijil Peperiksaan Malaysia

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 298

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Jadual 2 : Min dan Sisihan Piawai pencapaian Matematik SPM dan Matematik

Kejuruteraan 2 mengikut jabatan

SPM_MATH JM_MATH2

JKM Mean 5.9077 57.6769
Std.
Deviation 1.74753 12.07931

JKE Mean 4.8293 53.6341
Std. 1.64658 12.23082
Deviation
6.0805 62.5862
JKA Mean 1.81222 14.34585
Std.
Deviation

Jadual 2 menunjukkan Min dan Sisihan Piawai pencapaian Matematik SPM dan
Matematik Kejuruteraan 2 mengikut jabatan. Daripada jadual tersebut, didapati
pencapaian Matematik SPM bagi pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam mempunyai
nilai min tertinggi iaitu sebanyak 6.081 pada gred B+, diikuti oleh Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal sebanyak 5.908 pada gred B, dan Jabatan Kejuruteraan
Elektrik dengan min sebanyak 4.829 pada gred C+. Bagi pencapaian Matematik
Kejuruteraan 2 pula, pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam mempunyai min
tertinggi sebanyak 62.586 pada gred B-. diikuti Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
sebanyak 57.678 pada gred C+ dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik sebanyak
53.634 pada gred C.

3.1 Menilai prestasi Matematik SPM dengan Matematik Kejuruteraan 2

melalui jantina pelajar mengikut jabatan.

Jadual 3 : Min dan sisihan piawai bagi pencapaian Matematik Kejuruteraan 2

dan Matematik SPM mengikut jantina

JANTINA Mean Std.
SPM_MATH LELAKI 5.4720 Deviation

1.86099

MATH2 PEREMPUAN 5.8630 1.71039

LELAKI 56.0000 13.09294
PEREMPUAN 62.6849 13.37481

Jadual 3 menunjukkan min dan sisihan piawai bagi pencapaian Matematik
Kejuruteraan 2 dan Matematik SPM mengikut jantina. Melalui Analisis Disktriptif,
didapati min pencapaian bagi Matematik SPM pelajar perempuan lebih tinggi

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 299

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

berbanding pelajar lelaki dimana min bagi pelajar perempuan adalah sebanyak
5.863 dan min bagi pelajar lelaki adalah sebanyak 5.472. Ini menunjukkan,
kebanyakan pelajar berada pada gred B.

Begitu juga min pencapaian Matematik Kejuruteraan 2 pelajar perempuan
lebih tinggi sebanyak min 62.685 berbanding pelajar lelaki dengan min 56.000.
Ini menunjukkan, kebanyakan pelajar berada pada gred B- dan C+. Didapati juga,
pelajar perempuan menguasai pencapaian Matematik SPM berbanding pelajar
lelaki dengan min sebanyak 5.863 dan 5.472 bagi pelajar lelaki walaupun kedua-
duanya mempunyai nilai gred maksimum, gred minimum dan julat yang sama
iaitu gred B. Didapati juga, min pencapaian pelajar perempuan lebih tinggi
berbanding pencapaian pelajar lelaki. Walaubagaimanapun, terdapat seorang
pelajar lelaki yang mempunyai pencapaian tertinggi bagi Matematik
Kejuruteraan 2 dengan nilai maksimum 96 markah dengan gred A+.

Jadual 4 : Pencapaian Matematik Kejuruteraan 2 mengikut gred SPM Matematik

Subset for alpha = 0.05

SPM_MATH N 1 2 3 4

C 38 48.0526

C+ 43 52.0000 52.0000

B+ 45 57.0889

B 31 59.2258 59.2258

A- 24 65.5833

A 47 66.1489

A+ 6 73.6667

Sig. .277 .059 .071 1.000

Jadual 4 menunjukkan Pencapaian Matematik Kejuruteraan 2 mengikut gred SPM
Matematik. Daripada Analisis Berganda Duncan, didapati pencapaian Matematik
Kejuruteraan 2 terbahagai kepada 4 kumpulan dimana terdapat perbezaan
pelajar yang mendapat gred C pada kumpulan 1 dan gred A+ pada kumpulan 4.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 300

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

3.2 Mengenalpasti hubungan diantara pencapaian Matematik SPM dengan
Matematik Kejuruteraan 2 di Politeknik Melaka.

Jadual 5: Hubungan Pencapaian Matematik Kejuruteraan 2 dengan Matematik
SPM

JM_MATH2 SPM_MATH

JM_MATH2 Pearson 1 .497**
Correlation

Sig. (2-tailed) .000

N 234 234

SPM_MATH Pearson .497** 1
Correlation

Sig. (2-tailed) .000

N 234 234

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-
tailed).

Jadual 5 menunjukkan Hubungan Pencapaian Matematik Kejuruteraan 2 dengan
Matematik SPM. Daripada Analisis Korelasi Pearson, didapati hubungan
pencapaian Matematik Kejuruteraan 2 dengan pencapaian matematik SPM agak
lemah dengan nilai korelasi r(234)=0.497, <0.01. Nilai korelasi penentuan
r2=0.247 ataupun 24.70 peratus. Ini menunjukkan hanya 24.70 peratus pelajar
mampu mengekalkan prestasi pencapaian semasa Matematik SPM dengan
pencapaian Matematik Kejuruteraan 2 dan 75.30 peratus pelajar lagi tidak
mampu mencapai prestasi yang cemerlang dalam Matematik Kejuruteraan 2.

4.0 CADANGAN DAN KESIMPULAN

Daripada kajian yang telah dijalankan, kemasukan pelajar ke politeknik
berdasarkan kelayakan Matematik SPM memberikan kesan terhadap pencapaian
Matematik Kejuruteraan 2. Dapatan kajian mendapati purata pelajar mendapat
gred B dalam Matematik SPM dan memperolehi gred C+ dalam Matematik
Kejuruteraan 2. Penurunan gred ini disebabkan oleh tajuk yang terdapat dalam

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 301

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

matematik SPM tidak sama dengan tajuk yang terkandung dalam matematik
Kejuruteraan 2.

Melalui dapatan purata pencapaian Matematik SPM dan Matematik
Kejuruteraan 2 pula, didapati semakin tinggi gred Matematik SPM semakin tinggi
gred Matematik Kejuruteraan 2. Ini disebabkan oleh, pengetahuan asas
matematik yang kuat diperingkat menengah rendah menjadi faktor utama
kejayaan untuk mencapai gred yang baik di peringkat diploma.
Kajian ini juga mencadangkan, pihak pengambilan pelajar politeknik lebih peka
dan prihatin terhadap kelayakan pelajar dengan memberi penekanan terhadap
pencapaian matematik di peringkat SPM. Sekiranya pelajar memperolehi gred
matematik SPM yang rendah, mereka akan mengalami kebimbangan matematik
yang serius terhadap matapelajaran matematik dan matapelajaran kejuruteraan
yang mereka ambil diperingkat diploma.Setiap pelajar juga seharusnya
diwajibkan mengambil matapelajaran matematik tambahan diperingkat SPM
supaya mereka dapat meneroka kebolehan matematik masing-masing di
peringkat menengan rendah. Selain itu, pelajar dapat menentukan laluan
pendidikan masing-masing sekiranya tidak mampu menguasai mata pelajaran
yang melibatkan pengiraan di peringkat awal dan bukannya hanya mengikut
kekosongan tawaran pengajian ataupun mengikut pilihan ibubapa dan
sebagainya. Pensyarah seharusnya menyediakan satu program asas matematik
pada semester satu pengajian sebagai persediaan dan pendedahan awal pelajar
terhadap kursus matematik yang ditawarkan. Program ini secara tidak langsung
memberi peluang kepada pelajar yang tidak mengambil matematik tambahan
mempelajari asas matematik tambahan yang menjadi nadi penggerak kepada
kejayaan pelajar politeknik.

Secara keseluruhannya, kelayakan matematik ke politeknik merupakan
penyumbang kepada kejayaan pelajar di akhir pengajian mereka. Pencapaian
matematik pelajar seharusnya meningkat mengikut tahap yang telah dipelajari.
Diharapkan, kajian ini dapat meningkatkan lagi pencapaian matematik pelajar
pada masa akan datang dan dapat memberikan inspirasi kepada pengkaji-
pengkaji yang lain.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 302

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

RUJUKAN
Ema Farina Hasme, Saemah Rahman (2011). Kebimbangan Matematik, sikap

Terhadap Fizik dan Hubungannya Dengan Pencapaian Fizik Pelajar.
Fakukti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Eriazuriyani Ibrahim, Rusnani Ali dan Sharfah Ratibah Tuan Mat. (2017),
Keberkesanan Penggunaan kit Formula Matematik Di Kalangan Pelajar
Kejuruteraan, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS). e- Proceeding
National Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2017.

Ira Fazlin Bt Mohd Fauzi, Hasanah Bt Safien@Shafie. (2017), Hubungan Gaya
Pembelajaran Dengan Pencapaian Pelajar Bagi Kursus Matematik
Kejuruteraan 1, e- Proceeding National Innovation and Invention
Competition Through Exhibition 2017.

Nor Azlina Ahmad, Azman bin Talib.(2015), Hubungan Pencapaian Matematik SPM
Terhadap Keputusan matematik Kejuruteraan-DBM1013 dan Pencapaian
HPNM Pelakar DET di Politeknik Kota Kinabalu, e- Proceeding National
Innovation and Invention Competition Through Exhibition 2015.

Siti Huzaifah Mohamad, Nor Sharidah Mohd Roslan. (2017), Tahap Kebimbangan
Matematik dan Hubungannya Dengan Pencapaian Pelajar di Politeknik
Muadzam Shah, Pahang. e- Proceeding National Innovation and Invention
Competition Through Exhibition 2017.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 303

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

ANALISIS PENCAPAIAN MATEMATIK TERHADAP SKOR MATA
PELAJARAN KEJURUTERAAN : KAJIAN KES DI POLITEKNIK MELAKA

Leanna Mohd Yunos1, Amizan Yahaya Jamil2 dan Hawa Bentong3
Politeknik Melaka, Melaka
[email protected]

ABSTRAK

Penguasaan asas matematik yang baik merupakan pemangkin kepada pencapaian subjek
kejuruteraan di jabatan induk. Matematik Kejuruteraan 2 merupakan kursus wajib yang perlu
diambil oleh pelajar Kejuruteraan di Politeknik Melaka. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah
untuk mengkaji hubungan pencapaian pelajar di antara kursus Matematik Kejuruteraan 2 dengan
kursus Termodinamik dan Bendalir di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Melaka. Data
diambil daripada Keputusan Peperiksaan Sesi Disember 2016 dan data daripada Sistem
Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP), Politeknik Melaka. Kajian ini berbentuk kuantitatif yang
melibatkan sampel seramai 61 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Mekanikal ambilan Sesi Jun
2016 dengan 54 orang pelajar lelaki dan 7 orang pelajar perempuan. Dapatan awal menunjukkan
pencapaian pelajar bagi Matematik Kejuruteraan 2 adalah (M=57.295, SD=11.829), Termodinamik
(M=57.508, SD=12.006) dan Bendalir (M=42.803, SD=9.371). Dapatan kajian menunjukkan
bahawa, pencapaian Matematik Kejuruteraan 2 tidak mempunyai sebarang hubungan yang
signifikan terhadap kursus Bendalir. Diharapkan, kajian ini dapat memupuk kesedaran dan
kefahaman betapa pentingnya matematik dalam bidang kejuruteraan. Selain itu, dapat
memberikan inspirasi kepada pengkaji lain agar dapat memperbaiki penguasaan pelajar terhadap
matematik di peringkat awal pengajian supaya pelajar memperolehi keputusan yang cemerlang
di akhir pengajian diploma.

Kata kunci: Matematik Kejuruteraan, Analisis Pencapaian

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 304

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
1.0 PENGENALAN

Politeknik di Malaysia dibangunkan dengan objektif untuk melahirkan lulusan
separa profesional dalam bidang kejuruteraan, perdagangan, hospitaliti dan
perkhidmatan. Politeknik adalah salah satu laluan alternatif untuk pendidikan
tinggi kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta lepasan sijil
politeknik dan kolej komuniti. Sehingga hari ini terdapat 36 buah politeknik di
seluruh Malaysia. Politeknik Melaka ataupun dahulunya dikenali sebagai
Politeknik Kota Melaka adalah politeknik ke 9 ditubuhkan. Politeknik Melaka
telah ditubuhkan pada 1 Januari 1999.

Terdapat 5 program pengajian yang ditawarkan di Politeknik Kota Melaka
di bawah empat jabatan akademik. Program-program tersebut adalah Diploma
Kejuruteraan Elektrik (Kawalan) yang ditawarkan oleh Jabatan Kejuruteraan
Elektrik, Diploma Kejuruteraan Awam ditawarkan oleh Jabatan Kejuruteraan
Awam, Diploma Kejuruteraan Mekanikal ditawarkan oleh Jabatan Kejuruteraan
Mekanikal manakala dua program ditawarkan di bawah Jabatan Perdagangan
iaitu Diploma Perakaunan dan Diploma Perniagaan Antarabangsa. Di bawah
setiap program ini, pelbagai kursus ditawarkan mengikut bidang masing-masing.
Kajian dalam bidang matematik semakin hari semakin berkembang seiring
dengan peredaran zaman dan kemajuan masakini. Kajian pada hari ini semakin
berkembang dengan pelbagai topik matematik tetapi masih lagi menekankan
objektif utama iaitu pencapaian pelajar.

Pelajar kejuruteraan seharusnya faham bahawa dengan asas matematik
yang kuat, semua subjek yang melibatkan pengiraan seharusnya dapat difahami
dengan mudah melalui teori-teori kejuruteraan. Kegagalan prinsip asas
matematik akan membebankan pelajar itu sendiri dari segi emosi dan masa untuk
memahami subjek kejuruteraan.

Demi menjayakan Malaysia sebagai sebuah negara perindustrian yang
maju menjelang tahun 2020, Mantan Perdana Menteri, YAB Tun Dr. Mahathir
Mohamad memberi penekanan yang utama kepada bidang matematik ketika

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 305

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

mula-mula memperkenalkan Wawasan 2020 pada Februari 1991. Oleh itu, pihak
universiti yang telah menawarkan bidang kejuruteraan juga memandang serius
dalam menekankan bidang matematik dan statistik kepada pelajar seiring
dengan amanat tersebut menurut Suhailah (2003).

Hasil kajian yang dijalankan oleh Siti Noor Asyikin (2011), faktor latar
belakang diri, faktor tenaga pengajar dan faktor kondisi tempat pengajian
mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik dan statistik. Selain
itu, beliau mendapati, kaedah berpusatkan pelajar lebih diminati oleh pelajar
berbanding pembelajaran berpusatkan guru.
Menurut Nur Fadlina (2012), tanpa asas matematik yang kuat, pelajar akan
mengambil masa yang lama untuk memahami sesuatu subjek kejuruteraan
dimana pelajar perlu memahami teori serta penyelesaian yang melibatkan
pengiraan matematik. Semakin banyak topik kejuruteraan, semakin banyak
pengiraan yang perlu dilakukan. Kejayaan pencapaian subjek lain di jabatan
induk mempunyai hubungan yang signifikan terhadap pencapaian subjek
matematik di mana kegagalan menguasai konsep matematik akan mempengaruhi
pencapaian pelajar.

Menurut Nur Maizatul Azra (2017), kecemerlangan dalam subjek fizik
adalah dipengaruhi oleh pencapaian subjek matematik. Terdapat beberapa
faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar iaitu faktor penguasaan dalam
mata pelajaran fizik dan matematik, teknik pembelajaran, sikap dan minat
pelajar ke kelas, latar belakang pelajar dan sosioekonomi, ibu bapa dan
keluarga, tenaga pengajar, jantina, rakan sebaya dan lain-lain lagi.

Daripada Siti Huzaifah (2017), melalui kajian yang telah dijalankan, beliau
mendapati, wujudnya perbezaan yang signifikan dan hubungan negatif antara
pencapaian peperiksaan akhir dengan tahap kebimbangan matematik pelajar. Ini
menunjukkan bahawa, pengkaji perlu mencari apakah faktor-faktor yang
mempengaruhi nilai negatif ini.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 306

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

1.1 Latar Belakang Kajian
Kajian ini dijalankan di atas keprihatinan pengkaji ke atas pencapaian pelajar
yang sedang mengambil kursus Matematik Kejuruteraan 2 terhadap pencapaian
mata pelajaran jabatan induk. Pelajar seharusnya dapat menguasai kursus
kejuruteraan yang melibatkan pengiraan setelah mengambil kursus Matematik
Kejuruteraan.

1.2 Penyataan Masalah
Kajian ini dilaksanakan berdasarkan pencapaian pelajar yang mengambil kursus
Matematik Kejuruteraan 2 mempunyai pencapaian yang kurang baik dalam
kursus kejuruteraan yang melibatkan pengiraan seperti Termodinamik dan
Bendalir. Kursus Termodinamik dan Bendalir merupakan subjek yang perlu
diambil bersama kursus Matematik Kejuruteraan 2 pada semester dua. Daripada
data keputusan peperiksaan Sesi Disember 2016, didapati 37.31 peratus pelajar
gagal dalam kursus Bendalir tetapi hanya 11.94 peratus pelajar gagal dalam
kursus Termodinamik.

1.3 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan:

i. Menentukan pencapaian Termodinamik dan Bendalir melalui pencapaian
Matematik Kejuruteraan 2.

ii. Mengenalpasti hubungan diantara pencapaian Matematik Kejuruteraan 2
dan Termodinamik dan Bendalir.

1.4 Kepentingan kajian
Kajian ini amat penting kerana pencapaian pelajar bagi Bendalir tidak selari
dengan pencapaian bagi Matematik Kejuruteraan 2 pada keputusan peperiksaan
sesi Disember 2016. Kursus Termodinamik mempunyai hubungan kuat dengan
Kejuruteraan 2 tetapi mempunyai hubungan yang amat lemah dengan kursus
Bendalir. Walaubagaimanapun, Matematik Kejuruteraan 2 mempunyai hubungan
yang negatif dengan kursus Bendalir.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 307

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

1.5 Batasan Kajian
Kajian ini hanya melibatkan polulasi seramai 67 orang pelajar semester 2 ambilan
Sesi Jun 2016 Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Melaka.
Sampel kajian ini hanya melibatkan 61 orang pelajar dimana 6 orang telah
disingkirkan kerana tidak mempunyai ketiga-tiga markah bagi kursus Matematik
Kejuruteraan 2, Termodinamik dan Bendalir.

2.0 METHODOLOGI KAJIAN

Populasi pelajar adalah seramai 67 orang semester 2 ambilan Sesi Jun 2016
Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Melaka yang mengambil kursus
Matematik Kejuruteraan 2, Termodinamik dan Bendalir. Sampel kajian ini hanya
melibatkan 61 orang pelajar dimana 6 orang telah disingkirkan kerana tidak
mempunyai ketiga-tiga markah bagi kursus Matematik Kejuruteraan 2,
Termodinamik dan Bendalir. Data pelajar diperolehi melalui Data Keputusan
Peperiksaan Sesi Disember 2016 dan Data daripada Sistem Pengurusan Maklumat
Politeknik (SPMP), Politeknik Melaka. Kajian ini menggunakan data yang terdiri
daripada jantina, markah penilaian akhir kursus Matematik Kejuruteraan 2,
Termodinamik dan Bendalir. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah
deskriptif, analisa korelasi dan annova.

3.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Kajian ini hanya melibatkan 61 orang pelajar semester 2 ambilan Sesi Jun 2016
Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Melaka yang mengambil
kursus Matematik Kejuruteraan 2, Termodinamik dan Bendalir. Gred pencapaian
Sijil Peperiksaan Malaysia dan Gred Sijil Peperiksaan Malaysia bagi pelajar telah
dirujuk melalui Jadual 1.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 308

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Jadual 1 : Sistem Gred Penilaian Politeknik Malaysia

Markah Nilai Mata Gred Status

90-100 4.00 A+ Sangat Cemerlang

80-89 4.00 A Cemerlang

75-79 3.67 A- Kepujian

70-74 3.33 B+ Kepujian

65-69 3.00 B Lulus

60-64 2.67 B- Lulus

55-59 2.33 C+ Lulus

50-54 2.00 C Lulus

47-49 1.67 C- Lulus

44-46 1.33 D+ Lulus

40-43 1.00 D Lulus

30-39 0.67 E Gagal

20-29 0.33 E- Gagal

0-19 0.00 F Gagal

Sumber : Bahagian Penilaian dan Pentaksiran Politeknik 2014

Jadual 2 : Min dan sisihan piawai kursus Matematik Kejuruteraan 2,
Termodinamik dan Bendalir

Std.
N Minimum Maximum Mean Deviation

MATEMATIK KEJ 2 61 33.00 79.00 57.2951 11.82983

TERMODINAMIK 61 32.00 86.00 57.5082 12.00642

BENDALIR 61 21.00 62.00 42.8033 9.37162

Jadual 2 menunjukkan Min dan sisihan piawai kursus Matematik Kejuruteraan 2,
Termodinamik dan Bendalir. Daripada Analisis Diskriptif Statistik, didapati min
pelajar yang mengambil Matematik Kejuruteraan 2 adalah (M=57.295,
SD=11.829), Termodinamik (M=57.508, SD=12.006) dan Bendalir (M=42.803,
SD=9.371). Ini menunjukkan rata-rata pelajar Matematik Kejuruteraan 2

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 309

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

mendapat gred C+, Termodinamik mendapat gred C+ dan Bendalir mendapat
gred D.

Jadual 3 : Deskriptif statistik kursus Matematik Kejuruteraan 2, Termodinamik

dan Bendalir mengikut jantina pelajar

JANTINA Statistic

Mean 56.3333

LELAKI Std. 10.83495
MATEMATIK KEJ Deviation

2 Mean 64.7143

PEREMPUAN Std. 17.02659
Deviation

Mean 57.1667

LELAKI Std. 11.86679
TERMODINAMIK Deviation 60.1429
Mean

PEREMPUAN Std. 13.72866
Deviation

Mean 42.3333

LELAKI Std. 9.58576
Deviation 46.4286
BENDALIR Mean

PEREMPUAN Std. 7.02038
Deviation

Jadual 3 menunjukkan min dan sisihan piawai kursus Matematik Kejuruteraan 2,
Termodinamik dan Bendalir mengikut jantina pelajar. Daripada Analisis Diskriptif
Statistik, didapati pelajar perempuan lebih menguasai Matematik Kejuruteraan
2 berbanding pelajar lelaki dengan (M=64.714, SD=17.026) dengan gred B-.
Pelajar lelaki pula memperolehi (M=56.333, SD=10.834) dengan gred C+. Bagi
subjek Termodinamik, pelajar perempuan juga menguasai pencapaian dengan
(M=60.142, SD=13.728) dengan gred B- manakala pelajar lelaki dengan
pencapaian (M=57.166, SD=11.866) dengan gred C+. Bagi subjek Bendalir pula,

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 310

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

pelajar perempuan turut menguasai dengan (M=46.428, SD=7.020) dengan gred
D+ dan pelajar lelaki dengan (M=42.333, SD=9.585) dengan gred D. Secara
keseluruhannya, didapati min pencapaian pelajar perempuan lebih tinggi
berbanding pelajar lelaki. Dapat disimpulkan bahawa, pencapaian pelajar
pelajar perempuan lebih tinggi berbanding pelajar lelaki walaupun hanya 7 orang
pelajar perempuan berbanding 54 orang pelajar lelaki.

Jadual 4 : Perbezaan diantara kursus Matematik Kejuruteraan 2
denganTermodinamik dan Bendalir

Sum of df Mean F Sig.
Squares Square

TERMODINAMIK Between 5130.422 9 570.047 8.262 .000
Groups

Within Groups 3518.823 51 68.997

Total 8649.246 60

BENDALIR Between 429.548 9 47.728 .503 .866
Groups

Within Groups 4840.091 51 94.904

Total 5269.639 60

Berdasarkan data jadual 4 daripada analisis annova satu hala, didapati kursus
Matematik Kejuruteraan 2 mempunyai nilai perbezaan sebanyak 8.262 dengan
sifar signifikan dengan kursus Termodinamik. Manakala kursus Matematik
Kejuruteraan 2 mempunyai nilai perbezaan sebanyak 0.503 dengan signifikan
sebanyak 0.866 dengan kursus Bendalir. Ini menunjukkan bahawa, walaupun
kursus Termodinamik mempunyai nilai perbezaan yang tinggi dengan Matematik
Kejuruteraan 2 tetapi tidak mempunyai sebarang signifikan dan bagi kursus
Bendalir pula, walaupun mempunyai perbezaan yang rendah, tetapi masih
mempunyai signifikan.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 311

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Jadual 5 : Hubungan korelasi diantara kursus Matematik Kejuruteraan 2,
Termodinamik dan Bendalir

JM_MATH2 THERMODYNAMIC FLUID

MATEMATIK KEJ 2 Pearson 1 .735** .065
Correlation

Sig. (2-tailed) .000 .619

N 61 61 61

TERMODINAMIK Pearson .735** 1 -.205
Correlation

Sig. (2-tailed) .000 .112

N 61 61 61

BENDALIR Pearson .065 -.205 1
Correlation

Sig. (2-tailed) .619 .112

N 61 61 61

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Jadual 5 menunjukkan hubungan Korelasi Pearson diantara kursus Matematik
Kejuruteraan 2, Termodinamik dan Bendalir. Analisis menunjukkan bahawa,
kursus Matematik Kejuruteraan 2 mempunyai hubungan yang kuat dengan
Termodinamik dengan korelasi r(61)=0.735; p<0.01. Melalui nilai korelasi
penentuan r2=0.5402, sebanyak 54.02 peratus pelajar dapat menguasai kursus
Termodinamik berdasarkan pengusaan subjek Matematik Kejuruteraan 2.
Manakala kursus Matematik Kejuruteraan 2 tidak mempunyai sebarang hubungan
dengan kursus Bendalir. Ini menunjukkan kursus Matematik Kejuruteraan 2 tidak
mempengaruhi pencapaian kursus Bendalir. Walaubagaimanapun, kursus
Termodinamik mempunyai hubungan yang negatif dengan kursus Bendalir dengan
nilai r(61)=-0.205, p=0.112).

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 312

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
4.0 CADANGAN DAN KESIMPULAN

Daripada kajian yang telah dijalankan, kebimbangan terhadap matematik bukan
sahaja melibatkan matematik sahaja, tetapi melibatkan juga mata pelajaran
kejuruteraan yang melibatkan pengiraan. Pencapaian Termodinamik dan
Bendalir melalui pencapaian Matematik Kejuruteraan 2 dapat dilihat melalui min
setiap kursus dimana kursus Bendalir mempunyai nilai min yang lebih rendah
daripada Matematik Kejuruteraan 2 dan Termodinamik. Kursus Termodinamik
mempunyai hubungan kuat dengan Kejuruteraan 2 tetapi mempunyai hubungan
yang amat lemah dengan kursus Bendalir. Walaubagaimanapun, Matematik
Kejuruteraan 2 mempunyai hubungan yang negatif dengan kursus Bendalir.

Ini menunjukkan bahawa, pencapaian Matematik Kejuruteraan 2 akan
mempengaruhi pencapaian Termodinamik tetapi tidak mempengaruhi
pencapaian Bendalir. Ini mungkin disebabkan oleh perbezaan kefahaman pelajar
mengenai konsep pengiraan bagi kursus Termodinamik dan Bendalir. Pelajar
mungkin hanya tahu menggunakan formula dalam Termodinamik dan Bendalir
tetapi tidak memahami formula untuk menyelesaikan masalah.
Kajian ini mencadangkan agar kajian diteruskan lagi untuk mengenalpasti punca
permasalahan ini supaya pencapaian pelajar dapat ditingkatkan lagi pada masar
akan datang.

RUJUKAN
Nur Fadlina Mohd Rozi. (2012). Pencapaian Akademik Pelajar Dalam Subjek Yang

mempunyai Konsep Pengiraan Adalah didorong Oleh Faktor Pencapaian
Dalam Subjek matematik Bagi Pelajar DKA3-S2.. Kuching, Sarawak:
DSPACE@Politeknik Kuching Sarawak. (1-7).

Nur Maizatul Azra Mukhtar, Faizal Hashi, Marina Mokhtar, Nor Aimi Abdul Wahab,
Noorezal Atfyinna Mohd Napiah and Suhaiza Hasan. (2017) . Faktor Yang
Mempengaruhi Pencapaian Pelajar Dalam Mata Pelajaran Fizik: Satu Sudut
Pandangan. International Academic Research Journal of Social Science
3(1) 2017 (195-201).

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 313

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Siti Huzaifah Mohamad, Nor Sharidah Mohd Roslan. (2017), Tahap Kebimbangan
Matematik dan Hubungannya Dengan Pencapaian Pelajar di Politeknik
Muadzam Shah, Pahang. e- Proceeding National Innovation and Invention
Competition Through Exhibition 2017.

Siti Noor Asyikin Mohd Razali, Suliadi Firdaus Sufahani, Norazman Arbin (2015).
Pencapaian Kursus Matematik Dan Statistik Di kalangan Pelajar UTHM:
Faktor Mempengaruhi dan Teknik Pengajaran Dan Pembelajaran Yang
Lebih Diminati, Penerbit UTHM, Vol 7 No.2, 2016 Journal of Techno-Social.

Suhailah, S.,Norzihani, Y., Hazida, D., & Dawang, M. (2003). Masalah Pengajaran
Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Pelajar KUTKM : Mengenal pasti
Punca Kelemahan Pelajar Dalam Matematik. Pusat Perkhidmatan
Akademik, Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia Melaka.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 314

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

PRESTASI KURSUS ELECTRICAL ENGINEERING MATHEMATICS
(DBM3023) DAN ENGINEERING MATHEMATICS 2 (DBM2013) DALAM

KALANGAN PELAJAR DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK
KAWALAN (DJK) DI POLITEKNIK MELAKA

Juhaina Mohamad1, Suhaizila Sari2
Politeknik Melaka

[email protected]

ABSTRAK

Pelajar bidang Kejuruteraan Elektrik perlu mempunyai tahap penguasaan yang tinggi dalam
Matematik. Pembelajaran Kejuruteraan Elektrik banyak mengaplikasikan konsep Matematik di
dalam kebanyakan kursusnya. Matematik Kejuruteraan Elektrik (DBM3023) adalah kursus
matematik tahap 3 yang wajib diambil oleh pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik Kawalan
(DJK) di Politeknik Malaysia. Pencapaian prestasi kursus DBM3023 mempunyai kaitan dengan
pencapaian kursus Matematik Kejuruteraan 2 (DBM2013) yang merupakan kursus pra syarat bagi
kursus DBM3023. Walaubagaimanapun, didapati penguasaan pelajar DJK di dalam kursus
DBM3023 tidak mencapai tahap yang cemerlang. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk
mengkaji hubungan prestasi pelajar dalam Kursus DBM3023 dengan keputusan Kursus DBM2013.
Kajian ini juga mengambilkira latar belakang keputusan Matematik dalam Sijil Peperiksaan
Malaysia (SPM). Data diambil daripada keputusan penilaian akhir bagi kursus DBM3023 dan
DBM2013 yang melibatkan 64 orang pelajar kohort kemasukan sesi Jun 2015. Kaedah statistic
yang digunakan adalah analisis diskriptif dan analisis korelasi. Hasil kajian awal menunjukkan
terdapat hubungan yang kuat (r = 0.754) antara prestasi pelajar bagi kursus DBM3023 dengan
kursus DBM2013. Keputusan kajian juga menunjukkan pencapaian pelajar perempuan adalah
lebih baik berbanding pelajar lelaki. Skor min bagi pencapaian DBM2013, DBM3023 dan Matematik
SPM adalah 66.05 [SP=14.3], 66.05 [SP=11.95] dan 6.625 [SP=1.881] masing-masing.

KATA KUNCI: Prestasi, Matematik Kejuruteraan, Keputusan penilaian akhir

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 315

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

1.0 PENGENALAN

Bidang kejuruteraan dengan pembelajaran Matematik adalah sangat sinonim dan
saling memerlukan. Terdapat banyak konsep pembelajaran bidang kejuruteraan
memerlukan aplikasi pengiraan Matematik. Bagi pelajar yang mengambil bidang
kejuruteraan, menguasai Matematik menjadi satu keperluan kepada mereka jika
ingin menguasai bidang kejuruteraan itu sendiri. Menurut Sazhin (1998), pelajar
kejuruteraan seharusnya diterangkan tentang kepentingan matematik dalam
aplikasi kejuruteraan dan kerjaya mereka pada masa akan datang. Secara
asasnya, syarat kemasukan ke bidang kejuruteraan di politeknik adalah
mendapat lima kepujian termasuk Bahasa Melayu dan perlu lulus Matematik
dengan keperluan minimum gred C. Calon juga perlu mendapat sekurang-
kurangnya gred C bagi salah satu mata pelajaran Matematik Tambahan / Kimia
/ Fizik. Selain itu, calon juga perlu lulus sekurang-kurangnya dua (2) mata
pelajaran dalam mana-mana matapelajaran yang lain disamping lulus dengan
memperolehi minimum gred E bagi matapelajaran Bahasa Inggeris (Informasi
Politeknik, 2014).

Pelajar bidang Kejuruteraan Elektronik juga perlu mahir dalam kaedah
pengiraan yang berkaitan dengan konsep elektrik dan elektronik seperti
pengiraan voltan dan rintangan, penyelesaian Penjelmaan Laplace dan
sebagainya. Sekiranya pelajar lemah dalam Matematik, secara tidak langsung
pelajar akan bermasalah untuk menguasai kursus-kursus Kejuruteraan Elektrik
atau Elektronik yang melibatkan aplikasi Matematik. Hal ini akan memberi impak
kepada keputusan akademik pelajar secara keseluruhan. Menurut Dupuis (2012)
dalam kajiannya mendapati wujudnya hubungan yang kuat antara pencapaian
matematik di peringkat sekolah tinggi dan pencapaian statistik di peringkat
kolej. Manakala menurut Norazlina (2015) dalam kajian terhadap 82 orang
pelajar Diploma Elektronik Telekomunikasi di Politeknik Kota Kinabalu
mendapati terdapat hubungan positif yang agak lemah (r = 0.325) antara
pencapaian Matematik di peringkat SPM dengan keputusan peperiksaan akhir
Matematik Kejuruteraan I (DBM1013).

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 316

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

1.1. Penyataan Masalah
Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik Kawalan di Politeknik wajib mengambil
kursus Matematik Kejuruteraan 2 (DBM2013) dan Matematik Kejuruteraan
Elektrik (DBM3023). Menguasai Matematik adalah sangat penting bagi pelajar
Diploma Kejuruteraan Elektronik (DJK). Secara keseluruhannya, pencapaian
pelajar DJK kohort Sesi Jun 2015 dalam kursus DBM2013 dan DBM3023 adalah
dengan purata pelajar mendapat B. Walaubagaimanapun, penguasaan pelajar
terhadap Matematik masih pada tahap yang sederhana. Sepatutnya lebih ramai
pelajar mencapai tahap cemerlang dalam kursus DBM3023 kerana mereka telah
melepasi kursus pra syarat iaitu kursus DBM2013. Ini merupakan satu indikator
bahawa pelajar DJK tidak menguasai Matematik dengan begitu baik. Matematik
dan statistik merupakan subjek dan kursus yang wajib dikuasai oleh setiap
pelajar kerana setiap cabang kerjaya mengaplikasikan teori matematik dan
statistik sama ada di peringkat asas atau tinggi (Razali, 2015).

Penulis menjalankan kajian untuk mengetahui sama ada terdapat
hubungan di antara pencapaian pelajar bagi kursus DBM2013 dengan pencapaian
kursus DBM3023. Selain itu, kajian melibatkan keputusan Matematik SPM pelajar
dan hubungannya terhadap prestasi kursus DBM3023 dan DBM2013. Terdapat
hasil kajian lepas menunjukkan pelajar yang memperolehi keputusan yang lemah
di dalam keputusan matematik tambahan di peringkat sekolah menengah telah
menunjukkan prestasi yang kurang memuaskan di dalam keputusan asas
matematik dan kalkulus di awal tahun peperiksaan di peringkat universiti
(Saudah, 1996; Yudariah & Roselainy, 2001). Kajian yang dilakukan oleh
Francesca and Caterina (2010), Carmona et. al. (2005) dan Anthony (2000) juga
mendapati bahawa terdapat hubungan dan kesan di antara latar belakang
pendidikan matematik dan sikap terhadap pencapaian matematik dan statistik
pelajar.

1.2. Skop kajian
Kajian ini terdiri daripada 64 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik
Kawalan (DJK) Politeknik Melaka kohort Sesi Jun 2015. Ia menggunakan data
instrumen kuantitatif iaitu markah akhir kursus DBM2013 dan DBM3023 serta

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 317

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

keputusan Matematik SPM. Markah bagi kursus DBM2013 diambil pada sesi
Disember 2015 manakala bagi kursus DBM3023 diambil pada sesi Disember 2016.

1.3. Objektif Kajian
Objektif kajian adalah untuk:
i. Menilai prestasi pelajar dalam kursus Engineering Mathematics 2

(DBM2013) dan Electrical Engineering Mathematics (DBM3023) di
kalangan pelajar terhadap jantina.
ii. Menentukan hubungan antara prestasi kursus Engineering Mathematics 2
(DBM2013) dan Electrical Engineering Mathematics (DBM3023)
iii. Menentukan sama ada terdapat hubungan antara prestasi Engineering
Mathematics I (DBM2013) dan Electrical Engineering Mathematics
(DBM3023) terhadap gred matapelajaran matematik dalam Sijil
Peperiksaaan Malaysia (SPM).

2.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kuantitatif iaitu melibatkan
pengumpulan data yang diperoleh daripada Unit Peperiksaan dan Jabatan Hal
Ehwal Pelajar, Politeknik Melaka bagi pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik
Kawalan (DJK) kohort Jun 2015. Kajian ini menggunakan sampel pelajar yang
sama bagi kedua-dua kursus DBM2013 dan DBM3023. Instrumen data ini
merangkumi jantina, jumlah markah keseluruhan bagi kursus DBM2013 sesi
Disember 2015 dan DBM3023 sesi Jun 2016, serta keputusan peperiksaan
Matematik Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM). Kajian ini melibatkan 64 orang
pelajar DJK, Politeknik Melaka. Keputusan pelajar adalah berdasarkan Sistem
Gred Penilaian Politeknik Malaysia (Jadual 1).

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 318

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Jadual 1. Sistem Gred Penilaian Politeknik Malaysia

Markah Nilai Gred Status

Mata

90-100 4.00 A+ Sangat

Cemerlang

80-89 4.00 A Cemerlang

75-79 3.67 A- Kepujian

70-74 3.33 B+ Kepujian

65-69 3.00 B Lulus

60-64 2.67 B- Lulus

55-59 2.33 C+ Lulus

50-54 2.00 C Lulus

47-49 1.67 C- Lulus

44-46 1.33 D+ Lulus

40-43 1.00 D Lulus

30-39 0.67 E Gagal

20-29 0.33 E- Gagal

0-19 0.00 F Gagal

Sumber: Bahagian Penilaian dan Pentaksiran Politeknik 2014

Data ini dianalisis melalui kaedah statistik berperihalan dan analisis korelasi.
Melalui statistik berperihalan dapat menentukan prestasi DBM2013 dan DBM3023
mengikut jantina pelajar dan gred Matematik SPM. Bagi analisis korelasi, korelasi
Pearson digunakan untuk menilai hubungan antara pencapaian Engineering
Mathematics (DBM2013) dan Electrical Engineering Mathematics (DBM3023).

3.0 DAPATAN KAJIAN

3.1 Statistik Berperihalan
Kajian ini melibatkan 64 orang pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik Kawalan
terdiri daripada 43 orang pelajar lelaki dan 21 orang pelajar adalah perempuan.
Merujuk kepada Rajah 1, prestasi pelajar perempuan (median 73) bagi kursus
DBM2013 lebih baik daripada pelajar lelaki (median 62). Kumpulan pelajar lelaki
dan perempuan mempunyai agihan kebolehubahan yang hampir sama.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 319

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Rajah 1. Boxplot jantina bagi DBM2013
Rajah 2 juga menunjukkan prestasi pelajar perempuan bagi kursus DBM3023 lebih
baik daripada pelajar lelaki iaitu nilai median bagi pelajar perempuan ialah 72
dan 62 bagi pelajar lelaki.

Rajah 2. Boxplot jantina bagi DBM3023
Jadual 2 berikut merupakan system penilaian di peringkat SPM dan pembahagian
kategori pelajar mengikut gred pencapaian Matematik SPM.

Jadual 2. Sistem Penilaian di Peringkat SPM

0 40 45 50 55 60 65 70 80 90

Markah - - - - - - -- - -

39 44 49 54 59 64 69 79 89 100

Gred G E D C C+ B B+ A- A A+

Kategor gag Lul Lul Bai Bai Kepuj Kepuj Cemerl Cemerl Cemerl

i al us us k k ian ian ang ang ang

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 320

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Rajah 3 menunjukkan prestasi pelajar bagi kursus DBM2013 mengikut kategori
keputusan matematik SPM. Prestasi DBM2013 bagi kumpulan pelajar kategori
Cemerlang dalam Matematik SPM iaitu yang mendapat gred A+, A dan A- adalah
tertinggi berbanding kategori yang lain. Ini menunjukkan terdapatnya perbezaan
yang ketara antara kumpulan pelajar ini. Walaubagaimanapun, terdapat pelajar
yang cemerlang Matematik SPM tidak mendapat keputusan yang baik bagi kursus
DBM2013.

Rajah 3. Boxplot gred Matematik SPM bagi DBM2013
Bagi DBM3023 juga didapati pelajar dalam kategori Cemerlang Matematik SPM
mencapai prestasi yang lebih baik berbanding pelajar kategori Kepujian dan Baik
dalam Matematik SPM. Kedua-dua Rajah 3 dan 4 menunjukkan bahawa
pencapaian Matematik SPM mempunyai pengaruh yang kuat terhadap pencapaian
kursus DBM2013 dan DBM3023.

Rajah 4. Boxplot kategori SPM bagi DBM3023 | 321
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Jadual 3 di bawah menunjukkan statistik berperihalan bagi pencapaian DBM2013,
DBM3023 dan Matematik SPM. Skor min bagi DBM2013 ialah 66.05 [SP=14.3],
menunjukkan bahawa purata gred pelajar ialah gred B. Markah tertinggi ialah 97
dan markah terendah ialah 41. Manakala skor min bagi DBM3023 ialah 66.05
[SP=11.95], dengan purata gred pelajar ialah gred B. Pencapaian markah
tertinggi pelajar ialah 91 dan markah terendah 41. Skor min bagi Matematik SPM
ialah 6.625 [SP=1.881], mewakili gred purata pelajar ialah B.

Jadual 3. Statistik Berperihalan bagi pencapaian DBM2013, DBM3023 dan

Matematik SPM

N Minimum Maksimum Min Sisihan

piawai

DBM2013 64 41.00 97.00 66.0469 14.30110

DBM3023 64 41.00 91.00 66.0469 11.94754

SPM_MATH 64 3.00 10.00 6.6250 1.88140

3.2. Analisis Korelasi
Kajian yang dijalankan juga menilai analisis korelasi di antara keputusan pelajar
DJK bagi kursus DBM2013 dan DBM3023. Jadual 4 menunjukkan korelasi Pearson
di antara pencapaian DBM2013 dengan DBM3023. Hasilnya, terdapat korelasi
positif yang kuat antara keputusan keseluruhan bagi kursus DBM2013 dan
DBM3023 (=0.754, nilai-p < 0.01). Ini membuktikan bahawa pencapaian dalam
DBM2013 mempunyai hubungan yang kuat dengan pencapaian DBM3023.

Jadual 4. Korelasi Pearson antara pencapaian DBM2013 dengan DBM3023

DBM2013 DBM3023

DBM2013 Pearson 1 .754**
Correlation

DBM3023 Pearson .754** 1
Correlation

**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 322

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
4.0 PERBINCANGAN DAN CADANGAN

Secara keseluruhannya, bagi kursus DBM2013 dan DBM3023 mendapati
pencapaian pelajar perempuan lebih baik daripada pelajar lelaki. Faktor sikap
dan cara belajar yang berbeza di antara pelajar perempuan dan pelajar lelaki
sedikit sebanyak mempengaruhi pencapaian mereka. Kajian ini juga mendapati
adanya korelasi positif yang kuat antara prestasi pelajar antara DBM2013 dan
DBM3023 bagi pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik Kawalan. Kursus DBM2013
merupakan kursus prasyarat bagi kursus DBM3023. Secara tidak langsung
pencapaian dalam DBM2013 akan mempengaruhi pencapaian dalam DBM3023.
Pelajar cemerlang dalam matematik SPM mempunyai prestasi yang baik dalam
DBM2013 dan DBM3023. Sebaliknya, pelajar yang mencapai tahap kepujian dan
baik dalam matematik di peringkat SPM mempunyai prestasi yang agak sederhana
dalam DBM2013 dan DBM3023. Ini menunjukkan terdapatnya hubungan antara
asas pembelajaran matematik di peringkat sekolah dengan kursus matematik di
peringkat diploma.

Kajian ini juga menggambarkan secara purata bahawa pelajar Diploma
Kejuruteraan Elektronik Kawalan di Politeknik Melaka adalah dalam prestasi
sederhana dengan pencapaian gred B bagi kursus DBM2013 dan DBM3023. Kajian
juga menunjukkan bahawa pelajar DJK secara puratanya adalah pelajar yang
mendapat gred B dalam Matematik SPM. Walaubagaimanapun, terdapat kes
terpencil di kalangan pelajar yang cemerlang Matematik SPM mendapat markah
yang rendah dalam pencapaian DBM2013. Begitu juga sebaliknya bagi pencapaian
kursus DBM3023, terdapat pelajar dalam kategori baik Matematik SPM mendapat
gred B+. Ini menunjukkan faktor-faktor lain seperti gaya pembelajaran pelajar
dan teknik pengajaran juga menyumbang kepada prestasi pelajar.

Secara umumnya, syarat kemasukan pelajar ke Politeknik iaitu dengan
mencapai tahap lulus dengan gred minimum C dalam Matematik SPM merupakan
salah satu faktor utama pencapaian pelajar dalam kursus DBM2013 dan DBM3023
dalam kalangan pelajar DJK pada tahap sederhana. Walaubagaimanapun,
peranan pensyarah juga penting dalam memberi galakan dan motivasi kepada

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 323

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

pelajar agar memberikan perhatian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Pensyarah yang komited akan berusaha untuk meraih komitmen pelajar dalam
menyempurnakan tugasan atau kerja kursus agar pelajar mendapat markah
penilaian berterusan yang baik. Markah penilaian berterusan bagi kursus
DBM3023 adalah 60%, berbanding markah penilaian akhir iaitu 40%.

5.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, terdapat hubungan yang kuat di antara prestasi kursus
DBM2013 dan kursus DBM3023 dalam kalangan pelajar DJK di Politeknik Melaka.
Selain itu, prestasi pelajar perempuan dalam kursus DBM3023 dan DBM2013 lebih
baik daripada prestasi pelajar lelaki. Pencapaian pelajar dalam Matematik SPM
juga mempunyai hubungan terhadap prestasi bagi kursus DBM3023 dan DBM2013.

RUJUKAN
Carmona, J., Martinez, R. J., & Sanchez, M. (2005). Mathematical Background

and Attitude toward Statistic in a Sample of Spanish College Students.
Psychological Reports, 97(1), 53-62.

Dupuis, D. M. (2012). A Multi-Institutional Study of the Relationship Between
High School Mathematics Achievement and Performance in Introductory
College Statistics 2. Statistics Educational Research Journal, 11(1), 4-20.

Francesca, C. & Caterina, P. (2010). Cognitive and Non-ognitive Factors Related
to Students’ Statistics Achievement. Statistics Education Research
Journal, 9(1), 6-26.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2014). Informasi Politeknik Malaysia
Edisi Oktober 2014. Permohonan BagiProgram Diploma (pp. 41)

Norazlina, A. d. (2015). Hubungan Pencapaian Matematik SPM terhadap
Keputusan Matematik Kejuruteraan - DBM1013 dan Pencapaian HPNM
Pelajar DET Politeknik Kota Kinabalu. National Innovation and Invention
Competition Through Exhibition (iCompEx'15).

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 324

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Razali, S. N. (2015). Pencapaian Kursus Matematik dan Statistik di Kalangan
Pelajar Uthm: Faktor Mempengaruhi dan Teknik Pengajaran dan
Pembelajaran yang Lebih Diminati. Journal of Techno Social.

Saudah H. (1996). An Analysis of First Year Students’ Achievements in Basic
Mathematics. Unpublished Final Year Project Report, Universiti Teknologi
Malaysia.

Sazhin, S. S. (1998). Teaching Mathematics to Engineering Students. Int. J. Engng
Ed. Vol. 14, No. 2, 145-152.

Yudariah M. Y. & Roselainy A. R. (2001). Mathematics Education in UTM: Learning
from Experience. Jurnal Teknologi, 34(E) 9–24.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 325

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

ANALISIS JURANG KOMPETENSI PELAJAR YANG BERKELAYAKAN
MATEMATIK TAMBAHAN DAN MATEMATIK MODEN DENGAN
MATEMATIK KEJURUTERAAN 1

Khairani Yaakub1, Linawati Razak @ Ali2, Leanna Mohd Yunos3
Politeknik Melaka

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji hubungan dan jurang kompetensi pelajar yang mengambil
Matematik Tambahan dengan pelajar yang tidak mengambil Matematik Tambahan melalui
pencapaian Matematik Kejuruteraan 1. Satu kajian perbandingan telah dijalankan untuk
menentukan perbezaan gender, status gred Matematik Moden dan status gred Matematik
Tambahan terhadap Matematik Kejuruteraan 1. Selain itu, kajian ini juga ingin menentukan topik
yang menjadi pilihan utama pelajar berdasarkan penilaian akhir Matematik Kejuruteraan 1.
Kajian ini hanya melibatkan pelajar Semester 1 dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik
Melaka Sesi Jun 2016 iaitu seramai 67 orang pelajar. Data diperolehi daripada Sistem Pengurusan
Maklumat Politeknik (SPMP) Politeknik Melaka bagi Semester 1 bagi Diploma Kejuruteraan
Mekanikal ambilan Jun 2016. Pembolehubah yang dipertimbangkan adalah markah peperiksaan
akhir Matematik Kejuruteraan 1 untuk 3 soalan pilihan sahaja mengikut topik. Dapatan
menunjukkan bahawa daripada tiga topik yang wajib dijawab, min tertinggi yang diperolehi
adalah soalan bagi topik Asas Algebra (60.57%) dan min yang terendah adalah soalan Pecahan
Separa (29.40%). Bagi soalan pilihan pula, soalan yang mempunyai min tertinggi adalah
Trigonometri (74.90%) dan min yang terendah adalah soalan Nombor Kompleks(16.78%). Kajian
juga mendapati bahawa hanya 11.9% pelajar yang mampu mengekalkan pencapaian DBM 1013
Matematik Kejuruteraan 1 mengikut pencapaian Matematik Tambahan SPM mereka.

Kata Kunci : pencapaian matematik kejuruteraan 1, topik pilihan, hubungan.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 326

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

1.0 PENGENALAN

Disebabkan matematik sangat memainkan peranan dalam kehidupan kita, ia
telah dijadikan sebagai matapelajaran asas di dalam silibus kursus-kursus yang
ditawarkan oleh pusat pendidikan pengajian tinggi awam maupun swasta,
khasnya bagi program-program kejuruteraan. Dalam program Diploma
Kejuruteraan Mekanikal khususnya, matematik adalah tersenarai sebagai
matapelajaran wajib kerana matematik adalah penguat kepada program
kejuruteraan seperti yang dinyatakan oleh Montague & Garderen (2014). Oleh
itu menjadi keperluan untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam
matematik bagi membolehkan mereka berdaya saing dengan pelajar lain dalam
mempelajari matapelajaran yang berkaitan matematik khasnya bagi pelajar
bidang kejuruteraan.

Menurut Profesor Madya Dr.Ishak Bin Baba (2011), pencapaian Matematik
Moden (SPM) untuk kemasukan ke MTUN di peringkat Sarjana Muda bagi tahun
2007/2008 bagi pelajar dari Diploma Politeknik yang mencapai gred A1 hingga ke
C6 adalah hampir 100%. Seramai 46.2 % pelajar mendapat A1 dan seramai 2.5 %
mendapat gred C6 dalam SPM mereka. Pencapaian Matematik Tambahan bagi
kumpulan yang sama, peratusan mereka yang mendapat gred A1 hingga C6 dalam
SPM adalah sebanyak 50 % dengan 0.9 % mendapat A1 dan 24.8 % mendapat C6.
Menurut beliau lagi, keputusan Matematik 1 di MTUN bagi kumpulan pelajar yang
sama, mendapat keputusan yang hampir seragam bagi setiap gred.

Menurut Norazlina binti Ahmad (2014), terdapatnya hubungan yang
signifikan antara pencapaian matematik di peringkat SPM dengan pencapaian
pelajar dalam Peperiksaan Akhir bagi kursus Matematik Kejuruteraan 1
berdasarkan nilai hubungan yang positif namun agak lemah terhadap dua
pembolehubah yang dikaji.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 327

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

1.1 Pernyataan Masalah
Matematik Kejuruteraan 1 DBM 1013 merupakan satu kursus asas kepada semua
kursus kejuruteraan yang melibatkan pengiraan di dalam sistem pengajian di
politeknik. Kod asal kursus ini adalah BA 101 , tetapi telah diubah apabila
terdapat keperluan kepada perubahan silibus kursus ini. Ianya telah digubal
semula bagi memadankan syarat kemasukan yang baharu ke diploma
kejuruteraan. Syarat kemasukan pelajar ke politeknik telah dilonggarkan, iaitu
walaupun tanpa kelulusan Matematik Tambahan dan dengan hanya kepujian
Matematik Moden atau Matematik Tambahan, seorang calon masih boleh
memohon untuk kemasukan ke program diploma kejuruteraan. Matematik
Kejuruteraan 1 DBM1013 mula ditawarkan pada Sesi Jun 2014. Kandungan silibus
telah berubah sebanyak 60% dimana hanya tajuk Asas Algebra dan tajuk
Trigonometri dikekalkan. Sementara tajuk-tajuk Bentuk Piawai, Indeks &
Logarithma , Geometri & Pengukuran dan Geometri Koordinat & Graf digantikan
dengan tajuk Nombor Kompleks, Matriks dan Vektor & Skala. Kajian tentang
pencapaian topik-topik Matematik Kejuruteraan 1 DBM 1013 ini masih belum lagi
dibuat di Politeknik Melaka. Begitu juga hubungan antara pencapaian matematik
peringkat SPM dengan pencapaian Matematik Kejuruteraan 1.

1.2 Objektif Kajian
i) Untuk menentukan prestasi Matematik Kejuruteraan 1 di kalangan gender,

gred matapelajaran Matematik Moden dan status Matematik Tambahan.
ii) Untuk mengenalpasti hubungan prestasi Matematik Kejuruteraan 1

dengan gred matapelajaran Matematik Moden dan Matematik Tambahan.
iii) Untuk menentukan kompetensi matematik dalam topik-topik Matematik

Kejuruteraan 1

1.3 Skop Kajian
Kajian ini hanya melibatkan pelajar Semester 1 dari Jabatan Kejuruteraan
Mekanikal Politeknik Melaka Sesi Jun 2016 iaitu pelajar dari kelas DKM 1A dan
DKM 1B yang mengambil kursus DBM 1013 Matematik Kejuruteraan 1. Jumlah
pelajar yang terlibat adalah seramai 67 orang yang terdiri daripada 59 orang
pelajar lelaki dan 8 orang pelajar perempuan. Dalam penilaian akhir kursus ini

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 328

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

terdapat 3 soalan wajib dan 3 soalan pilihan (pilih 1). Soalan –soalan ini adalah
dari topik-topik berikut :

i) Asas Algebra
ii) Trigonometri
iii) Nombor Kompleks
iv) Matriks
v) Vektor & Skala.

2.0 METODOLOGI KAJIAN

2.1 Kaedah Kajian
Kajian ini dijalankan dalam bentuk kuantitatif di mana pengumpulan data yang
diperolehi daripada Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP) Politeknik
Melaka bagi semester satu bagi Diploma Kejuruteraan Mekanikal ambilan Jun
2016. Data ini merujuk kepada hanya markah peperiksaan akhir Matematik
Kejuruteraan 1 bagi semester Jun 2016 . Markah Penilaian Berterusan bagi
kumpulan sampel ini untuk Matematik Kejuruteran 1 tidak diambilkira atas sebab
kesahihan dapatan yang boleh diragukan.

2.2 Pensampelan
Responden kajian ini terdiri daripada pelajar-pelajar semester satu Diploma
Kejuruteraan Mekanikal ambilan Jun 2016 yang telah menduduki peperiksaan
akhir bagi subjek DBM1013 Matematik Kejuruteraan 1. Jumlah keseluruhan
pelajar ialah 67 orang pelajar yang terdiri daripada 59 orang pelajar lelaki dan
8 orang pelajar perempuan.

2.3 Teknik Pengumpulan Data
Data kajian ini dianalisa dengan menggunakan Analisis Diskriptif dan Korelasi
untuk mengetahui hubungan keputusan matapelajaran Matematik SPM dengan
pencapaian DBM1013 Matematik Kejuruteraan 1, hubungan keputusan
matapelajaran Matematik Tambahan SPM dengan pencapaian DBM1013
Matematik Kejuruteraan 1, hubungan keputusan matapelajaran Matematik
Moden dan Matematik Tambahan SPM dengan pencapaian DBM1013 Matematik

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 329

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Kejuruteraan 1 serta soalan pilihan utama pelajar DBM1013 Matematik
Kejuruteraan 1. Jadual 1 menunjukkan pencapaian pelajar di peringkat SPM
telah dirujuk dan dikelaskan mengikut pekeliling Perubahan Sistem Penggredan
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Mulai Tahun 2009, Kementerian Pelajaran Malaysia
bertarikh 1 Oktober 2009. Manakala jadual 2 adalah markah peperiksaan akhir
DBM1013 Matematik Kejuruteraan 1 dirujuk melalui Pindaan Pelaksanaan Sistem
Gred Baharu Politeknik KPT bertarikh 15 Mei 2012.

Jadual 1 : Gred Sijil Pelajaran Malaysia (Markah, Nilai Mata dan Gred).

40- 45- 50- 55- 60- 65- 70- 80- 90-
Markah 0-39

44 49 54 59 64 69 79 89 100

Nilai 1.75 2.00 2.25 2.50 2.75 3.00 3.25 3.50 3.75 4.0
Mata

Gred G E D C C+ B B+ A- A A+

Nilai 1 2 4 5 7 8 9 10
Gred

Markah Jadual 2: Sistem Gred Baharu Politeknik KPT.
20 30 40 44 47 50 55 60 65 70 75 80
Nilai
Mata 0- 90-
Gred -- - -- -- - -- - -
Nilai
Gred 19 100
29 39 43 46 49 54 59 64 69 74 79 89

0. 0. 0. 1. 1. 1. 2. 2. 2. 3. 3. 3. 4.
4.0

0 3 67 0 3 67 0 3 7 0 3 7 0
F E- E E+ D- D C C+ B- B B+ A- A A+

1 2 4 5 6 7 8 9 10

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 330

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
6.0 DAPATAN KAJIAN

6.1 Statistik Berperihalan
Jumlah keseluruhan pelajar yang terlibat dalam kajian ini ialah 67 orang, yang
terdiri daripada 59 orang pelajar lelaki dan 8 orang pelajar perempuan yang
mengambil kursus DBM 1013 Matematik Kejuruteraan 1 dari Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Melaka Sesi Jun 2016. Berdasarkan Jadual
3, min bagi keputusan Matematik Moden SPM adalah 5.87 dan menunjukkan gred
berada di antara B dan B+. Min untuk keputusan Matematik Tambahan SPM pula
adalah 1.42 iaitu berada pada gred di antara E dan D dan min bagi gred akhir
adalah 5.73 berada pada gred C+ dan B-.

Jadual 3: Keputusan SPM Matematik Moden, Matematik Tambahan

dan Matematik Kejuruteraan 1

N Minimum Maksimum Min S/ Piawai

Keputusan SPM 67 3 9 5.87 1.74
Matematik Moden

Keputusan SPM 53 0 6 1.42 1.29
Matematik 9
5.73 1.75
Tambahan
67 3

Gred Akhir
DBM 1013

Berdasarkan Jadual 4, menunjukkan min keputusan Matematik Tambahan SPM
bagi pelajar perempuan adalah sebanyak 1.71 manakala bagi pelajar lelaki
adalah sebanyak 1.37. Ini menunjukkan pencapaian pelajar perempuan lebih
tinggi berbanding pencapaian pelajar lelaki walaupun bilangan pelajar
perempuan hanya 7 orang berbanding 46 orang pelajar lelaki.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 331

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Jadual 4 : Perbandingan Keputusan Matematik Moden SPM, Matematik

Tambahan SPM Dan Gred Akhir DBM1013 Matematik Kejuruteraan 1 Terhadap

Gender

Jantina N Min S/Piawai
8 5.75 1.75
Keputusan SPM Mat. Moden Perempuan 59 5.88 1.75
7 1.71 1.11
Lelaki 46 1.37 1.32
8 6.63 2.13
Keputusan SPM Mat.Tambahan Perempuan 59 5.61 1.68

Lelaki

Keputusan Gred Akhir Perempuan
DBM 1013 Lelaki

Jadual 5 menunjukkan statistik perihalan kompetensi matematik dalam penilaian
akhir Matematik Kejuruteraan 1. Topik yang wajib dijawab oleh pelajar adalah
Asas Algebra, Vektor & Skala dan Pecahan Separa, manakala topik pilihan ialah
Trigonometri, Matriks dan Nombor Kompleks. Daripada 3 topik yang wajib
dijawab, Asas Algebra mempunyai min tertinggi iaitu 60.57% diikuti Vektor &
Skala sebanyak 44.30% dan Pecahan Separa sebanyak 29.40%. Ini menunjukkan
bahawa peratusan prestasi pelajar dalam Pecahan Separa adalah terendah bagi
soalan wajib. Bagi soalan pilihan pula, Trigonometri mempunyai min yang
tertinggi iaitu sebanyak 74.92 % walaupun hanya 13 orang pelajar sahaja yang
menjawab soalan tersebut. Soalan Matriks sebanyak 41.88% dan soalan Nombor
Kompleks sebanyak 16.78%. Secara keseluruhan, prestasi Trigonometri adalah
yang tertinggi. Ini menunjukkan pelajar dapat menguasai Trigonometri dengan
cemerlang.

Jadual 5: Statistik Perihalan Kompetensi Matematik Dalam Penilaian Akhir
Matematik Kejuruteraan 1 Mengikut Turutan Soalan Peperiksaan

Asas Algebra N Minimum Maksimum Min S/Piawai
Pecahan 67 8 100 60.57 21.31
Separa 67 0 80 29.40 18.69
Vektor & Skala 67 0 100 44.30 26.94
Trigonometri 13 32 100 74.92 26.77

Nombor 11 28 100 62.54 25.05
Kompleks 42 8 100 41.88 29.29
Matriks

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 332

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Jadual 6: Statistik Perihalan Bagi Soalan Pilihan Pelajar.

Soalan Akhir 4(Trigonometri) N Minimum Maksimum Min S/Piawai
13 32.00 100.00 74.92 26.77
Soalan Akhir 5(Nombor 11 28.00 100.00 62.54 25.05
Kompleks)
42 8.00 100.00 41.88 29.29
Soalan Akhir 6(Matriks)

Jadual 6 menunjukkan soalan peperiksaan akhir yang menjadi pilihan pelajar
dimana soalan 4 (Trigonometri) memperolehi min tertinggi sebanyak 74.92.
Walaupun hanya 13 orang pelajar yang memilih untuk menjawab soalan tersebut,
kesemua pelajar mampu menjawab Soalan 4 dengan baik. Terdapat 41 orang
pelajar menjawab Soalan 5 (Nombor Kompleks) dengan min terendah 16.78. Ini
menunjukkan bahawa, walaupun ramai pelajar yang menjawab Soalan 5, tetapi
hanya sebahagian sahaja pelajar yang mampu menjawab soalan tersebut dengan
baik. Soalan 6 (Matriks) pula menunjukkan nilai min 41.88 dimana seramai 42
orang pelajar memilih untuk menjawab tetapi hanya sebahagian sahaja yang
mampu menjawab Soalan 6 dengan betul.

6.2 Analisis Korelasi
Bagi hubungan di antara keputusan Matematik Tambahan dengan keputusan
akhir Matematik Kejuruteraan 1, analisis data adalah menggunakan Korelasi
Pearson. Dapatan analisis adalah r(53) = .346 dan  < .05. Analisis menunjukkan
bahawa wujud hubungan yang lemah di antara keputusan Matematik Tambahan
dengan keputusan akhir DBM 1013 Matematik Kejuruteraan 1. Dapatan ini
menggambarkan bahawa, pelajar berupaya mencapai keputusan Matematik
Tambahan dengan baik tetapi pelajar tidak mampu mencapai keputusan akhir
DBM 1013 Matematik Kejuruteraan 1 dengan baik. Dari dapatan ini juga, nilai
kolerasi penentuan,nilai r2 adalah 0.119. Ini memberi makna bahawa hanya 11.9
peratus pelajar yang mampu mengekalkan pencapaian DBM 1013 Matematik
Kejuruteraan 1 mengikut pencapaian Matematik Tambahan SPM mereka.
Manakala 88.10 peratus pelajar mengalami perubahan pencapaian sama ada
meningkat atau menurun semasa menduduki Matematik Kejuruteraan 1. Bagi
keputusan Matematik Moden SPM dengan keputusan akhir Matematik
Kejuruteraan 1 apabila dianalisis dengan cara yang sama , menunjukkan dapatan

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 333

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

nilai r(67) = .494 dan  > .01. Analisis menunjukkan bahawa wujud hubungan
yang sederhana di antara keputusan Matematik Moden SPM dengan keputusan
akhir DBM 1013 Matematik Kejuruteraan 1. Dapatan ini menggambarkan bahawa,
pelajar berupaya mencapai keputusan Matematik Moden dengan baik dan pelajar
mampu mencapai keputusan akhir DBM 1013 Matematik Kejuruteraan 1 dengan
baik. Dari nilai ini, nilai koleransi penentuan nilai r2 adalah 0.244. Ini bermakna
bahawa 24.4 peratus pelajar yang mampu mengekalkan pencapaian DBM 1013
Matematik Kejuruteraan 1 mengikut pencapaian Matematik Moden SPM mereka.
Manakala 75.6 peratus pelajar mengalami perubahan pencapaian semasa
menduduki Matematik Kejuruteraan 1.

7.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Daripada kajian yang telah dijalankan, didapati untuk prestasi Matematik
Kejuruteraan 1 di kalangan gender, min untuk pelajar perempuan adalah
sebanyak 6.63 manakala min untuk pelajar lelaki adalah sebanyak 5.61. Ini
menunjukkan pelajar perempuan lebih menguasai Matematik Kejuruteraan 1
berbanding pelajar lelaki. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa pencapaian
Matematik Tambahan juga dikuasai oleh pelajar perempuan iaitu min sebanyak
1.71berbanding min untuk pelajar lelaki sebanyak 1.37. Tetapi, bagi pencapaian
Matematik Moden pula min bagi pelajar lelaki adalah sebanyak 5.88 iaitu lebih
tinggi berbanding min pencapaian pelajar perempuan iaitu sebanyak 5.75.
Secara kesimpulan, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pencapaian
Matematik Kejuruteraan 1, Matematik Moden SPM dan Matematik Tambahan SPM
tidak menunjukan perbezaan yang signifikan antara perempuan atau lelaki. Ini
diperkukuhkan lagi melalui kajian oleh Camello (2014) mendapati tiada
perbezaan yang signifikan di antara pencapaian gender lelaki dan perempuan
dalam penilaian OBE kursus matematik.

Dalam menentukan kompetensi matematik dalam topik-topik Matematik
Kejuruteraan 1 pula, soalan Matriks adalah menjadi pilihan utama pelajar
tetapi skor min pencapaiannya adalah paling rendah (41.88). Ini adalah
berlawanan dengan soalan Trigonometri yang paling kurang dipilih oleh pelajar

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 334

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

tetapi mencapai skor min yang tertinggi (74.92). Bagi soalan Nombor Kompleks
pula pencapaian skor min-nya adalah 62.54.

Daripada kajian yang dijalankan, adalah didapati bahawa hubungan
prestasi Matematik Kejuruteraan 1 dengan gred matapelajaran Matematik
Moden dan Matematik Tambahan adalah tidak signifikan. Hubungan antara
Matematik Kejuruteraan 1 dengan gred Matematik Moden adalah sebanyak 0.494
iaitu lebih tinggi dari nilai signifikan iaitu 0.01. Begitu juga tidak ada nilai
signifikan bagi hubungan antara Matematik Kejuruteraan 1 dengan gred
Matematik Tambahan.Nilai kolerasi antara keduanya adalah sebanyak 0.346
berbanding dengan nilai signifikan iaitu 0.01 . Ini menunjukkan bahawa
pencapaian Matematik Moden dan Matematik Tambahan SPM tidak memberi
kesan yang nyata kepada pencapaian Matematik Kejuruteraan 1 pelajar
berkenaan. Ini di perkukuhkan lagi oleh dapatan Bakri (et al. 2005) yang
menyatakan bahawa pencapaian yang cemerlang dalam SPM tidak menjadi faktor
kepada pencapaian cemerlang di masa akan datang.

Adalah dicadangkan untuk kajian yang akan datang agar dapat mengkaji
apakah faktor-faktor yang menyebabkan hubungan antara matematik SPM dan
matematik kejuruteraan adalah lemah dan juga satu kajian tentang mengapa
soalan yang menjadi pilihan utama pelajar tetapi ia masih tidak mampu
mencapai keputusan yang terbaik.

RUJUKAN
Bakri, N., Zainab, N., Razak, A. B. D., K, H. A. B. R., Hj, A., & Khalid, A. (2005).

Punca Prestasi Pembelajaran Yang Lemah Di Kalangan Pelajar Fakulti
Pengurusan Dan Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai, Johor, 43, 29–44.
Camello, N. C. (2014). Factors Affecting the Engineering Students ’ Performance
in the OBE Assessment Examination in Mathematics, 3(2), 87–103.
Leonard, C.B., & Lawrence, B.W. (1999). Math and Mathematician: The history
of Math Discovery Around the World. Detroit MI: UXL.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 335

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Montague, M., & Garderen, D. Van. (2014). A Cross-Sectional Study of
Mathematics Achievement , Self-Perception in Students of Varying Ability,
36(December), 437–448.

Norazlina binti Ahmad, A. bin T. (2014). Hubungan Pencapaian Matematik SPM
Terhadap Keputusan Matematik Kejuruteraan - Dbm1013 Dan Pencapaian
Hpnm, 1–7.

Norhani, B., Noor, Z.., Hamidah,A.R., & Aminah, A.K.(2005). Punca Prestasi
Pembelajaran Yang Lemah Di Kalangan Pelajar Fakulti Pengurusan Dan
Pembangunan Sumber Manusia. Jurnal Teknologi, 43(E) Dis. 2005 29-44.

Profesor Madya Dr.Ishak Bin Baba. (2011). Kajian Mengenai Tahap Pencapaian
Pelajar Laluan Diploma Politeknik Berbanding Pelajar Laluan Diploma IPT,
Matrikulasi/Asasi Dan STPM Yang Melanjutkan Pengajian Diperingkat
Sarjana Muda Di Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia Bagi Fasa II, 1–81.

Gred politeknik http://mypoliteknik.edu.my/index.php/mengenai-kami/berita-
dan-hebahan/muat-turun/80-pindaan-pelaksanaan-sistem-gred-baharu-
politeknik-kpt/file.html

Gred SPM https://www.scribd.com/document/156661182/Sistem-Gred-SPM

http://nutp.org/new/sites/default/files/Bil.%2042009%20_0.pdf

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 336

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

KAJIAN TAHAP KEPIMPINAN DAN KERJA BERKUMPULAN PELAJAR-
PELAJAR PROGRAM PASTRI DI KOLEJ KOMUNITI SELAYANG

Adawiyah binti Razali1, Rahayu binti Taha2
Kolej Komuniti Selayang
[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kepimpinan dan kerja kumpulan pelajar-
pelajar program Pastri di Kolej Komuniti Selayang di dalam bidang akademik dan bukan
akademik. Ia merangkupi tahap kepimpinan, tahap kerja berkumpulan dan tahap komunikasi
bersama rakan di institusi. Sampel kajian ialah seramai 80 orang melalui pengumpulan
data menggunakan soal selidik dan analisa data melalui deskriptif min. Dapatan kajian
menunjukkan tahap kepimpinan pelajar- pelajar Sijil Pastri, min bacaan tinggi aktif memberi
idea dan pendapat 4.50. Demografi merupakan salah satu sebab bacaannya tinggi kerana
bilangan perempuan lebih ramai berbanding lelaki. Manakala bagi kerja berkumpulan pelajar
pastri ini, min tinggi 4.21 iaitu masih memerlukan bimbingan dari pensyarah. Ini kerana
pelajar tidak berasa yakin dengan pemahaman dan kemahiran yang ada. Dari segi tahap
komunikasi, pelajar kurang motivasi diri untuk bercakap dan memberi pendapat di hadapan
orang lain dengan b a c a a n min tinggi iaitu 4.95. Justeru, kajian ini perlu diteruskan lagi
untuk melihat sejauhmanakah kepimpinan dan kerja kumpulan dipertingkatkan di kalangan
pelajar program Pastri untuk menjadi pemimpin yang berketermpilan di suatu hari nanti.

Kata Kunci: Kepimpinan, Kerja Kumpulan,Komunikasi, Motivasi diri,

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 337

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
1.0 PENGENALAN

Kebolehan dari segi kepimpinan atau bertindak sebagai ketua merupakan salah
satu aspek penting dalam pembentukan masyarakat yang bersatu padu. Oleh
yang demikian, kepemimpinan yang cemerlang juga merupakan wadah bagi
menguatkan perpaduan antara kaum, mengelakkan konflik dan memangkin
rakyat sesebuah negara itu bergerak mencapai matlamat yang sama di samping
mampu mempengaruhi mereka untuk menjadi warga yang baik (Mohd. Dom, 2011
dan Ahmad, Ghazali & Hassan, 2011). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-
2010 juga menggariskan pembentukan jati diri yang perlu dititik beratkan dalam
melahirkan individu yang berkarisma mengikut acuan Malaysia seiring dengan
kebolehan memimpin mereka (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2006). Kajian
oleh Lussier & Achua (2007) dan Wictor & Andersson (2012) menyatakan bahawa
sebuah negara itu dilihat berjaya, berdaya maju dan disegani adalah disebabkan
oleh pemimpinnya yang mempunyai kemahiran kepimpinan yang tinggi. Menurut
Rosnah Ishak et.al (2014), Pengetua Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) telah
mengamalkan amalan kepimpinan organisasi pembelajaran dengan memuaskan.
Amalan kepimpinan organisasi pembelajaran memberi lebih penekanan kepada
peranan kepimpinan sekolah untuk menyediakan ruang dan peluang yang dapat
menyokong pembelajaran guru, menjadi model pembelajaran, menggalakkan
inovasi, memberikan penghargaan dan pengiktirafan sepenuh hati serta
membangunkan potensi warga sekolah secara berterusan. Justeru, semua
pemimpin sekolah perlu mengambil contoh daripada amalan kepimpinan
Pengetua SBT untuk dilaksanakan di sekolah masing-masing.

Tang Keow Ngang et.al (2014), dapatan kajian telah membuktikan bahawa
wujudnya hubungan antara amalan kepemimpinan kemahiran insaniah dengan
pengurusan kurikulum. Seseorang pengetua harus mengamalkan kelapan-lapan
komponen kepemimpinan kemahiran insaniah, iaitu kemahiran kolaborasi/kerja
berpasukan, kemahiran komunikasi, kemahiran inisiatif, keberkesanan
kendiri/penguasaan kendiri, kemahiran kepemimpinan, kemahiran perancangan
dan pengelolaan, kemahiran persembahan, dan kemahiran pembangunan
kemanusiaan/kejurulatihan. Pengetua yang memiliki kemahiran insaniah

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 338


Click to View FlipBook Version