3-1 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3.0 SENARIO SEMASA KAWASAN KAJIAN 3.1 PROFIL KAWASAN KAWASAN KAJIAN Batu Pahat terletak bersebelahan dengan Selat Melaka dan merupakan bandar kedua terbesar di negeri Johor Darul Takzim. Daerah Batu Pahat terbahagi kepada dua pentadbiran iaitu Majlis Daerah Yong Peng dan Majlis Perbandaran Batu Pahat yang mana 46.95% daripada keseluruhan daerah Batu Pahat merupakan kawasan di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat. Berdasarkan Rancangan Tempatan Daerah Batu Pahat (RTDBP) 2030 (Penggantian), keluasan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat adalah seluas 92,326 hektar yang merangkumi Bandar Penggaram, Parit Raja, Rengit, Senggarang, Semerah, Tongkang Pechah dan Sri Gading. Ia bersempadanan dengan daerah lain seperti Daerah Muar pada bahagian utara dan Daerah Kluang dan Pontian pada sebelah Timur. Sejumlah enam (6) blok perancangan (BP) daripada 12 BP terlibat dalam kawasan kajian yang mana terdapat 14 mukim yang terlibat di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat iaitu: Terletak di bahagian barat Negeri Johor dan menghadap Selat Melaka yang memisahkan antara Malaysia dan Indonesia Keluasan Kawasan Kajian Pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat : Bandar Ke-dua TERBESAR di Negeri Johor 46.95% dari Keseluruhan Daerah Batu Pahat di bawah MPBP 92,326 hektar Terdapat Mukim & daripada 12 Blok Perancangan di bawah pentadbiran MPBP 14 6 Jadual 3.1: Mukim di Kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat Bil. Mukim Keluasan Bil. Mukim Keluasan 1 Mukim Lubok 4,516 hek. 8 Mukim Sungai Kluang 10,278 hek. 2 Mukim Bagan 4,088 hek. 9 Mukim Simpang Kiri 7,979.60 hek. 3 Mukim Peserai 1,899 hek. 10 Mukim Linau 8,757.80 hek. 4 Mukim Simpang Kanan 12,806 hek. 11 Mukim Sri Gading 12,062.50 hek. 5 Mukim Minyak Beku 13,201 hek. 12 Mukim Bandar Rengit 29.44 hek. 6 Mukim Kampung Bahru 6,916 hek. 13 Mukim Bandar Penggaram 398.20 hek. 7 Mukim Sungai Punggor 9,311 hek. 14 Mukim Bandar Senggarang 83.46 hek. Sumber: Rancangan Tempatan Daerah Batu Pahat, 2030 (Penggantian)
PETUNJUK Bagan Kampung Bahru Linau Lubok Minyak Beku Peserai Simpang Kanan Simpang Kiri Sri Gading Sungai Kluang Sungai Punggor PELAN LOKASI Mukim Lain-lain Petunjuk Sempadan Blok Perancangan (BP) Sempadan Mukim S e l a t M e l a k a MAJLIS DAERAH YONG PENG MAJLIS PERBANDARAN MUAR MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM MAJLIS PEMBANDARAN PONTIAN Rajah 3.1 Pecahan Mukim Majlis Perbandaran Batu Pahat Sumber: Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022 0 2 4 1 Kilometers PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-2
3.1.1 Sejarah Kawasan Kajian PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-3 3.1.2 Latar Belakang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Dalam mesyuarat 10 Ogos 1976, Kerajaan Negeri Johor mengambil keputusan untuk menyusun semula penguasa tempatan di Daerah Batu Pahat. Oleh itu daerah ini dibahagikan kepada dua majlis iaitu Majlis Daerah Batu Pahat Barat dan Majlis Daerah Batu Pahat Timur. Maka, sebuah pentadbiran yang dikenali sebagai Majlis Daerah Batu Pahat Barat (MDBPB) yang terdiri daripada gabungan bersama Majlis-Majlis Tempatan Parit Raja, Rengit, Semerah, Senggarang, Sri Gading dan Tongkang Pechah dilancarkan pada 1 November 1976. Penubuhan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) pula secara rasminya bermula pada tanggal 1 Januari 2001 apabila Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor bersetuju menaiktaraf Majlis Daerah Batu Pahat Barat setelah memenuhi kriteria yang ditetapkan Kerajaan Tempatan Malaysia dengan persetujuan Setiausaha Pesuruhjaya Pilihanraya. Batu Pahat dikenali sebagai Pulau Kundur, sebelum ia dimajukan dan merupakan sebuah penempatan kecil yang terasing. Nama Batu Pahat dikatakan berkaitan dengan sebuah perigi batu yang dipahat oleh tentera Siam untuk mencari bekalan air bersih pada tahun 1456, iaitu semasa berperang dengan Melaka yang di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Shah. Lokasi perigi bersejarah yang berusia lebih lima (5) abad itu terletak di Kampung Minyak Beku. Pada 11 November 1893, Sultan Abu Bakar telah bertitah kepada Dato’ Muhammad Salleh bin Perang (Dato Bentara Luar) untuk membuka Bandar Batu Pahat. Pada 2 Disember 1893, bermulalah kerja-kerja mengukur Bandar Batu Pahat yang diketuai Dato Bentara Luar. Kerja mengukur, merancang dan membangunkan pusat bandar pentadbiran daerah telah berjalan lancar atas kerjasama yang diterima seperti perbelanjaan yang dipungut oleh orang tempatan, bantuan kewangan dari Orang Kaya Bagan serta sokongan kuat dua orang penghulu iaitu Penghulu Rahmat bin Ragam (Penghulu Simpang Kanan) & Penghulu Kitam bin Mohd. Shah (Penghulu Simpang Kiri). Majlis perasmian bandar Batu Pahat diadakan pada 1 Januari 1894 bertempat di Bukit Penggaram. Istiadat menaikkan bendera negeri Johor merupakan kemuncak pembukaan rasmi bandar tersebut. Seterusnya, pada 1 Disember 1894, sebuah majlis pengisytiharan diadakan bagi menamakan bandar itu dengan nama Bandar Penggaram sempena nama Kampung Penggaram yang sedia ada di situ. Pada tahun 1911, Batu Pahat mengalami rombakan pentadbiran yang diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Kerajaan iaitu Ungku Ahmad bin Ungku Muhamad dan dibantu oleh Penolong Penasihat British serta Pegawai Daerah.
3-4 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3.2 DEMOGRAFI PENDUDUK 0 50000 100000 150000 200000 250000 300000 350000 Penduduk Melayu Cina India Lain-lain Bukan Warganegara Kawasan Warganegara Malaysia Bukan Warganegara Malaysia Jumlah Melayu Cina India Lain-lain Daerah Batu Pahat 316,367 140,103 6,910 1,763 30,195 495,338 Carta 3.1: Carta Bilangan Penduduk Mengikut Kumpulan Etnik 2020 Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), 2022 Majlis Perbandaran Batu Pahat Bagi kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat pula, bilangan penduduk keseluruhannya ialah 401,210 orang dengan bilangan penduduk lelaki seramai 211,954 orang dan penduduk perempuan seramai 189,256 orang. Jadual 3.2 : Bilangan Penduduk Mengikut Kumpulan Etnik 2010 211,954 189,256 401,210 Peratusan Penduduk Mengikut Status Warganegara Daerah Batu Pahat, 2020 Warganegara Bukan Warganegara 94% 6% 3.2.1 Penduduk Semasa 2020 Berpandukan kepada portal rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah penduduk Daerah Batu Pahat mengikut Bancian 2020 adalah seramai 495,338 orang yang melibatkan dua (2) kawasan pentadbiran iaitu Majlis Perbandaran Batu Pahat dan Majlis Daerah Yong Peng. Pada tahun tersebut, majoriti penduduk adalah berstatus warganegara dengan peratusan sebanyak 94% dan jumlah peratusan selebihnya (6%) merupakan penduduk bukan warganegara. Komposisi etnik penduduk berstatus warganegara di kawasan kajian pula mendapati bahawa peratusan terbanyak (64%) didominasi oleh kaum bumiputera dan seterusnya, peratusan etnik kaum Cina adalah sebanyak 28% dan diikuti oleh kaum India sebanyak 1.4% dan lain-lain sebanyak 0.6%.
3.2.2 Unjuran Penduduk 2035 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-5 Unjuran jumlah penduduk yang diambilkira ialah mengikut mukim di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat sehingga tahun 2035. Penduduk di pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat ini dijangka bertambah dengan daripada 336,493 orang pada tahun 2010 kepada 442,444 pada tahun 2030. Unjuran penduduk yang telah dibuat ini telah mengambilkira impak cadangan High Speed Rail (HSR) dari Putrajaya hingga ke Singapura yang melalui kawasan Pura Kencana di daerah ini. Berdasarkan jadual di atas, Mukim Simpang Kanan mempunyai unjuran bilangan penduduk tertinggi berbanding mukim lain di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat disebabkan kawasan ini merupakan kawasan bandar utama iaitu Bandar Penggaram yang sedang mengalami pembangunan yang pesat dengan pelbagai kemudahan dan infrastruktur. Tambahan pula, ianya menerima faktor migrasi masuk (dalam dan luar daerah) yang melibatkan penduduk tempatan dan warga asing yang bertujuan mencari peluang pekerjaan atau menyambung pendidikan serta taraf kesihatan penduduk yang semakin baik disebabkan oleh strategi dan dasar kerajaan dalam menyediakan kemudahan awam yang efektif. Merujuk kepada trend pertambahan penduduk ini, pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat akan mengambilkira inisiatif bagi menyediakan kawasan lapang yang bersepadanan dengan jumlah unjuran dan taburan penduduk pada masa akan datang. MUKIM Tahun KPPT (2010- 2010 2015 2020 2025 2030 2035 2035) Bagan 7,591 8,062 8,863 9,743 10,645 11,631 1.71 Kampung Bahru 11,997 12,930 14,544 16,359 18,263 20,388 2.12 Linau 19,658 20,753 22,597 24,606 26,646 28,856 1.54 Lubok 6,660 7,187 8,102 9,133 10,216 11,427 2.16 Minyak Beku 17,324 18,756 21,249 24,073 27,055 30,406 2.25 Peserai 9,527 9,864 10,418 11,003 11,580 12,188 0.99 Simpang Kanan 143,955 150,588 161,634 173,489 185,370 198,064 1.28 Simpang Kiri 26,416 27,614 29,607 31,744 33,883 36,166 1.26 Sri Gading 66,357 68,552 72,118 75,869 79,556 83,422 0.91 Sg Kluang 16,591 17,702 19,599 21,699 23,869 26,254 1.84 Sg Punggor 10,417 11,163 12,445 13,875 15,361 17,006 1.96 JUMLAH 336,493 353,171 381,176 411,593 442,444 475,808 1.45 Sumber: Rancangan Tempatan Daerah Batu Pahat 2030 (Penggantian) Jadual 3.3 : Unjuran Penduduk Daerah Batu Pahat Mengikut Mukim, 2010-2030
3-6 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3.3 SOSIO BUDAYA Daerah Batu Pahat mempunyai nilai sejarah pembudayaan dan keseniannya tersendiri yang menggambarkan identiti penduduk setempat. Sosio budaya dapat diartikan sebagai tata nilai yang berlaku dalam sebuah masyarakat yang menjadi ciri khas masyarakat tersebut seperti cara hidup, adat istiadat, adat resam, moral, kesenian, kepercayaan dan lainlain. Ia juga merupakan faktor yang mendorong kepada pembentukan imej dan identiti Daerah Batu Pahat. Oleh itu, corak sosio budaya masyarakat setempat ini telah diambilkira di dalam kajian ini bagi membentuk konsep pembangunan landskap dengan imej setempat. Tarian kuda kepang yang dipersembahkan ketika majlis keramaian yang dipimpin oleh seorang penari yang dipanggil ‘danyang’. (Sumber: JKKN Johor) Di kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat, kepelbagaian penduduk telah mewujudkan pelbagai budaya yang menjadi pegangan dan amalan hidup penduduk setempat. Kebudayaan ini terbentuk berasaskan penghijrahan daripada penduduk Batu Pahat sendiri, membawa kebudayaan mereka mempengaruhi gaya hidup penduduk sehingga kini. Pengaruh jawa yang dibawa oleh nenek moyang terdahulu telah mencorakkan kebanyakan tarian yang diamalkan di Batu Pahat. 3.3.1 Tarian i. Tarian Kuda Kepang Tarian Kuda Kepang adalah tarian yang dipersembahkan dengan pemakaian kostum dan kuda tenunan. Ia menjadi tarian rasmi yang diamalkan di Batu Pahat serta tersohor di sekitar Johor. Tarian ini secara umumnya sering dipersembahkan di majlis keramaian, majlis perkahwinan dan hari-hari perayaan untuk memeriahkan suasana. Corak dan lukisan dari tenunan kuda kepang yang mempunyai maksud tersendiri menaikkan lagi seri tarian kuda kepang. ii. Tarian Barongan Tarian Barongan merupakan tarian tradisi kedua selepas tarian kuda kepang di Batu Pahat. Tarian ini mempunyai mempunyai kesenian tersendiri persis dengan kesenian reyog yang berasal daripada Jawa. Tarian Barongan dipercayai berkembang di Malaysia sekitar 1722, oleh masyarakat Jawa Islam ke Malaysia. Kesenian tarian Barongan dapat dilihat daripada elemen pemakaian penari yang berunsurkan seekor harimau dan merak. Asas tarian ini bermula daripada kisah seorang juru iring menari bersama-sama harimau dan merak ketika melalui kawasan tersebut. Tarian Barongan ini berkembang sehingga kini. Tarian Barongan ini juga pernah dimainkan ketika majlis perkahwinan. Permainan barongan diiringi dengan alat muzik seperti gong, gendang dan angklung. Tarian Barongan yang dipersembahkan sebagai tarian tradisional di sekitar kawasan kajian. (Sumber: Facebook @SayaOrangJohor) Antara tenunan songket Johor yang dapat membentuk imej setempat
3.3.2 Makanan PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-7 Masakan dan hidangan di Batu Pahat kebanyakannya dipengaruhi oleh sekitar kepulauankepulauan Melayu. Antara makanan tradisi dan tumpuan di Daerah Batu Pahat adalah nasi beriani gam yang dikatakan telah diperkenalkan oleh pedagang Parsi kepada orang India dan Pakistan yang berhijrah ke Tanah Melayu. Nama hidangan ini berasal daripada bahasa Parsi, berya(n) yang bererti goreng atau panggang. Selain itu, antara hidangan tradisi lain adalah asam pedas, lontong, mee racun, mee bandung dan sebagainya. Makanan ini menjadi hidangan yang sering dijumpai di sekitar Batu Pahat. Kebanyakan jenis makanan di Batu Pahat ini dipengaruhi dari kawasan jawa. Terdapat juga pengaruh makanan pantai timur seperti nasi dagang, cendol, dan pulut bakar. Jenis-jenis makanan trdisional yang terkenal di kawasan kajian seperti nasi briyani, getok salah dan mee racun yang berada di Batu Pahat. 3.3.3 Permainan Tradisional Permainan tradisional adalah salah satu aspek sektor kebudayaan dalam masyarakat tempatan. Jika ditinjau dari sudut sejarah, permainan tradisional dimainkan pada kala lapang sejak dahulu lagi. Alat permainan tradisional ini adalah ciptaan nenek moyang terdahulu yang melambangkan ciri-ciri kebudayaan bangsa. Begitu juga di Daerah Batu Pahat, permainan tradisional seperti congkak, dam aji, batu seremban, tarik tali serta sepak raga yang sering dimainkan memberi peranan yang penting dalam mengisi masa lapang para penduduk dari zaman nenek moyang sehingga kini. Namun, permainan tradisional semakin dipandang enteng, justeru itu pemuliharaan permainan tradisional ini amat penting bagi menjamin kesinambungannya di masa akan datang. Permainan dam aji dan congkak yang sering dianjurkan dalam festival di Batu Pahat.
