The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

MODUL BAHASA MELAYU SPM 2020 DAERAH MUAR

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shared3a, 2020-12-09 21:21:46

MODUL BAHASA MELAYU SPM 2020 DAERAH MUAR

MODUL BAHASA MELAYU SPM 2020 DAERAH MUAR

LATIHAN RUMUSAN 21(30 markah)

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang impak negatif media sosial dan
punca remaja menggemari media sosial.Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.

Perkembangan teknologi kini mengalami perubahan yang begitu pesat, terutama dalam bidang
informasi dan komunikasi. Hal ini menyebabkan gaya hidup rakyat Malaysia turut dipengaruhi oleh kepesatan
ini, terutamanya bagi golongan remaja. Remaja kini telah menjadikan media sosial sebagai gaya hidup yang
memudahkan mereka untuk mendapat maklumat dan berkomunikasi dengan orang lain. Walaupun media
sosial banyak kebaikannya, namun terdapat kesan negatif yang perlu diberikan perhatian oleh golongan
remaja. Antara kesan negatif media sosial ialah penyebaran berita palsu secara berleluasa. Dalam konteks
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum, penyebaran berita palsu mesti dibanteras dengan segera.

Selain itu, media sosial juga boleh mendorong golongan muda menjadi lalai dan membuang masa
dengan mengabaikan pelajaran. Di samping itu, media sosial menyebabkan golongan muda mudah
terpengaruh dengan gejala negatif seperti melihat gambar dan video lucah. Oleh itu, ibu bapa sewajarnya
memantau perlakuan anak-anak yang sedang melayari media sosial. Malah, media sosial banyak
mempengaruhi minda kanak-kanak dan remaja dengan meniru aksi ganas dan berbahaya. Oleh sebab itulah
terdapat beberapa kejadian remaja meniru aksi ganas apabila bertemu dengan rakan sebaya. Terdapat juga
pengguna yang terpengaruh dengan iklan produk yang dipaparkan dan mempercayai produk tersebut dapat
menyelesaikan masalah yang dihadapi. Sebenarnya dalam kebanyakan kes, khasiat produk yang diiklankan itu
tidak menepati faedah yang dipaparkan. Antara jenis produk yang selalu memperdaya pengguna ialah produk
kesihatan seperti ubat-ubatan, peralatan senaman dan barangan elektrik. Oleh itu, pengguna mesti berhati-
hati dalam membeli sesuatu produk yang diiklankan di media sosial.

Seterusnya, media sosial menjadikan remaja kurang bersabar dalam tindakan kerana telah biasa
memperoleh maklumat yang diingini melalui media sosial dengan pantas. Namun, tatkala maklumat tidak
dapat diproses dengan cepat, remaja akan mudah mengalami kegusaran dan emosi kebosanan yang
menggelegak. Bagi remaja yang berfikiran kurang matang pula akan mempercayai semua maklumat yang
dipaparkan tanpa menyelidiki dengan lebih mendalam. Sebenarnya maklumat yang disampaikan melalui media
sosial belum terbukti kebenarannya. Maklumat itu mungkin ditokok tambah dengan sengaja untuk
menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial.

Kita harus akui bahawa remaja sekarang tidak seperti dahulu yang memanfaatkan masa terluang
dengan riadah. Menerusi laman sembang pada telefon pintar masing-masing, remaja menjadi manusia yang
sukar bergaul dengan orang lain secara bersemuka. Masa dihabiskan di dalam rumah sahaja. Dalam aspek
keselamatan negara, media sosial kadang-kadang mewujudkan ketidaktentuan ekonomi apabila hal yang
menjadi rahsia negara diperkatakan dilaman sembang. Dalam hal ini, kerajaan perlu memantau media sosial
untuk memastikan keselamatan negara terjamin. Selanjutnya, banyak kes telah dilaporkan apabila penggodam
mencuri maklumat peribadi pengguna media sosial untuk tujuan menipu.

(Dipetik dan diubah suai daripada rencana “Berita Palsu Musuh Negara”
oleh CMCF, Dewan Siswa, April 2018)

88

Soalan 2 : Pemahaman
[35 markah]

Soalan 2 (a) : Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata menimbulkan kekeliruan.

[2 markah]

(ii) Dalam petikan, pengarang menyatakan beberapa usaha yang dilakukan untuk membendung
masalah penggunaan media sosial.

Nyatakan usaha-usaha tersebut?

[3 markah]

(iii) Pada era moden ini, semua orang menggunakan media sosial dalam kehidupan seharian.

Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi sekiranya media sosial dilarang
penggunaannya dalam kalangan masyarakat kita?

[4 markah]

89

SKEMA LATIHAN 21

Pendahuluan [2 markah] Markah

P1 Petikan membincangkan kesan-kesan negatif / akibat / implikasi / 2
keburukan media sosial dalam kalangan remaja / di Malaysia. 2
2
P2 Rumusan membincangkan kesan-kesan negatif / akibat / implikasi /
keburukan media sosial dan punca remaja menggemari mediasosial. 1
0
P3 Petikan membincangkan kesan-kesan negatif / akibat / implikasi /
keburukan media sosial dan usaha untuk membendung masalah penggunaan
media sosial.

P4 Petikan membincangkan kesan-kesan negatif / akibat / implikasi /
keburukan media sosial.

P5 Petikan membincangkan impak negatif media sosial di negara kita.

Isi Tersurat (Impak negatif media sosial) 2
[ 4 hingga 12 markah] 2
2
S1 penyebaran berita palsu secara berleluasa 2
2
S2 mendorong golongan muda menjadi lalai dan membuang masa 2
2
S3 golongan muda mudah terpengaruh dengan gejala negatif 2
2
S4 mempengaruhi minda kanak-kanak dan remaja dengan meniru aksi ganas dan 2
berbahaya

S5 pengguna terpengaruh dengan iklan produk dan mempercayai produk tersebut
dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi

S6 remaja kurang bersabar dalam tindakan kerana telah biasa memperoleh
maklumat yang diingini melalui media sosial dengan pantas

S7 remaja yang berfikiran kurang matang akan mempercayai semua maklumat tanpa
menyelidiki

S8 remaja menjadi manusia yang sukar bergaul dengan orang lain secara bersemuka

S9 mewujudkan ketidaktentuan ekonomi apabila hal yang menjadi rahsia negara
diperkatakan

S10 penggodam mencuri maklumat peribadi pengguna media sosial untuk tujuan
menipu

Isi Tersirat (Punca remaja menggemari media sosial) 2
[4 hingga 12 markah] 2
T1 Memaparkan maklumat dengan pantas dan menarik 2
T2 Boleh berkomunikasi dengan semua orang pada satu-satu masa 2
T3 Kandungan menghiburkan setelah penat melakukan sesuatu aktiviti
T4 Dapat memanfaatkan masa terluang 90

*terima isi tersirat lain yang relevan

Kesimpulan [ 2 markah] 2
1
K1 Kesimpulannya, pengguna media sosial perlu bijak menyaring maklumat yang 0
diterima supaya unsur negatif tidak melekat dalam diri.

K2 Kesimpulannya, kerajaan harus memantau penggunaan media sosial.

K3 Kesimpulannya, kita mestilah berhati-hati melayari Internet.

*(Kesimpulan yang lain boleh diterima sekiranya sesuai)

Soalan 2 (a) : Petikan Umum
(i) Rangkai kata menimbulkan kekeliruan bermaksud

P1 mewujudkan / membangkitkan / menerbitkan / mengakibatkan / mendatangkan 2
kekusutan / kesilapan / kekhilafan 1
1
P2 mewujudkan / membangkitkan / menerbitkan / mengakibatkan / mendatangkan
kekeliruan

P3 menimbulkan kekusutan / kesilapan / kekhilafan

*hanya menukarkan satu perkataan dan betul, layak mendapat 1 m

[maksimum : 2 markah]

(ii) Usaha-usaha tersebut ialah

P1 ibu bapa sewajarnya memantau perlakuan anak-anak yang sedang melayari media
sosial

P2 pengguna mesti berhati-hati dalam membeli sesuatu produk yang diiklankan di media
sosial.

P3 kerajaan perlu memantau media sosial untuk memastikan keselamatan negara
terjamin

[maksimum : 3 markah]
[Isi cukup : 2 isi]

(iii) Pada pendapat saya, sekiranya media sosial dilarang penggunaannya

P1 Masyarakat akan berkomunikasi hanya menggunakan telefon biasa menyebabkan
kesempatan untuk bertanya khabar akan terbatas

P2 Masyarakat pada peringkat permulaan sudah tentu akan terkejut dan tidak bersetuju,
namun akhirnya mereka menerima larangan tersebut sebagai sesuatu yang sudah
tidak dapat dielakkan

P3 Komunikasi akan terbatas

P4 Hubungan kekeluargaan akan semakin renggang

P5 Penyampaian maklumat terhad.

[maksimum : 4 markah]
[Isi cukup : 3 isi]

*terima isi lain yang relevan

91

Latihan Rumusan 22

Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan aura positif dalam
kehidupan remaja dan langkah-langkah memupuk aura positif. Panjang rumusan anda hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

Aura ialah istilah yang berasal daripada perkataan bahasa Latin yang membawa maksud, angin atau
nafas. Kamus Dewan Edisi Keempat mentafsirkan perkataan ini sebagai suasana atau perasaan halus yang
menyelubungi seseorang atau sesuatu. Artikel hasil tulisan Shafinaz Sheikh Maznan berjudul, “Aura Positif dan
Negatif” (Utusan Malaysia, 2005), memetik definisi aura yang diberikan oleh pakar terapi aura, Dr. Ridzuan
Noor yang menerangkan aura sebagai suatu medan tenaga yang hidup yang tidak dapat dilihat oleh mata
kasar. Shafinaz Sheikh Maznan berpendapat bahawa aura seseorang individu itu memancar dan berupaya
mempengaruhi setiap orang di sekelilingnya. Kita akan berasa tidak selesa sekiranya aliran tenaga yang keluar
bersifat negatif dan hal ini boleh dimanifestasikan dalam bentuk raut wajah tidak berseri yang ditonjolkan oleh
seseorang itu. Namun demikian, jika aura positif atau aliran tenaga positif yang terpancar, sudah tentu raut
wajah yang menarik dan tinggi keyakinan akan dapat diperhati.

Prof. Dr. Muhaya Mohamad dalam rencananya “Membina Aura dan Pesona Diri Positif” (Utusan
Malaysia, 2014) menjelaskan bahawa seseorang yang beraura positif senang didekati kerana aura positif yang
terpancar di wajahnya akan menjadi magnet menarik perhatian orang lain untuk mendekati dirinya. Apa-apa
imej dan reaksi yang terpancar pada wajah seseorang individu itu lalu dipamerkan kepada orang lain akan
menjadi petanda jenis aura yang ada dalam dirinya. Aura positif yang bermula dengan dunia dalaman yang
baik akan berupaya menentukan dunia luarannya. Dr. Ridzuan Noor menyatakan bahawa aura boleh menjadi
positif atau negatif bergantung pada keadaan emosi, mental, fizikal dan tahap kerohanian seseorang. Beliau
menerangkan lagi bahawa individu yang mempunyai aura positif melebihi aura negatif khasnya ketika
berhadapan masalah akan dapat menghalang kemasukan gelombang negatif ke dalam tubuh.

