Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
A B Q1 Q2 Q3 Q4 Arah
00 00 1 1 -
0 1 0 1 1 0 lawan
jam
1 0 1 0 0 1 ikut jam
11 11 0 0 -
Jadual 2: Jadual Logik
2.2 H-Bridge menggunakan Arduino
Litar H-bridge juga boleh menggunakan pengawal mikro Arduino mengawal
pergerakan DC motor sama ada bergerak ke arah ikut jam atau arah lawan
jam.Komponen-komponen yang digunakan untuk mengawl pergerakan motor
bagi pengawal mikro Arduino adalah H-bridge dari jenis Texas Instruments
L293NE dan senarai komponen adalah seperti di dalam Jadual 3 :
Breadboard Papan yang digunakan
untuk menguji litar
sementara sebelum
dipasang kekal
22-AWG hookup Dawai sambungan yang
wire
digunakan diantara
komponen
Arduino Pengawal mikro Arduino
microcontroller papan yang digunakan
untuk mengawal motor
Light Emitting menggunakan
pengaturcaraan.
Diodes LED Untuk pencahayaan atau
isyarat lampu
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 389
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat Untuk mengaktifkan
Suis butang tekan/
Push button sesuatu alat
L293NE
L293NE merupakan H-
Bekalan kuasa 12V
DC bridge yang asas seperti
Rajah 7. Ia mempunyai 2
‘bridge’ yang akan
control 2 motor. Arus
yang diperlukan untuk
beroperasi dalam
lingkungan 1A dan
beropersi di antara 4.5V-
36V.
Adapter yang
menukarkan 240VAC
kepada 12VDC
DC motor DC motor merupakan
peralatan elektrikal yang
berupaya menukarkan
tenaga elektrik ke tenaga
mekanikal. DC motor
beroperasi pada nilai
voltan yang agar rendah
iaitu antara 5-15V,12-24V
dan lain-lain. Penggunaan
DC motor bergantung
kepada projek yang
dibangunkan mengambil
kira beban yang
digunakan dan keperluan.
Jadual 3: Jadual Peralatan
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 390
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Rajah 2 di bawah menunjukkan sambungan yang digunakan diantara pengawal
mikro Arduino dan IC L293NE H-Bridge yang mengawal motor. Litar ini akan
berfungsi jika menggunakan programming bagi pengawal mikro Arduino untu
menggerakkan motor tersebut.
Rajah 2 : Litar Arduino mengguna IC L293NE sebagai H-Bridge
2.2.1 Litar H-Bridge menggunakan pengawal mikro PIC16F877A
Selain itu, litar H-bridge juga boleh dikawal dengan menggunakan PIC
microcontroller. Litar H-bridge ini dibekalkan dengan 12 VDC dan 4 bit dari
output PIC akan mengawal pergerakan DC Motor melalui litar H-bridge. Dua litar
H-bridge akan mengawal pergerakan motor dan setiap pergerakan itu bergantung
pada dua ‘bits’ dari PIC16F877A. Kedua-dua litar H-bridge tersebut boleh
mengawal pergerakan motor dalam keadaan gerak apabila masukan adalah ‘10’
atau ‘01’ serta ‘00’ dan ‘11’ untuk hentikan pergerakan motor.(Aung, 2007).
Empat Transistor digunakan sebagai suis untuk mengubah atau memilih
pergerakan arus dalam motor. Jadual 2 menunjukan pergerakan motor mengikut
masukan pada PIC16F877A.
Masukan Output
0 0 Henti
0 1 Gerak
1 0 Gerak
1 1 Henti
Jadual 2: Jadual Logik
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 391
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Rajah 3: Litar PIC menggunakan IC L293D H Bridge
Pengawal mikro PIC menggunakan IC L293D sebagai H Bridge dimana untuk
membuat ampaian automatic yang mengunakan PIC memerlukan pengaturcaraan
C yang mengguna IC L293D untuk mengawal motor tersebut seperti yang
ditunjukkan pada Rajah 3.
3. METODOLOGI KAJIAN
Di dalam kertas kajian ini akan difokuskan kepada kaedah menggunakan litar
transistor untuk membuat litar H-Bridge bagi menggerakkan motor at dan litar
LDR.
3.1 Operasi Forward/Reverse H Bridge Motor
Rajah 4: Litar H-Bridge
Litar di dalam Rajah4 ini adalah litar yang menggunakan transistor NPN dan PNP.
Ia mempunyai fungsi yang sama dengan litar H-Bridge yang menggunakan
pengawal mikro Arduino dan PIC16F84A iaitu untuk menggerakkan motor. Litar
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 392
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
ini menggunakan dua suis di mana apabila Q2 dan Q3 beroperasi motor akan ke
depan seterusnya ampaian akan diturunkan manakala suis yang kedua akan
menaikkan ampaian apabila Q1 dan Q4 beroperasi yang akan menggerakkan
motor ke belakang.
3.2 Litar LDR
Rajah5: Litar LDR
Litar ini mempunyai sensor yang akan mengesan samada keadaan gelap atau
cerah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5. Litar ini akan di sambungkan
kepada lampu dimana jika keadaan gelap lampu akan menyala.
3.3 Carta Alir Pembinaan Projek
MULA
SW1 SW2 SW3
Motor Ke depan Lampu/Kipas
Motor Ke Nyala/Padam
Ampaian naik Belakang
Ampaian turun
TAMAT | 393
Rajah 6: Carta alir proses pembinaan projek
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Carta alir di dalam rajah 6 menunjukkan proses pembuatan ampaian dimana
ampaian ini akan berfungsi dengan tiga suis. Suis yang pertama digunakan untuk
menurunkan ampaian apabila motor forward, suis yang kedua digunakan untuk
menaikkan ampaian setelah pakaian diampaikan. Manakala suis yang ketiga
digunakan untuk menyalakan lampu dan kipas jika diperlukan.
4. ANALISIS DAN KEPUTUSAN
Kajian projek ampaian ini telah menggabungkan 3 litar untuk membentuk sebuah
ampaian automatik. Litar yang pertama adalah litar utama yang menggerakkan
motor di mana ia adalah litar transistor sebagai litar H-Bridge seperti yang
ditunjukkan pada Rajah 7. Litar ini telah menggunakan komponen yang minimum
untuk menggerakkan motor dengan kos yang minimum. Kos pembuatan ampaian
ditunjukkan dalam jadual 3. Litar kedua adalah menggunakan litar LDR seperti
yang ditunjukkan pada Rajah 8. Akhir sekali litar penukar arus ulang alik 240VAC
kepada 12VDC kepada arus terus seperti yang ditunjukkan pada Rajah 9. Ampaian
ini tidak memerlukan bateri dimana ia akan menyelesaikan masalah alam sekitar
iaitu bateri tidak perlu dibuang. Manakala Rajah10 adalah litar lengkap iaitu
merupakan gabungan beberapa litar iaitu litar H-bridge, LDR dan litar penukar
arus untuk menjalankan ampaian automatik. Hasilnya adalah seperti berikut:
Rajah 7: Litar PCB H-Bridge
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 394
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Rajah 8: Litar PCB LDR
Rajah9: Litar Penukar arus AC-DC (Converter)
Rajah10: Litar ampaian automatik
BIL BAHAN KUANTITI HARGA JUMLAH(RM)
(RM)
1 COMPONENT - 100 100
LITAR
2 MOTOR 12v 2 35 90
3 Ampaian 1 100 100
4 LED 1 30 30
5 FAN 2 10 20
JUMLAH 340
KESULURUHAN
Jadual 3: Kos Pembinaan Ampaian
Hasil pembuatan ampaian automatik yang berjaya dibuat adalah seperti Rajah
11. Ampaian ini diletakkan di tempat letak kereta bagi tujuan penjimatan ruang.
Setelah pakaian diampai ampaian akan dinaikkankan dan kereta boleh diletakkan
di ruangan tersebut.Ampaian ini dapat menangung beban sebanyak 7 kg lebih
daripada itu pembuatan ampaian tidak kukuh. Ia menggunakan dua biji dc motor
yang digunakan adalah 12V, 10Watt.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 395
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Rajah11: Ampaian Automatik
5.0 PERBINCANGAN
Ampaian automatik ini mempunyai 3 suis dimana suis yang pertama adalah untuk
menurunkan dan suis kedua untuk menaikkan ampaian yang menggunakan motor
dan litar H-Bridge untuk menggerakkan ampaian. Dua motor telah digunakan
dalam ampaian ini bagi memastikan ampaian dapat bergerak dengan beban
pakaian yang dikenakan. Walaubagaimana pun pengguna perlu memastikan
pakaian diletakkan dalam keadaan seimbang untuk memastikan ampaian dapat
bergerak dengan stabil jika berat pakaian tidak seimbang ampaian akan menjadi
tidak seimbang kerana beban mengangkat pada motor tidak seimbang. Sebelah
motor akan laju dan sebelah lagi perlahan.
Seterusnya apabila cuaca gelap lampu akan menyala di mana ia
menggunakan sensor LDR. Suis yang ketiga adalah untuk menyalakan lampu dan
kipas secara manual. Jika diperlukan barulah kipas akan dipasang. Penjimatan
elektrik juga diaplikasikan dimana dimana litar converter digunakan dari 240V AC
kepada 12V-24V DC.
6.0 KESIMPULAN
Objektif bagi ampaian automatik ini adalah untuk memudahkan pengguna dan
penjimatan ruang bagi pendudk yang tinggal dirumah teres, flat, kondominium,
pangsa dan sebagainya di mana rumah yang memiliki ruang yang terhad.
Kesimpulannya pembuatan ampaian automatik ini telah berjaya memenuhi
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 396
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
objektif namun begitu masih mempunyai beberapa kelemahan untuk dibaiki pada
masa akan datang.
7.0 CADANGAN
Setelah membuat ampaian automatic ini didapati beberapa perkara perlu dibaiki
bagi menghasilkan ampaian yang kukuh, tahan lasak dan jangka hayat yang lama.
beberapa cadangan telah disenaraikan seperti berikut:
1. Menggunakan motor yang lebih bersesuaian supaya ampaian lebih stabil.
2. Mencuba beban yang lebih banyak bersesuaian dengan kekukuhan ampaian
dan motor.
3. Mencuba kaedah-kaedah jenis litar yang lain seperti Arduino, pic dan lain-
lain.
4. Mencuba kaedah teknologi baru dan dapat menjimatkan tenaga.
RUJUKAN
Aung, W. (2007). Analysis on Modeling and Simulink of DC Motor and its Driving
System Used for Wheeled Mobile Robot. World Academy of Science,
Engineering and …, 88704(December), 299–306. Retrievedfrom
http://urrg.eng.usm.my/eee351/PB4.pdf
Azuwan Harom (2008). Line Follower Robot, from
http://hdl.handle.net/123456789/1981
Gupta, V. (2010). Working and analysis of the H - Bridge motor driver circuit
designed for wheeled mobile robots. Proceedings - 2nd IEEE International
Conference on Advanced Computer Control, ICACC 2010,3,441–444.
https://doi.org/10.1109/ICACC.2010.5486818
Hamzah, N. I. (2010). Automatic Cloth Retriever System, (November).
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 397
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Jaseem, V. (2012). H Bridge motor driver theory & practical circuit using
transistors- animation/ simulation: Getting started with Robotics.
