The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL BAHASA MELAYU SPM 2020 DAERAH MUAR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shared3a, 2020-12-09 21:21:46

MODUL BAHASA MELAYU SPM 2020 DAERAH MUAR

MODUL BAHASA MELAYU SPM 2020 DAERAH MUAR

KESIMPULAN JAWAPAN MARKAH
ISI 2
K1 Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjasama untuk mengatasi
masalah
K2 kemurungan dalam kalangan remaja agar masa depan lebih cemerlang

Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjasama untuk mengatasi 1
masalah
kemurungan dalam kalangan remaja.

SKEMA PEMAHAMAN 2(a)

SOALAN (i) Maksud rangkai kata memendam masalah:

PILIHAN JAWAPAN MARKAH
P1 menyembunyikan / menyimpan 2
isu / hal / konflik / kesulitan / cabaran
P2 memendam isu / hal / konflik / kesulitan / cabaran 1
P3 menyembunyikan / menyimpan masalah 1

SOALAN (ii) alasan bahawa remaja sewajarnya tidak mengalami masalah kemurungan:

ISI JAWAPAN MARKAH
P1 tempoh usia yang menyeronokkan
P2 usia yang sangat muda
P3 berpotensi untuk membina kerjaya
P4 kehidupan yang hebat pada masa akan datang

2 jawapan= 3 markah

SOALAN (iii) Pada pendapat saya, anggota keluarga dapat memainkan peranan agar remaja tidak terjebak
dengan masalah kemurungan:

ISI JAWAPAN MARKAH

P1 Anggota keluarga mewujudkan suasana mesra
Ibu bapa sentiasa mengetahui pergerakan dan aktiviti anak- anak di luar

P2 rumah
Ibu bapa tidak memberi penekanan yang terlalu serius dalam pencapaian

P3 akademik anak-anak/ Ibu bapa perlu mengetahui kemampuan anak-anak
Anggota keluarga mengadakan pelbagai aktiviti kekeluargaan pada hujung

P4 minggu/pada musim cuti persekolahan

P5 Ibu bapa sentiasa menekankan aspek keagamaan/kerohanian dalam keluarga

3 jawapan= 4 markah
38

LATIHAN RUMUSAN 9(30 markah)

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang sebab-sebab
remaja menggemari teknologi dan implikasi negatif terhadap diri remaja. Panjangnya
rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Remaja merupakan pemangkin kepada kepesatan industri telekomunikasi. Telefon bimbit,
misalnya bukan sekadar alat perhubungan tetapi salah satu perkakas yang menjadi pelengkap
gaya hidup. Mengapakah remaja kini menggemari teknologi? Perkakas teknologi seperti ini
digunakan dengan meluas dalam kalangan remaja sebagai simbol status. Maka, telefon bimbit
bagi remaja melampaui kegunaan asasnya, bukan sahaja sebagai perkakas dalam perhubungan,
tetapi sebagai perkakas yang memenuhi cita rasa dengan pelbagai perisian yang terdapat di
dalamnya. Apakah keperluan telefon bimbit kepada remaja? Adakah sekadar untuk bertanya
khabar dengan kawan-kawan? Kalau itulah peranannya, telefon di rumah tidak digunakan seperti
telefon bimbit yang menjadi teman paling penting bagi remaja. Hal ini menunjukkan bahawa
sektor pengiklanan telah berjaya memintas psikologi remaja bahawa perkakas ini penting untuk
kelihatan setara dengan remaja lain. Hal tersebut juga merupakan salah satu faktor remaja gemar
akan teknologi. Remaja mudah berasa rendah diri jika tidak memiliki telefon bimbit seperti rakan
sebaya mereka.

Sebilangan besar remaja terlalu terpengaruh dengan gaya hidup yang selalu dimuatkan
dalam media. Media menjadi rujukan sebilangan besar remaja tentang fesyen, pergaulan dan
aksesori pelengkap imej remaja yang dimiliki oleh mereka. Bagi mereka, telefon ialah aksesori
yang dapat meletakkan mereka berasa selesa dan selamat. Remaja juga golongan yang sangat
peka kepada perubahan teknologi dan mencuba sedaya upaya untuk berada seiring dengan
kemajuan teknologi itu. Remaja lebih mengambil berat serta mahir tentang spesifikasi yang ada
dalam versi terbaharu telefon bimbit yang berada dalam pasaran. Begitu juga halnya dengan
komputer, golongan remaja jugalah yang peka tentang sesuatu yang baru dalam model terkini di
pasaran.

Dengan akses komunikasi yang luas menerusi teknologi internet misalnya, pengetahuan dan
selera remaja terhadap hiburan sudah tidak terbatas lagi. Mereka telah dibentuk oleh
persekitaran, khususnya dalam kalangan rakan sebaya, untuk meneroka hiburan yang
melampaui sempadan. Remaja mesti faham antara hiburan dengan suasana yang sengaja dicipta
untuk menjadikan mereka terhibur. Penyertaan dalam aktiviti pengundian menerusi SMS sangat
popular pada era digital ini, menjadi salah satu punca remaja suka akan teknologi. Keadaan ini
membuatkan remaja berasa terhibur. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa Internet telah
membuka jendela pemikiran dan selera remaja di mana-mana negara sekalipun kepada hal yang
disifatkan sebagai gelombang yang berlaku di peringkat global.

Kemajuan teknologi komunikasi menjadikan “dunia semakin kecil”. Para remaja boleh
memperoleh pelbagai pengetahuan dan maklumat terkini di seluruh dunia dalam sekelip mata
merupakan antara sebab utama mereka menggemari teknologi. Memang benar bahawa remaja
hari ini berada dalam ledakan teknologi, tetapi penyalahgunaan teknologi menjurus ke arah
pembaziran. Oleh itu, remaja hari ini tidak perlu meminggirkan diri daripada kemajuan teknologi
tetapi janganlah sampai membiarkan teknologi memperalatkan diri.

(Dipetik dan diubah suai daripada Fokus
"Pembaziran Akibat Perubahan" oleh Ku Nurul Afiqah,

Dewan Siswa , Mac 2008)

39

Soalan 2(a) - Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata meneroka hiburan . [ 2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa fungsi telefon bimbit. [3 markah]
Nyatakan fungsi telefon bimbit kepada remaja ?

(iii) Belakangan ini, banyak remaja cenderung untuk menyalahgunakan fungsi teknologi
maklumat.

Pada pendapat anda, apakah usaha yang perlu diambil untuk mengelakkan penyalahgunaan
teknologi dalam kalangan remaja?

[4 markah]

40

SKEMA LATIHAN 9

Soalan=sebab

PEND ISI MARKAH
P1 Petikan membincangkan punca-punca/ faktor-faktor remaja 2
P2 menggemari teknologi dalam kehidupan seharian 2
Rumusan membincangkan punca-punca/ faktor-faktor remaja
P3 menggemari teknologi dan implikasi negatif terhadap diri 1
P4 remaja 0
Petikan membincangkan punca-punca/ faktor-faktor remaja
menggemari teknologi
Petikan membincangkan sebab-sebab remaja menggemari
teknologi dalam kehidupan seharian

ISI TERSURAT: SEBAB-SEBAB REMAJA MENGGEMARI TEKNOLOGI

ISI JAWAPAN MARKAH

S1 Perkakas teknologi digunakan sebagai sebagai simbol status 2

S2 Perkakas ini penting untuk mereka kelihatan setara dengan remaja lain 2

S3 Remaja terlalu terpengaruh dengan gaya hidup yang selalu dimuatkan di 2

media

S4 Telefon ialah aksesori yang dapat meletakkan mereka berasa selesa dan 2

selamat

S5 Remaja golongan yang sangat peka kepada perubahan teknologi 2

S6 Remaja mencuba sedaya upaya untuk berada seiring dengan kemajuan 2

teknologi

S7 Remaja boleh memperoleh pelbagai pengetahuan dan maklumat terkini di 2

seluruh dunia dalam sekelip mata

S8 Pengundian melalui SMS sangat popular pada era digital ini menjadi salah 2

satu punca remaja suka akan teknologi

ISI TERSIRAT: IMPLIKASI NEGATIF TERHADAP DIRI REMAJA MARKAH
2
ISI JAWAPAN 2
T1 Menyebabkan sikap boros / lupa diri
T2 Menyebabkan kurang/tiada simpanan masa depan 2
T3 Menyebabkan remaja mengabaikan pelajaran 2
T4 Menyebabkan remaja mudah terjebak dengan pelbagai gejala sosial

KESIMPULAN MARKAH
ISI JAWAPAN
Kesimpulannya, teknologi perlu digunakan secara bijak oleh remaja 2
K1 supaya 1
mereka mendapat manfaat dalam kehidupan seharian.

K2 Kesimpulannya, teknologi perlu digunakan secara bijak oleh remaja

41

SOALAN (i) Maksud rangkai kata : meneroka hiburan

PILIHAN JAWAPAN MARKAH
2
P1 Mencari keseronokan 1
0
P2 Mencari hiburan

P3 Memperoleh bahan yang menggembirakan

SOALAN (ii) Fungsi telefon bimbit kepada remaja MARKAH
PILIHAN JAWAPAN

P1 Sebagai alat dalam perhubungan
P2 Sebagai perkakas yang menjadi pelengkap gaya hidup
P3 Sebagai perkakas yang memenuhi cita rasa dengan pelbagai perisian di

dalamnya
P4 Teman paling penting bagi remaja

2 jawapan= 3 markah

SOALAN(iii) Pada pendapat saya, usaha yang perlu diambil untuk mengelakkan penyalahgunaan
teknologi dalam kalangan remaja

PILIHAN JAWAPAN MARKAH
P1
Peranan ibu bapa/penjaga sentiasa mengambil berat/memantau
P2 penggunaan peranti teknologi anak-anak

P3 Peranan sekolah menerapkan amalan positif / cara menggunakan

P4 peranti teknolagi dengan betul

Peranan media massa mengadakan kempen kesedaran tentang
penyalahgunaan peranti teknologi dan kesannya

Remaja sendiri perlu ada kesedaran diri tentang kesan

penyalahgunaan peranti teknologi/penggunaan teknologi yang betul

3 jawapan= 4 markah

42

LATIHAN RUMUSAN 10 (30 markah)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor
berlakunya longgokan sampah dan kesan-kesan longgokan sampah. Panjang rumusan
anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Secara purata, setiap rakyat Malaysia membuang dia kilogram sampah sehari. Kira-kira 45
peratus daripada sampah tersebut ialah sisa makanan, 25 peratus plastik dan 30 peratus bahan-
bahan lain. Hal ini bererti hampir setengah daripada jumlah sampah di negara kita terdiri daripada
sisa makanan. Kebanyakan rakyat Malaysia suka membeli makanan mengikut nafsu, bukan
mengikut keperluan. Oleh itu, longgokan sampah terjadi kerana isi rumah membuang apa-apa
yang tidak diperlukan oleh mereka. Apabila sistem kutipan sampah tidak sempurna, sampah mula
bertimbun di tempat sendiri.

Terdapat orang ramai yang gagal menguruskan sampah mereka dan tidak melupuskannya
mengikut cara yang betul, sehingga menyebabkan berlakunya longgokan sampah. Selain itu,
amalan penggunaan pinggan mangkuk dan bungkusan pakai buang seperti polisterina dan beg
plastik yang semakin berleluasa pada masa ini turut menjadi penyumbang kepada longgokan
sampah sarap. Oleh itu, kerajaan seharusnya menguatkuasakan larangan penggunaan polisterina
dan beg plastik kerana penguraiannya memakan masa yang sangat lama. Terdapat juga
sesetengah barangan dibungkus secara berlebih-lebihan untuk menarik minat pengguna. Namun
demikian, tanpa disedari bahan pembungkusan barangan yang dibuang begitu sahaja boleh
menyebabkan timbunan sampah semakin bertambah. Masalah tersebut menjadi semakin serius
apabila terdapat pihak yang dipertanggungjawab untuk mengutip dan melupuskan sampah tidak
menjalankan tugas secara berkesan.

Baru-baru ini, sebuah akhbar melaporkan bahawa sikap pembaziran dalam kalangan rakyat
Malaysia semakin menjadi-jadi khususnya semasa musim perayaan. Masyarakat kita yang gemar
membeli barangan baharu dan membuang barangan lama menjadikan masalah longgokan sampah
tiada penyelesaiannya. Perkara ini tidak akan berlaku jika amalan kitar semula dilaksanakan dalam
kalangan rakyat. Malangnya, amalan kitar semula di negara kita kurang mendapat sambutan juga
merupakan punca isu ini tidak dapat ditangani dengan jayanya. Keadaan ini diburukkan lagi
apabila tempat pengumpulan bahan kitar semula yang ada di seluruh negara tidak mencukupi.
Seharusnya, tong kitar semula disediakan di banyak tempat dan ada pihak yang
bertanggungjawab untuk menguruskannya secara berkesan.