Menurut Dr. Ridzuan Noor juga, semua aura pada asalnya bersifat positif tetapi perasaan negatif seperti
marah, sedih, putus asa, gelisah, hasad dengki dan stres dapat menukarkan aura positif kepada negatif.
Sebaliknya, individu dengan kombinasi emosi positif seperti sabar, tenang, fokus dan berkasih sayang akan
mampu menukarkan aura negatif menjadi aura positif. Selain itu, keadaan fizikal yang lemah disebabkan sakit,
depresi atau keletihan dapat mengganggu lingkaran aura positif yang menyelubungi diri. Fizikal yang kuat hasil
daripada bersenam dan menjalani kehidupan yang hebat pula mampu meningkatkan kekuatan aura positif. Hal
ini akan melahirkan individu yang sentiasa sihat dan jauh daripada penyakit. Usaha untuk meningkatkan unsur-
unsur positif di sekeliling seseorang individu berpotensi membantu memacu kejayaan yang konsisten dalam
kehidupan remaja. Oleh hal yang demikian, keperluan untuk memahami konsep aura dan langkah-langkah
mencorakkan aura positif dalam diri seseorang perlu diperhalusi agar dunia positif akan dapat diperkukuh
dalam kalangan masyarakat.

Dipetik dan diubahsuai daripada
‘ Aura Positif Remaja’,

oleh Noraziah Mohd Amin,
Dewan Siswa, 2017.

92

Soalan 2(a) – Petikan Umum (9 markah)

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata kombinasi emosi.

[2 markah]

(ii) Berdasarkan petikan, terdapat beberapa faktor yang boleh menukar aura positif n menjadi aura
negatif.
Nyatakan faktor-faktor tersebut.
[3 markah]

(iii) Kekuatan aura positif dalam kalangan remaja akan membantu mencapai kejayaan yang konsisten
dalam kehidupan mereka.
Pada pendapat anda, apakah cabaran yang dihadapi oleh remaja dalam membentuk aura positif?
[4 markah]

93

SKEMA LATIHAN 22 2m
PENDAHULUAN 2m
P1 Petikan membincangkan kebaikan / manfaat / kelebihan aura positif dalam 1m
0m
kehidupan remaja di negara kita.
P2 Rumusan membincangkan kebaikan / manfaat / kelebihan aura positif dalam

kehidupan remaja dan langkah-langkah memupuk aura positif.
P3 Petikan / rumusan membincangkan kebaikan / manfaat / kelebihan aura positif

dalam kehidupan remaja
P4 Petikan membincangkan kepentingan aura positif dalam kehidupan remaja dan

langkah-langkah memupuk aura positif.

ISI TERSURAT 2m
S1 Berupaya mempengaruhi setiap orang di sekelilingnya 2m
S2 Raut wajah yang menarik dan tinggi keyakinan akan dapat diperhati. 2m
S3 Seseorang yang beraura positif senang didekati 2m
S4 Aura positif yang bermula dengan dunia dalaman yang baik akan berupaya
2m
menentukan dunia luarannya. 2m
S5 Dapat menghalang kemasukan gelombang negatif ke dalam tubuh. 2m
S6 Mampu menukarkan aura negatif menjadi aura positif. 2m
S7 Melahirkan individu yang sentiasa sihat dan jauh daripada penyakit.
S8 Membantu memacu kejayaan yang konsisten dalam kehidupan rem

ISI TERSIRAT 2m
T1 Sentiasa berfikiran positif / bersikap positif / 2m
T2 Remaja perlu menjaga kesihatan diri. 2m
T3 Remaja mengelakkan diri daripada terlibat dengan masalah sosial / jenayah. 2m
T4 Remaja mesti bijak mengawal emosi.

KESIMPULAN 2m
K1 Kesimpulannya, remaja perlu berusaha memupuk aura positif dalam diri agar

dapat membina imej diri yang positif.

94

SKEMA SOALAN 2(a) 2m
(i) Maksud rangkai kata kombinasi emosi : 1m
P1 gabungan / cantuman / satuan perasaan 1m
P2 gabungan / cantuman / satuan emosi
P3 kombinasi perasaan

(ii) Faktor yang boleh menukar aura positif menjadi aura negative ialah :
P1 perasaan negatif seperti marah, sedih, putus asa, gelisah, hasad dengki dan
stres
P2 keadaan fizikal yang lemah disebabkan sakit, depresi atau keletih

2 isi= 3 markah

(iii) Cabaran yang dihadapi oleh remaja dalam membentuk aura positif :
P1 Remaja mudah terpengaruh dengan budaya barat / media massa / rakan sebaya
yang bersikap negatif
P2 Remaja tidak mampu mengawal emosi dengan baik.
P3 Remaja tidak mendapat sokongan / dorongan (motivasi) daripada orang di
sekeliling
P4 Kekurangan ilmu dalam diri remaja
P5 Pegangan agama yang lemah / tidak kuat

3 isi=4 markah

95

Latihan Rumusan 23

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang manfaat sungai dalam
kehidupan dan tanggungjawab masyarakat melestarikan keindahan sungai. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa sejak bermula tamadun manusia, sungai merupakan nadi
kepada kehidupan manusia sejagat. Sungai merupakan unsur semula jadi ciptaan Tuhan dan khazanah yang
banyak memberikan kemaslahatan dan perlu dipelihara supaya sentiasa berkekalan. Namun demikian, perkara
yang mengecewakan ialah anugerah Allah itu tidak dijaga, malahan ada pihak yang menjadikan sungai sebagai
tempat pembuangan sampah sehingga menjejaskan kualiti air sungai. Oleh sebab itu, masyarakat hari ini perlu
menyedari bahawa sungai tetap memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian baik dari segi
sosial, ekonomi mahupun politik.

Kepentingan sungai di negara kita merangkumi sejarah sebagai pusat tumpuan perdagangan,
sempadan negeri dan negara, serta pembentuk muka bumi. Sebagai sumber air utama negara, rakyat
sewajarnya sedar bahawa sungai membekalkan sumber air kepada manusia untuk kegunaan domestik seperti
minuman, memasak dan membasuh walaupun berlaku perubahan dari segi kemodenan serta kecanggihan
teknologi pada setiap peringkat ketamadunan. Pada era 60-an, sungai penting sebagai sumber tenaga hidro
kepada penduduk dan kilang-kilang di kawasan perindustrian. Hal ini dikatakan demikian kerana jumlah hujan
yang tinggi dan turun sepanjang tahun dapat membekalkan sumber air mencukupi untuk menghasilkan
sumber hidroelektrik.

Pada masa yang sama, sungai-sungai juga amat penting kerana dapat menghasilkan tanah yang subur
apabila berlakunya banjir. Aliran sungai di kawasan hilir kebiasaannya membawa bahan-bahan mendapan yang
kaya dengan nutrien sebelum dimendapkan di kawasan lembah sungai. Jika kita menoleh ke belakang, kita
akan mendapati bahawa pusat tamadun selalunya tertumpu di kawasan lembah sungai, justeru sungai
berfungsi sebagai sistem pengangkutan dan sistem perhubungan semula jadi manusia. Ketiadaan sistem
pengangkutan jalan raya, jalan kereta api dan pengangkutan udara menyebabkan fungsi sungai sebagai sistem
pengangkutan manusia menjadi begitu dominan bak peribahasa tiada rotan akar pun berguna.

Jika dilihat dari sudut yang lain, sungai juga merupakan habitat haiwan akuatik yang membekalkan
sumber protein yang cukup kepada manusia seperti udang, ikan dan ketam. Keindahan sungai yang dilengkapi
dengan air terjun dan jeram yang berarus deras juga menjadi tumpuan para pelancong untuk beriadah dan
berekreasi. Sungai-sungai yang dijaga dengan cantik dan bersih selalunya menjadi tarikan pelancong sama ada
pelancong domestik mahupun pelancong asing. Sungai turut mewujudkan peluang pekerjaan dan
menambahkan pendapatan kepada manusia kerana sungai memberikan rezeki kepada mereka yang menetap
berhampirannya dengan melakukan aktiviti menangkap hasil sungai.

Sememangnya mengurus sumber air sudah semakin kritikal untuk memastikan sumber air itu bebas
daripada sebarang pencemaran. Kerajaan sentiasa memberikan perhatian khusus terhadap isu pencemaran
sungai kerana pencemaran sungai akan merugikan negara termasuk peningkatan kos rawatan bekalan air
domestik dan industri serta kepupusan flora dan fauna di samping menggugat ekosistem dan sumber
makanan. Isu alam sekitar khususnya penjagaan kebersihan dan kualiti air sungai merupakan cabaran alam
sekitar yang perlu ditangani oleh generasi kini dan akan datang. Usaha meningkatkan kesedaran terhadap
kepentingan alam sekitar memerlukan komitmen, kerjasama dan sokongan semua pihak agar dapat
dilaksanakan secara berterusan demi kesejahteraan hidup generasi akan datang.

( Dipetik dan diubah suai daripada
‘Melestarikan Keindahan Sungai’

oleh Samat Buang, Dewan Siswa, Mei 2017)

96

Soalan 2 (a) – Petikan Umum (9 markah)

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata menjejaskan kualiti.

[2 markah]

(ii) Kerajaan mengambil perhatian khusus terhadap isu pencemaran sungai kerana mendatangkan
pelbagai implikasi buruk.

Apakah kesan utama pencemaran sungai di negara kita?

[3 markah]

(iii) Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengambil beberapa inisiatif untuk menangani masalah
pencemaran sungai.

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang berkesan untuk menangani pencemaran sungai?
[4 markah]

97

SKEMA LATIHAN 23 2m

PENDAHULUAN 2m
P1 Petikan membincangkan kebaikan/faedah/kelebihan/kepentingan sungai dalam
1m
kehidupan manusia/masyarakat/rakyat.
P2 Rumusan membincangkan kebaikan/faedah/kelebihan/kepentingan sungai dalam 0m

kehidupan dan tanggungjawab masyarakat melestarikan keindahan sungai. 2m
P3 Petikan/Rumusan membincangkan kebaikan/faedah/kelebihan/kepentingan sungai
2m
dalam 2m
kehidupan. 2m
P4 Petikan membincangkan manfaat sungai dalam kehidupan/Rumusan 2m
membincangkan manfaat sungai dalam kehidupan 2m

ISI TERSURAT 2m
S1 pusat tumpuan perdagangan, sempadan negeri dan negara, serta pembentuk 2m

muka bumi 2m
S2 membekalkan sumber air kepada manusia untuk kegunaan domestik 2m
S3 sumber tenaga hidro/hidroelektrik 2m
S4 menghasilkan tanah yang subur apabila berlakunya banjir 2m
S5 sistem pengangkutan dan sistem perhubungan semula jadi manusia 2m
S6 habitat haiwan akuatik yang membekalkan sumber protein yang cukup kepada

manusia
S7 tarikan pelancong sama ada pelancong domestik mahupun pelancong asing
S8 mewujudkan peluang pekerjaan

ISI TERSIRAT
T1 Masyarakat tidak membuang sampah/sisa domestik ke dalam sungai
T2 Masyarakat tidak menyalurkan sisa industri ke dalam sungai
T3 masyarakat menyahut seruan kerajaan memelihara keindahan sungai
T4 masyarakat melibatkan diri secara aktif dalam menjayakan kempen cintai sungai
T5 masyarakat melakukan gotong-royong membersihkan sungai

KESIMPULAN 2m
K1 Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama memelihara sungai supaya 2m

keindahan sungai sentiasa berkekalan.
K2 Kesimpulannya, masyarakat haruslah menjaga keindahan sungai supaya

pencemaran alam sekitar dapat dielakkan.

