The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL BAHASA MELAYU SPM 2020 DAERAH MUAR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shared3a, 2020-12-09 21:21:46

MODUL BAHASA MELAYU SPM 2020 DAERAH MUAR

MODUL BAHASA MELAYU SPM 2020 DAERAH MUAR

KARANGAN BAHAGIAN B ( ARAS SEDERHANA)

Soalan:

Sebagai warganegara Malaysia, sudah semestinya menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga
imej negara agar disanjung tinggi oleh negara luar.

Bincangkan peranan masyarakat dalam usaha menjaga nama baik negara.

Bil Pernyataan Isi/penegas Sebab Contoh Kesan

1 Masyarakat mestilah Hal ini dikatakan -rakyat yang mempunyai -rakyat dapat

mempunyai semangat demikian kerana negara semangat cinta akan tanah air menerapkan nilai jati

cinta akan negara Malaysia menjadi tanah mereka mengutamakan diri yang kukuh.

tumpah darah yang membeli barangan keluaran -setiap individu akan
perlu disayangi dan
dijaga dengan sepenuh tempatan berbanding memahami dan
jiwa dan raga seluruh
rakyat. barangan yang diimport dari melaksanakan

negara luar. tanggungjawab

- rakyat membeli kereta sebagai rakyat

nasional seperti Proton dan Malaysia dengan

Perodua yang menjadi simbol penuh komitmen

kebanggaan rakyat Malaysia untuk menjaga nama

yang akan membuktikan baik negara

kemampuan negara bersaing

dalam industri automobil. -dapat memacu

pembangunan

negara.

2 Masyarakat perlulah Hal ini demikian kerana -persefahaman antara kaum - pertautan

hidup bersatu padu perpaduan kaum yang wujud melalui program hubungan yang erat

antara kaum utuh menjadi tonggak rumah terbuka pada hari antara kaum dapat

keamanan dan perayaan yang disambut oleh dicapai.

kedamaian negara. pelbagai kaum di negara kita. - negara bebas

-Kita dapat saksikan kaum daripada

Cina dan India turut sama permusuhan antara

merayakan Hari Raya kaum serta

Aidillfitri pada Rumah masyarakat hidup

Terbuka Peringkat aman dan harmoni.

Kebangsaan yang dianjurkan -usaha menjaga

oleh pihak kerajaan. nama baik negara

-Amalan bergotong-royong dapat direalisasikan

juga merupakan medium melalui kehidupan

efektif untuk menyemai benih masyarakat

perpaduan dalam kalangan Malaysia yang

masyarakat. bersatu padu.

3 Masyarakat perlu Hal ini dikatakan - masyarakat tidak melakukan -setiap rakyat patuh

menumpukan taat setia demikian kerana prinsip perkara negatif dan kesalahan akan undang-undang

yang tidak berbelah Rukun Negara ini jenayah yang boleh negara

bahagi kepada raja dan menjadi pegangan mencemarkan nama baik -menjamin

negara demi menjaga seluruh rakyat Malaysia negara. kemakmuran negara

nama baik negara dalam usaha menjaga -masyarakat perlu bertindak --meningkatkan imej

nama baik negara. mempertahankan negara negara di mata

daripada serangan musuh dunia.

serta tidak membocorkan

rahsia kerajaan kepada pihak

luar.

-masyarakat berpegang teguh

kepada prinsip Rukun Negara

serta mengamalkannya

seperti hormat semasa

menyanyikan lagu Jalur

178

Gemilang dengan berdiri

tegak sebagai lambang

ketaatan kepada raja dan

negara.

4 Masyarakat haruslah Hal ini demikian kerana -masyarakat tidak membuang -Kebersamaan

menjaga kebersihan imej negara yang baik sampah di merata-rata tempat dalam memastikan

serta melestarikan dapat dipelihara melalui yang boleh mencemarkan kebersihan

alam sekitar keindahan alam sekitar. kawasan sekitar dan jelik di diutamakan

mata pelancong. -menjadi wadah

-masyarakat mengamalkan efektif yang

sikap mementingkan melahirkan perasaan

kebersihan bukan sahaja di bangga rakyat

kawasan tempat tinggal malah terhadap negara

di tempat- tempat awam. tercinta

-sekali gus imej
negara terpelihara.

5 Masyarakat perlu -Hal ini demikian -masyarakat harus sentiasa -negara luar

mempunyai sahsiah kerana sahsiah diri yang mengamalkan budaya memandang tinggi

diri yang terpuji. baik dapat melahirkan beradab sopan dan sering kepada masyarakat

masyarakat yang melemparkan senyuman serta Malaysia
tutur kata yang baik akan
berdisiplin, prihatin dikagumi oleh masyarakat -masyarakat
luar khususnya pelancong mengamalkan sikap
serta berbudi bahasa. asing. positif dan berjiwa
luhur.

6 Masyarakat juga Agenda komprehensif - Program Tranformasi - sokongan dan

memainkan peranan yang telah dirangka oleh Ekonomi (ETP) dan Program penglibatan anggota

untuk menyokong kerajaan bertujuan Tranformasi Kerajaan (GTP). masyarakat yang

dasar-dasar yang telah untuk memacu negara -Sekiranya masyarakat tidak padu dalam

digubal oleh ke arah kemajuan memberi sokongan pembangunan
kerajaan negara negara akan
padu,sudah tentunya menjamin
kesejahteraan serta
program-program seperti ini nama baik negara

hanya akan menemu jalan

buntu. Malangnya,masih

terdapat segelintir

-masyarakat seharusnya

bekerjasama dengan

pemimpin untuk memajukan

pembangunan negara

sebagaimana peribahasa

Melayu, bulat air kerana

pembetung, bulat manusia

kerana muafakat.

179

KARANGAN BAHAGIAN B ( GALUS)

Soalan:

Sebagai warganegara Malaysia, sudah semestinya menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga imej
negara agar disanjung tinggi oleh negara luar.

Bincangkan peranan masyarakat dalam usaha menjaga nama baik negara.

Bil Pernyataan Isi/penegas Sebab Contoh Kesan

1 Masyarakat mestilah Hal ini dikatakan - rakyat harus membeli -dapat memacu

mempunyai semangat demikian kerana negara kereta nasional seperti pembangunan negara.

cinta akan negara Malaysia menjadi tanah Proton dan Perodua yang

tumpah darah yang perlu menjadi simbol

disayangi seluruh rakyat. kebanggaan rakyat

Malaysia

2 Masyarakat perlulah Hal ini demikian kerana -masyarakat perlu - mengeratkan

hidup bersatu padu perpaduan kaum yang menyertai program rumah hubungan antara

antara kaum utuh menjadi tonggak terbuka pada hari perayaan kaum

keamanan dan yang disambut oleh

kedamaian negara. pelbagai kaum di negara

kita.

3 Masyarakat perlu Hal ini dikatakan - masyarakat tidak -menjamin

menumpukan taat setia demikian kerana prinsip melakukan perkara negatif kemakmuran negara

kepada raja dan negara Rukun Negara ini dan kesalahan jenayah yang

menjadi pegangan boleh mencemarkan nama

seluruh rakyat Malaysia baik negara.

dalam usaha menjaga

nama baik negara.

4 Masyarakat haruslah Hal ini demikian kerana -masyarakat tidak -meningkatkan imej

menjaga kebersihan imej negara yang baik membuang sampah di negara

serta melestarikan alam dapat dipelihara melalui merata-rata tempat yang

sekitar keindahan alam sekitar. boleh mencemarkan

kawasan sekitar dan jelik di

mata pelancong.

5 Masyarakat perlu -Hal ini demikian kerana -masyarakat harus sentiasa - membantu

mempunyai sahsiah diri keperibadian yang mulia mengamalkan budaya masyarakat

yang terpuji. ini mampu menyerlahkan beradab sopan dan sering mengamalkan sikap

sikap yang baik dan melemparkan senyuman positif dan berjiwa
boleh diteladani. serta tutur kata yang baik luhur.

akan dikagumi oleh

masyarakat luar khususnya

pelancong asing.

KARANGAN BAHAGIAN B

Kepentingan dan langkah mengamalkan budi bahasa dalam kalangan masyarakat

Budi bahasa merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang agar segala tindakan mereka terpimpin dan tidak
menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam masyarakat. Budi bahasa ini penting untuk
melahirkan insan yang mulia, unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional negara ke arah mencapai status negara
maju. Imam al-Ghazali mengatakan, “Apabila kamu hendak mengenali wajah lihatlah pada cermin, tetapi apabila kamu
hendak mengenali diri lihatlah pada wajah”. Kata-kata tersebut mengambarkan betapa keperibadian dan akhlak mulia
menjadi tali pengukur kepada setiap individu. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya,
peradaban dan agama kita. (I) Namun begitu, dalam mengharungi era ledakan sains dan teknologi, budaya berbudi
bahasa dalam kalangan masyarakat semakin lenyap dalam sanubari golongan dewasa dan remaja. Berita tentang remaja

180

bertindak liar di luar batas-batas kehidupan dengan terlibat dalam aktiviti-aktiviti jenayah seperti gengsterisme,
vandalisme dan pornografi sering terpampang di dada akhbar dan kaca televisyen. Hal ini jelas menunjukkan betapa
kroniknya masalah kelunturan amalan berbudi bahasa dalam kalangan masyarakat. (A) Sebelum keadaan menjadi
lebih parah, budaya berbudi bahasa perlulah dijadikan sebagai amalan dalam kehidupan seharian kita kerana seribu
satu kemaslahatan boleh diperoleh.

KEPENTINGAN AMALAN BERBUDI BAHASA

Bil. Pernyataan Sebab contoh kesan

Isi/penegas

1 Amalan -Menurut konteks -Untuk membina -Sekiranya masyarakat kita lebih

berbudi sejarah, tamadun yang bertamadun, sudah pasti kita dapat

bahasa dapat masyarakat yang unggul, kita tidak mempertahankan kemerdekaan.
melahirkan seharusnya bersikap -Dalam konteks ini, negara amat
masyarakat bertamadun biadap dan kasar memerlukan masyarakat yang berfikiran
yang lebih seperti matang dan bijak
bertamadun merupakan mengeluarkan kata- - mengelakkan penjajahan semula oleh
kata yang kesat kuasa-kuasa asing seperti kuasa Barat.
masyarakat yang sehingga -Secara tidak langsung, industri
memilukan hati pelancongan juga turut meningkat.
memiliki tahap pihak lain bagai
ditusuk sembilu. -
tatasusila yang

tinggi dan

kebudayaan yang

luhur selain

pencapaian

lahiriah.

-Oleh itu, Perlakuan

masyarakat pada seumpama ini

masa tersebut menggambarkan

dapat membina masyarakat tersebut

tamadun dan masih berada dalam

empayar yang kuat Zaman Jahiliah iaitu

dan hebat seperti akhlak dan nilai

tamadun hidup masyarakat

Mesopotamia, pada masa tersebut

tamadun Mesir, adalah sangat

tamadun Hwang rendah.

Ho dan tamadun

Indus walaupun

pada masa itu

teknologi masih

belum berkembang

dengan

sepenuhnya.

2 Masyarakat Hal ini penting -Dalam pada itu, - Sekiranya amalan ini diikuti, sudah

yang berbudi agar dapat pekerja-pekerja pasti keramahan dan kesantunan rakyat

bahasa akan meninggalkan imej dalam Jabatan Malaysia akan sentiasa meniti dari bibir

mempamerkan yang positif Kastam dan ke bibir para pelancong dan sentiasa

nilai-nilai tentang negara kita Imigresen, pemandu memilih Malaysia sebagai destinasi

yang positif dalam diri pelancong serta pelancongan utama mereka.

seperti pelancong. pemandu -Senario ini secara tidak langsung akan

memberikan -Pelancong juga pengangkutan awam menjana ekonomi negara melalui industri

layanan yang akan mempunyai perlulah memainkan pelancongan negara yang kian mendapat

sopan dan percutian yang peranan yang lebih sambutan hangat.

bersikap menyeronokkan penting dengan

lemah lembut kerana senantiasa

terhadap beranggapan melemparkan

pelancong bahawa senyuman dan

asing. kedatangan bertutur dengan

mereka ke sini nada yang lembut

dialu-alukan dan ketika berurusan

181

dihargai oleh dengan pelancong

masyarakat asing.

tempatan. -Negara Jepun

sayugia dijadikan

teladan kerana

masyarakatnya

sememang kaya

dengan budi bahasa.

-Sebagai contoh

ucapan
‘irasshaimase’ yang

bermaksud selamat

datang dalam

bahasa Jepun pasti

akan menusuk ke

gegendang telinga

tidak kira apa-apa

kedai yang

dikunjungi.

-Amalan berterima

kasih juga

merupakan sesuatu

yang biasa dalam

masyarakat Jepun

3 Pemimpin -Pemimpin yang -Sehubungan -Pemimpin yang berbudi bahasa dapat

yang baik akan dapat dengan itu, meningkatkan imej negara kerana

berdedikasi mentadbir negara golongan remaja pemimpin-pemimpin dari negara lain

juga dapat dengan lancar merupakan aset akan kagum dan menghormati negara

dizahirkan kerana mendapat yang sangat bernilai kita.

sokongan yang kepada negara -Hubungan diplomatik bagi menjamin

padu daripada kerana mereka kemajuan dan keselamatan negara dapat

rakyat. adalah generasi dijalinkan dengan mudah.

-Pemimpin yang pelapis yang bakal -Dengan itu, negara kita akan

berbudi bahasa menerajui tampuk dapat duduk sama rendah, berdiri sama

sentiasa kepimpinan negara. tinggi dengan negara lain.

menitikberatkan -Oleh itu, budi

kepentingan orang bahasa seperti

lain daripada menghormati orang

kepentingan tua, bertutur dengan

peribadi. sopan, bertolak

-Mereka akan ansur dan amalan

bertindak dengan tolong-menolong

bijaksana untuk perlulah dijadikan

menjaga perasaan panduan dalam

pelbagai kehidupan mereka

pihak ibarat supaya mereka

menarik rambut dapat menjadi

dalam tepung, seorang pemimpin

rambut tidak yang berdedikasi

putus tepung tidak dan berkarisma

berselerak dapat dilahirkan

4 LANGKAH 1 -Kita perlu sedar -Sebagai contoh, -Melalui program-program yang

Pihak sekolah bahawa aktiviti aktiviti dijalankan, para pelajar akan membentuk

perlu juga kokurikulum perkhemahan yang jati diri dan sikap positif dalam diri

melaksanakan merupakan wadah dianjurkan oleh mereka.

aktiviti yang paling badan-badan -Mereka akan lebih bersikap ‘membina’

kokurikulum berkesan dalam beruniform seperti daripada ’meruntuhkan’ atau

dengan lebih membentuk Pengakap dan Kadet membinasakan sesuatu. -Mereka juga

giat dan amalan budi Remaja Sekolah akan lebih bertanggungjawab terhadap

berkesan bahasa seperti akan membentuk

182

bertanggungjawab, semangat segala kemudahan yang disediakan untuk

bekerjasama dan berpasukan yang kegunaan ramai.

hormat- tinggi dalam -Oleh itu, melalui pelaksanaan aktiviti

menghormati kalangan ahlinya. kokurikulum yang lebih berkesan, kita

dalam diri para -Mereka akan berharap agar tidak ada lagi telefon

pelajar. -Para guru bersama-sama awam yang dirosakkan, atau tandas

pula dianggap mendirikan khemah, awam yang diconteng dengan kata-kata

sebagai arkitek mematuhi giliran yang tidak menyenangkan mata

pembangunan memasak dan memandang.

manusia diarahkan sebagainya, -Sebaliknya, kita akan dapat

untuk mengadakan sepanjang menyaksikan masyarakat yang lebih

pelbagai program perkhemahan bertolak-ansur, umpamanya, mereka

bagi memupuk diadakan. tidak berebut-rebut lagi ketika menaiki

amalan budi -Selain itu, aktiviti bas awam atau komuter.

bahasa ini kerana bergotong-royong -Anak-anak muda kita juga akan lebih

pelajar ibarat oleh persatuan- menghormati golongan yang tua kerana

pohon yang baru persatuan dan kelab- tahap budi bahasa dalam kalangan

ditanam. -Lantaran kelab sama ada di masyarakat telah meningkat

itu, mereka perlu sekolah, mahupun di

dibajai, diairi dan kawasan sekitar

diberi cahaya sekolah pula akan

matahari yang menanamkan

secukupnya. perasaan

bertanggungjawab

para pelajar

terhadap alam

sekitar serta sekolah

mereka bak kata
pepatah, ‘tak kenal ,

maka tak cinta.

LANGKAH 2 -Memang tidak -Oleh itu, sesuatu -Dengan ini, hubungan kemesraan

5 Peranan ibu dapat kita nafikan perkara itu perlu keluarga akan dapat ditingkatkan di

bapa juga amat ibu bapa dipupuk dari kecil samping dapat mewujudkan baiti jannati.

penting dalam merupakan guru oleh ibu bapa, bak -Malah yang lebih penting, anak-anak

melahirkan pertama dalam kata peribahasa akan lebih beradab dan berbudi bahasa

insan kerdil kehidupan anak- Melayu, melentur yang akan mencerminkan maruah

yang berbudi anak sejak dalam buluh biarlah dari keluarga tersebut.

bahasa tinggi. rahim ibu lagi. rebungnya agar -Anak-anak seumpama ini tidak akan

‘Bagaimana -Hal ini apabila anak-anak bersikap biadab yang

acuan, membuktikan memasuki alam mampu menconteng arang ke

begitulah bahawa ibu bapa persekolahan, nilai- muka keluarga sendiri
kuihnya,’ merupakan ejen nilai asas yang

begitulah pembentukan positif seperti

peribahasa karakter anak-anak hormat-

yang yang paling ampuh menghormati,

membawa untuk melahirkan beradab sopan dan

maksud insan yang kaya bertolak-ansur telah

bahawa budi bahasa. sedia wujud dalam

peribadi serta diri anak-anak

perlakuan ibu mereka.

bapa akan -Sebagai contoh,

menjadi ikutan anak-anak yang

kepada anak- lebih muda perlu

anak mereka. menghormati kakak

atau abang mereka

yang lebih tua.

-Anak-anak juga

diajar agar

menghormati harta

benda milik adik-

183

beradik mereka

serta harta benda

bersama.

-Dalam hal ini, ibu

bapa tidak boleh

bersikap seperti

ketam yang

mengajar anaknya

berjalan betul.

-Oleh itu, ibu dan

bapa perlu sentiasa

menunjukkan

bahawa mereka juga

saling menghormati

sesama mereka agar

nilai positif ini

diikuti oleh anak-

anak.

6 LANGKAH 3 -Hal ini dikatakan -Pada 11 Februari -Diharapkan kempen yang bersungguh-

Pilihan kita demikian kerana 2005 Kementerian sungguh ini dapat menyemarakkan dan

yang terakhir kempen-kempen Kebudayaan dan menyemai semula budi bahasa dan nilai-

untuk yang diadakan Warisan (KEKWA) nilai murni ke dalam jiwa setiap rakyat

membentuk mampu melancarkan Malaysia serta meletakkan budi pekerti

masyarakat menyedarkan kempen Budi sebagai satu asas dan tunjang dalam

yang berbudi masyarakat Bahasa dan Nilai kehidupan kita.

bahasa adalah tentang Murni. Kempen -Secara implisitnya, negara akan menjadi

melalui kepentingan Budi Bahasa dan agung jika warganya terdiri dari insan-

kempen yang amalan ini Nilai Murni sama insan yang mengamalkan budaya murni.

berkesan. dipraktikkan sekali tidak -Tidak ada gunanya jika masyarakat

dalam kehidupan diwujudkan kalau Malaysia kaya dari segi kebendaan tapi

seharian kita. masyarakat kita muflis dari segi keperibadian.

-Masyarakat pada berbudi bahasa

hari hari lebih selayaknya.

mudah -Kempen yang

dipengaruhi dan dicetuskan oleh Dr.

dikuasai dengan Rais Yatim semasa

kempen-kempen memimpin

yang diadakan KEKWA ini

mengejutkan kita

yang terlena dalam

mengejar

fatamorgana hidup

sehingga sanggup

merendahkan tahap

budi bahasa kita.

-Suatu ketika

dahulu, majalah

Readers Digest telah

menyiarkan hasil

kajian kesantunan di

36 bandar raya di

dunia. -Hasilnya,

Kuala Lumpur

menjadi bandar raya

kedua paling biadab.

-Kajian ini amat

membimbangkan

dan memalukan

kita.

184

-Oleh itu, kempen

seumpama ini

haruslah diadakan

secara berterusan

serta giat dan

bukannya

sekadar melepaskan

batuk di tangga

PENUTUP

(K) Sudah terang lagi bersuluh bahawa dapat disimpulkan bahawa amalan budi bahasa amat mustahak untuk negara
mencapai taraf negara maju yang disegani oleh negara-negara gergasi yang lain di dunia. ‘Yang merah itu saga, yang
kurik itu kendi, yang indah itu bahasa, yang elok itu budi’, demikianlah ungkapan yang menggambarkan kepentingan

berbudi bahasa dalam kehidupan masyarakat kita. Ungkapan ini disusuli pula dengan bidalan yang mengatakan bahawa

budi bahasa tidak boleh dijual beli. (C) Oleh itu, sifat sifat luhur dan amalan berbudi bahasa yang dahulunya menjadi

kebanggan masyarakat timur tetapi kian terhakis ini wajarlah dipulihkan dan dihidupkan semula. Lantaran itu, semua

pihak wajarlah bersinergi bagai aur dengan tebing dan mengelakkan sikap masing-masing perahu, masing-masing

kayuh dalam menanam amalan berbudi bahasa dalam diri setiap individu. Kita tidak seharusnya mengharapkan sebelah

pihak sahaja untuk memupuk amalan murni ini dalam setiap jiwa rakyat Malaysia kerana bertepuk sebelah tangan

takkan berbunyi. Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni perlulah diimplementasikan dari semasa ke semasa
untuk meningkatkan kesedaran rakyat. (H) Profesor DiRaja, Ungku Aziz pernah berkata, “Malaysia yang aman dan

damai akan lenyap dalam sedikit masa jika rakyatnya tidak bermoral dan nilai budi bahasa yang kian terhakis dari jiwa
mereka”. Jadi, kita mengharapkan agar tabiat buruk seperti kegiatan gengsterisme dan bercakap kasar sudah lupus

dari memori setiap rakyat Malaysia supaya negara akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Biarlah pepohon

terus bergoyang, biarlah matahari terus bersinar dan biarlah negara Malaysia terus disegani kerana ketinggian budi

bahasa rakyatnya.