Di samping itu, sikap masyarakat yang tidak ada kesedaran akan pentingnya menjaga alam
sekitar dengan membuang bahan buangan domestik sewenang-wenangnya turut menyebabkan
masalah longgokan sampah yang tidak terkawal. Contohnya, penggunaan lampin pakai buang
yang menjadi gaya hidup masyarakat moden pada hari ini telah menambahkan lagi masalah
longgokan sampah. Seharusnya, penggunaan lampin bayi jenis kain yang boleh dicuci menjadi
pilihan kerana lampin pakai buang amat sukar untuk dilupuskan. Sehubungan dengan itu,
masyarakat perlu segera beralih kepada penggunaan bahan mesra alam. Dalam hal ini, pendidikan
memainkan peranan utama untuk melahirkan masyarakat pengguna yang bijak demi
kesejahteraan hidup manusia.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
“Longgokan Sampah Masalah yang Tiada Noktah”

oleh Amlir Ayat, Dewan Masyarakat, November, 2010)

43

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata semakin serius.

[ 2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa cara menangani masalah pembuangan sampah yang
tidak terkawal.

Nyatakan cara-cara tersebut.

[3 markah]

(iii) Kerajaan mengadakan Kempen Hari Tanpa Beg Plastik pada setiap hari Sabtu. Pada pendapat
anda, bagaimanakah kempen ini dapat dijayakan dengan lebih berkesan?

Berikan tiga cara.

[4 markah]

44

SKEMA LATIHAN 10

Soalan: faktor-faktor
PENDAHULUAN:

P1 Petikan membincangkan punca-punca / sebab-sebab berlakunya 2
longgokan sampah dalam kalangan masyarakat di Malaysia/ di negara
kita 2
1
P2 Rumusan membincangkan punca-punca/ sebab-sebab 0
berlakunya longgokan sampah dan kesan-kesan longgokan sampah

P3 Petikan membincangkan punca-punca/ sebab-sebab berlakunya
longgokan sampah

P4 Petikan membincangkan faktor-faktor berlakunya longgokan sampah
ISI TERSURAT: sebab-sebab berlakunya longgokan sampah

ISI JAWAPAN MARKAH

S1 isi rumah membuang apa-apa yang tidak diperlukan oleh mereka 2

S2 Apabila sistem kutipan sampah tidak sempurna, sampah mula bertimbun di 2
tempat sendiri.

S3 Terdapat orang ramai yang gagal menguruskan sampah mereka dan tidak 2
melupuskannya mengikut cara yang betul

S4 amalan penggunaan pinggan mangkuk dan bungkusan pakai buang semakin 2
berleluasa pada masa ini

S5 bahan pembungkusan barangan yang dibuang begitu sahaja boleh 2
menyebabkan timbunan sampah semakin bertambah

S6 terdapat pihak yang dipertanggungjawab untuk mengutip dan melupuskan 2
sampah tidak menjalankan tugas secara berkesan.

S7 Masyarakat kita yang gemar membeli barangan baharu dan membuang 2
barangan lama

S8 amalan kitar semula di negara kita kurang mendapat sambutan 2

S9 apabila tempat pengumpulan bahan kitar semula yang ada di seluruh negara 2
tidak mencukupi

S10 sikap masyarakat yang tidak ada kesedaran akan pentingnya menjaga alam 2
sekitar dengan membuang bahan buangan domestik sewenang-wenangnya

ISI TERSIRAT: KESAN-KESAN LONGGOKAN SAMPAH MARKAH
2
ISI JAWAPAN 2
T1 Nama baik / imej negara terjeas 2
T2 Pencemaran bau/tanah/udara berlaku 2
T3 Persekitaran tercemar/pemandangan persekitaran terjejas
T4 Menjadi tempat pembiakan lalat dan serangga perosak
T5 Penyakit berjangkit mudah merebak

45

KESIMPULAN MARKAH
ISI JAWAPAN 2
Kesimpulannya, masalah longgokan sampah perlulah diatasi oleh semua

K1 pihak agar kehidupan masyarakat terjamin.

K2 Kesimpulannya, masalah longgokan sampah perlulah diatasi oleh semua pihak 1

SOALAN (i) Maksud rangkai kata : semakin serius

PILIHAN JAWAPAN MARKAH
2
P1 Bartambah/kian teruk/parah 1
0
P2 Semakin teruk

P3 Keadaan yang tidak dapat dikawal

SOALAN (ii) Pengarang mengemukakan beberapa cara menangani masalah pembuangan

sampah yang tidak terkawal. Cara-cara tersebut

PILIHAN JAWAPAN MARKAH

P1 kerajaan seharusnya menguatkuasakan larangan penggunaan polisterina 1
dan beg plastik

P2 amalan kitar semula dilaksanakan dalam kalangan rakyat.

P3 tong kitar semula disediakan di banyak tempat dan ada pihak yang 1

bertanggungjawab untuk menguruskannya secara berkesan.

P4 masyarakat perlu segera beralih kepada penggunaan bahan mesra alam. 1

2 jawapan= 3
markah

SOALAN(iii) Kerajaan mengadakan Kempen Hari Tanpa Beg Plastik pada setiap hari Sabtu. Pada

pendapat saya, kempen ini dapat dijayakan dengan lebih berkesan

PILIHAN JAWAPAN MARKAH

P1 Pusat beli belah mengenakan bayaran yang tinggi jika masyarakat
memerlukan beg plastik

P2 Pusat beli belah menyokong kempen dengan tidak menyediakan beg
plastik

P3 Media massa sentiasa mewara-warakan kempen Hari Tanpa Beg Plastik
untuk meningkatkan kesedaran rakyat

P4 Ibu bapa mendidik anak tentang keburukan beg plastik

P5 Pengguna membawa beg sendiri semasa membeli belah/beg mesra alam
P6 Pihak sekolah/ NGO mengadakan ceramah keburukan penggunaan beg

plastic terhadam alam sekitar

3 jawapan= 4 markah

46

LATIHAN RUMUSAN 11 (30 markah)
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian tulis satu rumusan tentang faktor-faktor jenayah
pemerdagangan orang dan implikasinya kepada negara. Panjangnya rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pemerdagangan manusia ialah masalah global yang kian meningkat jumlah kesnya sejak
seabad yang lepas. Jenayah ini membabitkan perbuatan eksploitasi pada skala yang besar
terhadap wanita, lelaki dewasa dan kanak-kanak dalam bentuk perhambaan moden. Mengikut
laporan Amnesty International, pada tahun 2004 dianggarkan 700,000 orang diperdagangkan
pada setiap tahun. Amat malang sekali kerana Malaysia dilihat sebagai tempat menarik oleh
sindiket permerdagangan manusia untuk menjalankan aktiviti mereka. Usaha kerajaan memerangi
aktiviti permerdagangan manusia berhadapan dengan pelbagai cabaran kerana isu ini merupakan
jenayah rentas sempadan. Jenayah ini sukar dikesan kerana melibatkan banyak negara contohnya
negara-negara yang berjiran dari segi kedudukan geografinya, Orang yang diperdagangkan
direkrut olah agensi-agensi pekerjaan secara sukarela mahupun secara paksa. Pada mulanya ,
mereka diperdagangkan kerana telah dijanjikan pekerjaan yang baik di negara yang menjadi
destinasi. Mereka juga diyakinkan bahawa aktiviti ini tidak menyalahi peraturan.

Perkembangan ekonomi dan kemakmuran Malaysia menjadi tarikan utama kepada ramai
warga asing dari seluruh dunia berhijrah ke negara kita. Kebanyakan mereka yang datang dari
Indonesia, Bangladesh, Nepal dan Vietnam telah menjadi mangsa selepas dijanjikan pekerjaan
dengan bayaran lumayan sedangkan semuanya palsu. Keadaan ini merancakkan aktiviti
penyeludupan dan pemerdagangan manusia. Pada masa yang sama kewujudan pusat hiburan
yang beroperasi secara haram menyebabkan permintaan yang tinggi kepada aktiviti ini. Hal ini
ditambah oleh, kedudukan Malaysia di tengah-tengah negara Asean yang menjadikan antara lokasi
strategik untuk aktiviti permerdagangan manusia. Menyedari masalah itu, Akta
Antipemerdagangan orang 2007 telah diluluskan tetapi akta ini masih belum cukup kuat untuk
menghalang jenayah ini. Selain itu, modus operandi sindiket yang membawa masuk mangsa sukar
dikesan oleh pihak berkuasa disebabkan mereka memasuki Malaysia menggunakan pas lawatan
sosial atau pas pelajar. Bukan hanya wanita, malahan lelaki dewasa turut diperdagangkan
terutama untuk tujuan pengeksloitasian buruh. Kanak-kanak dan bayi juga mendapat permintaan
yang tinggi bagi aktiviti meminta sedekah.

Selain itu juga, kesedaran dan kefahaman masyarakat Malaysia yang masih rendah tentang
isu ini turut menjadi penyebab kepada permasalahan ini. Keuntungan lumayan yang diperoleh oleh
sindiket dengan jumlah yang besar hasil daripada aktiviti pemerdagangan manusia juga
menyebabkan kegiatan ini terus berleluasa. Kanak-kanak dan bayi diperdagangkan untuk
dijadikan anak angkat kepada pasangan yang tidak mempunyai zuriat sendiri. Kemiskinan di
negara asal membuatkan mangsa hilang pertimbangan kerana percaya akan janji-janji manis
pihak sindiket. Penguatkuasaan undang-undang yang lemah seperti hukuman yang ringan turut
menyebabkan kegiatan yang tidak bermoral ini terus berlaku. Kesimpulannya, sindiket
pemerdagangan manusia dilihat semakin meruncing dari hari ke hari dan mengugat hak asasi
manusia. Kerjasama masyarakat dunia diharap merupakan jalan terbaik bagi membendung
jenayah ini daripada terus menjadi barah kepada masyarakat.

(Dipetik dan diubah suai daripada rencana. “
Globalisasi dan Fenomena Pemerdagangan Manusia”,

informasiglobalisasi, blogspot.com, 22 Jun 2015)

47

Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata semakin meruncing

[2 markah]

(ii) Apakah faktor-faktor yang mendorong lelaki dan kanak-kanak diperdagangkan.
[ 3 markah]

Pemerdagangan orang bukan sahaja menjatuhkan imej sesebuah negara terlibat tetapi
mendatangkan implikasi negatif kepada semua pihak terutamanya kepada keluarga mangsa.
Oleh sebab itu, semua pihak perlu bekerjasama untuk menangani isu ini.

(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah proaktif untuk menangani aktiviti
pemerdagangan orang?

[ 4 markah]

48

SKEMA LATIHAN 11 Markah
2
Pendahuluan [2 markah] 2
2
P1 Petikan membincangkan sebab-sebab/punca-punca jenayah 1
pemerdagangan orang di negara ini/Malaysia
0
P2 Petikan membincangkan sebab-sebab/punca-punca jenayah 0
pemerdagangan orang dan kesannya kepada negara

P3 Rumusan ini membincangkan sebab-sebab/punca-punca jenayah
pemerdagangan orang dan implikasinya kepada negara

P4 Petikan membincangkan sebab-sebab/punca-punca jenayah
pemerdagangan orang
( tiada sasaran/lokasi)

P5 Petikan membincangkan faktor-faktor jenayah pemerdagangan orang di
negara ini/Malaysia

P6 Rumusan ini membincangkan faktor-faktor jenayah pemerdagangan orang
dan implikasinya kepada negara.

Isi Tersurat (Faktor-faktor jenayah pemerdagangan orang) 2
[ 4 hingga 12 markah] 2
S1 jenayah ini sukar dikesan kerana melibatkan banyak negara 2
2
S2 perkembangan ekonomi dan kemakmuran Malaysia menjadi tarikan utama 2
2
S3 kewujudan pusat hiburan beroperasi secara haram 2
2
S4 kedudukan Malaysia di tengah-tengah negara Asean, menjadikannya antara
lokasi strategik

S5 memasuki Malaysia menggunakan pas lawatan sosial atau pas pelajar

S6 keuntungan lumayan diperoleh oleh sindiket

S7 kemiskinan di negara asal merupakan salah satu punca

S8 penguatkuasaan undang-undang lemah

Isi Tersirat (Implikasinya kepada negara) 2
[4 hingga 12 markah] 2
T1 mencemarkan imej negara di mata dunia 2

T2 mengancam keselamatan dan keamanan negara

T3 menjejaskan hubungan diplomatik antara negara

*terima isi tersirat lain yang relevan

49

Kesimpulan [ 2 markah] 2
K1 Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama menangani kegiatan

pemerdagangan orang agar masyarakat dunia/global/sejagat hidup sejahtera.

