Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat 75.9 24.1
sebelum dan selepas kursus 84.3 15.7
Sikap : 74.7 25.3
Pemerhatian Ke atas perubahan sikap 50.6 49.4
Hasil/Impak: 50.4 49.4
Impak Kursus terhadap kerjaya
Impak Kursus terhadap Pendapatan
Pulangan Pelaburan kepada Institusi
Pulangan Pelaburan kepada Peserta
Jadual 2 menunjukkan bahawa responden menggunakan semua tahap
pengukuran dalam model Kirkpatrick. Peratusan penilaian program dengan
mengukur reaksi, pembelajaran dan sikap adalah tinggi berbanding peratusan
responden yang tidak menggunakan pengukuran tersebut seperti yang
dinyatakan dalam soal selidik kajian. Bagi tahap pengukuran yang paling tinggi
tahapnya iaitu tahap 4; hasil, peratusan pengunaan pengukuran tidak
menunjukkan perbezaan yang tinggi terhadap pulangan pelaburan atau return
of investment (ROI) terhadap institusi dan peserta. Responden yang mengukur
ROI Institusi adalah 50.6% dan ROI peserta adalah 50.4
Jadual 3 : Sumbangan pengukuran kepada penambahbaikan program
Perkara Peratus Tidak
Ya
Kaedah Penyampaian Pengajaran 2.4
Bahan dan Peralatan 97.6 4.8
Modul Pengajaran 95.2 4.8
Proses Penilaian Program 95.2 12.2
87.8
Jadual 3 menunjukkan bahawa penggunaan hasil analisis penilaian
keberkesanan program untuk menambahbaik keempat-empat elemen utama
dalam sesuatu pelaksanaan program adalah tinggi. Peratus kaedah penyampaian
pengajaran adalah 97.6%, bahan dan peralatan 95.2%, modul pengajaran
sebanyak 95.2% dan proses penilaian program sebanyak 87.8%.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 189
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
7.0 PERBINCANGAN DAN ULASAN
7.1 Penilaian Program
Berdasarkan maklumat daripada unit PSH di JPKK, pelaksanaan penilaian
program belum dikuatkuasakan pelaksanaannya. Walau bagaimanapun didapati
hasil daripada kajian ini, pesyarah program PSH bagi 42 Kolej Komuniti ini
melaksanakan juga penilaian keberkesanan program dan menggunakan
pengukuran lain walau belum lagi dikuatkuasakan pelaksanaannya.
Pelaksanaan ini mungkin merupakan inisiatif pensyarah atau institusi untuk
memastikan program yang dilaksanakan mencapai objektif program dan
memastikan kualiti program terjamin. Program yang berkualiti akan menjamin
penambahan peserta di masa akan datang.
Penilaian keberkesanan program berasaskan kepada impak dan pulangan
pelaburan (ROI) merupakan penilaian yang lebih sukar dilaksanakan kerana
tidak dapat dinilai serta merta. Penilaian ini biasanya ia mengambil masa 9
hingga 18 bulan selepas program untuk mengenalpasti keberkesanan program.
Terdapat pensyarah PSH yang membuat jenis pengukuran ini untuk mengkaji
keberkesanan program yang dijalankan dalam kajian ini.
7.2 Sumbangan kepada penambahbaikan program
Hasil analisis penilaian program biasanya akan digunakan untuk menambahbaik
pelaksanaan program pada masa akan datang. Menurut Kogan & Shea (2017),
penilaian program dilaksanakan dengan pelbagai tujuan penting termasuk
penilaian kurikulum, akreditasi, maklumbalas kepada institusi, penambahbaikan
kandungan pendidikan dah kaedah pengajaran.
Peratusan responden menggunakan analisis penilaian keberkesanan
program untuk menambahbaik kaedah pengajaran, bahan dan peralatan, modul
pengajaran dan proses penilaian program adalah tinggi. Ini memberikan
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 190
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
gambaran yang positif bahawa 42 Kolej Komuniti ini mempunyai program PSH
yang dikawal kualiti pelaksanaannya.
Data-data, semua analisa dan laporan digunakan sebagai asas kepada
penambahbaikan berterusan sesuatu program. Oleh itu daripada dapatan kajian
ini, rekod-rekod penilaian keberkesanan program PSH boleh digunakan sebagai
rujukan bagi menunjukkan pencapaian indikator ke aras program PSH yang
berkualiti seperti yang dinyatakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).
8.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN
Penilaian keberkesanan program-program PSH pelbagai kategori bagi 42 Kolej
Komuniti didapati dilaksanakan. Semua tahap model Kirkpatrik berpadanan
dengan pengukuran yang telah digunakan oleh responden. Kemungkinan
pengukuran lain juga ada digunakan untuk menilai keberkesanan program PSH.
Hasil analisis juga telah digunakan untuk menambah baik 4 perkara dalam
kerangka sesuatu program iaitu kaedah pengajaran, bahan dan alat, modul dan
proses penilaian program. Ini memberikan gambaran bahawa kualiti program
PSH di 42 Kolej Komuniti ini adalah dikawal dengan menggunakan maklumat
penilaian untuk menambahbaik program secara berterusan. Hasrat PPMPT
secara tidak langsung tercapai.
Kajian secara terperinci berkaitan kategori program dengan penilaian
spesifik yang digunakan boleh dilaksanakan pada masa hadapan. Hasil kajian
boleh dijadikan panduan bagi unit PSH untuk membangunkan kerangka
penambahbaikan berterusan dengan mengenalpasti kaedah terbaik penilaian
program yang telah dilaksanakan di Kolej Komuniti seterusnya kualiti program
sentiasa dipertingkatkan. Secara tidak langsung program berkualiti mendapat
kebolehpercayaan yang tinggi daripada komuniti dan industri untuk mereka
turut serta pada masa akan datang.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 191
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
RUJUKAN
Farjad, S. (2012). The Evaluation Effectiveness of Training Courses in University
by Kirkpatrick Model (Case Study: Islamshahr University). Procedia - Social
and Behavioral Sciences, 46, 2837–2841.
https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2012.05.573
Gliem, J. A., & Gliem, R. R. (2003). Calculating, interpreting, and reporting
Cronbach’s alpha reliability coefficient for Likert-type scales. Midwest
Research to Practice Conference in Adult, Continuing, and Community
Education, (1992), 82–88. https://doi.org/10.1109/PROC.1975.9792
Kamaruzzaman Abdul Manan, Shuhaida Md Nor, Bahiyah Omar (2013). Model
Penilaian Kirkpatrick: Mengkaji Pengaruh Komunikasi Terhadap
Keberkesanan Latihan ,Universiti Sains Malaysia. Jurnal Komunikasi,
Malaysian Journal of Communication, Jilid 29(2) 2013: 31-50
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) (2007). Pelan Strategik Pengajian Tinggi
Negara (PSPTN): Melangkaui Tahun 2020.
Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (2013). Pelan Induk Pembudayaan PSH
Peringkat Nasional 2011-2020
Kementerian Pendidikan Malaysia (2015). Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2015-2015 (Pendidikan Tinggi).
Mann, S. (1996). What should training evaluations evaluate? Journal of
European Industrial Training, 20(9), 14–20.
https://doi.org/10.1108/03090599610150264
Mohd Hafiz bin Zainal Abidin, Fareen Wong Iskandar Wong, Mohd Azhar bin
Ahmad (2016). Kajian Terhadap Keberkesanan Kursus Kawalan Proses
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 192
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Dan Instrumentasi Kepada Peserta Kursus Pendek Kolej Komuniti Paya
Besar
Mohd Faizullah bin Mohamed, Badaruddin bin Ibrahim, Norlida binti Shaari
(2014). Tinjauan Terhadap Keberkesanan Program Pembelajaran
Sepanjang Hayat (PSH) Di Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan
Malaysia
Noraina bt Abdul Rahman, Sarah bt Abd Hamid, Firdaus b. Hassan (2016).
Pengalaman Memberi Latihan Kemahiran Kepada Pelajar Tahfiz Dan
Pondok Bersama Kolej Komuniti. Bahagian Akademik dan Pendidikan
Berterusan, JPKK
Wiwin Yulianingsih (2014). Implementation Lifelong Learning: The Adult
Learners Based Learning Needs. Non-Formal Education Department
Faculty of Education State University of Surabaya, Indonesia
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 193
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
PERSEPSI PELAJAR SIJIL PENGOPERASIAN PERNIAGAAN KOLEJ
KOMUNITI SELANDAR, MELAKA TERHADAP PENERAPAN KAEDAH
PERMAINAN DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
Nor Hidayah Ahmad Mustafa1 & Shaliza Amira Binti Sarif2
Kolej Komuniti Selandar
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dilakukan bagi mengkaji persepsi pelajar Sijil Pengoperasian Perniagaan, Kolej
Komuniti Selandar, Melaka terhadap penerapan kaedah permainan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Tinjauan awal mendapati pelajar kurang peka dan kurang memberi tumpuan
terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Oleh itu, bagi membantu
meningkatkan pencapaian akademik kaedah permainan sambil belajar diperkenalkan. Data yang
dikumpul melalui borang soal selidik dianalisa melalui kaedah SPSS versi 23. Dapatan
menunjukkan maklumbalas yang positif terdapat di dalam kaedah permainan sambil belajar.
Kaedah pengajaran yang berbeza menghasilkan pendekatan yang menyeronokkandan dapat
merangsang minat pelajar untuk terus belajar. Ia juga dapat memberi semangat dan tahap
motivasi yang positif dalam kalangan pelajar. Setelah kajian dilaksanakan mengikut sepeti
perancangan, didapati penguasaaan pelajar terhadap sesuatu subjek itu semakin meningkat
dengan menggunakan kaedah permainan dalam pembelajaran mereka. Pelajar-pelajar tersebut
juga menunjukkan sikap yang lebih positif dan aktif di dalam kelas.
Kata kunci: pengajaran pembelajaran, permainan, sikap
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 194
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
1.0 PENGENALAN
Kaedah Pemainan dalam proses kehidupan seharian dilihat sebagai benda tidak
asing lagi pada masa kini. Di katakan dengan menglibatkan kaedah permainan
dalam aktiviti harian yang santai dapat menjadikan bukan sahaja menceriakan
hari seseorang malahan dapat menghasilkan produk atau output yang lebih
positif. Kecenderungan untuk bermain adalah sifat semulajadi manusia.
Menurut Kraus (1990), dari aspek psikoanalisis, bermain memberi peluang
kepada kanak-kanak untuk memperolehi perasaan berjaya mengawal keadaan
yang dikatakan dapat membantu kanak-kanak berurusan dengan realiti. Bagi
masyarakat masa kini, permainan dan simulasi bukan sahaja menyeronokkan,
malahan juga mempunyai unsur-unsur yang berbentuk pengajaran dan
pendidikan.
Pendekatan belajar melalui bermain tidak boleh dipandang rendah oleh
pendidik. Pandangan negatif oleh sesetengah pendidik dan ibubapa terhadap
aktiviti bermain perlu diubah dan diperbetulkan kerana terdapat bukti kukuh
daripada penyelidik-penyelidik terdahulu bahawa pelajar-pelajar boleh
menunjukkan tahap komunikasi lisan yang tinggi, pemikiran kreatif,
berimaginasi dengan lebih baik dan menyelesaikan masalah (Brook et. al.,
2009) melalui aktiviti belajar dengan bermain. Permainan dalam pembelajaran
ini perlu dibuktikan keberkesanannya bukan hanya dikalangan kanak-kanak
sahaja, ianya perlu dibuktikan dengan tahap keberkesanan serta pencapaian
remaja dan golongan dewasa dengan menggunaan kaedah ini dalam menjalani
kehidupan seharian mereka.
1.2 Latar Belakang Kajian
Aspirasi negara maju adalah bagi melahirkan warga yang berketrampilan serta
berdaya saing serasi dengan Falsafah Pendidikan Negara yang bermatlamat
utama bagi sistem pendidikan di Malaysia ialah untuk menghasilkan insan yang
seimbang dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ramai
pakar yang membina kurikulum menggunakan pendekatan bermain untuk
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 195
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
meningkatkan perkembangan kognitif (Bodrova & Leong, 2001), perkembangan
social (Trawick-Smith, 2006) dan pembelajaran kanak-kanak (Brand, 2006).
Menurut Dr. Baharin et. Al., (2007), variasi seseorang individu atau
berkumpulan, samada dalam sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku
sosial dan bakat sememangnya wujud dalam sebuah kumpulan.
Namun begitu ada dikalangan pendidik yang masih kurang sedar akan
kepentingan permainan dan simulasi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Sesetengah pendidik kurang kreatif hingga mengambil masa yang
lama untuk memikirkan aktiviti-aktiviti dan bahan bermain yang sesuai dengan
objektif pembelajaran yang hendak dicapai. Oleh kerana kesuntukan masa
menyebabkan ramai pendidik yang masih terikat dengan cara lama dan biasa
seperti kaedah “chalk and talk” dan hanya terikat dengan silibus dan buku
rujukan sahaja. Ia disokong oleh hasil kajian Hussain (1996), yang menunjukkan
pengajaran guru di prasekolah Malaysia lebih kepada pendekatan formal kerana
guru lebih memikirkan keperluan menghabiskan sukatan pelajaran berbanding
memenuhi keperluan kanak-kanak.
Pemilihan kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan tahap pelajar,
membantu meningkatkan pencapaian serta minat pelajar terhadap pengajaran
dan pembelajaran di dalam bilik kuliah. Menurut Ahmad Mohd Salleh (2004),
kaedah yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan pelajar yang diajar di
dalam bilik kuliah.
1.3 Penyataan Masalah
Peredaran masa dengan mengambil kira kerancakan dunia tanpa sempadan,
perlu menjadikan pengajar lebih peka dan kreatif dalam menyampaikan
pengajaran mereka. Pelbagai kaedah diperlukan oleh tenaga pengajar dalam
usaha untuk menarik minat para pelajar. Belajar menggunakan kaedah biasa
adalah sangat membosankan di dalam kelas. Pengajar perlu memikir pelbagai
alternatif bagi menjadikan sesi penyampaian ilmu dan pendekatan mereka lebih
relevan dalam mendekatkan diri dengan para pelajar mereka.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 196
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Kaedah permainan dan simulasi adalah salah satu kaedah yang tidak asing bagi
para pendidik. Permainan dan simulasi seperti sahiba, saidina, teka silangkata
antara contoh permainan yang biasa digunakan di dalam proses pengajaran.
Melalui kaedah ini para pelajar tanpa disedari lebih aktif dan mengambil
bahagian di dalam kelas secara tidak langsung ianya dapat meningkatkan
hubungan serta komunikasi dua hala antara pendidik dan juga para pelajar.
Kaedah ini juga dapat menarik minat serta secara tidak langsung bukan sahaja
membina hubungan yang baik antara pengajar dan pelajar malahan dapat
mengeratkan hubungan sesama rakan sekelas. Belajar dengan hanya
menggunakan kaedah sehala tidak lagi dilihat relevan pada zaman kini kerana
dengan pelbagai kemudahan yang ada hubungan yang baik perlu diterapkan dan
kaedah pembelajaran secara permainan diperlukan dalam menaikkan semangat
serta ianya perlu untuk menjadi motivasi kepada para pelajar untuk
menghadirkan diri serta mengambil bahagian di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
1.4 Objektif Kajian
Hasil daripada permasalahan di dalam kelas, objektif kajian adalah meliputi:
i. Menilai persepsi pelajar terhadap pengimplementasi kaedah permainan
dalam pengajaran dapat menarik perhatian para pelajar di dalam kelas.
ii. Menilai persepsi pelajar terhadap kesesuaian kaedah permainan dalam
pembelajaran dalam meningkatkan pemahaman pelajar.
iii. Menilai persepsi pelajar terhadap kesesuaian kaedah permainan dalam
pembelajaran dalam meningkatkan percaya diri dan keyakinan pelajar
dalam kelas.
iv. Menilai persepsi pelajar terhadap kesesuaian kaedah permainan dalam
pembelajaran dalam meningkatkan kepuasan hasil.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 197
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
1.5 Persoalan Kajian
Sehubungan dengan itu, persoalan kajian yang ingin dikemukakan adalah
seperti berikut:
i. Apakah dengan kaedah permainan dalam pembelajaran ini dapat menarik
perhatian pelajar di dalam kelas?
ii. Adakah dengan menggunakan kaedah permainan dalam pembelajaran ini
bersesuaian dan relevan terhadap penyampaian proses pembelajaran?
iii. Apakah dengan kaedah permainan dalam pembelajaran ini dapat
meningkatkan nilai percaya diri dan kebolehan dalam diri pelajar?
iv. Adakah dengan mengunakan kaedah permainan dalam pembelajaran ini
dapat memberi kepuasan kepada pelajar dalam proses pembelajaran?
1.6 Limitasi Kajian
Terdapat beberapa limitasi bagi kajian ini. Antaranya, kajian ini hanya
menggunakan bilangan responden yang kecil maka keputusan yang diperolehi
tidak boleh dijadikan satu kesimpulan yang menyeluruh terhadap kajian.
Kesahihan kajian ini bergantung kepada kejujuran serta keterbukaan responden
dalam memberi jawapan bagi setiap item yang dikemukakan dengan jujur dan
ikhlas tanpa sebarang prejudis.
Selain dari itu hanya satu kaedah sahaja digunakan untuk mengumpul data iaitu
dengan menggunakan kaedah mengedarkan borang soal selidik kepada para
pelajar. Kaedah ini mengumpul maklumat secara keratan rentas yang tertakluk
kepada responden yang sedia ada sahaja.
1.7 Kepentingan Kajian
Melalui kajian ini adalah diharapkan dapat memberi gambaran dengan lebih
jelas lagi tentang kepentingan dan kesesuaian penggunaan permainan dan
simulasi dan hasil daripada maklumat ini dapatlah digunakan oleh para pendidik
untuk lebih berinovasi dengan pelbagai kaedah permainan dalam usaha
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 198
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
menyampaikan pengajaran yang berkualiti kepada para pelajar. Hasil kajian ini
diharap dapat memberi manfaat kepada kepada pihak-pihak seperti berikut:
i. Kolej
Menjadi panduan kepada pihak kolej untuk mengenalpasti tahap penggunaan
kepelbagaian kaedah dalam penyampaian proses pengajaran dan pembelajaran
kepada para pelajar.
ii. Pensyarah
Hasil kajian diharap mampu memberi galakan dan motivasi kepada para
pendidik untuk lebih berusaha agar dapat mewujudkan suasana yang baru
dalam kaedah penyampaian pengajaran mereka serta dapat menarik minat para
pelajar terhadap mata pelajaran yang di ajar.
iii. Pelajar
Dapat memberi kepelbagaian dan kelainan dalam proses belajar dan diharapkan
para pelajar akan lebih bermotivasi untuk menghadirkan diri serta menarik
minat mereka hadir ke kelas.
2.0 KAJIAN LITERATUR
Penggunaan kaedah permainan di dalam pengajaran memang sesuai untuk
semua peringkat umur. Menurut Richard, Mary Ulicsak, Keri Facer dan Tim Rudd
di dalam kertas kerja “Teaching With Games: Guidance for Educators” (2007),
bahawa bermain secara berkumpulan menjanakan kemahiran berkumpulan yang
amat baik. Pelajar bermain dalam keadaan yang tidak tertekan. Pelajar juga
boleh berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain.
Penglibatan pelajar dalam aktiviti permainan dan simulasi membolehkan
mereka meneroka isu-isu yang berkaitan dengan nilai dan meletakkan diri
pelajar dalam situasi tersebut. Pelajar dapat membina dan mengembangkan
pemikiran aras yang lebih tinggi seperti penyelesaian masalah, membuat
keputusan dan berfikir secara kreatif (Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran,
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 199
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Permainan dan Simulasi, 2013). Satu kajian melalui Akram Kamarudin (2010),
menyatakan bahawa teknik permainan bahasa dapat mengelakkan murid
menjadi bosan semasa proses pengajaran dan pembelajaran serta dapat
menarik minat pelajar untuk mengikuti pembelajaran apabila guru menjalankan
aktiviti menarik. Pendapat ini disokong di dalam satu kertas kerja, ‘Permainan
Bahasa Sebagai Satu Pendekatan Alternatif Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu’
(2012), di mana pelajar berasa teruja untuk melakukan yang terbaik. Mereka
berasa lebih berminat bertutur dalam Bahasa Melayu dan terlibat aktif dalam
mem pelajari Bahasa Melayu secara tidak langsung.
3.0 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini dijalankan dengan rekabentuk kuantitatif. Data bagi kajian ini
dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada
responden yang terdiri daripada pelajar Kolej Komuniti Selandar. Menurut
Sekaran (2003) data yang dikumpulkan melalui kaedah soal selidik merupakan
kaedah yang efisien dalam mekanisme kutipan data.
3.2 Populasi dan Sampel
Populasi yang dikaji adalah terdiri daripada pelajar Sijil Pengoperasian
Perniagaan di Kolej Komuniti Selandar Melaka. Mereka merupakan pelajar dari
semester 1 hingga semester 3.
3.3 Prosedur Persampelan
Sampel dipilih dengan menggunakan kelas-kelas tertentu bagi mendapatkan
data. Semua pelajar diajar dengan menggunaan kaedah permainan ini dalam
subjek pengiraan dan juga subjek teori bagi menilai tahap pemahaman dan
minat mereka.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 200
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
3.4 Instrumen Kajian
Kajian dijalankan menggunakan borang soal selidik yang telah dipecahkan
kepada beberapa bahagian untuk memudahkan data diuruskan.
3.4.1 Bahagian A Borang Soal Selidik
Dalam bahagian A untuk borang soal selidik yang diedarkan, soalan telah
dibahagikan kepada enam aspek yang utama iaitu bagi mengukur tahap
perhatian pelajar dengan penggunaan kaedah ini dapat menarik minat terhadap
modul, menarik minat untuk datang ke kelas, menilai tahap kefokusan dalam
kelas, dan tahap penglibatan dalam aktiviti.
3.4.2 Bahagian B Borang Soal Selidik
Bahagian B soal selidik terdiri daripada pernyataan yang berkaitan dengan
tahap kebolehpercayaan kaedah permainan ini dalam menyelesaikan masalah
yang dihadapi dalam setiap modul yang di ajar seperti tahap pemahaman.
