The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norasyikin.mdsaid, 2024-02-21 22:59:08

KAUNSELING BERFOKUS

MODUL KAUNSELING BERFOKUS

PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 86 Penilaian : Murid dapat mengenal diri sendiri. Rumusan : 1. Dengan borang maklumat peribadi yang dikumpulkan kita dapat mengumpul maklumat dan mengenal latar belakang murid Falsafah : Tak Kenal MakanTak Cinta


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 87 4.4.2 AKTIVITI 2 Bidang : Disiplin Tajuk : Ponteng (Diari Hidupku) Objektif : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. Memberi maklumat tentang jadual aktiviti seharian 2. Merekod aktiviti dalam jadual seharian murid Masa : 40 minit Sasaran : Murid ponteng Bahan : Pen dan lampiran 1 dan 2 LANGKAH : 1. GBKSM mengumpul murid yang telah dikenalpasti terlibat lanjutan dari aktiviti yang telah lepas 2. GBKSM menerangkan tujuan perjumpaan aktiviti kelompok 3. Murid-murid diminta menceritakan aktiviti kehidupan seharian secara bergilirgilir 4. Murid-murid diminta mencatat aktiviti dalam jadual “ Sehari Dalam Hidupku” i. Hari Persekolahan ii. Hari Cuti 5. GBKSM mengumpul hasil murid untuk tujuan penilaian Penilaian : 1. GBKSM mengenalpasti dan menganalisa aktiviti murid-murid untuk tujuan pembaikan masalah ponteng di kalangan murid.


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 88 Rumusan : 1. GBKSM dapat mengenalpasti punca ponteng dan menggunakan pendekatan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah murid Falsafah : Hargai Masa Kerana Masa Tidak Akan Berulang-Masa Itu Emas


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 89 LAMPIRAN 1 Aktiviti Hari Persekolahan Masa Aktiviti 6.00 -7.00 pg 7.00 - 8.00 pg 8.00 - 9.00 pg 9.00 -10.00 pg 10.00 -11.00 pg 11.00 -12.00 tgh 12.00 -1.00 ptg 1.00 - 2.00 ptg 2.00 - 3.00ptg 3.00 - 4.00 ptg 4.00 - 5.00 ptg 5.00 - 6.00 ptg 6.00 - 7.00 mlm


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 90 LAMPIRAN 2 Aktiviti Hari Cuti Masa Aktiviti 6.00 -7.00 pg 7.00 - 8.00 pg 8.00 - 9.00 pg 9.00 -10.00 pg 10.00 -11.00 pg 11.00 -12.00 tgh 12.00 -1.00 ptg 1.00 - 2.00 ptg 2.00 - 3.00ptg 3.00 - 4.00 ptg 4.00 - 5.00 ptg 5.00 - 6.00 ptg 6.00 - 7.00 mlm


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 91 4.4.3 AKTIVITI 3 BIDANG : Disiplin TAJUK : Ponteng (Peningkatan Kehadiran Ke Sekolah) OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. mengurangkan kes ponteng kelas dan ponteng sekolah 2. meningkatkan jati diri murid-murid 3. meningkatkan hubungan yang baik dengan GBKSM MASA : Setiap waktu pagi hari persekolahan SASARAN : Murid ponteng BAHAN : Borang prestasi kehadiran LANGKAH : 1. Murid-murid berjumpa dengan GBKSM setiap pagi sebelum perhimpunan 2. GBKSM akan menandakan kehadiran 3. GBKSM memberi sentuhan mesra dan nilai murni 4. Kehadiran murid-murid akan membuat melalui graf kehadiran setiap minggu/bulan Penilaian : 1. Murid-murid merasakan kehadirannya ke sekolah amat diperlukan kerana adanya keprihatinan daripada GBKSM


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 92 Rumusan : 1. Program ini akan dapat melihat analisa kehadiran murid melalui catatan kehadiran dan graf peningkatan kehadiran Falsafah : 1. Masa Depan Itu Di Beli Oleh Masa Depan Sekarang “Samuel Johnson”


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 93 4.4.4 AKTIVITI 4 BIDANG : Disiplin TAJUK : Ponteng (Luahan Rasa) OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. Mengeluarkan isi hatinya 2. Dapat mengetahuai masalah murid 3. Membantu murid mengatasi masalahnya MASA : 40 minit SASARAN : Murid ponteng BAHAN : Kertas A4 LANGKAH : 1. Murid ditanya tentang masalah yang dihadapi 2. Murid diminta meluahkan rasahatinya pada kertas A4 3. GBKSM mengutip dan membaca luahan hati murid Penilaian : GBKSM prihatin terhadap luahan rasa murid Rumusan : 1. Dapat memberi nasihat dan menggunakan pendekatan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah murid Falsafah : Tiada Masalah Yang Tidak Dapat Diselesaikan


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 94 4.4.5 AKTIVITI 5 BIDANG : Disiplin TAJUK : Ponteng (Kaunseling Individu/sentuhan kendiri) OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. Mempunyai inisiatif diri untuk mengurangkan masalah ponteng 2. Meningkatkan keyakinan diri untuk menghadapi kehidupannya MASA : 40 minit SASARAN : Murid ponteng BAHAN : Soal selidik kehadiran murid LANGKAH : 1. GBKSM membuat temujanji dengan murid 2. GBKSM mengetahui perkembangan kehadiran murid melalui soal selidik kehadiran murid 3. GBKSM memberi galakan dan sokongan 4. GBKSM membuat pemantauan sepanjang masa Penilaian : Murid dapat menangani masalah ponteng dengan yakin Rumusan : 1. Kasih sayang daripada pihak sekolah membantu murid mengarah ke hala tuju yang positif Falsafah : Hendak Seribu Daya Tak Hendak Seribu Dalih


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 95 4.4.6 AKTIVITI 6 BIDANG : Disiplin Tajuk : Ponteng (Paparan Slaid Masalah Tingkahlaku) Objektif : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. Membuat perbandingan melalui slaid salah laku 2. Menilai salah laku yang baik dan buruk 3. Mendapat iktibar daripada salah laku yang ditayangkan Masa : 40 minit Sasaran : Murid ponteng Bahan : Slaid salah laku, kertas A4,LCD Langkah : 1. Murid ponteng dibawa ke dalam bilik kaunseling 2. Murid ditayangkan dengan slaid salah laku 3. GBKSM meminta murid memberikan pendapat tentang slaid salah laku yang ditayangkan Penilaian : 1. GBKSM memberi kertas A4 kepada murid untuk mencatat baik dan buruknya slaid yang ditayangkan Rumusan : 1. Melalui tayangan slaid tadi, murid dapat membandingkan tingkah laku-tingkah laku yang baik dan tidak baik dan menilaikannya semula kepada masalah mereka Falsafah : Hidup Penuh Dugaan Dan Cabaran


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 96 4.4.7 AKTIVITI 7 BIDANG : Disiplin TAJUK : Ponteng (Program Lawatan Ke Pusat Pemulihan Akhlakuniversiti) OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti lawatan murid dapat: 1. Pendedahan tentang akibat tindakan salah laku murid 2. Kesedaran diri dan mewujudkan rasa keinsafan 3. Menghargai masa seharian dan masa hadapan MASA : 1 hari SASARAN : Murid ponteng BAHAN : Pengangkutan dan sumber kewangan Langkah : 1. GBKSM merancang dan menetapkan tarikh lawatan 2. GBKSM memohon kebenaran lawatan daripada pihak PPD 3. GBKSM membuat temujanji program dengan pusat yang dilawati 4. GBKSM membawa murid-murid ponteng ke pusat pemulihan akhak 5. Murid-murid menyaksikan aktiviti dan bersoal jawab dengan penghuni pusat pemulihan akhlak 6. GBKSM membuat “post moterm” lawatan bersama murid ponteng Penilaian : 1. Murid-murid dapat menyaksikan dan menginsafi diri bahawa betapa ruginya ponteng sekolah, membuang masa dan terlibat dengan akiviti salah laku


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 97 Rumusan : 1. GBKSM dapat memberi kesedaran diri dan mewujudkan rasa keinsafan dikalangan murid ponteng agar tidak terlibat dengan tindakan salah laku Falsafah : Menyimpang Seinci, Rugi Seribu Batu ( Peribahasa Cina)


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 98 4.4.7 AKTIVITI 8 BIDANG : Disiplin TAJUK : Ponteng (Prestasi Akademik) OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. Dapat melihat perbandingan dan membuat analisa prestasi akademik 2. Dapat idea bagaimana untuk meningkatkan prestasi akademik Masa : 40 minit Sasaran : Murid ponteng Bahan : Markah ujian bulanan Langkah : 1. GBKSM membuat perbandingan antara 2 markah ujian bulanan 2. GBKSM membuat analisa markah bagi setiap mata pelajaran dengan melukis graf 3. GBKSM meminta murid memberi sebab berdasarkan graf yang dibuat 4. GBKSM meminta murid memberi cadangan bagaimana untuk meningkatkan prestasi akademik pada ujian akan datang Penilaian : 1. Murid sedar bahawa tingkah laku pnteng menyebabkan prestasi akademik menurun Rumusan : Kehadiran yang konsisten dapat meningkatkan prestasi akademik Falsafah : Kejayaan Tidak Datang Kepada Manusia Yang Leka


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 99 4.4.9 AKTIVITI 9 BIDANG : Disiplin TAJUK : Ponteng (Ceritaku) OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. menilai pentingnya sayang akan diri dan keluarga Masa : 40 minit Sasaran : Murid ponteng Bahan : Cerita pendek, album keluarga Langkah-Langkah : 1. GBKSM bercerita “cerita pendek” berkaitan kasih sayang dan menunjukkan album keluarga 2. Murid menyatakan sejauh mana dia menyayangi dirinya dan keluarganya 3. GBKSM menerangkan bagaimana murid boleh menunjukkan kasih sayang kepada orang-orang yang berkaitan 4. GBKSM mengaitkan perilaku ponteng telah mengugat kasih sayang dan citacita yang diharapkan Penilaian : 1. Murid lebih menyayangi diri dan keluarganya dan mengurangkan tingkah laku ponteng Rumusan : 1. Kasih sayang sangat penting dalam mempengaruhi tingkah laku murid Falsafah : Sayangi Diri Anda Dan Keluarga Anda


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 100 4.4.10 AKTIVITI 10 Bidang : Disiplin Tajuk : Ponteng (Riadah/ Appresiasi ) Objektif : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. Dapat mendekati murid-murid ponteng secara lebih Mesra 2. Dapat mengembirakan hati murid 3. Dapat menghilangkan stres murid 4. Penghargaan Masa : 2 hari 1 malam Sasaran : Murid ponteng/ibubapa/komuniti Bahan : Sumber kewangan, pengangkutan, tajaan Langkah : 1. GBKSM mendapat senarai nama murid 2. GBKSM menetapkan lokasi riadah 3. GBKSM menguruskan borang pelancongan dan kebenaran ibu bapa 4. GBKSM mencari sumber kewangan dan tajaan 5. merancang aktiviti riadah 6. Penglibatan Ibu Bapa dan komuniti Penilaian : 1. Murid merasa seronok kerana mereka rasa dihargai dan tidak akan ponteng lagi


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 101 Rumusan : 1. Riadah ini dapat memberi peluang kepada murid-murid lebih mesra dan berkongsi maklumat dengan GKSM tanpa ada rasa rendah diri untuk mengatasi masalah yang mereka hadapi Falsafah : 1. Kurang Semangat Mengakibatkan Lebih Banyak Kegagalan Berbanding Kurangya Kebijaksanaan Atau Kemahiran (Flower A. Newhouse)


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 102 PROGRAM PERMATA KASIH 5.0 PROGRAM DISIPLIN TINGKAH LAKU DEVIAN AKTIVITI BIL TAJUK 1 Ice Breaking 2 Matlamat dan Etika Kelompok 3 Muhasabah Diri 4 Main peranan 5 Pendedahan Kendiri 6 Simulasi 7 Kisah Benar (Tayangan Video) 8 Kemahiran Komunikasi 9 Seikhlas Hati Seluhur Budi 10 Sehati Sejiwa BIDANG DISIPLIN – TINGKAH LAKU DEVIEN


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 103 5.1 PANDUAN PELAKSANAAN 5.1.1 PENDAHULUAN Masalah tingkah laku devian dalam kalangan remaja sekolah semakin berleluasa amatlah membimbangkan pihak sekolah. Kebanyakan mereka ini melakukan tingkah laku negatif ini kerana terpengaruh dengan rakan sebaya atau mengikut ‘trend’ terkini serta mementingkan keseronokan duniawi semata-mata tanpa memikirkan kesan buruk yang akan berlaku. Golongan murid ini juga sebenarnya tidak mendapat sokongan daripada individu yang hampir dengan diri mereka dalam membentuk tingkah laku yang baik. Sehubungan dengan itu Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pelajaran Malaysia telah merancang satu program iaitu Program Permata Kasih yang diharapkan dapat membantu murid ini agar lebih menghargai diri sendiri dan orang lain. Adalah diharapkan program ini mampu menyentuh fitrah dan jiwa nurani mereka supaya murid ini mampu berubah bermula dari dalam diri mereka sendiri. 5.1.2 MATLAMAT Melahirkan pelajar yang menghargai diri sendiri dan seterusnya cemerlang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 104 5.1.3 OBJEKTIF 5.1.3.1. Mengurangkan tingkah laku devian dalam diri murid. 5.1.3.2. Memberi kesedaran kepada murid tentang tanggungjawab dalam membentuk keperibadian yang mulia dan berwibawa. 5.1.3.3. Membina dan mengukuhkan lagi peribadi murid dengan pelbagai teknik untuk meningkatkan kualiti diri melalui motivasi. 5.1.3.4. Menanamkan semangat mencapai kecemerlangan dan berjaya dalam semua lapangan hidup termasuklah pembelajaran. 5.1.3.5. Melahirkan kumpulan murid yang mampu menjadi contoh kepada murid bermasalah lain. 5.1.4 SASARAN Kelompok murid yang bermasalah tingkah laku devian. 5.1.5 PELAKSANAAN Bil MODUL MASA BULAN 1 Ice-Breaking 40 MINIT JANUARI 2 Matlamat Dan Etika Kelompok 40 MINIT FEBRUARI 3 Muhasabah Diri 40 MINIT MAC 4 Main Peranan 45 MINIT APRIL 5 Pendedahan Kendiri 40 MINIT MEI 6 Simulasi 40 MINIT JUN 7 Kisah Benar (Tayangan Video) 40 MINIT JULAI 8 Kemahiran Komunikasi 40 MINIT OGOS 9 Seikhlas Hati Seluhur Budi 45 MINIT SEPTEMBER 10 Sehati Sejiwa 60 MINIT OKTOBER


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 105 5.1.6 PENILAIAN 5.1.6.1. Borang Soal Selidik Skala Sikap – Lampiran 2 5.1.6.2. Instrumen Penilaian program – Lampiran 3 5.1.7 PENUTUP Adalah diharapkan program ini dapat berjalan seperti yang dirancang. Semoga objektif untuk menghasilkan kumpulan murid yang mempunyai sikap dan akhlak yang baik dan dapat membuat perubahan dalam diri mereka akan tercapai dan seterusnya dapat menjadi contoh kepada pelajar lain.


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 106 5.2 PROSES KERJA PROSES KERJA TEMPOH PERSONALIA CATATAN Mengenal pasti masalah murid berdasarkan maklumat melalui Unit Disiplin 1 minggu GBKSM Guru Disiplin Klasifikasikan jumlah murid dalam kumpulan kecil 2 hari GBKSM Dapatkan data murid yang terkini daripada guru disiplin 1 hari GBKSM Guru Disiplin Murid mengisi Borang Profil Murid 1 hari GBKSM Ujian Pra 1 hari GBKSM Ice-breaking dan memberikan rasional program yang akan dijalani kepada murid 1 bulan GBKSM Menjalankan modul Permata Kasih (Tingkah Laku Devian) 9 bulan GBKSM Pelajar mengikuti proses kaunseling individu, kelompok / program khas. 5 bulan GBKSM Ujian Pos 1 hari GBKSM Mengadakan temubual soal selidik terhadap guru kelas mengenai perubahan tingkah laku pelajar berkenaan. 2 hari GBKSM Membuat analisis ujian pos 1 hari GBKSM Menyediakan laporan lengkap bagi setiap kali perjumpaan 2 hari GBKSM Bentang laporan kepada pengetua 1 hari GBKSM Hantar laporan kepada Unit HEM 1 hari GBKSM Hantar laporan kepada PPD 1 hari GBKSM Tindakan susulan 1 hari GBKSM


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 107 5.3 CARTA ALIRAN Mendapatkan maklumat pelajar bertingkah laku devian melalui unit disiplin. Mengumpul pelajar yang telah dikenalpasti sebagai devian dan rasionalkan mereka Mengadakan ujian pra tingkah laku devian Mengadakan Mesyuarat jawatankuasa pelaksana Program Kaunseling Berfokus. Mengedarkan borang profil pelajar Laksanakan program (Permata Kasih) tingkah laku devian Dapatkan laporan prestasi disiplin dan akademik murid daripada Guru disiplin dan guru kelas Mengadakan Ujian Pos dan Penilaian Mula Sediakan laporan program Tamat Bentangkan laporan program Sesi Kaunseling Individu/Kelompok Tidak Capai Capai


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 108 5.4 PROGRAM PERMATA KASIH 5.4.1 AKTIVITI 1 BIDANG : Disiplin (Tingkah Laku Devian) TAJUK : Ice-Breaking OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat : 1. Mewujudkan satu kelompok yang mempunyai rasa tanggungjawab dan bekerjasama. 2. Mengeratkan hubungan sesama ahli kelompok 3. Membina kepercayaan dan kekuatan bagi mempertahankan kelompok. MASA : 40 minit SASARAN : 10 orang murid berkelakuan devian BAHAN : Kertas A4 LANGKAH : 1. Set Induksi : GBKSM bertanya khabar kepada murid dan memperkenalkan diri beliau. 2. Setiap ahli kumpulan akan memperkenalkan diri masing-masing secara sukarela. 3. Setiap ahli akan mengingati dan mengulangi biodata ahli disebelah kiri dan kanan masing-masing. 4. GBKSM akan meminta setiap ahli menerangkan matlamat, tujuan dan peranan mereka di dalam kelompok. 5. GBKSM akan menerangkan matlamat, tujuan dan peranan SEBENAR ahli di dalam kelompok.


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 109 Penilaian : 1. Murid berinteraksi dengan ahli dalam kumpulan. Rumusan : 1. Murid dapat mengetahui tentang peranan dan matlamat mereka mengikuti aktiviti yang dijalankan. Falsafah : Bantu diri untuk membantu orang lain.


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 110 5.4.2 AKTIVITI 2 BIDANG : Disiplin (Tingkah Laku Devian) TAJUK : Etika dan Matlamat Kelompok OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat : 1. Menyenarai dan mempersetujui satu garis panduan tatacara disiplin kumpulan. 2. Mewujudkan perasaan saling mempercayai dalam kalangan ahli kumpulan MASA : 40 minit SASARAN : 10 murid yang berkelakuan devian BAHAN : Kertas A4 dan pen LANGKAH : 1. Murid-murid diminta berbincang sesama ahli kumpulan dan menyenaraikan langkah satu garis panduan tatacara disiplin ahli kumpulan dan ditulis di atas kertas A4. 2. GBKSM meminta murid-murid menandatangani satu perjanjian ,mematuhi tatacara disiplin kumpulan. 3. Perjanjian ini diguna pakai dalam semua aktiviti kelompok. Penilaian : 1. Murid-murid mempercayai ahli kumpulan kerana tatacara disiplin sudah dibincang bersama.


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 111 Rumusan : 1. Setiap kelompok mengandungi etika dan tatacara disiplin kumpulan yang harus dipatuhi. Falsafah : 1. Murid-murid mendapati berada dalam kelompok adalah berbeza dengan pengalaman di dalam kelas.


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 112 5.4.3 AKTIVITI 3 BIDANG : Disiplin (Tingkah Laku Devian) TAJUK : Muhasabah Diri OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat : 1. Memberi kesedaran kepada setiap ahli kelompok bahawa setiap individu mempunyai sifat untuk melakukan kebaikan. 2. Membantu setiap ahli kelompok mengenalpasti emosi masingmasing. 3. Membimbing ahli kelompok mengawal emosi dalam pelbagai situasi. 4. Memberi kesedaran kepada setiap ahli kelompok bahawa setiap individu mempunyai sifat untuk melakukan kebaikan. 5. Membantu setiap ahli kelompok mengenalpasti emosi masingmasing. 6. Membimbing ahli kelompok mengawal emosi dalam pelbagai situasi. MASA : 40 minit SASARAN : 10 murid yang berkelakuan devian BAHAN : Kertas A4 dan pen LANGKAH : 1. Set Induksi : GBKSM bertanya kepada murid siapakah individu yang paling mereka sayang. 2. Ahli kelompok diminta duduk dalam bulatan. 3. GBKSM mengedarkan kertas A4 kepada murid. 4. GBKSM meminta pelajar melukis wajah orang yang paling disayangi dan paling dibenci.


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 113 5. GBKSM meminta murid mengoyakkan gambar orang yang paling dibenci kemudian gambar orang yang paling disayangi. 6. GBKSM membuat refleksi terhadap aktiviti yang telah dijalankan. Penilaian : 1. Murid melakukan aktiviti melukis gambar / potret individu yang dibenci dan disayangi. Rumusan : 1. Mendidik murid supaya lebih menghargai individu yang paling hampir dengan mereka dan menjauhi perasaan benci dan dendam sesama manusia Falsafah : 1. Kalau seorang yang benci pada diri kita, ramai lagi orang yang akan sayang pada kita.


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 114 5.4.4 AKTIVITI 4 BIDANG : Disiplin (Tingkah Laku Devian) TAJUK : Main Peranan OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat : 1. Mendapat kesedaran mengenai peri pentingnya tutur kata dan tingkahlaku yang sopan dalam kehidupan seharian. 2. Menyedari pentingnya budi bahasa dan adab sopan. MASA : 45 minit SASARAN : Murid yang berkelakuan devian BAHAN : Dua buah kerusi LANGKAH : 1. GBKSM menyapa murid dan bertanyakan khabar mereka. 2. GBKSM bercerita tentang cerita terkini di pawagam.Contohnya ‘Transformers’ 3. GBKSM memaklumkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut iaitu aktiviti main peranan. 4. GBKSM memberikan masa selama 10 minit kepada murid-murid dan meminta mereka memikirkan konflik yang pernah berlaku di antara mereka dengan orang yang rapat dengan mereka seperti ibu bapa, abang,makcik,pakcik dan sebagainya. 5. Setelah tamat tempoh yang diberikan,murid-murid akan diminta bergilir-gilir melakonkan kembali konflik yang pernah dialaminya. 6. Setelah semua murid selesai menjalankan aktiviti tadi, GBKSM akan membuat rumusan . Penilaian :


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 115 1. Murid-murid menjalankan aktiviti main peranan. Rumusan : 1. Pengalaman murid-murid melakukan aktiviti main peranan akan dapat memberi kesedaran serta merta tentang perasaan orang terhampir dengan mereka yang pernah disakiti Falsafah : 1. Buang yang keruh , ambil yang jernih. 2. Air dicincang takkan putus.


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 116 5.4.5 AKTIVITI 5 BIDANG : Disiplin (Tingkah Laku Devian) TAJUK : Pendedahan Kendiri OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat : 1. Berkongsi maklumat, pengalaman, iktibar dan pengajaran. 2. Memberi kesedaran kepada setiap ahli kelompok bahawa setiap individu mempunyai peluang untuk berubah. 3. Membantu setiap ahli kelompok mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri masing-masing MASA : 45 minit SASARAN : 10 orang murid bertingkah laku devian BAHAN : - LANGKAH : 1. Set Induksi : GBKSM bercerita mengenai pengalaman masa lampau diri beliau kemudian bertanya kepada murid siapakah diantara mereka yang ingin berkongsi pengalaman hidup. 2. Murid diminta untuk duduk di dalam bulatan. 3. GBKSM memberi tajuk ‘Mengapa saya perlu berubah’. Murid-murid diminta berfikir sejenak. 4. Setiap murid secara sukarela memberi pendapat diri beliau tentang tajuk yang dibincangkan dari sudut positif dan negatif. 5. Ahli kumpulan digalakkan memberi respon terhadap apa yang diceritakan oleh ahli kelompok. 6. GBKSM membuat rumusan berdasarkan pandangan murid


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 117 Penilaian : 1. Murid berkongsi pengalaman dan maklumat Rumusan : 1. Menggalakkan murid-murid supaya berani berkongsi pengalaman sesama ahli kelompok Falsafah : 1. Tidak ada sesiapa yang boleh mengubah diri kita kecuali diri kita sendiri.


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 118 5.4.6 AKTIVITI 6 BIDANG : Disiplin (Tingkah Laku Devian) TAJUK : Simulasi OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat : 1. Membezakan tingkahlaku negatif atau positif semasa murid berinteraksi 2. Memupuk sikap saling menghormati antara satu sama lain. 3. Membina kemahiran berkomunikasi. 4. Menjalinkan hubungan yang mesra antara rakan. MASA : 40 minit SASARAN : 10 orang murid bertingkah laku devian BAHAN : Kertas A4 LANGKAH : 1. Set Induksi : Guru bertanya kepada pelajar tentang gaya bahasa remaja terkini. 2. Murid duduk dalam bulatan dan dikehendaki mencari pasangan masingmasing. 3. GBKSM memberi taklimat kepada murid tentang aktiviti yang akan dijalankan. 4. GBKSM menyediakan beberapa situasi yang sering berlaku dalam kehiduan pelajar. (Lampiran 1) 5. GBKSM meminta wakil pasangan untuk membuat cabutan untuk memilih situasi yang akan dilakonkan nanti. 6. Setiap pasangan perlu melakonkan mengikut situasi dan watak yang diperolehi. 7. GBKSM meminta pelajar yang lain untuk menilai sama ada tingkah laku atau komunikasi murid sesuai digunakan atau tidak dalam kehidupan harian mereka.


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 119 8. Seterusnya GBKSM menerangkan kepada murid sebenarnya mereka tidak sedar tentang percakapan yang digunakan dalam kehidupan harian mereka adalah agak kasar dan tidak bersesuaian dengan norma-norma masyarakat kita. Penilaian : 1. Murid melakonkan watak dalam situasi yang dihadapi. Rumusan : 1. Saling menghargai dan hormat menghormati sesama manusia serta mengamalkan komunikasi yang berkesan. Falsafah : 1. Rasa hormat dan penghargaan akan lebih bermakna apabila kita mengamalkan cara berkomunikasi yang baik. 5.4.7 AKTIVITI 7 BIDANG : Disiplin (Tingkah Laku Devian)


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 120 TAJUK : Kisah Benar (Tayangan Video) OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat : 1. Melahirkan murid yang menghargai individu yang banyak berjasa kepada mereka. 2. Menyedarkan murid pengorbanan ibu yang telah melahirkan mereka. MASA : 40 minit SASARAN : 10 orang murid bertingkah laku devian BAHAN : Klip video kelahiran dan Klip video Jasa Bonda LANGKAH : 1. GBKSM menayangkan klip video proses kelahiran kepada murid. 2. Murid diminta memberikan pandangan tentang apa yang ditonton. 3. GBKSM membincangkan pengorbanan ibu dalam melahirkan anak. 4. GBKSM seterusnya memperdengar kepada murid lagu Jasa Bonda untuk dihayati. 5. Murid seterusnya meluahkan perasaan dan keazaman mereka setelah mendengar lagu Jasa Bonda. 6. GBKSM memberikan pedoman untuk menjadi anak dan murid yang berjasa. 7. GBKSM mengajarkan kepada murid doa untuk diamalkan oleh murid. (untuk pelajar Islam) Penilaian : 1. Murid akan menghargai jasa ibu bapa atau individu yang berjasa dalam hidup mereka. Rumusan :


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 121 1. Seorang murid hendaklah belajar menghargai individu banyak berkorban kepada mereka. Falsafah : 1. Menghargai jasa ibu bapa dan guru. 5.4.8 AKTIVITI 8


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 122 BIDANG : Disiplin (Tingkah Laku Devian) TAJUK : Kemahiran Komunikasi OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat : 1. Mempelajari tatacara berkomunikasi yang betul dan` tertib dengan individu yang lain. 2. Memahami cara komunikasi yang betul dapat mewujudkan suasana yang harmonis sesama insan. MASA : 40 minit SASARAN : 10 orang murid bertingkah laku devian BAHAN : Kertas A4 dan pen LANGKAH : 1. GBKSM akan berinteraksi dengan murid-murid menggunakan laras bahasa yang biasa digunakan oleh murid-murid. Contoh : Apa punya barang belajar rajin-rajin. 2. GBKSM meminta murid-murid memberikan contoh laras bahasa yang biasa digunakan oleh murid-murid. 3. GBKSM menerangkan tentang aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut. 4. GBKSM akan mengedarkan kertas arahan yang mengandungi beberapa laras bahasa yang biasa dituturkan oleh murid-murid. 5. GBKSM meminta murid-murid supaya menterjemahkan laras bahasa tersebut kepada bahasa yang lebih sopan dalam tempoh masa yang ditetapkan. 6. Setelah tamat tempoh , GBKSM akan meminta ahli kelompok memberikan jawapan secara bergilir-gilir. 7. GBKSM akan membuat rumusan tentang penggunaan laras bahasa yang betul. Penilaian : 1. Murid-murid akan menulis laras bahasa yang betul.


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 123 Rumusan : 1. Murid-murid dapat mempelajari laras bahasa yang betul dan sopan Falsafah : Bahasa Jiwa Bangsa 5.4.9 AKTIVITI 9 BIDANG : Disiplin (Tingkah Laku Devian) TAJUK : Seikhlas Hati Seluhur Budi OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat :


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 124 1. Menyedari tentang kesilapan yang telah dilakukan 2. Mendapat ruang dan peluang memohon kemaafan 3. Memperbetulkan tingkahlaku yang negatif MASA : 45 minit SASARAN : 10 orang murid bertingkah laku devian BAHAN : Manila Kad,Gunting,gam,kertas warna,riben, marker pen LANGKAH : 1. Set induksi: GBKSM mengedarkan sekeping kad yang bersampul kepada setiap ahli kelompok. 2. Ahli kelompok diminta membuka dan membaca kad tersebut . 3. GBKSM bertanya apakah perasaan ahli kelompok setelah membaca kad ucapan tersebut. 4. GBKSM meminta murid-murid supaya duduk di dalam bulatan. 5. GBKSM mengedarkan sekeping kertas warna A4 kepada semua murid 6. Murid-murid diminta membuat sekeping kad ucapan untuk diberikan kepada mana-mana individu yang dirasakan perlu memohon maaf atas kesalahan yang telah dilakukan. 7. Guru meminta murid membacakan isi kad yang ditulis. 8. Kad tersebut hendaklah diserahkan kepada guru,ibu bapa atau sesiapa sahaja yang pernah dikasari. 9. GBKSM membuat rumusan tentang aktiviti tersebut. Penilaian : 1. Murid dapat menyediakan kad dan menyerahkan kepada pihak yang berkenaan Rumusan :


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 125 1. murid-murid akan menyedari bahawa mereka perlulah berani untuk memohon maaf apabila melakukan kesalahan Falsafah : 2. Setiap manusia perlu diberi ruang dan peluang untuk memperbetulkan kesilapan. 5.4.10 AKTIVITI 10 BIDANG : Disiplin (Tingkah Laku Devian) TAJUK : Sehati Sejiwa


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 126 OBJEKTIF : Di akhir aktiviti murid dapat : 1. Menerima kekuatan dan kelemahan diri. 2. Memberikan pandangan yang membina kepada rakan-rakan. 3. Menilai keberkesanan aktiviti kelompok secara keseluruhan. MASA : 60 minit SASARAN : 10 orang murid bertingkah laku devian BAHAN : Kertas A4, pen LANGKAH : 1. Murid-murid diminta duduk di dalam bulatan. 2. GBKSM mengedarkan kertas A4 kepada setiap murid. 3. Setiap murid dikehendaki menulis nama sendiri di atas sehelai kertas A4. 4. Kertas A4 diserahkan kepada rakan yang duduk bersebelahan untuk menulis komen mengenainya. 5. Selepas komen itu ditulis, kertas itu dilipat supaya kandungannya tidak dilihat oleh rakan-rakan lain. 6. Kertas A4 itu diserahkan kepada rakan yang seterusnya untuk menulis komen sehingga kertas A4 itu balik semula kepada empunya kertas A4 tersebut. 7. Murid-murid diminta membaca komen yang ada pada kertas tersebut. 8. Murid-murid boleh mengemukakan soalan kepada mana-mana rakan mengenai komen mereka. 9. Aktiviti ini diteruskan sehingga semua murid tidak ada soalan yang hendak ditanya. 10. GBKSM membuat kesimpulan. Setiap murid menilai keberkesanan aktiviti kelompok. Penilaian :


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 127 1. Murid-murid seharusnya mampu memberi komen yang membina tanpa membiarkan emosi mempengaruhi diri. Rumusan : 1. Kita harus menerima komen orang lain dengan hati yang terbuka. Falsafah : 1. Menghargai apa yang berlaku di dalam kelompok selama 10 sesi. LAMPIRAN 2 SOAL SELIDIK SKALA SIKAP Arahan :


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 128 Sila masukkan skor diruangan yang disediakan berdasarkan skala berikut : 1. Selalu 2. Kadang-kadang 3. Jarang-jarang 4. Tidak pernah Bil Item 1 2 3 4 AKADEMIK 1 Masa untuk saya belajar tidak mencukupi 2 Saya sukar memahami pengajaran guru 3 Saya tidak tahu membuat kerja rumah 4 Terdapat tajuk-tajuk mata pelajaran tidak saya minati 5 Saya tiada rakan untuk diajak belajar bersama 6 Saya sukar mengingati isi pelajaran 7 Saya berasa malu hendak bertanya kepada guru tentang pelajaran yang saya tidak faham 8 Saya ponteng kelas atau ponteng sekolah 9 Saya tidak dapat menumpukan perhatian semasa guru mengajar 10 Saya berasa minat saya terhadap pelajaran semakin berkurangan 11 Saya suka meniru kerja sekolah kawan-kawan saya 12 Saya berasa malas mengulangkaji 13 Matlamat belajar saya berubah-ubah 14 Saya tidak yakin boleh mencapai cita-cita saya 15 Saya tidak pasti apakah kerjaya yang sesuai dengan masa depan saya EMOSI / SOSIAL 16 Saya berasa susah hati, runsing, sedih atau murung tanpa sebab tertentu 17 Saya mengalami gangguan penyakit/badan tidak sihat 18 Saya tidak yakin pada diri sendiri 19 Saya berasa sekolah, guru atau ibu bapa tidak berlaku adil 20 Saya kurang gembira jika berada di sekolah /kelas 21 Saya menghadapi masalah dengan teman perempuan saya 22 Saya menghadapi masalah dengan teman lelaki saya 23 Saya takut dan malu bertanya kepada guru 24 Saya berasa kurang gembira jika berada di rumah 25 Saya tidak berasa senang dengan sikap ibu bapa saya 26 Saya tidak tahu bagaimana hendak berbakti kepada kedua ibu bapa saya 27 Saya rasa berdosa terhadap kedua ibu bapa saya


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 129 28 Saya kurang senang terhadap beberapa orang guru yang mengajar saya 29 Saya berasa seronok apabila ada pelajar yang berbuat nakal terhadap guru-guru 30 Saya berasa jemu dengan rutin hidup sebagai pelajar 31 Saya mendapat gangguan daripada pelajar lain 32 Saya dimarahi oleh ibu bapa apabila melakukan kesalahan UNSUR SOKONGAN 33 Wang saku saya tidak mencukupi 34 Pakaian sekolah saya yang lusuh atau koyak tidak diganti 35 Saya tidak sarapan pagi sebelum ke sekolah 36 Ibu bapa saya tidak merungut apabila meminta wang tambahan bagi membeli bahan atau keperluan belajar 37 Ibu bapa tidak mempedulikan sama ada saya lulus atau gagal dalam ujian atau peperiksaan 38 Ibu bapa tidak bertanggungjawab terhadap diri saya 39 Saya berasa tersinggung dengan sikap rakan-rakan saya 40 Saya tahu rakan-rakan saya yang merokok 41 Saya tahu rakan-rakan saya terlibat dengan dadah 42 Saya tahu rakan-rakan saya terlibat dengan perkara-perkara yang tidak baik 43 Saya tahu rakan-rakan yang menconteng / merosakkan harta benda sekolah 44 Saya rasa saya tidak mempunyai sahabat karib LAMPIRAN 3 INSTRUMEN KEBERKESANAN PROGRAM Nama Peserta : Nama Program :


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 130 Tarikh dan tempat : Arahan : Sila masukkan skor diruangan yang disediakan berdasarkan skala berikut : 1. Sangat tidak bersetuju 2. Tidak setuju 3. Kurang setuju 4. Setuju 5. Sangat setuju


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 131 Bil Item Skor 1 GBKSM sentiasa membantu saya 2 Ahli kumpulan memberi kerjasama dalam setiap aktiviti yang dilakukan 3 Aktiviti yang dijalankan membantu membina keyakinan diri saya. 4. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan memberikan kesan yang positif. 5 Tempoh masa sesuai untuk program yang dijalankan. 6 Dapat mengenalpasti bakat dan potensi pada diri saya 7 Dapat memperolehi kemahiran-kemahiran yang dipelajari sepanjang program. 8 Saya dapat menguruskan masa dengan baik 9 Aktiviti yang dijalankan memberi pengalaman yang baru kepada saya 10 Saya lebih menghargai diri sendiri dan orang lain Apakah perasaan anda apabila berjaya menamatkan program ini? Apakah keazaman anda selepas mengikuti program ini? Nyatakan komen / pandangan anda secara keseluruhan terhadap program ini ? Tuliskan cadangan bagi meningkatkan lagi keberkesanan program ini pada masa akan datang.


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 132 PROGRAM JALINAN KASIH 6.0 PROGRAM DISIPLIN SEKSUAL AKTIVITI BIL TAJUK PENCEGAHAN 1 Membina Hubungan 2 Ceramah Pegawai Kesihatan dan Polis (PDRM) 3 Lawatan ke Rumah Tunas Harapan 4 Manual Sekolah Selamat (Gangguan Seksual) PEMBANGUNAN DIRI 5 Garisan Kehidupan 6 Cermin diri dan kenal diri 7 Pemikiran rasional 8 Potensi diri 9 Ketegasan diri 10 Kesedaran kerohanian 11 Pengiktirafan 12 Amazing Race 13 Penamatan RAWATAN 14 Rujukan Kesihatan 15 Pameran Gaya Hidup Sihat BIDANG DISIPLIN - SEKSUAL


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 133 6.1 PANDUAN PELAKSANAAN 6.1.1 PENDAHULUAN Gangguan seksual bukan hanya melibatkan halangan-halangan fizikal yang menyebabkan ketidakselesaan dalam menjalani kehidupan seharian tetapi ianya merupakan pelakuan yang tidak bermoral mengakibatkan kesengsaraan dari sisi psikologi, emosi dan tingkah laku. Penyelewengan seksual boleh terjadi kepada murid-murid sekolah. Faktorfaktor yang mempengaruhi masalah seksual ialah media massa, rakan, pesekitaran dan sebagainya. Keadaan ini memberi impak kepada pembangunan insan. Justeru itu, program berterusan pembangunan insan khasnya kepada murid yang dikenalpasti dengan penyelewengan seksual adalah signifikan dan perlu diperbanyakkan agar dapat meningkatkan nilai jati diri remaja. Atas justifikasi ini, satu program “ Jalinan Kasih ” telah dirangka yang meliputi aspek pencegahan, pembangunan diri dan rawatan kepada murid-murid tersebut. Diharapkan agar program ini dapat melahirkan generasi yang berakhlak mulia berasaskan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 6.1.2 MATLAMAT Membina sahsiah murid yang positif dalam membentuk emosi, fizikal dan mental yang seimbang dalam kalangan murid. 6.1.3 OBJEKTIF Murid-murid akan dapat: 6.1.3.1. pendedahan tentang pendidikan seksual dengan jelas. 6.1.3.2. memahami risiko-risiko penyelewengan seksual. 6.1.3.3. Mengetahui sifat positif yang dapat membantu mengekalkan jati diri.


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 134 6.1.3.4. membentuk sistem kepercayaan emosi dan pelakuan positif. 6.1.3.5. mengamalkan gaya hidup sihat berteraskan tuntutan agama. 6.1.4 SASARAN Murid-murid yang telah dikenalpasti terlibat dengan penyelewengan seksual. 6.1.5 PELAKSANAAN 6.1.5.1 Pencegahan : Memberi pendedahan awal tentang penyelewengan seksual: 6.1.5.1.1. Membina hubungan 6.1.5.1.2. Ceramah pegawai kesihatan dan polis (PDRM) 6.1.5.1.3. Lawatan ke Rumah Tunas Harapan 6.1.5.1.4. Manual Sekolah Selamat (Gangguan Seksual) –Rujuk di bilik kaunseling setiap sekolah 6.1.5.2 Pembangunan Diri: membina keyakinan diri untuk mengekalkan jati diri: 6.1.5.2.1. Garisan Kehidupan 6.1.5.2.2. Cermin diri dan kenal diri 6.1.5.2.3. Pemikiran rasional 6.1.5.2.4. Potensi diri 6.1.5.2.5. Ketegasan diri 6.1.5.2.6. Kesedaran kerohanian 6.1.5.2.7. Pengiktirafan 6.1.5.2.8. Amazing Race


PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 135 6.1.5.3 Rawatan: Pengukuhan kendiri kepentingan kesihatan dalam Kehidupan: 6.1.5.3.1. Rujukan Kesihatan 6.1.5.3.2. Pameran Gaya Hidup Sihat 6.1.6 PENILAIAN 6.1.6.1 Borang Biodata Jalinan Kasih Borang Biodata Murid “Jalinan Kasih” Nama :_____________________________________ Kelas/tingkatan:_____________________________________ Umur : __________Jantina :___________________ Tarikh lahir : ___________________Tempat lahir : _____________________ Alamat rumah :____________________________________________________ ____________________________________________________ Jarak rumah ke sekolah :___________________________ Bil. adik beradik :_______________Anak ke berapa :_______________ Nama bapa/penjaga : ___________________________________________ Pekerjaan bapa :______________________________ Alamat pejabat : __________________________________________ __________________________________________ Pendapatan bapa :___________________ No. tel bapa :___________________ Nama ibu/penjaga : ___________________________________________ Pekerjaan ibu :______________________________ Alamat pejabat : __________________________________________ ___________________________________________ Pendapatanibu :_______________________ No. tel ibu :_______________________


Click to View FlipBook Version