**Nota: Tema tidak dinyatakan – 0m **(Kesimpulan yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)

Soalan 2 (a) : Petikan Umum 2
1
(i) Rangkai kata semakin meruncing bermaksud 1

P1 Bertambah gawat / serius
P2 Bertambah runcing

P3 Semakin gawat / serius

[maksimum : 2 markah]
(ii) Faktor-faktor yang mendorong lelaki dan kanak-kanak diperdagangkan
P1 Sebagai buruh paksa
P2 Dijanjikan pekerjaan yang baik / pengeksplotasian
P3 Aktiviti meminta sedekah
P4 Dijadikan anak angkat kepada pasangan yang tidak mempunyai zuriat

[maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 isi]

(iii) Langkah-langkah proaktif untuk menangani aktiviti pemerdagangan orang

P1 Kerajaan memperketat kemasukan pelancong asing

P2 Penguatkuasaan undang-undang berkaitan jenayah pemerdagangan orang

P3 Pemantauan/ kawalan berterusan pintu masuk sempadan dengan lebih teliti

P4 Sinergi Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pelancongan dengan
pihak media massa untuk meningkatkan kesedaran melalui kempen
antipermerdagangan orang

[maksimum : 4 markah] [Isi cukup : 3 isi]
*terima isi lain yang relevan

50

LATIHAN RUMUSAN 12

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor yang
menggalakkan perkembangan industri pelancongan dan manfaat industri pelancongan
kepada negara. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pada era pascamerdeka ini, negara kita semakin disanjung tinggi oleh negara-negara lain.
Hal ini demikian kerana negara kita berjaya mencapai kemajuan dalam pelbagai aspek. Malahan
Malaysia berjaya mengukir nama di persada dunia kerana ekonominya yang mantap. Dalam hal
ini, Malaysia telah memanfaatkan industri pelancongan bagi merealisasikan impian negara
menjadi destinasi pelancongan dunia. Antara keunikan yang terdapat di Malaysia ialah rakyatnya
yang terdiri daripada pelbagai kaum dan hidup bersatu padu. Hal ini mampu menarik pelancong
luar untuk bertandang ke negara kita. Oleh itu, kita perlu berusaha untuk mengekalkan perpaduan
kaum di Malaysia.

Dalam konteks ini, terdapat beberapa faktor mendorong kemasukan pelancong luar ke
negara kita termasuklah kemudahan pengangkutan yang semakin maju. Antara kemudahan
pengangkutan yang terdapat di negara kita termasuklah Transit Aliran Ringan (LRT), monorel,
kereta api elektrik, teksi, bas dan lain-lain lagi. Pada masa yang sama, kemudahan membeli-belah
yang disediakan juga menggalakkan pelancong berkunjung ke Malaysia. Mereka dapat berbelanja
atau mendapatkan cenderamata untuk dibawa pulang ke negara mereka. Barang-barang yang
terdapat di situ juga dijual pada harga yang berpatutan.

Keadaan iklim semula jadi yang panas sepanjang tahun mempengaruhi perkembangan
industri pelancongan di negara kita. Iklim seperti ini amat digemari oleh pelancong asing
khususnya pelancong dari negara-negara Barat seperti negara Eropah dan Amerika Syarikat.
Kepelbagaian bentuk muka bumi yang menarik seperti kawasan rekreasi di tanah tinggi dan hutan
semula jadi iaitu hutan hujan Khatulistiwa yang berusia lebih dua juta tahun menjadi tumpuan
para pengkaji tempatan dan luar negara. Di samping itu, pantai-pantai dan pulau-pulau yang
masih belum tercemar merupakan aset penting dalam industri pelancongan. Kemajuan industri
pelancongan tanah air turut dibantu oleh wujudnya keunikan budaya di negara kita kerana
Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki masyarakat majmuk. Dalam hal ini, gabungan
budaya masyarakat Melayu, Cina dan India telah berjaya meningkatkan kunjungan pelancong
asing ke Malaysia

Peranan pihak kerajaan dan agensi kerajaan yang berkaitan dengan pelancongan juga
turut memajukan sektor pelancongan di Malaysia. Sebagai contohnya, Kementerian Pelancongan
dan Kebudayaan Malaysia telah mengadakan pelbagai pertunjukan kebudayaan dan destinasi
pelancongan ke seluruh dunia sebagai usaha mempromosikan Malaysia kepada pelancong asing.
Sesungguhnya, sektor pelancongan merupakan sektor yang berpotensi untuk menyumbang
kepada ekonomi negara. Industri ini masih perlu diteroka kerana kalau tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya.

( Dipetik dan diubah suai daripada
‘Malaysia Tumpuan Pelancong’ oleh Sofea Suhaimi,

Dewan Siswa, Oktober 2015 )

51

Soalan 2: Pemahaman
[35 markah]

Soalan 2(a) - Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Apakah maksud rangkai kata merealisasikan impian? [2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan terdapat beberapa faktor yang menjadikan Malaysia semakin
disanjung tinggi di peringkat antarabangsa?

Nyatakan faktor-faktor tersebut.

[3 markah]

(iii) Industri pelancongan di Malaysia tidak terlepas daripada cabaran-cabaran yang dihadapi
daripada pelbagai aspek.

Huraikan pendapat anda tentang cabaran-cabaran yang dihadapi dalam memajukan sektor

pelancongan negara kita. [4 markah]

52

SKEMA LATIHAN 12

Pendahuluan [2 markah] Markah

P1 Petikan membincangkan sebab / punca yang menggalakkan perkembangan 2
industri pelancongan di Malaysia. 2

P2 Petikan membincangkan sebab / punca yang menggalakkan perkembangan 2
industri pelancongan dan faktor-faktor Malaysia disanjung tinggi di peringkat
antarabangsa. 1
0
P3 Rumusan membincangkan sebab / punca yang menggalakkan
perkembangan faktor pelancongan dan manfaat industri pelancongan kepada
negara

P4 Petikan / Rumusan sebab / punca yang menggalakkan perkembangan industri
pelancongan

P5 Petikan membincangkan faktor yang menggalakkan perkembangan industri
pelancongan

Isi Tersurat (Faktor-faktor yang menggalakkan perkembangan industri pelancongan) 2
[ 4 hingga 12 markah]

S1 Rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan hidup bersatu padu

S2 Kemudahan pengangkutan yang semakin maju 2

S3 Kemudahan membeli-belah yang disediakan 2

S4 Keadaan iklim semula jadi yang panas sepanjang tahun 2

S5 Kepelbagaian bentuk muka bumi yang menarik 2

S6 Pantai-pantai dan pulau-pulau yang masih belum tercemar 2

S7 Wujudnya keunikan budaya 2

S8 Peranan kerajaan dan agensi kerajaan 2

Isi Tersirat (Manfaat industri pelancongan kepada negara) 2
[4 hingga 12 markah] 2
T1 Sumber pendapatan negara/ meningkatkan ekonomi negara 2
T2 Membuka peluang pekerjaan yang lebih luas 2
T3 Lebih banyak infrastruktur/ prasarana disediakan 2
T4 Mengetengahkan budaya tradisional negara kepada pelancong asing 2
T5 Memajukan produk industri tempatan / industri kraf tangan /industr hiliran
T6 Meningkatkan imej negara

53

*terima isi tersirat lain yang relevan 2
Kesimpulan [ 2 markah]
2
K1 Kesimpulannya, kerajaan hendaklah menggalakkan perkembangan industri 1
pelancongan agar dapat memajukan negara.

*(Kesimpulan yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)
Soalan 2 (a) : Petikan Umum

(i) Rangkai kata merealisasikan impian bermaksud

P1 Menjadikan kenyataan sesuatu cita-cita / Menjadikan kenyataan sesuatu yang
diharapkan

P2 Merealisasikan cita-cita / Merealisasikan sesuatu yang diharapkan

P3 Menjadikan kenyataan sesuatu impian 1

[maksimum : 2 markah]

(ii) Faktor-faktor negara Malaysia disanjung tinggi di peringkat antarabangsa

P1 Menjadikan kenyataan sesuatu cita-cita / Menjadikan kenyataan sesuatu yang
diharapkan

P2 Merealisasikan cita-cita / Merealisasikan sesuatu yang diharapkan

[maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 isi]

(iii) Pendapat anda tentang cabaran-cabaran yang dihadapi dalam memajukan sektor
pelancongan di negara kita ialah

P1 ketidakstabilan politik negara akan menjejaskan imej negara

P2 pencemaran alam sekitar yang tidak terkawal terutama di kawasan tumpuan
pelancong

P3 persaingan industri pelancongan dengan negara lain

P4 kejatuhan nilai ringgit mengganggu kelancaran tukaran wang asing

P5 ancaman pengganas mengganggu keselamatan di kawasan tarikan
pelancongan

P6 Masyarakat tidak memberikan kerjasama untuk menyokong usaha kerajaan

P7 Masyarakat melakukan vandalisme sehingga merosakkan kemudahan sedia ada

P8 Pihak swasta tidak mahu membuat pelaburan dalam industri ini kerana berisiko
tinggi

P9 kekurangan modal untuk melengkapkan prasarana

[maksimum : 4 markah] [Isi cukup : 3 isi]
*terima isi lain yang relevan

54

LATIHAN RUMUSAN 13 (30 markah)

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang halangan-
halangan memperkukuh perpaduan dan kesan-kesannya. Panjangnya rumusan anda
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada masyarakat yang
berbilang kaum. Oleh itu, perpaduan tidak boleh diambil mudah dan dipandang remeh. Setiap
rakyat harus terus memupuk, memelihara sikap muafakat dan bertolak-ansur. Rakyat perlu
bersatu dan saling menghargai antara satu sama lain. Malaysia bukanlah milik mana-mana
individu atau kaum.

Kita semua tahu kesan daripada kegagalan menguruskan rakyat pelbagai kaum di banyak
negara di dunia. Hari ini, sentimen perkauman menyebabkan banyak masalah. Kita tahu apa yang
berlaku di bekas Republik Yugoslavia, Rwanda dan banyak negara lain. Satu demi satu
kerukunan masyarakat musnah kerana sentimen perkauman. Negara kita kini berdepan dengan
generasi baharu yang rata-rata tidak lagi diseret oleh kesan psikologi dan rentetan sejarah masa
lampau. Kita juga harus mengakui masih ada masalah dalam kerangka hubungan kaum di negara
kita. Masyarakat kita masih terbentuk di dalam kepompong kaum secara tradisi. Kedudukan
kaum masih ditentukan oleh faktor geografi dan penempatan.

Malahan di pusat pengajian tinggi, masih wujud masalah pelajar yang berbeza kaum
enggan tinggal sebilik di asrama. Tidak hairanlah jika kita berdepan dengan situasi yang kritikal
dalam soal hubungan kaum di negara ini. Pada hari ini, keperluan pada pegangan dan
pemahaman Perlembagaan dan prinsip Rukun Negara semakin menipis. Malah ’kontrak sosial’
antara kaum yang dihayati oleh generasi kemerdekaan tidak banyak maknanya lagi pada kita hari
ini. Semua ini resipi kemusnahan. Jika tindakan untuk mengatasi masalah ini tidak diambil pasti
sukar untuk mencapai matlamat menyatupadukan masyarakat di negara ini. Perbezaan etnik pula
menjadi bertambah rumit dengan kelainan agama dan budaya. Biarpun kelainan merupakan satu
kekuatan tetapi jika terlepas pandang kelainan akan mengundang krisis dan sengketa.

Dewasa ini, setiap kaum cuba untuk memperagakan identiti kaum masing-masing. Bagi
menangani masalah ini, kita tidak perlu menuding jari menyalahkan sesiapa. Setiap orang tanpa
mengira kaum harus berani menunjukkan komitmen bersama untuk memastikan wujudnya sebuah
negara Malaysia yang maju dan rakyatnya pula hidup dalam harmoni. Sistem pendidikan
memainkan peranan penting. Usaha kerajaan memperkasa sekolah kebangsaan bagi
menjadikannya sekolah pilihan utama rakyat di negara ini wajar diberi sokongan. Begitu juga
dengan penubuhan Sekolah Wawasan. Selama ini sistem persekolahan yang berbeza antara
kaum turut menyumbang masalah perpaduan. Jika anak-anak kita tidak diintegrasikan di sekolah,
di mana lagi? Jikalau anak kita dipisahkan sejak dari tadika, di manakah titik bermulanya proses
intergrasi?

Pokok pangkalnya ialah kita perlu bertanya kepada diri kita sendiri secara jujur apakah kita
bersedia mempertaruhkan masa depan negara dengan keadaan rakyat yang tidak bersatu? Tepuk
dada tanya selera. Jangan ulangi sejarah tahun 1969.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Perpaduan Kunci Kejayaan Negara,
Rencana Pengarang, Berita Minggu, 10 Februari 2008.)