3.4.3 Bahagian C Borang Soal Selidik
Bahagian C soal selidik adalah merupakan faktor kepercayaan pada diri pelajar
dalam menggunakan kaedah permainan dalam pembelajaran adakah ianya
dapat meningkatkan kerjasama dan komunikasi dalam kelas.
3.4.4 Bahagian D Borang Soal Selidik
Bahagian D soal selidik merupakan menilai faktor kepuasan dalam diri pelajar
dengan menggunakan kaedah ini adakah memberi kesan terhadap pembelajaran
mereka.
3.5 Skala Pengukuran
Skala Likert telah digunakan di dalam kajian ini bagi mengukur soalan dalam
borang soal selidik. Responden perlu menyatakan setuju atau tidak setuju
terhadap setiap pernyataan yang dikemukakan. Pengkelasan Skala Likert
ditunjukkan dalam jadual di bawah.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 201
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Skor Jawapan Responden
1 Sangat tidak setuju
2 Tidak setuju
3 Tidak Pasti
4 Setuju
5 Sangat setuju
4.0 HASIL DAPATAN DAN ANALISIS KAJIAN
Analisa kajian ini dibuat menggunakan perisian SPSS versi 23. Hasil dapatan
kajian di analisis berdasarkan kepada analisis deskriptif dan analisis inferensi.
Analisis deskriptif memberikan gambaran kepada kajian yang dijalankan dan
membuat kesimpulan terhadap data yang dikumpulkan. Hasil analisis data telah
mendapat bacaan sebanyak 0.983 Cronbach’s Alpha dan jelas menunjukkan
yang data untuk kajian ini telah mendapat kesahihan yang tinggi, Sekaran
(2003).
4.1 Latar Belakang Responden
Seramai 40 orang responden telah menjawab borang soal selidik yang
dikemukan. Jadual 4.1 di bawah menunjukkan pecahan maklumat latar
belakang responden yang terlibat.
Jadual 4.1: Maklumat latar belakang responden
Ciri – ciri Frekuensi Peratus (%)
Jantina
Lelaki 13 35.0
Perempuan 26 65.0
Bangsa
Melayu 30 75.0
Cina 3 7.5
7 17.5
India
Daripada Jadual 4.1, bilangan pelajr SPP perempuan adalah lebih tinggi
berbanding dengan bilangan SPP lelaki iaitu 65.0% pelajar perempuan dan
hanya 35.0% pelajar lelaki. Ini adalah disebabkan bidang Pengoperasian
Perniagaan lebih diminati oleh kaum perempuan berbanding pelajar lelaki di
Kolej Komuniti Selandar. Majoriti pelajar Sijil Pengoperasian Perniagaan adalah
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 202
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
terdiri daripada pelajar Melayu iaitu sebanyak 75.0%. Bilangan pelajar kaum
India sebanyak 17.5% manakala Cina adalah 7.5%.
4.2 Kefahaman Terhadap Kaedah Permainan Dalam Proses Pengajaran dan
Pembelajaran
4.2.1 Tahap minat dan perhatian terhadap subjek dengan belajar melalui
kaedah permainan.
Skala 1 hingga 5 diberikan kepada responden untuk menyatakan minat dan
perhatian terhadap subjek dengan belajar melalui kaedah permainan. Terhadap
pembolehubah dibahagikan kepada 4 bahagian seperti jadual di bawah:
Jadual 4.2: Skala tahap penerimaan
Tahap Penerimaan Min
Tinggi 4.00 – 5.00
Sederhana 2.01 – 3.99
Rendah
0 – 2.00
Daripada kajian yang dilakukan, hasil yang diperolehi terhadap tahap minat dan
perhatian terhadap subjek dengan menggunakan kaedah permainan adalah
seperti di bawah:
Jadual 4.3: Tahap penerimaan mengikut kategori
Menimbulkan minat terhadap subjek Min Tahap
Menarik minat ke kelas
Lebih fokus dalam kelas 4.450 Tinggi
Rajin Bertanya 4.525 Tinggi
Belum pernah menggunakan kaedah permainan 4.513 Tinggi
Suasana belajar lebih seronok 4.575 Tinggi
4.500 Tinggi
4.550 Tinggi
Daripada analisis yang telah dilakukan, didapati secara keseluruhan penggunaan
kaedah permainan ini berjaya menarik minat dan perhatian pelajar terhadap
subjek yang dipelajari. Ini dapat dibuktikan dengan pencapaian min tertinggi
sebanyak 4.575 diperolehi daripada pelajar menjadi lebih rajin bertanya
kepada pensyarah tentang topik yang di ajar dengan lebih jelas bagi
memudahkan proses permainan di dalam kelas dan min yang paling rendah
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 203
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
antara semuanya adalah pada menimbulkan minat terhadap subjek atau modul
yang di ajar iaitu sebanyak 4.450. Walaubagaimanapun ianya jelas telah
membuktikan bahawa kaedah permainan dalam proses pengajaran ini telah
dapat membantu pelajar dalam memberi perhatian dan menunjukan minat ke
kelas.
4.2.2 Tahap Kesesuaian Menggunakan Kaedah Permaianan
Daripada kajian yang dilakukan hasil yang diperolehi terhadap persepsi tahap
kesesuaian menggunakan kaedah permainan dalam pembelajaran adalah seperti
di bawah:
Jadual 4.4: Tahap relevan penggunaan kaedah permainan dalam proses
pembelajaran
Kesesuaian kaedah permainan Min Tahap Penerimaan
Memberi peluang menyelesaikan masalah berkaitan 4.575 Tinggi
modul 4.400 Tinggi
Menjimatkan masa belajar
Meningkatkan pemahaman terhadap modul 4.450 Tinggi
Memudahkan proses pembelajaran 4.500 Tinggi
Banyak membantu dalam mengulangkaji pelajaran 4.525 Tinggi
4.375 Tinggi
Daripada analisis yang dibuat jelas menunjukkan bahawa dengan menggunakan
kaedah permainan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran lebih relevan
pada masa kini. Kesemua ciri-ciri yang ditanya telah mendapat purata yang
berada pada tahap yang tinggi dan didahului dengan persetujuan bahawa
kaedah permainan dalam pembelajaran merupakan kaedah pembelajaran yang
sangat sesuai manakala yang mendapat purata paling sedikit berbanding yang
lain tetapi masih lagi di skor tinggi adalah berpendapat kaedah permainan
dalam pembelajaran ini banyak membantu pelajar dalam proses mengulangkaji
pelajaran iaitu dengan purata sebanyak 4.375.
4.2.3 Peningkatan Tahap Kepercayaan Pada Diri
Daripada kajian yang dilakukan hasil yang diperolehi terhadap kepercayaan diri
pelajar Sijil Pengoperasian Perniagaan adalah seperti di bawah:
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 204
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Jadual 4.5: Tahap kepercayaan diri para pelajar
Min Tahap Penerimaan
Membantu pelajar lebih berusaha 4.400 Tinggi
dalam menyelesaikan masalah
berkaitan modul dipelajari
Membantu lebih bersifat daya saing 4.375 Tinggi
Memupuk semangat kerjasama 4.450 Tinggi
berpasukan
Bertambah keyakinan melibatkan 4.500 Tinggi
aktiviti di dalam kelas
Daripada analisis yang dibuat, tahap kepercayaan diri turut mendapat purata
yang tinggi yang mana jelas menunjukkan melalui kaedah permainan di dalam
kelas ini menunjukkan bahawa para pelajar bertambah yakin setelah bersama-
sama melibatkan diri di dalam aktiviti secara berkumpulan. Jelaslah di sini
menunjukkan apabila memerlukan kerjasama secara berkumpulan, para pelajar
akan lebih berusaha keras bagi memastikan kejayaan bagi kumpulan masing-
masing. Jumlah min bagi penglibatan bersama adalah sebanyak 4.500.
4.2.4 Tahap Kepuasan Diri para pelajar
Daripada kajian yang dilakukan hasil yang diperolehi terhadap tahap kepuasan
diri pelajar Sijil Pengoperasian Perniagaan adalah seperti di bawah:
Jadual 4.6: Tahap kepuasan para pelajar Tahap
Min Penerimaan
Menaikkan semangat untuk melakukan latihan 4.450 Tinggi
kendiri 4.450
Membantu menyelesaikan masalah dengan lebih 4.475 Tinggi
pantas 4.525
Memberi kesan yang positif dalam motivasi dan 4.500 Tinggi
pencapaian
Penggunaan kaedah permainan adalah sangat Tinggi
mudah Tinggi
Pelajar seronok untuk belajar menggunakan
kaedah ini
Daripada analisis yang dibuat jelas menunjukkan pelajar memperolehi tahap
kepuasan yang tinggi kerana kesemua soalan telah dijawab dengan mendapat
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 205
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
min pada tahap penerimaan tinggi. Soalan mengenai kaedah pembelajaran
dengan mengaplikasikan permainan adalah sangat mudah mendapat skor
teringgi denan 4.525. Ini jelas menunjukkan belajar sambal memain bukanlah
benda yang membebankan para pelajar dan pelajar juga bersetuju dengan
purata 4.500 kaedah ini adalah menyeronokkan, menaikkan semangat dan
membantu menyelesaikan masalah mengenai modul yang dipelajari dengan
lebih pantas.
5.0 RUMUSAN
Penggunaan kaedah permainan sudah sebati dengan teknik pengajaran yang
dipakai untuk mengajar golongan kanak-kanak. Kaedah permainan untuk
pelajar di IPTA dan IPTS amat jarang sekali dipraktikkan kerana masing-masing
terikat dengan tempoh masa dan silibus yang perlu dihabiskan. Oleh itu, kajian
ini telah dibuat dan didapati kaedah pembelajaran menggunakan permainan
adalah sesuai digunapakai oleh semua golongan termasuklah para pelajar Kolej
Komuniti Selandar kerana ianya dapat dilihat sebagai memberi impak yang
positif kepada semangat dan jati diri serta pencapaian pelajar terhadap sesuatu
subjek. Kaedah mempelbagaikan teknik dan penggunaan alat bantu belajar
yang menarik perlu diterapkan oleh setiap pengajar dalam usaha untuk
menajadikan sesi pembelajaran menjadi lebih menarik dan mendapat output
yang positif daripada para pelajar. Adalah diharapkan dengan hasil kajian ini,
para pendidik akan lebih berinovatif dalam memikirkan kaedah pembelajaran
yang lebih berkesan yang perlu digunapakai untuk menarik minat pelajar.
Belajar dalam suasana yang menyeronokkan ianya mendatangkan banyak
manfaat kepada semua pihak.
RUJUKAN
Ahmad Mohd. Salleh (2004). Ilmu Pendidikan Untuk KPLI (Kursus Perguruan
Lepasan Ijazah). Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 206
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Akram Kamarudin. (2010). Kaedah Permainan dalam Pengajaran Subjek
Perdagangan dan Sains. Dimuat turun dari
http://akramkamarudin.blogspot.com/.
Bodrova, E., & Leong, D.J. (2003). Chopsticks and counting chips: Do play and
foundational skills need to complete for the teacher’s attention in an
early childhood classroom? Young Children, 58, 10-17.
