The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cg wanie, 2022-08-11 19:41:21

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BM FORM4

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BM FORM4

1

NO. KANDUNGAN MUKA SURAT

1. DAFTAR ISI 1
2. PRAKATA 3
3. SENARAI NAMA PENGGUBAL MODUL 4
4. KITALAH JUARA (2-3) 6
5. MENAWAN SAMUDERA (4-5) 8
6. JUTAWAN SUKAN (6-7) 13
7. LAUTAN API KURENANGI! (8-9) 17
8. TANGAN YANG MENGGONCANG DUNIA (10-11) 20
9. BACAAN LUAS: MENYUSURI PULAU IMPIAN (12-13) 22
10. NUTRIEN UNTUK MINDA (16-17) 24
11. BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA (18-19) 27
12. EVOLUSI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (20-21) 30
13. MALAYSIA MEMBACA (22-23) 33
14. MEMBAWA DUNIA KE BILIK DARJAH (24-25) 36
15. KERJAYA DI AWAN BIRU (28-29) 39
16. SAKSI SENYAP RUNGKAI MISTERI (30-31) 42
17. DARI TITIK KE TITIK (32-33) 45
18. MENJULANG POTENSI DIRI (34-35) 47
19. HARAPAN SETINGGI GUNUNG (36-37) 49
20. SEMERAH ROZEL (44-45) 52
21. TERBAIK DARI KOLAM (46-47) 55
22. REALISASIKAN IMPIAN (48-49) 58
23. SERIKANDI BERJASA! (50 - 51) 60
24. SINAR BAHARU PENTERNAK JAYA (52-53) 63
25. PEMULIHAN, PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN (54-56) 67
26. RUMAH PASANG SIAP (58-59) 69
27. KHAZANAH HUTAN BAKAU (60-61) 71
28. KEK ANEKA RONA (62-63) 74
29. MENGHADAPI RINTANGAN (64-65) 76
30. MAJU DALAM INDUSTRI MUTAKHIR (66-67) 80
31. PEMULIHAN DAN PENGAYAAN (68-69) 83
32. MALAYSIA SYURGA MAKANAN (72-73) 87
33. TAHAN MENGHIJAU(74-75) 90
34. WARISAN DUNIA (76-77) 93
35. PELANCONG HIJAU (78-79) 103

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

2

36. POS KUALA MU (80 - 81) 108
37. PEMULIHAN, PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN (82 - 84) 109
38. MUAFAKAT KORPORAT (86-87) 114
39. JEBAK DIGITAL (88-89) 116
40. GERUH-GERAH BADAN AIR (90-91) 119
41. GEMA BELANTARA (92-93) 122
42. TENTANG BULAN (94-95) 126
43. RUMAH PUSAKA SUTAN MENGATAS (102-103) 130
44. DARAH SATERIA (104-105) 136
45. SEJARAH MENDEWASAKAN KITA (106 -107) 140
46. TEKSTIL WARISAN (108-109) 141
47. TERCATAT DALAM SEJARAH (110 - 111)) 146
48. BACAAN LUAS (112-113) 149
49. PEMULIHAN (114) 151
50. BUKAN SEBARANG SENIMAN (116-117) 152

NO. KANDUNGAN MUKA SURAT

51. IDENTITIKU (118-119) 156
52. AMALAN HIDUP BERMASYARAKAT (120-121) 158
53. MENU MALAYSIA DI SERATA DUNIA (122-123) 163
54. MISI KEMANUSIAAN (124-125) 165
55. PEMULIHAN, PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN (126-128) 167
56. TUKANG TULIS (130-131) 174
57. SASTERAWAN DARI UTARA (132-133) 178
58. BAHASA MURNI, WAJAH PERIBADI (134-135) 181
59. SASTERA UNTUK MASYARAKAT (136-137) 184
60. PENCINTA BAHASA (138-139) 189
61. BELANJAWAN DINAMIK (146-147) 191
62. MENDUNG BERALIH JUA (148-149) 195
63. TUNAIKAN TANGGUNGJAWABMU (150-151) 197
64. YAKIN, PASTI BOLEH! (152-153) 200
65. SIMPAN, LABUR, DAN UNTUNG (154-155) 207
66. PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN (156-157) 212
67. EKSPRESI DIRI (160-161) 217
68. ASIMILASI SENI (162-163) 220
69. INDAHNYA TERAPEUTIK (164-165) 222
70. DARI DAPUR BONDA (166 - 167) 224

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

3

71. HUTAN KECILKU (168-169) 227
72. PENGUKUHAN DAN PENGAYAAN (170-171) 230
73. LUBUK AKAL, TEPIAN ILMU (174-175) 234
74. PATAH DAGU, BERTONGKAT PARUH (176-177) 236
75. KUASA GRAVITI (178-179) 239
76. PANORAMA DIORAMA (180-181) 244
77. PULAU 11 GELARAN (182-183) 247
78. IKRAR ANDA, HARAPAN MEREKA (190-191) 250
79. MITOS PERUBATAN (192-193) 252
80. VEKTOR PEMBAWA PENYAKIT (194-195) 255
81. DEBU-DEBU DI UDARA (196-197) 258
82. MARAH, JANGAN ENGKAU MARAH (198-199) 260
83. PEMULIHAN DAN PENGAYAAN (200-201) 262
84. BAHASA ALAM (204-205) 267
85. FUTURIS (206-207) 271
86. HARGA TEKNOLOGI (208-209) 274
87. MAKAN SAINS, TIDUR SAINS (210-211) 280
88. INOVASI 5G (212-213) 282
89. BACAAN LUAS (214-215) 284
90. BELIA POSITIF, TERSERLAH WIBAWA (218-219) 287
91. MARI MENGUNDI (220-221) 291
92. PEMIMPIN BERKESAN, PENCETUS KEJAYAAN (222-223) 293
93. KECINDAN PEMIMPIN (224-225) 297
94. MUAFAKAT SERANTAU (226-227) 300
95. PENILAIAN 1 306
96. PENILAIAN 2 319
97. PENILAIAN 3 330
98. PENILAIAN 4 337
99. PENILAIAN 5 351

PRAKATA

Puji dan syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi kerana atas limpahan rahmat dan kurnia-Nya, modul ini dapat
dihasilkan. Secara peribadi saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada cikgu Badrol Hisham bin
Ibrahim selaku pentadbir utama grup BM SPM kerana memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada saya
dalam usaha menyelaraskan pembinaan modul ini. Saya menyedari bahawa terlaksananya tugas
menyiapkan modul ini hasil daripada bantuan dan sumbangan ahli-ahli dalam Telegram Guru BMSPM.
Kumpulan yang diwujudkan ini merupakan medan untuk guru-guru berkongsi ilmu, pengalaman dan bahan
Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). Dengan bantuan teknologi media sosial Telegram ini, kerjasama

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

4

secara maya dalam penghasilan modul Bahasa Melayu dapat dilaksanakan. Penggubalan modul ini
merupakan satu usaha murni kumpulan Telegram Guru BMSPM bukan sahaja untuk manfaat ahli-ahli
kumpulan malahan untuk faedah semua guru Bahasa Melayu di tanah air kita ini. Antara objektif penyediaan
Modul Sokongan Buku Teks Tingkatan 4 adalah seperti berikut:

1. Membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan guru dan murid.
2. Menyediakan bahan sokongan PdPc yang sistematik berdasarkan buku teks.
3. Membina item pengujian yang sesuai berdasarkan konstruk pentaksiran dan penilaian.
4. Menyemarakkan perkongsian pintar sesama ahli grup.

Penubuhan kumpulan Telegram Guru BMSPM ini mempunyai matlamat untuk saling membantu dan
meringankan tanggungjawab mendidik anak-anak murid. Guru-guru dalam kumpulan ini tidak lokek ilmu
dan membantu dari segi pengalaman dan kepakaran mereka. Banyak bahan yang dikongsi yang memberikan
kebaikan kepada semua guru Bahasa Melayu. Saya mewakili para pentadbir kumpulan Telegram Guru
BMSPM menyeru agar ahli-ahli sudi untuk meluangkan masa, bersama-sama memerah pemikiran dan
tenaga dalam usaha untuk membuat modul-modul bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu khasnya bagi tingkatan 4 dan 5.

Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi menggantikan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) telah banyak membawa perubahan dari segi format pentaksiran. Selain itu,
kehadiran pandemik Covid-19 juga merupakan satu cabaran kepada para pendidik untuk melaksanakan
Pengajaran dan Pembelajaran dari Rumah (PdPR). Oleh sebab itu, pendekatan dan penambahbaikan perlu
dilaksanakan sama ada dalam pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka atau dalam talian agar
memenuhi keperluan kurikulum dan juga suasana baharu.

Dalam mengendalikan penghasilan modul ini, sokongan daripada guru-guru yang bersama dalam kumpulan
ini amat dihargai. Mereka memberikan komitmen walaupun dalam kesibukan kerjaya di tempat bertugas
masing-masing. Modul yang anda tatap sekarang ialah Modul Sokongan Buku Teks Bahasa Melayu KSSM
Tingkatan 4. Insya-Allah, selepas ini akan menyusul Modul Soalan Berformat SPM berdasarkan tema Buku
Teks Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4.

Saya sangat memahami bahawa modul yang telah dihasilkan ini tidaklah sempurna. Oleh sebab itu, saya
amat mengalu-alukan teguran dan kritikan membina. Sila kemukakan sebarang teguran anda melalui
Telegram menerusi nama pengguna @rose_6631. Sebarang idea untuk pembinaan modul bagi memenuhi
keperluan guru-guru Bahasa Melayu tingkatan 4 dan 5 amat dihargai. Semoga sumbangan kami yang sedikit
ini memberikan manfaat kepada guru-guru dan murid-murid. Akhir kata, sekali lagi saya ingin merakamkan
ucapan syabas dan tahniah kepada para penggubal Modul Sokongan Buku Teks Bahasa Melayu KSSM
Tingkatan 4 ini.

Roosezah binti Sabri
Pentadbir Telegram Guru BMSPM
SMK Sungai Manik
36000 Teluk Intan, Perak.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

5

NO. NAMA PARA PENGGUBAL MODUL TEMPAT BERTUGAS
1. AFSIAH BINTI ABDUL RACHMAN SMK KUHARA, TAWAU, SABAH
2. ARBAIYAH BINTI MOHD SAMSI SMA SHAMSUDDINIAH, TANGKAK, JOHOR
3. AZILAH BINTI AJIB SMK RAJA PEREMPUAN KELSOM, KUALA KANGSAR, PERAK
4. DANIEL TIEW TUTOR
5. DULIJAH BINTI JALINU SMK MERU, KLANG, SELANGOR
6. EVA SORNAM GUNASEGARAN SMK TENGKU AMPUAN JEMAAH, KLANG, SELANGOR
7. FADZILAH BINTI SANDARI SMK DATO’ ABDUL RAHMAN ANDAK, SPG RENGGAM, JOHOR
8. FAIZA RAHILA BINTI ISMAIL SMK SULTAN ISMAIL, JOHOR BAHRU, JOHOR
9. FAIZAH BINTI MOKHTAR SMK GOMBAK SETIA, SELANGOR
10. HARLIANA BINTI MOHD ARIFIN SMK AGAMA TUN AHMADSHAH, KOTA KINABALU, SABAH
11. HASANAH BINTI SHAHIDAN SMK TAMAN PANGLIMA, ASSAM KUMBANG, TAIPING, PERAK
12. HASLINDA BINTI ROSLE SMK BAYAN LEPAS, PULAU PINANG
13. HAYATI BINTI MOHAMED SMK DATO ABDUL RAHMAN YAAKUB, BOTA, PERAK
14. JOEY TAN BERSARA
15. KAREN LING ENG SMK LANANG, SIBU, SARAWAK
16. KHADIJAH BINTI AHMAD SM TAHFIZ AL-QURAN CHENDERAH, JASIN, MELAKA
17. LATIFAH BINTI HJ. SANI SMK KUHARA, TAWAU, SABAH
18. LATIFAH BINTI TARKEP SMK AGAMA JOHOR BAHRU, JOHOR
19. LETCHUMY A/P SUBRAMANIAM SMK BANDAR PUTRA, SEGAMAT, JOHOR
20. LIAW KON YIN@NURISMAH LIAW SMK TAMAN RIA, TUARAN, SABAH
21. MARIAH BINTI ABDUL HAMID SMK SELAMA, KEDAH
22. MASJURAIQAIS BIN CHE SOH MRSM TUN MOHAMMAD FUAD STEPHENS, SANDAKAN, SABAH
23. MASNI BINTI KARATE SMK ABU BAKAR AL-BAQIR, BAGAN SERAI, PERAK
24. MASTURA BINTI MAT HASSAN SMK (P) METHODIST, KUANTAN, PAHANG
25. MASZAIRIANI BINTI ZAINAL SM ARAB JAIM ASSYAKIRIN, SELANDAR, MELAKA
26. MAZNAH BINTI HASSAN SMK KUNAK JAYA, KUNAK, SABAH
27. MEGANATHAN LACHIMANAN SMK SUNGAI KARANGAN, KULIM, KEDAH
28. MOHAMAD YUSUF BIN OMAR KOLEJ VOKASIONAL TELUK INTAN, PERAK
29. MOHAMMAD FAIZAL BIN MAT YUSOFF SM WESLEY METHODIST, SENTUL, KUALA LUMPUR
30. MOHD FAHDELI BIN ISA SMT KUANTAN, KUANTAN, PAHANG
31. MOHD MAULANA BIN MASBOR SMK DATO’ IBRAHIM MAJID, SIMPANG RENGGAM, JOHOR
32. MOHD RIFQI BIN ISMAIL SMK TUNKU ANUM TUNKU ABDUL RAHMAN, KEDAH
33. MOHD SYAHMIRZA ABDULLAH SMK METHODIST, SIBU, SARAWAK
34. MOHD. ZUJIMAN BIN ABAS SMK HORLEY METHODIST, TELUK INTAN, PERAK
35. NAFIZAH BINTI ABD. WAHAB SMKA DATO’ HJ ABU HASSAN HJ SAIL, PEDAS, N.SEMBILAN
36. NIK ANITA BINTI NIK ABD MAJID SMK PAYA RUMPUT, MELAKA
37. NIK SHARIFAH BINTI NIK MOHD YUSOFF SMK MAXWELL, KUALA LUMPUR
38. NOOR FARIDAH BINTI BERAHIM SMK BUKIT SENTOSA 2, RAWANG, SELANGOR
39. NOOR HUZAIMAH BINTI TAMIT SMKA SIBU, SIBU, SARAWAK

