300
.pdf https://iluminasi.com/bm/5-cara-teknologi-dron-digunakan-bagi-faedah-kepada-manusia.html
https://www.mywilayah.com/2019/11/faedah-dan-keburukan-dron.html
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
301
MAKAN SAINS, TIDUR SAINS (HALAMAN 210 - 211)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.7.1 Berbincang dengan mengemukakan idea yang bernas dan rasional tentang sesuatu perkara secara
bertatasusila.
AKTIVITI 1 - Dengan berdasarkan bahan, kemukakan idea yang bernas dan rasional tentang bahan secara
bertatasusila.
PERBINCANGAN BERKAITAN MANFAAT SAINS DALAM KEHIDUPAN MANUSIA :
1. Kemajuan dalam bidang sains dapat memudahkan komunikasi antara manusia. Contohnya,
penciptaan pelbagai alatan komunikasi dan gajet seperti telefon pintar yang menjadi medium perhubungan
yang sangat penting dan berkesan antara manusia.
2. Kemajuan dan inovasi dalam bidang sains dan teknologi dapat menyumbang kepada perkembangan
industri kesihatan. Contohnya, para saintis dan pakar perubatan telah berjaya mencipta vaksin Covid-19 yang
akan memberikan manfaat kepada manusia di seluruh pelosok dunia.
4. Kemajuan dalam bidang sains dan teknologi dapat meningkatkan martabat sektor pendidikan negara di
mata dunia. Contohnya, negara kita telah dipandang tinggi dengan kejayaan Datuk Doktor Sheikh Muzaffar
yang telah mengharumkan nama negara apabila berjaya menjejakkan kaki ke angksa lepas. Selepas
kejayaan beliau itu, muncul lebih ramai pakar dalam bidang sains perubatan, bidang astronomi,
bioteknologi, kejuruteraan, reka cipta dan sebagainya hasil daripada galakan dan insentif daripada pihak
kerajaan dalam bidang pendidikan.
4. Kemajuan dalam bidang sains dapat memudahkan pergerakan manusia dengan penciptaan pelbagai
sistem pengangkutan awam yang moden, canggih dan laju seperti transit aliran ringan (LRT), monorel, dan
sebagainya.
5. Pelbagai penyelidikan dan inovasi (Research and Development) dalam bidang sains dapat memulihara
dan memelihara alam sekitar. Selain itu, kemajuan dalam bidang bioteknologi dan teknologi pemakanan juga
dapat meningkatkan hasil pertanian dan agrikultur.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
302
6. Sains juga dapat meningkatkan daya kreatif dan kreativiti manusia dengan pelbagai reka cipta alatan
dan keperluan yang dapat membantu memudahkan tugas dalam kehidupan seharian manusia.
AKTIVITI 2 - Berbincanglah dengan rakan anda tentang satu projek sains yang akan dijalankan.
1. Murid berbincang tentang projek sains yang akan dijalankan.
2. Murid boleh melayari laman-laman sesawang di bawah, untuk mendapatkan idea tentang projek sains.
3. Layari: https://www.cikguhailmi.com/2020/03/30-eksperimen-sains-mudah-buat-di-rumah.html
https://www.raihanjalaludin.com/2019/05/contoh-projek-aktiviti-mudah-sains.html
INOVASI 5G (HALAMAN 212 - 213)
KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.3.4 Membaca dan mendapatkan penyelesaian masalah secara rasional.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
303
AKTIVITI 1 - Baca dan analisis bahan untuk mengenal pasti punca masalah. Kemudian, kemukakan cadangan
penyelesaian secara rasional.
“Teknologi 5G merupakan teknologi jaringan pantas yang mampu mencapai kelajuan 20Gbps. dan
membolehkan inovasi yang canggih seperti robotik, kereta swapandu, rangkaian pintar, bandar
pintar dan pelbagai inovasi lain direalisasikan.”
Punca masalah:
Cabaran yang perlu dihadapi jika teknologi dan inovasi 5G diperluas.
a. Penyalahgunaan media sosial dan Internet
b. Isu kesihatan
c. Isu keselamatan
d. Pergaulan sosial semakin terbatas
Cadangan penyelesaian masalah:
a. Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berwajib.
b. Pihak kerajaan mengadakan kempen bagi memberikan kesedaran mengenai fungsi dan implikasi
5G.
c. Pihak media harus berperanan menyebarkan dan menyampaikan maklumat tepat
kepada masyarakat.
ASPEK TATABAHASA
SP: 5.3.4 Mengenal pasti dan menggunakan ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan yang
betul mengikut konteks.
AKTIVITI 2 - Kenal pasti jenis-jenis ayat dalam bahan dan bina ayat berdasarkan jenis-jenis ayat tersebut
mengikut konteks. (Jawapan disediakan pada muka surat 242 - 243)
Bina Ayat Contoh Ayat
Jenis Ayat
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
304
Ayat Penyata 1. Perkembangan teknologi 5G di Malaysia mampu menjana lebih banyak peluang
pekerjaan dalam kalangan masyarakat.
2. Teknologi 5G mempunyai keupayaan untuk mengubah fungsi teknologi mudah
alih kepada masyarakat.
Ayat Tanya 1. Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh masyarakat setelah teknologi 5G
diperluas?
Ayat Perintah 2. Teknologi 5G mampu mengubah gaya hidup masyarakat, bagaimana?
Ayat Seruan 1. Jangan berlari di kawasan ini.
2. Ibu bapa, mohon pantau penggunaan peranti anak-anak anda.
1. Wah, perkembangan teknologi 5G mampu memudahkan kerja!
2. Syabas, inovasi 5G telah mempercepat proses pembangunan ekosistem digital
di Malaysia!
AKTIVITI 3 - Berdasarkan bahan, cipta bahagian kesudahan cerita menggunakan pelbagai jenis ayat.
Malah, kita semua harus berganding bahu untuk menghadapi pelbagai cabaran yang timbul kesan
ledakan inovasi 5G ini. Bagaimana segala cabaran 5G dapat diatasi jika kita semua tidak bersatu? Cabaran
seperti isu kesihatan, isu keselamatan, isu penyalahgunaan media sosial dan Internet serta isu pergaulan
sosial yang semakin terbatas perlu ditangani secara bijak oleh semua pihak. Setiap keputusan dan tindakan
harus dilakukan secara berhati-hati umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung
tidak berselerak agar tidak ada pihak yang saling menuding jari.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
305
BACAAN LUAS - BIODIESEL (HALAMAN 214 - 215)
AKTIVITI 1 - Baca bahan dan senaraikan kosa kata yang ditemukan. Kemudian, cari maksud kosa kata
tersebut.
Bil Perkataan Maksud
1 biobahan api
Bahan bakar yang tenaganya berasal dari bahan
tumbuhan.
2 alternatif Pilihan yang merupakan kemestian (keharusan);
3 bersubsidi
hanya ada satu – hanya ada satu pilihan (jalan)
sahaja.
Satu pilihan antara dua kemungkinan
Mendapat atau diberi subsidi: bas disediakan
dengan tambang yang Mendapat subsidi;
dijalankan atau diurus dengan subsidi
Subsidi – bantuan berupa wang atau
kebendaan (biasanya daripada kerajaan) yang
diberi kepada sesuatu pihak tertentu - Wang
bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada
sesuatu perbadanan
4 kualiti udara Peringkat kebaikan atau nilai sesuatu: tahap
5 pelepasan
kecemerlangan (yang tertinggi):
Keadaan di sekitar sesuatu tempat / hawa/
cuaca; buruk baik sesuatu
Darjah kecemerlangan biasanya yang tinggi,
mutu cuaca / hawa
Perihal melepaskan, pembuangan, pemecatan,
perbuatan atau hal melepaskan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
306
6 bahan bakar Sesuatu yang dibubuh ke dalam api (seperti
7 depoh kayu, arang batu, minyak) untuk membakar
Benda yang dipakai untuk membakar (dalam
enjin dll)
Barang-barang yang akan dinyalakan
(seperti minyak tanah dsb)
Gudang atau tempat menyimpan barangbarang
Pusat latihan untuk rekrut dan pengganti
Pusat latihan atau pusat pengambilan
orangorang baru untuk polis atau tentera
8 dilabelkan Dinamakan, dicapkan
9 diadun Digaul, menggaulkan sesuatu campuran
10 penghasilan Perihal menghasilkan , pengeluaran,
Pendapatan, perolehan
Perbuatan menghasilkan; pengeluaran
AKTIVITI 2 - Kenal pasti masalah yang dihadapi. Kemudian, cadangkan idea yang bernas dan rasional bagi
mengatasi masalah tersebut.
MASALAH - Kurang sambutan masyarakat terhadap penggunaan biodiesel sebagai bahan bakar.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
307
Pihak kerajaan
mengadakan kempen
kesedaran kebaikan
penggunaan biodiesel
Mengadakan promosi CADANGAN Mengadakan
secara besar-besar MENINGKATKAN kerjasama dengan
bagi menjelaskan Persatuan Pengeluar
KADAR
faedah biodiesal PENGGUNAAN Automotif Jepun
BIODIESEL DALAM (JAMA )
KALANGAN
MASYARAKAT
Mengadakan kajian
penggunaan biodiesel sebagai
bahan api kenderaan [MPOB -
Lembaga Minyak Sawit
Malaysia]
AKTIVITI 3 - Cadangkan usaha-usaha yang dapat dilakukan bagi memperluas penggunaan biodiesel di
Malaysia.
Usaha-usaha yang dapat dilakukan bagi memperluas penggunaan biodiesel di Malaysia.
1. Kerajaan menggesa peserta industri, khususnya syarikat terbabit dalam sektor logistik, perladangan
dan perkilangan menyokong usaha meningkatkan penggunaan minyak sawit secara domestik melalui
biodiesel B10.
2. Kerajaan mengadakan sesi rundingan bersama syarikat pengeluar kenderaan, persatuan industri
pembuatan dan syarikat petroleum.
3. Kerajaan juga telah melancarkan program kerjasama antara FGV dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia
(MPOB).
4. Kerajaan mengadakan kerjasama penyelidikan dengan Mercedes-Benz membabitkan 36 bas
komersial menggunakan biodiesel sawit tulen (B100), B50 (adunan 50 peratus biodiesel sawit dengan diesel)
dan B0 (diesel).
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
308
5. Komitmen syarikat petroleum, pemain dalam sektor automotif, pengeluar kenderaan dan pengeluar
peralatan asal (OEM) amat perlu.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
309
TEMA 16 - DIPIMPIN UNTUK MEMIMPIN
BELIA POSITIF, TERSERLAH WIBAWA (HALAMAN 218 - 219)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.8.1 Merumus isu semasa dengan kritis dan bernas secara jelas menggunakan ayat yang betul dan
gramatis.
AKTIVITI 1 - Teliti bahan yang diberikan dan buat rumusan secara kritis dengan ayat yang betul dan
gramatis.
Bahan 1 :- Belia Harapan Negara
Pembangunan Kendiri Belia haruslah bersedia melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu
pengetahuan dan kemahiran. Contohnya, ilmu agama, sains dan
matematik untuk menyumbang kepada pembangunan negara.
Hubungan Sosial Belia perlu menjalin hubungan sosial yang baik semasa bergaul
dalam kalangan masyarakat majmuk untuk mewujudkan suasana
kehidupan bermasyarakat sentiasa harmoni.
Identiti Belia wajar sentiasa mempunyai jati diri yang utuh dan tidak
mudah dipengaruhi oleh budaya asing dalam kehidupan mereka.
Potensi Diri
Kesihatan Belia perlu sentiasa meningkatkan potensi diri untuk mampu
berdaya saing.
Belia semestinya mementingkan kesihatan dengan mengamalkan
budaya hidup yang sihat, menjauhi diri daripada terjebak dalam
budaya negatif terutama penyalahgunaan dadah.
Pendidikan Belia perlu mementingkan pendidikan. Mereka perlu menuntut
ilmu hingga ke peringkat yang lebih tinggi demi kemajuan negara.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
310
Kesejahteraan Ekonomi Belia perlu menceburi peluang pekerjaan untuk menjana
Keselamatan pendapatan diri, keluarga dan menyumbang kepada ekonomi
Sosialisasi Politik negara mengikut kelayakan taraf pendidikan mereka.
Belia perlu mengutamakan keselamatan diri daripada terdedah
dengan pelbagai ancaman yang boleh meragut nyawa seperti
kemalangan di jalan raya.
Belia perlu juga melibatkan diri dalam arena politik secara matang
untuk kesejahteraan hidup dalam sebuah negara yang merdeka.
Penggunaan Media Belia perlu bijak dalam penggunaan media sama ada media cetak,
elektronik mahu pun laman sembang sosial supaya tidak terjebak
dalam pornografi mahupun penyebaran berita palsu.
Waktu Senggang Belia perlu sentiasa menggunakan waktu senggang / waktu
terluang dengan aktiviti yang bermanfaat.
Bebas Tingkah Laku
Devian Belia perlu bebas daripada tingkah laku devian (seseorang yang
perangainya menyimpang daripada normal) iaitu tidak terlibat
dengan aktiviti yang bertentangan dengan norma masyarakat
dalam kehidupan mereka terutama yang melanggar hukum agama
seperti menukar jantina, seks rambang dan sumbang mahram.
