The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat 2017 Jilid 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search

ePSH 2017 Jilid 2

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat 2017 Jilid 2

JILID 2 PROSIDINGSEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan

26 - 27

JULAI 2017

KOLEJ KOMUNITI SELANDAR

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT TONGGAK
KECEMERLANGAN MERINTIS GLOBALISASI

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan apa jua cara
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat izin bertulis daripada Unit Penyelidikan dan Inovasi, Kolej Komuniti Melaka
dan Negeri Sembilan. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.

Edisi 2017 Data-Pengkatalogan-dalam penerbitan
ISBN 978-967-10792-8-7
Perpustakaan Negara Malaysia

Diterbitkan oleh:
Kolej Komuniti Jelebu

i

KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
Kata-Kata Aluan : Yb Datuk Wira Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah,
Timbalan Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi iii
Kata-Kata Aluan : Tn. Hj. Sahalani Bin Basar , Pengerusi Penyelidikan
Dan Inovasi Wilayah Negeri Sembilan Dan Melaka iv
Jawatankuasa Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat & Pertandingan
Inovasi Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan v
Senarai Penyelidikan
ix

ii

KATA-KATA ALUAN
YB DATUK WIRA DR. ABU BAKAR BIN MOHAMAD DIAH
TIMBALAN MENTERI SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI
Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah
S.W.T kerana dengan limpah izin-Nya jua, kita dapat bersama-sama dalam majlis pada
petang ini. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan
dan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur serta seluruh warga Kolej Komuniti
atas kesudian untuk menjemput saya dan seterusnya untuk merasmikan Seminar
Penyelidikan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) & Pertandingan Inovasi Kolej
Komuniti Melaka dan Negeri Sembilan 2017 yang bertemakan “Pembelajaran
Sepanjang Hayat Tonggak Kecemerlangan Merintis Globalisasi”.

Saya berpandangan bahawa Seminar Penyelidikan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH)
& Pertandingan Inovasi ini boleh dijadikan sebagai platform untuk menyemarakkan
usaha dan pembudayaan inovasi di kalangan warga Kolej Komuniti ke arah
kecemerlangan diri, akademik dan pembangunan organisasi. Saya percaya penyelidikan
bukanlah sesuatu yang baharu dalam dunia pendidikan kerana penyelidikan
membolehkan seseorang penyelidik untuk mengkaji secara sistematik apa jua jurusan
mahu pun dalam bidang pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk peningkatan kualiti
serta pemahaman.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 juga telah menyentuh mengenai
ekosistem inovasi dalam pendidikan bagi memacu kecemerlangan yang berterusan di
dalam pendidikan. Justeru, pertandingan seumpama ini amatlah relevan dalam
menjayakan agenda inovasi negara selain boleh dijadikan sebagai wadah bagi
memartabatkan inovasi di negara ini khususnya yang melibatkan warga Kolej Komuniti.

Inovasi pada hari ini telah menjadi penanda aras baru global dan sudah pasti menuntut
kepada keupayaan penciptaan yang bukan sahaja bersifat unik serta bermanfaat tetapi
juga mampu berfungsi sebagai pemangkin kepada kesejahteraan masyarakat.
Pertandingan ini juga akan memanifestasikan tahap daya fikir, kreativiti dan inovasi
yang tinggi. Saya amat berharap kebolehan dan keupayaan ini akan dapat terus
dibudayakan dan menjadi satu norma dalam menjalankan tugas seharian; dalam erti
kata lainnya, “creativity and innovation becomes the norm instead of the
exception”.

Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua
pihak terutamanya kepada Pengarah Program dan Ahli Jawatankuasanya kerana telah
memastikan penganjuran Seminar Penyelidikan dan Pertandingan Inovasi ini berlangsung
dengan jayanya. Semoga semua inisiatif yang telah dilaksanakan akan dapat memastikan
warga Kolej Komuniti terus bergerak pantas dan berfungsi dengan berkesan bagi
membolehkan masyarakat Malaysia untuk mendapat perkhidmatan yang terbaik, sekali
gus memastikan Kolej Komuniti akan kekal relevan dan merupakan aset yang penting
demi memacu pembangunan negara. Sama-samalah kita berdoa agar setiap usaha yang
kita rencanakan ini akan memenuhi agenda yang diimpikan untuk menjadikan Malaysia
sebuah negara maju berpendapatan tinggi pada masa hadapan.

Sekian, terima kasih.
Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

iii

KATA-KATA ALUAN
TN. HJ. SAHALANI BIN BASAR
PENGERUSI PENYELIDIKAN DAN INOVASI
WILAYAH NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA

Terlebih dahulu saya ingin melafazkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT
kerana dengan limpah kurnia dan izinNya kita dapat bersama-sama menjayakan Program
Seminar Penyelidikan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) & Pertandingan Inovasi
anjuran Kolej Komuniti Negeri Wilayah Melaka dan Negeri Sembilan. Tahniah dan syabas
juga saya ucapkan kepada seluruh warga Kolej Komuniti Wilayah Negeri Melaka dan
Negeri Sembilan yang telah bertungkus lumus memastikan program seminar ini berjalan
dengan lancar.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Program Seminar Penyelidikan PSH &
Pertandingan Inovasi merupakan sebuah program yang amat penting kerana ianya telah
sebuah platform yang memberi peluang kepada para pendidik serta pelajar untuk
membentangkan hasil penyelidikan dan inovasi mereka demi pembangunan organisasi.

Bertemakan “Pembelajaran Sepanjang Hayat Tonggak Kecemerlangan Merintis
Globalisasi”, program seumpama ini merupakan satu wadah yang kita tawarkan kepada
para pensyarah, guru-guru serta pelajar yang mengambil bahagian untuk
membentangkan hasil inovasi serta hasil kajian dan sorotan ilmiah yang telah mereka
jalankan sebelum ini. Seminar yang dianjurkan ini juga merupakan medium perkongsian
maklumat yang relevan dan penting untuk dimanfaatkan sebagai pencetus idea dalam
sebarang aktiviti sumbang saran yang sering kita laksanakan semasa merangka sesuatu
perancangan aktiviti di peringkat organisasi.

Segala kajian dan sorotan ilmiah yang berkaitan dengan pelbagai bidang wajar dijadikan
sebagai asas penyelidikan yang mantap dan diambil sebagai pendekatan yang utama
untuk meningkatkan mutu pembelajaran dan pengajaran di semua kolej komuniti, kolej
swasta dan sekolah-sekolah.

Akhir kata, sekali lagi saya ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada para
pensyarah, pegawai, pelajar dan staf sokongan Kolej Komuniti Wilayah Negeri Melaka
dan Negeri Sembilan atas kejayaan menganjurkan Program Seminar Penyelidikan PSH &
Pertandingan Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Negeri Melaka dan Negeri Sembilan ini.
Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program yang cukup mantap dan sesuai
dengan tajuknya yang bersifat intelektual ini. Semoga usaha kalian memberi manfaat
kepada manusia akan mendapat keberkatan dan keredhaan di sisi Allah SWT.

Sekian,
wabillahitaufiq wal hidayah.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

iv

JAWATANKUASA SEMINAR PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
& PERTANDINGAN INOVASI

KOLEJ KOMUNITI MELAKA & NEGERI SEMBILAN

Pengarah Program
Sharifah Nadiyah Binti Razali

Ahmad Rosli Bin Mohd Nor

Setiausaha I
Nor Hidayah Binti Ahmad Mustafa

Setiausaha II
Hasnurul Nazimah Binti Hashim

Bendahari I
Wan Siti Nurulhafizoh Binti Abdul Karim

Bendahari II
Ahmad Auzani Bin Razali

Panel Penilai Kertas Penyelidikan
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Dr. Sharifah Nadiyah Binti Razali
Kolej Komuniti Selandar

Dr. Ahmad Rosli b. Mohd Nor
Kolej Komuniti Masjid Tanah

Prof Madya Dr Wan Hasrulnizzam bin Wan Mahmood
Fakulti Teknologi Kejuruteraan, Universiti Teknikal Malaysia Melaka

Dr. Mohd Isa bin Jaffar
Kolej Komuniti Segamat

Dr. Azilahwati binti Adam
Kolej Komuniti Jasin

Dr. Muhammad Helmi bin Abu Bakar
Kolej Komuniti Segamat 2

v

J/Kuasa Prosiding
Sharifah Norakhil Binti Syed Loed (Ketua)

Siti Nor Lailiyah Binti Ibrahim
Mohd Redzuan Bin Abdul Mutalib
Aini Nurrasyidah Binti Mohd Zokhi

J/Kuasa Seminar Penyelidikan
Salina Hassan (Ketua)
Sharifah Binti Polai

Mohd. Ismail Bin Hj. Mohammad Litak
Irdayani Md. Yusof

Muhammad Safwan Bin Abd. Rahim
Nurul Ain Binti Mohamad

Muhammad Shazwan Bin Sazali
Nur Hazirah Binti Saliman
Mohd Adnan Bin Mar Sham

J/Kuasa Pengumpulan Kertas Kerja Penyelidikan
Nor Rasyida Binti Rahmat (Ketua)
Salfarina Abdul Sukor
Suhaila Abdul Hadi
Radziah Binti Abu Kassim
Hanisah Binti Azahar

J/Kuasa Panel Inovasi
M. Noor Fathoni Bin M. Gunawan (Ketua)

Norzahirah Binti Zainuddin
J/kuasa Pertandingan Inovasi
Shaliza Amira Binti Sarif (Ketua)

Mohd Fathi Bin Ramli
Rosnawati Binti Abu Bakar

Azwa Binti Abdul Halim
Norzalifah Binti Abu

J/Kuasa Pengumpulan Inovasi
Mohd Azran Bin Mohd Salleh (Ketua)

Intan Farhana Binti Arsad
Siti Soraya Binti Mohd Sapuan

Jaslinah Binti Sariau

Floor Manager
Mohamad Irwan Bin Md Sagir

Md Emran Bin Saidi

J/Kuasa Urusetia
Nuraishahtul Akmar Binti Kamaruddin (Ketua)

Kabeela Begum Bt Kadzar Myra
Nur Izwani Bt Zainal

Norhaziyanti Bt Mohd Noor

vi

J/Kuasa Multimedia Dan Siaraya
Suzanna Binti Samsudin
Mohd Shafie Bin Rahaman

Amir Arief Bin Zainal Abidin

J/Kuasa Hebahan Dan Promosi
Wida Yanti Binti Mohammad Zen Umar (Ketua)

Azilahwati Binti Adam
Yusmawani Binti Mohd Yusoff

J/Kuasa Rekabentuk Dan Percetakan Buku Program, Bunting Dan Backdrop
Nor Azian Binti Mohd Yussof (Ketua)
Nor Azilah Binti Azmil
Haniza Binti Mohd Din
Nirwan Syam Bin Nordin

J/Kuasa Pendaftaran
Fahimah Binti Abdullah (Ketua)
Nur Aslinda Binti Abdul Rahman

Noorhana Binti Mohammad

J/Kuasa Jemputan
Nur Liyana Nasarudin (Ketua)

Suzie Anak Birong
Norazlini Binti Mat Jusoh
Siti Nurhazirah Binti Lidon

Nor’akma Binti Osman
Zuraida Binti Osman

J/K Sambutan Dan Protokol
Nadhirah Binti Albadri
Hasan Bin Mohd Sharif
Zuraidi Bin Md Tahir

Norazamimah Bte Mak Jim
Khairul Aizal Bin Osman

Aneetha Asyikeen Binti Othman
Siti Nurlaili Binti Nasuka

J/Kuasa Teks Ucapan
Jamilah Binti Ishak (Ketua)

J/Kuasa Persediaan Tempat
Mohd Azlani Bin Azmy (Ketua)
T.Krishnan A/L Tharuma Seelan

Nor Isman Bin Hassan
Wan Mohd Jefri Bin Wan Hussin

Abdul Hafiz Bin Mohammad
Mohd Saiful Bin Rezali

Mohamad Zulkarnain Bin Ahmad
Mohd Zharif Iqbal Bin Mohd Yunus

Mohd Ruhaizad Bin Rusli

vii

J/Kuasa Sijil & Cenderamata
Nooraziana Binti Anua (Ketua)

Julie Rosarina Binti Romli
Irman Fareed Bin Kadir

Fariza Haidayu Binti Mohd Hashim (Ketua)
Zainorhuda Binti Damain
Nurul Ashila Binti Jamil

J/Kuasa Pengangkutan
Norazah Binti Abdullah (Ketua)

Mohd Nordin Bin Marzuni
Mohd Saiful Sobrie Bin Selamat

Azli Bin Ahmed
Mohd Fahmi Bin Ab Rahman

J/K Pengacara Majlis
Nur Hidayah Binti Jumat (Ketua)

Siti Aishah Binti Ab Jalil
Shahrul Fazli Bin Abu Hassan

Abdul Azim Bin Jusoh
Mohd Faiz Bin Abu Bakar

Nur Azlin Binti Azhari
Hasrin Bin Mahadi

J/Kuasa Fotografi
Enamul Shah Bin Abdul Halim (Ketua)
Syed Muhammad Hafez Al-Idrus Bin Syed Mohamed

J/Kuasa Penginapan
Siti Noor Hafizah Binti Abd. Aziz (Ketua)

J/Kuasa Jamuan
Anwar Bin Jaafar (Ketua)
Khairol Hakkeky Bin Hashim

J/Kuasa Media
Azah Airiza Binti Norman (Ketua)
Wan Nor Azlinda Binti Abdul Razak

Zurina Binti Zamri

J/Kuasa Keselamatan
Mohd Sobri Bin Musa (Ketua)
Mohd Hisyam Bin Abdullah

viii

SENARAI PENYELIDIKAN Muka
Surat
Bil Penyelidikan 351
28 Hubungan Antara Program Pecutan Akhir Statistik Terhadap 361

Pencapaian Kursus Statistik (DPB1013) Di Politeknik Melaka 373
Zawati Zakaria1, Nur Faiizah Ibrahim2
Politeknik Melaka 385
29 Penggunaan Packet Tracer Dalam Meningkatkan Proses Pengajaran 399
Dan Pembelajaran Bagi Modul Pentadbiran Rangkaian Komputer Di 413
Kolej Komuniti 425
Najdiah Binti Aris1, Norsyaliza Binti Abdul Razak2, Raudhah 441
Noora’ariffah Binti Abu Bakar3 479
Kolej Komuniti Masjid Tanah 1,3, Kolej Komuniti Pekan2
30 Tahap Kefahaman Pelajar Sijil Teknologi Senibina Kolej Komuniti
Jasin Dalam Lukisan Kerja Dengan Menggunakan Perisian Revit
Berbanding Autocad
Nur-ul Balqes Md Zaid1, Alvy Bartholomeus Philip2
Kolej Komuniti Jasin1
Politeknik Merlimau2
31 Aplikasi Kaedah Litar PNP/NPN H-Bridge Kepada Ampaian Pakaian
Automatik Bagi Penjimatan Kos
Siti Aishah binti Hanis1, Tok Chon Bee2, Muhammad Asyraf Bin Thazali3
Politeknik Melaka
32 Persepsi Pelajar Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Pensyarah
Di Kolej Komuniti Jempol
Mohd Fahmi Bin Ab Rahman1, Norazah Binti Abdullah2dan Norashimah
Binti Ujang3
Kolej Komuniti Jempol
33 Persepsi Pelajar Sijil Pemasangan Elektrik Terhadap Masalah
Ketidakhadiran Ke Kolej Komuniti Jempol
Norazah Binti Abdullah 1*, Fazilawati Binti Redzwan 2, Mohd Fahmi Bin
Ab Rahman3
Kolej Komuniti Jempol
34 Kajian Aplikasi Amalan Keselamatan Dalam Kerja-Kerja Amali Binaan
Dan Landskap Di Kolej Komuniti
Wan Fadhilah Bin Wan Hitam1, Mohammad Hairy Bin Kharauddin2
Kolej Komuniti Selandar1, Kolej Komuniti Masjid Tanah2
35 Tahap Kebolehkerjaan Graduan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)
Di Dunia Pekerjaan
Norhayati Yahaya1, Mohamad Sattar Rasul2, Ruhizan Mohamad Yasin3
Universiti Kebangsaan Malaysia1,2,3
36 Organic Pesticides
Haizah Binti Hamzah1, Zamali Bin Omar2, Nor Fadilah Binti Sabtu3
Politeknik Merlimau Melaka

ix

Bil Penyelidikan Muka
37 Flexible Isogrid Board: Surat
495
Bahan Inovasi Terkini Menguasai Lakaran Bebas 3d 512
Hajjah Rohana Binti Jantan
SMK Datuk Haji Talib Karim 523
38 Meningkatkan Keyakinan Pelajar Bekeperluan Khas Terhadap 551
Penggunaan Benda Tajam Menggunakan Kaedah Ansur Maju Dengan
Bantuan Rakan Sebaya Di Kolej Komuniti Jelebu 564
Nor Ashikin binti Ismail1 , Azah Airiza Binti Norman2
Kolej Komuniti Jelebu 580
39 Perception Of English Instrumentality In Relation To Lesson 591
Retention 608
Ngui Hwa Hung
Kolej Komuniti Jelebu 620
40 Kepatuhan Pensyarah Wanita Kolej Komuniti Pulau Pinang Terhadap
Etika Muamalah Islamiyyah
Shabriyah Binti Sehat1, Mohd Faizulamri Bin Mohd Saad2
Kolej Komuniti Pulau Pinang1
Universiti Kebangsaan Malaysia2
41 Penguasaan Bahasa Inggeris dalam Kalangan Pelajar Sijil Operasi
Perhotelan semester 4 (SOP4), Kolej Komuniti Bukit Beruang
Melaka (KKBBM)
Nur Farhani Mohd Ramli¹, Nurazlina Mohd Razali², dan Zafeera
Zulkefli³
Kolej Komuniti Bukit Beruang
42 Cloud PSH Data Management At Kolej Komuniti
Kuala Pilah
Halijah Ismail1, Mohd Shafie Rahaman 2, Farah Zurin Salleh3
Kolej Komuniti Kuala Pilah
43 Persepsi Individu Menggunakan Sistem E-Filing Dalam Penghantaran
Borang Nyata Cukai Pendapatan
Nuraishahtul Akmar binti Kamaruddin1 Cr. Ramlee bin Yahya2
Kolej Komuniti Tampin
44 Kesediaan Pelajar Terhadap Penggunaan E-Learning Dalam
Pembelajaran Dan Pengajaran Kursus Sains Kejuruteraan (DBS 1012)
Di Politeknik Merlimau Melaka
Suhana Binti Sabran1 , Noor Hidayah Binti Awang2
Politeknik Merlimau
45 Tinjauan Terhadap Penggunaan Modul Advanced Mathematics 1
(PBM 1024) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Kalangan
Pelajar Politeknik Merlimau
Noor Hidayah Binti Awang1 , Suhana Binti Sabran2
Politeknik Merlimau

x

Bil Penyelidikan Muka
46 Hubungan Pencapaian Matematik SPM Terhadap Keputusan Surat
631
Matematik Kejuruteraan - DBM1013 Dan DBM2013 Pelajar
Kejuruteraan Awam Dan Mekanikal Di Politeknik Merlimau Melaka. 645
Nor Farhana Binti Falil1, Emey Dyana bte Abd.Jalil2
Politeknik Merlimau Melaka 655
664
47 K-Transfer In Kolej Komuniti Jempol : A Study Case 675
Halijah Ismail1, Norashimah Ujang2 and Suhirman Mohammad3
1Kolej Komuniti Kuala Pilah, Negeri Sembilan 685
2 Kolej Komuniti Jempol, Negeri Sembilan
3 Kolej Komuniti Rembau, Negeri Sembilan

48 Knowledge Transfer Awareness in KK Kuala Pilah: A Case Study
Halijah Ismail1,*, Suzanna Samsudin2 and Nor Adila Hanim Ab Kadir3
Kolej Komuniti Kuala Pilah

49 Kajian Pengambilan Tiga Kali Setahun Kolej Komuniti
Kolej Komuniti Tangga Batu, Melaka
Khairul Anuar Bin Muhamad1, Nor Rasyida Binti Rahmat2 dan
Irdayani Md. Yusof 3

50 Impak Pelaksanaan Penataan Surat Secara Atas Talian (E-Surat) Di
Kolej Komuniti Selandar
Mohd Rahim bin Mahmood1, Siti Soraya binti Mohd Sapuan2, Intan
Farhana binti Arsad3 dan Sharifah Nadiyah binti Razali4
Kolej Komuniti Selandar

51 Ujian Kebolehgunaan Pembangunan Video SOP
Salmah Ijam1 dan Muhammad Razuan Abdul Razak2
Kolej Komuniti Pasir Salak

xi

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

HUBUNGAN ANTARA PROGRAM PECUTAN AKHIR STATISTIK
TERHADAP PENCAPAIAN KURSUS STATISTIK (DPB1013) DI

POLITEKNIK MELAKA

Zawati Zakaria1, Nur Faiizah Ibrahim2
Politeknik Melaka

[email protected]

ABSTRAK

Kebanyakan pelajar menganggap statistik adalah sesuatu yang sukar dan merumitkan. Ini adalah
kerana kurang minat terhadap statistik kerana ia melibatkan banyak formula dan pengiraan yang
panjang. Oleh itu Program Pecutan akhir dilaksanakan supaya pelajar yang lemah dapat
memahami kehendak soalan seterusnya menyelesaikan masalah berkaitan statistik dengan cara
yang paling mudah dan tepat. Tambahan pula, statistik adalah sangat penting kepada pelajar-
pelajar kerana ia akan sentiasa digunapakai untuk kursus-kursus lain yang ditawarkan oleh
Jabatan Perdagangan. Selain daripada itu program ini juga bertujuan untuk mengenalpasti
keberkesanan Program Pecutan Akhir Statistik dalam kalangan pelajar dan melihat hubungan di
antara Program Pecutan Akhir dengan Keputusan Akhir Statistik (DPB1013). Kajian ini melibatkan
populasi pelajar iaitu seramai 94 orang pelajar semester satu Program Diploma Akauntansi (DAT)
dan Diploma Perniagaan Antarabangsa (DPI) sesi Disember 2016 bagi Jabatan Perdagangan
Politeknik Melaka. Sebanyak 44 borang soal selidik telah diedarkan kepada pelajar yang
menghadiri program ini. Kajian ini mengambilkira data dari borang soal selidik dan juga
keputusan akhir Statistik (DPB1013). Hasil kajian ini menunjukkan 100% yang menghadiri Program
Pecutan Akhir telah lulus keputusan peperiksaan Akhir Statistik (DPB1013) manakala 22% pelajar
yang tidak menghadiri program ini telah gagal dalam Statistik (DPB1013). Oleh itu terdapat
hubungan yang signifikan antara pelajar yang menghadiri Program ini dengan pencapaian Akhir
Statistik (DPB1013), di mana pencapaian dalam Keputusan Akhir Statistik pelajar yang hadir
pecutan lebih baik dari pelajar yang tidak hadir. Penganjuran program ini diharap dapat memberi
manfaat kepada pelajar dalam meningkatkan kemahiran mereka dalam menyelesaikan masalah
berkaitan statistik. Diharap program ini akan membantu pelajar membuang tanggapan negatif
terhadap statistik dan seterusnya meningkatkan peratus lulus dalam Kursus Statistik (DPB1013).

Kata kunci: Statistik, Pecutan Akhir, Politeknik

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 351

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
1.0 PENGENALAN

Program yang ditawarkan di politeknik secara amnya merangkumi bidang
teknikal, perdagangan dan perkhidmatan. Program-program ini memerlukan
kefahaman dan pengurusan matematik yang baik dalam kalangan pelajar-pelajar
politeknik. Justeru itu, kebanyakan universiti menekankan kepentingan
matematik dan statistik dalam kalangan pelajar universiti itu (Suhailah et al,
2003). Kursus di bidang perdagangan juga memerlukan pelajar menguasai asas
matematik secara amnya dan statistik secara khususnya bagi memudahkan dan
membantu pelajar memahami kursus yang diajar. Seiring dengan pembangunan
matematik dan kesedaran mengenai kepentingan statistik, banyak kajian yang
telah dijalankan bagi mencari faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi pelajar
dalam kursus ini. Wujudnya hubungan yang kuat di antara pencapaian matematik
sekolah tinggi dan pencapaian statistik di peringkat kolej (Dupuis, 2012). Faktor
latar belakang diri, faktor tenaga pengajar dan faktor kondisi tempat pengajian
mempengaruhi pencapaian pelajar dalam kursus matematik dan statistik.
Manakala kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar adalah lebih diminati oleh
pelajar berbanding pembelajaran berpusatkan guru (Asyikin et al, 2015).
Didapati tiada perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan
dari segi pencapaian mereka di dalam matapelajaran matematik (Nur Azlah,
2006). Ini disokong kajian mengenai faktor jantina terhadap pencapaian pelajar
jurusan sastera di mana dapatan kajiannya menunjukkan faktor jantina tidak
mempengaruhi pencapaian didalam matapelajaran itu, perbezaan jantina dalam
pencapaian matematik bukan lagi satu isu (Foo, 1988).

1.1 Penyataan Masalah
Jabatan Perdagangan Politeknik Melaka mempunyai 2 program iaitu Diploma
Perakaunan (DAT) dan Diploma Pengajian Antarabangsa (DPI). Pelajar ini
diwajibkan mengambil kursus Statistik(DPB1013) semasa semester 1. Namun
begitu, pencapaian statistik dalam kalangan pelajar ini kurang memuaskan.
Peningkatan peratus kegagalan dalam statistik haruslah ditangani dan diambil
perhatian. Ini kerana, kelemahan pelajar ini akan memberi kesan dan
menjejaskan pembelajaran pelajar dalam kursus-kursus yang lain. Seiring

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 352

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

dengan itu, universiti yang menawarkan bidang kejuruteraan juga memandang
serius dalam penekanan terhadap bidang matematik dan statistik kepada pelajar
(Suhailah et.al, 2003). Aplikasi statistik ini kerap digunakan dalam penulisan
projek pelajar, tugasan dan laporan projek akhir. Statistik juga dapat membantu
pelajar dalam pembangunan kerjaya mereka. Kaedah dan teknik pembelajaran
memainkan peranan penting dalam pencapaian pelajar, oleh itu Noor (2011)
mencadangkan proses pengajaran dan pembelajaran harus menggunakan
pelbagai kaedah dan pendekatan yang berbeza. Gaya dan teknik pembelajaran
pelajar yang tidak konsisten juga menjadi faktor yang menjejaskan prestasi
pembelajaran pelajar ( Norhani et.al. 2005). Satu program Pecutan Akhir
Statistik telah di jalankan bagi membantu pelajar membuat persediaan sebelum
peperiksaan akhir telah dijalankan. Oleh itu kajian Hubungan Antara Program
Pecutan Akhir Statistik Terhadap Pencapaian Kursus Statistik (DPB1013) Di
Politeknik Melaka di lakukan.

1.2 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk melihat:
i. Persepsi pelajar terhadap Program Pecutan Akhir
ii. Hubungan Program Pecutan Akhir Statistik dengan penilaian berterusan

(PB), penilaian Akhir (PA) dan Keputusan akhir Kursus DPB1013 (Statistik)
bagi dua program Perdagangan (DAT dan DPI) dengan pecutan akhir.
iii. Hubungan keputusan DPB1013 dengan kehadiran Pelajar ke Program
Pecutan Akhir

1.3.1 Skop kajian
Kajian ini melibatkan populasi pelajar iaitu seramai 94 orang pelajar semester
satu Program Diploma Akauntansi (DAT) dan Diploma Perniagaan Antarabangsa
(DPI) sesi Disember 2016 bagi Jabatan Perdagangan Politeknik Melaka.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 353

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

2.0 METODOLOGI

2.1 Kaedah kajian
Bagi melihat hubungan antara program pecutan akhir Statistik terhadap
pencapaian Kursus Statistik (DPB1013) Di Politeknik Melaka, menggunakan data
dari borang soal selidik dan juga keputusan Statistik (DPB1013) yang diperolehi
dari Unit peperiksaan Politeknik Melaka.

2.2 Sampel
Kajian ini melibatkan populasi pelajar iaitu seramai 94 orang pelajar semester
satu Program Diploma Akauntansi (DAT) dan Diploma Perniagaan Antarabangsa
(DPI) sesi Disember 2016 bagi Jabatan Perdagangan Politeknik Melaka.

2.3 Analisis Kajian
Kajian ini menggunakan data terdiri daripada jantina, markah Penilaian
Berterusan, Markah Penilaian Akhir, Keputusan akhir Statistik dan Soala Selidik
Keberkesan Program.

3.0 HASIL KAJIAN
Kajian ini membincangakan dapatan dari sudut persesi pelajar terhadap Program
Pecutan Akhir, hubungan Program Pecutan Akhir Statistik dengan Keputusan
akhir Kursus DPB1013 (Statistik), dan untuk menilai prestasi program Pecutan
Akhir terhadap dua program Perdagangan (DAT dan DPI).

3.1 Persepsi pelajar terhadap Program Pecutan Akhir
Berikut adalah hasil dapatan dari soal selidik berkaitan persepsi pelajar terhadap
Program Pecutan Akhir.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 354

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Jadual 1: Item bagi Persepsi Pelajar Terhadap Program Pecutan Akhir.

SOALAN Peratus

bersetuju

Q1 Saya mengikuti program ini kerana saya terpilih untuk 69 %

mengikutinya

Q2 Saya mengikuti program ini kerana saya ingin meningkatkan 96 %

pengetahuan

Q3 Saya berasa seronok dan gembira sepanjang mengikuti 94 %

program ini

Q4 Saya dapat menyiapkan soalan yang diberi dalam masa yang 79 %

ditetapkan

Q5 Saya sentiasa bertanya soalan kepada pensyarah bertugas 83 %

sekiranya tidak faham

Q6 Saya boleh menyiapkan soalan yang diberi tanpa bertanya 63 %

kepada sesiapa

Q7 Saya mendapat panduan teknik menjawab soalan yang 90 %

lebih baik di dalam program ini

Q8 Saya dapat meningkatkan pengetahuan dalam 92 %

menyelesaikan permasalah yang diberi

Q9 Saya menyokong aktiviti ini diteruskan pada masa akan 96 %

datang

Q10 Di akhir program ini, saya merasa lebih bersedia untuk 90 %

menjawab soalan peperiksaan akhir

Peratus Persepsi Pelajar Terhadap Program Pecutan Akhir Statistik

120

100 96 94 90 92 96 90
80 69 79 83 Q10
peratus 60 63

40

20

0
Q1 Q2 Q3 Q4 Q5 Q6 Q7 Q8 Q9

soalan

Rajah 1: Graf Peratus Persepsi Pelajar Terhadap Program Pecutan Akhir
Statistik

Seramai 44 orang pelajar telah menghadiri Program pecutan Akhir Statistik sesi
Dis 2016. Rajah 1 menunjukkan peratusan soal selidik Program Pecutan Akhir

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 355

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Statistik PMK. Dari borang soal selidik yang diedarkan, di dapati 69% mengikuti
program ini kerana terpilih untuk mengikutinya dan 31% datang ke program atas
kehendak sendiri. 96% mengikuti program ini kerana ingin meningkatkan
pengetahuan, 94% berasa seronok dan gembira sepanjang mengikuti program ini,
79% dapat menyiapkan soalan yang diberi dalam masa yang ditetapkan, 83%
sentiasa bertanya soalan kepada pensyarah bertugas sekiranya tidak faham dan
hanya 63% boleh menyiapkan soalan yang diberi tanpa bertanya kepada sesiapa.
Selain daripada itu 90% menyatakan mereka mendapat panduan teknik
menjawab soalan yang lebih baik di dalam program ini, 92% dapat meningkatkan
pengetahuan dalam menyelesaikan permasalah yang diberi, 96% menyokong
aktiviti ini diteruskan pada masa akan datang dan 90% merasa lebih bersedia
untuk menjawab soalan peperiksaan akhir. Secara keseluruhannya program ini
berjaya memberi impak yang baik pada semua pelajar agar lebih bersedia untuk
menghadapi peperiksaan akhir.

3.2 Hubungan Program Pecutan Akhir Statistik dengan penilaian
berterusan (PB), penilaian Akhir (PA) dan Keputusan akhir Kursus DPB1013
(Statistik) bagi dua program Perdagangan (DAT dan DPI) dengan pecutan
akhir.

Jadual 2: Min skor di antara pelajar DAT dan DPI dengan kehadiran ke Program

Pecutan Akhir Statistik.

KEPUTUSAN DAT SP DPI SP
MIN MIN
HADIR PB 10.234 8.780
PROGRAM PA 74.21 21.652 71.67 17.244
39.38 13.709 47.93 11.746
TIDAK HADIR AKHIR 56.79 12.425 59.80 8.924
PROGRAM PB 67.37 23.099 76.95 17.097
PA 30.20 16.791 32.25 11.198
AKHIR 48.78 54.60

Jadual 2 menunjukkan Min skor di antara pelajar DAT dan DPI dengan kehadiran
ke Program Pecutan Akhir Statistik. Bagi pelajar yang hadir ke Program Pecutan
akhir, min keputusan Penilaian Berterusan (PB) pelajar DAT lebih tinggi dari DPI
iaitu 74.21±10.234. Min keputusan Penilaian Akhir (PA) menunjukkan DPI
(47.93±17.244) lebih tinggi dari DAT (39.38±21.652). Min markah keseluruhan

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 356

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

pelajar yang mengambil kursus Statistik (DPB1013) menunjukkan pelajar DPI
(59.80 ±11.746) lebih baik dari pelajar DAT (56.79 ±13.709). Secara keseluruhan,
skor min pelajar DAT yang hadir adalah lebih tinggi dari yang tidak hadir ke
Program Pecutan Akhir bagi Penilaian Berterusan (PB) iaitu 74.21±10.234,
penilaian Akhir PA iaitu 39.38±21.625 dan markah keseluruhan (akhir) iaitu
56.79±13.709. DPI menunjukkan pelajar yang hadir mempunyai min yang tinggi
bagi penilaian Akhir PA iaitu 47.93±17.244 dan Markah keseluruhan (akhir) iaitu
59.80±11.746. Manakala untuk Penilaian berterusan (PB) skor min bagi yang
tidak hadir lebih tinggi (76.95±8.924). Ini adalah kerana penilaian berterusan
adalah penilaian yang dilakukan sebelum Program Pecutan akhir dilaksanakan
dan ia tidak mempengaruhi keputusan ini.

3.3 Hubungan keputusan DPB1013 dengan kehadiran Pelajar ke Program
Pecutan Akhir

Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan di antara pelajar yang hadir dan
tidak hadir ke Program Pecutan Akhir.

Rajah 2: Boxplot bagi Keputusan Akhir DPB1013

Rajah 2 menunjukkan Boxplot bagi keseluruhan pelajar yang mengambil Statistik
(DPB1013). Di dapati pelajar yang hadir lebih baik dengan mendapat skor min
lebih tinggi dari pelajar yang tidak hadir.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 357

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Jadual 3: Keputusan Akhir Statistik dengan kehadiran ke Program Pecutan Akhir
Statistik.

KEPUTUSAN HADIR PROGRAM TIDAK HADIR PROGRAM

Cemerlang f% MIN SP f % MIN SP
kepujian 2 4.0 82.25
lulus 2 4.3 82.6 2.121 4 8.0 74.44 2.475
Gagal 8 18.2 74.50 3.448 33 66.0 52.79 3.894
34 77.3 53.15 8.572 11 22.0 31.91 8.724
00 - - 3.531

Peratus Keputusan Akhir Pelajar yang mengambil
Statistik (DPB1013) dengan kehadiran ke Program

Pecutan Akhir

90
80 77.3
70 66

60

peratus 50

40 HADIR

30 18.2 22 TIDAK
8 HADIR
20 0
10 4.3 4 GagaL

0 lulus
Cemerlang kepujian

keputusan Akhir DPB1013

Rajah 3: Graf Peratus Keputusan Akhir Pelajar yang mengambil Statistik
(DPB1013) dengan kehadiran ke Program Pecutan Akhir

Jadual 4: Sistem gred penilaian Politeknik Malaysia

Markah Nilai Mata Gred Status

90-100 4.00 A+ Cemerlang

80-89 4.00 A Cemerlang

75-79 3.67 A- Kepujian

70-74 3.33 B+ Kepujian

65-69 3.00 B Lulus

60-64 2.67 B- Lulus

55-59 2.33 C+ Lulus

50-54 2.00 C Lulus

47-49 1.67 C- Lulus

44-46 1.33 D+ Lulus

40-43 1.00 D Lulus

30-39 0.67 E Gagal

20-29 0.33 E- Gagal

0-19 0.00 F Gagal

Sumber : Bahagian Penilaian dan Pentaksiran Politeknik 2014

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 358

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Merujuk Jadual 4 iaitu Sistem Gred Penilaian Politeknik Malaysia, Markah pelajar
telah di kategorikan kepada cemerlang, kepujian, lulus dan gagal. Jadual 3 dan
Rajah 3 menunjukkan data bagi keputusan keseluruhan statistik (DPB1013)
dengan perbandingan antara yang hadir dan tidak hadir ke Program Pecutan
Akhir. Kategori cemerlang menunjukkan pelajar yang hadir lebih tinggi dari yang
tidak hadir iaitu 4.3% dan 4%. Kategori kepujian menunjukkan 18.2% yang hadir
mendapat kepujian dan hanya 8% yang tidak hadir mendapat kepujian. Manakala
ketegori lulus pula menunjukkan 77.3% pelajar yang hadir lulus dan hanya 66%
pelajar yang tidak hadir lulus. Bagi kategori gagal pula, hanya pelajar yang tidak
menghadiri Program Pecutan Akhir sahaja gagal iaitu 22%. Secara keseluruhan,
pelajar yang hadir adalah lebih baik dari pelajar yang tidak hadir Program
pecutan akhir.

4.0 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

Hasil daripada kajian ini menunjukkan persepsi pelajar terhadap Program
Pecutan Akhir sangat baik kerana skor bagi semua soalan melebihi 60%. Program
ini sangat membantu pelajar bagi menjawab peperiksaan akhir Statistik
(DPB1013). Hubungan antara penilaian berterusan, penilaian akhir dan
keputusan akhir statistik (DPB1013) menunjukkan pelajar yang hadir ke Program
Pecutan Akhir mendapat skor min yang tinggi berbading dengan pelajar yang
tidak hadir. Pencapaian pelajar mengikut Program DAT dan DPI pula,
menunjukkan pelajar DPI lebih baik dari DAT dengan skor min lebih tinggi.
Keputusan peperiksaan Akhir Statistik (DPB1013) bagi pelajar menunjukkan
semua pelajar yang hadir ke program Pecutan Akhir lulus Statistik (DPB1013),
manakala hanya 78% pelajar yang tidak menghadiri program lulus iaitu 22% gagal
dalam Statistik (DPB1013). Ini menunjukkan kehadiran ke program pecutan akhir
adalah satu motivasi dan kekuatan kepada pelajar bagi menghadapi peperiksaan
akhir dengan lebih yakin dan bersedia. Terdapat faktor faktor lain yang memberi
tekanan kepada pelajar ini agar lebih bersemangat dalam kursus Statistik
(DPB1013). Faktor faktor ini boleh di bincangkan dalam kajian akan datang.
Secara keseluruhannya Program Pecutan Akhir telah memberi impak yang sangat
positif terhadap keputusan Akhir Statistik (DPB1013). Program ini perlu diterukan

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 359

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

pada setiap semester dengan beberapa penambah baikan bagi memantapkan
program ini.

RUJUKAN

Asyikin, M.R., Suliadi, F.S., Norazman, A.(2015). Pencapaian kursus matematik
dan statistik di kalangan pelajar uthm: faktor mempengaruhi dan teknik
pengajaran dan pembelajaran yang lebih diminati Persidangan
Antarabangsa Kelestarian Insan Kali Ke-2 2015, 19-20 Oktober 2015,
Seremban, Malaysia.

Dupuis, D. M. (2012). A multi–institutional study of relationship between high
school mathematics achievement and performance in introductory college
statistics. Statistics educational Research Journal, 11 (1), 4-20

Foo Siet Chooi. (1988). Hubungan antara sikap, jantina dan penguasaan konsep
asas Matematik dengan pencapaian dalammata pelajaran Matematik Moden
untuk pelajar jurusan sastera. Tesis Sarjana UKM.

Noor H. M. N. (2011) Pengajaran dan pembelajaran: Penelitian Semula Konsep-
Konsep Asas Menurut Perspektif Gagasan Islamisasi Ilmu Moden.
International Kongres Pengajaran Dan Pembelajaran UKM 2011, 18 – 20
Disember 2011, Hotel Vistana Pulau Pinang.

Nor Azlah Sham Rambely. (2005). Hubungan antara demograf, afektif dan
pencapaian dalam kursus kenegaraan Malaysia. Universiti Utara Malaysia:
Fakuliti Sains dan Kognitif.

Norhani B., Noor Z.A.R, Hamidah A.R & Aminah A.K. (20015). Punca Prestasi
Pembelajaran yang Lemah di Kalangan Pelajar Fakulti Pengurusan dan
Pebangunan Manusia, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Jurnal
Teknologi, 43(E), 29 – 44.

Suhaila, S., Norzihani, Y., Hazida, D., & Dawang, M. (2003). Masalah Pengajaran
Dan Pembelajaran Matematik Di Kalangan Pelajar KUTKM: Mengenal pasti
Punca Kelemahan Pelajar Dalam Matematik. Pusat Perkhidmatan
Akademik, Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia Melaka.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 360

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

PENGGUNAAN PACKET TRACER DALAM MENINGKATKAN PROSES
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI MODUL PENTADBIRAN

RANGKAIAN KOMPUTER DI KOLEJ KOMUNITI

Najdiah Binti Aris1, Norsyaliza Binti Abdul Razak2, Raudhah Noora’ariffah Binti
Abu Bakar3

Kolej Komuniti Masjid Tanah 1,3, Kolej Komuniti Pekan2
[email protected]

ABSTRAK

Perisian Packet Tracer merupakan salah satu perisian simulasi yang dihasilkan oleh syarikat CISCO
yang digunapakai bagi memudahkan kerja pembangunan simulasi jaringan rangkaian komputer
tanpa melibatkan penggunaan perkakasan rangkaian komputer yang sebenar. Kajian ini
dijalankan bagi melihat penggunaan perisian simulasi Packet Tracer dalam meningkatkan proses
pengajaran dan pembelajaran bagi modul Pentadbiran Rangkaian Komputer (SKS3114) di Kolej
Komuniti terutamanya sewaktu perlaksanaan amali dijalankan. Ia juga melihat tahap kekerapan
penggunaan perisian simulasi Packet Tracer ini kepada para pelajar dalam memahami dan
mengaplikasikan pengajaran pensyarah di dalam kelas. Responden kajian adalah seramai 59
orang pelajar - pelajar semester 3 Sistem Komputer Dan Sokongan yang terdiri daripada Kolej
Komuniti Masjid Tanah, Kolej Komuniti Jempol, Kolej Komuniti Jelebu, Kolej Komuniti Padang
Terap dan Kolej Komuniti Arau. Hasil dapatan yang dijalankan secara soal selidik ini menunjukkan
98.3% pelajar dapat meningkatkan kemahiran dalam modul rangkaian melalui penggunaan
perisian simulasi Packet Tracer ini. 91.5% pelajar bersetuju simulasi Packet Tracer ini dapat
membantu lebih jelas dengan situasi sebenar penyelenggaraan peranti rangkaian. Ia merupakan
salah satu alternatif yang boleh digunapakai oleh para pensyarah dalam meningkatkan proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP) kepada para pelajar terutamanya yang melibatkan proses
konfigurasi perkakasan rangkaian seperti switch dan router.
Kata kunci: Simulasi Packet Tracer; Pentadbiran Rangkaian; proses pengajaran dan
pembelajaran

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 361

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
1.0 PENGENALAN

Sijil Sistem komputer dan sokongan (SKS) merupakan antara program yang
ditawarkan oleh Kolej Komuniti. Program ini menyediakan pengetahuan dan
kemahiran di dalam bidang rangkaian komputer dan membolehkan pelajar
memulakan kerjaya di dalam bidang Juruteknik Rangkaian, Juruteknik
Komputer, Pembantu Pentadbir Rangkaian dan dalam bidang industri Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT). Modul Pentadbiran Rangkaian (SKS 3114) salah
satu modul yang wajib diambil oleh para pelajar. Modul ini mendedahkan kepada
pelajar akan aspek – aspek asas pentadbiran rangkaian komputer, peralatan,
komunikasi internet dan sebagainya.
Sistem Packet Tracer telah dibangunkan oleh Cisco Systems, Inc.(CISCO) sebagai
satu perisian bantuan penyampaian kandungan pengajaran dan pembelajaran.
Sistem Packet Tracer menyediakan situasi simulasi, visualisasi, pengaturcaraan,
penilaian dan keupayaanya menjadikan pembelajaran teknologi rangkaian
dengan persekitaran rangkaian maya menerusi simulasi visual (Packet Tracer
Data Sheet, 2008).

2.0 KAJIAN LITERATURE

Program Sijil Sistem Komputer dan Sokongan (SKS) merupakan program yang
berlatarbelakang Rangkaian Komputer. Hampir semua modul yang ditawarkan di
dalam program ini merupakan modul-modul yang berasaskan rangkaian komputer
antaranya, i) Asas Rangkaian Komputer ii) Pentadbiran Rangkaian iii) Pendawaian
Rangkaian iv) Teknologi Tanpa Wayar. Kesemua modul ini memerlukan pensyarah
dan pelajar melaksanakan proses proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
dalam bentuk amali praktikal dimana melibatkan penggunaan peranti-peranti
sebenar rangkaian seperti Server, Router, Access Point dan Kabel-kabel
rangkaian.

2.1 Modul Pentadbiran Rangkaian
Modul Pentadbiran Rangkaian (SKS 3114) menyediakan pengetahuan dan
kemahiran di dalam bidang pentadbiran rangkaian komputer yang mana ia boleh

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 362

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

diadaptasikan bagi kerjaya di dalam bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi
(ICT) juga sistem komputer. Merujuk kepada Kurikulum Semakan Disember
(2013) Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia,
pengenalan kepada pentadbiran rangkaian komputer disusun untuk memberi
kefahaman pengetahuan dan kemahiran di dalam mentadbir dan menguruskan
stuktur rangkaian komputer. Selain itu pelajar juga dapat meningkatkan
kemahiran dalam penggunaan peralatan rangkaian dan kaedah komunikasi
melalui rangkaian. Oleh yang demikian, adalah menjadi suatu keutamaan bagi
para pelajar yang berada dalam Program Sistem Komputer dan Sokongan (SKS)
untuk menguasai kemahiran pengendalian peralatan dan perkakasan rangkaian
yang sebenar bagi memenuhi keperluan pekerjaan mereka di masa akan datang.

2.2 Perisian Simulasi - Packet Tracer
Perisian aplikasi simulasi digunakan sebagai alat bantu kepada proses
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) untuk mengambarkan keadaan sebenar
sesuatu peranti atau konfigurasi, begitu juga Packet Tracer. Perisian ini dapat
membantu dan memberi penggunaan yang luas kepada tenaga pengajar untuk
di demonstrasi kepada pelajar konsep sistem rangkaian. Rajah 1 dibawah
menunjukkan contoh antaramuka perisian simulasi Packet Tracer.

Rajah 1 : Antaramuka perisian simulasi Packet Tracer

Setiap sistem komputer menggunakan alat bantu simulasi untuk mengambarkan
keadaan sebenar, begitu juga Packet Tracert 5.0. Alat bantu simulasi ini
menawarkan lingkungan penggunaan yang luas kepada tenaga pengajar untuk

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 363

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

didemonstrasi kepada pelajar konsep sistem rangkaian, khususnya IPv6.
(Nazrulazhar Bahamana, Erman Hamida, Akhdiat Abd Malekb,2008).
Walaupun perkakasan yang disediakan dalam perisian Packet Tracer ini adalah
secara maya dan tidak selengkap seperti perkakasan sebenar, ianya dapat
membantu pelajar untuk mempraktikkan dengan menggunakannya menerusi
simulasi yang disediakan seperti simulasi fizikal, simulasi Internetwork
Operating System (IOS) samada Graphic User Interface (GUI) atau pun Command
Line Interface (CLI), visual trafik rangkaian dan aktiviti multipengguna. Dengan
ini pelajar masih boleh membuat latihan praktikal dan amali walaupun tidak
mempunyai perkakasan sebenar dirumah atau di asrama.

2.3 Latar Belakang Masalah
Dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), usaha telah dilaksanakan untuk
mengarusperdana dan memperluas akses kepada Pendidikan dan Latihan
Teknikal dan Vokasional (TVET) yang berkualiti untuk memenuhi keperluan
industri tenaga mahir. Usaha ini menyumbang kepada peningkatan pelajar lepasn
SPM yang menyertai bidang Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Graduan TVET telah menunjukkan peningkatan kebolehpasaran yang
memberangsangkan bagi tahun 2016 di mana universiti-universiti teknikal
Malaysia (MTUN) menunjukkan kadar kebolehpasaran graduan pada tahap 87.1%
disusuli dengan Politeknik (88.6%) dan Kolej Komuniti (97.2%).”(YB Dato' Seri
Idris Jusoh Putrajaya 7 Disember 2016). Dalam perlaksanaan Latihan Teknikal
dan Vokasional (TVET), pengajaran subjek dan program teknikal adalah sesuatu
proses yang sangat kompleks dan rumit. Ia memerlukan kemahiran berfikir
secara logic dan imaginasi yang tinggi (Camaj, Kendra, & Lalinská, 2015).
Pelbagai penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang berkonsepkan
simulasi digunakan secara aktif terutama dalam pembelajaran visualisasi.
Visualisasi digunakan sebagai satu teknik penyampaian pengajaran dan
pembelajaran bagi sesuatu subjek yang berbentuk abstrak (Bahaman, Hamid,
Fairuz, Othman, & Erwani, 2008).
Sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan terutamanya ketika
perlaksanaan amali bagi modul Pentadbiran Rangkaian Komputer (SKS 3114)

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 364

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

didapati pensyarah perlu mencari alat bantu mengajar mahupun kaedah yang
perlu digunapakai bagi memastikan proses perlaksanaan amali boleh dijalankan
kepada para pelajar. Kekurangan perkakasan rangkaian dan fasiliti di Kolej
Komuniti menyebabkan para pensyarah perlu memikirkan cara yang terbaik bagi
memastikan perlaksanaan amali dapat dijalankan dan difahami oleh para
pelajar.

2.4 Penyataan Masalah
Sijil Sistem Komputer dan Sokongan merupakan antara program yang ditawarkan
oleh kolej komuniti. Walaubagaimanapun, pelajar didapati mengalami masalah
dalam memahami dan mengaplikasikan penggunaan internet dalam tugasan
amali yang dijalankan. Pelajar didapati kurang memahami bagaimana konfigurasi
terhadap perkakasan rangkaian dijalankan terutamanya di dalam konfigurasi
switch dan router. Hal ini berpunca ekoran daripada faktor kekurangan fasiliti
seperti perkakasan rangkaian di Kolej Komuniti. Beberapa pemerhatian dan
temubual telah dilaksanakan bersama pensyarah-pensyarah yang mengajar
subjek Rangkaian. Bilangan pelajar setiap semester adalah tidak sama.
Disebabkan kekurangan kos untuk pembelian peranti/perkakasan rangkaian bagi
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Pensyarah mengambil
inisiatif menggunakan perisian Packet Tracer dalam melaksanakan amali.
Pensyarah Kolej Komuniti 1: Pentadbiran Rangkaian, Pensyarah

Oleh yang demikian menurut Bahaman et al.(2008) kaedah penggunaan
alat bantu simulasi Packet Tracer di gunakan di dalam pengajaran dan
pembelajaran bagi membantu pensyarah untuk memberikan pemahaman yang
lebih jelas kepada pelajar. Aplikasi ini memberikan situasi sebenar dimana
pelajar dapat mengaplikasikan pengajaran pensyarah dalam bentuk hands-on.
(Martado, Ranius, Kom, & Kom, 2012.)

2.5 Objektif
Kajian ini secara umumnya bertujuan untuk meninjau persepi pelajar Kolej
Komuniti terhadap penggunaan Simulasi Packet Tracer dalam melaksanakan

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 365

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

amali bagi modul Pentadbiran Rangkaian (SKS3114). Kajian ini secara khususnya
bertujuan seperti berikut:
1. Mengenalpasti pengetahuan dan pemahaman awal pelajar Sistem

Komputer Dan Sokongan berkenaan rangkaian komputer sebelum
perlaksanaan amali bagi modul Pentadbiran Rangkaian Komputer.
2. Mengenalpasti persepsi pelajar terhadap penggunaan perisian Simulasi
Packet Tracer dalam membantu pelajar dalam perlaksanaan amali bagi
modul Pentadbiran Rangkaian Komputer.
3. Mengenalpasti tahap kepuasan hati pelajar terhadap penggunaan perisian
Simulasi Packet Tracer dalam perlaksanaan amali bagi modul Pentadbiran
Rangkaian Komputer.

2.6 Persoalan Kajian
Kajian yang dilakukan ini diharap dapat menerangkan perkara-perkara berikut:
1. Apakah pengetahuan dan pemahaman awal pelajar berkaitan subjek

rangkaian komputer mempengaruhi keperluan penggunaan Packet Tracer
terhadap perlaksaaan amali bagi modul Pentadbiran Rangkaian Komputer.
2. Apakah persepsi pelajar terhadap penggunaan alatbantu mengajar
simulasi Packet Tracer dalam perlaksanaan amali bagi modul Pentabiran
Rangkaian Komputer.
3. Adakah pelajar berpuas hati terhadap penggunaan Simulasi Packet Tracer
dalam perlaksanaan amali bagi modul Pentadbiran Rangkaian Komputer.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Dalam kajian yang dijalankan ini, soal selidik yang dihasilkan telah dimasukkan
ke dalam bentuk Google Docs dan boleh dicapai secara on-line di
https://docs.google.com/forms. Ujian ini dijawab oleh responden secara on-line
di Makmal Komputer Kolej Komuniti masing-masing.

3.1 Populasi Dan Sampel Kajian
Populasi kajian ini adalah daripada pelajar – pelajar peringkat Sijil Sistem
Komputer dan Sokongan semester tiga sesi Mac 2015 dan Julai 2015. Seramai 59

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 366

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

orang responden yang menjawab soal selidik secara on-line iaitu 20 orang
daripada Kolej Komuniti Masjid Tanah, 15 orang daripada Kolej Komuniti Jempol,
10 orang daripada Kolej Komuniti Jelebu, 6 orang daripada Kolej Komuniti Arau
dan 8 orang daripada Kolej Komuniti Padang Terap. Responden terdiri daripada
34 orang pelajar lelaki dan 25 orang pelajar perempuan dan kesemuanya telah
mengambil modul Pentadbiran Rangkaian (SKS 3114).

3.2 Instrumen Kajian
Soal selidik terbahagi kepada 4 bahagian iaitu A. Maklumat demografi, B.
Penilaian tahap latihan penggunaan kemahiran dalam rangkaian komputer, C.
Penilaian tahap kekerapan penggunaan Perisian Simulasi Packet Tracer dan D.
Penilaian tahap keberkesanan penggunaan Perisian Simulasi Packet Tracer.

4.0 ANALISIS DAN DAPATAN DATA KAJIAN

i. Secara umumnya, berikut adalah maklumat yang ingin diperolehi daripada
peringkat analisa: latar belakang dalam rangkaian komputer

ii. Pengetahuan terhadap peranti rangkaian komputer sebelum dan selepas
penggunaan aplikasi simulasi sewaktu perlaksanaan amali dijalankan

iii. Tahap kebolehan mengendalikan aplikasi simulasi

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 367

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
4.1 Soal Selidik

Rajah 2 : Analisa pengetahuan responden
Daripada hasil soal selidik, Rajah 2 menunjukkan majoriti pelajar yang memilih
bidang Sistem Komputer dan Sokongan (SKS) di Kolej Komuniti tidak mempunyai
pendedahan dan pengetahuan asas berkaitan program dan subjek yang
ditawarkan. Ini menunjukkan mereka juga secara tidak langsung tidak
mempunyai pengalaman dan pengetahuan asas dalam bidang Sistem Komputer
dan juga rangkaian.

i. Pengetahuan terhadap peranti rangkaian komputer sebelum dan selepas
penggunaan aplikasi simulasi sewaktu pelaksanaan amali dijalankan

Rajah 3 : Analisa pengetahuan responden terhadap peranti

Dapatan daripada soal selidik berkaitan pengetahuan asas pelajar terhadap
Program Sistem Komputer dan Sokongan(SKS) dan bidang Rangkaian, Rajah 3
menunjukkan bahawa peratus responden yang tidak mempunyai pengetahuan
asas dalam bidang rangkaian adalah tinggi. Ini menyokong pemerhatian awal
terhadap kecenderungan pelajar terhadap subjek Rangkaian.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 368

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Rajah 4: Analisa penggunaan perisian simulasi

Berpandukan Rajah 4, Pelajar telah dilatih dengan menggunakan perisian
simulasi Packet Tracer bagi melaksanakan kerja-kerja latihan Amali. Hasil
dapatan menunjukkan pelajar (98.3%) dapat meningkatkan kemahiran dalam
subjek rangkaian dengan penggunaan perisian simulasi ini.

Rajah 5: Analisa responden terhadap perisian simulasi

Merujuk kepada rajah 5, kajian soal selidik juga menunjukkan hampir kesemua
responden bersetuju bahawa perisian simulasi Packet Tracer ini membantu
mereka mendapatkan pengalaman mengendalikan perkakasan rangkaian
sepertimana mereka mengendalikan peranti-peranti rangkaian yang sebenar
tanpa perlu risau akan risiko kerosakkan. Hal ini amat penting bagi meningkatkan
keyakinan responden untuk bersedia menghadapi cabaran sebenar dalam dunia
pekerjaan kelak.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 369

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

ii. Tahap kebolehan mengendalikan aplikasi simulasi
Hasil dapatan soal selidik ini menunjukkan tahap penguasaan pelajar terhadap
perisian simulasi Packet Tracer sekaligus penguasaan pelajar terhadap subjek
yang dipelajari.

Rajah 6: Hasil dapatan penguasaan pelajar terhadap perisian simulasi
Berpandukan rajah 6, hasil soal selidik mendapati, pelajar menggunakan perisian
ini secara optimum dalam kegunaan pembelajaran. Ini membuktikan bahawa
pelajar dapat mengendalikan aplikasi ini dengan baik.

5.0 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

Hasil daripada soal selidik yang dilakukan, ini menunjukkan pelajar dapat
menggunakan dan mengendalikan perisian simulasi Packet Tracer ini dengan baik
sekaligus membuktikan pelajar dapat menguasai perisian yang digunakan dalam
pembelajaran terutama sewaktu perlaksanaan amali di dalam kelas bagi modul
Pentadbiran Rangkaian (SKS3114).

6.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

Sebagai kesimpulan, berdasarkan pada kajian yang dilaksanakan didapati
peralatan mahupun perkakasan sebenar yang digunakan di dalam makmal adalah
bukan yang terkini dan boleh menimbulkan masalah sewaktu proses
pembelajaran dan pengajaran dijalankan. Oleh yang demikian penggunaan
perisian simulasi Packet Tracer dapat dijadikan sebagai alat bantu mengajar
yang boleh digunapakai sewaktu proses perlaksanaan amali dijalankan. Kajian
juga menunjukkan para pelajar bersetuju agar penggunaan perisian simulasi

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 370

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Packet Tracer perlu diteruskan penggunaanya sewaktu proses pembelajaran
dilaksanakan di dalam kelas. Para pelajar juga merasakan bahawa perisian
simulasi Packet Tracer ini dapat membantu dengan lebih jelas dalam memahami
situasi sebenar penyelenggaraan peranti mahupun perkakasan rangkaian seperti
router dan switch. Ini menunjukkan pengunaan perisian simulasi Packet Tracer
boleh meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi modul
Pentadbiran Rangkaian Komputer (SKS3114). Walaubagaimanapun kajian ini
hanya tertumpu daripada perspektif persepsi pelajar terhadap penggunaan
perisian simulasi Packet Tracer bagi modul Pentadbiran Rangkaian Komputer.
Kajian lanjut perlu dijalankan menerusi perspektif yang berlainan pula.

RUJUKAN
Agnes Fiona Phius,2010. Kekurangan Kemudahan Dan Peralatan Latihan

Menjejaskan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Serta Kurikulum
Institusi PTV Di Malaysia.
Bahaman, N., Hamid, E., Fairuz, M., Othman, I., & Erwani, E. (2008).
Penggunaan Alat Bantu Simulasi Dalam Pembelajaran Rangkaian Kawasan
Setempat Maya ( Vlan ). Prosiding Seminar Kebangsaan Aplikasi Sains Dan
Matematik 2008 (SKASM2008), 2008(November), 24–25.
Camaj, J., Kendra, M., & Lalinská, J. (2015). Using of simulation in technical
subjects education process. Procedia - Social and Behavioral Sciences,
176, 659–666. http://doi.org/10.1016/j.sbspro.2015.01.524
Camaj et al., 2015; Eren, 1992; Inayat, Amin, Inayat, & Salim, 2013; Martado et
al., n.d.; Mohd Syahrizad & Ahmad Zamzuri, 2012, 2014
Eren, S. (1992). Computer Aided Education. Journal of Teaching in International
Business, 3, 45–57. http://doi.org/10.1300/J066v03n04_03.
Inayat, I., Amin, R. U., Inayat, Z., & Salim, S. S. (2013). Effects of Collaborative
Web Based Vocational Education and Training (VET) on Learning
Outcomes. Computers & Education, 68, 153–166.
http://doi.org/10.1016/j.compedu.2013.04.027

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 371

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Johan @ Eddy Luaran, (2010). Perkembangan, Cabaran Dan Aplikasi Teknologi
Maklumat Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Di Malaysia. Universiti
Teknologi Mara, Malaysia.

Kurikulum Semakan Disember 2013, Sistem Komputer dan Sokongan, Jabatan
Pengajian Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia.

Martado, H., Ranius, A. Y., Kom, S., & Kom, M. (n.d.). Evaluasi Penggunaan
Media Pembelajaran Packet Tracer Terhadap Hasil Belajar Siswa Jurusan
Teknik Komputer Jaringan ( TKJ ) Menggunakan UTAUT Pada SMK Negeri 2
Palembang.

Mohd Syahrizad, E., & Ahmad Zamzuri, M. a. (2012). Penggunaan simulasi packet
tracer dalam meningkatkan pemahaman pelajar terhadap konsep abstrak
dalam matapelajaran rangkaian komputer: Suatu tinjauan awal.
Proceedings of International Conference on Integrated Knowledge (ICIK
2012), (December), 69–77.

Mohd Syahrizad, E., & Ahmad Zamzuri, M. a. (2014). Survey on the Challenges
Faced by the Lecturers in Using Packet Tracer Simulation in Computer
Networking Course. Procedia - Social and Behavioral Sciences, 131, 11–15.
http://doi.org/10.1016/j.sbspro.2014.04.070

Nazrulazhar Bahamana, Erman Hamida, Akhdiat Abd Malekb, Zaki Mas’uda,Mohd
Fairuz Iskandar Othmana. Kajian Penggunaan Alat Bantu dalam
Pembelajaran Rangkaian Internet

Protokol Versi 6 (IPv6). Persidangan Pembangunan Pelajar Peringkat Kebangsaan
2008

Universiti Teknologi Malaysia, 22-23 Oktober 2008
Packet Tracer Data Sheet, (2008).Packet Tracer 5.0 Data Sheet.Retrieved

November 8, 2012
from,http://www.cisco.com/web/learning/netacad/downloads/pdf/Pac
ketTracer5_0_DS_0703.pdf.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 372

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

TAHAP KEFAHAMAN PELAJAR SIJIL TEKNOLOGI SENIBINA KOLEJ
KOMUNITI JASIN DALAM LUKISAN KERJA DENGAN MENGGUNAKAN

PERISIAN REVIT BERBANDING AUTOCAD

Nur-ul Balqes Md Zaid1, Alvy Bartholomeus Philip2
Kolej Komuniti Jasin1
Politeknik Merlimau2

[email protected]

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat perbandingan markah pelajar Sijil Teknologi
Senibina dalam kursus Lukisan Kerja dengan menggunakan dua perisian yang berbeza. Perisian
yang digunakan adalah AutoCAD dan Revit. Kearah pencapaian objektif tersebut, satu soal
selidik, ujian pra dan pos berbentuk soalan amali ke atas sampel pelajar yang sama dijalankan.
Soal selidik diedarkan bagi mendapatkan maklumat awal bahawa tahap kefahaman pelajar
keatas kursus Lukisan Kerjaadalah amat tinggi. Melalui hasil soal selidik ini, ujian pra dan pos
dijalankan keatas kumpulan pelajar ini. Hasil kajian membuktikan bahawa dengan perisian Revit
pelajar lebih memahami Lukisan Kerja dengan peningkatan peratusan markah sebanyak 15.04%
dan pengurangan masa menjawab sebanyak 50% berbanding dengan penggunaan AutoCAD.
Perisian Revit diharapkan dapat diterapkan dalam kursus pada semester satu sebagai rujukan
dan pengenalan kepada pelajar dalam penghasilan Lukisan Kerja.

Kata kunci: AutoCAD, Revit, 2D, 3D, Sijil Teknologi Senibina

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 373

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
1.0 PENGENALAN

Sijil Teknologi Senibina (STS) merupakan salah satu Program yang di tawarkan
di Kolej Komuniti Jasin (KKJS). Kandungan program ini temasuk kursus Lukisan
Kerja yang merupakan kursus utama untuk pelajar menghasilkan lukisan
bangunan.Lukisan bangunan ini seringkali dilukis dengan perisian AutoCAD,
dimana perisian ini menghasilkan gambaran sebenar bangunan dalam bentuk
2D. AutoCAD dalam bentuk 2D ini hanya memaparkan garisan yang perlu
dibayangkan oleh pelajar bagi penghasilan pandangan pelan, hadapan, sisi
kanan, sisi kiri dan keratan. Pandangan- pandangan tersebut merupakan perkara
asas yang harus dikuasai oleh pelajar dalam penghasilan Lukisan Kerja.

Era konvergen kini telah menawarkan pelbagai perisian yang lebih
interaktif dan menarik. Perisian yang ditawarkan kini lebih mudah difahami dan
mesra pengguna. Perisian masa kini lebih kearah menunjukkan atau
menterjemahkan lukisan dalam bentuk tiga dimensi (3D). Lukisan 3D dengan
menggunakan komputer ini lebih mudah difahami dan mudah dipelajari oleh
pelajar, terutamanya pelajar yang pencapaian akademiknya rendah berbanding
pelajar di universiti.

Pelajar Kolej Komuniti dinilai berdasarkan 70% amali dan 30% teori.
Pemberatan penilaian amali sebanyak 70% memberi kelebihan kepada pelajar
Kolej Komuniti lebih mendalami kerja amali yang dijalankan di syarikat
mahupun dalam bidang pekerjaan yang sealiran dengan bidang yang mereka
ceburi. Penyediaan kurikulum Pendidikan Teknik dan Vokasional (PTV) yang
berkualiti juga memberikan maklum balas yang positif terhadap keperluan
majikan, kehendak industri, pembentukan modal insan yang berdaya saing dan
kaedah instruksi yang lebih berinovasi (Mohd Nor Yusof, 2012; Muhyiddin, 2010;
Yahya, 2005). Tambahan lagi, PTV perlulah sentiasa berubah dari masa ke
semasa, supaya negara tidak ketinggalan dalam perkembangan teknologi
Revit, ArchiCAD, Bently dan Tekla antara perisian 3D bagi penghasilan Lukisan
Kerja. Revit merupakan perisian baru yang ditawarkan didalam kursus STS pada
semester tiga di dalam kursus Building Information Modelling (BIM)

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 374

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Senibina. Revit merupakan perisian baru bagi pelajar Kolej Komuniti yang
memaparkan lukisan dalam bentuk 3D. Lukisan yang boleh dihasilkan adalah
lukisan arkitek, struktur dan Mekanikal, Elektrikal dan Perpaipan (MNE). Ini
juga bagi merealisasikan Rancangan Malaysia kesebelas di bawah Construction
Industry Transformation Programme 2016 – 2020 iaitu mentranformasikan
sektor pembinaan dalam meningkatkan kandungan pengetahuan, memacu
produktiviti, memupuk amalan lestari dan meningkatkan pengantarbangsaan
(Unit Perancang Ekonomi, 2015).

1.1 Latar belakang
Lukisan Kerja merupakan matapelajaran wajib bagi pelajar Sijil Teknologi
Senibina. Penghasilan Lukisan Kerja ini kebiasaannya dilukis dengan
menggunakan perisian AutoCAD dan lukisan yang terhasil adalah dalam
bentuk 2 dimensi (2D). AutoCAD merupakan perisian yang popular di kalangan
arkitek untuk menterjemahkan idea rekabentuk bangunan. Selaras dengan
perkembangan teknologi terkini pelbagai perisian telah diperkenalkan selain
daripada AutoCAD antaranya perisian Revit, ArchiCAD, Bently, Tekla dan
sebagainya. Revit merupakan salah satu perisian yang menghasilkan lukisan
dalam bentuk 3 dimensi (3D). Lukisan 3D lebih mudah difahami berbanding
lukisan berbentuk 2D, kerana 3D memaparkan lukisan pada pandangan
sebenar bangunan setelah siap dibina manakala 2D hanyalah pandangan atas,
hadapan, belakang, sisi kiri dan sisi kanan.

Pelajar STS KKJS didedahkan dengan penggunaan perisian AutoCAD
seawal semester dua sesi pengajian. Perisian AutoCAD merupakan satu perisian
untuk menghasilkan Lukisan Kerja bangunan untuk diserahkan kepada Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) bagi tujuan kelulusan pembinaan. AutoCAD
menghasilkan lukisan dalam bentuk 2D, yang memerlukan pelajar
membayangkan lukisan pandangan setiap bangunan. Lukisan adalah
gambaran penglihatan yang diterjemahkan dari pemikiran individu melalui
pengalaman-pengalaman yang lalu. Pembentukan konsep di dalam Lukisan
Kerja adalah bergantung kepada penglihatan dan kebolehan fikiran manusia
menterjemahkan di dalam pelbagai pandangan yang tersendiri.Pelajar juga

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 375

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

telah didedahkan dengan ukuran yang standard dengan berpandukan Undang-
undang Kecil Bangunan Seragam, dalam kursus Teknologi Pembinaan. Kajian
sebelum ini membuktikan bahawa untuk menguasai sesuatu topik dalam
mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan pelajar seharusnya mempunyai
pemikiran dan pemahaman secara visual(Marian, Jamil Abd Baser, & Tahar,
2011).

Walaubagaimanapun, perisian baru semakin hari semakin berkembang
bersesuaian dengan teknologi kini. Revit merupakan satu perisian yang mudah
dikuasai dengan penghasilan model dalam bentuk 3D. Dalam konteks mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan dan kebolehan ruang, dicadangkan agar
pemodelan bongkah 3D digunakan dalam P&P secara serentak dalam mata
pelajaran Lukisan Kejuruteraan untuk memberikan kefahaman kepada
pelajar konsep-konsep Lukisan Kejuruteraan serta memperlengkapkan pelajar
dengan kemahiran penggunaan teknologi terkini (Mohd Safarin Nordin &
Muhammad Sukri Saud, 2007).

1.2 Penyataan Masalah
Pelajar KKJS terdiri daripada pelbagai tahap pendidikan. Syarat kemasukan
pelajar di Kolej Komuniti adalah lulus SPM sahaja. Pelajar yang mendaftar untuk
Program STS antaranya tidak mempunyai latarbelakang Lukisan Kejuruteraan
atau berkaitan dengan senibina. Kursus Lukisan Kerja memerlukan pelajar
membayangkan pandangan sisi setiap bangunan. Kebanyakkan antara
pelajar ini, tidak dapat membayangkan pandangan tersebut dan
menyebabkan mereka tidak dapat menghasilkan Lukisan Kerja seperti yang
dikehendaki oleh pensyarah. Isi kandungan Lukisan Kejuruteraan yang abstrak
memerlukan bantuan media grafik dan animasi dalam meningkatkan
pemahaman yang lebih mendalam (Nurul Atiqah, 2013). Justeru itu, kaedah
pengajaran dan pembelajaran Lukisan Kejuruteraan melalui penggunaan
elemen multimedia penting supaya pelajar dapat memahami bahasa grafik
dengan lebih berkesan (Muhamad Suhaimi, Mohd Yusof & Roslee, 2011).

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 376

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Memandangkan kapasiti memori kerja yang terhad, pelajar tidak dapat
fokus pada isi pelajaran dan penyelesaian kerja tugasan yang sukar secara
serentak. Maka, timbul masalah pelajar kurang faham dengan maklumat
persembahan masalah yang diberi (Yap, 2012). Maklumat yang sukar akan
mengurangkan memori jangka panjang jika pensyarah memilih media yang
kurang sesuai (Ahmad Zamzuri, 2012). Persembahan maklumat melalui paparan
masalah menggunakan media yang sesuai mampu memberi kesan dalam
meningkatkan visualisasi pelajar (Saridah, 2006). Masalah yang timbul adalah,
pensyarah menghadapi kesukaran menyampaikan maklumat kepada pelajar
dengan isi pelajaran Lukisan Kejuruteraan yang abstrak hanya menggunakan
modul bercetak (Shen & Chen, 2011). Tambahan lagi, kebanyakan pelajar
tidak memahami konsep dengan jelas dalam Lukisan Kejuruteraan serta lemah
dalam menvisualisasikan maklumat yang sukar (Mohd Khairulanwar, 2010).
Pelajar- pelajar menghadapi kesukaran membayangkan objek 3D kepada 2D dan
sebaliknya (Nazamuddin, 2003).

Setiap pembelajaran memerlukan kefahaman konsep yang kukuh.
Kurangnya kefahaman di kalangan pelajar akan menimbulkan kebosanan dan
seterusnya menjejaskan minat dan tumpuan pelajar terhadap tajuk yang diajar.
Penggunaan teknologi sebagai pemudah cara seperti simulasi komputer dan
peralatan antara muka berkomputer akan membantu pelajar dalam memahami
konsep yang abstrak seterusnya menjadikan pembelajaran itu lebih menarik.
Salah satu matlamat kurikulum mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan yang
dibina adalah untuk memperkembangkan kemahiran melukis serta pelajar
dapat mengaplikasikan pengetahuan melukis tersebut (Jabatan Pengajian
Politeknik Malaysia, 2011).

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 377

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

1.3 Objektif Kajian
1. Membandingkan tahap penilaian pelajar dalam penghasilan Lukisan

Kerja dengan menggunakan perisian AutoCAD dan Revit.
2. Membandingkan masa penghasilan Lukisan Kerja dengan

menggunakan perisian AutoCAD berbanding Revit.

1.4 Persoalan Kajian
1. Berapakah peratusan perbezaan penilaian pelajar dalam penghasilan

Lukisan Kerja dengan menggunakan perisian AutoCAD berbanding Revit.
2. Berapakah peratus perbezaan masa penghasilan Lukisan

Kerjadengan menggunakan perisian AutoCAD berbanding Revit.

1.5 Skop Kajian
Kajian ini dijalankan di KKJS yang melibatkan pelajar semester dua STS. Sampel
kajian adalah terdiri daripada 44 orang pelajar yang diwakili oleh 44 orang
pelajar untuk soalan pra dengan menggunakan perisian AutoCAD dan 44 orang
pelajar yang sama menjawab soalan pos dengan menggunakan perisian Revit
berpandukan amali yang sama.

2.0 METODOLOGI KAJIAN

Satu soal selidik dijalankan bagi mendapatkan maklumat awal mengenai tahap
kefahaman pelajar berkenaan dengan kursus Lukisan Kerja. Soalan menjurus
kepada kebolehan pelajar memahami Lukisan Kerja dan menterjemahkan dalam
perisian AutoCAD. Setelah soal selidik dijalankan, kajian ini menggunakan
kaedah tinjauan yang mana kelebihan kaedah ini adalah dapat mengukur
persepsi, pendapat atau tingkah laku pelajar terhadap penggunaan perisian
dalam kursus Lukisan Kejuruteraan. Kaedah ini sering digunakan kerana
merupakan cara yang paling berkesan dan praktikal untuk mendapatkan
maklumat dalam satu-satu masa (Kumar, Talib, & Ramayah, 2013).

Dua set soalan ujian setiapnya mengandungi item soalan amali. Dua set
soalan amali yang sama digunakan sebagai ujian pra dan ujian pos bagi

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 378

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

kumpulan eksperimen sebelum dan selepas tamat pengolahan. Soalan amali ini
melibatkan soalan berkaitan dengan topik yang dikaji iaitu Lukisan Kerja. Masa
menjawab untuk kedua-dua ujian ini adalah empat jam. Ujian ini adalah soalan
amali yang digunapakai di Kolej Komuniti. Kesahan soalan ditentukan oleh
penggubal kurikulum Kolej Komuniti.

2.1 Prosedur Pengumpulan Data
Langkah-langkah Pemungutan Data
(a) Menerangkan kepada pensyarah amali yang akan dijalankan untuk

pengajaran dengan menggunakan perisian AutoCAD dan Revit untuk Tajuk
Lukisan Kerja.
(b) Pensyarah memberi ujian pra kepada kumpulan eksperimen.
(c) Pengajaran secara formal dijalankan oleh pensyarah, iaitu kumpulan
eksperimen mempelajari Tajuk Lukisan Kerja 2 menggunakan perisian
AutoCAD di dalam Makmal CAD 1 dan 2 mengikut jadual yang telah
ditetapkan oleh pihak kolej.
(d) Selepas pengajaran secara formal selesai, guru memberikan ujian pos
pula, iaitu soalan ujian yang sama dengan ujian pra tetapi dengan
menggunakan perisian Revit pula.

2.2 Prosedur Penganalisisan Data
Kaedah analisis kuantitatif digunakan oleh pengkaji untuk menilai dapatan
kajian dengan menggunakan SPSS version 2.0. Ini meliputi semua dapatan
borang soal selidik mengikut objektif kajian. Skor yang diperolehi
dipersembahkan melalui bentuk deskriptif iaitu berdasarkan kepada nilai min.
Nilai min yang tinggi menunjukkan tahap ketidak fahaman pelajar dengan kursus
Lukisan Kerja. Penggunaan ujian ini menjelaskan hasil kajian secara ringkas,
berkesan dan mudah difahami berdasarkan kepada data yang diperolehi. Aspek
pencapaian pula di analisis secara perbezaan peratusan dengan instrument ujian
pra dan posuntuk menentukan tahap pencapaian kumpulan responden tersebut.
Kedua- dua pencapaian kumpulan pelajar ini dibezakan untuk melihat
keberkesanan diantara kedua-dua kaedah yang digunakan.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 379

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
3.0 DAPATAN KAJIAN

Hasil dapatan kajian melalui soal selidik dan ujian pra dan pos yang telah
dilakukan terhadap 44 orang STS di KKJS. Penilaian ini terbahagi kepada 2
bahagian iaitu soal selidik bahagian melibatkan persoalan mengenai tahap
kefahaman pelajar mengenai kursus Lukisan Kerja dan ujian pos dan pra bagi
mendapatkan peratusan peningkatan markah dan perbezaan masa menjawab
pelajar. Hasil kajian yang diperolehi adalah seperti berikut;

3.1 Soal selidik

Kajian awal ini telah melibatkan seramai 44 orang pelajar dari program STS di

KKJS. Seperti mana yang telah dinyatakan, tujuan kajian awal ini adalah untuk

menentukan sejauh mana tahap kefahaman pelajar STS terhadap kursus

Lukisan Kerja dengan menggunakan perisian AutoCAD di KKJS. Soal selidik

yang dikumpulkan dianalisis dalam bentukSPSS version 2.0. Seterusnya tafsiran

data tersebut dilakukan berdasar kepada Jadual Interpretasi Min seperti di

Jadual 1.

Jadual 1 : Jadual Interpretasi Min (Norasmah Othman, 2002)

JULAT MIN TAHAP
1.01 – 2.00 Rendah
2.01 – 3.00 Sederhana
3.01 – 4.00 Tinggi
4.01 – 5.00 Sangat Tinggi

Hasil soal selidik mendapati jumlah min diberikan sebanyak 3.85 % menunjukkan
tahap ketidak fahaman pelajar ke atas kursus Lukisan Kerja berada pada tahap
tinggi. Keputusan ini membolehkan penyelidik meneruskan kajian kepada tahap
seterusnya dengan melakukan ujian pra dan pos keatas pelajar yang sama.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 380

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

3.2 Ujian Pra dan Pos
Reka bentuk kajian yang digunakan adalah reka bentuk eksperimental kuasi
keatas 44 orang pelajar STS bagi tujuanmenilai kesan penggunaan perisian
AutoCAD dan Revit dalam kursus Lukisan Kerja di KKJS. Jenis reka bentuk
eksperimen yang dipilih dalam kajian ini ialah ujian pra dan ujian
pos.Perbandingan peratusan markah, dan peratusan masa menjawab soalan
antara penggunaan perisian AutoCAD dan Revit. Perbandingan peratusan boleh
dilihat di dalam Jadual 2 di bawah;

Jadual 2 : Perbandingan peratusan bagi ujian pra dan pos.

PERISIAN & UJIAN PERATUSAN MASA MENJAWAB
MARKAH 4 jam
Perisian AutoCAD (Ujian Pra) 68.17 % 2 jam
Perisian Revit
(Ujian Pos) 83.21 %

% PERBEZAAN 15.04 % 50 %

Daripada Jadual 2 diatas didapati perbezaan peratusan markah pelajar
menggunakan perisian Revit meningkat sebanyak 15.04%. Ini menunjukkan
perisian ini memberikan maklumbalas penerimaan kefahaman pelajar dalam
memahami kursus Lukisan Kerja ini. Peratusan sebanyak 15.04% membuktikan
objektif pertama penyelidik iaitu mengenalpasti tahap kefahaman pelajar
dalam penghasilan Lukisan Kerja dengan menggunakan perisian AutoCAD dan
Revit, jelas menunjukkan Perisian Revit amat membantu pelajar untuk
menguasai dan memahami KursusLukisan Kerja ini.

Bagi objektif kedua penyelidik iaitu membandingkan masa penghasilan
Lukisan Kerja dengan menggunakan perisian AutoCAD berbanding Revit,
membuktikan bahawa perisian Revit telah mengurangkan masa menjawab
sebanyak 50%.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 381

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

4.0 RUMUSAN

Pengkaji menggunakan kaedah soal selidik bagi mendapatkan pandangan awal
kepada permasalahan awal kajian ini. Dalam bahagian ini pengkaji
menghuraikan rekabentuk kajian kuasi eksperimen yang dijalankan tatacara
pemilihan subjek dan perbezaan markah penggunaan aplikasi yang lazim
digunakan dengan penggunaan aplikasi yang dicadangkan. Seterusnya prosedur
kajian eksperimen dihuraikan secara perbandingan keputusan markah dan beza
masa manjawab pelajar bagi pencapaian kedua-dua objektif penyelidik.

Hasil dapatan kajian jelas menunjukkan markah penilain pelajar
meningkat dengan penggunaan perisian 3D iaitu Revit, membuktikan bahawa
perisian revit membantu dalam meningkatkan tahap kefahaman pelajar. Masa
yang diambil untuk menghasilkan Lukisan Kerja dengan penggunaan perisian ini
juga dapat dijimatkan dengan kadar 50%. AutoCAD merupakan satu perisian
utama yang harus dipelajari oleh pelajar STS. Walaubagaimanapun penyelidik
tidak mencadangkan agar kursus ini ditukar terus penggunaan perisian daripada
AutoCAD kepada Revit. Perisian Revit dijadikan sebagai rujukan atau panduan
kepada pelajar bagi memahami dengan lebih jelas konsep asas Lukisan Kerja.
Memandangkan Revit ini mudah dipelajari, penyelidik bercadang agar pengunaan
perisian ini didedahkan awal kepada pelajar seawal semester satu.

5.0 KESIMPULAN

Diharapkan kajian ini dapat membantu pensyarah dalam usaha untuk
memperjelaskan pelajar yang mempunyai imaginasi yang rendah untuk
membayangkan konsep dan pandangan dalam Lukisan Kerja. Kajian
menunjukkan pelajar lebih mudah memahami konsep Lukisan Kerja dengan
adanya bantuan perisian dalam bentuk 3D. Penyelidik juga berharap dengan
penambahan pengetahuan awal perisian baru kepada pelajar dapat memberikan
tambah nilai kepada pelajar dalam menghadapi alam pekerjaan kelak.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 382

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

RUJUKAN

Ahmad Zamzuri Mohamad Ali (2012). Lima Prinsip Persembahan Animasi dalam
Perisian Pendidikan. Jurnal Teknologi Pendidikan Malaysia. 1(2), 15-22.

Jabatan Pengajian Politeknik Malaysia (2011). Silibus Mata Pelajaran Lukisan
Kejuruteraan. Putrajaya: Jabatan Politeknik Malaysia.

Kumar, M., Talib, S. A., & Ramayah, T. (2013). Business Research Methods.
Oxford
Fajar.

Marian, M. F., Jamil Abd Baser, M. B. R., & Tahar, M. S. (2011). Keberkesanan
Penggunaan CD Interaktif Lukisan Isometrik Terhadap Kemahiran
Visualisasi Pelajar. Persidangan Kebangsaan Penyelidikan Dan Inovasi
Dalam Pendidikan Dan Latihan Teknik Dan Vokasional (CIETVT), 1–15.

Mohd Nor Yusof (2012). Bersama Memperkasakan Politeknik. Jabatan Pengajian
Politeknik, 30 Januari 2012.

Mohd Safarin Nordin, & Muhammad Sukri Saud. (2007). Kajian Awal Terhadap
Kebolehan Ruang Pelajar-Pelajar Pengajian Kejuruteraan Di Sekolah-
Sekolah Menengah Teknik. 1st International Malaysian Educational
Technology Convention, (1998), 1105–1116.

Muhamad Suhaimi Taat, Mohd Yusof Abdullah dan Roslee Talip (2011). Hubungan
Antara Kognitif Visual Dengan Pencapaian Lukisan Kejuruteraan Di
Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik. 1st International Malaysian
Educational Technology Convention.

Muhyiddin Mohd Yassin (2010). Tranformasi Politeknik. Putrajaya International
Convention Centre. 25 Februari 2010.

Nazamuddin Ahmad Razali (2003). Penghasilan Modul Pembelajaran Lukisan
Kejuruteraan Berbantukan Komputer. Tesis Sarjana. Universiti Tun
Hussein Onn Malaysia. Tidak diterbitkan.

Norasmah Othman. (2002). Keberkesanan Program Keusahawanan Remaja Di
Sekolah Menengah. In Seminar Kebangsaan Pengurusan & Pembangunan
Sumber Manusia.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 383

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Nurul Atiqah Zulkharnain (2013). Reka bentuk Grafik dan Animasi Sistem Ujian
Saringan Pendengaran. Tesis sarjana. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tidak diterbitkan.

Saridah (2006). Keberkesanan Penggunaan Perisian Multimedia Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Lokus Dalam Dua Matra Terhadap Pelajar
Tingkatan Dua.Tesis Sarjana Muda. Open Universiti Malaysia. Tidak
diterbitkan.

She, Y. & Chen, J. (2011). Effect of problem-based, self directed undergraduate
education on life-long learning. Canadian Medical Education Journal. 148,
999–976.

Unit Perancang Ekonomi. (2015). Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020). Unit
Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Retrieved from
http://www.epu.gov.my

Yahya Emat (2005). Pendidikan Teknik dan Vokasional Di Malaysia. Petaling Jaya:
IBS Buku.

Yap, C. S. (2012). Goal Orientation of Engineering Students and the Learning
Strategies

That They Employ. 3rd International PBL Symposium. Republic Polytechnic, 7-9
March 2012.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 384

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

APLIKASI KAEDAH LITAR PNP/NPN H-BRIDGE KEPADA AMPAIAN
PAKAIAN AUTOMATIK BAGI PENJIMATAN KOS

Siti Aishah binti Hanis1, Tok Chon Bee2, Muhammad Asyraf Bin Thazali3
Politeknik Melaka

s_aishah@ polimelaka.edu.my1

ABSTRAK

Pada masa kini ampaian pakaian automatik semakin popular dan mempunyai banyak permintaan
di kebanyakan negara terutamanya di Malaysia. Ampaian pakaian automatik begitu praktikal
untuk digunakan di negara kita kerana cuaca yang tidak menentu, kawasan rumah yang terhad
dan pasangan yang sibuk bekerja. Pembuatan ampaian pakaian automatik dibahagikan kepada
beberapa bahagian litar iaitu melibatkan litar pengesan keadaan cerah atau gelap, litar lampu
dan motor di mana litar motor adalah fungsi utama untuk menggerakkan ampaian
pakaian.Ampaian pakaian automatic ini telah menggunakan 2 biji motor arus terus 12V,10Watt
dengan 7 kaki panjang ampaian keluli. Kaedah yang digunakan untuk membuat ampaian pakaian
automatik ini adalah dengan menggunakan litar sahaja di mana ia melibatkan litar H-Bridge
transistor pnp / npn yang akan bergerak ke hadapan dan sebaliknya yang difokuskan dalam kertas
kajian ini. Litar H-Bridge pnp/npn ini dipilih kerana komponen yang digunakan paling mudah
dicari serta kos yang murah dan litarnya yang cukup ringkas untuk menggerakkan DC motor
berbanding litar-litar H-Bridge yang lain. Analisis yang dibuat adalah membuat PCB litar H-Bridge
pnp/npn dan kelancaran fungsi motor dan ampaian. Ampaian ini mempunyai tiga suis di mana
suis yang pertama untuk menurunkan ampaian manakala suai kedua untuk menaikkan ampaian.
Suis yang ketiga pula untuk menyalakan kipas secara manual.

KATA KUNCI: ampaian pakaian automatik, H-bridge, pengawal mikro

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 385

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
1.0 PENGENALAN

Kehidupan harian sekarang telah diganti dengan perkakasan yang direka khas
untuk membantu manusia dalam menyiapkan kerja rumah seperti membasuh
baju, membersihkan pinggan mangkuk, menyapu lantai dan sebagainya.
Ampaian yang digunakan dahulu hanyalah dawai atau tali yang diikatkan kepada
dua tiang seterusnya ditambah baik dengan ampaian yang dibuat daripada besi
dan mempunyai roda supaya mudah alih. Kini ampaian ditambah baik dengan
penggunaan motor dan sebagainya di mana ia dinamakan ampaian automatik.
Ampaian pakaian automatik semakin popular di kalangan masyarakat Malaysia
kerana ia dapat membantu menyelesaikan masalah ruang untuk penduduk taman
perumahan. Pembinaan penyidai pakaian yang bersifat tetap amat memakan
ruang dan proses mengalih struktur tersebut untuk jemuran dan simpanan pula
adalah rumit dan melecehkan.(SUDURI, 2010). Pelbagai kaedah telah digunakan
untuk membuat ampaian pakaian automatik namun begitu kos untuk membeli
ampaian yang sedia ada di pasaran masih mahal. Oleh itu, kajian ini akan
membincangkan kaedah litar pnp/npn H-Bridge yang dipilih untuk
merekabentuk ampaian pakaian automatik bagi menjimatkan kos.

2.0 KAJIAN LITERATUR
Litar H-Bridge banyak diaplikasikan pada pagar rumah, robot mainan, kereta
kawalan mainan dan lain-lain dimana ia banyak diaplikasikan kepada gajet-
gajet. Semua gajet tersebut menggunakan H-Bridge kerana menggunakan arus
terus yang rendah serta mudah diaplikasikan.

Salah satu gajet yang semakin popular di negara kita adalah ampaian automatik.
Walau bagaimanapun harga ampaian automatik di pasaran masih mahal
membuatkan ia adalah dalam kategori senarai kehendak kepada pengguna. Boleh
dikatakan ampaian automatik ini hanya dijual di talian internet sahaja jarang-
jarang dijual di kedai-kedai aksesori elektronik. Namun begitu ampaian
automatik masih mempunyai kelemahan merujuk selepas membuat tinjauan
mengenai ampaian pakaian ini, terdapat beberapa kelemahan dalam produk
semasa, seperti sukar untuk diselenggarakan kerana pemasangan di siling dan

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 386

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

jika ada kesilapan di papan litar tidak ada operasi untuk membawanya kembali

(Ning,2016). Harga beberapa ampaian automatik daripada talian internet yang

didapati adalah seperti dalam jadual 1.

Jadual 1: Sumber EziBuy

Nama Harga Harga

Karulqi RM834.29

Electric

Drying Rack

Lifting

Lady hot air RM634.29
Drying
Electricity

State RM785
Electricairer
Balcony

Ampaian automatik yang dibangunkan dalam kajian ini adalah motor arus terus
yang menggunakan H-Bridge.Beberapa kajian telah dibuat bagi penggunaan litar
H-Bridge antaranya litar yang hanya menggunakan transistor npn/pnp, litar H-
Bridge yang menggunakan pengawal mikro Arduino dan litar H-Bridge yang
menggunakan pengawal mikro PIC. Litar H-bridge ini penting kerana ia
membenarkan motor DC beroperasi ke hadapan dan ke belakang untuk
menggerakkan motor. Litar transistor npn/pnp merupakan litar yang paling
mudah dan kos yang murah berbanding dengan litar yang menggunakan
pengawal mikro.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 387

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

2.1 Litar transistor npn/pnp H-Bridge

Litar H-bridge merupakan sesuatu litar yang menggunakan susunan empat biji
transistor yang membenarkan litar tersebut mengawal pergerakan DC motor
secara sepenuhnya (Kanai,2011). Litar H-bridge ini membenarkan DC motor
bergerak ke depan, belakang, dan berhenti. Kawalan pergerakan DC motor
dengan menggunakan litar skematik H-bridge pada ampaian adalah seperti litar
1 (Gupta, 2010). Litar yang digunakan adalah :

Rajah 1: Litar H-bridge motor driver

Kawalan pergerakan motor dengan menggunakan H-bridge adalah seperti
berikut. DC motor akan bergerak dalam dua arah (Clockwise /anticlockwise)
bergantung pada arah aliran arus. Masukan untuk A dan B adalah dari Suis.
Kesemua transistor iaitu Transistors Q1 dan Q4 serta transistors Q2 dan Q3 diberi
masukan yang sama motor dalam keadaan rehat. Transistor Q2 dan Q3 dipicu
dan akan menyebabkan motor bergerak ke arah ikut jam apabila input A=1 dan
input B=0. Apabila input A=0 dan input B =1, transistor Q1 dan Q4 dipicu dan
akan menyebabkan motor bergerak ke arah lawan jam. Jadual logik adalah
seperti di jadual 2:

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 388


Click to View FlipBook Version