98

SKEMA SOALAN 2(a) 2m
1m
(i) Maksud menjejaskan kualiti: 1m
P1 merosakkan/mengurangkan mutu
P2 menjejaskan mutu
P3 merosakkan/mengurangkan kualiti

(ii) Kesan utama pencemaran sungai di negara kita
P1 peningkatan kos rawatan bekalan air domestik dan industri
P2 kepupusan flora dan fauna
P3 menggugat ekosistem
P4 menggugat sumber makanan
2 isi= 3 markah

(iii) Usaha-usaha JPS yang berkesan untuk menangani pencemaran sungai
P1 mengadakan kempen "Cintailah Sungai Kita”
P2 mewajibkan pendidikan alam sekitar/pendidikan tentang kebersihan sungai pada
peringkat sekolah
P3 menguatkuasakan undang-undang
P4 menghijaukan kawasan berhampiran sungai
P5 memulihara semula sungai tercemar

3 isi=4 markah

99

Latihan Rumusan 24

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah tarian sebagai medium
perkembangan remaja dan cara-cara menggalakkan penyertaan tarian di sekolah. Panjangnya
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Tarian merupakan gerak tubuh yang dilakukan secara berirama dan penuh penghayatan. Unsur utama
dalam tarian ialah gerakan yang melibatkan semua anggota badan penari. Elemen ini menjadikan tarian yang
dipersembahkan lebih harmoni dan memberikan kesan yang baik kepada penonton. Terdapat berbagai-bagai
jenis tarian di Malaysia yang dapat dibanggakan. Antaranya termasuklah tarian tradisional, tarian rakyat dan
tarian kontemporari. Setiap tarian mengandungi nilai seni dan kreativiti yang tinggi. Tarian akan menjadi lebih
menarik apabila penari menggayakan busana, tatarias dan aksesori yang memiliki keindahan tersendiri.

Rentetan itu, pelbagai program telah dilaksanakan bagi memperlihatkan kepentingan pelibatan remaja
dalam bidang ini seperti aktiviti kesenian dan kebudayaan yang dijalankan di sekolah. Aktiviti tarian
memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah dan jati diri remaja. Pelibatan remaja dalam bidang
seni tari dapat menonjolkan bakat dan potensi diri mereka yang lahir secara semula jadi. Secara tidak langsung
kebolehan ini boleh digilap dan dibangunkan agar menyambung tradisi pada masa depan. Seterusnya, aktiviti
tarian dapat membina keyakinan dan keberanian seseorang individu untuk tampil di hadapan semasa membuat
persembahan.

Proses penguasaan seni tari yang dipelajari meliputi kemampuan individu menghafal gerakan,
memahami dan menghayati sesuatu tarian. Seterusnya, tarian berupaya melahirkan keupayaan remaja untuk
menguasai sesuatu gerakan kreatif. Kebiasaannya individu yang menceburi bidang tarian ini lebih cekap
menghafal dan mengimbangi diri mereka dalam sesuatu perkara. Melalui pelibatan ini, remaja juga dapat
mengetahui susur galur keturunan dan sejarah tarian tradisional di Malaysia. Hal ini memberikan nilai tambah
terhadap pengetahuan am seseorang remaja. Tambahan pula, melalui pertandingan tarian yang disertai dapat
menyatukan pelajar berbilang bangsa tanpa mengira kaum.

Pembabitan remaja dalam bidang seni tari juga mampu melahirkan individu yang berdisiplin tinggi. Hal
ini dikatakan demikian kerana persembahan tarian memerlukan penari yang berdisiplin, menepati masa dan
memberikan sepenuh komitmen semasa latihan, persediaan sebelum persembahan, semasa persembahan
ataupun selepas persembahan. Dengan adanya tarian, remaja akan lebih berdikari dan terdidik untuk
mengimbangi diri dalam pelajaran serta aktiviti kokurikulum yang disertai. Hasil kejayaan yang dicapai dalam
pertandingan tarian akan menyuntik semangat kepada golongan remaja ini untuk terus maju dan berjaya.

Bagi menyemarakkan pelibatan remaja dalam aktiviti ini, sokongan ibu bapa penting dengan
memberikan peluang kepada anak-anak untuk mengambil bahagian dalam seni tari. Sekatan dan sikap yang
terlalu mengongkong aktiviti anak akan melemahkan perkembangan diri mereka. Ibu bapa juga perlu
membantu anak-anak memilih bidang tarian yang diminati dan mempunyai hala tuju. Selain itu, motivasi yang
diberikan secara berterusan mampu melahirkan anak-anak yang aktif dalam seni tari. Sebagai rakyat Malaysia,
kita sewajarnya mempertahankan warisan seni budaya bangsa agar terus bertahan dalam mendepani zaman
moden ini.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
‘Tarian Sebagai Medium Perkembangan Remaja’,

oleh Shasha Shakierah,
Dewan Siswa, Mac 2016)

100

Soalan 2 (a) - Petikan Umum (9 markah)
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Apakah maksud rangkai kata kemampuan individu?

[2 markah]

(ii) Pengarang mengatakan bahawa ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan penyertaan
anak-anak dalam bidang tarian.

Nyatakan peranan-peranan tersebut.

[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan untuk meningkatkan
martabat bidang kesenian dan kebudayaan di Malaysia?

[4 markah]

101

SKEMA LATIHAN 24

PENDAHULUAN 2m
P1 Petikan membincangkan kebaikan / manfaat / kelebihan tarian sebagai 2m

medium perkembangan remaja di Malaysia/ di negara ini.
P2 Rumusan membincangkan kebaikan / manfaat / kelebihan tarian sebagai

medium perkembangan remaja dan cara-cara menggalakkan penyertaan tarian di
sekolah

ISI TERSURAT 2m
S1 membentuk sahsiah dan jati diri remaja 2m
S2 menonjolkan bakat dan potensi diri mereka yang lahir secara semula jadi 2m
S3 membina keyakinan dan keberanian seseorang individu untuk tampil di hadapan
2m
semasa membuat persembahan 2m
S4 melahirkan keupayaan remaja untuk menguasai sesuatu gerakan kreatif 2m
S5 mengetahui susur galur keturunan dan sejarah tarian tradisional di Malaysia 2m
S6 dapat menyatukan pelajar berbilang bangsa tanpa mengira kaum 2m
S7 mampu melahirkan individu yang berdisiplin tinggi
S8 remaja akan lebih berdikari dan terdidik untuk mengimbangi diri dalam pelajaran

serta aktiviti kokurikulum

ISI TERSIRAT 2m
T1 menubuhkan kelab Tarian dan Kesenian 2m
T2 mengadakan pertandingan tarian untuk mencungkil bakat baharu 2m
T3 Guru muzik mempromosikan aktiviti yang menarik dalam kelab tarian 2m
T4 Ahli kelab tarian diberikan keistimewaan untuk membuat persembahan di

peringkat negeri/kebangsaan

KESIMPULAN 2m
K1 Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama untuk memartabatkan

bidang tarian agar warisan kesenian dapat dilestarikan.

102

SKEMA SOALAN 2(a)

(i) Maksud rangkai kata kemampuan individu ialah :

P1 keupayaan / kebolehan / kesanggupan seseorang 2m
P2 keupayaan/ kebolehan/ kesanggupan individu 1m
P3 kemampuan seseorang 1m

(ii) Peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak menyertai tarian

P1 sokongan ibu bapa penting dengan memberikan peluang kepada anak-anak untuk
mengambil bahagian dalam seni tari

P2 Ibu bapa juga perlu membantu anak-anak memilih bidang tarian yang diminati dan
mempunyai hala tuju

P3 motivasi yang diberikan secara berterusan mampu melahirkan anak-anak yang aktif
dalam seni tari.

(iii) Usaha pihak kerajaan untuk meningkatkan bidang kesenian dan kebudayaan di Malaysia

P1 menawarkan kursus dalam bidang kesenian dan kebudayaan di universiti
P2 membuka institut latihan yang melatih penggiat seni dan budaya
P3 menawarkan biasiswa atau bantuan kewangan bagi pelajar yang meminati bidang

kesenian
P4 mengadakan pelbagai program yang menarik untuk mempromosikan bidang

kesenian dan kebudayaan
P6 kerajaan mengadakan kempen kesenian yang berterusan
P7 kerajaan menganjurkan pertandingan kesenian dan kebudayaan
P8 memperkenalkan bidang kesenian dan kebudayaan di peringkat sekolah

103

Latihan Rumusan 25
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kemaslahatan pengurusan
masa dengan berkesan dan kekangan untuk menguruskan masa bagi seseorang pelajar.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan masa yang berkesan? Pengurusan masa bermaksud
pembahagian masa dengan betul supaya aktiviti harian seseorang dapat dijalankan dengan baik dan tidak
terganggu atau boleh dimaksudkan sebagai pembahagian masa yang cekap. Dewasa ini, kita sering
mendengar berita tentang pelajar yang terjerumus dalam kancah kemaksiatan ataupun penyalahgunaan
dadah. Mengapakah hal ini boleh berlaku dalam kalangan pelajar? Hal ini berlaku disebabkan pelajar itu mudah
terpengaruh oleh anasir-anasir buruk. Pelajar yang terlibat dalam kegiatan ini tidak dapat mengurus masa
dengan cekap. Justeru, mereka sering membuang masa dengan sia-sia sahaja. Oleh itu, pengurusan masa
amat penting dalam kehidupan seseorang pelajar.

Langkah pertama untuk mengendalikan masa secara berkesan ialah pelajar digalakkan menyediakan
jadual belajar masing-masing. Jadual waktu belajar dapat membantu pelajar mengurus masa dengan
berkesan. Pelajar dapat memanfaatkan masa untuk mengulang kaji pelajaran secara menyeluruh dan bersiap
sedia untuk menghadapi peperiksaan. Hal ini dapat mengelakkan pelajar daripada kesuntukan masa untuk
mengulang kaji pelajaran apabila peperiksaan sudah hampir. Pelajar yang berjaya biasanya terdiri daripada
mereka yang membuat persediaan awal. Bagi pelajar yang tidak membuat persediaan awal kerana sibuk
membuang masa tentulah tidak dapat menghabiskan semua tajuk sebelum peperiksaan. Di samping itu, masa
yang terluang dapat digunakan untuk aktiviti yang berfaedah seperti membaca bahan ilmiah dan melayari
Internet untuk mencari maklumat tentang pelajaran. Masa jangan dibiarkan berlalu begitu sahaja. Seperti
yang kita ketahui bahawa masa itu amat berharga bak kata pepatah 'masa itu emas'. Pelajar bukan sahaja
dapat menggunakan masa dengan berfaedah, tetapi juga dapat menambahkan ilmu pengetahuan.

Tambahan pula, pelajar dapat memanfaatkan masa dengan keluarga tersayang bagi memupuk sikap
kasih sayang dalam keluarga. Hal ini dilihat apabila masa diperuntukkan bersama-sama keluarga melakukan
aktiviti sampingan seperti bersenam, bersiar-siar, menonton televisyen, beribadat dan sebagainya. Kebaikan
menguruskan masa sebaik mungkin ialah pelajar dapat menjalankan kegiatan riadah supaya mempunyai
badan yang sihat dan otak yang cerdas. Keadaan ini dapat menanamkan sifat bertanggungjawab dan
berdisiplin dalam diri pelajar. Melalui cara ini, pelajar dapat mengamalkan hidup yang berdisiplin dan
bermakna. Faedah menguruskan masa ialah para pelajar berupaya menggunakan masa senggang pada hari
cuti sekolah untuk membaiki kelemahan diri dalam pelajaran. Hal ini boleh dilakukan dengan membuat latihan,
mencari maklumat di perpustakaan, dan menghadiri kelas tambahan. Selain itu, masa cuti sekolah bertujuan
untuk memberi pelajar peluang bagi menenangkan fikiran setelah bertungkus-lumus sepanjang tahun. Para
pelajar boleh membuat kerja kebajikan seperti melibatkan diri dalam kerja gotong-royong, aktiviti
membersihkan kawasan perumahan dan membantu orang yang perlu pertolongan. Malah mereka juga boleh
mencari kerja sambilan untuk mendapatkan kemahiran dan wang. Wang yang diperoleh dapat menampung
perbelanjaan sekolah.

Kesimpulannya, sebagai pelajar kita bukan sahaja perlu berjaya dalam pelajaran tetapi juga perlu
berjaya dalam bidang sukan, aktiviti kokurikulum, agama dan aktiviti kemasyarakatan. Oleh itu, kita perlu
mengurus masa dengan betul supaya aktiviti harian dapat dijalankan dengan berkesan, seterusnya melahirkan
modal insan yang bermoral selaras dengan Wawasan2020. Pelajar yang pandai mengurus masa biasanya akan
berjaya dalam kehidupan dan berani menghadapi rintangan hidup. Hal ini akan menjamin kehidupan yang
bahagia pada masa hadapan.

(Dipetik dan diubah suai daripada
'Pengurusan Masa Yang Berkesan'

oleh Sham al-Johori,
Minda Pelajar, Januari 2008)

104

Soalan 2 (a) – Petikan Umum (9 markah)
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata melahirkan modal insan.
[2 markah]

(ii) Pengarang mengemukakan beberapa kejayaan yang harus dicapai oleh seorang pelajar selain
pelajaran.
Nyatakan dua kejayaan tersebut.
[3 markah]

(iii) Jadual belajar amat penting untuk membantu pelajar menguruskan masa dengan berkesan bagi
mencapai kejayaan yang cemerlang.
Pada pendapat anda, bagaimanakah penyediaan jadual belajar dapat membantu kecemerlangan
seseorang pelajar?
[4 markah]

105

SKEMA LATIHAN 25

PENDAHULUAN 2m
P1 Petikan membincangkan manfaat/ faedah/ kepentingan/kebaikan pengurusan 2m
1m
masa dengan berkesan kepada pelajar. 0m
P2 Petikan membincangkan manfaat/ faedah/ kepentingan/ kebaikan pengurusan

masa dengan berkesan dan kejayaan yang harus dicapai oleh seseorang pelajar
selain pelajaran
P3 Rumusan membincangkan manfaat/ faedah/ kepentingan/kebaikan pengurusan
masa dengan berkesan dan kekangan untuk menguruskan masa bagi seseorang
pelajar.
P4 Petikan membincangkan kemaslahatan pengurusan masa dengan berkesan.

ISI TERSURAT 2m
S1 Pelajar dapat memanfaatkan masa untuk mengulang kaji pelajaran secara
menyeluruh dan bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan. 2m
S2 Masa yang terluang dapat digunakan untuk aktiviti yang berfaedah. 2m
S3 Pelajar dapat menambahkan ilmu pengetahuan. 2m
S4 Pelajar dapat memanfaatkan masa dengan keluarga tersayang bagi memupuk
sikap kasih sayang dalam keluarga. 2m
S5 Pelajar dapat menjalankan kegiatan riadah supaya mempunyai badan yang
sihat dan otak yangcerdas. 2m
S6 Para pelajar berupaya menggunakan masa senggang pada hari cuti sekolah
untuk membaiki kelemahan diri dalam pelajaran. 2m
S7 Masa cuti sekolah bertujuan untuk memberi pelajar peluang bagi menenangkan
fikiran setelah bertungkus-lumus sepanjang tahun.

ISI TERSIRAT 2m
T1 Pelajar tidak mematuhi jadual waktu belajar yang disediakan. 2m
T2 Pelajar lebih gemar menghabiskan masa dengan aktiviti yang tidak berfaedah. 2m
T3 Pelajar lebih berminat menghabiskan masa dengan aktiviti yang menghiburkan
2m
berbanding membaca buku/ mengulang kaji pelajaran
T4 Pelajar terpaksa melakukan kerja rumah yang disuruh oleh ibu bapa.

KESIMPULAN 2m
K1 Kesimpulannya, semua pelajar haruslah bijak menguruskan masa agar dapat
menjadi masyarakat yang berdaya saing/ cemerlang/ maju.

SKEMA SOALAN 2(a)

(i) Maksud rangkai kata melahirkan modal insan ialah: 2m
P1 menghasilkan sumber manusia

(ii) Dua kejayaan yang harus dicapai oleh seorang pelajar selain pelajaran ialah:
P1 kejayaan dalam bidang sukan
P2 aktiviti kokurikulum
P3 agama
P4 aktiviti kemasyarakatan.
2 isi= 3 markah

106

(iii) Pada pendapat saya, penyediaan jadual belajar dapat membantu kecemerlangan seseorang pelajar
dengan cara:

P1 membantu pelajar mengulang kaji pelajaran
P2 pelajar dapat membahagikan masa untuk belajar dan beriadah
P3 aktiviti akademik dan kokurikulum dapat diseimbangkan
P4 mengelakkan pelajar daripada membuang masa dan terlibat dalam gejala tidak

sihat.
P5 membantu pelajar mengulang kaji pelajaran
3 isi=4 markah

107

Latihan Rumusan 26

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kelebihan-kelebihan menabung
bagi golongan remaja dan cara-cara untuk menarik minat golongan remaja menabung. Panjang
rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kebanyakan ibu bapa pada zaman ini mempunyai masa yang amat terhad dengan keluarga
terutamanya dengan anak-anak. Oleh sebab itu, tidak hairanlah rata-rata ibu bapa pada hari ini memanjakan
anak-anak remaja mereka dengan wang ringgit. Mereka menganggap bahawa cara itu sebagai tanda kasih
sayang mereka terhadap anak-anak. Walau bagaimanapun, tindakan ini lama-kelamaan akan menyebabkan
golongan remaja ini lupa diri. Walaupun ibu bapanya mempunyai harta yang banyak dan dapat digunakan
pada bila-bila masa tanpa had, perkara itu bukan alasan bagi remaja untuk bersikap boros dan tidak
mengendahkan amalan menabung yang dapat dijadikan sebagai simpanan masa depan.

Amalan menabung ini juga dapat mendidik golongan remaja agar berjimat cermat tatkala tangan
mereka memegang wang dengan banyak. Selain itu, amalan ini juga dapat mendidik golongan remaja untuk
merancang perbelanjaan dengan bijak. Sikap beringatingat semasa senang mampu mengelakkan golongan
remaja daripada menghadapi masalah kewangan. Hal ini dikatakan demikian kerana duit simpanan amat
penting terutamanya untuk digunakan pada masa-masa kecemasan, misalnya untuk menggantikan barang-
barang keperluan yang rosak atau hilang terutamanya bagi remaja yang menuntut di kolej atau tinggal di
asrama yang jauh daripada keluarga.

Remaja yang gemar menabung dapat meringankan beban ibu bapa kerana duit simpanan mereka
dapat digunakan untuk melanjutkan pelajaran. Dengan cara ini, remaja dapat berdikari dan tidak terlalu
bergantung pada ibu bapa. Hal ini dikatakan demikan kerana kos belajar di institusi pengajian tinggi agak
mahal. Walaupun kerajaan menyediakan bantuan pinjaman atau biasiswa, remaja tetap perlu menyediakan
sejumlah wang yang mencecah beberapa ribu ringgit semasa pendaftaran dan sepanjang tempoh pengajian.
Sekiranya seseorang itu mempunyai wang tabungan, mereka dapat mengurangkan beban hutang pendidikan
yang terpaksa ditanggung selepas mereka menamatkan pengajian kelak.

Amalan menabungdalam kalangan remaja dapat membentuk golongan remaja yang berdisiplin dan
bermaruah. Mereka dapat menilai keperluan hidup dengan bijak supaya tidak melepasi batas keperluan
sehingga berlaku pembaziran. Remaja yang terdidik dengan sikap berjimat cermat dan suka menabung pula
akan memperoleh pulangan yang lumayan sekiranya mereka memilih untuk menabung dengan institusi
perbankan konvensional yang mengamalkan kadar faedah tetap ataupun sistem perbankan Islam berdasarkan
kaedah perkongsian untung dan beberapa syarat lain mengikut syariat Islam. Mereka juga boleh melabur wang
dalam saham amanah yang banyak terdapat di negara kita. Pengurusan kredit secara berhemah ini membantu
golongan remaja mencapai ketenangan minda.

(Dipetik dan diubahsuai daripada
‘Budaya Menabung Masih Rendah’,

oleh Mohd. Khairul Mohd. Ali,
Utusan Malaysia, 22 April 2015).

108

Soalan 2 (a) – Petikan Umum (9 markah)
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata lupa diri.

[2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan beberapa kaedah menabung yang menguntungkan remaja. Nyatakan dua
kaedah tersebut.
[3 markah]

(iii) Pada pendapat anda, selain memberikan alasan bergaji kecil, apakah alasan-alasan lain yang biasanya
dinyatakan oleh seseorang yang tidak mahu menabung?
[4 markah]

109

SKEMA LATIHAN 26

PENDAHULUAN 2m
P1 Petikan membincangkan kebaikan / kepentingan / faedah / manfaat menabung 2m
bagi golongan remaja di negara kita.
P2 Rumusan membincangkan kebaikan / kepentingan / faedah / manfaat menabung 1m
bagi golongan remaja dan cara-cara untuk menarik minat golongan remaja 0m
menabung.
P3 Rumusan membincangkan kebaikan / kelebihan / faedah / manfaat menabung
bagi golongan remaja.
P4 Petikan membincangkan kelebihan menabung bagi golongan remaja di negara
kita.

ISI TERSURAT 2m
S1 Dapat dijadikan sebagai simpanan masa depan. 2m
S2 Dapat mendidik golongan remaja berjimat cermat. 2m
S3 Dapat mendidik golongan remaja merancang perbelanjaan dengan bijak. 2m
S4 Mengelakkan golongan remaja daripada menghadapi masalah kewangan. 2m
S5 Untuk digunakan pada masa-masa kecemasan. 2m
S6 Dapat digunakan untuk melanjutkan pelajaran. 2m
S7 Dapat mengurangkan beban hutang pendidikan. 2m
S8 Membentuk golongan remaja yang berdisiplin dan bermaruah. 2m
S9 Memperoleh pulangan yang lumayan.

ISI TERSIRAT 2m
T1 Melaksanakan pelbagai kempen menabung kepada lepasan sekolah. 2m
T2 Memberikan nasihat yang mendidik remaja agar menabung. 2m
T3 Mewujudkan kerjasama pihak bank dengan sekolah. 2m
T4 Peranan ibu bapa sebagai penggalak. 2m
T5 Mendedahkan golongan remaja tentang urusan perbankan

KESIMPULAN 2m
K1 Kesimpulannya, golongan remaja perlu menjadikan aktiviti menabung sebagai 2m

amalan agar mereka tidah berhadapan dengan masalah kewangan.
K2 Kesimpulannya, golongan remaja perlu menabung agar masa depan mereka

terjamin

110

SKEMA SOALAN 2(a)

(i) Maksud rangkai kata lupa diri: : 2m
P1 tidak ingat akan nasib diri. 2m
P2 leka dengan kesenangan.