Bahan 2 :-Potensi Diri Belia perlu mempunyai keupayaan memimpin, bijak membuat
Kepimpinan keputusan dan mengendalikan situasi yang sukar.
Berdaya upaya Belia seharusnya mempunyai kebolehan dan keupayaan dalam
mendorong seseorang untuk sesuatu yang lebih baik.
Sensitiviti /Keprihatinan
Belia juga mestilah mempunyai keprihatinan kepada nilai dan
Keusahawanan budaya masyarakat serta penjagaan alam sekitar.
Belia perlu menjadi kreatif dan inovatif dalam mencari peluang
dan ruang untuk memaksimumkan sumber yang ada.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
311
Kreatif Belia seharusnya mempunyai kemampuan, kebolehan atau
keupayaan untuk mencetuskan idea serta menghasilkan sesuatu
AKTIVITI 2 yang baharu dan asli.
- Hujahkan pendapat anda tentang potensi diri belia untuk diteladani
dengan bernasnya.
Pendapat saya tentang potensi diri belia untuk diteladani ialah belia perlu melengkapkan diri dengan
kemahiran yang diperlukan untuk memudahkan penyertaan mereka dalam pembangunan nusa bangsa
serta menghadapi cabaran globalisasi. Kegigihan dalam membuat penyelidikan dengan mengaplikasikan
ilmu-ilmu yang pernah dipelajari perlu untuk menghasilkan inovasi agar Malaysia mampu berdiri sama
tinggi, duduk sama rendah dengan negara-negara lain dari segi R&D (Research anda Development).
Belia bersiap siaga untuk menjaga keamanan negara. Golongan belia digalakkan menyertai pasukan
keselamatan sama ada terlibat secara langsung menjadi anggota keselamatan atau menjadi sukarelawan
sahaja. Sekiranya para belia melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti seumpama ini, mereka bukan sahaja
menyumbang dalam menjaga kemerdekaan negara malah mereka dapat mengelakkan diri daripada
terjebak dengan gejala yang tidak sihat seperti menagih dadah, gengsterisme, vandalisme dan mencuri.
Justeru, keselamatan negara akan terus terjamin kerana golongan belia sentiasa berada di barisan hadapan
untuk mengelakkan sejarah lama berulang kembali bak kata peribahasa, "pisang tidak berbuah dua kali."
Golongan belia juga perlu sentiasa memelihara semangat bersatu padu antara kaum. Mereka
hendaklah menjalinkan hubungan baik antara kaum dengan mengamalkan sikap tolak ansur dan saling
menghormati antara satu sama lain. Belia juga harus bijak menilai kebenaran berita yang diperoleh kerana
dikhuatiri terdapat dakyah daripada orang yang ingin menangguk di air yang keruh untuk
memecahbelahkan kaum di negara ini. Oleh hal yang demikian, perpaduan amat penting untuk dikekalkan
oleh belia demi pembangunan negara yang berterusan dan rakyat hidup dengan tenang seperti air dalam
terenang.
Golongan belia merupakan pewaris kemerdekaan dan penerus kemajuan negara pada masa
hadapan. Mereka perlu memajukan diri, bersikap proaktif dan bersatu tenaga dalam membangunkan
negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Tanggungjawab yang besar perlu dipikul
oleh belia untuk menjadikan Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri yang keempat,
Tun Dr. Mahathir Mohammad suatu realiti.
AKTIVITI 3 - Huraikan potensi diri anda yang mampu menjadi pemangkin pembangunan belia negara.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
312
Potensi Diri Sumbangan kepada Negara
1. Kepimpinan 1. boleh memikul tanggungjawab yang
- menjadi pengawas, ketua darjah dan diamanahkan kerana sudah ada pengalaman
sebagainya 2. mempunyai karisma yang boleh
- sejak di sekolah rendah lagi bakat mempengaruhi orang lain
dikesan oleh guru 3. berkeyakinan untuk menyelesaikan
- sifat berani untuk memikul amanah masalah
2. Keusahawanan 1. merancakkan sektor ekonomi negara
- minat berniaga sejak kecil melalui perniagaan yang dijalankan 2.
- lahir dalam keluarga yang berniaga meningkatkan sumber pendapatan
- nampak peluang untuk belajar
mendapatkan wang saku melalui masyarakat
perniagaan dalam talian
3. memupuk sikap tidak hanya kerja makan gaji
sebagai sumber pendapatan / mencipta
peluang pekerjaan dan bukan menunggu
peluang pekerjaan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
313
MARI MENGUNDI (HALAMAN 220 - 221)
KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.4.1 Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen dan bukan
fiksyen untuk meningkatkan penguasaan kosa kata dalam pelbagai bidang.
AKTIVITI 1 - Baca bahan dengan telitinya dan senaraikan kosa kata baharu yang anda pelajari.
Kemudian, berikan makna perkataan tersebut dengan merujuk pelbagai sumber.
Bil. Kosa kata Maksud
1 rapat umum
perhimpunan besar orang ramai, berapat berhimpunan (dalam sidang)
mengadakan rapat, bermesyuarat, bersidang
2 manifesto pengumuman tentang dasar (polisi, tujuan) sesuatu parti politik /
pengisytiharan kepada orang ramai tentang dasar (tujuan, dll) sesuatu
parti politik sebelum pilihan raya
3 peneraju orang atau pihak yang menerajui / mengetuai
4 tonggak - kayu yang panjang dan dipasang tegak (tiang telegraf),
- tiang rumah (jambatan),
5 penamaan - pangkal batang kayu yang masih tegak berdiri (tunggul),
6 pemilih - asas, dasar, pokok (pegangan, kepercayaan)
- perbuatan (hal dsb) menamai atau menamakan
- perihal pencalonan
pengundi
7 pembubaran perihal (tindakan dsb) membubarkan / menghentikan
8 barong SPR tempat menyemak senarai pengundi
ASPEK SENI BAHASA
SP: 4.4.3 Mempersembahkan cerpen secara langsung dengan kreatif dan menarik.
AKTIVITI 2 - Persembahkan cerpen dengan menggunakan bahan multimedia seperti video dan audio secara
kreatif dan menarik.
1. Murid boleh menonton video berkaitan dengan cara mengundi sebagai panduan untuk
mempersembahkan cerpen dalam bentuk bahan multimedia.
2. Pautan video:
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
314
https://www.spr.gov.my/ms/pusat-media/galeri-video/jomkitaundi-bagaimana-mengundi
https://youtu.be/clSfvtdima4
AKTIVITI 3 - Terokai pelbagai maklumat untuk mengetahui proses pilihan raya di Malaysia dengan lebih
lanjut.
Rujuk Portal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memperoleh maklumat lanjut berkaitan dengan proses
pilihan raya: https://www.spr.gov.my/ms/pilihan-raya/penjalanan-pilihan-raya/umum
Aktiviti Tambahan:
Murid dikehendaki membaca halaman 220 dan menyatakan proses pilihan raya di Malaysia dalam peta alir.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
315
PEMIMPIN BERKESAN, PENCETUS KEJAYAAN (HALAMAN 222- 223)
KEMAHIRAN MENULIS
SP: 3.5.1 Mengolah pelbagai bahan menggunakan ayat yang gramatis dan penanda wacana yang sesuai.
AKTIVITI 1 - Analisis dan olah bahan untuk menghasilkan penulisan dengan menggunakan ayat yang
gramatis dan penanda wacana yang sesuai.
➢ TUNKU ABDUL RAHMAN (YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul
Hamid Halim Shah) merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Beliau telah mengetuai
delegasi perundingan untuk kemerdekaan ke London pada tahun 1955. Dalam pada itu, Tunku telah
mengadakan perbincangan dengan Kerajaan British mengenai Kemerdekaan Tanah Melayu, yang terdiri
daripada empat orang wakil Raja-raja Melayu dan empat orang wakil Parti Perikatan, sekali gus telah
meyakinkan Kerajaan British supaya menetapkan tarikh Kemerdekaan iaitu 31 Ogos 1957. Akhirnya,
Tunku telah digelar sebagai ‘Bapa Kemerdekaan’ dan ‘Bapa Malaysia’ atas jasa dan sumbangan yang
telah diberikan kepada negara ini.
➢ TUN V.T. SAMBANTHAN (Tun Veerasamy Thirunyana Sambanthan) ialah Presiden Kongres India
Malaya (MIC) bermula pada Mei 1955. Seterusnya, Tun Sambanthan juga turut sama menyertai
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
316
delegasi perundingan untuk kemerdekaan di London pada tahun 1955. Jika dilihat kepada salah satu
sumbangannya kepada negara ialah beliau telah menggalakkan perpaduan kaum dan kesejahteraan
rakyat Malaysia melalui program yang dianjurkan ketika beliau menjadi Menteri Perpaduan pada tahun
1971 hingga 1974. Lain daripada itu, Tun Sambanthan juga diterima oleh kepimpinan Melayu kerana
beliau bersuara dengan tidak begitu lantang termasuk dalam bidang ekonomi dan lebih cenderung untuk
menyuarakan mengenai hak mengenai budaya dan bahasa.
➢ TUN TAN CHENG LOCK. Tun Tan Cheng Lock dikenali sebagai pengasas dan Presiden pertama
Persatuan Cina Malaya (MCA). Umum mengetahui bahawa, beliau merupakan seorang cendekiawan,
ahli perniagaan, ahli politik dan seorang yang berpatriotik yang telah membantu masyarakat Cina
memperoleh kewarganegaraan di Malaya. Bukan itu sahaja, beliau merupakan tonggak utama
menyokong kerjasama antara kaum melalui penubuhan Parti Perikatan yang dianggotai oleh Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), MCA dan MIC. Kita mengetahui hakikat bahawa, Tun Tan
Cheng Lock merupakan pemimpin yang disegani dan diterima oleh kaum lain di Tanah Melayu.
ASPEK TATABAHASA
SP: 5.3.4 Mengenal pasti dan menggunakan ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan yang
betul mengikut konteks.
AKTIVITI 2 - Kenal pasti jenis ayat yang terdapat dalam bahan dan hasilkan dialog.
(Jawapan disediakan dalam muka surat 244)
1. Ayat Tanya: Adakah anda mempunyai pemimpin idaman?
2. Ayat Perintah: Tolonglah turun padang, berjumpa rakyat jelata seperti kami.
3. Ayat Perintah: Ambil tahu tentang keperluan kami.
4.Ayat Tanya: Bagaimanakah seorang pemimpin dapat memimpin organisasi dengan berkesannya? 5. Ayat
Penyata: Pada pendapat saya, pemimpin yang memimpin organisasi dengan berkesannya perlu memiliki
wawasan yang jelas untuk organisasinya.
6. Ayat seruan: Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pemimpin yang memiliki kriteria seperti ini!
7. Ayat Perintah: Berilah sokongan dan bimbingan agar kami dapat mengutip ilmu dan pengalaman
sebagai persediaan pada masa hadapan.
Contoh Dialog Adakah kalian mempunyai pemimpin idaman?
Ramli
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
317
Ah Chong dan Devi Ya, kami mempunyai pemimpin idaman yang sentiasa menolong dan turun padang,
berjumpa dengan rakyat jelata seperti kami ini.
Ramli
Ah Chong Apakah ciri-ciri pemimpin idaman kalian?
Devi Ciri-ciri pemimpin idaman saya ialah prihatin dan berjiwa rakyat.
Betul tu Ah Chong, dan sentiasa mengambil tahu tentang keperluan kita semua.
Ramli Bagaimanakah seorangpemimpin dapat memimpin organisasi
Devi dengan berkesannya?
Ah Chong
Ramli Pada pendapat saya, pemimpin yang memimpin organisasi dengan berkesannya
perlu memiliki wawasan yang jelas untuk organisasinya.
Saya ingin sangat-sangat mengucapkan tahniah dan syabas kepada pemimpin yang
memiliki kriteria seperti ini!
Betul tu! Saya pun ingin ucapkan tahniah kepada pemimpin yang berintegriti ini.
Devi Saya berharap agar pemimpin kita dapat memberikan sokongan dan bimbingan
agar kita dapat mengutip ilmu dan pengalaman sebagai persediaan pada masa
hadapan untuk menjadi seorang pemimpin.
AKTIVITI 3 - Hasilkan kajian tentang sumbangan tokoh pemimpin di tempat tinggal anda.
Siti Khadijah: Wanita dan Ekonomi Berpisah Tiada
JUMAAH NUWAIRAH BIN MUHAMMAD
[email protected]
PENGENALAN
Datuk Seri Hajah Siti Khadijah binti Musa tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di daerah Pasir Mas,
Kelantan. Panggilan mesra ‘Kak Jah’ tidak kira peringkat umur, keturunan atau bangsa, pasti akan mengenali
beliau yang mempunyai rangkaian ekonomi di sekitar bandar Pasir Mas ini. Dengan memiliki nama ‘Khadijah
dan Anak-Anak’, wanita ekonomi ini mampu memberikan ratusan peluang pekerjaan kepada anak-anak
muda di daerah ini bagi meningkatkan taraf sosial keluarga. Dengan kudrat sebagai seorang wanita, Siti
Khadijah mampu membina empayar perniagaannya dengan jayanya walaupun pelbagai badai yang melanda
diri dan keluarganya. Hasil daripada ekonomi perniagaan yang menguntungkan ini, beliau telah menabur
bakti menyemai budi kepada masyarakat di negeri ini. Sememangnya, sudah tidak asing lagi buat
masyarakat di sini apabila pelbagai inisiatif telah dilaksanakan demi membangunkan ummah. Prinsip
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
318
hidupnya, rezeki perlu dikongsi telah menyebabkan ribuan kaum wanita mengikut jejak langkahnya untuk
membantu golongan yang memerlukan.
LATAR BELAKANG TOKOH
Datuk Hajah Siti Khadijah Musa dilahirkan pada 28 Ogos 1946 di Kampung Kedai Repek, Pasir Mas, Kelantan.
Ibunya bernama Saudah binti Yasa’ dan ayahnya bernama Musa bin Daud. Siti Khadijah telah berkahwin
dengan Muhammad Noor bin Ismail dan dikurniakan enam orang cahaya mata, empat lelaki dan dua
perempuan. Keenam-enam anak juga telah berjaya dalam bidang masing-masing dan mempunyai kerjaya
yang tetap. Beliau telah memulakan perniagaannya sejak berumur 18 tahun lagi, namun perniagaannya
ketika itu dalam skala yang kecil. Setelah tamat belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Siti
Khadijah telah melebarkan sayap perniagaannya dengan jumlah modal yang lebih besar. Pasang surut
perniagaannya tidak menjadi penghalang untuk menghalangnya daripada terus mengembangkan
perniagaannya. Sehingga kini, pelbagai bidang perniagaan yang diceburinya telah membuahkan kejayaan
yang berlipat kali ganda sehingga mampu membina empayar perniagaannya yang tersendiri.
SUMBANGAN TOKOH
Pelbagai sumbangan dan jasa telah ditabur oleh Datuk Seri Hajah Siti Khadijah ini kepada masyarakat.
Antaranya ialah, pembinaan Dewan Sekolah, Sekolah Menengah Sri Setia Repek, Masjid Siti Khadijah,
Kompleks Bazar Siti Khadijah (khas untuk golongan wanita berniaga), Dewan Masyarakat Siti Khadijah,
Rumah Anak-Anak Yatim Siti Khadijah, Rumah Seri Kasih Siti Khadijah
(Rumah Warga Emas), Pusat Pembangunan Pendidikan al-Quran (Tahfiz) Ummi Siti Khadijah, Gelanggang
Futsal Siti Khadijah, Pusat Pembangunan Perkembangan dan Kemahiran Wanita / Ibu Tunggal Siti Khadijah
dan Ladang Pertanian dan Penternakan Siti Khadijah. Dengan pembinaan dan pembangunan sosial ini, telah
memberikan ribuan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat sekali gus merancakkan pembangunan
sosial ekonomi masyarakat. Hasil keuntungan perniagaannya diinfaqkan kepada ummah kerana beliau yakin
dan percaya, sumbungan kecil ini dapat memberikan keselesaan dan manfaat kepada masyarakat di
samping menjadi lubuk pahala kepada beliau sekeluarga.
ANUGERAH DAN PENCAPAIAN
Datuk Seri Hajah Siti Khadijah telah dikurniai Pingat Jasa Negara yang telah membawa gelaran ‘Datuk Seri’
oleh Duli Yang Maha Mulia, Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dan beberapa pingat persekutuan
dan negeri. Beliau juga turut mendapat anugerah Tokoh Usahawan Wanita pada tahun 2015 dan Tokoh Ibu
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
319
Mithali tahun 2012. Dengan anugerah dan pencapaian ini telah memberikan semangat kepada Datuk Seri
Hajah Khadijah untuk terus membantu masyarakat agar kehidupan mereka seperti insan yang lain.
PENUTUP
Sifat kepimpinan dan perkembangan perniagaan Datuk Seri Hajah Siti Khadijah Musa ini dapat menjadi
motivasi kepada masyarakat terutamanya kepada golongan wanita. Hal ini dikatakan demikian kerana,
golongan wanita sering berasa ditindas dan tidak mampu bersaing dengan golongan lelaki namun hakikat
yang sebenarnya ialah usaha yang gigih merupakan kunci utama kepada sesebuah kejayaan. Tanpa usaha,
kejayaan pasti tidak akan berhasil kerana kegigihan merupakan landasan utama untuk seseorang mencapai
kejayaan. Jantina bukan lagi penghalang untuk berjaya tetapi komitmen dan jati diri yang kukuh akan
memberikan pulangan yang terbaik dalam sesebuah kehidupan di dunia yang fana ini.
KECINDAN PEMIMPIN (HALAMAN 224 - 225)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.8.2 Mengulas karya dengan menyatakan kekuatan dan kelemahan secara jelas, bernas dan kritis
menggunakan ayat yang betul dan gramatis.
AKTIVITI 1 - Kenal pasti kekuatan dan kelemahan karya. Kemudian, sampaikan ulasan dengan bahasa yang
gramatis.
Anekdot 1
KEKUATAN
1. Anekdot ini memenuhi ciri-ciri sebuah anekdot kerana terdapat unsur lelucon di dalamnya iaitu
apabila watak Afiq anak bongsu Tuk Ketua memberikan satu sen kepada Muthu setelah Muthu mengadu
kepada Tuk Ketua tentang sawahnya yang tidak menjadi kerana serangan siput gondang selain anaknya di
universiti yang memerlukan wang.
2. Kekuatan juga dapat kita lihat daripada pengajaran yang terdapat dalam anekdot ini iaitu kita
hendaklah sentiasa membantu orang yang dalam kesusahan. Hal ini dapat kita lihat pada watak Tuk Nasmi
seorang ketua yang baik kerana sedaya upaya cuba menyelesaikan pelbagai masalah anak-anak buahnya.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
320
3. Selain itu, pengajaran lain yang dapat kita peroleh ialah kita seharusnya membantu orang lain
semampu yang boleh juga dapat kita lihat pada watak Afiq yang sedaya upaya ingin membantu Muthu
walaupun hanya seorang kanak-kanak.
KELEMAHAN
1. Anekdot yang terlalu ringkas. Pembaca belum sempat menghayati dan dibuai perjalanan cerita sudah
sampai ke penyelesaiannya. Kepanjangan anekdot yang sesuai membuatkan pembaca berasa teruja dan
puas.
2. Unsur saspens agak menarik namun pada masa ini duit syilling 1 sen sudah tiada di pasaran. Agak
tidak relevan terutama untuk pembaca remaja
3. Pengajaran kurang memberikan impak. Hanya mahu memberitahu kejujuran seorang kanakkanak
yang sememangnya memang begitu sifat mereka. Pengajaran seharusnya membekas dan terkena pada
batang hidung pembaca atau pembaca mengiyakan bahawa pengajaran itu jelas dan perlu diketengahkan.
ANEKDOT 2
KEKUATAN
1. Kekuatan anekdot yang kedua ini adalah menepati ciri-ciri anekdot . Antaranya, mempunyai unsur
lelucon yang sangat menghiburkan melalui peristiwa ketika Zali memberitahu Tuk Ketua Nasmi bahawa Lebai
Alang terbang yang difikirkan oleh Tuk Ketua Nasmi Lebai Alang betul-betul terbang, rupanya Lebai Alang
tersedar dari tidur lalu ambil wuduk dan terus bang kerana disangka telah masuk waktu asar.
2. Terdapat juga pengajaran yang diterapkan daripada anekdot kedua ini iaitu sebagai ketua kita
hendaklah sentiasa cuba menangani permasalahan anak-anak buah kita.Sebagai contohnya Tuk Ketua Nasmi
sentiasa cuba melayani masalah anak-anak buahnya
KELEMAHAN
1. Dari aspek pengajaran, kiasan yang diketengahkan kurang jelas . Hanya salah faham masalah sebutan. Isu
yang diutarakan kurang memberikan impak yang besar.
ANEKDOT 3
KEKUATAN
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
321
1. Kekuatan dalam anekdot yang ketiga ini ialah unsur lelucon yang diketengahkan oleh pengarang yang
nampak bersahaja namun membawa maksud yang mendalam. Perkara ini digarap melalui watak Afiq
apabila ayahnya Tok Ketua Nasmi menyemak kerja sekolahnya dan didapati bukunya itu kosong lantas
ayahnya memarahi Afiq oleh sebab dia tidak membuat kerja sekolah yang diarahkan oleh guru, namun Afiq
memaklumkan bahawa buku tersebut buku latihan jawi dan bermula dari belakang.
2. Kekuatan lain yang terdapat dalam anekdot ini ialah unsur pengajaran yang diselitkan oleh penulis melalui
watak Tok Nasmi. Walaupun beliau sibuk dengan tugasnya sebagai ketua kampung dan menguruskan
masalah anak-anak buahnya, namun beliau tetap melunaskan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga
dengan makan malam bersama keluarganya dan menyemak buku latihan anaknya.
3. Pengajaran lain ialah Tok Ketua Nasmi mempunyai sebuah keluarga yang bahagia.
KELEMAHAN
1. Dari aspek kepanjangan anekdot yang ketiga ini terlalu ringkas. Pembaca belum puas untuk
mengamati suasana yang diketengahkan.
2. Selain itu watak Afiq sebagai anak yang berusia 6 tahun, sudah pandai memperlekeh-lekehkan
ayahnya “Apalah ayah ini” sesuatu yang tidak seharusnya berlaku. Penulis seharusnya memaparkan unsur-
unsur yang lebih lembut dengan menunjukkan kata-kata yang lebih bersifat menghormati orang yang lebih
tua.
AKTIVITI 2 - Hasilkan anekdot tentang kepemimpinan dan minta rakan anda mengulas kekuatan dan
kelemahan anekdot tersebut.
Cikgu Zainal masuk ke kelas 5 Cemerlang dengan tergesa-gesa. Setelah semua murid mengucapkan selamat
sejahtera. Cikgu Zainal memanggil Kelvin selaku ketua tingkatan kelas tersebut. “Kelvin, berapa orang murid
yang hadir hari ini?” ”Saya nak masukkan dalam eKehadiran”. Tanpa bertangguh Kelvin mengira semua
murid yang hadir di kelas itu. “Semua yang hadir 25 orang cikgu. “Eeeeiii...tapi yang tak hadir dua orang
sahaja dan sepatutnya ada 26 orang oleh sebab semua murid ada 28 orang, kata Cikgu Zainal. “Sambil
menggaru-garu kepalanya Kelvin mengira semula murid yang hadir tetapi masih mendapat jumlah yang
sama iaitu 25 kesemuanya. Akhirnya Cikgu Zainal sendiri yang mengira jumlah murid di kelas itu dan juga
mendapat 25 orang. Tiba-tiba dia memandang Kelvin, “Awak dah kira diri awak Kelvin?” Kelvin menggeleng-
gelengkan kepalanya. Cikgu Zainal ketawa diikuti dengan Kelvin dan murid-murid yang lain.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
322
KEKUATAN
1. Hubungan yang akrab antara watak iaitu antara murid dengan guru dapat dilihat melalui watak Cikgu
Zainal dengan murid-muridnya.
2. Nilai tanggungjawab yang digarap melalui watak Kelvin iaitu sebagai ketua yang akur dengan arahan
gurunya.
KELEMAHAN
1. Unsur lelucon yang sangat bersahaja mungkin menyebabkan pembaca kurang terhibur.
2. Perbuatan mentertawakan orang lain merupakan sikap yang tidak seharusnya dilakukan kerana perkara
itu boleh mengaibkan orang tersebut.
MUAFAKAT SERANTAU (HALAMAN 226 - 227)
KEMAHIRAN MENULIS
SP: 3.6.1 Menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan idea dalam pelbagai teks.
AKTIVITI 1 - Baca dan analisis kesalahan bahasa dalam bahan berkenaan SEAMEO. Kemudian, betulkan
kesalahan tersebut.
SEAMEO
Apa itu SEAMEO?
Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) adalah (ialah) sebuah organisasi di ( - ) antara
kerajaan negara-negara serantau yang ditubuhkan pada tahun 1965. Negara-negara serantau yang
dimaksudkan adalah (ialah) negara-negara Asia Tenggara. Objektif penubuhan ialah (adalah) untuk
menggalakkan kerjasama serantau dalam pendidikan, sains dan budaya di rantau ini.
Sebagai sebuah organisasi yang memupuk keupayaan manusia dan meneroka potensi rakyat
sepenuhnya, SEAMEO berusaha untuk mencapai lagi ( - ) aspirasi pembangunan penduduk dalam rantau
ini. SEAMEO bertungkus-lumus untuk menjadikan kehidupan rakyat di rantau ini lebih berkualiti dalam
pelbagai aspek kehidupan.
Apakah yang menarik tentang SEAMEO?
SEAMEO mempunyai 26 institusi khusus yang menjalani (menjalankan) program latihan dan penyelidikan
dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, sains, dan budaya. Salah sebuah (satu) institusi di bawah
SEAMEO ialah Pusat Serantau Pendidikan Sains dan Matematik (SEAMEO RECSAM). Pusat serantau ini
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
323
beroperasi di Pulau Pinang dan menjalankan pelbagai aktiviti bagi memajukan (meningkatkan) pendidikan
Sains dan Matematik di (dalam) kalangan negara-negara (negara) anggota SEAMEO.
Bagaimanakah SEAMEO ditadbir?
Badan pembuat dasar tertinggi organisasi ini ialah Majlis SEAMEO yang terdiri daripada 11 orang menteri
pendidikan di negara-negara Asia Tenggara. Sekretariat SEAMEO terletak di Bangkok, Thailand. Menurut
Piagam SEAMEO, SEAMEO mempunyai tiga kategori keahlian . (iaitu) Ahli Negara, Ahli Bersekutu dan Ahli
Gabungan.
Pada masa kini (ini), SEAMEO terdiri daripada 11 orang Ahli Negara, lapan (orang) Ahli Bersekutu
dan tiga (orang) Ahli Gabungan. Badan yang bertanggungjawab menghasilkan (menggubal) dasar
tertinggi organisasi ialah Majlis SEAMEO, yang terdiri dari (daripada) menterimenteri pendidikan bagi (di)
negara-negara Asia Tenggara.
AKTIVITI 2 - Analisis rencana untuk menentukan kejituan idea dan kesalahan bahasa dalam rencana
tersebut.
SEAMEO RECSAM: Impak terhadap Dunia Pendidikan
Oleh: Jasmin binti Kamarul
Dalam ledakan ilmu pengetahuan tanpa sempadan dalam (pada) era ini, semua pihak mesti sentiasa cakna
kepada perubahan dan bersedia untuk mendalami ilmu. Jika kita tidak cakna terhadap perubahan ini, kita
akan ketinggalan di ( - ) dalam arus perkembangan dunia sains dan teknologi. Hal ini dikatakan demikian
oleh ( - ) kerana saban hari pelbagai teori, penemuan dan ciptaan yang canggih dicipta (oleh) manusia di ( -
) seantero dunia.
SEAMEO RECSAM yang berpusat di Pulau Pinang telah melaksanakan pelbagai program. Program yang
dianjurkan oleh SEAMEO RECSAM ini tidak terhad kepada murid-murid tetapi melibatkan golongan
pendidik, termasuk ibu dan ( - ) bapa.
SEAMEO RECSAM telah ditubuhkan pada (tahun) 1967. Misi penubuhan pertubuhan ini adalah untuk
mempromosi (-kan) dan meningkatkan Pendidikan Sains dan Matematik di (dalam) kalangan ahli negara-
negara (ahli negara) SEAMEO. Setelah mendapat mandat ini, SEAMEO RECSAM berusaha melaksanakan
mandat dan kini telah berjaya menarik perhatian pelbagai pihak termasuk para pendidik lain-lain negara
(negara-negara lain) di dalam dan di luar rantau Asia Tenggara. Keadaan ini mencerminkan kualiti inovasi
pendidikan yang dilaksanakan oleh pusat serantau ini.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
324
Pusat serantau ini aktif dalam melaksanakan pelbagai program di ( - ) sepanjang tahun. Semua
aktiviti yang dijalankan ini telah berjaya menarik penyertaan pelbagai pihak, termasuk ibu bapa.
Oleh(sebab) itu, objektif asasnya tetap sama, iaitu meningkatkan pendidikan Sains dan Matematik para
pelajar. Antara aktiviti yang dijalankan ialah bengkel, persidangan, lawatan penandaarasan (penanda
aras), pertandingan, dan lain-lain lagi.
Kejayaan program yang dilaksanakan oleh pihak SEAMEO RECSAM ini terbukti bila (apabila)
sekumpulan saintis muda tanah air berjaya mengharumkan nama negara. Mereka merangkul kemenangan
dalam pertandingan yang diadakan dalam Kongres Serantau Mencari Saintis Muda SEAMEO kali ke-11 (SSYS
2018). Begitu juga dengan program SEAMEO Science Olympiad 2019 telah berjaya menarik minat pelajar
untuk menjadi saintis. Teruskan usaha anda SEAMEO RECSAM. Kepakaran anda ditagih (diperlukan) oleh
negara demi untuk (demi/untuk) melahirkan anak watan bervisi tinggi.
AKTIVITI 3 - Terokai maklumat tentang pusat serantau lain yang beroperasi di bawah SEAMEO.
Bentangkan hasil dapatan anda kepada rakan-rakan.
Terdapat beberapa institusi serantau dan antarabangsa yang memainkan peranan masing-masing dalam
usaha memberikan sumbangan kewangan ataupun tenaga dan nasihat yang membawa perkembangan dan
kemajuan pendidikan untuk negara-negara di rantau Asia-Pasifik.Antara institusi ini ialah SEAMEO, UNESCO
Bank Dunia, Sekretariat Komanwel dan Pertubuhan negaranegara Islam Antarabangsa (OIC).
SEAMEO Pendidikan Asia Tenggara yang ditubuhkan pada November
SEAMEO ialah Pertubuhan Menteri
1965 di Bangkok Thailand. Pada masa itu negara-negara yang menyertai SEAMEO ialah Thailand, Malaysia,
Filipina, Indonesia, Singapura, Laos dan Vietnam. Tujuan pembentukan SEAMEO adalah untuk mewujudkan
kerjasama antara negara anggota untuk perkembangan kemajuan dalam bidang Pendidikan, Sains dan
Kebudayaan di negara-negara Asia Tenggara. Sekretariat SEAMEO diketuai oleh seorang pengarah dan
beberapa kakitangan profesional yang dilantik dari negara-negara anggota. Sesungguhnya kebanyakan
projek atau aktiviti SEAMEO dilaksanakan melalui tujuh pusat atau projek wilayahnya yang ditempatkan di
negara-negara ahli. Pusat atau projek wilayah ini ialah RECSAM, RELC, INNOTECH, BIOTROP, SEARCA, SPAFA
dan TROPMED.
RECSAM (Regional Centre For Education In Science And Mathematics)
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
325
RECSAM ialah Pusat Wilayah untuk Pendidikan Sains dan Matematik yang ditubuhkan di Pulau Pinang.
Antara fungsi RECSAM adalah untuk membawa pembaharuan untuk perkembangan kurikulum tempatan
dalam bidang Sains dan Matematik, menyebar maklumat pendidikan Sains dan Matematik kepada negara-
negara ahli, menganjurkan kursus inovatif dalam pengajaran Sains dan Matematik serta menjadi pusat
sumber perkhidmatan rundingan berkaitan projek atau kajian dalam pendidikan Sains atau Matematik bagi
negara-negara ahli SEAMEO.
RELC (Regional Language Centre)
RELC ialah Pusat Bahasa Wilayah yang bertempat di Singapura. Antara fungsi RELC adalah untuk
mengendalikan kursus-kursus bahasa, khasnya bahasa Inggeris untuk pendidik-pendidik Asia Tenggara.
Selain itu, RELC juga menjalankan penyelidikan tentang kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa.
INNOTECH (regional centre for educational innovation and technology)
INNOTECH ialah Pusat Wilayah untuk inovasi dan teknologi pendidikan. Pusat ini ditubuhkan dan terletak di
Manila, Filipina. Antara fungsi pusat ini ialah:
a) Mengenal pasti dan mencari pendekatan inovatif yang sesuai untuk menyelesaikan masalah pendidikan
Asia Tenggara.
b) Melatih kakitangan melalui bengkel dan kursus.
BIOTROP (regional centre for tropical biology)
BIOTROP ialah Pusat Wilayah untuk Biologi Tropikal yang ditubuhkan di Bogor, Indonesia. Antara tujuan dan
fungsi pusat ini adalah untuk memberikan latihan dan panduan untuk kaedah yang berkaitan dengan bidang
penyelidikan. Pusat ini juga melaksanakan program penyelidikan yang berkaitan dengan masalah biologi
topika di Asia Teggara.
Dasar Luar Negara memberikan banyak manfaat kepada perkembangan pembangunan negara dari pelbagai
aspek. Bermula dari aspek pembangunan, perindustrian, sains dan teknologi, perubatan dan semestinya
sistem pendidikan. Malaysia juga merupakan negara anggota beberapa pertubuhan besar dunia yang
membolehkan Malaysia mendapat pelbagai keistimewaan di mata dunia. Antaranya ialah, Malaysia sebagai
anggota KOMANWEL, PBB, OIC, dan tidak terkecuali NAM.
PERTUBUHAN KOMANWEL
Komanwel ialah sebuah organisasi yang terdiri dari negara Britain bersama dengan tanah bekas jajahannya
yang telah mencapai kemerdekaan. Komanwel ditubuhkan pada 1953. Tujuan utama penubuhan Komanwel
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
326
adalah mewujudkan semangat dan usaha kerjasama antara ahli dalam bidang pendidikan, kebajikan sosial,
perkhidmatan, perdagangan, komunikasi, perindustrian, pertanian, institusi kewangan dan pentadbiran.
Kerjasama dan bantuan dalam bidang pendidikan merupakan aktiviti utama Sekretariat Komanwel. Antara
faedah yang diperoleh oleh Malaysia sebagai anggota Komanwel yang melibatkan bidang pendidikan ialah :
•Rancangan Colombo menyediakan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan
•Mengadakan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi
•Memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan
•Menawarkan biasiswa kepada pelajar dari negara OIC yang belajar di Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM)
•Memberikan kerjasama dalam bidang pendidikan dengan menyertai Pertubuhan Menteri-Menteri
Pelajaran ASEAN (SEAMEO)
•Membina Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang
•Mengadakan kerjasama dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan
kesenian
•Bersama-sama menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN
PENUBUHAN PROGRAM BERKEMBAR ANTARA INSTITUSI PENDIDIKAN DI MALAYSIA DAN DI LUAR NEGARA
Selain itu, Malaysia juga menjalankan program-program berkembar antara universiti tempatan
dengan universiti luar negara untuk menaiktarafkan bidang pendidikan di Malaysia. Contohnya Program
Berkembar Praperkhidmatan B.Ed(TESL) yang akan dijalankan antara Institut Pendidikan Guru Malaysia
(IPGM) dengan universiti luar negara. Terdapat sembilan universiti luar negara yang terlibat antaranya ialah,
Canterbury Christ Church University, University Of Auckland, University Of Warwick, University of
Portsmouth, dan Victoria University Of Wellington.
Terdapat sepuluh buah IPGM yang terlibat dalam menjayakan program tersebut, antaranya ialah,
Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa, Institut Perguruan Persekutuan Pulau Pinang, Institut
Perguruan Ipoh Perak, Institut Perguruan Ilmu Khas, Institut Perguruan Kota Bharu dan Institut Perguruan
Darul Aman. Antara faedah program berkembar ini ialah pemindahan teknologi dan kepakaran daripada
aspek kurikulum, penilaian, jaminan kualiti, serta akreditasi dapat diteruskan dan diaplikasikan ke tahap
maksimum.
Pelajar-pelajar yang terlibat boleh membuat penilaian dan perbandingan antara sistem pendidikan
serta mempelajari teknik pengajaran dan pembelajaran terkini dengan lebih berkesan di negara universiti
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
327
yang mengambil bahagian. IPGM juga akan mendapat pengiktirafan daripada universiti luar negara bagi
melaksanakan program latihan guru secara kerjasama sesuai dengan matlamat pengantarabangsaan IPGM.
PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR
Antara program lain yang dijalankan ialah program pertukaran pelajar antara pelajar dalam negara dengan
pelajar dari luar negara. Program Pertukaran Pelajar ini mempunyai banyak faedah yang boleh didapati
sama ada Malaysia atau negara lain yang terlibat. Para pelajar dapat bertukar pengalaman dan idea-idea
baharu untuk kebaikan negara mereka. Ideologi yang bebas dari negara-negara Barat mampu mendidik
generasi muda untuk memerdekakan mindanya dan berfikir lebih luas untuk berbicara dan mengungkapkan
pendapat. Pelajar akan lebih berinisiatif dan peka terhadap isu-isu di sekelilingnya. Teknologi yang
berkembang di luar negara dapat dibawa ke Malaysia oleh sumber-sumber manusia yang terpelajar.
Program ini juga mengajar generasi muda untuk pandai berfikir dan lebih dinamik dalam
menyesuaikan diri. Selain itu, pelajar Malaysia yang belajar di luar negara dapat mempromosikan pelbagai
budaya di Malaysia. Masyarakat dari negara yang terlibat akan berasa tertarik untuk mengenali budaya di
negara kita. Budaya dan adat ialah salah satu kelebihan negara ini. Negaranegara mempunyai kemajuan
teknologi tanpa limitasi tetapi mereka tidak mempunyai budaya seperti tarian khas atau makanan khas
negaranya yang menunjukkan identiti bangsa. Mereka tidak mempunyai adat yang dapat mengawal
kehidupan kita. Sebab itulah, mereka akan tertarik untuk menyelami budaya Malaysia dan dapat
meningkatkan aset negara melalui industri pelancongan. Pelajar cemerlang yang memiliki pegangan agama
Islam yang baik juga dapat membuktikan bahawa Islam ialah agama yang bertamadun dan mulia. Pelajar
dari Malaysia dapat belajar sekali gus berdakwah di negara Barat tempat pertukaran pelajarnya. Hal ini akan
membuktikan kepada negara-necara Barat yang memandang rendah terhadap Islam bahawa umat Islam
ialah insan yang baik dan terpelajar. Oleh sebab itulah, pelajar Malaysia yang mengikuti Program Pertukaran
Pelajar. dapat mengharumkan kembali nama Islam kerana jati diri pelajar yang baik akan merefleksikan
agama, bangsa dan negaranya.
Kepentingan lain daripada program ini ialah menciptakan insan muda yang terpelajar dalam bidang
teknologi. Selain itu, aspek kepandaian ini juga meliputi aspirasi generasi muda yang tidak pupus, rasa cinta
akan tanah air dan kemampuan untuk percaya diri dan tidak mudah diperalat. Program Pertukaran Pelajar
mampu menciptakan insan muda yang sempurna dalam segala bidang untuk memenuhi azam negara.
Individu yang pernah merasakan hidup di negara orang akan lebih dewasa dan mandiri dalam mengharungi
cabaran hidup. Pelajar yang kembali ke negaranya setelah mengikuti program pertukaran pelajar ialah
modal baharu bagi negara untuk mencapai matlamat kemajuannya. seperti kata peribahasa, hujan emas di
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
328
negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik juga negeri sendiri. Setiap pelajar itu akan kembali ke
negaranya dan memperjuangkan nasib negara ke arah yang lebih baik.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
329
PENILAIAN 1 (HALAMAN 38 - 42)
Soalan 1
Teliti bahan di bawah dan huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri pekerja cemerlang dengan
menggunakan ayat yang gramatis.
Ciri-ciri pekerja cemerlang:
1. kerja berpasukan- kebiasaan dalam kerja untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, kita perlu bekerja
secara berpasukan - kerja secara individu tidak dapat kesan sebaik seperti kerja berpasukan. Ahli pasukan
yang baik akan memastikan suatu kerja yang dilakukan dapat dihasilkan dengan cepat, cekap dan bermutu.
Namun begitu ahli pasukan yang baik memerlukan seorang pemimpin yang baik dan boleh menguruskan ahli
pasukannya dengan baik.
2. keterampilan berkomunikasi - komunikasi amat penting dalam kehidupan terutama semasa bekerja.
Perkara ini juga akan dilihat oleh penemuduga sama ada pekerja yang bakal diambil lancar dalam perbualan,
petah untuk bercakap, kemahiran mendengar dan mahir dalam penulisan. Sekiranya kita lemah dalam
berbahasa dengan fasih dan baik ini akan menyebabkan komunikasi kita kurang berkesan dalam apa jua yang
kita lakukan. Namun begitu sekiranya kita fasih berbahasa dalam bahasa asing juga merupakan markah
tambahan untuk kita menjadi seorang pekerja yang cemerlang. Di samping kita tidak mudah ditipu oleh
bangsa lain dalam berkomunikasi.
3. berdisiplin - masa amat penting tidak kira semasa sekolah atau di alam pekerjaan - disiplin dalam
pengurusan masa amat penting jika ingin menjadi pekerja cemerlang - seseorang yang teratur membolehkan
kita melakukan lebih banyak perkara dalam satu masa. Penemuduga amat menitikberatkan ciri ini untuk
memilih seorang pekerja - kerana mempunyai kaitan dengan rasa percaya, hormat dan keyakinan diri - secara
tidak langsung apabila kita berdisiplin dalam pengurusan masa - kita juga dapat menunaikan janji dengan
orang lain dan diri sendiri.
4. bijak menyelesaikan masalah - jika menemukan kesulitan ketika melaksanakan tugas, perkara yang
perlu dilakukan ialah berusaha mencari jalan mengatasi atau menyelesaikan masalah itu dan tidak mudah
berpatah hati dan mengaku kalah sebelum menyelesaikannya - untuk mencapai tahap kecemerlangan,
seorang pekerja itu perlu mengamalkan semangat cekal dan tabah dalam apa-apa jua cabaran - tiada masalah
yang tidak dapat diselesaikan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
330
5. mahir menggunakan teknologi terkini - teknologi kini sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran
zaman - sebagai seorang pekerja yang cemerlang kita perlu mengikuti teknologi terkini. Ini kerana dengan
penggunaan teknologi kita dapat melakukan suatu pekerjaan dengan lebih mudah negara akan mundur sekira
rakyatnya tidak mengambil berat pasal teknologi - lebih baik sekiranya kita menjadi pereka teknologi dan
bukan mengharapkan teknologi yang sedia ada sahaja.
Soalan 2
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis karangan dengan menggunakan ayat yang gramatis.
1. Sukan lasak seperti kembara, mendaki gunung, berkayak, dan lumba basikal dapat membentuk individu
yang mempunyai ketahanan diri dan berani menghadapi cabaran.
Ulas pernyataan tersebut.
Remaja sekarang memang tahan lasak. Mereka lebih gemar menceburi aktiviti yang lasak dan
mencabar. Oleh itu, sekiranya kelasakan mereka tidak dijuruskan ke arah aktiviti yang berfaedah, maka
mereka akan melibatkan diri dalam pelbagai gejala negatif yang tidak menguntungkan sesiapa pun. Jadi,
untuk mengatasi masalah ini, maka sukan lasak seperti kembara, mendaki gunung, berkayak, dan lumba
basikal banyak dianjurkan oleh pelbagai pihak dan sambutannya amat menggalakkan. Oleh itu, aktiviti ini
perlu diperluas di peringkat sekolah dengan harapan dapat membentuk individu yang mempunyai
ketahanan diri dan berani menghadapi cabaran. Hal ini telah ditegaskan oleh Menteri Belia dan Sukan,
supaya belia di Malaysia menceburi bidang sukan lasak sama ada semasa mereka masih bersekolah atau
selepas berhenti sekolah. Malah, Kementerian Belia dan Sukan menyediakan pelbagai kemudahan kepada
belia untuk menceburi bidang sukan ini. Dengan itu, saya bersetuju dengan pandangan supaya sukan lasak
perlu diperkenalkan di peringkat sekolah.
Salah satu faedah memperkenalkan sukan lasak seperti kembara, mendaki gunung, berkayak, dan
lumba basikal di peringkat sekolah ialah kita dapat membentuk individu yang mempunyai ketahanan diri
dan berani menghadapi cabaran. Hal ini dikatakan demikian kerana sehingga sekarang remaja dan belia kita
tidak mempunyai ketahanan diri dan tidak tahan menghadapi cabaran apabila berada di dunia luar. Dengan
itu, kebanyakan mereka terlibat dengan penyalahgunaan dadah dan ditempatkan di pusat serenti. Oleh itu,
mulai tahun 2004, Program Latihan Khidmat Negara diperkenalkan dan pelajar lepasan SPM diwajibkan
menyertai program ini secara berperingkat-peringkat. Dalam fasa pertama, mereka didedahkan dengan
aktiviti luar yang memerlukan tenaga fizikal untuk membentuk mereka menjadi warganegara yang
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
331
berketahanan tinggi dan sanggup mengharungi cabaran kelak. Oleh itu, saya mencadangkan sukan lasak
perlu diperkenalkan di sekolah sebagai usaha untuk membina ketahanan diri dan berdaya juang.
Selain itu, sekiranya sukan ini diperkenalkan di peringkat sekolah, maka kita menyediakan atlet
dalam bidang sukan lasak yang boleh mewakili negara ini diperingkat antarabangsa kelak. Hal ini demikian
kerana bidang sukan ini perlu diperkenalkan di peringkat awal lagi atau di peringkat sekolah seperti kata
peribahasa melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Untuk berjaya dalam pelbagai sukan lasak, bukanlah
satu usaha mudah yang dapat dilatih dalam masa setahun dua sahaja, tetapi mengambil masa yang lama.
Jadi, sekiranya sukan lasak ini diperkenalkan di peringkat sekolah, maka pelajar yang berminat dalam bidang
ini dapat mengasah bakat mereka melalui latihan yang terbimbing semasa di bangku sekolah. Oleh itu,
apabila mereka meninggalkan sekolah, mereka masih boleh meneruskan latihan intensif agar boleh
mewakili negara dalam acara yang dipilih mereka. Buktinya ialah buat pertama kali Malaysia menampilkan
barisan tiga pelumba muda untuk menggalas cabaran dalam dua acara lebuh raya Kejohanan Berbasikal
Asia (ACC) ke-24 di Bandar Raya Yokaichi di Jepun pada 9 – 16 April 2004. Mereka ialah Sayuti Mohd. Zahit
dan Jasmin Ruslan, iaiti pelumba Projek Gemilang 2006 dan Wam Mohd. Najmee Wan Mohamad, iaitu
pelumba muda dari Kuaka Lumpur. Penghantaran itu ialah sebahagian dariapda rancangan jangka panjang
untuk menggilap pelumba muda bagi memikul lebih banyak tugas besar di peringkat antarabangsa pada
masa akan datang. Oleh itu, sukan lasak perlu diperkenalkan di peringkat sekolah supaya kita mencungkil
bakat muda untuk digilap dan disinarkan untuk mewakili negara kelak.
Sukan lasak seperti berenang merentasi sungai atau laut wajar diperkenalkan di peringkat sekolah.
Buktinya ialah seorang kanak-kanak berusia enam tahun, Salman Ali Shariat Abdul Halim mencipta rekod
sukan renang negara apabila berjaya menyeberangi Sungai Dinding sejauh satu kilometer pada 30 Mac
2004. Salman adalah antara 31 orang peserta yang kebanyakannya orang dewasa yang berjaya
menamatkan renangan dalam program cabaran merentasi Sungai Dinding 2004 anjuran Universiti Teknologi
Mara (UITM) Cawangan Perak. Perenang berbakat itu turut ditemani oleh dua orang kakaknya, Zahara
Mansourah berumur 11 tahun dan Zahara Ma’saunah berusia 12 tahun. Sekiranya kanak-kanak berusia
enam tahun dapat melibatkan diri dalam sukan lasak seperti ini, maka tidak mustahil jikalau pelajar
didedahkan dengan sukan lasak apabila mereka berada di bangku sekolah. Hal ini dapat dilihat dengan
kemampuan Datuk Malik merenangi Selat Inggeris dan beliau menjadi orang Asia yang pertama berjaya
berbuat demikian. Oleh itu, sukan dan permainan yang sudah diperkenalkan diteruskan, tetapi sukan lasak
seperti kembara, berenang di laut, dan mendaki gunung diperkenalkan di sekolah. Dengan berbuat
demikian, maka pada suatu masa kelak, mereka akan sanggup melakukan aktiviti yang mencabar demi
menaikkan nama Malaysia di persada dunia.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
332
Akhirnya, dengan menceburi sukan lasak, maka para remaja dan pelajar dapat dijauhkan daripada
terbabit dalam kegiatan negatif seperti buli, lepak, dan gengsterisme. Pelajar sekarang tidak berminat
dalam aktiviti kokurikulum seperti sukan, permainan, dan olahraga yang diadakan di sekolah kerana aktiviti
ini tidak mencabar minda dan fizikal mereka. Mereka mahu melakukan aktiviti yang lebih lasak dan
mencabar supaya mereka dapat memperagakan diri dan kebolehan mereka di khalayak ramai. Bermain bola
sepak, bola jaring, dan sepak takraw dianggap oleh mereka tidak sesuai lagi pada zaman ini. Oleh itu,
terdapat ramai remaja yang menceburi permainan boling, memanah, lumba motosikal dan sebagainya di
luar waktu persekolahan. Apabila menyentuh hal ini, maka Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr.
Mohamad Khir Toyo ketika berucap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau Panjang, Kapar mengatakan bahawa guru
masih ingin pelajar bermain bola dan olahraga, tetapi pelajar pada hari ini lebih berminat kepada sukan
ekstrem atau sukan lasak yang tiada di sekolah. Beliau berkata, ”dikatakan sukan ini melahirkan generasi
tidak sopan sedangkan jika ada di sekolah, maka sukan ini dapat memenuhi kehendak mereka dan sekali gus
membolehkan mereka mengisi masa lapang dengan kegiatan yang diminati dan menjauhkan mereka
daripada terbabit dengan aktiviti lain yang tidak sihat.” Jadi, usaha untuk memperkenalkan sukan lasak di
sekolah perlu dimulakan dari sekarang.
Tuntasnya, sukan ekstrem atau sukan lasak yang digemari oleh pelajar dan tidak membahayakan
diri mereka wajar diperkenalkan di sekolah kerana kita mahu generasi muda kita membabitkan diri dalam
bidang sukan ini. Malah, sukan lasak perlu dipertandingkan di peringkat daerah dan kebangsaaan supaya
kita dapat mengenal pasti bakat generasi muda dan mengasah bakat itu. Dengan itu, kita mempunyai
barisan pelapis untuk mewakili negara dalam pelbagai sukan lasak di peringkat antarabangsa. Akhirnya, saya
menegaskan bahawa sukan lasak perlu diperkenalkan di peringkat sekolah kerana peribahasa mengatakan
melentur buluh, biarlah dari rebungnya.
Sumber: https://ohkarangan.blogspot.com/2017/10/contoh-karangan-spm-sukan-lasak.html
2. Kebanyakan remaja mempunyai impian untuk menceburi dunia kerjaya yang dapat menjamin masa
hadapan mereka.
Huraikan persediaan untuk memenuhi kerjaya impian anda.
Setiap individu mempunyai cita-cita tersendiri yang menjadi impian untuk dicapai suatu ketika nanti.
Kita sedia maklum bahawa setiap peringkat dalam kehidupan seseorang individu berkait rapat dengan
keperluan dan kematangan masing-masing dalam menghadapi sesuatu situasi atau konflik. Misalnya
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
333
peringkat kanak-kanak dan remaja dikaitkan dengan alam persekolahan manakala peringkat dewasa lebih
cenderung kepada alam pekerjaan yang pada dasarnya menentukan taraf hidup seseorang individu sama
ada mampu menampung keperluan diri, keluarga, dan sebagainya dalam menjalani kehidupan yang
semakin mencabar. Persoalannya, apakah persiapan-persiapan yang wajar dilakukan untuk menghadapi
alam pekerjaan? Justeru, bagi merungkai persoalan ini, saya akan menerangkan secara teliti dan terperinci
tentang persediaan-persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi alam pekerjaan.
Antara persiapan untuk menghadapi alam pekerjaan adalah berkaitan dengan kelayakan akademik
yang sesuai dengan pengkhususan pekerjaan. Hal ini kerana, jika seseorang individu ingin menceburkan diri
dalam sesuatu bidang pekerjaan sudah tentu pihak majikan akan meneliti kemahiran atau kebolehan yang
setaraf dengan sektor atau jabatan yang dapat dijawat melalui kelayakan akademiknya. Sebagai contoh,
individu yang mempunyai kelayakan akademik dalam bidang perubatan kebiasaannya akan menceburkan
diri dalam bidang sama atau berkaitan dengan pengkhususan kemahiran seperti ahli farmasi, doktor pakar,
jururawat, pakar bedah dan sebagainya. Kesannya, seseorang individu dapat menumpukan perhatian ketika
di bangku sekolah terhadap bidang yang berkaitan dengan pengkhususan pekerjaan yang sesuai dengan
cita-citanya agar dapat mengelakkan pengangguran akibat tidak memenuhi kriteria yang sepatutnya ada
apabila berkhidmat di bawah sesebuah agensi sama ada kerajaan mahupun swasta. Justeru, jelaslah
bahawa kelayakan akademik amat penting bagi seseorang membuat persediaan menempuh alam
pekerjaan.
Selain itu, seseorang individu juga hendaklah bersedia dari segi fizikal dan mental sebelum memasuki
alam pekerjaan. Hal ini dikatakan demikian kerana, seseorang pekerja seharusnya mempunyai fizikal dan
mental yang kuat untuk membolehkan mereka menghadapi tekanan kerja yang boleh memudaratkan bukan
sahaja emosi malah kesihatan sekiranya tidak dapat ditangani dengan baik. Contohnya, sekiranya seseorang
individu tidak biasa melaksanakan tugasan-tugasan yang berat dan menguji kesabaran secara tidak langsung
dapat mengganggu emosi dan fikiran yang bercelaru sehingga satu tahap boleh mengundang penyakit
serius seperti tekanan darah tinggi, migrain, dan sebagainya. Impaknya, apabila individu itu berkhidmat
dalam pekerjaan, akan menyukarnya untuk mengekalkan prestasi dan berkemungkinan besar boleh dipecat
oleh majikan. Natijahnya, jelaslah bahawa seseorang individu perlulah bersedia dari segi mental dan fizikal
sebelum memasuki alam pekerjaan.
Seterusnya, seseorang individu juga hendaklah mempertimbangkan prospek pekerjaan berkaitan
bidang yang diceburi. Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila seseorang individu membuat
pertimbangan awal berkaitan prospek pekerjaannya membolehkan kadar perbelanjaan dan sumber
pendapatan alternatif dapat ditentukan untuk mengelakkan pembaziran masa, wang, dan tenaga.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
334
Contohnya, sebelum berkhidmat dalam sesebuah agensi, seseorang individu perlulah menekankan faedah
sampingan yang bakal diperoleh selain gaji pokok yang ditawarkan seperti elaun tambahan, bonus, suasana
tempat kerja, peluang kenaikan pangkat, jarak ke tempat kerja dan sebagainya agar dapat menjamin
kedudukan kewangan yang stabil. Impaknya, individu dapat menyeimbangkan kadar perbelanjaannya sesuai
dengan pendapatan yang diperoleh untuk menjamin tabungan dan kejadian luar jangka ketika berkhidmat
dalam sesebuah sektor pekerjaan. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Tuntasnya, jelaslah
bahawa prospek pekerjaan seseorang individu perlu dipertimbangkan sebelum menceburi alam pekerjaan.
Di samping itu, persediaan-persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi alam pekerjaan ialah
mempunyai kemahiran komunikasi yang baik. Hal ini dikatakan demikian kerana, apabila seseorang itu
mempunyai komunikasi yang baik dapat membantunya menyesuaikan diri dengan suasana tempat kerja
melalui khidmat nasihat dan pergaulan yang baik sesama rakan sekerja pada masa yang sama mengelakkan
perasaan hasad dengki sesama rakan sekerja. Contohnya, individu yang pandai menjaga tutur kata dan adab
sesama rakan akan mudah digauli serta mendapat bimbingan khususnya ketika memasuki alam pekerjaan
yang bukan sahaja melibatkan komunikasi sesama rakan sekerja dan majikan, malah para pelanggan, klien,
pelabur dan sebagainya bergantung kepada bidang masing-masing. Kesannya, kita dapat memperoleh
kepercayaan majikan serta pelanggan dalam memberi komitmen dalam tugasan secara profesional yang
dapat dijadikan motivasi atau penggerak untuk berkhidmat dalam sektor yang diceburi. Natijahnya, sudah
terang lagi bersuluh bahawa kemahiran berkomunikasi amat penting sebagai persediaan menghadapi alam
pekerjaan.
Sementelahan pula, persediaan-persediaan yang perlu dilakukan untuk menghadapi alam pekerjaan
ialah bijak membahagikan masa. Hal ini demikian kerana seseorang yang dapat membahagikan masa
dengan baik dapat mengurangkan risiko menghadapi masalah tekanan akibat prestasi kerja yang tidak selari
dengan dengan kitaran biologi seseorang. Misalnya, jika seseorang gagal membahagikan masa kerja dan
masa tidur akan menyebabkan produktivitinya menurun berpunca daripada gejala kekurangan tidur semata
mata untuk menyiapkan tugasan yang tertangguh. Kesannya, seseorang itu akan sukar untuk melengkapi
keperluan hidup yang sihat dari segi rohani, jasmani, emosi, dan sebagainya jika tidak membahagikan waktu
dengan baik kerana pepatah Arab pernah menyebut waktu bagaikan pedang, sekiranya kita tidak
memotongnya dia akan memotong kita. Justeru, jelaslah bahawa pengurusan masa amat penting sebagai
persediaan menghadapi alam pekerjaan.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai persediaan yang boleh dilakukan untuk menghadapi alam
pekerjaan. Sehubungan dengan itu, semua pihak khususnya individu seharusnya berganding bahu bagai aur
dengan tebing dalam usaha bagi melahirkan generasi yang profesional dan syumul dalam pelbagai sektor
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
335
pekerjaan. Oleh hal yang demikian, diharapkan pelbagai program dan bengkel dapat terus dijalankan untuk
memberikan pendedahan kepada anak-anak muda tentang pelbagai bidang pekerjaan untuk menjana taraf
hidup dan pertumbuhan ekonomi negara.
Sumber: http://hjmsaad.blogspot.com/2016/04/persiapan-menghadapi-alam-pekerjaan.html
3. Pembelajaran secara maya telah diperkenalkan dan kian banyak dilaksanakan di sekolah dan institusi
pengajian tinggi.
Bincangkan kelebihan pembelajaran secara maya.
Pendidikan maya telah menjadi semakin popular kini. Perkara ini selaras dengan arus pembangunan
industri teknologi maklumat yang semakin berkembang. Agenda IT Kebangsaan (National IT Agenda, NITA)
yang telah dilancarkan pada tahun 1996 menggariskan beberapa panduan Malaysia boleh muncul sebagai
sebuah negara maju. Salah satu agenda awal adalah mewujudkan pendidikan maya. Pendidikan ini telah
diperluas dengan pengenalan konsep pembelajaran sekolah bestari, e-learning, universiti terbuka dan
Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH). Pepatah ada mengatakan zaman beralih, musim bertukar,
sememangnya tidak dapat dinafikan lagi pendidikan konvensional kini telah bertukar wajah. Sistem
pendidikan maya telah diperkenalkan di negara kita atas usaha kerajaan untuk memartabatkan sistem
pendidikan kita agar bertaraf dunia. Sistem ini bertujuan untuk melonjakkan taraf pendidikan rakyat
Malaysia agar setanding dengan sistem pendidikan di negara-negara maju dan juga untuk meningkatkan
sistem pengajaran dan pembelajaran agar boleh diaplikasikan di seluruh dunia. Pendidikan maya
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
336
bermaksud pendidikan yang dijalankan dalam talian yang memerlukan murid melihat skrin, mendengar
serta memberikan respons. Baru-baru ini, kerajaan telah memperkenalkan pendidikan maya di negara kita
sejak bulan Mac tahun 2020 dalam usaha untuk meneruskan pembelajaran semasa pandemik Covid-19
yang amat meruncing. Namun begitu, ramai murid tidak mengetahui kebaikan pendidikan maya serta tidak
menunjukkan minat terhadap pendidikan maya. Hal ini dikatakan demikian kerana tak kenal maka tak cinta.
Oleh itu, marilah kita mengetahui kelebihan pendidikan maya.
Sebagai menyahut ledakan teknologi maklumat, sewajarnyalah kita meraikan pendidikan maya
sebagai salah wahana untuk menyampaikan ilmu pengetahuan dengan cepat dan mudah. Pada zaman
ledakan teknologi maklumat dan komunikasi, setiap individu bersaing untuk meningkatkan pengetahuan,
kemahiran, dan kerjaya masing-masing. Nabi Muhammad s.a.w bersabda “tuntutlah ilmu walau di negara
China sekalipun”. Walau sukar sekalipun, seseorang itu digalakkan mencari ilmu. Ilmu mampu
meningkatkan martabat seseorang. Pada masa ini, ilmu mudah diperoleh melalui ruang siber. Ilmu yang
merentasi dunia tanpa sempadan memberi banyak kelebihan kepada kita. Hanya dengan mengetik papan
kekunci berbantukan perkhidmatan jalur lebar, seseorang itu boleh menjelajah ilmu pengetahuan ke
seluruh pelosok negara melalui pendidikan maya atau virtual dengan cepat dan mudah. Hal ini dikatakan
demikian kerana maklumat berada di hujung jari. Pendidikan maya membolehkan kita menjelajahi pelbagai
ilmu pengetahuan di seluruh pelosok dunia. Sebagai contoh yang dapat dibuktikan bagi merungkai
persoalan ini ialah murid dapat melayari Internet untuk mencari maklumat dengan menggunakan enjin
pencari seperti Google dan Yahoo serta laman-laman sesawang yang berkaitan. Natijahnya, murid tidak
akan menjadi seperti katak di bawah tempurung kerana dapat menambahkan ilmu pengetahuan dengan
sangat mudah dan menyeronokkan. Berdasarkan mauduk yang dibincangkan ini, jelaslah bahawa
pendidikan maya membolehkan ilmu dapat disampaikan dengan cepat dan mudah.
Huraian beralih dan berfokus pula kepada perspektif murid boleh memanfaatkan penggunaan e-
buku melalui pendidikan maya. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan e-buku atau buku elektronik
dapat memuatkan 300 naskhah buku dan mempunyai pelbagai aplikasi. Antaranya termasuklah
pemprosesan kata, hamparan data, senarai kandungan, kalendar dan sebagainya. Pada waktu yang sama, e-
buku menjadi suatu wahana pendekatan interpersonal antara guru dengan pelajar juga boleh dijadikan
sebagai medium rujukan. Hal ini bukan sekadar mudah digunakan tetapi juga menjimatkan kos. Sebagai
contoh yang dapat dibuktikan ialah murid boleh menggunakannya melalui alat-alat peranti seperti telefon
pintar, gajet dan komputer riba. Tambahan pula, kebanyakan e-buku juga percuma dan lebih murah
berbanding buku fizikal kerana tiada pencetakan kertas yang dilakukan. Penggunaan buku elektronik ini
dijangka dapat mengurangkan kos bagi Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) di sekolah pada jangka masa yang
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
337
panjang dan mampu menangani kepelbagaian masalah pelajar dalam bidang akademik di dalam sesebuah
kelas. Berdasarkan prakarsa yang telah dibincangkan di atas, jelaslah bahawa, penggunaan e-buku atau
buku elektronik dapat dimanfaatkan oleh semua murid.
Mari kita capahkan lensa di bawah kata kunci yang ketiga iaitu pendidikan maya dapat menjimatkan
pelbagai kos kehidupan seperti penginapan dan perbelanjaan. Hal ini dikatakan demikian kerana segala
urusan pembelajaran dapat dilakukan daripada keselesaan rumah sendiri. Sebagaimana yang kita sedia
maklum, murid dapat menyertai kelas dalam talian menggunakan aplikasi seperti Google Meet, Cisco
Webex Meeting dan Zoom. Para pelajar terutama di peringkat pengajian tinggi tidak perlu lagi bersemuka
dengan pensyarah. Tamsilnya, para pensyarah boleh menggunakan kemudahan telesidang yang
menggabungkan audio, video dan grafik dapat dilakukan di lokasi yang berbeza dengan peralatan canggih
dan didengari ramai tanpa melibatkan kos yang tinggi untuk para pelajar Program Pendidikan Jarak Jauh.