HASIL GABUNGAN IDEA:

1. Pn.Hjh Noraini binti Ismail
(SMK(P)Sultan Abu Bakar Muar)

2. Pn.Sariffah binti Muhamad
(SMK Bandar Maharani Muar )

3. Pn.Zaharah binti Tumian
(SMK Tun Perak Muar)

4. Pn.Azean binti Abdullah
(SMK Convent Muar)

5. Pn.Maspupah binti Sanugi
(SMK Dato’ Sri Amar Diraja Muar)

6. Pn.Rodzyah binti Hassan
(SMK Tengku Mahkota Muar)

7. Pn.Badariah binti Madon
(SMK Tinggi Muar)

185

186

187

188

189

190

MODUL BAHASA MELAYU SPM
KERTAS 2
(MODUL MANTAP RUMUSAN)

TAHUN 2020

DISEDIAKAN OLEH :
PANITIA BAHASA MELAYU MENENGAH ATAS DAERAH
MUAR

1

ANALISIS SOALAN 1 : RUMUSAN
KERTAS 2 BAHASA MELAYU SPM (JUN 2005 - NOV 2019)

SPM SKOP SOALAN PERKATAAN YANG SESUAI
JUN 2005 DITUKAR UNTUK
NOV 2005 Cara-cara mengurus PENDAHULUAN
JUN 2006 tekanan dan kepentinganpengurusan
NOV 2006 tekanan kepada individu langkah-langkah/ kaedah-kaedah/
JUN 2007 Faedah-faedah hidup berjiran dan cara- usaha-usaha/ pendekatan/ strategi
NOV 2007 cara memupuk semangat kejiranan manfaat/kepentingan/
JUN 2008 Kelebihan kerja berpasukan dan cara- kelebihan/kebaikan
NOV 2008 carapemimpin membentuk kerja faedah/ manfaat/kepentingan/
berpasukan. kebaikan/ keberkesanan
JUN 2009 Cara-cara melahirkan masyarakat langkah-langkah/ kaedah-kaedah/
NOV 2009 berbudi bahasa dan kesan terhakisnya usaha-usaha/ pendekatan/
JUN 2010 amalan berbudi bahasa dalam masyarakat strategi
NOV 2010 Kepentingan terumbu karang di faedah/manfaat/kelebihan/
JUN 2011 Malaysia dan kaedah pemuliharaannya kebaikan
Tindakan mengatasi masalah disiplin usaha-usaha/ cara-cara/ kaedah-
NOV 2011 murid di sekolah dan kesan masalah itu kaedah/langkah-langkah/
kepada negara. pendekatan/ teknik-teknik/ strategi
JUN 2012 Faedah membaca dan cara- manfaat/ kepentingan/ kebaikan/
cara menggalakkan budaya membaca kelebihan
dalam kalangan masyarakat. manfaat/ kepentingan/ kebaikan/
Faedah-faedah penerokaan angkasa kelebihan
lepas dan cara-cara untuk menarik
minat masyarakat terhadap bidang faktor-faktor /sebab-sebab
penerokaan angkasa lepas
Punca-punca keracunan faedah/ manfaat/ kelebihan/
makanan dan kesan-kesan keracunan kebaikan
makanan. implikasi/impak/akibat/keburukan/
Kepentingan tidur dari segi natijah
saintifik dan cara-cara mengatasi manfaat/
masalah sukar tidur kepentingan/faedah/ kelebihan
Kesan pemanasan global dan sebab- faedah/ manfaat/ kelebihan/
sebab masyarakat kurang mengambil kebaikan
berat terhadap fenomena ini
Kebaikan makan coklat dan cara- faedah/ manfaat/ kelebihan/
cara memajukan industri coklat kebaikan
Kepentingan berpeluh kepada manusia
dan cara-cara menggalakkan masyarakat sifat-sifat/kriteria
melibatkan diri dalam aktiviti yang
mengeluarkan peluh.
Kepentingan bahasa kebangsaan
dan masalah-masalah yang dihadapi
untuk memperkasakan bahasa
kebangsaan
Ciri-ciri perunding yang berkesan dan

2

NOV 2012 usaha-usaha untuk meningkatkan punca/sebab-sebab
kemahiran berunding.
JUN 2013 Faktor-faktor pemilihan Malaysia faedah/manfaat/kelebihan/kebaikan
NOV 2013 sebagai destinasi pelancongan kesihatan faedah/manfaat/kelebihan/kebaikan
dan faedah-faedah industri pelancongan punca/sebab-sebab
JUN kesihatan kepada negara kita. tanggungjawab/sumbangan/tugas
2014 Khasiat cendawan terhadap kesihatan usaha-usaha/kaedah-
NOV 2014 manusia dan usaha-usaha memajukan kaedah/langkah-langkah
JUN perusahaan cendawan faktor-faktor /sebab-sebab
2015
NOV 2015 Kepentingan hutan bandar dan cara- implikasi/impak/akibat/keburukan/
cara mengekalkan hutan bandar natijah
JUN 2016 Faktor-faktor obesiti dan kepentingan usaha-usaha/kaedah-
mengawal berat badan kaedah/langkah-langkah
NOV. 2016 Peranan kaunselor dan langkah- usaha-usaha/kaedah-
langkah menggalakkan murid kaedah/langkah-langkah
JUN 2017 mendapatkan khidmat kaunselor. manfaat/ kepentingan/ kebaikan/
Cara-cara menjalani kehidupan berkualiti kelebihan
NOV 2017 pada hari tua dan sebab-sebab warga manfaat/ kepentingan/ kebaikan
tua perlu dihargai.
JUN 2018 Punca-punca berkurangnya bekalan air langkah/ kaedah/persiapan
bersih dan cara-cara menyedarkan
NOV 2018 masyarakat supaya berhemat dalam kelebihan / kebaikan / kepentingan
penggunaan air
JUN 2019 Kesan-kesan penggunaan telefon pintar tanggungjawab/sumbangan/tugas
dalam kalangan murid dan peranan ibu
NOV 2019 bapa dalam mengawal penggunaan
telefon pintar anak-anak.
Cara-cara memupuk semangat
patriotisme dalam kalangan remaja dan
kepentingan memupuk semangat
patriotisme.

Cara-cara menguruskan kewangan dan
peranan pelbagai pihak mendidik
masyarakat supaya berberlanja secara
berhemat.

Faedah-faedah pembelajaran Komponen
Sastera (KOMSAS) dan cara-cara pihak
sekolah menarik minat murid mempelajari
KOMSAS.
Kelebihan-kelebihan penerapan unsur
KBAT dan usaha-usaha ibu bapa untuk
menyokong pelaksanaan KBAT dalam
pendidikan.
Persediaan-persediaan graduan
sebelum memasuki alam pekerjaan dan
usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk
mengurangkan masalah pengangguran
Keistimewaan-keistimewaan pokok
kari dan cara-cara menggalakkan
penanaman pokok kari bagi tujuan
komersial
Peranan-peranan Persatuan Ibu Bapa
dan Guru (PIBG) dan cara-cara menarik

3

OGOS 2020 minat ibu bapa bergiat aktif dalam PIBG. Persediaan/kaedah/langkah
Persiapan-persiapan untuk
menghadapi peperiksaan dan tujuan-
tujuan seseorang mengambil
peperiksaan.

I. PENDAHULUAN(P):

CONTOH:
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-
cara memupuk semangat patriotisme dalam kalangan remaja dan kepentingan
memupuk semangat patriotisme. (SPM 2016)

Murid boleh menukarkan perkataan yang sesuai dengan kata kunci pertama

Contoh: usaha/ cara-cara/ strategi /kaedah/ teknik/ pendekatan
langkah

persiapan persediaan/langkah

punca sebab/faktor

halangan masalah/ cabaran/ kesulitan/ rintangan

kesan akibat/ impak/ implikasi/natijah

manfaat faedah/kepentingan/kelebihan/ kemaslahatan/kebaikan

keistimewaan Kelebihan/kebaikan/kepentingan

tanggungjawab tugas/peranan/sumbangan

ciri-ciri kriteria/sifat

Teknik 1
Rumusan membincangkan langkah-langkah memupuk semangat patriotisme

dalam kalangan remaja dan kepentingan memupuk semangat patriotisme.

[2 markah]
Teknik 2
Petikan membincangkan langkah-langkah memupuk semangat patriotisme dalam
kalangan remaja di Malaysia.

[2 markah]

Sambungan ayat dalam pendahuluan Teknik 2:

Tempat … di negara kita.
… di Malaysia.

Siapa … dalam kalangan masyarakat.
… dalam kalangan remaja.
… dalam kalangan murid.

4

Perbezaan Antara:

Rumusan membincangkan ada arahan isi tersurat dan tersirat.

Petikan membincangkan ada arahan isi tersurat sahaja + sambungan
ayat

II. ISI TERSURAT(S):

a. Isi tersurat mestilah berdasarkan kata kunci yang pertama dalam soalan.
b. Contoh dan huraian isi tersurat tidak perlu ditulis lengkap.

III. ISI TERSIRAT (T)

a. Isi tersirat mestilah berdasarkan kata kunci kedua dalam soalan.
b. Isi tersirat tiada dalam petikan.
c. Lihat sama ada fokus isi tersirat secara umum (melibatkan semua pihak) atau

secara khusus (melibatkan individu atau pihak tertentu sahaja)

CONTOH:
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-

cara memupuk semangat patriotisme dalam kalangan remaja dan

kepentingan memupuk semangat patriotisme. (SPM 2016)

Arahan Isi Tersurat ….cara-cara memupuk semangat patriotisme dalam
-kata kunci pertama- kalangan remaja

Arahan Isi Tersirat …kepentingan memupuk semangat patriotisme.
-kata kunci kedua-

IV. MENULIS KESIMPULAN(K)

a. Kesimpulan mempunyai DUA bahagian.
b. Bahagian 1- berbentuk cadangan
c. Bahagian 2- harapan. (menjurus kepada isu yang sedang dibincangkan)
d. Masukkan isu yang dibincangkan dalam kata kunci pertama
e. Kesimpulan ditulis dalam satu ayat. Gunakan kata hubung agar/supaya.
f. Jangan menyalin ayat daripada petikan sebagai kesimpulan.

Contoh:
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang
tindakan mengatasi masalah disiplin murid di sekolah dan kesan masalah itu kepada
negara.(SPM NOV 2007)

5

Bahagian 1 / Cadangan Bahagian 2 / Harapan

1 2(ISU) 3 4 5 6 7
Kesimpulannya, agar/ masa depan
masalah disiplin perlulah/ diatasi oleh supaya murid terjamin
dalam kalangan hendaklah semua
murid /mestilah pihak

LATIHAN RUMUSAN 1(30 markah)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang tindakan kerajaan
mengatasi wabak COVID-19 dan kesan-kesan penularan wabak ini terhadap rakyat.
Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Penyakit paling kritikal diperkatakan di seluruh negara dan dunia ialah wabak COVID-19
yang mula dikesan di Wuhan, China sekitar pertengahan Disember tahun lalu. Penyakit ini mula
menjadi isu paling serius di negara ini ekoran gelombang keduanya yang turut mencatatkan dua
kematian pada hari 17 Mac lalu.

Disebabkan kritikalnya wabak itu, kerajaan mengambil tindakan dengan mengisytiharkan
Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) selama 14 hari bermula 18 Mac lalu sehingga 31 Mac bagi
membendung wabak ini daripada terus merebak. Namun begitu, tanpa memahami tujuan sebenar
Perintah Kawalan Pergerakan, rakyat menganggap kerajaan memberi ‘cuti’ kepada mereka.
Rakyat mula membanjiri Terminal Bas Selatan (TBS) untuk pulang ke kampung tanpa memikirkan
kemungkinan besar mereka akan dijangkiti virus COVID-19 kerana bersesak-sesak dan seterusnya
menjadi pembawa virus berkenaan dan merebak pula di kampung halaman masing-masing. Ada
juga rakyat yang menggunakan kesempatan ini untuk pergi bercuti di tempat-tempat
pelancongan. Sikap rakyat yang sedemikian rupa menyebabkan Perdana Menteri terpaksa
membuat perutusan khas pada hari berikutnya dan merayu berkali-kali supaya rakyat mengawal
serta mengurangkan pergerakan supaya COVID-19 tidak terus merebak kepada orang lain.

Tanggal 25 Mac menerusi satu perutusan khas, Perdana Menteri mengumumkan PKP akan
dilanjutkan sehingga 14 April 2020 sebagai usaha yang berterusan untuk memutuskan rantaian
jangkitan Covid-19. Menurut Perdana Menteri lagi, taklimat oleh Majlis Keselamatan Negara
(MKN) menjangkakan peningkatan kes boleh berlaku jika tiada sebarang tindakan diambil.
Kerajaan juga turut mengehadkan waktu operasi premis perniagaan, restoran, gerai makan,
stesen minyak dan beberapa lagi sektor lain. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham
Abdullah menjelaskan bahawa tindakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan
memberi fokus pada lokaliti atau di kilang dan di premis yang mempunyai kes positif COVID-19.

