PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 36 LAMPIRAN 11 PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN SEMASA 1. _______________________________________________________________ 2. _______________________________________________________________ 3. _______________________________________________________________ PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN SELEPAS 1. _______________________________________________________________ 2. _______________________________________________________________ 3. _______________________________________________________________ PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN SEBELUM 1. _______________________________________________________________ 2. _______________________________________________________________ 3. _______________________________________________________________
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 37 LAMPIRAN 12 Tandatangan : ______________________ Tarikh: _________________ Nama :_____________________________________________________
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 38 LAMPIRAN 13 MODUL PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS UJIAN PRA Nama : ______________________________________ Tahun : ______________________________________. BIL ITEM YA TIDAK 1 Saya amat mesra dan mudah didekati. 2 Gelagat rakan dalam kumpulan tidak membantu saya dalam pembelajaran 3 Saya jelas dengan hala tuju kerjaya saya pada masa depan 4 Saya tahu tentang kepentingan mata pelajaran yang ada kaitan dengan kerjaya yang saya pilih 5 Saya dapat melihat prospek kerjaya dengan jelas 6 Saya suka berkongsi maklumat kerjaya dengan rakan. 7 Saya mendapat banyak maklumat dari lawatan saya ke institusi pengajian tinggi 8 Brosur yang diperolehi dari lawatan memberi banyak maklumat kerjaya kepada saya 9 Saya sedar tentang kekuatan dan kelemahan diri saya 10 Saya memerlukan bimbingan guru untuk meningkatkan pencapaian akademik diri saya. 11 Saya perlukan bimbingan guru untuk mengurus masa pembelajaran saya. 12 Saya dapat mengurus masa saya dengan baik dan berkesan. 13 Saya selalu membuat nota dengan menggunakan peta minda 14 Penggunaan peta minda banyak membantu meningkatkan prestasi akademik saya 15 Saya menghadapi kesukaran untuk mengingat apa yang saya baca 16 Saya kerap kali lupa apa yang saya abaca emasa menghadapi peperiksaan. 17 Saya tertekan dengan harapan ibu bapa terhadap akademik saya
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 39 18 Saya perlu mengurus tekanan yang saya alami 19 Saya selalu merancang dan membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan 20 Saya pasti saya akan berjaya dengan cemerlang LAMPIRAN 14 MODUL PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS UJIAN POS Nama : ______________________________________ Tahun : ______________________________________. BIL ITEM YA TIDAK 1 Saya amat mesra dan mudah didekati. 2 Gelagat rakan dalam kumpulan tidak membantu saya dalam pembelajaran 3 Saya jelas dengan hala tuju kerjaya saya pada masa depan 4 Saya tahu tentang kepentingan mata pelajaran yang ada kaitan dengan kerjaya yang saya pilih 5 Saya dapat melihat prospek kerjaya dengan jelas 6 Saya suka berkongsi maklumat kerjaya dengan rakan. 7 Saya mendapat banyak maklumat dari lawatan saya ke institusi pengajian tinggi 8 Brosur yang diperolehi dari lawatan memberi banyak maklumat kerjaya kepada saya 9 Saya sedar tentang kekuatan dan kelemahan diri saya 10 Saya memerlukan bimbingan guru untuk meningkatkan pencapaian akademik diri saya. 11 Saya perlukan bimbingan guru untuk mengurus masa pembelajaran saya. 12 Saya dapat mengurus masa saya dengan baik dan berkesan. 13 Saya selalu membuat nota dengan menggunakan peta minda 14 Penggunaan peta minda banyak membantu meningkatkan prestasi akademik saya 15 Saya menghadapi kesukaran untuk mengingat apa yang saya baca 16 Saya kerap kali lupa apa yang saya abaca emasa menghadapi peperiksaan. 17 Saya tertekan dengan harapan ibu bapa terhadap akademik saya
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 40 18 Saya perlu mengurus tekanan yang saya alami 19 Saya selalu merancang dan membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan 20 Saya pasti saya akan berjaya dengan cemerlang 3.0 PROGRAM AKADEMIK GALUS
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 41 PROGRAM YAKIN BOLEH 3.1 PANDUAN PELAKSANAAN 3.1.1 PENDAHULUAN Murid GALUS adalah mereka yang mencapai keputusan akademik gagal tetapi mempunyai harapan untuk lulus. Murid kumpulan GALUS ini mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk mengalami keciciran dalam bidang akademik. Oleh itu, bagi membendung senario ini daripada berterusan, langkahlangkah yang proaktif perlu diambil dengan segera. Di sinilah terletaknya peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah untuk melaksanakan proses kaunseling AKTIVITI BIL TAJUK 1 Bermain Jari 2 Ku Petik Bintang 3 Inventori Minat Belajar 4 Dialog Ibu Bapa 5 Graf Kehidupan 6 Anjakan Diri 7 Pengurusan Masa 8 Kemahiran Mendengar 9 Kemahiran Bertanya 10 Kemahiran Mengingat 11 Bengkel Latih Tubi 12 Perkongsian Rasa BIDANG AKADEMIK - GALUS