55

Soalan 2 (a) : Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata resipi kemusnahan. [2 markah]

(ii) Nyatakan usaha-usaha yang boleh dipraktikkan oleh rakyat untuk memelihara
perpaduan kaum di negara ini
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, mengapakah perpaduan amat penting bagi sesebuah
negara?
[4 markah]

56

SKEMA LATIHAN 13

Pendahuluan [2 markah] Markah

P1 Petikan membincangkan kekangan / rintangan/ cabaran / konstrain / 2
kesukaran untuk memperkukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat di
Malaysia / di negara kita. 2
2
P2 Petikan membincangkan kekangan / rintangan/ cabaran / konstrain / 1
kesukaran untuk memperkukuh perpaduan dan implikasinya. 0

P3 Rumusan membincangkan kekangan / rintangan/ cabaran / konstrain /
kesukaran untuk memperkukuh perpaduan dan kesan-kesannya.

P4 Petikan / Rumusan membincangkan kekangan / rintangan/ cabaran /
konstrain / kesukaran untuk memperkukuh perpaduan.

P5 Petikan / Rumusan membincangkan halangan-halangan untuk
memperkukuh perpaduan.

Isi Tersurat (Halangan-halangan memperkukuh perpaduan) 2
2
[ 4 hingga 12 markah]
2
S1 Generasi baharu yang rata-rata tidak lagi diseret oleh kesan psikologi dan 2
rentetan sejarah masa lampau 2
2
S2 Masyarakat kita masih terbentuk di dalam kepompong kaum secara tradisi. 2
S3 Kedudukan kaum masih ditentukan oleh faktor geografi dan penempatan 2
S4 Di pusat pengajian tinggi, masih wujud masalah pelajar yang berbeza kaum

enggan tinggal sebilik di asrama.
S5 Keperluan pada pegangan dan pemahaman Perlembagaan dan prinsip

Rukun Negara semakin menipis.
S6 ’Kontrak sosial’ antara kaum yang dihayati oleh generasi kemerdekaan tidak

banyak maknanya lagi pada kita hari ini.
S7 Setiap kaum memperagakan identiti kaum masing-masing.
S8 Perbezaan etnik pula menjadi bertambah rumit dengan kelainan agama dan

budaya.
S9 Sistem persekolahan yang berbeza antara kaum turut menyumbang masalah

perpaduan.

Isi Tersirat (Kesan-kesannya) 2
[4 hingga 12 markah] 2
T1 Keharmonian tidak akan dapat diwujudkan 2
T2 Pembangunan negara dan ekonomi akan terjejas 2
T3 Pihak luar mengambil kesempatan campur tangan dalam politik negara 2
T4 Berlaku pergaduhan antara kaum 2
T5 Imej negara akan terjejas
T6 Pelabur luar tidak berani datang

57

*terima isi tersirat lain yang relevan 2
Kesimpulan [ 2 markah]
K1 Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berusaha memperkukuh perpaduan agar

dapat mewujudkan sebuah negara yang aman.
*(Kesimpulan yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)

Soalan 2 (a) : Petikan Umum 2
1
(i) Rangkai kata resipi kemusnahan bermaksud 1
P1 elemen-elemen / unsur-unsur / anasir-anasir yang membawa kehancuran
P2 elemen-elemen / unsur-unsur / anasir-anasir yang membawa kemusnahan
P3 resipi yang membawa kehancuran
*hanya menukarkan satu perkataan dan betul, layak mendapat 1 m

[maksimum : 2 markah]

(ii) Usaha-usaha yang boleh dipraktikkan oleh rakyat untuk memelihara
perpaduan kaum di negara ini

P1 setiap rakyat harus terus memupuk, memelihara sikap muafakat dan bertolak-
ansur

P2 rakyat perlu bersatu

P3 saling menghargai antara satu sama lain

[maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 isi]

(iii) Pada pendapat saya, perpaduan amat penting bagi sesebuah negara kerana
P1 pembangunan negara akan lebih pesat kerana setiap kaum/individu menyumbang

tenaga
P2 keharmonian masyarakat membentuk sebuah negara yang aman

P3 imej sesebuah negara akan dipandang tinggi

P4 campur tangan kuasa asing dapat dielakkan

P5 pembangunan ekonomi negara akan terjamin
P6 pertumpahan darah akan dapat dielakkan

[maksimum : 4 markah] [Isi cukup : 3 isi]

*terima isi lain yang relevan

58

LATIHAN RUMUSAN 14 (30 markah)

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang kekangan untuk
meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan belia dan peranan ibu bapa untuk
merealisasikan usaha tersebut. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120
patah perkataan.

Setiap kali Malaysia merayakan sambutan Hari Kebangsaan, semua stesen
televisyen dan radio akan menyiarkan acara sambutannya. Pihak akhbar tidak ketinggalan
juga memaparkan pelbagai berita mengenainya. Di samping itu, tema perbincangan pula
lazimnya berkisar pada soal perlunya patriotisme ditingkatkan kerana patriotisme
melibatkan setiap rakyat dan meliputi kemerdekaan serta kedaulatan negara. Kehangatan
perbincangan isu tersebut berhubung terus dengan hasrat kerajaan untuk meningkatkan
semangat patriotik yang padu dalam kalangan rakyat, khususnya golongan belia. Hal ini
dititikberatkan kerana alaf baharu membawa negara berhadapan dengan pelbagai cabaran
baharu yang berkaitan dengan persoalan patriotisme.

Banyak pihak yang terpaksa akur bahawa kini semakin leluasa fahaman
individualisme. Pada sudut yang lain, kita berdepan pula dengan asakan globalisasi dan
kecanggihan teknologi komunikasi yang mewujudkan pertembungan antara negara maya
dengan negara nyata. Negara maya ialah negara tanpa sempadan seperti yang kita lihat
dalam konteks Internet, komunikasinya dapat dibentuk tanpa memerlukan kerakyatan
serta tidak mempunyai ketua yang sah. Dalam era baharu ini, kita berdepan juga dengan
hakikat bahawa kemerdekaan negara tergugat oleh penjajahan-penjajahan bentuk
baharu, umpamanya penjajahan budaya dan ekonomi. Kegawatan ekonomi beberapa
tahun lalu merupakan percubaan penjajahan baharu dalam bentuk ekonomi yang
digerakkan oleh kuasa ekonomi asing. Dari segi pendidikan, penyemaian semangat
patriotik pernah dilaksanakan di sekolah-sekolah melalui mata pelajaran Pendidikan Sivik
dan Kewarganegaraan tetapi usaha ini menemukan kegagalan. Kini nilai-nilai patriotisme
diterapkan pula melalui mata pelajaran Sejarah, tetapi masalahnya mata pelajaran ini
hanya mula diajarkan pada peringkat sekolah menengah. Persoalannya, mampukah mata
pelajaran Sejarah memikul tanggungjawab itu? Cabaran-cabaran itu menjadi premis
supaya diadakan penyeragaman semula pemupukan semangat patriotik dalam kalangan
belia. Suatu program khusus pendidikan patriotisme mesti dilaksanakan dalam bentuk
pendidikan kewarganegaraan sebagai sokongan dan susulan kepada mata pelajaran
Sejarah.

Program ini mesti disegerakan kerana cabaran yang paling besar dalam hal ini ialah
mereka tidak menghargai kemerdekaan negara, sedangkan setiap individu dalam setiap
generasi mesti bertanggungjawab mempertahankan negara dan menegakkan
kedaulatannya. Nilai-nilai patriotisme yang melintasi zaman perlu diterapkan dalam
kehidupan mereka; antaranya berbangga sebagai rakyat Malaysia dan bersemangat setia
kepada negara. Mereka sewajarnyalah juga menyanjungi semangat kekitaan. Kita mesti
juga berusaha menangani belia yang mengetahui kepentingan ilmu tetapi tidak
bersungguh-sungguh mengejar ilmu. Kita tidak harus gagal dalam hal ini. Perkara ini

59

sangat penting untuk meningkatkan patriotisme dalam kalangan belia. Persoalan-

persoalan yang ditimbulkan ini merupakan sebahagian daripada agenda bagi
memperlengkap, memperkukuh dan meneruskan perjuangan mengangkat martabat
bangsa dan negara ke tahap yang lebih cemerlang dan gemilang.

(Dipetik dan diubah suai daripada
“Pemupukan Semangat Patriotisme”,

Dewan Siswa, April 2006)

Soalan 2 (a) : Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mengangkat martabat. [2 markah]

(ii) Apakah nilai patriotisme yang perlu dipupuk dalam diri warga Malaysia? [3 markah]

(iii) Sebagai seorang pelajar, apakah bukti-bukti yang menunjukkan anda mempunyai
semangat patriotik yang tinggi?
[4 markah]

60

SKEMA RUMUSAN 14

Pendahuluan [2 markah] Markah

P1 Petikan membincangkan halangan / rintangan/ cabaran / konstrain 2
/ kesukaran untuk meingkatkan semangat patriotik dalam kalangan 2
belia di Malaysia / di negara kita. 2
1
P2 Petikan membincangkan halangan / rintangan/ cabaran / konstrain 0
/ kesukaran untuk memperkukuh perpaduan dan tanggungjawab ibu
bapa untuk merealisasikan usaha tersebut.

P3 Rumusan membincangkan halangan / rintangan/ cabaran /
konstrain / kesukaran untuk memperkukuh perpaduan dan peranan
ibu bapa untuk merealisasikan usaha tersebut.

P4 Petikan / Rumusan membincangkan halangan / rintangan/ cabaran /
konstrain / kesukaran untuk meingkatkan semangat patriotik dalam
kalangan belia.

P5 Petikan / Rumusan membincangkan kekangan-kekangan untuk
meingkatkan semangat patriotik dalam kalangan belia

Isi Tersurat (kekangan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan belia)
[ 4 hingga 12 markah]

S1 Fahaman yang mengutamakan kepentingan individu semakin menular. 2

S2 Wujudnya pertembungan antara negara maya dengan negara nyata. 2

S3 Kemerdekaan negara tergugat oleh penjajahan-penjajahan bentuk 2
baharu.

S4 Mata pelajaran Sejarah hanya mula diajarkan pada peringkat sekolah 2
menengah.

S5 Belia tidak menghargai kemerdekaan negara. 2

S6 Belia tidak bersungguh-sungguh mengejar ilmu. 2

Isi Tersirat (Peranan ibu bapa untuk merealisasikan usaha tersebut) 2
[4 hingga 12 markah] 2
T1 Ibu bapa perlu bersama-sama keluarga meraikan sambutan Bulan 2

Kemerdekaan.
T2 Ibu bapa perlu menyediakan bahan bacaan yang berunsur patriotik di

rumah.
T3 Ibu bapa sewajarnya membawa anak-anak melawat ke tempat-tempat

bersejarah dalam negara.

*terima isi tersirat lain yang relevan

61

Kesimpulan [ 2 markah] 2

K1 Kesimpulannya, semua pihak perlu berusaha untuk meningkatkan
semangat patriotik dalam kalangan belia supaya mereka dapat
memajukan negara.

*(Kesimpulan yang lain boleh diterima sekiranya sesuai) 2
Soalan 2 (a) : Petikan Umum
1
(i) Rangkai kata mengangkat martabat bermaksud 1
P1 meninggikan / meningkatkan / melonjakkan status / kedudukan /

maruah
P2 meninggikan / meningkatkan / melonjakkan martabat
P3 mengangkat status / kedudukan / maruah
*hanya menukarkan satu perkataan dan betul, layak mendapat 1 m

[maksimum : 2 markah]
(ii)Nilai patriotisme yang perlu dipupuk dalam diri warga Malaysia

P1 berbangga menjadi rakyat Malaysia
P2 bersemangat setia kepada negara
P3 menyanjungi semangat kekitaan

[maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 isi]

(iii)Bukti-bukti yang menunjukkan anda mempunyai semangat patriotik

P1 Saya akan menyertai perarakan pada Hari Kebangsaan

P2 Saya akan menentang usaha pihak luar campur tangan hal ehwal negara
kita

P3 Saya akan sentiasa menghormati lagu Kebangsaan

P4 Saya akan menghulurkan derma untuk Tabung Rayuan Hari Pahlawan

P5 Saya akan berbangga menjadi anak Malaysia
P6 Saya akan memajukan diri dengan menimba pelbagai pelajaran dan ilmu

pengetahuan

P7 Saya akan menyokong usaha kerajaan untuk meningkatkan ekonomi
rakyat

P8 Saya akan membantu kerajaan untuk meningkatkan perpaduan dalam
kalangan rakyat.

