100
Bahan 3
TUGASAN 1 : PENDAHULUAN JENIS SEJARAH
Contoh 1
Industri pelancongan bukanlah industri yang asing di Malaysia. Bermula dengan penubuhan Jabatan
Pelancongan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri pada 1959, sumbangan sektor pelancongan
di negara ini terus diiktiraf dengan tertubuhnya Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan pada 1987. Hal
ini sejajar dengan perkembangan pesat sektor ini dan negara menjadi tumpuan pelancong dari seluruh
dunia. Kepelbagaian muka bumi, tempattempat bersejarah dan keunikan budaya masyarakat majmuk di
Malaysia menjadi antara tarikan utama para pelancong. Pengiktirafan beberapa tempat di Malaysia oleh
Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UNESSCO) sebagai
Tapak Warisan Dunia seperti Taman Negara Gunung Mulu dan Taman Negara Kinabalu (2000), Bandar raya
Bersejarah George Town dan Melaka (2008) serta Tapak Warisan Arkeologi Lembah Lenggong (2012) telah
menyemarakkan perkembangan sektor ini. Namun amat menyedihkan kerana kebanyakan rakyat Malaysia
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
101
sejak dahulu memilih untuk melancong ke luar negara tanpa menyedari bahawa terdapat pelbagai
kepentingan melancong dalam negara Hal ini sewajarnya dikupas sehingga ke akar umbi supaya kita dapat
mencari jalan untuk mencelikkan mata seluruh rakyat Malaysia agar menyokong sektor pelancongan
negara.
Contoh 2
Taman Negara Mulu merupakan satu daripada tapak warisan dunia. Taman Negara ini mempunyai
tiga buah gunung iaitu Gunung Mulu, Gunung Api dan Gunung Benarat. Gunung Mulu merupakan gunung
batu pasir setinggi kira-kira 2,377 meter dan mempunyai sejarah yang berusia lebih daripada 1.5 juta tahun
lamanya. Taman Negara ini juga mempunyai rangkaian gua terpanjang di dunia dengan empat buah gua
utama iaitu Gua Rusa, Gua Lang, Gua Jernih Dan Gua Angin. Kunjungan ke sini pastinya memukau setiap
pelawat yang datang kerana taman ini bukan sahaja sesuai untuk mereka yang inginkan ketenangan tetapi
juga amat sesuai bagi mereka yang menginginkan kegiatan lasak.
TUGASAN 2 : PENDAHULUAN JENIS PERIBAHASA
Contoh 1
Peribahasa `jauh perjalanan, luas pengalaman’ yang bermaksud semakin banyak kita merantau,
maka semakin banyaklah perkara yang dapat kita pelajari amat sinonim dikaitkan dengan aktiviti
pelancongan. Melancong ke tempat orang pasti akan membuka minda dan mencelikkan mata kita
tentang kepelbagaian budaya masyarakat sesuatu tempat. Lazimnya ramai dalam kalangan rakyat Malaysia
memilih untuk melancong ke luar negara dengan alasan ingin menikmati kelainan iklim , suasana , dan cara
hidup masyarakat di sana, malah ada yang memandang sebelah mata terhadap tempat-tempat
pelancongan di dalam negara. Stigma bahawa melancong di dalam negara hanya untuk masyarakat kelas
kedua menyebabkan mereka tidak menyedari hakikat pesanan orang tua-tua bahawa hujan emas di
negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri adalah benar. Oleh itu, sikap
kurang prihatin tentang kepentingan menyokong aktiviti pelancongan dalam negara ini perlu diubah demi
kemajuan sektor ini.
Contoh 2
Peribahasa jauh perjalanan, luas pengalaman membawa maksud jika kita banyak merantau
banyaklah perkara yang dapat dilihat. Kita juga dapat menimba pengalaman baharu di tempat-tempat yang
kita kunjungi tidak kiralah tempat itu jauh atau dekat, tentunya memberi sesuatu yang berharga kepada
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
102
kita. Kita juga akan menghargai cenderamata yang dihadiahkan kepada kita sebagai kenang-kenangan.
Setiap orang mempunyai tempat idaman tersendiri untuk dilawati dan dikunjungi. Ada yang suka akan
bandar-bandar besar, ada yang suka akan perkampungan kecil dan tidak kurang juga yang suka akan
keindahan alam. Satu daripada tempat yang amat sesuai bagi mereka yang mendambakan ketenangan jiwa
dan lari daripada kesibukan kota ialah taman negara.
TUGASAN 3 : PENDAHULUAN JENIS SUASANA
Contoh 1
Mataku tertancap menikmati pemandangan hutan dara tropika yang malar hijau. Subhan , aku
takjub dengan ciptaan Ilahi. Udara segar dari rimba kusedut dalam-dalam. Sungguh kata orang rendah
gunung, tinggi harapan, impianku yang membuak-buak untuk menjelajahi Taman Negara Gunung Mulu
yang diisytiharkan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia pada tahun 2000 bakal menjadi kenyataan hari
ini. Taklimat yang diberi oleh Encik Rafiq pemandu pelancong kami dan Encik Maulid , renjer yang akan
bertanggungjawab menjaga dan menemani kami sepanjang di sini kudengar dengan teliti demi
keselamatan. Sebenarnya banyak pilihan tempat menarik di negara ini sewaktu aku dan teman-teman
membuat carian di Internet, namun kami sepakat memilih Taman Negara Gunung Mulu. Keluasannya yang
hampir 53 ribu hektar dengan 3500 spesies tumbuhan vaskular sangat menarik bagi pencinta alam seperti
kami. Apatah lagi, kami dikhabarkan bahawa rangkaian Gua Rusa, Gua Lang , Gua Jernih dan Gua Angin yang
bakal kami jelajahi merupakan rangkaian gua terpanjang di dunia dan Kamar Sarawak iaitu ruang bawah
tanah terbesar di dunia ditemukan di sini. Aku pasti kami tidak tersalah memilih destinasi penjelajahan ini !
Contoh 2
Sebut sahaja Gunung Mulu, sudah terbayang akan keindahan, kehijauan dan ketenangan yang bakal
dinikmati apabila menjejakkan kaki ke tapak warisan dunia ini. Kedinginan hutan dan suara penghuni rimba
sahut-menyahut seolah-olah menyambut riang kunjungan kita. Kita juga akan terpukau oleh jutaan kelawar
dan burung layang-layang gua yang berterbangan menuju ke hutan pada waktu senja. Sungguh memukau
dan mendamaikan setiap mata yang melihatnya. Gunung Mulu membangkitkan lagi keterujaan pengunjung
kerana terdapatnya ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh buah kapal
terbang Boeing 747 yang dikenali sebagai ‘Sarawak Chamber’, The Pinnacles yang merupakan contoh
luluhawa batu kapur tropika terbaik di dunia dan Gua Rusa yang mempunyai terowong terbesar di dunia.
ASPEK TATABAHASA
SP: 5.2.2 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata kerja dengan betul mengikut konteks.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
103
AKTIVITI 2: Kenal pasti kata kerja transitif yang terdapat dalam bahan. Kemudian, bina ayat dengan
menggunakan kata kerja tersebut mengikut konteks.
Nota Kata Kerja Transitif
1. Murid mendengar dan mencatat penerangan guru tentang Kata Kerja Transitif.
2. Murid secara individu diminta meneliti ketiga-tiga bahan [ Bahan 1 Petikan , Bahan 2 Infografik, Bahan
3 Infografik ]
3. Murid secara berpasangan diminta mengenal pasti kata kerja transitif dalam petikan dan membina
ayat sendiri.
Kata Kerja Transitif yang terdapat dalam bahan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
104
a) Mencipta - Syarifuddin Azman telah berjaya mencipta nama selepas muncul juara saingan CEV Moto
3 Remaja Dunia di Litar Catalunya, Sepanyol kelmarin.
b) Menghiasi - Lampu berwarna-warni yang menghiasi rumah Pak Abu telah menerangi halaman
sekitarnya.
c) Merupakan - Uzair Zayyan merupakan pemain bola speak junior dari Perlis yang berjaya diterima
masuk ke Akademi Bola Speak Cruzeiro Brazil-British International School Phuket bermula Ogos ini.
d) Mempunyai - “Saya ingin mempunyai rumah dan kereta sendiri apabila dewasa nanti”, kata adik
dengan penuh yakin.
e) Melarikan - Sekumpulan perompak telah melarikan wang tunai dari sebuah bank terkemuka di
bandar itu.
f) Mendambakan - Sesetengah orang mendambakan kehidupan yang mewah dan sanjungan daripada
masyarakat.
g) Menginginkan - “Sudah pasti saya menginginkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan
SPM nanti”, jelas Kamarul kepada bapanya.
h) Menyokong - Semua guru menyokong penuh cadangan pengetua untuk mengadakan ziarah cakna
ke rumah pelajar yang tidak hadir kelas PDPR.
i) Mengenal - Beberapa orang remaja yang nakal itu menyepak dan memijak kucing-kucing kelaparan
tanpa mengenal belas kasihan.
j) Menakjubkan - Kehebatan Laksamana Melaka menikam dan membunuh Kertala Sari di sebuah pasar
sangat menakjubkan Ratu Melaka.
k) Merentasi - Pasukan pendaki itu terpaksa merentasi onak dan duri setelah beberapa hari tersesat
di dalam hutan.
l) Dicipta - Sajak `Guru Oh Guru dicipta oleh Usman Awang.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
105
m) Diisytiharkan - Bandar raya George Town diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia pada tahun
2008.
n) Dikenali - Dia sangat dikenali dalam kalangan penduduk kerana keramahan dan budi bahasanya
yang baik.
o) Diperkaya - Selain kandungan fruktosa dan glukosa yang tinggi , jus buah durian Belanda diperkaya
dengan vitamin C serta serat.
p) Dihiasi - Jalan-jalan di bandar itu sangat cantik pada waktu malam kerana dihiasi lampu neon yang
berwarna-warni.
q) Ditemukan - Dompet saya telah ditemukan oleh ibu di celah-celah buku di rak itu.
**Nota :
1. perkataan merupakan dalam petikan berfungsi sebagai kata pemeri yang boleh berganti dengan
kata pemeri `ialah’
2. perkataan menakjubkan dalam frasa `Menginginkan pemandangan yang menakjubkan’ berfungsi
sebagai kata adjektif bukan kata kerja transitif kerana boleh digandingkan dengan kata penguat [ cth:
sangat menakjubkan]
AKTIVITI 3 - Terokai tempat pelancongan yang menawarkan aktiviti yang unik dan luar biasa.
Kemudian, persembahkannya dalam bentuk kreatif.
Pendahuluan Jenis Sejarah
Mengimbau kembali sejarah Perang Dunia Kedua, sudah pasti membangkitkan pelbagai peristiwa pahit
yang pernah menimpa sebahagian penduduk dunia terutama di negara yang dijajah dan terkesan dengan
kemusnahan akibat perang. Menurut pengasas Muzium Perang Johari Shafie, kawasan muzium yang
terletak di lereng bukit di Batu Maung adalah bekas kubu pertahanan tentera British ketika menakluki
Tanah Melayu. Kubu ini dibina pada tahun 1930 dan siap sepenuhnya sembilan tahun kemudian dengan
menggunakan tenaga banduan yang akan dihukum mati dari negara-negara jajahan takluk British. Selain
menjadi lokasi yang paling seram di Asia, muzium perang ini juga mejadi tempat pelancongan paling
berilmiah khususnya kepada generasi muda dalam memahami dan menghayati sejarah negara.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
106
Muzium Perang, Pulau Pinang
Pintu Masuk ke Muzium Perang Kuarter Pegawai Pangkat Tinggi
Terowong Bawah Tanah Tempat Tahanan Diseksa oleh Tentera Jepun
Perenggan Jenis Suasana
Alangkah seronoknya apabila kita mendapat pengalaman baharu yang belum pernah kita rasai dan nikmati
sebelum ini. Pengalaman bergayut dan merentasi hutan hijau yang tebal, pengalaman ditembak dengan
lastik gergasi, meniti di atas jambatan gantung yang tinggi dan sayup mata memandang, menjadi kenangan
manis yang tidak dapat dilupakan. Kita akan mendapat pengalaman yang berbeza di setiap tempat yang kita
kunjungi atau lawati. Setiap orang mempunyai cita rasa yang tidak sama dan tempat yang menjadi pilihan
juga berlainan. Ada yang mendambakan ketenangan di pulau-pulau yang cantik, ada yang ingin menghuni
bilik-bilik mewah di hotel terkemuka, dan tidak kurang juga yang meminati tempat-tempat pelancongan
yang menawarkan aktiviti lasak dan ekstrem. Kini, semakin banyak tempat pelancongan yang memberikan
kelainan kepada pengunjung untuk merasai sendiri detik-detik cemas dan mendebarkan melalui aktiviti
yang disediakan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
107
UMGAWA Zipline Eco Adventure, Langkawi
Skytrex Adventure Shah Alam
Pendahuluan Jenis Peribahasa
Peribahasa Melayu tak kenal maka tak cinta, selalunya dikaitkan dengan sesuatu perkara yang kita belum
tahu mengenainya. Apabila kita mengetahui, barulah kita menyukainya. Begitu jugalah dengan peribahasa
jauh perjalanan luas pandangan yang membawa maksud banyak merantau, banyaklah pengalaman. Sesuatu
perkara yang kita alami itulah yang akan memberikan pengalaman kepada kita kerana datangnya
pengalaman bukan daripada mengetahui tetapi mengalami dan merasainya sendiri. Bagi mereka yang
mencari kelainan dan mahu mencabar diri, tempat-tempat pelancongan yang menawarkan aktiviti yang
unik dan luar biasa tentunya menjadi pilihan utama seperti Umgawa Zipline di Langkawi, Pantai Cermin atau
Sky Mirror di Selangor, Skytrex Adventure Shah Alam, Perkampungan Budaya Mah Meri di Pulau Carey dan
banyak lagi.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
108
Sky Mirror, Selangor Skytrex Adventure Shah Alam
Perkampungan Budaya Mah Meri, Pulau Carey, Selangor
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
109
PELANCONG HIJAU (HALAMAN 78 - 79)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.4.2 Menyampaikan pendapat tentang sesuatu perkara melalui ceramah, syarahan dan forum dengan
yakin secara bertatasusila
AKTIVITI 1 - Berdasarkan maklumat dalam bahan, sampaikan pendapat anda dengan yakinnya secara
bertatasusila dalam bentuk syarahan.
Cadangan Jawapan
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha Tuan Pengetua, barisan guru penolong kanan, guru
kanan mata pelajaran, guru-guru cemerlang, guru-guru, rakan-rakan dan hadirin sekalian. Assalamualaikum
dan selamat sejahtera. Pada pagi ini, saya akan menyampaikan syarahan bertajuk “Pelancong Hijau”.
Hadirin yang dihormati,
Sektor pelancongan merupakan sektor penting dalam memajukan sesebuah negara. Kini,
pelancongan hijau yang menyebarkan mesej melestarikan alam sekitar semakin mendapat tempat di
seluruh dunia. Pelancongan yang berkonsepkan ‘Hijau’ memberi peluang kepada pelancong tempatan dan
luar negara menerokai landskap semula jadi sesebuah negara untuk menikmati udara bersih , melihat
kepelbagaian hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan. Sebagai pelancong, kita memiliki tanggungjawab dalam
penjagaan alam sekitar apabila sedang bercuti atau melancong sama ada di Malaysia atau di luar negara.
Para pelancong yang mementingkan soal penjagaan alam sekitar digelar sebagai green tourist atau
‘pelancong hijau’ dalam istilah pelancongan.
Oleh itu, marilah sama-sama kita telusuri ciri-ciri pelancong hijau.
Hadirin dan hadirat sekalian,
Para pelancong memerlukan tempat penginapan untuk berehat dan tidur semasa perjalanan
mereka. Oleh itu, ciri pertama pelancong hijau ialah mereka akan memilih penginapan yang berkonsepkan
hotel hijau sebagai destinasi penginapan. Hal ini demikian kerana mereka mengambil berat tentang isu alam
semula jadi dan menghargai alam semula jadi yang secara tidak langsung telah mendorong mereka untuk
memilih penginapan berkonsep hijau. Oleh itu, mereka akan berasa lebih selesa menginap di hotel atau
tempat penginapan yang mesra alam dengan mengadaptasi pelbagai program penghijauan dan
melaksanakan usaha yang menyokong pemeliharaan alam sekitar di samping memberikan perkhidamtan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
110
yang berkualiti. Sebagai contoh, mereka akan mencari maklumat dan latar belakang lokasi tempat
penginapan sebelum membuat keputusan sama ada sesuai untuk mereka. Reka bentuk , cara beroperasi
dan penyelenggaraan yang berkonsepkan hijau mampu memberikan keselesaan kepada para tetamu untuk
merehatkan minda dan menikmati cuti bersama-sama insan tersayang. Jelaslah, pelancong hijau pasti
memilih tempat penginapan yang berkonsepkan “hijau” semasa bercuti.
Pelancong hijau juga menitikberatkan kebersihan dan keindahan alam sekitar . Mereka sentiasa
menghormati tempat-tempat yang dilawati dengan tidak melakukan sebarang pencemaran alam. Mereka
tidak membuang dan membakar sampah merata-rata. Mereka akan mengurangkan penghasilan sampah
dengan cara membawa atau membeli peralatan mesra alam seperti botol air terpakai, beg beli-belah dan
penyedut minuman. Malah mereka akan mengambil tahu, menyokong dan menyertai kegiatan setempat
yang berkaitan dengan pelestarian alam sekitar, contohnya gotong-royong atau aktiviti yang dianjurkan oleh
Trash Hero. Pelancong hijau tidak merosakkan atau tidak membuat vandalisme sesuka hati di tempat yang
dikunjungi seperti menconteng, merosakkan habitat flora dan fauna. Mereka sentiasa menjaga
perhubungan baik dengan masyarakat atau komuniti setempat dengan tidak membuat sebarang kekecohan
dan kekacauan.
Hadirin yang dihormati,
Pada zaman ini, kenderaan bermotor ialah keperluan utama semasa aktiviti melancong. Oleh itu,
pencemaran udara juga merupakan salah satu cabaran sektor pelancongan pada masa depan. Pembakaran
bahan api fosil daripada kenderaan bermotor menghasilkan gas karbon monoksida, karbon dioksida serta
hidrokarbon yang telah menyumbang kepada pencemaran udara. Oleh itu, pelancong hijau akan memilih
untuk berjalan kaki, menggunakan basikal atau pengangkutan awam sepanjang percutian agar dapat
mengurangkan masalah pencemaran alam sekitar. Tambahan pula, mereka suka berjalan kaki semasa
melancong kerana mereka berpeluang menikmati suasana perjalanan dengan lebih dekat dan mesra, di
samping berjalan kaki juga ternyata membuatkan pelancong lebih sihat dan segar semasa percutian
mereka. Perkhidmatan sewaan basikal di sekitar hotel dan tempat-tempat pelancongan juga memudahkan
pelancong hijau untuk melawat sesuatu tempat.
Hadirin yang dihormati,
Ada banyak lagi ciri-ciri pelancong hijau. Namun, disebabkan masa mencemburi kita, hanya setakat
ini sahaja syarahan daripada saya, Saya berharap agar syarahan ini dapat membuka mata pelbagai pihak
tentang tanggungjawab kita dalam mengambil berat tentang alam semula jadi dan menghargai alam semula
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
111
jadi semasa kita melakukan aktiviti melancong demi memastikan kelestarian alam semula jadi. Akhir kata,
marilah sama-sama mengamalkan amalan go green dengan kaedah 3R iaitu ‘reduce, reuse, recycle’
dalam sektor pelancongan. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih, segala perubahan bermula daripada diri
sendiri!
Sekian, terima kasih.
AKTIVITI 2 - Cari maklumat tambahan tentang pertubuhan yang
menyokong gerakan ekopelancongan.
(Cadangan : Aktiviti kumpulan – cari maklumat dan membentangkan hasil)
Cadangan Jawapan
1. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)
Sejarah
• Asalnya, jabatan ini bernama Jabatan Mergastua.
• Pada 5 April 1972 namanya telah ditukar kepada nama sekarang, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar
dan Taman Negara.
Visi
Menerajui konservasi hidupan liar untuk kesejahteraan rakyat.
Misi
Komited dalam konservasi hidupan liar dan habitatnya untuk generasi akan datang.
Kejayaan Yang Dicapai
• Pada tahun 1955, Ordinan Perlindungan Hidupan Liar dan Burung diluluskan oleh Majlis
Perundangan Persekutuan Tanah Melayu.
• Pada 4.5.1972, Akta Perlindungan Hidupan Liar No. 76 telah diwartakan. Semenjak itu nama
"Jabatan Mergastua" telah ditukarkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
atau ringkasnya PERHILITAN. Melalui akta itu, perlindungan terhadap hidupan liar di negara ini telah
menempuh satu lagi era baru di mana Hidupan liar mula diberi perhatian yang sewajarnya.
(Sumber : Lawan Web Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara )
2. Persatuan Pencinta Alam Malaysia
Sejarah Pertubuhan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
112
Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Inggeris: Malaysian Nature Society; MNS) adalah satu badan bukan
kerajaan yang tidak berasaskan keuntungan bagi pencinta alam sekitar di Malaysia. Persatuan ini telah
ditubuhkan sebagai Persatuan Pencinta Alam Malaya (Malayan Nature Society) pada tahun 1940. MNS
merupakan sebuah badan dan persatuan alam sekitar yang dipercayai tertua di Malaysia, Asia dan salah
satu tertua di dunia. MNS berpusat di Bukit Persekutuan di Kuala Lumpur.
MNS aktif dalam mengetengahkan isu-isu berkaitan alam sekitar khususnya di Malaysia. Dalam masa yang
sama, badan ini menguruskan beberapa pusat kajian alam sekitar yang terkenal di
Malaysia seperti Taman Alam Kuala Selangor, Pusat Pendidikan Persekitaran MNS-BOH dan rancangan-
rancangan pembelajaran di Rimba Ilmu di Universiti Malaya dan di Institut Penyelidikan Perhutanan
Malaysia (FRIM).
Kejayaan Yang Dicapai
Badan alam sekitar ini telah berjaya memujuk pihak berkuasa untuk mewujudkan Taman Negara Endau-
Rompin. Usaha untuk menggazetkan kawasan tersebut tercetus apabila MNS melakukan satu ekspedisi
saintifik ke Endau dan Rompin pada tahun 1985 dan 1986.
(Sumber : Wikipedia)
3. Pertubuhan Sahabat Alam Sekitar Malaysia (SAS) -
ditubuhkan pada tahun 2011.
Visi
- Membantu usaha kerajaan membina minda dan penghayatan setiap warganegara Malaysia dan semua
manusia memainkan peranan proaktif bagi memastikan muka bumi tempat tinggal semua habitat.
Misi
- Mencurahkan khidmat bakti dan pendidikan kepada orang ramai untuk pemuliharaan dan keselamatan
alam sekitar dengan semangat kecintaan dan kewajipan yang kental.
Matlamat & Fungsi
1. Menubuhkan muzium mini alam sekitar di setiap negeri untuk menghimpun dan mempamerkan bahan-
bahan yang mesra alam yang melibatkan penyelidikan, pembangunan serta perkembangan Teknologi
Hijau.
2. Melancarkan majalah iklan (ECOBIZ) .
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
113
3. RAKAN KORPORAT (Partnership) akan diberikan kepada syarikat-syarikat yang memberikan sumbangan
dana kepada SAS. SAS akan memberi sokongan, bantuan dan kerjasama dengan syarikat yang menjadi
rakan koporat (Partnership) dalam aktiviti yang melibatkan alam sekitar.
4. ‘My Squad SAS’ atau sukarelawan ditubuhkan untuk semua peringkat iaitu golongan kanakkanak, pelajar,
remaja, orang dewasa dan juga warga emas serta warganegara asing yang
difikirkan layak bagi melaksanakan aktiviti murni dan secara sukarela.
5. Mempromosi Penggunaan Produk Biodegradable bahan mudah urai boleh mengantikan penggunaan
plastik dan Polypropylene (PP) yang merupakan barangan yang tidak boleh dilupuskan dan mencemarkan
sumber alam sekitar pihak.
6. Bekerjasama dengan badan-badan korporat, badan-badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam
negara dan luar negara yang mempunyai projek kemasyarakatan dan tanggungjawab sosial korporat atau
yang prihatin terhadap alam sekitar.
7. Menjalankan program di luar negara yang melibatkan negara Asia dan negara Komanwel dalam misi ‘Save
Environment’.
8. Menggalakkan penggunaan tenaga solar sebagai usaha penjimatan dalam penggunan kadar penjimatan
elektrik secara tidak langsung dapat mengelakkan gas rumah hijau yang menghasilkan bahan api fosil.
(Sumber : Wikipedia)
4. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
- Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) adalah antara institusi yang terkemuka dalam
penyelidikan perhutanan tropika di dunia.
- Ditubuhkan pada 1929, FRIM yang dahulunya dikenali sebagai Institut Penyelidikan Perhutanan menjadi
sebuah badan berkanun sepenuhnya dengan ditadbir oleh Lembaga Penyelidikan dan Pembangunan
Perhutanan Malaysia (MFRDB) di bawah Kementerian Perusahaan Utama pada 1985.
- Institut ini terletak di kawasan seluas 545 hektar bersebelahan dengan Hutan Simpan Bukit Lagong di
Kepong.
Fungsi
- Merancang dan melaksanakan penyelidikan bagi pembangunan sektor perhutanan dan pemuliharaan
sumber hutan.
- Memperoleh dan menyebarkan maklumat hasil penyelidikan bagi meningkatkan pengurusan hutan dan
penggunaan hasil hutan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
114
- Mengadakan hubungan kerjasama penyelidikan dan pembangunan perhutanan dengan badan-badan
dalam dan luar Malaysia.
Kejayaan Yang Dicapai
- FRIM yang diterajui oleh Dr Khali Aziz Hamzah sebagai Ketua Pengarah semenjak 2020 telah
dianugerahkan pensijilan MS ISO 9001:2008 mulai 2010. Pada 2017, pensijilan MS ISO 9001:2008 FRIM
telah berjaya dinaik taraf kepada MS ISO 9001:2015. FRIM telah diwartakan sebagai Tapak Warisan
Semula Jadi Negara pada 10 Februari 2009 di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005, dan diisytiharkan
sebagai Warisan Kebangsaan di bawah akta yang sama pada 10 Mei 2012. Kini, FRIM sedang menuju ke
arah pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Pencalonan FRIM telah diterima semasa
persidangan Jawatankuasa Warisan Dunia (World Heritage Committee) ke-41 di Krakow, Poland pada 7
Julai 2017.
(Sumber : https://www.frim.gov.my/ms)
POS KUALA MU (HALAMAN 80 - 81)
KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklumat tersurat dan tersirat dengan betul daripada
pelbagai bahan primer.
AKTIVITI 1 - Baca, kenal pasti, dan jelaskan maklumat tersurat dan tersirat daripada bahan.
Nyatakan maklumat yang tersurat dan tersirat di Calet Kampung Gapeh, Calet Dusun Kuala Mu, dan Calet
Kampung Bersah seperti dalam petikan.
Bil Maklumat Tersurat Maklumat Tersirat
1 Mempunyai unit calet, tandas, ruangan Suasana rumah desa yang lengkap
barbeku, wakaf, balai adat, peralatan memasak dan kondusif.
dan tapak perkhemahan.
2 Aktiviti yang ditawarkan ialah lawatan ke taman Aktiviti riadah dan reakreasi yang menarik dan
herba/lokasi bunga pakma balai kraft tangan, menyegarkan.
memancing, menjelajah/ merentas/ mendadaki
gunung/hutan/air terjun, dan menyaksikan
aktiviti kebudayaan oleh penduduk tempatan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
115
3 Kemudahan yang disediakan seperti pakej Menu yang lazat dan berbeza, memudahkan
makan tengah hari, minum petang, dan makan pengunjung.
malam menu kampung.
4 Lokasi calet di dalam dusun/ di Merasai suasana kampung yang aman damai dan
kawasan perkampungan/ jauh dari hiruk-pikuk kota.
berhampiran dengan jalan utama.
AKTIVITI 2 - Laksanakan kajian lapangan untuk mengenal pasti kegiatan pelancongan yang menarik di
tempat anda. Kemudian, cadangkan usaha-usaha untuk mempromosikannya.
Cadangan Aktiviti:
Secara berkumpulan buat kajian lapangan untuk mengenal pasti kegiatan pelancongan yang terdapat di
petempatan anda. Semua dapatan hendaklah dilaporkan di dalam borang yang telah disediakan.
Contoh Jawapan dan Borang Kajian Lapangan
BORANG KAJIAN LAPANGAN
Senarai Ahli Kumpulan :
1. Khairul Hafizi
2. Ammer Hanif
3. Amirah Shahidah
4. Nurul Aqilah Hanani
Laporan Kajian
Nama Tempat: Desa Tanjung Gelam, Kuala Perlis, Perlis
Tarikh : 23.07.2021
Senarai Aktiviti Yang Menarik Untuk Pelancongan :
1. Memancing di sawah padi
2. Berbasikal sepanjang jalan ke pantai/ di kawasan batas sawah
3. Jualan pelbagai makanan laut dan makanan tempatan
4. Melihat matahari terbenam
5. Kembara desa / kehidupan malam di desa
Cadangan Usaha Mempromosikannya:
1. Promosi melalui laman sosial
2. Menyediakan pamplet/ risalah/ brosur/ papan tanda
3. Iklan melalui radio
4. Menggunakan khidmat ketua kampung/ kariah surau
5. Kelab pelancongan sekolah / pelancongan koperasi
PEMULIHAN - KOMIK PERIBAHASA (HALAMAN 82)
Lengkapkan peribahasa yang sesuai berdasarkan konteks dalam komik.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
116
1. Lain padang lain belalang, lain dahulu lain sekarang
2. Tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata
3. Kera mendapat bunga
4. Bapa borek, anak rintik
5. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya
PENGUKUHAN - SAMBIL MENYELAM MINUM AIR (HALAMAN 83)
Berdasarkan bahan, bina perenggan pendahuluan yang telah anda pelajari.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
117
Pelancongan pendidikan merupakan satu daripada cabang industri pelancongan yang kian popular di
Malaysia. Konsep melancong sambil belajar ini sesuai bagi mereka yang mendambakan pengalaman baharu
sambil menimba ilmu. eDU-PARK , Universiti Putra Malaysia merupakan tapak pelancongan pendidikan yang
menepati tema “Bermain, Belajar, dan Bertenaga”. Konsep pembelajaran yang kondusif berserta panduan
oleh pakar yang berpengalaman dan terlatih menjadi ciri utama destinasi pelancongan pendidikan ini. Tapak
pelancongan ini mempunyai landskap hijau dan ladang yang luas saujana mata memandang. Tapak ini
menempatkan taman, ladang dan muzium amat sesuai sebagai sumber maklumat. eDU-PARK menyediakan
pengalaman pembelajaran untuk semua peringkat usia yang memberikan peluang kepada pelancong
mempelajari proses menjalankan penyelidikan. Oleh hal yang demikian, marilah kita menerokai
keistimewaan eDU-PARK sebagai destinasi pelancongan pendidikan yang popular.
PENGAYAAN - MASA UNTUK BERLIBUR (HALAMAN 84)
Berdasarkan bahan, sampaikan syarahan dengan yakinnya dan bertatasusila.
Faedah Melancong
Yang Mulia Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang bijaksana, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Selamat
sejahtera saya ucapkan. Tajuk syarahan saya pada kali ini ialah “Faedah Melancong”.
Hadirin sekalian,
Melancong ialah melawat negeri atau negara yang jauh dari tempat tinggal diri sama ada bertujuan
untuk berehat, menenangkan minda dan merekan tekanan. Ada yang melancong secara individu dan ada
juga yang melancong bersama-sama keluarga atau rakan. Sudah pasti aktiviti seperti ini dapat mengeratkan
silaturahim antara satu sama lain. Dasawarsa ini, aktiviti melancong sudah menjadi semakin popular di
seantero dunia. Namun begitu, masih ramai yang menganggap melancong hanyalah sesuatu yang
membuang masa dan wang semata-mata untuk berseronok. Mereka tidak sedar akan faedah yang pelbagai
dalam aktiviti pelancongan. Pelancongan ibarat serampang dua mata kerana bukan sahaja menghiburkan
malah mempunyai pelbagai manfaat yang banyak membantu dan mematangkan individu.
Antara faedah melancong ialah menambahkan ilmu pengetahuan. Seseorang yang melancong dapat
belajar daripada pengalaman dan pemerhatian. Secara tidak langsung, aktiviti melancong dapat meluaskan
horizon pemikiran bak peribahasa jauh berjalan luas pandangan. Hal ini dapat dibuktikan oleh seseorang
yang bakal mempelajari sejarah yang wujud di sebalik bangunan dan tapak menarik di wilayah luar. Sebagai
contoh, Kota A-Famosa di Melaka yang didirikan oleh Belanda semasa zaman penjajahan mereka. Di luar
negara pula, terdapat bangunan seperti Tembok Berlin; sebuah tembok untuk memisahkan Jerman barat
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
118
dan Jerman timur semasa Perang Dunia Kedua. Pengalaman yang diperoleh secara terus ini akan kekal
dalam memori mereka. Kesimpulannya, ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui aktiviti melancong
Selain itu, pelancong juga boleh mengetahui budaya dan adat manusia dari seluruh dunia dengan
cara memerhati kegiatan serta marhaen negara luar. Contohnya, pelawat ke Jepun akan melihat budaya
Jepun yang mementingkan kesopanan dan menepati masa. Dengan ilmu pengetahuan yang luas mengenai
sejarah dan budaya, seseorang itu akan menjadi lebih matang dan berfikiran terbuka kerana terdedah
dengan sesuatu yang asing daripada kehidupan biasanya.
Bak kata yang terkenal, timbalah ilmu sehingga ke negara China.
Hadirin sekalian,
Seterusnya, aktiviti pelancongan menambahkan pengalaman. Seperti yang dihujah di atas,
melancong dapat mengajar kita mengenai budaya dan sejarah sesebuah wilayah. Budaya sesebuah tempat
tidak tertumpu pada perilaku rakyatnya sahaja. Budaya negara juga merangkumi pakaian, tarian dan
makanan tradisional. Contohnya, tarian tradisional di negara Malaysia ialah zapin oleh warga Sarawak dan
tarian singa oleh bangsa Cina. Contoh pakaian pula ialah baju kebaya bagi bangsa Melayu, Cheongsam bagi
bangsa Cina dan Sari bagi bangsa India. Pengalaman mempunyai impak yang besar terhadap kematangan
dan kemampuan seseorang membuat keputusan. Janganlah kita menjadi seperti katak di bawah temperung
yang sangat cetek pengetahuan dan pengalamannya.
Tambahan lagi, melancong juga berkemampuan untuk menghilangkan stres. Kini, masalah seperti
stres dan kemurungan kian menjadi polemik yang berleluasa dalam kalangan belia. Masalah ini ialah akibat
tekanan dalam pembelajaran atau kerja yang melampau terutamanya pada era modenisasi kini yang
mempunyai standard dan harapan yang tinggi untuk para pekerja. Oleh sebab itulah, mangsa stres wajar
mencari jalan untuk menenangkan diri. Aktiviti melancong merupakan herba yang sangat mujarab untuk
mengubati stres seseorang. Hal ini dikatakan demikian kerana, melancong ke negara lain dapat
menghiburkan seseorang sehingga dia melupakan masalah yang menghantuinya selama ini. Kajian juga
turut menunjukkan kesan yang positif kepada individu yang mengubah kawasan persekitarannya
terutamanya di kawasan yang sakinah. Kita juga haruslah bersabar menghadapi masalah hidup kerana
berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.
Hadirin yang dihormati,
Di samping itu, hubungan silaturahim antara ahli keluarga juga dapat dieratkan melalui aktiviti
pelancongan. Pada zaman globalisasi ini, masalah tidak dihadapi oleh seorang individu sahaja, malah satu
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
119
keluarga juga menerima tempias masalah tekanan ibu bapa atau adik-beradik. Oleh sebab itu, sudah
menjadi kemestian untuk sesebuah keluarga mengeratkan hubungan kekeluargaan ini menggunakan cara
yang berkesan seperti melancong. Keluarga yang melancong mesti meluangkan masa dan berseronok
bersama lebih-lebih lagi jikalau ibu bapa sentiasa sibuk berkerja atau anak yang tinggal berjauhan di asrama.
Dengan meluangkan masa bersama, anakanak akan merasai kasih sayang ibu bapa yang sepenuhnya dan
meluahkan masalah yang dipendam. Sebagai hasilnya, ini akan mengelakkan kesalah fahaman antara satu
sama lain dan melahirkan kulawarga bahagia. Setiap ahli keluarga wajib berhubung rapat kerana berat sama
dipikul, ringan sama dijinjing.
Akhir sekali, aktiviti pelancangan mempunyai peranan yang signifikan dalam menjana ekonomi
negara. Jika sektor pelancongan negara dimajukan, pelancong dari negara luar akan berasa tertarik untuk
berkunjung ke negara tersebut. Kunjungan ini bakal meningkatkan ekonomi negara kerana mereka akan
membeli barangan dan cenderamata di negara itu. Pertukaran mata wang juga akan memajukan
pertumbuhan ekonomi sekaligus meningkatkan taraf hidup rakyat. Negara tersebut akan lebih dikenali
sementara pelancong akan mendapat pengalaman yang tidak akan dilupakan. Namun begitu, pelancong
hendaklah ingat untuk mengikuti peraturan di negara yang dilawati kerana di mana bumi dipijak, di situ
langit dijunjung.
Kesimpulannya, kita sepatutnya menggalakkan pelancongan dalam masyarakat kerana aktiviti ini
mempunyai banyak faedah untuk diri dan negara. Pelancongan dapat menghiburkan diri, menambah ilmu
pengetahuan dan mengeratkan hubungan Kendatipun begitu, kita mestilah ingat melakukan pelancongan
dengan tujuan yang mahmudah dan bukan untuk sesuatu yang tidak bermoral. Sementelahan itu, kita juga
mestilah tetap menghargai negara sendiri walau sehebat mana pun negara lain. Bak kata pepatah, hujan
emas di negeri orang, hujan batu di negara sendiri, lebih baik di negeri sendiri.
Sekian, terima kasih.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
120
TEMA 7 - DEMI KEDAMAIAN
MUAFAKAT KORPORAT (HALAMAN 86 - 87)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.3.2 Mendengar, menganalisis dan menerangkan maklumat daripada pelbagai wacana dengan betul
dan bermakna.
AKTIVITI 1 - Dengar dan analisis maklumat dalam bahan. Kemudian, jelaskan maklumat tersebut. 1.
Maklumat daripada bahan audio
Sumber : Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 4
(ms 258 – 259)
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
121
PROGRAM KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (KKP) DI SEKOLAH
➢ bermula pada tahun 2015
➢ kerjasama antara Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Pendidikan
➢ diwujudkan ekoran kes kemalangan di sekolah meningkat
➢ tujuan untuk memberikan kesedaran kepada warga sekolah
➢ sehingga tahun 2018, 50 buah sekolah mengambil bahagian
➢ sekolah selamat – bebas daripada masalah disiplin, jenayah dan kemudahannya selamat
➢ antara aktiviti KKP – ceramah, jejak ancaman, kuiz, pertandingan melukis dan sebgainya
➢ peranan sekolah – memupuk kesedaran warganya akan kepentingan keselamatan daan kesihatan
dalam pekerjaan
➢ amalan menjaga keselamatan dan kesihatan menjadi budaya sekolah
➢ murid boleh membantu pihak sekolah mengenal pasti ancaman dan risiko
AKTIVITI 2 - Kenal pasti tanda-tanda ancaman atau bahaya yang ada di kawasan persekitaran dan cadangkan
langkah-langkah untuk mengatasinya.
TANDA ANCAMAN BAHAYA DI KAWASAN PERSEKITARAN DAN LANGKAH MENGATASINYA
(Rujuk grafik ms 86 dan 87)
TANDA ANCAMAN LANGKAH MENGATASI
Dalam kelas: ✓
✓ Kerusi dan meja yang rosak ✓ Laporkan kepada guru kelas Meletak
✓ Cermin tingkap yang retak atau pecah
✓ Suis dan soket elektrik rosak tanda amaran sementara
Dalam makmal:
✓ Kebocoran bahan kimia peralatan dibaiki
✓ Peralatan uji kaji rosak ✓
✓ Pendawaian rosak
✓ segera kepada
Dalam tandas: Laporkan
✓ Lantai licin / berlumut
✓ Saluran paip rosak pembantu makmal dan guru
Sentiasa mengemas kini status
peralatan dan semua aspek di makmal
✓ Maklumkan kepada pekerja
pembersihan sekolah
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
122
✓ Laporkan segera kepada
pengurusan sekolah
Sekitar bangunan sekolah: ✓ Maklumkan kepada pengurusan
✓ Air bertakung di koridor
✓ Padang tidak rata / berbatu sekolah
✓ Dahan pokok yang sekah ✓ Mohon kerjasama JPAM untuk
✓ Binatang berbisa seperti tebuan, ular , lipan
hapuskan binatang berbisa
dsb
JEJAK DIGITAL (HALAMAN 88 - 89)
KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.3.2 Membaca dan membanding beza maklumat daripada pelbagai bahan teks dengan betul.
Aktiviti 1 - Baca, analisis, dan cari persamaan serta perbezaan maklumat dalam bahan. Kemudian, catat
maklumat dalam bentuk pengurusan grafik banding beza.
JENAYAH DIGITAL: PENYALAHGUNAAN TELEFON BIMBIT
CIRI-CIRI MANGSA CIRI-CIRI PENYANGAK SIBER
- lemas dalam ayat cinta dan janji manis - menipu bulat-bulat
- lurus, pendiam, pendek akal - berani menyamar sebagai pegawai polis, pegawai
mahkamah,pegawai bank, pegawai kastam
- berasa gundah -gulana, cemas, kebingungan, - membawa khabar buruk keterlibatan mangsa dalam
ketakutan masalah perundangan atau kewangan
- benar-benar percaya tanpa berfikir panjang - licik dan petah berkata-kata
- menawarkan bantuan untuk menyelesaikan masalah
dengan meminta bayaran
KESAN-KESAN KEPADA MANGSA
- sanggup berkorban wang ringgit dan harta benda
- mendapat kenangan pahit seumur hidup
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
PANGGILAN PALSU PENIPUAN KHIDMAT PESANAN RINGKAS
(SMS)
- jangan panik, katakan anda tidak boleh bercakap - jangan hubungi nombor melalui SMS untuk
panjang pengesahan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
123
- minta butiran pemanggil untuk kesahihan dan jika - semak butiran SMS, jika terdapat kesalahan, abaikan
sahih, hubungi mereka untuk penjelasan lanjut
- pergi ke pejabat jika perlu - hubungi penyedia perkhidmatan untuk menyekat
SMS spam yang diterima.
- jangan jawab panggilan daripada nombor luar
negara
- jangan memberikan maklumat peribadi
- jangan muat turun apa-apa aplikasi jika diminta
berbuat demikian
- hubungi penyedia perkhidmatan telefon jika
menerima panggilan berulang kali
ASPEK TATABAHASA
SP: 5.2.3 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata adjektif dengan betul mengikut konteks.
AKTIVITI 2 - Kenal pasti kata adjektif dalam bahan. Kemudian, gunakannya semula dengan betulnya
mengikut konteks.
JENIS KATA ADJEKTIF KATA ADJEKTIF
Sifatan atau keadaan kuat, canggih, lurus, pendiam, baru, berani , nekad, licik, petah, palsu, sahih,
lanjut, pelik, sulit
Warna hitam
Ukuran besar, pendek, panjang
Bentuk bulat-bulat
Waktu segera, singkat, lambat, panjang
Jarak jauh
Cara sering, mudah, ringkas, terang-terangan, sepandai-pandai,
sewenangwenangnya, bersungguh-sungguh
Perasaan cinta, lemas, mempersonakan, ragu-ragu, gundah-gulana, lemas, panik, gawal,
hasad
Pancaindera manis, pahit
Membina ayat daripada kata adjektif
1. Penjenayah siber mempunyai taktik yang licik untuk memperdayakan mangsa mereka.
2. Peristiwa hitam yang dialamioleh Suria membuatkan dirinya sentiasa dilanda
kemurungan.
3. Kita haruslah berfikir panjang sebelum melibatkan diri dengan skim cepat kaya.
4. Anda dilarang untuk menyalin bulat-bulat teks atau ayat yang terpapar dalam mana-mana bahan cetak.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
124
5. Kejayaan tidak akan dapat dicapai dalam masa yang singkat tanpa usaha yang berterusan.
6. Walaupun berada jauh di luar negara, Nadia tidak pernah lupa akan adat resam dan budaya Melayu.
7. Kaum wanita sering menjadi mangsa penipuan cinta siber kerana mudah terpedaya dengan janji manis
penyangak siber.
8. Bunyi deringan telefon tanpa henti membuatkan Shida berasa cemas kerana
tinggal berseorangan di rumah.
9. Setiap pengalaman pahit dan manis yang dilalui dalam hidup ini, menjadikan diri kita lebih matang dalam
meneruskan kehidupan.
AKTIVITI 3 - Kenal pasti teknik yang digunakan oleh penjenayah digital untuk memerangkap mangsa dan
bincangkannya.
Sesawang gelap menjadi pilihan urusan urus niaga pasaran gelap disebabkan bersifat rahsia dan hanya boleh
diakses individu tertentu. Motifnya menyembunyikan salah laku jenayah dan mengelak dihidu oleh pihak
berkuasa. Kewujudan sesawang gelap juga menyumbang kepada lahirnya penjenayah digital masa kini
melalui aktiviti scammer, pengubahan wang haram dan lainlain aktiviti menyalahi undang-undang negara
mahupun antarabangsa.
Terdapat aktiviti pengedaran dadah secara dalam talian menerusi sesawang gelap dan aktiviti
golongan ini sukar dibanteras kerana mereka menggunakan platform sulit khas bagi menjalankan aktiviti
salah mereka. Berkemungkinan, platform digunakan sering berubah mengikut keperluan dan keadaan
semasa bagi mengelakkan aktiviti mereka bocor dan dihidu pihak berkuasa.
Bagi memastikan selamat daripada digodam dan menjadi mangsa sindiket, kita mestilah sentiasa
berwaspada dan berjaga-jaga dalam menjaga data peribadi bagi mengelakkan data sulit khususnya berkaitan
perbankan dan transaksi wang diceroboh. Jika tidak berhati-hati, dikhuatiri kita berputih mata disebabkan
tangan penjenayah digital yang menggunakan kepakaran merompak kita secara maya.
Pihak berkuasa juga perlu mempertingkat tahap keselamatan negara serta melatih pakar baharu
yang boleh menjadi 'polis digital' yang mempunyai kompetensi tinggi menghadapi jenayah digital yang
dijangka akan terus berkembang pesat. Jika pasaran ekonomi digital terus berkembang seperti disasarkan
kerajaan menjelang 2030, perkembangan jenayah digital juga diyakini terus berkadar dengan perkembangan
itu pada masa mendatang. Perkembangan ini boleh terus mengancam negara sama ada pada peringkat
domestik ataupun antarabangsa.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
125
Walaupun ada banyak hal berkaitan sesawang gelap secara mendasar bersifat negatif, terdapat juga
perkara positif, terutama membabitkan urusan tertutup dan rahsia dalam urusan pengurusan seharian.
Kesan ledakan ekonomi digital yang semakin berkembang dalam tempoh penularan COVID 19 ini, kita harus
lebih peka berhadapan dengan sesawang gelap yang terus berkembang pesat.
**Aktiviti Tambahan: Murid-murid berbincang tentang bahan grafik berkaitan dengan Penipuan
Siber.
GERUH-GERAH BADAN AIR (HALAMAN 90 - 91)
KEMAHIRAN MENULIS
SP: 3.4.2 Menulis pelbagai jenis perenggan pendahuluan yang menepati tema menggunakan laras bahasa
yang sesuai dan gramatis.
AKTIVITI 1 - Berdasarkan maklumat dalam bahan, tulis perenggan pendahuluan jenis suasana, persoalan,
statistik, dan gabungan.
***Maksud geruh-gerah - berbagai-bagai kemalangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
***Maksud “badan air” - kumpulan air yang besarnya antara lain bergantung pada relief permukaan
bumi, kesarangan batuan pembendungnya, curah hujan, suhu dan sebagainya, misalnya sungai,
rawa, danau, laut, dan samudera; (takrifan bidang geologi)
Pendahuluan Jenis Suasana
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
126
Tiupan angin sepoi-sepoi bahasa seolah-olah membelai kulit wajah. Lintuk liuk pohon kelapa dengan
dedaunan bergoyang kiri dan kanan bagaikan melambai menyambut kedatangan pelancong ke persisiran
pantai nan indah. Cuaca cerah dengan langit yang kebiruan menambahkan lagi keindahan panorama tepi
pantai yang pasirnya halus menenggelamkan kaki apabila dipijak. Desiran ombak menghempas pantai
diselikan dengan bunyi suara kanak-kanak keriangan bermain pasir, berlari-lari sambil menjerit kerana cuba
mengelakkan kaki ditempiasi hempasan ombak. Namun, geruh-gerah badan air harus diawasi oleh ibu bapa.
Kedalaman pantai, kekuatan ombak malah kewujudan binatang berbahaya seperti obor-obor, kulit
kerangan dan cengkerang yang tajam serta serangga akuatik yang mungkin menyebabkan alahan harus
diperhatikan sebelum kita mencari keseronokan membasahkan diri untuk melegakan diri daripada
kepanasan terik mentari. Persoalannya di sini, apakah panduan keselamatan di badan air yang patut
diberikan perhatian oleh orang awam sebelum melakukan aktiviti air?
Pendahuluan Jenis Persoalan
Pernahkah anda melakukan aktiviti berkelah? Berkelah di tepi sungai bersama keluarga sememangnya
merupakan aktiviti riadah yang amat menyeronokkan. Apatah lagi sungai tersebut mempunyai air terjun
yang airnya jernih lagi menyejukkan. Segala tekanan akibat rutin kehidupan mampu hilang setelah badan
mencecah permukaan air sungai. Namun, tahukah anda bahawa insiden lemas sehingga meninggal dunia
paling kerap berlaku di sungai dan tali air? Pernahkah anda terfikir, apakah faktor yang menyumbang
kepada kejadian lemas? Adakah anda mengambil langkah berjaga-jaga dengan memastikan geruh-gerah
badan air sebelum melakukan sebarang aktiviti di badan air? Tepuk dada tanya selera. Persoalan yang
berlegar-legar di lubuk minda ialah, apakah langkah-langkah yang perlu diambil sebelum melakukan aktiviti
yang melibatkan badan air?
Pendahuluan Jenis Statistik
Setiap kali munculnya musim cuti sekolah, kita dapat melihat trend ibu bapa membawa anak-anak bercuti
ke kawasan yang mempunyai air seperti pantai, air terjun atau jeram dan berkelah di sungai atau
berhampiran tasik. Hal ini dikatakan demikian kerana percutian sebegini selalunya tidak menelan belanja
yang besar. Malah, ibu bapa lazimnya menyediakan bekalan makanan sendiri untuk dimakan sewaktu
berkelah. Menurut stastistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), jenis
insiden lemas yang kerap berlaku ialah di pantai, sungai dan tali air, tasik dan lombong, air terjun dan jeram
serta kawasan pembentungan. Menerusi Operasi Lemas yang dihadiri oleh JBPM pada tahun 2018, jumlah
mangsa lemas yang meninggal dunia tertinggi ialah di sungai dan tali air iaitu seramai 182 orang mangsa,
diikuti dengan 58 orang mangsa lemas di pantai, 39 orang mangsa lemas di tasik dan lombong, 27 orang
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
127
mangsa lemas di air terjun dan jeram dan mangsa lemas di pembentungan seramai 3 orang. Hal ini
menjadikan jumlah mangsa lemas pada tahun tersebut seramai 309 orang daripada 380 kes yang dihadiri
oleh JBPM. Oleh itu, langkah yang pragmatik harus difikirkan bagi mengurangkan kejadian mati lemas di
badan air.
Pendahuluan Jenis Gabungan
Aktiviti sukan lasak semakin mendapat perhatian golongan muda mudi era modenisasi ini. Antara yang
semakin mendapat perhatian ialah sukan lasak air. Hal ini amat bersesuaian kerana umum mengetahui
bahawa dunia ini diliputi kawasan air sebanyak 75%. Tahukah anda jenis-jenis sukan lasak yang melibatkan
air? Sukan lasak air terdiri daripada luncur jet, kayak, sukan layar, luncur air, snorkeling atau menyelam,
parasailing dan bananabot. Namun, sebelum seseorang melibatkan diri dalam aktiviti sukan lasak air ini,
geruh-gerah badan air haruslah diambil kira. Hal ini bersesuaian dengan pesanan orang dahulu kala melalui
peribahasa, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Kalau tidak berada-ada, takkan tempua bersarang
rendah, maka sebelum kita menjadi obses dengan aktiviti sukan air perlulah kita awasi risiko-risiko yang
bakal mengundang apabila berada di badan air. Tidaklah nanti sudah terhantuk baru nak terngadah.
Persoalan yang menusuk di sudut minda ialah, apakah panduan keselamatan di badan air?
AKTIVITI 2 - Terokai punca-punca yang menyebabkan berlakunya kemalangan di badan air dengan
mengambil kira pelbagai faktor. Kemudian persembahkannya.
Punca kemalangan di badan air:
• Tidak mengetahui kemampuan diri
• Kecuaian diri sendiri
• Tidak menyedari keadaan kesihatan diri seperti demam, mengantuk telalu lapar atau terlalu kenyang
• Kurang pengetahuan tentang kemahiran berenang
• Tidak melakukan tinjauan awal tentang risiko kawasan terlibat seperti keadaan curam, licin, arus
deras, kepala air dan sebagainya
• Tidak mengenal pasti risiko yang bakal dihadapi sebelum melakukan aktiviti berkaitan
• Tidak memastikan tahap kedalaman air
• Tidak memeriksa persekitaran daripada objek berbahaya
• Tidak memeriksa kemungkinan kehadiran binatang berbahaya
• Tidak mempedulikan keadaan cuaca
• Tidak memakai peralatan keselamatan yang sesuai dengan aktiviti seperti jaket dan topi keselamatan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
128
• Tidak memakai pakaian yang sesuai dengan aktiviti yang hendak dilakukan
• Tidak mematuhi cara melakukan aktiviti dan peraturan penggunaan alatan yang berkaitan
• Tiada pengawasan orang dewasa untuk kanak-kanak
Sumber gambar : https://assets.hmetro.com.my/images/articles/lemas01.jpg_1497242870.jpg
DEMONSTRASI MENYELAMAT: AnggotaJabatan
Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan
demonstrasi menyelamat mangsa lemas dalam
sungai pada pelancaran KempenKesedaran
Keselamatan Aktiviti Air Peringkat
Negeri Terengganu 2018 di Pulau
Warisan, Kuala
Terengganu.
Sumber gambar :https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20180929/tr022-136cm.jpg
Imbas kod QR untuk paparan yang lebih jelas
GEMA BELANTARA (HALAMAN 92 - 93)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.4.2 Menyampaikan pendapat tentang sesuatu perkara melalui ceramah, syarahan dan forum dengan
yakin secara bertatasusila.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
129
AKTIVITI 1 - Baca bahan dan persembahkannya semula dalam bentuk forum dengan yakinnya secara
bertatasusila.
TEKS FORUM
Tajuk : Jelajah Hutan
Pengerusi : Saudara Muhammad Alif Syakir
bin Mohd Ali
Panel 1 : Nur Auni Zaman binti Lokman
Panel 2 : Anis Suraya binti Mohd Yusof
Panel 3 : Siti Nor Ra binti Basri
Pengerusi
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum
Panel 1 Warahmatullahiwabarakatuh. Warga dewan
sekalian. Bertemu lagi kita di gelanggang Forum
Remaja. Topik kita pada hari ini ialah Jelajah
Hutan. Jangan ragu dan jangan risau kerana
nampaknya warga dewan kita khususnya para
jejaka tidak senang duduk melihat kejelitaan tiga
orang panel kita pada hari ini. Baiklah di sebelah
kanan saya, ahli panel pertama, saudari Nur Auni
Zaman binti Lokman, selamat datang saudari.
Seterusnya ahli panel kedua ayu berbaju kurung,
saudari Anis Suraya binti Mohamad Yusof, selamat
datang saudari dan di hujung sana nampak pemalu
tapi bijak berkata-kata saudari Siti Nor Ra binti
Basri, selamat datang juga buat saudari. Baiklah,
sebelum saya menyimpang lebih jauh, soalan saya
pada panel pertama apakah yang dimaksudkan
dengan jelajah hutan?
Terima kasih kepada saudara pengerusi. Udara
yang nyaman, pohon kehijauan yang merimbun
dan mengagumkan, serta laluan hutan yang
pelbagai cabaran menjadikan aktiviti jelajah hutan
begitu mengujakan. Namun peminat jelajah hutan
perlu ingat bahawa hutan ada penghuninya.
Kehadiran anda mungkin tidak dialualukan.
Berwaspadalah sentiasa. Oleh itu, kita perlu
memahami maksud jelajah berdasarkan Wikipedia
ialah perjalanan kembara (Jawi: )ڤرجالنن كمبارا
iaitu jenis pelancongan khusus, yang melibatkan
penerokaan atau perjalanan dengan tahap risiko
tertentu (nyata atau yang dirasai), dan yang
mungkin memerlukan kemahiran khusus dan
tenaga fizikal. Kembara mungkin merupakan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
130
kegiatan pelancongan yang meliputi kegiatan
fizikal, pertukaran budaya, dan hubungan dengan
alam.[1]
Pengerusi Terima kasih kembali kepada panel pertama kita.
Sebentar tadi panel pertama ada menyatakan
bahawa jelajah hutan merupakan aktiviti yang
memerlukan tenaga fizikal dan persediaan yang
mantap untuk meneroka hutan belantara.
Bolehkah
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
131
Panel 2 saudari panel kedua menerangkan persediaan yang perlu dibuat sebelum menyertai
program jelajah hutan?
Terima kasih pengerusi majlis. Setiap peserta yang hendak menyertai aktiviti jelajah hutan
hendaklah mempunyai persediaan yang rapi. Antara persediaan fizikal yang perlu
dilaksanakan seperti latihan berjalan, berjoging, berbasikal, berlari dan senaman untuk
menguatkan sistem kardiovaskular peserta. Secara amnya apa-apa senaman atau
pergerakan fizikal yang meningkatkan kadar degupan jantung selama lebih kurang 20 minit
sehari mampu membantu. Semasa aktiviti pula, seseorang peserta perlu berfikiran positif
dan sentiasa bersedia dari segi fizikal dan mental untuk menghadapi sebarang situasi.
Sekian sahaja daripada saya.
Pengerusi Terima kasih diucapkan kepada panel kedua kita. Sekarang sudah terang lagi bersuluh
bahawa seseorang yang ingin menyertai aktiviti jelajah hutan perlu membuat persediaan
yang rapi. Jika dua panel tadi telah menerangkan maksud dan persediaan dalam aktiviti
jelajah hutan, saya ingin meminta panel ketiga untuk menghuraikan sikap yang perlu
dielakkan semasa melakukan aktiviti jelajah hutan.
Panel 3 Terima kasih saudara pengerusi. Seperti yang telah disebutkan oleh panel pertama bahawa
peminat jelajah hutan perlu ingat bahawa hutan ada penghuninya. Oleh itu, sebagai peserta
aktiviti perlu mengelakkan sikap cuai, suka menunjuk-nunjuk, sombong, tidak
bertanggungjawab, cakap besar, terlalu yakin, terlalu takut, panik dan terlalu seronok.
Sekiranya peserta tidak menjaga tingkah laku, pelbagai kemungkinan akan berlaku seperti
menjadi seram sejuk, gelabah dan boleh menyebabkan peserta tidak menemukan jalan
pulang, cuma berpusing di laluan yang sama untuk beberapa jam.Selain itu, peserta juga
perlu mengelakkan daripada meniru mimik muka pelik untuk menakutkan kawan kerana
makhluk yang berada di dalam hutan akan marah kerana kita seolah-olah memperli atau
mengejek rupa mereka. Sehubungan dengan itu, marilah sama-sama kita menjaga tingkah
laku ketika berada di hutan.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
132
Pengerusi Terima kasih diucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana sudi hadir dan sudi
menyuarakan pendapat masing-masing. Moga segala yang kita dapat pada hari ini bukan
sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Nampaknya masa amat mencemburui kita
.Sebelum berakhir, mari kita sama-sama menepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya
dan tekun mendengar perbincangan kita hari ini. Marilah sama-sama kita menghargai alam
sekitar dengan aktiviti jelajah hutan dengan persediaan yang rapi dan mempamerkan
tingkah laku yang baik demi kesejahteraan hutan kita.
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intailah kami antara nampak, Esok jangan rindu-
rinduan.
Salam hormat, ceria-ceria selalu. Akhir kalam, wabillahitaufik walhidayah, Assalamualaikum
warahmatullahiwabarakatuh.
ASPEK SENI BAHASA
SP: 4.3.1 Menghasilkan skrip drama secara berpandu dengan menggunakan gaya bahasa yang sesuai dan
menarik.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
133
Ahnaf Kawan-kawan, mari kita pergi jelajah hutan.
Alif
Shakir Eh, seronok tu, apa pendapat awak, Shakir?
Ahnaf
Alif Yalah, sudah lama kita tidak pergi jelajah hutan.
Shakir
Kita boleh melihat keindahan alam, flora dan faunanya.
Ya, betul.
Kita perlu tahu sifat-sifat hidupan liar yang ada di hutan, contohnya harimau belang akan
menyerang jika tercedera manakala gajah juga akan menyerang jika terkejut dan akan naik
minyak jika ada manusia yang berada di laluan gajah dan berasa anak gajah terancam.
Ahnaf Betul kata Shakir. Harimau kumbang pula akan sentiasa mengintai manusia di kawasannya
Alif kerana ia berupaya memanjat pokok dan mempunyai naluri ingin tahu yang kuat.
Shakir
Ish, takut pula saya dengar. Tapi kita boleh pergi jelajah hutan dengan persediaan yang rapi.
Kita perlu mengetahu elemen alam yang ada di hutan seperti bentuk muka bumi yang ada
sungai, bukit bukau dan lereng cenuram.
Betul kata kamu Alif. Selain itu, kita juga kena pastikan cuaca pada waktu tersebut sama ada
gelap, hujan, kabus atau ribut.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
134
Ahnaf Tak kurang juga, kita kena tahu bencana alam yang boleh berlaku di hutan seperti kepala
air, tanah runtuh dan pokok tumbang.
AKTIVITI 2 - Berdasarkan bahan, tulis skrip drama dengan menggunakan gaya bahasa yang sesuai dan
menarik.
SKRIP DRAMA
Tajuk : Jom Jelajah Hutan
Watak : Ahnaf (murid 1), Alif (murid 2) dan Shakir (murid 3)
Babak 1
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
135
Alif Eh, dah panjang lebar perbincangan kita. Macam mana, jadi tak kita hendak jelajah
hutan?
Shakir Baiklah kawan-kawan, kita minta kebenaran dahulu daripada ibu bapa ya.
Alif Baiklah.
Ahnaf Baiklah, jumpa lagi.
AKTIVITI 3 - Anda dan rakan-rakan anda akan mengikuti program jelajah hutan. Sebagai persediaan,
cadangkan tiga jenis latihan yang diperlukan serta jelaskan sebab-sebabnya.
TIGA JENIS LATIHAN SEBAGAI PERSEDIAAN JELAJAH HUTAN DAN SEBAB-SEBABNYA.
BIL JENIS LATIHAN SEBAB
1 Latihan Fizikal Untuk menguatkan stamina dan kekuatan fizikal peserta.
2 Latihan Emosi Untuk menyediakan emosi yang baik dan bersemangat kepada peserta
menghadapi cabaran semasa jelajah hutan.
3 Latihan Komunikasi Supaya peserta dapat berkomunikasi dengan baik antara peserta dan alam
sekeliling.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
136
TENTANG BULAN (HALAMAN 94 - 95)
KEMAHIRAN MENULIS
SP: 3.4.3 Menulis perenggan isi dengan huraian yang jelas dan kritis menggunakan bahasa yang gramatis.
AKTIVITI 1 - Analisis maklumat dalam bahan dan tulis perenggan isi dengan huraian yang jelas dan kritis
menggunakan bahasa yang gramatis.
Sejarah Awal Penubuhan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) :
- Nama asal Cawangan Palang Merah British
- Ditubuhkan pada bulan April 1948 di Borneo Utara (sekarang Sabah)
- Ditukarkan nama kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSSM) pada tahun 1975, di bawah Akta
162 Akta Persatuan Palang Merah Malaysia (Pertukaran Nama) 1975 dan kekal hingga sekarang.
Tujuan Penubuhan :
- Untuk mengendalikan dan menolong tugas di seluruh dunia ketika masa aman atau peperangan
Misi Bantuan BSMM :
- Dalam negara o Tanah runtuh Bukit Antarabangsa Ulu Klang, Selangor (2010) o Tanah runtuh
Rumah Anak Yatim Al-Takwa, Kajang, Selangor (2011) o Struktur Jejambat Pejalan Kali Runtuh,
Eco City-Mid Valley (2016)
- Luar negara o Taufan Haiyan, Leyte, Filipina, (2013) – bantuan kemanusiaan
o Gempa bumi Kathmandu, Nepal (2015) – bantuan kemanusiaan, mencari dan
menyelamat
o Gempa bumi dan Tsunami Palu, Sulawesi, Indonesia
(2018) – bantuan kemanusiaan
Bentuk Bantuan BSMM :
- Bantuan selimut pada musim sejuk
- Kerjasama dengan pasukan penyelamat yang lain
- Misi bantuan di Pakistan untuk pembinaan petempatan sementara
- Agihan bantuan makanan, pakaian dan perubatan
- Pertolongan Cemas
Kenali Sukarelawan BSMM :
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
137
- Encik John Lam Ah Kian – sukarelawan misi Pasukan Tindakan Bencana Serantau, BSMM
- Pesara, 66 tahun
- Timbalan Pengerusi, Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Sarawak - Contoh misi Pasukan
Tindakan Bencana Serantau: o Banda Acheh, Sumatera, Indonesia (2004 - Tsunami) o Pulau
Nias, Indonesia (2005 - Gempa Bumi) o Pakistan (2005 - Gempa Bumi) o Jogjakarta, Indonesia
(2006 - Gempa Bumi) o Pulau Lombok, Indonesia (2018 - Gempa Bumi)
- Berpendapat bahawa sukarelawan perlu komited, prihatin, penyayang, berkepemimpinan dan
terlatih, sihat tubuh fizikal dan mental, serta emosi, tabah, mudah menyesuaikan diri dalam
keadaan paling sukar.
Misi Suci Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM)
Pada era ledakan teknologi yang semakin canggih ini, terdapat banyak pancaroba yang menggamit
perasaan di setiap pelosok dunia. Setiap kejadian dan peristiwa yang mengancam keselamatan manusia
masih berlaku sehingga kini. Sungguhpun begitu insan-insan mulia yang penuh kasih sayang dan suka
membantu masih wujud di bumi nyata ini. Sebagai penawar mujarab yang mampu meringankan beban dan
mengelap air mata kesusahan masyarakat, banyak pertubuhan dan persatuan yang menjaga kebajikan
rakyat diwujudkan. Antaranya ialah Cawangan Palang Merah British atau dikenali sebagai Bulan Sabit Merah
Malaysia.
Cawangan Palang Merah British ditubuhkan pada bulan April 1948 di Borneo Utara kini dikenali
sebagai Sabah. Kemudian telah bertukar nama kepada Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) pada tahun
1975. BSMM ditubuhkan untuk mengendalikan dan menolong tugas di seluruh dunia sama ada pada masa
aman atau pun ketika peperangan. Pelbagai misi bantuan di dalam negara dan di luar negara telah
dijalankan oleh BSMM seperti bantuan kemanusiaan ketika tanah runtuh Bukit Antarabangsa Ulu Klang,
Selangor pada tahun 2010 dan ketika Taufan Haiyan, Leyte, Filipina pada tahun 2013. Situasi ini terbukti
jelas bahawa benih-benih perikemanusiaan masih subur disemai dan dijaga rapi tanpa mengira sempadan.
Tambahan pula, bantuan BSMM dapat menghidupkan sinar harapan dalam kehidupan seseorang
yang memerlukannya. Bentuk bantuan kemanusiaan seperti bantuan selimut pada musim sejuk, kerjasama
dengan pasukan penyelamat yang lain, pembinaan petempatan sementara di Pakistan, agihan bantuan
makanan, pakaian dan perubatan serta pertolongan cemas dapat meringankan keperitan dan kesusahan
rakyat umpama condong ditumpil, lemah dianduh.
BSMM telah banyak berjasa di peringkat global mahupun di tanah air tercinta ini.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
138
Oleh itu, untuk meneruskan usaha murni ini semua sukarelawan perlu bersedia dengan nilai-nilai
murni dan ilmu seperti sangat komited, prihatin, penyayang, berkepimpinan dan terlatih. Kesihatan fizikal
dan mental serta emosi, tabah dan mudah menyesuaikan diri dalam keadaan paling sukar juga merupakan
aset terpenting untuk setiap sukarelawan. Terdapat ramai tokoh kemanusiaan yang masih bersinar dan
menyinari setiap kehidupan persis mutiara harapan yang tidak ternilai harganya. Salah satu permata BSMM
ialah En. John Lam Ah Kian, pesara yang berumur 66 tahun. Beliau menggalas tugas sebagai Timbalan
Pengerusi BSMM Negeri Sarawak dan terlibat dalam pelbagai misi pasukan Tindakan Bencana Serantau.
Akhirulkalam, jelaslah bahawa Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia bergiat aktif terutamanya
ketika berlaku bencana besar dan banyak bantuan kemanusiaan telah dihulurkan untuk meringankan
keperitan rakyat jelata kerana berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Petugas sukarelawan juga
sentiasa bersiap sedia, berkemahiran, berilmu dan sangat komited supaya dapat menyalurkan pertolongan
dan sumbangan dengan cepat dan efisien. Oleh itu, semua lapisan masyarakat perlulah berganding bahu
dan sudi menjadi sukarelawan supaya dapat mewujudkan suasana yang penuh belas kasihan dan kurnia di
muka bumi ini.
AKTIVITI 2 - Tulis pendapat tentang punca kurangnya penglibatan murid dalam kerja khidmat masyarakat
dan cadangkan langkah mengatasinya.
Punca kurangnya penglibatan murid dalam kerja khidmat masyarakat:
1. Bidang akademik lebih diutamakan daripada khidmat masyarakat
2. Murid terbeban dengan proses pendidikan dan wujud kekangan masa untuk terlibat dalam kerja
khidmat masyarakat
3. Kurang kesedaran tentang kepentingan kerja khidmat masyarakat
4. Ibu bapa tidak menggalakkan murid terlibat dalam kerja khidmat masyarakat dan kurang menjadi suri
teladan kepada anak-anak
5. Murid telah dibiasakan dengan kehidupan individualistik, suka menyendiri dan tidak suka bergaul
dengan masyarakat setempat
6. Murid tidak berminat kerana beranggapan membuang masa dan tiada ganjaran
7. Perkembangan dan pengaruh teknologi moden menghalang murid terlibat dalam kerja khidmat
masyarakat
8. Sikap mementingkan diri sendiri dan mementingkan materialistik lebih daripada
sifat perikemanusiaan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
139
9. Pola petempatan masyarakat tidak membantu murid terlibat dalam kerja khidmat masyarakat
10. Budaya hedonisme yang keterlaluan menghalang murid terlibat dalam kerja
khidmat masyarakat
11. Kurang didikan agama/ moral
Cadangan langkah mengatasinya:
1. Ibu bapa harus menggalakkan anak-anak untuk melibatkan diri secara aktif dalam kerja khidmat dan
perlu menjadi teladan kepada mereka
2. Pihak sekolah mengadakan program/ceramah/ kempen kesedaran tentang kepentingan khidmat
masyarakat
3. Pihak sekolah menganjurkan program khidmat masyarakat di peringkat sekolah
4. Murid dilibatkan dalam aktiviti komuniti melalui Badan Beruniform
5. Markah PAJSK / penghargaan/ sijil diberikan kepada murid yang terlibat dalam khidmat masyarakat
sebagai galakan
6. Guru menyelitkan kepentingan khidmat masyarakat dalam pengajaran
7. Mewujudkan pertubuhan bercorak kesukarelawanan di sekolah
8. Memberikan didikan agama / moral sejak kecil
9. Murid digalakkan membudayakankegiatan kesukarelawanan di kawasan
sekolah dan perumahan
10. Media sosial mempromosikan aktiviti kemasyarakatan
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
140
TEMA 8 - DALAM LIPATAN KENANGAN
RUMAH PUSAKA SUTAN MANGATAS (HALAMAN 102 - 103)
KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR
SP: 1.5.1 Mengenal pasti jenis, kesesuaian soalan dan kesesuaian masa untuk mengemukakan soalan
terhadap individu atau kelompok secara bertatasusila.
AKTIVITI 1 - Berdasarkan bahan, dengar dan kenal pasti soalan dari segi jenis, kesesuaian soalan, dan
kesesuaian masa.
Imbas kod QR untuk mendengar rakaman audio (ms 102 dan 103)
1. Rumah Pusaka Chow Kit - halaman 102
Andaikan anda akan menemu bual Puan Norma binti Manjawali. Dengar soalan berikut dengan telitinya dan
kenal pasti soalan tersebut dari segi jenis, kesesuaian soalan, dan kesesuaian masa.
Soalan 1
Bilakah rumah ini dibina?
Soalan 2
Nenek tinggal di sini sejak bila?
Soalan 3
Apakah perasaan nenek tinggal di rumah ini?
Soalan 4
Bagaimanakah nenek masih boleh tinggal di rumah ini sedangkan urbanisasi berkembang pesat di Kuala
Lumpur?
Soalan 5
Mengapakah rumah tradisional ini hendak dijual?
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
141
Soalan 6
Banyak keuntungan diperoleh dengan menjual rumah ini?
2. Selamatkan Warisan Negara - halaman 103
Andaikan anda akan menemu bual para sukarelawan daripada Persatuan Rumah Pusaka Chow Kit. Dengar
soalan berikut dengan telitinya dan kenal pasti soalan tersebut dari segi jenis, kesesuaian soalan, dan
kesesuaian masa.
Soalan 1
Mengapakah Persatuan Rumah Pusaka Chow Kit ditubuhkan?
Soalan 2
Bagaimanakah segala rintangan untuk membina rumah ini semula diatasi?
Soalan 3
Di manakah bahagian-bahagian rumah yang telah dibuka disimpan?
Soalan 4
Semasa struktur rumah ini dibuka, apakah cara yang digunakan untuk memudahkannya dipasang semula?
Soalan 5
Kalian gembira dengan pembinaan semula rumah pusaka Chow Kit?
Soalan 6
Adakah ahli-ahli persatuan ini popular setelah rumah ini dibina semula?
Lengkapkan borang di bawah mengikut jenis soalan.
Jenis soalan Soalan berdasarkan rakaman audio
Soalan dengan
kata tanya
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
142
Soalan tanpa
kata tanya
AKTIVITI 2 - Jalankan sesi temu bual dengan menggunakan soalan yang sesuai mengikut situasi.
Azira telah menemu bual Encik Mahmud tentang bangunan bersejarah di Teluk Intan.
Menara Condong ialah sebuah menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Menara ini menjadi mercu
tanda bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini ialah reka bentuknya yang menyerupai
Menara Pisa di Itali. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, menara ini masih berdiri kukuh dan agak
senget dan tercondong sedikit.
Azira Assalamualaikum Encik Mahmud. Saya, Azira binti Zainuddin dari SMK Sungai
Mutiara. Saya ingin menemu bual Encik Mahmud tentang bangunan bersejarah di
bandar Teluk Intan, iaitu Menara Jam Tinggi.
En. Mahmud Waalaikumsalam. Khabar baik. Boleh sahaja. Apa yang awak ingin tahu tentang
Menara Jam Tinggi atau Menara Condong Teluk Intan? Saya akan cuba membantu.
Azira Bilakah Menara Jam Tinggi Teluk Intan dibina?
En. Mahmud Menara Jam Tinggi ini dibina pada tahun 1885 oleh Leong Choon Cheong atau Ah
Cheong yang merupakan seorang arkitek.
Azira
En. Mahmud Bagaimanakah Ah Cheong mendapat idea untuk membina menara tersebut?
Beliau mendapat ilham membina menara dengan reka bentuk demikian
Azira berdasarkan bangunan pagoda di negara China.
Menara ini memang dibina condong?
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
143
En. Mahmud Menara ini asalnya tidaklah condong sebagaimana sekarang. Setelah 10 tahun
dibina, iaitu pada tahun 1895 telah berlaku banjir besar di Teluk Intan sehingga
Azira menara ini tenggelam. Banjir yang berlaku dengan bebanan air yang berat inilah
En. Mahmud dipercayai punca menara ini mula condong ke arah Barat.
Boleh tak Encik Mahmud ceritakan tentang kegunaan menara tersebut?
Menara ini sebenarnya merupakan takungan air sebelum adanya tangki air di
Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar. Kini menara
ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi
bandar Teluk Intan. Di bahagian bawahnya dihiasi dengan landskap yang indah
seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga.
Azira Benarkah menara ini juga pernah menjadi kubu pertahanan suatu masa dahulu?
En. Mahmud Pada zaman Jepun (1942-1945) bangunan Menara Jam ini dijadikan menara kawalan
untuk meninjau kedatangan musuh.
Azira Baiklah, Encik Mahmud. Terima kasih atas kerjasama encik membantu saya
mendapatkan informasi tentang Menara Condong Teluk Intan.
En. Mahmud Sama-sama. Jangan lupa. Jika di Itali ada Menara Condong Pisa, di Teluk Intan kita
harus berbangga dengan Menara Condong Teluk Intan.
AKTIVITI 3 - Kumpulkan gambar dan keterangan tentang bangunan warisan dan buat buku skrap.
Contoh bangunan warisan dan bersejarah di Malaysia
1. Kellie’s Castle, Batu Gajah, Perak
Kellie’s Castle yang terletak di Batu Gajah ini ialah bangunan bersejarah yang dibina oleh peladang getah
terkemuka dari Britain, William Kellie Smith pada 1910. Beliau telah membeli sebidang tanah seluas 960
ekar untuk dijadikan ladang getah dan tapak untuk membina rumah. Namun, pembinaan istana ini terpaksa
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
144
dihentikan serta-merta kerana Kellie meninggal dunia secara mengejut pada tahun 1926. Walaupun tidak
siap 100%, istana ini dikatakan memiliki banyak ruang rahsia termasuklah terowong-terowong bawah
tanah. Bangunan tiga tingkat ini diilhamkan mengikut reka-bentuk istana Moghul di Agra, India dan jubin
dindingnya diimport dari Itali. Batu-bata dilekat menggunakan bancuhan campuran putih telur itik, pasir,
kapur, gula merah dan madu, tiada besi atau paku digunakan.
2. Bangunan Stadthuys, Melaka
Mercu tanda yang berada di Bandar Hilir ini amat sinonim dengan Melaka. Binaan bersejarah ini ialah
bangunan kerajaan Belanda yang tertua di Asia Tenggara. Bangunan ini dibina pada tahun 1650 sebagai
penempatan rasmi Gabenor Belanda. The Stadthuys menjadi titik tumpuan beberapa kerajaan seperti
Belanda, Portugis, Inggeris dan lain-lain selama lebih dari 300 tahun. Pada tahun 1982, Stadthuys diubah
menjadi muzium. Bangunan berwarna merah yang menjadi lokasi tumpuan di Melaka ini turut dipenuhi
barisan beca yang penuh warna-warni dan berbungabunga sekitar luar bangunan.
3. Istana Seri Menanti, Kuala Pilah
Istana Seri Menanti di Kuala Pilah ini dibina pada 1902 dan mempunyai ciri-ciri seni bina Minangkabau yang
unik. Warna hitam bangunan ini menjadikannya kelihatan tersergam indah dari jauh. Bangunan setinggi
empat tingkat ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki.
Yang menariknya, istana indah ini telah dibina tanpa menggunakan sebarang paku besi. Mereka hanya
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
145
menggunakan sambungan kayu yang dinamakan pasak. Pada 14 Julai 1992, Istana Menanti telah diwartakan
menjadi Muzium Diraja dan telah menjadi tumpuan pelancongan untuk menyaksikan pameran koleksi
keluarga Diraja Negeri Sembilan. Setiap ruang telah diisi tanpa mengubah bentuk asal istana bagi
menerangkan fungsi ruang-ruang tersebut.
4. Kota A Famosa, Melaka
Kota A Famosa dibina pada tahun 1511 dan mercu tanda paling popular di Melaka. Mengikut sejarah ia
didirikan oleh penjajah Portugis sebagai kubu pertahanan mereka di Melaka. Bangunan yang berusia lebih
500 tahun ini mempunyai pintu gerbang yang turut dikenali sebagai pintu gerbang Santiago. Pintu gerbang
ini merupakan struktur seni bina Eropah yang paling tua dan masih kekal di Asia. Kota A Famosa yang
terletak di Bandar Hilir ini wajib dilawati jika anda bercuti ke Melaka kerana kota ini merupakan sebahagian
daripada sejarah negara dan mercu tanda pelancongan negeri berkenaan.
5. Kubu Margherita, Sarawak
Kubu berwarna putih yang terletak di Kuching, Sarawak ini telah siap dibina dengan reka bentuk istana lama
Inggeris pada tahun 1879 oleh Sir Charles Brooke dan diberikan nama sempena nama isterinya, Margaret
Brooke. Kubu ini dibina untuk menjadi lambang kestabilan kerajaan dan kekuatannya. Terletak di atas bukit,
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
146
kubu ini menyajikan pemandangan yang luas ke semua arah di kawasan sekitarnya. Kubu ini merupakan
monumen paling signifikan kepada bandaraya Kuching dari sudut sejarah, reka bentuk dan pelancongan.
- Murid diminta melayari laman sesawang berikut bagi mendapatkan maklumat tentang bangunan warisan
di Malaysia untuk menghasilkan buku skrap.
- https://www.maisinggah.com/bangunan-bersejarah-di-malaysia/
- https://www.permohonan.my/senarai-bangunan-bersejarah-malaysia/
- https://www.sinarharian.com.my/article/69470/BISNES/Jom-terokai-monumen-bersejarah-
dinegara-kita
DARAH SATERIA (HALAMAN 104 - 105)
KEMAHIRAN MEMBACA
SP: 2.3.2 Membaca dan membanding beza maklumat daripada pelbagai bahan teks dengan betul.
AKTIVITI 1 - Baca kedua-dua bahan pada halaman tersebut dengan menggunakan teknik QUACK. Kemudian
banding dan bezakan kisah Fort Margherita dengan peristiwa Singapura Dilanggar Todak.
TEKNIK BACAAN QUACK
Q Question mark (Tanda soal) diletakkan pada perkataan, rangkai kata &
idea yang kabur dan tidak difahami
U Underline (Garis) menggarisi takrif
A Asterisk (Asterik) meteltakkan tanda * pada maklumat atau idea yang
penting atau menarik
C Circle (Bulatkan) membulatkan fakta dan definisi panjang
K Keyword (Kata kunci) meletakkan huruf besar K di sebelah kata kunci
(biasanya berhuruf condong)
Langkah 1: Murid membaca bahan dengan teknik bacaan QUACK.
Perkara Fort Margherita Singapura Dilanggar Todak
Tanda soal [?] Bebola bata, geramnya Banyak mati dilompati todak,
menggila,semakin rancak, berkotakan betis/batang pisang,
memusnahkan perosak berkancing ke sebelah, lekatlah
jongornya, menanggungkan haknya
Garisi takrif Tanda dalam teks Tanda dalam teks
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
147
Tanda * idea/maklumat Tanda dalam teks Tanda dalam teks
penting Tanda dalam teks
Bulatkan fakta /isi penting Tanda dalam teks
K – tandakan kata kunci Tanda dalam teks Tanda dalam teks
Langkah 2 - Murid membuat banding dan beza kisah Fort Margherita dengan peristiwa Singapura
Dilanggar Todak.
Persamaan / Fort Margherita (Suton) Singapura Dilanggar Todak
Perbezaan (Paduka Seri Maharaja)
Ciri –ciri i)Keyakinan tinggi i)Mencemar duli melihat situasi ii)
pemimpin ii)Mempersiapkan diri dengan ilmu Mempunyai rakyat taat membuta tuli
(Garisi takrif) iii)Bijak mengatur strategi iii)Mudah dipengaruhi
iv)Berfikiran wajar
Faktor kejayaan i)Mempunyai pengetahuan tentang i) Menerima cadangan yang baik
(Tandakan *)
tempat musuh ii)Berpengalaman daripada seorang kanak-kanak ii)
dalam perang iii)Cekap Kerjasama rakyat jelata
menggunakan senjata
Strategi melawan i)Mengatur serangan pada waktu i)Bersenjatakan batang pisang
musuh (Tandakan malam ii)Kerjasama berpasukan iii)Mematuhi arahan Sultan
K) ii)Mematuhi arahan ketua
Cabaran i)Kawasan cerun tinggi i)Kawasan tepi pantai ii)Serangan
(Bulatkan) ii)Kekurangan peluru iii)Kehabisan todak iii)Bersenjatakan betis –
bom tangan kurang berkesan iv)Para
pembesar yang iri
ASPEK TATABAHASA
SP: 5.2.4 Mengenal pasti dan menggunakan golongan kata tugas dengan betul mengikut konteks.
AKTIVITI 2 - Kategorikan golongan kata tugas praklausa dan pascakata yang terdapat dalam bahan.
Kemudian, bina perenggan dengan kata-kata tersebut.
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
148
Kata Tugas Praklausa dan Pascakata yang terdapat dalam bahan:
KataTugas usa Kata pangkal ayat Kata Tugas Prafrasa
Prakla - Maka -
Kata perintah Hatta Kata pembenda
Kata seru - Cis - cekapnya
- Ayuh - Nah - mudahnya
- Jangan Kata pembenar Kata penekan
- Ya - sesungguhnya
Kata tanya - Benar - setepat-tepatnya
- Siapakah
- Apa
Bina perenggan dengan kata-kata tersebut.
Maka ada seorang orang Kelang mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak sedikit. Maka ia
berdatang sembah ke bawah duli baginda. Maka baginda memberi titah kepada bentara Seri Amerta,
menyuruh berkata kepada Tun Perak. Maka Tun Perak pun datang menghadap. Maka Seri Amerta pun
berkata kepada Tun Perak, "Orang ini, ya Tuan Tun Perak, mengadukan halnya ke bawah Duli Yang
Dipertuan, mengatakan dirinya teraniaya oleh Tun Perak. Mengapakah maka demikian pekerti tuan
hamba?”
Maka diam Tun Perak tiada disahutinya kata Seri Amerta itu. Setelah tiga kali Seri Amerta berkata-
kata itu, maka barulah disahutinya oleh Tun Perak, katanya, “Tuan Seri Amerta, akan tuan hamba dijadikan
Yang Dipertuan Bentara, dianugerahi pedang sebilah itu jua tuan hamba peliharakan baik-baik, usahakan
jangan diberi berkarat kemakanan. Akan pekerjaan kami orang memegang negeri di mana tuan hamba
tahu? Jikalau sebesar tempurung sekalipun, negeri namanya; baik juga kepada kami, maka kami kerjakan,
kerana Yang Dipertuan tahu akan baiknya juga kepada kami, tiada tahu akan jahatnya. Tetapi jikalau Duli
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM
149
Yang Dipertuan hendak mencerca hamba sebab orang itu, pecatlah hamba dahulu, maka cercakan hamba
dengan dia. Jikalau hamba belum dipecat, bagaimana hamba hendak dicerca?"
Syahadan, maka berkenan Sultan Muzaffar Syah mendengar kata Tun Perak itu. Pada hati baginda,
"Adapun Tun Perak ini tidaklah patut jadi bentara lagi, patut menjadi Perdana Menteri."
AKTIVITI 3 - Terokai maklumat yang berkaitan dengan penentangan terhadap penjajah dan ceritakannya
semula.
Cadangan Aktiviti:
1. Murid mencari maklumat tentang peristiwa penentangan terhadap penjajah daripada buku sejarah, novel,
drama, filem, dokumentari dan laman sesawang.
2. Murid menceritakan maklumat yang diperoleh di kelas sebagai aktiviti PBD.
Contoh penentangan terhadap penjajah
MODUL SOKONGAN BUKU TEKS BAHASA MELAYU KSSM TINGKATAN 4 TELEGRAM GURU BMSPM