3-8 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3.4 SOSIO EKONOMI Kegiatan ekonomi di kalangan masyarakat setempat berhubungkait dengan kehidupan sosial mereka. Pembangunan sosio-ekonomi ini juga merangkumi kepelbagaian aktiviti yang mampu membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat tempatan serta menambahkan sumber pendapatan sedia ada. Secara keseluruhannya, penduduk di kawasan Majlis Perbandaran Majlis Perbandaran Batu Pahat melaksanakan aktiviti ekonomi seperti perniagaan dan perkhidmatan, pertanian, aktiviti nelayan dan pelancongan. 3.4.1 Perniagaan dan Perkhidmatan Sektor perniagaan dan perkhidmatan terbahagi kepada jenis iaitu perniagaan formal dan tidak formal. Sektor perkhidmatan melibatkan pengangkutan, pengedaran dan penjualan barang-barang kepada pengguna. Sektor ini juga berteraskan aktiviti-aktiviti lain seperti pelancongan, kesihatan, pendidikan dan perkhidmatan kewangan yang juga berpotensi dalam memajukan ekonomi Daerah Batu Pahat sekaligus mewujudkan daya saing yang tinggi. Deretan lot kedai yang menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk kewangan seperti bank Perniagaan barangan harian seperti rempah yang terdapat di Pasar Pagi Jalan Ibrahim i. Perniagaan Formal Perniagaan formal di kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat tertumpu di Bandar Penggaram sebanyak 2,938 pertumbuhan perniagaan. pertubuhan perniagaan merupakan bangunan perniagaan jenis rumah kedai dengan perniagaannya yang berstatus kekal. Kawasan-kawasan perniagaan ini menawarkan perkhidmatan seperti menjual barangan keperluan harian, barangan perkhidmatan, khidmat sosial dan kewangan kepada pengguna. ii. Perniagaan Tidak Formal Perniagaan tidak formal pula kebanyakan tertumpu di pusat bandar dan kawasan luar bandar dengan perniagaan bersifat sementara seperti gerai dan penjaja serta bersifat kekal seperti perniagaan barangan terpakai (orang asli). Secara amnya, aktiviti perniagaan gerai/penjaja bagi makanan dan minuman merupakan aktiviti utama dan seterusnya adalah gerai buah-buahan. Konsep perniagaan pasar karat pula adalah berasaskan kepada jualan barangan terpakai, barang lama, barang antik, alat ganti terpakai dan sebagainya, yang bertempat di Rengit. Kompleks perniagaan 'barangan terpakai' Orang Asli di tapak perniagaan Kg Orang Asli Bumiputera Rengit Antara gerai buah-buahan yang pernah dibuka di Dataran Batu Pahat
3.4.2 Pertanian PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-9 Sektor pertanian yang melibatkan tanaman pertanian, akuakultur dan penternakan merupakan antara sumber ekonomi utama di kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat dengan keluasan guna tanahnya merupakan yang paling besar. Majoriti kawasan pertanian ini diusahakan di kawasan petempatan desa atau kawasan-kawasan kediaman penduduk yang mana pemilikannya jenis estet dan sebilangan kecil dimiliki pekebun kecil/individu. Sektor ini mampu berkembang pesat disebabkan kesesuaian tanah yang dikenalpasti bersesuaian untuk pembangunan pertanian di Daerah Batu Pahat. i. Pertanian Kelapa sawit dan getah merupakan tanaman komoditi utama yang terdapat di kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat ini. Selain itu, penduduk juga mengusahakan penanaman pokok buahbuahan seperti durian, nenas, pisang dan lain-lain. ii. Akuakultur Pertanian akuakultur turut dijalankan di sesetengah kawasan yang berdekatan dengan persisiran Sungai Batu Pahat. Ternakan akuakultur yang utama lebih kepada jenis kolam/ tangki simen. Antara aktiviti yang dijalankan adalah ternakan ikan air tawar, ikan hiasan, udang, dan kupang atau siput sudu. Aktiviti perikanan kupang dimeriahkan lagi dengan inisiatif dan inovasi penduduk dalam menjana sistem baharu bagi penternakan kupang. Pusat penternakan ikan Arowana serta penternakan kupang yang dijalankan menyumbangkan kepada ekonomi penduduk tempatan. Pertanian industri kelapa sawit yang banyak terdapat di kawasan Batu Pahat Antara penanaman pokok pisang yang dijalankan di sekitar kawasan Senggarang iii. Penternakan Terdapat aktiviti penternakan di Daerah Batu Pahat ini adalah berselerak di mana ianya banyak tertumpu di kawasan luar bandar. Kawasan aktiviti penternakan ayam ini tertumpu di Mukim Minyak Beku dengan sebanyak 18 tempat seperti di Kg. Sungai Ayam dan Kg. Minyak Beku. Cara penternakan ayam ini menggunakan pendekatan sistem ‘reban terbuka’. Antara penternakan ayam kacuk kampung yang diusahakan di Batu Pahat
3.4.3 Aktiviti Nelayan PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-10 Keadaan strategik Batu Pahat terletak di persisiran Sungai Batu Pahat membentuk beberapa kampong nelayan yang kecil. Bot-bot, tongkang serta bot pelancong dapat dilihat membanjiri kawasan sungai menunjukkan kegiatan ekonomi harian sesetengah kawasan yang bertumpukan aktiviti nelayan. Terdapat 23 lokasi pengkalan pendaratan ikan yang dikenalpasti tertumpu di mukim Rengit dan Minyak Beku. Industri perikanan memainkan peranan penting dalam menjana ekonomi penduduk tempatan Batu Pahat. Hentian Mahkota, Parit Simin serta Pantai Teluk Wawasan antara pusat pelabuhan bagi bot-bot nelayan menunjukkkan imej sebagai Daerah Nelayan. Penyediaan sektor pelancongan di Batu Pahat sangat penting dalam menghidupkan industri pelancongan negara. Kebanyakan pelancong memilih Batu Pahat sebagai destinasi pelancongan dan percutian bagi merasai dan menikmati keunikan dan keindahan alam semula jadi serta budaya yang tersedia seperti Pantai Minyak Beku, Pantai Tanjung Labuh, Hutan Lipur Soga dan sebagainya. Kemudahan bagi tujuan pelancongan seperti taman peranginan, resort, pusat beli-belah dan sebagainya di kawasan-kawasan ini mendorong kepada aktiviti pelancongan serta membuka peluang kepada sektor pekerjaan. Kewujudan sumberjaya pelancongan yang pelbagai di zon ekopelancongan, zon persisiran pantai serta pulau-pulau di Batu Pahat berupaya menarik lebih ramai pelancong. Keadaan ini menjadikan sektor pelancongan sebagai penyumbang utama dalam meningkatkan sumber ekonomi Daerah Batu Pahat. 3.4.4 Aktiviti Pelancongan Pantai Minyak Beku dan Hutan Lipur Soga Perdana merupakan antara lokasi pelancongan semulajadi yang menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pengunjung luar di kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat.
3-11 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3.5 CIRI-CIRI FIZIKAL DAN GUNA TANAH 3.5.1 Topografi dan Bentuk Muka Bumi Topografi atau dikenali sebagai bentuk muka bumi merupakan salah satu bentuk faktor yang akan mempengaruhi corak pembangunan landskap di kawasan kajian. Sehubungan itu, penilaian dan pemerhatian yang teliti akan dilakukan bagi memastikan kawasan pembangunan tidak akan menghadapai masalah pada masa akan datang. Secara keseluruhannya, bentuk muka bumi di daerah Batu Pahat adalah merupakan kawasan rata, rendah dan beralun iaitu berketinggian antara 0 meter sehingga 50 meter. Ini menjadikan daerah ini sesuai untuk aktiviti pembangunan. (Rujuk Rajah 4.1) Sebahagian kawasan kajian di bawah Majlis Perbandaran Batu Pahat sesuai untuk aktiviti pembangunan terutamanya: i. Di bahagian Timur Laut: Sri Gading, Kawasan Sungai Punggur, Kawasan Sungai Kluang ii. Di Barat Laut: Kawasan Peserai dan di kawasan Bandar Batu Pahat Terdapat dua titik tinggi dengan ketinggian lingkungan 300m – 1000m dari aras laut yang terletak di hutan simpan kekal dibawah kawasan perlindungan Gunung Banang dan Gunung Soga serta telah diwartakan sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) tahap 1, yang perlu dipelihara. Berdasarkan analisis, didapati kawasan berketinggian 150 meter ke atas terdapat di kawasan Gunung Soga dan Gunung Banang. Kawasan ini telah diwartakan sebagai kawasan hutan simpan. Kawasan ini juga kaya dengan kepelbagaian spesis flora dan fauna serta merupakan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) tahap 1. Secara amnya, kebanyakkan kawasan di bawah pentadbiran MPBP ini adalah berkecerunan kurang 15 darjah dan kurang dari 25 darjah serta dikategorikan sebagai kawasan berisiko rendah dan sederhana. Kawasan ini juga dilihat sesuai untuk pemajuan tanah. Seterusnya, kawasan yang mempunyai ketinggian lebih dari 150 meter dari aras laut dan berkecerunan lebih 25 darjah adalah dikategorikan sebagai kawasan tanah tinggi yang berisiko tinggi. Kawasan ini boleh mengalami perubahan topografi yang mendadak dan berisiko tinggi dari segi gelinciran tanah serta mempunyai halangan fizikal bagi pengurusan pertanian. Sebarang aktiviti pembangunan adalah tidak dibenarkan. (Rujuk Rajah 4.2) 3.5.2 Kecerunan Secara amnya, sebahagian besar kawasan kajian merupakan kawasan landai pinggiran pantai dan lembangan sungai. Di pinggiran pantai dan lembangan sungai serta di sebahagian besar kawasan ini didominasi oleh tanah dari jenis Clay and silt(marine) dengan keluasan sebanyak 58,013.00 hektar. Manakala di kawasan tengah kajian pula, didapati terdapat lithologi jenis Acid intrusives dengan keluasan sebanyak 14,410.70 hektar. Kedudukanya terletak di tengah-tengah kawasan kajian merangkumi kawasan gunung Soga dan Banang. Di barat laut serta timur kawasan kajian terdapat tompok lithologi jenis Peat, Humic and silt berkeluasan 15,883.50 hektar yang juga sesuai untuk tanaman seperti kelapa sawit dan tanaman-tanaman lain. Jenis tanah juga memainkan peranan yang penting di dalam menentukan jenis tanaman yang sesuai ditanam di sesuatu kawasan. (Rujuk Rajah 4.2) 3.5.3 Tanah Tanih Tanaman kelapa sawit merupakan tanaman industri utama yang berpotensi untuk diperluaskan lagi penanamannya memandangkan harga sawit yang stabil pada masa sekarang dan pengurusan untuk tanaman ini yang mudah.