Apabila Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan bermula 4 Mei,
kelonggaran diberikan untuk membuka semula hampir semua sektor ekonomi secara berhati-hati
dan terkawal. Kerajaan telah menetapkan peniaga, pengusaha dan majikan perlu mematuhi
Prosedur Operasi Satandard (SOP) yang ditetapkan iaitu memastikan penjarakan sosial, basuh
tangan, pakai topeng muka dan elakkan perhimpunan ramai dipatuhi. Sekiranya, pengusaha
kilang atau pemilik restoran yang dibenarkan beroperasi tidak mengikut Prosedur Operasi
Satandard (SOP) yang ditetapkan, arahan penutupan akan dikeluarkan oleh kerajaan.

6

Kerajaan menyeru dan menggesa rakyat memakai pelitup muka ketika berada di kawasan
umum terutama di tempat yang sesak dan tertutup bagi mencegah dan mengawal penularan
pandemik COVID-19. Kerajaan juga meneruskan operasi sanitasi awam khasnya di bangunan
kerajaan, pusat perniagaan dan di pasar raya kerana langkah tersebut dapat membantu
mengurangkan penularan COVID-19. Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob, menjelaskan bahawa sehingga kini sebanyak 1,871 sanitasi awam sudah dilaksanakan
membabitkan 99 zon khasnya di kawasan zon merah.

Kesimpulannya, semua pihak sememangnya perlu mengamalkan tahap disiplin kendiri
yang tinggi dengan mementingkan aspek kebersihan diri, keluarga dan kawasan kediaman serta
mengamalkan langkah kesihatan awam lain dalam kehidupan seharian dalam memerangi COVID-
19.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Enam langkah Mudah Perangi COVID-19”
oleh Nurulashikin Romli BH Online 30 Mei 2020)

Soalan 2(a) – Petikan Umum (9 markah)
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata mengehadkan waktu.

[2 markah]
(ii) Pengarang mengemukakan sikap orang ramai apabila kerajaan mengisytiharkan Perintah

Kawalan Pergerakan selama 14 hari.
Jelaskan.

[3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah rakyat perlu mementingkan aspek penjagaan kesihatan

dan kebersihan?
[4 markah]

7

SKEMA LATIHAN 1

PEND ISI MARKAH
P1 Petikan membincangkan usaha/strategi/cara/langkah kerajaan 2
mengatasi wabak COVID-19 dalam kalangan masyarakat di Malaysia/di
P2 negara ini 2
P3 Rumusan membincangkan usaha/strategi/cara/langkah kerajaan 1
P4 mengatasi wabak COVID-19 dan kesan-kesannya 0

Petikan membincangkan usaha/strategi/cara/langkah kerajaan
mengatasi wabak COVID-19
Petikan membincangkan tindakan kerajaan mengatasi wabak COVID-
19

ISI TERSURAT: TINDAKAN KERAJAAN MENGATASI WABAK COVID-19

ISI JAWAPAN MARKAH
S1 kerajaan mengambil tindakan dengan mengisytiharkan Perintah 2
Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 18 Mac lalu sehingga 31
S2 Mac 2
Perdana Menteri terpaksa membuat perutusan khas pada hari
S3 berikutnya dan merayu berkali-kali supaya rakyat mengawal serta 2
S4 mengurangkan pergerakan 2
Perdana Menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
S5 akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020 2
Kerajaan juga turut mengehadkan waktu operasi premis
S6 perniagaan, restoran, gerai makan, stesen minyak dan beberapa lagi 2
S7 sektor lain 2
tindakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan
memberi fokus pada lokaliti atau di kilang dan di premis yang
mempunyai kes positif COVID-19.
Kerajaan telah menetapkan peniaga, pengusaha dan majikan perlu
mematuhi Prosedur Operasi Satandard (SOP) yang ditetapkan
Sekiranya, pengusaha kilang atau pemilik restoran yang dibenarkan
beroperasi tidak mengikut Prosedur Operasi Satandard (SOP) yang
ditetapkan, arahan penutupan akan dikeluarkan oleh kerajaan.

S8 Kerajaan menyeru dan menggesa rakyat memakai pelitup muka ketika 2
berada di kawasan umum terutama di tempat yang sesak dan tertutup 2

S9 Kerajaan juga meneruskan operasi sanitasi awam khasnya di
bangunan kerajaan, pusat perniagaan dan di pasar raya

ISI TERSIRAT: KESAN-KESAN PENULARAN WABAK INI TERHADAP RAKYAT MARKAH
ISI JAWAPAN 2
2
T1 Jumlah kematian meningkat 2
T2 Peningkatan jumlah pesakit di hospital 2
T3 Rakyat hilang pekerjaan 2
T4 Tahap kesedaran rakyat tentang amalan kebersihan meningkat
T5 Rakyat bersikap lebih kreatif dengan bekerja dari rumah 8
*terima jawapan lain yang relevan*

KESIMPULAN MARKAH
ISI JAWAPAN 2

K1 Kesimpulannya, tindakan kerajaan mengatasi wabak COVID-19 perlulah 1
disokong oleh semua pihak/oleh rakyat agar kehidupan rakyat
terjamin/ kesihatan rakyat terjaga

K2 Kesimpulannya, tindakan kerajaan mengatasi wabak COVID-19 perlulah
disokong oleh semua pihak/oleh rakyat

SKEMA PEMAHAMAN 2(a)

SOALAN (i) Maksud rangkai kata mengehadkan waktu :

PILIHAN JAWAPAN MARKAH
2
P1 Menentukan /menetapkan masa 1
0
P2 Menetapkan waktu

P3 Menentukan garis tertentu

SOALAN (ii) Pengarang mengemukakan sikap orang ramai apabila kerajaan mengisytiharkan
Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari

ISI JAWAPAN MARK
AH

P1 rakyat menganggap kerajaan memberi ‘cuti’ kepada mereka.

P2 Rakyat mula membanjiri Terminal Bas Selatan (TBS) untuk pulang ke
kampung tanpa memikirkan kemungkinan besar mereka akan dijangkiti
virus COVID-19 kerana bersesak-sesak dan seterusnya menjadi pembawa
virus berkenaan dan merebak pula di kampung halaman masing-masing

P3 Ada juga rakyat yang menggunakan kesempatan ini untuk bercuti di

tempat-tempat pelancongan.

2 jawapan=3 markah

SOALAN (iii) Pada pendapat saya, rakyat perlu mementingkan aspek penjagaan kesihatan dan
kebersihan

ISI JAWAPAN
P1 menghindari penyakit/ penyakit berjangkit
P2 menjamin imej dan perwatakan yang menarik
P3 mewujudkan persekitaran yang indah dan tenang
P4 meningkatkan produktiiviti kehidupan
P5 tuntutan/ ajaran semua agama
P6 disenangi oleh orang lain/rakan

3 jawapan = 4 markah

9

LATIHAN RUMUSAN 2(30 markah)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah
meningkatkan minat masyarakat terhadap pelaburan saham amanah dan manfaat-
manfaatnya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Penganjuran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) telah membawa faedah yang amat
besar kepada orang ramai dalam memberi kesedaran kepada mereka mengenai kepentingan
industri saham amanah dan kepentingannya kepada negara. Selepas kegawatan ekonomi yang
menyaksikan saham-saham amanah oleh beberapa buah negara mengalami kemalapan ketara,
keyakinan pelabur terutamanya kaum bumiputera turut luntur sehingga hari ini. Semangat ini
perlu dibangkit kembali oleh pengurus-pengurus dana dengan menyuntik keyakinan baru kepada
orang ramai. Dengan adanya keyakinan , masyarakat akan terus melabur walaupun menghadapi
masalah kewangan. Masyarakat perlu tahu akan konsep risiko dan pulangan daripada pelaburan
yang dibuat. Oleh itu, mereka perlu diberi pendidikan sepenuhnya tentang kegiatan saham
amanah.

Para pelabur amanah saham negeri dan yang ditaja oleh beberapa pertubuhan telah
membuat aduan mengenai nasib mereka ‘yang tidak terbela’ setelah membuat pelaburan dalam
amanah saham berkenaan. Hal ini termasuklah penerangan yang tidak lengkap sewaktu,
bimbingan yang tidak menyeluruh dan pendedahan cara menangani sesuatu risiko. Para pengurus
dana terutamanya agen-agen mereka perlu bersikap ikhlas dalam memberi penerangan. Lebih
penting lagi, program susulan dengan para pelabur perlu ditingkatkan agar mereka tidak
keseorangan dalam menangani sebarang masalah yang dihadapi. Para pengurus dana tidak
seharusnya hanya mengejar keuntungan dan komisen semata-mata.

Semasa berkempen pelbagai kata manis diucapkan tetapi selepas melabur dan saham itu
pula jatuh tiada apa-apa berita yang diterima. Sebenarnya kaum bumiputera masih lagi lemah
dalam urusan pelaburan. Sejak produk-produk pelaburan dilancarkan, penyertaan kaum
bumiputera terlalu sedikit bilangannya. Oleh itu, pengurus dana digesa agar memberi penekanan
kepada usaha meningkatkan ilmu dan kemahiran pelaburan supaya masyarakat lebih bijak
merancang kewangan dan pelaburan mereka. Sesungguhnya industri saham amanah memainkan
peranan penting dalam menjana ekonomi negara, berpotensi untuk lebih maju dan perlu diperluas
lagi.

Kita mahu MSAM 2016 yang bertemakan ‘merakyatkan pelaburan’ diperluas ke peringkat
negeri dan daerah supaya kesedaran itu lebih meluas. Bagi memantapkan pemahaman generasi
muda tentang saham amanah, murid-murid sekolah harus didedahkan dengan pengetahuan
pelaburan. Walaupun usia amanah saham di negara ini sudah dikatakan matang, pengetahuan
masyarakat masih belum masak sepenuhnya. Dalam keghairahan pengurus dana menjalankan
kempen menarik pelabur, kempen kesedaran juga harus seiring dan dipertingkatkan.

(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Tingkatkan kesedaran pelaburan
generasi muda’ Oleh Zunaidah Zainon,Utusan 30 September 2016)

10

Soalan 2(a) – Petikan Umum (9 markah)

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata kemalapan ketara? [2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa rungutan oleh orang ramai dalam membuat
pelaburan.
Apakah rungutan-rungutan tersebut?

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah pelaburan saham amanah masih kurang mendapat
sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat tempatan?
Berikan tiga sebab.
[4 markah]

11

SKEMA LATIHAN 2

PENDAHULUAN soalan=langkah

PEND JAWAPAN MARKAH
2
P1 Petikan membincangkan usaha/ cara/ kaedah/ inisiatif/ tindakan meningkatkan
minat masyarakat terhadap pelaburan saham amanah di Malaysia /di 2
negara ini
1
P2 Rumusan membincangkan usaha/ cara/ kaedah/ inisiatif/ tindakan 0
meningkatkan minat masyarakat terhadap pelaburan saham amanah dan
manfaat-manfaatnya.

P3 Petikan membincangkan usaha/ cara/ kaedah/ inisiatif/ tindakan meningkatkan
minat masyarakat terhadap pelaburan saham amanah.

P4 Petikan membincangkan langkah-langkah meningkatkan minat masyarakat
terhadap pelaburan saham amanah.

ISI TERSURAT :Langkah-langkah meningkatkan minat terhadap pelaburan saham
amanah kepada masyarakat

ISI JAWAPAN MARKAH

S1 Pengurus-pengurus dana dengan menyuntik keyakinan baru kepada orang 2
ramai

S2 Perlu diberi pendidikan sepenuhnya tentang kegiatan saham amanah. 2

S3 Agen-agen mereka perlu bersikap ikhlas dalam memberi penerangan 2

S4 Program susulan dengan para pelabur perlu ditingkatkan. 2

S5 Para pengurus dana tidak seharusnya hanya mengejar keuntungan dan 2
komisen semata-mata.

S6 Pengurus dana digesa agar memberi penekanan kepada usaha meningkatkan 2
ilmu dan kemahiran pelaburan

S7 Murid-murid sekolah harus didedahkan dengan pengetahuan pelaburan. 2

S8 Kempen kesedaran juga harus seiring dan dipertingkatkan. 2

ISI TERSIRAT :Manfaat pelaburan saham amanah kepada masyarakat MARKAH
ISI JAWAPAN 2
T1 Melatih rakyat melabur sambil menyimpan (memupuk sikap berjimat cermat). 2
T2 Memberikan peluang kepada orang ramai untuk melabur secara kecil-kecilan 2
T3 Memacu ekonomi negara agar berkembang lebih pesat 2
T4 Pelaburan yang berisiko rendah dari kerajaan.

KESIMPULAN MARKAH
ISI JAWAPAN 2
K1 Kesimpulannya, semua pihak perlulah menyokong untuk menggalakkan
masyarakat melabur dalam saham amanah agar masa hadapan 1
terjamin.
K2 Kesimpulannya, semua pihak perlulah menyokong untuk menggalakkan
masyarakat melabur dalam saham amanah

12

SKEMA PEMAHAMAN 2(a)

SOALAN (i) Maksud rangkai kata kemalapan ketara:

PILIHAN JAWAPAN MARKAH
2
P1 keadaan yang tidak aktif/ tidak berkembang nyata/jelas kelihatan 1
0
P2 keadaan yang kabur dapat dilihat

P3 keadaan yang malap

SOALAN (ii) Rungutan-rungutan: MARKAH
ISI JAWAPAN 1
P1 penerangan yang tidak lengkap 1
P2 bimbingan yang tidak menyeluruh 1
P3 pendedahan cara menangani sesuatu risiko

SOALAN (iii) Sebab-sebab:
ISI JAWAPAN
P1 kurang mendapat maklumat berkaitan pelaburan saham amanah
P2 kurang pengetahuan tentang amalan pengurusan kewangan terbaik
P3 persepsi negatif segelintir masyarakat tentang pelaburan
P4 media lebih banyak menyiarkan kegagalan pelaburan jika dibandingkan
kejayaan hasil pelaburan
P5 tidak memiliki kewangan yang kukuh
P6 kos hidup yang meningkat

3 jawapan = 4 markah

13

LATIHAN RUMUSAN 3[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cara-cara remaja
menjalani gaya hidup sihat dan kesan-kesannya. Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Memetik kata-kata isteri presiden Amerika Syarikat, Michelle Obama,”Tiada yang lebih
penting daripada kesihatan dan membesarkan anak-anak secara sihat,” kesihatan amatlah penting
untuk generasi muda terutamanya remaja. Namun begitu, masalah kesihatan seperti obesiti, dan
diabetes dalam kalangan remaja hari ini bukan jenaka tetapi merupakan realiti kehidupan.

Kesihatan merupakan aset terpenting seseorang remaja. Seorang remaja yang sihat bukan
sekadar bebas daripada penyakit tetapi sihat dari aspek fizikal, mental, emosi dan spiritualnya.
Kunci penting dalam kesihatan adalah dengan mengetahui, melakukannya dan menyeimbangkan.
Kaedah yang paling mudah bagi remaja untuk menjalani gaya hidup sihat adalah dengan mencari
info tentang kesihatan dengan melayari laman sesawang, membaca buku dan bertanya dengan
pakar kesihatan. Antara laman sesawang yang boleh dirujuk oleh remaja adalah melalui laman
info sihat yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Remaja juga boleh bertanya
sendiri hal kesihatan dengan pakar dalam bidang ini. Tindakan bertanya amat digalakkan sebelum
remaja mencuba sendiri menjalani kehidupan sihat. Kes-kes menakutkan tentang remaja cuba
berdiet dengan tidak seimbang kerana khuatir dengan masalah obesiti sering kali berlaku kerana
tiadanya bimbingan serta rujukan daripada pakar kesihatan.

Kunci seterusnya untuk hidup secara sihat adalah dengan mengambil makanan yang
berkhasiat. Remaja memerlukan lebih kandungan protein, kabohidrat, vitamin dan lemak dalam
badan. Seterusnya, remaja perlu menekankan aspek penjagaan kebersihan diri. Hal ini bukan
sahaja penting bagi memastikan badan remaja tidak berbau dan disenangi oleh orang lain,
malahan bagi memastikan remaja tidak terdedah dengan sebarang punca penyakit, seperti
bakteria bahaya, kutu dan kulat. Remaja perlu melakukan aktiviti bersenam untuk menjaga
kesihatan. Jika minat menari, boleh juga menggunakan tarian sebagai salah satu senaman.
Selain dapat mengisi masa lapang serta hidup dengan lebih sihat, remaja berpeluang mengasah
bakat seni dalam diri remaja. Semuanya bermula dengan langkah pertama untuk mencuba.

Aktiviti sihat tidak hanya berfokus kepada senaman untuk fizikal semata-mata. Otak juga
perlu menjalani kehidupan yang sihat. Sehubungan dengan itu, remaja perlu menghindarkan diri
daripada sebarang aktiviti negatif, seperti menagih dadah dan merokok, dapat membantu remaja
menjadi lebih cerdas. Tentu seronok jika otak dapat berfungsi dengan sepenuhnya apabila badan
remaja bersih daripada sebarang pencemaran. Aktiviti lain yang perlu dilakukan oleh remaja
untuk hidup lebih sihat ialah masa rehat yang cukup. Waktu rehat yang secukupnya dapat
membantu remaja merehatkan badan selepas seharian melakukan pelbagai aktiviti. Dalam
menjalani kehidupan yang sihat, keseimbangan dalam hidup adalah sangat penting. Pengambilan
makanan seimbang mengikut piramid makanan merupakan satu cara yang perlu diikuti oleh
remaja bagi memastikan remaja terhindar daripada sebarang penyakit.

Pendek kata, cara hidup sihat bukan sahaja dapat membantu remaja berfikir dengan
lebih matang, tetapi dapat memberikan keyakinan diri dan daya kreativiti akan semakin
bertambah.

( Dipetik dan diubahsuaikan daripada
“Remaja Prihatin Remaja Sihat,” Dewan Siswa, September, 2011)

14

Soalan 2(a) – Petikan Umum [9 markah]

Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

i. Apakah maksud rangkai kata bukan jenaka? [2 markah]

ii. Mengapakah remaja perlu menitikberatkan aspek penjagaan kebersihan diri?
[3 markah]

iii. Pada pendapat anda, mengapakah remaja pada hari ini gemar mengambil [4 markah]
makanan segera? Nyatakan 4 sebab.

15

SKEMA LATIHAN 3

PENDAHULUAN soalan= cara

PEND JAWAPAN MARKAH
2
P1 Petikan menerangkan langkah-langkah/usaha-usaha remaja menjalani
gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian.

P2 Rumusan membincangkan langkah / usaha remaja menjalani 2
gaya hidup sihat dan kesan-kesannya.

P3 Petikan membincangkan langkah-langkah/usaha-usaha remaja menjalani 1
gaya hidup sihat

P4 Petikan membincangkan cara-cara remaja menjalani gaya hidup sihat 0

Isi Tersurat: cara-cara remaja menjalani gaya hidup sihat MARKAH
2
ISI JAWAPAN 2
S1 mencari info tentang kesihatan
S2 remaja juga boleh bertanya sendiri hal kesihatan dengan pakar dalam 2
2
bidang ini. 2
S3 mengambil makanan yang berkhasiat 2
S4 Perlu menekankan aspek penjagaan kebersihan diri 2
S5 remaja perlu melakukan aktiviti bersenam untuk menjaga kesihatan 2
S6 remaja perlu menghindarkan diri daripada sebarang aktiviti negatif
S7 masa rehat yang cukup
S8 pengambilan makanan seimbang mengikut piramid makanan

ISI TERSIRAT: Kesan-kesannya MARKAH
ISI JAWAPAN 2
T1 Remaja berfikiran positif(pemikiran) 2
T2 Remaja lebih sihat(tubuh badan) 2
T3 Remaja mempunyai lebih kesedaran/ilmu tentang kesihatan diri 2
T4 Remaja lebih cemerlang
MARKAH
KESIMPULAN 2
K JAWAPAN
K1 Kesimpulannya, gaya hidup sihat perlulah diamalkan oleh setiap remaja 1
agar tahap kesihatan mereka terjamin

K2 Kesimpulannya, cara-cara gaya hidup sihat perlulah diamalkan oleh setiap
remaja

16

SKEMA PEMAHAMAN 2(a)

SOALAN (i) Maksud rangkai kata bukan jenaka:

PILIHAN JAWAPAN MARKAH
2
P1 tidak lucu/kelakar 1
1
P2 bukan lucu

P3 tidak jenaka

SOALAN (ii) : Remaja perlu menitikberatkan aspek penjagaan kebersihan diri untuk MARKAH
1
ISI JAWAPAN 1
1
P1 memastikan badan remaja tidak berbau

P2 disenangi oleh orang lain
P3 memastikan remaja tidak terdedah dengan sebarang punca penyakit,

seperti bakteria bahaya, kutu dan kulat.

SOALAN (iii) : Pada pendapat saya, remaja gemar mengambil makanan segera kerana:

ISI JAWAPAN Markah
P1 mudah disediakan/diperoleh 1
P2 gaya hidup yang diamalkan pada zaman ini 1
P3 pengaruh media massa/iklan 1
P4 kesibukan ibu bapa 1
P5 pengaruh rakan-rakan 1
P6 sedap/enak

4 jawapan = 4 markah

17

LATIHAN RUMUSAN 4[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang strategi kerajaan
untuk memperkasakan bidang kemahiran dan kepentingannya kepada negara.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Hasrat kerajaan untuk menjadikan negara ini maju dan berpendapatan tinggi
menjelang tahun 2020 sememangnya memerlukan modal insan yang berkemahiran tinggi dalam
bidang kemahiran dan teknologi. Peratusan jumlah tenaga mahir di Malaysia sangat rendah,
hanya 28 peratus berbanding Finland yang mempunyai 100 peratus tenaga mahir, manakala
Jerman sudah mencapai 80 peratus.

Kerajaan telah mengorak langkah dengan menaik taraf sekolah menengah vokasional
kepada kolej vokasional. Dengan meningkatkan tahap kelulusan daripada sijil kepada diploma
mampu melonjakkan keyakinan pelajar yang selama ini merasakan bidang ini tiada masa
hadapan. Kita harus sedar bahawa bukan semua pelajar mampu mengikuti aliran akademik, maka
suatu alternatif patut diberikan kepada pelajar yang berminat dengan kemahiran. Di samping itu,
bagi memastikan lulusan kolej vokasional mendapat pekerjaan selepas tamat belajar, jalinan
kerjasama antara kolej vokasional dengan syarikat swasta atau kerajaan amat perlu untuk
memenuhi kehendak pasaran.

Sesungguhnya , bidang latihan kemahiran merupakan usaha penting dalam
pembangunan modal insan yang mampu mentransformasikan ekonomi negara. Oleh itu, Sistem
Latihan Dual Nasional (SLDN) turut memberikan peluang kepada remaja mempelajari bidang
kemahiran. Sistem pendidikan dari Jerman itu merupakan wadah menjana tenaga mahir negara
yang menggabungkan latihan praktikal di industri dan pengetahuan teori di pusat latihan.
Tambahan pula, Kementerian Pendidikan Malaysia memperluas Program Perintis Industri
Menengah Atas (PIMA) di semua sekolah bermula tahun 2018. Program ini menetapkan 70
peratus pembelajaran di industri dan 30 peratus pengajian akademik.

Sementara itu, pada peringkat pengajian tinggi pula, kerajaan menggalakkan pihak
industri menawarkan biasiswa kepada pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran. Sesungguhnya,
langkah ini berupaya melahirkan lebih banyak pelajar berkemahiran. Tidak dapat dinafikan, di
sebalik usaha proaktif, masih terdapat persepsi negatif seperti masyarakat melabelkan bidang ini
sebagai pilihan kedua. Malah ada yang beranggapan, bidang ini hanya untuk pelajar yang gagal
dalam bidang akademik. Turut terdengar suara-suara sumbang yang mengatakan bahawa bidang
kemahiran tidak mempunyai kehendak pasaran. Oleh hal yang demikian, kerajaan telah
mewajibkan lepasan SPM untuk menyambung ke institusi pengajian berteraskan latihan teknikal
seandainya mereka tidak berminat dalam akademik.

Tuntasnya, kerajaan melakukan perubahan dari segi mutu pendidikan dan prasarana
agar mampu menandingi kolej lain dalam usaha memperkasakan bidang ini. Semua inisiatif yang
dirangka oleh kerajaan bertujuan untuk mengangkat kembali bidang kemahiran setanding dengan
pendidikan akademik. Dunia yang semakin mencabar memerlukan tenaga mahir dan memiliki
kemahiran insaniah yang seimbang tanpa meminggirkan bidang akademik. Kajian terdahulu
membuktikan bahawa graduan latihan kemahiran di negara maju seperti Australia, Jepun, Jerman
dan Amerika Syarikat merupakan penyumbang terbesar dalam pembangunan negara mereka.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
“Ayuh Perkasakan Bidang Kemahiran”oleh Samat Buang Dewan Siswa, September 2018)

18

Soalan 2 (a) - Petikan Umum[9 markah]
Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata melonjakkan keyakinan? [2 markah]

(ii) Pengarang mengatakan bahawa terdapat beberapa pandangan negatif masyarakat
terhadap bidang kemahiran.

Nyatakan pandangan-pandangan tersebut?

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan yang akan berlaku sekiranya negara
kita terlalu bergantung kepada tenaga mahir dari luar negara?

[4 markah]

19

SKEMA LATIHAN 4

PENDAHULUAN soalan= strategi

PEND JAWAPAN MARKAH
P1
Petikan membincangkan langkah / usaha / tindakan / pendekatan /
cara kerajaan untuk memperkasakan bidang kemahiran dalam kalangan
masyarakat di Malaysia/ di negara ini. 2

Rumusan membincangkan langkah / usaha / tindakan / pendekatan /
cara kerajaan untuk memperkasakan bidang kemahiran dan
P2 kepentingannya kepada negara. 2

Petikan membincangkan langkah / usaha / tindakan / pendekatan / 1
P3 cara 0

kerajaan untuk memperkasakan bidang kemahiran. MARKAH
P4 Petikan membincangkan strategi kerajaan untuk memperkasakan bidang 2

kemahiran.

ISI TERSURAT (strategi kerajaan untuk memperkasakan bidang
kemahiran)

ISI JAWAPAN
S1 menaik taraf sekolah menengah vokasional kepada kolej vokasional

S2 meningkatkan tahap kelulusan daripada sijil kepada diploma 2
jalinan kerjasama antara kolej vokasional dengan syarikat swasta atau 2

S3 kerajaan amat perlu untuk memenuhi kehendak pasaran. 2

Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) turut memberikan peluang
S4 kepada remaja mempelajari bidang kemahiran.

Kementerian Pendidikan Malaysia memperluas Program Perintis Industri 2
S5 Menengah Atas(PIMA) di semua sekolah.

pihak industri menawarkan biasiswa kepada pelajar yang ingin melanjutkan 2
S6 pelajaran 2

kerajaan telah mewajibkan lepasan SPM untuk menyambung ke
institusi pengajian berteraskan latihan teknikal seandainya mereka tidak
S7 berminat dalam akademik

kerajaan melakukan perubahan dari segi mutu pendidikan dan prasarana
S8 agar mampu menandingi kolej lain dalam usaha memperkasakan bidang ini 2

ISI TERSIRAT (Kepentingannya kepada negara) MARKAH
2
ISI JAWAPAN 2
T1 melahirkan lebih ramai tenaga kerja mahir 2
T2 mengurangkan kebergantungan kepada pekerja mahir dari luar negara
T3 merancakkan bidang pembuatan dan pembinaan 2

Mengurangkan pengangguran kerana mengisi jawatan dalam bidang 2
T4 kemahiran

negara berupaya melahirkan lebih ramai pekerja yang mahir dalam
T5 kemahiran insaniah

20

merealisasikan aspirasi ke arah negara berpendapatan tinggi dan kestabilan
T6 ekonomi 2

ISI JAWAPAN MARKAH

Kesimpulannya, memperkasakan bidang kemahiran perlulah disokong oleh 2
K1 semua

pihak agar dapat melahirkan murid / masyarakat yang cemerlang.

Kesimpulannya, memperkasakan bidang kemahiran perlulah disokong oleh
K2 semua pihak 1

SKEMA PEMAHAMAN 2(a)

SOALAN (i) Maksud rangkai kata melonjakkan keyakinan :

PILIHAN JAWAPAN MARKAH

meningkatkan / meninggikan/ menaikkan 2
P1 kepercayaan / kepastian 1
1
P2 meningkatkan / meninggikan/ menaikkan keyakinan

P3 melonjakkan kepercayaan / kepastian

SOALAN (ii) Pandangan negatif masyarakat terhadap bidang kemahiran : MARKAH
ISI JAWAPAN 1
P1 masyarakat melabelkan bidang ini sebagai pilihan kedua. 1
P2 bidang ini hanya untuk pelajar yang gagal dalam bidang akademik 1
P3 bidang kemahiran tidak mempunyai kehendak pasaran

SOALAN (iii) Kesan sekiranya negara kita terlalu bergantung kepada tenaga mahir
dari luar negara

ISI JAWAPAN MARKAH
P1 sektor pekerjaan negara dikuasai oleh pekerja luar negara 1
P2 pekerja tempatan sukar memperoleh jawatan yang ditawarkan 1
P3 masalah pengangguran rakyat akan berlaku 1
P4 keuntungan negara dikaut oleh tenaga mahir 1

21

LATIHAN RUMUSAN 5[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang usaha-usaha
untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam dan kesan-kesan usaha tersebut
kepada negara. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pelbagai transformasi dilaksanakan oleh kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Sri Mohd.
Najib Tun Abdul Razak demi meningkatkan kredibiliti perkhidmatan awam di negara ini.
Perkhidmatan awam yang dianggotai kira-kira 1.2 juta orang kakitangan tidak terkecuali
daripada terlibat dalam transformasi sejajar dengan tuntutan untuk menzahirkan aspirasi
kerajaan. Semua penjawat awam perlu berganding bahu dan berazam untuk merealisasikan
aspirasi kerajaan yang mengutamakan prestasi dan bertunjangkan keutamaan kepada rakyat.

Peranan penjawat awam amat signifikan dalam melaksanakan agenda negara. Teguran
sering dibuat terhadap sikap negatif kakitangan awam yang kurang mesra di kaunter-kaunter
apabila berurusan dengan pelanggan. Keadaan ini berlaku disebabkan sikap segelintir
kakitangan awam yang tidak bertanggungjawab sehingga mencalarkan nama baik penjawat
awam. Kakitangan awam perlu membudayakan kreativiti dan inovasi penjawat awam.
Sementara itu, dalam usaha untuk memastikan setiap ringgit dan sen yang dibelanjakan
mendapat pulangan nilai paling maksimum kepada kerajaan dan rakyat, amalan nilai untuk
wang perlu dilaksanakan. Kita sedia maklum bahawa, kerajaan telah berbelanja berjuta-juta
ringgit setiap tahun dengan memberikan kursus yang berterusan kepada penjawat awam
semata-mata untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam.

Perkara yang paling perlu ialah kakitangan awam sendiri perlu melakukan anjakan
paradigma untuk menghadapi cabaran pada masa depan. Pelbagai penyelesaian terbaik demi
memartabatkan negara ke tahap yang lebih tinggi perlu dilaksanakan. Kakitangan awam
hendaklah bersama-sama memberikan sepenuh komitmen dalam memperkukuh sistem
penyampaian perkhidmatan kerajaan. Mereka juga perlu meningkatkan nilai integriti ketika
bertugas. Peningkatan tahap integriti ini amat selari dengan komitmen kerajaan yang mahu
mewujudkan sebuah pentadbiran yang mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.

Kakitangan awam juga digesa untuk memberikan perkhidmatan yang lebih menjurus
kepada usaha mempermudah dan mempercepat urusan pelanggan tanpa kerenah birokrasi.
Sering kali kedengaran rungutan daripada mulut kebanyakan orang tentang kelewatan
penjawat awam melaksanakan tugas apabila mereka berurusan di pejabat-pejabat kerajaan.
Cara ini didapati berupaya membendung amalan rasuah dalam kalangan penjawat awam. Ada
juga kakitangan awam yang tidak segan silu meminta bayaran jika orang ramai mahukan
urusan mereka dibuat dengan segera. Sikap negatif kakitangan awam di kaunter-kaunter yang
kurang mesra apabila berurusan dengan pelanggan juga merupakan rungutan masyarakat
yang sering diperkatakan oleh banyak pihak.

Pembaharuan demi pembaharuan yang dilakukan mampu menutup ruang-ruang kosong
demi meningkatkan mutu perkhidmatan awam di negara ini. Hasrat kerajaan untuk
mempertingkatkan daya saing negara di persada antarabangsa bakal menjadi kenyataan tidak
lama lagi. Semangat kerja secara berpasukan juga perlu diterapkan dalam setiap tugas yang
dilaksanakan demi mencapai sasaran yang ditetapkan. Sesungguhnya setiap program yang
dilaksanakan menjadi titik tolak yang melakar perubahan dalam sejarah perkhidmatan awam di
negara ini.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Transformasi Pekhidmatan Awam”,
oleh Abd. Kadir Mohd. Ayub,

dalam Dewan Masyarakat, Februari 2012)

22

Soalan 2(a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mencalarkan nama baik. [2 markah]

(ii) Apakah rungutan orang ramai yang sering disuarakan terhadap mutu perkhidmatan
awam di negara ini?
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah bentuk ganjaran yang perlu diberikan kepada penjawat
awam yang telah berkhidmat dengan cemerlang?
[4 markah]

23

SKEMA LATIHAN 5

Soalan: usaha

PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan langkah-langkah/ cara-cara/ 2
tindakan-tindakan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam
P2 kepada masyarakat di negara ini / di Malaysia. 2
Rumusan membincangkan langkah-langkah/ cara-cara/
P3 tindakan-tindakan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam 1
P4 dan kesan-kesan usaha tersebut kepada negara. 0
Petikan membincangkan langkah-langkah/ cara-cara/
tindakan-tindakan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan awam
Petikan membincangkan usaha-usaha untuk meningkatkan mutu
perkhidmatan awam

ISI TERSURAT: USAHA-USAHA MENINGKATKAN MUTU PERKHIDMATAN AWAM

ISI JAWAPAN MARKAH
S1 Semua penjawat awam perlu berganding bahu dan berazam untuk 2
merealisasikan aspirasi kerajaan yang mengutamakan prestasi dan
bertunjangkan keutamaan kepada rakyat 2
2
S2 Kakitangan awam perlu membudayakan kreativiti dan inovasi penjawat 2
awam 2

S3 Amalan nilai untuk wang perlu dilaksanakan 2
2
S4 Kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit setiap tahun dengan 2
memberikan kursus yang berterusan kepada penjawat awam

S5 Kakitangan awam perlu melakukan anjakan paradigma

S6 Kakitangan awam hendaklah memberikan sepenuh komitmen
dalam memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan

S7 Penjawat awam perlu meningkatkan nilai integriti ketika bertugas

S8 Kakitangan awam juga digesa untuk memberikan perkhidmatan yang lebih
menjurus kepada usaha mempermudah dan mempercepat urusan
pelanggan tanpa kerenah birokrasi

S9 Semangat kerja secara berpasukan juga perlu diterapkan dalam setiap
tugas yang dijalankan

ISI TERSIRAT: KESAN-KESAN USAHA TERSEBUT KEPADA NEGARA MARKAH
2
ISI JAWAPAN 2
T1 Meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara 2
2
T2 Mengurangkan kos pengurusan dan perbelanjaan kerajaan.
Memberikan perkhidmatan bertaraf dunia/meningkatkan imej negara di

T3 mata dunia
T4 Masalah sosial dalam negara berkurangan

24

KESIMPULAN

K JAWAPAN MARKAH

K1 Kesimpulannya , usaha-usaha meningkatkan mutu perkhidmatan awam perlu 2
disokong oleh semua pihak agar/supaya kemajuan/ pembanguan negara
tercapai.

K2 Kesimpulannya, usaha-usaha meningkatkan mutu perkhidmatan awam perlu 1
dilaksanakan

SKEMA PEMAHAMAN 2(a)

SOALAN (i) Maksud rangkai kata mencalarkan nama baik:

PILIHAN JAWAPAN MARKAH
2
P1 merosakkan reputasi/imej/maruah 1
1
P2 mencalarkan imej/maruah

P3 merosakkan nama baik

SOALAN (ii) Rungutan orang ramai yang sering disuarakan terhadap mutu
perkhidamatan awam di negara ini:

PILIHAN JAWAPAN MARKAH

P1 Kelewatan penjawat awam melaksanakan tugas apabila mereka
berurusan berurusan di pejabat-pejabat kerajaan

Sikap negatif kakitangan awam di kaunter-kaunter yang kurang mesra
P2 apabila berurusan dengan pelanggan

Ada juga kakitangan awam yang tidak segan silu meminta bayaran jika
P3 orang ramai mahukan urusan mereka dibuat dengan segera.

2 jawapan= 3 markah

SOALAN ( iii) Pada pendapat saya, bentuk ganjaran yang perlu diberikan kepada penjawat
awam yang telah berkhidmat dengan cemerlang

PILIHAN JAWAPAN MARKAH

P1 Menawarkan kenaikan gaji yang setimpal / hadiah yang lumayan

P2 Memberikan anugerah kepada pekerja contoh

P3 Memberikan kenaikan pangkat dengan tapisan yang lebih mudah

P4 Menawarkan pakej pelancongan/pakej/umrah/pakej haji

3 jawapan= 4markah

25

LATIHAN RUMUSAN 6[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah
kerajaan meringankan beban rakyat dalam menghadapi kegawatan ekonomi dan
kesan-kesan pemulihan ekonomi kepada rakyat. Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Usaha membasmi kemiskinan tegar menjadi agenda utama kerajaan menjelang 2010. Bagi
meringankan beban rakyat, usaha diambil dengan memperuntukkan RM214 juta bagi pelaksanaan
Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat untuk tujuan pembasmian kemiskinan. Langkah ini juga
akan memastikan agenda masyarakat penyayang terus diamalkan walaupun dalam keadaan
ekonomi yang tidak menentu.

Kerajaan dalam usaha meringankan beban rakyat telah memperkenalkan pakej rangsangan
ekonomi pertama khusus untuk meningkatkan pemilikan rumah oleh rakyat. Oleh itu, bagi
merangsang sektor perumahan, kerajaan mencadangkan supaya pembeli diberikan pelepasan
cukai atas faedah pinjaman. Kerajaan juga telah membantu rakyat dengan menambah baik
infrastruktur awam. Dalam hal ini, kerajaan menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM200
juta untuk menambah baik infrastruktur yang rosak, menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian,
penyelenggaraan dan membaik pulih pelbagai kemudahan serta prasarana awam. Selain itu, Bon
Simpanan Kerajaan telah diterbitkan untuk menjanakan pendapatan rakyat. Bon ini bertujuan
memberikan peluang kepada rakyat untuk memperoleh pendapatan tambahan. Bon ini dibuka
kepada setiap rakyat berusia 21 tahun ke atas dengan nilai minimum pelaburan sebanyak
RM1000.

Di samping itu, kerajaan menaik taraf pelbagai kemudahan asas di luar bandar seperti bekalan
elektrik dan air terutama di Sabah dan Sarawak. Usaha ini akan meningkatkan ekonomi rakyat
melalui pengambilan kontraktor kecil dan pekerja tempatan di kawasan luar bandar. Pelbagai
program dan projek dirancang oleh kerajaan untuk meningkatkan ekonomi rakyat di Sabah dan
Sarawak seperti pembesaran Lapangan Terbang Sibu, Sarawak dan Projek Sistem Penghantaran
Elektrik Kota Kinabalu, Sabah.

Kini, terdapat beberapa program mikrokredit tanpa cagaran disediakan oleh pelbagai pihak
seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, Agrobank dan TEKUN. Program ini bertujuan untuk membantu
peniaga kecil di bandar dan di luar bandar. Kaedah lain yang dilaksanakan adalah dengan memberi
bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik seperti warga emas, golongan kurang upaya,
dan ibu tunggal. Bantuan yang diberikan adalah seperti program jaringan keselamatan sosial,
bantuan kewangan dan bilangan tenaga kerja, meningkatkan kemudahan pusat penjagaan warga
tua, memantapkan pengurusan rumah perlindungan wanita, dan menambahkan kemudahan pusat
asuhan kanak-kanak.

Bagi mengurangkan tanggungan orang ramai, kerajaan mengambil langkah pengecualian
cukai yang diberikan atas bayaran pampasan kehilangan pekerjaan. Langkah ini diambil bertujuan
untuk menjaga kebajikan pekerja yang diberhentikan. Di samping itu, kerajaan menggalakkan
pihak bank untuk menangguhkan bayaran balik pinjaman perumahan.

Kesimpulannya, kerajaan yakin usaha yang dirangka dan dilaksanakan adalah komprehensif
dan menyeluruh untuk menghindarkan ekonomi negara daripada terjerumus dalam kancah

26

kemelesetan yang mendalam sehingga memberi kesan kepada rakyatnya. Dengan landasan kukuh
yang telah dibina, kerajaan yakin dapat mencipta kejayaan lebih besar.

(Dipetik dan diubah suai daripada,
Pakej RM60b Perkukuh Ekonomi Negara Hadapi Kegawatan Global,

Berita Harian, 11 Mac 2009)

Soalan 2 (a) – Petikan Umum

(i) Apakah maksud rangkai kata kemiskinan tegar? [2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan bahawa peruntukan tambahan telah disediakan oleh
kerajaan untuk meringankan beban rakyat.

Nyatakan tiga cara peruntukan tambahan tersebut dibelanjakan. [3 markah]

(iii) Rakyat juga berperanan dalam menangani krisis ekonomi negara.
Huraikan pendapat anda tentang tiga cara rakyat dapat menangani krisis ekonomi
negara.
[4 markah]

27

SKEMA LATIHAN 6

Soalan: tindakan

PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan usaha-usaha / cara-cara / strategi / kaedah 2

kerajaan meringankan beban rakyat dalam menangani kegawatan

ekonomi di negara ini / Malaysia

P2 Rumusan ini membincangkan usaha-usaha / cara-cara / strategi / 2
kaedah kerajaan meringankan beban rakyat dalam menghadapi 1
kegawatan ekonomi dan kesan-kesan pemulihan ekonomi kepada rakyat 0

P3 Petikan membincangkan usaha-usaha / cara-cara / strategi /
kaedah kerajaan meringankan beban rakyat dalam menghadapi
kegawatan ekonomi

P4 Petikan membincangkan langkah-langkah kerajaan meringankan
beban rakyat dalam menghadapi kegawatan ekonomi

ISI TERSURAT: langkah-langkah kerajaan meringankan beban rakyat dalam
menghadapi kegawatan ekonomi

ISI JAWAPAN MARKAH
S1 kerajaan melaksanakan Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat 2
kerajaan memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi pertama 2
S2 2
S3 pembeli diberikan pelepasan cukai atas faedah pinjaman 2
S4 2
S5 kerajaan menambah baik infrastruktur awam
S6 2
S7 kerajaan menerbitkan Bon Simpanan Kerajaan untuk menjana pendapatan 2
S8 rakyat 2
S9 kerajaan menaik taraf pelbagai keperluan asas di luar bandar
S10 pelbagai program dan projek dirancang oleh kerajaan untuk meningkatkan 2
ekonomi rakyat di Sabah dan Sarawak.
pelbagai pihak menyediakan program mikrokredit tanpa cagaran

kerajaan memberikan bantuan kepada golongan kurang bernasib baik
kerajaan mengecualikan cukai atas bayaran pampasan kehilangan
pekerjaan

S11 kerajaan menggalakkan pihak bank menangguhkan bayaran balik pinjaman 2
perumahan

ISI TERSIRAT: kesan-kesan pemulihan ekonomi kepada rakyat MARKAH
2
ISI JAWAPAN 2
T1 ekonomi / pendapatan rakyat akan lebih stabil

T2 membuka peluang pekerjaan kepada rakyat / mengurangkan pengangguran

28

T3 mengelakkan rakyat meminjam wang daripada ceti haram 2
T4 mengurangkan tekanan / stres rakyat
T5 kuasa beli rakyat terjamin / mampu berbelanja 2
2

KESIMPULAN MARKAH
2
K JAWAPAN
K1 Kesimpulannya, langkah-langkah kerajaan meringankan beban rakyat dalam 1

menghadapi kegawatan ekonomi perlulah disokong oleh semua pihak agar
kesejahteraan hidup rakyat terjamin
K2 Kesimpulannya, langkah-langkah kerajaan meringankan beban rakyat dalam
menghadapi kegawatan ekonomi perlulah disokong oleh semua pihak

SKEMA PEMAHAMAN 2(a)

SOALAN (i) Maksud rangkai kata membasmi kemiskinan tegar :

PILIHAN JAWAPAN MARKAH

menghapuskan / membanteras/ memerangi/ mengatasi 2
P1 kedaifan / kemelaratan 1
1
P2 Membasmi kedaifan

P3 Mengatasi kemiskinan

SOALAN (ii): Pengarang menyatakan bahawa peruntukan tambahan telah disediakan oleh
kerajaan untuk meringankan beban rakyat. Tiga cara peruntukan tambahan tersebut
dibelanjakan

PILIHAN JAWAPAN MARKAH
1
P1 menambah baik infrastruktur yang rosak

P2 menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian,penyelenggaraan 1
menyelenggara dan mambaik pulih pelbagai kemudahan / prasarana 1

P3 awam

3 jawapan= 3markah

29

SOALAN ( iii) Rakyat juga berperanan dalam menangani krisis ekonomi negara.
Pendapat saya tentang tiga cara rakyat dapat menangani krisis ekonomi negara

PILIHAN JAWAPAN MARKAH

P1 berjimat-cermat dalam perbelanjaan

P2 memberikan sokongan kepada kempen penjimatan ekonomi

P3 bekerja sambilan / berniaga atas talian

P4 bercucuk tanam / melibatkan diri dalam bidang pertanian

P5 melancong dalam negara

P6 membeli barangan buatan tempatan

P7 menggunakan pengangkutan awam

3 jawapan= 4 markah

30

LATIHAN RUMUSAN 7[ 30 markah ]

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca
kemerosotan nilai kejiranan dan cara-cara mengatasi kemerosotan nilai kejiranan.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan.

Jiran ialah orang yang tinggal berhampiran dengan rumah kita sama ada di kanan, di kiri,
di depan atau di belakang, di tingkat atas atau di tingkat bawah hingga 40 buah rumah dari setiap
penjuru sesebuah kawasan kediaman termasuklah di taman perumahan, kampung, dan
pangsapuri. Orang tua-tua pernah berkata, jiran tetangga yang baik umpama adik-beradik yang
dapat bekerjasama dalam kalangan masyarakat serta membentuk ukhuwah yang kukuh dan
ampuh. Jiran yang baik juga dapat membentuk semangat kekitaan bagi melahirkan semangat
bersatu padu serta membolehkan semua anggota masyarakat memahami antara satu sama lain
sehingga tercetusnya slogan “Jiran Sepakat Membawa Sepakat”. Keadaan ini bukanlah sesuatu
yang asing kerana jiran ialah orang yang paling hampir dengan kita dan menjadi orang yang
pertama datang untuk menghulurkan bantuan sebelum ketibaan adik-beradik dan saudara-mara
kerana jarang-jarang kedapatan adik-beradik duduk berjiran terutamanya di bandar.

Namun begitu, kini keakraban terhakis dek perubahan dalam kehidupan masyarakat
akibat tuntutan hidup yang semakin mencabar dari semasa ke semasa. Kesibukan bekerja
memaksa masyarakat keluar pada awal-awal pagi dan balik pada lewat malam menyebabkan
mereka tidak mempunyai masa untuk diluangkan bersama-sama jiran. Hujung minggu pula
dipenuhi dengan aktiviti bersama-sama keluarga atau masa untuk berehat dan bersantai di rumah
selepas seminggu memerah keringat dan minda untuk menyelesaikan pekerjaan. Jurang status
sosioekonomi masyarakat juga menjadi penghalang untuk mengeratkan semangat kejiranan
apabila ada dalam kalangan mereka yang terlalu bersifat merendah diri dan berasa tidak selesa
untuk bergaul dengan jiran yang berpangkat besar. Sebaliknya, memang ada golongan berstatus
yang tidak mahu bergaul dengan golongan yang berpangkat rendah kerana menganggapnya tidak
layak bergaul dengan mereka disebabkan latar belakang sosioekonomi yang berbeza.

Kemerosotan nilai kejiranan juga berlaku kerana sikap mengutamakan perkauman. Sikap
saling tidak mengenali antara jiran yang berlainan kaum dan agama selalu wujud malah sesama
bangsa dan agama juga berlaku sikap tidak mempedulikan antara satu sama lain kerana masing-
masing sibuk dengan hal sendiri. Keadaan akan menjadi semakin teruk apabila ditambah dengan
sikap dengki atau benci-membenci dalam kalangan penduduk setempat. Selain faktor yang wujud
dalam kalangan masyarakat , perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi menjadikan
masyarakat semakin kurang berkomunikasi secara langsung. Dengan pelbagai gajet dan aplikasi
yang terkini, masyarakat lebih taasub untuk berkomunikasi secara dalam talian. Tambahan pula,
struktur reka bentuk perumahan moden yang berhalangan dengan pagar, tembok, dan pengawal
keselamatan menambahkan sikap individualistik yang sememangnya sudah tersemai dalam diri.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana
Kemerosotan Nilai Kejiranan oleh Samat Buang,

Dewan Siswa, Mac 2017)

31

Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata keakraban terhakis.

[2 markah]
(ii) Pengarang menyatakan beberapa kepentingan mengamalkan semangat kejiranan dalam

menjalani kehidupan bermasyarakat.
Apakah kepentingan-kepentingan tersebut?

[3 markah]
(iii) Jiran sepakat membawa berkat, jiran keparat membawa mudarat.

Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan sikap tidak menghormati jiran kepada
masyarakat?

[4 markah]

32

SKEMA LATIHAN 7

PENDAHULUAN soalan=punca

PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan faktor-faktor/sebab-sebab kemerosotan nilai kejiranan 2
dalam kalangan masyarakat / di negara kita / di Malaysia.
P2 2
Rumusan ini membincangkan faktor-faktor/sebab-sebab kemerosotan semangat
P3 kejiranan dan cara-cara mengatasi kemerosotan nilai kejiranan. 1
P4 0
Petikan membincangkan faktor-faktor/sebab-sebab kemerosotan nilai kejiranan kita.
MARKAH
Petikan membincangkan punca-punca kemerosotan nilai kejiranan kita. 2
2
ISI TERSURAT (Punca-punca kemerosotan nilai kejiranan) 2
ISI JAWAPAN 2
2
S1 Perubahan dalam kehidupan bermasyarakat 2
S2 Kesibukan bekerja dalam kalangan masyarakat 2
S3 Jurang status sosioekonomi masyarakat 2
S4 Sikap mengutamakan perkauman dalam kalangan masyarakat 2
S5 Sikap saling tidak mengenali antara jiran 2
S6 Sikap tidak mempedulikan antara satu sama lain
S7 Sikap dengki atau benci-membenci dalam kalangan penduduk setempat MARKAH
S8 Faktor teknologi maklumat dan komunikasi 2
S9 Struktur dan reka bentuk perumahan moden
S10 Sikap individualistik dalam kalangan masyarakat 2
2
ISI TERSIRAT (Cara-cara mengatasi kemerosotan nilai kejiranan)
ISI JAWAPAN 2

T1 AJK taman perumahan/kampung mengadakan aktiviti gotong-royong/sukaneka 2

T2 AJK taman perumahan/kampung mengadakan sambutan perayaan MARKAH
T3 Ibu bapa memupuk semangat kejiranan dalam diri anak-anak sejak mereka masih 2

kecil 1
T4 Setiap anggota masyarakat perlu menyertai Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan

Rukun Tetangga (RT)
T5 Masyarakat bersikap toleransi antara satu sama lain / saling menghormati

KESIMPUL AN

ISI JAWAPAN
K1 Kesimpulannya, punca-punca kemerosotan nilai kejiranan dalam masyarakat perlu

diatasi agar/supaya kehidupan masyarakat menjadi lebih sejahtera.
Kesimpulannya, punca-punca kemerosotan nilai kejiranan dalam masyarakat perlu
K2 diatasi

33

SKEMA PEMAHAMAN 2(a)

SOALAN (i) Maksud rangkai kata keakraban terhakis:

PILIHAN JAWAPAN MARKAH
2
P1 Keeratan/keteguhan terjejas/terhapus 1
0
P2 Keeratan terhakis

P3 Keadaan yang sangat baik

SOALAN (ii) kepentingan semangat kejiranan: MARKAH
ISI JAWAPAN

P1 jiran umpama adik-beradik yang dapat bekerjasama dalam masyarakat
P2 membentuk ukhuwah yang kukuh dan ampuh

P3 membentuk semangat kekitaan

P4 melahirkan semangat bersatu padu

P5 membolehkan semua anggota masyarakat memahami antara satu sama
lain

P6 orang pertama datang untuk menghulurkan bantuan

2 jawapan= 3 markah

SOALAN (iii) kesan-kesan sikap tidak menghormati jiran: MARKAH
ISI JAWAPAN

P1 kita akan dicemuh/ dibenci masyarakat

P2 kita akan terasing dan terpinggir daripada masyarakat

P3 sukar untuk mendapatkan bantuan apabila ditimpa musibah
P4 keharmonian masyarakat terjejas

3 jawapan= 4 markah

34

LATIHAN RUMUSAN 8(30 markah)

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca peningkatan
kemurungan dalam kalangan remaja dan cara guru mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

Masyarakat sering didedahkan dengan masalah kemurungan yang melibatkan orang dewasa. Jarang-
jarang kita terbaca atau diberitakan tentang masalah kemurungan yang melibatkan remaja terutamanya
dalam kalangan murid sekolah. Kebanyakan remaja yang mengalami masalah emosi ini tidak sedar bahawa
mereka sedang mengalami masalah kemurungan. Situasi ini menjadi punca utama kepada peningkatan
bilangan pesakit. Kemurungan dalam kalangan remaja juga berlaku disebabkan oleh individu yang mengalami
gangguan emosi ini kebiasaannya bertindak memendam masalah mereka secara bersendirian sehingga
menyebabkan keadaan menjadi lebih parah.

Remaja mengalami kemurungan? Persoalan ini agak sukar untuk diterima bahawa pada usia muda
seseorang itu boleh mengalami masalah kemurungan. Sebagai remaja, umumnya kelihatan sebagai tempoh
usia yang menyeronokkan serta berpotensi untuk membina kerjaya dan kehidupan yang hebat pada masa
akan datang. Walau bagaimanapun, realitinya tidak seperti yang dibayangkan. Remaja juga terdedah dengan
masalah kemurungan yang serius. Antara punca yang menyebabkan remaja mengalami masalah kemurungan
ialah faktor persekitaran remaja itu sendiri khasnya jika mereka membesar dalam kalangan orang dewasa
yang bermasalah. Hal ini dikatakan demikian kerana masalah emosi seseorang itu berkait rapat dengan emosi
individu yang berada di sekeliling mereka. Kemurungan juga boleh terjadi kerana kegagalan remaja untuk
mencapai sasaran yang ditetapkan oleh ibu bapa dan guru dalam pelajaran. Apabila ibu bapa menetapkan
sasaran pencapaian akademik yang melangkaui kemampuan anak, emosi remaja berkenaan pasti terganggu
sehingga berpotensi untuk mengalami kemurungan.

Kajian menunjukkan bahawa murid yang gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan
utama di Malaysia seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) berpotensi untuk
mengalami tekanan emosi yang tinggi. Selain itu,kemurungan juga dikatakan berlaku apabila mereka gagal
melanjutkan pelajaran dan tidak dapat memenuhi sesuatu impian yang dicita-citakan. Mereka melayan
perasaan kecewa yang dialami dalam tempoh yang lama sehingga timbulnya perasaan berputus asa dalam
kehidupan.

Satu perkara yang tidak dapat disangkal ialah remaja sememangnya mempunyai perasaan ingin
mencintai dan dicintai oleh seseorang. Terdapat remaja yang gagal dalam percintaan mereka. Emosi remaja
biasanya sukar dikawal. Kes kemurungan yang berpunca daripada masalah percintaan dalam kalangan
remaja merupakan perkara yang biasa diperkatakan. Di samping itu, terdapat kemurungan yang berpunca
daripada kemalangan yang membawa kepada kecacatan kekal terhadap fizikal seseorang. Keadaan ini
menyebabkan remaja mengalami trauma pada mulanya sehingga membawa kepada kemurungan yang serius.
Oleh itu, semua pihak seharusnya memainkan peranan masing-masing dalam usaha mewujudkan suasana
yang merangsang emosi positif dalam diri setiap ahli keluarga dan juga masyarakat.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Atasi Kemurungan Remaja”
Oleh Noor Azam Abdul RahmanDewan Masyarakat, September 2015)

35

Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata memendam masalah.
[2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa alasan bahawa remaja sewajarnya tidak mengalami masalah
kemurungan.
Apakah alasan-alasan tersebut?
[3 markah]

(iii) Kemurungan dalam kalangan remaja banyak dikaitkan dengan tekanan daripada keluarga dan
masyarakat.
Pada pendapat anda, bagaimanakah anggota keluarga dapat memainkan peranan agar remaja tidak
terjebak dengan masalah kemurungan?
[4 markah]

36

SKEMA LATIHAN 8

PENDAHULUAN: soalan=punca

PEND JAWAPAN MARKAH
P1 Petikan membincangkan sebab-sebab / faktor-faktor peningkatan 2
masalah
P2 kemurungan dalam kalangan remaja di Malaysia. 2
Rumusan membincangkan sebab-sebab / faktor-faktor peningkatan
P3 masalah 1
P4 kemurungan dalam kalangan remaja dan cara guru 0
mengatasinya.
Petikan membincangkan sebab-sebab / faktor-faktor peningkatan
masalah kemurungan dalam kalangan remaja.
Petikan membincangkan punca-punca peningkatan masalah
kemurungan dalam kalangan remaja di Malaysia.

ISI TERSURAT (punca peningkatan kemurungan dalam kalangan remaja) MARKAH
ISI JAWAPAN 2
Remaja yang mengalami masalah emosi ini tidak sedar bahawa mereka
S1 sedang 2
mengalami masalah kemurungan.
Individu yang mengalami gangguan emosi ini kebiasaannya bertindak
S2 memendam masalah mereka secara bersendirian

Masalah kemurungan berpunca daripada persekitaran remaja itu sendiri
khasnya jika mereka membesar dalam kalangan orang dewasa yang
S3 bermasalah. 2

kegagalan remaja untuk mencapai sasaran yang ditetapkan oleh ibu
S4 bapa dan guru dalam pelajaran. 2

Gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan utama di
S6 Malaysia 2
seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan
Malaysia

(STPM).

Berpunca daripada masalah percintaan dalam kalangan
S7 remaja. 2

Kemalangan yang membawa kepada kecacatan kekal terhadap fizikal
S8 seseorang. 2

Kemurungan juga dikatakan berlaku apabila gagal melanjutkan
S9 pelajaran. 2

S10 Tidak dapat memenuhi sesuatu impian yang dicita-citakan. 2

ISI TERSIRAT (cara guru mengatasinya)

ISI JAWAPAN MARKAH
2
Guru kaunseling mengadakan ceramah kepentingan
T1 menjauhi kemurungan 2

T2 Guru membimbing murid murid tentang cara mengatasi
kemurungan

T3 Guru menasihati murid agar mendekatkan diri dengan
agama/mendekatkan diri kepada Tuhan

T4 Guru menunjuk ajar murid tentang cara-cara untuk mencapai cita-cita

37


Click to View FlipBook Version