Brand, S.T. (2006). Facilitating emergent literacy skills: A literature-based,
multiple intelligence approach. Journal of Research in Childhood
Education, Vol. 21(2), 133- 148.
Brock, A., Sylvia, D., Jarvis, P., & Olusoga, Y. (2009). Perspentives on Play:
Learning for Life. England: Pearson Education Limited.
Dr. Baharin Abu, PM Dr. Othman Md Johan, PM Syed Mohd Shafeq Syed
Mansordan Haliza (2007). Kepelbagaian Gaya Pembelajaran Dan
Kemahiran Pelajar-Pelajar Universiti di Fakulti Pendidikan, Fakulti
Pendidikan, 10.
https://www.digitalcuturalandeducation.com/cms/wp-
content/uploads/2013/06/ DCE_1065_Uzun.pdf
Hussain Ahmad (1996). Dasar, Status Perlaksanaan dan Masa Depan Pendidikan
Prasekolah di Malaysia. Seminar Kebangsan Pendidikan Prasekolah.
Pulau Pinang: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan.
Kraus. (1990). Recreation and Leisure in Modern Society (4th ed.). New York,
NY: Harper Collins College.
Richard Sandford, mary Ulicsak, Keri Facer and Tim Rudd. (2007). Teaching
with games. Guidance for Educators.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 207
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
http://pitforman.files.wordpress.com/2015/10/guidance_for_educators.
pdf
Sekaran, U. (2003). Research Methods for Business – A Skill Building Approach.
(4th ed). United States of America: John Wiley & Sons, Inc.
Trawick –Smith, J. (2006). Early Childhood Development: A Multicultural
Perspective (4th ed.) Upper Sadlle River, NJ: Pearson-Prentice Hall.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 208
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
PELAKSANAAN PENDIDIKAN KEUSAHAWANAN DI KOLEJ KOMUNITI:
KESAN TERHADAP MELAHIRKAN USAHAWAN DI KALANGAN ALUMNI
KOLEJ KOMUNITI SELANDAR
Nor Hidayah Bt Ahmad Mustafa1 , Fauziah Binti Hamzah2
Kolej komuniti Selandar
[email protected] 1
ABSTRAK
Subjek Keusahawanan merupakan subjek yang telah diterapkan seawal pendidikan peringkat
rendah di Malaysia. Menyedari kepentingan pendidikan keusahawanan untuk membekalkan
pelajar dengan peluang dan potensi bagi memilih kerjaya sebagai seorang usahawan,
Kementerian Pendidikan Tinggi telah menunjukkan komitmen mereka terhadap
perlaksanaannya khususnya melalui Kolej Komuniti. Subjek Keusahawanan merupakan subjek
yang perlu diambil oleh semua pelajar bagi setiap program yang di tawarkan di Kolej Komuniti.
Berdasarkan usaha tersebut, kajian ini dilakukan bagi menilai kesan pendidikan keusahawanan
terhadap aprisasi pelajar dalam memilih keusahawanan sebagai kerjaya. Tinjauan awal
mendapati pelajar menjalankan aktiviti perniagaan seperti yang terdapat di dalam silibus
pelajaran dengan penuh semangat dan jayanya. Kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengkaji
adakah minat dan kesungguhan yang ditunjukkan dapat melahirkan pelajar ini menjadi seorang
usahawan. Oleh itu, seramai 46 orang pelajar Kolej Komuniti Selandar telah dipilih sebagai
responden bagi kajian ini. Kaedah penilaian yang dilakukan ialah melalui borang kajian soal
selidik. Data yang dikumpul dianalisa melalui perisian SPSS versi 23. Data menunjukkan dari segi
faktor penerimaan terhadap subjek keusahawanan mempunyai tahap penerimaan yang tinggi,
Manakala tahap minat alumni untuk menjadi usahawan berada pada tahap sederhana dan tahap
kekangan alumni untuk menjadi usahawan juga tinggi. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa
subjek keusahawanan yang di ajar ketika mereka di Kolej Komuniti Selandar dapat
mempengaruhi minat mereka terhadap bidang ini namun disebabkan faktor kekangan seperti
tidak mendapat sokongan dari ahli keluarga dan faktor modal telah menyebabkan mereka masih
menangguhkan hasrat mereka untuk menjadi seorang usahawan.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 209
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
1.0 PENGENALAN
Bidang keusahawanan telah berkembang dengan begitu ketara sejajar dengan
saranan kerajaan yang menggalakkan rakyat Malaysia tidak hanya bergantung
kepada pekerjaan yang disediakan oleh pihak kerajaan dan swasta semata-
mata. Setiap tahun minat untuk mengembangkan dan membangunkan bidang
keusahawanan semakin meningkat dan ia menunjukkan satu perkembangan
yang positif. Alvarez (1996) dalam Zafir et al.(2003), menyatakan bahawa
“Demam Keusahawanan” bermula pada pertengahan 1980an, perkembangan
bidang keusahawanan telah bergerak dengan begitu pantas, yang mana ia bukan
sahaja tertumpu kepada sesebuah negara tetapi telah berkembang ke seluruh
pelusuk dunia serta telah mengubah pemikiran dan orientasi kehidupan
masyarakat terhadap aktiviti perniagaan dan seterusnya telah meningkatkan
tahap pembangunan sesebuah negara.
Kemerdekaan dan sistem pendidikan selepas itu telah banyak mengubah corak
pemikiran masyarakat Malaysia dan telah banyak membawa perubahan. Dasar
Ekonomi Baru (DEB) yang telah diperkenalkan pada tahun 1970 hasil cetusan
idea dari Perdana Malaysia yang kedua iaitu Tun Abdul Razak Hussein telah
banyak menggalakkan rakyat Malaysia untuk menceburkan diri dalam bidang
usahawan.
Bilangan graduan yang telah dilahirkan dari Institusi pengajian tinggi tidak kira
institusi awam atau swasta meningkat pada setiap tahun (Aisya, 2016).
Graduan-graduan ini akan mencari pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan
mereka dan bukan semua dikalangan mereka akan mendapat pekerjaan. Ini
kerana bilangan kerja yang ditawarkan tidak sama dengan bilangan yang
memohon pekerjaan tersebut. Dalam konsep Ekonomi situasi ini boleh
disamakan sebagai berlakunya lebihan permintaan, dimana permintaan telah
melebihi penawaran. Akibatnya ramai dari kalangan mereka telah menjadi
penganggur dalam tempoh yang agak lama kerana keinginan yang terlalu kuat
untuk makan gaji. Fenomena ini berlaku disebabkan kebanyakan dari graduan
tidak mahu mengambil risiko untuk bekerja sendiri. Menurut Muhammad Salleh
(2003), masyarakat kita jarang sekali menggalakkan anak-anak menjadi majikan
kerana tahap pengambilan risiko pada diri kita adalah rendah. Oleh sebab itu,
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 210
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
seseorang yang telah menghabiskan pengajian dari institusi pengajian
hendaklah digalakkan untuk bekerja sendiri atau memulakan perniagaan secara
kecil-kecilan kerana bidang keusahawanan menawarkan peluang kerja yang
cukup luas pada masa ini.
1.2 Penyataan Masalah
Isu pengangguran dikalangan graduan bukan perkara baru dan menjadi masalah
kepada negara. Keusahawanan dilihat mampu membantu kerajaan dalam
menangani isu pengangguran, meningkatkan ekonomi negara di samping
mewujudkan masyarakat yang berdaya saing (Syed, 2013) . Pendedahan kepada
keusahawanan perlu diberikan kepada pelajar supaya mereka dapat
menyesuaikan diri sekiranya sukar untuk mendapatkan pekerjaan mengikut
profesion masing-masing apabila tamat pengajian kelak. Oleh itu, pengkaji
ingin mengenalpasti sama ada subjek keusahawanan yang di ambil oleh alumni
Kolej Komuniti Selandar dapat dapat memberi kesan kepada mereka untuk
menjadi usahawan.
1.3 Persoalan Kajian
Persoalan bagi kajian ini adalah:
i. Apakah tahap penerimaan alumni terhadap subjek keusahawanan.
ii. Apakah tahap minat alumni untuk menjadi usahawan.
ii. Apakah tahap kekangan alumni untuk menjadi usahawan.
1.4 Objektif kajian
Objektif kajian adalah seperti berikut:
i. Mengenal pasti tahap penerimaan alumni terhadap subjek
keusahawanan.
ii. Mengenal pasti tahap minat alumni untuk menjadi usahawan.
iii. Mengenal pasti tahap kekangan alumni untuk menjadi usahawan.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 211
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
1.5 Limitasi Kajian
Kajian ini dilakukan dengan menggunakan satu kaedah sahaja iaitu dengan
mengedarkan borang soal selidik kepada 46 orang responden. Oleh itu hasil
dapatan ini tidak boleh dipakai untuk institusi pengajian yang lain.
1.6 Kepentingan Kajian
Melalui kajian ini dapat memberi maklumbalas daripada alumni Kolej Komuniti
Selandar terhadap kesan subjek keusahawanan yang dipelajari terhadap
pemilihan kerjaya usahawan. Hasil kajian ini diharap dapat memberi manfaat
kepada kepada pihak-pihak seperti berikut :
i. Kolej
Menjadi panduan kepada pihak kolej untuk mengenalpasti tahap penerapan,
kesedaran dan penguasaan pelajar terhadap kemahiran keusahawanan yang
dipelajari dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
ii. Pensyarah
Hasil kajian diharap mampu membekalkan hasil penyelidikan kepada pensyarah
Khasnya yang mengajar subjek keusahawanan dalam merancang strategi yang
terbaik untuk menerapkan elemen kemahiran keusahawanan kepada pelajar
menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
iv. Pelajar
Dapat memberi kesedaran kepada pelajar mengenai kepentingan kemahiran
keusahawanan yang merupakan salah satu daripada kemahiran insaniah yang
amat diperlukan oleh semua pelajar. Selain itu, ia dapat membentuk pelajar
dalam memastikan mereka menyedari kepentingan penguasaan kemahiran
keusahawanan di samping mengimbangkannya dengan kemahiran dan
pengetahuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 212
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
2.0 METODOLOGI KAJIAN
2.1 Reka bentuk kajian
Kajian ini dijalankan dengan rekabentuk kuantitatif. Data bagi kajian ini
dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik yang diedarkan kepada
responden yang terdiri daripada alumni Kolej Komuniti Selandar. Menurut
Sekaran (2003) data yang dikumpulkan melalui kaedah soal selidik merupakan
kaedah yang efisien dalam mekanisme kutipan data.
2.2 Responden
Responden yang dikaji adalah terdiri daripada alumni Kolej Komuniti Selandar
Melaka. Mereka merupakan pelajar dari bidang yang berbeza. Terdapat pelajar
yang daripada Program Sijil Landskap, Program Sijil Pengoperasian Perniagaan,
Program Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara dan Program Sijil
Sistem Komputer dan Rangkaian.
2.3 Instrumen Kajian
Kajian dijalankan menggunakan borang soal selidik yang telah dipecahkan
kepada beberapa bahagian untuk memudahkan data diuruskan.