P9 Saya tidak akan memburukkan nama negara
P10 Saya akan mempromosikan kehebatan negara kita dengan pelbagai cara

[maksimum : 4 markah] [Isi cukup : 3 isi]

*terima isi lain yang relevan

62

LATIHAN RUMUSAN 15(30 markah)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cabaran-cabaran
mengembangkan produk kraf dan langkah-langkah mempopularkan produk kraf.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Malaysia kaya dengan kepelbagaian budaya dan kesenian masyarakat. Sebagai tamsilnya,
masyarakat Melayu sangat sinonim dengan seni ukiran dan tenunan. Masyarakat Cina popular
dengan seni tembikar dan kaligrafi. Kolam pula sering disebut-sebut sebagai seni masyarakat India
dan kelompok peribumi pula sangat berkait rapat dengan seni anyaman. Umum mengetahui
bahawa seni kraf sangat popular dalam kalangan penduduk luar bandar dan pedalaman. Situasi ini
berlaku kerana pengusaha lebih mudah mencari bahan utama bagi pembuatan produk kraf.
Walaupun begitu, pelbagai cabaran yang perlu diatasi dengan sebaik-baik mungkin.

Cabaran utama yang mengganggu perkembangan produk kraf di kawasan bandar ialah
lambakan produk berteknologi moden dalam pasaran. Kuantiti produk berteknologi moden yang
dihasilkan pada satu masa juga sangat tinggi jika dibandingkan dengan produk buah tangan.
Produk buatan tangan pula menawarkan harga yang agak tinggi sedikit kerana produk kraf
menggunakan bahan semula jadi. Kemunculan bahan kimia dan sintetik juga merancakkan
pengeluaran produk yang berasaskan plastik. Pada zaman yang serba maju ini, sangat sukar
untuk mencari bahan utama pembuatan produk kraf. Sungguhpun begitu, pembangunan yang
pesat mampu menjejaskan habitat semula jadi flora, iaitu kawasan rimba.

Sememangnya produk kraf tangan pada hari ini sukar untuk diketengahkan. Hal ini
demikian kerana masyarakat pedalaman kurang mendapat pendidikan dan tidak mengikuti
perkembangan semasa tetapi produk yang dihasilkan mempunyai kualiti yang tinggi. Di samping
itu, ketiadaan pewaris dalam kalangan generasi muda juga menyukarkan perkembangan dan
kemajuan produk kraf. Sebetulnya, golongan muda perlu lebih menonjol dan memainkan peranan
bagi mempopularkan produk kraf. Kekurangan promosi atau pameran sama ada di peringkat
nasional atau antarabangsa juga menjadi punca pengamal seni kraf sukar untuk menonjolkan
bakat mereka.

Cabaran lain ialah kekurangan penawaran program latihan yang berteraskan seni di pusat
pengajian tinggi. Tidak dinafikan bahawa terdapat segelintir pihak yang kurang memikirkan
kepentingan dan nilai sesuatu karya seni. Tidak kurang juga, pengamal seni kraf pada hari ini tidak
mempunyai modal yang cukup untuk memajukan perusahaan mereka. Teknologi maklumat dan
komunikasi merupakan cabang perniagaan yang terpenting pada hari ini. Walau bagaimanapun,
pengusaha kraf yang tinggal di kawasan pedalaman terutamanya masih kurang arif mengenai
penggunaan teknologi. Sewajarnya, usaha mengembangkan produk kraf tidak boleh dipandang
sebelah mata kerana seni ini warisan turun-temurun dan mempunyai nilai estetik yang amat
tinggi.

(Dipetik dan dubah suai daripada ‘Kekangan dalam
industri kraf’oleh Aliff Ishak, Dewan Budaya, Julai 2016)

63

Soalan 2 (a) : Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata pengeluaran produk dalam petikan.

[2 markah]

(ii) Pengarang ada menyatakan beberapa faktor produk kraf amat sesuai dikembangkan
oleh pengusaha kraf tangan.

Nyatakan faktor-faktor tersebut

[3 markah]

(iii) Pengarang ada menyebut bahawa golongan muda kurang berminat dalam
kemahiran menghasilkan kraf sehingga ketiadaan pewaris.

Huraikan punca-punca golongan muda kurang berminat untuk mewarisi kemahiran
tersebut.

[4 markah]

64

SKEMA RUMUSAN 15

Pendahuluan [2 markah] Markah

P1 Petikan membincangkan masalah-masalah/ kekangan-kekangan/ 2
halangan-halangan / konstrain / rintangan mengembangkan produk kraf 2
di negara kita / di Malaysia 2
1
P2 Petikan membincangkan masalah-masalah/ kekangan-kekangan/ 0
halangan-halangan / konstrain / rintangan mengembangkan produk kraf
dan faktor produk kraf amat sesuai dikembangkan oleh pengusaha kraf tangan.

P3 Rumusan membincangkan masalah-masalah/ kekangan-kekangan/
halangan-halangan / konstrain / rintangan mengembangkan produk kraf
dan langkah-langkah mempopularkan produk kraf.

P4 Petikan / Rumusan membincangkan masalah-masalah/ kekangan-
kekangan/ halangan-halangan / konstrain / rintangan mengembangkan
produk kraf.

P5 Petikan / Rumusan membincangkan cabaran-cabaran mengembangkan
produk kraf dan langkah-langkah mempopularkan produk kraf

Isi Tersurat (Cabaran-cabaran mengembangkan produk kraf) 2
[ 4 hingga 12 markah] 2
S1 Lambakan produk berteknologi moden dalam pasaran
2
S2 Produk buatan tangan pula menawarkan harga yang agak tinggi sedikit 2
2
S3 Sangat sukar untuk mencari bahan utama pembuatan produk kraf
2
S4 Masyarakat pedalaman kurang mendapat pendidikan / tidak mengikuti
perkembangan semasa 2
2
S5 Ketiadaan pewaris dalam kalangan generasi muda

S6 Kekurangan promosi atau pameran sama ada di peringkat nasional atau
antarabangsa

S7 Kekurangan penawaran program latihan yang berteraskan seni di pusat
pengajian tinggi

S8 Pengamal seni kraf pada hari ini tidak mempunyai modal yang cukup

S9 Pengusaha kraf tangan yang tinggal di kawasan pedalaman terutamanya masih
kurang arif mengenai penggunaan teknologi

Isi Tersirat (Langkah-langkah mempopularkan produk kraf) 2
[4 hingga 12 markah] 2

T1 Mengadakan pameran produk kraf secara berkala

T2 Menganjurkan pertandingan produk kraf

65

T3 Menggunakan teknologi moden untuk memasarkan produk kraf 2
T4 Membuka jurusan seni kraf di pusat pengajian tinggi 2
T5 Mengehadkan kemasukan produk kraf tiruan/ luar 2
T6 Memberikan pinjaman tanpa faedah kepada pengusaha produk kraf 2
T7 Memberikan keistimewaan pelepasan cukai kepada pengusaha produk kraf 2

*terima isi tersirat lain yang relevan

Kesimpulan [ 2 markah] 2
K1 Kesimpulannya, semua pihak perlulah berusaha mengembangkan produk kraf
2
supaya tidak pupus ditelan zaman. 1
1
*(Kesimpulan yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)

Soalan 2 (a) : Petikan Umum
(i) Rangkai kata pengeluaran produk bermaksud

P1 Penghasilan/ pembuatan barangan
P2 Pengeluaran barangan
P3 Penghasilan/ pembuatan produk
*hanya menukarkan satu perkataan dan betul, layak mendapat 1 m

[maksimum : 2 markah]

(ii)Faktor-faktor produk kraf amat sesuai dikembangkan oleh pengusaha kraf tangan
P1 Malaysia kaya dengan kepelbagaian budaya dan kesenian rakyat

P2 Pengusaha lebih mudah mencari bahan utama bagi pembuatan produk kraf
tangan

P3 Mempunyai kualiti yang tinggi

P4 Mempunyai nilai estetik yang tinggi

[maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 isi]

66

(iii)Punca-punca golongan muda kurang berminat untuk mewarisi kemahiran
menghasilkan kraf

P1 Kekurangan pendedahan awal / tiada galakan daripada pihak lain

P2 Tanggapan negatif bahawa kesenian kraf ketinggalan zaman

P3 Tiada sifat sabar dalam diri untuk menyempurnakan hasil kraf teknik
penghasilan seni kraf yang rumit

P4 Kepenatan dan tiada masa
P5 Kesibukan golongan muda dengan tugasan lain

P6 Pengaruh media elektronik yang kuat / rancangan yang pelbagai dan menarik

[maksimum : 4 markah] [Isi cukup : 3 isi]

*terima isi lain yang relevan

67

LATIHAN RUMUSAN 16(30 markah)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang cabaran-cabaran
dalam memajukan sektor pelancongan dan peranan rakyat dalam mempromosikannya.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Alam semula jadi di Malaysia merupakan anugerah yang tidak ternilai dengan gugusan
pulau antara yang terindah di dunia, jajaran pantai memutih, serta tasik menghijau di tengah
belantara. Ciri-ciri alam semula jadi ini merupakan antara tarikan utama dalam industri
pelancongan sesebuah negara sekali gus menjadi produk yang membantu memperkenalkan
negara kita di kaca dunia. Malah, banyak pengusaha mengintai peluang untuk turut serta dalam
industri ini dan sektor perhotelan berkembang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Walau bagaimanapun, sektor ini tidak sunyi daripada menghadapi pelbagai cabaran yang terpaksa
dilalui sama ada secara sedar atau sebaliknya. Persaingan sengit dalam kalangan pemain industri
menyebabkan ramai pengusaha tidak bertahan lama dalam industri ini.

Industri pelancongan ialah industri yang menjadi menyumbang utama kepada ekonomi
negara, Namun begitu, pelbagai masalah atau cabaran tetap wujud. Masalah pertama yang
dikenal pasti ialah kenaikan harga minyak terutamanya yang berkaitan dengan kos tambang
penerbangan. Selain itu, wabak penyakit akibat lambakan warga asing yang datang mencari rezeki
turut memberikan cabaran buat industri pelancongan. Masalah-masalah ini merupakan analisis
yang dilakukan oleh Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dalam mencari panduan bagi
menangani krisis pelancongan negara. Kajian mendapati kejadian bencana alam seperti gempa
bumi dan tsunami juga boleh menjejaskan industr pelancongan, selain ketidakstabilan politik.
Selain kekangan dan cabaran yang digariskan oleh WTO.

Dalam hal ini, program Malaysia ‘Welcome The World' yang dilancarkan oleh kerajaan
sedikit sebanyak membuka ruang untuk industri pelancongan kembali bernafas. Namun, masalah
harga termasuk harga perkhidmatan, hotel, makanan dan barangan menjadi cabaran. Walaupun
harga hotel misalnya dipantau oleh kementerian, tetapi pada musim tertentu hotel akan
menaikkan harga. Saingan daripada negara-negara jiran seperti Singapura, Thailand dan
Indonesia yang mempunyai produk pelancongan yang hampir sama dengan Malaysia turut
menjadi cabaran. Hal ini akan memberi tanggapan negatif terhadap produk keluaran negara
kita. Negara kita juga berdepan dengan masalah persepsi negatif yang dibuat oleh kerajaan
negara luar terhadap negara kita. Kerajaan negara lain berhak menasihati rakyat masing-masing
supaya tidak datang ke negara-negara tertentu atas alasan keselamatan.

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan perlu sedar terdapat masalah sikap pekerja
yang terlibat secara langsung dengan para pelancong. Oleh itu, usaha-usaha menggalakkan
pelancong tidak akan membuahkan hasil jika setiap pihak dalam industri berkenaaan tidak
menjalankan peranan mereka dengan sebaik-baiknya. Hal ini demikian kerana fungsi dan
tanggungjawab memajukan industri pelancongan negara tidak terletak pada bahu Kementerian
Pelancongan dan Kebudayaan sahaja.

Dipetik dan diubah suai daripada
Rencana Sektor Pelancongan : Antara Kejayaan
dan Cabaran oleh Hj.Samat Buang Dewan Siswa, 2007

68

Soalan 2 (a) : Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata tanggapan negatif.

[2 markah]

(ii) Dalam petikan, pengarang menjelaskan bahawa industri pelancongan merupakan
penyumbang penting dalam kemajuan sesebuah negara.

Nyatakan sumbangan-sumbangan tersebut?

[3 markah]

(iii) Negara kita berpotensi untuk menjadi destinasi pilihan utama para pelancong dari
luar negara.

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mencapai
hasrat tersebut?

