The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat 2017 Jilid 2

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search

ePSH 2017 Jilid 2

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat 2017 Jilid 2

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

REFERENCES
Abadi, D. J. (2009). Data Management in the Cloud : Limitations and

Opportunities. Buletin of the IEEE Society Technical Committe on Data
Engineering, 1–10.

Abdullah, R., Eri, Z. D., & Talib, A. M. (2011). A model of knowledge
management system for facilitating knowledge as a service (KaaS) in
cloud computing environment. 2011 International Conference on
Research and Innovation in Information Systems, (January 2016), 1–4.
http://doi.org/10.1109/ICRIIS.2011.6125691

Armbrust, M., Joseph, A. D., Katz, R. H., & Patterson, D. A. (2009). Above the
Clouds : A Berkeley View of Cloud Computing. Science, 53(UCB/EECS-
2009-28), 07–013. http://doi.org/10.1145/1721654.1721672

Bertino, E., Lafayette, W., Paci, F., & Ferrini, R. (2009). Privacy-preserving
Digital Identity Management for Cloud Computing. Buletin of the IEEE
Society Technical Committe on Data Engineering, 1–7.

Goebel, V. (2015). Big Data.

Halijah Ismail, & Abdullah, R. (2016). Knowledge Management Best Practice
Model in Higher Learning Institution: a Systematic Literature Review.
Journal of Theoritical and Applied Information Technology, 90(2), 210–
219.

Khoshnevis, S., & Rabeifar, F. (2012). Toward Knowledge Management as a
Service in Cloud-Based Environments. International Journal of
Mechatronics, Electrical and Computer Technology, 2(4), 88–110.

Mirashe, S. P., & Kalyankar, N. V. (2010). Cloud Computing. Communications of
the ACM, 51(7), 9. Retrieved from http://arxiv.org/abs/1003.4074

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 589

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Mohammad, S., Breb, S., & Schallehn, E. (2012). Cloud Data Management : A
Short Overview and Comparison of Current Approaches. In 24th GI-
Workshop on Foundation of Database.

Ramakrishnan, R. (2012). C OV ER F E AT U RE. IEEE Computer Society,
(February), 43–49.

SNIA (Organization). (2014). Cloud Data Management Interface Version 1.1.0.
SNIA.

Talib, A. M., Atan, R., Abdullah, R., Azrifah, M., & Murad, A. (2010). Security
Framework of Cloud Data Storage Based on Multi Agent System
Architecture : Semantic Literature Review. Computer and Information
Science, 3(4), 175–186.

Wang, J., Baker, T., Balazinska, M., Halperin, D., Haynes, B., Howe, B., … Xu,
S. (2017). The Myria Big Data Management and Analytics System and
Cloud Service. In 8th Biennial Conference on Innovative Data Systems
Research (CIDR’ 17). Retrieved from
http://creativecommons.org/licenses/by/3.0/

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 590

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

PERSEPSI INDIVIDU MENGGUNAKAN SISTEM E-FILING DALAM
PENGHANTARAN BORANG NYATA CUKAI PENDAPATAN

Nuraishahtul Akmar binti Kamaruddin1 Cr. Ramlee bin Yahya2
Kolej Komuniti Tampin

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan mengkaji persepsi individu menggunakan sistem e-Filing serta mengkaji
faktor keinginan golongan pendidik yang berkelayakan dikenakan cukai untuk menggunakan
sistem e-Filing. Faktor persepsi yang dikaji berasaskan Model Penerimaan dan Penggunaan
Teknologi (Unified Theory of Acceptance and Use of Technology). Faktor Keinginan dikaji terdiri
daripada Jangkaan Prestasi, Jangkaan Usaha, Pengaruh Sosial, Kepercayaan dalam Keselamatan,
Kepercayaan Kerahsiaan, Kepercayaan dalam Logik, dan Tanggapan Risiko. Dua faktor tambahan
yang dikenalpasti diuji iaitu kemahiran menggunakan internet dan pengetahuan tentang cukai
pendapatan individu. Kaedah tinjauan dilakukan dengan menggunakan Borang Soal Selidik bagi
mendapatkan data dan responden terlibat tertumpu kepada pembayar cukai individu di sekitar
negeri Melaka iaitu seramai 131 orang yang pernah menggunakan sistem e-Filing. Hasil dapatan
mendapati tidak terdapat pengaruh yang signifikan diantara faktor Model Penerimaan dan
Penggunaan Teknologi dengan keinginan untuk menggunakan sistem e-Filing.

KATA KUNCI: e-Filing, Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP), Model Penerimaan dan
Penggunaan Teknologi

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 591

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

1.0 PENGENALAN

Pengutipan cukai di setiap Negara adalah sangat diperlukan bagi memberi sumber
kewangan kerajaan untuk membangunkan Negara. Tanpa sumber kewangan dari
kutipan cukai, adalah mustahil bagi sesebuah Negara membiayai projek-projek
pembangunan dan memperbaiki infrastruktur, memenuhi keperluan rakyat,
memberi subsidi serta sumbangan kepada rakyat yang memerlukan. Pelbagai
usaha dilakukan untuk meningkatkan pendapatan melalui percukaian. Usaha ini
termasuklah memudahkan pembayar cukai menghantar Borang Nyata Cukai
Pendapatan (BNCP) secara atas talian. Inovasi yang telah diperkenalkan oleh
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) pada tahun 2006 menggantikan pengisian
BNCP dimana penghantaran borang tersebut sebelum ini adalah secara manual.
Perkhidmatan Sistem e-Filing ini adalah secara percuma. Dengan sistem e-Filing,
pembayar cukai dapat mengira, melengkapkan dan mengemukakan dengan
pantas BNCP ke LHDN (Masrun, 2013). Melalui sistem e-Filing ini, ianya secara
tidak langsung membantu pihak LHDN meningkatkan kecekapan dalam urusan
pemfailan BNCP.

Nor Hazwani dan Mohd Rizal (2011), objektif utama pelaksanaan e-Filing
adalah untuk meningkatkan keberkesanan pemprosesan borang cukai yang
dihantar oleh pembayar cukai kepada agensi percukaian. Ini penting kerana
setiap tahun, kadar kelayakan pembayar cukai perseorangan meningkat dari
semasa ke semasa dan secara tidak langsung, tenaga kerja dan masa diperlukan
oleh agensi cukai untuk memproses semua borang cukai yang diterima
meningkat. Melalui e-Filing, ketepatan pemprosesan dapat mengurangkan
sebarang kesilapan semasa pemprosesan borang cukai kerana ciri-ciri yang
terdapat dalam sistem e-Filing direka khas untuk memudahkan pembayar cukai
mengisi borang tersebut. Kesimpulan di sini, pelaksanaan sistem ini memberi
impak yang baik kepada pembayar cukai mahu pun kepada agensi percukaian.
Disini, pihak LHDN masih mengharap agar pembayar cukai perseorangan yang
berkelayakan yang menggunakan sistem ini mencapai 80 peratus dalam tempoh
kurang lima tahun daripada tarikh sistem ini diperkenalkan.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 592

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Terdapat banyak penambahbaikan yang telah dilaksanakan oleh pihak
LHDN bagi memastikan kualiti perkhidmatan yang diberikan adalah yang terbaik.
Sebagai contoh, dipermulaan sistem e-Filing diperkenalkan, pembayar cukai yang
ingin memasuki dan menggunakan sistem e-Filing ini perlu mendapatkan nombor
pin untuk sijil digital secara manual samada hadir ke cawangan LHDN yang
berhampiran, permohonan melalui telefon,surat atau faks. Kini, LHDN telah
memudahkan pembayar cukai untuk mendapatkan sijil digital tersebut melalui
pendaftaran secara atas talian di laman web LHDN. Dulu, para pembayar cukai
harus hadir ke LHDN berdekatan untuk mengisi Borang Nyata Cukai Pendapatan
secara e-Filing. Kini, sistem e-Filing boleh diakses dirumah dengan menggunakan
talian internet.

Setelah hampir 8 tahun sistem e-Filing diperkenalkan oleh LHDN, namun
didapati tidak ramai pembayar cukai menggunakan sistem ini untuk menghantar
BNCP. Statistik penggunaan e-Filing sebagai satu medium penghantaran BNCP
menunjukkan terdapat peningkatan penggunaan sistem e-Filing setiap tahun.
Tahun taksiran 2012 sebanyak 9.1%, tahun taksiran 2011 sebanyak 1.8 juta
pembayar cukai, 8.07% peningkatan dari taksiran tahun 2010, Walaupun terdapat
peningkatan penggunaan e-Filing, namun masih ramai lagi pembayar cukai
enggan menggunakan sistem e-Filing. Oleh yang demikian, LHDN menawarkan
Tempoh Tangguh (grace period) sehingga 15 Mei pada tahun 2012 dan 2013.
Langkah ini diambil sebagai satu galakan kepada mereka untuk beralih daripada
sistem manual yang menggunakan Borang Kertas kepada sistem e-Filing yang
ternyata lebih mudah, tepat dan selamat. (Masrun, 2012).

Badan percukaian di dunia juga secara progessif meningkatkan kualiti
talian internet bagi membolehkan sistem e-Filing dapat dilakukan. Dengan ini,
diharapkan ianya dapat meningkatkan sistem pengurusan cukai dan kepatuhan
pembayar cukai membayar cukai yang dikenakan. Namun dengan kecanggihan
sistem yang diperkenalkan, pembayar cukai masih lagi diberi opsyen sama ada
menggunakan sistem e-Filing atau sistem manual. Oleh yang demikian, terdapat
banyak kajian mendapati ramai pembayar cukai tidak mahu menggunakan sistem
e-Filing. (Hansford et. al. 2006; Hung et al., 2006). Walaupun sistem e-Filing

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 593

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

memberikan banyak manfaat untuk memperbaiki pengurusan cukai, ramai lagi
pembayar cukai yang enggan menggunakan e-Filing.

Nor Hazwani et. al (2011) menyatakan, sejak dari pelaksanaan sistem e-
Filing di Malaysia, pembayar cukai individu yang berkelayakan masih diberi
alternatif untuk memilih sama ada penghantaran borang cukai dilakukan
menggunakan e-Filing iaitu secara elektronik atau pun secara manual. Keinginan
pembayar cukai untuk menggunakan e-Filing telah dijadikan isu yang penting
untuk kajian ini dilaksanakan. Dengan ini kajian dilakukan untuk mengkaji
apakah persepsi individu menggunakan sistem e-Filing dalam penghantaran
BNCP.

Pemahaman mengenai aplikasi sistem e-Filing amat penting bagi keinginan
pembayar cukai menggunakan sistem tersebut. Objektif utama kajian ini adalah
bertujuan untuk mengkaji persepsi pembayar cukai individu yang berkelayakan
menggunakan sistem e-Filing untuk menghantar BNCP. Persepsi pembayar cukai
dalam e-Filing diukur dari segi pengetahuan tentang sistem e-Filing itu sendiri
dan sikap pembayar cukai terhadap e-Filing. Aspek pengetahuan tentang cukai
pendapatan juga menjadi salah satu penyebab keinginan pembayar cukai
menggunakan e-Filing. Eriksen dan Fallan (1996) dalam kajiannya menyatakan
pengetahuan tentang cukai pembayar cukai yang mempengaruhi sikap mereka
terhadap cukai. Kajian ini menunjukkan kepentingan pengetahuan berkaitan
cukai pendapatan bagi seseorang pembayar cukai dalam Sistem Taksiran Sendiri.
Ini kerana, pembayar cukai perlu mengetahui komponen yang diambil kira dalam
cukai pendapatan.

Berdasarkan faktor yang dinyatakan diatas, adalah wajar untuk mengkaji
persepsi pembayar cukai menggunakan sistem e-Filing bagi penghantaran Borang
Nyata Cukai Pendapatan. Oleh yang demikian, maka objektif bagi kajian ini
adalah untuk mengkaji faktor mempengaruhi penggunaan e-Filing di kalangan
pensyarah Kolej Komuniti.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 594

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

2.0 SOROTAN KAJIAN DAN PEMBINAAN HIPOTESIS

Perkataan persepsi berasal dari perkataan Latin, yang bermaksud menerima,
mengumpul serta memahami dengan menggunakan minda dan rasa (James,
1987). Oleh yang demikian, persepsi adalah satu proses dimana pembayar cukai
mentafsir pengalaman mereka dalam penggunaan sistem e-Filing. Kajian ini
menyentuh persepsi pembayar cukai terhadap penggunaan sistem e-Filing.

2.1 Model Penerimaan dan Penggunaan Teknologi (Unified Theory of
Acceptance and Use of Technology-UTAUT)
Model ini dibangunkan oleh Ventakesh, Moris dan Davis (2003). Tujuh faktor
dikenalpasti dalam UTAUT adalah Jangkaan Prestasi, Jangkaan Usaha, Pengaruh
Sosial, Kepercayaan dalam Keselamatan, Kepercayaan Kerahsiaan, Kepercayaan
dalam Logik, dan Tanggapan Risiko. Model ini bukan sahaja banyak digunakan
dalam kajian berkaitan teknologi maklumat, malah ia digunapakai dalam kajian
bidang lain seperti kajian berkaitan e-Kerajaan (Al-Awadhi dan Morris, 2008);
bidang pendidikan seperti (Nanayakkara, 2007), bidang e-Commerce (Foon dan
Fah, 2011) dan banyak lagi.

Idawati (2013) menyatakan model ini dapat menjelaskan peratusan
perbezaan yang tinggi. Tambahan pula model ini boleh diubah dan ditambahkan
pemboleh ubah yang lain untuk kesesuaian kajian. Secara keseluruhannya, kajian
ini menggunakan Model UTAUT kerana ianya adalah satu model yang digunakan
secara meluas dan ianya bersesuaian dengan konteks kajian.

Daripada Model UTAUT, kajian ini mengadapatasi tujuh faktor yang telah
digariskan serta menambah dua faktor baharu yang dikenalpasti iaitu kemahiran
menggunakan internet dan pengetahuan tentang cukai pendapatan individu.

2.2 Pembinaan Hipotesis
Daripada persoalan kajian yang telah dibangunkan, beberapa hipotesis dapat
dibuat bagi menjawab persoalan kajian adalah seperti berikut:

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 595

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Ho1: Tidak terdapat pengaruh yang signifikan faktor jangkaan prestasi
(performance expectancy) terhadap
penggunaan e-Filing dikalangan pensyarah Kolej Komuniti dan guru.

Ho2: Tidak terdapat pengaruh yang signifikan faktor jangkaan usaha (effort
expectancy) terhadap penggunaan e- Filing di kalangan pensyarah Kolej
Komuniti dan guru.

Ho3: Tidak terdapat pengaruh yang signifikan faktor sosial (social influence)
terhadap penggunaan e-Filing di kalangan pensyarah Kolej Komuniti dan
guru.

Ho4: Tidak dapat pengaruh yang signifikan faktor kepercayaan dalam kerahsiaan
(trust in privacy) sistem e-Filing terhadap penggunaan sistem e-Filing di
kalangan pensyarah Kolej Komuniti dan guru.

Ho5: Tidak terdapat pengaruh yang signifikan faktor kepercayaan dalam
keselamatan (trust in security) sistem e-Filing terhadap penggunaan sistem
e-Filing di kalangan pensyarah Kolej Komuniti dan guru.

Ho6: Tidak terdapat pengaruh yang signifikan faktor kepercayaan dalam Logik
(trust in logic) sistem e-Filing di kalangan pensyarah Kolej Komuniti dan
guru.

Ho7: Tidak terdapat pengaruh yang signifikan faktor kemahiran menggunakan
internet terhadap penggunaan sistem e-Filing di kalangan pensyarah Kolej
Komuniti dan guru.

Ho8: Tidak terdapat pengaruh yang signifikan faktor pengetahuan tentang cukai
pendapatan individu terhadap penggunaan sistem e-Filing di kalangan
pensyarah Kolej Komuniti dan guru.

Ho9: Tidak terdapat pengaruh yang signifikan faktor tanggapan risiko dengan
penggunaan sistem e-Filing di kalangan pensyarah Kolej Komuniti dan guru.

3. 0 METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan soal selidik. Data yang diperolehi
ialah untuk mencari hubungan antara persepsi pembayar cukai terhadap
penggunaan sistem e-Filing. Kajian tinjauan dipilih kerana lebih bersesuaian

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 596

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

dengan objektif kajian. Populasi kajian ini terdiri daripada golongan pendidik
iaitu pensyarah dan guru di negeri Melaka yang pernah menggunakan e-Filing
untuk menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan. Kaedah pensampelan rawak
berkelompok diaplikasikan dengan memilih beberapa orang pensyarah daripada
Kolej Komuniti dan guru daripada beberapa buah sekolah yang berdekatan.
Sebagai sampel, 150 orang telah terpilih yang terdiri dari kalangan pensyarah dan
guru dimana pecahannya 75 orang pensyarah Kolej Komuniti dan 75 orang guru
di sekolah kebangsaan sekitar Melaka yang berdekatan. Walaupun sebanyak 150
set borang soal selidik diedarkan, hanya 131 dikembalikan.

Borang soal selidik di adaptasi daripada Alexander, Sonja & Richard (2009)
dengan beberapa perubahan bagi menyesuaikan dengan sampel. Kajian tersebut
mengkaji pengalaman, kepercayaan dan risiko yang sanggup diterima oleh
pembayar cukai dengan menggunakan perisian penyediaan cukai. Soal selidik
yang dirangka dalam kajian ini mempunyai dua (2) bahagian iaitu Bahagian A
(Latarbelakang Responden), Bahagian B (Penggunaan Sistem e-Filing).

4.0 ANALISIS DAN KEPUTUSAN

Kajian rintis dijalankan ke atas 40 orang pensyarah yang mewakili ciri-ciri
populasi tetapi bukan sebahagian daripada sampel. Data yang diperolehi
dianalisis menggunakan ujian statistik kebolehpercayaan untuk mendapatkan
nilai Cronbach’s Alpha. Hasil dapatan ujian kesahan dan kebolehpercayaan
instrumen, mendapati nilai a > 0.70 maka tidak ada item yang digugurkan.

Hasil dapatan kajian, mendapati majoriti responden kajian ini terdiri
daripada perempuan iaitu seramai 89 orang (67.94%) manakala responden lelaki
hanya berjumlah 42 orang (32.06%). Daripada 131 responden yang dikaji,
didapati kebanyakkan responden adalah berumur antara 36 hingga 45 tahun
(56.49%) dan paling sedikit adalah 46 hingga 56 tahun (16.79%). Seramai 69 orang
(52.67%) adalah guru dan 62 orang pensyarah Kolej Komuniti (47.33%). Majoriti
responden juga pernah menghadiri taklimat yang dianjurkan untuk mendapat
maklumat mengenai cukai pendapatan individu iaitu seramai 81 orang (61.83 %).
Seramai 63 orang (48.09%) daripada responden mendapatkan maklumat

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 597

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

mengenai sistem e-Filing dengan menggunakan internet, 29 orang (22.41%)
daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri, daripada rakan-rakan adalah seramai 17
orang (12.98%) dan paling rendah iaitu melalui suratkhabar iaitu seramai 2 orang
yang mewakili 1.53%. Item mengenai cara pegisian borang BNCP, didapati
majoriti responden mengisi sendiri BNCP secara e-Filing tanpa bantuan orang lain
adalah sebanyak 3 tahun (f= 71, 54.20%) dan paling sedikit adalah 5 tahun ke atas
(f= 1 orang, 0.76%).

4.1 Pengujian Hipotesis
Dengan menggunakan analisis statistik SPSS, faktor mempengaruhi yang
mempengaruhi penggunaan e-Filing dikalangan pensyarah Kolej Komuniti dan
Guru ditunjukkan dalam Jadual 1.

Jadual 1: Hubungan diantara faktor mempengaruhi penggunaan e-Filing
dikalangan pensyarah Kolej Komuniti dan guru

PE EE SI TDE IE TIP TIS TIL PR

Keinginan Korelasi - - 0.037 0.009 - - - - 0.041

untuk Pearson 0.081 0.077 0.095 0.095 0.114 0.119

menggunakan Sig. (2- 0.359 0.382 0.677 0.921 0.278 0.278 0.195 0.175 0.639

tailed)

N 131 131 131 131 131 131 131 131 131

*Nota : PE (Jangkaan Prestasi), EE (Jangkaan Usaha), SI (Pengaruh Sosial), TDE
(Pengetahuan Dalam Cukai, IE (Kemahiran Menggunakan Internet), TIP
(Kepercayaan Kerahsiaan), TIS (Kepercayaan Dalam Kerahsiaan), TIL
(Kepercayaan Dalam Logik) dan PR (Tanggapan Risiko)
**. Korelasi adalah signifikan pada tahap 0.01 (2-tailed).

Berdasarkan Jadual 1, keputusan menunjukkan bahawa tidak terdapat pengaruh
yang signifikan diantara penggunaan e-Filing dengan jangkaan prestasi di mana
nilai (r=-0.081, p=0.359) p>0.05, tidak terdapat pengaruh yang signifikan
diantara penggunaan e-Filing dengan jangkaan usaha di mana nilai (r=-0.077,
p=0.382) p>0.05 malah hubungan yang dapat dilihat adalah hubungan songsang.
Dapatan kajian juga mendapati tidak terdapat pengaruh yang signifikan diantara

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 598

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

penggunaan e-Filing dengan pengaruh sosial di mana nilai (r=0.037, p=0.677)
p>0.05 serta tidak terdapat pengaruh yang signifikan diantara penggunaan e-
Filing dengan kepercayaan keselamatan di mana nilai (r=-0.114, p=0.195) p>0.05.
Kajian juga mendapati tidak terdapat pengaruh yang signifikan diantara
penggunaan e-Filing dengan kepercayaan keselamatan di mana nilai (r=-0.095,
p=0.278) p>0.05, tidak terdapat pengaruh yang signifikan diantara penggunaan
e-Filing dengan kepercayaan logik di mana nilai (r=-0.119, p=0.175) p>0.05, tidak
terdapat pengaruh yang signifikan diantara faktor kemahiran menggunakan
internet terhadap penggunaan sistem e-Filing di kalangan pensyarah Kolej
Komuniti dan guru di mana nilai (r=-0.0.95, p=0.278) p>0.05, tidak terdapat
pengaruh yang signifikan diantara penggunaan e-Filing dengan pengetahuan cukai
pendapatan responden di mana nilai (r=0.009, p=0.921) p>0.05 dan tidak
terdapat pengaruh yang signifikan diantara penggunaan e-Filing dengan jangkaan
prestasi di mana nilai (r=0.041, p=0.639) p>0.05. Kajian ini gagal menolak
hipotesis nul.

4.2 Regresi

Jadual 2: Ringkasan Model

Model R R Square Adjusted R Std. Error of the

Square Estimate

1 .194a .038 -.025 1.04058

a. Andaian: (Tetap). Jangkaan prestasi, Jangkaan Usaha, Pengaruh Sosial,

Pengetahuan tentang Cukai Pendapatan, Kemahiran menggunakan Internet,

Kepercayaan Kerahsiaan, Kepercayaan Keselamatan, Kepercayaan Logik,

Tanggapan Risiko

Jadual 2 menunjukkan analisis kekuatan keinginan untuk menggunakan sistem e-
Filing dengan persepsi pembayar cukai. Walaupun sembilan (9) antara dua belas
hipotesis (12) yang diuji gagal menolak hipotesis yang diuji namun begitu apabila
analisis regression dijalankan nilai R Square adalah .038 iaitu bersamaan 0.38%.
Ini bermakna hanya 0.38% sahaja faktor mempengaruhi keinginan untuk
menggunakan sistem e-Filing untuk menghantar Borang Nyata Cukai pendapatan

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 599

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

dapat diterangkan dalam kajian ini. Manakala selebihnya sebanyak 99.62% tidak
dapat diterangkan atas faktor lain yang tidak boleh dikawal.

Jadual 3 : Ujian Pekali (Coefficients)

Unstandardized
Coefficients

Model B Std. Error t Sig.

1 (tetap) 5.228 0.785 6.656 0.000

Jangkaan prestasi -0.010 0.332 - 0.975
0.031

Jangkaan usaha -0.161 0.286 - 0.576
0.561

Pengaruh sosial 0.065 0.228 0.285 0.776

Pengetahuan terhadap 0.107 0.144 0.740 0.461
cukai

Kepercayaan dalam -0.151 0.142 - 0.288
kerahsiaan 1.066

Kepercayaan dalam 0.146 0.463 0.315 0.753
keselamatan

Kepercayaan dalam -0.212 0.472 - 0.653
logik 0.450

Tanggapan risiko 0.082 0.205 0.399 0.690

Jadual 3 menunjukkan hubungan faktor persepsi responden dalam menggunakan
sistem e-Filing untuk menghantar BNCP. Ujian Pekali digunakan untuk membina
model Linear Regression. Model Linear Regression mengandaikan bahawa
terdapat hubungan linear (berbentuk garis lurus) antara pemboleh ubah
bersandar dalam konteks kajian ini adalah persepsi responden dengan setiap
peramal (pemboleh ubah yang lain).

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 600

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Hubungan ini ditunjukkan dalam formula atau model di bawah:
y = a + bx

Di mana,
y= Pemboleh ubah bersandar
a = Pangkal garis regresi linear pada paksi Y
b = Kecerunan garisan regresi yang menyatakan hubungan antara pemboleh ubah-
pemboleh ubah
x = Pemboleh ubah bebas

Oleh itu, persamaan regression yang dibentuk daripada kajian ini adalah:

y = a + b1x1 + b2x2 + b3x3 + b4x4 + b5x5 + b6x6 + b7x7 + b8x8 + b9x9 + b10x10 + b11x11 +
b12x12 + e

y= 5.228 + (-0.010) ( Jangkaan prestasi) + (-0.161) (Jangkaan usaha) + (0.065)
(Pengaruh sosial) + (0.107) (Pengetahuan terhadap cukai pendapatan) +
(0.151) (Kepercayaan kerahsiaan) + (0.146) (Kepercayaan keselamatan) + (-
0.212) (Kepercayaan logik) + (0.082) + (Tanggapan risiko)

Tujuan utama kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji persepsi pembayar
cukai individu yang berkelayakan iaitu terdiri daripada pensyarah Kolej Komuniti
dan guru dalam penggunaan e-Filing untuk menghantar BNCP mereka. Adalah
amat penting bagi kerajaan Malaysia untuk mengkaji persepsi dan sikap
pembayar cukai untuk meningkatkan penggunaan sistem e-Filing secara optimum
agar pelaburan kerajaan dalam perkhidmatan atas talian tidak disia-siakan.
Walaupun sistem ini adalah lebih baik dan efisyen dari sistem manual biasa
namun kadar penggunaannya sejak lima tahun lalu adalah sangat rendah.

Oleh yang demikian, aspek persepsi yang ingin dikaji adalah dari aspek Jangkaan
Prestasi (Performance Expectancy), Jangkaan Usaha (Effort Expectancy),
Pengaruh Sosial (Social Influence), Kepercayaan dalam Keselamatan (Trust in
Security), Kepercayaan dalam Kerahsiaan (Trust in Privacy), Kepercayaan dalam

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 601

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Logik (Trust in Logic), Pengetahuan tentang Cukai Pendapatan (Tax Domain
Expertise), Kemahiran menggunakan internet (Internet Expertise) dan
Tanggapan Risiko (Perceived Risk).

Berpandukan Jadual 1, Hipotesis 1 diuji menggunakan Korelasi Bivariate
dan hasilnya mendapati tidak terdapat pengaruh yang signifikan faktor Jangkaan
Prestasi (Performance Expectancy) terhadap penggunaan e-Filing di kalangan
pensyarah Kolej Komuniti dan guru di mana nilai (r=-0.081, p=0.359) p>0.05.
Dapatan ini bercanggah dengan dapatan Azleen, Norazah dan Mohd Rushdan
(2008), mereka mendapati wujudnya hubungan yang signifikan diantara faktor
kualiti/prestasi sistem e-Filing. Disini dapat dilihat sistem e-Filing dapat
dilakukan pada bila masa sahaja dan kadar bayaran balik lebihan cukai yang
dibayar oleh pembayar cukai adalah lebih cepat berbanding sistem manual. Ini
menunjukkan dengan penggunaan sistem e-Filing dapat mempercepatkan
penyampaian maklumat cukai pendapatan. Kajian yang dijalankan oleh
Alexander et. al. (2009) mendapati terdapat hubungan yang positif diantara
keinginan untuk menggunakan sistem e-Filing dengan faktor jangkaan prestasi.
Melalui kajian ini, didapati bahawa ramai responden berpendapat dengan
menggunakan sistem e-Filing, sistem tersebut dapat mengurangkan pembayar
cukai melakukan kesilapan. Namun begitu, pengiraan secara manual perlu
dilakukan bagi setiap item yang terkandung dalam BNCP. Oleh yang demikian,
kesilapan dan pengiraan dan kesilapan tersalah memasukkan data masih boleh
berlaku.

Merujuk Jadual 1 juga, Hipotesis 2 juga gagal ditolak kerana berdasarkan
hasil ujian Korelasi Bivariate, didapati tidak terdapat pengaruh yang signifikan
faktor Jangkaan Usaha (Effort Expectancy) terhadap penggunaan e-Filing di
kalangan pensyarah Kolej Komuniti dan guru dimana nilai (r=-0.077, p=0.382)
p>0.05 malah hubungan yang dapat dilihat adalah hubungan songsang. Dapatan
ini selari dengan dapatan kajian oleh Azleen et. al. (2008) yang menyatakan
terdapat hubungan yang tidak signifikan diantara faktor usaha dan kemudahan
sistem e-Filing. Hasil dapatan ini membuktikan tidak terdapat kesan faktor
jangkaan usaha dan kemudahan sistem e-Filing ke atas keinginan penggunaan

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 602

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

sistem e-Filing dikalangan pensyarah Kolej Komuniti dan guru di negeri Melaka.
Mungkin diatas sebab ini, dalam laporan akhbar, masih lagi terdapat pembayar
cukai yang masih tidak mahu menggunakan sistem e-Filing walaupun sistem
tersebut boleh diakses dimana dan bila-bila masa sahaja. Mungkin salah satu
sebab mengapa pembayar cukai merasa tidak selesa menggunakan e-Filing,
tanggapan mereka bahawa sistem ini adalah terlalu kompleks.

Hipotesis 3 juga gagal ditolak kerana melalui hasil ujian statistik, didapati
nilai (r=0.037, p=0.677) p>0.05 (Rujuk Jadual 1). Oleh yang demikian, tidak
terdapat pengaruh yang signifikan faktor Pengaruh Sosial (Social Influence)
terhadap penggunaan e-Filing di kalangan pensyarah Kolej Komuniti dan guru.
Hasil dapatan ini selari dengan kajian Nor Hazwani et. al. (2011). Mereka
mendapati keinginan untuk menggunakan dengan pengaruh sosial tidak terdapat
hubungan yang signifikan. Schaupp dan Carter (2009), menyatakan pengaruh
sosial ini adalah rujukan pendapat orang lain yang dapat mempengaruhi perasaan
pengguna tentang pengajuan cukai mereka melalui sistem e-Filing yang telah
dianjurkan oleh agensi percukaian. Hasil kajian ini juga menunjukkan keinginan
pembayar cukai untuk menggunakan sistem e-Filing ini tidak dipengaruhi oleh
orang lain.

Melalui Jadual 1 juga, dapat dilihat Hipotesis 4 menunjukkan tidak
terdapat pengaruh yang signifikan diantara penggunaan e-Filing dengan
Kepercayaan dalam Keselamatan (Trust in Security) di mana nilai (r= -0.114,
p=0.195) p>0.05.

Hipotesis 5 menyatakan tidak terdapat pengaruh yang signifikan faktor
Kepercayaan dalam Kerahsiaan (Trust in Privacy) sistem e-Filing terhadap
penggunaan sistem e-Filing di kalangan pensyarah Kolej Komuniti dan guru.
Berdasarkan ujian di Jadual 1, setelah ujian dilakukan, keputusan menunjukkan
bahawa tidak terdapat pengaruh yang signifikan diantara penggunaan e-Filing
dengan kepercayaan keselamatan di mana nilai (r=-0.095, p=0.278) p>0.05.
Kajian ini selari dengan kajian Nor Hazwani et. al. (2011). Ramai pembayar
cukai yang menggunakan sistem e-Filing ini masih ragu tentang keyakinan mereka

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 603

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

terhadap sistem ini. Suhaini dan Radiah (2010) mengkaji faktor penentu sistem
pembayaran cukai diatas talian mendapati jangkaan kredibiliti juga tidak
mempunyai hubungan yang signifikan. Namun dapatan kajian tidak disokong oleh
kajian Wang (2003). Dapatan kajian mendapati wujudnya hubungan yang positif
diantara kepercayaan keselamatan perbankan secara elektronik. Satu sebab
yang menunjukkan hasil dapatan berbeza adalah kerana transaksi menggunakan
e-Bayaran yang menyambungkan pelbagai bank yang dikawal ketat oleh bank.
Oleh yang demikian, tanggapan keselamatan bukanlah satu faktor yang penting
menyebabkan pembayar cukai menggunakan sistem e-Bayaran.

Hipotesis 6 menyatakan tidak terdapat pengaruh yang signifikan faktor
Kepercayaan dalam Logik (Trust in Logic) sistem e-Filing terhadap penggunaan
sistem e-Filing di kalangan pensyarah Kolej Komuniti dan guru dan setelah diuji,
dengan merujuk Jadual 1, hasil dapatan menunjukkan dengan nilai (r=-0.119,
p=0.175) dimana p>0.05 hipotesis tersebut gagal ditolak dan ternyata bagi kajian
ini tidak terdapat pengaruh yang signifikan antara kepercayaan dalam logik
dengan penggunaan sistem e-Filing.

Bagi Hipotesis ke-7, juga berpandukan Jadual 1, ujian Korelasi Bivariate
telah mendapati faktor Kemahiran menggunakan Internet (Internet Expertise)
terhadap penggunaan e-Filing dikalangan pensyarah Kolej Komuniti dan guru
tidak terdapat hubungan yang signifikan. Nilai Pearson Correlation memberi nilai
(r=-0.0.95, p=0.278) dimana kadar keyakinan adalah p>0.05. Alex (2003)
mendapati pembayar cukai yang tahu menggunakan internet mempengaruhi
mereka menggunakan sistem e-Filing. Pembayar cukai yang tidak menggunakan
internet sama ada tidak terdapat kemudahan internet atau kemudahan komputer
adalah tidak cenderung untuk menggunakan sistem e-Filing.

Hipotesis 8 juga gagal ditolak kerana berdasarkan ujian Korelasi Bivariate,
yang dapat dilihat dalam Jadual 1, didapati tidak terdapat pengaruh yang
signifikan faktor pengetahuan tentang cukai pendapatan individu terhadap
penggunaan sistem e-Filing di kalangan pensyarah Kolej Komuniti dan guru.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 604

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Manakala hipotesis yang terakhir iaitu Hipotesis 9, juga merujuk Jadual 1, dalam
menguji Tanggapan Risiko (Perceived Risk) berkaitan penggunaan sistem e-Filing
di kalangan pensyarah Kolej Komuniti dan guru, kajian mendapati tidak terdapat
pengaruh yang signifikan faktor tanggapan risiko dengan penggunaan sistem e-
Filing di kalangan pensyarah Kolej Komuniti dan guru. Hasil kajian ini banyak
bertentangan dengan kajian lain. Bagi hubungan keinginan mengguna dengan
tanggapan risiko, kajian yang dijalankan oleh Nor Hazwani et. al. (2011)
mendapati terdapat hubungan yang signifikan diantara penerimaan risiko dengan
keinginan untuk menggunakan sistem e-Filing. Pengurangan penerimaan risiko
adalah diperlukan untuk menggalakkan ramai pembayar cukai memilih
menggunakan sistem e-Filing untuk menghantar BNCP mereka.
Walaubagaimanapun, menurut Shaupp et. al. (2009), rakyat percaya bahawa
pembayar cukai lebih berinteraksi dengan cekap dengan sistem elektronik
walaupun mereka berpendapat menggunakan sistem e-Filing adalah berisiko.

5.0 KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, pelaksanaan sistem penghantaran borang cukai
menggunakan talian internet di mana-mana negara memerlukan persekitaran
yang sangat kondusif bagi merealisasikan objektif pengwujudannya. Secara ideal,
persekitaran yang teknologi internet yang lengkap dan selesa akan mudah
diterima dan diguna pakai oleh pembayar cukai. Dengan menggunakan model
yang telah diaplikasikan dari kajian lepas, kajan ini diharap dapat memberi
gambaran tentang persepsi pemilihan sistem e-Filing dikalangan pembayar cukai
berkelayakan di Malaysia. Melalui kajian ini juga, kita dapat melihat penerimaan
sistem ini semenjak ia dilancarkan pada tahun 2006. Ini diharap dapat memberi
input yang berguna kepada agensi percukaian di Malaysia dalam usaha
meningatkan jumlah pengguna e-Filing supaya kecekapan pentadbiran cukai di
Malaysia dapat ditingkatkan dan dengan itu juga, jumlah kutipan akan
meningkat.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 605

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

5.1 Limitasi dan Saranan kajian
Kajian ini dijalankan adalah terhad kepada persepsi pembayar cukai mengenai
sistem e-Filing di sekitar Melaka sahaja, oleh yang demikian, diharapkan kajian
akan datang dapat mengkaji secara terperinci faktor-faktor yang mempengaruhi
pembayar cukai menggunakan sistem e-Filing. Tambahan lagi, disamping
mendapatkan data daripada edaran soal selidik, dicadangkan beberapa orang
pembayar cukai ditemuramah untuk melihat keinginan mereka untuk
menggunakan sistem e-Filing untuk menghantar BNCP mereka.

Pembayar cukai disarankan untuk menggunakan sistem e-Filing bagi
menghantar BNCP mereka ke LHDN kerana sistem ini memberikan banyak faedah
tidak kira kepada pembayar cukai ataupun pihak kerajaan. Geetha dan Sekaren
(2012), menyatakan sistem e-Filing merupakan satu kaedah baru yang efektif
untuk menghantar borang cukai secara atas talian dan mudah membuat
pembayaran cukai diatas talian. Ia menjimatkan masa, tenaga dan kos secara
tidak langsung dapat mengurangkan tekanan.

Impak kajian ini mencadangkan pihak LHDN perlu menambahkan lagi
program-program berkaitan kesedaran menggunakan sistem e-Filing, serta
maklumat berkaitan item yang terkandung dalam BNCP seperti pelepasan,
pendapatan dan lain-lain dengan lebih terperinci.

RUJUKAN

Alexander, M., Sonja, P., & Richard, M.(2009). Individual Taxpayer Intention To
Use Tax Preparation Software: Examining Experience, Trust, And
Perceived Risk, Journal Of Information Science And Technology, 6(1)

Azleen, I., Norazah, M. S., & Mohd Rushdan, Y. & Rahida, A. R. (2008). A Study
of Taxpayers’ Intention in Using E-Filing System: A Case in Labuan F.T s.
Computer and Information Science. Vol. 1 (2)

Azleen. I., Mohd Zulkeflee, A. R., & Mohd Rushdan, Y. (2009). Taxpayers’
Attitude In Using E-Filing Sistem: Is There Any Significant Difference

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 606

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Among Demographic Factors?. Retrieved from

http://malrep.uum.edu.my/rep/Record/ums.eprints.

Eriksen, K., dan Fallan, J. (1996). Tax Knowledge And Attitudes Towards

Taxation: A Report On A Quasi Experiment. Journal Of Economic

Psychology, 17, 387-402.

Geetha R. dan Sekar M. (2012), E-Filing Of Income Tax: Awareness And

Satisfaction Level Of Individual Tax Payers In Coimbatore City, India.

Research Journal Of Management Sciences. Vol. 1 (4), 6-11.

Hansford, A., A. Lymer And C. Pilkington. (2006). It Adoption Strategies And

Their Application To E-Filing Self-Assessment Tax Returns: The Case Of

The Uk. (80-96)

Idawati, I. (2013). Electronic filing of personal income tax returns in Malaysia:

determinants and compliance costs. Phd Thesis. Curtin University, Curtin

Business School, School of Economics and Finance

Idawati, I., Jeff, P.(2011). Compliance Costs Of Electronic Tax Filing For Personal

Taxpayers In Malaysia. Proceeding International Conference On

Management.

James, G., J., (1987). The Ecological Approach To Visual Perception. New York:

Lawrence Erlbaum Associates.

Masrun, M. (2013). Borang Nyata Cukai Pendapatan Bagi Tahun Taksiran 2012.

Kenyataan Media Lembaga Hasil Dalam Negeri. Retrieved from

www.hasil.gov.my

Nor Hazwani, H., & Mohd Rizal, P. (2010). Faktor Mempengaruhi Masyarakat

Menggunakan Perkhidmatan E-Kerajaan: Kajian Terhadap Penggunaan E-

Filing. Prosiding Perkem VI. Jilid1 : 203 – 210

Schaupp, L.C & Carter, L. D (2009). Antecendent To E-File Adoption: The U.S.

Citizen’s Perspective. E journal Of Tax Research. 7(2) : 158-170.

Wang, Y. S. (2003). The Adoption of Electronic Tax Filing Systems: An Empirical

Study. Government Information Quarterly, 20. Pp 333 – 352

Suhaini, A. & Radiah, O. (2010). Determinants of Online Tax Payment System in

Malaysia. International Journal of Public Information Systems. pp 17 – 32

Venkatesh, V., Moris, M.G, & Davis, G.B. (2003).User Acceptance Of Information

Technology: Toward A Unified View. Mis Quarterly, 27:425-478.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 607

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

KESEDIAAN PELAJAR TERHADAP PENGGUNAAN E-LEARNING
DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN KURSUS SAINS

KEJURUTERAAN (DBS 1012) DI POLITEKNIK MERLIMAU MELAKA

Suhana Binti Sabran1 , Noor Hidayah Binti Awang2
Politeknik Merlimau

[email protected]

Abstrak

Teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat berkembang membolehkan pengajaran
dan pembelajaran dibuat secara atas talian. E - learning adalah salah satu kaedah atas talian
yang digunakan sebagai medium pembelajaran dan pengajaran (PdP) untuk menyediakan
persekitaran pembelajaran berpusatkan pelajar untuk membolehkan pelajar menjana pemikiran
dan pengetahuan sendiri tanpa bergantung kepada pensyarah. Sehubungan itu, kajian deskriptif
ini bertujuan untuk meninjau kesediaan pelajar terhadap penggunaan e-learning dari segi
pengetahuan,sikap, tahap motivasi serta kesesuaiannya terhadap Kursus Sains Kejuruteraan
(DBS1012) di Politeknik Merlimau Melaka (PMM). Kumpulan sasaran bagi kajian ini ialah pelajar
semester satu diploma kejuruteraan yang mengambil kursus Sains Kejuruteraan (DBS1012) bagi
sesi Disember 2016. Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik. Data
dianalisis menggunakan SPSS (Statistical Packages for Social Sciences) ver 22. Analisis statistik
deskriptif menggunakan min telah menjawab objektif kajian berkenaan kesediaan pelajar dari
segi tahap pengetahuan, sikap dan motivasi terhadap penggunaan e-learning serta kesesuaian
penggunaan e-learning dalam Kursus DBS1012 di PMM. Hasil kajian menunjukkan kesediaan
pelajar dari segi pengetahuan, sikap dan motivasi mencatat skor min yang tinggi dan dapatan
kajian juga menunjukkan tahap kesesuaian penggunaan e-learning terhadap kursus DBS1012 turut
mendapat skor min yang tinggi. Kesimpulannya, dapatlah dirumuskan bahawa pelajar diploma
kejuruteraan di PMM telah bersedia menerima pengajaran dan pembelajaran menerusi e-learning
dan jelas sekali menunjukkan e-learning sesuai digunakan bagi Kursus DBS1012 di PMM.

Kata Kunci: E-learning, tahap pengetahuan, sikap, motivasi.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 608

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

1.0 PENGENALAN

E-learning merupakan alternatif pembelajaran relative baru untuk menunjang
keberhasilan proses belajar dengan menggunakan berbagai fasiliti teknologi
informasi, seperti teknologi komputer,teknologi jaringan seperti Local Area
Network (LAN) dan Wide Area Network (WAN), dan tidak ketinggalan juga
teknologi komunikasi seperti radio,telefon dan satelit.Tujuannya antara lain
untuk meningkatkan daya serap oleh pelajar atas apa yang diajarkan,penglibatan
aktif dari pelajar dan kemampuan belajar sendiri secara tidak langsung juga
dapat ditingkatkan (Juhazren & Nuraina,2010).

E-learning boleh didefinisikan sebagai penggunaan teknologi maklumat
dan komunikasi untuk memudahkan cara proses pengajaran dan pembelajaran.
E-learning merupakan satu bentuk kaedah pendidikan yang semakin popular
digunakan sebagai medium pengajaran dan pembelajaran. Banyak maklumat
boleh diperoleh dan ia dapat menjimatkan kos, masa dan tenaga (Hafiza Binti
Ibrahim, 2016). Menurut Pelgrum dan Enderson (1999) di dalam (Noraffandy
Yahaya, 2011), pertumbuhan dan penggunaan teknologi maklumat serta
komunikasi (ICT) dalam bidang pembelajaran menggalakkan pelajar untuk
mewujudkan pembelajaran kendiri (self-learning), penyelesaian masalah, dan
pemikiran kritis.

Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud
menggunakan ICT secara berfikrah, terancang dan bersesuaian untuk
meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
(Sharifah Nor Puteh, 2011). Menurut Kannan Rassiah (2011), penggunaan
komputer dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan internet
secara langsung membantu proses pengurusan pembelajaran di politeknik.
Sehubungan itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengetahui tahap
kesediaan pelajar dari aspek pengetahuan, sikap dan motivasi pelajar terhadap
penggunaan e-learning serta kesesuaiannya bagi Kursus DBS1012 di PMM.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 609

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

2.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat berkembang
membolehkan PdP dibuat secara dalam talian. Ia mampu menghubungkan
pensyarah dengan pelajar, pelajar dengan pelajar dan pelajar dengan bahan web
global dengan mudah. Menurut Mohd Fazli di dalam (Noraffandy Yahaya,2011)
menyatakan tujuan utama kebanyakan universiti melaksanakan on-line learning
adalah untuk menyediakan persekitaran pembelajaran berpusatkan pelajar untuk
membolehkan pelajar menjana pemikiran dan pengetahuan sendiri tanpa
bergantung kepada pensyarah. Oleh yang demikian, platform CIDOS (Curriculum
Information Document Online System) adalah salah satu contoh cabang e-
learning yang diwujudkan di politeknik sebagai medium perhubungan maya yang
membantu pelajar dan pensyarah mengaplikasikan pembelajaran secara bukan
bersemuka. Dengan menggunakan CIDOS, pensyarah boleh membuat forum,
memuat naik nota serta bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran, meletakkan
video interaktif untuk ditonton oleh pelajar dan lain-lain. E-learning telah
menjadi pilihan utama penggunaannya di kalangan pensyarah politeknik namun,
persoalannya adakah pelajar semester satu diploma kejuruteraan di PMM
berpengetahuan dan turut bersedia untuk menggunakannya.

Justeru itu, adalah penting bagi golongan pensyarah khasnya untuk
membuat kajian berkaitan dengan kesediaan pelajar terhadap e-learning untuk
mengkaji keberkesanannya (Rinaldi, 2013). Kerjasama antara pengurusan
politeknik dan pensyarah adalah penting untuk memastikan pelajar mempunyai
tahap kemahiran yang tinggi dan berpengetahuan luas untuk mengaplikasikan e-
learning dalam pembelajaran (Siti Nurul Mahfuzah Mohamad, 2014). Sehubungan
itu, kajian ini dijalankan di untuk mengetahui sejauh mana kesediaan pelajar
PMM terhadap penggunaan e-learning dari aspek pengetahuan, sikap dan motivasi
serta kesesuaian penggunaan e-learning bagi kursus DBS1012.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 610

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

3.0 OBJEKTIF KAJIAN
i. Mengenalpasti tahap kesediaan pelajar dari segi pengetahuan, sikap dan
motivasi terhadap penggunaan e-learning.
ii. Mengenalpasti kesesuaian penggunaan e-learning dalam Kursus Sains
Kejuruteraan (DBS 1012) di Politeknik Merlimau Melaka (PMM).

4.0 BATASAN KAJIAN
i. Kumpulan kajian ini hanya terdiri daripada pelajar semester satu Diploma
Kejuruteraan yang mengikuti kursus DBS 1012 pada semester Disember
2016.
ii. Kajian ini melibatkan soal selidik untuk mengenalpasti tahap kesediaan
pelajar dari segi pengetahuan, sikap dan motivasi terhadap penggunaan e-
learning yang mengambil kursus DBS 1012 pada semester Disember 2016.

iii. Kesimpulan kajian ini tidak dapat mentafsirkan keseluruhan para pelajar
di Malaysia dan kejayaan kajian ini bergantung kepada kerjasama sampel
yang dipilih dan pihak – pihak yang berkaitan.

5.0 KAJIAN LITERATUR

Di Politeknik Malaysia, sistem e – learning iaitu Learning Management System
(LMS) digunakan dalam P&P oleh pensyarah politeknik di mana pensyarah
membuat platform bagi kursus masing-masing. Menurut (Ahmad et. al, 2010), e
– learning memberi pelbagai peralatan PdP, tetapi dapatan kajiannya mendapati
kebanyakan pelajar dan juga sebilangan pensyarah masih tidak tahu bagaimana
menggunakan kemudahan tersebut.

Dalam pendidikan, e – learning juga adalah proses pembelajaran melalui
penggunaan semua peralatan media elektronik seperti internet, extranet,
telefon pintar dan lain-lain secara formal atau tidak formal. Penggunaan
komputer dalam proses PdP dan aplikasinya melibatkan penggunaan internet
secara langsung membantu dalam proses pembelajaran di Politeknik (Rassiah et.
al, 2011). Keputusan kajian adalah positif menunjukkan pelajar boleh menerima

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 611

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

dan menunjukkan minat yang tinggi dalam penggunaan teknologi semasa proses
pembelajaran.

Dalam kajian (Subramaniam et. al., 2013), 87% pelajar bersetuju bahan
pembelajaran online (e-content) sepatutnya diwujudkan bagi kursus mereka dan
100% pelajar bersetuju bahan pembelajaran online (e-content) patut dibina
untuk pembelajaran pada masa hadapan. Berdasarkan dapatan ini, pensyarah
perlu mengintegrasikan bahan pembelajaran online seperti video, simulasi,
bahan interaktif dan visual yang menarik untuk kegunaan dalam kelas atau luar
kelas.

Menurut kajian (Faridah et al., 2011), tahap kesediaan yang sederhana
terhadap penggunaan e – learning yang disokong kajian yang dijalankan oleh
(Hafiza et. al., 2016) berikutan kesediaan penggunaan e-learning di kalangan
pelajar politeknik menunjukkan tahap yang sederhana. Semua pihak perlu
memainkan peranan yang penting bagi meningkatkan penggunaan e – learning di
samping menaik taraf kemudahan internet di politeknik supaya elearning dapat
dilaksanakan dengan lancar dan efektif.

6.0 METODOLOGI

6.1 Rekabentuk Kajian
Kajian yang dijalankan adalah berbentuk deskriptif untuk mengetahui sejauh
mana kesediaan pelajar dari aspek pengetahuan, sikap dan motivasi terhadap
penggunaan e-learning serta kesesuaiannya terhadap Kursus DBS1012.

6.2 Populasi Dan Persampelan
Populasi kajian adalah pelajar semester satu diploma kejuruteraan yang
mengambil kursus DBS1012 bagi sesi Disember 2016 di PMM iaitu seramai 60
orang. Sampel kajian yang diambil dengan menggunakan kaedah persampelan
rawak.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 612

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

6.3 Instrumen Kajian
Alat kajian
Instrumen kajian yang digunakan adalah berbentuk soal selidik yang diadaptasi
daripada (Intan Noor Dzalika & Suhana, 2016). Set soal selidik ini dibahagikan
kepada 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B.

Bahagian A (Maklumat Pelajar)
Bahagian A mengandungi 4 soalan yang merangkumi demografi responden seperti
jantina dan program.

Bahagian B (Soal selidik)
Manakala Bahagian B pula dipecahkan kepada 4 bahagian iaitu Bahagian 1, 2, 3
dan 4. Bahagian 1 terdiri dari 13 penyataan bertujuan untuk mengetahui tahap
pengetahuan pelajar dalam penggunaan e-learning. Bahagian 2 pula diwakili oleh
12 penyataan bertujuan untuk mengetahui sikap pelajar menggunakan e-
learning. Di dalam Bahagian 3, pelajar diuji oleh 8 penyataan dengan tujuan
untuk mengetahui tahap motivasi pelajar terhadap penggunaan e-learning
manakala pada Bahagian 4, sebanyak 8 penyataan dikemukakan bertujuan untuk
mengetahui kesesuaian penggunaan e-learning dalam kursus DB S1012.

6.4 Teknik Pengumpulan Data
Data daripada soal selidik telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS ver
22 untuk menganalisis data yang dikumpul menggunakan kaedah perbandingan
min. Nilai-nilai min dikategorikan kepada tiga kategori yang diambil daripada (
Mohammad Rasyidi dan Faridah 2015) iaitu,

Jadual 1 : Tahap Nilai Min

Nilai Min Tahap

3.70 - 5.00 Tinggi

3.01 - 3.69 Sederhana

1.01 - 3.00 Rendah

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 613

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
7.0 DAPATAN DAN ANALISIS KAJIAN

7.1 Kesediaan Pelajar Dari Segi Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Motivasi
Terhadap Penggunaan E-Learning
Keputusan soal selidik dibawah persoalan kesediaan pelajar dibahagikan kepada
tiga persoalan utama yang dianalisis iaitu tahap pengetahuan, sikap ,dan motivasi
pelajar diploma kejuruteraan yang mengambil kursus DBS1012 terhadap
penggunaan e-learning di PMM.

7.1.1 Tahap pengetahuan pelajar dalam penggunaan E – learning.

Jadual 2: Tahap pengetahuan pelajar dalam penggunaan e-learning

BIL PENYATAAN MIN

1 Sedar kewujudan e learning 4.48

2 Berkemahiran dalam menggunakan e - learning 4.48

3 Tidak ada pengetahuan dalam e - learning 1.63

4 Sedar kelebihan e – learning 4.19

5 Merasa ketinggalan jika tidak menggunakan e – learning 4.26

Mudah mendapat bahan pembelajaran menggunakan e –
4.30

6 learning

Pencapaian akademik meningkat dengan menggunakan e
4.22

7 – learning

8 Sedar akan penggunaan e – learning di politeknik 4.30

9 Tidak boleh menggunakan e – learning 1.37

10 Tahu e – learning adalah keperluan 4.11

11 Berpengetahuan dalam ICT 4.07

12 Berkemahiran dalam ICT 4.04

13 Kurang yakin menggunakan e – learning 3.63

Aspek pertama diuji adalah berkaitan dengan tahap pengetahuan pelajar dalam
penggunaan e-learning. Merujuk kepada jadual 2, majoriti pelajar bersetuju
dengan penyataan yang menyatakan bahawa mereka sedar akan kewujudan e-
learning dan mereka juga berkemahiran dalam menggunakannya.Penyataan ini

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 614

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

mendapat skor min yang tinggi iaitu 4.48. Penyataan pelajar sedar akan
penggunaan e-learning di politeknik dan memudahkan pelajar mendapatkan
bahan pembelajaran daripadanya juga mendapat skor min pada tahap tinggi iaitu
4.30. Selain itu dengan skor min 4.26, pelajar sangat bersetuju terhadap
penyataan mereka akan merasa sedikit ketinggalan jika tidak menggunakan e-
learning dan mengetahui e-learning adalah satu keperluan dalam pembelajaran
mereka pula mendapat skor min 4.11.

Seterusnya, pelajar bersetuju dengan penyataan pelajar mempunyai
pengetahuan dalam ICT dan mempunyai kemahiran menggunakan e-learning
masing masing mencatatkan bacaan min pada tahap tinggi iaitu 4.07 dan 4.04.
Namun terdapat pelajar yang tidak bersetuju dengan dua penyataan iaitu pelajar
menghadapi halangan semasa menggunakan e-learning kerana kekangan
pengetahuan dan pelajar tidak boleh menggunakan e-learning dengan berkesan.
Penyataan ini mendapat skor min pada tahap rendah iaitu masing-masing 1.63
dan 1.37.

7.1.2 Sikap pelajar terhadap penggunaan E – learning.

Jadual 3: Sikap pelajar terhadap penggunaan e-learning MIN
BIL PENYATAAN 4.19
1 Bersedia menggunakan e – learning 3.48
2 Jarang menggunakan e – learning 4.04
3 Sentiasa mempelajari cara penggunaan e – learning 4.11
4 Prihatin akan isu semasa 4.00
5 Bersedia menghadapi cabaran menggunakan e – learning 3.67
6 Jarang beri galakan pada rakan menggunakan e – learning 4.26
7 Suka cara pembelajaran menggunakan e – learning 4.19
8 Guna e – learning untuk semua kursus 4.15
9 Guna e – learning untuk berkomunikasi dengan rakan – rakan 4.19
10 Guna e – learning untuk berkomunikasi dengan pensyarah 4.30
11 Berusaha mendapatkan nota menggunakan e – learning 4.30
12 Sentiasa mengambil peluang menggunakan e – learning .

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 615

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Dalam aspek yang kedua dilihat iaitu berkaitan tentang sikap pelajar terhadap
penggunaan e-learning. Analisis dalam bahagian ini adalah berdasarkan kepada
12 item yang terdapat dalam borang soal selidik. Daripada jadual 3, menunjukkan
pelajar mempunyai sikap yang sangat baik terhadap prnggunaan e-learning
dengan skor tertinggi min iaitu 4.30 yang diperolehi ialah pelajar berusaha
mendapatkan nota menggunakan e-learning dan mereka sentiasa mengambil
peluang menggunakan e-learning Dapatan kajian bagi semua penyataan dalam
bahagian ini menunjukkan pencapaian purata min keseluruhan melebihi 3.48 dan
ke atas.

Pelajar bersetuju dengan penyataan mereka suka cara pembelajaran
menggunakan e-learning, bersedia menggunakannya dan menggunakannya untuk
semua kursus telah mendapat skor min masing – masing 4.26, 4.19, 4.19.Selain
daripada itu, pelajar merasakan e-learning ialah medium untuk berkomunikasi
dengan pensyarah dan juga rakan-rakan masing-masing mencatatkan skor min
pada tahap tinggi 4.19 dan 4.15. Bagi aspek sikap pelajar ini, tiada penyataan
berada dalam tahap min rendah. Hanya dua penyataan berada pada skor min
sederhana iaitu jarang menggunakan e-learning dan jarang beri galakan kepada
kawan – kawan untuk menggunakan e-learning di mana masing-masing mendapat
skor min yang sederhana iaitu 3.48 dan 3.67. Membuktikan pelajar lebih terarah
untuk menggunakan medium e – learning dan juga mempunyai sikap untuk
memberikan galakan kepada rakan mereka menggunakannya.

7.1.3 Motivasi pelajar terhadap penggunaan E – learning.

Jadual 4: Tahap motivasi pelajar terhadap penggunaan e-learning

BIL PENYATAAN MIN

1 Suka menggunakan e – learning 4.00

2 Kurang selesa menggunakan e – learning 1.67

3 Berasa seronok menggunakan e – learning 3.89

4 Kurang minat menggunakan e – learning 1.48

5 Mendapat galakan dari rakan menggunakan e – learning 2.48

6 Mendapat galakan dari pensyarah menggunakan e – learning 4.26

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 616

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Mendapat galakan dari pihak pentadbiran menggunakan e –
4.33

7 learning

8 Merasa e- learning menjimatkan kos 4.19

Seterusnya, bahagian ketiga pula membincangkan berkaitan dengan tahap
motivasi pelajar terhadap penggunaan e-learning. Merujuk kepada jadual 4,
sebanyak 5 item daripada 8 item yang diuji mendapat skor min pada tahap tinggi.
Majoriti pelajar bersetuju dengan penyataan pelajar mendapat galakan daripada
pensyarah dan pihak pentadbiran untuk menggunakan e-learning dengan bacaan
skor min masing – masing pada tahap tinggi iaitu 4.26 dan 4.33. Pelajar juga
bersetuju bahawa e-learning menjimatkan kos dengan mendapat bacaan min
4.19. Pelajar berasa seronok menggunakan e-learning dan suka menggunakan e-
learning di mana kedua-dua item ini mendapat skor min yang tinggi iaitu 3.89
dan 4.00. Akhir sekali, pelajar tidak bersetuju dengan penyataan pelajar kurang
selesa, kurang minat dengan penggunaan e-learning dengan skor min di tahap
rendah iaitu 1.67 dan 1.48.

7.2 Kesesuaian Penggunaan E-Learning Bagi Kursus Dbs1012

Jadual 5: Kesesuaian penggunaan e – learning bagi kursus DBS 1012

BIL PENYATAAN MIN

Informasi dalam e learning menepati kehendak pengajaran dan
4.11

1 pembelajaran dari segi nota dan latihan

Informasi dalam e-learning menepati kehendak pengajaran dan
4.35

2 pembelajaran dari segi tutorial (video & animasi)

Informasi dalam e-learning menepati kehendak pengajaran dan
4.44

3 pembelajaran dari segi penilaian (kuiz & ujian)

Informasi dalam e-learning disampaikan dengan jelas dari segi
4.41

4 nota & latihan (teori).

Informasi dalam e-learning disampaikan dengan jelas dari segi
4.44

5 tutorial (video & animasi

Informasi dalam e-learning disampaikan dengan jelas dari segi
4.33

6 penilaian (kuiz & ujian)

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 617

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Informasi yang diberikan membantu pelajar dalam subjek yang
4.41

7 dipelajari
SLT (Self Learning Time) dapat dipraktikkan menerusi aplikasi e-
4.44

8 learning

Dalam bahagian ini dengan merujuk kepada Jadual 5, dapatan analisis
menunjukkan majoriti pelajar bersetuju dengan 8 item yang diuji dibawah aspek
kesesusaian penggunaan e – learning bagi kursus DBS 1012 dengan ke semua item
memperolehi skor min pada tahap tinggi melebihi 4.00 dan ke atas. Bagi
penyataan bahawa informasi yang diberikan di dalam e-learning menepati
kehendak pengajaran dan pembelajaran dari segi penilaian,informasi
disampaikan dengan jelas dari segi tutorial dan SLT dapat dipraktikkan menerusi
aplikasi e – learning masing – masing memperolehi skor tertinggi iaitu
4.44.Disamping itu, kenyataan menyokong kepada kesesuaian penggunaan e –
learning bagi kursus DBS 1012 ialah informasi disampaikan menepati kehendak
pengajaran dan pembelajaran segi nota ,tutorial dan penilaian (kuiz dan ujian)
turut dipersetujui oleh pelajar dengan skor min 4.11,4.35 dan 4.33.

8.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

Secara keseluruhannya berdasarkan sorotan kajian, dapatlah dirumuskan bahawa
pelajar telah bersedia menerima pengajaran dan pembelajaran menerusi e-
learning dari aspek pengetahuan, sikap dan motivasi. Kajian juga menunjukkan
e-learning sesuai digunakan oleh pelajar diploma kejuruteraan bagi kursus DBS
1012 di PMM. Oleh yang demikian, adalah wajar pembelajaran dan pengajaran
menerusi e-learning ini dipertingkatkan dan diperkembangkan lagi bagi
menambah baik mutu pembelajaran sejajar dengan peredaran masa.

Terdapat beberapa cadangan untuk meningkatkan lagi kesediaan di
kalangan pelajar diploma kejuruteraan yang mengambil kursus DBS 1012
terhadap penggunaan e-learning iaitu:

i. Mengadakan program atau seminar pengukuhan dan peningkatan tentang
teknologi ICT kepada semua pelajar.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 618

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

ii. Meningkatkan capaian internit di PMM agar penggunaan e-learning lebih
efektif di kalangan pelajar PMM.

iii. Meningkatkan kualiti alat bantu mengajar dan medium e-learning
dipelbagaikan agar system ini adalah di tahap mesra pengguna.

9.0 BIBLIOGRAFI

Ahmad M.F.B, Kamarul A.A.R and Mohd S.E (2010). (2010). Kesediaan Dan
Kesedaran P&P Berasaskan Cidos Di Politeknik Seberang Perai. Prosiding
Seminar Transformasi Pendidikan Teknikal (MyTEDT’10), 166-171.

Hafiza Binti Ibrahim, N. B. (2016). Kesediaan Pelajar Politeknik Sultan Azlan Shah
terhadap Penggunaan E-Learning. National Innovation and Invention
Competition Through Exhibition (iCompex'16).

Intan Noor Dzalika Azis, (2016). Kesediaan Pelajar – Pelajar Politeknik Mukah
Terhadap Penggunaan E – Learning Dalam Pembelajaran Matematik
Kejuruteraan.Technology And Innovation Conference (TECHNON’16).

Noraffandy Yahaya, L. N. (2011). Kesediaan Penggunaan E-Learning Di Kalangan
Pelajar Tahun Kedua Kursus Sarjana Muda Sains, Komputer Serta
Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia - Satu
Tinjauan. Jurnal of Educational Social Science, Volume 1, 121 - 140.

Rodzah Hj Yahya, N. N. (2011). Tahap Pengetahuan Dan Penggunaan System Cidos
Dikalangan Pensyarah Politeknik Merlimau (PMM) satu tinjauan. Bengkel
Seminar Penyelidikan PMM 2011.

Rassiah K., Parahsakthi C.Haeryip S. (2011). The Higher Education
Students‘Experiences with Technology. Asian Transactions on Basic &
Applied Sciences (ATBAS ISSN: 2221-4291). , 1-9.

Subramanian S.T.S, N. N. (2013). E-Content Development in Engineering Courses:
Students Needs and Readiness. International Journal of Business and Social
Science Vol. 4 (6), 282-288.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 619

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

TINJAUAN TERHADAP PENGGUNAAN MODUL ADVANCED
MATHEMATICS 1 (PBM 1024) DALAM PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN DI KALANGAN PELAJAR POLITEKNIK MERLIMAU

Noor Hidayah Binti Awang1 , Suhana Binti Sabran2
Politeknik Merlimau

[email protected]

ABSTRAK

Advanced Mathematics 1 (PBM 1024) merupakan kursus yang perlu diambil oleh pelajar pra
diploma di Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi. Kajian ini bertujuan untuk meninjau
penggunaan modul PBM 1024 sebagai alat bantu mengajar di Politeknik Merlimau. Dalam konteks
kajian ini, lima aspek iaitu isi kandungan, rekabentuk grafik, kos, masa dan tahap kepuasan
pelajar terhadap modul ini telah dikaji. Kajian ini menggunakan teknik tinjauan iaitu borang soal
selidik yang mengandungi 22 item untuk mendapatkan data kajian. Responden adalah terdiri
daripada 30 orang pelajar pra diploma Semester 2 yang telah mengambil kursus PBM 1024 sesi
Jun 2016 di Politeknik Merlimau, Melaka. Data telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS
(Statistical Packages for Social Sciences) ver 22 untuk menganalisis data yang dikumpul. Analisis
statistik deskriptif menggunakan skor min telah menjawab objektif kajian berkenaan tinjauan
terhadap modul PBM 1024 Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa isi
kandungan, rekabentuk grafik, kos, masa dan tahap kepuasan pelajar terhadap modul yang
digunakan mencatatkan skor min yang tinggi. Kajian ini mendapati bahawa penggunaan modul
sesuai dijadikan sebagai alat bantuan pengajaran yang penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (PdP) kursus PBM 1024 di Politeknik Merlimau.

Kata kunci: Tinjauan pelajar, Modul Advanced Mathematics 1(PBM 1024)

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 620

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat
1.0 PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kajian
Dunia pendidikan telah mengalami perkembangan dan pertumbuhan yang sangat
pesat. Perkembangan dan perubahan ini bukan hanya melibatkan falsafah dan
kandungan kurikulum, tetapi juga pendekatan, kaedah dan teknik-teknik
pengajaran dan pembelajaran (Rian & Kamisah, 2012).

Bahagian Pembangunan Kurikulum Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian
Pendidikan Malaysia telah mengambil satu inisiatif membuat penggubalan modul
PBM 1024 bermula daripada tahun 2014. Jawatankuasa penggubalan modul ini
bermatlamatkan memperakukan modul yang berkualiti dan menepati kehendak
PdP berdasarkan silibus terkini. Antara aktiviti yang telah dijalankan oleh
jawatankuasa ialah perbincangan tenaga pengajar, pembentukan manuskrip,
penyelarasan bahan teori dan tutorial, pengumpulan soalan latihan dan
percetakan.

Modul PBM 1024 mengandungi empat tajuk utama iaitu Index and Logarithm,
Measure of Central Tendency,Measure of Dispersion dan Probability. Modul ini
dibina untuk digunakan oleh pelajar semester satu pra diploma dan menjadi
rujukan serta panduan kepada pensyarah yang mengajar kursus ini di politeknik.
Objektif utama pembinaan modul ini adalah untuk membantu para pensyarah di
dalam kelas di samping bahan bantu mengajar yang lain.

Sebuah modul yang berkualiti merangkumi aspek kandungan, rekabentuk grafik,
kos, masa dan tahap kepuasan pelajar adalah amat diperlukan demi menjamin
keberkesanan dan kualiti penyampaiannya (Mohammad Rasyidi et.al, 2013). Oleh
yang demikian, adalah wajar penggunaan bahan PdP yang berkualiti,
komprehensif secara selaras daripada aspek kandungan, rekabentuk grafik, kos,
masa dan tahap kepuasan pelajar dirangka bagi memastikan kecemerlangan PdP
matematik dapat dicapai. Ianya masih menekankan matlamat pendidikan demi
memastikan perkembangan potensi pelajar yang menyerupai penggunaan buku
teks di tahap sekolah, yang bukan satu perkara baru diamalkan.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 621

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

1.2 Penyataan Masalah
Pembangunan modul PBM 1024 adalah untuk menyelesaikan masalah-masalah
yang telah dikenal pasti seperti di bawah :
(a) Tiada pembangunan modul PBM 1024 yang berkualiti dan lengkap

merangkumi aspek kandungan, reka bentuk grafik, kos, masa dan
menepati kepuasan pelajar.
(b) Tiada pembangunan modul PBM 1024 yang menyelaraskan kandungan
teori, soalan-soalan latihan dan tutorial.

1.3 Persoalan Kajian
Kajian ini dilaksanakan untuk mengetahui :
(a) apakah tinjauan terhadap modul PBM 1024 dari aspek kandungan dan reka

bentuk grafik di kalangan pelajar?
(b) apakah tinjauan terhadap modul PBM 1024 dari aspek kos, masa dan tahap

kepuasan pelajar di kalangan pelajar?

1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti :
(a) tinjauan terhadap modul PBM 1024 dari aspek kandungan, dan rekabentuk

grafik di kalangan pelajar.
(b) tinjauan terhadap modul PBM 1024 dari aspek kos, masa dan tahap

kepuasan pelajar di kalangan pelajar.

1.5 Kepentingan Kajian
Sehingga kini masih belum ada dijalankan kajian tinjauan terhadap penggunaan
modul PBM 1024 di kalangan pelajar sejak ia diguna pakai pada tahun 2016. Hasil
kajian ini dapat membantu pihak JMSK mengenal pasti sama ada modul PBM 1024
sesuai dan digunakan secara optimum dalam pembelajaran kursus PBM 1024.
Hasil kajian ini juga diharapkan dapat membantu penggubal-penggubal modul
PBM 1024 mengenal pasti aspek-aspek yang perlu diberi penambahbaikan seperti
aspek kandungan dan reka bentuk. Di samping itu, hasil daripada
penambahbaikan tersebut dapat meningkatkan mutu penyampaian pensyarah
dan prestasi pelajar.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 622

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

1.6 Batasan Kajian
Kajian ini telah dijalankan di Jabatan Matematik, Sains dan Komputer yang
melibatkan pelajar-pelajar pra diploma semester 2 kerana kursus PBM 1024
hanya diambil oleh pelajar peringkat pra diploma sahaja. Rasional mengambil
responden semester 2 kerana responden telah menggunakan seluruh modul
tersebut semasa mereka di semester 1 (sesi Jun 2016) . Responden adalah terdiri
daripada pelajar Jabatan Matematik, Sains dan Komputer (30 orang). Tinjauan
yang dikaji dalam penyelidikan ini hanyalah dari segi isi kandungan, reka bentuk
grafik, kos, masa dan tahap kepuasan pelajar terhadap modul PBM 1024.

2.0 KAJIAN LITERATUR

Pelajar memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran, sedangkan pensyarah berperanan sebagai pemimpin yang
membimbing pelajar menjalani aktiviti pembelajaran (Ridzman & Mahdzir,
2009). Pensyarah seharusnya mengambil berat tentang cara seseorang pelajar itu
belajar (Azrul & Saifuddin, 2009). Kajian tinjauan terhadap penggunaan modul
PBM 1024 di kalangan pelajar-pelajar Jabatan Matematik, Sains dan Komputer
semester 2 di Politeknik Merlimau, Melaka dijalankan atas kesedaran pelajar-
pelajar yang memerlukan satu mekanisma sebagai bahan rujukan dan latihan
yang menepati kurikulum semasa proses pengajaran dan pembelajaran
dilaksanakan. Namun, dari segi penggunaan optimum modul, ia perlu dikaji dari
semasa ke semasa bagi memastikan ianya berkesan sebagai bahan rujukan,
latihan serta mengikut kurikulum yang ditetapkan dan terkini.

Menurut Noor Azean & T.Komate (2008), proses pengajaran dan pembelajaran
yang lebih berkesan memerlukan bahan pengajaran yang sistematik dan
bersesuaian dengan kebolehan seseorang pelajar. Kesemua faktor yang dikaji
iaitu tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan, kandungan dan
rekabentuk modul berada pada tahap yang tinggi iaitu di antara 3.47 dan 4.06.
Pelajar juga mempunyai persepsi yang positif terhadap rekabentuk iaitu susunan
kandungan maklumat dan rekabentuk gambarajah modul.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 623

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Pelajar-pelajar memerlukan satu mekanisme sebagai bahan rujukan dan latihan
yang menepati kurikulum semasa proses PdP dilaksanakan (Mohammad Rasyidi &
Faridah, 2015). Hasil kajian mendapati semua faktor yang dikaji memberikan
nilai min pada tahap yang tinggi dan dapat disimpulkan bahawa penggunaan
modul masih relevan sebagai alat bantu mengajar yang penting dalam PdP.

3.0 METODOLOGI

3.1 Reka Bentuk Kajian
Kajian dibuat menggunakan borang soal selidik untuk mengkaji tinjauan terhadap
penggunaan modul PBM 1024 di kalangan pelajar dalam proses pembelajaran
kursus PBM 1024. Soal selidik kajian ini terbahagi kepada LIMA bahagian iaitu:-
A) Maklumat Responden
B) Isi kandungan PBM 1024
C) Rekebentuk Grafik.
D) Kos dan Masa.
E) Tahap Kepuasan Pelajar

3.2 Lokasi Kajian
Lokasi kajian adalah di Jabatan Matematik, Sains dan Komputer Politeknik
Merlimau.

3.3 Persampelan dan Responden Kajian
Sebanyak 30 pelajar pra diploma semester 2 yang telah mengambil kursus PBM
1024 sesi Jun 2016.

3.4 Teknik Pengumpulan Data
Dalam kajian ini, 30 set soal selidik telah digunakan untuk mendapatkan
maklumat daripada responden. Penyelidik menghantar set-set soal selidik
tersebut melalui pensyarah kursus. Semua set soalan yang diterima akan dianalisa
dan dijadikan data penyelidik. Data daripada soal selidik telah dianalisis dengan
menggunakan perisian SPSS ver 22. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 624

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

kaedah perbandingan min. Nilai-nilai min dikategorikan kepada tiga kategori

yang diambil daripada Mohammad Rasyidi dan Faridah (2015) iaitu,

Jadual 1 : Tahap Nilai Min

Nilai Min Tahap

3.70 - 5.00 Tinggi

3.01 - 3.69 Sederhana

1.01 - 3.00 Rendah

4.0 HASIL DAPATAN DAN PERBINCANGAN

4.1 Analisis Setiap Item
Jadual 2 : Bahagian B : Isi Kandungan Modul PBM 1024

BIL ITEM MIN

Modul ADVANCED MATHEMATICS 1 disusun mengikut Sukatan/ 3.93
1

Kurikulum.

Modul ADVANCED MATHEMATICS 1 disusun mengikut tahap
2 4.00

pembelajaran yang mudah ke susah.

Modul ADVANCED MATHEMATICS 1 menggunakan bahasa yang
3 3.97

mudah difahami.

Modul ADVANCED MATHEMATICS 1 menyediakan nota, latihan
4 3.97

dan tutorial yang mencukupi.

Modul ADVANCED MATHEMATICS 1 menyediakan latihan dan
5 3.93

tutorial bersesuaian dengan tahap keupayaan pelajar.

Modul ADVANCED MATHEMATICS 1 menyediakan jawapan bagi

6 setiap latihan dan tutorial yang membantu pelajar untuk 3.73

menyemak jawapan.

Modul ADVANCED MATHEMATICS 1 menyediakan latihan dan

7 tutorial yang dapat melatih pelajar menjawab soalan Peperiksaan 3.83

Akhir.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 625

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Daripada kajian yang dijalankan didapati semua item yang disoal memberikan
nilai indeks purata pada tahap tinggi terutamanya untuk modul PBM 1024 disusun
mengikut tahap pembelajaran yang mudah ke susah. Isi kandungan modul sangat
memberi impak kepada penggunaan modul ini kerana jika isi kandungan tidak
menarik dan susah untuk difahami, pelajar tidak berminat untuk menggunakan
modul ini. Jika demikian, modul ini tidak akan digunakan secara berkualiti dan
menyeluruh. Modul ini juga menyediakan nota, latihan dan tutorial serta bahasa
yang mudah difahami untuk digunakan sepanjang sesi pembelajaran. Ini
memudahkan pelajar dan pensyarah menggunakan sesi dua hala dan
menjimatkan masa untuk kedua-duanya dalam proses PdP.

Jadual 3 : Bahagian C : Rekabentuk Grafik Modul PBM 1024 MIN
3.53
BIL ITEM 3.93
Persembahan kulit buku bagi modul ADVANCED MATHEMATICS
3.90
8
1 menarik minat saya untuk menggunakan modul ini.
Modul ADVANCED MATHEMATICS 1 menggunakan jenis tulisan

9
dan saiz tulisan yang bersesuaian dan menarik.
Susunatur nota di dalam modul ADVANCED MATHEMATICS 1

10 mampu membantu saya memahami isi kandungan dengan
mudah dan berkesan.

Kajian yang telah dijalankan dalam aspek rekabentuk grafik menunjukkan nilai
min tertinggi yang diperolehi ialah 3.93 iaitu pada tahap tinggi. Ia dapat dilihat
daripada item 9 iaitu penggunaan jenis tulisan dan saiz tulisan yang bersesuaian
dan menarik. Satu perkara yang agak menarik responden memberikan penilaian
yang baik untuk susun atur nota (item 10) dengan nilai indeks purata 3.9 yang
menyatakan susun atur nota memudahkan mereka memahami isi kandungan
dengan mudah dan berkesan. Walaubagaimanapun para responden telah
memberikan isyarat yang jelas bahawa persembahan kulit buku bagi modul
tersebut perlu diperbaiki lagi.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 626

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Jadual 4 : Bahagian D : Kos Dan Masa

BIL ITEM MIN
Modul ADVANCED MATHEMATICS 1 membantu proses 3.90
3.83
11 pengajaran dan pembelajaran diselesaikan mengikut silibus 3.90
yang telah ditetapkan. 3.87
Modul ADVANCED MATHEMATICS 1 dapat menjimatkan masa 3.77
3.73
12
mengulangkaji pelajaran.
Masa kuliah dapat digunakan secara maksimum dengan

13
penyelesaian pelbagai jenis soalan.
Dengan adanya modul ini, pelajar tidak perlu membuat salinan

14
(fotocopy) untuk nota dan latihan.
Masa mencatat nota sewaktu kelas berlangsung telah dapat

15 dijimatkan dengan adanya modul ADVANCED MATHEMATICS 1
ini
Saya dapat membuat rujukan awal sebelum proses pengajaran

16
dan pembelajaran dijalankan terhadap topik tertentu.

Kajian yang telah dijalankan ke atas responden didapati bahawa modul ini
membantu proses PdP diselesaikan mengikut silibus yang telah ditetapkan
dengan nilai min 3.9. Dengan penggunaan modul, para responden dapat
menjimatkan masa menyalin nota sewaktu kelas berlangsung. Ini adalah sangat
penting kerana fokus pelajar akan memudahkan pensyarah menyampaikan PdP
dengan lebih berkesan. Selain itu juga dengan nilai min yang sama iaitu 3.9,
kajian ini menunjukkan bahawa masa kuliah dapat digunakan secara maksimum
dengan penyelesaian pelbagai jenis soalan yang disediakan di dalam modul.

Jadual 5 : Bahagian E : Tahap Kepuasan Pelajar

BIL ITEM MIN
Modul ADVANCED MATHEMATICS 1 dapat memenuhi semua 3.90

17
keperluan pembelajaran saya.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 627

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Saya selalu merujuk kepada Modul ADVANCED MATHEMATICS 3.93
18 3.67
3.87
1 untuk pembelajaran dan penyelesaian masalah. 3.87
Saya hanya membuat latihan-latihan di dalam modul 4.07
19
ADVANCED MATHEMATICS 1 untuk pengukuhan.
Saya mudah untuk berbincang dengan kawan-kawan mengenai
20 masalah dalam kursus ADVANCED MATHEMATICS 1,kerana kami
merujuk kepada modul yang sama
Modul ADVANCED MATHEMATICS 1 menyediakan soalan-soalan
21
yang pelbagai, mencakupi semua tahap kesukaran.
Secara keseluruhan, saya berpuashati menggunakan modul
22
ADVANCED MATHEMATICS 1 ini.

Tahap kepuasan pelajar memainkan peranan yang penting dalam kajian ini
kerana secara keseluruhannya penggunaan modul ini banyak memberi impak
kepada mereka. Hasil kajian mendapati hanya item 19 yang memberikan nilai
min sederhana iaitu 3.67 manakala item yang lain memberikan nilai min yang
tinggi. Kajian mendapati pelajar mudah untuk mengadakan perbincangan
tentang soalan yang pelbagai bersama kawan-kawan kerana mereka mengguna
dan merujuk modul yang sama (item 18). Secara keseluruhan untuk tahap
kepuasan pelajar, pelajar berpuas hati menggunakan modul PBM1024 dengan
mencatatkan nilai min tertinggi iaitu 4.07.

5.0 RUMUSAN DAN CADANGAN

Semua responden bersetuju bahawa modul PBM 1024 adalah berkesan dari semua
aspek yang dikaji. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan gambaran
berkenaan penerimaan penggunaan modul PBM 1024 kepada penggubal-
penggubal modul seterusnya menyumbang kepada peningkatan kualiti modul PBM
1024. Kajian ini secara tidak langsung telah menunjukkan bahawa keperluan
penerbitan setiap modul adalah penting untuk memastikan proses pengajaran
dan pembelajaran dapat dilakukan dengan berkesan. Kemampuan pelajar
menggunakan ilmu yang dipelajari adalah pengukur kepada penerimaan
pengajaran dan pembelajaran yang diberikan oleh pensyarah. Bagi tujuan

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 628

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

peningkatan kualiti secara berterusan, maklumat yang telah diperolehi melalui
kajian soal selidik ini amat berguna bagi memantapkan lagi pencapaian subjek
yang diajar. Soal selidik tentang tinjauan terhadap penggunaan modul PBM1024
dari aspek isi kandungan, rekabentuk grafik, kos, masa dan tahap kepuasan di
kalangan pelajar adalah penting sebagai salah satu aspek penting dalam
mengukur kualiti pengajaran dan pembelajaran.

PBM1024 - ADVANCE MATHEMATICS 1

85.7
68.9

45 46 37.8
31 33 31.1
14.3 14 13 15
17

0.0

PELAJAR
BIL
%
BIL
%
BIL
%

PELAJAR
BIL
%
BIL
%
BIL
%

JUM LULUS GAGAL KPI JUM LULUS GAGAL KPI

JUN 2015 JUN 2016

Rajah 1. Peratus lulus, gagal dan KPI Sesi Jun 2015 dan Jun 2016

Merujuk kepada rajah 1 di atas, peratus kegagalan sesi Jun 2016 menunjukkan
penurunan sebanyak 54.6%. Peratus lulus meningkat daripada 14.3% kepada
68.9%. Kesimpulannya, semua responden bersetuju bahawa modul PBM 1024
diterima dengan baik sekali untuk digunakan dalam proses PdP. Hasil kajian
mendapati modul PBM 1024 adalah berkesan dalam semua aspek yang dikaji.

Antara cadangan yang dapat disarankan ialah sistem pengajian di politeknik harus
diwujudkan satu unit penerbitannya sendiri untuk menghasilkan modul-modul
yang dihasilkan oleh tenaga pengajarnya supaya modul-modul yang dihasilkan
menepati kurikulum kursus yang sedang digunapakai di politeknik. Setiap modul
yang dibina harus dikaji kesesuaiannya supaya ia lebih menjurus terus kepada
kursus yang diajar. Soalan-soalan peperiksaan semester lepas harus dimasukkan

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 629

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

sekali ke dalam modul untuk menyenangkan proses ulangkaji oleh pelajar.
Pensyarah perlu menyediakan banyak lagi alat bantu mengajar untuk
memantapkan lagi proses PdP.

6.0 BIBLIOGRAFI

Azrul Mahfurdz & Saifuddin Semail (2009). Hubungan Gaya Pembelajaran,

Motivasi dan pencapaian Pelajar Semester Satu dalam Modul Matematik

Kejuruteraan

Dzaidah Hanin Nor Azlim & Emey Dyana Abd Jalil (2014). Poor Foundation In

Differentiation And Integration Leads To Students’ Failure In Engineering

Mathematics

Mohammad Rasyidi, Faridah (2015), Keberkesanan Penggunaan Modul

Engineering Science di kalangan pelajar Politeknik Merlimau, Melaka ,

JMSK PMM

Mohd. Asri. M.A& Rahim. S.E (2012), Keberkesanan Penggunaan Courseware

Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran Tajuk Reka Cipta, Universiti

Pendidikan Sultan Idris

Noor Azean Atan & T.Komate A/P Tambai@Muniandy (2008). Penerimaan Pelajar

Terhadap Penggunaan Modul Pembelajaran Kendiri Berasaskan

Rekabentuk Teori Beban Kognitif Bagi Subjek Pengaturcaraan Web

Norzaliza (2016), Kajian Keberkesanan Penggunaan Modul Engineering

Mathematics 1 Di Kalangan Pelajar Politeknik Merlimau

Rian Vebrianto & Kamisah Osman (2012), Keberkesanan Penggunaan Pelbagai

Media Pengajaran Dalam Meningkatkan Kemahiran Proses Sains Dalam

kalangan Pelajar

Ridzman Husin@Ibrahim & Mahdzir Jamia’an (2009). Tinjauan Terhadap

Pelaksanaan Pengajaran Berpusatkan Pelajar di Politeknik KPTM (Zon

Selatan)

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 630

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

HUBUNGAN PENCAPAIAN MATEMATIK SPM TERHADAP KEPUTUSAN
MATEMATIK KEJURUTERAAN - DBM1013 DAN DBM2013 PELAJAR
KEJURUTERAAN AWAM DAN MEKANIKAL DI POLITEKNIK MERLIMAU

MELAKA.

Nor Farhana Binti Falil1, Emey Dyana bte Abd.Jalil2
Politeknik Merlimau Melaka
[email protected]

ABSTRAK

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan tiket untuk pelajar-pelajar di Malaysia melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti ke Universiti Awam, Universiti Swasta, Politeknik
atau Kolej Swasta. Pencapaian mata pelajaran yang berkaitan dengan pengiraan seperti
Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Prinsip Perakaunan dan Sains sering menjadi topik
perbualan dan sering mendapat perhatian daripada kementerian dan juga masyarakat sekeliling.
Meraka mulai sedar kepentingan subjek pegiraan bagi memacu negara di zaman yang sedia
mencabar ini. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji tahap pencapaian pelajar Diploma
Kejuruteraan Awam di Politeknik Merlimau bagi kursus Matematik Kejuruteraan 1 – DBM1013 dan
matematik kejuruteraan 2 – DBM 2013 berbanding dengan pencapaian mata pelajaran Matematik
mereka di peringkat SPM. Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk kuantitatif iaitu
melibatkan pengumpulan data keputusan pelajar yang diperolehi daripada Unit Peperiksaan dan
Jabatan Hal Ehwal Pelajar di Politeknik Merlimau Melaka bagi pelajar semester 2 program
Diploma Kejuruteraan Geomatik (DGU) ambilan Sesi Jun 2016. Instrumen data sekunder ini
dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 21.0 melalui analisis kolerasi Pearson. Dapatan
kajian ini menunjukkan hubungan signifikan yang kuat antara pencapaian Matematik pelajar
kejuruteraan Awam di politeknik merlimau di peringkat SPM terhadap pencapaian Matematik
Kejuruteraan 1 dan matematik kejuruteraan 2 . Sehubungan itu, kajian ini diharap akan dapat
membantu pihak pengurusan politeknik dalam mengkaji dan membuat penambahbaikan yang
berterusan dalam aspek pemilihan kemasukan pelajar ke politeknik ,pengurusan pengajaran dan
pembelajaran dan juga penilaian agar dapat melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek,
emosi, rohani dan jasmani.

KATA KUNCI: Pencapaian pelajar, Sijil Pelajaran Malaysia, kursus Matematik, Diploma
Geomatik,

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 631

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

1.0 PENGENALAN

Pembelajaran merupakan satu proses berterusan yang bermula dari umur sekitar
6 tahun, bermula dari pendidikan awal sehingga ke peringkat pengajian tinggi.
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah satu peperiksaan penting dan akan memberi
impak besar kepada halatuju pendidikan pelajar ke peringkat yang lebih tinggi.
Pada era teknologi kini, Matematik merupakan satu cabang ilmu pengetahuan
yang amat penting dan berguna dalam dunia hari ini dan keupayaan pelajar dalam
menyelesaikan masalah matematik merupakan kemahiran yang amat penting.
Matematik juga merupakan salah satu bidang pembelajaran yang penting dalam
kehidupan di sekolah, universiti mahupun kehidupan seharian kita. Banyak
perkara dan ilmu matematik yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian
kita. Bermula daripada tambah dan tolak sehinggalah kepada ilmu tentang
algebra dan sebagainya. Penguasaan ilmu matematik sudah pasti akan
membuatkan kehidupan kita menjadi lebih mudah.

Memandangkan matematik digunakan di hampir kesemua bidang,
matematik adalah amat mustahak kepada masa depan pelajar, terutamanya
kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran. Hal ini kerana kebanyakkan
program di universiti memerlukan pengetahuan dalam matematik, contohnya
sains fizikal (Matematik, Kimia, Fizik, Kejuruteraan), sains kesihatan (Biologi,
Psikologi, Farmasi, Optometri), sains sosial (termasuk Antropologi, Komunikasi,
Ekonomi, Linguistik, Pendidikan, Geografi), sains teknologi (Sains Komputer,
Rangkaian, Pembangunan Perisian), Perniagaan dan Perdagangan, Sains Aktuari,
Perubatan dan lain-lain lagi.

Mata pelajaran matematik dapat menyumbang kearah pencapaian hasrat
negara dalam melahirkan warga yang boleh memacu kearah negara maju di masa
hadapan. Negara kita amat memerlukan pakar-pakar dalam bidang matematik
dan sains seperti saintis, pakar perubatan dan pakar kejuruteraan melalui satu
system pendidikan yang mantap. Keperluan inilah yang mengakibatkan ilmu
matematik semakin berkembang dan semakin mendapat perhatian umum.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 632

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Pembelajaran matematik tidak berhenti pada peringkat sekolah sahaja, malah
berterusan sehingga ke peringkat pengajian tinggi.

