The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nabilahn54, 2023-02-15 23:58:42

LAPORAN DRAF PIL MPBP (JAN2023)

LAPORAN DRAF PIL MPBP (JAN2023)

8-4 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Ketiadaan pelan pengurusan landskap yang komprehensif dalam mengurus dan menyelenggara keperluan landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat. 1 2 3 4 5 Kekurangan peruntukan dan dana dalam melaksanakan projek pembangunan landskap serta pengurusan tapak semaian. Kekurangan pekerja mahir atau pekerja profesional seperti pakar hortikultur dalam menjalankan kerja di lapangan dan tapak semaian. Saiz tapak semaian yang kecil menghadkan aktiviti yang pelbagai serta tidak dapat menampung petambahan bahan tanaman. Kekurangan teknologi moden bagi mempercepatkan proses penyemaian dan proses-proses lain di tapak semaian. Majlis Perbandaran Batu Pahat menghadapi pelbagai kekangan yang mana pengurusannya tidak dapat dilaksanakan secara efisien, teratur dan berkesan. Keadaan ini menyumbang kepada kualiti landskap yang kurang memuaskan. Antara isu dan masalah bagi pengurusan dan penyelenggaraan landskap ini ialah : 8.4 ISU DAN MASALAH Keadaan tapak semaian sedia ada


8-5 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 8.5 CADANGAN PENSTRUKTURAN SEMULA BAHAGIAN LANDSKAP, MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT Bidang tugas pengurusan dan penyelenggaraan landskap di Majlis Perbandaran Batu Pahat perlu distruktur semula dengan menaiktaraf Bahagian Landskap menjadi Jabatan Landskap dengan pengurusan tersendiri bagi menyeragamkan dan meningkatkan mutu perkhidmatan serta kualiti di seluruh pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat. Sehubungan dengan itu, beberapa perubahan dicadangkan bagi menambahbaik pengurusan sedia ada dengan menambah kakitangan profesional dan separa profesional seiring dengan pertambahan bidang tugas bagi keperluan akan datang. 8.5.1 Peranan Jabatan Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat Jabatan Landskap berperanan dalam merancang, membangunankan, mengawal dan menyelenggara pembangunan landskap di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat. Ini bertujuan untuk meningkatkan taraf kehidupan dan kesejahteraan penduduk di samping menyediakan kawasan rekreasi dan riadah yang baik selaras dengan keperluan masyarakat setempat. 8.5.2 Fungsi Jabatan Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat Jabatan Landskap juga memainkan peranan penting dalam memastikan pembangunan dan pengurusan landskap yang komprehensif secara berterusan bagi Majlis Perbandaran Batu Pahat. Berikut merupakan antara fungsi utama Jabatan Landskap, Majlis Perbandaran Batu Pahat: i. Bertanggungjawab dalam hal-hal perancang pembangunan landskap, projek-projek pembangunan yang berkaitan dengan input landskap dan menyediakan pelan-pelan perancang, mengikut rancangan-rancangan pembangunan yang telah diwartakan dan garis panduan-garis panduan yang digunapakai. ii. Bertanggungjawab menyelaras dan memberi input-input perancangan dalam penyediaan Pelan-Pelan Pembangunan dan Pelan Induk Landskap iii. Memproses permohonan-permohonan Pelan Landskap mengikut prosedur OSC dan memberi ulasan-ulasan perancangan landskap kepada agensi-agensi yang memerlukan ulasan serta menyemak pelaporan CF atau CCC. iv. Membentuk, mengemaskini dan menyediakan garis panduan-garis panduan perancangan dan landskap untuk kerja-kerja kawalan perancangan Majlis Perbandaran Batu Pahat. v. Memberi maklumbalas dan tindakan yang segera kepada aduan-aduan yang diterima yang berkaitan dengan Jabatan Landskap. vi. Melaksana kerja mengikut Manual Prosedur Kerja (MPK) dan memastikan prosedur kerja mengikut Fail Meja (FM) masing-masing dan menjalankan tugas mengikut arahan-arahan pegawai atasan dari masa ke semasa. vii. Merancang kerja-kerja penyelenggaraan yang berkait dengan pengindahan bandar, tapak semaian milik MPBP, perlaksanaan projek Cadangan Dasar Baru and one off serta pemantauan kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor yang dilantik. viii. Memantau dan peka kepada keadaan landskap dalam kawasan Majlis dan sentiasa membawa imej baru ke dalam kawasan-kawasan tumpuan utama seperti jalan protokol, taman rekreasi dan kawasan-kawasan ‘pocket park’. ix. Bertanggung jawab terhadap inventori maklumat kawasan lapang sehingga ke peringkat pewartaan, penyediaan inventori aset hidup, data landskap, inventori penyelenggaraan aset landskap, kempen menanam pokok, serta lain-lain kempen/program pelbagai agensi semada di peringkat Jabatan, Daerah, Negeri dan Kebangsaan x. Melaksanakan pelan rancangan pembangunan berkaitan Pelan Induk Landskap dan dasardasar kerajaan yang digunapakai dari masa ke semasa.


8-6 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 8.5.3 Objektif Jabatan Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat Jabatan Landskap, Majlis Perbandaran Batu Pahat bertanggungjawab secara langsung dalam pengawalan dan perancangan landskap di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat serta memainkan peranan penting dalam memastikan kawasan rekreasi dan riadah yang disediakan berada dalam keadaan baik selaras dengan keperluan masyarakat setempat. Objektif penubuhan Jabatan Landskap ini adalah seiring dengan objektif Bahagian Landskap seperti berikut: Memastikan matlamat, objektif dan strategi di dalam Pelan Induk Landskap (PIL) dijadikan asas garis panduan dalam kerja-kerja perancangan pembangunan landskap. Mengawal dan merancang landskap di dalam kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat agar terancang dan bersistematik mengikut rancangan-rancangan kerajaan serta garis panduan yang diguna pakai. Memastikan permohonan dan ulasan-ulasan perancangan diproses mengikut prosedur yang ditetapkan. Menyediakan data/sistem maklumat Jabatan Landskap untuk kegunaan/rujukan pelbagai jabatan dan orang awam. Memberi maklumbalas dan tindakan yang segera kepada aduan-aduan awam yang diterima yang berkait dalam bidang Jabatan Landskap. Memastikan setiap permohonan pelan landskap dan pembangunan landskap teratur dan memuaskan mengikut Garis Panduan Landskap Negara. Memastikan kawasan riadah disediakan selaras dengan keperluan masyarakat Majlis Perbandaran Batu Pahat mengikut hierarki taman yang telah ditetapkan serta melengkapkan fungsi setiap taman tersebut mengikut Garis Panduan Landskap Negara. Memastikan perancangan landskap yang telah dibuat diselenggara dengan spesifikasi dan penjadualan yang betul dan dapat memberi fungsi yang baik kepada warga Majlis Perbandaran Batu Pahat serta sentiasa memberi keceriaan kepada kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat. Memastikan kawasan yang dicadangkan dapat memberi manfaat dan memberi fungsiyang baik kepada masyarakat samaada sebagai tempat riadah, taman permainan kanak-kanak ataupun kawasan lapang. Membuat tindakan yang berpatutan terhadap aduan penebangan pokok berbahaya dan aduan-aduan yang berkait dengan landskap. Memastikan perkhidmatan sewaan bunga dapat dilaksanakan dengan baik dan memuaskan hati pelanggan. 1 2 4 5 6 7 3 9 8 10 11


8-7 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 8.5.4 Penstrukturan Organisasi Jabatan Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat Penstrukturan dan penaiktarafan adalah dicadangkan agar Jabatan Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat diketuai oleh Arkitek Landskap (J44) selaku Ketua Jabatan Landskap. Beliau akan dibantu oleh tiga (3) orang Arkitek Landskap (J41) yang mengetuai tiga (3) bahagian utama di dalam pentadbiran Jabatan Landskap iaitu Bahagian Pentadbiran, Bahagian Perancangan dan Pembangunan serta Bahagian Penyelenggaraan dan Perkhidmatan. Pengurusan bahagian-bahagian ini akan dibantu oleh kakitangan separa profesional dan kumpulan sokongan lain. Keanggotaan kakitangan dan senarai tugas bahagian-bahagian tersebut diperincikan seperti berikut: I. Bahagian Pentadbiran dan Kawalan Bahagian Pentadbiran ini akan diketuai oleh Arkitek Landskap (J41) bersama Penolong Arkitek Landskap (J36) sambil dibantu oleh Penolong Arkitek Landskap (J29) dan Pembantu Tadbir (N19). Bahagian ini akan menyokong dan membantu Ketua Jabatan Landskap dan bahagian-bahagian lain dalam menjalankan tugas-tugas pentadbiran secara keselruhan. Hal ini melbatkan tugas pentadbiran pejabat, pengurusan kewangan, belanjawan, prestasi jabatan dan membantu Unit Pusat Setempat (OSC) dalam penyediaan pelan kelulusan landskap. Bahagian ini terbahagi kepada dua (2) unit dengan senarai tugas seperti berikut: a) Unit Am • Menguruskan hal pentadbiran yang melibatkan aspek pengendalian surat keluar masuk, pengurusan mesyuarat, pengurusan sistem kaunter perkhidmatan dan pengurusan alatan pejabat. • Mengendalikan urusan perkhidmatan kakitangan merangkumi tugas mengemaskini rekod perkhidmatan, cuti, kursus, latihan dan mengurus hal-hal berkaitan pengisian jawatan serta pemangkuan/penanggungan kerja. • Menguruskan kewangan jabatan termasuk segala bayaran kontrak dan kerja-kerja inden (sebut harga). • Menyediakan laporan-laporan jabatan untuk Mesyuarat Ahli Majlis. • Menerima dan memberi maklum balas tentang aduan landskap. b) Unit Kawalan Pembangunan • Bertanggungjawab dalam mengendalikan permohonan kelulusan pelan landskap. • Memproses dan memberi maklum balas terhadap permohonan kelulusan pelan landskap yang diterima dari Unit Pusat Setempat (OSC). • Membantu Unit Pusat Setempat (OSC) dalam mengeluarkan surat sokongan landskap kepada pemaju bagi mendapatkan Sijil Kelayakan Menduduki (CF) dan Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC). • Menghadiri mesyuarat Jawatankuasa OSC bagi pihak Jabatan Landskap. • Memantau kerja-kerja landskap yang dibangunkan oleh pemaju dan menyedia surat teguran/pindaan pelan. II. Bahagian Perancangan dan Pembangunan Bahagian Perancangan dan Pembangunan ini akan diketuai oleh Arkitek Landskap (J41) bersama Penolong Arkitek Landskap (J36). Ia juga dibantu oleh Penolong Arkitek Landskap (J29) serta kakitangan sokongan berkaitan. Bahagian ini terbahagi kepada dua (2) unit dengan senarai tugas seperti berikut: a) Unit Unit Perancangan dan Reka Bentuk • Merancang dan merekabentuk semua jenis pembangunan landskap dalam kawasan pentadbiran MPBP termasuk penyediaan pelan reka bentuk landskap inhouse. • Mengawal selia projek–projek yang menerima peruntukan dari jabatan dan agensi luar. • Menyediakan dokumen perjanjian, salinan dokumen tawaran/sebut harga. • Mengemaskini sistem data projek-projek pembangunan, bekalan perkhidmatan dan penyelenggraan.


8-8 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP b) Unit Pembangunan dan Pelaksanaan • Mengurus dan melaksanakan semua jenis pembangunan landskap dalam Daerah Marang bagi pembangunan landskap inhouse. • Menyelaras dan melaksanakan acara tahunan dalam bandar serta lain-lain projek landskap segera dalam bandar. III. Bahagian Penyelenggaraan dan Perkhidmatan Bahagian Penyelenggaraan dan Perkhidmatan merupakan bahagian terpenting yang memerlukan kakitangan yang ramai di dalam Jabatan Landskap. Bahagian ini akan diketuai oleh Arkitek Landskap (J41) bersama Penolong Arkitek Landskap (J36) sambil dibantu oleh Penolong Pegawai Pertanian (G29) serta kakitangan sokongan berkaitan. Bahagian ini bertanggungjawab dalam kerjakerja perlaksanaan dan penyelenggaraan landskap bagi mencapai tahap pembangunan landskap yang menarik, indah dan berkesan. Bahagian ini terbahagi kepada dua (2) unit dengan senarai tugas seperti berikut: a) Unit Penyelenggaraan dan Pengurusan • Menyediakan jadual pemeriksaan dan penyelenggaraan supaya kerja-kerja penyelenggaraan dijalankan mengikut waktu serta spesifikasi yang ditetapkan. • Memastikan kerja-kerja penanaman, pengalihan, cantasan dan penebangan pokok dilakukan seperti yang dirancang. • Melakukan pemeriksaan pada pokok utama di seluruh kawasan bagi mengenalpasti jika terdapat sebarang serangan perosak tanaman dan memastikan pokok berada dalam keadaan selamat dan baik. • Merancang, mengurus dan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan landskap yang di kontrakkan mengikut spesifikasi yang ditetapkan di jalan-jalan utama, sekitar bangunan pentadbiran MPBP, pintu-pintu masuk dan kawasan-kawasan awam. • Melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan landskap kejur seperti wakaf, alat permainan, siar kaki, kerusi rehat dan lain-lain. • Melaksanakan kerja-kerja penanaman dan pengindahan secara ‘ad-hoc’ jika terdapat majlis keraian dibawah anjuran Majlis Perbandaran Batu Pahat atau lawatan orang kenamaan dengan kerjasama Unit Tapak Semaian. • Bertanggungjawab terhadap data dan pemeliharaan pokok-pokok warisan dibawah Tree Preservation Order (TPO). b) Unit Tapak Semaian • Menyedia jadual kerja di tapak semaian dan memastikan ia dijalankan mengikut rutin dan spesifikasi yang ditetapkan. • Melaksanakan kerja-kerja penanaman dan pengurusan tanaman hiasan termasuklah penutup bumi, tanaman renek, palma dan pokok utama sebelum ditanam secara tetap di kawasan cadangan. • Melakukan pemantauan dan rawatan untuk memastikan pokok-pokok di tapak semaian dalam keadaan sihat, selamat dan sesuai untuk ditanam. • Melakukan penanaman, pemindahan, pemangkasan, sokongan struktur, mencegah atau mendiagnosis dan merawat sebarang masalah pada pokok yang berlaku di tapak semaian. • Merancang, mengurus bekalan baja, tanah, peralatan kebun dan alatan-alatan berjentera serta kenderaan pengangkutan bagi kerja-kerja landskap. • Menyelia rekod tanaman, kelengkapan dan peralatan tapak semaian, racun, baja dan sebagainya. • Menerima dan menyusun atur jadual tempahan penggunaan hiasan bunga pasu untuk kegunaan majlis-majlis keraian pihak MPBP atau sewaan kepada pelanggan swasta.


