The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Prosiding Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat 2017 (Jilid 1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search

ePSH 2017

Prosiding Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat 2017 (Jilid 1)

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

1.0 LATAR BELAKANG

Kesejahteraan merujuk kamus dewan Bahasa dan pustaka edisi keempat adalah
keselamatan, kesenangan (hidup dan lain-lain), kesentosaan, ketenteraman
manakala psikologi merujuk kamus dewan edisi keempat adalah pola pemikiran
dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu.

Myers, Sweeney, and Witmer (dalam Nurul Aini Mudayat 2014), membuat
kesimpulan bahawa kesejahteraan adalah satu cara hidup yang berorientasikan
ke arah kesihatan dan kesejahteraan yang optimum, di mana fizikal, minda dan
spiritual disepadukan oleh individu untuk kehidupan yang lebih berkualiti di
dalam masyarakat. Secara idealnya, ia merupakan kesihatan dan kesejahteraan
yang optimum di mana setiap individu berkebolehan untuk mencapainya.

Ryff (1989) telah merumuskan dan membentuk enam dimensi
kesejahteraan psikologi, iaitu (i) penerimaan diri, (ii) hubungan yang positif
dengan orang lain, (iii) autonomi, (iv) penguasaan persekitaran, (v) mempunyai
tujuan dalam hidup dan (vi) adanya pertumbuhan dan perkembangan diri yang
berterusan.

Ryff, (1995) melihat kesejahteraan psikologi apabila seseorang mendapat
kebahagiaan, kepuasan hidup dan tidak adanya gejala-gejala kemurungan. Ryan
& Deci (2001) menjelaskan keadaan yang dapat mempengaruhi kesejahteraan
psikologi seseorang adalah, kemampuan ekonomi, pekerjaan, pendidikan, anak,
kehidupan masa kecil seseorang, serta kesihatan fizikal.

1.1 Penyataan Masalah

Sehingga April 2017, terdapat sebanyak 220 orang pelajar telah mendaftar
sebagai pelajar di Kolej Komuniti Jempol bagi pengajian sesi Mac 2017. Bermula
pada tahun 2013, pengambilan pelajar dilaksanakan sebanyak tiga kali setahun
iaitu pada bulan Mac, Julai dan November.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 89

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Pengambilan pelajar bagi Sijil Kolej Komuniti (SKK) di Kolej Komuniti
Jempol secara rasminya bermula pada Julai 2013, di mana norma tahunan kolej
pada ketika itu adalah sebanyak 360 orang pelajar setahun. Walau
bagaimanapun, bermula sesi Mac 2017, norma pengambilan pelajar baharu bagi
kolej ini adalah sebanyak 300 orang pelajar.

Kelayakan minimum bagi kemasukan pelajar ke kolej ini adalah dengan
lulus SPM sahaja bermula pada sesi pengambilan Mac 2016. Terdapat juga di
kalangan pelajar kolej ini yang pernah belajar di peringkat sijil di institusi lain
dan memasuki kolej ini atas alasan tertentu.

Setiap kali sesi pengajian bermula, masalah ketidakhadiran pelajar ke
kelas tanpa sebab sering berlaku. Jadual 1 menunjukkan statistik surat amaran
ketidakhadiran para pelajar bagi setiap sesi pengajian di Kolej Komuniti Jempol.

Jadual 1. Statistik Bilangan Surat Amaran Ketidakhadiran Pelajar Ke Kelas Bagi

Setiap Sesi Pengajian

Bil. Sesi pengajian Jumlah surat amaran ketidakhadiran

1. Mac 2017 56 (data sehingga April 2017)

2. November 2016 114

3. Julai 2016 75

4. Mac 2016 74

5. November 2015 102

6. Julai 2015 85

7. Mac 2015 43

8. November 2014 71

Situasi ini terjadi mungkin disebabkan faktor-faktor motivasi diri dan juga sikap
seseorang pelajar dalam mematuhi disiplin yang telah ditetapkan. Menurut Duke
(dalam Nor Azida Binti Mansor, Siti Hasanah Binti Ahmad Shah, Hanimarlia Binti
Hassan 2002), setiap individu bertanggungjawab di atas perlakuannya sendiri.
Menurut Tan Kui Ngor (2006) dalam kajian yang sama, menegaskan individu yang
mempunyai kemahuan tinggi untuk kejayaan adalah lebih berkesanggupan

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 90

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

(bermotivasi) dalam menghadapi kerja-kerja bercorak cabaran yang boleh
menguji keupayaannya. Tetapi bagi pelajar-pelajar yang gemar ponteng kelas
pengajian adalah sebaliknya. Mereka tidak mempunyai kemahuan yang tinggi
untuk berjaya kerana mereka tidak yakin pada diri mereka yang mereka boleh
berjaya seperti orang lain sekiranya mereka berusaha bersungguh-sungguh.

Sekiranya perkara ini tidak diambil serius ini secara tidak langsung akan
menyumbang ke arah penghasilan tenaga mahir yang tidak berkualiti untuk
memangkin pembangunan dan kemajuan negara pada masa akan datang dan ke
manakah hala tuju mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup sekiranya
mereka kekal dengan sikap mereka yang tidak bersungguh-sungguh terhadap
peluang belajar di kolej ini.

Berdasarkan kepada kajian Ismail Daros (dalam kajian Nor Azida Binti
Mansor et. al ( t.t) di antara faktor berlakunya ketidakhadiran pelajar ke kelas
adalah disebabkan faktor keluarga di mana kelemahan sosialisasi dalam keluarga
dan tiada galakan daripada ibu bapa membuatkan pelajar tidak mempunyai
semangat untuk belajar dan berasa bosan terhadap institusi pendidikan.

Mohd Nor (dalam kajian Johari Bin Hassan & Nik Selma Bt Muhammad (t.t)
mendapati bahawa status sosioekonomi keluarga yang ditentukan oleh pekerjaan
ibu bapa menjadi penyumbang kepada pelajar untuk melakukan salah laku
ponteng sekolah. Daripada dapatan kajian ini juga mendapati ibu bapa responden
tidak dapat memberikan duit poket yang mencukupi untuk berbelanja di sekolah.
Mutalib (1986) dalam kajian yang sama menyatakan bahawa saiz keluarga ada
hubungan dengan kehadiran pelajar ke sekolah. Keluarga besar didapati
mengalami masalah kesulitan wang dan aspek sosiologi yang tidak teratur

Walau bagaimanapun, dalam kajian ini permasalahan dari sudut kekangan
kewangan keluarga serta faktor pemilihan utama kolej ini sebagai insitusi
pengajian cuba dilihat samada mempunyai hubungan dengan kesejahteraan
psikologi pelajar yang membawa kepada berlakunya masalah ketidakhadiran
pelajar ke kelas atau sebaliknya.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 91

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Oleh itu, satu kajian dibuat bagi melihat tahap kesejahteraan psikologi di
kalangan pelajar Kolej Komuniti Jempol berdasarkan kepada enam dimensi
kesejahteraan psikologi yang telah dibangunkan oleh ryff pada tahun 1989 iaitu;

1. penerimaan kendiri,
2. hubungan positif dengan orang lain,
3. autonomi,
4. penguasaan persekitaran,
5. matlamat hidup
6. pertumbuhan personal.

1.2 Objektif Kajian

1. Melihat tahap kesejahteraan psikologi di kalangan pelajar Kolej Komuniti
Jempol

2. Melihat hubungan tahap kesejahteraan psikologi pelajar Kolej Komuniti
Jempol dengan latarbelakang pendapatan isi rumah

3. Melihat hubungan tahap kesejahteraan psikologi pelajar Kolej Komuniti
Jempol berbanding dengan faktor pemilihan Kolej komuniti sebagai pilihan
pengajian.

1.3 Persoalan Kajian

2. Apakah tahap kesejahteraan psikologi di kalangan pelajar Kolej Komuniti
Jempol

3. Apakah terdapat hubungan antara tahap kesejahteraan psikologi pelajar
kolej ini dengan latar belakang pendapatan isi rumah

4. Apakah terdapat hubungan antara tahap kesejahteraan psikologi pelajar
kolej ini dengan faktor pemilihan kolej ini sebagai pilihan pengajian

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 92

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
2.0 KAJIAN LEPAS

Nurul Aini Mudayat dan Fatanah Mohamed (2014) mengkaji tahap Kesejahteraan
Psikologi Dalam Kalangan Warga Emas Di Rumah Perlindungan Orang Tua Di
Selangor. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesejahteraan
psikologi dalam kalangan warga emas di rumah perlindungan orang tua. Di
samping itu, kajian ini adalah untuk melihat perbezaan tahap kesejahteraan
psikologi mengikut jantina dan melihat hubungan antara tahap kesejahteraan
psikologi dengan umur dalam kalangan warga emas yang tinggal di rumah
perlindungan orang tua.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesejahteraan psikologi
responden berada pada tahap sederhana. Ini berkemungkinan kerana warga tua
tersebut tidak atau kurang mendapat perhatian,sokongan dan kasih sayang
daripada ahli keluarga.

Hasil dapatan kajian juga mendapati bahawa warga emas perempuan
mempunyai tahap kesejahteraan psikologi yang lebih tinggi berbanding warga
emas lelaki. Ini berbeza dengan hasil dapatan kajian Nor Ezdianie Omar yang
mengkaji tahap kesejahteraan psikologi di kalangan pelajar IPTS di negeri
Kelantan di mana hasil dapatan kajiannya menunjukkan bahawa pelajar lelaki
mencatat skor min kesejahteraan psikologi yang lebih tinggi berbanding pelajar
perempuan. Perbezaan tersebut adalah signifikan iaitu t(385)=2.07, p< .05.
Keadaan ini berlaku mungkin kerana responden berada di tempat dan situasi yang
berbeza dengan keadaan di rumah orang-orang tua, yang tidak diberi perhatian
oleh ahli keluarga.

Walau bagaimanapun, ryff (1989) mendapati terdapat perbezaan tahap
kesejahteraan psikologi pada individu dari pelbagai kelompok umur. Dapatan ini
juga menunjukkan bahawa tidak terdapat hubungan antara umur dengan tahap
kesejahteraan psikologi. Ini mungkin kerana latar belakang seseorang individu
berbeza mengikut acuan yang diterapkan oleh ahli keluarganya. Selain itu juga,
ianya bergantung kepada individu untuk menghadapi persekitaran yang

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 93

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

dilaluinya. Penyesuaian diri individu dalam apa jua keadaan, kerasionalan
individu dalam berdepan dengan masalah dan cabaran turut meyumbang kepada
kesejahteraan psikologi seseorang tidak kira peringkat umur.

3.0 METODOLOGI

Kajian ini dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik ke atas 140 orang
pelajar Kolej Komuniti Jempol. Jumlah pelajar bagi sesi pengajian Mac 2017
adalah sebanyak 220 orang. Berdasarkan kepada jadual krejcie and morgan,
sampel yang sewajarnya digunakan bagi saiz populasi 220 adalah sebanyak 140
sampel.

Inventori Ryff 1989 yang telah diolah mengikut kesesuaian semasa telah
digunakan untuk mengukur tahap kesejahteraan psikologi di kalangan pelajar
Kolej Komuniti Jempol. Inventori ryff merupakan skala kesejahteraan psikologi
yang telah digunakannya untuk mengkaji tahap kesejahteraan psikologi yang
meliputi enam dimensi utama iaitu (i) penerimaan kendiri, (ii) hubungan positif
dengan orang lain, (iii) autonomi, (iv) penguasaan persekitaran, (v) matlamat
hidup dan (vi) pertumbuhan personal.

Bagi setiap dimensi, terdapat 7 soalan dan terdiri daripada 6 skala
pemilihan jawapan. Maka, jumlah soalan bagi inventori ini adalah sebanyak 42
soalan. 42 soalan ini kemudiannya diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu
berdasarkan kepada pemahaman maksud ayat dan turut dibandingkan dengan
aplikasi kemudahan terjemahan atas talian

Setelah terjemahan dibuat, kajian rintis telah dijalankan ke atas 30 orang
pelajar Kolej Komuniti Jempol. Nilai kebolehpercayaan terhadap alat kajian ini
iaitu, Alpha Cronbach’s yang diperolehi adalah 0.834.

Data kajian ini dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social
Sciences (SPSS) versi 19. Bagi soalan negatif, skor telah diterbalikkan terlebih
dahulu. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 94

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

diskriptif bagi maklumat demografi responden dan skor tahap kesejahteraan
psikologi. Ujian korelasi pearson digunakan bagi melihat hubungan kesejahteraan
psikologi dengan latarbelakang pendapatan isi rumah serta faktor pemilihan Kolej
komuniti sebagai pilihan pengajian.

4.0 DAPATAN KAJIAN

Skor min yang diperolehi bagi tahap kesejahteraan psikologi yang terdiri daripada
enam dimensi di kalangan pelajar Kolej Komuniti Jempol adalah sebanyak 3.45.
Penentuan tahap kesejahteraan psikologi adalah berdasarkan kepada jadual
interpretasi skor min yang yang dibina oleh Jamil Ahmad (1993). Jadual
interpretasi skor min telah digunakan seperti dalam jadual 2.

Jadual 2 . Interpretasi Skor Min

Skor min Interpretasi

1.00 hingga 2.33 Tahap Rendah
2.34 hingga 3.66 Tahap Sederhana
3.67 hingga 5.00
Tahap Tinggi

Jadual 3 . Min Skor Bagi Setiap Dimensi Kesejahteraan Psikologi

Dimensi Kesejahteraan Psikologi Skor min yang Interpretasi

ditukar kepada

skala 1-5

Autonomi 3.23 Sederhana

Penguasaan Persekitaran 3.42 Sederhana

Pertumbuhan Peribadi 3.62 Sederhana

Hubungan Positif Dengan Orang 3.49 Sederhana

Lain

Matlamat Hidup 3.53 Sederhana

Penerimaan Kendiri 3.44 Sederhana

Nilai skor min 3.45 menunjukkan bahawa tahap kesejahteraan psikologi di

kalangan pelajar Kolej Komuniti Jempol berada pada tahap sederhana.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 95

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Jadual 4. Hubungan tahap kesejahteraan psikologi dengan faktor pemilihan

Kolej komuniti Jempol sebagai institusi pengajian

Kesejahteraan psikologi

Faktor pemilihan Kolej r p

Komuniti Jempol sebagai -0.101 .234
institusi pengajian

*Signifikan pada p < 0.05 ( 2-tailed)

Jadual 4 menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang tidak signifikan antara
faktor utama pemilihan Kolej Komuniti Jempol sebagai tempat pengajian dengan
tahap kesejahteran psikologi kalangan pelajar kolej ini apabila nilai p > 0.05, r=-
0.101
Ini bermakna faktor pemilihan kolej ini sebagai institusi pengajian bukan faktor
utama yang mempengaruhi tahap kesejahteraan psikologi di kalangan pelajar dan
seterusnya menyumbang kepada ketidakhadiran pelajar ke kelas.
Jadual 5 menunjukkan hubungan tahap kesejahteraan psikologi pelajar kolej ini
dengan latar belakang pendapatan isi rumah.

Jadual 5. Hubungan tahap kesejahteraan psikologi pelajar Kolej Komuniti
Jempol dengan latar belakang pendapatan isi rumah

Kesejahteraan psikologi

Latar belakang pendapatan isi r p

rumah .086 .310

*Signifikan pada p < 0.05 ( 2-tailed)

Terdapat hubungan yang tidak signifikan antara faktor latar belakang pendapatan
isi rumah dengan tahap kesejahteraan psikologi di kalangan pelajar kolej
komuniti jempol, r= .086, p>0.05.
Ini menunjukkan faktor latar belakang pendapatan isi rumah tidak mempengaruhi
tahap kesejahteraan psikologi di kalangan pelajar Kolej Komuniti Jempol.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 96

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
5.0 PERBINCANGAN

Berdasarkan kepada dapatan kajian yang diperolehi, tahap kesejahteraan
psikologi di kalangan pelajar Kolej Komuniti Jempol berada pada tahap
sederhana. Dalam kajian ini, masalah ketidakhadiran ke kelas dikaitkan dengan
tahap kesejahteraan psikologi di kalangan pelajar Kolej Komuniti Jempol.
Berdasarkan kepada kajian terdahulu, hal ini berpunca daripada pelbagai faktor.

Menurut Bordbar et al. (2011) kesejahteraan psikologi merupakan suatu
konsep yang bersifat multidimensi kerana terdapat banyak aspek-aspek istimewa
seperti keyakinan, kawalan kendiri, rasa kepentingan, bebas daripada kegagalan,
keresahan dan kesunyian.

Ryan dan Deci (2000), yang menyatakan bahawa seseorang pelajar akan
lebih terdorong untuk belajar lebih gigih apabila keperluan psikologi asas mereka
dapat dipenuhi. Lubans et al. (dalam kajian Allya Cassandra Alim et al.2016)
turut mendapati bahawa keperluan psikologi asas mempunyai hubungan dengan
kesejahteraan psikologi dalam kalangan pelajar universiti.

Dalam kajian Johari Bin Hassan & Nik Selma Bt Muhammad (t.t) turut
mendapati faktor-faktor ponteng sekolah adalah faktor guru, sikap pelajar, rakan
sebaya dan ibu bapa merupakan faktor-faktor yang banyak mempengaruhi
pelajar pelajar terlibat dengan gejala ponteng sekolah.

Menurut Chang dalam kajian (dalam kajian Allya Cassandra Alim et
al.2016) berdasarkan kepada kajian yang pernah dilakukan dalam kalangan
pelajar di Selatan Taiwan, faktor demografi, konflik dalaman keluarga dan
kurangnya sokongan daripada keluarga telah dikenal pasti sebagai faktor utama
yang mempengaruhi tahap kesejahteraan psikologi seseorang.

Berdasarkan kepada dapatan kajian, didapati tiada hubungan yang
signifikan antara latar belakang pendapatan isi rumah dan faktor pemilihan kolej
ini sebagai institusi pengajian dengan tahap kesejahteraan psikologi di kalangan

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 97

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

pelajar kolej ini. Ini menunjukkan faktor ini bukan faktor yang mempengaruhi
tahap kesejahteraan psikologi kalangan pelajar kolej ini.

Berdasarkan jadual 6 yang diperolehi daripada maklumat demografi
responden,majoriti pelajar kolej ini terdiri daripada latar belakang julat
pendapatan isi rumah sekitar RM1001 hingga RM2000. Secara keseluruhan,
pendapatan isi rumah bawah RM3000 adalah sebanyak 86.43%.

Jadual 6 : Kekerapan Dan Peratus Julat Latar Belakang Pendapatan Isi Rumah

Di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Jempol

Julat pendapatan isi rumah Kekerapan Peratus (%)

<RM1000 39 27.9

RM 1001-RM2000 51 36.4

RM 2001-RM3000 31 22.1

RM3001-RM4000 7 5.0

RM 4001-RM5000 10 7.1

> RM 5001 2 1.4

Jumlah 140 100.0

Ryan & Deci (2001) menjelaskan keadaan yang dapat mempengaruhi
kesejahteraan psikologi seseorang adalah, kemampuan ekonomi, pekerjaan,
pendidikan, anak, kehidupan masa kecil seseorang, serta kesihatan fizikal.
Menurut Tengku Aizan Hamid (2001), Latar belakang pendapatan mempengaruhi
kesejahteraan psikologi pelajar. Anak dewasa muda dan ibu bapa yang
berpendapatan tinggi mempunyai kualiti hubungan yang rendah.

Sebaliknya, Mohd Nor (dalam kajian Johari Bin Hassan & Nik Selma Bt
Muhammad (t.t) mendapati bahawa status sosioekonomi keluarga yang
ditentukan oleh pekerjaan ibu bapa menjadi penyumbang kepada pelajar untuk
melakukan salah laku ponteng sekolah. Daripada dapatan kajian ini juga
mendapati ibu bapa responden tidak dapat memberikan duit poket yang
mencukupi untuk berbelanja di sekolah. Mutalib (1986) dalam kajian yang sama
menyatakan bahawa saiz keluarga ada hubungan dengan kehadiran pelajar ke

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 98

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

sekolah. Keluarga besar didapati mengalami masalah kesulitan wang dan aspek
sosiologi yang tidak teratur

Walaubagaimanapun, menurut Norazida et al. (2015) masalah kemiskinan
juga menyebabkan pelajar-pelajar tidak hadir ke kelas kerana bekerja sambilan
sehingga larut malam untuk menampung kos kehidupan. Menurut Norhasilah et
al. (2012), pelajar yang bermasalah kebiasaannya datang dari keluarga yang tidak
harmoni. Kesibukkan ibubapa menyebabkan, anak-anak bebas melakukan apa
sahaja termasuk mengabaikan pelajaran. Nilai kekeluargaan ini amat penting
untuk pembesaran dan perkembangan emosi kanak-kanak.

Jadual 7 yang diperolehi daripada maklumat demografi responden
menunjukkan bahawa majoriti daripada mereka memilih Kolej Komuniti Jempol
sebagai institusi pengajian disebabkan oleh minat mereka terhadap bidang yang
dipilih iaitu sebanyak 57.9%. Seterusnya diikuti oleh faktor ketiadaan institusi
lain sebanyak 21.4%, faktor pilihan ibubapa sebanyak 12.9%, faktor kewangan
sebanyak 4.3%, manakala faktor lokasi dan ikut rakan-rakan masing-masing
adalah sebanyak 2.9% dan 0.7%.

Jadual 7. Kekerapan Dan Peratus Faktor Pemilihan Kolej Komuniti Jempol

Sebagai Institusi Pengajian Di Kalangan Pelajar

Faktor pemilihan kolej komuniti jempol Kekerapan Peratus (%)

sebagai pilhan pengajian

Minat 81 57.9

Tiada Pilihan Institusi Lain 30 21.4

Pilihan Ibu Bapa 18 12.9

Faktor Kewangan 6 4.3

Lokasi Institusi 4 2.9

Ikut Rakan-Rakan 1 0.7

Jumlah 140 100.0

Ini menunjukkan bahawa faktor pemilihan Kolej Komuniti Jempol sebagai pilihan

pengajian tidak mempengaruhi tahap kesejahteraan psikologi di kalangan

pelajar Kolej Komuniti Jempol bagi pelajar sesi semasa.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 99

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Rata-rata daripada mereka memilih kolej ini kerana minat terhadap
program pengajian yang ditawarkan. Masalah ketidakhadiran ke kelas mungkin
disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti persekitaran kolej, kemudahan PdP,
kaedah penyampaian PdP yang kurang menarik, faktor pensyarah dan
seumpamanya yang secara tidak langsung mengganggu psikologi para pelajar.

Menurut Nor Azida et al. (t.t), faktor paling mempengaruhi
ketidakhadiran pelajar adalah faktor prasarana. Berdasarkan kajian Nurzatil
Ismah Azizan et al. (2015) antara faktor penyumbang kepada pemilihan sesebuah
institusi pengajian tinggi ialah perkhidmatan yang cekap dan efisyen. Ia
termasuklah proses pengajaran dan pembelajaran, komunikasi di antara staf
pentadbiran dengan pelajar dan lain-lain yang melibatkan perkhidmatan.

Menurut Osterman (dalam kajian Allya Cassandra Alim et al.2016)
seseorang pelajar akan lebih terdorong untuk belajar lebih gigih apabila
keperluan psikologi asas mereka dapat dipenuhi. Hoffman (1996), menyatakan
keluarga telah membentuk personaliti individu sejak kecil dan terus memberikan
pengaruh yang amat besar kepada tingkahlaku, sikap dan pemikiran
seseorang di alam dewasa. Maka, persekitaran yang terdekat dan terpenting buat
remaja adalah keluarga mereka. Keluarga memainkan peranan penting dalam
membentuk seseorang remaja.

Menurut Fatanah (1997), hubungan kekeluargaan yang baik berkait rapat
dengan kesejahteraan hidup remaja dari aspek-aspek kepuasan hidup, konsep
kendiri, tingkah laku dan pencapaian akademik.

Menurut Davis (1998), individu yang mendapatkan sokongan sosial memiliki
tahap kesejahteraan psikologi yang lebih tinggi. Sokongan ini datang dari
pelbagai sumber seperti pasangan, keluarga, rakan sekerja, organisasi sosial dan
persekitaran. Semakin baik sokongan sosial yang diperoleh individu, semakin baik
tahap kesejahteraan psikologi mereka. Tahap kesejahteraan psikologi yang
rendah mungkin disebabkan oleh kurangnya sokongan sosial. Hal ini seperti yang
dinyatakan oleh Tengku Aizan Hamid (2001), bahawa anak dewasa muda juga
jarang menerima sokongan sosial.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 100

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Untuk meningkatkan tahap kesejahteraan psikologi individu, mereka perlu
diberi latihan cara menangani tekanan, berfikiran positif dan kemahiran daya
tindak cara menyelesaikan masalah (Arulrajah, 2005).