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

6

40. NOORAZIAH BINTI ABDULLAH SMK TAMAN EHSAN, KEPONG, SELANGOR
41. NOR HASLIZA BINTI HASSAN SMK TAMAN SELAYANG, SELANGOR
42. NOR SHAYAUMIL QHAIRIL EEMANN BIN SMU (A) TARBIAH ISLAMIAH, KELANTAN

MUHAMMAD NOR SMK (P) SULTAN ABU BAKAR, MUAR, JOHOR
43. NORAINI BINTI ISMAIL SMK MAHMUD, RAUB, PAHANG
44. NORAZAH BINTI AHMAD @ WAHAB SMK PERIMBUN, CHERAS, SELANGOR
45. NORLIZA BINTI HUSIN SMK SERI MULIA, KUALA LUMPUR
46. NORSHAHIRAH BINTI NOR AZMAN SHAH SMK BANDAR TASIK KESUMA, BERANANG, SELANGOR
47. NORTABSHIAH BINTI KAMARUZZAMAN SMK TOK PERDANA, SITIAWAN, PERAK
48. NORWAHIDA BINTI KANARI SMK SEMOP, DARO, SARAWAK
49. NUR ZULAIKHA BINTI ABU BAKAR SMK SENTOSA, KAMPAR, PERAK
50. NURJANNAH BINTI YASUNI SMK ABDUL RAHMAN TALIB, TELUK INTAN, PERAK
51. NURUL AINA BINTI ABU SOHOT MAKTAB TENTERA DIRAJA, KEM SUNGAI BESI, KL
52. NURUL AKMAH BINTI ISMAIL SMK PADUKA TUAN, SEGAMAT, JOHOR
53. NURUL ANIZA BINTI PAIMAN SMK ALANG ISKANDAR, BAGAN SERAI, PERAK
54. RICHARD IGNACY

55. ROHANI BINTI SARBINI SMK HAJAH LAILA TAIB, SAMARAHAN, SARAWAK
56. ROOSEZAH BINTI SABRI SMK SUNGAI MANIK, TELUK INTAN, PERAK
57. RUSLIDA BINTI ABDUL RAHMAN SMK TAMAN FOREST HEIGHTS, SEREMBAN, N.SEMBILAN
58. RUZITA BINTI KIMIN SMK BANDAR BARU UDA, JOHOR BAHRU, JOHOR
59. SAHARUDDIN BIN ABDULLAH SMK SIJANGKANG JAYA, BANTING, SELANGOR
60. SALAWATI BINTI KEMAN SM TEKNIK, KUALA LUMPUR
61. SITI FAIRUS BINTI AHMAD SMK KELAPA SAWIT, KULAI, JOHOR
62. SITI FATIMAH BINTI HAMAT SMK PEDU, KUALA NERANG, KEDAH
63. SITI KHAINORLIZA BINTI MOHD NORDIN SAM BAGAN TERAP, SUNGAI BESAR, SELANGOR
64. SITI NORULYANI BINTI MD ZIM SMK SEKSYEN 10 KOTA DAMANSARA, SELANGOR
65. SITI ROHANI BINTI MAT NOR SMK AGAMA KUALA LUMPUR
66. SITI SUHAILA BINTI IBRAHIM SMKA DATO’ HJ ABU HASSAN HJ SAIL, PEDAS, N.SEMBILAN
67. SUHAINI BINTI YUSOFF SMK BUYONG ADIL, TAPAH, PERAK
68. SUHANARIYAH BINTI SUGIMAN SMK JUGRA, BANTING, SELANGOR
69. SULEHA BINTI ISNIN SMK TUN MAMAT, TANGKAK, JOHOR
70. SURIYATI BINTI AHMAD SMK TUNKU ABDUL RAHMAN, KUCHING, SARAWAK
71. SUSILAYATI BINTI EHWAN SMK PUTERI WILAYAH, KUALA LUMPUR
72. SUZANAH BINTI ALWI SMK MERU, KLANG, SELANGOR
73. TAN CHAI LONG ALAM BIMBINGAN CIKGU TAN
74. THOO KIM FAH SMK CHUNG HUA, MIRI, SARAWAK
75. TUAN JAMIL BIN TUAN MUHAMMAD SMK DATO’ AHMAD MAHER, KOTA BHARU, KELANTAN
76. VOON TZE MING SMK PUJUT, MIRI, SARAWAK
77. WONG HIE LING SMK SEKSYEN 1 BANDAR KINRARA, SELANGOR
78. YII MEE HUA SMK BUKIT LIMA, SIBU, SARAWAK

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

7

79. ZAINON BINTI KHALID SMK TAMAN SERI RAMPAI, KUALA LUMPUR

80. ZALILAH BINTI MOHAMAD SMK SELAMA, KEDAH

81. ZAMZURITA @ ROSNI BINTI AB. RAHMAN SMK TAN SRI MOHAMED YAACOB, TANAH MERAH, KELANTAN

82. ZARINA BINTI HUSSAIN SMT KUANTAN, KUANTAN, PAHANG

83. ZARINA BINTI TAJOL ARUS SMK JELAPANG JAYA, IPOH, PERAK

84. ZUREE ZURAINEE BINTI ABD RAHIM SEKOLAH SERI SURIA, HULU LANGAT, SELANGOR

85. ZURIDA BINTI JAFFAR SM SRI KDU, PETALING JAYA, SELANGOR

TEMA 1 - MEREALISASIKAN IMPIAN

KITALAH JUARA! (HALAMAN 2 - 3)

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.1.1 Mendengar, mengenal, menyebut dan mengenal pasti perbezaan sebutan perkataan, rangkai kata,
istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan jelas dan betul.

AKTIVITI 1 - Imbas QR code dan mendengar lagu pasukan sorak. Persembahkan mengikut kreativiti anda.

1. Imbas QR (halaman 2) dan dengar lagu pasukan sorak.

2. Kemudian sila jawab soalan-soalan di bawah ini.

a) Anda telah mendengar lagu sorak Rumah Suria, Rumah Segara,Rumah Buana dan Rumah

Purnama. Berdasarkan lagu tersebut, cari maksud peribahasa dan rangkai kata berikut:

i. Pantang kalah : Tidak mahu menyerah ii. Putih tulang jangan putih mata : Lebih

baik mati daripada menanggung malu iii. Usaha tangga jaya: Seseorang itu perlu

berusaha dengan gigih untuk menempa kejayaan

iv. Bangkit semula: Bangun kembali

v. Onak dan duri: Cabaran dan dugaan

vi. Bak kesateria gagah berani: Seperti pahlawan yang perkasa vii. Bisa berlari di lautan

berapi: Dapat mengharungi bahaya viii. Bagai aur dengan tebing: Saling bekerjasama

ix. Jikalau takut dilambung ombak: Sekiranya takut akan risiko,jangan dekati bahaya x.

Diam seribu bahasa: Tidak mengeluarkan sepatah perkataan pun xi. Bunga bangsa :

Orang yang berjasa kepada negara

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

8

AKTIVITI 2 - Kemukakan pendapat anda tentang pasukan sorak.
Pasukan sorak atau cheerleading merupakan satu aktiviti fizikal dalam satu kumpulan yang melibatkan
sorakan sambil melakukan gerakan agresif seperti lompatan, lambungan, tarian dan sebagainya. Kita
biasanya akan melihat pasukan sorak ini menghiasi kejohanan sukan bagi memberikan laungan semangat
kepada para atlet yang bertanding. Jadi secara tidak langsung peranan pasukan sorak tidak boleh dipandang
sepi. Pada pendapat saya,kepentingan pasukan sorak ialah :

a) memberikan semangat kepada atlet yang mewakili pasukan yang bertanding.
b) meningkatkan semangat berpasukan dalam kalangan penyokong.
c) mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan penyokong.

AKTIVITI 3 - Cipta sorakan untuk rumah sukan anda dan persembahkannya.
Lirik lagu sorakan rumah sukan (ikut kreativiti)

Tajuk : Saga Sang Wira (menggunakan muzik lagu Keluang Man)
Saga .…
Memang kamilah perwira
Menjadi sang juara
Dalam aneka acara
Dengan kelajuan
Langkah pergerakannya
Menewaskan lawan
Yang memberi cabaran Saga
sang juara...

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

9

MENAWAN SAMUDERA (HALAMAN 4 - 5)

KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.1.1 Membaca teks syarahan dan pidato dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai
serta kepantasan yang wajar.

AKTIVITI 1 - Baca syarahan dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta
kepantasan yang wajar. (Rujuk petikan Kepentingan Sukan Air - ms 4 - 5).

Uji dengan soalan pemahaman berdasarkan petikan syarahan Kepentingan Sukan Air.
1. Berdasarkan bahan karangan syarahan Kepentingan Sukan Air, berikan maksud “jangka hayat
perenang” ( perenggan ke-3, baris 21).
Maksud jangka hayat perenang ialah tempoh masa penyelam.

2. Merujuk bahan karangan, apakah kepentingan Sukan Air?
- kekal sihat
- memiliki berat badan yang ideal - memupuk nilai-nilai murni.

3. Kebanyakan sukan air memerlukan stamina, kecergasan fizikal, dan kecerdasan mental sekali selain
kemahiran khusus tentang sukan tersebut.
Pada pendapat anda, apakah aspek yang perlu dititikberatkan apabila melibatkan diri dalam sukan
air?
- kemahiran menggunakan peralatan sukan air - peserta perlu mematuhi arahan yang diberikan.
- aspek keselamatan.

4. Pada suatu hari, anda terbaca satu iklan tentang penyertaan sukan air di peringkat sekolah. Sebagai
seorang individu yang berjiwa sukan, bagaimanakah anda dapat menarik minat rakan-rakan dalam
menyahut seruan untuk meningkatkan mutu sukan di sekolah?
- sebagai seorang rakan, saya akan mendedahkan kepentingan sukan air kepada rakanrakan.
- saya juga akan sentiasa memberi dorongan dan kata-kata semangat kepada rakan untuk
mencuba sukan air ini.
- saya akan menghulurkan bantuan tunjuk ajar jika diperlukan oleh rakan-rakan dalam latihan
sukan air ini.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

10

- saya akan bersikap positif / bersifat terbuka menyokong rakan saya jika terlibat dengan sebarang
aktiviti di sekolah.

ASPEK TATABAHASA
SP: 5.1.1 - Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata tunggal dan kata majmuk dengan betul mengikut
konteks.