8-9 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 8.5.5 Cadangan Carta Organisasi Jabatan Landskap Cadangan carta organisasi Jabatan Landskap ini diketuai oleh Arkitek Landskap (J44) sebagai Ketua Jabatan Landskap dan dibantu oleh tiga (3) orang Arkitek Landskap (J41) yang mewakili setiap bahagian di dalam pengurusan Jabatan Landskap. Yang Dipertua Gred N54 Setiausaha Gred N52 Bahagian Penyelenggaraan dan Perkhidmatan Ketua Jabatan Landskap Arkitek Landskap (J44) Bahagian Pentadbiran dan Kawalan Bahagian Perancangan dan Pembangunan Carta 8.4: Cadangan Carta Organisasi Jabatan Landskap, Majlis Perbandaran Batu Pahat Arkitek Landskap (J41) Arkitek Landskap (J41) Arkitek Landskap (J41) Penolong Arkitek Landskap (J36) Penolong Arkitek Landskap (J36) Penolong Arkitek Landskap (J36) Unit Am Pembantu Tadbir N19 Unit Perancangan dan Reka Bentuk Penolong Arkitek Landskap (J29) Unit Pembangunan dan Pelaksanaan Penolong Arkitek Landskap (J29) Unit Kawalan Pembangunan Penolong Arkitek Landskap (J29) Unit Penyelenggaraan dan Pengurusan Penolong Pegawai Pertanian (G29) Pembantu Operasi (N 11) Mandur (H14) Pembantu Awam (H11) Unit Tapak Semaian Penolong Pegawai Pertanian (G29) Pembantu Operasi (N 11) Mandur (H14) Pembantu Awam (H11)


8-10 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 8.5.6 Strategi Memantapkan Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Bahagian Landskap MPBP Strategi dalam memantapkan sistem pengurusan dan pentadbiran ini adalah bagi mengukuhkan lagi fungsi dan kerja pentadbiran bagi Bahagian Landskap MPBP dalam mengawal dan menguruskan pentadbiran secara terancang dan berkesan. STRATEGI PELAN TINDAKAN INDIKATOR SASARAN Mengukuhkan pembangunan organisasi dan pengurusan Jabatan Landskap • Memperkukuhkan struktur dan organisasi Bahagian Landskap, MPBP secara menyeluruh. • Memantapkan fungsi dan bidang tugas bagi setiap bahagian dan jawatan. • Pewujudan jawatan arkitek landskap dan lain-lain jawatan yang diperlukan oleh jabatan • Pembentukan unitunit kecil bagi pelaksanaan tugas yang lebih jelas dan efisen. • Skim perkhidmatan mengikut kelayakan dan bidang kerja. Memantapkan sumber tenaga kerja secara efektif dan komprehensif • Menyediakan latihan dan kursus-kursus yang bersesuaian dengan skop kerja kakitangan • Sistem pemarkahan yang menilai tahap prestasi kakitangan dari kursus, seminar dan bengkel. • Menyediakan tenaga kerja yang mahir dan terlatih Mengurus sistem dan prosedur kerja secara teratur dan terancang • Meningkatkan penyediaan peralatan bagi kerja-kerja penyelenggaraan dengan teknologi terkini. • Menyediakan pengkalan/sistem data seperti aplikasi berkaitan landskap yang mudah diakses oleh semua pihak. • Mengemaskini pengkalan/sistem data peralatan taman dan tanaman landskap di kawasan-kawasan rekreasi. • Sistem tempahan pelanggan yang praktikal dan efektif. • Kelengkapan dan peralatan yang mencukupi dan berteknologi terkini • Pengenalpastian kedudukan dan maklumat asas peralatan taman dan pokok teduhan. • Data pelawat dan pelanggan. • Peningkatan kualiti kerja, pengurangan bilangan pekerja dan tempoh masa kerja yang pendek. • Lokasi dan maklumat asas peralatan taman dan pokok. • Rekod pelawat dan pelanggan yang lengkap. • Rekod perkhidmatan, jualan, sewaan dan perundingan. Menggalakkan aktiviti promosi dan pemasaran • Menyediakan laman sesawang, media sosial dan media cetakan seperti banner dan papan iklan bagi kawasan-kawasan rekreasi dan promosi tanaman landskap di nurseri. • Mewujudkan aktiviti dan kelas/bengkal pembelajaran landskap di nurseri MPBP. • Jumlah pengunjung serta maklum balas pengguna. • Permintaan terhadap penyediaan pokok hiasan dan tanaman landskap di nurseri. • Kemahiran dan pengetahuan dalam kalangan orang awam. • Peningkatan jumlah kedatangan pengunjung ke kawasan-kawasan rekreasi. • Peningkatan hasil jualan/ perkhidmatan/ sewaan pokok hiasan dan tanaman landskap di nurseri. Jadual 8.1: Strategi Memantapkan Sistem Pengurusan dan Pentadbiran Bahagian Landskap MPBP


8-11 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Kawalan dan penguatkuasaan pembangunan sesuatu landskap perlu dilaksanakan dengan mengguna pakai akta yang diperuntukkan di bawah Bahagian IV (Pengawalan Perancangan) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) serta Garis Panduan Landskap Negara (GPLN) yang selaras dengan perancangan dan pembangunan landskap di peringkat persekutuan. Walaubagaimanapun, penguatkuasaan landskap ini perlu dilakukan berdasarkan tindakan-tindakan di peringkat pengurusan Majlis Perbandaran Batu Pahat seperti berikut: I. Menubuhkan jawatankuasa landskap, penghijauan dan pengindahan bandar dalam memastikan pelaksanaan program-program dan pengawalan landskap yang dilaksanakan dapat meningkatkan mutu hidup serta mencapai visi negara taman. II. Menguatkuasakan perintah pemeliharaan pokok (Bahagian VA Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2017) serta pewartaan pokok-pokok di bawah Tree Preservation Order (TPO). III. Penguatkuasaan dalam mengemukakan pelan-pelan landskap perlu dibuat semasa memohon kelulusan kebenaran merancang mengikut Akta 172. IV. Pemaju perlu menyediakan laporan cadangan pembangunan (LCP) yang mengandungi maklumat keadaan landskap sedia ada Akta Perancang Bandar dan Desa (Pindaan) 2017 termasuklah Pelan Inventori Pokok Sedia ada bagi kawasan cadangan pembangunan. V. Memastikan pelan kontur sedia ada dan pelan kontur cadangan pembangunan disediakan bagi membolehkan pemotongan tanah dibuat pada tahap minima. VI. Memasukan pelan landskap sebagai sebahagian daripada Pelan Struktur, Pelan Pembangunan Rancangan Tempatan, Pelan Induk Pembangunan, jalan, parit dan kawasan sekeliling bangunan. VII. Mewartakan kawasan lapang yang berfungsi sebagai Regional Park bagi bilangan penduduk sesuatu kawasan sebagaimana Garis Panduan Perancangan Kawasan Lapang (GP005) tahun 2021. VIII. Menambah kakitangan profesional yang mencukupi serta mendapatkan peruntukan kewangan yang lebih bagi membolehkan MPBP bersedia menjalankan kawalan landskap dengan lebih serius. IX. Menambahbaikkan Senarai Semak Permohonan Kelulusan Pelan Landskap MPBP. X. Kawalan landskap dilaksana semasa proses kelulusan landskap dengan mengambil kira keperluan-keperluan landskap yang sepatutnya. XI. Pemantau dan pemeriksaan keatas kerja-kerja landskap yang dilaksanakan dengan memastikan syarat kelulusan pelan landskap adalah dipatuhi. 8.6 KAWALAN DAN PENGUATKUASAAN LANDSKAP


8-12 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 8.6.1 Penambahbaikan Senarai Semak Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Berikut merupakan syarat-syarat permohonan pelan landskap yang dicadangkan bagi Majlis Perbandaran Batu Pahat:: 1. Semua permohonan Pelan Landskap perlu dihantar ke : Setiausaha Majlis Perbandaran Batu Pahat, Jalan Pejabat, 83000 Batu Pahat, Johor. 2. Permohonan Pelan Landskap boleh dikemukakan semasa proses Kebenaran Merancang @ KM pembinaan @ kelulusan Pelan Bangunan. 3. Pelan Landskap perlu ditandatangani oleh Arkitek Landskap yang berdaftar dengan ILAM dan menyatakan nombor pendaftaran dan butiran permohonan yang jelas untukt tindakan susulan. 4. Permohonan perlu disertakan dengan pelan kelulusan Kebenaran Merancang dan Borang C1 untuk maklumat tambahan. Jika tiada kelulusan Kebenaran Merancang (KM), pemohon perlu mengemukakan dokumen sokongan berkaitan untuk proses kelulusan. 5. Pemohonan perlu mengemukakan 4 Salinan Pelan termasuk 1 linen beserta CD. 6. Pelan yang dikemukakan perlu mengikut format: a) Ukuran skala di antara: i. 1 : 250 dengan 1: 1000 dalam ukuran pelan A1 bagi cadangan permohonan keseluruhan tapak. ii. 1: 200 bagi pelan terperinci seperti Kawasan Lapang dan perincian Taman Permainan Kanak-Kanak. b) Mencatat di pelan tapak perkara berikut: i. Keluasan tapak pembangunan ii. Keluasan kawasan hijau yang diperuntukan (10% atau lebih dari keluasan tapak pembangunan) iii. Keluasan Kawasan landskap kejur iv. Jadual penanaman pokok v. Skala, tarikh dilukis, tarikh semak, no rujukan dan no lukisan c) Format pelan perlu lengkap sebagaimana Lampiran B d) Salinan Pelan terperinci tanaman landskap hendaklah dikemukakan secara berasingan. i. Pokok utama ii. Pokok palma iii. Pokok buluh iv. Tumbuhan renek v. Penutup bumi 8.6.1.1 Syarat-Syarat Permohonan Pelan Landskap Senarai semak permohonan kelulusan pelan landskap sedia ada telah mengandungi maklumatmaklumat asas yang diperlukan bagi kelulusan pelan landskap. Walaubagaimanapun, penambahbaikan perlu dibuat bagi memudahkan kerja penyemakan serta memperincikan maklumat jenis pembangunan serta kemudahan asas yang berhubungkait dengan pembangunan landskap yang akan disediakan.


8-13 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP e) Salinan pelan padang permainan dan kelengkapan taman hendaklah dikemukakan secara berasingan. f) Semua pelan perlu diwarnakan dengan jelas mengikut kegunaan yang ditentukan: 6. Pelan Landskap akan disemak oleh Penolong Arkitek Landskap dan disahkan oleh Arkitek Landskap untuk dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa OSC. 7. Pelan yang telah disemak akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa OSC dan jika tiada pindaan akan mendapatkan kelulusan ditandatangani oleh Tuan Yang Dipertua. Pemohon perlu mengemukakan 2 Salinan pelan kertas dan 1 salinan pelan linen. Jika perlu pindaan pemohon perlu meminda pelan dan mengemukakan semula pelan pindaan dengan melibatkan 3 pelan kertas dan 1 pelan linen yang telah disahkan oleh Arkitek Landskap dan pemohon. 8. Kerja-kerja pembinaan landskap hanya boleh dilaksanakan setelah pelan landskap mendapat pengesahan dan kelulusan Yang Dipertua. 9. Pemaju / perunding perlu mematuhi kadar bayaran proses permohonan Pelan Landskap sebagaimana Lampiran C 10. Bagi penyediaan kawasan permainan kanak-kanak, penyediaan alat permainan perlu disediakan dari jenis plastik atau bersesuaian dan dilampirkan seperti berikut: a) Nama pembekal b) Alamat pembekal c) Brochure jenis alat permainan d) Warranty letter daripada pembekal 11. Kemudahan taman – bangku-bangku duduk, wakaf, lampu-lampu taman, papan tanda dan sebagainya, perlu dari jenis yang tahan, selamat dan tidak merbahaya. Kemudahan ini perlu ditanda di dalam pelan dan dilabel dengan jelas. 12. Lain-lain maklumat yang diperlukan: a) Garistanda (basement) b) Garisan Sempadan c) Garis Dinding Penahan (retaining wall) d) Kawasan lereng bukit (cerun) e) Bahu jalan f) Transmission Line g) Underground Utilities h) Longkang - Open Drain - Monsoon Drain - Culvert • Berlainan warna bagi setiap spesis tanaman yang dicadangkan • Kawasan tempat letak kereta Kuning • Kawasan siarkaki Merah • Kawasan yang berair seperti lombong, kolam air dan sebagainya Biru • Taman permainan kanak-kanak Bersesuaian • Kawasan cerun, padang bola Hijau • Lain-lain infrastruktur seperti wakaf, gerai, papan tanda Coklat @ bersesuaian • Gelanggang riadah seperti tenis, badminton, sepak takraw Jingga, oren


8-14 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 13. Menanda Pokok-Pokok Sediada melibatkan : a) Pokok sediada yang perlu dikekalkan b) Pokok sediada yang perlu dialihkan. c) Pokok sediada yang perlu ditebang. 14. Permohonan Kelulusan Penebangan Pokok Sediada: a) Mengemukakan pelan topografi kawasan pembangunan menunjukkan lokasi pokok. b) Nama spesis pokok terlibat. c) Ukuran pokok (garis pusat / lilitan dan ketinggian) d) Pelan menunjukan lokasi pokok dan jumlah yang terlibat e) Gambar pokok yang terlibat di tapak projek. 15. Bagi penanaman di bahu jalan, jalan masuk utama, tempat letak kereta tepian bangunan di bahagian cerun, pihak pemaju perlu mengemukakan lukisan keratan jalan/ tepian bangunan / cerun yang menunjukkan cadangan lokasi pokok dan lain-lain kemudahan seperti lampu, kotak bunga dan sebagainya. 16. lukisan perspektif cadangan landskap termasuk gambar warna jenis pokok, detail pokok dan alatan hardscape. 17. Setiap jenis tanaman yang dicadangkan peru disertakan gambar jenis tanaman tersebut di dalam kertas berukuran (A4/A3). 18. Simbol-simbol jenis tanaman yang digunakan perlulah dibuat berbeza corak diantara jenis-jenis tanaman yang akan ditanam di tapak. Format serta warna yang digunakan bagi tiap-tiap spesis tanaman mestilah dibuat secara terang dan jelas bagi memudahkan kerja-kerja penyemakan. KEPERLUAN KOMPONEN PEMBANGUNAN LANDSKAP Setiap pembangunan yang dibangunkan perlu mematuhi yang ditetapkan oleh: i. Garis Panduan Jabatan Perancang Bandar Dan Desa bagi setiap komponen perancang pembangunan perumahan, perniagaan, industri dan lain-lain. ii. Langkah-langkah Program Bandar Selamat. iii. Perintah Pemeliharaan Pokok, Akta Perancang Bandar dan Desa ( Akta 172 ) iv. Garis Panduan Landskap Negara Edisi 2 2008 v. Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat 2023-2033