[4 markah]

69

SKEMA LATIHAN 16

Pendahuluan [2 markah] Markah

P1 Petikan membincangkan masalah / kekangan / halangan / konstrain dalam 2
memajukan sektor pelancongan di Malaysia 1
2
P2 Petikan membincangkan masalah / kekangan / halangan / konstrain dalam 0
memajukan sektor pelancongan dan peranan rakyat dalam mempromosikan
Malaysia

P3 Rumusan membincangkan masalah / kekangan / halangan / konstrain
dalam memajukan sektor pelancongan dan peranan rakyat dalam mempromosikan
Malaysia

P4 Petikan membincangkan cabaran-cabaran dalam memajukan sektor
pelancongan

Isi Tersurat (Cabaran-cabaran dalam memajukan sektor pelancongan ) 2
[ 4 hingga 12 markah] 2

S1 Persaingan sengit dalam kalangan pemain industri 2

S2 Kenaikan harga minyak terutamanya yang berkaitan dengan kos tambang 2
penerbangan 2
2
S3 Wabak penyakit yang berlaku akibat lambakan warga asing yang datang mencari 2
rezeki 2

S4 Kejadian bencana alam

S5 Walaupun harga hotel misalnya dipantau oleh kementerian, tetapi pada musim
tertentu tertentu hotel akan menaikkan harga

S6 Saingan daripada negara-negara jiran yang mempunyai produk pelancongan yang
hampir sama dengan Malaysia turut menjadi penyumbang cabaran

S7 Kita juga berdepan dengan masalah persepsi negatif yang dibuat oleh kerajaan
negara luar terhadap negara kita

S8 Masalah sikap pekerja yang terlibat secara langsung dengan para pelancong

Isi Tersirat (Peranan rakyat dalam mempromosikannya) 2
[4 hingga 12 markah] 2
2
T1 Rakyat perlu menjaga kebersihan di tempat-tempat pelancongan. 2
2
T2 Rakyat perlu menunjukkan sikap mesra kepada pelancong-pelancong

T3 Rakyat memastikan keamanan dan keselamatan lebih terjamin.

T4 Rakyat Malaysia di luar negara memperkenalkan warisan budaya Malaysia kepada
warga asing ketika di luar negara.

T5 Rakyat menjaga prasarana dengan baik

70

T6 Rakyat menyokong dengan menyebarkan maklumat produk pelancongan melalui 2
media sosial

*terima isi tersirat lain yang relevan

Kesimpulan [ 2 markah] 2
K1 Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama meningkatkan sektor

pelancongan supaya negara kita akan lebih maju.

*(Kesimpulan yang lain boleh diterima sekiranya sesuai) 2
Soalan 2 (a) : Petikan Umum

(i) Rangkai kata tanggapan negatif bermaksud

P1 Pemahaman / pendapat / telahan buruk / jahat

P2 Pemahaman / pendapat / telahan negatif 1

P3 Tangapan buruk / jahat 1

*hanya menukarkan satu perkataan dan betul, layak mendapat 1 m

[maksimum : 2 markah]
(ii) Kelebihan alam semula jadi dalam memajukan sektor pelancongan negara

P1 banyak pengusaha mengintai peluang untuk turut serta dalam bidang ini
P2 menjadi produk yang membantu memperkenalkan negara di kaca mata dunia
P3 sektor perhotelan berkembang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan

[maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 isi]

(iii) Pada pendapat saya, langkah-langkah menjadikan negara destinasi pelancongan
pilihan

P1 promosi / kempen tempat pelancongan baharu / karnival

P2 menyediakan kemudahan penginapan yang berkualiti / bertaraf antarabangsa

P3 memperkenalkan adat dan budaya / permainan tradisional kaum yang unik

P4 menyediakan pakej pelancongan yang menarik / setanding dengan negara lain

P5 meningkatkan kemudahan infrastruktur seperti lebih banyak lebuh raya /
lapangan terbang / kemudahan pengangkutan air dsb.

P6 sikap masyarakat tempatan hendaklah mesra

[maksimum : 4 markah]
[Isi cukup : 3 isi]

*terima isi lain yang relevan

71

LATIHAN RUMUSAN 17 (30 markah)
Baca petikan di bawah dengan teliti kemudian, buat satu rumusan tentang masalah-masalah yang
melanda bidang sukan dan usaha-usaha dalam meningkatkan mutu sukan negara. Panjangnya
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pencapaian cemerlang beberapa orang atlet negara di arena antarabangsa baru-baru ini cukup
menggembirakan seluruh peminat sukan tanah air. Pada masa yang sama, kita turut diceriakan dengan
kejayaan hebat atlet paralimpik di peringkat antarabangsa. Muhammad Ziyad Zolkefli meneruskan
kecemerlangan dengan memecah satu lagi rekod dunia acara lontar peluru lelaki F20 pada kejohanan Olahraga
Paralimpik Dunia 2017 di London, baru-baru ini. Seorang lagi atlet paralimpik, Abdul Latif Romly turut
cemerlang dengan meraih emas dan memperbaik rekod lompat jauh yang diciptanya sendiri pada tahun 2015.

Kejayaan mereka membuktikan bahawa atlet Malaysia juga mampu pergi jauh dan mencipta
kegemilangan di peringkat antarabangsa. Namun kita sering kali masih berhadapan dengan masalah
ketandusan atlet terutamanya barisan pelapis untuk beberapa jenis sukan. Misalnya, kitabelum pasti dan jelas
siapa pengganti jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan juga jaguh squasy dunia,
iaitu Datuk Nicol Ann David. Jika keadaan seperti ini masih berterusan kita akan menghadapi masalah yang
sama selepas Jun Hoong, Pandelela Rinong, Khairul Hafiz, Ziyad dan juga Abdul Latiff. Masalahnya,
pengurusan bakat sukan di negara ini tidak konsisten dalam melahirkan atlet sukan yang hebat di peringkat
antarabangsa. Misalnya, apabila seseorang muncul secara tiba-tiba kita hanya fokus kepada seseorang atlet
tanpa mempedulikan pelan penggantian kepada atlet tersebut. Selain itu, negara juga berdepan dengan
masalah kekurangan kemudhan sukan berbanding dengan negara-negara yang maju industri sukannya. Hal ini
menyebabkan para atlet tidak mendapat latihan yang sewajarnya untuk menghadapi kejohanan pada peringkat
antarabangsa.

Salah satu masalah yang terlalu lama berlaku tanpa sebarang penyelesaian ialah tampuk kepemimpinan
persatuan sukan yang sering bertukar ganti. Malah tidak kurang hebatnya individu yang terpilih untuk
mengetuai sesebuah persatuan sukan namun hakikatnya keadaan yang sama terus berlaku. Masing-masing
masih gagal untuk melahirkan barisan atlet bertaraf antarabangsa secara konsisten. Hakikatnya negara ini
tidak pernah ketandusan bakat baharu. Baik dalam sukan olahraga, badminton mahupun bola sepak misalnya
banyak atlet yang berbakat, namun ke manakah hala tuju atlet muda dan baharu ini? Siapakah yang menjaga,
menguruskan mereka dan memastikan kumpulan pelapis ini diasah serta dipersiapkan untuk mengambil alih
daripada atlet utama apabila tiba masanya? Malang sekali apabila wujudnya pelbagai kerenah birokrasi
sehingga menghancurkan masa depan atlet muda berbakat dengan begitu sahaja. Hal inilah yang menjadi
masalah dan dilema sukan negara. Semua persatuan sukan di negara ini seharusnya membuat anjakan
paradigma. Hentikanlah daripada terus bersandiwara dan bersembunyi di sebalik bayangan kejayaan seorang
dua atlet tetapi lupa akan hakikat bahawa mereka tidak ada pengganti apabila bersara kelak.

Setiap persatuan sukan dan kepemimpinan persatuan perlu ada misi, visi danhala tuju yang jelas dalam
melahirkan bakat baharu secara berterusan. Pihak yang bertanggungjawab tidak boleh sekadar mahu
menjawatjawatan untuk pelbagai kepentingan peribadi tetapi culas dalam melaksanakan tanggungjawab hakiki
yang telah diamanahkan . Malah, banyak pihak yang hanya menabur pelbagai janji sebelum dipilih tetapi
setelah mendapat jawatan tidak mempu menunaikan janji-janji tersebut. Untuk itu, kita berharap agar pihak
Kementerian Belia dan Sukan dapat memainkan peranan yang sewajarnya dengan memantau secara rapi
pencapaian setiap persatuan dalam mencapai pelan pembangunan bakat baharu. Hal ini jelas menunjukkan
bahawa kemerosotan dan kekurangan pemain berkaliber adalah berpunca daripada pengurusan yang lemah.

(Dipetik dan diubah suai daripada “Konsisten Lahirkan Atlet Kelas Dunia”
oleh Noor Muhammad Shakil Hameed, Julai 2017)

72

Soalan 2 (a) : Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata kerenah birokrasi.

[2 markah]

(ii) Penulis ada menyentuh tentang masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak kempimpinan
persatuan sukan negara.

Nyatakan masalah-masalah tersebut.

[3 markah]

(iii) Penyertaan murid dalam bidang sukan masih berada pada tahap minimum.

Huraikan pendapat anda tentang peranan pihak sekolah dalam menarik minat murid
menyertai aktiviti sukan.

[4 markah]

73

SKEMA LATIHAN 17

Pendahuluan [2 markah] Markah

P1 Petikan membincangkan kesukaran-kesukaran / kesulitan-kesulitan / 2
konstrain / halangan / rintangan / cabaran yang melanda bidang
sukan di negara kita

P2 Rumusan membincangkan kesukaran-kesukaran / kesulitan-kesulitan 2
/ konstrain / halangan / rintangan / cabaran yang melanda bidang
sukan dan usaha-usaha dalammeningkatkan mutu sukan negara.

P3 Petikan / Rumusan membincangkan kesukaran-kesukaran / kesulitan- 1

kesulitan / konstrain / halangan / rintangan / cabaran yang
melanda bidang sukan.

Isi Tersurat (Masalah-masalah yang melanda bidang sukan) 2
[ 4 hingga 12 markah] 2

S1 ketandusan atlet terutamanya barisan pelapis untuk beberapa jenis sukan 2
2
S2 tidak konsisten dalam melahirkan atlet sukan yang hebat di peringkat 2
antarabangsa 2
2
S3 hanya fokus kepada seseorang atlet tanpa mempedulikan pelan
penggantian kepada atlet tersebut

S4 negara juga berdepan dengan masalah kekurangan kemudhan sukan
berbanding dengan negara-negara yang maju industri sukannya

S5 tampuk kepemimpinan persatuan sukan yang sering bertukar ganti

S6 wujudnya pelbagai kerenah birokrasi sehingga menghancurkan masa
depan atlet muda berbakat

S7 sekadar mahu menjawatjawatan untuk pelbagai kepentingan peribadi
tetapi culas dalam melaksanakan tanggungjawab hakiki yang telah
diamanahkan

Isi Tersirat (Usaha-usaha dalam meningkatkan mutu sukan negara) 2
[4 hingga 12 markah]
2
T1 Melantik jurulatih yang bertauliah untuk mengajar pelajar-pelajar di 2
sekolah 2
2
T2 Menambah bilangan komplekssukan yang mempunyai pelbagai
kelengkapan sukan yang moden dan canggih. 2

T3 Menganjurkan lebih banyak perlawanan persahabatan dengan negara luar

T4 Memberikan insentif kepada ahli sukan yang berjaya memenangi sebarang
pingat dalam kejohanansukan di dalam dan luar negara.

T5 Menyemak dan menilai semula pelan pembangunan bakat baharu yang
sedia ada

T6 Perlu ada misi, visi dan hala tuju yang jelas dalam melahirkan bakat
baharu secara berterusan

*terima isi tersirat lain yang relevan

74

Kesimpulan [ 2 markah] 2
1
K1 Kesimpulannya semua pihak haruslah bekerjasama dalam meningkatkan
mutu sukan negara agar dapat memantapkan kualiti sukan negara

K2 Kesimpulannya semua pihak haruslah bekerjasama dalam meningkatkan
mutu sukan negara.

*(Kesimpulan yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)

Soalan 2 (a) : Petikan Umum 2
(i) Rangkai kata kerenah birokrasi bermaksud 1
P1 ragam pemerintahan / pentadbiran 1
P2 ragam birokrasi
P3 kerenah pemerintahan / pentadbiran
*hanya menukarkan satu perkataan dan betul, layak mendapat 1 m

[maksimum : 2 markah]
(ii) Masalah-masalah yang dihadapi oleh pihak kempimpinan persatuan sukan negara.

P1 Persatuan ini turut diterajui oleh individu yang terpilih dan hebat, tetapi
tidak mampu menyelesaikan masalah

P2 Persatuan ini gagal melahirkan atlet bertaraf antarabangsa secara
konsisten

P3 Pihak pengurusan gagal menunaikan janji setelah menjawat jawatan
dalam persatuan tersebut

[maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 isi]

(iii) Peranan pihak sekolah dalam menarik minat murid menyertai aktiviti sukan

P1 Melatih jurulatih professional dalam sukan tertentu

P2 Mempelbagaikan anugerah sukan di sekolah

P3 Memperbanyak pertandingan sukan di peringkat sekolah

[maksimum : 4 markah] [Isi cukup : 3 isi]
*terima isi lain yang relevan

75

LATIHAN RUMUSAN 18(30 markah)

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang masalah-masalah
pengangkutan awam pada musim perayaan dan faedah pengangkutan awam kepada pengguna.
Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Pertambahan bas ekspres bagi menampung keperluan orang awam pulang ke kampung sempena
sambutan Aidilfitri tahun ini pasti melegakan banyak pihak khususnya mereka yang tidak mempunyai
kenderaan sendiri. Pengumuman pihak pengurusan perkhidmatan bas yang memperuntukkan sejumlah
36,000 tiket untuk bas tambahan selain tiket perkhidmatan bas sedia ada, dijangka membolehkan mereka
yang berpendapatan rendah dan sederhana pulang beraya bersama-sama ibu bapa dan saudara mara di
kampung tanpa sebarang masalah. Sebelum ini, pelbagai kenyataan dikeluarkan berhubung dengan ketiadaan
bas tambahan beroperasi pada musim perayaan. Situasi ini menimbulkan kegusaran banyak pihak
terutama mereka yang merancang pulang berhari raya dengan menggunakan pengangkutan awam ekoran
daripada keengganan pihak berkuasa mengeluarkan permit baharu untuk bas tambahan.

Pada setiap tahun kemelut berkaitan dengan pengangkutan awam untuk pulang berhari raya tidak
pernah berakhir. Pengguna menjadi mangsa kerana terpaksa bersesak-sesak di kaunter untuk mendapatkan
tiket bas sejak awal Ramadan lagi. Sepatutnya agensi kerajaan dan pengusaha bas mempunyai mekanisme
lebih baik dalam menangani masalah yang sama setiap kali menjelang perayaan besar dan cuti sekolah.
Perkara ini berlaku seolah-olah tidak ada usaha konkrit dilakukan bagi memastikan urusan tiket dan bas
termasuk bas tambahan berjalan lancar. Musim perayaan tidak harus dijadikan sebagai musim ‘memeras’ oleh
pengusaha bas dengan mengenakan tambang terlalu tinggi. Dalam hal ini,pengusaha bas semestinya akur
dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Pengguna juga terpaksa berdepan dengan ulat-ulat tiket yang menangguk di air keruh. Pada masa
yang sama kita harus menyambut baik jaminan pihak persatuan bas bahawa orang ramai yang ingin pulang
ke destinasi masing-masing tidak perlu risau kerana tiket bas mencukupi. Selain itu, pihak pengurusan kereta
api pula turut membuat penambahan 15,000 tiket bagi perjalanan ke seluruh negara bagi memastikan
pengguna dapat pulang berhari raya. Ekoran jaminan pengusaha bas dan kereta api itu, seharusnya orang
ramai yang ingin pulang ke kampung kali ini tidak berdepan dengan masalah tiket. Selain itu, kelewatan bas
tiba di terminal akibat tidak mengikut jadual yang ditetapkan juga menimbulkan kekangan kepada pengguna.

Kita berharap pada musim perayaan ini tidak ada lagi rungutan pengguna mengenai bas yang
disediakan tidak diselenggara dengan baik sehingga mengundang bahaya kepada pengguna. Kita tidak mahu
bas yang disediakan tidak dilindungi insurans. Selain itu kita juga merayu agar semua pihak melaksanakan
tanggungjawab masing-masing sebaik mungkin bagi memastikan perjalanan bas ekspres dalam keadaan
selamat dan penumpang dapat sampai ke destinasi masing-masing untuk menyambut Aidilfitri.

(Dipetik dan diubahsuai daripada Minda Pengarang,
Berita Harian, September 2009)

76

Soalan 2 (a) : Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata menimbulkan kegusaran. [2 markah]

(ii) Apakah tindakan yang dilakukan oleh pihak pengusaha pengangkutan awam untuk memastikan
orang awam dapat pulang berhari raya?
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk menggalakkan orang ramai menggunakan
pengangkutan awam di negara kita?

[4 markah]

77

SKEMA LATIHAN 18

Pendahuluan [2 markah] Markah

P1 Petikan membincangkan kekangan / rintangan / konstrain / halangan 2

/ kesukaran / kesulitan pengangkutan awam pada musim perayaan di
Malaysia / di negara kita.

P2 Petikan membincangkan kekangan / rintangan/ cabaran / konstrain / 2

halangan / kesukaran / kesulitan pengangkutan awam pada musim
perayaan dan manfaat pengangkutan awam kepada pengguna.

P3 Rumusan membincangkan kekangan / rintangan/ cabaran / konstrain 2

/halangan kesukaran / kesulitan pengangkutan awam pada musim
perayaan dan faedah pengangkutan awam kepada pengguna.

P4 Petikan / Rumusan membincangkan kekangan / rintangan/ cabaran / 1

konstrain / kesukaran untuk memperkukuh perpaduan.

P5 Petikan / Rumusan membincangkan masalah-masalah pengangkutan awam 0

pada musim perayaan.

Isi Tersurat (Masalah-masalah pengangkutan awam pada musim perayaan) 2
[ 4 hingga 12 markah] 2

S1 ketiadaan bas tambahan beroperasi pada musim perayaan 2
2
S2 keengganan pihak berkuasa mengeluarkan permit baharu untuk bas 2
tambahan 2
2
S3 pengguna terpaksa bersesak-sesak di kaunter untuk mendapatkan tiket bas
sejak awal

S4 pengusaha bas mengenakan tambang terrlalu tinggi

S5 pengguna juga terpaksa berdepan dengan ulat-ulat tiket yang menanggu di
air keruh

S6 kelewatan bas tiba di terminal akibat tidak mengikut jadual yang ditetapkan
menimbulkan kekangan kepada pengguna

S7 bas yang disediakan tidak diselenggara dengan baik

S8 bas yang disediakan tidak dilindungi insurans

Isi Tersirat (Faedah pengangkutan awam kepada pengguna) 2
[4 hingga 12 markah]
2
T1 menjimatkan kos tambang kepada pengguna
2
T2 mengurangkan pencemaran alam sekitar
2
T3 mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di kawasan Bandar 2
2
T4 mengeratkan hubungan dalam kalangan masyarakat
T5 membantu memajukan industri pelancongan negara
T6 dapat menjimatkan masa pengguna

*terima isi tersirat lain yang relevan

78

Kesimpulan [ 2 markah] 2
K1 Kesimpulannya, perkhidmatan pengangkutan awam perlu sentiasa

dipertingkatkan agar
dapat memberi pekhidmatan yang terbaik kepada pengguna.
*(Kesimpulan yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)

Soalan 2 (a) : Petikan Umum 2
1
(i) Rangkai kata menimbulkan kegusaran bermaksud 1
P1 mendatangkan / menyebabkan kerisauan / kebimbangan
P2 mendatangkan / menyebabkan kegusaran
P3 menimbulkan kerisauan / kebimbangan
*hanya menukarkan satu perkataan dan betul, layak mendapat 1 m

[maksimum : 2 markah]

(ii) Tindakan yang dilakukan oleh pengusaha bas untuk memastikan penumpang dapat
pulang berhari raya

P1 pihak pengurusan perkhidmatan bas memperuntuk sejumlah 36,000 tiket

untuk bas tambahan
P2 jaminan pihak persatuan bas bahawa tiket bas mencukupi

P3 pihak pengurusan kereta api menambah 15,000 tiket bagi perjalanan
ke seluruh negara

[maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 isi]

(iii)Cara-cara untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam ialah
P1 kerajaan mengadakan kempen menggalakkan orang ramai menggunakan

pengangkutan awam.
P2 pihak pengurusan pengangkutan awam mengadakan promosi tambang murah

P3 pihak pengurusan sentiasa memastikan mutu perkhidmatan pengangkutan

awam dipantau/ diselia dengan lebih kerap.
P4 kerajaan menambah lebih banyak bilangan pengangkutan awam

P5 pihak pengusaha pengangkutan awam menyediakan pelbagai kemudahan di
dalam pengangkutan awam seperti televisyen dan pendingin hawa.

[maksimum : 4 markah] [Isi cukup : 3 isi]

*terima isi lain yang relevan

79

LATIHAN RUMUSAN 19(30 markah)

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang cabaran-cabaran dalam
melaksanakan konsep pembelajaran maya dan inisiatif-inisiatif untuk menggalakkan konsep
pembelajaran maya. Panjangnya rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Konsep pembelajaran maya sudah menjadi satu realiti dengan adanya platform pembelajaran maya
yang semakin hari semakin pesat dibangunkan oleh syarikat pembelajaran maya di Malaysia. Hal ini sesuai
dengan konsep pembelajaran abad ke-21 yang semakin hari semakin mendapat tempat hati pengguna
Internet. Hampir 25 juta pengguna Internet di Malaysia menggunakan perkhidmatan jalur lebar dan peranti
komunikasi telefon pintar berbanding dengan penguna telefon talian tetap dan perkhidmatan-perkhidmatan
lain. Namun begitu, sebanyak 23.1% penduduk negara ini yang tidak memiliki akses Internet telah menjadi
halangan kepada pelaksanaan pendidikan maya ini.

Berdasarkan perspektif yang berbeza, ibu bapa pada masa ini masih belum dapat menerima konsep
pembelajaran maya sepenuhnya kerana mereka beranggapan bahawa pembelajaran secara konvensional di
dalam kelas lebih efektif. Ibu bapa lebih meyakini guru dapat memantau perkembangan anak-anak mereka di
dalam kelas. Pada masa yang sama, minda mereka belum terbuka untuk menerima gaya pembelajaran alaf
baharu. Selain itu, masyarakat juga beranggapan anak-anak mudah menyalahgunakan Internet untuk
mengakses laman-laman yang tidak bermanfaat. Hal ini dibuktikan dengan peratus penggunaan Internet untuk
pengisian hiburan seperti permainan dalam talian dan sembang amat tinggi dalam kalangan murid. Natijahnya,
ramai murid yang mengabaikan pelajaran dan terlibat dengan perkara-perkara negatif.

Menerusi platform pendidikan maya, murid dapat mengelakkan diri daripada menjadi jaguh siber yang
membazirkan masa semata-mata. Mereka juga dapat memasuki alam pembelajaran yang diperkenalkan oleh
platform pendidikan maya. Selain itu, platform ini mampu mempertingkatkan kefahaman dan kualiti
pembelajaran mereka. Dalam masa yang sama, ibu bapa bimbang interaksi yang terhad antara guru maya
dengan muridnya dalam bidang akademik. Hal ini dikatakan demikian kerana masalah ini akan mengekang
perkembangan prestasi akademik anak-anak mereka.

Persoalannya, mampukah murid-murid di Malaysia untuk mendepani serta memanfaatkan konsep
pembelajaran maya pada hari ini? Hal ini berlaku kerana platform pendidikan maya bukan mudah untuk
dibentuk dan operasinya memerlukan kos yang tinggi. Murid-murid milennium ini yang mudah berasa bosan
juga mahu maklumat diperoleh secepat mungkin dengan konsep maklumat di hujung jari. Namun begitu,
kekurangan dalam pembelajaran maya juga ialah murid tidak memiliki peranti untuk mengakses Internet.
Situasi ini tidak seharusnya berlaku kerana pakej perkhidmatan jalur lebar dan peranti mampu milik sudah
lama bertapak di negara kita. Kesimpulannya, pendidikan di Malaysia perlu seiring dengan perkembangan
teknologi maklumat agar negara kita mampu bersaing di peringkat global.

Dipetik dan diubah suai daripada
“Konsep Pembelajaran Maya’

Majalah Pendidik, November 2018

80

Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]

Soalan 2 (a) : Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata lebih berkesan. [2 markah]

(ii) Menerusi platform pendidikan maya, pengarang mengemukakan beberapa faedah yang
diperoleh seseorang murid.

Nyatakan faedah-faedah tersebut. [3 markah]

(iii) Murid dapat memperoleh pelbagai maklumat daripada Internet untuk meningkatkan
pengetahuan mereka.
Pada pendapat anda, nyatakan cara-cara lain untuk memperoleh maklumat.

[4 markah]

81

SKEMA LATIHAN 19

Pendahuluan [2 markah] Markah

P1 Petikan membincangkan kekangan/rintangan/konstrain/halangan 2
/masalah-masalah/ kesukaran / kesulitan dalam melaksanakan konsep 2
pembelajaran maya di negara kita / di Malaysia / di sekolah / di institusi 2
pengajian. 1
0
P2 Petikan membincangkan
kekangan/rintangan/konstrain/halangan/masalah-
masalah/kesukaran/kesulitan dalam melaksanakan konsep pembelajaran
maya dan usaha-usaha untuk menggalakkan konsep pembelajaran maya.

