PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-51 8) Pantai Punggor – Dari Jalan Kampung Punggur Laut Timur Pantai Punggor merupakan salah satu pantai rekreasi yang menjadi tumpuan pengunjung untuk aktiviti memancing dan bersantai selain berkelah dan bersiar-siar. Namun begitu, pada masa kini, pantai ini mengalami hakisan pantai yang teruk sehingga menjejaskan kualiti visual dan persekitarannya. 9) Teluk Wawasan, Simpang Lima – Dari Jalan Parit Haji Abdul Salam Teluk Wawasan yang terletak di kawasan teluk Parit Abdul Salam menjadi tumpuan pengunjung kerana tarikan jualan makanan asam pedas di sekitarnya selain merupakan kawasan jeti nelayan. 10) Hentian Mahkota, Parit Simin – Dari Jalan Parit Simin Hentian Mahkota menyediakan kemudahan rekreasi pasif dengan kelebihan lokasinya di muara sungai turut menjadi tempat nelayan melabohkan bot mereka. Semua elemen budaya dan permandangan indah di kawasan ini boleh menjadi aset pelancongan yang menarik. Sudut pemandangan di Pantai Punggor Sudut pemandangan di Teluk Wawasan Sudut pemandangan di Hentian Mahkota
3.8.4 Keseluruhan Analisis Karakter Landskap PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-52 Apabila peta-peta hasil daripada proses peringkat satu di analisis, maka jenis dan kawasan landskap akan dihasilkan. Pada peringkat kedua pula, data akan dianalisis dan diintrepretasi kepada dua bahagian iaitu fenomena karakter landskap dan kekuatan karakter landskap. Indikator Landskap Atribut Struktur Komposisi Penilaian Fenomena Keadaan Landskap Atribut Struktur Komposisi Penilaian Kekuatan Karakter Landskap Rupa bentuk Bumi • Ciri-ciri rupabentuk bumi • Kecerunan Tanah • Kewujudan Badan Air • Kepelbagaian bentuk dan gambaran pemandangan • Elemen estetik dari pemandangan indah rupabentuk bumi Litupan Tanah Tumbuhan • Litupan tanah tumbuhan dari pelbagai susunan jenis/komuniti • Kewujudan pelbagai bentuk tumbuhan • Kepelbagaian jenis dan pola tumbuhan dan tanaman • Nilai estetik visual pemandangan dan pola tumbuhan • Nilai kemandirian spesis Litupan Tanah Alam Bina • Ciri-ciri pola penempatan • Rekebentuk senibina • Ciri-ciri infrastruktur • Nilai warisan • Nilai sejarah • Nilai estetik • Nilai rekabentuk vernakular Jadual 3.14 : Hubungkait Fenomena Keadaan Landskap dengan Kekuatan Karakter Landskap Sumber: Manual Penilaian Karakter Landskap Malaysia, 2013 Analisis Karakter Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat Fenomena Keadaan Landskap (Rupabentuk Bumi, Liputan Tanah Tumbuhan, Liputan Tanah Alam Bina) Kekuatan Karakter Landskap (Kualiti Visual) Carta 3.4 : Carta Alir Analisis Karakter Landskap Sumber: Manual Penilaian Karakter Landskap Malaysia, 2013 Jadual 3.14 menunjukan hubungkait komponen fizikal landskap iaitu rupa bentuk bumi, liputan tanah tumbuhan dan liputan tanah alam bina dengan penilaian fenomena keadaan landskap dan penilaian kekuatan karakter landskap. Setiap indikator/elemen landskap yang dinyatakan dianalisis berdasarkan komposisi fenomena keadaan landskap dengan kekuatan karakter landskap. Keduaduanya perlu mempunyai hubungkait agar karakter landskap dapat di analisis. Fenomena karakter landskap bertujuan mentafsir rupabentuk fizikal kepada karakter landskap yang lebih signifikan dan yang paling penting kepada satu hasil yang boleh difahami oleh kesemua orang. Analisis ini dibuat berdasarkan kepada rupa bentuk bumi, badan air, liputan tanah, persempadanan dan kualiti visual. Hasil gabungan keseluruhan karakter landskap akan di nilai dan di analisis berdasarkan kriteria pemarkahan seperti berikut. 3.8.4.1 Analisis Fenomena Karakter Landskap
Nilai Asas Justifikasi Tinggi (9-7) Bila kepelbagaian rupabentuk tanah tinggi (contohnya dikawasan tanah diperbukitkan tinggi / perbukitan rendah mempunyai kepelbagaian rupabentuk tanah dari segi cerun, lembah dan juga jaringan sungai Kehadiran badan air seperti tasik atau pantai akan meningkatkan lagi nilai kepelbagaian elemen landskap Sederhana (6-4) Nilai sederhana diberi apabila kurang dari tiga jenis kepelbagaian rupabentuk tanah dan kawasan dan badan air tidak wujud Rendah (3-1) Kawasan yang rata, beralun atau tanah pamah yang mempunyai dataran tanah yang monoton (monotonous) dikira mempunyai nilai kepelbagaian yang rendah Jadual 3.15 : Jadual Pengiraan Skor bagi Proses Penarafan Fenomena Karakter Landskap Sumber: Manual Penilaian Karakter Landskap Malaysia, 2013 Kekuatan karakter landskap merupakan hubungkait persepsi dan sikap manusia terhadap persekitaran visual. Kekuatan karakter landskap dibuat berdasarkan sensitiviti, kesatuan dan kualiti visual kawasan kajian. 3.8.4.2 Analisis Kekuatan Karakter Landskap Sumber: Manual Penilaian Karakter Landskap Malaysia, 2013 Faktor Penafsiran Sensitiviti Visual Menilai latar depan, tengah dan belakang untuk mentafsir struktur visual pemandangan. Kawasan yang termasuk dalam pemandangan yang dekat dengan pemerhati adalah dikira termasuk dalam sensitivity visual yang tinggi dan nilai sensitiviti akan berkurangan bagi kawasan (zon) tengah dan belakang. Kesatuan Visual Menilai dan menarafkan kesatuan pemandangan elemen-elemen estetik dalam kawasan /landskap dari segi keharmonian visual, kejelasan susunan komponen semulajadi dan buatan manusia (budaya) serta keunikan elemen-elemen yang ada atau wujud di kawasan kajian. Kualiti Visual Penilaian kualiti visual adalah termasuk proses menentukan nilai keindahan persekitaran landskap (scenic), gambaran dari pemerhatian landskap dari segi susunan elemen-elemen dan komponen semulajadi serta budaya. Jadual 3.16 : Kriteria Analisis Kekuatan Karakter Landskap Nilai penarafan bagi keseluruhan analisis kekuatan karakter landskap akan dinilai berdasarkan kriteria pemarkahan seperti berikut. (Merujuk kepada penilaian kualiti pemandangan di Jadual 3.17) Nilai Asas Justifikasi Tinggi (9-7) Kepelbagaian visual yang menarik (contohnya dikawasan tanah di perbukitan tinggi / perbukitan rendah mempunyai visual yang harmoni, unik, jelas dan jarak penglihatan di kawasan kajian yang distintif) Kualiti visual yang menarik seperti badan air seperti tasik atau pantai akan meningkatkan lagi nilai kekuatan elemen landskap. Sederhana (6-4) Nilai sederhana diberi apabila kurang kesatuan dalam elemen visual di kawasan kajian dan kualiti visual yang sederhana. Rendah (3-1) Kawasan yang mempunyai jarak penglihatan yang tidak jelas dan mempunyai kesatuan visual yang rendah serta monoton (monotonous) dikira mempunyai nilai kekuatan landskap yang rendah. Jadual 3.17 : Jadual Pengiraan Skor bagi Proses Penarafan Kekuatan Karakter Landskap Sumber: Manual Penilaian Karakter Landskap Malaysia, 2013 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-53
3.8.4.3 Sintesis Penilaian Karakter Landskap PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-54 Pelan keseluruhan karakter landskap adalah berdasarkan contoh kriteria seperti jadual di bawah. Jadual di bawah ini menerangkan petunjuk asas kepada interpretasi nilai yang digunakan semasa proses Penilaian Karakter Landskap. Nilai-nilai ini akan berkait rapat dengan penentuan dalam strategi penggunaan dan pembangunan landskap. Penilaian ini digunakan bagi menghasilkan pelan kawasan-kawasan yang berpotensi untuk landskap pembangunan dan mengetahui karakter landskap sesuatu kawasan. Penilaian ini turut menyebabkan landskap memberi makna sesuatu kepada individu, komuniti, dan masyarakat. Nilainilai ini juga akan menjadi aset yang terpenting kepada sesuatu tempat, lokasi, wilayah dan negara amnya. Rajah seterusnya menunjukkan hasil keseluruhan penilaian karakter landskap berdasarkan tindanan dan gabungan data-data perolehan sub-analisis. Melalui pemanipulasian atribut dan query data, penarafan akan dikategorikan kepada 3 iaitu tinggi, sederhana rendah. Berdasarkan justifikasi yang paling tinggi, wujudnya kepelbagaian bentuk muka bumi, liputan tanah dan badan air. Hasil daripada gabungan karakter landskap mewujudkan kawasan landskap yang menarik malah membantu karakter landskap yang lebih distintif (berbeza). Sumber: Manual Penilaian Karakter Landskap Malaysia, 2013 PETUNJUK ASAS INTERPRETASI Komponen- Komponen Persekitaran Landskap Geofizikal (Rupebentuk bumi) Biotik (Litupan tanah Tumbuhan) Budaya (Litupan Tanah Alam Bina) Semasa Proses Penilaian Nilai-nilai semulajadi, budaya yang digunakan ▪ Keunikan ▪ Kesungguhan, distintif atau gambaran dinamik proses semulajadi ▪ Keindahan suasana alam sekeliling ▪ Kepelbagaian ciriciri tumbuhan ▪ Kepelbagaian komuniti tumbuhan ▪ Keunikan komposisi komuniti tumbuhan ▪ Keunikan gambaran sejarah warisan ▪ Nilai kesinambungan sejarah ▪ Nilai estetika ▪ Nilai simbolik ▪ Nilai nostalgia ▪ Nilai interaksi sosial Selepas Proses Penilaian Pemilihan cara pengurusan ▪ Keadaan sensitif kepada pembangunan atau gangguan yang menyebabkan kehilangan/ kerosakan gambaran persekitaran/ pemandangan indah ▪ Sensitif kepada kepupusan yang akan menyebabkan litupan tanah bertutur gambaran / imej semulajadi atau nilai estetik ▪ Sensitif kepada kepupusan nilai budaya ▪ Pertukaran gambaran imej simbolik budaya setempat ▪ Hilang nilai kesepunyaan ▪ Kehilangan nilai identiti setempat Jadual 3.18 : Jadual Interpretasi Penilaian Karakter Landskap
Pelan GeoHutan Pelan GeoKomoditi Pelan GeoPertanian Campur Rajah 3.18: Carta Alir Penghasilan Pelan Penilaian Landskap bagi kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat Proses penggabungan pelan ini akan mewujudkan pelan karakter landskap dengan dapatan hasil yang lebih terperinci. Rujuk Rajah 3.19 bagi Pelan Karakter Landskap Pelan GeoAlam Bina Pelan GeoBadan Air PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-55