8-15 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP LAMPIRAN B : Proses Permohonan Kelukusan Pelan Landskap Maklumat yang diperlukan dalam pelan landskap yang dikemukakan: 1 2 3 4 5 7 6 1. Nota (Kosongkan) 2. Tajuk Projek (contoh : Permohonan Kelulusan Pelan Landskap Bagi Pembangunan ............................. di atas…………………………………mukim………………..daerah ......................................) 3. Tandatangan pemilik (Pemaju dan konsultan) 4. Tandatangan Arkitek Landskap yang berdaftar dengan ILAM 5. Tajuk lukisan beserta maklumat- maklumat mengenai pelan 6. Pelan lokasi, pelan kunci, dan pelan kedudukan pokok ( ianya ditandakan dengan jelas 7. Jadual Penanaman LAMPIRAN C : Kadar Bayaran Proses Permohonan Kelukusan Pelan Landskap Kategori Jenis Permohonan Kadar Bayaran Permohonan Kategori A I. Lot- lot kedai II. Industri sesebuah dan bertingkat III. Stesen minyak IV. Industri Swasta ( sesebuah/setingkat ) V. Projek-projek rumah kedai/ kedai pejabat < 20 unit VI. Kerja-kerja industri & stesen minyak yang melibatkan keluasan tanaman landskap RM300.00 bagi setiap permohonan kelulusan landskap Kategori B I. Kompleks Perdagangan II. Hotel III. Industri swasta ( bertingkat) IV. Projek Perumahan dari 100-300 unit RM300.00 bagi setiap permohonan kelulusan landskap Kategori C I. Projek Perumahan melebihi 300 unit II. Projek Pangsapuri/ servis III. Projek Pembangunan Bercampur IV. Kawasan Rekreasi Swasta/ Padang Golf RM150.00 bagi setiap permohonan kelulusan landskap Pembangunan oleh kerajaan dan rumah ibadat tidak dikenakan bayaran, tetapi diminta menghubungi Jabatan Kejuruteraan Dan Landskap untuk mematuhi syarat-syarat penanaman


8-16 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 8.6.2 Perintah Pemeliharaan Pokok (TPO) Pokok merupakan tumbuhan semulajadi yang perlu dipelihara dan dijaga untuk generasi akan datang. Pengekalan pokok sedia ada mampu mewujudkan persekitaran yang kondusif dan selesa kepada penduduk setempat serta mampu melindungi pokok-pokok matang agar sentiasa dipelihara dan dilindungi. 8.6.2.1 Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) Di dalam Akta 172, bahagia VA adalah penting dalam penyediaan Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, Johor Darul Takzim 2023-2033. Ianya bertujuan bagi memastikan kawalan dan peraturan yang sempurna bagi perancangan bandar dan desa serta pihak yang berperanan dan bertanggungjawab dalam bidang dan tugas yang terkandung dalam perancangan bandar. Di dalam Bahagian VA Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), terdapat perlindungan khas kepada pokok–pokok matang dalam memastikan pokok–pokok ini dipelihara dan tidak ditebang bagi mengekalkan sistem ekologi di sesebuah kawasan itu. i. Kategori Pokok di Bawah Perintah Pemeliharaan Pokok (TPO) Dalam perintah pemeliharaan pokok (TPO) terdapat tiga (3) kategori pokok yang perlu dipelihara dan dikekalkan untuk tujuan pemeliharaan alam sekitar sepertimana yang ditunjukan dalam jadual di bawah. Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) diberi kuasa menurut Seksyen 35A untuk mengeluarkan perintah pemeliharaan pokok yang terancam kepupusan atau yang mempunyai nilai-nilai istimewa. Di dalam Subseksyen 35A, seseorang itu dibenar menebang pokok yang tertakluk kepada sesuatu perintah pemeliharaan pokok; pokok yang hampir mati/telah mati; mencegah bahaya yang hampir pasti berlaku; jika dilakukan dengan mematuhi mana-mana undang-undang bertulis. Di dalam Sub-seksyen 35H (1), memperuntukkan perlindungan khas kepada pokok yang mempunyai ukur lilit melebihi 0.8 meter yang mana ianya tidak boleh ditebang kecuali dengan izin Pihak Berkuasa Tempatan. Pihak Berkuasa Tempatan juga boleh mensyaratkan supaya pokok-pokok yang ditebang perlu diganti dengan ditanam semula. Kaedah pemeliharaan pokok ini adalah termaktub di dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa (pindaan) 1995 (Akta A933). Pokok yang diancam kepupusan 1. Endemic – Pokok yang disenaraikan dalam spesies pokok yang hanya didapati di tempat-tempat tertentu. 2. Rare – Pokok yang disenaraikan dalam spesies pokok yang jarang ditemui tetapi mempunyai jumlah yang masih terkawal. 3. Endangered – Pokok yang disenaraikan dalam spesies pokok yang sukar ditemui dan jumlah yang semakin berkurangan. Pokok yang mempunyai nilai istimewa 1. Nilai Tersendiri – Spesies pokok yang mempunyai keindahan semula jadi atau mempunyai nilai estetik tempatan atau sebagai penghadang fizikal terhadap pemandangan yang buruk atau lain-lain nilai. 2. Tanaman Kenamaan – Spesies yang ditanam oleh pemimpin negara/orang kenamaan sempena sesuatu upacara yang mempunyai kepentingan negara. 3. Nilai Sejarah – Spesies pokok yang terdiri daripada mana-mana pokok yang tumbuh atau ditanam sempena sesuatu upacara dan mempunyai kaitan dengan nilai sejarah. Pokok yang berada di dalam kawasan perlindungan Semua spesies yang telah ditakrifkan dalam mana-mana undang-undang bertulis mengenai pokok yang terletak di dalam kawasan yang di isytihar kawasan hutan simpan, kawasan tadahan air, kawasan pemeliharaan bukit dan lain-lain. Jadual 8.1: Jadual bagi kategori pokok di Bawah Perintah Pemeliharaan Pokok (TPO) Sumber: Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172)


8-17 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP ii. Kategori Pokok Yang Tidak Digalakkan dalam Perintah Pemeliharaan Pokok Pihak Berkuasa Tempatan adalah tidak digalakkan untuk membuat perintah pemeliharaan terhadap pokok–pokok dari kategori berikut: a) Pokok tanaman komersial. b) Pokok buah-buahan. c) Pokok yang hampir mati dan telah mati. d) Pokok yang tumbuh pada atau berdekatan dengan utiliti yang boleh mengganggu atau menghalang kerja–kerja pemasangan, penyelenggaraan atau juga kerja-kerja lain yang berkaitan utiliti atau yang boleh menjadi punca yang mengancam nyawa dan harta benda. iii. Ciri-ciri Pemeliharaan dan Pengekalan Pokok Sedia ada Ciri-ciri pokok yang perlu dikekalkan dan dipelihara a) Pokok semulajadi yang tumbuh di kawasan sungai atau punca air. b) Pokok semulajadi yang tumbuh di kawasan tanah tinggi dan cerun bukit. Pokok yang berada pada kecerunan 20% tidak dibenarkan untuk ditebang c) Pokok yang terletak di tepi tapak bangunan atau dalam rizab jalan tetapi tidak terlibat dengan kawasan yang akan dibangunkan. d) Pokok yangbtumbuh di kawasan yang direkabentuk untuk dijadikan kawasan rekreasi, permainan, kawasan hijau yang akan dibangunkan. Ciri-ciri pokok yang perlu dikekalkan dan dipelihara serta boleh dialih a) Pokok yang terletak berhampiran harta awam dan akarnya telah merosak harta tersebut b) Pokok yang berada di atas cadangan jalan atau tapak bangunan. c) Pokok dari spesies yang sukar diperolehi dan tidak boleh dibiar pupus. d) Pokok yang mempunyai saiz dan lilitan batang bersesuaian untuk dipindahkan. Jadual 8.2: Jadual bagi Ciri-ciri Pemeliharaan dan Pengekalan Pokok Sedia ada Sumber: Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) 8.6.2.2 Potensi Perintah Pemeliharaan Pokok (TPO) di Majlis Perbandaran Batu Pahat Terdapat banyak pokok teduhan yang sebahagiannya berpotensi untuk dilindungi di bawah bahagian VA Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat. Pokok-pokok teduhan ini merupakan antara pokok yang ditanam sejak awal pembukaan Daerah Batu Pahat atau pokok-pokok yang ditanam seiring dengan pembangunan daerah ini. Spesis utama bagi pokok-pokok teduhan yang mempunyai ketinggian melebihi 15 m di sini adalah dari jenis Pterocarpus indicus (Angsana), Samanea saman (Hujan-hujan), Tabebuia rosea (Tekoma), Peltophorum pterocarpum (Batai Laut), serta beberapa pokok lain seperti pokok Terminalia catappa (Ketapang), Alstonia angustiloba (Pulai) dan Hopea odorata (Cengal Pasir). Pokok-pokok ini berpotensi untuk dilindungi bukan sahaja kerana nilai sejarahnya malahan kerana nilainya yang tersendiri dimana ianya mempunyai keindahan semula jadi serta nilai estetik tempatan dimana ianya turut menjadi penghadang fizikal terhadap pemandangan yang buruk atau kawasan yang merbahaya. Pokok Angsana yang besar dan matang di Bulatan Simpang Rantai Deretan pokok Peltophorum pterocarpum (Batai Laut) di Jalan Pejabat


8-18 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP DBH : Diameter of Breast Height (Ukurlilit Batang), OH : Overal Height (Tinggi Pokok) Sumber: (1) Laporan Penilaian Risiko bagi Kerja-kerja Inventori Pokok & Laporan Arborist bagi Rumah Datang-Datang Daerah Batu Pahat, (2) Inventori Pokok bagi Rumah Tan Swee Hoe, Jalan Kluang Batu Pahat, Johor, (3) Laporan Inventori Pokok bagi Simpang Rantai, Jalan Pejabat, Jalan Ampuan, Stadium Batu Pahat, Dataran Batu Pahat dan Jalan Bakau Condong, (4) Laporan Inventori Pokok bagi Taman Tasik Y, Taman Soga dan Taman Mutiara JILID I i. Senarai Inventori Pokok Majlis Perbandaran Batu Pahat Pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat telah melaksanakan kajian inventori pokok dan penilaian arborist bagi jalan-jalan utama dan beberapa kawasan utama di Bandar Penggaram. Kajian inventori ini bertujuan untuk menilai keadaan pokok di mana hasilnya akan membantu dalam pengurusan, penyelenggaraan dan kewangan pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat. Penilaian bagi setiap pokok ini akan memberikan gambaran kualiti positif pada pokok, sumbangan pokok terhadap landskap dan kelangsungannya. Melalui senarai inventori ini, beberapa pokok besar dan matang telah dikenalpasti untuk dipelihara, dilindungi dan dikekalkan. Antara senarai pokok-pokok yang dikenalpasti adalah seperti di jadual berikut. Bilangan Spesis Tanaman DBH (m) OH (m) Keadaan Semasa Jalan Ampuan 5 Peltophorum pterocarpum (Batai Laut) 2.8 – 3.9 12 – 18 Pertumbuhan tanaman 6 Tabebuia pentaphylla (Tekoma) 0.9 – 1.9 7.8 – 12.8 tidak seragam Jalan Pejabat 15 Peltophorum pterocarpum (Batai Laut) 1.8 – 4.2 9.8 – 15 Kawasan rizab jalan yang sempit menyekat pertumbuhan pokok teduhan 1 Tabebuia pentaphylla (Tekoma) 1.7 12.9 Bulatan Simpang Rantai 1 Pterocarpus indicus (Angsana) 2 20 Tahap penyelenggaraan perlu dipertingkatkan. Dataran Batu Pahat 4 Peltophorum pterocarpum (Batai Laut) 2.1 – 3.3 9.1 – 14 Teduhan yang baik dan konsisten di pinggir jalan 12 Tabebuia pentaphylla (Tekoma) 1 – 1.5 8 – 12.4 Stadium Batu Pahat 21 Tabebuia pentaphylla (Tekoma) 1.1 – 2.3 4.9 – 12 Sebahagian penanaman memberikan teduhan dan sense of welcoming ke kawasan kajian namun penyelenggaraan pokok perlu diberi penekanan. 3 Acacia auriculiformis (Akasia) 1.7 – 2.1 9.8 – 15 3 Vitex pubescens (Leban) 0.9 – 1.9 12 – 13 1 Syzygium polyanthum (Salam) 3.4 12.5 2 Peltophorum pterocarpum (Batai Laut) 1.1 – 2.6 12 – 12.6 1 Ficus benjamina (Ara) 4.6 12.8 Jadual 8.3: Pokok-pokok yang perlu dikekalkan dan dipelihara di jalan utama dan kawasan keutamaan


8-19 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 8.6.2.3 Langkah Pengekalan Dan Pemuliharaan Tanaman Sedia Ada Untuk Kerja Landskap Langkah pengekalan dan pemuliharaan tanaman sedia ada ini adalah bagi memberikan perlindungan asas kepada pokok yang berpotensi untuk pemeliharaan. Antara langkah pengekalan dan pemuliharaan ini ialah: I. Pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat perlu menyediakan inventori pokok, Penilaian Risiko Pokok dan mewartakan pokok-pokok yang perlu dipelihara bagi tujuan pengurusan landskap. II. Pelan Pengekalan dan Pemeliharaan Pokok Sedia Ada perlu disediakan. Pokok sedia ada di kawasan tapak projek dikenalpasti dan maklumat berikut perlu direkodkan: a) Jenis - nama botani dan tempatan b) Ukur lilit batang dan nombor daftar pokok c) Ketinggian keseluruhan pokok d) Saiz silara pokok e) Masalah dan penyakit pokok serta tindakan pengawalan (jika ada) f) Gambar foto setiap pokok g) Lokasi pokok h) Nilai ekonomi pokok III. Langkah dan kaedah pengekalan pokok perlu dinyatakan dalam pelan, dengan mengambilkira keadaan kontor topografi sedia ada. 8.6.2.4 Kaedah Pengekalan Dan Pemuliharaan Tanaman Kaedah pengekalan dan pemuliharaan tanaman ini melibatkan perlindungan pokok serta rawatan bagi kerja penggalian dan penambakan pokok. I. Perlindungan Pokok a) Perlindungan asas – penyediaan pagar atau penghadangdi sekeliling pokok. Pembinaan pagar mestilah di dalam kawasan zon akar. b) Pokok yang terlalu hampir dengan bangunan perlu dipangkas tanpa merosakkan bentuk pokok. c) Perlu menyediakan saliran yang baik di kawasan sekitar pokok. d) Penggunaan jentera berat di kawasan zon akar perlu dielakkan supaya tidak mengganggu sistem pengakaran. e) Elakkan dari pencemaran tanah di kawasan zon akar yang disebabkan oleh penggunaan bahan kimia.


Sebelum Penggalian Penggalian Yang Boleh Mematikan Rawatan Yang Sesuai Untuk Pokok Paras Asal Tanah Pengorekan Tembok Pengorekan 1m 1m PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP II. Rawatan Untuk Kerja Penggalian a) Jarak minimum penggalian adalah 1.0m dari batang pokok. Adalah disyorkan mengikut saiz silara pokok. b) Untuk menstabilkan tanah, tembok kecil perlu dibina di sekeliling akar pokok. c) Penggalian tanah melebihi 150mm perlu dielakkan untuk mengelakkan sistem akar terpotong. III. Rawatan Untuk Kerja Penambakan Pokok Kecil (ukur lilit kurang dari 0.5m) a) Kawasan sekitar 500mm diameter dari pangkal pokok perlu dibina tembok penahan. b) Kawasan sekitar pangkal di susun dengan batu kecil. Catatan : Pokok besar dan penambakan tanah melebihi 150mm perlu dibina tembok penahan dalam jarak 1.0m dari batang pokok dan diletakkan dengan susunan batu kecil. Sebelum Tambakan Rawatan Dengan Membina Tembok Penahan Rawatan Dengan Meletakkan Batu Dipangkal Pokok Tambakan Yang Boleh Mematikan Pokok Paras Tanah Asal Tembok Penahan Susunan Batu Tembok Penahan Susunan Batu 8-20


8-21 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 8.6.3 Pelan Pengurusan Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat Pelan Pengurusan Landskap merupakan suatu perancangan bertulis yang mengandungi tatacara perlaksanaan kerja-kerja pengurusan dan penyelenggaraan landskap yang melibatkan pihak pengurusan dan juga penyelenggara. Tujuan penyediaan pelan ini adalah bagi membantu pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat dalam mempraktikkan cara-cara pengurusan landskap mengikut prosedur yang betul dan berkesan bagi menjamin penyediaan landskap kejur mahupun landskap lembut yang berkualiti. Kandungan yang terdapat di dalam pelan pengurusan landskap ini adalah manual operasi hortikultur, penyelenggaraan dan pengurusan landskap. Pelan ini perlu disediakan dan diperbaharui bagi setiap 10 tahun bagi memastikan kaedah pengurusan landskap sentiasa dalam keadaan terancang dan teratur. 8.6.3.1 Pengurusan Landskap Kawasan Semula Jadi Kawasan semula jadi mempunyai karakter landskap yang berbeza mengikut keadaan fizikal kawasan. Tumbuhan-tumbuhan semula jadi ini memainkan pernan penting dalam menstabilkan kualiti alam sekitar. Ketersediaan tumbuh-tumbuhan ini dapat menyediakan habitat hidupan liar, mengawal hakisan dan zon penampan, membekalkan oksigen, mengurangkan suhu persekitaran dan seterusnya menggalakkan pertumbuhan hidupan dengan lebih baik. Kawasan semula jadi di Majlis Perbandaran Batu Pahat terdiri daripada kawasan hutan/gunung, pinggir sungai dan persisiran pantai. Kawasan semula jadi hutan yang berada di dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat adalah Hutan Lipur Soga Perdana, Hutan Simpan Gunung Banang dan Hutan Paya di Minyak Beku. Kawasan hutan ini merupakan jenis Hutan Paya Gambut, Hutan Dipterokarpa Tanah Pamah dan Hutan Bukit yang masih mempunyai spesies-spesies pokok hutan asli yang terpelihara. Tumbuhan sungai pula merupakan spesis tumbuhan yang hidup dan beradaptasi dengan air pasang surut yang berhampiran dengan laut dan muara sungai. Kawasan sungai ini masih terpelihara dengan tumbuhan-tumbuhan asli sungai seperti pokok bakau dan pokok nipah yang hidup subur serta membantu dalam menstabilkan ekologi selain bertindak dalam mengawal hakisan dan melindungi kawasan darat daripada angin dan ribut. Hutan Lipur Soga Perdana yang mempunyai kualiti persekitaran kawasan hutan berbukit yang masih terpelihara Pokok Nypa frutican (Nipah), Rhizophora apiculata (Bakau) dan spesis paku-pakis Acrostichum (Piai) yang terdapat di pinggiran Sungai Batu Pahat. Pokok-pokok ini memerlukan bekalan air yang berterusan dan lumpur dari sungai untuk mengekalkan pertumbuhan yang sihat.


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Selain itu, persekitaran pantai daripada tanah jenis berpasir/berbatu dan berpaya mengehadkan pembiakan tumbuh-tumbuhan terutamanya daripada spesis penutup bumi seperti Ipomoe pescaprae (Tapak Kuda) dan Spinifeks littoreus (Rumput Lari-lari). Kawasan pantai yang berbatu ini juga kerap mengalami hakisan daripada ombak laut. Tembok yang dibina sedikit masa dulu mulai runtuh kerana pasir-pasirnya telah terhakis dan menyukarkan penanaman pokok di pinggir pantai. Kekurangan tumbuhan yang boleh dijadikan pokok teduhan menyebabkan kawasan pantai ini menjadi panas dan tidak selesa. Penanaman semula dan pemeliharaan tumbuhan-tumbuhan pantai ini adalah perlu bagi mengekalkan kualiti persekitaran di samping mencegah kejadian hakisan yang berlaku di pinggiran pantai kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat. Pokok Rhizophora apiculata (Bakau) yang semakin berkurangan di Pantai Perepat disebabkan hakisan pantai oleh ombak laut. Pokok Casuarina equisetifolia (Pokok Rhu) dan pokok Cocos nucifera (Kelapa) yang banyak ditanam sebagai tanaman penampan bagi angin kuat di sekitar kawasan Pantai Minyak Beku. Panduan pengurusan landskap kawasan semula jadi ini disediakan bagi memastikan perancangan pembangunan di kawasan-kawasan semula jadi ini dilaksanakan secara terkawal serta membantu pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat dan pihak pemaju dalam merancang, menyedia, mengawal dan merekabentuk kawasan semula jadi secara mampan dan terancang. Antara panduan pengurusan landskap semula jadi yang perlu dipatuhi ialah: 1. Melaksanakan kajian kesan alam sekitar (Environmental Impact Assessment (EIA)) yang terperinci sebelum merancang dan membangunkan kawasan semula jadi. 2. Mengekalkan kawasan-kawasan semula jadi dari sebarang pembangunan yang boleh mengubah karakter dan ciri fizikalnya. 3. Mengukuhkan karakter kawasan semula jadi dengan memperkenalkan komponen landskap lembut dan kejur sebagai usaha untuk memulihkan persekitaran yang telah terjejas. 4. Menggalakkan pembangunan yang dapat menyokong aktiviti pendidikan, rekreasi dan pelancongan yang berimpak minima. 5. Mengawal pembangunan di kawasan semula jadi melalui penguatkuasaan dan pengurusan yang sistematik bagi mencegah pencemaran daripada berlaku. 6. Menanam semula pokok-pokok melalui pengayaan spesis tumbuhan endemik di kawasankawasan yang sesuai terutamanya kawasan yang telah mengalami kemerosotan. 7. Memastikan pemilihan tanaman yang mudah beradaptasi dengan persekitaran kawasan semula jadi yang dapat mengurangkan kos penyelenggaraan dan penjagaan tanaman. 8. Menggunakan bahan binaan yang sesuai, tahan lebih lama, mesra alam dan selamat terhadap pengguna dan persekitarannya. 8-22


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 8.6.3.2 Pengurusan Landskap Pokok Teduhan di Kawasan Bandar Pokok-pokok teduhan di kawasan bandar merupakan salah satu komponen rangkaian hijau yang dapat mewujudkan kesinambungan dan menggalakkan penghijauan dalam bandar. Pengurusan pokok-pokok teduhan ini amatlah penting terutamanya dalam mencapai hasrat Majlis Perbandaran Batu Pahat dalam menjadikan sebuah bandar yang rendah karbon dan mampan. Bandar Penggaram – Penanaman pokok teduhan di Bandar Penggaram tertumpu di jalan-jalan utama yang menghubungkan kawasan institusi, komersial dan taman rekreasi. Walau bagaimana pun, penanaman pokok teduhan ini tidak berkesinambungan, terputusputus dan mempunyai jarak penanaman yang tidak seragam. Secara amnya pokok-pokok teduhan yang ditanam berada dalam keadaan subur dan diselenggara dengan baik. Pokokpokok ini juga kebanyakannya mencapai tahap matang dan berpotensi untuk pelaksanaan Perintah Pemeliharaan Pokok (TPO). Penanaman pokok teduhan ini memberi keselesaan kepada penduduk bandar terutamanya bagi pejalan kaki yang melalui kawasan ini. Bandar Parit Raja – Secara amnya, penanaman landskap tertumpu di kawasan pusat bandar dan pinggiran Jalan Kluang yang menjadi laluan utama dan jalan penghubung daerah. Pokok teduhan dari spesis Fragrea fragrans (Tembusu) ditanam di sekitar kawasan komersial pusat bandar. Selain itu, pinggiran Jalan Kluang menuju ke Bandar Penggaram ditanami pokok Khaya senegalensis (Khaya), Hopea odorata (Merawan Siput Jantan) dan pokok renek Eugenia oliena (Kelat Paya) secara teratur namun memerlukan penyelenggaraan yang berkala bagi mengekalkan kualiti visualnya. Penanaman pokok Peltophorum pterocarpum (Batai Laut) di pinggiran Jalan Pejabat dan Dataran Penggaram memberi kualiti visual yang menarik. Pokok yang telah matang ini memerlukan penyelenggaraan yang intensif dan terancang. Tanaman landskap pokok renek seperti Loropetalum chinense (Chinese fringe flower), Mussaenda erythrophylla 'Dona Luz’ dan Duranta erecta L. ditanam sebagai pokok hiasan di pembahagi jalan sepanjang Jalan Bakau Condong Pokok teduhan dari spesis Fragrea fragrans (Tembusu) yang ditanam di ruang guna sama antara rizab kawasan komersial bandar dan rizab Jalan Kluang. Pokok Hopea odorata (Merawan Siput Jantan) ditanam secara sejajar di Jalan Kluang, mewujudkan jalinan hijau antara bandar. 8-23


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Pekan Rengit – Analisis mendapati hampir keseluruhan Pekan Rengit tidak dilandskapkan dengan penanaman pokok teduhan yang komprehensif terutamanya di kawasan komersial dan kawasan tumpuan awam. Kekurangan elemen landskap pokok teduhan ini menyebabkan persekitaran bandar menjadi panas dan memberikan imej dan kualiti visual yang monotonous tanpa elemen kehijauan. Perlandskapan yang menarik dan tersusun di pekan ini tertumpu di kawasan pinggiran Sungai Rengit dengan penanaman pokok renek hiasan. Penanaman pokok renek hiasan di pesisir Sungai Rengit daripada spesis Boungainvillea glabra dan Bougainvillea spectabilis berbunga lebat kerana mendapat pencahayaan yang mencukupi. Penanaman pokok Mimusops elengi (Pokok Tanjung) di pinggiran Jalan Tongkang Pechah dengan jarak penanaman yang tidak sama. Pokok Bucida buceras 'Variegated’ dan Ficus Nitida 'Golden’ yang di tanam di komersial Tongkang Pechah yang menarik sebagai penampan. Panduan pengurusan landskap pokok teduhan di kawasan bandar ini diperlukan bagi memastikan penyediaan pokok teduhan ini dilaksanakan secara terkawal serta membantu pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat dan pihak pemaju dalam menyediakan perancangan yang mampan dan terancang. Antara panduan pengurusan landskap pokok teduhan yang perlu dipatuhi ialah: 1. Menjalankan kajian tapak serta inventori vegetasi di lokasi-lokasi penanaman pokok teduhan. 2. Mengenalpasti utiliti-utiliti sedia ada seperti kabel bawahtanah, paip air dan talian-talian telefon supaya penanaman pokok-pokok teduhan tidak merosakan utiliti-utiliti berkenaan. 3. Memastikan terdapat rizab landskap yang mencukupi supaya pokok-pokok teduhan dapat tumbuh dengan baik dan berfungsi. 4. Ruang atau rizab landskap mesti disediakan diperingkat reka bentuk sebagai zon hijau atau green linkage yang dapat berfungsi secara menyeluruh. 5. Pokok teduhan yang dicadangkan adalah dari jenis yang mudah diselenggara dan tidak merosakan permukaan turapan jalan dan tempat letak kereta. 6. Tahap penyelenggaran pokok sedia ada perlu dipertingkatkan terutamanya kerja-kerja berkaitan pembajaan, pemangkasan dan kawalan penyakit dan perosak. 7. Aspek penanaman pokok teduhan perlu diambilkira dalam proses kelulusan Kebenaran Merancang dan kelulusan Pelan Bangunan bagi tujuan pengeluaran sijil Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC). Pekan Tongkang Pechah – Secara keseluruhannya, penanaman pokok teduhan adalah tidak menyeluruh terutamanya di kawasan pinggiran jalan dan hanya tertumpu di sekitar bangunanbangunan industri. Terdapat penanaman pokok Juniperus chinensis, Cerbera odollam (Pong-Pong) serta pokok renek Boungainvillea spp dan Ixora javanica di kawasan perkilangan yang bertindak sebagai penampan. Selain itu, terdapat penanaman pokok Bucida buceras ‘Variegated’ (Pokok Doa) dan Ficus Nitida 'Golden’ (Indian Laurel Fig) di kawasan komersial utama, iaitu di persimpangan tiga Jalan Tongkang Pechah. Pekan ini memerlukan program pembangunan landskap lembut secara yang menyeluruh bagi mewujudkan persekitaran yang selesa serta dapat mengurangkan kesan pulau haba. 8-24


