PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 332 a. Ponteng b. Vandalisma c. Gangsterisma iii. Menjejaskan prestasi akademik iv. Stamina menurun dan kurang minat dalam aktiviti sekolah v. Menjejaskan penampilan diri • Selekeh • Comot • Nafas berbau • Gigi kuning • Batuk-batuk • Memencilkan diri vi. Mengidap penyakit-penyakit akut • Penyakit gusi • Jangkitan saluran pernafasan vii. Mengidap penyakit-penyakit kronik • Kanser paru-paru • Penyakit jantung iskemia • COPD (enfisima & bronkitis) • Kanser pundi kencing • Kanser kerongkong • Artherosclerosis • Kanser mulut & tekak • Ulser peptik • Kanser esophagus • Kanser pancreas • Strok • Pneumonia • Crohn’s disease viii. Mempercepatkan proses penuaan • Kelihatan tua - Kulit cepat berkedut - Rambut cepat beruban ix. Pendek umur (secara purata, perokok kehilangan 20-22 tahun jangka hayat biasa) LAMPIRAN 6 Demi Masa Demi masa… Sesungguhnya manusia kerugian Melainkan… Yang beriman dan beramal saleh Ah… Demi masa… Sesungguhnya manusia kerugian
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 333 Melainkan… Nasihat kepada kebenaran dan kesabaran Ah… ( korus 1 ) Gunakan kesempatan yang masih diberi Moga kita takkan menyesal Masa usia kita jangan disiakan Kerna ia takkan kembali ( korus 2 ) Ingat lima perkara, sebelum lima perkara Sihat sebelum sakit Muda sebelum tua, kaya sebelum miskin Lapang sebelum sempit Hidup sebelum mati Demi masa… Sesungguhnya manusia kerugian Melainkan… Yang beriman dan beramal saleh Ah… (Ulang korus) 10.4.5 AKTIVITI 5 BIDANG : Pendidikan Pencegahan Dadah TAJUK : Lukisanku Kehidupanku OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat : 1. Berkomunikasi dan berinteraksi antara ahli dan lebih berkeyakinan
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 334 2. Menghilangkan rasa malu serta menimbulkan suasana mesra. 3. Meluahkan emosi melalui lukisan MASA : 40 minit SASARAN : Murid yang terlibat dengan rokok BAHAN : Kertas lukisan/A4 dan pensel LANGKAH : 1. Guru Kaunseling memulakan aktiviti dengan bacaan Al Fatihah bagi murid muslim dan bukan muslim diminta bertafakur sebentar. 2. Guru Kaunseling meyemak Graf Prestasi Tidak Merokok setiap ahli dan membuat sedikit ulasan dengan memberi pengukuhan positif. 3. Guru Kaunseling mengedarkan sehelai kertas lukisan dan pensel kepada ahli. 4. Ahli diminta melukis tiga objek iaitu gambar orang yang signifikan, rumah dan pokok. 5. Masa diberi kepada ahli kelompok untuk menyiapkan lukisan ini ialah selama 15 minit. 6. Setelah selesai setiap ahli kelompok dikehendaki membentangkan hasil lukisan mereka. Guru Kaunseling perlu membuat penerokaan lanjut berdasarkan hasil lukisan yang dikaitkan dengan pengalaman hidup ahli. 7. Setiap ahli kelompok digalakkan untuk bertanya kepada ahli kelompok yang siap membuat pembentangan. 8. Seterusnya, Guru Kaunseling merumuskan tentang aktiviti ini secara keseluruhan. Penilaian : Guru Kaunseling membuat pemerhatian. Rumusan : 1. Orang yang signifikan dapat mengubah tingkahlaku seseorang individu
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 335 Falsafah : 1. Setiap perkara yang berlaku merupakan warna kehidupan manusia, maka corakkanlah ia dengan seindah mungkin. 10.4.6 AKTIVITI 6 BIDANG : Pendidikan Pencegahan Dadah TAJUK : Eksplorasi OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat : 1. Merokok adalah satu amalan yang mesti dielakkan.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 336 2. Merokok menyebabkan ketagihan 3. Merokok membawa padah yang buruk 4. Merokok mendatangkan banyak keburukan. MASA : 60 minit SASARAN : Murid yang terlibat dengan rokok BAHAN : Nota guru (Lampiran 7), Silangkata (Lampiran 8 dan 9), Bahan guru (Lampiran 10), Kebaikan tidak merokok (Lampiran 11 dan 12) LANGKAH : Aktiviti : Stesyen 1 : Teka silangkata merokok Stesyen 2 : Menyenaraikan kebaikan tidak merokok Stesyen 3 : Mencantum gambar – ikut kesesuaian guru 1. Guru kaunseling memulakan aktiviti dengan menerangkan keburukan tentang bahaya merokok dan akibatnya. 2. Guru kaunseling membahagikan kumpulan untuk memulakan aktiviti explorace dari satu stesyen ke stesyen yang lain mengikut Masa-masa yang ditetapkan. 3. Guru kaunseling berbincang tentang pengalaman melaksanakan aktiviti explorace. Penilaian : Murid dapat menjawab soalan bertulis dalam lampiran yang disediakan. Rumusan :
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 337 Belajar mendapat maklumat melalui aktiviti permainan adalah sesuatu yang menyeronokkan Falsafah : Untuk mendapatkan sesuatu kejayaan memerlukan strategi dan kepintaran. LAMPIRAN 7 MEROKOK ADALAH AMALAN YANG MESTI DIELAKKAN Rokok dan Ketagihan Rokok Mengandungi Nikotin Nikotin 1. Sejenis dadah yang menyebabkan ketagihan
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 338 2. Nikotin bertindak terhadap otak merangsang dan menimbulkan keseronokan Putaran Ketagihan Peringkat 1 MEROKOK MERASA SERONOK Peringkat 2 TOLERAN Peringkat 4 GEJALA TARIKAN Peringkat 3 UNTUK MENGHILANGKAN GEJALA TARIKAN
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 339 LAMPIRAN 8 TEKA SILANGKATA MEROKOK 1 11 13 12 2 14 3 5 16 15 4 17 18 6 19 7 20 8 9 21 10
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 340 LAMPIRAN 9 Melintang 1. Sejenis gas berbahaya yang dikeluarkan oleh asap rokok. 2. Amalan merokok menjadi satu ketagihan akibat dadah ini yang terdapat di dalam rokok. 3. Perokok yang ketagihan merokok akan sentiasa ..................... 4. Amalan merokok boleh menyebabkan perokok terjebak dengan gejala ini. 5. Merokok boleh menyebabkan ............... menjadi kuning. 6. Kurang .................. merupakan salah satu ciri seorang yang sudah lama. 7. Merokok juga boleh menyebabkan ................... udara. 8. Merokok boleh mengakibatkan sakit ..................... 9. Merokok juga boleh ..................... kan wang. 10. Perokok juga mempunyai ................... yang busuk. Menegak 1. Penyakit kronik ini adalah salah satu daripada 40 jenis penyakit yang dikaitkan dengan asap rokok. 6. Tempat bersukan yang dilarang merokok. 11. Jangan terpengaruh dengan iklan pengeluar produk ini. 12. Bahan penyebab kanser yang terdapat di dalam rokok. 13. Nikotin menyebabkan perokok ...................... 14. Bahan kimia bahaya di dalam rokok yang digunakan dalam pembinaan jalanraya. 15. Ahli ............. remaja yang tidak merokok lebih cemerlang. 16. Jangan sekali-kali .................. merokok. 17. Jauhi rokok, .................. wang. 18. Merokok tidak pernah melambangkan ........................ 19. Merokok melanggar peraturan ........................... 20. Hidup lebih ................... tanpa rokok. 21. ............... rokok mencemarkan udara.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 341 LAMPIRAN 10 BAHAN UNTUK GURU 1 K A 11 R B O N M O N O 12 K S I 12 D A A O E D 2 N I K O 14 T I N T T S O A A E K 3 R E S A H 5 G I G I R I 16 C 15 S 4 D A D A H U U 17 J B K 18 K 6 S T A M I N A 19 S A E T M 7 P E N C E M A R A N A K A D T O T I 20 C L A U E 8 J A N T U N G 9 M E M B 21 A Z I R H G S G A A A 10 N A F A S P S
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 342 LAMPIRAN 11 Sila senaraikan kebaikan-kebaikan tidak merokok. 1. ___________________________________________________ 2. ___________________________________________________ 3. ___________________________________________________ 4. ___________________________________________________ 5. ___________________________________________________ 6. ___________________________________________________ 7. ___________________________________________________ 8. ___________________________________________________ 9. ___________________________________________________ 10. ___________________________________________________
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 343 LAMPIRAN 12 PANDUAN GURU Tidak Merokok : Banyak Kebaikannya • Lebih segak • Matang • Berketerampilan • Keyakinan diri tinggi • Perawakan yang menarik • Kecemerlangan akademik • Lebih cergas dan berstamina • Sihat dan terhindar daripada pelbagai risiko penyakit • Sentiasa disenangi orang lain • Lebih wang saku dan berjimat cermat • Sentiasa ceria
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 344 10.4.7 AKTIVITI 7 BIDANG : Pendidikan Pencegahan Dadah TAJUK : Keluarga Bahagia – Role Play OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat : 1. Memperkasa (empower) seorang anak untuk melarang ayah merokok melalui ibunya. 2. Merokok menyebabkan ketagihan 3. Merokok membawa padah yang buruk MASA : 45 minit SASARAN : Murid yang terlibat dengan rokok BAHAN : Kad Watak (Lampiran 13), alat tulis, Kad Peranan (Lampiran 14), Tape lagu Keluarga Bahagia (Seni kata –Lampiran 15) LANGKAH : Main peranan “Merokok Membawa Padah Yang Buruk” Masa : 30 minit Setting : Bilik Kelompok 1. Kad Peranan (Lampiran 13) ditunjukkan kepada kumpulan pelajar. 2. Perbincangan bersama pelajar berkenaan senario yang dilakonkan dengan merujuk kepada Kad Peranan Lampiran 1 (10 minit). 3. Kumpulan pelajar dibahagi kepada kumpulan kecil 4. Mereka diminta melakonkan senario tersebut ( 10 minit ). 5. Guru kaunseling akan membuat pemerhatian terhadap main peranan yang dijalankan.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 345 6. Guru kaunseling merumuskan bahawa amalan merokok membawa padah yang buruk dan ahli keluarga akan membantu ahli lain untuk berhenti merokok PERINGATAN : 1. Pilih pelakon watak secara sukarela. Sekiranya tiada, guru kaunseling menggunakan budi bicara untuk memilih pelakon. 2. Pelakon watak diingatkan mengenai peranan sementara yang mereka lakonkan dan tidak terbawa-bawa dengan watak tersebut. (melalui proses “role” dan “de role”) 3. Pastikan pemerhati mengambil bahagian dengan perbincangan. i. “role” -peserta melakonkan watak tertentu untuk sementara. ii. “de-role” -penatar membantu peserta kembali kepada diri asalnya. Penilaian : 1. Pelajar menunjukkan kefahaman yang betul mengenai bahaya merokok semasa ia meluahkan hasratnya kepada ibu dan memperlihatkan kesungguhannya untuk menyakinkan ibu mengenai bahaya merokok melalui : a. gerak geri badan b. mimik muka c. bercakap dengan penuh perasaan Rumusan : Pengalaman semasa menjalankan aktiviti main peranan memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada pelajar. Falsafah : Menunjukkan keluarga memainkan peranan penting untuk mencegah anak-anak daripada menghisap rokok.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 346 LAMPIRAN 13 KAD PERANAN (WATAK) . . MEI LING Adalah seorang pelajar yang berumur 11 tahun. Merupakan seorang pelajar yang sederhana tetapi peka dengan persekitaran. Beliau amat menyayangi kedua- dua ibu-bapa. Merupakan seorang anak yang sentiasa mendengar nasihat ibu-bapa PUAN CHONG Seorang suri rumah tangga yang aktif dan merupakan seorang komunikator yang baik. Beliau amat menyayangi Mei Ling dan merupakan seorang ibu dan isteri yang amat bertanggungjawab terhadap keluarga
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 347 LAMPIRAN 14 KAD PERANAN Senario Watak* : Ibu -Puan Chong : Anak -Mei Ling Encik Chong adalah seorang yang kuat merokok. Dia mempunyai seorang anak perempuan, Mei Ling, berumur 11 tahun dan belajar di darjah lima. Mei Ling telah menghadiri satu sesi program “Anti-Merokok” yang dianjur-kan oleh Jabatan Kesihatan di sekolahnya. Keluarga ini tidak tahu akan kesan merokok. Tetapi selepas Mei Ling menghadiri dan mendengar sesi program “Anti-Merokok”, dia sedar bahawa bapanya sedang membahayakan kesihatan diri serta ahli keluarga. Mei Ling membuat keputusan untuk menegur bapanya supaya berhenti merokok, tetapi ia tidak berani untuk memberitahu kemudaratan merokok kepada bapanya secara langsung. Oleh ynag demikian, ia ingin menyampaikan hasratnya melalui ibunya. Mei Ling : “Ibu, pagi tadi saya telah menghadiri sesi pameran dan ceramah mengenai bahaya merokok. Dalam pameran tersebut ada menunjukkan gambar-gambar yang menerangkan mengenai akibat merokok dan kakitangan kesihatan ada menyebut bahawa merokok boleh mendatangkan banyak masalah kesihatan seperti kanser”. Ibu : “Oh, begitu bahaya merokok. Jadi bapa kamu dalam keadaan membahayakan dirinya dan keluarga. Perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Mei Ling : “Dalam ceramah tersebut ada diberitahu cara-cara dan perkhidmatan yang sediada untuk berhenti merokok .... tetapi emak, Mei Ling takut untuk memberitahu perkara ini terus terang kepada ayah. Lebih baik emak sahaja yang memberitahu ayah”.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 348 LAMPIRAN 15 Keluarga Bahagia Sedamai taman firdausi Limpahan kasih sayang sejati Seharum semerbak kasturi Mengharumi hidup insani Indahnya damainya Keluarga yang bahagia Itulah idaman impian setiap insan Yang dahagakan belaian Serta kasih dan syaang Ketika insan lain berbahagia Bersama keluarga Namun kita masih meniti Titian rapuh perhubungan Mengapa kita terpisah daripada rahmatNya Mungkinkah kita seringkali melupakanNya Ayuhlah bina semula Keluarga diredhai Allah Oh ayah oh ibu dengarlah rintihan Dan luahan hatiku yang dahaga kasih Jiwaku merasa terseksa ketandusan kasihmu Marilah kita bina bersama-sama Keluarga bahagia Ayah ibu Luangkanlah sedikit masa bersamaku Ku rindukan kemesraan Dan belaianmu (Saujana)
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 349 10.4.8 AKTIVITI 8 BIDANG : Pendidikan Pencegahan Dadah TAJUK : Kebanggaanku OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat : 1. Menyemai semangat cinta pada sekolah 2. Memberi sumbangan tenaga melalui khidmat bakti 3. Menghasilkan satu karya seni (lukisan grafiti) MASA : 60 minit SASARAN : Murid yang terlibat dengan rokok BAHAN : ’Spray paint” pelbagai warna, kertas lukisan, alatulis LANGKAH : 1. Guru Kaunseling memulakan aktiviti dengan bacaan Al Fatihah bagi murid muslim dan bukan muslim diminta bertafakur sebentar. 2. Guru Kaunseling meyemak Graf Prestasi Tidak Merokok setiap ahli dan membuat sedikit ulasan dengan memberi pengukuhan positif. 3. Setiap ahli diminta untuk melakarkan satu lukisan yang menarik dengan bertemakan ”Hidup Indah Tanpa Rokok”. 4. Guru Kaunseling dan ahli kelompok akan memilih lakaran terbaik untuk dilukiskan pada dinding sekolah menggunakan teknik semburan cat. 5. Setiap ahli diminta bekerjasama membuat lukisan grafiti tersebut sehingga selesai. Penilaian : Guru Kaunseling membuat pemerhatian. Rumusan : Murid berperanan untuk menjaga persekitaran sekolah Falsafah : Tuhan suka sesuatu yang indah dan cantik
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 350 10.4.9 AKTIVITI 9 BIDANG : Pendidikan Pencegahan Dadah TAJUK : Pelan Tindakan dan Penilaian OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat : 1. Membina pelan tindakan untuk tidak mengulangi tabiat merokok MASA : 60 minit SASARAN : Murid yang terlibat dengan rokok BAHAN : Pelan Tindakanku (Lampiran 16) LANGKAH : 1. Guru Kaunseling memulakan aktiviti dengan bacaan Al Fatihah bagi murid muslim dan bukan muslim diminta bertafakur sebentar. 2. Guru Kaunseling meyemak Graf Prestasi Tidak Merokok setiap ahli dan membuat sedikit ulasan dengan memberi pengukuhan positif. 3. Guru Kaunseling mengedarkan lampiran 16. 4. Setiap ahli diminta melengkapkan tindakan yang perlu diambil dalam menangani beberapa situasi yang mungkin menjadi halangan dalam membuat perubahan untuk berhenti merokok. 5. Setiap ahli dikehendaki membentangkan pandangan masing-masing dengan bimbingan Guru Kaunseling 6. Seterusnya, Guru Kaunseling merumuskan tentang aktiviti ini secara keseluruhan dan setiap ahli dikehendaki membuat penilaian lisan tentang keseluruhan program yang telah dijalankan Penilaian :Guru Kaunseling membuat pemerhatian. Rumusan : 1. Manusia yang berjaya adalah manusia yang merancang hidupnya dengan baik
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 351 LAMPIRAN 16 PELAN TINDAKAN KU BIL. SITUASI TINDAKAN 1. Saya rasa teringin untuk meroko 2. Kawan-kawan mengajak saya merokok 3. Bapa saya merokok di hadapan saya. 4. Bapa menyuruh saya membeli sekotak rokok 5. Saya terjumpa sekotak rokok 6. Saya berada dalam kumpulan rakanrakan yang sedang merokok 7. Saya dicabar oleh kawan supaya merokok. 8. Saya merokok untuk menghilangkan stress.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 352 10.4.10 AKTIVITI 10 BIDANG : Pendidikan Pencegahan Dadah TAJUK : Fantasi Kejayaan OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat : 1. Meningkatkan kefahaman konsep kendiri 2. Menikmati erti dan perasaan sesuatu kejayaan MASA : 40 minit SASARAN : Murid yang terlibat dengan rokok BAHAN : - LANGKAH : 1. Guru Kaunseling memulakan aktiviti dengan bacaan Al Fatihah bagi murid muslim dan bukan muslim diminta bertafakur sebentar. 2. Guru Kaunseling menyemak Graf Prestasi Tidak Merokok setiap ahli dan membuat sedikit ulasan dengan memberi pengukuhan positif. 3. Guru Kaunseling mengarahkan semua ahli kumpulan memejamkan mata, tarik nafas dan hembuskan (beberapa kali) – cuba bertenang 4. Cuba bayangkan satu hari anda berasa amat gembira sekali sepanjang hidup anda. Tumpukan perhatian kepada satu kejayaan waktu itu. 5. Cuba ingatkan kembali kejayaan itu. Di manakah ia berlaku? Adakah anda mencapainya secara berseorangan atau dengan bantuan orang lain? Adakah anda merancang untuk mencapainya atau ia berlaku secara spontan? 6. Sekarang, sedarkan diri anda. 7. Minta ahli kelompok berkongsi kejayaan masing-masing. 8. Di akhir aktiviti, Guru kaunseling menerangkan rumusan aktiviti kepada ahli kelompok.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 353 9. Sebagai penghargaan, ahli yang telah berjaya diminta memberi ucapan selama lima minit untuk berkongsi rahsia kejayaan dalam kelas atau dalam kelompoknya. Penilaian : Guru Kaunseling membuat pemerhatian Rumusan : Individu perlu yakin berjaya jika berusaha dengan bersungguh-sungguh Falsafah : Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 354 LAMPIRAN 17 NOTA TAMBAHAN 11 TIPS BERHENTI MEROKOK Setelah Anda memotivasi hati dan fikiran Anda dengan kata-kata “Saya sudah berhenti merokok”, kini mari kita lihat apa saja yang dapat membantu Anda untuk bebas rokok lebih cepat: 1. Buang semua rokok Anda, jika perlu bakar sampai menjadi abu. Jika Anda sanggup untuk membakar dan melihatnya hangus terbakar sampai habis tanpa merasa rugi, sedih, atau menyesal, maka Anda lebih siap sedia untuk bebas dari rokok sepenuhnya 2. Analisa kebiasaan merokok Anda selama ini, kemudian bicarakan dengan doktor untuk mengatur strategi Anda vs. Rokok yang terbaik. Jangan menyerah kalah sama benda kecil itu! 3. Cari kegiatan atau pekerjaan yang dapat mengalihkan perhatian Anda dari rokok, contoh paling mudah saat keinginan merokok tiba-tiba menggoda Anda, beli sekantung permen mint atau permen karet atau mungkin es krim, apapun yang rasanya manis dan enak 4. Hindari suasana atau acara yang membuat Anda ingin merokok atau mungkin ikut-ikutan merokok karena orang-orang di sekitar Anda merokok 5. Kurangi jatah merokok Anda secara bertahap jika Anda benar-benar tidak sanggup untuk berhenti langsung 6. Beritahu semua orang terdekat Anda bahwa “sudah” berhenti merokok. Mereka dapat menjadi pengawas Anda di masa-masa perjuangan Anda melawan rokok, dan tujuan Anda akan lebih cepat tercapai 7. Tentukan tanggal spesial sebagai “Hari Saya Berhenti Merokok”, bisa tanggal ulangtahun Anda, tanggal hari jadi, atau Hari Bebas Tembakau Sedunia. 8. lokasikan dana rokok Anda selama ini untuk membeli permen sebanyakbanyaknya, atau membeli buku bacaan, atau yang paling baik diamalkan (hitung-hitung dapat pahala), sehingga Anda tidak pernah punya uang nganggur yang bakal Anda jajankan untuk rokok 9. Selama sebulan pertama, cobalah untuk selalu mengkonsumsi rendah kalori dan perbanyak minum air putih, sehingga tidak ada alasan bagi Anda untuk merokok setelah makan 10. Selalu cari informasi tentang bahaya rokok lewat media cetak maupun elektronik. 11. Sharing dengan para mantan perokok dan minta saran yang membantu Anda menjadi mamtan perokok seperti mereka. Mereka telah berpengalaman dan percayalah, jika mereka bisa, Anda juga pasti bisa
PROGRAM KAUNBoranPROGRAPERKHIDMATAN BIMBORANG RUMUSA1. NAMA SEKOLAH : 23 NAMA GURU BESAR : 45. BIDANG DISIPLIN : MEROKOK BIL. NAMA MURID JAN. Bil. RokokSebulan sebelum progran FEB. MAC SENARAI PROGRAM : Masih ada yang sayang Menggengam Impian Bahaya Merokok Perkongsian Pengalaman – Lawatan Lukisanku / Kehidupanku Disediakan oleh :
NSELING BERFOKUS 355 LAMPIRAN 18 ng Rumusan AM BERFOKUS BINGAN DAN KAUNSELING AN PROGRAM MEROKOK 2. DAERAH : 4. NAMA KAUNSELOR : APR. MEI JUN JULAI OGOS SEPT. OKT. Jumlah Pengurangan 6. Ekosplorasi 7. Keluarga Bahagia 8. Kebangganku 9. Pelan Tindakan 10. Fantasi Kejayaan Disahkan oleh
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 356 PROGRAM SINAR HARAPAN 11.0 PROGRAM PPDa PENAGIHAN DADAH 11.1 PANDUAN PERLAKSANAAN AKTIVITI BIL TAJUK 1 Ice Breaking 2 Rumahku Syurgaku 3 Jenis-Jenis Dadah dan Keburukannya 4 Penagihan Dadah 5 Konsep Kendiri Positif 6 Permainan Minda 7 Nilai-nilai Spiritual 8 Berkongsi Pengalaman dengan Bekas Penagih 9 Tindakan untuk Berubah 10 Membuat Keputusan 11 Sihat Cergas 12 Hala Tuju Diri 13 Penilaian Kendiri 14 Kejayaan Bekas Penagih BIDANG PPDa – PENAGIHAN DADAH
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 357 11.1.1 Pendahuluan Kebelakangan ini, golongan remaja semakin mendapat perhatian segenap lapisan masyarakat. Media massa sering kali menyiarkan pelbagai isu berkaitan kenakalan remaja yang masih bersekolah dan masalah sosial yang melanda mereka. Zaman remaja yang penuh dengan pergolakan emosi hasil daripada pelbagai tekanan merupakan penyumbang utama remaja melibatkan diri ke kancah dadah.Penyalahgunaan dadah di kalangan remaja yang masih bersekolah semakin meningkat pada masa ini dan bermula pada tahap umur yang masih muda. Kajian bagi menentukan jumlah sebenar murid atau remaja yang menyalahgunakan dadah adalah sukar dilakukan. Hal ini menimbulkan kesukaran untuk menentukan bilangan sebenar yang menggunakan dadah. Remaja yang terbabit dalam gejala seperti ini selalunya berlatarbelakangkan keluarga yang miskin atau yang tidak stabil. Seringkali keruntuhan rumahtangga membawa kesan yang mendalam kepada anak-anak yang sedang membesar dan memerlukan keprihatinan serta kasih sayang. Kesannya remaja tersebut mencari ketenteraman dan arah tuju dengan melibatkan diri kedalam kancah sosial yang membinasakan diri. 11.1.2 Matlamat ”Merealisasikan sekolah bebas dadah menjelang tahun 2012” 11.1.3 Objektif
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 358 Di akhir program ini, murid dapat : 11.1.3.1. Membentuk jati diri yang mantap 11.1.3.2. Memupuk nilai kerohanian yang utuh 11.1.3.3. Menyedari tentang potensi diri 11.1.3.4. Menjauhi diri dari dadah 11.1.4 Sasaran Murid-murid yang dikenalpasti terlibat dalam penagihan dadah secara tidak langsung. 11.1.5 Pelaksanaan Bil Aktiviti / Modul Tarikh Pelaksanaan Tindakan Peringkat 1 Ice Breaking Januari GBKSM Proses Membina 2 Rumahku Syurgaku Januari GBKSM Hubungan 3 Jenis-jenis Dadah dan Keburukannya Februari GBKSM Proses Penerokaan 4 Penagihan Dadah Mac GBKSM 5 Konsep Kendiri Positif April GBKSM 6 Permainan Minda April GKBSM, 7 Nilai-nilai Spiritual Mei GBKSM 8 Perkongsian Pengalaman (Lawatan) Jun GBKSM, Guru Penasihat Kelab Pencegahan Jenayah. 9 Tindakan Untuk berubah Julai GBKSM Proses Mengambil Tindakan 10 Membuat Keputusan Julai GBKSM 11 Sihat Cergas Ogos GBKSM, Guru Penasihat Permainan 12 Penilaian Kendiri September GBKSM 13 Hala Tuju Diri September GBKSM 14 Kejayaan Bekas Penagih ( Recovery Addict ) Oktober GBKSM, pentadbir Penamat/ Khidmat Susulan
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 359 11.1.6 Penilaian 11.1.6.1. Ujian Pra dan Ujian Pos 11.1.6.2. Pencapaian Akademik 11.1.6.3. Soal Selidik Minat Kerjaya(SDS) 11.1.7 Penutup Adalah diharapkan program ini dapat dijalankan dengan sempurna bagi membasmi penyalahgunaan dadah dikalangan murid sekolah. Selain itu, sokongan daripada semua pihak amat diperlukan supaya dapat merealisasikan hasrat yang diinginkan.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 360 11.2 PROSES KERJA Bil Proses Kerja Pegawai Yang Meluluskan / Dirujuk Catatan 1. Mengesan murid berdasarkan maklumat daripada guru disiplin dan Urine Test. 1. Pengarah Pelajaran. 2. Timbalan Pengarah Pelajaran 3. KS SPPK 4. KU HEM SPPK 5. PPD (HEM) 6. Pengetua 3 Minggu (Januari) 2. Senarai murid mengikut BIDANG kemudian senarai mengikut kumpulan sasaran. 3. Buat perjumpaan dengan murid yang terlibat dan rasionalkan mereka mengapa terpilih dalam Program Kaunseling Berfokus. Januari 4. Dapatkan maklumat peribadi murid yang terlibat. Januari Borang A 5. Hantar maklumat awal pelajar kepada PPD (HEM) dan Unit HEM JPN. Borang A 6. Murid mengikuti proses kaunseling individu, kelompok atau program khas. Sepanjang tahun 7. Menyediakan laporan keberkesanan Borang Rumusan A dan B 8. Berbincang / bentengkan laporan lepada pengetua. Borang Rumusan A dan B 9 Hantar laporan kepada PPD ( HEM ) 10 Hantar Laporan kepada Unit HEM JPN.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 361 11.3 CARTA ALIRAN Berbincang antara Guru Bimbingan dan Kaunseling yang ada di sekolah . Berbincang dengan pengetua dan guru disiplin Mengesan murid berdasarkan maklumat dari pelbagai sumber (e.g: Urine Test) Kategorikan murid mengikut bidang dan kumpulan sasaran. Kumpulkan murid dan berikan penerangan dan rasionalkan mereka. Edarkan Borang Profail murid. Hantar maklumat awal ke PPD (HEM) & Unit HEM JPN. Murid menjalani proses kaunseling dan program khas Tidak mencapai objektif Murid di hantar menjalani sesi kaunseling individu Sediakan laporan dan catatan. Bentangkan laporan kepada pengetua dan hantar kepada PPD (HEM) MULA TAMAT
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 362 11.4 PROGRAM SINAR HARAPAN 11.4.1 AKTIVITI 1 BIDANG : Pendidikan Pencegahan Dadah TAJUK : Ice Breaking OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. Mewujudkan rasa selesa dalam persekitaran yang baru 2. Mempercepatkan proses kenal mesra. MASA : 60 minit SASARAN : Murid yang telah dikenalpasti terlibat dengan Penagihan Dadah/Inhalan. BAHAN : Kertas A4, Pen Marker, Pita Pelekat, Borang Ujian Pra, Borang Maklumat Diri (Borang A ), Borang B LANGKAH : 1. Setiap murid diminta duduk dalam bulatan dengan selesa. 2. Guru Kaunseling memulakan aktiviti dengan memperkenalkan dirinya kepada murid. 3. Guru Kaunseling mengedarkan kertas A4 dan Pen Marker kepada setiap murid. 4. Semua murid dikehendaki untuk melukis wajah mereka di atas kertas A4 yang diberikan. 5. Setelah selesai, Guru Kaunseling mengedarkan kad kepada murid. 6. Mereka dikehendaki untuk menulis nama timangan mereka pada kad tersebut
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 363 7. Kemudian, setiap murid diminta untuk memperkenalkan diri mereka dengan menunjukkan gambar yang telah dilukis tadi serta kad nama mereka. Selepas itu, mereka diminta untuk menampal gambar serta kad tersebut diruangan yang telah disediakan. 8. Sebaik sahaja semua gambar dan kad nama telah ditampal, murid diberikan masa sepuluh saat untuk memerhatikan gambar dan nama. 9. Guru Kaunseling mencabut gambar dan kad nama tadi dan memanggil seorang murid secara sukarela. 10. Ahli tersebut dikehendaki untuk menyebut nama si pemilik gambar. Jika betul, peserta tadi bersalam dengan pemilik gambar. Jika tekaan salah, Guru Kaunseling memilih tiga calon bagi membantu ahli tadi. Murid itu dikehendaki untuk memilih seorang daripada tiga calon tadi yang dirasakan betul si pemilik gambar tersebut serta menyebut namanya. 11. Aktiviti dilakukan oleh semua murid sehingga selesai. 12. Guru Kaunseling mengucapkan terima kasih atas kerjasama setiap murid. 13. Guru Kaunseling mengedarkan ujian pra dadah dan borang maklumat diri untuk penilaian. Penilaian : Ujian Pra Rumusan : 1. Semua murid dapat mengenali dengan lebih mesra antara satu sama lain. Falsafah : Tak Kenal Maka Tak Cinta
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 364 LAMPIRAN 1 BORANG MAKLUMAT PERIBADI MURID KATEGORI NAMA GURU KELAS TINGKATAN PERIBADI 1.1. Nama : ____________________________________________________________ 1.2. Umur : __________________ Jantina : _________________ 1.3. No. Kad Pengenalan : __________________ Tarikh Lahir : _________________ 1.4. Alamat Rumah : ___________________________________________________________ __________________________________________________________ 1.5. No Telefon : (R) ___________________ (Bimbit) __________________ BUTIRAN BAPA Nama : __________________________________ Umur : ________________ Pekerjaan : _________________________________Pendapatan Sebulan: RM ____________ Alamat Pejabat : _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ No. Telefon : (P) _____________________ (Bimbit) ____________________ BUTIRAN IBU Nama : __________________________________ Umur : ________________ Pekerjaan : _________________________________Pendapatan Sebulan: RM ____________ Alamat Pejabat : _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ No. Telefon : (P) _____________________ (Bimbit) ____________________ BUTIRAN RAKAN / WARIS Nama : __________________________________ Umur : ________________ Alamat Rumah : _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ No. Telefon : (R) _____________________ (Bimbit) ____________________ Disediakan oleh, Disahkan oleh, Tandatangan : _______________________ Tandatangan : ________________________ Nama : _______________________ Nama :_______________________ (GBKSM / BIMBINGAN (PENGETUA / GURU BESAR) Tarikh : _______________________ Tarikh : _______________________ GAMBAR TERKINI
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 365 LAMPIRAN 2 UJIAN PRA NAMA :......................................................................... TINGKATAN :............................................................... SEKOLAH :.................................................................... ARAHAN: SILA TANDAKAN ( / ) MENGIKUT SKALA DI BAWAH 1: SANGAT TIDAK SETUJU 2: TIDAK SETUJU 3: TIDAK PASTI 4: SETUJU 5: SANGAT SETUJU BIL SOALAN SKALA 1 2 3 4 5 1 Saya tahu tentang keburukan penagihan dadah. 2 Saya mengetahui tentang jenis-jenis dadah yang merbahaya. 3 Saya menyedari pengambilan dadah adalah tidak baik terhadap kesihatan. 4 Saya mengetahui bahawa pengambilan dadah boleh membahayakan orang lain. 5 Saya mengetahui cara yang berkesan untuk tidak terlibat dalam pengambilan dadah. 6 Saya dapat membantu rakan-rakan menjauhi dadah melalui pengetahuan yang saya ada. 7 Saya mengetahui pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat tanpa dadah. 8 Saya mempunyai keazaman untuk tidak terlibat langsung dengan dadah. 9 Saya menyedari pengambilan dadah boleh menyebabkan ketagihan. 10 Saya tahu bahawa dadah memberi kesan yang buruk kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara.
PROGRAM PROGPERKHIDMATAN BISENARAI NA1. Nama Sekolah : 2. 3. Nama Pengetua : 4. 5. Bidang Disiplin : BIL NAMA PERKARA TOV OTI 1 OTI 21. CATATAN TOV - Take Off Value (Markah peperiksaan bulanan 1) OTI - Operational Targeted Incremental (markah ujian bulanan/ peperiksaan tengah tahun) ETR - Expected Targeted Result ATR - Actual Targeted Result PA - Peperiksaan Akhir PC - Peperiksaan Percubaan. P1P2P3KI KKCa
36 6 KAUNSELING BERFOKUS LAMPIRAN 3 GRAM BERFOKUS IMBINGAN DAN KAUNSELING AMA MURID SASARAN Daerah : Nama Kaunselor : 2 ETR ATR Kehadiran Program / Bantuan CATATAN - Program 1 2 - Program 2 3 - Program 3 - Kaunseling Individu K - Kaunseling Kelompok atatan :
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 367 11.4.2 AKTIVITI 2 BIDANG : Pendidikan Pencegahan Dadah TAJUK : Rumahku Syurgaku OBJEKTIF : Mengenalpasti ciri-ciri Keluarga Bahagia MASA : 60 minit SASARAN : Murid yang telah dikenalpasti terlibat dengan Penagihan Dadah/Inhalan. BAHAN : CD,Gambar,Senikata Lagu Keluarga Bahagia, Borang Ujian Pra, Borang Maklumat Diri LANGKAH : 1. Guru Kaunseling membina hubungan dengan kumpulan murid. 2. Langkah Guru Kaunseling menayangkan CD Keluarga Bahagia atau memperdengarkan Lagu Keluarga Bahagia. 3. Guru Kaunseling meminta murid membuat refleksi perasaan melalui tayangan yang dipertontonkan atau lagu yang diperdengarkan. 4. Guru Kaunseling meminta murid menyenaraikan ciri-ciri Keluarga Bahagia. 5. Guru Kaunseling bertanyakan kepada murid ’Adakah keluarga mereka mempunyai ciri-ciri tersebut.’ 6. Guru Kaunseling membuat rumusan untuk sesi tersebut dan menetapkan tarikh perjumpaan ketiga. Penilaian : Perbincangan guru dan murid secara pemerhatian serta komunikasi secara lisan. Rumusan : Semua murid dapat mengenalpasti ciri-ciri Keluarga Bahagia. Falsafah : Kebahagiaan Bermula Dari Rumah
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 368 LAMPIRAN 4 Ciri-ciri Keluarga Bahagia 1. Mewujudkan hubungan yang baik antara anak dengan ibu bapa 2. Membina kebahagiaana. Niat dan perbuatan yang baik 3. Mewujudkan suasana kehidupan spiritual dan keharmonian dalam keluarga a. Menghidupkan sembahyang berjamaah b. Membaca Al Quran bersama di rumah c. Makan bersama d. Memberi salam 4. Mengekalkan kedamaian dan kerukunan rumah tangga a. Tolong-menolong dalam keluarga b. Hubungan kejiranan dengan baik c. Mengadakan aktiviti rekreasi 5. Menjaga kesihatan dan kebersihan keluarga a. Makan makanan yang halal, bermutu dan berkhasiat b. Menjaga kebersihan diri 6. Berkomunuikasi dengan baik 7. Mengukuh dan menjaga ekonomi rumah tangga
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 369 11.4.3 AKTIVITI 3 BIDANG : Pendidikan Pencegahan Dadah TAJUK : Jenis-jenis Dadah dan Keburukannya OBJEKTIF : Mengenalpasti jenis-jenis dadah, dan kesan-kesan pengambilannya. MASA : 60 minit SASARAN : Murid-murid yang telah dikenalpasti dengan Dadah atau Inhalan BAHAN : CD Video, Kertas Mahjong , Pamplet atau buku skrap LANGKAH : 1. Guru kaunseling mengedarkan kertas Mahjong kepada murid untuk menyenaraikan jenis-jenis dadah dan kesan pengambilannya. 2. Murid berbincang dan menyenaraikan maklumat tersebut pada kertas mahjong yang disediakan. 3. Murid membentangkan hasil perbincangan kepada Guru Kaunseling. 4. Guru kaunseling membuat rumusan dengan mengunakan maklumat tambahan (laman web http://www.adk.gov.my, powerpoint jenis-jenis dadah, pamplet dan buku skrap) sebagai rujukan. 5. Guru kaunseling meminta setiap murid melakar sebuah poster yang menggambarkan “ Say No To Drug”. Murid diberi pilihan untuk menggunakan pelbagai tema yang dapat menunjukkan maksud tersebut. Murid perlu menghantar poster tersebut pada sesi keempat. Penilaian : 1. Murid membuat pembentangan dan berkongsi maklumat yang telah dibincangkan.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 370 Rumusan : 1. Murid mendapat maklumat mengenai kesan buruk pengambilan dadah ke atas dirinya, keluarga dan masyarakat. Falsafah : Dadah Durjana, Perosak Negara
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 371 11.4.4 AKTIVITI 4 BIDANG : Pendidikan Pencegahan Dadah TAJUK : Penagihan Dadah OBJEKTIF : Memberi ilmu pengetahuan dan keinsafan pada diri MASA : 60 minit SASARAN : Murid-murid yang telah dikenalpasti dengan Dadah atau Inhalan BAHAN : CD Video, LCD, Laptop, Kertas Mahjong, Marker Pen. LANGKAH : 1. Guru kaunseling mengumpulkan murid untuk menonton video PPDa berkaitan penagihan dadah dan punca penagihan. 2. Guru kaunseling meminta murid menonton video yang ditayangkan dengan teliti. 3. Guru kaunseling membuat refleksi isi mengenai video yang telah ditayangkan. 4. Guru kaunseling meminta murid menyenaraikan punca penagihan serta kesan yang berlaku ke atas penagih dadah dikertas mahjung yang diberikan. 5. Guru kaunseling dan murid berbincang bersama-sama hasil yang telah disenaraikan . 6. Guru kaunseling membuat kesimpulan untuk sesi yang keempat dan menetapkan tarikh perjumpaan yang kelima. Penilaian : Murid membuat pembentangan dan berkongsi maklumat yang telah dibincangkan. Rumusan :
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 372 Murid mendapat maklumat tentang kesan penyalahgunaan dadah kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara Falsafah : Jangan Biarkan Dadah Menguasai Diri Anda
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 373 LAMPIRAN 5 Faktor Penagihan dadah 1. Pengaruh kawan atau rakan sebaya 2. Mata pelajaran di sekolah terlalu susah 3. Pencapaian peperiksaan tidak baik 4. Guru terlalu garang 5. Keluarga yang berpecah belah 6. Ibu bapa bercerai 7. Terlalu banyak masalah dalam kehidupan 8. Tekanan daripada ibu bapa agar cemerlang 9. Mudah mendapat bekalan dadah 10. Banyak dadah di sekeliling kehidupan 11. Semua kawan menggunakan dadah 12. Ibu bapa menggunakan dadah 13. Tidak tahu dadah boleh membawa ketagih 14. Tidak merasa kesan negatif di peringkat awal penggunaan 15. Tidak percaya diri akan jadi penagih Akibat/ Kesan Penagihan Dadah 1. Tingkahlaku diri – menjauhkan diri dari masyarakat dan hanya bergaul dengan penagih sahaja. Kesannya mereka menjadi tidak bertanggungjawab terhadap pembelajaran dan cenderung melakukan jenayah lain. 2. Fizikal – menjadi kurus, tenaga menjadi lemah, malas dan kelihatan berada dalam khayalan, boleh hilang tenaga seks, pitam, pengsan, berperasaan ganas, rasa ketagihan berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan mati kerana pengambilan dadah berlebihan. Kesan jangka panjang kerosakan kepada otak. 3. Sumbangan Sosial – tidak berupaya memberikan sumbangan kepada keluarga kerana menanggung beban kewangan yang serius sehingga menjadi bebanan kepada keluarga dan menyebabkan porak poranda sistem kekeluargaan. 4. Keruntuhan sistem masyarakat- mewujudkan suasana tidak tenteram dalam masyarakat seperti kejadian merompak, mencuri, dan sebagainya bagi membeli dadah. 5. Ekonomi negara- kerajaan terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk memerangi dadah dengan membelanjakan sehingga 200 juta setahun. Antara kos yang terpaksa ditanggung seperti kos menyediakan kemudahan rawatan pemulihan dadah, kos menyelenggara, program pencegahan dan lain-lain. 6. Keselamatan dan pertahanan negara- pihak luar akan menggunakan dadah untuk menghancurkan nilai-nilai, akhlak dan maruah negara.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 374 11.4.5 AKTIVITI 5 BIDANG : Pendidikan Pencegahan Dadah TAJUK : Konsep Kendiri Positif OBJEKTIF : Membentuk konsep kendiri positif dan nilai- nilai murni. MASA : 60 minit SASARAN : Murid yang telah dikenalpasti terlibat dengan Penagihan Dadah/Inhalan BAHAN : Gambar Pemimpin Terkenal/ Tokoh Berjaya (Dr. Sheikh Muzaffar Shah – Angkasawan Negara atau Dato’ Yunus Pathi - Pengasas PENGASIH) LANGKAH : 1. Guru Kaunseling menunjukkan gambar tokoh yang berjaya kepada murid. 2. Guru Kaunseling meminta murid membuat refleksi isi melalui gambar yang ditunjukkan. 3. Guru Kaunseling meminta murid menyenaraikan ciri-ciri positif yang perlu ada dalam diri seseorang supaya berjaya seperti tokoh tersebut. 4. Guru Kaunseling bertanyakan kepada murid ’Adakah keluarga mereka mempunyai ciri-ciri tersebut.’ 5. Guru Kaunseling membuat rumusan untuk sesi kali kelima dan menetapkan tarikh perjumpaan keenam. Penilaian : Perbincangan guru dan murid secara pemerhatian serta komunikasi secara lisan.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 375 Rumusan : Semua murid dapat mengenalpasti ciri-ciri positif yang perlu ada di dalam diri masingmasing untuk berjaya. Falsafah : Kebahagiaan Bermula Dari Rumah
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 376 LAMPIRAN 6 Dr. Sheikh Muzaffar Datuk Yunus Pathi (Angkasawan Negara) (Pengasas PENGASIH)
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 377 11.4.6 AKTIVITI 6 BIDANG : Pendidikan Pencegahan Dadah TAJUK : Permainan Minda OBJEKTIF : Menunjukkan bahawa sesuatu matlamat yang hendak dicapai perlu diberi fokus untuk memastikan kejayaannya. MASA : 60 minit SASARAN : Murid yang telah dikenalpasti terlibat dengan Penagihan Dadah/Inhalan BAHAN : 3 Unit Sahibba, Kertas Dan Pen LANGKAH : 1. Guru kaunseling membahagikan murid kepada tiga kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai tiga atau empat ahli. 2. Guru Kaunseling memberikan setiap kumpulan satu unit Sahibba, pen dan kertas. 3. Guru Kaunseling meminta murid membuat seberapa banyak perkataan yang berkait dengan dadah. 4. Guru Kaunseling menyemak senarai perkataan yang disediakan dan memberi markah. 5. Markah yang banyak dikira pemenang dan kumpulan tersebut akan diberikan ganjaran. 6. Guru Kaunseling membuat rumusan diatas aktiviti yang telah dijalankan Penilaian : 1. Kumpulan yang berjaya mengumpul markah tertinggi dikira sebagai pemenang Rumusan :
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 378 1. Untuk mencapai matlamat kita akan menghadapi banyak halangan Falsafah : 1. Usaha Yang Disertai Dengan Kesungguhan Pasti Membuahkan Kejayaan
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 379 11.4.7 AKTIVITI 7 BIDANG : Pendidikan Pencegahan Dadah TAJUK : Nilai-nilai Spiritual OBJEKTIF : Menerapkan dan memantapkan nilai-nilai spiritual ke dalam diri MASA : 60 minit SASARAN : Murid yang telah dikenalpasti terlibat dengan Penagihan Dadah/Inhalan BAHAN : 2 Botol mineral 500ml, air, Yassin, CD cerita nilai-nilai murni LANGKAH : 1. Guru kaunseling menyediakan 1 botol berisi air dan 1 botol kosong di atas meja. 2. Guru Kaunseling memanggil murid secara rawak untuk meniup kedua-dua botol tersebut. 3. Guru Kaunseling meminta penjelasan daripada murid mengenai aktiviti yang telah dijalankan.(Botol kosong akan mudah jatuh manakala botol berisi air tidak jatuh). 4. Guru Kaunseling menerangkan tentang nilai-nilai kerohanian. a. Pelajar yang beragama Islam membaca surah Yassin yang dipimpin oleh pelajar yang mahir dengan bacaan surah tersebut. b. Pelajar bukan islam diberi penerangan tentang nilai-nilai murni atau menonton CD mengenai nilai-nilai murni. 5. Guru Kaunseling mengalakkan murid menyertai kem, seperti kem ibadah/ lawatan kerumah kebajikan pada masa yang sesuai. 6. Guru Kaunseling membuat rumusan untuk sesi kali ketujuh dan menetapkan tarikh perjumpaan kelapan.