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-12 PETUNJUK Tanah Rendah ( < 150m) Tanah Bukit (150 –300m) Tanah Tinggi (300 -1000m) PELAN LOKASI Kelas Ketinggian Lain-lain Petunjuk Sempadan Blok Perancangan (BP) Sempadan Mukim S e l a t M e l a k a S e l a t M e l a k a Rajah 3.2 Pelan Ketinggian Sumber: Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022 0 2 4 1 Kilometers MAJLIS DAERAH YONG PENG MAJLIS PERBANDARAN MUAR MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM MAJLIS PEMBANDARAN PONTIAN Gunung Banang Gunung Soga Tanah Rendah ( < 150m) 98.66% Tanah Bukit (150 –300m) 1.22% Tanah Tinggi (300 -1000m) 0.12% Tahap Ketinggian Peratusan Sumber: RTD Batu Pahat 2030 (Penggantian) Analisis Ketinggian Bentuk Muka Bumi
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-13 PETUNJUK Kelas 1 : <15° Kelas 2 : 15 –25° Kelas 3 : 25 –35° PELAN LOKASI Kelas Kecerunan (darjah) Lain-lain Petunjuk Sempadan Blok Perancangan (BP) Sempadan Mukim S e l a t M e l a k a S e l a t M e l a k a Rajah 3.3 Pelan Kecerunan Sumber: Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022 0 2 4 1 Kilometers MAJLIS DAERAH YONG PENG MAJLIS PERBANDARAN MUAR MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM MAJLIS PEMBANDARAN PONTIAN Kelas 4 : > 35° Gunung Banang Gunung Soga
PETUNJUK Acid intrusives (undifferentiated) Clay and silt (marine) Peat, humic clay and silt PELAN LOKASI Jenis Lithologi Lain-lain Petunjuk Sempadan Blok Perancangan (BP) Sempadan Mukim S e l a t M e l a k a S e l a t M e l a k a Rajah 3.4 Pelan Geologi Sumber: Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022 0 2 4 1 Kilometers MAJLIS DAERAH YONG PENG MAJLIS PERBANDARAN MUAR MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM MAJLIS PEMBANDARAN PONTIAN Sand (mainly marine) Sandstone and mudstone PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-14 Jenis Clay and silt (marine) Acid intrusives Peat, Humic and silt Lithologi Acid intrusives Peat, Humic and silt 58,013.00 14,410.70 15,883.50 3,110.20 908.70 Pinggiran pantai dan lembangan sungai Kawasan Gunung Soga dan Banang Kawasan pertanian Di beberapa kawasan Mukim Lina Kawasan lapangan terbang Luas (Hektar) Lokasi Sumber: RTD Batu Pahat 2030 (Penggantian) Analisis Tanah Tanih
3.5.4 Guna Tanah Semasa PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-15 Guna tanah semasa di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat didominasi oleh kawasan pertanian. Seterusnya, diikuti oleh guna tanah tepubina yang meliputi beberapa kategori guna tanah iaitu perumahan, komersial, industri, institusi dan kemudahan masyarakat, tanah lapang dan rekreasi, pengangkutan, serta infrastruktur dan utiliti. Selain itu, terdapat juga guna tanah hutan, badan air dan tanah kosong. (Rujuk Jadual 4.2) Jadual 3.4 : Jadual Keseluruhan Guna Tanah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat Sumber: RTD Batu Pahat 2030 (Penggantian) Jenis Guna Tanah Keluasan (Hektar) Peratus (%) Perumahan 2,742.74 2.97 Komersial 450.78 0.48 Industri 814.97 0.88 Institusi dan Kemudahan Masyarakat 1,664.10 1.80 Tanah Lapang dan Rekreasi 914.75 1.00 Pengangkutan 3,993.46 4.33 Infrastruktur dan Utiliti 732.54 0.80 Guna Tanah Tepubina 11,313.34 Hutan 3,573.57 3.87 Badan Air 496.17 0.53 Rizab Hutan dan Badan Air 4,069.93 Pertanian 76,433.92 82.79 Kawasan Pertanian 76,433.92 Tanah Kosong 509.00 0.55 Tanah Kosong 509.00 Jumlah Keseluruhan 92,326.00 100 Secara keseluruhannya, guna tanah di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat ini mencatatkan keluasan sebanyak 92,326.00 hektar selaras dengan persempadanan semula yang telah diwartakan. Keseluruhan guna tanah ini dimonopoli oleh guna tanah pertanian yang meliputi kawasan seluas 76,433.92 hektar iaitu 82.79% dari keluasan pentadbiran majlis. Diikuti oleh guna tanah tepu bina seluas 11,313.34 hektar iaitu 12.26% dan berikutnya hutan dengan keluasan 3,573.57 hektar iaitu 3.87% dan guna tanah badan air dengan keluasan 496.17 hektar iaitu 0.53% serta yang terakhir adalah guna tanah tanah koskng dengan berkeluasan 509.00 hektar iaitu 0.55%. (Rujuk Rajah 4.4) Gambaran guna tanah pertanian yang mendominasi di kawasan-kawasan perkampungan sekitar Bandar Parit Raja
PETUNJUK Perumahan Komersial Industri Institusi dan Kemudahan Masyarakat Infrastruktur dan Utiliti Pengangkutan Pertanian Hutan Tanah Lapang dan Rekreasi Tanah Kosong Badan Air PELAN LOKASI Aktiviti Gunatanah Lain-lain Petunjuk Sempadan Blok Perancangan (BP) Sempadan Mukim S e l a t M e l a k a S e l a t M e l a k a MAJLIS DAERAH YONG PENG MAJLIS PERBANDARAN MUAR MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM MAJLIS PEMBANDARAN PONTIAN Rajah 3.5 Pelan Gunatanah Semasa Sumber: Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022 0 2 4 1 Kilometers PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-16
3.5.5 Hortikultur PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-17 Perkataan hortikultur berasal dari perkataan Latin iaitu hortus yang bermaksud kebun dan cultūra yang bermaksud penanaman. Hortikultur boleh ditakrifkan sebagai bidang sains dan seni penanaman atau penjagaan tumbuhan landskap. Kajian hortikultur bertujuan untuk mengenalpasti kepelbagaian spesis tanaman landskap dan tumbuhan semulajadi di kawasan kajian, kaedah amalan hortikultur yang biasa dipraktiskan serta pokok-pokok yang tertakluk kepada perintah pemeliharaan pokok (TPO) dan Pokok Warisan. 3.5.5.1 Tanaman Semula Jadi Hutan Kawasan semula jadi hutan yang berada di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat adalah Hutan Lipur Soga Perdana, Hutan Simpan Gunung Banang dan Hutan Paya di Minyak Beku. Kawasan hutan ini merupakan jenis Hutan Paya Gambut, Hutan Dipterokarpa Tanah Pamah dan Hutan Bukit yang masih mempunyai spesies-spesies pokok hutan asli yang terpelihara. Sungai Tumbuhan sungai merupakan spesis tumbuhan yang hidup dan beradaptasi dengan air pasang surut yang berhampiran dengan laut dan muara sungai. Tumbuhan-tumbuhan ini juga berfungsi sebagai zon penampan antara sungai dengan gunatanah lain di sekitarnya serta menyerap pencemaran sungai yang sering berlaku di kawasan bandar. Kawasan-kawasan sungai ini masih terpelihara dengan tumbuhan-tumbuhan asal seperti Nypa frutican (Nipah), Rhizophora apiculata (Bakau), Pandanus odoratissimus (Mengkuang), Terminalia catappa (Ketapang), Hibiscus tiliaceus (Bebaru) serta pokok-pokok lain seperti Cocos nucifera (Kelapa), Meleleuca cajuputi (Gelam), Ficus sp (Ara) dan tumbuhan paku-pakis Acrostichum (Piai). Pokok Nypa frutican (Nipah), Rhizophora apiculata (Bakau) dan spesis paku-pakis Acrostichum (Piai) yang terdapat di pinggiran Sungai Batu Pahat. Pokok-pokok ini memerlukan bekalan air yang berterusan dan lumpur dari sungai untuk mengekalkan pertumbuhan yang sihat. Kawasan tanaman pokok bakau pesisir Sungai Batu Pahat di Laman Peserai yang menjadi habitat bangau terutamanya pada waktu malam Tumbuhan asli sungai Nypa frutican (Nipah) dan spesis pakupakis Acrostichum (Piai). yang hidup subur di pesisir Sungai Batu Pahat Antara lokasi kawasan pokok Rhizophora apiculata (Bakau) yang menjadi habitat hidupan sungai seperti bangau dan buaya
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-18 Pantai Kawasan pantai mempunyai habitat tumbuhan yang memainkan peranan yang penting dalam mengawal kestabilan alam sekitar. Tumbuhan-tumbuhan pantai ini adalah tumbuhan yang mampu bertahan mengawal pergerakan air pasang surut, menjadi penampan bagi tiupan angin dan bayu laut, mempunyai ketahanan dan toleransi terhadap kemasinan yang tinggi serta kepada iklim-mikro setempat. Kawasan pinggiran pantai ini mempunyai tanaman pantai yang subur seperti Cocos nucifera (Kelapa), Terminalia catappa (Ketapang), Casuarina equisetifolia (Rhu), Barringtonia asiatica (Putat Laut), Scaevola taccada (Ambong-Ambong), Rhizophora apiculata (Bakau), Licuala grandis (Palas) dan beberapa jenis spesis campuran lain. Namun begitu, persekitaran pantai ini mengehadkan pembiakan tumbuh-tumbuhan terutamanya daripada spesis penutup bumi seperti Ipomoe pes-caprae (Tapak Kuda) dan Spinifeks littoreus (Rumput Lari-lari). Pokok Casuarina equisetifolia (Pokok Rhu) dan pokok palma Cocos nucifera (Kelapa) yang banyak ditanam sebagai tanaman penampan bagi angin kuat di sekitar kawasan Pantai Minyak Beku. Pokok Barringtonia asiatica (Putat Laut) dan pokok Terminalia catappa (Ketapang) yang tumbuh secara semulajadi di Pantai Punggor Pokok Rhizophora apiculata (Bakau) yang semakin berkurangan di Pantai Perepat disebabkan hakisan pantai oleh ombak laut. Tanaman pertanian melibatkan dua (2) jenis kategori iaitu tanaman perusahaan dan tanaman industri. Tanaman perusahaan melibatkan tanaman yang digunakan untuk tujuan komersial sama ada dijalankan secara berkumpulan atau persendirian. Tanaman industri pula merupakan tanaman utama yang memberikan hasil dan pulangan khususnya kepada daerah Batu Pahat seperti tanaman kelapa sawit dan getah. 3.5.5.2 Tanaman Pertanian Tanaman Perusahaan Tanaman perusahaan ini melibatkan jenis tanaman daripada kelapa, kopi, sayursayuran, buah-buahan, tebu dan tanaman lain yang merupakan tanaman yang berpotensi untuk diperluaskan kerana kebanyakan jenis tanah di Daerah Batu Pahat sesuai untuk ditanam dengan tanaman-tanaman tersebut. Tanaman ini juga turut diusahakan melalui pelbagai program yang dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA). Tanaman kopi, sayur-sayuran, buah-buahan dan tebu merupakan antara tanaman perusahaan utama di usahakan di Daerah Batu Pahat.