AKTIVITI 2 - Kenal pasti bentuk kata tunggal dan kata majmuk. Kemudian menggunakan mengikut konteks.
(Rujuk ms 233 untuk senarai kata tunggal dan kata majmuk)

(TATABAHASA DEWAN – halaman 61-68 Kata Tunggal, halaman 73-75 Kata Majmuk)

1. Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami
proses penggandaan dan perangkaian tergolong ke dalam jenis kata tunggal.

2. Dua jenis kata tunggal
(i) kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata
(ii) kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau lebih

3. Terdapat kata tunggal yang tidak pernah menerima apa-apa imbuhan seperti itu, ini, situ , sana namun
kebanyakan kata tunggal dalam bahasa Melayu mempunyai potensi untuk diperluas dan menjadi bentuk
terbitan.

KATA MAJMUK
1. Proses pemajmukan ialah proses merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil

membawa makna tertentu.

2. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu bentuknya tidak boleh menerima
sebarang penyisipan unsur lain.

3. Kata majmuk dipisahkan kepada tiga kelompok:
(i) Kata majmuk yang terdiri daripada rangkaian kata bebas
• gambar rajah, alat tulis, bandar raya, tengah hari, kapal terbang, terima kasih, merah muda
• termasuk gelaran – Perdana Menteri, Naib Canselor, Raja Muda, Setiausaha Politik

(ii) Kata majmuk yang berbentuk istilah khusus
• hak milik, pita suara, darah panas, kemas kini, cari gali, reka bentuk, garis pusat, lut sinar

(iii) Kata majmuk yang mendukung maksud kiasan iaitu simpulan bahasa
• kaki ayam, anak emas, berat tangan, duit kopi, makan angin, pilih kasih, buta hati

KATA MAJMUK YANG TELAH MANTAP

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

11

Terdapat sebilangan kecil kata majmuk yang penggunaannnya sudah mantapbdan dianggap satu perkataan

yang utuh walaupun bentuk kata tersebut mengandungi dua kata dasar. Perkataan itu dieja satu perkataan.

1. antarabangsa (Apek) 9. pesuruhjaya (perempuan)

2. beritahu (bawa) 10. sukarela (suka)

3. bumiputera (bakul) 11. suruhanjaya (senyum)

4. jawatankuasa (jalan) 12. setiausaha (senyum)

5. kakitangan (kiri) 13. tanggungjawab (tak)

6. kerjasama (kanan) 14. tandatangan (tentu)

7. matahari (macam) 15. warganegara (waktu)

8. olahraga (orang)

CONTOH AYAT KATA TUNGGAL

1. Bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan mampu meringankan beban para peniaga kecil yang

terkesan akibat pandemik COVID-19.

2. Ramai penonton bersorak dan memberikan tepukan gemuruh kepada para peserta acara lari dalam

guni yang semakin hampir ke garisan penamat.

3. Pergerakan badan dengan cara mendaki, memanjat dan menurun bukit merupakan aktiviti terbaik

bagi meningkatkan stamina badan serta merehatkan minda.

4. Seluruh rakyat Malaysia hendaklah mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan ini agar negara akan

segera bebas daripada ancaman virus berbahaya ini.

CONTOH AYAT KATA MAJMUK
1. Pemilik resort itu menawarkan selam skuba sebagai aktiviti utama dalam tempoh percutian kepada

setiap pelancong.
2. Pelanggan dinasihati menempah lebih awal kerana aktiviti luncur udara bergantung kepada cuaca

semasa.
3. Ayah membina luncur air sepanjang satu kilometer di tanah peninggalan arwah nenek.
4. Sukan luncur jet menuntut pengguna untuk mengenakan jaket keselamatan.

AKTIVITI 3 - Terokai maklumat lanjut tentang kepentingan sukan air kepada negara dan persembahkannya
dalam bentuk syarahan.

PENGENALAN SUKAN AIR
Sebagaimana yang diketahui umum bahawa 75% kawasan dunia diliputi air. Pada zaman dahulu,

penempatan manusia terletak di pinggir laut atau sungai. Hal ini disebabkan manusia memerlukan air untuk
kegunaan harian dan bercucuk tanam. Kemudian, sungai dan laut dijadikan jalan perhubungan yang dikenali
sebagai jalan air.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

12

Di negara kita, keadaan yang sama berlaku. Bandar-bandar yang awal kebanyakannya terbina di
pinggir laut atau di muara-muara sungai. Semua masyarakat di dunia menggunakan jalan air. Sejak zaman
dahulu kala lagi jalan air telah menjadi jalan utama. Pengangkutan air merupakan pengangkutan kedua
terpenting selepas pengangkutan darat. Nenek moyang kita telah menggunakan jalan air ini untuk
berhubung antara satu sama lain dengan menggunakan alat pengangkutan purba. Jalan air yang paling
popular digunakan pada zaman dahulu ialah sungai.
Sungai-sungai ini berperanan menghubungkan kawasan hulu dan hilir.

Orang Melayu pada zaman dahulu menggunakan rakit, perahu dan sampan. Mereka akan
berdagang ke kawasan-kawasan lain menggunakan sampan dan rakit. Mereka menghilir ke muara-muara
sungai yang besar. Orang Melayu zaman dahulu akan menjual barangan mereka kepada pedagang-
pedagang di muara-muara sungai tersebut. Antara alat pengangkutan air yang dicipta oleh orang zaman
dahulu ialah rakit. Rakit masih digunakan sehingga ke hari ini di daerahdaerah pedalaman. Seterusnya
pengangkutan yang lebih sempurna daripada rakit ialah perahu.

Perahu dibuat daripada kayu cengal. Kayu cengal diperoleh di kawasan hutan hujan tropika. Di negara ini
terdapat perahu-perahu seperti Perahu Payang, Perahu Kolek, Kolek Gelibat, Kolek Kueh, Perahu Bedor,
Perahu Dogol dan Perahu Jalaror. Sejak dahulu lagi manusia mengetahui air sebagai sumber pengangkutan
yang paling mudah. Namum begitu, terdapat empat peringkat yang terpaksa dilalui sebelum penggunaan
enjin diperluaskan. Antaranya: i) Mengikut aliran sungai. ii) Menggunakan tenaga. iii) Tiupan angin. iv) Enjin.

KEPENTINGAN SUKAN AIR
Dalam tempoh RMKe-9, pembangunan sukan diberikan perhatian. Pembangunan sukan akan menekankan
kepada penambahbaikan institusi dan organisasi untuk meningkatkan profesionalisme dan menggalakkan
pencapaian yang lebih baik dalam sukan. Selain sukan di darat dan sukan bermotor, sukan air harus
dititikberatkan.

A. Memperkukuh jentera sukan negara dan keupayaan institusi persatuan sukan air untuk menggalakkan
pencapaian yang lebih baik dalam sukan air.
➢ Sektor swasta digalakkan untuk melengkapi usaha kerajaan dalam menyediakan kemudahan sukan dan

rekreasi di kawasan yang akan dibangunkan untuk tujuan kediaman, komersil dan perindustrian. Satu
rancangan jangka panjang mengenai penyediaan dan pengurusan kemudahan sukan dan rekreasi oleh
sektor awam dan swasta akan digubal. Di samping itu, perkongsian dengan sektor swasta akan

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

13

dipergiat bagi membantu usaha mengenal pasti bakat muda serta menyedia peluang yang lebih kepada
generasi muda menyertai aktiviti sukan air.

B. Membangunkan budaya kesukanan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui pelaksanaan pelbagai
program sukan air.
➢ Pelbagai program sukan dan aktiviti rekreasi berkaitan sukan air akan dianjurkan untuk terus

meningkatkan penyertaan masyarakat dalam sukan. Sebagai sebahagian usaha untuk menggalakkan
penyertaan yang lebih ramai dalam aktiviti sukan, beberapa kemudahan sukan sedia ada di peringkat
negeri dan daerah akan dinaik taraf.

C. Senjata baharu pelancongan
➢ Kebelakangan ini, kebanyakan belia menggilai sukan air yang lasak seperti meluncur air. Pelibatan

mereka dalam pertandingan sukan air antarabangsa dapat menarik perhatian negara luar. Nama
negara kita akan harum sekiranya wakil sukan air negara kita memperoleh johan. Secara tidak
langsung, nama dan tempat menarik negara kita akan menjadi terkenal dan sektor pelancongan
dibangunkan.

D. Menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat melalui sukan dan rekreasi.
➢ Program baharu yang berasaskan kekuatan dan ketahanan yang boleh menarik penyertaan lebih ramai

dalam kalangan belia akan diperkenal. Bagi mempromosi manfaat mengekalkan gaya hidup sihat dan
aktif dalam kalangan orang ramai, lebih banyak program kesedaran seperti kempen, program
pendidikan kecergasan dan kalistenik di tempat kerja dan taman awam akan diteruskan. Program gaya
hidup aktif akan diteruskan bagi membolehkan belia terutamanya di peringkat akar umbi menyertai
acara sukan. Di bawah program ini, semua aktiviti sukan termasuk sukan bermotor, sukan air dan
sukan udara akan digalakkan dengan sokongan sektor korporat melalui penajaan mereka. Program dan
aktiviti ini akan menyumbang kepada pertumbuhan industri sukan.

Sumber: http://sukanairhs20.blogspot.com/2012/04/dsasdh.html

1. Murid diminta menyediakan teks syarahan berdasarkan maklumat yang diberikan.
2. Murid mempersembahkan syarahan dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta

kepantasan yang wajar.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

14

JUTAWAN SUKAN (HALAMAN 6 - 7)

KEMAHIRAN MENULIS
SP: 3.1.1 Menulis untuk membina ayat dengan membezakan makna kata, istilah, maksud rangkai kata, dan
ungkapan dengan betul mengikut konteks.

AKTIVITI 1 - Analisis maklumat dalam bahan dan kenal pasti kata, istilah, rangkai kata, dan ungkapan

dengan betulnya mengikut konteks.

Bil Kata / Istilah / Rangkai kata Maksud

1 e-sukan sukan elektronik

2 atlet orang yang giat dalam lapangan sukan, ahli sukan

3 permainan video permainan interaktif bagi komputer atau mesin permainan
berkomputer yang memerlukan kemahiran, kecekapan
bertindak dan strategi bermain. Pemain biasanya bermain
dengan menggunakan peranti pemilih seperti kayu bidik, bola
jejak atau butang untuk mengawal objek paparan grafik.

4 peraturan pertandingan segala yang telah ditentukan dan mesti diturut dalam
perlumbaan atau persaingan untuk mencapai kejayaan.

5 semangat kesukanan kemahuan untuk melakukan sesuatu dalam hal-hal yang
berkaitan dengan sukan.

6 misi utama tugas khusus yang merupakan tanggungjawab yag penting sekali
bagi seseorang atau sesuatu kumpulan

7 peminat orang berminat terhadap sesuatu, penggemar
8 pendapatan yang lumayan
9 mengharumkan nama negara hasil pencarian yang agak banyak

menyebabkan mendapat nama baik bagi kumpulan masyarakat
yang mendiami sesuatu kawasan

10 kriteria ukuran untuk menentukan nilai sesuatu sama ada baik atau
buruk / ciri

AKTIVITI 2 - Bina ayat bagi membezakan makna kata, istilah, rangkai kata dan ungkapan dengan betulnya
mengikut konteks yang berbeza.

1. Kementerian Belia dan Sukan telah mengiktiraf e-sukan sebagai satu sukan yang kompetitif di peringkat
global.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

15

2. Atlet sukan itu telah memenangi anugerah Olahragawan Terbaik pada tahun 2020.
3. Permainan video banyak disertai oleh para remaja untuk memenuhi masa lapang mereka.
4. Peserta telah diberikan taklimat mengenai peraturan pertandingan satu jam sebelum pertandingan

dimulakan.

5. Semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh para penyokong Johor melalui lagu Ale-Ale Malaysia
membuatkan suasana stadium itu meriah.

6. Misi utama saya adalah untuk mendapatkan kecemerlangan dalam bidang akademik bagi mencapai masa
depan yang cerah.

7. Peminat Neelofa sangat teruja apabila artis kegemaran mereka itu berkahwin dengan PU Riz.
8. Dalam suasana ekonomi yang sangat mencabar ini, kita perlu lebih berusaha dengan gigih bagi meraih

pendapatan yang lumayan.