Retrieved 31 May 2017, from http://www.circuitsgallery.com/2012/06/h-
bridge-motor-driver-theory-practical.html
Mehran Pakdaman (2009). Design and Implementation of Line Follower Robot
Second International Conference on Computer and Electrical Engineering
https://doi.org/ 10.1109/ICCEE.2009.43
Miyuki Kanai, Hirokazu Fujimaki,Takeshi Shimuzu (2011) H-Bridge Circuit ,US
7,902,884 B2 United States Patent
Ning Lin, Wei-jun WANG, Gong Zhang (ICEEA2016) The Development Of New
Intelligent Clothes , International Conference on Electrical Engineering
and Automation (ICEEA 2016), ISBN: 978-1-60595-407-3
Suduri, F.H. (2010). Rekabentuk Penyidai pakaian Automatik Dan Boleh Laras
Untuk Kegunaan Domestik (Rectractable Automatic Cloth Hanger For
Domestic Use).
https://itp.nyu.edu/physcomp/labs/motors-and-transistors/dc-motor-control-
using-an-h-bridge/
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 398
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
PERSEPSI PELAJAR TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENSYARAH DI KOLEJ KOMUNITI JEMPOL
Mohd Fahmi Bin Ab Rahman1, Norazah Binti Abdullah2dan Norashimah Binti
Ujang3
Kolej Komuniti Jempol
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan melihat persepsi pelajar-pelajar terhadap pengajaran dan
pembelajaran pensyarah di Kolej Komuniti Jempol.Objektif kajian ini dijalankan ialah untuk
melihat persepsi pelajar terhadap personaliti pensyarah, persepsi pelajar terhadap cara
pengajaran dan pembelajaran pensyarah di dalam kelas dan persepsi pelajar terhadap
pengetahuan dan kemahiran pensyarah. Kajian yang dijalankan ini berbentuk kuantitatif yang
menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian.Dapatan kajian dianalisis berdasarkan skor
min menggunakan perisian Statistical Packages Social Sciences (SPSS) version
20.0.Respondenkajianterdiri daripada 140 orang pelajar Kolej Komuniti Jempol yang dipilih
secara rawak.Dapatan kajian menunjukkan bahawa skor min personaliti pensyarahadalah 4.07,
caradan teknik pengajaran pensyarah4.03 dan tahap pengetahuan pensyarah 4.18. Skor min
keseluruhan bagi kajian ini adalah 4.09 dengan interprestasi yang tinggi.Dapatan kajian
menunjukkan bahawa persepsi pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran pensyarah di Kolej
Komuniti Jempol adalah sangat baik.Responden sangat berpuas hati dengan pengajaran dan
pembelajaran pensyarah di Kolej Komuniti Jempol.Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa
pensyarah Kolej Komuniti Jempol mempunyai personalitidiri yang baik serta mahir dalam teknik
pengajaran dan bidang yang diajar.Walaubagaimanapun, beberapa cadangan yang telah
dicadangkan dalam kajian ini boleh menjadi panduan kepada pihak pengurusan Kolej Komuniti
Jempol dan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti meningkatkan kecemerlanganpensyarah dalam
melahirkan graduan holistik.
Kata kunci : Persepsi pelajar; pengajaran; pembelajaran
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 399
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
1.0 PENGENALAN
Kolej Komuniti merupakan salah sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Awam yang
semakin menjadi pilihan utama masyarakat kerana Kolej Komuniti merupakan
salah satu laluan utama pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) di
Malaysia.Ia juga menjadi laluan alternatif untuk pelajar lepasan SPM, selain
menyediakan pendidikan sepanjang hayat dalam program pembangunan komuniti
setempat yang mempunyai kemahiran dan berpengetahuan tinggi. Kementerian
Pendidikan Tinggi (KPT) sebagai penyedia utama pekerja TVET negara (64%),
telah meletakkan TVET sebagai agenda penting dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) melalui Lonjakan 4.Pada tahun 2016,
KPT menyumbang sebanyak 53 peratus (162,584 enrolmen) pelajar TVET negara
melalui institusi MTUN, Politeknik dan Kolej Komuniti.Dalam memastikan kolej
Komuniti terus unggul dan kekal berprestasi tinggi sebagai pusat pendidikan,
pensyarah menjadi salah satu tunjang kekuatan pendidikan dan latihan di Kolej
komuniti.
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Visi Kolej Komuniti ialah menjadi peneraju Pendidikan dan Latihan Teknikal dan
Vokasional serta Hab Pembelajaran Sepanjang Hayat Menjelang 2025.Oleh itu,
bagi memastikan Kolej Komuniti terus unggul di persada pendidikan, pensyarah
memainkan peranan utama dalam melahirkan graduan holistik yang
berkemahiran selaras dengan keperluan dan kehendak industri.Pensyarah juga
merupakan penggerak kecemerlangan bagi menyokong hasrat KPT menjadikan
TVET sebagai laluan perdana pendidikan tinggi bagi lepasan sekolah. Menurut
Faridah, Naimah, hamidah & Habibah (2005), pensyarah merupakan input
pengajaran yang amat penting untuk memastikan kejayaan pelajar. Di Kolej
Komuniti Jempol, terdapat empat (4) program iaitu Sijil Pemasangan Elektrik
(SPE), Sijil Teknologi Senibina (STS), Sijil Sistem Komputer (SSK) dan Sijil Servis
Kenderaan Ringan (SKR). Jumlah pensyarah bagi keempat-empat program adalah
seramai 45 orang. Menurut Zaliza, Safarin dan Arasinah (2015), kualiti seseorang
pensyarah merupakan salah satu faktor bagi melahirkan graduan yang berkualiti.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 400
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Pensyarah merupakan golongan pelaksana yang bertanggungjawab untuk
melaksanakan semua polisi dan matlamat yang ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Tinggi bagi melahirkan graduan holistik yang memenuhi kehendak dan
pasaran global.Oleh itu kajian ini dijalankan untuk melihat persepsi pelajar
terhadap pensyarah di Kolej Komuniti Jempol dan seterusnya menggariskan
langkah-langkah dan cadangan yang perlu diambil untuk meningkatkan visi dan
misi Kolej Komuniti.
3.0 PENYATAAN MASALAH
Dalam sesebuah institusi pendidikan, pendidik memainkan peranan penting
sebagai tunjang utama kejayaan seseorang pelajar dalam melaksanakan hasrat
kerajaan untuk menjadikan Kolej Komuniti sebagai laluan utama TVET.Namun
begitu jika dilihat daripada pencapaian pelajar, terdapat pelajar yang masih
berada di tahap yang membimbangkan sama ada dari segi akademik mahupun
pelbagai aspek seperti kokurikulum,sahsiah dan disiplin.
Kajian-kajian yang dijalankan di Malaysia menunjukkan bahawa faktor pendidik
mempengaruhi prestasi akademik dan pembentukan peribadi pelajar.Menurut
kajian yang dijalankan oleh Syofia, Zamri dan Jamaludin (2012), pelajar-pelajar
sering dipersalahkan apabila mendapat keputusan pembelajaran yang
rendah.Kepuasan pelajar terhadap proses pembelajaran dan pengajaran
pensyarah sangat memberi kesan kepada sesebuah institusi pendidikan dan juga
ke atas diri pelajar itu sendiri (Rohani Abd Razak & Sharina Diana Juhari,
2009).Menurut Abd Halim (2004) yang dipetik daripada kajian Khalip Muda dan
Hariza Abd Halim (2015) bahawa masih wujud beberapa aspek negatif perlakuan
pensyarah ketika mengajar seperti terlalu garang,menghina dan mengutuk
pelajar, memarahi tanpa usul periksa. Kelemahan personaliti pensyarah ini
dikatakan menjadi salah satu faktor kepada berlaku masalah kelakuan-kelakuan
yang kurang baik dikalangan pelajar seperti ponteng kelas, protes dan tidak
memberikan komitmen dalam pembelajaran. Justeru menurut Khalip Muda dan
Hariza Abd Halim (2015), kegagalan atau kelemahan pensyarah untuk
menunjukkan ekspresi muka yang sesuai ketika mengajar, kurang memberi
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 401
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
tumpuan kepada pelajar yang lemah serta tidak memberi galakan dan
penghargaan turut mempengaruhi keberkesanan pengajaran pensyarah.
Di Kolej Komuniti Jempol, terdapat pelajar-pelajar yang gagal dalam
peperiksaan akhir dengan memperolehi markah kurang daripada 40% walaupun
penilaian akhir di Kolej Komuniti hanya 30% manakala penilaian berterusan 70%.
Pelbagai usaha dijalankan oleh pensyarah bagi memastikan pelajar-pelajar lulus
dalam modul yang diambil,namun kegagalan pelajar-pelajar dalam menyiapkan
tugasan, menjalankan amali dan menjawab soalan ujian serta kuiz menjadi punca
masalah ini berlaku. Persoalannya adakah pelajar-pelajar gagal memberikan
komitmen kepada proses pembelajaran dan pengajaran atau adakah pensyarah
mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam bidang yang diajarinya atau kurang
kreatif mengaplikasikan strategi, teknik dan pendekatan pengajaran yang
sesuai.Oleh itu, kajian ini dijalankan bagi melihat persepsi pelajar terhadap
pengajaran dan pembelajaran pensyarah di Kolej Komuniti Jempol.
3.1 Objektif Kajian
Objektif kajian dijalankanadalah:
1. Melihat persepsi pelajar terhadap personaliti pensyarah.
2. Melihat persepsi pelajar terhadap cara pengajaran dan pembelajaran
pensyarah di dalam kelas.
3. Melihat persepsi pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran pensyarah
.
3.2 Persoalan Kajian
1. Apakah persepsi pelajar terhadap personaliti pensyarah?
2. Apakah persepsi pelajar terhadap cara pengajaran dan pembelajaran
pensyarah di dalam kelas?
3. Apakah persepsi pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran pensyarah?
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 402
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
4.0 METODOLOGI KAJIAN
Kajian merupakan kajian kuantitatif yang menggunakan borang soal selidik
sebagai instrumen kajian bagi mendapatkan maklumat daripada responden. Soal
selidik digunakan dalam kajian ini kerana soal selidik merupakan cara yang paling
mudah bagi mendapatkan maklumat daripada responden yang ramai dan dalam
masa yang cepat. Menurut Mohd Majid (1994), soal selidik dapat meningkatkan
ketepatan dan kebenaran gerak balas yang diberikan oleh responden kerana ia
tidak dipengaruhi oleh gerak laku penyelidik. Soal selidik yang dibangunkan
dalam kajian ini dibina berdasarkan skala likert yang terdiri daripada 5 pilihan
jawapan iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat
tidak setuju. Soal selidik dibahagikan kepada tiga (3) bahagian iaitu bahagian A
(Personaliti pensyarah), bahagian B(Cara Pengajaran Pensyarah Di Dalam Kelas)
dan bahagian C (Pengetahuan Dan Kemahiran Pensyarah).
Populasi kajian ini merupakan pelajar-pelajar Kolej Komuniti Jempol yang
terdiri daripada 220 orang pelajar merangkumi 4 program iaitu SPE, SKR,SSK dan
STS. Merujuk kepada jadual penentuan saiz sampel dalam jadual Krejcie &
Morgan (1970), bilangan sampel ialah seramai 136 orang.Dalam kajian ini,
seramai 140 orang pelajar yang dipilih secara rawak sebagai sampel kajian.
Kajian rintis telah dijalankan ke atas 26 orang responden Kolej
KomunitiJempol.Ujian Cronbach’ Alpha coeffiecient telah digunakan untuk
mengukur darjah kebolehpercayaan dan tahap kesesuaian item-item dalam
kajian seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 1.0.
Jadual 1.0 : Pekali saiz Cronbac’s Alpha
Alpha Coefficient Range Kekuatan Hubungan
<0.6 Lemah
0.6 < 0.7 Sederhana
0.7<0.8 Baik
0.8<0.9 Sangat Baik
0.9 Terbaik
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 403
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Jadual 2.0: Nilai Cronbach Alpha bagi item soal selidik
Pembolehubah Nilai Cronbach
Alpha
Personaliti Pensyarah
Cara Pengajaran Pensyarah 0.942
Tahap Pengetahuan & Kemahiran Pensyarah 0.868
Purata 0.918
0.909
Jadual 2.0 menunjukkan nilai Cronbach Alpha yang diperolehi hasil daripada
kajian rintis yang telah dijalankan.Didapati nilai alpha yang diperolehi ialah
0.909.Jika dibandingkan Pekali saiz Cronbac’s Alpha seperti dalam jadual 1.0,
didapati bahawasoalan soal selidik yang diedar kepada responden berada di tahap
yang terbaik. Jadual 2.0 juga menunjukkan bawah nilai Cronbach Alpha bagi
setiap bahagian soal selidik berada di tahap terbaik dan sangat baik dimana soal
selidik bahagian A (Personaliti Pensyarah) dan bahagian C (Tahap Pengetahuan &
Kemahiran Pensyarah) berada ditahap terbaik dengan nilai Cronbach Alpha
masing-masing ialah ialah 0.942 dan 0.918. Manakala bagi soal selidik bahagian B
(Cara Pengajaran Pensyarah) berada di tahap sangat baik dengan nilai Cronbach
Alpha 0.868.
5.0 DAPATAN KAJIAN
Data yang diperolehi daripada kajian ini dianalisis menggunakan Statistical
Package Social Science (SPSS) Version 20.0.Jadual 3.0menunjukkan kekerapan
dan peratus responden mengikut program.Data yang diperolehi daripada dapatan
kajian diinterpretasi menggunakan skala interpretasi skor min yang terbahagi
kepada 3 tahap iaitu rendah, sederhana dan tinggi.Jadual 4.0 menunjukkan skala
interpretasi skor min yang digunakan dalam kajian ini.
Jadual3.0 :Demografi program
Program Kekerapan Peratus
Sijil Pemasangan Elektrik 35 25%
Sijil Servis Kenderaan Ringan 40 28.6%
Sijil Sistem Komputer 35 25%
Sijil Teknologi Senibina 30 21.4%
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 404
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Jadual 4.0 :Skala interpretasi Skor Min
Julat Skor Min Interpretasi Julat Skor Min
1.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.65 Sederhana
3.67 – 5.00 Tinggi
Soalan Kajian 1 : Apakah persepsi pelajar terhadap personaliti pensyarah?
Jadual 5.0 menunjukkan skor min dan interpretasi yang diperolehi bagi item
personaliti pensyarah.Daripada jadual 5.0didapati tahap interpretasi personaliti
pensyarah berada pada tahap yang tinggi dengan purata min keseluruhan ialah
4.07.Dalam kajian ini personaliti pensyarah merangkumi penampilan, disiplin,
komunikasi dan keupayaan mengawal kelas.Skor min paling tinggi ialah
”berpakaian kemas ke kelas”. Ini bermakna persepsi pelajar terhadap
penampilan pensyarah berada pada tahap yang sangat baik. Manakala skor min
yang paling rendah ialah 3.79 ialah “ ketepatan masa hadir ke kelas”.
Jadual5.0 : Analisa Personaliti Pensyarah
Item Personaliti Pensyarah Skor Min Interpretasi
Ketepatan masahadir ke kelas 3.79 Tinggi
Tidak membatalkan kelas tanpa sebab yang kukuh 4.06 Tinggi
Berkeyakinan dan bermotivasi tinggi 4.21 Tinggi
Berpakaian kemas 4.29 Tinggi
Suara kuat dan jelas 4.11 Tinggi
Mengawal disiplin pelajar 3.99 Tinggi
Adil dan saksama antara semua pelajar 4.01 Tinggi
Purata Skor Min 4.07 Tinggi
Soalan kajian 2 :Apakah persepsi pelajar terhadap cara pengajaran dan
pembelajaran pensyarah di dalam kelas?
Daripada jadual 6.0, didapati skor min tertinggi ialah 4.14 iaitu pelajar faham
mengenai apa yang di ajar oleh pensyarah. Manakala skor min paling rendah ialah
3.71 di mana pensyarah mengaitkan pembelajaran dan situasi kehidupan
pelajar.Jika dibandingkan dengan Skala interpretasi Skor Min, nilai min 3.71
sudah menghampiri ke tahap sederhana.Objektif soal selidik bahagian B adalah
untuk melihat persepsi dan pandangan pelajar sama ada pelajar berpuas hati
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 405
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
dengan teknik yang digunakan oleh pensyarah, melihat kefahaman pelajar
terhadap modul yang diajar dan juga kekreatifan pensyarah dalam
menyampaikan ilmu.
Jadual 6.0: Analisa teknik pengajaran pensyarah
PengajaranPensyarah Skor Min Interpretasi
Mengaitkan pembelajaran dengan situasi kehidupan 3.71 Tinggi
harian
Membantu &memberi perhatian kepada pelajar yang 4.08 Tinggi
lemah
Menerangkan objektif sebelum memulakan sesi 4.06 Tinggi
pembelajaran
Penggunaan alat bantu mengajar 4.02 Tinggi
Sentiasa melibatkan pelajar dalam aktiviti 4.10 Tinggi
pembelajaran
Saya faham mengenai apa yang diajar oleh pensyarah 4.14 Tinggi
Berpuas hati dan gembira dengan cara pengajaran 4.13 Tinggi
pensyarah
Purata skor min 4.03 Tinggi
Soalan Kajian 3: Apakah persepsi pelajar terhadap pengetahuan dan
kemahiran pensyarah?
Daripada jadual 7.0, didapati terdapat dua item soalan yang memperolehi skor
min tertinggi dan samaialahkeupayaan pensyarah untuk menjawab semua soalan
pelajar dengan betul dan tepat dan pensyarah mahir menggunakan peralatan
amali. Skor min yang diperolehi adalah 4.23.Ini jelas menunjukkan bahawa
pelajar-pelajar berpuas hati dengan tahap pengetahuan dan kemahiran
pensyarah.Skor min yang terendah adalah 4.11 dimana pensyarah mahir dalam
modul yang di ajar.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 406
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Jadual 7.0: Pengetahuan & Kemahiran Pensyarah
Pengetahuan & Kemahiran Pensyarah Skor Min Interpretasi
Tinggi
Menjawab semua soalan pelajar dengan betul dan tepat 4.23 Tinggi
Memberi tunjuk ajar cara melaksanakan amali dengan 4.14 Tinggi
Tinggi
betul dan tepat.
Tinggi
Sangat mahir dalam modul yang diajar 4.11 Tinggi
Mempelbagaikan teknik pengajaran mengikut keperluan 4.19
silibus
Mahir menggunakan peralatan amali 4.23
Purata Skor Min 4.18
6.0 PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi pelajar terhadap pengajaran dan
pembelajaran pensyarah di Kolej Komuniti Jempol sangat baik.Personaliti
pensyarah merupakan salah satu faktor penting yang perlu dititikberat oleh
pensyarah dalam melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP).
Menurut Rohani binti Abdul Razak dan Sharina Diana binti
Johari(2009),penampilan pensyarah turut mempengaruhi pengajaran pensyarah
di dalam kelas. Pensyarah yang berpenampilan menarik dengan pakaian yang
kemas serta gaya yang luar biasa boleh menarik perhatian pelajar-pelajar untuk
hadir ke kelas. Persepsi responden yang baik terhadap personaliti pensyarah
menunjukkan wujudnya hubungan yang baik antara responden dan pensyarah.
Hubungan yang baik antara pensyarah dan pelajar akan menimbulkan rasa minat
terhadap pelajaran yang membawa peningkatan motivasi dan komitmen
terhadap pengajaran pensyarah (Khalip Muda, Hariza Abd Halim,
2015).Ketepatan masa bagi seseorang pensyarah adalah sangat penting bagi
melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin kerana pembentukan sahsiah pelajar
adalah bergantung kepada pensyarah. Pensyarah yang hadir tepat ke kelas akan
membentuk pelajar menjadi lebih berdisiplin dan mematuhi masa apabila
menceburi dunia pekerjaan. Ini bermakna ciri kualiti yang baik pada seseorang
pensyarah mempengaruhi komitmen seseorang pelajar untuk belajar.Dapatan ini
selari dengan kajian Rohani Arbaa, Hazri Jamil & Nordin Abd Razak (2010) yang
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 407
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
menyatakan bahawa pensyarah sangat berpontensi untuk mengubah sikap dan
status pelajar. Kajian ini disokong oleh Zaliza, Arasinah, Tee Tze Kiong dan Hasni
(2016) yang menyatakan bahawa pensyarah merupakan faktor penting yang
menentukan kualiti seseorang pelajar kerana pensyarah bukan sahaja mengajar
tetapi tingkahlaku pensyarah menjadi contoh dan teladan. Seseorang pensyarah
berperanan mendidik pelajar agar menjadi modal insan cemerlang yang
berakhlak mulia.Oleh itu, pensyarah perlu meningkatkan kemahiran
interpersonal diri.Menurut Syofia, Zamri & Hamidah (2012), pensyarah yang
mempunyai kemahiran interpersonal diri yang tinggi boleh menjadikan proses
pengajaran jelas, lancar dan mudah difahami. Kemahiran interpersonal boleh
didefinisikan sebagai keupayaan berinteraksi dan memahami orang lain. Dalam
konteks pelajar Kolej Komuniti, kemahiran interpersonal yang tinggi
membolehkan pensyarah memahami tahap keupayaan pelajar-pelajar kerana ia
boleh meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran. Hubungan
interpersonal yang baik antara pensyarah dan pelajar mampu mempengaruhi
motivasi serta komitmen pelajar terhadap modul yang diajar oleh seseorang
pensyarah (Khalip Muda &Hariza Abd Halim, 2015).
Daripada dapatan kajian didapati responden sangat berpuas hati dengan
teknik pengajaran pensyarah di dalam kelas.Seseorang pensyarah perlu bijak
dalam mengelola kelas kerana kebanyakkan pelajar-pelajar Kolej Komuniti
merupakan pelajar-pelajar yang lemah dalam pembelajaran teori. Justeru
menurut Ahmad Rosli, Firdaus dan Hijrah Saputra Erwanto (2016) melalui
kajiannya menyatakan bahawa belajar secara praktikal amat sesuai untuk pelajar
Kolej Komuniti dan ia diakui oleh pelajar Kolej Komuniti sendiri yang memuji
sistem pembelajaran Kolej Komuniti yang banyak berasaskan amali.Justeru
pensyarah juga perlu lebih kreatif dan inovatif dengan mengaitkan kandungan
modul dengan situasi kehidupan pelajar.Bagi subjek teknikal amnya, pensyarah
boleh menjuruskan amali ke arah situasi pekerjaan sebenarnya.Menurut Faridah,
Naimah, Hamidah & Habibah (2005) pelajar-pelajar memerlukan pembelajaran
yang merangkumi dunia yang lebih luas iaitu melebihi dari apa yang berlaku di
dalam kelas dan pensyarah perlu menggunakan pengalaman sebenar sebagai
intipati setiap pengajaran. Potensi pelajar hanya dapat dicungkil sekiranya
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 408
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
mereka diberi pendedahan dengan aktiviti berimpak tinggi yang menjurus kepada
mencungkil bakat.Menurut Marhaiza, Ahmad, Selamah dan Aznita (2015),
mekanisme yang penting dalam proses PdP ialah pembelajaran berpusatkan
pelajar kerana ia memberi impak dari sudut meningkatkan motivasi belajar,
penguasaan pelajaran yang lebih mendalam dan juga sikap positif terhadap
modul yang dipelajari. Dalam situasi ini, pensyarah berperanan sebagai fasilitator
bagi memastikan pelajar terlibat secara langsung dalam merancang
pembelajaran, membuat kajian dan menilai hasil kerja.
Justeru dapatan kajian juga menunjukkan bahawa responden sangat
bersetuju bahawa penggunaan alat bantu mengajar (ABM) dapat meningkatkan
minat pelajar di dalam kelas. Kajian ini disokong oleh Ahmad Johari Sihes dan
Siti Asfarina (2010) bahawa penggunaan ABM merupakan salah satu elemen
penting dalam proses pembelajaran kerana dapat mewujudkan suasana
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dan menyeronokkan. Menurut
Nor Hasifah (2011) ABM sebagai faktor penyebab kedua tertinggi dalam
mempengaruhi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kekurangan ABM
menyebabkan sesi pembelajaran akan lebih membosankan bagi pelajar yang
sedia tidak berminat dengan sesuatu modul. Justeru, kekurangan peralatan dan
kemudahan PdP juga merupakan cabaran utama dalam melaksanakan proses
pengajaran (Zaliza, Safarin & Arasinah,2015).Menurut Ahmad Azlan bin
Mohamad(2011) faktor pengurusan bengkel pula merupakan faktor yang sangat
mempengaruhi sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Bagi memastikan graduan
yang dihasilkan adalah graduan berkualiti yang memenuhi kehendak pasaran
global, kelengkapan bengkel dan peralatan-peralatan amali perlu sentiasa
ditingkatkan mengikut acuan dan kehendak pasaran industri.Dalam konteks ini,
pihak JPPKK dan Kolej Komuniti dengan kerjasama industri perlu berkolaborasi
menambahbaikkurikulum agar yang dapat melahirkan tenaga kerja yang
beretika, kreatif dan inovatif.
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa responden juga berpuas hati
dengan tahap pengetahuan dan kemahiran pensyarah.Ini menunjukkan bahawa
pensyarah Kolej Komuniti Jempol mahir dalam bidang yang diajar.Pensyarah
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 409
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
berperanan untuk menghasilkan kadar kebolehpasaran graduan tinggi. Oleh itu,
peningkatan kemahiran dan pengetahuan mengikut peredaran globalisasi industri
sangat penting bagi memastikan graduan yang dihasilkan ialah graduan berkualiti
yang menjadi rebutan majikan dan memenuhi kehendak pasaran global. Menurut
Normah Zakaria(2016) pensyarah dan kaunselor perlu bekerjasama dengan
industri dalam memberi bimbingan dan inspirasi kepada pelajar agar pelajar kaya
dengan kemahiran ‘employability’ untuk menjadi pekerja yang cemerlang.
