The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norasyikin.mdsaid, 2024-02-21 22:59:08

KAUNSELING BERFOKUS

MODUL KAUNSELING BERFOKUS

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS ii KATA ALU-ALUAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA KATA ALU-ALUAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Terima kasih kerana memberi peluang kepada saya merakamkan penghargaan syabas dan tahniah kepada kumpulan Pembina Modul Kaunseling Berfokus kerana berinisiatif dan proaktif menyediakan alternatif program dalam perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah. Matlamat kerajaan untuk membina sebuah Negara Bangsa adalah selaras dengan gagasan 1Malaysia; rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan yang dihasratkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. Hasrat 1Malaysia ialah membina sebuah negara yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan keadilan. Justeru, jika nilai-nilai ini dapat diterapkan melalui proses pendidikan yang terancang, seperti mana Modul Kaunseling Berfokus yang diilhamkan oleh kumpulan Guru Bimbingan dan Kaunseling, saya yakin dan percaya perpaduan dalam kalangan rakyat akan dapat diperkukuhkan dengan memanfaatkan Modul Kaunseling Berfokus ini.. Kementerian Pelajaran akan terus menyokong pembinaan Negara Bangsa bagi memperkukuhkan perpaduan, membina identiti nasional dan semangat kebangsaan. Akhir kalam, saya menaruh penuh keyakinan dan berharap Guru Bimbingan dan Kaunseling dapat memainkan peranan yang penting dan melaksanakan modul yang dihasilkan seterusnya dapat membantu menyemai dan memupuk perpaduan, semangat patriotisme, menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran; serta membentuk akhlak dan jati diri murid bagi melahirkan modal insan cemerlang.


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS iii KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA. KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Harian atas penerbitan Modul Kaunseling Berfokus ini. Saya percaya penerbitan modul ini adalah hasil kerjasama dan komitmen yang tinggi semua Guru Bimbingan dan Kaunseling sekolah dalam membantu menangani permasalahan disiplin pelajar masa kini. Pendidikan yang berkualiti menjamin masa depan yang lebih cerah. Dalam mengharungi cabaran abad ke-21 yang semakin hari semakin mencabar, para Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah perlu dilengkapi dengan kemahiran kaunseling yang lebih berfokus. Justeru, peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling yang sekian lama telah diperjuangkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dapat dilihat dengan lebih jelas dengan pelaksanaan Program Kaunseling Berfokus di sekolah kelak. Sumbangan Modul Kaunseling Berfokus ini dapat merealisasikan hasrat KPM untuk melihat permasalahan dan disiplin murid dapat ditangani oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling bahkan menjadi wahana kepada kecemerlangan murid.. Sehubungan itu, sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada kumpulan Guru Bimbingan dan Kaunseling yang terus mengambil langkah aktif dan proaktif menghasilkan Modul Kaunseling Berfokus ini demi manfaat diri, keluarga, masyarakat dan negara. KATA ALU-ALUAN PENGARAH BAHAGIAN PENGU


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS iv KATA ALU-ALUAN PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdullilah, saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, saya dapat bersama-sama dengan Kumpulan Guru Bimbingan dan Kaunseling, dalam sebuah buku yang sangat memberi makna kepada Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu Modul Kaunseling Berfokus. Sesungguhnya, Modul Kaunseling Berfokus yang dihasilkan kumpulan Guru Bimbingan Kaunseling yang merangkumi bidang akademik, disiplin dan pendidikan pencegahan dadah dapat membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia menangani isu-isu displin murid yang agak genting ketika ini. Justeru, saya sangat percaya, menyediakan masyarakat 20 tahun akan datang yang berteraskan 1Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri Malaysia, adalah bermulanya dari pelaksanaan Modul Kaunseling Berfokus yang dibina oleh kumpulan Guru Bimbingan dan Kaunseling yang sangat dedikasi. Saya ingin menegaskan bahawa Guru Bimbingan dan Kaunseling adalah sebagai warga pendidik telah terbukti memainkan peranan utama dalam membina negara bangsa.Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu berfikiran global dan bertindak secara terarah dengan menjadikan modul yang dihasilkan sebagai wadah untuk membentuk warganegara dengan ciri-ciri individu dan masyarakat bangsa Malaysia. Justeru, negara akan hilang daya saing dan ketinggalan dari kemajuan global sekiranya para Guru Bimbingan dan Kaunseling tidak menjalankan tugas secara jujur, ikhlas dan penuh tanggungjawab. Akhir kata, ucapan tahniah dan syabas atas kejayaan menghasilkan Modul Kaunseling Berfokus ini.


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS v ISI KANDUNGAN KATA ALU-ALUAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA ii KATA ALU-ALUAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Error! Bookmark not defined.i KATA ALU-ALUAN PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN iii ISI KANDUNGAN v 1.0 PENDAHULUAN 1 2.0 PROGRAM AKADEMIK CEMERLANG 2 2.1 PANDUAN PELAKSANAAN 4 2.1.1 PENDAHULUAN 4 2.1.2 MATLAMAT 4 2.1.3 OBJEKTIF 4 2.1.4 SASARAN 4 2.1.5 PELAKSANAAN 5 2.1.6 PENILAIAN 5 2.1.7 PENUTUP 5 2.2 PROSES KERJA 6 2.3 CARTA ALIRAN KERJA 8 2.4 PROGRAM CEMERLANG MILIKKU 9 2.4.1 AKTIVITI 1 9 2.4.2 AKTIVITI 2 13 2.4.3 AKTIVITI 3 15 2.4.4 AKTIVITI 4 16 2.4.5 AKTIVITI 5 17 2.4.6 AKTIVITI 6 19


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS vi 2.4.7 AKTIVITI 7 22 2.4.8 AKTIVITI 8 24 2.4.9 AKTIVITI 9 29 2.4.10 AKTIVITI 10 33 3.0 PROGRAM AKADEMIK GALUS 40 3.1 PANDUAN PELAKSANAAN 41 3.1.1 PENDAHULUAN 41 3.1.2 MATLAMAT 42 3.1.3 OBJEKTIF 42 3.1.4 SASARAN 42 3.1.5 PELAKSANAAN 43 3.1.6 PENILAIAN 43 3.1.7 PENUTUP 44 3.2 PROSES KERJA 44 3.3 CARTA ALIRAN KERJA 45 3.4 PROGRAM YAKIN BOLEH 46 3.4.1 AKTIVITI 1 47 3.4.2 AKTIVITI 2 51 3.4.3 AKTIVITI 3 53 3.4.4 AKTIVITI 4 56 3.4.5 AKTIVITI 5 57 3.4.6 AKTIVITI 6 59 3.4.7 AKTIVITI 7 61 3.4.8 AKTIVITI 8 62 3.4.9 AKTIVITI 9 64


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS vii 3.4.10 AKTIVITI 10 66 3.4.11 AKTIVITI 11 68 3.4.12 AKTIVITI 12 69 4.0 PROGRAM DISIPLIN PONTENG 77 4.1 PANDUAN PELAKSANAAN 78 4.1.1 PENDAHULUAN 78 4.1.2 MATLAMAT 78 4.1.3 OBJEKTIF 78 4.1.4 RASIONAL 79 4.1.5 SASARAN 79 4.1.6 PELAKSANAAN 79 4.1.7 PENILAIAN 80 4.1.7.1 GRAF KEHADIRAN 80 4.1.7.2 GRAF PRESTASI DIRI 81 4.1.8 PENUTUP 82 4.2 PROSES KERJA 83 4.3 CARTA ALIRAN KERJA 84 4.4 PROGRAM PONTENG SIFAR 85 4.4.1 AKTIVITI 1 85 4.4.2 AKTIVITI 2 87 4.4.3 AKTIVITI 3 91 4.4.4 AKTIVITI 4 93 4.4.5 AKTIVITI 5 94 4.4.6 AKTIVITI 6 95 4.4.7 AKTIVITI 7 96


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS viii 4.4.7 AKTIVITI 8 98 4.4.9 AKTIVITI 9 99 4.4.10 AKTIVITI 10 100 5.0 PROGRAM DISIPLIN TINGKAH LAKU DEVIAN 102 5.1 PANDUAN PELAKSANAAN 103 5.1.1 PENDAHULUAN 103 5.1.2 MATLAMAT 103 5.1.3 OBJEKTIF 104 5.1.4 SASARAN 104 5.1.5 PELAKSANAAN 104 5.1.6 PENILAIAN 105 5.1.7 PENUTUP 105 5.2 PROSES KERJA 106 5.3 CARTA ALIRAN 107 5.4 PROGRAM PERMATA KASIH 108 5.4.1 AKTIVITI 1 108 5.4.2 AKTIVITI 2 110 5.4.3 AKTIVITI 3 112 5.4.4 AKTIVITI 4 114 5.4.5 AKTIVITI 5 116 5.4.6 AKTIVITI 6 118 5.4.7 AKTIVITI 7 119 5.4.8 AKTIVITI 8 121 5.4.9 AKTIVITI 9 123 5.4.10 AKTIVITI 10 125


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS ix 6.0 PROGRAM DISIPLIN SEKSUAL 132 6.1 PANDUAN PELAKSANAAN 133 6.1.1 PENDAHULUAN 133 6.1.2 MATLAMAT 133 6.1.3 OBJEKTIF 133 6.1.4 SASARAN 134 6.1.5 PELAKSANAAN 134 6.1.6 PENILAIAN 135 6.1.7 PENUTUP 137 6.2 PROSES KERJA 138 6.3 CARTA ALIRAN KERJA 139 6.4 PROGRAM JALINAN KASIH 140 6.4.1 AKTIVITI 1 140 6.4.2 AKTIVITI 2 143 6.4.3 AKTIVITI 3 144 6.4.4 AKTIVITI 4 146 6.4.5 AKTIVITI 5 147 6.4.6 AKTIVITI 6 150 6.4.7 AKTIVITI 7 152 6.4.8 AKTIVITI 8 155 6.4.9 AKTIVITI 9 156 6.4.10 AKTIVITI 10 159 6.4.11 AKTIVITI 11 162 6.4.12 AKTIVITI 12 163 6.4.13 AKTIVITI 13 165


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS x 6.4.14 AKTIVITI 14 167 6.4.15 AKTIVITI 15 168 7.0 PROGRAM DISIPLIN GADUH 170 7.1 PANDUAN PELAKSANAAN 171 7.1.1 PENDAHULUAN 171 7.1.2 MATLAMAT 171 7.1.3 OBJEKTIF 171 7.1.4 SASARAN 172 7.1.5 PELAKSANAAN 172 7.1.6 PENILAIAN 173 7.1.7 PENUTUP 173 7.2 PROSES KERJA 174 7.3 CARTA ALIRAN KERJA 175 7.4 PROGRAM TEMAN SEJATI 176 7.4.1 AKTIVITI 1 176 7.4.2 AKTIVITI 2 178 7.4.3 AKTIVITI 3 182 7.4.4 AKTIVITI 4 183 7.4.5 AKTIVITI 5 185 7.4.6 AKTIVITI 6 186 7.4.7 AKTIVITI 7 187 7.4.7.1 AKTIVITI 7.1 187 7.4.7.2 AKTIVITI 7.2 190 7.4.7.3 AKTIVITI 7.3 195 7.4.7.4 AKTIVITI 7.4 204


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS xi 7.4.7.5 AKTIVITI 7.5 205 7.4.8 AKTIVITI 8 206 7.4.9 AKTIVITI 9 207 7.4.10 AKTIVITI 10 208 7.4.11 AKTIVITI 11 210 8.0 PROGRAM DISIPLIN BULI 215 8.1 PANDUAN PELAKSANAAN 217 8.1.1 Pendahuluan 217 8.1.2 Matlamat 218 8.1.3 Objektif 218 8.1.4 Sasaran 218 8.1.5 Pelaksanaan 218 8.1.6 Penilaian 219 8.1.7 Penutup 219 8.2 PROSES KERJA 220 8.3 CARTA ALIRAN 221 8.4 PROGRAM SIFAR BULI 222 8.4.1 AKTIVITI 1 222 8.4.2 AKTIVITI 2 224 8.4.3 AKTIVITI 3 227 8.4.4 AKTIVITI 4 233 8.4.4.1 AKTIVITI 4.1 235 8.4.5 AKTIVITI 5 238 8.4.5.1 AKTIVITI 5.1 240 8.4.5.2 AKTIVITI 5.2 242


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS xii 8.4.6 AKTIVITI 6 245 8.4.6.1 AKTIVITI 6.1 247 8.4.6.2 AKTIVITI 6.2 248 8.4.6.3 AKTIVITI 6.3 249 8.4.6.4 AKTIVITI 6.4 250 8.4.7 AKTIVITI 7 251 8.4.8 AKTIVITI 8 253 8.4.9 AKTIVITI 9 255 8.4.10 AKTIVITI 10 256 8.4.11 AKTIVITI 11 258 9.0 PROGRAM DISIPLIN VANDALISME 260 9.1 PANDUAN PELAKSANAAN 261 9.1.1 PENDAHULUAN 261 9.1.2 MATLAMAT 262 9.1.3 OBJEKTIF 262 9.1.4 SASARAN 262 9.1.5 PELAKSANAAN 262 9.1.6 PENILAIAN 263 9.1.7 Penutup 263 9.2 PROSES KERJA 264 9.3 CARTA ALIRAN 266 9.4 POGRAM KATAKAN TIDAK PADA VANDALISME 267 9.4.1 AKTIVITI 1 267 9.4.2 AKTIVITI 2 270 9.4.3 AKTIVITI 3 273


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS xiii 9.4.4 AKTIVITI 4 275 9.4.5 AKTIVITI 5 277 9.4.6 AKTIVITI 6 280 9.4.7 AKTIVITI 7 285 9.4.8 AKTIVITI 8 287 9.4.9 AKTIVITI 9 289 9.4.10 AKTIVITI 10 291 9.4.11 AKTIVITI 11 293 9.4.12 AKTIVITI 12 295 9.4.13 AKTIVITI 13 297 9.4.14 AKTIVITI 14 300 10.0 PROGRAM PPDa ROKOK 310 10.1 PANDUAN PELAKSANAAN 311 10.1.1 PENDAHULUAN 311 10.1.2 MATLAMAT 312 10.1.3 OBJEKTIF 312 10.1.4 SASARAN 313 10.1.5 PELAKSANAAN 313 10.1.6 PENILAIAN 313 10.1.7 PENUTUP 317 10.2 PROSES KERJA 317 10.3 CARTA ALIR 318 10.4 PROGRAM NAFAS SEGAR 319 10.4.1 AKTIVITI 1 319 10.4.2 AKTIVITI 2 322


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS xiv 10.4.3 AKTIVITI 3 327 10.4.4 AKTIVITI 4 328 10.4.5 AKTIVITI 5 333 10.4.6 AKTIVITI 6 335 10.4.7 AKTIVITI 7 344 10.4.8 AKTIVITI 8 349 10.4.9 AKTIVITI 9 350 10.4.10 AKTIVITI 10 352 11.0 PROGRAM PPDa PENAGIHAN DADAH 356 11.1 PANDUAN PERLAKSANAAN 356 11.1.1 Pendahuluan 357 11.1.2 Matlamat 357 11.1.3 Objektif 357 11.1.4 Sasaran 358 11.1.5 Pelaksanaan 358 11.1.6 Penilaian 359 11.1.7 Penutup 359 11.2 PROSES KERJA 360 11.3 CARTA ALIRAN 361 11.4 PROGRAM SINAR HARAPAN 362 11.4.1 AKTIVITI 1 362 11.4.2 AKTIVITI 2 367 11.4.3 AKTIVITI 3 369 11.4.4 AKTIVITI 4 371 11.4.5 AKTIVITI 5 374


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS xv 11.4.6 AKTIVITI 6 377 11.4.7 AKTIVITI 7 379 11.4.8 AKTIVITI 8 381 11.4.9 AKTIVITI 9 383 11.4.10 AKTIVITI 10 385 11.4.11 AKTIVITI 11 388 11.4.12 AKTIVITI 12 389 11.4.13 AKTIVITI 13 392 11.4.14 AKTIVITI 14 393 12.0 LAMPIRAN 396 12.1 JAWATANKUASA INDUK 396 12.2 SEKALUNG PENGHARGAAN 399 12.3 SENARAI NAMA GBKSM HULU LANGAT 402


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 1 1.0 PENDAHULUAN Kajian buli dan ponteng yang menjurus kepada kemenjadian pelajar telah dibuat di pusat pengajian tinggi membuktikan bahawa masalah disiplin di sekolah semakin membimbangkan. Salah laku ini juga menyumbang kepada salah laku negatif yang lain seperti bergaduh, merokok dan kesalahan lain di luar atau di dalam sekolah. Amalan buruk yang dilakukan oleh pelajar ini patut dibendung dengan segera. Wujudnya jawatan Guru Bimbingan dan Kaunseling yang lebih dari seorang di sekolah diharap dapat membantu menangani masalah disiplin ini secara lebih profesional. Justeru itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil inisiatif untuk membangunkan satu modul khusus agar Guru Bimbingan dan Kaunseling dapat menjadikannya sebagai satu panduan dalam melaksanakan Program Kaunseling Berfokus dengan lebih berkesan di sekolah. Rasionalpembinaan Modul Program Kaunseling Berfokus di yakini mampu membantu memantapkan tugasan Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam melaksanakan Program Kaunseling Berfokus di sekolah-sekolah dengan lebih terancang. Fokus pelan tindakan program inimengikut kategori yang disenaraikan melalui pemerhatian, laporan disiplin, Sistem Salahlaku Disiplin Murid (SSDM), buku catatan, soal selidik, maklumat rakan sebaya dan lain-lain. Semua kumpulan murid yang telah dikenal pasti ini ini hendaklah disenaraikan mengikut tiga Bidang utama iaitu, Bidang Akademik; Bidang Disiplin; dan Bidang PPDa. Fokus penghasilan modul hendaklah melibatkan ke tiga-tiga bidang. Bidang Akademik wajib iaitu merangkumi kumpulan Cemerlang dan Halus . Kemudian pilih tiga kumpulan sasaran dari dua bidang yang berikutnya mengikut keperluan sekolah. Jumlah murid yang terpilih dalam setiap kumpulan minimum 10 orang dan maksimum 20 orang murid untuk setiap satu kumpulan sasaran. Contoh :


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 2 Bidang Akademik (WAJIB) Kumpulan Cemerlang : 10-20 orang murid Kumpulan Halus : 10-20 orang murid Bidang Disiplin (PILIHAN) Kumpulan Ponteng : 10-20 orang murid Kumpulan Divien : 10-20 orang murid Kumpulan Gejala Sosial : 10 – 20 orang murid Kumpulan Bergaduh : 10 – 20 orang murid Kumpulan Vandalism : 10 – 20 orang murid Kumpulan Buli : 10-20 orang murid Bidang PPDa (PILIHAN) Kumpulan Merokok : 10-20 orang murid Kumpulan Dadah : 10-20 orang murid 2.0 PROGRAM AKADEMIK CEMERLANG


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 3 PROGRAM CEMERLANG MILIKKU BIDANG AKADEMIK - CEMERLANG AKTIVITI BIL TAJUK 1 Jalinan Mesra - Suai kenal 2 Penerokaan Kerjaya - Pencarian Maklumat dan Perkongsian Ilmu 3 Pengurusan Diri Dan Masa 4 Kemahiran Membuat Nota 5 Teknik Membuat Peta Minda 6 Kemahiran Mengingat 7 Kemahiran Membuat Ulangkaji 8 Belajar Berkumpulan 9 Pengurusan Stress 10 Persediaan Menghadapi Peperiksaan


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 4 2.1 PANDUAN PELAKSANAAN 2.1.1 PENDAHULUAN Program Cemerlang Milikku adalah satu program untuk murid cemerlang dalam bidang akademik. Murid cemerlang inilah yang akan meningkatkan kualiti dan prestasi sekolah. Oleh itu, mereka perlu dibimbing untuk membina dan memupuk tahap motivasi yang sedia ada dalam diri mereka bagi memperkasakan sekolah ke arah kecemerlangan akademik. Maka, program ini dibina khas dengan kandungan aktivitiaktiviti yang membantu murid-murid ini untuk terus maju, cemerlang dan terbilang dalam bidang akademik. 2.1.2 MATLAMAT Melahirkan murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik. 2.1.3 OBJEKTIF Di akhir program ini, murid dapat: 2.1.3.1 Menguasai teknik belajar yang betul dan berkesan. 2.1.3.2 Mempunyai hala tuju masa depan. 2.1.3.3 Cemerlang dalam semua mata pelajaran. 2.1.4 SASARAN Murid-murid cemerlang akademik. 10 orang murid dari Tingkatan 3 dan 10 orang murid dari Tingkatan 5.


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 5 2.1.5 PELAKSANAAN 2.1.5.1. Jalinan Mesra - Suai kenal 2.1.5.2. Penerokaan Kerjaya - Pencarian maklumat 2.1.5.3. Penerokaan Kerjaya - Pengkongsian ilmu 2.1.5.4. Lawatan Kerjaya 2.1.5.5. Pengurusan Diri dan Masa - Geraf diri 2.1.5.6. Pengurusan masa 2.1.5.7. Teknik membuat peta minda 2.1.5.8. Kemahiran mengingat 2.1.5.9. Pengurusan stress 2.1.5.10. Persediaan menghadapi peperiksaan 2.1.6 PENILAIAN 2.1.6.1 Ujian Pra 2.1.6.2 Ujian Pos 2.1.7 PENUTUP Melalui program ini, diharapkan agar murid-murid cemerlang akan mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang akan mereka tempuhi.


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 6 2.2 PROSES KERJA PROGRAM CEMERLANG MILIKKU Bil Proses Kerja Tempoh Personalia Catatan 1 Mengesan dan mengenalpasti murid berdasarkan senarai keputusan peperiksaan akhir tahun. Disember Penyelaras tingkatan/setiausaha peperiksaaan. GBKSM 2 Mengadakan aktiviti pertemuan dengan murid yang terlibat Merasionalkan mereka mengapa terpilih dalam Kumpulan akademik cemerlang Program Kaunseling Berfokus. Mengedarkan borang maklumat peribadi murid untuk simpanan kaunselor. Memberi taklimat kepada murid-murid yang terpilih tentang tujuan dan matlamat program. Menentukan tarikh- tarikh perjumpaan dengan murid. Januari GBKSM 3 Menjalani ujian pra sebelum aktiviti 1- Jalinan Mesra (Suai Kenal). Januari GBKSM 4 Murid mengikuti proses program “Cemerlang Milikku” mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Februari – September Guru ICT Guru Tingkatan Aktiviti 4 - Lawatan Kerjaya dijalankan diluar tempoh perjumpaan 5 Menjalani ujian post selepas aktiviti. Akhir bulan September GBKSM 6 Membuat analisis ujian pra/post. Oktober (minggu pertama) GBKSM


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 7 7 Perjumpaan dan perbincangan dengan murid selepas keputusan peperiksaan percubaan. Oktober (minggu kedua) GBKSM 8 Membentangkan laporan kepada pengetua. Oktober (Minggu ketiga) Pengetua GBKSM 9 Menyediakan pelaporan keberkesanan program. Oktober (Minggu Keempat) GBKSM 10 Hantar laporan kepada PPD SPPK November GBKSM 11 Hantar Laporan kepada Unit HEM JPNS November GBKSM 12 Perjumpaan dengan murid pada hari keputusan peperiksaan sebenar diumumkan. Mengikut Kumpulan peperiksaan (PMR/SPM) GBKSM


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 8 2.3 CARTA ALIRAN KERJA PROGRAM CEMERLANG MILIKKU TAMA Mengesan dan mengenalpasti murid berdasarkan senarai keputusan peperiksaan akhir tahun. Mengadakan aktiviti pertemuan dengan murid yang terlibat. Menjalankan ujian pra sebelum aktiviti 1 – Jalinan Mesra (Suai Kenal) Murid mengikut proses program “Cemerlang Milikku” mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Menjawab ujian post selepas aktiviti. Membuat analisis ujian pra/post. Perjumpaan dan perbincangan dengan murid selepas keputusan peperiksaan percubaan. Membentangkan laporan kepada pengetua. Menyediakan pelaporan keberkesanan program. Hantar laporan kepada PPD SPPk Hantar laporan kepada Unit HEM JPN Perjumpaan dengan murid pada hari keputusan peperiksaan sebenar diumumkan. MULA


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 9 2.4 PROGRAM CEMERLANG MILIKKU 2.4.1 AKTIVITI 1 BIDANG : Akademik TAJUK : Jalinan Mesra (Suaikenal) OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:- 1. mewujud kemesraan antara ahli. 2. menentukan matlamat jangka pendek dan jangka panjang. 3. bekerjasama dalam mencapai matlamat kecemerlangan akademik MASA : 40 minit SASARAN : Murid-murid cemerlang BAHAN-BAHAN: Ujian Pra, Borang maklumat peribadi LANGKAH : 1. GBKSM menerangkan tentang matlamat perjumpaan kumpulan ini 2. Guru mengedarkan Ujian Pra (Lampiran 1) dan Borang Maklumat Diri (Lampiran 2) kepada murid. 3. Murid-murid diminta mengisi Ujian Pra dan Borang Maklumat Diri dan menyerahkan kepada GBKSM 4. Murid diminta duduk dalam satu bulatan dan memperkenalkan diri serta berkongsi pengalaman /cara belajar yang mereka amalkan selama ini. 5. GBKSM memberi pandangan bagaimana menetapkan matlamat dan hala tuju jangka pendek dan jangka panjang.


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 10 PENILAIAN: Selepas aktiviti ini diharapkan murid:- 1. Mengenali rakan sekumpulan. 2. Menetapkan matlamat jangka pendek dan jangka panjang. 3. Bekerjasama dan saling menghormati antara satu sama lain RUMUSAN : 1. Murid dapat mewujudkan silaturrahim melalui pengenalan diri dan perkongsian pengalaman. FALSAFAH : `Kemesraan Membawa Kesejahteraan’.


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 11 LAMPIRAN 1 MODUL PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS UJIAN PRA Nama : ................................................................................. Tingkatan : ................................................................................. BIL. ITEM YA TIDAK 1 Saya amat mesra dan mudah didekati. 2 Gelagat rakan dalam kumpulan tidak membantu saya dalam pembelajaran 3 Saya jelas dengan hala tuju kerjaya saya pada masa depan 4 Saya tahu tentang kepentingan mata pelajaran yang ada kaitan dengan kerjaya yang saya pilih 5 Saya dapat melihat prospek kerjaya dengan jelas 6 Saya suka berkongsi maklumat kerjaya dengan rakan. 7 Saya mendapat banyak maklumat dari lawatan saya ke institusi pengajian tinggi 8 Brosur yang diperolehi dari lawatan memberi banyak maklumat kerjaya kepada saya 9 Saya sedar tentang kekuatan dan kelemahan diri saya 10 Saya memerlukan bimbingan guru untuk meningkatkan pencapaian akademik diri saya. 11 Saya perlukan bimbingan guru untuk mengurus masa pembelajaran saya. 12 Saya dapat mengurus masa saya dengan baik dan berkesan. 13 Saya selalu membuat nota dengan menggunakan peta minda 14 Penggunaan peta minda banyak membantu meningkatkan prestasi akademik saya 15 Saya menghadapi kesukaran untuk mengingat apa yang saya baca 16 Saya kerap kali lupa apa yang saya baca masa menghadapi peperiksaan. 17 Saya tertekan dengan harapan ibu bapa terhadap akademik saya 18 Saya perlu mengurus tekanan yang saya alami 19 Saya selalu merancang dan membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan 20 Saya pasti saya akan berjaya dengan cemerlang


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 12 LAMPIRAN 2 BORANG MAKLUMAT PERIBADI MURID KATEGORI NAMA GURU KELAS TINGKATAN PERIBADI 1.1. Nama : ____________________________________________________________ 1.2. Umur : __________________ Jantina : _________________ 1.3. No. Kad Pengenalan : __________________ Tarikh Lahir : _________________ 1.4. Alamat Rumah : ___________________________________________________________ __________________________________________________________ __________________________________________________________ 1.5. No Telefon : (R) ___________________ (Bimbit) __________________ BUTIRAN BAPA Nama : __________________________________ Umur : ________________ Pekerjaan : _________________________________Pendapatan Sebulan: RM ____________ Alamat Pejabat : _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ No. Telefon : (P) _____________________ (Bimbit) ____________________ BUTIRAN IBU Nama : __________________________________ Umur : ________________ Pekerjaan : _________________________________Pendapatan Sebulan: RM ____________ Alamat Pejabat : _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ No. Telefon : (P) _____________________ (Bimbit) ____________________ BUTIRAN RAKAN / WARIS Nama : __________________________________ Umur : ________________ Alamat Rumah : _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ No. Telefon : (R) _____________________ (Bimbit) ____________________ Disediakan oleh, Disahkan oleh, GAMBAR TERKINI


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 13 Tandatangan : _______________________ Tandatangan : ________________________ Nama : _______________________ Nama : _______________________ (GBKSM) (GURU BESAR) Tarikh : _______________________ Tarikh : _______________________ 2.4.2 AKTIVITI 2 BIDANG : Akademik TAJUK : Penerokaan Kerjaya (Pencarian Maklumat) OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:- 1. Menetapkan hala tuju kerjaya masa hadapan. 2. Mengumpul semua input berkaitan dengan kerjaya yang diminati. 3. Memberi penekanan yang khusus dalam mata pelajaran yang berkaitan dengan kerjaya mereka di masa hadapan. MASA : 40 minit SASARAN : Murid cemerlang BAHAN : Komputer di makmal ICT sekolah LANGKAH : 1. Setiap murid diminta menyatakan cita-cita mereka. 2. GBKSM memberi edaran (Lampiran 3) kepada murid dan memberi penerangan tentang tugasan. 3. Murid diminta menyelesaikan tugasan berdasarkan edaran yang diberi. 4. Murid diminta berkongsi tugasan dengan murid lain yang memilih kerjaya yang sama. 5. Murid perlu mencetak hasil yang dicari untuk pembentangan pada aktiviti yang akan datang. PENILAIAN :


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 14 1. murid mengetahui maklumat kerjaya yang mereka minati dengan lebih mendalam. RUMUSAN : Murid jelas tentang bidang kerjaya yang dipilih dengan aplikasi ICT. FALSAFAH : Penerokaan ilmu di hujung jari. LAMPIRAN 3 Nama : _______________________________ Tingkatan : _______________________________ Tarikh : _______________________________ Kerjaya yang dipilih: 1. Pengenalan kerjaya yang dipilih. 2. Bidang tugas kerjaya yang dipilih. 3. Ciri-ciri personalitI kerjaya yang dipilih. 4. Syarat dan kelayakan kerjaya yang dipilih. 5. Institusi yang menawarkan bidang yang dipilih. 6. Prospek kerjaya yang dipilih. Tandatangan : ______________________________ Disemak oleh : ______________________________


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 15 2.4.3 AKTIVITI 3 BIDANG : Akademik TAJUK : Penerokaan Kerjaya (Perkongsian Ilmu) OBJEKTIF : Pada akhir aktivit murid dapat: 1. Menyatakan maklumat tentang kerjaya. 2. Berkongsi maklumat tentang kerjaya. MASA : 40 minit SASARAN : Murid cemerlang BAHAN : Papan putih dan pen marker LANGKAH : 1. Murid diminta duduk dalam kumpulan kerjaya masing-masing. 2. Wakil kumpulan diminta membentangkan laporan dan seorang murid lagi diminta untuk mencatat maklumat di papan putih. 3. GBKSM memberi penjelasan tambahan tentang tajaan-tajaan (JPA, MARA, PETRONAS dan sebagainya) dan peluang belajar di dalam dan di luar negara. 4. Murid diminta untuk menyerahkan tugasan yang lengkap kepada GBKSM. PENILAIAN : 1. Berkongsi maklumat kerjaya yang dipilih. 2. Mengetahui penaja dan peluang belajar di dalam dan di luar negara.


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 16 RUMUSAN : Murid jelas tentang hala tuju kerjaya masing-masing. FALSAFAH : Penerokaan kerjaya penting untuk masa depan. 2.4.4 AKTIVITI 4 BIDANG : Akademik TAJUK : Penerokaan Kerjaya (Lawatan Kerjaya) OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. maklumat kerjaya dari institusi yang dilawati 2. Mengumpul brosur-brosur maklumat kerjaya sebagai rujukan. 3. menghasilkan buku skrap kerjaya. MASA : 360 minit SASARAN : Murid cemerlang BAHAN : Buku nota LANGKAH : 1. Guru memberi penerangan tentang tugasan yang dibuat oleh murid 2. Murid diminta mengumpul brosur 3. Murid diminta menampal brosur tersebut di sudut kerjaya Unit Bimbingan Dan Kaunseling 4. GBKSM membawa murid cemerlang bersama murid-murid lain melawat institusi yang dipilih. PENILAIAN : 1. murid dapat mengumpul maklumat kerjaya dari institusi yang dilawati. RUMUSAN : Murid mengetahui sumber mendapat maklumat tambahan


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 17 FALSAFAH : `Jauh perjalanan , luas pengetahuan’. 2.4.5 AKTIVITI 5 BIDANG : Akademik TAJUK : Pengurusan Diri Dan Masa – Graf Diri OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. melihat kekuatan dan kelemahan diri 2. merancang strategi untuk mengatasi kelemahan diri MASA : 40 minit SASARAN : Murid cemerlang BAHAN : Kertas graf LANGKAH : 1. Guru mengedarkan kertas geraf (Lampiran 4) kepada setiap murid. 2. Murid diminta mengisi geraf menggunakan keputusan. Peperiksaan Akhir Tahun sebagai TOV dan Ujian Bulanan sebagai OTR. 3. Murid diminta membuat perbandingan. 4. GBKSM meminta murid menerangkan tentang aliran geraf yang diperolehi dan menjelaskan tentang sebab turun/naik geraf berkenaan. 5. Di akhir aktiviti murid diminta menyerahkan geraf diri kepada GBKSM. PENILAIAN : 1. Murid dapat mengetahui kekuatan dan kelemahan diri dalam P&P. RUMUSAN :


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 18 1. Murid dapat melihat keseluruhan prestasi akademik melalui geraf yang dicipta. FALSAFAH : `Belajar dari kegagalan’ LAMPIRAN 4 Graf Diri BM BI MT SC GEO SEJ FIZIK BIO KIMIA ADD MT 80 74 64 78 65 56 77 60 52 72 80 74 64 78 65 56 77 60 52 72 0 10 20 30 40 50 60 70 80 90 BM BI MT SC GEO SEJ FIZIK BIO KIMIA ADD MT


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 19 2.4.6 AKTIVITI 6 BIDANG : Akademik TAJUK : Pengurusan Masa OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. Merancang dan menggunakan masa dengan teratur dan bermanfaat. 2. Merangka jadual belajar sendiri dan cuba menyesuaikannya dengan aktiviti harian mereka. 3. menjadi individu yang lebih bertanggungjawab dan mendisiplin diri mereka. MASA : 40 minit SASARAN : Murid Cemerlang BAHAN : helaian jadual belajar dan kertas A4 LANGKAH : 1. Edaran helaian jadual (Lampiran 5) dan kertas A4 kepada setiap pelajar. 2. Murid diminta mencatat aktiviti-aktiviti berikut pada helaian kertas A4: a. Aktiviti yang ingin dibuat selepas waktu sekolah. b. Aktiviti belajar untuk malam hari. c. Aktiviti belajar pada hujung minggu. d. Aktiviti utama pelajaran dan bukan akademik lain yang terlibat. 3. Setelah itu, murid diminta memindahkan maklumat aktiviti-aktiviti yang telah dicatat ke atas helaian jadual belajar masing-masing.


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 20 PENILAIAN : 1. Pelajar dapat menyediakan jadual belajar dengan baik. RUMUSAN : 1. Menyedarkan pelajar tentang perkara yang paling mustahak dalam mencapai segala matlamat yang telah dirancang ialah kebolehan mereka untuk merancang atau menggunakan masa dengan baik. FALSAFAH : Setiap detik masa tidak boleh dibeli dengan timbangan emas. (Falsafah Cina)


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 21 LAMPIRAN 5 CONTOH JADUAL BELAJAR MINGGUAN HARI MASA ISNIN SELASA RABU KHAMIS JUMAAT SABTU AHAD 0600 – 1300 PEMBELAJARAN SEPERTI BIASA 1300 – 1400 MAKAN TENGAH HARI 1430 – 1700 1700 – 1900 RIADAH/ BERSUKAN/ MAKAN MALAM 1900 - 2200 AGIHAN MASA BAGI SETIAP MATA PELAJARAN Jam Jam Jam Jam 2 3 2 2 2 3 3


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 22 2.4.7 AKTIVITI 7 BIDANG : Akademik. TAJUK : Teknik MembuatPeta Minda OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:- 1. mengetahui cara yang betul membuat peta minda mengikut kesesuaian tajuk dan mata pelajaran. 2. menyediakan contoh peta minda berdasarkan tajuk yang diberikan. 3. memudahkan kemahiran membuat nota dan membantu proses mengulangkaji mata pelajaran. MASA : 40 minit SASARAN : Murid cemerlang BAHAN : Contoh peta minda, kertas A4, pen berbagai warna. LANGKAH : 1. GBKSM menerangkan tentang kepentingan menyediakan peta minda. 2. Setiap murid diberi contoh peta minda (Lampiran 6) dan GBKSM menerangkan kaedah menyediakannya. 3. Setiap murid diminta menyediakan satu contoh peta minda berdasarkan tajuktajuk yang telah ditetapkan. 4. Setiap murid diminta menerangkan peta minda yang telah disediakan. PENILAIAN : 1. Peta minda yang disediakan oleh setiap murid.


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 23 CIRI PELAJAR CEMERLANG PENGURUSAN MASA KEMAHIRAN MENGINGAT RIADAH TIDUR /REHAT YAN CUKUP MASA BERSAMA KELUARGA Riwayat hidup PENCARIAN MAKLUMAT KUMPULAN BELAJAR AKONIM TEKNIK IMBAS KEMBALI BACA BERULANGULANG JADUAL BELAJAR SENDIRI KEMAHIRAN BELAJAR KATA KUNCI ULANGKAJI KEMAHIRAN BUAT NOTA MEMBACA CEPAT RUMUSAN : 1. Pendedahan kepada setiap pelajar kepentingan mengulangkaji matapelajaran dengan menggunakan peta minda. FALSAFAH : “Kreativiti Cabang Kejayaan” LAMPIRAN 6


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 24 2.4.8 AKTIVITI 8 BIDANG : Akademik. TAJUK : KemahiranMengingat. OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:- 1. mengetahui bagaimana cara mengingat sesuatu tajuk di dalam mata pelajaran. 2. memahami bagaimana menggunakan beberapa kaedah mengingat yang sesuai di dalam proses mengulangkaji. 3. menggunakan kaedah mengingat semasa proses pembelajaran. MASA : 40 minit SASARAN : Pelajar cemerlang BAHAN : Modul kaedah mengingat – kaedah neumonik, hafalan, cangking dan hubungkait, kertas latihan. LANGKAH : 1. GBKSM menerangkan tentang kepentingan kemahiran mengingat di dalam proses pembelajaran. 2. Setiap murid diberi beberapa contoh kaedah mengingat dan menghafal. 3. GBKSM menerangkan kaedah neumonik, hafalan, cangking dan hubungkait. 4. Setiap murid diminta melengkapkan helaian latihan kaedah mengingat berdasarkan kaedah yang telah dipelajari.


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 25 5. GBKSM bersama murid-murid menyemak helaian latihan dan membetulkan kesilapan jika ada. PENILAIAN : Helaian latihan murid-murid. RUMUSAN : 1. Pendedahan kepada setiap pelajar kepentingan kaedah mengingat di dalam proses pembelajaran. FALSAFAH : “Hendak Seribu Daya, Mahu Seribu Cara”


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 26 LAMPIRAN 7 KEMAHIRAN MENGINGAT Kemahiran belajar tidak lengkap jika kamu tidak melalui proses mengingat. Segala fakta yang diterika hendaklah disimpan agar tidak lupa uantuk dikeluarkan apabila diperlukan. Justeru disini, dicadangkan beberapa kaedah yang dapat membantu mempertingkatkan teknik mengingat: 1. HAFAL isi yang dibaca Ingatkan perkara yang utama yang perlu kamu ketahui dalam pembacaan itu. Contohnya : Sebelum membuka buku,ingat “apakah warna pelangi dan bagaimanakah pelangi terbentuk?” 2. Isi DISUSUN dengan betul Sebutkan isi yang kamu hafal Ketika menghafal suara mesti jelas supaya telinga mendengar apa yang kamu hafal. 3. Tentukan perkara yang perlu DIINGAT Pastikan turutan isi betul Contoh: Kamu ingin mengingat nama bulan. Pastikan kamu menghafal bermula daripada bulan Januari danberakhir dengan Disember. 4. UJI kemampuan daya ingatan Di sini kamu perlu memainkan dua watak i. Penyoal ii. Penjawab Cuba “soal” apa yangingin kamu ingat. Kemudian jawab


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 27 Jika kamu dapat mengingat. Teknik ingatan sedang berlaku. 5. Lakukan ULANG KAJI sekerap mungkin Baca, baca, baca, dan bacalah selagi ada kesempatan Pembacaan yang berulang kali akan mengukuhkan daya ingatan 6. Cuba INGAT semula apa yang kamu telah baca. Proses mengingat semula, kebiasaannya dilakukan dalam dua keadaan: i. Sebelum tidur ii. Selepas tidur Kaedah ini mampu mengekalkan ingatan kamu dalam masa jangka panjang. 7. Menggunakan Kaedah AKROSTIK Menggunakan Kepala huruf fakta membentuk ayat. Contoh: Jenis Kata: Kata 8. Menggunakan Kaedah BUNYI SEAKAN Gantikan fakta kepada bentuk cerita Contoh: Kelas Makanan 9. Menggunakan Teknik PEMBAHAGIAN NOMBOR Bahagikan nombor yang hendak dihafal kepada beberapa bahagian. Nama, Kerja, Adjektif, Keterangan, Tugas, Sandang Nana Kejar Ayam Keliling Taman Sana Lemak, Vitamin, Pelawas, Air, Garam Mineral, Protein, Karbohidrat Mak Amin tak Lawas bila minum Air Mineral dalam Tin Karat


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 28 Contoh: 10. Praktikkan Penggunaan SISTEM IRAMA Tukarkan ayat atau isi yang hendak dihafal ke dalam bentuk irama. Pilih lagu yang paling kamu gemari. Ingatan menjadi bertambah kuat jika kamu menggunakan irama lagu artis pujaan kamu. 11. Praktikkan Penggunaan SISTEM GAMBAR. Gambarkan objek yang ada kaitan dengan isi yang perlu dihafal. Contoh: Kamu ingin mengingat perkataan “bank”. Kaitkan dengan gambar “duit”. 12. Menggunakan KAEDAH AKRONIM. Menggabungkan huruf pangkal untuk membentuk satu perkataan yang perlu diingat. Contoh: Pengelasan Haiwan (654320789) 654…..320……789 Reptila, Ikan, Mamalia, Burung, Amfibia RIMBA


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 29 2.4.9 AKTIVITI 9 BIDANG : Akademik TAJUK : Pengurusan Stress OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. Menyatakan perasaan yang dialami dengan jelas dan betul. 2. Mengetahui bahaya stress dalam kehidupan. 3. Menyatakan maklumat-maklumat yang diperolehi berkaitan dengan stress. MASA : 40 minit SASARAN : Murid cemerlang BAHAN : Belon, kad tugasan LANGKAH : 1. Setiap murid diberi sebiji belon yang tidak ditiup. 2. Murid diminta untuk meniup belon tersebut sehingga besar dan meletup. 3. Murid diminta untuk menyatakan perasaan masing-masing setelah menjalankan aktiviti tersebut. 4. Guru mengaitkan aktiviti tersebut dengan pengurusan masa. 5. GBKSM memberi penerangan tentang stress melalui carta peta minda. (Lampiran 7) 6. Murid dibahagikan kepada lima kumpulan. 7. Murid diberi tajuk untuk berbincang sebagai tugasan. i. Kumpulan 1 – Ciri-ciri murid yang stress. ii. Kumpulan 2 – Punca-punca berlakunya stress.


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 30 iii. Kumpulan 3 – Kesan-kesan stress. iv. Kumpulan 4 – Teknik-teknik pengurusan stress. v. Kumpulan 5 – Kata-kata motivasi menghilangkan stress. 8. Guru memberikan renungan bersama dengan kata-kata motivasi. (Lampiran 8) PENILAIAN : Melalui tugasan yang diberi. RUMUSAN : Murid akan dapat mengurus stress dengan berkesan. FALSAFAH : ”Hidup bahagia dan ceria tanpa STRESS”


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 31 LAMPIRAN 8 Apa itu stress? Ciri-ciri murid yang stress Punca-punca stress Kesan-kesan stress Teknik-teknik pengurusan stress Rumusan


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 32 LAMPIRAN 9 Definisi terbaik bagi rehat ialah hidup tanpa tekanan. Menenangkan minda dan badan daripada sebarang tekanan akan memanjangkan usia kita. (Dr Frank Boyal) Kegembiraan selalunya nampak kecil ketika anda menggenggamnya, tetapi sekiranya anda melepaskannya anda akan belajar betapa besar dan bernilainya ia. (Maxim Gorky) Sekira anda ingin hidup tanpa menyahut sebarang cabaran, anda telah memutuskan bahawa anda tidak mahu lagi. (Shirley Hufstedler) Kebahagiaan bukannya suatu destinasi tetapi, ia adalah cara mengendalikan sesuatu kehidupan. (Burton Hilis) Lebih baik anda lupakan sahaja dan bergembira daripada anda mengingati dan berduka. (Christina Georgina Rossetti)


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 33 2.4.10 AKTIVITI 10 BIDANG : Akademik TAJUK : Persediaan Menghadapi Peperiksaan OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. mengetahui kepentingan membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan. 2. menyatakan strategi-strategi sebelum, semasa dan selepas peperiksaan. 3. membina keyakinan diri dengan menandatangani ikrar perjanjian. 4. Membuat penilaian ke atas keseluruhan aktiviti kelompok. MASA : 40 minit SASARAN : Murid cemerlang BAHAN : Carta, kad tugasan, lembaran ikrar, ujian pos. LANGKAH : 1. GBKSM memaparkan sekeping gambar dan peribahasa Bahasa Inggeris menggunakan slaid power point kepada murid. (Lampiran 10) 2. Murid diminta untuk menceritakan apa yang dilihat dan mesej yang tersirat dalam gambar tersebut dan cuba kaitkan dengan peperiksaan. 3. GBKSM membimbing murid untuk menjawab dengan betul. 4. GBKSM memberi penerangan tentang persediaan sebelum, semasa dan selepas peperiksaan. 5. Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan.


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 34 6. GBKSM mengedarkan kad tugasan kepada setiap kumpulan. 7. Murid diminta untuk berbincang dan menuliskan isi-isi penting berdasarkan tajuk yang diberi dalam kad tugasan. (Lampiran 10) 8. Setiap kumpulan diminta untuk menyatakan hasil perbincangan mereka. 9. GBKSM meminta murid menuliskan lagi isi-isi tambahan kepada tajuk-tajuk yang diberi sebagai tugasan. 10. GBKSM mengedarkan satu lembaran ikrar perjanjian menghadapi peperiksaan. (Lampiran 11) 11. Murid diminta untuk membacakannya dengan lantang dan menandatanganinya dengan rasa keyakinan. 12. Murid diminta melengkapkan ujian pos sebelum aktiviti berakhir sebagai satu penilaian ke atas keseluruhan aktiviti kelompok. PENILAIAN : Melalui hasil perbincangan kumpulan dan hasil ujian pos. RUMUSAN : 1. Pelajar akan dapat mengetahui strategi tepat menghadapi peperiksaan dengan cemerlang. FALSAFAH : ”Bersusah-payah dahulu, bersenang-lenang kemudian”


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 35 LAMPIRAN 10


Click to View FlipBook Version