(ii) Pengarang menyatakan beberapa kaedah menabung yang menguntungkan remaja.
Kaedah-kaedahnya:

P1 institusi perbankan konvensional
P2 institusi perbankan yang mengamalkan kadar faedah tetap
P3 sistem perbankan Islam berdasarkan kaedah perkongsian untung
2isi= 3 markah

(iii) Alasan-alasan yang biasa dinyatakan oleh seseorang yang tidak mahu menabung:
P1 wang gaji akan digunakan untuk melunaskan pelbagai hutang
P2 duit yang ada hanya cukup-cukup untuk menampung perbelanjaan harian
P3 baki untuk simpanan sudah tiada atau habis
P4 mahu berseronok atau memanjakan diri setelah penat bekerja
P5 untuk menampung keperluan keluarga
3 isi=4 markah

111

Latihan Rumusan 27

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kebaikan pelaburan kepada
masyarakat dan usaha-usaha menggalakkan masyarakat membuat pelaburan. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Malaysia merupakan salah sebuah pasaran baru yang menawarkan kelebihan bagi pelaburan langsung
asing. Demi menggamit para pelabur cenderung untuk menanam modal di negara kita, kerajaan mengorak
langkah dengan menyediakan pelbagai kemudahan yang diperlukan terutama prasarana yang lengkap. Oleh
itu, kerajaan telah memperuntukkan perbelanjaan yang besar untuk menyediakan kemudahan elektrik dan air,
di samping sistem pengangkutan yang baik demi menarik dan menjayakan projek-projek pelaburan asing.
Melalui aktiviti pelaburan ini, secara tidak langsung, rakyat dapat menikmati kemudahan-kemudahan atau
infrastruktur yang selesa yang telah disediakan oleh pihak kerajaan tersebut terutamanya bagi masyarakat
yang tinggal di kawasan bandar-bandar utama.

Aktiviti pelaburan dapat menyediakan simpanan untuk masa depan atau pada usia tua bagi masyarakat
hari ini. Hal ini demikian kerana, apabila usia kita telah meningkat, kemampuan untuk bekerja semakin
berkurang. Tambahan pula, orang yang berada di sekeliling kita sekarang belum tentu dapat menyara kita
pada usia tua kelak. Dengan adanya aktiviti pelaburan, banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan. Hal ini
bermakna aktiviti pelaburan mampu mewujudkan peluang pekerjaan baharu terutama dalam sektor
perindustrian, perhotelan dan sebagainya. Keadaan ini juga sekali gus dapat mengurangkan kadar
pengangguran dalam kalangan masyarakat. Kadar pengangguran yang tinggi dalam kalangan masyarakat
dapat mencetuskan pelbagai gejala sosial serta peningkatan kadar jenayah. Hal ini sekali gus dapat
menjejaskan imej negara di mata dunia. Selain itu, pelaburan penting untuk pendidikan anak-anak pada hari
ini. Kos untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat diploma dan ijazah semakin mahal. Sekurang-kurangnya,
melalui pelaburan, ibu bapa hari ini mampu mengurangkan bebanan kewangan dalam menampung kos
perbelanjaan pendidikan anak-anak.

Pelaburan juga dapat mengatasi kenaikan harga barang sekali gus dapat mengurangkan bebanan
kewangan rakyat. Hal ini demikian kerana, kenaikan harga barang boleh menimbulkan keresahan dalam
kalangan masyarakat. Aktiviti pelaburan juga memberi keuntungan kepada negara. Melabur seperti rumah,
hartanah, saham dan sebagainya dapat memberi keuntungan lumayan. Pelaburan dapat meningkatkan
pembangunan infrastruktur negara kerana teknologi dari luar negara serta kepakaran tenaga kerja dibawa
masuk ke negara kita. Hal ini secara tidak langsung dapat memberikan pendedahan teknologi makumat dan
komunikasi terkini kepada masyarakat yang merupakan nadi utama untuk mempergiat pembangunan negara.
Pelaburan merupakan pemangkin pembangunan ekonomi negara. Pelaburan dapat mengatasi kemelesetan
ekonomi serta dapat meningkatkan taraf hidup rakyat. Kesimpulannya, pelaburan amat penting bagi
memenuhi tujuan dan aspirasi negara. Pelaburan awal akan memberi keuntungan untuk masa depan kita. Oleh
itu, amalan melabur wajar diterapkan dalam kalangan masyarakat hari ini agar masa depan lebih terjamin.

(Dipetik dan diubah suai daripada
‘Manfaat Pelaburan Kepada Masyarakat’

Oleh Nazmy Shah Sannusi,
Dewan Masyarakat Januari 2013.)

112

Soalan 2(a) - Petikan Umum (9 markah)

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata menimbulkan keresahan.

[2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan bahawa kadar pengangguran yang tinggi boleh mengundang pelbagai kesan
negatif.
Kemukakan kesan-kesan negatif tersebut.
[3 markah]

(iii) Aktiviti pelaburan dapat memberikan keuntungan yang besar kepada masyarakat dan negara. Jelaskan
pendapat anda tentang peranan pihak kerajaan dalam menggalakkan generasi muda hari ini melibatkan
diri dalam aktiviti pelaburan.
[4 markah]

113

SKEMA LATIHAN 27

PENDAHULUAN 2m
P1 Petikan ini membincangkan manfaat/kepentingan/faedah pelaburan 2m
kepada masyarakat di negara kita/ di Malaysia.
P2 Rumusan ini membincangkan manfaat/kepentingan/faedah pelaburan 1m
kepada masyarakat serta usaha-usaha menggalakkan masyarakat
membuat pelaburan
P3 Petikan/Rumusan ini membincangkan manfaat/kepentingan/faedah
pelaburan kepada masyarakat.

P4 Petikan ini membincangkan kebaikan pelaburan 0m
kepada masyarakat.

ISI TERSURAT 2m
S1 Rakyat dapat menikmati kemudahan-kemudahan atau
2m
infrastruktur yang selesa yang telah disediakan.
S2 Menyediakan simpanan untuk masa depan atau pada usia 2m
2m
tua bagi masyarakat hari ini.
S3 Mampu mewujudkan peluang pekerjaan baharu. 2m
S4 Dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam
2m
kalangan masyarakat. 2m
S5 Mampu mengurangkan bebanan kewangan dalam 2m

menampung kos perbelanjaan pendidikan anak-anak.
S6 Dapat mengatasi kenaikan harga barang.
S7 Dapat mengurangkan bebanan kewangan rakyat.
S8 Dapat memberikan pendedahan teknologi makumat

komunikasi terkini kepada masyarakat.

ISI TERSIRAT 2m
T1 Ibu bapa memberi pendedahan awal tentang faedah melabur 2m
2m
kepada anak-anak. 2m
T2 Pihak kerajaan mengadakan pelbagai pameran/kempen
2m
tentang aktiviti pelaburan. 2m
T3 Pihak sekolah menganjurkan pelbagai program/aktiviti berkaitan

faedah
pelaburan.
T4 Pertubuhan-pertubuhan tertentu(Permodalan nasional berhad/
bank negara) bekerjasama dengan pihak sekolah mengadakan
siri jelajah menerangkan faedah pelaburan kepada para pelajar.
KESIMPULAN
K1 Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam
menggalakkan masyarakat melakukan pelaburan agar/supaya
ekonomi negara akan terus bekembang.
K2 Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam
menggalakkan masyarakat melakukan pelaburan agar/supaya dapat
membentuk masyarakat yang berjimat cermat.

114

SKEMA SOALAN 2(a)

(i) Maksud rangkai kata menimbulkan keresahan: 2m
P1 Mendatangkan/membangkitkan kegusaran/kebimbangan 1m
P2 Menimbulkan kegusaran/keresahan 1m
P3 Mendatangkan/membangkitkan keresahan

(ii) Kesan negatif : ( isi cukup – 2= 3 markah )

P1 Dapat mencetuskan pelbagai gejala sosial
P2 Peningkatan kadar jenayah
P3 Menjejaskan imej negara di mata dunia

(iii) Peranan pihak kerajaan : ( isi cukup – 3= 4 markah )
P1 Pihak kerajaan mengadakan kerjasama dengan pihak sekolah
P2 Pihak kerajaan mengadakan kempen/ceramah di institusi pengajian
tinggi.
P3 Pihak kerajaan bekerjasama dengan pihak yang bertanggungjawab
mengadakan siri jelajah terutama di kawasan luar bandar.
P4 Memudahkan syarat kepada generasi muda untuk melibatkan diri
dalam aktiviti pelaburan.

115

Latihan Rumusan 28

Baca petikan di bawah dengan telitinya. Kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan negatif
penggunaan Internet dan langkah-langkah untuk membendung penyalahgunaannya. Panjang
rumusan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Kelebihan utama Internet berbanding dengan media lain ialah keupayaannya memberikan maklumat
tanpa sekatan. Internet membolehkan masyarakat memperoleh dan menyebarkan maklumat dengan bebas.
Internet bukan sahaja menjelaskan konsep demokrasi maklumat, malah dapat mengubah cara manusia
berkomunikasi. Perubahan cara komunikasi inilah yang menerbitkan krisis dalam aspek keselamatan maklumat
dan aspek tanggungjawab.

Sesungguhnya, pengenalan Internet menimbulkan perdebatan dalam pelbagai isu. Penyebaran bahan
imperialisme yang dapat meruntuhkan nilai-nilai budaya dan moral sesuatu bangsa jelas menunjukkan bahawa
Internet mudah dikaitkan dengan perkaraperkara yang mendatangkan pelbagai keburukan. Internet
merupakan media yang membolehkan sesiapa sahaja menerbitkan bahan kepada masyarakat dunia dengan
kos yang sangat murah. Hakikat ini telah menyebabkan kerajaan-kerajaan di seIuruh dunia cuba mengawal
media baru ini. Keupayaan rangkaian canggih ini menyebarkan imej digital menyebabkan Internet sering
dijadikan wahana untuk menyebarkan bahan tidak bermoral secara talian terus.

Di samping itu, Internet digunakan juga untuk menyebarkan pelbagai judul buku yang diharamkan di
sesetengah negara. Malah, penerbit buku di seluruh dunia mempersoalkan pelanggaran hak cipta yang banyak
dilakukan dalam Internet. SeIain itu, rangkaian ini juga digunakan untuk menyebarkan iklan yang mungkin
tidak diterima oleh media lain, kerana iklan itu melanggar kod etika pengiklanan seperti mengeksploitasikan
wanita dan menarik cita rasa kanak-kanak. Kebebasan penyebaran maklumat ini, menyebabkan Internet
digunakan untuk menyebarkan fitnah dan khabar angin terhadap kerajaan atau organisasi tertentu. Internet
turut menimbulkan masalah perundangan terbesar dalam undang-undang harta intelek dan kebebasan hak
asasi.

Beberapa terbitan Ensiclopedia World Wide telah disebarkan melalui Internet tanpa izin pemegang hak
ciptanya. Perbuatan tersebut memang menyalahi undang-undang, tetapi perkara ini telah berlaku dalam ruang
siber dewasa ini. Kebimbangan terhadap Internet turut tertumpu terhadap kegiatan jenayah ekonomi dan
penipuan dalam transaksi talian terus. Internet menjadikan sempadan geografi semakin tidak jelas. Internet
sering mencabar amalan budaya dan moral. Menyedari hakikat ini, banyak negara berusaha mengambil
Iangkah-Iangkah yang sewajarnya bagi memerangi penyalahgunaan internet.

(Dipetik dan diubah suai daripada
‘Penggunaan Internet: Kesan kepada Pengguna’

oleh Salmah Ali Majalah Siswa, Jun 2012)

116

Soalan 2 (a) Pemahaman Petikan Umum (9 markah)

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Apakah maksud rangkai kata sering dijadikan wahana? [2 markah]
(ii) Pengarang ada menyatakan beberapa kebaikan Internet. Nyatakan kebaikan tersebut. [3 markah]

(iii) Pada pendapat anda apakah ciri-ciri laman web mata pelajaran yang mampu menarik minat pelajar?
Kemukakan tiga pendapat anda.
[4 markah]

117

SKEMA LATIHAN RUMUSAN 28

PENDAHULUAN 2m
P1 Rumusan ini membincangkan keburukan / akibat buruk / impak 2m
buruk/implikasi negatif penggunaan internet dan langkah-langkah 1m
untuk membendung penyalahgunaannya. 0m
P2 Petikan membincangkan keburukan / akibat buruk / impak
buruk/implikasi penggunaan internet dalam kalangan kalangan
masyarakat di negara kita / Malaysia.
P3 Petikan membincangkan keburukan/ akibat buruk / impak buruk
penggunaan internet.
P4 Petikan/ Rumusan membincangkan masalah-masalah penggunaan
internet.

ISI TERSURAT 2m
S1 Internet menyebarkan imperialisme yang meruntuhkan nilai budaya / 2m
2m
moral 2m
S2 Internet dijadikan wahana menyebarkan bahan tidak bermoral dan 2m
2m
secara talian terus 2m
S3 Internet menyebarkan pelbagai judul buku yang diharamkan di 2m

sesetengah negara.
S4 Internet menyebabkan berlakunya pelanggaran hak cipta penerbitan.
S5 Internet menyebarkan iklan yang mungkin tidak diterima oleh media

lain
S6 Internet digunakan untuk menyebarkan fitnah dan khabar angina

terhadap kerajaan / organisasi tertentu)
S7 Internet menimbulkan masalah perundangan terbesar dalam undang-

undang harta intelek dan kebebasan hak asasi .
S8 Jenayah ekonomi dan penipuan dalam transaksi talian terus turut

berlaku.

ISI TERSIRAT 2m
T1 Ibu bapa memberi pendidikan / membimbing anak melayari Internet 2m
2m
secara sihat.
T2 Ibu bapa memantau laman yang dilayari oleh anak-anak / menapis 2m

laman yang dilayari oleh anak-anak
T3 Kerajaan menggubal akta / undang-undang mengharamkan

penyebaran karya cetak rompak dalam Internet / memperketat
undang-undang jenayah siber.
T4 Kerajaan menyekat akses ke laman web yang negatif.

KESIMPULAN 2m
K1 Kesimpulannya, penggunaan internet perlu dikawal agar penyebaran 2m

bahan yang menyalahi norma masyarakat dapat dielakkan
K2 Konklusinya, semua pihak perlu mengawal penyalhgunaan internet

agar dapat melahirkan masyarakat minda kelas pertama.

118

SKEMA SOALAN 2(a)

(i) Maksud rangkai kata sering dijadikan wahana : 2m
P1 selalu digunakan sebagai saluran

(ii) Kebaikan Internet memberikan maklumat tanpa sekatan P5 sesiapa sahaja dapat
P1 menerbitkan bahan dengan kos yang sangat murah
memperoleh dan menyebarkan maklumat dengan bebasnya
P2 menjelaskan konsep demokrasi maklumat
P3 mengubah cara manusia berkomunikasi
P4 sesiapa sahaja dapat menerbitkan bahan dengan kos yang sangat
P5 murah
berupaya menyebarkan imej digital
P6

(iii) Ciri-ciri laman web mata pelajaran yang menarik.
P1 penerangan yang mudah difahami
P2 ilustrasi yang menarik / berwarna-warni/ cantik
P3 ada ruangan soal jawab/kuiz
P4 banyak bahan latihan /nota/contoh
P5 percuma untuk dilayari /dimuat turun

119

Latihan Rumusan 29

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kepentingan pendermaan
organ di negara kita dan halangan untuk menderma organ. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi
120 patah perkataan.

Penderitaan adik Teh Hui Yee, 14 tahun yang bergantung hidup menggunakan jantung mekanikal sejak
setahun lalu sedikit sebanyak mula menyedarkan masyarakat tentang perlunya penderma organ.
Penderitaannya mendorong sebuah keluarga yang baru kematian anak akibat kemalangan jalan raya, secara
ikhlas mendermakan jantung anak mereka kepada adik Teh Hui Yee. Sumbangan ini suatu ikhtiar perubatan
moden yang dapat menghilangkan penderitaan yang ditanggung pesakit. Menurut laporan Kementerian
Kesihatan, sejak 1997 seramai 108,501 orang telah mendaftar untuk menderma organ, bagaimanapun hanya
180 kes pendermaan organ dapat disempurnakan selepas kematian penderma. Dengan adanya pemindahan
organ ini, para doktor dapat menyelesaikan masalah perubatan pesakit.

Pemindahan organ bermakna memindahkan sebahagian ataupun seluruh organ daripada tubuh
seseorang kepada individu lain yang memerlukannya. Organ biasanya diambil daripada penderma yang telah
meninggal dunia. Prosedurnya ialah organ penerima yang gagal berfungsi digantikan dengan organ penderma.
Hasilnya membolehkan sistem badan pesakit dapat berfungsi secara normal. Namun begitu, bukan perkara
mudah untuk mendapatkan penderma organ walaupun pendermaan organ merupakan satu kaedah perubatan
paling berkesan untuk membantu pesakit kerana tidak semua orang sanggup melakukannya. Bagi
melaksanakan amalan mulia ini sebagai amal jariah, pakar perubatan perlu mendapatkan kebenaran ahli
keluarga atau waris terdekat penderma terlebih dahulu. Selain itu, organ yang dipindahkan tidak boleh
dijadikan barang dagangan untuk urusan jual beli. Pembedahan yang berjaya akan memberikan harapan baru
kepada pesakit untuk terus hidup.

Namun begitu, terdapat juga pembedahan yang gagal. Hal ini berpunca daripada penolakan organ
penderma oleh sistem imun tubuh penerima organ. Kesan sampingan ubat bagi menghalang proses penolakan
organ juga merupakan masalah bagi proses pemindahan organ. Oleh itu, pemilihan penderma dan pesakit
yang tepat seharusnya diutamakan agar kegagalan pemindahan organ dapat dielakkan. Dengan adanya
sumbangan organ daripada orang ramai, kewujudan bank organ dapat direalisasikan di negara ini. Pesakit pula
tidak perlu menunggu begitu lama untuk menjalani pembedahan.

Pemindahan organ dapat mengurangkan risiko kematian awal yang selama ini menghantui pesakit.
Keluarga penderma tidak perlu gusar kerana pemebedahan pemindahan organ itu disempurnakan dengan
penuh rasa hormat dan tanggungjawab. Masyarakat pula perlu sedar jika tiada penderma maka ramai pesakit
yang mengalami kegagalan fungsi organ akan berhadapan dengan risiko kematian. Pendermaan organ akan
membawa kepada pembedahan pemindahan organ. Pembedahan yang berjaya akan dapat mengiktiraf kualiti
dan kecekapan pakar perubatan tempatan. Sesungguhnya, kesanggupan kita menderma organ membuktikan
betapa tingginya nilai kemanusiaan yang ada pada diri kita.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada
Pendermaan Organí oleh Siti Balkis Sudin,

Dewan Masyarakat, Disember 2007).

120

Soalan 2 (a) Pemahaman Petikan Umum (9 markah)

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata berhadapan dengan risiko.

[2 markah]

(ii) Nyatakan tiga perkara yang perlu dipatuhi oleh pakar bedah organ semasa melakukan penbedahan.
[3 markah]

(iii) Mengikut pendapat anda, jelaskan usaha-usaha yang perlu dilaksanakan untuk menyedarkan rakyat
agar menderma organ.
[4 markah]

121

SKEMA LATIHAN 29

PENDAHULUAN
P1 Rumusan membincangkan faedah/ kebaikan pendermaan organ 2 m

di negara kita dan halangan untuk menderma organ.

ISI TERSURAT 2m
S1 dapat menghilangkan penderitaan yang ditanggung pesakit 2m
S2 doktor dapat menyelesaikan masalah perubatan pesakit 2m
S3 membolehkan sistem badan pesakit dapat berfungsi secara normal semula 2m
S4 pembedahan pemindahan organ yang berjaya akan memberikan harapan
2m
baru kepada pesakit untuk terus hidup 2m
S5 kewujudan bank organ dapat direalisasikan di negara ini 2m
S6 pesakit tidak perlu menunggu lama untuk menjalani pembedahan 2m
S7 mengurangkan risiko kematian awal yang mengahntui pesakit 2m
S8 dapat meniktiraaf kualiti dan kecekapaan pakar perubatan tempatan
S9 membuktikan betapa tingginya nilai kemanusiaan dalam diri kita

ISI TERSIRAT 2m
T1 sukar mendapat penderma 2m
T2 ada kalanya organ yang didermakan tidak bersesuaian dengan pesakit 2m
T3 kurang pemahaman rakyat tentang pendermaan organ menyebabkan
2m
mereka tidak mahu jadi penderma
T4 bagi sesetengah orang menganggap pendermaan organ bertentangan

dengan agama

KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua pihak perlu menyokong saranan pendermaan 2 m
organ di negara kita agar rakyat dapat hidup sejahtera

122

SKEMA SOALAN 2(a)

(i) Maksud rangkai kata berhadapan dengan risiko : 2m
P1 menghadapi kesan sampingan

(ii) tiga perkara yang perlu dipatuhi oleh pakar bedah semasa melakukan pembedahan
P1 mendapatkan kebenaran daripada ahli keluarga atau waris terdekat
84 Penderma
P2 organ yang dipindahkan tidak boleh dijadikan barang dagangan
untuk urusan jual beli
P3 pemilihan penderma dan pesakit yang tepat seharusnya diutamakan
untuk mengelakkan kegagalan pemindahan organ dapat dielakkan

2 isi= 3 markah

(iii) Usaha-usaha yang perlu dilaksanakan untuk menyedarkan rakyat agar menderma organ
P1 memberikan pendedahan kepada masyarakat tentang kebaikan
menderma Organ
P2 menyiarkan maklumat pesakit yang memerlukan pembedahan
pemindahan Organ
P3 peranan media ñ televisyen menyiarkan program/dokumentari
tentang pendermaan organ
P4 meningkatkan pengetahuan masyarakat tentang pendermaan organ

3 isi= 4 markah

123

Latihan Rumusan 30

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang implikasi kenaikan kos sara
hidup dan langkah-langkah menangani kenaikan kos sara hidup. Panjang rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.

Belakangan ini, media massa sering memaparkan rungutan orang ramai tentang peningkatan harga
barang dan perkhidmatan. Biaya hidup yang semakin meningkat membebankan pelbagai pihak apatah lagi
bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Oleh itu, ramai yang mengeluh kerana terpaksa
berusaha dengan pelbagai cara untuk memenuhi keperluan diri dan keluarga. Bagi yang sudah berkeluarga
dan mengharapkan gaji bulanan, mereka berasa lebih tertekan pada setiap kali awal tahun kerana mereka
terpaksa memikirkan kos persekolahan anak-anak yang semakin meningkat.

Peningkatan kos sara hidup yang tidak selaras dengan pendapatan isi rumah telah mengurangkan
perbelanjaan boleh guna isi rumah. Pendapatan yang diterima sekadar cukup untuk memenuhi keperluan
semasa keluarga terutama keperluan asas seperti makanan dan rumah tanpa ada simpanan. Isi rumah tidak
dapat membuat simpanan atau pelaburan seperti yang pernah dilakukan sebelum ini. Tidak mustahil ada yang
terpaksa mengikat perut demi memastikan kelangsungan hidup diri dan keluarga. Keadaan ekonomi yang
sangat mencabar ini sebenarnya menuntut kita memberikan perhatian kepada kebahagiaan keluarga.

Dalam soal ini, ada individu yang terpaksa mengambil jalan mudah, iaitu dengan membuat pinjaman
daripada institusi kewangan. Malah, ada yang meminjam wang daripada pihak yang tidak berlesen bagi
menampung ketidakcukupan pendapatan bulanan mereka. Walau pun ramai yang memahami bahawa
berhutang dengan ceti haram itu akan menyebabkan diri dan keluarga terancam jika tidak dijelaskan wang
pinjaman dalam tempoh masa yang ditetapkan, mereka tekad melakukannya. Kos sara hidup yang meningkat
mengundang pelbagai implikasi buruk kepada masyarakat terutama yang berpendapatan rendah.
Ketidakmampuan menjelaskan hutang menyebabkan ada yang berasa tertekan sehingga memberi kesan
kepada psikologi mereka.

Di samping itu, apabila kos sara hidup semakin meningkat, ada individu yang terpaksa melakukan kerja
tambahan atau kerja sambilan bagi menampung keperluan perbelanjaan semasa. Oleh itu, mereka terpaksa
melakukan dua kerja. Bagi mereka yang sudah berkahwin, kenaikan kos sara hidup tentunya akan
menjejaskan kualiti hidup berkeluarga dan memberikan kesan kepada institusi keluarga. Malah, pelbagai kesan
sampingan lain akan dialami oleh masyarakat kesan daripada tekanan ekonomi yang melanda Negara.

(Dipetik dan diubah suai daripada,
Beban Hutang Gugat Kebahagiaan,

Oleh Nor Hartini Saari.
Utusan Malaysia, Januari 2014.)

124

Soalan 2 (a) Pemahaman Petikan Umum (9 markah)

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud terpaksa mengikat perut.

(2 markah)

(ii) Nyatakan dua masalah bagi golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana apabila kos sara
hidup meningkat.
(3 markah)

(iii) Pada pandangan anda, apakah kepentingan kempen untuk menangani masalah kenaikan kos sara
hidup?
Kemukakan empat kepentingan tersebut.
(4 markah)

125

SKEMA LATIHAN 30 2m
PENDAHULUAN
P1 Rumusan membincangkan impak/akibat/kesan kenaikan kos sara

hidup dan langkah-langkah menangani kenaikan kos sara hidup.

ISI TERSURAT 2m
S1 telah mengurangkan perbelanjaan boleh guna isi rumah 2m
S2 Isi rumah tidak dapat membuat simpanan atau pelaburan seperti 2m
2m
yang pernah dilakukan sebelum ini. 2m
S3 ada yang terpaksa mengikat perut demi memastikan 2m

kelangsungan hidup diri dan keluarga. 2m
S4 mengambil jalan mudah, iaitu dengan membuat pinjaman

daripada institusi kewangan.
S5 meminjam wang daripada pihak yang tidak berlesen
S6 Ketidakmampuan menjelaskan hutang menyebabkan ada yang

berasa tertekan sehingga memberi kesan kepada psikologi
mereka.
S7 ada individu yang terpaksa melakukan kerja tambahan atau kerja
sambilan bagi menampung keperluan perbelanjaan semasa.

ISI TERSIRAT 2m
T1 Orang ramai tidak digalakkan membeli barang-barang yang tidak
2m
diperlukan. 2m
T2 Orang ramai mestilah mengurangkan tabiat makan di luar.
T3 Orang ramai mestilah mengutamakan barang buatan tempatan.

KESIMPULAN
K1 Kesimpulannya, kenaikan kos sara hidup mestilah ditangani 2 m

dengan bijak agar tidak membebankan kehidupan.

SKEMA 2(a) 2m
(i) Maksud rangkai kata terpaksa mengikat perut :

P1 Perlu menahan lapar.

(ii) Dua masalah bagi golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana apabila kos sara
hidup meningkat.
P1 Mereka terpaksa berusaha dengan pelbagai cara untuk mencari
wang atau menambah pendapatan.
P2 Mereka berasa tertekan apabila memikirkan kos persekolahan
yang meningkat pada setiap kali awal tahun.
2 isi= 3markah

(iii) Kepentingan kempen untuk menangani masalah kenaikan kos sara hidup ialah
P1 Mendidik orang ramai supaya berjimat cermat.
P2 Mendidik orang ramai supaya bijak berbelanja dan membeli
barangan yang betul-betul diperlukan sahaja.
P3 Mengelakkan orang ramai daripada berhutang
P4 Mengelakkan orang ramai berasa tertekan dengan kenaikan kos
sara hidup.

3 isi= 4 markah

126

Latihan Rumusan 31

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang kesan-kesan
gejala buli terhadap mangsa buli dan langkah-langkah membendung gejala buli.
Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Isu buli yang berlaku dalam dunia pendidikan di Malaysia telah mencapai tahap yang membimbangkan
walaupun peratusan yang terlibat masih berada dalam kedudukan yang rendah. Kes buli ini melibatkan tahap
keselamatan murid di sekolah dan di luar sekolah. Lebih kritikal lagi kes buli juga telah sampai ke tahap
maksimum iaitu kes jenayah berat. Isu ini menjadi lebih parah kerana sebelum ini kes buli hanya melibatkan
murid lelaki, tetapi kini murid perempuan juga terlibat sebagai pembuli yang berani di sekolah. Kes buli telah
merebak seperti virus dalam sistem pendidikan. Sekolah berasrama penuh, sekolah agama, murid lelaki dan
perempuan, murid bijak yang terpilih semuanya terlibat dalam kes buli, sama ada sebagai mangsa dan
pemangsa.

Kes buli boleh dibahagikan kepada dua bentuk iaitu secara fizikal dan psikologi. Kedua-dua bentuk ini
memberikan kesan yang hampir sama kepada mangsa. Mangsa buli hilang keyakinan diri dan lemah untuk
menangani perkara tersebut secara bersendirian. Malahan, keputusan akademik mangsa buli akan terjejas
kerana mereka tidak mahu terlibat dalam perbincangan dan latihan di dalam kelas. Sekiranya individu yang
berada dekat dengan mangsa buli tidak peka dengan perkara tersebut keadaan ini pastinya akan menjadi lebih
kritikal.

Buli secara fizikal melibatkan perbuatan yang mengakibatkan kecederaan kepada mangsa. Perbuatan
seperti menumbuk, menendang dan memukul mangsa menggunakan alat atau kaki dan tangan mampu
memberikan kecederaan yang serius kepada mangsa buli sehingga cacat. Ada juga kes buli yang membawa
maut.

Manakala kes buli secara psikologi pula memberi kesan kecederaan emosi dan kerosakan teruk secara
dalaman sehingga membawa kecederaan otak mangsa. Lebih parah lagi, buli secara psikologi menyebabkan
mangsa menjadi gila, pelupa dan bertindak di luar kawalan. Perbuatan mengejek dan mencerca rakan tentang
nama yang pelik dan rupa paras yang jelik serta seumpamanya membuatkan mangsa buli berasa sedih,
murung dan menjauhkan diri daripada bergaul sesama rakan. Keadaan ini secara tidak langsung membuatkan
mangsa buli berasa terpinggir.

Langkah yang drastik, terancang dan praktikal perlu dilakukan oleh semua pihak. Usaha bersama
kearah menyusun strategi penyelesaian isu buli memerlukan respon yang segera. Sudah tiba masanya semua
pihak berganding bahu melihat kes buli sebagai isu yang besar dan serius kerana murid merupakan peneraju
masa depan yang akan menyambung hala tuju kepimpinan negara.

(Dipetik dan diubah suai daripada
Buli Krisis Dunia Pendidikan,

Oleh Nor Azam Abdul Rahman,
Dewan Siswa Julai 2015 )

127

Soalan 2(a) – Petikan Umum

Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata menjadi lebih parah. (2 markah)

(ii) Terdapat dua bentuk buli yang dinyatakan oleh pengarang dalam petikan tersebut.
Nyatakan bentuk buli tersebut berserta contoh.

(3 markah)

(iii) Pada pendapat anda, apakah peranan-peranan ibu bapa dalam mengesan kes buli yang berlaku
terhadap anak?

(4 markah)

128

SKEMA LATIHAN 31

PENDAHULUAN
P1 Rumusan tentang implikasi/ akibat/ impak gejala buli terhadap mangsa buli dan 2 m

langkah-langkah membendung gejala buli.

ISI TERSURAT 2m
S1 Mangsa buli hilang keyakinan diri 2m
S2 lemah untuk menangani perkara tersebut secara bersendirian. 2m
S3 keputusan akademik mangsa buli akan terjejas 2m
S4 mampu memberikan kecederaan yang serius kepada mangsa buli sehingga cacat. 2m
S5 keputusan akademik mangsa buli akan terjejas 2m
S6 mampu memberikan kecederaan yang serius kepada mangsa buli sehingga cacat. 2m
S7 kes buli yang membawa maut.

S8 kecederaan emosi dan kerosakan teruk secara dalaman sehingga membawa 2 m

kecederaan otak mangsa.

S9 mangsa menjadi gila, pelupa dan bertindak di luar kawalan. 2m

ISI TERSIRAT 2m
T1 Ibu bapa perlulah member didikan agama yang teguh kepada anak. 2m
T2 Peraturan yang tegas di peringkat sekolah. 2m
T3 Murid mengamalkan budaya saling menghormati sesama rakan. 2m
T4 Murid memberi kerjasama berhubung kes buli.

KESIMPULAN
K1 Kesimpulannya, kes buli perlu ditangani walau pun terpaksa mengharungi pelbagai 2 m

cabaran agar dapat melahirkan generasi yang gemilang.

129

SKEMA SOALAN 2 (a) 2m

(i) maksud rangkai kata menjadi lebih parah :
P1 Semakin teruk/ kritikal/ meruncing

(ii) Terdapat dua bentuk buli yang dinyatakan oleh pengarang dalam petikan tersebut iaitu:
P1 Buli fizikal- menumbuk, menendang dan memukul menggunakan alat atau
tangan dan kaki.
P2 Buli psikologi – mengejek dan mencerca rakan tentang nama dan rupa yang
pelik.
2 isi= 3markah

(iii) Peranan-peranan ibu bapa dalam mengesan kes buli yang berlaku terhadap anak
P1 Ibu bapa perlu peka terhadap perubahan tingkah laku anak yang mungkin
berubah secara drastik.
P2 Ibu bapa perlu meluangkan masa berbual dengan anak.
P3 Ibu bapa perlu mengambil tahu aktiviti yang dilakukan oleh anak di sekolah.
P4 Ibu bapa perlulah mencurahkan kasih sayang kepada anak.
3 isi= 4 markah

130

Latihan Rumusan 32
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang peranan generasi muda dalam
mengisi kemerdekaan dan langkah-langkah meningkatkan semangat cinta akan negara dalam
kalangan generasi muda. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Tahun ini Malaysia meraikan Hari Kemerdekaan yang ke-60 tahun. Diam tidak diam sudah hampir
separuh abad negara kita terlepas daripada cengkaman penjajah. Menjadi rutin tahunan, menjelang sahaja
bulan Ogos atau juga dikenali bulan kemerdekaan, agensi atau kementerian yang berkenaan akan mula
menjalankan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang. Namun begitu, perkara yang menjadi kebimbangan banyak
pihak ialah generasi muda tidak mengambil endah tentang hari kemerdekaan. Mereka sewajarnya menghayati
erti kemerdekaan dengan mendalam.

