50
Rangkap 4 - Seorang animator atau juruanimasi merupakan orang yang bertanggungjawab di belakang
tabir, Munculnya Anak-anak Sidek, Usop Sontorian, Bola Kampung, Ejen Ali, Keluang Man, Kampung Boy,
Boboiboy, Upin dan Ipin serta Omar dan Hana yang mewarnai alam ria kanak-kanak yang menggamit
ingatan para penonton pada alam kanak-kanak mereka adalah dihasilkan oleh juruanimasi.
Rangkap 5 - Juruanimasilah orang yang bertanggungjawab menghidupkan karakter seseorang hero dan
mengolah watak-watak tempatan sehingga mendapat tempat di persada dunia.
Rangkap 6 - Melihat senyuman dan ketawa para penonton yang menyaksikan keletah animasi yang penuh
ceria menjadikan juruanimasi/animator gembira dan bahagia buat selamanya.
AKTIVITI 3 - Hasilkan karikatur dan jelaskan keunikannya.
1. Murid menghasilkan karikatur sendiri dan menjelaskan keunikannya.
- Cadangan
• aktiviti ini boleh dijadikan sebagai akvititi susulan
• murid membuat aktiviti dalam kumpulan
• kumpulan yang menghasilkan karikatur terbaik diberi hadiah
Contoh karikatur
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
51
MENJULANG POTENSI DIRI (HALAMAN 34 - 35)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.5.3 Bersoal jawab dalam situasi untuk meningkatkan kebolehpasaran diri dalam bidang pendidikan
dan kerjaya dengan yakin.
AKTIVITI 1 - Bersoal jawab tentang keistimewaan diri yang perlu dimiliki untuk memohon program budaya
peringkat antarabangsa
Keistimewaan diri:
1. Aktif dalam bidang kokurikulum
• Johan Pertandingan Tarian Zapin Peringkat Daerah
• Tokoh Kokurikulum Sekolah
• Kerap menyertai Pertandingan Pidato Peringkat Sekolah/Daerah
2. Cemerlang dalam akademik
• Pencapaian Terbaik PT3 Peringkat Daerah
3. Bakat kepimpinan Setiusaha
• Pengawas sekolah
• Menjadi Tokoh Pemimpin Muda semasa Kem Kepimpinan Pengawas Peringkat Negeri
Kelab Seni Budaya
4. Kemahiran Bahasa
• Boleh berbahasa Melayu, Inggeris dan Jepun
Contoh soalan lain:
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
52
Penemu duga : Boleh saudari nyatakan sebab saudari layak dipilih untuk mengikuti program ini?
Nur Ain Sofea :
Oh, saya rasa saya layak kerana saya bukan sahaja mahir dalam bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris tetapi saya juga boleh berbahasa Jepun dengan baik. Saya
telah mengikuti kelas bahasa antarabangsa di sekolah iaitu Bahasa Jepun. Perkara
ini membolehkan saya berkomunikasi dengan masyarakat di sana dengan mudah.
Tambahan pula, sebagai pengawas saya telah biasa berhubung dan
berkomunikasi dengan rakanrakan dan guru. Jadi, saya rasa saya tiada masalah
untuk menyesuaikan diri dan berbual dengan rakan-rakan di luar negara nanti.
Penemu duga : Begitu menarik sekali. Bagaimana saudari akan menggunakan kelebihan yang ada
Nur Ain Sofea : untuk memperkenalkan warisan budaya Malaysia?
Pastinya saya akan mengambil peluang ini untuk memperkenalkan pelbagai
tarian seperti zapin, muzik tradisional seperti rebana dan lain-lain lagi. Oleh
sebab saya telah menjadi Johan Pertandingan Zapin Peringkat Daerah, maka saya
lebih yakin untuk mempersembahkan tarian ini di sana nanti. Tambahan pula,
saya mahir bermain beberapa alatan moden dan tradisional. Jadi saya boleh
gunakan kelebihan ini untuk memperkenalkan alatan muzik negara kita.
AKTIVITI 2 - Simulasikan gaya berpakaian, berjalan, dan duduk yang betul semasa sesi temu duga dan
nilaikan.
NOTA TAMBAHAN: TIP TEMU DUGA
APAKAH YANG PENEMU DUGA INGIN TAHU
Panel penemu duga akan bertanyakan soalan seperti contoh di atas untuk mengetahui kemahiran spesifik
dan kualiti yang membuat anda mempunyai kelebihan berbanding calon yang lain.
Antara kelebihan yang ingin dilihat oleh panel penemu duga mengenai soalan yang ditanya adalah seperti
berikut:
- Kekuatan dan kemahiran soft skill.
- Keselesaan anda menjawab soalan peribadi.
- Keyakinan diri.
- Keserasian anda dengan organisasi budaya kerja.
- Keupayaan anda berfikir dengan pantas memberi jawapan yang sepatutnya.
- Penyediaan anda komunikasi ketika bekerja.
- Mengenali anda di luar kerjaya, sikap dan pengalam di tempat kerja.
CARA UNTUK MENJAWAB “APAKAH YANG MEMBUATKAN ANDA UNIK”
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
53
Sebelum anda menjawab soalan yang ditanyakan, perkara yang perlu anda lakukan ialah:
1. Anda perlu jelas dan memahami soalan yang diberikan.
2. Gunakan sedikit masa untuk dapatkan maklumat mengenai syarikat dan skop pekerjaan yang ditawarkan.
3. Jika anda mengetahui maklumat syarikat dengan lebih banyak, akan menonjolkan keunikan peribadi dalam
diri anda.
4. Apabila anda sudah mengetahui ciri-ciri syarikat, anda boleh menonjolkan diri anda untuk memberi
sumbangan khidmat anda kepada syarikat.
5. Anda juga perlu memasukkan sifat, pengalaman dan minat anda dalam jawapan yang akan diberikan.
TIP MEMBERIKAN JAWAPAN TERBAIK
1. Menyenaraikan kekuatan dan kelebihan diri anda.
2. Sentiasa berlaku jujur untuk menjawab soalan.
3. Menyenaraikan kemahiran yang diperlukan dalam deskripsi kerja.
4. Berkongsi jawapan yang tepat dan kukuh berdasarkan pengalaman kerja anda.
5. Yakin dan berani untuk menonjolkan diri anda.
6. Elakkan bercakap mengenai topik sensitif.
HARAPAN SETINGGI GUNUNG (HALAMAN 36 - 37)
KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.3.1 Membaca dan menilai bentuk serta kandungan teks daripada pelbagai bahan dengan betul dan
tepat.
AKTIVITI 1 - Baca dan nilai bentuk serta kandungan teks.
BORANG PENILAIAN KENDIRI (Tandakan skala di bawah)
BIL ITEM BAHAN 1 BAHAN 2 ALASAN
1 Bentuk paparan menarik minat pembaca SKALA
1 2 12
2 Memberikan lebih banyak maklumat
3 Lebih mudah difahami oleh pembaca
4 Susunan maklumat mudah dibaca
5 Memberikan ilmu baharu kepada pembaca
1 - Setuju 2 - Tidak Setuju
Ringkasan bahan:
1. Bahan 1 berbentuk iklan dan bahan 2 berbentuk teks.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
54
2. Iklan yang dipaparkan berkaitandengan Karnival Kerjaya.
3. Karnival Kerjaya merupakan wadah terbaik yang menyediakan maklumat tentang dunia kerjaya.
4. Mengunjungi karnival kerjaya yang berhampiran merupakan persiapan sebelum menceburi dunia
pekerjaan dan untuk mendapatkan maklumat pekerjaan.
5. Menerusi Program Bimbingan Tatacara Temu Duga dan Taklimat Industri pula, pengunjung mendapat
beberapa tip untuk temu duga antaranya termasuklah penyediaan resume, kemahiran berkomunikasi,
persembahan pitching dan etika berpakaian.
6. Bengkel dan taklimat semasa Kaunseling Kerjaya bersama panel penganjur membolehkan para
pengunjung mendapatkan panduan dan laithan temu duga sebagai persediaan untuk temu duga
sebenar.
7. Karnival kerjaya sangat memberikan manfaat kepada para pengunjung.
8. Oleh itu, para belia yang ingin berjaya dalam permohonan kerja mestilah berusaha menimba ilmu
dengan menghadiri karnival kerjaya.
ASPEK TATABAHASA
SP: 5.1.3 Mengenal pasti dan menggunakan bentuk kata ganda dan akronim dengan betul mengikut
konteks.
AKTIVITI 2 - Kenal pasti dan bina ayat menggunakan akronim yang terdapat dalam petikan.
KATA AKRONIM
1. Cantuman bahagian-bahagian tertentu daripada serangkaian perkataan.
2. Cantuman boleh terdiri daripada:
- Huruf-huruf daripada rangkaian kata
- Suku-suku kata daripada rangkaian kata
- Bahagian-bahagian daripada perkataan
3. Ada empat jenis KATA AKRONIM, iaitu;
i) Cantuman huruf awal perkataan-perkataan
Contoh: ABIM- ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA
USIM-UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
UNITAR- UNIVERSITI TUN ABDUL RAZAK
(cantuman huruf awal mesti membentuk sebutan baharu tetapi masih mendukung makna yang sama)
ii) Cantuman huruf dan suku kata perkataan sesedap sebutan
Contoh: Perhilitan – Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
55
MAWAR - Majlis Wanita Johor
iii) Cantuman suku kata awal perkataan
Contoh: tadika – taman didikan kanak-kanak cerpen –
cerita pendek
komsas – komponen sastera
iv)Cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian lain dalam perkataan yang mengikuti.
Contoh: jentolak – jentera tolak
jalurah - jalan lurah purata -
pukul rata
Akronim yang terdapat dalam petikan
1. Cantuman huruf dan suku kata perkataan
a) Yayasan Anak Watan Malaysia (Yawam)
b) Persatuan Mahasiswa Muda (Permam)
2. Cantuman huruf awal perkataan
a) Universiti Awam (UA)
b) Universiti Swasta (US)
c) Pusat Latihan Kemahiran Awam (PLKA)
d) RadioTelevisyen Malaysia (RTM)
e) Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
f) Hospital Kuala Lumpur (HKL)
3. Cantuman suku kata awal perkataan
a) Berita Nasional Malaysia (Bernama)
b) Cerita pendek (Cerpen)
4. Cantuman bahagian awal perkataan pertama dengan bahagian perkataan yang mengikutnya a)
Senamrobik
b) Jenama
AKTIVITI 3 - Kenal pasti kerjaya berdasarkan potensi diri anda.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
56
Panduan tentang kerjaya yang sesuai dengan potensi diri. Rujuk pautan di bawah:
http://memilihkerjaya.blogspot.com/2012/03/jenis-jenis-kerjaya.html
https://ms.chalized.com/jenis-jenis-kerjaya-yang-disenaraikan-oleh-industri-kerja-dan-gaji/
http://ilhamkerjaya123.blogspot.com/p/jenis-kerjaya.html
TEMA 4 - MENJULANG HARAPAN DI BUMI BERTUAH
SEMERAH ROZEL (HALAMAN 44 - 45)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.3.1 Mendengar, menyebut semula dan menyusun fakta serta hujah daripada pelbagai situasi dengan
betul, tepat dan bermakna.
AKTIVITI 1 - Dengar dan sebut semula fakta serta hujah berdasarkan bahan.
Siaran radio Rancangan Peladang Jaya iaitu temu bual juruhebah radio DJ Ahlia bersama dengan Encik
Arbain bin Awang, Pegawai Fama berkaitan dengan tanaman rozel.
Antara fakta penting hasil daripada temu bual ialah tanaman rozel.
1. Nama saintifik bagi rozel ialah Hibiscus sabdariffa L.
2. Tanah yang sesuai untuk tanaman rozel ialah tanah jenis bris dan liat serta mempunyai saliran yang
baik.
3. Benih rozel haruslah disemai di dulang semaian terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke batas.
4. Masa semaian lebih kurang 10 hingga 14 hari.
5. Rozel memerlukan masa antara 85 hingga 100 hari untuk dituai hasilnya.
6. Tanaman rozel hanya diproses di Pusat Pemprosesan Makanan FAMA dan beberapa kilang milik
swasta.
7. Selepas dituai petani akan memisahkan kelopak rozel yang berwarna merah atau dikenali sebagai
kaliks daripada bijinya. Kaliks akan dikumpulkan dan dijual dalam bentuk segar kepada pihak FAMA.
8. Petani boleh mendapatkan biji benih rozel di pejabat pertanian daerah sahaja kerana untuk menjamin
kualiti biji rozel.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
57
9. Jika ada sesiapa yang berminat untuk menanam rozel, mereka hendaklah merujuk pejabat pertanian
daerah yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat serta panduan tetapi petani perlu
memastikan jenis tanah yang hendak diusahakan dengan tanaman rozel.
10. Untuk masa hadapan, para petani digalakkan untuk menceburkan diri dalam pernanaman rozel
kerana tanaman ini mempunyai potensi yang sangat besar untuk pasaran tempatan dan
antarabangsa.
11. Rozel juga berpotensi untuk industri makanan dan minuman malahan untuk industry farmaseutikal
dan perubatan.
AKTIVITI 2 - Susun fakta dan hujah daripada pelbagai situasi.
Contoh teks ucapan: (daripada temu bual kepada teks ucapan)
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera. Telebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
penduduk Kampung Rengit, Johor Baharu kerana sudi mengundang saya untuk berkongsi info berkenaan
dengan tanaman rozel. Sebelum saya meneruskan ucapan saya, terlebih dahulu saya memperkenalkan diri.
Saya ialah Encik Arbain bin Awang, Pegawai FAMA daerah ini.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan maklumat yang penting kepada masyarakat
tentang tanaman rozel atau nama saintifiknya ialah Hibiscus sabdariffa L. Untuk makluman hadirin dan
hadirat sekelian, tanah yang sesuai untuk tanaman rozel ialah tanah jenis bris dan liat serta mempunyai
saliran yang baik. Benih rozel haruslah disemai di dulang semaian terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke
batas. Masa semaian lebih kurang 10 hingga 14 hari.
Hadirin yang dirahmati Allah,
Bilakah tanaman ini dapat dituai? Hal ini mungkin akan menimbulkan persoalan dalam minda saudara-
saudari sekalian. Rozel memerlukan masa antara 85 hingga 100 hari untuk dituai hasilnya. Bukannya lama
sangat, lebih kurang tiga bulan. Tanaman rozel hanya diproses di Pusat Pemprosesan Makanan FAMA dan
beberapa kilang milik swasta. Selepas dituai petani akan memisahkan kelopak rozel yang berwarna merah
atau dikenali sebagai kaliks daripada bijinya. Kaliks akan dikumpulkan dan dijual dalam bentuk segar kepada
pihak FAMA. Petani boleh mendapatkan biji benih rozel di Pejabat Pertanian Daerah sahaja untuk menjamin
kualiti biji rozel.
Hadirin sekalian,
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
58
Jika ada sesiapa yang berminat untuk menanam rozel, mereka hendaklah merujuki Pejabat Pertanian
Daerah yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat serta panduan tetapi petani perlu memastikan jenis
tanah yang hendak diusahakan dengan tanaman rozel.
Sebelum saya mengakhiri ucapan pada hari ini saya amat berharap agar para petani di kampung ini
memasang hasrat untuk menceburkan diri dalam pernanaman rozel kerana tanaman ini mempunyai potensi
yang sangat besar untuk pasaran tempatan dan antarabangsa.
Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada penduduk kampung serta
masyarakat di sini lantaran sudi mengundang saya untuk berkongsi info-info penting tentang tanaman yang
unik ciptaan Allah SWT ini.
Sekian, terima kasih.
Rakaman 2: muka surat 45:
Isi-isi penting dialog antara Dania dengan Razin berkenaan dengan siaran televisyen tentang tanaman rozel:
1. Nama saintifik bagi rozel ialah Hibiscus sabdariffa L.
2. Spesies rozel sama dengan bunga raya. Rozel juga dipanggil asam paya, asam kundang dan asam susur.
3. Kelopak rozel yang dipanggil kaliks boleh diproses menjadi cordial, jem, the herba dan jus.
4. Kaliks juga boleh dijadikan halwa dan kudap-kudapan yang enak.
5. Rozel cantik akan dijadikan tanaman hiasan.
6. Selain kaliks, daun yang muda boleh dijadikan ulam dan bahan untuk memasak asam pedas.
7. Batang pokok rozel boleh dikeringkan untuk dijadikan gentian tali yang kuat.
8. Ekstrak bii rozel untuk dibuat kosmetik.
9. Dalam bidang inovasi farmaseutikal, biji rozel dibuat gincu.
10. Prospek tanaman rozel amat tinggi mendapat permintaan tempatan
dan antarabangsa.
Misalnya kaliks segar dibungkus secara pek dingin beku untuk dieksport.
AKTIVITI 3 - Buat pembentangan tentang rozel dalam bentuk multimedia.
1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.
2. Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan bahan pembentangan dalam bentuk multimedia.
3. Bahan yang dihasilkan dinilai sebagai aktiviti lisan untuk Pentaksiran Bilik Darjah.
TERBAIK DARI KOLAM (HALAMAN 46 - 47)
KEMAHIRAN MEMBACA
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
59
SP: 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul daripada
pelbagai bahan primer.
AKTIVITI 1 - Baca, kenal pasti, dan jelaskan maklumat tersurat dan tersirat berdasarkan bahan.
Maksud Tersurat Maksud Tersirat
1 Udang ialah sumber Omega-3 yang kaya dengan 1 Udang merupakan sumber makanan yang
protein namun kurang kandungan lemak dan kalori. menyihatkan.
2 Udang harimau atau nama saintifiknya Penaeus 2 Udang harimau boleh menjadi sumber
monodon merupakan spesis udang yang semakin rezeki kepada penternak.
banyak diternak di Malaysia.
3 Udang harimau memerlukan sumber air payau 3 Lokasi kolam mestilah sesuai dengan habitat
masin sebagai habitat. udang harimau.
4 Parameter indeks kualiti air akan ditentukan 4 Udang memerlukan penjagaan yang teliti
seminggu sekali untuk memastikan keadaan fizikal agar membesar dengan elok.
air kolam sesuai untuk tumbesaran udang.
5 Keadaan fizikal kolam perlu dipastikan tidak 5 Penjagaan kebersihan kolam sangat penting
mengandungi plankton. untuk penternakan ikan.
6 Ancaman utama bagi hidupan akuatik ini ialah 6 Penternak harus memastikan keselamatan
penyakit yang berpunca daripada benih dan udang yang diternak terjamin.
kawalan air.
7 Penternak perlu memastikan makanan yang 7 Pemberian makanan yang betul sangat
mencukupi diberikan kepada udang. penting bagi menghasilkan tumbesaran
udang yang baik.
8 Pekerja kolam akan memastikan nutrien yang 8 Penternak harus mempunyai ilmu yang
mencukupi agar udang yang diternak sihat. mencukupi untuk penternakan udang.
9 Kolam udang dilengkapkan dengan teknologi kincir 9 Pemilihan teknologi yang moden dan
air. bersesuaian penting untuk penternakan
udang.
10 Udang harimau bukan sahaja dipasarkan untuk 10 Penternakan udang membawa pulangan
keperluan tempatan malahan untuk dieksport ke yang baik kepada masyarakat.
luar negara.
AKTIVITI 2 - Bincangkan potensi penternakan udang harimau pada masa hadapan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
60
1. Di Malaysia akhir-akhir ini, usaha menternak udang harimau sedang berkembang pesat dengan
semakin bertambahnya penglibatan dari pihak swasta, agensi kerajaan dan juga orang perseorangan.
2. Pada masa sekarang, tidak ramai pengusaha udang di negara ini sedangkan permintaan yang diterima
melebihi pengeluaran. Terdapat banyak tempahan dari luar negara seperti dari Korea Selatan, Jepun,
Taiwan China dan Vietnam dengan jumlah eksport antara 20 dan 40 kontena sebulan.
3. Antara faktor yang menggalakkan penternakan udang harimau ialah:
i) Terdapatnya banyak kawasan yang berpotensi untuk ternakan serta iklim yang sesuai yang
membolehkan ternakan dijalankan sepanjang tahun kerana udang harimau cepat membesar
sehinggakan 2-3 pusingan ternakan dapat dijalankan dalam setahun. ii) Permintaan yang tinggi. iii)
Jaminan harga pasaran yang baik di dalam negeri mahupun di luar negara. Contoh: Pada masa ini
harga pasaran bagi udang yang bersaiz dalam lingkungan 25-35 ekor/kg ialah di antara RM 20 – RM
30/kg.
iv)Penglibatan pihak kerajaan dan swasta dalam membangunkan ternakan udang harimau seperti
LKIM.
v) Penggunaan teknologi tinggi dalam ternakan.
4. Faktor khidmat sokongan kerajaan yang lengkap seperti latihan, insentif dan pinjaman.
Menurut Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, kerajaan memandang serius kecukupan
bekalan makanan dan penjanaan pendapatan tambahan untuk semua rakyat Malaysia. Oleh yang
demikian pihak kerajaan telah memeprkenalkan banyak program pertanian termasuklah
penternakan udang bagi menangani isu kekurangan tanah bagi pertanian. Penternakan udang juga
Ialah peluang kepada rakyat Malaysia menceburi bidang pertanian dengan menggunakan ruang
sedia ada bagi pengeluaran makanan dan menjana pendapatan tambahan yang selaras dengan
hasrat kerajaan Malaysia menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi.
Artikel penuh: https://www.sinarharian.com.my/article/90843/BERITA/Nasional/Kerajaan-galakprojek-
akuakultur © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
5. Ciri-ciri biologi yang sesuai seperti cepat membesar, boleh hidup antara kemasinan 0-40 ppt, tahan
lasak dan induk yang banyak terdapat di perairan tempatan bagi bekalan benih.
6. Kaedah ternakan secara intensif adalah satu perniagaan yang memberi pulangan yang lumayan tetapi
berisiko tinggi kerana ternakan ini memerlukan kawalan dan pengurusan yang berpengalaman luas.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
61
Banyak pengurusan kolam gagal kerana tiada dan kurang berpengalaman awal dalam industri ini.
Masalah ini biasanya berkaitan dengan pengurusan air yang tidak baik berpunca dari kelemahan
pengurusan, reka bentuk kolam, aspek teknikal, hatchery dan sistem kolam pembesaran tersebut.
AKTIVITI 3 - Terokai maklumat tentang jenis-jenis udang yang lain.
JENIS-JENIS UDANG
Udang boleh didapati di dalam air masin dan air tawar. Pada masa ini, udang air masin dan air tawar
diternak secara besar-besaran di kebanyakan negara. Di Malaysia, udang diternak di Pahang dan Sabah.
Ladang ternakan udang di Pahang hanya untuk di eksport.
Layari laman sesawang berikut: http://udanggaloh.blogspot.com/2011/03/jenis-jenisudang.html
REALISASIKAN IMPIAN (HALAMAN 48 - 49)
KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.1.2 Membaca skrip drama dengan intonasi yang betul dan nada yang sesuai.
AKTIVITI 1 - Baca skrip drama dengan intonasi yang betul dan nada yang sesuai.
Membaca skrip drama Arnab, Si Pencuri Hati
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
62
(rakaman murid membaca skrip drama Arnab, Si Pencuri Hati dengan intonasi yang betul dan nada yang
sesuai.)
ASPEK TATABAHASA
SP: 5.2.1 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata nama dengan betul mengikut konteks.
AKTIVITI 2 - Kenal pasti golongan kata nama dan bina ayat dalam bentuk dialog.
JAWAPAN BERPANDUKAN SKRIP DRAMA ARNAB SI PENCURI HATI
KATA NAMA KHAS KATA NAMA AM KATA GANTI NAMA
Hidup-manusia Hidup-manusia Kata ganti nama diri orang
Adora • murid-murid • kita
• ahli • awak
• Luqman • saya
• Nuyah
• Cikgu Zaki Hidup -bukan manusia Kata ganti nama diri tanya
• Cikgu Mashita • kambing apakah
Hidup -bukan manusia • arnab bagaimanakah
• Netherland Dwarf • arnab pedaging
• Holland Lop • arnab hiasan Kata ganti nama diri
• New Zealand White • arnab bulu tunjuk
• California
Tak hidup -institusi • itu
Tak hidup -bukan manusia • ini
• Projek Ternakan dalam 1. sekolah
Taman
• Kelab Pertanian 2. stor
Ayat dalam bentuk dialog 3. perabot lama
Tak hidup -bukan institusi
• sangkar
• wakaf
Tak hidup -bukan institusi
abstrak berbilang
• iklan
• projek
• kertas cadangan
• rayuan
• keputusan
Dalam kelas 5 Beta , Cikgu Zaki guru mata pelajaran Sains 5 Beta telah mengumumkan Pertandingan Inovasi
Taman Sains dan Herba sekolah sempena Bulan Sains Kebangsaan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
63
Cikgu Zaki Sempena Bulan Sains Kebangsaan,pihak Panitia Sains telah menganjurkan Pertandingan
Inovasi Taman Sains dan Herba. Iklan tentang pertandingan ini akan diedarkan ke setiap
Luqman kelas.
Cikgu Zaki
Cikgu,siapakah yang layak masuk pertandingan itu?
Adora
Semua ahli Kelab Pertanian, Kelab Sains layak masuk pertandingan termasuk murid-
Cikgu Zaki murid yang bukan ahli kelab.
Nuyah
Cikgu Zaki Kalau macam itu,saya bolehlah masuk cikgu sebab saya bukan ahli Kelab Pertanian dan
Kelab Sains.
Luqman
Boleh ,awak layak untuk masuk pertandingan itu.
Adora dan
Nuyah Cikgu,apakah syarat-syarat pertandingan itu?
Cikgu Zaki
Syarat utama ialah kamu perlu menyediakan kertas cadangan tentang projek Taman
Sains dan Herba ini. Kemudian kertas cadangan itu perlu dihantar kepada cikgu untuk
penilaian sebelum projek Taman Sains dan Herba itu dimulakan.
Adora dan Nuyah, marilah kita bergabung sebagai satu pasukan untuk pertandingan ini.
Baiklah kami setuju untuk bergabung sebagai satu pasukan.
Bagus, cikgu kagum dengan semangat kamu semua untuk menyertai pertandingan ini.
Kamu boleh gunakan peralatan yang ada di stor dan bengkel sekolah.
**Huruf berwarna merah - Kata nama daripada bahan .
AKTIVITI 3 - Lakonkan skrip drama.
Murid menjalankan aktiviti lakonan berdasarkan skrip drama Arnab, Si Pencuri Hati.
SERIKANDI BERJASA! (HALAMAN 50 - 51)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.2.1 Mendengar dan memberikan respons dengan mengutamakan aspek kejelasan, nada, dan
kefasihan dengan betul.
AKTIVITI 1 - Dengar dan berikan respons dengan mengutamakan aspek kejelasan, nada, dan kefasihan
dengan betulnya.
1. Imbas kod QR untuk mendengar rakaman audio tentang Wanita Berjiwa Perkasa.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
64
2. Jawab soalan-soalan yang berikut:
i) Bilakah tarikh lahir Puan Hajah Zaiton binti Hj Mohd Yusuf?
- 11 Mei 1955 ii) Di manakah Puan Hajah Zaiton memulakan kerjaya
pertamanya?
- Kementerian Pendidikan Malaysia iii) Bilakah Puan Hajah Zaiton bersara
awal?
- 2009 iv) Apakah projek utama yang diusahakan oleh Puan Hajah Zaiton ?
- Projek Industri Asas Tani (IAT)
v) Apakah projek perladangan yang diusahakan Puan Hajah Zaiton?
- Tanaman kelapa sawit, menternak lembu dan kambing, menternak lebah kelulut.
vi) Apakah tujuan kerjasama Puan Hajah Zaiton dengan MOSTI dan UPM dalam mengekstrak daun
gelam?
- Menghasilkan minyak untuk merawat penyakit saraf.
vii) Apakah anugerah yang telah dimenangi oleh Puan Hajah Zaiton?
- Anugerah Tokoh Peladang Wanita Kebangsaan 2017.
ASPEK SENI BAHASA
SP: 4.1.2 Memahami dan mengapresiasi puisi moden dan puisi tradisional dengan menyatakan respons
peribadi yang sesuai terhadap karya.
AKTIVITI 2 - Dendangkan gurindam secara kreatif dan jelaskan maksud setiap rangkap.
1. Murid diperdengarkan dengan lagu Gurindam Jiwa. Murid diminta menyanyikan Gurindam Hati Waja
menggunakan irama Gurindam Jiwa.
- Pautan You Tube lagu Gurindam Jiwa:
https://www.youtube.com/watch?v=mLemNMgYcGY
2. Maksud Gurindam Hati Waja Gurindam
Hati Waja
Jika teguh azam dan cita, Yang
dibuat menjadi nyata.
Maksud : Seandainya kita mempunyai impian yang ingin dicapai, harus berusaha keras
untuk menjadikannya kenyataan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
65
Jika kau asah potensi diri, Yang
diusahakan pasti menjadi.
Maksud : Kita harus kenal pasti potensi yang ada pada diri masing-masing dan terus
memperbaikinya dan pasti segala yang diusahakan berjaya dilaksanakan.
Jika ilmu penuh di dada, Idea
terbaik sentiasa ada.
Maksud : Kita mempunyai ilmu yang betul dalam setiap perkara yang ingin diceburi supaya
idea yang terjana nanti merupakan yang terbaik dan akan terus ada untuk perkara tersebut.
Jika semangat tersemat di dada, Hasil
kaudapat berlipat ganda.
Maksud : Kita harus mempunyai semangat yang kuat dalam perkara yang dilakukan agar
mendapat hasil yang terbaik dalam pekerjaan tersebut.
Jika tabah juga semangat, Tidak
rugi menumpah keringat.
Maksud : Kita harus sentiasa cekal dan penuh bersemangat melakukan sesuatu pekerjaan
supaya tidak membuat perkara yang sia-sia. Kita perlu merancang dengan penuh teliti
perkara yang dilakukan.
Jika bekerja utamakan muafakat, Semua
usaha membawa berkat.
Maksud : Sesuatu pekerjaan yang dibuat mestilah dilakukan secara bekerjasama antara
satu sama lain supaya mendapat hasil yang diinginkan dengan jayanya.
Jika idea sungguh kreatif,
Kelak kaudapat pelbagai insentif.
Maksud : Kita harus sentiasa mempunyai idea yang baharu dan boleh menghasilkan inovasi
supaya mendapat pelbagai manfaat daripadanya.
Jika hidup selalu berbakti,
Namamu harum tersemat di hati.
Maksud : Orang yang hidupnya sentiasa menaburkan bakti kepada orang ramai dengan
penuh ikhlas agar sentiasa dingati oleh orang sepanjang masa.
AKTIVITI 3 - Cipta gurindam tentang sumbangan peladang dan persembahkannya.
1. Murid-murid diterangkan tentang bentuk gurindam.
2. Murid-murid diminta mencipta sekurang-kurangnya dua rangkap gurindam tentang sumbangan
peladang berdasarkan kata kunci yang diberi.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
66
3. Antara cadangan kata kunci untuk pembinaan gurindam ialah:
Kumpulan 1 - Kata Kunci : CEKAL
Kumpulan 2 - Kata Kunci : GIGIH
Kumpulan 3 - Kata Kunci : BERANI
Kumpulan 4 - Kata Kunci : TEKUN
Kumpulan 5 - Kata Kunci : BERTANGGUNGJAWAB
Contoh gurindam yang dihasilkan dengan kata kunci : TEGUH
Sekiranya kau berpendirian teguh,
Kelak kejayaan milikmu yang utuh.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
67
SINAR BAHARU PENTERNAK JAYA (HALAMAN 52 - 53)
KEMAHIRAN MENULIS melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan mengikut situasi
SP: 3.3.1 Menulis dan
dan keperluan.
AKTIVITI 1 - Dengan merujuk pelbagai bahan, lengkapkan maklumat tentang keperluan untuk menjadi
penternak yang berjaya.
Maklumat keperluan untuk menjadi penternak yang berjaya:
1.Minat dan Bersikap Positif
Kriteria penting sebelum anda memilih pertanian sebagai kerjaya anda. Contohnya kalau anda tidak suka
berpanas dan berlumpur tiba-tiba hendak menjadi petani mungkin agak sukar.. Begitu juga, sikap positif
seperti kegigihan, kecekalan dan komitmen usahawan dapat memastikan kelangsungan perniagaannya
walaupun memperoleh pendapatan yang tidak seberapa pada peringkat awal perniagaan. Oleh itu, minat
sahaja tidak mencukupi jika anda tidak kuat semangat menanggung cabaran dan dugaan dunia perniagaan
2. Perancangan Teliti
Perlu ada perancangan teliti meliputi aspek berikut:
2.1 Tanah
Perkara asas yang perlu ada untuk menjadi petani. Sekiranya anda tiada tanah sendiri, anda boleh sewa,
pajak atau memohon tanah tol daripada pihak berkuasa. Besar kecil keluasan bergantung kepada projek
yang ingin anda jalankan.
2.2 Modal
Modal juga merupakan faktor penting yang perlu diambil kira. Modal sendiri, atau meminjam daripada
saudara-mara ataupun daripada institusi perbankan. Lebih baik menggunakan modal daripada simpanan
sendiri untuk memulakan perniagaan untuk mengurangkan tekanan membayar balik pinjaman jika
perniagaan kurang berjaya. Aliran untung rugi juga penting untuk dipelajari untuk membuat pemilihan
ternakan dengan betul, tepat, cepat dan hasil yang lumayan.
2.3 Khidmat nasihat
Bakal penternak perlulah mendapatkan maklumat tentang sesuatu projek penternakan yang diminati
melalui pelbagai sumber seperti Internet, menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan pihak kerajaan atau
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
68
swasta serta mendapatkan khidmat nasihat daripada usahawan yang telah berjaya dalam bidang mereka.
Kalau anda ada wang yang banyak boleh pergi ke negara maju dan belajar di sana . Selain itu, perlu
mempunyai jaringan hubungan dengan para usahawan lain dalam bidang yang sama supaya dapat
bertukar-tukar pandangan dan idea.
2.4 Peka terhadap teknologi
Penternak berjaya tidak hanya semata-mata menggunakan kaedah konvensional. Penternak perlu peka
terhadap pelbagai teknologi terkini yang dapat membantu meningkatkan hasil pernternakan mereka.
3. Mengkaji Pasaran
Langkah penting dalam merancang strategi pemasaran ialah mengetahui dan memahami keperluan dan
kehendak pelanggan. Faktor tersebut usahawan akan berupaya merangka rancangan pemasaran yang
berkesan dan mampu merangsang dan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Rancangan
pemasaran yang baik mengandungi penjelasan mengenai pasaran sasaran, trend dan saiz pasaran,
persaingan, syer pasaran, ramalan jualan, strategi pemasaran dan belanjawan pemasaran. Agensi yang
boleh membantu dalam pemasaran berskala kecil dan besar ialah Lembaga Pemasaran Persekutuan
Malaysia (FAMA). Selain itu pasaran dalam talian menggunakan portal Agrobazaar.com.my contohnya,
boleh dijadikan wadah untuk mengembangkan pasaran anda.
4. Berdaya Saing
Ciri di atas sangat penting untuk maju. Jika kita mudah berpuas hati dengan apa-apa yang ada tentu kita
sukar untuk mengembangkan perniagaan kita. Pelbagai insentif telah ditawarkan oleh kerajaan yang boleh
direbut oleh para penternak bagi mengembangkan perniagaan mereka.
AKTIVITI 2 - Berikan penilaian tentang kertas cadangan yang disediakan berdasarkan borang penilaian.
AKTIVITI 3 - Tulis kertas cadangan untuk satu projek penternakan yang ingin dilaksanakan di sekolah.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
69
CONTOH MAKLUMAT UNTUK MEMBUAT KERTAS CADANGAN
TAJUK: Kertas Cadangan Penternakan Ayam Daging/ Ayam Kampung/ Burung Puyuh LATAR
BELAKANG/ RASIONAL:
(Tulis dalam bentuk esei yang lengkap, dan gunakan penanda wacana yang sesuai untuk memulakan setiap
ayat. Anda juga boleh menulis ayat anda sendiri)
Isu semasa Akhir-akhir ini, permintaan terhadap bekalan ayam daging / ayam kampung /
burung puyuh di Simpang Renggam semakin meningkat.
Huraian 1/ Mengapa? Kebanyakan restoran, kedai makan dan warung menjadikan ayam
daging/…/… sebagai menu utama untuk menarik kedatangan pelanggan.
(Hal ini demikian
kerana……
Contoh Masakan yang menjadi pilihan pelanggan ialah ayam goreng berempah, ayam
(Sebagai contoh..) masak merah dan ayam rendang.
Huraian 2
Masyarakat juga gemar memilih ayam /…/… sebagai hidangan harian di
rumah mereka.
Kesan Bekalan ayam /…/.. yang cukup akan menjamin harga daging…..tidak
meningkat di pasaran, malah harga makanan yang dijual juga tidak
(Impaknya,/ membebankan pengguna.
Kesannya….) Galakan kerajaan kepada golongan muda supaya menceburi bidang
Sebab memilih ternakan penternakan dan keusahawanan antara faktor utama yang mendorong saya
ayam/../.. untuk memulakan projek ternakan…….ini.
Tambahan pula, kerajaan menawarkan pelbagai bantuan kewangan, kursus
dan bimbingan untuk mana-mana penternak yang baru memulakan projek
penternakan.
Melalui projek ternakan ini, saya juga berpeluang memberikan sumbangan
kepada masyarakat dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada
penduduk setempat, khususnya golongan muda.
OBJEKTIF: Boleh tulis dalam bentuk poin / esei. Tulis tiga objektif.
1. Memenuhi permintaan pasaran terhadap daging…..
2. Menyumbang kepada sektor pengeluaran makanan terutamanya pengeluaran daging….
3. Menyumbang kepada pendapatan hasil daripada pemasaran ternakan….
4. Mengamalkan nilai keusahawanan ke arah menjadi usahawan tani.
ANGGARAN BELANJAWAN:
Contoh anggaran belanjawan untuk penternakan ayam daging
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
70
Anak ayam (1500 ekor) RM 15,000.00
Makanan pemula RM 14,500
Makanan pembesar RM 32,800
Ubatan RM 2,500
Elektrik dan air RM 500.00
Upah pekerja RM 4,00.00
SASARAN PASARAN:
Nyatakan tempat, lokasi untuk menjual daging….. (Tulis ayat yang lengkap)
JANGKA MASA:
Ternakan ayam: 75 hari
Ternakan lain…cari maklumat dalam Google (Tulis ayat yang lengkap)
Contoh Penulisan Kertas Cadangan
Kertas Cadangan Penternakan Ayam Daging
LATAR BELAKANG PROJEK
Akhir-akhir ini, permintaan terhadap bekalan ayam daging di Simpang Renggam semakin
meningkat. Situasi ini berlaku disebabkan kebanyakan restoran, kedai makan dan warung
menjadikan ayam daging sebagai menu utama untuk menarik kedatangan pelanggan mereka.
Masakan yang menjadi pilihan pelanggan adalah seperti ayam goreng berempah, ayam masak merah
dan ayam rendang. Masyarakat juga gemar memilih ayam sebagai hidangan harian di rumah mereka.
Hal ini bermakna bekalan ayam yang cukup untuk pengguna amat perlu bagi menjamin harga ayam
supaya tidak meningkat di pasaran, malah harga makanan yang dijual juga tidak membebankan
pengguna. Selain itu, galakan kerajaan kepada golongan muda supaya menceburi bidang
penternakan dan keusahawanan antara faktor utama yang mendorong saya untuk memulakan
projek ternakan ayam daging ini. Tambahan pula, kerajaan menawarkan pelbagai bantuan
kewangan, kursus dan bimbingan kepada mana-mana penternak yang baru memulakan projek
penternakan. Melalui projek ternakan ini, saya juga berpeluang memberikan sumbangan kepada
masyarakat dengan menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat, khususnya
golongan muda.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
71
OBJEKTIF:
1. Memenuhi permintaan pasaran terhadap ayam daging.
2. Menyumbang kepada sektor pengeluaran makanan terutamanya pengeluaran ayam
daging.
3. Menyumbang kepada pendapatan hasil daripada pemasaran ternakan.
4. Mengamalkan nilai keusahawanan ke arah menjadi usahawan.
ANGGARAN BELANJAWAN: RM 15,000.00 RM
Anak ayam (1500 ekor)
Makanan pemula 14,500.00
Makanan Pembesar RM 32,800.00
Ubatan RM 2,500.00
Elektrik dan Air RM 500.00
RM 400.00
Upah Pekerja
SASARAN PASARAN:
Tempat atau lokasi untuk memasarkan daging melalui pasar sari dan pasar minggu melalui FAMA.
JANGKA MASA:
Tempoh pelaksanaan penternakan ayam daging selama 75 hari daripada anak ayam hingga ayam
boleh disembelih dan dipasarkan.
PEMULIHAN - TEKA SILANG TARSIA (HALAMAN 54)
1. Lengkapkan teka silang Tarsia di bawah dengan padanan jawapan yang tepat.
JOM SUAI PADAN Burung walit
1. Sarangnya menjadi minuman berkhasiat. Rusa
2. Bertanduk cantik dagingnya enak Durian belanda
3. Durian berkulit lembut ? Rozel
4. Halwa daripada bunga ? Jagung
5. Buah sumber protein Burung unta
6. Burung terbesar yang masih hidup Belimbing besi
7. Buah berbentuk bintang Pedas
8. Cili Burung puyuh
9. Burung yang diternak untuk daging dan telur Buah naga
10. Nama buah seperti haiwan Itik penelur
11. Industri itik masin Ikan keli
12. Ada misai bukan kucing Kupang
13. Makanan bercengkerang hijau gelap
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
72
14. Limau masam untuk sambal belacan Limau kesturi
15. Ada apa di balik batu? Udang
PENGUKUHAN - JUADAH PENAMBAT SELERA (HALAMAN 55)
1. Nyatakan maklumat tersurat dan tersirat berdasarkan bahan.
Bil Maklumat tersurat Maklumat tersirat
1. Rendam rumpai laut semalaman. Untuk memastikan rumpai laut bersih dan
selamat dimakan.
2. Potong rumpai laut mengikut saiz yang digemari. Memudahkan rumpai laut untuk dimakan.
3. Tambahkan sedikit garam, gula dan perahan Dapat mengimbangi dan meneturalkan
limau kasturi hingga cukup rasa. kandungan asid di dalam campuran bahan-
bahan kerabu rumpai laut.
4. Biarkan selama 15 minit. Dapat memastikan campuran bahanbahan
membuat kerabu rumpai laut sebati.
5. Hias dengan limau kasturi dan sedia dihidangkan. Untuk membangkitkan selera penggemar
kerabu rumpai laut.
2. Perbezaan kerabu rumpai laut dengan jenis-jenis kerabu yang lain.
- Kerabu rumpai laut mempunyai asid amino yang tinggi yang dapat membantu imun manusia untuk
melawan virus dan jangkitan.
- Kerabu rumpai laut juga mengandungi antioksida yang tinggi dan membekalkan sumber tenaga kepada
manusia.
- Penggunaan rumpai laut juga kaya dengan vitamin A, B dan C.
PENGAYAAN - PETUA NENEK UNTUK SIHAT (HALAMAN 56)
1. Baca bahan dan kategorikan kata nama mengikut golongannya.
2. Bina ayat menggunakan kata nama mengikut konteks.
Kata Nama Khas Kata Nama Am Kata Ganti Nama
Noreen herba ubat saya awak
Nurul Hayati nenek -nya
ini
*dan sebagainya
1. Noreen - Ibu kepada pelajar cemerlang itu bernama Noreen.
2. Nurul Hayati - Nurul Hayati tidak dapat hadir ke sekolah kerana menjaga ibunya yang sakit.
3. herba -Pokok kaduk ialah herba yang paling mujarab untuk merawat sakit gigi.
4. ubat - Alif Aiman pergi ke farmasi itu untuk membeli ubat.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
73
5. nenek - Manap dan keluarga telah pulang ke rumah nenek pada minggu lepas.
6. saya - “Tolong bawa beg saya ini ke bilik guru,” kata Cikgu Mansor Ramli kepada muridnya.
7. awak - “Kenapa awak tidak hadir ke sekolah semalam ? ” tanya Cikgu Wahab kepada Delisha.
8. -nya - Ahmad dan rakan-rakannya telah pergi mandi-manda di air terjun itu pada minggu lepas.
9. Ini - Buku ini perlu dipulangkan kepada pemiliknya pada hari esok.
TEMA 5 - MEMACU PRODUKTIVITI
RUMAH PASANG SIAP (HALAMAN 58 - 59)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.3.2 Mendengar, menganalisis dan menerangkan maklumat daripada pelbagai wacana dengan betul
dan bermakna.
AKTIVITI 1 - Dengar dan analisis maklumat dalam kedua-dua bahan.
1. Imbas kod QR untuk mendengar maklumat tentang Sistem Binaan Berindustri.
AKTIVITI 2 - Jelaskan maklumat tentang pembinaan pasang siap yang anda dengar kepada kelas.
Maklumat tentang pembinaan pasang siap:
i. Pelanggan berpuas hatii dengan rumah yang dibina dengan menggunakan Sistem Binaan
Berindustri ini.
ii. Kos pembinaan dengan menggunakan sistem ini adalah lebih rendah berbanding dengan menggunakan
batu bata.
iii. Pelanggan juga tidak perlu menunggu waktu yang lama untuk menghuni rumah idaman kerana rumah
boleh disiapkan dengan lebih cepat.
iv. Struktur binaan lebih ringan dan kukuh.
v. Saya juga tidak memerlukan tenaga kerja yang ramai untuk menyiapkan sesebuah rumah dengan
menggunakkan sistem ini.
vi. Rumah tidak mengalami keretakan dinding dan kebocoran atap. vii. Suasana di dalam rumah lebih
senyap dan sejuk.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
74
viii. Rumah yang dibina dengan kaedah ini mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap gempa bumi.
ix. Sistem Binaan Berindustri telah digunakan dengan meluasnya di negara-negara maju.
x. Sistem ini diperkenalkan di Malaysia bermula dengan projek perumahan Flat Pekeliling, Kuala Lumpur
dan Flat Rifle Range Road (Jalan Padang Tembak), Pulau Pinang pada tahun 1996.
xi. Sistem Binaan Berindustri diperkenalkan di negara ini adalah untuk meningkatkan kualiti bangunan dan
kerja, mengurangkan penggunaan buruh asing di tapak projek serta mempercepat kerja pembinaan.
AKTIVITI 3 - Kumpulkan gambar binaan yang menggunakan Sistem Binaan Berindustri dan jelaskan keunikan
binan tersebut.
Sistem Binaan Berindustri mempunyai binaan yang Sistem ini menyebabkan rumah tidak
berkualiti dan lebih ringan. mengalami keretakan dinding dan
kebocoran atap.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
75
Rumah yang dibina dengan kaedah ini mempunyai
Struktur binaan menggunakan sistem ini lebih ringan daya tahan yang tinggi terhadap gempa bumi dan
dan kukuh. suasana di dalam rumah lebih senyap dan sejuk.
KHAZANAH HUTAN BAKAU (HALAMAN 60- 61)
KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.3.1 Membaca dan menilai bentuk serta kandungan teks daripada pelbagai bahan dengan betul dan
tepat.
AKTIVITI 1 - Baca dan teliti bahan. Kemudian, nilai bentuk serta kandungan teks bahan tersebut dengan
betulnya dan tepatnya dengan menggunakan Borang Penilaian Kendiri.
BORANG PENILAIAN KENDIRI
Tandakan skala di bawah
BIL ITEM 1- Setuju 2- Tidak setuju
BAHAN A BAHAN B
1 Bentuk paparan menarik SKALA ALASAN
minat pembaca 1 2 12
// Bahan B ada gambar yang warnawarni
yang menarik untuk dibaca.
2 Memberikan lebih banyak / / Bahan A dihuraikan dengan lebih jelas
maklumat dan penuh dengan maklumat
berbanding bahan B.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
76
3 Lebih mudah difahami oleh // Bahan B kerana petikan mempunyai isi
pembaca penting sahaja berbanding bahan A
panjang lebar.
4 Susunan maklumat mudah // Bahan B lebih tersusun kerana
dibaca mempunyai nombor pada setiap isi
penting.
5 Memberikan ilmu baharu / / Kedua-dua bahan memberikan ilmu
kepada pembaca walaupun bentuk teks berbeza.
ASPEK TATABAHASA
SP: 5.2.2 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata kerja dengan betul mengikut konteks.
AKTIVITI 2 - Kategorikan kata kerja tak transitif yang terdapat dalam teks. Kemudian, bina perenggan
dengan kata kerja tak transitif tersebut.
KATA KERJA TAK TRANSITIF
Subgolongan Ciri Jenis Contoh
Tak berpelengkap - Tak transitif tanpa • Rumah itu sudah roboh.
Kata Kerja Tak tidak memerlukan pelengkap • Turunnya Union, Jalur Gemilang
Transitif pelangkap
Tak transitif pula yang berkibar.
Berpelengkap berpelengkap
-memerlukan pelengkap • Keadaan Halim bertambah parah.
• Air sungai beransur surut.
Kata kerja Tak Transitif dalam teks: Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap
Kata kerja tak transitif berpelengkap
ada menjadi berbentuk berfungsi keluar
mengikut bergantung bermula menegak menyejuk
memakan terdapat mendapat terbakar masak
Contoh perenggan: TELEGRAM GURU BMSPM
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4
77
Penghasilan arang kayu bakar bermula daripada kayu bakau disusun di dalam dapur berbentuk
iglu mengikut susunan secara menegak. Proses ini memerlukan ketelitian dalam menyusun kayu yang
memakan masa yang agak lama. Selepas kayu bakar disusun sebahagian daripada pintu dapur ditutup
dengan batu bata yang ditampal dengan campuran pasir dan tanah. Proses pembakaran kayu bermula
dengan kayu bakar dibakar dengan “api besar” selama 10 hari. Seterusnya, kayu bakar perlu dibakar dengan
“api kecil” yang memerlukan masa selama 10 hari. Setelah selesai, pintu dapur akan ditutup sepenuhnya
selama 10 hari atau asap putih tidak lagi keluar dan dibiarkan menyejuk. Proses ini memerlukan kawalan
bagi memastikan arang di dalam relau tidak terbakar hingga menjadi abu. Tukang dapur dapat
mengetahui kayu bakar yang telah masak atau belum hanya dengan menghidu dan menyentuh asap yang
keluar pada hari-hari terakhir. Akhir sekali, bagi mendapat hasil yang dilakukan, kayu bakar yang telah
menjadi arang dikeluarkan dari dapur. Tempoh pembakaran kayu bakar ada kemungkinan mengambil
masa yang lebih daripada 30 hari bergantung pada saiz kayu dan kelembapan persekitaran. Terdapat
banyak fungsi arang kayu bakar, arang kayu bakar bukan sahaja dijadikan bahan bakar, sebaliknya arang
yang dihasilkan berfungsi untuk kegunaan industri pembuatan.
AKTIVITI 3 - Pada pendapat anda, adakah arang kayu bakau masih digunakan pada masa akan datang?
Berikan alasan.
Ya;
1) Terdapat permintaan sepanjang masa
2) Kos yang murah
3) Berkualiti tinggi
4) Banyak kelebihan berbanding arang jenis yang lain
Tidak;
1) Pembuatan arang kayu bakau akan menyebabkan pokok kayu bakau mengalami
kepupusan jika semakin kerap dan menyebabkan pokok kayu bakau banyak yang ditebang untuk
dijadikan arang.
2) Proses membuat arang kayu bakar sanagt rumit dan mengambil masa yang lama akan menyebabkan
masyarakat moden tidak mahu mengusahakannya.
3) Teknologi canggih akan dapat dihasilkan untuk menggantikan arang kayu bakau.
4) Terdapat juga pelbagai altenatif lain selain daripada kayu bakau cotohnya arang tempurung kelapa,
arang serkam padi, briket arang dan arang batu.
Lampiran : TELEGRAM GURU BMSPM
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4
78
BORANG PENILAIAN KENDIRI
Tandakan skala di bawah
1- Setuju 2- Tidak setuju
BIL ITEM BAHAN A BAHAN B ALASAN
SKALA
1 212
1 Bentuk paparan menarik
minat pembaca
2 Memberikan lebih banyak
maklumat
3 Lebih mudah difahami
oleh pembaca
4 Susunan maklumat
mudah dibaca
5 Memberikan ilmu baharu
kepada pembaca
KEK ANEKA RONA (HALAMAN 62 - 63)
KEMAHIRAN MENULIS
SP: 3.3.1 Menulis dan melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan mengikut situasi dan keperluan.
AKTIVITI 1 : Berdasarkan bahan dan pelbagai bahan rujukan, lengkapkan maklumat tentang kek lapis
Sarawak.
Kek Lapis Sarawak
Bil. Maklumat
1. Sejenis pemanis mulut yang istimewa di negari Sarawak.
2. Selalu dihidangkan dalam perayaan.
3. Menjadi hidangan dalam majlis hari lahir dan perkahwinan.
4. Dijadikan hantaran pertunangan atau hadiah buat insan istimewa.
5. Dibahagikan kepada dua kategori, iaitu kek dengan lapisan biasa dan kek dengan corak,motif
atau bentuk tertentu.
6. Mempunyai sekurang-kurangnya dua jenis warna.
7. Dibakar di dalam ketuhar.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
79
8. Dilapisi jem atau bahan manis.
9. Motif dan coraknya unik serta digabungkan dengan keenakan rasa.
10. Teksturnya lembap tetapi pejal.
AKTIVITI 2 - Bincangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memajukan industri kek lapis Sarawak.
Aspek Huraian dan Contoh
Isi 1 – Pengusaha kek lapis sentiasa melakukan inovasi
Huraian - Inovasi membantu mengembangkan pasaran kek lapis.
Contoh
Kesan - Proses inovasi memerlukan kreativiti para pengusaha untuk
melakukan pembaharuan dari segi corak, rasa, tekstur, pembungkusan dan lain-
lain.
- Menggunakan bahan semula jadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran untuk
menghasilkan kek lapis.
- Menjual kek lapis dengan pelbagai pembungkusan yang menarik, terutamanya
secara bermusim selaras dengan pelbagai sambutan perayaan.
- Menarik minat pelanggan.
- Pasaran kek lapis diperluas.
- Jika ditambah dengan bantuan pelbagai platform penjualan, boleh dikembangkan
sehingga peringkat global.
Huraian Isi 2 – Sokongan kerajaan
- Sokongan daripada kerajaan merupakan suatu galakan kepada pengusaha untuk
berdaya maju
- Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ini, sokongan kerajaan akan menjadi
suntikan motivasi kepada pengusaha dalam menghasilkan sesuatu yang baharu.
Contoh - Badan kerajaan seperti MARDI menghasilkan mesin yang berfungsi untuk
menggantikan tenaga kerja manusia bagi meningkatkan pengeluaran kek lapis Sarawak.
- Bank seperti Bank SME menawarkan pinjaman yang berkadar faedah rendah kepada
usahawan yang baru menceburi industri kek lapis.
Kesan - Beban kewangan pengusaha akan dikurangkan.
- Para pengusaha akan bermotivasi untuk menghasilkan pelbagai pembaharuan.
- Produktiviti pengusaha kek lapis akan bertambah.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
80
MENGHADAPI RINTANGAN (HALAMAN 64 - 65)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.4.2 Menyampaikan pendapat tentang sesuatu perkara melalui ceramah, syarahan dan forum dengan
yakin secara bertatasusila.
AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, sampaikan pendapat anda melalui ceramah tentang peluang dalam industri
yang berasaskan bidang teknikal dan vokasional.
Salam sejahtera saya ucapkan kepada yang saya muliakan, tuan pengerusi majlis, para jemputan dan hadirin
yang dihormati sekalian. Tajuk ceramah yang akan saya sampaikan pada hari ini ialah Peluang dalam
Industri yang Berasaskan Bidang Teknik dan Vokasional.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional atau singkatannya TVET ialah proses pendidikan
dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industri.
Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang kompeten
dalam bidang-bidang tertentu. Pendidikan Teknik dan Vokasional merupakan salah satu cabang sistem
pendidikan yang berlandaskan industri untuk melatih individu dalam kemahiran tertentu seperti bidang
automatif, animasi dan hospitaliti. Oleh hal yang demikian, peluang dalam industri berasaskan pendidikan
teknik dan vokasional semakin terbuka luas kepada anak muda yang berminat dan berkemahiran.
Bidang TVET melengkapi setiap individu dengan ilmu pengetahuan bukan sahaja dalam bidang
akademik tetapi juga ilmu kemahiran teknikal dalam pengendalian sesuatu peralatan. Ilmu kemahiran
teknikal adalah seperti pertukangan, elektronik, pateri, automotif, amalan bengkel mesin, kimpalan dan
fabrikasi logam. Tambahan pula, TVET ialah bidang pembelajaran yang bukan sahaja tertumpu kepada
mereka yang cemerlang dalam akademik sahaja tetapi juga kepada semua individu yang meminati bidang
kemahiran teknikal. Oleh sebab itu, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mendapat keputusan yang
kurang menyerlah dalam peperiksaan awam harus mengambil peluang dalam bidang TVET ini untuk
melengkapkan diri dengan ilmu kemahiran yang berguna sepanjang hayat kerana di mana ada kemahuan, di
situ ada jalan.
Selain itu, Pendidikan Teknik dan Vokasional juga penting untuk menjana individu yang mempunyai
ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang yang pelbagai. Kemahiran yang dapat dipelajari ialah
pengetahuan tentang sistem pendawaian yang mana merupakan sistem yang membekalkan elektrik kepada
sesuatu bangunan. Oleh hal yang demikian, individu yang mendaftar sebagai pelajar Kolej Vokasional atau
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
81
alma mater yang menumpukan dalam pengajian teknik dan vokasional akan memperoleh pengetahuan
tentang aspek kemahiran teknikal jika dibandingkan dengan sekolah-sekolah biasa yang mempunyai skop
kurikulum yang berbeza. Oleh hal yang demikian, tidak dapat dinafikan lagi bahawa Pendidikan Teknik dan
Vokasional mampu melahirkan individu yang berkemahiran tinggi serta kompeten.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
82
Tuan-tuan dan puan-puan,
Seperti yang diketahui umum, negara kita memerlukan lebih ramai sumber tenaga kerja untuk
memastikan pengeluaran produk-produk secara berterusan. Namun begitu, bilangan pekerja mahir adalah
kurang dan tidak mencukupi. Anak muda sepatutnya berganding bahu untuk menjadi pekerja mahir dalam
membantu ekonomi negara. Pelbagai pihak seperti pihak kerajaan dan ibu bapa haruslah memainkan
peranan dengan mendorong anak-anak remaja dalam bidang TVET demi memperbanyak produk
pengeluaran Malaysia. Tuntasnya, kebolehupayaan bagi individu yang mengikuti kursus dalam Pendidikan
Teknik dan Vokasional untuk memenuhi pasaran negara tidak dapat disangkal lagi.
Pendidikan Teknik dan Vokasional mampu menjana individu yang berfikiran kreatif, inovatif dan
inventif. Dengan kemahiran teknikal yang diperoleh, individu ini sendiri mampu mencipta atau menambah
baik produk yang sedia ada di pasaran. Umum mengetahui, bakat dalam penghasilan produk ini telah
diterapkan ke dalam jiwa anak-anak muda Malaysia sejak di bangku sekolah lagi melalui mata pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu dan subjek Reka Bentuk dan Teknologi. Dalam mata pelajaran ini, para pelajar
diberi peluang untuk mengenali dan mengendali mesinmesin yang terdapat di dalam bengkel dan
seterusnya mencipta sesuatu seperti tabung dan rak buku. Perkara ini akan menarik minat para pelajar
untuk meneruskan pembelajaran dalam Pendidikan Teknik dan Vokasional. Tuntasnya, sudah terang lagi
bersuluh bahawa TVET mampu melahirkan masyarakat yang berpengetahuan tinggi dan berinovasi.
Sebagai penutup wacana, Pendidikan Teknik dan Vokasional berperanan dalam usaha
membangunkan sebuah negara lestari pada masa hadapan. Sebagai rakyat yang berhasrat untuk
memajukan Malaysia agar menjadi sebuah negara mapan, janganlah kita melepaskan peluang untuk
menjadi pekerja mahir dalam sektor perindustrian agar produk buatan Malaysia diusahakan, dibungkus dan
dijaga kualitinya oleh anak watan kita sendiri dan bukan lagi warga asing. Cukuplah sehingga hari ini kita
mengharapkan kudrat mereka, kini tiba masanya kita berdiri di atas kaki sendiri untuk mengorak langkah
untuk melakukan perubahan yang besar buat negara dan bangsa dengan memanfaatkan Pendidikan Teknik
dan Vokasional.
Sekian, terima kasih.
ASPEK SENI BAHASA
SP: 4.2.1 Menggunakan peribahasa dan menghubung kait maksudnya dengan betul mengikut konteks.
AKTIVITI 2 - Nyatakan lima peribahasa yang sesuai berdasarkan kandungan bahan. Kemudian, bina ayat
dengan peribahasa tersebut.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
83
Peribahasa berdasarkan kandungan bahan:
1. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya - Sesuatu kejayaan tidak akan dicapai tanpa
usaha.
Contoh Ayat : Chin Chin belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh supaya cita-citanya untuk menjadi
doktor tercapai kerana dia tahu kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
2. Seperti mencurahkan air ke daun keladi - Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat
meresap ke dalam hati.
Contoh Ayat : Nasihat ibu Mail supaya anaknya mengambil peluang dalam bidang kemahiran hanya
seperti mencurahkan air ke daun keladi kerana Mail tetap dengan sikap degilnya.
3. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan - Setiap keinginan yang ingin dimiliki akan diusahakan sehingga
berjaya.
Contoh ayat - Sebagai seorang yang meminati bidang bakeri, Aida berusaha mengikuti kursus pembuatan
roti dan pastri secara dalam talian bagi mengasah kemahirannya, kerana baginya di mana ada
kemahuan, di situ ada jalan.
4. Alah bisa, tegal biasa - Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau selalu dibuat.
Contoh Ayat : Kerja memotong kayu itu alah bisa, tegal biasa sahaja bagi Ah Kow kerana sejak kecil lagi
dia telah melakukannya.
5. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan - Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dibuat
sehingga selesai dan berjaya.
Contoh Ayat - Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan yang cemerlang
kerana alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
AKTIVITI 3 - Jika anda ingin menceburi industri yang berasaskan bidang teknikal dan vokasional, apakah
industri yang akan anda ceburi? Mengapa?
Saya berminat untuk menceburi bidang kulinari. Saban hari Malaysia menyaksikan bidang kulinari semakin
mudah mendapat pekerjaan kerana industri pelancongan, perhotelan dan restoran kian berkembang pesat
bahkan permintaan terhadap bidang kerja cef juga semakin meningkat dari hari ke hari. Bidang ini ibarat
pembuka selera bagi mereka yang ingin berjinak-jinak dalam bidang masakan atau bagi mereka yang
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
84
menyimpan cita-cita ingin menjadi seorang cef yang terkemuka suatu hari nanti. Siapa tidak kenal dengan
Chef Gordon Ramsay.
Pekerjaan atau kerjaya sebagai seorang cef sebenarnya membuka pelbagai peluang dalam industri
restoran, perhotelan, kapal pesiaran dan juga resort. Selain itu, cef juga berpeluang meningkatkan
kemahiran memasak, memiliki perniagaan berasaskan makanan ataupun produk masakan dan tenaga
pengajar. Dengan kemahiran dan kebolehan yang ada membuatkan kerjaya sebagai seorang cef sangat
dikagumi ramai terutama buat mereka yang berpeluang bertugas di hotel lima bintang yang terletak di
lokasi percutian idaman ramai. Jika individu itu boleh bekerja bawah tekanan, melakukan beberapa
tugasan dalam satu-satu masa, bekerja sebagai sebahagian daripada pasukan, bijak menggunakan kreativiti
dan imaginasi untuk menghasilkan juadah yang kelihatan menarik, bersabar dengan tugasan remeh seperti
memotong sayur-sayuran dan memahami rantai pemakanan dengan baik, kerja cef pastinya bersesuaian
dengan individu terbabit.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
85
MAJU DALAM INDUSTRI MUTAKHIR (HALAMAN 66 - 67)
KEMAHIRAN MENULIS
SP: 3.4.1 Menulis kerangka karangan dengan menyusun dan menganalisis isi penting secara terancang.
AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, analisis dan senaraikan isi-isi penting karangan tentang kepentingan
industri 4.0.
AKTIVITI 2 - Tulis kerangka karangan berdasarkan isi-isi penting yang telah anda senaraikan.
CADANGAN KERANGKA KARANGAN - Kepentingan Industri 4.0
PENDAHULUAN
AYAT TEMA revolusi industri 4.0 ditandai dengan kemunculan superkomputer,…………….
AYAT KELOMPOK memungkinkan manusia lebih mengoptimumkan fungsi otak
AYAT ISU robot bakal menjadi “kawan”
AYAT hidup manusia akan dipermudah dengan bantuan robot
RANGSANGAN
AYAT ARAHAN menguruskan hal ehwal dan tugasan harian manusia
IDEA 1 pesanan piza kita lakukan melalui telefon melalui kemajuan industri 4.0
AYAT IDEA perkhidmatan dron sampai di depan pintu rumah
AYAT HURAIAN segala urusan rumah seperti mencuci baju, memberikan makanan….
AYAT CONTOH hanya perlu dilakukan dengan menekan butang di telefon pintar
AYAT HURAIAN tidak perlu lagi bersusah payah untuk mengambil perkhidmatan pembantu
AYAT
PENEGASAN tidak perlu memandu kereta untuk ke pejabat
segala urusan pemanduan akan dikawal
IDEA 2 penggunaan satelit
AYAT IDEA ke tempat yang ingin ditujui
AYAT HURAIAN selamat digunakan
AYAT CONTOH
AYAT HURAIAN revolusi industri 4.0 membentuk norma yang biasa pada masa akan datang
AYAT
PENEGASAN
IDEA 3
AYAT IDEA
AYAT HURAIAN berkembang dan berevolusi
AYAT CONTOH segala urusan harian manusia akan dikongsi dengan robot yang dicipta
AYAT HURAIAN mengoptimumkan aplikasi navigasi seperti Waze dan Google Maps
AYAT membantu pemandu dengan memberikan arahan dan maklumat laluan
PENEGASAN
PENUTUPAN
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
86
AYAT KESIMPULAN revolusi industri 4.0 memerlukan semua pihak mengadaptasi kehidupan
AYAT CADANGAN seiring dengan pembangunan pesat dalam produk berteknologi
AYAT HARAPAN sistem automasi lebih pintar dan Malaysia bergerak ke hadapan
AYAT UNGKAPAN langkah proaktif perlu diambil seperti negara Jepun
AYAT PENEGASAN telah mengorak langkah ke arah industri 5.0
CADANGAN KERANGKA KARANGAN - Zaman Robot
PENDAHULUAN
AYAT TEMA robot hanya sekadar mesin pada zaman dahulu
AYAT KELOMPOK robot dapat bertindak mengikut arahan yang disambungkan kepada sistem
AYAT ISU membolehkannya berfungsi dengan robot lain dengan keupayaan Internet
AYAT pengeluaran barangan dan perkhidmatan menjadi lebih cekap
RANGSANGAN
AYAT ARAHAN semua urusan dilakukan melalui Internet
IDEA 1
AYAT IDEA penggunaan robot sebagai pengesan dalam pertanian
AYAT HURAIAN mampu menentukan keadaan cuaca dan memaklumkan jumlah air
AYAT CONTOH robot memaklumkan data kepada robot lain
AYAT HURAIAN robot lain akan menghasilkan nutrien mengikut bacaan robot pengesan tadi
AYAT menjadikan tanaman lebih terpelihara dan lebih hebat dilakukan setiap saat
PENEGASAN
IDEA 2
AYAT IDEA robot berupaya mempercepat proses rawatan dalam bidang perubatan
AYAT HURAIAN robot membantu manusia untuk menganalisis dan mendiagnosis penyakit
AYAT CONTOH menganalisis dan mendiagnosis pertumbuhan kanser
AYAT HURAIAN robot membantu doktor menjalankan operasi pembedahan tubuh manusia
AYAT bahagian tubuh manusia yang sensitif dan sukar dibedah dapat dilakukan
PENEGASAN
IDEA 3
AYAT IDEA robot membawa kepentingan dalam bidang ketenteraan dan keselamatan
AYAT HURAIAN bidang robotik membantu tentera mengesan bom dan periuk api
AYAT CONTOH robot memainkan peranan penting sebagai ejen perisikan
AYAT HURAIAN mengesan segala pergerakan yang dirancang oleh musuh
AYAT keselamatan negara lebih terjamin daripada pencerobohan
PENEGASAN
PENUTUPAN
AYAT banyak lagi tugas manusia dapat dilakukan oleh robot dengan lebih efektif
KESIMPULAN
AYAT CADANGAN manusia boleh memanfaatkan penggunaan robot untuk pelbagai tujuan
AYAT HARAPAN robot boleh mengambil alih tugas manusia sebagai pekerja kilang, pembantu
AYAT UNGKAPAN manusia pada suatu masa nanti akan terlalu bergantung pada robot
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
87
AYAT robot akan berada di mana-mana sahaja untuk membantu manusia
PENEGASAN
AKTIVITI 3 - Bincangkan dan ceritakan kehidupan manusia yang sangat bergantung pada robot.
Robot merupakan sebuah mesin canggih yang mampu melakukan kerja-kerja yang dahulunya dibuat oleh
manusia dengan kawalan komputer. Kecanggihan teknologi kini telah memberikan peluang robot banyak
digunakan dalam bidang automobil, perubatan, pertanian dan lain-lain. Penggunaanya banyak di negara-
negara maju seperti Jepun, China, Amerika Syarikat dan lain-lain.
Mengikut arus kemajuan teknologi, ramai orang tidak akan meneruskan kehidupan dengan susah seperti
dahulu. Ciptaan robot kini bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Persoalannya, apakah kesan penggunaan
robot dalam kehidupan manusia?
Antaranya, robot dapat membantu manusia menjalankan kerja yang berisiko tinggi. Sebagai contoh,
robot humanoid yang merupakan peralatan elektronik di rumah dapat membantu tugas suri rumah tangga
untuk melaksanakan kerja seharian seperti membersihkan kipas atau tingkap yang tinggi. Selain itu,
sebahagian peralatan robotik juga diubah suai khasnya untuk mengesan bahan-bahan radioaktif atau
bahan-bahan kimia yang beracun. Penggunaan robot dalam kerja seperti atas akan mengurangkan risiko
yang dapat kehilangan nyawa kita. ‘Tak kenal maka tak cinta’. Oleh itu, robot membantu manusia untuk
melakukan kerja yang hambar, kotor dan berbahaya.
Kebaikan yang seterusnya ialah robot dapat menjalankan tugas yang diberi dengan cekap dan tepat.
Hal ini dikatakan demikian kerana kita hanya memberi arahan kepada sistem robot, sistem itu akan
membuat kerjanya dengan menepati kehendak kita. Bukan itu sahaja, robot tidak akan bergantung kepada
keadaan fizikal dan staminanya tetapi kurang kesilapan kerana telah diprogramkan. Bergantung kriteria di
atas, kita dapat mengetahui bahawa robot tidak akan cuti dan tidak akan sakit. Oleh itu, robot dapat
meneruskan prosesnya sepanjang 24 jam sehari. Tegasnya, produktiviti sesebuah syarikat akan meningkat
kerana kualiti hasilan dapat dikekalkan dan banyak dihasilkan.
Tidak dapat dinafikan bahawa penggunan robot turut membawa kesan negatif dalam kehidupan
manusia. Robot tidak berfungsi fleksibel seperti manusia. Hal ini dapat dilihatkan kerana robot tidak mampu
melakukan kerja-kerja selain yang telah diprogramkan pada sistem mereka. Sejiranya majikan ingin
mengemaskinikan program lama kepad program yang baharu, sudah pasti kos yang tinggi diperlukan. Robot
juga tidak berfikir tentang sesuatu yang abstrak dan kreatif seperti manusia. Justeru, robot tidak sesuai
untuk menjalankan tugas yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia, perasaan, dan psikologi
seperti peguam, kaunselor, dan pegawai perhubungan awam.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
88
Penggunaan robot juga menyebabkan manusia tidak berinisiatif. Manusia yang terlalu bergantung
pada robot untuk melakukan pelbagai kerja akan mengakibatkan manusia menjadi pasif dan berat tulang,
tiada inisiatif untuk berusaha. Di samping itu, robot akan dibeli dan digunakan oleh banyak pengusaha
untuk mengambil alih kerja manusia. Sehubungan dengan itu, manusia akan kehilangan pekerjaan. Majikan
lebih gemar memilih robot kerana dapat mengurangkan kos buruh. Hal ini akan menyebabkan
pengangguran kepada manusia
Kesimpulannya, aplikasi robot tiada had. Penciptaannya dianggap penting kerana fungsinya adalah
untuk membantu dan menambahkan kesejahteraan dan keselesaan manusia. Penggunaan robot
memudahkan urusan seharian manusia dalam pelbagai bidang. Namun demikian, penggunaan robot
haruslah dikawal agar dapat mengelakkan kesan negatif.
PEMULIHAN - INDUSTRI KRAF TANGAN (HALAMAN 68)
Lengkapkan kerangka karangan Usaha-usaha Memajukan Industri Kraf Tangan.
Perenggan Bahagian Ayat
Pendahuluan Isu Industri kraf tangan di Malaysia berpotensi untuk dimajukan.
Kesan Kemajuan dalam industri ini memberikan pulangan yang lumayan kepada
rakyat.
Contoh Kraf tangan seperti anyaman bakul, ukiran kayu, dan hasil tenunan boleh
menjadi punca pendapatan.
Tugasan Oleh hal yang demikian, semua pihak haruslah
mengimplementasikan usaha-usaha yang efektif lagi pragmatik untuk
memajukan industri kraf tangan.
Persoalannya ialah apakah usaha-usaha yang haruslah dilaksanakan oleh
semua pihak untuk memajukan industri kraf tangan?
Perenggan Bahagian Ayat
Isi 1 Isi Kerajaan mempromosikan kraf tangan Malaysia ke luar negara.
Huraian isi Masyarakat luar masih belum mengenali kraf tangan negara kita.
Contoh Mengadakan promosi secara besar-besaran melalui media massa –
menganjurkan pameran kraf tangan di luar negara.
Huraian Kraf tangan negara semakin dikenali oleh pelancong asing.
Contoh
(Kesan) Kerajaan memainkan peranan penting dalam memajukan industri kraf
Penegasan tangan.
Perenggan Bahagian Ayat
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
89
Isi 2 Isi Pengusaha perlulah menghasilkan kraf tangan yang kreatif.
Huraian isi Pembeli tertarik untuk membeli barangan yang terkini dan mengikut
peredaran zaman.
Contoh Menghasilkan kraf tangan yang menarik dengan menggunakan bahan-bahan
tempatan seperti cangkerang hidupan laut, buluh, dan buah kelapa.
Huraian Pelbagai bentuk atau ciptaan kraf tangan yang menarik dan unik dapat
Contoh dihasilkan – dapat menarik lebih ramai peminat kraf tangan – meningkatkan
(Kesan) pendapatan pengusaha kraf tangan.
Penegasan Jelaslah bahawa kreativiti pengusaha dalam usaha menghasilkan kraf tangan
yang kreatif - memberikan impak yang besar dalam memajukan industri kraf
tangan di Malaysia.
Perenggan Bahagian Ayat
Isi 3 Isi Sokongan masyarakat terhadap kraf tangan ciptaan warga tempatan.
Huraian isi Kita sewajarnya menghargai titik peluh dan kreativiti rakyat Malaysia dalam
menghasilkan karya seni.
Contoh memberikan sokongan yang berterusan kepada produk kraf tangan
tempatan seperti bakul buluh, labu sayong, batik, anyaman, tenunan –
membeli kraf tangan tempatan sebagai hadiah untuk kawan-kawan di luar
negara.
Huraian Industri kraf tangan dapat dimajukan dan pendapatan pengusaha tempatan
Contoh dapat ditingkatkan – memberikan motivasi kepada pengusaha kraf tangan
(Kesan) untuk lebih gigih menghasilkan produk kraf tangan yang berkualiti.
Penegasan Sokongan yang tidak berbelah bahagi masyarakat terhadap produk kraf
tangan dapat memajukan industri kraf tangan di Malaysia.
Perenggan Bahagian Ayat
Isi 4 Isi Media massa memainkan peranan untuk memperkenalkan kraf tangan
tempatan.
Huraian isi Dapat menarik minat masyarakat terhadap seni kraf tangan tempatan dan
membantu usaha untuk meningkatkan permintaan orang ramai terhadap
barangan kraf tangan tempatan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
90
Contoh Menyiarkan rancangan yang memperkenalkan kraf tangan tempatan
melalui televisyen – mengadakan pertandingan kuiz berkenaan dengan kraf
tangan melalui televsiyen – Menyiarkan artikel yang menarik mengenai
seni kraf tangan.
Huraian Masyarakat dapat didedahkan dengan keunikan kraf tangan – menarik
Contoh minat masyarakat untuk membeli produk kraf tangan meningkatkan jualan
(Kesan) kraf tangan tempatan.
Penegasan Peranan media massa amat penting dalam usaha untuk memajukan
industri kraf tangan di Malaysia.
Perenggan Bahagian Ayat
Kesimpulan Kesimpulan Kraf tangan yang menjadi lambang kebudayaan dan kesenian perlu
dipertahankan.
Cadangan Semua pihak perlu berganding bahu untuk memajukan industri kraf
tangan negara.
Harapan agar industri kraf tangan ini terus maju seiring dengan
Penegasan pembangunan negara sekali gus menarik minat pelancong – melancong
ke negara kita.
Ayuh, marilah kita bersama-sama menyokong barangan kraf tangan
tempatan agar kesenian kraf tangan dapat dikekalkan selama-lamanya –
tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
91
TEKA SILANG KATA (HALAMAN 69)
Lengkapkan teka silang kata dengan perkataan yang tepat .Kemudian, bina ayat lain dengan perkataan
tersebut. Imbas kod QR untuk mendapatkan jawapan teka silang kata.
Bina ayat lain dengan perkataan tersebut.
1. Harga minyak masak melambung naik kesan daripada kenaikan harga minyak dunia.
2. Semenjak anaknya meninggal dunia, Suraya sering melamun dan tidak menghiraukan keadaan dirinya.
3. Kandungan buku tatabahasa itu tertumpu pada aspek pembentukan kata dalam bahasa Melayu.
4. Mesin pengisar berkelajuan tinggi itu dapat mengisar kacang tanah hingga halus.
5. Setiap pelajar sudah pasti berhasrat untuk menjejakkan kaki ke menara gading.
6. Harga durian jatuh kerana tiada permintaan akbat pandemik Covid-19.
7. Tanaman padi tidak menjadi pada musim ini kerana serangan penyakit bena perang,
8. Sejak kecil, saya diajar supaya berjimat apabila berbelanja.
9. Semangat Amelia yang membara untuk menjadi seorang cef menyebabkannya memilih jurusan kulinari.
10. Setiap kejadian yang berlaku dalam hidup seseorang harus dijadikan pengalaman yang amat bermakna
untuk menempuh cabaran.
11. Semua murid diminta duduk mengikut jarak yang ditetapkan apabila makan di kantin.
12. Sektor perindustrian bergantung pada tenaga kerja mahir untuk memajukan ekonomi negara.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
92
TEMA 6 - DUNIA PELANCONGAN
MALAYSIA SYURGA MAKANAN (HALAMAN 72 - 73)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.4.1 Menyampaikan pendapat tentang sesuatu perkara dalam perbualan santai secara bertatasusila.
AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, kemukakan pendapat anda dalam perbualan santai secara bertatasusila.
Murid boleh mencari maklumat berkaitan dengan makanan istimewa yang ada di setiap daerah di negeri
Kelantan dan Terengganu dengan berpandu pada contoh di bawah. Selepas itu, murid boleh membuat
pembentangan di dalam kelas.
CONTOH 1 NASI KERABU KUALI GELEGAK
JELI (Kelantan)
Daerah Jeli merupakan kawasan yang terletak pintu masuk
atau “gateway” ke negeri Kelantan dari sebelah Pantai Barat
Semenanjung Malaysia.
Jeli menjadi tempat persinggahan yang sesuai bagi
mereka yang dikatakan dalam perjalanan dari Pantai Timur ke
Pantai Barat atau sebaliknya, melalui jalan raya Timur Barat.
Di samping itu, daerah Jeli juga menjadi penghubung kepada
kawasan Kelantan Selatan melalui jalan raya Jeli – Dabong.
Oleh hal yang demikian, dari segi lokasinya Daerah Jeli
bersempadan dengan Thailand di sebelah utara, jajahan
Tanah Merah di sebelah timur, jajahan Kuala Krai dan Gua
Musang di sebelah selatan dan negeri Perak di sebelah barat.
Jeli merupakan sebuah kawasan yang strategik dan
mempunyai daya maju untuk pembangunan secara teratur
pada masa hadapan. Pekan Jeli merupakan bandar atau pekan
utama di kawasan jajahan ini. Kawasan ini terletak kira-kira 98
kilometer dari bandar raya Kota Bharu melalui jalan raya
Timur Barat.
MI UDANG GALAH
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
93
Keadaan muka bumi ialah 82% berbukit bukau, hutan
rimba dan banyak alur serta sungai. Jajahan ini terletak antara
90 meter hingga 500 meter dari paras laut. Sungai-sungai
utama ialah Sungai Pergau, Sungai Renyut, Sungai Suda dan
Sungai Balah.
Oleh sebab keadaan geografi Jeli bersempadan dengan
banyak budaya, makanan di sini juga menerima pengaruh
daripada Perak, Thailand, dan Terengganu. Hal ini menjadikan
makanan di daerah Jeli sangat unik, tambahan pula udang
galah yang segar juga banyak terdapat di sungai-sungai yang
berdekatan dengan Jeli.
Makanan di Jeli juga sangat esotik dan menarik
perhatian pelancong dari dalam dan luar negara. Setiap
pelancong yang mahu mencuba makanan yang unik rasanya
dan mesra alam, Jeli ialah tempat yang sangat sesuai kerana
harganya tidak mahal. Tidak hairanlah bahawa Jeli ialah
destinasi pelancongan gastronomi di Kelantan.
SAMBAL PIJAT
CONTOH 2
Cari gambar yang sesuai dengan makanan yang terdapat dalam jadual di bawah. Anda dikehendaki
mencetak gambar tersebut lalu menampalkannya dalam jadual di bawah.
MARTABAK RAJA SOTONG SUMBAT KUIH BAULU
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
94
LAKSAM SATAR KUIH BUAH TANJUNG
NASI DAGANG KEROPOK LEKOR SINGGANG
MI CHAMPA LEMPENG NYIUR SOTONG CELUP
NASI KUKUS AYAM
LEMANG BEREMPAH NASI ULAM
AKTIVITI 2 - Lengkapkan itinerari pelancongan gastronomi bagi negeri-negeri lain di Malaysia.
Cadangan aktiviti:
1. Murid boleh menerokai maklumat tentang pelancongan gastronomi di media sosial.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
95
2. Murid boleh merujuk laman sesawang seperti berikut:
https://saji.my/makananan-tradisional-perak/
https://www.maisinggah.com/tempat-makan-menarik-di-melaka/
https://www.tempatmenarik.my/tempat-makan-johor/ https://saji.my/20-tempat-makan-best-
di-kedah/
3. Guru boleh meminta murid menghasilkan buku skrap tentang pelancongan gastronomi.
TAHAN MENGHIJAU (HALAMAN 74 - 75)
KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.3.1 Membaca dan menilai bentuk serta kandungan teks daripada pelbagai bahan dengan betul dan
tepat.
AKTIVITI 1 - Baca bahan. Kemudian, nilai bentuk serta kandungan teks bahan tersebut dengan betulnya dan
tepatnya dengan menggunakan Borang Penilaian Kendiri.
1. Bahan 1 : Petikan bertajuk Panggilan Tahan
2. Bahan 2 : Litar bukit Teresek
BORANG PENILAIAN KENDIRI
Tandakan skala di bawah
2- Setuju 2- Tidak setuju
BAHAN A BAHAN B
BIL ITEM SKALA ALASAN
1 212
1 Maklumat yang // Bahan B menggunakan konsep peta
dipaparkan mudah berbanding bahan A .
difahami pembaca
2 Maklumat membantu // Bahan B memberi panduan destinasi
pembaca untuk pelancongan dengan jelas berbanding
mengenali destinasi bahan A.
pelancongan dengan
cepat
3 Penggunaan ilustrasi yang // Bahan B kerana menggunakan ilustrasi
menarik yang berwarna warni
4 Maklumat memberikan / / Kedua-dua bahan berkaitan dengan
pengetahuan yang baharu destinasi pelancongan Gunung
kepada pembaca Tahan.Pembaca dapat memperoleh
maklumat tambahan berkaitan
destinasi pelancongan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
96
5 Makumat diolah dengan / / Bahan B kerana maklumat yang
tepat dan ringkas untuk dipaparkan jelas dan ringkas dengan
memudahkan menggunakan konsep peta.Maklumat
pelancong membuat dalam bahan A diolah dalam bentuk
pilihan destinasi cerita dan mengambil sedikit masa
pelancongan untuk memperoleh maklumat.
6 Pembaca dapat / Bahan A menyelitkan beberapa
menambahkan peribahasa dalam petikan.
pengetahuan tentang
penggunaan peribahasa
ASPEK SENI BAHASA
SP: 4.2.1 Menggunakan peribahasa dan menghubung kait maksudnya dengan betul mengikut konteks.
AKTIVITI 2 - Analisis penggunaan peribahasa dalam bahan. Kemudian, bina perenggan berdasarkan
peribahasa yang sesuai dan hubung kaitkan maksudnya dengan betulnya mengikut konteks.
Bil Peribahasa Maksud
1 Hutan halau mentua Hujan sebentar sahaja
2 Kecil-kecil cili api Walaupun bertubuh kecil tetapi mempunyai sifat berani
dalam sesuatu perkara
3 Kecil jangan disangka anak, besar
jangan disangka bapa Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus kepada
orang-orang tua sahaja
4 Kalau takut dilambung ombak, jangan Sekiranya takut kepada risiko, jangan dekati bahaya
berumah di tepi pantai
5 Takkan lari gunung dikejar Membuat sesuatu kerja biarlah dengan cermat dan
berhati-hati
Bina perenggan berdasarkan peribahasa.
Petikan di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan tiga peribahasa sahaja yang
sesuai berdasarkan situasi berikut.
Puan Mahani tidak mahu mengangkat pakaiannya ketika hujan kerana menganggap hujan tersebut
hanya turun seketika sahaja. Ternyata telahan Puan Mahani tepat. Seketika, anaknya Arfah yang baharu
menginjak usia 12 tahun memanggilnya untuk bertanyakan perihal soalan latihan Matematik dengan
bersungguh-sungguh. Panggilan anaknya itu membuatkan Puan Mahani tersenyum kerana dia tahu anaknya
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
97
bijak dalam penyelesaian Matematik sehinggakan mampu menyelesaikanan masalah Matematik peringkat
menengah rendah. Anaknya hanya mahu Puan Mahani mengesahkan sahaja jawapan.
“Cepat benar masa berlalu,” luah Puan Mahani dalam hatinya. Dia agak bimbang untuk
melepaskan anaknya ke sekolah berasrama penuh pada tahun hadapan. Namun, jika dia tidak melepaskan
anaknya ke sekolah berasrama maka peluang mendapat pendidikan untuk anaknya dinafikan. Dia wajar
menanggung risiko tersebut seperti mana ibunya dahulu Hajah Fauziah yang menghantar dia belajar ke
asrama. Puan Mahani harus cermat dan berhati-hati dalam merancang masa depan anaknya yang ketika ini
berpontesi cemerlang pada masa akan datang.
1. hujan halau menantu
2. kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa
3. kalau takut dilambung ombak jangan berumah di tepi pantai
4. tak kan lari gunung dikejar
AKTIVITI 3 - Terokai maklumat tentang keistimewaan Gunung Tahan dan sediakan brosur yang dapat
dijadikan panduan oleh pelancong.
Imbas kod QR untuk melihat Brosur Gunung Tahan yang penuh.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
98
WARISAN DUNIA (HALAMAN 76 - 77)
KEMAHIRAN MENULIS
SP: 3.4.2 Menulis pelbagai jenis perenggan pendahuluan yang menepati tema menggunakan laras bahasa
yang sesuai dan gramatis.
AKTIVITI 1 - Analisis maklumat dalam bahan. Kemudian, tulis perenggan pendahuluan jenis sejarah,
suasana, dan peribahasa.
1. Murid secara individu diminta meneliti ketiga-tiga bahan [ Bahan 1 Petikan , Bahan 2 Infografik, Bahan
3 Infografik ]
2. Murid dalam kumpulan 4 - 5 orang diminta membincangkan tugasan yang diberi untuk membina
pendahuluan sama ada jenis suasana, sejarah atau peribahasa berdasarkan bahan.
3. Murid menulis pendahuluan yang ditugaskan hasil perbincangan .
4. Lembaran pendahuluan yang dibina oleh setiap kumpulan diedarkan secara bergilir kepada rakan-
rakan kumpulan lain untuk mendapat respons dari segi kekuatan dan kelemahan.
5. Murid menulis semula ketiga-tiga jenis pendahuluan secara kendiri.
Contoh Soalan dan Jawapan Aktiviti 1 :
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
99
Tugasan 1 [KUMPULAN 1, 3, 5] : Teliti bahan petikan dan bahan grafik pada muka surat 76 – 77. Kemudian
tulis satu pendahuluan jenis sejarah tentang kepentingan aktiviti pelancongan dalam negara kepada
masyarakat dan negara.
Tugasan 2 [KUMPULAN 2,4,6] : Teliti bahan petikan dan bahan grafik pada muka surat 76 – 77. Kemudian
tulis satu pendahuluan jenis peribahasa tentang kepentingan aktiviti pelancongan dalam negara kepada
masyarakat dan negara.
ANALISIS TIKF:
Tema : Pelancongan dalam negara.
Isu : Kepentingan pelancongan dalam negara kepada masyarakat dan negara.
Kata Kunci : Kepentingan [ Kebaikan / Manfaat / Faedah ]
Format : Pendapat / Fakta
Tugasan 3 [KUMPULAN 7, 8, 9] : Teliti bahan petikan dan bahan grafik pada muka surat 76 – 77. Kemudian
tulis satu pendahuluan jenis suasana tentang pengalaman anda menjelajahi Taman Negara Gunung
Mulu.
ANALISIS TIKF:
Tema : Pelancongan dalam negara.
Isu : Menjelajah Taman Negara Mulu .
Kata Kunci : Pengalaman anda Format :
Cerita
Bahan 1
Bahan 2 TELEGRAM GURU BMSPM
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4