Oleh hal yang demikian, golongan seperti suri rumah dan pesara dapat terus melanjutkan pelajaran tanpa
perlu menghadirkan diri di institusi pendidikan. Hal ini secara tidak langsung dapat memanifestasikan
slogan pendidikan sepanjang hayat yang amat digalakkan oleh kerajaan. Justifikasinya, tiada keperluan
untuk kita keluar dari rumah, maka tiada kos pengangkutan. Hal ini jelaslah bahawa dengan adanya
pendidikan maya, kita dapat menjimatkan pelbagai kos dalam kehidupan.
Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, pengenalan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (ICT) dalam sistem pendidikan maya secara tidak langsung dapat meningkatkan penguasaan
murid dalam bahasa Inggeris. Hal ini selaras dengan dasar penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran
Sains dan Matematik di sekolah-sekolah Malaysia. Dasar tersebut menyasarkan pelajar dapat menguasai
bahasa Inggeris dengan baik kerana ilmu dunia banyak diperoleh dalam bahasa Inggeris. Pendedahan
penggunaan bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah lagi boleh memberi banyak faedah kepada
mereka. Pendidikan maya telah menyuntik semangat baru kepada pelajar untuk mendalami bahasa
Inggeris. Penggunaan bahasa Inggeris dalam pendidikan maya mampu mengayakan perbendaharaan dan
kosa kata bahasa Inggeris pelajar. Seterusnya meningkatkan kemahiran dan penguasaan mereka dalam
bahasa tersebut. Pelajar yang menguasai bahasa Inggeris dengan baik dapat bersaing di peringkat
antarabangsa. Mereka juga akan menjadi pilihan utama majikan untuk mengambil mereka bekerja. Melalui
prakarsa yang dibincangkan dalam wacana ini, nyatalah bahawa dengan adanya sistem pendidikan maya
dapat meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid.
Kesimpulannya, sudah terang lagi bersuluh bahawa banyak kelebihan yang dapat kita peroleh
daripada pendidikan maya. Murid-murid mestilah memanfaatkan pendidikan maya agar dapat menjadi
golongan yang berilmu pengetahuan dan berminda kelas pertama serta dapat bersaing dengan murid di
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
338
negara maju. Hal ini membolehkan masyarakat kita berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dan sudah
tentunya dapat memajukan bidang pendidikan negara. Para pelajar akan lebih terdedah dengan dunia
globalisasi sekiranya pendidikan maya dilaksanakan secara menyeluruh. Konsep pembelajaran sepanjang
hayat menerusi pendidikan sedemikian patut dimanfaatkan oleh semua bertunjangkan pepatah sebab
mutiara sebiji, lautan dalam diselami orang. Selain itu pelbagai pihak tidak kira pihak swasta mahupun
badan bukan kerajaaan (NGO) perlulah berganding bahu bersama dengan kerajaan untuk membangunkan
sistem pendidikan di negara kita mencapat pendidikan bertaraf dunia.
Sumber: http://bahasamelayusmktamanmegahria.blogspot.com/2020/12/kelebihan-pendidikan-maya.html
Soalan 3
Analisis infografik di bawah dengan telitinya. Kemudian, rumuskan maklumat tersurat dan tersirat
tentang kadar kebolehpasaran graduan.
Infografik memaparkan kadar kebolehpasaran graduan tahun 2018. Kadar kebolehpasaran graduan
universiti tempatan sebanyak 80.2%, iaitu meningkat sebanyak 11% daripada tahun 2017. Graduan lelaki
didapati menunjukkan kebolehpasaran yang tinggi (82.3%) berbanding dengan graduan wanita (78.7%). Hal
ini disebabkan majikan cenderung menggaji lelaki berdasarkan komitmen lebih tinggi untuk bekerja lebih
masa. Bagi kadar kebolehpasaran merujuk kepada graduan berstatus pula, sebanyak 82.3% telah
memperoleh pekerjaan, 15.7% berjaya melanjutkan pengajian, 4.6% sedang menunggu penempatan
pekerjaan dan 1.3% memilih untuk meningkatkan kemahiran. Selebihnya, hanya 19.8% orang graduan yang
didapati masih belum mendapat pekerjaan. Hal ini disebabkan para graduan mempunyai perancangan
tersendiri untuk merencanakan masa depan masing-masing. Bagi yang masih belum mendapat pekerjaan
mungkin disebabkan halangan dari segi pilihan kerjaya atau masalah peribadi. Graduan TVET telah
menunjukkan peningkatan kadar kebolehpasaran bagi tahun 2018, iaitu Kolej Komuniti menunjukkan kadar
kebolehpasaran graduan tertinggi (96.6%) walaupun menurun 0.1% daripada tahun 2017. Seterusnya,
disusuli dengan Politeknik (96.1%) yang meningkat 1.6% daripada tahun 2017. Graduan Universiti Awam
(79.3%) dan Universiti Swasta (75.4%) juga menunjukkan peningkatan daripada tahun 2017. Hal ini
membuktikan bidang TVET memberikan pengetahuan dan kemahiran yang dapat membantu pelajar untuk
mencari pekerjaan, juga untuk bekerja sendiri.
Soalan 4
Baca kedua-dua bahan dengan telitinya dan jawab soalan-soalan yang berikutnya.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
339
1. Berdasarkan petikan 1, apakah faedah sukan kepada remaja?
✓ dapat melahirkan remaja yang sihat dari segi fizikal dan mental
✓ dapat mengisi masa lapang dengan cara yang bermanfaat
✓ dapat mencungkil bakat remaja
✓ dapat memupuk perpaduan dalam kalangan remaja
2. Berdasarkan petikan 1, apakah yang dimaksudkan dengan minda yang cerdas?
✓ minda yang cerdas bermaksud akal fikiran yang sempurna
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
340
3. Bagaimanakah kejayaan ikon sukan negara dapat memotivasikan anda?
✓ mempunyai keberanian untuk bersaing dengan orang lain tanpa perasaan gentar
✓ mencontohi usaha serta ketabahan para atlet yang sanggup mengharungi pelbagai ujian untuk
mengecapi cita-cita mereka
✓ memotivasikan saya untuk mempamerkan kesungguhan dan semangat yang kuat untuk berjaya
✓ memotivasikan saya agar menjalani latihan secara berdisiplin
✓ memotivasikan saya agar mengutamakan kepentingan negara lebih daripada kepentingan peribadi
4. Jelaskan dua impak kejayaan ikon sukan kepada negara.
✓ kejayaan ikon sukan mengharumkan nama negara dan seterusnya dapat meningkatkan ekonomi negara
apabila pelabur luar berminat untuk melabur di negara kita
✓ kejayaan ikon sukan dapat memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum apabila
masyarakat berbilang kaum bersatu memberikan sokongan padu ketika ikon sukan ini bertanding
5. Sejauh manakah aktiviti sukan pada peringkat sekolah berjaya melahirkan atlet pada peringkat
kebangsaan dan antarabangsa?
✓ mencungkil bakat atlet yang berpotensi dalam acara sukan tertentu
✓ atlet yang berpotensi akan dipilih untuk mewakili sekolah ke peringkat daerah, negeri dan kebangsaan
✓ jurulatih sekolah melatih atlet dengan penuh dedikasi untuk memastikan potensi mereka dapat
diketengahkan
6. Berdasarkan kedua-dua teks, apakah kesimpulan yang dapat anda buat tentang sukan?
Kesimpulannya, penglibatan dalam bidang sukan akan membawa pelbagai faedah kepada masyarakat. Oleh
itu, semua lapisan masyarakat amat digalakkan menyertai semua jenis aktiviti sukan kerana bersukan dapat
melahirkan masyarakat yang sihat, bersatu padu, berdaya maju dan berdaya saing. Sukan juga mampu
mengangkat martabat rakyat dan negara di persada antarabangsa agar mampu duduk sama rendah dan
berdiri sama tinggi dengan negara maju yang lain. Sesungguhnya, sukan berfaedah kepada individu,
masyarakat dan negara.
Tegasnya, kegiatan sukan wajar digalakkan kepada semua lapisan masyarakat.
Soalan 5
a. Bina ayat dengan perkataan di bawah bagi menjelaskan maksudnya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
341
i. suruhanjaya - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ialah sebuah badan berkanun yang mengawal
selia syarikat-syarikat dan perniagaan-perniagaan.
ii. antarabangsa - Suara Malaysia ialah sebuah stesen radio antarabangsa yang dikendalikan oleh
Radio Televisyen Malaysia.
iii. mencampuradukkan - Sebagai pelajar yang ingin berjaya, seseorang itu tidak harus
mencampuradukkan antara pelajaran dengan masalah peribadi.
iv. pengambilalihan - Proses pengambilalihan tanah-tanah terbiar untuk dimajukan daripada
penduduk kampung berjalan dengan lancar.
v. gimrama - Pasukan gimrama dari negara Jerman menjadi tumpuan peminat sukan Olimpik
berikutan pemakaian sut penuh ketika menyertai acara tersebut.
vi. asbut - Asbut terbentuk apabila cahaya matahari dan udara panas bercampur dengan bahan cemar
udara daripada industri dan kenderaan dalam keadaan tidak berangin.
b. Baca atur cara di bawah dengan telitinya. Kenal pasti kata akronim yang terdapat dalam bahan
dan kategorikan jenisnya.
Cantuman huruf dan suku kata Cantuman bahagian awal
perkataan perkataan pertama dengan bahagian
- Degram (Dewan Graha Munsyi) perkataan yang mengikutinya
- Petronas (Petroleum Nasional Berhad) - senamrobik
- jenama
Cantuman suku kata awal perkataan Cantuman huruf awal perkataan
- Bernama (Berita Nasional Malaysia) - KOBILANG
- Perkom (Persatuan Kompang) - UniSZA
- kugiran (kumpulan gitar rancak) - UPSI
- pawagam (panggung wayang gambar) - UNITEN
- biber (bicara berirama)
Soalan 6
Berdasarkan foto susunan bilik darjah yang terdapat dalam bahan, pilih satu foto susunan bilik
darjah yang anda gemari. Kemudian, berikan pendapat anda tentang susunan bilik darjah yang
anda pilih.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
342
NOTA BILIK DARJAH YANG KONDUSIF
Bilik darjah merupakan elemen yang penting bagi setiap murid kerana persekitaran pembelajaran yang
kondusif dapat mempengaruhi cara murid dalam melibatkan diri dan mengambil bahagian dan suasana
pembelajaran yang selesa mampu merangsang minat untuk terus belajar. Di samping untuk mewujudkan
murid yang aktif semasa sesi pembelajaran, sebuah bilik darjah yang mempunyai kelengkapan dari segi
teknologi yang canggih serta persekitaran yang baik merupakan aspek yang perlu ada pada setiap bilik
darjah. Pengurusan bilik darjah berkesan mampu meningkatkan pencapaian akademik pelajar. Oleh itu,
pengurusan sebuah bilik darjah haruslah diutamakan bagi membentuk pelajar yang aktif dan positif.
Ciri-ciri sebuah pengurusan bilik darjah yang kondusif ialah bilik darjah yang menyediakan
kelengkapan penggunaan teknologi seperti telefon pintar, komputer riba, dan projekter supaya pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah akan berjalan dengan lancar. Penggunaan alat teknologi yang canggih
ini bukan sahaja memudahkan pembelajaran malah penyampaian maklumat pengajaran akan lebih baik
serta dapat menarik minat murid-murid. Sebagai contohnya, penggunaan telefon pintar agar murid dapat
mencari maklumat dengan cepat semasa sesi pembelajaran di dalam kelas. Hal ini bukan hanya
memudahkan murid malah guru juga dapat meneruskan pembelajaran dengan lebih lancar semasa
penganjaran di dalam kelas tanpa perlu mengambil masa yang lama dalam menyelesaikan sesuatu masalah
semasa sesi pembelajaran.
Selain itu, ruang pembelajaran yang kreatif diwujudkan untuk hasil usaha murid dilekatkan bagi
menarik minat murid dan membuatkan hasil kerja mereka akan lebih bermakna. Hal ini membuatkan murid
berasa lebih dihargai dan menunjukkan semangat yang positif ketika masuk ke dalam bilik darjah, sebagai
contohnya, sudut hasil kerja murid dibuat bagi menghargai setiap kerja yang dilakukan, serta sudut
maklumat dan ruang santai turut disediakan, pada setiap sudut bilik darjah juga diletakkan kriteria kejayaan
pada setiap sudut, persekitaran bilik yang mempunyai sudut yang menarik dapat meningkatkan daya
imaginasi dan menarik minat murid untuk belajar.
Dari segi susunan fizikal bilik darjah dan kerusi murid disusun dengan kemas. Hal ini bagi
memudahkan pergerakan guru dan juga murid. Seterusnya meja disusun secara berkumpulan bagi
pembelajaran yang berfokuskan kepada pengurusan kelompok. Dengan ini guru dapat menumpuhkan
perhatian kepada setiap murid dan mengenali tingkah laku mereka. Dalam pada itu, meja guru perlulah
diletakkan di hadapan kelas bagi memudahkan murid untuk melihat guru di samping dapat mengekalkan
minat dan semangat murid. Justeru, murid juga dapat berkongsi pendapat mengenai sesi pembelajaran
yang berlangsung dan boleh meminta pendapat daripada rakan di sebelah mereka. Ruang bilik darjah juga
mempengaruhi pergerakan setiap murid. Hal ini dikatakan demikian kerana ruang bilik darjah yang besar
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
343
dan selesa memudahkan murid untuk bergerak semasa aktiviti-aktviti dijalankan dan memberikan
semangat kepada murid ketika proses pembelajaran berlangsung semasa di dalam kelas.
Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah adalah sangat penting bagi meningkatkan prestasi murid.
Dalam usaha untuk meningkatkan dan mempengaruhi tingkah laku murid, sebuah bilik darjah yang
dilengkapi dengan kemudahan yang mencukupi akan memudahkan guru ketika sesi pembelajaran dan
pengajaran di dalam kelas berlangsung.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
344
PENILAIAN 2 (HALAMAN 96 - 97)
Soalan 1
Anda dan tiga orang rakan berhasrat untuk menyertai ekspedisi mendaki gunung semasa cuti
persekolahan yang akan bermula pada bulan hadapan. Rajah di bawah ialah catatan anda tentang
perkara-perkara penting yang perlu diambil kira semasa merancang ekspedisi tersebut bagi
membantu anda membuat persediaan.
Huraikan perkara-perkara penting tersebut.
Ekspedisi Mendaki Gunung: Ramalan Kemungkinan
1. Keizinan keluarga dan pihak berkuasa
✓ keluarga perlu tahu lokasi atau keberadaan dan perjalanan
✓ perlu mendapatkan keizinan Jabatan Perhutanan iaitu permit supaya tidak berlaku kejadian yang tidak
diingini
✓ jika melanggar arahan boleh didakwa mengiku seksyen 32 Akta Perhutanan Negara 1984 kerana memasuki
hutan tanpa kebenaran
✓ menghantar senarai nama ahli yang mendaki gunung ke balai polis berdekatan sebagai makluman dan
memudahkan urusan pencarian jika sesat di dalam hutan
2. Kesihatan dan stamina
✓ mendaki, memanjat dan menuruni bukit atau gunung dapat meningkatkan stamina dan merehatkan minda
✓ membantu meningkatkan ketahanaan otot dan menguatkan bahagian kaki
✓ meningkatkan kapasiti kardivaskular dan stamina
✓ membentuk mental dan fikiran yang kuat dan sihat
✓ membuat persediaan sebelum mendaki dengan berjoging, berbasikal dan akativiti-aktiviti fizikal yang lain
selama 20 minit setiap sesi
3. Peralatan yang diperlukan
✓ makanan kering
✓ kompas/ sistem GPS/ peta
✓ lampu suluh dan bateri
✓ pisau dan pemetik api
✓ kit pertolongan cemas
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
345
✓ wisel
✓ kain selimut
✓ stoking
4. Keselamatan di hutan
✓ berhati-hati sewaktu turun kerana kecederaan atau kemalangan biasanya mudah berlaku
✓ jangan berpecah dan sentiasa berada dalam kumpulan
✓ kawal tingkah laku - jangan terlalu gembira dan bersuka-suka
✓ tidak mengutip atau membawa pulang tumbuhan di hutan
✓ jika terserempak dengan haiwan liar, elak pertembungan secara berhadapan - sebaiknya berundur
perlahan-lahan
✓ jika hujan lebat, angin kuat, guruh atau petir, tangguh dan hentikan aktiviti dan perjalanan. Cari tempat
berlindung dan elakkan berlindung berhampiran dengan pokok besar serta perhatikan aras dan arus sungai
kerana di kawasan hutan, kejadian kepala air atau kenaikan mendadak aras sungai mudah berlaku.
✓ sentiasa berhati-hati ketika melakukan aktiviti mendaki gunung kerana malang tidak berbau
Soalan 2
Pilih satu daripada soalan di bawah. Kemudian, senaraikan isi-isi penting dalam bentuk rangka
karangan dan tulis karangan dengan menggunakan ayat yang gramatis serta menarik.
1. Di tepi rumah anda terdapat sebuah kawasan lapang. Anda bercadang untuk bercucuk tanam di kawasan
itu.
Jelaskan tindakan-tindakan yang anda ambil bagi merealisasikan cadangan tersebut.
Aktiviti bercucuk tanam di kawasan rumah merupakan hobi kepada kebanyakan orang. Sebenarnya aktiviti
ini boleh membawa faedah yang banyak seperti kita tidak perlu membeli sayursayuran dari pasar raya.
Selain itu kita juga dapat menikmati sayur-sayuran yang ditanam di rumah yang tidak menggunakan
sebarang bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan kita.
Oleh itu, adalah digalakkan untuk melakukan penanaman sayuran di rumah.
Tindakan-tindakan yang saya ambil untuk bercucuk tanam:
1. Cari tempat yang sesuai dan ruang untuk tanaman - sebaik-baiknya di kawasan lapang berdekatan
rumah - jika tinggal di apartmen masih boleh bercucuk tanam dengan cara tanaman dalam pasu - aspek
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
346
penyediaan tanah perlu diambil kira kerana tanah yang berbeza mempunyai keperluan penyiraman air yang
berbeza - tidak perlu menjadi saintis tanah untuk mengetahui jenis tanah.
2. Tentukan jenis dan apa yang perlu ditanam - menanam tanaman yang boleh dimakan sudah tentu
daripada jenis herba merupakan pilihan yang amat sesuai - pilih jenis-jenis herba yang tahan lasak dan kerap
digunakan untuk masakan anda, sebelum anda mula kepada tanaman-tanaman yang lebih mencabar.
Sebagai permulaan, pemilihan jenis tumbuhan ini amat penting agar anda tidak patah semangat untuk terus
memiliki kebun anda sendiri di apartmen anda. Oleh itu cuba
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
347
tanam tumbuhan yang selalu digunakan dalam masakan. Antara tumbuh-tumbuhan yang popular dalam
masakan masyarakat Malaysia adalah seperti selasih, pandan, serai, daun ketumbar, daun sup, daun
bawang, pudina dan lain-lain
3. Mengumpul peralatan berkebun - melakukan aktiviti berkebun mengharuskan kita untuk memiliki
beberapa alat berkebun yang asas, seperti gunting, botol semburan, penyodok kecil dan sarung tangan.
Peralatan ini dapat membantu semasa proses penjagaan tanaman, terutamanya dalam proses mencantas,
menggembur dan menyiram. Peralatan-peralatan asas ini boleh dibeli di manamana pasar raya, nurseri dan
mana-mana kedai peralatan pertukangan.
4. Tambah ilmu dari masa ke masa khususnya yang berkaitan dengan cucuk tanam - tidak semestinya
perlu memiliki “tangan sejuk, tangan hijau dan sebagainya” untuk berjaya - hanya perlu bersedia untuk
belajar bagaimana untuk menjaga tanaman dan membiakkan tanaman - ilmu dan pengalaman akan
menjadikan tanaman terus hidup dan anda berkembang maju dalam menguruskan tanaman - akan
mendapat kemahiran menggunakan peralatan, teknik semaian dan juga pelbagai teknik lain serta ilmu
tumbuhan yang ditanam - kesemuanya berbalik kepada keperluan asas kepada tumbuhan iaitu memberikan
cahaya, air dan medium (tanah atau lain-lain).
2. Rakan anda bercadang untuk bercuti dengan keluarganya lalu meminta pandangan anda.
Tulis surat kepadanya untuk mencadangkan destinasi percutian yang sesuai dan menarik bagi mereka seisi
keluarga.
Tulis surat tersebut selengkapnya.
545, Jalan Bunga 1,
Taman Bunga Raya,
30020 Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
30 September 2020
Menemui sahabatku Maria, yang kini sedang berada bersama keluarga di Bandung, Indonesia, semoga
dalam kandungan sihat sejahtera hendaknya.
Saudari,
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
348
Apa khabar saudari sekeluarga di sana? Maafkan saya kerana agak lambat membalas surat saudari.
Saya kini sibuk dengan persediaan menghadapi peperiksaan yang tidak beberapa lama lagi. Tampaknya
saudari benar-benar berminat untuk mengetahui perihal destinasi percutian yang menarik di-Malaysia.
Kalau sebelum ini saya pernah bercerita tentang Tanah Tinggi Cameron, kali ini saya ingin bercerita tentang
Pulau Langkawi pula.
Pulau Langkawi terletak di negeri Kedah, iaitu sebuah negeri yang terletak di utara
Semenanjung Malaysia. Pulau ini banyak keistimewaannya. Antaranya termasuklah pemandangan yang
cantik. Hal ini dikatakan demikian kerana Pulau Langkawi dikelilingi oleh pantai yang berpasir bersih, air
laut yang tenang, dan suasana yang nyaman. Kalau saudari berpeluang ke Pulau Langkawi dapatlah saudari
menikmati keindahan yang saya maksudkan ini.
Untuk pengetahuan saudari, Pulau Langkawi terkenal sebagai pulau legenda. Legenda Mahsuri
telah diceritakan secara turun-temurun daripada nenek moyang kami di sini. Secara ringkasnya, Mahsuri
ialah seorang perempuan yang cantik. Malangnya, beliau telah dijatuhi hukuman bunuh akibat fitnah.
Ketika hukuman dijalankan, darah putih mengalir daripada tubuh Mahsuri. Beliau juga sempat
mengenakan sumpahan iaitu Langkawi akan menjadi padang jarak padang terkukur selama tujuh
keturunannya.
Selain itu terdapat banyak tempat yang berkaitan dengan legenda Mahsuri ini, iaitu Makam
Mahsuri, dan padang Mat Sirat. Lebih banyak maklumat yang dapat saudari peroleh mengenai legenda ini
sekiranya saudari berkesempatan ke tempat-tempat ini. Selain itu, terdapat juga beberapa tempat yang
berkaitan dengan legenda dan mitos di sini seperti Tasik Dayang Bunting di Pulau Dayang Bunting, Telaga
Tujuh dan Beras Hangus.
Sebenarnya banyak tempat menarik di Pulau Langkawi ini. Kalau ada kesempatan, akan saya
ceritakan lagi tentang pulau ini. Saya juga akan cuba menghantar gambar-gambar yang berkaitan dengan
pulau legenda ini.
Setakat ini dulu yang dapat saya tulis buat saudari, Akhir kata, sambutlah salam mesra daripada
saya
Yang benar,
Siti Saidah
3. Sektor pertanian berpotensi untuk berkembang maju.
Huraikan langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk memajukan sektor ini.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
349
Sektor pertanian merupakan salah satu sektor yang penting yang mendapat tumpuan dalam
perdagangan dunia kerana sektor ini merupakan pembekal makanan dan sumber bahan mentah kepada
penduduk di dunia. Di Malaysia, sektor pertanian amat penting dan menyumbang lima peratus kapada
pendapatan kasar negara. Hal ini dapat membantu meningkatkan pendapatan negara dan secara tidak
langsung dapat membantu ekonomi negara kita. Sektor pertanian di Malaysia berfungsi sebagai pembekal
sumber makanan kepada seluruh penduduk di Malaysia. Namun begitu kita masih lagi mengimport tenaga
asing dalam sektor perladangan dan di sektor lain. Ramai dalam kalangan masyarakat kita masih tidak
peduli tentang sektor pertanian ini, padahal sektor ini mempunyai potensi yang besar untuk di majukan.
Masalah sektor ini belum dapat dimajukan ialah negara kita kekurangan tenaga kerja mahir dan
separa mahir. Hal ini dikatakan demikian kerana ramai ramai golongan muda terutama golongan
mahasiswa dan mahasiswi tidak berminat untuk mempelajari dan menceburi bidang pertanian ini kerana
mereka tidak mahu bersusah payah di bawah panas terik matahari dan lebih mementingkan keselesaan diri
sendiri serta berminat untuk makan gaji. Namun demikian golongan ini kurang meneroka untuk
mengaplikasikan apa yang mereka pelajari itu dengan sektor pertanian. Sebagai contoh, pelajar yang
mengambil jurusan sains boleh menggabungkan bidang sains dan pertanian untuk menghasilkan satu
bidang pertanian ynag lebih moden iaitu bioteknologi. Golongan ini juga harus menyedari bahawa sekarang
ini sektor pertanian didominasi oleh golongan tua dan ini menyebabkan produktiviti menjadi rendah.
Dengan itu, golongan belia yang mempunyai banyak kudrat harus membantu membangunkan sektor ini.
Usaha yang dapat dilakukan untuk memajukan sektor pertanian ini boleh dilaksanakan dengan
bantuan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Kementerian ini bertanggungjawab sepenuhnya
atas pertanian termasuk perikanan dan penternakan. Kementerian ini juga memberikan peruntukan yang
besar untuk membuat penyelidikan dalam sektor tertentu. Contohnya, Institut Penyelidikan dan
Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI). Mardi ditubuhkan dengan matlamat memajukan dan
menggiatkan teknologi bersesuaian yang baru dan yang berkait dalam industri pertanian di Malaysia.
Teknologi ini bertujuan meningkatkan penghasilan dan keberkesanan dengan memodenkan sektor
pertanian selain membantu meningkatkan pulangan petani. Selain Mardi, Lembaga Minyak Sawit Malaysia
(MPOB) juga berperanan membantu dalam sektor pertanian khususnya kelapa sawit. MPOB di
pertanggungjawabkan untuk meneraju dan membangunkan industri sawit negara. Industri ini merupakan
bahan eksport utama ke luar negara contohnya ke Amerika Syarikat. Hasil daripada penyelidikan ini juga,
penemuan teknologi dan inovasi baru telah dikomersialkan. Contohnya penggunaan biojisim dan biodiesel,
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM