PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 232 LAMPIRAN 3 TAHNIA H !!! TAHNIA H !!! TAHNIA H !!! TAHNIA H !!! TAHNIA H !!! TAHNIA H !!!
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 233 8.4.4 AKTIVITI 4 BIDANG : Disiplin TAJUK : Jom Sembang Tentang Buli OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid akan dapat :- 1. Murid dapat mengecam gejala buli yang berlaku disekeliling kita. 2. Murid dapat mengesan kesan-kesan buli terhadap orang lain. 3. Murid dapat mengatahui cara-cara mencegah gejala buli. MASA : 180 minit SASARAN : Kumpulan pembuli dan d buli (10 orang) BAHAN : Lampiran 4 LANGKAH : 1. Ucapan Aluan Pengerusi Majlis 2. Ucapan Guru Besar 3. Ceramah ”Perangi Buli di Sekolah” oleh Pegawai Polis Siasatan Jenayah PDRM. ( 1 jam 30 minit ) 4. Rehat 5. Latihan dalam kumpulan ( Aiman Tak Kisah – Merujuk Modul 5) PENILAIAN : 1. Kelemahan diri sendiri disedari dengan tidak menggunakan kelemahan orang lain untuk mengukur keupayaan diri. RUMUSAN : 1. Setiap manusia mempunyai kelemahan yang harus diperbaiki.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 234 2. Setiap murid perlu mempunyai asertif diri bagi menangani masalah buli yang dihadapi. FALSAFAH : 1. Mencari kelemahan diri sendiri lebih baik daripada mencari kelemahan orang lain. 2. Kehebatan kita bukanlah senjata untuk menjatuhkan nilai diri orang lain.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 235 8.4.4.1 AKTIVITI 4.1 BIDANG : Disiplin TAJUK : Aiman Tak Kisah OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat :- 1. mengetahui sifat diri. 2. menghargai nilai asertif 3. menerapkan nilai asertif dalam menangani isu-isu buli. MASA : 90 minit SASARAN : Kumpulan Pembuli BAHAN : Borang Senarai semak, kertas A4@ Kertas Majung. LANGKAH : 1. GBKSM mengedarkan borang senarai semak kepada setiap MURID. (Merujuk LAMPIRAN MODUL 5 ) 2. Setiap murid diminta menanda ( / ) pada ruang ‘Y’ jika item berkenaan berkaitan dengan diri MURID dan pada ruang ‘T’ jika sebaliknya. 3. Setelah selesai menjawab, murid diminta mengira bilangan “Y” pada borang tugasan tadi dan tuliskan jumlah di bahagian bawah borang. 4. GBKSM memamuridumkan maksud skor yang diperolehi oleh murid: a. Skor 1 – 3 (Rendah– Pasif ) b. Skor 4 – 6 (Sederhana - Asertif) c. Skor 7 – 9 (Tinggi - Agresif) (Panduan Mentor, lihat nota di bawah) 5. GBKSM meminta murid menjadikan 3 kumpulan kecil mengikut skor (tinggi, rendah dan sederhana).
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 236 6. Setiap kumpulan diminta berbincang dan menyatakan apakah sifat-sifat diri yang ada pada diri mereka dan menyenaraikan kebaikan dan kelemahan sifatsifat tersebut di dalam kotak seperti di bawah: 7. Setiap kumpulan diminta membentang hasil kerja mereka. 8. GBKSM memberi penekanan berbincang mengenai sifat asertif dan keperluan kepada seorang murid. 9. Murid diminta berbincang bagaimana hendak menangani simulasi-simulasi / situasi berikut: a. Menolak pelawaan membalas dendam dari seorang kawan. b. Mengelakkan pelawaan rakan lain untuk membuli kawan yang lemah. PENILAIAN : 1. Berdasarkan senarai semak dan situasi yang dibuat oleh murid. RUMUSAN : 1. Setiap orang perlu mempunyai asertif diri bagi menangani masalah buli yang dihadapi. FALSAFAH : ’Usaha Tangga Kejayaan’
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 237 LAMPIRAN 4 Arahan: Tandakan (/) pada ruang ‘Y’ jika item berkenaan ada kaitan dengan diri anda dan pada ruang ‘T’ jika sebaliknya. BIL ITEM Y T 1 Selesa memberitahu kawan-kawan mengenai apa-apa sahaja yang ada dalam fikiran saya. 2 Selesa meminta pertolongan dari kawan-kawan dan ahli-ahli profesional bila menghadapi masalah 3 Berani menyatakan perkataan ‘Tidak’ kepada sesuatu ajakan ke arah perbuatan salah. 4 Mudah melenting apabila kerja yang saya lakukan tidak menjadi. 5 Akan berterus terang menyatakan bahawa tingkahlakunya telah menyakitkan hati saya. 6 Selesa bertanya apabila arahan yang diberikan oleh ketua kurang jelas 7 Akan terus bertanya sehingga saya berpuas hati dengan jawapan yang diberi 8 Lebih selesa membuat kerja-kerja yang telah saya rancang dari membuat kerja yang disuruh oleh orang lain 9 Agak mudah marah berbanding dengan kawan-kawan saya yang lain. 10 Suka kepada perdebatan yang hangat tidak kira sama ada saya menang atau kalah JUMLAH SKOR
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 238 8.4.5 AKTIVITI 5 BIDANG : Disiplin TAJUK : Jom menikmati keindahan taman botani, putrajaya OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat :- 1. Murid dapat menimba pengalaman baru di luar sekolah. 2. .Murid menghargai kemudahan awam yang disediakan MASA : 480 minit SASARAN : Kumpulan Pembuli BAHAN : Borang Kebenaran Lawatan. LANGKAH : 1. GBKSM mendapatkan kebenaran daripada sekolah dan PPD untuk mengadakan lawatan. 2. Murid meminta kebenaran daripada ibu bapa untuk mengikuti lawatan. 3. GBKSM menjalankan aktiviti `Team Buildings’ untuk mengukuhkan semangat kekitaan di kalangan murid. ( Merujuk aktiviti 5.1 ) 4. Melaksanakan aktiviti `Minda Kreatif’ bagi merangsang minda murid ke arah pemikiran yang positif. ( Merujuk aktiviti 5.2) 5. Pelaksanaan aktiviti riadah iaitu `Berbasikal Mengelilingi Taman Botani’ sambil menyenaraikan 10 perkara baik yang anda lihat. (LAMPIRAN 5) PENILAIAN : 1. Perkembangan minda murid yang negatif dapat di ubah kepada pemikiran yang positif
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 239 RUMUSAN : 1. Budaya buli boleh mengganggu pandangan dan emosi seseorang FALSAFAH : 1. Semua manusia boleh memaafkan insan lain 2. Budaya buli boleh menyebabkan tekanan
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 240 8.4.5.1 AKTIVITI 5.1 BIDANG : Disiplin TAJUK : Beat It ( Team Building ) OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:- 1. mengetahui kebaikan dan keunikan pada diri dan orang lain. 2. menyedari bahawa pentingnya kerjasama dalam kumpulan dan kekurangan yang ada jika keseorangan. 3. Murid dapat menyedari bahawa Buli akan menjauhkan diri kita daripada orang lain dan akhirnya merugikan diri sendiri juga. MASA : 60 minit SASARAN : Kumpulan Pembuli BAHAN : Suratkhabar lama, radio, CD- “ Beat It ” LANGKAH : 1. GBKSM menunjukkan suratkhabar yang digulung dan menanya murid bahawa : “ Apa yang kita boleh lakukan dengan menggunakan surat khabar ini ? “. 2. Setelah dapat jawapan “ pukul orang”, GBKSM menyatakan title hari ini ialah “ Beat It”. 3. GBKSM meminta semua murid membuat satu bulatan dengan berpegang tangan ( sepanjang masa permainan dijalankan ) sementara salah seorang daripada mereka dipilih untuk menjadi “ pemukul “ di luar bulatan tersebut. 4. “Pemukul” dikehendaki untuk berhenti memukul setelah muzik dihentikan. 5. “ Pemukul” kedua dan ketiga dipilih satu per satu setelah muzik dihentikan. 6. Murid diminta duduk dalam satu bulatan untuk aktiviti perkongsian perasaan dan fikiran.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 241 7. Murid diminta untuk berkongsi perasaan apabila a) dipilih menjadi pemukul b) dipukul c) dipukul kerana kawan disebelahnya cuba mengelakkan diri dan lainlain. 8. GBKSM meminta semua murid mengimbas kembali perasaan mereka dan apa yang berlaku atas orang yang dibuli. 9. GBKSM meminta murid memikirkan cara untuk mengelakkan “pemukul” sementara menjaga rakan-rakan yang lain. 10. Permainan dijalankan sekali lagi dan perkongsian perasaan dijalankan sekali lagi. PENILAIAN : 1. Perkongsian perasaan murid. RUMUSAN : 1. Semua orang tidak suka dibuli, maka, janganlah buli orang 2. Team-work penting untuk menjayakan sesuatu FALSAFAH : 1. “ Put yourselves in ones’ shoes” 2. “ No one can live a life all alone without others’ assistance”
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 242 8.4.5.2 AKTIVITI 5.2 TAJUK : Minda Kreatif OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat :- 1. Murid dapat melahirkan idea yang sama dengan cara yang berbeza. 2. Murid dapat mencipta sesuatu yang baru atau mengambil idea yang sedia ada dengan mengubah dan mengembangkannya. MASA : 60 minit SASARAN : Kumpulan Pembuli BAHAN : Kertas mahjung, kertas A4, pen marker dan lampiran LANGKAH : 1. Set induksi. a. GBKSM meminta murid membilang segiempat yang terkandung dalam gambarajah. b. Mengapa leher zirafah panjang?. 2. GBKSM menerangkan langkah-langkah untuk menjadi seorang yang kreatif:-
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 243 a. Jangan terlalu menilai. b. Bebaskan pemikiran tentang idea-idea ‘gila’,‘bodoh’ atau ‘lucu’ 3. Pemikiran kreatif boleh menjadikan idea atau mengambil idea orang lain dan mengubah atau mengembangkan idea itu dan melahirkan satu idea baru. 4. Murid dibahagikan kepada 2 kumpulan (5 orang). GBKSM memberikan sekeping kertas mahjung dan pen marker pelbagai warna. 5. GBKSM memberikan masa 30 minit untuk setiap kumpulan melukis:- a. Pakaian 2020 b. Kereta 2020 c. Rumah 2020 d. Kapal terbang. 6. Murid membentangkan hasil kumpulan masing-masing. 7. Markah idea kreatif diberikan oleh murid lain. PENILAIAN : 1. Secara pemarkahan yang diberikan oleh kumpulan lain. RUMUSAN : 1. Semua orang berupaya meningkatkan kreativiti apabila diberi bimbingan. FALSAFAH : ‘Malaysia Boleh!’
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 244 LAMPIRAN 5 Nama : ___________________________________ Tempat : ___________________________________ Senaraikan 10 Jenis Tumbuhan Yang Terdapat Sepanjang Anda Mengayuh Basikal Di Taman Botani, Putrajaya. BIL NAMA TUMBUHAN CATATAN 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 245 8.4.6 AKTIVITI 6 BIDANG : Disiplin TAJUK : Kem Sahsiah Diri (2 Hari 1 Malam) OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:- 1. Murid dapat mengubah sikap negatif kepada positif. 2. Murid dapat meningkatakan motivasi ekstrinsik dan intrinsik. MASA : 60 minit SASARAN : Kumpulan Pembuli BAHAN : Rujuk Lampiran LANGKAH : 1. Ice Breaking. (Merujuk Aktiviti 6.1) 2. Riadah. ( Merujuk Aktiviti 6.2 ) 3. Ceramah ’’Masih ada yang sayang” 4. Treasure Hunt. ( Merujuk Aktiviti 6.3 ) 5. Muhasabah Diri. (Merujuk Aktiviti 6.4 ) PENILAIAN : 1. Soal selidik program. RUMUSAN : 1. Kem Sahsiah Diri merupakan 1 program yang dirangka untuk membantu murid-murid yang berisiko melakukan salah laku disiplin buli. 2. Sehubungan itu Kem Sahsiah Diri yang dijalankan selama 2 hari 1 malam diharapkan dapat membanteras gejala buli di sekolah.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 246 FALSAFAH : 1. Semua manusia tidak sempurna. 2. Setiap individu adalah unik dan mempunyai potensi untuk dibangunkan.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 247 8.4.6.1 AKTIVITI 6.1 BIDANG : Disiplin TAJUK : Ice-Breaking (Bola Tenis) OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. Murid dapat mengenali setiap ahli kumpulan. 2. Hubungan antara GBKSM dengan murid dapat dieratkan. MASA : 60 minit SASARAN : Kumpulan Pembuli BAHAN : Bola Tenis, Radio, Pita Kaset (Mana-mana lagu yang sesuai) LANGKAH : 1. GBKSM mengarahkan murid membuat bulatan. 2. GBKSM mengedarkan bola tenis kepada ketua kumpulan. 3. GBKSM memainkan lagu di radio dan murid diminta untuk mengedarkan bola tenis kepada kawan yang berada di dalam kumpulan. 4. Apabila lagu diberhentikan murid yang memegang bola tenis diminta untuk mengenalkan diri dengan menggunakan simbol diri yang paling mudah diingati. Contohnya ”Saya Abu, simbol saya PEACE”. 5. Proses ini diteruskan sehingga semua murid mengambil bahagian. PENILAIAN : 1. Di akhir aktiviti murid dapat menyebut nama rakan dan mengenali rakan-rakan yang berada di dalam satu kumpulan. RUMUSAN : 1. Setiap manusia itu unik dan pengalaman kehidupan mempengaruhi tingkah laku seseorang. FALSAFAH : Tak kenal maka tak cinta.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 248 8.4.6.2 AKTIVITI 6.2 BIDANG : Disiplin TAJUK : Riadah (Poco-poco) OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:- 1. Suasana gembira dan seronok di kalangan peserta dapat diwujudkan selepas aktiviti bersenam. 2. Murid dapat menggunakan kemahiran psikomotor. MASA : 15 minit SASARAN : Kumpulan Pembuli BAHAN : Radio, CD Lagu Poco-poco LANGKAH : 1. GBKSM menunjukkan teknik poco-poco yang betul kepada murid. 2. Percubaan yang pertama, murid-murid melakukan poco-poco tanpa diiringi muzik. 3. Percubaan yang kedua murid-murid melakukan poco-poco dengan bantuan GBKSM. 4. Lagu poco-poco dimainkan, murid-murid melakukan poco-poco sehingga tamat. PENILAIAN : 1. Semasa penutup murid-murid diminta untuk melakukan poco-poco. RUMUSAN : 1. Muzik dapat menenangkan fikiran murid dan membuka hati mereka. FALSAFAH : ” Badan Sihat Minda Cerdas ”
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 249 8.4.6.3 AKTIVITI 6.3 BIDANG : Disiplin TAJUK : Treasure Hunt OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:- 1. Semangat berpasukan di antara muridmurid dapat diwujudkan. MASA : 90 minit SASARAN : Kumpulan Pembuli BAHAN : Kawasan Sekitar Sekolah. LANGKAH : 1. GBKSM mengarahkan mengedarkan senarai barangan yang perlu dicari oleh murid PENILAIAN : Soal selidik program. RUMUSAN : 1. Kem Sahsiah Diri merupakan 1 program yang dirangka untuk membantu murid-murid yang berisiko melakukan salah laku disiplin buli. 2. Sehubungan itu Kem Sahsiah Diri yang dijalankan selama 2 hari 1 malam diharapkan dapat membanteras gejala buli di sekolah. FALSAFAH : 1. Semua manusia tidak sempurna. 2. Setiap individu adalah unik dan mempunyai potensi untuk dibangunkan.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 250 8.4.6.4 AKTIVITI 6.4 BIDANG : Disiplin TAJUK : Muhasabah Diri. OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat :- 1. Murid dapat mengenali nilai-nilai murni yang ada dalam diri. 2. Murid akan mengubah tingkahlaku negatif kepada positif. MASA : 60 minit SASARAN : Kumpulan Pembuli BAHAN : LCD dan Laptop. LANGKAH : 1. GBKSM menayangkan video clip kesusahan ibu melahirkan anak. 2. GBKSM bermain dengan emosi murid dengan provokasi terhadap tindakan murid yang melakukan gejala buli. 3. GBKSM menerangkan bahawa setiap manusia pasti pernah melakukan kesilapan, tetapi jalan untuk berubah pasti ada. 4. GBKSM memperdengarkan lagu Allahyarham Sudirman yang bertajuk ”Ayah dan Ibu”, dan murid diarahkan untuk menyanyi bersama. PENILAIAN : 1. Melalui air muka yang ditunjukkan semasa slaid show ditayangkan. RUMUSAN : 1. Setiap manusia dilahirkan tidak sempurna dan pasti pernah melakukan kesilapan. FALSAFAH : Jika sesat, kembalilah semula ke pangkal jalan.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 251 8.4.7 AKTIVITI 7 BIDANG : Disiplin TAJUK : Refleksi Akademik OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat :- 1. Murid-murid mengetahui tentang perubahan dan kebaikan yang mereka dapati sepanjang program ini dijalankan. 2. Murid-murid dapat menampakkan perubahan akademik yang dibawa akibat daripada perubahan sikap. MASA : 60 minit SASARAN : Kumpulan Pembuli BAHAN : Kertas Lukisan, Pen Warna Biru, Merah & Hitam LANGKAH : 1. GBKSM menunjukkan contoh Sebuah Peta Minda yang berwarna-warni. 2. GBKSM bertanya mengenai pendapat murid tentang peta minda tersebut. (samaada menarik atau tidak menarik dengan pelbagai warna) 3. GBKSM menerangkan bagaimana ingin membentuk peta minda tersebut berdasarkan kreativiti murid. 4. GBKSM mengarahkan setiap murid melukis peta minda berdasarkan satu tajuk yang diambil daripada apa-apa matapelajaran. Contoh: Sains Tahun 5, tajuk “State of Matter”. 5. Setiap murid diminta membentangkan peta minda mereka. 6. GBKSM memberi rumusan daripada aktiviti yang dijalankan. PENILAIAN : 1. Supaya murid mengetahui dan mengenalpasti akan perubahan yang ada dalam diri mereka dari masa ke semasa
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 252 RUMUSAN : 1. Berubah sedikit lebih bermakna daripada tidak ada perubahan langsung. FALSAFAH : 1. Perubahan daripada yang lemah kepada yang baik amat penting dalam diri seseorang itu agar hidup lebih bermakna
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 253 8.4.8 AKTIVITI 8 BIDANG : Disiplin TAJUK : Konsultansi Ibubapa OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:- 1. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara ibu bapa, GBKSM dan murid-murid. 2. Membantu murid-murid yang terlibat untuk memperbaiki diri mereka dengan tanggungjawab bersama ibu bapa dan GBKSM MASA : 60 minit SASARAN : Kumpulan Pembuli BAHAN : Kad Prestasi Diri LANGKAH : 1. Ucapan Aluan Pengerusi Majlis (GBKSM) 2. Perbincangan Kad Prestasi Diri 3. Aktiviti Soal Jawab 4. Bersurai PENILAIAN : 1. Supaya ibu bapa, GBKSM-GBKSM dan murid yang terlibat mengetahui dan mengenalpasti akan perubahan yang ada dalam diri mereka dari masa ke semasa.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 254 RUMUSAN : 1. Kerjasama daripada ibu bapa dan GBKSM-GBKSM penting dalam usaha mencegah kes buli di sekolah FALSAFAH : 1. Melahirkan murid yang mempunyai kesedaran diri yang tinggi dari masa ke semasa.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 255 8.4.9 AKTIVITI 9 BIDANG : Disiplin TAJUK : Gotong Royong di sekitar kawasan sekolah. OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:- 1. mewujudkan semangat bekerjasama dan bantú-membantu diantara GBKSM dengan murid. 2. Meningkatkan konsep imej kendiri. MASA : 300 minit. SASARAN : Kumpulan Pembuli BAHAN : Kawasan Sekitar Sekolah Yang Dirasakan sesuai. LANGKAH : 1. GBKSM boleh mengadakan gotong royong di sekitar kawasan sekolah yang dirasakan sesuai seperti Taman Mini Sains, Tanaman Herba Kemahiran Hidup, dan sebagainya. 2. Sepanjang aktiviti gotong royong dijalankan GBKSM menerapkan nilai-nilai positif. 3. Murid-murid yang terlibat diberikan penghargaan semasa perhimpunan rasmi sekolah. PENILAIAN : 1. Penilaian dijalankan berdasarkan kebersihan kawasan yang telah dibersihkan. RUMUSAN : 1. Aktiviti gotong royong yang dijalankan dapat membantu murid-murid untuk meningkatkan konsep imej kendiri. FALSAFAH : Bekerjasama amalan mulia.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 256 8.4.10 AKTIVITI 10 BIDANG : Disiplin TAJUK : Aktiviti Ziarah Menziarahi OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat :- 1. Murid-murid dapat mengenali dengan lebih rapat diantara satu sama lain. 2. Murid-murid berasa dihargai dan dipunyai sesama mereka MASA : 60 minit SASARAN : Kumpulan Pembuli BAHAN : Kereta LANGKAH : 1. GBKSM akan membawa murid-murid ke rumah masing-masing untuk tujuan ziarah 2. GBKSM dan murid akan menziarahi dari rumah ke rumah ahli kumpulan tersebut. 3. GBKSM dan murid akan bertemu dengan keluarga masing-masing sambil berbual-bual mengenai program yang dijalankan. 4. Murid diminta menyatakan perasaan mereka apabila kawan-kawan dan GBKSM datang menziarahi rumah mereka PENILAIAN : 1. Murid-murid dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim diantara satu sama lain.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 257 RUMUSAN : 1. Masih ada yang sayang dan prihatin. FALSAFAH : 1. Kasih sayang amat penting dalam hidup seseorang kerana dengan adanya kasih sayang maka seseorang manusia itu akan menghargai dan dihargai orang lain.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 258 8.4.11 AKTIVITI 11 BIDANG : Disiplin TAJUK : Refleksi Diri (Kelompok) OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:- 1. mengetahui tentang perubahan dan kebaikan yang mereka dapati sepanjang program ini dijalankan. 2. keyakinan diri bahawa “ semua orang adalah baik dan berpotensi mengubah sikap ke arah yang lebih sempurna” MASA : 60 minit SASARAN : Kumpulan Pembuli BAHAN : Radio, CD – “Musical Medicine” LANGKAH : 1. GBKSM memainkan musical medicine dan suruh murid mendengarnya dengan mata yang pejam. 2. Selepas satu minit, GBKSM menanya murid perasaan murid mendengar muzik tersebut. 3. GBKSM menjelaskan aktiviti yang akan dilakukan untuk perjumpaan kali ini. 4. GBKSM meminta semua murid baring atas lantai dan mengikut arahan GBKSM. 5. GBKSM memimpin semua murid relaks (dari kepala ke kaki). 6. GBKSM memimpin semua murid memikir balik keadaan murid pada perjumpaan pertama dan perubahan yang berlaku. 7. GBKSM memipin semua murid duduk dalam bulatan dan memulakan aktiviti perkongsian perasaan murid dan perubahan murid. 8. GBKSM menyedarkan semua murid bahawa : memang susah untuk tukar pendapat orang lain kepada murid yang pernah buli (golongan yang
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 259 menghadapi rintangan); kepuasan dan kesayangan yang didapati selepas ubah sikap (golongan yang berjaya mendapati bantuan dan sokongan) PENILAIAN : 1. Murid dapat berterima kasih atas diri (ada hati untuk mengubah sikap) DAN orang lain (samada yang memberi rintangan atau menolong MURID dalam proses pengubahan sikap) RUMUSAN : 1. Pengubahan sikap ke arah yang lebih baik ini merupakan satu usaha sepanjang hidup kita. FALSAFAH : 1. Semua orang berpotensi untuk mengubahkan diri ke arah yang lebih baik.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 260 PROGRAM KATAKAN TIDAK PADA VANDALISME 9.0 PROGRAM DISIPLIN VANDALISME
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 261 9.1 PANDUAN PELAKSANAAN 9.1.1 PENDAHULUAN Vandalismeatau Laku Musnah merujuk kepada tabiat seseorang membinasakan harta benda awam dan juga harta benda orang lain. Pada lazimnya, laku musnah dianggap sebagai satu bentuk jenayah, tetapi pada keadaan tertentu, vandalismemerupakan satu bentuk ritual yang dilakukan oleh golongan manusia yang tidak puas hati terhadap keadaan masyarakat. Jenayah laku musnah biasanya merujuk kepada perbuatan merosakkan harta benda awam seperti papan tanda, kerusi awam, perhentian bas, telefon awam dan juga tandas awam. Kelakuan ini biasanya dilakukan remaja yang terlibat dalam budaya lepak. Vandalisme juga biasanya dianggap sebagai suatu cara untuk melepaskan rasa geram, ataupun satu cara untuk menghilangkan AKTIVITI BIL TAJUK 1 Salam Mesra 2 Mencari Kenalan 3 Mengapa Kita di Sini 4 Aku adalah Juara 5 Minda Kreatif 6 Simulasi Basmi Vandalisme 7 Harta Kesayangan 8 Melukis Mural ‘Katakan TIDAK pada Vandalisme’ 9 Deklamasi Sajak- Anti Vandalisme 10 Lawatan dalam Kawasan SekolahElakkan vandalisme 11 Sekolahku Ceria Tanpa Vandalisme 12 Motivasi Mencegah Vandalisme 13 Cipta Impian 14 Pengurusan Masa BIDANG DISIPLIN - VANDALISME
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 262 kebosanan semata-mata. Walaupun motif mereka adalah begitu ringan, tetapi masyarakat awam terpaksa menanggung kerugian yang besar. Sekiranya senario ini berterusan, kemajuan negara tidak akan tercapai dan tidak akan memberi pengertian yang bermakna dari segi tahap tamadun masyarakat itu sendiri. 9.1.2 MATLAMAT Program ‘Katakan TIDAK kepada Vandalisme’ ini diharap dapat mendidik jiwa dan pelakuan murid untuk menjadi seorang yang berakhlak mulia dan mempunyai kesedaran kendiri. Bakat serta kebolehan kumpulan murid yang melakukan salah laku vandalisme ini perlu dikembangkan ke arah pelakuan yang positif. Adalah menjadi tanggungjawab guru dan guru bimbingan dan kaunseling khususnya untuk membimbing dan menunjuk arah kepada murid. 9.1.3 OBJEKTIF Pada akhir program ini murid akan dapat : 9.3.1. Mencegah masalah vandalisme yang berlaku di sekolah. 9.3.2. Mengurangkan berlakunya masalah vandalisme di sekolah. 9.3.3. Memahami kesan daripada melakukan salah laku vandalisme di sekolah. 9.3.4. Memupuk semangat sayangkan harta benda sekolah. 9.1.4 SASARAN Murid-murid yang melakukan salah laku vandalisme di sekolah. 9.1.5 PELAKSANAAN 9.1.5.1. Salam Mesra
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 263 9.1.5.2. Mencari Kenalan 9.1.5.3. Mengapa Kita di Sini 9.1.5.4. Aku adalah Juara 9.1.5.5. Minda Kreatif 9.1.5.6. Simulasi Basmi Vandalisme 9.1.5.7. Permainan dan Pertandingan 9.1.5.8. Harta Kesayangan 9.1.5.9. Melukis Mural ‘Katakan TIDAK pada Vandalisme’ 9.1.5.10. Deklamasi Sajak- Anti Vandalisme 9.1.5.11. Lawatan dan Gotong Royong 9.1.5.12. Lawatan dalam Kawasan Sekolah- Elakkan vandalisme 9.1.5.13. Sekolahku Ceria Tanpa Vandalisme 9.1.5.14. Pencegahan Vandalisme 9.1.5.15. Motivasi Mencegah Vandalisme 9.1.5.16. Cipta Impian 9.1.5.17. Pengurusan Masa 9.1.6 PENILAIAN 1. Soal selidik diri Pra dan Post 2. Pencapaian akademik (Borang PATS/Headcount) 3. Borang maklumbalas Perubahan Tingkahlaku Pelajar 9.1.7 Penutup Adalah menjadi harapan semoga program ini dapat memberi panduan kepada guruguru khususnya guru kaunseling untuk merancang dan melaksanakan kaunseling
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 264 berfokus khas untuk murid-murid yang berisiko tinggi terhadap salahlaku vandalisme. Mencegah adalah lebih baik dari merawat, usaha untuk merawat lebih baik dari berserah tanpa usaha. 9.2 PROSES KERJA Bil Proses Kerja Tempoh Personalia Catatan 1. Mengesan dan mengenalpasti murid berdasarkan maklumat. Januari (2 minggu) Guru Disiplin, Guru kelas, Guru Mata Pelajaran, Pentadbir, PRS, Guru Asrama, GBKSM Laporan Data SSDM, Soal Selidik, Catatan Pemerhatian 2. Menyenaraikan nama murid berdasarkan maklumat yang diterima. Januari ( Seminggu) GBKSM Borang’A’ 3. Mengadakan perjumpaan dengan murid yang terpilih Februari ( 1 hari) GBKSM Surat makluman kepada ibu bapa/ penjaga. Merasionalkan murid mengapa
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 265 mereka dipanggil. 4. Mendapatkan maklumat peribadi murid yang terlibat. Februari (Seminggu) GBKSM Borang BD murid 5. Hantar maklumat awal murid kepada Pengetua/Guru Besar dan GPK HEM Februari (Seminggu) GBKSM/ Pengetua/Guru Besar dan GPK HEM Laporan dan salinan borang’A’ 6. Mengadakan perbincangan dengan kaunselor/Guru Bimbingan untuk menyediakan Modul Latihan Berstruktur dan Kaunseling Berfokus JanuariNovember ( Sepanjang Tahun) GBKSM Modul Kaunseling Berfokus ( Vandalisme) 7. Menjalankan ujian pra sebelum aktiviti. Februari ( 1 hari) GBKSM Borang UjianPra 8 Murid mengikuti proses kaunseling individu, kelompok atau program khas. JanuariNovember (Sepanjang Tahun) GBKSM Laporan Sesi 9. Menjalan ujian post selepas aktiviti Oktober ( 1 hari) GBKSM Borang Ujian Post 10. Membuat analisis ujian pra/post. Oktober ( seminggu) GBKSM Borang Ujian Pra Borang Ujian Post Laporan Analisis 11. Menyediakan pelaporan keberkesanan. November ( Seminggu) GBKSM Laporan Keberkesanan 12. Berbincang / bentangkan laporan kepada Pengetua/ Guru Besar. November ( 1 hari) GBKSM/ Pengetua/ Guru Besar Laporan 13. Menghantar laporan kepada PPD November ( 1 hari) GBKSM/ PPD Laporan 14. Menghantar Laporan kepada Unit HEM JPNS November ( 1 hari) GBKSM/JPN Laporan 15. Tindakan susulan. SeptemberNovember ( 3 bulan) GBKSM Modul Baru
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 266 9.3 CARTA ALIRAN . Berbincang antara Guru Bimbingan dan Kaunseling bersama Guru Disiplin. Mesyuarat Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Pelaksana. Mengesan murid berdasarkan maklumat daripada pelbagai sumber. Kumpulkan murid dan berikan penerangan dan rasionalkan mereka serta borang makluman kepada ibu bapa /penjaga. Mengisi borang BD Murid. Memberi maklumat awal kepada Pengetua/Guru Besar/GPK HEM Mengadakan perbincangan antara Guru Bimbingan dan Kaunseling yang lain. MULA MULA
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 267 9.4 POGRAM KATAKAN TIDAK PADA VANDALISME 9.4.1 AKTIVITI 1 BIDANG : Disiplin TAJUK : Salam Mesra OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat : 1. Berinteraksi di antara satu sama lain 2. Mencungkil daya usaha inisiatif dan menguji daya ingatan murid. MASA : 60 minit SASARAN : Kumpulan Vandalisme BAHAN : Borang A, pen atau pensil. LANGKAH : 1. Guru mengedarkan borang A (Lampiran 1) kepada setiap murid. 2. Berikan penerangan kepada murid bahawa mereka dikehendaki mendapatkan maklumat mengenai rakan-rakan mereka dan mencatitkan dalam borang A yang diberikan. Masa yang diberikan hanya 10 minit dan murid dikehendaki mendapatkan maklumat seberapa banyak rakan mereka. TAMAT Mengadakan Ujian Pra/ Sesi / Ujian post / Analisis Menyediakan laporan/ Bentang laporan kepada Pengetua/ Guru Besar/ GPK HEM Hantar maklumat awal ke PPD & Unit HEM JPN. Tidak capai objektif- Sesi kaunseling individu atau sesi kaunseling kelompok
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 268 3. Setelah tempoh masa yang diberikan tamat, murid dikehendaki mengumpulkan borang A. Murid ini dipanggil dan diuji ingatannya mengenai catitan yang dibuat. 4. Perbincangan dibuat dengan meneroka perasaan dan pengalaman yang diperolehi semasa melakukan aktiviti. PENILAIAN : 1. Menilai murid berdasarkan kecekapan mendapatkan maklumat. 2. Menilai murid berdasarkan daya ingatan murid tersebut. RUMUSAN : 1. Setiap manusia mempunyai daya ingatan yang berbeza. 2. Kebolehan seseorang itu tidak sama. FALSAFAH : 1. Jika berkehendakkan sesuatu kita mestilah berusaha, maklumat tidak datang bergolek. 2. Latihan memberanikan diri khususnya dalam berinteraksi dengan orang yang baru dikenali.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 269 LAMPIRAN 1 BORANG A Nama Tarikh lahir Matapelajaran (disukai) Makanan (disukai) Kegemaran masa lapang Perkara yang disukai Perkara yang tidak disukai
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 270 9.4.2 AKTIVITI 2 BIDANG : Disiplin TAJUK : Mari Berkenalan OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat : 1. Membina kepercayaan sesama murid. 2. Memupuk kemesraan. 3. Menanam rasa penting dan dihargai. 4. Membina sikap kerjasama dalam satu pasukan. MASA : 60 minit SASARAN : Kumpulan Vandalisme BAHAN : Kertas nota senikata lagu Lagu pilihan: 1. Lompat Si katak Lompat 2. Can Mali Can 3. Rasa Sayang hey 4. Fikirkan Boleh
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 271 5. Bangau oh Bangau LANGKAH : 1. Mengedarkan senikata lagu kepada murid (setiap satu lagu untuk 8-10 orang murid). 2. Mereka perlu merahsiakan senikata lagu yang diterima. 3. Setiap murid akan menghafal nada lagu tersebut secara senyap. 4. Murid akan diminta menyanyikan lagu tersebut secara’humming’ (dengungan suara) dan mencari rakan yang menyanyikan nada yang sama untuk berkumpul di satu tempat. 5. Murid terus menyanyi lagu masing-masing secara ‘humming’ dalam kumpulan mereka. 6. Setiap kumpulan akan diminta menyanyikan senikata lagu sebenar masingmasing secara bergilir-gilir. 7. Kumpulan diminta memilih ketua dan memimpin kumpulan untuk aktiviti berkenalan. PENILAIAN : 1. Menilai berdasarkan kemahiran mendengar dengan aktif. RUMUSAN : 1. Mengaitkan aktiviti yang dijalankan dengan kehidupan harian, misalnya kemahiran mendengar di dalam kelas. 2. Berkongsi pengalaman semasa menjalankan aktiviti. FALSAFAH : 1. Malu bertanya sesat jalan. 2. Malu berkayuh perahu hanyut.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 272 3. Usaha tangga kejayaan. LAMPIRAN 2 Lompat Si Katak Lompat Lompatlah Tinggi tinggi Cepatlah adik cepat Cepatlah bangun pagi-pagi. Di mana dia anak kambing saya, Anak kambing saya di bawah pohon jambu Di mana dia buah hati saya, Buah hati saya yang pakai baju biru Can mali can oi oi Can mali can oi oi Can mali can ketipung payong Rasa sayang eh rasa sayang sayang eh, Eh lihat nona jauh rasa sayang sayang eh, Jika kau fikirkan kau boleh Kau hampir boleh melakukan Jika kau fikirkan ragu-ragu Usahamu tidak menentu
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 273 9.4.3 AKTIVITI 3 BIDANG : Disiplin TAJUK : Mengapa Kita di Sini OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat : 1. Mengenalpasti keperluan mempelajari sesuatu yang baru. 2. Membina semangat kerjasama dalam pasukan. MASA : 60 minit SASARAN : Kumpulan Vandalisme BAHAN : Kertas mahjong dan pen marker LANGKAH : 1. Murid secara bertiga cuba mencari jawapan kepada soalan berikut: a. Mengapa Kita Di Sini? b. Apa isu yang perlu kita bincangkan? 2. Setiap kumpulan bertiga menulis pada kertas mahjong dan di tampal pada dinding. Isu yang sama dicantumkan dan akhirnya memilih tiga yang paling penting. Bangau oh bangau, kenapa engkau kurus Macam mana aku tak kurus Ikan tak mahu timbul, Ikan tak mahu timbul
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 274 3. Guru memberi fokus perbincangan untuk mewujudkan kerjasama bagi mencapai matlamat: 4. Mewujudkan kerjasama untuk mencapai matlamat bersama. 5. Saling menghormati, persefahaman, toleransi dan komitmen. 6. Tidak ada jalan mudah bagi mencapai matlamat. 7. Guru menyatakan matlamat aktiviti. Penilaian : Penilaian berdasarkan penglibatan ahli kumpulan. Rumusan : 1. Setiap ahli perlu memberikan kerjasama dalam aktiviti yang dijalankan. 2. Setiap ahli diberikan peluang untuk memberikan pendapat dan cadangan masing-masing. FALSAFAH : 1. Muafakat membawa berkat 2. Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 275 9.4.4 AKTIVITI 4 BIDANG : Disiplin TAJUK : Aku Adalah Juara OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat : 1. Belajar hormat menghormati antara satu sama lain. 2. Berinteraksi dengan selesa, tidak gementar dan tidak takut. MASA : 60 minit SASARAN : Kumpulan Vandalisme BAHAN : Tiada LANGKAH : 1. Setiap kumpulan diberi masa 2 minit untuk membuat tepukan kumpulan. 2. Setiap kumpulan dikehendaki menghantar wakil kumpulan yang mempunyai kriteria-kriteria yang berikut: a. Suara yang paling merdu b. Ahli kumpulan yang paling tinggi c. Senyuman yang paling manis
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 276 d. Suara yang paling manja e. Suara yang paling kuat 3. Murid menyatakan perasaan masing-masing berdasarkan aktiviti yang telah dijalankan. Penilaian : 1. Penilaian berdasarkan penglibatan ahli kumpulan. Rumusan : 1. Setiap ahli perlu memberikan kerjasama dalam aktiviti yang dibuat. 2. Setiap individu mempunyai kelebihan yang dianugerahkan oleh Tuhan. Falsafah : 1. Yakin Boleh! 2. Kelebihan diri haruslah dihargai oleh setiap orang.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 277 9.4.5 AKTIVITI 5 BIDANG : Disiplin TAJUK : Minda Kreatif OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:- 1. Melahirkan idea yang sama dengan cara yang berbeza. 2. Mencipta sesuatu yang baru atau mengambil idea yang sedia ada dengan mengubah dan mengembangkannya. MASA : 60 minit SASARAN : Kumpulan Vandalisme BAHAN : Kertas mahjong, kertas A4, pen marker dan lampiran 3. LANGKAH : 1. Set induksi. a. Guru Kaunseling meminta murid membilang segiempat yang terkandung dalam gambarajah.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 278 b. Mengapa leher zirafah panjang?. 2. Guru menerangkan langkah-langkah untuk menjadi seorang yang kreatif:- a. Jangan terlalu menilai. b. Bebaskan pemikiran tentang idea-idea ‘gila’,‘bodoh’ atau ‘lucu’ 3. Pemikiran kreatif boleh menjadikan idea atau mengambil idea orang lain dan mengubah atau mengembangkan idea itu dan melahirkan satu idea baru. 4. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan (8 hingga 10 orang). Guru memberikan sekeping kertas mahjong dan pen marker pelbagai warna. 5. Guru memberikan masa 30 minit untuk setiap kumpulan untuk menambahkan lakaran pada lampiran yang diberikan. 6. Murid membentangkan hasil kumpulan masing-masing. 7. Markah idea kreatif diberikan oleh murid lain. PENILAIAN : Secara pemarkahan yang diberikan oleh kumpulan lain. RUMUSAN : 1. Setiap murid berupaya meningkatkan kreativiti apabila diberi bimbingan. FALSAFAH : ‘Malaysia Boleh!’.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 279 LAMPIRAN 3
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 280 9.4.6 AKTIVITI 6 BIDANG : Disiplin TAJUK : Simulasi-Basmi Vandalisme OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat : 1. Murid membuat pendedahan kendiri dan berkenalan sesama sendiri. MASA : 60 minit SASARAN : Kumpulan Vandalisme BAHAN : Gambar-gambar (Lampiran 4) , sampul surat, lampiran situasi (Lampiran 5). LANGKAH : 1. Guru memperlihatkan gambar-gambar suasana kondusif dan gambar-gambar yang telah dicemari dengan vandalisme. 2. Murid diminta memberikan respon terhadap gambar yang telah diperlihatkan. 3. Guru memberikan satu sampul surat yang mengandungi situasi untuk murid membuat simulasi.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 281 4. Berdasarkan simulasi tersebut guru meminta murid lain memberikan pandangan . 5. Guru menegaskan bahawa perbuatan vandalisme merupakan satu perbuatan yang tidak sepatutnya dilakukan kerana boleh memberikan kesusahan kepada orang lain. PENILAIAN : 1. Berdasarkan simulasi yang dilakukan dan pandangan dari rakan lain. RUMUSAN : 1. Manusia sentiasa berhadapan dengan pelbagai emosi yang tidak dapat dikawal yang boleh menyebabkan mereka tidak mampu membuat pertimbangan dengan waras dan melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya seperti vandalisme. Dengan itu, mereka mesti bijak bertindakbalas terhadap emosi tersebut. FALSAFAH : 1. Kita jangan buat perkara yang tidak digemari oleh orang lain 2. sebagaimana kita tidak suka perkara itu dilakukan ke atas diri kita.