Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Jadual 2. Taburan responden mengikut jantina
Jantina Kekerapan Peratus
Lelaki 69 63.89
Perempuan 39 36.11
Jumlah 108 100
Taburan Responden Mengikut Program
Jadual 5 menunjukkan taburan bilangan responden mengikut program.
Responden adalah terdiri daripada 18 orang (16.7%) pelajar daripada Sijil
Pemprosesan dan Kualiti Makanan, 58 orang (53.7%) pelajar daripada Sijil
Teknologi Pembinaan, 16 orang (18.5%) pelajar daripada Sijil Teknologi Elektrik
dan 12 orang (11.1%) pelajar daripada Sijil Sistem Komputer dan Komunikasi.
Jadual 5. Taburan Responden Mengikut Program
Senarai Program Bilangan Peratusan
Sijil Pemprosesan dan Kualiti Makanan 18 orang 16.7%
Sijil Teknologi Pembinaan 58 orang 53.7%
Sijil Teknologi Elektrik 16 orang 18.5%
Sijil Sistem Komputer dan Komunikasi. 12 orang 11.1%
Jumlah 108 orang 100
Bahagian B: Taburan Responden Mengikut Pendidikan Solat
Jadual 6 menunjukkan maklumat keseluruhan responden bagi item yang
berkaitan taburan responden mendapatkan maklumat pendidikan berkaitan solat
fardu lima waktu. Jumlah responden yang mendapat pendidikan daripada
keluarga adalah sebanyak 80 orang (74%) pelajar, diikuti seramai 20 (19%) orang
yang mendapat pendididkan solat dari guru agama dan 8 orang (7%) pelajar yang
mendapat pendidikan solat daripada rakan-rakan mereka.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 39
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Jadual 6. Taburan Responden Mengikut Pendidikan Solat
Pendidikan Solat Jumlah Peratusan
Keluarga 80 74
Guru Agama 20 19
Rakan- rakan 8 7
Jumlah 108 100
Taburan Responden Menunaikan Solat Fardu
Jadual 7 menunjukkan taburan responden menunaikan solat fardu. Jumlah
responden yang tidak menunaikan solat adalah seramai 5 orang (4.62 %) orang.
Diikuti seramai 5 orang yang solat sekali dalam semimggu (4.62%). Seterusnya
seramai 15 orang (13.89%) yang solat hanya sekali sekala dalam seminggu, 48
orang (44.45%) responden yang hanya solat antara 3 hingga 4 kali sehari, 10 orang
(9.27%) responden yang solat antara 1 hingga 2 kali sehari dan 25 orang sahaja
(23.15%) responden yang solat lima waktu dalam sehari.
Jadual 7 . Taburan Responden Menunaikan Solat
Pelaksanaan solat fardu Kekerapan Peratusan
Tidak solat 5 4.62
Sekali semingggu 5 4.62
Sekali sekala dalam seminggu 15 13.89
Antara 3 hingga 4 kali sehari 48 44.45
Antara 1 hingga 2 kali sehari 10 9.27
5 kali sehari 25 23.15
Jumlah 108 100
Bahagian C: Tahap Kefahaman Solat Fardu Di Kalangan Pelajar
Berdasarkan jadual 8 menunjukkan maklumat keseluruhan bagi item yang
berkaitan tahap kefahaman pelajar terhadap solat fardu lima waktu. Hasil
analisis ini menunjukkan keselurahan item 1 hingga 12 menunjukkan min di atas
mencatatkan pencapaian tahap yang tingggi. Item no 1 telah mencatatkan nilai
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 40
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
min yang tertinggi iaitu 4.90. Item ini berkaitan dengan “Solat fardu wajib
dilakukan oleh setiap orang Islam” di mana majoriti responden mengatakan
mereka sangat setuju dengan penyataan ini. Diikuti pula dengan item no 6 yang
telah mencatatkan nilai min kedua tertinggi iaitu 4.88. Item ini berkaitan dengan
“Solat adalah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat” di mana majoriti
responden sangat setuju dengan penyataan ini. Kemudian diikuti pula dengan
item no 2 mencatatkan nilai min 4.86. Item ini berkaitan dengan ” Solat
difardukan sebanyak lima waktu sehari semalam” di mana majoriti responden
sangat setuju dengan penyataan ini. Seterusnya item no 8 menunjukkan min yang
keempat tertinggi dengan jumlah 4.84. Item ini berkaitan dengan “Solat fardu
dapat mendekatkan diri seseorang hamba itu kepada ALLAH S.W.T” majoriti
responden sangat setuju dengan pernyataan ini.
Seterusnya item no 9 menunjukkan min yang kelima tertinggi dengan jumlah min
4.78. Majoriti responden bersetuju dengan penyataan “Solat berjemaah akan
meningkatkan sifat kasih sayang sesama Islam”. Diikuti dengan item no 11 dengan
jumlah min 4.76. Item ini berkaitan dengan “Ganjaran solat berjemaah adalah
27 kali ganda berbanding solat bersendirian” majoriti responden sangat besetuju
dengan pernyataan ini. Kemudian nilai min pada item no 5 dan 10 menunjukkan
jumlah min yang sama dengan min 4.73. Majoriti responden sangat setuju dengan
penyataan “Solat fardu mempunyai waktu-waktu yang ditentukan dan solat
berjemaah akan melatih diri seseorang untuk mengikuti segala peraturan yang
telah ditetapkan Allah”.
Seterusnya item no 7 yang menunjukkan min yang kesembilan tertinggi dengan
jumlah 4.69. Item ini berkaitan dengan “Solat fardu dapat menghapuskan dosa-
dosa kecil yang telah dilakukan” majoriti responden sangat bersetuju dengan
penyataan ini. Seterusnya item no 3 yang menunjukkan min kesepuluh tertinggi
dengan jumlah 4.68. Item ini berkaitan dengan “Solat dimulakan dengan
takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam”. Responden majoriti sangat setuju
dengan penyataan ini. Manakala item no 4 menunjukkan min ke sebelas yang
menunjukkan jumlah min dengan 4.57. Item ini berkaitan dengan “Solat adalah
rukun Islam yang kedua selepas dua kalimah syahadah”. Majoriti responden
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 41
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
sangat setuju dengan pernyataan ini. Manakala item yang paling rendah adalah
pada item no 12 dengan jumlah min sebanyak 4.53. Item ini berkaitan dengan
“solat berjemaah bagi solat fardu hukumnya fardu kifayah”. Secara
keseluruhannya, responden kebanyakkan mempunyai tahap kefahaman yang
tinggi berkaitan dengan solat fardu dengan purata nilai min keseluruhannya
sebanyak 4.75.
Jadual 8. Tahap kefahaman solat di kalangan pelajar berdasarkan skor min bagi
setiap Item Kefahaman Solat Fardu
STS TS TP S SS Min
ƒ ƒ ƒ ƒ
No. Item ƒ (%) (%) (%) (%) 4.90
0 0 3 105 4.86
(%) 0.00 0.00 2.78 97.22 4.68
0 3 15 90 4.57
1. Solat fardu wajib dilakukan oleh 0 0.00 2.78 13.89 83.33 4.73
0 4 10 94 4.88
setiap orang Islam 0.00 0.00 3.70 9.26 87.04 4.69
2 4 14 88 4.84
2 Solat difardukan sebanyak lima 0 1.85 3.71 12.96 81.48
0 2 7 99
waktu sehari semalam 0.00 0.00 1.85 6.48 91.67
0 0 3 105
3. Solat dimulakan dengan takbiratul 0 0.00 0.00 2.78 97.22
0 6 7 95
ihram dan diakhiri dengan salam 0.00 0.00 5.56 6.48 87.96
0 2 4 102
4. Solat adalah rukun Islam yang kedua 0 0.00 1.85 3.71 94.44
selepas dua kalimah syahadah 0.00 0 4
0.00 3.71
5. Solat fardu mempunyai waktu-waktu 0 0 0
0.00 0.00
yang ditentukan 0.00
6. Solat adalah amalan pertama yang 0
akan dihisab di akhirat 0.00
Solat fardu dapat menghapuskan 0
7.
dosa-dosa kecil yang telah dilakukan 0.00
Solat fardu dapat mendekatkan diri 0
8. seseorang hamba itu kepada ALLAH 0.00
S.W.T
9. Solat berjemaah akan meningkatkan 0 6 98
5.55 90.74 4.78
sifat kasih sayang sesama Islam 0.00 9 99
8.33 91.67 4.73
Solat berjemaah akan melatih diri 0
seseorang untuk mengikuti segala 0.00
10. peraturan yang telah ditetapkan
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 42
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Ganjaran solat berjemaah adalah 27 0 0 2 7 99
11. kali ganda berbanding solat 0.00 0.00 1.85 6.48 91.67 4.76
bersendirian
12. Solat berjemaah bagi solat fardu 0 0 8 10 90
hukumnya fardu kifayah 0.00 0.00 7.41 9.26 83.33 4.53
PURATA MIN KESELURUHAN 4.7
5
9.0 PERBINCANGAN
Berdasarkan objektif kajian terhadap taburan responden mengikut pendidikan
solat, responden majoriti mendapat pendidikan awal tentang pengetahuan solat
ini daripada keluarga dengan jumlah peratusan 74%. Ini menunjukkan ibu bapa
adalah berperanan penting dalam memberi pendedahan awal kepada anak- anak
terhadap pendidikan solat. Ini bersesuaian dengan Hadis riwayat Abu Hurairah
Radhiyallahu’anhu, “Ia berkata: Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam
bersabda: Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang
tuanyalah yang membuatnya menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani maupun
seorang Majusi”. Seterusnya peratusan sebanyak 19% yang mendapat pendidikan
tentang solat adalah daripada guru agama di sekolah. Ini menunjukkan sekolah
adalah tempat yang paling penting dalam proses pembelajaran anak-anak
terhadap asas pengetahuan solat. Di dalam kajian ini juga penulis mendapati
bahawa peratusan pelajar yang solat 5 kali sehari adalah pada peratusan yang
sangat membimbangkan. Ini kerana hanya sebanyak 23.15% sahaja yang
menunaikan solat 5 waktu sehari semalam. Menurut Rokma Mamat, solat lima
waktu wajib dilakukan ke atas umat islam yang baligh lagi berakal dan sama
sekali tidak akan gugur kefarduhannya sekalipun uzur dan sakit selagi mana
mereka masih hidup dan bernyawa.
Peratus paling tinggi 44.45% yang hanya solat 3 hingga 4 kali sehari.
Majoriti pelajar tidak penuh melaksanakan solat sehari. Hasil kajian mendapati
majoriti pelajar meninggalkan solat subuh dan isyak. Ini memberikan kesan
mengapa pelajar kita sering datang ke kuliah lewat pada setiap pagi. Ini adalah
salah satu faktor yang dapat dikesan terhadap pelajar kita. Apabila mereka tidak
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 43
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
bangun untuk menunaikan solat subuh maka mereka akan terlajak tidur dan lewat
untuk hadir ke kuliah. Hasil dapatan juga menunjukkan bahawa pelajar kita ada
yang tidak solat langsung. Perbuatan meninggalkan solat ini akan memberikan
kesan negatif terhadap seseorang individu. Ianya juga punca kepada berlakunya
banyak masalah sosial di kalangan pelajar. Kajian ini dikuatkan lagi berdasarkan
laporan yang disediakan oleh Cif Inspektor Marina Hashim, Pegawai Siasatan Khas
D9, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Kuala Lumpur pula, kaum Melayu
mencatat bilangan tertinggi iaitu sebanyak 920 kes sejak tahun 2000 sehingga
September 2004 yang melibatkan 665 orang dibawah usia 16 tahun.”- ( Kosmo- 7
Disember 2004). Ini menunjukkan solat yang dipertanggugjawabkan ke atas umat
islam sangat penting. Penghayatan sepenuhnya di dalam solat dapat
menghasilkan peribadi dan akhlak yang baik. Ini bersuaian dengan dalil al-quran
dari surah Al-Ankabut ayat 45 yang bermaksud “Sesungguhnya solat itu mencegah
dari perbuatan keji dan mungkar”.
Berdasarkan objektif kajian yang kedua iaitu kefahaman solat fardu
menunjukkan jumlah min paling tinggi dengan 4.90 menunjukkan responden
mengetahui bahawa solat fardu wajib dilakukan oleh setiap orang Islam. Hal ini
bersesuaian dengan kedudukan solat yang merupakan ibadah yang terlalu
istimewa berbanding ibadah yang lain kerana baginda Rasullah s.a.w mendapat
perintah kewajipan solat daripada Allah secara langsung dalam peristiwa Isra’
dan Mikraj. Hal ini bersesuaian dengan kedudukan solat yang merupakan ibadah
yang terlalu istimewa berbanding ibadah yang lain kerana baginda Rasullah s.a.w
mendapat perintah kewajipan solat daripada Allah secara langsung ketika
menghadapnya di Sidratul Muntaha dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj (Anisah Abd
Ghani, 2001: 25). Melalui jumlah min kedua tertinggi dengan min 4.88 juga
menunjukkan bahawa responden mengetahui bahawa solat adalah amalan
pertama yang akan dihisab dahulu di hari akhirat. Hal yang sedemikian ini
membuktikan bahawa kesempurnaan ibadah solat amat penting dalam
menentukan kesempurnaan ibadah yang lainnya kerana solat adalah amalan
pertama yang dinilai terlebih dahulu di padang mahsyar (Sharifah Nur, 2010:2).