6.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kajian ini adalah satu usaha untuk mengenalpasti tahap kesejahteraan psikologi
di kalangan pelajar Kolej Komuniti Jempol selain untuk melihat perkaitan antara
faktor yang menyumbang kepada masalah ketidkahadiran ke kelas dengan
kesejahteraan psikologi.

Berdasarkan kepada dapatan kajian ini, didapati bahawa tahap
kesejahteraan psikologi di kalangan pelajar Kolej Komuniti Jempol berada pada
tahap sederhana. Tahap kesejahteraan psikologi ini sebenarnya berkait rapat
dengan keadaan di sekeliling mereka seperti institusi kekeluargaan, rakan sebaya
dan institusi pendidikan.

Dalam usaha untuk mempertingkatkan tahap kesejahteraan psikologi di
kalangan pelajar Kolej Komuniti Jempol ke tahap yang tinggi, pihak kolej
sewajarnya turut memainkan peranan dalam mewujudkan suasana kolej yang
mesra pelajar secara holistic dari segi aspek pengurusan, PdP,keselamatan,
kebersihan serta penyediaan kemudahan yang mencukupi. Para pensyarah juga
turut berperanan dalam menjadikan suasana PDP lebih menarik dan persekitaran
PdP yang besesuaian di samping kemudahan bahan atau alat bantu mengajar yang
mampu meningkatkan kefahaman dan tarikan terhadap sesi PdP. Ini secara tidak
langsung membuatkan pelajar lebih bersemangat untuk hadir ke kelas bertemu
pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan. Pensyarah juga daripada masa ke
semasa perlu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam dunia pendidikan
anak-anak zaman kini.

Hubungan yang erat antara pensyarah dan pelajar juga turut membantu
meningkatkan kesejahteraan psikologi di kalangan pelajar di mana mereka rasa
dihargai dan disayangi selain daripada ahli keluarga sendiri. Selain itu juga, pihak
keluarga seharusnya disalurkan dengan maklumat-makluamt yang membuka
minda mereka untuk terus memberi sokongan dan dorongan serta perhatian

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 101

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

kepada anak-anak mereka supaya generasi yang sihat fizikal mental dapat
dilahirkan, secara tidak langsung membantu menangani masalah mental yang
kian meningkat di negara ini.

Galakan juga harus diberikan kepada keluarga yang berpendapatan rendah
atau sederhana supaya anak-anak mereka juga tidak ketinggalan memperolehi
ilmu pengetahuan walaupun kadang-kadang ada di antara mereka yang terpaksa
bekerja bagi menyara kos pendidikannya. Faktor pemilihan Kolej Komuniti
Jempol sebagai pilihan institusi pengajian juga tidak mempengaruhi tahap
kesejahteraan psikologi di kalangan pelajar Kolej Komuniti Jempol. Ini
menunjukkan bahawa majoriti daripada pelajar kolej ini mereka lebih cenderung
kepada minat terhadap bidang yang ditawarkan di kolej ini. Selebihnya
merupakan disebabkan oleh faktor-faktor lain seperti tidak berjaya ke institusi
lain dan juga atas pilihan ibu bapa. Justeru, pihak Kolej Komuniti Jempol perlu
mengambil inisiatif dalam mengekalkan minat pelajar terhadap bidang-bidang
yang ditawarkan serta dapat memupuk pelajar-pelajar yang tidak berminat pada
peringkat awalnya untuk lebih tertarik dan minat untuk mengikuti kelas-kelas
pengajian.

Pihak kolej perlu memastikan kemudahan proses pengajaran dan
pembelajaran mencukupi agar minat pelajar untuk hadir ke kelas dapat
dikekalkan. Secara keseluruhannya, tidak semestinya pelajar yang daripada
golongan berpendapatan tinggi mempunyai kualiti hubungan kekeluargaan yang
rendah dengan ahli kelaurganya. Ia sebenarnya bergantung kepada keluarga itu
sendiri yang memainkan peranan dan tanggungjawab kepada ahli kelaurga
masing-masing.
Sekiranya tanggungjawab itu wujud di dalam keluarga, maka akan terbentuklah
sebuah keluarga yang sejahtera tanpa mengira latar belakang pendapatan
sesebuah kelaurga sama ada tinggi atau rendah. Daripada kesejahteraan dalam
sesebuah keluarga maka terbentuklah jua sikap positif atau negatif di kalangan
ahlinya.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 102

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Oleh hal yang demikian, dicadangkan agar satu taklimat atau bengkel khas
diadakan kepada ibu bapa berhubung kesejahteraan psikologi. Mungkin taklimat
khas berkaitan kesejahteraan psikologi di dalam keluarga boleh disampaikan
semasa hari pendaftaran pelajar baharu atau dilaksanakan sebagai kursus pendek
yang wajib dihadiri oleh ibu bapa pelajar.

Kaedah mendapatkan nombor telefon ibu bapa pelajar juga disarankan
bagi pihak kolej manyalurkan perkongsian maklumat melalui kaedah Whataps
atau infoblast berhubung kesejahteraan psikologi dalam kekeluargaan atau apa-
apa jua bahan yang boleh membuka minda ibu bapa untuk memainkan peranan
dalam mendidik anak-anak mereka. Satu laman facebook khas berkaitan psikologi
di kolej ini juga dicadangkan untuk dibangunkan agar maklumat-maklumat
berkaitan psikologi khususnya dapat dilihat dan dibaca oleh para ibu bapa
pelajar.

RUJUKAN
Allya Cassandra Alim, Balan Rathakrishnan, Alice Alim & Peter Voo4.(2016).

Relationship Of Perfectionism And Basic Psychological Needs To
Psychological Well-Being Among University Students At Universiti Sabah,
Malaysia. Jurnal Psikologi Malaysia 30 (2)

Arulrajah, A. A. (2005). Hubungan kesihatan psikologi dengan persepsi tekanan,
stail menangani tekanan, dan sokongan sosial di kalangan pelajar
universiti. Tesis sarjana yang tidak diterbitkan, Universiti Putra Malaysia,
Serdang, Selangor

Asmawati desa, Fatimah Yusoff, Zainah Ahmad Zamani NorBa’yah Abdul Kadir
&Mohd Norahim Mohamed Sani (2015). Kemahiran Keibubapaan,
kefungsian kelaurga dan kesejahteraan Psikologi dalam kalangan ibubapa.
Jurnal Psikologi Malayisa 29(2);32-41.

Bordbar, F. T., Nikkar, M., Yazdani, F., & Ali-poor, A. (2011). Comparing the
psycho-logical well-being level of the students of Shiraz Payame Noor

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 103

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

University in view of demographic and academic per-formance
variables.Procedia-Social and Behavioral Sciences, 29, 663-669

Johari Bin Hassan & Nik Selma Bt Muhammad. Faktor-Faktor Yang Menyebabkan
Masalah Ponteng Sekolah Di Sekolah Menengah Daerah Kulaijaya, Johor,
Fakulti Pendidikan Malaysia Universiti Teknologi Malaysia

Myers, J. E., Sweeney, T. J., & Witmer, J. M. (2000). The wheel of wellness
counseling for wellness: A holistic model for treatment planning. Journal
of Counseling and Development, 78(3), 251-266.

Nor Azida Binti Mansor, Siti Hasanah Bt Ahmad Shah, Hanimarlia Binti Hassan
(2015), Faktor-faktor yang mempengaruhi ketidakhadiran di kalangan
pelajar modular sijil servis kenderaan ringan kolej komuniti ledang.

Norhasilah Mat Nr, Aspaniza Hamzah & Nurul Farhana Junus(2012),Faktor-Faktor
Yang Mempengaruhi Gejala Ponteng Dikalangan Pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Selesa Jaya 2, Skudai. Journal of Educational
Psychology & Counseling (5):12-29

Nurul Aini Mudayat & Fatanah Mohamed, Kesejahteraan Psikologi Dalam Kalangan
Warga Emas Di Rumah Perlindungan Orang Tua Di Selangor. Lifelong
Learning International Conference 2014

Nur Fatin Kamaruzaman, Muhammad Ajib Abd Razak & Fatimah Yusoff (2015).
Hubungan dimensi tingkah laku keibubapaan remaja terhadap
kesejahteraan Psikologi dalam kalangan ibu bapa. Simposium Kebudayaan
Dan Kerjasama Indonesia-Malaysia 25-27 November 2015, The Everly Hotel
Putarjaya,MALAYSIA, 935-946

Nurzatil Ismah Azizan, Zanariah Dimon, Nazneen Ismail dan Sahlawati Abu Bakar
(2015). Faktor-Faktor Yang Mendorong Pemilihan Institusi Pengajian Tinggi
Di Kalangan Pelajar. E-Proceeding of the 2nd International Conference on
Arabic Studies and Islamic Civilization, iCASiC2015 (e-ISBN 978-967-0792-
02-6), 9-10 March 2015, Kuala Lumpur, Malaysia.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 104

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Ryan, R., & Deci, E. (2001). On happiness and human potentials: A review of
research on hedonic and eudaimonic well-being. Annual Review of
Psychology, 52, 141–166.

Ryff, C. D. (1995). Psychological well-being in adult life. Current Directions in
Psychological Science 4(4), 99-104.

Ryff, C. D. (1989). Happiness is everything, or is it? Explorations on the meaning
of psychological well-being. Journal of Personality and Social Psychology,
57(6), 1069-1081.

Tengku Aizan Hamid (2001). Sokongan Sosial, Kualiti Hubungan dan
Kesejahteraan Psikologi antara Anak Dewasa dengan Ibu Bapa. PertanikaJ.
Soc. Sci. 8c Hum. Vol. 9 No. 1 2001

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 105

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

IMPLIKASI PELAKSANAAN PENGAMBILAN TIGA KALI SETAHUN DI
KOLEJ KOMUNITI SELANDAR, MELAKA

M. Noor Fathoni bin M. Gunawan1, Shaliza Amira Sarif2, Sharifah Nadiyah Razali3
Kolej Komuniti Selandar
[email protected]

ABSTRAK

Berdasarkan kepada pola enrolment pengambilan pelajar ke Kolej Komuniti, masih terdapat lagi
Kolej Komuniti yang tidak mencapai norma pengambilan pelajar. Bagi meningkatkan enrolmen
pengambilan pelajar, Kolej Komuniti telah menambah bilangan pengambilan pelajarnya dari dua
kali kepada tiga kali setahun iaitu dari sesi Januari dan Julai kepada sesi Mac, Julai dan Januari
setiap tahun. Kajian ini dijalankan untuk melihat implikasi pengambilan tiga kali setahun
terhadap enrolmen pengambilan pelajar di Kolej Komuniti Selandar. Kajian menggunakan
pendekatan kualitatif dengan menggunakan kaedah analisa dokumen dan temubual bertulis
menggunakan teknik SW.O.T. Data pengambilan pelajar dari Unit Pengambilan, Kolej Komuniti
Selandar dianalisa secara deskriptif. Manakala temubual bersama pengarah, timbalan pengarah
akademik, timbalan pengarah pengurusan, pegawai pengambilan dan empat orang ketua program
dianalisa berdasarkan tema. Hasil analisis menunjukkan pola peningkatan enrolmen pengambilan
pelajar bagi pelaksanaan pengambilan tiga kali setahun dari tahun 2014 hingga 2016 berbanding
pengambilan dua kali setahun menunjukkan pola penurunan dari tahun 2008 hingga 2010. Dari
segi pola enrolmen pengambilan pelajar berdasarkan program menunjukkan pengambilan yang
tinggi bagi pengambilan Julai berbanding pengambilan Mac dan November. Berdasarkan hasil
analisa, pihak pengurusan kolej ingin mengekalkan sesi pengambilan tiga kali setahun iaitu pada

sesi Mac, Julai dan November.