P3 Rumusan membincangkan
kekangan/rintangan/konstrain/halangan/masalah-
masalah/kesukaran/kesulitan dalam melaksanakan konsep pembelajaran
maya dan inisiatif-inisiatif untuk menggalakkan konsep pembelajaran maya.

P4 Petikan / Rumusan membincangkan

kekangan/rintangan/konstrain/halangan/ masalah-
masalah/kesukaran/kesulitan dalam melaksanakan konsep pembelajaran
maya.

P5 Petikan / Rumusan membincangkan cabaran-cabaran dalam melaksanakan
konsep pembelajaran maya.

Isi Tersurat (Cabaran-cabaran dalam melaksanakan konsep pembelajaran maya) 2
[ 4 hingga 12 markah] 2

S1 sebanyak 23.1% penduduk di negara ini yang tidak memiliki akses Internet 2
2
S2 ibu bapa pada masa ini masih belum dapat menerima konsep pembelajaran maya 2
sepenuhnya 2
2
S3 minda mereka belum terbuka untuk menerima gaya pembelajaran alaf baharu

S4 masyarakat juga beranggapan anak-anak mudah menyalahgunakan Internet

S5 ibu bapa bimbang interaksi yang terhad antara guru maya dengan muridnya

S6 platform pendidikan maya bukan mudah untuk dibentuk

S7 operasinya memerlukan kos yang tinggi

S8 murid tidak memiliki peranti untuk mengakses Internet

Isi Tersirat (Inisiatif-inisiatif untuk menggalakkan konsep pembelajaran maya) 2
[4 hingga 12 markah] 2
2
T1 Kerajaan memperbanyak pusat Internet secara percuma 2
2
T2 Kerajaan meningkatkan keupayaan Internet

T3 Kerajaan menyediakan peralatan / peranti di sekolah

T4 Peniaga / pengeluar menawarkan harga peranti / pakej Internet yang murah

T5 Ibu bapa menyediakan peranti / kemudahan Internet di rumah

82

T6 Pihak sekolah memperkasakan penggunaan Google Classroom di sekolah 2

T7 Media massa menguar-uarkan kepentingan pendidikan maya 2

*terima isi tersirat lain yang relevan 2
Kesimpulan [ 2 markah] 1

K1 Kesimpulannya, semua pihak perlu menyokong / bekerjasama pelaksanaan
konsep pembelajaran maya agar dapat melahirkan modal insan / murid
yang cemerlang / memajukan sistem pendidikan negara

K1 Kesimpulannya, semua pihak perlu menyokong / bekerjasama pelaksanaan
konsep pembelajaran maya

*(Kesimpulan yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)
Soalan 2 (a) : Petikan Umum

(i) Rangkai kata lebih efektif bermaksud 2
P1 sangat / amat / sungguh berkesan 1
P2 lebih berkesan 1
P3 sangat / amat / sungguh efektif [maksimum : 2 markah]

*hanya menukarkan satu perkataan dan betul, layak mendapat 1 m

(ii)Faedah-faedah yang diperoleh seseorang murid menerusi platform pendidikan maya
P1 murid dapat mengelakkan diri daripada menjadi jaguh siber

P2 memasuki alam pembelajaran yang diperkenalkan oleh platform pendidikan
maya

P3 mampu mempertingkatkan kefahaman

P4 mampu mempertingkatkan kualiti pembelajaran

[maksimum : 3 markah] [Isi cukup : 2 isi]
(iii)Cara-cara lain untuk memperoleh maklumat

P1 membaca buku / akhbar / majalah

P2 menghadiri kelas / kuliah / seminar / kursus

P3 bertanya / berbincang / dengan guru / rakan / orang yang lebih berumur

P4 lawatan bermaklumat / melancong
P5 menonton televisyen / mendengar radio / melayari Internet ( media sosial)
P6 pemerhatian / kaji selidik

[maksimum : 4 markah]
[Isi cukup : 3 isi]

*terima isi lain yang relevan *

83

LATIHAN RUMUSAN 20(30 markah)
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan
penggunaan Internet dan tanggungjawab ibu bapa untuk mengatasinya. Panjangnya
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Perkembangan pesat dalam bidang telekomunikasi dan maklumat memudahkan capaian kepada
aplikasi Internet malah sesiapa sahaja boleh melayarinya. Sebenarnya, kebanyakan ibu bapa bimbang akan
fenomena remaja yang melayari Internet kerana hal ini akan mendatangkan pelbagai kesan negatif. Tidak
dinafikan bahawa golongan remaja kerap berada di kafe siber, begitu terangsang melayari Internet kerana
tarikan Internet lebih menyeronokkan berbanding dengan gajet-gajet yang lain. Keresahan dan kebimbangan
ini dapat dirasakan oleh kebanyakan ibu bapa apabila remaja terpengaruh oleh budaya hedonisme dan
akhirnya melalaikan kepentingan pelajaran. Faktor ini didorong oleh sesetengah ibu bapa yang buta Internet
dan tidak mengetahui kebaikan dan keburukannya terus dimanipulasi oleh remaja untuk mengunjungi kafe
siber.

Kini didapati remaja selalu ponteng sekolah dan kelas tuisyen kerana ingin berkunjung ke kafe siber untuk
membolehkan mereka melayari Internet. Hal ini terjadi disebabkan di kebanyakan kawasan berhampiran dengan
kawasan perumahan terdapat kafe siber yang menyediakan kemudahan Internet dengan bayaran yang murah.
Menurut rekod Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, pelbagai jenayah siber dilakukan dalam kalangan remaja
menunjukkan peningkatan iaitu mencatatkan kerugian berjumlah lebih daripada RM 63 juta pada tahun 2010. Bagi
tempoh lima tahun akan datang kerajaan akan menanggung kerugian RM2.73 juta sekiranya jenayah siber tidak
ditangani dengan baik sejajar dengan peningkatan bilangan individu celik teknologi maklumat yang dianggarkan
mencecah 16 juta orang. Sebarang penulisan tanpa berhati-hati oleh golongan muda dalam blog juga boleh
menjurus kepada provokasi dan fitnah. Sehubungan dengan itu, tindakan ini dianggap satu kesalahan yang boleh
disabitkan dengan jenayah siber.

Dalam perkembangan dunia ICT, tidak salah mereka mempunyai perasaan ingin tahu dan sentiasa
mengikuti perkembangan yang berlaku di seluruh dunia tetapi menjadi kesalahan sekiranya kebebasan ini
disalahgunakan oleh mereka dengan melayari laman sesawang yang memaparkan kandungan yang bertentangan
dengan amalan budaya dan agama. Secara purata kanak-kanak dan remaja Malaysia yang berumur 8 hingga 18
tahun menghabiskan masa selama 19 jam setiap mingguuntuk melayari Internet. Sebanyak 23 peratus masa
dihabiskan atas talian untuk media sosial dan blog oleh golongan muda. Generasi muda dikatakan akan
menghadapi krisis kecelaruan identiti dan jati diri kerana pengaruh budaya popular melalui filem, muzik dan lagu
yang mempengaruhi pemikiran mereka.

Pengaruh Internet banyak meruntun remaja dengan gaya hidup asing serta menghakis kesantunan dalam
pertuturan lisan dan perlakuan. Hal ini demikian kerana mereka banyak didedahkan dengan bahasa singkatan atau
bahasa rekaan sendiri serta pengaruh dari luar negara yang menggugat budaya. Selain itu, pengaruh alam maya ini
juga mendorong golongan muda ke arah pemikiran liberal danmereka sukar merealisasikan hala tuju negara secara
menyeluruh. Oleh hal yang demikian sebelum nasi menjadi bubur, sebarang tindakan pencegahan dan kawalan
perlu dilaksanakan untuk menangani masalah ini.

84

Dipetik dan diubahsuaikan daripada
‘Atasi Kesan Internet’ oleh Ami Masra,

Dewan Siswa, Jun 2013.

Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

(i) Berikan maksud menggugat budaya. [2 markah]

(ii) Berdasarkan petikan tersebut, apakah faktor-faktor yang menggalakkan remaja mengunjungi
kafe siber?
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk
menangani jenayah siber melalui Internet?
[4 markah]

85

SKEMA LATIHAN 20

Pendahuluan [2 markah] Markah

P1 Petikan membincangkan akibat/implikasi/natijah/impak penggunaan Internet 2
dalam kalangan remaja/golongan muda. 2
1
P2 Rumusan membincangkan akibat/implikasi/natijah/impak penggunaan
Internet dan tanggungjawab ibu bapa untuk mengatasinya.

P3 Petikan membincangkan akibat/implikasi/natijah/impak penggunaan Internet.

P4 Petikan membincangkan kesan-kesan penggunaan Internet dalam kalangan 0
remaja/golongan muda. 0

P5 Rumusan membincangkan kesan-kesan penggunaan Internet dan tanggungjawab
ibu bapa untuk mengatasinya.

Isi Tersurat (Kesan-kesan penggunaan Internet) [ 4 hingga 12 markah]

S1 remaja terpengaruh oleh budaya hedonisme dan akhirnya melalaikan kepentingan 2
pelajaran 2

S2 remaja selalu ponteng sekolah dan kelas tuisyen

S3 pelbagai jenayah siber dilakukan dalam kalangan remaja menunjukkan peningkatan 2

S4 boleh menjurus kepada provokasi dan fitnah 2

S5 disalahgunakan oleh mereka dengan melayari laman sesawang yang memaparkan 2
kandungan yang bertentangan dengan amalan budaya dan agama 2

S6 Generasi muda dikatakan akan menghadapi krisis kecelaruan identiti dan jati diri

S7 meruntun remaja dengan gaya hidup asing serta menghakis kesantunan dalam 2
pertuturan lisan dan perlakuan 2

S8 mendorong golongan muda ke arah pemikiran liberal

S9 mereka sukar merealisasikan hala tuju negara secara menyeluruh 2

Isi Tersirat (Tanggungjawab ibu bapa untuk mengatasinya) 2
[4 hingga 12 markah] 2
2
T1 Ibu bapa mengawasi penggunaan Internet di rumah/ menetapkan waktu 2
penggunaan Internet di rumah 2

T2 Ibu bapa perlu memberikan didikan agama yang mantap kepada anak-anak

T3 Ibu bapa menetapkan lokasi penggunaan Internet di rumah/hanya pada waktu
siang/meletakkan komputer di ruang tamu yang terbuka

T4 Ibu bapa mengajar etika menggunakan Internet

T5 Ibu bapa memasukkan perisian penapisan kandungan Internet/memasukkan kata
kunci (untuk menyekat anak-anak daripada melayari laman-laman tidak sesuai)

*terima isi tersirat lain yang relevan

86

Kesimpulan [ 2 markah] 2

K1 Kesimpulannya, semua pihak harus berusaha untuk mengatasi kesan buruk
penggunaan Internet dalam kalangan remaja agar remaja bersahsiah tinggi
dapat dilahirkan.

*(Kesimpulan yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)

Soalan 2 (a) : Petikan Umum 2
1
(i) Rangkai kata menggugat budaya bermaksud

P1 Mengancam/menjejaskan/mencemarkan/merosakkan peradaban/cara
hidup/amalan hidup

P2 Menggugat peradaban/cara hidup/amalan hidup

P3 Mengancam/menjejaskan/mencemarkan/merosakkan budaya 1

[maksimum : 2 markah]
(ii) Faktor-faktor yang menggalakkan remaja mengunjungi kafe siber
P1 tarikan Internet lebih menyeronokkan berbanding dengan gejat-gajet yang lain.

P2 sesetengah ibu bapa yang buta Internet dan tidak mengetahui kebaikan dan
keburukannya.

P3 di kebanyakan kawasan berhampiran dengan kawasan perumahan terdapat kafe
siber yang menyediakan kemudahan Internet dengan bayaran yang murah
[maksimum : 3 markah]
[Isi cukup : 2 isi]

(iii) Langkah-langkah kerajaan menangani jenayah siber melalui Internet

P1 Kerajaan menubuhkan agensi untuk mengawal laman sesawang daripada dilayari
oleh golongan remaja

P2 Kerajaan boleh mengehadkan masa operasi kafe siber

P3 Mengenakan tindakan undang-undang/menguatkuasakan undang-undang.

P4 Pemantauan pihak berkuasa di alam siber.

P5 Remaja perlu disedarkan tentang kesan buruk penyalahgunaan Internet di
sekolah/oleh Kementerian Pendidikan.

P6 kempen kesedaran diadakan untuk menerapkan pengetahuan tentang jenayah
siber.

P7 Kerajaan bekerjasama dengan negara lain untuk membanteras jenayah siber.

P8 Kerajaan melatih kakitangan profesional untuk tingkatkan kemahiran dalam
bidang forensik komputer.
[maksimum : 4 markah]
[Isi cukup : 3 isi]

*terima isi lain yang relevan*

87


Click to View FlipBook Version