Pantai Punggor merupakan antara pantai utama yang menjadi tumpuan penduduk. Namun begitu, pembangunan landskap di Pantai Rekreasi Punggor ini adalah di tahap lemah. Hakisan pantai yang teruk menyebabkan penanaman pokok teduhan dan pokok hiasan sukar dilaksanakan. Kemudahan perabot landskap seperti elemen pencahayaan dan kemudahan rekreasi lain masih perlu ditambah baik. Terdapat juga penyediaan gerai makan namun perlu dibaik pulih bagi meningkatkan keselasaan pengunjung. PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5.5.3.4 Cadangan Penaiktarafan Landskap Pantai Punggor Keadaan semasa tapak di kawasan Pantai Punggor MATLAMAT REKA BENTUK PELAN LOKASI Pantai Punggor • Mengetengahkan reka bentuk recreation beach atau pantai rekreasi yang membolehkan pengunjung menjalankan aktiviti rekreasi dan riadah. • Memelihara kawasan pinggiran pantai dan mengawal hakisan pantai. Pantai Punggor Pantai Perpat 5-94 KELUASAN 3.5 Hektar
5-95 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP CADANGAN KOMPONEN LANDSKAP No. Komponen Spesifikasi 1. Pintu masuk dan arca hiasan 1 Projek 2. Gerai, ruang jualan makanan 1 Projek 3. Gabian wall 1 Projek 4. Alatan permainan dan senaman 1 Unit 5. Gazebo dan tempat duduk 10 Unit 6. Laluan pejalan kaki 0.5 km 7. Sistem pencahayaan, rel penghadang dan papan tanda maklumat 1 Projek 8. Landskap tanaman penampan, pokok teduhan dan renek 1 Projek Penaiktarafan kemudahan sedia ada dengan bahan binaan yang sesuai agar ianya dapat tahan lebih lama, mesra alam dan selamat terhadap pengguna dan persekitaran. Penanaman tumbuhan semula jadi pantai seperti pokok rhu sebagai penampan Merancang penyediaan gabian wall bagi mengawal hakisan pantai yang berlaku di pinggiran pantai Menyediakan kemudahan rekreasi yang lengkap dan mencukupi bagi menambah daya tarikan kawasan
Pantai Perpat atau juga dikenali sebagai Pantai Raja Sehari merupakan lokasi popular bagi pelbagai aktiviti seperti permainan layang-layang, aktiviti berbasikal, memancing dan berkelah bersama keluarga sambil menikmati panorama pemandangan matahari terbenam. Keadaan semasa tapak mendapati terdapat penanaman pokok di kawasan ini namun penyediaannya kurang menyeluruh terutamanya di bahagian pintu masuk ke kawasan ini. Penyediaan landskap kejur seperti mercu tanda pintu masuk juga perlu dinaik taraf supaya dapat meningkatkan imej pelancongan di kawasan pantai ini. PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5.5.3.5 Cadangan Penaiktarafan Landskap Pantai Perpat Keadaan semasa tapak di kawasan Pantai Punggor MATLAMAT REKA BENTUK PELAN LOKASI Pantai Punggor • Perancangan reka bentuk pantai pelancongan yang mengetengahkan aktiviti rekreasi dan riadah secara pasif seperti memancing, berbasikal dan berkelah bersama keluarga sambil menikmati panorama pemandangan matahari terbenam. • Memelihara kawasan pinggiran pantai dan mengawal hakisan pantai. Pantai Punggor Pantai Perpat 5-96 KELUASAN 5.5 Hektar
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP CADANGAN KOMPONEN LANDSKAP No. Komponen Spesifikasi 1. Pintu masuk dan arca hiasan 1 Projek 2. Chalet/homestay 1 Projek 3. Gerai, ruang jualan makanan 1 Projek 4. Alatan permainan 1 Unit 5. Gazebo, tempat duduk dan buaian 10 Unit 6. Laluan pejalan kaki 0.5 km 7. Sistem pencahayaan, rel penghadang dan papan tanda maklumat 1 Projek 8. Landskap tanaman penampan, pokok teduhan dan renek 1 Projek Reka bentuk buaian sebagai tarikan lokasi instagramable di kawasan pinggiran pantai Penanaman tumbuhan semula jadi pantai seperti pokok kelapa sebagai penampan dan pemeliharaan pinggiran pantai Merancang penyediaan chalet atau kiosk yang berwarna-warni sebagai tarikan yang menarik kepada pengunjung Menyediakan kemudahan gerai/ ruang jualan makanan sebagai tarikan aktiviti kawasan 5-97
Pulau terletak tidak jauh dari Pantai Minyak Beku merupakan pulau yang lebih besar berbanding dengan Pulau Tikus yang terdapat di perairan Johor. Keadaan tapak mendapati pemeliharaan tanaman landskap di Pulau Sialu ini masih terpelihara dan pulau ini terkenal dengan binaan Rumah Api yang dibina pada 1894 dan masih gah tersergam hingga hari ini dan sebarang tindakan yang boleh mengancam kewujudannya perlu dihalang. Pulau ini pernah didiami suku Duanu atau lebih dikenali sebagai Orang Kuala. PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5.5.3.6 Cadangan Pengukuhan Karakter Pelancongan Pulau Sialu Keadaan semasa tapak di kawasan Pulau Sialu MATLAMAT REKA BENTUK PELAN LOKASI Pulau Sialu • Memelihara karakter kawasan semula jadi Pulau Sialu sebagai conservation area atau tapak warisan dengan pendekatan reka bentuk landskap yang berimpak rendah. • Pulau Sialu ini telah diwartakan sebagai tapak warisan dan sejarah negara selaras Akta Warisan Kebangsaan 2005. 5-98 KELUASAN 0.2 Hektar
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP CADANGAN KOMPONEN LANDSKAP No. Komponen Spesifikasi 1. Laluan berpelantar 1 Projek 2. Pelantar tinjau flora dan fauna 1 Projek 3. Hentian jeti 1 Projek 4. Papan tanda informasi 1 Unit 5. Landskap tanaman penampan 1 Projek 6. Tanaman semula bakau 1 Projek Reka bentuk laluan berpelantar dan hentian jeti yang berimpak minima dengan bahan yang berdaya tahan yang perlu disediakan secara terancang bagi memelihara imej dan kualiti persekitaran. Memelihara kawasan semula jadi pulau dengan mengekalkan tanaman dan hidupan semula jadi sebagai elemen penampan yang dapat mengekalkan ekologi persekitaran kawasannya. 5-99
Pulau Tikus ini merupakan kawasan pulau yang kedudukannya tidak jauh dari Pantai Tanjong Laboh, di Senggarang. Ia dapat dilihat dari atas bukit Tanjong Laboh. Pulau ini ditutupi oleh kawasan pantai berbatu dan kawasan hijau. Kawasan pantai berpasir hanya tertumpu pada Pantai Tanjong Laboh terutamanya di kawasan kampung. Keadaan tapak mendapati pulau ini dilitupi kawasan berbatu menyebabkan ia sukar diakses menggunakan bot dan berpotensi untuk aktiviti meranduk air dan laluan berpelantar menuju ke kawasan pulau tersebut. PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5.5.3.7 Cadangan Pengukuhan Karakter Pelancongan Pulau Tikus Keadaan semasa tapak di kawasan Pulau Tikus MATLAMAT REKA BENTUK PELAN LOKASI Pulau Tikus • Mengekalkan karakter kawasan semula jadi Pulau Tikus sebagai preservation area atau tapak pemeliharaan dengan pendekatan reka bentuk landskap yang berimpak rendah. • Jaraknya yang agak dekat dengan kawasan persisiran pantai Tanjung Laboh berpotensi untuk diakses melalui berjalan kaki (meranduk air) semasa air surut. 5-100 KELUASAN 1.0 Hektar
5-101 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP CADANGAN KOMPONEN LANDSKAP No. Komponen Spesifikasi 1. Laluan berpelantar 1 Projek 2. Hentian jeti 1 Projek 3. Tapak perkhemahan 1 Projek 4. Papan tanda informasi 1 Unit 5. Landskap tanaman penampan 1 Projek 6. Tanaman semula bakau 1 Projek Menyediakan hentian jeti yang berimpak minima dengan bahan yang berdaya tahan Mengekalkan tumbuhan semula jadi di kawasan sekitarnya yang dapat menjadi penampan terhadap angin dan bayu laut Merancang penyediaan laluan berpelantar yang menghubungkan kawasan Pantai Tanjung laboh ke kawasan pulau Merancang pembangunan kawasan tersebut dengan aktiviti yang terancang seperti trail meranduk air memandangkan lokasinya berdekatan dengan Pantai Tanjung Laboh
Di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat terdapat beberapa kawasan yang mempunyai pemandangan yang indah terutamanya di kawasan sepanjang jalan. Oleh yang demikian, kawasan berkenaan berpotensi untuk dibangunkan dan menjadi kawasan ‘Scenic Drive’ terutamanya kepada pengguna berbasikal. 5-102 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5.5.4 Cadangan Scenic Drive (Le Tour de Batu Pahat) Laluan Scenic Drive (Arbour Drive) – Jalan Muar Laluan scenic drive di sepanjang Jalan Muar ini mempamerkan pemandangan litupan kanopi pokok Hujan-hujan di sisi jalan. Ketersediaan pokok-pokok ini mewujudkan suasana yang redup dan mendamaikan bagi pengguna jalan raya. Laluan Scenic Drive (Arbour Drive) – Jalan Muar KONSEP PEMBANGUNAN Berkonsepkan Le Tour de Batu Pahat yang memfokuskan laluan scenic drive kepada penunggang basikal untuk aktiviti berbasikal secara santai ataupun untuk acara dan pertandingan berbasikal di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat. CADANGAN PEMBANGUNAN • Menaiktaraf jalan kampung yang berpotensi untuk laluan scenic drive sama ada dengan turapan tar atau interlocking paver yang bersesuaian kepada pengguna berbasikal terutamanya. • Menaiktaraf jambatan bagi menghubungkan laluan yang terputus di sesetengah kawasan. • Menyediakan papan tanda maklumat dan papan tanda arah kepada pengguna di sepanjang laluan scenic drive. LALUAN SCENIC DRIVE Laluan scenic drive ini melibatkan laluan-laluan bandar, pinggiran sungai dan pantai dengan jumlah jarak lebih kurang 120 KM seperti berikut: 1. Jalan Muar – Batu Pahat (6 KM) 2. Parit Simin – Teluk Wawasan (7 KM) 3. Teluk Wawasan – Laman Peserai (10 KM) 4. Bandar Penggaram (15 KM) 5. Bukit Pasir – Pantai Sungai Lurus – Kg Sri Pantai (15 KM) 6. Pantai Punggor – Pantai Perpat – Bandar Rengit (7 KM) 7. Bandar Rengit – Bandar Parit Raja (30 KM) 8. Bandar Parit Raja – Bandar Penggaram (30 KM) Gambaran aktiviti berbasikal Le Tour de Langkawai
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5-103 PETUNJUK Petunjuk PELAN LOKASI S e l a t M e l a k a S e l a t M e l a k a Rajah 5.28 Pelan Laluan Scenic Drive Majlis Perbandaran Batu Pahat Sumber: Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022 0 2 4 1 Kilometers MAJLIS DAERAH YONG PENG MAJLIS PERBANDARAN MUAR MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM MAJLIS PEMBANDARAN PONTIAN Jalan Utama Sempadan Blok Perancangan (BP) Sempadan Mukim Sungai Tepubina Jalan Muar –Batu Pahat (6 KM) Parit Simin –Teluk Wawasan (7 KM) Teluk Wawasan –Laman Peserai (10 KM) Bandar Penggaram (15 KM) Bukit Pasir –Pantai Sungai Lurus –Kg Sri Pantai (15 KM) Pantai Punggor –Pantai Perpat –Bandar Rengit (7 KM) Bandar Rengit –Parit Raja (30 KM) Parit Raja –Bandar Penggaram (30 KM) CADANGAN LALUAN SCENIC DRIVE (CYCLING)