Jika tidak lepas hisab berkaitan dengan solat maka ini akan memberikan kesan
untuk menghisab amalan yang lain dan sebaliknya, jika amalan solat seseorang
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 44
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
hamba itu mudah dihisab maka amalan yang lain juga akan menjadi mudah untuk
dihisab.
Seterusnya Min ketiga tertinggi dengan min 4.86 menunjukkan responden
mengetahui solat itu wajib dilaksanakan lima waktu sehari. Ini bertepatan
dengan dalil kewajipan solat di dalam surah an-Nisa ayat 103 yang bermaksud
“kemudian apabila kamu berasa tenteram berada dalam keadaan aman,
dirikanlah solat dengan sempurna sebagaimana biasa. Sesungguhnya solat itu
adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang yang beriman, yang tertentu
waktunya”.Tetapi melalui dapatan kajian masih ramai yang tidak melaksanakan
solat. Kemungkinan faktor responden tidak solat adalah daripada sikap mereka
sendiri yang malas dan mengambil ringan tentang kefarduan solat itu sendiri.
Rakan dan suasana sekeliling juga menjadi peranan penting terhadap sikap
seseorang itu. Apabila mereka di kelilingi rakan-rakan yang malas untuk solat
maka ini akan menyebabkan mereka juga akan terikut untuk tidak melakukan
solat fardu dan mengabaikannya.
Seterusnya min keempat tertinggi dengan jumlah 4.84 menunjukkan
responden juga menyedari bahawa dengan solat juga seseorang itu dapat
mendekatkan diri seseorang hamba itu kepada Allah. Berdasarkan hadis riwayat
Bukhari dan Muslim yang bermaksud “Solat jama’ah lebih utama dari shalat
sendirian sebanyak 27 derajat”. Dengan solat secara berjemaah juga seseorang
itu dapat meningkatkan kasih sayang sesama Islam dan responden juga
menunjukkan sangat bersetuju dengan melaksanakan solat secara berjemaah
dapat memperoleh pahala sebanyak 27 kali ganda berbanding solat secara
bersendirian. Secara tidak langsung melalui solat secara berjemaah ini dapat
menggalakkan dan menanamkan diri responden untuk lebih berdisplin.
Melalui dapatan kajian juga menunjukkan responden mengetahui tentang
asas rukun solat, ini dapat ditunjukkan bahawa responden dengan min 4.68
sangat setuju bahawa solat dimulakan dengan takbiratul ihram dan disudahi
dengan salam. Hal berkaitan dengan solat amat penting untuk diketahui oleh
setiap muslim kerana solat adalah amalan yang mengukuhkan iman dan menjadi
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 45
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
perisai diri dari perilaku keji yang menyimpang (Mohd Arsyad, 1999: 60). Ini
dikuatkan lagi dengan min seterusnya berjumlah 4.57 responden sangat setuju
bahawa rukun islam kedua adalah solat lima waktu sehari. Hal yang sedemikian
menunjukkan bahawa pelajar-pelajar mengetahui kedudukan ibadah solat yang
sangat tinggi dan penting dalam Islam. Malah mereka tahu dan sedar bahawa
kewajipan solat diumpamakan seperti tiang dalam agama sehingga menyebabkan
tertolaknya segala amalan yang lain jika solat ditinggalkan. Sesungguhnya agama
pada diri seseorang muslim itu tidak akan tertegak dan sempurna akibat ditolak
segala amalan kebajikannya sehinggalah dia menunaikan kewajipan solat dengan
sempurna terlebih dahulu (Zaharuddin, 2012:15). Fenomena ini menunjukkan
bahawa pelajar secara umum mengetahui tentang kewajipan menunaikan solat
yang merupakan peranan seorang hamba kepada Allah dan mereka juga
menyedari akan kelebihan-kelebihan bagi hamba yang cukup menjaga kefarduan
solat dalam kehidupan seseorang hamba itu. Sekaligus ini menentukan corak
peribadi seseorang hamba itu.
10.0 KESIMPULAN
Amalan solat merupakan amalan yang mulia disisi Allah. Solat dapat mendidik
jiwa rohani dan jiwa seseorang bagi setiap manusia. Ia juga bertujuan untuk
mengangkat darjat seseorang hamba dan ia dapat mencegah diri kita dari
melakukan perbuatan yang keji dan mungkar. Bagi mencapat tujuan tersebut,
solat ini perlulah dilaksanakan dengan dengan penuh tumpuan dan ikhlas di dalam
hati serta penuh kecintaan kepada Allah. Penglibatan oelajar terhadap solat
tidak cukup dengan hanya mewajibkan dalam bentuk penguatkuasaan semata-
mata tetapi perlu diterapkan dari segi kefahaman, pelaksanaan dan juga
penghayatan. Kesimpulan daripada kajian ini menunjukkan bahawa kefahaman
solat fardu dalam kalangan pelajar di Kolej Komuniti Jelebu adalah tinggi. Namun
ianya perlu diperkukuhkan lagi dari masa ke semasa sama ada secara langsung
atau tidak langsung melalui program-program yang dirangka khas untuk tujuan
ini. Kaedah pendidikan kerohanian perlu diberikan penekanan secara berterusan
agar ianya seiring dengan kecemerlangan akademik.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 46
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Harapan pengkaji agar para pensyarah meningkatkan daya usaha dan komitmen
membimbing para pelajar dengan mengadakan aktiviti-aktiviti kerohanian.
Antara aktiviti yang dapat dilakukan adalah seperti kem ibadah, kursus-kursus
dan program meningkatkan kefahaman, penghayatan dan pelaksaan solat fardu
dalam kalangan pelajar di Kolej Komuniti Jelebu.
RUJUKAN
Syarbini, Syeikh Syamsuddin bin Muhammad al-Khatib (1994). Mugni al-Muhtaj.
Beirut. Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
Mohd Nazir bin Ibrahim. (2013). Kefahaman Dan Penghayatan Amalan Solat Fardu
Dalam Kalangan Orang Asli Pos Pulat, Gua Musang, Kelantan. Tesis Sarjana
Thabarani, Sulaiman bin Ahmad. (1983). Mu’jam al-Kabir. C.2. Al-Mawsoul:
Maktabah al- Zahra.
Jawziyyah, Imam Syamsuddin Muhammad Abi Bakr Ibn al-Qayyim. (2006). Rahsia
Solat dan Hukum Meninggalkannya. (Terjemahan dari Kitab Al- Solah Wa
Bukhari al-Ju’fi, Hafidz Abu Abdullah Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin
al-Mughirah bin al-Bardazbah. (2001). Shahih Bukhari. Kaherah: Dar al-
Manar.
Wahbah al-Zuhaili. (2002). Fiqh dan Perundangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Hilmi Ismail (2010). Pengamalan Solat Fardu di kalangan Mahasiswa di TATi
University College (TATiUC) Kemaman Terengganu. Disertasi Sarjana.
Kuala Lumpur
Zahabi, Imam al–Hafidz Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Uthman. (1995).
Kitab al- Kabair. Jilid.1. Damsyiq : Dar al-Khayr.
Hasbi al-Shiddieqy (1994). Pedoman Solat. Kuala Lumpur: Penerbit Edaran Kalam.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 47
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Muhammad ‘Ali al-Hamsyari et.al (1997). Al-Qamus al-Islami Li al-Nasyi’in Wa al-
Syabab. Riyadh: Maktabah al- ‘Abikan.
Syarbini, Syeikh Syamsuddin bin Muhammad al-Khatib (1994). Mugni al-Muhtaj.
Beirut. Dar al-Kutub al-Ilmiyyah.
Syaukani, Imam al-Mujtahid al-Allamah Muhammad bin Ali. (2004). Nail al-
Author. Beirut, Lubnan: Dar al-Kutub Ilmiah.
Hasan Ayub. (2003). Fiqh al-Ibadah Bi Adillatiha Fi al-Islam. Kaherah: Dar as-
Salam.
Mohd Majid Konting. (2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Chua Yan Piaw. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur:
McGraw-Hill.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 48
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TABIAT MEROKOK DALAM
KALANGAN PELAJAR ALIRAN TEKNIKAL KOLEJ KOMUNITI BUKIT
BERUANG, MELAKA
Nazelira Binti A Rahim1, Norfadzliah Binti Mohamad Yatim2 dan Md Emran Bin Saidi
Kolej Komuniti Bukit Beruang
*[email protected]
ABSTRAK
Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan untuk mengurangkan
perokok. Mengikut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), dianggarkan 100,000 rakyat
Malaysia mati setiap tahun disebabkan penyakit yang berkaitan dengan tabiat merokok. Tabiat
merokok ini boleh menyumbang kepada masalah disiplin pelajar dan juga tingkah laku pelajar.
Gejala ini didapati turut berleluasa dalam kalangan pelajar – pelajar Kolej Komuniti Bukit
Beruang, Melaka (KKBBM). Justeru, kajian ini dilakukan bertujuan mengenalpasti faktor pengaruh
rakan sebaya, pengaruh keluarga, persekitaran, dan pengaruh peribadi atau diri sendiri terhadap
tabiat merokok dalam kalangan pelajar teknikal. Kajian ini juga melihat tahap penguatkuasaan
disiplin terhadap tabiat merokok di institusi. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif
dengan menggunakan teknik tinjauan. Instrumen yang digunakan ialah borang soal selidik dengan
Skala Likert lima mata. Populasi kajian melibatkan 118 orang pelajar yang telah dikenalpasti
adalah perokok daripada Program Pemasangan Elektrik dan Program Servis Kenderaan Ringan.
Saiz sampel yang dipilih bagi mewakili populasi adalah seramai 92 responden sebagaimana yang
dicadangkan dalam Jadual Krecie dan Morgan. Pengumpulan data adalah melalui edaran borang
soal selidik. Data yang dikumpul telah dianalisis untuk mendapatkan keputusan peratus, dan min
dengan menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 23.0. Kajian
ini mendapati tahap pengaruh bagi faktor diri sendiri adalah lebih tinggi berbanding faktor faktor
lain. Secara keseluruhan bagi empat faktor pengaruh yang dikaji adalah berkecenderungan
sederhana. Kajian juga mendapati tahap penguatkuasaan larangan merokok dalam kalangan
pelajar aliran teknikal di Kolej Komuniti Bukit Beruang adalah pada tahap sederhana.
Kata Kunci : tabiat, merokok, pelajar, teknikal
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 49
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
1.0 PENGENALAN
Merokok merupakan salah satu kerisauan terbesar yang dihadapi dunia kesihatan
kerana menurut sumber WHO (2017), menyatakan hampir 7 juta orang meninggal
dalam setahun akibat rokok. Daripada statistik ini, lebih dari 6 juta orang
meninggal adalah perokok aktif manakala 890,000 adalah perokok pasif. Hampir
80% daripada lebih daripada 1 bilion perokok di seluruh dunia adalah terdiri
daripada mereka yang tinggal di negara berpendapatan rendah dan sederhana.
Mengikut kajian yang dijalankan oleh Institute for Public Health (2015), statistik
menunjukkan pada tahun 2015 terdapat 22.8% (4,991,458) penduduk Malaysia
berusia 15 tahun ke atas adalah perokok, 43.0% (4.85 juta) perokok lelaki dan
1.4% (143,566) perokok wanita.
1.1 Latarbelakang Kajian
Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan untuk
mengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan yang
terjebak dalam tabiat buruk ini. Menurut Liow (2012), pada tahun 2011,
berdasarkan keputusan Tinjauan Global Adult Tobacco Survey (GATS) Malaysia,
keseluruhan prevalen merokok ialah sebanyak 23.1%. Hasil kajian juga
menunjukkan bahawa 4.7 juta orang dalam kategori umur 15 tahun dan ke atas
adalah perokok semasa. Seterusnya, berdasarkan Peraturan-Peraturan Kawalan
Hasil Tembakau (2004), [P.U.(A)324/2004]; di dalam Senarai Kawasan Larangan
Merokok yang diwartakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia termasuklah
larangan merokok di mana-mana kawasan di dalam suatu institusi pendidikan
atau institusi pendidikan tinggi. Menurut Nor Saleha, Alvin, dan Zarehah (2012),
terdapat lebih kurang 50 % lelaki Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas perokok
dan lebih kurang 20 % daripadanya adalah golongan remaja. Mereka juga
menyatakan bahawa 85 % remaja yang terlibat dengan aktiviti merokok ini
akhirnya menjadi ketagih kepada rokok. Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti
(2016) menyatakan syarat kemasukan untuk peringkat sijil adalah lulus SPM.
Pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia adalah berumur 17 tahun ke atas.
Oleh yang demikian, pelajar-pelajar sijil di kolej adalah dalam kalangan remaja.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 50
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Oleh yang demikian, merokok ini turut menjadi salah satu isu di Kolej Komuniti
Bukit Beruang yang perlu diambil berat dalam menyelesaikan isu tabiat buruk ini.
1.2 Penyataan Masalah
Tabiat merokok ini juga berlaku dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti Bukit
Beruang, Melaka, khususnya melibatkan pelajar lelaki dari Program Pemasangan
Elektrik dan Servis Kenderaan Ringan. Pelajar aliran teknikal dipilih bagi kajian
kali ini kerana di kolej majaroti pelajar daripada program ini adalah lelaki.
Berdasarkan pemerhatian pensyarah terdapat pelajar yang merokok di hadapan
kolej secara terbuka. Walaupun larangan merokok hanya dihadkan di kawasan
premis kolej, namun tindakan pelajar yang merokok ini menggambarkan imej
yang kurang baik bagi institusi. Dalam mencari jalan penyelesaian terhadap
masalah merokok ini, usaha mengenali faktor-faktor yang menyebabkan remaja
merokok perlu dibuat supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan cara yang
terbaik.
1.3 Objektif Kajian
Secara umumnya kajian ini dilakukan untuk melihat masalah tabiat merokok
dalam kalangan pelajar di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka. Secara
khususnya kajian ini bertujuan untuk:
1.3.1. Mengenalpasti tahap pengaruh rakan sebaya terhadap tabiat merokok
dalam kalangan pelajar aliran teknikal Kolej Komuniti Bukit Beruang,
Melaka.
1.3.2 Mengenalpasti tahap pengaruh keluarga terhadap tabiat merokok dalam
kalangan pelajar aliran teknikal Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka.
1.3.3 Mengenalpasti tahap pengaruh persekitaran terhadap tabiat merokok
dalam kalangan pelajar aliran teknikal Kolej Komuniti Bukit Beruang,
Melaka..
1.3.4 Mengenalpasti tahap pengaruh peribadi terhadap tabiat merokok dalam
kalangan pelajar aliran teknikal Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 51
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
1.3.5 Mengenalpasti tahap penguatkuasaan disiplin terhadap tabiat merokok
dalam kalangan pelajar aliran teknikal Kolej Komuniti Bukit Beruang,
Melaka .
1.4 Persoalan Kajian
1.4.1 Apakah tahap pengaruh rakan sebaya terhadap tabiat merokok dalam
kalangan pelajar aliran teknikal Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka?
1.4.2 Apakah tahap pengaruh keluarga terhadap tabiat merokok dalam kalangan
pelajar aliran teknikal Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka?
1.4.3 Apakah tahap pengaruh persekitaran terhadap tabiat merokok dalam
kalangan pelajar aliran teknikal Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka?
1.4.4 Apakah tahap pengaruh peribadi terhadap tabiat merokok dalam kalangan
pelajar aliran teknikal Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka?
1.4.5 Apakah tahap penguatkuasaan larangan merokok kepada pelajar aliran
teknikal di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka?
1.5 Fokus Kajian
Fokus kajian adalah kepada pelajar-pelajar aliran teknikal iaitu daripada
program Sijil Pemasangan Elektrik dan Sijil Kenderaan Ringan yang dikenalpasti
merokok pada semester Mac 2017 di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka.
2.0 KAJIAN LITERATUR
Tabiat merokok dalam kalangan rakyat di Malaysia merupakan satu fenomena
yang perlu diberi perhatian yang serius oleh semua pihak. Melalui Laporan
daripada Kementerian Kesihatan (2005) menunjukkan jumlah perokok dalam
kalangan rakyat Negara membangun seperti Malaysia semakin meningkat setiap
tahun. Perokok yang berusia 15 tahun ke atas di Malaysia semakin bertambah
daripada 21 % pada tahun 1985 kepada 31 % pada tahun 2000. Menurut Syed
Kamarulzaman, Syed Zulkarnain, dan Shabeshan (2007) statistik membuktikan
bahawa semakin ramai remaja sekolah yang berumur 13 hingga 18 tahun terlibat
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 52
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
dengan tabiat merokok. Terdapat pelbagai kajian yang dijalankan dalam
mengenalpasti punca dan faktor remaja terlibat dalam tabiat merokok. Menurut
Siti Noor, Nor Aimi, dan Nooshin (2010) dalam kajiannya tentang pengaruh
keluarga dan rakan sebaya terhadap 150 pelajar lelaki universiti awam mendapati
terdapat hubungan pengaruh sosial seperti pengaruh rakan sebaya dan pengaruh
keluarga terhadap tabiat merokok mereka. Kajian yang dijalankan juga
mendapati pengaruh rakan sebaya adalah lebih tinggi berbanding pengaruh
keluarga kerana kehidupan sebagai pelajar universiti yang menyebabkan mereka
tinggal berjauhan daripada keluarga. Selain daripada itu, Zainuddin dan Ahmad
Hafizi (2008), telah mengkaji tiga faktor menyebabkan pelajar terlibat dengan
tabiat merokok iaitu faktor rakan sebaya, keluarga dan persekitaran. Hasil kajian
mendapati faktor persekitaran banyak mempengaruhi tingkah laku merokok
dalam kalangan pelajar SMK Taman Selesa Jaya 2, Skudai, Johor seterusnya
diikuti faktor keluarga dan rakan sebaya.
Kementerian Kesihatan juga sering melakukan pelbagai kajian dalam
mengenalpasti kaedah yang terbaik dalam menyelesaikan masalah merokok yang
kian berleluasa. Menerusi kajian yang dijalankan oleh Daing Diana dan Mohd
Nizam (2013) mendapati pengaruh sosial yang paling tinggi mempengaruhi
remaja untuk merokok adalah pengaruh peribadi atau dorongan diri sendiri.
Faktor kedua ialah pengaruh rakan sebaya dan seterusnya ialah pengaruh
keluarga. Berdasarkan beberapa kajian yang dijalankan, menunjukkan terdapat
beberapa faktor yang boleh dikaji menerusi kajian ini untuk mendapatkan faktor
terbesar yang mempengaruhi tabiat merokok dalam kalangan pelajar aliran
teknikal di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka.
3.0 METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah kajian tinjauan deskriptif dengan
menggunakan kaedah pengumpulan data melalui soal selidik. Menurut Sabitha
Marican (2005), soal selidik dipilih kerana ia adalah lebih praktikal dan berkesan
digunakan kerana penggunaannya dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran
maklumbalas yang diberikan oleh sampel. Ini adalah disebabkan ia tidak
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 53
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
dipengaruhi oleh gerak laku penyelidik. Populasi kajian melibatkan 118 orang
pelajar yang telah dikenalpasti adalah perokok daripada Program Pemasangan
Elektrik dan Program Servis Kenderaan Ringan. Saiz sampel yang dipilih bagi
mewakili populasi adalah seramai 92 responden sebagaimana yang dicadangkan
dalam Jadual Krecie dan Morgan (1970) dalam Chua (2014). Data yang dikumpul
akan dianalisis untuk mendapatkan keputusan min dengan menggunakan perisian
Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 23.0.
3.1 Kebolehpercayaan dan Kesahan
Jadual 1: Analisis Kebolehpercayaan Item Soalan
Faktor Bil. Item Nilai Alpha Cronbach
Soalan
Pengaruh Rakan Sebaya 8 .863
Pengaruh Keluarga 7 .783
Pengaruh Persekitaran 8 .808
Pengaruh Peribadi 9 .700
Penguatkuasaan 8 .821
Soal selidik yang digunakan untuk kajian ini telah diadaptasi daripada soalan yang
dibangunkan oleh Kamarudin et al. (2002) dan Daing Diana et al. (2013). Soal
selidik akhir terdiri daripada 40 soalan dengan darjah persetujuan berdasarkan
Skala Likert lima markah. Bagi menguji kebolehpercayaan dan kesahahan soal
selidik yang dibina, sebanyak 15 borang soal selidik diedarkan sebelum kajian
pelajar Program Pemasangan Elektrik dan Program Servis Kenderaan Ringan yang
merokok untuk memastikan item soalan yang dibangunkan mempunyai kesahan
dan kebolehpercayaan yang tinggi atau sebaliknya. Data dianalisis menggunakan
perisian Statistic Packages for the Social Sciences (SPSS) versi 23.0 dengan
menggunakan ujian Alpha Cronbach untuk menguji kebolehpercayaan instrumen.
Menurut Arsaytamby dan Arumugam (2013) nilai Cronbach Alpha digunakan untuk
mengukur konsistensi dalaman dan menilai sejauh mana sesuatu item adalah
tekal. Menurut Mohd Majid Konting (1990), sekiranya nilai alpha melebihi 0.60
maka borang soal selidik itu boleh digunakan sebagai instrumen kajian bagi
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 54
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
mendapatkan maklum balas sebenar. Oleh itu, hasil analisis menunjukkan
kebolehpercayaan item soalan yang dibina boleh digunakan seperti ditunjukkan
dalam Jadual 1 di atas.
3.2 Instrumen Kajian
Soal selidik dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A mengandungi
soalan berkaitan demografi responden manakala Bahagian B mengandungi soalan
berkaitan faktor mempengaruhi tabiat merokok. Item kajian dibina berdasarkan
ubahsuai daripada instrumen yang telah digunakan dalam kajian lepas oleh
penyelidik lain seperti Kamarudin , Zulkarnain, Abdullah, dan Nur Qistina (2002)
dan Daing Diana et al. (2013). Data yang telah dikumpulkan hasil daripada soal
selidik ini telah direkodkan dan dianalisa secara peratus, skor min dengan
menggunakan perisian SPSS versi 23.0. Pengkaji juga mengkelaskan skor min yang
diperolehi melalui analisis deskriptif ditafsirkan kepada tiga tahap
kecenderungan yang diadaptasi daripada Landell, K (1997). Menurut beliau, julat
skor min 1.00 hingga 2.33 adalah rendah, 2.34 hingga 3.67 adalah sederhana dan
3.68 hingga 5.00 adalah tinggi.
4.0 ANALISIS DAN KEPUTUSAN
4.1 Demografi Responden
Demografi responden yang terlibat di dalam kajian ini dari segi jantina,
keseluruhan responden yang terlibat adalah lelaki dengan 66.3 % pelajar
Pemasangan Elektrik dan 33.7 % pelajar daripada Program Servis Kenderaan
Ringan terlibat dengan kajian ini.
4.2 Keputusan Analisis Faktor Merokok
Analisis ini telah mencapai tujuannya untuk menjawab persoalan kajian:
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 55
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
4.2.1 Apakah tahap pengaruh rakan sebaya terhadap tabiat merokok dalam
kalangan pelajar aliran teknikal Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka?
Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan pengaruh rakan sebaya
adalah berkecenderungan sederhana dengan nilai purata keseluruhan ialah 2.35.
Item A2 (ramai rakan-rakan merokok dalam kumpulan meyebabkan saya
merokok) mempunyai nilai skor min paling tinggi iaitu 2.58, pada tahap
berkecenderungan sederhana. Manakala skor min yang terendah ialah item A8
(Kawan-kawan saya mengganggap saya ‘hero’ atau hebat jika saya merokok)
dengan nilai skor min 2.17.
4.2.2 Apakah tahap pengaruh keluarga terhadap tabiat merokok dalam
kalangan pelajar aliran teknikal Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka?
Secara keseluruhannya, analisis skor min bagi pengaruh keluarga yang
menyebabkan pelajar aliran teknikal merokok menunjukkan faktor ini adalah
berkecenderungan rendah dengan nilai purata keseluruhan ialah 2.33. Item B6
(Ibu bapa / ahli keluarga saya pernah menyuruh saya membelikan rokok untuk
mereka) mempunyai nilai skor min paling tinggi iaitu 2.41, pada tahap
berkecenderungan sederhana. Manakala skor min yang terendah ialah item B5
(Ibu bapa / ahli keluarga saya selalu membawa balik rokok ke rumah.) dengan
nilai skor min 2.25.
4.2.3 Apakah tahap pengaruh persekitaran terhadap tabiat merokok dalam
kalangan pelajar aliran teknikal Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka?
Secara keseluruhannya, analisis skor min bagi pengaruh persekitaran yang
menyebabkan pelajar aliran teknikal merokok menunjukkan faktor ini adalah
berkecenderungan sederhana dengan nilai purata keseluruhan ialah 2.59. Item
C7 (Saya mudah membeli rokok di kedai tanpa sekatan) mempunyai nilai skor min
paling tinggi iaitu 2.82, pada tahap berkecenderungan sederhana. Manakala skor
min yang terendah ialah item C2 (Barang-barang dari jenama rokok menarik
minat saya menyebabkan saya turut merokok) dengan nilai skor min 2.28.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 56
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
4.2.4 Apakah tahap pengaruh diri sendiri terhadap tabiat merokok dalam
kalangan pelajar aliran teknikal Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka?
Secara keseluruhannya, analisis skor min bagi pengaruh peribadi yang
menyebabkan pelajar aliran teknikal merokok menunjukkan faktor ini adalah
berkecenderungan sederhana dengan nilai purata jumlah min ialah 2.81. Item D6
(Saya cenderung untuk merokok apabila merasa tertekan atau stress) mempunyai
nilai skor min paling tinggi iaitu 3.22, pada tahap berkecenderungan sederhana.
Manakala skor min yang terendah ialah item D3, D5 dan D9 (Saya merokok untuk
mengawal selera makan, saya merokok kerana ingin berjaga hingga lewat malam
dan saya merokok kerana merasakan diri sudah dewasa) dengan nilai skor min
2.55.