9. Amalina Che Bakri telah mengharumkan nama negara kerana telah bergelar doktor pakar bedah pada
usia yang sangat muda.

10. Antara kriteria yang perlu dipatuhi untuk memohon jawatan dalam bidang ketenteraan ialah
mempunyai kecergasan fizikal yang baik.

AKTIVITI 3 - Terokai maklumat lanjut tentang e-sukan dan tulis laporan.

LAPORAN MENGENAI BIDANG e-SUKAN di MALAYSIA
Bidang e-Sukan merupakan salah satu arena yang mendapat sambutan yang hangat dan meningkat
dalam tempoh yang pendek sahaja. Melihat potensi dalam bidang e-Sukan yang dapat menawarkan
pertandingan kompetitif bertaraf antarabangsa yang mampu memberikan manfaat kepada belia dan
negara, Malaysia dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan membantu dalam pembangunan e-Sukan
di Malaysia. Permainan ini semakin digemari oleh para remaja dan anak muda apatah lagi bidang ini mampu
menghasilkan pendapatan yang lumayan.
Menurut menteri KBS, Pelan Strategik Pembangunan e-sukan telah mendapat suntikan dana
daripada kerajaan sebanyak RM20 Juta melalui Bajet 2020 yang berlangsung tidak lama dahulu. Beliau juga
berharap dana ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin untuk tujuan pembangunan e-Sukan di

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

16

tanah air. Objektif utama KBS adalah melahirkan atlet dalam kalangan belia yang profesional dan kompetitif
di setiap peringkat dan bercadang untuk menganjurkan sistem liga bagi e-sukan. Dengan usaha tersebut,
mereka yakin dapat mencari atlet yang berdaya saing untuk membentuk pasukan baharu bagi mewakili
Malaysia di pentas antarabangsa.

Hala tuju e-sukan nampaknya boleh berkembang dengan baik dengan pelibatan kerajaan dalam
pelan strategik lima tahun dari 2020-2025. Bidang e-Sukan tidak lagi asing di Malaysia kerana pada tahun
lepas, Malaysia diiktiraf dalam industri ini kerana berjaya menganjurkan pertandingan di peringkat global
seperti Kuala Lumpur Major Dota 2, Mobile Legends World Championship 2019 dan World Esports Games
(WESG). Sukan SEA 2019 dan Sukan Asia 2022 buat kali pertama akan mempertandingan acara e-sukan
untuk pingat. Justeru, rakyat Malaysia tidak sabar untuk melihat prestasi atlet e-sukan tempatan untuk
mengharumkan nama negara di peringkat dunia kelak.

Dalam permainan e-Sukan, para pemain selalunya akan dibayar apabila bermain permainan video
tersebut. Seterusnya, permainan DOTA ialah salah satu contoh permainan sukan elektronik yang paling
popular dan telah mencungkil ramai bakat dalam sukan ini. Dengan kemunculan versi terbaru, DOTA 2
merancakkan arena e-Sukan bukan sahaja di Malaysia malah di serata dunia terutama negara-negara yang
menyambut baik sukan elektronik seperti Amerika Syarikat dan China.

Sukan elektronik sebenarnya telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia dari hari ke hari serta
sokongan dari pelbagai pihak swasta dan kerajaan. Justeru, satu badan yang memantau sukan elektronik
telah melancarkan e-Sport Malaysia atau ESM yang didaftarkan atas sokongan FELDA sendiri serta ASUS
Malaysia selaku jenama peralatan yang disyorkan pada Disember 2014 dengan objektif untuk menaik taraf
sukan e-Sukan di Malaysia.

Oleh itu, visi menjadikan Malaysia sebagai sebuah hub sukan bertaraf dunia, ESM telah didaftarkan
oleh Suruhanjaya Sukan Malaysia. Tujuan utama ESM ditubuhkan adalah untuk memastikan sukan e-Sukan
terus bertapak di Malaysia dengan dasar membentuk standard eSukan, melatih dan mendidik pemain,
membantu meningkatkan taraf permainan, mendapatkan pengiktirafan antarabangsa dan menjaga
kebajikan ahli.

Melalui pengiktirafan ini, orang ramai akan lebih yakin untuk menceburi sukan elektronik tanpa
risau akan masa depan kerjaya mereka dalam arena tersebut. Selain itu, sebuah sekolah di Norway telah
menawarkan kursus e-Sukan kepada para pelajarnya, membuktikan sukan elektronik merupakan sebuah
bidang yang berdaya saing dari sudut positif.

Negara Malaysia perlu mencari jalan agar dapat memanfaatkan e-sukan demi meningkatkan mutu
pendidikan negara. Terdapat lapan universiti di Malaysia yang menawarkan dan mempunyai kelab e-Sukan,

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

17

antaranya ialah Uitm Shah Alam dan Universiti Putra Malaysia. Kesemua kelab e-sukan di institut pengajian
tinggi ini mempunyai hubungan rasmi dengan persatuan Sukan Elektronik Malaysia, ESM.

Sukan elektronik atau e-sport adalah seperti pisau, kalau disalah guna menjadi tidak baik, tetapi
kalau digunakan secara berhemah akan menjadi satu alatan untuk menambah ilmu. Oleh itu, kita perlu
bijak untuk menilai dan harus memandang sisi positif lebih daripada sisi negatif dalam bidang e-sukan ini.
Seperti sedia maklum, sukan elektronik merupakan salah satu industri yang besar dengan pelbagai syarikat
menyokongnya, di samping ramai pemain antarabangsa menjadikan e-sukan sebagai kerjaya serius.

Akhir sekali, aspek-aspek penilaian bagi pemain sukan tradisional dan e-sport tidak banyak
perbezaannya. Aspek yang dinilai persamaannya adalah seperti kemahiran berkomunikasi berkumpulan,
perancangan strategi dan juga taktik permainan. Seharusnya kita tidak perlu raguragu akan sukan elektronik
yang seakan tidak mendatangkan faedah langsung kepada industri lain selain e-sukan itu sendiri. Hal ini
disebabkan aplikasi yang terdapat di dalam sukan elektronik sebenarnya dapat diguna pakai dalam bidang
lain seperti ketenteraan, penjelajahan kawasan baharu bahkan dalam sukan tradisional. Malah, e-sukan
baik bagi pembangunan ilmu pengetahuan, teknologi dan kemahiran golongan belia.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh,
____ALI_____
ALI BIN ABDULLAH,
Pelajar 4 Azam,
SMK Paduka Tuan, Segamat, Johor.

Sumber rujukan:
https://bijaktech.com/2019/11/objektif-kementerian-belia-dan-sukan-melahirkan-atlet-e-sukan/
https://ms.wikipedia.org/wiki/Sukan_elektronik
https://himpunanceritalawak.com/2017/09/18/apa-sebenarnya-maksud-e-sukan/

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

18

LAUTAN API KURENANGI (HALAMAN 8 - 9)

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.1.2 Mendengar, memahami dan menuturkan ayat dalam pelbagai ujaran dengan betul.

AKTIVITI 1 - Dengar, fahami, dan tuturkan bahan dalam pelbagai ujaran dengan betulnya.

1. Nyatakan definisi berenang.

Definisi berenang ialah pergerakan di dalam air dari satu titik poin ke titik poin yang lain dengan
menggunakan pelbagai gaya untuk bergerak termasuk terapung di belakang badan sambil menguiskan
tangan.

2. Berikut ialah empat aspek keselamatan di air, kecuali :
A. Papan tanda yang tiada
B. Keadaan cuaca
C. Keadaan arus yang deras
D. Warna air yang keruh

3. Berikut merupakan aspek keselamatan yang perlu diambil kira setelah tiba di badan air, kecuali :
A. Jangan terjun dahulu
B. Lakukan pemerhatian dahulu
C. Jangan berenang bersendirian
D. Kenal pasti kedalaman air

4. Berikan lima perkara penting yang perlu diketahui sebelum belajar berenang.
- Belajar cara-cara untuk masuk ke dalam air
- Mengambil perhatian tentang aspek keselamatan di air
- Bernafas dengan betul di dalam air
- Mengetahui tatacara berjalan di dalam air
- Belajar cara mengapungkan diri

5. Bagaimanakah cara bernafas yang betul di dalam air?
Kaedah bernafas yang betul di dalam air ialah semasa berada di permukaan air, tarik nafas dalam-dalam
melalui mulut dan tahan. Manakala semasa di dalam air, lepaskan nafas yang ada di rongga dada melalui
hidung atau mulut sedikit demi sedikit. Jangan tarik nafas melalui hidung seperti di darat.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

19

6. Mengapakah kita perlu berjalan menyenget seperti ketam apabila di dalam air?
Kita perlu berjalan menyenget seperti ketam untuk mengurangkan rintangan.

AKTIVITI 2 - Terokai maklumat lanjut dengan panduan asas berenang dan laporkan secara lisan.

1. Pakaian asas. Bagi yang baru hendak belajar berenang, seeloknya dapatkan pakaian yang
bersesuaian. Ada pakaian renang yang dijual di kedai-kedai sukan untuk digunakan. Memakai pakaian sesuai
memudahkan kita untuk melakukan aktiviti renang. Selain itu dapatkan goggles untuk berenang bagi
memudahkan pemandangan kita di dalam air.

2. Lokasi sesuai. Jika ingin belajar berenang anda perlu dapatkan lokasi yang selamat. Seeloknya
berenang di kolam renang yang memang khas untuk latihan. Ikut juga paras ketinggian anda. Jika anda rendah,
masuk ke kolam yang rendah. Jangan terus pergi ke kolam yang dalam. Pasti sukar untuk anda dan mungkin
boleh tenggelam. Sekarang ni, terdapat banyak kawasan kolam untuk orang awam dan anda perlu membayar
beberapa ringgit sahaja untuk masuk ke kolam tersebut.

3. Dapatkan latihan pakar. Bagi yang langsung tidak tahu berenang seeloknya dapatkan latihan oleh
pakar. Mereka ada mengenakan sedikit bayaran. Jangan malu walaupun anda telah berumur dan yang lainnya
ialah kanak-kanak. Hendak belajar kena buang perasan malu itu jauh-jauh. Dari segi bayaran, bergantung
kepada tenaga pengajar itu. Anda boleh merujuk laman web atau mereka yang pernah mengambil kelas
renang tersebut.

4. Belajar buat bubble. Ini perkara asas yang perlu dilakukan sebelum melakukan renangan bagi orang
baharu. Anda kena belajar bernafas di dalam air. Kebiasaannya, ramai yang bernafas menggunakan mulut
tetapi jangan pula membuka mulut. Sebelum masuk ke dalam air, pastikan anda telah mengambil oksigen
dengan cukup. Menyelam dan keluarkan bubble secara sekata selama tiga kali. Untuk kali keempat, lepaskan
bubble yang banyak dan cuba lepaskan badan anda. Jika berjaya, anda akan terasa seperti terapung. Kenapa?
Hal ini kerana dengan bubble tersebut membantu anda untuk terapung di air.

5. Melonggarkan tangan dan kaki. Ini perkara asas untuk kita terapung di air. Jika tubuh badan
berada dalam keadaan yang keras, sukar untuk terapung dan kita akan tenggelam. Untuk terapung ini, kita
perlu relaks dengan secukupnya. Jangan takut akan air dan kawal bubble tersebut. Sambil itu boleh kayuh
kaki dengan lembut dan lurus. Insya-Allah, dengan latihan yang kerap, ia boleh dilaksanakan.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

20

6. Mengambil nafas. Selepas terapung anda juga perlu mengambil nafas ketika berenang. Hai ini bagi
memastikan anda dapat mengawal stamina dan dapat melakukan renangan yang jauh. Ada juga orang yang
boleh berenang tetapi tidak mampu terapung, namun sukar bagi mereka untuk berenang dalam jarak yang
jauh.

7. Kayuhan kaki dan tangan. Anda perlu mengawal kayuhan kaki dan tangan agar sekata. Kalau
sebelah lebih, laluan anda akan terpesong dari haluannya.
8. Pastikan anda sihat ketika berada di dalam air. Elakkan masuk ke dalam air ketika dalam
keadaan tidak sihat kerana boleh mengganggu pernafasan anda.

9. Jangan berenang dalam keadaan cuaca yang teruk. Kalau hujan dan guruh, teruslah keluar
walaupun anda baru beberapa saat berada di dalam kolam. Nyawa lebih penting daripada berenang.

10. Elakkan makan terlalu banyak sebelum berenang. Seperti juga aktiviti yang lain, makan yang
banyak tidak elok ketika beriadah.

Okay, itu serba sedikit mengenai perkara asas dalam renang yang perlu anda tahu.