KATA KUNCI: pengambilan pelajar, norma pelajar, sesi pengambilan

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 106

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

1.0 PENGENALAN

Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia merupakan institusi yang
menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan
memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran
tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi. Kolej
Komuniti mula ditubuhkan pada tahun 2000 melalui satu memorandum yang telah
dibentangkan oleh Menteri Pendidikan kepada pihak kerajaan. Kolej Komuniti ini
ditubuhkan bagi setiap kawasan parlimen, bertujuan untuk memastikan semua
rakyat Malaysia terutama komuniti setempat mendapat akses kepada pendidikan
tidak kira di mana mereka berada. Dalam bidang pendidikan, komitmen kerajaan
adalah untuk memastikan setiap warga Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan
juga latar belakang dapat menikmati pendidikan yang berkualiti dan
berkemampuan (Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, 2012). Bagi mencapai hasrat
ini, kerajaan telah menyusun pelan transformasi menyeluruh dalam sistem
pendidikan negara (Ahmad, Zarulrizam, & Nor, 2013).

Penubuhan Kolej Komuniti merupakan satu institusi yang menyediakan
keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat umur serta memberi
peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum masuk ke pasaran tenaga
kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi (Jasli & Siti,
2014; Norhayati & Intan Junizah, 2014). Sehingga akhir tahun 2016 sebanyak 94
Kolej Komuniti telah ditubuhkan diseluruh negara bagi membuka akses yang lebih
luas kepada masyarakat untuk mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran
mengikut bidang yang diminati (JPKK, 2016). Dari awal penubuhannya, Kolej
Komuniti telah menawarkan 5 mod pengajian selain kursus pendek, iaitu (i)
pengajian sepenuh masa (2003 – 2010); (ii) Sijil Modular Kebangsaan (SMK); (iii)
Sijil Kolej Komuniti Bermodular Kemahiran Khas; (iv) Sijil Kolej Komuniti
Bermodular dan (v) Sijil Kolej Komuniti Berterusan (SKK(T)). Penawaran pelbagai
mod pengajian ini adalah untuk memberi pilihan kepada pelajar untuk
melanjutkan pelajaran mengikut mod pengajian yang tertentu (Jabatan
Pengajian Kolej Komuniti, 2012).

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 107

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Pada awal penubuhan, Kolej Komuniti menjalankan pengambilan dua kali
setahun. Kajian yang lepas menunjukkan permasalahan pengambilan pelajar ini
disokong oleh dapatan statistik enrolmen pengambilan pelajar 2003-2012 yang
tidak memberangsangkan dan enrolmen pengambilan pelajar tidak mencapai
tahap yang dikehendaki oleh pihak JPKK (Ahmad et al., 2013). Berdasarkan
kepada pola enrolment pengambilan pelajar ke Kolej Komuniti, masih terdapat
lagi Kolej Komuniti yang tidak mencapai norma pengambilan pelajar. Bagi
meningkatkan enrolmen pengambilan pelajar, kolej komuniti telah menambah
bilangan pengambilan pelajarnya dari dua kali kepada tiga kali setahun iaitu dari
sesi Januari dan Julai kepada sesi Mac, Julai dan Januari setiap tahun.

Armstrong (2012) menyatakan adalah penting setiap institusi pendidikan
sedar bahawa sesuatu sistem akan memberikan impak sama ada baik ataupun
buruk. Dalam pelaksanaan sesuatu sistem, ianya boleh memberi kesan kepada
aktiviti utama institusi pendidikan sama ada pengajaran, pembelajaran mahupun
penyelidikan (Baldwin & McInnis, 2002). Menurut Baldwin dan McInnis (2002) lagi,
kelebihan pelaksanaan sistem ini dapat dilihat dari segi penyusunan semula
kalendar akademik tahunan yang boleh mempunyai implikasi positif bagi
rekabentuk kurikulum dan kualiti dalam pembelajaran pelajar. Ianya juga dapat
mengoptimumkan penggunaan kemudahan dan sumber fizikal. Di dalam kajian
Shaliza Amira (2017), Jadual 1 menunjukkan perbandingan di antara institusi-
institusi yang menawarkan pengambilan tiga kali setahun bagi minggu/semester,
jumlah minggu/tahun, minggu ulangkaji dan minggu peperiksaan di dalam
negara.

Jadual 1. Jadual Trimester Di Dalam Negara

No. Institusi Ambilan

1 UNITAR International University Feb, Jun, Okt.

2 International University of Malaya-Wales Mac, Julai, Nov.

3 Open University Malaysia Jan, Mei, Sept.

4 University Kuala Lumpur Jan, Jun/Julai, Sept.

5 Kolej Komuniti Mac, Julai, Nov.

Sumber: Shaliza Amira (2017)

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 108

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Kolej Komuniti telah memulakan pengambilan 3 kali setahun bermula Mac 2013
dengan pelaksanaan di beberapa buah kolej. Pengambilan pelajar dilakukan pada
bulan Mac, Julai dan November setiap tahun. Manakala di Kolej Komuniti
Selandar pengambilan pelajar dibuat sebanyak 3 kali setahun iaitu pada bulan
Mac, Julai dan November bermula pada tahun Julai 2013. Oleh itu, kajian perlu
dijalankan untuk melihat implikasi pengambilan tiga kali setahun yang telah
dilaksanakan di Kolej Komuniti Selandar. Objektif berikut telah dibangunkan bagi
mencapai matlamat kajian:

a. Menganalisa pola pengambilan pelajar mengikut sesi pengambilan
b. Menganalisa kesesuaian pengambilan pelajar dari segi Bilangan

Pengambilan dan Sesi Ambilan
c. Meneroka cadangan penambahbaikan bagi sesi pengambilan pelajar

2.0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk melihat implikasi pengambilan tiga kali setahun yang
telah dilaksanakan di Kolej Komuniti Selandar. Pendekatan kualitatif secara
analisis dokumen dan temubual menggunakan kaedah S.W.O.T (Strenght,
Weakness, Opportunity and Treat) telah digunakan. Data pengambilan pelajar
dari Unit Pengambilan, Kolej Komuniti Selandar bagi tahun 2013 sehingga 2016
dianalisa secara deskriptif untuk menganalisa pola pengambilan pelajar mengikut
sesi pengambilan dan menganalisa kesesuaian pengambilan pelajar dari segi
Bilangan Pengambilan dan Sesi Ambilan. Manakala temubual bersama pengarah,
timbalan pengarah akademik, timbalan pengarah pengurusan, pegawai
pengambilan dan 4 orang ketua program dianalisa berdasarkan tema untuk
meneroka cadangan penambahbaikan bagi sesi pengambilan pelajar seterusnya
mencadangkan sesi pengambilan pelajar bagi Kolej Komuniti Selandar.

3.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Hasil kajian akan dilaporkan berdasarkan objektif yang telah dibangunkan.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 109

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
3.1 Analisa Pola Pengambilan Pelajar Mengikut Sesi Pengambilan

Gambarajah 1 menunjukkan data pengambilan dua kali setahun bagi tahun 2008
hingga 2010 dan data pengambilan tiga kali setahun tahun 2014 hingga 2016 yang
diperolehi daripada Unit Pengambilan, Kolej Komuniti Selandar. Data bagi tahun
2011 – 2013 tidak digunakan kerana Kolej Komuniti menjalankan Sijil Modulor
Kebangsaan.

Enrolmen Pelajar

PERATUS 45.00%
40.00%
35.00% 2008 2009 2010 2014 2015 2016
30.00% 36.70% 33.10% 30.20% 33.30% 24.90% 41.70%
25.00%
20.00%
15.00%
10.00%

5.00%
0.00%

Enrolmen Pelajar

Rajah 1: Peratusan Enrolmen Pengambilan Pelajar bagi tahun 2008 - 2016

3.2 Analisa Kesesuaian Pengambilan Pelajar Dari Segi Bilangan Pengambilan
Dan Sesi Ambilan

Data menunjukkan bagi pengambilan dua kali setahun berlaku pola penurunan
bilangan jumlah enrolmen pengambilan pelajar iaitu dari 36.70% orang pada
tahun 2008 kepada 33.10% bagi tahun 2009 dan 30.20% pada tahun 2010. Setelah
pengambilan tiga kali setahun dijalankan, menunjukkan pola peningkatan iaitu
33.30% orang pada tahun 2014, namun peratusan menurun kepada 24.90% pada
tahun 2015 dan meningkat semula kepada 41.70% pada tahun 2016. Berdasarkan
pola pengambilan seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah 1 di atas,
menunjukkan pengambilan tiga kali setahun mempunyai impak dari segi
penambahan enrolmen pengambilan pelajar berbanding pengambilan dua kali
setahun sebelum ini.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 110

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Rajah 2: Enrolmen Pengambilan Pelajar Tiga Kali Setahun Mengikut Program

Rajah 2 menunjukkan enrolmen pengambilan pelajar mengikut program yang
ditawarkan di Kolej Komuniti Selandar berdasarkan pengambilan tiga kali
setahun. Perbandingan pola dibuat diantara ambilan sebanyak tiga kali setahun
iaitu pada bulan Mac, Julai dan November Daripada gambarajah 2 di atas, ia
menunjukkan Kolej Komuniti Selandar menerima jumlah enrolmen pengambilan
pelajar pada ambilan Julai lebih tinggi berbanding ambilan Mac dan November
bagi tahun 2014 sehingga 2016. Selain itu terdapat juga sesi dimana tiada
enrolmen pengambilan pelajar langsung untuk program-program tertentu iaitu
SPP pada Mac 2014 dan SLP pada November 2016. Berdasarkan pola pengambilan
pelajar mengikut program, Sesi Mac dan November tidak menunjukkan perbezaan
yang ketara. Kajian Siti Nurul Mahfuzah, Intan Shazila dan Azlan (2015) turut
menyokong bahawa semua Kolej Komuniti mengalami pola yang sama pada setiap
tahun berkenaan dengan enrolmen pengambilan pelajar pada ambilan Mac, Julai
dan November.

3.3 Cadangan Penambahbaikan Bagi Sesi Pengambilan Pelajar

Berdasarkan temubual S.W.O.T bersama pengarah, timbalan pengarah akademik,
timbalan pengarah pengurusan, pegawai pengambilan dan 4 orang ketua
program, beberapa cadangan penambahbaikan telah diteroka. Bagi

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 111

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

membolehkan pencapaian tahunan bagi KKSL meningkatkan adalah lebih sesuai
pengambilan tiga kali setahun dikekalkan. Beberapa cadangan penambahbaikan
telah diusulkan seperti:

1. Meningkatkan promosi pengambilan pelajar
Peningkatan pelajar pada setiap ambilan bergantung kepada kekerapan
melaksanakan promosi atau hebahan dengan berkesan (Siti Nurul Mahfuzah et
al., 2015). Menurut kajian Awang, Abdul Hamid dan Mat Nor (2014), pola
enrolmen pengambilan pelajar meningkat di KUIN kerana penawaran program
yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), program yang menepati
kehendak pasaran, kemudahan infrastruktur yang baik dan kakitangan akademik
yang berkualiti. Oleh itu, promosi perlu dipergiatkan bagi meningkatkan lagi
pengambilan pelajar.

2. Meneruskan program KKSL dekat dihati
Program KKSL dekat dihati telah diperkenalkan pada tahun 2016 dimana setiap
pensyarah dan kakitangan dipertangungjawabkan dengan sebuah sekolah
bertujuan menjalinkan hubungan dengan pihak sekolah. Tujuan program ini
secara tidak langsung dapat memperkenalkan Kolej Komuniti Selandar dan juga
menarik minat pelajar untuk menyambung pengajian disini. Dengan adanya
program ini, peratusan enrolmen pengambilan pelajar pada tahun 2016 telah
melonjak naik.

3. Memperbanyakkan program Kursus Pendek bersama sekolah sasaran
Dalam melaksanakan program KKSL dekat dihati, kebanyak pensyarah atau
kakikatangan menjalankan pendekatan selepas keputusan SPM diumumkan. Bagi
meningkatkan keberkesanan program ini, dicadangkan agar setiap pensyarah /
kakiktangan berkaitan melaksanakan program Kursus Pendek bersama sekolah. Ia
secara tidak langsung dapat mendedahkan pelajar sekolah dengan program yang
ditawarkan dan infrastruktur kolej.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 112

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

4.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kajian ini hanya memberikan penekanan kepada keberkesanan pengambilan tiga
kali setahun di Kolej Komuniti Selandar sahaja. Ianya dapat disimpulkan bahawa
pengambilan tiga kali setahun memberi kesan yang baik pada pelajar dari segi
pengurusan masa dan peluang untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi. Ini telah dibuktikan dengan jumlah enrolmen pengambilan pelajar
di Kolej Komuniti Selandar yang meningkat setiap tahun. Ia bermaksud pelajar
boleh menerima sistem pengambilan tiga kali setahun dengan baik. Selain
daripada itu, dapatan kajian ini juga, boleh dijadikan panduan kepada Kolej
Komuniti Selandar untuk membuat jangkaan terhadap enrolmen pengambilan
pelajar pada masa akan datang dan merangka pelan-pelan promosi yang
berstrategi dalam meningkatkan lagi enrolmen pengambilan pelajar pada
ambilan yang akan datang. Faktor sebaran maklumat iaitu strategi pemasaran
yang dilakukan oleh IPT terutamanya IPTS menjadi faktor penarik minat pelajar
memilih kursus pengajian yang ditawarkan oleh institusi tersebut (Davies &
Peter, 2003).