Pensyarah perlu mempunyai asas pengetahuan dan kemahiran yang kukuh dalam
bidangnya sendiri termasuk kemahiran pedagogi, kemahiran psikologi
pembelajaran,kemahiran kaunseling dan kemahiran penggunaan media dan
teknologi maklumat (http://www.padu.edu.my/). Justeru dicadangkan pihak
JPKK dan Kolej Komuniti perlu meningkatkan program peningkatan kemahiran
(reskilling) dan melatih semula (upskilling) pensyarah mengikut piawaian dan
kehendak industri agar pensyarah Kolej Komuniti Jempol merupakan pensyarah
yang hebat mengikut peredaran globalisasi.
7.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, pelajar berpuas hati dengan tahap personality pensyarah
merangkumi ketepatan masa dan disiplin pensyarah.Pelajar juga berpuas hati
dengan tahap kemahiran yang pensyarah milik. Pelajar juga memberi persepsi
yang baik terhadap cara pengajaran dan pembelajaran pensyarah di dalam
kelas.Walaubagaimanapun bagi memastikan graduan yang dihasilkan adalah
berkualiti dan mengikut kehendak pasaran global, pensyarah perlu mengekalkan
personaliti dan menambah baik kemahiran mengikut peredaran masa.
RUJUKAN
Khalip Musa* & Hariza Abd. Halim (2015)Kemahiran Interpersonal Guru Dan
Hubungan Dengan Pencapaian Akademik Pelajar (Interpersonal Teacher
Skill And It’s Relationship With Students’ Academic Achievement). Jurnal
Pendidikan Malaysia 40(2)(2015): 89-99
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 410
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Jpkk (2017) Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Kolej
Komuniti.http://www.Jpkk.Edu.My/V2/. (Akses 25 Mei 2017).
Buletin Transformasi Pendidikan Malaysia.http://www.padu.edu.my/ (Akses 29
Jun 2017)
Rohani Araba, Hazri Jamil & Nordin Abd Razak (2010)Hubungan Guru-Pelajar Dan
Kaitanya Dengan Komitmen Belajar Pelajar:Adakah Guru Berkualiti
Menghasilkan Perbezaan Pembelajaran Antara Jantina Pelajar?Jurnal
Pendidikan Malaysia 35 (2): 61-69
Marhaiza Ibrahim, Ahmad Zubir Ibrahim, Selamah Maamor dan Aznita Samsi
(2015), Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Ke Arah Melahirkan Modal
Insan Kelas Pertama. Journal of Holistic Student Development 2(1): 12-22
Zaliza Hanapi, Arasinah Kamis, Tee Tze Kiong, Mohd Hasni Hanapi (2016) Jurang
Integrasi Kemahiran Employabiliti di Malaysia: Satu Kajian Empirikal
Graduan Kejuruteraan Kolej Komuniti. Malaysian Journal of Society and
Space 12(3) : 145-153.
Syofia Ulfah, Zamri Mahamod, Hamidah Yamat (2012)Amalan Komunikasi
Interpersonal Direktif Guru Bahasa Indonesia Ketika Memulakan
Pengajaran, Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. 2(2): 71-82
Zaliza Hanapi, Mohd Safarin Nordin & Arasinah Khamis (2015) Challenged Faced
by Engineering Lecturers in Integrating Technical dan Employability Skills
in the Curriculum: A Case Study. International Journal of Social Science
and Humanity 5(5): 483-486
Dr Faridah Abu Hassan, Dr Naimah Ishak, Dr Hamidah Yusaf Dan Dr Habibah Abdul
Rahim (2005) Kemiskinan dan pendidikan: Perubahan minda orang melaui
ke arah kecemerlangan pendidikan akademik.Jurnal penyelidikan
pendidikan KPM: 27-95
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 411
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Ahmad Johari Sihes & Siti Asfarina Sarimin (2010) Keutamaan Ciri-Ciri Pengajaran
Pensyarah Yang Baik Daripada Persepsi Pelajar Di University Teknologi
Malaysia, Skudai, Johor. Master Thesis, UTM Skudai, Johor.
Ahmad Rosli Mohd Nor, Firdaus Hassan Dan Hijrah Saputra Erwanto(2016)
Meneroka Faktor Kritikal Kejayaan Dalam Perancangan Kerjaya Untuk
Pelajar Tvet. Persidangan Kebangsaan PSH 2016.
Normah Zakaria (2016)Pengaruh Antara Kemahiran Kebolehpasaran Ke Arah
Pengurusan Kerjaya Dalam Kalangan Pelajar Vokasional Conference:
Woctvet 2016, At Hotel Paragon, Johor Bahru.
Ahmad Azlan Bin Mohamad (2011)Faktor-Faktor Mempengaruhi Keberkesanan
Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Bengkel Kimpalan Untuk
Juruteknik Automotif Semester 4 Kolej Komuniti Kepala Batas. Senarai
Koleksi Kajian KK Kepala Batas
Rohani Binti Abdul Razak Dan Sharina Diana Binti Johari (2009) Penyampaian
Pembelajaran Dan Pengajaran (P&P) Dalam Kalangan Pensyarah: Satu
Persepsi Pelajar
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 412
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
PERSEPSI PELAJAR SIJIL PEMASANGAN ELEKTRIK TERHADAP
MASALAH KETIDAKHADIRAN KE KOLEJ KOMUNITI JEMPOL
Norazah Binti Abdullah 1*, Fazilawati Binti Redzwan 2, Mohd Fahmi Bin Ab
Rahman3
Kolej Komuniti Jempol
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini dijalankan bertujuan melihat persepsi pelajar Sijil Pemasangan Elektrik terhadap
masalah ketidakhadiran ke di Kolej Komuniti Jempol. Di Kolej Komuniti, kehadiran pelajar ke
kelas merupakan salah satu elemen penting bagi memastikan pelajar lulus dalam modul yang
diambil. Kegagalan pelajar untuk hadir ke kelas kurang daripada 80% boleh menyebabkan pelajar
tersebut ditahan dari menduduki peperiksaan. Walaupun isu ini telah diperjelaskan kepada
pelajar, namun pihak kolej mendapati bahawa setiap semester terdapat pelajar-pelajar yang
masih ditahan memasuki peperiksaan akhir disebabkan oleh masalah kehadiran. Responden kajian
adalah seramai 55 orang yang terdiri daripada semester 1 sehingga 4. Kajian yang dijalankan ini
berbentuk kuantitatif dan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data yang
diperolehi dalam kajian ini di analisis menggunakan perisian Statistical Packages for Social
Sciences (SPSS) Version 20.0. Objektif kajian ini ialah untuk melihat persepsi pelajar terhadap
kehadiran ke kelas, mengenalpasti faktor-faktor ketidakhadiran pelajar ke kelas dan
mengenalpasti kaedah penyelesaian. Dapatan kajian mendapati bahawa persepsi pelajar
terhadap kehadiran kelas berada pada tahap tinggi dengan skor min 4.52. Dapatan ini
menunjukkan majoriti pelajar-pelajar sedar bahawa kehadiran ke kelas adalah sangat penting.
Justeru dapatan kajian mendapati faktor yang dominan mempengaruhi ketidakhadiran pelajar-
pelajar ke kelas ialah faktor diri sendiri. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah
penyelesaian bagi mengatasi masalah masalah ini ialah menambahbaik kemudahan kolej dan
meningkatkan kemahiran pengajaran pensyarah. Justeru, pihak kolej dengan kerjasama semua
pensyarah perlu mengemblengkan tenaga dalam meningkatkan mutu pengajaran dan
pembelajaran di Kolej serta kemudahan-kemudahan bilik kuliah yang selesa supaya boleh menarik
minat pelajar untuk hadir ke kelas.
Kata Kunci: ketidakhadiran, persepsi pelajar, kehadiran, Kolej Komuniti, pensyarah.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 413
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
1.0 PENGENALAN
Pendidikan teknikal dan vokasional (TVET) memainkan peranan penting dalam
melahirkan tenaga kerja mahir yang menyumbang kepada pembangunan ekonomi
negara untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi menjelang tahun
2020. Dibawah RMK ke 11, sebanyak 60% daripada 1.5 juta pekerjaan akan
diwujudkan dan dijangka memerlukan kelayakan TVET. Mentransformasi TVET
untuk memenuhi permintaan industri. Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11),
2016-2020, akan meneruskan agenda menghasilkan modal insan yang
berpengetahuan, berkemahiran dan memiliki sikap positif untuk terus maju
dalam ekonomi global. Kerajaan akan memberikan tumpuan kepada empat
bidang: menambah baik kecekapan pasaran buruh untuk meningkatkan
pertumbuhan ekonomi, mentransformasi TVET untuk memenuhi permintaan
industri, memperkukuh pembelajaran sepanjang hayat untuk peningkatan
kemahiran dan menambah baik kualiti sistem pendidikan bagi peningkatan
outcome pelajar dan kecemerlangan institusi. Kolej Komuniti merupakan sebuah
Institusi Pengajian Tinggi Awam yang menawarkan bidang latihan teknikal dan
vokasional (TVET). Kolej Komuniti Jempol merupakan salah sebuah kolej rintis
yang ditubuhkan pada 1 Jun 2002.
2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN
Kolej Komuniti Jempol menawarkan empat (4) program iaitu Sijil Pemasangan
Elektrik (SPE), Sijil Servis Kenderaan Ringan (SKR), Sijil Sistem Komputer (SSK)
dan Sijil Teknologi Senibina (STS). Di Kolej Komuniti, kehadiran pelajar-pelajar
ke kelas sangat penting kerana kegagalan pelajar hadir ke kelas boleh
menyebabkan pelajar ditahan dari menduduki peperiksaan. Berdasarkan Buku
Garis Panduan Pelaksanaan Program Pengajian Kolej Komuniti, pelajar
diwajibkan menghadiri setiap sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) tidak
kurang dari 80% dari jumlah jam pertemuan bagi setiap arena pembelajaran (LA).
Pelajar yang tidak mencapai kehadiran 80% dari jumlah jam pertemuan untuk
setiap kursus atau LA tidak dibenarkan menduduki penilaian akhir. Pelajar akan
diberikan surat amaran (SA) sekiranya tidak hadir dan gagal mengemukakan
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 414
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
dokumen sokongan seperti sijil cuti sakit atau surat kebenaran tidak hadir
melebihi 10% daripada jam pertemuan bagi kursus atau LA tersebut dan surat
tunjuk sebab (STS) apabila peratusan ketidakhadiran ke kolej melebihi 20%
daripada jam pertemuan bagi kursus atau LA tersebut. Pelajar yang tidak
mencapai kehadiran 80% dari jumlah jam pertemuan untuk setiap kursus atau LA
tidak dibenarkan menduduki penilaian akhir.
2.1 Penyataan Masalah
Menurut Johari dan Nik Selma (2010), masalah ketidakhadiran pelajar ke kelas
merupakan masalah yang sering melanda pelajar dipelbagai peringkat bermula
dari sekolah rendah sehinggalah ke peringkat yang paling tinggi iaitu Institusi
Pengajian Tinggi (IPT). Kajian ini disokong oleh Nor Azida, Siti Hasanah dan
Hanimarlia (2015) yang menyatakan bahawa seramai 55 orang pelajar Kolej
Komuniti Ledang telah ditahan daripada menerima elaun bulanan disebabkan
kehadiran yang kurang dari 80% pada tahun 2013. Justeru menurut Azizi, Noordin
dan Juriah (2010), gejala ponteng atau ketidakhadiran merupakan faktor utama
yang boleh menjerumuskan pelajar kepada pelbagai tingkah laku yang
menjerumus ke arah jenayah kecil di kalangan remaja.
Hasil dari pemerhatian penyelidik dan rekod fail surat amaran dan tunjuk
sebab, didapati setiap semester terdapat pelajar yang tidak hadir ke kelas tanpa
sebarang sebab dan bukti yang kukuh seperti surat kebenaran ketidakhadiran
atau sijil cuti sakit. Jadual 1.0 menunjukkan bilangan pelajar yang telah
mendapat surat amaran dan juga tunjuk sebab disebabkan kegagalan
mengemukakan bukti atau alasan yang kukuh. Daripada jadual, didapati bilangan
pelajar yang mendapat surat amaran dan surat tunjuk sebab semakin meningkat
dari Sesi Mac 2016 sehingga Sesi Mac 2017 di Kolej Komuniti Jempol.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 415
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Jadual 1.0: Bilangan dan peratusan pelajar mendapat surat tunjuk sebab
dan surat amaran di Kolej Komuniti Jempol
Sesi Bilangan Pelajar
Surat Tunjuk Sebab Surat Amaran
Mac 2016 17 orang 41 orang
Julai 2016 29 orang 60 orang
November 2016 31 orang 114 orang
Mac 2017 72 orang 117 orang
Oleh itu, timbul persoalan adakah pelajar-pelajar menganggap kehadiran ke
kelas penting bagi mereka? Justeru, kajian ini dijalankan untuk melihat persepsi
pelajar terhadap masalah ketidakhadiran pelajar Sijil Pemasangan Elektrik di
Kolej Komuniti Jempol.
2.2 Objektif Kajian
Objektif kajian dijalankan ialah:
1. Melihat persepsi pelajar Sijil Pemasangan Elektrik terhadap kepentingan
hadir ke kelas di Kolej Komuniti Jempol.
2. Mengenalpasti faktor-faktor ketidakhadiran pelajar Sijil Pemasangan
Elektrik ke kelas di Kolej Komuniti Jempol.
3. Mengenalpasti kaedah atau cara-cara mengatasi masalah ketidakhadiran
pelajar Sijil Pemasangan Elektrik.
2.3 Persoalan Kajian
1. Apakah persepsi pelajar Sijil Pemasangan Elektrik terhadap masalah
ketidakhadiran ke kelas di Kolej Komuniti Jempol?
2. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pelajar-pelajar Sijil Pemasangan
Elektrik tidak hadir ke kelas di Kolej Komuniti Jempol?
3. Apakah kaedah atau cara-cara mengatasi masalah ketidakhadiran pelajar
Sijil Pemasangan Elektrik?
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 416
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
3.0 METODOLOGI KAJIAN
Kajian yang dijalankan ini merupakan kajian berbentuk kuantitatif yang
menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kajian. Menurut Mohd Majid
(1994), soal selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas
yang diberikan oleh responden kerana ia tidak dipengaruhi oleh gerak laku
penyelidik. Bagi memastikan soal selidik yang dibina boleh dipercayai,kajian
rintis telah dijalankan ke atas 20 orang pelajar Sijil Sistem Komputer dan
Sokongan. Nilai alpha yang diperolehi dalam kajian rintis ini ialah 0.770.
Berdasarkan Pekali Saiz Cronbac’s Alpha dalam jadual 2.0, didapati nilai
kebolehpercayaan soal selidik adalah baik.
Jadual 2.0: Pekali Saiz Cronbac’s Alpha
Alpha Coefficient Range Kekuatan Hubungan
<0.6 Lemah
0.6 < 0.7 Sederhana
0.7<0.8 Baik
0.8<0.9 Sangat Baik
0.9 Terbaik
Soal selidik yang dibangunkan dalam kajian ini dibina berdasarkan skala likert.
Soal selidik terdiri daripada tiga (3) bahagian iaitu Persepsi Pelajar terhadap
kepentingan hadir ke kelas, faktor-faktor ketidakhadiran dan kaedah
penyelesaian masalah ketidakhadiran. Populasi kajian terdiri daripada 59 orang
pelajar Sijil Pemasangan Elektrik, Kolej Komuniti Jempol. Berdasarkan Jadual
Krejcie & Morgan (1970), sampel kajian bagi populasi 59 orang adalah seramai 52
orang. Oleh itu, sampel bagi kajian ini adalah seramai 55 orang yang dipilih
secara rawak merangkumi semester 1 sehingga 4.
4.0 DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian bagi penyelidikan ini di analisis menggunakan Jadual Tafsiran Min
seperti dalam Jadual 3.0. Jadual 4.0 menunjukkan analisis skor min yang
diperolehi daripada borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 417
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Jadual 3.0: Jadual Tafsiran Min (Sumber Landell, 1977)
SKOR MIN TAHAP KECENDERUNGAN
1.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.67 Sederhana
3.68 – 5.00 Tinggi
Jadual 4.0: Analisis Skor Min dan Tahap Kecenderungan Kajian
Item Skor Min Tahap
Kecenderungan
Persepsi pelajar terhadap masalah 4.52 Tinggi
ketidakhadiran
Punca/faktor ketidakhadiran
Keluarga 2.39 Sederhana
Diri Sendiri 2.87 Sederhana
Pensyarah 2.70 Sederhana
Kemudahan Kolej 2.83 Sederhana
Kaedah penyelesaian
Kemudahan 4.40 Tinggi
Pensyarah 4.40 Tinggi
1. Apakah persepsi pelajar terhadap masalah ketidakhadiran ke kelas?
Daripada analisis min yang diperolehi dalam jadual 4.0 didapati bahawa persepsi
responden terhadap masalah ketidakhadiran ke kelas berada pada tahap
kecenderungan yang tinggi dengan skor min 4.52. Ini menunjukkan bahawa
responden sedar bahawa pentingnya hadir ke kelas. Soal selidik menunjukkan
bahawa responden setuju bahawa ketidakhadiran ke kelas akan memberi kesan
negatif kepada markah penilaian berterusan (PB), peningkatan kemahiran,
kegagalan menduduki peperiksaan akhir serta boleh menyebabkan gagal dalam
modul yang diambil.
2. Apakah faktor-faktor yang menyebabkan pelajar-pelajar tidak hadir ke
kelas?
Dalam kajian ini, beberapa faktor digariskan antaranya ialah keluarga, diri
sendiri, pensyarah dan kemudahan kolej. Dapatan kajian menunjukkan skor min
yang paling tinggi adalah faktor diri sendiri dengan nilai 2.87, diikuti oleh faktor
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 418
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
kemudahan kolej (2.83), faktor pensyarah (2.70) dan faktor keluarga (2.39).
Faktor yang paling dominan menyebabkan masalah ketidakhadiran ialah diri
sendiri. Faktor diri sendiri merangkumi suka melakukan aktiviti-aktiviti sosial
pada waktu malam, tidur lewat malam, menghabiskan masa bermain permainan
video, melayari internet serta tidak bersemangat dan berkeyakinan diri untuk
hadir ke kelas. Faktor yang rendah mempengaruhi masalah ketidakhadiran adalah
faktor keluarga. Ini menunjukkan bahawa keluarga bukan punca utama masalah
ketidakhadiran pelajar ke kolej. Walaubagaimanapun, faktor keluarga tidak
boleh dianggap kecil kerana daripada skor min, ia juga penyumbang kepada
masalah ketidakhadiran pelajar.
3. Apakah kaedah atau cara-cara mengatasi masalah ketidakhadiran pelajar?
Dalam soalan kajian ini, dua kaedah diutarakan kepada responden melalui borang
soal selidik iaitu kemudahan kolej dan juga pensyarah. Didapati skor min bagi
kedua-dua kaedah ini adalah sama iaitu 4.40 dengan tahap kecenderungan yang
tinggi (Landel, 1977). Kemudahan kolej merangkumi kemudahan melayari
internet, kenderaan, kelengkapan pembelajaran dan pengajaran (PdP) yang
lengkap dan bilik kuliah yang selesa. Majoriti responden sangat setuju sekiranya
kolej menambahbaik kemudahan-kemudahan yang sedia ada kerana ia dapat
menarik kehadiran responden ke kolej. Responden juga sangat bersetuju
sekiranya pensyarah memberi perhatian kepada responden ketika belajar,
mengadakan aktiviti pdp yang menarik, mempelbagaikan kaedah pengajaran,
sentiasa memberi motivasi, dorongan dan pujian kepada responden dan
memulakan kelas selepas jam 9.00 pagi.
5.0 PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Daripada kajian yang telah dijalankan didapati bahawa pelajar-pelajar SPE sedar
bahawa kehadiran ke kelas sangat penting. Ini dibuktikan dengan nilai skor min
yang diperolehi daripada kajian dan tahap kecenderungan yang tinggi. Pelajar-
pelajar tahu bahawa ketidakhadiran ke kelas boleh menyebabkan mereka diberi
surat amaran, surat tunjuk sebab dan seterusnya boleh ditahan dari menduduki
peperiksaan akhir. Kegagalan menduduki peperiksaan secara automatiknya
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 419
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
pelajar terbabit gagal dalam modul berkenaan dan wajib mengulangi modul
tersebut pada semester akan datang.
Kajian mendapati faktor utama yang menyebabkan ketidakhadiran
pelajar-pelajar ke Kolej Komuniti Jempol ialah diri sendiri. Faktor diri sendiri
meliputi sikap pelajar seperti malas, kesukaran untuk bangun diawal pagi, kurang
motivasi, melakukan aktiviti-aktiviti sosial pada waktu malam, bermain
permainan video dan melayari internet. Faktor ini disokong oleh Arsaythamby
Veloo dan Ng Chooi Kim (2014) dalam kajiannya yang menyatakan bahawa faktor
utama ponteng kelas ialah sikap pelajar itu sendiri seperti lambat bangun dan
kegagalan menumpukan perhatian ketika proses pembelajaran dan pengajaran
(PdP). Kajian ini selari dengan Johari dan Nik Selma (2010) yang menyatakan
bahawa faktor utama masalah ketidakhadiran pelajar ke kelas adalah disebabkan
oleh sikap pelajar yang sentiasa bersikap negatif terhadap pelajaran kerana
kurangnya motivasi dan menganggap pelajaran itu tidak penting. Yahya Buntat
dan Norainiza (2010) dalam kajiannya menyatakan bahawa ketidakhadiran ke
kelas disebabkan kegagalan menguruskan masa dengan betul sehingga sukar
untuk bangun pada waktu pagi.
Justeru, didapati faktor kedua yang menyumbang kepada ketidakhadiran
ialah disebabkan kekurangan kemudahan di kolej seperti keselesaan bilik kuliah
atau bengkel, kekurangan kelengkapan amali, ketiadaan kafe dan juga asrama.
Menurut Norhasilah, Aspaniza & Nurul Farhana (2012) faktor kemudahan yang
lengkap, selesa serta kondusif boleh menjadi pendorong pelajar untuk hadir ke
kelas dan juga dapat merangsang proses pembelajaran. Kajian ini disokong oleh
Norazida, Siti Hasanah dan Hanimarlia (2015) yang menyatakan dalam kajiannya
bahawa faktor prasarana kolej mempengaruhi kehadiran pelajar ke kelas.
Ketiadaan asrama di Kolej Komuniti Jempol menyebabkan pelajar-pelajar
terpaksa menyewa rumah dikawasan-kawasan perumahan yang berdekatan. Hal
ini menyukarkan pelajar-pelajar untuk hadir ke kelas kerana kekangan
kenderaan. Terdapat pelajar yang terpaksa berjalan kaki dan menumpang rakan-
rakan serumah untuk hadir ke kelas.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 420
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Pensyarah merupakan antara faktor yang menyumbang kepada masalah
ketidakhadiran dikalangan pelajar melalui proses PdP. Menurut Muhammed Sharif
Mustaffa & Suria Abd Jamil (2012), sikap pensyarah merupakan faktor penting
kepada masalah ketidakhadiran pelajar. Pensyarah perlu bijak memainkan
peranan menarik minat pelajar untuk hadir ke kelas dengan mempelbagaikan
teknik pengajaran. Bagi memastikan PdP berjalan dengan lebih menarik dan
berkesan, mekanisme yang terbaik adalah pembelajaran berpusatkan pelajar
dimana ia memerlukan pelajar untuk memberi fokus kepada kandungan modul,
serta memerlukan pelajar untuk menggunakan kemahiran dan pengetahuan serta
mengaplikasikan pelbagai sumber maklumat untuk menyelesaikan masalah
(Marhaiza, Ahmad, Selamah dan Aznita, 2015). Ini kerana cara pengajaran
pensyarah dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan tidak ponteng kelas
dan ia juga boleh mendatangkan rasa bosan dan benci sekaligus tidak hadir ke
kelas. Kajian ini disokong oleh Faizal & Julie Williams (2014) yang menyatakan
bahawa pelajar bermotivasi untuk belajar sekiranya mereka dilibatkan secara
aktif dalam proses pembelajaran dan berupaya meningkatkan kemahiran dan
pengetahuan yang sedia ada.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor keluarga mencatatkan skor
min yang paling rendah iaitu 2.39. Didapati faktor keluarga bukanlah
penyumbang utama kepada masalah ketidakhadiran ini. Walaubagaimanapun jika
dilihat pada hari ini, nilai kekeluargaan semakin pudar dan rapuh dikalangan
masyarakat kita. Menurut Norhasilah, Aspaniza & Nurul Farhana (2012), pelajar
yang bermasalah kebiasaannya datang dari keluarga yang tidak harmoni.
Kesibukkan ibubapa menyebabkan, anak-anak bebas melakukan apa sahaja
termasuk mengabaikan pelajaran. Nilai kekeluargaan ini amat penting untuk
pembesaran dan perkembangan emosi kanak-kanak. Justeru menurut Norazida,
Siti Hasanah dan Hanimarlia (2015) masalah kemiskinan juga menyebabkan
pelajar-pelajar tidak hadir ke kelas kerana bekerja sambilan sehingga larut
malam untuk menampung kos kehidupan.
Dalam kajian ini, penyelidik menggariskan dua (2) kaedah penyelesaian
untuk memotivasikan pelajar-pelajar untuk hadir ke kelas iaitu kelengkapan
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 421
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
kemudahan Kolej dan pensyarah. Didapati skor min kedua-dua kaedah ini tinggi
iaitu 4.40. Hal ini menggambarkan bahawa faktor kemudahan dan pensyarah
memainkan peranan penting dalam mengatasi masalah ketidakhadiran ke kelas.
Pensyarah berupaya memberikan motivasi berterusan kepada pelajar. Pensyarah
yang mempunyai pengalaman dan kemahiran yang luas serta kemudahan bengkel
dan makmal yang moden boleh merangsang minat pelajar untuk hadir ke kelas.
Justeru pensyarah juga perlu meningkatkan kemahiran intrapersonal diri bagi
memastikan wujud hubungan yang baik antara pensyarah dan pelajar. Menurut
Norzaini dan Mohamed Sani (2007) yang dipetik dari Khalip & Hariza (2015)
pensyarah yang berkesan bukan sahaja hebat dalam bidang akademik tetapi turut
berperanan sebagai penasihat, perunding, pendorong, pakar rujuk dan pengawas
disiplin. Kajian ini selari dengan Khalip & Hariza (2015) yang menyatakan bahawa
hubungan positif antara pensyarah dan pelajar boleh meningkatkan komitmen
dan motivasi pelajar. Menurut Marhaiza, Ahmad, Selamah dan Aznita (2015),
untuk melahirkan graduan yang mempunyai modal insan cemerlang, pensyarah
perlu menjalankan tugas dengan beretika dan berintegriti. Justeru dalam konteks
ini, latihan dan kemahiran berterusan kepada pensyarah merupakan satu wardah
yang perlu diberi penekanan. Menurut Zaliza,Aranisah, Tee Tze kion, Mohd Hasni
(2016), kualiti sesuatu pendidikan bergantung kepada kemudahan-kemudahn
pendidikan dan infrastruktur yang disediakan dan kurikulum yang baik serta
perlaksanaan yang efektif. Justeru menurut Zaliza, Mohd Safarin dan Arasinah
(2015), cabaran utama pensyarah dalam PdP ialah disebabkan kekurangan
peralatan PdP yang sesuai dan juga kemudahan kelas dan bengkel yang tidak
kondusif.
6.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya,daripada kajian yang telah dijalankan, didapati pelajar-pelajar
sedar bahawa kehadiran ke kelas adalah penting. Walaupun begitu, masalah
ketidakhadiran semakin meningkat dari setiap semester ke semester yang
seterusnya. Justeru, kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa faktor yang
menjadi punca atau sebab kepada masalah ketidakhadiran ini. Faktor yang paling
dominan ialah diri sendiri diikuti oleh kemudahan kolej, pensyarah dan keluarga.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 422
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Justeru semua pihak termasuk Kolej Komuniti Jempol, Pensyarah dan keluarga
perlu memainkan peranan penting mengintegrasikan langkah-langkah dan
saranan bagi mengatasi gejala ketidakhadiran dari berleluasa di kalangan
pelajar. Pensyarah berperanan besar memberi motivasi, galakan dan menarik
minat pelajar-pelajar untuk hadir ke kelas. Gejala ketidakhadiran harus
ditangani secara kolektif dan menyeluruh oleh semua lapisan masyarakat kerana
ia boleh memberi kesan kepada negara (Arsaythamby Veloo & Ng Chooi Kim
(2014). Justeru persekitaran dan kemudahan yang kondusif serta ketersediaan
pensyarah dengan ilmu serta kemahiran yang secukupnya perlu dibentuk di
segenap penjuru agar percaturan dan tindakan dapat dilakukan dengan mudah
(Marhaiza Ibrahim, Ahmad Zubir Ibrahim, Selamah Maamor dan Aznita Samsi ,
2015).
RUJUKAN
Arsaythamby Veloo & Ng Chooi Kim (2014),Jenis Amaran Dan Faktor Ponteng
Sekolah Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Sabah, Asia Pacific
Jurnal Of Educators Dan Education,Vol 29:125-139
Azizi Yahaya, 2 Noordin Yahaya, 3 Juriah Juriah @ Daing Junaidah Bte Hj. Bachok
(2010), Perkaitan Antara Hubungan Kekeluargaan, Pengaruh Rakan Sebaya
Dan Kecerdasan Emosi Dengan Tingkah Laku Delinkuen Pelajar Sekolah
Bestari Di Daerah Pontian. Journal of Science & Mathematics Education.
Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia (2013).
Buku Garis Panduan Pelaksanaan Program Pengajian Kolej Komuniti.
Johari Bin Hasan & Nik Selma Bt Muhammad (2010), Faktor-Faktor Yang
Menyebabkan Masalah Ponteng Sekolah Di Sekolah Menengah Daerah
Kulaijaya Johor. Unpublished Thesis, Universiti Teknologi Malaysia
JPKK (2017) Portal Rasmi Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti,
http://www.jpkk.edu.my/v2/
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 423
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Marhaiza Ibrahim, Ahmad Zubir Ibrahim, Selamah Maamor dan Aznita Samsi
(2015), Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Ke Arah Melahirkan Modal
Insan Kelas Pertama. Joornal of Holistic Student Development 2(1): 12-22
Muhammad Faizal A. Ghani & Julie Williams (2014), Harapan Murid Bermasalah
Terhadap Pengajaran Pensyarah: Satu Kajian Awal Disebuah Negara Maju.
Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, (2)1: 26-43
Muhammad Sharif Mustaffa Dan Suria Abd Jamil (2012), Mengenalpasti Punca-
Punca Masalah Ponteng Dikalangan Pelajar: Satu Kajian Kes.Journal Of
Educational Psychology & Counseling (6):50-73,
Nor Azida Binti Mansor, Siti Hasanah Bt Ahmad Shah, Hanimarlia Binti Hassan
(2015), Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Ketidakhadiran Di Kalangan
Pelajar Modular Servis Kenderaan Ringat Kolej Komuniti Ledang,
Penyelidikan KKLEJ
Norhasilah Mat Nr, Aspaniza Hamzah & Nurul Farhana Junus(2012),Faktor-Faktor
Yang Mempengaruhi Gejala Ponteng Dikalangan Pelajar Sekolah Menengah
Kebangsaan Taman Selesa Jaya 2, Skudai. Journal of Educational
Psychology & Counseling (5):12-29
Pelan Pembangunan Rancangan Malaysia Ke Sebelas (RMK-11) 2016-2020, Portal
Rasmi Unit perancang Ekonomi, http://epu.gov.my/ms/
Yahya B. Buntat & Norainiza Binti Saini(2010), Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi
Masalah Ponteng Kelas Dikalangan Pelajar-Pelajar Di Kolej Kemahiran
Belia Nasional, Pontian, Unpublished thesis, Universiti Teknologi Malaysia
Zaliza Hanapi, Arasinah Kamis, Tee Tze Kiong & Mohd Hasni Hanapi (2016),Jurang
Integrasi Kemahiran Employbiliti Di Malaysia: Satu Kajian Empirikal
Graduan Kejuruteraan Kolej Komuniti. Malaysian Journal of Society and
Space, 12 (3):145-153
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 424
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
KAJIAN APLIKASI AMALAN KESELAMATAN DALAM KERJA-KERJA
AMALI BINAAN DAN LANDSKAP DI KOLEJ KOMUNITI
Wan Fadhilah Bin Wan Hitam1, Mohammad Hairy Bin Kharauddin2
Kolej Komuniti Selandar1, Kolej Komuniti Masjid Tanah2
[email protected]
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengetahui amalan keselamatan dan sejauh manakah ia diaplikasikan
dalam kerja-kerja amali dalam bidang landskap dan binaan di Kolej Komuniti. Terdapat lima
aspek yang dikaji iaitu pengetahuan, pematuhan, pelaksanaan tentang amalan keselamatan dan
aspek keselamatan yang dilaksanakan serta keperihatinan pihak institusi terhadap keselamatan
pelajar. Sampel kajian adalah seramai 52 orang yang mana merupakan pelajar yang mengikuti
modul pembinaan dan projek landskap daripada Kolej Komuniti Selandar dan Masjid Tanah,
Melaka dan Kolej Komuniti Mas Gading, Sarawak. Data yang dikumpul melalui borang soal selidik
dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 17.0.
Secara keseluruhan, hasil kajian menunjukkan bahawa aplikasi amalan keselamatan dalam kerja-
kerja amali binaan dan landskap pada kadar 55%. Oleh yang demikian, dicadangkan satu kursus
dengan modul yang lengkap berkaitan dengan amalan keselamatan dan kesihatan pekerja serta
aplikasinya di dalam bidang landskap dan binaan dibangunkan.
Kata kunci: Amalan Keselamatan, pelajar, landskap dan binaan.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 425
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
1.0 PENGENALAN
NIOSH (2000) mendefinasikan keselamatan dari segi pekerjaan adalah suasana
pekerjaan yang bebas daripada bahaya kemalangan bukan hanya untuk orang
yang bekerja tetapi juga kepada orang awam yang menjejaskan aktiviti
pekerjaan yang dijalankan. Menurut Hapriza (2007), Keselamatan dan kesihatan
di tempat kerja merupakan satu isu penting dan ianya berkait rapat dengan
keselamatan dan kesihatan masyarakat serta kepada individu yang berada
persekitaran. Holt (2005) memberikan takrifan mengenai keselamatan sebagai
ketiadaan bahaya, ketiadaan ruang yang membantu mewujudkan suasana bahaya
serta sebagai satu tahap perlindungan dan keadaan yang tiada berisiko. Landskap
pula merupakan rekabentuk bumi di mana ia melibatkan elemen landskap seperti
tumbuhan, air dan struktur binaan. Elemen ini disusunatur dalam satu rekabentuk
yang sesuai dan menarik (Kamus Dewan, 1989). Dalam kajian ini, landskap
terbahagi kepada 2 iaitu landskap lembut dan landskap kejur. Landskap lembut
adalah merujuk kepada tanaman dan penyelenggaraan kepada tanaman tersebut
dan landskap kejur merujuk kepada sturktur binaan yang dibuat di tapak binaan
landskap seperti wakaf, pergola, laluan pejalan kaki dan sebagainya.
Kesedaran mengutamakan keselamatan semasa melakukan sesuatu kerja
perlu dilaksanakan pada peringkat akar umbi agar dapat memupuk sikap pekerja
yang sentiasa peka tentang aspek keselamatan semasa melakukan sesuatu kerja
terutamanya pelajar dari aliran kemahiran (Mior, M.S. 2003). Kesedaran terhadap
keselamatan perlulah ditanam kepada setiap pelajar supaya sikap mementingkan
keselamatan ini dapat diamalkan semasa membuat kerja amali di bengkel dan
seterusnya diamalkan setelah memasuki ke alam pekerjaan (Abd. Hamid, A.L.
2012). Ali et al. (2009) menyatakan mengenai keselamatan dan kesihatan turut
menjadi agenda yang utama sesebuah organisasi kerana disedari bahawa
persekitaran yang selamat dan tidak mendatangkan risiko adalah hal yang penting
kepada semua pekerja. Selain itu, keselamatan dan kesihatan di tempat kerja
juga perlu diambil serius dalam memastikan tiada risiko yang mengakibatkan
kemalangan dan memberi kesan kepada pekerja syarikat dan kawasan
persekitaran (Syariha, 2013).
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 426
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Dilley dan kleiner (1996 dalam kajian Nur Fazreen, 2013) mendapati
bahawa hampir 85% hingga 98% kecederaan yang berlaku di bengkel berpunca
dari kelakuan tidak selamat yang dilakukan oleh sebahagian individu yang tidak
peka akan bahaya risiko kecederaan. Pengabaian aspek keselamatan akan
mengakibatkan kecelakaan, kehilangan nyawa dan kerosakkan harta benda (Abd.
Rashid, S.2001). Kebiasaannya kemalangan yang berlaku mempunyai kaitan yang
tertentu antaranya disebabkan oleh kecuaian manusia, kurang pengetahuan
tentang sesuatu kerja yang dilakukan dan kerosakkan atau kegagalan sama ada
bahan, peralatan dan mesin yang digunakan (Mustapha, H. 2000). Kemalangan
mungkin berlaku semasa aktiviti penyediaan bahan-bahan mentah seperti logam,
keluli, ketika mengendalikan pelbagai jenis mesin yang besar dan canggih,
penggunaan alat–alat memotong dan alatan tangan yang tajam (Muniandi, E.L.
2008)
2.0 KAJIAN LITERATUR
Kajian ini adalah berkaitan dengan masalah keselamatan dan kesihatan pekerja
di dalam bidang landskap di Malaysia terutamanya pada sektor-sektor pembinaan
kerja landskap di lapangan. Di dalam kepesatan dan pembangunan negara kini,
industri pembinaan mencatatkan rekod kemalangan yang paling tinggi. Menurut
Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan, statistik kemalangan pekerjaan
mengikut sektor sehingga April 2017 menunjukkan sebanyak 58 kes kemalangan
di sektor pembinaan telah dilaporkan. Sebanyak 15 kes kemalangan maut, 42 kes
tanpa hilang upaya kekal dan 1 kes hilang upaya kekal yang di berlaku pada tahun
2017.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 427
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Rajah 1 menunjukkan statistik kemalangan pekerjaan mengikut sektor.
(Sumber: Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber
Manusia)
Kemalangan yang berlaku sebenarnya berpunca daripada individu sendiri (Bahari,
I. 2006). Kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa hamper 91% kemalangan
berlaku disebabkan oleh kecuaian pekerja, 32% oleh peralatan dan 30% oleh
keadaan di tempat kerja (Khan, J.K.M. 2003). Berdasarkan pada laporan daripada
News Straits Time Press (2010), Datuk Dr Johari Basri selaku Ketua Pengarah
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia menyatakan sikap sambil
lewa majikan dan pekerja mengenai aspek keselamatan menjadi punca utama
kemalangan maut di tempat kerja apabila prosidur keselamatan serta kesihatan
tidak dipatuhi. Penyaatan ini disokong hasil kajian Md. Noor, M.S. 2002, yang
mendapati kecuaian dan pandangan remeh pihak majikan dalam soal
keselamatan dan kesihatan di tapak bina boleh menyebabkan kemalangan
berlaku sekaligus boleh merugikan mereka sendiri. Oleh yang demikian, pihak
yang berkenaan hendaklah mengambil tindakan yang sewajarnya dalam usaha
untuk mengurangkan serta mengelakkan lagi kemalangan di samping mengenal
pasti akan faktor-faktor yang mendorong ke arah masalah ini.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 428
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
3.0 PENYATAAN MASALAH
Menurut laporan daripada keratan akhbar Utusan bertarikh 25 Julai 2013,
sebanyak 49,883 kemalangan di tempat kerja dilaporkan sepanjang tempoh dari
tahun 2012 sehingga Mac 2013 dengan mencatatkan 664 kemalangan maut. Bagi
kemalangan di tapak binaan, jumlah kes yang dilaporkan dalam tempoh dari 2009
sehingga 2013 adalah 15,419 kes yang mana 14,946 cedera manakala 473
kemalangan maut. Bagi memastikan hasrat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
pekerjaan untuk mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja, kesedaran
terhadap keselamatan perlu dijadikan budaya dalam kehidupan pelajar. Oleh itu
kesedaran yang tinggi yang dipupuk sejak di bangku sekolah lagi di kalangan
pelajar dapat melahirkan pekerja yang berkualiti dan mementingkan
keselamatan di bidang pekerjaan. Menyentuh aspek untuk melahirkan pekerja
yang berkualiti dan mementingkan keselamatan di bidang pekerjaan, timbul
persoalan apakah tahap pengetahuan pelajar tentang semua aspek keselamatan
yang dipelajari ketika di sekolah mencukupi untuk diaplikasikan di tempat kerja
mereka nanti.
Bagi mengurangkan kemalangan di tempat kerja seperti ini berlaku,
pengetahuan tentang penggunaan peralatan bengkel dan peraturan ketika berada
di bengkel perlu diberi perhatian kepada pelajar. Selain itu, Kesedaran terhadap
keselamatan perlu dipupuk dan dijadikan sebagai budaya kepada pelajar agar
mereka terbiasa dengan peraturan dan amalan keselamatan semasa berada di
bengkel atau tempat kerja. Pada dasarnya, punca utama berlakunya kemalangan
adalah disebabkan sikap manusia itu sendiri. Setiap individu tidak memahami
tanggungjawab dan pranan masing-masing yang menyebabkan sesuatu
kemalangan berlaku (Rahim, S. 2012). Selain daripada itu, aspek keselamatan
selalu diabaikan oleh pelajar. Aspek keselamatan akan diberi perhatian penuh
apabila berlakunya sesuatu kemalangan (Abu Bakar, N. 2012).
Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti amalan
keselamatan di bengkel dalam kalangan pelajar Kolej Komuniti semasa mereka
menggunakan bengkel dan melakukan kerja-kerja amali. Kajian ini juga akan
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 429
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
difokuskan kepada beberapa aspek iaitu pengetahuan amalan keselamatan,
kesedaran amalan keselamatan dan juga penerimaan pelajar terhadap amalan
keselamatan ini. Pengkaji juga ingin melihat melihat sejauh manakah aspek
keselamatan dititikberatkan oleh semua pihak yang menggunakan bengkel.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif umum kajian ini adalah untuk mengetahui tahap amalan keselamatan
dan sejauh manakah ia diaplikasikan dalam kerja-kerja di bidang landskap dan
binaan. Manakala objektif khusus kajian ini adalah untuk mencapai beberapa
objektif yang telah dikenalpasti seperti di bawah:
i. Mengenalpasti samada pelajar mengetahui tentang amalan keselamatan
dan kesihatan pekerja di tapak binaan dan landskap.
ii. Mengenalpasti samada pelajar mematuhi peraturan keselamatan di tapak
binaan dan landskap.
iii. Mengenalpasti samada amalan keselamatan dan kesihatan dilaksanakan
dalam kalangan pelajar di tapak binaan dan landskap.
iv. Mengenalpasti aspek keselamatan yang dilaksanakan oleh pihak
pengurusan kolej komuniti untuk memupuk tingkah laku pelajar selamat
di tapak binaan dan landskap.
v. Mengenalpasti keperihatinan institusi terhadap keselamatan dan kesihatan
pekerja di tapak binaan dan landskap.
5.0 PERSOALAN KAJIAN
Penyelidik telah mengemukakan beberapa persoalan bagi menjawab objektif
kajian ini. Antaranya adalah:
i. Adakah pelajar mengetahui tentang amalan keselamatan di tapak binaan
dan landskap?
ii. Adakah pelajar mematuhi peraturan keselamatan di tapak binaan dan
landskap?
iii. Adakah amalan keselamatan dilaksanakan dalam kalangan pelajar di tapak
binaan dan landskap?
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 430
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
iv. Apakah aspek keselamatan yang dilaksanakan oleh pihak pengurusan kolej
komuniti untuk memupuk tingkah laku bekerja selamat di tapak binaan dan
landskap?
v. Adakah pihak pengurusan kolej komuniti memberi keperihatinan terhadap
keselamatan dan kesihatan pelajar di tapak binaan dan landskap?
6.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini dilakukan untuk kepentingan beberapa pihak berikut:
i. Jabatan Pengajian Kolej Komuniti.
Kajian yang dijalankan ini diharapkan dapat memberi manfaat kepada pihak jpkk
dalam memantau dan menambah baik amalan keselamatan di bengkelatau tapak
binaan landskap. Dengan kajian ini juga pihak jpkk dapat mengetahui
sejauhmana peraturan keselamatan bengkel dan tapak bina diamalkan oleh para
pelajar semasa melakukan kerja amali dan kepentingan mengamalkannya bagi
menghadapi cabaran dunia kerja yang kian mencabar pada masa kini. Panduan
bagi pensyarah mengubal silibus modul, sukatan kurikulum dan garispanduan di
dalam menentukan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi program
landskap dan binaan berdasarkan masalah dan isu persekitaran yang terkini.
ii. Kolej Komuniti
Memberi panduan kepada pihak KK di dalam memperbaiki atau menyelaraskan
peraturan amalan keselamatan ditapak binaan landskap bagi mengelakkan
kemalangan atau kejadian yang tidak diingini berlaku di tapak bina. Di samping
itu pengkaji mengharapkan agar kajian ini mendapat perhatian pihak KK untuk
dipertimbangkan dapatannya dan dijadikan panduan yang berguna kepada pihak
Kolej dalam merancang dan memastikan pelajar peka dan faham tentang amalan
keselamatan semasa di bengkel atau ditapak binaan dan landskap.
iii. Pensyarah
Kajian ini diharapkan dapat mewujudkan kesedaran pihak tenaga pensyarah
tentang amalan keselamatan di tapak binaan dan landskap sama ada dari
pengetahuan, pemahaman dan aplikasi dari aspek kelengkapan, pengurusan dan
juga persekitaran yang terdapat sedia ada. Keselamatan perlu diutamakan oleh
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 431
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
tenaga pensyarah kerana sebarang kemalangan yang berlaku di dalam kawasan
tapak binaan adalah di bawah tanggungjawab pihak tenaga pensyarah dan juga
pengurusan kolej.
iv. Pelajar
Pendekatan ini secara tidak langsung dapat menyemai sikap, sifat dan rasa
tanggungjawab pelajar terhadap kepentingan amalan keselamatan semasa dan
selepas menjalani amali binaan dan landskap. Bukan itu sahaja amalan
keselamatan ini kelak diharap dapat dibawa sehingga ke alam pekerjaan.
8.0 METODOLOGI KAJIAN
Data-data yang digunakan di dalam kaji selidik ini adalah melalui kaedah borang
soal selidik. Dalam kajian ini, penggunaan borang kaedah soal selidik adalah
digunapakai bagi menentukan keberkesanan amalan tersebut.
8.1 Pengumpulan Data
Data yang dikumpul di dalam kajian ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu sumber
primer dan sumber sekunder. Sumber primer adalah sumber yang terkini yang
digunapakai oleh penyelidik. Sumber primer ini lebih berbentuk objektif dan
memenuhi matlamat dan kriteria penyelidik dan berkait terus dengan keadaan
sebenar di tapak binaan. Dalam membuat analisis, rumusan dan cadangan, data
primer adalah lebih sesuai digunakan. Kaedah pemerhatian tidak digunakan di
dalam kajian ini kerana ia memerlukan penyelidik untuk berada di tapak binaan
dan memerhati sendiri situasi yang berlaku di tapak bina. Manakala sumber
sekunder pula adalah data yang diperolehi daripada kajian literatur yang lepas-
lepas samada dari sektor awam, swasta mahupun keratan akhbar. Melalui kaedah
soal selidik, pengumpulan data-data atau maklumat terkini dapat diperolehi.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 432
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
8.2 Penyediaan Borang Soal Selidik
Kajian ini adalah berbentuk tinjauan. Oleh itu, satu set lengkap borang soal
selidik untuk setiap respondan disediakan untuk tujuan pengumpulan data-data.
Soalan-soalan yang disediakan adalah berdasarkan kepada amalan-amalan
keselamatan pelajar semasa melakukan kerja-kerja amali di tapak binaan dan
landskap. Jenis-jenis soalan yang dikemukakan di dalam borang soal selidik
adalah secara umum dan terdiri daripada soalan- soalan objektif yang berkaitan
dengan amalan sebenar tentang keselamatan di tapak binaan dan landskap.
Soalan yang disediakan dipecahkan kepada 6 bahagian iaitu Bahagian A hingga
Bahagian F.
i. Bahagian A adalah berkenaan dengan latar belakang respondan.
ii. Bahagian B adalah berkenaan dengan pengetahuan pekerja tentang
amalan keselamatan di tapak binaan dan landskap.
iii. Bahagian C adalah berkenaan dengan pematuhan peraturan keselamatan
di tapak binaan dan landskap oleh pelajar.
iv. Bahagian D adalah berkenaan dengan amalan keselamatan dilaksanakan
dalam kalangan pensyarah di tapak binaan dan landskap.
v. Bahagian E adalah berkenaan dengan aspek keselamatan yang
dilaksanakan oleh pihak pengurusan institusi untuk memupuk tingkah laku
bekerja selamat di tapak binaan dan landskap.
vi. Bahagian F adalah berkenaan dengan keperihatinan pihak pengurusan
terhadap keselamatan di tapak binaan dan landskap.
8.3 Kaji Selidik
Kajian yang dijalankan adalah berbentuk tinjauan (survey research) yang
memerlukan pelbagai kaedah kajian dilakukan agar hasil yang diperolehi adalah
mengikuti objektif kajian yang ingin dicapai. Di dalam kajian ini, kaedah
empirikal adalah digunakan. Melalui kaedah empirikal, ia dijalankan secara soal
selidik. Melalui kaedah soal selidik, pengumpulan data atau maklumat yang
terkini dapat diperolehi. Kelebihan yang diperolehi daripada kaedah ini adalah
data yang diperolehi boleh didapati secara terus daripada borang soal selidik,
masa menjawab yang singkat dan memudahkan respondan memberi jawapan. Ini
kerana kesemua jawapan yang dikehendaki terdapat di dalam borang soal selidik
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 433
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
dan respondan hanya perlu menanda sahaja jawapan yang difikirkan sesuai.
Kaedah ini paling sesuai bagi tujuan pengumpulan data memandangkan
respondan yang terlibat adalah pelajar-pelajar yang mengikuti program
landskap.
8.4 Pengagihan Borang Soal Selidik
Dalam kajian ini, kaedah penyerahan borang soal selidik akan digunakan. Kaedah
yang digunakan adalah melalui serahan tangan oleh penyelidik sendiri kepada
para pelajar. Walaupun terdapat banyak kaedah yang boleh digunapakai untuk
mengagihkan borang soal selidik tersebut, kaedah yang digunakan oleh penyelidik
adalah paling sesuai untuk memenuhi objektif kajian. Memandangkan faktor
masa yang terhad, sememangnya kaedah tersebut amat sesuai digunakan.
8.5 Kaedah Pengagihan Melalui Serahan Tangan
Dalam kaedah ini pula, pemilihan respondan adalah secara rawak dengan
mengenalpasti respondan yang mengikuti program di bidang landskap dan binaan
di kolej komuniti Selandar dan Masjid Tanah di Melaka dan Kolej Komuniti Mas
Gading di Sarawak. Pemilihan respondan terdiri daripada para pelajar dan bekas
pelajar yang telah mengikuti program landskap sahaja. Bagi mengelakkan
respondan menerima borang soal selidik yang sama, penyelidik akan memastikan
respondan yang menerima borang soal selidik di setiap kolej adalah berbeza
secara serahan tangan. Untuk kaedah ini, penyerahan dilakukan dengan
menyerahkan borang soal selidik tersebut kepada respondan yang terbabit di
dalam kelas amali di tapak binaan dan landskap dan pengumpulan balik borang
dibuat sejurus selepas borang lengkap diisi oleh respondan. Ini bermakna,
respondan akan diminta untuk mengisi dan menyerahkan borang soal selidik
tersebut pada masa itu juga.
9.0 ANALISIS DATA
Kesemua data yang dikumpul daripada dua kaedah tersebut di analisis mengikut
susunan yang berasingan. Data yang diperolehi daripada borang soal selidik di
analisis dengan mengunakan aplikasi perisian Statistical Package For Social
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 434
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Science (SPSS 17.0 for Windows). Perisian ini menganalisis data yang dikumpul
secara statistik. Data ini juga dapat membentang hasil analisis dalam kekerapan
yang lebih mudah difahami. Dalam kajian ini, data yang di analisis menggunakan
kaedah kekerapan (frequency) sahaja. Analisis statistik kekerapan menunjukkan
peratusan setiap pembolehubah kepada kajian ini.
9.1 Latar belakang respondan
Sebanyak 3 buah kolej komuniti yang terlibat dalam landskap dan binaan di
negeri Melaka dan Sarawak yang terlibat di dalam kajian ini. Seramai 52 orang
respondan telah menjawab borang soalselidik yang telah diedarkan seperti di
jadual di bawah:-
Industri Jantina Jumlah
Lelaki perempuan 21
16
Kolej Komuniti Selandar 15 6 15
52
Kolej Komuniti Masjid Tanah 7 9
Kolej Komuniti Mas Gading 10 5
Jumlah
Jadual 1: Bilangan respondan
10.0 DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini menerangkan mengenai dapatan kajian berdasarkan objektif kajian
yang telah digariskan iaitu:-
Maklumbalas
Bil Elemen Kajian Respondan
Ya Tidak Tidak
pasti
1 Tahap pengetahuan pelajar tentang amalan 155 40 13
keselamatan di tapak binaan dan landskap
Tahap pematuhan pelajar terhadap peraturan
2 keselamatan dan kesihatan di tapak binaan dan 94 30 32
landskap
3 Tahap pelaksanaan amalan keselamatan dan 145 74 41
kesihatan di amali
4 Aspek keselamatan yang dilaksanakan di tempat 123 44 41
amali
5 keprihatinan pihak institusi terhadap amalan 132 98 82
keselamatan di tapak bina / amali
Jadual 2: Dapatan hasil kajian
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 435
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
11.0 PERBINCANGAN
Objektif utama kajian ini adalah untuk mengetahui tahap amalan keselamatan
dan sejauh manakah diaplikasikan dalam kerja-kerja di bidang landskap dan
binaan. Kajian ini juga menyentuh tentang peraturan, pelaksanaan dan
keperihatinan pihak institusi terhadap amalan tersebut.
Berdasarkan analisis diskriptif iaitu analisa kekerapan respondan pada
objektif pertama iaitu tahap pengetahuan, menunjukkan majoriti respondan
mengetahui amalan tersebut di tapak binaan dan landskap. Walaubagaimanapun
ada juga respondan yang menjawab ‘Tidak’ (40 respondan) dan ‘Tidak Pasti’ (13
respondan) terutamanya berkenaan dengan iklan dan memo tentang amalan
keselamatan dan kesihatan tersebut. Menurut kajian Mior Ismail (2003) setiap
pelajar yang terlibat dalam aktiviti makmal mesti melengkapkan diri mereka
dengan pengetahuan keselamatan dan mengamalkan budaya kerja yang selamat.
Analisis objektif kedua pula berkaitan dengan tahap pematuhan pelajar
terhadap keselamatan dan kesihatan di tapak binaan dan landskap. Dapatan ini
menunjukkan hanya sedikit perbezaan respondan yang menjawab ‘Tidak’ (30
respondan) dan ‘Tidak Pasti’ (32 respondan). Seharusnya pihak institusi perlu
menguatkuasakan pematuhan amalan tersebut dan juga memaklumkan kepada
pelajar tentang bahayanya sekiranya pematuhan tidak dilakukan. Hal ini untuk
memastikan semua pihak boleh mengikut dan faham dengan peraturan yang telah
ditetapkan (Thye, 2015).
Data analisis objektif ketiga menunjukkan respondan juga mengetahui
aspek pelaksanaan amalan keselamatan di tempat amali menunjukkan dapatan
yang tidak ketara antara jumlah “Ya” dan jumlah “Tidak” dan “Tidak Pasti”.
Seharusnya pihak institusi perlulah mengadakan kursus atau latihan yang
berkaitan dengan amalan keselamatan dan mewujudkan jawatankuasa pelaksana
seterusnya diaplikasikan dalam kerja-kerja di bidang landskap dan binaan.
Raymond C. Sinclair et. al (2003) menyatakan bahawa latihan keselamatan akan
meningkatkan pengetahuan dan mengurangkan kecederaan di tempat kerja.
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 436
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
Hasil analisis data pada objektif keempat menunjukkan respondan
mengetahui aspek keselamatan di tapak bina yang mana keseluruhannya
respondan memilih ‘Ya’. Dilihat pada aspek polisi keselamatan agak rendah iaitu
hanya 22 respondan sahaja daripada 52 respondan dinilai yang menjawab ‘Ya’
dan selebihnya menjawab ‘Tidak’ dan ‘Tidak Pasti’. Dapatan ini mewujudkan
persoalan adakah pihak institusi tidak menguatkuasakan polisi keselamatan dan
kesihatan di tempat amali ini. Keselamatan pembinaan adalah menjadi
keutamaan bagi semua pihak (Mohmad & Sultan,2014).
Hasil analisis data pada objektif kelima menunjukkan pihak institusi
prihatin terhadap amalan keselamatan di tapak amali tersebut. Dapatan
menunjukkan jawapan “Tidak” atau “Tidak Pasti” lebih tinggi daripada “Ya”. Ini
menunjukkan kebanyakkan respondan tidak tahu atau tidak pasti tentang
kemudahan yang disediakan oleh pihak institusi. Pensyarah haruslah
memaklumkan kepada pelajar tentang kemudahan yang disediakan bagi
memastikan pelajar dapat bertindak. Kemalangan yang berlaku di kawasan
pembinaan memberikan kesan yang negatif kepada semua pihak dan tidak boleh
dianggap remeh (Mohd Saidin et al.,2012).
12.0 CADANGAN
Berdasarkan kajian yang dijalankan, beberapa perkara perlu diambil perhatian
terutamanya oleh pihak yang bertanggungjawab di dalam menjaga keselamatan
pelajar khususnya yang berada dalam industri landskap, institusi yang melahirkan
graduan landskap serta pekerja atau pelajar yang menceburi bidang landskap.
Daripada hasil kajian, dapat dicadangan untuk membangunkan satu kursus
berkaitan dengan amalan keselamatan dan kesihatan pekerja serta aplikasinya di
dalam bidang landskap dan binaan. Dengan adanya kursus dengan modul yang
lengkap tersebut, dapat digunapakai sebagai garis panduan dalam pelaksanaan
amalan tersebut. Modul tersebut juga boleh membantu di dalam mengaplikasi
amalan tersebut terutamanya pada:-
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 437
Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
i. Pelajar / pensyarah
Membantu pelajar atau pensyarah dalam meningkatkan pengetahuan dan
kaedah selamat penggunaan peralatan serta pemakaian yang sesuai ketika
menjalankan sesuatu aktiviti amali atau pekerjaan.
ii. Institusi / kolej
Menjadi panduan kepada pihak institusi atau kolej mengamalkan amalan
keselamatan dengan menjalankan aktiviti pengurusan keselamatan dan
kesihatan di tapak binaan dan landskap dengan lebih cekap dan efisien
mengikut modul yang telah dibangunkan.
iii. Jabatan Pengajian Kolej Komuniti
Panduan bagi pensyarah mengubal silibus kursus / modul, sukatan kurikulum
yang berkaitan dengan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi
program landskap dan binaan. Jabatan atau instisusi yang melahirkan pelajar
di bidang landskap dan binaan yang mempunyai amalan keselamatan dan
kesihatan pekerja yang tinggi.
12.0 BATASAN KAJIAN
Kajian ini hanyalah terhad kepada pelajar yang terlibat di dalam kerja-kerja
amali binaan dan landskap sahaja. Terdapat kekangan untuk mendapatkan
jumlah pelajar yang ramai terlibat di dalam binaan dan landskap untuk menjadi
respondan kerana di institusi kajian tidak ramai pelajar yang mengikuti kursus
bidang landskap dan binaan. Kajian ini juga turut menghadkan kepada pelajar
yang mengikuti modul pembinaan dan projek landskap sahaja di Kolej Komuniti
Selandar dan Masjid Tanah di Melaka dan Kolej Komuniti Mas Gading di Sarawak.
13.0 KESIMPULAN
Melalui kajian ini, senario amalan keselamatan di dalam kerja-kerja amali binaan
dan landskap dapat diketahui. Beberapa pemasalahan juga dapat dikenalpasti.
Oleh yang demikian, kerjasama yang padu antara pelajar, pensyarah, pihak
institusi dan juga jabatan amat diperlukan bagi memastikan aspek keselamatan
pelajar terjamin di tempat amali. Keselamatan pelajar adalah strategi penting
Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 438