Banyak kemajuan yang telah dicapai oleh generasi muda melalui usaha keras mereka sendiri dan
pelaksanaan dasar-dasar kerajaan. Walau bagaimanapun, generasi muda juga menghadapi pelbagai masalah.
Jika hal ini tidak diatasi secara menyeluruh akan memberi kesan kepada usaha pembangunan. Pelbagai
permasalahan sosial dalam kalangan generasi muda kerap diperkatakan. Hal ini terbukti menerusi kes jenayah
dan salah laku membabitkan mereka di negara kita kian serius dan bertambah kronik. Penyalahgunaan dadah
pula masih lagi memberi petunjuk bahawa kedudukan masalah ini masih pada peringkat yang
membimbangkan. Kesan penyalahgunaan dadah kepada negara boleh membantutkan usaha untuk
menjayakan dasar-dasar yang diwujudkan. Oleh itu, generasi muda perlu mengelakkan diri daripada dadah
kerana mereka merupakan aset yang bernilai bagi negara.

Mereka juga kurang mempunyai semangat patriotisme kerana dikatakan tidak dapat merasai detik-detik
kepayahan dalam menuntut kemerdekaan di samping hidup pada zaman yang selesa. Mereka sepatutnya
bertanggungjawab membina kejayaan negara iaitu sanggup bekerja keras untuk negara. Generasi muda juga
perlu mementingkan kecemerlangan dalam pendidikan. Hal ini demikian kerana pendidikan memainkan
peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh,
berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan
negara maju menjelang 2020.

Generasi muda perlu membantu pihak kerajaan bagi mengekalkan keamanan dan kestabilan negara.
Hal ini demikian kerana keamanan dapat mengelakkan negara daripada serangan musuh sama ada berbentuk
fizikal atau psikologi. Tambahan pula, tugas generasi muda adalah untuk memastikan Malaysia akan terus
berpegang pada konsep keadilan dan kesaksamaan. Dengan ini, semua rakyat dapat menikmati kemakmuran
dan kemajuan bersama-sama. Selain itu, generasi muda yang akan mengisi perjuangan kemerdekaan
hendaklah memastikan prinsip demokrasi akan terus diamalkan di samping dapat mengurus negara dengan
bijak. Sesungguhnya kejayaan negara dalam fasa kedua 58 tahun kemerdekaan memerlukan komitmen semua
pihak terutama generasi muda.

(Dipetik dan diubah suai daripada
Di manakah Semangat Patriotisme Kita,

Dewan Siswa, Ogos 2015)

131

Soalan 2(a) – Petikan Umum

(i) Berikan maksud rangkai kata membantutkan usaha. [2 markah]

(ii) Pengarang ada mengemukakan beberapa permasalahan sosial dalam kalangan generasi muda.

Nyatakan permasalahan-permasalahan tersebut.

[3 markah]

(iii) Sambutan Bulan Kemerdekaan sering dilaksanakan pada peringkat sekolah.

Pada pendapat anda, apakah faedah-faedah yang anda peroleh daripada sambutan bulan kemerdekaan
tersebut?

[4 markah]

132

SKEMA LATIHAN 32

PENDAHULUAN 2m
P1 Rumusan membincangkan tanggungjawab/tugas generasi muda dalam mengisi 2m

kemerdekaan dan langkah-langkah meningkatkan kesedaran tentang semangat cinta

akan negara dalam kalangan generasi muda.
P2 Petikan membincangkan tanggungjawab/tugas generasi muda dalam mengisi

kemerdekaan di negara kita.

ISI TERSURAT 2m
S1 Mereka sewajarnya menghayati erti kemerdekaan dengan mendalam. 2m
S2 Mereka sepatutnya bertanggungjawab membina kejayaan negara 2m
S3 generasi muda perlu mengelakkan diri daripada dadah 2m
S4 Generasi muda juga perlu mementingkan kecemerlangan dalam pendidikan 2m
S5 Generasi muda perlu membantu pihak kerajaan bagi mengekalkan keamanan dan
2m
kestabilan negara.
S6 tugas generasi muda adalah untuk memastikan Malaysia akan terus berpegang pada 2m

konsep keadilan dan kesaksamaan. 2m
S7 Selain itu, generasi muda yang akan mengisi perjuangan kemerdekaan

hendaklah memastikan prinsip demokrasi akan terus diamalkan
S8 di samping dapat mengurus negara dengan bijak.

ISI TERSIRAT 2m
T1 Kerajaan mengadakan kempen kesedaran/ceramah tentang cinta akan negara.

T2 Kerajaan mengadakan pertandingan esei/lukisan yang berkaitan dengan 2 m

semangat cinta akan negara
T3 Sekolah mengadakan pameran yang berkaitan dengan semangat cinta akan 2 m

negara 2m
T4 Sekolah mengadakan lawatan ke tempat bersejarah.

KESIMPULAN
K1 Kesimpulannya, peranan generasi muda dalam mengisi kemerdekaan perlu disokong 2 m

oleh semua pihak agar kesejahteraan negara terjamin

133

SKEMA SOALAN 2 (a)

(i)maksud rangkai kata membantutkan usaha :

P1 menghalang / menghentikan / menyekat langkah / cara 2m
1m
P2 menyekat usaha

(ii)Permasalahan-permasalahan sosial:
P1 terlibat dalam kes jenayah dan salah laku
P2 terjebak dalam penyalahgunaan dadah

P3 kurang mempunyai semangat patriotisme
2 isi= 3 markah

(iii)Faedah-faedah sambutan bulan kemerdekaan
P1 melahirkan rasa cinta akan negara
P2 memupuk nilai-nilai murni
P3 menyedarkan saya tentang peranan saya untuk mengisi kemerdekaan dengan
baik
P4 mengetahui sejarah kemerdekaan negara
P5 menghargai jasa tokoh kemerdekaan negara
3 isi= 4 markah

134

Latihan Rumusan 33
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang ciri-ciri remaja dan cara-cara
remaja mengatasinya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah kata.

Zaman remaja sering kali dikaitkan dengan alam yang penuh pancaroba kerana inilah alam yang perlu
dilalui oleh setiap insan sebelum menginjak ke alam dewasa. Ahli psikologi memberikan takrifan usia bagi
remaja adalah dalam lingkungan 13 hingga 21 tahun. Usia remaja merupakan usia perubahan atau transisi
kanak-kanak kepada remaja sebelum mereka menjadi dewasa. Fasa transisi merupakan cabaran yang amat
getir buat remaja. Sekiranya mereka gagal mengawal minda atau membuat pertimbangan yang sewajarnya,
hal yang negatif amat mudah terjadi. Remaja akan mudah terkesan dengan perkara yang berlaku di sekeliling
mereka. Sifat memberontak wujud dalam diri remaja sekiranya keinginan mereka tidak dipenuhi. Ahli keluarga
seharusnya berperanan mendekati para remaja dengan penuh hikmah sewaktu mereka melalui fasa transisi
ini.

Kebanyakan remaja mudah terdorong dengan perkara yang berkaitan dengan seksual. Selain itu, pada
waktu tertentu, emosi remaja mudah menjadi tidak stabil. Malahan, ketika ini juga mereka mula berkonflik
dengan diri sendiri, keluarga atau rakan sebaya. Ada kalanya, semua yang berlaku serba tidak kena dengan
jiwa mereka. Dalam era teknologi maklumat dan komunikasi ini, remaja dilihat sebagai kelompok usia yang
paling berisiko terhadap ancaman sosial yang negatif. Mereka memiliki sifat ingin tahu yang menebal dan
mahu mencuba pelbagai perkara yang dianggap sebagai tindak balas semula jadi yang wujud dalam diri
remaja. Kadang kala, fikiran remaja menjadi keliru dan bercelaru disebabkan oleh pelbagai faktor,
termasuklah keluarga, rakan sebaya dan persekitaran yang kurang memberangsangkan. Lumrahnya, remaja
juga tidak suka dikongkong oleh orang yang lebih tua daripadanya. Seharusnya para ibu bapa perlu menjadi
sahabat terhadap anak remaja mereka. Namun, situasi inilah yang jarang sekali berlaku dalam kalangan
masyarakat.

Sikap sudah terhantuk baru tengadah perlu dihindari atau dijauhi oleh setiap ahli masyarakat kerana
bimbang akan membawa impak yang lebih buruk. Potensi atau masa depan remaja pasti akan terjejas
sekiranya terlibat dengan gejala yang negatif. Bukanlah sesuatu yang mudah jika remaja itu ingin kembali ke
pangkal jalan, melainkan mereka mempunyai semangat yang cukup kuat. Sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tiada gunanya. Sokongan dan dorongan daripada orang yang lebih dewasa seharusnya hadir pada
saat-saat mereka memerlukannya. Sesungguhnya remaja hari ini memerlukan perhatian dan bukannya
kritikan semata-mata. Hal ini demikian kerana remaja merupakan modal insan yang bakal memacu
kecemerlangan negara pada masa akan datang.

(Dipetik dan diubah suai daripada
‘Cabaran dan Halangan Semasa Transisi Remaja’

oleh Md Nizar Parman
Dewan Siswa, Disember 2016)

135

Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata impak yang lebih buruk.

[2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan beberapa peranan pelbagai pihak amat diperlukan sewaktu para remaja
melalui fasa transisi dalam kehidupan mereka.

Nyatakan peranan-peranan tersebut.

[3 markah]

(iii) Remaja yang hebat merupakan aset bernilai yang bakal mewarisi tampuk kepimpinan negara pada
masa hadapan.

Pada pendapat anda, apakah peranan pihak kerajaan dalam melahirkan remaja yang hebat di negara
kita?

[4 markah]

136

SKEMA LATIHAN 33

PENDAHULUAN MARKAH
2
PEND JAWAPAN 2
P1 Petikan membincangkan kriteria-kriteria remaja pada era ini.

P2 Rumusan membincangkan kriteria-kriteria remaja dan cara-cara
mengatasinya

TERSURAT (Ciri-ciri remaja) MARKAH
2
ISI JAWAPAN
S1 Sifat memberontak wujud dalam diri remaja sekiranya keinginan mereka 2
2
tidak dipenuhi 2
2
S2 Remaja mudah terdorong dengan perkara yang berkaitan dengan seksual 2

S3 Emosi remaja mudah menjadi tidak stabil 2
S4 Mereka mula berkonflik dengan diri sendiri, keluarga atau rakan sebaya 2
S5 Mereka memiliki sifat ingin tahu yang menebal 2

S6 Mereka mahu mencuba pelbagai perkara
Fikiran remaja menjadi keliru dan bercelaru disebabkan oleh pelbagai

S7 faktor
S8 Remaja juga tidak suka dikongkong oleh orang yang lebih tua daripadanya
S9 Sifat memberontak wujud dalam diri remaja sekiranya keinginan mereka

tidak dipenuhi

ISI TERSIRAT (cara remaja mengatasinya) MARKAH
2
ISI JAWAPAN 2
T1 Remaja seharusnya mencari/mendekati kawan yang baik
T2 Remaja boleh mendapatkan bimbingan daripada guru/kaunselor/orang 2
2
yang lebih tua/ ustaz 2

T3 Remaja banyak membaca buku/bahan ilmiah/ blog
T4 Remaja perlu menghadiri ceramah motivasi/ agama
T5 Remaja sentiasa berfikiran positif/ ingin memajukan diri

KESIMPULAN

ISI JAWAPAN MARKAH

Kesimpulannya, semua pihak perlu memahami ciri-ciri remaja agar mereka 2
K1 menjadi insan cemerlang

137


Click to View FlipBook Version