The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nabilahn54, 2023-02-15 23:58:42

LAPORAN DRAF PIL MPBP (JAN2023)

LAPORAN DRAF PIL MPBP (JAN2023)

PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Fungsi Program Penyelenggaraan adalah sebagai panduan kerja untuk dijalankan secara teratur dan berterusan.Program Penyelenggaraan perlu menyenaraikan semua jenis kerja penyelenggaraan yang perlu dijalankan dan kekerapan perlaksanaannya. Ianya juga bergantung kepada jenis dan kematangan tanaman. Untuk memastikan Program Penyelenggaraan diikuti dan dipatuhi, pemeriksaan berjadual ke atas tapak kerja landskap perlu dilakukan secara berkala. Tujuan pemeriksaan berjadual adalah: I. Mengesan kesuburan dan tumbesaran tanaman. II. Mengesan dan mengenalpasti serangan penyakit dan kaedah kawalannya. III. Memastikan keselamatan orang awam dan tanaman terpelihara. Program Penyelenggaraan akan lebih berkesan jika Sistem Pendaftaran Pokok disediakan. Data mengenai jenis dan kuantiti tanaman serta lokasi penanaman di rekod, disokong dengan pelan lokasi tanaman dan laporan pengurusan penyelenggaraan. 8.10 PROGRAM PENYELENGGARAAN LANDSKAP KAEDAH POKOK TEDUHAN PALMA POKOK RENEK Kerja penyelenggaraan Sistem / ulangan PENYIRAMAN • Waktu siraman : pagi (sebelum matahari terbenam) • Sistem lori tangka • 1 hari sekali • Pokok baru ditanam pada tahun pertama • Sistem lori tangka • 1hari sekali • Pokok baru ditanam pada tahun pertama • Pokok matang – 3 bulan sekali, penyiraman perlu dilakukan dengan jumlah air yang banyak • 2 kali sehari (pagi: sebelum matahari ter/Petang) • Kaedah : Sprinkler/titisan/kabus • Mencukupi sehingga tanah disekeliling basah,minimum 150mm dalam CANTASAN/ PEMANGKAS • Mengekalkan keindahan • Membuang dahan rosak/ berpenyakit • Mengelakkan persaingan pertumbuhan jika terdapat dua pucuk utama pada satu pokok/ • Buang dahan sekah & merbahaya setiap 6 bulan / mengikut keperluan • Palma tunggal - membuang pelepah kering - ulangan: 1x sebulan • Pemangkasan sebaiknya dilakukan selepas musim bunga atau buah untuk merangsang pertumbuhan tunas baru. • Pangkasan membentuk1x sebulan PENJARANGAN • Bila terlalu padat dengan pertumbuhan anak pokok baru terutama sepsis Heliconia • Ulangan : setiap 3 bulan • Palma berumpun • Membuang tunas di pangkal pokok • Ulangan:1x sebulan • Bila terlalu padat dengan pertumbuhan anak pokok baru terutamanya species Heliconia • Ulangan: setiap 3bulan SULAMAN • Bila pokok mati/ keseluruhan pokok diserang penyakit • Pemeriksaanm: setiap 6 bulan • Bila pokok mati/ keseluruhan pokok diserang penyakit • Pemeriksaan: setiap 6 bulan • Menggantikan tanaman yang cacat, terbantut dan mati • Ulangan- 3 bulan sekali Jadual 8.4: Contoh Program Penyelenggaraan Landskap Lembut 8-54


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP KAEDAH POKOK TEDUHAN PALMA POKOK RENEK Kerja penyelenggaraan Sistem / ulangan PENGGANTIAN PASU • Renek annual - dilakukan sebaik sahaja bunga layu - 3x sebulan • Renek parenial - pokok menjadi padar/ saiz pokok tidak sepadan dengan pasu – 1x setahun KAWALAN PENYAKIT DAN PEROSAK/ HAIWAN • Pemeriksaan: setiap 6 bulan • Pemeriksaan: setiap 6 bulan • Pemeriksaan: setiap 3 bulan SUNGKUPAN • Diperlukan pada peringkat awal penanaman • Diperlukan pada peringkat awal penanaman • Diperlukan pada peringkat awal penanaman/ cuaca kemarau yang berpanjangan PEMBAJAAN • Baja NPK 15:15:15 • 1kg untuk setiap 250mm garis pusat batang. • 2x setahun • Palma muda - baja sebatian 12:12:17:2 + TE - ulangan 2-3x setahun • Palma matang/telah berbuah - baja sebatian 15:15:15/15:15:6:4 - ulangan 2-3x setahun • Baja NPK 15:15:15 • 120g m/pokok • 2x setahun PENAMBAHAN BAHAN ORGANIK • 5kg hingga 10kg/per tahun bagi setiap pokok, diberikan secara berperingkat. • Sekurangkurangnya 6 bulan sekali. • 5kg hingga 10kg/per tahun bagi setiap pokok,diberikan secara berperingkat. • Sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. • 2.5kg hingga 5kg/per tahun bagi setiap meter persegi,diberikan secara berperingkat. • Sekurang-kurangnya 6 bulan sekali. SISTEM SOKONGAN • Pemeriksaan setiap 3 bulan bagi pokok baru supaya pokok tumbuh tegak dan tidak tumbang pada peringkat awal pembesaran • Pemeriksaan setiap 3 bulan bagi pokok muda • Pemeriksaan setiap 3 bulan bagi pokok memanjat MERUMPAI DAN MENGGEMBUR • Harian • Harian • Harian Jadual 8.4: Contoh Program Penyelenggaraan Landskap Lembut (sambungan) 8-55


GARIS PANDUAN PERANCANGAN 9.0 LANDSKAP


9-1 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Garis Panduan Landskap Reka Bentuk Bandar Selamat Garis Panduan Infrastruktur Hijau Garis Panduan Reka Bentuk Bandar Garis Panduan Landskap Jalan Garis Panduan Tanah Lapang dan Rekreasi Garis Panduan Landskap Kawasan Perumahan Garis Panduan Landskap Kawasan Industri Garis Panduan Landskap Kawasan Utiliti Garis Panduan Pemeliharaan Pokok Garis Panduan Pemeliharaan Pokok Garis Panduan Landskap bagi Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Garis Panduan Pemeliharaan Pokok 02 03 04 05 06 08 09 10 11 07 12 01 9.0 GARIS PANDUAN PERANCANGAN LANDSKAP Garis panduan ini disediakan bagi membantu pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat dan agensi-agensi teknikal dalam merancang dan mengawal pembangunan landskap bagi semua jenis reka bentuk semasa penyediaan rancangan pemajuan dan proses permohonan kebenaran merancang dan kelulusan landskap. Pematuhan garis panduan ini adalah penting dalam memastikan pembangunan landskap yang dirancang menepati piawaian, matlamat dan prinsip perancangan yang ditetapkan. Ianya juga secara tidak langsung memudahkan pihak pemaju dalam mereka bentuk dan menyusun atur komponen landskap, kemudahan dan infrastruktur bagi sesebuah pembangunan. Garis panduan perancangan landskap yang disediakan merangkumi perancangan pembangunan bagi kawasan-kawasan bandar dan petempatan yang menjadi tumpuan utama pengguna. Antara garis panduan yang digariskan di dalam kajian Pelan Induk landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat ini ialah:


9-2 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 9.1 GARIS PANDUAN LANDSKAP REKA BENTUK BANDAR SELAMAT Bandar Selamat merupakan satu program yang disediakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi mewujudkan persekitaran bandar yang lebih selamat. Program ini dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara bagi mencapai matlamat dalam mengurangkan kadar jenayah jalanan negara sebanyak 20%. Program Bandar Selamat ini mengandungi 3 Strategi dan 15 Langkah Pencegahan Jenayah seperti berikut. Strategi Program Bandar Selamat 1) Mereka bentuk persekitaran fizikal 2) Pengurusan penyertaan komuniti dan kesedaran awam 3) Memperkasakan kawasan sasaran Langkah Pencegahan Jenayah 1. Penyediaan papan tanda peringatan jenayah. 2. Pendidikan, kesedaran awam dan publisiti. 3. Penyediaan cermin keselamatan. 4. Pengasingan laluan pejalan kaki dari laluan bermotor. 5. Pencahayaan di kawasan sasaran iaitu di tepi, hadapan dan belakang rumah / bangunan dan di kaki lima premis perniagaan, tempat awam dan perumahan. 6. Laluan awam tidak terlindung dari pandangan awam. 7. Penyediaan tempat motosikal berkunci. 8. Penyediaan penggera keselamatan. 9. Pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan perniagaan dan tempat awam. 10. Meningkatkan rondaan di kawasan perumahan. 11. Pelaksanaan reka bentuk persekitaran yang selamat (CPTED). 12. Penjanaan aktiviti bersesuaian di kawasan terdedah jenayah. 13. Agenda tetap bulanan dalam Mesyuarat Majlis Penuh PBT. 14. Penyediaan balai polis tetap atau bergerak. 15. Pemetaan GIS jenayah dan Program Bandar Selamat. Sumber : PLAN Malaysia, 2020


Dalam menyokong perlaksanaan Program Bandar Selamat, Panduan Pelaksanaan Reka Bentuk Bandar Selamat atau Crime Prevention Through Environmental Design (CPTED) Implementation Guide telah disediakan. Ia merupakan konsep dan prinsip CPTED yang perlu diterapkan pada peringkat awal penyediaan rekabentuk pelan susun atur dan pelan bangunan bagi semua kawasan pembangunan. Reka bentuk bandar selamat ini melibatkan tahap pelaksanaan komponen pembangunan yang berkesan dalam mengurangkan kadar jenayah seperti di perincian berikut. 9-3 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Komponen Panduan Umum Reka Bentuk Susun Atur 1. Mereka bentuk susun atur yang bersepadu bagi pembangunan bercampur. Pembangunan perlu berkesinambungan dan tidak terasing bagi mewujudkan persekitaran yang aktif, pengawasan semulajadi dan meningkatkan interaksi penduduk pada waktu siang dan malam. 2. Mereka bentuk susun atur kawasan kejiranan yang kemas dan mempunyai garis pandangan yang jelas. 3. Mempelbagaikan kawasan perumahan bagi memenuhi keperluan penduduk dari pelbagai taraf sosio-ekonomi. 4. Menyediakan taman dan tempat awam di lokasi yang mudah dilihat dan dalam jarak berjalan kaki mengikut Garis Panduan Kemudahan Masyarakat, 2000. 5. Tempat-tempat yang berpotensi jenayah hendaklah dapat dilihat dengan jelas oleh pengguna dari bangunan-bangunan yang berdekatan. Akses Dan Laluan Pejalan Kaki 1. Kelebaran jalan perlulah mematuhi garis panduan sedia ada yang diguna pakai oleh Pihak Berkuasa Tempatan. 2. Jaringan jalan mestilah berkesinambungan (inter-connected) dan mempunyai hierarki yang jelas. Laluan pejalan kaki khusus diasingkan dari laluan bermotor. 3. Memastikan jalan baru dan sedia ada berkesinambungan agar tiada pengasingan di antara kawasan baru dan lama. 4. Memastikan hierarki dan reka bentuk jalan sesuai dengan jenis pembangunan dan tahap kelajuan yang dibenarkan. 5. Laluan pejalan kaki tidak digalakkan berhubung dengan jalan mati. 6. Menyediakan pencahayaan di ruang yang gelap di sepanjang jalan dan laluan pejalan kaki pada jarak dan ketinggian yang sesuai. 7. Menyelenggara akses dan laluan pejalan kaki secara berkala dan berterusan supaya berkeadaan baik dan bersih bagi meningkatkan tahap keyakinan orang awam bahawa kawasan tersebut terjaga dan selamat digunakan. 8. Penyediaan jalan terus (through road) yang melalui kawasan perumahan ke kawasan berhampiran tidak dibenarkan. 9. Jalan keluar masuk perlu dihadkan dan dikawal (tidak melebihi 2 akses) bagi setiap pembangunan (rujuk Garis Panduan Perancangan Gated Community dan Guarded Neighbourhood untuk perincian). 10.Menyediakan laluan pejalan kaki yang berkesinambungan di kawasan perumahan, pusat kejiranan, kawasan perniagaan dan kawasan tumpuan awam bagi keselesaan pejalan kaki. 11.Memastikan laluan pejalan kaki disediakan di kedua-dua belah jalan terutama di kawasan tumpuan awam.


9-4 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Komponen Panduan Umum Akses Dan Laluan Pejalan Kaki (Sambungan) 12. Menyediakan laluan pejalan kaki yang boleh dilihat secara terus dari premis berhampiran dan tidak terhalang oleh sebarang struktur. 13.Mengelakkan ruang tersembunyi, tersorok dan ruang yang boleh meningkatkan potensi berlaku jenayah di laluan pejalan kaki. 14.Menyediakan laluan pejalan kaki yang mendapat pencahayaan semulajadi secara optimum pada waktu siang tetapi selesa kepada pengguna melalui penyediaan elemen teduhan dan landskap yang sesuai. 15. Laluan basikal perlu dipisahkan daripada laluan kenderaan (disediakan bersebelahan dengan laluan pejalan kaki tetapi mempunyai lorong yang berasingan). 16.Mengelakkan reka bentuk perkhidmatan sistem telekomunikasi yang menggalakkan penjenayah melakukan jenayah. Contoh tiang-tiang telekomunikasi yang bertangga. 17.Jejantas tidak terlindung daripada sebarang objek seperti papan tanda, sepanduk, papan iklan, pokok dan papan tanda luar (billboard) serta mempunyai pencahayaan terang dan pandangan yang jelas. 18. Laluan pejalan kaki bawah tanah tidak dibenarkan bagi mengelakkan perlakuan jenayah. 19.Mengenal pasti zon berprofil tinggi (aktiviti bank, pengurup wang, kedai emas, kedai beroperasi 24 jam) untuk memudahkan pemantauan pihak polis dan membolehkan perkongsian peralatan keselamatan (CCTV, penggera keselamatan, traffic calming) Landskap dan Elemen Reka Bentuk Bandar 1. Memastikan perletakkan perabot jalan tidak mengganggu keselesaan pengguna dan dapat mencegah berlakunya jenayah. 2. Menanam pokok renek dengan ketinggian tidak melebihi 0.9m (3’) di laluan pejalan kaki dan kawasan-kawasan yang memerlukan tahap pengawasan semulajadi yang tinggi. Keperluan ini tidak bercanggah dengan Seksyen 36 Akta Jalan, Parit dan Bangunan. 3. Mengelak penanaman pokok berhampiran bumbung dan tingkap bangunan. 4. Mengelak penanaman pokok yang menutupi pintu dan tingkap, melindungi pencahayaan lampu, papan tanda, CCTV dan lain-lain peralatan keselamatan. 5. Memastikan papan tanda menggunakan warna yang terang, grafik yang mudah difahami dan menepati piawaian. 6. Lokasi papan tanda yang strategik seperti di laluan utama, pintu keluar masuk atau nod aktiviti. 7. Menggalakkan perabot jalan pelbagai fungsi. Contohnya, tiang lampu boleh digunakan untuk pemasangan papan tanda, CCTV dan sebagainya. 8. Menggunakan struktur dan bahan binaan yang sesuai, tahan lasak dan tidak mudah rosak. Tempat Letak Kenderaan 1. Menyediakan tempat letak kenderaan mengikut saiz yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. 2. Tempat letak kenderaan perlu direka bentuk supaya dapat dilihat dari jalan dan bangunan berhampiran di samping mendapat pencahayaan semulajadi secara optimum pada waktu siang.


9-5 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Komponen Panduan Umum Tempat Letak Kenderaan 3. Tempat letak kenderaan perlu diletakkan dalam jarak mudah sampai ke premis berdekatan bagi membolehkan pengawasan semulajadi yang jelas di samping memberi keselesaan kepada pengguna. 4. Menyediakan tempat letak kenderaan atas jalan sebagai penghadang laluan pejalan kaki dari laluan bermotor. 5. Menyediakan elemen reka bentuk bandar yang sesuai seperti landskap lembut (pokok renek) dan kejur (tonggak jalan, rel penghadang, papan tanda) untuk memisahkan laluan kenderaan bermotor atau laluan pejalan kaki dengan tempat letak kenderaan serta mewujudkan sempadan yang jelas. 6. Mengelakkan ruang tersembunyi dan tersorok yang boleh meningkatkan potensi berlaku jenayah. Pencahayaan 1. Menyediakan pencahayaan di lorong belakang, kawasan tersorok dan gelap. 2. Memastikan jalan dan laluan pejalan kaki mendapat pencahayaan semulajadi secara optimum pada waktu siang. 3. Menyediakan pencahayaan yang terang pada waktu malam supaya muka seseorang dapat dilihat pada jarak 10m dan dirakam dengan jelas oleh CCTV. Peralatan Keselamatan 1. Peralatan keselamatan seperti CCTV, butang kecemasan (panic button), cermin keselamatan dan papan tanda peringatan perlu disediakan di laluan pejalan kaki, persimpangan antara laluan kenderaan dan laluan pejalan kaki, kawasan tumpuan awam, kawasan berprofil tinggi dan berpotensi jenayah serta kawasan yang mempunyai tahap pengawasan semulajadi yang lemah. 2. Memasang infrastruktur peralatan keselamatan dalam kawasan / premis bangunan. Pengurusan dan Penyelenggaraan 1. Memastikan semua kawasan dan bangunan awam atau persendirian sentiasa diurus dan diselenggara dengan baik. 2. Menggalakkan pengawasan terancang seperti pengawal keselamatan, rukun tetangga, RELA, community policing bagi meningkatkan tahap keselamatan di sesebuah kawasan. 3. Memastikan reka bentuk premis dan kawasan persekitaran tidak memerlukan penyelenggaraan yang kerap dan kos yang tinggi. Reka bentuk ‘chicanes’ membantu dalam mengurangkan kelajuan trafik di jalan–jalan kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat


Infrastruktur hijau adalah persekitaran fizikal dan alam sekitar di dalam dan di antara bandar, pinggir bandar serta luar bandar. Ia adalah rangkaian ruang terbuka pelbagai fungsi, termasuk hutan, koridor hijau, taman wilayah, taman bandar, taman kejiranan, laluan air, tanaman pinggiran jalan dan lain-lain kawasan terbuka. Ia terdiri daripada keseluruhan sumber alam sekitar yang menjadikan pendekatan infrastruktur hijau penyumbang kepada pengurusan sumber yang mampan. Tujuan penyediaan infrastruktur hijau ini adalah untuk: 9-6 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 9.2 GARIS PANDUAN INFRASTRUKTUR HIJAU Menilai kawasan hijau yang sedia ada dan mengelakkan kemerosotan Meningkatkan kualiti dan kepelbagaian kawasan ini untuk memenuhi keperluan tempatan dengan lebih baik Menghubungkan kawasan hijau untuk mewujudkan strategi pembentukan kawasan hijau yang lebih komprehensif Terdapat tujuh prinsip dan strategi inisiatif infrastruktur hijau yang menyediakan pendekatan dan kerangka strategik pemuliharaan penggunaan tanah secara mampan iaitu: 1. Infrastruktur hijau mestilah menjadi rangka kerja untuk pemuliharaan dan pembangunan. 2. Merekabentuk dan merancang infrastruktur hijau sebelum pembangunan. 3. Kesinambungan adalah kunci kepada inisiatif infrastruktur hijau. 4. Infrastruktur hijau berfungsi merentasi beberapa bidang kuasa dan pada skala yang berbeza. 5. Infrastruktur hijau adalah didasarkan kepada perancangan teori dan amalan guna tanah 6. Infrastruktur hijau adalah untuk menjaga kepentingan awam. 7. Infrastruktur hijau melibatkan pelbagai pihak berkepentingan. Berikut menunjukkan terdapat tiga (3) elemen landskap yang diklasifikan sebagai ‘Hijau’, ‘HijauKelabu’ dan ‘Kelabu’. Elemen ‘Hijau’ adalah infrastruktur hijau yang paling ideal untuk dicapai di sesebuah bandar. Contoh elemen landskap ‘Hijau’ adalah rizab alam semulajadi seperti hutan simpan, hutan bandar dan taman bandar. Kesinambungan Kelabu-Hijau Sumber: Green Infrastructure Planning Guide, 2015 Kesinambungan berlaku apabila terdapat elemen landskap ‘Hijau’ bertembung dengan elemen landskap ‘Kelabu’ menjadikan ia elemen landskap ‘Hijau-Kelabu’. Elemen ini turut menyumbang kepada contohnya laluan sikal, laluan sungai buatan manusia, jalinan hijau di pinggiran jalan serta taman pinggiran bandar.


9-7 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Elemen ‘Kelabu’ mempunyai paling sedikit elemen ‘Hijau’ seperti kawasan perumahan bandar dan kawasan industri. Sesetengah elemen landskap yang dikelaskan sebagai 'kelabu' mungkin menyumbang kepada fungsi infrastruktur hijau. Infrastruktur ‘kelabu’, seperti laluan bas, harus diintegrasikan dengan rangkaian infrastruktur hijau. Matriks di bawah merupakan garis panduan tindakan ke arah infrastruktur hijau yang ideal untuk memastikan integriti dan kesalinghubungan infrastruktur dipertingkat bersama dengan peningkatan kualitatif kepada unsur-unsur infrastruktur itu. Hubungkait Kualiti Ruang dan Infrastruktur Hijau bagi Membentuk Keadaan Ideal Infrastruktur dan kualiti ruang yang paling ideal dan optimum adalah apabila infrastruktur hijau dipelihara dengan sokongan tindakan berikut: Menghubungkan rangkaian hijau Membangunkan dan menghubungkan ruang tambahan Menaiktaraf ruang sedia ada Sumber: Green Infrastructure Planning Guide, 2015


A. LALUAN PEJALAN KAKI DAN BASIKAL Wujudkan sistem laluan pejalan kaki yang berterusan bagi menghubungkan kawasan kejiranan, ruang awam, pusat aktiviti, nod pengangkutan dan di integrasikan dengan jalan-jalan di dalam bandar. Menyediakan laluan pejalan kaki / laluan basikal di antara nodus-nodus samada: • Secara berasingan (dedicated) • Perkongsian laluan pejalan kaki dan laluan basikal • Perkongsian dengan jalan utama • Laluan pejalan kaki/laluan basikal mestilah bebas dari halangan tanaman pokok dan sebarang landskap kejur. (kelebaran bebas adalah 1.8m bagi laluan pejalan kaki dan 2.8m bagi laluan basikal. • Menyediakan pejalan kaki/laluan basikal yang pintas (secara terus), berhubungan (rantaian) dan diterangi dengan lampu pada waktu malam. • Menyediakan rangkaian pejalan kaki yang memenuhi keperluan/ kemampuan semua golongan ( dewasa, kanak-kanak dan OKU). • Kekalkan garis pandang yang jelas ke mercu tanda untuk membantu pejalan kaki dan penunggang basikal untuk mengorientasikan diri mereka dan bergerak di sekitar kawasan. 9-8 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 9.3 GARIS PANDUAN REKA BENTUK BANDAR Ruang Yang Di Perlukan Bagi Laluan Pejalan Kaki & Laluan Sikal 1.8m 2.2m 0.75m 1.2m 1.4m 2.25m 1.18m 1.5m Paras mata Paras pemegang 2.8m Zon bebas halangan A B C A B C Keperluan secara fizikal yang diperlukan bagi laluan sikal. Keperluan minimum bagi lyang perlu disediakan bagi laluan sikal Keperluan yang digalakkan bagi penyediaan laluan sikal untuk satu hala


B. PENYUSUNAN PAPAN IKLAN DI PREMIS • Menggantikan papan iklan yang tidak mengikut garis panduan yang di tetapkan. • Menyusun papan iklan pada fasad bangunan komersil mengikut transek yang ditetapkan. Tipologi Papan Iklan Di Premis B1 D4 D1 D3 E1 E3 E2 D2 B2 A1 A2 A1 B3 B4 A2 C1 C2 D1 B2 B2 9-9 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Melepasi parapet premis Di bawah parapet premis Di gantung ( pada hujung bangunan) Di gantung – bersaiz kecil – melepasi tingkat 1 Di gantung dengan bentuk yang pelbagai Di gantung – bersaiz kecil – di tingkat 1 Di dinding premis Di tiang premis Peletakan papan Iklan :- A1 A2 Di atas lantai tingkat 1 premis Di bawah lantai tingkat 1 premis Menutupi fasad bangunan Perantaran lantai 1 premis (besar) Di tiang premis Di cermin premis- tingkat 1 Di dalam – di atas pintu premis B1 C2 C1 B2 B3 B4 D1 E1 D2 D3 D4 E2 E3 Petunjuk:- Digalakkan Memerlukan pertimbangan Tidak digalakkan


C. PENGEKALAN BANGUNAN WARISAN Bangunan-bangunan warisan yang hendak dipelihara perlu melakukan perkara-perkara berikut:- • Keadaan bangunan mestilah direkodkan sebelum apa‐ apa kerja dilakukan; • Apa‐apa bukti sejarah yang ditemui tidak boleh dimusnahkan, diganti atau dialih; • Apa‐apa gangguan kerja atau sentuhan ke atas bangunan mestilah seminimum yang mungkin; • Apa‐apa sahaja gangguan kerja juga mestilah dilakukan dengan berhati‐hati dan mempunyai rasa hormat dan ikhlas demi menjaga nilai estetik, sejarah dan ciri‐ciri fizikal bangunan lama; dan • Semua kaedah dan bahan yang digunakan dalam kerja‐ kerja pemuliharaan mestilah direkodkan. Kerj-kerja pemuliharaan mestilah : • Boleh mengekalkan seperti keadaan yang asal; • Tiada halangan untuk kerja‐kerja masa hadapan sekiranya perlu; • Tidak melindungi sebarang kemungkinan; • Memastikan pengekalan maksimum bahan binaan yang sedia ada; dan • Sekiranya ada tambahan, pastikan keharmonian dari segi warna, tekstur, bentuk dan skala. Ciri-ciri yang perlu di beri perhatian Era Pembinaan (sejarah) – Mengenali bangunan mengikut tempoh masa sejarah untuk mengenal pasti ciri-ciri ketulenan yang terdapat pada fasad bangunan. Gaya Seni bina – memahami pembahagian dan kegunaan ruang, fungsi seni bina yang ada seperti kaki lima, sistem pengudaraan dan lain-lain elemen yang dibina. Bahan Binaan Tradisi - Mempelajari fakta-fakta mengenai bahan binaan tradisi seperti penggunaan kayu, batu, tanah liat, kapur dan sebagainya. 9-10 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Antara fasad yang boleh di dapati di Jalan Rahmat Party wall 'Roof ridge’ Ritma jalur mendatar dan menegang Pengunaan warna bangunan Gable Bumbung Ritma Tingkap (kelebaran & Hujung ketinggian) gable Parapet bangunan


D. PENATAAN BANGUNAN BAHARU • Fasas bangunan hendaklah mengikut ‘que’/turutan bangunan semasa/sedia ada bangunan bersebelahan • Ketinggian bangunan tidak boleh kurang atau lebih dari 2 tingkat bangunan bersebelahan. 9-11 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Bumbung Komponen Garispanduan Parapetbangunan ‘Rhythem’Tingkap ’Rhythem’ Fasad bangunan hadapan 1. Fasad utama dan pintu masuk ke bangunan hendaklah menghadap ke arah jalan utama atau dataran. 2. Laluan masuk ke tempat letak kereta dan kawasan memunggah hendaklah tidak di laluan utama 3. Komposisi seni bina (bumbung, parapet, tingkap, kelebaran dan ketinggian bangunan) hendaklah menunjukkan penataan asas secara keseluruhan fasad bangunan. KAWASAN TAPAK SEMASA YANG KOSONG Potensi pembangunan ‘infill’ Pembangunan ‘infill’ terlalu tinggi Pembangunan ‘infill’ terlalu rendah Pembangunan ‘infill’ yang dicadangkan PEMBANGUNAN YANG TIDAK DIGALAKKAN PEMBANGUNAN YANG TIDAK DIGALAKKAN PEMBANGUNAN YANG MENGAMBIL KIRA ‘QUE’ PEMBANGUNAN BERSEBELAHAN JALAN LOKASI PEMBANGUNAN BAHARU YANG SALAH TEMPAT LETAK KERETA LOKASI BLOK BAHARU MENGIKUT GARIS DEPAN BANGUNAN TEMPAT LETAK KERETA JALAN BANGUNAN BAHARU


STRATEGI PEMBANGUNAN LANDSKAP Reka Bentuk Penanaman Pokok 1. Penanaman pokok jenis batang lurus, tegak, cepat membesar dan percabangan kurang 3 meter dari paras tanah adalah digalakkan. 2. Hanya satu jenis tanaman sahaja digalakkan ditanam di setiap jalan di kedua belah rizab jalan agar ianya kelihatan lebih formal dan sebagai identiti tersendiri bagi jalan tersebut. 3. Penanaman pokok dari jenis yang tahan pencemaran, dahan tidak rapuh, kadar luruh daun yang rendah, berakar tunjang dan mudah diselenggarakan turut digalakkan. 4. Pemilihan pokok juga perlulah mempunyai tekstur padat dan rupa bentuk mendatar untuk mengurangkan bunyi pencemaran. 5. Menanam pokok renek dan penutup bumi kurang 0.5 meter tinggi manakala pokok palma jenis yang tidak berumpun digalakkan di tanam di ruang pembahagi jalan berukuran kurang dari 2 meter. 6. Kerja-kerja perlandskapan perlulah mendapat khidmat pakarunding bertauliah yang menghasilkan reka bentuk berkualiti dan indah. 7. Penanaman pokok renek berbunga terang perlu ditanam di kawasan persimpangan jalan utama dalam jarak 0.5 kilometer dari persimpangan bagi menunjukkan adanya persimpangan di hadapan. 8. Reka bentuk perabot jalan seperti lampu, papan tanda, siar kaki dan sebagainya perlu bertemakan ciri-ciri tempatan seperti seni ukiran melayu, flora dan fauna yang dapat menyerlahkan lagi konsep bandar berimej warisan yang akan diadaptasikan dalam setiap pembangunan landskap. 9. Penyediaan kemudahan perabot jalan berdasarkan hierarki jalan seperti berikut: 9-12 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 9.4 GARIS PANDUAN LANDSKAP JALAN No Komponen Perabot Jalan 1 Jalan Tempatan (12 meter) • Lampu Jalan • Kotak penanaman • Papan tanda 2 Jalan Tempatan (20 meter) - Jarak tanaman 25 meter • Siar kaki • Lampu Jalan • Kotak penanaman • Papan tanda 3 Jalan Pemungut ‘Collector’ (30 meter) - Jarak tanaman 30 meter • Siar kaki • Lampu Jalan • Kotak penanaman • Perhentian bas/teksi 4 Jalan Lingkaran Bandar - Pokok besar lebih 30 meter • Siar kaki • Laluan motosikal • Kotak penanaman • Papan tanda • Perhentian bas/teksi 5 Jalan Bandar (50 meter) - Pokok besar lebih 30 meter • Lampu Jalan • Siar kaki • Laluan motosikal • Kotak penanaman • Papan tanda 6 Persimpangan Jalan Tempatan (12-20 meter) • Lampu jalan • Papan tanda


STRATEGI PEMBANGUNAN LANDSKAP Reka Bentuk Penanaman Pokok Rizab Landskap 1. Rizab landskap yang meliputi laluan siar kaki dan kawasan penanaman perlu disediakan di kedua-dua belah jalan mengikut kelebaran jalan tersebut. 2. Bagi memastikan kadar pertumbuhan tanaman yang baik, rizab landskap pinggiran kawasan pembahagi jalan mestilah mempunyai ukuran berdasarkan hierarki jalan seperti berikut. 9-13 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Rizab Jalan Rizab landskap (Minimum) Pembahagi Jalan (Minimum) 12 meter 3 meter - 20 meter 3 meter 2 meter 30 meter 3 meter 2.5 meter 40 meter 3.5 meter 3 meter 50 meter 4 meter 4 meter 10. Jarak penanaman bergantung kepada jenis dan saiz pokok tetapi mestilah tidak kurang daripada ½ lebar silara tanaman matang agar boleh dijarangkan selepas 10 hingga 15 tahun. 11. Penanaman pokok di setiap persimpangan jalan perlu mengambil kira jarak penglihatan pemandu.


STRATEGI PEMBANGUNAN LANDSKAP Kaedah Penanaman Pokok 9-14 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Di persimpangan yang mempunyai lampu isyarat, pokok yang di tanam di tepi jalan perlulah memberi ruang yang mencukupi untuk melihat ke arah isyarat lalu lintas yang disediakan. Ini boleh di lakukan dengan menggunakan pokok-pokok yang besar, cepat tumbuh dan mempunyai kanopi yang tinggi. Keadaan ini akan memberi ruang kelihatan yang baik bagi kenderaan, serta jarak penglihatan yang baik untuk pemandu, pejalan kaki dan penunggang basikal. Pemilihan pokok yang lebih kecil akan menghalang fasad bangunan premis perniagaan, papan tanda dan pencahayaan. Pokok di tepi jalan yang lebih besar biasanya merupakan pilihan yang lebih baik Walaupun di dalam pelan menunjukkan seolah-olah pandangan ke arah isyarat lalulintas terlindung oleh kanopi pokok namun sekiranya dilihat dari pandangan rentas di dapati bahawa isyarat lalulintas masih boleh dilihat dengan jelas sekiranya pokok yang sesuai digunakan 4.2m Mengekalkan Jarak Penglihatan Semasa Pokok Tumbuh Apabila pokok masih muda, ranting pokok/ kanopi adalah kecil dan jarak penglihatan ke arah isyarat dikekalkan Apabila pokok melalui proses pertumbuhan, pemangkasan pokok di buat bagi mengawal pertumbuhan kanopi pokok yang tirus. Setelah kanopi pokok mencapai ketinggian sasaran (min 4.2 m), maka tidak perlu lagi membuang ranting malah kanopi dibiarkan merebak.


9-15 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Rajah 9.1: Rizab Landskap bagi Jalan-Jalan Tempatan (12 Meter) Rajah 9.2: Rizab Landskap bagi Jalan-Jalan Tempatan (20 Meter) Rajah 9.3: Rizab Landskap bagi Jalan-Jalan ‘Collector’ (30 Meter) 3m Rizab Landskap 6m Laluan Kenderaan 3m Rizab Landskap 2m 3m Rizab Landskap 3m Rizab Landskap 6m Laluan Kenderaan 6m Laluan Kenderaan Pembahagi Jalan 3m Rizab Landskap 3m Rizab Landskap 6.25m Laluan Kenderaan 6.25m Laluan Kenderaan 2.5m Pembahagi Jalan 3m Laluan Motosikal 3m Laluan Motosikal 1.5m Rizab Parit 1.5m Rizab Parit


9-16 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Rajah 9.5: Rizab Landskap Jalan Lingkaran Bandar (50 Meter) Rajah 9.4: Rizab Landskap bagi Jalan Bandar (40 Meter) 7m Laluan Kenderaan 7m Laluan Kenderaan 4m Pembahagi Jalan 3m Laluan Motosikal 3.5m Rizab Landskap 3.5m Rizab Landskap 3m Rizab Jalan Untuk Pelebaran Masa Depan 3m Rizab Jalan Untuk Pelebaran Masa Depan 3m Laluan Motosikal 2m Rizab Parit 2m Rizab Parit 9.5m Laluan Kenderaan 9.5m Laluan Kenderaan 4m Pembahagi Jalan 3m Laluan Motosikal 3m Laluan Motosikal 4m Rizab Landskap 4m Rizab Landskap 3m Rizab Jalan Untuk Pelebaran Masa Depan 3m Rizab Jalan Untuk Pelebaran Masa Depan 2m Rizab Parit 2m Rizab Parit


STRATEGI PEMBANGUNAN LANDSKAP Pemilihan Jenis Tanaman 1. Tanaman Pembahagi Jalan dan Tepi Jalan • Bougainvillea spp (Bunga kertas) • Hibiscus spp (Bunga raya) • Codiaeum spp (Puding) • Lantana camara (Bunga tahi ayam) • Ixora coccinea (Siantan) • Pseuderanthemum reticulatum (Pseuderantimum) • Allamanda catharica (Golden trumpet) 2. Tanaman Tepi Jalan (12 meter dan 20 meter) • Bauhinia variegate (Orchid tree) • Pommetia pinnata (Kasai) • Peltophorum pterocarpum (Batai laut) • Lagerstroemia spp (Bungor) • Podocarpus rumpuii (Podocarpus) • Swietenia mahagoni (Mahogani) 3. Tanaman Tepi Jalan (30 meter ke atas) • Roystonea regia (Royal Palm) • Alstonia angustiloba (Pulai) • Agathis alba (Damar minyak) • Hopea odorata (Merawan Siput Jantan) • Samanea saman (Hujan-hujan) 4. Tanaman Pokok Teduhan Saiz Besar (Jarak Penanaman 6-12 m) • Alstonia angustiloba (Pulai) • Delonix regia (Semarak api) • Eugenia grandis (Jambu Laut) • Khaya senegalensis (Khaya) • Millettia atropurpurea (Tulang daing) • Samanea saman (Hujan-hujan) • Swietenia macrophylla (Mahagoni) • Tabebuia rosea (Tecoma) • Hopea odorata (Merawan siput jantan) • Pelthoporum pterocarpum (Batai Laut) 5. Tanaman Pokok Teduhan Saiz Sederhana (Jarak Penanaman 4-8 m) • Andira inermis (Kedondong hutan) • Azadiracta indica (Mambu) • Dalbegia oliveri (Tamalan) • Lagerstroemia speciosa (Bungor) • Bauhinia blakaena (Tapak kuda) • Ptelecarpa lamponga (Tembusu tikus) • Dillenia indica (Simpoh india) Sumber: Garis Panduan Penanaman Pokok Teduhan, Jabatan Landskap Negara, 2008 9-17 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Alstonia angustiloba Agathis alba Bauhinia variegata Swietinea mahagoni Hopea odorata


Tanah lapang secara umumnya boleh didefinisikan sebagai suatu kawasan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan rekreasi aktif atau pasif. Secara terperinci, ia meliputi dua (2) kategori berikut: I. Tanah lapang di dalam skim-skim pembangunan yang diserahkan kepada Pihak Berkuasa Negeri (PBN) di peringkat kelulusan permohonan kebenaran merancang ataupun semasa kelulusan permohonan pecah sempadan; II. Tanah lapang dan kawasan rekreasi dalam hierarki tertentu iaitu daripada taman nasional sehingga hierarki lot permainan seperti padang bola sepak, gelanggang permainan dan sebagainya yang dibangunkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau agensi-agensi yang berkenaan. 9-18 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 9.5 GARIS PANDUAN TANAH LAPANG DAN REKREASI STRATEGI PEMBANGUNAN LANDSKAP Keperluan Ruang 1. Keperluan ruang kawasan rekreasi adalah berdasarkan nisbah penduduk dengan kawasan pembangunan sebagaimana piawaian kawasan lapang yang telah disediakan oleh JPBD. Secara asasnya 10% daripada keseluruhan pembangunan bagi kawasan perumahan, perdagangan, perindustrian, kawasan bercampur, pelancongan dan kawasan institusi perlu dirizabkan sebagai kawasan tanah lapang dan taman rekreasi. 2. Merujuk kepada piawaian JPBD keperluan pembahagian ruang landskap untuk semua kategori kawasan lapang dan kawasan rekreasi adalah 60% landskap lembut dan 40% untuk ‘plinth area‘. 3. Penyediaan landskap lembut/kawasan hijau untuk semua kategori kawasan lapang dan kawasan taman rekreasi mestilah tidak kurang daripada 60% daripada keseluruhan kawasan. 4. Namun begitu, berdasar kepada kesesuaian dan keperluan pengguna yang berbeza untuk kawasan lapang dan taman rekreasi yang terletak di kawasan perbandaran, keperluan ruang landskap yang disyorkan adalah tidak kurang daripada 40% landskap lembut. 5. Pembahagian dan fungsi penggunaan ruang landskap adalah bergantung pada jenis tanah lapang dan kawasan rekreasi (rujuk piawaian perancangan JPBD – Kawasan Tanah Lapang dan Taman Rekreasi). Penyediaan kawasan hijau mestilah tidak kurang daripada 60% daripada keseluruhan kawasan. Reka bentuk peralatan permainan perlu dipasang dan disusun dengan kemas serta mengikut piawaian dan keperluan SIRIM.


STRATEGI PEMBANGUNAN LANDSKAP Jenis Penanaman Pemilihan jenis tanaman adalah bergantung kepada kesesuaian dan fungsi ruang tanaman. Secara umumnya, pokok utama hendaklah diberi keutamaan dalam penggunaan elemen landskap lembut kerana ianya akan memberi kesan teduhan yang lebih ketara dalam meningkatkan kualiti alam sekitar. Tanaman palma berbatang tunggal digalakkan ditanam secara berkelompok (cluster) bagi mendapat kesan teduhan yang ketara. Kombinasi pelbagai jenis tanaman dapat mewujudkan persekitaran yang harmoni dan berfungsi, selain daripada tujuan estetika. Kriteria pemilihan jenis tanaman adalah seperti berikut: i. Pokok utama yang mempunyai silara yang rendang dan berbunga ditanam di kawasan pengunjung berkumpul (focal point) untuk memberikan teduhan dan menonjolkan keindahan. ii. Jenis pokok berbatang lurus dengan percabangan melebihi 3.0m dari paras tanah. iii. Pokok utama berbunga di kawasan pintu masuk utama. iv. Jenis tanaman dari spesis tidak beracun, berduri dan berdahan rapuh. v. Penanaman tanaman nadir dan unik (rare species) adalah digalakkan untuk tujuan pemeliharaan, pendidikan dan penyelidikan. vi. Digalakkan penanaman tanaman yang dapat menarik hidupan liar kecil seperti burung, tupai dan rama-rama. vii. Keutamaan pemilihan tanaman dari jenis tanaman yang mudah diselenggarakan. Jarak Penanaman 1. Jarak tanaman adalah bergantung kepada reka bentuk landskap taman, jenis tanaman dan fungsi penanaman. Digalakkan penanaman secara bebas untuk mewujudkan keadaan semula jadi. 2. Secara umum, jarak tanaman hendaklah memudahkan kerja penyelenggaraan dijalankan. 9-19 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Pemilihan pokok yang dapat memberikan teduhan serta menhindahkan persekitaran kawasan rekreasi


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Jenis-jenis spesis pokok yang dicadangkan di kawasan rekreasi Pokok Utama Perancangan Landskap Kawasan Rekreasi NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN Bauhinia purpurea Calophyllum inophyllum Cassia fistula Cassia spectabilis Cinnamomum iners Cananga odorata Cratoxylum formosum Delonix regia Dyera costulata Erythrina spp. Fagraea fragrans Ficus benjamina Filicium decipiens Hopea odorata Khaya Senegalensis Kopsia flavida Mesua ferrea Michelia champaca Mimusops elengi Melaleuca leucadendron Peltophorum pterocarpum Plumeria spp. Pteleocarpa lamponga Saraca thaipingensis Samanea saman Spathodea campanulata Tabebuia pentaphylla Lagerstroemia spp Jacaranda filicifolia Xanthostemon chrysanthus Tapak kuda / Orchid tree Penaga laut Rajah kayu Cassia Kayu manis / Medang Teja Kenanga Pink mempat Semarak api Jelutung Dedap Tembusu Ara/beringin Kiara payung Merawan siput jantan khaya Penang sloe Penaga lilin Cempaka kuning Tanjung Gelam Batai/Jemeriang laut, Yellow flame Kemboja Tembusu tikus Seraca Hujan-hujan Pancut-pancut Tekoma Bungor Jacaranda Golden penda NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN Archontophoenix alexandrae Areca catechu Bismarckia nobilis Borassus flabellifer Caryota mitis Cocos nucifera Crytostachys lakka Chrysalidocarpus lutescens Dictyosperma album Elaeis guineensis Livistona chinensis Livistona rotundifolia Licuala grandis Neodypsis decaryii Ptychosperma macarthurii Ravenala madagascariensis Roystonea regia Veitchia merrillii Wodyetia bifurcate Palma majestic Pinang makan Bismakia Lontar Palma fish tail Kelapa Pinang merah Pinang kuning Palma princess Kelapa sawit Serdang cina Serdang Palma kipas Palma triangular Palma mac Arthur Palma traveller’s Palma raja Palma manila Palma foxtail Palma NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN Bougainvillea spp. Caesalpinia pulcherrima Calliandra spp Cassia biflora Duranta plumeria Gardenia jasminoides Hibiscus spp. Heliconia spp Hymenocallis littoralis Ixora spp Ficus gold Pisonia chinensis Bunga kertas Bunga merak Powder puff Kasia rimbun Golden dew drop Bunga cina Bunga raya Heliconia Spider lily Siantan Ara kuning Mengkudu siam Renek Mimusops elengi Fagraea fragrans 9-20


Perancangan landskap kawasan perumahan ini bukan saja tertumpu kepada penanaman pokok tetapi juga penyediaan kemudahan rekreasi di samping penyediaan struktur landskap kejur dan ruang kawasan aktiviti yang bersesuaian. PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 9.6 GARIS PANDUAN LANDSKAP KAWASAN PERUMAHAN STRATEGI PEMBANGUNAN LANDSKAP Keperluan Ruang 1. Minimum 10% daripada keseluruhan kawasan pembangunan perumahan perlu dirizabkan sebagai kawasan lapang atau taman. 2. Minimum 3m lebar di sepanjang jalan perlu disediakan untuk kawasan penanaman dan ruang pejalan kaki. 3. Minimum 6m lebar jaluran hijau (green linkages) perlu disediakan untuk menghubungkan kawasan perumahan dengan kawasan kemudahan awam seperti taman awam, sekolah dan kedai. Kawasan ini hendaklah dipisahkan daripada laluan kenderaan, dengan hanya pengguna basikal dan pejalan kaki dibenarkan menggunakannya. 4. Minimum 20m zon penampan perlu disediakan untuk kawasan perumahan yang menghadap ke jalan utama (30m) dan kawasan industri. Jaluran hijau dengan kelebaran minimum 6m perlu disediakan untuk menghubungkan kawasan kediaman dengan aktiviti lain. Keperluan menyediakan ruang selebar 3m dan tidak berturap di kawasan perumahan. 3m 6m 3m 20m Jalan Utama Melebihi 30m Zon penampan 20m lebar perlu disediakan di kawasan perumahan yang menghadap jalan utama yang berkelebaran melebihi 30m. 9-21


STRATEGI PEMBANGUNAN LANDSKAP Jenis Tanaman Secara umumnya penggunaan pokok utama di kawasan perumahan hendaklah diberikan keutamaan kepada jenis tanaman yang memberi kesan teduhan yang ketara dan penanaman palma hanya digalakkan di ruang tanaman yang sempit. Kriteria jenis tanaman 1. Untuk menonjolkan identiti kawasan taman perumahan, penanaman jenis tanaman berbunga di kawasan pintu masuk utama dan pokok utama teduhan di sepanjang jalan utama adalah disyorkan. 2. Tanaman yang dicadangkan perlulah mempunyai bentuk menarik, berakar tunjang, dahan tidak mudah patah, tidak berduri, tidak beracun dan penyelenggaraan yang sederhana. 3. Tanaman bercampur daripada pelbagai spesis, ketinggian dan saiz daun adalah disyorkan untuk ditanam di kawasan zon penampan. 4. Tanaman pagaran (hedges) disyorkan sebagai alternative pagar rumah. 5. Penanaman pokok buah bersaiz kecil dan tanaman untuk estetika adalah disyorkan untuk kawasan halaman rumah. 6. Tanaman di kawasan permainan kanak-kanak mestilah dari jenis tanaman yang tidak mudah patah, tidak berduri dan tidak mempunyai bunga, buah atau daun yang beracun. 7. Tanaman berakar tunjang dan rendang disyorkan untuk ditanaman di sepanjang kawasan laluan pejalan kaki supaya ia tidak merosakkan struktur seperti longkang dan laluan pejalan kaki, selain memberikan teduhan. 8. Tanaman - edible landscape digalakkan di belakang perumahan sebagai landskap dapur. Jarak Penanaman 1. Jarak tanaman adalah berdasarkan jenis rumah iaitu: a) Rumah Teres – tidak kurang dari 5m. Lokasi penanaman adalah di antara dua lot rumah. b) Rumah Berkembar dan Sesebuah – minimum dua batang pokok bagi setiap unit. c) Rumah Pangsa – jarak tanaman berdasarkan jenis pokok dan keluasan ruang tetapi mestilah tidak kurang daripada 5m. 2. Jarak penanaman di kawasan permainan bergantung kepada kesesuaian reka bentuk landskap. 3. Di kawasan zon penampan, jarak tanaman hendaklah rapat dan ditanam secara dua barisan untuk berfungsi sebagai penampan bunyi, habuk dan bau. 4. Jarak penanaman di pinggiran jalan perlu mengambil kira jarak di antara utiliti lain seperti tiang lampu, talian telefon dan saluran pembetungan. PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Penanaman pokok yang sesuai di kawasan kediaman dapat meningkatkan kualiti persekitaran Lingkaran hijau menghubungkan rumah dengan kawasan permainan kanak-kanak 9-22


Keperluan Ruang Hijau Kawasan Perumahan Komponen-komponen Yang Perlu Disediakan Di Kawasan Hijau Kawasan Industri 1) Rizab Hadapan Rumah dan Tepi Jalan • Pokok utama – Mempunyai akar tunjang, rendang, dahan tidak mudah patah, tidak berduri, tidak beracun dan penyelenggaraan yang sederhana • Pokok renek – Jenis tanaman berbunga serta mempunyai kadar tumbesaran yang cepat • Kepelbagaian dalam spesis tanaman adalah digalakkan 1) Zon Penampan • Pokok utama yang mempunyai akar tunjang dan berdaun rapat • Tanaman bercampur daripada pelbagai spesis, ketinggian dan saiz daun adalah disyorkan. 3. Taman Permainan Kanak-Kanak • Pokok utama yang dapat memberikan teduhan dan pelbagai jenis pokok renek berbunga. • Jenis tanaman yang tidak mudah patah, tidak berduri dan tidak mempunyai bunga, buah atau daun yang beracun 1) Halaman Rumah • Penanaman pokok buah bersaiz kecil dan tanaman untuk estetika. • Tanaman pagaran (hedges) disyorkan sebagai alternative pagar rumah. • Edible landscape digalakkan di belakang perumahan sebagai landskap dapur. Sumber : Amansara South, Penang 1 2 3 4 1 2 3 4 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 9-23


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Keperluan kawasan hijau di kawasan perumahan melibatkan 1) Rizab Hadapan Rumah dan Tepi Jalan 2) Zon Penampan 3) Taman Permainan Kanak-Kanak 4) Halaman Rumah Perancangan Landskap Kawasan Perumahan NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN Pokok Utama Bauhinia purpurea Dalbergia oliveri Cananga odorata Erythrina glauca Gardenia carinata Jacaranda filicifolia Mimusops elengi Lagerstroemia rosea Michelia champaca Mesua ferra Pelthophorum pterocarpum Tabebuia pentaphylla Tapak kuda Tamalan Kenanga Dedap merah Cempaka hutan Jacaranda Tanjong Bungor Cempaka kuning Penaga lilin Batai laut Tekoma Pokok Renek Allmanda carthartica Bougainvillea spp Hibiscus rosa-sinensis Helliconia spp Hymenocallis spp Ixora cocinea Alamanda Bunga kertas Bunga raya Heliconia Spider lily Siantan Komponen-komponen yang perlu disediakan di kawasan rizab hadapan rumah dan tepi jalan: 1) Perincian Kawasan Rizab Hadapan Rumah dan Tepi Jalan Bauhinia purpurea Dalbergia oliveri Allamanda cathartica Bougainvillea spp Jenis-jenis spesis pokok yang dicadangkan di kawasan zon penampan Pokok utama yang mempunyai akar tunjang, rendang, dahan tidak mudah patah, tidak berduri, tidak beracun dan penyelenggaraan yang sederhana Penanaman jenis tanaman berbunga di kawasan pintu masuk utama dan pokok utama teduhan di sepanjang jalan utama Kepelbagaian dalam spesis tanaman adalah digalakkan 9-24


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Komponen-komponen yang perlu disediakan di kawasan zon penampan kawasan perumahan: 2) Perincian Kawasan Zon Penampan NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN Pokok Utama Cinnamomum iners Eugenia grandis Ficus roxburghii sin auriculata Hopea odorata Streblus asper Mimusops elengi Kayu manis/Medang teja Jambu laut Beringin Merawan siput jantan Cempaka hutan Tanjong Palma Areca catechu Chrysalidocarpus lutescens Crytostachys lakka Ptychosperma macarthurii Licuala grandis Raphis spp Vietchia merrilii Pinang Palma kuning Pinang Merah Palma Mac Athur’s Palma fan Palma lady’s Palma manila Pokok Renek Acalypha spp Baphia nitida Calliandra surinamensisi Acalypha Baphia Powder puff Ficus roxburghii sin auriculata Areca catechu Licuala grandis Jenis-jenis spesis pokok yang dicadangkan di kawasan zon penampan Tanaman bercampur daripada pelbagai spesis, ketinggian dan saiz daun adalah disyorkan. Tanaman berakar tunjang dan rendang disyorkan untuk ditanaman di sepanjang kawasan laluan pejalan kaki Pokok utama yang mempunyai akar tunjang dan berdaun rapat 9-25


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Komponen-komponen yang perlu disediakan di kawasan taman permainan kanak-kanak 3) Perincian Kawasan Taman Permainan Kanak-Kanak NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN Pokok Utama Cassia fistula Cinnamomum iners Delonix regia Dalbergia olveri Jacaranda filicifolia Mimusops elengi Mesua ferra Tabebuia rosea Rajah kayu Kayu manis/Medang teja Semarak api Tamalan Jacaranda Tanjung Penaga lilin Tekoma Pokok Renek Brunfelsia pauciflora ‘floribunda’ Cassia biflora Caesalpina pulcherrima Codieum spp Duranta spp Eugenia orellana Gardenia jasminoides Hibiscus rosa-sinensis Hymenocallis littoralis Ixora spp Jasminum sambac Mussaenda spp Turnera ulmifolia Tabernaemontana coronaria Yesterday, Today, Tomorrow Bushy cassia Jambul merak Puding Duranta Kelat paya Bunga cina Bunga raya Spider lily Siantan Melur Janda kaya Turnera Susun kelapa Jasminum sambac Cassia fistula Jenis-jenis spesis pokok yang dicadangkan di kawasan taman permainan kanak-kanak Laluan pejalan kaki dan trek jogging minimum 1.5 meter. Menyediakan gelanggang serbaguna mengikut keperluan kawasan perumahan Taman permainan kanak-kanak Tanaman yang tidak mudah patah, tidak berduri dan tidak mempunyai bunga, buah atau daun yang beracun Alatan senaman Pokok utama yang dapat memberikan teduhan 9-26


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 9.7 GARIS PANDUAN LANDSKAP KAWASAN INDUSTRI Perancangan landskap kawasan perindustrian adalah bagi meningkatkan kualiti persekitaran dari aspek kawalan pencemaran udara dan bunyi, penghadang pandangan yang tidak menarik, merendahkan suhu serta pengindahan kawasan persekitaran. STRATEGI PEMBANGUNAN LANDSKAP Keperluan Ruang 1. Keperluan ruang untuk zon penampan adalah berdasarkan kepada piawaian Jabatan Alam Sekitar, iaitu: 2. 30% daripada keseluruhan kawasan kilang (termasuk kawasan tempat letak kereta) perlu dirizabkan sebagai kawasan landskap. 3. Ruang penanaman perlu disediakan di kawasan pintu masuk utama, tempat letak kereta, sekitar pejabat atau kilang serta kawasan lapang di antara bangunan yang di landskap sebagai taman kecil untuk kawasan rehat pekerja. 4. Pembentukan bukit kecil (earth mount) di kawasan zon penampan adalah digalakkan untuk menghasilkan kesan halangan pemandangan yang baik, selain daripada penggunaan komposisi penanaman. 5. Komponen landskap kejur seperti papan tanda, laluan pejalan kaki dan perabot jalan perlu disediakan di keseluruhan kawasan kilang. Jenis Tanaman Penggunaan pokok utama hendaklah diberi keutamaan bagi mendapat kesan yang lebih ketara dalam meningkatkan kualiti alam sekitar dari aspek pengawalan pencemaran udara, bunyi dan merendahkan suhu kawasan persekitaran. Tanaman palma digalakkan ditanam secara berkelompok (cluster) bagi mendapat kesan teduhan yang ketara. Kriteria jenis tanaman 1. Pemilihan jenis tanaman adalah berdasarkan kepada keperluan ruang yang diperlukan. 2. Tanaman yang tahan pencemaran dan habuk. 3. Jenis tanaman yang memerlukan penyelenggaraan yang sederhana. Jarak Penanaman 1. Jarak tanaman adalah bergantung kepada fungsi atau kesan yang diperlukan daripada penanaman tersebut. • Jika tanaman adalah bertujuan sebagai pengadang pemandangan – tanaman perlu ditanam secara rapat. 2. Jarak tanaman pokok utama di sepanjang laluan adalah sekata. 3. Jarak tanaman secara bebas disyorkan untuk menghasilkan keadaan persekitaran semula jadi di kawasan lapang. Jenis Industri Keperluan Kelebaran Rizab Industri Zon Khas Industri Kategori Am jenis A dan B Industri Ringan Industri Kecil dan Sederhana Industri Perkhidmatan 1500m - 3000m 500m - 1000m 200m - 500m 50m - 100m 50m - 100m 9-27


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP LANDSKAP BANGUNAN INDUSTRI LANDSKAP KAWASAN LAPANG LANDSKAP KAWASAN PENAMPAN LANDSKAP KAWASAN PERUMAHAN LANDSKAP KAWASAN LAPANG TANAMAN KAWASAN INDUSTRI TANAMAN CAMPURAN, BEBAS DAN TERBUKA, TANAMAN SEDERHANA, TINGGI DAN RENDAH TANAMAN CAMPURAN BEBAS, BERBAGAI BENTUK, BERKEPADATAN TINGGI, TANAMAN RENDANG, TINGGI DAN PADAT TANAMAN CAMPURAN, BEBAS DAN TERBUKA, TANAMAN SEDERHANA, TINGGI DAN RENDAH TANAMAN SESUAI DI KAWASAN PERUMAHAN 50 METER 200 METER 50 METER 300 METER ZON PENAMPAN TANAMAN YANG SESUAI DI KAWASAN INDUSTRI TANAMAN CAMPURAN, BEBAS DAN TERBUKA TANAMAN CAMPURAN, BEBAS, BERBAGAI BENTUK DAN BERKEPADATAN TINGGI TANAMAN CAMPURAN, BEBAS DAN TERBUKA TANAMAN SESUAI DI KAWASAN PERUMAHAN 100 METER 300 METER 100 METER LANDSKAP BANGUNAN INDUSTRI LANDSKAP KAWASAN LAPANG LANDSKAP KAWASAN PENAMPAN LANDSKAP KAWASAN PERUMAHAN LANDSKAP KAWASAN LAPANG 500 METER ZON PENAMPAN Rajah 9.7: Rizab Landskap Mengikut Jenis Industri Kategori Am jenis A dan B (500m – 1000m) Rajah 9.8: Rizab Landskap Mengikut Jenis Industri Zon Khas (1500m – 3000m) INDUSTRI KATEGORI AM A DAN B TANAMAN CAMPURAN, BEBAS DAN TERBUKA TANAMAN CAMPURAN, BEBAS, BERBAGAI BENTUK DAN BERKEPADATAN TINGGI TANAMAN CAMPURAN, BEBAS DAN TERBUKA TANAMAN SESUAI DI KAWASAN PERUMAHAN 250 METER 1000 METER 250 METER LANDSKAP BANGUNAN INDUSTRI LANDSKAP KAWASAN LAPANG LANDSKAP KAWASAN PENAMPAN LANDSKAP KAWASAN PERUMAHAN LANDSKAP KAWASAN LAPANG 1500 METER ZON PENAMPAN JALAN Rajah 9.6: Rizab Landskap Mengikut Jenis Industri Ringan (200m – 500m) Keperluan Rizab Landskap Mengikut Jenis Industri 9-28


Keperluan Ruang Hijau Kawasan Industri Komponen-komponen Yang Perlu Disediakan Di Kawasan Hijau Kawasan Industri 1. Tanaman Kawasan Penampan • Pokok utama – Mempunyai akar tunjang dan berdaun rapat • Pokok renek – Mempunyai tekstur daun yang padat dan rimbun serta mempunyai kadar tumbesaran yang cepat • Kepelbagaian dalam spesis tanaman adalah digalakkan 2. Kawasan pintu masuk utama • Tanaman jenis berbunga dan kepelbagaian dalam komposisi tanaman dan rupa bentuk tanaman yang dapat menonjolkan identiti kawasan adalah disyorkan. • Jenis tanaman yang dicadangkan juga perlu mengambil kira keseimbangan dan skala bangunan. 3. Kawasan sekitar bangunan • Pokok utama yang dapat memberikan teduhan • Pelbagai jenis pokok renek berbunga. 4. Kawasan sekitar bangunan yang menghadap jalan raya • Disyorkan tanaman dari spesis yang sama untuk menghasilkan kesan keseragaman dan penunjuk arah. Sumber : i-PARK @ Senai Airport City, Johor Industrial Park 1 2 3 4 1 2 3 4 PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 9-29


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Melia indica Keperluan kawasan hijau di kawasan industri melibatkan; 1) Zon Penampan 2) Kawasan Pintu Masuk Utama 3) Kawasan Sekitar Bangunan Perancangan Landskap Kawasan Industri NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN Pokok Utama Cinnamomum iners Cassia surattensis Fagraea fragrans Melia indica Mimusops elengi Pometia pinnata Pongamia pinnata Kayu manis Yellow cassia Tembusu Mambu Tanjung Kasai Mempari Palma Caryota mitis Chrysalidocarpus lutescens Ptychosperma macarthurlii Rhapis excelsa Palma fish tail Palma kuning Palma Mac Arthur’s Lady palm Pokok Renek Acalypha spp Baphia nitida Eugenia orellana Gardenia jasminoides Ixora javanica / Ixora coccinea Mussaenda spp Pisonia alba Acalypha Baphia Kelat paya Bunga cina Siantan Janda kaya Mengkudu siam Komponen-komponen yang perlu disediakan di kawasan zon penampan kawasan industri; 1) Perincian Kawasan Zon Penampan Jenis-jenis spesis pokok yang dicadangkan di kawasan zon penampan Gardenia jasminoides • Pokok utama yang mempunyai akar tunjang dan berdaun rapat • Kepelbagaian dalam spesis tanaman adalah digalakkan • Pokok utama dan pokok renek yang mempunyai tekstur daun yang padat dan rimbun serta mempunyai kadar tumbesaran yang cepat • Tanaman dari spesis yang sama digalakkan 9-30


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Komponen-komponen yang perlu disediakan di kawasan pintu masuk utama kawasan industri; 2) Perincian Kawasan Pintu Masuk Utama NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN Pokok Utama Cinnamomum iners Eugenia grandis Ficus roxburghii sin auriculata Hopea odorata Streblus asper Mimusops elengi Kayu manis/Medang teja Jambu laut Beringin Merawan siput jantan Cempaka hutan Tanjong Palma Areca catechu Chrysalidocarpus lutescens Crytostachys lakka Ptychosperma macarthurii Licuala grandis Raphis spp Vietchia merrilii Pinang Palma kuning Pinang Merah Palma Mac Athur’s Palma fan Palma lady’s Palma manila Pokok Renek Acalypha spp Baphia nitida Calliandra surinamensisi Acalypha Baphia Powder puff Ficus roxburghii sin auriculata Areca catechu Licuala grandis Jenis-jenis spesis pokok yang dicadangkan di kawasan pintu masuk utama Tanaman jenis berbunga dan kepelbagaian dalam komposisi tanaman dan rupa bentuk tanaman Jenis tanaman yang mengambil kira keseimbangan dan skala bangunan. 9-31


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Komponen-komponen yang perlu disediakan di kawasan sekitar bangunan kawasan industri; 3) Perincian Kawasan Sekitar Bangunan NAMA BOTANI NAMA TEMPATAN Pokok Utama Cassia fistula Cinnamomum iners Delonix regia Dalbergia olveri Jacaranda filicifolia Mimusops elengi Mesua ferra Tabebuia rosea Rajah kayu Kayu manis/Medang teja Semarak api Tamalan Jacaranda Tanjung Penaga lilin Tekoma Pokok Renek Brunfelsia pauciflora ‘floribunda’ Cassia biflora Caesalpina pulcherrima Codieum spp Duranta spp Eugenia orellana Gardenia jasminoides Hibiscus rosa-sinensis Hymenocallis littoralis Ixora spp Jasminum sambac Mussaenda spp Turnera ulmifolia Tabernaemontana coronaria Yesterday, Today, Tomorrow Bushy cassia Jambul merak Puding Duranta Kelat paya Bunga cina Bunga raya Spider lily Siantan Melur Janda kaya Turnera Susun kelapa Jasminum sambac Cassia fistula Jenis-jenis spesis pokok yang dicadangkan di kawasan sekitar bangunan Pokok utama yang dapat memberikan teduhan Pelbagai jenis pokok renek berbunga. Pokok pinggiran jalan Disyorkan tanaman dari spesis yang sama untuk menghasilkan kesan keseragaman dan penunjuk arah 9-32


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 9.8 GARIS PANDUAN LANDSKAP KAWASAN UTILITI Perancangan landskap kawasan utiliti ini melibatkan kawasan kemudahan asas bagi sesebuah pembangunan seperti pencawang elektrik, tangki air/rumah pam, kawasan pembentungan, kemudahan telekomunikasi dan pusat pelupusan sampah. Reka bentuk kawasan ini adalah bertujuan untuk meningkatkan nilai kualiti visual, penghadang pemandangan yang tidak menarik dan meningkatkan kualiti alam. STRATEGI PEMBANGUNAN LANDSKAP Keperluan Ruang 1. Laluan utiliti perlu diasingkan daripada laluan kenderaan dan laluan siar kaki dan mempunyai lebar minimum tidak kurang daripada 3 meter. 2. Kawasan landskap bagi kawasan pintu masuk dan jalan masuk utama adalah minimum 1.5 meter. 3. Lokasi setiap laluan utiliti perlu sesuai dari segi perletakan agar mudah diselenggara tanpa menimbulkan gangguan kepada laluan perkhidmatan yang lain. 4. Keperluan dan karakter rizab landskap adalah berbeza mengikut jenis kawasan utiliti seperti berikut: Jenis Kawasan Keperluan Ruang Pencawang Elektrik a) Bagi stesen pencawang elektrik – minimum rizab seluas 6 meter lebar dari bangunan. Ini bertujuan menghadang pemandangan di kawasan sempadan dan juga faktor keselamatan. Bekalan Air a) Rumah pam perlu diletakkan berhampiran dengan kawasan bekalan air dan juga berada diparas yang tinggi bagi memudahkan sistem pengaliran air ke zon bekalan. b) Terletak jauh dari kawasan awam dan kawasan yang sensitif supaya tidak mendatangkan kesan buruk kepada ekologi, landskap dan visual kawasan sekelilingnya. Kawasan Pembentungan a) Tapak kemudahan pembentungan perlu disediakan zon penampan dan sistem sirkulasi dan akses yang mencukupi. Ditempatkan jauh dari zon saliran keluar kawasan tadahan air dan kawasan lereng ‘watershed.’ Kemudahan Telekomunikasi a) Kemudahan alat telekomunikasi mestilah dilengkapi dengan pencahayaan untuk keselamatan dan pengawasan pada waktu malam. b) Ketinggian kemudahan alat telekomunikasi mestilah tidak melebihi 4.5 meter serta mempunyai reka bentuk khas supaya tidak jelas kelihatan dari pandangan orang ramai. Pusat Pelupusan Sampah a) Terletak sekurang-kurangnya 300 meter dari kawasan perumahan, kawasan komersial dan industri serta dari punca air dan kawasan aliran air. Selain itu, tapak yang dicadangkan perlu terletak sekurang-kurangnya 100 meter dari lebuhraya. b) Bagi kolam oksida dan tempat pembuangan sampah/pelupusan sampah – minimum rizab seluas 6 meter lebar sebagai bukit kecil dengan penambakan. 9-33


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Rajah 9.10: Cadangan jarak minimum menara komunikasi dari bangunan terdekat Rajah 9.11: Cadangan persekitaran bagi pemilihan tapak pelupusan sisa toksik dan pepejal Rajah 9.9: Keratan rentas kawasan bekalan elektrik yang menyediakan kawasan penampan. Keperluan Rizab Landskap Mengikut Jenis Utiliti 9-34


STRATEGI PEMBANGUNAN LANDSKAP Jenis Tanaman Secara umumnya, pokok utama hendaklah diberikan keutamaan bagi mendapatkan kesan teduhan yang ketara dan penanaman palma hanya digalakkan di ruang tanaman yang sempit. Kriteria jenis tanaman 1. Pokok utama yang berakar tunjang, tidak merebak dan tidak memerlukan air yang banyak. 2. Untuk tujuan penghadang pemandangan, pemilihan pokok renek adalah dari jenis berdaun rimbun dan padat. Kepelbagaian komposisi tanaman daripada pelbagai spesis adalah disyorkan sebagai tanaman penampan. 3. Penanaman pelbagai jenis tanaman berbunga adalah digalakkan di kawasan pintu masuk utama. 4. Keutamaan pemilihan penanaman adalah dari jenis tanaman yeng memerlukan penyelenggaraan minimum. 5. Pemilihan jenis tanaman juga adalah berdasarkan kawasan-kawasan tertentu seperti berikut: PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Jenis Kawasan Karakter Tanaman Pencawang Elektrik a) Penanaman pokok mengikut kaedah 3 lapisan merangkumi pokok teduhan, pokok renek dan penutup bumi bersesuaian sebagai penampan atau hadangan daripada anasir luar. Ia juga untuk menghalang kemasukan orang awam ke kawasan tersebut terutamanya kanak-kanak. b) Tanaman yang mudah terbakar seperti Acacia mangium (Silver acacia) adalah tidak dibenarkan. Bekalan Air a) Tanaman yang mempunyai tekstur yang padat, permukaan daun yang berbulu dan berair adalah digalakkan bagi membantu proses penyerapan habuk dan penebatan kesan bunyi b) Pokok utama yang berakar tunjang, tidak merebak dan tidak memerlukan air yang banyak. Ini untuk mengelakkan masalah kerosakan saluran air, terutamanya di kawasan rumah pam. c) Keutamaan pemilihan penanaman adalah dari jenis tanaman yang memerlukan penyelenggaraan yang minimum. Kawasan Pembentungan a) Menyediakan rizab landskap yang mempunyai lebar minimum 6 meter disempadan kawasan bagi tujuan penghadangan. b) Tanaman pelbagai saiz dan mempunyai kadar tumbesaran yang cepat bagi menghasikan kesan hadangan yang maksimum. c) Kriteria pokok yang digalakkan adalah yang berakar tunjang dan tidak memerlukan banyak air agar dapat mengelak masalah kerosakan saluran air, terutama di kawasan rumah pam. Kemudahan Telekomunikasi a) Tanaman yang dapat menghadang kotak utiliti telekomunikasi untuk mencantikkan pandangan dan juga sebagai langkah keselamatan. b) Pemilihan pokok diberi keutamaan dari jenis yang rendah kadar penyelenggaraan Pusat Pelupusan Sampah a) Tanaman pokok-pokok renek dan penutup bumi, tumbuhan hadangan serta tanaman yang dapat meningkatkan kualiti visual dan alam sekitar. b) Tumbuhan yang boleh merawat tanah. 9-35


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Rajah 9.13: Cadangan perletakan loji kumbahan tertutup dan keperluan zon penampan yang diperlukan. Rajah 9.14: Cadangan perletakan loji kumbahan terbuka dan keperluan zon penampan yang diperlukan Rajah 9.12: Kawasan bekalan air yang dikelilingi dengan penanaman pokok penampan. Kaedah Penanaman Landskap Mengikut Jenis Utiliti 9-36


Pengekalan dan pemeliharaan pokok mampu mewujudkan persekitaran yang kondusif dan selesa kepada penduduk setempat serta mampu melindungi pokok-pokok matang agar sentiasa dipelihara dan dilindungi. PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP 9.9 GARIS PANDUAN PEMELIHARAAN POKOK Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) Di dalam Akta 172, bahagia VA adalah penting dalam penyediaan Pelan Induk Landskap Majlis Perbandaran Batu Pahat, Johor Darul Takzim 2023-2033. Ianya bertujuan bagi memastikan kawalan dan peraturan yang sempurna bagi perancangan bandar dan desa serta pihak yang berperanan dan bertanggungjawab dalam bidang dan tugas yang terkandung dalam perancangan bandar. Di dalam Bahagian VA Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), terdapat perlindungan khas kepada pokok–pokok matang dalam memastikan pokok–pokok ini dipelihara dan tidak ditebang bagi mengekalkan sistem ekologi di sesebuah kawasan itu. Kategori Pokok di Bawah Perintah Pemeliharaan Pokok (TPO) Dalam perintah pemeliharaan pokok (TPO) terdapat tiga (3) kategori pokok yang perlu dipelihara dan dikekalkan untuk tujuan pemeliharaan alam sekitar sepertimana yang ditunjukan di bawah. Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) diberi kuasa menurut Seksyen 35A untuk mengeluarkan perintah pemeliharaan pokok yang terancam kepupusan atau yang mempunyai nilai-nilai istimewa. Di dalam Subseksyen 35A, seseorang itu dibenar menebang pokok yang tertakluk kepada sesuatu perintah pemeliharaan pokok; pokok yang hampir mati/telah mati; mencegah bahaya yang hampir pasti berlaku; jika dilakukan dengan mematuhi mana-mana undang-undang bertulis. Di dalam Sub-seksyen 35H (1), memperuntukkan perlindungan khas kepada pokok yang mempunyai ukur lilit melebihi 0.8 meter yang mana ianya tidak boleh ditebang kecuali dengan izin Pihak Berkuasa Tempatan. Pihak Berkuasa Tempatan juga boleh mensyaratkan supaya pokok-pokok yang ditebang perlu diganti dengan ditanam semula. Kaedah pemeliharaan pokok ini adalah termaktub di dalam Akta Perancangan Bandar dan Desa (pindaan) 1995 (Akta A933). Pokok yang diancam kepupusan 1. Endemic – Pokok yang disenaraikan dalam spesies pokok yang hanya didapati di tempat-tempat tertentu. 2. Rare – Pokok yang disenaraikan dalam spesies pokok yang jarang ditemui tetapi mempunyai jumlah yang masih terkawal. 3. Endangered – Pokok yang disenaraikan dalam spesies pokok yang sukar ditemui dan jumlah yang semakin berkurangan. Pokok yang mempunyai nilai istimewa 1. Nilai Tersendiri – Spesies pokok yang mempunyai keindahan semula jadi atau mempunyai nilai estetik tempatan atau sebagai penghadang fizikal terhadap pemandangan yang buruk atau lain-lain nilai. 2. Tanaman Kenamaan – Spesies yang ditanam oleh pemimpin negara/orang kenamaan sempena sesuatu upacara yang mempunyai kepentingan negara. 3. Nilai Sejarah – Spesies pokok yang terdiri daripada mana-mana pokok yang tumbuh atau ditanam sempena sesuatu upacara dan mempunyai kaitan dengan nilai sejarah. Pokok yang berada di dalam kawasan perlindungan Semua spesies yang telah ditakrifkan dalam mana-mana undang-undang bertulis mengenai pokok yang terletak di dalam kawasan yang di isytihar kawasan hutan simpan, kawasan tadahan air, kawasan pemeliharaan bukit dan lain-lain. Sumber: Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) 9-37


PELAN INDUK LANDSKAP MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM 2023-2033 LAPORAN DRAF PELAN INDUK LANDSKAP Kategori Pokok Yang Tidak Digalakkan dalam Perintah Pemeliharaan Pokok Pihak Berkuasa Tempatan adalah tidak digalakkan untuk membuat perintah pemeliharaan terhadap pokok–pokok dari kategori berikut: a) Pokok tanaman komersial. b) Pokok buah-buahan. c) Pokok yang hampir mati dan telah mati. d) Pokok yang tumbuh pada atau berdekatan dengan utiliti yang boleh mengganggu atau menghalang kerja–kerja pemasangan, penyelenggaraan atau juga kerja-kerja lain yang berkaitan utiliti atau yang boleh menjadi punca yang mengancam nyawa dan harta benda. Ciri-ciri Pemeliharaan dan Pengekalan Pokok Sedia ada Ciri-ciri pokok yang perlu dikekalkan dan dipelihara a) Pokok semulajadi yang tumbuh di kawasan sungai atau punca air. b) Pokok semulajadi yang tumbuh di kawasan tanah tinggi dan cerun bukit. Pokok yang berada pada kecerunan 20% tidak dibenarkan untuk ditebang c) Pokok yang terletak di tepi tapak bangunan atau dalam rizab jalan tetapi tidak terlibat dengan kawasan yang akan dibangunkan. d) Pokok yangbtumbuh di kawasan yang direkabentuk untuk dijadikan kawasan rekreasi, permainan, kawasan hijau yang akan dibangunkan. Ciri-ciri pokok yang perlu dikekalkan dan dipelihara serta boleh dialih a) Pokok yang terletak berhampiran harta awam dan akarnya telah merosak harta tersebut b) Pokok yang berada di atas cadangan jalan atau tapak bangunan. c) Pokok dari spesies yang sukar diperolehi dan tidak boleh dibiar pupus. d) Pokok yang mempunyai saiz dan lilitan batang bersesuaian untuk dipindahkan. Jadual 12.2: Jadual bagi Ciri-ciri Pemeliharaan dan Pengekalan Pokok Sedia ada Sumber: Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172) GARIS PANDUAN PENEBANGAN/PENGALIHAN POKOK 1. Bahagian VA Akta 172 membuat suatu peruntukan khas bertujuan untuk memberi perlindungan khas kepada pokok - pokok matang untuk memastikan pokok-pokok ini tidak ditebang. 2. Bagi maksud ini seksyen 35H (1) akta melarang penebangan mana-mana pokok yang lilitannya melebihi 0.8 meter yang tumbuh di dalam kawasan pihak berkuasa perancang tempatan. Lilitan ini diukur pada paras 0.5 meter dari bumi manakala bagi pokok yang berbanir ianya diukur dari paras banir itu Kedudukan dan cara bagi menentukan pokok yang mempunyai lilitan 0.8meter. Lilitan semua spesis pokok mula diambil/ di ukur pada paras 0.5meter. 9-38


Click to View FlipBook Version