4.2.5 Apakah tahap penguatkuasaan larangan merokok kepada pelajar aliran
teknikal di Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka?
Secara keseluruhannya, analisis peratusan dan skor min bagi penguatkuasaan
larangan merokok di institusi menunjukkan penguatkuasaan larangan merokok di
institusi adalah berkecenderungan sederhana dengan nilai purata jumlah min
ialah 2.49. Item E4 (Pegawai disiplin atau pensyarah tidak pernah membuat
teguran apabila melihat pelajar merokok di sekitar kawasan kolej) mempunyai
nilai skor min paling tinggi iaitu 2.68, pada tahap berkecenderungan sederhana.
Manakala skor min yang terendah ialah item E5 (Pegawai disiplin atau pensyarah
tidak pernah memberitahu tentang peraturan dan pekeliling berkaitan kesalahan
merokok di premis kolej) dengan nilai skor min 2.38 berkecenderungan
sederhana. Data peratusan menunjukkan majoroti responden tidak bersetuju
dengan penyataan–penyataan berkaitan dengan penguatkuasaan larangan
merokok di premis kolej. Secara purata bagi 8 item menunjukkan 52.72 % tidak
bersetuju dan hanya 25.80 % responden bersetuju, manakala 21.48 % responden
tidak pasti.
5.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
Menerusi dapatan kajian dan analisis yang dibuat, didapati terdapat pengaruh
sosial yang menyebabkan pelajar aliran teknikal di Kolej Komuniti Bukit Beruang,
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 57
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Melaka terlibat dengan tabiat merokok. Secara keseluruhannya faktor-faktor ini
adalah pada tahap sederhana. Faktor yang paling tinggi mempengaruhi pelajar
aliran teknikal merokok adalah pengaruh peribadi atau dorongan diri sendiri iaitu
dengan jumlah min 2.81. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan kajian Daing
Diana et al. (2013) yang mendapati pengaruh peribadi adalah paling
mempengaruhi remaja untuk merokok. Data juga menunjukkan pelajar
cenderung untuk merokok apabila merasa tertekan. Dapatan ini juga adalah
selari dengan dapatan kajian Dian (2016) yang mendapati terdapat hubungan
yang signifikan antara tekanan dengan perilaku merokok pada remaja di
Kelurahan Dukuh Sukorharjo. Menurut Brandon dan Thomas (2000) individu yang
sedang dalam keadaan tertekan akan memiliki kemungkinan dua kali lebih besar
untuk merokok jika dibandingkan dengan individu lain.
Faktor kedua tertinggi adalah faktor persekitaran dengan jumlah min 2.59
iaitu berkencederungan sederhana. Dapatan kajian ini selari dengan dapatan
Zainuddin et al. (2008) yang mendapati faktor persekitaran turut mempengaruhi
tingkah laku merokok dalam kalangan pelajar dengan jumlah min 2.88.
Persekitaran yang baik amat perlu dalam membentuk tingkah laku yang positif.
Menurut Ibn Khaldun dan Abd al-Rahman (2002), persekitaran yang baik perlu
bagi menghasilkan akhlak yang baik dan akhlak yang baik itu perlu lahir dari diri
sendiri berdasarkan pengamatannya kepada faktor-faktor persekitaran yang
boleh mempengaruhi tabiat hidup manusia.
Selain itu, faktor yang ketiga ialah faktor pengaruh rakan sebaya iaitu
jumlah min yang dicatatkan 2.35. Rakan sebaya sememangnya memainkan
peranan penting dalam kehidupan remaja terutamanya remaja yang berjauhan
daripada keluarga. Dapatan juga menunjukkan pelajar terdorong untuk merokok
kerana ramai rakan-rakan mereka yang merokok di dalam kumpulan. Melalui
kajian Abdullah al-Hadi et al. (2001) mendapati rakan sebaya dikenalpasti
mempunyai pengaruh terhadap masalah ketagihan rokok, dadah dan alkohol di
kalangan remaja berusia 18 tahun selain dari pengaruh ibu bapa dan
persekitaran.Seterusnya faktor pengaruh keluarga merupakan faktor yang
mendapat jumlah min terendah iaitu 2.33. Melalui item yang dikaji, terdapat ibu
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 58
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
bapa atau ahli keluarga yang pernah menyuruh responden membelikan rokok dan
responden pernah melihat ibu bapa atau ahli keluarga mereka merokok bersama
kawan–kawan mereka di luar dan di rumah. Dapatan kajian ini turut selari dengan
dapatan Daing Diana et al. (2013) yang mendapati faktor keluarga mempunyai
kecenderungan sederhana dalam mempengaruhi remaja untuk merokok.
Penyataan ini disokong oleh Zainuddin et al. (2008) yang menyatakan bahawa
usaha meningkatkan kesedaran pelajar agar dapat menunjukkan perlakuan yang
baik serta cara hidup yang sihat sangat penting. Tindakan disiplin juga perlu
diambil kepada pelajar yang melanggar peraturan larangan merokok yang
ditetapkan. Namun demikian, tindakan tersebut mestilah bukan dalam bentuk
hukuman yang berat kerana menurut Sufean Lai, Firdaus, & Abd Rahim (2004)
menyatakan bahawa hukuman keras terhadap pelajar yang merokok tidak
berkesan untuk menghentikan tabiat rokok.
6.0 RUMUSAN DAN CADANGAN
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, didapati wujud pengaruh daripada empat
faktor yang dikaji iaitu pengaruh diri sendiri, persekitaran, rakan sebaya dan ibu
bapa. Seterusnya bagi tahap penguatkuasaan larangan merokok di institusi juga
adalah sederhana, ianya memerlukan penelitian yang lebih baik dalam
memastikan peraturan ini dapat dipatuhi dalam masa yang sama dapat
membantu pelajar untuk mengurangkan dan seterusnya memberhentikan tabiat
merokok. Oleh yang demikian, beberapa tindakan boleh dilaksanakan di
peringkat institusi. Institusi perlu mempergiatkan peranan kelab seperti
pembimbing rakan sebaya untuk meningkatkan peranan rakan sebaya dalam
memberikan pengaruh tingkah laku yang lebih positif. Selain daripada itu,
program membina jati diri pelajar boleh dilaksanakan dalam usaha menanam
kesedaran diri kepada pelajar untuk membina identiti yang lebih positif dan
sihat. Bagi meningkatkan kesedaran, institusi boleh membuat hebahan kawasan
yang diwartakan sebagai kawasan larangan merokok dan tindakan yang akan
diambil sekiranya peraturan ini dilanggar untuk mewujudkan kesedaran secara
menyeluruh pada semua warga institusi. Kerjasama bekerjasama dengan
Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Jabatan Kesihatan Daerah boleh
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 59
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
dijalankan seperti melaksanakan program Pemulihan Amalan Tabiat Merokok.
Selain daripada itu, ceramah dan program yang memberi pendedahan tentang
bahaya merokok dari segi kesihatan kepada pelajar boleh diadakan di institusi.
RUJUKAN
Abdullah al-Hadi Muhamed, Rorzumah Baharudin, Rumaya Johari, Mansor Talib,
Tan Jo-Pei, Asnarulkhadi Abu Samah & Amna Md. Noor. (2001). Laporan
Akhir Kajian Salah laku di kalangan Pelajar Sekolah Menengah dan
Rendah: Implikasi untuk Polisi. Serdang: Fakulti Ekologi Manusia,
Universiti Putra Malaysia.
Arsaythamby Veloo, Arumugam Raman. (2013). Kaedah Analisis dan Interpretasi
Data. Sintok: UUM Press.
Brandon, & Thomas (2000). Smoking, Stress, and Mood. H.Lee Moffit Cancer
Centre
And Research Institute at the University Of South Florida.
Chua Yan Piaw (2014). Kaedah Penyelidikan. Dalam Krejcie & Morgan(1970).
Menentukan Saiz Sampel dengan Mengawal Ralat Jenis 1(pp.237). Mc Graw
Hill:Malaysia
Daing Diana & Mohd Nizam. (2013). Pengaruh Faktor Sosial Kesan Kempen Taka
Nak Merokok Kementerian Kesihatan Malaysia. Malaysian Journal of
Communication. Jlid 29 (1): 179-198.
Dian Kurniawan. (2016). Hubungan Perilaku Teman dan Stress Dengan Perilaku
Merokok Pada Remaja Di Kelurahan Dukuh, Sukoharjo. Universitas
Muhammadiyah Sukarta Indonesia. Di muat turun daripada
http://eprints.ums.ac.id/45896/
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 60
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Ibn Khaldun, Abd al-Rahman bin Muhammad Khaldun al-Hadrami. 2002.
Mukaddimah Ibn Khaldun. Terj. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur:
DBP
Institute for Public Health (IPH) 2015. National Health and Morbidity Survey
2015 – Report on Smoking Status Among Malaysian Adults.
Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti.(2016). Program yang ditawarkan di Kolej
Komuniti. Dimuat turun daripada
http://www.jpkk.edu.my/v2/program/sijil-kolej-komuniti.html
Kamarudin, Zulkarnain, Abdullah, & Nur Qistina. (2002). Faktor Yang
Mempengaruhi Pelajar Merokok Di Sekolah Menengah Teknik Sultan Ahmad
Shah, Kuala Rompin, Pahang. UTM. Di muat turun daripada
http://merr.utm.my/11758/
Kementerian Kesihatan Malaysia (2005). Manual Latihan Kebangsaan: Membantu
Perokok Berhenti Merokok Untuk Profesional Kesihatan di Klinik Berhenti
Merokok Hospital dan Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Putrajaya: Kementerian Kesihatan Malaysia, Bahagian Pendidikan
Kesihatan. Di muat turun daripada
https://www.tobaccocontrollaws.org/files/live/Malaysia/Malaysia
Landell, K. (1997). Management by Menu. London: Wiley and Son Inco.
Liow Tiong Lai. (2012). Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia: Duta
Smoke
Free Lifestyle. Di muat turun daripada
http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/store_view_page/
22/278
Mohd Majid Konting (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan.Skudai:UTM.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 61
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Nor Saleha, Alvin, & Zarehah (2012). Fakta Mengenai Tembakau & Merokok. Di
muat turun daripada http://www.myhealth.gov.my/fakta- mengenai-
tembakau-a-merokok/
Sabitha Marican (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Social, Prentice Hall Pearson:
Malaysia.
Siti Noor, Nor Aimi & Nooshin (2010). Family and Peer Influence On Smoking
Behavior Among Male University Students. Internasional Journal Of Social
Policy And Society. Volume 7.2010.
Sufean Hussin, Lai, C.C., Mohd Firdaus Hussin, & Abd Rahim Abd Rashid. (2004).
Merokok di kalangan remaja Malaysia: Analisis data social. Shah Alam:
Karisma.
Syed Kamarulzaman,Syed Zulkarnain & Shabeshan. (2007). Program Pemulihan
Amalan Tabiat Merokok Dalam Kalangan Remaja Di Sekolah. Jurnal
Masalah Pendidikan ,30 (1).
Peraturan –Peraturan Hasil Tembakau. (2004).Warta Kerajaan Seri Paduka
Baginda. Kerajaan Malaysia. Di muat turun daripada
https://www.tobaccocontrollaws.org/
WHO (2017). WHO Tobacco Fact Sheet No339. Updated May 2017. Di muat turun
daripada http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs339/en/
Zainuddin dan Ahmad Hafizi. (2008). Faktor-faktor yang mempengaruhi
tingkahlaku merokok di kalangan pelajar sekolah: satu tinjauan di SMK
Taman Selesa Jaya 2, Skudai, Johor (Doctoral dissertation, Universiti
Teknologi Malaysia).
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 62
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
PERSEPSI MAJIKAN DALAM PROGRAM TRANSISI PELAJAR SIJIL ASAS
PEMPROSESAN MAKANAN KOLEJ KOMUNITI JELEBU
Nor Ashikin binti Ismail1 dan Azah Airiza Binti Norman2
Kolej Komuniti Jelebu
[email protected]
ABSTRAK
Kolej Komuniti Jelebu menyediakan peluang pembelajaran dalam Sijil Asas Pemprosesan
Makanan bagi pelajar bekeperluan khas (masalah pembelajaran) untuk memberikan
pengetahuan dan kemahiran secara formal. Program transisi diwujudkan di dalam kurikulum
bagi membantu dan membekal pengalaman mereka ke alam pekerjaan sebenar. Kajian ini
dijalankan untuk meneroka pengetahuan dan kemahiran yang diaplikasikan semasa program
transisi di industri. Selain itu, persepsi majikan diambilkira terutama daripada aspek
kebolehan dan kemampuan pelajar bekeperluan khas dalam melaksanakan tugas supaya
dapat memberi penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian
berbentuk kualitatif iaitu temubual secara berstruktur dijalankan kepada 5 majikan yang
terlibat dalam program transisi bagi 7 orang pelajar bekeperluan khas bagi sesi Kohort 1, 5
majikan bagi 5 orang pelajar pada sesi Kohort 2, dan 5 majikan bagi 6 orang pelajar bagi sesi
Kohort 3 . Hasil kajian mendapati hanya 9 majikan pernah menggajikan pekerja OKU di dalam
organisasi manakala 6 majikan adalah sebaliknya disebabkan tiada permohonan diterima.