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 42 yang berfokuskan murid GALUS. Langkah-langkah tersebut meliputi aspek, motivasi diri, kemahiran belajar, bengkel latih tubi mata pelajaran dan pengukuhan atau ganjaran serta perkongsian pengalaman melalui lawatan. Program sebegini rupa memerlukan kerjasama semua pihak termasuklah pihak Guru Bimbingan dan Kaunseling, pihak pentadbir, guru-guru mata pelajaran yang terlibat dan tidak ketinggalan pihak ibu bapa melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru. 3.1.2 MATLAMAT Semua Guru Bimbingan dan Kaunseling dapat menyediakan maklumat dan data berkaitan dengan program-program yang telah dijalankan kepada kumpulan sasaran dan mempunyai bilangan murid yang telah berubah prestasi akademiknya dan memperolehi kecemerlangan hasil daripada keberkesanan peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dan asrama. 3.1.3 OBJEKTIF Di akhir program ini murid dapat: 3.1.3.1 Membantu sekolah mengurangkan bilangan murid GALUS. 3.1.3.2 Guru Bimbingan dan Kaunseling dapat membantu murid GALUS secara berfokus dan bermaklumat. 3.1.3.3 Meningkatkan kefahaman pihak pengurusan sekolah terhadap peranan Guru Bimbingan dan Kaunseling dalam usaha membantu murid GALUS cemerlang dalam akademik. 3.1.4 SASARAN Murid-murid yang mendapat markah di antara 30% hingga 40% berdasarkan maklumat melalui PATS dan Headcount. Setiap kumpulan mengandung 10 hingga 20 orang murid.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 43 3.1.5 PELAKSANAAN Program Yakin Boleh dikhaskan kepada murid GALUS. Program ini terdiri daripada 6 komponen utama termasuklah; 3.1.5.1 Membina Hubungan 3.1.5.2 Membina Matlamat 3.1.5.3 Mengenalpasti masalah 3.1.5.4 Motivasi 3.1.5.5 Kemahiran Belajar 3.1.5.6 Pengukuhan / Ganjaran Guru Bimbingan dan Kaunseling atau pihak sekolah diberi kebebasan untuk melaksanakannya sama ada berdasarkan komponen (yang dirangkumkan beberapa modul) atau modul. Guru Bimbingan dan Kaunseling juga berhak mengulang modul yang berkenaan sekiranya aktiviti yang dijalankan tidak memenuhi objektif. 3.1.6 PENILAIAN 3.1.6.1 Instrumen Pelaksanaan Modul (Lampiran 4) 3.1.6.2 Graf Prestasi Diri (Lampiran 6) 3.1.6.3 Halatuju Selapas Sekolah (Lampiran 7)
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 44 3.1.7 PENUTUP Syukur kepada Tuhan atas segala nikmat dan rahmat yang dilimpahkanNya sehingga dapat menyiapkan Panduan Pelaksanaan Program Berfokus Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling Modul Akademik GALUS dengan jayanya. Peranan panduan bidang akademik GALUS ini adalah untuk membina pengalaman bermakna dan dapat membentuk kualiti akademik dalam diri murid. Matlamat jangka panjangnya, diharapkan panduan ini dapat membina insan yang berdaya tahan menghadapi segala cabaran semasa seterusnya mampu berdaya saing untuk mengharung kehidupan yang lebih sempurna pada masa akan datang. Akhirnya, bersama-sama kita memohon kepada Tuhan, mudah-mudahan panduan ini benar-benar dapat memberi manfaat kepada setiap murid GALUS dan penggunanya. Diharap panduan ini juga akan membuka satu lagi ruang dan peluang yang luas kepada generasi akan datang untuk memajukan diri. 3.2 PROSES KERJA BIL PROSES KERJA TEMPOH PERSONALIA CATATAN 1 Mengesan murid berdasarkan peperiksaan akhir tahun yang lalu. Satu Minggu ( November ) GPK, S/U PEPERIKSAAN, GBKSM
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 45 2 Senaraikan nama murid yang GALUS Satu hari ( Minggu kedua Januari ) GBKSM 3 Dapatkan maklumat peribadi murid yang terlibat. Seminggu ( Minggu ketiga Januari ) GBKSM & Guru Kelas 4 Buat perjumpaan dengan murid yang terlibat dan rasionalkan mereka mengapa terpilih dalam Program Berfokus Perkhidmatan Bimbingan Dan Kaunseling. Perjumpaan sebulan sekali ( Februari hingga November ) GBKSM 5 Murid mengikuti proses kaunseling individu, kelompok atau program khas. Ikut keperluan Jika objektif tidak tercapai. GBKSM Sepanjang tahun 6 Menyediakan laporan keberkesanan 2 minggu ( setiap kali selepas peperiksaan / ujian / modul ) GBKSM Sepanjang tahun 7 Berbincang / bentangkan laporan kepada pengetua / guru besar. 30 minit ( 2 kali setahun ) GBKSM 8 Dokumentasi Modul yang dijalankan. 1 minggu ( selepas selesai setiap modul ) GBKSM 3.3 CARTA ALIRAN KERJA
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 46 3.4 PROGRAM YAKIN BOLEH M T Berbincang dalam kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling yang ada di sekolah. Berbincang dengan pengetua / guru besar dan guru kelas. Mengesan dan mengenalpasti murid-murid yang gagal dengan markah di antara 30% hingga 40% berdasarkan maklumat melalui PATS & Headcount. Kumpulkan murid dan berikan penerangan dan rasionalkan mereka. Edarkan Borang Profil Murid. Murid menjalani proses kaunseling dan program khas Penilaian program
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 47 3.4.1 AKTIVITI 1 BIDANG : Akademik TAJUK : Ice-Breaking – Bermain Jari OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat : 1. Mengenalpasti ciri-ciri perbezaan individu. 2. Membandingkan potensi setiap individu. 3. Menunjukkan kesyukuran kepada anugerah Tuhan. 4. Menunjukkan sifat hormat kepada perbezaan individu. MASA : 40 Minit SASARAN : Murid GALUS BAHAN : Stamp Pad, Kertas A4, Senarai Semak Masalah dan Borang Maklumat Diri LANGKAH : 1. GBKSM memberikan sekeping kertas A4 kepada setiap ahli kumpulan. 2. Setiap ahli melipat kertas tadi kepada 10 – 12 bahagian mengikut bilangan ahli. 3. Semua ahli tulis nama sendiri di ruang pertama dan cop ibu jari tangan kanan. 4. Edarkan kertas tadi kepada rakan-rakan mengikut pusingan jam untuk ditulis nama dan dicop cap jari tangan kanan masing-masing. 5. Langkah ini diulang sehinga kembali kepada tuan punya. 6. Akhirnya, GBKSM meminta setiap ahli menjelaskan apa yang mereka lihat. 7. Guru mengedarkan Senarai Semak Masalah dan Borang Maklumat Diri. PENILAIAN : Murid saling kenal mengenali antara satu sama lain.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 48 RUMUSAN : 1. Membuktikan kekuasaan Tuhan daripada sekecil-kecil benda hingga sebesarbesar perbezaan. FALSAFAH : Tak kenal maka tak cinta LAMPIRAN 1 SENARAI SEMAK PERIBADI MURID NAMA: __________________________ TINGKATAN : ______________
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 49 ARAHAN : Berikut adalah senarai masalah yang dihadapi oleh murid-murid sekolah. Baca senarai di bawah dengan teliti, kemudian bulatkan nombor masalah yang anda sendiri sedang hadapi. 1. Saya tidak memahami banyak perkara yang diajar oleh guru. 2. Minat saya untuk belajar semakin berkurangan. 3. Saya rasa tiada harapan untuk lulus peperiksaan. 4. Saya rasa hendak berhenti sekolah. 5. Saya tidak suka kepada sesetengah guru yang mengajar saya. 6. Saya tidak tahu cara belajar yang berkesan. 7. Saya tidak mempunyai tempat belajar yang sesuai di rumah. 8. Terlalu banyak tugasan diberi dalam beberapa mata pelajaran. 9. Saya tidak begitu minat pada buku-buku mata pelajaran. 10. Tidak dapat siapkan tugasan- tugasan pelajaran pada masa yang ditetapkan. 11. Saya rasa hidup ini sudah tidak punya erti lagi. 12. Saya rasa diri saya sudah rosak. 13. Saya pernah mengambil dadah. 14. Dunia ini terlalu kejam buat diri saya. 15. Saya sangat sensitif dan tidak tahan dimarah. 16. Saya selalu berasa rendah diri. 17. Saya rasa lebih baik mati daripada hidup dalam keadaan sekarang. 18. Saya tidak dapat menahan kemarahan. 19. Saya selalu berasa sedih. 20. Saya kerapkali gagal dalam kerja-kerja yang saya lakukan. 21. Keadaan keluarga saya tidak aman. 22. Saya selalu dimarahi oleh ibu atau bapa. 23. Saya selalu terkongkong oleh keluarga saya. 24. Ibu bapa langsung tidak mempedulikan saya. 25. Adik beradik saya selalu bergaduh antara satu sama lain. 26. Kadang-kadang saya rasa hendak lari dari rumah. 27. Saya telah kehilangan tempat mengadu. 28. Ibu bapa saya selalu pilih kasih. 29. Saya berasa seolah-olah tidak mempunyai keluarga. 30. Tiada kebebasan di rumah saya. 31. Saya selalu bergaduh dengan kawan. 32. Saya tidak mempunyai ramai kawan. 33. Saya sering bergaul dan terikut-ikut tingkah laku rakan yang nakal. 34. Kebanyakan rakan saya adalah yang tidak bersekolah lagi. 35. Ada rakan saya yang mula mengambil dadah. 36. Saya sukar bergaul dengan rakan lain yang berlainan jantina. 37. Saya kecewa kerana rakan rapat memutuskan hubungan dengan saya. 38. Saya takut kehilangan orang yang saya cintai. 39. Saya cemburu atau iri hati kepada orang lain. 40. Tiada seorang pun yang boleh saya mengadu masalah saya. 41. Saya rasa tidak akan dapat mencapai cita-cita saya.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 50 42. Masa depan saya gelap. 43. Tidak tahu apa yang akan saya buat selepas tamat sekolah. 44. Saya tidak tahu cara mencari kerja. 45. Saya tidak mempunyai cita-cita yang tinggi. 46. Tidak mengetahui apa yang saya benar-benar ingini. 47. Saya takutkan masa depan. 48. Ragukan pemilihan kursus untuk persediaan pekerjaan saya. 49. Memerlukan nasihat tentang apa yang harus dibuat selepas sekolah. 50. Saya perlu tahu lebih lanjut tentang pelbagai pekerjaan. ARAHAN : Semak jawapan yang anda telah bulatkan. Sila tulis nombor masalah yang paling mengganggu anda mengikut urutan di dalam ruangan di bawah. a. [ ] b. [ ] c. [ ] d. [ ] e. [ ] Paling menggaggu Kurang mengganggu Tandakan [ / ] pada salah satu kenyataan di bawah: Saya SANGAT PERLU berjumpa kaunselor [ ] Saya PERLU berjumpa dengan kaunselor [ ] Saya TIDAK PERLU berjumpa kaunselor [ ] Perkara yang ingin dibincangkan dengan kaunselor: AKADEMIK [ ] PERIBADI [ ] KELUARGA [ ] SOSIAL [ ] KERJAYA [ ] Tanda tangan : ___________________________ Tarikh : _________________ LAMPIRAN 2 BORANG MAKLUMAT DIRI A. Maklumat Data Peribadi
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 51 Arahan : Sila isikan maklumat data peribadi tuan/puan pada ruangan yang disediakan dalam jadual di bawah dan tandakan ( / ) jika berkenaan . Nama Kelas No. Kad Pengenalan Tarikh Lahir Tempat Lahir Negeri : Negara: Kewarganegaraan Status Warganegara : * Warganegara ( ) * Bukan Warganegara ( ) * Penduduk Tetap ( ) Jantina Lelaki ( ) Perempuan ( ) Bangsa Agama Nama Ibu Bapa Status Bumiputera * Bumiputera ( ) * Bukan Bumiputera ( ) No. Untuk Dihubungi No Telefon Rumah: No Telefon Bimbit : Rasmi ( ) / Tidak Rasmi ( ) : Alamat Emel : Alamat Tetap Bandar : Poskod : Negeri : Negara : Alamat Surat-menyurat Bandar : Poskod : Negeri : Negara : 3.4.2 AKTIVITI 2 BIDANG : Akademik
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 52 TAJUK : Ku Petik Bintang OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat : 1. Mengenalpasti matlamat diri dengan jelas. 2. Menyatakan cara untuk mencapai matlamat diri. MASA : 30 minit SASARAN : Murid GALUS BAHAN : Kad Manila dan Marker Pen LANGKAH : 1. GBKSM memberikan sekeping kad manila kepada ketua kumpulan. 2. GBKSM memberi arahan “Setiap ahli diminta melakarkan garisan anggaran 10 sentimeter apabila kad manila yang diedarkan sampai ke tangan masingmasing.” 3. Ahli tidak dibenarkan bertanya. 4. Apabila sampai ke ahli yang terakhir, GBKSM mempamerkan hasil kerja kumpulan. 5. Apakah hasilnya? – tiada motif yang jelas. 6. Sekeping kad manila yang lain diberikan kepada kumpulan untuk mengulangi aktiviti tersebut. 7. GBKSM mengarahkan, “Setiap ahli diminta melakarkan garisan anggaran 10 sentimeter apabila kad manila sampai ke tangan masing-masing. Pastikan apabila kad manila itu sampai kepada orang terakhir dalam garisan itu, ia membentuk objek sebuah rumah.” 8. Bincangkan mengapa aktiviti pertama tidak menghasilkan apa-apa dan aktiviti kedua dapat menghasilkan suatu yang jelas. 9. Guru mengedarkan borang Headcount 3-graf prestasi diri untuk diisi oleh semua murid GALUS.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 53 PENILAIAN : 1. Murid-murid perlu mendengar arahan dengan jelas. RUMUSAN : 1. Aktiviti ini menunjukkan betapa penting seseorang itu perlu mempunyai matlamat diri yang jelas untuk berjaya. FALSAFAH : Jadikan impian anda sebuah kenyataan bukan sekadar mimpi. 3.4.3 AKTIVITI 3
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 54 BIDANG : Akademik TAJUK : Inventori Minat Belajar OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat : 1. Mengenalpasti potensi diri masing-masing. 2. Mengetahui kekuatan dan kelemahan setiap murid. 3. Membandingkan potensi setiap individu. MASA : 40 Minit SASARAN : Murid GALUS BAHAN : Kertas Inventori Minat Belajar (Sila lihat Lampiran 3) LANGKAH : 1. GBKSM mengedarkan kertas Inventori Minat Belajar kepada semua ahli kumpulan. 2. GBKSM membaca arahan soalan kepada semua ahli kemudianmeminta ahli menjawab soalan dalam tempoh 25 minit. 3. Setelah selesai menjawab guru membincangkan mengenai dapatan yang diperoleh oleh semua pelajar mengikut skor dan prestasi belajar. PENILAIAN : 1. Murid-murid dapat mengetahui skor dan prestasi belajar. RUMUSAN : 1. Membuktikan kekuasaan Tuhan daripada sekecil-kecil benda hingga sebesarbesar perbezaan. FALSAFAH : Belajar sepanjang hayat LAMPIRAN 3 UJIAN MINAT BELAJAR
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 55 Arahan:Sila tandakan ( / ) pada item berikut sama ada pada ruangan (Y) bagi YA (bertepatan dengan diri anda) atau ruangan (T) bagi TIDAK (tidak bertepatan dengan diri anda). Bil Pernyataan (Item) Y T 1. Saya bangun pada pukul 5.00 pagi setiap hari 2. Saya seronok pergi ke sekolah 3. Saya datang 20 minit lebih awal sebelum sekolah bermula setiap hari 4. Saya pulang 30 minit lebih lewat selepas tamat masa persekolahan setiap hari 5. Saya membaca akhbar setiap hari 6. Saya membaca sekurang-kurangnya sebuah novel setiap bulan 7. Saya membaca sekurang-kurangnya 2 buah majalah akademik (seperti Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Kuntum, Pintar dll) setiap bulan 8. Saya selalu menonton berita TV pada pukul 8.00 malam ataupun mendengar berita radio 9. Saya menelaah buku-buku pelajaran 2 jam setiap malam sebelum tidur 10. Saya suka pada semua kawan yang sekelas dengan saya. Kepada kawan yang lebih pandai daripada saya, lagi saya suka 11. Saya suka kepada semua guru. Saya tidak “segan” berjumpa mereka apabila saya ada masalah berkaitan dengan mata pelajaran 12. Saya suka semua mata pelajaran 13. Saya ‘cemburu’ melihat kawan-kawan mendapat markah yang tinggi bagi setiap ujian atau peperiksaan 14. Saya minum segelas susu atau minuman bersusu setiap hari 15. Saya berasa tidak senang duduk selagi ‘kerja rumah’ yang diberi oleh guru belum lagi disiapkan 16. Saya rasa perjuangan belajar tidaklah seberat perjuangan tentera di perbatasan atau di medan perang 17. Saya insaf dan sedar bahawa keluarga dan bangsa menaruh harapan yang tinggi pada saya 18. Saya tidak kecewa dengan gelagat kawan-kawan yang suka menyindir atau memperli dengan kata-kata yang menyakitkan hati kerana terlalu ‘komited’ (menumpukan sepenuh usaha dan perhatian) dengan perjuangan belajar. Misalnya mereka berkata “Jangan ganggu profesor kita, dia nak masuk universiti”, “Kaki bodek cikgu”, “Ulat buku” dan sebagainya. Sebenarnya di dalam hati, saya senang dengan kata-kata itu 19. Saya rasa guru yang suka marah-marah dan berleter-leter apabila saya tidak menyiapkan kerja sekolah adalah guru yang baik dan dihormati 20. Dalam diam-diam saya berazam; “Aku akan kejutkan kawan-kawan dan guru-guruku. Aku lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan” Jumlah Skor PENGIRAAN SKOR DAN PRESTASI BELAJAR Kira jumlah jawapan
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 56 1. Bilangan YA X 5 = _______________ 2. Bilangan TIDAK X 2 = _______________ Jumlah Skor (A – B) = _______________ Skima Prestasi Belajar Cemerlang : 79 – 100 Anda pelajar yang unggul (ideal). Anda adalah pelajar yang matang dan dewasa. Anda berjiwa kental. Lulus dengan cemerlang sudah pasti berada dalam genggaman anda. Masa depan anda bagai bulan purnama yang dipagari bintang bergemerlapan. Mengekalkan usaha dan tabiat belajar sedia ada menjadikan jalan anda menuju kejayaan bertambah terang benderang. Amat Baik : 65 – 78 Anda pelajar yang dinamik. Anda sanggup menghadapi cabaran perjuangan belajar. Anda bakal memperoleh kejayaan yang cemerlang. Apabila anda dapat mengekalkan tabiat belajar anda, sudah pasti kejayaan menanti anda dengan senyuman. Baik : 51 – 64 Anda boleh lulus dalam peperiksaan. Sifat-sifat positif ada dalam diri anda. Tetapi awas! Anda boleh terjerumus sekiranya anda tidak berhati-hati. Anda perlu memperbaiki mana-mana kelemahan diri sebelum terlambat. Sederhana : 41 – 50 Kelulusan anda dalam peperiksaan tidak dapat dipastikan. Sifat-sifat positif dan gigih dalam diri anda tidak mencukupi. Anda perlu berjumpa GBKSM bagi memulihkan semangat belajar anda. Segera bertindak sebelum anda terlambat. Jangan tunggu sehingga nasi menjadi bubur!!! Lembab : 37 – 40 Kejayaan tidak dapat diharapkan sekiranya anda berada dalam kategori ini. Anda berjiwa lemah dan tidak sanggup menghadapi cabaran. Anda perlu bersegera berjumpa GBKSM. Jika anda berbuat demikian, peluang anda terbuka semula. Kenapa mesti tunggu sehingga nasi benar-benar menjadi bubur!!! Mengecewakan : Bawah 36 Anda pelajar yang berjiwa terlalu lemah, tiada disiplin dan cita-cita. Anda hanya menunggu masa untuk berhenti sekolah sahaja. Anda datang ke sekolah kerana terpaksa. Anda perlu berjumpa GBKSM setiap hari bagi mendapatkan nasihat. Bagaimanapun kelemahan anda masih dapat dipulihkan. Sebenarnya, anda masih mempunyai harapan. Jika anda terus berputus asa, orang lain makan nasi dan anda makan air bubur sahaja! 3.4.4 AKTIVITI 4 BIDANG : Akademik
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 57 TAJUK : Dialog Bersama Guru Dan Ibu Bapa OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat : 1. Mengenalpasti masalah murid-murid. 2. Mewujudkan kumpulan sokongan yang mantap untuk membantu perubahan tingkahlaku murid-murid. MASA : 60 minit (mengikut temujanji) SASARAN : Murid GALUS BAHAN : Tiada LANGKAH : 1. Ibu bapa dan guru kelas dipanggil untuk satu pertemuan dengan murid dan GBKSM. 2. GBKSM menjalankan aktiviti taaruf. 3. GBKSM menjelaskan tentang objektif program dan peranan setiap pihak untuk membantu perubahan sikap murid. 4. Ibu bapa dan guru digalakkan untuk bersoal jawab. PENILAIAN : 1. Ibu bapa, guru kelas dan murid memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing dalam menjayakan program ini. RUMUSAN : 1. Murid-murid merasakan diri mereka lebih dihargai dan diberi sokongan untuk berubah. FALSAFAH : Ingatlah orang yang tersayang. 3.4.5 AKTIVITI 5 BIDANG : Akademik
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 58 TAJUK : Motivasi (Graf Kehidupan) OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat : 1. Membuat analisis pengalaman hidup, susah, senang, suka dan duka. 2. Mencari kekuatan kendiri. 3. Memberi peluang berkongsi pengalaman berasaskan kejujuran dan sikap terbuka. 4. Melahirkan sikap bersyukur. 5. Menimbulkan kemesraan dan empati. 6. Menilai diri sendiri melalui cermin orang lain. MASA : 90 minit SASARAN : Murid GALUS BAHAN : Kertas A4, pen ataupun pensel bagi setiap ahli. LANGKAH : 1. Semua ahli diminta melukis graf seperti di bawah. 2. Plot graf dengan garisan positif dan negatif pada paksi Y bagi menggambarkan pengalaman yang menggembirakan dan mendukacitakan. 3. Setiap ahli diminta menjelaskan graf yang dibuat dalam kumpulan. Perasaan Umur
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 59 4. Beri peluang ahli membuat penjelasan. 5. Ahli lain boleh memberi maklumbalas secara bersopan. 6. Setiap ahli boleh bercakap dengan perkataan “saya fikir”, “saya rasa” atau “saya minta”. 7. Fasilitator mendapatkan maklumbalas melalui refleksi kendiri. PENILAIAN : 1. Murid-murid akan cuba mengingati peristiwa-peristiwa penting dalam hidup mereka. RUMUSAN : 1. Murid-murid akan menyedari akan kekuatan yang ada pada diri sendiri dan seterusnya bersyukur. FALSAFAH : Ikutlah rasmi padi, semakin berisi semakin tunduk. 3.4.6 AKTIVITI 6 BIDANG : Akademik
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 60 TAJUK : Motivasi (Anjakan Diri) Objektif : Pada akhir aktiviti murid dapat : 1. menyedmari akan pentingnya melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita. 2. memahami bahawa setiap kerja yang hendak dilakukan memerlukan perancangan yang betul. MASA : 60 minit SASARAN : Murid GALUS BAHAN : Bola plastik 50 biji dan bakul. LANGKAH : 1. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan. 2. Satu kumpulan diberikan 50 biji bola plastik sebagai penyerang. 3. Satu kumpulan lagi sebagai pertahanan. 4. GBKSM sebagai pengadil dan memegang bakul. 5. Kumpulan penyerang dikehendaki memasukkan bola plastik ke dalam bakul. 6. Masa yang diberikan selama 2 minit. 7. Setelah masa tamat, kumpulan pertahanan pula menjadi penyerang untuk memasukkan bola plastik ke dalam bakul. 8. Kumpulan yang dapat memasukkan bola plastik ke dalam bakul paling banyak dikira sebagai pemenang. PENILAIAN : 1. Soal jawab dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling. RUMUSAN : 1. Aktiviti ini menunjukkan betapa penting seseorang itu perlu berusaha dan bekerjasama untuk menjadi pemenang.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 61 FALSAFAH : Usaha tangga kejayaan 3.4.7 AKTIVITI 7
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 62 BIDANG : Akademik TAJUK : Pengurusan Masa OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat:- 1. Mengenalpasti apa yang mereka lakukan dalam satu hari. 2. Menyenaraikan jenis aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut. MASA : 60 minit SASARAN : Murid GALUS BAHAN : Kertas A4, pen dan pen warna. LANGKAH : 1. Guru Bimbingan Kaunseling meminta pelajar mengenali potensi diri dan kelemahan diri. 2. Murid menjalankan aktiviti dengan bantuan GBKSM. 3. GBKSM membantu murid mengenalpasti aktiviti harian yang dilakukan oleh murid. Cth: solat, bermain, menonton televisyen, belajar dan membuat kerja rumah. PENILAIAN : Murid mengetahui kepentingan mengurus masa dengan bijak. RUMUSAN : 1. Perlunya disiplin kendiri yang mantap dalam menentukan pengurusan masa. 2. Murid lebih peka tentang menepati masa. FALSAFAH : Masa itu emas 3.4.8 AKTIVITI 8 BIDANG : Akademik
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 63 TAJUK : Kemahiran Mendengar OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat : 1. mengetahui kemahiran mendengar yang berkesan. 2. mengenalpasti halangan yang mempengaruhi dalam proses mendengar. 3. mempertingkatkan konsentrasi dalam pembelajaran. MASA : 60 minit SASARAN : Murid GALUS. BAHAN : Radio, kertas A4 LANGKAH : 1. Guru memperdengarkan rakaman berita di radio. Apabila tamat, minta beberapa orang murid menceritakan semula semua tajuk berita yang didengar tadi. 2. Perdengarkan semula rakaman yang sama dan minta murid mendengar sambil mencatat isi-isi penting yang mereka dengar. 3. Guru meminta beberapa orang murid menceritakan semula apa yang mereka dengar dengan merujuk catatan yang mereka buat. PENILAIAN : 1. Murid-murid perlu memberi perhatian dan tumpuan semasa proses pembelajaran dijalankan. RUMUSAN : 1. Guru memberi penekanan tentang pentingnya menumpukan perhatian dan membuat catatan apabila mendengar sesuatu.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 64 FALSAFAH : Belajar dengan cara mendengar lebih baik daripada melihat. 3.4.9 AKTIVITI 9
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 65 BIDANG : Akademik TAJUK : Kemahiran Bertanya OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat : 1. menggunakan kemahiran bertanya dalam aktiviti pembelajaran 2. berani untuk mengemukakan soalan. 3. Meningkatkan prestasi akademik sekiranya selalu menggunakan kemahiran bertanya. MASA : 60 minit SASARAN : Murid GALUS BAHAN : Gambar Perdana Menteri / Gambar guru-guru sekolah / gambar sekolah. LANGKAH : 1. GBKSM menayangkan gambar berkaitan dengan menggunakan LCD. 2. GBKSM meminta murid membina soalan berpandukan kaedah siapa, apa, bagaimana, di mana, bila dan bagaimana. 3. GBKSM membuat ulasan / komen mengenai soalan yang dikemukakan oleh murid. PENILAIAN : Murid berani mengutarakan soalan dan pandangan tentang gambar yang ditayangkan. RUMUSAN : 1. Kemahiran menyoal boleh melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan kritis.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 66 2. Melalui kemahiran menyoal murid dapat menambah maklumat yang mereka tidak ketahui. FALSAFAH : Malu Bertanya Kurang Pengetahuan Hilang Pedoman 3.4.10 AKTIVITI 10
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 67 BIDANG : Akademik TAJUK : Kemahiran Mengingat OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat : 1. Memberi peluang ahli menganalisis sikap diri sendiri. 2. Menjentik minda dan mencuit hati budi. MASA : 60 minit SASARAN : Murid GALUS BAHAN : Kertas A4, sampul surat dan pensel. LANGKAH : 1. Sediakan 4 atau 5 situasi yang bersifat kontekstual kepada pengalaman ahli. : i. Di kantin sudah ramai yang berbaris, saudara sangat lapar. ii. Di tepi jalan kelihatan orang buta melintas jalan. iii. Semasa di dalam kelas, guru marah kerana murid bising dan saudara juga didenda. iv. Saudara tahu kawan saudara berbohong mengatakan dia sakit perut, sebab itu dia tidak datang latihan rumah sukan v. Kawan saudara diugut oleh senior, sekiranya tidak diberi duit pelindungan. 2. Isikan setiap sampul surat dengan satu situasi dan gambar kerangka orang lidi 3. Guru meminta ahli mengambil satu sampul surat yang mengandungi arahan bagi analisis situasi itu. 4. Minta ahli renungkan selama 15 minit situasi yang mereka dapat dan catatkan pada ruang kosong kerangka orang lidi. 5. Guru meminta setiap ahli secara bergilir-gilir menyatakan apa yang difikirkan, apa yang dirasakan dan apa yang akan dilakukan ataupun sudah dilakukan sekiranya sudah berhadapan situasi itu. 6. Guru membuat rumusan aktiviti yang dijalankan.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 68 PENILAIAN : 1. Murid-murid perlu memberi perhatian dan tumpuan semasa proses pembelajaran dijalankan. RUMUSAN : 1. Apa yang difikirkan sama ada benar-benar tahu baik buruk, rasa suka kepada perkara baik dan akan melakukan sesuatu yang baik bergantung kepada ilmu, iman dan amal. FALSAFAH : Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. 3.4.11 AKTIVITI 11 BIDANG : Akademik
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 69 TAJUK : Pengukuhan – Bengkel Latih Tubi OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat : 1. Menguasai kemahiran yang ditentukan dalam mata pelajaran tertentu yang dibengkelkan. 2. Menunjukkan peningkatan prestasi dalam pelajaran. MASA : 60 Minit SASARAN : Pelajar GALUS BAHAN : Buku nota, alat tulis dan keperluan mengikut mata pelajaran. LANGKAH : 1. GBKSM membuat temujanji dengan Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) atau Ketua Panitia untuk persediaan bahan serta menjadi fasilitator bengkel. 2. GKMP atau Ketua Panitia memberikan latih tubi kepada murid-murid dan membimbing mereka untuk menyelesaikannya. 3. Latih tubi itu boleh diulang beberapa kali sekiranya murid-murid belum dapat menguasai kemahiran yang telah disampaikan kepadanya. PENILAIAN : 1. Murid harus menguasai kemahiran yang disampaikan oleh guru mengikut mata pelajaran yang dibengkelkan. RUMUSAN : 1. Membuktikan kepentingan latih tubi dalam meningkatkan prestasi akademik. FALSAFAH : 1. Sedangkan parang kalau diasah menjadi tajam, inikan pula akal manusia. 3.4.12 AKTIVITI 12 BIDANG : Akademik
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 70 TAJUK : Perkongsian Rasa (Lawatan Ke Institut Kemahiran atau Sekolah Menengah Teknik) OBJEKTIF : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. Mengetahui bahawa mereka juga boleh berjaya seperti murid yang lain. 2. Memahami bahawa dengan perkongsian rasa dapat menambah semangat mereka untuk LULUS dalam peperiksaan. 3. Pendedahan kepada peluang pendidikan yang lebih luas dan menarik. MASA : 360 minit SASARAN : Murid GALUS BAHAN : Tiada. LANGKAH : 1. GBKSM mendapatkan murid yang sebelum ini dikenalpasti Galus tetapi telah berjaya menjadi murid cemerlang. 2. GBKSM merancang dan menetapkan tarikh dan tempat lawatan. 3. GBKSM memohon kebenaran PPD. 4. GBKSM membuat temujanji dengan tempat lawatan. 5. GBKSM membawa murid-murid ke tempat lawatan. 6. Murid yang dipilih perlu berkongsi pengalaman mereka belajar sehingga berjaya menjadi seorang murid yang berjaya. 7. GBKSM perlu menggalakkan murid bersoal jawab dan berkongsi perasaan bersama. 8. Akhirnya, GBKSM perlu membuat penegasan falsafah aktiviti dan bedah pasca program ini. PENILAIAN :
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 71 1. Murid akan dapat melihat sendiri kejayaan yang dikecapi oleh mereka yang sudah berjaya dan sama-sama berkongsi pengalaman dan kejayaan. RUMUSAN : 1. Guru memberi penekanan kepada murid-murid bahawa mereka boleh berjaya sekiranya sanggup berusaha gigih untuk berjaya. FALSAFAH : Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih LAMPIRAN 4 Nama Murid : ____________________________________ Kelas: : ____________________________________ Instrumen Pelaksanaan Program
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 72 Program Kaunseling Berfokus Bidang Akademik - Galus Arahan: Sila Tandakan ( / ) Mengikut Skala Berikut : 1-Setuju 2- Kurang Setuju 3-Tidak Setuju BIL PERKARA SKOR MODUL 1 (ICE BREAKING) 1 2 3 1 Saya boleh mengenalpasti perbezaan ciri-ciri individu. 2 Saya boleh membandingkan potensi setiap individu. 3 Saya akan menunjukkan kesyukuran kepada anugerah Tuhan. 4 Saya akan menunjukkan sifat hormat kepada perbezaan individu. MODUL 2 (GARIS MATLAMAT) 5 Saya boleh mengenalpasti matlamat diri dengan jelas. 6 Saya boleh menyatakan cara untuk mencapai matlamat diri. MODUL 3 (INVENTORI MINAT BELAJAR) 7 Saya boleh mengenalpasti potensi diri. 8 Saya mengetahui kekuatan dan kelemahan diri. 9 Saya mengetahui potensi diri. MODUL 4 (DIALOG IBU BAPA) 10 Saya boleh mengenalpasti masalah diri. 11 Saya boleh mewujudkan kumpulan sokongan yang mantap untuk membantu perubahan tingkahlaku diri. MODUL 5 (MOTIVASI-GRAF KEHIDUPAN) 12 Saya boleh membuat analisis pengalaman hidup, susah, senang, suka dan duka. 13 Saya boleh mencari kekuatan kendiri. 14 Saya sanggup memberi peluang berkongsi pengalaman berasaskan kejujuran dan sikap terbuka. 15 Saya tahu cara melahirkan rasa bersyukur. 16 Saya tahu menimbulkan kemesraan dan empati. 17 Saya tahu menilai diri sendiri melalui cermin orang lain. MODUL 6 (MOTIVASI - ANJAKAN DIRI) 18 Saya telah menyedari akan pentingnya melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh demi mencapai cita-cita. 19 Saya juga menyedari setiap kerja yang hendak dilakukan memerlukan perancangan yang betul.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 73 MODUL 7 (PENGURUSAN MASA) 20 Saya boleh mengenalpasti apa yang mereka lakukan dalam satu hari. 21 Saya dapat mengenalpasti jenis aktiviti berfaedah yang boleh dijalankan. MODUL 8 (KEMAHIRAN MENDENGAR) 22 Saya mengetahui kemahiran mendengar yang berkesan. 23 Saya mengenalpasti halangan yang mempengaruhi dalam proses mendengar. 24 Saya dapat mempertingkatkan kosentrasi dalam pengajaran dan pembelajaran. MODUL 9 (KEMAHIRAN BERTANYA) 25 Saya mahir menggunakan kemahiran bertanya dalam aktiviti pembelajaran. 26 Saya berani untuk mengemukakan soalan. 27 Saya dapat meningkatkan prestasi akademik sekiranya selalu menggunakan kemahiran bertanya. MODUL 10 (KEMAHIRAN MENGINGAT) 28 Saya mengenalpasti sebab dan akibat seseorang mengabaikan pelajaran. 29 Saya memberi peluang ahli menganalisis sikap diri sendiri. 30 ini dapat menjentik minda dan mencuit hati budi saya. MODUL 11 (PENGUKUHAN - BENGKEL LATIH TUBI) 31 Saya dapat menguasai kemahiran yang ditentukan dalam mata pelajaran tertentu yang dibengkelkan. 32 Aktiviti yang saya sertai membantu saya meningkatkan prestasi akademik. MODUL 12 (PERKONGSIAN RASA) 33 Saya mengetahui bahawa saya juga boleh berjaya seperti murid lain. 34 Saya memahami bahawa dengan perkongsian rasa dapat menambah semangat saya untuk LULUS dalam peperiksaaan.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 74 LAMPIRAN 5 JADUL GRAF PRESTASI Ujian / Mata Pelajaran Mata Pelajaran Peratus Keseluruhan Tahun Lepas Ujian 1 Ujian 2 Pertengahan Tahun Ujian 3 Ujian 4 Percubaan Akhir Tahun Target
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 75 LAMPIRAN 6 GRAF PRESTASI DIRI 0% 10% 20% 30% 40% 50% 60% 70% 80% 90% 100% TL U1 U2 1/2 T U3 U4 P AT T JENIS UJIAN MARKAH
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 76 LAMPIRAN 7 KEMANA ANDA UPSR ( ) SEKOLAH BERASRAMA PENUH ( ) SM. AGAMA ( ) SM. HARIAN ( ) SM BESTARI ( ) SEKOLAH KLUSTER PMR ( ) MRSM ( ) SM. BERASRAMA PENUH ( ) MAKTAB TENTERA DIRAJA ( ) SM. TEKNIK ( ) SM. HARIAN BIASA ( ) PUSAT GIAT MARA ( ) IKM SPM ( ) TINGKATAN 6 ( ) MATRIKULASI / UNIVERSITI ( ) INSTITUSI PERGURUAN ( ) POLITEKNIK ( ) ILP ( ) IKM ( ) INSTITUSI LAIN STPM ( )UNIVERSITI ( ) INSTITUSI PERGURUAN ( ) POLITEKNIK ( ) ILP ( ) IKM ( ) INSTITUSI LAIN
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 77 PROGRAM PONTENG SIFAR 4.0 PROGRAM DISIPLIN PONTENG AKTIVITI BIL TAJUK 1 Mengenal Diri 2 Diari Hidup 3 Peningkatan Kehadiran Ke Sekolah 4 Luahan Rasa 5 Sentuhan Kendiri 6 Paparan Slaid 7 Lawatan 8 Graf Prestasi Diri 9 Ceritaku 10 Riadah dan Apresiasi BIDANG DISIPLIN - PONTENG
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 78 4.1 PANDUAN PELAKSANAAN 4.1.1 PENDAHULUAN Ponteng sekolah atau ponteng kelas merupakan satu kelakuan yang tidak diingini yang berlaku dalam sistem persekolahan hari ini.Perlakuan ini juga, pasti akan membawa masalah-masalah disiplin yang lain jika tidak dibendung dan dikawal.Masalah ini juga, jika dibiarkan berterusan akan menganggu pelaksanaan rancangan program pendidikan negara. Maka adalah diakui bahawa tugas menyelesaikan masalah ponteng terpaksa melalui satu proses yang amat rumit.Program-program sokongan perlu diadakan sebagai usaha pencegahan dan pemulihan yang dilakukan oleh pihak sekolah. Oleh itu, program kaunseling berfokus yang dikendalikan oleh GKSM merupakan satu usaha murni bagi membantu menyelesaikan masalah ini dan merealitikan usaha Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mengatasi masalah disiplin. 4.1.2 MATLAMAT Bagi membantu dan menyelesaikan masalah disiplin yang semakin meruncing dalam konteks pendidikan. 4.1.3 OBJEKTIF 4.1.3.1. Untuk mengatasi masalah disiplin dan punca salah laku yang lain 4.1.3.2. Untuk meningkatkan prestasi akademik 4.1.3.3. Untuk mengawal gejala sosial di kalangan remaja sekolah 4.1.3.4. Untuk mewujudkan iklim sekolah yang kondusif dan melancarkan perancangan perjalanan sekolah 4.1.3.5. Untuk meringankan peranan pengurusan dan pembelajaran di sekolah
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 79 4.1.4 RASIONAL Punca permasalahan disiplin murid-murid berpunca daripada masalah ponteng. 4.1.5 SASARAN Pelajar yang ponteng: 4.1.5.1 Ponteng kelas 4.1.5.2 Ponteng sekolah 4.1.5.3 Ponteng perhimpunan 4.1.5.4 Ponteng aktiviti ko-kurikulum 4.1.6 PELAKSANAAN 4.1.6.1. Mengenal Diri 4.1.6.2. Diari Hidup 4.1.6.3. Peningkatan Kehadiran Ke Sekolah 4.1.6.4. Luahan Rasa 4.1.6.5. Sentuhan Kendiri 4.1.6.6. Paparan Slaid 4.1.6.7. Lawatan 4.1.6.8. Graf Prestasi Akademik 4.1.6.9. Ceritaku 4.1.6.10. Riadah Dan Apresiasi
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 80 4.1.7 PENILAIAN 4.1.7.1 GRAF KEHADIRAN 20 JUMLAH HARI 15 10 5 0 JAN FEB MAC APR MEI JUN JULAI OGOS SEPT OKT
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 81 4.1.7.2 GRAF PRESTASI DIRI JADUAL PRESTASI AKADEMIK UJIAN / MATA PELAJARAN BM BI MT SN SEJ MP MP MP MP MP MP TOV OTR 1 OTR 2 ETR 100 90 80 MARKAH (%) 70 60 50 40 30 20 10 0 TOV OTR 1 OTR 2 ETR GRAF PRESTASI AKADEMIK
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 82 4.1.8 PENUTUP Diharapkan agar modul berfokus masalah ponteng dapat memberi implikasi atau impak yang positif ke arah mengurangkan masalah disiplin dan meningkatkan sahsiah murid dalam dunia globalisasi yang mencabar pada hari ini.
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 83 4.2 PROSES KERJA BIL PROSES KERJA PERSONALIA CATATAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. Menyediakan kertas kerja modul ponteng Mengadakan mesyuarat bersama Mengesan murid ponteng Menyenaraikan murid ponteng Mengadakan temujanji dengan murid ponteng Melaksanakan modul mengikut urutan Mendapatkan prestasi akademik murid ponteng Mencatatkan peningkatan kehadiran dan prestasi akademik Membuat analisa kehadiran dan prestasi akademik Membuat graf penilaian dan laporan Membuat kajian tentang keberkesanan modul GBKSM Pentadbir / Semua Guru Guru Tingkatan / Disiplin Unit Disiplin / GBKSM GBKSM GBKSM Guru Tingkatan / SU Peperiksaan GBKSM GBKSM GBKSM GBKSM 2 minggu ( JAN) 2 jam 40 minit 1 jam 40 minit Setiap bulan 1 modul 2 minggu 1 minggu 1 minggu 2 minggu 2 minggu (Laporan dihantar kepada Pentadbir, Unit Disiplin & PPD)
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 84 4.3 CARTA ALIRAN KERJA Menyediakan Kertas Kerja Mengadakan Mesyuarat Mengesan Murid Ponteng Menyenaraikan Murid Ponteng Mengadakan Temujanji Melaksanakan Modul Mendapatkan Prestasi Akademik Mencatat Kehadiran Membuat Analisa Dan Graf Membuat Kajian Keberkesanan Program 4.0 MODUL CARTA ALIRAN PELAKSANAAN PROGRAM SIFAR PONTENG MULA (PERMATAKU SAYANG) PENUTUP Modul dilaksanakan sepanjang tahun
PROGRAM KAUNSELING BERFOKUS 85 4.4 PROGRAM PONTENG SIFAR 4.4.1 AKTIVITI 1 Bidang : Disiplin Tajuk : Ponteng (Mengenal Diri) Objektif : Pada akhir aktiviti murid dapat: 1. memberi maklumat peribadi/resume 2. mengenal kekuatan dan kelemahan diri Masa : 40 minit Sasaran : Murid ponteng Bahan : Borang maklumat peribadi LANGKAH : 1. GBKSM mendapat senarai nama murid daripada unit disiplin dan guru tingkatan 2. GBKSM membuat temuduga dengan murid-murid dalam senarai nama ponteng (mengelaskan semua murid berikut berdasarkan kumpulan/jantina/tingkatan) 3. GBKSM membuat temujanji dengan kumpulan tertentu mengikut jadual yang telah ditetapkan 4. GBKSM mengedarkan borang maklumat peribadi dan memberi penerangan tentang cara-cara mengisi borang maklumat peribadi 5. GBKSM mengumpul maklumat peribadi murid dan difailkan