PETUNJUK Penempatan di Tanah Pamah Penempatan di Tanah Rendah Beralun Penempatan di Tanah Perbukitan Rendah Hutan di Tanah Pamah Hutan di Tanah Rendah Beralun Hutan di Perbukitan Rendah Hutan di Perbukitan Terpencil Padi dan Herba Pertanian Campur di Tanah Pamah Pertanian Campur di Tanah Rendah Beralun Pertanian Campur di Perbukitan Rendah Tanaman Komoditi di Tanah Pamah Tanaman Komoditi di Tanah Rendah Beralun Tanaman Komoditi di Perbukitan Rendah Penternakan Tanah Cerang di Tanah Pamah Tanah Cerang di Tanah Tanah Rendah Beralun Tanah Cerang di Pembukitan Rendah PELAN LOKASI Litupan Tanah Alam Bina Lain-lain Petunjuk Sempadan Mukim S e l a t M e l a k a S e l a t M e l a k a Rajah 3.19 Pelan Karakter Landskap Sumber: Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022 0 2 4 1 Kilometers MAJLIS DAERAH YONG PENG MAJLIS PERBANDARAN MUAR MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM MAJLIS PEMBANDARAN PONTIAN Jalan Utama Sungai Utama PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-56
Oleh yang demikian, hasil penilaian karakter landskap bagi pembangunan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat dan keluasan ini dapat dilihat melalui jadual berikut. Penemuan Penilaian Karakter Landskap Hasil daripada analisis yang dijalankan, dapat dilihat karakter-karakter landskap yang lebih terperinci di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat. Atribut memperlihatkan karakter landskap ini terbahagi kepada karakter pertanian campur tanaman komoditi (tanah pamah, tanah perbukitan rendah, tanah rendah beralun), padi dan herba (tanah pamah), kawasan cerang (tanah pamah, tanah perbukitan rendah, tanah rendah beralun), penternakan dan akuakultur (tanah pamah), penempatan (tanah pamah, tanah perbukitan rendah, tanah rendah beralun) dan hutan (tanah pamah, tanah perbukitan rendah,tanah perbukitan terpencil, tanah rendah beralun). Karakter landskap kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat yang paling ketara adalah kawasan pertanian yang di dominasi oleh tanaman komoditi tanah pamah sebanyak 61,283.4 hektar (70.6%). Seterusnya diikuti dengan penempatan tanah pamah dengan keluasan sebanyak 9,340.9 hekter (10.8%). Karekter ke-tiga yang ketara adalah pertanian campur tanah pamah dengan keluasan 6294.5% hektar (7.2%). Semua karekter ini berada di tanah pamah memandangkan sebahagian besar kawasan mukabumi kawasan kajian merupakan kawasan tanah pamah. Tanaman komoditi tanah rendah beralun (4,094.5 hektar, 4.7%) merupakan karekter ke-empat terbesar di sini. Karakter hutan tanah pamah mempunyai keluasan 2,398.5 hektar (2.8%) dan karakter landskap bagi kawasan cerang serta penternakan & akuakultur di tanah pamah, masing-masing mempunyai keluasan sebanyak 359.5 hektar (0.4%) dan 173.3 hektar (0.2%). Kesimpulanya, melalui analisis dan proses yang dibuat, kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat mempunyai kepelbagaian karekter yang agak terhad. Pertanian merupakan karakter utama yang terdiri dari tanaman komoditi, pertanian campur, padi dan herba. Ini diikuti oleh karakter petempatan, hutan dan tanah cerang. Oleh yang demikian, pelbagai potensi pembangunan akan dapat dilaksanakan di kawasan kajian. Melalui karakter landskap ini, cadangan dan strategi pemuliharaan dan pemeliharaan boleh dilaksanakan termasuk pembangunan di beberapa kawasan tertentu. NO KARAKTER LANDSKAP HEKTAR PCT(%) 1 Pertanian Campur Tanah Pamah 6,294.5 7.2 2 Pertanian Campur Tanah Perbukitan Rendah 162.8 0.2 3 Pertanian Campur Tanah Rendah Beralun 316.2 0.4 4 Tanaman Komoditi Tanah Pamah 61,283.4 70.6 5 Tanaman Komoditi Tanah Perbukitan Rendah 126.4 0.1 6 Tanaman Komoditi Tanah Rendah Beralun 4,094.5 4.7 7 Padi Dan Herba Tanah Pamah 2.4 0.0 8 Kawasan Cerang Tanah Pamah 359.5 0.4 9 Kawasan Cerang Tanah Perbukitan Rendah 57.3 0.1 10 Kawasan Cerang Tanah Rendah Beralun 40.6 0.0 11 Penternakan & Akuakultur Tanah Pamah 173.3 0.2 12 Penempatan Di Tanah Pamah 9,340.9 10.8 13 Penempatan Di Tanah Rendah Beralun 149.2 0.2 14 Penempatan Di Tanah Perbukitan Rendah 5.6 0.0 15 Hutan Tanah Pamah 2,398.5 2.8 16 Hutan Tanah Perbukitan Rendah 1,017.1 1.2 17 Hutan Tanah Perbukitan Terpencil 124.7 0.1 18 Hutan Tanah Rendah Beralun 901.7 1.0 86,848.7 100.0 Jadual 3.19 : Jadual Hasil Penilaian dan Keluasan Karakter Landskap di Majlis Perbandaran Batu Pahat Sumber: Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-57
Karakter landskap yang telah dinilai berdasarkan kualiti, kekuatan dan distintif (perbezaan) yang wujud disesuatu kawasan akan diselaraskan dengan strategi pembangunan landskap. Keperluan strategi pembangunan landskap disediakan untuk memenuhi pendekatan pengurusan bagi memastikan kelestarian kehidupan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat. Tiga (3) pendekatan penting pengurusan landskap boleh dijadikan sebagai asas kepada pelan tindakan dalam menangani perubahan dan pembangunan iaitu pemuliharaan, pemeliharaan dan pemulihan. Berikut merupakan keterangan bagi pendekatan-pendekatan tersebut. ❖ Pemuliharaan Kawasan yang mempunyai nilai karakter landskap yang tinggi perlu dipulihara. Cadangan pemuliharaaan melibatkan pengekalan karakter landskap tanpa apa-apa input pegurusan kepada kawasan berkenaan. Perubahan fizikal kepada komposisi dan struktur landskap dilindungi dari sebarang gangguan dan kemusnahan akibat dari aktiviti pembangunan fizikal. ❖ Pemeliharaan Pemeliharaan dalam karakter landskap memerlukan langkah-langkah pengurusan dan perubahan yang ditujukan kepada sesuatu kawasan karakter landskap. Intergriti, komposisi dan kefungsian landskap yang dipelihara memerlukan aktiviti-aktiviti pengurusan atau pengubahsuaian yang kesannya tidak kelihatan ketara. Langkah pemeliharaan dijalankan untuk mempastikan nilai karakter yang ada terus berkekalan dan berkesinambungan. ❖ Pemulihan Usaha pemulihan dijalankan apabila didapati sesuatu kawasan karakter landskap itu telah terganggu atau musnah. Cadangan pemulihan dijalankan melalui proses penambahbaikan rekabentuk dan pengurusan landskap. Tujuan utama pemulihan landskap adalah untuk mengembalikan semula nilai karakter yang tinggi yang telah musnah atau terganggu. Hasil dari proses pemulihan hendaklah lebih baik atau sekurang-kurangnya menyamai dengan keadaan karakter asal sesuatu landskap. Pemulihan boleh juga difokuskan kepada membangunkan nilai suasana dan distintif setempat keatas karakter utama yang sedia ada sebelum kemusnahan atau terhakisnya karakter asal itu. Termasuk dalam usaha pemulihan ialah langkah pengukuhan dengan memperkenalkan komponen baru dalam landskap sebagai usaha untuk memulihkan karakter landskap berkenaan. Pengubahsuaian karakter landskap membolehkan perubahan yang dominan dari karakter landskap asal, khususnya dalam latar depan dan latar tengah landskap dikawasan yang telah mengalami gangguan dan kerosakan landskap yang radikal. Dengan adanya usaha menilai karakter landskap, pelbagai perlaksanaan reka bentuk landskap akan dapat direalisasikan untuk mencapai pembangunan landskap yang mampan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat. Setiap jenis karakter landskap boleh dikhususkan dengan ciri atau reka bentuk tertentu mengikut setiap peringkat atau tahap pembangunan fizikal. Dengan demikian, keseimbangan antara nilai karakter dan rekabentuk landskap dalam pembangunan dapat disepadukan untuk mewujudkan suasana dan persekitaran fizikal yang mampan. Namun begitu, melalui karakter landskap juga kita dapat meminimumkan pembangunan agar ianya tidak mendatangkan bencana dan masalah kepada alam sekitar serta penduduk setempat. 3.8.5 Cadangan Strategi Pembangunan Berasaskan Karakter Landskap PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-58
3-59 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3.9 SINTESIS KAWASAN KAJIAN Sintesis kawasan kajian akan merumuskan beberapa sektor yang perlu diberi perhatian berdasarkan beberapa faktor yang telah ditetapkan semasa kajian teknikal. Penilaian kualiti landskap dan keadaan fizikal akan menggunakan matriks perbandingan bagi mengenalpasti kawasan-kawasan yang berpotensi untuk dibangunkan. Kaedah yang digunakan adalah berdasarkan kekuatan faktor potensi dan halangan bagi mencapai pembangunan landskap yang mampan. Penilaian ini dibuat mengikut pemarkahan seperti berikut: 3.9.1 Pintu Masuk Persempadanan Pembangunan landskap kawasan persempadanan dan pintu masuk merupakan suatu gambaran awal yang menjadi paparan imej dan identiti bagi sesebuah kawasan. Secara keseluruhannya, landskap di pintu masuk persempadanan berada dalam keadaan sederhana dan berpotensi untuk peniktarafan dengan imej dan identiti tersendiri yang dapat mempamerkan had persempadanan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat. Sesetengah kawasan pintu masuk berada di tahap kurang memuaskan dari aspek tanaman hiasan dan teduhan serta perabot landskap seperti pencahayaan, papan tanda (way finding) dan kotak penanaman. Ketersediaan papan tanda sedia ada juga tidak mempamerkan imej kawasan kajian. Oleh itu, kawasan-kawasan persempadanan ini memerlukan peningkatan imej landskap secara terancang bagi mewujudkan elemen sense of welcoming yang menarik dan tersendiri. Jadual 3.20 : Penilaian pemarkahan kualiti landskap Sumber: Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022 Nilai Keadaan Fizikal dan Kualiti Landskap Lemah Tiada / Sangat Sedikit / Sangat Lemah / Sangat Tidak Memuaskan / Tidak berpotensi / Sangat Memerlukan Tindakan Pemulihan / Pembangunan Semula Sederhana Sederhana / Memuaskan / Berpotensi Untuk Peningkatan / Tindakan Pemulihan dan Pembaikan Baik Baik / sangat Memuaskan / Berpotensi Tinggi / Tindakan Pemeliharaan dan Pengekalan No Pintu Masuk Persempadanan Rumusan Analisis Penilaian 1. Pintu Masuk Persempadanan Ayer Hitam – Batu Pahat (Jalan Kluang) Keperluan peningkatan penyediaan perabot landskap yang seragam di pinggiran jalan Sederhana 2. Pintu Masuk Persempadanan Yong Peng – Batu Pahat (Jalan Tongkang Pechah) Keperluan peningkatan penyediaan perabot landskap yang seragam di pinggiran jalan Sederhana 3. Pintu Masuk Persempadanan Yong Peng – Batu Pahat (Jalan Parit Jalil) Keperluan peningkatan penyediaan perabot landskap yang seragam di pinggiran jalan Sederhana 4. Pintu Masuk Persempadanan Yong Peng – Batu Pahat (Jalan Simpang Lima) Keperluan peningkatan penyediaan perabot landskap seperti lampu jalan. Sederhana 5. Pintu Masuk Persempadanan Muar – Batu Pahat (Jalan Muar) Keperluan peningkatan penyediaan perabot landskap di pinggiran jalan Sederhana 6. Pintu Masuk Persempadanan Pontian – Batu Pahat (Jalan Pontian) Terdapat perancangan penyediaan mercu tanda pintu masuk dan perabot landskap oleh syarikat JK Wire. Baik Jadual 3.21 : Rumusan Analisis bagi Landskap Persempadanan Majlis Perbandaran Batu Pahat Sumber: Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022