Cadangan river cruise di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat melibatkan aktiviti menyelusuri Sungai Batu Pahat hingga ke laut Selat Melaka yang melalui empat (4) cadangan lokasi iaitu Bandar Penggaram, Pantai Minyak Beku, Pantai Tanjung Laboh dan Sungai Rengit. PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5.5.5 Cadangan River Cruise Sungai Batu Pahat JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN • Memelihara keindahan flora dan fauna di kawasan Sungai Batu Pahat. • Menggalakkan aktiviti menyusuri bagi melihat kesan-kesan sejarah melalui kepelbagaian senibina dan rekabentuk bangunan serta pengaruh budaya daripada aktiviti perdagangan disepanjang tebing sungai. CADANGAN PEMBANGUNAN • Menaiktaraf jeti sedia ada dan membina jeti baru di lokasi-lokasi tarikan yang strategik dengan reka bentuk yang berdaya tahan dan berimpak minima. • Menyediakan bot pelancong yang selamat dan mudah diselenggara untuk aktiviti river cruise. • Mencadangkan aktiviti dinner on boat sambil menikmati keindahan Sungai Batu Pahat. • Menyediakan papan tanda informasi yang efektif dengan segala maklumat pelancongan di setiap kawasan jeti pelancongan • Memelihara dan memulihara tumbuhan semula jadi kawasan pinggiran sungai bagi mengekalkan habitat dan ekosisitem semula jadi kawasan berkenaan. Menaiktaraf jeti sedia ada dan membina jeti baru di lokasi-lokasi tarikan yang strategik. Menyediakan bot pelancong yang selamat dan mudah diselenggara untuk aktiviti river cruise Menyediakan papan tanda informasi yang efektif di setiap kawasan jeti pelancongan Memelihara dan memulihara tumbuhan semula jadi kawasan pinggiran sungai 5-104
PETUNJUK Sungai Utama Anak Sungai Parit PELAN LOKASI Sungai Lain-lain Petunjuk Sempadan Blok Perancangan (BP) Sempadan Mukim S e l a t M e l a k a S e l a t M e l a k a Rajah 5.29 Pelan Cadangan River Cruise Sungai Batu Pahat Sumber: Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022 0 2 4 1 Kilometers MAJLIS DAERAH YONG PENG MAJLIS PERBANDARAN MUAR MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM MAJLIS PEMBANDARAN PONTIAN PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5-105 Bandar Penggaram Minyak Beku Tanjung Laboh Bandar Rengit Cadangan lokasi jeti di pesisir Pantai Minyak Beku Cadangan lokasi jeti di pesisir Pantai Tanjung Laboh Cadangan lokasi jeti di pesisir Sungai Rengit Cadangan lokasi jeti di pesisir Sungai Batu Pahat
Ketersediaan aktiviti perniagaan dan jual beli di pesisir Sungai Batu Pahat mewujudkan potensi untuk penyediaan floating market atau pasar terapung di Bandar Penggaram yang secara tidaklangsung dapat menarik minat pengunjung. 5-106 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5.5.5 Cadangan Floating Market Sungai Batu Pahat JUSTIFIKASI PEMBANGUNAN • Bertujuan untuk membolehkan pengunjung tempatan dan pelancong antarabangsa dapat merasai sendiri budaya membeli-belah di tepi sungai. • Memelihara Sungai Batu Pahat daripada aktiviti yang boleh mencemarkan kualiti sungainya. • Bagi meningkatkan taraf ekonomi penduduk setempat di samping menggalakkan aktiviti jual beli yang lebih produktif. CADANGAN PEMBANGUNAN • Membina jeti dan hentian sampan untuk aktiviti pasar terapung yang berasingan daripada aktiviti menyelusuri sungai. • Menyediakan sampan atau bot yang selamat dan mudah diselenggara untuk aktiviti pasar terapung. • Menyediakan papan tanda informasi yang efektif dengan segala maklumat pelancongan di setiap kawasan jeti. Gambaran floating market untuk aktiviti jual beli hasil laut mahupun produk makanan, sayuran, buah-buahan dan lain-lain di pesisir Sungai Batu Pahat Cadangan reka bentuk sampan atau bot yang selamat dan mudah diselenggara untuk aktiviti pasar terapung.
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5.5.6 Cadangan Landskap Lembut bagi Kawasan Pelancongan Pemilihan landskap lembut bagi kawasan pelancongan ini adalah bergantung kepada kategori dan produk bagi sesebuah kawasan pelancongan. Secara keseluruhan, produk pelancongan yang terdapat di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat ini terbahagi kepada pelancongan semula jadi dan pelancongan bandar. Oleh itu, kawasan pelancongan memerlukan beberapa cadangan landskap lembut seperti berikut: 5-107 Imej Spesifikasi Imej Spesifikasi Pokok Nama: Bauhinia blakeana (Hong Kong Orchid Tree) Karakter: Keluarga Fabaceae, tinggi pokok antara 6-10 meter, bunga berwarna merah jambu dengan daunnya hijau muda Nama: Lagerstroemia speciosa (Kedah bungor) Karakter: Keluarga Lythraceae, tinggi pokok sehingga 20 meter dan berbunga putih Nama: Samanea saman (Hujan-hujan) Karakter: Keluarga Fabaceae, tinggi pokok antara 15-25 meter, berbunga kecil merah jambu dan berbuah panjang coklat gelap. Nama: Mimusops elengi (Tanjung) Karakter: Keluarga Sapotaceae, tinggi pokok antara 5-15 meter, berbunga putih dan berbuah bujur. Nama: Salix babylonica (Janda merana) Karakter: Keluarga Salicaceae, tinggi pokok sehingga 25meter, berbunga hijau tidak mempunyai kelopak dan tersusun dalam kelompok. Nama: Gardenia carinata (Cempaka hutan) Karakter: Keluarga Rubiaceae, tinggi pokok sehingga 25meter, bunga wangi berbentuk seperti kincir dan daun berbentuk elips. Nama: Hopea odorata (Merawan siput jantan) Karakter: Keluarga Dipterocarpaceae, pokok mencapai ketinggian 25- 30 meter dan bunga berwarna putih kekuningan berbau harum. Nama: Planchonella obovata (Menasi) Karakter: Keluarga Sapotaceae, tinggi pokok sehingga 28 meter, bunga putih kehijauan dan daun berselang-seli, bertangkai mempunyai bilah.
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5-108 Imej Spesifikasi Imej Spesifikasi Palma Nama: Roystonea regia (Royal palm) Karakter: Keluarga Arecaceae, tinggi pokok antara 10-30 meter, berbunga, berbuah dan berdaun panjang bersaiz 37 sentimeter. Nama: Cocos nucifera (Pokok kelapa) Karakter: Keluarga Arecaceae, tinggi pokok mencecah 30 meter, jenis pokok palma dan berbuah bulat hijau serta coklat. Nama: Corypha utan (Pokok Gebang) Karakter: Keluarga Arecaceae, tinggi pokok mencecah 15-20 meter dan hanya berbunga dan berbuah sekali iaitu di akhir hayatnya. Nama: Nypa fruticans (Pokok Nipah) Karakter: Keluarga Arecaceae, tinggi pokok mencecah 4-10 meter, daunnya yang berselang-seli, bertangkai, besar, tegak dan berbuah coklat hingga coklat gelap. Pokok Renek Nama: Jasminum sambac (Bunga Melur) Karakter: Keluarga Oleaceae, berdaun hijau kilat, berbunga putih dan berbau harum. Nama: Ixora sunkist (Jenjarum/ Siantan) Karakter: Keluarga Rubiaceae, ketinggian pokok antara 2-3 meter dan berbunga merah, jingga, kuning dan merah jambu. Nama: Mussaenda queen sirikit (Janda baik) Karakter: Keluarga Rubiaceae, ketinggian pokok sehingga 6 meter dan berbunga merah jambu dan unggu. Nama: Bougainvillea elizabeth angus (Bunga kertas) Karakter: Keluarga Nyctaginaceae, ketinggian pokok sehingga 10 meter dan berbungga, merah, merah jambu, unggu dan putih.
S e l a t M e l a k a MAJLIS DAERAH YONG PENG MAJLIS PERBANDARAN MUAR MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM MAJLIS PEMBANDARAN PONTIAN PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5.6 CADANGAN PEMBANGUNAN KAWASAN PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN LANDSKAP SEMULA JADI Pengekalan landskap semulajadi dilaksanakan bertujuan untuk memperkukuh dan menonjolkan suasana luaran asli melalui pendekatan pemeliharaan dan pemuliharaan ciri-ciri atau elemenelemen landskap tempatan yang unik. Antara skop pemuliharaan landskap di bawah sektor alam sekitar adalah pemuliharaan kawasan tanah terganggu, pemuliharaan kawasan sensitif alam sekitar, dan pemuliharaan landskap pertanian. Bagi sektor alam sekitar, cadangan pembangunan kawasan pemeliharaan dan pemuliharaan landskap semulajadi meliputi kawasan hutan, sungai, dan pinggir pantai. Di samping itu, cadangan pembangunan juga akan mengambil kira pengurusan kawasan banjir dan kawasan sisa pepejal. 5.6.1 Kawasan Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hutan Kawasan hutan yang terletak dalam kawasan kajian adalah Gunung Banang, Gunung Soga, dan Bukit Payong. Kawasan hutan ini berisiko bencana terutamanya tanah runtuh dan kehilangannya boleh menyebabkan kemerosotan alam sekitar. Sumber: Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022 Tanah Rendah ( < 150m) Tanah Bukit (150 – 300m) Tanah Tinggi (300 -1000m) Petunjuk (Kelas Ketinggian) Gunung Soga Ketinggian: 183 m Keluasan: 49.3 hektar Gunung Banang Ketinggian: 432 m Hutan Paya Minyak Beku HSK Bukit Payong Ketinggian: 258 m Keluasan: 41.18 hektar HSK Bukit Bindu 5-109
5-110 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5.6.2 Kaedah Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hutan Terdapat dua (2) kaedah pemeliharaan dan pemuliharaan hutan yang berpotensi untuk dijalankan iaitu: 1. Penghutanan semula bagi kawasan hutan yang menunjukkan pengurangan taburan pokok hutan baik di gunung/bukit atau di paya bakau. 2. Pengekalan Taman Eko-Botani atau Eko-Rimba bagi menggalakkan konsep hutan sebagai pusat Eko-Pelancongan dan pusat Penyelidikan Hutan. Hutan Dipterokarp Bukit Spesies utama pokok yang boleh ditanam semasa penghutanan semula ialah Seraya, Keruing dan Meranti. Hutan Dipterokarp Pamah Spesies utama yang boleh ditanam semasa penghutanan semula ialah seperti Meranti, Balau dan Kapur. Hutan Paya Laut Hutan ini terletak di persisiran laut yang mengalami air pasang dan surut. Spesies utama ialah Bakau. Panduan spesis pokok yang boleh ditanam semasa aktiviti kerja penghutanan semula Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Johor Inisiatif aktiviti penghutanan semula dapat dijalankan menerusi kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Johor bersama Majlis Perbandaran Batu Pahat serta rakan-rakan industri, agensi awam dan institusi pendidikan dari sekolah dan universiti. 5.6.2.1 Penghutanan Semula Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini kelembapan suhu dapat dikekalkan dan seterusnya masalah peningkatan suhu alam sekitar dapat dielakkan terutamanya di kawasan bandar-bandar besar seperti di Batu Pahat. Di samping itu, menerusi penghutanan semula, kestabilan tanah dapat ditingkatkan, dan masalah atau risiko hakisan tanah dapat dikurangkan. Gunung Banang, Gunung Soga dan Bukit Payong merupakan antara jenis hutan Dipterokarp Bukit dan Dipterokarp Pamah. Manakala, Hutan Paya Minyak Beku ialah sejenis hutan Paya Laut. Setiap jenis hutan ini mempunyai spesis pokok yang berbeza.
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5.6.2.2 Pengekalan Taman Eko-Botani atau Eko-Rimba Kawasan-kawasan hutan di Negeri Johor mempunyai kekayaan sumber khazanah alam semulajadi yang mempunyai daya tarikan dan keaslian tersendiri serta memainkan peranan penting di dalam perlindungan dan pemeliharaan. Sumber semulajadi ini merupakan salah satu aset penting dalam memajukan sektor eko-pelancongan kerana masyarakat kini amat menitikberatkan keindahan spesies flora dan fauna dikekalkan untuk dinikmati oleh generasi akan datang. Faktor ini juga turut menyumbang kepada peningkatan pembangunan terutamanya dalam sosio0ekonomi negara. Kekayaan alam semula jadi yang terdapat di Negeri Johor mempunyai keunikan tersendiri seperti air terjun, aliran air sungai, batu – batuan yang menarik serta panorama alam semulajadi yang acap kali menjadi tumpuan para pengunjung. Penubuhan Hutan Lipur / Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri di Negeri Johor juga dapat melahirkan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya mengekalkan keaslian alam semulajadi supaya terpelihara demi kesejahteraan kehidupan kita. Ianya juga memberi peluang kepada orang awam untuk menjelajah di kawasan hutan sambil menikmati keindahan melalui penyediaan denai-denai hutan, beridah, berekreasi, berkhemah dan mendaki gunung. Senarai gunung/bukit yang dibangunkan sebagai Taman Eko Rimba Sumber: Jabatan Perhutanan Negeri Johor) Taman Eko Rimba Taman Eko Rimba Soga Perdana Konsep Pembangunan: - Pendakian dan aktiviti lasak - Pendidikan, Pembelajaran dan Penyelidikan - Perkelahan keluarga dan beriadah Pelancongan Lasak (Adventure Tourism) 1. Bukit Soga 2. Bukit Banang 3. Bukit Payong-Bukit Botak-Bukit Berdiri Konsep Pembangunan: - Pendakian dan aktiviti lasak Keperluan untuk memelihara sungai di dalamnya Menaiktaraf infrastruktur dalam Taman Eko Rimba Pintu masuk Taman Eko Rimba Soga Perdana 5-111
5-112 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5.6.3 Konsep Perancangan dan Pemeliharaan Hutan Kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat mempunyai khazanah hutan yang masih terpelihara dan berpotensi dijadikan sebagai hutan bandar. Kawasan Hutan Lipur Soga Perdana dan Hutan Simpan Gunung Banang menjadi tumpuan penduduk tempatan dan pengunjung luar untuk aktiviti rekreasi pendakian dan riadah. Secara keseluruhanya pembangunan landskap kawasan semula jadi hutan ini berada dalam keadaan baik dan terpelihara. Namun begitu, ketersediaan kemudahan di kawasan ini berpotensi untuk dinaiktaraf agar dengan imejnya lebih menarik dan selamat untuk dikunjungi. LOKASI CADANGAN Melibatkan kawasan pemeliharaan hutan simpan kekal (HSK) seperti Hutan Lipur Soga Perdana, Hutan Simpan Gunung Banang, Hutan Simpan Bukit Payung dan Hutan Simpan Bukit Bindu. LANGKAH-LANGKAH KAWALAN PEMBANGUNAN Antara langkah-langkah kawalan pembangunan dan pemeliharaan yang dicadangkan ialah: I. Mengekalkan kawasan hutan dari sebarang pembangunan yang boleh mengubah karakter dan ciri fizikalnya. II. Menggalakkan pembangunan yang dapat menyokong aktiviti pendidikan, rekreasi dan pelancongan yang berimpak minima. III. Mengukuhkan karakter kawasan hutan dengan memperkenalkan komponen landskap lembut dan kejur sebagai usaha untuk memulihkan persekitaran hutan yang telah terjejas. IV. Menyediakan kemudahan yang mencukupi dengan penggunaan bahan binaan yang sesuai dan mesra alam. V. Merancang sistem sirkulasi mengikut bentuk muka bumi dan penggunaan bahan yang sesuai. VI. Memastikan pemilihan tanaman yang mudah beradaptasi dengan persekitaran hutan serta mengurangkan kos penyelenggaraan dan penjagaan tanaman. VII. Memastikan kawasan hutan tidak dieksploitasi dengan aktiviti-aktiviti yang tidak terkawal, mencemarkan dan mengganggu ekosistem semula jadi kawasan. VIII. Memperbanyak ekspedisi dan kajian saintifik di hutan Gunung Banang, Gunung Soga dan hutan simpan lain dibawah kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat bagi mengenal pasti spesis pokok hutan yang sesuai di tanam sebagai pokok teduhan dan hiasan. Kemudahan tempat duduk dan tandas yang disediakan kepada pengguna yang melakukan aktiviti riadah di kawasan Hutan Lipur Soga Perdana Keadaan semasa laluan masuk trek pendakian Gunung Banang (sejauh 1.6 km) yang disediakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor
Membentuk imej mercu tanda pintu masuk yang berdaya tahan dan menggambarkan identiti kawasan semula jadi hutan. Merancang sistem sirkulasi mengikut bentuk muka bumi dengan penggunaan bahan yang sesuai dan mesra alam. Perancangan laluan pendakian atau trail juga perlu mempunyai ciri-ciri keselamatan seperti railing dan penghadang terutamanya di kawasan cerun dan berbukit. Penyediaan papan tanda maklumat yang informatif dan menarik bagi menyokong aktiviti pendidikan, rekreasi dan pelancongan berimpak minima. Memperbanyak aktiviti ekspedisi dan kajian saintifik di kawasan hutan bagi mengenal pasti spesis pokok hutan yang sesuai di tanam sebagai pokok teduhan dan hiasan. Cadangan elemen papan tanda arah dengan reka bentuk yang lebih mesra alam semula jadi. 5-113 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP
5-114 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5.6.4 Kawasan Pemeliharaan dan Pemuliharaan Sungai Berdasarkan penemuan senario semasa, sejumlah 9 (56%) sungai daripada 16 sungai yang dipantau telah menunjukkan indeks kualiti air bersih, 6 (38%) adalah sederhana tercemar dan 1 (6%) adalah tercemar. Sungai Batu Pahat adalah kekal dengan status Sederhana Tercemar. Sg. Bantang; Sg. Bekok; Sg. Chaah; Sg. Kahang; Sg. Lenik; Sg. Merek; Sg. Merpo; Sg. Empangan Semberong; Sg. Amran Kelas III Sg. Batu Pahat; Sg. Berlian; Sg. Simpang Kiri; Sg. Panchor; Sg. Semberong; Sg. Simpang Kanan Kelas III/IV Sg. Temehel Bersih Sederhana Tercemar Tercemar Kelas I/II Rajah 5.30: Sungai berklasifikasi Sederhana Tercemar yang perlu dipelihara dan dipulihara S e l a t M e l a k a MAJLIS DAERAH YONG PENG MAJLIS PERBANDARAN MUAR MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM MAJLIS PEMBANDARAN PONTIAN Sg. Semberong ✓ Kelas III ✓ Tercemar Sg. Simpang Kanan ✓ Kelas III ✓ Tercemar Sg. Simpang Kiri ✓ Kelas III ✓ Sederhana Tercemar Sg. Batu Pahat ✓ Kelas III ✓ Sederhana Tercemar Sumber: Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5.6.5 Kaedah Pemeliharaan dan Pemuliharaan Sungai Terdapat tiga (3) kaedah pemeliharaan dan pemuliharaan sungai yang boleh dijalankan bagi sekurang-kurangnya meningkatkan kualiti sungai dari Kelas III (Tercemar atau Sederhana Tercemar) ke Kelas II (Bersih). 1. Program kesedaran pemeliharaan sungai seperti program Kutip Sampah Sambil Beriadah (KUDAH), program Public Outreach Program (POP). 2. Pemerkasaan pemakaian dan pematuhan terhadap pemasangan perangkap minyak, lemak dan gris bagi gerai-gerai makan. 3. Perlaksanaan kajian Total Maximum Daily Load (TMDL) ke atas Sungai Batu Pahat. Contoh pelaksanaan program KUDAH dengan Kerjasama agensi kerajaan, PBT, agensi swasta dan institusi pendidikan 5.6.5.1 Perlaksanaan Program Kesedaran Pemeliharan Sungai Program kutip sampah sambil riadah (KUDAH) diperkenalkan sebagai strategi memupuk nilai dalam kalangan masyarakat setempat dalam aspek penjagaan dan pemeliharaan keindahan sungai daripada tercemar. KUDAH juga dapat mendorong orang ramai supaya dapat berperanan bersama-sama bagi memastikan khazanah alam terus terpelihara, sekali gus dapat dimanfaatkan generasi akan datang. Program KUDAH juga selalunya seiring dengan pelaksanaan Program Denai Sungai Kebangsaan (DSK) yang merupakan salah satu pendekatan bagi mengindah dan menjaga sepanjang laluan air. Denai sungai adalah pembangunan laluan di sepanjang jajaran sungai, kolam atau badan air berfungsi sebagai kawasan riadah serta rekreasi. Program DSK ini menyasarkan pembinaan 1,000 km denai pada 2023 dan seterusnya 10,000 km pada 2030. Sehingga kini, lebih 400 km denai dibina di seluruh negara. Justeru itu, bagi Sungai Batu Pahat, selain dari pelaksanaan KUDAH, pemerkasaan pelaksanaan DSK juga perlu dijalankan. 5-115
5-116 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Bagi mencapai dan memperkasakan program pemeliharaan dan pemuliharaan sungai menerusi Denai Sungai Kebangsaan (DSK), langkah-langkah di bawah boleh diikuti. WUJUD KUMPULAN KECIL PERANCANGAN JPS KUDAH @ DENAI SEBARAN MAKLUMAT PEMANTAUAN BERTERUSAN DENAI SUNGAI KEBANGSAAN LANDSKAP DENAI PENGUATKUASAAN Wujudkan kumpulan kecil (minimum 3 orang) sebagai “Sahabat Sungai” atau “Rakan Alam Sekitar” di kalangan komuniti untuk merancang dan melaksanakan aktiviti membina dan melestarikan denai sungai. Selepas ada kumpulan komuniti yang tetap dan komitmen dalam perancangan, hubungi Jurutera Daerah JPS untuk khidmat nasihat, perancangan jangka panjang dan permohonan dana. Pastikan kawasan denai bersih dengan melaksanakan aktiviti KUDAH secara santai, berkala dan berterusan (dicadangkan sebulan 2 kali). Jaga landskap denai menerusi penanaman semula pokok asal dan potong rumput secara berkala agar laluan denai tidak bersemak-samun. Gunakan denai untuk riadah berjalan kaki (tiada kenderaan motokar dibenarkan), dan sebarkan info denai menerusi media sosial tentang keindahan denai. Rakan Alam Sekitar yang telah diwujudkan pada awal boleh juga menyertai Sahabat Sungai Malaysia untuk mendapatkan sokongan sosial, dorongan dan tunjuk ajar. Rakan Alam Sekitar yang diwujudkan juga berfungsi dalam aktiviti pemantauan berterusan. Komuniti sekitar perlu kerap dinasihatkan untuk tidak membuang sampah atau membuat tambahan paip discaj ke dalam sungai. Jika ada usaha mencemarkan sungai oleh mana-mana individu atau premis, maka laporkan segera ke Pihak Berkuasa Tempatan atau Jabatan Alam Sekitar. Jika denai sungai konsisten dengan aktiviti program pelestarian, ianya boleh dimasukkan ke dalam program Denai Sungai Kebangsaan (DSK). DSK adalah program pendekatan bottom-up di bawah KASA untuk membina 10,000 km denai sungai yang bersambungan di seluruh negara.
5-117 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Bagi program Public Outreach Program (POP), ianya perlu diteruskan dari semasa ke semasa. Program POP telah pun dilaksanakan bersama-sama dengan kajian Integrated River Basin Management (IRBM) Sungai Batu Pahat. Perlaksanaan program POP bertujuan untuk: ✓ Mendidik orang ramai tentang pengurusan terbaik dalam memelihara sungai. ✓ Menggalakkan rasa pemilikan seseorang terhadap sungai. ✓ Memulakan perubahan tingkah laku jangka panjang dan mampan ke arah memelihara sungai. Contoh pemasangan perangkap minyak, lemak dan gris dengan betul Pihak Berkuasa Tempatan dan Pihak Berkepentingan Orang awam dan komuniti sekitar 500m dari badan sungai Institusi Pendidikan Industri, Komersial & Pertanian Kumpulan Sasaran Program POP Cadangan ini menekankan kepada dua (2) perkara – Pengurusan Terbaik dan Penguatkuasaan. Pemasangan perangkap minyak, lemak dan gris perlu mengikut kapasiti operasi di setiap premis komersial (restoran dan bengkel kenderaan). Pematuhan intensif yang melibatkan perlesenan di mana jika pemasangan dan penyelenggaraan tidak dibuat dengan betul, pembaharuan lesen tidak boleh dilakukan. 5.6.5.2 Pemasangan Perangkap Minyak, Lemak dan Gris bagi Gerai-gerai Makan
5-118 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Pemasangan perangkap minyak, lemak dan gris dituntut oleh Jabatan Alam Sekitar bagi menepati kehendak Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. Perangkap minyak, lemak dan gris yang akan dipasang perlu diperbuat daripada stainless steel atau fiberglass. Keduadua bahan ini tidak mudah rosak dengan lekatan minyak dan akan membolehkan perangkap minyak dan gris yang dipasang tahan lama. Perangkap minyak dan gris yang telah dipasang perlu diselenggara secara berkala mengikut kepada keperluan operasi sesuatu premis. Semakin besar bentuk operasi, semakin kerap perangkap minyak dan gris perlu diselenggara. Contoh perangkap minyak dan gris yang tidak diselenggara Kerja penyelenggaraan perlu dilaksanakan sama ada oleh pemilik premis atau menerusi kontraktor yang diupah oleh pemilik premis. Saringan minyak, lemak dan gris yang terkumpul di dalam perangkap perlu dikumpulkan dalam bekas dan dihantar ke fasiliti pengumpulan minyak dan gris sebelum dilupuskan oleh agensi terlibat. Sisa makanan yang dikumpul dari bakul penyaringan hendaklah dimasukkan ke dalam plastik dan dibuang ke dalam tong sampah untuk tujuan pelupusan. Gris yang dikumpul di ruang sesekat pula hendaklah dimasukkan di dalam tong dan apabila penuh perlu dihantar ke pusat fasiliti yang telah disediakan. Secara keseluruhan, pengurusan terbaik dapat dilihat menerusi carta di bawah. Penguatkuasaan perlu dilaksanakan jika premis-premis komersil tidak melaksanakan Pengurusan Terbaik yang dicadangkan dalam menggunakan perangkap minyak. Bagi memastikan pelaksanaan, kerjasama dari agensi teknikal seperti PBT, JAS dan SWM adalah sangat penting. Carta 5.1: Carta alir pengurusan terbaik minyak, lemak dan gris sebagai salah satu kaedah untuk memelihara kualiti sungai Pemasangan perangkap gris di premis komersial mengikut kapasiti operasi Greywater dan sullage ditapis oleh perangkap minyak yang dipasang Sisa makanan dan pepejal yang terperangkap dilupuskan di tong sampah Gris yang terperangkap dikumpul di dalam tong Secara berkala,tong di bawa ke fasiliti pengumpulan untuk dikutip oleh kontraktor Gris yang terkumpul sama ada dilupuskan di tapak pelupusan sampah atau dikitar semula
Kenal pasti kegunaan Sg. Batu Pahat Tetapkan sasaran kualiti air Tentukan kemerosotan kualiti sungai Tentukan bahan cemar (jenis & beban) Permodelan kualiti air = TMDL Nilai status kualiti air semasa 5-119 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5.6.5.3 Perlaksanaan kajian Total Maximum Daily Load (TMDL) ke atas Sungai Batu Pahat Kajian TMDL merupakan langkah yang sedang diambil bagi menilai kemampuan sesuatu sumber air (sungai) untuk menerima beban bahan pencemar tanpa menjejaskan kualiti airnya. Pendekatan sedia ada tentang kawalan pencemaran sungai berdasarkan kepekatan bahan pencemar bagi efluen yang dilepaskan sudah tidak lagi berkesan. Hal ini kerana: ✓ Hanya fokus kepada satu-satu bahan cemar pada satu masa; ✓ Pada asasnya hanya mengawal sumber bahan pencemar yang tertakluk kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974; ✓ Tidak dapat meramalkan kesan bahan cemar secara kumulatif; ✓ Tidak mencerminkan pemuatan bahan pencemar sebenar yang memasuki badan air. Justeru itu, perlaksanaan kajian TMDL adalah diperlukan bagi menaiktaraf kualiti Sungai Batu Pahat dari Kelas III (Sederhana Tercemar) kepada sekurang-kurangnya Kelas II (Bersih). Pendekatan TMDL akan merangkumi semua bentuk pencemaran iaitu pencemaran sumber bertitik (efluen kumbahan, efluen industri, air sisa dari pasar basah) dan pencemaran sumber bukan titik (air larian permukaan dari tapak pembinaan, ladang pertanian). Konsep TMDL yang diguna pakai Beban Pencemaran Daya Tampung Sungai Kualiti Sungai Akan Kekal Beban Pencemaran Daya Tampung Sungai Kualiti Sungai Akan Terjejas Carta 5.2: Carta alir proses perlaksanaan kajian TMDL bagi Sungai Batu Pahat ✓ Agihan pengurangan beban antara pencemar ✓ Perundingan bersama Pihak Berkepentingan dalam membangunkan strategi dan tindakan untuk mengurangkan beban bahan cemar berdasarkan TMDL jika diperlukan
5-120 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5.6.6 Konsep Perancangan dan Pemeliharaan Sungai Perancangan kawasan semula jadi sungai di Majlis Perbandaran Batu Pahat adalah penting kerana sungai merupakan nadi sistem saliran dan ekosistem bandar dan kawasan sekitarnya. Di Daerah Batu Pahat, kebanyakan sungai utama mengalir merentasi pembangunan bandar sedia ada. Karakter landskap bagi kawasan sungai-sungai ini berada dalam keadaan baik dengan tumbuhan pinggiran sungai seperti pokok Buluh, Ara, Nipah dan sebagainya masih terpelihara. Namun begitu, pembangunan dan pemeliharaan kawasan pinggir sungai perlu dilakukan secara teliti agar aset semulajadi ini dapat dimanafaatkan sepanjang zaman. Sungai utama di Majlis Daerah Batu Pahat ialah Sungai Batu Pahat yang mempunyai anak-anak sungai seperti Sungai Simpang Kiri dan Sungai Simpang Kanan dimana Pantai Minyak Beku yang terletak di muaranya. Selain itu, terdapat juga Sungai Mulek, Sungai Sembrong, Parit Jambul (Kg Parit Jambul), Sungai Rengit dan Sungai Senggarang. LOKASI CADANGAN LANGKAH-LANGKAH KAWALAN PEMBANGUNAN Antara langkah-langkah kawalan pembangunan dan pemeliharaan yang dicadangkan ialah: I. Menyediakan rizab sungai atau penampan sungai yang mencukupi mengikut peraturan dan garis panduan yang ditetapkan. II. Mewartakan rizab sungai bagi memudahkan pemantauan dan pemeliharaan koridor sepanjang sungai. III. Memelihara kawasan semula jadi sungai bagi tujuan pengekalan flora dan fauna, saliran banjir, selamat digunakan dan potensi aktiviti pelancongan menyelusuri sungai (river cruise). IV. Menjadikan Sungai Batu Pahat sebagai sungai angkat, seterusnya menaiktaraf status kualiti sungainya. V. Mengekalkan tumbuhan semula jadi di sepanjang sungai yang berfungsi mengawal hakisan tanah selain dapat mewujudkan koridor hijau. VI. Menanam semula pokok-pokok melalui pengayaan spesis tumbuhan endemik sungai di kawasan-kawasan yang sesuai terutamanya kawasan yang telah mengalami kemerosotan. VII. Mengawal pembangunan di pinggiran sungai melalui penguatkuasaan dan pengurusan yang sistematik bagi mencegah pencemaran yang lebih teruk. VIII. Memelihara dan mengindahkan kawasan semula jadi terutamanya di kawasan sungai yang berpontensi sebagai kawasan tarikan pelancongan rekreasi dan semula jadi. IX. Menyediakan kemudahan-kemudahan yang lengkap dan mencukupi terutamanya di kawasan tumpuan bagi menambah daya tarikan dan keselesaan pengguna. X. Menggunakan bahan binaan yang sesuai, tahan lebih lama, mesra alam dan selamat terhadap pengguna dan persekitarannya. Persekitaran Sungai Batu Pahat yang berpotensi untuk aktiviti menyelusuri sungai Rizab Sungai Mulek yang dipelihara dan dijadikan kawasan rekreasi Taman Nira
Menyediakan rizb sungai atau penampan sungai yang mencukupi mengikut peraturan dan garis panduan yang ditetapkan bagi memelihara dan mengindahkan kawasan semula jadi sungai yang bertujuan untuk pengekalan flora dan fauna, saliran banjir dan potensi aktiviti pelancongan menyelusuri sungai (river cruise). Mengawal pembangunan di pinggiran sungai terutamanya di kawasan sungai yang berpontensi sebagai kawasan tarikan pelancongan rekreasi dan semula jadi dengan menggunakan bahan binaan yang sesuai agar ianya dapat tahan lebih lama, mesra alam dan selamat terhadap pengguna dan persekitarannya. Mengekalkan tumbuhan semula jadi sungai seperti nipah dan bakau yang berfungsi sebagai kawalan hakisan tanah selain dapat mewujudkan koridor hijau. Menanam semula pokok-pokok melalui pengayaan spesis tumbuhan endemik sungai di kawasan-kawasan yang sesuai terutamanya kawasan yang telah mengalami kemerosotan. PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5-121
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5.6.7 Kawasan Pemeliharaan dan Pemuliharaan Pantai Kawasan pantai terdedah kepada risiko bencana berbentuk hakisan pantai. Fenomena hakisan pantai umumnya berlaku disebabkan oleh dua faktor utama iaitu faktor fizikal atau semula jadi dan faktor aktiviti manusia. Hakisan pantai yang berpunca daripada faktor fizikal merupakan suatu kejadian semula jadi yang disebabkan oleh agen-agen fizikal yang mempengaruhi pembentukan landskap di pinggir pantai. Manakala, faktor manusia pula merupakan tindakan-tindakan tertentu yang dilakukan oleh manusia sama ada bagi tujuan pembinaan penempatan, pembangunan, perkilangan, akuakultur dan sebagainya yang boleh menyebabkan hakisan pantai. Kejadian hakisan pantai tidak dapat dielakkan melainkan melalui pencegahan dan kawalan semasa menjalankan pembangunan. Kesan utama hakisan pantai adalah kawasan dataran pantai bertopografi rendah dan muara sungai berpotensi ditenggelami air dan mengalami banjir laut. Keluasan tanah juga akan semakin berkurang dan berpotensi berlakunya kehilangan tanah penduduk. Rajah berikut menunjukkan kawasan pantai yang perlu dipelihara dan dipelihara, Rajah 5.31: Pinggir pantai yang terdedah dengan risiko bencana hakisan pantai S e l a t M e l a k a MAJLIS PERBANDARAN MUAR MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM MAJLIS PEMBANDARAN PONTIAN Pantai Punggor/ Pantai Perpat • KSAS Tahap 3 • KBB Pantai Tanjong Labuh • KSAS Tahap 3 • KBB Pantai Minyak Beku • KSAS Tahap 3 • KBB Nota: KBW - KSAS Bernilai Warisan KBB - KSAS Berisiko Bencana KBSH - KSAS Bernilai Sokongan Hidup Sumber: Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022 5-122
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5.6.8 Kaedah Pemeliharaan dan Pemuliharaan Pantai Terdapat dua (2) kaedah pemeliharaan dan pemuliharaan pantai yang boleh dijalankan agar risiko hakisan pantai dapat dikurangkan. 1. Pembinaan benteng pemecah ombak di pantai yang berstatus kritikal (pengunduran garis pantai yang cepat dengan kadar melebihi 4 meter/tahun). 2. Menjalankan kerja-kerja perancangan gunatanah, mengawal dan mengurus pembangunan di zon pantai dengan mengambilkira proses semulajadi pantai menerusi perlaksanaan Integrated Shoreline Management Plan (ISMP). Contong pemasangan Labuan Blocks Labuan Blocks di Pantai Bersih, Butterworth, Pulau Pinang ISMP bertujuan untuk membantu mengawal hakisan pantai secara lestari dan mengawal risiko banjir pantai, menambah nilai dan memperbaiki kualiti pantai-pantai pelancongan, memelihara persekitaran pantai, nilai sejarah dan arkeologi. Tiga (3) komponen di bawah perlu dibuat bagi melaksanakan ISMP. Komponen 1 Mengenalpasti aset di kawasan pantai seperti kawasan perikanan, habitat pantai seperti paya bakau. Komponen 2 Mengenalpasti ciri-ciri pantai sedia ada seperti morfologi pantai, bathymetry, dan sebagainya. Komponen 3 Mengenalpasti proses pantai dengan menjalankan kajian numerical modelling. 5.6.8.1 Pembinaan Benteng Pemecah Ombak di Pantai Berstatus Kritikal Antara pantai yang berstatus kritikal ialah Pantai Punggor dan Pantai Senggarang. Memandangkan garisan pantai ini mengundur dengan cepat, oleh itu, langkah tebatan berstruktur iaitu benteng pemecah ombak diperlukan. Ketinggian benteng pemecah ombak yang perlu dibina perlu mengambil kira Average Recurrence Interval (ARI) > 100 tahun, dan turut mengambil kira faktor perubahan iklim. Terdapat pelbagai jenis benteng pemecah ombak antaranya seperti T-Groins seperti yang dipasang di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu, Kelantan dan yang terkini ialah Labuan Blocks. Labuan Blocks merupakan struktur kawalan hakisan pantai yang berkesan dalam menangani hakisan pantai yang serius. Struktur ini dapat mengurangkan tenaga ombak dan seterusnya membolehkan garis pantai negara dilindungi. Di samping itu, ombak yang membawa endapan pasir ke pesisiran pantai akan berpeluang untuk menambak secara semulajadi kerana Labuan Blocks tidak mengganggu proses pengangkutan endapan. 5.6.8.2 Integrated Shoreline Management Plan (ISMP) 5-123
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5.6.9 Konsep Perancangan dan Pemeliharaan Sungai Majlis Perbandaran Batu Pahat mempunyai kawasan semula jadi pantai yang menarik dan tersendiri. Kawasan pesisiran pantai ini memiliki (2) dua ciri iaitu pantai berpasir/berbatu dan pantai berpaya. Kawasan pantai berpaya didominasi pokok-pokok paya seperti bakau dan nipah manakala pada bahagian pantai pasir didominasi pokok-pokok pantai seperti Bebaru, Putat, Rhu, Ketapang dan sebagainya. Pantai ini merupakan kawasan tumpuan pengunjung untuk aktiviti rekreasi dan riadah serta berpotensi dijadikan sebagai destinasi pelancongan. Sintesis mendapati keadaan landskap kawasan-kawasan pantai ini berada dalam keadaan sederhana dan memerlukan penambahbaikan. Terdapat isu hakisan kawasan pantai disebabkan ombak yang kuat dan memberi kesan terhadap tebing dan tumbuhan asalnya. LOKASI CADANGAN Antara kawasan pantai di Majlis Perbandaran Batu Pahat ialah Pantai Kampung Sungai Lurus (Senggarang), Pantai Tanjong Laboh (Senggarang), Pantai Punggor (Rengit), Pantai Raja Sehari Perpat (Rengit) dan Pantai Minyak Beku. LANGKAH-LANGKAH KAWALAN PEMBANGUNAN Antara langkah-langkah kawalan pembangunan dan pemeliharaan yang dicadangkan ialah: I. Perancangan pembangunan di pesisir pantai perlu mengambilkira aspek semula jadi pantai selain mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan. II. Penambahbaikan dan pembangunan komponen reka bentuk landskap perlulah berimpak minima, tidak menjejaskan atau memberikan implikasi yang buruk kepada persekitaran pantai. III. Melaksanakan kajian kesan alam sekitar yang terperinci sebelum merancang dan membangunkan kawasan persisiran pantai. IV. Mengekalkan tumbuhan semula jadi pantai seperti pokok rhu dan pokok kelapa yang menjadi penampan terhadap angin dan bayu laut. V. Menanam semula pokok-pokok melalui pengayaan spesis tumbuhan endemik pantai di kawasan-kawasan yang sesuai terutamanya kawasan yang telah mengalami kemerosotan. VI. Mewujudkan jalinan hijau yang menghubungkan kawasan pantai dan kawasan-kawasan sekitarnya bagi membentuk satu laluan scenic view di sepanjang jalan dan pinggiran pantai. VII. Memelihara dan mengindahkan kawasan pantai yang berpontensi sebagai kawasan tarikan pelancongan rekreasi dan semula jadi. VIII. Menyediakan kemudahan-kemudahan yang lengkap dan mencukupi terutamanya di kawasan tumpuan serta meningkatkan tahap keselesaan pengguna. IX. Menggunakan bahan binaan yang sesuai agar ianya dapat tahan lebih lama, mesra alam dan selamat terhadap pengguna, persekitaran dan nilai ekonomi. Keadaan semasa Pantai Punggor yang perlu dipelihara memandangkan ianya kian terhakis oleh ombak besar Pantai Minyak Beku yang ditanami dengan pokok rhu sebagai elemen teduhan. 5-124
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Penambahbaikan dan pembangunan landslap perlulah berimpak minima dan tidak memberi implikasi yang buruk kepada persekitaran pantai dan mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan. Memelihara dan mengindahkan kawasan semula jadi pantai terutamanya di kawasan tarikan pelancongan rekreasi dengan menyediakan kemudahan-kemudahan yang lengkap dan mencukupi. Menanam semula pokok-pokok melalui pengayaan spesis tumbuhan endemik pantai seperti pokok kelapa dan pokok rhu di kawasan-kawasan yang sesuai terutamanya kawasan yang telah mengalami kemerosotan. 5-125
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5.6.10 Pengurusan Kawasan Banjir Kawasan daerah Batu Pahat yang berhampiran dengan laut dan juga keadaan topografi yang kebanyakkannya rata merupakan kawasan berpotensi untuk berlakunya kejadian banjir apabila berlaku hujan lebat terutama ketika pada hujung tahun sekitar bulan Oktober dan November. Limpahan dari Sungai Suloh dan Sungai Simpang Kiri antara yang kerap menyebabkan banjir berdasarkan inventori banjir pada tahun-tahun lepas. Antara langkah pengurusan kawasan banjir yang boleh dilaksanakan adalah seperti berikut. 1. Pelaksanaan MSMA dalam setiap pembangunan yang dicadangkan Bagi setiap pembangunan baru, pelaksanaan MSMA perlu diambil kira. Ianya melibatkan antara yang utama (a) menyediakan kolam tadahan/tahanan bagi memanjangkan tempoh air larian permukaan serta sebagai kawasan rekreasi, (b) menyediakan rizab sungai, simpanan parit dan longkang yang ditentukan oleh pihak JPS, dan (c) menyediakan perangkap sampah dan minyak di parit-parit utama. Dengan pelaksanaan MSMA juga, bukan sahaja risiko banjir dapat dikawal, malah landskap bandar juga dapat dipertingkatkan. Spesifikasi pembinaan longkang semulajadi berdasarkan MSMA, JPS Pengurusan Guna Tanah Pengurusan Lembangan Sungai Pengurusan Risiko Pengurusan Perlaksanaan MSMA Pengurusan Banjir Bersepadu Gabungan elemen dalam Pengurusan Banjir Bersepadu 2. Perlaksanaan Pengurusan Banjir Bersepadu (IFM) Pendekatan ini menggabungkan kaedah struktur, kaedah bukan struktur dan aktiviti dalam mengurus dan mengawal banjir agar impak negatif pada komuniti penduduk adalah pada tahap yang minima. Penglibatan pihak berkepentingan dalam mencegah banjir dan peranan komuniti untuk bersedia menghadapi banjir adalah penting untuk mengurangkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda agar kegiatan sosial dan ekonomi dapat diteruskan demi kesejahteraan hidup rakyat. 5-126
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 3. Penggunaan elemen hijau dan lestari menerusi amalan konsep Low Impact Development dalam meningkatkan resapan air hujan dan mengurangkan air larian permukaan Pendekatan konvensional terhadap pengurusan banjir di bandar ialah menggunakan sekatan jalan, longkang dan infrastruktur lain untuk mengalirkan air larian permukaan secepat mungkin. Aliran air permukaan di kawasan bandar, bersama-sama dengan peningkatan permukaan yang tidak telap air, telah menghasilkan aliran puncak yang lebih besar dan kadar resapan yang lebih rendah. Dengan kadar perbandaran yang semakin meningkat, pertumbuhan penduduk, dan perubahan iklim, ianya telah menyumbang kepada peningkatan kekerapan dan keterukan banjir di bandar. Justeru itu, pendekatan LID dicadangkan. Perlaksanaan LID mengurangkan tekanan pada infrastruktur air ribut di bandar dan mewujudkan daya tahan terhadap perubahan iklim. LID ialah sistem yang menggunakan infrastruktur hijau dengan kawalan air ribut, ruang hijau dan ciri hidrologi semula jadi untuk memulihkan hidrologi tadahan bandar ke tahap prapembangunan. Jika dibandingkan dengan pengurusan banjir secara konvensional, alternatif LID mempunyai fungsi mengembalikan air larian kepada kitaran hidrologi semula jadi, yang merangkumi pengurangan jumlah larian, resapan yang lebih baik, pengurangan aliran puncak, dan pengurangan bahan pencemar dalam air larian permukaan. Ini menunjukkan bagaimana penggunaan terapan telap sebagai sebahagian daripada langkah LID boleh membantu dalam meningkatkan resapan dan dengan itu, mengurangkan air larian permukaan dan risiko banjir kilat. 4. Program Kesiapsiagaan Banjir Selaras dengan keperluan untuk meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan orang awam terhadap risiko bencana banjir serta meningkatkan tahap kersiapsiagaan jentera bagi pengurusan bencana di peringkat akar umbi, NADMA sering mengadakan Program Community Based Disaster Risk Management (CBDRM). Tujuan utama program CBDRM adalah meningkatkan keupayaan kumpulan pemimpin komuniti supaya sentiasa proaktif mengurangkan risiko bencana banjir dan bersiapsiaga, di samping menerapkan nilai berdaya tahan dalam menghadapi bencana banjir. Contoh Program CBDRM di Pekan, Pahang yang melibatkan UTM, APM, dan komuniti kampung. Di dalam program ini, komuniti kampung di ajar menggunakan beg pasir untuk menghalang air banjir kecil masuk ke dalam rumah. 5-127
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5.6.11 Pengurusan Kawasan Sisa Pepejal Janaan sisa pepejal adalah selari dengan kadar pertambahan penduduk. Semakin bertambah penduduk di sesebuah kawasan, semakin tinggi janaan sisa pepejal harian jika tiada langkah kawalan seperti kitar semula di ambil kira. Ekoran dari penutupan tapak pelupusan sampah semasa, Laporan Rancangan Tempatan Daerah Batu Pahat 2030 telah mengemukakan cadangan terhadap pembangunan tapak pelupusan sisa pepejal yang dikongsi bersama dengan beberapa PBT lain iaitu PBT Segamat, Labis, Tangkak, Muar, Batu Pahat, Yong Peng, Simpang Renggam dan Kluang di kemudahan berpusat tapak sisa pepejal di Integrated Facilities A di Bukit Payong, Batu Pahat dengan kapasiti muatan iaitu 1,266 tan/hari. Meskipun dengan adanya pusat pelupusan sampah berkapasiti besar di Bukit Payong, pengurusan sisa pepejal masih perlu dilakukan supaya isu sampah dapat dikawal dan dikurangkan. 1. Menggiatkan program kitar semula di kalangan komuniti Konsep pengurangan sisa dan kitar semula perlu dilaksanakan untuk mengurangkan pelupusan sisa pepejal di tapak pelupusan. Program seperti ini perlu digiatkan di taman-taman perumahan, di institusi pendidikan, di sektor perkilangan yang mana menghasilkan banyak sisa pepejal. 2. Penutupan serta merta tapak pelupusan lama dan melaksanakan langkah penguatkuasaan Untuk kerja-kerja penutupan serta merta tapak pelupusan lama, papan tanda yang betul yang jelas menunjukkan tindakan kuatkuasa yang boleh diambil perlu dipaparkan. Tiada permindahan sisa pepejal boleh dilakukan di tapak pelupusan lama dan permukaan tapak pelupusan perlu ditutup menggunakan hamparan geotextiles atau sebarang langkah pengurusan terbaik bagi mengelakkan peningkatan air sampah (leachate) terhasil dan meresap ke dalam tanah. Sasaran 30% •30% dari jumlah daripada sisa pepejal akan diasingkan daripada sumber (perumahan, komersial dan perindustrian) menerusi kaedah kitar semula. Sasaran 60% •60% dari jumlah sisa pepejal akan diasingkan secara bersepadu untuk dikitar semula di fasiliti yang disediakan. Sasaran 10% •Hanya 10% dari jumlah sisa pepejal akan dilupuskan. Contoh penutupan tapak pelupusan lama Penggunaan tong sampah besar, diletakkan di kawasan yang telah dikenal pasti menghasilkan banyak sisa pepejal 5-128
5-129 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5.7 STRATEGI PEMBANGUNAN LANDSKAP KAWASAN PERUMAHAN Pembangunan landskap kawasan perumahan adalah penting dalam mewujudkan persekitaran yang menarik, indah, memberikan keselesaan dan keharmonian kepada seluruh kawasan kejiranan. Berdasarkan sintesis kajian, secara amnya, didapati imej dan kemudahan landskap kawasan perumahan terancang, kawasan perumahan bertingkat dan kawasan kampung tradisi berada pada tahap sederhana dengan penanaman pokok-pokok teduhan dan hiasan pinggiran jalan masih perlu diberi penekanan selain ‘sense of welcoming’ dan ‘sense of place place’ kurang dirasai. 5.7.1 Tindakan Pembangunan Landskap Kawasan Perumahan KONSEP Konsep landskap kawasan perumahan yang dicadangkan ialah ‘Green living’ atau persekitaran hidup yang dilingkungi kehijauan, infrastruktur hijau dan manfaat yang dapat dirasai oleh penghuni dan alam sekitar. • Merupakan satu konsep yang sesuai untuk mewujudkan sebuah kejiranan hijau di kawasan bandar dan luar bandar. • Penerapan elemen landskap di persekitaran kawasan perumahan bagi mewujudkan suasana yang indah, selesa, penjimatan tenaga, pemeliharaan alam sekitar dan fungsi perumahan/desa sebagai tempat tinggal, berehat dan bermasyarakat. MATLAMAT Mewujudkan persekitaran kediaman yang selesa, selamat dan harmoni untuk didiami penduduk dan membentuk pembangunan landskap yang dapat memperlihatkan identiti dan karakter setempat di samping penyediaan kemudahan sokongan dan infrastruktur hijau yang terancang. STRATEGI PEMBANGUNAN Cadangan komponen pembangunan adalah bergantung kepada keadaan semasa tapak yang mana beberapa keperluan landskap yang perlu ditambah baik bagi membentuk imej kawasan perumahan yang menarik. Antara komponen pembangunan yang dicadangkan ialah: I. Mewujudkan persekitaran kawasan perumahan yang menerapkan ciri-ciri kejiranan hijau. II. Mewujudkan imej mercu tanda pintu masuk kawasan perumahan dengan elemen gerbang, papan tanda atau hiasan arca. III. Minimum 10% daripada keseluruhan kawasan pembangunan perumahan perlu dirizabkan sebagai kawasan lapang dan rekreasi atau kawasan hijau. IV. Minimum 3 meter lebar di sepanjang jalan utama perlu disediakan untuk kawasan hijau dan ruang pejalan kaki. V. Menyediakan laluan pejalan kaki dan basikal sekurang-kurangnya 1.5 meter lebar bagi membolehkan dua orang berjalan seiring pada masa yang sama. VI. Sepanjang pejalan kaki perlu dilandskapkan dengan pokok-pokok yang boleh memberikan teduhan kepada penguna untuk tujuan keselesaan. VII. Penanaman dari jenis tanaman berbunga adalah digalakkan di kawasan pintu masuk dan sepanjang laluan utama. VIII. Tanaman pagaran (hedges) adalah digalakan sebgai alternatif pagar rumah. IX. Menggalakkan penggunaan lampu yang menjimatkan tenaga terutamanya lampu jenis LED dan diintegrasikan dengan penggunaan lampu solar di kawasan-kawasan utama seperti taman, perhentian bas, kawasan crime hot spot dan lain-lain yang bersesuaian. X. Menggunakan bahan telap air sebagi struktur bahan binaan selain teknik bio-retention dan bio-swale bagi mengurangkan risiko banjir dan limpahan air ke kawasan rumah. XI. Menggalakkan penyediaan kebun komuniti dengan tanaman edible landscape yang dapat menyumbang kepada hasil berkekalan bahan makanan dan penghijauan persekitaran.
5-130 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Merekabentuk mercu tanda pintu masuk kawasan perumahan dengan elemen gerbang, papan tanda atau hiasan arca. Minimum 10% daripada keseluruhan kawasan pembangunan perumahan perlu dirizabkan sebagai kawasan lapang dan rekreasi atau kawasan hijau untuk kemudahan komuniti. Menyediakan laluan pejalan kaki dan basikal sekurangkurangnya 1.5 meter lebar dengan pokok-pokok yang boleh memberikan teduhan dan serapan karbon. Menggalakkan penggunaan lampu jenis LED di kawasan-kawasan utama seperti taman, perhentian bas, kawasan crime hot spot dan lain-lain yang bersesuaian. Menggunakan bahan telap air sebagi struktur bahan binaan selain teknik bio-retention dan bio-swale bagi mengurangkan risiko banjir dan limpahan air ke kawasan rumah. Menggalakkan penyediaan kebun komuniti dengan tanaman edible landscape yang dapat menyumbang kepada hasil berkekalan bahan makanan dan penghijauan persekitaran.
Tanaman landskap yang dicadangkan bagi kawasan perumahan ialah: 5.7.2 Cadangan Landskap Lembut bagi Kawasan Perumahan PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5-131 Imej Spesifikasi Imej Spesifikasi Pokok Nama: Mimusops elengi (Bunga Tanjung) Karakter: Silara yang padar dan rendang berbentuk paying, berbunga harum, dan digunakan untuk tujuan ethnobotani. Nama: Lagerstroemia indica (Bungor) Karakter: Saiz sederhana besar, kulit batang yang menarik dang mengelupas untuk menjadi kulit yang halus, bunga sejambak dan daun yang berkilat. Nama: Cassia fistula (Golden Shower) Karakter: Termasuk dalam keluarga Leguminosae, ketinggian pokok mencecah sehingga 15 meter dan berbunga kuning. Nama: Bucida molineti (Bucida) Karakter: Termasuk dalam keluarga Combretaceae, berdaun bujur yang berwarna hijau gelap. Nama: Peltophorum pterocarpum (Batai laut) Karakter: Termasuk dalam keluarga Fabaceae, ketinggian 15- 25 meter dan bunganya berwarna kuning. Nama: Dalbergia oliveri (Tamalan) Karakter: Termasuk dalam keluarga Fabaceae, ketinggian 15 – 30 meter, buahnya ialah polong hijau yang mengandungi satu hingga dua biji yang bertukar coklat kepada hitam. Nama: Gardenia carinata (Cempaka hutan) Karakter: Keluarga Rubiaceae, tinggi pokok sehingga 25 meter, bunga wangi berbentuk seperti kincir dan daun berbentuk elips. Nama: Bauhinia purpurea (Tapak kuda) Karakter: Keluarga Fabaceae, tinggi pokok sehingga 6- 15 meter, bunganya merah jambu dan daunnya panjang dan lebar, bulat, dan berbilob di pangkal dan puncak.
Imej Spesifikasi Imej Spesifikasi Palma Nama: Ptychosperma macarthurii (Macathur Palm) Karakter: Termasuk dalam keluarga Arecaceae, ketinggian pokok antara 6-8 meter dan berbuah bulat jingga. Nama: Crytostachys renda (Palma Merah) Karakter: Keluarga Arecaceae, palma berumpun, batang yang licin dan halus, kelonsong pelepah yang berwarna merah menjadi tarikan utama. Nama: Licuala grandis (Palma kipas) Karakter: Keluarga Arecaceae, tinggi pokok mencecah 2meter, jenis pokok palma, berbuah dan daun berlipat, bulat dan tidak berbelah. Nama: Veitchia merrillii (Manila Palm) Karakter: Keluarga Arecaceae, tinggi pokok mencecah 5-15 meter, daun majmuk yang besar dan menyirip melengkung ke atas, bunga tersusun dalam kumpulan tiga. Pokok Renek Nama: Heliconia psittacorum (Sepit udang) Karakter: Keluarga Heliconiacae, berdaun panjang 15-300 cm dan berbunganya kuning kehijauan serta jingga. Nama: Ixora sunkist (Jenjarum / Siantan) Karakter: Keluarga Rubiaceae, tinggi pokok sehingga 2-3 meter dan berbungga, merah, jingga, kuning dan merah jambu. Nama: Adenium obesum (Desert rose) Karakter: Keluarga Apocynaceae, ketinggian pokok sehingga 2 meter dan berbunga merah jambu berbentuk tiub dengan 5 cuping berbentuk bujur . Nama: Bougainvillea elizabeth angus (Bunga kertas) Karakter: Keluarga Nyctaginaceae, ketinggian pokok sehingga 10 meter dan berbunga, merah, merah jambu, ungu dan putih. 5-132 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Tanaman landskap yang dicadangkan bagi kawasan kampung tradisi ialah: 5.7.2 Cadangan Landskap Lembut bagi Kawasan Kampung Tradisi 5-133 Imej Spesifikasi Imej Spesifikasi Pokok Nama: Mimusops elengi (Bunga Tanjung) Karakter: Keluarga Sapotaceae, tingi pokok antara 15-16 meter dan berbunga putih kekuning-kuningan, berbulu dan wangi. Nama: Gardenia carinata (Cempaka Hutan) Karakter: Keluarga Rubiaceae, tinggi pokok mencecah 15 meter dan berbunga putih. Nama: Garcinia atroviridis (Asam Gelugor) Karakter: Keluarga Guttiferae, ketinggian pokok mencecah sehingga 25 meter, berbunga merah dan berbuah kuning. Nama: Bambusa wamin (Buluh) Karakter: Keluarga Poaceae dan ketinggian pokok mencecah sehingga 60 meter. Nama: Lagerstroemia indica (Bungor) Karakter: Saiz sederhana besar, kulit batang yang menarik dang mengelupas untuk menjadi kulit yang halus, bunga sejambak dan daun yang berkilat. Nama: Musa spp (Pisang) Karakter: Keluarga Musaceae, tingi pokok antara 4 meter dan daun hijau pejal yang besar berbentuk bujur dengan midvein hijau muda atau kuning. Nama: Syzygium spp (Jambu) Karakter: Keluarga Myrtaceae, tingi pokok antara 6-12 meter dan bunganya berwarna putih hingga putih kekuningan; buah bersaiz kecil, bulat, dan berbentuk loceng. Nama: Carica papaya (Betik) Karakter: Keluarga Caricaceae, tingi pokok antara 2-7 meter dan bunganya berwarna kuning muda; buah besar, bulat melonjong dan berwarna hijau ketika muda, dan bertukar kuning atau oren.
Imej Spesifikasi Imej Spesifikasi Palma Nama: Cocos nucifera (Pokok Kelapa) Karakter: Keluarga Arecaceae, ketinggian pokok mencecah sehingga 30 meter, jenis pokok palma dan berbuah bulat hijau serta coklat. Nama: Crytostachys renda (Palma Merah ) Karakter: Palma berumpun, batang yang licin dan halus, kelonsong pelepah yang berwarna merah menjadi tarikan utama. Nama: Licuala grandis (Palma kipas) Karakter: Keluarga Arecaceae, tinggi pokok mencecah 2meter, jenis pokok palma, berbuah dan daun berlipat, bulat dan tidak berbelah. Nama: Livistona chinensis (Serdang cina) Karakter: Keluarga Arecaceae, tinggi pokok mencecah 9 – 15 meter, jenis pokok palma, berbuah dan daunnya berbentuk kipas. Pokok Renek Nama: Lantana camara 'Hybrida‘ (Lantana) Karakter: Keluarga Verbenaceae, ketinggian pokok 1.2 meter dan berbunga merah terang hingga oren, tersusun dalam kelompok bulat; umbel. Nama: Bougainvillea 'Elizabeth Angus’ (Bunga kertas) Karakter: Keluarga Nyctaginaceae, tinggi pokok sehingga 10 meter dan berbungga, merah, merah jambu, unggu dan putih. Nama: Duranta erecta 'Gold Edge‘ (Titisan Embun Emas) Karakter: Keluarga Verbenaceae, tinggi pokok sehingga 3 meter dan daunnya ovate, beraneka warna mempunyai tepi daun bergerigi. Nama: Caesalpinia pulcherrima (Jambul merak) Karakter: Keluarga Asphodelaceae, tinggi pokok sehingga 3 meter daunnya bipinate dan bunga lima kelopak kuning, oren, atau merah. 5-134 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5.8 STRATEGI PEMBANGUNAN LANDSKAP KAWASAN INDUSTRI Pembangunan landskap kawasan perindustrian bertujuan meningkatkan kualiti persekitaran dari aspek pengawalan pencemaran udara, habuk, toksik dan bunyi, menghalang pemandangan yang tidak menarik, merendahkan suhu serta mengindahkan kawasan. Secara umumnya, pembangunan kawasan perindustrian di MPBP tidak menimbulkan isu yang besar, namun langkah kawalan dan pencegahan melalui landskap diperlukan bagi bagi memastikan kesannya tidak semakin memburuk pada masa akan datang. 5.8.1 Tindakan Pembangunan Landskap Kawasan Industri KONSEP Konsep landskap kawasan industri yang dicadangkan ialah ‘Secure Surrounding’ atau suasana persekitaran yang selamat dengan pembangunan landskap yang mampan dan terancang. • Konsep ini akan mewujudkan suasana yang selamat dan selesa yang memberi faedah kepada tiga pihak iaitu persekitaran kawasan industri, pekerja dan penduduk tempatan. • Secara tidak langsung membantu dalam memelihara alam sekitar melalui penggunaan tanaman landskap yang efektif dan bersesuaian dengan persekitaran. MATLAMAT Mewujudkan kawasan perindustrian yang selamat, selesa dan bersih untuk pekerja, kawasan persekitaran industri dan penduduk tempatan yang menetap di dalam zon perindustrian dan kawasan sekitarnya. STRATEGI PEMBANGUNAN Cadangan komponen pembangunan adalah perlu ditambah baik bagi mewujudkan persekitaran yang selamat dan selesa. Antara komponen pembangunan yang dicadangkan ialah: I. Menaiktaraf landskap kawasan pintu masuk dan papan tanda kawasan industri bagi mewujudkan identiti dan memudahkan aksesibiliti / kemudahsampaian. II. Menyediakan zon penampan daripada elemen landskap lembut dan landskap kejur bagi menghalang pemandangan yang kurang menarik selain mengurangkan kadar pencemaran berdasarkan garis panduan dan piawaian yang disediakan oleh Jabatan Alam Sekitar. III. Sekurang-kurangnya 30% daripada keseluruhan kawasan perindustrian (termasuk tempat letak kereta) perlu dirizabkan kawasan landskap. IV. Menyediakan kemudahan sokongan seperti kawasan hijau dan taman poket bagi kemudahan dan keselesaan pekerja. V. Menambah baik elemen landskap kejur seperti papan tanda, laluan pejalan kaki dan sistem pencahayaan sama ada lampu hiasan atau lampu jalan. VI. Penanaman pokok teduhan di zon penampan perlulah dari spesis yang mudah diselenggara, berakar tunjang dan berdaun rapat, manakala pokok renek yang mempunyai struktur daun yang padat dan mempunyai pembesaran yang cepat. VII. Tanaman yang dipilih perlulah berdaya tahan terhadap pencemaran, habuk dan debu seperti pokok tanjung (Mimusops elengi), tembusu (Fragrea fragrans), kayu manis (Cinnamomum iners) dan lain-lain. 5-135
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Menaik taraf landskap kawasan perindustrian dengan elemen pintu masuk seperti papan tanda atau arca yang sesuai bagi menerangkan identiti dan fungsi kawasan. Menyediakan sistem pencahayan yang efektif bagi kemudahan pekerja industri dan pengguna lain untuk meningkatkan tahap keselamatan kawasan persekitaran. Elemen landskap lembut sebagai penampan disediakan bagi menghalang pemandangan yang kurang menarik dan mengurangkan kadar pencemaran Menggunakan tanaman yang tahan lasak dan mampu menapis kotoran industri, habuk, debu dan kotoran industri. Sekurang-kurangnya 30% daripada keseluruhan kawasan perindustrian (termasuk tempat letak kereta) perlu dirizabkan sebagai kawasan hijau sama ada dengan penyediaan kemudahan sokongan seperti ruang istirehat dan taman poket. 5-136
Tanaman landskap yang dicadangkan bagi kawasan industri ialah: 5.8.2 Cadangan Landskap Lembut bagi Kawasan Industri 5-137 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Imej Spesifikasi Imej Spesifikasi Pokok Nama: Mimusops elengi (Bunga Tanjung) Karakter: Keluarga Sapotaceae, ketinggian pokok antara 5-15 meter, berbunga putih dan berbuah bujur. Nama: Bauhinia purpurea (Tapak kuda) Karakter: Keluarga Fabaceae, tinggi pokok sehingga 6- 15 meter, bunganya merah jambu dan daunnya panjang, lebar dan bulat. Nama: Fagraea fragrans (Tembusu) Karakter: Keluarga Loganiaceae, ketinggian pokok sehingga 30 meter, berbunga putih bentuk trompet dan berbuah kecil yang berwarna merah. Nama: Melaleuca cajuputi (Gelam) Karakter: Keluarga Myrtaceae dan berdaun hijau gelap, licin serta berbau harum. Nama: Spathodea campanulata P. Beauv. (Pancut-pancut) Karakter: Keluarga Bignoniaceae, tingi pokok antara 15-25 meter dan berbunga jingga dan merah. Nama: Adinobotrys atropurpureus (Dinding.) Dunn (Tulang daing) Karakter: Keluarga Fabaceae, tingi pokok sehingga 40 meter dan berbunga biseksual tidak simetri mempunyai kelopak merah hingga ungu Nama: Filicium decipiens (Kiara payung) Karakter: Keluarga Sapindaceae, tinggi pokok antara 16-30 meter, berbunga 5 sepal, 5 kelopak kuning dan berbuah berbentuk elips atau drupe. Nama: Lagerstroemia speciosa (L.) Pers. (Bungor) Karakter: Keluarga Lythraceae, tinggi pokok 30 meter, berbunga merah jambuungu, putih pudar dan gugur 2-3 hari kemudian dan berbuah berbentuk bulat.
5-138 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Imej Spesifikasi Imej Spesifikasi Palma Nama: Ptycosperma macarthurii (Macathur Palm) Karakter: Keluarga Arecaceae, ketinggian pokok antara 6-8 meter dan berbuah bulat jingga. Nama: Chrysalidocarpus lutescens (Pinang Kuning) Karakter: Keluarga Arecaceae, ketinggian pokok mencecah sehingga 6 meter, berbuah kuning, berbunga merah, hitam dan putih. Nama: Bismarckia nobilis (Sawit Bismarck Perak) Karakter: Palma bersendirian, 6- 12meter tinggi, daun berbentuk kipas, kaku, besar dan bunga kecil berwarna putih berkrim. Nama: Roystonea regia (Palma raja) Karakter: Keluarga Arecaceae, tinggi pokok antara 10- 30 meter, berbunga, berbuah dan berdaun panjang bersaiz 37 sentimeter. Pokok Renek Nama: Jasminum sambac (Jasmin) Karakter: Berbunga putih dan berbau harum, tekstur sederhana kasar dan sederhana padat dan penyelenggaraan yang sederhana. Nama: Hymenocallis speciosa (Spider Lily) Karakter: Berbunga putih memerlukan cahaya yang mencukupi dan separa naungan, penyelenggaraan mudah, sebagai tanaman sempadan. Nama: Ixora javanica (Siantan) Karakter: Berbunga merah-oren, tetapi kemudian bertukar menjadi merah, penanaman sebulan sekali dengan baja larut air yang direka untuk tumbuhan yang menyukai asid. Nama: Allamanda schottii 'Grey Supreme‘ (Allamanda) Karakter: Berbunga kuning, berbentuk trompet dengan tekak oren dan corolla yang bercantum adalah berjalur, dan pokok renek tropika dan malar hijau, yang boleh tumbuh hingga 1.5 m tinggi.
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5.9 STRATEGI PEMBANGUNAN LANDSKAP KAWASAN INSTITUSI Kawasan institusi merupakan kawasan pengurusan yang menjadi nadi pembangunan sesebuah pentadbiran. Oleh itu, penyediaan landskap institusi ini amatlah penting dalam menzahirkan imej dan fungsi institusi. Persekitaran institusi yang indah dengan imej landskap yang menarik akan dapat memberi manfaat yang baik kepada kakitangan mahupun pengunjung. Sintesis mendapati, pembangunan landskap kawasan-kawasan institusi di Majlis Perbandaran Batu Pahat berada dalam keadan baik namun masih berpotensi untuk penaiktarafan secara terancang. 5.9.1 Tindakan Pembangunan Landskap Kawasan Institusi KONSEP Konsep kawasan institusi yang dicadangkan ialah ‘’formal, indah dan ceria’ dengan penerapan reka bentuk landskap yang indah dan menarik. • Konsep ini akan mewujudkan suasana kawasan institusi yang indah dan menarik untuk kegunaan kakitangan mahupun pengunjung. • Secara tidak langsung meningkatkan penyediaan kemudahan yang dapat menyokong fungsi kawasan institusi dengan imej yang tersendiri. MATLAMAT Membentuk kawasan institusi yang menarik, bersih dan selesa dengan penyediaan kemudahan yang mencukupi kepada kakitangan dan pengunjung dengan imej yang tersendiri bagi menyokong fungsi kawasan institusi. STRATEGI PEMBANGUNAN Cadangan komponen pembangunan melibatkan beberapa keperluan landskap yang perlu ditambah baik bagi membentuk persekitaran yang menarik dan ceria. Antara komponen pembangunan yang dicadangkan ialah: I. Menggunakan reka bentuk landskap yang berbeza untuk setiap institusi bagi menentukan identiti institusi yang tersendiri. II. Menggunakan kombinasi rekabentuk landskap kejur dan landskap lembut untuk mewujudkan ruang persekitaran bangunan institusi yang selesa untuk dikunjungi. III. Menyediakan kawasan riadah dan rehat di luar bangunan untuk persekitaran yang lebih terbuka dan selesa. IV. Menambah baik elemen landskap kejur seperti sistem pencahayaan sama ada lampu hiasan atau lampu jalan. V. Penanaman pokok yang dapat memberi teduhan yang baik selain pokok hiasan yang meningkatkan nilai estatika dan kualiti pemandangan. Elemen landskap kejur seperti pintu gerbang bagi mewujudkan ‘sense of welcoming’ kawasan institusi Memastikan kemudahsampaian dengan penyediaan laluan pejalan kaki yang berkesinambungan 5-139
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Pembentukan taman dengan susun atur geometrik dan reka bentuk formal mempamerkan imej formal yang menarik. Mengindah dan mencantikkan kawasan institusi dengan kombinasi reka bentuk landskap lembut dan kejur bagi mewujudkan ruang rehat dan kawasan menunggu . Membina mercu tanda atau pintu gerbang pada laluan masuk utama ke kawasan institusi dan mewujudkan sense of welcoming dan sense of belonging terhadap sesebuah kawasan institusi. Mewujudkan kawasan hijau yang menarik dan selamat bagi kegunaan pengguna sebagai ruang rehat atau ruang menunggu. 5-140
Tanaman landskap yang dicadangkan bagi kawasan institusi ialah: 5.9.2 Cadangan Landskap Lembut bagi Kawasan Institusi 5-141 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Imej Spesifikasi Imej Spesifikasi Pokok Nama: Azadirachta indica (Mambu) Karakter: Saiz sederhana besar, berbunga putih dan boleh digunakan untuk tujuan ethnobotani. Nama: Bauhinia purpurea (Tapak kuda) Karakter: Keluarga Fabaceae, tinggi pokok sehingga 6- 15 meter, bunganya merah jambu dan daunnya panjang, lebar dan bulat. Nama: Cananga odorata (Kenanga) Karakter: Saiz sederhana, memerlukan cahaya matahari penuh dan berbunga kuning dan berbau harum. Nama: Schizolobium parahyba (Tower Tree) Karakter: Batang yang lurus, mempunyai bunga berwarna kuning, daun berbentuk seperti spesis ‘fern’ dan boleh menjadi titik fokus pada sesebuah tempat. Nama: Cinnamomum Iners (Kayu Manis) Karakter: Batangnya lurus dengan kulit luar licin, daun hijau gelap berbentuk elips hingga bujur dan bunga berwarna krim hingga kuning muda. Nama: Plumeria alba (Frangipani Putih) Karakter: Termasuk dalam keluarga Apocynaceae, daunnya seperti tali, berkelompok di hujung dahan dan bunganya putih dan pusat kuning kecil. Nama: Syzygium aromaticum (Cengkeh) Karakter: Ketinggian sehingga 8-20 meter, daunnya tersusun bertentangan, buahnya berwarna ungu tua, bujur. Nama: Lagerstroemia speciosa (L.) Pers. (Bungor) Karakter: Keluarga Lythraceae, tinggi pokok 30 meter, berbunga merah jambuungu, putih pudar dan gugur 2-3 hari kemudian dan berbuah berbentuk bulat.
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5-142 Imej Spesifikasi Imej Spesifikasi Palma Nama: Roystonea regia (Palma Diraja) Karakter: Struktur megah, berbatang lurus, dan tinggi, pangkal lurus, lebih besar dan membulat di tengah. berbau harum. Nama: Livistona chinensis (Chinese Fan Palm) Karakter: Kanopi yang padat dan bentuk daunnya seperti kipas terbuka dan melorot ke bawah memberi impak yang berkesan kepada sesuatu kawasan. Nama: Wodyetia bifurcata (Palma Foxtail) Karakter: Tumbuh cepat, kecil atau sederhana, kanopi yang lebat (seperti bulu bulu), perbungaan putih dan buah berkelompok, masak dari hijau ke merah oren. Nama: Normanbya normanbyi (Telapak tangan hitam) Karakter: Palma berbatang tunggal sehingga 30 meter tinggi, daun panjang, melengkung dan perbungaan dalam daun. Pokok Renek Nama: Clerodendrum buchananii (Java Glory Bower) Karakter: Berbunga merah, memerlukan cahaya penuh, menarik burung dan rama-rama yang mengindahkan kawasan institusi. Nama: Cuphea hyssopifolia (False Heather) Karakter: Mempunyai tekstur yang padat dan halus, daun kecil berbentuk oblong, memerlukan cahaya penuh, penyelenggaraan sederhana. Nama: Tabernaemontana Divaricata (Susun Kelapa) Karakter: Bunga tiub 5 kelopak berwarna putih dan wangi berbentuk seperti roda pin, daun hijau tua berkilat berbentuk bujur dan boleh membesar sehingga 2 meter tinggi. Nama: Hymenocallis littoralis (Spider Lily) Karakter: Berdaun licin, berkilat panjang dan berbentuk tali dengan tepi daun keseluruhan dan berbunganya putih.
5-143 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5.10 STRATEGI PEMBANGUNAN LANDSKAP KAWASAN BERSEJARAH Warisan sejarah sedia ada di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat perlu dipulihara dan dipelihara bagi mengekalkan karakter serta identiti Batu Pahat memandangkan setiap elemen warisan mempunyai keunikan nilai sejarah yang tidak dapat ditukar ganti. Analisis mendapati Majlis Perbandaran Batu Pahat memiliki sumber warisan fizikal, budaya dan semula jadi. Bandar Penggaram sendiri merupakan hasil tinggalan sejarah yang sinonim dengan identitinya sebagai bandar warisan. Oleh itu, perancangan landskap kawasan bersejarah perlu dilaksanakan secara terancang agar pembangunannya sejajar dengan identiti Batu Pahat sebagai kawasan bersejarah. 5.10.1 Tindakan Pembangunan Landskap Kawasan Bersejarah KONSEP Konsep kawasan bersejarah yang dicadangkan ialah ‘Past Explorer’ dengan mengetengahkan karakter-karakter warisan sejarah dalam reka bentuk landskap. • Konsep ini akan mewujudkan sebuah kawasan bersejarah yang terpelihara namun mampu menjadi tarikan pelancongan. Secara tidak langsung ia kan dapat mempromosikan kawasan warisan sejarah terutamanya yang terbiar dan tidak diselenggara agar lebih menarik dan beridentiti tersendiri. MATLAMAT Memelihara kawasan bersejarah dan menjadikannya sebagai tarikan pelancongan yang dapat memberikan ilmu pengetahuan kepada penduduk setempat atau pengunjung luar dengan kemudahan landskap menarik dan reka bentuk yang beridentiti tersendiri. STRATEGI PEMBANGUNAN Cadangan komponen pembangunan melibatkan beberapa keperluan landskap yang perlu ditambah baik bagi membentuk persekitaran yang menarik dan beridentiti tersendiri. Antara komponen pembangunan yang dicadangkan ialah: I. Menaiktaraf dan merekabentuk landskap kawasan laluan masuk ke kawasan bersejarah dengan imej yang menggambarkan identiti kawasan tersebut. II. Penyediaan papan tanda yang dapat memberi maklumat peristiwa sejarah kawasan tersebut kepada pengunjung. III. Menaiktaraf struktur binaan sedia ada dan membaik pulih struktur yang telah rosak tanpa pengubahan secara ketara terhadap imej, suasana dan permandangan kawasan bersejarah. IV. Menyediakan elemen landskap kejur seperti laluan pejalan kaki, elemen pencahayaan, surau, tandas dan lain-lain untuk kemudahan pengguna. V. Mempertingkatkan penyediaan landskap lembut seperti tanaman teduhan dan hiasan yang dapat menceriakan kawasan namun tidak menjejaskan imej warisan kawasan bersejarah tersebut.