The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Cg wanie, 2022-08-11 19:41:21

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BM FORM4

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BM FORM4

350

penjenteraan ladang serta kawalan serangga dan penyakit. Oleh itu, bantu kementerian ini amat
diperlukan.

Seterusnya, strategi pemasaran untuk memperkenalkan jentera-jentera pertanian, bahan
pertanian, baja organik serta benih-benih yang telah diinovasikan untuk menghasilkan pokok yang
bervariasi contohnya orkid. Pameran Pertanian, Horikultur dan Agro Pelancongan Malaysia 2006 (MAHA
2006) merupakan pameran pertanian yang diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Institut
Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia di (MARDI) Serdang Selangor. Lebih seratus jenis orkid
dipamerkan pada pameran pertanian itu termasuk dua spesis hybrid orkid baru yang dilancarkan iaitu
Dendrobium dan Ascorahnis . Spesis ini amat cantik dan mempunyai saiz bunga yang lebih besar serta
mampu bertahan sehingga tiga bulan. Dengan adanya pameran seperti ini Malaysia dapat menarik
perhatian sektor pertanian luar negara untuk bersama-sama memajukan bidang pertanian. D samping itu,
pameran ini dapat membantu hubungan dua hala Malaysia dengan negara lain untuk mengembangkan
bidang yang berkaitan dengan pertanian seperti perikanan dan penternakan. Pertanian hiliran juga boleh
dilakukan untuk memasarkan sesuatu produk yang lebih lama ke pasaran antarabangsa. Contohnya, buah
pisang ialah buah yang cepat busuk dan tidak tahan lama. Hal ini dapat diatasi dengan menghasilkan
makanan segera seperti kerepek pisang yang bukan sahaja mempunyai tempoh pasaran ynag lebih lama
tetapi juga harga yang tinggi. Oleh itu, para petani yang sedia ada dan yang bakal

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

351

menceburi bidang ini seharusnya mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang strategi pemasaran yang
berkasan.

Teknologi moden untuk menggandakan hasil pengeluaran sesuatu produk boleh dilaksanakan
dengan menggabungkan teknologi sains dan pertanian. Kaedah ini dipanggil sebagai bioteknologi.
Bioteknologi menghasilkan manfaat ketara seperti pengurangan kos pengeluaran, peningkatan hasil
pertanian, pengurangan penggunaan racun perosak dan racun herba. Pelbagai kaedah digunakan untuk
meningkatkan kualiti dan kuantiti pengeluaran makanan. Contohnya, kaedah pembiakbakaan yang sering
digunakan dalam menghasilkan kelapa sawit yang lebih berkualiti. Kelapa sawit sepsis Tenera dihasilkan
melalui pembiakbakaan dua sepsis kelapa sawit iaitu sepsis dura dan pisifera. Manakala kawalan biologi
juga dapat membantu meningkatkan hasil produk. Kaedah ini sering digunakan di kawasan ladang kelapa
sawit bagi mengawal kerosakan buah oleh tikus. Mereka lazimnya menggunakan ular atau burung hantu
untuk memakan tikus tersebut. Kaedah ini merupakan kaedah yang mesra alam dan tidak mencemarkan
alam sekitar kerana tidak melibatkan bahan kimia dan hanya menggunakan sifat semula jadi haiwan ynag
berkenaan. Dengan itu, penggunaan teknologi moden amat diperlukan dalam dunia yang kian berkembang.

Usaha lain yang dapat dilakukan ialah bantuan kewangan dan perundingan. Pihak bank pertanian
khususnya boleh memberikan pinjaman kepada para petani untuk memulakan projek pertanian mereka.
Pinjaman yang dibuat dapat membantu membeli jentera bagi menggantikan tenaga manusia dan membeli
benih yang lebih bermutu. Skim pinjaman yang berkadar faedah rendah perlu disediakan oleh bank,
terutamanya Agrobank untuk pekebun kecil. Sebagai contoh, Agrobank telah menawarkan Modal
Usahawan 1 Malaysia kepada petani kita untuk mengusahakan industri kecil dan sederhana (IKS) yang
berasaskan pertanian. Bak kata pepatah, ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras. Dengan
adanya skim mikro, pekebun kecil dapat mengusahakan pertanian atau penternakan secara komersial dan
saintifik dan berupaya menjalankan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Oleh itu, pihak bank amat
membantu dalam mengubah hidup para petani kita.

Tuntasnya, kata orang tua-tua, genggam bara api biar sampai jadi arang. Semua pihak yang terlibat
perlu menggembleng tenaga untuk memajukan sektor ini. Ibu bapa harus memainkan peranan untuk
memberikan pendedahan tentang kelebihan bidang pertanian kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi.
Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa juga boleh menyemai sikap cinta akan
pertanian dalam diri anak-anak dengan membawa mereka ke pameran pertanian seperti MAHA yang
dijalankan setiap dua tahun untuk memdedahkan anakanak dalam dunia pertanian yang menguntungkan.
Kita juga harus mengubah persepsi masyarakat kita bahawa bidang pertanian ini amat menguntungkan dan
bukannya memenatkan sahaja, bak kata pujangga Aminuddin Baki, ayam dikepuk mati kelaparan, itik di air

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

352

mati kehausan. Kiasan tersebut memberikan tamparan pedas bahawa apa-apa bidang sekalipun jika tidak
diusahakan dengan segala ikhtiar dan kebijaksanaan, kita tidak akan dapat mengubah hidup kita.

Soalan 3
Analisis jadual di bawah tentang Statistik Kemasukan Pelancong ke Pulau Tioman, Pahang bagi
Tahun 2017.

Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam jadual, tulis pendapat anda tentang kemasukan
pelancong ke Pulau Tioman, Pahang bagi tahun 2017.

Jadual memaparkan statistik kemasukan pelancong ke Pulau Tioman bagi tahun 2017. Seramai 263,291
orang pelancong telah melancong ke Pulau Tioman sepanjang tahun 2017. Berdasarkan jumlah tersebut,
bilangan pelancong dalam negara adalah yang paling tinggi, iaitu seramai 192,745 orang diikuti oleh
pelancong antarabangsa seramai 45,304 orang dan pelancong dari negara ASEAN seramai 25,242 orang.
Pada pendapat saya, pelancong suka melancong ke Pulau Tioman berdasarkan beberapa faktor. Tioman
merupakan pulau kecil yang mempunyai terumbu karang dan lautan yang jernih menjadikannya tempat
tumpuan penggemar aktiviti snorkeling. Ramai yang menjadikan Pulau Tioman sebagai destinasi percutian
kerana suasananya yang cantik dan menenangkan. Sebagai sebuah pulau yang cantik, air laut yang jernih
dan dipenuhi dengan terumbu karang serta ikan dan hidupan laut yang berwarna warni ini, tentunya
tarikan utama Pulau Tioman ialah aktiviti menyelam dan snorkeling. Selain itu, pelancong juga boleh
berkayak dan menikmati suasana pantai yang tenang. Bagi pengunjung yang berminat untuk mendaki
sambil merasai keindahan lautan, bolehlah mendaki Gunung Nenek Semukut atau juga dikenali sebagai
Tanduk Naga kerana puncak gunung ini ialah batu granit yang berbentuk seperti tanduk naga. Antara
tarikan lain di Pulau Tioman ialah laluan berjalan kaki (trekking) sama ada melalui jalan pantai atau hutan.
Pengunjung boleh memilih laluan berdasarkan keupayaan fizikal masing-masing. Paling jauh aktiviti
trekking ini ialah 5 km dan ada juga yang sekejap sahaja laluannnya. Seterusnya, keindahan flora dan fauna
seperti pokok periuk kera, tongkat ali, dan rafflesia juga merupakan tarikan di Pulau Tioman. Terdapat
pusat pemeliharaan penyu di Turtle Sanctuary, Kampung Juara yang menggalakkan pengunjung untuk
menjadi sukarelawan. Pelancong boleh terlibat dalam aktiviti pengutipan telur penyu dan membawanya ke
tempat penetasan. Chalet juga banyak di sekitar pulau ini dan harganya juga berpatutan. Kesimpulannya,
Pulau Tioman amat sesuai bagi pelancong yang sentiasa sibuk dan ingin mencari tempat rehat bagi
menenangkan fikiran sambil menikmati keindahan alam. Tegasnya, Pulau Tioman ini sebagai satu tempat
percutian yang pastinya tidak mengecewakan.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

353

Soalan 4
Baca kedua-dua petikan dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.

1. Bagaimanakah keadaan di kompleks polis Bukit Kepong pada pagi itu?
✓ kompleks polis Bukit Kepong masih terkawal
✓ pasukan Sarjan Jamil Mohd Shah masih kuat bertahan
✓ pasukan komunis masih gagal masuk ke kawasan kompleks polis

2. Apakah yang berlaku apabila tembakan mulai mereda?
✓ kedengaran suara dari corong pembesar suara yang memberikan arahan agar pasukan polis menyerah

3. Apakah maksud rangkai kata menaikkan bulu roma?
✓ menaikkan bulu roma bermaksud menimbulkan ketakutan

4. Wajarkah Sarjan Jamil Mohd. Shah tetap bertahan walaupun mereka telah terkepung?
Jelaskan pendapat anda.
✓ Wajar - mereka mempertahankan kompleks polis Bukit Kepong kerana keselamatan ahli keluarga dan

anak isteri mereka di situ bergantung pada pertahanan anggota polis.
✓ Sarjan Jamil berpegang pada prinsip berjuang habis-habisan hingga titisan darah yang terakhir demi

mempertahankan negara daripada komunis.

5. Apakah ciri-ciri pahlawan sejati yang terdapat dalam sajak?
✓ pahlawan sejati mempunyai semangat patriotik yang tinggi
✓ pahlawan sejati sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan tanah air

6. Pada pendapat anda, mengapakah penyajak mengatakan bahawa pahlawan sejati dalam hatinya
bernyanyi?
✓ kerana pahlawan sejati mempunyai semangat perjuangan yang tinggi

7. Pada pendapat anda, apakah persamaan yang terdapat dalam Petikan 1 dan Petikan 2?
✓ persamaan tentang semangat perjuangan yang tinggi dan tidak menyerah kalah kepada musuh
✓ pahlawan atau pejuang dalam kedua-dua bahan petikan sanggup berkorban nyawa dan tenaga bagi

mempertahankan tanah air yang tercinta

8. Sekiranya musuh negara mengancam kita, apakah tindakan yang akan anda lakukan?

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

354

✓ memperkuat perpaduan antara masyarakat berbilang kaum
✓ mencari maklumat tentang musuh negara untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan mereka

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

355

✓ mempertahankan kedaulatan negara

Soalan 5
Jawab soalan-soalan di bawah ini.

a. Bina ayat menggunakan perkataan di bawah bagi menjelaskan maksudnya.

i. awur-awuran - Dia mengamuk secara awur-awuran setelah dimarahi oleh ibunya.

ii.besar-besaran - Majlis perkahwinan Amelia dengan anak Datuk Mansor telah diadakan secara besar-
besaran kerana dia merupakan anak tunggal dalam keluarganya. iii. hiruk-pikuk - Keadaan kelas itu menjadi
hiruk-pikuk apabila ketiadaan guru.

iv. huru-hara - Perpaduan kaum yang terjalin erat dapat mengelakkan keadaan huru-hara di dalam
negara.

v. berlegar-legar - Helikopter itu berlegar-legar di udara sebelum mendarat di padang sekolah saya. vi.
berputar-putar - Gasing itu berputar-putar dengan ligat sebelum berlanggar dengan gasing lain.

b. Kenal pasti kesalahan penggunaan kata yang terdapat dalam ayat. Kemudian, betulkan
kesalahan tersebut.
1. Buah-buahan yang telah masak ranum itu jatuh bergelimpangan di atas tanah.
 bergelimpangan - bertaburan

2. Ibu memasukkan telur kuning ke dalam mangkuk lalu memukulnya hingga kembang.
 telur kuning - kuning telur

3. Penyakit aneh yang dideritai datuk memerlukan perhatian dan kajian doktor pakar.
 perhatian - pemeriksaan

4. Faiz menemukan barang kemas yang tidak ternilai harganya itu secara tidak sedar.
 sedar - sengaja

5. Adegan pihak polis kejar-mengejar perompak itu telah dirakam oleh orang ramai.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

356

 kejar-mengejar - mengejar

6. Ibu menegur abang yang memakai pakaian compang-camping ke majlis kenduri.
 compang-camping - serbah-serbih
7. Syarikat ternama itu berjaya kerana mengutamakan penghasilan dalam setiap bidang.
 penghasilan - keuntungan

8. Adik amat gembira sekali kerana dihadiahkan rantai kunci yang berumbai-rumbai.
 dihadiahkan - dihadiahi

9. Saya suka hati terhadap kanak-kanak itu kerana keletahnya yang manja dan bersahaja.  suka -
jatuh

10. Kulitnya terasa amat perit sekali apabila terkena air kerana lukanya masih belum pulih sepenuhnya.
 perit - pedih

b. Bina ayat menggunakan peribahasa di bawah bagi menjelaskan maksudnya.

1. seperti telur di hujung tanduk
Jawatan Amir di syarikat itu seperti telur di hujung tanduk apabila siswazah lepasan universiti luar
negara itu mula bekerja di syarikat yang sama.

2. sambil menyelam minum air
Ali membuat latihan Fizik sambil mendengar radio ibarat sambil menyelam minum air.

Soalan 6
Pilih satu daripada tiga kad tugasan. Kemudian, buat persembahan sama ada dalam bentuk
ceramah, syarahan, ataupun pembentangan.

Kad Tugasan 1
Hidup ini penuh dengan cabaran. Jelaskan persediaan yang anda lakukan untuk menghadapi cabaran
tersebut.

 memiliki tubuh badan yang sihat
 mempunyai emosi yang stabil – bijak menangani tekanan hidup

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

357

 mempunyai keimanan yang mantap

 memperluas ilmu pengetahuan – memiliki minda kelas pertama

 memiliki kemahiran sosial yang luas (kemahiran bahasa / kemahiran kerja
berpasukan

/ kemahiran TMK)

Kad Tugasan 2
Sektor pertanian berpotensi untuk dimajukan, namun kurang mendapat sambutan rakyat.
Bincangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut.

Kad Tugasan 3
Melancong akan menjadi suatu aktiviti yang amat menyeronokkan sekiranya dilaksanakan secara bijaksana.
Huraikan ciri-ciri pelancong yang bijaksana.

 merangka perbelanjaan untuk melancong
 menggunakan khidmat pemandu pelancong
 membuat semakan di media sosial tentang lokasi tumpuan pelancong, tempahan tiket dan sebagainya
 menentukan masa yang sesuai untuk membuat tukaran wang jika ingin melancong ke luar negara
 melakukan persediaan awal - mungkin mengalami kecederaan atau sakit ketika melancong, oleh itu

persediaan awal boleh membantu tanpa mengganggu percutian

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

358

 sentiasa dapatkan perlindungan - amalkan tabiat sihat semasa dan selepas percutian untuk mengekalkan
kesejahteraan

PENILAIAN 3 (HALAMAN 140 - 144)

Soalan 1
Lihat poster di bawah dengan telitinya. Huraikan pendapat anda tentang kebaikan membeli
barangan buatan Malaysia.

Kebaikan membeli barangan buatan Malaysia
1. Menggalakkan pembangunan industri tempatan

Apabila wujudnya banyak permintaan untuk barangan buatan Malaysia – negara terpaksa
menampung jumlah permintaan yang banyak – demi menampungnya – perlu menubuhkan kilang,
kedai dan sebagainya supaya dapat memenuhi permintaan yang semakin banyak – secara tidak
langsung mendorong pembangunan industri tempatan

2. Mengurangkan aliran keluar tukaran wang asing
Pengguna terdiri daripada rakyat tempatan – membeli daripada penjual tempatan juga – aliran wang
hanya berada dalam kitaran yang sama

3. Menyemai semangat cinta akan negara
Pembelian barangan tempatan – melambangkan semangat patriotik – membeli barangan tempatan
kerana kita menyokong produk dan orang sendiri

4. Menjimatkan perbelanjaan keluarga
• Barangan tempatan – harga yang lebih berpatutan berbanding dengan barangan import yang lebih mahal

(akibat kos pengangkutan dan cukai) – apabila membeli produk tempat – menjimatkan perbelanjaan
keluarga.

Soalan 2
Anda bercadang untuk membuka syarikat penerbitan buku. Oleh itu, anda perlu membuat
penyelidikan tentang pasaran buku di Malaysia untuk memastikan kejayaan syarikat tersebut.
Analisis kedua-dua infografik di bawah dengan telitinya. Kemudian, jelaskan ciri-ciri buku yang
akan anda terbitkan dengan memberikan alasan yang bernas.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

359

Buku yang akan saya terbitkan ialah buku akademik (ciri-ciri buku yang

mengandungi pengetahuan tentang sesuatu subjek/silibus – sama ada berbentuk buku kerja, buku

rujukan, buku untuk latihan)

• Walaupun analisis menunjukkan bahawa buku akademi merupakan pilihan kedua terbanyak (14 peratus)

berbanding dengan buku komik – tetap menjadi pilihan saya kerana….

• Lebih bermakna dan bermanfaat – kerana menyampaikan ilmu kepada

mereka yang memerlukannya

• Kurang berminat untuk menghasilkan buku yang bersifat santai (komik)
• Kadang-kadang sesetengah komik – hasil kandungannya bercanggah dengan norma masyarakat dan

budaya di negara kita – semua perkara ini harus dititikberatkan kerana ini melambangkan ciri-ciri

ketimuran – yang mementingkan adab dan sopan-santun

• Tambahan – buku akademik pada dewasa ini – juga boleh dibuat dalam bentuk komik – contohnya buku-

buku kajian KOMSAS (novel dan antologi) bagi murid tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 – begitu juga

dengan buku Sejarah

• Pasaran yang luas dan berterusan – silibus sesuatu pelajaran/subjek akan kekal untuk beberapa tahun

dan kadang-kadang untuk satu tempoh yang lama juga – buku tersebut boleh sentiasa dicetak secara

berulang – kurang perluan untuk mengubah isi kandungannya

• Berbanding dengan komik – perlu sentiasa berubah dan sentiasa memikirkan jalan cerita yang berbeza

demi memenuhi cita rasa pembaca dan mengekalkan minat mereka

• Jumlah pengguna buku akademik di negara kita juga dikira banyak - 416,743 (warga pendidik) dan

4,987,401 (bilangan murid) daripada 10,220 buah sekolah di Malaysia (Sumber:

https://www.moe.gov.my/en/statistik-menu/statistik-bilangan-sekolah-murid-guru, Julai, 2020)

Soalan 3
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis karangan yang lengkap.

a. Permainan moden seperti permainan video, permainan elektronik, dan permainan komputer semakin
diminati oleh generasi muda. Mereka semakin melupakan permainan tradisional yang tidak kurang
hebatnya.
Pada pendapat anda, apakah kelebihan permainan tradisional berbanding dengan permainan moden?
Jelaskan pendapat anda.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

360

• Mengajar kita pelbagai nilai murni (nilai kesabaran, nilai kebijaksanaan – congkak, nilai bekerjasama
– sepak takraw)

• Kebanggaan warisan budaya bangsa – dihasilkan oleh nenek moyang pada zaman dahulu dan diwarisi
sejak turun-temurun

• Aset pelancongan - mampu menjadi satu daya tarikan kepada para pelancong untuk melawat ke
negara kita.

• Mengisi masa lapang dengan berfaedah – bukan sahaja dapat mendekatkan diri dengan budaya
warisan bangsa dan mendalami nilai estetika yang ada – tidak membuang masa untuk melayan
perkara lain seperti permainan dalam talian/permainan moden yang rataratanya kurang sesuai
dengan budaya bangsa kita – kebanyakannya mempunyai unsur yang negatif (keganasan atau
kelucahan)

b. Jiran sangat penting kerana mereka ialah sahabat kita dan orang yang akan memberikan bantuan apabila
kita menghadapi kesusahan.
Bincangkan langkah-langkah untuk meningkatkan semangat kejiranan.

❖ Isi 2 – boleh ditukar ganti dengan “menggalakkan aktiviti kemasyarakatan seperti aktiviti gotong-
royong, hari keluarga, aktivit sukan dan lain-lain”

c. Anda ingin menyertai pertandingan menulis rencana tentang nilai-nilai murni yang terdapat dalam drama
tempatan. Tulis rencana tersebut selengkapnya.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

361

Format: Rencana

Nilai-nilai Murni dalam Drama Tempatan
Oleh: Jason Chan

1. Memupuk nilai kekeluargaan
• Drama Opah
• Drama Korban Kasih
• Memaparkan pelbagai suka duka dalam keluarga yang terlibat

2. Memupuk nilai setia
• Drama Budak Tebing

3. Memupuk nilai patriotisme
• Drama Legasi 69 Komando

4. Memupuk nilai positif yang lain (kebertanggungjawaban, kerajinan…..)
Soalan 4
Baca kedua-dua teks dengan telitinya dan jawab soalan-soalan berikutnya.

a. Apakah masalah yang dibincangkan oleh Cik Puan dan Eton?
✓ Masalah orang gaji yang tidak tahu menghidangkan makanan dengan betul dan memalukan mereka.

b. Pada pandangan anda, wajarkah Cik Puan memecat orang gajinya? Berikan alasan.
✓ Tidak wajar. Seharusnya membimbing orang gaji tersebut dan bukan hanya mengambil tindakan drastik

atas perkara yang tidak diketahuinya olehnya – mungkin selepas kesalahan berulang – tindakan
memecat boleh dipertimbangkan

c. Mengapakah Sultan Alau’d-Din Riayat Syah berasa masyghul?
✓ Kecurian yang leluasa di negeri baginda

d. Berdasarkan teks prosa tradisional, apakah sikap yang ditunjukkan oleh Seri Maharaja?
Berikan penjelasan.

✓ Kurang prihatin ✓ Kurang
bertanggungjawab

e. Pada pendapat anda, apakah ciri pemimpin yang baik? Jelaskan tiga ciri.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

362

✓ Prihatin – akan sentiasa ingin mengambil tahu tentang perkara-perkara yang berlaku kepada anak
buahnya/orang bawahannya

✓ Bertanggungjawab – bukan sekadar melepaskan semua perkara ke atas bahu orang bimbingan tetapi
juga akan sentiasa berusaha untuk memastikan semua perkara dilaksanakan dengan sempurna

✓ Bijak – kebijaksanaan dari sudut IQ dan EQ amat penting – tidak mahu hanya bijak dari segi akal tetapi
tidak mempunyai sifat/emosi kemanusiaan dan empati kepada orang lain.

f. Berdasarkan kedua-dua petikan, huraikan perbezaan tindakan Cik Puan dan Sultan Alau’d-Din Riayat
Syah dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Cik Puan Sultan Alau’d-Din Riayat Syah

Menyelesaikan masalah dengan cara yang Berfikir dan merancang sebelum bertindak –
“mudah” tanpa memikirkan akibatnya – pecat tidak terus menyalahkan atau memecat Seri
orang gaji Maharaja atas perkara yang berlaku

Menyerahkan masalahnya kepada orang lain – Turun ke padang sendiri – untuk melihat dan
menyuruh Eton segera mencari orang gaji yang menghadapi situasi yang sebenar – supaya jelas
baharu untuknya dan tahu tentang perkara yang

Mempertahankan tindakan sendiri dengan sebenarnya berlaku
mengatakan tidak ingin dianggap sebagai negara
yang tidak layak merdeka dan masih dijajah – Tidak memikirkan status dirinya sebagai
tetapi pada hakikatnya lebih menunjukkan sultan/raja – tetap turun ke padang untuk
sikapnya yang mementingkan air muka dan menghadapi pencuri yang berleluasa pada
darjat/status waktu malam

g. Berdasarkan kedua-dua petikan, apakah kesimpulan yang dapat anda buat tentang keadaan
masyarakat?
✓ Masyarakat tidak dapat mengelakkan diri daripada pelbagai masalah
✓ Masalah boleh wujud – dari dalaman (keluarga sendiri) ataupun luaran

Soalan 5
Jawab soalan-soalan di bawah ini.

a. Bina ayat dengan perkataan di bawah bagi menjelaskan maksudnya.

i. sehingga - Dia keletihan kerana belajar dari pagi sehingga malam.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

363

ii. seandainya - “Tolong belikan saya sekilo beras seandainya kamu pergi ke kedai,” pesan kakak kepada
adik Ali.

iii. jikalau - “Jikalau kamu tidak menyiapkan latihan tersebut, kamu pasti akan didenda oleh Cikgu
Fatimah,” kata Ali kepada Abu.

iv. sementara - Dia bekerja sambilan sementara menunggu keputusan SPMnya.

v. tatkala - Kita harus berusaha dengan rajinnya tatkala badan kita masih muda dan bertenaga. vi. bahawa

- Kami yakin bahawa perkara yang dikatakan olehnya adalah benar.

b. Kenal pasti kesalahan penggunaan kata yang terdapat dalam ayat. Kemudian, betulkan kesalahan
tersebut.

i. Mereka tidak mahu makanan yang mahal-mahal, tetapi mereka hanya memerlukan makanan yang berzat.
✓ tidak - bukan (kerana ada unsur pertentangan di belakang)

ii. Wang yang terkumpul itu ialah untuk mangsa banjir di Pantai Timur Semenanjung.
✓ ialah - adalah
iii. Kehidupan di Malaysia benar damai kerana rakyatnya saling menghormati antara satu sama lain.
✓ benar damai - damai benar

iv. Tuan Haji Ismail telah mendermakan sepertiga bahagian harta-hartanya kepada rumah anakanak yatim
dan badan kebajikan.
✓ harta-hartanya - hartanya

v. Johari menanyakan ayahnya bilakah mereka akan bertolak ke Kuala Terengganu untuk menghadiri
majlis konvokesyen abangnya.
✓ menanyakan - menanyai / bertanya kepada
✓ bilakah (kata tanya) - tentang masa / waktu

vii. Cikgu Kamil mengarahkan semua peserta perbarisan agar berdiri ke dalam bulatan dengan segera.
✓ semua peserta perbarisan - peserta perbarisan
✓ ke dalam - di dalam

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

364

✓ dengan segera - dengan segeranya (yang betul) tetapi dengan segera (kelaziman)

viii. Mereka menanti dengan bersemangat dari detik ke sedetik, jam besar di bangunan Sultan Abdul
Samad berdenting pada malam 31 Ogos itu. ✓ detik ke sedetik - sedetik ke sedetik / detik ke detik

viii. Pekerja kerajaan mahupun pekerja swasta mestilah menggunakan bahasa Melayu yang baku dalam
segenap segi.
✓ mahupun - dan
✓ dalam - dari

c. Gabungkan ayat-ayat dalam perenggan di bawah menjadi tiga ayat

sahaja dengan mengekalkan maksudnya.

Sambutan hari kemerdekaan pada setiap tahun membawa makna. Makna tersebut besar kepada masyarakat
di negara ini. Kemeriahannya memberikan makna. Kita memiliki sebuah negara. Negara itu berdaulat. Oleh
itu, setiap warganegara Malaysia perlu menyambut hari kemerdekaan.
Sambutan ini dapat menyemai rasa cinta akan negara dalam diri masing-masing.

1. Sambutan hari kemerdekaan pada setiap tahun membawa makna yang besar kepada masyarakat di negara
ini.

2. Kemeriahannya memberikan makna bahawa kita memiliki sebuah negara yang berdaulat.
3. Oleh itu, setiap warganegara Malaysia perlulah menyambut hari kemerdekaan kerana sambutan ini dapat

menyemai rasa cinta akan negara dalam diri masing-masing.

Soalan 6
Anda dan rakan menghadiri sesi temu duga pemilihan pekerja sebuah syarikat. Berdasarkan
peranan dalam rajah di bawah, jawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh penemu duga.

1. Nyatakan latar belakang diri anda secara ringkas.
2. Nyatakan sebab anda berminat untuk memohon pekerjaan ini.
3. Jelaskan pengalaman anda dalam bidang pekerjaan yang dimohon.
4. Huraikan kelebihan diri anda dalam bidang pekerjaan yang dimohon.
5. Jelaskan pendapat anda tentang cara bekerja yang baik.
6. Jelaskan perancangan masa hadapan anda.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

365

***Guru boleh melaksanakan simulasi temu duga di dalam kelas sebagai aktiviti pentaksiran kemahiran
mendengar dan bertutur.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

366

PENILAIAN 4 (HALAMAN184-188)

Soalan 1
Berdasarkan maklumat dalam Jadual Harga Purata Item Terpilih di Semenanjung Malaysia, tulis
ulasan tentang langkah-langkah yang diambil untuk menjadi pengguna yang bijak.

Langkah-langkah yang diambil untuk menjadi pengguna yang bijak ialah kita haruslah merancang pembelian
terlebih dahulu. Oleh itu, kita dapat mengetahui barang-barang yang diperlukan dan dapat menjimatkan
masa ketika membeli barangan di pasar raya. Seterusnya, kita perlulah membanding harga dengan kualiti
barangan yang hendak dibeli. Dengan ini, kita boleh mendapatkan barangan yang terbaik dan berkualiti
sekali gus menjimatkan kos membeli barangan yang lain. Seterusnya, kita tidak boleh terpengaruh dengan
kempen jualan murah yang terdapat di pasar raya. Hal ini boleh menghalang daripada berlakunya
pembaziran wang sekali gus membantutkan pembelian barangan keperluan yang lain. Kesimpulannya,
pengguna haruslah bijak membelanjakan wang mereka agar kehidupan mereka lebih teratur.

(100 patah perkataan)

Soalan 2
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis karangan dengan menggunakan bahasa yang
gramatis dan ungkapan yang menarik.

1. Setiap kaum di negara kita mempunyai pakaian tradisional yang sewajarnya dipelihara.
Jelaskan pendapat anda.

Pendahuluan
Berbicara tentang pakaian tradisional, tidak semua orang Melayu berbaju kurung atau baju Melayu, kaum
Cina tidak memakai cheongsam atau samfoo, kaum India pun tidak sentiasa memakai sari atau kurta, begitu
juga kaum-kaum lain. Pakaian mereka seringkalinya berdasarkan masa dan situasi. Umpamanya ramai yang
berpakaian kasual terutamanya kemeja-T serta berseluar jeans untuk bersantai, keluar membeli-belah atau
kegiatan harian, berpakaian kemas jika bekerja di pejabat manakala pakaian tradisional pula dipakai ketika
menghadiri pelbagai majlis. Tidak dinafikan pemakaian pakaian tradisional telah semakin berkurangan,
namun dalam keadaan tertentu, masyarakat berbilang kaum di negara ini masih memakai pakaian
tradisional masingmasing terutama ketika menghadiri majlis kenduri, majlis-majlis rasmi atau kematian.
Membeli sekurang-kurangnya sepasang pakaian tradisional yang baharu bagaikan satu kemestian ketika
menyambut perayaan-perayaan utama seperti Aidilfitri, Aidiladha, Tahun Baru Cina dan Deepavali.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

367

Persoalannya, mengapakah pakaian tradisional setiap kaum di negara kita wajar dipelihara?
Isi-isi penting
1. Untuk menunjukkan perpaduan kaum di Malaysia
Pemakaian baju kebangsaan boleh dijadikan antara satu cara bagi menyuntik semangat perpaduan kalangan
rakyat Malaysia. Tidak kira Melayu, Cina, India atau masyarakat pelbagai etnik Sabah dan Sarawak, masing-
masing mempunyai pakaian tradisional masing-masing. Sebagai contoh, cara paling mudah untuk saling
menghargai pakaian tradisional adalah dengan mengenakan pakaian kaum lain. Hal ini demikian kerana
untuk mencintai perlulah mengenal terlebih dahulu. Malahan, kita pasti teruja apabila melihat rakan yang
berbangsa India memakai baju Melayu atau baju kurung yang bukan sahaja pakaian tradisional Melayu
malah pakaian kebangsaan negara ini kerana keadaan ini memperlihatkan penerimaan kaum lain terhadap
budaya Melayu. Presiden Pakar Malayee Dr R. Nambiar berpendapat bahawa persefahaman, sikap saling
bertolak-ansur dan hormat-menghormati antara satu sama lain dapat mengeratkan hubungan sekaligus
mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum. Tegasnya, memahami
budaya, agama dan adat resam setiap kaum termasuk di Sabah dan Sarawak amat penting bagi mengelak
sebarang provokasi yang boleh memecah-belahkan rakyat dan menganggu-gugat keharmonian negara ini.

2. Pakaian tradisional semarakkan 1Malaysia
Pakaian tradisional dapat menyerlahkan identiti kepelbagaian budaya dan kaum, justeru menyemarakkan
semangat 1Malaysia dalam kalangan rakyat negara ini. Sebagai contoh, dalam satu soal jawab, yang
dipaparkan oleh satu media sosial, MYNEWSHUB.TV, majoriti responden pernah memakai pakaian
tradisional Melayu kerana pakaian tradisional Melayu merupakan lambang kebangsaan. Kemungkinan juga
para responden memakainya untuk ke majlis-majlis rasmi tertentu atau sebagai pakaian harian seperti ke
kelas ataupun ke tempat kerja. Selain itu, pakaian tradisional kaum lain juga boleh dipakai sebagai tanda
menghormati budaya, tradisi dan cara hidup kaum lain. Malahan, perbuatan sedemikian boleh
memperkukuh persefahaman terhadapat masyarakat yang berbilang bangsa di negara ini. Pakaian
tradisional juga tidak lagi dianggap sebagai pakaian kaum tertentu tetapi turut dipakai oleh kaum lain selagi
tidak mencemarkan atau salah di sisi agama. Tegasnya, kita sebagai rakyat Malaysia sewajarnya
mempelihara pakaian tradisional kerana boleh menyemarakkan semangat 1Malaysia dalam kalangan rakyat
Malaysia.

3. Pakaian tradisional dijadikan sebagai tarikan pelancong ke Malaysia.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

368

Pakaian tradisional mempunyai keunikan tersendiri mengikut kaum masing-masing yang boleh
dipromosikan kepada pelancong yang datang ke Malaysia. Sebagai contoh, keunikan pakaian tradisional
Melayu terhasil daripada reka bentuk pakaian itu sendiri. Elemen kesopanan yang ditonjolkan pada pakaian
tradisional tersebut menjadikannya suatu pakaian yang unik. Tambahan pula, kelengkapan perhiasan setiap
pakaian itu sendiri seperti butang baju, samping dan songkok menambahkan keunikan pakaian tradisional
Melayu. Oleh itu, generasi akan datang tidak akan mengetahui tentang pakaian tradisional sekiranya
pakaian tradisional Melayu dilupakan. Malah, kita akan kehilangan warisan Melayu yang telah
diperkenalkan sejak dari zaman dahulu kala lagi. Dari sudut ekonomi pula, perkembangan atau kepopularan
pakaian tradisional kepada pelancong dapat dijadikan sebagai salah satu punca pendapatan kepada negara.
Hal ini secara tidak langsung mengubah dan meningkatkan cara hidup masyarakat Malaysia apabila
ekonomi meningkat. Tuntasnya, dengan mempromosikan pakaian tradisional kepada pelancong, dapat
mempelihara warisan ini sekali gus memperkenalkan Malaysia di mata dunia.

Kesimpulan
Daripada kenyataan di atas jelaslah bahawa pakaian tradisional seharusnya dikekalkan bagi mengelakkan
warisan budaya ini pupus ditelan zaman. Hal ini demikian kerana budaya ini merupakan warisan daripada
nenek moyang kita yang harus dijaga sebaik-baiknya agar dapat diwarisi oleh generasi akan datang bahkan
boleh mendatangkan banyak kelebihan dan manfaat kepada individu, masyarakat dan negara. Oleh itu,
semua pihak haruslah memainkan peranan penting dalam menjaga dan menjadikan warisan budaya sebagai
satu identiti kaum, negara dan maruah bangsa. Kesimpulannya, pakaian tradisional setiap kaum di negara
kita wajar dipelihara dan diambil kisah oleh masyarakat kini agar warisan budaya identiti kaum dapat
diwarisi oleh generasi akan datang.

2. Anda berhasrat untuk menyertai pertandingan syarahan bersempena dengan Hari Koperasi.
Tajuk syarahan yang anda pilih ialah “Etika Berjual Beli”.
Tulis teks syarahan anda selengkapnya.

Kata alu-aluan
Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang adil lagi menegakkan kebenaran, guru-
guru dan rakan-rakan. Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan yang akan
saya sampaikan pada hari ini ialah “Etika Berjual Beli”.
Hadirin yang dihormati,

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

369

Maksud berjual beli ialah proses menjual dan membeli barangan antara peniaga dan pembeli mengikut
syarat tertentu. Oleh itu, marilah sama-sama kita telusuri etika jual beli.

Isi-isi penting.
1. Jujur ketika berurusan
Di dalam satu hadis yang bermaksud, “Suatu ketika dia (Rifa’ah RA) keluar bersama Nabi ke tempat
sembahyang lalu Baginda ternampak orang ramai sedang berjual beli. Baginda bersabda: Wahai para
peniaga! Mereka menyahut panggilan Nabi itu sambil menjenguk ke arah Baginda. Nabi bersabda: Pada hari
kiamat kelak para peniaga akan dibangkitkan sebagai orang-orang yang jahat kecuali orang yang takutkan
Allah, berbuat baik dan jujur.” (Riwayat al-Tirmizi)

Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda: “Peniaga yang jujur dan amanah akan bersamasama dengan
para Nabi, siddiqin dan para syahid.” (Riwayat al-Tirmizi).
Hal ini menunjukkan bahawa peniaga sering dikaitkan dengan perkataan ‘amanah’ atau jujur. Dalam hadis
tersebut menyatakan bahawa penjual atau peniaga haruslah bersikap jujur dalam urusan jual beli kerana
hal ini telah disarankan malah diwajibkan oleh agama. Dalam konteks sosial pula, masyarakat tidak akan
suka dan akan menjauhi peniaga yang tidak jujur. Sebagai contoh, apabila pembeli ditipu oleh peniaga,
pembeli akan berasa marah atau kecewa dengan sikap peniaga dalam urusan jual beli sekali gus
menyebabkan peniaga tidak lagi berurusan dengan peniaga. Hal ini akan menyebabkan keuntungan yang
diperoleh oleh peniaga tidak berbaloi kerana untung kini tetapi rugi kelak apa lagi wang yang diperoleh
tidak berkat dan dari sumber yang haram. Malahan, masih ada sebahagian peniaga yang masih mengurus
perniagaan mereka dengan cara menipu pada zaman ini. Oleh itu, kita hendaklah bersikap jujur ketika
berurus niaga dengan pelanggan.

2. Tidak bersumpah walaupun benar
Rasulullah bersabda: “Sumpah akan melariskan barangan, tetapi menghapuskan keberkatan.” (Riwayat al-
Bukhari dan Muslim).
Berpandukan hadis di atas, Rasulullah menyatakan bahawa sumpah untuk melariskan barangan bermaksud
bersumpah dengan menggunakan nama Allah. Ada sebahagian peniaga yang melakukan perbuatan tersebut
untuk meyakini pembeli bahawa barangan yang dijualnya adalah asli dan tidak omong-omong sahaja.
Berikutan dengan perilaku ini, agama Islam melarang umatnya bersumpah walaupun barangan itu tulen. Hal
ini demikian kerana perbuatan tersebut bukan sahaja tidak diberkati Allah malah boleh menimbulkan
fitnah. Tegasnya, peniaga haruslah berniaga dengan titik peluh mereka sendiri dan tidak mengambil jalan

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

370

singkat seperti bersumpah untuk melariskan dan mengambil perhatian pembeli kerana perbuatan ini
diharamkan oleh Islam.

3. Catatan dan saksi – digalakkan khususnya jika jual beli dilakukan dengan cara bertangguh. Allah
berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan
hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis
(hutang dan masa bayarannya) itu.” (Surah al-Baqarah: 282).

Dalam firman Allah di atas menunjukkan bahawa peniaga haruslah mencatatkan hutang atau penangguhan
bayaran pembeli dalam urusan jual beli. Saksi juga perlu bersama dengan pembeli dan penjual ketika
peristiwa penangguhan bayaran. Hal ini demikian kerana dalam Islam, hutang ialah satu amanah yang wajib
dilangsaikan oleh umatnya. Menurut Islam hutang tersebut akan dibawa ke akhirat kelak. Rasulullah ada
bersabda :
“Barang siapa yang mati dalam keadaan masih memiliki hutang, maka pada hari Akhirat tidak ada lagi
urusan dinar dan dirham, yang ada hanyalah urusan berkaitan pahala kebaikan dan dosa kemaksiatan”
(Hadith riwayat Abu Daud: (3597).

Jelaslah di sini bahawa Islam amat mengambil berat tentang hutang. Oleh itu, pembeli haruslah
melaksanakan hutang yang ada terlebih dahulu. Lebih baik menjauhi dan meninggalkan perbuatan suka
berhutang. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik daripada mengubati.

Kesimpulan
Secara amnya, perniagaan merupakan aktiviti yang dituntut oleh agama Islam, Rasullah sendiri merupakan
peniaga yang berjaya dalam perniagaan. Oleh itu, etika perniagaan perlulah dituruti berpandukan Syariah.
Islam menuntut umatnya supaya sempurna dalam segala aspek kehidupan dan mengikut peraturan-
peraturan yang telah ditetapkan untuk menjaga dan melidungi individuindividu dari melanggar batas-batas
yang telah ditentukan oleh syarak. Begitu juga dengan dunia perniagaan yang mempunyai etika perniagaan,
yang harus difahami dan diamalkan oleh setiap peniaga.

3. Penduduk di seluruh dunia berkongsi alam sekitar yang sama.
Huraikan usaha-usaha yang dilaksanakan oleh negara-negara dunia untuk memelihara dan memulihara
alam sekitar.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

371

Alam sekitar ialah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira bangsa, agama
dan negara. Alam sekitar ini termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai
dan laut. Namun demikian, mutakhir ini, arus modenisasi menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai
projek sosioekonomi dijalankan dengan begitu rancak namun secara tidak sedar alam sekitar sudah terjejas.
Kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menyatakan sebanyak 3.3 juta manusia mati setiap
tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Bilangan tersebut tiga kali lebih tinggi daripada jumlah kematian
yang disebabkan oleh kemalangan kenderaan. Di Malaysia, kerajaan telah mengimplementasikan Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengandungi peruntukan yang bertujuan mencegah, menghapus, mengawal
pencemaran serta memperbaiki kualiti alam sekeliling dan daripada pencemaran meliputi pencemaran air,
udara, bunyi, tanah dan laut, namun pencemaran masih berlaku secara berleluasa. Sebagai penduduk dunia
yang bertanggungjawab, kita seharusnya mensyukuri nikmat pemberian Tuhan yang amat berharga ini.
Persoalannya, apakah usaha-usaha yang dilaksanakan oleh negara-negara dunia untuk memelihara dan
memulihara alam sekitar?

Antara usaha yang boleh diambil oleh negara-negara dunia untuk memelihara dan memulihara
alam sekitar adalah menjalankan proses “Penghutanan Semula”. Penghutanan semula ialah kegiatan
menanam semula hutan yang telah ditebang dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu.
Melalui cara ini kelembapan suhu dapat dikekalkan dan seterusnya masalah peningkatan suhu alam sekitar
dapat dielakkan. Tabung Hidupan Liar (WWF) menyatakan bahawa hutan yang terjejas teruk ialah hutan
Amazon dan Cerrado di Brazil, hutan Amazon di Bolivia, Paraguay, Argentina begitu juga di Madagascar,
Sumatera dan Borneo di Indonesia dan di Malaysia akibat pembalakan. Sebagai contoh, di Malaysia,
pelbagai jenis pokok seperti pokok jenis pain, batai, dan sesenduk telah ditanam oleh Jabatan Perhutanan
Malaysia di Bukit Tinggi, dan di Hutan Simpan Kemasul, di negeri Pahang dan Hutan Simpan Paya Laut, di
negeri Perak. Tegasnya, penghutanan semula wajar dilakukan oleh negara-negara dunia untuk memelihara
dan memulihara alam sekitar.

Selain itu, negara-negara dunia mewajibkan para petani mereka mengamalkan “Penggunaan Baja
Organik” untuk memlihara alam sekitar. Mereka digalakkan menggunakan baja organik atau baja asli
daripada najis haiwan seperti najis lembu dan ayam serta sisa-sisa tanaman untuk menggantikan
penggunaan baja kimia. Sebagai contoh, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu
campuran najis burung dan kelawar sebagai baja. Mereka menggunakan baja organik untuk menambahkan
kesuburan tanah. Baja organik juga lebih murah, tidak perlu diproses, dan tidak mencemarkan alam sekitar.
Selain itu, penghasilan kompos juga penting dalam penyediaan tanaman di kawasan pertanian untuk
mengurangkan pencemaran alam dengan menghidupkan kembali tanah yang sudah mati akibat

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

372

penggunaan baja dan racun kimia. Kaedah Kompos yang diterapkan adalah dengan menggunakan tinja
kambing dan habuk kayu bagi menghasilkan baja mesra alam yang tidak mencemarkan alam sekitar seperti
baja kimia. Tuntasnya, penggunaan baja organik wajar digunakan oleh semua petani dunia untuk
memelihara dan memulihara alam sekitar.

Usaha-usaha seterusnya yang boleh diambil oleh negara-negara dunia untuk memelihara dan
memulihara alam sekitar adalah dengan mewajibkan petani-petani mereka menggunakan “kaedah Biologi”
di ladang-ladang atau di kebun-kebun. Profesor Madya Dr. Hafidzi Mohd Noor dari Universiti Putra Malaysia
menyatakan dalam surat khabar The Star, 16 Januari 2017, beliau menjelaskan bahawa burung hantu
merupakan satu bentuk kawalan biologi untuk tikus di ladang kelapa sawit kerana burung hantu jantan
boleh menangkap 10 ekor tikus untuk dibawa ke sarangnya pada waktu malam. Contoh yang boleh diambil
ialah, para peladang kelapa sawit di Malaysia dan di Indonesia telah menggunakan ular, burung helang
untuk menangkap tikus, burung, dan tupai yang merosakkan buah kelapa sawit. Sungguhpun kedah biologi
ini jarang digunakan oleh peladang moden di seluruh dunia kerana mereka berpendapat bahawa kaedah ini
dianggap sudah ketinggalan zaman. Namun sebenarnya, kaedah biologi yang digunakan ini dapat
mengurangkan penggunaan racun serangga dan racun rumpai yang menyebabkan berlakunya pencemarkan
alam sekitar. Jelaslah bahawa negara-negara dunia wajar mewajibkan petani-petani mereka menggunakan
kaedah biologi untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.

Usaha yang lain yang dilakukan oleh negara-negara dunia untuk memelihara dan memulihara alam
sekitar adalah mengadakan Hari Alam Sekitar. Setiap tahun, seluruh dunia akan menyambut Hari Alam
Sekitar setiap 5 Jun. Hari ini disambut untuk menyedarkan rakyat dunia bahawa alam sekitar amat
bermakna kepada mereka. Ini adalah disebabkan masalah pencemaran alam sekitar berpunca daripada
tangan-tangan kotor individu yang tidak bertanggungjawab dalam kalangan masyarakat dunia bagai enau
dalam belukar melepaskan ucuk masing-masing. Mereka tiada kesedaran sivik dan sering memandang
enteng tentang isu alam sekitar yang kini menjadi hidangan wajib dalam berita-berita yang dipaparkan
dalam media massa arus perdana. Sebagai contoh, sesetengah individu, mereka akan sewenang-wenangnya
membuang sampah meratarata tanpa menghiraukan keadaan persekitaran. Walhal, jika direnungkan andai
ada seratus orang individu yang bersikap sedemikian sudah semestinya alam sekitar akan menjadi kotor dan
dipenuhi dengan sampah-sarap. Perbuatan tidak bertanggungjawab seperti membuang sampah ke dalam
sungai dan longkang telah menyebabkan berlakunya pencemaran air sedangkan air merupakan medium
utama dalam melestarikan kelangsungan hidup. Selain itu, ada individu yang membuang puntung-puntung
rokok dan melakukan pembakaran secara terbuka sehingga menyebabkan kebakaran yang serius lantas

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

373

menyebabkan pencemaran udara. Tegasnya, mengadakan Hari Alam Sekitar merupakan usaha-usaha yang
dilakukan oleh negara-negara dunia untuk memelihara dan memulihara alam sekitar.

Daripada kenyataan di atas jelaslah bahawa pelbagai usaha telah dijalankan oleh negaranegara
dunia untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Marilah kita sebagai penduduk dunia berganding
bahu bagai aur dengan tebing bersama-sama menyahut usaha-usaha memelihara dan memulihara alam
sekitar agar sentiasa terpelihara untuk tatapan generasi akan datang. Harapan, minda penduduk di seluruh
dunia berubah agar masalah pemanasan global, pencemaran sungai, pembalakan dan sebagainya akan
dapat diatasi. Kesimpulannya, selagi kita semua hidup di bumi dan di langit yang sama, kita hendaklah
bersama-sama berusaha untuk membina satu bumi dan kehidupan yang lebih berkualiti, bersih, segar, dan
cantik dengan bermula menghargai dan memulihara alam sekitar.

Soalan 3
Fahami bahan grafik di bawah. Kemudian, cadangkan langkah-langkah mengatasi
masalahmasalah pencemaran plastik berserta sebab langkah tersebut dijalankan.

Langkah-langkah mengatasi masalah-masalah pencemaran plastik ialah kerajaan mengadakan kempen 3R.
Kempen ini amat signifikan kerana bahan-bahan buangan atau barangan terpakai akan dibuang ke tempat
yang sepatutnya sekaligus pencemaran dapat dikurangkan. Contohnya, sampah sarap dan bahan buangan
yang ada di tempat pelupusan sampah boleh menjejaskan kesihatan dan keselamatan orang yang menetap
di kawasan berhampirannya. Longgokan sampah tersebut akan menjadi tumpuan haiwan pembawa
penyakit dan berbahaya seperti nyamuk, tikus, ular dan lipas. Selain itu, kerajaan juga boleh
menguatkuasakan undang-undang. Sebagai contoh, pihak berkuasa mengenakan denda atau hukuman
berat terhadap pesalah yang mencemarkan alam sekitar. Selain itu, kerajaan juga boleh menetapkan
penggunaan plastik pada hari tertentu untuk mengurangkan penggunaan plastik. Sebagai contoh, hari Sabtu
dan Ahad boleh dijadikan hari tanpa plastik. Kesimpulannya, semua pihak perlu mengambil berat tentang
penggunaan plastik supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar pada masa akan datang.

Soalan 4
Baca petikan dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.

a. Nyatakan maksud keseluruhan pantun.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

374

Maksud keseluruhan pantun Pembawa Hajat ialah keinginan seseorang pemuda menjadikan seorang
perempuan sebagai isterinya. Ketika upacara meminang, pihak lelaki telah membawa tepak sirih sebagai
pengganti diri lelaki tersebut.

b. Berikan maksud kosa kata yang bercetak tebal.
i. kerudung - tudung kepala / penutup kepala
iii. peminangnya - syarat-syarat ii. lirih - perlahan-
lahan iv. kabullah - lulus / bersetuju

c. Bagaimanakah Tun Mamad boleh berada di puncak Gunung Ledang?
Tun Mamad boleh berada di puncak Gunung Ledang kerana dia telah dititahkan oleh Sultan Mahmud Syah
untuk meminang Puteri Gunung Ledang.

d. Pada pendapat anda, mengapakah Puteri Gunung Ledang mengemukakan syarat kepada Sultan Mahmud
Syah?

Pada pendapat saya, Puteri Gunung Ledang mengemukakan syarat kepada Sultan Mahmud Syah kerana
baginda hendak menolak pinangan Sultan Mahmud Syah secara halus kerana tidak mahu sultan berkecil
hati. Selain itu, Puteri Gunung Ledang hendak menguji sejauh mana kecintaan dan pengorbanan Sultan
Mahmud syah terhadapnya. Seterusnya, Puteri Gunung Ledang hendak menyatakan secara halus bahawa
martabatnya lebih tinggi daripada Sultan Mahmud Syah.

e. Dalam istiadat peminangan, pantun digunakan sebagai pembuka bicara. Dalam istiadat peminangan juga,
pihak wanita boleh mengemukakan syarat yang wajar dipenuhi oleh pihak lelaki yang ingin meminangnya.

Pada pendapat anda, adakah kedua-duanya masih boleh diteruskan pada zaman ini?
Jelaskan alasan anda.
Pada pendapat saya, pantun masih boleh digunakan sebagai pembuka bicara dalam istiadat peminangan
kerana berbalas pantun antara pihak lelaki dan pihak perempuan akan menambahkan lagi keceriaan ketika
majlis peminangan berlangsung. Selain itu, jika pantun digunakan selalu dalam istiadat peminangan, pantun
tidak akan luput ditelan zaman. Dalam istiadat peminangan juga, pihak wanita boleh mengemukakan syarat
yang wajar dipenuhi oleh pihak lelaki yang ingin meminangnya agar perempuan tersebut tidak terasa
tertipu dan menyesal setelah dia berkahwin nanti. Sebagai contoh, calon suaminya tersebut mestilah
mempunyai latar belakang agama dan ekonomi yang kukuh agar dia mampu menyara perempuan tersebut
setelah berkahwin.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

375

Soalan 5
Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

1. Berdasarkan ayat-ayat di bawah:

i. Kenal pasti dan gariskan bahagian subjek dan predikat.
ii. Kenal pasti dan tulis pola ayat.

a. Suara penyanyi itu amat merdu sekali.

i. Subjek : Suara penyanyi itu

Predikat : amat merdu sekali ii Pola

ayat : Frasa Nama + Frasa Adjektif

b. Puan Maria suka menjahit pakaian anak-anaknya sendiri.

i. Subjek : Puan Maria

Predikat : suka menjahit pakaian anak-anaknya sendiri ii

Pola ayat : Frasa Nama + Frasa Adjektif

c. Pemuda yang segak itu dari sebuah negeri di utara Semenanjung.

i. Subjek : Pemuda yang segak itu

Predikat : dari sebuah negeri di utara Semenanjung ii

Pola ayat : Frasa Nama + Frasa Sendi Nama

d. Kanak-kanak yang sedang tertawa itu johan pertandingan syarahan alam sekitar.

i. Subjek : Kanak-kanak yang sedang tertawa itu

Predikat : johan pertandingan syarahan alam sekitar ii

Pola ayat : Frasa Nama + Frasa Nama

2. Berdasarkan ayat-ayat di bawah:
i. Tukar susunan ayat kepada susunan songsang.
ii. Cerakinkan ayat kepada ayat-ayat tunggal.

a. Kita hendaklah berjimat cermat dalam penggunaan air dan tenaga elektrik.

Susunan songsang

1. Hendaklah berjimat cermat dalam penggunaan air dan tenaga elektrik

kita.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

376

2. Hendaklah kita berjimat cermat dalam penggunaan air dan tenaga elektrik
.

3. Dalam penggunaan air dan tenaga elektrik kita hendaklah berjimat
cermat.

Ayat tunggal

1. Kita hendaklah berjimat cermat dalam penggunaan air. 2.
Kita hendaklah berjimat cermat dalam penggunaan elektrik.

b. Pembakaran terbuka dilarang sama sekali agar jerebu tidak bertambah buruk.

Susunan songsang 1. Dilarang sama sekali agar jerebu tidak bertambah buruk pembakaran
Ayat tunggal terbuka.

2. Dilarang sama sekali pembakaran terbuka agar jerebu tidak bertambah
buruk.

3. Agar jerebu tidak bertambah buruk pembakaran terbuka dilarang sama
sekali.

1. Pembakaran terbuka dilarang sama sekali.
2. Jerebu tidak bertambah buruk.

c. Kilang itu menawarkan potongan harga bagi semua barangan kerana akan berpindah ke kawasan lain

tidak lama lagi.

Susunan songsang

1. Menawarkan potongan harga bagi semua barangan kerana akan

berpindah ke kawasan lain tidak lama lagi kilang itu.

2. Menawarkan potongan harga bagi semua barangan kilang itu kerana akan

berpindah ke kawasan lain tidak lama lagi.

Ayat tunggal

1. Kilang itu menawarkan potongan harga bagi semua barangan.

2. Kilang itu akan berpindah ke kawasan lain tidak lama lagi.

d. Sulaman manik dan labuci dapat dipelajari dengan mudahnya melalui video.
Susunan songsang

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

377

Ayat tunggal 1. Dapat dipelajari dengan mudahnya melalui video sulaman manik dan
labuci.

2. Dapat dipelajari dengan mudahnya sulaman manik dan labuci melalui
video.

1. Sulaman manik dapat dipelajari dengan mudahnya melalui video.
2. Sulaman labuci dapat dipelajari dengan mudahnya melalui video.

e. Rebana sejenis alat muzik tradisional yang diperbuat daripada kulit kambing.

Susunan songsang 1. Sejenis alat muzik tradisional yang diperbuat daripada kulit kambing
Ayat tunggal rebana.

1. Rebana sejenis alat muzik tradisional.
2. Rebana diperbuat daripada kulit kambing.

Soalan 6
Dalam kumpulan, pilih satu daripada kad tugasan di bawah dan buat persediaan secara individu.
Kemudian, persembahkan tugasan dalam kumpulan.

1. Kesenian dan kebudayaan sesuatu kaum sudah tidak relevan lagi pada zaman sains dan teknologi ini.
Bincangkan.

Kesenian ialah sesuatu yang berkaitan keindahan atau kehalusan, manakala kebudayaan ialah cara hidup
yang merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir. Di Malaysia, rakyatnya terdiri daripada
masyarakat berbilang kaum. Antara kaum yang terbesar di Malaysia ialah masyarakat Melayu, India, dan
Cina. Antara seni serta budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia ialah:

Orkestra Cina
Orkestra Cina ialah sebuah persembahan yang terkenal dalam kalangan masyarakat Cina di Malaysia.
Persembahan ini menggabungkan muzik elemen Cina dan Barat. Persembahan ini menggunakan instrumen
tradisional Cina seperti Erhu, Pipa dan Dulsimer. Orkestra ini juga menggunakan gubahan lagu-lagu
tradisional masyarakat Cina dan lagu rakyat Melayu serta diselitkan dengan muzik Barat secara kotemperari.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

378

Kolattam
Tarian Kolattam merupakan salah satu seni persembahan tarian tradisional yang popular dalam kalangan
masyarakat India. Kebiasaannya, tarian ini dipersembahkan oleh sekumpulan kanakkanak atau remaja.
Perkataan Kolattam ialah gabungan dua patah perkataan Tamil iaitu ‘kol’ yang membawa maksud kayu
pendek, manakala ‘attam’ bermaksud tarian. Jadi, perkataan kolattam membawa maksud sebuah tarian kayu.
Antara tiga instrumen utama yang digunakan ketika tarian ini dipersembahkan ialah Thavil, Pambai dan
Urumi. Minimum penari yang mempersembahkan tarian kolattam ialah seramai 4 orang manakala
maksimumnya pula ialah seramai 20 orang penari. Tarian ini ditarikan secara berpasangpasangan. Kesemua
penari lelaki dan perempuan memakai pakaian tradisi India.

Kuda Kepang
Kuda kepang merupakan salah satu tarian popular masyarakat Melayu. Kuda kepang atau tarian berbentuk
pahlawan berkuda berasal dari Jawa, Indonesia dan kemudian dibawa ke Semenanjung Tanah Melayu, di
negeri Johor. Kebiasaannya, tarian kuda kepang ini terdiri daripada 9 orang penari diiringi dengan alunan
gedang dan gong. Gedang dipalu mengikut irama, manakala gong pula dimainkan bagi menyedapkan bunyi
muzik pengiring.
Para penari biasanya akan mengenakan pakaian seragam dan kemudiannya menari mengikut rentak muzik
dengan lenggokkan serta gerakkan patung kuda ke kiri dan ke kanan seakan-akan sedang menunggangnya.
Cabaran paling getir yang kita hadapi kini ialah generasi muda lebih kenal permainan moden serta gajet-gajet
canggih. Masa mereka banyak diisi dengan permainan video di internet berbanding melibatkan diri dalam
aktiviti kesenian dan kebudayaan kaum mereka sendiri.
Oleh itu, untuk menarik murid-murid supaya meminati kesenian dan kebudayaan kaum di Malaysia, sekolah
memainkan peranan penting dengan menubuhkan kelab kebudayaan dan kesenian. Di sekolah, murid
sekolah dapat menonjolkan bakat mereka di samping membantu mengembangkan seni budaya dan warisan.
Selain itu, sekolah juga membantu bagi melahirkan murid yang berkebolehan, berdaya saing dalam
mempertingkatkan pembangunan dan perkembangan mutu seni budaya dan warisan agar tak lapuk ditelan
zaman.
Kesimpulannya, kesenian dan kebudayaan sesuatu kaum itu masih relevan pada zaman sains dan teknologi
masa kini. Nilai-nilai ini jika tinggalkan akan menjadi satu kerugian kepada generasi akan datang jika kesenian
tradisi yang sudah lama bertahan diganti dengan nilai-nilai yang belum tentu sesuai dengan keperibadian
bangsa di negara kita. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia wajiblah terus memelihara serta menjaga seni,
budaya dan warisan agar tidak terus hayut dibawa arus kemodenan.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

379

2. Cadangkan satu jenis jualan untuk menambah dana persatuan berserta alasan bagi cadangan tersebut.
Setelah itu, berundinglah dengan ahli yang lain bagi memilih cadangan jualan yang terbaik dan yang paling
menguntungkan.

Jenis jualan untuk menambah dana persatuan ialah menjual burger.

i. Burger makanan yang ringkas dan mudah disediakan.
Penjual hanya perlu memanaskan roti yang telah dibelah dua, memanaskan daging burger dan memotong
sayur-sayuran seperti timun, tomato, salad, atau menyagat kubis. Untuk menyedapkan rasa burger, penjual
perlu manambah mayonis dan sos cili di atas daging burger tersebut.

ii. Burger dimakan oleh semua lapisan masyarakat. Burger dimakan oleh semua lapisan umur
tanpa mengira kaum.

iii. Keuntungan berganda.
Menjual burger mendatangkan keuntungan yang besar kepada penjual. Penjual mendapat keuntungan
sekali ganda atau satu setengah ganda daripada hasil jualan sebiji burger.

iii. Kerugian yang minimum.
Jika jualan tidak habis dijual, roti, daging burger, dan sayur boleh disimpan untuk dijual keesokan harinya.

iv. Harga burger berpatutan dan mampu dibeli oleh semua orang.
Burger bukanlah makanan yang mewah dan mahal tetapi mampu dibeli oleh semua orang.

3. Cara hidup moden merupakan penyumbang utama kerosakan alam sekitar.
Bahaskan.

Alam sekitar ialah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia
banyak bergantung kepada sumber-sumber semula jadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini
seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung
sebagai pasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian
juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan.
Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Namun, di
sebalik memberi keselesaan kepada manusia, alam sekitar banyak terjejas teruk akibat cara hidup moden
manusia masa kini.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

380

Kerakusan manusia membangunkan kawasan hutan untuk pembangunan menyebabkan berlakunya
kerosakan alam sekitar. Hal ini boleh menyebabkan cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan
suhu. Orang ramai juga tidak boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah kerana terdapat gangguan yang
boleh menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa. Di samping itu, aktivti riadah tidak boleh
dijalankan dalam keadaan udara tercemar dan akan mengganggu tahap kesihatan kita. Tegasnya,
pembangunan menyebabkan kerosakan alam sekitar.

Seterusnya kerosakan alam sekitar juga berlaku akibat pengunaan gas klorofluorokarbon (CFC) yang
mengandungi klorin secara berleluasa. Hal ini boleh menyebabkan berlakunya penipisan ozon sekaligus
merosakan alam sekitar. Sebagai contoh, masyarakat yang mengamalkan gaya hidup moden masa kini
menggunakan pendingin hawa secara tidak terkawal. Ekoran daripada hal ini menyebabkan pemanasan
global berlaku sehinggakan ais di Antartika menjadi cair dan menyebabkan kenaikan paras air laut. Oleh hal
yang demikian menyebabkan ekosistem hidupan terjejas. Tuntasnya, penggunaan CFC secara berleluasa
untuk menikmati gaya hidup moden boleh menyebabkan kerosakan alam sekitar.

Penggunaan kenderaan tidak terkawal juga penyumbang kepada kerosakan alam sekitar. Sebagai
contoh, mereka yang mengamalkan gaya hidup moden bebas menggunakan pelbagai kenderaan untuk
kegunaan mereka. Pelepasan gas beracun seperti karbon dioksida dan sulfur dioksida oleh kenderaan
tersebut memberikan kesan negatif kepada alam sekitar. Keadaan ini menyebabkan pencemaran udara,
pencemaran bunyi dan pencemaran bau terhasil. Melihat dari sudut gas karbon dioksida, menyebabkan
peningkatan suhu bumi kerana gas tersebut menjadi satu perisai yang memerangkap suhu daripada keluar
ke atmosfera. Gas sulfur dioksida pula menyebabkan hujan asid berlaku. Hal ini amat membimbangkan
semua pihak kerana hujan asid ini boleh menyebabkan kesulitan kepada kita malah kepada alam sekitar.
Tegasnya, kerosakan alam sekitar boleh terjadi disebabkan penggunaan kenderaan secara tidak terkawal
untuk menikmati gaya hidup moden.

Daripada kenyataan di atas jelaslah bahawa alam sekitar amat penting kepada manusia dan haiwan.
Harapan agar pihak berkuasa menguat kuasakan undang-undang supaya tidak berlaku kerosakan alam
sekitar walaupun manusia kini mengamalkan gaya hidup moden. Marilah kita bersama-sama berganding
bahu bagai aur dengan tebing memupuk kesedaran masyarakat bagi meningkatkan pengetahuan,
kesedaran dan penyertaan orang ramai pentingnya alam sekitar. Kesimpulannya, gaya hidup moden dan
penjagaan alam sekitar wajar diseimbangkan agar kehidupan masyarakat lebih ceria dan generasi masa
hadapan dapat menikmatinya.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

381

PENILAIAN 5 (HALAMAN 228 - 232)

Soalan 1

Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi pada era ini memangkin kecemerlangan
murid.

Tulis pendapat anda tentang manfaat teknologi ini dalam kalangan murid.

Bil Manfaat Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kesan
dalam Kalangan Murid

1 Meningkatkan kefahaman murid terhadap Murid lebih memahami topik yang diajar oleh

pelajaran. guru.

Guru dapat mempelbagaikan kaedah PdPc dan Murid mempunyai keyakinan terhadap ilmu
tidak mengajar dengan menggunakan teknik yang disampaikan oleh guru.
kuliah. Penggunaan ICT membolehkan guru

menerangkan sesuatu topik dengan lebih

mendalam.

Sebagai contohnya,penggunaan Powerpoint
menjadikan murid lebih memahami topik yang
diajar oleh guru.

2 Membuka ruang untuk pembelajaran kendiri. Murid dapat membuat latihan kendiri untuk

TMK juga menyediakan murid dengan koleksi memantapkan pemahaman mereka

soalan peperiksaan untuk membantu mereka terhadap topik-topik tertentu.

menguasai tajuk yang dipelajari. Murid mendapat soalan peperiksaan dengan
mudah dan memperoleh kecemerlangan dalam
Pembelajaran secara dalam talian melalui guru peperiksaan.
pakar, tutor dan guru cemerlang mata pelajaran
yang mengadakan webminar, kelas terbuka
dalam talian dan bengkel.

3 Memudahkan proses mengakses maklumat. Murid dapat mencari pelbagai maklumat yang
Dengan adanya peranti elektronik dan capaian berguna untuk memantapkan ilmu pengetahuan
Internet yang mantap, maklumat dapat dicari mereka.

hanya di hujung jari dengan mengakses kepada

laman pencarian maklumat seperti Google,

Yahoo, Safari dan

Firefox.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

382

4 Menjadikan proses pembelajaran lebih Murid menjadi lebih aktif dan memberikan
tumpuan ketika belajar.
seronok.
Murid sentiasa menerokai pelbagai cabang ilmu
Penggunaan TMK amat sesuai untuk dijadikan yang berkaitan dengan TMK bagi
sebagai alat yang boleh membantu guru-guru
dalam proses PdPc, kerana alat-

alat ini dapat menarik minat murid-murid dalam menghasilkan tugasan yang cemerlang.
proses PdPc dalam dan luar bilik darjah.
Sementara itu, TMK juga dapat digunakan sebagai
sumber pencarian maklumat bahan ilmiah di
Internet dan aplikasi atas talian yang lain.
Pengajaran yang disertakan dengan bahan bantu
belajar yang sebegini dapat menarik minat
muridmurid di dalam sesuatu bidang tertentu.

Soalan 2
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis karangan yang lengkap dengan menggunakan
ungkapan yang menarik dan bahasa yang gramatis.

a. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi mempengaruhi pertambahan penggunaan media
sosial dalam kalangan remaja di negara ini.
Pada pendapat anda,bagaimanakah golongan remaja dapat memanfaatkan media sosial?

Cara golongan remaja boleh memanfaatkan media sosial:
➢ Berkongsi ilmu dengan orang lain
➢ Bertanya khabar dengan ahli keluarga
➢ Mencari peluang pekerjaan
➢ Mempromosikan barangan
➢ Menambahkan kenalan

b. Saban hari kita dipaparkan dengan berita kemalangan jalan raya di surat khabar atau siaran berita.
Kemalangan di jalan raya seperti tiada kesudahannya.
Tulis rencana tentang penyelesaian terbaik bagi menangani masalah ini untuk disiarkan dalam majalah
sekolah anda.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

383

Format Rencana : Tajuk Rencana dan Penulis Rencana
Penyelesaian terbaik untuk menangani masalah kemalangan jalan raya:
➢ Pengguna jalan raya mematuhi peraturan jalan raya
➢ Pengguna jalan raya memastikan kenderaan berfungsi dengan baik sebelum memulakan perjalanan.
➢ Kerajaan mengadakan Kempen Keselamatan Jalan Raya secara berterusan.
➢ Media massa dan media elektronik sentiasa menyiarkan maklumat tentang keselamatan di jalan raya.

c. Hubungan antara negara serantau patut disemarakkan kerana memberikan pelbagai manfaat.
Bincangkan.

Manfaat hubungan serantau:
➢ Menjamin hubungan politik negara
➢ Mudah memperoleh bantuan
➢ Dapat meningkatkan taraf pendidikan
➢ Pemindahan teknologi moden

d. E-sukan mempunyai tarikan tersendiri dalam kalangan remaja. Namun begitu,ada segelintir ibu bapa
kurang menggalakkan anak-anak menceburi sukan ini.
Ulas pernyataan di atas.

Kebaikan E-sukan kepada remaja:
➢ Pertandingan dalam talian Mobile Legends menjadi pilihan anak muda kerana permainan ini dapat

memberikan impak besar kepada mereka dengan berfikiran kritis, inovatif dan kreatif ketika
mengendalikan permainan.
➢ Sumber pendapatan
➢ Memupuk semangat bekerjasama sesama ahli
➢ Dapat menghilangkan stres
➢ Mampu meningkatkan imej negara (pertandingan di peringkat antarabangsa)

e. Golongan remaja kurang meminati bidang pertanian dan penternakan sedangkan tenaga pekerja dalam
sektor ini amat diperlukan.
Jelaskan langkah-langkah yang dapat diambil bagi mengatasi masalah ini.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

384

Langkah-langkah untuk menggalakkan golongan remaja meminati bidang pertanian

dan penternakan:
➢ Kerajaan menawarkan peluang pekerjaan yang luas dalam bidang pertanian dan penternakan.
➢ Ibu bapa melatih anak-anak sejak kecil agar meminati bidang pertanian dan penternakan.
➢ Sekolah mewujudkan kelab pertanian / subjek berkaitan pertanian.
➢ Kerajaan mengubah persepsi remaja tentang pertanian dan penternakan.

Soalan 3
Fahami infografik di bawah. Kemudian, tulis pendapat anda tentang punca ketagihan gajet dalam
kalangan kanak-kanak dan cadangkan satu langkah untuk mengatasinya.

Punca ketagihan gajet dalam kalangan kanak-kanak:
➢ Kemudahan Internet di rumah
➢ Harga gajet mampu milik
➢ Gajet menyediakan pelbagai bentuk permainan seperti Pub G, Dota, Mobile Legend.

Langkah untuk mengatasi ketagihan gajet:
➢ Ibu bapa mengawal penggunaan gajet dalam kalangan anak-anak.

Soalan 4
Baca bahan dengan telitinya dan kemudian jawab soalan-soalan yang diberikan.

a. Apakah maksud difteria?
Maksud difteria ialah jangkitan akut yang menjejaskan sistem pernafasan.

b. Siapakah yang kerap dijangkiti penyakit difteria?
Penyakit ini kerap menjangkiti kanak-kanak yang berumur di bawah 15 tahun dan belum mendapat
imunisasi. Selain itu, penyakit ini juga turut dikesan dalam kalangan orang dewasa di kawasan yang tidak
mendapat imunisasi.

c. Jelaskan langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan penyakit ini.
Langkah-langkah pencegahan yang boleh diambil untuk mengelakkan penyakit ini :
✓ Kita boleh mengambil suntikan pelalian.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

385

✓ Mengambil vaksin lima serangkai ketika berusia dua bulan, tiga bulan, lima bulan, 18 bulan dan tujuh
tahun.

d. Apakah cadangan anda untuk membantu pencegahan penularan penyakit difteria?
✓ Ibu bapa memastikan anak-anak diberikan vaksin lima serangkai.
✓ Media massa / media elektronik menyebarkan maklumat berkaitan penyakit difteria kepada masyarakat
secara berterusan.
✓ KKM menyebarkan risalah berkaitan penyakit difteria kepada masyarakat.

e. Sejauh manakah penularan penyakit berjangkit memberikan kesan

negatif kepada pembangunan negara?
✓ Mereka yang terlibat mungkin tidak akan aktif, produktif dan asertif dari segi guna tenaga pada masa

depan.
✓ Kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang banyak untuk menyediakan infrastruktur dan infostruktur

perubatan dan tenaga pakar.

Soalan 5
Jawab soalan-soalan di bawah ini.

a) Bina satu ayat bagi setiap perkataan dalam pasangan perkataan di bawah untuk menunjukkan perbezaan
maksudnya.

i. menghiasi - menghiaskan
➢ Gambar-gambar yang indah menghiasi ruang tamunya.
➢ Dia menghiaskan gambar-gambar pemandangan yang indah di ruang tamunya.

ii. membesar - membesarkan
➢ Setiap benda yang hidup pasti akan membesar.
➢ Pak Ali akan membesarkan rumahnya pada minggu hadapan.

iii. menjauhi - menjauhkan
➢ Kita hendaklah menjauhi penyalahgunaan dadah.
➢ Remaja perlu menjauhkan diri daripada perkara-perkara yang negatif.

iv. peninju - petinju

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

386

➢ Kekuatan peninju Muhamad Ali dapat menumbangkan seekor anak gajah.
➢ Muhamad Ali merupakan seorang petinju yang terkenal,

v. pedalaman - pendalaman
➢ Kawasan pedalaman di Sabah telah dilengkapi dengan kemudahan jalan raya.
➢ Proses pendalaman sungai itu mengambil masa selama sebulan.

vi. penemuan – pertemuan
➢ Penyelidikan yang dijalankan oleh para saintis telah membawa kepada penemuan vaksin yang boleh
melawan virus H1N1.
➢ Kuala Lumpur terletak di pertemuan Sungai Gombak dengan Sungai Kelang.

b) Baca petikan di bawah dengan telitinya. Kemudian, kategorikan ayat dalam petikan tersebut mengikut
jenis ayat

1. Ayat seruan:
i. Wahai,rakan-rakan sekalian! ii. Syabas,jika anda
mengambil berat tentang kebersihan!

2. Ayat tanya:
i. Adakah anda menjaga kebersihan tempat tinggal?
ii. Apakah yang perlu anda lakukan terhadap bekas-bekas itu?

3. Ayat perintah:
i. Jangan biarkan air bertakung di dalam bekas-bekas yang tidak digunakan. (Ayat larangan) ii.
Simpan dan susun bekas tersebut di tempat yang selamat. (Ayat permintaan)

4. Ayat penyata:
i. Nyamuk Aedes membiak di tempat air bertakung.

5. Ayat majmuk pancangan keterangan harapan:
i. Kebersihan amat penting agar ahli keluarga anda tidak dijangkiti penyakit.

c) Cerakinkan ayat majmuk dalam petikan kepada ayat tunggal:

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

387

i. Penggunaan baja organik telah membantu sektor pertanian. ii.
Penggunaan baja organik dapat meningkatkan mutu tanaman. iii.
Baja organik menggalakkan pertumbuhan mikroorganisma baik.

iv. Baja organik memastikan kesuburan tanah dalam jangka masa panjang. v.
Kos pembelian baja juga dapat dijimatkan. vi. Baja organik menggunakan

bahan buangan organik

d) Baca ayat di bawah dengan telitinya dan kemudian nyatakan peribahasa atau kata-kata hikmat yang
sesuai dengan ayat tersebut:

i. Hasri tidak mahu membeli kasut yang murah,sebaliknya diam ahu membeli kasut yang mahal tetapi dapat
dipakai lebih lama.

➢ Alah membeli menang memakai

ii. Ayah menggalakkan kami membaca pelbagai bahan bacaan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
➢ Membaca jambatan ilmu

iii. “Semasa kami menentang pengganas komunis, kami telah berjuang bersungguh-sungguh, kami lebih rela
terkorban daripada kalah dan malu,” kata Tuk Su.

➢ Biar putih tulang jangan putih mata

iv. Ina menggunakan tutur kata yang sopan semasa berbual dengan rakan-rakannya.Dia tidak mahu mereka
terluka dengan kata-katanya yang mungkin menghiris hati dan perasaan mereka.

➢ Budi bahasa amalan mulia
v. Walaupun dibesarkan dalam suasana bandar yang moden, Damia Hanna dan adik-beradiknya tidak

melupakan adat resam keluarga mereka. Sebagai contoh, majlis perkahwinan abang Damia Hanna yang
berlangsung pada minggu lepas masih mengekalkan tradisi masyarakat Minangkabau.
➢ Yang lama dikelek, yang baharu didukung

vi. Pada awal tahun, Afiq Haiqal tidak dapat menjawab soalan-soalan Matematik Tambahan yang diberikan
oleh Cikgu Melinda. Walau bagaimanapun, Cikgu Melinda tidak berputus asa dan mengajar Afiq Haikal
tanpa mengenal erti putus asa. Akhirnya Afiq Haikal mendapat keputusan yang cemerlang dalam mata
pelajaran Matematik Tambahan.

➢ Belakang parang kalau diasah lagikan tajam

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

388

➢ Usaha tangga kejayaan

Soalan 6
Secara berkumpulan, simulasikan sesi pembentangan dan soal jawab berdasarkan satu tajuk di
bawah.

a. Cara menjaga kesihatan:
S1 Mengapa kita perlu menjaga kesihatan?
J - memastikan kita hidup dalam keadaan sihat dan bebas daripada penyakit.
S2 Berikan cara-cara menjaga kesihatan?
J - makan makanan yang seimbang (mengikut piramid makanan)

- rehat yang mencukupi
- tidur yang mencukupi
- bersenam / beriadah
- melakukan pemeriksaan doktor
- mandi
- memakai pakaian yang bersih
- menjaga kebersihan, kuku, gigi dan rambut

b. Ciri kenderaan pada masa hadapan:
S1 Beri pandangan anda tentang ciri kenderaan pada masa hadapan?

- menggunakan tenaga solar
- pelepasan sifar. Semua kereta masa depan akan ada 0 (sifar) pelepasan dan akan berfungsi

menggunakan motor elektrik atau sistem hidrogen.
- lebih ruang. Mereka tidak akan mempunyai mekanisme enjin pembakaran dalaman yang besar.

Pada masa akan datang, kereta akan menggunakan semua ruang ini dalam reka bentuk dalaman,
untuk kemudahan penumpang.
- keselamatan maksimum. Sistem Pengangkutan Pintar akan dipasang pada kereta masa depan
mempunyai kelebihan berikut:
- mengekalkan jarak yang selamat dengan objek lain semasa mereka bergerak.
- berhenti automatik.
- tempat letak kenderaan sendiri.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM

389

c. Kepentingan Kursus Kepemimpinan Belia S1 Mengapakah Kursus
Kepemimpinan Belia penting?

J - Golongan belia merupakan pelapis pemimpin negara. - Mereka
memperoleh ilmu untuk menjadi pemimpin yang baik - Persediaan
untuk menjadi warganegara yang berguna.

MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM


Click to View FlipBook Version