Reka Bentuk Lampu Di Laluan Pejalan Kaki Reka Bentuk Lampu Di Kawasan Tarikan Ukiran motif bunga cengkih pada tiang lampu Ukiran motif bunga cengkih pada tiang lampu PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Reka Bentuk Lampu Di Laluan Utama Alternatif 2: Konsep Bunga Cengkih Penggunaan banner mengikut musim (perayaan/cara rasmi) Ukiran motif bunga pada tiang lampu 4-26
Penghadang atau bollard merupakan elemen yang berfungsi sebagai pembahagi atau pemisah laluan pejalan kaki dan laluan bermotor. Penyediaan ini adalah bagi menyokong pembangunan reka bentuk bandar selamat di samping memberi keselesaan kepada pengguna. Konsep reka bentuk penghadang atau bollard adalah menggunakan imej ukiran dengan unsurunsur bunga-bungaan pada songket Johor dan identiti tempatan. Elemen penghadang/bollard ini perlu dilaksanakan dengan imej reka bentuk dan cadangan peletakan seperti berikut: i. Disediakan dengan reka bentuk yang bersesuaian dengan tema dan imej kawasan seperti di kawasan pentadbiran, komersial, keagamaan, kawasan rekreasi, pusat bandar dan lain-lain. ii. Menyediakan penghadang di tempattempat yang bercerun dan berbahaya kepada pengguna terutama di laluan golongan kurang upaya. iii. Reka bentuk yang tajam dan nipis yang akan merbahayakan pengguna adalah tidak dibenarkan. iv. Menerapkan imej bagi unsur-unsur tradisional dan identiti tempatan dalam reka bentuk penghadang. v. Menggunakan bahan yang tahan lama untuk mengelakkan mengurangkan kadar penyelenggaraan. PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 4.8.4 Penghadang (Bollard/Railing) 4-27
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Railing: Konsep Ukiran dan Bunga Tanjung Alternatif 1 Alternatif 2 Alternatif 3 1000 mm 5000 mm Bollard: Konsep Ukiran dan Bunga Tanjung Alternatif 1 Alternatif 2 Alternatif 3 1000 mm 120 mm 4-28
Elemen air merupakan antara elemen yang penting dalam mewujudkan kesan visual yang lebih lembut dan menarik di samping berperanan sebagai elemen penyejuk dalam persekitaran bandar. Elemen ini juga boleh diharmonikan dengan elemen landskap lembut dan landskap kejur seperti pasu dan arca. Selain elemen air semula jadi dari sumber sungai dan pantai, elemen air buatan manusia juga berpotensi untuk disediakan bagi mewujudkan persekitaran yang menarik. Antara elemen air yang boleh digunapakai ialah: i. Kolam – Kesan air tenang (still-water effect) ii. Air Terjun – Jatuh bebas (free falling water effect), iii. Cascading – Kesan elemen air bertingkat (cascading water effect) iv. Air Pancut – Pancuran (spouting water effect) dan dry fountain Konsep reka bentuk elemen air ini menggunakan elemen batuan dalam mewujudkan imej semula jadi dalam reka bentuk selain komponen pencahayaan yang berwarna-warni pada elemen air. Contoh penggunaan elemen air sebagai titik fokus dan mercu tanda bagi sesebuah taman rekreasi atau kawasan tumpuan yang dapat menjdi elemen penyejuk kawasan persekitarannya. PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 4.8.5 Elemen Air 4-29
Tempat duduk dan wakaf merupakan antara komponen bagi landskap kejur yang efektif kepada pengunjung dan pengguna di kawasan-kawasan tertentu. Penyediaan komponen ini adalah bagi memberikan keselesaan kepada pengguna selain menceriakan sesebuah kawasan dengan reka bentuk yang menarik dan tersendiri. Konsep reka bentuk yang dicadangkan adalah menggunakan karakter ukiran bunga pada wakaf dan tempat duduk selain elemen batuan dalam mewujudkan imej semula jadi. Komponen tempat duduk dan wakaf ini akan dikenalpasti dan dirancang peletakannya secara teliti seperti berikut: i. Menyediakan tempat duduk di lokasi yang sesuai dan menghadap pemandangan yang menarik. ii. Menggunakan reka bentuk yang seragam untuk sesuatu kawasan supaya dapat menonjolkan identiti kawasan berkenaan. iii. Memilih bahan binaan yang sesuai dengan mengambilkira ketahanan dan jadar penyelenggaraan. iv. Meletakkan elemen pencahayaan untuk tujuan keselamatan serta mengelakkan kegiatan tidak bermoral. PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 4.8.6 Tempat Duduk dan Wakaf 4-30
Arca merujuk kepada suatu binaan yang menggambarkan sesuatu entiti khas, biasanya peristiwa, haiwan, tumbuhan mahupun objek falsafah. Ia bertujuan sebagai seni awam yang dipamerkan di kawasan terbuka untuk melambangkan sesuatu kepada orang yang melalui kawasannya dengan cara yang lebih ketara daripada apa yang boleh ditekankan melalui penggunaan perkataan. Reka bentuk arca di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat yang biasanya dijadikan hiasan ini adalah berdasarkan kepada beberapa konsep terutamanya di persempadanan pintu masuk dan kawasan tumpuan bandar. PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 4.8.7 Arca dan Gerbang 4-31 Konsep Motif Bunga Tanjung Konsep Motif Rempah-ratus Konsep Ukiran Batu dan Pahatan Elemen seni ukiran motif rempah-ratus tiga sekawan iaitu bunga lawang, bunga cengkih dan kayu manis Elemen seni ukiran motif bunga tanjung yang menjadi bunga rasmi bagi Majlis Perbandaran Batu Pahat Elemen seni ukiran batuan dan aktiviti pahatan yang menjadi identiti nama Batu Pahat
CADANGAN PEMBANGUNAN PELAN INDUK LANDSKAP 5.0
5-1 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5.0 CADANGAN PEMBANGUNAN PELAN INDUK LANDSKAP Dalam merealisasikan pembangunan landskap yang menarik dan tersendiri, Pelan Induk Landskap bagi Majlis Perbandaran Batu Pahat ini akan menitikberatkan pembangunan landskap yang komprehensif di lokasi-lokasi bersesuaian dan strategik mengikut keperluan semasa dan akan datang. Keunikan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat adalah dipengaruhi oleh sumber kawasan sekitarnya seperti aset alam semula jadi, tarikan pelancongan, warisan dan budaya. Hal ini seterusnya menjadi pegangan dan teras dalam perancangan pembangunan reka bentuk dan landskap yang akan dicadangkan. Perancangan reka bentuk landskap juga melibatkan elemen landskap kejur dan elemen landskap lembut yang dapat mengindahkan kawasan-kawasan tumpuan serta kawasan keutamaan seperti pusat bandar, kawasan pelancongan dan kawasan tanah lapang dan rekreasi. 1 Pembangunan Landskap Kawasan Persempadan 2 Pembangunan Landskap Laluan Utama 3 Pembangunan Landskap Perbandaran 4 Pembangunan Landskap Kawasan Lapang dan Rekreasi 5 Pembangunan Landskap Kawasan Lapangan Pelancongan 6 Pembangunan Kawasan Pemeliharaan dan Pemuliharaan Landskap Semula Jadi 7 Pembangunan Landskap Kawasan Perumahan 8 Pembangunan Landskap Kawasan Industri 9 Pembangunan Landskap Kawasan Institusi 10 Pembangunan Landskap Kawasan Bersejarah Pembangunan landskap yang dicadangkan ini dipilih berdasarkan potensi lokasi yang strategik yang menjadi keutamaan selain bagi menangani isu dan masalah yang telah dikenalpasti di peringat kajian yang telah dijalankan sebelum ini. Antara kawasan pembangunan landskap yang dicadangkan adalah seperti berikut:
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5-2 MAJLIS PERBANDARAN MUAR MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM MAJLIS PEMBANDARAN PONTIAN PETUNJUK Hutan Simpan Kekal Kawasan Berhutan Kategori PELAN LOKASI Hutan S e l a t M e l a k a Rajah 5.1 Pelan Induk Landskap Keseluruhan Cadangan Pembangunan Sumber: Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022 0 2 4 1 Kilometers Lain-lain Petunjuk Sempadan Mukim Jalan Utama Sungai Utama Ke Pontian Ke Ayer Hitam Ke Yong Peng Ke Yong Peng Ke Yong Peng Ke Muar BANDAR PENGGARAM SEMERAH PARIT RAJA SENGGARANG RENGIT TONGKANG PECHAH MAJLIS DAERAH YONG PENG S e l a t M e l a k a Kawasan Semula Jadi Hutan Kawasan Semula Jadi Pantai Kawasan Semula Jadi Pulau Kawasan Semula Jadi Sungai Cadangan Pembangunan Landskap Kawasan Persempadanan Cadangan Pembangunan Landskap Laluan Utama Cadangan Pembangunan Landskap Perbandaran
Pintu masuk dan kawasan persempadanan amat penting dalam mengenalpasti had sesebuah kawasan atau daerah. Landskap di pintu masuk dan kawasan persempadanan ini memainkan peranan penting dalam mewujudkan imej dan karakter landskap kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat. Secara keseluruhannya, landskap di pintu masuk persempadanan berada dalam keadaan sederhana dan berpotensi untuk peniktarafan dengan imej dan identiti tersendiri. Landskap di sesetengah kawasan pintu masuk juga berada ditahap kurang memuaskan dari aspek tanaman hiasan dan teduhan serta perabot landskap seperti elemen pencahayaan, papan tanda (way finding) dan kotak penanaman. KONSEP Konsep landskap kawasan persempadanan yang dicadangkan ialah ‘Gateway to Heritage District’ atau suasana selamat datang dengan imej dan identiti warisan tempatan. • Konsep ini akan mewujudkan suasana yang mengalu-alukan kedatangan pengunjung dengan elemen-elemen reka bentuk dan landskap dengan identiti tempatan. • Secara tidak langsung, ia memberi impak gambaran awal yang tersendiri ke kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat. MATLAMAT Mewujudkan kawasan persempadanan dengan imej dan identiti yang tersendiri dengan karakter reka bentuk landskap yang terancang bagi memberi gambaran awal terhadap had persempadanan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat. LOKASI CADANGAN Lokasi yang dicadangkan merupakan jalan masuk dan kawasan persempadanan antara daerah atau pentadbiran bersebelahan dengan Majlis Perbandaran Batu Pahat. Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, lima (5) lokasi kawasan persempadanan telah dikenalpasti iaitu: 1. Pintu Masuk Persempadanan Ayer Hitam – Batu Pahat (Jalan Kluang) 2. Pintu Masuk Persempadanan Yong Peng – Batu Pahat (Jalan Tongkang Pechah) 3. Pintu Masuk Persempadanan Yong Peng – Batu Pahat (Jalan Parit Jalil) 4. Pintu Masuk Persempadanan Yong Peng – Batu Pahat (Jalan Simpang Lima) 5. Pintu Masuk Persempadanan Muar – Batu Pahat (Jalan Muar) 5.1 CADANGAN PEMBANGUNAN LANDSKAP KAWASAN PERSEMPADANAN 5-3 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP
PETUNJUK Lebuhraya Jalan Persekutuan Jalan Negeri Kategori Jalan Lain-lain Petunjuk Sempadan Blok Perancangan (BP) Sempadan Mukim S e l a t M e l a k a 0 2 4 1 Kilometers MAJLIS DAERAH YONG PENG MAJLIS PERBANDARAN MUAR MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM MAJLIS PEMBANDARAN PONTIAN Jalan Tempatan 5 4 2 1 3 Persempadanan Yong Peng –Batu Pahat (Jalan Tongkang Pechah) Persempadanan Yong Peng –Batu Pers Pahat (Jalan Simpang Lima) empadanan Muar –Batu Pahat (Jalan Muar) Persempadanan Pontian – Batu Pahat (Jalan Pontian) Persempadanan Ayer Hitam –Batu Pahat (Jalan Kluang) Persempadanan Yong Peng –Batu Pahat (Jalan Parit Jalil) PELAN LOKASI S e l a t M e l a k a Rajah 5.2 Pelan Lokasi Pintu Masuk Persempadanan Sumber: Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5-4
CADANGAN PEMBANGUNAN Cadangan komponen pembangunan kawasan persempadanan adalah bergantung kepada keadaan semasa tapak, dengan beberapa keperluan landskap yang perlu ditambah baik bagi membentuk imej dan identiti yang menarik. Antara komponen pembangunan yang dicadangkan ialah: I. Menaik taraf mercu tanda pintu masuk kawasan persempadanan dengan elemen gerbang, papan tanda atau hiasan arca dengan konsep pembangunan Majlis perbandaran Batu Pahat seperti: ➢ Penggunaan bunga rasmi (Bunga Tanjung) yang bersesuaian dengan sejarah dan karakter kawasan yang mana pembangunan Daerah Batu Pahat ini bermula di Jalan Tanjung Laboh. ➢ Penggunaan motif dan budaya tempatan seperti seni ukiran dan tenunan seperti motif bunga, herba dan rempah-ratus pada pintu gerbang persempadanan yang melambangkan tradisi Daerah Batu Pahat dan Negeri Johor. ➢ Penggunaan konsep batuan daripada aktiviti pahatan batu yang dapat melambangkan MPBP sebagai sebuah kawasan yang berprestij tinggi. II. Menambah baik elemen landskap kejur seperti sistem pencahayaan sama ada lampu hiasan atau lampu jalan. III. Penanaman pokok pinggiran jalan yang dapat memberi teduhan yang baik selain pokok hiasan yang meningkatkan nilai estatika dan kualiti pemandangan. IV. Kawasan khusus/pit stop sebagai ruang hentian untuk mengambil gambar foto kenangkenangan. V. Penyediaan program pencahayaan yang menarik pada malam hari di sekitar pintu masuk dan menaiktaraf hiasan landskap mengikut musim (perayaan dan acara rasmi). Gambaran rekabentuk pintu gerbang yang unik dan tersendiri dengan penggunaan elemen pencahayaan sebagai tarikan di kawasan persempadanan. 5-5 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP
5.1.1 Pintu Masuk Persempadanan Ayer Hitam – Batu Pahat (Jalan Kluang) Merupakan persempadanan utama bagi kawasan Majlis Daerah Yong Peng – Majlis Daerah Batu Pahat yang melalui Jalan Kluang. Cadangan arca pintu masuk berkonsepkan bunga tanjung 5-6 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP
Arca dengan reka bentuk bunga rasmi (Bunga Tanjung) dan daun di sisi jalan Penggunaan kotak tanaman di pembahagi jalan untuk penanaman pokok renek Gambaran Pintu Masuk pada Waktu Malam 5-7 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP
5.1.2 Pintu Masuk Persempadanan Yong Peng – Batu Pahat (Jalan Tongkang Pechah) Merupakan persempadanan utama bagi kawasan Majlis Daerah Yong Peng – Majlis Daerah Batu Pahat yang melalui Jalan Tongkang Pechah. Cadangan arca pintu masuk berkonsepkan seni ukiran motif rempah-ratus tiga sekawan iaitu bunga lawang, bunga cengkih dan kayu manis 5-8 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP
Gambaran Pintu Masuk pada Waktu Malam Arca dengan reka bentuk seni ukiran motif rempah-ratus tiga sekawan iaitu bunga lawang, bunga cengkih dan kayu manis Penggunaan arca tulisan BATU PAHAT yang melambangkan nama daerah Batu Pahat 5-9 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP
5.1.3 Pintu Masuk Persempadanan Muar – Batu Pahat (Jalan Muar) Merupakan persempadanan daerah Muar – Batu Pahat ini terletak berdekatan dengan Pekan Semerah yang mana jalan utamanya adalah Jalan Muar. Cadangan arca pintu masuk berkonsepkan elemen batuan dan aktiviti pahatan 5-10 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP
Gambaran Pintu Masuk pada Waktu Malam Penggunaan arca tulisan BATU PAHAT yang melambangkan nama daerah Batu Pahat Arca reka bentuk batuan tangan dan pahat daripada aktiviti pahatan batu Arca bunga tanjung 3D (fiber) dengan batang besi 5-11 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP
5.1.4 Persempadanan Yong Peng – Batu Pahat (Jalan Parit Jalil) Merupakan persempadanan utama bagi kawasan Majlis Daerah Yong Peng – Majlis Daerah Batu Pahat yang melalui Jalan Parit Jalil. Cadangan arca pintu masuk berkonsepkan motif tenunan songket Arca dengan reka bentuk tenunan songket Johor 5-12 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP
5.1.5 Pintu Masuk Persempadanan Yong Peng – Batu Pahat (Jalan Simpang Lima) Merupakan persempadanan utama bagi kawasan Majlis Daerah Yong Peng – Majlis Daerah Batu Pahat yang melalui Jalan Simpang Lima Cadangan arca pintu masuk berkonsepkan motif tenunan dan bunga tanjung Arca dengan reka bentuk tenunan songket Johor dan bunga tanjung sebagai bunga rasmi MPBP 5-13 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP
5-14 Imej Spesifikasi Imej Spesifikasi Pokok Nama: Bauhinia blakeana (Hong Kong Orchid Tree) Karakter: Keluarga Fabaceae, tinggi pokok antara 6-10 meter, bunga berwarna merah jambu dengan daunnya hijau muda. Nama: Peltophorum pterocarpum (Yellow flame) Karakter: Keluarga Fabaceae, tinggi pokok antara 15- 25 meter dan berbunga kuning. Nama: Samanea saman (Hujan-hujan) Karakter: Keluarga Fabaceae, tinggi pokok antara 15-25 meter, berbunga kecil merah jambu dan berbuah panjang coklat gelap. Nama: Lagerstroemia speciosa (Kedah bungor ) Karakter: Keluarga Lythraceae, tinggi pokok sehingga 20 meter dan berbunga putih. Nama: Syzygium myrtifolium (Kelat paya) Karakter: Keluarga Myrtaceae, tinggi pokok antara 25-45 meter, berbunga kecil biseksual yang berwarna putih dan berbuah berbentuk bulat atau elips Nama: Filicium decipiens (Kiara payung) Karakter: Keluarga Sapindaceae, tinggi pokok antara 16-30 meter, berbunga 5 sepal dan 5 kelopak kuning dan berbuah berbentuk elips atau drupe. Nama: Mesua ferrea (Penaga lilin) Karakter: Keluarga Calophyllaceae, tinggi pokok antara 18-30 meter, berbunga putih tengah kuning-oren dan berbuah berbentuk tidak teratur. Nama: Mimusops elengi (Tanjung) Karakter: Keluarga Sapotaceae, tinggi pokok antara 5- 15meter, berbunga putih dan berbuah bujur. 5.1.6 Cadangan Landskap Lembut bagi Kawasan Pintu Masuk Persempadanan Pemilihan landskap lembut yang dicadangkan bagi kawasan persempadanan ini perlulah daripada spesis pokok yang memberi teduhan, berbatang tegak serta bentuk bersifat stuctural,. Pemilihan pokok rasmi serta pokok hiasan yang berbunga adalah selaras dengan konsep landskap lembut kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat iaitu biomimicry dengan meniru proses semula jadi kawasan persekitarannya sendiri. PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP
Imej Spesifikasi Imej Spesifikasi Palma Nama: Roystonea regia (Royal palm) Karakter: Keluarga Arecaceae, tinggi pokok antara 10-30 meter, berbunga, berbuah dan berdaun panjang bersaiz 37 sentimeter. Nama: Cyrtostachys renda (Pinang raja) Karakter: Keluarga Arecaceae, tinggi pokok sehingga 5meter, berdahan merah dan berbuah bujur yang berwarna hitam. Nama: Archontophoenix alexandrae (Palma Alexander) Karakter: Keluarga Arecaceae, tinggi pokok sehingga 25meter, berdahan kelabu muda dan berbuah bulat yang berwarna merah terang. Nama: Livistona rotundifolia (Serdang) Karakter: Keluarga Arecaceae, tinggi pokok sehingga 27meter, berdahan coklat dan berbuah bulat yang berwarna merah dan hitam. Pokok Renek Nama: Heliconia psittacorum (Sepit udang) Karakter: Keluarga Heliconiacae, berdaun panjang 15-300 cm dan berbunganya kuning kehijauan serta jingga. Nama: Bougainvillea 'Elizabeth Angus’ (Bunga kertas) Karakter: Keluarga Nyctaginaceae, tinggi pokok sehingga 10meter dan berbungga, merah, merah jambu, unggu dan putih. Nama: Catharanthus roseus (L.) G.Don (Tahi ayam) Karakter: Keluarga Apocynaceae, tinggi pokok sehingga 1meter dan berbungga, merah hingga merah jambu muda. Nama: Tabernaemontana divaricata (L.) (Pinwheel FLower) Karakter: Keluarga Apocynaceae, tinggi pokok sehingga 2meter dan berbungga putih. 5-15 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP
Pembangunan landskap jalan utama dan jalan protokol adalah penting bagi membentuk tulang belakang jaringan hijau di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat. Ia juga berfungsi meningkatkan ekologi persekitaran dan kelestarian laluan selain memberi pengindahan dengan imej landskap yang beridentiti tersendiri. Secara keseluruhannya, pembangunan landskap jalan-jalan utama berada dalam keadaan sederhana disebabkan faktor kekurangan penyediaan pokok pinggiran jalan, elemen pencahayaan serta laluan pejalan kaki dan basikal yang berkesinambungan. Laluan pejalan kaki dan basikal yang berkesinambungan sangat diperlukan bagi menghubungkan kawasan tumpuan bandar. KONSEP Konsep yang dicadangkan ialah ‘Green street network’ iaitu rangkaian jalinan hijau dengan penanaman pokok teduhan dan hiasan yang menghubungkan dari satu kawasan ke kawasan yang lain mengikut kesesuaian penggunaan di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat. • Konsep ini akan meningkatkan fungsi landskap jalan sebagai penunjuk arah dan sense of direction selain memberikan teduhan kepada pengguna jalan raya. • Secara tidak langsung mewujudkan suasana jalan raya yang selamat dan selesa kepada pejalan kaki dan pemandu kenderaan. MATLAMAT Menjadikan jalan raya sebagai tulang belakang rangkaian jalinan hijau dan mewujudkan identiti setiap jalan melalui penanaman spesies pokok yang berbeza bagi memenuhi keperluan pengguna jalan raya serta mengimbangi ekologi persekitaran. LOKASI CADANGAN Lokasi yang dicadangkan merupakan jalan-jalan utama dari daerah atau pentadbiran bersebelahan serta jalan-jalan bandar di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat. Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, jalan-jalan utama yang dikenalpasti melibatkan jalan persekutuan, jalan negeri dan jalan bandar seperti berikut: Jalan Persekutuan Jalan Negeri Jalan Bandar 1. Jalan Kluang (Jalan Persekutuan 50) 2. Jalan Pontian (Jalan Persekutuan 5) 3. Jalan Muar (Jalan Persekutuan 5) 4. Jalan Tanjung Laboh (Jalan Persekutuan 5) 1. Jalan Tongkang Pechah (Jalan Negeri J13) 2. Jalan Simpang Lima – Parit Sulong (Jalan Negeri J19) 3. Jalan Minyak Beku (Jalan Negeri J17) 4. Jalan Parit Botak (Jalan Negeri J9) 1. Jalan Kluang 2. Jalan Bakau Condong 3. Jalan Bukit Pasir 4. Jalan Rahmat 5. Jalan Ampuan 6. Jalan Pejabat 7. Jalan Zabedah 8. Jalan Shahbandar 5.2 CADANGAN PEMBANGUNAN LANDSKAP LALUAN UTAMA 5-16 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP
PETUNJUK Lebuhraya Jalan Persekutuan Jalan Negeri PELAN LOKASI Kategori Jalan Lain-lain Petunjuk Sempadan Blok Perancangan (BP) Sempadan Mukim S e l a t M e l a k a S e l a t M e l a k a Rajah 5.3 Pelan Jalan-jalan Utama Sumber: Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022 0 2 4 1 Kilometers MAJLIS DAERAH YONG PENG MAJLIS PERBANDARAN MUAR MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM MAJLIS PEMBANDARAN PONTIAN Jalan Tempatan S e l a t M e l a k a 1 2 3 4 1 2 3 4 Jalan Kluang (Jalan Persekutuan 50) Jalan Muar (Jalan Persekutuan 5) Jalan Tongkang Pechah (Jalan Negeri J13) Jalan Minyak Beku (Jalan Negeri J17) Jalan Simpang Lima–Parit Sulong (Jalan Negeri J19) PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5-17
PETUNJUK Jalan Persekutuan Jalan Negeri Jalan Tempatan Kawasan Hijau PELAN LOKASI Kategori Jalan Lain-lain Petunjuk Sempadan Blok Perancangan (BP) Sempadan Mukim S e l a t M e l a k a Rajah 5.4 Pelan Jalan Bandar Penggaram Sumber: Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022 0 0.2 0.4 0.1 Kilometers 1 2 3 4 5 6 7 8 Jalan Kluang Jalan Bakau Condong Jalan Rahmat Jalan Shahbandar Jalan Pejabat PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5-18
5.2.1 Tindakan Pengukuhan Imej Landskap Jalan Utama Cadangan komponen pembangunan landskap jalan-jalan utama dan jalan protokol bergantung kepada keadaan semasa di tapak. Terdapat cadangan komponen pembangunan landskap yang perlu ditambah baik bagi meningkatkan imej laluan adalah seperti: I. Penyediaan imej landskap kejur seperti papan tanda dan lampu jalan yang menarik dan dengan ciri-ciri tempatan di laluan-laluan utama dan laluan protokol. II. Penurapan jalan dengan motif yang menarik dan beridentiti di kawasan-kawasan keutamaan. III. Menyediakan kemudahan pejalan kaki dan koridor hijau yang berkesinambungan di jalan utama melalui pemilihan komponen landskap yang seragam, formal dan menarik. IV. Mempertingkatkan kualiti visual jalan-jalan utama melalui kombinasi landskap kejur dan landskap lembut dimana penggunaan gabungan pokok teduhan dan pokok renek yang menarik akan meningkatkan keindahan persekitaran. V. Memilih jenis tanaman berdasarkan tema dan konsep pembangunan, mempunyai daya ketahanan yang tinggi selain menekankan aspek keselamatan. VI. Pengekalan tanaman sedia ada serta penanaman pokok baru daripada tanaman rasmi sama ada pokok teduhan, palma dan pokok renek sebagai hiasan yang bersesuaian dengan imej pembangunan setiap bandar yang terlibat. VII. Cadangan pembangunan jalan baru pada masa hadapan haruslah mengambilkira penyediaan rizab landskap/ utiliti, laluan siar kaki dan basikal yang mencukupi. 5-19 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5.2.1.1 Cadangan Landskap Jalan Tanjung Laboh (Jalan Persekutuan 5) Rajah 5.5: Cadangan Landskap Jalan Tanjung Laboh (Jalan Persekutuan 5) Laluan Bollard Pejalan Kaki Mussaenda erythrophylla Lampu Rasmi Mimusop elengi Ficus nitida 'Golden’ Bougainvillea glabra Pokok rasmi Mimusop Elengi Penggunaan lampu rasmi Kawasan Hijau Jalan Kawasan Hijau Pejalan Perumahan Kaki Pejalan Kaki I. Merupakan jalan penghubung antara Senggarang dan Bandar Penggaram dengan pembangunan landskap di pinggiran jalan yang tidak menyeluruh. II. Terdapat penyediaan pokok Mimusops elengi (Bunga Tanjung) yang merupakan tanaman rasmi majlis namun penyediaanya tidak berkesinambungan di sepanjang jalan. III. Terdapat juga pembangunan landskap yang pelbagai disebabkan pembangunan kawasan persekitarannya adalah komersial, industri dan institusi yang terletak secara berselerak.
Kawasan Jalan Hijau / Pejalan Kaki Kawasan Komersial Jalan Kawasan Kawasan Komersial Hijau/ Divider Pejalan Kaki Penggunaan lampu rasmi 5.2.1.2 Cadangan Landskap Jalan Tongkang Pechah (Jalan Negeri J13) PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Rajah 5.6: Cadangan Landskap di Persimpangan Jalan Tongkang Pechah (Jalan Negeri J13) Tempat Letak Kereta Laluan Bollard Pejalan Kaki Mussaenda 'Calcutta’ Lampu Rasmi Mimusop elengi Ficus nitida 'Golden’ Bougainvillea glabra 'Alba’ Cadangan pengukuhan reka bentuk landskap di laluan utama Bandar Tongkang Pechah dengan komponen-komponen bandar selamat seperti bollard dan elemen pencahayaan selain elemen landskap yang menarik kerana ianya terletak secara berjajar dengan kawasan tumpuan komersial bandar. I. Jalan Tongkang Pechah (Jalan Negeri J13) merupakan jalan yang menghubungkan Bandar Penggaram dan Tongkang Pechah. II. Terdapat pembangunan landskap di kawasan persempadanan Tongkang Pechah namun tidak menyeluruh sehingga di jalan utama bandar dengan penanaman pokok Bunga Tanjung di pinggiran jalan yang tidak berkesinambungan. III. Saiz rizab jalan yang luas berpotensi untuk penanaman pokok renek yang mudah diselenggara. IV. Pertimbangan terhadap penyediaan rizab landskap dan rizab utiliti yang mencukupi kerana pada masa kini terdapat konflik untuk penyediaan pokok teduhan dan talian kabel elektrik. Kawasan Hijau Jalan Pejalan Kaki Pejalan Kawasan Hijau Kaki Pokok rasmi Mimusop Elengi Penggunaan lampu rasmi Rajah 5.7: Cadangan Landskap di Jalan Tongkang Pechah (Jalan Negeri J13) 5-20
5.2.1.1 Cadangan Landskap Jalan Minyak Beku (Jalan Negeri 17) PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Cadangan pengukuhan landskap laluan dengan penyediaan elemen pencahayaan dan tanaman penampan menceriakan laluan di samping menghalang pandangan kurang menarik di kawasan industri. I. Merupakan laluan penghubung Bandar Penggaram ke kawasan tarikan pelancongan Pantai Minyak Beku. II. Tiada pembangunan landskap termasuk tanaman pinggiran jalan di sepanjang jalan ini. III. Kawasan sekitarnya yang terdiri dari kawasan perindustrian, pertanian, petempatan desa, belukar dan tanah kosong memperlihatkan permandangan yang berserabut dan tidak teratur. IV. Keperluan pembangunan landskap jalan seperti penanaman pokok teduhan dan penyediaan elemen landskap kejur seperti lampu dan papan tanda memandangkan jalannya merupakan jalan utama ke kawasan pelancongan Rajah 5.8: Cadangan Landskap Jalan Minyak Beku (Jalan Negeri 17) Kawasan Industri Jalan Kawasan Hijau Berbukit Pokok penampan Penggunaan lampu rasmi Eugenia oleina Lampu Rasmi Ficus nitida 'Golden’ Mimusop elengi Bougainvillea glabra 'Alba’ 5-21
5.2.2 Tindakan Pengukuhan Imej Landskap Jalan Protokol Laluan protokol merupakan jalan utama yang digunakan untuk ke lokasi-lokasi rasmi seperti bangunan kerajaan, pentadbiran dan lain-lain. Jalan protokol juga dikaitkan dengan jalan yang digunakan untuk acara-acara rasmi atau laluan pemimpin dan orang kenamaan. Antara laluan protokol di kawasan pentadbiran Batu Pahat ini adalah Jalan Tanjung Laboh, Jalan Kluang, Jalan Bakau Condong dan Jalan Rahmat serta laluan persempadanan daerah seperti Jalan Tongkang Pechah, Jalan Kluang, Jalan Muar dan Jalan Pontian. PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Rajah 5.9: Cadangan Landskap Jalan Protokol Bandar Penggaram - Jalan Rahmat Tempat Letak Kereta BP Walk / Laluan Pejalan Kaki dan Basikal Tempat Letak Kereta Laluan Pejalan Kaki dan Basikal Jalan Divider Jalan Penggunaan lampu rasmi di pembahagi jalan (divider) Mencadangkan penyediaan pembahagi jalan bagi meningkatkan ruang hijau dalam bandar Tempat Letak Kereta Interlocking Bollard Jalan Mussaenda philippica 'Aurorae’ Lampu Rasmi Mimusop elengi Wodyetia Bifurcata Lampu Sisi Jalan Laluan Pejalan Kaki Tanaman Landskap/ Pintu Masuk Persempadanan Tanaman Landskap/ Pintu Masuk Persempadanan Jalan Penggunaan elemen pencahayaan di rizab jalan Reka bentuk arca pintu masuk berkonsepkan motif tenunan dan bunga tanjung Rajah 5.10: Cadangan Landskap Jalan Protokol Antara Bandar- Jalan Tongkang Pechah 5-22
5.2.3 Cadangan Landskap Lembut bagi Laluan Utama Pemilihan landskap lembut bagi laluan utama ini perlulah daripada spesis pokok yang berbatang lurus, cepat membesar dengan percabangan tidak kurang daripada 3 m dari paras jalan. Pemilihan tanaman juga perlulah mengikut keperluan rizab dan hierarki jalan. PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Imej Spesifikasi Imej Spesifikasi Pokok Nama: Mimusops elengi (Tanjung) Karakter: Keluarga Sapotaceae, tinggi pokok antara 5- 15meter, berbunga putih dan berbuah bujur. Nama: Hopea odorata (Merawan siput jantan) Karakter: Keluarga Dipterocarpaceae, tinggi sehingga 45 meter, berbunga putih kekuningan dan berbuah. Nama: Mesua ferrea (Penaga lilin) Karakter: Keluarga Clusiaceae dan tinggi pokok sehingga 13 meter, bunga berwarna putih dan kuning beserta daun berwarna hijau kekelabuan dan berlilin. Nama: Syzygium myrtifolium (Kelat paya) Karakter: Keluarga Myrtaceae, berbunga putih dan berbuah kecil dengan bentuk seperti buah pear. Nama: Samanea saman (Hujan-hujan) Karakter: Keluarga Fabaceae, tinggi pokok sehingga 25 meter, berbunga kecil merah jambu dan berbuah panjang coklat gelap. Nama: Bauhinia blakeana (Hong Kong Orchid Tree) Karakter: Keluarga Fabaceae, tinggi pokok antara 6-10 meter, bunga berwarna merah jambu dengan daunnya hijau muda Nama: Gardenia carinata (Cempaka hutan) Karakter: Keluarga Rubiaceae, tinggi pokok sehingga 25 meter, bunga wangi berbentuk seperti kincir dan daun berbentuk elips Nama: Dillenia indica L. (Simpoh Air) Karakter: Keluarga Dilleniaceae, tinggi pokok sehingga 30meter, berbunga besar hijau kekuningan dan berbuah agregat bulat. 5-23
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Imej Spesifikasi Imej Spesifikasi Palma Nama: Roystonea regia (Royal palm) Karakter: Keluarga Arecaceae, tinggi pokok antara 10-30 meter, berbunga, berbuah dan berdaun panjang bersaiz 37 sentimeter. Nama: Crytostachys renda (Pinang raja) Karakter: Keluarga Arecaceae, tinggi pokok sehingga 5meter, berdahan merah dan berbuah bujur yang berwarna hitam. Nama: Wodyetia bifurcata (Foxtail palm) Karakter: Keluarga Arecaceae, tinggi pokok sehingga 15 meter, berdahan berbentuk kolumnar hingga berbentuk botol dan berbuah berkelompok, hijau ke merah oren. Nama: Normanbya normanbyi (Normanbia) Karakter: Keluarga Arecaceae, tinggi pokok sehingga 20 meter, dahan licin, langsing, dan bercincin rapat dan berbuah bentuk pir panjang berwarna coklat muda. Pokok Renek Nama: Mussaenda queen sirikit (Janda baik) Karakter: Keluarga Rubiaceae, tinggi pokok sehingga 6 meter dan berbunga merah jambu dan ungu. Nama: Hibiscus tiliaceus tricolor (Bunga raya) Karakter: Keluarga Malvaceae dan berbunga merah, putih, merah jambu, kuning dan maroon. Nama: Jasminum grandiflorum (Bunga Melur) Karakter: Keluarga Oleaceae, tinggi pokok sehingga 5 meter dan berbunga putih. Nama: Caesalpinia pulcherrima (Jambol Merak) Karakter: Keluarga Fabaceae, tinggi pokok sehingga 6 meter dan berbunga oren, kuning dan merah. 5-24
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5.3 CADANGAN PEMBANGUNAN LANDSKAP PERBANDARAN Pembangunan aspek landskap perbandaran akan memberi tumpuan kepada bandar dan pekan yang telah di kenal pasti. Penataan landskap dan aspek reka bentuk bandar akan memperkukuhkan hierarki bandar sedia ada iaitu Bandar Utama, Bandar Tempatan dan Pekan. Majlis Perbandaran Batu Pahat mempunyai empat (4) bandar dan dua (2) pekan yang berpotensi untuk pembangunan landskap perbandaran. Bandar/pekan tersebut ialah: Bandar/Pekan Utama MATLAMAT Mengatur semua elemen persekitaran bandar pada skala dari luar bandar ke bandar dan meningkatkan daya serap bandar. Pemakaian konsep transek bandar melalui susunan yang dibuat dapat memudahkan kefahaman kepada bentuk bandar (urban form), Ianya boleh diterjemahkan terus ke dalam kategori pengezonan serta mewujudkan persekitaran yang kondusif. Manakala pemakaian konsep bandar span dapat mengimbangi pembangunan diantara kawasan tepu bina dan kawasan hijau/biru. KONSEP Konsep reka bentuk bandar yang dicadangkan adalah pembangunan berdasarkan Transek Bandar yang telah ditetapkan dan konsep Bandar Span (Sponge City) bagi meningkatkan daya serap bandar (air dan cahaya). Kedua-dua konsep ini dipilih kerana ianya:- ➢ Merupakan satu konsep yang sesuai untuk mewujudkan agihan ruang bandar yang baik mengikut zon aktiviti guna tanah. ➢ Membantu di dalam pembentukan latar langit. ➢ Meningkatkan tahap legibiliti bandar dan memudahkan pembentukan identiti mengikut daerah bandar (urban district) ➢ Membantu menjalankan kawalan, perancangan dan pembangunan ➢ Menjadikan bandar lebih tahan banjir dan kemarau ➢ Menambah ruang hijau untuk meningkatkan ‘sponginess’ ➢ Membantu mencegah bencana masa depan ➢ Membersihkan udara di dalam bandar ➢ Mengawal rebakkan bandar 5-25
PETUNJUK Perumahan Komersial Industri Institusi dan Kemudahan Masyarakat Infrastruktur dan Utiliti Pengangkutan Pertanian Hutan Tanah Lapang dan Rekreasi Tanah Kosong Badan Air PELAN LOKASI Aktiviti Gunatanah Lain-lain Petunjuk Sempadan Blok Perancangan (BP) Sempadan Mukim S e l a t M e l a k a MAJLIS PERBANDARAN MUAR MAJLIS DAERAH SIMPANG RENGGAM MAJLIS PEMBANDARAN PONTIAN Rajah 5.11 Pelan Hierarki Bandar dan Pekan Sumber: Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022 0 2 4 1 Kilometers MAJLIS DAERAH YONG PENG PARIT RAJA (Bandar Tempatan) RENGIT (Bandar Tempatan) SENGGARANG (Pekan) TONGKANG PECHAH (Bandar Tempatan) BANDAR PENGGARAM (Bandar Utama) SEMERAH (Pekan) PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5-26
5.3.1 Tindakan Pembangunan Landskap Bandar Penggaram Cadangan pembangunan landskap bagi Bandar Penggaram menekankan aspek penaiktarafan dan pembangunan bandar bagi kawasan-kawasan tertentu yang strategik dalam mengaplikasikan konsep dan tema pembangunan yang dicadangkan. PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP OBJEKTIF Objektif pembangunan landskap bagi bandar Penggaram adalah: i. Membentuk imej Bandar Penggaram sebagai sebuah bandar pelancongan dengan penerapan ciri-ciri budaya tempatan dan warisan Negeri Johor dalam pembangunan landskap dan reka bentuk bandar. ii. Membangunkan lebih banyak kawasan hijau awam (green public spaces) di bandar melalui pendekatan infrastruktur hijau (blue-green infrastructure) dengan mengintegrasikan pembangunan di pinggiran Sungai Batu Pahat dan kawasan pusat bandar. iii. Meningkatkan tahap kemudahsampaian dan kemudahtelapan melalui penyediaan jalinan hijau yang dilengkapi papan tanda arah dan maklumat bagi kemudahan penduduk tempatan dan pengunjung luar. MATLAMAT Matlamat pembangunan landskap bandar ini adalah bagi menjadikan Bandar Penggaram sebagai sebuah bandar yang mengetengahkan imej warisan setempat seiring dengan fungsi bandar sebagai bandar utama bagi kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat. 5-27
5.3.1.1 Kerangka Pembangunan Reka Bentuk Bandar Bagi Bandar Penggaram Bandar Penggaram dikelaskan sebagai Bandar Utama mengikut hierarki petempatan berdasarkan Dasar Perbandaran Negara Kedua (DPN 2) dan disenaraikan sebagai Pusat Wilayah Negeri melalui Rancangan Tempatan Daerah Batu Pahat 2030. Cadangan transek bandar di Bandar Penggaram adalah seperti rajah berikut. 5-28 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Rajah 5.12: Cadangan Transek Bandar Bagi Bandar Penggaram Cadangan T6 (Zon Teras Bandar) merupakan kawasan pusat Bandar Penggaram termasuk zon warisan. Zon warisan ini akan mempunyai corak pembangunan yang berbeza dari zon T6 yang lain kerana kepentingan pengekalan warisan. Oleh itu perlu kawalan terhadap penambahan ketinggian bangunan di dalam zon warisan. Secara teorinya T6 adalah kawasan yang mempunyai kepadatan yang tinggi dan akan menempatkan/membenarkan bangunanbangunan yang lebih tinggi dari zon yang lain. Kerangka pembangunan reka bentuk bandar bagi Bandar Penggaram adalah berdasarkan kajian kesaling hubungan reka bentuk bandar yang merangkumi aspek morfologi bandar, tahap legibiliti bandar, agihan ruang dan connectivity, visual appropriateness, pembaharuan semula bandar, pemeliharaan dan pengekalan warisan serta landskap bandar. Berikut adalah sintesis penemuan kajian reka bentuk bandar dan cadangan pembangunan mengikut aspek reka bentuk bandar. Aspek Hasil Penemuan Cadangan Pengukuhan Morfologi Bandar • Pembentukan bandar Penggaram bermula di kawasan sebelah timur Sungai Batu Pahat dan berevolusi menjadi sebuah bandar yang penting sehingga kini. • Kewujudan bangunan-bangunan lama merupakan antara peninggalan dan bukti sejarah pertapakan awal bandar. • Jalan Shahbandar antara mempunyai deretan kedai lama gaya colonial yang dapat dilihat dan suasana petempatan awal dapat dirasai namun proses perbandaran menyebabkan suasana ini semakin hilang. • Menaik taraf pinggir Sungai Batu Pahat bagi menghargai nilai-nilai sejarah • Memelihara bangunan warisan dan menambah baik penataan fasad di dalam zon warisan Pengukuhan Tahap Legibiliti • Tahap legibiliti bagi Bandar Penggaram adalah agak baik dengan adanya penyataan ketibaan di persimpangan Jalan Bakau Condong dan Jalan Bukit Pasir (Tugu Mahkota).. • Meningkatkan tahap legibiliti mercu tanda sedia ada • Membina mercu tanda baru di sebelah Sungai Batu Pahat Jadual 5.1: Kerangka Pembangunan Reka Bentuk Bandar Bagi Bandar Penggaram
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Aspek Hasil Penemuan Cadangan • Ketersediaan Bulatan Simpang Rantai Bandar Penggaram yang dapat dilihat dari Jalan Kluang, Jalan Tanjung Laboh dan Jalan Rahmat mengukuhkan lagi aspek mercu tanda selain mercu tanda yang dibina di Dataran Pengaram. • Memperkukuhkan pandangan vista di Jalan Rahmat • Membina papan tanda arah/ peta bandar bagi pejalan kaki dan kenderaan Agihan Ruang & Connectivity • Connectivity antara nodus di Pusat Bandar Penggaram adalah kurang baik kerana tiada jalinan yang lengkap atau tidak bersambung seperti di Taman Tasik Y, BP Walk dan Persiaran Sungai Batu Pahat. • BP Walk yang bermula dari persimpangan Jalan Ampuan – Jalan Rahmat terhenti sehingga Jalan Fatimah sahaja. • Beberapa nodus bandar dan Square yang tidak di jalin dengan laluan pejalan kaki. • Mereka bentuk semula BP Walk • Menghubungkan nodusnodus bandar dengan rangkaian pejalan kaki dan laluan basikal • Pengindahan laluan pejalan kaki dan jalan utama • Menggunapakai sempadan transek sebagai panduan kepada reka bentuk bangunan Pembaharuan Semula Bandar • Beberapa kawasan usang dan lot tanah kosong di persisiran Sungai Batu Pahat di Jalan Shah bandar telah dikenal pasti berpotensi untuk dibangunkan bagi menyokong pembangunan sedia ada di Bandar Penggaram. • Rujuk Cadangan Pembaharuan Semula Bandar Visual Appropriateness • Bandar Penggaram juga tidak terlepas dari masalah kesesuaian visual yang menerangkan kualiti penampilan kerana kurang diberi penekanan semasa pembangunan pusat bandar ketika dulu. • Penataan papan iklan yang tidak disusun dengan baik akan mencacatkan fasad bangunan sedia ada. • Menyusun papan iklan pada fasad bangunan • Menyediakan garis panduan papan iklan dari segi saiz, bahan binaan dan reka bentuk. • Keutamaan diberi kepada penataan fasad berbanding dengan papan iklan Pemeliharaan dan Pengekalan Warisan • Deretan bangunan lama seperti Balai Bomba, Pejabat Kesihatan, Pejabat Pos dan Dewan Perniagaan Cina juga boleh dipelihara dan dikekalkan sebagai bangunan warisan. • Ini akan memberi karakter bangunan di Bandar Penggaram dengan gaya seni bina yang tersendiri. • Mengekalkan bangunan warisan bandar • Memperkukuhkan Zon Warisan Bandar Penggaram Landskap Bandar • Rangkaian hijau dan penanaman pokok bagi penyediaan landskap bagi Bandar Penggaram adalah di tahap sederhana baik dan tertumpu di kawasan pusat bandar, perumahan dan pinggir jalan dengan penyediaan pokok yang teratur dan terancang • Memperbanyakkan elemen hijau dalam kawasan bandar Jadual 5.1: Kerangka Pembangunan Reka Bentuk Bandar Bagi Bandar Penggaram (sambungan) 5-29
5.3.1.2 Cadangan Pembaharuan Semula Bandar Penggaram PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP TEMA Tema pembangunan landskap Bandar Penggaram yang dicadangkan ialah ‘Heritage City’ atau Bandar Warisan yang menggabungkan karakter-karakter warisan tempatan. • Tema ini adalah bagi mewujudkan sebuah kawasan perbandaran yang terancang dengan reka bentuk landskap yang seragam dalam mempamerkan identiti bandar sebagai bandar utama bagi kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat. • Bersesuaian dengan simbolik kepada kepelbagaian dan identiti sendiri (sejarah) yang juga menunjukkan kepelbagaian turutan peristiwa dalam pembentukan bandar. Lokasi Jenis dan Komponen Pembangunan Kepentingan dalam Reka Bentuk Bandar Kawasan di persisiran Sungai Batu Pahat di Jalan Shah Bandar • Pengindahan Landskap • Menyediakan kemudahan kawasan lapang dan rekreasi • Menaik taraf persisiran Sungai Batu Pahat • Laluan pejalan kaki dan basikal • Memperkukuh dan membina nodus baru bagi Bandar Penggaram. • Meningkatkan imej Bandar Penggaram. Peninggalan fasad di persimpangan Jalan Sultanah dan Jalan Rugayah • Membangunkan bangunan komersil dengan membaikpulih peninggalan fasa. • Menjalankan kajian warisan • Memperkukuhan pembangunan di zon warisan Persimpangan Jalan Ampuan – Jalan Rahmat • Membaik pulih BP Walk • Turapan pejalan kaki dapat mengurangkan karbon dan urban heat Lot 845, Mukim Simpang Kanan • Membina tempat letak kereta berpusat • Menggalakkan konsep ‘pedestrianisation’ Persimpangan Jalan Bakau Condong • Pembangunan pintu gerbang ke kawasan pusat bandar. • Mewujudkan sense of welcoming di kawasan bandar Jalan Ibrahim, Jalan Abu Bakar, Jalan Rahmat, Jalan Enggan, Jalan Rugayah, Jalan Pasar (1) • Konsep pejalan kaki berturap • Turapan pejalan kaki dengan konsep ‘sponge city’ Jalan Omar, Jalan Shah Bandar, Jalan Rugayah, Jalan Ibrahim • Ruang niaga • Menyediakan kemudahan bandan dan membentuk nodus Jalan Rugayah, Jalan Soga, Jalan Omar, Jalan Shahbandar • Tempat letak kenderaan bertingkat • Menyediakan kemudahan dan membentuk nodus bandar Jalan Bakau Condong, Jalan Kluang, Jalan Shah Bandar, Jalan Rahmat • Pintu gerbang dan papan tanda • Meningkatkan legibiliti bandar Jadual 5.2 : Cadangan Pembangunan Semula Bandar di Bandar Penggaram Sumber: Cadangan Pembangunan Semula Kawasan Pusat Bandar Lama Bandar Penggaram dari RKK Bandar Penggaram 2016-2025 Pembaharuan Semula Bandar Penggaram di perlukan bagi membolehkan ruang bandar terus berdaya hidup dan membaik pulih kawasan usang, kosong di samping memperkukuhkan dan menyokong elemen bandar semasa. Selaras dengan cadangan Rancangan Tempatan Daerah Batu Pahat 2030, beberapa lokasi telah dikenal pasti bagi cadangan pembaharuan semula bandar. Jadual berikut memperincikan Cadangan Pembangunan Semula Bandar di Bandar Penggaram. 5-30
Hospital Pantai Batu Pahat Masjid Jamek Sultan Ismail Tasik Y Dataran Penggaram Kompleks Niaga Benteng Peserai Stesen Bas Baru Pahat Menara Tinjau Riverfront Laluan Mural BP Walk Masjid Jamek Dato Bentara Luar Klinik Kesihatan Batu Pahat PETUNJUK Lain PELAN LOKASI -lain Petunjuk S e l a t M e l a k a Rajah 5.13 Kerangka Pembangunan Reka Bentuk Bandar Bagi Bandar Penggaram Sumber: Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022 Nodus/Titik Tumpu Mercu Tanda Elemen Reka Bentuk Bandar Laluan Mural Kawasan Pembangunan Utama Pengindahan Vista Persimpangan Pembahagian Transek Bandar Zon Bandar Umum Zon Semulajadi Zon Pusat Bandar Zon Teras Bandar T1 T4 T5 T6 Nota: Di dalam sempadan Bandar Penggaram tiada Transek T2 & T3 Laluan Pejalan Kaki dan Basikal 0 0.2 0.4 0.1 Kilometers PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5-31
PETUNJUK Lain PELAN LOKASI -lain Petunjuk S e l a t M e l a k a Rajah 5.14 Kerangka Pembangunan Reka Bentuk Bandar Bagi Pusat Bandar Penggaram Sumber: Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022 Nodus/Titik Tumpu Mercu Tanda Elemen Reka Bentuk Bandar Laluan Mural Kawasan Pembangunan Utama Pengindahan Vista Persimpangan Pembahagian Transek Bandar Zon Bandar Umum Zon Semulajadi Zon Pusat Bandar Zon Teras Bandar T1 T4 T5 T6 Nota: Di dalam sempadan Bandar Penggaram tiada Transek T2 & T3 Laluan Pejalan Kaki dan Basikal 0 0.2 0.4 0.1 Kilometers Pembinaan Menara Tinjau Jejak Bandar Urban Trail Nodus dan titik menarik (point of interest) Pengekalan dan pengindahan fasad bangunan sedia ada Dataran Penggaram Petunjuk Pembangunan Semula BP Walk PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5-32
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Memperkukuhkan imej persimpangan dengan memastikan penyediaan lintasan pejalan kaki disediakan dengan baik dan berkesinambungan. Gambaran keseluruhan perancangan landskap di Bandar Penggaram Menyediakan komponen reka bentuk bandar selamat seperti bollard dan sistem pencahayaan untuk keselamatan pengguna. Mencadangkan penyediaan overhead shade dan lukisan mural di kawasan lorong belakang dan lorong sisi bangunan yang menarik dan beridentiti sendiri Menyediakan papan tanda maklumat sejarah dan warisan pembangunan Bandar Penggaram di beberapa kawasan tarikan pengunjung. 5-33
5.3.2 Pelan Tindakan Pembangunan Landskap Bandar Parit Raja Cadangan pembangunan landskap bagi Bandar Parit Raja menfokuskan kepada aspek penaiktarafan dan pembangunan bandar bagi kawasan-kawasan tertentu yang strategik dalam mengaplikasikan konsep dan tema pembangunan yang dicadangkan. PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP OBJEKTIF Objektif pembangunan landskap bagi Bandar Parit Raja adalah: i. Mewujudkan sebuah bandar yang indah dan beridentiti melalui penyediaan landskap perbandaran yang bersepadu dengan imej yang tersendiri. ii. Mengukuhkan jalinan hijau bagi meningkatkan tahap aksesibilti pejalan kaki dan memperbaiki sistem ekologi bandar dengan penyediaan laluan pejalan kaki yang berkesinambungan serta lebih banyak kawasan hijau awam (green public spaces) di bandar. iii. Mewujudkan kelestarian persekitaran melalui pembangunan legaran hijau bandar dan pembinaan kawasan lapang dan rekreasi baru seperti di pesisir Sungai Sembrong. MATLAMAT Matlamat pembangunan landskap bandar ini adalah bagi menjadikan Bandar Parit Raja sebagai sebuah bandar yang mengetengahkan imej yang menyokong kepada pembangunan sektor pendidikan bagi kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat. 5-34
5.3.2.1 Kerangka Pembangunan Reka Bentuk Bandar Bagi Bandar Parit Raja PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Bandar Parit Raja merupakan Bandar Tempatan mengikut turutan hieraki perbandaran. Berdasarkan teori pembangunan transek bandar, Bandar Parit Raja telah dizonkan kepada lima transek bandar iaitu T1 (Zon Semulajadi), T3 (Zon Sub Bandar), T4 (Bandar Umum), T5 (Zon Pusat Bandar), dan T6 (Teras Bandar). Cadangan transek bandar di Bandar Parit Raja adalah seperti rajah berikut. Rajah 5.15: Cadangan Transek Bandar Bagi Bandar Parit Raja Cadangan T6 (Zon Teras Bandar) merupakan kawasan pusat Bandar Parit Raja. Di dalam kawasan sempadan bandar - Bandar Parit Raja T3 dan T4 adalah merupakan zon yang di dominasi kerana ianya masih belum lagi mempunyai ciriciri ke arah kawasan perbandaran. Kerangka pembangunan reka bentuk bandar bagi Bandar Parit Raja adalah seperti di jadual berikut. Aspek Hasil Penemuan Cadangan Pengukuhan Morfologi Bandar • Parit Raja merupakan pekan kecil yang telah mengalami pembangunan pesat berdasarkan lokasinya yang strategik di Jalan Kluang. • Pusat Bandar Parit Raja pula terletak di persimpangan Jalan Parit Raja Barat dan di sebelah selatan Jalan Kluang yang menempatkan aktiviti ekonomi semasa awal pembukaan bandar. • Bandar Parit Raja mula mangalami proses perbandaran setelah terbinanya Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM). • Pengindahan Jalan Kluang di dalam T6 • Membina papan tanda arah/ peta bandar bagi pejalan kaki dan kenderaan • Menguna pakai sempadan transek sebagai panduan kepada reka bentuk bangunan Pengukuhan Tahap Legibiliti • Berdasarkan sintesis kajian, didapati tahap legibiliti bagi Bandar Parit Raja adalah rendah kerana kedudukannya di persimpangan dan jalan utama iaitu Jalan Kluang dan Jalan Parit Raja Darat. • Untuk mengukuhkan imej bandar serta tahap legibilitinya, keadaan di persimpangan ini perlulah dipertingkatkan. • Meningkatkan tahap legibiliti mercu tanda sedia ada (menggunakan kelebihan jejantas bagi meningkatkan legibiliti Bandar Parit Raja) • Pengindahan dan menaik taraf jalan Keluang (Jalan Persekutuan 50) di transek bandar T6 dan T5 Jadual 5.3: Kerangka Pembangunan Reka Bentuk Bandar Bagi Bandar Parit Raja 5-35
Aspek Hasil Penemuan Cadangan Agihan Ruang & Connectivity • Connectivity antara laluan bandar/urban district di Bandar Parit Raja juga kurang baik kerana Jalan Kluang memisahkan bandarnya. • Perletakan perhentian bas sedia ada juga kurang sesuai kerana jauh dari jejantas yang disediakan bagi memperbaiki tahap connectivity yang ada. • Menghubungkan nodusnodus bandar dengan rangkaian pejalan kaki dan laluan basikal • Pengindahan laluan pejalan kaki dan jalan utama Visual Appropriateness • Masalah kesesuaian visual juga dialami Bandar Parit Raja akibat kurang penekanan ketika proses perbandaran. • Papan iklan diperlukan bagi mengenali aktiviti-aktiviti dalam bangunan namun kebanyakannya tidak tersusun dan mencacatkan fasad bangunan. • Menyusun papan iklan pada fasad bangunan • Keutamaan diberi kepada penataan fasad berbanding dengan papan iklan Pembaharuan Semula Bandar • Kawasan usang dan tanah kosong di Bandar Parit Raja berpotensi untuk dibangunkan seperti kedai-kedai lama di persimpangan Jalan Parit Raja Darat dan beberapa poket tanah yang di kenal pasti untuk dibangunkan bagi menyokong pembangunan semasa. • Rujuk Cadangan Pembaharuan Semula Bandar Pemeliharaan Dan Pengekalan Warisan • Bandar Parit Raja kurang mempunyai bangunan warisan untuk dikekalkan namun bangunan baru perlu mengikut turutan bangunan bersebelahan atau mengambil gaya seni bina seperti Bandar Penggeram bagi memperkukuhkan imej sedia ada. • Mengekalkan bangunan warisan Landskap Bandar • Tahap penyediaan landskap bagi bandar Parit Raja berada di tahap sederhana baik dengan jalinan hijau dan penanaman pokok hanya tertumpu di kawasan pusat bandar, perindustrian dan institusi pendidikan. • Struktur pembangunan bandar yang berada di laluan utama menyukarkan pembentukan rangkaian hijau secara keseluruhan. • Memperbanyakkan elemen hijau dalam kawasan bandar Jadual 5.3: Kerangka Pembangunan Reka Bentuk Bandar Bagi Bandar Parit Raja (sambungan) PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5-36
5.3.2.2 Cadangan Pembaharuan Semula Bandar Parit Raja PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP TEMA Tema pembangunan landskap Bandar Parit Raja yang dicadangkan ialah ‘Education City’ atau Bandar Pendidikan. • Tema ini adalah bagi mewujudkan sebuah kawasan perbandaran yang terancang dengan reka bentuk landskap yang seragam dalam mempamerkan identiti bandar sebagai bandar pendidikan kerana terdapatnya institusi pendidikan utama iaitu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Kolej Kemahiran Tinggi MARA dan Kolej Jururawat Masyarakat. Cadangan Pembaharuan Semula Bandar Bandar Bandar Parit Raja Lokasi Jenis dan Komponen Pembangunan Kepentingan dalam kesalinghubungan Reka Bentuk Bandar Dataran Parit Raja • Semi-pedestrian street • Menyediakan kemudahan kawasan lapang dan rekreasi • Kawasan rehat-dataran terbuka • Laluan pejalan kaki • Mercu tanda dan titik tumpu • Memperkukuh dan membina nodus baru bagi Bandar Parit Raja • Meningkatkan imej Bandar Parit Raja Medan Parit Raja • Ruang niaga • Pengindahan Landskap • Membentuk ruang aktiviti bandar (nodus) Pembangunan semula Bandar Parit Raja adalah seperti di jadual berikut: Jadual 5.4: Cadangan Pembangunan Semula Bandar di Bandar Parit Raja 5-37
Pengindahan Jejantas sebelah barat Bandar Parit Raja Pengindahan Jalan Kluang di dalam Transek T6 dan T5 Meningkatkan tahap legibility sedia ada Pengindahan Jejantas sebelah timur Bandar Parit Raja Menghubungkan nodus-nodus bandar melalui hubungan rantaian pejalan kaki dan laluan sikal Pembentukan nodus bandar yang baru dalam T6 Pembangunan nodus baru bercorak rekreasi/ kawasan lapang berhampiran dengan Sungai Pembinaan Dataran dan Medan Parit Raja Cadangan Pembaharuan semula bandar bagi memperbaharui bangunan usang Memperkemaskan nodus sedia ada PETUNJUK Lain PELAN LOKASI -lain Petunjuk Rajah 5.16 Kerangka Pembangunan Reka Bentuk Bandar Bagi Bandar Parit Raja Sumber: Kajian Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, 2022 Nodus Elemen Reka Bentuk Bandar Kawasan Pembaharuan Semula Bandar Pengindahan Persimpangan Laluan Pejalan Kaki dan Basikal Pembahagian Transek Bandar Zon Bandar Umum Zon Desa / Pinggir Bandar Zon Pusat Bandar Zon Teras Bandar T3 T4 T5 T6 Nota: Di dalam sempadan Bandar Parit Raja tiada Transek T2 Zon Semulajadi T1 Titik Tumpuan / Papan Tanda 0 0.3 0.6 0.15 Kilometers PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 5-38
PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Peningkatan imej Kompleks Niaga Parit Raja dengan penyediaan elemen landskap yang terancang Gambaran keseluruhan perancangan landskap di Bandar Parit Raja Menaiktaraf kawasan Dewan Orang Ramai Parit Raja bagi menceriakan persekitaran kawasannya. Mencadangkan Legaran Medan Parit Raja dengan tarikan bahan turapan yang pelbagai warna Memperkukuhkan kawasan persimpangan dengan perancangan laluan pejalan kaki yang berkesinambungan bagi meningkatkan legibiliti bandar 5-39
5.3.3 Pelan Tindakan Pembangunan Landskap Bandar Rengit Cadangan pembangunan landskap bagi Bandar Rengit mengetengahkan aspek penaiktarafan dan pembangunan yang lebih strategik di kawasan-kawasan tertentu bersesuaian dengan konsep dan tema pembangunan yang dicadangkan. PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP OBJEKTIF Objektif pembangunan landskap bagi Bandar Rengit adalah: i. Meningkatkan penyediaan kawasan hijau awam (green public spaces) di bandar melalui pendekatan pembangunan berimpak rendah dengan penyediaan infrastruktur hijau (bluegreen infrastructure) di pinggiran Sungai Rengit. ii. Meningkatkan tahap kemudahsampaian dan kemudahtelapan melalui penyediaan laluan pejalan kaki yang lebih teratur, terancang dengan penanaman pokok yang meningkatkan jalinan hijau bandar. iii. Menambahbaik kawasan rekreasi yang menjadi tumpuan dan fokal kepada pengunjung disamping mewujudkan kawasan hijau yang terpelihara. MATLAMAT Matlamat pembangunan landskap bandar ini adalah bagi mengetengahkan imej kedesaan selain budaya dan tradisi tempatan dalam reka bentuk di samping mengekalkan dan memelihara kawasan semula jadi Sungai Rengit sebagai tarikan eko pelancongan. 5-40
5.3.3.1 Kerangka Pembangunan Reka Bentuk Bandar Bagi Bandar Rengit PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Bandar Rengit merupakan Bandar Tempatan mengikut turutan hieraki perbandaran. Berdasarkan teori pembangunan transek bandar, Bandar Rengit telah dizonkan kepada lima transek bandar iaitu T1 (Zon Semulajadi), T3 (Zon Sub Bandar), T4 (Bandar Umum), T5 (Zon Pusat Bandar), dan T6 (Teras Bandar). Cadangan transek bandar di Bandar Rengit adalah seperti rajah berikut. Kerangka pembangunan reka bentuk bandar bagi Bandar Rengit adalah seperti di jadual berikut. Aspek Hasil Penemuan Cadangan Pengukuhan Morfologi Bandar • Bandar Rengit terletak di pinggir selatan Batu Pahat bersempadan dengan Daerah Pontian. • Ianya terletak bersebelahan dengan Sungai Rengit serta saiz bandar yang agak kecil dan mempunyai susunan yang tidak rigid menjadikan bandar ini agak menarik. • Menaik taraf pinggir Sungai Rengit bagi menghargai nilai-nilai sejarah Pengukuhan Tahap Legibiliti • Tahap legibiliti Bandar Rengit adalah agak tinggi kerana kedudukannya yang bersebelahan dengan Sungai Rengit. Penyata ketibaan juga dibina di sebelah sungai rengit dan berhampiran dengan persimpangan Jalan Kampung dan Sungai Kluang Laut. • Terdapat juga bangunan setinggi lima tingkat menjadikan ianya focal point yang senang dilihat. • Mengekalkan tahap legibiliti semasa Agihan Ruang & Connectivity • Connectivity antara bandar adalah baik dan tersusun kerana pekan yang kecil memudahkan kesampaian ke semua lokasi dalam bandar. • Menghubungkan nodusnodus bandar dengan rangkaian pejalan kaki dan laluan basikal Jadual 5.5: Kerangka Pembangunan Reka Bentuk Bandar Bagi Bandar Rengit Rajah 5.17: Cadangan Transek Bandar Bagi Bandar Rengit Cadangan T6 (Zon Teras Bandar) merupakan kawasan pusat Bandar Rengit. Di dalam kawasan sempadan bandar - Bandar Rengit, T3 dan T4 adalah merupakan zon yang di dominasi kerana ianya masih belum lagi mempunyai ciri-ciri ke arah kawasan perbandaran 5-41
5-42 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Aspek Hasil Penemuan Cadangan • Pengindahan laluan pejalan kaki dan jalan utama • Menguna pakai sempadan transek sebagai panduan kepada reka bentuk bangunan Visual Appropriateness • Bandar Rengit juga mengalami masalah visual kerana proses perbandaran tidak memberi penekanan yang sewajarnya. • Papan iklan diperlukan bagi membantu aktiviti dalam bangunan dikenali. • Menyusun papan iklan pada fasad bangunanMenyediakan garis panduan papan iklan dari segi saiz, bahan binaan dan reka bentuk. • Keutamaan diberi kepada penataan fasad berbanding dengan papan iklan Pembaharuan Semula Bandar • Pembaharuan semula Bandar Rengit lebih tertumpu di kawasan pesisir Sungai Rengit yang mempunyai kawasan-kawasan usang dan tanah-tanah kosong yang berpotensi untuk dibangunkan. • Kedai lama di pusat bandar serta poket tanah juga boleh dibangunkan secara terancang, Bagi menyokong pembangunan semasa. • Rujuk Cadangan Pembaharuan Semula Bandar Pemeliharaan Dan Pengekalan Warisan • Bandar Rengit tidak mempunyai banyak bangunan-bangunan perkedaian warisan namun terdapat bangunan Pejabat Tanah dan Daerah Kecil Rengit yang berpotensi untuk pengekalan kerana reka bentuknya yang unik. • Pembangunan baru boleh mengikut reka bentuk bangunan bersebelahan bagi mengawal rupa bentuk serta imej bandar. • Mengekalkan bangunan warisan Landskap • Penyediaan landskap bagi bandar rengit adalah di tahap sederhana baik di mana penyediaan rangkaian hijau dan penanaman pokok tertumpu di kawasan pusat bandar. • Struktur bandar yang membangun di jalan utama menyebabkan penyediaan rangkaian hijau secara menyeluruh agak sukar dilaksanakan. • Memperbanyakkan elemen hijau dalam kawasan bandar Jadual 5.5: Kerangka Pembangunan Reka Bentuk Bandar Bagi Bandar Rengit
5.3.3.2 Cadangan Pembaharuan Semula Bandar Rengit PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP TEMA Tema pembangunan landskap Bandar Rengit yang dicadangkan ialah ‘Rural Landscape’ atau Landskap Kedesaan yang menggabungkan karakter-karakter semula jadi, budaya dan tradisi setempat. • Tema ini adalah bagi mewujudkan sebuah kawasan yang terancang dengan reka bentuk landskap sebagai kawasan desa yang menarik yang mempunyai aktiviti jualan pelbagai barangan yang dapat menarik perhatian pengguna. • Selain itu, Bandar Rengit merupakan pekan persinggahan bagi perjalanan antara Bandar Penggaram ke Pontian dengan tarikan kawasan semula jadi Sungai Rengit. Pembangunan semula Bandar Rengit adalah seperti di jadual berikut: Cadangan Pembaharuan Semula Bandar Bandar Bandar Parit Rengit Lokasi Jenis dan Komponen Pembangunan Kepentingan dalam kesalinghubungan Reka Bentuk Bandar Sepanjang Sungai Rengit yang bersebelahan dengan T6 dan T5 • Pengindahan Tebing • Laluan pejalan kaki • Meningkatkan imej bandar • Membina nodus bandar Jadual 5.6: Cadangan Pembangunan Semula Bandar di Bandar Rengit 5-43