Walaupun begitu, sistem ini turut memberi kesan kepada aktiviti utama
institusi pendidikan sama ada pengajaran, pembelajaran mahupun penyelidikan.
Oleh yang demikian, setiap institusi perlu memastikan pelaksanaan pengambilan
ini tidak memberi impak yang negatif terhadap pelaksanaan aktiviti utama sama
ada kepada pelajar dan khususnya kepada pensyarah Kolej Komuniti Selandar.
Cadangan untuk kajian selanjutnya agar pengkaji dapat melihat aspek lain dalam
keberkesanan pengambilan tiga kali setahun seperti faktor-faktor yang boleh
mempengaruhi pelajar dalam pemilihan lokasi pengajian dan kursus yang
ditawarkan di Kolej Komuniti.

PENGHARGAAN
Penulis ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan dan
pegawai Kolej Komuniti Selandar diatas kerjasama yang diberikan dalam
menjayakan kajian ini.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 113

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

RUJUKAN
Ahmad, Z., Zarulrizam, A. J., & Nor, A. C. A. (2013). Trend Kemasukan Pelajar

Ke Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia: Satu Analisa Ke
Atas Sebuah Kolej Komuniti Di Negeri Melaka. Penulisan Ilmiah Dan Karya
Kreatif, 42–53.

Armstrong, A. . (2012). Green Paper: Academic Year Review University of

Western Sydney. Retrieved from

http://www.uws.edu.au/__data/assets/pdf_file/0010/386074

Awang, A. ., Abdul Hamid, N., & Mat Nor, M. . (2014). Analisa Tren Kemasukan
Pelajar Kajian Kes di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
In 1st International Research Management and Innovation Conference
2014 (IRMIC2014).

Baldwin, G., & McInnis, C. (2002). The Organisation of the Academic Year:
Trends, Implications and Issues.

Davies, R., & Peter, E. (2003). Dropping Out: A Study of Early Leaves from Higher

Education. Retrieved from

http://webarchive.nationalarchives.gov.uk/20130401151715/

Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, K. (2012). Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013–
2015.

Jasli, M. F., & Siti, Z. I. (2014). Keupayaan dan Kemampuan Kolej Komuniti
Seluruh Malaysia Dalam Menawarkan Sijil Modular Kebangsaan Secara
Berterusan. Jurnal Pembelajaran Sepanjang Hayat, 134–146.

Norhayati, O., & Intan Junizah, A. S. (2014). Pengaruh Pemilihan Pengajian Ke
Kolej Komuniti dan Cadangan Promosi. In Conference Competition
Exhibition.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 114

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Shaliza Amira, S. (2017). Keberkesanan Terhadap Pelaksanaan Pengambilan Tiga
Kali Setahun Di Kolej Komuniti Selandar, Melaka. In National Innovation
and Invention Competition Through Exhibition (iCompEx’17).

Siti Nurul Mahfuzah, M., Intan Shazila, S., & Azlan, M. (2015). Faktor-faktor yang
mempengaruhi tren kemasukan pelajar ke Kolej Komuniti. In Prosiding
Persidangan Pendidikan (Penyelidikan dan Inovasi) Dalam Pendidikan Dan
Latihan Teknikal Dan Vokasional 2015 (Cie-Tvet 2015).

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 115

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

KECENDERUNGAN PELAJAR TERHADAP KERJAYA
BERORIENTASIKAN KEUSAHAWANAN DI KOLEJ KOMUNITI MASJID

TANAH MELAKA

Mohd Zamrie Saleh1 , Zuraida Osman2
Kolej Komuniti Masjid Tanah
[email protected]

ABSTRAK

Bidang keusahawanan telah dikenalpasti sebagai salah satu aspek penting dalam pembangunan
ekonomi negara. Justeru itu, pelbagai rancangan dan strategi telah diatur untuk menyemai
budaya keusahawan di kalangan pelajar terutama pelajar IPT. Potensi pelajar sebagai usahawan
perlu dikenalpasti dan digilap agar mereka tidak takut untuk menceburi sektor perniagaan
selepas tamat pengajian mereka. Namun begitu, sebagai satu cabang ilmu yang luas,
keusahawanan masih banyak yang perlu diterokai. Terdapat banyak fenomena yang belum
dibongkar dan dijelaskan dari segi konsep, model, teori mahupun ciri-ciri personaliti seorang
usahawan. Justeru itu, kajian ini dilakukan untuk melihat tahap kecenderungan personaliti
pelajar kkmt ke arah bidang keusahawan melalui Ujian Kerjaya SDS. Subjek kajian terdiri
daripada 76 orang pelajar KKMT dan dipilih secara rawak berstrata. Alat statistik yang
digunakan ialah kaedah Environment Assesment Technique (EAT), Indeks Keselarasan Wiggin,
min, Ujian t dan Anova satu hala. Beberapa cadangan penambahbaikan pembudayaan
keusahawanan pelajar kolej komunti juga akan diketengahkan.

Kata kunci: Personaliti Kerjaya; keselarasan kerjaya; Kerjaya Pilihan.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 116

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
1.0 PENGENALAN

Budaya keusahawanan ini telah mula diterapkan di peringkat sekolah rendah
lagi di mana ianya telah mula diperkenalkan dalam matapelajaran tertentu.
Sehinggalah di peringkat pendidikan tinggi, para pelajar boleh mendapatkan
kemahiran dalam pelbagai bidang secara terbuka. Usaha ini juga dapat dilihat
dengan penubuhan Pusat Pembangunan Usahawan Kolej Komuniti (PUSKOM) di
peringkat Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK). Penubuhan ini adalah
selari dengan Dasar Pembangunan Keusahawanan Institusi Pengajian Tinggi
(DPKIPT) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di mana
setiap IPT dikehendaki menubuhkan pusat keusahawanan untuk merancang,
menyelaras, memantau dan menilai program serta aktiviti pendidikan
keusahawanan di kalangan pelajar institusi masing-masing (Tasuan Piahat,
2010).

1.1 Latar Belakang Kajian

Keusahawanan merupakan bidang kerjaya yang sangat penting di negara ini
kerana ianya bukan sahaja sebagai penyumbang utama kepada peluang
pekerjaan bahkan membantu mengembangkan sektor ekonomi negara.
Pelbagai usaha dijalankan oleh pelbagai pihak dalam menyediakan program-
program keusahawanan seperti bantuan khidmat nasihat dan bantuan kewangan
daripada institusi-institusi kewangan (Noorafzarini Md. Zahari, 2011).

Memang tidak dinafikan bahawa keusahawanan amat penting dan
mempunyai potensi yang cerah di masa akan datang. Namun begitu, kita harus
ingat bukan semua orang dilahirkan dengan potensi keusahawanan di dalam
dirinya. Ianya boleh menyebabkan berlaku ketidakselarasan antara personaliti
kerjaya dengan bidang kerjaya mereka. Menurut Amla Salleh, Zuria Mahmud
dan Ramlee Mustapha (2008), dan Ahmad Rosli (2011) kepuasan kerja,
kebolehan dan pencapaian adalah bergantung kepada darjah keselarasan antara
jenis personaliti kerjaya dengan persekitaran kerjaya. Namun begitu, potensi
kerjaya dianggap terabai apabila bakat yang dimiliki seseorang itu tidak

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 117

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

mendapat peluang untuk berkembang sepertimana yang sepatutnya. Malah ada
yang tidak tahu tentang keupayaan serta bakat yang ada pada diri masing-
masing.

1.2 Permasalahan Kajian

Menurut Kamarulzaman Ismail dan Amaludin Ab. Rahman (2009) proses
pembudayaan keusahawanan boleh diasuh dan dididik di kalangan para pelajar.
Namun, penglibatan mereka yang telah diberikan pendedahan mengenai bidang
keusahawanan ini, setelah menamatkan sesuatu kursus dan sebagainya perlulah
ditelusuri agar latihan yang diberikan bukan suatu yang sia-sia. Ini dapat dilihat
daripada laporan oleh Jabatan Pengajian Tinggi bahawa seramai 28,874 siswa
dari jumlah 89,224 responden dalam kajian yang telah dilakukan telah
menghadiri program keusahawanan di 18 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam
(IPTA), 13 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), 18 buah politeknik dan
34 buah kolej komuniti dalam tahun 2006. Dalam kajian yang sama seramai
70.6 peratus responden menyatakan mereka ingin menjadi usahawan. Walau
bagaimanapun, hanya 5.4 peratus graduan (dari jumlah yang bekerja) sahaja
yang menceburi bidang keusahawanan (Hajar Mardhiah, 2010).

Ini adalah kerana bukan semua orang mampu menjadi seorang usahawan.
Hanya mereka yang berjiwa cekal dan berjiwa usahawan sahaja mampu
bertahan dalam suasana perniagaan yang sangat mencabar. Justeru itu,
peranan kolej komuniti perlu melihat kepada pelajar-pelajar yang memiliki
potensi ini untuk digilap sejak dari awal lagi melalui Pusat Keusahawanan
masing-masing. Terdapat pelbagai cara boleh digunakan untuk melihat potensi
dan personaliti usahawan di kalangan para pelajar. Salah satu daripadanya ialah
melalui ujian personaliti kerjaya iaitu Ujian SDS.

Oleh yang demikian, melalui kajian ini potensi pelajar dalam bidang
keusahawanan dan pihak kolej komuniti melalui Pusat Keusahawanan (PUSKOM)
masing-masing boleh mengambil inisiatif untuk menggilap bakat dan potensi
keusahawanan yang ada pada diri pelajar yang telah dikenalpasti. Ini adalah

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 118

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

kerana kebanyakan PUSKOM menghadapi masalah untuk mengenalpasti pelajar
yang berpotensi menjadi usahawan dan seterusnya menggilap bakat mereka
menjadi usahawan berjaya (Noorafzarini Md Zahari 2011).

1.3 Objektif Kajian

Tujuan utama kajian ini adalah untuk melihat kecenderungan personaliti
pelajar-pelajar Kolej Komuniti Masjid Tanah, Melaka terhadap bidang
Keusahawanan. Hasil kajian ini penting untuk membantu Kolej Komuniti
menggilap potensi keusahawanan di kalangan pelajar yang telah dikenalpasti.

Bersandarkan kepada tujuan kajian, empat objektif kajian dapat ditinjau iaitu
:-

i. Mengenalpasti tahap kecenderungan potensi kerjaya pelajar KKMT dalam
bidang keusahawanan;

ii. Mengenalpasti perbezaan tahap kecenderungan kerjaya keusahawanan di
kalangan pelajar KKMT berdasarkan jantina;

iii. Mengenalpasti perbezaan tahap kecenderungan kerjaya keusahawanan di
kalangan pelajar KKMT berdasarkan kaum; dan

iv. Mengenalpasti perbezaan tahap kecenderungan kerjaya keusahawanan di
kalangan pelajar KKMT berdasarkan program pengajian.

1.4 Persoalan Kajian

Kajian ini diharap dapat menerangkan perkara-perkara berikut iaitu: -
i. Apakah tahap kecenderungan potensi kerjaya pelajar KKMT dalam bidang
keusahawanan?
ii. Apakah perbezaan tahap kecenderungan kerjaya keusahawanan di
kalangan pelajar KKMT berdasarkan jantina?

iii. Apakah perbezaan tahap kecenderungan kerjaya keusahawanan di
kalangan pelajar KKMT berdasarkan kaum?

iv. Apakah perbezaan tahap kecenderungan kerjaya keusahawanan di
kalangan pelajar KKMT berdasarkan program pengajian?