Pada asasnya, syarat kemasukan ke politeknik khususnya di bidang
kejuruteraan adalah mendapat lima kepujian termasuk Bahasa Melayu,
Matematik dan 3 mata pelajaran kejuruteraan yang berkaitan dengan bidang
dipohon (Informasi Politeknik, 2014). Bagi membantu pelajar menguasai
kemahiran dalam bidang pembelajaran, pelbagai kaedah pengajaran dan
pembelajaran telah diperkenalkan serta diaplikasi oleh tenaga pengajar. Di
peringkat politeknik contohnya, kaedah Pengajaran Berpusatkan Pelajar atau
Student Centered Learning (SCL), Pembelajaran Teradun (Blended Learning),
Shareable Content Online Reference Model (SCORM) dan beberapa kaedah lain
telah dilaksanakan melalui portal Curriculum Information Document On-line
System (CIDOS) bagi membolehkan interaksi antara pelajar dan pensyarah di luar
waktu kuliah.

Secara khususnya, kecemerlangan pelajar di dalam pencapaian keputusan
Matematik dan Matematik Tambahan di peringkat SPM menjadi penanda aras
keupayaan intelektual seseorang sebelum memasuki sistem pengajian tinggi.
Seiring dengan itu kajian ini adalah bertujuan untuk melihat adakah wujudnya
hubungan diantara keputusan Matematik pelajar di Peringkat SPM dengan
keputusan Matematik pelajar diperingkat politeknik bagi pelajar kejuruteraan
awam di Politeknik Merlimau Melaka.

2.0 SOROTAN KAJIAN DAN PEMBINAAN HIPOTESIS

2.1 Latar Belakang Kajian
Mata pelajaran matematik merupakan satu ilmu saintifik yang berstruktur. Walau
bagaimanapun, kebanyakan pelajar menghadapi kesukaran untuk memahami
konsep dan kaedah penyelesaian sesuatu operasi pengiraan. Penyelesaian
masalah merupakan satu proses yang kompleks dan sukar dipelajari (Roslina, T.
Subahan & Effandi, 2010). Krulik dan Rudnick (1989) berpendapat bahawa
penyelesaian masalah merupakan satu siri tugasan dan proses pemikiran yang

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 633

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

berkait rapat dalam membantu pembentukan satu set heuristik yang merupakan
satu set soalan yang harus dilalui oleh pelajar untuk membantunya dalam
penyelesaian masalah. Ia melibatkan keupayaan seseorang untuk membuat
penilaian tentang pemikiran dan kemajuan kerjanya (Charles, Lester & O’Daffer,
1997). Ia juga dirujuk sebagai satu kaedah praktis yang bertujuan untuk menjana
idea-idea bernas supaya dapat membentuk pelbagai penyelesaian yang lebih
praktikal dan efektif (Sarimah & Abreza, 2011).

Penilaian merupakan perihal atau perbuatan menilai dan menaksir.(Kamus
Dewan, 1994:930). Penilaian hendaklah dianggap sebagai sebahagian daripada
proses pengajaran dan pembelajaran (P & P), bukannya semata-mata dijalankan
melalui ujian dan peperiksaan sahaja. Ia merupakan satu proses pengumpulan
maklumat berkenaan dengan kemajuan dan prestasi pelajar. Dengan itu, di
peringkat sekolah berbagai-bagai kaedah penilaian digunakan untuk
mendapatkan maklumat tentang kemajuan dan pencapaian pelajar. Matlamat
sistem pendidikan adalah untuk memenuhi keperluan masyarakat dan Negara ke
arah melahirkan insan yang seimbang, berketerampilan, berakhlak mulia dan
berilmu. Atas dasar inilah sistem pendidikan menetapkan satu standard atau
benchmark yang menetapkan satu sistem yang dapat diguna pakai dan
diaplikasikan dengan jayanya dalam sistem pendidikan negara .

Dalam menentu ukur pencapaian akademik pelajar di politeknik , salah satu
tugas utama pensyarah ialah melaksanakan penilaian kerja kursus yang telah
ditetapkan oleh silibus Jabatan Pengajian Politeknik (JPP). Di samping penilaian
kerja kursus, pelajar juga diuji dalam peperiksaan akhir semester. Dengan
adanya penilaian kerja kursus ini, tenaga pengajar dapat mengenalpasti masalah
atau kekangan yang dihadapi oleh para pelajar lebih awal dan secara tidak
langsung dapat mencari alternatif atau kaedah lain dalam mengubahsuai aktiviti
pengajaran dan pembelajran yang mengikut kesesuaian pelajar. Apabila pelajar
dapat memahami pembelajaran mereka dengan baik, hasilnya mereka dapat
menjawab dengan baik dalam peperiksaan akhir

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 634

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

2.2 Permasalah Kajian
Sistem penilaian dan peperiksaan meletakkan satu standard yang tinggi supaya
dapat melahirkan generasi yang berilmu dan berwibawa. Pengendalian sistem
peperiksaan dan penilaian yang profesional dan sistematik menjadikan sistem
pendidikan kita diiktiraf dunia.Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna
oleh pensyarah dapat membantu pelajar mengatasi masalah pembelajaran yang
telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak
terhimpun seterusnya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, pensyarah
dapat membantu pelajar meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan
seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian sumatif dan
penilaian di peringkat pusat dan dalam diri murid dari aspek kognitif/pemikiran
afektif/perasaan dan tingkah laku moral.

Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran di politeknik, pelajar akan
dinilai secara berterusan melalui item Penilaian Kerja Kursus (PKK). Item PKK ini
telah disediakan selaras bagi semua pelajar yang telah mendaftar subjek .
Penilaian berterusan ini adalah bertujuaan untuk melihat dan menilai tahap
kemajuan pelajar dari semasa ke semasa. Hasil penilaian ini sekaligus akan
memberi maklum balas kepada pensyarah mengenai masalah yang dihadapi oleh
pelajar, dan ianya akan digunakan oleh pensyarah untuk mengkaji semula
pendekatan yang telah digunakan oleh pensyarah dalam proses mengajaran dan
pembelajaran agar selari dengan tahap kemajuan pelajar.

Pada pandangan pelajar secara umum, mata pelajaran matematik
merupakan salah satu mata pelajaran yang sangat susah difahami. Indikator yang
kita dapat ialah bilamana pencapaian matematik sangat kurang memuaskan.
Penyataan ini dapat dikuatkan lagi dengan statistik keputusan SPM 2016, dimana
keputusan Matematik SPM 2016 menunjukkan penurunan tertinggi iaitu sebanyak
0.29 GPMP berbanding 5.17 pada tahun 2015 ( Berita Harian Online : 2016)

Kemerosotan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik
merupakan suatu permasalahan yang sering dibincangkan dari semasa ke semasa
sama ada diakhbar, majalah, radio atau televisyen tempatan. Manakala prestasi

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 635

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

pencapaian murid merupakan satu topik yang sering diperdebatkan oleh para
pendidik terutama mengenai mata pelajaran matematik. Kontroversi ini biasanya
tertumpu kepada perbezaan dalam pencapaian murid-murid terutamanya
menerusi keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah
Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
(STPM) dan sebagainya. Laporan peperiksaan yang di buat oleh Lembaga
Peperiksaan Negara menunjukkan prestasi pencapaian pelajar yang tidak stabil
iaitu berbeza dari tahun ke tahun yang berlainan.

Tinjauan awal yang dilakukan sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran terhadap pelajar kejuruteran awam dipoliteknik merlimau, Pelajar
yang mendapat keputusan matematik cemerlang diperingkat SPM kurang
menghadapi masalah dalam memahami konsep-konsep matematik di peringkat
diploma. Dalam kajian ini pengkaji ingin melihat sejauh mana kekuatan hubungan
diantara pencapaian pelajar diperingkat SPM dengan pencapaian pelajar
diperingkat diploma agar dapat memberi perhatian lebih kepada golongan
terlibat.

2.3 Objektif dan Hipotesis Kajian
Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji sejauh mana pencapaian matematik
pelajar di peringkat SPM mempengaruhi pencapaian pelajar bagi subjek
Matematik Kejuruteraan 1 (DBM 1013) dan Matematik Kejuruteraan 2 (DBM 2013)
di peringkat politeknik.

Antara hipotesis awal yang dapat di bentuk :
H0 : Pencapaian Matematik di peringkat SPM tidak mempengaruhi pencapaian
Matematik di peringkat diploma kejuruteraan.
H1 : Pencapaian Matematik di peringkat SPM Mempengauruhi pencapaian
Matematik di peringkat diploma kejuruteraan

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 636

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

3.0 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Kaedah Kajian
Kajian yang dijalankan ini adalah kajian berbentuk kuantitatif . Data bagi
keputusan peperiksaan pelajar semester dua kejuruteraan awam (DGU)
diperolehi daripada Unit peperiksaan dan pangkalan data SPMP politeknik
merlimau . Data yang dikumpul meliputi keputusan pelajar bagi subjek DBM 1013,
DBM 2013 dan keputusan SPM pelajar. Instrumen data sekunder ini dianalisis
dengan menggunakan perisian SPSS versi 21.0 melalui analisis kolerasi Pearson.

3.2 Persampelan
Dalam kajian ini, responden adalah terdiri daripada pelajar-pelajar semester 2
(DGU 2A) Jabatan Kejuruteraan Awam di Politeknik Merlimau Melaka yang
mengambil kursus DBM1013 dan DBM 2013 Sesi Jun 2016 dan Sesi Disember 2016.
Jumlah sampel yang diambil ialah 40 orang pelajar yang merangkumi 17 pelajar
lelaki dan 23 orang pelajar perempuan. Pemilihan sampel bagi pelajar DGU
adalah kerana pengkaji terlibat secara langsung dengan sesi pengajaran dan
pembelajaran bagi kursus Engineering Mathematics 1 – DM1013 dan Engineering
Mathematics 2 – DBM 2013 bagi kelas tersebut dan ingin mengetahui
latarbelakang tahap pencapaian bagi subjek Matematik yang lalu.

3.3 Teknik Pengumpulan Data
Data yang diperolehi ini dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical
Package for Social Science (SPSS) versi 21.0 dengan menggunakan kaedah Kolerasi
Pearson untuk mengetahui kekuatan hubungan antara pencapaian Matematik
peringkat SPM dan pencapaian Matematik Kejuruteraan 1 (DBM1013) dan
matematik kejuruteraan 2 (DBM 2013) bagi pelajar kejuruteraan Awam di
politeknik Merlimau Melaka. Secara rasionalnya, pelajar yang berjaya meraih
keputusan Cemerlang dalam peperiksaan Matematik di peringkat SPM dilihat
mampu mempengaruhi pencapaian HPNM pada awal pembelajaran mereka di
peringkat diploma politeknik.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 637

Seminar Pembelajaran Sepanjang Hayat

Sistem penilaian bagi keputusan SPM dan politeknik adalah seperti jadual 1.
Sistem penilaian di politeknik, terdapat 14 pecahan markah beserta gred dan
nilai mata yang boleh diperolehi oleh pelajar bagi setiap kursus yang diambil
seperti rajah 1. Manakala markah bagi peperiksaan SPM pula dibahagikan kepada
10 pecahan seperti jadual 2. Dalam sistem politeknik, penetapan nilai mata 2.00
dengan markah 50 - 54 merupakan aras kelulusan bagi sesuatu kursus dan dalam
sistem penilaian SPM pula, gred E dengan markah 40 – 44 diambilkira sebagai
lulus. Jika dibuat perbandingan, didapati markah lulus bagi kedua – dua sistem
ini adalah berlainan setelah mengambil kira kepelbagaian aspek oleh pihak yang
berkaitan.

100- 89- 79- 74- 64- 59- 54- 49- 43- 39- 29-

Markah 90 80 75 70 69-65 60 55 50 47 46-44 40 30 20 19-0

Nilai 0.00
F
Mata 4.00 4.00 3.67 3.33 3.00 2.67 2.33 2.00 1.67 1.33 1.00 0.67 0.33

Gred A+ A A- B+ B B- C+ C D D- E+ E E-

Jadual 1 : (Sumber : Bahagian Penilaian dan Pentaksiran Politeknik, 2012)

100- 89- 79- 69- 64- 59- 54- 49- 44-
Markah 90 80 70 65 60 55 50 45 40 39-1
Nilai
Mata 4.00 3.75 3.5 3.25 3 2.75 2.50 2.25 2.00 1.75
Gred A+ A A- B+ B C+ C D E G

Jadual 2 : (Sumber : Kementerian Pelajaran Malaysia, 2009)

Oleh kerana terdapat perbezaan gred diantara penilaian bagi peringkat SPM dan
Diploma, satu bentuk piawai yang merujuk kepada gred peratusan pelajar telah
dibina dan digunapakai untuk mengkaji hubungan diantara keputusan SPM pelajar
dengan keputusan matematik DBM 1013 dan matematik DBM 2013. Ini adalah
penting kerana system penilaian di peringkat SPM dan politeknik adalah tidak
sama. Sistem piawaian yang dibentuk adalah seperti jadual 3 untuk gred
politeknik dan jadual 4 bagi gred SPM. Sistem piawaian ini dikelaskan kepada 4
kategori iaitu Cemerlang, Baik, Sederhana dan Lemah. Pengelasan ini adalah
mengambil kira nilai mata yang diperolehi pelajar dan bukannya mengikut gred.

Kolej Komuniti Melaka & Negeri Sembilan | 638


Click to View FlipBook Version