2.3.1 Bahagian A Borang Soal Selidik
Dalam bahagian A untuk borang soal selidik yang diedarkan, soalan telah
dibahagikan kepada lima aspek yang utama iaitu tahap pemahaman dan minat
subjek keusahawanan yang dipelajari, Isi kandungan subjek keusahawanan
dalam membentuk menjadi seorang usahawan, subjek usahawan dapat
membantu membentuk keyakinan diri dan subjek usahawan dapat
mempengaruhi untuk menjadi seorang usahawan.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 213
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
2.3.2 Bahagian B Borang Soal Selidik
Bahagian B soal selidik terdiri daripada pernyataan yang berkaitan dengan
minat untuk menjadi seorang usahawan.
2.3.3 Bahagian C Borang Soal Selidik
Bahagian C soal selidik adalah merupakan faktor kekangan untuk menjadi
seorang usahawan.
2.4 Skala Pengukuran
Skala Likert telah digunakan di dalam kajian ini bagi mengukur soalan dalam
borang soal selidik. Responden perlu menyatakan setuju atau tidak setuju
terhadap setiap pernyataan yang dikemukakan. Pengkelasan Skala Likert
ditunjukkan dalam jadual di bawah.
Skor Jawapan Responden
1 Sangat tidak setuju
2 Tidak setuju
3 Tidak Pasti
4 Setuju
5 Sangat setuju
3.0 HASIL DAPATAN DAN ANALISIS KAJIAN
Analisa kajian ini dibuat menggunakan perisian SPSS versi 23.0. Hasil dapatan
kajian di analisis berdasarkan kepada analisis deskriptif dan analisis inferensi.
Analisis deskriptif memberikan gambaran kepada kajian yang dijalankan dan
membuat kesimpulan terhadap data yang dikumpulkan. Data yang diperolehi
telah mendapat kesahihan dengan mendapat 0.759 Cronbach’s Alpha, dan ini
jelas menunjukkan data yang diperolehi adalah data yang sahih boleh
digunapakai.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 214
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
3.1 Latar belakang responden
Seramai 46 orang responden telah menjawab borang soal selidik yang
dikemukan. Jadual 3.1 di bawah menunjukkan pecahan maklumat latar
belakang responden yang terlibat.
Jadual 3.1 : Maklumat latar belakang responden
Ciri – ciri Frekuensi Peratus (%)
Jantina 25 54.3
Lelaki 21 45.7
Perempuan
26 56.5
Bangsa 9 19.6
Melayu 11 23.9
Cina
India 0 0
2 4.3
Pekerjaan 39 84.8
Bekerja Sendiri 1 2.2
Kerajaan 1 2.2
swasta 1 2.2
Badan Berkanun 2 4.3
Usahawan
Perniagaan online
Lain-lain
Daripada jadual 3.1, bilangan alumni lelaki adalah lebih tinggi berbanding
dengan bilangan alumni perempuan iaitu 54.3% lelaki dan hanya 45.7.%
perempuan. Ini disebabkan bilangan alumni daripada bidang teknikal adalah
lebih ramai iaitu majoritinya adalah lelaki. Majoriti pelajar adalah terdiri
daripada pelajar Melayu iaitu sebanyak 56.5%. Bilangan pelajar kaum Cina
adalah 9% manakala India adalah 11%. Majoriti pekerjaan alumni adalah bekerja
di bidang swasta iaitu sebanyak 84.8%, bekerja di sektor kerajaan dan lain-lain
sebanyak 4.3%, manakala badan berkanun, usahawan dan perniagaan on line
ialah 2.2%. responden bagi setiap kategori adalah hampir seimbang.
3.2 Kefahaman terhadap subjek usahawan
3.2.1 Tahap pemahahaman alumni terhadap subjek keusahawanan
Skala 1 hingga 5 diberikan kepada responden untuk menyatakan minat mereka
terhadap subjek usahawan. Tahap minat alumni terhadap pembolehubah
dibahagikan kepada 3 bahagian seperti jadual di bawah :
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 215
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Jadual 3.2: Skala tahap penerimaan
Tahap Penerimaan Min
Tinggi 4.00 – 5.00
Sederhana 2.01 – 3.99
Rendah 1.00 – 2.00
Daripada kajian yang dilakukan, hasil yang diperolehi terhadap kefahaman
subjek usahawan di kalangan alumni adalah seperti di bawah :
Jadual 3.3 : tahap penerimaan mengikut kategori
Min Tahap Penerimaan
Kefahaman subjek usahawan 4.0 Tinggi
Minat subjek usahawan 3.8 Sederhana
Pengaruh subjek keusahawanan 4.0 Sederhana
Keyakinan 3.9 Sederhana
Motivasi 3.9 Sederhana
Daripada analisis yang telah dilakukan, kefahaman pelajar terhadap subjek
usahawan mendapat min yang tertinggi iaitu 4.0. Ini menunjukkan bahawa
alumni memahami apa yang telah di ajar dalam subjek usahawan tetapi tahap
minat pelajar terhadap subjek usahawan mencapai min yang paling rendah iaitu
3.826 . Ini jelas menunjukkan bahawa memahami dengan jelas mengenai subjek
usahawan tetapi mereka tidak meminati subjek usahawan berbanding subjek
lain.
3.2.2 Minat alumni untuk menjadi usahawan
Daripada kajian yang dilakukan hasil yang diperolehi terhadap minat untuk
menjadi usahawan di kalangan alumni :
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 216
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Jadual 3.4 : Minat untuk menjadi usahawan
Minat untuk jadi usahawan Min Tahap Penerimaan
Sejarah keluarga yang menjadi 3.9 Sederhana
usahawan 3.5 Sederhana
Suka cabaran
Tahu tentang risiko menceburi bidang 4.2 Tinggi
usahawan 4.3 Tinggi
Cita-cita menjadi usahawan Kelak
4.3 Tinggi
Daripada analisis yang dibuat jelas menunjukkan bahawa alumni yang
mempunyai cita-cita untuk menjadi seoarang usahawan dan tahu risiko untuk
menceburi bidang usahawan tahap min yang tertinggi iaitu 4.3 manakala
sejarah keluarga yang menceburi bidang usahawan mempunyai min yang
terendah iaitu 3.5 .
3.2.3 Kekangan untuk menjadi usahawan
Daripada kajian yang dilakukan hasil yang diperolehi terhadap kekangan untuk
menjadi seorang usahawan adalah seperti di bawah :
Jadual 3.5 : Kekangan menjadi usahawan
Min Tahap Penerimaan
Tidak mendapat sokongan keluarga 2.4 Sederhana
Tidak mempunyai modal 4.1 Tinggi
Tidak yakin 3.2
Tidak yakin memperolehi pinjaman 3.4 Sederhana
Risau akan rugi dan bankrap 4.2 Sederhana
Ingin mengumpul duit dahulu 4.3 Tinggi
Takut mengambil risiko 4.2
Tiada keyakinan diri untuk berurusan 3.7 Tinggi
dengan pihak luar Tinggi
Sederhana
Daripada analisis yang dibuat jelas menunjukkan alumni ingin mengumpul duit
terlebih dahulu untuk dijadikan modal menjadi usahawan mempunyai min yang
tertinggi iaitu 4.3 manakala kekangan tidak mendapat sokongan keluarga
mempunyai min yang terendah iaitu 2.4
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 217
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
4.0 RUMUSAN
Alumni kolej komuniti selandar tidak ramai yang menceburkan diri dalam
bidang usahawan. Namun begitu tahap minat, sikap dan ciri keusahawanan
alumni ini berada pada tahap yang sederhana dan tinggi serta positif. Dapat
disimpulkan di sini bahawa subjek keusahawanan yang di ajar ketika mereka di
kolej Komuniti Selandar dapat mempengaruhi minat mereka terhadap bidang
ini. Namun disebabkan faktor kekangan seperti takut untuk mengambik risiko,
faktor ingin mengumpul wang dahulu dan faktor modal telah menyebabkan
mereka masih menangguhkan hasrat untuk menjadi seorang usahawan.
RUJUKAN
ABDUL SAID AMBOTANG. 2012. Pendidikan Keusahawanan dalam kangan
pekerja: perpektif dan cabaran.
CHAN N.S. 1986. Achievement motivation of Malay and Chinese entrepreneurs:
A study among members of Melacca Members of Commerse. Manuskrip
yang tidak diterbitkan. UKM, Bangi.
DRUCKER P.F. 1991. Our Entrepreneurial Economy. Dalam Entrepreneurship:
Creativity at Worn. Boston Haward Business Review.
HUMAN HAJI MUHAMMAD. 1988. Entrepreneurial development in Malaysia with
specific reference to training and development initiatives. Disertasi
Ph.D. University of Stirling.
KENT CA. 1990. Entrepreneurship education at the collegiate level: A synopsis
and evaluation. Dalam Entrepreneurship Education: Current
Development: Future Direction disunting oleh Calvin A. Kent. ew York:
Quorum Book.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 218
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
PENGGUNAAN SABUN BADAN BERAS MERAH DALAM PdP MODUL
RAWATAN BADAN DI KOLEJ KOMUNITI KOTA MELAKA
Fariza Haidayu Binti Mohd Hashim1, Nur Aslinda Binti Abdul Rahman2,
Irman Fareed Bin Kadir3
Kolej Komuniti Kota Melaka
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengenalpasti tahap penerimaan pelajar terhadap
penggunaan produk Inovasi Sabun Badan Beras Merah dalam PdP. Responden kajian yang di pilih
adalah di kalangan pelajar semester 4 Sijil Terapi Kecantikan dan Spa. Data Kajian yang
diperolehi melalui borang soalselidik yang telah dianalisa menggunakan Microsoft Excel 2013.
Hasil dapatan Kajian menunjukkan 20 (100%) orang respondan amat yakin terhadap produk
Sabun Beras Merahselepas menjawab 10 soalan dari soalselidik. Berdasarkan dapatan kajian
juga, beberapa cadangan turut dikemukakan bagi meningkatkan tahap kualiti produk dan
kebolehpasaran produk Sabun Badan Beras Merah yang diperkenalkan.
Kata kunci: Sabun Badan Beras Merah, Rawatan Badan, Terapi Kecantikan dan Spa, Kolej
Komuniti Kota Melaka
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 219
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
1.0 PENGENALAN
Secara umumnya, kosmetik adalah bahan atau campuran bahan untuk
digosokkan, dilekatkan, dituangkan, dipercikkan atau disapukan pada,
dimasukkan dalam, dipergunakan keatas badan manusia dengan tujuan untuk
membersihkan, memelihara, menambah daya tarikan, dan mengubah rupa
(Sihat Kabau, 2012).
Kebelakangan ini terdapat banyak sabun-sabun organik atau sabun
buatan sendiri dari bahan organik dijual dipasaran. Sabun asas yang dicampur
dengan pelbagai bahan organik yang berkhasiat menarik minat pengguna untuk
menggunakannya. Antara sabun organik yang sering digunakan ialah sabun madu
kelulut, sabun daun gelenggang, sabun habbatusauda dan sebagainya. Setiap
sabun-sabun ini mempunyai khasiat yang tersendiri seperti menghilangkan
jerawat dan panau, merawat eczema dan sebagainya.