Keseluruhan majikan memberi respons yang positif terhadap semua pelajar sepanjang proses
transisi.
Kata kunci: majikan, pelajar bekeperluan khas, program transisi
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 63
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
1.0 PENGENALAN
Perjuangan terhadap hak asasi Orang Kelainan Upaya (OKU) berkembang sejak
zaman Pergerakan Hak Asas Manusia pada awal 1960an. Masyarakat merupakan
entiti yang berpengaruh dalam memberikan impak daripada pelbagai aspek
kehidupan OKU. Social Model of Disability yang menjadi rujukan kepada OKU di
seluruh dunia jelas menyatakan bahawa OKU bukan semata-mata dipinggirkan
kerana kecacatan yang dihadapi, sebaliknya turut dipengaruhi oleh elemen
persekitaran seperti kekurangan kemudahan pendidikan, halangan kepada akses
bangunan, kekurangan pengangkutan yang sesuai malah halangan daripada aspek
mendapatkan pekerjaan.
Persepsi dan mentaliti masyarakat yang masih lagi di takuk lama, makin
menyukarkan OKU untuk terlibat secara langsung dalam setiap aktiviti harian
dalam meningkatkan kualiti kehidupan. Resolusi Persidangan “Incheon Strategy
2013 -2022: Dekad Baru untuk OKU di Malaysia” mencadangkan agar pihak
kerajaan berusaha mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan OKU dan
menggalakkan penglibatan OKU dalam bidang pekerjaan menerusi program-
program kesedaran berkaitan upah minimum serta memastikan elemen
keselamatan pekerjaan dilaksanakan.
Kajian Ilona (2010) mendapati tiga cabaran utama dalam mengintegrasi
pekerja OKU dalam organisasi iaitu bagaimana untuk menarik minat OKU untuk
supaya lebih cenderung untuk bekerja. Kedua, bagaimana hendak menyediakan
persekitaran tempat kerja yang kondusif dan ketiga, bagaimana hubungan
interpersonal di antara pihak majikan dengan pekerja OKU itu perlu kerana
berlaku halangan-halangan yang pelbagai. Bagi OKU yang cuba menempatkan diri
dalam pasaran buruh, diskriminasi dan eksploitasi merupakan dua cabaran utama
yang dihadapi oleh pekerja OKU dalam organisasi (Ta & Leng, 2013).
Pelbagai isu OKU ini menarik minat pengkaji di seluruh dunia bagi mencari
solusi terbaik. Kajian ini dijalankan untuk mengupas isu yang menjadi cabaran
kepada OKU khususnya pelajar bekeperluan khas Sijil Asas Pemprosesan Makanan
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 64
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Kolej Komuniti Jelebu untuk mendapatkan pekerjaan melalui Persepsi Majikan
Semasa Proses Transisi.
2.0 KAJIAN LITERATUR
Kerajaan Malaysia telah memperuntukan 5.8% daripada peluang pekerjaan di
sektor awam kepada golongan OKU merujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil.
10/1988. Sehingga 15 Mei 2012, menunjukkan 20.7% bilangan OKU yang berdaftar
berjaya mendapat pekerjaan dan menerima Bantuan Elaun Pekerja Cacat (EPC)
yang melibatkan peruntukan sebanyak RM 6.0 bilion (Jessica, 2012).
Kebanyakan OKU di Malaysia telah mendapat pendidikan khas dan
pendidikan vokasional samada di pusat-pusat latihan kerajaan atau swasta. Sikap
positif OKU yang lebih fokus bekerja berbanding dengan orang normal, mudah
dididik dan tidak pernah mencuri tulang. Namun, golongan OKU masih belum
dapat diterima sepenuhnya dalam pasaran kerja secara terbuka dan mereka
sukar mendapat peluang pekerjaan (Zinaida Ariffin, 2006).
Kajian Ju, Zhang dan Pacha (2011) mendedahkan bahawa kekurangan kemahiran
employability merupakan faktor utama yang menyebabkan OKU terhalang
daripada mendapat tempat dalam pasaran pekerjaan terbuka. Kemahiran
employability merujuk kepada kompetensi umum yang diperlukan dalam
melakukan sesuatu jenis dan tahap pekerjaan seperti kemahiran berkomunikasi,
kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja dalam pasukan dan
kemahiran interpersonal seseorang individu (Sheppard & Unsworth, 2010).
Majikan menghadapi lima masalah utama dalam menerima kehadiran pekerja
OKU dalam organisasi iaitu masalah pengambilan, pemilihan, latihan, penginapan
dan promosi. Isu kelayakan, jenis kecacatan, bentuk perkhidmatan yang perlu
disediakan, halangan komunikasi, kekurangan dan penguasaan kemahiran
softskill, reaksi rakan sekerja, peningkatan kos latihan, konsultasi serta
penginapan merupakan cabaran yang harus dihadapi oleh OKU sebelum berjaya
memasuki sesebuah organisasi. Malah majikan juga didapati mengambil OKU
bekerja di dalam organisasi bagi memenuhi tanggungjawab sosial korporat (CSR)
semata-mata bagi menaikkkan imej organisasi (Dibben, 2002).
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 65
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Keyakinan diri yang rendah juga dikesan menjadi punca OKU tidak dapat
menyediakan diri untuk menjawat jawatan dalam organisasi (Hall, 2010).
Keadaan ini mendorong majikan untuk memberikan ruang yang lebih luas kepada
pekerja normal untuk menjawat sesuatu pekerjaan. Hakikatnya, terdapat juga
kajian menyatakan bahawa kegagalan OKU mendapatkan pekerjaan berpunca
daripada kurangnya pendidikan dan pengetahuan majikan berkaitan OKU itu
sendiri. Kajian Houtenville dan Kalargyrou (2011) menjelaskan bahawa
pengetahuan yang lebih baik tentang OKU akan meningkatkan prospek atau
peluang OKU diterima bekerja berdasarkan kepuasan kerja dan kesetiaan kepada
organisasi.
2.1 Program Transisi
Konsep transisi pertama kali diperkenalkan oleh Madeleine Will dari Office of the
Federal Special Education and Rehabilitation (OSERS) . Pihak OSERS menekankan
keperluan belia berkeperluan khas di sekolah yang bergerak ke hidup di dalam
komuniti dan ke dalam pendidikan selepas sekolah dan kerja. Keperluan ini
adalah disebabkan tahap pengangguran yang tinggi di kalangan populasi
berkeperluan khas (Maureen; 1999 Bullis, Bull, Sendelbaugh & Freeburg 1987).
Transisi oleh Shanthi (2004); Brolin (1995) memerlukan tiga komponen major
sebagai usaha yang efektif di peringkat sekolah:
i- Kurikulum pembangunan kerjaya
ii- Kolabrasi di antara majikan, agensi masyarakat dan ibu bapa
iii- Sistem sokongan dan pantauan supaya individu boleh adaptasi ke komuniti
kerja
Standard digariskan mengandungi lima kandungan utama bagi memastikan
kejayaan transisi lepasan sekolah iaitu persekolahan, pengalaman persediaan
kerjaya, kepimpinan dan pembangunan belia, penglibatan keluarga dan aktiviti
berkaitan.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 66
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Transisi adalah peralihan. Jika dikaitkan dengan perubahan sosial, transisi adalah
suatu masa di mana sesebuah masyarakat berada dalam proses peralihan dari
penggunaan produk budaya lama ke produk budaya baru. Ia juga boleh dikatakan
sebagai masa peralihan dari pola perilaku lama ke pola perilaku yang baru.
Keadaan ini biasanya akan menyebabkan ketegangan-ketegangan tertentu bagi
mereka yang tidak bersedia menerima perubahan yang ada. Lambat laun
ketegangan akan berkurangan dan seseorang akan menyesuaikan diri dengan
persekitaran yang baharu.
Sekiranya individu menghadapi masalah menyesuaikan diri, maka individu itu
kekal pada budaya lama. Perkara yang lebih membimbangkan adalah individu
tidak boleh keluar dari masa transisi di mana individu sudah meninggalkan budaya
lama tetapi tidak sanggup menerima budaya baru yang sudah di depan mata.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini adalah seperti berikut;
i- Mengenalpasti kemahiran pemprosesan yang diajar di kolej komuniti
diaplikasikan di industri.
ii- Mengenalpasti kebolehan dan kemampuan pelajar dalam melaksanakan tugas
di industri.
iii- Mengenalpasti kurikulum Sijil Asas Pemprosesan Makanan mencakupi
keperluan pihak industri.
4.0 PERSOALAN KAJIAN
Bagi mencapai objektif kajian, beberapa persoalan dikemukakan pengkaji iaitu;
i- Bagaimanakah kemahiran pelajar menepati keperluan majikan?
ii- Bagaimanakah prestasi pelajar dalam melaksanakan tugas di industri?
iii- Apakah persepsi majikan terhadap perkerjaan bagi individu bekeperluan
khas (masalah pembelajaran) dari aspek kemahiran, sikap dan kelayakan.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 67
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
5.0 METODOLOGI KAJIAN
Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kualitatif di mana melibatkan data
bukan numerikal. Kajian ini merupakan kajian penerokaan bagi organisasi Kolej
Komuniti Jelebu memandangkan tiada penglibatan daripada pihak industri
semasa kurikulum ini dibina. Kaedah kajian adalah berdasarkan temubual dan
transkripsi dalam memahami isu yang tertentu. Pendekatan ini membolehkan
pengkaji memperoleh dan mengumpulkan data yang terperinci serta mendalam
yang tidak dapat dilakukan melalui kaedah kuantitatif.
Temubual separa berstruktur telah dibentuk oleh penyelidik bersama pensyarah
di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai instrument dalam
mengumpulkan data yang diperlukan. Rekabentuk ini memberi peluang kepada
pengkaji memperoleh maklumat berkaitan pengalaman majikan dalam industri
makanan khususnya bagi pelajar bekeperluan khas atau pelajar OKU.
5.1 Persempelan Kajian
Persempelan kajian adalah 15 buah industri yang terlibat dalam program transisi
untuk 18 orang pelajar bekeperluan khas bermula Sesi November 2014 KKJU.
Program transisi ini dijalankan untuk tempoh 4 bulan. Majikan yang terlibat
adalah di kalangan industri pemprosesan makanan di sekitar Negeri Sembilan
khususnya daerah Seremban dan Jelebu.
5.2 Pemungutan Data
Temubual secara lisan dijalankan terhadap semua peserta kajian. Temujanji
dibuat terlebih dahulu kepada semua peserta kajian sebelum sesi temubual
dijalankan untuk mengelakkan gangguan kepada operasi industri. Sesi temubual
ini hanya melibatkan majikan atau penyelia pelajar semas program transisi
6.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN
Kajian ini melibatkan 15 buah industri dalam bidang pemprosesan makanan iaitu
bidang bakeri dan bidang hospitaliti. Kesemua peserta kajian terdiri daripada
dua orang lelaki dan 13 orang perempuan dan semua adalah berbangsa Melayu.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 68
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Peserta kajian merupakan individu yang terlibat secara langsung dengan pelajar
khas sepanjang program transisi dan mempunyai pengalaman bekerja di antara 2
tahun sehingga 18 tahun. Mereka juga adalah majikan atau penyelia pelajar
semasa program transisi ini dijalankan.
Tinjauan mendapati empat peserta kajian sedang menggajikan pekerja
OKU bermasalah pendengaran dan masalah pembelajaran di dalam bidang
hospitaliti dan bakeri manakala peserta yang lain tidak pernah menggaji pekerja
OKU. Ini disebabkan tiada permintaan diterima daripada individu OKU sedangkan
peluang pekerjaan disediakan. Semua peserta kajian menyatakan bahawa
program transisi ini bagus dari segi kaedah pelaksanaannya yang teratur dan
sistematik. Peserta juga menyatakan program transisi ini merupakan permulaan
yang baik untuk majikan bagi berhadapan dengan individu OKU dan perlu
diteruskan kerana mereka dapat menerokai kelebihan pekerja yang berkelainan
upaya ini.
Para pelajar yang menyertai program ini dapat mempraktikkan kemahiran
yang bertepatan dengan keperluan industri. Pelajar tidak mempunyai sebarang
masalah dalam melaksanakan tugas-tugas yang melibatkan kemahiran
memproses makanan dari mula penyediaan bahan mentah dan peralatan sehingga
proses membungkus dan pembersihan meja kerja. Di samping itu, pelajar turut
diberikan peluang melibatkan diri dalam aktiviti urusniaga jual beli oleh majikan.
Mereka diberi kepercayaan sepenuhnya untuk melaksanakan tugas itu seterusnya
meningkatkan keupayaan dalam komunikasi, keyakinan diri, penampilan diri
seterusnya menerapkan aspek keusahawanan dalam kehidupan mereka.
Kesemua majikan berpuas hati dengan prestasi kerja yang diberikan oleh
pelajar di industri walaupun perlaksanaannya berbeza dengan individu biasa.
Sikap pelajar yang sentiasa mengikut arahan dan melaksanakan tugas secara
tersusun turut membuat para majikan sangat berpuas hati dengan program ini.
Menurut peserta kajian, prestasi pelajar-pelajar ini tidak dipengaruhi oleh
ketidakupayaan mereka. Pelajar menunjukkan disiplin yang tinggi dalam
pelaksanaan tugas dan hampir kesemua mereka tiada masalah kehadiran. Pelajar
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 69
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
yang memegang kad OKU ini didapati menepati waktu bekerja, mempunyai minat
terhadap pekerjaan dan tidak kerap mengambil cuti, di samping sentiasa
menjaga penampilan diri. Bagi setiap kohort, majikan yang mendapat masalah
kehadiran pelajar hanya 10-20% sahaja.
Peserta kajian turut memberikan pelajar bimbingan secara lisan dan
praktikal atau membuat demonstrasi sebelum memulakan tugas. Mereka perlu
diberi tunjuk ajar di awal sesi pekerjaan agar boleh mengadaptasikan kaedah
atau kemahiran baru serta bagi melaksanakan tugas dengan sempurna. Selain
itu, pelajar khas dari KKJU juga mempunyai keyakinan diri yang tinggi,
berkebolehan menyelesaikan masalah, mampu mengikut arahan, mampu bekerja
di bawah pengawasan minimum. Pelajar khas yang menyertai program ini
merupakan individu yang mempunyai daya inisiatif yang tinggi, mampu menerima
kritikan, jujur dan bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan.
Dapatan kajian ini memberikan gambaran bahawa majikan secara
umumnya memberikan persepsi positif terhadap prestasi kemahiran pelajar
bekeperluan khas KKJU dalam organisasi. Keperibadian diri yang positif yang
mempamerkan kemahiran interpersonal yang tinggi di alam pekerjaan. Daripada
15 majikan ini, didapati tiga majikan telah menawarkan pekerjaan kepada tiga
orang pelajar manakala majikan yang lain mengakui prestasi kemahiran yang baik
mereka namun tiada kekosongan di dalam organisasi mereka Kesemua majikan
juga turut menyatakan sokongan moral dengan memberikan ruang pembelajaran
di industri untuk perlaksanaan program transisi pada masa akan datang.
Walau bagaimanapun, dapatan kajian mendapati antara masalah utama
yang dihadapi majikan terhadap pelajar khas KKJU ialah keupayaan yang tidak
setara dengan pekerja biasa di mana mereka memerlukan penyeliaan khusus
dalam setiap tugasan yang diberi selain menghadapi masalah untuk bekerja
dalam pasukan. Ini disebabkan ada dalam kalangan pelajar yang mempunyai
masalah berkomunikasi dan tiada hubungan mata. Di samping itu, terdapat
seorang pelajar khas KKJU autisme yang emosinya sangat sukar diramal dan
berubah-ubah. Pelajar ini cepat bosan dan akan membuat bising setelah
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 70
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
menyelesaikan tugasan yang diberikan. Majikan menyatakan bahawa beliau perlu
memberikan perhatian yang lebih kepada pelajar tersebut bagi memastikan
pekerja yang lain tidak dipengaruhi atau menjejaskan emosi pekerja lain. Selain
itu, terdapat peserta kajian atau majikan yang mengambil inisiatif untuk
mempelajari kaedah yang betul bagi mengendalikan pelajar begini. Oleh itu,
majikan turut mencadangkan agar pelajar khas perlu menjalani proses modifikasi
tingkahlaku dan emosi supaya mereka lebih cemerlang dalam pekerjaan. Di
samping itu, terdapat dua majikan yang memerlukan waktu kerja yang melebihi
8 jam. Ini memberi kesan yang negatif kepada pelajar di mana pelajar keletihan
dan menyebabkan masalah kesihatan.
7.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhan kajian ini telah mencapai objektif kajian di mana kemahiran
pemprosesan makanan yang diajar dapat diaplikasikan di industri serta pelajar khas
KKJU berkebolehan dan mampu untuk melaksanakan tugas dengan baik. Kurikulum
Sijil Asas Pemprosesan Makanan yang dibentuk seiring dengan keperluan pihak
industri makanan. Walau bagaimanapun, kemahiran interpersonal atau softskills
perlu lebih diterapkan di dalam kelas bagi meningkatkan kebolehan pelajar
berkomunikasi semasa program transisi.
8.0 CADANGAN
Antara cadangan yang boleh dikemukakan kepada pihak industri atau majikan
ialah kesediaan untuk melaburkan peruntukan bagi penyediaan latihan
kemahiran yang sesuai dengan fungsi pekerjaan tertentu supaya pekerja OKU
dapat meningkatkan keupayaan untuk bekerja setara dengan pekerja biasa.
Selain itu, pihak majikan juga perlu memberi peluang kepada pekerja OKU
untuk mempelajari kemahiran-kemahiran baru selain membentuk pasukan kerja
yang baik atau memperkenalkan buddy system di kalangan staf supaya dapat
menerima rakan sekerja daripada kalangan OKU dan dapat menyesuaikan diri
dengan rakan setugas.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 71
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Insentif kehadiran atau sistem ganjaran juga boleh dilaksanakan bagi
meningkatkan motivasi pekerja OKU untuk lebih setia dengan organisasi,
menunjukkan prestasi yang baik dan dapat memberi sumbangan melalui
kemahiran yang dimiliki.
Majikan juga memerlukan penjelasan awal berkaitan pelajar khas bagi
mereka tidak pernah menggaji pekerja OKU dan tiada pengalaman
mengendalikan pelajar yang bermasalah pembelajaran.
RUJUKAN
Anizam Mohamed Yusof, Manisah Mohd Ali dan Amla Mohd Salleh. 2013.
Pendidikan Vokasional Pelajar Bekeperluan Khas Ke Arah Memenuhi
Pasaran Pekerjaan. Proceeding of the Internasional Conference on Social
Science Research, ICSSR. Penang, Malaysia. e- ISBN 978-967-11768-1-8.
Brian Cobb, Jean Lehmann, Suzanne Tochtertman and Sally Bomotti. 2000.
Students with Disabilities in Transition: A Review of Four Reforms. Issues
Influencing the Future of Transition Programs and Services in the United
States. Institute on Community Integration (UAP), University of Minnesota.
Pages 3- 20.
Fazlinda Binti Ab Halim. 2013. Kemahiran Kebolehgajian, Estim Kendiri Dan
Efikasi Kendiri Pelajar Teknikal Dan Vokasional Yang Bermasalah
Pendengaran Di Politeknik Dan Kolej Komuniti, Malaysia. UPM. (tesis PHD)
Jane M. Williams and Ed O’Leary. 2000. Transition: What We’ve Learned and
Where We Go From Here.Issues Influencing the Future of Transition
Programs and Services in the United States. Institute on Community
Integration (UAP), University of Minnesota. Pages 49 – 66.
Noraini Mohd Noor & Haslina Mohamad. 2010. Persepsi Majikan Terhadap Faktor
Yang Mempengaruhi Pemilihan Pekerja OKU (Fizikal) Di Industri
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 72
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Sederhana (Kejuruteraan Mekanikal) Daerah Johor Bharu. Fakulti
Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia. muka surat 1-6
Safani Bari, Mohd Hanafi Mohd Yasin dan Madinah Mohd Yusof. 2013.School-To-
Work For Hearing Impaired Students.International Journal of Education
and Research Vol. 1 No. 7:
Susan Brody Hasazi, Katharine S. Furney and Lizanne DeStefano. 2000.
Implementing the IDEA Transition Mandates. Issues Influencing the Future
of Transition Programs and Services in the United States. Institute on
Community Integration (UAP), University of Minnesota. Pages 21 -30.
Tuan Rosnimawati dan Lai Chee Sern. 2012. Dapatan Kajian Rintis: Penguasaan
Kemahiran Insaniah dalam Kalangan Pelajar Pendidikan Khas di
Politeknik. Prosiding Seminar Pendidikan Pasca Ijazah dalam PTV Kali Ke-
2. Muka surat 261- 266. ISBN 978-967-0468-06-8.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 73
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
MERENUNG JENDELA KERJAYA: KESEDIAAN PELAJAR-PELAJAR
KKMT MERANCANG KERJAYA MASA DEPAN
Siti Nurhazirah Lidon1,*, Nurliyana Nasarudin2 dan Mohamad Irwan Md Sagir 3
Kolej Komuniti Masjid Tanah, Melaka
[email protected]
ABSTRAK
Perancangan Kerjaya yang yang baik mampu memberi kesan kepada hala tuju pelajar selepas
mereka bergraduan. Kerjaya yang dirancang dengan baik dan sistematik merupakan sesuatu yang
sangat kritikal kepada para pelajar. Namun begitu tidak semua pelajar berkemampuan untuk
merancang kerjaya mereka dan masih tercari-cari hala tuju kerjaya masa depan mereka. Kajian
ini dijalankan untuk melihat tahap Perancangan Kerjaya para pelajar semester ke-tiga Kolej
Komuniti Masjid Tanah, Melaka (KKMT) bagi program Sijil Pemasangan Elektrik, Sistem Komputer
dan Rangkaian, Teknologi Maklumat dan Sijil Lanskap. Kajian secara secara kuantitatif telah
dijalankan terhadap 76 orang sampel daripada seramai 95 orang pelajar semester ke-tiga di
KKMT. Data telah dikutip menggunakan soalselidik dan dianasisis menggunakan kaedah SPSS.
Berdasarkan kajian ini, didapati bahawa tahap perancangan kerjaya pelajar-pelajar tersebut
adalah tinggi. Untuk objektif yang kedua, terdapat lima elemen yang menjadi faktor utama
mempengaruhi perancangan kerjaya mereka ini iaitu Fokus Perancangan Kerjaya, Efikasi Kendiri,
Faktor Pemangkin Perancangan Kerjaya, Kaedah Perancangan Kerjaya dan Perancangan Kerjaya
Berobjektif. Selain daripada itu, kajian ini turut mendapati bahawa tiada hubungan yang
signifikan atau perbezaan yang ketara di antara perancangan kerjaya dengan jantina.
Kata kunci: Perancangan kerjaya, Faktor Perancangan Kerjaya, Kolej Komuniti, TVET
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 74
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
1.0 PENGENALAN
Malaysia sedang giat meningkatkan usaha mencapai status negara maju
berpendapatan tinggi menjelang 2020. Dalam RMKe-10, kerajaan telah
menetapkan bahawa latihan dan pendidikan teknikal dan vokasional diarus
perdanakan bagi merealisasikan ekonomi berpendapatan tinggi. Hasrat ini akan
tercapai jika kemahiran pekerja khususnya pelajar lepasan sekolah adalah
berada pada tahap tertinggi semasa mereka menceburi alam pekerjaan. Menurut
(Muhammad, 2016:52) “Dalam dunia hari ini, para graduan perlu mempunyai
kompetensi dan kemahiran pekerjaan untuk mereka lebih berdaya saing di
pasaran pekerjaan. Memiliki ijazah tinggi sahaja tidak menjamin kebolehpasaran
dan kebolehgajian seseorang. Sebaliknya, para graduan harus mempunyai
pengetahuan yang relevan dan terkini, pengalaman praktikal, kemahiran insaniah
serta sikap yang positif untuk melengkapkan mereka sebelum berdepan dengan
cabaran dunia sebenar.”
Oleh yang demikian, langkah-langkah yang lebih strategik harus diambil
secara berterusan untuk mencapai matlamat tersebut. Sejajar dengan penyataan
Muhammad (2016) di atas, ini merupakan satu cabaran kepada Kolej Komuniti
untuk meningkatkan kualiti pengajian bagi memperbaiki tahap kemahiran dan
kompetensi lulusan yang dihasilkan ke arah memenuhi kehendak industri.
1.1 Latar Belakang Kajian
Merancang laluan kerjaya yang seiring dengan pendidikan serta latihan yang
diikuti adalah tugasan penting dalam turutan perkembangan kerjaya individu
semenjak daripada remaja sehingga dewasa (Super, Savickas & Super 1996).
Secara teorinya, proses ini berlangsung di mana individu akan memilih kerjaya
yang diminati dan sesuai dengan personaliti mereka (Parson 1909; Holland 1996).
Namun ia tidak semudah yang disangkakan, dengan lambakan graduan dalam
pelbagai bidang, ekonomi yang kurang memberangsangkan dan pelbagai senario
dunia terkini membangkitkan pelbagai halangan dan cabaran sama secara
dalaman atau luaran (Creed & Hughes 2012). Ada yang terpaksa memilih
pekerjaan yang kurang prestij atau mencari pekerjaan yang lebih mencabar
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 75
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
dalam usaha mereka untuk mengatasi halangan yang mendatang demi
memastikan kelangsungan hidup dalam dunia kerjaya yang mencabar ini
(Blanchard & Lichtenberg, 2003; Tsaousides & Jome, 2008).
Perancangan kerjaya merupakan asas kepada perkembangan kerjaya
pelajar-pelajar dalam perkembangan kerjaya mereka (Syed Mohamad 2010).
Perancangan kerjaya amat penting bagi pelajar-pelajar Kolej Komuniti yang
memulakan pengajian pada usia 18 atau 19 tahun dan menamatkan pengajian
pada usia 20 atau 21 tahun (JPKK 2011). Ini kerana kebanyakan pelajar-pelajar
ini sudah mempunyai matlamat dan sasaran pekerjaan semenjak bangku sekolah
atau di Kolej Komuniti lagi.
1.2 Pernyataan Masalah
Kebanyakan pakar bersetuju bahawa perancangan kerjaya perlu dimulakan
seawal bangku persekolahan lagi (Castellano et al. 2004; Sidek 2006; Puteri
Hayati 2010). Justeru itu pelajar-pelajar yang memulakan perancangan kerjaya
selepas pengajian di Kolej Komuniti tentu sekali dianggap terlewat. Kajian oleh
Jasmi (2013) mendapati tahap perancangan kerjaya pelajar kolej komuniti masih
lagi rendah dan program-program yang menyokong kepada perancanagn kerjaya
belum begitu banyak dijalankan. Ini menyokong kajian Syed Mohamad (2010) dan
Amla (2010) yang mendapati program-program perancangan kerjaya agak kurang
dan terhad dalam kurikulum pendidikan di Malaysia dan kurang diberi perhatian
oleh pakar-pakar dalam bidang pendidikan yang lebih melihat perkaitan antara
akademik dan kemahiran pelajar. Malah kajian Ahmad Rosli (2016) mendapati
wujud keperluan yang sangat kritikal pada perancangan kerjaya bagi pelajar-
pelajar kolej komuniti untuk membantu mereka mencapai kejayaan dalam
kerjaya masa depan mereka.
Ini kerana kebanyakan pelajar Kolej Komuniti mempunyai latar belakang
akademik yang sederhana. Walaupun begitu mereka tetap mempunyai potensi
untuk mempunyai pekerjaan yang baik sekiranya dibantu untuk merancang
kerjaya masa depan mereka (Syed Mohamad 2010). Jasmi (2013) dalam kajiannya
mengenai keberkesanan modul merancang kerjaya dalam kurikulum kolej
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 76
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
komuniti telah membuktikan perancangan kerjaya yang sistematik sangat
berkesan dan mampu meningkatkan kesedaran kerjaya di kalangan pelajar Kolej
Komuniti. Justeru, kajian ini telah dilakukan untuk melihat tahap kesedaran
pelajar Kolej Komuniti Masjid Tanah (KKMT) dalam merancang kerjaya masa
depan mereka dan melihat faktor kritikal yang diperlukan dalam perancangan
kerjaya mereka.
Secara umumnya kajian ini ingin melihat senario perancangan kerjaya pelajar
KKMTdewasa ini manakala secara khususnya kajian ini bertujuan untuk:
a) Mengetahui tahap perancangan kerjaya pelajar semester 3 KKMT.
b) Mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi perancangan kerjaya
pelajar semester 3 KKMT.
c) Melihat perbezaan dalam perancangan kerjaya pelajar semester 3 KKMT
berdasarkan jantina.
1.4 Persoalan Kajian
a) Apakah tahap perancangan kerjaya pelajar semester 3 KKMT?
b) Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi perancangan kerjaya pelajar
semester 3 KKMT?
c) Adakah wujud perbezaan dalam perancangan kerjaya pelajar semester 3
KKMT berdasarkan jantina?
2.0 KAJIAN LITERATUR
Menurut Walker (1980), perancangan kerjaya merupakan proses yang dibuat oleh
indvidu untuk menentukan perancangan kerja seumur hidup. Ia juga menilai
keupayaan dan minat, mengambilkira pilihan serta peluang kerjaya, membentuk
matlamat kerjaya dan perancangan praktikal aktiviti pembangunan. Perancangan
kerjaya juga merupakan satu proses seseorang memilih matlamat kerjaya mereka
dan cuba untuk mencapai matlamat tersebut (Wether & Davis, 1996).
Berdasarkan kajian Kaplan (1995), perancangan dan pengurusan kerjaya
yang teratur dan berkesan adalah amat penting bagi seseorang individu yang
bergelar pekerja. Ini kerana penekanan utama dalam proses ini adalah penetapan
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 77
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
matlamat yang menunjukkan bahawa pekerja tersebut mendapat gambaran yang
jelas mengenai masa depan dan menyediakan satu sasaran yang dapat memberi
kepuasan dalam melaksanakan tugas. Menurut Rozhan Othman (1991) pula,
perancangan kerjaya adalah proses seseorang memilih matlamat kerjaya dan
jalan kearah pencapaian matlamat tersebut.
Terdapat juga kajian mengenai kerjaya yang mengaitkan perancangan
kerjaya dengan jantina seseorang. Fullerton (1991) menyatakan bahawa golongan
wanita lebih menitikberatkan perancangan kerjaya dalam kehidupan bekerja
mereka. Kajiannya mendapati nenerapa faktor yang mendorong golongan wanita
membuat perancangan kerjaya adalah disebabkan oleh diskriminasi di tempat
kerja, kurang mempunyai kemahiran yang diperlukan oleh pasaran semasa dan
rasa rendah diri terhadap kemampuan diri.
Kajian oleh Metcalfe (1989) pula mendapati bahawa terdapat perbezaan
faktor yang mendorong golongan lelaki dan wanita membuat perancangan
kerjaya. Menurut beliau golongan lelaki membuat perancangan kerjaya
disebabkan oleh faktor ekstrinsik (luaran) seperti pendapatan yang tinggi,
pampasan dan faedah serta keselamatan di tempat kerja. Golongan wanita pula
didorong oleh faktor instrinsik (dalaman) seperti cabaran kerja, peluang
pembangunan diri, kualiti maklum balas dan juga autonomi (bidang kuasa).
3.0 METODOLOGI
Rekabentuk kajian ini adalah kajian kuantitatif yang di lakukan terhadap pelajar
semester 3 Kolej Komuniti Masjid Tanah. Sampel responden untuk kajian ini
adalah terdiri daripada 76 orang pelajar daripada populasi seramai 95 orang
pelajar semester 3 di kolej tersebut. Instrumen kajian yang digunapakai adalah
borang soal selidik Haluan Perkembangan Kerjaya Pelajar Kolej Komuniti (Ahmad
Rosli, 2016), yang mempunyai 3 soalan demografi dan 31 item soalan berbentuk
Skala Likert Lima Peringkat. Borang soal selidik telah diagihkan kepada
responden kajian dan dianalisa dengan menggunakan aplikasi SPSS versi 21 bagi
mendapatkan dapatan kajian. Bagi mendapatkan dapatan kajian untuk objektif
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 78
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
pertama dan kedua, data telah dianalisis dengan kaedah ‘descriptive mean
analysis’ manakala untuk objektif ke tiga, analisa ujiian-t telah digunakan.
4.0 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN
Kajian ini telah Berjaya mencapai objektif yang ditetapkan iaitu:
a. Tahap perancangan kerjaya
Item n Min
Tahap perancangan kerjaya 76 4.24
Rajah 1 : Tahap Perancangan Kerjaya
Rajah 1 memperlihatkan dapatan analisis data kajian untuk melihat tahap
perancangan kerjaya pelajar semester 3 di Kolej Komuniti Masjid Tanah.
Berdasarkan daripada analisis tersebut, didapati bahawa tahap perancangan
kerjaya pelajar-pelajar tersebut adalah tinggi dengan skor purata min 4.24. Hasil
analisis ini menunjukkan situasi yang positif bagi Kolej Komuniti Masjid Tanah di
mana pelajar-pelajar ini telah menyedari kepentingan perancangan kerjaya
walaupun kebanyakan mereka mempunyai latarbelakang akademik yang
sederhana.
Dapatan ini adalah sejajar dengan penyataan Syed Mohamad (2010)
bahawa pelajar yang sederhana akademiknya turut mempunyai potensi untuk
mempunyai pekerjaan yang baik sekiranya mendapat panduan dan pendedahan
yang sewajarnya di dalam perancangan kerjaya. Seperti yang dinyatakan oleh
Mat Jusoh (2012), kesedaran tentang peluang kerjaya adalah amat penting bagi
pelajar agar dapat menceburi alam pekerjaan yang diminatinya pada masa
hadapan.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 79
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
b. Faktor-Faktor Perancangan Kerjaya
Bil Faktor-faktor Min
1. Fokus Perancangan Kerjaya 4.33
2. Efikasi Kendiri Dalam Perancangan Kerjaya 4.23
3. Faktor Pemangkin Dalam Perancangan Kerjaya 4.23
4. Kaedah Perancangan Kerjaya Yang Efektif 4.21
5. Perancangan Kerjaya Berobjektif 4.18
Rajah2: Faktor – faktor Perancangan Kerjaya
Rajah 2 menunjukkan faktor-faktor yang mempengaruhi perancangan kerjaya
pelajar -pelajar semester 3 Kolej Komuniti Masjid Tanah. Hasil daripada analisis
data kajian menunjukkan Fokus Perancangan Kerjaya sebagai faktor perancangan
kerjaya yang paling utama dengan nilai skor min 4.33.
Faktor yang ke dua tertinggi yang menjadi pilihan pelajar adalah Faktor
Efikasi Kendiri dan Faktor Pemangkin Perancangan Kerjaya yang memiliki skor
min yang sama iaitu 4.23. Ini diikuti dengan faktor berikutnya iaitu Faktor Kaedah
Perancangan Kerjaya dengan skor min 4.21. Dapatan kajian turut menunjukkan
bahawa minoriti responden memilih Perancangan Kerjaya Berobjektif (min 4.18)
sebagai faktor terakhir di dalam perancangan kerjaya mereka.
Berdasarkan dapatan kajian ini, didapati bahawa pelajar semester 3 Kolej
Komuniti Masjid Tanah meletakkan keutamaan terhadap fokus kerjaya yang
spesifik sewaktu merancang kerjaya yang mereka ingin ceburi setelah tamat
pengajian (skor min 4.33). Majoriti responden ini bersetuju bahawa fokus pada
kerjaya khusus perlu menjadi keutamaan dalam perancangan kerjaya dan perlu
dilakukan semenjak mereka memulakan pengajian di kolej komuniti. Seiring
dengan itu, mereka turut beranggapan bahawa tahap fokus yang tinggi terhadap
pengajian mereka mampu untuk meningkatkan kemahiran dan kepakaran mereka
di dalam bidang pengajian. Ini adalah berpadanan dengan hasil tinjauan yang
dilakukan oleh Awang et.al (2013) terhadap penilaian majikan ke atas pelajar
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 80
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
lulusan kolej komuniti yang menyatakan bahawa pelajar kolej komuniti
mempunyai kefahaman yang jelas terhadap pengkhususan kerja mereka seiring
dengan ilmu yang mereka telah pelajari. Di samping itu, hasil dapatan kajian ini
turut menampakkan keberkesanan objektif penubuhan Kolej Komuniti sebagai
pusat untuk meningkatkan kemahiran pelajar berdasarkan minat pekerjaan yang
mereka ingin ceburi di masa hadapan.
Efikasi kendiri dan faktor pemangkin perancangan kerjaya merupakan
antara faktor-faktor utama yang dititikberatkan oleh pelajar-pelajar ini (skor min
4.23). Collin (1990) menyatakan bahwa efikasi kendiri iaitu keyakinan seseorang
individu untuk melaksanakan sesuatu perkara atau tanggungjawab merupakan
salah satu faktor yang perlu diambilkira di dalam perancangan kerjaya. Daripada
kajian ini di dapati bahawa pelajar-pelajar Kolej Komuniti Masjid Tanah
mempunyai keyakinan dari segi personaliti, kebolehan (aptitude) serta mampu
untuk mengenal kekuatan dan kelemahan mereka di dalam melakukan
perancangan kerjaya. Di samping itu, mereka turut mempunyai keyakinan yang
tinggi bahawa mereka boleh melakukan perancangan kerjaya yang bersesuaian
dengan diri mereka. Tahap efikasi diri yang tinggi ini adalah antara elemen utama
yang perlu ada pada setiap pelajar kolej komuniti. Ini kerana amalan teknik
pengajaran dan pembelajaran (PdP) di kolej komuniti adalah sangat berbeza
dengan kebanyakan institusi pengajian tinggi yang lain di Malaysia. Penekanan
pembelajaran yang diberikan adalah lebih kepada teknikal dan praktikal
berbanding pemahaman teori dan bertujuan untuk membangunkan kecekapan
dalam kemahiran tangan sebagaimana yang dikehendaki oleh industri yang
berkaitan (Ahmad, 2001). Berdasarkan itu, dapatlah dinyatakan di sini bahawa
pelajar-pelajar semester 3 di kolej Komuniti Masjid Tanah telah mempunyai
keyakinan atau efikasi diri untuk merancang kerjaya mereka hasil daripada
penerapan ilmu dan latihan yang telah diberikan mengikut kesesuaian dan
prospek kerjaya kursus masing-masing.
Di samping efikasi diri, faktor pemangkin perancangan kerjaya seperti
pengalaman kerja separuh masa, latihan praktikal, bimbingan kerjaya secara
formal dan tidak formal serta penglibatan pelajar dalam aktiviti serta kursus-
kursus luar seperti CSR (Corporate Social Responsibility) semasa pengajian turut
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 81
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
memberi impak yang besar terhadap tahap perancangan pelajar kerjaya pelajar
semester 3 di Kolej Komuniti Masjid Tanah. Ini adalah berpadanan dengan
kenyataan Duff & Dik (2009) bahawa faktor pemangkin kerjaya seperti aktiviti-
aktiviti ini mampu menjadi faktor penggalak kepada perancangan kerjaya
seseorang individu. Di institusi pengajian tinggi di Malaysia, unit kaunseling dan
kerjaya adalah bertanggungjawab untuk membangunkan program dan aktiviti
seperti ini yang boleh membimbing dan memberi input kepada pelajar di dalam
perancangan kerjaya mereka. Selain itu, pengalaman yang diperolehi semasa
bekerja lebih masa dan juga latihan praktikal turut membantu pelajar untuk
mengalami sendiri akan realiti dan persekitaran tempat kerja. Azizi (2002)
menyenaraikan empat objektif utama latihan industri:-
i. Mendedahkan pelajar kepada jenis pekerjaan, suasana persekitaran dan
suasana kerja yang terdapat di industri dan organisasi.
ii. Memberi peluang kepada para pelajar memperolehi kemahiran pada
kesempatan yang
seawal mungkin.
iii. Memupuk sikap kerja yang baik kepada pelajardan menggalakkan mereka
berinteraksi dengan berbagai kalangan pekerja dan masyarakat.
iv. Memberi peluang kepada pelajar untuk mengaitkan pelajaran dalam kelas
dengan praktikal di industri.
Faktor seterusnya yang didapati mempengaruhi perancangan kerjaya pelajar
semester 3 di Kolej Komuniti Masjid Tanah adalah pemilihan kaedah perancangan
kerjaya yang efektif (skor min 4.21). Antara kaedah yang digunapakai oleh
responden-responden tersebut adalah perancangan sendiri atau perbincangan
dengan rakan-rakan ataupun keluarga, khidmat nasihat pakar kerjaya seperti
kaunselor dan juga rujukan daripada internet. Ini adalah berpadanan dengan
hasil kajian Reid et al. (1999) yang mendapati bahawa kaedah atau strategi
perancangan kerjaya yang efektif mampu memberikan kesan yang positif
terhadap pemilihan kerjaya seseorang individu. Oleh yang demikian, kaedah yang
dipilih perlulah bersesuaian dengan minat, personaliti dan kemampuan individu
itu sendiri bagi menjamin keberkesanannya.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 82
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Faktor terakhir yang didapati mempengaruhi perancangan kerjaya pelajar
semester 3 Kolej Komuniti Masjid Tanah adalah Perancangan Kerjaya Berobjektif
dengan skor min 4.18. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar-pelajar ini
telah menetapkan objektif kerjaya yang khusus, bercorak jangka pangka
panjang, fleksibel dan logik serta bersesuaian dengan kemampuan mereka
(realistik). Pada umumnya, semua responden ini mempunyai matlamat yang jelas
dan mempunyai impian untuk mencapai kerjaya yang mereka impikan. Dengan
adanya objektif kerjaya tertentu yang mereka ingin dapatkan, ianya akan
membolehkan mereka ini membuat perancangan yang betul. Berdasarkan
konteks ini, Sharf (2013) menyatakan bahawa perancangan kerjaya berobjektif
merupakan satu kemestian kerana tanpa objektif perancangan kerjaya
tidak akan mempunyai hala tuju sendiri. Kenyataan ini disokong oleh Haratsis,
Hood & Creed (2015) yang menjelaskan gaya dan objektif perancangan
kerjaya individu sangat berpengaruh dalam menentukan hala tuju kerja
individu. Oleh yang demikian, ia perlulah dirancang dengan teliti sesuai dengan
kemampuan dan minat diri.
c. Perbezaan Dalam Perancangan Kerjaya Pelajar Semester 3 KKMT
Mengikut Jantina
Bil Jantina n Sig Nilai – t
1. Lelaki 51
.297 -.133
2. Perempuan 25
Rajah 3: Perbezaan Berdasarkan Jantina
Rajah 3 menunjukkan hasil dapatan kajian dalam melihat perbezaan perancangan
kerjaya pelajar semester 3 di Kolej Komuniti Masjid Tanah berdasarkan jantina
yang dilakukan dengan ujian-t. JIka wujud perbezaan yang signifikan maka nilai
signifikan untuk dapatan kajian ini perlulah kurang dari 0.05 (p < .05)
Berdasarkan jadual tersebut, di dapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 83
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
dapat di lihat dari segi perancangan kerjaya di antara ke dua-dua jantina di mana
nilai signifikannya adalah 0.297 (t = .0297, p > .05).
Hasil dapatan ini adalah berpadanan dengan hasil kajian Jaafar (1986)
yang mendapati bahawa tiada hubungan yang signifikan di antara minat dan
perancangan kerjaya pelajar dengan jantina mereka. Hasil kajian Abdullah (2001)
terhadap minat dan perancangan kerjaya pelajar sekolah turut memperlihatkan
keputusan yang sama. Fenomena ini mungkin dapat dijelaskan dengan dapatan
hasil kajian Ainon Mustafa (1998) yang mendapati bahawa minat dan perancangan
kerjaya seseorang individu itu adalah dipengaruhi oleh pendidikan dan
pendedahan yang mereka terima tentang bidang dan kerjaya yang mereka ingin
ceburi. Di kolej komuniti, pelajar-pelajar ini telah mandapat banyak informasi
dan input yang berkaitan dengan kursus yang mereka sertai dan sekaligus telah
mempunyai skemata dalam merancang kerjaya mereka. Di samping itu, konsep
keterbukaan kolej komuniti untuk memberi pelajar peluang memilih kursus
kemahiran yang mereka sertai tanpa mengira jantina turut menjadi faktor
fenomena ini berlaku.
5.0 RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1 Rumusan
Secara keseluruhannya kajian ini telah mencapai objektifnya untuk
mengenalpasti tahap perancangan kerjaya pelajar-pelajar semester 3 di Kolej
Komuniti Masjid Tanah. Berdasarkan kajian ini, didapati bahawa tahap
perancangan kerjaya pelajar-pelajar tersebut adalah tinggi. Untuk objektif yang
kedua, terdapat lima elemen yang menjadi faktor utama mempengaruhi
perancangan kerjaya mereka ini iaitu Fokus Perancangan Kerjaya, Efikasi Kendiri,
Faktor Pemangkin Perancangan Kerjaya, Kaedah Perancangan Kerjaya dan
Perancangan Kerjaya Berobjektif. Selain daripada itu, kajian ini turut mendapati
bahawa tiada hubungan yang signifikan atau perbezaan yang ketara di antara
perancangan kerjaya dengan jantina.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 84
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
5.2 Cadangan
Walaupun dapatan kajian ini menunjukkan maklumbalas yang positif daripada
responden yang terlibat, ianya hanya menunjukkan dapatan daripada pelajar
semester 3 di Kolej komuniti Masjid Tanah dan bukannya mewakili keseluruhan
kolej komuniti di Malaysia. Oleh itu, dapatan kajian ini perlulah diberi perhatian
oleh pihak yang berwajib seperti Kementerian Pendidikan Tinggi, Jabatan
Pendidikan Kolej Komuniti dan pengurusan kolej komuniti itu sendiri. Ini kerana
perjalanan kerjaya pelajar sebenarnya bukan bermula selepas tamat belajar
tetapi sepatutnya telah bermula apabila mereka memulakan pengajian di kolej
komuniti. Oleh yang demikian, mereka ini perlulah mendapat bimbingan dan
bantuan yang sewajarnya untuk merancang perjalanan kerjaya mereka
menggunakan elemen-elemen yang telah dinyatakan sebelum ini.
Justeru itu, pengkaji berharap kesemua elemen ini diberikan perhatian
dan dijadikan asas dalam pembentukan program pembangunan diri pelajar kolej
komuniti. Selain dari itu, kajian ini diharapkan dapat diperluaskan skopnya
meliputi seluruh kolej komuniti yang lain dan kajian yang lebih terperinci
mungkin boleh dilakukan bagi mendapatkan data yang lebih jelas dan jitu.
RUJUKAN
Amla Mohd Salleh (2010) Pendidikan Kerjaya dan Pembangunan Modal Insan.
Bangi:Penerbit UKM.
Blanchard, C. A., & Lichtenberg, J. W. (2003). Compromise in career decision
making: A test of Gottfredson’s theory. Journal of Vocational Behavior,
62(2), 250-271.
Creed, P. A., & Hughes, T. (2013). Career development strategies as moderators
between career compromise and career outcomes in emerging adults.
Journal of Career Development, 40(2), 146-163.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 85
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Duff, R.D. & Dik, B.J. (2009) Beyond the Self: External Influences in the
Career Development Process. The Career Development Quarterly 58, (1):
29-43.
Fullerton, J. A. (1991). An Analysis of Attitudes toward Statistics: Gender
Differences among Advertising Majors.
Haratsis, J. M., Hood, M., & Creed, P. A. (2015). Career goals in young adults:
Personal resources, goal appraisals, attitudes, and goal management
strategies. Journal of Career Development, 42(5), 431-445.
Holland, J. L. (1997). Making vocational choices: A theory of vocational
personalities and work environments. Odessa, FL: Psychological
Assessment Resources.
Jasmi Talib (2013) Kajian keberkesanan Modul Merancang Kerjaya terhadap
pelajar kolej komuniti KPTM. PhD Thesis. Fakulti Pendidikan UKM.
JPKK, (2011) Kajian Pengesanan Graduan Kolej Komuniti 2010. Jabatan
Pengajian Kolej Komuniti. KPTM
Metcalfe, B. A. (1989). What motivates managers: an investigation by gender and
sector of employment. Public Administration, 67(1), 95-108.
Muhammad, A. 2016. Keberkesanan Pelaksanaan Sistem Latihan Amali / Industri
Dalam Pengurusan Penempatan Latihan Industri bagi Pelajar Pusat
Pengajian Fizik Gunaan. Jurnal Personalia Pelajar. 19: 52 - 64
Parsons, F. (1909). Choosing a vocation. Boston, MA: Houghton Mifflin.
Reardon, R.C., Lenz, J.G., Sampson, J.P. & Peterson, G.W. (2006) Career
Development and Planning. USA: Thomson Corporation.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 86
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Sidek Mohd Noah. (2006). Perkembangan Kerjaya Teori dan Praktis. Penerbit
Universiti Putra Malaysia.
Super, D. E., Savickas, M. L., & Super, C. M. (1996). The life-span, life-space
approach to careers. In D. Brown, L. Brooks, & Associates (Eds.), Career
choice & development (pp. 121-178). San Francisco, CA: Jossey-Bass.
.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 87
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
MENGKAJI TAHAP KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI DI KALANGAN
PELAJAR KOLEJ KOMUNITI JEMPOL
Saeidah Md.Kamil1, dan Mohd Nazri Mohd Razali2
Kolej Komuniti Jempol
[email protected]
ABSTRAK
Kajian berhubung tahap kesejahteraan psikologi di kalangan pelajar Kolej Komuniti Jempol
dijalankan susulan daripada data ketidakhadiran para pelajar ke sesi pengajaran dan
pembelajaran (PDP) sering tidak memuaskan pada setiap semester. Kajian ini dijalankan ke atas
140 orang pelajar Kolej Komuniti Jempol. Objektif kajian adalah untuk melihat tahap
kesejahteraan psikologi di kalangan pelajar Kolej Komuniti Jempol, melihat hubungan tahap
kesejahteraan psikologi pelajar Kolej Komuniti Jempol dengan latarbelakang pendapatan isi
rumah dan melihat hubungan tahap kesejahteraan psikologi pelajar Kolej Komuniti Jempol
berbanding dengan faktor pemilihan Kolej komuniti sebagai pilihan pengajian. Inventori Ryff 1989
dengan 42 soalan yang telah diolah mengikut kesesuaian telah digunakan dalam kajian ini. Soalan-
soalan di dalam inventori ini diterjemahkan ke dalam Bahasa melayu berdasarkan kepada
pemahaman maksud ayat dan turut dibandingkan dengan aplikasi kemudahan terjemahan atas
talian selain disesuaikan dengan situasi semasa. Kajian rintis dijalankan ke atas 30 orang pelajar
Kolej Komuniti Jempol dan nilai Alpha Cronbach’s yang diperolehi adalah .834. Data kajian ini
dianalisis menggunakan Statistical Packages for Social Sciences (SPSS) versi 19. Data yang
diperolehi dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik diskriptif dan korelasi pearson. Hasil
dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kesejahteraan psikologi pelajar Kolej Komuniti
Jempol berada pada tahap sederhana, dengan min skor = 175.9. Terdapat hubungan yang tidak
signifikan antara faktor utama pemilihan Kolej Komuniti Jempol sebagai tempat pengajian
dengan tahap kesejahteran psikologi kalangan pelajar kolej ini,iaitu p>0.05, manakala nilai r= -
.101. Terdapat hubungan yang tidak signifikan antara faktor latar belakang pendapatan isi rumah
dengan tahap kesejahteraan psikologi di kalangan pelajar Kolej Komuniti Jempol, iaitu r= .086,
p>0.05. Kesimpulannya, faktor latar belakang pendapatan isi rumah dan faktor pemilihan kolej
ini sebagai institusi pengajian bukan faktor utama yang mempengaruhi kesejahteraan psikologi
di kalangan pelajar kolej komuniti jempol.
Kata kunci : Kesejahteraan Psikologi, Inventori Ryff 1989, Ketidakhadiran | 88
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan