The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL BAHASA MELAYU SPM 2020 DAERAH MUAR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shared3a, 2020-12-09 21:21:46

MODUL BAHASA MELAYU SPM 2020 DAERAH MUAR

MODUL BAHASA MELAYU SPM 2020 DAERAH MUAR

SKEMA 2(a) Markah
(i) maksud rangkai kata impak yang lebih buruk 2
1
Jawapan
P1 Kesan yang lebih teruk/negatif
P2 Impak yang negatif

(ii)Pengarang menyatakan beberapa peranan pelbagai pihak amat diperlukan sewaktu para remaja melalui
fasa transisi dalam kehidupan mereka.

Peranan-peranan tersebut. Markah
Jawapan

P1 Ahli keluarga seharusnya berperanan mendekati para remaja dengan
penuh hikmah sewaktu mereka melalui fasa transisi ini.

P2 Seharusnya para ibu bapa perlu menjadi sahabat terhadap anak
remaja mereka.

P3 Sokongan dan dorongan daripada orang yang lebih dewasa
seharusnya hadir pada saat-saat mereka memerlukannya

2 isi= 3 markah

(iii)Remaja yang hebat merupakan aset bernilai yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara pada masa
hadapan.

Pada pendapat saya, peranan pihak kerajaan dalam melahirkan remaja yang hebat di negara kita

Jawapan Markah

P1
Mewujudkan program jati diri seperti PLKN/Mewujudkan program IM4U

P2 Menyediakan biasiswa/pinjaman pendidikan seperti MARA dan JPA

P3
Menambah bilangan IPTA, MRSM, SBP, Sekolah Seni dan Sekolah Sukan

P4 Mewujudkan lebih banyak program Permata Pintar untuk pelajar- pelajar
pintar/Akademi Seni Kebangsaan(ASWARA)

P5
Membanyakkan kemudahan kompleks sukan

3 isi= 4 markah

138

Latihan Rumusan 34

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang ciri-ciri seorang pengetua
sekolah yang cemerlang dan kesan-kesan jika pengetua tidak mempunyai ciri-ciri tersebut.
Panjang rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pengetua ialah peneraju kepada kepemimpinan sekolah. Memandangkan pengetua merupakan orang
yang paling berpengaruh di sekolah, maka beliau akan menjadi role model atau idola kepada guru dan
kakitangan di bawahnya. Seseorang pengetua perlu mempunyai bakat kepimpinan yang dapat membimbing
anak-anak buahnya. Kepimpinan yang berkualiti mampu memacu kejayaan sekolah dan meningkatkan
prestasi akademik murid-murid.

Pengetua perlu mempunyai kemahiran mengenal pasti isu-isu dan strategi sama ada yang berkaitan
dengan akademik, bukan akademik dan disiplin murid. Kemahiran ini perlu dimiliki oleh semua pengetua yang
mahu sekolah yang dipimpinnya disegani oleh masyarakat di sekitar sekolah. Seterusnya, seseorang pengetua
hendaklah mempunyai motivasi yang tinggi. Mereka hendaklah sentiasa berusaha untuk memajukan
kepemimpinan diri demi kemajuan sekolah misalnya menghadiri seminar, perbengkelan dan seumpamanya.
Pengetua sebagai penjana transformasi pendidikan hendaklah seorang personaliti yang mempunyai kualiti
peribadi yang cemerlang. Beliau berkemampuan untuk menjelaskan visi dan misi organisasi (sekolah) kepada
semua pihak terutamanya guru dan kakitangan sokongan.

Seseorang pengetua yang menjadi tunggak institusi sekolah mestilah mempunyai time frame dalam
menyiapkan sesuatu program atau projek yang dirancang. Ketepatan masa amat penting kerana beliau akan
memberikan teladan kepada guru, kakitangan dan murid-murid di sekolah. Pengetua juga merupakan individu
yang mengamalkan konsep pengurus sekolah, iaitu mewujudkan suasana kerjasama antara guru dengan
murid. Pengetua yang berkemampuan untuk mewujudkan suasana yang harmonis tentunya akan disanjung
sekali gus menjadi model kepada orang-orang bawahan dan murid-murid.

Berfikiran terbuka juga merupakan ciri seorang pengetua yang boleh dijadikan contoh. Pengetua yang
mempunyai sikap ini akan sentiasa mendengar pandangan daripada pihak lain seperti guru, ibu bapa
mahupun murid. Dalam pada itu, pengetua hendaklah seorang yang tabah terutama sekali ketika menghadapi
masalah atau cabaran. Blumberg dan Greenfield (1986) pula berpendapat bahawa ciri peting yang perlu ada
pada diri seorang pengetua adalah bijak dan pintar dalam bertindak serta mempunyai daya usaha yang tinggi.
Pengetua hendaklah menjadi contoh dan model yang baik kepada kakitangannya. Selain itu, pengetua juga
hendaklah mempamerkan sikap yang terpuji. Seterusnya, pengetua yang baik akan memberikan peluang
kepada guru-guru dan kakitangannya untuk menonjolkan kepemimpinan mereka. Dalam erti kata lain,
pengetua perlu bersikap profesional dan tidak berat sebelah dalam menjalankan tanggungjawabnya.

Jelaslah bahawa seseorang pengetua itu mestilah merupakan individu yang berwibawa dan berkaliber
serta dapat mempamerkan kualiti kepemimpinan dan mempunyai kemahuan yang tinggi untuk memimpin.
Ciri-ciri sedemikian membolehkan beliau menjadi seorang yang berpengaruh, dan seterusnya menjadi
peneraju utama sekolah yang menjadi ikutan kepada orang bawahannya serta dapat melonjakkan
kecemerlangan sekolah dalam semua aspek.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada

“Pengetua Transformasi Pendidikan Negara,”

oleh Izani Hj Daud dalam Dewan Siswa)

139

Soalan 2(a)
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata mempamerkan kualiti.

[ 2 markah]
(ii) Dalam petikan ada dinyatakan tentang kebaikan yang akan diperoleh jika seseorang pengetua itu

mempunyai bakat kepemimpinan.
Apakah kebaikan-kebaikan tersebut?

[3 markah]
(iii) Keharmonian dalam kalangan warga sekolah amat penting untuk mewujudkan suasana yang ceria dan

selesa di sekolah.
Sekiranya anda seorang pengetua, apakah tindakan-tindakan yang akan anda lakukan untuk menjaga
keharmonian warga sekolah?

[4 markah]

140

SKEMA LATIHAN 34

PENDAHULUAN

PEND JAWAPAN MARK
P1 Petikan membincangkan sifat / kriteria pengetua yang cemerlang di sekolah- AH
P2 sekolah di Malaysia pada hari ini.
Rumusan membincangkan sifat/kriteria pengetua yang cemerlang dan 2
kesan-kesan jika pengetua tidak mempunyai ciri-ciri tersebut 2

ISI TERSURAT (Ciri-ciri seorang pengetua)

ISI JAWAPAN MARK
Pengetua perlu mempunyai kemahiran mengenal pasti isu-isu dan AH
2
S1 strategi.

S2 Pengetua hendaklah mempunyai motivasi yang tinggi. 2

Pengetua sentiasa berusaha untuk memajukan
S3 kepemimpinan diri. 2

S4 Pengetua merupakan seorang personaliti yang mempunyai kualiti peribadi 2

yang cemerlang.

S5 Pengetua berkemampuan untuk mewujudkan suasana yang harmonis 2

tentunya akan disanjung.

Berfikiran terbuka juga merupakan ciri seorang pengetua yang boleh dijadikan
S6 contoh. 2

S7 Pengetua hendaklah seorang yang tabah. 2
S8 Pengetua bersikap bijak dan pintar dalam bertindak dan mempunyai daya 2

usaha yang tinggi. 2
S9 Pengetua bersikap profesional dan tidak berat sebelah dalam
2
menjalankan tanggungjawabnya.
S10 Pengetua mestilah merupakan individu yang berwibawa dan berkaliber serta

dapat mempamerkan kualiti kepemimpinan.

ISI TERSIRAT (Kesan-kesan)

ISI JAWAPAN MARK
AH

T1 Setiap warga sekolah tidak bermuafakat dalam melaksanakan tugas dan 2
tanggungjawab masing-masing.

T2 Pentadbiran sekolah menjadi tidak terurus 2

T3 Prestasi kurikulum dan kokurikulum sekolah akan merosot. 2

T4 Pengetua tersebut tidak akan dihormati oleh orang-orang bawahannya 2

KESIMPULAN MARK
AH
ISI JAWAPAN 2
K1 Kesimpulannya, semua pengetua mestilah mempunyai ciri-ciri pengetua

yang cemerlang supaya dapat melahirkan sekolah yang terbilang.

141

SKEMA 2(a)

SOALAN (i) Maksud rangkai kata mempamerkan kualiti

PILIHAN JAWAPAN MARKAH
2
P1 Menonjolkan / menampilkan / menyerlahkan mutu
MARKAH
SOALAN (ii) Kebaikan-kebaikan: 2isi=3 markah
ISI JAWAPAN MARKAH
1 Dapat membimbing anak-anak buahnya
2 Dapat memacu kejayaan sekolah
3 Dapat meningkatkan prestasi akademik murid-murid

SOALAN (iii) Tindakan: 3 isi=4 markah
ISI JAWAPAN
1 Tidak bersikap pilih kasih
2 Mengadakan perbincangan dua hala
3 Mewujudkan hubungan yang baik dengan setiap warga sekolah
4 Mengelakkan perselisihan faham antara satu sama lain

142

143

Latihan Rumusan 35
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan kaunselor
dan langkah-langkah untuk menggalakkan murid mendapatkan khidmat kaunselor.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Murid-murid pasti sudah biasa mendengar perkataan kaunselor, tetapi sejauh manakah
pengetahuan mereka tentang fungsi kaunselor? Ramai murid yang masih kabur tentang dan
kriteria sebenar kaunselor dan kriteria individu yang memerlukan khidmatnya. Sebagai orang yang
terlatih, kaunselor melaksanakan tugas berlandaskan pengetahuannya dalam bimbingan dan
kaunseling yang mampu menangani sebahagian masalah di sekolah. Antara masalah yang dialami
oleh murid ialah tekanan emosi. Dalam hal ini, fungsi kaunselor adalah untuk menolong murid
mengenal pasti punca tekanan emosi tersebut, di samping memberikan bimbingan tentang cara
menangani masalah yang dihadapi.

Walau bagaimanapun, kaunselor bukanlah berperanan untuk menyelesaikan masalah
seperti tanggapan sesetengah pihak. Perkara ini perlu difahami oleh setiap murid yang mahu
mendapatkan bantuan atau khidmat daripada kaunselor. Kaunselor sebenarnya berperanan untuk
memandu murid memahami serta menerima keadaan diri sendiri supaya mereka dapat
meningkatkan perlakuan yang baik dan mengurangkan perlakuan yang sebaliknya. Sehubungan
dengan itu, murid tidak seharusnya menganggap bahawa mereka yang berjumpa dengan
kaunselor merupakan individu yang bermasalah semata-mata. Tanggapan ini tidak benar sama
sekali. Hakikatnya, apabila bertemu dengan kaunselor, murid akan dibantu untuk menguruskan
perkara-perkara yang berkaitan dengan kehidupannya seperti panduan memilih jurusan atau
kerjaya yang sesuai dan bukan memberikan tumpuan terhadap masalah tertentu sahaja.

Kaunselor juga dapat membantu murid mengesan dan mengembangkan bakat dan
minatnya. Hal ini penting supaya segala tindakan yang bakal dilakukan oleh murid selaras dengan
apa-apa yang diingini agar mereka berpeluang membuat perancangan masa depan untuk
mencapai matlamat hidup. Dalam masa yang sama, kaunselor bertanggungjawab untuk
membimbing murid memanfaatkan peluang bagi penyempurnaan kendiri. Pelaksanaan pelbagai
program bimbingan dan kaunseling seperti ceramah, kursus dan kem motivasi akan membolehkan
kaunselor memahamkan murid tentang hubungan mereka dengan masyarakat sekitar. Dalam hal
ini, mereka akan dapat menyesuaikan diri dan berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya dan
jiran-jiran. Selain itu , kaunselor juga dapat memupuk nilai-nilai dalam diri murid melalui sesi
kaunseling yang dijalankan. Penyemaian nilai-nilai murni ini akan meningkatkan mutu disiplin
murid-murid di sekolah.

Sesungguhnya, usaha-usaha penambahbaikan perkhidmatan kaunseling wajar
dilaksanakan agar khidmat yang diberikan oleh kaunselor mendapat kepercayaan murid. Sikap
profesional kaunselor dalam melaksanakan tugas hendaklah menjadi keutamaan demi menaikkan
imej perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.

(Dipetik dan diubah suai daripada
Memanfaatkan Khidmat Kaunselor,
oleh Nadiah Naufal, Dewan Siswa, April 2012)

143

144

Soalan 2(a) – Petikan Umum

(i) Berikan maksud rangkai kata mendapat kepercayaan.
[2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa tanggapan yang salah tentang khidmat kaunselor
di sekolah. [ 3 markah]
Nyatakan tanggapan-tanggapan yang salah tersebut.

(iii) Pada pendapat anda, selain mendapatkan khidmat kaunselor, apakah tindakan-tindakan
yang wajar dilakukan oleh murid untuk menangani masalah yang dihadapi oleh mereka?
[4 markah]

144

145

SKEMA LATIHAN 35 2m

PENDAHULUAN 2m
P1 Rumusan membincangkan tugas/tanggungjawab/fungsi kaunselor dan
2m
langkah-langkah untuk menggalakkan murid mendapatkan khidmat 2m
kaunselor. 2m
P2 Petikan membincangkan tugas/tanggungjawab/fungsi kaunselor di 2m
2m
sekolah/terhadap murid sekolah 2m
2m
ISI TERSURAT 2m
S1 menolong murid mengenal pasti punca tekan emosi.
S2 memberikan bimbingan tentang cara menangani masalah yang dihadapi.
S3 memandu murid memahami serta menerima keadaan diri.
S4 murid akan dibantu untuk menguruskan perkara-perkara yang berkaitan

dengan kehidupannya.
S5 membantu murid mengesan dan mengembangkan bakat dan minatnya.
S6 membimbing murid memanfaatkan peluang bagi penyempurnaan kendiri.
S7 memahamkan murid tentang hubungan mereka dengan masyarakat

sekitar.
S8 memupuk nilai-nilai murni dalam diri murid.

ISI TERSIRAT 2m
T1 bilik kaunseling yang kondusif. 2m
T2 sikap kaunselor yang mesra pelanggan. 2m
T3 promosi / kempen/ ceramah perkhidmatan kaunseling secara berterusan 2m
T4 meminta kerjasama ibu bapa supaya menggalakkan anak-anak berjumpa

dengan kaunselor

KESIMPULAN Kesimpulannya, setiap murid digalakkan berjumpa kaunselor 2m
K1 agar dapat meningkatkan keyakinan diri.

145

SKEMA 2(a) 146
(i) maksud rangkai kata mendapat kepercayaan
Markah
Jawapan 2
P1 memperoleh/meraih keyakinan/pengiktirafan 1
P2 Mendapat keyakinan

(ii) Tanggapan yang salah tentang kaunselor: Markah
Jawapan

P1 kaunselor berperanan untuk menyelesaikan masalah.

P2 mereka yang berjumpa dengan kaunselor merupakan individu yang
bermasalah semata-mata

P3 kaunselor memberikan tumpuan terhadap masalah tertentu sahaja

2 isi= 3 markah
(iii) Pada pendapat anda, selain mendapatkan khidmat kaunselor, tindakan-tindakan yang wajar

dilakukan oleh murid untuk menangani masalah yang dihadapi oleh mereka:

Jawapan Markah
P1 meminta nasihat daripada ibu bapa
P2 meminta nasihat ahli keluarga – datuk/nenek/abang/kakan
P3 berbincang dengan guru/ustaz
P4 merujuk buku/Internet/ dengar ceramah
P5 mendekatkan diri kepada Tuhan/berdoa
3 isi= 4 markah

146

147

Hasil Gabungan Idea:

1. Pn.Kalsom binti Sadek
(SMK Bukit Pasir Muar)

2. En.Lim Tong Hai
(SMK St Andrew Muar)

3. Pn.Norhuda binti Sabudin
(SMK Tun Dr Ismail Muar)

147


Click to View FlipBook Version