Video di bawah menunjukkan cara untuk melaksanakan aktiviti 2.
https://www.youtube.com/watch?v=WaBliJL-DDY

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

21

TANGAN YANG MENGGONCANG DUNIA (HALAMAN 10 - 11)
KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.1.2 Membaca skrip drama dengan intonasi yang betul dan nada yang sesuai.

AKTIVITI 1 - Baca skrip drama dengan intonasi yang betul dan nada yang sesuai. (Rujuk teks skrip drama
Bukan Halangan ms 10 - 11).

ASPEK SENI BAHASA
SP: 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi prosa moden dan prosa tradisional dengan menyatakan respons
peribadi yang sesuai terhadap karya.

AKTIVITI 2 - Kemukakan pandangan peribadi anda yang bersesuaian dengan persoalan yang terdapat dalam

drama tersebut.

: Baca petikan drama Bukan Halangan, kemudian jawab soalan-soalan di bawah ini.
1.

i) Berikan maksud rangkai kata separuh jalan. [2 markah]

- setengah laluan ii) Mengapakah Dahlia menolak untuk menyertai pertandingan tenis
peringkat [3 markah]

kebangsaan?

- peperiksaan sudah dekat

- tidak mahu ketinggalan dalam pelajaran

- takut gagal dalam pelajaran

iii) Apakah yang menghairankan mama (Puan Ros) ? [3 markah]
- Lia berubah 360 darjah

- Lia pernah mengatakan bahawa banyak atlet wanita berjaya dalam sukan dan pelajaran

- Lia juga mengatakan di mana ada kemahuan di situ ada jalan

iv) Andaikan anda rakan baik kepada Dahlia, bagaimanakah anda dapat membantunya dalam
mengatasi masalah tersebut? [4 markah]
- memberikan semangat dan sokongan supaya dia meneruskan cita-citanya
- berjanji untuk belajar bersama-sama dan akan membuat salinan nota subjek yang dia
tertinggal/ menubuhkan kumpulan belajar.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

22

- memujinya dengan mengatakan selama ini dia dapat menyeimbangkan antara akademik
dengan kokurikulum supaya dia tidak risau

Latihan Tambahan
i) Berikan maksud peribahasa di bawah ini:
a) Cekur jerangau ada lagi di ubun-ubun.
- belum ada pengalaman/ belum ada pengalaman sudah hendak melawan
orang yang lebih tua
b) Di mana ada kemahuan di situ ada jalan
- jika ada keinginan sudah pasti ada cara penyelesaiannya AKTIVITI 3 -

Sambung skrip drama ini dan persembahkannya mengikut kreativiti anda.

Cadangan Aktiviti:
1. Guru membahagikan murid kepada dua kumpulan.
2. Setiap kumpulan menyambung skrip drama mengikut kreativiti masing-masing.
3. Kemudian, mereka melakonkan drama berdasarkan skrip yang dicipta.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

23

BACAAN LUAS: MENYUSURI PULAU INSPIRASI (HALAMAN 12 - 13)
AKTIVITI 1 - Kenal pasti lokasi tempat yang dinyatakan dalam bahan pada peta Tasmania. (Rujuk petikan ms
12 - 13 dan tandakan lokasi tersebut pada peta di bawah).

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

24

AKTIVITI 2 - Terokai tempat-tempat menarik lain di Tasmania dan persembahkannya

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

25

menggunakan peta tersebut.

Rujukan tempat menarik di Tasmania:
https://ms.topworldtraveling.com/articles/travel-guides/15-best-places-to-visit-in-tasmania-australia.html
https://ms.tripnholidays.com/1782-tasmania-aus-tas-tas-ms

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

26

TEMA 2 – INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA

NUTRIEN UNTUK MINDA (HALAMAN 16 - 17)

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.1.1 Mendengar, mengenal, menyebut dan mengenal pasti perbezaan sebutan perkataan, rangkai kata,
istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan jelas dan betul.

AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, dengar dan kenal pasti perkataan yang berbeza sebutan. Kemudian,
ujarkan ayat yang menggunakan perkataan tersebut. (Imbas kod QR untuk mendengar bahan)

AKTIVITI 2 - Kenal pasti rangkai kata, istilah dan ungkapan yang terdapat dalam bahan dan gunakannya
dalam perbualan.

Petikan bahan yang diimbas

Aku menyemak latihan bina ayat yang dibuat oleh murid-muridku. Aku capai satu lagi buku latihan dan

terpandang nama di kulit buku…Muhammad Haikal bin Imran. Nama itu mengingatkan aku tentang

seseorang yang bernama Haikal juga. Peristiwa ini kekal dalam ingatanku.

Aku melihat Haikal sendirian di bawah pohon rendang pada waktu rehat sedangkan

rakanrakannya yang lain menikmati juadah di kantin. Rupa-rupanya, Haikal tidak membawa duit saku atau

bekalan makanan. Oleh sebab itu, setiap kali waktu rehat dia akan duduk di situ membaca buku.

Selepas peristiwa itu, aku membawakan bekal untuk Haikal. Aku hanya membantu sekadar yang

termampu. Haikal pula pada waktu itu bagai yang disebut dalam peribahasa Melayu, “orang haus diberi air,

orang lapar diberi nasi”. Bantuan itu memang diperlukannya. Sekarang Haikal telah bekerja. Dia menjadi

Pegawai Dietetik di sebuah hospital kerajaan. Pada petang semalam, sedang aku menonton televisyen di

ruang tamu sambil melipat kain pelekat, Haikal datang ke rumahku.

Haikal Kalaulah dahulu saya bena tak bena terhadap nasihat cikgu, tentu saya tidak akan berjaya

seperti sekarang.

Cikgu Haikal pun murid yang rajin dan mendengar kata. Nasihat cikgu tidak terbang di angin lalu
sahaja. Haikal tidak menganggap nasihat cikgu hanya menyemak fikiran. Eh, yang di tangan
Haikal itu apa?

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

27

Haikal Oh, ini pelekat tentang pemakanan sihat! Cikgu boleh berikan pelekat ini kepada murid-
murid. Pelekat ini boleh ditampal di mana-mana sebagai peringatan tentang pemakanan
sihat. Bukankah cikgu dahulu selalu mengingatkan saya agar menjaga pemakanan?

Cikgu Ha, ha, ha! Ya, cikgu masih ingat.
Haikal
Cikgu memang arif tentang pemakanan. Saya pula suka makan rendang daging

tetapi cikgu larang saya makan banyak-banyak. Kata cikgu, pengambilan minyak yang banyak
tidak baik untuk kesihatan.

Cikgu Semua itu untuk kebaikan Haikal juga. Bukankah Haikal gemar bernyanyi duet dengan
Farisha? Nanti rosak pula suara Haikal yang merdu itu.

Haikal Ah, ada-ada saja cikgu ini!
Cikgu
Cikgu bergurau saja. Selain rendang, minuman yang ada kafein juga cikgu minta Haikal
Haikal
kurangkan. Minuman berkarbonat pula tidak dibenarkan sama sekali.

Masakan cikgu pula tidak mengandungi perasa tiruan atau monosodium glutamat (MSG)
langsung.

Terima kasih cikgu kerana memberikan tuntun yang baik kepada saya. Jasa cikgu amat saya
hargai.

AKTIVITI 3 - Terokai perkataan-perkataan lain yang berbeza sebutan dan bina dua ayat yang menunjukkan
perbezaan makna dengan perkataan tersebut.

Bil Homograf Homofon
(Perkataan yang ejaannya sama tetapi (Perkataan yang ejaannya berbeza tetapi
sebutannya berbeza) sebutannya hampir sama)
Telur
1 Bela -benda yang mengandungi lembaga anak Contoh:
-menjaga/memelihara Alif membeli telur di kedai runcit pada petang
Contoh: Kambing itu saya bela sejak kecil lagi. semalam.

-tuntut/membalas balik Telor
Contoh: Maruah keluarga akan saya bela demi -tidak dapat mengucapkan kata-kata dengan
membersihkan nama keluarga yang tercemar.
sebutan yg betul
Contoh: Apabila mendengar telor percakapan
gadis itu, kami merasakan dia bukanlah orang
Melayu.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

28

2 Perang Gulungan

-perkelahian (pertempuran dll) dgn -lipatan berbentuk bulat torak Contoh:

menggunakan senjata antara negeri dengan Mak Timah menyimpan gulungan permaidani

negeri dll itu di dalam stor.

Contoh: Perang antara negara Amerika Syarikat Golongan
dengan Iraq sudah tamat. -kumpulan, kelompok

-merah yang kehitam-hitaman Contoh: Golongan siswazah digalakkan
(kekuningkuningan) menambah ilmu kemahiran mereka.

Contoh: Rambut budak perempuan itu berwarna
perang.

3 Reda Tempoh
- semakin beransur / berkurangan - waktu , jangka masa
Contoh: Ayah berteduh di pondok durian Contoh: Pegawai itu hampir tamat tempoh
sementara menanti hujan reda. perkhidmatannya dengan kerajaan.

- dengan rela hati / ikhlas Tempuh
Contoh: Walaupun sedih atas kehilangan
suaminya, Aminah reda dengan qada dan qadar - harungi, lalui
Ilahi.
Contoh: Segala halangan berjaya saya tempuh
sepanjang aktiviti lasak itu.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

29

BAHASA MELAYU DI PERSADA DUNIA (HALAMAN 18 - 19)

KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul daripada
pelbagai bahan primer.

AKTIVITI 1 - Baca bahan dengan telitinya. Kemudian, kenal pasti dan jelaskan maklumat yang terkandung
dalam bahan tersebut.

Komunikasi Lisan :

Bahan 1
⚫ Soal jawab dengan Profesor Dr. Kyoko Funada.

◼ 2 buah universiti di Jepun yang menawarkan jurusan Bahasa Melayu iaitu ;
◆ Setsunan University di Osaka.
◆ Tokyo University of Foreign Studies di Tokyo.

◼ 20 universiti mengajarkan bahasa melayu sebagai bahasa asing.
◼ 10 buah sekolah mempunyai mata pelajaran Bahasa Melayu.
◼ Program bahasa Melayu bermula sejak tahun 1908 di Tokyo Gaikokoku-Go Gakko.
◼ Aspek bahasa yang dipelajari termasuklah tatabahasa, membaca, mendengar dan berbicara.
◼ Aspek lain yang dipelajari berkaitan budaya, kesenian, sosial politik, ekonomi, antropologi dan

geografi Malaysia.
◼ Aktiviti bahasa yang dijalankan seperti pertunjukan sandiwara dan pidato.
◼ Pelajar suka belajar bahasa Melayu kerana; ◆ Mereka ingin tahu tentang Malaysia.
◼ Kesan apabila mempelajari bahasa Melayu;

◆ Hubungan Jepun dan Malaysia menjadi lebih akrab.
◆ Pengetahuan tentang Malaysia dapat diperdalamkan.
◆ Memudahkan mereka mendapat rakan berbangsa Melayu
◼ Profesor Dr. Kyoko berharap ;
◆ Semoga institusi yang mengajarkan bahasa Melayu di Jepun akan bertambah.
◆ Makin ramai rakyat Jepun yang mempelajari bahasa Melayu untuk mempereratkan hubungan

Malaysia dan Jepun.

Bahan 2

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

30

⚫ Rencana : Bahasa Melayu Mekar di Bumi Uzbekistan.
Penulis : Erkin Bekkulov Raimovich.
◆ Berasal dari Uzbekistan
◆ Sejarah Pendidikan - Tashkent State Institute of Oriental Studies (TSIOS).
◼ Sarjana Muda tahun 2008 - 2013 ◼ Sarjana tahun 2013 - 2015.
◆ Sejarah Perkhidmatan.
◼ 2013 - Guru Bahasa Melayu di Uzbekistan State University of World Language.
◼ 2015 - Guru Bahasa Melayu di TSIOS.
◆ Sebab berminat dalam bahasa Melayu ;
◼ Bahasa Melayu mudah dipelajari berbanding bahasa asing lain.
◼ Terdapat persamaan antara bahasa Melayu dengan bahasa Uzbek dari segi kata pinjaman
bahasa Arab dan Parsi.
◼ Bahasa Melayu belum terkenal di rantau Asia Tengah berbanding bahasa Cina, Korea dan
Jepun.
◆ Pandangan tentang bahasa Melayu.
◼ Bahasa yang menarik - penggunaan kata kerja tidak berubah mengikut masa.
◼ Pelajar beliau berminat kerana terdapat persamaan bahasa Melayu dengan bahasa Uzbek
seperti dunia, sabun dan alam.
◼ Sambutan pelajar Uzbek terhadap bahasa Melayu sangat menggalakkan dan mereka sangat
komited untuk bertutur dan menulis
◆ Harapan terhadap bahasa Melayu ;
◼ Pelajar dapat mendalami budaya, sastera dan sejarah Malaysia.
◆ Mengucapkan terima kasih kepada universiti di Malaysia kerana menghantar tenaga pengajar untuk
membantu pengajaran bahasa Melayu.

AKTIVITI 2 - Berdasarkan bahan, huraikan pandangan anda tentang pengajaran bahasa Melayu di luar
negara.
⚫ Pengajaran bahasa Melayu semakin berkembang luas di luar negara.
⚫ Ramai pelajar luar negara berminat dalam mempelajari bahasa Melayu.
⚫ Bahasa Melayu mudah dikuasai dan dipelajari oleh pelbagai bangsa di dunia.
⚫ Pelbagai aktiviti bahasa dapat dilaksanakan oleh pelajar asing seperti pentas sandiwara dan pidato.
⚫ Pengajaran bahasa Melayu di luar negara turut dibantu oleh tenaga pengajar dari Malaysia.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

31

⚫ Bahasa Melayu mampu bersaing dengan bahasa-bahasa asing di luar negara.

AKTIVITI 3 - Lakonkan aktiviti promosi untuk menggalakkan murid mempelajari bahasa asing dengan
menggunakan bahasa yang menarik.
Farrabi Salam keilmuan, Assalamualaikum sahabat-sahabatku yang dikasihi.

Hawa Salam keilmuan jua buatmu sahabat. “eotohke jineseyo” (apa khabar)

Diana Salam keilmuan buat bro Farrabi. Apa khabar?
Farrabi Alhamdulillah, Diana, Hawa. Saya sihat sejahtera.

Diana Farrabi, lama tak nampak kamu.
Farrabi Oh, ya ke! Rindu kat saya ya.
Diana Ya, memang rindu. Rindu antara sahabat dengan sahabat. Tak lebih daripada itu.
Hawa Bagaimana dengan pengajian kamu?
Farrabi Alhamdulillah, pengajian saya akan tamat dua bulan lagi. Buat masa ini saya ambil subjek
bahasa asing iaitu belajar bahasa Arab.
Diana
Farrabi Bahasa Arab? Mengapa ambil bahasa Arab?
Mengapa terkejut Diana? Bahasa Arab ini sangat mudah dipelajari. Banyak perkataan dalam
Hawa bahasa Arab terdapat dalam bahasa Melayu sebagai kata pinjaman seperti solat, fatwa,
Diana halal,doa, ibadah dan sebagainya. Hawa belajar bahasa apa?
Hawa
Saya ambil subjek bahasa Korea sebagai subjek bahasa asing.
Dah berapa lama kamu belajar bahasa Korea?
Dah tiga bulan. Seronok belajar bahasa Korea ni. Bila saya tengok cerita Korea dalam
televisyen, saya dapat faham jalan ceritanya. Saya tak perlu baca sarikata di bawahnya.

Farrabi Betul tu, saya pun dah faham maksud ayat Quran yang saya baca. Bolehlah bercakap Arab
Hawa sikit-sikit.

Ya, Farrabi. Seronok belajar bahasa asing ni. Diana, jomlah kita belajar bahasa asing.

Diana Sangat mengujakan saya. Saya nak belajar bahasa Jepunlah. Saya berhasrat Untuk
melancong ke sana. Saya kagum dengan budaya kerja dan adab orang Jepun.

Farrabi Hasrat yang baik tu Diana. Teruskan. Banyak kelas bahasa Jepun yang boleh kamu sertai.
Nanti, saya dan Hawa boleh melancong ke Jepun dengan awak.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

32

Hawa Wah! Sedikit masa lagi kita dah dapat berbual dalam tiga bahasa. Kita boleh berkongsi ilmu
untuk mendalami bahasa Arab, Korea dan Jepun.

Diana Betul tu Hawa…belajar bahasa asing ini tidak merugikan kita malah menjadikan kita lebih
bernilai dan berpengetahuan.

Farrabi Oklah, sahabat. Terima kasih sudi berdiskusi pagi ni. Kita jumpa lagi di lain masa.

Hawa Teruskan usaha mendalami bahasa asing ya.
Baiklah, Farrabi. ”mannaso bangawo” (seronok jumpa kamu).

EVOLUSI PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT (HALAMAN 20 - 21)

KEMAHIRAN MENULIS
SP: 3.2.1 Menulis untuk meramal sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan ditonton dengan memberikan
justifikasi menggunakan ayat yang gramatis.

AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, tulis ramalan tentang cara manusia menuntut ilmu pada masa hadapan
dengan memberikan justifikasi yang sesuai.

Pendidikan merupakan elemen penting dalam pembangunan satu-satu negara. Justeru, pelbagai
perubahan telah dibawa ke dalam lapangan ini bagi memastikan pendidikan dapat disampaikan seiring
dengan perubahan zaman. Antara perubahan yang diramalkan akan berlaku adalah dari segi penggunaan
buku teks fizikal yang bakal digantikan dengan buku teks digital sepenuhnya. Pada masa akan datang, murid
tidak lagi perlu membawa buku teks ke sekolah, namun mereka hanya perlu membawa sebuah tablet
sahaja yang mengandungi fail buku teks digital. Walaupun kini kita sudah memiliki buku teks digital, namun
penggunaannya terhad kerana murid tidak mempunyai gajet untuk mengaksesnya ketika di sekolah dan kita
masih lagi menggunakan buku teks fizikal sepenuhnya.

Seterusnya, dari segi bahan bantu mengajar yang digunakan dalam sesi PdPC. Pada masa dahulu
hingga sekarang, kita masih lagi bergantung pada bahan maujud yang bersifat boneka (dummy) dalam
memberikan peluang kepada murid merasai pengalaman seakan-akan sebenar. Antaranya adalah seperti
kerangka manusia, lapisan kulit manusia, buah pinggang dan banyak lagi. Namun, dengan kecanggihan
teknologi kini, bahan bantu mengajar maujud ini boleh diterjemahkan ke dalam bentuk digital dan
dipancarkan secara hologram bagi memberikan pengalaman realistik. Dengan cara ini, murid tidak lagi perlu
bergerak ke sesuatu tempat untuk merasai pengalaman sebenar. Hal ini sekali gus dapat menjimatkan masa
dan kos serta mampu mewujudkan keseronokan dalam pembelajaran.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

33

Selain itu, dengan adanya kemajuan teknologi yang serba canggih, tidak mustahil jika satu hari nanti
kita akan dapat melaksanakan pendidikan secara dalam talian sepenuhnya. Walaupun kini kita sudah mula
menggunakan pelbagai platform untuk proses pengajaran dan pembelajaran, namun masih terdapat
banyak kelompangan yang perlu dititikberatkan. Malahan, kita sebenarnya belum menggunakan teknologi
sepenuhnya atas sebab-sebab tertentu seperti akses Internet yang terbatas. Sebagai contoh, sesi
persekolahan masih lagi diteruskan secara bersemuka walaupun kini kita juga telah mengamalkan sesi
pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR). Namun begitu, sekiranya teknologi maklumat dan
komunikasi kita diperkasakan sehingga ke tahap maksimum, tidak mustahil kuliah-kuliah pada peringkat
universiti terutamanya akan dapat dilaksanakan sepenuhnya secara maya tanpa bersemuka.

AKTIVITI 2 - Sampaikan pandangan peribadi anda berdasarkan bahan.

Tuntutlah ilmu sehingga ke tembok besar China. Begitulah pepatah yang menunjukkan betapa
pentingnya menuntut ilmu dalam kehidupan kita. Tanpa ilmu, sudah pasti akan wujud kelompangan dalam
kehidupan kita. Ilmu pula boleh dituntut dengan pelbagai cara. Jika zaman dahulu, tiada pilihan lain dalam
menuntut ilmu. Seseorang yang hendak mempelajari sesuatu ilmu harus mencari guru dan kemudiannya
akan bertapa dalam tempoh masa yang lama. Seterusnya, mereka akan mengembara lagi dan berguru pula
dengan guru lain untuk mempelajari sesuatu yang baharu. Namun, konteks pembelajaran kini mula
berubah mengikut peredaran masa. Orang ramai yang hendak mempelajari sesuatu ilmu kini tidak lagi perlu
mengembara beribu-ribu batu jauhnya, tetapi cukup sekadar di hujung jari. Kemajuan teknologi maklumat
dan komunikasi telah banyak membantu kita dalam menuntut ilmu. Melalui Internet, kita boleh mencari
maklumat dari setiap pelosok negara. Malah hubungan komunikasi juga berlaku tanpa sempadan. Kini, kita
boleh berbicara secara masa sebenar (real time)melalui aplikasi panggilan video dan Googlemeets. Selain
itu, untuk menghantar dokumen pula, kita tidak memerlukan dokumen secara fizikal, cukup sekadar
menghantar secara maya melalui e-mel.

AKTIVITI 3 - Terokai maklumat lanjut berkaitan dengan persekolahan alternatif di Malaysia dan bentangkan
maklumat tersebut.

Pendidikan alternatif merangkumi pelbagai pendekatan pedagogi yang berbeza dari pedagogi arus perdana.
Rangka kerja undang-undang untuk pendidikan tersebut juga berbeza mengikut tempat. Pendekatan
pedagogi alternatif mungkin termasuk struktur yang berbeza, seperti dalam kelas terbuka dan hubungan
guru-pelajar yang berbeza. Dalam erti kata lain, persekolahan alternatif ialah sekolah yang menyediakan

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

34

pendidikan percuma yakni sekolah bersifat terbuka dan audiens ialah individu yang tidak dapat bersekolah
di sekolah kerajaan mahupun swasta atas sebab tidak memiliki dokumen pengenalan diri.

Sekolah Alternatif Semporna Sekolah Alternatif Rumah Pangi

Sekolah ini dibangunkan dengan kerjasama Dibangunkan sepenuhnya oleh gerakan

Teach For The Needs (TFTN) Malaysia di mahasiswa dari Kelab Sastera Mahasiswa

sekitar tahun 2017. Pertengahan tahun (KARMA) dan Suara Mahasiwa Universiti
2018,sekolah alternatif Semporna Malaysia Sabah. Ditubuhkan sekitar tahun 2016

dibangunkan secara serius di rumah kolektif di Rumah Pangi Kampung Shahbandar, Tuaran,

Borneo Komrad Semporna dengan masa Sabah. Sekolah alternatif ini dijalankan setiap
operasi Isnin hingga Jumaat. Objektif sekolah hujung minggu pada pukul 2 petang hingga 5

ini adalah untuk meminimakan golongan buta petang. Sasaran pelajar datang daripada
huruf di Kampung Bangau-bangau Semporna. anakanak tidak mempunyai dokumen

Di samping aspek akademik, sekolah (undocumented).

alternatif ini juga membangunkan

projekprojek kesenian dan kemahiran.

Sekolah Alternatif di Malaysia

Sekolah Alternatif Tawau

Sekolah ini dibangunkan pada awal tahun 2019 di Kampung Batu 4 Pangkalan Tawau untuk anakanak
yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri (undocumented) dengan kerjasama daripada beberapa
organisasi seperti PERKALAS, Sekolah Jalanan Tawau (Kelas IKAT) dan Team Salam.
MALAYSIA MEMBACA (HALAMAN 22 - 23)

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.1.2 Mendengar, memahami dan menuturkan ayat dalam pelbagai ujaran dengan betul.

AKTIVITI 1 - Dengar bahan dengan telitinya dan huraikan impak pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai Kota
Buku Dunia.

Antara impak pengiktirafan Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia ialah dapat meningkatkan amalan
membaca dalam kalangan rakyat. Hal ini dikatakan demikian kerana sebagai ibu negara Malaysia, tindakan
mengiktiraf Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia pasti akan mendapat tumpuan pelbagai pihak
terutamanya negeri-negeri lain. Secara tidak langsung, negeri-negeri lain juga akan mengikut jejak Kuala

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

35

Lumpur lalu mengambil berat terhadap isu membaca yang sebelum itu selalunya diabaikan. Dengan
itu,taraf kehidupan masyarakat juga dapat ditingkatkan dengan wujudnya masyarakat yang membaca.