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 119

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
2.0 METODOLOGI KAJIAN

Bentuk kajian yang dijalankan ini menggunakan Ujian Kerjaya Xplorasi oleh
Amla Salleh (2010) yang dibina berasaskan Ujian Kerjaya SDS oleh John Holland.
Kajian ini menggunakan persampelan rawak berstrata. Mengikut Jackson (2003),
persampelan ini merujuk kepada responden yang mewakili pelbagai kumpulan
dan persampelan ini memastikan semua sampel mewakili kumpulan mereka
secara sekata. Sampel kajian terdiri 66 orang responden daripada 76 orang
pelajar Semester Akhir program pengajian Sijil Kolej Komuniti (SKK) di Kolej
Komuniti Masjid Tanah, Melaka yang meliputi pelajar lelaki dan perempuan.
Responden ini dipilih berdasarkan sampel rawak dengan merujuk jadual
penentuan saiz sampel yang telah disediakan Krejcie & Morgan (1970) dan
jadual Cohen et al. (2001).

Ujian yang digunapakai dalam kajian ini mempunyai 2 kompenan penting iaitu:
a. Butiran Pelajar – Program dan Jantina Responden
b. Ujian Kerjaya Xplorasi yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :
i. Perkara yang disukai
ii. Perkara yang boleh dibuat
iii. Kerjaya yang diminati

Berdasarkan ujian ini, profil personaliti responden diperolehi melalui teknik
Environmental Assesment Technique (EAT) untuk menentu dan mendefinasikan
kod Tiga Huruf personaliti kerjaya pelajar KKMT. Tahap kecenderungan
personaliti diukur melalui Indek Keselarasan Wiggins dan Moody (1981) yang
digunakan dengan cara melihat susunan kod huruf-huruf yang diperolehi melalui
profil personaliti kerjaya dan Kod Tiga Huruf Holland yang diperolehi dari
Dictionary of Occupational Codes dan The Occupation Finder. Seterusnya kajian
ini menggunakan min, ujian t dan Anova Satu hala untuk menjawab persoalan
dan objektif kajian.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 120

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

3.0 HASIL KAJIAN
Hasil daripada kajian mendapati sampel mempunyai tahap personaliti yang
cenderung ke arah keusahawanan iaitu seramai 20 orang (30.3 %) dan sederhana
seramai 21 orang juga (31.8 %). Manakala 25 orang (37.9 %) pelajar mempunyai
tahap kecenderungan kepada keusahawanan yang rendah. Analisa EAT yang
mencatatkan kod tiga huruf SEK dan apabila dibandingkan dengan Kod Holland
yang dicadangkan untuk keusahawanan iaitu ESK. Ia mencatatkan bacaan Indek
Keselarasan 6 dan ia dianggap selaras (Wiggins, 1981). Ini menunjukkan majoriti
pelajar di KKMT mempunyai kecenderungan yang baik ke arah bidang
keusahawanan.

Analisis ujian-t pula mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan
pada tahap kecenderungan ke arah keusahawanan antara pelajar lelaki dan
perempuan di KKMT (t = .2298, dk = 117, dan t-kritikal = 1.645). Ini menjawab
persoalan kajian di mana tidak wujud perbezaan yang signifikan antara pelajar
mengikut jantina. Ini menunjukkan bahawa faktor jantina kurang
mempengaruhi tahap kecenderungan kerjaya pelajar ke arah bidang
keusahawanan.

Ujian Anova Satu Hala mendapati tidak wujud perbezaan yang signifikan
pada tahap kecenderungan pelajar antara program pengajian (f = 1.3953, f
kritikal = 2.68). Min Indeks Kecenderungan juga menunjukkan tidak banyak
perbezaan antara keempat-empat program pengajian (SKS = 4.28, STM = 4.52,
SLP = 4.39 dan STE = 4.0). Keadaan ini menunjukkan bahawa faktor pemilihan
program di KKMT tidak banyak mempengaruhi tahap kecenderungan pelajar
terhadap bidang keusahawanan.

Seterusnya, analisis EAT mendapati pelajar bukan bumiputera
mencatatkan 40% mempunyai tahap kecenderungan yang tinggi ke arah
keusahawanan, 40% sederhana dan 20% sahaja yang kurang berminat dengan
bidang keusahawanan. Manakala pelajar bumiputera hanya mencatatkan 27.45%
Indeks Keselarasan (IK) yang tinggi untuk keusahawanan, 27.45% berada pada
tahap sederhana dan 45.09% mencatatkan indeks yang lemah. Ini jelas
menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang ketara terhadap tahap

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 121

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

kecenderungan kerjaya keusahawanan di kalangan pelajar KKMT berdasarkan
kaum.

4.0 RUMUSAN DAN PERBINCANGAN

Secara umumnya kajian ini telah menjawab beberapa persoalan kajian yang
dikemukakan terdahulu. Kajian menunjukkan terdapat kelompok pelajar yang
mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap bidang keusahawanan iaitu
sebanyak 30.3%. Inilah golongan pelajar yang perlu diberi perhatian oleh BKK
untuk terus mengasah bakat mereka menjadi usahawan selepas tamat
pengajian mereka. Begitu juga, usaha untuk terus menanam minat terhadap
bidang keusahawanan boleh juga dipertingkatkan terhadap pelajar yang
mencatatkan Indek Keselarasan yang sederhana iaitu sebanyak 31.8%. Ini kerana
kelompok pelajar ini biasanya masih berbelah bagi dalam menentukan kerjaya
masa hadapan mereka.

Hasil kajian mendapati tiada perbezaan dari segi jantina pada
kecenderungan pelajar terhadap bidang keusahawanan. Ini bermakna isu
pemilihan kerjaya keusahawanan adalah masalah semua dan tidak tertumpu
kepada perbezaan gender. Dapatan ini telah menyokong beberapa kajian lepas
yang mendapati tidak ada perbezaan antara lelaki dan perempuan antaranya
ialah kajian Ahmad Rosli (2010), Norida Abdulah, Ahamd Rozelan & Hafza
Ariffin (2008), Mastura Mahfar, Ishak Salleh & Hamdan Kadir (2008) dan lain-
lain. Analisis juga mendapati tidak wujud perbezaan kecenderungan kerjaya
keusahawanan berdasarkan program pengajian dan didapati keempat-empat
program pengajian mempunyai min IK yang hampir sama iatu IK 4 (sederhana).
Ini berbeza dengan kajian Othman Jailani (2001) dalam kajiannya pada 6
program pengajian di UPM hanya pelajar Sarjana Muda Perniagaan Tani sahaja
yang mencatatkan kecenderungan ke arah keusahawanan.

Seterusnya kajian mendapati majoriti pelajar bukan bumiputra
mencatatkan tahap kecenderungan ke arah yang sederhana dan tinggi di mana
hanya 20 peratus sahaja tidak berminat terhadap bidang keusahawanan. Walau

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 122

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
bagaimanapun, pelajar bumiputera tetap menunjukkan petanda yang baik
apabila 54.9% menunjukkan kecenderungan yang sederhana dan tinggi.
Sementara 45.09% lagi tidak berminat dengan bidang keusahawanan. Justeru itu
BKK haruslah mengambil peluang ini untuk menggilap potensi pelaja-pelajar ini
supaya ianya dapat diperkembangkan lagi dan seterusnya memenuhi hasrat
kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan di kalangan bumiputera
menjelang 2020 dapat dicapai.

5.0 PENUTUP

Kajian ini jelas memberikan isyarat yang baik dalam usaha kerjaan melahirkan
usahawan-usahawan yang berdaya maju. Namun begitu, potensi pelajar-pelajar
ini boleh berkubur begitu sahaja jika tiada usaha dilakukan untuk mencungkil
atau mengasah bakat pelajar-pelajar ini dalam bidang keusahawanan. Selain
daripada menerima pelbagai ilmu kemahiran di kolej komuniti, pelajar-pelajar
juga haruslah didedahkan dengan ilmu-ilmu yang berunsur soft skill seperti
keusahawanan bagi memantapkan jati diri mereka dalam menghadapi suasana
kerjaya masa kini. Dengan cara ini, dapat menggalakkan mereka untuk
berdikari tanpa bergantung kepada pekerjaan di sektor kerajaan.

Oleh yang demikian, BKK haruslah memainkan peranan penting dan
bertindak sebagai pemangkin bidang keusahawanan di kolej komuniti. Dengan
adanya pelbagai aktiviti dan program yang berunsur keusahawanan di kolej
komuniti, diharap akan dapat menarik minat lebih ramai golongan belia dan
masyarakat untuk menceburi bidang keusahawanan. Seterusnya meningkatkan
imej kolej komuniti di mata masyarakat sebagai hub melahirkan usahawan-
usahwan yang berjaya dan unggul.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 123

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

RUJUKAN
Alias Baba (1997) Asas Penyelidikan Sosial. Universiti Kebangsaan Malaysia.

Amla Salleh, Zuria Mahmud & Ramlee Mustapha (2008) Mengenal Potensi
Kerjaya. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn Bhd.

Ahmad Rosli Mohd Nor (2010) Keselarasan Kerjaya dengan Program Pengajian
Pelajar Kolej Komuniti Bukit Beruang Melaka. Prosiding Kolokium Bukit
Beruang Melaka 1/2010.

Ahmad Rosli Mohd Nor (2011) Penggunaan Ujian Atas-talian dalam Menentukan
Keselarasan Personaliti Kerjaya Pelajar Kolej Komuniti Bukit Beruang
Melaka. Diges Kolokium Penyelidikan Kolej Komuniti Bukit Beruang
1/2011.

Astin, A.W & Holland, J.L (1961) The Environment Assesment Technique : A
Way to Measure College Environment. Journal of Educational Psychology
31 : 308 – 316.

Chua Yan Piaw (2006 ) Kaedah dan Statistik Penyelidikan, Kaedah Penyelidikan
Buku 1. Malaysia : McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Gotfredson, G.D, Holland, J.L & Ogawa, D.K. (1982) Dictionary of Occupational
Codes. CA: Consulting Psychologist Press.

Hajar Nardhiah (2010) Usahawan Sebagai Kerjaya.

http://mylittletask.blogspot.com.5 Julai 2012.

Holland, J.L (1973) Making Vocational Choices : A Theory of Careers. Englewood
Cliffs, New Jersey : Prentice Hall.

Holland, J.L (1989) The Occupation Finder. Odessa, Florida : PAR inc.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 124

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Kamarulzaman Ismail & Amaludin Ab. Rahman (2009) Melangkah ke Alam

Usahawan. Rawang : Utusan Publications.

Mastura Mahfar, Ishak Mad Shah & Hamdan Kadir (2008) Kekongruenan
Personaliti-persekitaran dan hubungannya dengan pencapaian akademik
pelajar. Jurnal Kemanusiaan 12 : 23 - 32.

Norida Abdullah, Ahmad Rozelan & HafzanAriffin (2008) Keselarasan Personaliti
dengan program pengajian pelajar. Jurnal PERKAMA 14 : 23 - 54.

Othman Jailani & Sidek Mohd Noah (2001) Keselarasan Personaliti dengan
pengkhususan program di kalangan pelajar-pelajar matrikulasi UPM.
Jurnal Perkama 9.

Pallant, J. (2007) SPSS : Survival Manual. New York: Mc Graw-Hill.

Sekaran, U. (2003). Research Methods For Business : A Skill Building Approach.
New York : John Wilky and Sons.

Sidek Mohd Noah (2002) Perkembangan Kerjaya : Teori dan Praktis. Serdang :
Penerbit UPM.

Tasuan Piasat (2010) Kertas Kerja Penubuhan E-Tech Centre KK Selayang (tidak
diterbitkan).

Wiggins, J.D & Moody, A. (1981) Compatibility Index Discriptor. DE : Training
Associates .

