200
3. Menyediakan peruntukan khusus setiap bulan untuk membeli karya sastera.
4. Memberikan galakan kepada anak-anak supaya membaca karya sastera yang sesuai di samping minat
lain.
5. Menjadikan budaya membaca sebagai amalan hidup.
AKTIVITI 2 - Jalankan aktiviti berbalas pantun yang bertemakan kesusasteraan Melayu.
*Rujuk kod QR muka surat 136
Karya untuk Semua – Persembahan Berbalas Pantun tentang Sastera untuk Masyarakat
Pantun 1 - Alya Safarul:
Mudik ke muara untuk bertemu, Dagangan luak bawa ke seberang,
Juadah dihidang berlaukkan kerang; Leka berbual tidak tertahan; Sastera
tidak dipedulikan orang, Media sosial
Kalau sastera menambahkan ilmu, Mengapa jadi pilihan.
tidak dipedulikan orang?
Pantun 2 – Safarul Alya:
Hutan belantara jangan diredah, Puisi lama tidakkan lapuk,
Ketika cuaca tidak menentu; Teromba adat susunan terikat;
Karya sastera banyak faedah, Gemar membaca dapat dipupuk,
Minat membaca karya bermutu? Suburkan minat dalam masyarakat.
Pantun 3 – Alya Safarul:
Tegak buaya badannya sintal, Memakai capal tiga teruna,
Terlanggar kapal luka kakinya; Singgah sebentar hujung tepian;
Kalau hanya menjadi bantal, Buku yang tebal masih berguna,
Buku yang tebal apa gunanya? Lelap sebentar sambung bacaan.
Pantun 4 – Safarul Alya:
Duduk berkawan di pohon sena, Hamba bermadah dalam hikayat,
Dengar ceritera sebuah hikayat;
Jikalau tuan bijak laksana, Elok berperi hati terpesona;
Bagaimana sastera mendidik rakyat? Sastera nan indah mendidik rakyat, Nilai
murni tersisip makna.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
201
PENCINTA BAHASA (HALAMAN 138 - 139)
KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.4.1 Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meningkatkan
penguasaan kosa kata dalam pelbagai bidang.
AKTIVITI 1 - Baca bahan dengan telitinya dan senaraikan kosa kata baharu yang anda pelajari.
Kemudian, berikan makna perkataan tersebut dengan merujuk kamus,
Kosa kata baharu Maksud
elegi
lagu, puisi atau karya lain yang menyatakan kelebihan, rintihan
terutamanya kepada orang yang telah mati
melankolik berasa atau memperlihatkan perasaan sedih atau dukacita
plagiat
mencedok kata-kata, idea daripada orang lain dan menggunakannya
sebagai karyanya sendiri
sentimental bersifat lembut atau romantis
apresiasi penghargaan terhadap sumbangan dan jasa seseorang
stanza rangkap sajak yang terdiri daripada beberapa baris ayat
pengekodan perbuatan mengekodkan
ASPEK TATABAHASA
SP: 5.2.4 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata tugas dengan betul mengikut konteks.
AKTIVITI 2 - Kategorikan kata prafrasa yang terdapat dalam bahan. Kemudian, tulis perenggan pendek
dengan menggunakan perkataan tersebut.
Jumlah subjenis golongan ini ialah lapan, iaitu:-
1) kata bantu 2) kata penguat
3) kata penegas 4) kata nafi
5) kata pemeri 6) kata sendi nama
7) kata arah 8) kata bilangan
( Jawapan telah disediakan dalam buku teks hal. 237)
Khazanah hutan yang ada di Kuala Sepetang, Perak ialah hutan paya bakau. Hutan amat penting untuk
mengawal hakisan pantai dan menjadi habitat beberapa hidupan akuatik, Kayu bakau dari hutan ini pula
digunakan untuk menghasilkan arang. Kayu bakau kayu jenis bakau kurap dan kayu bakau minyak sesuai
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
202
benar untuk dijadikan arang. Proses untuk menghasilkan arang kayu bakau ini bukan mudah. Proses ini
memerlukan kepakaran tenaga kerja yang unik dan mencabar.
AKTIVITI 3 - Cari dan baca cerpen lain yang bertemakan bahasa dan sastera. Senaraikan kosa kata baharu
daripada cerpen tersebut pula.
“Sebenarnya, nenek moyang kamu berasal daripada keturunun manusia ketika munculnya para dewa
Yunani dulu. Dikatakan, mereka dah terkena sumpahan daripada dewa, laitu Zeus, Si Dewa Langit. Apa yang
aku tahu, kaum kamu itu mempunyai rasa iri hati yang tinggi. Hinggakan pada suatu ketika, seorang wanita
benama Leto sangat ghairahkan air. Entah kenapa leluhur kamu Sanggup kocakan air kolam menggunakan
kaki kerana tak mahu memberikan wanita itu minum.” Tak yang tersenyum sinis dar! tadi, tiba-tiba memek
mukanya kelihatan berubah. Dia terus memfokuskan bait-bait yang terpancul daripada mulut Tuan
Presiden. “Kamu tahu siapakah perempuan yang bernama Leto itu?” tanya Tuan Presiden kepada Tak yang
masth mengunci mulut lebarnya. …
(baca sambungannya dalam Cerpen Katak yang Terpenjara … Tunas Cipta , Bil 04 2021)
** Murid boleh membaca sebarang cerpen yang bertemakan baahasa dan sastera untuk aktiviti 3.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
203
TEMA 11 - EKONOMI DINAMIK, NEGARA BERWIBAWA
BELANJAWAN DINAMIK (HALAMAN 146 - 147)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.6.1 Menyampaikan maklumat yang betul dan tepat dalam bentuk pembentangan serta perbahasan
dengan jelas dan intonasi yang sesuai secara bertatasusila.
AKTIVITI 1 - Teliti maklumat yang terdapat dalam bahan.
AKTIVITI 2 - Bahaskan maklumat tersebut dengan jelasnya menggunakan intonasi yang sesuai dan
bertatasusila.
1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan untuk membahaskan maklumat di atas dengan intonasi yang
sesuai dan bertatasusila.
2. Murid boleh menonton sedutan video perbahasan belanjawan sektor pendidikan melalui You
Tube pada pautan https://www.youtube.com/watch?v=vVJ6CAu80sk
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
204
RM50.4 bilion diperuntukkan dalam Belanjawan 2021 untuk sektor pendidikan
Kementerian Pendidikan (KPM) menerima peruntukan berjumlah RM50.4 bilion atau 15.6% daripada
keseluruhan perbelanjaan kerajaan dalam Belanjawan 2021 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan
Tengku Zafrul Aziz. Perkembangan ini menyaksikan KPM menjadi kementerian kedua yang dianugerahkan
peruntukan “gergasi” selepas sektor kesihatan awam untuk memerangi penularan jangkitan Covid-19.
Zafrul dalam ucapannya menegaskan keputusan itu dibuat memandangkan bidang pendidikan ialah satu
pelaburan paling penting demi memastikan kualiti kehidupan yang lebih baik untuk generasi akan datang.
Bagaimanapun, KPM mengalami pengurangan peruntukan sebanyak RM13.7 bilion berbanding
RM64.1 bilion yang diperuntukkan pada tahun sebelumnya. Ketika membentangkan belanjawan tersebut,
Zafrul menegaskan kerajaan akan memastikan murid daripada keluarga berpendapatan rendah mendapat
kandungan khasiat harian yang mencukupi. Atas sebab itu, pada tahun depan kerajaan akan menambah
baik Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dengan penyediaan bekalan susu percuma pada setiap hari
persekolahan berbanding dua kali seminggu. Katanya, pengumuman tersebut menelan peruntukan
sebanyak RM420 juta dan sebahagian perolehan akan dikhaskan kepada syarikat pengeluar susu tempatan.
Katanya, kerajaan akan menambah peruntukan sebanyak RM725 juta bagi menaik taraf bangunan
dan infrastruktur 50 buah sekolah-sekolah daif. Manakala bagi sekolah di Sabah dan Sarawak, kerajaan akan
melaksanakan 184 projek pembinaan dan pemasangan bekalan air telaga tiub baru dengan kos keseluruhan
projek berjumlah RM120 juta. Sementara itu, kerajaan juga memperuntukan sebanyak RM800 juta untuk
kerja-kerja penyelenggaraan dan tambah baik sekolah kerajaan serta sekolah bantuan kerajaan. Katanya,
peruntukan itu juga termasuklah membina dewan terbuka dan struktur berbumbung bagi memastikan
tempat berhimpun murid yang lebih selamat.
Selain itu, katanya Putrajaya juga mengambil berat kebajikan para murid berkeperluan khas. Atas
sebab itu, sebanyak RM45 juta disediakan untuk memperkasa sektor pendidikan khas di sekolah-sekolah
kerajaan. Dalam pada itu, Zafrul mengumumkan peruntukan bagi sektor pengajian tinggi sebanyak RM14.4
bilion kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Ini termasuk RM50 juta yang disediakan untuk
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
205
menjalankan projek baik pulih infrastruktur dan peralatan usang di universiti-universiti awam. “Bagi
memastikan saling hubungan Internet di institut pengajian tinggi, RM50 juta untuk menaik taraf talian akses
Malaysian Research & Education Network atau MYREN kepada 500Mbps hingga 10Gbps,” katanya. Selain
itu, katanya, bagi memastikan mahasiswa yang mendapat pinjaman PTPTN boleh mengikuti pembelajaran
secara dalam talian, kerajaan akan bekerjasama dengan Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk menyediakan
RM100 juta pembiayaan Skim BSN MyRinggit-i COMSIS iaitu skim pinjaman komputer riba.
Sumber: https://www.malaysianow.com/berita/2020/11/06/rm50-4-bilion-diperuntukkan-dalambelanjawan-2021-
untuk-sektor-pendidikan/
AKTIVITI 3 - Rancangkan agihan peruntukan yang wajar diberikan dalam sesuatu sektor.
Kemudian, bincangkan.
Cadangan Jawapan :
Jumlah : RM 60 bilion
Aspek Peruntukan (RM)
10 bilion
1. Dana bantuan persekolahan 10 bilion
10 bilion
2.Pendidikan teknikal dan latihan vokasional 10 bilion
3. Biasiswa dan pinjaman pendidikan
4. Pemerkasaan aktiviti penyelidikan di institusi
pendidikan tinggi
5. Naik taraf infrastruktur sekolah 20 bilion
Rasional
Idea Perbincangan : Soalan
Bil
1. Mengapakah aspek naik taraf - Sekolah selesa dan selamat
infrastruktur sekolah menerima merupakan hasrat Kementerian
peruntukan tertinggi? Pendidikan Malaysia untuk
meningkatkan kemenjadian murid.
- Infrastruktur fizikal akan dapat
membantu proses pembelajaran
murid di sekolah.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
206
- Infrastruktur interaktif seperti alat
projektor, ‘smart board’ dan
rangkaian jalur lebar seperti ‘unifi’
amat diperlukan untuk membantu
guru dalam penerapan amalan
terbaik.
2. Mengapakah aktiviti penyelidikan di - Persekitaran pembelajaran yang
institusi pengajian tinggi perlu diberikan kondusif dapat diwujudkan.
peruntukan sebanyak RM10 bilion?
- Murid diberikan peluang untuk
membina ilmu pengetahuan sendiri
dengan meneroka pelbagai alat bantu
belajar.
- Penyelidikan perlu diberi penekanan
kerana usaha ini membantu kita
mengenal pasti pelbagai masalah
yang terdapat
dalam dunia pendidikan
- Pelbagai cara penyelesaian secara
ilmiah dapat dikumpulkan melalui
penyeldikan.
