250
PENGAYAAN - DUTA REMAJA FILHARMONIK (HALAMAN 171)
Berdasarkan bahan, hasilkan infografik tentang Tengku Ahmad Irfan secara kreatif.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
251
Baca di sini: https://www.remaja.my/kini-menuntut-di-juilliard-new-york-tengku-irfan-ajak-korang-dekatimuzik-
klasikal/
TEMA 13 - SEGALANYA BERMULA DI SINI
LUBUK AKAL, TEPIAN ILMU ( HALAMAN 174 - 175)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.7.2 Berunding untuk menyelesaikan masalah secara kritis dan rasional menggunakan bahasa yang
santun.
AKTIVITI 1 - Fahami situasi dalam bahan. Kemudian, berundinglah untuk menyelesaikan masalah secara
kritis dan rasional menggunakan bahasa yang santun.
Aminah dan Syamimi telah berbincang untuk menghasilkan produk daripada bahan terbuang.
Aminah Apakah produk yang akan kita hasil daripada bahan-bahan terbuang?
Syamimi Sebenarnya, banyak produk yang diperbuat daripada bahan-bahan buang seperti bekas
pensel, rak buku dan banyak lagi. Saya berpendapat, produk yang kita hasilkan nanti perlulah
efektif penggunaannya.
Aminah Saya setuju dengan pendapat awak. Saya cadangkan kita hasilkan tempat buang sampah
Syamimi daripada botol-botol plastik minuman.
Idea yang baik kerana botol-botol plastik minuman amat mudah kita peroleh serta
dikumpulkan, secara tidak langsung kita dapat mengatasi berlakunya masalah pencemaran
alam.
Aminah Kita boleh gunakan produk yang kita hasilkan di dalam kelas kita nanti. Kita juga boleh
letakkan di rumah .
Syamimi Di samping kita boleh mengamalkan budaya berjimat cermat juga terutama dalam pandemik
wabak Covid-19.
AKTIVITI 2 - Pilih satu situasi dan hasilkan inovasi bagi menyelesaikan masalah dalam situasi tersebut.
INOVASI YANG DIPILIH: TEMPAT BUANG SAMPAH
Alat-alat:
1. Botol-botol plastik minuman
2. Kawat/ dawai
3. Alat pemotong kawat/dawai
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
252
4. Gam
5. Gunting dan pisau
6. Karton plastik
Cara-cara:
1. Cantumkan botol-botol mengikut saiz dan bentuk yang diinginkan.
2. Lubangkan hujung botol bahagian atas dan bawah pada kedua-kedua sisi dengan menggunakan
pisau atau gunting.
3. Masukkan dawai /kawat ke lubang masing-masing di bahagian atas dan bawah.
4. Bentukkan kumpulan botol agar melingkar.
5. Ikat hujung dawai /kawat dan potong lebihan dawai.
6. Buat dua set lingkaran botol dan cantumkan bahagian penutup dengan bahagian penutup.
7. Buat alas tong sampah dengan menggunakan karton plastik. Buat pola ikut bentuk lingkaran botol
tersebut selepas itu potong ikut pola tersebut.
8. Gam alas tersebut dan cantumkan dengan lingkaran botol tadi.
Inovasi tempat buang sampah daripada botol plastik.
PATAH DAGU BERTONGKAT PARUH (HALAMAN 176 - 177)
KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.3.5 Membaca dan mengulas pandangan penulis secara rasional.
AKTIVITI 1 - Baca bahan. Kemudian, ulas pandangan penulis secara rasional. Anda juga dikehendaki
menerokai maklumat lanjut tentang bahan daripada pelbagai sumber.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
253
Mengulas pandangan penulis secara rasional.
Penulis menyatakan bahawa burung botak upeh kini sukar didapati di habitat semula jadinya kerana
diancam kepupusan. Habitat semula jadi burung botak upeh adalah di kawasan hutan paya bakau tetapi
kini kita hanya dapat melihat spesies terancam ini di Zoo Negara dan Zoo Taiping. Sehubungan dengan itu,
pihak Perhilitan dan Zoo Negara telah menjalankan Program Pelepasan Semula Burung Botak Upeh di Kuala
Gula, Perak bagi meningkatkan populasi burung ini di habitat semula jadi. Antara faktor utama ancaman
burung botak upeh ialah kehilangan dan degradasi habitat akibat aktiviti penebangan hutan yang
menjadikan saiz hutan bakau semakin kecil. Selain itu, hakisan pantai berlumpur telah menyebabkan
perubahan ekosistem. Hal ini menyebabkan burung botak upeh sukar mendapat sumber makanan. Faktor
seterusnya ialah pemburuan haram dan kegiatan manusia yang menyebabkan sarang burung botak upeh
ditinggalkan oleh induknya. Burung botak upeh juga dianggap sebagai ancaman kepada kolam-kolam
akuakultur di Kuala Gula, Perak. Faktor ancaman burung botak upeh yang terakhir ialah pencemaran yang
berlaku di muara Sungai Klang dan Selat Melaka, penggunaan racun serangga dan pembuangan sisa industri
dan sisa kumbahan kolam akuakultur yang membawa perubahan kepada ekosistem.
Murid boleh menerokai maklumat lanjut tentang burung botak upeh di laman sesawang:
https://malay.wiki/content/Burung%20Botak%20Upeh/Laman_Utama.html https://www.ketsa.gov.my/ms-
my/pustakamedia/Lists/Papar-Berita.aspx?ID=%20%20%20%2062
ASPEK SENI BAHASA
SP: 4.4.2 Mempersembahkan syair dan pantun dengan nada dan intonasi yang sesuai melalui pelbagai
media secara kreatif.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
254
AKTIVITI 2 - Persembahkan syair dengan nada dan intonasi yang sesuai melalui pelbagai media secara
kreatif.
1. Murid diminta menyampaikan syair dengan nada dan intonasi yang sesuai secara kreatif.
2. Murid mempersembahkan syair dalam bentuk rakaman video.
3. Aktiviti ini boleh dinilai sebagai PBD kemahiran mendengar dan bertutur.
4. Tonton video syair Burung Botak Upeh di sini:https://www.youtube.com/watch?v=M2HfCNtpVb0
Imbas kod QR untuk mendengar Syair Burung Botak Upeh.
AKTIVITI 3 - Kemukakan pendapat tentang usaha-usaha yang dijalankan untuk memelihara haiwan yang
terancam.
Menguatkuasakan ✓ Mengenakan hukuman yang berat kepada mereka yang membunuh,
undang-undang memburu dan menangkap haiwan yang terancam.
✓ Pihak berkuasa menjalankan pemantauan sekerap mungkin.
✓ Pihak berkuasa perlu menjalankan tugas dengan bertanggungjawab.
(Akta Perlindungan Hidupan Liar, Akta Perhutanan Negara, Hutan
Simpan, Taman Negara Endau - Rompin)
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
255
Mengawal ✓ Supaya tidak kepupusan.
pemburuan ✓ Jabatan Perlindungan Hidupan Liar (PERHILITAN) melindungi haiwan
haiwan terancam
terancam.
✓ Taman Negara dijadikan sebagai kawasan perlindungan haiwan terancam
Kawasan ✓ Penanaman semula di kawasan yang ditebang.
pemeliharaan ✓ Kawasan pembalakan terpilih perlu meninggalkan beberapa pokok besar
Pendidikan dan banyak pokok kecil.
✓ Mengelakkan penggunaan barangan dibuat daripada spesies terancam.
Penyelidikan dan ✓ Kempen menentang pembalakan haram dan keterlaluan.
pembangunan
✓ Timbulkan kesedaran tentang kepentingan pemeliharaan dan pengekalan
sumber asli.
✓ Kajian dan penyelidikan perlu dijalankan bagi meneruskan pembiakan
haiwan.
✓ Pelbagai ubatan pelalian direka cipta.
✓ Aktiviti pembinaan dan pembangunan perlulah dirancang untuk
mengelakkan gangguan kepada ekosistem.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
256
KUASA GRAVITI (HALAMAN 178 -179)
KEMAHIRAN MENULIS
SP: 3.5.2 Mengolah maklumat daripada pelbagai bahan dalam bentuk grafik yang sesuai dan
menarik.
AKTIVITI 1 - Analisis maklumat yang terdapat dalam bahan. Kemudian, olah maklumat dalam bentuk grafik
yang sesuai dan menarik.
TELAGA
TUJUH
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
257
JAWAPAN PETA POKOK
TELAGA TUJUH
1. Sejarah Pembukaan
Dibuka kepada orang ramai pada tahun 1995
Sejak tahun 1996, Lembaga Pembangunan Langkawi atau Langkawi Development Authority (LADA)
membangunkan Sistem Agihan Air Aliran Graviti tanpa menggunakan kuasa elektrik bagi kegunaan
setempat.
2. Keistimewaan
- dikenali sebagai air terjun paling cantik di Langkawi, Kedah
- mempunyai tujuh buah air terjun dengan tujuh buah telaga di tujuh ketinggian yang berbeza
- mempunyai air yang jernih
3. Kepentingan
- dijadikan sebagai destinasi pelancongan
- sumber air bagi kegunaan setempat
- menjimatkan kos
- mesra alam
AKTIVITI 2 - Terokai maklumat tentang teknologi hijau dan persembahkan maklumat tersebut dalam bentuk
yang kreatif.
Tugasan:
1. Guru membahagikan murid-murid kepada lima hingga enam kumpulan.
2. Setiap kumpulan diberikan petikan tentang teknologi hijau yang berlainan.
Dalam kumpulan, murid-murid membaca petikan , kemudian mempersembahkan maklumat tersebut
dalam pelbagai jenis peta minda.
Petikan 1 - Konsep Teknologi Hijau
Teknologi hijau ialah pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memulihara
alam sekitar dan sumber semula jadi, dan meminimumkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.Teknologi
hijau merujuk produk, peralatan atau sistem yang memenuhi kriteria seperti meminimumkan degradasi
kualiti persekitaran, mempunyai pembebasan gas rumah hijau yang rendah atau sifar, selamat untuk
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
258
digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan, menjimatkan tenaga
dan sumber asli dan menggalakkan sumber yang boleh diperbaharui.
Teknologi hijau ialah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi
sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber seperti tenaga, air
dan sebagainya secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Dasar
Teknologi Hijau Negara (DTHN) dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Julai
2009 dan menekankan aspek pemacuan pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan mapan.
Teknologi hjau adalah berasaskan empat tunggak iaitu tenaga, alam sekitar, ekonomi dan sosial. Dari
aspek tenaga, teknologi hijau mencari kaedah untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan pada masa
sama mempromosikan kecekapan guna tenaga. Dari aspek alam sekitar, kesan kepada alam sekitar dapat
diminimumkan dan dipelihara. Dari aspek ekonomi, teknologi
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
259
hijau meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi. Dari segi sosial pula,
kualiti hidup rakyat dapat dipertingkat.
Pemanasan global terjadi melalui dua mekanisme penting iaitu melalui kesan rumah hijau dan juga
penipisan lapisan ozon. Walaupun terdapat punca semula jadi, tetapi aktiviti manusia lebih banyak
menyumbang terhadap kedua-dua mekanisme di atas. Kesan rumah hijau banyak disumbangkan oleh gas
karbon dioksida.
Lantaran itu penekanan terhadap 'teknologi hijau' ialah alternatif tepat dalam menangani masalah
kesan rumah hijau ini selaras dengan agenda utama kerajaan seluruh dunia pada masa kini yang memberi
keutamaan kepada isu alam sekitar khususnya fenomena perubahan cuaca.
Petikan 2 - Langkah-langkah Kerajaan Memajukan Teknologi Hijau
Usaha ini juga sejajar dengan keputusan kerajaan mewujudkan dana berjumlah RM1.5 bilion dalam
memajukan pembekalan dan penggunaan teknologi hijau. Melalui dana ini, syarikat pengeluar dan
pengguna teknologi hijau dapat membuat pinjaman untuk membiayai aktiviti yang menyokong
pertumbuhan industri teknologi hijau. Pinjaman maksimum untuk syarikat pengeluar sehingga RM50 juta
dan syarikat pengguna sehingga RM10 juta membuktikan bahawa kerajaan benar-benar komited
memajukan industri ini.
Beberapa langkah diambil memperkukuh struktur pelaksanaan dan pembangunan teknologi hijau
serta mengantarabangsakan potensi penggunaannya. Misalnya, dalam Bajet 2010 kerajaan menstrukturkan
Pusat Tenaga Malaysia menjadi Pusat Teknologi Hijau Negara. Pusat ini bertanggungjawab sepenuhnya
dalam menyediakan pelan tindakan pembangunan teknologi hijau dan berperanan sebagai agensi yang
menetapkan piawaian dan mempromosi teknologi hijau.
Selain itu, dana juga diperlukan bagi menyediakan bantuan kewangan dan insentif untuk
menggalakkan pelajar di institusi pengajian tinggi memilih bidang pengajian yang berkaitan dengan
teknologi hijau. Kejayaan DTHN turut dipengaruhi ketelusan dan kecekapan pentadbiran dan pengurusan
pelaksanaan. Sehubungan itu, strategi membabitkan langkah memperkukuh rangka kerja pada peringkat
institusi seperti kementerian, agensi, sektor swasta, dan pihak yang berkepentingan.
Untuk menjayakan strategi ini, kerajaan menubuhkan Majlis Teknologi Hijau yang bertujuan
memastikan penyelarasan pada peringkat tertinggi bagi mengimplementasikan dasar yang cekap. Majlis ini
dipengerusikan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri secara bergilir-gilir. Kementerian Tenaga,
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
260
Teknologi Hijau dan Air pula memainkan peranan utama menyelaras dan mempermudah peranan semua
pihak berkepentingan demi kejayaan pelaksanaan teknologi hijau.
Petikan 3 - Manfaat Teknologi Hijau
Umumnya, teknologi hijau memfokuskan kepada empat kebaikan. Dari aspek tenaga, teknologi
hijau diharapkan dapat membantu mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan
tenaga negara. Teknologi hijau merangkumi sumber tenaga seperti angin, air, solar, hibrid dan lain-lain yang
bersumberkan alam semula jadi. Teknologi hijau terbukti lebih cekap kerana boleh menjana tenaga dalam
pelbagai keadaan dengan kos murah, selamat dan mesra pengguna. Hal ini dapat dibuktikan melalui
pengalaman dan amalan di negara maju yang telah membangunkan industri ini sejak sekian lama.
Selain itu, teknologi hijau dapat membantu memulihara dan meminimumkan kesan buruk kepada
alam sekitar. Pencemaran udara, air, bunyi dan sebagainya akan menjejaskan kualiti hidup rakyat jika
dibiarkan berterusan. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kesan negatif terhadap alam sekitar adalah
minimum. Maka teknologi hijau dapat meningkatkan dan melindungi ekosistem dan kepelbagaian hidup,
meningkatkan kualiti udara dan air, mengurangkan pembuangan bahan tercemar dan melindungi sumber
semula jadi. Dari aspek ekonomi, teknologi ini mampu meningkatkan pembangunan ekonomi negara
melalui penggunaan teknologi dan meningkatkan kualiti hidup untuk semua kehidupan manusia dan
biodiversiti umumnya.
Teknologi hijau mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan negara dengan membantu
mengurangkan kos operasi, meningkatkan nilai aset dan keuntungan. Teknologi ini juga dapat
meningkatkan produktiviti dan kepuasan pekerja. Industri yang menggunakan atau membangunkan produk
berhubung teknologi hijau dapat menyediakan peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan. Usahawan
tempatan boleh juga meneroka peluang mengeksport produk 'hijau' yang telah dihasilkan. Pasaran untuk
teknologi dan produk hijau amat besar, khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharui. Contohnya,
industri solar photovoltaic telah dikenal pasti sebagai sumber pertumbuhan ekonomi baru untuk Malaysia.
Dari segi komuniti, teknologi hijau dapat meningkatkan kualiti udara, terma dan bunyi persekitaran. Contoh,
penggunaan kereta enjin hibrid. Hal ini dapat meningkatkan keselesaan dan kesihatan penghuni bandar,
mengurangkan masalah infrastruktur tempatan dan meningkatkan kualiti hidup.
Jawapan Petikan 1 - Konsep teknologi hijau
1. pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memulihara alam sekitar dan sumber
semula jadi,
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
261
2. meminimumkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
3. merujuk produk, peralatan atau sistem yang memenuhi kriteria seperti meminimumkan degradasi kualiti
persekitaran, mempunyai pembebasan gas rumah hijau yang rendah atau sifar, selamat untuk digunakan
dan menyediakan persekitaran sihat
4. menjimatkan tenaga dan sumber asli
5. menggalakkan sumber yang boleh diperbaharui.
Jawapan Petikan 2 - Langkah-langkah kerajaan untuk memajukan teknologi hijau
1. kerajaan mewujudkan dana berjumlah RM1.5 bilion dalam memajukan pembekalan dan penggunaan
teknologi hijau.
2. dalam Bajet 2010 kerajaan menstrukturkan semula Pusat Tenaga Malaysia menjadi Pusat Teknologi Hijau
Negara.
3. dana juga diperlukan bagi menyediakan bantuan kewangan dan insentif untuk menggalakkan pelajar di
institusi pengajian tinggi memilih bidang pengajian yang berkaitan dengan teknologi hijau.
4. kerajaan menubuhkan Majlis Teknologi Hijau yang bertujuan memastikan penyelarasan pada peringkat
tertinggi bagi mengimplementasikan dasar yang cekap.
5. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pula memainkan peranan utama menyelaras dan
mempermudah peranan semua pihak berkepentingan demi kejayaan pelaksanaan teknologi hijau.
Jawapan Petikan 3 - Manfaat teknologi hijau
1. dapat membantu mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga negara.
2. menjana tenaga dalam pelbagai keadaan dengan kos murah, selamat dan mesra pengguna.
3. memulihara dan meminimumkan kesan buruk kepada alam sekitar.
4. meningkatkan pembangunan ekonomi negara
5. meningkatkan kualiti hidup untuk semua kehidupan manusia dan biodiversiti umumnya.
6. memacu pembangunan negara dengan membantu mengurangkan kos operasi, meningkatkan nilai aset
dan keuntungan.
7. menyediakan peluang pekerjaan untuk masyarakat tempatan.
8. usahawan tempatan boleh juga meneroka peluang mengeksport produk 'hijau'
9. dapat meningkatkan kualiti udara, terma dan bunyi persekitaran.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
262
PANORAMA DIORAMA (HALAMAN 180 - 181)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR tentang sesuatu perkara dalam perbualan santai
SP: 1.4.1 Menyampaikan pendapat
secara bertatasusila.
AKTIVITI 1 - Analisis bahan dan kemukakan pendapat anda dalam perbualan santai secara bertatasusila.
Contoh perbualan santai
Nabilah baru sahaja berkunjung ke Akuarium dan Muzium Marin Universiti Malaysia Sabah (AMUMS)
bersama dengan keluarganya minggu lepas. Nabilah bertemu dengan Hartini di Restoran Keningau. Nabilah
ingin berkongsi pengalamannya dengan Hartini.
Nabilah Assalamulaikum Tini. Jom, kita minum.
Hartini
Nabilah Waalaikumussalam. Boleh juga. Saya pun haus ni. (menjawab sambil tersenyum)
Hartini
Nabilah Awak pernah pergi ke Akuarium dan Muzium Marin Universiti Malaysia Sabah?
Tak pernah Nabilah. Kenapa?.
Saya baru saja pergi ke sana bersama dengan keluarga saya minggu lepas. Seronok, saya rasa
seperti berada di dalam laut. Di sana, awak dapat melihat pelbagai jenis hidupan laut. Ada juga
hidupan yang telah diawet dipamerkan.
Hartini Betul ke? Menarik ni. Saya pun mau ajak keluarga saya ke sanalah.
Nabilah
Betul. Pergilah Tini. Selain dapat melihat hidupan marin yang indah dan berwarnawarni awak
boleh dapat idea macam mana nak hasilkan diodrama untuk projek Bahasa Melayu kita.
Hartini Baiklah. Terima kasih Nabilah.
ASPEK TATABAHASA
SP: 5.3.3 Mengenal pasti dan menggunakan ayat tunggal susunan biasa dan susunan songsang, dan ayat
majmuk yang betul mengikut konteks.
AKTIVITI 2 - Kenal pasti ayat tunggal susunan biasa dan susunan songsang serta ayat majmuk.
Kemudian, gunakan ayat-ayat tersebut dalam perenggan mengikut konteks.
Ayat Tunggal Susunan Biasa
Bil. Subjek Predikat
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
263
1. Anda pernah menyaksikan diorama dasar laut?
2. AMUMS mempunyai pelbagai tarikan.
3. Pembinaan AMUMS ini untuk menginspirasikan pemuliharaan hidupan laut.
4. Ruangan atrium memaparkan diodrama menyelam di Taman Pulau Sipadan.
5. Bayaran masuk akan dikenakan.
6. Hasil kutipan bayaran adalah untuk pengurusan AMUMS.
masuk tersebut
Ayat Tunggal Susunan Songsang
1. Melalui lawatan ke AMUMS ini, pembelajaran mengenal hidupan marin menjadi lebih interaktif.
2. Di seksyen pameran akuarium, para pelawat dapat bertemu muka dengan pelbagai hidupan laut.
3. Di seksyen muzium pula, pelawat dapat menyaksikan spesimen hidupan marin yang telah diawet
secara lebih dekat.
Ayat Majmuk
Ayat Majmuk 1. Pemuliharaan ini dilakukan melalui pendidikan, penyelidikan,
Gabungan
inovasi, dan penerokaan.
2. Hal ini secara tidak langsung mampu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan
persekitaran marin dalam kehidupan manusia dan membenihkan rasa hormat serta
perasaan sayang kita kepadanya.
Ayat Majmuk 1. Jika anda berhasrat untuk menyaksikannya, silalah berkunjung ke Akuarium dan
Pancangan Muzium Marin Universiti Malaysia Sabah (AMUMS).
Ayat Majmuk 2. Panorama di kompleks AMUMS yang terletak di Kawasan pinggir laut sungguh
Campuran mengagumkan.
3. Digambarkan bahawa kompleks ini dimeriahkan oleh hidupan marin yang indah dan
berwarna-warni.
4.Ruangan ini menimbulkan sensasi visual seperti berada di bawah dasar laut yang kaya
dengan biodiversiti marin.
5.Bahan pendidikan seperti ini mampu membuka mata kita tentang perkaitan antara
semua benda hidup dengan alam marin yang kini amat perlu dilindungi.
1. Pembelajaran juga menjadi lebih menarik dan tiada nilai taranya, terutamanya apabila
kita berada dalam situasi persekitaran kehidupan marin yang sebenar.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
264
3. Di sini, mereka dapat menyaksikan sifat-sifat unik karang hidup, kima, timun laut, landak
laut, udang, penyu, rumput laut, dan hidupan lain yang begitu menghiburkan.
AMUMS mempunyai pelbagai tarikan. Melalui lawatan ke AMUMS ini, pembelajaran mengenal hidupan
marin menjadi lebih interaktif. Hal ini secara tidak langsung mampu meningkatkan kesedaran tentang
kepentingan persekitaran marin dalam kehidupan manusia dan membenihkan rasa hormat serta perasaan
sayang kita kepadanya. Bahan pendidikan seperti ini mampu membuka mata kita tentang perkaitan antara
semua benda hidup dengan alam marin yang kini amat perlu dilindungi. Pembelajaran juga menjadi lebih
menarik dan tiada nilai taranya, terutamanya apabila kita berada dalam situasi persekitaran kehidupan
marin yang sebenar.
AKTIVITI 3 - Cipta diorama bertemakan alam sekitar.
1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.
2. Setiap kumpulan dikehendaki mencipta diorama bertemakan alam sekitar.
3. Murid boleh melayari laman sesawang berikut untuk mendapatkan maklumat tentang diorama:
https://www.yayaazura.com/2021/07/diorama-alam-sekitar-psv-tahun-6.html
http://kiliknote.blogspot.com/2014/06/membentuk-dan-membuat-binaan-diorama.html
https://id.wikihow.com/Membuat-Diorama
4. Contoh diorama alam sekitar:
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
265
PULAU 11 GELARAN (HALAMAN 182 - 183)
KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.4.1 Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen dan bukan
fiksyen untuk meningkatkan penguasaan kosa kata dalam pelbagai bidang.
AKTIVITI 1 - Senaraikan kosa kata sukar dan cari maksud kosa kata tersebut. Kemudian, bina ayat dengan
menggunakan kosa kata tersebut.
Definisi kosa kata: Keseluruhan kata dalam sesuatu bahasa, perbendaharaan kata.
Maksud
Bil Kosa kata (Kamus Dewan Edisi Keempat)
1 dapatan - sesuatu yang didapati (diperoleh), perolehan.
- sesuatu yang didapati atau diketemui (kajian/penyelidikan)
penemuan.
2 rentetan - rangkaian , untaian
- deretan, runtunan, siri
3 penggemblengan - bunyi senapang dan lain-lain secara berturut-turut
- perihal (perbuatan,usaha) menggembleng
- perihal atau perbuatan mempersatukan
4 membuahkan kejayaan - mendatangkan / menghasilkan / menerbitkan kemenangan / hasil
5 keunikan - perihal unik, sifat unik
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
266
6 panorama - pemandangan yang luas terbentang dan tidak terhalang atau
7 perspektif
8 landskap terganggu.
- tinjauan yang menyeluruh atau komprehensif terhadap sesuatu
perkara.
- gambaran yang luas tentang suatu siri peristiwa yang sentiasa
berubah-ubah.
- cara pelukisan (penggambaran) sesuatu benda dan lain-lain pada
permukaan yang rata sebagaimana yang kelihatan dari sesuatu
tempat pada mata seseorang.
- pandangan (pentafsiran) yang wajar berkaitan dengan sesuatu
dengan memperkirakan bahagian-bahagiannya dalam hubungan
keseluruhannya.
- pemandangan alam sesuatu kawasan yang mengandungi unsur-unsur
seperti bukit bukau,sungai dan tumbuh-tumbuhan terutamanya
pemandangan pedesaan.
- catan, lukisan, dan sebagainya yang menggambarkan pemandangan
alam.
- seni taman yang memaparkan ciri-ciri pemandangan alam.
1. dapatan - Nazreen sedang membentangkan hasil dapatan perbincangan kumpulannya di hadapan
kelas dengan penuh bersemangat.
2. rentetan - Selepas selesai membaca novel Jendela Menghadap Jalan, terdapat pelbagai rentetan
peristiwa yang boleh dijadikan pengajaran.
3. penggemblengan - Kejayaan mendidik anak bangsa banyak bergantung pada penggemblengan
idea semua pihak dari peringkat akar umbi lagi.
4. membuahkan kejayaan - Jazli tidak menyangka berkat usahanya berbudi kepada tanah telah
membuahkan kejayaan sehingga mampu memiliki perniagaan sendiri.
5. keunikan - Budaya berniaga dalam kalangan wanita di Kelantan merupakan keunikan budaya yang
dimiliki oleh negara kita.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
267
6. panorama - Matanya merenung tajam panorama pergunungan yang indah dengan udara yang
bersih dan suhu yang sejuk.
7. perspektif - Rancangan Al-Kuliah membincangkan isu vaksin Covid-19 dari perspektif agama Islam.
8. landskap - Perdana Menteri mahu usaha mencantikkan landskap di sekeliling rumah, kampung, dan
bandar menjadi budaya dan minat masyarakat Malaysia sebagai negara taman yang indah.
AKTIVITI2 - Cipta risalah bagi satu georimba yang lain.
KEISTIMEWAAN TAMAN GEORIMBA MARMAR DAYANG BUNTING
1. Pulau Dayang Bunting terdiri daripada batu kapur Formasi Setul yang berusia “Ordovisi-Devo” iaitu 500
sehingga 400 juta tahun dan juga Formasi Chuping yang berusia “Perm” iaitu kira-kira 270 juta tahun.
2. Terdapat sebuah tasik air tawar di pulau ini yang berkeluasan 10 hektar dan terletak di bahagian Barat
Daya Pulau Dayang Bunting iaitu dari Formasi Chuping.
3. Bentuk tasik adalah membujur dengan ukuran panjang adalah 800 meter dan 350 meter lebar.
4. Tasik ini merupakan sebuah dolina iaitu runtuhan batu kapur yang dipisahkan dengan lautan oleh dinding
batu kapur yang berketebalan kurang daripada 10 meter sahaja.
5. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah membuat kajian batimetri pada 2001 menggunakan
kaedah “side scan sonar” dengan kedalaman yang diperoleh ialah 14 meter di bahagian dasar tasik.
6. Air tasik ini ialah air tawar dengan kandungan alkali yang tinggi.
7. Pelan pemuliharaan sistematik telah dilakukan di Pulau Dayang Bunting oleh LADA iaitu agensi yang
menguruskan hal ehwal pembangunan Langkawi.
8. Kajian saintifik berkaitan Langkawi Geopark turut dilakukan secara berkala dan penerbitan turut dibuat
oleh LESTARI dengan dibantu pelbagai agensi lain.
9. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan dan dibangunkan secara lestari untuk keselesaan
pengunjung yang berupa wakaf, tempat solat, bilik air, pelantar terapung,kedai cenderahati, laluan jalan
kaki yang selamat untuk mendaki ke tasik, laluan jalan kaki terapung di atas tasik dan jambatan,
kemudahan rekreasi untuk kayuhan basikal air dan juga kemudahan terapi percuma iaitu “natural spa”.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
268
10. Tasik Dayang Bunting ialah tempat yang harus dikunjungi sekiranya anda ingin lebih memahami Geoforest
Park.
(Sumber : Bahagian Geopark dan Konservasi, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) )
TEMA 14 - SIHAT DAN BERSIH PILIHANKU
IKRAR ANDA, HARAPAN MEREKA (HALAMAN 190 - 191)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.8.1 Merumus isu semasa dengan kritis dan bernas secara jelas menggunakan ayat yang betul dan
gramatis.
AKTIVITI 1 - Teliti dan jelaskan isu yang terkandung dalam bahan.
Bahan 1 - Fakta dan Prosedur Pendermaan Organ dan Tisu di Malaysia.
1. Setiap individu berpotensi untuk menjadi penderma organ dan tisu termasuklah pesakit yang mati otak.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
269
2. Sebelum menderma, individu berkenaan akan dirujuk ke Pusat Sumber Transplan Nasional untuk dibuat
penilaian sama ada individu tersebut sesuai untuk menjadi penderma atau tidak.
3. Sekiranya individu tersebut berpotensi, sesi kaunseling dengan ahli keluarga penderma akan dijalankan.
4. Keizinan secara bertulis diperlukan daripada keluarga.
5. Pendermaan organ dan tisu yang terdiri daripada kes bunuh diri, kemalangan dan kes bunuh, keizinan
daripada majistret dan polis perlu diperoleh.
6. Pasukan dari Hospital Kuala Lumpur, Hospital Selayang dan Institut Jantung Negara digerakkan ke lokasi
hospital melalui jalan udara atau darat.
7. Proses pembedahan untuk mendapatkan organ dan tisu daripada penderma dijalankan dengan penuh
hormat dan bertatasusila.
8. Akhir sekali, organ yang didermakan tersebut akan dipindahkan kepada penerima di pusat transplantasi.
Bahan 2 - Statistik Pendermaan Organ antara Tahun 2008 - 2015
1. Statistik pendermaan organ antara tahun 2008 – 2015 merangkumi Penderma Organ dan Pengikrar
Penderma Organ.
2. Sumber daripada Pusat Sumber Transplan Nasional Malaysia
menunjukkan berlaku peningkatan secara berterusan dari tahun 2008 – 2015.
3. Pada tahun 2008, jumlah penderma ialah 26 orang dan terus meningkat menjadi 71 orang pada tahun
2015
3. Pengikrar Penderma Organ pada tahun 2008 seramai 12,242 orang dan angkanya terus bertambah
menjadi 46,650 orang pada tahun 2015.
Bahan 3 - Isu Pendermaan Organ
1. Pendermaan organ tidak menjejaskan rupa dan tubuh mayat. Pengebumian boleh dijalankan seperti
biasa.
2. Proses pengambilan organ dan tisu untuk transplan hanya dilakukan dengan kebenaran bertulis
waris.
3. Agama Islam mengharuskan pendermaan organ dan tisu setelah seseorang meninggal dunia
manakala agama lain juga membenarkannya.
4. Penderma yang masih hidup hanya boleh mendermakan sebahagian daripada hatinya atau salah satu
buah pinggangnya.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
270
AKTIVITI 2 - Rumuskan isu tersebut dengan jelasnya, kritisnya, dan bernasnya menggunakan ayat yang
gramatis.
Rumusan membincangkan prosedur, statistik dan isu pendermaan organ di Malaysia.
Prosedur pendermaan organ bagi pesakit yang mati otak, dirujuk kepada Pusat Sumber Transplan
Nasional. Penilaian dibuat sama ada penderma sesuai untuk pendermaan organ dan tisu. Selain itu, sesi
kaunseling dengan ahli keluarga penderma dijalankan. Keizinan daripada majistret dan polis diperoleh bagi
kes pendermaan organ yang melibatkan kes kemalangan, bunuh diri dan kes bunuh. Statistik penderma
organ meningkat daripada 26 orang pada 2005 kepada 71 orang pada 2018. Manakala, statistik pengikrar
penderma organ juga meningkat menjadi 46 650 pada 2018. Pendermaan organ tidak akan mencacatkan
mayat. Selain itu, kerisauan waris membenarkan pengambilan organ dapat diatasi. Malahan pendermaan
organ merupakan tuntutan agama.
Kesimpulannya, isu pendermaan organ dan tisu harus disebarkan agar penerima organ dapat
menjalani hidup yang sempurna.
(120 patah perkataan)
AKTIVITI 3 - Hasilkan iklan untuk menyedarkan orang ramai tentang kepentingan pendermaan organ dan
tisu.
MITOS PERUBATAN (HALAMAN 192 -193)
KEMAHIRAN MEMBACA
SP : 2.3.5 Membaca dan mengulas pandangan penulis secara rasional.
AKTIVITI 1 - Baca teks dengan telitinya. Kemudian, ulas pandangan penulis.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
271
Ulasan : 1
Doktor memaklumkan kepada Hasnun bin Rizwan bahawa perubatan moden masih tidak dapat
membuktikan bahawa tabiat kerap mandi malam boleh menyebabkan paru-paru berair. Hal ini dikatakan
demikian kerana, paru-paru berair sebenarnya disebabkan oleh kegagalan jantung, jangkitan tuberkulosis,
atau masalah paru-paru.
Ulasan : 2
Doktor memaklumkan kepada saudara Ashokkumar a/l Perumal, bahawa tindakan mengambil air tulang
belakang adalah selamat kerana prosedur dilakukan oleh pegawai perubatan yang terlatih. Doktor juga
memaklumkan bahawa pengambilan air tulang belakang sangat penting untuk memberikan maklumat
tertentu tentang pesakit yang melibatkan penyakit saraf.
Ulasan : 3
Doktor menjelaskan kepada Puan Hajah Rashidah binti Baharom bahawa makanan tambahan tidak boleh
menggantikan ubat. Doktor juga menasihati Puan Hajah Rashidah supaya berhati-hati semasa membeli
produk makanan tambahan kerana kebanyakan makanan tambahan tidak diuji secara menyeluruh akan
keselamatannya.
Ulasan : 4
Doktor menjelaskan kepada Jaklin Juanis Konsoi bahawa parasetamol hanya kekal di dalam badan selama
beberapa jam sahaja dan diurai oleh hati, sebelum disingkirkan melalui air kencing. Oleh itu, kita tidak perlu
risau untuk mengambil parasetamol sebagai ubat untuk mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala, sakit
gigi, serta menurunkan suhu badan.
ASPEK TATABAHASA
SP: 5.3.3 Mengenal pasti dan menggunakan ayat tunggal susunan biasa, susunan songsang dan ayat
majmuk dengan betul mengikut konteks.
AKTIVITI 2 - Kenal pasti ayat tunggal susunan biasa, ayat tunggal susunan songsang dan ayat majmuk yang
terdapat dalam petikan
Jawapan rujuk buku teks halaman 241 dan 242
AKTIVITI 3 - Tulis soalan kepada pakar perubatan. Soalan tersebut mestilah mengandungi ayat tunggal
susunan biasa, ayat tunggal susunan songsang dan ayat majmuk
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
272
SOALAN 1
Doktor,
Saya wanita berumur 23 tahun dan mendapati rambut saya ada rambut keriting padahal rambut sebenar
saya lurus. Ada yang mengatakan rambut itu dipanggil rambut gatal. Boleh saya tahu apa punca dan cara
menyelesaikan masalah rambut tersebut?
SOALAN 2
Doktor,
Saya wanita berumur 26 tahun, saya kerap mengalami mata berpinar. Penglihatan saya akan terganggu dan
tidak selesa kemudian kepala saya akan sakit. Sangat risau saya akan hal ini.
SOALAN 3
Doktor,
Saya wanita 20-an. Saya mengalami masalah sukar mendapatkam tidur yang lena. Saya keletihan. Setiap
malam apabila bersendirian saya akan rasa sedih dan merasakan saya manusia tak berguna untuk sesiapa.
Saya perasan berat badan saya menurun. Saya tidak berminat melakukan lagi perkara yang dahulunya
sangat saya suka. Mood saya senang berubah. Kerap menjadi seorang yang pemarah walaupun hal kecil.
Apabila ada peluang saya lebih suka menyendiri. Saya pernah melarikan diri dan mencederakan diri saya
sendiri. Apa yang patut saya buat? Saya buntu. Setiap kali saya jadi begini saya akan fikir untuk bunuh diri
oleh sebab saya fikir orang sekeliling saya lebih bahagia tanpa saya. Saya perlukan penjelasan. Terima kasih
doktor.
SOALAN 4
Doktor,
Saya mengalami masalah kekurangan vitamin B akibat diet ekstrim yang saya amalkan. Namun, saya sudah
berhenti mengamalkan diet itu dan cuba mengamalkan pemakanan yang sihat. Saya juga mengambil
vitamin B kompleks dalam dos yang kecil dan minimum. Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk bebas
daripada kesan kekurangan vitamin B ini? Berapakah dos yang disyorkan bagi pesakit yang kekurangan
vitamin B ini?
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
273
AKTIVITI 4 - Dengan merujuk pelbagai bahan, jelaskan perbandingan antara perubatan alternatif dengan
perubatan moden.
Perubatan Alternatif Perubatan Moden
Rawatan dibuat di premis selain klinik dan Rawatan dilakukan di klinik atau hospital kerajaan
hospital. atau swasta.
Matlamat perubatan alternatif menyembuhkan Matlamat perubatan moden menyembuhkan
penyakit, mencegah daripada berlakunya penyakit, mencegah daripada berlakunya
penyakit, dan menambah baik tahap kesihatan penyakit, dan menambah baik tahap kesihatan
atau sekurang-kurangnya mengekalkan kesihatan atau sekurang-kurangnya mengekalkan kesihatan
yang sedia ada. yang sedia ada
Perubatan alternatif menganggap bahawa Perubatan moden menganggap bahawa penyakit
penyakit ialah akibat ketidakseimbangan antara disebabkan oleh agen seperti bakteria dan virus
diri dan persekitaran, yang kebanyakannya yang berasal dari luar tubuh, oleh kecederaan
disebabkan oleh gaya hidup. dan juga proses degenerasi.
Individu dirawat secara menyeluruh dan fungsi Penyakit biasanya dirawat melalui ubatubatan
badan dilihat sebagai suatu gabungan yang dan pembedahan.
harmonis dan seimbang antara jasad, akal dan
roh. Rawatan juga menekankan tanggungjawab
individu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
Kejayaan perubatan alternatif merawat pesakit Perubatan moden masih gagal merawat dengan
kronik sehingga sembuh sukar diterima dan sempurna beberapa jenis penyakit, khususnya
masih dianggap sebagai kebetulan kerana tidak penyakit-penyakit kronik. Perubatan moden
dapat dibuktikan secara saintifik. Selain itu, ubat- hanya berjaya merawat gejala penyakit, tetapi
ubatan yang digunakan juga diragui bukan punca penyakit.
keselamatannya.
VEKTOR PEMBAWA PENYAKIT (HALAMAN 194 - 195)
KEMAHIRAN MENULIS
SP: Menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan idea dalam pelbagai teks.
AKTIVITI 1 - Analisis perenggan teks di bawah ini, sama ada mempunyai kejituan idea atau tidak.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
274
Berikan alasan.
Aktiviti :
1. Guru dan pelajar berbincang tentang syarat kejituan idea dalam penulisan (Info Bestari ms 195) 2.
Murid secara berkumpulan diminta membincangkan kejituan idea pada satu perenggan yang dipilih (forum
ms 194). Pelajar diminta menggarisi idea utama bagi setiap perenggan.
3. Murid membetulkan dan menulis semula teks tersebut sekiranya idea perenggan tersebut tidak jitu.
4. Murid membandingkan jawapan mereka dengan jawapan kumpulan lain.
5. Murid dalam kumpulan membincangkan kerangka perenggan isi yang mempunyai idea yang jitu tentang
aspek kebersihan yang sering diabaikan oleh masyarakat. (pengukuhan)
AKTIVITI 2 - Bagi perenggan yang ideanya tidak jitu, betulkan dan tulis teks tersebut semula, Kemudian,
bandingkan jawapan anda dengan jawapan rakan anda.
Contoh Jawapan Aktiviti 2
Kesatuan perenggan:
- Menjurus satu idea sahaja iaitu tentang leptospirosis (pengenalan) -
Pengenalan / pendahuluan yang memadai kepanjangannya.
Tan Mei Jia Kepaduan:
- Maklumat teratur dan tidak melompat-lompat.
Perkembangan:
- Perkembangan lengkap dan memadai.
- Namun contoh cara penyebaran leptospirosis kurang lengkap, sepatutnya
terdapat vektor lain seperti anjing, babi dan lembu.
Kalaiwani Kesatuan perenggan:
- Menjurus satu idea iaitu tentang punca leptospirosis berlaku.
Kepaduan:
- Maklumat teratur dan tidak melompat-lompat.
- Bermula dengan idea utama iaitu punca, contoh haiwan , cara penyebaran
dan cara manusia dijangkiti.
Perkembangan:
- Perenggan yang lengkap dengan idea utama dan huraiannya.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
275
Haji Alias Kesatuan perenggan:
- Dua idea iaitu simptom dan kesan , tetapi masih berkaitan dan boleh
digabungkan perbincangannya.
Kepaduan:
- Ayat pertama dan kedua tentang cara rawatan secara umum. Sepatutnya
diletakkan pada akhir perenggan sebagai rumusan perenggan, atau buat
perenggan baru.
Perkembangan:
- Idea pokok dan huraian yang lengkap.
Contoh Jawapan Aktiviti 3 (pembetulan pada perenggan):
Tan Mei Jia Penyakit ini disebabkan oleh bakteria Leptospira yang disebarkan oleh tikus dan
haiwan lain seperti anjing, babi dan lembu melalui air atau tanah dan
menjangkiti manusia melalui kulit, mata, hidung atau makanan. (penambahan fakta)
Haji Alias Ayat pertama dan kedua letak pada akhir ayat sebagai rumusan perenggan.
AKTIVITI 3 - Huraikan aspek kebersihan yang sering diabaikan oleh masyarakat.
Contoh Jawapan Aktiviti 5 : Aspek kebersihan yang sering diabaikan oleh masyarakat dan
langkah mengatasinya. (pengukuhan) – fokus tentang kejituan idea
Ayat topik Kebersihan tandas dan bilik air di rumah
Mengapa Sikap mementingkan diri sendiri dan mengharapkan orang lain membersihkannya.
Bagaimana Setiap ahli keluarga mesti mempunyai kesedaran untuk memastikan tandas
Contoh sentiasa bersih.
- Bersihkan tandas sekurang-kurangnya menjirus air setelah digunakan.
- Membersihkan tandas dengan memberus lantai, dinding dan mangkuk
tandas dengan bahan pencuci antibakteria seminggu sekali.
- Secara individua atau gotong-royong / bergilir-gilir.
( peribahasa bagai aur dengan tebing)
Kesan Tandas menjadi bersih, berbau harum , selesa digunakan dan tiada jangkitan
kuman
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
276
Rumusan Ahli keluarga berperanan penting bagi memastikan kebersihan tandas dan bilik air
di rumah.
Aspek kebersihan lain:
1. Kebersihan diri sendiri
2. Kebersihan kawasan luar rumah
3. Kebersihan dapur rumah
4. Kebersihan penyediaan makanan
5. Kebersihan kawasan taman rekreasi / permainan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
277
DEBU-DEBU DI UDARA (HALAMAN 196 - 197)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.5.1 Mengenal pasti jenis, kesesuaian soalan dan kesesuaian masa untuk mengemukakan soalan
terhadap individu atau kelompok secara bertatasusila.
AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, bina dan senaraikan soalan yang sesuai dari segi jenis dan situasi.
Kemudian, jalankan sesi soal jawab.
Contoh sesi soal jawab situasi 1
Cuaca yang kering dan berdebu menyebabkan Fariz menghidapi demam, batuk dan selesema. Fariz telah
pergi ke pusat kesihatan untuk menerima rawatan. Semasa menunggu untuk mengambil ubat, seorang mak
cik telah mendekati Fariz dan menanyakan beberapa soalan.
Mak cik Assalamulaikum nak. Boleh mak cik tahu nama anak ni?
Fariz Waalaikumussalam. Nama saya Fariz. (menjawab sambil terbatuk-batuk)
Mak cik Mak cik lihat Fariz kurang sihat. Bagaimanakah keadaan kesihatan Faris sebenarnya?
Fariz Ya, mak cik. Saya bukan sahaja batuk dan selesema, tetapi saya juga demam.
Mak cik
Cuaca sekarang panas, kering dan berdebu. Adakah keadaan cuaca yang menyebabkan Fariz
Faiz berasa kurang sihat?
Mak cik
Benar, mak cik. Cuaca sekarang kering dan berdebu. Saya alah dengan debu.
Fariz, minumlah air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari untuk mengekalkan hidrasi badan.
Selain dapat mengelakkan kekeringan pada hidung dan tekak, Faris juga hendaklah menjauhi
tempat yang sesak dengan orang ramai terutama mereka yang batuk dan bersin.
Faiz Baiklah. Terima kasih atas nasihat mak cik.
Contoh sesi soal jawab situasi 2
Rumah Syafiqah banyak habuk kerana masih dalam proses pengubahsuaian. Oleh sebab Syafiqah
menghidap penyakit asma, dia alah terhadap habuk. Dia mengalami sesak nafas dan batuk-batuk. Oleh itu,
dia tidak hadir ke sekolah selama dua hari. Rakan-rakan telah datang menziarahinya.
Rakan 1 Bagaimanakah keadaan awak pada hari ini Syafiqah?
Syafiqah
Penyakit asma saya semakin sembuh. Bagaimanapun, doktor meminta saya untuk
berehat di rumah sehingga esok.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
278
Rakan 2 Boleh saya tahu, apakah yang menyebabkan awak mendapat penyakit asma?
Syafiqah
Rumah saya dalam proses pengubahsuaian. Habuk dan debu berterbangan di
Rakan 3
seluruh penjuru rumah saya. Saya alah terhadap habuk dan debu.
Syafiqah
Selain berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan, apakah tindakan lain Shafiqah
menjaga diri daripada terkena penyakit asma lagi?
Tindakan pertama yang saya lakukan ialah saya tinggal bersama dengan nenek saya di
rumahnya ini sehinggalah proses pengubahsuaian rumah saya siap. Selain itu, saya juga
mengamalkan terapi pernafasan yang saya peroleh maklumat ini melalui aplikasi
Youtube. Terapi ini apabila dilakukan secara rutin, dikatakan dapat membantu
meningkatkan fungsi paru-paru untuk menampung dan menyerap oksigen, serta turut
mencegah penyakit asma datang menyerang.
Rakan-rakan Semoga awak cepat sembuh, Syafiqah.
Syafiqah Terima kasih.
ASPEK SENI BAHASA
SP: 4.4.2 Mempersembahkan syair dan pantun dengan nada dan intonasi yang sesuai melalui pelbagai
media secara kreatif.
AKTIVITI 2 - Persembahkan pantun dengan nada dan intonasi yang sesuai melalui pelbagai media secara
kreatif.
1. Murid mempersembahkan pantun Bahaya Habuk secara kreatif melalui pelbagai media seperti Tik Tok,
video, rakaman audio, dan sebagainya.
AKTIVITI 3 - Bagaimanakah cara anda membasmi habuk di rumah? Buktikan cara tersebut berkesan.
1. Kerap membersihkan rumah agar habuk tidak melekat pada dinding dan peralatan rumah.
2. Gunakan peralatan moden di pasaran seperti alat pembersih udara dan pengion udara agar udara di
dalam rumah menjadi lebih bersih.
3. Menggilap perabot menggunakan cecair khas secara berkala.
MARAH, JANGAN ENGKAU MARAH (HALAMAN 198 - 199)
KEMAHIRAN MENULIS
SP: 3.5.2 Mengolah maklumat daripada pelbagai bahan dalam bentuk grafik yang sesuai dan menarik.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
279
AKTIVITI 1 - Baca teks dan senaraikan maklumat yang terkandung dalam teks tersebut.
Murid membaca teks dan menyenaraikan maklumat menggunakan Borang CHATT:
a. Faktor-faktor berasa marah Faktor dalaman
i. Faktor luaran yang merangkumi lingkungan sosial dan alam sekitar. ii.
yang berkaitan dengan sikap.
b. Kesan-kesan berasa marah Bertindak agresif
i. Kadar denyutan jantung dan tekanan darah meningkat.
ii. Tahap hormon tenaga, adrenalina dan noradrenalina bertambah. iii.
terhadap orang yang dimarahi. iv. Perhubungan silaturahim terjejas.
v. Menghasilkan ketegangan fizikal serta psikologi seseorang. vi.
Cenderung untuk mengeluarkan kata-kata kesat.
c. Cara-cara mengurus kemarahan
i. Kembali ke posisi normal.
ii. Mendiamkan diri.
iii. Bertenang.
iv. Mengambil masa untuk memberikan maklum balas.
v. Membasuh muka atau mandi.
vi. Mengambil masa yang secukupnya sebelum menjawab sebarang respons.
vii. Berjumpa dengan kaunselor.
AKTIVITI 2- Olah maklumat tersebut dalam bentuk grafik yang sesuai dan menarik.
Murid boleh menggunakan aplikasi Canva yang berikut:
i. Infografik
ii. ‘Comic Strip’
iii. ‘Animated Social Media’
iv. ‘Graphic Organizer’ v. Video
vi. ‘Presentations’
AKTIVITI 3 - Cadangkan cara lain untuk menenangkan diri dan kongsikannya dengan rakan.
1. Murid boleh melaksanakan aktiviti ini menggunakan bahan grafik dalam Aktiviti 2.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
280
2. Cadangan cara lain untuk menenangkan diri :
i. Mendengar muzik kegemaran
ii. Menyanyikan lagu kegemaran
iii. Menjerit sekuat hati
iv. Melakukan solat sunat
v. Beristighfar vi. Minum minuman sejuk
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
281
PEMULIHAN - WAJAH DAMBAAN HATI (HALAMAN 200)
Analisis kejituan idea teks di bawah ini dan betulkannya.
Aktiviti:
1. Murid membaca petikan Cara Menjaga Kebersihan Kulit (muka surat 200) dan guru bersoal jawab
dengan murid untuk mencungkil pengetahuan sedia ada murid tentang topik yang akan dibincangkan.
2. Murid diarahkan membentuk 4 kumpulan dan setiap kumpulan diarahkan membuat analisis teks
dengan menggunakan teknik bacaan ACID.
3. Murid menganalisis kejituan idea yang terdapat dalam petikan dan menyusun idea dengan lebih
tepat dan terarah.
4. Murid akan menyusun fakta sebenar dalam bentuk teks rumusan dan mempersembahkan maklumat
berdasarkan bahan bacaan yang betul serta membuat keputusan yang bernas.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
282
Contoh kejituan teks yang telah disusun mengikut keutamaan idea
Perenggan 2 (Idea tentang keperluan mandi untuk kesihatan kulit)
Remaja hendaklah selalu mandi untuk menjaga kebersihan kulit. Tambahan pula remaja mudah
berpeluh. Sabun tidak memudaratkan kulit tetapi jika digunakan berlebihan boleh menyebabkan kulit
menjadi kering. Bagi yang berkulit sensitif, elakkan menggunakan sabun yang mempunyai wangian dan
pewarna kerana boleh menyebabkan radang kulit. Kulit juga mudah menjadi kering jika kita kerap mandi
menggunakan air panas. Pakaian bersih perlu disalin mengikut keperluan sekurang-kurangnya sekali atau
dua kali sehari untuk menjaga kebersihan kulit.
Perenggan 3 (Menjurus kepada kepentingan pelembap untuk kesihatan kulit)
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
283
Pelembap juga membantu mengekalkan kelembapan kulit. Minyak bayi boleh digunakan untuk
disapu pada kulit yang kering. Remaja yang kulitnya berminyak pula tidak perlu menggunakan sebarang
pelembap. Untuk menjaga muka berminyak, bahan penyegar perlu digunakan untuk menutup liang roma.
Penggunaannya boleh menyebabkan kulit kurang berminyak. Di sekitar kelopak mata pula, bahan pelembap
perlu disapu untuk mengurangkan keradangan kulit mata yang sensitif dan nipis.
Perenggan 4 (Urutan idea yang betul)
Kulit berjerawat ialah masalah yang dihadapi oleh kebanyakan remaja. Jerawat ialah liang roma
tersumbat dan dijangkiti kuman. Hal ini dikatakan demikian kerana, solekan berminyak boleh merangsang
pembiakan bakteria pada muka serta membuatkan liang roma tersumbat. Justeru, remaja yang menghadapi
masalah jerawat perlu memilih produk penjagaan kulit yang bebas minyak. Oleh itu, jangan sesekali memicit
jerawat kerana boleh menyebabkan jangkitan kuman dan meninggalkan parut.
PENGAYAAN - CEGAH SEBELUM PARAH (HALAMAN 201)
AKTIVITI 1 : Baca kenyataan akhbar di bawah dengan telitinya. Kemudian, olah maklumat yang terkandung
dalam kenyataan akhbar tersebut dalam bentuk grafik.
Jenis-jenis Penyakit, Gejala dan Kesan Akibat Gigitan Nyamuk Aedes
Penyakit Sebaran Gejala/Simptom Penyakit Kesan Penyakit
Nyamuk Aedes
Denggi - demam panas a) Demam denggi biasa
- pening b) Demam denggi berdarah.
- sakit di belakang bebola mata - boleh membawa maut
- sakit otot dan sendi - mudah lebam
- loya dan muntah - pendarahan di bawah kulit,
- ruam hidung dan gusi
Cikungunya - pening - pendarahan pada seluruh
badan
- sakit sendi berterusan selama
- demam beberapa bulan atau tahun.
- keletihan - boleh membawa maut
- loya dan muntah
- sakit otot dan sendi
- ruam
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
284
Zika - sakit di belakang bebola mata - gejala jangkitan zika berlaku
- muntah secara sederhana atau
- cirit-birit kritikal
- sakit pada bahagian perut - gejala hilang sendiri tanpa
sebarang rawatan
Demam Denggi, Zika dan Chikungunya di Malaysia
AKTIVITI 2 - Ulas isu dan jelaskan langkah pencegahannya.
Isu Berbangkit
1. Kematian akibat penyakit bawaan nyamuk semakin meningkat setiap tahun.
2. Kesedaran masyarakat tentang kesan buruk penyakit bawaan nyamuk masih rendah.
Langkah-langkah Pencegahan Penyakit Bawaan Nyamuk
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
285
1. Melakukan gotong-royong di peringkat taman perumahan dan peringkat kebangsaan melalui Kempen
Perangi Aedes.
2. Melakukan semburan fogging pada waktu petang untuk membunuh nyamuk Aedes dewasa yang
membawa virus penyakit.
3. Memastikan bekas-bekas makanan yang boleh menakung air untuk pembiakan nyamuk Aedes ditanam
atau dibakar.
4. Kerajaan mengenakan denda terhadap pemilik kediaman yang didapati mempunyai tempat pembiakan
nyamuk Aedes.
5. Gunakan serbuk Abate dalam tangki air atau bekas tadahan air untuk mengelakkan nyamuk membiak di
takungan air.
6. Tutup pintu dan tingkap sekerap mungkin terutamanya pada waktu senja dan subuh atau pasang jaring
penghalang serangga untuk mengelakkan nyamuk Aedes masuk ke dalam rumah.
7. Elakkan diri daripada berada di luar rumah pada waktu senja dan subuh kerana pada waktu itu nyamuk
Aedes keluar mencari mangsa.
8. Gunakan semburan serangga pembunuh nyamuk atau ubat lingkaran nyamuk elektrik di dalam rumah.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
286
TEMA 15 - ANGIN PERUBAHAN MEMBADAI
BAHASA ALAM (HALAMAN 204 - 205)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.8.2 Mengulas karya dengan menyatakan kekuatan dan kelemahan secara jelas, bernas dan kritis
menggunakan ayat yang betul dan gramatis.
AKTIVITI 1 - Hayati karya. Kemudian, ulas kekuatan dan kelemahan karya secara jelas, bernas dan kritis
menggunakan ayat yang betul dan gramatis.
KEKUATAN KARYA
1. Dari sudut tema Fungsi atau kepentingan tumbuh-tumbuhan/daun
- Kumpulan tumbuhan membentuk susunan yang
seimbang, kelihatan cantik jika terselit bunga-bungaan pada
pokok tersebut.
- Menyegarkan mata, menenangkan fikiran yang berserabut
- Menjadi penahan ketika ribut atau taufan
- Penawar bagi pelbagai penyakit
- Mengekalkan udara segar
- Mereput menjadi baja
2. Mesej Mesej yang jelas iaitu:
1. Mengajak pembaca menghargai alam sekitar khususnya tumbuh-
tumbuhan.
2. Memberi kesedaran kepada pembaca tentang kepentingan dan
fungsi tumbuh-tumbuhan terhadap alam dan kehidupan.
3. Menjadikan daun sebagai satu teladan, nampak seperti tiada apa-
apa tetapi jika diperhalusi banyak faedah/manfaatnya.
4. Biarlah kita menjadi seperti daun yang memberikan manfaat
kepada orang lain tanpa disedari.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
287
3. Gaya bahasa 1. Mesej mudah difahami kerana pemilihan diksi dan penyusunan
kata-kata indah menggunakan perkataan yang mudah tetapi
membawa pengertian yang mendalam. Contoh : formasi yang
harmonis - susunan yang seimbang, pawana - angin, perungkai
nyeri - penawar sakit
4. Penulis 2. Unsur pengulangan
1. Bentuk/Ciri-ciri - Anafora
Contoh:
Tumbuh
Tumbuh
Hijau
Hijau
- Pengulangan baris ayat
Contoh: Aku ingin menjadi seperti daun (diulang pada setiap
rangkap)
3. Penggunaan istilah sains
Contoh: fotosintesis, klorofil, stoma bertepatan dengan tajuk
“daun”
1. Bijak mengaplikasi alam sekitar dalam menghasilkan karya
memandangkan isu alam sekitar satu isu yang penting dan perlu
diberikan perhatian.
2. Boleh memberikan idea kepada mereka yang baharu mula hendak
menulis - mengambil benda daripada persekitaran dengan melihat
ciri-cirinya.
KELEMAHAN KARYA
1. Sajak ini agak panjang untuk dijadikan bahan pembelajaran murid.
2. Bagi murid yang lemah, mereka masih bermasalah untuk
memahami maksud sajak ini dan masih perlu bimbingan daripada
guru.
AKTIVITI 2 - Cari maklumat yang berkaitan dengan sains dan teknologi. Kemudian cipta sajak.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
288
Maklumat tentang sains dan teknologi
Sumber: https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2020/12/769610/manfaat-sains-teknologiinovasi-
makmurkan-negara
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
289
CONTOH SAJAK
Teknologi dan Kemodenan
Teknologi,
Dikau bergerak seiring dengan kemajuan globalisasi
Kewujudanmu mewujudkan sentimen modenisasi
Penggunaanmu mendatangkan perubahan
Peralihan ke arah kemodenan sejagat
Teknologi,
Dikaulah cabang ilmu kepada pencarinya
Penggunaanmu turut dikaitkan dengan sains
Kemajuan ilmu sains menjadi mudah dengan teknologi
Sains dan teknologi menjadi lambang kemajuan minda bangsa
Teknologi,
Dikau perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya
Kealpaan menggunakanmu mendatangkan kesan kepada
pembangunan bangsa
Kelekaan mempraktikkanmu mewujudkan kemusnahan negara
Sema ada engkau membangun atau memusnahkan bergantung
kepada niat engkau digunakan.
Era Kemajuan TELEGRAM GURU BMSPM
Era ini
Sains dan teknologi menuju kemajuan
Pelbagai kaedah dicipta untuk manusia Untuk
kemudahan dan kemakmuran
Manusia diberi akal dan nyawa
Supaya dapat mencipta
Supaya dapat mengubah
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4
290
Kehidupan yang lebih sempurna
Sains dan IT
Melengkapi zaman
Ada buruk ada baiknya
Harus diingati harus diawasi
Demi generasi yang bakal memegang dunia
FUTURIS (HALAMAN 206 - 207)
KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.4.1 Membaca dan menghayati pelbagai bahan fiksyen dan bukan
fiksyen untuk meningkatkan penguasaan kosa kata dalam pelbagai bidang.
AKTIVITI 1 - Berdasarkan kedua-dua bahan, baca dan senaraikan kosa kata yang sukar ditemukan.
Kemudian, cari maksud kosa kata tersebut.
Kosa kata bidang sastera dan teknologi Maksud
Bil Kosa kata sukar
1 menopang menyangga, menahan, menongkat
2 tertancap terpacak
3 kerlingan pandangan mata melirik, lirikan
4 terkedu terkesima, tercengang, termangu-mangu
5 menjegilkan membeliakkan mata
6 lamunan fikiran yang bukan-bukan, angan-angan
7 pemegang taruh pemegang amanah
8 teknologi hijau pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem
untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi dan
meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif
daripada aktiviti manusia.
9 tenaga solar teknologi untuk mendapatkan tenaga berguna daripada
cahaya matahari
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
291
10 mengecas mengalirkan arus elektrik ke dalam bateri yang lemah
untuk disimpan supaya bateri lebih kuat dan tahan lebih
11 glamor lama
12 Internet benda (IoT)
daya tarikan yang menakjubkan
(IoT - Internet of Things)
jaringan benda fizikal yang dilengkapi sensor atau
penggerak, perisian dan teknologi lain yang bertujuan
untuk menyambungkan dan bertukar data dengan peranti
lain atau sistem melalui Internet.
13 prototaip model pertama yang dibina bagi menghasilkan sesuatu
yang dapat dijadikan asas bagi menghasilkan model yang
lebih baik
14 hentaman hasil (kesan, perbuatan dsb) melanggar dengan kuat
ASPEK SENI BAHASA
SP: 4.4.3 Mempersembahkan cerpen secara langsung dengan kreatif dan menarik.
AKTIVITI 2- Persembahkan cerpen secara kreatif dan menarik.
1. Murid berbincang untuk mempersembahkan cerpen Pencipta Teknologi
dalam bentuk infografik yang menarik, rakaman video, persembahan multimedia dan sebagainya.
2. Murid mempersembahkan hasil tugasan kepada kelas.
AKTIVITI 3 - Cipta cerpen yang bertemakan futuristik.
CERPEN
Cerpen ialah cerita berdasarkan fakta dicampur dengan imaginasi. Hal ini bermaksud, cerpen ialah satu
gabungan yang tidak seimbang antara pengalaman (realiti/benar berlaku) dengan rekaan (imaginasi)
pengarang. Panjangnya cerpen adalah antara 5,000 hingga 20,000 patah perkataan.
Makna dari segi istilah, cerpen itu ialah cerita pendek.
Apa yang mesti ada dalam karya sastera seperti cerpen?
➢ Intelek iaitu ada sesuatu pemikiran yang tinggi dalam cerpen tersebut. Maknanya dalam karya tersebut
ada mesej yang mahu disampaikan kepada pembaca supaya boleh direnung dan difikir oleh pembaca
untuk dijadikan panduan, mendapatkan pengetahuan dan pengalaman.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
292
➢ Pancaran emosi dalam cerpen tersebut sama ada gembira, sedih, sinis. Maknanya cerpen tersebut
memilih persoalan dan stail/gaya bahasa yang boleh dihayati dengan baik oleh pembacanya dan dapat
menimbulkan suatu fikiran khusus serta memberikan kesan pengajaran dan hiburan.
➢ Peristiwa/persoalan dalam cerpen tersebut dituliskan dengan mata hati dan mata fikir iaitu dengan
imaginasi yang mengandungi unsur-unsur pemikiran bukan angan-angan. Ada matlamat dalam penulisan
cerpen ini dan biasanya hal-hal yang positif.
➢ Sesebuah cerpen ada teknik persembahannya iaitu cara olahannya, susunan peristiwanya dan diksi-diksi
yang dipilihnya.
Sumber: http://lamanweb.dbp.gov.my/index.php/pages/view/111
Cerita futuristik bercerita tentang masa depan. Cerpen ini ditulis pada masa ini, tetapi ceritanya
mengisahkan perihal masa depan. Cerita fantasi seperti ini biasanya, penulis ingin mengetahui apa-apa
yang terjadi pada masa depan dan mengangan-angankannya.
1. Murid boleh membaca contoh cerpen bertemakan futuristik di laman sesawang yang berikut:
http://farhayusalim.blogspot.com/2013/12/cerpen-bertemakan-futuristik.html
http://sitishas.blogspot.com/2013/12/cerpen-tema-futuristik-misi-pulang-ke.html
http://hilmiunderage.blogspot.com/2013/12/cerpen-futuristik.html
2. Murid mencipta cerpen bertemakan futuristik secara kreatif dan menarik.
3. Sinopsis cerpen bertemakan futuristik. Cerpen Annyss Sophillea terdapat dalam antologi Anak Laut dan
cerpen Hipertensi dalam antologi Sejadah Rindu.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
293
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
294
HARGA TEKNOLOGI (HALAMAN 208 - 209)
KEMAHIRAN MENULIS
SP: 3.6.1 Menganalisis kesalahan bahasa dan kejituan idea dalam pelbagai teks.
AKTIVITI 1 - Kenal pasti kesalahan bahasa dalam bahan. Kemudian, betulkan kesalahan tersebut.
Bahan : Antara Kepentingan dengan Ancaman
BIL SALAH BETUL
1 Ini kerana Hal ini dikatakan demikian kerana
2 pada masa kini pada masa ini / kini
3 diperolehi diperoleh
4 di kalangan dalam kalangan
5 sudut jarak
Bahan 1 : Kegunaan Ketenteraan dan Keselamatan
BIL SALAH BETUL
1 pengawasan pengawas
2 penandaan penanda
3 adalah ialah
4 di mana dron yang
5 merakamkan merakam
6 mangsa musuh
7 setengah sesetengah
8 Malaysia juga, Malaysia,
9 diperkenal diperkenalkan
10 yang berkaitan dengan di bawah
Bahan 2 : Props Penggambaran Filem
BIL SALAH BETUL
1 sudut tinggi jarak jauh
2 dari daripada
3 prop-prop prop
4 sebuah sesebuah
Bahan 3 : Servis Penghantaran Barang
BIL SALAH BETUL
1 Di antara Antara
2 menggunakan dengan menggunakan
3 adalah ialah
4 pengguna beli dibeli oleh pengguna
5 yang dengan
6 pengguna-pengguna pengguna
Petikan Berita 1 : PDRM Bakal Guna Teknologi Dron
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
295
BIL SALAH BETUL
1 hujung tahun ini pada hujung tahun ini
2 perlaksanaan pelaksanaan
3 anggota-anggotanya anggotanya
4 digunakan antara lain untuk digunakan untuk
5 contohnya seperti contohnya / seperti
6 awam aman
7 sekitar di sekitar
Petikan Berita 2 : UPM Perkenal Teknologi Pantau Tanaman Guna Dron
BIL SALAH BETUL
1 memperkenal memperkenalkan
2 berpenghasilan keberhasilan
3 menggunakan dengan menggunakan
4 pantauan pemantauan
5 200 petani 200 orang petani
6 di dalam dalam
7 kepada pada
Petikan Berita 3 : Guna Dron Cari Aedes
BIL SALAH BETUL
1 usaha perangi usaha untuk memerangi
2 nyamuk-nyamuk nyamuk
3 ia dron
4 adalah ialah
5 tinggi berisiko
AKTIVITI 2 - Analisis bahan untuk menentukan kejituan idea bahan tersebut.
Menentukan kejituan idea dalam bahan
Kesatuan perenggan:
- Menjurus kepada satu idea sahaja iaitu pengenalan tentang dron.
- Pengenalan/ pendahuluan yang memadai kepanjangannya.
Antara Kepaduan:
Kepentingan dan - Maklumat teratur dan tidak melompat-lompat.
Ancaman
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
296
Perkembangan: memadai sebagai perenggan
- Perkembangan lengkapdan
pengenalan / pendahuluan.
Kegunaan Kesatuan perenggan:
Ketenteraan dan - Menjurus kepada satu idea iaitu tentang kegunaan dron dalam aspek
ketenteraan dan keselamatan.
Keselamatan
Kepaduan:
- Maklumat teratur dan tidak melompat-lompat.
- Bermula dengan idea utama iaitu sejarah penggunaan dron, perkembangan
dron, masalah yang timbul dan cara mengatasi masalah.
Perkembangan:
- Perenggan yang kurang sempurna kerana idea utama tentang kegunaan
dron dalam aspek keselamatan ketenteraan tidak dihuraikan.
Kesatuan perenggan:
- Menjurus kepada satu idea iaitu kegunaan dron sebagai props
penggambaran filem.
Props Kepaduan:
Penggambaran - Ayat kedua tentang kepentingan dron sebagai props penggambaran
filem sepatutnya diletakkan sebagai ayat judul.
Filem - Ayat pertama dijadikan ayat huraian isi.
Servis Perkembangan:
Penghantaran - Idea pokok dan huraian yang lengkap.
Barang Kesatuan perenggan:
- Menjurus kepada satu idea iaitu kegunaan dron dalam servis penghantaran
PDRM barang.
Bakal Guna
Teknologi Dron Kepaduan:
- Urutan idea yang teratur dan tidak melompat-lompat.
Perkembangan:
- Idea pokok dan huraian yang lengkap.
Kesatuan perenggan:
- Menjurus kepada satu idea tentang hasrat PDRM untuk
menggunakan teknologi dron.
Kepaduan:
- Maklumat teratur dan tidak melompat-lompat.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
297
Guna Dron Cari Perkembangan:
Aedes - Idea pokok dan huraian yang lengkap.
Kesatuan perenggan:
- Menjurus kepada satu idea tentang kegunaan dron untuk mencari aedes.
Kepaduan:
- Ayat ketiga tentang kegunaan dron untuk mencari
aedes sepatutnya diletakkan sebagai ayat judul.
- Ayat pertama dan kedua ialah ayat huraian.
Perkembangan:
- Idea pokok dan huraian yang lengkap.
UPM Kesatuan perenggan:
Perkenal - Menjurus kepada satu idea tentang kegunaan dron sebagai teknologi
Teknologi Pantau pemantauan tanaman di UPM.
Tanaman Guna
Kepaduan:
Dron - Ayat ketiga sepatutnya diletakkan pada akhir penggan sebagai rumusan
perenggan , atau buat perenggan baru.
Perkembangan:
- Idea pokok dan huraian yang lengkap.
AKTIVITI 3 - Terokai maklumat tentang dron daripada pelbagai bahan dan analisis kejituan idea dalam bahan
tersebut.
1. Murid menerokai maklumat tentang dron daripada pelbagai bahan di laman sesawang.
2. Petikan bahan daripada akhbar https://www.utusan.com.my/gaya/2020/10/dron-ganti-
tenagakerja-manusia/
3. Analisis kejituan idea dalam petikan di bawah.
Dron ganti tenaga kerja manusia
BERDEPAN Revolusi Perindustrian (IR4.0), sektor pertanian juga perlu bergerak seiring dengan penggunaan
teknologi dalam bidang tersebut.
Salah satunya adalah penggunaan dron atau pesawat tanpa pemandu (UAV) dalam industri penanaman
padi bagi menggantikan kaedah penyemburan racun serangga secara manual. Kaedah yang semakin
popular itu bukan sahaja mampu mengurangkan kebergantungan tenaga kerja malah membantu petani
menjimatkan kos dan masa.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
298
Namun, tidak semua termasuk dalam kalangan anak muda yang mahir dengan penggunaan teknologi itu
yang memerlukan teknik yang betul mengendalikan dron khususnya dalam bidang pertanian.
Menyedari keperluan itu, Kolej Komuniti Arau dengan kerjasama Woegar AG (M) Sdn. Bhd. mengadakan
kursus pengendalian dron bagi Agriculture Pilot Drone (APD) selama empat hari pada 11 hingga 14
September lalu.
Seramai 23 peserta terdiri daripada pelajar kolej tersebut menyertai kursus yang memberi pendedahan
kepada mereka mengenai kaedah mengendalikan dron, pemasangan, penggunaan Sistem Penentu
Kedudukan Global (GPS) dan cara menerbangkan dron.
Pengarah Urusan Woegar, Mohd. Shazwan Suban berkata, sepanjang tempoh kursus tersebut, peserta
menunjukkan komitmen yang cukup tinggi untuk belajar teknologi berkenaan.
Malah katanya, dalam masa singkat sahaja, rata-rata peserta juga sudah boleh mengendalikan dron
termasuk daripada segi pemasangan dan penggunaan GPS.
Kata Mohd. Shazwan, pihaknya memberi pendedahan dari semua aspek bermula dengan pengenalan
mengenai teknologi dron dalam pertanian, cara pemasangan sehinggalah kerja-kerja menerbangkan dron.
“Melihat kepada kesungguhan peserta, mendorong kita menganjurkan kursus seperti ini dalam skala yang
lebih besar lagi selepas ini iaitu mengumpul pelajar daripada kolej komuniti seluruh negara menyertainya.
“Penggunaan dron khususnya dalam bidang pertanian pada masa ini dilihat penting bagi menyediakan
peluang pekerjaan kepada anak-anak muda yang berminat dalam sektor pekerjaan berasaskan teknologi,”
katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
299
Sementara itu, Mohd. Shazwan berkata, pihaknya menyediakan perkhidmatan 30 buah dron, lengkap
dengan tenaga pengajar bagi membantu petani atau sesiapa sahaja belajar mengendalikan peranti
tersebut.
“Seperti semua sedia maklum IR4.0 bakal memberi kesan kepada sektor pertanian. Selaras dengan itu,
pihak Woegar mengambil inisiatif untuk bergerak seiring dengan perkembangan revolusi tersebut dengan
menyediakan perkhidmatan dron untuk pertanian.
“Selain perkhidmatan dron untuk tujuan penyemburan racun serangga ini, kita juga membantu mereka
belajar menguasai penggunaannya.
“Sudah tiba masanya teknologi ini (dron) diperluaskan dalam sektor pertanian kerana ia bukan sahaja lebih
berkesan untuk tanaman malah menjimatkan masa dan kos. Setiap musim, kita memerlukan enam kali atau
lebih proses menyembur racun ini,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Kolej Komuniti Arau, Surizan Romli berkata, kursus tersebut
membantu memberi pendedahan kepada pelajar menguasai teknologi tersebut.
“Diharap pelajar dapat memanfaatkan ilmu yang diperoleh sepanjang kursus tersebut,” katanya.
Dalam pada itu, Kolej Komuniti Arau turut mengadakan kerjasama strategik bersama Woegar dan Ikhwan
Afifi Resources Agro Sdn. Bhd. bagi meningkatkan kebolehpasaran pelajar kolej berkenaan.
Selain itu, enam peserta yang menyertai kursus tersebut turut telah ditawarkan pekerjaan dengan Woegar
sebagai pemandu atau pilot dron.
Kelebihan dron
» Mengurangkan penggunaan tenaga kerja, menjimatkan masa serta penggunaan input pertanian dalam
jangka masa panjang.
» Sebagai contoh, penggunaan dron untuk menyembur racun bagi keluasan satu hektar kawasan tanaman
padi hanya memerlukan masa sekitar 20 minit berbanding kaedah manual iaitu lebih sejam bagi keluasan
sama.
» Bagi keluasan satu hektar kos penggunaan dron adalah antara RM60 hingga RM70 berbanding membayar
upah tenaga kerja iaitu RM120 bagi keluasan sama dan memerlukan masa yang lebih lama.
Bahan Tambahan:
https://www.jupem.gov.my/jupem18a/assets/uploads/images/contents/20200302103558-b22ca-2.potensi-
penggunaan-drone-di-malaysua-dari-perspektif-aktiviti-geospatial-dan-pengawasan-jupem-
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM