PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 184 2. Guru kaunseling meminta murid membuat satu ‘trade mark’ peribadi kemudian rakan-rakan yang lain akan meniru ‘trade mark’ tersebut secara bergilir sehingga akhir. 3. Guru kaunseling meminta murid bersalaman dengan rakan di sebelah kiri dan kanan dengan tangan yang bersilang. 4. Guru kaunseling memberi arahan kepada murid dan berkata ‘Anda Hebat’ kepada rakan di sebelah. 5. Kemudian leraikan tangan yang bersalam tadi,dan setiap murid diminta berkata pada diri sendiri ‘Saya Hebat’ 6. Guru kaunseling meminta murid untuk salam dan berpelukan (mengikut jantina) dan lagu ’Teman Sejati’ dimainkan. 7. Saranan-setiap kali perjumpaan, lagu tersebut dimainkan sebagai satu langkah untuk menerapkan perasaan kasih sayang sesama mereka dalam jangka masa yang panjang. Penilaian : 1. Guru kaunseling akan memerhati gerak geri murid terutama dari aspek perasaan mereka terhadap rakan-rakan dari semasa ke semasa. RUMUSAN : 1. Murid dapat merasai kasih sayang bersama rakan walaupun mengambil masa yang agak lama. FALSAFAH : 1. Ramai diantara kita yang memerlukan kasih sayang dalam hidup mereka,namun tidak ramai yang mengetahui bagaimana ingin membina kasih sayang dan memberi kasih sayang sempurna.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 185 7.4.5 AKTIVITI 5 BIDANG : Disiplin TAJUK : Graf Garis Kehidupan OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. Meneroka masalah murid 2. Mengenal pasti faktor-faktor atau situasi yang boleh mencetuskan pergaduhan MASA : 60 minit SASARAN : 10 orang murid (Kumpulan Bergaduh) BAHAN : Kertas A4 LANGKAH : Mengedarkan kertas A4
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 186 1. Murid membina graf garisan kehidupan 2. Murid diberi peluang untuk menerangkan graf garis kehidupan yang dibuat. 3. Guru kaunseling membuka peluang kepada ahli kumpulan lain untuk bertanya 4. Guru Kaunseling membuat kesimpulan Penilaian : 1. Murid dapat berkongsi pengalaman dan mengambil pengajaran Rumusan : 1. Murid dapat mengenali diri sendiri dengan lebih dalam. Falsafah : 1. Setiap manusia mempunyai pengalaman berbeza. Pengalaman membantu individu menjadi lebih matang 7.4.6 AKTIVITI 6 BIDANG : Disiplin TAJUK : Program Bersama Ibubapa OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. Murid mengetahui bahawa ibubapa menyayanginya. 2. Ibubapa menyedari tentang kepentingan peranan mereka dalam membentuk keperibadian anaknya. MASA : 90 minit SASARAN : 10 orang murid (Kumpulan Bergaduh) dan ibubapa mereka. BAHAN : Edaran bahan ceramah LANGKAH : 1. Guru kaunseling menjemput ibubapa untuk menghadiri sesi ceramah
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 187 2. Murid duduk bersama ibubapa masing-masing 3. Selepas sesi ceramah ibubapa dan murid diberi peluang untuk meluahkan perasaan masing-masing. 4. Guru kaunseling menjadi moderator untuk kelompoknya 5. Ahli kelompok dibiarkan menghayati perasaan dan suasana kasih sayang kekeluargaan. Penilaian : - Rumusan : 1. Murid dan ibubapa saling memahami dan kehendak hati masing-masing. Falsafah : 1. Perhubungan dan sentuhan perasaan di antara ibubapa dan anak perlu dalam proses pembentukan kemenjadian anak. 7.4.7 AKTIVITI 7 7.4.7.1 AKTIVITI 7.1 BIDANG : Disiplin TAJUK : Pengurusan Emosi (Kemarahan) OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. Mengawal emosi kemarahan semasa bergaul dengan rakanrakan. 2. Mengenalpasti kesan dari kemarahan yang wujud dalam kalangan murid. 3. Berfikir secara rasional apabila wujud sebarang konflik di antara mereka. MASA : 60 minit
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 188 SASARAN : 10 orang pelajar (kumpulan bergaduh) BAHAN : Edaran situasi (Lampiran 4) LANGKAH : 1. Guru kaunseling mengedarkan bahan edaran situasi kepada murid 2. Murid dibahagikan kepada 5 pasangan. 3. Setiap pasangan diberikan masa selama 15 minit untuk membincangkan cara untuk menghadapi situasi 4. Setiap pasangan dikehendaki membentangkan hasil perbincangan mereka. 5. Pasangan-pasangan yang lain memberi pendapat dan komen. 6. Guru kaunseling memberi ulasan daripada aktiviti dijalankan. Penilaian : Murid dapat mengawal emosi dan kemarahan dengan bijaksana. Rumusan : 1. Murid boleh bertindak secara bijaksana dalam menangani setiap konflik yang dihadapi. FALSAFAH : 1. Setiap konflik dapat dihindari jika murid mempunyai kemahiran yang khusus bagi mengawal emosi mereka
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 189 LAMPIRAN 4 SITUASI 1 Rakan anda suka menggunakan perkataan-perkataan yang berunsur ejekan kepada anda. Apakah perasaan anda dan bagaimana anda menanggani perkara tersebut? SITUASI 2 Rakan anda yang sedang dalam keadaan tergesa-gesa telah melanggar anda dan menyebabkan anda terjatuh. Apakah perasaan anda ketika itu dan bagaimana anda mengawal emosi? SITUASI 3
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 190 Rakan anda yang kerap meminjam buku dan barang-barang lain kepunyaan anda serta tidak memulangkan kembali barangan anda. Apakah perasaan anda dan bagaimana anda mendapatkan semula barangan tersebut. SITUASI 4 Anda terdengar beberapa orang rakan bercerita tentang diri anda yang kurang menyenangkan anda. Apakah reaksi anda dan bagaimana menangkis gossip dan tohmahan tersebut? SITUASI 5 Teman rapat anda tiba-tiba menjauhkan diri dari anda. Dari pemerhatian anda, didapati teman anda tersebut telah mempunyai kawan lain yang baru berpindah ke sekolah anda. Apakah perasaan anda dan bagaimana anda mengatasinya. 7.4.7.2 AKTIVITI 7.2 BIDANG : Disiplin TAJUK : Pengurusan Stress (Terapi Muzik) OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. Mengetahui tahap kebimbangan/stress yang dialami. 2. Mengurus stress melalui aktiviti fizikal yang sesuai. MASA : 60 minit SASARAN : 10 orang pelajar (kumpulan bergaduh) BAHAN : Muzik, alat bantuan lain yang sesuai dengan aktiviti. LANGKAH : 1. Perbincangan situasi stress
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 191 2. Guru Kaunseling mengukur dan menginterpretasi tahap kebimbangan/ stress yang dialami oleh murid dengan menggunakan Senarai Semak Mengukur Kebimbangan II. (Lampiran 5) 3. Guru Kaunseling mentafsir tahap kebimbangan murid berdasarkan Senarai Semak Mengukur Kebimbangan II. (Skor melebihi 40 menunjukkan murid berada dalam keadaan stres) 4. Murid duduk dalam bulatan besar 5. Muzik instrumental dimainkan, contohnya muzik sentimental, Kitaro dan seumpamanya. 6. Murid memejam mata dan mendepa tangan sambil menarik nafas dalam bilangan 10 satu pernafasan 7. Murid menghembus nafas dan merehatkan seluruh badan dan otot. 8. Ulang tarikan nafas pada bilangan yang sama dan fokus minda ke bahagian badan yang perit/ tegang satu persatu sehingga keseluruhan bahagian badan berasa selesa dan relaks Penilaian : Setiap murid dapat mengenalpasti emosi masing-masing dan belajar bagaimana untuk mengawal dan menenangkan hati serta emosi Rumusan : Murid dapat membina kekuatan dalaman dan mengetahui kawalan emosi dan simptom yang berkaitan dengan stress. Falsafah : “Ketenangan Adalah Kedamaian Hati.Kedamaian Adalah Kebahagiaan”
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 192 LAMPIRAN 5 SENARAI SEMAK MENGUKUR KEBIMBANGAN II KADAR KEPANTASAN HIDUP Tandakan dengan mengikut penilaian anda sendiri pernyataan di bawah mengikut skala yang telah diberikan. Tandakan / dalam petak berkenaan. 1. Jarang / Tidak Pernah 2. Kadang-kadang 3. Selalunya BIL ITEM 1 2 3 1 Adakah anda selalu bercakap dengan laju?
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 193 2 Adakah anda selalu mendorong percakapan orang supaya lebih cepat dengan mencelah dengan ”umha”, “umhm” atau dengan melengkapkan ayat yang sedang mereka ucapkan 3 Adakah anda tidak suka untuk menunggu beratur 4 Adakah anda merasakan anda tidak mempunyai cukup masa untuk menyiapkan banyak perkara 5 Adakah anda sangat benci membuang masa 6 Adakah anda makan dengan laju 7 Adakah anda memandu melangkaui had laju ketika rasa marah atau geram? 8 Adakah anda cuba untuk melakukan lebih daripada satu kerja dalam satu masa 9 Adakah anda menjadi tidak sabar jika orang lain melakukan sesuatu dengan sangat perlahan 10 Adakah anda mempunyai masa yang sedikit untuk bertenang atau menikmati masa rehat 11 Adakah anda mendapati diri anda terlalu mementingkan diri sendiri? 12 Adakah anda mencebik/menggerakkan lutut/mengetik jari/membalas secara sepontan apabila diejek atau diperli oleh rakan-rakan. 13 Adakah anda berasa marah sekiranya teman wanita/lelaki anda tidak mahu menjawab panggilan telefon? 14 Adakah anda berjalan dengan pantas 15 Adakah anda benci berlengah selepas makan 16 Adakah anda menjadi lekas marah jika terpaksa menunggu 17 Adakah anda benci untuk kalah dalam sukan atau permainan 18 Adakah anda mendapati diri anda menggenggam penumbuk dan tegang bahu 19 Adakah tumpuan anda merayau ketika anda memikirkan kemungkinan yang akan berlaku selanjutnya 20 Adakah anda seorang yang suka bertanding
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 194 INTERPRETASI 45 - 60 = TINGKAHLAKU JENIS A YANG TINGGI 35 - 44 = TINGKAHLAKU JENIS A YANG SEDERHANA 20 - 34 = TINGKAHLAKU JENIS A YANG RENDAH TINGKAHLAKU JENIS A 1. Mempunyai kebiasaan menggunakan perkataan-perkataan tertentu atau bahasa yang keterlaluan. 2. Sentiasa bergerak, berjalan dan makan dengan pantas atau laju. 3. Sering menunjukkan tingkahlaku kurang sabar dan selalu memintas percakapan orang lain. 4. Sentiasa mencuba untuk melakukan dua atau lebih kerja dalam masa yang sama. 5. Lebih menumpukan kepada diri sendiri apabila bercakap. 6. Merasa bersalah sekiranya tiada kerja atau kelihatan releks. 7. Kurang memberi perhatian kepada perkara-perkara mengenai keindahan dan keharmonian semulajadi. 8. Cuba untuk melakukan berbagai aktiviti dalam masa yang singkat. 9. Mempunyai tingkah laku agresif dan perasaan bermusuhan terhadap individu yang mempunyai personaliti jenis A. 10. Mempunyai tingkah laku atau perlakuan yang kelihatan agresif atau tergesagesa. TINGKAHLAKU JENIS B Mempunyai ciri-ciri perlakuan selain daripada jenis A. Menunjukkan tingkah laku yang menggambarkan kesabaran dan kurang menunjukkan kesegeraan. PANDUAN BAGI MENGURANGKAN TINGKAHLAKU JENIS A 1. Nilai semula kejayaan anda : Anda akan mendapati bahawa kejayaan anda bukan disebabkan oleh Tingkahlaku Jenis A. Perasaan tidak sabar, kasar dan agresif melampau tidak menyumbang kepada kejayaan tetapi menjauhkan anda daripada kejayaan. 2. Percaya terhadap keupayaan anda untuk berubah:
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 195 Tingkahlaku Jenis A adalah tingkahlaku yang dipelajari oleh itu tingkahlaku tersebut boleh diubah. 3. Membuat muhasabah diri: Berhati-hati dengan sifat intrapersonal yang bersifat negatif yang menjurus kepada rasa tidak selamat, desakan untuk bersegera atau ketidak sopanan. 4. Hidupkan seluruh personaliti anda: Aktifkan semula bahagian otak kanan dengan menghargai sastera, muzik, seni dan menhargai seni dan keindahan alam semula jadi. Ambil sedikit waktu untuk menghayati keindahan di sekeliling anda. 5. Libatkan diri anda dengan metos, amalan dan tradisi : Cuba cari rutin tertentu dalam keluarga atau kawan. Letakkan nilai yang tinggi terhadap perhubungan jangka panjang. Buat amalan dan berdoa untuk mendapatkan kekuatan dalam diri anda. 7.4.7.3 AKTIVITI 7.3 BIDANG : Disiplin TAJUK : Komunikasi Berkesan OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. Menyiapkan tugasan secara berkumpulan dalam jangkamasa yang ditetapkan tanpa perbincangan. 2. Membuat keputusan dengan cepat dan tepat dengan perancangan yang teliti.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 196 3. Mendengar dan mematuhi arahan dengan teliti sebelum melakukan sesuatu tugasan. MASA : 60 minit SASARAN : 10 orang pelajar (kumpulan bergaduh) BAHAN : Penutup mulut ( masking tape ) dan "jigsaw puzzle ", LANGKAH : 1. Guru Kaunseling memberi arahan/ taklimat kepada peserta yang mulut mereka ditutup dengan "masking tape". 2. Setiap murid diberikan 10 bahagian "jigsaw puzzle" dan mereka dikehendaki mencantumkan gambar tanpa perbincangan. (Lampiran 6) 3. Peserta hanya boleh menggunakan bahasa isyarat atau bahasa badan. 4. Guru kaunseling memberikan 10 kepingan jigsaw puzzle kepada salah seorang daripada mereka dan mengasingkan daripada kumpulan tersebut. 5. Murid perlu menyiapkan tugasan tersebut dalam jangkamasa 15 minit sahaja. 6. Guru Kaunseling hanya memerhatikan gelagat dan tingkah laku murid samada berjaya atau tidak sehingga akhirnya. 7. Guru Kaunseling meminta murid berkongsi pengalaman dan input berkaitan dengan tugasan tersebut. Penilaian : 1. Murid mengetahui bahawa kemahiran berkomunikasi adalah penting dan komunikasi yang baik dan berkesan boleh mengelakkan pergaduhan Falsafah : 1. Mendengar arahan dengan teliti dan perancangan yang rapi dapat membantu menyelesaikan sesuatu masalah dalam jangkamasa yang telah ditetapkan. 2. Komunikasi tanpa lisan, bahasa isyarat dan bahasa badan juga penting untuk menyampaikan sesuatu maklumat.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 197 LAMPIRAN 6
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 198
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 199
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 200
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 201
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 202
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 203
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 204 7.4.7.4 AKTIVITI 7.4 BIDANG : Disiplin TAJUK : Kerja Berpasukan OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. Mewujudkan kerjasama di dalam satu pasukan. 2. Mengekalkan perasaan kasih sayang dan membina hubungan yang lebih erat di antara mereka. 3. Memahami pentingnya kesepakatan dan bertolak ansur dalam setiap perkara yang dilakukan. 4. Meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan murid.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 205 MASA : Mengikut kesesuaian masa SASARAN : 10-20 orang murid kumpulan bergaduh BAHAN : Kemudahan track aktiviti LANGKAH : 1. Fasilitator membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan memberi penerangan tentang aktiviti lasak yang akan diadakan. 2. Setiap murid perlu menempuh halangan secara berkumpulan yang telah disediakan seperti monkey hang,wall climbing,jungle tracking,river cross dan yang difikirkan perlu. 3. Murid akan membuat aktiviti tersebut mengikut arahan dari semasa ke semasa. 4. Fasilitator dan guru kaunseling akan memantau pergerakan dan tingkah laku murid. Penilaian : Murid dapat melaksanakan aktiviti lasak dengan baik dan memupuk sikap kerjasama sepertimana yang diharapkan. Falsafah : Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. 7.4.7.5 AKTIVITI 7.5 BIDANG : Disiplin TAJUK : Malam Appresiasi OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. Merasai dirinya dihargai dan telah mendapat penghargaan oleh pihak sekolah. 2. Mengekalkan perasaan kasih sayang dan membina hubungan yang lebih erat di antara mereka dan guru. 3. Meraikan murid-murid yang telah berjaya mengikuti Program Jati Diri EQ.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 206 MASA : 180 minit SASARAN : 10-20 orang pelajar (kumpulan bergaduh) BAHAN : - LANGKAH : 1. Guru Kaunseling bersama AJK pelaksana merancang untuk mengadakan satu majlis makan malam untuk murid. 2. Guru memberikan hadiah kepada murid cemerlang seperti peserta terbaik,kumpulan terbaik dan sijil penghargaan kepada semua peserta. 3. Murid di minta membuat satu persembahan selingan sempena majlis tersebut yang berunsur patriotik. 4. Jamuan makan dimulakan diselangi dengan nyanyian karaoke daripada murid. 5. Majlis diakhiri dengan salam ‘Satu Malaysia’ Rumusan : Murid berasa gembira kerana dihargai oleh warga sekolah. Falsafah : Setiap individu mempunyai kelebihan dan keistimewaan sendiri. 7.4.8 AKTIVITI 8 BIDANG : Disiplin TAJUK : Lawatan ke lokap polis OBJEKTIF : Pada akhir aktivitii murid dapat: Mewujudkan kesedaran terhadap kesan dari kes bergaduh. Mewujudkan keinsafan agar murid tidak mengulangi perbuatan bergaduh. MASA : 360 minit SASARAN : 10 orang murid (kumpulan bergaduh) BAHAN : Surat kebenaran lawatan ke balai polis yang berdekatan,
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 207 Kertas kerja, Surat kebenaran ibu bapa. LANGKAH : 1. Menyediakan kertas kerja lawatan. 2. Mendapatkan kelulusan pengetua. 3. Menghubungi dan memaklumkan kepada balai polis berdekatan. 4. Mengedarkan surat kebenaran ibu bapa. 5. Membuat lawatan. PENILAIAN : 1. Murid dapat melihat sendiri situasi sebenar pesalah yang berada di dalam lokap. RUMUSAN : 1. Dengan pendedahan ini sekurang-kurangnya murid dapat berfikir dengan baik bagi mengelakkan diri daripada bergaduh. FALSAFAH : 1. Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. 7.4.9 AKTIVITI 9 BIDANG : Disiplin TAJUK : Pertandingan Persahabatan OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. Mewujudkan hubungan mesra yang sebelum ini mengalami konflik bergaduh di antara satu sama lain. 2. Memperbaiki hubungan yang sedia ada bersama rakan-rakan baru (kelompok baru) Masa : Mengikut kesesuaian
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 208 Sasaran : 10-20 orang kumpulan bergaduh Bahan : Mengikut kesesuaian permainan Langkah : 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2. Murid mengambil posisi masing-masing 3. Permainan dimulakan 4. Kumpulan pemenang diberi hadiah dan saguhati Rumusan : 1. Melalui pertandingan yang diadakan semangat kekitaan lebih harmoni dan keserasian dapat diwujudkan dengan lebih erat. Falafah : 1. Kesepaduan dalam membina matlamat menjadikan kelompok lebih bersefahaman dan akrab. 7.4.10 AKTIVITI 10 BIDANG : Disiplin TAJUK : Warkah Talian Kasih OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat : 1. Membina hubungan yang lebih rapat dan mesra. 2. Mewujudkan semangat setia kawan yang lebih erat. MASA : 2 minggu SASARAN : 10 orang murid (Kumpulan Bergaduh)
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 209 BAHAN : Kertas A4, sampul surat. LANGKAH : LDK 1 1. Guru Kaunseling menerangkan tentang aktiviti warkah talian kasih. 2. Guru Kaunseling meminta murid menulis nama masing-masing pada cebisan kertas. 3. Kertas tersebut dimasukkan ke dalam kotak. 4. Murid-murid mengambil kertas tersebut dan merahsiakan nama yang tercatat pada kertas yang diperolehi. 5. Guru Kaunseling meminta murid saling menulis surat kepada ahli dalam kumpulan tanpa pengetahuan masing-masing. Isi surat mestilah sesuatu yang positif. 6. Murid diminta mengirim beberapa pucuk surat dalam tempoh dua minggu yang diletakkan di bilik kaunseling untuk penerima tanpa mengetahui siapa pengirimnya. LDK 2 1. Murid mendedahkan identiti pengirim surat. 2. Murid berkongsi perasaan tentang surat yang mereka terima. 3. Guru Kaunseling merasionalkan murid-murid yang menerima kesan negatif daripada aktiviti ini (jika ada) 4. Guru Kaunseling menjelaskan bahawa terdapat pelbagai sikap manusia yang perlu kita hadapi ketika membina hubungan. Rumusan : 1. Membina hubungan adalah suatu yang lumrah bagi murid jika diberi peluang.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 210 Falsafah : Jiwa manusia itu sangat lembut dan perlu sentiasa disentuh. 7.4.11 AKTIVITI 11 BIDANG : Disiplin TAJUK : Warkah Untuk Tersayang OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat : 1. Mewujudkan kesedaran tentang perubahan kendiri yang dialami setelah mengikuti program yang dijalankan. 2. Menunjukkan kesungguhan diri untuk berubah kepada orang tersayang. MASA : 90 minit
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 211 SASARAN : 10 orang murid (Kumpulan Bergaduh) BAHAN : Kertas A4, sampul surat, borang akujanji LANGKAH : 1. Guru Kaunseling mengedarkan borang akujanji kepada murid dan mengarahkan murid mengisi borang tersebut. 2. Guru Kaunseling meminta murid membaca akujanji dengan jelas secara individu. 3. Guru Kaunseling mengedarkan kertas A4 kepada murid 4. Guru Kaunseling meminta murid untuk menulis surat/ warkah kepada insan tersayang. 5. Warkah tersebut hendaklah mengandungi luahan perasaan berkaitan dengan perubahan diri yang dialami setelah mengikuti sembilan sesi perjumpaan sebelum ini. 6. Guru Kaunseling mengarahkan murid memasukkan borang akujanji dan surat / warkah ke dalam sampul dibekalkan dan menulis alamat orang yang tersayang. 7. Guru Kaunseling mengumpulkan semua sampul untuk dikirimkan ke alamat yang berkenaan. Penilaian : 1. Murid diharapkan mendapat kesedaran selepas mengikut pakej modul yang disediakan. Rumusan : 1. Perubahan pada diri murid boleh berlaku jika dapat mengikut suatu program yang teratur dan dipantau secara berterusan.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 212 Falsafah : 1. Manusia mampu berubah jika diberi ruang dan peluang yang secukupnya. LAMPIRAN 7 BORANG PENILAIAN KENDIRI PELAJAR Nama : _________________________________ Jantina : __________________ Tingkatan : ______________________ Bil. Item Ya Tidak 1. Program ini dapat membantu saya mengenali diri . 2. Program ini dapat membantu saya mengubah tingkahlaku suka bergaduh 3. Program ini sungguh membosankan saya
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 213 4. Saya sudah dapat mengawal emosi kemarahan saya 5. Saya menyayangi kawan-kawan saya 6. Peraturan sekolah adalah suatu yang perlu dipatuhi. 7. Program ini hanya membuang masa saya 8. Bertimbang rasa satu amalan yang mulia 9. Saya gembira dengan kehidupan saya sekarang 10. Mulai sekarang saya perlu berfikir dan bertindak secara rasional 11. Saya masih ada perasaan marah, dendam dan benci pada seseorang 12. Ada kalanya saya tidak dapat menahan perasaan marah 13. Sesekali terasa juga ingin bergaduh dengan kawan yang tidak sehaluan 14. Saya menyayangi diri saya 15. Saya menyesali semua perbuatan sia-sia saya Tanda tangan Tarikh .............................. .................................... LAMPIRAN 8 BORANG MAKLUBALAS PERUBAHAN TINGKAHLAKU (GURU TINGKATAN/MATAPELAJARAN & GURU DISIPLIN) Nama Guru / Penilai : .............................................. Nama Pelajar : ............................................. Tingkatan : ............................................ Bil. Item Ya Tidak 1. Saya sungguh mengenali pelajar ini
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 214 2. Pelajar ini telah menunjukkan perubahan tingkahlaku yang positif 3. Pelajar ini berjaya mengekalkan mata penalty sepanjang tahun 4. Saya masih mendapat maklumat pelajar ini bergaduh 5. Saya yakin pelajar ini telah berubah 6. Pelajar ini masih tidak dapat mengawal emosi marah 7. Saya percaya pelajar ini boleh berubah dengan baik 8. Pelajar ini berpotensi dari segi akademik dan ko-kurikulum 9. Pelajar ini mempamerkan sikap positif di dalam kelas 10. Saya bangga dengan perubahan pelajar ini. Tanda tangan Tarikh .............................. .................................... LAMPIRAN 9 BORANG MAKLUBALAS PERUBAHAN TINGKAHLAKU (PENGAWAS/RAKAN SEBAYA & PRS) Nama Pelajar/ Penilai : .............................................. Nama Pelajar : ............................................. Tingkatan : ............................................ Bil. Item Ya Tidak 1. Saya sungguh mengenali kawan saya ini
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 215 2. Kawan saya telah menunjukkan perubahan tingkahlaku yang positif selepas mengikuti Program Kaunseling Berfokus. 3. Dia seorang yang baik hati sesama rakan-rakan 4. Dia suka berkawan dengan saya 5. Saya yakin kawan saya ini telah berubah 6. Kadang-kadang kawan saya ini masih tidak dapat mengawal emosi marahnya terhadap rakan lain. 7. Saya percaya kawan saya ini boleh berubah dengan baik 8. Saya suka berkawan dengan dia 9. Kawan saya ini mempamerkan sikap positif di dalam kelas =10. Saya bangga dengan perubahan kawan saya ini. 11. Kekerapan dia bergaduh sesama rakan semakin berkurangan 12. Kadang-kadang kawan saya menimbulkan suasana yang kecoh di kelas/kantin atau persekitaran sekolah Tanda tangan Tarikh .............................. .................................... 8.0 PROGRAM DISIPLIN BULI
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 216
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 217 PROGRAM SIFAR BULI 8.1 PANDUAN PELAKSANAAN 8.1.1 Pendahuluan Laporan akhbar mengenai kes-kes pelanggaran disiplin, keganasan dan buli yang berlaku disekolah-sekolah menengah dan sekolah rendah merupakan perkara biasa pada hari ini dan merupakan satu masalah disiplin yang utama pada ketika ini. Terdapat lebih 35 kes pelajar sekolah mati atau cedera akibat dibelasah yang dilaporkan dalam tempoh lima tahun ini iaitu dari 1999 hingga 2003 (Berita Minggu, 14 Julai 2005). Kebanyakan kes-kes ini berpunca daripada perbuatan buli. Para pengkaji telah mengenal pasti tiga jenis tingkah laku buli yang terdapat dalam kalangan pembuli iaitu fizikal, verbal dan antisosial. Jenis tingkah laku buli fizikal, verbal dan anti sosial termasuklah tindakantindakan seperti mengejek, pemulauan dan memukul (Olweus, 1991;Thompson dan Sharp, 1998). Tingkah laku buli fizikal dan verbal merujuk kepada tingkah laku buli secara langsung. Tingkah laku buli anti sosial pula merujuk kepada tingkah laku buli secara tidak langsung. Definisi yang dinyatakan mempunyai persamaan dengan definisi oleh Connel dan Farrington, 1996; Espelage et al. (2000) iaitu jenis tingkah laku buli termasuklah serangan fizikal seperti AKTIVITI BIL TAJUK 1 Aktiviti Suai Kenal 2 Mencari Diri 3 Kad Prestasi Diri 4 Jom Sembang Tentang Buli 5 Jom Menikmati Keindahan Taman Botani Putrajaya 6 Kem Sahsiah Diri 7 Kelompok Anjakan Paradigma 8 Konsultensi Ibu Bapa 9 Gotong Royong di Surau Sekolah 10 Ziarah – menziarahi 11 Refleksi Diri BIDANG DISIPLIN - BULI
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 218 menumbuk, menendang dan menolak. Jenis tingkah laku buli verbal adalah seperti cemuhan, hinaan, panggilan nama, ejekan dan ugutan, manakala jenis tingkah laku buli antisosial (secara psikologi) seperti pemulauan, menyebabkan gossip dan memanipulasikan hubungan sosial. Oleh itu, Program Sifar Buli telah dirangka bagi membantu pelajar yang terlibat dalam salah laku buli supaya mereka diberi pendedahan serta maklumat mengenai kesan negatif tentang salah laku ini. Program ini juga menjurus untuk mencegah dan membenteras gejala buli. 8.1.2 Matlamat Mewujudkan Sekolah yang bebas daripada gejala buli. 8.1.3 Objektif 8.1.3.1. Membenteras gejala buli dalam sekolah. 8.1.3.2. Mengurangkan salah laku buli di sekolah. 8.1.3.3. Memberi kefahaman kepada murid tentang kesan daripada melakukan kesalahan salah laku buli. 8.1.4 Sasaran Murid yang berisiko dalam salah laku buli. 8.1.5 Pelaksanaan 8.1.5.1 Aktiviti suai kenal 8.1.5.2 Mencari Diri 8.1.5.3 Kad Prestasi Diri 8.1.5.4 Jom Sembang tentang Buli 8.1.5.5 Jom Menikmati Keindahan Taman Botani Putrajaya
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 219 8.1.5.6 Kem Sahsiah Diri 8.1.5.7 Kelompok Anjakan Paradigma 8.1.5.8 Konsultansi Ibubapa 8.1.5.9 Gotong-royong di Surau Sekolah 8.1.5.10 Ziarah-menziarahi 8.1.5.11 Refleksi Diri 8.1.6 Penilaian 8.1.6.1 Fail peribadi / aktiviti murid 8.1.6.2 Kad Prestasi Diri 8.1.6.3 Graf Prestasi Diri 8.1.7 Penutup Diharapkan program sekolah sifar buli dapat membenteras dan mengurangkan gejala buli dalam kalangan murid di sekolah selaras Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan modal insan yang seimbang daripada aspek jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial. Kerjasama daripada semua pihak amatlah diharapkan bagi memastikan segala yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya. .
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 220 8.2 PROSES KERJA Bil Proses Kerja Pegawai Yang Melukluskan / Dirujuk Catatan 1. Mengesan dan mengenalpasti murid berdasarkan maklumat guru disiplin (data SSDM). 10. KPM 11. JPN 12. PPD 13. Pengetua 14. Guru Besar 15. GPK HEM 16. GBKSM/GBKSR 2. Mengumpul butir diri murid yang telah dipilih untuk proram ini dan mewujudkan fail aktiviti untuk mereka. 3. Mengadakan aktiviti pertemuan dengan murid yang terlibat dan rasionalkan mereka mengapa terpilih dalam Program Kaunseling Berfokus. 4. Memberikan Kad Prestasi Diri sebagai satu borang penilaian sahsiah diri murid yang akan diguna sepanjang tahun. 5. Menjalankan ujian pra/post sebelum dan selepas aktiviti.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 221 6. Murid mengikuti proses kaunseling individu, kelompok atau Program Kaunseling Berfokus. 7. Membuat analisis ujian pra/post. 8. Menyediakan pelaporan keberkesanan. 9. Berbincang / bentangkan laporan kepada guru besar 8.3 CARTA ALIRAN . . MULA Mengesan dan mengenalpasti murid berdasarkan maklumat guru disiplin (data SSDM) Mengumpul butir diri murid yang telah dipilih untuk program ini dan mewujudkan fail aktiviti mereka. Mengadakan aktiviti pertemuan dengan murid yang terlibat dan rasionalkan mereka mengapa terpilih dalam program ini. Memberikan Kad Prestasi Diri sebagai satu boring penilaian sahsiah diri murid yang akan digunakan sepanjang tahun. Menjalankan ujian sebelum dan selepas aktiviti.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 222 8.4 PROGRAM SIFAR BULI 8.4.1 AKTIVITI 1 BIDANG : Disiplin TAJUK : Aktiviti Suai Kenal OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid akan dapat :- 1. membuat pendedahan kendiri. 2. berkenalan sesama sendiri. MASA : 60 minit SASARAN : Kumpulan Pembuli BAHAN : Pen, Pensel, Kertas A4 LANGKAH : 1. GBKSM mengedarkan sekeping kertas A4 kepada setiap murid. 2. Murid diminta melukis 3 bulatan berasingan di atas kertas tersebut. TAMA T Murid mengikuti proses kaunseling individu, kelompok atau Program Kaunseling Berfokus. Menyediakan laporan / Bentang Laporan kepada Pengetua / Guru Besar / Penolong Kanan HEM Mencapai. Tidak capai objektif.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 223 3. Murid diminta melukis : a) Bulatan 1 : satu simbol yang melambangkan pengalaman masa lampau. b) Bulatan 2 : satu simbol yang melambangkan pengalaman masa sekarang. c) Bulatan 3 : satu simbol yang melambangkan impian akan datang. 4. Setiap murid diminta menghuraikan simbol yang dilukiskan. 5. Semasa pembentangan murid lain digalakkan bertanya dan berkongsi pengalaman. 6. Proses ini diteruskan sehingga murid terakhir. PENILAIAN : 1. Melalui penceritaan yang disampaikan oleh murid. RUMUSAN : 1. Ada murid yang tidak mahu menceritakan tentang dirinya 2. Apabila kita bertanya secara langsung tetapi dengan perantaraan simbol, murid berasa lebih selesa dan terbuka untuk membuat pendedahan dirinya. 3. Berkongsi pengalaman dapat meningkatkan kepercayaan kita kepada orang lain dan ini mewujudkan rasa kemesraan dan kekitaan. 4. Melalui pendedahan pengalaman diri dapat menggalakkan murid berinteraksi. 5. Manusia bersifat dinamik dan akan berubah dari masa ke masa kerana perubahan adalah proses kehidupan. 6. Perkongsian maklumat adalah penting dalam kehidupan harian. 7. Mendengar secara aktif merupakan salah satu aspek yang penting dalam membina perhubungan. FALSAFAH : 1. Semua manusia tidak sempurna.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 224 2. Mewujudkan kemesraan dan kepercayaan kepada individu terhadap individu lain. 8.4.2 AKTIVITI 2 BIDANG : Disiplin TAJUK : Mencari Diri OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid akan dapat:- 1. Murid dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri sendiri. 2. Murid dapat memupuk kekuatan diri dan berusaha mengatasi kelemahan diri. MASA : 60 Minit SASARAN : Kumpulan Pembuli BAHAN : Kertas A4, Pensel, Pen, Kad Prestasi Diri. LANGKAH : 1. Murid duduk dalam bulatan. 2. GBKSM mengedarkan kertas A4 kepada setiap murid dan meminta murid melipat 2 kertas tersebut..
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 225 3. GBKSM meminta murid mencatat sifat-sifat negatif yang ada pada diri di ruang kiri kertas. ( Merujuk LAMPIRAN MODUL 2) 4. Guru meminta murid mencatat sifat-sifat positif yang ada pada diri di ruang sebelah kanan kertas. ( Merujuk LAMPIRAN MODUL 2 ) 5. Murid menomborkan sifat positif dan negatif diri mengikut keutamaan. 6. Murid diminta meletakkan kertas di tengah bulatan. GBKSM memilih secara rawak sekeping kertas untuk dibincangkan bersama. 7. Perbincangan meliputi reaksi murid terhadap sifat dan kekuatan yang dinyatakan dan memberi cadangan bagaimana kekuatan tadi boleh digunakan dengan sebaiknya. 8. Di akhir aktiviti ini murid-murid dibekalkan dengan kad prestasi diri untuk dinilai setiap kali perjumpaan. PENILAIAN : 1. Melalui tindak balas dan pengakuan yang diberikan oleh murid. RUMUSAN : 1. Setiap individu mempunyai kekuatan dan kelemahan diri. 2. Mengenali kelemahan dan kekuatan diri membolehkan individu merancang untuk pembangunan diri. 3. Setiap insan adalah unik kerana : a. Mempunyai kelebihan dan kekurangan. b. Berkeupayaan untuk memperbaiki kekurangan dan memperkembangkan potensi diri. FALSAFAH :
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 226 1. Manusia mempunyai potensi dan kebolehan. Kita perlu mengenalpasti apakah potensi diri kita. LAMPIRAN1 CONTOH BORANG TUGASAN SIFAT DIRI CIRI-CIRI DIRI 1 2 3 4 5 6 7 KEBAIKAN KELEMAHAN
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 227 8.4.3 AKTIVITI 3 BIDANG : Disiplin TAJUK : Kad Prestasi Diri OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:- 1. Murid dapat memahami penggunaan dan tujuan kad prestasi diri. 2. Murid menyedari kepentingan masa&mula menghargainya. 3. Murid dapat mengenalpasti aktiviti yang harus dilakukan sebagai seorang pelajar. MASA : 60 minit
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 228 SASARAN : Kumpulan Pembuli BAHAN : Kad prestasi diri (LAMPIRAN 2) LANGKAH : 1. GBKSM mengedarkan kad prestasi diri kepada murid-murid. 2. GBKSM menerangkan kepada murid tentang penggunaan kad prestasi diri. a. Kad tersebut akan diberikan kepada guru kelas untuk pemantauan mereka terhadap murid-murid. b. Setiap kali murid melakukan kesalahan, guru kelas, dan guru disiplin akan mencatatkan kesalahan tersebut di dalam kad berkenaan. c. Kad prestasi diri akan dibincangkan dengan pentadbir dan ibu bapa semasa konferensi ibu bapa pada satu tarikh yang ditetapkan. (Sekurang-kurangnya sekali setahun dan sekiranya memerlukan, perjumpaan dengan ibu bapa dilakukan dengan lebih kerap). d. Kad prestasi diri dinilai dalam tempoh sebulan, jika murid tidak melakukan sebarang kesalahan pingat tahniah akan diberikan sebagai ganjaran. ( LAMPIRAN 3 ) e. Setiap sebulan sekali GBKSM akan mengumpulkan kad tersebut untuk membuat rumusan dan laporan. PENILAIAN : 1. Penilaian dijalankan berdasarkan Kad Prestasi Diri. RUMUSAN : 1. Murid sedar akan kepentingan sahsiah diri yang baik menyumbang kepada kecemerlangan akademik.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 229
PROGRAM KAUNKAD PRESNAMA : _________________________________ KELAS : _________________________________ Bil. Minggu Kesalahan Prestasi Peny1 2 3 4 Di semak oleh,
NSELING BERFOKUS 230 LAMPIRAN 2 STASI DIRI SAYA BULAN : ____________________ yelesaian Catatan T/tangan Guru T/tangan ibu/bapa /penjaga Di sahkan oleh,
PROGRAM KAUN________________ ( Guru B&K )
NSELING BERFOKUS 231 _____________________ ( P/GB )