- Membantu meningkatkan
pembelajaran murid dan
pendekatan pengajaran guru
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
207
MENDUNG BERALIH JUA (HALAMAN 148 - 149)
KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.3.4 Membaca dan mendapatkan penyelesaian masalah secara rasional.
AKTIVITI 1 - Baca dan kenal pasti masalah yang terdapat dalam bahan.
Bahan 1: Dialog Usahawan Muda
Guru meminta murid-murid dalam kumpulan yang dibentuk untuk menyambung dialog tersebut.
Contoh: Sambungan Dialog Usahawan Muda…
Syifa : Terima kasih, Anas.
Anas : Apa masalah koperasi sekolah awak, bolehlah awak kongsi dengan saya? Mana tahu saya
boleh bantu awak.
Syifa : Ramai rakan saya yang tidak suka membeli barang-barang di koperasi. Mereka kata
barang-barangnya mahal dan tidak bermutu.
Anas : Oh, saya ada cadangan. Sebelum itu, bolehkah awak senaraikan aktiviti koperasi
sekolah awak?
(Syifa menyenaraikan aktiviti-aktiviti koperasi sekolahnya dan menyerahkannya kepada Anas)
Anas : Sebenarnya, aktiviti-aktiviti ini kurang menarik dan sebab itu rakan-rakan anda tidak berminat
berbelanja di koperasi.
Bahan 2 - Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Beluru, Kuala Kangsar, Perak
1. Masalah kepakaran tentang penternakan lebah kelulut.
2. Sumber makanan lebah kelulut.
3. Risiko ketika memungut madu lebah kelulut.
Bahan 3 - Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor
1. Pemilihan dan penyediaan tapak kios.
2. Prosedur pelaksanaan projek
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
208
3. Pengetahuan tentang pengendalian kios.
4. Waktu operasi kios.
AKTIVITI 2 - Berikan justifikasi penyelesaian masalah yang terdapat dalam bahan.
1. Aktiviti seterusnya, murid bersama guru berbincang tentang cadangan langkah-langkah penyelesaian
masalah tersebut.
Bil Masalah Cadangan langkah-langkah penyelesaian
1 Masalah kepakaran tentang Menghubungi Jabatan Pertanian untuk mendapatkan
penternakan lebah kelulut. khidmat nasihat dan bimbingan.
2 Sumber makanan lebah kelulut. Mendapatkan dana daripada Jabatan Pertanian, PIBG dan
orang perseorangan.
3 Risiko ketika memungut madu Mengamalkan langkah keselamatan dengan memakai
lebah kelulut. sarung tangan dan pakaian yang sesuai.
4 Pemilihan dan penyediaan Menentukan tapak yang strategik dan sesuai dengan
tapak kios. lokasi sekolah.
5 Prosedur pelaksanaan projek Menyediakan kertas kerja.
6 Pengetahuan tentang pengendalian Menyertai kursus pengendalian koperasi
kios. secara dalam talian.
7 Waktu operasi kios. Menyediakan jadual bertugas koperasi
yang terancang.
AKTIVITI 3 - Kenal pasti masalah yang dihadapi oleh koperasi sekolah anda dan cadangkan langkah
penyelesaian.
1. Murid-murid diminta mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi oleh koperasi sekolah dan
memberikan cadangan langkah penyelesaiannya.
2. Aktiviti sumbang saran (Lisan) dijalankan, murid-murid diminta memberikan pendapat secara spontan
berkenaan dengan masalah-masalah yang dihadapi koperasi sekolah.
Masalah Langkah Penyelesaian
Harga barang mahal Kempen ‘free gift’ jika berbelanja jumlah
tertentu.
Baucar pembelian di koperasi
sebagai hadiah pertandingan /
majlis anugerah murid.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
209
Barang tidak bermutu (tidak memenuhi Mencadangkan kepada pihak koperasi
selera remaja) barang-barang terkini yang sesuai dan
bermutu.
TUNAIKAN TANGGUNGJAWABMU (HALAMAN 150 - 151)
KEMAHIRAN MENULIS
SP: 3.4.5 Menulis untuk menghasilkan karangan dengan wacana yang lengkap, bahasa yang gramatis dan
ungkapan yang menarik.
AKTIVITI 1 - Teliti maklumat yang dipaparkan. Hasilkan karangan dengan wacana yang lengkap.
Cadangan jawapan (karangan jenis pendapat)
Manfaat cukai kepada negara. Huraikan pendapat anda.
Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah negara memperoleh
hasil atau pendapatan. Hasil daripada cukai ini digunakan oleh kerajaan untuk mentadbir dan mengurus
sesebuah negara dan juga bagi digunakan untuk perbelanjaan pembangunan. Cukai yang dikutip
dibelanjakan oleh kerajaan bagi tujuan keselamatan negara dan rakyat, pembangunan fizikal dan
infrastruktur seperti jalan raya, hospital, sekolah serta pembangunan ekonomi dan sosial seperti
perkhidmatan kesihatan, pendidikan, kebajikan rakyat dan banyak lagi. Oleh itu kita perlu faham yang hasil
cukai yang diperoleh kerajaan melalui kutipan terhadap rakyat, kemudiannya akan dapat dimanfaatkan dan
dinikmati kembali oleh kita sebagai rakyat.
Cukai ialah suatu yang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan kita, pentadbiran negara dan
ekonomi. Malah, jika kita melihat isu cukai ini dengan lebih mendalam, kita akan dapat melihat bahawa
orang yang mendapat manfaat daripada cukai yang dikutip kerajaan ialah diri kita sendiri. Secara
ringkasnya, cukai ialah kunci kepada pentadbiran negara yang berkesan. Namun, sebelum kita boleh
menerima cukai dengan hati yang terbuka, seseorang itu perlulah faham bagaimana dan kenapa cukai
digunapakai di sesebuah negara. Antara tanggungjawab kerajaan yang memerlukan pendapatan dari cukai
ialah untuk membina sekolah sebagai tempat untuk mendidik kanak-kanak.
Cuba kita bayangkan di manakah kita sekarang, jika kerajaan mengabaikan tanggungjawab ini?
Selain itu, kerajaan juga memperuntukkan dana untuk menyediakan infrastruktur asas seperti membina
jalan yang menghubungkan kampung, pekan dan bandar dengan kawasan sekitarnya, dan membolehkan
aktiviti perdagangan berlaku antara kawasankawasan tersebut. Dalam pada itu manfaat cukai adalah
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
210
daripada anda untuk anda. Hal ini demikian kerana cukai menjadi dana kerajaan untuk menampung
keselamatan rakyat dan negara. Kerajaan juga bertanggungjawab untuk membina ekonomi negara dengan
membina kemudahan awam seperti pasar untuk memberi ruang kepada rakyat untuk berniaga dan
menjalankan kegiatan ekonomi mereka.
Walau bagaimanapun, pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan untuk meringankan beban
rakyatnya untuk membayar cukai. Pelbagai cara yang digunakan seperti taksiran sendiri borang D antaranya
pelepasan cukai individu dan saudara tanggungan, rawatan untuk ibu bapa,
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
211
kesihatan diri dan keluarga, individu kurang upaya, yuran pengajian, gaya hidup seperti buku, komputer,
sukan dan Internet. Selain itu, Tabung Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-I) , pendidikan untuk
anak-anak, insurans nyawa dan insurans pendapatan. Kesemua pelepasan cukai individu ini membolehkan
rakyat merebut peluang pelepasan cukai yang telah ditetapkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri
(LHDN).
Antara kesalahan berkenaan cukai yang biasa berlaku adalah seperti memberikan maklumat yang
kurang tepat tentang tanggungan cukai sendiri/orang lain. Berikut merupakan akta cukai pendapatan yang
wajib dipatuhi oleh rakyat Malaysia.
Mengikut Seksyen 114(1A) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Tiada terjemahan rasmi), adalah satu kesalahan bagi
seseorang untuk menasihati orang lain mengenai cukai JIKA ia mengakibatkan cukai mereka “underdeclared” Jika
disabitkan kesalahan, anda akan didenda RM200-RM20,000 atau hukuman penjara hingga 3 tahun, atau kedua-
duanya sekali.
Seksyen 114 (1A) Akta Cukai Pendapatan 1967 (sebahagian; tiada terjemahan rasmi)
Mana-mana pihak yang menolong, menasihati apa apa yang berkenaan berkaitan penyediaan penyata,
dimana hasil cukai penyata kurang, melainkan jika dia dapat menyakinkan mahkamah bahawa bantuan
atau nasihat itu diberikan dengan berhati-hati, akan didapati bersalah…
Selain itu, tidak mengembalikan borang pernyata cukai pendapatan juga ialah kesalahan berkenaan
cukai yang biasa berlaku, tidak melaporkan pendapatan sebenar, sengaja mengelakkan cukai /membantu
orang lain mengelakkan cukai dan tidak menyimpan dokumendokumen yang relevan dengan cukai
pendapatan.
Kesimpulannya, membayar cukai sudah tentu memberikan banyak kebaikan kepada pembayar
cukai itu sendiri. Pembayar cukai akan mendapat ketenangan jiwa kesan daripada berkongsi rezeki dengan
orang lain. Membayar cukai tidak akan dianggap sebagai beban sekiranya anda benar-benar memahami
konsepnya. Bagaimana perasaan anda apabila dapat berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan?
Sebahagian besar daripada kita akan berasa gembira dan puas apabila melihat orang lain gembira
menerima hadiah dan sumbangan kita. Perasaan inilah yang sama dirasai apabila kita membayar cukai.
Cukai yang dibayar akan digunakan oleh kerajaan untuk kepentingan semua rakyat Malaysia.
ASPEK SENI BAHASA
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
212
SP: 4.3.2 Menghasilkan seloka menggunakan idea yang kreatif serta bahasa yang indah dan bertatasusila.
AKTIVITI 2 - Hasilkan seloka menggunakan idea yang kreatif serta bahasa yang indah.
Seloka tentang cukai
Cukai hasil tiba setiap tahun,
Wajib dibayar individu tertentu, Jiwa
merdeka cinta nan bangsa, Aman
makmur negara jaya.
Pura-pura lupa perkara biasa,
Tidak istyhar pendapatan sendiri, Masih
ada tidak membayar cukai, Walaupun
caranya mudah sahaja.
Cukai menjadi dana kerajaan,
Daripada rakyat untuk rakyat,
Cukai dirancang jiwa akan tenang, Rezeki
berkat hidup selamat.
Membayar cukai sangatlah mudah,
Tiada alasan tidak tepati, Bayaran
dibuat pelbagai saluran, Dihujung
jari pemudah cara.
Hak rakyat tidak dilupa,
Rawatan ibu bapa tidak dikira,
Individu saudara tanggungan, Insuran
nyawa insuran pendidikan, Itulah
menjadi pelepasan individu.
AKTIVITI 3 - Reka risalah tentang cukai yang menarik dan kreatif untuk diedarkan kepada rakanrakan anda.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
213
YAKIN, PASTI BOLEH! (HALAMAN 152 - 153)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.5.3 Bersoal jawab dalam situasi untuk meningkatkan kebolehpasaran diri dalam bidang pendidikan
dan kerjaya dengan yakin.
AKTIVITI 1 - Kenal pasti maklumat yang terdapat dalam bahan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
214
AUTOMOTIF
Kursus yang melibatkan kerja-kerja latihan menyelenggara, merombak rawat dan membaik pulih kenderaan
yang melibatkan beberapa sistem seperti sistem enjin, sistem autoelektrik, sistem penghantaran, sistem
brek, sistem penyaman udara kereta, sistem gantungan dan sistem stering.
BIOTEKNOLOGI
Kursus yang memberikan pendedahan kepada teknologi berasaskan biologi untuk peningkatan kualiti dan
daya tahan hasil bagi industri agrikultur. Kerja dan amalan yang bersandarkan teknik di makmal yang
dibangunkan dalam penyelidikan biologi seperti penggabungan asid deoksiribonukleik (DNA) atau proses
berasaskan pengkulturan tisu.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
215
SENI BINA LANDSKAP
Murid akan didedahkan kepada kaedah dan teknik penanaman landskap, pemilihan tumbuhan yang sesuai
serta cara-cara untuk menyelenggara tanaman tersebut. Di samping itu, murid akan mempelajari cara-cara
menggunakan peralatan yang sesuai dan cara-cara untuk membuat lakaran.
ELEKTRONIK
Kursus yang memberikan penekanan dalam aspek mentafsir dan mengenal pasti simbol, komponen dan
lukisan skematik, memahami, menguji dan mengira litar, prinsip kejuruteraan elektronik, pemasangan dan
penyelenggaraan sistem audio dan video, digital, elektronik kuasa, sistem kawalan, sistem komunikasi dan
industri robotik.
SENI REKA FESYEN
Kursus ini menyediakan murid kepada aspek klasifikasi, jenis dan alatan jahitan serta fabrik dan tekstil,
memberikan pendedahan tentang aliran bagi pakaian yang berkualiti serta bersesuaian dengan tema dan
kegunaan pasaran tempatan dan antarabangsa mengikut fesyen terkini.
BAKERI DAN PASTRI
Kursus ini menawarkan murid program-program yang berkaitan dengan penghasilan dan penyediaan roti,
kek dan manisan, Coklat, pastri, pencuci mulut, donut, pau, piza, membuat dan menghasilkan resipi baharu
serta pengurusan kos dan perniagaan dalam bidang ini.
PEMPROSESAN MAKANAN
Kursus akan dijalankan secara hands-on (amali) untuk memastikan murid benar-benar mahir dari segi
teknikal pengeluaran produk yang bermutu, komersil dan menepati standard GMP (Amalan Pengilangan
Yang Baik). Di samping itu, murid akan didedahkan dengan kaedah menjalankan perniagaan yang
profesional terutama dalam aspek keusahawanan, pengurusan kewangan, pengurusan pemasaran dan
penyediaan Rancangan Perniagaan.
AGROINDUSTRI TANAMAN
Kursus ini menyediakan murid kepada penyediaan, penanaman dan penjagaan tanaman, mengawal
kerosakan tanaman, penyelenggaraan infrastruktur ladang, jentera dan fertigasi (kaedah pemberian baja
melalui sistem pengairan titis) serta aktiviti lain yang berkaitan dengan industri tanaman dan juga
merangkumi aspek penuaian hasil dan pemasaran.
ELEKTRIK
Kursus yang menyediakan murid kepada sistem kuasa, arus terus (direct current @ DC) dan arus ulang alik
(alternating current @ AC), penyelenggaraan, pemasangan dan menguji elektrik domestik dan industri,
kawalan motor, penyelenggaraan kejuruteraan, melukis dan mentafsir serta memahami akta elektrikal dan
peraturan pemasangan yang ditetapkan.
KOSMETOLOGI
Kursus ini mendedahkan murid kepada penjagaan dan rawatan wajah dan anggota badan, penggayaan
rambut, seni mekap/solekan, refleksologi serta amalan kesihatan dan kebersihan, pengurusan dan
pengoperasian salon/kedai gunting rambut.
SISTEM KOMPUTER
Kursus ini menyediakan murid kepada aspek asas perniagaan, penyelenggaraan, pengoperasian dan
konfigurasi sistem komputer serta rangkaian dan penyimpanan data di samping pengurusan dan integrasi
sistem maklumat.
PEMASARAN
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
216
Kursus ini memberikan penekanan kepada murid dalam mengenal pasti kaedah, strategi kajian, promosi
dan pengurusan untuk mengetengahkan produk kepada pasaran bagi meningkatkan hasil jualan syarikat.
PENGURUSAN PERNIAGAAN
Kursus yang dirangka khas untuk menyediakan murid kepada bidang pemasaran, perakaunan, operasi,
komunikasi, keselamatan pekerja, keusahawanan dan etika serta protokol perniagaan.
PELANCONGAN
Kursus ini menyediakan murid untuk menghadapi industri pelancongan ini dari aspek pengurusan acara,
pengoperasian agensi pelancongan, peningkatan dan penguasaan dalam bahasa asing serta kemahiran
dalam pemasaran dan jualan.
PEMBINAAN
Kursus ini memperkenalkan murid kepada asas pembinaan sesuatu. Murid akan didedahkan kepada bahan-
bahan binaan, cara-cara asas pembinaan, asas lukisan pelan, keselamatan industri, asas kejuruteraan
elektrik dan elektronik serta pengurusan industri.
PERAKAUNAN
Kursus ini menawarkan murid untuk memahami pengurusan kewangan syarikat seperti penyediaan buku
kira-kira, akaun peruncitan, untung dan rugi, imbangan duga serta membuat analisis tentang prestasi
syarikat
KIMPALAN
Kursus yang menyediakan murid kepada kimpalan mengikut aras Piawaian British (BS) atau mengikut
Piawaian Persatuan Kimpalan Amerika (AWS), proses dan teknik, pengelasan bahan logam dan teknik,
tatacara serta teknik pemotongan mekanikal dan haba, lukisan kejuruteraan, fabrikasi, pemasangan kimpal
paku dan kimpal arka logam berperisai. Murid juga akan didedahkan kepada automasi komputer.
KULINARI
Kursus ini mendedahkan murid kepada operasi dan penyelenggaraan dapur, penyediaan makanan dan
restoran, penyediaan pencuci mulut, masakan Timur dan Barat, kuih tempatan, roti, pastri dan manisan,
seni makanan, penyediaan makanan halal dan pengurusan makanan.
PENDIDIKAN KANAK-KANAK
Kursus ini memberikan pendedahan kepada murid dalam aspek perkhidmatan penyediaan pusat penjagaan
kanak-kanak dari peringkat bayi sehingga peringkat sekolah rendah. Pengurusan pembelajaran,
perkembangan tumbesaran, penyediaan makanan, keselamatan tempat tinggal dan pengurusan aset
kewangan serta operasi.
PEMESINAN INDUSTRI
Kursus ini menawarkan pendedahan kepada amalan bengkel pemesinan industri, lukisan teknikal dan
geometri, reka bentuk pembuatan terbantu komputer, mengenal pasti jenis, senarai alatan dan
pengoperasian mesin industri.
HORTIKULTUR
Dalam kursus ini, murid akan didedahkan kepada pengetahuan berkaitan dengan penjagaan dan
penanaman buah, tumbuhan hiasan dan sayuran. Murid juga akan menjaga tumbuhan dan menjualnya jika
tanaman tersebut telah mencapai tahap kematangan yang sesuai.
INSURANS
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
217
Kursus ini menawarkan cara untuk mengenal pasti jenis, prinsip, fungsi, tatacara, ‘underwriting’, proses,
perundangan dan pengurusan sistem insurans dan etika serta salah laku dalam perniagaan insurans.
REKA BENTUK DAN GRAFIK
Kursus ini akan mendedahkan murid kepada aplikasi dan perisian Desktop Publishing, grafik, pengiklanan,
pencetakan, label, konsep pembungkusan yang sesuai untuk media cetak.
AKTIVITI 2 - Hasilkan simulasi temu duga antara majikan dengan pencari pekerjaan, iaitu bekas pelajar kolej
vokasional.
Encik Amir Sila duduk, Cik ialah Selina Martha ya?
(Majikan) Ya, Tuan, saya bernama Selina Martha. Saya berumur 25 tahun pada tahun ini. Saya
berminat untuk memohon jawatan pembantu cef di hotel yang terkemuka ini.
Selina (Pencari
pekerjaan/
bekas pelajar
kolej
vokasional)
Encik Amir Boleh ceritakan serba sedikit tentang latar belakang dan juga latar pendidikan Cik Selina?
Selina Saya merupakan anak tunggal dalam keluarga saya Tuan. Saya merupakan bekas pelajar
Kolej Vokasional Kuching ataupun lebih dikenali sebagai Sekolah Teknik Batu Lintang.
Pengkhususan saya adalah dalam bidang Seni Kulinari. Bahkan di peringkat diploma pun
saya mengambil bidang yang sama iaitu bidang seni kulinari
Encik Amir Apakah yang telah Cik Selina pelajari dalam bidang ini?
Selina Kursus ini telah mendedahkan saya kepada operasi dan penyelenggaraan dapur,
penyediaan makanan dan restoran, penyediaan pencuci mulut, masakan Timur dan
Encik Amir Barat, kuih tempatan, roti, pastri dan manisan, seni makanan, penyediaan makanan halal
dan pengurusan makanan.
Mengapakah Cik Selina meminati bidang ini?
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
218
Selina Saya meminati bidang ini kerana beberapa sebab Tuan. Pertama, kerana saya suka
makan. Saya tahu mungkin ini akan kedengaran agak janggal tetapi saya percaya sikap ini
serba sedikit akan menyumbang ke arah sifat kita untuk mempelajari cara masakan yang
baharu lantaran sikap suka makan dan mencuba pelbagai makanan. Selain itu, saya suka
mencipta resipi, memasak dan mencuba makanan yang baharu. Bagi saya, ini amat
mencabar kerana kita perlu bersifat positif apabila mencuba sesuatu yang baharu
bahkan kita juga perlu tabah apabila mencipta resipi yang baharu kerana bukan semua
resipi atau masakan akan menjadi seperti yang kita inginkan.
Encik Amir Mengapakah Cik Selina ingin memohon jawatan ini?
Selina
Saya ingin memohon jawatan ini kerana saya percaya saya mampu menjadi seorang cef
yang berjaya. Kemahiran yang saya miliki iaitu keupayaan untuk mencipta sesuatu resipi
atau masakan yang baharu sama ada masakan jenis Barat ataupun Timur pasti akan
menarik minat para pelanggan atau klien hotel ini memandangkan hotel ini ialah sebuah
hotel bertaraf antarabangsa dan menerima pelbagai tetamu dari seantero dunia. Bukan
setakat itu sahaja, saya juga
merupakan seorang yang teliti dan saya yakin sifat tersebut akan menyumbang ke arah
cara saya memasak dan ketelitian saya untuk menghasilkan masakan yang bukan sahaja
sedap bahkan juga kelihatan cantik dan menarik dipandang mata.
Encik Amir Kalau berdasarkan sijil yang dilampirkan ini, banyak juga ya pencapaian Cik Selina semasa
Selina berada di bangku sekolah.
Ya Tuan. Saya telah program mencipta resipi beberapa kali semasa di bangku sekolah.
Selain itu, saya juga pernah terlibat dalam pertandingan memasak yang dianjurkan oleh
stesen televisyen tempatan. Pada masa tersebut walaupun saya hanya mampu
merangkul gelaran naib johan, saya tetap berasa gembira dan bersyukur kerana
pertandingan tersebut disertai hampir 1000 orang peserta dari seluruh negeri Sarawak.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
219
Encik Amir Betul, satu pencapaian yang amat membanggakan sebenarnya. Ok, Cik Selina..dari sudut
pencapaian akademik dan juga pencapaian dalam bidang kulinari ini, saya rasa
sememangnya kebolehan dan ciri-ciri yang ada pada Cik tersebut memang amat
diperlukan oleh hotel ini. Namun segala proses temu duga dan pengambilan harus
melibatkan keputusan dan persetujuan daripada semua pihak atasan dalam hotel ini.
Terima kasih Cik Selina kerana sudi menghadiri temu duga pada hari ini dan saya pasti
kita akan berhubung lagi.
Selina Terima kasih ya Tuan kerana sudi memberikan peluang temu duga ini kepada saya.
Encik Amir Terima kasih kembali.
AKTIVITI 3 - Jelaskan bagaimana kemahiran insaniah dapat meningkatkan kebolehpasaran diri anda dalam
bidang kemahiran yang anda pilih.
(Sumber: https://ppki.usim.edu.my/7-kemahiran-insaniah-ki/.)
Kemahiran Insaniah Mesti (KIM)
➢ Kemahiran yang wajib dimiliki oleh setiap murid. Jika kemahiran ini tidak wujud, murid dianggap sebagai
tidak kompeten dalam elemen berkaitan.
Kemahiran Insaniah (KI) [Nilai tambah]
➢ Dianggap sebagai kemahiran yang memberikan nilai tambah kepada murid. Jika kemahiran ini dimiliki
oleh murid di samping KIM, beliau dianggap sebagai kompeten cemerlang.
ELEMEN KEMAHIRAN INSANIAH
Kemahiran Komunikasi
Kemahiran Keterangan Bidang
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
220
Kebolehan menyampaikan idea dengan terang,
KIM berkesan dan dengan penuh keyakinan, secara lisan dan 1 - 21
bertulis.
Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang
KIM aktif dan memberikan maklum balas. 1 - 21
Kebolehan untuk membuat pembentangan secara jelas
KIM dengan penuh keyakinan dan bersesuaian dengan 1 - 21
tahap pendengar
Kebolehan untuk menggunakan teknologi 2, 4, 9, 10, 12
dalam pembentangan
Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan. 5, 13, 14, 15, 20, 23
Kebolehan berkomunikasi dengan peserta komunikasi 5, 9, 11, 13, 14, 15, 20, 23
yang berlainan budaya.
Kebolehan mengembangkan kemahiran 1 - 21
komunikasi secara perseorangan.
Kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan. Semua kecuali 15, 20
dan 23
Pemikiran Kritis & Kemahiran Menyelesaikan Masalah
Kemahiran Keterangan Bidang
KIM Kebolehan mengenal pasti dan menganalisis masalah
dalam situasi kompleks dan kabur, serta membuat 1 - 21
KIM penilaian yang berjustifikasi
KIM Kebolehan untuk mengembangkan dan membaiki 1 - 21
kemahiran berfikir seperti menjelaskan, menganalisis 1 - 21
dan menilai perbincangan 1 - 21
Kebolehan untuk mencari idea dan mencari
penyelesaian alternatif.
Kebolehan untuk berfikir melangkaui batas
Kebolehan untuk membuat keputusan yang 1 - 21
berdasarkan bukti yang kukuh 5, 9, 13, 15, 20, 23
Kebolehan untuk bertahan serta memberikan perhatian
sepenuhnya terhadap tanggungjawab yang diberikan
Kebolehan memahami dan menyesuaikan diri kepada 1 – 21
budaya komuniti dan persekitaran kerja yang baru
Kemahiran Kemahiran Kerja Berpasukan Bidang
Keterangan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
221
Kebolehan untuk membina hubungan yang baik,
KIM berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara 1 – 21
efektif bersama mereka untuk mencapai objektif yang
sama
KIM Kebolehan untuk memahami dan mengambil 1 – 21
peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan dan ahli
kumpulan
KIM Kebolehan untuk mengenal dan menghormati sikap, 1 – 21
kelakuan dan kepercayaan orang lain
Kebolehan untuk memberikan sumbangan kepada 13, 14, 23
perancangan dan menyelaraskan hasil usaha kumpulan
Bertanggungjawab terhadap keputusan kumpulan 13, 14
Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
Kemahiran Keterangan Bidang
KIM
KIM Kebolehan untuk mencari dan menguruskan maklumat 1 - 21
Kemahiran yang releven daripada pelbagai sumber
KIM
Kebolehan untuk menerima idea baru dan 1 - 21
berkeupayaan untuk pembelajaran autonomi
Kebolehan untuk mengembangkan minda ingin tahu 1 - 21
dan dahagakan ilmu
Kemahiran Keusahawanan
Keterangan Bidang
Kebolehan untuk mengenal pasti peluang
perniagaan 1 - 21
Kebolehan untuk merangka perancangan 5, 6, 7, 8, 9, 11, 13, 14, 23
perniagaan
Kebolehan untuk membina, meneroka dan merebut 1, 3, 5, 6, 9, 11, 13, 19, 22, 23
peluang perniagaan dan pekerjaan
Kebolehan untuk bekerja sendiri 5, 6, 12, 17, 19, 23
Kemahiran Moral dan Etika Profesional Bidang
KIM Keterangan 1 - 21
Kebolehan untuk memahami kesan ekonomi, alam 7, 8, 11, 16, 17, 19, 20, 23
sekitar dan sosiobudaya dalam amalan profesional
Kebolehan untuk menganalisis dan membuat keputusan
dalam penyelesaian masalah berkaitan etika
Kebolehan untuk mengamalkan sikap beretika
disamping mempunyai rasa tanggungjawab terhadap
masyarakat
Pembelajaran Berterusan dan Pengurusan Maklumat
Kemahiran Keterangan Bidang
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
222
KIM Pengetahuan tentang teori asas kepimpinan 1 - 21
KIM Kebolehan untuk memimpin projek 1 - 21
Kebolehan untuk memahami dan mengambil peranan
bersilih ganti antara ketua pasukan dan anggota 3, 5, 6, 13, 19,
pasukan
Kebolehan untuk menyelia anggota pasukan 1, 3, 5, 6, 7, 10, 12, 13, 14,
15,
16, 19, 22
❖ Pada hakikatnya, semua kemahiran adalah penting
❖ Semakin banyak kemahiran yang dimiliki, semakin tinggi nilai tambah dan
kebolehpasaran seseorang individu tersebut.
❖ Yang tertera di atas sekadar rujukan
❖ Berdasarkan maklumat yang tertera di atas, diharap murid dapat menghuraikan secara
lanjut tentang kepentingan dan kaitan antara setiap kemahiran dengan
kebolehpasaran dan bidang kerja yang dipilih oleh mereka.
SIMPAN, LABUR, DAN UNTUNG! (HALAMAN 154 - 155)
KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.4.1 Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen dan bukan
fiksyen untuk meningkatkan penguasaan kosa kata dalam pelbagai bidang.
AKTIVITI 1 - Baca dan hayati bahan. Pilih kosa kata khusus berdasarkan bidang dan jelaskan maksudnya
dengan merujuk kamus.
1. Murid dikehendaki membaca dan menghayati bahan bukan fiksyen tentang Kenali SSPN-i dan bahan
fiksyen bertajuk Terima kasih, ayah! pada muka surat 154-155.
2. Murid diminta memilih sekurang-kurangnya lima kosa kata khusus berdasarkan bidang berkaitan tajuk.
3. Murid dikehendaki mencari maksud perkataan tersebut dengan merujuk Kamus Dewan atau Kamus
Pelajar.
SENARAI KOSA KATA BIDANG SIMPANAN DAN PELABURAN
Bil Kosa Kata Khusus Maksud
1 simpanan sesuatu yg disimpan (wang, barang makanan, dll): wang ~ wang yg disimpan
2 pembiayaan perihal (perbuatan) membiayakan atau membiayai
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
223
3 deposit 1. simpanan wang di bank atau institusi yg serupa; ~ tetap simpanan
4 pendeposit wang yg tertentu lamanya (atau utk jangka masa yg ditetapkan) dgn
5 pelaburan
mendapat bayaran faedah;
6 akaun
7 minimum 2. wang yg disimpan di bank atau institusi yg serupa
8 taksiran penyimpan wang di bank
1. jumlah wang (modal dsb) yg dilaburkan dlm sesuatu usaha niaga
dsb, penanaman modal;
2. sesuatu yg dibeli dsb dgn harapan akan mendapat keuntungan yg
berlipat ganda, penanaman modal: pembelian tanah merupakan suatu
bentuk ~ yg menguntungkan
simpanan wang di bank dsb: membuka ~ di bank (mula) menyimpan wang di
bank.
(bilangan, banyak, dll) yg terkecil atau sedikit sekali
hasil daripada menaksir, anggaran, nilaian: belanja atau kerajat (cukai)
yang diluluskan oleh undang-undang negeri ialah cuma 2% drpd ~ harta
proses atau cara pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri atau pihak
berkuasa tempatan menentukan jumlah cukai yg kena dibayar oleh
individu atau pemilik rumah, sama ada sbg cukai pendapatan atau kadaran
9 dividen bahagian keuntungan yang dibayar kepada pemegang saham dalam sesuatu
syarikat; ~ bonus dividen tambahan yang berupa saham atau tunai kepada
dividen yang telah diisytiharkan sebelumnya; ~ saham dividen yang diterima
oleh pemegang saham yang berupa tambahan saham (bukan dalam bentuk
tunai)
10 kompetitif bersifat persaingan, cenderung atau suka bersaing
11 tabungan
12 takaful tempat menabungkan wang, wang yg disimpan
insurans yang didasarkan pada atau yang mengikut asas-asas dan hukum-
hukum agama Islam.
13 skim rancangan yg sistematik ttg sesuatu utk mencapai tujuan atau sasaran;
usaha atau tindakan supaya sesuatu rancangan tercapai
KOSA KATA TERIMA KASIH, AYAH
Bil Kosa Kata Khusus Maksud
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
224
1 teruja timbul minat (keinginan dsb) yg kuat terhadap sesuatu, naik semangat,
terangsang
2 terkontang-kanting
3 terkubur terbiar seorang diri tanpa haluan, bimbingan dsb
4 modal hilang, hapus, lenyap
wang atau harta benda yg dipergunakan sbg pangkal atau pokok utk
5 azimat berniaga
6 hancur berkecai sesuatu yg dianggap mempunyai sakti dan dpt melindungi pemakainya
7 aspirasi hidup drpd bahaya; tangkal
pecah menjadi kecil-kecil (berserpihan, berkecai-kecai), remuk
keinginan yg kuat (utk mencapai, mengadakan, dll sesuatu), citacita
8 bergolok bergadai berikhtiar mendapatkan wang dgn bergadai; ®gadai
9 penyembuh kekesalan
(sesuatu) yg menyembuhkan perihal (perasaan) kesal, kekecewaan,
kesebalan, kejengkelan
ASPEK TATABAHASA
SP: 5.3.1 Mengenal pasti dan menggunakan frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi nama
dengan betul mengikut konteks.
AKTIVITI 2 - Kenal pasti frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama dalam bahan.
Kemudian, tulis perenggan dengan menggunakan semua frasa tersebut.
1. Murid diminta menyenaraikan lima contoh bagi frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif dan frasa sendi
nama dengan betul daripada petikan tersebut.
2. Murid diminta menulis perenggan ayat dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua contoh bagi
setiap frasa tersebut bertemakan pelaburan atau simpanan.
(Rujuk buku teks muka surat 234) Frasa Kerja Frasa Sendi Frasa
Frasa Nama Nama Adjektif
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
225
skim simpanan direka khas • dengan sungguh
pembiayaan melantik simpanan mudah
pengajian • PTPTN minimum hebat
tujuan menguruskan • ke atas sungguh
pelaburan para deposit pendeposit sedih
• pelajar pusat • memohon di seluruh sangat
begitu
pengajian pinjaman Malaysia
tinggi awam pendidikan • oleh ibu bapa teruja
pelepasan membiayai • pada bila-bila hancur
taksiran cukai • pengajian masa berkecai
pendapatan mempunyai • di kaunter amat
perlindungan akaun SSPN-i • di universiti gembira
takaful ditetapkan • ke kolej
• simpanan oleh • di dada
wang
PTPTN • dari dapur
tabungan • memperoleh • ke tingkat atas
wang akaun pelbagai
ini keistimewaan
warganegara • memiliki
Malaysia anak simpanan
jagaan mereka dijamin oleh
• penjaga kerajaan
mereka mempunyai
penutupan kadar dividen
akaun peluang boleh dibuka
• lain perasaan diberikan
kesal pilihan
keinginannya membuka
pelbagai akaun
bidang kerjaya individu
macam-macam menjadi
bidang ilmu penerima
impiannya manfaat
belanjanya membaca
penyembuh mesej
kekesalannya perbualannya
rumahnya mendapat
keputusan
peperiksaan
melihat
Ganesh
melanjutkan
pelajaran
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
226
menawarkan
bidang pelajaran
teringat katakata
telah muncul
mempunyai
pasaran kerja
Contoh perenggan ayat:
Ibu bapa perlu bijak merancang pendidikan anak jagaan mereka (FN) dengan membuka akaun
individu (FK) bagi anak tersebut. Simpanan wang (FN) tersebut membolehkan anak-anak melanjutkan
pelajaran (FK) di universiti (FSN) atau di kolej (FSN) dengan sungguh mudah (FA). Hal ini dikatakan
demikian kerana ibu bapa telah menyimpan wang (FK) dari awal sebagai duit belanja untuk memenuhi
keinginan anaknya. Anak pasti amat gembira (FA) dan begitu teruja (FA) jika dapat menceburi bidang (FK)
yang menjadi impiannya.(FN)
BAHAN TAMBAHAN (PETIKAN AKHBAR)
Pendeposit SSPN-i terima manfaat RM24,922.42
Siti Hasliza Yusof - April 15, 2021 @ 6:27pm [email protected]
KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyerahkan manfaat
perlindungan takaful kepada pendeposit SSPN-i, Yazirruddin Md Som, yang mengalami keilatan kekal
menyeluruh akibat darah tinggi sejak Jun 2017.
Yazirruddin, 60, yang sebelum itu bekerja sebagai Pegawai Audit Dalam ialah pendeposit SSPN-i dan
membuka akaun untuk dua orang anaknya, masing-masing pada Disember 2011 dan Oktober 2015.
PTPTN dalam kenyataan media, berkata ketika disahkan mengalami keilatan kekal menyeluruh,
Yazirruddin mempunyai simpanan SSPN-i yang melayakkan beliau menerima manfaat perlindungan takaful
bersamaan jumlah simpanan iaitu RM24,922.42.
"Inilah keistimewaan SSPN-i yang memberikan perlindungan takaful percuma secara Ringgit ke
Ringgit kepada pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas sekiranya berlaku
kematian/ilat kekal menyeluruh kepada mereka.
"Selain itu, khairat kematian berjumlah RM2,000 juga diberikan sekiranya berlaku kematian atas
pendeposit dan RM500 atas kematian penerima manfaat iaitu anak," katanya.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
227
Terdahulu, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, mengunjungi dan
menyempurnakan penyerahan manfaat perlindungan takaful kepada Yazirruddin di kediamannya di
Kampung Jalan Kebun, Shah Alam.
Menurut kenyataan media itu, sememangnya nilai manfaat berkenaan tidak dapat mengembalikan
kesihatan seorang bapa tetapi ia dapat membantu meringankan beban kewangan bagi menampung
kelangsungan hidup Yazirruddin sekeluarga.
"Beliau membuat pilihan yang tepat dengan menyimpan di dalam SSPN-i bagi memastikan masa
depan keluarganya terus terjamin," katanya.
SSPN-i turut menawarkan keistimewaan lain kepada pendeposit termasuk pelepasan taksiran cukai
pendapatan ke atas simpanan sehingga RM8,000 setahun, dividen yang kompetitif, geran sepadan serta
patuh syariah dan dijamin oleh Kerajaan. Sehingga Februari 2021, sebanyak 4.86 juta akaun SSPN dibuka
dengan deposit berjumlah RM8.28 bilion.
AKTIVITI 3 - Kenal pasti maklumat tentang bentuk-bentuk pelaburan yang dijamin oleh pihak kerajaan dan
kongsikan maklumat tersebut dengan rakan anda.
LATIHAN ASPEK TATABAHASA
1. Nyatakan jenis frasa bagi rangkai kata di bawah
Rangkai kata Frasa
1. memberikan perlindungan
2. deviden kompetitif Frasa kerja
3. pendeposit SSPN-i Frasa nama
Frasa nama
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
228
4. dengan deposit Frasa sendi nama
5. meringankan beban kewangan Frasa kerja
6. di dalam SSPN-i Frasa sendi nama
7. menampung kelangsungan hidup Frasa kerja
8. kepada mereka Frasa nama
9. penerima manfaat Frasa nama
10. di seluruh dunia Frasa sendi nama
PENGUKUHAN - TAK TAKUT RUGI? (HALAMAN 156)
AKTIVITI 1 - Berdasarkan petikan, apakah kebaikan perniagaan dalam talian ?
Berdasarkan petikan, kebaikan perniagaan dalam talian ialah setiap orang tidak kira dari manamana negeri
boleh membeli barang di mana-mana sahaja. Selain itu, orang muda boleh menjadi ahli perniagaan dalam
talian.
AKTIVITI 2 - Terokai maklumat tentang bentuk- bentuk penipuan lain yang pernah berlaku terhadap pihak-
pihak yang terlibat dalam perniagaan maya ini. Terangkan maklumat tersebut kepada rakan anda.
Bentuk-bentuk penipuan lain yang pernah berlaku terhadap pihak-pihak yang terlibat dalam perniagaan
maya ini ialah penipuan di media sosial dan laman web seperti Facebook, Instagram, mudah.my dan
sebagainya. Hal ini kerana syarat longgar kepada penjual dan pembeli yang mengiklankan menerusi laman
web dan media sosial. Masalah ini wujud kerana maklumat latar belakang mereka sukar dikesan kerana
penjual secara peribadi atau individu hanya mengemukakan alamat e-mel serta nombor telefon sahaja
ketika mendaftar sebelum menawarkan barangan atau perkhidmatan. Aktiviti ini membabitkan penjualan
barangan baharu dan terpakai. Alamat e-mel dan nombor telefon terbabit kemudian ditamatkan
perkhidmatan oleh suspek sebaik memperoleh bayaran selepas menipu beberapa mangsa.
AKTIVITI 3 - Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk mengelakkan anda tertipu apabila melibatkan
diri dalam perniagaan dalam talian ?
Pada pendapat saya, cara untuk mengelakkan kita tertipu apabila melibatkan diri dalam perniagaan dalam
talian ialah jangan tamak dan rambang mata tetapi berfikir secara rasional. Selain itu seseorang itu perlu
elakkan perasaan gelojoh dan perlu banyak bersabar. Pembeli juga perlu membuat kaji selidik tentang
penjual. Jika anda berurusan dengan penjual baru perlu buat cod sahaja.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
229
PENGAYAAN - MANFAAT CUKAI (HALAMAN 157)
AKTIVITI 1 - Menghasilkan wacana yang lengkap dengan laras bahasa yang gramatis dan sesuai serta
penggunaan ungkapan yang menarik.
Tulis karangan tentang “Kepentingan Cukai kepada Negara” dengan menggunakan wacana yang lengkap,
bahasa yang gramatis dan ungkapan yang menarik.
KARANGAN LENGKAP
Cukai merupakan satu instrumen ekonomi yang amat penting bagi sesebuah negara memperoleh
hasil atau pendapatan. Hasil daripada cukai ini digunakan oleh kerajaan untuk mentadbir, mengurus negara
dan juga bagi perbelanjaaan membangunkan negara. Kementerian Kewangan menyasarkan kutipan cukai
langsung Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi 2021 mencecah RM143.9 bilion. Dalam masa yang sama,
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memberitahu, unjuran kutipan cukai tahun
ini adalah sebanyak RM127 bilion. Beliau berkata, agenda kerajaan demi kesejahteraan rakyat dan
kemakmuran negara tidak akan dapat direalisasikan sekiranya tiada sumber kewangan mencukupi.Secara
ringkasnya, cukai ialah kunci kepada pentadbiran negara yang berkesan dan kita tidak akan dapat lari
darinya. Di negara kita, hampir 70% daripada hasil negara datangnya dari hasil cukai. Cukai ini boleh
dikelaskan kepada cukai langsung dan cukai tak langsung. Skop perbincangan pada kali ini ialah apakah
kepentingan cukai kepada negara?
Satu daripada kepentingan kutipan cukai oleh kerajaan ialah dapat mengurangkan beban sara hidup
rakyat di negara ini. Kos sara hidup merujuk kepada sejumlah kos yang perlu ditanggung oleh seseorang
atau keluarga bagi memenuhi keperluan asas seperti tempat tinggal, pakaian, makanan dan minuman demi
kelangsungan dan keperluan hidup. Peningkatan kos sara hidup adalah disebabkan oleh kenaikan pelbagai
harga barang terutama sekali barang-barang keperluan.Bagaimanakah kerajaan membantu mengurangkan
peningkatan sara hidup rakyat ini? Jawapannya, cukai yang diperoleh dapat diberikan kepada golongan
yang tidak berkemampuan . Melalui Belanjawan 2021, pelbagai jenis bantuan, subsidi dan insentif yang
bernilai keseluruhannya RM28 bilion telah disediakan oleh kerajaan terutamanya bagi menangani beban
kos sara hidup dan memelihara kebajikan golongan rentan.Contohnya, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR),
merupakan bantuan yang disediakan oleh kerajaan kepada golongan B40 dan M40 untuk meringankan
beban mereka. Bantuan Prihatin Rakyat menyaksikan bakal memanfaatkan 8.1 juta orang, dengan
peruntukan RM6.5 bilion. Sumber cukai juga digunakan untuk meringankan beban sara hidup rakyat melalui
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
230
bantuan subsidi ke atas barangan keperluan seperti minyak dan bahan makanan asas .Tan Sri Muhyiddin
Yassin berkata Malaysia merupakan satunya-satunya negara yang mengawal harga barangan dengan
memberi subsidi bagi mengurangkan beban ditanggung rakyat . Bukan itu sahaja malah bagi tahun 2021,
Menteri Kewangan menyatakan kerajaan menyediakan hampir RM28 bilion khusus untuk subsidi, bantuan
dan insentif, antaranya bantuan pengangkutan dan kebajikan serta subsidi bagi mengawal kenaikan harga
barangan dan perkhidmatan. Dengan ini kehidupan rakyat terpelihara dengan adanya pengutipan cukai
kerana kerajaan dapat mengurangkan beban sara hidup rakyat.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata matlamat utama kutipan
cukai oleh pihak kerajaan adalah bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat negara ini. Agenda kerajaan yang
utama dalam membelanjakan kutipan hasil cukai negara adalah untuk mensejahterakan rakyat . Pelbagai
peruntukan disediakan oleh pihak kerajaan dalam memastikan kesejahteraan rakyat dapat dipertingkatkan
terutama bagi golongan sasaran. Malah, belanjawan 2021 dilihat sangat mesra Orang Kurang Upaya (OKU),
warga tua, pesakit kritikal, wanita dan kanak-kanak dari keluarga miskin. Kenaikan pelbagai peruntukan
diberikan kepada golongan ini agar dapat membantu meringankan beban mereka dalam meneruskan
kelangsungan kehidupan seharian. Sebagai contoh, kadar bantuan OKU tidak berupaya bekerja dinaikkan
daripada RM250 kepada RM300, kadar bantuan warga emas dan bantuan penjagaan OKU dan pesakit
kronik terlantar dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 serta kadar elaun pekerja OKU dinaikkan
daripada RM400 kepada RM450. Dengan ini secara tidak langsung yang kaya membantu golongan yang
memerlukan melalui kutipan cukai bak kata peribahasa Melayu condong diumpit, lemah dianduh.
Selain itu, kerajaan juga komited bagi menawarkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pelaburan
di negara ini melalui kutipan cukai bagi menjamin kesejahteraan hidup rakyat . Bagi mengurangkan kadar
pengangguran, kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM3.7 billion untuk mewujudkan 500 ribu
peluang pekerjaan baharu melalui skim JanaKerja dan 50 ribu kerja berstatus kontrak melalui inisiatif
MySTEP. Pembentukan Majlis Pekerjaan Negara yang dipengerusikan oleh Yang Amat Behormat Perdana
Menteri akan menyelaras penyediaan pekerjaan, meningkatkan kemahiran dan latihan (reskilling and
upskilling) kepada tenaga buruh terutama di dalam sektor pertanian dan industri baharu seperti industri
berasaskan teknologi tinggi. Semua pembayar cukai disarankan untuk memahami kepentingan pungutan
hasil itu terhadap kerajaan kerana hasil kutipan cukai mampu membangunkan ekonomi negara seterusnya
mewujudkan peluang pekerjaan. Banyak peluang perkerjaan akan terhasil daripada peningkatan jumlah
pelaburan yang masuk ke dalam negara kerana adanya rangsangan kadar cukai pendapatan syarikat yang
rendah. Seterusnya, rakyat akan memperoleh manfaat dalam bentuk nilai wang serta peningkatan taraf
hidup yang lebih selesa melalui pelbagai bentuk pembangunan yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
231
seperti penyediaan infrastruktur kemasyarakatan yang lengkap. Menteri Kanan merangkap Menteri
Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata kerajaan akan
memperkenalkan dasar pelaburan negara baharu untuk menarik lebih ramai pelabur berkualiti tinggi ketika
negara menuju ke arah negara berpendapatan tinggi. Jelaslah usaha pihak kerajaan mewujudkan 500 ribu
peluang pekerjaan baharu ibarat di mana ada gula, di situ ada semut merupakan salah satu kepentingan
cukai kepada negara.
Cukai juga digunakan oleh kerajaan untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi negara
terutamanya semasa kelembapan ekonomi dengan menyuntik dana kewangan ke dalam ekonomi negara.
Bukan itu sahaja, cukai juga dapat mempercepatkan proses pertumbuhan ekonomi negara. Dasar fiskal
akan terus memberi penekanan kepada pertumbuhan ekonomi yang mampan, peningkatan hasil dan
perbelanjaan berhemat. Menurut Laporan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2020,
kerajaan akan meneruskan pembaharuan institusi fiskal terutamanya insiatif pembaharuan cukai untuk
menambah baik pentadbiran cukai, mengukuhkan pengauditan dan penyiasatan serta mengecilkan jurang
cukai.Dalam pada itu, mengulas berhubung aspek percukaian yang dibentangkan pada Belanjawan 2021
baru-baru ini, Tengku Zafrul berkata, kerajaan telah memperkenalkan pelbagai insentif cukai kepada sektor
berimpak tinggi yang dijangka menarik pelaburan.Kerajaan akan memberikan tumpuan untuk menarik
pelaburan berteknologi dan nilai tambah tinggi dengan nilai peruntukan sebanyak RM1 billion. Kerajaan
melalui Bank Negara Malaysia (BNM). Turut diperkenalkan Dana Teknologi Tinggi sebanyak RM500 juta bagi
menyokong pertumbuhan syarikat berteknologi tinggi dan berinovasi selaras dengan matlamat Malaysia
untuk menjadi negara berpendapatan tinggi. Sektor ini dijangkakan menjadi sektor utama negara pada
masa depan. Dasar yang dijalankan oleh pihak kerajaan ini merupakan salah satu kepentingan cukai kepada
negara.
Seterusnya, cukai juga dapat melaksanakan projek pembangunan negara. Hal ini demikian kerana
kemajuan negara dapat dipertingkatkan dan menjadikan negara berdiri setanding dengan negara maju yang
lain. Contoh negara maju yang dapat dicontohi ialah negara Jepun. Projekprojek tersebut termasuk Kereta
Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR), yang dijangka melibatkan perbelanjaan berjumlah
RM68 bilion, Laluan Transit Aliran Massa 3 atau MRT3 (RM45 bilion), Pelan Induk Pengangkutan Pulau
Pinang (RM18 bilion), Pintasan Kereta Api Serendah-Pelabuhan Klang (RM8.3 bilion), Sistem Transit Aliran
Johor Baru-Singapura (RTS) (RM3.16 bilion) dan Fasa 1 Lebuhraya Pan Borneo (RM600 juta) Perbelanjaan
pembangunan, yang digunakan untuk hal-hal seperti pembinaan hospital dan sekolah, meningkat sebanyak
RM13.18 billion. Peruntukan yang besar dalam melaksanakan projek pembangunan negara jelas
menunjukkan kepentingan cukai kepada negara.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
232
Hasil daripada kutipan cukai ini digunakan oleh kerajaan untuk mentadbir dan mengurus negara
dan juga bagi digunakan untuk perbelanjaan pembangunan. Cukai yang dikutip dibelanjakan oleh kerajaan
bagi tujuan keselamatan negara dan rakyat, pembangunan fizikal dan infrastruktur seperti jalan raya,
hospital, sekolah serta pembangunan ekonomi dan sosial seperti perkhidmatan kesihatan, pendidikan,
kebajikan rakyat dan banyak lagi. Oleh itu kita perlu faham hasil cukai yang diperoleh kerajaan melalui
kutipan terhadap rakyat, kemudiannya akan dapat dimanfaatkan dan dinikmati kembali oleh kita sebagai
rakyat. Cukai adalah suatu yang tidak boleh dipisahkan daripada kehidupan kita, pentadbiran negara dan
ekonomi. Malah, jika kita melihat isu cukai ini dengan lebih mendalam, kita akan dapat melihat bahawa
orang yang mendapat manfaat daripada cukai yang dikutip kerajaan ialah diri kita sendiri. Secara
ringkasnya, cukai ialah kunci kepada pentadbiran negara yang berkesan. Belanjawan 2021 kita dapat
menyaksikan cukai yang dikutip sebahagian besar dipulangkan kepada rakyat menerusi pembangunan dari
segi sosial dan ekonomi. Cuba kita bayangkan di manakah kita sekarang, jika rakyat mengabaikan
tanggungjawab ini?
Sumber:
https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2021/03/794678/malaysia-akan-perkenal-dasar-pelaburanbaharu
https://www.hmetro.com.my/bisnes/2019/10/506173/kutipan-hasil-cukai-cecah-rm1899-bilion
https://belanjawan2021.treasury.gov.my/pdf/hasil/2021/tinjauan-fiskal-2021.pdf
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
233
TEMA 12 - ASLI DAN KONTEMPORARI
EKSPRESI DIRI (HALAMAN 160 - 161)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.7.1 Berbincang dengan mengemukakan idea yang bernas dan rasional tentang sesuatu perkara secara
bertatasusila.
AKTIVITI 1 - Analisis bahan. Kemudian, kemukakan idea yang bernas dan rasional dalam perbincangan
secara bertatasusila.
Seni Jalanan: Mural dan Grafiti
Rasional lukisan mural diadakan ialah:
1. Lukisan dapat menarik perhatian pengunjung dan memperlihatkan persekitaran yang meriah dan
ceria dengan karya-karya grafiti di dinding-dinding bangunan.
2. Selain itu, lukisan mural juga memberikan peluang kepada bakat-bakat muda untuk mengaspirasikan
bakat dengan berkarya.
3. Mural membantu meningkatkan kualiti visual di sesuatu kawasan. Dinding yang membosankan akan
diberikan kehidupan atau pandangan baharu dengan penambahan seni mural atau 3D.
4. Seni lukisan jalanan mural dan grafiti ini juga boleh dikatakan sebagai suatu artifak. Hal ini kerana
sesuatu hasil seni tersebut mempunyai makna atau pengisian tentang sesuatu watak, pandangan,
nilai moral, budaya dan sebagainya.
AKTIVITI 2 - Berbincanglah dengan guru dan rakan anda tentang idea lukisan mural 3D.
Kemudian, laksanakan projek melukis mural 3D di sekolah.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
234
Contoh lukisan mural 3D
Antara perkara yang boleh dibincangkan dengan guru dan rakan tentang idea lukisan mural 3D ialah:
1. Menentukan objektif projek, iaitu untuk:
- menjadikan kawasan persekitaran sekolah sebagai kawasan yang cantik dan indah.
- memberikan pendedahan dan menanamkan keyakinan kepada pelajar untuk melaksanakan sesuatu projek
- memberikan peluang kepada pelajar untuk merancang dan melaksanakan aktiviti di sekolah.
- menggalakkan sikap prihatin, berdikari dan rasa tanggungjawab pelajar dalam
projek yang dilaksanakan.
- memberikan pengalaman baharu kepada pelajar dalam pengurusan keceriaan sekolah.
2. Mengenal pasti tempat atau ruang untuk lukisan mural 3D - guru dan pelajar berbincang untuk
mendapatkan lokasi yang sesuai bagi lukisan mural 3D tersebut.
3. Membersihkan segala dinding untuk lukisan mural 3D dan menyediakan draf mural yang bakal dilukis.
4. Mengukur saiz dinding untuk melukis mural dan menyediakan perkakasan untuk mengecat seperti tali,
pita ukur dan kapur, cat pelaka dan berus.
5. Saya dan rakan-rakan akan mewarnakan mural secara berperingkat.
Bahan bacaan tambahan:
Berikut ialah senarai teknik lukisan luaran untuk mural:
1 - Lukiskan dinding menggunakan projektor
Projektor ialah salah satu teknik paling mudah untuk melukis dinding mural. Apa yang anda perlu lakukan
ialah memilih reka bentuk atau gambar yang anda mahu sebagai mural anda. Kemudian, anda perlu
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
235
mendapatkan garis hitam dan putih itu, bersama-sama dengan versi warna. Kemudian, dapatkan beberapa
kertas ketelusan (yang boleh didapati di tempat pembekalan pejabat) dan gunakan versi hitam dan putih
untuk membuat ketelusan. Anda boleh melakukan ini dengan mesin salinan. Kemudian dapatkan projektor
overhead dan project imej ke dinding yang anda mahu mural diletakkan. Laraskan imej dengan saiz yang
anda mahu mural dan kemudian jejaknya ke dinding dengan menggunakan pensel.
2 - Lukisan dinding dengan grid
Pilih gambar yang anda mahu menjadi mural. Gunakan alat pengukur dan bahagikan gambar ke segi empat
sama saiz. Kemudian, letakkan jumlah yang sama pada dataran bersaiz yang sama ke dinding anda. Pastikan
dataran adalah dataran yang sama dengan gambar yang lebih kecil yang anda buat. Langkah seterusnya
adalah untuk menarik imej ke dataran menggunakan gambar pertama sebagai rujukan. Kemudian, berhati-
hati memadamkan kotak-kotak dari dinding dan kemudian cat gambar anda.
3 - Lukisan dinding mural dengan cat oleh nombor
Ramai orang memilih untuk membeli cat dibuat dengan kit nombor yang direka untuk membuat dinding
mural. Anda boleh mencari banyak corak dan gambar yang berbeza seperti ini. Ambil gambar dari kit dan
gantungkannya di dinding anda yang anda mahukan mural itu. Jejaknya di dinding dengan pensel dan
kemudian ambil gambar. Jika anda berpuas hati dengan gambar yang dilukis, maka sudah tiba masanya
untuk melukisnya seperti yang anda mahu melihatnya.
4 - Membuat mural dengan bebas tangan
Lukis imej atau reka bentuk pilihan anda di dinding menggunakan pensel. Pastikan jelas dan mudah dilihat.
Kemudian, cat dinding dengan warna pilihan anda sesuai dengan jenis dinding. Merancang dan melukis
dinding mural boleh menjadi aktiviti yang menyeronokkan dan kreatif untuk berkongsi dengan keluarga
anda. Setelah selesai, anda akan mempunyai sekeping seni yang unik yang akan diingati seumur hidup.
Rujukan:
Cara membuat mural - https://www.imural.id/blog/cara-membuat-mural/
Kreativiti guru hiasi sekolah dengan mural 3D -https://www.youtube.com/watch?v=X__BCGhRhYc
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
236
ASIMILASI SENI (HALAMAN 162 - 163)
KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.3.4 Membaca dan mendapatkan penyelesaian masalah secara rasional.
AKTIVITI 1 - Baca dan kenal pasti masalah dalam kedua-dua bahan. Kemudian, berbincanglah dengan rakan
anda untuk menyelesaikan masalah secara rasional.
Bahan 1 - Caklempong Penyelesaian Masalah
Bahan 2 - Kumpulan Caklempong SM Sains Tuanku Munawir (Saser)
Masalah
Bahan 1 Cara menarik minat generasi muda untuk Mainkan lagu-lagu terkini yang sesuai dengan
mempelajari dan menghayati muzik jiwa generasi muda.
caklempong.
Cabaran untuk menarik masyarakat Menggunakan muzik caklempong dalam majlis
berbilang kaum menerima muzik rasmi sama ada pada peringkat kebangsaan,
caklempong sebagai muzik warisan bangsa institusi dan komuniti. Contoh: majlis
milik semua. konvokesyen.
Kesukaran mendapatkan murid yang mahir Menjalankan latihan intensif bagi murid yang
atau mempunyai kemahiran asas berminat dan mengadakan kursus atau bengkel
caklempong. melatih kemahiran asas caklempong.
Kekangan waktu untuk latihan. Menyediakan jadual pada hujung minggu.
Kekangan kewangan kerana kos membaiki Memohon dana daripada pihak yang berautoritii
alat muzik dan kos tenaga pengajar agak dalam seni dan budaya.
tinggi.
Bahan 2
AKTIVITI 2 - Berbincanglah dengan ahli kumpulan anda untuk merancang satu projek yang berkaitan dengan
caklempong.
1. Murid berbincang tentang satu projek yang berkaitan dengan caklempong.
2. Murid mencari maklumat daripada laman sesawang, buku, jurnal dan sebagainya.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
237
3. Murid menonton video persembahan caklempong di saluran You Tube.
4. Murid menyenaraikan pilihan lagu yang sesuai untuk dimainkan.
Bahan bacaan:
Cak Lempong merupakan alat muzik tradisional yang berasal Minangkabau yang tergolong dalam
keluarga gong yang berukuran kecil. Ia diperbuat daripada gangsa dan menggunakan teknik acuan.
Perkataan Cak Lempong juga digunakan untuk menerangkankan jenis ensemblenya. Cak Lempong mula
berkembang di kalangan masyarakat Melayu berketurunan Minangkabau di Negeri Sembilan yang berasal
dari Minangkabau atau Sumatera Barat, Indonesia. Kini kesenian muzik Cak Lempong telah bertapak di
negeri-negeri lain dan diajar di sekolah-sekolah serta pusat-pusat pengajian tinggi.
Cak Lempong biasanya dimainkan bersama iringan alat-alat muzik lain seperti Seruling Buluh, Salung,
Rebana dan Gong bagi mengiringi Silat, Tarian Lilin, Randai dan Tarian Inai serta lagu-lagu bunyi-bunyian
dan juga nyanyian. Untuk perarakan pengantin istilah 'Pacik' sering digunakan oleh masyarakat tempatan
untuk menggambarkan kumpulannya. Dalam permainan ini alat-alat Cak Lempong dipegang oleh pemain itu
sendiri di mana setiap pemain akan memegang dua buah Cak Lempong dan dimainkan secara meningkah
untuk mencipta satu rangkap melodi pendek. Lazimnya dalam permainan 'Pacik' akan dianggotai oleh tiga
orang pemain.
Dalam situasi tertentu alat Cak Lempong boleh dijadikan sebagai alat pengganti atau pengganti kepada
Canang seperti dalam persembahan Dikir Barat dan Wayang kulit Kelantan. Namun dalam keadaan
sedemikian nama sifatnya hendaklah dijelaskan sebagai alat 'Canang'. lni berdasarkan kepada kontekstual
persembahannya yang amat berkait dengan tuntutan disiplin berkenaan. Dalam amalan persembahan masa
kini (performance practice), kumpulan Cak Lempong telah dibahagikan kepada tiga bahagian mengikut
fungsinya, iaitu bahagian 'Gereteh" yang memainkan melodi, manakala 'Tingkah' dan 'Saua' akan
memainkan rithme secara berhomofoni (in Homophony) sebagai unsur pelengkap kepada irama sesebuah
lagu tersebut.
Sumber: https://ms.wikipedia.org/wiki/Cak_Lempong
**Murid boleh mendapatkan maklumat tentang caklempong di laman sesawang berikut:
http://panitiamuziksmsah.blogspot.com/p/caklempong.html
https://www.sanggarseni.my/caklempong
INDAHNYA TERAPEUTIK (HALAMAN 164 - 165)
KEMAHIRAN MENULIS
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
238
SP: 3.5.2 Mengolah maklumat daripada pelbagai bahan dalam bentuk grafik yang sesuai dan
menarik.
AKTIVITI 1 - Baca bahan dengan menggunakan teknik ACID. Kemudian, olah maklumat daripada bahan
dalam bentuk grafik yang sesuai dan menarik.
AKTIVITI 2 - Cari maklumat tentang urutan tradisional kaum lain yang terdapat di negara kita dan
persembahkan maklumat dalam bentuk grafik yang menarik.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
239
DARI DAPUR BONDA (HALAMAN 166 - 167)
KEMAHIRAN MENULIS
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
240
SP: 3.5.1 Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai.
AKTIVITI 1 - Analisis bahan. Kemudian, oleh bahan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana
yang sesuai.
Bahan 1
Air tangan yang saya rindui sudah pastilah air
tangan ibu saya. Masakan ibu yang sering
membuatkan saya menambah nasi sehingga dua
pinggan ialah kambing berempah dan kari ayam.
Kedua-dua masakan berempah yang dimasak oleh
ibu mempunyai aroma yang wangi dan membuka
selera. Rasa rempah karinya yang asli sesuai juga
dimakan bersama roti. Selain itu, ibu juga
menyajikan kerutuk ikan yang disumbat dengan
dengan sambal cili kering. Rasanya yang pedas dan
manis amat membuka selera. Akhir sekali,
hidangan sayuran masakan ibu yang saya suka
ialah capcai. Capcai ialah sayur campur yang
dimasak dengan sos tiram.
Bahan 2
Pais Ikan Patin Tempoyak
Hari ini saya akan memasak resipi tradisi masyarakat Melayu yang diberi nama pais ikan patin tempoyak.
Mula-mula kita lihat dahulu bahan-bahan yang diperlukan. Hidangan yang akan disediakan ini sesuai untuk
dua hingga tiga orang. Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat pais ikan patin tempoyak ialah ikan
patin saiz sederhana , tempoyak, 10 tangkai cili padi yang ditumbuk hingga lumat bersama-sama kunyit
hidup. Selain itu, kita juga memerlukan sedikit garam dan gula sebagai penambah perisa. Akhir sekali, daun
pisang yang dibersihkan dan dilayur terlebih dahulu.
Seterusnya, kita lihat pula cara-cara menyediakan pais ikan patin tempoyak. Mula-mula gaulkan
bahan yang telah ditumbuk dengan gula, garam, dan tempoyak. Kemudian, lumurkan bahan yang digaul
pada ikan yang diletakkan di atas daun pisang lalu dibungkus. Selepas itu, ikan yang telah dibungkus dibakar
sehingga naik bau. Kini, pais ikan patin tempoyak sedia untuk dihidangkan. Sebagai pelengkap selera,
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
241
juadah pais ikan patin tempoyak dihidangkan dengan urap pucuk paku. Hidangan ini enak dimakan dengan
nasi putih yang panas.
Selamat mencuba resipi tradisi nenek moyang kita.
ASPEK SENI BAHASA
SP: 4.4.1 Mempersembahkan sketsa dalam bentuk multimedia secara kreatif dan menarik.
AKTIVITI 2 - Berdasarkan bahan, persembahkan sketsa dalam bentuk multimedia secara kreatif dan
menarik.
1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan.
2. Setiap kumpulan berbincang untuk mempersembahkan satu sketsa berdasarkan bahan.
3. Setiap kumpulan digalakkan menggunakan kreativti untuk mempersembahkan sketsa dalam bentuk
multimedia.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
242
Imbas kod QR untuk paparan infografik yang lebih jelas.
Air Tangan yang Dinanti
AKTIVITI 3 - Cipta resipi baharu dan persembahkannya dalam bentuk sketsa secara kreatif dan menarik.
1. Murid mencipta resipi baharu dan mempersembahkannya dalam bentuk sketsa.
2. Bentuk sketsa yang boleh dilakonkan ialah lakonan spontan, demonstrasi masakan, rakaman video
masakan dan sebagainya.
3. Murid boleh melayari laman sesawang untuk mendapatkan contoh pelbagai video masakan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
243
Sumber: Dapur cikgu Roose
HUTAN KECILKU (HALAMAN 168- 169)
KEMAHIRAN MEDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.7.2 Berunding untuk menyelesaikan masalah secara kritis dan rasional menggunakan bahasa yang
santun.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
244
AKTIVITI 1 - Kenal pasti masalah yang terdapat dalam bahan. Kemudian, berunding dengan ahli kumpulan
anda untuk menyelesaikan masalah secara kritis dan rasional menggunakan bahasa yang santun.
CONTOH : KUMPULAN 1
Rakan 1 Apa pandangan kawan-kawan tentang cadangan untuk projek penanaman pokok hiasan kita ?
Rakan 2 Pada pandangan saya, lebih baik kita menggunakan bekas yang bertutup. Hal ini kerana,
terdapat bekas pelbagai bentuk dan bekasnya juga menarik. Contohnya, kita boleh
menggunakan botol berbentuk mentol lampu yang bertutup.
Rakan 3 Betul tu. Pada pendapat saya, tumbuhan yang sesuai untuk ditanam dalam bekas yang
bertutup ialah konsep tumbuhan tropika. Walaupun penyediaannya agak sukar, tetapi
penjagaannya agak mudah. Hal ini kerana, kita tidak perlu menyiramnya dengan kerap dan
penutup hanya perlu dibuka seminggu sekali. Lagipun, apabila kita menggunakan bekas
bertutup dapat mengelakkan daripada jangkitan kulat.
Rakan 1 Saya bersetuju dengan cadangan dan pandangan daripada rakan-rakan semua. Semoga projek
yang akan kita laksanakan akan memberikan manfaat kepada kita semua.
CONTOH : KUMPULAN 2
Rakan1 Apa pandangan kawan-kawan tentang cadangan untuk projek penanaman pokok hiasan kita ?
Rakan 2 Pada pandangan saya, lebih baik kita menggunakan bekas yang terbuka. Hal ini kerana,
tumbuhan terarium tidak memerlukan ruang yang luas. Tambahan pula, kita boleh
menggunakan bekas daripada bahan terbuang. Bekas tersebut amat sesuai untuk konsep
taman mini hutan hujan tropika.
Rakan 3 Betul tu. Pada pendapat saya, kita perlu meletakkan tumbuhan yang menyimpan air dan
Rakan 1 tumbuhan jenis berbunga tidak sesuai. Hal ini kerana, penyiraman tumbuhan ini perlu kerap
dilakukan bagi mengelakkan tumbuhan tersebut cepat mati.
Saya bersetuju dengan cadangan dan pandangan daripada rakan-rakan semua. Lagipun, cara
penyediaannya agak mudah dan paling penting, terarium dapat menyegarkan udara bilik.
ASPEK TATABAHASA
SP: 5.3.2 Mengenal pasti dan menggunakan ayat dasar yang betul.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
245
AKTIVITI 2 - Kenal pasti pola ayat dasar dalam bahan. Kemudian, bina perenggan dengan menggunakan ayat
dasar tersebut.
1. Ayat Dasar FN+FN Predikat (FN)
Bil Subjek (FN) pelbagai bentuk
1. Bekasnya tumbuhan tropika.
2. Tumbuhan yang sesuai
3. Tumbuhan yang sesuai tumbuhan yang menyimpan air.
2. Ayat Dasar FN+FK
Bil Subjek (FN) Predikat (FK)
1. Bekasnya bertutup.
2. Penutup perlu dibuka seminggu sekali
3. Bekas tertutup mengelakkan jangkitan kulat.
4. Terarium tidak memerlukan ruang yang luas.
5. Terarium menyegarkan udara bilik.
3. Ayat Dasar FN+FA
Bil Subjek (FN) Predikat (FA)
1. Bentuk bekasnya menarik.
2. Penyediaannya agak sukar.
3. Penjagaannya agak mudah.
4. Penyiramannya tidak perlu kerap.
5. Terarium cantik.
6. Penyiramannya perlu kerap.
7. Tumbuhan berbunga tidak sesuai.
8. Kos pembuatannya rendah.
9. Penyediaannya mudah.
4. Ayat Dasar FN+FS
Bil Subjek (FN) Predikat (FS)
1. Taman mini di dalam bekas lut sinar.
2. Bekasnya daripada bahan terbuang.
Bina perenggan dengan menggunakan ayat dasar.
Terarium dihasilkan dalam botol kaca. (FN+FK) Batu-batu kecil di dalam botol kaca. (FN+FS) Pokok
kaktus tumbuhan hiasan. (FN+FN) Pokok kaktus boleh hidup tanpa air. (FN+FK) Pokok kaktus amat
sesuai. (FN+FA) Tumbuhan kaktus amat senang dijaga. (FN+FA) Duri kaktus tajam.
(FN+FA) Duri kaktus senjata semula jadi. (FN+FN) Taman Mini di dalam rumah.(FN+FS)
AKTIVITI 3 - Berunding dalam kumpulan tentang cadangan pelaksanaan projek terarium.
Kemudian, bentangkan cadangan tersebut untuk memilih cadangan yang terbaik.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
246
1. Murid dibahagikan kepada dua kumpulan.
2. Murid berbincang dalam kumpulan tentang projek terarium yang akan dilaksanakan.
3. Kumpulan 1 akan melaksanakan projek terarium tertutup.
4. Kumpulan 2 akan melaksanakan projek terarium terbuka.
Murid boleh merujuk laman sesawang tentang terarium di :
https://jendela360.com/info/tutorial-cara-membuat-terrarium-untuk-segarkan-ruang-apartemen/
https://www.popmama.com/life/home-and-living/avissaharness/cara-membuat-terrarium
PENGUKUHAN - KRAF MALAYSIA (HALAMAN 170)
Analisis bahan. Kemudian, kemukakan pendapat anda berserta huraian yang sesuai dan rasional tentang
bahan secara bertatasusila.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
247
Masyarakat Malaysia kaya dengan seni ukir dan kraf tangan. Kebanyakan seni ukir ini bermotifkan alam
semula jadi. Hasil seni ukir ini dapat kita lihat di rumah tradisional masyarakat Melayu, di kepala perahu dan
di hulu keris. Bagi masyarakat Cina, seni ukiran berbentuk naga akan diukir di tokong. Masyarakat Cina juga
amat popular dengan seni kaligrafi. Bagi masyarakat India pula, satu hasil seni yang paling unik ialah seni
menghasilkan ‘kolam’. Kolam ini dibuat daripada beras yang berwarna-warni. Kolam ini akan dihias di
hadapan pintu masuk rumah sempena sambutan Deepavali. Di Sabah dan Sarawak, hasil ukiran daripada
tanah liat adalah paling popular. Ukiran berbentuk bunga atau burung akan dihasilkan pada pasu bunga
atau pada tempayan.
Hasil seni kraf tangan masyarakat Malaysia perlu dikekalkan kerana keunikannya. Antara hasil kraf
tangan tersebut termasuklah tenunan, anyaman, barangan seramik dan lukisan batik. Anyaman biasanya
dibuat daripada rotan, buluh, daun mengkuang dan daun nipah. Antara hasil anyaman termasuklah bakul,
tikar, tudung saji dan sebagainya. Barang-barang seramik pula dibuat daripada tanah liat. Tanah liat ini akan
dijadikan patung, pasu bunga atau tempayan .
“Keluaran Kraf tangan” ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan
atau tradisional dan ialah hasil daripada sesuatu proses yang bergantung sematamata atau sebahagiannya
kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa keluaran batik; dan “keluaran batik” ertinya apa-apa
barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai reka bentuk batik pada atau di mana-mana
bahagiannya.
Kraft tradisional perlu dihidupkan dan diperkenalkan dan dihargai oleh generasi muda supaya tetap
kekal dan tidak mati ditelan zaman. Kraf tradisional seperti tenunan, anyaman, barangan seramik gasing,
batik, songket dan perhiasaan diri mempunyai nilai estetika dan keistimewaan sendiri. Gambar di atas
memaparkan hasil kraf tangan yang dapat dijadikan oleholeh jika berkunjung ke negeri Sarawak dan Sabah.
Hasil kraf tangan tersebut mempunyai keistimewaan yang tersendiri dan menjadi lambang kebudayaan
masyarakat Borneo.
Bahan berbentuk tekstil yang popular di Sarawak ialah pua kumbu, batik Sarawak dan kain songket.
Kain pua kumbu amat penting dalam masyarakat Iban dan digunakan untuk pelbagai upacara seperti
kelahiran, perkahwinan, pengebumian dan perubatan dan tidak ketinggalan juga upacara bercucuk tanam.
Pua kumbu juga dikenali sebagai selimut rohani. Coraknya mengandungi maksud dan tenaga. Tenunan pua
kumbu dalam konteks tradisional amat besar maknanya dalam menentukan kedudukan seseorang wanita.
Tenunan unggul yang lain ialah kain songket. Kain songket ini ialah buatan tangan daripada benang emas
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
248
dan perak yang digabungkan dengan benang kapas yang halus ataupun sutera. Fabriknya hampir serupa
dengan kain songket yang dihasilkan di Kelantan dan Indonesia.
Kraf tangan berbentuk anyaman pula ialah tudung saji atau tudung duang yang merupakan hasil
kraf tangan masyarakat Bajau Kota Belud, Sabah yang kebiasaannya dihasilkan daripada daun serdang, daun
kelapa, pandan, dan buluh. Terdapat juga tudung duang daripada daun serdang yang disalut dengan kain
baldu. Buluh yang dibentuk bulat akan dijadikan kerangka tudung duang. Tudung Duang akan dicorakkan
dan diwarnakan selepas dibentuk dengan pilihan warna yang dikehendaki. Namun ada juga daun pandan
atau mengkuang yang sudah diproses dibubuh pencelup dahulu sebelum dibentuk dan dianyam. Kegunaan
tudung duang adalah untuk menutup hidangan daripada dihinggapi lalat atau terkena habuk dan kotoran
lain.
Selain itu, barait juga hasil anyaman yang merupakan beg tradisional untuk kaum Kadazan Dusun
dan Murut. Barait mempunyai pelbagai kegunaan terutamanya untuk mengangkat barang-barang. Barait
bolehlah juga dikatakan sebagai beg serba guna untuk kaum Kadazan Dusun dan Murut suatu ketika dulu.
Barait diperbuat daripada kulit rotan khas yang tumbuh berhampiran dengan anak sungai. Rotan tersebut
dihiris-hiris dalam saiz yang dikehendaki sebelum dianyam. Saiz barait ditentukan mengikut kepanjangan
rotan yang dihiris, dan jumlah rotan yang dihiris. Proses pembuatan barait mengambil masa lebih kurang
tiga hari hingga seminggu. Proses pembuatannya bukanlah mudah dan hanya orang tertentu sahaja yang
mempunyai kemahiran.
Seterusnya, kraf tangan berbentuk seramik pula ialah labu sayong. Pembentukan labu bermula
pada bahagian perut kemudian barulah diikuti bahagian lehernya. Tanah liat diuli memanjang supaya
mudah digelung dalam bentuk bulat untuk dijadikan perut labu. Kerja ini dibuat secara perlahan-lahan dan
berperingkat-peringkat. Tujuannya adalah untuk membiarkan bahagian yang dibuat kering sebelum
disambung dengan kerja yang baharu. Permukaannya ditekan dari luar manakala bahagian dalamnya
ditahan dengan menggunakan tangan. Pisau buluh digunakan untuk melicinkan permukaan tembikar
dengan mengikis bahagian yang tidak rata. Labu sayong bukan sahaja menjadi tempat untuk menyimpan
air, bahkan turut berfungsi sebagai bahan penting dalam upacara keagamaan, seni bina, bahan perhiasan
dan juga cenderahati, malahan air yang disimpan di dalam labu tersebut bukan sahaja segar untuk
diminum, bahkan dapat dijadikan penawar kepada beberapa penyakit contohnya demam panas.
Kesimpulannya, kraf tangan tradisional merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek
moyang kita satu masa dahulu. Hasil ciptaan kraf tangan tradisional kaya dengan unsur budaya jelas
tercermin melalui bentuk, gaya, sifat, garis, bentuk dan warnanya. Keunikan dan kehalusan hasilan karya
seni ukiran Melayu membuktikan ketinggian nilai estetiknya. Namun begitu faktor modenisasi, faktor cuaca
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
249
dan faktor masa menjadi ancaman terhadap penerusan hayat dan pelestariannya. Faktor-faktor tersebut
menjadi antara penyebab kepada semakin terhakisnya kepedulian, penghayatan dan apresiasi terhadap
keunikan karya kesenian tradisi ini. Namun begitu, bagi peminat-peminat seni kraf tangan, hasil kraf ini
melambangkan satu kepuasan dan kemewahan jika dapat memilikinya. Sesuatu yang eksklusif yang sukar
untuk dirungkaikan. Justeru, sebagai rumpun Melayu kita perlu menjaga, memelihara dan menyayangi seni
kraf tangan tradisional kita seperti seni ukiran, seni tenunan, anyaman, pembuatan wau, gasing dan batik
yang tidak ada di negara-negara lain. Kraf tangan tradisional kita disanjung dan dipandang tinggi di mata
dunia setaraf dengan kraf-kraf negara Barat. Seharusnya kita patut menanamkan rasa cinta akan seni
tradisional dalam kalangan generasi baharu agar seni ini tidak pupus. Bak kata pepatah, tak lapuk dek hujan,
tak lekang dek panas.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM