Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
memudahkan pembangun persembahan video menghasilkan persembahan video
dengan menyusun atau menggabungkan paparan persembahan video yang relevan
digunakan (Brunvand, 2010; Yee & Hargis, 2010). Pembangun persembahan video
juga dapat menggabungkan imej pegun bersama narasi suara dan muzik latar
dalam persembahan mereka.
2.3 Prinsip Mengurangkan Pemprosesan Luaran
Pembangunan persembahan video peralatan audio visual berdasarkan prinsip
mengurangkan pemprosesan luaran. Prinsip ini meliputi Prinsip Koheran, Prinsip
Pengisyaratan, Prinsip Redundansi, Prinsip Persentuhan Spatial dan Prinsip
Persentuhan Temporal (Mayer, 2005b).
i. Prinsip Koheran
Prinsip Koheran merujuk kepada pembelajaran akan lebih baik sekiranya
unsur-unsur luaran dikeluarkan (Mayer, 2005b). Hal ini melibatkan
penggunaan penyataan atau grafik yang menarik tetapi tidak relevan
digunakan. Ia berkaitan pemilihan warna yang tidak terlalu banyak semasa
proses pembangunan sesebuah bahan instruksi multimedia (Ahmad
Zamzuri, Rahani, Khairulanuar, & Muhammad Zaffwan, 2013; Fenrich,
2004).
ii. Prinsip Pengisyaratan
Prinsip Pengisyaratan merujuk kepada pembelajaran lebih baik sekiranya
isyarat untuk memproses maklumat diberikan (Mayer, 2005b). Isyarat,
tanda atau penegasan sesuatu maklumat penting kepada pengguna bagi
menjalankan aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh pengguna dalam
mencapai objektif pembelajaran.
iii. Prinsip Redundansi
Prinsip Redundansi merujuk kepada pembelajaran akan lebih baik
sekiranya persembahan maklumat tidak disalurkan melalui saluran deria
yang sama (Mayer, 2005b). Maklumat yang masuk ke dalam saluran deria
yang sama akan menyebabkan bebanan kepada memori. Secara tidak
langsung akan menyebabkan berlakunya kesan redundansi apabila
persembahan video disertakan dengan teks atau persembahan video
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 689
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
disertakan dengan narasi dan teks (Muhammad Razuan & Mohamad Akhyar,
2015).
iv.Prinsip Persentuhan Spatial
Prinsip Persentuhan Spatial merujuk kepada pembelajaran lebih baik
sekiranya cetakan teks berdekatan dengan bahagian grafik yang sepadan
bagi mengurangkan keperluan mengimbas visual (Mayer, 2005b).
Kedudukan teks yang diletakkan di bahagian penting grafik sekaligus
mampu mengurangkan pergerakan anak mata.
v. Prinsip Persentuhan Temporal
Prinsip Persentuhan Temporal merujuk kepada pembelajaran lebih baik
sekiranya narasi dan imej bergerak dipaparkan pada masa yang sama bagi
mengurangkan pegangan memori (Mayer, 2005b). Kajian ini menggunakan
gaya percakapan narasi tidak formal kerana gaya ini dapat meningkatkan
motivasi pembelajaran dengan lebih selesa (Kurt, 2011).
3.0 METODOLOGI
Penilaian formatif dilakukan bagi menilai keberkesanan persembahan video yang
dibangunkan. Hal ini merujuk kepada pelbagai aktiviti awalan termasuk
halangan-halangan yang dijangkakan dalam pembangunan, perubahan dalam
kehendak pengguna, masalah yang dihadapi oleh pengguna dalam menggunakan
persembahan video dan sebagainya (Jamalludin, Baharuddin, & Zaidatun, 2001).
Justeru itu, borang soal selidik kebolehgunaan dan kepuasan pengguna (PSSUQ)
telah diadaptasi bagi mendapatkan maklum balas daripada pengguna.
Borang soal selidik PSSUQ terdiri dari 21 item soalan berdasarkan pilihan skala
antara satu hingga tujuh mengikut tujuh kategori. Kategori pertama melibatkan
reka bentuk paparan antara muka yang digunakan. Kategori kedua pula
melibatkan penggunaan fungsi-fungsi yang ada dalam persembahan video.
Seterusnya, kategori ketiga melihat sejauh mana persembahan video yang
dibangunkan mudah untuk digunakan. Manakala, kategori keempat melihatkan
sama ada pengguna boleh menggunakan persembahan video. Kategori kelima
melibatkan tahap kepuasan terhadap penggunaan persembahan video sebagai
bahan instruksi dan kategori keenam melihat sama ada persembahan video ini
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 690
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
diperlukan untuk peralatan lain. Akhir sekali kategori tujuh melibatkan
kebolehpercayaan video persembahan video dalam menangani masalah yang
berlaku sekiranya timbul sesuatu masalah semasa menggunakannya. Komen dari
penilaian pengguna juga diambil kira bagi tujuan penambahbaikan video
persembahan video. Seterusnya, soalan soal selidik itu diuji terlebih dahulu bagi
menentukan kebolehpercayaannya. Hal ini bertujuan agar instrumen kajian
dapat mengeluarkan keputusan yang konsisten bagi setiap pengukuran yang
dibuat (Mohd Yusri, 2010).
Kesemua pensyarah Kolej Komuniti Pasir Salak seramai 40 orang dipilih
bagi menjawab Borang Penilaian Persembahan Video. Penilaian ini dilakukan
selama 30 minit selepas pensyarah menggunakan persembahan video yang
dipersembahkan.
4.0 PEMBANGUNAN VIDEO SOP
Pembangunan persembahan video bukanlah sesuatu yang baru dan sukar untuk
dihasilkan (Meier, 2007; Nafaidilah, 2012). Pembangun persembahan video dapat
menghasilkannya dengan mudah melalui penggunaan aplikasi perisian mengedit
video yang boleh didapati secara percuma atau berbayar secara atas talian (Yee
& Hargis, 2010). Namun, bagi menghasilkan persembahan video yang berkualiti
dan efektif bukanlah sesuatu yang mudah (Conkey, 2010). Ia memerlukan suatu
model reka bentuk instruksi yang tersusun agar pembangunannya memberi kesan
kepada pengguna (Ahmad Zamzuri, Laili Farhana, & Syamsidaini, 2012). Model
reka bentuk yang digunakan merupakan panduan bagi mengintegrasikan
penggunaan teknologi dengan kaedah sistematik agar objektif penggunaannya
dapat dicapai (Johnson & Pyatt, 2009). Justeru itu, satu model reka bentuk bahan
instruksi perlu dipilih bagi memastikan objektif pembangunan persembahan
video ini tercapai.
Terdapat beratus model reka bentuk yang boleh digunakan bagi
membangunkan sesebuah bahan instruksi antaranya adalah model ADDIE, Model
ASSURE, Model Orientasi Produk dan Model Reka Bentuk Pengajaran Dick dan
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 691
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Carry (Ismail & Lokman Hakim, 2010). Namun, kebanyakan model reka bentuk ini
didapati mempunyai elemen asas yang sama iaitu merancang, membina,
melaksana dan menguji (Ahmad Zamzuri et al., 2012; Johnson & Pyatt, 2009).
Walaupun setiap model reka bentuk ini mempunyai asas yang sama, namun, bagi
pembangun bahan instruksi novis mereka sering kali menghadapi masalah semasa
melaksanakan model-model reka bentuk ini (Ahmad Zamzuri et al., 2012). Hal ini
dapat dilihat semasa proses menentukan tugasan dalam setiap fasa reka bentuk
model yang digunakan (Ahmad Zamzuri et al., 2012). Permasalahan ini juga
disebabkan daripada kerangka kerja yang ditunjukkan hanya diwakili oleh
sesuatu perkataan sahaja (Ahmad Zamzuri et al., 2012). Ianya bertambah
merumitkan kepada pembangun bahan instruksi novis apabila pemahaman
kepada sesuatu huraian fasa reka bentuk itu tidak konsisten dan mengelirukan
(Ahmad Zamzuri et al., 2012). Atas faktor ini satu model baru yang dinamakan
model reka bentuk DIDEA telah dibangunkan oleh Universiti Pendidikan Sultan
Idris (UPSI). Model ini memperincikan lagi kerangka kerja reka bentuk bahan
instruksi terutama kepada pereka bentuk bahan instruksi novis.
4.1 Model DIDEA
Model DIDEA merupakan model reka bentuk instruksi yang diubah suai dan
ditambah baik dari model-model reka bentuk bahan instruksi sebelum ini (Ahmad
Zamzuri et al., 2012). Ianya mengandungi lima fasa reka bentuk iaitu Determine
(Penentuan), Illustrate (gambarkan), Development (pembangunan), Execute
(Melaksana) dan Analyze (Analisis). Setiap fasa ini mengandungi beberapa sub
tugasan bagi membantu memperincikan lagi peranan setiap fasa yang tidak
dinyatakan dengan jelas dalam kebanyakan model reka bentuk instruksi sedia
ada (Ahmad Zamzuri et al., 2012). Oleh itu, model reka bentuk instruksi DIDEA
(Rajah 2) telah dipilih bagi tujuan reka bentuk pembangunan bahan instruksi iaitu
persembahan video untuk kajian ini.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 692
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Rajah 2 Model DIDEA
(Sumber : Ahmad Zamzuri, Laili Farhana & Syamsulaini, 2012)
4.2 Proses Navigasi
Prototaip persembahan video untuk penggunaan peralatan audio visual bermula
dengan paparan skrin Menu Utama. Pada paparan skrin Menu Utama ini, terdapat
pilihan navigasi ke menu Pengenalan, menu Peralatan Audio Visual, menu
Panduan. Melalui menu Pengenalan, pensyarah dipaparkan dengan pengenalan
ringkas berserta objektif penggunaan peralatan audio visual. Seterusnya pada
menu Peralatan Audio Visual, pensyarah dipaparkan dengan senarai peralatan
audio visual yang boleh mereka pelajari penggunaannya.
Apabila pensyarah berada dalam menu Peralatan Audio Visual, pensyarah
boleh memilih untuk menonton mana-mana persembahan video berdasarkan
kepada peralatan audio visual sama ada secara berturutan atau mengikut
kehendak mereka. Setelah selesai menonton persembahan video, pensyarah
boleh kembali semula ke Menu Utama atau meneruskan pembelajaran melalui
persembahan video lain. Pensyarah juga boleh memilih untuk mengulangi semula
persembahan video pada bila-bila masa mengikut kehendak dan keperluan.
Akhir sekali, pada menu Panduan pula, pensyarah dipaparkan dengan panduan
untuk membantu memudahkan lagi mereka menggunakan bahan instruksi ini.
Rajah 3 menunjukkan carta alir untuk keseluruhan proses navigasi bagi
mempelajari menggunakan peralatan audio visual.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 693
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Rajah 3 Carta alir aktiviti pembelajaran persembahan video
5.0 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN.
Hasil penilaian menunjukkan nilai alpha Croncbach ujian PSSUQ adalah 0.87. Hal
ini menunjukkan kebolehpercayaan yang tinggi pada item-item dalam soal selidik
ini. Bagi kategori pertama iaitu Reka bentuk, secara keseluruhannya
menunjukkan pensyarah suka menggunakan paparan antara muka persembahan
video (M = 2.08, SD = 0.84), penyusunan maklumat yang disediakan oleh
persembahan video di atas skrin jelas (M = 2.08, SD = 1.03) dan paparan antara
muka persembahan video ini adalah senang untuk digunakan (M = 1.74, SD =
0.95).
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 694
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Bagi kategori kedua pula iaitu Fungsian, secara keseluruhannya menunjukkan
persembahan video ini mempunyai segala fungsi dan keupayaan yang pensyarah
perlukan (M = 2.18, SD = 0.92), maklumat yang diambil dari persembahan video
adalah berkesan dalam membantu pensyarah untuk menyelesaikan tugasan (M =
1.84, SD = 0.98) dan semua ciri-ciri dalam persembahan video berfungsi dengan
baik (M = 2.16, SD = 0.86).
Seterusnya kategori ketiga iaitu Mudah digunakan, secara keseluruhannya
menunjukkan persembahan video ini mudah digunakan (M = 2.03, SD = 0.96),
maklumat yang pensyarah perlukan mudah untuk dicari (M = 2.07, SD = 0.98),
maklumat yang disediakan dalam persembahan video itu jelas (M = 2.19, SD =
0.88) dan persembahan video ini adalah mudah untuk digunakan (M = 1.98, SD =
0.86).
Manakala kategori keempat iaitu Keboleh belajaran, persembahan video
ini membolehkan pensyarah untuk belajar menggunakan perlatan audio visual (M
= 1.96, SD = 0.95), tidak terdapat banyak maklumat yang perlu dibaca sebelum
pensyarah boleh menggunakan persembahan video (M = 2.06, SD = 0.73) dan
maklumat yang diberikan oleh persembahan video adalah mudah difahami (M =
1.82, SD = 0.98).
Kategori kelima iaitu Kepuasan, pensyarah berasa selesa menggunakan
persembahan video (M = 2.06, SD = 0.90), pensyarah juga seronok meneroka
persembahan video (M = 1.92, SD = 0.90) dan secara keseluruhan pensyarah
berpuas hati dengan persembahan video yang dibangunkan (M = 1.74, SD = 0.80).
Kategori keenam pula iaitu Penggunaan Masa Hadapan, pensyarah percaya
mereka boleh lebih cepat produktif dengan menggunakan persembahan video (M
= 2.24, SD = 1.15), persembahan video ini mampu untuk meyakinkan pensyarah
untuk mempelajari sesuatu peralatan audio visual (M = 1.82, SD = 0.86) dan
pensyarah fikir mereka akan menggunakannya dengan kerap persembahan video
ini (M = 1.69, SD = 0.91).
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 695
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Akhir sekali kategori ketujuh iaitu Ralat dan Kebolehpercayaan, setiap kali
pensyarah melakukan kesilapan semasa menggunakan persembahan video,
mereka dengan mudah dan cepat boleh memperbetulkannya semula (M = 2.10,
SD = 1.03) dan persembahan video ini memberi maklumat ralat yang jelas
memberitahu mereka bagaimana menyelesaikan masalah (M = 1.97, SD = 0.77).
Secara keseluruhan menunjukkan bahawa pensyarah bersetuju dengan tahap
kebolehgunaan dan kepuasan persembahan video ini untuk digunakan dalam
pembelajaran penggunaan sesebuah peralatan audio visual di Kolej Komuniti
Pasir Salak.
6.0 RUMUSAN DAN CADANGAN
Proses pengajaran oleh pensyarah semasa sesi kuliah bukan sahaja dipengaruhi
oleh ilmu dan kepakaran seseorang pensyarah yang mengajar. Ia juga berkait
rapat dengan kemahiran pensyarah itu sendiri dalam mengendalikan teknologi
yang disediakan. Kegagalan pensyarah dalam menggunakan teknologi lebih-lebih
lagi semasa sesi kuliah akan membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran
itu sendiri. Masa sesi kuliah mungkin terbuang akibat dari pensyarah yang tercari-
cari bagaimana menggunakan peralatan audio visual khasnya dalam membantu
proses pengajaran mereka. Kajian menunjukkan bahawa pensyarah telah
menunjukkan maklum balas yang positif dan bersetuju terhadap persembahan
video yang dibangunkan untuk menerangkan dengan jelas Standard Operation
Prosedure (SOP) bagi sesebuah peralatan audio visual. Oleh itu, persembahan
video SOP penggunaan peralatan audio visual di Kolej Komuniti Pasir Salak
menepati fungsinya sebagai bahan instruksi pembelajaran berasaskan
multimedia.
RUJUKAN
Ahmad Zamzuri M. A., Laili Farhana M. I., & Syamsidaini S. (2012). Model Reka
Bentuk Instruksi DIDEA. In Pembelajaran Berasaskan Web: Isu dan Trend
(pp. 13–25). Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Indris.
Ahmad Zamzuri M. A., Rahani W., Khairulanuar S., & Muhammad Zaffwan I.
(2013). Reading on the Computer Screen: Does Font Type has Effects on
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 696
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Web Text Readability? International Education Studies, 6(3).
https://doi.org/10.5539/ies.v6n3p26
Bell, L., & Bull, G. L. (2010). Digital Video and Teaching. Digital Video and
Teaching. Contemporary Issues in Technology and Teacher Education,
10(1), 1–6.
Brunvand, S. (2010). Best practices for producing video content for teacher
education. Contemporary Issues in Technology and Teacher Education,
10(2), 247–256. Retrieved from
http://www2.cnipa.gov.it/site/_files/cnipa_quad_32.pdf
Conkey, C. (2010). Machinima and video-based soft skills training. University of
Central Florida Orlando, Florida. Retrieved from
http://gradworks.umi.com/34/15/3415061.html
Fenrich, P. (1998). Practical guidelines for creating multimedia applications. IL:
Dryden Press Hinsdale.
Fenrich, P. (2004). Instructional Design Tips for Virtually Teaching Practical
Skills. In Informing Science and IT Education Joint Conference
Instructional (pp. 25–28). Rockhampton.
Ismail K., & Lokman Hakim M. (2010). Pembangunan Bahan E-Pembelajaran
Berasaskan Moodle Bagi Tajuk Ratios, Rates And Proportions 11 Tingkatan
Tiga. Journal of Educational Science and Mathematics, 1(1), 35–43.
Retrieved from
http://eprints.utm.my/10541/1/Pembangunan_Bahan_E.pdf
Jamalludin H., Baharuddin A, & Zaidatun T. (2001). Pembangunan Perisian
Multimedia : Satu Pendekatan Sistematik. Kuala Lumpur: Venton
Publishing Sdn Bhd.
Johnson, R., & Pyatt, K. (2009). Instructional Design Model & Instructional
Strategy Comparison. Retrieved from
https://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd
=2&cad=rja&ved=0CDQQFjAB&url=http://robineggblue.wikispaces.com/f
ile/view/Instructional+Design+Models+Comparison.doc&ei=d3NhUo3uLsO
5rgeUroG4Bw&usg=AFQjCNEM1bqwR8ob6ootmBCe6dVLuoX5HQ&bvm=bv.
54
Kurt, A. A. (2011). Personalization Principle in Multimedia Learning:
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 697
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Conversational versus Formal Style in Written Word. Turkish Online
Journal of Educational Technology- …, 10(3), 185–192. Retrieved from
http://eric.ed.gov/?id=EJ944963
Madden, M. (2009). The Audience for Online Video-Sharing Sites Shoots Up. Pew
Internet & American Life Project. Washington, D.C. Retrieved from
http://fe01.pewinternet.org/~/media//Files/Reports/2009/The-
Audience-for-Online-Video-Sharing-Sites-Shoots-Up.pdf
Mayer, R. E. (2005a). Cognitive Theory Of Multimedia Learning. In R. E. Mayer
(Ed.), The Cambridge Handbook of Multimedia Learning (pp. 31–48). New
York: Cambridge University Press.
Mayer, R. E. (2005b). Principles for Reducing Extraneous Processing in Multimedia
Learning : Coherence, Signaling, Redundancy, Spatial Contiguity, and
Temporal Contiguity Principles. In R. E. Mayer (Ed.), The Cambridge
Handbook of Multimedia Learning (pp. 183–200). New York: Cambridge
University Press.
Mbarika, V., Bagarukayo, E., Shipps, B. P., Hingorani, V., Stokes, S., Kourouma,
M., & Sankar, C. S. (2010). A Multi-Experimental Study on the Use of
Multimedia Instructional Materials to Teach Technical Subjects. Journal of
STEM Education: Innovations and Research, 1(1), 24–38.
Meier, J. J. (2007). Viewpoints Staying Afloat in a Flood of New Technologies.
Issues in Science and Technology Librarianship, 3–5.
https://doi.org/10.5062/F45T3HF3
Mohd Yusri I. (2010). Bimbingan Cepat Analisis Data Analisis Data Penyelidikan
Untuk Pendidikan & Sains Sosial. Kuantan: Bandar Ilmu Resources.
Muhammad Razuan A.R., & Mohamad Akhyar M.N. (2015). Kesan Penggunaan
Screencast Sebagai Bahan Instruksi Terhadap Kemahiran Praktikal Pelajar
Yang Berbeza Gaya Pembelajaran. Persidangan Pendidikan (Penyelidikan
Dan Inovasi) Dalam Pendidikan Dan Latihan Teknikal Dan Vokasional 2015
(CiE-TVET 2015), 11–19.
Nafaidilah N. (2012). Kesan Persembahan Video Screencast Dengan Narasi Dan
Video Screencast Tanpa Narasi Terhadap Pembelajaran. Unpublished
master’s thesis, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia.
Ozcelik, E., Arslan-Ari, I., & Cagiltay, K. (2010). Why Does Signaling Enhance
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 698
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Multimedia Learning? Evidence From Eye Movements. Computers in Human
Behavior, 26(1), 110–117. https://doi.org/10.1016/j.chb.2009.09.001
Tang, J. C., & Isaacs, E. (1992). Why do users like video? - Studies of multimedia-
supported collaboration. Computer Supported Cooperative Work, 1(3),
163–196. https://doi.org/10.1007/BF00752437
Yee, K., & Hargis, J. (2010). Screencasts. The Turkish Online Journal of Distance
Education, 11(1), 9–12.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 699
KOLEJ KOMUNITI SELANDAR
Jalan Batang Melaka
77500, Selandar Melaka
Tel : 06-5253122 Fax : 06-5253158
[email protected]
www.kkselandar.edu.my