Selain itu, pengiktirafan ini akan memupuk minat kalangan remaja untuk membaca. Hal ini
dikatakan demikian kerana Kuala Lumpur merupakan ibu negara Malaysia dan mempunyai pendidikan dan
capaian teknologi yang lebih insklusif. Hal ini dapat menggalakkan lebih banyak rakyat untuk terlibat dalam
aktiviti membaca dan juga mudah mendatangkan impak kepada negeri-negeri lain sebagai satu model
untuk menggalakkan semua rakyat dalam Malaysia membaca. Melalui program ini, kita juga dapat
mewujudkan masyarakat yang berilmu dan berpengetahuan.

Di samping itu,masyarakat di Malaysia yang tidak berupaya untuk mendapat bahan bacaan yang
lengkap, terutamanya murid di kawasan setinggan, golongan gelandangan,anak yatim,orang kurang upaya
dan orang asli akan diberi tumpuan apabila Kuala Lumpur menjadi Kota Buku Dunia. Usaha ini dapat
menjadi kenyataan dengan adanya usaha meningkatkan capaian digital di kawasan tertentu. Orang ramai
akan berupaya mendapat informasi yang penting dan mengikuti perkembangan dunia. Malahan polisi-polisi
kerajaan kita akan dapat diikuti oleh mereka. Dengan usaha ini, kita dapat melahirkan golongan
berpengetahuan tinggi di Malaysia serta menurunkan kadar buta huruf di negara kita. Dengan itu, Malaysia
dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi setanding dengan negara-negara dunia yang lain dalam
pelbagai bidang.

AKTIVITI 2 - Berbuallah dengan rakan anda tentang aktiviti-aktiviti yang diadakan semasa program Kota
Buku Dunia.

Pada hari Sabtu yang lalu,saya telah menemui rakan saya Abu di taman.Kemudian kami pun berbual-bual di
sana. Berikut merupakan perbualan kami.

Ali Apa khabar, Abu?
Abu Khabar baik.
Ali Adakah kamu pernah dengar program Kota Buku Dunia?
Abu Ya, Ali. Saya pernah dengar program ini melalui media sosial kerana Kuala Lumpur telah

dinobatkan sebagai Kota Buku Dunia pada tahun 2020 oleh UNESCO.

Ali Betul, Abu.Terdapat banyak aktiviti dan acara yang menarik diadakan bersempena dengan
program ini.

Abu Pada pendapat kamu,apakah aktiviti yang paling menarik?

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

36

Ali Pada pendapat saya,kempen membaca kepada pengguna tren paling menarik.
Abu Mengapakah kempen tersebut menarik?
Ali Hal ini dikatakan demikian kerana banyak penumpang hanya berkhayal atau melayari

Internet sahaja dalam perjalanan ke sesuatu destinasi.Jika kita menggunakan masa
tersebut dengan baik,pengetahuan kita akan bertambah.

Abu Saya amat bersetuju dengan pendapat kamu.Kempen membaca kepada pengguna tren
memang dapat mengubah cara hidup masyarakat.Saya percaya bahawa rakyat Malaysia
akan dapat manfaat dengan menjadikan amalan membaca sebagai sebahagian daripada
kehidupan pada masa depan.

Ali Memang betul kata kamu, Abu. Pada pendapat kamu, apakah aktiviti lain yang menarik?

Abu Aktiviti lain yang menarik minat saya ialah Festival Sastera Kanak-kanak.
Ali Apakah keistimewaan festival tersebut?
Abu Dalam aktiviti ini,terdapat banyak buku sastera yang akan dipamerkan. Selain itu, banyak

aktiviti sastera juga akan diadakan dan ini diharapkan dapat meningkatkan minat kanak-
kanak terhadap pembacaan bahan sastera.

Ali Adakah aktiviti lain yang menarik?
Abu Satu lagi ialah usaha meningkatan perkhidmatan dan capaian digital oleh Perpustakaan

Negara Malaysia untuk golongan OKU.

Ali Apakah kepentingan program ini?
Abu Ini merupakan satu usaha untuk membolehkan golongan kurang bernasib baik

memperoleh ilmu dan memastikan mereka tidak diabaikan.

Ali Ya, saya setuju dan menganggap usaha ini adalah murni.
Abu Masih ada satu minggu aktiviti ini akan berlangsung.Kamu boleh pergi apabila mempunyai

masa lapang.

Ali Oh begitu.Saya tentu akan pergi ke pameran buku yang diadakan. Terima kasih kerana sudi
berkongsi aktiviti-aktiviti yang diadakan semasa Program Kota Buku Dunia.

Abu Sama-sama.
AKTIVITI 3 - Cadangkan aktiviti galakan membaca yang boleh diadakan di sekolah anda.

1. Pihak sekolah boleh menganjurkan pertandingan menulis buletin mingguan untuk para pelajar dan
memberikan ganjaran kepada mereka yang menang. Dengan ini, pelajar-pelajar bukan sahaja dapat

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

37

memupuk amalan membaca dalam diri mereka malah dapat mewujudkan semangat kompetitif antara satu
sama lain.

2. Pihak sekolah juga boleh mengadakan pameran buku yang terdiri daripada pelbagai jenis bahan
bacaan kegemaran golongan muda zaman sekarang seperti komik dan novel ringkas agar dapat menarik
minat para pelajar untuk membaca. Hal ini dikatakan sangat penting kerana pelajarpelajar pada masa ini
hanya mengutamakan ilmu pengetahuan yang terdapat dalam buku teks. Pameran ini dapat mendedahkan
bahan bacaan yang pelbagai jenis kepada pelajar di samping membolehkan pelajar-pelajar untuk meluaskan
horizon pemikiran mereka .

3. Pihak sekolah juga harus menitikberatkan Program Nilam. Para pelajar yang banyak membaca dalam
program ini perlu diberi ganjaran di peringkat sekolah. Usaha ini akan memastikan Program Nilam ini akan
mendapat sambutan positif daripada para pelajar.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

38

MEMBAWA DUNIA KE BILIK DARJAH (HALAMAN 24 - 25)

KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.1.1 Membaca teks syarahan dan pidato dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai
serta kepantasan yang wajar.

AKTIVITI 1 - Baca teks pidato dengan sebutan dan intonasi yang betul, nada yang sesuai serta kepantasan
yang wajar. (Rujuk teks pidato Bilik Darjah Masa Hadapan, ms 24 - 25)

ASPEK TATABAHASA
SP: 5.1.2 Mengenal pasti dan menggunakan pelbagai kata terbitan dengan betul mengikut konteks.

AKTIVITI 2 - Kenal pasti lima kata terbitan bagi setiap kategori bentuk yang terdapat dalam petikan.
Kemudian bina ayat dengan kata terbitan tersebut.

KATA TERBITAN
1. Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan iaitu proses yang

menggandingkan imbuhan pada kata dasar.
2. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan.
3. Imbuhan terdiri morfem terikat sementara kata dasar ialah bentuk morfem bebas yang dapat menerima

imbuhan.
4. Imbuhan ialah bentuk morfem yang tidak boleh hadir bersendirian dalam ayat, harus diimbuhkan dengan

kata dasar.
5. Imbuhan dapat dibahagikan kepada empat jenis iaitu:

(i) awalan, yang hadir sebelum kata dasar
(ii) akhiran, yang hadir sesudah kata dasar
(iii) apitan, yang hadir secara mengapit kata dasar
(iv) sisipan, yang hadir di celahan kata dasar

Kata Terbitan Awalan
(i) berkesan - Langkah yang berkesan harus diambil untuk membendung masalah gejala sosial yang
semakin berleluasa dalam kalangan remaja terutamanya remaja di kawasan bandar.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

39

(ii) berkualiti - Barangan buatan Malaysia berkualiti tinggi menyebabkan barangan ini dapat bersaing
di peringkat global

(iii) menganalisis - Pakar ekonomi menganalisis data tentang kesan pendemik COVID 19 terhadap
sosioekonomi negara.

(iv) pengerusi - Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Harmoni membentangkan aktiviti yang akan
dijalankan di kawasan perumahan tersebut dalam Mesyuarat Agung Tahunan.

(v) terdidik - Insan yang terdidik dengan sahsiah yang terpuji akan dapat mengharumkan nama negara
sekiranya mereka menjadi duta kelak.

Kata Terbitan Akhiran
(i) gambaran - Kanak-kanak mangsa culik itu memberikan gambaran yang jelas wajah penculik yang
menculiknya kepada pihak polis.

(ii) hadapan - Ilmu dan kemahiran sangat penting kepada remaja pada masa hadapan kerana tanpa
kedua-duanya remaja tidak akan dapat bersaing di pasaran kerja.

(iii) ucapkan - “Terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada tuan rumah atas layanan
mesra yang diberikan sepanjang kami berada di sini,” kata wakil pelancong dari Indonesia.

(iv) pilihan - Kita seharusnya membuat pilihan jurusan yang tepat di universiti supaya kita tidak
menganggur setelah tamat pengajian.

(v) budiman - Orang yang budiman akan sentiasa disanjung tinggi oleh masyarakat kerana mereka
mencerminkan masyarakat Malaysia yang berbudi pekerti tinggi.

Kata Terbitan Apitan
(i) berfikiran - Kita mestilah sentiasa berfikiran terbuka supaya kita tidak ketinggalan dalam arus
globalisasi ini.

(ii) diharapkan - Program pertukaran pelajar ini diharapkan dapat menambahkan pengetahuan
pelajar dan mengeratkan hubungan kedua-dua buah negara.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

40

(iii) melahirkan - Masyarakat Malaysia yang membaca dapat melahirkan masyarakat yang berfikiran
terbuka dan maju seperti masyarakat di negara Jepun.

(iv) mengalami - Mangsa peperangan di Bosnia mengalami trauma yang teruk sehingga ada yang
mencuba untuk membunuh diri.

(v) pengajaran - Pengajaran berbantukan telefon bimbit sangat membantu murid kerana murid
dapat mengakses maklumat dengan mudah.

AKTIVITI 3 - Gambarkan suasana pembelajaran yang anda gemari.

SUASANA PEMBELAJARAN

Kemudahan Fizikal Guru

Dilengkapi dengan kemudahan komputer Bertindak sebagai fasilitator

Talian Internet yang laju Menggunakan pelbagai teknik pengajaran PA21

Penggunaan komputer riba dan Memberikan dorongan /motivasi kepad murid
telefon pintar

“Smart Board’” yang interaktif Mengemukakan teknik penyoalan yang mampu
merangsang minda murid

Pengajaran berpusatkan murid

Pembelajaran secara interaktif dengan murid di negeri
atau negara lain

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

41

TEMA 3 - MEMETIK BINTANG

KERJAYA DI AWAN BIRU (HALAMAN 28 - 29)

KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.2.1 Mendengar dan memberikan respons dengan mengutamakan aspek kejelasan, nada, dan
kefasihan dengan betul.

AKTIVITI 1 - Dengar dan berikan respons berdasarkan bahan dengan mengutamakan aspek kejelasan, nada,
dan kefasihan yang betul.

Aktiviti 1

Isi tempat kosong dengan jawaban yang sesuai.

Bidang penerbangan menawarkan pelbagai kerjaya. Ada pekerjaan yang memerlukan seseorang tersebut

bertugas di darat sahaja dan ada pula yang memerlukan seseorang individu tersebut untuk menjalankan

tugasnya di udara. Kerjaya di udara ialah kerjaya seperti juruterbang, pramugara dan pramugari. Untuk

memohon jawatan ini, seseorang individu tersebut haruslah memiliki sekurang-kurangnya sijil kelulusan

untuk peperiksaan SPM. Ada juga antara mereka yang menyandang jawatan ini mempunyai sijil diploma

ataupun ijazah. Kerjaya ini bukan sahaja memberikan pendapatan yang lumayan kepada seseorang individu

malahan kerjaya ini juga turut menimba pengalaman baharu membolehkan mereka untukketika

bertugas Keistimewaan inilah yang dikatakan sepertibelayar sambil
melancong ke serata dunia .

dan

membolehkan mereka

memapan, merapat sambil belayar .

Kerjaya di darat untuk bidang penerbangan pula melibatkan kerja-kerja seperti penyelenggaraan jurutera

kapal terbang dan pegawai kawalan trafik udara. Seseorang individu yang ingin menjadi jurutera

penyelenggaraan kapal terbang dalam bidang ini haruslah mengikuti beberapa yang diwajibkan oleh
kursus terpilih sesebuah syarikat penerbangan tersebut. Hal ini dikatakan

demikian kerana kerana jurutera tersebut perlu menyelenggara kapal-kapal terbang yang memerlukan

kepakaran dan pengetahuan tertentu. Tugas seorang pegawai kawalan trafik udara

pula ialah pegawai ini haruslah memastikan keselamatan trafik di ruang udara. Pegawai tersebut haruslah

sentiasa berkomunikasi dengan juruterbang yang terlibat dalam penerbangan.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

42

Aktiviti 2 - Pilih satu daripada laluan kerjaya dalam bidang industri penerbangan dan berikan respons anda.

Pilihan kerjaya (sebab-sebab memilih sesuatu kerjaya tersebut)

Juruterbang Pengawal Trafik Udara Jurutera Penyelenggaraan
Kapal Terbang
Berasa bangga kerana Berasa bangga kerana
bertanggungjawab atas bertanggungjawab atas • Berasa bangga kerana
keselamatan semua individu keselamatan semua individu bertanggungjawab atas
yang berada dalam kapal yang berada di udara keselamatan semua individu
terbang tersebut Suka akan yang berada dalam kapal
pekerjaan yang berkaitan Suka akan pekerjaan yang terbang tersebut.
dengan mesin khasnya yang memerlukan ketelitian kerana
berkaitan dengan sistem harus mahir untuk membaca • Suka cabaran kerana perlu
penerbangan Dapat menimba dan teliti dengan posisi setiap memahami setiap selokbelok
pengalaman baharu Dapat kapal terbang yang terlibat. dan fungsi sesuatu alat yang
melancong ke pelbagai terdapat dalam kapal
tempat Berpeluang untuk Suka akan pekerjaan yang terbang.
berinteraksi dengan pelbagai berdasarkan syif kerja supaya
orang daripada pelbagai tidak terikat dengan satu • Suka pekerjaan yang
tempat dan latar belakang tempoh kerja tertentu sahaja. melibatkan mesin
yang berbeza.

• Kurang berminat dalam
pekerjaan yang melibatkan
interaksi dengan manusia.

AKTIVITI 3 - Terokai maklumat kerjaya yang lain dalam bidang penerbangan.

Pramugara/Pramugari Pegawai Daftar Masuk/Ejen Marsyal Kapal Terbang
Perkhidmatan Penumpang

43

Wajib menghadiri taklimat • Memastikan perkhidmatan • Memastikan tiada sebarang

tentang jadual penerbangan yang terbaik untuk para gangguan di ruang ataupun
untuk mengetahui keadaan penumpang laluan kapal terbang.
cuaca, tempoh penerbangan,

ketinggian pesawat di udara, • Memastikan pendaftaran • Memberikan panduan kepada
persediaan makanan dan
minuman serta memahami kemasukan para penumpang juruterbang dalam proses

prosedur kecemasan sekiranya sejajar dengan prosedur dan untuk menghentikan dan

apa-apa peraturan sistem meletakkan kapal terbang di

penerbangan. tempat yang sepatutnya.

• Memastikan semua • Menerima maklumat

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

44

kecemasan berlaku Mengisi bagasi yang diterima masuk daripada pengawal trafik
dokumen yang diperlukan sejajar dengan prosedur dan udara dan menyampaikan
Memberikan salam kepada peraturan sistem maklumat tersebut kepada
para penumpang dengan penerbangan. Mampu pihak pengurusan
ramah mengawal penerbangan tentang setiap
Mengawal penumpang dan prosedur pendaftaran masuk kapal terbang yang terbang
memastikan penumpang penumpang sama ada keluar dan masuk ke dalam
berada dalam berdasarkan sistem lapangan terbang.
pesawat/penerbangan yang komputer ataupun bersifat Memastikan pihak yang
betul seiring dengan tiket/pas manual. melakukan tugas menunda
kemasukan mereka. Sentiasa bersedia untuk kapal terbang mempunyai
Membantu penumpang memberikan maklum balas peralatan yang sesuai untuk
mencari tempat duduk daripada para penumpang penundaan seiring dengan
Menyiapkan dan kepada pihak atasan jenis dan jumlah berat kapal
menghidangkan makanan dan Bersedia untuk membantu terbang yang perlu ditunda.
minuman kepada para para penumpang yang Membuat pemeriksaan
penumpang mengikut jadual terdiri daripada golongan untuk semua alat tunda
yang ditentukan. yang sudah berumur yang digunakan.
Menyediakan alat-alat yang ataupun golongan OKU.
diperlukan seperti troli Membuat laporan dengan Memastikan tanda isyarat
makanan, bantal, tuala muka, segera sekiranya berlaku yang diberikan kepada
tisu dan lain-lain. Memastikan perkara yang tidak juruterbang sejajar dengan
pintu pesawat sentiasa ditutup dijangkakan semasa piawai dan prosedur yang
dengan baik. melakukan proses ditetapkan.
Memastikan peralatan pendaftaran kemasukan Mengawal selia prosedur
kecemasan seperti alat untuk para penumpang. kapal terbang yang ingin
pemadam api, tong oksigen, Mampu menjawab soalan mendarat dan berlepas dari
pelampung dan semuanya para penumpang yang landasan.
peralatan yang lain berada berkaitan dengan Memastikan segala operasi
dalam keadaan yang penerbangan dengan yang berkaitan di
sempurna baiknya. tapak/ruang/landasan untuk
mendarat dan berlepas dalam
keadaan selamat. Perkara
yang mungkin akan
menjejaskan pendaratan atau

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

45

Memberikan arahan/taklimat Mampu membantu perlepasan kapal terbang
yang betul dan jelas kepada agenagen pelancong yang haruslah dilaporkan.
para penumpang. lain dalam hal ehwal yang
berkaitan dengan
manamana jadual
penerbangan.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

46

SAKSI SENYAP RUNGKAI MISTERI (HALAMAN 30 - 31)

KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul daripada
pelbagai bahan primer.

AKTIVITI 1 - Baca bahan dan kenal pasti maklumat. (Rujuk teks Kanta Forensik, ms 30)

a) TEKNIK BACAAN KWLH

MAKSUD KWLH

K Know Perkara yang sduah diketahui sebelum

membaca

W What Perkara yang hendak diketahui sebelum

membaca

L Learned Perkara yang dipelajari selepas membaca

H How Cara untuk mendapat maklumat tambahan

yang ingin diketahui (melalui bacaan

seterusnya)

KW L H

(Yang (Ingin (Dipelajari) (Bagaimana)

Diketahui) Diketahui)

1. Forensik 1. Cara 1. Bahagian 1. Rujuk Internet
membantu memohon D10, Jabatan 2. Buku/majalah
PDRM jawatan sebagai Siasatan
menjalankan Pakar Forensik. Jenayah (Makmal
penyiasatan kes- Forensik)
kes jenayah. 2. Jenis-
jenis bidang 2. Unit
2. Hasil forensik yang Siasatan Tempat
laporan forensik ada. Kejadian Jenayah
ini digunakan atau
untuk keperluan 3. Peluang Crime Scene
perundangan. kerjaya dalam Investigation (CSI)
bidang ini. -
3. Bukti- kelayakan 3. Unit
bukti fizikal akademik Siasatan Cap Jari
seperti kesan cap - gaji
jari. - peluang 4. Unit
kenaikan Siasatan
pangkat Audio/Video

5. Unit
Siasatan Jenayah
Komputer

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

47

7. Bukti-bukti fizikal
seperti kesan
tumpahan bahan
kimia, dan sebarang
dokumen yang
berada di tempat
kejadian

b) TEKNIK BACAAN CHATT
Maksud CHATT

C Circle Bulatkan kata kunci
H Highli Serlahkan atau garisi idea penting

ght
A Asteri Tandakan (*) pada isi sampingan/sokongan

sk(*)
T Transf Pindahkan maklumat ke dalam borang CHATT

er
T Teach Guru memberikan rumusan tentang rekod murid di dalam borang CHATT

er

KATA KUNCI IMEJ (DEFINISI) DEFINISI /KATA
/ISTILAH
- aplikasi sains kepada KUNCI
FORENSIK perundangan Forensik ialah aplikasi
sains kepada

perundangan.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

48

IDEA UTAMA IDEA SAMPINGAN

Pakar forensik mengumpulkan bahan buHkatsiil laporan forensik ini digunakan untuk keperluan

untuk dianalisis. perundangan.

Apabila sesuatu kes jenayah dilaporkan, pakar
Bukti-bukti fizikal seperti kesan cap jari, kesan

forensik dari Unit Siasatan Tempat Kejadtuiamnpahan bahan kimia, dan sebarang dokumen yang

Jenayah atau Crime Scene berada di tempat kejadian akan dinilai oleh pasukan

Investigation (CSI) mendapatkan bukti-CbSuI.kti

fizikal yang berkualiti dan relevan.

RUMUSAN GURU

____________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________

___________________________________________________________________________________

AKTIVITI 2 - Sejauh manakah kerjaya forensik dapat membantu menyelesaikan masalah jenayah?

Kerjaya forensik dapat membantu menyelesaikan masalah jenayah :
- Pakar forensik mengumpulkan bahan bukti untuk dianalisis oleh Bahagian D10, Jabatan Siasatan Jenayah

(Makmal Forensik).
- Hasil laporan forensik ini digunakan untuk keperluan perundangan.
- Pakar forensik dari Unit Siasatan Tempat Kejadian Jenayah atau Crime Scene Investigation (CSI)

mendapatkan bukti-bukti fizikal yang berkualiti dan relevan.

AKTIVITI 3 - Bagaimanakah kemajuan sains dapat membantu bidang forensik di negara kita?

Kemajuan sains dapat membantu bidang forensik di negara kita dengan cara :
- Jika kes jenayah yang melibatkan kesan cap jari, penyiasatan akan dikendalikan oleh Unit Siasatan Cap Jari.
- Unit Siasatan Audio/Video pula akan menjalankan pemeriksaan audio video seperti rakaman kamera litar

tertutup
- Unit Siasatan Jenayah Komputer menganalisis bahan-bahan bukti seperti Unit Pemprosesan Pusat atau

Central Processing Unit (CPU), telefon bimbit, kad sim, dan kad memori.
- Teknologi yang canggih dan moden.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

49

DARI TITIK KE TITIK (HALAMAN 32 - 33)

KEMAHIRAN MENULIS
SP: 3.2.1 Menulis untuk meramal sesuatu perkara yang dibaca, didengar dan ditonton dengan memberikan
justifikasi menggunakan ayat yang gramatis.

AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, tulis ramalan tentang kerjaya pada masa hadapan.
Pada pendapat anda, bagaimanakah prospek kerjaya juruanimasi pada masa hadapan?
Tulis pendapat anda dalam satu perenggan.

Contoh Jawapan:
Pada pendapat saya, prospek kerjaya juruanimasi pada masa hadapan mempunyai peluang yang cerah. Hal
ini demikian kerana teknologi digital di negara kita sudah maju dan berkembang pesat seiring dengan
kemajuan teknologi dunia. Bidang animasi menggunakan teknologi digital yang canggih dengan perisian
komputer berteknologi tinggi. Untuk menjadi seorang juruanimasi, seseorang perlu mempunyai kemahiran
teknikal dan mempunyai bakat artististik.Walau bagaimanapun, dengan kecanggihan perisian teknologi
digital karakter animasi boleh dilukis dengan sempurna walaupun juruanimasi tiada kemahiran melukis. Jadi
sesiapa sahaja boleh menjadi juruanimasi sekiranya mereka berminat walaupun tidak mempunyai
kemahiran melukis kerana mereka boleh menggunakan bantuan perisian teknologi digital yang canggih.

ASPEK SENI BAHASA
SP: 4.1.2 Memahami dan mengapresiasi puisi moden dan puisi tadisional dengan menyatakan respons
peribadi yang sesuai terhadap karya

AKTIVITI 2 - Deklamasikan sajak Sang Animator dan nyatakan maksudnya.
Maksud Sajak
Rangkap 1 - Penyajak menyatakan bahawa seorang yang terlibat dengan bidang animasi mempunyai
kemahiran berkaitan perisian teknologi moden dan terkini.

Rangkap 2 - Dengan menggunakan jari ( menekan papan kekunci) juruanimasi menghidupkan watak-watak
dan memberikan nyawa kepada setiap karakter agar nampak hidup dalam sesebuah filem atau cerita.

Rangkap 3 - Paparan cerita nampak hidup dengan menggunakan pelbagai warna dan gerakan serta suara

dan kesan bunyi yang boleh menyentuh perasaan dugabungkan dengan paparan audio dan visual serta

emosi sebagai pelenkap sesebuah cereka.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM


Click to View FlipBook Version