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 125

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

KUALITI MAKANAN DAN PERKHIDMATAN TERHADAP KEPUASAN
PELANGGAN DI BLOOM CAFÉ KOLEJ KOMUNITI SELAYANG

Rahayu binti Taha1, Salmah binti Ismail2, Rosimayati binti Mohamed Zain3
Kolej Komuniti Selayang
[email protected]

ABSTRAK

Kolej Komuniti Selayang (KKSY) menuju ke arah menjadi sebuah kolej komuniti yang
berpaksikan keusahawanan. Antara strategi untuk mencapai objektif ini adalah dengan
menjalankan perniagaan restoran/café di dalam kolej. Oleh yang demikian Bloom Café dibuka
kepada warga Kolej Komuniti Selayang dan komuniti setempat bagi meluaskan jaringan
keusahawanan di kalangan pelajar dan pensyarah. Kajian yang dijalankan adalah untuk
mengenalpasti tahap kepuasan pelanggan dan faktor-faktor yang terlibat seperti kualiti
makanan dan perkhidmatan. Responden adalah terdiri daripada 110 orang pelajar dan
pensyarah. Instrumen kajian terdiri daripada set borang soal selidik dan analisa data melalui
deskriptif min dengan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian
menunjukkan kualiti makanan di tahap yang tinggi dengan nilai min 4.80. Perkhidmatan dan
tahap kepuasan pelanggan juga adalah di tahap yang tinggi dengan purata nilai min masing-
masing adalah 4.70 dan 4.95. Dapatan analisis korelasi juga menunjukkan bahawa terdapat
hubungan yang signifikan antara faktor-faktor yang terlibat dengan kepuasan pelanggan
Justeru, kajian ini perlu diperluaskan lagi bagi melihat sejauh mana Bloom Café boleh menarik
minat pelanggan bukan saja di institusi itu sendiri malah diperluaskan kepada komuniti
setempat dan beberapa faktor lain juga perlu diambil kira bagi kajian lanjut yang lebih
menyeluruh.

Kata Kunci: Kualiti Makanan dan Perkhidmatan, Kepuasan Pelanggan, Bloom Cafe

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 126

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
1.0 PENGENALAN

Pendidikan dan keusahawanan merupakan dua aspek utama yang sentiasa diberi
penekanan dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
maju yang berpendapatan tinggi dan inklusif. Penerapan dan pendedahan
kepada budaya dan nilai-nilai keusahawanan merupakan satu proses
pembelajaran yang dapat membuka ruang dan minda pelajar supaya menjadi
lebih kreatif, inovatif dan berdaya maju di mana aspek ini dijangka mampu
untuk menjana inovasi, peluang pekerjaan dan pertumbuhan ekonomi yang
lebih mantap pada masa hadapan. (Pelan tindakan keusahawanan, Institusi
Pendidikan Tinggi, 2016-2020). Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Idris Jusoh
menyatakan bahawa Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) perlulah proaktif dalam
mentransformasikan sistem penyampaian mereka agar lebih bersifat fleksibel
dan entrepreneurial, serta menepati kehendak lokal namun bersifat global
untuk mewujudkan sistem pendidikan tinggi yang mampu melahirkan insan yang
holistik, seimbang dan mempunyai minda keusahawanan yang berupaya
bertindak sebagai penjana pekerjaan (job creator) seperti yang dihasratkan di
bawah Lonjakan 1, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025
(Pendidikan Tinggi). Justeru itu, Kolej Komuniti Selayang melalui program
Pastri mengambil inisiatif dengan mewujudkan aktiviti keusahawanan di
kalangan pelajar melalui aktiviti perniagaan restoran yang dikenali sebagai
Bloom Café.

1.1 Pernyataan Masalah

Pendidikan keusahawanan amat penting untuk membekalkan pelajar dengan
peluang dan potensi untuk memilih kerjaya sebagai usahawan. Tujuan
pendidikan keusahawanan adalah untuk mengembangkan potensi pelajar ke
arah yang lebih kreatif, berinisiatif dan bijaksana dalam membuat keputusan.
Pendidikan keusahawanan juga mengajar seseorang itu supaya bersedia
mengenal pasti peluang dan merebut peluang yang tercetus dalam
persekitarannya, menterjemahkan idea dalam bentuk realiti atau satu kegiatan
ekonomi, disamping bertahan dan peka dengan perubahan dan ketidakpastian

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 127

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

(Yap, 2002). Usahawan membuka perniagaan bertujuan untuk memaksimumkan
keuntungan di samping terus berusaha untuk mengembangkan perniagaan
(Zimmerer dan Scarborough, 2005; Longenecker et al., 2006 dan Madura, 2007).
Oleh itu, memiliki kemahiran keusahawanan dilihat menjadi semakin penting
dalam arus perubahan dunia keusahawanan masa kini (Van Gelderen, 2007).
Kemahiran ini diperlukan untuk memastikan usahawan dapat bertahan,
perniagaan berkembang dan terus mencapai kejayaan. Bagi menubuh dan
menguruskan sesebuah perniagaan, usahawan perlu menguasai pelbagai
kemahiran dan terus meningkatkan penguasaan kemahiran yang dimiliki.

Bloom Café dilihat sebagai satu laluan dan alternatif terbaik bagi para pelajar
untuk menambah kemahiran keusahawanan. Pelajar dilatih untuk
mengaplikasikan kemahiran keusahawanan disamping kemahiran-kemahiran lain
seperti kemahiran pengurusan, kepimpinan, komunikasi dan semangat
berpasukan. Kemahiran insaniah (soft skill) tersebut merupakan elemen penting
yang mendorong pelajar untuk lebih berketerampilan apabila keluar daripada
institusi. Namun begitu, selain daripada aspek kemahiran insaniah yang perlu
ditonjolkan kepada para pelajar, elemen kepuasan pelanggan juga turut di
ambil kira di dalam perlaksanaan operasi perniagaan di Bloom Café. Ini kerana
faktor kepuasan pelanggan dilihat sebagai elemen penarik (pull factor) dalam
menarik lebih ramai pelanggan untuk datang ke Bloom Café. Elemen ini perlu
ditekankan kepada para pelajar kerana tanpa pelanggan yang berpuas hati
dengan kualiti makanan dan perkhidmatan yang ditawarkan, sesuatu organisasi
tidak mampu untuk bertahan dan ini antara faktor penyebab mengapa banyak
restoran atau perkhidmatan makanan yang ditutup oleh kerana tiada
pelanggan. Kajian yang dijalankan oleh Toh (2005) juga menyatakan bahawa
persepsi pelanggan terhadap produktiviti dan perkhidmatan organisai perlu
dikaji secara berterusan supaya maklum balas tentang prestasi organisasi dapat
diperolehi untuk membolehkan institusi mencari jalan menambah baik
prestasinya. Pelanggan perkhidmatan dan pelanggan produk merupakan
pengguna perkhidmatan sesebuah organisasi. Sejauh mana organisasi dapat
mencapai piawai-piawai kualiti adalah bergantung kepada persepsi pelanggan
perkhidmatan mahu pun pelanggan produk tentang kualiti yang disarankan

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 128

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Sehubungan dengan itu, maka amatlah wajar pelajar dididik bukan sahaja
mengenai aspek keusahawan namun begitu aspek teknikal seperti menjaga
kualiti makanan dan perkhidmatan juga perlu dititikberatkan.

1.2 Persoalan Kajian

Kajian ini diharap dapat menjawab persoalan-persoalan berikut:
1.2.1 Apakah hubungkait di antara kualiti makanan dan kepuasan pelanggan di

Bloom Cafe?
1.2.2 Apakah hubungkait di antara kualiti perkhidmatan dan kepuasan

pelanggan di Bloom Café?
1.2.3 Apakah tahap kepuasan pelanggan di Bloom Café?

1.3 Objektif Kajian

Berpandu kepada persoalan kajian di atas, objektif kajian ini adalah untuk:
1.3.1 Menilai hubungkait diantara kualiti makanan dan kepuasan pelanggan di

Bloom Café,
1.3.2 Menilai hubungkait di antara kualiti perkhidmatan dan kepuasan

pelanggan di Bloom Café, dan
1.3.3 Menilai tahap kepuasan pelanggan di Bloom Café.

1.4 Kepentingan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh mana keberkesanan faktor kualiti
makanan dan kualiti perkhidmatan operasi Bloom Café terhadap kepuasan
pelanggan dan kajian ini diharapkan dapat memberi implikasi kepada
penambahbaikan Bloom Café dan restoran atau perniagaan lain yang terdapat
di Kolej Komuniti Selayang.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 129

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
2.0 KAJIAN LITERATUR

2.1 Kualiti Makanan

Zeithaml (1988) menyatakan kualiti adalah sesuatu perkara yang dinilai sebagai
yang terbaik atau mempunyai keunggulan dan kelebihan besar. Manakala Peri
(2006) menyatakan kualiti makanan adalah sesuatu tuntutan untuk memuaskan
keperluan dan harapan daripada pelanggan. Bagi Namkung dan Jang (2007),
kualiti merujuk kepada produk akhir atau perkhidmatan yang dapat memenuhi
kehendak seseorang.

2.2 Kualiti Perkhidmatan

Pada masa kini, wujud pelbagai instrumen pengukuran bagi mengukur kualiti
perkhidmatan bagi memenuhi kepuasan pelanggan (Ramli, Chai dan Idris 2009
dan Mat Nasir, M.F & Lee, M.F. (2011). Kualiti perkhidmatan didefinasikan
sebagai satu pengalaman pengguna terhadap perkhidmatan yang ditawarkan
oleh sesebuh organisasi. Kayu pengukur kepada kualiti perkhidmatan seringkali
menggunakan pendekatan daripada kajian terdahulu oleh pengkaji seperti
Parasuraman, Berry, dan Zeithaml (1988). SERVQUAL berfungsi utuk
mengenalpasti jurang potensi antara jangkaan dan persepsi kedua-dua dalaman
dan luaran penyampaian perkhidmatan. Ia membantu pembekal perkhidmatan
untuk memahami jangkaan dan persepsi pelanggan terhadap perkhidmatan yang
diberikan serta penilaian kualiti yang berterusan (Booth, 2003).

2.3 Kepuasan Pelanggan

Menurut Kahar, A., (2008) Kepuasan pelanggan atau customer satisfaction
merupakan salah satu istilah perniagaan yang bermaksud mengukur sejauh
mana sesuatu produk atau perkhidmatan yang diberikan oleh organisasi
tersebut memenuhi jangkaan pelanggan iaitu customer expectation atau
dengan erti kata lain kepuasan pelanggan adalah bahagian yang menunjukkan
kehendak, keperluan dan jangkaan pelanggan yang perlu dicapai atau dipenuhi

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 130

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

untuk mewujudkan kesetiaan pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan
yang ditawarkan. Manakala bagi kajian yang dijalankan oleh Fornell, Johnson,
Anderson, & Barbara, 1996; McDougall & Levesque, 2000 menyatakan bahawa
kesetiaan pelanggan (customer loyalty) banyak dipengaruhi oleh kepuasan
pelanggan. Kepuasan pelanggan adalah salah satu kayu pengukur untuk
membezakan di antara sesuatu pengalaman produk atau perkhidmatan yang
telah dilalui oleh pelanggan.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Fokus metodologi kajian adalah untuk membincangkan berkenaan dengan
pendekatan kajian yang dijalankan. Secara umunya kajian ini adalah berbentuk
kuantitatif dan dapatan dari kaji selidik akan membincangkan tentang kaedah
analisis data dan keputusan yang diperolehi daripada edaran borang kaji selidik
yang telah dijalankan oleh penyelidik. Ia dimulakan dengan pengedaran dan
pengumpulan borang kaji selidik, prosedur penganalisis data, latar belakang
responden (demografi) dan analisis soalan kepada responden. Kesemua data
yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 22.0.

3.1 Populasi dan Sampel kajian

Populasi dan sampel kajian terdiri daripada 110 orang pelajar dan pensyarah
Kolej Komuniti Selayang.

3.2 Pembinaan Item Soalan

Soal selidik telah diedarkan kepada pelajar dengan menggunakan 5 skala likert
sebagai instrument kajian. 5 skala likert digunakan adalah untuk menentukan
tahap kesahan item yang dibina dan untuk memastikan responden mempunyai
pilihan jawapan yang tepat dengan soalan yang dikemukakan. Kesemua item
yang terdapat di dalam borang soal selidik ini adalah dibina oleh penyelidik
berdasarkan fakta kajian lalu dan kesesuaian tajuk. Borang soal selidik yang
diedarkan dibahagikan kepada empat bahagian iaitu latarbelakang responden,

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 131

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

kualiti makanan, kualiti perkhidmatan dan kepuasan pelanggan dengan

merangkumi 22 soalan secara keseluruhan. Jadual 1 merujuk kepada hubungan

antara faktor dan bilangan item.

Jadual 1. Hubungan Antara Faktor Dan Bilangan Item

Bahagian Faktor Bil. item Pengukur Item

1 Demografi 5 item Skala likert 1-5

2 Kualiti Makanan 5 item Skala likert 1-5

3 Kualiti Perkhidmatan 8 item Skala likert 1-5

4 Kepuasan Pelanggan 4 item Skala likert 1-5

4.0 DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS

Secara umumnya, keseluruhan data yang diperolehi daripada borang kaji selidik
dianalisis menggunakan analisis deskriptif dengan mencari frekuensi, peratusan
dan min yang telah diadaptasi daripada Ahmad Rizal Madar (2008).

4.1 Analisis Bahagian 1: Latar Belakang Responden

Seramai 110 orang responden yang terdiri terhadap pelajar dan pensyarah telah
dianalisis. Berikut adalah huraian analisis bagi latar belakang responden (jadual
2). Pemilihan responden adalah secara rawak dan mereka yang mengunjungi
Bloom Café. Responden perempuan telah mendominasi keseluruhan kajian iaitu
seramai 80 orang (72.7%) dan responden lelaki seramai 30 orang (27.3%).
Responden yang berumur diantara 18-25 tahun merupakan responden yang
paling ramai menjawab kajian ini iaitu seramai 65 orang (59.1%), 32 orang
(29.1%) mewakili 26 -35 tahun dan hanya 13 orang responden yang berumur di
antara 36 - 45 tahun (11.82%). Seramai 77 orang (70%) responden memberitahu
bahawa mereka pernah membeli produk daripada Bloom Café sebanyak sekali
dalam tempoh sebulan, 24 orang (21.8%) membeli produk daripada Bloom Café
dalam tempoh 2 kali sebulan dan 9 orang (8.2%) hanya membeli dalam tempoh
sekali seminggu. Rata-rata responden bersetuju bahawa mereka pernah

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 132

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

membeli produk daripada Bloom Café dan mengetahui bahawa Bloom Café
dikendalikan oleh pelajar program Pastri di Kolej Komuniti Selayang.

Jadual 2. Analisis Latarbelakang Responden

Profil Kategori Frekuensi Peratus
27.3%
Jantina Lelaki 30 72.7%
100%
Perempuan 80 59.1%
29.1%
Umur Jumlah 110 11.8%
18 - 25 tahun 65 100%
26 - 35 tahun 32 70%
36 - 45 tahun 13 21.8%
Jumlah 110 8.2%
100%
Kekerapan membeli produk Bloom Sekali sebulan 77 100%
24
Cafe 2 kali sebulan 100%

Sekali seminggu 9

Jumlah 110
110
Pernahkan anda membeli produk Ya
-
daripada Bloom Cafe? Tidak

Adakah anda tahu Bloom Cafe Ya 110
dikendalikan oleh pelajar daripada Tidak -
Program Pastri?

4.2 Analisis Skor Min

Dapatan kajian adalah daripada borang kaji selidik yang telah dijalankan
kepada responden. Analisis skor min digunakan oleh penyelidik untuk menjawab
soalan kajian yang diwakili di bahagian 2, 3, dan 4. Data yang diperoleh telah
dianalisis untuk mendapatkan nilai min bagi setiap bahagian. Hasil analisis
memperlihatkan keseluruhan skor min bagi setiap faktor-faktor yang
mempengaruhi tahap kepuasan pelanggan di Bloom Café.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 133

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Jadual 3. Jumlah Keseluruhan Tafsiran Deskriptif Bagi Setiap Faktor

Bahagian Faktor N Min (M) Tahap

2 Kualiti Makanan 110 4.80 Tinggi

3 Kualiti Perkhidmatan 110 4.70 Tinggi

4 Kepuasan Pelanggan 110 4.95 Tinggi

Jadual 3 menunjukkan jumlah keseluruhan tafsiran deskriptif bagi setiap faktor-
faktor yang terlibat di dalam borang kaji selidik. Analisis mendapati bahawa
semua faktor yang terlibat mempunyai nilai min 4.50 ke atas dan ini
menunjukkan tahap penerimaan yang tinggi di kalangan responden terhadap
soalan yang diberikan dan didapati nilai min yang paling tinggi adalah merujuk
kepada faktor kepuasan pelanggan sebanyak 4.95.

Jadual 4. Analisa Deskriptif Bagi Faktor Kualiti Makanan

Bil Item N Min Sisihan
piawai
1 Rasa masakan menepati citarasa saya 110 4.90
2 Makanan yang dihidangkan adalah sedap 110 4.80 .85
110 4.75 .79
dan menarik 110 4.70
3 Rasa makanan merupakan keutamaan saya 110 4.80 .70
110 4.80
sewaktu menjamu selera .69
4 Rasa pencuci mulut adalah menepati
.79
kehendak saya
5 Secara keseluruhan, kualiti makanan .79

adalah menepati kehendak saya
Purata Min

Jadual 4 menunjukkan dapatan yang diperolehi melalui faktor kualiti makanan
dengan nilai min yang tinggi iaitu 4.90. Berdasarkan dapatan tersebut, kualiti
makanan di Bloom Café telah mencapai kehendak dan menepati selera
responden.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 134

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Jadual 5. Analisa Deskriptif Bagi Faktor Kualiti Perkhidmatan

Bil Item N Min Sisihan

piawai

1 Kemudahan fasiliti di Bloom Café baik dan 110 4.75 .70

menarik

2 Kakitangan Bloom mengadakan promosi 110 4.50 .59

3 Menu kad adalah menarik 110 4.40 .55

4 Penampilan kakitangan Bloom bersih dan 110 4.50 .63

kemas

5 Waktu operasi yang sesuai 110 4.80 .79

6 Kakitangan dapat menyediakan servis seperti 110 4.90 .85

masa yang ditetapkan

7 Perkhidmatan penghantaran makanan adalah 110 4.70 .69

cepat

8 Kakitangan Bloom dapat kendalikan aduan 110 4.65 .60

dengan baik

Purata Min 110 4.70 .66

Analisa deskriptif bagi faktor kualiti perkhidmatan di jadual 5 menunjukkan

keseluruhan item memperolehi skor min yang berada pada tahap yang tinggi

dengan nilai purata min 4.70. Nilai min tinggi yang dicapai adalah melalui

kakitangan yang dapat menyediakan servis mengikut masa yang ditetapkan iaitu

4.90. Keseluruhan dapatan mendapati bahawa kemudahan fasiliti yang

ditawarkan, kakitangan yang dapat memberikan servis yang baik, waktu operasi

yang sesuai dan perkhidmatan makanan yang cepat menunjukkan responden

bersetuju bahawa kualiti perkhidmatan di Bloom Café mencapai kehendak

mereka.

Jadual 6. Analisa Deskriptif Bagi Kepuasan Pelanggan

Bil Item N Min Sisihan

piawai

1 Kualiti makanan menepati jangkaan saya 110 5.00 .90

2 Saya melakukan perkara yang betul apabila 110 5.00 .90

memilih untuk makan di Bloom Cafe

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 135

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat 110 5.00 .90
110 4.80 .79
3 Saya sangat berpuas hati dengan keseluruhan
pengalaman di Bloom Cafe 110 4.95 .87

4 Secara keseluruhan, Bloom Café memberikan
saya perasaan gembira sewaktu menjamu
selera
Purata Min

Jadual 6 menunjukkan analisa deskriptif bagi faktor kepuasan pelanggan dan
dapatan skor min yang tinggi sebanyak 5.00 menunjukkan bahawa responden
bersetuju bahawa kualiti makanan adalah menepati jangkaan dan responden
melakukan perkara yang betul apabila memilih untuk makan di Bloom Café.
Secara keseluruhannya, responden berpuas hati dengan seluruh pengalaman
yang mereka rasai apabila berada di Bloom Café.

Jadual 7. Korelasi Pearson Dengan Kepuasan Pelanggan

Pembolehubah bebas Pembolehubah bersandar

(Kepuasan Pelanggan)

Kualiti Makanan .814**(Tinggi)

Kualiti Perkhidmatan .799**(Tinggi)

a. Predictors: (Constant), food quality, service quality
b. Dependent Variable: CS
c. ** Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Dapatan analisis korelasi dalam jadual 7 menunjukkan bahawa terdapat
perhubungan yang signifikan antara pembolehubah kualiti makanan dengan
kepuasan pelanggan (r =.814, p< .01) dan pembolehubah kualiti perkhidmatan
dengan kepuasan pelanggan (r= .799, p< .01). Ini menunjukkan objektif kajian
telah terjawab dengan adanya hubungan yang signifikan di antara kualiti
makanan dan kualiti perkhidmatan terhadap kepuasan pelanggan.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 136

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
5.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Perbincangan

Kajian yang dijalankan ini telah membawa kepada penemuan faktor yang
mempengaruhi kepuasan pelanggan apabila menjamu selera di Bloom Café.
Faktor kualiti makanan, perkhidmatan dan kepuasan pelanggan merupakan
faktor-faktor yang memberi pengaruh dan kesan terhadap pengalaman
responden di Bloom Café. Daripada faktor-faktor tersebut, analisis kajian
menunjukkan bahawa faktor kepuasan pelanggan mempunyai purata nilai min
tertinggi iaitu sebanyak 4.95 diikuti faktor kualiti makanan dan perkhidmatan
dengan purata nilai min 4.80 dan 4.70. Dapatan menunjukkan faktor-faktor
tersebut adalah signifikan dengan objektif kajian. Begitu juga hubungkait
korelasi pearson antara faktor kualiti makanan dan perkhidmatan dengan
kepuasan pelanggan yang menunjukkan faktor-faktor tersebut mempunyai
hubungan yang signifikan. Dapatan ini bertepatan dengan kajian yang telah
dijalankan oleh Sulek dan Hensley (2004), Namkung dan Jang (2007) dan Kim et
al., (2009), yang menyatakan bahawa kepentingan kualiti makanan sentiasa
memberi kesan kepada kepuasan pelanggan. Voon (2012) juga menyatakan
kualiti makanan merupakan elemen yang penting dan mempunyai pengaruh
yang kuat kepada kepuasan pelanggan. Manakala kajian yang dijalankan oleh
Agnes K.Y. Law, Y.V. Hui dan Xiande Zhao (2004) menyatakan bahawa waktu
menunggu, tingkahlaku pekerja, kualiti dan variasi makanan sentiasa memberi
kesan kepada kepuasan pelanggan. Namun begitu, kajian yang dijalankan oleh
Liu dan Jang (2009) menyatakan bahawa kualiti makanan bukanlah elemen yang
penting yang mempengaruhi kepuasan pelanggan dan ini terbukti melalui kajian
beliau yang menyatakan kandungan bil/ resit yang tepat adalah lebih utama
dibandingkan dengan kualiti makanan.

5.2 Kesimpulan

Kepuasan pelanggan secara hakikatnya merupakan elemen yang penting bagi
sesebuah organisasi dan penting bagi menjamin kesetiaan pelanggan (Ryu et

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 137

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

al., 2012; Han dan Ryu, 2009 dan Liu & Jang, 2009). Kepuasan pelanggan juga
memberi nilai kepada jatuh dan bangunnya sesebuah organisasi. Ini kerana
pelanggan sentiasa mencari makanan yang memberi nilai kepada wang mereka.
Oleh yang demikian, organisasi seperti Bloom Café perlu menambah baik kualiti
makanan dan perkhidmatan dari masa ke semasa. Dalam memastikan kualiti
makanan dan perkhidmatan di tahap yang terbaik dan mencapai kehendak
pelanggan, kawalan kualiti perlu dititik beratkan. Antara contoh kawalan kualiti
yang baik adalah seperti patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dan
meningkatkan latihan pekerja dari segi layanan dan menguruskan aduan
pelanggan dengan baik. Walaupun operasi perniagaan Bloom Café terarah
kepada satu pihak sahaja iaitu kepada pensyarah dan pelajar, namun begitu
kualiti makanan dan perkhidmatan sentiasa memberi kesan kepada keuntungan
dan kerugian operasi perniagaan. Kesimpulannya, bagi meningkatkan aspek
keberkesanan kualiti makanan dan perkhidmatan, tenaga kerja Bloom Café
haruslah sentiasa bersedia memberikan yang terbaik demi memberi impak dan
pengaruh yang besar bagi kepuasan pelanggan dan secara tidak langsung
mengikat pelanggan untuk setia dan kembali ke restoran itu semula. Namun
begitu, kajian lanjut perlu diperluaskan kepada beberapa faktor lain bagi
mengukur tahap kepuasan pelanggan bukan hanya kepada kualiti makanan dan
perkhidmatan sahaja. Kajian lanjut juga perlu diteruskan kepada komuniti luar
yang menjamu selera di Bloom Café agar kajian ini tidak dilihat sebagai hanya
menyebelahi satu pihak sahaja dan dapatan kajian lebih menyeluruh.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 138


Click to View FlipBook Version