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Tapak semaian merupakan sebuah kawasan bagi menghasilkan anak benih pokok sebelum ianya di tanam di tempat kekal. Tapak semaian Majlis Perbandaran Batu Pahat pada masa kini terletak di Kampung Bahagia dan berdekatan dengan kawasan rekreasi utama Bandar Penggaram iaitu Taman Rekreasi Tasik Y. Pengurusan tapak semaian ini diketuai oleh seorang pegawai Pembantu Pertanian dan dibantu oleh dua (2) orang pekerja tetap yang dikhaskan dalam menguruskan kawasan tapak semaian. Tapak semaian ini disediakan bagi: i. Membekalkan bahan-bahan tanaman landskap lembut bagi projek-projek landskap dibawah kelolaan pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat. ii. Membekalkan pokok-pokok hiasan pasuan bagi majlis-majlis rasmi dan keramaian anjuran Majlis Perbandaran Batu Pahat atau disewakan bagi pihak swasta. iii. Menyimpan dan membekalkan pokok-pokok hiasan yang diperuntukkan untuk sumbangan bagi sektor kerjaan seperti sekolah dan masjid. iv. Menjadi tempat pembiakan pokok hiasan terutamanya pokok renek bagi menggantikan tanaman landskap yang rosak atau mati di sekitar kawasan landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat. v. Menempatkan stok bahan tanaman yang dibeli atau dibekalkan oleh agensi lain. 8.7 PENGURUSAN TAPAK SEMAIAN MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT Seiring dengan pembangunan Majlis Perbandaran Batu Pahat, tapak semaian ini berpotensi untuk penambahbaikan bagi mengatasi isu dan masalah seperti berikut: i. Kekurangan peruntukan dan dana dalam melaksanakan projek pembangunan landskap serta dalam melakukan kerja-kerja di tapak semaian. ii. Kekurangan pekerja mahir atau pekerja profesional seperti pakar hortikultur dalam melakukan kerja di tapak semaian. iii. Saiz tapak semaian yang kecil menghadkan aktiviti yang pelbagai serta tidak dapat menampung petambahan bahan tanaman. iv. Kekurangan teknologi moden bagi mempercepatkan proses penyemaian dan proses-proses lain di tapak semaian. Pengurusan tapak semaian adalah penting bagi menyediakan bekalan bahan tanaman yang berkualiti dan terbaik untuk pembangunan kawasan baharu atau penanaman semula tanaman landskap bagi sesebuah kawasan. Bagi menghasilkan bahan tanaman yang berkualiti, amalan dan kaedah pengurusan tapak semaian yang betul dengan mengikut semua prosedur yang telah ditetapkan serta mempunyai perancangan yang rapi dan sistematik perlu dipraktikkan. Hal ini adalah termasuk dari aspek pemilihan kawasan yang sesuai, pembangunan infrastruktur yang lengkap, reka bentuk yang sesuai dan yang paling penting adalah kaedah pengurusan yang betul dari semua aspek di tapak semaian. Tapak semaian Majlis Perbandaran Batu Pahat 8-25


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 8.7.1 Faktor Pemilihan Tapak Semaian Dalam mengukuhkan karakter landskap bagi kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat, terdapat keperluan terhadap penambahbaikan dan perancangan tapak semaian baru yang lebih sistematik dan terancang. Antara faktor pemilihan tapak semaian ini adalah: Kawasan tapak yang dalam dan mempunyai sistem saliran dan perparitan yang baik bagi 1 mengelakkan kawasan air bertakung. 2 3 4 5 Terdedah kepada sinaran cahaya matahari dan tidak terlindung. Cahaya matahari penting bagi proses fotosintesis tumbunan. Jauh daripada pencemaran seperti asap dari kawasan perindustrian. Kedudukan nurseri perlu berdekatan dengan kawasan pasaran untuk memudahkan dan mempercepatkan penghantaran bahan tanaman. Berdekatan dengan kemudahan asas seperti jalan raya, tenaga elektrik dan sumber air bagi menjimatkan kos. Terlindung dari angin yang kencang kerana ia boleh merosakkan struktur anak pokok yang 6 ditanam, Kawasan banjir juga perlu dielakkan. Penyediaan tapak semaian juga perlu menilai beberapa faktor seperti berikut: 1. Orientasi - Perlu dibina mengikut arah utara selatan supaya cahaya matahari sampai kepada tumbuhan secara sekata. 2. Sistem penyiraman - Di kawasan kecil, penyiraman menggunakan tong penyiraman atau hos getah. Di kawasan yang besar, sistem renjisan dan titisan digunakan. 3. Bahan binaan - Bahan konkrit adalah bahan yang paling kerap digunakan kerana kosnya yang murah dan tahan lama. 4. Peratus teduhan - Peratus teduhan adalah berbeza-beza bergantung pada spesis tumbuhan. Contohnya pokok hiasan dalaman memerlukan antara 60-70% teduhan. 8-26


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 8.7.2 Keperluan Struktur Asas dalam Tapak Semaian Aspek infrastruktur dan reka bentuk adalah penting di dalam sebuah perancangan tapak semaian yang rapi dan sistematik. Antara struktur utama yang diperlukan ialah: 1) Bangunan utama / pejabat • Tempat pentadbiran, pengurusan, urusan jual beli dan pengawalan aktiviti di dalam dan di luar kawasan nurseri. • Lokasi bagi pejabat ini perlu ditempatkan secara strategik iaitu berhampiran jalan utama atau kawasan yang lebih tinggi bagi mengawal segala aktiviti di dalam dan di luar kawasan nurseri. • Biasanya mengandungi ruang jualan dan pameran. 3) Rumah Tumbuhan • Tempat untuk menempatkan tumbuh-tumbuhan yang tidak boleh terdedah kepada cahaya matahari terik. • Diperbuat daripada kayu dan besi. 2) Stor • Tempat bagi penerimaan, perekodan, penyimpanan, penyelenggaraan, pengendalian dan pengeluaran stok. • Tempat menyimpan peralatan dan bahan-bahan untuk kegunaan di nurseri. • Stor peralatan: Mempunyai panel alatan, rak dan almari yang digunakan untuk menyimpan alatan tangan dan mesin. • Stor bahan kimia: Stor berkunci yang mempunyai rak dan almari untuk menyimpan bahan kimia seperti baja, racun dan bahan pencuci. 4) Tempat Pembiakan • Ruang untuk menjalankan proses pembiakan dan menempatkan buat sementara anak-anak benih yang bercambah sebelum dibuat pengerasan. • Biasanya berbumbung jaring hitam dengan 80% naungan. • Tempat yang dilengkapi sistem renjisan air kekabus secara automatik atau manual. 8-27


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5) Tempat Penyediaan Medium dan Pemasuan • Struktur bangunan berbumbung bagi menjalankan kerja penyediaan medium campuran dan aktiviti pemasuan. • Tempat ini mempunyai ruang untuk menyimpan bahan medium seperti tanah, bahan organik dan pasir 7) Sumber Air • Penggunaan kolam tadahan daripada sumber air huian adalah lebih baik kerana kawalan terhadap kualiti air hujan lebih mudah. • Air bawah tanah juga boleh digunakan sekiranya sumber dari kolam tadahan berkurangan. • Lazimnya air akan di pam dari sumber kolam atau sungai setiap hari (pagi atau petang) bagi memastikan anak pokok sentiasa dalam keadaan subur dan sihat. 6) Rumah Hijau • Struktur yang ditutup dengan bahan lutsinar yang membolehkan cahaya matahari yang mencukupi masuk untuk tujuan membesar dan menyelenggara tumbuhan. • Ia juga berfungsi sebagai penghalang kepada persekitaran luar supaya persekitaran dalam dapat dikawal. • Bahan untuk bumbung rumah hijau ialah plastik (mudah dipasang), jaring (yang menjimatkan kos), gentian kaca (tidak mudah pecah) dengan bahan untuk lantai semaian seperti simen dan lantai/rumput semula jadi 8) Sistem Penyiraman • Sistem pengairan renjis (sprinkler system) sering digunakan (high, medium, low range spray sprinkler gun) dan pengairan titis (bagi sesetengah pokok). • Penyiraman secara manual menggunakan hos getah juga dijalankan terutama terhadap pokok-pokok bernilai tinggi dan sensitif dengan siraman air. 8-28


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 8.7.3 Susun Atur Kedudukan Struktur Asas Nurseri Peletakan kawasan berfungsi adalah satu langkah dalam mencapai kecekapan yang efektif. Susun atur nurseri boleh diubah suai mengikut keperluan dan tapak yang akan dibangunkan. Antara susun atur struktur nurseri yang dicadangkan ialah: Susun Atur Secara Lurus Pergerakan adalah dalam garis lurus. Sesuai untuk 01 tapak yang panjang dan sempit 02 03 Susun Atur Secara Melengkung Sesuai bagi kawasan yang mempunyai banyak 02 halangan. 8-29


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Susun Atur Secara Berpusat Semua pergerakan dan aktiviti adalah dekat antara 03 satu sama lain. 8-30


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 8.7.4 Cadangan Menaik Taraf Tapak Semaian Majlis Perbandaran Batu Pahat Penaiktarafan tapak semaian ini adalah bagi memastikan tahap pengurusan dan penyelenggaraan tapak semaian yang lebih baik dan efektif. Antara cadagan penaiktarafan adalah seperti berikut: I. Meningkatkan peruntukan kewangan untuk pembesaran kawasan tapak semaian termasuklah penyelenggaraan kawasan dan pekerja mahir. II. Memperbesarkan atau memindahkan tapak semaian ke tempat lain bagi menampung komponen lain seperti ruang pameran untuk jualan awam. III. Menambah pekerja-pekerja mahir seperti pakar hortikultur atau arboris yang dapat membantu dalam pengurusan dan penyelenggaraan tapak semaian. IV. Menyediakan latihan atau kursus mengenai teknik dan teknologi hortikultur yang lebih baik dan terkini kepada pekerja-pekerja baru dan sedia ada untuk memantapkan kemahiran serta melahirkan pekerja yang lebih mahir dan profesional. V. Menambahbaik kemudahan penyiraman seperti penggunaan sprinkler, semburan mist dan sebagainya bagi mengelakkan pembaziran sumber air dan mengurangkan tenaga kerja secara manual. VI. Menyediakan rekod inventori bahan tanaman, sepsis tanaman dan peralatan yang lebih sistematik dan lengkap agar pengurusan dan penyelenggaraan tapak semaian dapat dilakukan secara teratur dan berkesan. VII. Menambah bekalan bahan pembiakan bagi pelbagai sepsis tumbuhan baru yang dapat digunakan untuk tanaman bagi projek in-house atau jualan kepada kontraktor tempatan. VIII. Bekerjasama dengan pelbagai pihak seperti Jabatan Pertanian dan Jabatan Perhutanan bagi meningkatkan lagi mutu pengurusan dan penyelenggaraan Majlis Perbandaran Batu Pahat. Keadaan tapak semaian Majlis Perbandaran Batu Pahat 8-31


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Amalan hortikultur menggunakan teknik-teknik penanaman dan pertanian yang mempromosikan biodiversiti dan penggantian ekologi melalui penanaman spesies yang pelbagai pada skala kecil dan sederhana. Ianya melibatkan penggunaan tanaman untuk hiasan atau mencantikkan kawasan persekitaran rumah, bangunan dan taman-taman. Amalan-amalan hortikultur adalah merangkumi semua amalan berikut. 8.8 AMALAN HORTIKULTUR 8.8.1 Pembersihan Tapak Kerja / Projek Kerja pembersihan tapak mesti dilakukan sebelum kerja-kerja landskap dijalankan. Pembersihan tapak meliputi kerja-kerja berikut: I. Pembersihan rumpai (semua jenis tanaman yang tidak dikehendaki). II. Pembersihan batu-batu, kayu dan komponen lain yang terdapat di kawasan tapak penanaman,berdasarkan arahan Pegawai Penguasa. III. Membersihkan segala kotoran seperti sampah-sarap yang terdapat di tapak projek. 8.8.2 Penyediaan Tanah Campuran Penyediaan tanah campuran untuk digunakan sebagai media penanaman. Kaedah Penyediaan Asas Tanah Campuran Nisbah tanah campuran adalah 3:2:1 iaitu 3 bahagian tanah berloam, 2 bahagian bahan organik dan 1 bahagian pasir. Kaedah Membaik Pulih Tanah Sedia Ada Kesesuaian kaedah membaik pulih tanah adalah berdasarkan keadaan tanah asal/sedia ada di kawasanntapak projek, iaitu: I. Tanah berasid (tanah masam seperti asid sulfat) penaburan kapur ke atas tanah asal. II. Tanah liat tanah dicampurkan dengan pasir dan bahan organik. Catatan : Kos untuk membaik pulih tanah adalah tinggi dan keberkesanannya bergantung kepada keadaan pH tanah. Oleh itu adalah disyorkan untuk kerja landskap, penyediaan tanah campuran adalah berasaskan kaedah penyediaan asas tanah campuran. 8-32


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 8.8.3.1 Saiz Lubang Tanaman Saiz lubang tanaman adalah berdasarkan piawaian standard seperti berikut: Sebelum kerja penyediaan lubang tanaman dijalankan, kawasan tapak projek mestilah dibersihkan terlebih dahulu. Kerja pembersihan tapak adalah meliputi kerja pembuangan rumpai, tunggul kayu, batu-bata dan sisa bahan binaan dan juga memastikan kawasan tanaman bebas daripada kulat dan serangga perosak tanaman. Kaedah Penyediaan Lubang Tanaman I. Menentukan lokasi lubang tanaman seperti yang dinyatakan di dalam Pelan Penanaman. II. Menandakan lokasi lubang penanaman dengan kayu penanda. III. Pastikan kaedah/cara penggalian lubang yang praktikal dan bersesuaian dengan keadaan tapak projek. Adalah disyorkan, penggalian lubang pokok utama dan palma menggunakan jentera untuk meminimumkan masa. Catatan : Adalah dicadangkan supaya lubang penanaman pokok utama dan palma disediakan terlebih dahulu dan di lakukan kerja penanaman, sebelum penggalian lubang untuk bahan penanaman lain dijalankan. 8.8.3 Penyediaan Lubang Tanaman Jenis Tanaman Saiz Lubang Tanaman Pokok Utama/ Palma 1m x 1m x 1m Pokok Renek Minimum 0.3m x 0.3m x 0.3m Pokok Pemanjat a) Tepi Tembok b) Trellis c) Kawasan Tanah 0.3m x 0.15m x 0.15m 0.2m x 0.15m x 0.15mm 0.15m x 0.15m x 0.15m Penutup Bumi 0.2m x 0.2m x 0.2m Pokok Transplant 2 kali ganda saiz bebola akar Pokok Matang a) Diameter pokok melebihi 0.6m Minimum 1.5m x 1.5m x 1.5m Minimum 2m x 2m x 2m Catatan: Untuk tanaman di kawasan tanah bermasalah saiz lubang tanaman mestilah melebihi saiz piawaian standard untuk memastikan tanaman dapat tumbuh dengan baik. Saiz Lubang Pokok Utama Dan Palma Saiz Lubang Pokok Renek 1m 300mm 8-33


Jenis Tanaman Kaedah Penanaman Gambaran/Keratan Rentas Pokok Utama/ Palma i. Pastikan lubang tanaman telah disediakan mengikut spesifikasi 1m x 1m x 1m. ii. Masukkan 1/4 daripada lubang penanaman dengan tanahcampuran dan baja pengakaran. iii. Keluarkan bahan tanaman pastikan akar tidak rosak. iv. Akar tua dan berserabut perlu dicantas dan dirawat dengan racun kulat. v. Masukkan tanaman ke dalam lubang penanaman. Pastikan bahan tanaman tegak dan lurus. vi. Pacak kayu pancang berukuran 3000mm x 50mm x 50mm ke dalam 1000mm tanah di sisi bebola akar. vii. Isi lubang penanaman dengan tanah campuran. viii. Padatkan tanah. Pokok Renek i. Pastikan lubang tanaman telah disediakan mengikut spesifikasi. ii. Masukkan 1/4 daripada lubang penanaman dengan tanah campuran dan baja pengakaran. iii. Keluarkan bahan tanaman. Teknik pengeluaran adalah seperti berikut: a) Sebelum polibeg dibuka, padatkan tanah. b) Gunakan pisau untuk membuat torehan di tepi polibeg. iv. Akar tua, mati dan berserabut atau tidak dikehendaki perlu dibuang. v. Masukkan bahan tanaman ke dalam lubang tanaman. vi. Masukkan tanah campuran dan padatkan. Pokok Pemanjat i. Sediakan lubang tanaman mengikut kesesuaian lokasi tanaman. ii. Untuk pemanjat di semua struktur binaan, struktur binaan mestilah dibina terlebih dahulu sebelum bahan tanaman ditanam. iii. Jarak tanaman adalah bergantung kepada kesan penanaman yang dikehendaki. Disyorkan untuk kawasan tembok dan pagar,jarak tanaman adalah 150mm. iv. Kaedah membentuk pemanjat adalah seperti berikut: a) Sediakan struktur sokongan (contoh tiang pergola) sebelum penanaman dilakukan. b) Pada peringkat awal, pucuk pokok perlu diikat kepada sokongan. PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Panduan umum penanaman semua bahan tanaman mestilah ditanam dengan segera sebaik saja tiba di kawasan projek. Jangan menjalankan penanaman dalam cuaca kering dan panas terik kerana ia akan mengakibatkan sistem akar mengering dan daun hangus. 8.8.4 Kaedah Penanaman 50 Mm X 50mm Kayu Pemancang Sungkupan (150mm) Paras Tanah Sedia Ada Tanah Campuran 1m 2m Keratan rentas penanaman pokok utama 8-34 Keratan rentas penanaman pokok renek Keratan rentas penanaman pokok memanjat 150mm 50mm 150mm 500mm 500mm


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Jenis Tanaman Kaedah Penanaman Gambaran/Keratan Rentas Penutup Bumi i. Tandakan kawasan penanaman. ii. Gali lubang penanaman sedalam 150mm. iii. Masukkan tanah campuran. Jika tanaman berkelompok, campuran tanah perlu dibentuk menjadi batas setinggi 100mm. iv. Keluarkan bahan tanaman. Jika akar terlalu padat, uraikan akar sebelum ditanam. v. Tanam dan padatkan tanah. vi. Siram sebaik sahaja kerja penanaman selesai. Rumput Ketulan / secara bertompok (spot turfing) i. Jarak penanaman rumput adalah 150mm x 150mm x 150mm. Saiz minimum setiap ketulan adalah 150mm. ii. Setelah ketulan dihamparkan, mampatkan dengan cara memijak dengan kaki atau cara lain yang bersesuaian. iii. cRuang antara tanaman perlu diisi dengan tanah campuran. iv. Siram sebaik sahaja kerja penanaman selesai. v. Penanaman dilereng bukit menggunakan kaedah paku Hamparan / secara rapat (close turfing) i. Saiz hamparan adalah 300mm x 300mm x 600mm. ii. Setiap hamparan mestilah ditanam dengan rapat. iii. Mampatkan dengan cara yang bersesuaian. iv. Siram sebaik sahaja kerja penanaman selesai. Semburan percambahan (hydroseeding) Teknik penanaman rumput secara semburan percambahan sesuai dilakukan untuk tujuan kawalan hakisan di kawasan bercerun atau berbukit dan kawasan penanaman yang luas. Kaedahnya ialah: i. Kawasan tanaman perlu bebas daripada rumpai sebelum kerja penanaman dijalankan. ii. Campurkan biji benih rumput dengan cairan iii. Semburkan ke kawasan penanaman. iv. Pastikan kawasan penanaman sentiasa dibekalkan dengan air yang mencukupi untuk memastikan pertumbuhan biji benih. v. Dilaksanakan pada musim panas Teknik susunan 4 batang pokok Teknik susunan 6 batang pokok Teknik susunan 5 batang pokok 50mm 200mm 50mm 300mm 50mm 100mm 100mm 50mm 300mm 50mm 100mm 100mm 50mm 300mm Kaedah menanam secara close turfing Kaedah menanam secara spot turfing 8-35


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Jenis Tanaman Kaedah Penanaman Gambaran/Keratan Rentas Dalam Kotak Tanaman dan Pasu i. Saiz minimum kotak tanaman adalah 1.0m tinggi x 1.5m lebar. Untuk tujuan penanaman pokok utama dan palma, saiz minimum kotak tanaman adalah 1.5m tinggi x 1.5m lebar. ii. Untuk pasu saiz pasu mestilah bersesuaian dengan saiz bahan tanaman. iii. Kotak tanaman dan pasu mestilah mempunyai lubang untuk mengalirkan air lebihan keluar. iv. Isikan 1/3 daripada kotak tanaman / pasu dengan batu kecil untuk tujuan pengairan air dan udara. v. Masukkan sedikit tanah campuran sebagai bedding vi. Tanam bahan tanaman mengikut susunan yang di kehendaki. Pastikan tanaman secara tegak dan lurus. vii. Isikan tanah campuran. viii. Padatkan tanah. ix. Siram sebaik sahaja kerja penanaman selesai 8.8.4.1 Pemindahan Pokok Matang (Instant Plant), Pokok Separa-Matang (Semi Matured) dan Pemindahan Pokok (Transplant) I. Pokok matang (matured/instant plant) adalah pokok yang telah mencapai tahap tumbesaranmaksimum. II. Penanaman pokok matang dan pemindahan pokok matang dijalankan dalam kerja landskap adalah bertujuan untuk mendapatkan kesan penanaman segera. III. Teknik pemindahan pokok matang adalah rumit dan memerlukan kepakaran dan memerlukanpenjagaan rapi supaya pokok dapat tumbuh dengan baik. IV. Pokok separa matang (semi-matured) pula adalah pokok yang telah besar dan masih dalam peringkat tumbesaran. V. Penanaman pokok separa matang selalu dilakukan di dalam kerja landskap untuk mendapatkan kesan penanaman yang terbaik. 8-36 Batu kecil Tanah Batu bata Kaedah menanam di dalam kotak tanaman Lapisan media tanaman di dalam kotak tanaman Batu bata Tanah Batu kecil 1.5m 1.0m 1.5m 1.0m


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Kaedah Mengubah Tanam Pokok (Transplant) I. Tandakan kawasan yang hendak digali (lurah) di sekeliling pokok. Saiz kawasan galian mestilah tidak kurang daripada 4 kali lebar daripada saiz diameter batang pokok. II. Bahagikan lurah kepada 4 bahagian. III. Gali tanah dengan peralatan yang sesuai. Akar yang terpotong perlu disapu dengan wound dressing untuk melindungi luka akar yang terdedah. Biarkan lurah yang telah digali selama seminggu. Pastikan pokok mendapat bekalan air yang mencukupi. IV. Gali lurah kedua dan ulangi proses penggalian seperti di dalam (III). V. Ulangi proses (III) untuk bahagian ketiga dan keempat. VI. Setelah siap, kemaskan tanah sekitar akar menjadi bebola akar. Bungkus bebola akar dengan guni dan ikat dengan kemas. VII. Potong akar tunjang dan angkat pokok bersama bebola tanah. Selain daripada kaedah penggalian secara manual, penggalian menggunakan jentera adalah lebih praktikal dan mengurangkan risiko kematian pokok. VIII. Untuk kebanyakan jenis pokok, dahan dan dedaun atau pelepah palma perlu dipangkas (tidak melebihi 1/3 silara) untuk mengurangkan kehilangan air yang banyak daripada permukaan daun. 1 2 3 4 5 6 8-37


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 8.8.5.1 Kaedah Pemancangan Terdapat 3 kaedah pemancangan, iaitu: 1. Pemancangan rubber-hose guying wire I. Rubber-hose guying wire ialah teknik pengikatan dengan menggunakan dawai yang dimasukkan ke dalam getah kecil. II. Rubber-hose perlu diletakkan sepenuhnya di kawasan batang bahan tanaman dan ikatan dilakukan di bahagian tengah antara kayu pancang dan bahan tanaman. III. Teknik ini biasanya menggunakan 1 atau 2 kayu pancang, bergantung kepada kesesuaian dan tujuan sokongan. 2. Pemancangan menggunakan wayar keluli I. Teknik pemancangan ini tidak menggunakan kayu pemancang. II. Wayar keluli dimasukkan ke dalam tiub getah, diikat kepada bahan tanaman dan wayar keluli seterusnya diikat kepada kayu pemancang kecil. III. Kayu pemancang kecil ini perlu dipancang secara bersudut 45 darjah di permukaan tanah di luar kawasan lubang penanaman. IV. Adalah disyorkan penggunaan turn buckle untuk tujuan memegang wayar keluli dari masa ke semasa. Tujuan pemancangan adalah untuk memastikan bahan tanaman tumbuh secara tegak dan lurus, selain daripada sebagai sokongan. Kayu pancang yang digunakan untuk kerja landskap adalah merujuk kepada kayu keras atau batang keluli. Kayu pancang lain adalah tidak dibenarkan untuk digunakan. Saiz Kayu Pancang I. Pokok Utama / Palma : 50mm x 50mm x 3000mm II. Pokok Renek : minimum 20mm x 20mm x 300mm, berdasarkan ketinggian pokok renek. 8.8.5 Pemancangan Kaedah satu kayu pancang (rubber-hose guying wire) 0 0 0 Kaedah menggunakan wayar keluli 8-38


Sungkupan (50mm) Sungkupan (150mm) PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3. Pemancangan menggunakan kayu I. Dua Kayu Pancang a) Kaedah ini menggunakan 2 kayu pancang. b) Satu kayu digunakan sebagai kayu palang dan di pakukan di penjuru kayu pancang yang berfungsi sebagai kayu pemancang. c) Rubber-hose guying wire digunakan untuk mengikat kayu pancang dan bahan tanaman. II. Pemancang Empat Penjuru a) Kaedah ini menggunakan 4 kayu pancang yang ditanam secara bersudut 20 darjah di lubang penanaman. b) Kayu pancang bersaiz empat segi tepat dipakukan di setiap sudut kayu pancang. c) Pastikan bahan tanaman dibalut dengan kain guni untuk mengelakkan kerosakan kulit. Sungkupan adalah kaedah rawatan untuk mengurangkan kadar pemeluwapan atau sejatan air permukaan tanah.Bahan sungkupan terdiri daripada bahan organik yang mudah reput dan kering seperti sabut kelapa sawit terkompos, rumput kering dan sekam padi. Terdapat juga bahan sungkupan yang telah diproses seperti cocoa-fiber. Adalah disyorkan sungkupan di kawasan perbandaran menggunakan bahan yang telah diproses. Ketebalan Sungkupan I. Pokok utama dan palma: 150mm II. Pokok renek: 50mm 8.8.6 Sungkupan (Mulching) Kaedah dua kayu pancang Kaedah pemancang empat penjuru 8-39 Ketebalan sungkupan untuk tanaman renek dan pokok utama Kaedah Melakukan Sungkupan I. Lakukan proses meletak sungkupan pada waktu pagi. II. Pastikan tanah yang yang ingin diletak sungkupan telah di bersihkan dari sebarang rumpai dan telah di gembur. III. Jangan letak sungkupan /mulches secara langsung pada tanaman (pastikan jarak sekurangkurangnya 1 inch dari tanaman bagi mengelakkan masalah penyakit akibat kelembapan )


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Panduan Penyediaan Kemasan dan Rawatan Lubang Penanaman I. Sediakan kawasan terbuka yang mencukupi di pangkal pokok untuk tujuan pengudaraan dan pengairan. II. Kerb di sekeliling pokok yang boleh menghalang pengairan air permukaan perlu dielakkan. III. Perlu disediakan lubang pengairan untuk tujuan pengairan dan pengudaraan sistem akar. IV. Adalah digalakkan untuk menggunakan treegrating atau jaringan besi dan kepingan konkrit berlubang sebagai penutup lubang penanaman, terutamanya di kawasan perbandaran. V. Bagi kawasan yang luas, penanaman rumput yang diselang-selikan dengan batu-bata dapat menggalakkan pengudaraan ke akar pokok selain daripada memberikan keindahan. VI. Penggunaan dan penyediaan saluran pengudaraan dan pembajaan dengan menggunakan paip PVC berlubang (perforated PVC pipe) adalah digalakkan. Paip mestilah berukuran 75mm dan ditanam sedalam 450mm bersetentangan kedua belah pokok. 8.8.7 Kaedah Kemasan dan Rawatan Lubang Penanaman Saiz minimum tree grating adalah 1m x 1m dengan bukaan lubang penanaman 300mm x 300mm 8-40 Kaedah penahanan akar di sekeliling pangkal pokok Kaedah kemasan dan rawatan lubang tanaman perlu dilakukan untuk kawasan tanaman di kawasan yang berturap seperti kawasan laluan pejalan kaki.


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Jenis-jenis Hidroponik I. Wick System (Sistem Sumbu) Merupakan sistem hidroponik yang paling sederhana karena sifatnya yang statik (tanpa adanya aliran air dan nutrisi). Prinsip utama dari sistem sumbu adalah adanya aliran nutrisi dari bekas penampung nutrisi ke akar tanaman menggunakan prinsip kapilari, sehingga akar tanaman dapat menyerap nutrisi. Sistem ini sesuai digunakan untuk tanaman sayuran daun dengan masa singkat, seperti sawi dan salad. 8.8.8 Hidroponik 8-41 Hidroponik ialah kaedah menanam tumbuhan tanpa menggunakan media tanam tanah. Hidroponik juga bermaksud menanam dalam air yang mengandungi campuran nutrien. Dalam masa yang sama, hidroponik tidak dapat dipisahkan daripada penggunaan media tanaman yang lain, selain daripada tanah sebagai sokongan pertumbuhan tumbuhan. II. Nutrient Film Technique (Sistem NFT) Sistem NFT merupakan sistem hidroponik sederhana yang bekerja mengalirkan air, oksigen dan larutan baja secara terus-menerus dengan ketebalan arus air 2-3 mm. Tanaman diatur dengan sedemikian rupa untuk membolehkan bahagian akar tanaman menyentuh larutan air baja yang diberikan. Kedudukan palung yang senget (slunting) atau dibuat miring dengan salah satu sisi lebih tinggi dari sisi lainnya iaitu sekitar maksima 5% dari panjang alir berarus dapat mengalir dengan lancer. Air dan larutan baja yang diberikan tidak akan terbuang terus disebabkan aliran air ini akan masuk semula kedalam tangki simpanan melalui sistem pam kitar semula. III. Deep Flow Technique (Sistem DFT) Sistem DFT mempunyai bentuk pemasangan yang sama seperti sistem NFT, yang boleh dibuat secara mendatar atau bertingkat. Perbezaan utama antara sistem DFT dan sistem NFT terletak pada susunan saluran keluaran. Dalam sistem DFT, saluran keluar disusun sedemikian sehingga penyelesaian dalam pemasangan tidak habis serta merta walaupun pam air dimatikan. Larutan nutrien kekal bertakung pada ketinggian 4-6 cm dan akar masih boleh menyerap nutrien. Takungan Air Contoh pemasangan Sistem NFT Contoh pemasangan Sistem DFT IV. Drip System (Sistem Titisan) Sistem Titisan atau juga disebut dengan sistem fertigasi merupakan teknik pengairan yang dilakukan secara perlahan iaitu dengan menitiskan larutan nutrien kepada media atau terus pada akar tanaman. Penyiraman secara sistem titisan adalah tertumpu di sekitar kawasan perakaran bagi melembapkan media. Contoh pemasangan Sistem Titisan Contoh penyediaan Sistem Sumbu


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Penyelenggaraan landskap lembut adalah penting bagi memastikan setiap tanaman yang disediakan berada dalam keadaan baik dan terkawal. Oleh itu adalah disyorkan kadar peruntukan sebanyak 15%-20% daripada kos pembangunan landskap lembut diperuntukkan untuk kerja penyelenggaraan pada setiap tahun. Manual penyelenggaraan secara spesifik serta jadual pemeriksaan secara berkala perlu disediakan untuk perlaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan. Kerja-kerja penyelenggaraan adalah merangkumi semua kerja berikut. 8.9 PENYELENGGARAAN LANDSKAP LEMBUT 8.9.1 Penyiraman Kerja penyiraman adalah suatu proses yang amat penting di dalam memastikan tanaman yang ditanam mendapat bekalan air yang mencukupi untuk mencapai kadar tumbesaran yang optimum. Kaedah Penyiraman - Untuk Semua Jenis Tanaman I. Penyiraman dilakukan sebaik sahaja tanaman dipindahkan ke tanah. II. Jumlah air yang dibekalkan mestilah mencukupi sehingga tanah di sekeliling basah, minimum 150mm dalam. III. Kuantiti air dan kekerapan penyiraman adalah bergantung kepada sepsis tanaman, jenis tanah dan keadaan cuaca. Secara asasnya, kadar penyiraman adalah 2 kali sehari iaitu waktu pagi (sebelum terik matahari) dan pada waktu petang (sebelum matahari terbenam). Kadar penyiraman boleh dikurangkan pada musim hujan. IV. Penyiraman perlu dielakkan pada waktu berikut: a) Waktu tengah hari – untuk mengelakkan daun atau batang melecur. b) Lewat petang – untuk mengelakkan jangkitan virus dan kulat yang disebabkan oleh kelembapan tanah yang tinggi. V. Penyiraman perlu dilakukan pada pangkal tanaman dengan kadar kedalaman 150mm atau sehingga tanah kelihatan basah. VI. Elakkan pancutan air yang terlalu kuat atau deras untuk mengelakka kerosakan tanaman atau tanah. VII. Kualiti air untuk siraman mestilah bebas dari bahan kimia, kekotoran dan tidak mengandungi garam terlarut yang tinggi. VIII. Kaedah penyiraman menggunakan micro-jet sprinkler atau titisan (drip system) adalah digalakkan untuk menjimatkan masa dan tenaga kerja manual. Kaedah Penyiraman Khusus I. Pokok Utama / Palma a) Setiap 3 bulan sekali, penyiraman perlu dilakukan dengan jumlah air yang banyak dengan semburan ke permukaan daun untuk menghilangkan debu. b) Tanaman di kawasan berturap memerlukan kadar penyiraman yang banyak terutamanya pada musim panas. 8-42


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP II. Pokok Renek / Pemanjat / Pasu / Kotak Tanaman a) Selain daripada kaedah penyiraman biasa, kaedah terbaik untuk pembekalan air dalam pasu adalah dengan meletakkan pasu ke dalam takungan air sehingga tanah di dalam pasu Penggunaan ‘sprinkler system’ abasah, barulah pasu tanaman diangkat keluar. b) Untuk pokok renek berdaun lebar penyiraman perlu dilakukan di bahagian pangkal tanaman untuk memastikan tanaman mendapat bekalan air yang mencukupi. c) Penyiraman secara berlebihan perlu dielakkan untuk mengelakkan akar menjadi lemas atau busuk disebabkan kandungan air tampungan yang tinggi. III. Penutup Bumi / Rumput a) Penggunaan sprinkler system adalah kaedah penyiraman yang berkesan untuk kawasan penanaman penutup bumi/rumput yang luas. Untuk memudahkan kerja penyiraman dan mengurangkan tenaga pekerja untuk penyelenggaraan, kaedah siraman secara sprinkler system dan drip system adalah digalakkan. 8.9.2 Pembajaan Pembajaan adalah untuk memastikan tanaman sentiasa mendapat bekalan nutrien yang mencukupi. Secara umumnya, pembekalan baja adalah untuk menampung kekurangan unsur nutrien utama/makro iaitu Nitrogen (N), Posforus (P), Kalium (K) dan Magnesium (Mg). Kadar keperluan nutrient adalah bergantung kepada spesis tanaman, jenis dan kandungan pH (keasidan atau kealkalian) tanah. Penggemburan selepas pembajaan adalah digalakkan untuk mengurangkan unsur baja memeluwap ke udara. 8-43 Jenis Baja I. Baja tunggal – Baja yang tidak lengkap, hanya mengandungi satu unsur nutrient seperti Urea, ammonium sulfat, kalium klorida. II. Baja campuran – Campuran baja tunggal mengikut satu nisbah yang tertentu. Mengandungi dua atau tiga nutrien tumbuhan utama. Baja campuran dibuat dengan mencampurkan bahan sama ada secara mekanikal atau manual. III. Baja sebatian – Mengandungi 2 atau 3 nutrien tumbuhan utama yang mana dua nutrien utama adalah dalam gabungan kimia. Baja ini biasanya dihasilkan dalam bentuk butiran. IV. Baja Organik – Baja semula jadi yang dihasilkan menggunakan bahan yang mengalami proses pereputan dan menghasilkan nutrien penting yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan. V. Foliar – Biasanya sebagai baja cecair, disembur pada daun. Untuk menyediakan nutrien dalam jumlah minimum. Ia sesuai untuk mikronutrien.


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Jenis Baja Organik Bentuk Baja I. Butiran – Ditabur terus ke permukaan tanah. Contoh - NPK. II. Hablur – Dilarutkan dalam air. Contoh - Ammonium nitrat. III. Debu – Ditabur di permukaan tanah atau digaul ke dalam medium penanaman. Contoh - Melameal dan Monemeal. IV. Cecair – Larut dalam air. Pembajaan adalah secara semburan terus ke permukaan daun. Contoh - Bayfolan dan Nitrophoska foliar. V. Pallet – Ditabur di permukaan tanah atau digaul ke dalam medium penanaman. Contoh - Osmocot dan Kokei. Pengambilan dan pembekalan baja bergantung kepada keperluan pembajaan sama ada fast release fertilizer (kandungan nutrien dibebaskan secara cepat) atau slow release fertilizer (kandungan nutrien dibebaskan secara perlahan-lahan). Untuk kerja landskap – penggunaan baja lepasan perlahan (slow release fertilizer) adalah disyorkan. 8-44 1. Najis Haiwan Mengandungi unsurunsur iaitu 2-3% N, 3% P dan 5% K (Nitrogen, fosforus, Potassium). Bau yang tidak menyenangkan dan agen penyebaran benih rumput. 2. Tanah gambut Tanah daripada bahan organik melalui penguraian sisa pertanian. Penyerapan air adalah tinggi. 3. Debu kayu Boleh mengurangkan penyakit tumbuhan dan meningkatkan aktiviti mikroorganisma dalam tanah. 4. Abu Sekam Padi Dapat memegang tumbuhan dengan betul. Mudah didapati dan lebih murah. 5. Baja Kompos Dihasilkan daripada sisa pertanian, medium penyerapan air, mengandungi unsur rendah. Faedahnya ialah tiada pembaziran dan memperbaiki tekstur tanah. 6. Rice Huck Sebagai medium tumbuh, mampu menyimpan air, kaya dengan vitamin B. Ia adalah sumber kalium (K) seperti yang diperlukan oleh tumbuhan, dan menggalakkan pengakaran.


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 8.9.2.2 Teknik Pembajaan I. Poket / bertompok (pocket) – Kaedah penambahan baja dengan penggalian lubang kecil (150 200mm) di sekeliling pokok. II. Peparit (trenching) – Kaedah penambahan baja dengan penggalian parit kecil di sekeliling pangkal pokok mengikut saiz silara pokok. III. Taburan (broad casting) – Kaedah taburan baja di sekeliling pangkal pokok mengikut saiz silara. Perlu dielak daripada terkena pangkal pokok. Tanah perlu digemburkan terlebih dahulu. IV. Semburan daun – Semburan terus ke permukaan daun dengan menggunakan baja cecair atau hablur. Jadual Pembajaan Kuantiti dan kadar keperluan baja bagi jenis-jenis tanaman adalah seperti berikut: Kaedah pembajaan bergantung kepada jenis tanaman, umur tanaman, jenis tanah dan kawasan penanaman pokok tersebut. Untuk Semua Jenis Tanaman I. Baja pengakaran seperti triple super phosphate (TSP) dan double super-phosphate (DSP) perlu dicampurkan ke medium penanaman semasa kerja penanaman dilakukan untuk menggalakkan pengakaran. II. Dalam tempoh 6 bulan pertama, pembajaan adalah menggunakan baja organik. Baja lengkap NPK 15:15:15 digunakan selepas 6 bulan pertama. III. Di peringkat matang, pembajaan adalah berdasarkan keperluan tanaman. Untuk menghasilkan bunga; baja yang mengandungi Kalium (K) yang tinggi adalah diperlukan, sementara untuk meningkatkan kehijauan daun, kandungan Nitrogen (N) yang tinggi adalah diperlukan. IV. Penyiraman perlu dilakukan dengan segera sebaik sahaja pembajaan dijalankan untuk mengelakkan tanaman dari melecur (scorching), terutamanya untuk pokok penutup bumi, pemanjat dan rumput. Kaedah Pembajaan Khusus I. Pokok utama / Palma yang ditanam di kawasan berturap keperluan pembajaan mengikut nisbah NPK 10:4:6. Adalah memudahkan pembajaan dilakukan dengan menyediakan paip khas untuk menyalurkan baja. II. Pokok Renek / Pemanjat / Pasu / Kotak Tanaman - jika pembajaan baja butir digunakan, elakkan taburan pada daun dan batang untuk mengelakkan kerosakan atau kelecuran tanaman. III. Rumput jika kawasan tanaman kurang dari pH 5.5 (tanah berasid), kapur perlu ditambahkan dengan kadar 25kg/100m persegi setelah 2 bulan rumput ditanam. 8.9.2.1 Kaedah Pembajaan Jenis Tanaman Keperluan Kadar Pembajaan/ Tahun Contoh Baja Pokok Utama/ Palma 1 kg untuk setiap 250mm garis pusat batang 2 kali NPK Pokok Renek/ Pemanjat 120 g 2 kali NPK Green/ Yellow Penutup Bumi 40 kg/100m/ tahun 3 kali NPK Green 8-45


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Panduan membersihkan kawasan tanaman adalah seperti berikut: I. Daun dan ranting kering perlu dibuang segera supaya tidak mencacatkan keadaan fizikal tanaman. II. Semua sampah sarap perlu di kumpul dan dimusnahkan supaya tidak menjadi sarang pembiakan agen penyakit dan perosak tanaman. III. Elakkan membakar sampah secara terbuka. Sampah perlu ditanam atau dibuang ke kawasan pengumpulan sampah. IV. Kerja merumpai perlu sentiasa dilakukan. V. Sistem perparitan perlu sentiasa baik untuk mengelakkan parit tersumbat yang akan menyebabkan berlakunya banjir di kawasan penanaman dan tempat pembiakan nyamuk. VI. Kurangkan penggunaan racun rumpai bagi mengelakkan kecederaan dan kerosakan tanaman. VII. Kawalan kebersihan khusus untuk rumput:Pemotongan perlu dilakukan setiap 15 hari. Maksimum ketinggian pemotongan adalah 50cm daripada permukaan tanah. Jika musim hujan, pemotongan perlu dilakukan dengan lebih kerap. 8.9.3 Kebersihan Kawasan Tanaman dan Merumput Pembersihan kawasan tanaman seperti merumpai dan membuang sampah-sarap serta daun kering perlu dilakukan setiap hari secara rutin untuk memastikan kawasan landskap sentiasa bersih dan terpelihara 8.9.4 Kawalan Penyakit, Serangga dan Haiwan Kawalan penyakit, serangga dan haiwan perlu dilakukan secara rutin untuk memastikan tanaman sentiasa terjaga. Panduan Kawalan Penyakit, Serangga dan Haiwan I. Pemeriksaan terhadap tanda atau simptom serangan penyakit dan serangga perlu dijalankan sekali seminggu. II. Kenalpasti jenis serangan penyakit dan serangga. Jika perlu, ambil sample serangan atau serangga perosak untuk diberikan kepada pakar. III. Tindakan pencegahan perlu diambil segera. IV. Sekiranya serangan adalah serius, kaedah pengawalan seperti memusnahkan bahagian serangan dengan cara dibuang, ditanam atau dibakar, jika perlu. V. Kawalan terhadap haiwan besar (lembu, kerbau, kambing dan biri-biri) perlu dilakukan untuk mengelakkan tanaman dimakan atau dimusnahkan. 8-46


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Terdapat beberapa kaedah kawalan penyakit, serangga dan haiwan yang dapat dijadikan amalan di tapak semaian iaitu: I. Kawalan Fizikal Iaitu kaedah mengawal perosak secara fizikal seperti menggunakan penutup atau melindungi kawaan tanamana dengan menggunakan jarring, menggunakan penutup buah seperti sarung, balutan kertas surat khabar, plastik dan lain-lain, menggunakan tin-tin kosong yang dgantung, membuat orang-orang, memasang pagar elektrik dan sebagainya. II. Kawalan Kultura Iaitu kaedah mengawal serangan perosak yang secara tidak langsung menggangu perkembangan perosak dengan menggunkan amalan penanaman yang baik seperti menggilirakan tanaman, pemugaran tanah, menanam tanaman perangkap, menggunakan benih yang tahan lasak dan mengamalkan kaedah penjagaan yang sempurna. a) Kawalan Biologi Iaitu kaedah kawalan perosak menggunkan organisma tertentu dengan konsep mangsa dan pemangsa. Contoh kawalan tikus dalam ladang sawit dengan memelihara burung hantu, pokok asparagus dan bunga tahi ayam menghasilkan rembesan yang boleh memusnahkan nematod. b) Kawalan Kimia Iaitu kaedah mengawal perosak menggunakan racun serangga (insecticide) dan racuk kulat (fungicide). Ini merupakan kaedah yang popular dan agak berkesan. Contohnya ialah serangan perosak seperti belalang, kumbang dan kulat daun boleh dikawal dengan racun serangga seperti Carbaryl, Decis atau Malathion. Manakala serangga perosak jenis hamama boleh menggnakan racun hamama Mitac atau Ortus. III. Kawalan Secara Undang-Undang Iaitu mengawal perosak dengan menggunakan kuasa yang ditetapkan. Contohnya kawalan kuarantin, pensijilan bebas dari punca merebaknya perosal. 8.9.4.1 Kaedah Kawalan 8.9.4.2 Penggunaan Kawalan Kimia (Racun) I. Racun perlu dicairkan terlebih dahulu sebelum digunakan. Teknik pencairan perlu dilakukan dengan teliti dan cermat, mengikut syor pembuat racun. II. Jangan gunakan bekas racun untuk kegunaan lain atau mencampur adukkan penyimpanan dengan bekas berisi makanan dan minuman. Simpan racun di tempat yang selamat dan jauhi dari kanakkanak. III. Sewaktu penyemburan racun, perkara berikut perlu diikuti: a) Pastikan keselamatan diri dengan memakai pakaian kalis air, penutup hidung, goggles, topi, sarung tangan dan kasut getah. b) Pastikan semburan tidak berlawanan dengan arah angin. Semburan mestilah merata dan mengenai permukaan atas dan bawah daun. c) Jangan makan dan minum, dan elakkan dari menghisap rokok semasa proses penyemburan dijalankan. Pastikan badan dan pakaian telah dibersihkan terlebih dahulu sebelum makan dan minum. 8-47


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Sulaman dan penggantian pokok adalah bertujuan untuk menggantikan pokok yang cacat, terbantut dan mati yang telah dikenal pasti. Sulaman bermaksud menggantikan tanaman yang cacat, terbantut dan mati dengan menggunakan tanaman yang sama dari jenis spesis, saiz dan ketinggian yang sama dengan tanaman asal. Penggantian pokok adalah bermaksud menggantikan pokok yang bermasalah/mati dengan spesis baru. Kaedah Penggantian Pokok Hiasan Semusim Kaedah penggantian adalah secara keseluruhan. Ia dilakukan sebaik sahaja bunga layu. Sebelum sulaman / penggantian dilakukan, perkara berikut perlu dipatuhi: I. Kenal pasti masalah sedia ada di tapak. II. Jika masalah disebabkan serangan penyakit atau serangga, tindakan pencegahan perlu diambil terlebih dahulu untuk memastikan pokok baru tidak dijangkiti. III. Jika disebabkan saliran, maka tindakan memperbaiki sistem saliran perlu diambil terlebih dahulu sebelum penanaman semula dilakukan. IV. Jika disebabkan masalah tanah, tanah perlu digemburkan dan diperbaiki terlebih dahulu. V. Pastikan tujuan sulaman/penggantian pokok sebelum kerja sulaman/penggantian dijalankan 8.9.5 Sulaman / Penggantian Pokok Tanaman semusim yang perlu diganti sebaik sahaja bunga layu. Ianya banyak digunakan sebagai tanaman hiasan di kawasan perbandaran. 8-48


Pilih pasu yang lebih besar Masukkan medium memasu Buangkan atau potong akar-akar yang terkeluar Cara mengeluarkan pokok bersama medium dari pasu lama Pangkas 1/3 bahagian medium lama Memangkas dahan/ ranting yang tidak dikehendaki Memindahkan pokok ke pasu baru Menyiram air ke medium dalam pasu baru PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Di dalam kerja landskap, spesis tanaman yang disyorkan untuk ditanam di dalam pasu adalah pokok renek. Kaedah Penggantian Pasu I. Keluarkan pokok dengan memutar mengikut arah jam. Minimumkan kerosakan sebaik mungkin. II. Potong bahagian luar bebola akar yang terbentuk. III. Tunas, sulur dan anak pokok perlu dipisahkan. Ia boleh digunakan sebagai bahan tanaman baru. IV. Tanaman perlu ditanam semula ke dalam pasu yang lebih besar daripada pasu asal. V. Pastikan penanaman adalah secara tegak dan lurus. Jika perlu tanaman perlu disokong dengan pancang. VI. Masukkan tanah campuran yang telah di campur dengan baja dan padatkan tanah. VII. Siram sebaik saja tanaman siap dipasukan. VIII. Untuk mendapatkan kesan penggantian yang terbaik, perkara berikut perlu dipatuhi: a) Penggantian pasu dilakukan sekali setahun. b) Kerja penggantian pasu dilakukan pada waktu pagi atau petang. 8.9.6 Penggantian Pasu Teknik penggantian pasu pokok renek 8-49


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Bahan organik atau humus adalah hasil pereputan atau prosesan bahan tanaman seperti sabut kelapa, sekam padi, tanah gambut dan najis haiwan. Penambahan bahan organik ke dalam tanah akan memperbaiki keadaan ruang udara dan air dalam tanah, selain daripada mempertingkatkan daya pegangan unsur nutrien. Panduan Penambahan Bahan Organik I. Bahan organik amat sesuai dicampurkan kepada tanah jenis berikut: a) Tanah yang mengandungi kandungan bahan liat yang tinggi. Ini bertujuan untuk memperbaiki rongga udara tanah. b) Tanah berpasir untuk memperbaiki daya tampungan air dan penahanan unsur nutrien daripada baja. II. Penambahan bahan organik dilakukan sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. III. Kesesuaian penambahan bahan organik adalah seperti berikut: a) Pokok utama dan palma 5 kg hingga 10 kg/per tahun bagi setiap pokok, diberikan secara berperingkat. b) Pokok renek dan penutup bumi 2.5 kg hingga 5 kg/per tahun bagi setiap meter persegi, diberikan secara berperingkat. 8.9.7 Penambahan Bahan Organik Sungkupan yang menggunakan cocoa-fiber 8.9.8 Sungkupan Sungkupan atau mulching adalah terdiri daripada bahan mudah reput yang terdiri daripada bahan organik. Ia diletakkan di pangkal tanaman di kawasan lubang penanaman bertujuan untuk mengurangkan pemeluwapan air permukaan tanah. Sungkupan juga mengawal hakisan dan mengawal pengairan larian air permukaan tanah yang akan mengurangkan unsur nutrien. Panduan Sungkupan I. Pokok utama dan palma – sungkupan setebal 150mm II. Pokok renek – sungkupan setebal 50mm Sungkupan yang menggunakan habuk kayu 8-50


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Pemangkasan adalah pemotongan ranting atau dahan tanaman. Panduan Pemangkasan I. Kenal pasti tujuan pemangkasan sama ada pembentukan, penggalakan atau pengawalan. II. Gunakan peralatan khas mengikut fungsi peralatan dan tujuan pemangkasan. III. Untuk tujuan penggalakan dan pembentukan pemangkasan hanya dibuat ke atas pokok yang subur. IV. Untuk tujuan pengawalan pemangkasan perlu dilakukan dengan kadar segera ke atas dahan dan ranting yang berpenyakit, rosak atau mati. V. Adalah disyorkan supaya pemangkasan pembentukan dan penjarangan dahan dilakukan semasa pokok muda. Ini adalah bertujuan untuk memperoleh batang pokok yang tegak, rupa bentuk silara yang baik dan mengurangkan kepadatan dahan. VI. Pokok yang mudah bertunas perlu dipangkas secara sederhana tetapi kerap. Sementara pokok yang secara semulajadi jarang bertunas, perlu selalu dipangkas untuk menggalakkan pertumbuhannya. VII. Untuk pemangkasan yang bertujuan untuk menghadkan pertumbuhan dan pengekalan saiz dan bentuk, pemangkasan perlu dilakukan pada pucuk dan dahan mengikut bentuk yang dikehendaki. VIII. Pemangkasan pokok palma adalah meliputi kerja-kerja membuang pelepah dan membuang anak pokok yang rosak atau mati. IX. Untuk pokok renek dan pokok berbunga, pemangkasan perlu dilakukan sebaik sahaja bunga gugur dan sebelum buah membesar. Pemangkasan adalah pada paras 1/3 daripada panjang ranting untuk menggalakkan pengeluaran bunga. X. Untuk tanaman topiari dan pagaran, pemangkasan perlu selalu dilakukan untuk membentuk dan kemasan. XI. Apabila pertumbuhan penutup bumi telah melebihi had kawasan yang ditetapkan, ia perlu dipangkas dengan segera. 8.9.9 Pemangkasan 8-51


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP I. Untuk pokok utama, semua dahan di bawah ketinggian 3m mestilah dipotong untuk menyediakan dirian pokok yang kemas dan ruang pergerakan yang selamat dan selesa. Adalah disyorkan pemotongan dahan dilakukan semenjak pokok kecil. II. Dahan yang mungkin boleh menimbulkan bahaya kerana berdekatan dengan talian elektrik atau telefon dan papan tanda perlu di potong sehingga pangkal. III. Pemangkasan mesti dibuat di bahagian atas tunas baru dan condong ke bawah, berlawanan arah tunas (tumbuh ke arah dalam), dan jika terdapat dahan yang bergeseran antara satu sama lain. IV. Elakkan pemangkasan dengan mata tunas menghala ke dalam. Ini adalah untuk mengelakkan pokok daripada rimbun dan padat. V. Untuk membentuk silara pokok terbuka dan rendang, pemangkasan dengan mata tunas menghala ke luar adalah digalakkan. VI. Pangkasan dahan yang terlalu rapat dengan batang utama dan pangkasan yang mengakibatkan kesan luka yang luas mestilah dielakkan. VII. Pemangkasan dahan besar perlu dilakukan dengan cermat untuk mengelakkan kulit atau dahan daripada tersiat / terkoyak dan untuk mengurangkan kerosakan pada dahan dan ranting yang tidak dipangkas. VIII. Kesan pangkasan mestilah licin dan bersih supaya tidak menakung air yang boleh menyebabkan pereputan atau memerangkap penyakit dan serangga. IX. Pemangkasan sebaiknya dilakukan selepas musim bunga atau buah untuk merangsang pertumbuhan tunas baru. X. Pemangkasan juga perlu dilakukan untuk mengelakkan persaingan pertumbuhan jika terdapat dua pucuk utama pada satu pokok. 8.9.9.1 Teknik Pemangkasan Pemangkasan menyingkap hanya membuang dahan yang menghalang pergerakan dan pandangan sahaja A – Sebelum pemangkasan B – Selepas pemangkasan 8-52


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Bertujuan untuk mengurangkan persaingan di antara pokok untuk mendapatkan sinar matahari dan pengambilan unsur nutrien dalam tanah. Selain daripada itu, ia juga bertujuan untuk mendapatkan rupa bentuk pokok yang menarik. Panduan Penjarangan I. Penjarangan hanya dilakukan apabila jumlah pokok pada sesuatu kawasan terlalu banyak atau rimbun sehingga menyukarkan kerja penyelenggaraan. II. Penjarangan secara menebang atau memindahkan pokok hanya disyorkan untuk dilakukan sekiranya reka bentuk penanaman asal membenarkan ia dijarangkan. 8.9.10 Penjarangan Kaedah penjarangan pokok 8-53


Click to View FlipBook Version