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-19 Tanaman Industri Tanaman industri utama di Daerah Batu Pahat adalah kelapa sawit dan getah. Ia diusahakan oleh syarikat perladangan atau persendirian. Tanaman kelapa sawit ini berpotensi untuk diperluaskan lagi penanamannya memandangkan harga sawit yang stabil pada masa sekarang dan pengurusan untuk tanaman ini yang mudah di samping jenis tanah di Daerah Batu Pahat sesuai untuk ditanam dengan tanaman tersebut. Namun begitu dari konteks hortikultur, penanaman kelapa sawit atau getah secara perladangan adalah kurang sesuai untuk pemeliharaan bio-diversiti kerana ianya merupakan tanaman dengan spesis tunggal (monokultur). Pokok Kelapa sawit dan getah merupakan tanaman perindustrian yang diusahakan secara monokultur Bandar Penggaram Penanaman pokok teduhan di pusat Bandar Penggaram tertumpu di jalan-jalan utama yang menghubungkan kawasan institusi, komersial dan taman rekreasi. Walau bagaimana pun, penanaman pokok teduhan ini tidak berkesinambungan, terputus-putus dan mempunyai jarak penanaman yang tidak seragam. Secara amnya pokok-pokok teduhan yang ditanam berada dalam keadaan subur dan diselenggara dengan baik. Spesis pokok Peltophorum pterocarpum (Batai Laut) dan Tabebuia pentaphylla (Tekoma) dikenalpasti banyak ditanam di Jalan Pejabat dan sekitar Dataran Penggaram. Pokok-pokok ini kebanyakannya mencapai tahap matang dan berpotensi untuk pelaksanaan Perintah Pemeliharaan Pokok (TPO). Penanaman pokok teduhan ini memberi keselesaan kepada penduduk bandar terutamanya bagi pejalan kaki yang melalui kawasan ini. Selain itu, pembangunan landskap bagi kawasan komersial bandar pula ditanam dengan pokok daripada Bucida spp. dan pokok renek Loropetalum chinense dan Duranta erecta. 3.5.5.3 Tanaman Bandar Penanaman pokok Peltophorum pterocarpum (Batai Laut) di pinggiran jalan berhadapan Dataran Penggaram dan Bangunan Majlis Perbandaran Batu Pahat memberi kualiti visual yang menarik. Tanaman landskap pokok renek seperti Loropetalum chinense (Chinese fringe flower), Mussaenda erythrophylla 'Dona Luz’ dan Duranta erecta L. ditanam sebagai pokok hiasan di pembahagi jalan sepanjang Jalan Bakau Condong
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-20 Bandar Parit Raja Secara amnya, penanaman landskap lembut tertumpu di kawasan pusat bandar dan pinggiran Jalan Kluang yang menjadi laluan utama dan jalan penghubung daerah. Pokok teduhan dari spesis Fragrea fragrans (Tembusu) ditanam di sekitar kawasan komersial pusat bandar sepertimana di Taman Bunga Cempaka Biru. Selain itu, pinggiran Jalan Kluang menuju ke Bandar Penggaram ditanami pokok Khaya senegalensis (Khaya), Hopea odorata (Merawan Siput Jantan) dan pokok renek Eugenia oliena serta Ficus spp secara teratur namun memerlukan penyelenggaraan yang berkala bagi mengekalkan kualiti visualnya. Pokok teduhan Fragrea fragrans (Tembusu) yang ditanam di ruang guna sama antara rizab kawasan komersial bandar dan rizab Jalan Kluang. Pokok Hopea odorata (Merawan Siput Jantan) ditanam secara sejajar di Jalan Kluang, mewujudkan jalinan hijau antara bandar. Pekan Rengit Analisis mendapati hampir keseluruhan Pekan Rengit tidak dilandskapkan dengan penanaman pokok teduhan yang komprehensif terutamanya di kawasan komersial dan kawasan tumpuan awam seperti Pasar Awam Rengit. Kekurangan elemen landskap pokok teduhan ini menyebabkan persekitaran bandar menjadi panas dan memberikan imej dan kualiti visual yang monotonous tanpa elemen kehijauan. Walau bagaimana pun, terdapat penanaman pokok palma dari spesis Wodyetia bifurcata (Foxtail Palm) dan pokok renek seperti Duranta erecta L., Ficus benjamina dan Hibiscus rosa sinensis di pembahagi jalan dan kawasan rizab jalan. Perlandskapan yang menarik dan tersusun di pekan ini tertumpu di kawasan pinggiran Sungai Rengit dengan penanaman pokok renek hiasan seperti Bougainvillea spp., Duranta erecta L., Eugenia oleiana dan Bauhinia kockiana. Semua pokok renek ini memerlukan penyelenggaraan yang rapi bagi menjaga kualiti visual kawasannya. Penanaman pokok renek hiasan di pesisir Sungai Rengit daripada spesis Boungainvillea glabra dan Bougainvillea spectabilis berbunga lebat kerana mendapat pencahayaan yang mencukupi. Pokok palma daripada spesis Wodyetia bifurcata (Foxtail Palm) yang ditanam di pinggiran jalan tidak memberikan teduhan kepada kawasan ini.
3.5.5.4 Pemeliharaan Dan Pengekalan Pokok PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-21 Pokok merupakan tumbuhan semulajadi yang perlu dipelihara dan dijaga untuk generasi akan datang. Pengekalan pokok sedia ada mampu mewujudkan persekitaran yang kondusif dan selesa kepada penduduk setempat serta mampu melindungi pokok-pokok matang agar sentiasa dipelihara dan dilindungi. Potensi Perintah Pemeliharaan Pokok (TPO) di Majlis Perbandaran Batu Pahat Terdapat banyak pokok teduhan yang sebahagiannya berpotensi untuk dilindungi di bawah bahagian VA Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat. Pokok-pokok teduhan ini merupakan antara pokok yang ditanam sejak awal pembukaan Daerah Batu Pahat atau pokok-pokok yang ditanam seiring dengan pembangunan daerah ini. Spesis utama bagi pokok-pokok teduhan yang mempunyai ketinggian melebihi 15 m di sini adalah dari jenis Pterocarpus indicus (Angsana), Samanea saman (Hujan-hujan), Tabebuia rosea (Tekoma), Peltophorum pterocarpum (Batai Laut), serta beberapa pokok lain seperti pokok Terminalia catappa (Ketapang), Alstonia angustiloba (Pulai) dan Hopea odorata (Cengal Pasir). Pokok-pokok ini berpotensi untuk dilindungi bukan sahaja kerana nilai sejarahnya malahan kerana nilainya yang tersendiri dimana ianya mempunyai keindahan semula jadi serta nilai estetik tempatan dimana ianya turut menjadi penghadang fizikal terhadap pemandangan yang buruk atau kawasan yang merbahaya. Pokok Angsana yang besar dan matang di Bulatan Simpang Rantai Deretan pokok Peltophorum pterocarpum (Batai Laut) di Jalan Pejabat Pekan Tongkang Pechah Secara keseluruhannya penanaman pokok teduhan di Pekan Tongkang Pechah adalah tidak menyeluruh dan tetumpu di sekitar bangunan-bangunan industri. Ianya tidak ditanam secara menyeluruh terutamanya di kawasan pinggiran jalan yang menghubungkan kawasan-kawasan tumpuan awam di pecan ini. Terdapat penanamn pokok Juniperus chinensis, Cerbera odollam (Pong-Pong) serta pokok renek Boungainvillea spp dan Ixora javanica kawasan perkilangan. Selain itu, terdapat penanaman pokok Bucida buceras ‘Variegated’ (Pokok Doa) dan Ficus Nitida 'Golden’ (Indian Laurel Fig) di kawasan komersial utama, iaitu di tiga persimpangan Jalan Tongkang Pechah. Pekan Tongkang Pechah ini memerlukan program pembangunan landskap lembut secara yang menyeluruh bagi mewujudkan persekitaran yang selesa serta dapat mengurangkan kesan pulau haba yang dirasai, terutamanya sebagai elemen penampan di kawasan perindustrian. Pokok Juniperus chinensis yang menjadi elemen penampan yang baik ke arah bangunan industri Hup Seng Perusahaan Makanan (M) Sdn Bhd. Penanaman pokok Mimusops elengi (Pokok Tanjung) di pinggiran Jalan Tongkang Pechah dengan jarak penanaman yang tidak sama.
3-22 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3.6 ALAM SEKITAR DAN PENGURUSAN SEMULA JADI 3.6.1 Iklim, Cuaca dan Taburan Hujan Cerapan angin di stesen Batu Pahat diringkaskan dalam naik angin tahunan bagi tahun 2009 hingga 2021 seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.6 . Angin bergerak dari arah selatan seperti yang ditunjukkan di stesen Batu Pahat. Keadaan angin di kawasan itu adalah tenang sebanyak 24.8% dalam tempoh pemerhatian dari tahun 2009 hingga 2021. Carta angin tahunan menunjukkan angin kebanyakannya datang dari selatan (14.8%), diikuti dari arah timur (12.4%) dan timur laut (11.0%). Purata kelajuan angin permukaan tahunan ialah 1.0 m/s dalam tempoh pemerhatian selama 13 tahun (2009 - 2021). Kelajuan angin tahunan tertinggi yang dialami di Batu Pahat ialah sekitar 1.9 m/s. Rajah 3.6 : Taburan Purata Angin Tahunan Di Batu Pahat Batu Pahat menerima purata hujan tahunan yang sederhana dengan perubahan suhu harian yang tidak ketara. Batu Pahat yang terletak di barat daya Semenanjung Malaysia kurang dipengaruhi dengan fenomena Monsun sama ada Monsun Timur Laut (November – Mac) atau Monsun Barat Daya (Mei – September). Namun begitu, keadaan iklim dan cuaca boleh berubah disebabkan oleh peningkatan risiko perubahan iklim. Peningkatan suhu secara mendadak dan taburan hujan yang tidak menentu berserta dengan fenomena angin ribut adalah antara kesan dari perubahan iklim. (Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia) Kawasan pantai barat daya iaitu Batu Pahat menunjukkan taburan purata tahunan hujan antara 2000-2500 mm (Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia) Rajah 3.7 : Taburan Purata Tahunan Hujan Semenanjung Malaysia
3.6.2 Kualiti Air PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-23 Sebahagian besar kawasan sekitar Batu Pahat boleh dikategorikan sebagai Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) iaitu kawasan sensitif kepada pembangunan atau aktiviti dan memerlukan pemuliharaan untuk nilai warisannya, pemeliharaan nilai sokongan hidup serta meminimumkan risiko bencana akibat penukaran guna tanah. Kedudukan Sungai Batu Pahat yang terletak di kawasan penempatan utama berisiko menghadapi isu pencemaran yang akan mempengaruhi kualiti air sungai dan lembangannya. Jadual 3.8 menunjukkan senarai kualiti sungai bagi keseluruhan Lembangan Sungai Batu Pahat. Data kualiti ini diambil dari Laporan Kualiti Alam Sekeliling (2021) yang terkini yang baru dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). Jadual 3.5 : Kualiti sungai bagi keseluruhan Lembangan Sungai Batu Pahat dari tahun 2019 - 2021 Sungai 2019 2020 2021 IKA Kategori Kelas IKA Kategori Kelas IKA Kategori Kelas Sg. Bantang 91 Bersih II 96 Bersih I 97 Bersih I Sg. Bekok 71 Sederhana Tercemar III 81 Bersih II 84 Bersih II Sg. Chaah 83 Bersih II 88 Bersih II 93 Bersih I Sg. Kahang 86 Bersih II 90 Bersih II 92 Bersih II Sg. Lenik 82 Bersih II 82 Bersih II 91 Bersih II Sg. Merek 81 Bersih II 88 Bersih II 89 Bersih II Sg. Merpo 81 Bersih II 91 Bersih II 90 Bersih II Sg. Empangan Semberong 85 Bersih II 89 Bersih II 91 Bersih II Sg. Amran 74 Sederhana Tercemar III 75 Sederhana Tercemar III 81 Bersih II Sg. Batu Pahat 56 Tercemar III 66 Sederhana Tercemar III 64 Sederhana Tercemar III Sg. Berlian 79 Sederhana Tercemar II 78 Sederhana Tercemar II 77 Sederhana Tercemar II Sg. Simpang Kiri 61 Sederhana Tercemar III 67 Sederhana Tercemar III 71 Sederhana Tercemar III Sg. Panchor 58 Tercemar III 59 Tercemar III 63 Sederhana Tercemar III Sg. Semberong 55 Tercemar III 58 Tercemar III 64 Sederhana Tercemar III Sg. Simpang Kanan 56 Tercemar III 59 Tercemar III 60 Sederhana Tercemar III Sg. Temehel 48 Tercemar IV 57 Tercemar III 54 Tercemar III Sumber: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Berdasarkan data terkini kualiti air sungai yang ditunjukkan di Jadual 3.X, sejumlah 9 (56%) sungai daripada 16 sungai yang dipantau telah menunjukkan indeks kualiti air bersih, 6 (38%) adalah sederhana tercemar dan 1 (6%) adalah tercemar. Tren kualiti sungai menunjukkan peningkatan dari tahun 2019 ke tahun 2021, justeru membuktikan dengan kawalan pembangunan yang mampan dapat memelihara dan memulihara kualiti sungai. Namun begitu, Sungai Batu Pahat menunjukkan sedikit penurunan berdasarkan indeks kualiti air (IKA) dan kekal dengan status Sederhana Tercemar. Oleh itu, cadangan kawalan pencemaran harus ditambah baik bagi meningkatkan kualiti Sungai Batu Pahat kepada Kelas II (Bersih).
3.6.3 Kualiti Udara PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-24 Status kualiti udara di Malaysia ditunjukkan menerusi bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU). IPU dikira berdasarkan kepekatan enam (6) bahan pencemar utama iaitu ozon di permukaan bumi (O3 ), karbon monoksida (CO), nitrogen dioksida (NO2 ), sulfur dioksida (SO2 ), habuk halus bersaiz kurang dari 10 mikron (PM10) dan habuk halus bersaiz kurang dari 2.5 mikron (PM2.5 ). IPU ini dikategorikan sebagai baik, sederhana, tidak sihat, sangat tidak sihat dan berbahaya. Kualiti udara di bandar Batu Pahat adalah pada tahap IPU baik dan sederhana pada kebanyakan masa. Meskipun bandar Kluang dan Batu Pahat agak berdekatan, namun kualiti udara bersihnya agak berbeza. Keadaan ini disebabkan pencemaran ozon aras bumi daripada peningkatan trafik di kawasan-kawasan sekitar Batu Pahat berbanding Kluang. Rajah 3.9 dan 3.10 menunjukkan tren kualiti udara bagi bandar Batu Pahat pada tahun 2020 dan tahun 2021. Terdapat penurunan indeks kualiti udara berkategori baik dan peningkatan indeks kualiti udara sederhana bersih. Ini menunjukkan terdapat pencemaran udara berlaku antara 2020 dan 2021. Rajah 3.8 : Status Kualiti Udara Bandar Batu Pahat Pada Tahun 2020 Sumber: Laporan Kualiti Alam Sekeliling, 2020 Rajah 3.9 : Status Kualiti Udara Bandar Batu Pahat Pada Tahun 2021 Sumber: Laporan Kualiti Alam Sekeliling, 2021
3.6.4 Kualiti Bunyi PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-25 Pencemaran bunyi bising akibat aktiviti pembangunan dan proses pembandaran yang dijalankan semakin pesat di negara ini semakin kerap berlaku dan membimbangkan. Aktiviti pembangunan menyebabkan sesebuah kawasan telah menjadi kawasan tumpuan penduduk seperti kawasan petempatan, kawasan komersial, kawasan industri dan sebagainya. Berdasarkan Laporan Rancangan Tempatan Daerah Batu Pahat 2030, tahap kebisingan di bandar Batu Pahat pada waktu siang dan malam didapati melebihi had yang ditetapkan iaitu 81 dB(A) pada waktu siang dan 76 dB(A) pada waktu malam. Tahap kebisingan yang tinggi ini disebabkan oleh laluan trafik yang sibuk dan merupakan tumpuan penduduk tempatan untuk tujuan beriadah. Jadual 3.5 menunjukkan tahap kebisingan yang boleh diterima berdasarkan spesifikasi yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). Sumber: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kategori Guna Tanah LAeq Siang 7.00 am – 10.00 pm LAeq Malam 10.00 pm – 7.00 am Perumahan berdensiti rendah, kawasan sensitif bunyi, pusat institusi (sekolah, hospital, pusat keagaamaan) 60 dB(A) 55 dB(A) Perumahan pinggir bandar dan bandar, pembangunan bercampur 65 dB(A) 60 dB(A) Zon perniagaan komersial 70 dB(A) 65 dB(A) Zon industri 75 dB(A) 75 dB(A) Infografik piawaian paras bunyi bagi kenderaan bermotor (Sumber: Jabatan Alam Sekitar) Jadual 3.5 : Tahap kebisingan yang dibenarkan untuk kawasan tepu bina sedia ada
3.6.5 Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-26 Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) adalah suatu kawasan khas yang sangat sensitif kepada sebarang bentuk perubahan kepada ekosistemnya akibat proses alam semula jadi atau aktiviti di dalam atau di sekitarnya, sama ada secara langsung atau tidak langsung, di mana tahap kesensitifannya ditentukan berasaskan pengintegrasian cirian unsur-unsur fungsi risiko bencana, nilai sokongan hidup serta nilai khazanah dan warisan kawasan tersebut. Nota: KBW: KSAS Bernilai Warisan; KBB: KSAS Berisiko Bencana; KBSH: KSAS Bernilai Sokongan Hidup Sumber: RTD Batu Pahat 2030 (Penggantian) Jadual 3.6 : Senarai KSAS dalam kawasan Daerah Batu Pahat Tahap KSAS Sub Kategori KSAS Lokasi/ Kawasan KSAS KSAS Bersepadu KBW KBB KBSH KSAS Tahap 1 Kawasan tanah tinggi dengan kontur > 300 m Gunung Soga, Gunung Banang KSAS Tahap 1 Kawasan hutan simpan kekal di bawah kawasan perlindungan HSK Bukit Payung, HSK Bukit Bindu, HSK Gunung Soga, HSK Gunung Banang KSAS Tahap 1 Kawasan tadahan empangan Empangan Semberong, Empangan Bekok KSAS Tahap 1/2 Kolam takungan banjir dan rizab sungai Sungai Batu Pahat, Sungai Simpang Kanan, Sungai Simpang Kiri, Sungai Sembrong KSAS Tahap 1/2 Kawasan bencana geologi Kawasan lombong dan bekas lombong, kawasan kuari (Kuari Min Fong, beberapa kuari aktif di Tg. Labuh) KSAS Tahap 3 Kawasan pesisir pantai Pantai Punggor, Pantai Minyak Beku, Pantai Tg. Labuh
PETUNJUK Hutan Simpan Kekal Kawasan Berhutan Kategori PELAN LOKASI Hutan S e l a t M e l a k a S e l a t M e l a k a Rajah 3.10 Pelan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) di MPBP Sumber: Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022 0 2 4 1 Kilometers MAJLIS DAERAH YONG PENG MAJLIS PERBANDARAN MUAR MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM MAJLIS PEMBANDARAN PONTIAN Lain-lain Petunjuk Sempadan Mukim Jalan Utama Sungai Utama HSK Bukit Payong • KSAS Tahap 1 • KBW/KBB/KBSH HSK Bukit Bindu • KSAS Tahap 1 • KBW/KBB/KBSH Sungai Simpang Kiri • KSAS Tahap 1/2 • KBB/KBSH Sungai Simpang Kanan • KSAS Tahap 1/2 • KBB/KBSH Sungai Batu Pahat • KSAS Tahap 1 • KBW/KBB/KBSH Gunung/HSK Soga • KSAS Tahap 1 • KBW/KBB/KBSH Gunung/HSK Banang • KSAS Tahap 1 • KBW/KBB/KBSH Kawasan tapak kuari • KSAS Tahap 1/2 • KBB Sungai Bekok • KSAS Tahap 1 • KBB/KBSH Hutan Paya Minyak Beku • KSAS Tahap 1 • KBB/KBSH Pantai Punggor • KSAS Tahap 3 • KBB Pantai Tanjong Labuh • KSAS Tahap 3 • KBB Pantai Minyak Beku • KSAS Tahap 3 • KBB Nota: KBW - KSAS Bernilai Warisan KBB - KSAS Berisiko Bencana KBSH - KSAS Bernilai Sokongan Hidup PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-27
3.6.6 Kawasan Pemuliharaan Landskap (KPL) PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-28 Kawasan Pemuliharaan Landskap (KPL) merupakan Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) yang perlu dipelihara dan dipulihara. KPL boleh dibahagikan kepada dua (2) iaitu KPL yang terdedah kepada risiko bencana dan KPL yang berkepentingan sebagai sistem sokongan. KPL yang berisiko bencana perlu dikekalkan dan dipelihara. Sebarang gangguan terhadap kawasan KPL ini perlu dielakkan. Sebagai contoh, Gunung Soga dan Gunung Banang, yang mana keduaduanya terletak di kawasan Bandar Penggaram berisiko untuk berlaku tanah runtuh semasa hujan lebat jika kecerunan gunung tidak diselia dan diselenggara. Antara ancaman atau masalah lain bagi kawasan KPL ini adalah seperti: 1. Hakisan pantai seperti di Pantai Punggor. 2. Gangguan guna tanah pada kawasan gunung atau hutan simpan yang berkecerunan melebihi 25 darjah. 3. Tanah runtuh. 4. Kawasan bekas lombong yang tidak diselenggara boleh mengakibatkan pencemaran sungai disebabkan oleh saliran lombong asid (acid mine drainage). Hakisan di persisiran Pantai Punggor yang semakin serius mengakibkan air laut melimpah masuk Sebahagian tanah penduduk di persisiran Pantai Senggarang sudah menjadi sebahagian laut Berdasarkan maklumat dari Berita Harian bertarikh 11 September 2017, peta daratan daerah Batu Pahat kini mengecil hingga satu kilometer berikutan hakisan kritikal di sepanjang pesisiran pantai sejak 45 tahun lalu. Hakisan kritikal itu turut mengakibatkan garis pesisiran pantai telah beralih arah dan semakin mengecil. Antara lokasi benteng yang pecah akibat hakisan kritikal ialah Minyak Beku, Patah Pedang, Sungai Ayam, Sungai Suloh, Tanjung Laboh, Koris, Parit Balak, Sungai Lurus, Parit Jabar, Kampung Sri Pantai, Kampung Baru, Parit Hailam, Parit Botak, Sungai Berong, Punggur, Sungai Kluang Laut, Jambi, Bagan dan Tampok Laut. Berikutan itu, kira-kira 20,000 penduduk di lebih 25 perkampungan pesisir pantai di Senggarang dan Rengit terjejas setiap kali air laut melimpah ke daratan, yang semakin kritikal. 01 02 03 ü Gunung Soga, Gunung Banang, Bukit Payong Tanah tinggi & Cerun Persisiran pantai Bekas lombong ü Pantai Punggor, Pantai Minyak Beku, Pantai Tg. Labuh, Pantai Senggarang ü Taman Botani (bekas lombong bijih timah) ü Kawasan aktiviti industri kuari
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 2-29 KPL yang berkepentingan sebagai sistem sokongan mempunyai kepentingan dan fungsinya yang tertentu. Untuk itu, kawasan KPL ini perlu dikekalkan, dipelihara dan dipulihara agar keseimbangan ekosistem tercapai. 1. Sungai berfungsi sebagai sumber air mentah yang bersih, sumber makanan, dan pusat riadah dan rekreasi. 2. Kawasan tadahan air berfungsi sebagai sumber utama air mentah. 3. Hutan darat (Hutan Simpan) berfungsi sebagai kawasan tadahan, kawasan hijau, kawasan penampan. Hutan darat juga berkepentingan dalam mengawal hakisan tanah. 4. Hutan paya bakau bertindak sebagai penyerap ribut serta mengawal hakisan ombak. 5. Hutan berfungsi sebagai kawasan habitat flora dan fauna. Antara ancaman terhadap kawasan KPL ini adalah seperti: 1. Pencemaran sungai seperti yang utamanya di Sungai Batu Pahat. 2. Perubahan iklim menyebabkan tempoh kering/kemarau yang berpanjangan. Ini menyebabkan paras air di kawasan tadahan berkurangan. 3. Pencerobohan kawasan hutan. 4. Penebangan pokok bakau. Hutan Lipur Soga Perdana yang terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Soga yang merupakan antara KPL yang perlu dipelihara. Ianya merupakan Hutan Dipterokarpa Bukit. 01 02 03 ü Sungai Batu Pahat ü Sungai Simpang Kanan ü Sungai Simpang Kiri Kawasan ü Sungai Semberong sungai Kawasan tadahan air Kawasan hutan ü Tasik Semberong ü Empangan Bekok ü Hutan Simpan Bukit Payong ü Hutan Paya Minyak Beku
3-30 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3.7 HIDROLOGI DAN BADAN AIR 3.7.1 Sumber Air dan Kawasan Tadahan Bagi kawasan perbandaran Batu Pahat, terdapat dua (2) sumber badan air yang utama iaitu Empangan Bekok dan Tasik Semberong. Kedua-dua badan air ini merupakan sumber air mentah kepada empat (4) buah loji rawatan air (LRA) yang membekalkan air bersih di kawasan Batu Pahat. Di samping itu, kedua-dua empangan ini turut berfungsi sebagai tebatan banjir. Nota: L: Empangan bersaiz besar; Unit MCM = 1 x 106 m3 Sumber: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Jadual 3.7 : Maklumat Sumber Air dan Kawasan Tadahan Nama Empangan Tahun Siap Saiz Kawasan Tadahan (km2 ) Kapasiti (MCM) Luas Muka Takungan (km2 ) Aras Takungan Biasa (m) Kelas Bencana Bekok 1990 L 326 32 12.0 13.3 Tinggi Semberong 1984 L 130 18 8.5 8.5 Tinggi Empangan Bekok Tasik Semberong Penemuan semasa keadaan sumber air dan kawasan tadahan adalah seperti berikut: 1. Masalah pencemaran di kawasan tadahan. Apabila berlaku pencemaran di kawasan tadahan, ini akan menyebabkan penutupan loji rawatan air. Loji rawatan konvensional mempunyai had dalam memproses air dan mungkin tidak dapat menapis tahap pencemaran yang tinggi. Terdapat pelbagai jenis pencemaran yang berpotensi untuk berlaku di kawasan tadahan dan sungai, antara lain adalah seperti air kumbahan, bahan pencuci, tumpahan minyak, aliran berlumpur akibat banjir, penebangan hutan dan banyak lagi. Pada Mac 2015, The Star pernah mendedahkan tentang pencemaran alga yang agak besar di Empangan Sembrong yang akhirnya telah menjejaskan bekalan air penduduk di sebahagian daerah Batu Pahat dan Kluang. 2. Penurunan paras air di kawasan tadahan. Perubahan iklim yang kini berlaku menyebabkan tempoh kering (dry spell) yang agak lama. Hal ini akan mengakibatkan paras air di kawasan tadahan dan empangan berpotensi untuk berkurangan. Biasanya, paras air empangan dijangka terjejas ekoran dari taburan hujan yang rendah pada bulan April dan Mei. Di samping itu, pengurangan isipadu air di dalam kawasan tadahan juga akan berkurangan. Keadaan ini akan menyebabkan kualiti air mentah akan terjejas disebabkan oleh faktor pencairan yang kecil. 3. Keperluan bekalan air yang semakin menurun. Berdasarkan RTD Batu Pahat 2030, keperluan semasa bekalan air sudah pun melebihi kapasiti semasa terutama bagi LRA Sri Gading. Justeru itu, LRA ini perlu dinaik taraf bagi membolehkan bekalan air berdasarkan kepada unjuran kapasiti pada tahun 2035 dapat dibekalkan.
3.7.2 Sistem Pengairan dan Saliran Semula Jadi PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-31 Lazimnya, sistem pengairan dan saliran semula jadi merujuk kepada badan air (sungai) yang digunakan bagi tujuan pertanian. Pengairan merupakan proses membekalkan air kepada tanah bagi keperluan tanaman. Pengairan diperlukan apabila tahap kelembapan tanah menurun hingga ke paras 50%. Dengan sistem pengairan yang sempurna, paras kelembapan tanah dapat ditingkatkan kepada had basah tanah. Bagi kawasan daerah Batu Pahat, pertanian merupakan antara sektor guna tanah yang utama. Antara tanaman yang ditanam di sekitar Batu Pahat, tanaman sawah padi di Sawah Parit Sagil yang menggunakan sistem pengairan dengan jumlah air yang banyak. Ini adalah kerana sistem pengairan yang digunakan adalah jenis sistem pengairan permukaan, atau lebih spesifik pengairan banjir/takung. Sawah padi Parit Sagil meskipun berada di luar dari kawasan kajian Pelan Induk Landskap, merupakan kawasan sawah padi di luar kawasan Jelapang Padi Utama yang harus dikekalkan Lain-lain tanaman seperti kelapa sawit, getah, kelapa, dan tanaman minoriti lain tidak memerlukan pengairan yang banyak. Walaubagaimanapun, lembangan Sungai Batu Pahat dengan keluasan sekitar 2,049 km2 yang mempunyai banyak sungai-sungai dan Parit Botak dengan keluasan 150 km2 berupaya untuk menampung pengairan tanaman. Berbeza dengan sistem pengairan, sistem saliran pula merupakan proses membawa air dari kawasan tanah/darat ke badan air. Terdapat sistem saliran semula jadi, yang merujuk kepada sungai, dan sistem saliran buatan yang merujuk kepada sistem perparitan atau longkang. Antara sistem saliran semula jadi yang dapat dikenal pasti adalah: ✓ Sungai Batu Pahat ✓ Sungai Punggor ✓ Sungai Dulang ✓ Sg. Chaah ✓ Sungai Simpang Kiri ✓ Sungai Perpat ✓ Sungai Rengit ✓ Sg. Kahang ✓ Sungai Simpang Kanan ✓ Sungai Tongkang ✓ Sungai Kluang ✓ Sg. Lenik ✓ Sungai Merlong ✓ Sungai Jambi ✓ Sungai Bantang ✓ Sg. Merek ✓ Sungai Semberong ✓ Sungai Bagan ✓ Sungai Bekok ✓ Sg. Merpo ✓ Sungai Amran ✓ Sungai Berlian ✓ Sungai Panchor ✓ Sungai Temehel Sistem saliran semula jadi memainkan peranan yang penting dalam mengawal banjir. Pemendapan yang tinggi dalam sungai akibat dari pencemaran pepejal terampai atau hakisan tanah akan menyebabkan sungai semakin cetek. Kecetekan sungai ini akan mengakibatkan limpahan air semasa hujan lebat, seterusnya menyebabkan banjir kilat. Pada tahun 2009, JPS sudah melaksanakan projek mendalamkan muara Sungai Batu Pahat sebagai strategi mengawal banjir.
3.7.3 Skim Pengairan Pertanian PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-32 Kawasan pertanian merujuk kepada kawasan-kawasan yang perlu dikekalkan sebagai kawasan pertanian (kelapa sawit, getah, buahan dan tanaman sayuran) di mana pembangunan perbandaran adalah tidak dibenarkan di dalam kawasan ini. Majoriti kawasan pertanian mempunyai pemilikan estet dan sebilangan kecil dimiliki pekebun kecil / individu. Lazimnya, terdapat tiga jenis skim pengairan pertanian iaitu (1) Pengairan Renjis, (2) Pengairan Titis, dan (3) Pengairan Permukaan. 1. Skim Pengairan Renjis Banyak digunakan untuk penanaman sayur-sayuran, tanaman ladang seperti kelapa sawit dan getah. Kecekapan skim pengairan ini adalah antara 70-80%. Skim ini sesuai digunakan pada keadaan berikut. 2. Skim Pengairan Titis Skim pengairan ini adalah kaedah yang membekalkan air secara terus ke zon akar pokok pada kadar air yang rendah, perlahan tetapi kerap. Skim pengairan ini sesuai digunakan untuk tanaman buah-buahan dan sayur-sayuran yang menggunakan sistem penanaman secara fertigasi, di kawasan berbukit, kawasan tanah berpasir dengan sumber air yang terhad. 3. Skim Pengairan Permukaan Merupakan skim pengairan yang mudah, murah dan praktikal dalam mengagihkan air secara seragam. Air dibekalkan secara graviti dari punca air sama ada dari sungai, kolam tadahan, tali air, empangan, dan lain-lain. Tidak seperti pengairan renjis dan titis, kecekapan skim pengairan permukaan adalah rendah sekitar 40-60%. Tanaman padi sangat sesuai dengan skim pengairan ini. Tanah yang baru dibuka Tanah dengan tekstur berpasir Tanah dengan topografi tidak rata Tanaman yang ditanam padat Tanah yang terdedah dengan hakisan Tanah dengan sumber air yang terhad Skim pengairan jenis renjis Pelan pengairan jenis titis Selaras dengan pembangunan lestari dan mampan, aktiviti pertanian juga boleh ditambah baik dengan melaksanakan skim kitar air semula menerusi dua potensi cara iaitu (1) Kaedah Tuai Air Hujan, dan (2) Guna Semula Air Banjir. Menerusi skim pengairan ini, pembaziran air tidak akan berlaku terutamanya ketika musim kemarau (dry spell) dan pembajaan juga dapat dikurangkan memandangkan air hujan sudah mengandungi keperluan nutrient yang mencukupi bagi tanaman tertentu.
3.7.4 Kawasan Zon Banjir dan Kawalan Kawasan Banjir PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-33 Kawasan daerah Batu Pahat yang berhampiran dengan laut dan juga keadaan topografi yang kebanyakkannya rata merupakan kawasan berpotensi untuk berlakunya kejadian banjir apabila berlaku hujan lebat terutama ketika pada hujung tahun sekitar bulan Oktober dan November. Jadual 3.8 : Rekod Banjir di Daerah Batu Pahat Bil. Nama Sungai Lokasi Stesen Amaran Awam Kawasan Dilanda Banjir Tahun Paras Air (m) 1. Sungai Simpang Kiri - Pusat Bandar Batu Pahat, Taman Sri Wangsa, Taman Flora dan Taman Pelangi Ogos 2021 0.80-1.40 2. Sungai Suloh Stor JPS Batu Pahat Kg.Sg.Suluh, Jln.Tg.Laboh, Jln.Peserai.Spg.Lima, Jln.pantai, Jln.Shahbandar, Taman Pantai, Taman Batu Pahat, Jln.Rugayah. Jln.Rahmat Di Pej.Pos, Jln.Mohd Akil, Jln Sultanah, Perkarangan Stadium BP, Jln Kenangan @ Pt.Dhobi,Tasik Y, BP Mall, Klg.Seramik September 2017 0.10-0.40 3. Sungai Simpang Kanan Stor JPS Batu Pahat Kompleks Pertanian Bersepadu Tongkang Pechah November 2015 0.10-0.30 4. Sungai Suloh Batu Pahat Pekan Sg. Buluh, Minyak Beku Jun 2015 0.30 5. Sungai Batu Pahat Parit Belemam Kg. Linau, Taman Nira November 2014 0.30-0.50 6. Sungai Suloh Stor JPS Batu Pahat Bandar Batu Pahat, Taman Banang, Kg. Sg. Suluh, Minyak Beku, Jalan Batu Pahat – Pontian Ogos 2014 0.30-0.60 7. Sungai Suloh Ladang Lian Seng Pt. Sulong, Minyak Beku, Sri Gading, Ayer Hitam, Chaah Baru, Rengit, Bandar Batu Pahat Disember 2013 0.10-0.50 8. Sungai Simpang Kiri Pt. Sulong Kg. Parit Gantung, Parit Pulau, Parit Tegak November 2012 0.20-0.60 9. Sungai Bekok Bukit Kuari, Pt. Hj. Khalil, Kg. Temeleh, Bandan, Pt. Hj. Kamisan Disember 2011 0.10-1.00 Kg. Baru Senggarang, Pt. Besar 0.10-0.30 Sri Medan, Pt. Yaani, Yong Peng, Chaah Baru, Bt.2, Ayer Hitam, Pt. Sulong 0.10-1.50 10. Sungai Bekok Sri Medan, Pt.Yaani, Yong Peng, Chaah Baru, Bt,2, Atyer Hitam, Pt. Sulong Januari 2011 0.10-1.50 11. Sungai Simpang Kiri Kg. Pt. Abd Rahman, Kg. Pt Jawa, Kg. Pt Lubuk, Kg. t Lapis Maimon dan Kg. Peserai Kechil Disember 2008 0.50 12. Sungai Simpang Kiri Kg. Parit Hj. Kamisan November 2008 1.20 Sumber: Integrated River Basin Management (2020); Rancangan Tempatan Daerah 2030 (Penggantian)
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-34 Jadual 3.8 : Rekod Banjir di Daerah Batu Pahat (sambungan) Bil. Nama Sungai Lokasi Stesen Amaran Awam Kawasan Dilanda Banjir Tahun Paras Air (m) 13. Sungai Simpang Kiri Parit Haji Kamisan, Pt Sri Dayong 1- 9, Pt Sri Dayong (Pulau), Pt Tanjung Sri Muda, Pt Dikon, Pt Mahpol, Pt Sri Memo, Pt Melayu, Pt Jayus Laut, Pt Sipon dan Kg Sri Sepakat Disember 2007 1.00 14. Parit Ibrahim, Parit Latiff Parit Lubuk, Parit Lapis Maimin dan Kampung Sungai Nibong November 2007 0.50 15. Sungai Simpang Kiri Parit Tegak, Parit Lapis Laman, Parit Sulong dan Parit Sri Molek Oktober 2007 0.30 16. Sungai Simpang Kiri Kg. Pt. Hj. Kamisan Januari 2006 1.50 17. Sungai Simpang Kiri Sri Medan Sri Medan 1964-2007 2.02-3.86 Parit Pasir Sg. Kepoh, Pt. Hj. Ariff, Pt. Pasir, Sri Medan, Pt. Jagat, Pt. Wario dan Pt. Leman 1952-1979 2.19-4.72 - - 1952-1991 2.09-4.80 18. Sungai Bekok Bandar Yong Peng Kg. Paya, Paya Mengkuang, Kg. Temehel, Jalan Lama Yong Peng, Pt. Awang, Pt. Selamat, Pt. Abas, Pt. Atsad, Pt. Hj. Dahlan, Pt. Hamil, Pt. Tengah, Pt. Andin, Sg. Terusan, Pt. Serayang, Pt. Jawa, Sg Sedi, Pt. Taboh, Pt. Sri Gunung, Pt. A Jip dan Pt. Sri Badan 1951-2007 2.41-4.19 Bt.77 Yong Peng 1952-2007 6.39-8.18 Bt. 7 Jalan VP Labis 1952-1984 6.86-8.18 Empangan Bekok 1991-2007 18.85- 20.29 Pintu Air Jalan Bakau Chodong 2007 1.90 Sumber: Integrated River Basin Management (2020); Rancangan Tempatan Daerah 2030 (Penggantian) Banjir kilat pada 24 Ogos 2021 disebabkan oleh air pasang besar (Sumber: Utusan Malaysia) Banjir pada Julai 2020 yang menjejaskan Kg. Pt. Othman, Kg. Pt. Tegak, Kg. Pt. Lapis Laman dan Kg. Sentang Batu (Sumber: myMetro)
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-35 Bagi mengawal risiko banjir, terdapat pelbagai strategi yang telah dilaksanakan dengan kerjasama antaranya Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). •Dilaksanakan oleh JPS pada 2009 dan menelan kos kira-kira RM 22.9 Juta. Tujuannya bagi menangani isu limpahan Sg. Batu Pahat ketika air pasang. Mendalamkan muara Sg. Batu Pahat •Strategi ini telah dilaksanakan pada 2017-2018 di Sg. Batu Pahat, Sg. Suloh. Tujuannya untuk mengatasi banjir dengan mengawal air larian permukaan. Menaiktaraf Sistem Saliran Mesra Alam Daerah Batu Pahat, Johor •Ini merupakan projek tebatan banjir jangka panjang oleh JPS. Pelaksanaan projek ini dibuat pada Mei 2013 (Sungai Simpang Kiri) dan April 2014 (Sungai Simpang Kanan). Mendalamkan Sungai Simpang Kanan dan Sungai Simpang Kiri •Kawasan rizab sungai dan zon penampan bagi sebarang pembangunan perlu dikekalkan. Penggunaan ban (bund) di ladang kelapa sawit perlu diselenggara. Pengekalan, pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan rizab sungai dan zon penampan sungai •Peta Hazard Banjir telah lama disiapkan oleh JPS, sekitar tahun 2010. Peta ini bertujuan untuk menunjukkan peningkatan paras air dan limpahan sekitarnya serta kawasan kerap banjir. Peta Hazard Banjir Sg. Batu Pahat •Public InfoBanjir merupakan sistem amaran awal yang boleh dipantau oleh orang awam dan agensi serta PBT yang berkaitan. Ianya memberi maklumat harian berkenaan aras air serta hujan di seluruh kawasan dalam Malaysia. Penyediaan sistem amaran awal banjir
3-36 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3.8 KARAKTER LANDSKAP 3.8.1 Penilaian Karakter Landskap Penilaian karakter landskap adalah satu proses penilaian yang dijalankan bagi suatu kawasan pembangunan. Proses ini melibatkan aktiviti menghurai kepelbagaian elemen, mengintepretasi, menilai dan mengklasifikasikan jenis dan kawasan karakter landskap yang kemudiannya ditunjukkan melalu pemetaan. Penilaian ini juga melibatkan proses pentafsiran terhadap fenomena keadaan landskap dan kekuatan karakter landskap. Penilaian ini membantu dalam menetapkan objektif kualiti landskap yang ingin dicapai terutama diperingkat proses membuat keputusan dengan mengambil kira perubahan terhadap landskap, bagaimana landskap harus dirancang, direkabentuk dan diuruskan bagi kepentingan masa depan. Justeru itu, proses penilaian karakter landskap ini hendaklah dijalankan secara berterusan kerana ianya memainkan peranan yang penting sebagai satu instrumen untuk perancangan landskap, pembangunan landskap, kepelbagaian biologi dan pembentukkan karakter landskap yang mempunyai berpotensi tinggi. Karakter landskap merupakan suatu kajian terhadap gambaran landskap yang holistik, melibatkan kewujudan beberapa elemen yang konsisten seperti rupa bentuk bumi, topografi, litupan guna tanah dan pola petempatan yang mana ianya menyumbang kepada karakter landskap yang tersendiri. (Sumber: Manual Penilaian Karakter Landskap Malaysia, 2013). Karakter landskap ini ditentukan berdasarkan jenis-jenis tertentu yang mempunyai pola dan ciri yang sama dari segi rupa bentuk bumi, tumbuhan, gunatanah dan penempatan di dalam kawasan kajian. Boleh dirumuskan bahawa karakter landskap menjurus kepada gabungan beberapa elemen yang konsisten bagi menganalisis dan mengetahui potensi dan peluang pembangunan landskap secara khususnya. Penentuan karakter landskap dilakukan untuk membantu merancang dan membuat keputusan dalam penyediaan pelan pembangunan yang melibatkan impak kepada landskap di kawasankawasan tertentu. Ia menjadi asas penting kepada pembentukan dasar-dasar dan pelan pembangunan yang dilandaskan kepada penilaian mengikut ciri-ciri persekitaran landskap, sosio budaya, dan alam semula jadi. Maklumat ini juga seterusnya akan dipetakan dan diberi nilai untuk kegunaan perancangan, rekabentuk dan pengurusan landskap.
3.8.1.1 Metodologi Penilaian Karakter Landskap PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-37 Methodologi penilaian karakter landskap adalah struktur asas bagi membuat penilaian karakter landskap di kawasan kajian. Berikut adalah methodologi yang digunakan bagi penilaian tersebut: Carta 3.2 : Struktur Asas Metodologi Kajian Penilaian Karakter Landskap Sumber: Manual Penilaian Karakter Landskap Malaysia, 2013
3.8.2 Analisis Karakter Landskap PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-38 Dalam membuat penilaian karakter landskap, beberapa kategori yang bersesuaian dengan keadaan semasa telah disenaraikan. Penilaian karakter landskap dikategori kepada empat bahagian iaitu geofizikal, liputan tanah, sempadan dan warisan & sosiobudaya. Kesemua kategori ini akan dibincangkan dan dipetakan mengikut komponen tertentu menghasilkan karakter landskap kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat. Berikut ialah kategori penilaian karakter landskap yang telah dicartakan: Carta 3.3 : Kategori Penilaian Karakter Landskap Sumber: Manual Penilaian Karakter Landskap Malaysia, 2013 Geofizikal Peta Litupan Tanah Nota: Peta kategori ini akan dikeluarkan selepas keputusan bengkel stakeholder yang melibatkan -Kawasan bersejarah -Kawasan Tumpuan -Kawasan Pemandangan Indah Badan Air Sungai, alur, paya, parit, pantai, lembangan, Litupan Tanah Warisan, SosioBudaya Peta Geomorfologi Peta Badan Air Fisiografi Kecerunan, ketinggian, rupabentuk tanah, model ketinggian digital (DEM) Biofizikal Alam Bina Sempadan Daerah Sempadan Mukim Sempadan Tumbuhan Semulajadi Pertanian Kawasan Bandar Cth: Pusat Bandar, Komersial, Industri Kawasan Pinggir Bandar Kampung Tradisi Rancangan Pembangunan Tanah Cth: FELDA, FELCRA Peta Asas Sempadan Bandar Peta Sempadan Geofizikal adalah salah satu kategori penilaian karakter landskap terhadap bentuk muka bumi dari kawasan rata sehingga ke kawasan perbukitan tinggi yang merangkumi badan air dan geomorfologi. Geomorfologi adalah kajian tentang asal–usul, struktur, bentuk muka bumi dan perkembangan topografi di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat. Penghasilan Pelan Geomorfologi Pelan Geomorfologi merupakan hasil dapatan daripada gabungan kesemua pelan lokasi bentuk muka bumi kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat. Hasilnya akan menunjukkan beberapa kawasan yang akan dikelaskan sebagai tanah pamah, tanah rendah beralun, tanah perbukitan rendah dan tanah perbukitan tinggi yang mana dapat digunakan sebagai panduan untuk merancang pembangunan landskap. Rujuk Rajah 3.12 bagi Pelan Geomorfologi i. Analisis Geofizikal
Geomorfologi Definisi Tanah Pamah Ketinggian: Dataran yang latar sehingga 40km hingga 50km dari lembangan sungai Kecerunan: Mempunyai kecerunan yang kurang dari 10° Tanah Rendah Beralun Ketinggian: Tanah rendah di kawasan yang luas yang mempunyai anak-anak bukit dengan ketinggian puluhan meter (jarang melebihi 100m) Kecerunan: Kawasan yang beralun dan cerun kurang dari 15° Tanah Perbukitan Rendah Ketinggian: Bertaburan secara rawak di beberapa kawasan dan mempunyai ketinggian kurang dari 300m Kecerunan: Kurang dari 30° dan mempunyai fizikal yang lebar Tanah Perbukitan Terpencil Ketinggian: Bukit kecil tetapi menonjol kerana keadaan latarnya yang rata dan bercerun landau Kecerunan: Bertebing agak curam hingga tegak dan mempunyai puncak membulat atau tidak sekata. Jadual 3.9 : Kriteria dan Hasil Rupa Bentuk Tanah (Geomorfologi) Sumber: Manual Penilaian Karakter Landskap Malaysia, 2013 Rajah 3.11 : Penghasilan Pelan Geomorfologi Pelan Ketinggian Pelan Topografi Pelan Kecerunan Gabungan kesemua pelan lokasi bentuk muka bumi iaitu Pelan Ketinggian, Pelan Topografi dan Pelan Kecerunan bagi penghasilan Pelan Geomorfologi kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat. Rujuk Rajah 13.3 bagi Pelan Geomorfologi PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-39
PETUNJUK Tanah Pamah Tanah Rendah Beralun Tanah Perbukitan Rendah Karakter PELAN LOKASI Geomorfologi S e l a t M e l a k a S e l a t M e l a k a Rajah 3.12 Pelan Geomorfologi Sumber: Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022 0 2 4 1 Kilometers MAJLIS DAERAH YONG PENG MAJLIS PERBANDARAN MUAR MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM MAJLIS PEMBANDARAN PONTIAN Tanah Perbukitan Terpencil Lain-lain Petunjuk Sempadan Mukim Jalan Utama Sungai Utama PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-40
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-41 Pengkelasan Hutan Tanaman Komoditi Pertanian Campur Atribut 1. Hutan Dipterokap Bukit (Gunung Banang, Bukit Soga) 2. Hutan Paya Laut (Hutan Paya di Mukim Minyak Beku) 1. Kelapa 2. Kelapa Sawit 3. Getah 1. Dusun 2. Pekebunan campur 3. Pelbagai tanaman 4. Penternakan 5. Akuakultur Liputan tanah (Land Cover) merupakan elemen yang meliputi permukaan tanah seperti tumbuhan dan kawasan alam bina. Kategori sumber liputan tanah terbahagi kepada dua bahagian iaitu biofizikal (semulajadi/tumbuhan) dan alam bina (kawasan penempatan, bandar). • Litupan Tanah Biofizikal - Merangkumi jenis tumbuhan sama ada semulajadi (hutan) atau pertanian • Litupan Tanah Alam Bina - Merangkumi data lokasi kawasan bandar, pinggir bandar, kampung tradisi dan rancangan penempatan dan kawasan cerang (kawasan dalam hutan bekas bercucuk tanam, bekas hutan yg sudah ditebang pokoknya atau yang tinggal sedikit sahaja pokok-pokoknya). Litupan Tanah Biofizikal Litupan tanah biofizikal adalah jenis litupan tanah yang wujud secara semulajadi yang biasanya dominan di kawasan hutan dan juga ditanam termasuklah kawasan pertanian berskala besar. Kawasan yang didominasi penduduk mempunyai litupan tanah biofizikal yang pelbagai jenis sama ada dalam bentuk komersial atau sara diri. Berikut menunjukkan litupan tanah bagi tumbuhan yang terdapat di kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat yang diklasifikasikan kepada tiga (3) kumpulan utama hutan, tanah komoditi dan pertanian campur. ii. Litupan Tanah Jadual 3.10 : Pengkelasan Liputan Tanah Biofizikal Bagi Kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat Sumber: Manual Penilaian Karakter Landskap Malaysia, 2013 Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022 Litupan Tanah Alam Bina Litupan tanah alam bina yang merangkumi kawasan yang diterokai dan dibangunkan bagi tujuan penempatan dan pembangunan tanah. Hasil daripada data ini akan dikelaskan kepada beberapa kategori seperti bandar, pinggir bandar dan kampung tradisi. Seterusnya, pembahagian atribut akan dikenalpasti mengikut fungsi dan lokasi keadaan semasa seperti jadual di bawah. Pengkelasan Atribut Bandar 1. Pusat Bandar 2. Kawasan Komersial Bandar (Central Business District) Pinggir Bandar 1. Kawasan Perumahan Terancang 2. Kawasan perindustrian 3. Kawasan Komersial kecil Kampung Tradisi 1. Kampung Tradisional 2. Kampung Baharu 3. Penempatan Orang Asli Jadual 3.11 : Analisis Litupan Alam Bina Sumber: Manual Penilaian Karakter Landskap Malaysia, 2013 Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022
PETUNJUK Tanaman Komoditi Perkebunan Campur Kawasan Cerang PELAN LOKASI Litupan Tanah Biofizikal Lain-lain Petunjuk Sempadan Mukim S e l a t M e l a k a S e l a t M e l a k a Rajah 3.13 Pelan Litupan Tanah Biofizikal Sumber: Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022 0 2 4 1 Kilometers MAJLIS DAERAH YONG PENG MAJLIS PERBANDARAN MUAR MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM MAJLIS PEMBANDARAN PONTIAN Hutan Jalan Utama Sungai Utama Penternakan (Ternakan & Akuakultur) PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-42
PETUNJUK Bandar Pinggir Bandar Kampung Tradisi PELAN LOKASI Litupan Tanah Alam Bina Lain-lain Petunjuk Sempadan Mukim S e l a t M e l a k a S e l a t M e l a k a Rajah 3.14 Pelan Alam Bina Sumber: Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022 0 2 4 1 Kilometers MAJLIS DAERAH YONG PENG MAJLIS PERBANDARAN MUAR MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM MAJLIS PEMBANDARAN PONTIAN Jalan Utama Sungai Utama PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 2-43
Sempadan adalah kategori ke-tiga dalam penilaian karakter landskap. Sempadan merupakan pemisah antara negeri dengan negeri lain, daerah dengan daerah lain dan mukim dengan mukim lain. Ia merupakan sebagai panduan pentadbiran untuk memudahkan pengurusan tanah dan pentadbiran. Sempadan dibahagikan kepada tiga (3) bahagian iaitu: • Sempadan Negeri dan Daerah – Meliputi sempadan negeri kawasan kajian dengan negeri yang berjiran. Selain itu, ia juga menunjukkan sempadan bagi daerah yang terdapat dalam negeri tersebut. • Sempadan Mukim – Merangkumi sempadan mukim di seluruh kawasan kajian. • Bandar Utama – Memaparkan lokasi bandar-bandar utama di seluruh kawasan kajian. iii. Sempadan Rajah 3.15 : Penghasilan Pelan Sempadan Pelan Persempadanan Pentadbiran Pelan Persempadanan Mukim Pelan Bandar Gabungan pelan persempadanan pentadbiran, pelan persempadanan mukim dan pelan bandar PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-44
PETUNJUK Sempadan Bandar Sempadan Pekan PELAN LOKASI Sempadan Lain-lain Petunjuk Sempadan Mukim S e l a t M e l a k a S e l a t M e l a k a Rajah 3.16 Pelan Sempadan Sumber: Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022 0 2 4 1 Kilometers MAJLIS DAERAH YONG PENG MAJLIS PERBANDARAN MUAR MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM MAJLIS PEMBANDARAN PONTIAN Jalan Utama Sungai Utama PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-45
3.8.3 Warisan Dan Sosio Budaya PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-46 Warisan dan sosiobudaya adalah kategori yang terakhir dalam proses penilaian karakter landskap. Pelan kategori warisan dan sosio budaya ini dikeluarkan selepas perbincangan diadakan. Warisan dan sosio budaya merupakan kawasan bersejarah, kawasan tumpuan pelancongan dan kawasan pemandangan indah (kualiti pemandangan) bagi kawasan kajian. Sosio budaya di kawasan kajian lebih kepada cara hidup penduduk khususnya para nelayan. Terdapat beberapa kawasan yang mempunyai sosio budaya perkampungan nelayan seperti Minyak Beku, Teluk Wawasan dan Parit Simin. Manakala bagi pelancongan pula, kawasan Pantai Punggor, Pantai Raja Sehari Perpat, Pantai Tanjung Laboh dan beberapa kawasan lain juga. Bagi kawasan pemandangan indah pula lebih tertumpu kepada elemen visual yang berkait rapat dengan landskap. 3.8.3.1 Penilaian Kualiti Pemandangan Bagi membuat penilaian di kawasan kajian beberapa faktor kualiti pemandangan telah dinilai seperti: I. Sensitiviti Visual (Zon jarak) – Digunakan untuk menentukan visual yang dapat dilihat dari perspektif berbeza. Ianya membezakan hierarki visual yang dikenali sebagai zon jarak yang terdiri daripada latar depan, latar tengah dan latar belakang. Setiap kriteria ini akan diberi penilaian yang berbeza sama ada tinggi, sederhana atau rendah. II. Kesatuan Visual – Merujuk kepada keharmonian, kejelasan dan keunikan visual yang dilihat di kawasan kajian. Jika visualnya harmoni dan jelas dengan keadaan sekeliling makanya perlu diberi penilaian yang tinggi. Skor penilaian kesatuan visual dinilai melalui tiga tahap iaitu tinggi, sederhana dan rendah. III. Kualiti Visual – Beberapa faktor perlu di ambilkira seperti faktor bentuk muka bumi, badan air, liputan tanah tumbuhan, liputan tanah alam bina, dan pemandangan sekitar. Kesemua faktor kualiti visual ini akan menentukan kualiti visual sesuatu kawasan. Hasil Keseluruhan Penilaian Kualiti Pemandangan Hasil daripada penilaian akan melihat kekuatan karakter landskap (kualiti pemandangan) dari segi sensitiviti, kesatuan dan kualiti visual. Kawasan kajian yang mempunyai kualiti visual yang tinggi akan mempunyai peluang untuk menjadi kawasan yang berpotensi tinggi sebagai kawasan yang mempunyai karakter landskap yang distintif (berbeza) serta bagi mengetahui karakter landskap di kawasan kajian. Sumber: Manual Penilaian Karakter Landskap Malaysia, 2013 Nilai Kriteria Justifikasi Tinggi (9-7) Mempunyai kepelbagaian rupabentuk dan litupan tanah yang tinggi, termasuk kewujudan badan air. Kewujudan kepelbagaian bentuk muka bumi, litupan tanah dan badan air menjadikan kawasan landskap berkenaan menarik dan membantu kepada karakter landskap yang distintif. Sederhana (6-4) Mempunyai kepelbagaian rupabentuk muka bumi, litupan tanah dan badan air yang sederhana dan tidak dominan. Kepelbagaian bentuk muka bumi. Litupan tanah dan badan air yang sederhana. Rendah (3-1) Mempunyai kepelbagaian bentuk muka bumi, litupan tanah dan badan air yang rendah dan tidak wujud badan air. Kepelbagaian bentuk muka bumi, litupan tanah dan badan air yang rendah. Jadual 3.12 : Jadual penilaian keseluruhan karakter landskap di kawasan kajian Jadual diatas menunjukkan keseluruhan penilaian karakter landskap bagi pemandangan indah. Dimana mengikut justifikasi yang paling tinggi, wujudnya kepelbagaian bentuk muka, liputan tanah dan badan air. Hasil daripada gabungan karakter landskap ini akan mewujudkan kawasan landskap yang menarik malah membantu karakter landskap yang lebih distintif (berbeza). Berdasarkan maklumat ini juga akan menentukan nilai dan kriteria pemandangan indah di kawasan kajian.
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-47 Terdapat beberapa kawasan yang mempunyai sudut kualiti pemandangan telah dikenalpasti melalui penarafan dan penilaian secara terperinci. Kawasan-kawasan tersebut juga telah di analisis dan di nilai seperti di Jadual 13.11 berikut. Sudut Sensitiviti Visual Kesatuan Visual Kualiti Visual Nilaian/Penerangan 1 2 2 2 Sederhana (6) – Sensitiviti, kesatuan dan kualiti visual berada di tahap sederhana dengan sesetengah pemandangan masih menarik dan mempunyai sense of place dengan imej tersendiri. 2 2 2 2 Sederhana (6) – Sensitiviti, kesatuan dan kualiti visual berada di tahap sederhana dengan terdapat pemandangan perlu dipelihara bagi menampilkan imej yang berkualiti dan menarik 3 2 2 2 Sederhana (6) – Sensitiviti, kesatuan dan kualiti visual berada di tahap sederhana dengan pemandangan masih menarik dan dapat menarik minat pengunjung 4 3 3 3 Tinggi (9) – Sensitiviti, kesatuan dan kualiti visual berada di tahap tinggi di mana pemandangan terhadap elemenelemen estatik dalam kawasan ini tersedia secara harmoni dengan persekitarannya. 5 2 2 2 Sederhana (6) – Sensitiviti, kesatuan dan kualiti visual berada di tahap sederhana yang mana pemandangannya mempunyai keharmonian visual dengan tanaman asal dan elemen batuan semula jadi di sekitarnya 6 2 2 2 Sederhana (6) – Sensitiviti, kesatuan dan kualiti visual berada di tahap sederhana dengan pemandangan pantai dan laut yang menarik dan berlatar belakangkan penempatan aktiviti nelayan. 7 2 2 2 Sederhana (6) – Sensitiviti, kesatuan dan kualiti visual berada di tahap sederhana, yang mana elemen-elemen estatik dalam kawasan ini masih mewujudkan keharmonian visual, dan perlu dipelihara agar sentiasa menarik. 8 1 1 1 Rendah (3) – Sensitiviti, kesatuan dan kualiti visual berada di tahap rendah dengan keadaan pantai yang mengalami hakisan menyebabkan persekitarannya tidak tersusun dan kurang menarik. 9 1 1 1 Rendah (3) – Sensitiviti, kesatuan dan kualiti visual berada di tahap rendah dengan pemandangan kawasan ini yang gersang tanpa penanaman pokok tidak mewujudkan keharmonian visual secara keseluruhan. 10 2 2 2 Sederhana (6) – Sensitiviti, kesatuan dan kualiti visual berada di tahap sederhana dengan pemandangan yang berlatar belakangkan penempatan bot-bot bagi aktiviti nelayan. Jadual 3.13 : Penilaian Kualiti Pemandangan Sumber: Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-48 PETUNJUK Perumahan Komersial Industri Institusi dan Kemudahan Masyarakat Infrastruktur dan Utiliti Pengangkutan Pertanian Hutan Tanah Lapang dan Rekreasi Tanah Kosong Badan Air PELAN LOKASI Aktiviti Gunatanah Lain-lain Petunjuk Sempadan Blok Perancangan (BP) Sempadan Mukim S e l a t M e l a k a S e l a t M e l a k a MAJLIS DAERAH YONG PENG MAJLIS PERBANDARAN MUAR MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM MAJLIS PEMBANDARAN PONTIAN Rajah 3.17 Pelan Kualiti Pemandangan Majlis Perbandaran Batu Pahat Sumber: Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022 0 2 4 1 Kilometers 4 Arah Sudut Pandang Kualiti Pemandangan Dataran Penggaram –Dari Jalan Rahmat Laman Mahkota –Dari Jalan Bakau Condong Taman Tepian Penggaram –Dari Jalan Shahbandar Pantai Minyak Beku –Dari Jalan Minyak Beku Pantai Tanjung Laboh –Dari Jalan Lapangan Terbang Pantai Sungai Lurus –Dari Jalan Kampung Sungai Lurus Pantai Raja Sehari Perpat –Dari Jalan Parit Perpat Laut Pantai Punggor –Dari Jalan Kampung Punggur Laut Timur Teluk Wawasan, Simpang Lima –Dari Jalan Parit Haji Abdul Salam Hentian Mahkota, Parit Simin –Dari Jalan Parit Simin PETUNJUK 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 5 6 7 8 9 10 2 1 3 BANDAR PENGGARAM
3.8.3.2 Analisis Kualiti Pemandangan Mengikut Lokasi PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-49 Penilaian kualiti pemandangan dilaksanakan mengikut laluan-laluan utama yang mempunyai tempat-tempat menarik yang berpotensi sebagai lokasi rekreasi dan pelancongan kepada pengunjung. Perincian penilaian kualiti landskap bagi setiap lokasi akan diterangkan melalui gambaran sudut pemandangan semasa seperti berikut. 1) Dataran Penggaram – Dari Jalan Rahmat Dataran Penggaram merupakan kawasan tumpuan utama di Bandar Penggaram yang menempatkan arca batu dipahat yang menjadi mercu tanda bandar. Sudut pemandangan di Dataran Penggaram 2) Laman Mahkota – Dari Jalan Bakau Condong Laman Mahkota terletak dilokasi yang strategik iaitu berhadapan dengan Bangunan Tunku Mahkota Ibrahim Ismail yang merupakan Pejabat Tanah Batu Pahat dan di persimpangan Jalan Bakau Condong dan Jalan Bukit Pasir(laluan utama bandar). Sudut pemandangan di Laman Mahkota 3) Taman Tepian Penggaram – Dari Jalan Shahbandar Taman Tepian Penggaram merupakan kawasan rekreasi pinggiran sungai Batu Pahat yang boleh diakses melalui Jalan Shahbandar. Kawasan sedang dalam pembinaan dan hanya sebahagian kawasan dapat digunakan. Sudut pemandangan di Taman Tepian Penggaram 4) Pantai Minyak Beku – Dari Jalan Minyak Beku Pantai Minyak Beku terletak di bahagian teluk dan muara kawasan kajian merupakan lokasi penghujung bagi Jalan Minyak Beku. Kawasan ini telah dimajukan sebagai kawasan tumpuan penduduk tempatan mahupun pengunjung luar untuk aktiviti rekreasi dan pelancongan.
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-50 4) Pantai Minyak Beku – Dari Jalan Minyak Beku Pantai Minyak Beku terletak di bahagian teluk dan muara kawasan kajian merupakan lokasi penghujung bagi Jalan Minyak Beku. Kawasan ini telah dimajukan sebagai kawasan tumpuan penduduk tempatan mahupun pengunjung luar untuk aktiviti rekreasi dan pelancongan. 5) Pantai Tanjung Laboh – Dari Jalan Lapangan Terbang Pantai Tanjung Laboh merupakan kawasan tumpuan pengunjung untuk aktiviti rekreasi dan pelancongan pantai yang mana kawasan ini masih belum dibangunkan secara terancang. Pemandangan pantai ini daripada Jalan Lapangan Terbang adalah sukar dilihat dengan tiada penyediaan pintu masuk bagi mewujudkan sense of welcoming Sudut pemandangan di Pantai Tanjong Laboh Sudut pemandangan di Pantai Minyak Beku 6) Pantai Sungai Lurus – Dari Jalan Kampung Sungai Lurus Pantai Sungai Lurus merupakan pantai berbatu yang menjadi penempatan untuk aktiviti nelayan selain lokasi jualan makanan yang menjadi tumpuan pengunjung untuk menikmati udara segar tepian pantai disamping menjamu selera dengan pelbagai jenis jualan makanan. Sudut pemandangan di Pantai Sungai Lurus 7) Pantai Raja Sehari Perpat – Dari Jalan Parit Perpat Laut Pantai Perpat yang juga dikenali sebagai Pantai Raja Sehari merupakan sebuah pantai rekreasi milik persendirian yang menjadi tumpuan pengunjung kerana keunikan pantai berpasirnya. Sudut pemandangan di Pantai Raja Sehari Perpat