PETUNJUK Lebuhraya Jalan Persekutuan Jalan Negeri PELAN LOKASI Kategori Jalan Lain-lain Petunjuk Sempadan Blok Perancangan (BP) Sempadan Mukim S e l a t M e l a k a S e l a t M e l a k a Rajah 3.20 Pelan Sintesis Pintu Masuk Persempadanan Sumber: Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022 0 2 4 1 Kilometers MAJLIS DAERAH YONG PENG MAJLIS PERBANDARAN MUAR MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM MAJLIS PEMBANDARAN PONTIAN Jalan Tempatan 5 4 2 1 6 3 Persempadanan Ayer Hitam –Batu Pahat (Jalan Kluang) Persempadanan Yong Peng –Batu Pahat (Jalan Tongkang Pechah) Persempadanan Yong Peng –Batu Pahat (Jalan Parit Jalil) Persempadanan Yong Peng –Batu Pahat (Jalan Simpang Lima) Persempadanan Muar –Batu Pahat (Jalan Muar) Persempadanan Pontian –Batu Pahat (Jalan Pontian) Keadaan semasa arca pintu masuk yang berpotensi untuk penanmbahbaikan seiring dengan penyediaan lampu jalan sebagai elemen pencahayaan di kawasan ini. Terdapat penyediaan arca pintu masuk yang mempunyai reka bentuk seragam bagi semua lokasi persempadan. Penyediaan arca pintu masuk dengan reka bentuk yang sama bagi semua lokasi persempadan Gambaran mercu tanda yang akan dibina oleh kilang Wire Harness Sdn. Bhd. Reka bentuk arca papan tanda persempadanan Majlis Perbandaran Batu Pahat yang kurang menarik dan berpotensi untuk dinaiktaraf. Penyediaan arca pintu masuk dengan reka bentuk seragam yang berpotensi untuk penambahbaikan. 1 2 3 4 5 6 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-60
3.9.2 Laluan Utama Pembangunan landskap jalan-jalan utama di kawasan kajian adalah penting dalam meningkatkan ekologi persekitaran, kelestarian laluan dan pengindahan selain mewujudkan jaringan hijau yang berfungsi di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat. Laluan utama di kawasan kajian ini terdiri daripada jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan bandar. Jalan persekutuan merupakan laluan yang menghubungkan bandar-bandar utama sehingga ke persempadanan Yong Peng dan daerah Muar. Jalan negeri pula menghubungkan jalan-jalan persekutuan ke kawasan-kawasan pendalaman seperti kawasan perkampungan dan pertanian manakala jalan bandar merupakan jalan perhubungan utama bagi Bandar Penggaram yang merupakan bandar utama bagi kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat. Secara keseluruhannya, pembangunan landskap jalan-jalan ini berada dalam keadaan sederhana disebabkan faktor kekurangan penyediaan pokok pinggiran jalan, elemen pencahayaan serta laluan pejalan kaki dan basikal yang berkesinambungan. Keperluan laluan pejalan kaki dan basikal yang berkesinambungan ini adalah berdasarkan kepada laluan utama yang merentasi kawasan tumpuan bandar. Jalan-jalan Utama Rumusan Analisis Penilaian Jalan Persekutuan Jalan Kluang (Jalan Persekutuan 50) Kurang penyediaan laluan pejalan kaki dan basikal yang berkesinambungan Sederhana Jalan Pontian (Jalan Persekutuan 5) Sederhana Jalan Muar (Jalan Persekutuan 5) Sederhana Jalan Tanjung Laboh (Jalan Persekutuan 5) Sederhana Jalan Negeri Jalan Tongkang Pechah (Jalan Negeri J13) Kurang penyediaan laluan pejalan kaki dan basikal yang berkesinambungan Sederhana Jalan Simpang Lima – Parit Sulong (Jalan Negeri J19) Sederhana Jalan Minyak Beku (Jalan Negeri J17) Kurang penyediaan pokok pinggiran jalan, perabot landskap serta laluan pejalan kaki dan basikal yang berkesinambungan Lemah Jalan Parit Botak (Jalan Negeri J9) Lemah Jalan Bandar Jalan Kluang Keperluan terhadap pemeliharaan komponen-komponen landskap jalan secara terancang Sederhana Jalan Bakau Condong Baik Jalan Bukit Pasir Sederhana Jalan Rahmat Baik Jalan Ampuan Sederhana Jalan Pejabat Baik Jalan Zabedah Kurang penyediaan pokok pinggiran jalan, perabot landskap serta laluan pejalan kaki dan basikal yang berkesinambungan Lemah Jalan Shahbandar Lemah Sumber: Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022 Jadual 3.22 : Rumusan Analisis bagi Landskap Jalan Majlis Perbandaran Batu Pahat PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-61
PETUNJUK Lebuhraya Jalan Persekutuan Jalan Negeri PELAN LOKASI Kategori Jalan Lain-lain Petunjuk Sempadan Blok Perancangan (BP) Sempadan Mukim S e l a t M e l a k a S e l a t M e l a k a Rajah 3.21 Pelan Sintesis Jalan-jalan utrama Sumber: Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022 0 2 4 1 Kilometers MAJLIS DAERAH YONG PENG MAJLIS PERBANDARAN MUAR MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM MAJLIS PEMBANDARAN PONTIAN Jalan Tempatan S e l a t M e l a k a 1 2 3 4 1 2 3 4 Jalan Kluang (Jalan Persekutuan 50) Pembangunan landskap masih belum menyeluruh, tidak berkesinambungan dan hanya tertumpu di Bandar Parit Raja. Jalan Muar (Jalan Persekutuan 5) Penanaman pokok Hujan-hujan yang membentuk teduhan yang baik yang perlu dipelihara dan dikekalkan. Jalan Tongkang Pechah (Jalan Negeri J13) Penanaman pokok Bunga Tanjung di pinggiran jalan namun tidak berkesinambungan. Jalan Minyak Beku (Jalan Negeri J17) Tiada pembangunan landskap termasuk tanaman pinggiran jalan di sepanjang jalan ini. Jalan Simpang Lima–Parit Sulong (Jalan Negeri J19) Terdapat pokok yang baru ditanam memperlihatkan saiz pokok teduhan tidak seragam. PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-62
PETUNJUK Jalan Persekutuan Jalan Negeri Jalan Tempatan Kawasan Hijau PELAN LOKASI Kategori Jalan Lain-lain Petunjuk Sempadan Blok Perancangan (BP) Sempadan Mukim S e l a t M e l a k a Rajah3.22 Pelan Sintesis Jalan Bandar Penggaram Sumber: Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022 0 0.2 0.4 0.1 Kilometers 1 2 3 4 5 6 7 8 Jalan Kluang Merupakan jalan protokol bandar, yang mempunyai pembangunan landskap yang baik. Jalan Bakau Condong Pembangunan landskap yang baik dan seragam dengan penanaman pokok teduhan dan elemen mercu tanda di persimpangan jalan. Jalan Rahmat Pembangunan landskap yang baik kerana merupakan laluan protokol bandar yang menghubungkan kawasan-kawasan tumpuan seperti Dataran Penggaram, BP walk dan Taman Tepian Penggaram. Jalan Shahbandar Pembangunan kedai lama yang terlalu hampir dengan jalan menyukarkan penyediaan rizab landskap untuk penanaman pokok teduhan serta laluan pejalan kaki dan basikal. Jalan Pejabat Pokok teduhan yang terdapat di sepanjang Jalan Pejabat telah mencapai tahap matang kerana ia telah di tanam lebih awal seiring dengan pembangunan bandar dan berpotensi untuk pemeliharaan TPO. PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-63
3.9.3 Kawasan Lapang Dan Rekreasi Pembangunan kawasan tanah lapang dan rekreasi dilaksanakan berdasarkan lokasi-lokasi kawasan rekreasi utama di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat yang mana ianya melibatkan taman awam serta kawasan rekreasi awam yang juga merupakan kawasan rekreasi pelancongan, semulajadi dan sukan. Ketersediaan kawasan rekreasi ini melibatkan kawasan yang dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) dan kawasan rekreasi kendalian swasta serta agensi lain seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan swasta/persendirian. Rujuk Jadual 3.23 bagi perincian rumusan analisis bagi kawasan rekreasi di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat dan Rajah 3.23 bagi pelan lokasi kawasan rekreasi utama. No Kawasan Rekreasi Hierarki Kawasan Rumusan Analisis Penilaian 1 Dataran Penggaram Taman Bandaran Berada dalam keadaan sederhana baik dengan keperluan penambahan taman permainan bagi menyokong fungsi taman sebagai taman bandaran. Sederhana 2 Stadium Batu Pahat Kompleks Sukan Berada dalam keadaan baik dengan kemudahankemudahan bersesuaian untuk aktiviti sukan. Baik 3 Batu Pahat Skatepark Tanah Lapang Berada dalam keadaan baik dengan kemudahankemudahan bersesuaian untuk aktiviti sukan. Baik 4 Taman Tasik Y Taman Tempatan Berada dalam keadaan baik dengan kemudahan yang masih terpelihara dan diselenggara sepenuhnya. Baik 5 Taman Tepian Penggaram Taman Linear Berada dalam keadaan sederhana baik disebabkan sesetengah kawasan masih belum diselenggara dan masih dalam pembinaan. Sederhana 6 Taman Awam Rengit Taman Bandaran Berada dalam keadaan lemah dengan keperluan penambahan kemudahan taman permainan, tandas, tempat letak kereta dan lain-lain bagi menyokong fungsi taman sebagai taman bandaran Lemah 7 Taman Awam Senggarang Lot Permainan Berada dalam keadaan sederhana baik dengan ketersediaan kemudahan seperti taman permainan, laluan pejalan kaki dan tempat duduk yang berpotensi untu dinaiktaraf. Sederhana Jadual 3.23 : Rumusan Analisis Kawasan Lapang dan Rekreasi Sumber: Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-64 Secara keseluruhannya, analisis juga mendapati kawasan tanah lapang dan rekreasi di sebahagian kawasan perumahan adalah tidak seragam. Bentuk dan lokasinya tidak bersesuaian untuk kegunaan rekreasi kerana ia merupakan tanah lebihan pembangunan. Hal ini turut menyebabkan kurangnya kesinambungan antara kawasan-kawasan rekreasi terutamanya dalam bandar. Perancangan landskap kawasan rekreasi perlulah memberi perhatian kepada penyediaan kemudahan pejalan kaki dan basikal dan penanaman pokok teduhan bagi mewujudkan sistem rangkaian hijau yang berkesinambungan. Pembangunan kawasan ini juga perlu disediakan secara terancang dan mencukupi mengikut hierarki bagi menampung keperluan penduduk.
PETUNJUK Hutan Simpan Kekal Kawasan Berhutan Kategori PELAN LOKASI Hutan S e l a t M e l a k a S e l a t M e l a k a Rajah 3.23 Pelan Sintesis Kawasan Tanah Lapang dan Rekreasi Sumber: Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022 0 2 4 1 Kilometers MAJLIS DAERAH YONG PENG MAJLIS PERBANDARAN MUAR MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM MAJLIS PEMBANDARAN PONTIAN Lain-lain Petunjuk Sempadan Mukim Jalan Utama Sungai Utama MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM Dataran Batu Pahat Arca ikonik Batu Pahat yang menjadi mercu tanda dan identiti Batu Pahat. Arca ini berpotensi untuk ditambahbaik dengan imej yang lebih menarik dan tersendiri. Stadium Batu Pahat Analisis mendapati kemudahan padang bola dan tempat duduk berbumbung yang disediakan masih dalam keadaan baik dan dintegrasikan secara terancang dengan ruang-ruang aktif di kawasan ini. Taman Awam Senggarang Keadaan semasa mercu tanda Pekan Senggarang di rizab Sungai Senggarang yang berpotensi dinaiktaraf bagi mewujudkan imej yang lebih menarik. Taman Awam Rengit Arca papan nama Rengit perlu ditambahbaik dengan bahan yang berdaya tahan dan menarik. Taman Tepian Penggaram Keadaan kawasan pintu masuk Taman Tepian Penggaram yang masih baik namun penyediaannya agak tersorok menyukarkan pengguna untuk mengenalpasti lokasinya Taman Tasik Y Ketersediaan alatan permainan kanak-kanak yang masih baik untuk kegunaan pengunjung, namun perlu diselenggara bagi menjamin keselamatan pengguna kanak-kanak terutamanya. PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-65
3.9.4 Kawasan Pelancongan Kawasan pelancongan yang terdapat di Majlis Perbandaran Batu Pahat terbahagi kepada dua kategori iaitu pelancongan semulajadi dan pelancongan rekreasi bandar. Kajian landskap kawasan pelancongan ini dilaksanakan di setiap lokasi-lokasi yang berpotensi sebagai kawasan pelancongan utama. Komponen yang diambil kira adalah mercu tanda, tanaman hiasan dan tanaman teduhan, perabot landskap serta kemudahan. Rujuk Jadual 2.24 bagi perincian rumusan analisis kawasan pelancongan di dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat. Sumber: Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022 Kawasan Pelancongan Rumusan Analisis Penilaian Pelancongan semula jadi Hutan Lipur Soga Perdana Komponen mercu tanda, tanaman landskap, perabot landskap dan kemudahan berada dalam keadaan sederhana baik Sederhana Hutan Simpan Gunung Banang Kekurangan penyediaan mercu tanda dan kemudahan Lemah Pantai Minyak Beku Semua komponen berada dalam keadaan baik Baik Pantai Rekreasi Punggor Komponen mercu tanda, tanaman landskap, perabot landskap dan kemudahan berada dalam keadaan sederhana lemah dan berpotensi untuk dinaiktaraf Lemah Pantai Raja Sehari Perpat Lemah Pantai Tanjung Laboh Kekurangan penyediaan perabot landskap dan kemudahan asas Lemah Pantai Sungai Lurus Komponen perabot landskap dan kemudahan asas berada dalam keadaan sederhana baik dan berpotensi untuk penambahbaikan Sederhana Hentian Mahkota, Parit Simin Sederhana Teluk Wawasan, Parit Sulong Kekurangan penyediaan mercu tanda, tanaman hiasan dan teduhan serta kemudahan asas Lemah Lover Bridge, Segenting Kekurangan penyediaan tanaman hiasan dan teduhan, perabot landskap serta kemudahan Lemah Pulau Tikus Kekurangan penyediaan mercu tanda, perabot landskap serta kemudahan asas Lemah Pulau Sialu Lemah Pelancongan Rekreasi Bandar BP Walk Komponen perabot landskap dan tanaman landskap berada dalam keadaan sederhana baik dan berpotensi untuk penambahbaikan Sederhana Dataran Penggaram Sederhana Jadual 2.24 : Rumusan Analisis Kawasan Pelancongan PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-66 Berdasarkan rumusan di atas, didapati beberapa kawasan seperti Hutan Simpan Gunung Banang, Pantai Rekreasi Punggor, Pantai Raja Sehari Perpat, Pantai Tanjung Laboh, Teluk Wawasan, Lover Bridge, Pulau Tikus dan Pulau Sialu berada dalam keadaan lemah dengan kekurangan kemudahan yang membantu dalam mengetengahkan lokasinya sebagai kawasan pelancongan. Kawasankawasan ini berpotensi untuk dinaiktaraf dengan imej dan identiti tersendiri yang dapat menarik minat pengunjung. Rujuk Rajah 3.24 bagi pelan lokasi-lokasi utama kawasan pelancongan di dalam pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat.
PETUNJUK Hutan Simpan Kekal Kawasan Berhutan Kategori PELAN LOKASI Hutan S e l a t M e l a k a S e l a t M e l a k a Rajah 3.24 Pelan Sintesis Kawasan Pelancongan Sumber: Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022 0 2 4 1 Kilometers MAJLIS DAERAH YONG PENG MAJLIS PERBANDARAN MUAR MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM MAJLIS PEMBANDARAN PONTIAN Lain-lain Petunjuk Sempadan Mukim Jalan Utama Sungai Utama S e l a t M e l a k a MAJLIS DAERAH YONG PENG Penyediaan papan tanda maklumat dan panduan pendakian ke puncak Gunung Banang Reka bentuk arca tulisan Pantai Minyak Beku yang mempamerkan imej dan reka bentuk terkini dan menjadi titik tumpuan serta tarikan utama Rekabentuk papan tanda ke Pantai Tanjung Laboh yang kurang menarik dan tidak menarik perhatian pengunjung. Keadaan persekitaran Hutan Lipur Gunung Soga yang menjadi tarikan pengunjung Tarikan kawasan bot nelayan berlaboh dan kewujudan pasar nelayan di Hentian Mahkota Keadaan kawasan Teluk Wawasan yang gersang tanpa penanaman pokok teduhan Benteng batu sebagai penahan hakisan ombak yang kurang menarik di sepanjang tepian Pantai Rekreasi Punggor Deretan gerai di sekitar kawasan Pantai Perpat ini yang perlu dikawal agar tidak merosakkan pandangan pantai Laluan pejalan kaki di BP Walk yang mempunyai tarikan warna yang menarik Keadaan semasa Pulau Sialu yang akan dapat dilihat daripada Pantai Minyak Beku Keadaan semasa Pulau Tikus yang hanya boleh diakses menggunakan kenderaan laut 1 1 2 2 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-67
Kawasan komersial terpenting di Bandar Penggaram adalah di sekitar BP Walk dengan ketersediaan laluan pejalan kaki yang luas serta tanaman pokok Palma Raja dan Palma Serdang Cina 3.9.5 Kawasan Komersial Landskap kawasan komersil bagi sektor perniagaan dan perkhidmatan memainkan peranan penting dalam meningkatkan imej dan keindahan bandar Majlis Perbandaran Batu Pahat. Hal ini kerana kawasan komersial merupakan antara kawasan yang menjadi tumpuan penduduk setempat mahupun pengunjung untuk mendapatkan barangan keperluan dan cenderamata. Secara keseluruhannya, pembentukan imej landskap bagi kawasan komersial masih di tahap sederhana di mana penyediaan tanaman serta laluan pejalan kaki dan basikal yang berkesinambungan hanya disediakan di sesetengah kawasan sahaja. Selain itu penanaman pokok teduhan dan pokok renek di kawasan ini agak kurang dan sukar ditanam disebabkan faktor lokasi bangunan yang agak rapat dan rizab landskap yang sempit. Penanaman pokok teduhan pula hanya tertumpu di pinggiran jalan menyebabkan kawasan sekitarnya menjadi panas dan berbahang. Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa kawasan komersial baru dengan imej landskap yang menarik dan terancang telah dibangunkan. Kawasan komersial River City Business Park di Jalan Pantai mempunyai landskap yang tersendiri dengan penyediaan taman linear yang dilengkapi pejalan kaki, tanaman pokok renek dan palma. Penanaman pokok teduhan di Bandar Universiti, Parit Raja hanya tertumpu di pinggiran jalan menyebabkan kawasan sekitarnya menjadi panas dan berbahang. Kawasan komersial Kompleks Niaga Rengit yang telah terbiar dan tidak diselenggara dengan baik. Kawasan ini berpotensi untuk dinaiktaraf kerana kelebihan lokasinya yang berdekatan dengan Sungai Rengit. PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-68
Ketersediaan tanaman landskap di taman permainan kawasan perumahan Taman Nira yang dapat menceriakan kawasan sekitarnya. 3.9.6 Kawasan Perumahan Pembentukan imej landskap bagi kawasan perumahan adalah penting dalam mewujudkan persekitaran yang menarik dan indah yang dapat memberikan keselesaan dan keharmonian kepada seluruh kawasan kejiranan. Kawasan perumahan ini terdiri daripada kawasan perumahan terancang, kawasan perumahan bertingkat dan kawasan kampung tradisi. Berdasarkan sintesis kajian, didapati imej landskap kawasan perumahan ini berada dalam keadaan sederhana dengan penanaman pokok-pokok teduhan dan hiasan di sepanjang jalan kurang ditonjolkan selain reka bentuk papan tanda tidak disediakan di hadapan kawasan perumahan yang mana ianya tidak mewujudkan sense of welcoming kepada sesetengah kawasan. Bagi kawasan perumahan bertingkat pula ianya mempamerkan imej landskap yang tersendiri dimana penyediaan landskapnya tertumpu di kawasan pagar sebagai pagaran kawasan. Terdapat juga penyediaan imej pintu masuk yang jelas namun kekurangan elemen landskap bagi menceriakan kawasan pintu masuk. Kawasan kampung tradisi yang terletak secara berselerak di luar kawasan bandar juga mempunyai imej landskap yang tersendiri dan berbeza-beza mangikut lokasi. Namun begitu konsep rangkaian hijau dan penyediaan komponen-komponen landskap di kawasan ini masih belum dijalankan secara menyeluruh. Keadaan semasa kawasan perumahan Taman Rengit Indah yang kurang penyediaan pokok teduhan mahupun tanaman hiasan bagi menceriakan kawasan. Keadaan semasa pintu masuk Rumah Pangsa Bandar Penggaram yang mempamerkan imej landskap yang tersendiri namun masih kekurangan elemen landskap bagi menceriakan kawasan pintu masuk. Laluan di sekitar Kampung Parit Tengah yang menarik dengan elemen landskap yang disediakan oleh penduduk kampung sendiri PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-69
Perlandskapan kawasan perindustrian Taman Wawasan II, Tanjung Laboh dengan pokok Bucida mantaly (Pokok Doa) yang baik dengan ketersediaan papan tanda yang jelas di pintu masuk kawasan 3.9.7 Kawasan Industri Sektor perindustrian merupakan salah satu penyumbang sumber pendapatan di Majlis Perbandaran Batu Pahat yang melibatkan industri elektronik dan industri makanan yang berasaskan sumber pertanian serta pengedaran dan pemprosesan makanan. Kewujudan kawasan industri ini secara amnya tidak mendatangkan masalah yang ketara namun langkah-langkah pengawalan dan pencegahan melalui perlandskapan diperlukan bagi mengurangkan pemandangan yang kurang menarik, meminimakan kesan pencemaran terhadap alam sekitar serta mengurangkan tahap pelepasan karbon ke udara. Secara keseluruhannya, imej landskap bagi kawasan industri ini masih di tahap sederhana di mana penyediaan tanaman penampan dan teduhan hanya disediakan di sesetengah kawasan sahaja. Selain itu penyediaan laluan pejalan kaki dan basikal yang berkesinambungan di kawasan ini agak sukar dilaksanakan secara menyeluruh disebabkan faktor lokasi yang terdapat banyak kenderaan besar seperti lori yang boleh menjejaskan keselamatan pengguna. Keperluan terhadap penanaman landskap lembut terutamanya tanaman pokok teduhan yang mampu menyerap karbon secara efektif di sekitar kawasan industri bagi menyejukkan kawasan sekitarnya. Kawasan industri juga perlu mempunyai zon penampan antara kawasan industri dan laluan utama bandar bagi menjamin keselamatan pengguna jalan raya. Keadaan semasa laluan utama industri di Jalan Parit Ria di Parit Raja yang kekurangan litupan pokok teduhan dan tarikan pokok hiasan. Pokok Juniperus chinensis ditanam sebagai tanaman pinggiran jalan bersifat sebagai penampan yang baik untuk menyerap pencemaran dari persekitaran. PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-70
Lokasi dan reka bentuk Pejabat Tanah Batu Pahat yang unik memudahkannya untuk dikunjungi. Perlandskapan semula dengan tanaman pokok teduhan dan hiasan yang baru akan mewujudkan suasana yang lebih indah dan ceria. 3.9.8 Kawasan Institusi Imej landskap bagi kawasan institusi berfungsi dalam menarik minat pengunjung selain membentuk persekitaran ynag kondusif yang secara tidak langsung memberi kesan positif terhadap kakitangan dan para pengunjung. Kawasan institusi Majlis Perbandaran Batu Pahat melibatkan kawasan-kawasan landskap di sekitar bangunan-bangunan pentadbiran, keagamaan, pendidikan, keselamatan dan kesihatan. Sintesis mendapati, penyediaan imej landskap kawasan-kawasan institusi ini berada dalam keadan baik namun masih berpotensi untuk penaiktarafan secara terancang. Bangunan-bangunan institusi utama seperti Pejabat Tanah Batu Pahat, Masjid Sultan Ismail, Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat serta beberapa institusi pendidikan dan kesihatan yang mempunyai ruang hijau yang luas disekitarnya dapat menyediakan imej landskap yang teratur dan seragam. Namun begitu, kawasankawasan institusi yang berada di sekitar kawasan komersial seperti Surau Arab Bandar Penggaram agak sukar untuk penyediaan landskap disebabkan kekurangan rizab dan tahap penyelenggaraan yang rendah serta landskap laluan pintu masuk yang tidak dititik beratkan. Penanaman pokok teduhan di sekitar Masjid Sultan Ismail, Jalan Kluang perlu dipergiatkan bagi meningkatkan tahap kualiti persekitarannya. Ketersediaan tanaman landskap yang ditanam secara berjajar dan seragam di sekitar bangunan dapat menyerlahkan imej formal kawasan ini. Ketiadaan rezab landskap di Surau Arab menyebabkan usaha pembangunan landskap sukar dilaksanakan PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-71
3.9.9 Kawasan Semula Jadi Kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat mempunyai kawasan semula jadi yang menarik dan bernilai tinggi. Lokasi kawasan ini yang berdekatan dengan laut menjadikan kawasan semula jadinya sebagai tarikan untuk bersantai, beriadah dan berekreasi. Landskap kawasan semula ini melibatkan kawasan hutan, sungai, pantai, pulau dan juga tasik. Kawasan semula jadi hutan berperanan penting dalam menstabilkan kualiti alam sekitar di samping ketersediaan mengurangkan suhu persekitaran dan seterusnya menggalakkan pertumbuhan hidupan dengan lebih baik. Secara keseluruhanya imej landskap kawasan semula jadi hutan yang melibatkan Hutan Lipur Soga Perdana dan Hutan Simpan Gunung Banang ini berada dalam keadaan baik dengan keadaan landskapnya yang masih terpelihara. Kawasan hutan ini kebiasaannya menjadi lokasi untuk beriadah dan aktiviti rekreasi seperti jogging, pendakian (hiking) dan berkelah. Namun begitu, ketersediaan kemudahan di kawasan ini berpotensi untuk penaiktarafan dengan imej yang menarik dengan komponen keselamatan yang terancang. A) Hutan dan Berbukit Kemudahan tempat duduk dan tandas yang disediakan kepada pengguna yang melakukan aktiviti riadah di kawasan Hutan Lipur Soga Perdana Keadaan semasa laluan masuk trek pendakian Gunung Banang (sejauh 1.6 km) yang disediakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor Kawasan pesisir pantai di Majlis Pentadbiran Batu Pahat memiliki dua (2) ciri utama iaitu pantai berpasir/berbatu dan pantai berpaya. Pantai berpasir kebanyakannya menjadi kawasan tarikan pelancongan manakala kawasan pantai berpaya menjadi tempat habitat haiwan liar. Antara pantai yang terlibat ialah Pantai Kampung Sungai Lurus, Pantai Tanjong Laboh, Pantai Rekreasi Punggor, Pantai Raja Sehari Perpat dan Pantai Minyak Beku. Sintesis mendapati keadaan landskap kawasankawasan pantai ini masih berada dalam keadaan sederhana dan berpotensi untuk penambahbaikan. Isu hakisan kawasan pantai disebabkan ombak yang kuat menyebabkan kawasan pesisir pantai terhakis dan memberi kesan terhadap tanaman landskap semula jadi. B) Pantai Keadaan semasa Pantai Punggor yang perlu dipelihara agar tidak kian terhakis oleh ombak besar Pantai Minyak Beku dengan penanaman pokok rhu sebagai teduhan yang menjadi tarikan pelancong PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-72
Kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat mempunyai dua (2) pulau utama yang menjadi tarikan penduduk tempatan dan pelancong luar iaitu Pulau Tikus dan Pulau Sialu. Sebahagian besar kawasan pulau ini dipenuhi hutan, pokok kelapa dan juga rumah api yang menjadi imej warisan setempat. Sintesis mendapati, kawasankawasan pulau ini masih mempamerkan imej landskap semula jadi dengan tumbuhan asli kerana kawasannya masih belum diterokai. C) Pulau Keadaan semasa Pulau Sialu yang berdekatan Pantai Minyak Beku dan Segenting. Tumbuhan bagi kawasan sungai ini membantu dalam mengawal persekitaran tebing sungai dari hakisan mahupun pencemaran. Sungai utama bagi kawasan kajian ialah Sungai Batu Pahat yang mana Pantai Minyak Beku terletak di muaranya. Anatara sungai lain yang terlibat ialah Sungai Mulek, Sungai Sembrong, Sungai Rengit dan Sungai Senggarang. Karakter landskap bagi kawasan sungai-sungai ini berada dalam keadaan baik dengan keadaannya yang masih terpelihara dengan tumbuhan pinggiran sungai seperti pokok Buluh, Ara, Nipah dan sebagainya. Namun, elemenelemen landskap kejur yang dapat menjadikan kawasannya sebagai tumpuan rekreasi dan riadah berpotensi untuk dipertingkatakan secara terancang. D) Sungai Persekitaran Sungai Batu Pahat yang berpotensi untuk aktiviti menyelusuri sungai Rizab Sungai Mulek yang dipelihara dan dijadikan kawasan rekreasi Taman Nira Kawasan tasik melibatkan tasik semula jadi dan tasik buatan yang digunakan sebagai kawasan tadahan air bagi menangani isu banjir. Landskap bagi ke dua-dua tasik iaitu Taman Rekreasi Tasik Y dan Tasik Merdeka masih dalam keadaan baik dengan ketersediaan tumbuhan asli yang turut membantu dalam mengawal hakisan dan mencegah pencemaran. Namun begitu, elemen landskap kejur berpotensi untuk disediakan terutamanya di Tasik Merdeka bagi meingkatkan fungsi kawasannya sebagai kawasan tarikan pelancongan, rekreasi dan riadah. E) Tasik Kawasan Tasik Merdeka yang mempunyai keindahan semula jadi dan berpotensi untuk aktiviti pelancongan dan rekreasi. PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-73
PETUNJUK Hutan Simpan Kekal Kawasan Berhutan Kategori PELAN LOKASI Hutan S e l a t M e l a k a S e l a t M e l a k a Rajah 3.24 Pelan Kawasan Semula Jadi Sumber: Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022 0 2 4 1 Kilometers MAJLIS DAERAH YONG PENG MAJLIS PERBANDARAN MUAR MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM MAJLIS PEMBANDARAN PONTIAN Lain-lain Petunjuk Sempadan Mukim Jalan Utama Sungai Utama PETUNJUK 1. Hutan Lipur Soga Perdana 2. Hutan Simpan Gunung Banang 3. Pantai Kampung Sungai Lurus, Senggarang 4. Pantai Tanjong Laboh, Senggarang 5. Pantai Rekreasi Punggor, Rengit 6. Pantai Raja Sehari Perpat, Rengit 7. Pantai Minyak Beku 8. Sungai Batu Pahat (Laman Peserai) 9. Sungai Mulek (Rekreasi Taman Ria) 10. Sungai Sembrong, Parit Jambul (Kg Parit Jambul) 11. Sungai Rengit 12. Sungai Senggarang 13. Pulau Tikus 14. Pulau Sialu 15. Taman Rekreasi Y 16. Tasik Merdeka 1 2 3 4 6 5 7 89 10 11 12 13 14 15 16 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3-74
KONSEP PEMBANGUNAN PELAN INDUK LANDSKAP 4.0
4.0 KONSEP PEMBANGUNAN LANDSKAP Konsep pembangunan landskap di Majlis Perbandaran Batu Pahat menekankan kepada kelebihan sumber-sumber utama yang menjadi aset terhadap pembangunan kawasan yang mampan dan terancang. Perancangan pembangunan landskap ini juga akan dirangka dengan reka bentuk yang tersendiri yang turut menyokong pembangunan fizikal kawasan dan sumber warisan dan kebudayaan setempat. ❖ Menjadikan sebuah kawasan pentadbiran yang mampu mengetengahkan imej dan identiti dengan pengaruh warisan dan budaya setempat. ❖ Mengekalkan dan memelihara sumber landskap dan alam semula jadi yang menjadi penyumbang ke arah pembangunan lestari dan pengukuhan infrastruktur hijau. ❖ Mempromosikan pembangunan landskap melalui tarikan pelancongan yang berteraskan sumberjaya semula jadi, warisan dan bandar. ❖ Mempertingkatkan pembangunan landskap sebagai komponen keseluruhan pembangunan terutamanya dalam penyediaan persekitaran yang selamat dan selesa ❖ Mewujudkan konsep dan pendekatan rekabentuk landskap mampan yang berfungsi sebagai penyerap karbon semulajadi selain menyumbang kepada penjimatan sumber tenaga ❖ Menyediakan strategi pembangunan mampan serta garis panduan perancangan yang komprehensif sebagai asas rujukan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) dan pihakpihak yang berkepentingan Matlamat dan Objektif Kajian 4.1 MATLAMAT DAN OBJEKTIF KAJIAN PELAN INDUK LANDSKAP MPBP Pembentukan matlamat dan objektif kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat adalah selaras dengan strategi pembangunan yang telah digariskan di dalam Pelan Pertumbuhan Strategik Negeri Johor iaitu “Merangsang Pertumbuhan Ekonomi Daerah Batu Pahat Berteraskan Perindustrian, Pertanian Dan Pelancongan Yang Berdaya Maju Dan Berdaya Tahan Ke Arah Pembangunan Daerah Sejahtera Dan Mampan“ dan konsep pembangunan spatial yang telah dirancang di dalam Rancangan Tempatan Daerah Batu Pahat 2030 (Penggantian) adalah “Pembangunan Daerah Batu Pahat Yang Berdaya Maju, Berdaya Tahan, Sejahtera Dan Mampan”. 4-1 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP
4.2 JUSTIFIKASI PEMBENTUKAN TEMA Pembentukan konsep pembangunan ini memberi tumpuan kepada pembangunan landskap yang menitikberatkan aspek semula jadi, budaya warisan di samping keperluan lestari untuk generasi akan datang. Berdasarkan analisis, kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat mempunyai keunikan khazanah warisan dan budaya yang tersendiri dan unik. Kewujudan hutan, pantai, sungai dan keindahan pulau-pulau kecil turut menjadi tonggak kepada imej semula jadi yang menjadi salah satu tarikan pengunjung. Carta 4.1 : Carta Justifikasi Pembentukan Tema TEMA PEMBANGUNAN LANDSKAP WARISAN DAN BUDAYA Imej dan identiti warisan dan budaya setempat yang dapat meningkatkan nilai estatik yang perlu dikekalkan REKA BENTUK BANDAR Potensi pembangunan landskap perbandaran yang seragam dan beridentiti dalam membentuk imej konsepnya SEMULA JADI LESTARI Keindahan alam semula jadi yang dapat dimanfaatkan tanpa menjejaskan keadaan persekitaran semasa INFRASTRUKTUR HIJAU Peningkatan kualiti dan perancangan kawasan-kawasan hijau sebagai strategi pembentukan kawasan yang lebih komprehensif BANDAR RENDAH KARBON, SELAMAT DAN PINTAR Penerapan dan perancangan inisiatif secara terancang dalam menangani isu-isu perbandaran SIRKULASI KEMUDAHSAMPAIAN Mengintegrasi sistem sirkulasi sedia ada dalam meningkatkan tahap kemudahsampaian dan kesinambungan jalinan hijau bandar REKREASI DAN PELANCONGAN Lokasi-lokasi tumpuan dan tarikan untuk aktiviti rekreasi dan pelancongan yang perlu dipelihara untuk kegunaan penduduk setempat dan pengunjung luar 4-2 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP
4.3 TEMA PEMBANGUNAN LANDSKAP Pembentukan tema pembangunan landskap bagi kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat adalah berteraskan kepada empat (4) prinsip utama pembangunan yang bertepatan dengan matlamat dan objektif pembangunan landskap seperti berikut. 01 02 03 Perancangan Kawasan Semula Jadi Yang Mampan Penekanan Aspek Warisan dan Budaya Setempat Pembentukan Imej Bandar yang Beridentiti 04 Pengukuhan Konsep Infrastruktur Hijau Rajah 4.1 : Pembentukan Tema Pembangunan Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat Tema “Kelestarian Bandar Warisan Johor Yang Holistik” bagi pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat merupakan satu konsep pembangunan yang menekankan aspek kelestarian bandar yang berteraskan warisan dan sumber semula jadi dengan pembentukan imej yang beridentiti tersendiri dalam menyokong pembangunan yang menyeluruh. Tema ini adalah berdasarkan kepada empat (4) prinsip utama pembangunan yang akan dirancang secara komprehensif dalam memastikan hala tuju pembangunan kawasan perbandaran yang mampan dan terancang. 1. Penekanan aspek warisan dan budaya setempat – Mengetengahkan konsep warisan bandar yang melibatkan warisan bangunan dan tapak bersejarah, warisan semula jadi dan budaya setempat. 2. Perancangan kawasan semula jadi yang mampan – Perancangan pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan-kawasan berkepentingan semula jadi seperti hutan, sungai, pantai dan pulau secara terancang. 3. Pembentukan imej bandar yang beridentiti – Merancang imej landskap kawasan perbandaran yang seragam dan beridentiti tersendiri. 4. Pengukuhan Konsep Infrastruktur Hijau – Membangunkan dan menghubungkan kawasan hijau untuk mewujudkan strategi pembentukan kawasan hijau yang lebih komprehensif. Pendekatan tema ini secara keseluruhannya memberi maksud kepada perancangan pembangunan landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat ke arah melestarikan imej warisan budaya setempat dan sumber semula jadi disamping membentuk kawasan perbandaran yang beridentiti sebagai aset pembangunan mampan dan menyokong sektor pelancongan secara terancang. 4-3 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP
Perigi Batu Pahat Hutan Lipur Soga Perdana 4.4 PEMACU TEMA PEMBANGUNAN Pembentukan tema pembangunan ini memberi tumpuan kepada pembangunan landskap yang menitikberatkan aspek semula jadi, budaya warisan di samping keperluan lestari untuk generasi akan datang. Pemacu tema pembangunan ini dipilih berdasarkan analisis kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat yang mempunyai keunikan khazanah warisan dan budaya yang tersendiri dan unik. Kewujudan hutan, pantai, sungai dan keindahan pulau-pulau kecil turut menjadi tonggak kepada imej semula jadi yang menjadi salah satu tarikan pengunjung. Aspek Warisan Dan Budaya Setempat Mengetengahkan konsep warisan dengan imej yang melibatkan warisan bangunan dan tapak bersejarah, warisan semula jadi serta budaya setempat. Menghubungkan kawasan-kawasan warisan dan budaya setempat terutamanya warisan Bandar Penggaram melalui rangkaian laluan dan trail yang dapat meningkatkan tahap kemudahsampaian pengguna. 1 Perancangan Kawasan Semula Jadi Pemeliharaan dan pemuliharaan kawasan-kawasan semula jadi hutan, sungai, pantai dan pulau seperti Hutan Lipur Soga Perdana, Hutan Simpan Gunung Banang, Pantai Rekreasi Punggor, Pantai Raja Sehari Perpat, Pantai Minyak Beku, Sungai Batu Pahat, Pulau Tikus dan Pulau Sialu dengan perancangan secara lestari. 2 Pembentukan Imej Bandar Merancang dan mempertingkatkan perlandskapan bandar melalui reka bentuk yang beridentiti dan seragam terutamanya di bandar-bandar utama seperti Bandar Penggaram, Bandar Rengit, Bandar Parit Raja dan Bandar Tongkang Pechah selain pekan-pekan kecil seperti Pekan Senggarang dan Semerah yang menjadi lokasi tumpuan penduduk. 3 Pengukuhan Konsep Infrastruktur Hijau Membangun dan menghubungkan kawasan hijau melalui strategi pembentukan kawasan hijau yang lebih komprehensif dan mempromosikan kawasankawasan yang menjadi tarikan pelancongan sama ada kawasan semula jadi, rekreasi, warisan dan budaya dengan elemen reka bentuk dan landskap yang menarik dan tersendiri. 4 Bandar Penggaram Pantai Minyak Beku 4-4 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP
4.5 KONSEP PERANCANGAN LANDSKAP Konsep perancangan landskap merujuk kepada kaedah dan langkah-langkah pelaksanaan yang akan dilaksanakan bagi mencapai sasaran dan tujuan yang telah dirancang mengikut imej dan konsep yang dicadangkan. Perancangan konsep ini adalah sejajar dengan konsep pembangunan Daerah Batu Pahat 2030 iaitu “Pembangunan Daerah Batu Pahat Yang Berdaya Maju, Berdaya Tahan, Sejahtera Dan Mampan”. Ianya juga dirancang dengan mengambilkira isu, potensi dan halangan yang telah dirumuskan bagi kajian sebelumnya. Bagi Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat ini, konsep perancangan landskap yang dicadangkan melibatkan tindakan pembangunan, kawalan dan pengekalan seperti berikut. Melibatkan tindakan yang mengubah keadaan sedia ada melalui penambahbaikan dan penaiktarafan dengan justifikasi yang kukuh serta berpandukan konsep pembangunan dan garis panduan yang telah ditetapkan. Ia memastikan pembangunan yang dirancang dilaksanakan secara mampan dan lestari. PEMBANGUNAN KAWALAN DAN PENGEKALAN Merupakan tindakan kawalan dengan tidak melakukan apa-apa perubahan fizikal terhadap komposisi dan struktur landskap kawasannya. Ianya perlu dilindungi dari sebarang gangguan dan kemusnahan supaya terus terpelihara dan dapat menyokong pembangunan lestari. •Koridor Perhubungan •Nukleus Bandar Zon Arah Pembangunan •Kawasan Tepubina dan Guna Tanah Zon Kawalan Pembangunan •Kawasan Keutamaan Bandar Zon Tumpuan Pembangunan •Kawasan Semula Jadi Zon Pengekalan • Mewujudkan imej kawasan persempadanan beserta koridor yang membangun selari dengan jajaran rangkaian jalan utama yang menghubungkan antara Bandar Penggaram, Parit Raja, Rengit dan Tongkang Pechah. • Memastikan perancangan pembangunan memenuhi keperluan penduduk seperti kecukupan kawasan lapang dan rekreasi. • Merancang pembangunan kawasan-kawasan yang berpotensi dalam mencapai konsep pembangunan yang dicadangkan dengan imej dan identiti asal atau yang bersesuaian dengan karakter setempat. • Tumpuan terhadap pembangunan bandar rendah karbon, selamat dan pintar dengan tahap kemudahsampaian yang baik. • Membentuk konsep dan perancangan strategi dalam mengawal pembangunan kawasan guna tanah dan kawasan tepubina yang disertai dengan kegiatan penduduk sebagai imej yang tersendiri • Mengekalkan dan memelihara kawasan sumber semula jadi yang mempunyai biodiversiti dan kualiti visual yang tinggi dari sebarang pembangunan yang tidak terancang. 4-5 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP PETUNJUK Penempatan di Tanah Pamah Penempatan di Tanah Rendah Beralun Penempatan di Tanah Perbukitan Rendah Hutan di Tanah Pamah Hutan di Tanah Rendah Beralun Hutan di Perbukitan Rendah Hutan di Perbukitan Terpencil Padi dan Herba Pertanian Campur di Tanah Pamah Pertanian Campur di Tanah Rendah Beralun Pertanian Campur di Perbukitan Rendah Tanaman Komoditi di Tanah Pamah Tanaman Komoditi di Tanah Rendah Beralun Tanaman Komoditi di Perbukitan Rendah Penternakan Tanah Cerang di Tanah Pamah Tanah Cerang di Tanah Tanah Rendah Beralun Tanah Cerang di Pembukitan Rendah PELAN LOKASI Litupan Tanah Alam Bina Lain-lain Petunjuk Sempadan Mukim S e l a t M e l a k a S e l a t M e l a k a Rajah 4.1 Pelan Konsep Karakter Landskap Sumber: Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022 0 2 4 1 Kilometers MAJLIS DAERAH YONG PENG MAJLIS PERBANDARAN MUAR MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM MAJLIS PEMBANDARAN PONTIAN Jalan Utama Sungai Utama Zon Penampan dan Rekreasi Air Zon Pengekalan Zon Kawalan Pembangunan Zon Tumpuan Pembangunan Zon Promosi Pembangunan 4-6
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 4-7 MAJLIS PERBANDARAN MUAR MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM MAJLIS PEMBANDARAN PONTIAN MAJLIS DAERAH YONG PENG PETUNJUK PELAN LOKASI Petunjuk Sempadan Blok Perancangan (BP) Sempadan Mukim S e l a t M e l a k a Rajah 4.2 Pelan Konsep Perancangan Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat Sumber: Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022 0 2 4 1 Kilometers Jalan Utama Sungai Utama Kawasan Tepubina Kawasan Hutan Semula Jadi Hutan Semula Jadi Pantai Semula Jadi Pulau Semula Jadi Sungai Kawasan Warisan dan Budaya BANDAR PENGGARAM SEMERAH PARIT RAJA SENGGARANG RENGIT TONGKANG PECHAH S e l a t M e l a k a Zon Penampan dan Rekreasi Air Zon Pengekalan Zon Kawalan Pembangunan Zon Tumpuan Pembangunan Zon Promosi Pembangunan
4.6 KONSEP LANDSKAP KESELURUHAN Konsep landskap merupakan satu perancangan reka bentuk dan landskap yang penting dalam mencapai tema pembangunan yang telah dirancang. Konsep landskap yang dicadangkan ialah Infrastruktur Hijau yang mana ianya adalah persekitaran fizikal dan alam sekitar di dalam dan di antara bandar, pinggir bandar serta luar bandar. Ia adalah rangkaian ruang terbuka pelbagai fungsi termasuk hutan, koridor hijau, taman wilayah, taman bandar, taman kejiranan, laluan air, tanaman pinggiran jalan dan lain-lain kawasan terbuka. Pengintegrasian landskap lembut dalam infrastruktur hijau ini penting dalam membentuk sebuah persekitaran yang kondusif dengan pemilihan tanaman yang bersesuaian mengikut fungsi dan lokasi. 4-8 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Pembentukan infarstruktur hijau dalam bandar Tanaman atas bumbung (rooftop garden) dan tanaman menegak (vertical garden) membantu dalam mengawal suhu bangunan dan mengurangkan kesan urban heat island Taman poket antara bangunan sebagai sebahagian komponen jalinan hijau bandar Hutan bandar sebagai elemen penting dalam mengawal ekosistem bandar sambil menyediakan ruang untuk rekreasi dan riadah. Tanaman secara campuran di taman ini dapat meningkatkan kadar serapan karbon dan larian air hujan.
4.7 KONSEP LANDSKAP LEMBUT Landskap lembut diperlukan bagi mengindahkan sesebuah kawasan dan berfungsi sebagai elemen teduhan, penampan selain menyumbang kepada penyerapan karbon, bekalan oksigen, kawalan hakisan tanah dan sebagainya. Konsep landskap lembut yang dicadangkan bagi pembangunan landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat ini adalah ‘Biomimicry’ yang mana ianya menekankan penyelesaian dan tindak balas terbaik yang efisen terhadap masalah semula jadi dengan cara meniru proses semula jadi itu sendiri. Ini kerana, proses semula jadi adalah yang terbaik untuk mengimbangi ekosistem setempat. Semula Jadi Kawasan Perbandaran Semula Jadi Tanaman Tempatan Sahaja Tanaman Tempatan Sahaja Tanaman Campuran / Eksotik Jenis Tapak Jenis Tanaman Sumber Tanaman 1. Hutan Simpan Tanaman Tempatan Sahaja Sumber Tempatan Sahaja 2. Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) 3. Taman Negeri 4. Pinggiran Jalan Luar Bandar dan Lebuh Raya 5. Litupan Pokok Bandar 6. Taman Bandar 7. Taman Persendirian Tanaman Campuran / Eksotik Sumber Pelbagai Justifikasi perkaitan jenis tapak dengan pengunaan jenis dan sumber tanaman. Pemilihan jenis tanaman adalah mengikut kesesuaian semula jadi persekitaran setempat. Kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat yang mempunyai sumber hutan, pantai, sungai dan kawasan tepubina memberi ruang kepada kepelbagaian pemilihan tanaman dari jenis dan sumber tempatan mengikut kesesuaian keadaan persekitarannya. Pemilihan tanaman juga secara keseluruhan perlu menitikberatkan faktor keselamatan dan keselesaan pengguna selain memberi manfaat dari sudut pengindahan, kadar litupan, pengurangan kesan pulau haba serta penyerapan pencemaran udara. 4-9 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP
4.7.1 Pokok Rasmi Pokok rasmi ini dipilih bagi mempamerkan imej dan identiti sesebuah kawasannya. Pokok rasmi bagi Majlis Pentadbiran Batu Pahat ialah Mimusops elengi atau pokok bunga tanjung. Pokok ini dipilih kerana ianya bersesuaian dengan sejarah dan karakter kawasan yang mana pembangunan Daerah Batu Pahat ini bermula di Jalan Tanjung Laboh. Selain itu, karakter pokoknya yang berbentuk bulat, kemas dan rendang menjadi faktor utama pemilihan pokok ini sebagai pokok rasmi. Ianya juga mempunyai ciri unik seperti bunganya yang berbau wangi dan buahnya yang menarik minat burung dan haiwan lain. Karakter pokok bunga tanjung yang terdapat di kawasan kajian Nama Saintifik Mimusops elengi Nama Tempatan Bunga Tanjung Famili Sapotaceae Asal/Habitat Semenanjung Malaysia, Indocina, India Jenis Pokok Malar hijau Ketinggian 5 – 10 meter, boleh mencecah ketinggian 20 meter Kadar Tumbesaran Sederhana Kanopi Pokok Berbentuk bulat, kemas dan rendang Daun Daun berwarna hijau gelap dan berkilat. Daun muda berwarna hijau Daun berbentuk bujur, panjang 5 – 14 cm dan 2.5 – 6 cm lebar. Bunga Bunga berwarna krim (kuning susu), bersaiz kecil, berbentuk bintang dan berbau harum. Buah Berbentuk seperti jantung dan berwarna merah – coklat Batang Kayu Kulit kayunya adalah tebal dan kelihatan perang gelap kehitaman atau kelabu gelap, dengan lapisan dan beberapa rekahan pada permukaan Jadual 4.1: Keterangan Pokok Rasmi Bunga Tanjung Majlis Perbandaran Batu Pahat 4-10 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP
KONSEP 1 Pokok renak Mussaenda spp. (Janda Kaya) ini dipilih kerana ianya sejenis tumbuhan renek dengan bunga yang lebat dan memerlukan cahaya penuh, suhu panas dan lembap serta tanah gembur berpasir yang bersesuaian dengan persekitaran bandar-bandar di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat. Tanaman ini kebiasaannya ditanam sebagai tanaman hiasan sama ada di kawasan taman mahupun di tepi jalan. Bandar Imej Spesifikasi Imej Spesifikasi Mussaenda spp. Bougainvillea spp. Penggaram Nama Saintifik : Mussaenda philippica 'Aurorae’ Nama Biasa : Bunga Janda Kaya Putih Karakter Bunga: Berbunga putih dan pengasuh bunga (bract) yang berwarna oren. Nama Saintifik : Bougainvillea 'Elizabeth Angus’ Nama Biasa : Bunga Kertas Ungu Karakter Bunga: Bunga berwarna ungu terang dengan kelopak segi tiga membentuk bunga. Parit Raja Nama Saintifik : Mussaenda 'Dona Eva’ Nama Biasa : Bunga Janda Kaya Merah Karakter Bunga: Bunga dengan lima kelopak yang berwarna merah terang beserta bunga kuning berbentuk tiub didalam perbungaan terminal. Nama Saintifik : Bougainvillea × buttiana 'Orange Glory’ Nama Biasa : Bunga Kertas Oren Karakter Bunga: Bunga dengan warna oren kepada merah jambu dan kepada gangsa. Pokok renek bagi Mussaenda spp. dan Bougainvillea spp. yang dicadangkan bagi setiap bandar adalah berdasarkan kepada karakter setempat dan fungsi bandar yang mana ianya akan dibezakan dengan karakter warna bunga yang berbeza yang seterusnya akan membentuk identiti tersendiri bagi setiap bandar. Manakala pokok renek Bougainvillea spp. (Bunga Kertas) pula dipilih kerana ianya merupakan tumbuhan renek yang mudah dijaga, tahan lama dan mempunyai bunga yang pelbagai warna. Bagi mewujudkan karakter landskap perbandaran yang tersendiri bagi setiap bandar, penggunaan tanaman pokok renek dari spesis yang menarik dan beridentiti adalah perlu dititikberatkan. Pokok renek yang dicadangkan ialah Mussaenda spp. dan Bougainvillea spp. dengan warna yang berbeza bagi setiap bandar. 4.7.2 Konsep Tanaman Landskap Mengikut Bandar Dan Pekan 4-11 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP
Bandar Imej Spesifikasi Imej Spesifikasi Mussaenda spp. Ixora spp. Rengit Nama Saintifik : Mussaenda erythrophylla 'Dona Luz’ Nama Biasa : Bunga Janda Kaya Merah Jambu Karakter Bunga: Bunga lebat berwarna merah jambu (pink) yang mempunyai stigma berwarna kuning berbentuk seperti bintang. Nama Saintifik : Bougainvillea 'Mrs Eva Variegata Purple’ Nama Biasa : Bunga Kertas Purple Karakter Bunga: Bunga penuh dengan kelopak bunga berwarna ungu muda. Tongkang Pechah Nama Saintifik : Mussaenda 'Calcutta’ Nama Biasa : Janda Kaya Oren Karakter Bunga: Kelopak bunga berwarna kuning hingga salmon dan berwarna oren dengan bunga kuning kecil, berbentuk tiub dan bintang. Nama Saintifik : Bougainvillea glabra 'Alba’ Nama Biasa : Bunga Kertas Putih Karakter Bunga: Bunga berbentuk tiub, putih berkrim, dan ditutupi oleh kelopak putih. Pekan Senggarang / Semerah Nama Saintifik : Mussaenda erythrophylla 'Dona Queen Sirikit' Nama Biasa : Bunga Janda Kaya Peach Karakter Bunga: Bunga kuning dan kelopak bunga berwarna putih dengan merah jambu gelap dan peach. Nama Saintifik : Bougainvillea glabra (red bracts) Nama Biasa : Bunga Kertas Merah Karakter Bunga: Bunga kecil tiub dan berwarna krim, dilitupi oleh kelopak merah. 4-12 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP
Bandar Spesis Pokok Cadangan Penggaram Cadangan penggunaan pokok dengan warna putih bagi menyerlahkan identiti bandar sebagai bandar warisan Pokok Teduhan Pokok Renek KONSEP 2 Pokok teduhan dan pokok renek yang dicadangkan adalah berdasarkan warna yang berbeza bagi setiap bandar. Tanaman ini adalah daripada pelbagai spesis yang bersesuaian dengan persekitaran bandar. 4-13 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Madagascar Periwinkle Hymenocallis littoralis Magnolia x alba Mesua ferrea Bauhinia acuminata Cinnamomum verum Plumeria alba Clitoria ternatea ‘double white’ Mussaenda philippica 'Aurorae’ Bougainvillea glabra 'Alba’ Tabernaemontana corymbosa ‘flore pleno’ Alstonia macrophylla Syzygium polyanthum Murraya paniculata Aidia densiflora Jasminum multiflorum
4-14 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Bandar Spesis Pokok Cadangan Parit Raja Cadangan penggunaan pokok dengan warna merah bagi mengukuhkan identiti kawasan sebagai hub pendidikan Pokok Teduhan Pokok Renek Rengit Cadangan penggunaan pokok dengan warna merah jambu atau pink dengan karakter kawasan perkampungan dan imej kedesaan Pokok Teduhan Pokok Renek Bauhinia x blakeana Cassia javanica subsp. nodosa Amherstia nobilis Mussaenda 'Dona Eva’ Bougainvillea glabra (Red Bract) Mussaenda erythrophylla 'Dona Luz’ Ceiba speciosa Cratoxylum maingayi Calliandra tergemina Lagerstroemia floribunda Hibiscus rosa sinensis Ipomoea purpurea Madagascar Periwinkle Acalypha hispida Delonix Regia Hibiscus rosa sinensis ‘Exotic Lavender Lady’
4-15 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Bandar Spesis Pokok Cadangan Tongkang Pechah Cadangan penggunaan pokok dengan warna ungu atau purple dengan pemilihan pokok yang membantu mengawal pencemaran kawasan perindustrian Pokok Teduhan Pokok Renek Pekan Spesis Pokok Cadangan Senggarang / Semerah Cadangan penggunaan pokok dengan warna kuning yang dapat mengukuhkan karakter landskap kawasan Pekan Pokok Teduhan Pokok Renek Peltophorum pterocarpum Magnolia champaca Clitoria fairchildiana Jacaranda obtusifolia Bougainvillea 'Elizabeth Angus’ Ruellia brittoniana Plumeria spp. Cassia fistula Turnera subulata Sphagneticola trilobata Turnera ulmifolia Lagerstroemia loudonii Lantana camara Brunfelsia pauciflora Lagerstroemia floribunda Hydrangea macrophylla
Transek adalah zon-zon asas bagi struktur pembangunan sesebuah kawasan. Ia melibatkan jalan, guna tanah bercampur, pembangunan bandar dan kawasan semula jadi. Zon transek adalah berbeza mengikut nisbah dan tahap intensiti komponen semula jadi, struktur binaan dan taraf sosialnya. Transek-transek kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat ini dihubungkan oleh satu elemen pembangunan kawasan tepubina dan hubungan semula jadi yang mengikat kesemuanya sebagai satu spektrum lengkap. Karakter ini terbentuk dengan adanya sistem saliran semula jadi sungai yang berpunca dari kawasan berbukit dan bergunung, yang mengalir melalui kawasan perbandaran, pertanian dan petempatan sehinggalah ia berakhir ke muara sungai/tanah lembap dan ke laut. Rajah 4.3: Keratan rentas transek kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat Hutan – Meliputi karakter-karakter pokok semula jadi hutan dipterokarpa tanah pamah dan hutan bukit. Penggunaan spesies-spesies pokok hutan asli perlu diutamakan bagi pembangunan kawasan ini. Kawasan Tepu Bina – Meliputi karakter pokok kawasankawasan pembangunan yang melibatkan kawasan persempadanan, laluan-laluan utama, kawasan bandar, tanah lapang dan rekreasi, komersial, institusi, perumahan dan industri yang berada di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat. Penggunaan spesis pokok yang pelbagai adalah dibenarkan mengikut kesesuaian lokasi dan imej setempat. Sungai – Meliputi karakter pokok daripada spesis tanaman yang mampu hidup dan beradaptasi dengan air pasang surut berhampiran dengan laut dan muara sungai. Tumbuhan-tumbuhan ini juga berfungsi sebagai zon penampan antara sungai dengan gunatanah lain di sekitarnya serta menyerap pencemaran sungai yang sering berlaku di kawasan bandar. Pantai – Meliputi karakter pokok daripada spesis tumbuhan yang mampu bertahan mengawal pergerakan air pasang surut, menjadi penampan bagi tiupan angin dan bayu laut, mempunyai ketahanan dan toleransi terhadap kemasinan yang tinggi serta kepada iklim-mikro setempat. Paya bakau Pantai Sungai Kawasan Tepu Bina Hutan 4-16 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 4.7.3 Karakter Pokok Mengikut Transek Landskap
Spesis Pokok Cadangan Landskap Hutan Pokok bersaiz besar/sederhana, berstruktur megah dan malar hijau, bercabang tinggi dan berbatang merah tua. Saiz besar, tinggi, batang bertekstur kasar, bunga berbau harum. Saiz besar, tinggi, batang bertekstur kasar, bunga berbau harum. Pokok bersaiz besar/sederhana, bercabang di atas, berkayu keras dan tinggi, berbunga dan mengugurkan daun. Tumbuh di kawasan hutan tanah pamah terutamanya di tempat bersaliran baik dan menerima hujan. Kulit kayu berwarna kelabu dengan daun bersaiz besar dan disusun dalam pusaran yang terdiri daripada 6-8 helai daun. Landskap Sungai Berketinggian sehingga 9 meter dengan daun dan dahan tumbuhan ini kelihatan berjuntai. Termasuk dalam keluarga Dileniaceae dan berdaun bergigi di bahagian tepi. Ketinggian pokok mencecah sehingga 6 meter dan berbunga kuning terang dan harum. 4-17 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Shorea leprosula (Meranti) CADANGAN TANAMAN LANDSKAP KAWASAN SEMULA JADI Tanaman landskap yang dicadangkan bagi zon-zon transek merupakan tanaman asli yang membantu dalam menstabilkan ekosistem dan biodiversiti persekitaran iaitu: Dipterocarpus alatus (Keriung) Fragrea fragrans (Tembusu) Agathis damara (Damar Minyak) Neobalanocarpus heimii (Cengal) Dyera costulata (Jelutong) Salix babylonica (Janda Merana) Dillenia suffruticosa (Simpoh Air) Saraca thaipingensis (Saraca Kuning)
Spesis Pokok Cadangan Landskap Sungai Tumbuhan yang cepat membesar dan mudah membiak dengan ketinggian pokok antara 4 - 30 meter. Berbatang lurus, dapat tumbuh mencapai tinggi 30-40 meter dan berdaun besar, yang luruh di musim kemarau. Termasuk dalam keluarga Poaceae dan ketinggian pokok mencecah sehingga 30 meter. Landskap Pantai Ketinggian pokok mencecah sehingga 7 meter dan berbuah merah hati. Berbatang lurus, saiz daun besar, silara bertingkat dan berwarna merah perang bila tua. Ketinggian pokok mencecah sehingga 30 meter, jenis pokok palma dan berbuah bulat hijau serta coklat. Ketinggian pokok mencecah sehingga 35 meter, mempunyai bentuk daun seperti jarum yang halus serta berwarna seakan hijau kekuning-kuningan. Tumbuh mencecah ketinggian 30 meter dengan banyak dahan mencabang. Daun-daunnya besar berukuran 20-30 sm lebar sehelai meruncing di pangkalnya. Berketinggian 4–10 meter dengan batang sehingga 15 cm diameter. Bunga berwarna kuning terang dengan pusat merah tua apabila dibuka. 4-18 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Rhizophora spp. (Bakau) Syzygium grande (Jambu Laut) Tectona grandis (Jati) Bambusa vulgaris 'Wamin’ (Buluh) Terminalia catappa (Ketapang) Cocos nucifera (Pokok Kelapa) Casuarina equisetifolia (Rhu Pantai) Barringtonia asiatica (Putat Laut) Hibiscus tiliaceus (Bebaru)
Spesis Pokok Cadangan Pokok Teduhan Tinggi pokok antara 5-15 meter, berbunga putih dan berbuah bujur. Tinggi pokok antara 15-25 meter dan berbunga kuning. Tinggi pokok sehingga 20 meter dan berbunga putih dan ungu. Tinggi pokok hingga 13 meter, bunga berwarna putih dan kuning beserta daun berwarna hijau kekelabuan dan berlilin. Saiz sederhana, memerlukan cahaya matahari penuh dan berbunga kuning dan berbau harum. Tinggi pokok antara 15-25 meter, berbunga kecil merah jambu dan berbuah panjang coklat gelap. Pokok Renek Berbunga putih dan berbau harum, tekstur sederhana kasar dan sederhana padat dan penyelenggaraan yang sederhana. Berbunga putih perlukan cahaya yang mencukupi dan separa naungan, penyelenggaraan mudah Ketinggian pokok sehingga 10 meter dan berbunga, merah, merah jambu, ungu dan putih. ❖ Setiap jenis tanaman di kawasan tepubina adalah mengikut fungsi lokasi sepertimana di Bahagian 5: Cadangan Pembangunan Pelan Induk Landskap 4-19 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Mimusops elengi (Tanjung) CADANGAN TANAMAN LANDSKAP KAWASAN TEPU BINA Tanaman landskap yang dicadangkan bagi zon transek kawasan tepu bina adalah berdasarkan kepada karakter setempat yang mana jenis tanaman yang pelbagai, berwarna-warni, mudah diselenggara dan berdaya tahan adalah digalakkan. Mesua ferrea (Penaga Lilin) Peltophorum pterocarpum (Batai Laut) Lagerstroemia speciosa (Bungor) Cananga odorata (Kenanga) Samanea saman (Hujan-hujan) Jasminum sambac (Jasmin) Mussaenda erythrophylla 'Dona Queen Sirikit’ (Janda Kaya) Bougainvillea 'Elizabeth Angus’ (Bunga Kertas)
4.8 KONSEP LANDSKAP KEJUR Dalam merealisasikan tema “Kelestarian Bandar Warisan Johor Yang Holistik” pemilihan konsep landskap kejur yang sesuai adalah perlu bagi membentuk imej dan identiti tersendiri di lokasi-lokasi bersesuaian dan strategik mengikut keperluan semasa dan akan datang. Bertepatan dengan pembangunan Daerah Batu Pahat yang berteraskan warisan, perindustrian, pertanian dan pelancongan, pembentukan imej melalui penekanan aspek warisan, budaya setempat serta imej bandar yang beridentiti adalah elemen utama dalam membentuk pembangunan imej landskap di kawasan kajian. Tagline yang dicadangkan ialah “Jewels of Johor” atau Permata Johor yang melambangkan imej Batu Pahat dengan pentadbiran MPBP sebagai sebuah kawasan yang berprestij tinggi dan permata bagi Negeri Johor. PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP T A G L I N E Tagline “Jewels of Johor” atau Permata Johor ini diperolehi melalui kaedah pahatan batu menggunakan pahat yang seterusnya mampu menghasilkan permata yang bernilai. Kombinasi aspek-aspek warisan dan budaya bandar seperti rempah ratus bagi nasi biriyani dan reka bentuk bangunan-bangunan warisan juga akan diolah bagi menghasilkan sebuah reka bentuk landskap yang tersendiri. 4-20 T E M A
Jenis turapan yang dicadangkan ialah paving pattern yang bermaksud pemasangan corak dan warna untuk menggantikan atau meniru batu bata dan penurap terutamanya bagi laluan pejalan kaki dan dataran atau ruang legar bagi sesebuah kawasan. Konsep reka bentuk pada turapan ini menggabungkan imej karakter bunga-bungaan dan rempah ratus yang digunakan di dalam hidangan nasi biriyani yang menjadi identiti budaya setempat di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat. PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 4.8.1 Turapan (Paving) 4-21
Elemen papan tanda adalah papan yang membawa maksud maklumat atau notis yang menjadi antara elemen penting dalam reka bentuk landskap. Kebiasaanya papan tanda ini digunakan sebagai tanda amaran atau memberi maklumat dan petunjuk kepada pengguna. Kegunaan dan fungsi papan tanda ini juga adalah sebagai penunjuk arah dan lokasi, menyampaikan maklumat dan panduan selain untuk mempromosikan sesuatu produk atau lokasi. Konsep reka bentuk papan tanda ini menggabungkan imej bangunan warisan dan identiti setempat selain karakter bunga-bungaan bagi tenunan songket Johor. Reka Bentuk Papan Tanda Kawasan Bandar Dataran Penggaram Taman Tasik Y BP Walk Taman Tepian Penggaram Taman Tasik Y BP Walk Pasar Awam Batu Pahat Taman Tasik Y BP Walk BP Walk BP Walk Konsep reka bentuk papan tanda daripada bahan corten steel Penggunaan konsep reka bentuk warisan Penggunaan warna coklat atau gelap untuk menonjolkan identiti legasi sejarah tapak Elemen ukiran tenunan sebagai imej hiasan di tiang papan tanda Bangunan-bangunan warisan bandar Corak tenunan dan bahan corten steel 4-22 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 4.8.2 Papan Tanda
Reka Bentuk Papan Tanda Bagi Kawasan Semula Jadi Reka Bentuk Papan Tanda di Kawasan Rekreasi dan Pelancongan Penggunaan elemen kayu sebagai sokongan bahan binaan Penggunaan elemen batu dari kuari Pantai Minyak Beku sebagai reka bentuk papan tanda Penggunaan papan tanda di kawasan rekreasi dan pelancongan yang perlu disediakan secara bersepadu dengan memaparkan penunjuk arah, notis amaran, maklumat kawasan dan sebagainya. Contoh elemen papan tanda bagi kawasan semula jadi yang mengutamakan unsur-unsur dan reka bentuk yang lebih mesra kepada alam semula jadi disamping mengurangkan impak kepada tanah. PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 4-23
Elemen pencahayaan memainkan peranan penting dalam membentuk suasana pada waktu malam. Ianya juga berperanan dalam aspek keselamatan dan keselesaan pengguna selain menjadi nilai tambah kepada kualiti persekitaran dan reka bentuk landskap yang dihasilkan. Elemen pencahayaan ini juga direkabentuk agar dapat memberi impak visual yang tersendiri serta sebagai titik fokus dan mercu tanda bagi sesebuah kawasan. Elemen pencahayaan ini perlu dirancang secara teratur dengan langkah-langkah seperti berikut: i. Memastikan penggunaan jenis pencahayaan yang sesuai mengikut keperluan sesuatu kawasan. ii. Menekankan penggunaan lampu di laluan utama dan laluan pejalan kaki bagi mencegah kegiatan jenayah dan kemalangan serta di tempat-tempat yang gelap dan suram untuk mengelakkan kegiatan tidak bermoral. iii. Reka bentuk lampu perlulah menerapkan imej dan motif yang beridentiti warisan setempat. iv. Menggalakkan penggunaan lampu-lampu hiasan (decorative lamp) di tempat-tempat tarikan seperti di kawasan pusat bandar, kawasan rekreasi dan kawasan pelancongan untuk tujuan pengindahan. v. Menyediakan pencahayaan yang terang pada waktu malam supaya muka seseorang dapat dilihat pada jarak 10m dan dirakam dengan jelas oleh CCTV. Konsep reka bentuk pencahayaan dan lampu ini menggunakan imej ukiran bunga-bungaan dan rempah-ratus yang menjadi bahan masakan nasi berianai selain imej bunga tanjung yang merupakan bunga rasmi MPBP. Pucuk Rebung Nenas Bunga Tanjung Bunga Kerongsang Raja Bunga Cengkih Bunga Bintang Tampuk Manggis Bunga Tiara Raja Bunga Susun Tiara Raja Kendik Tali Pintal PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 4.8.3 Pencahayaan/Lampu 4-24
• Penggunaan lampu hiasan (decorative lamp) adalah bagi tempat-tempat tarikan seperti di kawasan pusat bandar, kawasan rekreasi dan kawasan pelancongan. • Penyediaan lampu ini akan memberikan pencahayaan pada waktu malam dan seterusnya berfungsi sebagai elemen keselamatan dalam membantu mencegah kejadian jenayah. • Penggunaan lampu di laluan utama dan laluan pejalan kaki bertujuan untuk memastikan jalan dan laluan pejalan kaki mendapat pencahayaan secara optimum pada waktu malam. • Contoh reka bentuk lampu di laluan keutamaan pejalan kaki sama ada di laluan-laluan utama atau kawasankawasan tumpuan. Ianya juga perlu disediakan di lorong belakang, lorong tepi, hadapan bangunan, jejantas dan hentian bas. PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Reka Bentuk Lampu Di Kawasan Tarikan Reka Bentuk Lampu Di Laluan Pejalan Kaki Reka Bentuk Lampu Di Laluan Utama Ukiran motif bunga tanjung pada tiang lampu Penggunaan banner mengikut musim (perayaan/cara rasmi) Ukiran motif bunga pada tiang lampu Alternatif 1 : Konsep Bunga Tanjung 4-25