Antara bahan organik yang berkhasiat yang boleh digunakan dalam sabun
adalah Beras Merah. Beras merah mempunyai khasiat yang penting untuk
membuatkan kulit lebih anjal dan awet muda. Kandungan dalam beras merah
penuh dengan antioksidan yang boleh menghindarkan kulit dari muncul garis-
garis halus dan kedutan (www.katakuliah.net/2015/10/manfaat-beras-
merah.html). Beras merah juga dikatakan bertindak sebagai antitoksin.
Menjaga kulit supaya sentiasa lembab, anjal dan tidak berkedut. Amat baik
untuk mereka yang berkulit kering. (http://inasoap.com/khasiat-dari-sabun-
beras-merah-herborist/).
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 220
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
1.1 Latar Belakang Kajian
Khasiat-khasiat dari beras merah ini mendorong penyelidik untuk
menghasilkan inovasi Sabun Badan Beras Merah untuk dijadikan produk
penggunaan dalam kelas Rawatan Badan. Produk ini menjadikan sistem
pembelajaran di dalam kelas Rawatan Badan lebih interaktif dari segi
perlaksanaan amali perapian badan serta membantu mendapatkan rawatan
yang bersesuaian dengan kontra indikasi pelanggan. Selain dari itu, penciptaan
ini menggalakkan penggunaan bahan semulajadi atau organik. Penjimatan kos
bahan luak amali juga antara faktor penghasilan Inovasi Sabun Badan Beras
Merah ini.
1.2 Pernyataan Masalah
LA 2 Rawatan Badan merupakan modul yang dipelajari oleh Pelajar
semester 4 Sijil Terapi Kecantikan dan Spa. Di dalam modul ini pelajar akan
mempelajari tentang langkah-langkah (teknik) dalam rawatan perapian badan
mengikut kesesuaian iaitu “sponging”, “skrub”, “masker” dan mandian. Pelajar
diminta untuk menjalankan amali perapian badan terhadap pelanggan mengikut
kontra indikasi yang telah dijalankan. Masalah timbul apabila sebahagian
produk mandian yang digunakan tidak bertepatan dengan kontra indikasi
pelanggan. Pelanggan telah disuakan dengan produk yang tidak sesuai dan
menyebabkan objektif untuk perapian badan tidak tercapai.
Antara masalah lain yang timbul adalah penggunaan bahan amali yang
banyak menyebabkan bahan amali cepat habis digunakan dan kesukaran untuk
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 221
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
mendapatkan bahan amali secara cepat oleh pembekal. Masalah ini
menyebabkan amali tidak dapat dijalankan dengan sempurna dan teratur.
Justeru sedikit sebanyak memberi kesan kepada corak pembelajaran pelajar
untuk mempraktiskan amali perapian badan.
1.3 Persoalan Kajian
a) Sejauh manakah penggunaan Sabun Badan Beras Merah di dalam
proses PdP pelajar Kolej Komuniti Kota Melaka?
b) Apakah persepsi pelajar terhadap penggunaan Sabun Badan Beras
Merah dari aspek pengajaran dan pembelajaran?
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan bagi meninjau sejauh mana penggunaan Sabun
Badan Beras Merah di dalam pengajaran dan pembelajaran dari aspek
keberkesanan, kesesuaian dan penjimatan.
a) Digunakan sebagai alat mandian untuk pelanggan bersesuaian
dengan kontra indikasi pelanggan.
b) Sesuai digunakan dalam Modul Perapian Badan di mana pelajar
perlu menjalankan amali mandian kepada pelanggan.
c) Dapat menjimatkan penggunaan dan pembelian bahan luak PdP
dalam kelas.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 222
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
1.5 Kepentingan Kajian
Kajian tinjauan ini dilakukan bagi mengetahui keberkesanan Sabun Badan
Beras Merah agar:
a) Memudahkan pelajar melaksanakan amali perapian dan
meningkatkan minat pelajar di dalam kelas.
b) Mengurangkan pembelian bahan luak amali dengan membuat
sendiri sabun atau bahan mandian.
c) Membantu pelanggan menyelesaikan masalah kulit badan yang
dihadapi.
1.6 Batasan dan Skop Kajian
Batasan kajian hanya tertumpu kepada penggunaan Sabun Beras Merah,
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan, tahap
penerimaan pelajar semasa menggunakan Sabun Beras Merah, serta
persepsi pelajar terhadap penggunaan Sabun Beras Merah. Kajian ini
melibatkan 20 orang respondan daripada Kursus Spa Badan bagi program
Terapi Kecantikan dan Spa di Kolej Komuniti Kota Melaka.
2.0 KAJIAN LITERATUR
Inovasi dan kreativiti adalah elemen yang patut diterapkan dalam pengajaran
dan pembelajaran. Ia penting dalam mewujudkan situasi dalam kelas yang
sentiasa berdaya kreatif dan inovatif. Menurut Noor Natasha (2011), penerapan
elemen kreativiti dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran membantu
meningkatkan daya pemikiran, idea dan kualiti hasil pembelajaran pelajar.
Kajian oleh Nooraqma Aqmal, 2011, amalan inovasi dan kreativiti dalam
proses pengajaran dan pembelajaran oleh pensyarah dan pelajar boleh
dilakukan dengan membuat penambahbaikan atau melakukan pengubahsuaian
dalam kaedah, pendekatan dan teknik mengajar sedia ada. Maka dengan ini
pengajaran yang mengaplikasikan elemen inovasi yang dirangka dan
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 223
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
dilaksanakan dengan terancang oleh pendidik dapat mengembangkan potensi,
pembangunan minda, pemikiran kreatif, dan inovatif pelajar (Nooraqma Aqmal,
2011).
Kajian mengenai persepsi masyarakat dalam konteks produk kosmetik
turut disentuh oleh beberapa pengkaji terdahulu. Antaranya, kajian yang
dilakukan oleh Desiderato (2004) yang mendefinisikan istilah persepsi yang
bermaksud pengetahuan tentang objek, sesuatu kejadian, dan hubungan-
hubungan yang diperoleh dengan membuat kesimpulan mengenai maklumat dan
mentafsirkan tanggapan seseorang. Persepsi mampu memberikan makna pada
stimuli luaran (Rakhmad, J. 2004 : 51).
Son Dong Yeop et al. (2012) dalam kajiannya A Study on Consumers’
Perceptions and Emotional and Behavioral Attitudes Concerning the Usefulness
of Information on All Cosmetic Ingredients Used, berpendapat bahawa dalam
usaha untuk meningkatkan persepsi pengguna mengenai maklumat produk,
pendidikan mengenai fungsi dan jenis bahan-bahan kosmetik perlu disediakan
secara berterusan. Dasar ini juga boleh memberi mandat bahawa pengeluar dan
pengedar produk-produk kosmetik juga merangkumi penerangan bertulis
daripada fungsi dan kesan semua bahan-bahan yang digunakan sebagai
sebahagian daripada produk mereka.
3.0 METODOLOGI
3.1 Pendahuluan
Metodologi ditakrifkan sebagai set atau sistem yang yang melibatkan kaedah
yang mempunyai prosedur, teknik dan perancangan yang hendak dilakukan,
prinsip dan peraturan yang sistematik, yang mana ianya merupakan satu hasil
ciptaan dan kemahiran. Metodologi kajian merupakan satu tatacara
melaksanakan sesuatu kajian, yang menerangkan cara sesebuah kajian itu
hendak dilakukan.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 224
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Creswell (2002) mentakrifkan metodologi sebagai satu struktur yang
mengandungi satu set panduan di mana ia membolehkan analisis untuk
menghasilkan jalan bagi mengurangkan masalah di dalam sebarang situasi.
Maka, bab ini menerangkan berkaitan prosedur yang dilakui dalam menyiapkan
kajian ini, sebagai langkah memastikan supaya kajian berjalan lancar dan lebih
teratur.
3.2 Rekabentuk Kajian
Tujuan rekabentuk dalam penyelidikan adalah untuk mendapatkan maklumat
atau jawapan kepada masalah penyelidikan. Rekabentuk yang digunakan dalam
kajian ini adalah berbentuk tinjauan. Menurut Cohen dan Manion di dalam buku
Mohd. Najib Abd. Ghafar (1999:46), tinjauan adalah suatu rekabentuk kajian
dengan mengambil data dalam satu masa tertentu sahaja yang kebiasaannya
dengan menggunakan soal selidik. Penyelidik hanya ‘meninjau’ situasi pada
satu masa tertentu sahaja.
Sehubungan dengan itu, dalam kajian ini, semua maklumat dikumpulkan
dengan menggunakan set soal selidik. Penyelidik menggunakan soal selidik
sebagai instrument kajian untuk menjimatkan masa dan tenaga di samping
mengurangkan kos perbelanjaan berbanding dengan instrumen yang lain. Selain
itu, bagi meninjau sejauh mana persepsi pelajar Semester 4 Sijil Terapi
Kecantikan Dan Spa mengenai keberkesanan Produk Inovasi Sabun Beras Merah
ini, semua data-data yang didapati dianalisis secara deskriptif.
3.3 Persampelan Kajian
Sampel yang digunakan mengandungi 20 orang pelajar semester 4 Sijil Terapi
Kecantikan dan Spa sesi Julai 2016 dan sesi November 2016. Selain itu 2 orang
responden dipilih untuk sesi temubual.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 225
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
3.4 Instrumen Kajian
Dalam kajian ini, borang soalselidik yang mengandungi 10 soalan berkaitan
dengan tahap keberkesanan produk inovasi Sabun Badan Beras Merah terhadap
pelanggan, tahap kesesuaian produk dengan modul yang dipelajari dan tahap
penjimatan dalam penggunaan bahan luak dalam amali. Penyelidik
menggunakan set borang kaji selidik sebagai instrumen. Seramai 20 orang
responden telah menjawab borang soalselidik ini.
Data-data yang terkumpul telah diproses dengan menggunakan Microsoft
Excel versi 2013. Penyelidik menggunakan analisis yang menerangkan data
dengan mengunakan jadual dan graf. Kajian ini telah dianalisis menggunakan
taburan peratus (%) berdasarkan jawapan daripada responden (Ya/tidak).
Kaedah temubual juga digunakan bagi mendapatkan respon dari pelangan yang
menggunakan Sabun Badan Beras Merah ini. Kaedah temubual semi struktur
telah digunakan dimana penyelidik bertanyakan soalan berdasarkan senarai
tetapi diselangseli dengan soalan yang tidak dirancang. Temubual dibuat dalam
keadaan tidak formal selepas pelanggan mendapatkan rawatan.
Semasa temubual dijalankan, penyelidik telah melakukan pemerhatian
tentang keadaan kulit pelanggan selepas rawatan dan memberi komen serta
menyoal secara spontan iaitu tidak menggunakan soalan yang telah disediakan
terlebih dahulu. Penyelidik telah membuat catatan ringkas kata-kata atau
jawapan pelanggan dan transkrip temu bual digunakan kemudian sebagai bahan
sokongan kajian temu bual. Rekod-rekod mengenai tarikh, situasi dan
kandungan soalan dan jawapan dalam temu bual telah disimpan oleh
penyelidik.
3.5 Analisa Data Soal Selidik
Data diperolehi daripada borang soal selidik yang diedarkan kepada responden
telah di proses dengan menggunakan Mocrosoft Excel versi 2013. Setiap data
yang dikumpulkan dan di proses dapat menilai sejauh mana tahap keberkesanan
Produk Sabun Badan Beras Merah di dalam amali Pengajaran dan Pembelajaran.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 226
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
3.6 Borang Soal Selidik
Sila baca soal selidik ini dengan teliti dan jawab ya atau tidak pada ruang yang
disediakan.
BIL DISKRIPSI YA TIDAK
S1 Penggunaan Produk Sabun Badan Beras Merah ini
amat efektif dan sesuai dengan objektif
pembelajaran.
S2 Produk Sabun Badan Beras Merah ini tidak relevan
dengan aplikasi harian.
S3 Produk Sabun Badan Beras Merah ini dapat
menjimatkan penggunaan bahan luak untuk amali
dalam kelas.
S4 Produk Sabun Badan Beras Merah ini tidak boleh
merawat masalah kulit pelanggan.
S5 Produk Sabun Beras Merah ini memberi kesan yang
baik kerana mempunyai pembaharuan dan
formula organik.
S6 Adakah anda berpuashati menggunakan Produk
Sabun Badan Beras Merah?
S7 Adakah Produk Sabun Badan Beras Merah ini
menepati ciri-ciri yang diperlukan untuk masalah
kulit pelanggan?
S8 Adakah proses amali akan terganggu akibat
kekurangan bahan amali? (contoh: bahan
mandian)
S9 Adakah Produk Sabun Badan Beras Merah ini boleh
dipasarkan?
S10 Adakah anda ingin mempelajari cara-cara
membuat Sabun Badan Beras Merah?
Jadual 1: Borang penilaian bagi meninjau persepsi pelajar serta mengukur
tahap keberkesanan penggunaan Produk Sabun Badan Beras Merah di dalam
amali pembelajaran.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 227
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Rajah 1: Peratus penilaian bagi meninjau persepsi pelajar serta mengukur tahap
keberkesanan penggunaan Produk Sabun Badan Beras Merah di dalam amali
pembelajaran.
4.0 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN
Berdasarkan hasil kajian dari rajah 1, didapati terdapat 85% responden yang
menjawab ya pada item S1. Ini menunjukkan Sabun Badan Beras Merah amat
efektif dan sesuai dengan objektif pembelajaran. Seramai 95% responden
menyatakan tidak kepada item S2 yang menunjukkan Produk Sabun Badan Beras
Merah ini amat relevan digunakan untuk aplikasi harian. Hanya 5% responden
yang menyatakan ya untuk item S2.
Hasil kajian ini juga mendapati seramai 95% responden menyatakan ya kepada
item S3. Penjimatan pasti akan berlaku dengan penggunaan Produk ini secara
optimum di dalam amali. Untuk item S4 seramai 80% responden menjawab ya
dan seramai 80% responden menjawab tidak kepada item S5. Kedua-dua soalan
ini menunjukkan Produk Sabun Badan Beras Merah ini amat baik dalam merawat
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 228
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
kulit pelanggan lantaran penggunaan bahan organik yang terdapat dalam
produk tersebut.
Hasil kajian juga mendapati seramai 85% responden menyatakan ya
kepada item S6 dan S7. Responden amat berpuashati menggunakan Produk
Sabun badan Beras Merah kerana ia dapat menyelesaikan masalah kulit
pelanggan bergantung kepada kontra indikasi kulit. Seterusnya, 95% responden
menyatakan ya kepada item S8 dan hanya 5% menyatakan tidak kerana produk
mandian adalah antara bahan yang perlu digunakan selepas menjalankan rutin
amali “sponging”, “skrub” dan “masker”. Kekurangan bahan mandian akan
merencatkan perjalanan amali. Seterusnya, seramai 80% responden menyatakan
ya untuk item S9 iaitu produk Sabun badan Beras Merah ini amat baik untuk
dipasarkan disebabkan khasiat yang terdapat didalamnya. Akhir sekali seramai
75% responden menyatakan ya kepada item S10. Responden bersedia untuk
belajar cara membuat sabun dan ini menunjukkan responden bersedia untuk
menjadi usahawan sabun organik.
Kesimpulannya, majoriti pelajar semester 4 Sijil Terapi Kecantikan dan
Spa iaitu seramai 20 orang lebih yakin untuk menggunakan Produk Sabun Badan
Beras Merah di dalam amali perapian badan. Mereka amat yakin dengan
kemampuan khasiat yaang terdapat dalam Produk tersebut dan bersedia untuk
belajar menghasilkan produk ini untuk dipasarkan.
5.0 RUMUSAN DAN CADANGAN
Berdasarkan kajian yang dibuat dapat dirumuskan bahawa penggunaan Produk
Sabun Badan Beras Merah ini amat relevan di dalam amali Perapian Badan.
Khasiat dari beras merah itu sendiri telah memberikan kekuatan kepada sabun
badan ini untuk digunakan. Keyakinan pelanggan dalam menggunakan produk
ini juga memberi kesan terlahdap keberhasilan produk.
Tetapi ke arah untuk memantapkan lagi proses pengajaran dan
pembelajaran, inovasi seumpama ini tidak harus berhenti setakat ini sahaja.
Produk ini akan melalui proses penambahbaikan dengan menjadikan ia lebih
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 229
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
mesra pengguna, bersifat komersial serta boleh diperluaskan ke pasaran yang
lebih global. Sabun Badan Beras Merah ini amat sesuai diguna oleh pengguna
produk organik dari pelbagai golongan umur serta mereka yang cintakan alam
sekitar. Potensi pasaran yang luas boleh diwujudkan.
RUJUKAN
Creswell, W.J(2002).Educational Research: Planning, Conducting, and
Evaluating Quantitative and Qualitative Research. Fouth Edition
Mohammad Najib Abdul Gaffar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Penerbit
University Teknologi Malaysia
Nooraqma, A & Sarimah, I. (2011). Penerapan Elemen Inovasi dalam Pengajaran
dan Pembelajaran Kursus-Kursus Pendidikan Teknikal dan Vokasional.
Laman Web
http://www.fp.utm.my.my/ePusatSumber/pdfail/ptkghdfwp/pdf
Noor Natasha Nadia Binti Jaafar. (2011). Penerapan Elemen Inovasi dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Kursus Iktisas Pendidikan. Laman Web
http://www.fp.utm.my/ePusatSumber/pdffail/ptkghdfwp/pdf
Rakhmat,J.2005. Psikologi Komunikasi. Bandung: Remaja Rosdakarya
Sehat Kabau..2012. Hubungan Antara Pemakaian Jenis Kosmetik Dengan
Kejadian Akne Vulgaris. Tesis Dr. Fal, Program Pendidikan Sarjana
Kedokteran Falkutas Kedokteran, Universitas Diponegono
Son, Dong Yeop, Lee, Eunhee, Park, Sang Mi & Lee, Kihyun. 2012. A study on
consumers’ perceptions and emotional and Behavioural Attitudes
Concerning the Usefulness of Information On All Cosmetic Ingredienta
Used. Journal of Consumer Interest Annual. Volume 58, 2012:1-2
www.katakuliah.net/2015/10/manfaat-beras-merah.html
http://inasoap.com/khasiat-dari-sabun-beras-merah-herborist/
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 230
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN APLIKASI EDMODO
SECARA WEB-BASED
Siti Soraya Binti Mohd Sapuan1, Norzahirah Binti Zainuddin2
Kolej Komuniti Selandar
[email protected]
ABSTRAK
Era masakini, modenisasi arus membawa kepada perkembangan dunia web secara holistik yang
melibatkan bidang-bidang pengkomputeran secara khusus dan amnya kepada semua bidang lain.
Keberkesanan web-based sebagai agen penyampaian maklumat membuatkan dunia pendidikan
juga memerlukan sesuatu yang baru iaitu dengan menggunakan Aplikasi Edmodo. Masalah yang
timbul adalah semasa memberikan nota dan penilaian pelajar secara hard-copy. Selain itu,
pelajar sukar menyimpan nota-nota yang diberikan dan menghantar penilaian dalam bentuk
hard-copy. Justeru tenaga pengajar perlu lebih kreatif dalam menginovasikan Aplikasi Edmodo
tersebut untuk digunakan kepada pelajar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini
bertujuan untuk menilai persepsi pelajar terhadap penggunaan Aplikasi Edmodo secara web-
based. Satu set borang kaji selidik telah dijalankan kepada 41 orang pelajar dari Program
Sistem Komputer dan Rangkaian di Kolej Komuniti Selandar. Data tersebut telah dianalisa
menggunakan perisian SPSS 19.0 dan dapatan analisa menunjukkan lebih 80 peratus pelajar
minat menggunakan aplikasi ini. Kesimpulannya, aplikasi ini wajar diteruskan kerana
memberikan reaksi positif kepada pelajar. Cadangan kepada kajian ini supaya Aplikasi Edmodo
ini boleh diperkembangkan kepada semua program di Kolej Komuniti Selandar kerana membawa
impak yang baik kepada dunia pendidikan semasa.
Kata kunci: Edmodo, web-based, pengajaran dan pembelajaran
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 231
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
1.0 PENGENALAN
Perkembangan internet di seluruh dunia turut memacu perkembangan teknologi
khususnya di Malaysia. Ia telah memberi pelbagai impak kepada semua
masyarakat tanpa mengira sempadan usia dan bangsa. Impak yang paling besar
adalah dalam teknologi yang berasaskan komunikasi secara maya dimana ia
memberi kesan kepada cara manusia bekerja, berkomunikasi dan juga bersosial
(Kongchan, 2013). Oleh itu, secara tidak langsung ia juga memberi kesan dalam
dunia pendidikan khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Generasi masa kini menggunakan teknologi sebagai medium utama bagi mereka
berkomunikasi dan mendapatkan maklumat secara cepat dan berkesan (Peter,
2013). Bagi mencapai objektif dalam pengajaran, pendidik secara tidak
langsung hendaklah peka dengan kehendak dan kecenderungan pelajar supaya
kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang dikehendaki. Justeru itu, para
pendidik hendaklah kreatif dalam mengintegrasikan teknologi di dalam sistem
pendidikan mereka supaya mereka dapat mengambil perhatian para pelajar
dalam proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Edmodo merupakan satu platform LMS (Learning Management System) yang
semakin banyak digunakan sebagai medium pembelajaran berasaskan web. Ia
telah mengubah konsep pembelajaran yang tradisional kepada pembelajaran
yang lebih menarik (Balasubramaniam, 2014). LMS memberikan kemudahan
kepada pelajar untuk mendapatkan semua bahan pembelajaran secara atas
talian sahaja. Seterusnya, pelajar juga boleh sentiasa berhubung bersama rakan
sekelas dan juga pensyarah dalam persekitaran pembelajaran dimana-mana
sahaja. Edmodo juga dikenali sebagai ‘Facebook’ di dalam dunia pendidikan
[4]. Antaramuka dan konsep yang terdapat di Edmodo adalah hampir sama
dengan aplikasi Facebook. Perbezaan paling ketara antara Edmodo dengan
Facebook adalah elemen yang terdapat didalamnya. Antara elemen yang
terdapat dalam Edmodo adalah medium untuk berinteraksi, penilaian secara
‘online’, penggredan secara automatik bagi setiap penilaian, penghantaran
tugasan secara ‘online’ dan juga sistem ‘pool’ bagi mendapatkan maklumbalas
pelajar dalam sesuatu modul (Thongmak, 2013). Selain itu, Edmodo juga
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 232
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
memberikan satu kelebihan kepada ibu bapa untuk memantau pencapaian
pelajar dan aktiviti pelajar dalam modul yang dipelajari. Secara tidak langsung,
pembelajaran bukan sahaja berlaku dalam kelas malahan boleh dibuat di luar
kelas. Selain itu, walaupun pensyarah berada di luar kolej, proses pembelajaran
masih boleh belangsung dengan seperti biasa.
1.2 Latar Belakang Masalah
Berdasarkan kepada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015 – 2025)
telah menekankan beberapa lonjakan yang akan dilaksanakan bagi
meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia. Antara lonjakan yang difokuskan
adalah Lonjakan ke 9 iaitu Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global.
Berhubung dengan perkara ini, kerajaan memberi penekanan dalam
mengaplikasikan pembelajaran berasaskan ICT terhadap semua institusi
pendidikan di Malaysia. Banyak aplikasi yang telah dibangunkan bagi menyahut
tujuan ini yang boleh didapati secara berbayar dan percuma. Antara
pendekatan yang digunakan oleh pensyarah dalam mengimplementasikan
teknologi ICT dalam pembelajaran adalah menggunakan platform SNS’s dan
LMS. Walaubagaimanapun pensyarah perlu mengenalpasti kelebihan dan
kekurangan bagi setiap platform tersebut dan manakah yang bersesuaian
dengan kaedah pembelajaran bagi sesuatu modul. Kajian mendapati bahawa
interaksi secara ‘on-line’ merupakan satu kaedah yang terbaik dalam
menambahkan pengetahuan berdasarkan kepada cara mereka berkomunikasi,
pertukaran pendapat, kolaborasi bersama rakan sekelas dan perkongsian kerja
dan maklumat di dalam platform yang sama (Thien, 2013). Satu cabaran kepada
para pensyarah adalah untuk mengubah kaedah pembelajaran sedia ada kepada
pembelajaran yang lebih interaktif dan berkesan. Ia bertujuan untuk
memastikan pelajar sentiasa memberi penglibatan penuh sepanjang kelas
berlangsung. Ia juga tidak terhad semasa di dalam kelas malahan pelajar boleh
sentiasa terlibat di luar waktu kelas. Pembelajaran berasaskan web-based
merupakan satu bentuk pembelajaran secara mobile dimana ia boleh berlaku
dimana-mana sahaja. Ia merupakan satu bentuk pengajaran yang lebih menarik
dimana pelajar dapat menggunakan semua jenis peralatan mudah alih seperti
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 233
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
komputer dan telefon bimbit bagi tujuan pembelajaran. oleh itu, penggunaan
mobile devices dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah satu perkara
yang sangat digalakkan (Bicen, 2015).
Antara perisian atau aplikasi yang biasa digunakan oleh pendidik dalam
mengintegrasikan pendidikan dan teknologi adalah dari kategori Social
Networking Sites (SNS) dan juga Learning Management System (LMS). Terdapat
beberapa perbezaan antara kedua kategori ini dimana SNS’s lebih fokus kepada
interaksi sosial manakala LMS mempunyai banyak elemen yang menjurus kepada
pendidikan seperti pemberian nota dalam bentuk softcopy kepada ahli
kumpulan, penilaian secara ‘online’, perbincangan dalam kumpulan secara
maya dan memuat turun dan menghantar tugasan secara ‘online’ (Holland,
2012). LMS merupakan platform yang memberikan kelebihan kepada pengguna
untuk berkomunikasi dengan mudah serta berkongsi idea dan pendapat dalam
pelbagai aspek. Antara perbandingan yang paling besar antara LMS dan medium
tradisional adalah dari segi interaktif dan kemudahcapaian. Medium tradisional
lebih fokus kepada pembelajaran dalam kelas dimana perkongsian idea dan
maklumat hanya akan berlaku di dalam kelas sahaja.
Oleh itu, antara LMS yang bersesuaian adalah aplikasi Edmodo dimana ia
mempunyai banyak elemen yang bersesuaian dan mesra pengguna terutamanya
dalam dunia pendidikan. Edmodo juga merupakan satu aplikasi yang boleh
digunakan secara percuma. Edmodo mempunyai antara muka dan pendekatan
yang mirip dengan ‘facebook’ tetapi mempunyai elemen tambahan yang lebih
menarik yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran[cath]. Melalui aplikasi ini, pensyarah boleh memantau semua
maklumat yang ditulis oleh pelajar dan boleh memberikan maklumbalas secara
berkesan. Selain itu, Edmodo merupakan satu aplikasi yang menyokong
komunikasi antara pelajar dan pensyarah dengan lebih berkesan.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 234
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
1.3 Penyataan Masalah
Keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah bergantung
kepada kerativiti pensyarah dalam menarik perhatian pelajar sewaktu proses
tersebut berlangsung. Selain itu, proses tersebut hendaklah sentiasa berlaku
dan bukan hanya terhad semasa di dalam kelas. Pensyarah juga perlu
mengenalpasti bagaimana proses pembelajaran perlu sentiasa berlangsung
sekiranya mereka berada di luar kolej. Selain itu, menyahut seruan kerajaan
yang menggalakkan konsep ‘Go Green’, pensyarah perlu memikirkan satu
pendekatan bagaimana mereka boleh menerapkannya di dalam pendidikan.
Menggunakan medium tradisional, pensyarah dan pelajar perlu berinteraksi di
dalam kelas bagi menyampaikan maklumat dan berkongsi nota. Selain itu,
pensyarah dan pelajar perlu sentiasa berada bersama bagi melaksanakan semua
tugasan dan penilaian yang dikehendaki dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Ia memberi kesan kepada pensyarah dan pelajar sekiranya
mereka perlu berada di luar kawasan kolej. Pensyarah juga perlu mengedarkan
nota dan penilaian secara ‘hardcopy’ dan ia boleh menggalakkan pembaziran
dimana risiko kehilangan dokumen akan berlaku. Oleh itu, penyelidik telah
mengenalpasti salah satu aplikasi LMS yang sangat berkesan dan mendorong
pelajar lebih berminat dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukan
sahaja di dalam kelas malahan di luar kelas juga. Aplikasi yang dikenalpasti
adalah Edmodo dimana kajian ini akan menerangkan keberkesanan penggunaan
Aplikasi Edmodo dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk melihat penggunaan aplikasi EDMODO
secara web-based terhadap pelajar. Objektif kajian ini adalah:
1.1 Mengenalpasti kecenderungan pelajar menggunakan Internet
1.2 Mengenalpasti kecenderungan pelajar menggunakan konsep
pembelajaran berasaskan web dalam sistem pembelajaran
1.3 Mengenalpasti keberkesanan penggunaan aplikasi Edmodo di dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 235
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
2.0 METODOLOGI KAJIAN
Bagi melaksanakan kajian ini, penyelidik telah mengenalpasti metodologi yang
akan digunakan. Analisa secara kuantitatif digunakan dimana data dikumpulkan
melalui soal selidik yang di edarkan. Borang Soal Selidik di edarkan
menggunakan aplikasi ‘Google Form’ dan data akan direkodkan di dalam format
Microsoft Excel.
Populasi:
Kajian ini merangkumi semua pelajar Program Sistem Komputer dan Rangkaian
yang terdiri dari semester 2 hingga semester 3 di Kolej Komuniti Selandar. Sesi
yang terlibat adalah Sesi November 2016.
Sampel:
Kaedah persampelan yang digunakan adalah dari jenis ‘purposive sampling’
dimana semua responden telah diminta untuk menjawab soal selidik yang
diberikan bagi mendapatkan hasil kajian. Sebanyak 41 orang responden telah
diambil dalam kajian ini. Responden terdiri daripada 31 orang pelajar Semester
2 dan 10 orang pelajar Semester 3.
Instrumen Kajian:
Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian bagi mendapatkan maklumbalas
daripada sampel yang dipilih. Soal selidik ini bertujuan untuk mengenalpasti
Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Aplikasi Edmodo Secara Web-Based. Soal
selidik diedarkan secara ‘online’ menggunakan aplikasi ‘google form’ bagi
membolehkan pelajar menjawab mengikut kesesuaian masa mereka. Hasil
maklumbalas akan direkodkan secara automatik oleh google form. Manakala
data analisa akan di terjemahkan ke dalam Microsoft EXCEL 2010. Seterusnya,
analisa dilakukan menggunakan aplikasi SPSS 19.0. Soal selidik ini terdiri
daripada 20 soalan yang terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:
i) Maklumat Pelajar
ii) Penggunaan Internet di kalangan pelajar
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 236
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
iii) Pembelajaran berasaskan web
iv) Penggunaan aplikasi Edmodo dalam sesi pembelajaran dan pengajaran.
3.0 HASIL DAPATAN
Hasil dapatan bagi kajian ini di analisis mengikut bahagian yang telah
ditetapkan di dalam soal selidik. Dengan melihat kepada kuputusan yang
diberikan, penyelidik dapat mengenalpasti sejauh mana keberkesanan
penggunaan aplikasi EDMODO di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Responden terdiri daripada pelajar yang telah menggunakan aplikasi ini
sepanjang sesi pembelajaran berlangsung. Oleh itu, hasil dapatan bagi kajian
ini adalah mengikut huraian di bawah.
Rajah 1: Jantina dan Semester
Sebanyak 41 orang responden telah dipilih dalam kajian ini. Responden terdiri
daripada pelajar semester 2 dan semester 3. Rajah 1 menunjukkan peratusan
responden yang telah menjawab berdasarkan kepada jantina dan semester.
Berdasarkan rajah tersebut, sebanyak 61.5% responden adalah terdiri daripada
pelajar lelaki manakala pelajar perempuan hanya 38.5%. Pelajar semester 2
mencatatkan peratusan yang tinggi iaitu 71.8% kerana pelajar semester 2
mempunyai jumlah pelajar yang ramai berbanding pelajar semester 3.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 237
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Rajah 2: Maklumbalas Penggunaan Internet
Bagi merealisasikan penggunaan aplikasi Edmodo, capaian internet adalah
sangat penting dimana ia menyumbang kepada maklumbalas yang diberikan di
dalam soal selidik. Oleh itu, 68.3% pelajar bersetuju bahawa capaian internet
boleh digunakan pada masa mereka memerlukan samada di sekitar Kolej
Komuniti Selandar ataupun ketika berada di luar kolej. Peratusan paling tinggi
mencatatkan sebanyk 92.7% pelajar bersetuju bahawa mereka menggunakan
internet sebagai sumber utama mendapatkan maklumat. Pelajar juga
cenderung untuk berkomunikasi menggunakan internet dimana sebanyak 90.2%
pelajar bersetuju berkenaan dengan item ini. Kebanyakan daripada pelajar
mempunyai ‘device’ bagi menggunakan internet dimana peratus mencatat
sebanyak 73.2%
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 238